Pakatan Rakyat |
Posted: 29 May 2012 03:15 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:15 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :-
| ||||||||
Posted: 29 May 2012 03:14 PM PDT | Budak Hanya Ketahui Diri Dirogol Selepas Dapat Pendidikan Seks di Sekolah Posted: 29 May 2012 05:00 AM PDT Rogol: Pengurus hotel 5 bintang kena 15 tahun, 11 sebatan [BH] SHAH ALAM: Seorang pengurus hotel lima bintang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 11 sebatan, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol dan mencabul anak teman wanitanya pada 2005. Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan mencabul terhadap tertuduh, Mohd Insam Fadzli Yusof, 31. Bagaimanapun, Noor Azian memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula semalam. Beliau mensabitkan Mohd Insam bersalah atas tiga tuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi pembebasan tertuduh di akhir kes pembelaan pada 2011. Katanya, beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang terkhilaf dalam keputusannya apabila melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu. "Ibu mangsa membenarkan tertuduh memiliki kunci pendua rumahnya kerana hubungan mereka seperti suami isteri walaupun belum berkahwin. Ini menunjukkan ibu mangsa mempercayai tertuduh. "Semoga hukuman dijatuhkan ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain," katanya. Pada 2010, Mohd Insam didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa di bilik tidur utama dan bilik air rumah teman wanitanya di Ampang, di sini, pada 2005. Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan. Mohd Insam juga menghadapi tuduhan ketiga mengikut Seksyen 354 akta sama iaitu mencabul mangsa sama di bilik tidur pada 2005 dan sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda dan sebatan. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif berkata, mangsa yang dirogol ketika berusia sembilan tahun hanya menyedari dirinya dirogol selepas mendapat pendidikan seks di sekolah menengah. Beliau berkata, selama ini mangsa menyangka perbuatan tertuduh yang dipanggil 'Papa Sham' itu kerana kasih sayang. P/s: Zina dan rogol. | SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5% Posted: 29 May 2012 03:00 AM PDT FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi? [FMT] Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering). Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai "pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti". Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham. Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional. Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO. Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan. Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham. Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka. "Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka," begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia. Kroni Umno untung besar Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka. Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit. Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih. Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti. Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka. Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi. Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH. Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa. Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus. Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH. Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti. Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu. Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing? Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu. P/s: Menang sorak, kampung tergadai. Takziah! | Skandal Scorpene: Peguam Masih Tidak Dibenarkan Masuk ke Malaysia, Pendedahan Lanjut Dibuat di Thai Posted: 29 May 2012 01:50 AM PDT [MK] Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia. Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand. Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris. Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut. Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia. Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok. Berkaitan: [KD] KUALA LUMPUR 29 Mei: Badan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bakal mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes samannya berhubung skandal kapal selam Scorpene di Bangkok, Thailand esok. Menurut Suaram, tindakan itu disebabkan peguamnya dari Perancis, Joseph Brehem sehingga hari ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia. "Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand," kata Suaram dipetik Malaysiakini. Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya, Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudian mengenai perkembangan baru dalam kes Scorpene yang difailkan oleh badan itu di Paris. Cynthia dipetik berkata, ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut. Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia. Berikutan itu, beliau akan menemui pihak Suaram di Bangkok. Pada Julai 2011, seorang lagi peguam Perancis, William Bourdan diusir pulang ke Perancis, kononnya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial selepas menghadiri majlis kutipan dana pembiayaan kes Scorpene di Pulau Pinang. Beliau ditahan di dalam pesawat sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang. Sekatan itu dipercayai bagi menutup kebongkaran berhubung pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai urus niaga pembelian kapal selam itu. Suaram adalah organisasi yang bertanggungjawab memfailkan kes terhadap DCNS, syarikat pembuat Kes itu difailkan kerana DCNS membayar 'komisen' lebih daripada RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki Abdul Razak Baginda, rakan karib Najib. Pada 20 April lalu, Pengarah Suaram, Kua Kia Soon; Anggota Sekretariat, Cynthia Gabriel dan Fadiah berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6.00 petang (waktu Perancis). Najib antara nama dalam senarai yang dicadangkan Suaram kepada hakim di tribunal Grande Instance Paris, berhubung rasuah pembelian Scorpene. | [Wajib Baca] Mengapa PAS Menyokong Perhimpunan BERSIH? Baca Jawapan Presiden PAS Posted: 28 May 2012 11:37 PM PDT Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT). Rasulullah S.A.W bersabda: "Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik ". Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya. Ucapan Abu Bakar R A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: "Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat...." Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil. Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah. Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung. Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah. Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Watergate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil. Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah. PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati. Rasulullah SAW mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata. Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya." Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain. BERSIH adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain. PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah. Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah SAW: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah." Sabdanya lagi: "Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal." PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri. Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam. Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah: Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38) - Datuk Seri Haji Hadi Awang | Posted: 28 May 2012 09:53 PM PDT [HM] RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk. Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah. Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.
| [Video] Umi Hafilda MEROYAN Hina Agama Orang, Hina Ulama, Maki Hamun, Mencarut Posted: 28 May 2012 08:00 PM PDT P/s: Orang ini dikatakan akan diangkat dijadikan senator, kononnya akan diangkat menjadi calon dalam PRU13. Bagi DCM, orang ini setaraf LAHANAT! | [Wajib Baca] FGV Bakal Lenyapkan 105 382 Ekar Tanah Rezab Melayu Posted: 28 May 2012 07:00 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya. Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian. Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal, kata Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR. "PKR boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini. Semakan mereka menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara. "Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu," katanya. Bagi Rafizi, kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. (Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis) "Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis," tegas beliau. Oleh yang demikian, katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? "Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?" soalnya. PKR juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini. "Kami menunggu maklumbalas Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini," katanya. P/s: Menang sorak, kampung tergadai. | [PANAS] Ezam Calon Menteri Besar, Fadzillah Kamsah Antara Calon "Boleh Menang" UMNO Selangor??? Posted: 28 May 2012 05:44 PM PDT Saya baca artikel menarik di sini. Saya petik sedikit bahagian yang menarik: [Shahbudindotcom] ...Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie. FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor. Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta. Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali. Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad. Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah. Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO. Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang. P/s: Tunggu dan lihat! |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan