Jumaat, 2 Ogos 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 02 Aug 2013 03:10 PM PDT

Mahkamah tolak tuntutan Felcra terhadap peserta

Posted: 02 Aug 2013 06:06 AM PDT

IPOH: Mahkamah Majistret Lenggong semalam menolak dengan kos tuntutan berkenaan saman kos pembangunan oleh Felcra Bhd terhadap Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak telah disaman oleh Felcra Bhd selaku wakil diri kepada arwah bapanya, Zakaria bin Awang Kechik dan ibunya, Naimah binti Ahmad.

Selain itu, mahkamah juga turut membenarkan tuntutan balas Razman dan ibunya terhadap Felcra berkenaan wang tabung tanam semula yang tidak dikembalikan oleh Felcra.

Turut dibenarkan adalah tuntutan balas untuk ganti rugi berkenaan tindakan Felcra yg telah mengambil hasil di tanah milik bapa dan ibu Razman dari tarikh 1 Januari 2011 hingga 30 April 2011 tanpa kebenaran pada kadar satu tan per-ekar mengikut harga Malaysian Palm Oil Board (MPOB) pada masa berkenaan.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Majistret, Akhiruddin @ Boy bin Acho tidak memberikan butiran alasan penghakiman namun beliau menyatakan ianya akan dikeluarkan kelak.

Peguam mewakili Razman, Mohamad Zamri Ibrahim ketika dihubungi Harakahdaily berkata, di antara hujah defendan iaitu Razman dan ibunya ialah perjanjian oleh Felcra adalah tidak sah kerana tiada kepastian berhubung tempoh masa perjanjian, cara pembayaran serta amaun hutang yang perlu dijelaskan oleh defendan.

"Ianya adalah bertentangan dengan seksyen 30 Akta Kontrak 1950.

"Defendan juga membawa pembelaan had masa iaitu tindakan Felcra menuntut terhadap Defendan adalah diluar dari tempoh masa yang dibenarkan oleh undang-undang.

"Ia mengambil kira tempoh perjanjian adalah 15 tahun dan berdasarkan terma perjanjian, ianya bermula 1 Januari 1988 dan tamat mulai 01 Januari 2004," jelasnya.

Berkenaan tuntutan balas defendan, beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) PAS Perak menjelaskan, hujah yang dibuat oleh defendan ialah wang tabung tanam semula adalah milik defendan.

Katanya, oleh yang demikian, ianya perlu dikembalikan kepada defendan dan Felcra tidak boleh memotong wang tersebut untuk tujuan selain penanaman semula kelapa sawit.

Ketika ditanya berkenaan ganti rugi terhadap tindakan Felcra mengambil hasil tanah defendan, pihak defendan telah menghujahkan bahawa hasil di sepanjang tempoh tersebut adalah milik defendan dan perlu dikembalikan oleh Felcra.

Dalam pasa itu, Razman ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang telah dibuat oleh majistret itu.

Katanya, perjuangan beliau bersama ibu dan arwah bapanya itu akhirnya menghasilkan kejayaan kepada mereka.

"Inilah harapan baru kepada peserta Felcra unt membebaskan daripada cengkaman Felcra.

"Saya menyeru kepada peserta Felcra agar mendesak pihak felcra mengembalikan hak mereka khususnya kepada perjanjian yg telah melebihi 15 tahun.

"Mereka juga wajar menyemak kos pengurusan berlebihan yang tidak sepayutnya dikenakan kepada peserta," jelasnya lagi.

Kes bunuh Dhamendran ke Mahkamah Tinggi

Posted: 02 Aug 2013 05:59 AM PDT


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan kes empat anggota polis termasuk seorang berpangkat Inspektor yang didakwa membunuh tahanan lokap N Dhamendran pada 21 Mei lepas, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya S Nithia.

Hare Krishnan, 40, dari Sungai Petani Kedah bersama tiga yang lain iaitu Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Siasatan Khas (D9), Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan diketuai Datuk Hazman Ahmad manakala peguam Michelle Yesudas bertindak sebagai peguam pemerhati bagi isteri mangsa.-Bernama

'Undang-undang Islam boleh ganti ISA, EO'

Posted: 02 Aug 2013 05:50 AM PDT

MALAYSIA KINI

Undang-undang Islam boleh menggantikan kekosongan akibat penghapusan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang dikatakan punca meningkatnya kadar jenayah akhir-akhir ini, kata Pemuda PAS.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, setelah sekian lama negara ini menggunakan "undang-undang ciptaan manusia", gejala jenayah terbukti bukan sahaja tidak menurun, bahkan semakin parah.

"Undang-undang Allah ada keberkatan, (ia mekanisme) tegah dan kawal daripada Allah SWT yang selama ini hilang dari perlaksanaan undang-undang negara kita dan akhirnya jenayah tidak pernah surut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan lanjut cadangnya sebelum ini yang menggesa undang-undang syariah digunakan bagi membanteras jenayah, daripada aspek mekanisme dan kaedah pelaksanaannya.

Anggota Parlimen Temerloh itu pada 31 Julai lalu berkata, jika negara buntu dan pihak berkuasa mati kutu menangani jenayah yang meningkat mendadak, undang-undang syariat Islam mesti dikuatkuasakan sebagai alternatif dari "kegagalan teruk" sistem sedia ada.

Beliau berkata, undang-undang itu bukan sahaja dapat membanteras jenayah, tetapi juga memastikan keadilan kepada semua kaum, terutamanya kepada mangsa jenayah.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Nasrudin bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci cadangannya tetapi membayangkannya dalam bentuk "akta baru" bagi menggantikan ISA dan EO.

Kenyataan beliau itu disambut baik oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang mencadangkan ia harus turut diguna pakai kepada orang bukan Islam melalui penyatuan sistem sivil dan syariah di negara ini.

Bagaimanapun, peguam dan aktivis perlembagaan Syahredzan Johan berpendapat, cadangan itu jika dilaksanakan tidak akan menyelesaikan masalah kerana kegiatan jenayah bukan disebabkan undang-undang tetapi kegagalan pelaksanaan pihak polis.

Menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara sekular, beliau berhujah, undang-undang syariah sedia ada terbatas kerana bergantung pada undang-undang negeri dan tertakluk ke atas umat Islam sahaja.

Pelatih anjing Muslim dibebaskan hari ini, kata peguam

Posted: 02 Aug 2013 05:47 AM PDT

Pelatih anjing Muslim Maznah Mohd Yusof yang ditahan polis akan dibebaskan hari ini, kata peguamnya Latheefa Koya yang menulis di laman mikro Twitter hari ini.

Maznah atau lebih dikenali sebagai Chetz direman sejak dua hari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat untuk disoal siasat oleh polis dan penyiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
"Chetz akan dibebaskan hari ini. Keluarganya dalam perjalanan ke IPD Segamat," tulis Latheefa.

 Jam 1.00 tengahari tadi, Maznah disahkan bebas oleh Latheefa dan sempat bercakap dengan salah seorang peguamnya itu.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz ditahan pada Rabu.

Wanita itu mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa

Pemimpin tertinggi negara juga bersalah dalam rasuah RM30 juta Felda, kata Rafizi

Posted: 02 Aug 2013 05:44 AM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) mahu pemimpin tertinggi negara juga wajar dipersalahkan dalam penyelewengan syarikat usahasama Felda berjumlah RM30 juta, mendakwa kerajaan cuai dan tidak teliti sebagai punca ia berlaku.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendakwa dua individu, Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.

"Saya menggesa supaya siasatan terhadap kes ini tidak dihadkan semata-mata kepada kesalahan dan penyelewengan yang melibatkan kepimpinan KPFQ Sdn Bhd.

 "Tetapi perlu diluaskan kepada aspek kecuaian (negligence) dan ketidaktelitian pimpinan tertinggi negara yang terbabit supaya ada kebertanggungjawaban kerana agensi ini adalah di bawah tanggungjawab mereka," kata Pengarah Strategi PKR itu dalam satu kenyataan media hari ini.

KPFQ Foods Sdn Bhd adalah syarikat usahama (joint venture) di antara Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan Silver Bird Group Berhad (SBGB) yang ditubuhkan khusus untuk menjadi ejen pemasaran bagi barang makanan dan pertanian dari rancangan Felda di seluruh negara.

KPFQ diilhamkan melalui projek Gedung Makanan Negara yang dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oada 3 September 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan projek Gedung Makanan Negara akan membabitkan pelaburan sebanyak RM750 juta oleh Felda dalam tempoh 10 tahun.

"Oleh yang demikian, kes penyelewengan dana melibatkan KPFQ Foods Sdn Bhd perlu diteliti dalam konteks pentadbiran korporat dan tata kelola yang lebih besar.

"Tambahan lagi, akhir-akhir ini banyak dana rakyat digunakan untuk membiayai projek usahasama di antara agensi kerajaan dan swasta," katanya.

Paling membimbangkan Rafizi adalah kes ini mempunyai pertalian dengan Silver Bird Group Berhad (SBGB) iaitu pemegang saham terbesar dalam SBGB adalah Tabung Haji dan Tan Sri Vincent Tan.
"Ini menunjukkan bahawa SBGB adalah sebuah syarikat perniagaan yang ada hubungan yang baik dengan kerajaan," katanya.

Rafizi mendakwa, kes ini adalah salah satu lagi kes wang rakyat disalahguna, mempunyai persamaan dengan skandal penternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Adalah amat memalukan apabila penyelewengan terkini  membabitkan dana dan kebajikan peneroka Felda, bila mana penyelewengan NFC sebelum ini  berkaitan kebajikan penternak miskin," katanya.

SPRM memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit' dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker's acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.

Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.-

Dua dituduh melesapkan RM30 juta unit Felda

Posted: 02 Aug 2013 05:39 AM PDT

OLEH V ANBALAGAN, 

Datuk Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Datuk Sarchu Syawal di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,

 
Dua pegawai tinggi yang mengendalikan syarikat usahasama Felda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dakwaan melesapkan hampir RM30 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ  Foods Sdn Bhd, Datuk Sarchu Sawal dikatakan menyalahgunakan RM16.9 juta sementara Pengarah KPFQ, Datuk Tan Han Kook melesapkan RM13.1 juta.

Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Ogos, 2013.Datuk Tan Han Kok di luar Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir SufariKedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Anjung Felda, Jalan Maktab di Kuala Lumpur antara Ogos 2011 hingga Februari tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tuduhan salah guna kuasa dalam kegagalan projek bernilai RM30 juta yang dilaksanakan KPFQ, anak syarikat Felda.

Suruhanjaya itu memulakan siasatan berikutan projek itu gagal dimulakan di sebalik `10 juta ringgit' dimasukkan oleh bank dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut penyiasat yang hadir di mahkamah semalam, Sarchu dan Tan menandatangani 47 banker's acceptance, kemudahan terpantas menyalurkan wang, ke dalam syarikat.

Kedua-dua tertuduh dikatakan menyewa syarikat untuk membekalkan makanan di bawah Projek Bekalan Makanan Nasional.

Sarchu, 63, yang berkemaja putih lengan panjang ditawarkan jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin sementara Tan, 59, ditawarkan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Kedua-duanya diperintahkan menyerahkan pasport perjalanan masing-masing kepada mahkamah.

Hakim Roshiahanin Arifin menetapkan kedua-dua kes disebut semula pada 13 September depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Azlin Sabtu memohon kedua-dua tertuduh diikat jamin dengan nilai RM2 juta setiap seorang kerana mereka didakwa atas tuduhan yang serius mengikut Kanun Keseksaan.

Peguam Harwinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan untuk menjamin kehadiran mereka.

Tan turut berdepan 134 tuduhan menipu KPFQ Foods bernilai RM80 juta dan perbicaraan kes itu sudah bermula tahun lalu.

Selepas prosiding kes, Tan yang masih dalam kandang tertuduh kelihatan menangis dan ditenangkan seseorang yang tidak dikenalpasti.

Isu saman AES dibincang lepas raya, kata menteri - Bernama

Posted: 02 Aug 2013 05:36 AM PDT

THE  MALAYSIAN INSIDER

Isu saman dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dibincangkan selepas raya ini, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau memberi jaminan keputusan yang akan dibuat kelak adalah adil kepada semua pihak.

"Isu ini perlu diselesaikan kerana kementerian menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai AES kerana ia dilakukan oleh "pihak ketiga" dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman," katanya.

 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kebangsaan sempena musim perayaan Aidilfitri 2013 di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, operasi perangkap kelajuan melalui AES masih terus dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis kecuali wujudnya pindaan undang-undang terhadap tindakan penguatkuasaan itu.

Mengenai kempen itu, Hishammuddin berkata, kempen itu yang diadakan dengan kerjasama pelbagai kementerian berjaya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya pada tahun lepas dan awal tahun ini menerusi pendidikan, penguatkuasaan dan pelbagai pendekatan lain.

Katanya,pada tahun ini kempen dijalankan dengan kerjasama antara lain Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

"Sambutan daripada semua kementerian sangat menggalakkan dalam memastikan kempen keselamatan jalan raya berjalan dengan jayanya," katanya.

Pada 12 Februari lalu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid berkata statistik kemalangan menurun sepanjang kempen Op Selamat II sempena Tahun Baru Cina.

Hishammuddin juga mahu JPJ melakukan pemeriksaan terhadap semua pemandu bas dan keadaan bas pada musim perayaan ini bagi memastikan keselamatan penumpang bas dan semua pengguna jalan raya terjamin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J Loga Bala Mohan; Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Dr Tam Weng Wah. - Bernama

Black 505: 3 pemimpin AMK didakwa Selasa ini

Posted: 02 Aug 2013 05:34 AM PDT

 

Tiga pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima saman hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 6 Ogos depan atas tuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib Mohd Nazree Mohd Yunus menerima saman itu selepas memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Shamsul Iskandar, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 4(2)(b) atas tuduhan berhimpun di tempat larangan di perkarangan Masjid Al-Rahman, Universiti Malaya pada 22 Jun lalu sewaktu himpunan 'Blackout 505'.

Sebelum itu, Khairul Anuar dan Mohd Nazree pagi ini hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan penglibatan mereka dalam perhimpunan Black 505.

Kedua-duanya menerima notis pada 12 Julai lalu, untuk hadir memberi keterangan pada hari ini.

Mereka memberi keterangan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebelum itu Mohd Nazree dan Khairul Anwar memasuki IPD itu yang ditemani peguam A Jeyaseelen kira-kira jam 11.15 pagi.

Shamsul Iskandar yang juga ahli Parlimen Bukit Katil pula masih belum tiba sewaktu Khairul Anwar dan Mohd Nazree memasuki IPD itu.

Kesal gaya serahan saman

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Shamsul kesal apabila mereka pada mulanya dipanggil memberi keterangan bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah sahaja, namun mereka kemudiannya diserahkan notis saman itu.

"Kami diberikan gambaran yang kehadiran kami pada asalnya adalah untuk membantu siasatan sahaja. Justeru, gaya serahan saman mahkamah sebegini adalah sangat tidak wajar," kata Shamsul.

Ketiga-tiga mereka menjadikan jumlah yang didakwa kerana terlibat dalam himpunan Black 505 lalu setakat ini seramai 43 orang.

Sebelum ini, dua anggota parlimen Rafizi Ramli dan Anthony Loke bersama lima orang lain didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman pada 26 Julai lalu.

Rafizi dan Anthony didakwa di bawah Seksyen 15(3) akta itu atas tuduhan menganjurkan perhimpunan, tak mematuhi syarat polis dan tidak memohon persetujuan pemilik padang tersebut bagi tujuan itu.

Kedua-duanya juga didakwa mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama atas tuduhan tidak memaklumkan kepada ketua polis daerah dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan berkenaan dijalankan sementara lima yang lain pula dituduh di bawah Seksyen 4(2)(b) akta tersebut.

Pada 29 Julai lalu, 33 orang termasuk pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan 'Makcik Bersih' Anne Ooi didakwa di bawah Seksyen 143 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perhimpunan haram

Jakim putuskan video '1 Hari Di Hari Raya' hina Islam

Posted: 02 Aug 2013 04:33 AM PDT

MALAYSIA KINI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video '1 Hari Di Hari Raya' yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.
  
NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim  memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
  
Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.
  
Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.
  
Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.
Maznah direman dua hari hingga hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Johor untuk membantu siasatan setelah diambil keterangan di Bukit Aman semalam.
   
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di Putrajaya hari ini.
   
Mengenai fahaman syiah di negara ini, Jamil Khir berkata pihak jabatan mufti terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain sudah mengambil keterangan daripada pihak yang mendakwa mereka sebagai penganut syiah.

"Ada jabatan lain juga telah memanggil dan memberikan mereka kaunseling," katanya.
   
Selain itu, katanya usaha mengekang penyebaran fahaman itu yang telah diharamkan di negara ini akan terus dipergiatkan sama ada melalui media, mahupun 'road show' ke pelbagai tempat untuk menyedarkan masyarakat.
   
Beliau turut sependapat dengan ulama tersohor Dr Yusof al-Qadrawi seperti dilaporkan akhbar hari ini yang menentang fahaman Syiah.
   
"Sebab itu Malaysia melalui fatwa sejak 1984 dan yang diperkemaskan lagi pada 1996 oleh jawatankuasa muzakarah fatwa dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan Syiah adalah pegangan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.
   
"Ia juga diiktiraf salah di Malaysia. Jadi saya rasa ianya selaras dengan Dr Yusof Qadrawi seperti disebutkan dalam pandangan beliau," katanya. - Bernama

Insiden Sulu: PM hargai jasa wartawan Mkini

Posted: 02 Aug 2013 04:30 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tiga wartawan Malaysiakini antara 227 pengamal media yang menerima Pingat Kedaulatan Negara ekoran liputan dalam insiden serangan tentera "Kesultanan Sulu" di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Tiga wartawan tersebut - Nigel Aw, Lee Long Hui and Mohamad Azfar Afandi Zulkfley - menerima pingat itu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Sri Perdana, Putrajaya petang ini.

Aw, 24 berkata, beliau gembira kerajaan menghargai usaha wartawan yang membuat liputan insiden itu, yang juga menjadi pengalaman tidak dapat dilupakannya.

"Ia tugasan mencabar dan kami bekerja keras untuk memberikan laporan kepada pembaca apa yang berlaku di sana," katanya.

Lee, 27, juga turut menghargai pemberian itu walaupun menurutnya masih terdapat beberapa perkara yang masih belum berjawab.

"Jadi kerajaan perlu mendedahkan hasil siasatan berhubung berkata itu," tambahnya.

Mohamad Azfar, 23, berkata, beliau berbangga diberikan peluang membuat liputan di kawasan berbahaya itu.

"Saya juga berbangga menerima pingat ini daripada perdana menteri... Saya tidak pernah fikir kerajaan akan menghargai usaha kami," katanya.

Dalam ucapannya, Najib berkata, sebelum ini, Pingat Kedaulatan Negara dianugerahkan pada pegawai keselamatan di perbatasan.

Bagaimanapun, katanya, kali ini ia diberikan kepada wartawan ekoran kumpulan itu juga terdedah kepada bahaya ketika menjalankan tugas.

Perkasa gesa ulama jelas hukum pegang anjing

Posted: 02 Aug 2013 04:25 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta ulama memberikan penjelasan kepada umat Islam berhubung hukum memegang anjing.

Setiausaha Agung Perkasa, Sayed Hassan Syed Ali berkata demikian ketika mengulas isu video pelatih anjing Muslim yang tersebar luas sehingga menyebabkannya direman.
Video memaparkan Maznah bersama anjing peliharaannya yang menimbulkan kontroversi.Video memaparkan Maznah bersama anjing peliharaannya yang menimbulkan kontroversi.
"Saya minta ulama membuat penjelasan, ada orang Islam yang masih keliru hukum memegang anjing, sama ada dalam keadaan basah atau kering.

 "Hukuman juga perlu diambil, jangan sudah buat silap, minta maaf dan kemudiannya dibebaskan," kata Syed Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ekoran insiden sambutan Aidulfitri bersama anjing yang menimbulkan kemarahan umat Islam Perkasa turut menggesa agar ulama di negara ini memberikan penjelasan khususnya kepada umat Islam soal halal haram kerana mereka melihat generasi muda semakin keliru dalam perihal hukum agama.

Syed Hassan berkata, pihak berkuasa agama yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam perkara itu seharusnya tampil memberikan pemahaman kepada generasi muda bagi membolehkan mereka jelas akan hukum dan panduan Islam.

"Isu ini sensitif.  Jika yang terlibat bukan Islam, mereka tidak memahami Islam, ini isunya pelakunya umat Islam sendiri, hukumannya lagi berat," katanya.

Syed Hassan berkata, walaupun video itu dibuat sejak tiga tahun lepas, ia masih lagi menjadi isu kerana umat Islam terlalu marah dengan perlakuan sedemikian.

"Kita bimbang, cara individu ini mungkin menjadi ikutan. Mungkin ilmu agama sesetengah daripada mereka ini tidak berapa mendalam," katanya.

Maznah Mohd Yusof  mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya dimuat naik ke laman sosial yang dibuat pada tiga tahun lalu.

Beliau yang dikenali sebagai Chets direman selama dua hari selepas polis mendapatkan perintah reman dari Mahkamah Majistret di Segamat, Johor semalam.

Bagaimanapun,Maznah dibebaskan sebentar tadi.

Video berkenaan menunjukkan Chetz membawa tiga anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.

Sebelum ini, pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee turut ditahan atas kesalahan menghina Islam apabila memuat naik gambar mereka menikmati "bak kut teh" dengan disertakan logo halal dan ucapan selamat berbuka.

SKMM panggil ibu Alvin

Posted: 02 Aug 2013 04:23 AM PDT

Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.

Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.

"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.

"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."

Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal.

Penolakan Petisyen: Macam Ada Arahan Dari Pihak Tertentu!

Posted: 02 Aug 2013 04:18 AM PDT

 

PAS kesal dengan tindakan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak petisyen dikemukakan oleh PAS dengan menggunakan alasan dan denda yang sama.

PAS memfailkan keseluruhan 16 petisyen di seluruh negara dan 11 darinya telah ditolak oleh mahkamah.

Tiga lagi belum disebut di mahkamah adalah bagi kawasan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Kelawang, Negeri Sembilan sementara dua kawasan di Terengganu Hulu Besut dan Kuala Berang keputusan akan diperolehi esok.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah yang dilihat sebagai membelakangkan proses demokrasi.

"Kita kesal cara pengendalian petisyen yang berjalan di mahkamah, 16 petisyen yang dikemukakan oleh PAS dan 11 darinya telah ditolak dengan alasan serta denda yang sama.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kata kalau tidak puas hati dengan keputusan boleh bawa ke mahkamah untuk keadilan, tetapi bila dibawa kita melihat ia tidak dikendalikan sepertimana yang kita harapkan," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Malah katanya lagi, keputusan tersebut juga dilihat sebagai ada arahan dari pihak tertentu.

"Kita juga melihat keputusan tersebut seperti mendapat arahan dari pihak tertentu kerana alasan sama termasuk juga kos yang diarahkan juga amat luar biasa," sambung beliau.

Tutup penyelewengan?

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu keputusan tersebut seperti sebagai usaha menggunakan mahkamah untuk menutup segala penyelewengan yang berlaku pada pilihan raya yang lepas.

Katanya, kerajaan tidak boleh salahkan sesiapa jika rakyat mempunyai satu persepsi negetif terhadap kredibiliti mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada pihak yang mahukan keadilan mengikut saluran demokrasi yang betul.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan kebimbangan tindakan tersebut akan memberi ruang kepada rakyat untuk menuntut keadilan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tuntut keadilan melalui proses demokrasi yang betul tetapi kerajaan menutup ruang tersebut.

"Saya bimbang dengan keputusan ini rakyat akan bangkit menuntut keadilan mengikut saluruan mereka sendiri, kita tidak mahu negara ini menjadi seperti negara-negara yang lain," kata Salahuddin.

Sementara itu PAS akan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat berhubungan kedudukan Pengerusi SPR agar perlantikannya dikaji balik serta pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam pilihanraya yang lepas.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli, Peguam Mohamed Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang), Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja). -HD

PAS: Mahkamah p'raya sempitkan undang-undang

Peguam PAS Hanipa Maidin berkata parti itu kini tiada pilihan selain membuat laporan polis selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak alasan undang-undang dalam petisyen yang dikemukakannya.

Katanya, mahkamah antara lainnya menolak petisyen PAS berhubung kesalahan dalam borang penjumlahan undi – dikenali dengan nama Borang 14 – yang didakwa dilakukan oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM) semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Dia sempitkan lagi undang-undang... Sepatutnya kesalahan itu di bawah Seksyen 4 (a) Akta Kesalahan Pilihan Raya. Tetapi mahkamah memberikan alasan, kesalahan yang dilakukan KTM itu bercanggah.

"Mahkamah kata tak boleh guna seksyen tersebut kerana kesalahan itu berkaitan dengan jenayah.

"Sekarang ini kita akan buat laporan polis besar-besaran di seluruh Malaysia kerana mahkamah kata ini kesalahan jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Katanya mahkmah menetapkan hanya dua undang-undang yang boleh digunakan untuk memfailkan petisyen – Peruntukan Pilihan Raya (Perjalanan Pilih Raya 1991) dan Peraturan Berkaitan Undi Pos.

Tambahnya, mahkamah menggunakan alasan tersebut untuk menolak petisyen yang dikemukakan PAS setakat ini.

Hanipa juga berkata, PAS turut akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengkaji semula perlantikkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, beliau kecewa dengan pengendalian petisyen berkenaan yang disyakinya dijalankan mengikut arahan pihak tertentu.

"Kita kecewa dengan kendalian petisyen. Tahun ini nampak luar biasa. Macam ada arahan tertentu untuk kes ini tanpa dibicarakan. Kos yang dituntut luar biasa.

"Secara umumnya rasa pelik apa yang berlaku. Ini meletakkan pengendalian undang-undang kita pincang," katanya.

Mahkamah setakat ini telah menolak 11 daripada 16 petisyen yang dikemukakan PAS.

Lima lagi yang petisyen yang belum diputuskan melibatkan Nusa Jaya dan Gambir di Johor, Klawang di Negeri Sembilan serta Hulu Besut dan Kuala Berang di Terengganu. -mk


Tarik balik semua petisyen, selamatkan wang

Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam kepada calon Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Sepang kepada calon PAS, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Oleh kerana mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yang remeh, elok kalau parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik daripada meneruskan petisyen mereka dibicarakan.

Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi. (Empat tahun setengah bukan lama).

Sikap mahkamah berhubung petisyen ini tidak berubah. Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Ketua Hakim Negara mencampuri dan meneliti trend mahkamah dalam membuat keputusan, tetapi Ariffin Zakaria tetap membisu. Kononnya beliau selaku ketua hakim tidak boleh memberi apa-apa ulasan. Melanggar kod kehakiman barang kali.

Sehubungan itu, mungkin perlu dipinda Akta Suruhanjaya Pilihan Raya supaya membuang ruang dan hak untuk membawa mana-mana kes pilihan raya ke mahkamah. Dengan tiada peruntukan undang-undang dan hak itu maka parti politik tidak perlu bersusah payah menyediakan bukti serta wang dan berjujutan ke mahkamah untuk mendapat keadilan setelah mereka merasakan ditipu ataupun diselewengkan oleh mana-mana pihak atau dalam pelbagai bentuk sepanjang proses pilihan raya.

Pakatan Rakyat dianggarkan akan membelanja lebih RM3 juta untuk membiayai kos petisyen. Wang sebanyak itu satu jumlah besar. Dengan menarik balik petisyen ahli juga tidak terbeban kerana selalunya bila parti memerlukan wang untuk sesuatu tujuan ahli yang akan dikerah untuk mendapatkannya. -msomelayu

Kes Tembak Lagi: Peniaga Emas Cedera Ditembak Di Pandan Indah

Posted: 02 Aug 2013 04:13 AM PDT


KELAB GREENBOC

Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil. Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. -Bernama

Ali Rustam Dua Kali Lima Dengan Noh Omar

Posted: 02 Aug 2013 04:10 AM PDT

MSO

Apabila bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kalah sambil 'menyenggeng' di kerusi parlimen Bukit Katil kepada Shamsul Iskandar Md Akin dalam pilihan raya lalu, saya tercari-cari apakah sebab musababnya. Pening saya mencari faktor kekalahannya. Sebagai seorang Ketua Menteri orang berkuasa dalam negeri Melaka, beliau sudah pasti mencari kawasan paling selamat untuknya. Tentulah kerusi Bukit Katil itu kawasan paling selamat. Tetapi kenapa kerusi itu memalukannya?

Tidak mungkin Ali Rustam memilih Bukit Katil kalau kerana alasan lain. Tetapi kenapa beliau kalah, bukan sedikit dengan majoriti cukup untuk dimakan selama 10 tahun. Situasi itulah yang menjadikan minda saya bergelabu mencari punca kekalahannya.

Jadi apabila beliau membuat ulasan-ualasan selepas kekalahan, termasuk membangkitkan soal khidmat dan jasanya di Melaka selama ini yang tidak dikenang pengundi (Cina) dan kenyataan terbarunya berhubung kekerapan berlaku jenayah berat (tembakan curi) ke belakangan kononnya disebabkan parti pembangkang, baru saya tahu kenapa wajar kalau Ali Rustam kalah.

Pandangan dan pendapat Ali dalam membela diri yang busuk mendedahkan faktor kepada saya kenapa bekas KM Melaka itu patut kalah.

Ali Rustam dalam melahirkan rasa resahnya dengan kejadian jenayah berat ke belakangan ini dengan cuba meletakkan atau mencari salah kepada Pakatan Rakyat. Beliau berpendapat berlakunya jenayah itu ialah apabila Ordinan Darurat (EO) dan ISA dimansuhkan.

Mungkin beliau berpendapat apabila dua akta itu tidak lagi dipakai, maka penjenayah menjadi berani untuk melakukan perbuatan jenayah. Bagi Ali Rustam, kenapa dua akta itu dimansuhkan ialah kerana Pakatan Rakyat beriya-iya agar ia dimansuhkan. Jadi setelah dimansuhkan ia memberi implikasi dan risiko maka Pakatan Rakyat hendaklah bertanggungjawab. Pendapat Ali itu memberi konotasi yang Pakatan Rakyat mahukan kepada kejadian itu.

Senang dan mudah sekali cara Ali menyelesaikan masalah. Dia masih menggunakan teori lama dengan mengheret pihak lain, pembangkang.  Untuk melihat kelemahan dan kesalahan sendiri sama sekali tidak. Kalau iya pun ingin membela Najib dan Umno bukan sanggup menyerlahkan kebodohan dan kebebalan cara kita berfikir.

Apakah Ali yakin seratus peratus pemansuhan dua akta itu semata-mata kerana desakan pembangkang? Apakah tidak ianya atas usaha Najib Razak sendiri yang berjanji untuk melakukan transformasi? Apakah Ali lupa janji-janji Najib sebagai mengangkat sumpah menjadi perdana menteri?

Janganlah pula kerana tindakan Najib buat itu mendatangkan masalah maka ia ditunding kepada pembangkang. Umum tahu keputusan Najib memansuhkan kedua-dua akta itu tidak mendapat persetujuan di kalangan Umno. Muhyiddin Yassin sendiri terkilan dengan cara Najib yang tidak berunding dengan beliau. Ertinya Najib yang bertanggungjawab ke atas pemansuhan kedua akta itu yang kini bagi Ali telah membahayakan negara.

Sebagai orang yang berada dalam Majlis Tertinggi Umno, apakah Ali mengetahui akan hal ini? Atau pun Ali waktu itu tidak dapat menebak awal implikasi daripada cadangan Najib itu? Atau pun kalau tahu Ali menjadi pandir, atau wak long saja kerana ia datang dari Najib. Seorang pemimpin yang hebat ialah berani menegakkan pendirian dan pandangan di hadapan siapa saja.

Dengan pemansuhan akta itu selain daripada hendak membuat transformasi Najib juga mempunyai serampang dua mata di sebalik tindakan itu. Najib mahu menunjukkan dia sebagai seorang pemimpin yang terbuka dan tidak menggunakan akta seweneng-wenengnya. Najib cuba merombakkan akta yang sudah jumud dan usang. Selain itu Najib mengharap dia dan Umno akan mendapat political mileage dengan tindakan itu dan menjadi modal pula untuk menang pilihan raya.

Saya hendak tanya bekas KM itu, apakah dia yakin Najib berbuat begitu atas kehendak pembangkang? Kalau betul Najib bertindak atas kehendak dan desakan pembangkang, banyak lagi desakan pembangkang kepada Najib tetapi kenapa tidak dilaksanakan. Pembangkang bukan saja mendesak agar akta itu dimansuhkan tetapi Akta Darurat 1948 juga minta dimansuhkan. Apakah Najib akur? Akta dan peraturan pilihan raya juga didesak pembangkang agar dipindah tetapi, Najib tidak berbuat apa-apa.

Begitu juga pembangkang mendesak agar ditubuhkan IPCMC, tujuan untuk menyiasat pegawai-pegawai polis, apakah Najib setuju dan sedia menuruti pembangkang? Banyak lagi yang pembangkang desak dan suruh tetapi tidak diendahkan oleh Najib. Jadi dakwaan Ali kononnya Najib mengikut kehendak pembangkang itu adalah 'gombal' semata-mata.

Sebenarnya mengenai kekerapan berlaku jenayah disebabkan kerana mansuhnya dua akta itu seperti ditanggapi Ali, Ali tidak perlu gusar. Beliau boleh cadangkan kepada Najib agar mengguna pakai semua kedua-dua akta berkenaan. Untuk tujuan itu ia tidak memerlukan kelulusan parlimen, sampai peringkat perlu kena pinda perlembagaan negara atau perlu suara majoriti 2/3. Kuasa untuk mengembalinya terletah di tangan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara saja.

Sound kepada Zahid Hamidi pasti dia akan akur sebab Zahid juga ada merit untuk menyalahkan kepada pemansuhan akta itu menyebabkan berlakunya jenayah berat. Saya tidak tahulah apakah tujuan Ali menimbulkan itu kerana dia bermotif politik untuk mengkritik Najib. Dia sengaja bersandarkan kepada pembangkang, walhal niatnya untuk mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri. Bahawa Najib telah melakukan kesilapan besar dan kesilapan itu harus ditebus. Satu-satu cara untuk menebus kesilapan itu ialah Najib perlu meletak jawatan. Begitukah tujuannya?

Konklusinya buat saya ulasan dan pandangan Ali Rustam mengenai hal itu ia lebih kurang sama saja dengana sikap cengeng Noh Omar yang mencadangkan supaya ibubapa yang memasukkan gambar anak mereka makan ditandas agar disiasat di bawah Akta Hasutan.

Tahap pemikiran Ali sama tinggi dan sama level dengan saja Non Omar

Bilal surau di Bangi meninggal ketika sujud

Posted: 01 Aug 2013 10:00 PM PDT

http://azmieyusoff.blogspot.com,

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un Bilal surau di Bangi meninggal dunia ketika sujud!!!zohor tadi. +Gambar

Allah permudah perjalanan ke "sana".  Al fatihah..

Segalanya atas ketentuan Yang Maha Esa.

Sahabat ini, seorang petugas PAS yg gigih, menghembuskan nafas terakhirnya dalam husnul khatimah insyaAllah. Beliau ketika ada hayatnya juga telah banyak menghabiskan masa dan tenaga menjaga kebersihan surau Al-Mujaahideen, Desa Surada, Bangi. Orang panggil 'abang Lan'.

4 sebab zahiriah kita percaya dia mendapat Husnul Khatimah, meninggal dunia;

1. Ketika sujud solat sunat ba'diah zohor

2. Sedang berpuasa

3. Petang khamis

4. Di dalam rumah Allah.

Ya, Allah, tamatkan riwayat kami nanti dengan Husnul Khatimah juga ya Allah, dan masukkan kami ke syurga-Mu tanpa hisaab.

Masjid Felda Bukit Cherakah Dinaiktaraf Untuk Tampung Jemaah

Posted: 01 Aug 2013 09:53 PM PDT


Sultan Bkt Cherakah 01

KUALA SELANGOR- Masjid Felda Kampung Bukit Cherakah akan mengalami kerja-kerja pengubahsuaian bagi menampung kepadatan penduduk yang makin meningkat seiring dengan pembangunan di sekitar bandar Puncak Alam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin berkata, kerja pengubahsuaian masjid  yang dibina pada 1 Januari 1996 itu amat penting bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Penambahbaikan masjid ini akan melibatkan ruang solat lebih luas, dewan serbaguna, bilik imam, bilik bilal, bilik jenazah dan tempat persalinan bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikannya sebagai  'One Stop Centre'.

"Pengubahsuaian dicadangkan dan ahli jawatankuasa masjid  menubuhkan satu jawatankuasa pembangunan bagi memberi cadangan reka bentuk selain mencari dana tambahan kepada kerja-kerja pengubahsuaian masjid ini.

Sultan Bkt Cherakah 02

"Secara umumnya, masjid ini memerlukan pengubahsuaian di masa hadapan untuk kegunaan penduduk setempat," katanya dalam ucapan aluan sempena Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan perasmian masjid di Kampung Felda Bukit Cherakah, di sini.

Dalam majlis itu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada 300 asnaf fakir miskin, 150 anak yatim dan 100 mualaf  sebelum solat berjemaah bersama penduduk.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan, Orang Besar Daerah, Datuk Mohamad Yaacob Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abdul Rahman.

Selangor Tubuh Jawatankuasa Khas Bantu Pertingkat Kualiti Pengangkutan Awam

Posted: 01 Aug 2013 09:47 PM PDT


MB Keselamatan Jlnraya 01

KLANG  : Kerajaan Negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini perlu dilakukan bagi membendung kadar peningkatan kenderaan persendirian di jalan raya, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Menurut Abdul Khalid, jawatankuasa yang bakal ditubuhkan ini akan diketuai oleh beliau dan dianggotai oleh barisan Exco negeri dan Unit Perancang Bandar dan Desa Selangor.

"Kerajaan Negeri akan cuba menubuhkan satu jawatankuasa mengenalpasti bagaimana pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.

MB Keselamatan Jlnraya 03

"Dengan cara itu kita dapat mengurangkan jumlah penggunaan pengangkutan persendirian dan pemilikan kereta dan motosikal persendirian yang akan menyebabkan begitu banyak kenderaan di jalan raya dan terdapat keadaan yang penuh sesak dan mengakibatkan kemalangan berlaku," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 Peringkat Negeri Selangor di Plaza Tol Sungai Rasau di sini hari ini.

Pada majlis itu, Abdul Khalid mengedarkan 30 buah topi keledar kepada penunggang motosikal serta memberikan 'Goodies Bag' kepada pemandu kenderaan di sepanjang plaza tol berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpesan kepada semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan pulang ke destinasi.

MB Keselamatan Jlnraya 02

DAP sebulat suara tolak arahan tidak munasabah ROS

Posted: 01 Aug 2013 09:46 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi membuat keputusan menolak arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa berkenaan.

CEC sebulat suara membuat keputusan itu kerana mereka tidak boleh menerima arahan ROS seperti mana surat bertarikh 30 Julai lalu yang diterima DAP lewat petang semalam.

 Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan selepas mesyuarat tergempar itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak boleh terima arahan itu kerana dua sebab yang perlu dinyatakan ROS terlebih dahulu.

Katanya, pertama, CEC menggesa ROS memberi punca atau sebab mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi DAP mengenai pengendalian pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966.

"Kedua, ROS perlu menjelaskan peruntukan mengikut arahan undang-undang mana yang menyebabkan DAP perlu mengadakan pemilihan semula.

DAP ros 2"Saya anggap ia amat luar biasa bila mereka menyuruh DAP mengadakan pemilihan semula dengan hanya alasan mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan dan kerjasama penuh yang diberikan.

"Mereka hanya memberi jawapan ringkas mengatakan tidak berpuas hati tanpa memberi sebarang sebab mengapa ROS tidak puas hati atau menjelaskan kepada kita mengikut undang-undang mana yang menyebabkan mereka tidak puas hati.

 "Kami merasakan seolah-olah kami seperti dijadikan tebusan," ujarnya Guan Eng juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang kesal dengan tindakan ROS itu.

Beliau berkata, ROS mesti menjawab pertanyaan DAP itu terlebih dahulu mengikut saluran undang-undang yang betul dan berlaku adil. -Roketkini.com

Jelaskan kuasa ROS arah DAP adakan pemilihan semula CEC – Kit Siang

Posted: 01 Aug 2013 09:43 PM PDT

 03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (9)

 Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bermakna ROS menafikan hak 753 perwakilan menghadiri kongres itu, Disember tahun lalu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ROS perlu berterus-terang mengenai perkara itu kerana DAP dan rakyat Malaysia berhak mengetahui mengapa dan dengan kuasa apa ROS mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC yang dipilih pada kongres parti di Pulau Pinang, Disember tahun lalu.

Beliau juga mencabar Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman menyatakan sebab sebenar arahan itu secara jelas supaya DAP boleh mendedahkan pembohongan berkenaan.

 "Bilik Perang UMNO/Barisan Nasional (BN) melaburkan banyak sumber, kakitangan dan puluhan juta ringgit sejak enam bulan lalu untuk melaksana strategi dua mata iaitu "memburuk-buruk dan memusnahkan" DAP (kempen "DDD").

 "Mereka juga menyebar pembohongan mengenai DAP yang kononnya membiayai "Tentera Kacang Merah" yang dianggotai 3,000 cybertrooper dengan peruntukan antara RM100 juta hingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu untuk memburuk-burukkan peribadi pemimpin UMNO/BN dan menghidupkan cerita palsu mengenai penyelewengan dalam pemilihan CEC ketika Kongres DAP Disember tahun lalu," katanya dalam kenyataan media, semalam.

 Menurut Kit Siang, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, penggerak UMNO/BN meneruskan kempen mendesak ROS bertindak terhadap DAP, antaranya menuntut agar pemilihan CEC diisytihar tidak sah supaya pendaftaran DAP dibatalkan atas alasan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan CEC Disember tahun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, mereka juga mendakwa kononnya 753 perwakilan DAP tidak dimaklumkan mengenai Kongres DAP pada Disember tahun lalu seperti yang disyaratkan dalam perlembagaan parti dan kerana itu mereka dinafikan hak untuk menghadiri kongres berkenaan dan memilih anggota CEC.

 "Isu "753" itu diguna untuk menuduh DAP sebagai anti-kaum India kerana kononnya sebahagian besar daripada "753" perwakilan terbabit berketurunan India dan sebab itu mereka didiskriminasi dan dinafikan hak untuk menghadiri Kongress serta mengundi pada pemilihan CEC.

"Kedua-dua tuduhan berkenaan sama sekali tidak tepat. 71 peratus perwakilan menghadiri Kongres Parti (untuk mencukupkan korum, hanya 25 peratus daripada ahli yang layak menjadi perwakilan) daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan. Ini adalah rekod kehadiran yang tinggi dan amat tidak benar jika ada pihak mendakwa ketidakhadiran perwakilan kerana konspirasi yang digerak dengan tidak memberi notis yang wajar.

Jika asas itu digunakan, nescaya kesahihan persidangan semua parti politik atau pertubuhan boleh dipertikaikan," katanya.

 Kit Siang berkata, DAP telah bekerjasama dengan ROS dan memberikan bukti bahawa notis kongres diberikan kepada semua perwakilan seperti yang dituntut oleh perlembagaan parti, manakala perwakilan berketurunan India yang tidak hadir hanya kira-kira 100 orang, bukan 700 seperti yang didakwa propagandis UMNO/BN.

 Katanya, pembohongan kedua yang paling ditonjolkan dalam kempen ialah tuduhan liar bahawa pemilihan CEC DAP itu disertai "perwakilan hantu" yang pada mulanya jumlah mereka dikatakan seramai 300 orang tetapi kemudiannya meningkat kepada 547 orang.

"Adakan Ketua Pengarah ROS menganggap pembohongan mengenai 547 "perwakilan hantu" pada Kongres DAP di Pulau Pinang itu sebagai suatu dakwaan kukuh dan jika benar, maklumkan kepada DAP.

 "Selain dua pembohongan itu, alasan yang dimiliki ROS hanya gangguan kecil membabitkan komputer sewaktu Kongres DAP, di mana gangguan itu tidak membawa kepada kesilapan pengiraan atau penjadualan undi, sebaliknya cuma pada tahap pengumuman keputusan, iaitu apabila seorang calon, Vincent Wu, diumumkan sebagai pemenang, sedangkan pemenang sebenar adalah Zairil Khir Johari.

"Kesilapan itu sudah dibetulkan. DAP telah memberi penjelasan penuh mengenai kesilapan itu kepada pegawai ROS dan mengemukakan semua dokumen dan bahan berkaitan.

 "Jadi, apa asas untuk Ketua Pengarah ROS mengarahkan agar pemilihan semula CEC diadakan. Ketua Pengarah ROS harus menjelaskan kepada DAP dan negara ini mengapa beliau tidak berpuas-hati dengan penjelasan yang diberi DAP, selain menerangkan kuasa apa yang beliau gunakan untuk mengarahkan pemilihan semula CEC," ujarnya.-Roketkini.com

Parti komponen BN Selangor, MCA MIC dan Gerakan, perlu tetap pendirian, tinggal parti, kata Guan Eng

Posted: 01 Aug 2013 04:29 PM PDT

Parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor seharusnya berpendirian tegas dengan meninggalkan gabungan berkenaan supaya dapat mengelak daripada dikaitkan dengan "pemimpin gila" seperti Datuk Seri Noh Omar kerana mahu ibu pelajar yang membuat pendedahan kantin di bilik persalinan ditahan di bawah Akta Hasutan, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu mengulas kenyataan  Pengerusi Umno Selangor itu yang mahu pendedah maklumat kes SK Sri Pristina dikenakan akta kolonial itu.

"Jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh Omar 'gila' kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor," kata Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemimpin DAP itu menegaskan, selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan diketuai Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, sebarang kritikan terhadap pemimpin Umno itu dengan  mengatakannya "gila" hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.

"Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja.

"Namun parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salahguna kuasa dan kapitalisme kroni," tegasnya lagi.

Lim menegaskan, MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan Noh Omar.

Isu melibatkan pengetua sekolah semakin menjadi perhatian apabila isu pelajar menjadikan bilik persalinan sebagai kantin sementara di SK Seri Pristina didedahkan kepada umum.

Selain itu, isu pengetua sekolah yang memarahi pelajarnya kerana tidak menghormati lagu Negaraku dengan menyuruh mereka "Balik India, China, Indonesia" juga menerima perhatian banyak pihak.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meletakkan kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu sebaliknya hanya membenarkan tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.
"Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan?

"Malahan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman," katanya. - 1 Ogos, 2013. Parti komponen Barisan Nasional (BN) Selangor seharusnya berpendirian tegas dengan meninggalkan gabungan berkenaan supaya dapat mengelak daripada dikaitkan dengan "pemimpin gila" seperti Datuk Seri Noh Omar kerana mahu ibu pelajar yang membuat pendedahan kantin di bilik persalinan ditahan di bawah Akta Hasutan, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu mengulas kenyataan  Pengerusi Umno Selangor itu yang mahu pendedah maklumat kes SK Sri Pristina dikenakan akta kolonial itu.

"Jelas tidak wujud keyakinan dalam kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memanggil Noh Omar 'gila' kerana mahu Gunewari disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mendedahkan gambar kantin sementara di bilik mandi tersebut, apabila MCA masih lagi bekerjasama dengan Umno di Selangor," kata Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemimpin DAP itu menegaskan, selagi MCA, Gerakan dan MIC tetap bekerjasama dengan Umno dalam BN Selangor dengan diketuai Noh Omar sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, sebarang kritikan terhadap pemimpin Umno itu dengan  mengatakannya "gila" hanyalah satu lagi pementasan drama atau wayang kulit yang akan dilupakan dalam masa seminggu.

"Ini hanya memperlihatkan hakikat bahawa parti komponen BN tidak berkongsi sebarang nilai kerana mereka adalah parti politik perkauman yang mewakili satu kaum sahaja.

"Namun parti politik perkauman mono-etnik yang mengasingkan kaum lain masih boleh bekerja bersama-sama dalam BN kerana mereka mempunyai objektif yang sama dalam membiarkan rasuah, salahguna kuasa dan kapitalisme kroni," tegasnya lagi.

Lim menegaskan, MCA, Gerakan dan MIC patut keluar daripada BN Selangor bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk tidak dikaitkan dengan Noh Omar.

Isu melibatkan pengetua sekolah semakin menjadi perhatian apabila isu pelajar menjadikan bilik persalinan sebagai kantin sementara di SK Seri Pristina didedahkan kepada umum.

Selain itu, isu pengetua sekolah yang memarahi pelajarnya kerana tidak menghormati lagu Negaraku dengan menyuruh mereka "Balik India, China, Indonesia" juga menerima perhatian banyak pihak.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu meletakkan kegagalan Kementerian Pendidikan untuk bertindak terhadap pengetua-pengetua yang bersifat perkauman sejak dahulu sebaliknya hanya membenarkan tabiat yang tidak sihat untuk terus berleluasa.

"Di mana semangat 1Malaysia di sekolah-sekolah, dan kenapa pula ibu bapa bukan Melayu mahu dipersalahkan apabila mereka tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah menengah kerajaan?

"Malahan apabila masih wujud golongan pendidik yang bersifat perkauman," katanya.

Tuduh PAS amal Syiah politik murahan BN, kata Ahli Parlimen Shah Alam

Posted: 01 Aug 2013 04:25 PM PDT

Pihak yang menuduh ahli kanan PAS terlibat dengan kegiatan dan penyebaran ajaran Syiah tidak lain hanyalah mengamalkan politik murahan serta cuba untuk menimbulkan ketakutan rakyat dan mengundang perpecahan parti itu menurut Khalid Samad.

Ahli Parlimen Shah Alam itu mengulangi kenyataan bahawa tiada ahli kanan PAS berpegang kepada ajaran Syiah kerana parti itu dipimpin di bawah Majlis Syura Ulama yang pastinya lebih baik dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, ahli PAS berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASJ) berpandukan sumber al-Quran, Sunnah Rasulullah saw, Ijmak Ulama dan Kias yang sememangnya berbeza dari fahaman konsep yang diamalkan Syiah.

 "Dunia globalisasi kini melihatkan kita sudah tidak boleh mengawal sumber maklumat yang disampaikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sendiri mengakui Syiah disebarkan melalui internet maka ini membuktikan Dasar Pendidikan Negara telah gagal melengkapkan pelajar menghadapi ancaman Syiah.

"Generasi muda tertarik dengan revolusi Iran mengangkat perjuangan kerajaan yang adil serta agenda untuk menentang Israel. Perkara ini sebenarnya juga ditekankan dalam ASJ, maka tidak perlu menjadi Syiah untuk tegakkan keadilan, membasmi rasuah dan salah guna kuasa," katanya semasa satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pendakwah yang sering menyarankan orang ramai agar berdiam diri apabila ditindas kerajaan, merekalah pendorong Syiah kerana melihatkan seolah-olah ASJ tidak memberikan alternatif untuk mengangkat keadilan, mewujudkan kerajaan telus dan berkebajikan.

Sementara itu, Khalid turut menggesa Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) agar segera menyatakan pendirian berhubung penindasan yang berlaku oleh pihak tentera di Mesir kerana kerajaan dilihat membisu dalam isu berkenaan yang seakan-akan menyatakan pendirian Malaysia menyokong rampasan kuasa itu.

Beliau berkata PAS telah menghantar Timbalan Pengerusi Lujnah Antarabangsanya, Syed Azman Nawawi ke Mesir bagi bersama-sama penunjuk perasaan di Kaherah untuk menyatakan bantahan terhadap penggulingan kerajaan demokrasi Mohamed Morsi setelah 400 orang terbunuh di negara bergolak itu

Pemimpin Pakatan selar Ali Rustam berhubung dakwaan peningkatan jenayah

Posted: 01 Aug 2013 04:23 PM PDT


PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang  dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.

Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis," kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.

 Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.

Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal," tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.

Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.

Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.

Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.

Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.

Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam  berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.

Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.

Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku " katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.

Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO

Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira  jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi  berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek.

Mahkamah Tinggi tiada hak campur bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam kes Indira Gandhi

Posted: 01 Aug 2013 04:18 PM PDT

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa "Mahkamah Tinggi sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah", yang memberi maksud keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh disentuh atau digugat oleh Mahkamah sivil.

Presidennya, Musa Awang, berkata keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Lee Swee Seng yang membatalkan pengislaman tiga anak M Indira Gandhi (gambar) dan Muhammad Ridzuan Abdullah tidak memberi kesan kepada hak penjagaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 yang memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan.

Katanya, keputusan permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Indira hanya menyentuh aspek prosedur yang mungkin tidak dipatuhi, tetapi tidak bermaksud pengislaman kanak-kanak itu tidak sah dari segi undang-undang dan hukum Syarak.

 "Semakan kehakiman adalah daripada segi prosedur. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi belum muktamad kerana perkara ini masih terbuka kepada rayuan dan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

"Saya bersetuju satu rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu. Ini kerana dalam penghakiman itu terdapat suatu isu baru yang perlu diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi.

"Permohonan yang difailkan  Indira ialah permohonan semakan kehakiman terhadap prosedur kemasukan Islam di jabatan agama Islam, sama ada mematuhi kehendak undang-undang atau tidak," katanya dalam satu kenyataan khas kepada The Malaysian Insider.

Musa berkata, isu baru yang perlu diputuskan mahkamah lebih tinggi ialah sama ada pengislaman tiga anak berkenaan mengikut perlembagaan dan hak asasi kerana tidak dilakukan di hadapan ibu dan anak-anak.

Minggu lalu, bekas suami Indira, Muhammad Ridzuan berkata, beliau akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang membatalkan pengislaman ketiga-tiga anaknya.

Peguam kepada Muhammad Ridzuan, Hatim Musa mengesahkan menerima arahan itu daripada anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah ketika hakim memberikan keputusan.

Swee Seng dalam penghakimannya selama 1 jam 40 minit menetapkan perakuan memeluk Islam ke atas ketiga-tiga anak Indira Gandhi iaitu Tevi Darsiny, 16, Karan Dinish, 15, dan Prasana Diksa, 5, sebagai terbatal dan tidak sah.

Beliau berkata, pengislaman itu turut tidak mengikut Perlembagaan kerana bertentangan dengan keadilan asasi ekoran pendaftaran itu tidak dilakukan di hadapan Indira dan anak-anaknya.

Swee Seng berkata, di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menghendaki anak-anak Indira hadir untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu pendaftaran pengislaman itu dilakukan.

Indira, seorang guru tadika, berkahwin dengan K Patmanathan kini  20 tahun dahulu mengikut ritual Hindu.

Enam tahun selepas perkahwinan, pada 11 Mac, 2009, suaminya memeluk Islam dan menukar nama kepada Muhammad Ridzuan.

Sebulan selepas itu, beliau menukar agama ketiga anak-anaknya di Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam, Ipoh, Perak.

Penukaran agama itu tanpa pengetahuan Indira.

Pada bulan sama, Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan ketiga-tiga anak kepadanya.

Mereka akhirnya bercerai dan suaminya mengambil anak bongsu yang berumur setahun bersamanya.

Indira kemudiannya ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang memberikan hak penjagaan anak kepada ayah dan pada Julai 2010, beliau menang kes walaupun terdapat bantahan keras Peguam Negara.

Walaupun menang, suaminya tidak memulangkan anak perempuan bongsu mereka


DBKL perlu kenakan syarat sedia ruang solat selesa

Posted: 01 Aug 2013 04:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil pendekatan dengan mengenakan syarat lesen kepada premis perniagaan agar menyediakan ruang solat yang sesuai dan selesa kepada pekerja yang beragama Islam selaras dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan.

Ini kerana DBKL hanya boleh menasihati pemegang lesen premis perniagaan untuk menyediakan kemudahan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sewaktu menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Senator Khairiah Mohamed dalam sesi perbahasan Titiah Diraja baru-baru ini.

Menurut Khairiah, terdapat lebih kurang 5,000 premis makanan berlesen di Wilayah Persekutuan dan kebanyakan pekerja-pekerja di premis perniagaan makanan segera adalah beragama Islam.

"Sedangkan solat adalah rukun Islam kedua yang merupakan fardhu ain aiaitu wajib bagi orang Islam, solat juga boleh mengukuhkan jati diri umat Islam dan mencegah kemungkaran," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.

Beliau juga menggesa DBKL mengambil tindakan meminda peruntukan undang-undang kecil tersebut dengan memperuntukan secara jelas penyediaan ruang solat yang sesuai dan selesa bagi pekerja beragama Islam bagi membolehkan perkara ini dikuatkuasakan.

"Di dalam undang-undang kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan hanya menyatakan Datuk Bandar boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerjanya kemudahan yang sesuai dan yang secukupnya," kata beliau

SIASAH

Posted: 02 Aug 2013 03:09 PM PDT

Ramadan tahun ini menyaksikan satu perkembangan baharu yang menjejaskan hubungan masyarakat berbilang kaum dan agama Malaysia, ekoran berlaku kes-kes penghinaan terhadap Islam.

Kes menghina Islam oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee, dakwaan pelajar bukan Muslim dipaksa makan di tandas, dan video oleh seorang pelatih anjing beragama Islam mendedahkan politik sektarian yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Wacana politik yang rendah dan terlalu dikuasai politik identiti menjadikan isu berkaitan dengan Islam dan umat Muslim mudah diketengahkan dan diletakkan dalam kedudukan defensif.

Kedudukan Islam dan Melayu yang semakin dipersoalkan menjadi satu faktor meningkatkan kes-kes seperti ini, yang biasanya dengan segera akan mendapat respons bukan Muslim dan kelompok liberal, yang dengan segera juga mengambil pendirian menyalahkan pihak Muslim.

Contohnya dalam kes pelajar makan di bilik persalinan yang dijadikan ruang makan sementara. Peristiwa itu segera dibingkaikan sebagai satu penindasan oleh majoriti Muslim terhadap minoriti bukan Muslim, lalu respons orang ramai sebahagian besarnya segera melihatnya sebagai satu penindasan, dan melihatnya sebagai sepenuhnya satu isu pencabulan dan melanggar sensitiviti.

Hal ini demikian kerana sentimen sangat kritikal terhadap Muslim telah lama dibina, sama ada secara sengaja atau tidak, sebagai sebahagian naratif penting pihak yang menentang kedudukan agama Islam dan Melayu dalam politik negara ini.

Pada masa sama, wacana rendah hal-hal sosial dan politik negara menyumbang kepada reaksi terburu-buru yang berleluasa di laman-laman sosial, yang kemudian menyumbang kembali kepada kerendahan wacana yang telah sedia parah.

Reaksi, atau kekurangan reaksi daripada bukan Muslim dan kelompok liberal mendedahkan pembahagian jelas berdasarkan sentimen kaum, seperti yang jelas dilihat dalam kes menghina ibadat puasa dan agama Islam oleh pasangan Alvin dan Vivian.

Tidak ada reaksi keras daripada kumpulan-kumpulan Cina, bukan Muslim dan liberal berdasarkan standard yang selalu diutarakan oleh mereka berhubung sensitiviti kaum dan agama, malah ada yang merendahkan kes itu sebagai hanya tindakan bodoh, seperti tidak memahami Islam atau kerana kerendahan cita rasa (in bad taste).

Peruntukan perundangan wujud untuk menangani kes-kes seperti ini, yang bukan asing dalam dunia perundangan di seluruh dunia, tetapi sudut perundangan ini sering diperkecil dan dinafikan oleh sesetengah pihak. 

Sikap selektif mereka jelas dalam hal ini; iaitu memperbesarkan sebarang dakwaan pelanggaran sensitiviti atau penindasan oleh orang Melayu, dan menganggap pelanggaran yang sama oleh masyarakat minoriti sebagai tindakan berdasarkan kelemahan yang perlu dimaafkan.

Dalam kes Alvin dan Vivian, hakikat bahawa mereka menggunakan imej makanan yang dikenali sebagai haram kepada Muslim di negara ini beserta logo halal membuktikan pemahaman mereka yang jelas, dan sukar untuk dinilai sebagai dilakukan tanpa niat jahat.

Kes-kes seumpama ini, yang satu ketika dulu dilakukan oleh pencetus kontroversi Namewee, semuanya sebahagian daripada satu gelombang peningkatan sentimen sektarian dan keberanian melakukan provokasi dan memperlekehkan Islam dan orang Melayu.

Pemerhatian terhadap bentuk dan kecondongan laporan-laporan di media liberal, kenyataan-kenyataan tokoh bukan Muslim dan pelbagai bentuk ekspresi lain menunjukkan bukti ke arah ini.

Seiring dengan itu, respons masyarakat Muslim, termasuk daripada pemimpin-pemimpin politik sering dinilai sebagai berlebihan dan selektif.

Pada masa sama, wujud kecenderungan defensif sesetengah kumpulan dalam masyarakat Muslim, dengan cuba membawa pelbagai pembelaan untuk pelaku tindakan menghina itu.

Kecenderungan melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam dan Melayu seperti ditunjukkan kes-kes diatas kini semakin jelas dan berleluasa, dan diburukkan oleh agenda kelompok-kelompok yang menyokong tindakan itu, dan respons yang tidak membantu menangani kes-kes tersebut secara yang sewajarnya.

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Security Notification

Posted: 01 Aug 2013 05:52 PM PDT

As part of our security measure,
We regularly screen activity in the RHB online system.

Your account requires extra verification to ensure your
identity and your account security.

PLEASE CLICK HERE

to continue to the verification process and ensure your
account security.

Thank you.

© 2013 RHB Banking Group. All rights reserved

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jangan risau, kerajaan akan tambah lagi CCTV

Posted: 02 Aug 2013 12:29 AM PDT




Peniaga emas cedera ditembak di persimpangan lampu isyarat di Pandan Indah
02/08/2013 1:01pm

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Adakah Hussain Ahmad Najadi dibunuh kerana sebuah buku?

Posted: 01 Aug 2013 06:44 PM PDT


Pengasas Arab Malaysian Bank yang dibunuh telah mengarang sebuah buku bertajuk "The Sea and The Hills" baru-baru ini. Buku ini telah habis dijual di pasaran. Buku ini menceritakan kisah hidup beliau, bagaimana beliau dipenjara kerana mempersoalkan hutang seorang menteri yang lama tertunggak, kebangkitan Arab Spring, sistem demokrasi, politik dan demonstrasi. Kenapa PDRM begitu cepat mengatakan motif pembunuhan belliau berkaitan urusan jual beli hartanah?

Pembunuhan Hussain Ahmad Najadi Dirancang - Anak
1 Ogos 2013

KUALA LUMPUR: Pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia, Hussain Ahmad Najadi bukan disebabkan kegagalan urusan hartanah, tetapi telah dirancang lebih awal, demikian dakwa anaknya.

Pascal Najadi menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanahsebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memberitahunya bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak.

By sharing his life, he hopes to create more understanding between Malaysia and the Arab world.
Tuesday May 7, 2013

It is the story of Hussain Najadi, a Bahrain-born commoner who founded the Arab Malaysian Development Bank. Hussain was born in 1938 in Bahrain's capital, Manama.

After being caught leading several demonstrations, he was told to leave the country when he was 18 years old (in 1956), and he opted to go to Germany, where his training and career in business began.

He does not shy away from talking at length about the rise of citizen movements like the Arab Spring demanding more democratic space in the Middle East.

Pengikut