Pakatan Rakyat |
Posted: 29 Oct 2011 03:40 PM PDT Oleh Mohd Sayuti Omar Umno Main Kotor Sesama Sendiri SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam. Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu. Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja. Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja. Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga. Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi. "Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya. Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu. "Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu. Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah. Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat. Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya. Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu. Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu. Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis. Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat? Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri. Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi. Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga. Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan. Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! Petikan dari http://msomelayu.blogspot.com Full content generated by Get Full RSS. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 29 Oct 2011 03:35 PM PDT | Tarif Elektrik TNB Akan Naik Lagi? Tenaga Nasional Berhad TNB Rugi Bersih RM453.9 Juta Posted: 29 Oct 2011 07:52 AM PDT Munasabahkah kalau tarif elektrik naik lagi selepas ini? Kalau ikut rekod keuntungan TNB sebelumnya, TENAGA Nasional Bhd (TNB) telah peroleh untung bersih sebanyak RM3.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010. Kemudian, Tenaga Nasional Bhd (TNB) berjaya peroleh untung bersih untuk tempoh berikutnya, separuh masa pertama berakhir 28 Februari lalu sejumlah RM1.343 bilion….
Untung adat meniaga. Ada untung, ada rugi. Tapi sungguh tidak patut kalau TNB boleh rugi teruk. Takkan TNB monopoli pun boleh rugi banyak? Kemudian pada pertengahan tahun, tarif elektrik baru sahaja dinaikkan dengan purata kenaikan sebanyak 7.12%. Walaubagaimanapun, TNB tak setuju yang mereka monopoli industri tenaga sekarang ini…..Jawapan mereka ada pada paparan (gambar) di bawah ini… Antara beberapa alasan yang popular diberikan rugi setiap kali menerima kerugian tempoh-tempoh tertentu beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga adakala menyebabkan mereka bertindak menaikkan tarif elektrik beberapa kali sebelum ini :
(Gambar Barisan pemain utama IPP di Malaysia) Dan…kena tambah satu lagi faktor yang menyebabkan kadar keuntungan TNB jatuh adalah disebabkan pembelian mahal kuasa yang dihasilkan oleh Pengeluar Tenaga Bebas (IPP). Untuk rekod, TNB terpaksa menanggung RM12.5 billion untuk beli kuasa daripada IPP berbanding tahun kewangan sebelumnya 2009 dengan RM11.8 billion. Tahun 2011, berapa pula tanggungan TNB terhadap IPP? Punca kerugian TNB kali ini adalah disebabkan kebakaran pada Disember 2010 di blok Bekok yang terletak di pesisir 200km dari Pantai Timur Semenanjung. Penyambungan semula bekalan penuh dah berkali-kali ditangguhkan. Sehingga akhirnya TNB terpaksa beralih kepada bahanapi lain yang lebih mahal. Itu sebab mereka rugi banyak kali ini berdasarkan kenyataan TNB baru-baru ini. Pelik, setahu kami Malaysia ini kaya dengan rizab gas asli. Jadi mengapa Petronas boleh menghadapi kekurangan bekalan gas, yang telah mengakibatkan kerugian kepada Tenaga Nasional? Kalau sebelum ini, Petronas mampu membekalkan 1200 juta mmscfd sehari kepada sektor penjanaan kuasa tetapi sekarang turun mendadak kepada hanya sekitar 900 juta mmscfd pada tahun ini. Menurut Petronas, kekurangan gas kerana harga gas subsidi (ha…yang ini siapa yang paling banyak dapat?) dan penggunaan gas sebagai ganti kepada arang batu dan ini telah mendorong permintaan tinggi terhadap gas. Tambah Petronas lagi,
Yang menjadi persoalannya sekarang, adakah jika bekalan bekalan dari Bekok C walaupun berjaya dipulihkan sepenuhnya, kekurangan gas akan berjaya diselesaikan? Secara faktanya, Malaysia bukan calang-calang rizab gasnya sehingga Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-14 di dunia dari segi rizab gas, mengikut laman web Malaysia Gas. Setakat ini ada cadangan telah dikemukakan yang mana beberapa pengeluar tenaga bebas perlu berkongsi kos yang tinggi ketika ini. Mahu atau tidak, tidak diketahui lagi. Pendapatan daripada gaji CEO dan elaun orang-orang di belakang pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) : Sedangkan TNB untung banyak tahun lepas pun, TNB masih bertindak naikkan tarif elektrik, inikan pula kalau jumlah keuntungan bersih mereka merosot. Dan adakah ini merupakan signal awal untuk tarif elektrik dinaikkan tidak lama lagi? | Tanda BN Nak Tumbang: Peluru & Nota Ugutan Bunuh Dihantar Kepada Aziz Bari Posted: 29 Oct 2011 07:42 AM PDT KELAB GREENBOC Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini. Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti". "(Dihantar dengan) pos biasa saja. "Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya. Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi. Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz. Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja". Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009. "Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali. "Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu. Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang". "Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang. Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari. Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. -mk Ulasan GB Gejala hantar surat ugutan & peluru, simbah cat merah, pecah rumah & pejabat, lempar molotov koktil dan larikan komputer riba serta seumpamanya sudah menjadi trend - tapi malangnya satu trend yang bebal. Dilakukan oleh pihak yang merasakan dirinya mempunyai kuasa paling hebat atas dunia. Mereka ingat rakyat bodoh sangat ker tak tahu angkara siapa semua itu. Sama macam kes longgokan baju BERSIH yang diletak dengan molotov koktil di ibu kota beberapa hari sebelum perhimpunan Bersih 2.0 7 Sepetember lalu untuk memburukkan perhimpunan berkenaan. Walhal ia menampakkan lagi kebodphan bahawa pihak itu desperado, terdesak sebab kerajaan yang disokong dan didokong sebenarnya sedang berada di ambang keruntuhan. Mereka sanggup kini melakukan apa saja, hatta suruh berbogel tengah jalan pun mereka sanggup, membunuh pun mereka berani. Tetapi tahan macam mana pun, reputnya BN sudah menggigit tiang serinya... tunggu masa tersembam ke atas mukabumi. Masa tu Allah akan dedahkan siapa punya kerja semuanya ini: hantar peluru, simbah cat merah, simbah asid, pecah rumah YB, baling bom molotov koktil, larikan komputer riba dan sebagainya. Seperti GB kerap nyatakan, kebenaran itu tetap akan terdedah jua... langit tak selalunya mendung, berarak awan hitam ke tepi, tampaklah cahaya terang benderang sang mentari. | Posted: 29 Oct 2011 07:40 AM PDT KELAB GREENBOCKongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955. Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah. "MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini. Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan. Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam. Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil. Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara. Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman. "Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya. Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu. Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya. Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC. "Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya. -mstar sila klik untuk baca | Umno Main Kotor Sesama Sendiri Posted: 29 Oct 2011 07:26 AM PDT MSO Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam. Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an. Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu. Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja. Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja. Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga. Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi. "Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya. Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu. "Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu. "Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah. Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah. Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat. Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya. Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu. Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu. Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis. Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat? Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri. Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi. Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga. Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan. Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! | Gema suara wanita tampil tiga tokoh wanita PR Posted: 29 Oct 2011 07:13 AM PDT PASPBPARIT BUNTAR. : Majlis Makan Malam Gema Suara Wanita anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dengan kerjasama PAS Parit Buntar telah menampilkan tiga tokoh pimpinan wanita Pakatan Rakyat.Penyelaras program Hamdan Fadel Ahmad berkata, ketiga-tiga pimpinan wanita berkenaan mewakili tiga parti PAS, PKR dan DAP. " Dr. Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja mewakili PAS, Fauziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan mewakili PKR dan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang mewakili DAP. " Peserta makan malam pastinya bertuah dapat mendengar ucapan mereka yang juga pimpinan tertinggi dalam parti masing-masing" katanya semasa ditemui selepas majlis makan malam berkenaan. Hamdan berkata, majlis makan malam berkenaan diadakan bertujuan mengumpul dana pilihanraya untuk Jentera Pilihanraya PAS Parit Buntar . " Dana yang besar diperlukan PAS Parit Buntar bagi menghadapi pilihanraya ke 13. "Majlis ini adalah salah satu usaha Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar membantu PAS Parit Buntar mengumpul dana pilihanraya" katanya Menurut Hamdan, Ahli Parlimen Kuantan Fauziah Salleh menjadi tumpuan kerana membentangkan kesan-kesan alam sekitar yang akan menimpa rakyat Kuantan sekiranya kilang nadir bumi Lynas di Gebeng diteruskan. " Beliau menerangkan secara terperinci tentang isu Lynas yang menjadi fokus penentangan Pakatan Rakyat mewakili rakyat di Kuantan. " Ramai yang keliru kerana media massa yang dikuasai kerajaan tidak memberikan gambaran sebenar isu berkenaan" katanya Tambahnya, Dr. Siti Mariah dan Teo Nie Ching pula membicarakan ketidaktelusan yang berlaku dalam pembentangan bajet kerajaan BN. Turut hadir dalam majlis makan malam adalah Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan pimpinan PAS Parit Buntar. Dr. Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja mewakili PAS Fauziah Saleh Ahli Parlimen Kuantan mewakili PKR Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang mewakili DAP | Kes saman bapa Altantuya dilengahkan sebab politik- Sivarasa Posted: 29 Oct 2011 07:09 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR : Ahli Biro Politik KEADILAN, R. Sivarasa mempersoalkan kes saman bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu terhadap kerajaan yang masih belum dibicarakan. Katanya, kes tersebut yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuktikan ia sengaja dilengahkan kerana ada kepentingan politik. "Kes ini sengaja dilengahkan diatas sebab-sebab politik dan jelas menunjukkan adanya tangan dibelakang yang sengaja dilambatkan kerana takut banyak isu dan fakta berkaitan (Abdul) Razak Baginda, (Datin Seri) Rosmah dan Najib akan dibuka semula dalam kes itu," "Banyak persoalan yang timbul kerana kes ini sudah lama dan patutnya sudah dibicarakan kerana Mahkamah Tinggi sebelum ini pernah memberi arahan untuk memberikan keutamaan kepada kes-kes yang lama," kata Ahli Parlimen Subang itu. Setev Shaariibuu sebelum ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia 4 Jun 2007 lalu dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di Shah Alam pada 2006. Sahabat kepada Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan itu, dibebaskan oleh mahkamah manakala dua lagi pengiring kepada Najib dijatuhi hukuman mati. Kes pembunuhan itu juga mempunyai kaitan dengan komisen pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan lebih RM500 juta. Awal bulan ini, kes saman bapa Altantuya itu ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan tersebut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Peguam Setev, Karpal Singh banyak kali menulis kepada mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu dipercepatkan, namun masih belum menerima jawapan. Hari ini, Malaysiakini melaporkan bapa Altantuya merayu kepada Mahkamah Tinggi agar mempercepatkan perbicaraan saman sivil berjumlah RM100 juta tersebut. Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu. Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu. Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan. | Kabinet campurtangan, Ketua Audit Negara ditekan Posted: 29 Oct 2011 07:02 AM PDT Oleh: Rusnizam Mahat KUALA LUMPUR: Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam, yang mengatakan Ketua Audit Negara sepatutnya tidak menyerahkan laporan itu kepada kabinet kerana ia pihak yang mempunyai kepentingan. "Kalau ada campurtangan kabinet, ia merupakan perkara yang sudah kita jangka. Ia tidak baik dari segi tadbir urus dan tatakelola kerajaan yang baik, yang menunjukan amalan kerajaan yang mempunyai kematangan demokrasi dan sebagainya. "Atas tuntutan ketelusan, adalah lebih baik sekiranya Laporan Audit dibentangkan kepada parlimen terlebih dahulu," kata beliau. Menurut Dzulkefly, apa yang didedahkan dalam Laporan Audit akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang ditubuhkan parlimen, dan bukan kabinet. "Apa sahaja yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya, mesti diperhatikan oleh PAC," ujarnya. Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berkata, amalan menyerahkan laporan Audit ke kabinet itu seolah menunjukkan Ketua Audit Negara berada di bawah tekanan kerajaan. "Itu sebabnya kita berkali-kali tanya mengapa laporan Audit ini lambat di serahkan ke parlimen. Sepatutnya apabila ia disiapkan, ia diserahkan terus ke parlimen dan bukannya kepada kabinet. "Ini seolah-olah menunjukkan AG di bawah tekanan kabinet," kata Tian Chua kepada Keadilandaily. Semalam, Aziz Bari berkata tindakan Ambrin itu menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan kerana Laporan Audit sepatutnya hanya dikemukakan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat. Tindakan itu menyebabkan berlaku kelewatan selama 17 hari, daripada tarikh Belanjawan 2012 dibentangkan. Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan. "Perkara ini menyebabkan berlaku kelewatan apabila ia tidak dibentangkan sekali dengan bajet yang mengandungi begitu banyak penyelewengan, kelemahan dan segala macam kepincangan," kata beliau. | Final Piala Malaysia: Baki 16,000 tiket dijual di Stadium Shah Alam pagi ini Posted: 29 Oct 2011 06:59 AM PDT SHAH ALAM — Sebanyak 16,000 baki tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu akan dijual di kaunter tiket Stadium Shah Alam mulai 9 pagi ini. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata harga tiket kekal RM50. Beliau berkata daripada 70,000 tiket yang dicetak FAM, sebanyak 54,000 telah dijual kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di tempat masing-masing. "Sebanyak 30,000 dijual oleh PBNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) manakala hampir 24,000 tiket dijual oleh PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sehingga hari ini," katanya. Dipetik Bernama Online, beliau berkata isu tiket mahal tidak timbul kerana ia sudah dipersetujui persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu. Azzudin juga meminta peminat Skuad Penyu dan Skuad Rusa supaya mengawal disiplin ketika berada di luar dan di dalam stadium, jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Mengenai laman web rasmi FAM yang digodam, beliau berkata laporan polis dibuat semalam. "Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tuanku Presiden (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) dan baginda bertitah (FAM) tidak perlu mudah melatah dalam hal ini," katanya. Beliau juga mengkritik tindakan penggodam yang mengubah bentuk logo FAM kepada seekor khinzir, dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika. Laman web rasmi FAM, www.fam.org.my, yang turut dimasukkan dua rakaman video berunsur provokasi, tidak berfungsi seperti biasa mulai lewat malam kelmarin. Rabu lepas, bangunan FAM di Kelana Jaya disimbah cat sebagai tanda bantahan terhadap harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinaikkan ke RM50 berbanding RM30 sebelum ini. | Posted: 29 Oct 2011 06:05 AM PDT KUALA LUMPUR — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau akan menyertai DAP atau PKR sambil menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai "nakal dan tidak beretika." Laporan-laporan media siber mendakwa Ong telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok secara berasingan awal minggu ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, "perkara ini tidak berlaku, sebaliknya jika ada sudah pasti anda sudah melaporkannya." Sambil mengesahkan beliau ada menerima tawaran daripada parti-parti lain, bekas menteri pengangkutan ini menambah, "ia bukan sesuatu yang baru bagi saya dan sudah berlaku, sejak beberapa tahun lalu." "Tetapi saya berhenti di sana (setakat tawaran) dan ia adalah aliran air di bawah jambatan," kata beliau lagi. Spekulasi kononnya Ong (gambar) akan meninggalkan MCA muncul semula Februari lalu apabila beliau bertekad menegaskan akan mempertahankan kerusi Panda meskipun digugurkan oleh parti. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menewaskannya dalam pemilihan semula parti 19 bulan lalu telah meminta Ong agar meninggalkan MCA selepas beliau mengkritik komponen Barisan Nasional itu sebagai tidak relevan. Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari menjelang perhimpunan agung tahunan MCA baru-baru ini. Hari ini, Ong memberitahu pemberita bahawa beliau tidak membincangkan sebarang pelan untuk menyertai DAP ketika bertemu dengan Kok, yang juga Exco Kerajaan Negeri ketika majlis makan tengah hari Selasa lalu. Katanya, mereka hanya membincangkan isu kabel kuasa berkapasiti tinggi yang dipasang pada 2008 tetapi tidak beroperasi ekoran protes daripada 7,000 penduduk di kawasan terbabit. Ong berkata, seorang anggota pihak berkuasa tempatan dan wakil persatuan penduduk juga hadir sama. "Jika kami berbincang perkara sedemikian, mereka seharusnya tahu," kata beliau yang menyalahkan pihak yang menyebarkan khabar angin dan panglima-panglima siber ekoran spekulasi sedemikian. "Saya juga berpeluang untuk bercakap dengan pemimpin PAS termasuk anggota Exco dan Adun (Iskandar Abdul Samad) dalam bahagian saya. Saya tidak terkejut, selepas ini mereka akan menyebarkan spekulasi bahawa saya akan menyertai PAS," katanya lagi. | SAMM: Amaran UiTM gantung pelajar kritik UIA tak relevan Posted: 29 Oct 2011 06:04 AM PDT KUALA LUMPUR ― Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi amaran akan mengadakan demonstrasi jika Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pelajarnya Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisannya yang mengkritik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, SAMM berkata pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan dikenakan ke atas Khalid adalah satu tindakan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun. "Sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Profesor Dr Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan, di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka? "Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil pembonsaian minda terhadap mahasiswa," katanya lagi. Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen. Khalid, dalam blognya, dilaporkan menyifatkan penggantungan tugas Aziz sebagai tidak patut memandangkan pakar perlembagaan digantung sebelum dibicarakan lantas dia mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA, Selasa lalu. | MPSP: Gaji permulaan RM1,200, kontraktor perlu guna 70 peratus pekerja lokal Posted: 29 Oct 2011 06:02 AM PDT KUALA LUMPUR — Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memperkenalkan dasar baru bagi membela kebajikan pekerja mulai tahun depan dengan gaji permulaan RM1,200 dan mewajibkan kontraktor pembersihan menggunakan minimum 70 peratus tenaga kerja tempatan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, ahli majlis MPSP Steven Sim berkata, pelaksanaan dasar itu akan merangkumi rombakan semula kontrak pembersihan pihak berkuasa tempatan. "Pada masa kini, pekerja paling rendah dalam MPSP adalah dalam kategori pekerja awam bergred R1. Gaji permulaan mereka kira-kira RM1,200 termasuk elaun tetap bulanan. "Pekerja dalam kategori ini adalah umumnya pekerja pembersihan. Bagi membela nasib mereka, Kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah mengumumkan elaun khas bulanan RM150 kepada pekerja-pekerja pasukan 3D - mereka yang melakukan pekerjaan bahaya, kotor dan sukar," kata kenyataan itu. Katanya, ia termasuklah pekerja pembersihan am yang digaji oleh MPSP dan oleh itu, pampasan total para pekerja gred paling rendah di majlis tersebut adalah sekurang-kurangnya RM1,350 sebulan. Selain itu katanya, MPSP kini mempunyai lebih kurang 2,000 pekerja pembersihan yang digaji di bawah kontraktor-kontraktor pembersihan swasta. "Kajian ringkas menunjukkan bahawa pekerja-pekerja ini bergaji antara RM600 hingga RM750 sebulan dan kebergantungan terhadap pekerja asing amat tinggi iaitu kira-kira 75 hingga 80 peratus merupakan warga asing," tambah kenyataan itu. Justeru, katanya, MPSP telah mewajibkan kontraktor-kontraktor pembersihan swasta mengambil sekurang-kurangnya 70 peratus tenaga kerja tempatan. "Gaji pokok pekerja ini pula perlu sekurang-kurangnya RM800, tidak termasuk elaun yang berhak diterima. Jika dikira elaun, gaji bulanan pekerja-pekerja tersebut mungkin mencecah RM1,000-RM1,100," katanya lagi. Dengan itu kata kenyataan itu, MPSP akan mewujudkan lebih kurang 1,500 peluang pekerjaan kepada warga negara Malaysia dengan kadar gaji antara RM800-RM1,100 sebulan. "Ini bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja migran tidak mahir dan meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan, malah selaras dengan dasar propekerja kerajaan negeri untuk mendukung masyarakat setempat terutamanya golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang di masa keadaan pasaran kerja yang tidak memberangsangkan. "Dengan adanya pekerjaaan-pekerjaan bergaji sederhana ini, maka masyarakat golongan terbawah sedikit sebanyak dilindungi daripada angin kencang krisis ekonomi global," kata kenyataan itu lagi. | Presiden PAS: Mahathir tak baca habis hukum hudud Posted: 29 Oct 2011 06:02 AM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan. Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini. Hadi (gambar) yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di sini hari ini berkata, kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud. "Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah. "Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza," jelas Hadi lagi. Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya. "Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman. "Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum," tegasnya. Dalam reaksi terbarunya, Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan hudud akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kerana hudud khusus untuk masyarakat Muslim dan tidak meliputi masyarakat bukan Muslim. Keadaan itu menurutnya, akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kepada golongan Muslim dan bukan Muslim. Awal minggu ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan. Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia. Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud. Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat. Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat. | PRU-13: Ibrahim Ali akan tewas jika tanding lagi di Pasir Mas, kata PAS Posted: 29 Oct 2011 05:58 AM PDT KUALA LUMPURt ― Datuk Ibrahim Ali yang memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS tiga tahun lalu akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13, kata parti Islam itu. Justeru, kepimpinan PAS berkata jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas. Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu. Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS. Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas. "Kita yakin kali ini, kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya-Allah kita akan menang," katanya dipetik Harakahdaily. Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata bahagian parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira "selesai." Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan. "Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umumk ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing'. Itu kemungkinan besar. "Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan. "Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera DUN masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu," katanya. Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi. Ibrahim memperoleh 28,673 undi manakala Ahmad Rosdi Mahmad mendapat 19,682 undi. Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim (6,198). | Posted: 29 Oct 2011 05:53 AM PDT Audit: Staf kerajaan salah guna dana akan dihukum, kata HusniIPOH ― Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan mana-mana kementerian dan agensi yang menyalahgunakan peruntukan serta tidak mengikuti prosedur ditetapkan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini. Ahmad Husni (gambar) berkata, kerajaan tegas mengamalkan konsep akauntabiliti dan perkara itu jelas melalui laporan yang dibentangkan Ketua Audit Negara Isnin lalu. Tegas beliau, bagi menangani isu penyelewengan, kerajaan menyediakan sistem semak dan imbang, iaitu tindakan akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam penyelewengan. "Ia perlu supaya mereka yang terlibat tidak terlepas daripada hukuman dan masalah penyalahgunaan peruntukan tidak berulang," katanya dipetik Bernama Online. "Mesej telah kita berikan kepada perkhidmatan awam di mana tindakan tegas harus diambil bagi meningkat kualiti, integriti dan kredibiliti perkhidmatan awam," katanya di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mengarahkan semua pegawai membuat penyenaraian isu yang telah dibangkitkan dalam laporan audit berkenaan untuk tindakan lanjut. Selasa lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan memberi jaminan kerajaan akan bertindak mengikut peraturan dalam berurusan dengan sembilan kementerian dan jabatan yang dilaporkan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion tahun lalu. Kata beliau, langkah-langkah sewajarnya akan diambil ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan semalam bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang. "Kami sedang mengambil tindakan susulan ekoran laporan (Ketua Audit) dan akan bertindak mengikut peraturan," kata beliau. Mohd Sidek juga memberitahu sidang akhbar bahawa laporan audit menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan. Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan Isnin lalu antara lain mendapati beberapa kementerian dan jabatan membelanjakan peruntukan untuk belanja mengurus melebihi jumlah yang ditetapkan. Menurut laporan berkenaan, peruntukan muktamad bagi perbelanjaan mengurus bagi 2010 ialah RM149.06 bilion, bertambah sebanyak RM10.78 bilion dari jumlah asal RM138.28 bilion. Bagaimanapun kata laporan itu, tambahan peruntukan ini masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan berjumlah RM151.63 bilion iaitu melebihi RM2.57 bilion daripada jumlah yang diperuntukkan. Mengikut peraturan kewangan, sesuatu perbelanjaan hanya boleh dilakukan jika peruntukan kewangan yang diluluskan mencukupi. "Semakan audit mendapati peraturan ini tidak dipenuhi sepenuhnya oleh beberapa kementerian/jabatan yang telah berbelanja melebihi peruntukan. "Adalah juga didapati beberapa kementerian/jabatan tidak membelanjakan peruntukan/tambahan peruntukan yang diluluskan. "Ini menunjukkan masih ada kelemahan dari segi perancangan dan pengurusan perbelanjaan walaupun isu ini sering dibangkitkan," jelas laporan audit yang lewat dikeluarkan selama 17 hari dari tempoh pembentangan Belanjawan 2012. Menurut laporan itu lagi, analisis yang telah dijalankan terhadap perbelanjaan mengurus 2010 mendapati 138 kelemahan pengurusan perbelanjaan berjumlah RM360.96 juta. Sebanyak 75 kes perbelanjaan melebihi peruntukan berjumlah RM306.01 juta telah berlaku di 14 kementerian dan jabatan bagi bayaran perkhidmatan dan bekalan, aset serta pemberian dan kenaan bayaran tetap. Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertahanan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. | FAM layan peminat bola macam pengemis sukan Posted: 29 Oct 2011 05:51 AM PDT
| Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13 Posted: 29 Oct 2011 05:50 AM PDT
| Bandingkan Pakatan, BN urus kerajaan negeri Posted: 29 Oct 2011 05:47 AM PDT
| Kg Baru: RM15 juta sebelum lulus RUU PPKB Posted: 29 Oct 2011 05:45 AM PDT
| Siasat menteri bawa masuk Yahudi Posted: 29 Oct 2011 05:43 AM PDT
| Tahaluf siyasi untuk kejayaan besar PRU 13 Posted: 29 Oct 2011 05:40 AM PDT
| Pembangunan: Penduduk mesti diutamakan Posted: 29 Oct 2011 05:39 AM PDT
| Pakatan selesai masalah tanah rakyat Posted: 29 Oct 2011 05:36 AM PDT
| Zul Noordin penyambung hayat atau mempercepatkan kepupusan Perkasa? Posted: 29 Oct 2011 05:33 AM PDT Pembelot parti PKR, Zulkifli Noordin yang baru-baru ini diangkat sebagai orang penting di dalam pertubuhan pro-Melayu, Perkasa boleh disimpulkan sebagai bersesuaian. Seperti pepatah yang mengatakan, "anda ialah apa yang anda makan atau sesebuah pertubuhan itu hanya sebagus pekerjanya sahaja." Yang sebenarnya, tidak ramai rakyat Malaysia yang mengenali Perkasa, pertubuhan sayap kanan orang Melayu yang riuh-rendah dan kasar menghamburkan kemarahan terhadap kaum lain. Samalah dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin itu. Sebab itu mereka sangat bersesuaian. Umpamanya, Perkasa boleh menelan Zulkifli tanpa keracunan makanan dan, Zul juga boleh membantu menggilap imej ekstrem dan perkauman Perkasa. Ditendang keluar dari PKR hampir dua tahun yang lalu kerana masalah disiplin, ramai sumber dalaman menyatakan yang dia sudah lama tersepit kerana UMNO sudah menjeratnya atas sebab dokumen pilihanrayanya. Beliau digertak untuk mengosongkan kerusinya sekrianya dia tidak mahu meletak jawatan dalam PKR dan bekerja untuk UMNO. Akhirnya dia pun pergi selepas melakukan pelbagai masalah. Bila beliau ditendang keluar bersama Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim, Perdana Menteri Najib Razak sangat gembira lalu mengundang mereka naik pesawat khas kerajaan pergi ke Amerika, berjalan di atas karpet merah dengan segala keistimewaan yang diberikan. Ibrahim berjumpa 'teman sejati' Sejak itu, karier politik dan kredibiliti mereka berdua terus jatuh. Kerana tidak berjaya untuk menyertai UMNO secara langsung atau hilang kredibiliti yang menipis, Zul akhirnya dilantik oleh Perkasa. Parti Gerakan yang terdesak pun tahu gerakan terdesaknya. Di dalam Perkasa, Ibrahim Ali bersentuh bahu dengan Zul. Seperti burung yang terbang dengan burung sejenisnya, semakin jelas ketua Perkasa itu percaya yang dia akhirnya berjumpa dengan seorang leftenan yang boleh dipercayai setelah lama mencari. Perkasa boleh sahaja menyatakan yang mereka bukan jentera politik, namun faktanya ia adalah sejenis binatang politik. Gerak-gerinya semua berkisar di sekeliling bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan melakukan apa yang diperintahkan, dan sesiapapun sahaja yang didukung atau mahu disokong oleh diktator berusia 85 tahun itu. Kini, Perkasa yang berada dibelakang Zul boleh memulakan tugas baru dalam politik Melayu. Bagi orang bukan-Melayu yang sudah pastilah menjadi papan sasarannya boleh mengagak pelbagai kegemparan dan kebodohan yang ditujukan kepada mereka. Sudah arif dan bosan dengan keriuhan Ibrahim Ali, segelintir orang bukan-Melayu akan mengambil pusing pasal mereka, mungkin kecuali ada nilai-nilai hiburan dan jenaka di dalam ucapan-ucapan mereka seterusnya. Tapi, apakah Zul mampu mengembalikan keinginan yang diimpikan Ibrahim Ali dengan membawa Perkasa ke satu tahap yang tinggi? Membantunya terhindar dari kepupusan mungkin satu yang agak sukar kerana Zul mungkin akan mempercepatkan kematian Perkasa pula! Mahathir main tarik tali Sebagai seorang peguam Syarie, Zul sering menonjolkan diri sebagai seorang Muslim yang warak. Beliau pertama sekali telah menyerang PAS. Dengan semua kepandaiannya tentang Islam, Zul agak bebal bila menuduh pemimpin PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu supa mereka boleh menghalalkan liwat dengan isteri mereka. Bagaimana beliau sampai kepada pemikiran yang berbelit itu tidak diketahui tetapi beliau dikatakan memetik enakmen hudud negeri Terengganu sebagai asas dakwaannya. Pemimpin-pemimpin PAS, sudah pastilah, mahukan darahnya dan merancang menghadapkan beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan lanjut. Jadi secara asasnya, permainan Perkasa telah dibogelkan untuk dilihat semua. Ia akan terus bergerak atas dua platform iaitu sikap perkauman dan benci agama lain guna mengembleng tenaga dan menciptakan jurang antara kaum supaya UMNO dan Mahathir boleh terus berkuasa. Ibrahim Ali yang mengasaskan Perkasa itu, mungkin tidak akan diambil serius lagi selepas ini tetapi sepertinya dia dan Perkasa sudah menjumpai sosok yang sesuai di dalam Zul Nordin. Apatah lagi reputasi Zul agak baik sedikit dari Ibrahim Ali. Dari perspektif kaum, kedua-dua mereka adalah bermasalah. Di dalam ruang lingkup agama pula, Ibrahim tidaklah begitu warak. Sedih hendak dikatakan yang Zul adalah sedikit baik walaupun Perkasa sangat mengharapkan yang dia boleh memimpin mereka ke 'jalan' Islam yang benar. Seperti kebiasaannya, ramai pemimpin Islam yang akan menghindari beliau atau duduk berdekatan dengannya kerana takur imej mereka akan turut tercalar. Dan untuk orang Melayu, pastilah ianya satu hari yang diselubungi kegelapan sekiranya negara ini diperintah oleh orang seperti Zul Nordin dan Ibrahim Ali walaupun sebenarnya dibelakang mereka ialah Mahathir! - Malaysia Chronicle | Lapuran Audit: Pakatan buktikan kemampuan mengurus kewangan Posted: 29 Oct 2011 05:30 AM PDT Hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion. Peningkatan hutang negara ini ialah sebanyak 12 peratus sementara hutang asing meningkat sebanyak 22 peratus. Kita masih belum melihat sistem penyelesaian yang berkesan dan kepemerintahan yang baik di dalam negara. Apabila wang cukai digunakan tanpa tanggungjawab yang tinggi, kerajaan yang memerintah perlu memberi jawapan kepada pemilih. Hampir setiap tahun kita terdengan laporan-laporan kes penyelewengan dana awam oleh kementerian dan jabatan kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bertauliah. Ironisnya, tiada pula tindakan tegas telah diambil terhadap pelaku kesalahan ini. 54 tahun berkuasa Meskipun telah berkuasa lebih dari lima dekad, laporan Tahunan 2010 Audit Negara yang lambat 17 hari, telah menunjukkan banyak kes-kes bagaimana wang awam telah dibazir dan tidak diuruskan secara berjimat cermat oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan. Pengurusan kewangan telah mengenal pasti kepincangan dan ketirisan yang mengakibatkan kerugian wang negara yang amat membimbangkan. Laporan itu juga menunjukkan kegagalan kes-kes ini ialah kerana pemberian kontrek tanpa tender terbuka di mana sejumlah wang telah bertukar tangan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Harga kontrek yang ditawarkan sentiasa saja terlalu tinggi dan tidak berdaya saing dan proses pemberian kontrek sering saja tidak telus, yang biasanya akan mengurangkan nilai dagangan ringgit. Di dalam pelbagai lagi kes-kes penyelewengan, proses pembayaran –walaupun dengan penyerahan tender – menampakkan harga barangan yang dilampirkan meningkat berkali-kali ganda dari harga biasa di pasaran. Namun, perjanjian tetap diteruskan selepas melalui beberapa selok-belok misteri. Banyak kes-kes seperti ini telah mengakibatkan penyalahgunaan dana yang diberikan kepada kementerian yang terlibat. Antara kepincangan dalam sistem penghantaran hasil melibatkan jumlah pembayaran yang besar kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan yang berkaitan. Mana wang yang dijanjikan untuk petani? Golongan yang memilih ingin tahu – seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Audit Negara – apa yang terjadi dengan wang berjumlah RM110.67 juta yang dijanjikan kepada 73,291 orang petani di dalam skim khas meningkat jumlah pengeluaran beras negara. Menteri Pertanian dan Industri berasaskan Tani dilaporkan masih berhutang sebanyak RM110 juta berbentuk insentif kepada para petani yang berjaya meningkatkan hasil beras mereka. Menurut laporanlagi, para petani dikatakan layak menerima RM341.29 juta antara bulan Januari 2007 dan Januari 2010. Syarikat Bernas (PadiBeras Nasional Berhad), yang menguasai 24 peratus pasaran beras dan 45 peratus permintaan beras tempatan, hanya mampu membayar insentif sebanyak RM230.62 juta pada akhir 2010. Alasan yang tilaporkan di Laporan itu ialah 'kekurangan dana bantuan'. Para pemilih, bagaimanapun, mahu tahu kemana perginya dana awam bernilai RM110 juta itu? Pengurusan leah dan tidak bertauliah Projek Valley daging-lembu kerajaan yang bernilai RM73.64 yang melibatkan 5,000 ekar tanah perladangan di Gemas – tidak menampakkan hasil. Pusat Fidlot Nasional (National Feedlot Center) merupakan usaha-sama antara Negeri Sembilan dan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri berasaskan Tani untuk mengkomersialkan produk daging tempatan dan mengurangkan kebergantungan import daging itu. Tanah perladangan itu sekarang sudah dipenuhi semak samun. Ada kemungkinan projek itu dikendalikan oleh orang yang tidak mengetahui langsung tentang industri penternakan lembu. Laporan Audit Negara juga menunjukkan NFC yang ditubuhkan pada 2008 gagal menepati sasaran 8,000 ekor lembu ternakan setahun. Laporan menunjukkan hanya 41.1% (3,289) berjaya dihasilkan. Pengurusan yang lemah turut dikatakan tentang kenapa projek ini gagal selain kegagalan mengendali perusahaan dengan baik. Para pemilih mahu tahu kenapa dan siapa orang yang tidak bertauliah yang menguruskan projek ini, kerana ia melibatkan dana awam yang besar. Begitu juga dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang turut dicatatkan di dalam Laporan Audit Negara itu. Lebih dari RM4.5 juta telah dibayar kepada pesara – kepada yang masih hidup dan juga yang telah mati – sejak 2007 hingga 2010. Laporan juga menemui antara sebab pembayaran wang pencen berlebihan ialah kerana data di dalam sistem komputer jabatan itu sudah ketinggalan zaman. Para pemilih mahu tahu kenapa kepincangan penjawat jawatan awam ini melibatkan duit cukai rakyat. Kontrektor bermasalah Kontrektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhdimatan oleh kerajaan sering memberikan alasan-alasan remeh seperit kekurangan tenaga pakar, tiada bahan gantian dan turut menyatakan mereka tidak tahu punca yang mengakibatkan kerosakan kenderaan. Kepincangan ini adalah kerana kontrek itu diberikan kepada mereka mereka yang tidak bertauliah. Menurut Laporan, ramai kontrektor ini mempunyai rekod kerja yang agak tidak diyakini. Satu syarikat memerlukan lebih dari setahun untuk memperbaiki dan memulangkan lori tarik kepada kementerian. Meskipun telah banyak peringatan diberikan oleh Pejabat Audit Negara, Kementerian Pertahanan masih terus menggunakan kontrektor ini. Laporan menyatakan yang 10 kontrektor bermasalah telah diberikan RM67 juta untuk menyiapkan projek walapun sudah diberikan amaran oleh Pejabat Audit Negara. Inilah jenis kontrektor yang menerima projek jutaan ringgit dari Kementerian Pertahanan. Para pemilih mahu tahu bagaimana semua ini boleh berlaku kerana ia melibatkan jutaan ringgit dan wang itu adalah milik rakyat. Laporan turut menyebut yang syarikat-syarikat ini lambat menyelesaikan projek dalam membaiki Air Force's Aviation Ground Support Vehicles (AGSV). Kementerian tidak berbuat apa-apa selain menyerahkan surat amaran kepada kontrektor bermasalah ini. Yang mengejutkan, kontrek kerja mereka disambung pula sehingga 6 Disember 2010 dari tarikh 5 Jun 2010. Ia menyebut yang empat syarikat paling bermasalah kerana kelewatan membaiki kenderaan. Para pemilih mahu tahu kenapa kontrektor ini diberikan layanan istimewa. Garis panduan asas tidak dipatuhi Menurut Laporan Audit Negara, pengagihan Belanjawan untuk tahun 2010 meningkat kepada RM149.06 bilion daripada pengagihan awal iaitu RM138.28 bilion. Ini adalah peningkatan sebanyak RM10.78 bilion. Namun begitu, jumlah ini masih tidak mencukupi untuk semua perbelanjaan operasi bagi tahun 2010 yang mencecah RM151.63 bilion – lebih RM2.57 bilion dari apa yang telah diagihkan. Garis panduan asas tidak dipatuhi oleh beberapa kementerian dan jabatan kerajaan apabila mereka berbelanja melebihi jumlah yang telah ditetapkan. Ia juga turut dilaporkan terdapat 138 kelemahan di dalam pengurusan kewangan melibatkan RM390.96 juta. 75 kes operasi perbelanjaan terlebih berjumlah RM306.01 juta telah melibatkan 14 kementerian dan jabatan kerajaan – pembayaran perkhidmatan, penghasilan, peningkatan aktiviti dan pembayaran tidak berkala. Di dalam beberapa kes, peralatan seperti komputer, mesin LCDs dan peralatan lain selain kelengkapan pejabat telah dibeli dengan harga yang melambung tinggi. Para pemilih mahu tahu kenapa garis panduan asas operasi dan penghasilan tidak dipatuhi dimana ia telah mengakibatkan kehilangan dana awam yang besar. Langganan langsung berbanding tender terbuka Laporan Audit Negara mencatatkan bahawa Kementerian Pelancongan telah terlebih bayar sebanyak RM270 juta untuk pengiklanan bila mereka diminta untuk menggunakan sistem langgan langsung berbanding tender terbuka. Kaedah ini telah melanggar peraturan-peraturan Bendahari Negara. Ia menyatakan yang tender terbuka telah menelan belanja pengiklanan sebanyak RM 75.38 juta. Kementerian juga telah membelanjakan RM195 juta untuk membeli 1000 rak – RM1950 per rak - bagi meletakkan maklumat pelancongan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dilakukan tanpa kelulusan Bendahari. Ia juga gagal menyatakan sebab kenapa 22 dari 1000 rak kementerian itu tidak diagihkan, sementara 127 rak lagi tidak dapat dipastikan kedudukannya. Ia juga mencatatkan pengjelasan kementerian tentang 622 rak yang telah diagihkan ke hotel-hotel, 127 buah telah luput tarikh oleh syarikat yang dikontrekkan kepada "kesulitan kewangan" dan kekurangan ruang penyimpanan dan sebanyak 85 rak lagi telah diletakkan di dalam ruangan stor syarikat pembuat. Kepincangan yang dilaporkan dan kes-kes kegagalan pengurusan kewangan kerajaan hanyalah sedikit dari apa yang sebenarnya berlaku. Melihat akan Laporan Audit Negara, kita akan melihat kes-kes serupa kecuaian pengurusan kewangan kerajaan. Para pemilih tidak begitu gembira dengan kerajaan yang telah berkuasa lebih dari 6 dekad tetapi masih tidak boleh belajar dair pengalaman bagaimana menyelesaikan kelemahan-kelemahan di dalam sistem penghasilan ini. Perbuatan pembaziran ini melibatkan wang cukai rakyat. Tiga tahun berkuasa Lain pula ceritanya dengan negeri-negeri yang dipimpin oleh gabungan Pembangkang yang telah membuktikan kemampuannya berjimat cermat dalam membelanjakan wang cukai rakyat meskipun masih baru sebagai sebuah kerajaan dengan Kerajaan Persekutuan yang sering melekehkan kepimpinan mereka. Secara keseluruhannya, Kerajaan negeri Selangor mendapat 'memuaskan' dari Ketua Audit Negara atas kedudukan kewangannya pada tahun 2010. Negeri itu telah dipuji kerana prestasinya yang bagus dalam mengurangkan hutang awam. Hutang awam menurun sebanyak RM58.91 juta dan pembayaran semula hutang pinjaman menurun kepada RM173.47 juta. Laporan menunjukkan pada tahun 2010, hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan menurun sebanyak 5.5% (RM58.91 juta) – daripada RM1004.64 juta (2010) berbanding dengan RM1063.55 juta (2009). Pembayaran semula pinjaman menurun sebanyak 20.9% daripada RM829.86 juta (2009) kepada RM656.39 juta (2010). Laporan juga menyatakan negeri itu berjaya mengumpulkan penghasilan negeri sebanyak RM266.91 atau 20.2 peratus, daripada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010. Ini terjadi meskipun negeri itu mendaftarkan 10.9 peratus atau RM192.36 juta penurunan kerapa RM1,571.50 juta dalam penghasilan negeri pada tahun 2009 (RM1,763.86 juta).perbelanjaan operasi turut menurun kepada RM382.56 juta atau (20.9 peratus) kepada RM1,447.26 pada tahun 2010 berbanding RM1,829.82 juta pada tahun 2009. Kerajaan negeri turut dipuji kerana mengurangkan hutang penghasilan sebanyak RM99.87 juta atau 16.6 peratus, daripada RM601.92 juta pada tahun 2009 kepada RM502.05 juta pada tahun 2010. Laporan memberikan 'sangat baik' kepada empat agensi kerajaan negeri kerana pengurusan kewangannya – Bendahari Negeri, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Selayang dan Jabatan Perancangan Bandar dan Luar Bandar. Menurut Laporan itu, 11 agensi diberikan 'baik' dan satu agensi diberi 'memuaskan'. Ini menunjukkan pembaikkan berbanding tahun 2009, di mana hanya satu agensi yang disenaraikan sebagai 'sangat baik', dan 14 sebagai 'baik' dan satu 'memuaskan'. Kerajaan negeri Kedah mencapai sebanyak 135.8 peratus peningkatan di dalam penghasilan negeri dengan rekod lebihan untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta, berbanding ketirisan sebanyak RM62.89 juta pada tahun 2009. Perbelanjaan negeri itu meningkat kepada RM2.55 juta atau 0.6 peratus. Inilah sebab adanya lebihan bagi kerajaan negeri untuk tahun 2010. Laporan memberikan kedudukan kewangan Kedah sebagai 'memuaskan' dengan penghasilan terkumpul meningkat sebanyak 23.9% daripada RM265.52 juta kepada RM328.28 juta dalam tahun 2009. Peningkatan ini telah mengurangkan imbangan ketirisan Akaun Penghasilan Terkumpul untuk tahun 2010 sebanyak RM22.50 juta atau 7 peratus, daripada RM320.73 juta menurun kepada RM298.23 pada tahun 2009. Laporan juga turut memuji kerajaan negeri kerana memperbaiki pengurusan kewangan agensi-agensinya berbanding tahun 2009, dengan empat agensi mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik' dan satu mendapat 'memuaskan'. Secara keseluruhan, pengurusan kewangan negeri boleh dibanggakan berbanding tahun sebelumnya. Laporan Audit Negara telah memberikan kedudukan kewangan negeri Kelantan untuk tahun 2010 sebagai memuaskan. Negeri itu memperlihatkan peningkatan penghasilan sebanyak RM51.07 juta atau 52.5 peratus, daripada RM97.23 juta pada tahun 2009 kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Pemeriksaan yang dijalankan selama 5 tahun ke atas penghasilan terkumpul dari 2006 hingga 2010 mendedahkan oenurunan pada tahun 2007 dan 2008 dan peningkatan pada tahun 2009 dan 2010. Simpanan wang dan pelaburan turut meningkat dalam tahun 2010, dengan baki sebanyak RM97.23 juta pada tahun 2009 meningkat kepada RM148.30 juta pada tahun 2010. Laporan turut memuji pengurusan kewangan untuk semua agensi kerajaan negeri di Kelantan, yang mana empat agensi kerajaan negeri mendapat 'sangat baik' dan 15 lagi mendapat 'baik'. Ini menunjukkan pembaikan di dalam pengurusan kewangan negeri berbanding tahun 2009 di mana hanya dua agensi yang mendapat 'sangat baik' dan 12 mendapat 'baik'. Kerajaan negeri Pulau Pinang mendapat pengiktirafan tertinggi di dalam Laporan Audit Negara kerana kedudukan kewanganya yang cemerlang untuk tahun 2010 berbanding tahun 2009. Penghasilan terkumpul Pulau Pinang meningkat kepada 2.7 peratus, daripada RM1,101.89 juta pada tahun 2009 kepada RM1,131.17 juta dalam tahun 2010. Simpanan wang terkumpul meningkat sebanyak 6.2 peratus kepada RM572.49 juta meningkat daripada RM538.95 juta pada tahun 2009. Penghasilan negeri untuk tahun 2010 meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1 peratus berbanding tahun 2009 daripada RM376.51 juta kepada RM410.70 juta. Dalam soal pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9, Laporan memberikan prestasi negeri itu sebagai 'memuaskan' dengan jumlah pelaburan sebanyak RM787.17 atau 77.8 peratus telah dibelanjakan daripada jumlah yang disediakan iaitu RM1.01 bilion. Dalam terma perlaksanaan projek pula, Laporan memuji prestasi negeri sebagai 'sangat baik' dengan 99 peratus dari 9003 projek telah berjaya dilaksanakan. Dalam tahun 2010, 3 agensi diberikan 'sangat baik'. 10 agensi lagi diberikan status 'baik' dengan hanya satu 'memuaskan'. Untuk tiga tahun berturut-turut, 13 agensi negeri diaudit sebanyak dua kali diantara tahun 2007 hingga 2010 telah menunjukkan 'sangat baik' dalam pengurusan kewangan oelh Bendahari negeri dan badan pembangunan lain. Laporan merumuskan yang pengurusan kewangan negeri ditahap yang baik untuk tahun 2010. Perbezaan langit dan bumi dalam pentadbiran Setelah 54 tahun bernaung di bawha Barisan Nasional (BN), tidak memberikan kesan mengurangkan kelemahan pengurusan kewangan negara. Kelemahan daya saing, tidak bertanggungjawab dan telus telah menyebabkan sejumlah besar wang cukai rakyat dibazirkan. Memandangkan para pemilih melihat kelemahan-kelemahan yang sama berulang setiap tahun, mereka mempunyai hak menyatakan tentangan mereka terhadap kepincangan yang teruk oleh kerajaan yang memerintah. Sebaliknya pula, hanya dalam masa tiga tahun mentadbir negeri – Pulau Pinang, Selangor dan Kedah –di bawah pimpinan Pakatan Rakyat membuktikan kepemerintahan yang efisien. Negeri Kelantan juga semakin menunjukkan kemampuannya dalam kejayaan rekod kewangannya walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah di dalam negeri. Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional mungkin sahaja tidak akan memberikan apa-apa kepada negeri-negeri ini, namun mereka telah membuktikan kepada para pemilih di negeri itu bahawa kejujuran dan ketelusan menguruskan negeri dan wang cukai rakyat membuahkan hasil dengan kejayaan yang boleh dibanggakan.- Malaysia Chronicle | Demo jika UiTM gantung mahasiswa Posted: 29 Oct 2011 05:26 AM PDT Sekiranya UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran, kata jurucakap SAMM. ETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath. "Ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang "menghentam" pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan penglibatan beliau dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, Jumaat lalu, kata Wan Farel, penyelaras segmentasi mahasiswa SAMM itu. Beliau bertanya, "sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka? "Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa. Katanya, pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam Perkara 10(1)(B) Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu. Wan Farel berkata, perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak Universiti, Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. "Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70an, namun sebenarnya yang "membisukan" suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa. "Sekiranya pihak pentadbiran UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan buat Khalid. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |