Khamis, 16 Januari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 16 Jan 2014 03:25 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:25 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


BUMI BERGEGAR KETIKA ARIEL SHARON DIKEBUMIKAN

Posted: 15 Jan 2014 08:00 PM PST


Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986 ~ MyNewsHub

Kerabu Bersuara ®

Posted: 16 Jan 2014 03:12 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:12 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Azmin perlu kekal di PKNS, penyingkiran tidak sah - Anwar

Posted: 15 Jan 2014 08:56 PM PST

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dikekalkan sebagai Lembaga Pengarah PKNS.

Anwar berkata Azmin perlu dikekalkan kerana keputusan yang dibuat untuk menggugurkan ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak mengikut peraturan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/azmin-perlu-kekal-di-pkns-penyingkiran-tidak-sah-anwar-28382?cp

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Jan 2014 01:49 PM PST

Cucu Tok Selampit


Cina DAP Sudah Semakin Kurang Ajar - Perdana Menteri @NajibRazak Diperlakukan Sebegini

Posted: 15 Jan 2014 07:52 AM PST

Ini sudah tahap kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Cina-cina DAP bangsat sudah mula mencabar sensitiviti orang-orang Melayu. Kita boleh berjenaka ringan dengan sinikal kangkung sejak dua hari lepas. Namun apabila cina-cina DAP haram jadah membuat karikatur muka Perdana Menteri Malaysia dan menyumbat kangkung ke dalam mulut karikatur berkenaan, ini sudah melampau dan biadap. Lebih kurang ajar, berita ini mendapat publisiti meluas daripada Malaysiakini versi English.

Kejadian ini dirakamkan di Pusat Khidmat DAP Machang Bubuk, Pulau Pinang petang tadi. Apa haram jadah binatang Cina DAP ini mahu? Apakah mereka mahu mencabar orang-orang Melayu Islam dengan menghina dan memijak maruah pemimpin Melayu? Apakah perlakuan yang serupa mereka lakukan kepada bapa, datuk atau saudara mara mereka? Cina DAP sudah keterlaluan dan perlu diajar.

Harakahdaily Hargai Blogger & Cybertroopers UMNO @hdaily09 @ibdil @Khairykj

Posted: 14 Jan 2014 09:46 PM PST


Ini kali pertama CTS ucapkan terima kasih kepada portal Harakahdaily yang menghargai Bloggers dan Cybertroopers UMNO (Kalau boleh kami mengaku sedemikian. Takut-takut Ketua Pemuda UMNO kata kami #syoksendiri). Ini disebabkan selepas UMNO dan Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan kembali pasca PRU-13, Bloggers dan Cybertroopers tidak dipandang lagi. Kalau dipandangpun seperti sampah. Kalau adapun yang dipandang adalah dari sekumpulan kecil pengiat maya yang dijaga dan dibela oleh seseorang dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang bertaraf Pegawai Khas. Tak perlu disebut jawatan dan nama beliau, semua sudah sedia maklum.

Bagaimana kami hendak mempertahankan Perdana Menteri memandangkan saban hari ada sahaja kenyataan yang merendahkan dan menguris hati kami. Sebelum ini, Pengerusi Biro Media Baru (BMB), Ibdillah Ishak menyifatkan peranan kami semua sudah ketinggalan. Beliau mahu Blogger dan Cybertroopers UMNO lebih #lifestyle. Salahkah kalau kami mengikut kata nasihat beliau. Ini disusuli kenyataan Ketua Pemuda UMNO yang menyifatkan Bloggers dan Cybertroopers UMNO gagal di dalam PRU-13 yang lalu dan menyifatkan kami syok sendiri. 

Perdana Menteri sendiri melalui Pegawai Khasnya (yang seorang tu jugaklah) yang memang telah terkenal dimaki hamun di kalangan Bloggers dan Cybertroopers, telah senyap-senyap menubuhkan Jabatan Media Sosial (JMS) dengan penglibatan kroni dan sahabat handai. Ramai Bloggers dan Cybertroopers yang selama ini berjuang bermati-matian diketepikan. Daripada kami melukut ditepi gantang dan dikatakan syok sendiri, biarlah pihak yang dipertanggungjawabkan dan mendapat imbuhan yang tinggi mempertahankan Perdana Menteri. Siapalah kami.

Duke of UMNO

Posted: 15 Jan 2014 01:47 PM PST

Duke of UMNO


KHALID KENA MARAH SEBAB "TOLONG" KERAJAAN PUSAT BANTU RAKYAT...

Posted: 15 Jan 2014 06:34 AM PST

Nyenyak tidur ADUN Seri Andalas dalam dewan DUN...

Marah benar nampaknya ADUN Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar, bila MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meluluskan pembinaan loji rawatan air, Langat 2, yang tertangguh pembinaannya sejak tahun 2008. Geramnya hingga sanggup menulis ketidakpuasan hatinya di portal Malaysiakini!

Pada Rabu lalu, Khalid memberitahu media bahawa Langat 2 diluluskan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kegagalan Kerajaan pimpinannya mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air di negeri itu mengikut kaedah penguatkuasaan Seksyen 114, Akta Wasia, demi kepentingan rakyat.

Peliknya, walaupun Xavier yang sebenarnya marah pada Khalid, dia babitkan nama "rakyat Selangor". Tajuk tulisannya, "Langat 2: Rakyat Selangor Terkejut MB Buat U-Turn", membuktikan Xavier cuba mempergunakan nama "rakyat Selangor" untuk melampiaskan kemarahannya.

Betulkah rakyat Selangor marah dengan tindakan Khalid Ibrahim itu?


Dalam perkembangan yang sama, budak setahun jagung yang di"gah"kan dengan jawatan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, cepat-cepat memberi "amaran" pada Kerajaan Pusat supaya tidak menaikkan tariff air di Selangor selepas industri air di Selangor dikendalikan oleh KeTTHA. Boleh "warning" pula?

Syabas saya ucapkan pada Khalid atas tindakan meluluskan pembinaan Langat 2. Cuma saya agak terkilan, kenapa dia lewat sangat buat keputusan begitu? Apa yang membuat dia melengah-lengahkan pembinaan Langat 2? Kenapa dia tidak teruskan saja Langat 2 pada tahun 2008? Sebab partinya tak beri izin?

Sebelum ini jenuh Khalid beri alasan. Nak tadah air hujan, nak gunakan air lombong, nak proses air kumbahan pun ada! Ada sekali dia jemput pakar perkhidmatan air dari Kanada untuk selesaikan kemelut air di Selangor. Tapi kaedah "imported from Canada" (padahal teknologi membran ada di Malaysia sudah 7 tahun!) juga tak nampak bayang…!

Selepas rakyat Selangor tak mandi, membasuh di sungai, guna air kolam di masjid dan terpaksa guna air hujan, baru dia nak luluskan? Selepas rakyat Lembah Klang selalu terputus bekalan air berminggu-minggu dan selepas puas menghentam SYABAS dan UMNO/BN, baru dia nak luluskan? Terima kasih MB Selangor. Lain kali, "dengarlah lagi cakap parti"…

Kini Khalid angkat "bendera putih". Kononnya tak mampu beli semua syarikat konsesi air Selangor yang dianggarkan bernilai lebih RM9 billion itu. Betullah Kerajaan Selangor tidak berduit dan miskin. Sebab itu gaji Khalid, Speaker, Timbalan Speaker dan kawan-kawannya naik lebih 350%, kan? Maklumlah, Selangor "tak ada duit" untuk rakyat, untuk kocek sendiri?

Berbalik pada Xavier, dia menegaskan bahawa prinsip PKR tidak mahu melihat Langat 2 dibina. Kononnya tender membina Langat 2 diberikan pada kroni UMNO/BN. Padahal, tender Langat 2 itu adalah tender terbuka dan semua pihak termasuk kontraktor PKR, DAP mahupun PAS layak untuk memohon.

Masuklah memohon dan jika Allah sudah tetapkan rezekinya pada kontraktor PAS, mungkin kontraktor itu akan dapat tender itu. Tak kisahlah siapa yang dapat tender, asalkan Langat 2 terbina dan rakyat Selangor serta Lembah Klang dapat manfaatnya, bukan?

Yang menghairankan, kontraktor pula yang dirisaukan Xavier. Tapi derita rakyat yang terputus bekalan air itu tidak pula disebut dalam artikelnya yang panjang lebar itu. Macam itu "pembela nasib rakyat"?

Rafizi pula sampai beri amaran pada Kerajaan Pusat untuk tidak naikkan tariff air di Selangor? Siapa Rafizi? Sila rujuk perjanjianlah. Kalau tiba masanya mengikut perjanjian, maka naiklah tariff air nanti, bukan? Atau Rafizi takut nak bayar caj import air dari Pahang?

Boleh. Rafizi boleh "halang" kenaikan tariff air di Selangor nanti. Kalau caj import air dari Pahang dinaikkan mengikut perjanjian, sudah tentulah ada sedikit kos yang perlu ditambah. Tapi kalau Rafizi tak mahu kos tersebut dibayar oleh rakyat, dia boleh minta Kerajaan Negeri Selangor bayarkan untuk rakyat sebagai "subsidi air", kan? Rafizi kan "prihatin"…

Tapi, kalau Kerajaan Negeri Selangor yang bayar harga "subsidi air" itu, maka samalah juga ia dibayar menggunakan duit rakyat. Kalau Rafizi benar-benar "prihatin", gunakan duit koceknya sendirilah!

Sepanjang hidup saya, saya belum pernah jumpa harga sesuatu benda atau perkhidmatan yang tidak meningkat. Beras, garam, gula, kopi dan teh, semuanya naik harga sejak kita menggunakan "mata wang". Misalnya, ibu saya memberitahun bahawa gula dan garam dulu hanya berharga sekati 5 sen. Tapi sekarang? Samalah juga dengan harga "bekalan air bersih". Itu proses normal!

Takut sangat dengan harga barang naik. Kononnya BN ertinya "barang naik". Kalau Pakatan Haram memerintah maka tiada barang yang naik harga, kah? PAS memerintah Kedah selama 5 tahun pun sempat naikkan harga air! Di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor ada harga barang yang turun, kah? Budu pun naik harga..! Air pun naik harga juga, kan?

Ingatlah. Keperluan rakyat Selangor lebih penting dari politik. Prinsip PKR itu tidak betul. Kontraktor projek dilihat lebih penting dari keperluan hidup rakyat? Sepatutnya ia terbalik, keperluan rakyat lebih penting dari kontraktor. Tender Langat 2 itu telus dan boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Atau Xavier dan Rafizi mahu berpolitik sebenarnya dalam isu Langat 2 ini? Seorang mahu tegakkan "prinsip politik gila" dan seorang lagi mahu jatuhkan Khalid sebagai MB di Selangor? Rafizi mahu putar belit akal rakyat yang lebih memilih air dari wang sekitar 2-3 ringgit? Atau Xavier sendiri yang nak jadi MB?

Sumber: Mykmu.net

PENYOKONG PAKATAN HARAM MATI KELAPARAN DI OPIS..???!!!

Posted: 15 Jan 2014 04:32 AM PST


Saya dengar ramai yang bising tak breakfast pagi tadi. Kononnya tak mampu bersarapan di luar sebab harga nasi lemak, roti canai dan teh tarik dah naik. Ramai yang mengantuk dan tak bermaya kat opis sebab tak sarapan sebab tak cukup duit... betul?

Betul ke? Atau sebenarnya tipu? Tipu la kalau tak mampu... dulu korang minum teh tarik harga 80sen kat kedai mamak. Tapi sekarang teh tarik dah harga RM1.20 pun korang masih lagi berlonggok kat kedai mamak sambil bising-bising cakap "tak mampu"... heh!

Saya ingat lagi dulu ada jual rokok kotak kecik 7 batang dan 14 batang. Harga rokok time tu pun rendah lebih kurang RM1.50 hingga RM6.40 sekotak (20 batang). Tapi sekarang hanya rokok sekotak 20 batang dan harga RM12, korang tetap beli dan isap sampai berkepul-kepul asap...kan?

Lagi best...



Dulu korang naik kapcai Honda C70 jer.. korang cakap tak mampu. Tapi bila korang berpendapatan lebih, korang beli Honda Civic baru. Honda kapcai buat pegi beli nasi lemak kat simpang depan tu saja... itu pun masa beli nasi lemak tu bising kat makcik tu cakap "kerajaan BN jahat sebab buat korang tak mampu"...

Saya nak tanya, ada ke dalam dunia ni sebuah negara di mana harga barangnya tak naik-naik? Kalau ada, sila sebutkan nama dan apa barang tu. Mungkin ada la kot noooo... tapi payah la nak jumpa..kan?

Dulu harga sekati garam dan gula hanya serendah 5 sen. Sekarang ni sekilo gula dah jadi lebih 2 hengget dahhh..kan? 

Hakikat yang perlu kita terima ialah setiap barang kat dunia akan naik harganya walaupun siapa yang memerintah. Sesiapa pun memang tak boleh buat apa-apa pasal harga barang ni, kan? Dulu masuk tandas awam free saja.. sekarang dah kena bayar 30sen..kan? 

Tapi korang masuk jugak tanpa banyak soal...kenapa tak buat demo depan tandas awam tu? Heh!

SKUAD HIJAU KUNING KEDAH BAKAL MERUDUM MUSIM INI?

Posted: 15 Jan 2014 01:15 AM PST

Gara-gara tukar logo skuad hijau kuning, maka Kedah akan kalah pada setiap game bola musim ni? Biar betul? Logo tu boleh beri kesan ke kat prestasi bolasepak Kedah? Oooo..baru saya tahu... ada "special effect" rupanya...

Sampai sekarang, saya sebenarnya masih tak tahu mana satu logo skuad hijau kuning yang baru. Buruk ke? Lebih mantap ke? Hmmmm... teringin jugak la nak tengok logo baru tu Pak Tam...

Sebenarnya, saya lebih berminat nak tengok prestasi Skuad Kenari musim ni. Dulu Kedah pernah dapat Double Trouble... tapi tu dulu... sekarang? Sama-sama la kita doakan...kan? Yang penting, pengurus, jurulatih dan terutama players mesti komited laaa, kan?


Peminat pun, kalau team kita kalah, jangan la asyik nak kondem saja. Bagi la sokongan. Mana ada Pengurus, Jurulatih atau pemain bolasepak yang main tapi nak kalah, kan? Dah tentu depa akan buat sebaik mungkin, kan?

P/s: Errr.. agak-agak saya tulis pasal bola ni boleh dapat "tiket bola free" tak? Tulisan ni macam "bodek" Pak Tam je nihhhh....Hahahaa... larikkkk..!

Minta Peminat Sambut Baik Transformasi Skuad Kedah

JERLUN – Penyokong bola sepak Kedah diminta supaya menyokong transformasi yang mahu dilakukan terhadap skuad itu termasuk yang melibatkan pengenalan logo baharu.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata penggunaan logo baharu itu merupakan sebahagian daripada proses transformasi tanpa melibatkan penukaran warna rasmi pasukan iaitu hijau kuning serta lagu tema.

"Saya setuju bila mereka kata tukar logo tak bermaksud tiba-tiba boleh menang. Memang betul saya mengakui perkara itu. Tapi saya ingat kita sudah sampai di persimpangan jalan. Kita tahu kalau kita masih mengulangi perkara yang sama, sudah tentu hasilnya juga sama.

"Jadi kita nak betul-betul transformasi dalam segala aspek termasuk dari segi imej iaitu logo. Saya nak yakinkan bahawa warna hijau kuning dikekalkan, ini pun atas titah Tuanku (Sultan Kedah).

"Cuma helang saja warna merah, nak lambangkan sifat garang pasukan kita," katanya kepada pemberita pada program sambutan maulidur rasul anjuran Kemas Kubang Pasu dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) diminta mengulas mengenai rasa tidak puas hati sebilangan peminat terhadap pengenalan logo baharu itu lebih-lebih dengan terdapatnya imej burung helang berwarna merah.

Kedah bermain dalam Liga Perdana musim ini. – BERNAMA

MUJAHID RAWA TAK HORMAT KEPUTUSAN DEWAN ULAMA PAS?

Posted: 14 Jan 2014 11:17 PM PST

mujahid-rawa-300x200

Saya menonton forum bertajuk "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible" anjuran Pemuda PAS Lembah Pantai yang diadakan di sebuah Dewan Cina baru-baru ini.  AJK PAS Pusat, Mujahid Rawa merupakan salah seorang panel bagi forum tersebut selain Dr Aziz Bari dan wakil dari Evangelis Christian, Eugene Yap.

Mujahid menyimpulkan dalam forum tersebut bahawa isu kalimah "Allah" itu sebenarnya bermotifkan "politik" yang bertujuan untuk menakut-nakutkan hubungan antara agama dengan dakwaan gerakan Kristian yang mahu menukar negara ini menjadi sebuah negara Kristian.

Dia turut memperlekehkan dakwaan "agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian" dengan mempertikai bilangan Kristian Katolik seramai 1.7 juta orang di Malaysia dan kononnya sangat mustahil untuk menukar negara ini ke sebuah negara Kristian selain perlu berdepan dengan 55% percent muslims jadi negara Malaysia.


Cuba memjustifikasikan ideologinya sebagai "adil" dan "suci murni niat dihati", Mujahid berkata isu yang dimainkan di dada akhbar Utusan itu adalah untuk memecah-belahkan keharmonian agama di Malaysia. Dia bercakap mengenai konsep Islam yang memberikan kebebasan pada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-masing…

Pertamanya, saya tertanya-tanya, apakah Mujahid ini "buta kayu"? Maaf sekiranya saya gunakan ungkapan Melayu yang agak kuran lunak bunyinya. Tapi nampaknya otak pemimpin PAS yang bergelar "Dr." itu seolah-olah menafikan wujudnya usaha missionaries mengKristiankan ramai umat Islam di negara kita.

Fakta gerakan Kristian sebenarnya sudah lama berlaku dan ia masih dilakukan secara konsisten sehingga kini. Bukti panjang lebar boleh diperoleh dengan mudah, sila klik di sini. Jika dilihat pada bukti-bukti dan penjelasan mengenai gerakan Kristianisasi itu, maka jelas Mujahid memang "buta kayu" dan "kurang waras" dia dia terus mempertahankan hujahnya.

Isu kalimah "Allah" bermotifkan politik? Astaghfirullahil'azim… kenapa begitu "tidak waras" sekali "Dr." Mujahid berfikir? Macam itu gaya corak seorang "Dr." berfikir? Ingatkan IQnya tinggi!

Pada saya, UMNO tidak pernah mempolitikkan soal agama, khususnya berkaitan tentang aqidah umatnya. Malah kalau diikutkan, PASlah juara "menjual agama" demi politik. Pada nama PAS terpampang nama "Islam" dan kononnya kalau tidak menyokong PAS maka "tidak menyokong Islam"! Itu hujah PAS mempolitikkan agama selama ini, bukan?

Mustahil penganut Kristian Katholik seramai 1.7 juta boleh menukar Malaysia dari sebuah negara Islam kepada negara Kristian? Saya betul-betul hairan bagaimana Mujahid boleh dapat gelaran "Dr.". Berapa bilangan penganut Kristian di Persekutuan Tanah Melayu sejak merdeka dan bandingkan bilangan itu dengan bilangan orang Kristian sekarang.

Bertambah disebabkan populasi keluarga? Takkan seramai 1.7 juta orang dengan hanya dari faktor populasi? Mujahid tahu berapa jumlah bangsa Melayu yang asalnya beragama Islam yang telah diKristiankan di negara kita? Mufti Perak, Tan Sri Harussani pernah mendedahkan dakwaan bahawa lebih 100,000 umat Islam yang memeluk Kristian. Mujahid tahu?

Mujahid perlu merujuk pada sejarah Israel yang dulunya merempat "dihalau" US dan dicampak ke bumi Palestin. Berapa besar Israel ketika itu? Dan hari ini, cuba Mujahid bandingkan wilayah dan kuasa yang ada pada Israel berbanding negara Palestin itu sendiri. Tiada perkara yang mustahil di dunia ini, Mujahid. Jika Allah berfirman "kun fa yakuun", maka jadilah ia, bukan?

Sebenarnya kita umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoal pihak Kristian mengamalkan agama mereka. Sejak dari zaman merdeka, tidak ada konflik yang berlaku antara Islam dan Kristian di negara kita. Kita juga faham konsep Islam yang menggariskan "lakum deekunum wa liya deen", bukan Mujahid seorang saja yang faham konsep itu.

Tapi bila Kristian melampaui batas-batas kesabaran, berani mempetikai perlembagaan, mengheret isu kalimah "Allah" di mahkamah dan beberapa pemimpin utama pembangkang begitu vokal mempertahankan kehendak Paderi "The Herald" itu, maka kita fahamlah apa yang sedang berlaku…

Baru menang sikit di beberapa negeri, maka beberapa pemimpin pembangkang yang "hardcore" Kristian sudah naik tocang? PAS pula menyokong mereka, Mujahid? Dulu tidak timbul soal begini sebab pembangkang tak menang banyak kerusi. Tapi sekarang bila kerusi sudah bertambah, pembangkang jadi berani berjuang untuk "kesamarataan agama" sekaligus meneutralkan keistimewaan Islam?

Kristian boleh amalkan agama mereka dengan bebas di Malaysia. Tapi jangan sesekali "kacau" agama kami. Jangan sesekali melanggar ketetapan perlembagaan yang tidak membenarkan Kristian murtadkan umat Islam di Malaysia dan memeluk Kristian. Itu sudah melampau…

Saya percaya, umat Islam di Malaysia menghormati penganut-penganut agama lain, termasuk Kristian. Saya sendiri punya ramai kawan beragama Kristian. Tapi mereka tidaklah "poyo" meminta sesuatu yang memang tidak perlu pun pada amalan agama mereka. Vatican pun tak gunakan kalimah "Allah", tapi di Malaysia mengada-ngada nak guna? Sengaja mencetus "api", kah?

Justeru itu, saya kira Mujahid perlu belajar lagi bagi memahami konsep hubungan Islam dan perkara berkaitan isu kalimah "Allah" ini. Mujahid boleh belajar dari bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali, atau bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa jika sudi.

Ketahuilah. Kami menentang bukan kerana mereka itu Kristian. Tapi kami menentang atas sikap kurang ajar yang ditimbulkan segelintir pihak dalam Kristian, termasuk 3 orang ADUN Selangor yang cuba memansuhkan kepentingan Islam di negara kita, khususnya di Selangor. Mujahid faham atau tidak isu sebenar?

Sumber: Mykmu.net

BLOGGER PRO-BN LUCAH? BACA KENYATAAN PENUH DATUK KADIR JASIN

Posted: 14 Jan 2014 08:32 PM PST

SAYA tidak kenal Ibdillah Ishak. Saya mengenali beliau hanya daripada portal berita dan blog. Dikhabarkan yang beliau adalah Pengerusi Biro Media Baru, Pemuda UMNO Malaysia.

Saya kenal Khairy Jamaluddin sejak beliau di pelajar lagi dan juga kerana saya kenal ibu dan bapa mentuanya. Sudah bertahun-tahun tidak berjumpa belia. Hanya mengikuti jejak beliau melalui media massa.

Berkenaan Ibdillah, daripada apa yang saya baca (dan sekiranya berita itu benar dan tepat) maka bolehlah saya katakan yang beliau nampaknya faham peranan media baru dan kaedah yang wajar digunakan bagi menarik sokongan. Begitu juga Khairy.
 
Saya membaca tulisan seorang penulis yang memakai nom de plume Wenger Khairy dalam posting pada 10 Januari bertajuk "Ibdillah dan PMO Harus Melawan Balik Serangan Blogger" dalam blog The Rembau Times.

Antara lain Wenger Khairy berkata:

"Kami juga bersetuju dengan pandangan YBhg Sdr Ibdillah yang melahirkan rasa kurang senangnya dengan gelagat bloggers pro UMNO yang suka meminta upah untuk menjatuhkan pemimpin dan personaliti awam. Bloggers pro UMNO juga tiada pernah merasa bertanggung jawab terhadap kesan posting-posting mereka yang dipenuhi dengan adegan lucah, seks dan pekara-pekara (sic) yang tidak sehonoh (sic)." (Baca laporan penuh di sini).

Pemerhatian penulis tepat. Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan keterlaluan serangan mereka. Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah.

Ia mesti ada kebenaran kerana beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.

Antara lain beliau berkata: ".....itu membuktikan strategi media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan." (Baca di sini).

Mengapa Hal Ini Berlaku?

Pertama, sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang menggunakan khidmat mereka.

Kedua, bukan semua blogger politik ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau penulis.

Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi komunikasi.

Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi, pengurusan dan pentadbiran.

Bukan Mudah Jadi Blogger Bartanggungjawab

Sebenarnya bukanlah mudah menjadi blogger makan gaji yang baik dan bertanggungjawab. Bebannya boleh dikira berat.

Pertama, kebebasannya  terhad. Dia hanya boleh menulis rencana (posting) menyokong majikannya. Kedua, rencana yang ditulis hendaklah cukup baik untuk menarik minat pelayar Internet dan diyakini.

Ketiga, dia kena baca komen-komen yang dihantar sebelum disiarkan. Dan keempat, dia perlu berbahas dengan para pengulas bagi menjawab hujah yang tidak positif terhadap majikannya.

Tetapi tidak adil menyalahkan blogger saja. Turut menjadikan sfera blog kita tidak sihat adalah pembaca yang menghantar komen. Sebenarnya merekalah yang lebih banyak menyebabkan unsur negatif membanjiri dunia blog kita.

Mereka ini terdiri daripada tiga kelompok utama. Pertama pembahas bebas tanpa afiliasi politik. Kedua pembahas bebas yang pro parti-parti politik tertentu. Dan ketiga pembahas yang ditugaskan oleh pihak-pihak tertentu, khasnya parti politik, untuk berbahas dalam blog. Di kalangan mereka ada kakitangan awam, pengamal perhubungan awam, petugas parti politik dan orang yang diupah khusus untuk berbahas yang kerap disebut sebagai cybertrooper atau laskar siber.

Dalam konteks inilah saya melihat saranan Ibdillah dan Khairy sebagai penting dan wajar diberi perhatian.

Blogger Perlu Diberi Peluang Belajar

Kalau saya boleh menambah, saya sarankan agar Umno dan mana-mana parti politik juga yang ingin menggunakan khidmat blogger secara berhemah, bermaruah dan membina selaras dengan cita-cita kita menjadi negara maju dan bertamadun tinggi agar mengambil langkah berikut:

Pertama, menaja blogger-blogger bukan wartawan untuk menghadiri kursus asas penulisan, undang-undang dan etika;

Kedua, blogger-blogger politik hendaklah menjawab hujah-hujah lawan dan bukan menyerang peribadi mereka, apatah lagi memfitnah; dan

Ketiga, blogger politik tidak akan dapat meyakinkan khalayak dan menarik sokongan kepada parti atau majikan mereka kalau mereka gagal mematahkan hujah lawan mereka dengan mengemukakan hujah yang kukuh dan bernas.

Kaedah membunuh pembawa khabar (messenger) tidak akan berkesan kalau khabar (message) yang dibawanya tidak dipatahkan. Pembawa khabar mungkin terkorban, tetapi khabar yang dibawanya akan terus tersebar.

Saya harap berita Ibdillah hendak "engage" (berbincang) dengan blogger bukan sekadar indah khabar daripada rupa. Kalau Pemuda Umno dan Puteri Umno yang mewakili generasi celik ICT dalam Umno tidak berani menjalin saringan dengan blogger dan pengamal media baru, mereka dan parti mereka akan ketinggalan.

Sejak saya membuka blog ini pada tahun bulan Mac 2006, saya boleh bilang dengan jari orang politik, wakil kerajaan, kementerian dan agensi yang membuat jaringan dengan saya sebagai blogger.

Seingat saya, hanya dua orang menteri, iaitu Mustapa Mohamed dan Ahmad Shabery Chik yang menjemput saya berbincang dalam kapasiti saya sebagai blogger.

Manakala di kalangan agensi kerajaan pula, hanya Khazanah Nasional Berhad (mengenai TPPA) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) yang mengiktiraf saya sebagai blogger. Hanya Mustapa dan MACC sahaja mengadakan pertemuan terancang dan berkala dengan blogger.

Khusus mengenai blogger Umno, sama ada yang mendapat upahan atau yang menyokong parti secara sukarela, kini muncul trend di mana ada antara mereka yang saling serang-menyerang dan sabotaj-mensabotaj.

Ramai blogger wartawan dan bukan wartawan menyedari bahawa pada akhir-akhir ini ada pihak yang membuka blog tanpa nama (anonymous) yang nampak seakan-akan blog Pakatan Rakyat, tetapi kandungannya adalah memburuk-burukkan Umno dan orang Umno sendiri. Kegiatan ini lebih rancak ketika pemilihan parti.

Jika benar sangkaan bahawa ini adalah kerja beberapa orang "handler" pemimpin Umno sendiri maka aliran ini sangat berbahaya kepada Umno dan kerajaan.

Pentingnya Latihan dan Etika

Selama 24 tahun saya di New Straits Times Press (1976-2000) latihan dan "mentoring" adalah antara keutamaan saya. Alhamdulillah, hari ini ramai penggiat media adalah mereka yang saya anggap sebagai anak buah dan anak didik.

Kita ada dua modul latihan. Satu dipanggil Pre-Entry Training Scheme (PETS) yang berupa versi kita untuk Program Graduan Menganggur yang dilancarkan oleh kerajaan ketika krisis ekonomi pertengahan 1980-an.

Kita memberi latihan kewartawanan kepada lulusan sekolah menengah, pemegang diploma dan graduan. Mereka diberikan elaun bulanan. Selepas tiga bulan, yang cemerlang diambil bekerja dengan NSTP dan STMB (TV3) manakala yang lain menggunakan sijil yang kami keluarkan untuk mencari kerja. Boleh dikatakan semua mendapat kerja.
Ramai pelatih PETS kini mendudiki tempat penting dan kerusi panas dalam banyak pertubuhan media massa, pejabat menteri, kementerian dan syarikat swasta. 

Program kedua dikenali sebagai Writers' Blog. Melaluinya kami melatih remaja semuda 12 atau 13 tahun menulis. Saya amat bangga dengan kejayaan ramai daripada mereka.

Hari ini, ada yang menjadi penulis dan penerbit filem, personaliti TV, filem, muzik dan pengiklanan seperti Amir Mohamad, Nadiah Hamzah, Syarifah Aleya, Kassandra Kassim, Syarifah Armani, Angeline Ong, Joe Flizzow, Rina Omar, Fariz Azlan dan banyak lagi.
Malah yang menjadi profesional bidang lain pun terus menulis seperti Dr M Murali. Kemudian Tan Eng Seng yang khabarnya menjadi salah seorang Vice President di Sime Darby, Ariff Salman (Agensi Angkasa Lepas Amerika, NASA) dan Johan Rozali Watooth (akauntan).

Malangnya program dan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dimatikan atau dibekukan apabila Abdullah Ahmad Badawi menghantar pasukannya untuk mengendalikan NSTP/TV3 ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dalam konteks latihan dan etika inilah saya menaruh harapan kepada orang seperti Khairy dan Ibdillah untuk mengembalikan kewarasan, etika dan ketamadunan kepada dunia penulisan dan pemikiran, khususnya dalam sfera blog Umno dan pro-Umno.

Hanya dengan itu sahaja saluran baru ini dapat dimanfaatkan demi agama, bangsa dan negara. Kebimbangan saya ialah mungkin bukan dalam penggunaan blog saja Umno dan kerajaan bermasalah. Percubaan menggunakan Facebook dan Twitter pun mungkin belum mencapai matlamat yang diharapkan sebaliknya membawa padah menjadi senjata makan tuan.

Wallahuaklam.
 

GEMPARRR..!!! AGENDA RAHSIA KRISTIAN DI MALAYSIA TERBONGKAR..?!!!

Posted: 14 Jan 2014 06:31 PM PST

Nahhh..!!! Tengok betul-betul rakaman menggemparkan kat bawah ni... masih "panas"! Bukak mata luas-luas, pasang telinga betul-betul dan gunakan akal yang Allah berikan untuk berfikir....

Kristian takde niat nak convert umat Islam peluk agama depa? Nahhh... tengok sendiri...lepas tu cuba tengok portal-portal yang terlibat membela Kristian dan menyalahkan JAIS... tengok sendiri dan sila justify kreadibiliti portal-portal tu dari sudut kepentingan Islam...

Siap ada slide show dan penerangan panjang lebar. Details... lagi tak percaya? Kalau tak percaya lagi tu lantak korang laaaa... 


tun faisal dot com

Posted: 15 Jan 2014 01:34 PM PST

tun faisal dot com


#SyokSendiri : Dunia penggiat siber UMNO/BN makin huru hara @NajibRazak

Posted: 14 Jan 2014 10:00 PM PST



Yang dipersalahkan adalah JENTERA MAYA UMNO. Padahal yang menguruskan kesemuanya Pegawai Perdana Menteri dan pihak lain. Tak dak akauntabiliti langsung.
Ingat lagi artikel ini - Pengarah sebenar Operasi Siber BN PRU13 adalah seorang khunsa?
http://tunfaisal.blogspot.com/2013/06/pengarah-sebenar-operasi-siber-bn-pru13.html



Laporan tentang 11 langkah penjimatan yang kononnya mendapat maklum balas yang baik dipertikaikan, satu indikator tentang kemungkinan laporan yang salah telah diangkat kepada pengetahuan Perdana Menteri

Nota: Dua artikel di bawah menunjukkan betapa kelam kabutnya pengurusan media siber UMNO dan BN ketika ini. Saya dimaklumkan oleh sejumlah penggiat bahawa, masalah ini berpunca akibat ketidak adilan pengendalian hal ehwal penggiat siber UMNO/BN oleh Pejabat Perdana Menteri. Lebih memburukkan keadaan apabila Penubuhan Yayasan Bina Negara dan Jabatan Media Sosial dikatakan dibuat tanpa ketelusan, meminggirkan sejumlah penggiat lama dan dijadikan platform untuk menyusun penggiat `kroni'. Ini tidak termasuk rasa fed-up dan meluat apabila sumbangan penggiat siber ini diremehkan oleh kenyataan-kenyataan seperti `membayar blogger adalah satu kesilapan' dan kita `kalah' perang siber kerana `syok sendiri'.

Baca - Harakahdaily Hargai Blogger & Cybertroopers UMNO @hdaily09 @ibdil @Khairykj
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/01/harakahdaily-hargai-blogger.html#rwjRmFWPipUU6YX0.99

Pegawai media Pejabat Perdana Menteri & Pemandu terus menerus menipu Najib Razak
http://malayrights.blogspot.com/2014/01/pegawai-media-pejabat-perdana-menteri.html

BLOGGER HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN DAPAT UPAH JATUHKAN NAJIB.
http://pakatan4rakyat.blogspot.com/2014/01/blogger-hishamuddin-tun-hussein-dapat.html




Kita tahu tujuan artikel kedua ini adalah untuk mempertahankan pegawai Perdana Menteri selepas diserang oleh blogger malay rights. Cuma tajuk artikel kedua ini bertujuan jahat. Ramai yang tahu siapa blogger yang dimaksudkan, tetapi mengaitkan nama Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah berniat jahat sedangkan beliau tiada kena mengena dalam pertikaian ini. Inilah masalah penggiat yang begitu taksub mahu menjaga kepentingan kumpulan sehingga pemimpin UMNO yang tidak terbabit juga dikaitkan.

Ini BUKAN CARA untuk mempertahankan pegawai Perdana Menteri!

Sebab itu tidak salah jika kita menyimpulkan segala permasalahan ini puncanya dari Pejabat Perdana Menteri. Saya berharap Perdana Menteri akan mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan SEMUA kumpulan penggiat media sosial ini secara terus dan bukan melalui pegawai pejabat beliau. Jangan dengar lagi dah laporan yang disampaikan oleh pegawai-pegawai ini kerana belum tentu laporan ini tepat dan mencerminkan keadaan sebenar penggiat media siber di bawah. Dengar sendiri daripada penggiat siber ini apa yang berlaku sejak tahun 2009 sehingga sekarang.


Baca artikel KL Chronicle di bawah yang jelas kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.


The Lost of @barisanasional & @NajibRazak Social Media Influence Post May 2013 #KLChronicle



An insult to Najib Razak


With respect to the above subject matter, I have been observing the Barisan Nasional social media team(s) since December 2013 and noticed that there has been no improvement in the team(s) performance in the following:


1) Disseminating information on the government policies i.e. GST.

2) Defending the government from attacks by the opposition i.e. increase in price of goods and utility bills i.e. sugar and electric tariffs.

3) Defending the leadership of the party in facing attacks by the opposition. The easiest example is the #Kangkung fiasco. It took BN's sosial media team days to counter the claims by the opposition. 


The Prime Minister is being made a fool, but what have the BN Social Media team done to counter this?

I could list down a lot more on the inefficiency of the BN social media teams but what for? I do not think they are going to change one bit. The recent attack on the Prime Minister demonstrates that BN is really in need of an integrated and efficient social media team. This is something that has to be done immediately to arrest the slide in popularity of the Prime Minister. 

Najib is going to be like Pak Lah if he does not do something. Remember the days when Pak Lah was attacked, it started with sosial media i.e. bloggers. It has got nothing to do with money mind you, but it has got everything to do with the future of the country. During Pak Lah's time bloggers were unhappy with certain decision he made regarding the Double Track railway project, the crooked bridge in Johor and etc.and since he does not listen to the people, they brought him down. 


Even the British Media is making fun of our PM (link)

Najib is doing the exact mistake as Pak Lah. However, what is more worrying is that although Pak Lah was brought down for making the WRONG DECISIONS , Najib will be brought down for NOT MAKING ANY DECISIONS. 

The Prime Minister must do something. Prior to May 2013 he had a lot of team (s) i.e. Pro BN Media teams, but what has happen to all of that? 

Only god knows and what i know someone is lying to the Prime Minister to his face by saying everything is ok. Everything is not Mr. Prime Minister and you better wake up quickly from your sleep. 



yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 15 Jan 2014 01:22 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Jatuhkah Najib dan Khalid.?

Posted: 14 Jan 2014 03:39 PM PST

klik disini.


Video ini tersebar luas di pendalaman terutamanya kawasan pengundi melayu. dan tentunya suara Tun Mahathir ini akan berkemundang sehingga kepada PRU14 sekiranya Najib tidak turun ataupun melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Perlu diingat sudah 3 orang Perdana Menteri terpaksa turun atau pun berhenti dari jawatan Perdana Menterui ekoran kritikan Tun Mahathir. Dan Najib mungkin akan menjadi orang yang ke 4 bersekali tumbangnya UMNO dalam mentadbir negara.

UMNO akan tumbang sekiranya PR (Pakatan Rakyat) masih relevan dalam politik tanahair, tapi melihat kepada kemelut dalam Parti Keadilan sekiranya para pemimpin lebih bersikap mementingkan diri, edah kesegaran Parti Keadilan tidak begitu lama.

Apakah Wan Azizah mampu merelaikan kekusutan yang berlaku dalam Keadilan sekarang, terutamanya perbalahan diantara Azmi Ali dan Khalid Ibrahim secara terbuka. Dalam politik Malaysia, rakyat akan benci kepada pemimpin yang dilihat berbalah sesama sendiri.

Apakah UMNO akan tumbang kerana Najib dikritik secara terbuka oleh Tun Mahathir dan Keadilan akan hancur kerana Azmin Ali berbalah dengan Khalid Ibrahim.

Walaupun PRU ke 14 masih jauh, tapi persiapan untuk menjatuhkan Najib Razak dan Khalid Ibrahim sedang rancak berlaku. Persoalannya apakah benar ada usaha untuk menjatuhkan Najib dan Khalid atau Najib dan Khalid sendiri asyik ketawa sehingga tidak sedar diri. 







THE FLYING KICK

Posted: 15 Jan 2014 01:20 PM PST

waadat

Posted: 15 Jan 2014 01:08 PM PST

waadat


Demang jadi sultan

Posted: 14 Jan 2014 10:44 PM PST

Oleh kerana ramai pulak yang nak jadi sultan melaka maka Demang fikir, elok juga kalau Demang sendiri yang cuba-cuba nasib.

Lagipun kalau ikut adat, Demang yang berketurunan bendahara memang selayaknya menjadi sultan apabila sultan sudah tiada.

Dalam kes Sultan Mahmud mangkat dijulang, setelah baginda dibunuh Laksamana Bentan, bendahara Abdul Jalil segera diangkat menjadi sultan.

Tak kesahlah samada angkat diri sendiri ataupun diangkat oleh orang lain.

Apapun, Demang risau juga jika ditangkap seperti Raja Noorjan Shah kelmarin walaupun belum pernah sekali pun rasanya baginda mengancam negara.

Maklumlah, baginda memang tak mengancam keselamatan negara tetapi mengancam kedudukan orang lain.

Satu faktor lagi kenapa baginda ditangkap ialah mungkin kerana baginda orang Melayu. Kalaulah nama baginda raja Thian Chua atau raja Kapal Singki aka Kapal Senget barangkali pihak berkuasa lah yang akan datang merafak sembah memohon ampun dan maaf.

Sepaling tidakpun, selesai luar mahkamah.

Soal integriti tak jadi hal. Kambinghitamkan sahaja mana-mana blogger atau kumpulan blogger.

Ataupun bagitau mahkamah, yang buat kecoh ni bukan blogger kami tetapi blogger bebas yang menyokong kami.

Alah, sedangkan keris boleh disorong tarik inikan pula saman mahkamah!

Apa Yang Tersirat

Posted: 15 Jan 2014 01:03 PM PST

Apa Yang Tersirat


Mengapa Najib Jadi Sasaran?

Posted: 15 Jan 2014 12:51 AM PST

JIKA mantan Perdana Menteri yang digantikan Najib- Pak Lah disebut PM Tidur, Najib mula disebut PM- Nowhere. Jolokan kepada beliau itu, kerana setiap ada perayaan besar dalam negara, beliau bersama isteri tiada dalam negara kerana bercuti.

Tahun 2011 misalnya, semasa diambang menyambut adil fitri, beliau bercuti ke Perth Australia, manakala tahun lalu di ambang perayaan natal dan menyambut tahun baru, beliau berada di Amerika Syarikat.

Najib, kini jadi mainan di laman sosial, kerana isu kangkong. Pemberi komen berkaitan kangkong tidak terhad kepada bukan penyokong kerajaan, malahan penyokong kerajaan pun tidak kurang ramainya. Hanya mereka yang hanya tahu menyokong tetapi tidak tahu membantah sahaja yang tidak mahu bercakap soal kangkong.

Najib juga mendapat kritikan pedas daripada segenap lapisan masyarakat kerana lifestyle yang boros, ditambah minat isterinya berbelanja seperti Emelda Marcos.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga memberi kenyataan sinis, berkaitan dengan cara Najib berbelaja, termasuklah pemilikan jet kegunaan pembesar negara.

Kenaikan harga barang yang dihubungkan dengan pengurangan subsidi petrolium, gula dan kenaikan tarif litrik, sehingga barisan nasional=BN diganti dengan akronim baru=Barang Naik menyebabkan Najib merasa tertekan. Sifat semulajadi manusia, apabila merasa tertekan, maka sukar mengambil contoh terbaik untuk diucapkan, atas sebab itu, apabila berkata mengenai naik turunnya harga barang, maka terpilihlah sayur kangkong.

Sebagai Menteri kewangan, beliau tertekan melihat hutang negara yang mencapai RM800 bilion berbanding simpanan tetap negara RM441 bilion. Hutang negara itu juga merupakan 82 peratus GDP negara tahun 2012 (USD 303.53 bilion).

Melihat kepada jumlah hutang yang besar itu, Najib terpaksa mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan negara, kerana khuatirkan penarafan hutang negara diturunkan oleh pihak peminjam, sehingga kerajaan tidak boleh meminjam untuk membiayai pembangunan.

Memang polisi itu baik untuk negara, namun apa yang dikritik oleh rakyat bahawa tindakan Najib tidak selari dengan lifestylenya.

Langkah mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan JUSA C ke atas yang termasuk dalam 11 langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan, diiukti oleh pelantikan setiausaha-setiausaha politik dan duta khas bertaraf menteri; ertinya perbelanjaan kerajaan akan kembali kepada square one.

Penurunan nilai ringgit berbanding bakul mata wang antarabangsa terutama dollar amerika, menyebabkan kenaikan gaji, pemberian BR1M tidak bermakna. Lemahnya nilai ringgit menyebabkan harga barang yang diimport menjadi mahal dalam negara. Selain itu, faktor alam dan fenomena ekonomi global mendorong kenaikan harga barangan, sehingga sara hidup juga meningkat.

AYT tidak dapat menafsirkan jika keadaan sekarang berlaku sebelum PRU-13?

Keris Pusaka Melayu

Posted: 15 Jan 2014 11:41 AM PST

Keris Pusaka Melayu


Shopping Complex Ditutup Kerana Big Mama Shopping di Los Angeles ?

Posted: 14 Jan 2014 09:05 PM PST

Makin lama nampak makin meluat orang dengan Big Mama. Kalau betul maklumat orang bagi tahu kata Shopping Complex kena tutup pasal BM Shopping rasa kita kena beritahu PM jangan biar ia berulang.

Kalau tun hasmah tak pernah kita dengar rumours macam ni tapi sekarang masalah makin bertambah dengan gelagat bini PM yang nampak macam tidak peduli maruah suami sebagai orang yang no wahid malaysia.

Pegawai pmo kena berani tegur benda macam ni takut ia makin melarat hingga rakyat jadi meluat. Tempat beli belah kata kawan yang dimaksud ialah di Roberto Cavalli Rodeo Drive di Los Angeles.

P/S – Jangan sampai Najib pun kena turun sebab perangai bini seperti PAk lah kena sebab Khairy.


PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Jan 2014 11:34 AM PST

PEJUANG BANGSA


TUTUP PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN ANAK MELAYU BUKTI KERAJAAN PR ALERGIK NAMA MARA

Posted: 15 Jan 2014 06:47 AM PST

Usaha Kerajaan Pusat membangunkan modal insan negara melalui latihan kemahiran kepada bumiputera dijangka terbantut pada masa depan apabila kerajaan negeri didakwa bertindak mengarahkan pusat latihan kemahiran GiatMara di Taman Selayang Baru ditutup akhir tahun ini.

Utusan Malaysia difahamkan arahan itu dibuat menerusi satu surat yang dikemukakan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak kepada pengurus pusat latihan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkenaan yang bertarikh 2 Disember tahun lalu.

Dalam surat tersebut, kerajaan negeri memberikan tempoh kepada pengurus pusat latihan itu untuk berpindah tanpa sebarang ganti rugi dan pampasan dalam tempoh 12 bulan bermula 9 Disember 2013 hingga 10 Disember 2014 atas alasan tanah seluas 11,396 kaki persegi yang diduduki pusat itu sejak 20 tahun lalu tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.







Malah, kerajaan negeri turut memberikan amaran akan mengambil tindakan terhadap pengurusan pusat latihan terbabit tanpa sebarang notis atau ganti rugi di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus menyelar tindakan kerajaan negeri itu yang disifatkannya seolah-olah mahu menutup peluang kepada rakyat negeri ini, khususnya bumiputera untuk mendapatkan hak pendidikan dari segi latihan kemahiran.

Tegasnya, walaupun dari segi perundangan kerajaan negeri mempunyai hak untuk berbuat demikian, namun penutupan pusat GiatMara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan negeri tidak mengalami apa-apa kerugian.

Bahkan, katanya, pusat latihan itu sendiri selama ini sebenarnya banyak menyumbang kepada pembangunan modal insan di Selangor.

Beliau turut dimaklumkan Exco kerajaan negeri, Ean Yong Hian Wah telah membawa rombongan daripada wakil perniagaan Cina melawat pusat tersebut sebelum ini.



"Saya difahamkan lokasi pusat GiatMara itu mungkin diambil untuk tujuan pembangunan komersial. Jika perkara itu benar, malanglah kepada nasib anak-anak Selangor, khususnya dalam kalangan bumiputera untuk mendapatkan pendidikan latihan kemahiran.

"Soalnya mengapa kerajaan negeri menyasarkan pusat GiatMara, sedangkan di Selangor ini masih banyak kilang-kilang, pusat judi serta urut dibina dan beroperasi secara haram yang boleh diambil tindakan termasuk merampas tanah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Shukor yang juga Ketua UMNO Bahagian Selayang turut menjelaskan bahawa pusat GiatMara di Taman Selayang Baru itu dibina serta beroperasi sejak 1994 yang pada mulanya merupakan sebuah dewan serbaguna atas dasar kerjasama dan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat ketika itu.

Ini kerana, katanya, pusat tersebut adalah untuk melatih anak-anak Selangor dalam bidang kemahiran dan sepatutnya kerajaan negeri ketika ini bersama-sama membantu dalam usaha murni itu, bukan sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zein Isma Ismail mengutuk tindakan kerajaan negeri itu sekiranya benar, selain meminta pentadbiran Selangor ketika ini mencari alternatif sesuai bagi membolehkan pusat GiatMara berkenaan terus beroperasi dalam membangunkan modal insan negeri ini.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu sedar bahawa dalam membangunkan Selangor ini, kerajaan Pusat telah menyalurkan kerjasama serta bantuan sejak sekian lama.
"Kerajaan negeri sepatutnya melakukan perkara yang sama untuk kepentingan rakyat meskipun berlainan ideologi politik," katanya.

Pengikut