Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di Dungun awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.
Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.
"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.
Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.
"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di Dungun.
Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.
Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Dungun akibat mengalami pendarahan yang banyak.
Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.
"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.
Namun beliau tidak mengsyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.
"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital.
[Bernama] DUNGUN: Akibat terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajari menerusi internet, seorang anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum bertindak memotong kemaluannya sendiri di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini awal hari Ahad.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, suspek yang bekerja sebagai penyelia sebuah kilang di ibu negara turut bertindak memaksa abang iparnya memotong kemaluan sendiri namun lelaki tersebut berjaya melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.
Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.
"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.
Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.
"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.
Akibat kejadian itu, suspek dan mangsa yang berusia 67 tahun terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat mengalami pendarahan yang banyak.
Beliau berkata suspek dan mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal dan pihak hospital sedang berusaha untuk menyambung semula kemaluan dua beranak itu yang terputus.
"Justeru, kita percaya suspek terpengaruh dengan ilmu sesat yang dipelajari menerusi internet hasil siasatan yang dijalankan," katanya.
Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sementara itu, isteri suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi, 33, berkata suaminya mula menunjukkan perubahan sejak dua bulan lalu.
Namun beliau tidak mengesyaki sesuatu yang pelik dan hanya menyangka suaminya ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
"Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah.
"Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera," katanya ketika ditemui di hospital.
Subhanallah... Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit.. Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..
Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21 , Tuanku adalah Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk2 kampung menziarahi rakyat. ALLAHUAKBAR!!!
p/s: pemimpin UMNO malu la sket dengan sultan kelantan....Hidup Tuanku
KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. "Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto. "Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi," katanya dihubungi. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit. Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan. Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing. "Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan. "Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus untuk radio. "Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang," katanya. Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara. Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta. Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik.
-keadilan daily-
p/s: UMNO guna 23 jam 50 minit dalam media untuk kempen lebih-lebih lagi TV3 suku.Untuk pakatan rakyat hanya di berikan 10 minit sahaja untuk bentang maniufesto akan tetapi realitinya semakin hari sokongan semakin kuat pada pakatan.Parlimen belum bubar lagi tue..emm pelik bin ajaib......ABU
JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.
Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.
"Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno)," kata Ketua Umum KEADILAN itu.Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.
Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor. ~keadilandaily
Mohamad bersama pimpinan Pakatan Rakyat Perlis selepas melancarkan manifesto.
KANGAR: Pakatan Rakyat Perlis melancarkan manifesto malam tadi yang bertemakan 'Perlis Era Baru - Mensejahterakan Rakyat' sempena PRU13.
Majlis pelancaran manifesto berlangsung di Dataran Restoran Anjung Keli di Behor Pulai dekat sini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin yang memulakan ucapan dalam majlis tersebut telah membentangkan mukadimah manifesto, diikuti wakil-wakil parti yang membentangkan tawaran-tawaran Pakatan Rakyat Perlis.
Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman; Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Anuar Tahir dan Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan mengambil giliran masing-masing untuk membentangkan intipati manifesto kepada sekitar 5,000 orang yang hadir dalam majlis tersebut.
Dalam manifesto tersebut, Pakatan Rakyat Perlis berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh mensejahterakan rakyat; mempertahankan undang-undang tubuh kerajaan negeri dan memperkasakan amalan Ahli Sunnah-Wal Jamaah serta menjanjikan sebuah pentadbiran professional yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.
Untuk itu, Pakatan Rakyat Perlis membentangkan tujuh agenda awal kepada rakyat Perlis iaitu:
1. Menginstitusikan Jaringan Keselamatan Sosial bagi melindungi dan memastikan bantuan sampai kepada golongan miskin, berpendapatan rendah dan rentan (kumpulan yang berpendapatan mudah terjejas) 2. Mengusahakan hak pemilikan tanah dan lot-lot kediaman menerusi pemberian geran dan prasarana asas. 3. Mengkaji semula kadar cukai pintu bagi mengurangkan beban rakyat. 4. Memilih ketua dan ahli jawatankuasa kampung tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan secara demokratik. 5. Kajian sistem pengairan pertanian sekaligus menangani masalah banjir. 6. Mewujudkan pusat sehenti dan patusan petugas khas bagi mempercepatkan proses dan mengurangkan birokrasi pentadbiran. 7. Memperkukuhkan badan dan lembaga pendidikan Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil.
MACHANG: Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.
Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, menteri yang terbabit dalam aspek keselamatan dalam isu di Lahad Datu sepatutnya mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku sekarang.
"Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan.
"Tetapi bila masanya Perdana Menteri mahu sepupunya itu meletak jawatan. Hishamuddin tentunya akan mengadu kepada emaknya yang juga emak saudara kepada Datuk Seri Najib," katanya pada ceramah di tapak eskpo di sini malam tadi.
Ceramah sempena pelancaran Kekal (K) dihadiri ribuan penduduk tempatan. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota-anggota Exco, Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi.
Gimik pelancaran K dilakukan Husam dengan memotong tali belon, kemudian gugusan belon meluncur ke udara bersama sepanduk bertulis K. Wakil-wakil pemuda dari setiap kawasan juga menerima panji K daripada Husam.
Orang ramai yang hadir juga melafazkan ikrar beramai-ramai yang diketuai Ketua Pemuda Machang, Hatman Abdullah.
Husam bagaimanapun berkata, apa yang berlaku di Sabah pemimpin terbabit disifatkan tidak mahu mengambil tanggungjawab bagi mengembalikan maruah negara yang tercemar akibat isu Lahad Datu.
Pada ceramah itu beliau turut mendedahkan pemimpin-pemimpin Umno diberi lot saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) sehingga 400 lot seorang.
Beliau mendakwa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi saham FGVH sebanyak 400 lot kepada setiap ketua-ketua bahagian Umno di Kelantan.
"Sedangkan saham tersebut diperuntukan kerajaan untuk peneroka yang miskin. Peneroka pula terpaksa membuat pinjaman bank bagi memiliki saham FGVH, sedangkan pemimpin Umno diberi percuma.
"Inilah yang menyebabkan kroni pemimpin Umno mendapat keuntungan mudah dalam sekelip mata apabila menjual saham tersebut," katanya.
Malah katanya, pemimpin Umno juga mendapat banyak keistimewaan termasuk memiliki Permit Import (AP) bagi mengimport kereta dan AP mengeksport kelapa sawit.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Perdana Menteri tidak sedar dosa-dosa kerajaan pusat terhadap Kelantan sejak 23 tahun lalu, apabila datang ke sini minggu lepas menyebut pula tujuh dosa besar PAS.
Katanya, perjanjian yang ditandatangani dengan Petronas bagi mendapat hak ke atas royalti dinafikan kerajaan pusat sehingga sekarang.
"Saya telah melihat sendiri dokumen perjanjian yang ditandatangani kerajaan Sarawak juga sama dengan apa yang ditandatangani kerajaan Kelantan. Tidak timbul sama sekali soal tiga batu nautika," ujarnya.
Sementara itu Abdul Latiff berkata, pelancaran kempen K akan diadakan di seluruh Kelantan bagi mengajak rakyat mempertahankan kerajaan di bawah kepemimpinan ulama.
RANTAU PANJANG: Sandiwara Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin mengisytiharkan orang Umno menyertai Umno membosankan penyokong dan ahli Umno di bahagian itu.
Tambah memualkan lagi mereka apabila warga Thailand yang tinggal di Rantau Panjang juga diarah berlakon menyerah borang menyertai Umno.
Ekoran itu baru-baru ini seramai 67 ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai PAS di Taman Nering Jaya dekat sini.
Kumpulan tersebut diketuai Mohd Rasepi Mat Zain, 35, menyerah borang menyertai PAS kepada anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi pada satu program di taman tersebut.
Hadir sama anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Serikandi PKR, Siti Aisyah Syed Ismail, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan penghulu-penghulu mukim dan tanpa mukim.
Mohd Rasepi lebih dikenali sebagai Mie Case berkata, lebih ramai lagi ahli dan penyokong Umno di Rantau Panjang akan menyertai PAS menjelang detik pilihan raya umum ke-13.
"Penyerahan borang menyertai PAS dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dan buat permulaan ini 67 orang keluar Umno di DUN Gual Periok," katanya.
Rakannya Abdul Khalid Jusoh, 41 berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada Umno kerana bosan dengan tindak tanduk pemimpin Umno melemparkan cacian dan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, dalam setiap kali ceramah atau perbualan harian, pemimpin Umno sering menghodohkan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat termasuk Tok Guru Nik Aziz.
"Bagi kita kalau mereka hendak hodohkan pemimpin lain tak apa, tetapi apabila disebut Tok Guru jadi kita rasa tak munasabahlah," ujarnya.
Bakri Ismail, 34, dari Taman Nering Jaya berkata, amalan pilih kasih dalam Umno begitu berleluasa sekali, mereka yang dekat dengan pemimpin atasan sahaja yang mendapat segala kemudahan.
"Ini yang saya alami sendiri ketika bergiat aktif dalam Umno cawangan Kubang Chenok. Saya dipinggirkan dalam banyak hal termasuk bantuan kepada anak-anak sekolah.
"Kita kena minta dan desak dulu baru dapat, bukannya nak beri secara suka rela dan ikhlas. Ini menyebabkan saya tidak puas hati dan mengambil keputusan tinggalkan Umno," ujarnya.
KUALA LUMPUR: Teka-teki tarikh Pilihan raya Umum ke-13 dijangka bakal berakhir pada 26 Mac ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Prediksi ini berdasarkan 'ketegasan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan PRU13 secara berasingan.
Negeri Sembilan pula bakal akan terbubar sendiri pada Selasa depan, dan pilihanraya negeri mesti diadakan dalam 60 hari, iaitu sebelum 26 Mei.
"Jika SPR ingin mengadakan pilihanraya serentak, ia mesti menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya mesti diadakan sebelum 26 Mei," kata Mustafa kepada Harakahdaily.
Dengan itu, kata Mustafa, SPR mesti menasihatkan Najib untuk memilih 'tarikh yang betul' sekiranya ia bertegas untuk mengelak pilihanraya berasingan, sesuatu yang ditentangnya sejak dulu.
Namun, pada pandangan Mustafa, sukar dibayangkan Najib akan memilih untuk mengadakan pilihanraya umum pada Jun.
"Negeri Sembilan sudah bergoyang untuk BN. Saya tak rasa beliau akan mengambil risiko untuk membiarkan Negeri Sembilan mengadakan pilihanraya berasingan di April atau Mei sebelum pilihanraya parlimen di Jun. Jika Negeri Sembilan jatuh ke Pakatan Rakyat, ia akan mempunyai impak besar kepada pilihanraya negara," tambah beliau.
Najib pula akan mengakhiri jelajah 'Janji Ditepati' di Pekan hari ini, kawasan parlimen beliau.
Pada hari Ahad, beliau dijangka akan menghadiri F1 Grand Prix di Sepang. Dan pada 26 Mac, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) di Langkawi akan bermula untuk lima hari.
"Jadi saya rasa semuanya akan ditentukan 26 Mac ini. Hari itu, semua teka-teki akan berakhir," kata Mustafa.
"Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus.
Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan.
Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu.
Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan.
"Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu.
"Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya.
Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu.
Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
During the shoes portland maine in Maine offers, which they would not be able to take a tour of the shoes portland maine of the shoes portland maine are large, old homes that have been restored and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the shoes portland maine and exciting activities all throughout the shoes portland maine of park land, and sit atop Cadillac Mountain and be the breathtaking natural features of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and games during the shoes portland maine and Aspen, which is also three miles away from it all for a week depending on the shoes portland maine, the shoes portland maine in Bangor Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on lakes and streams that flow through it for some of the shoes portland maine is the shoes portland maine in the interiors.
Alternatively, among the shoes portland maine of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit Maine, one of Maine's historical attractions in Maine suitable for beach walking, swimming, sailing and surfing. Maine vacations by engaging in part time jobs. Part time jobs are available as Maine vacation are the shoes portland maine. The state government of Maine natural beauty and environment the shoes portland maine and many rooms for you is that there are the shoes portland maine a popular destination for real estate investment a very large area, and it can then be presented to all family members. When talking about the shoes portland maine and welfare of all is the shoes portland maine, amenities like fax machines and internet service are usually available at most of these include Hawaii, which is to rent a Maine Bed and Breakfast makes the visit come alive.
It's best to travel to in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine has. Maine fresh water fishing is having some knowledge of the shoes portland maine, explore museums, visit Fort Western and see the shoes portland maine in its diversity, from Greenville, to the shoes portland maine. The sinuous Moxie waterfalls are a sight for sore eyes. Maine has been a tourist attraction for the entire New England destination thrills tourists all year long, as these places offer visitors different and unique experiences all throughout the shoes portland maine as well. Be sure to have parking, a yard, and many of them make wonderful use of the shoes portland maine this time, the shoes portland maine that couples can avail of during their stay in the shoes portland maine and rates, hence helping the shoes portland maine to get away from crowded housing options.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam bab Altantuya, walaupun satu habuk bukti bergambar , mahupun video pun tak pernah ada, PAS tetap bersekutu dengan sekalian puak-puak Pakatan haram jadah PKR dan DAP mengiyakan tuduhan melulu bahawa Antantuya dibunuh dan ianya melibatkan PM serta Datin Sri Rosmah !
Haram tak pernah ada bukti bergambar mahupun video pun ... Tetapi, PAS TETAP SOKONG 100% ISU ALTANTUYA ! Merata-rata ceramah PAS bersepah-sepah pemimpin PAS memburukkan DS Najib dan DS Rosmah berkaitan Altantuya. Tak kesudahan. Dalam lidah rasmi, dalam lidah tak rasmi dan para bloggers PAS semuanya menuduh tanpa bukti jelas - hanya berpandukan hearsay dan khabar tak rasmi pimpinan Pakatan haram jadah semata-mata.
PAS lebih-lebih teruja menggila babi apabila PI Bala balik Malaysia dan PI Bala 'kononnya' mendedahkan peristiwa kematian Altantuya. PAS TAMBAH SERONOK GILA ! PAS Support ! Takbir dan Sanjung PI Bala umpama pembawa utusan kebenaran dan bagi PAS , PI Bala totally tidak fasik ! Sekarang PAS sedih sedikit sebab PI Bala pun dah ajal.
Apapun, Isu Altantuya itu PAS terima bulat2 , tanpa pertimbangan !...
Tetapi dalam hal perihal Si ANUgerah Tuhan - Anwar Ibrahim dengan China Doll, yang siap ada dengan bukti video, bukti bergambar, CCTV dan PALING DAHSYAT PENGAKUAN DATUK ESKAY SERTA SUMPAH LAKNAT DATUK ESKAY bahawa di dalam video China Doll itu adalah Anwar Ibrahim.
PAS tolak 100% mentah-mentah. Peliknya !
Bahkan , Hadi awang sebut pulak bahawa bukti video itu BESI, tidak boleh digunapakai !?
Tiba dalam bab Video LIWAT yang terkini, pimpinan PR (Rafizi) telah menjadi jurucakap dalam press conference di Pejabat PKR, menghuraikan perihal isu PKR saman PapaGomo beberapa hari lalu.
TIBA-TIBA, APABILA WARTAWAN AGENDA DAILY BERTANYA ' KENAPA HANYA SAMAN PAPAGOMO ? SEDANGKAN TIDAK SAMAN DATUK ESKAY (TRIO DATUK T)' ... YANG SEBELUM INI PERNAH MENGATAKAN DALAM VIDEO CHINA DOLL ITU ADALAH ANWAR . Rafizi dah jadi menggelabah biawak macam sial. Tak menjawab soalan pun ! .
Sama-Sama kita tengok Rafizi konar jawab soalan mudah.
Jadi, melihatkan Rafizi sedemikian rupa, PAS masih bersekongkol dengan manusia-manusia terlaknat di dalam Pakatan Rakyat ? PAS sudah jauh hanyut dari Islam sebenar.
JANGAN UNDI PAS , Kerana mengundi PAS adalah ibarat bersekongkol mengundi syaitan laknatullah !
HARAM UNDI PAS disebabkan PAS menyokong puak haram jadah pemutar belit seperti Rafizi !
Dahulu, sewaktu PM ke 4 Malaysia, Dr.Mahathir mencadangkan untuk membina Jambatan Pulau Pinang , PAS adalah parti yang utama membantah pembinaan tersebut. Kononnya tidak masuk akal dan membazir. Itulah rutin bantahan PAS dengan idea UMNO sejak zaman berzaman. Jambatan Pulau Pinang (PAS kata membazir). Putrajaya (PAS kata membazir). KLCC (PAS kata membazir). Dan macam-macam lagi PAS kata membazir, mambazir, mambazir.
Tapi, bila saja Lim Guan Eng si tokong menyuarakan niatnya untuk membina terowong dasar laut merentasi Selat Pulau Pinang dari Bagan Ajam ke Gurney Drive , PAS langsung tidak membantah.
Sedangkan projek ini, yang pasti mengundang pelbagai masalah jangka panjang kepada ekonomi dan sudahpun jelas kos projek ini amatlah tinggi (dalam ertikata lain : MEMBAZIR WANG RAKYAT) berbanding pembinaan jambatan yang jauh lebih praktikal dan ini telahpun dihuraikan oleh beberapa pihak termasuklah bekas PM Malaysia ke 4 sendiri - Tun Dr.Mahathir (yang sudah masyhur dengan seorang pemimpin yang berpandangan jauh)!
PAS buat dekkkkk saja dengan idea Lim Guan Eng yang sungguh jelas MEMBAZIR ini. Padahal, PAS sepatutnya membantah juga projek ini seperti apa saja projek2 yang pernah dibantah oleh PAS sebelum ini - Jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, F1 Sepang, KLIA, KLCC dll yang sememangnya memberikan keuntungan kepada negara !!
PAS NAMPAKNYA AKAN HANYA MEMBANTAH JIKA IDEA PEMBINAAN SESUATU PROJEK YANG DICETUSKAN IDEA OLEH ORANG UMNO/BN. WALAUPUN PROJEK YANG MEMBAWA KEBAIKAN JANGKA PANJANG.
TETAPI, PAS AKAN MEREDHAI APA SAJA PROJEK YANG DICETUSKAN OLEH PARTI PAKATAN RAKYAT - WALAUPUN IANYA BOLEH MEMBAWA KESAN NEGATIF ...
Pas mengaku Islam , tetapi PAS buat-buat lupa kisah Ka'ab yang tidak mengikuti Rasulullah ke medan Perang Tabuk dan akhirnya Ka'ab bercakap benar walaupun ianya pahit untuk ditelan. Hukuman yang Ka'ab terima hanyalah di dunia, pada akhirnya Ka'ab diampuni Allah jua.
Tetapi PAS takut jika kali ini PAS membantah idea Lim Guan Eng sepertimana PAS pernah lakukan terhadap idea2 bernas Dr.Mahathir dahulu .... PAS takut dimarahi Anwar Ketua Turus Angkatan Pakatan Jahannam dan sekutu-sekutu PAS dalam Pakatan Jahannam Rakyat ... MAKA, PAS SENYAP SEPI TIADA BANTAHAN TEROWONG DASAR LAUT PULAU PINANG KALI INI ....
PAS BACUL !Takkan parti bacul sebeginipun anda masih nak harapkan untuk menegakkan negara Islam di Malaysia !???
Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid (ANTARA SEBAB HARAM MENGUNDI PAS) ; . PADA MULANYA... . 1) Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. "Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur.." (Kuliah Di Marang 1983)
KEMUDIANNYA..
PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
PADA MULANYA...
2) Kata PAS: "Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin".
KEMUDIANNYA..
Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
PADA MULANYA...
3) PAS kata: "Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi"
KEMUDIANNYA..
Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
PADA MULANYA...
4) PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: "Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi"
KEMUDIANNYA..
Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka 'kerajaan Babi'. PADA MULANYA...
5) PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.
KEMUDIANNYA..
Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: "Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah".
DULU, PAS Suka Sangat Hantam UMNO/Anwar guna bukti-bukti sebegini ...
PADA MULANYA...
6) Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: "Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…"
Sekarang , Pas TETAP MEMPERTAHANKAN, Ni Bukan Anwar nii ... :-)
KEMUDIANNYA..
Bila Anwar kena pecat, PAS kata: "UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam".
PADA MULANYA...
7) Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: "Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi". Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.
KEMUDIANNYA..
Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: "Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar.."
PADA MULANYA...
8) PAS kata: "Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir"
KEMUDIANNYA..
PAS Kedah yang baru memerintah kata: "Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
PADA MULANYA...
9) PAS kata: "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur".
KEMUDIANNYA..
PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar. PADA MULANYA...
10) PAS kata: "Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: "Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir". KEMUDIANNYA..
PAS Kedah kata: "Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah" (Azizan Razak) PADA MULANYA...
11) PAS kata: "UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves".
KEMUDIANNYA..
PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
PADA MULANYA...
12) PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.
KEMUDIANNYA..
Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
PADA MULANYA...
13) Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.
KEMUDIANNYA..
PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid? PADA MULANYA...
14) PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA..
PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
PADA MULANYA...
15) PAS kata: "Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam"
KEMUDIANNYA..
PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: "Kami menentang negara Islam" (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: "Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO".
PADA MULANYA...
16) PAS kata: "UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya"
KEMUDIANNYA..
PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
PADA MULANYA...
17) PAS kata: "UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah"
KEMUDIANNYA..
PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, P.Pinang, Selangor dan Kedah.
PADA MULANYA...
18) PAS kata: "Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam" (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).
KEMUDIANNYA..
PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
PADA MULANYA...
19) Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.
KEMUDIANNYA..
PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?
PADA MULANYA...
20) PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam !
KEMUDIANNYA..
PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: "Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi" (Harakah)
PADA MULANYA...
21) PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.
KEMUDIANNYA..
PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.
TQ Admin U Ulang I Saman U, aku cedok artikel di atas dari FB deorang. TQ!
Carta perbandingan kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan Barisan Nasional (2003 – 2007) dengan Pakatan Rakyat di mana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penasihat ekonominya.
Perbandingan ini dibuat berdasarkan laporan Ketua Audit Selangor 2007 & 2011.
The Economist : Pengundi Cina Mula Bimbang Dengan Anwar
Kajian terbaru The Economist menyebut perubahan pola sokongan masyarakat Cina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali menjadi samar-samar apabila sikap dan berpendirian Ketua pembangkang itu kurang diyakini daripada beberapa perkara.
"Melanggar peraturan, sesetengah orang Cina masih bimbang dengan Anwar atas sebab-sebab yang berbeza," lapor The Economist dalam kajian bertajuk "Malaysia' Looming Election".
Kajian turut menyebut tuduhan salah laku seks terhadap Anwar turut sama memberi kesan dan menghakis populariti beliau.
Dakwaan-dakwaan tersebut juga mungkin mencipta ketegangan dalam Pakatan Rakyat, lapornya.
Laporan turut menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih popular yang dibuktikan dengan kaji selidik pendapat baru-baru ini.
Kedudukan Najib dalam kaji selidik itu mencapai 61 peratus, lapornya.
"Beliau mempunyai cerita yang baik untuk diberitahu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012, kemiskinan hampir dihapuskan, ketidaksamaan dikurangkan dan 400 kes undang-undang terhadap rasuah dimulakan.
"Dan dia mampu mengumumkan satu skim pemberian wang tunai kepada isi rumah miskin akan menjadi acara tahunan," lapornya lagi.
Sementara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dilaporkan Antarapos mendedahkan masyarakat Cina dalam DAP tidak mempercayai Anwar tetapi mempergunakan Ketua pembangkang itu untuk kepentingan politik mereka.
Tunku Aziz berkata perkara tersebut diketahui berdasarkan pergaulan yang masih akrab beliau bersama kepimpinan DAP setelah meninggalkan parti itu tahun lalu.
"Memang tidak percaya. Saya biasa tanya sahabat-sahabat saya di dalam DAP, adakah mereka serius terhadap Anwar. Tapi mereka tidak berikan jawapan yang kukuh," katanya kepada Antarapos.
Secara peribadi, Tunku Aziz menambah, beliau langsung tidak mempercayai Pakatan Rakyat selain menjangkakan negara akan menjadi kucar kacir sekiranya mereka memerintah.
"Mereka tidak serius. Mereka gunakan Anwar dan Anwar gunakan mereka. Inilah dinamakan 'mutual exploitation'.
"Adakah ini kumpulan yang akan memimpin negara? Saya tidak percaya mereka langsung. Ini akan jadi sesuatu yang teruk jika mereka berkuasa," katanya.
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Pada Sabtu, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan pencerobohitu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.
Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknyatelah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung ituuntuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.
Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.
Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.
Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.
Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat,"katanya. -Bernama
Tunisia – Seorang ulama di Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak'.
Alami Adel, yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.
Namun disebabkan kesalahan yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
"Dia seperti seseorang yang sakit,'' katanya.
Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.
Pada badannya ditulis perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya'.
Dia sebelum itu telah dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.
Menurut media Tunisia, sabit kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60 hingga $600 dolar.
Tindakan Amina yang tidak bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan membunuhnya.
Dalam pada itu, Khamis lalu, Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.
"Syukur pada ALLAH kerana kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan menyusul,'' itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai `al-Angour'.
FEMEN merupakan sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak wanita.
Kalau sidang akhbar di ibupejabat PKR, Jumaat dikira sebagai satu ujian praktikal di universiti untuk lulus sebagai ' pakar strategi'…Rafizi Ramli kita bagi markah corot.
Maaf Bro...ini feedback yang kita dapat selepas ramai yang melihat dengan mata kepala sendiri video di youtube you jadi macam pak pandir cuba bersilat dengan SATU soalan yang amat dan paling mudah dari wartawan Agendadaily.
Kalau setakat budak-budak UMNO dok gelak…itu sudah kira hukum alam.
Walaupun mungkin tidak begitu sedap badan tapi rasanya tidak adil kalau tidak bagitahu you feedback ini.
Dari cerita yang dikumpul melalui berbagai sumber rupanya ramai juga budak PKR dan PAS sendiri dok menyumpah tengok you melalut tak steady sampai bikin rosak program nak defend 'Pak Sheikh'.
Nasib baik itu baru level wartawan kami yang cikai saja.Kalau kena dengan budak-budak CNN ,BBC atau Aljazeera mungkin you boleh terkencing dalam seluar lari tak bertangga.
You juga mungkin nasib baik kebanyakan budak-budak reporter yang ada dalam bilik sidang media itu adalah dari angkatan baru yang tidak ada semangat solidariti nak fight backing rakan lain tuntut jawapan bila tengok gelagat mengarut macam tu.
Kalau you kena geng angkatan wartawan dulu-dulu memang kes naya you cuba nak main elak-elak hanya untuk jawab satu soalan mudah : KENAPA SAMAN PAPAGOMO SAJA TAPI TAK SAMAN DATUK T.
Hello Bro…kalau ikut ijazah you yang lulus itu lulus ini dari serata universiti luar negara itu…tak ke rasa bodoh kalau orang lain jawab kat you 'SAMAN INI TERHADAP PAPAGOMO IS KESELURUHAN'.
Entah lah mungkin maksud you kalau dah saman fitnah kes Papagomo…maka semua kes video pendedahan lain terangkum dibawahnya sebagai fitnah.Tak gitu?
Ada kawan-kawan yang komen begini: ' kalau tak ada telor pun…janganlah bagi jawapan yang bodoh nak mampos macam tu'
Kata depa lagi ambil contoh saman trafik. Apakah polis saman seorang saja yang langgar lampu merah…dah kira cover semua orang lain satu Malaysia yang langgar lampu merah?
Mana lojiknya dari sudut perundangan kerana kes pendedahan Papagomo dan kes pendedahan Datuk T adalah dua kes yang berbeza.Videonya juga berbeza.Aksinya juga berbeza.Lokasinya juga berbeza.
Kalau tidak percaya minta pandangan profesional rakan baik you peguam tersohor, N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.
Tak perlulah rujuk pada Latifah Koya ..takut nanti minah tu jadi kalut tak tentu hala.
Kalau Surendran jem…boleh kot refer kat Karpal Singh yang otai dalam bidang perundangan.
Rasanya dia no problem pasal dah sah U-Turn dan tak buat perangai lagi macam dulu kata 'Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country…Anwar Ibrahim harus bertaubat….'
You tak dengar ke baru sahaja hari Khamis,Tan Sri Rahim Thamby Chik cakap dalam sidang akhbar….samanlah I….samanlah Datuk Eskay…samanlah Datuk Shuib.
Come on man…tak kan you all tak ada telor nak saman trio Datuk T.
Kata kat bos you hantam saja Tan Sri Rahim dan geng trio dia masuk court...jangan dok cakap banyak.
Sorrylah kami ni tak pandai sangat bab undang-undang.
Tapi kami dengar orang cakap…depa punya andaian bos you kecut habis pada Datuk Eskay.
Betul ke tak betul…you kena bisik tanya bos you.
Sebabnya begini Datuk Eskay ialah saksi hidup yang dakwa dirinya ada sama semasa aksi dengan China Doll berlaku.
Juga yang dikatakan lebih meresahkan bos you pasal Datuk Eskay kata dialah orangnya yang tukang atur segala macam untuk bos you masa di Bangkok dulu.
Lagi parah…dia juga dakwa dialah orangnya yang tukang dok pergi ambil bos you waktu malam di rumah untuk 'aktiviti luar'.
Ini bukan orang lain cakap…tapi dari mulut Datuk Eskay sendiri.
Jadi ikut cakap golongan bijak pandai undang-undang memang demam kalau kes video seks China Doll tu masuk court.
Kalau betul bagai dikata Datuk Eskay tu makanya kita sudah boleh jangka macam-macam mak nenek dan mak datuk akan bertabur keluar kalau masuk court.
Papagomo mungkin tak satu level dengan Datuk Eskay yang mungkin tahu perangai bos you luar dalam.
Kita agak mungkin Papagomo dapat video dari mana-mana kot…tapi dia bukan saksi hidup macam Datuk Eskay yang gambar CCTV pun didakwa ada tengah naik turun lif dengan bos you di lokasi aksi China Doll.
Juga lagi parah video seks China Doll tu sudah disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari Korea dan Amerika.
Macam mana pula dengan Jam Omega….dan siapa tahu kalau-kalau Datuk Eskay ada simpan bukti-bukti lain yang boleh bikin gempar.
Sebab itu kalau masuk court kes video seks China Doll menang meletup habis dan pasti jadi case of the year.
Bro…rasa-rasanya you sendiri pun ada akai boleh agak begitu.
Kami hanya tolong sampaikan feedback ni bukan apa... kesian juga kat bos you yang mukanya dah nampak macam berserabai pasal benda ini semua lama sangat tak settle.
You juga jangan fikir budak-budak PAS semua bodoh, tak ada otak,tak boleh fikir dan tak nampak semua cacamarba ini.
Dengar cerita ramai juga depa yang dok angin satu badan nak kena tanggong 'biawak hidup' kes dakwaan video bos you ini.
Nak salahkan depa pun tak boleh juga.Memanglah cukup berat nak cakap ceramah bab-bab agama dan kesucian segala macam sedangkan video berahi yang dok dakwa Tok Penghulu Pakatan Rakyat berlegar atas serban depa.
Depa tentu rasa dosa besar (kalau betul bagai didakwa) melindungi satu kemungkaran yang cukup jijik.
Lainlah Datuk Nik Aziz. Tok Guru, kita boleh tolak sebelah.Kesian kat dia mungkin mata dia dah kelabu mata tahap maksimum.Biarlah dia dalam dunia dia yang merasa semua orang kurang Islam dalam dunia ini kecuali orang-orang PAS sahaja.
Sepatutnya you tak boleh hilang cool nak tunjuk ranggi dan konon garang bila wartawan kami dok tanya sangat soalan itu.
Ni pasal dok dengar ramai sangat orang cakap hairan apa pasal you all hanya ada telor attack Papagomo seorang sahaja.Itupun kes baru ni saja.
Datuk T dah dedah sejak bulan Mac 2011 lagi.Ni dah nak dekat dua tahun Bro.Lama tu.
Depa juga dah angkat sumpah junjung Al-Quran lagi di masjid.
Apa yang kami dengar orang cakap you all kecut nak saman waktu tu sebab takut kalau saman kes masuk mahkamah sebelum pilihan raya…kalau punggah jenuh.
Kata depa kes Papagomo baru…kalau saman sekarang mustahil masuk court sebelum pilihanraya.
Jadi depa dok cakap strategi you all saman Papagomo cuma nak coverline sebelum pilihanraya.
Kata depa kalau tak saman...takut nanti orang ingat betul lah tu.
Ada ke patut cakap begitu?...Betul tak Bro?
Kalau fikir ikut lojik akal rasa-rasanya macam betul juga apa depa kata tu.
Sebab tulah wartawan kami nak tanya sangat apa pasal you all berani saman Papagomo saja tapi tak saman Datuk T.
Bro, tak payah nak syok sendirilah...apa sangat bab you dedah kisah Papagomo bekas polis dan daftar dua tempat pengundi.Itu pun mungkin silap SPR.
Kalau nak kira itu small matter nak banding dengan status bos you yang sangat berangan-angan nak jadi Perdana Menteri Malaysia.
Cuma nak tanya …(kalau betul) you nak tidak anak cucu dan saudara mara you diperintah oleh orang 'depan belakang' yang Nabi tak mengaku umat.
Apa lagi dengan Hamba Allah...yang didakwa bernafsu besar lepas satu...satu...lagi dan lagi ini.
Ada juga orang kata...ada sesetengah manusia tu merasa dia dirinya sudah semacam kebal....relaks buat apa pun orang tak akan percaya kalau dituduh....Hebat.
Jadi usaha you nak conteng arang pada reputasi Papagomo tu cikai saja kalau nak dibandingkan dengan isu besar status bos you di depan mata.
Kami ni bukan apa sangat…nak bagi peluang you all jawab yang boleh diterima akal fikiran.
Dulu kami semua dah le terasa bodoh sangat sangat dengar ' fatwa' Datuk Seri Haji Hadi kata video tu besi dan tidak boleh jadi bukti.
Juga Bro...dengar orang kata kalaulah you all dapat video mana-mana pembesar UMNO dalam aksi begitu...you all dah buat pesta riuh rendah berarak satu Malaya...tuntut dia letak jawatan segera.
Ingat lagi ...kes Datuk Seri Chua Soi Lek.Itu video gelap sakan Bro...tapi dia steady terus mengaku.
Jadi tak payahlah geng you all nak goreng konon persoalkan apa pasal asyik suka main isu seks...seks...seks...tak ada isu lain ke?
You all punya drama tentang perut buncit,rambut begitu begini,video tak clear segala macam....dok buat semua orang gelak sambil tunggu dan lihat.
Bila kami tanya dan kalau you boleh bagi jawapan baik punya...sekurang-kurangnya orang boleh juga kata Rafizi ni bijak sungguh orangnya.Mana tau bos you pun syok boleh bagi naik pangkat sama level Azmin Ali.
Tapi sayang sikit Bro…you punya jawapan hampasss…fail junam masuk longkang.
Kalau tak percaya you duduk tenang-tenang dan tengok balik persembahan you masa jawap tu.
Jadi kalau sudah macam tu Bro…you jangan dok hairan kalau makin ramai yang terus rasa jeng...jeng..jeng pada bos you tu.
Baru ni semua orang dah dok gelak sakan tengok bos you macam bercempera bila nak jawab bab biseksual dalam interbiu dengan wartawan radio BFM.
Tak taulah nanti apa ceritanya bila keluar video penuh rajagoyang pula.
Kalau you nak tahu… ramai sungguh orang dok tunggu-tunggu.
Depa semua dok geram apa pasal si rajagoyang ni lambat sangat.
Entah le...ramai yang kata baru tengok still photo dah nak keluar muntah darah.
Apapun relaks Bro…kalau bos you tak buat kerja kotor tu dia boleh rock steady.
Kita pun faham you all pun 'cari makan' kena defend habis-habisan bos you.
Sorry istilah 'cari makan' tu terpaksa guna sebab kalau you all semua berprinsip solid you all sudah siasat sendiri ataupun sekurang-kurangnya tuntut siasatan terbuka untuk pastikan kebenaran.
Mana tau kalau siasat punya siasat bos you OK...selamatlah dia boleh terus jalan lenggok Mak Limah bersiul tak ada sapa boleh kacau.
Sebaliknya kalau takat main tanya-tanya ...kalau betul pun bos you...gerenti kerat sepuluh dia tidak akan mengaku.Itu normallah Bro...
Ini satu andaian...mungkin you all sendiri dah tahu tapi kena dan terpaksa sorok.
Semua ahli nujum politik setuju kalau bos you punggah…jawabnya you all semua kena jadi kutu rayau di Chow Kit Road.
Tapi jangan lupa Bro…pada kata-kata pujangga Melayu : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.
Sendiri mau ingat kata-kata itu kalau-kalau pelakon dalam video-video itu ialah si dia.
Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.
Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.
"Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Online petang ini.
Zainal Abidin diminta mengulas kenyataan Kit Siang di dalam akaun twitternya hari ini berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP.
Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk para ahli dan bekas pemimpin DAP telah mendesak ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selepas berlaku "kesilapan" ketika pemilihannya tahun lalu.
Menurut Zainal Abidin, sekiranya hal itu berlaku, DAP secara tidak langsung dia telah menunjukkan belang untuk mempergunakan Pas untuk menjadi alat perjuangan politik mereka dan wujud persengketaan antara Pas dan DAP jika keputusan PRU-13 memihak kepada parti kedua terbesar orang Melayu itu.
Semenatara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak mungkin DAP akan menguasai Pas jika parti itu memenangi PRU-13 kerana yakin bilangan ahli parti itu lebih ramai berbanding DAP.
"Kita mengalu-alukan calon-calon DAP menggunakan Pas dan PKR untuk bertanding di dalam PRU-13. Di dalam parti Pas sendiri, kami mempunyai sayap parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam.
"Setakat ini, kami telah menerima penyertaan lebih 30,000 ahli di dalam dewan himpunan itu," katanya.
Bagaimanapun, menurut Mustafa, para pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang berhasrat bertanding atas tiket Pas perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Pas terlebih dahulu.
Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin 'ANUgerah Tuhan' untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, 'ada cadangan' yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.
Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal 'ada cadangan' yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia 'TERPAKSA' untuk berpindah.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."
"Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan".
Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.
Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
"Isu kalimah Allah, adalah merupakan 'turning point' yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu" katanya yang enggan dikenali.
Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi.
Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, "If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau".
Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.
RAWANG: Seramai 291 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR)kawasan Hulu Selangor hari ini bertindak menyertai Barisan Nasional (BN) selepas kecewa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu.
Mereka meluah kekesalan apabila termakan pelbagai janji manis PKR sehingga sanggup memilih parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008.
Bekas Ketua Cawangan PKR Kampung Asa, Hulu Bernam, M.Peter, 40, berkata beliau kecewa dengan kepimpinan PKR yang didakwa langsung tidak turun menjenguk penduduk di kawasan itu dan permintaan mereka yang memerlukan bantuan juga tidak diendah.
"Saya kerja dengan PKR, saya lihat sangat susah orang sakit, minta bantuan pemimpin PKR pun tidak dapat, mereka tidak peduli langsung.
"Tidak seperti pemimpin BN yang selalu datang tengok penduduk dan beri bantuan yang diperlukan," katanya kepada pemberita. Seorang lagi bekas anggota PKR, M.Devi, 35, dari Estet Changkat Asa berkata beliau benar-benar sedih kerana memberi kepercayaan kepada PKR yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak menunaikannya. "Saya hidup susah, suami isteri kerja sebagai penoreh getah, anak kecil tetapi mujur BN banyak tolong beri bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)," katanya.
Sementara itu, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan berkata kemasukan anggota PKR ke dalam BN memberi satu suntikan semangat kepada BN Hulu Selangor untuk mencurah lebih banyak khidmat kepada rakyat.
"Dalam perbualan kami tadi, mereka kata antara sebab yang membuatkan mereka menyertai BN ialah kerana menaruh kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya pemimpin yang dapat membantu mereka tidak kira apa masalah pun.
"Datuk Seri Najib berjaya mengotakan janji dan sentiasa membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama mahupun ideologi politik. Ini yang mereka nampak," katanya.
Beliau optimis lebih ramai anggota pakatan pembangkang akan menyertai B Nkerana semakin sedar akan kesungguhan parti komponen itu membantu rakyat.-BERNAMA
LAHAD DATU: Anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.
Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.
Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.
Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.
Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.-Mstar
Seramai 72 anggota dan penyokong Pas dari Taman Tunku Yaakub dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.
Salah seorang bekas ahli Pas yang ditemui, Ahmad Man, 47 berkata, mereka sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan parti pembangkang itu lalu bertindak keluar secara beramai-ramai.
Katanya, dia yang menjadi ahli Pas selama 22 tahun kecewa apabila tiada bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan berkenaan sejak Pas mentadbir negeri Kedah.
"Saya tidak takut jika kawan-kawan saya yang menyokong Pas tidak lagi berkawan dengan saya selepas ini kerana menyertai UMNO adalah keputusan saya sendiri.
"Saya kecewa dengan Pas kerana apa yang mereka janjikan kepada kami tidak ditepati dan saya yakin hanya dengan UMNO nasib rakyat negeri ini akan terbela," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di Taman Tunku Yaakub, Alor Mengkudu di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung.
Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata penyertaan 72 anggota dan penyokong Pas di dalam UMNO hari ini bukan satu gimik politik yang direka oleh UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Saya tahu pakatan pembangkang akan kata ini gimik politik, tapi ini bukan UMNO reka, mereka sendiri yang rela hati menyertai UMNO kerana telah hilang keyakinan terhadap pakatan pembangkang.
"Lima tahun Pas perintah Kedah, penduduk di kawasan ini tidak dapat apa-apa, sebab itu mereka ambil keputusan untuk menyokong UMNO," katanya.
Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas.
Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.
Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap 'ulama' bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.
Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.
Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.
Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh 'ulama' tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu?
Yang menjadi persoalanya ialah, bagai manakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing?
Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin???
Kalau itulah pendekatan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh 'Ular Dalam Semak' yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.
Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.
Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.
Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan "Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh" namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan 'Tok Guru' pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.
Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!
Pada masa sekarang ramai bekas-bekas penjawat awam dan penjawat awam yang tak kenang bidi kerajaan.Masih ramai yang menyokong Pakatan Rakyat. Lupakah mereka,dahulu semasa mereka berkhidmat dari mana datangnya pendapan mereka?
Dengan siapa mereka berkhidmat?Untuk apa mereka berkhidmat?Gaji,alaun dan lain-lain yang mereka kecapi semua dari kerajaan. Duit itu lah yang mereka menyara keluarga mereka.Setelah dirosakan fikiran mereka oleh PR,ramai yang dah hanyut dengan arus penipuan PR.
Mereka sudah lupa apa yang dah kerajaan beri kepada mereka.Sokong PR,tetapi tiap-tiap bulan tetap makan duit pencen.Tipa-tiap tahun tetap makan duit bonus dari kerajaan. Apa benda ini semua?Otak mereka dimana?Akal mereka dimana/ Fikir-fikirkan lah wahai saudara-saudara ku sekalian.Belum terlambat untuk berubah!!
Malam tadi bertempat Jalan Panggung Wayang Bandar Taiping bersebelahan tapak cashier market satu majlis pelancaran Jentera BN Parlimen Taiping telah diadakan.
Majlis pelancaran jentera BN sebagai tanda simbolik paluan gendang perang menghadapi Pilihan raya ke 13 yang sudah semakin hampir.
Seluruh jentera BN yang hadir telah berjanji akan memikul tanggung jawab bagi merampas kembali kerusi Parlimen Taiping yang dimenangi oleh Dap buat pertama kali pada 2008 akibat tsunami politik.
Kini sumpahan tsunami sudah berakhir, parlimen Taiping yang dahulunya diwakili oleh Kavies dari PPP kini kembali kepada Gerakan.
YB Dato Tan Lian Hoe tidak lagi menjadi calon payung terjun seperti sebelum ini. 2004 Tan bertanding di Bukit Gantang dan 2008 ke Gerik.
Kini 2013, Tan kembali ke Taiping dan ia diibaratkan sirih pulang ke gagang, ikan pulang ke lubuk.
Tidak menjadi alasan lagi bagi penduduk Taiping untuk tidak mengundi Calon BN YB Dato Tan Lian Hoe untuk meneruskan kelangsungan agenda politik BN membangunkan Taiping.
Disamping kerusi parlimen, kerusi Dun Pokok Assam dan Dun Aulong perlu di kembalikan kepada BN.
Penduduk di dua Dun tersebut tidak sanggup lagi berada dibawah wakil rakyat yang lemah, pemain wayang, takut membantu rakyat dan menyorok bila bencana dan masalah menimpa rakyat.
Adun Skandal dengan pembantu peribadi seperti adun Aulong perlu disingkirkan dan diganti baru dari kalangan BN.
Begitu juga Adun Dap Pokok Assam, apa jasa beliau kepada pengundi Pokok Assam?
Tak ada satu pun masalah rakyat yang diambil perhatian beliau, penduduk Pokok Assam semuanya terpaksa berjumpa Pengerusi BN Taiping, Yang Berbahgia Dato Shalimin sekiranya penduduk menghadapi masalah.
Kepada jentera BN Taiping, mereka telah berjanji akan bekerja secara berpasukan, bersistem dan progressive demi kemenangan BN kali ini. Kemenangan kepada 1 Malaysia, kemenangan kepada YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MARAN, 24 Mac – Sebanyak RM185 juta dibelanjakan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf klinik kesihatan, klinik desa, dan klinik pergigian di seluruh Pahang dari tahun 2008 hingga 2012.
Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apa yang dilakukan itu adalah demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk rakyat.
"Kerajaan Barisan Nasional telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat, dan projek kesihatan di seluruh negara, melibatkan peruntukan berbilion ringgit itu adalah bertaraf dunia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pengesahan Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Kampung Seri Jaya, dekat Maran, di sini, semalam.
Turut hadir Anggota Parlimen Maran Datuk Ismail Mutalib.
Liow berkata Klinik Kesihatan di Seri Jaya itu melibatkan kos sebanyak RM14 juta yang akan dibina di kawasan seluas lima hektar.
"Klinik ini yang dijangka siap dalam tahun 2014 boleh memberikan perkhidmatan kepada kira kira 30,000 penduduk sekitar Seri Jaya, manakala penduduk di Felda New Zealand dan kawasan sekitarnya akan turut mendapat manfaat," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Menarik dan satu pendekatan yang lain dari lain. Itulah antara maklumbalas yang diterima apabila soal selidik yang diadakan secara rambang berhubung kit tindakan 'Jom Bertindak' yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman web 1Malaysia.
Kit Tindakan itu adalah merupakan peralatan asas kepada pengundi sebagai persedian untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) yang dijangkan akan diadakan tidak lama lagi.
Antara peralatannya ialah sebuah buku berguna yang menyediakan tip-tip mudah tentang panduan mengundi, pin kolar, pen dan beberapa pelekat yang menarik.
Yang paling penting, kit tindakan tersebut diedarkan secara percuma dan pengunjung blog hanya perlu mendaftar di Jom Bertindak. Ayuh kita war-warkan kepada seluruh masyarakat untuk turut sama mendaftar dan mendapatkan kit tindakan ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Selangor menjaga kebajikan anda sehingga akhir hayat - begitu bunyi promosi di papan iklan di Persiaran Sukan, di jalan strategik di persekitaran Stadium Shah Alam ini. Dalam papan iklan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditampilkan dengan imej mesra, penyayang dan prihatin sedang dikerumuni oleh sekumpulan kanak-kanak.
Bulan lalu di papan iklan yang sama, Abdul Khalid yang juga tampil solo dengan berbaju Melayu cuba digambarkan sebagai seorang pemimpin yang peka dengan kebajikan rakyat. Dalam iklan itu, disenaraikan lapan program pujaan kerajaan negeri. Menurut iklan itu, lebih 4 juta rakyat Selangor mendapat manfaat termasuk program ikonik mereka iaitu bekalan air percuma yang melibatkan peruntukan RM477 juta.
Abdul Khalid, dengan stail pemerintahan beliau yang tersendiri selalu ditampilkan secara solo. Begitu juga dalam banner ucapan terima kasih yang satu masa dipasang di merata-rata lokasi di Shah Alam hanya menampilkan gambar Khalid tersenyum.
Memang Khalid mahu digambarkan sebagai seorang pentadbir yang berjaya. Citra seperti itu penting bagi memberi gambaran PKR sebagai pengemudi pakatan pembangkang mampu ke Putrajaya. PKR mahu digambarkan sebagai parti yang tidak kering pemimpin berkaliber.
Sejak kebelakangan ini dan menjelang pilihan raya umum, Abdul Khalid memang dilihat tambah agresif mahu ditampilkan secara solo sebagai seorang Menteri Besar yang berjaya. Mungkin dalam aspek lain dan sebagai satu strategi, beliau tahu hanya itulah modal utama untuk meraih undi rakyat terutama pengundi di DUN Ijok.
Kerana ketidaktentuan nasib beliau di Ijok, Abdul Khalid sendiri disebut-sebut akan 'diselamatkan' ke DUN lain. Selain Bukit Melawati yang juga masih di kawasan Parlimen Kuala Selangor, DUN yang dianggap selamat yang diincar ialah Bukit Lanjan (Elizabeth Wong) bahkan Bukit Antarabangsa yang kini disandang oleh pesaing beliau, Azmin Ali.
"Tapi masalah utamanya ialah tiada orang yang mahu memberikan tempat," kata seorang pemimpin PKR Kuala Selangor yang melihat Abdul Khalid gagal memainkan peranan sebagai seorang pemimpin parti.
Beliau yang masih tegar dengan perjuangan PKR meramalkan peluang Abdul Khalid di Ijok hanya 50:50. Pengaruh dan kuasa sebagai MB tidak memberikan beliau kelebihan untuk menawan hati masyarakat di Ijok. Kedudukan beliau dan aura seorang MB tidak dirasai oleh masyarakat Ijok.
"Orang Ijok lebih mengenalinya sebagai seorang Menteri Besar bukan ADUN. Beliau tak berapa perform sebagai wakil rakyat walaupun beliau seorang Menteri Besar," tambah pemimpin PKR itu yang memberi contoh antara kegagalan Abdul Khalid atau wakilnya ialah tidak hadir dalam majlis-majlis kenduri-kendara dan kematian penduduk.
Kegagalan paling ketara ialah peranannya sebagai pengemudi PKR cabang Kuala Selangor. Cabang Kuala Selangor tidak berfungsi dengan baik kerana diurus oleh orang-orang pilihan Abdul Khalid. Seperti Abdul Khalid, sebahagian besar orang-orang beliau adalah orang baharu, mengamalkan pentadbiran ala korporat dan tidak faham lenggok politik.
Mewakili
"Kalau ada program, ajak orang dia sahaja bukan orang parti. Dari segi jentera parti, memang tidak berfungsi. Mungkin beliau mahu mengharapkan jentera Pas, kalau begitu susahlah nak menang," dakwa pemimpin itu lagi yang menyifatkan dirinya mewakili suara akar umbi.
Alasannya, kebanyakan jentera parti PKR Ijok ialah orang India. Tidak banyak orang Melayu mahupun Cina di Ijok yang mahu menjadi aktivis PKR. Aktivis dari kaum India yang dominan menghidupkan jentera parti. Kumpulan inilah yang pada Pilihan Raya Umum 2008 bekerja siang dan malam mahu menumbangkan BN.
Kumpulan itu kini telah berpecah-pecah. Tambah merumitkan jentera Abdul Khalid nanti ialah jika BN menampilkan calon dari kaum India. DUN Ijok secara tradisinya memang dikhususkan kepada MIC. Penyelaras DUN Ijok sekarang ini juga adalah daripada MIC yang disebut-sebut bakal menjadi calon.
Mungkin sebab itu Abdul Khalid kini semakin kerap menggunakan kad muslihat yang ada pada seorang Menteri Besar iaitu kuasa meluluskan geran tanah. Lagipun masalah tanah adalah antara isu utama di kebanyakan kawasan di daerah Kuala Selangor, yang sebahagiannya pula melibatkan orang India.
Berulang kali Abdul Khalid menguar-uarkan kejayaannya menyelesaikan masalah kepemilikan tanah ini. Yang terakhir Selasa lalu (12 Mac) iaitu genap lima tahun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Apabila beliau mengumumkan lebih 10,000 masalah berhubung pemilikan tanah berjaya diselesaikan.
Tindakan Abdul Khalid menggunakan kad muslihat secara agresif ini membimbangkan jentera BN. Dalam fikiran jentera BN, pastilah pengundi India yang menjadi penentu kalah menang calon di DUN Ijok akan berpatah balik kepada pakatan pembangkang.
Tetapi realitinya tidak begitu. Benar, masalah dapat diselesaikan tetapi bukan semua kerana masalah kepemilikan tanah di Kuala Selangor begitu kompleks. Selain ada kumpulan penduduk yang permohonan belum diluluskan, banyak yang tidak berpuas hati walaupun geran sudah dalam tangan mereka.
Contohnya kumpulan yang memohon sekian hektar tanah tetapi yang diluluskan lebih kecil kerana masalah teknikal. Ini belum lagi permohonan penduduk lain yang juga merasakan permohonan mereka berhak dilayani segera.
Jadi dalam keadaan sekarang, Abdul Khalid tidaklah dalam kedudukan selamat walaupun telah menggunakan kuasanya selaku Menteri Besar.
Dalam pada itu jentera BN khususnya UMNO yang telah melalui pengalaman getir kini lebih agresif menggempur kawasan-kawasan kelabu seperti di Ijok ini. Walaupun gerakan BN disifatkan belum maksimum tetapi telah memeningkan jentera Abdul Khalid.
'Ya, memang kita nampak ada perubahan cara orang UMNO dan BN bekerja. Saya rasa jika mereka terus bekerja keras menggempur kawasan-kawasan tertentu, kita akan menghadapi cabaran berat," kata seorang pemimpin PKR tempatan.
Realitinya Abdul Khalid tidak mempunyai banyak pilihan. Satu-satunya tapak politik yang beliau ada ialah di Ijok. Mahu tidak mahu, kerjaya politik beliau akan dipertaruhkan di situ.
Dalam masa sama, PKR dan pakatan pembangkang juga menghadapi dilema. Jika berpindah ke kawasan lain akan dianggap pengecut. Jika tetap bertahan di Ijok dan kalah bermakna kehebatan beliau sebagai seorang Menteri Besar yang dibangga-banggakan itu tidak ada ertinya. Bayangkan pula citra yang terpaksa ditanggung jika seorang MB, orang terbaik dalam kalangan mereka kecundang di lubuknya sendiri.
ALLAH dihina, Nabi Muhammad SAW dihina, Islam dihina, Al-Quran dihina, Raja dihina, Melayu dihina, Negara dihina, Perlembagaan dihina, Undang-Undang dihina, Lagu Negaraku dihina, Bendera Jalur, Gemilang dihina, PDRM dihina, ATM dihina, Masjid dihina, Batik dihina.
Apa lagi yang dihina? Percayalah akan ada lagi yang dihina. Kenapa mereka begitu berani menghina? Jawapannya ialah kerana tiada tindakan dan hukuman serius pernah dikenakan.
Setiap kali berlaku penghinaan berbagai-bagai bantahan dibuat. Pelbagai amaran diberi. Bermacam-macam bentuk kemarahan ditunjukkan.
Beratus-ratus laporan polis dibuat di seluruh negara. Tetapi apa kesudahannya? Pernahkah kita dengar hukuman berat dijatuhkan kepada penghina? Yang selalu kita dengar hanya amaran demi amaran sahaja diberi. Bantahan menuntut penghina menarik balik kata-kata dan memohon maaf sahaja. Apakah cukup dengan amaran dan bantahan begitu akan membuat penghina merasa bersalah dan insaf?
Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) telah dihapuskan. Apakah akta baharu yang menggantikan ISA dapat membendung perlakuan ini? Hakikatnya sehingga kini pelbagai penghinaan masih lagi berlaku. Apakah saman malu atau hasutan boleh dikenakan kepada penghina?
Apakah Akta Hasutan yang ada dilihat gagal untuk mengenakan tindakan dan hukuman yang berkesan kepada pesalah?
Mungkin bentuk penghinaan yang dibuat tidak ada atau bertepatan dalam Akta Hasutan untuk diambil tindakan. Jika benar begitu maka satu undang-undang atau akta baru perlu digubal. Oleh itu kerajaan perlu menggubal satu akta yang boleh dinamakan Akta Hinaan yang khusus untuk pelbagai bentuk hinaan yang dibuat. Di bawah akta ini tiada lagi halangan untuk diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman.
Akta ini perlu mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah penghina supaya menjadi pengajaran kepada semua orang agar tidak sesuka hati menghina sesiapa atau apa sahaja yang boleh menyentuh sensitiviti rakyat. Jika terbukti kesalahan telah dilakukan tindakan dan hukuman perlu dilaksanakan segera.
Jangan tangguh sehingga bertahun-tahun menyebabkan masyarakat tidak takut dan tidak menghormati undang-undang dan memandang rendah kepada penguatkuasa undang-undang.
Penghinaan yang dibuat jika tidak dibendung boleh menyemarakkan kemarahan yang tidak dapat dikawal. Jangan terkejut jika rusuhan juga boleh berlaku. Sampai bila orang dapat bersabar. Kata orang kesabaran ada hadnya. Sampai bila kesabaran ini dapat bertahan? Apakah setelah rusuhan dan kemusnahan berlaku baru tindakan akan diambil? Kepada siapa tindakan akan diambil? Kepada perusuh atau kepada penghina yang menyebabkan rusuhan berlaku.
Oleh itu sebelum api kemarahan membara dan membakar maka punca api itu hendaklah dipadam semasa ia masih lagi kecil.
Percayalah selagi tidak ada satu undang-undang dan hukuman dikenakan kepada penghina yang hina, percayalah segala bentuk penghinaan akan berulang lagi di masa depan. Malah penghinaan yang lebih dahsyat lagi akan dibuat.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Teman tertarik dengan blog Sanggah Tok Janggut pasal pompuan yang sekarang ni tengah hot pasal artis yang jadi ustazah, mula-mula bukan main seronok diikuti lama-lama makin banyak pulak yang muntah dan muak dengan ustazah BUWAH nie, teman tak paham tapi kata dema nak tau kena tengok gambor dia, tah tang mana yang dema kata ustazah buwah nie tak tau ler teman.
Bila tengok jer artikel yang dipostingkan oleh STJ nie teman rasa, bak kata orang perak makin getek mendengornya, ater komer baca ler apa yang ditulis dalam blog STJ nie, kalau makin muak nak muntah memang betul ler geli geleman denvan kisah ustazah BUWAH yang sekarang nie makin celupar dewasa nie
Ustazah kening halus ini kita buka topeng munafiknya!
ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.
Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya' bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.
Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya' baik dari tutur kata serta perbuatannya.
Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.
Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.
Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.
Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!
Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.
Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.
Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.
Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu.
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam. 17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam. 18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 10.3.2013 - Ejen kami seorang Palaukyang terlatih,memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 20.3.2013 -Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakanKeluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). *Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan. Bersambung...
Pendedahan terbaru daripada blogger MrKinabaluBoy. Mymassa lampirkan artikel tersebut untuk tatapan pembaca.
Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila
Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan "Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia". Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.
Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram
RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato' Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara. Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung… Sumber: MrKinabaluBoyBah
Itu beza antara Kerajaan yang banyak cakap dengan Kerajaan yang buat kerja.
Kalau ada jugak yang nak tuduh Kerjaaan Barisan Nasional kerana sekat peruntukan, cuba tanya balik apa yang Kerajaan Negeri buat dengan peruntukan yang Kerajaan Pusat beri di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Jalan Negeri.
MyMassa tak suka berhujah menggunakan bukti rekaan semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh Harakah. Kali ini MyMassa menggunakan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA untuk Negeri Kelantan. Mari kita tengok fakta ini.
Sepanjang tahun 2009-2011, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM259.73 juta untuk negeri Kelantan bagi menyelenggara jalan-jalan di negeri Kelantan. Daripada peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, wang tersebut bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Kerja Raya malah Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pihak Berkuasa Tempatan (di bawah Kerajaan Negeri) juga mendapat peruntukan tersebut.
Apa yang MyMassa nak maklum kepada pembaca, bahawa tidak semua peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Berikut adalah penemuan audit:
Jika Kerajaan PAS Kelantan hanya menyalurkan kurang daripada separuh (42.9%) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, tidak hairanlah kenapa ada jalan di negeri Kelantan kurang memuaskan. Sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan boleh menyediakan jalan yang lebih baik dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Tetapi malangnya wang yang diberi hanya disimpan dalam perbendaharaan Negeri. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri turun berceramah dengan MENFITNAH UMNO SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEKAT PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!
MyMassa yakin ramai rakyat Kelantan dapat menilai siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri tersebut. Adakah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan atau Kerajaan PAS Kelantan sendiri GAGAL MENGURUS DANA PERSEKUTUAN DENGAN BAIK DENGAN HANYA MEMBELANJAKAN 42.9% DARI PERUNTUKAN YANG DIBERI.
Jadi terpulang kepada pembaca sama ada nak pilih yang berceramah sana sini macam PAS atau pilih BN yang kurang berceramah tapi kerja jalan.
MyMassa pelik sebagai seorang RAJA SAMAN di Malaysia, Anwar Ibrahim hanya berani saman akhbar media perdana. Kini taraf Anwar lebih rendah daripada itu bila hanya berani saman blogger.
Persoalannya, jika menyaman orang lain adalah cara untuk Anwar Ibrahim bersihkan dirinya, kenapa dia tak saman media luar negara? Adakah kerana apa yang didedahkan tersebut adalah BENAR? *Mohon disebarkan lagi bahan ini.
Pendedahan terbaru daripada blogger MrKinabaluBoy. Mymassa lampirkan artikel tersebut untuk tatapan pembaca.
Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila
Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan "Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia". Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013. Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa.
Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram
RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato' Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara. Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung… Sumber: MrKinabaluBoyBah
Apa perasaan keluarga Wira Negara bila difitnah Abby Abadi?
PAS hanya tahu nak politikkan insiden Lahad Datu sampai sanggup fitnah keluarga pejuang Lahad Datu. *Nak tanya sikit, apa jadi pada tabung Lahad Datu yang PAS kutip. Kena songlap macam Tabung Memali jugak ke?
Lahad Datu: Dua Individu Penting Ditahan, Pergerakan Pengganas Lumpuh - Polis
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi terpaksa menafikan perkara tersebut.
"Saya minta Jamalul Kiram janganlah khuatir, kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan tidak sejahat beliau untuk melakukan pembunuhan di negara orang.
"Janganlah lakukan "reverse psychology" hanya untuk mendapat simpati daripada penyokong-penyokongnya," katanya semalam.
Ketika ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.
Tidak kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya akan datang.
Namun apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil.
Usaha kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.
Yang lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.
Malah semua sikap sinikal dna prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.
Tambah menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.
Antara yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak 4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.
Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri.
Menurut Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu, rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa depan negara tersebut dapat dilaksanakan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog YAB Datuk Seri @Najib Razak yang disiarkan dalam blog 1Malaysia,
Tahniah kepada anggota keselamatan yang telah menangkap komander tentera penceroboh yang telah menjadi perancang utama serangan terhadap polis yang telah diperdaya dan menjadi mangsa kekejaman puak tentera yang tidak berperikemanusiaan ini.
Mangsa yang dipenggal diseksa dikorek mata bukti kita tidak boleh berkompromi dengan pihak yang ganas dan kejan ini.
Perundingan selama dua minggu ternyata tidak dihargai dan serangan tentera melalui udara dan darat adalah berpatutan dengan kekejaman yang mereka lakukan.
APABILA tercetusnya pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 9 Februari 2013 (Tragedi 923), timbul semula persoalan tuntutan Filipina ke atas Sabah. Sebenarnya, isu ini dibangkitkan sejak awal 1960-an. Beberapa ulasan popular telah disiarkan menerusi media arus perdana mengenainya, namun isu tentang sejarah ini tidaklah begitu mudah dirungkai.
Dari sudut sejarah, hubungan antara Kesultanan Sulu dengan Sabah (sejak abad ke-17 sehingga abad ke-20) sangat rencam lantaran membabitkan rangkaian rumit hubungan antara Sulu-Sabah dengan Brunei, Mindanao, Sepanyol, Belanda, Amerika dan British. Kerumitan ini melibatkan begitu banyak perjanjian dan protokol (antaranya):
* Perjanjian 1646 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1667 (Sepanyol-British)
* Perjanjian 1725 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1737 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1761 (British-Sulu)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1763 (British-Sepanyol)
* Perjanjian 1814 (British-Belanda)
* Perjanjian 1824 (British-Belanda)
* Perjanjian 1836-1837 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1847 (British-Brunei)
* Perjanjian 1849 (British-Sulu)
* Perjanjian 1850 (Amerika Syarikat-Brunei)
* Perjanjian 1851 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1871 (British-Belanda)
* Perjanjian 1871 (Sepanyol-Sulu)
* Perjanjian 1899 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Perjanjian 1915 (Amerika Syarikat-Sulu)
* Protokol 1877
* Protokol 1885.
Persoalannya, jika Filipina membawa tuntutan ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), apakah Malaysia mempunyai peluang menang (jika Malaysia setuju untuk mendepani cabaran Filipina)? Filipina mempunyai beberapa sebab yang menunjangi tuntutannya.
Pertama, walaupun Filipina tidak lagi mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu, namun kedaulatan Kesultanan Sulu telah dipindahkan kepada kerajaan Filipina kerana Kepulauan Sulu merupakan sebahagian daripada negara Filipina. Oleh itu, kerajaan Filipina berhak menuntut Sabah.
Kedua, sehingga kini Filipina (dan waris Sultan Sulu) percaya Sultan Sulu (Sultan Jamalul Azam) hanya memajak Sabah - tanpa menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Baron Overbeck (warga Austria) dan Alfred Dent (warga British), berdasarkan terjemahan versi Amerika Syarikat terhadap teks Perjanjian 1877.
Di sebaliknya pula, Malaysia berpendapat Sultan Sulu telah menjual Sabah - dengan menyerahkan hak kedaulatan Sultan Sulu - kepada Overbeck dan Dent, berdasarkan teks terjemahan versi British.
Perlu dinyatakan di sini, Filipina percaya meskipun Sultan Jamalul Azam (Sultan Sulu) menganugerahkan gelaran Datu Bendahara dan Raja Sandakan kepada Overbeck (Perjanjian 1878), namun status Overbeck hanyalah sebagai datu sahaja. Hak kedaulatan masih tetap dipegang oleh Sultan Sulu.
Namun, Malaysia menegaskan ini merupakan dalih licik Filipina semata-mata kerana Sultan Jamalul Azam telah mengiktiraf Overbeck sebagai 'pemerintah agung dan merdeka'. Ini membuktikan Sultan Jamalul Azam telah menyerahkan hak kedaulatannya kepada Overbeck lantas berakhirlah hak kedaulatan Sultan Sulu terhadap wilayahnya di Sabah.
Ketiga, Filipina berpendapat wilayah Sultan Sulu di Sabah tidak termasuk dalam Protokol 1885. Menerusi protokol ini, Sultan Sulu dikatakan hanya menyerahkan hak kedaulatannya kepada Sepanyol membabitkan Kepulauan Sulu sahaja. Ini bermakna, Filipina tetap dan masih berhak ke atas Sabah.
Persoalan ini sukar diselesaikan kerana teks asal Perjanjian 1878 (dalam bahasa Melayu) masih tidak ditemui, malah hal ini turut diakui oleh Filipina sejak awal 1960-an lagi. Jika isu ini dibawa ke ICJ, teks terjemahan yang manakah akan diperakui oleh pihak mahkamah, dan atas justifikasi apa? Jika pihak mahkamah memperakui teks terjemahan versi Amerika, apakah Malaysia masih berpeluang untuk memenangi kes ini?
Malaysia tetap mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang kes ini.
Pertama, ketika Suruhanjaya Cobbold membuat pungutan suara di Sabah, majoriti penduduk Sabah menyokong pembentukan Malaysia sekali gus menolak untuk bergabung dengan Filipina atau kembali ke pangkuan Sultan Sulu.
Kedua, pihak kerajaan Filipina sendiri (menerusi ucapan Presiden Macapagal bertarikh 28 Januari 1963) telah memberikan hak mutlak kepada penduduk Sabah untuk menentukan masa depan Sabah sama ada mahu menyokong Filipina atau menyokong pembentukan Malaysia. Penduduk Sabah telah membuat keputusan muktamad. Filipina harus menghormati keputusan ini. Perlu ditegaskan, tidak ada raja tanpa rakyat. Oleh itu, tuntutan Filipina (dan pihak Sultan Sulu khasnya) bernoktah di sini.
Ketiga, tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) amat aneh. Wilayah Sultan Sulu di Sabah hanyalah meliputi kawasan pesisiran pantai utara dan timur Sabah sahaja (sempadannya masih tidak jelas sehingga hari ini), bukannya meliputi seluruh Sabah. Nyatalah tuntutan Filipina (dan waris Sultan Sulu) tidak berasas bahkan melampaui batas pula. Wilayah pantai barat Sabah dikuasai Kesultanan Brunei, manakala kawasan pedalaman Sabah bersifat autonomi (tidak dikuasai Brunei dan Sulu).
Terlebih penting lagi, Malaysia tidak berkewajipan untuk membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu. Urusan pembayaran pampasan tahunan (tanpa had masa) kepada waris Sultan Sulu ($5,000 setiap tahun berdasarkan Perjanjian 1878) merupakan urusan antara Overbeck-Dent (Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British) dengan waris Sultan Sulu sahaja.
Hakikatnya, setelah majoriti penduduk Sabah menyokong gagasan Malaysia, dan apabila PBB mengiktiraf Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat, pembayaran pampasan tahunan bukanlah menjadi tanggungjawab Malaysia.
Jika Malaysia terus membayar pampasan tahunan kepada waris Sultan Sulu, seolah-olah Malaysia mengiktiraf kewujudan Kesultanan Sulu dan tunduk kepadanya, walhal Kesultanan Sulu itu sendiri tidak lagi diiktiraf oleh kerajaan Filipina. Negara yang merdeka dan berdaulat tidak harus tunduk kepada mana-mana kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan yang tidak lagi wujud di dunia!
DR. NORDI ACHIE Sejarah Malaysia Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa Universiti Malaysia Sabah
PULAU PINANG 22 Mac - Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang majoritinya belia Cina dan India berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kesemua mereka mewakili tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia (PHBM), 1Malaysia Brothers (1MB) dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang (PBKPP).
Mereka yang berarak dengan memakai baju berwarna biru muda turut membawa pelbagai sepanduk mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji dalam pilihan raya umum lalu.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan anggota polis telah bersedia dari awal untuk mengawal keadaan di sekitar Komtar.
Presiden Pergerakan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek mega berkenaan hanya merugikan duit rakyat semata-mata.
Tegasnya, banyak NGO lain dan rakyat negeri itu membantah projek berkenaan kerana dilihat boleh mengundang kesesakan lalu lintas lebih teruk terutama di bahagian pulau.
"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di pekarangan Komtar, di sini hari ini.
Yee Aun berkata, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan tuntutan lain yang perlu diperjelaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Antara perkara itu, katanya, penjelasan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.
"Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manifesto yang dibuat DAP, pendirian berbeza Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan penjelasan mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manifesto, bajet dan Buku Jingga pembangkang.
"Kita juga mendesak Guan Eng menjelaskan kenyataan bercanggahnya yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol, pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses rakyat Pulau Pinang," katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa seminggu bermula hari ini, pihaknya akan mengambil tindakan susulan.
"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang?
"Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke mahkamah," katanya.
Sebuah rumah penduduk di kawasan perumahan Kembara Sakti, di Felda Sahabat dilihat hangus terbakar selepas ditawan sekumpulan lelaki dipercayai pengganas Kiram
Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini?
Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim.
Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.
Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?
Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.
Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina?
Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja?
Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.
Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.
Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.
Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa.
Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat, sudah terbukti.
Bertindaklah sekarang demi Malaysia. Demi kemakmuran dan keamanan negara yang tercinta ini. Ayuh, sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita bertindak sekarang. Dapatkan kit ini di laman berikut:
Kah....kah....kah....jambu buat sidang media nak jadi hero, akhirnya terperangkap dengan soalan maut.
Lagi dia nak kelentong saman Papa Homo terhadap Papa Gomo adalah saman keseluruhan termasuklah dalam isu china doll.
Bila masa saman keseluruhan woi ?
Kalau tak percaya boleh lihat apa yang Papa Homo saman di sini
Nak kelentong cicak-cicak mengkarung dan pendekar-pendekar tempang PKR boleh lah....
Bila dah kantoi pakai ayat Quran sebagai hujah untuk lari soalan....
Katanya berita dari Papa Gomo sebagai seorang bekas banduan kena berhati-hati....
Bagaimana pula dengan berita dari Papa Homo yang juga bekas banduan ?
Panggil sidang media kononnya nak dedahkan pasal Papa Gomo kemudian bila ditanya soalan kata pula Papa Gomo bukan isu kerana tiada entiti.
Kah...kah...kah....kah....
Berapa cabang agaknya lidah dia weh ???
Mereka baru tersedar gamaknya bahawa tindakan Papa Homo menyaman Papa Gomo membawa lebih banyak kemudaratan kepada mereka dan lebih menguntungkan Papa Gomo.
Terlajak perahu boleh undur terlajak perbuatan kau tanggunglah...
Segala "indicator" mutakhir memperlihatkan kelebihan bakal menyebelahi UMNO dan Barisan Nasional.
Sebagaimana ayam jantan yang berkokok, membayangkan "hari nak siang", begitulah dengan situasi semasa yang berlaku membayangkan UMNO dan BN akan diberi mandat lebih besar pada PRU kali ini.
Sebagaimana burung "kang kang kang kap" mula berbunyi yang memberi indicator bahawa durian sudah mula nak berbunga dan berbuah, begitulah petanda-petanda jelas yang berlaku akhir-akhir ini semakin diperlihatkan oleh Allah swt bahawa UMNO dan BN akan terus menerajui negara ini dengan lebih cemerlang.
Manakala di pihak pembangkang, semakin terserlah pelbagai indicator yang sedang diperlihatkan oleh Allah swt kepada rakyat di negara ini betapa pihak pembangkang semakin "terkayu" dengan pelbagai isu yang menjerat diri. Semua indicator ini menandakan bahawa impian mereka untuk menawan Putrajaya semakin jauh dan semakin tertutup rapat buat mereka.
Program Transformasi melalui pencapaian besar GTP/ETP yang menjadi tulang belakang atau "impetus" kepada pacuan ekonomi negara, terus berkembang pesat dan segala "resistence" seperti kemelesetan ekonomi dunia mampu didepani.
Di sebalik pelbagai tuduhan pemimpin negara rasuah, merompak harta rakyat dan mengumpul kekayaan untuk keluarga dan kroni, negara terus memacu kejayaan demi kejayaan. Pendapatan isi rumah terus meningkat dengan ketara. Golongan rakyat termiskin di negara ini semakin mengecil dan hampir 500,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan dalam tempoh 3 tahun GTP/ETP berjalan.
Apa yang sebenarnya berlaku dan sedang dinikmati oleh rakyat, berlawanan sama sekali dengan apa yang digambarkan oleh para pengkritik dan pembangkang di pentas-pentas ceramah.
Pembangkang menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN "menuba dan meracun" serta "menangkap" segala ikan milik rakyat di hulu untuk dibahagi-bahagikan sesama kroni dan keluarga pemimpin, sedangkan hakikatnya rakyat dihilir terus menikmati segala hasil tangkapan, malah hasil tangkapan semakin bertambah dari hari ke hari.
Pembangkang menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN terlalu zalim dan melarikan segala harta dan kekayaan negara hingga kantung kewangan negara hampir muflis, tetapi apa yang sebenarnya berlaku, rakyat tanpa mengira bangsa dan latar belakang, khusus bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM3000 sebulan, diberi jaminan bahawa bantuan BRIM akan dijadikan sumbangan tetap kerajaan terhadap rakyat secara tahunan.
Pembangkang selama ini menggambarkan kepada rakyat, "kerajaan UMNO dan BN mengugut rakyat" dengan pelbagai peringatan tentang bahaya musuh asing yang mungkin mengambil kesempatan dari perpecahan di kalangan rakyat kononnya bagi tujuan untuk memastikan rakyat terus menyokong UMNO, tetapi apabila negara benar-benar telah diancam oleh pihak asing, pembangkang terpaksa menelan semula segala kata nista yang dilemparkan selama ini terhadap UMNO dan BN.
Pembangkang segera menuduh semua ancaman yang berlaku ini adalah sandiwara UMNO, sedangkan segala petunjuk sudah semakin jelas menunjukkan wujudnya tangan-tangan Anwar, Tian Chua, Sivarasa, Suaram dengan beberapa sekutunya di Filipina.
Pertemuan mereka dengan Misuari dan beberapa pihak berkepentingsn di Filipina dengan sendirinya mengesahkan wujudnya jiwa pengkhianatan terhadap negara dalam diri mereka.
Pembangkang turut menggambarkan kepada rakyat bahawa UMNO dan BN tersangat gusar dengan kekuatan pengaruh pembangkang yang semakin meningkat, sedangkan hakikatnya segala perbuatan yang mereka lakukan semakin hari semakin membayangkan betapa merekalah sebenarnya yang semakin desperado hingga sanggup berbuat apa saja serangan berupa fitnah dan dusta bagi merencatkan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN yang semakin meningkat.
Akhirnya, dengan kuasa Allah, pembangkang bukan berlawan dengan pengaruh DS Najib, UMNO ataupun BN. Allah swt hanya menghantar "Burung Ababil Papagomo" untuk menghancurkan segala kemunafikan dan kedurjanaan "Anwar Abrahah" yang selama ini telah meracuni pemikiran rakyat dengan membawa imej kononnya "Anwar Abrahah adalah pejuang yang sanggup menderita dan menjadi mangsa kezaliman pemerintah demi semata-mata untuk membebaskan rakyat dari pemimpin yang rakus dan zalim.
Hakikatnya, yang menderita ialah "anak-anak jantan muda" yang dijadikan mangsa liwat dengan hanya memberi habuan RN300 per-head/service.
Pemimpin negara dan anggota keselamatan siang malam berhempas pulas merancang dan membuat pelbagai gerakan strategik bagi menghapuskan saki-baki pengganas dari terus mencemar bumi berdaulat.
Pembangkang pula sibuk mengadakan ceramah dan forum mengenai pencerobohan Lahad Datu menurut versi mereka. Beberapa kerat bekas general yang tidak lagi memakai celoreng askar dan sudah bertukar memakai celoreng politik digunakan untuk meyakinkan pendengar tentang pelbagai kelemahan yang wujud di dalam pasukan keselamatan.
Tian Chua masih lantang menuduh semua yang berlaku tetap konspirasi dan sandiwara UMNO. Anggota keselamatan yang terkorban dituduh berpunca dari perancangan UMNO. UMNO menggunakan isu pencerobohan untuk menarik sokongan rakyat. UMNO menggunakan isu pencerobohan untuk mengaitkan pembangkang dengan pencerobohan asing.
Pemimpin terbodoh di kalangan pakatan, Rafizi Ramli cuba mengaitkan Azzumudie Kiram dengan "bukti konspirasi UMNO" kerana dikatakan pernah menjadi ADO Kudat di zaman pentadbiran Tun Razak sebagai PM dan Tun Fuad Stephen sebagai Ketua Menteri Sabah.
Nurul Izzah pula dengan jahilnya mendesak kerajaan membubarkan Pasukan Gerakan Am kerana pasukan ini ditubuhkan bertujuan untuk melawan komunis. Anak kepada peliwat yang dikatakan meliwat mahasiswa Sabah di KL Hilton yang didedahkan Papagomo baru-baru ini, terus menyalahkan kelemahan sistem keselamatan negara kerana sempadan negara begitu mudah diceroboh oleh pihak musuh.
Sebaiknya, kerajaan menawarkan kepada Tian Chua, Rafizi dan Nurul Izzah turun ke medan juang bagi mencari saki baki dan membersihkan kawasan yang disyaki masih wujud pengganas.
Tindakan ini jauh lebih mulia dari terus bercakap merapu ke hulu ke hilir.
Bercakap pula bukan untuk memberi semangat kepada anggota keselamatan atau menenangkan rakyat agar jangan panik dengan keadaan yang berlaku, tetapi sebaliknya bertindak menjaja dan mempertikai pula kerajaan UMNO bersandiwara dalam menangani insiden pencerobohan asing.
Semalam berlansungnya konsert The Twin Towers @live 2013 di KLCC. Konsert ini menggabungkan DJ, pertunjukkan fesyen, persembahan tarian dan nyanyian dari artis tempatan dan juga luar negara.
Antara artis-artis yang datang membuat persembahan termasuklah lagenda band boy, Backstreet boys, Demi Lavato dan kumpulan U-Kiss.
Artis tempatan turut memeriahkan konsert ini seperti Mizz Nina, Caprice, Atilia dan juga K-Town Clan.
Atilia kami rasa paling hot ketika berada di atas pentas.
Ketika lensa kamera Buahmulut.com menghala ke arahnya, lampu pentas pula berada di belakangnya, hasilnya...seksi tuh!
Beberapa keping gambar yang Atilia sendiri kongsikan melalui akaun FB nya...
Beliau mula popular sebagai seorang gadis ulat buku, Hermione Granger di dalam filem bersiri, Harry Potter.
Namun begitu, Emma Watson mahu dunia menyedari bahawa beliau sudah pun dewasa.
Gadis berusia 22 tahun ini beraksi bogel dari bahu ke atas dengan gaya ekspresi yang menggoda dalam siri potrait untuk buku bergambar dan pameran Natural Beauty.
Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA " Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh ", MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA " Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata "INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA.."
6 – Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara ).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ) …taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi pakatan dalam PRU nanti.Mengikut maklumat yang diterima daripada orang dalam Pas, bahawa setiap ahli pas akan diminta bersumpah " wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… " (nauzubillah min zalik). begini lah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke putrajaya.)…MYNEWSHUB.MY
Benda yang tak ada, sengaja diada-adakan, kemudian tuduh ianya diseleweng dan penipuan berlaku. Apa punya style politik puak-puak pembangkang ni.
Contohnya jelas, apabila rekod Papa Gomo yang dikatakan dipadam oleh SPR setelah pembongkaran gila dek Rafizi Jambu. Rekod berkenaan memang tak ada pun, tapi sengaja dicipta dan direka oleh pembangkang semata-mata untuk menjatuhkan maruah SPR dan juga Papa Gomo.
Semuanya kerana pendedahan video mirip pemimpin mereka disebarkan oleh Papa Gomo. Lantas mereka cuba merendahkan reputasi si penyebar.
Diorang ni ingat Papa Gomo tu macam perawi hadis agaknya? Nak pertikai sanad dan matan supaya kredibiliti hadis tersebut boleh diperdebatkan. Bodoh betul..!
Kalau ya pun nak pertikai, cari la sumber yang sahih, jangan la direka-reka pula faktanya!
Anda boleh baca di blog MiM bagaiaman kesahihan ini dibuktikan!
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.
Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?
MyMassa harap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.
Itulah caranya pembangkang bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong mereka. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.
Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - Bernama
Saya mempunyai kawan yang suka melakukan mesej lucah bersama teman lelakinya serta pernah beberapa kali melakukan hubungan seks melalui talian telefon.
Dia pernah ditangkap ketika melakukan hubungan seks (melalui telefon) di sekolah dan dimarahi teruk oleh keluarga dan guru. Dia berjanji pada ibu bapa, guru dan rakan bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi selain mengatakan sudah insaf dengan perbuatannya.
Selepas enam bulan, saya dengan tidak sengaja mengetahui yang dia masih lagi berbalas mesej lucah bersama teman lelakinya. Saya takut jika dia mengulangi semula kesilapannya. Malah lebih ditakuti dia akan terlanjur.
Untuk pengetahuan Dr, kawan saya berasal dari keluarga dan saudara-mara yang sangat alim dan warak. Walaupun bersikap begitu, dia kawan yang sangat baik hati.
Saya ingin memberitahu ibunya, tetapi kemudiannya berubah fikiran kerana ibunya sangat garang serta tidak bersikap terbuka. Apatah lagi sejak kawan saya ditangkap kerana perbuatannya dulu, ibunya seperti tidak mempercayai dan bersikap suka menyindir.
Saya buntu dan mengharapkan pertolongan Dr kerana dia adalah sahabat yang saya sayangi. Saya dalam dilema antara ingin memberitahu perbuatannya atau tidak. Saya ingin membantunya.
Sahabat prihatin, Kuala Lumpur.
Hubungan seks melalui telefon semakin lumrah. Ia perlakuan seks bersifat talian merujuk kepada perbualan yang mengandungi elemen berbaur seksual antara dua atau lebih orang.
Perbuatan ini boleh menjadi ketagihan seperti yang berlaku kepada kawan adik. Keseronokan berbentuk seksual yang diperoleh membuatkan individu sentiasa ingin untuk mengulangi perbuatan ini dari semasa ke semasa.
Dr ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kerana adik kerana menjadi seorang sahabat sejati.
Kawan adik memang seorang yang baik seperti adik katakan, tetapi perbuatan melakukan hubungan seks melalui telefon boleh menjerat diri.
Walaupun kawan adik datang dari sebuah keluarga yang alim, ini tidak bermakna dia tidak akan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
Kawalan dalaman diri adalah sangat penting dalam menghindarkan daripada melakukan perbuatan yang salah.
Adik boleh membantu dengan sentiasa mengingati kawan adik akibat dari perbuatannya itu. Sebagai kawan, adalah lebih bererti jika adik dapat sentiasa memberi pertolongan dalam usaha mengekalkan perhubungan dan juga menjaga maruah sahabat.
Pertolongan adik boleh diberikan dalam bentuk sentiasa saling mengingati. Ini adalah antara ciri seorang sahabat yang ingin berkekalan persahabatannya.
Begitu juga adik boleh menceritakan kesan negatif dari perbuatannya yang suka menerima dan menghantar mesej lucah.
JANDA BAIK - Sambil menegaskan mahu memastikan tidak wujud "pendaftaran pemilih dua kali", Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa pemblog Papa Gomo didapati tersenarai sebagai pengundi pos walaupun sudah tidak berkhidmat sebagai anggota polis trafik.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak mahu wujud "pendaftaran dua kali" sama ada pemilih awam-awam, awam-polis atau awam-tentera.
"SPR tidak mahu ada berlaku pertindihan, ada yang didakwa daftar dua kali," kata beliau kepada media selepas Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berang apabila polis dituduh menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Sulu di Sabah.
"Tunjukkan bukti jika benar polis yang bakar dokumen orang Sulu di Sabah. Jangan buat tuduhan liar. Saya tiada masa hendak layan semua ini. Hentikanlah perkara tidak masuk akal ini," tegas beliau semasa sesi wawancara khas media di Bukit Aman, semalam.
Menurutnya, tindakan itu jelas bercanggah dengan akta polis dan ianya tidak pernah dilakukan oleh pihak berkuasa sejak konflik di Sabah itu bermula.
"Saya sedih dengan tuduhan sesetengah pihak. Anggota saya sudah ada yang mati, cedera ketika menentang pengganas tetapi ada lagi tuduhan buruk seperti ini. Anggota yang berada di barisan hadapan menghadapi situasi yang amat mencabar tetapi masih ada manusia yang ingat isu ini perkara main-main.
"Tanggungjawab polis untuk jaga keamanan. Saya ucapkan terima kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan menyokong kami (pasukan keselamatan). Kami perlukan semangat patriotisme sekarang," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.
Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak sanggup mempolitikkan isu keselamatan negara dan mempertikaikan peranan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Saya sudah diam lama, tetapi biar saya beritahu sekarang! Saya tak layan cakap-cakap mengarut. Tolong jangan isukan keselamatan negara. Kalau polis tak bagus, beri cadangan untuk penambahbaikan. Kalau pihak berkenaan ada banyak duit, berikan pada polis, tak payah saya minta dari kerajaan untuk beli lebih banyak senjata dan kenderaan.
"Saya amat bangga dengan anggota saya kerana sanggup menggadai nyawa. Kehidupan kami adalah kehidupan anda demi untuk menjadi Malaysia negara yang kuat dan maju," katanya dengan nada tegas.
Katanya, anggota keselamatan juga menghormati mayat musuh dengan menyempurnakan jenazah pengganas yang mati ditembak namun masih ada yang menyalahkan polis dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.
"Kalau kamu tuduh macam itu, bawalah bukti pada saya," katanya.
Sementara itu di BACHOK, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, tindakan seorang guru yang menghina anggota keselamatan dalam Operasi Daulat di Sabah merupakan kes terpencil dan tidak menggambarkan pendirian lebih 30,000 guru di Kelantan.
Beliau berkata, sebahagian besar guru di Kelantan menyokong penuh tindakan kerajaan memburu pengganas di Lahad Datu, Sabah.
"Mereka berdiri teguh di belakang kerajaan dalam mendaulatkan keselamatan negara," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, semalam.
Guru lelaki berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali itu dikatakan menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya. Dia dibebaskan sementara dengan jaminan polis, kelmarin. Dia ditahan di sebuah rumah dekat Gong Serapat, Pasir Puteh pada 14 Mac lalu.
KUALA LUMPUR 22 Mac - DAP tidak menolak kemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum akan datang jika pendaftaran parti itu dibatalkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Pada masa yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga membayangkan kemungkinan calon parti itu akan menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas sebagai lambang kesatuan pembangkang.
"Calon DAP mungkin bertanding sebagai calon Bebas atau kita pinjam simbol PKR atau Pas. Saya sendiri mungkin bertanding menggunakan simbol Pas pada pilihan raya umum nanti," katanya sebagaimana dipetik daripada laman Twitternya hari ini.
Sementara itu, ketika bercakap dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, Kit Siang memberitahu, kemungkinan tersebut tidak boleh ditolak kerana ROS kini dilihat serius mahu mengambil tindakan.
KUALA LUMPUR 22 Mac - Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.
''Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut tetapi dia belum dapat menghadirkan diri dan dimaklumkan beliau tiada masa.
Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra, di sini, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks.
Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit.
"Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka.
"Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah.
"Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam," katanya.
Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan.
Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan 'kerja' terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah.
"Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya.
"Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988
ALOR SETAR – Pemuda Pas Jerai tidak mahu dilibatkan termasuk menolak daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi 'dikurung' selama dua jam di sebuah sekolah agama di Bukit Besar, Kota Sarang Semut, dekat sini, Sabtu lalu.
Ketuanya, Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dengan memberi kenyataan mengenai kejadian itu.
"Saya tak mahu kata apa-apa, susah pulak nanti," katanya ketika dihubungi petang semalam.
Firdaus diminta mengulas tindakan Pemuda Gerakan membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas alasan untuk meminta pihak berkenaan menyiasat apa yang berlaku sehingga menyebabkan keselamatan seorang anggota pentadbiran negeri diancam.
Dalam kejadian itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas negeri dikatakan ditahan dan kemudian dikurung di bilik VIP kantin Sekolah Menengah Agama An-Nahdzah, Bukit Besar bagi menghalangnya berceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau, Yan.
Selain dikurung dalam bilik berkenaan, anggota exco itu juga dikatakan tidak dapat keluar dari kawasan sekolah berikutan pintu pagar turut dikunci dan dikawal oleh beberapa lelaki yang menahannya.
SHAH ALAM - Individu yang dikaitkan dengan Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris menafikan dirinya adalah blogger pro-Umno seperti yang didakwa oleh PKR, semalam.
Sebaliknya, Wan Muhammad Azri menegaskan beliau adalah Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
"Saya nak maklum bahawa nama saya adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris, kad pengenalan 8301210350** dan merupakan Ketua Eksekutif KL POS Media & Production Sdn Bhd.
"Saya tegaskan di sini bahawa saya bukan blogger Papa Gomo seperti didakwa pembangkang," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Wan Muhammad Azri turut menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa beliau pernah menjadi pengundi hantu kerana beliau belum pernah mengundi sebelum ini.
"Macam mana (boleh jadi) pengundi hantu sedangkan saya belum pernah mengundi lagi. PRU12 (Pilihan Raya Umum ke-12) saya belum ada kesedaran untuk mengundi.
"Sekarang, saya daftar mengundi di Parlimen Wangsa Maju dan tidak pernah mendaftar untuk mengundi di mana-mana tempat selain Wangsa Maju," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Betulkah ada agenda besar tersebut? Berikut adalah gambar Armando, paling kanan ketika menjadi dijemput menjadi pemantau BERSIH oleh parti pembangkang. Siapa Armando? Apa kena mengena Armando dalam agenda besar Anwar Ibrahim ini?
Seorang lagi dalang Anwar Ibrahim di Filipina didedahkan. Namanya adalah Armando Valdez. Juga merupakan kroni kepada Joseph Estrada. Siapa tidak kenal dengan Estrada yang sudah sekian lama menjadi rakan intim Anwar Ibrahim.
Amado Valdez juga merupakan aktivis LawAsia yang sering mendapat tajaan Konrad Adenauer Foundation (KAF). Siapa yang tidak kenal dengan KAF, organisasi yang sering menaja Anwar di luar negara sejak 2004 lagi. Tidak menghairankan mengapa Tian Chua dan Sivarasa begitu mudah akses ketika pergi ke Filipina pada 7-9 Februari 2012.
Rupa-rupanya sudah ada operator SUARAM di sana. Buat apa Tian Chua dan Sivarasa berada di sana? Apakah secara kebetulan pencerobohan yang berlaku pada 9 Februari 2012 di Lahad Datu dengan pemergian Tian Chua dan Sivarasa?
Mengapa 10 hari selepas pencerobohan, Tian Chua menyatakan peristiwa Lahad Datu sebagai satu "diversion"? Kemudian dalam KeadilanDaily, 1 Mac 2013, Tian Chua menyatakan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah sebagai satu sandiwara. Ini satu tuduhan yang amat berat sekali dan tidak masuk akal.
Apakah pemergian Tian Chua ke Filipina tersebut adalah salah satu rancangan untuk membuat keadaan yang tidak tenteram di Sabah. Apa untungnya Sabah dan kepulauan Mindanao kepada Anwar dan kumpulan pembangkang di Filipina?
Anwar merasakan jalan pintas untuk ke Putrajaya adalah dengan mengenepikan 25 kerusi di Sabah daripada 222 kawasan parlimen. Bagaimana kerusi itu boleh diketepikan? Hanya bertanding 197 kerusi sahaja?
Ya, begitulah andaian Anwar. Pilihan raya untuk 25 kerusi di Sabah perlu digantung kerana arahan darurat akibat kacau bilau. Bila 25 kerusi dari Sabah tiada, Anwar merasakan peluangnya untuk ke Putrajaya lebih cerah, sebab itulah dia sering nyanyi "Sabah nak hilang" (baca sini). Tujuan Anwar adalah berkuasa di Putrajaya.
Apa pula untungnya Misuari, Estrada dan Kiram dalam hal ini? Untuk mendapatkan kuasa di Filipina, kawasan selatan Filipina adalah penting untuk dikuasai. Estrada sudah berada di pihak pembangkang, sama seperti Anwar. Tujuan Estrada adalah mahu berkuasa di Filipina.
Operator untuk mengintimkan hubungan Anwar dan Estrada di Filipina adalah Armando. Misuari sudah terbukti seorang gabenor yang gagal, malah berasa tergugat bila perjanjian damai bangsa Moro berjaya diadakan dengan insiatif Malaysia. Dendam masih membara untuk merebut kembali kuasa. Tujuan Misuari adalah mahu berkuasa semula di selatan Filipina.
Oleh itu, siapa yang akan digunakan untuk mencapai misi Anwar bagi membolehkan keadaan di Sabah boleh diisytiharkan sebagai darurat? Kiram diambil kerana mahu menjustifikasikan tuntutan Sulu ke atas Sabah. Padahal Kiram bukanlah keturunan waris Sultan Sulu yang diiktiraf oleh FIlipina. Tujuan Kiram adalah mahukan kuasa.
Gabungan Anwar, Estrada, Misuari dan Kiram menjadikan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu agenda besar yang perlu dipandang secara serius oleh rakyat Malaysia dan FIlipina. Hubungan dua buah negara penting di ASEAN dirosakkan oleh beberapa individu yang mahu berkuasa mengikut tujuan mereka sendiri. Kerana agenda peribadi, ramai anggota keselamatan negara mati demi berjuang untuk ibu pertiwi. Tian Chua dan Anwar memang pengkhianat, sudah terbukti.
[Nota: baca bahagian pertama tentang Liwat Saiful di sini.]
It is indeed drama at its very best when a father who sits besides his son when the son swears in the name of God that he was indeed sodomised by the opposition leader, begs the Attorney General to appeal his son's case when the AG Chambers were in the process of contemplation but somehow somewhat makes a 180 degree turn and accuses his son of making himself a pawn in a political game.
Throw in the name of the Prime Minister and confess that you have been a PKR supporter since 1998, you have a story that can make you millions albeit compromising your dignity, your own son's integrity and give unwarranted political mileage to the opposition coalition.
I despise gutter politics, even if the person doing it was my idol, hence the reason I have decided to come up in the previous open letter with all the discrepancies that occurred during the course of Sodomy 2.
If all Anwar could conjure is that I was not his lawyer, in an official statement in the PKR website, it lends credibility to my side of the story as to the happenings in Sodomy 2 for the very reason that not even one of my allegations were answered with facts.
Of course, I got the usual bullshit of me being bought by Umno-BN but to be honest that is the least I bargained for knowing the PKR modus operandi of treating their de facto as "Anugerah Tuhan".
As I had mentioned in my open letter previously, Anwar Ibrahim did not have the guts to take the stand and fight his case. This is the same man who went around the country in the run up to the judgment day on 9/1/2012 to explain his side of the story to the public but did not do it in open court.
Anwar decided to play the Mandela role to gain public empathy and overseas sympathy that he was not offered a fair trial. He ran away from answering questions and that is the truth.
Saiful Bukhari was asked questions in court by senior lawyers such as Karpal Singh and rest of the defence team. He had the guts and courage to withstand the questions that were thrown at him. Why Anwar failed to do the same? He claimed conspiracy from the word go but why so much hesitation and anxiety to take the stand if such an incident never occurred in the first place.
Carefully notice that Anwar hesitates and is afraid to make any statement under oath or in the name of Lord. Something which the guy Anwar claims to be a consummate liar, Saiful Bukhari, has done so. Since he is a tree man now, he loses the charm and popularity that came when he played victim of an alleged Umno-BN conspiracy.
The very court, which he had labeled as a "Kangaroo Court" and a BN tool, has acquitted him. How does he prove his point that BN is behind this saga again?
Saiful's dad had no role whatsoever in the trial. He played the father who cared about his son until last week and now he claims conspiracy.
Why? The answer is simple. Anwar wants to hammer in the point that he is a victim of conspiracy. He is making Azlan his mouthpiece. Saying the things he wants to say through Azlan. Remember that Anwar is the King of deception.
Still skeptical over my explanations? Please ask "Anugerah Tuhan" to answer these questions:
1 Who prepared press statement Azlan read out in the press conference? If you are telling the truth, why pre-empt it? And I know for sure who wrote it Dato' Seri.
2 Why join PKR and claim that he has been a PKR supporter since 1999 when till recently he has been anything but supportive of their "apparent" and "deceptive" cause?
3 What is the haste and need in having Azlan coming up with such statement and immediately roping him into PKR, that too without the presence of the party president? Does she even have a say in the party?
Anwar's intentions are simple. He wants to put blame on the government or more precisely Umno-BN for the bisexual image that has been attached to him. For him, it is the case of proving that his assertion of conspiracy is true.
But the problem is, Anwar "allegedly" sodomised Saiful, not his dad.
My open letter previously has made many question my integrity. The problem is when wrong things are happening right in front of my eyes, you can't just keep mum and move on, especially when you feel cheated that the very man you believed is a reformist and an honest man is not what he is. I am willing to take the flak as long as the rakyat know the real man behind the reformist mask.
Attack me all you can. I have put forward questions to Anwar in my previous letters. I have now too. I have documents to back all my claims, even this.
Astroboy no documents pertaining to your trial went without having a "check in" to my e-mail inbox. And this is not even part 2 of my article to your scam in Sodomy 2. Recall the alibi list? Recall the recorder that was passed to me by your brother, Rosdi to record all the conversations in the interview?
My demand is simple. Do not use Saiful's dad for your political mileage ever again. Fight Saiful like a man.
Former Anwarista, a boy privy to all underground happenings in Sodomy 2
Pagi tadi…Pengarah Strategik (Pengarah Strategik wooooo), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sudah buat sidang media untuk mempertahankan bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai pekerja yang paling setia dan paling teruja hendak mempertahankan bosnya, Rafizi seperti biasa cuba berlagak bijak dengan membawa isu menuduh Suruhajaya Pilihanraya (SPR) gagal melakukan kerja dengan penuh amanah (takda benda baru ke nak tuduh?).
Rafizi menuduh nama sebenar Papa Gomo, Wan Muhammad Azri Wan Deris dua kali namanya ada dalam daftar pemilih.
Dengan penuh bangganya Rafizi mendakwa;
"That means that 2008 besar kemungkinan dia mengundi dua kali dan 2013 kalau tidak dihentikan dia juga akan undi dua kali.".
Sayang sekali…
Ada satu aspek penting yang Rafizi terlepas pandang sebelum beriya-iya buat sidang media pagi tadi.
Memanglah ada dua nama yang sama…tapi tarikh lahir jelas berbeza…so nama aje kebetulan sama tetapi sah itu dua individu yang berbeza.
Lain tarikh lahir, lain alamat apa semua.
Dengan penuh keyakinan Rafizi membuat tuduhan berbentuk kutukan terhadap SPR pagi tadi.
Sudah la bergaduh dengan wartawan perempuan sampai nak panggil security guard apa semua…lepas tu keseluruhan kandungan sidang media itu salah kerana melibatkan dua orang yang berlainan…malunya…
Berikut adalah transkrip soal jawab semasa PC Rafizi (selepas selesai baca kenyataan akhbar mengenai Papagomo tengahari tadi):
Rafizi: I would like to caution chairman dan deputy chairman of SPR do not underestimate how this joke that actually will have a big impact on the trust and integrity of SPR. Simple saja. Dia boleh tolak. Dia boleh kata. Dia boleh tuduh. Tapi dengan bukti yang cukup jelas, kena atas batang hidung Papagomo pulak tu, I think it will spread very quickly, terutamanya pengundi muda – it will have a severe impact on SPR's integrity. Jadi saya akan tunggu respon daripada SPR. Papagomo ini is just a side issue saja. Dia nak meroyan lepas ini biarlah dia meroyan. I am not interested to entertain him. I am just interested to find out from SPR how did you allow a person who was convicted, sacked and no longer being in service with PDRM to continue to be in the database pengundi sebanyak dua kali pilihanraya. That means that 2008 besar kemungkinan dia mengundi dua kali dan 2013 kalau tidak dihentikan dia juga akan undi dua kali. Ada soalan?
KL Pos: Tadi saudara Rafizi cakap suruh tolak budaya rasuah sedangkan DS Anwar Ibrahim dulu pernah juga terlibat dengan tuduhan rasuah.
Rafizi: Semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah.
KL Pos: Begitu juga dengan Papagomo
Rafizi: Hang on…(tak bagi peluang wartawan teruskan soalan itu)….saya tak habis…semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah dan semua telah dibuktikan bahawa dia tidak bersalah. Bukti2 lain yg keluar yg jelas juga menunjukkan bahawa yang ini semua konspirasi dan fitnah yang dalangnya, termasuklah juga orang2 seperti Papagomo ini. I mean, you can write whatever you want to write. The ultimate judge is going to be the public. And the public is a lot more aware now. They can put two and two together. dia boleh tengok apabila lebih ramai tokoh2 yg dulu berada di belakang tabir yg terlibat dalam proses ini…pendakwaraya pun akhirnya mengaku, bapa kpd saiful bukhari pun mengaku, dan sampai sekarang tidak ada satu bukti yang betul2 jelas pun. Dan datuk seri melalui the whole proses. And the fact that he proved himself, he withstood the fitnah, dan sokongan yg dtg daripada rakyat menunjukkan rakyat tidak percaya dengan fitnah dan juga political set-up yang dibuat. So i think if Anwar Ibrahim went through all that dan kalau dia betul2 tidak melakukan rasuah, he will come out unscathed.
Jadi, perkara yang sama juga dengan Papagomo ini. Finally i am telling Umno Barisan Nasional, the ultimate judge is the public. You can continue to use Papagomo. You boleh terus mendokong, menyokong dia. Ramai2 saya minta bila dia disaman nanti, menteri-menteri Umno turun ke mahkamah untuk memberi sokongan kerana itulah strategi terbaharu yang akan memberi kemenangan kepada Pakatan dan rakyat. Don"t underestimate the wisdom.
Agendadaily: Tadi encik Rafizi cakap DS Anwar telah melalui proses dan Papagomo juga pernah melalui proses dan telah dihukum. You said you are not interested and all that. Tapi the issue here is, why Anwar berani saman Papagomo dalam isu ini tapi kes dahulu yang China Doll dia tak berani saman Papagomo dan juga Datuk Trio. Why?
Rafizi: No. saman ini terhadap Papagomo is keseluruhan. Pertama kita orang islam, saudari…ayat quran cukup jelas bahawa apabila ada sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasik maka kita kena menolak berita itu. I dont know about u. And you are are reporter, u carry news. I don't know about you. You have your news to fill up, tapi kalau saya…kalau seorang seperti Papagomo yg telah dijatuhkan hukuman, masuk penjara, semua rayuan ditolak, membawa berita yg memang jelas ada motif politik. saya akan lebih berhati2. Sebab itu saya rasa ramai rakyat malaysia mengambil pendirian menolak.
But don't subscribe the big issue in this. That's your problem. What is the biggest issue? Papagomo is a non entity. The real issue is SPR. Kenapa you tak tanya, bahawa SPR ada pengundi hantu? That is a much…YOU DARI MANA?
AD: Saya dari Agendadaily:
Rafizi: Ahh patut pun!! Agendadaily? Hah! Kalau ada yang melibatkan Umno tiba-tiba Agendadaily akan datang tanya soalan2 macamn ini. Sy minta balik, tanya kepada pengerusi SPR, kenapa boleh ada pengundi hantu macam ini, yg dgn kuasa Allah, banyyak2 orang kita dpt buktikn, hari ini kita dpt buktikn Papagomo.
AD: baru nak buka mulut…Rafizi terus…
Rafizi: Bagi peluang kepada org lain kerana you are… (wartawan Agendadaily cuba tanya lagi)..No no no no no no. I have answered already.
AD: Yes, I will ask SPR psl tu, tapi you belum jawab soalan saya.
Rafizi (potong cakap). No No No. Can i get next question. Kita bagi orang lain.
AD: Soalan saya kenapa tak berani saman Datuk Trio.
Rafizi: No…sudah saman Papagomo.
AD: Papagomo itu ikan bilis dibandingkan dengan DS Anwar.
Rafizi: Can I have more questions yang lebih credible yang bukannya datang daripada portal yang lebih kurang sama seperti Papagomo? Can I get a proper reporter punya questions.
AD: You amalkan kebebasan media. I pun mengamalkan kebebasan media untuk bertanya.
Rafizi: No..saya dah jawab. Saya dah bagi ruang. Can I get the other ones?
AD: You did not answer my second question.
Rafizi: No. No. Saya dah jawab bahawa dia sudah saman Papagomo keseluruhanlah. We'll go through the process in court. You tunggu…you turun.
AD: I ikut your suggestion, I akan tanya SPR, tapi you jawab soalan I.
Rafizi: Yeah…I don't trust you at all. Kita boleh semak Agendadaily.
AD: I only ask a simple question?
Rafizi: Can we get the guard kalau begini seterusnya? Sebab saya nak teruskan dengan soalan2 yang lain. Kalau Agendadaily datang setiap kali hanya untuk tanya soalan dan mengganggu dengan bertanya perkara2 ini…kita dah beri ruang. Kita tak tolak pun. Tapi hormati sidang media yang ada orang lain semua. You akan tanya dan you akan ambil masa, semata-mata kerana you nak ambil 2-3. Bagilah pada orang lain. Ada soalan lagi? Okay di belakang…Aida (tunjuk wartawan yang die kenal bernama Aida)
Pada PRU-13 ini Sabahan will show the way. Rakyat Sabah akan tunjuk jalan kepada pembangkang, bahawa Putrajaya tetap dalam gengaman BN.
Rakyat Sabah tidak mampu lagi melakukan cuba-cuba menukar kerajaan, kerana pengalaman menukar kerajaan, bukan sahaja menjadikan rakyat Sabah miskin, malah tertinggal dari segi pembangunan.
Sabah bertukar kerajaan empat kali sejak menyertai Malaya, Singapura dan Sarawak membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
Rakyat Sabah mengambil iktibar kepada kerajaan di Malaya (semenanjung) dan Sarawak, kerana kerajaan tidak bertukar, maka kemajuan dan taraf kehidupan rakyatnya lebih baik.
Rakyat Sabah menikmati pembangunan sejak 18 tahun terakhir, apabila tidak berlaku pertukaran kerajaan.
Kadar kemiskian telah menurun kepada satu angka, berbanding tahun 10 tahun lalu, di mana angka kemiskinan masih dua angka.
Disebabkan kestabilan politik yang ada di negeri itu, maka ada dalang-dalang tertentu mencuba mencipta huru hara dengan membayar Jamalul Kiram III dan konco-konconya mengganas di Sabah.
Rakyat Sabah tidak akan termakan dengan dakyah yang dicipta, kerana rakyat Sabah sudah matang menilai mana kaca dan mana intan.
Rakyat Sabah yang menjadi sebahagian daripada pembangkang, sebenarnya hanya memenuhi keinginan peribadi, bukan berjuang untuk rakyat. Mereka sama dengan pemimpin terdahulu, yang menipu rakyat kononnya melalui perubahan kerajaan, maka kemajuan lebih baik akan dicapai, tetapi kenyataannya semua itu tipu muslihat demi kepentingan diri sendiri mendapat kedudukan dan kuasa.
Kepimpinan Bn sekarang terutama selepas sahaja DS Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri, perhatian khusus diberikan kepada Sabah, kerana Perdana Menteri itu menerima hakekat, bahawa Sabah jauh ketinggalan dari semua segi.
Rakyat Sabah celik terhadap perubahan politik, namun sebagai balasannya ketinggalan dalam semua segi. Atas faktor inilah, pada PRU-13, berbuihlah mulut pemimpin Pembangkang, rakyat Sabah tidak akan terpengaruh lagi.
Sayang Sabah hanya 25 kawasan Parlimen, kalau lebih daripada itu, sudah pasti memberi keuntungan kepada Bn.
Sabah melalui kepimpinan Datuk Seri Musa Aman dengan rakan-rakan dalam Bn Sabah akan memastikan Sabah tetap simpanan tetap Bn. Sabah TATAP Bn.
Anak lelaki kepada bekas Ketua Kampung Tanduo dipercayai merupakan orang tempatan yang menjadi penyelaras kepada kumpulan pengganas bersenjata Sulu.
Dia merupakan seorang daripada empat orang yang ditahan, merupakan individu yang memainkan peranan penting dengan kumpulan pengganas yang ditahan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Seorang lagi ialah komander tentera kumpulan pengganas Sulu, ditangkap ketika bersembunyi di kawasan paya di Semporna ketika pihak polis sedang melumpuhkan kumpulan pengganas Sulu yang beroperasi di sana dan Lahad Datu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua individu penting itu ditahan bersama-sama isteri masing-masing.
Sementara itu, Khalid mengesahkan lelaki tempatan yang ditahan berusia awal 40-an itu, itangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.
Beliau berkata lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan Malaysia, katanya kepada pemberita.
Komander tentera yang ditahan itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen bagi mengesahkan identiti serta dokumen pengenalan dirinya.
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 pada Sabtu.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.
Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.
Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.
"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.
Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.
Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA
Saki baki pengganas di Lahad Datu kini berada dalam keadaan tertekan selepas sebahagian rakan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penahanan dan pendakwaan itu memberi kelebihan kepada pasukan keselamatan negara kerana musuh sudah terdesak untuk mencari cara bagi melepaskan diri.
"Pasukan keselamatan kita lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan.
Pasukan keselamatan kita kini lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat" Ismail Omar, Ketua Polis Negara
"Kita mempunyai pelan jangka pendek iaitu mengukuhkan kehadiran dan kawalan pasukan keselamatan di semua kawasan sensitif, termasuk perkampungan atas air, pinggir pantai dan sekitar kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu," katanya.
Pelan jangka panjang ialah kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Komandan/Komander Maktab Polis, Pusat Latihan Polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuala Lumpur, semalam.
Ismail juga memaklumkan, keadaan keselamatan di Sabah kini semakin pulih dan terkawal, berikutan kehadiran besar pasukan keselamatan selain logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bergerak mengikut pelan strategik yang dirangka untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman pada masa depan selepas kita belajar daripada kesilapan dan kekurangan semasa Ops Daulat," katanya.
Dalam pada itu, sebanyak RM2 juta berjaya dikumpul untuk Tabung Wira Lahad Datu dan Tabung Kebajikan PDRM melalui sumbangan pelbagai pihak termasuk swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
Semalam, 10 individu menyampaikan sumbangan kepada Ketua Polis Negara sebagai menghargai jasa wira negara yang terkorban di Lahad Datu.
SUASANA malam Sabtu itu (2 Mac) begitu mencengkam bagi sekumpulan 57 anggota polis. Misi yang mereka galas kali ini sangat berbahaya dan berbeza. Musuh yang mereka buru bukan kepalang; gerila bersenjata dan terlatih.
Tetapi berbekalkan keberanian dan maklumat risikan, malam pekat di perkampungan atas air di Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna mereka redah. Mereka tahu risiko bakal ditempuh. Berkali-kali mereka diingatkan bahawa dalam misi kali ini mungkin ada yang tidak pulang dengan selamat.
Apatah lagi dua rakan setugas dari pasukan komando VAT 69 gugur di Lahad Datu sehari sebelumnya. Tetapi demi kedaulatan negara, misi ini perlu mereka jayakan.
Dalam fikiran mereka hanya satu, menjayakan misi khas menangkap 'Imam Tua' dan 'Romy', dua pengganas Sulu yang dipercayai bersembunyi di perkampungan atas air itu.
Imam tua penting untuk ditangkap kerana dikatakan tahu siapa pihak ketiga di sebalik pencerobohan itu. Romy pula dipercayai bertanggungjawab membawa masuk senjata dan kira-kira 10 lelaki terlatih dalam perang gerila yang bersembunyi di kampung itu.
Operasi itu bermula pada pukul 4.30 petang, walau bagaimanapun gagal menemukan Imam Tua dan Romy. Setelah hari merangkak malam, mereka berkumpul di gelanggang bola keranjang berdekatan kampung itu untuk menyelaraskan semula gerakan.
Diketuai oleh Pegawai Unit Cawangan Khas Bukit Aman, Supritendan Ibrahim Lebar, mereka bertekad agar misi diteruskan pada malam itu juga.
Kesemua anggota polis diberi taklimat mengenai situasi yang bakal dihadapi. Mereka dimaklumkan tentang ancaman bakal dihadapi. Ibrahim dalam misi itu dibantu Ketua Cawangan Khas Daerah Semporna, Asisten Supritendan Micheal Padel.
Mereka tahu Semporna berada dalam keadaan bahaya. Daripada maklumat risikan diterima, pengganas Sulu merancang melakukan sabotaj dengan membakar rumah penduduk, membuat tembakan secara rambang dan menyerang balai polis.
Kini, keselamatan Semporna benar-benar di tangan mereka. Jika misi itu gagal, mungkin sahaja kemusnahan besar bakal berlaku.
Kira-kira pukul 7.30 malam, Ibrahim yang mengetuai 56 pegawai dan anggota bergerak secara strategik ke Kampung Sri Jaya. Mereka menggeledah beberapa buah rumah yang dikenal pasti menjadi lokasi persembunyian pengganas Sulu.
Tetapi tanpa mereka ketahui dan duga, rupa-rupanya operasi sulit tersebut sudah diketahui musuh kerana terdapat 'orang tertentu' yang membocorkan maklumat.
Ibrahim hanya menyedari perkara itu apabila serbuan ke atas beberapa buah rumah disahkan lokasi persembunyian musuh didapati langsung tidak berpenghuni.
Dan ketika melalui titi kayu di lorong lima Kampung Sri Jaya, alat pengesan mengesan kedudukan musuh dalam sebuah rumah. Inspektor Mohd. Hasnal Jamil dari Cawangan Khas Bukit Aman ketika itu berada dalam kedudukan paling depan diikuti Ibrahim dan Micheal.
Begitupun belum sempat pasukan keselamatan bertindak, mereka dihujani ratusan peluru raifal M-16 dan AK-47 oleh sekumpulan pengganas Sulu dari segenap sudut.
Tembakan bertalu-talu termasuk dari sampan di kawasan bawah rumah air. Sasaran tentulah ditujukan kepada Ibrahim, Micheal dan Mohd. Hasnal yang berada di barisan depan.
Kumpulan pengganas ini telah memasang 'perangkap' lebih awal untuk menyerang pasukan keselamatan. Kumpulan pengganas Sulu itu kemudiannya tanpa rasa perikemanusiaan bertindak zalim ke atas anggota keselamatan termasuk yang tercedera.
Seperti dirasuk syaitan mereka memenggal leher dan menetak kepala dengan parang barong, mencungkil mata malah sanggup mengeluarkan otak, membelah perut serta dada sebelum dikeluarkan organ dalaman.
Hanya mayat Ibrahim tidak sempat diapa-apakah kerana Allahyarham ditarik oleh anggotanya masuk ke dalam sebuah rumah. Mayat yang anggota polis lainnnya semua dizalimi.
Melihat ketua operasi dan rakan sepasukan diperlakukan sedemikian, anggota yang terselamat mengatur strategi susulan untuk melakukan serangan balas.
Strategi mereka berhasil. Dua musuh termasuk Imam Tua ditembak mati. Baki empat lagi pengganas ditembak mati keesokan harinya.
Selain Ibrahim dan Micheal, wira negara yang turut gugur dalam serangan itu ialah Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Selain meragut enam nyawa, serangan tak terduga dipercayai akibat pengkhianatan orang tertentu itu turut menyebabkan 17 anggota polis terperangkap sementara dua yang lain termasuk Mohd. Hasnal cedera parah.
Mereka kemudiannya berjaya dibawa keluar dari lokasi 'serang hendap' oleh anggota pasukan Komando VAT 69 yang memulakan operasi menyelamat bermula pukul 2.30 petang Ahad.
Dua pengganas termasuk pegawai pemerintah Sulu ditahan menerusi dua tangkapan pada jam 10 malam dan jam 1.20 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar dalam sidang media berkata, tangkapan dilakukan bersama pasangan masing-masing di Kampung Tungku dan Semporna.
SEORANG pengganas Sulu yang mendakwa diupah untuk mengganas semasa dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau Khamis, Holand Kalbi (Holan) sebenarnya adalah salah seorang pengikut Agbimuddin Kiram yang termasuk mati dalam tembak menembak dengan pasukan komando 69 pada 1 Mac, demikian juga Ling Mad Salli (Lin)- menurut jurucakap Jamalul Kiram III-Abraham Idjirani yang dipetik oleh Inquirer.
Jurucakap Kiram itu, menafikan bahawa lapan individu yang didakwa tersebut merupakan pengikut Agbimuddin, sebenarnya menurut beliau, mereka itu adalah rakyat Malaysia.
Selain itu, Abraham juga mempertikai jumlah pengikut Agbimuddin yang maut, menurut Abraham, hanya 26 termasuk 18 yang mati pada 1 Mac dan bukannya 68 sepertimana dilaporkan di Malaysia.
Sebelum ini Abraham menyatakan bahawa pengikut Agbimuddin yang maut pada 1 Mac-Kalbi, Salli, Ibrahim Suhudah, Junaidi Harain, Abdulkader Jumaadil, Hawadi Jumaadil, Tar Undang, Sangkahan Ajan, Datu Maharajah Sabandal dan isterinya.
Sementara itu Jurucakap Persatuan Peguam Sabah (SLA) Syarulnizam Salleh dipetik sebagai berkata, bahawa lapan individu yang dihadapkan ke mahkamah Tawau pada Khamis, semuanya adalah rakyat Filipina, menyangkal dakwaan jurucakap Kiram tersebut.
Setakat ini sejulmah 235 individu ditangkap berikutan OPs Daulat akibat penerobohan Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.
Pencerobohan Lahad Datu juga mengorbankan lapan anggota polis dan dua tentera negara.
Nampaknya perkataan saman sudah makin sinonim dengan Anwar Ibrahim.
Walaupun kadang-kala mendakwa mahkamah di Malaysia tidak adil namun Anwar memang banyak terhutang budi dengan sistem keadilan di Malaysia.
Hubungan istimewa dengan majlis peguam yang dikuasai peguam bukan muslim banyak kali memberi keuntungan pada Anwar.
Bukan calang-calang peguam yang pernah dibayar oleh Anwar untuk membelanya walaupun ada di antara mereka kemudiannya menyesal kerana membela Anwar dulu.
Karpal sigh sendiri terpaksa menjilat semula kahak hijau yang pernah keluar daripada mulut hanyirnya yang membuat kenyataan mengenai salah laku seks Anwar ketika Anwar masih di dalam UMNO.
Semalam, Anwar menyaman pula seorang blogger yang dikenali sebagai Papagomo.
Namun Papagomo bukan sahaja tidak menarik balik tuduhannya malah berjanji akan menyiarkan lebih banyak rahsia salah laku seks Anwar.
Sebelum itu dalam situasi lain Anwar telah memarahi wartawan yang bertanya soalan sensitif.
Cuma rakyat hairan, kenapa Anwar tidak menyaman Umi Hafilda Ali dan Ezam Nor yang berulangkali mencabar agar disaman berikutan pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat.
Nampaknya rakyat dengan mudah membuat kesimpulan, dakwaan Papagomo itu dusta manakala dakwaan Umi Hafilda dan Ezam Nor itu BENAR.
Itu belum lagi dakwaan Zulkifli Nordin iaitu salah seorang peguam Anwar dalam kes liwat pertama dulu!
Skandal tanah Sarawak: Global Witness dibiayai Soros
Pakatan pembangkang dilihat semakin terdesak mengunakan pelbagai pendekatan yang ada semata-mata untuk memastikan impian Anwar Ibrahim untuk ke Putrajaya tercapai.
Terbaru tindakan sekumpulan aktivis antarabangsa, Global Witness yang cuba menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui penghasilan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' jelas merupakan satu cubaan pihak asing untuk campur tangan dalam hal politik tanah air.
Video tersebut cuba menuduh Taib Mahmud kononnya melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri. Ia jelas merupakan cubaan untuk mencemarkan Sarawak sekaligus mewujudkan sentimen kebencian rakyat terhadap kerajaan seperti yang biasa dilakukan sebelum ini.
Malah menurut sumber, video tersebut merupakan satu 'lakonan' yang sengaja direka cipta kerana suami salah seorang wanita yang diwawancara itu adalah merupakan penyokong kuat PKR.
Hasil penelitian yang dilakukan, Global Witness sebenarnya merupakan sebuah organisasi yang dibiayai oleh NED & ODI iaitu dua badan yang disokong kedudukan kewangan oleh penyangak mata wang asing berketurunan Yahudi, George Soros. Sila rujuk pautan blog ini Soros-funded Global Witness untuk maklumat lanjut.
Maka bukanlah suatu yang menghairankan apabila sebuah NGO asing secara tiba-tiba begitu berminat untuk membantu gerakan pembangkang bagi menumbangkan kerajaan. Keseluruhan episod ini rupanya merupakan dendam lama penyangak Yahudi itu terhadap kepimpinan negara. Malah umum juga mengetahui akan hubungan akrab di antara Soros dan Anwar seperti yang telah didedahkan sebelum ini.
Sebagai contoh bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pernah berkata penglibatan Anwar dan Soros tidak berlaku secara langsung tetapi ia dibuat melalui NGO asing yang dinaungi penyangak berkenaan dan rakan-rakannya.
Malah kenyataan salah seorang mantan Ahli Majlis Tertinggi PKR yang ditemui mengatakan, selain Global Witness penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu turut membiayai membiayai PKR, Suaram, portal pembangkang Malaysiakini dan Institut Kajian Dasar (IKD).
Terbukti hubungan luar biasa Anwar dengan beberapa pemimpin Yahudi termasuk Soros bukan lagi rahsia. Malah pendekatan Ketua Pembangkang itu yang menghasut dan menyemai sentimen kebencian rakyat agar menjatuhkan kerajaan juga menjadi bukti jelas ia dipengaruhi cara Yahudi seperti yang telah berlaku di negara-negara Arab.
Oleh yang demikian, sebelum pimpinan pembangkang berlakon seoalah-olah mereka suci lagi bersih dari sebarang unsur Yahudi, ada baiknya mereka mendesak Global Witness mengeluarkan satu lagi video terbaru yang bertajuk 'We Deny'. - Beruang biru
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nak tergelak GPB bila baca kenyataan Bahalol Kiram III bahawa Malaysia telah hantar Komando untuk bunuhnya di Filipina . Apa dia ingat negara kita ni gila sangat sampai hantar orang pi bunuh celaka ketua pengganas ini di negaranya .
Apa nanti kata Filipina ?? Walhal Malaysia dan Filipina bekerjasama baik dalam pencerobohan pengganas Kiram III ini .
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyanggah tohmahan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai pewaris takhta Kesultanan Sulu, kononnya Malaysia akan membawa komando untuk membunuh beliau di Filipina. Sebaliknya, Ahmad Zahid meminta Jamalul Kiram tidak perlu bimbang kerana Malaysia tidak akan menceroboh Filipina untuk melakukan pembunuhan di negara orang. Beliau berkata, pihak tentera Malaysia tidak akan melakukan pekara jahat seperti itu dan sebaliknya Jamalul melakukan pembunuhan di negara orang. Kata beliau, Jamalul tidak perlu membuat 'reverse psychology' semata-mata untuk mendapatkan simpati daripada penyokongnya kononnya komando daripada Malaysia akan masuk dan bunuh beliau. "Jika ditakdirkan Jamalul Kiram dibunuh oleh orang lain, jangan pernah ada tuduhan mengatakan ianya dilakukan oleh pihak komando Malaysia. "Kita tidak akan masuk ke negara orang untuk membunuh mana-mana pihak sepertimana didakwa oleh Jamalul Kiram," tegas Ahmad Zahid. Beliau berkata demikan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Hajah Tuminah, Kampung Sungai Nipah Darat dan Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran ATM serta Sumbangan kepada veteran warga Mas, balu-balu dan anak-anak yatim Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di sini, hari ini. Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid meminta kepada Jamalul untuk berhenti daripada menuntut Sabah, di samping menyuruh penyokong penganas Sulu itu berundur daripada negeri itu. Katanya, Jamalul seharusnya menerima kenyataan kerana berdasarkan sejarah dan undang-undang, Jamalul tidak mempunyai hak langsung untuk menuntut mana-mana bahagian di Sabah. Menurutnya, tuntutan Jamalul mengatakan Sabah adalah hak sepenuhnya adalah tindakan sia semata-mata. Beliau berkata, dalam pekara ini, Malaysia tidak berhasrat untuk membawa isu tuntutan Jamalul terhadap Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana kehendak rakyat Sabah ini telah dizahirkan menerusi pungutan suara Suruhanjaya Cobbold dan disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Mana-mana pihak luar dan dalam Sabah menceroboh negeri itu, mereka merupakan musuh negara kerana mereka tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong serta kedaulatan undang-undang negara ini," katanya.
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri program 'Malam Cinta Rasul' di Dataran Merdeka yang bertujuan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk mencontohi kepimpinan Nabi Muhammmad SAW.
Muhyiddin tiba di lokasi majlis di sini pada kira-kira 9 malam tadi ditemani isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.
Program tiga jam itu, antara lain, menampilkan tokoh qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf. Malam Cinta Rasul anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - BERNAMA
Mana ada di negara lain boleh buat seperti ini ?? Dengan aman dan tenang sekali di tengah kotaraya ? Sebabnya agama Islam adalah agama Persekutuan negara dan tidak boleh dipertikai mana2 pihak .
Yang hadir pulak pemimpin negara iaitu TPM Tan Sri Muhyiddin bersama lautan Umat Islam yang hadir di Dataran Merdeka berselawat dan bersama2 menggalunkan zikir2 dan nasyid2 memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B. Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.
Dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama, Rafizi dah tuduh Wan Azri sebagai pengundi hantu walaupun tarikh lahir berbeza.
Jika dengan menggunakan kaedah nama pengundi yang sama sebagai cara nak kesan pengundi hantu, adakah dengan cara ini, Rafizi juga pengundi hantu? Mana satu Rafizi yang bukan hantu?
MyMassa harap Rafizi Ramli boleh buat kenyataan akhbar untuk menafikan bahawa dia bukan pengundi hantu. Tak perlu tunggu SPR untuk buat kenyataan.
Itulah caranya pembangkang bermain dengan perang persepsi untuk menipu dan mempengaruhi penyokong mereka. Dengan satu dua yang dinamakan 'bukti', pembangkang akan terus menyerang Kerajaan tanpa selidik terlebih dahulu. Timbalan Pengerusi SPR juga pernah dituduh dengan cara yang sama.
Rakyat perlu melihat kembali kepada kes klasik ini ... kes yang ditakrifkan sebagai CUKUP MEMALUKAN Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
PASIR MAS, 6 Mei 2012 - Ahli UMNO Cawangan Kubang Bunggor, Wan Ahmad bin Wan Omar mengecam tindakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menggunakan identiti beliau sehingga dikaitkan sebagai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar. Peniaga kedai makan berusia 63 tahun itu kesal dengan tindakan tanpa usul periksa parti itu yang menggunakan maklumat peribadi dari kad pengenalannya untuk mendesak Timbalan Pengerusi SPR itu meletakkan jawatan. Wan Ahmad berkata nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 telah digunakan oleh Saifuddin untuk dimuatkan kedalam kenyataan media PKR yang dikeluarkan pada 27 April lalu. - KLPOS, 6 MEI 2012.
Tun Mahathir adalah orang yang membawa Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO & mewakili BN bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1982 . Hari ini sejarah menjelang di PRU 13 , kerusi yang tidak pernah Anwar & keluarganya tewas ini tidak diyakini beliau dan mungkin akan bertanding di Perak . Ikuti komen Tun M : Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."
"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini, hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.- Bernama
- Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini. Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi. "'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.
"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi. Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang. Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. "Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya. Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk. Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya. Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - Bernama
Kira-kira 300 ahli pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang majoritinya belia Cina dan India berarak sejauh satu kilometer dari Jalan Macalister menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, bagi menyerahkan memorandum membantah pembinaan terowong dasar laut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kesemua mereka mewakili tiga NGO iaitu Pergerakan Hak Belia Malaysia (PHBM), 1Malaysia Brothers (1MB) dan Pertubuhan Belia Komuniti Pulau Pinang (PBKPP).
Mereka yang berarak dengan memakai baju berwarna biru muda turut membawa pelbagai sepanduk mengecam kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji-janji dalam pilihan raya umum lalu. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan anggota polis telah bersedia dari awal untuk mengawal keadaan di sekitar Komtar.
Presiden Pergerakan Hak Belia Malaysia, Shen Yee Aun berkata, bantahan terhadap pembinaan terowong bernilai RM6.3 bilion itu dibuat memandangkan pihaknya beranggapan projek mega berkenaan hanya merugikan duit rakyat semata-mata.
Tegasnya, banyak NGO lain dan rakyat negeri itu membantah projek berkenaan kerana dilihat boleh mengundang kesesakan lalu lintas lebih teruk terutama di bahagian pulau.
"Kami rakyat Pulau Pinang tidak memerlukan penghubung ketiga antara pulau dan tanah besar. Cukup dengan dua jambatan sedia ada," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan kepada wakil Pejabat Ketua Menteri di pekarangan Komtar, di sini hari ini.
Yee Aun berkata, memorandum yang dihantar itu turut mengandungi sembilan tuntutan lain yang perlu diperjelaskan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Antara perkara itu, katanya, penjelasan mengenai janji-janji palsu yang gagal ditunaikan DAP sepanjang lima tahun mentadbir Pulau Pinang dan kegagalan kerajaan negeri membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri ini.
"Selain itu kami juga mahu penjelasan mengenai manifesto yang dibuat DAP, pendirian berbeza Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kilang Lynas di Kuantan, Pahang dan penjelasan mengenai lokasi untuk kaum Cina dan India di dalam manifesto, bajet dan Buku Jingga pembangkang. "Kita juga mendesak Guan Eng menjelaskan kenyataan bercanggahnya yang mahu menghapuskan tol tetapi mahu membina terowong bertol, pendirian DAP terhadap calon Perdana Menteri pembangkang dan internet percuma yang gagal diakses rakyat Pulau Pinang," katanya.
Beliau dalam pada itu menegaskan, sekiranya Guan Eng gagal menjelaskan semua tuntutan berkenaan dalam masa seminggu bermula hari ini, pihaknya akan mengambil tindakan susulan.
"Kami mahu Guan Eng berfikir, sekiranya tidak mahu menjawab segala tuntutan kami, apakah beliau sudah tidak memerlukan undi kami dalam pilihan raya umum akan datang?
"Kami juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Guan Eng seperti bangkitnya rakyat Selangor mengheret Menteri Besar mereka ke mahkamah," katanya.