Isnin, 13 Februari 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 13 Feb 2012 03:16 PM PST

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?

Posted: 13 Feb 2012 04:28 AM PST

KUALA LUMPUR:

Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Makin hampir PRU13, samseng menjadi-jadi

Posted: 13 Feb 2012 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR:

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kekesalan di atas sikap segelintir pihak yang mengganggu ceramah yang diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di atas isu kebebasan akademik yang diadakan di Kampung Idaman, Klang kelmarin.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap tindakan sekumpulan pemuda yang menggangu ceramah tersebut sebagai tindakan tidak bertamadun dan tidak rasional.

"Lebih mendukacitakan apabila kumpulan samseng itu mengganggu ceramah sekumpulan mahasiswa, yang sudah tentu mereka ini bukanlah lawan 'fizikal' yang layak bagi samseng terbabit," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kecewa kerana insiden itu berlaku buat kali kedua selepas ceramah 'Asalkan bukan Umno (ABU)' yang diadakan di Jalan Kebun, Klang (gambar) beberapa minggu lalu telah diganggu dengan serangan ganas oleh sekumpulan pemuda yang memukul dan mencederakan peserta ceramah tersebut.

Tambahnya, insiden kedua pula berlaku di kawasan yang tidak jauh dengan insiden pertama, seolah-olah ada kawasan tertentu menjadi 'sarang kumpulan samseng' yang akan menggangu ceramah siapa sahaja daripada pihak pembangkang atau rakyat.

Apa yang menghairankan, katanya bagaimana kumpulan samseng boleh dibiarkan hidup bermaharajalela tanpa pemantauan atau tindakan tegas dibuat.

"Adakah mereka ini sengaja 'dibela' atau ditaja oleh pihak tertentu dengan tujuan bagi 'memutihkan' kawasan berdekatan daripada ceramah aktivis atau pemimpin Pakatan Rakyat serta menghalang rakyat daripada mendengar ceramah mereka?" soalnya.

Lebih dari itu, kata beliau tindakan keganasan dilihat semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum ke 13, seakan-akan ada suatu tekanan daripada pihak tertentu yang merasa terancam dengan sokongan dan sambutan rakyat.

Katanya, lebih membimbangkan adalah budaya samseng dengan menjadikan keganasan, ugutan, pukul dan mencederakan semakin menular bagi menyekat kebebasan bersuara rakyat.

"DPPM menganggap ini merupakan langkah terdesak pihak tertentu bagi menghalang suara rakyat dalam menyampaikan pandangan mereka dan seterusnya menafikan rakyat daripada mendengar kebenaran daripada hujah yang dikemukakan.

"DPPM bimbang sekiranya budaya ini tidak dicegah, semakin kuat tindakan jahat dan kotor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga boleh membahayakan nyawa sesiapa sahaja," ujarnya lagi.

Oleh itu, ujarnya DPPM meminta pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pelaku keganasan dalam insiden tersebut dan memastikan kejadian itu tidak berlaku lagi.

Sepatutnya, kata beliau insiden pertama menjadi panduan bahawa kawasan terbabit atau berdekatan dengannya memerlukan pengawasan ketat supaya mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh sesiapa juga perlu dilindungi bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

Mahfuz: Dedah minit mesyuarat NFC

Posted: 13 Feb 2012 04:20 AM PST

Minit mesyuarat yang mengandungi keterangan daripada beberapa pegawai kementerian terlibat termasuk pegawai NFC 23 November 2010 perlu didedahkan segera.


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mahu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mendedahkan minit mesyuarat siasatan skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dijalankan pada November tahun lalu kepada awam.

Katanya, minit mesyuarat yang mengandungi keterangan daripada beberapa pegawai kementerian yang terlibat termasuk pegawai NFC pada 23 November tahun lalu itu perlu didedahkan segera sebelum bermulanya sidang Parlimen bulan depan.

Ini kerana menurut Mahfuz, selain mendengar keterangan pegawai NFC, PAC juga pada waktu itu turut mendengar empat jawatankuasa yang bertindak memantau perjalanan projek dan pemberian RM250 juta kepada NFC sejak 2006.

Jawatankuasa itu melibatkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) selain beberapa pegawai daripada agensi lain yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu memegang portfolio Menteri Pertanian.

"Minit mesyuarat itu sangat penting untuk kita lihat bagaimana unsur penyelewengan bukan sahaja bermula dariapda pelaksanaan projek, tetapi bermula daripada pemberian projek dan pinjaman yang membabitkan pihak lebih atas," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Nazri minta Shahrizat bayar balik RM250 juta

Selain itu, Mahfuz turut membidas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang menasihatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik pinjaman RM250 juta bagi menyelesaikan masalah skandal NFC ini.

Nazri dalam kenyataannya semalam berkata Shahrizat dan keluarganya perlu membayar semula kepada kerajaan dan itu adalah penyelesaian terbaik tanpa perlu Shahrizat meletakkan jawatan.

Nazri berkata denan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC dengan memberikan tender projek secara terbuka bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.

"Ini kenyataan yang sangat dangkal daripada seorang menteri yang menjaga hal perundangan, pendakwaan dan penghakiman.

"Dia (Nazri) harus bertegas kerana ini isu besar yang mmbabitkan soal penyelewengan dan isu ini perlu disiasat secara keseluruhan dan bukan hanya membabitkan pelaksanaan projek, tetapi proses pemberian tender.

"Kalau soal pecah amanah ada perkara yang tak betul maka kes itu perlu dibawa ke mahkamah dan diambil tindakan tegas," katanya.

Masih banyak kontroversi

Sementara itu, beliau turut meramalkan pilihan raya umum tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan masih banyak perkara kontroversi membabitkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih belum selesai.

Antaranya sistem penggunaan dakwat kekal yang masih belum jelas, peruntukan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mendapat bantahan pelbagai pihak, selain skandal NFC sendiri.

"Kemungkinan BN akan mengambil kesempatan mengumumkan tarikh pilihan raya selepas upacara pertabalan Yang diPertuan Agong (YDPA) yang dijangka berlangsung pada penghujung April atau Mei depan," katanya

MIC mahu Palanivel tanding Parlimen Sg Siput

Posted: 13 Feb 2012 04:14 AM PST

FREE MALAYSIA TODAY

"Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden," kata R Ganesan.

IPOH: MIC Bahagian Sungai Siput memberi keutamaan kepada Presidennya Datuk Seri G Palanivel untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan kerana ia adalah kerusi tradisi bagi presiden parti itu sejak 1960-an.

Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan berkata sekiranya Palanivel mempunyai calon tertentu bagi kerusi itu, parti tetap memberi sokongan dan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon berkenaan.

"Kita menjemput dan alu-alukan Datuk Seri (Palanivel) bertanding kerusi Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-13.

Kerusi ini adalah kerusi yang bersejarah bagi MIC, keutamaan kita adalah untuk presiden, jika beliau memilih calon lain, kita juga bersetuju dan akan bekerja untuk memastikan kemenangannya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata persetujuan untuk Palanivel bertanding di Sungai Siput bukan sahaja dicapai secara sebulat suara oleh MIC, malah turut dipersetujui oleh Umno, MCA, Gerakan, PPP serta disokong oleh IPF dan Makkal Sakthi.

Katanya apa yang jelas, sekiranya Palanivel bertanding bagi kerusi itu, rakyat Perak khususnya penduduk di Sungai Siput akan menikmati pelbagai manfaat terutama dalam aspek pendidikan dan infrastuktur, ditambah pula jika Palanivel dipilih sebagai menteri kanan dalam Kabinet.

Ganesan turut membidas kenyataan bekas ketua pemuda MIC Sungai Siput K Manimaran di dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil hari ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Sambil menyatakan kekesalan atas kenyataan seperti itu, beliau berkata sesiapapun tidak mempunyai kuasa untuk mengatakan sedemikian kecuali dipersetujui oleh semua anggota dalam MIC dan Presiden kerana cadangan seperti ini boleh menjejaskan suasana harmoni dalam sebuah keluarga Barisan Nasional (BN), katanya.

"Umno tidak pernah meminta kerusi ini daripada MIC, begitu juga parti komponen lain. Jangan beri kenyataan seperti ini lagi," katanya.

Buka cawangan baru

Katanya setakat September tahun lepas, terdapat 11,066 pengundi India di Sungai Siput dengan MIC mempunyai 7,500 anggota di kawasan itu.

MIC Bahagian itu telah memohon untuk membuka 23 cawangan baru dan ia menunjukkan sokongan berterusan kaum India terhadap MIC dan BN.

Katanya masalah setinggan bandar di samping masalah yang bersifat setempat yang lain merupakan antara isu yang dihadapi penduduk Sungai Siput tetapi atas keprihatinan kerajaan negeri, masalah setinggan melibatkan 300 keluarga dapat diselesaikan.

Baru-baru ini, Palanivel telah mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Perak daripada Datuk S Veerasingam dan ia dilihat sebagai gerakan positif untuk terus memperkukuh kedudukan MIC dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan pada bila-bila masa sekarang.

Sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu yang merupakan bekas presiden MIC, bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Siput mulai tahun 1974 hingga pilihan raya umum 2008 apabila kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael D Jeyakumar. Bernama

MB : Kempen Anti-Zina Hari Kekasih Hanya Bagi Orang Islam

Posted: 13 Feb 2012 04:12 AM PST

Oleh Naeem Raffi

SHAH ALAM : Kempen Anti-Zina Selangor hanya tertumpu kepada masyarakat Islam manakala komuniti bukan Islam tidak dihalang untuk meraikan Hari Kekasih atau Valentine's Day.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, melancarkan Kempen Anti-Zina sebagai usaha mengekang keterlibatan masyarakat Islam dalam sambutan Hari Kekasih.

"Kepada masyarakat Islam, adalah perlu bagi mereka untuk menghayati beberapa perkara yang dikatakan tidak perlu seperti meraikan perayaan 'Valentine's Day'.

"Tetapi ia tidak terbatas kepada masyarakat bukan Islam, ia terpulang kepada mereka, kita jelas dan tidak menghalang mereka untuk merayakan apa-apa perayaan mereka," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Perhimpunan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Khalid yang juga Exco Hal Ehwal Islam berkata Kempen Anti-Zina ini juga bagi meningkatkan kesedaran belia Islam supaya tidak terjerumus di dalam budaya seks bebas.

Pada minggu lepas, pengerak utama Kempen Anti-Zina, Dr Halimah Ali berkata pihak berkuasa agama akan menjalankan pemeriksaan esok untuk memastikan belia tidak terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Ini adalah siri ke-enam Kempen Anti-Zina yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dengan Generasi Idaman Selangor (GEMS).

AMK kecam samseng upahan di Klang

Posted: 13 Feb 2012 04:08 AM PST

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengecam tindakan samseng upahan yang menggangu majlis ceramah mengenai kebebasan akademik anjuran mahasiswa di Klang, kelmarin.

Timbalan Ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata, beliau kesal ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap mengenai soal transformasi, ancaman seumpama itu masih berlaku di negara ini.

Kereta mahasiswa yang rosak teruk akibat perbuatan samseng (Gambar Malaysiakini)

"Ia sangat menyedihkan apabila hak untuk kita bercakap bukan setakat dinafikan, tetapi juga telah diancam dengan perbuatan sehingga menjejaskan keselamatan rakyat.

"Selepas kita melalui era 2008 di mana lanskap baru politik Malaysia terbina, kita lihat keadaan seperti ini berlaku. Ia tidak boleh diterima dan kita tidak boleh bertolak ansur sama sekali," jelasnya.

Khairul, atau lebih dikenali Jonah berkata, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak tetapi percaya samseng berkenaan diupah pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik.

"Majlis itu dianjurkan oleh mahasiswa yang datang untuk memberi penjelasan kepada rakyat, sudah tentulah kita 'assume' pihak sebelah sana yang melakukannya,"

"Jadi kita nak beritahu Najib selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor dan Datuk Seri Noh Omar selaku timbalan pengerusi supaya hentikan kerja yang membodohkan rakyat. Sedihnya anak-anak muda dipergunakan, kita yakin mereka dapat upah tidak seberapa oleh pihak yang kita pasti ada banyak kepentingan," ujarnya.

Pada kejadian yang berlaku di kampung Idaman, Klang itu, samseng berkenaan memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna sebelum ceramah bermula.


Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab dilapor berkata, samseng berkenaan turut mengepung dan mengekori mereka sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Pandamaran.

Samseng berkenaan turut membaling batu dan memukul kereta mereka dengan kayu mengakibatkan kereta Timbalan
Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Mohd Ismath kemek teruk.

Kejadian ini, adalah kali kedua selepas ceramah Asalkan Bukan Umno baru-baru ini turut diganggu dan diserang remaja bermotosikal.

Himpunan 901: Shamsul disiasat bawah Akta Hasutan

Posted: 13 Feb 2012 04:06 AM PST

Oleh: Sidiqin Omar

KEPONG : Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kepong untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan Himpunan 901, 9 Januari lalu.


Shamsul yang tiba kira-kira jam 11.45 pagi tanpa diwakili peguam, memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Ooi Wei Seng.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan pegawai khas Adun Kota Anggerik, Shamsul Firdaus Mohamed Supri.

Ketika ditemui selepas siasatan, Shamsul berkata beliau disiasat di bawah Seksyen 150 Kanun Keseksaan dan satu lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan.

Katanya, ia berdasarkan lebih 200 laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung himpunan yang diadakan di perkarangan Mahkamah Jalan Duta itu.

"Saya nyatakan kepada polis, sebarang keterangan akan dijawab di mahkamah," katanya kepada Keadilandaily selepas memberi keterangan selama satu jam setengah di IPD Kepong, tengah hari tadi.

Menurutnya lagi, polis tidak memberitahu tarikh baru sekiranya diminta untuk kembali memberikan keterangan.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa hairan, kerana tindakan polis itu adalah percubaan untuk mengheret perkara yang telah selesai itu, lebih panjang.

"Perhimpunan telah tamat. Tidak lain, tindakan polis ini berpunca dari tekanan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

"Kita telah beri kerjasama yang baik dengan pihak polis sepanjang himpunan berlangsung.

"Sebelum itu pun, pemimpin KEADILAN telah mengadakan sidang media bersama Ketua Polis Kuala Lumpur pada 6 Januari, menyatakan komitmen untuk memberikan bekerjasama," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shamsul turut meminta polis mendedahkan kertas siasatan berhubung kejadian letupan di perkarangan mahkamah, 9 Januari itu.

"Apakah ada tangkapan atau maklumat terbaru? soalnya.

Justeru, AMK akan menghantar satu surat rasmi kepada Polis Kuala Lumpur, untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung siasatan insiden berkenaan, dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Rozan yang ditemui di perkarangan Balai mempersoalkan pihak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan kepada satu lagi kumpulan yang berhimpun di Mahkamah Jalan Duta pada hari tersebut, meskipun jelas mereka melakukan provokasi.

"Tetapi, tiada sebarang tindakan dibuat terhadap mereka. Kumpulan itu juga berkumpul di tempat yang selain dari kawasan dibenarkan pada hari itu – iaitu di tempat letak kereta di perkarangan Mahkamah.

"Prokokasi yang dibuat oleh kumpulan tersebut tidak pula dihalang," katanya.

Nazri cuba selamatkan keluarga Shahrizat dari tindakan undang2

Posted: 13 Feb 2012 04:04 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : NGO anti rasuah, Jingga 13 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang dianggap cuba menyelamatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tindakan undang-undang.


Ketua Penyelarasnya, Fariz Musa berkata demikian mengulas kenyataan Nazri yang menasihati Shahrizat membayar semula wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya, tanpa perlu meletakkan jawatan.

"Persoalan membayar balik dana rakyat yang dipinjam sejumlah RM250 juta adalah isu yang berbeza.

"Skandal NFC telah membuktikan bagaimana keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil bertindak menyeleweng dan berlaku pecah amanah jenayah apabila ia menyimpang daripada matlamat dan objektif asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan. Malah projek tersebut gagal," kata Fariz.

Katanya lagi, Nazri dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan membuat desakan sedemikian yang membuktikan kerajaan tidak serius menangani skandal NFC oleh keluarga Shahrizat yang menyelewengkan dana tersebut tanpa rasa bersalah.


"Seolah-olah kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan bahawa, bayar balik RM250 juta 'selesai' segala masalah," kata Fariz.

Menurutnya, kenyataan Nazri itu juga seolah menunjukkan skandal itu hanya masalah Shahrizat dan keluarganya sedangkan pusat fidlot kebangsaan adalah projek kerajaan Umno-BN.

Keputusan meluluskan projek itu katanya turut melibatkan Perdana Menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Impak Tinggi , Kementerian Kewangan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"JINGGA 13 bersetuju terhadap gesaan agar Datuk Seri Sharizat Jalil meletakkan jawatan oleh banyak pihak tetapi itu bukannya langkah bagi "menyelamatkan" beliau dan ahli keluarganya daripada terus dihadapkan kemuka pengadilan.

"Namun bukan Datuk Seri Sharizat Jalil sahaja yang wajar meletakkan jawatan tetapi turut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustafa Mohamed dan Datuk Noh Omar yang wajib bertanggungjawab terhadap kegagalan dan kelemahan Projek Fidlot Kebangsaan tersebut," tegasnya.

Penyenaraian sebabkan Felda defisit RM1.5 bilion

Posted: 13 Feb 2012 04:03 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di bursa saham, bukan sahaja ditentang peneroka, malah turut mendapat bantahan kira-kira 23,000 kakitangan Felda seluruh negara.

Menurut Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman, kos operasi Felda mencecah kira-kira RM2 bilion pada 2010, yang akan menyebabkan Felda mengalami defisit RM1.5 bilion, jika penyenaraian itu berlaku.

Ditanya mengenai proses penyenaraian itu, Mazlan berkata Felda akan memastikan perjanjian pajakan tanah ke atas Felda Plantation seluas 360,000 hektar kepada FGVH berjaya dilakukan.

Menurutnya, pada asalnya tanah tersebut sepatutnya diberi kepada peneroka baru Felda tetapi dasar itu dibatalkan dan diserahkan di bawah pengurusan Felda Plantation yang mendapat pulangan RM2 bilion setahun.

"Tiba-tiba tanah yang mendatangkan hasil lumayan dipajakkan kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun. Sewa pajakan hanya RM251 juta setahun, jauh lebih rendah daripada nilai pendapatan yang diperolehi Felda Holdings sebelumnya.

"Kononnya penyenaraian akan mendapat untung. Sebenarnya, FGVH akan diberi 15 peratus keuntungan daripada harga semasa pasaran minyak sawit kira-kira RM2,900 setan. Itu pun jika harga pasaran setinggi itu, sekiranya tidak, bagaimana?," soal beliau dalam satu temubual dengan Suara Keadilan.

Kedua katanya, Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang memiliki 220,000 saham bernilai RM1.46 bilion akan diserap ke dalam FGVH, menyebabkan kedudukan kewangan Felda goyah.

"Sekurang-kurangnya 10 anak syarikat KPF akan dilupuskan. Ambil contoh, salah satu anak syarikat yang berdaya maju iaitu Palm Industries, kilang kelapa sawit yang mana peneroka menghantar kelapa sawit ke sana untuk diproses.

"Sekarang peneroka yang memproses kelapa sawit melalui Felda dan menghantar ke kilang itu mendapat pendapatan kira-kira RM2,000 sebulan.

"Bagaimanakah jika anak syarikat ini tidak beroperasi dengan baik? Inilah bahaya yang akan menanti Felda dan para peneroka. Bukan sahaja tidak ada jaminan pendapatan meningkat, pendapatan sedia ada pun akan terjejas," jelas beliau.

Selepas Felda diambil alih FGVH, katanya, pendapatan Felda hanya melalui dua sumber yang jumlahnya kira-kira RM508 juta.

"Saya yakin 23,000 kakitangan Felda tidak puas hati. Selepas diambil alih FGV, Felda akan menjadi boneka. Ladang-ladang yang mereka uruskan selama ini akan diuruskan oleh FGV.

"Itu belum lagi caruman yang dibuat oleh kakitangan KPF yang tidak menentu keadaannya apabila pengambilalihan berlaku," ujar beliau.

Anwar: Batal PRU-13 jika SPR gagal bersih daftar pemilih

Posted: 13 Feb 2012 03:57 AM PST

KEADILAN DAILY

PETALING JAYA : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan pilihan raya Umum akan datang sekiranya masih gagal membersihkan daftar pemilih.


Katanya, daftar pemilih yang meragukan itu dibangkit sejak tahun lalu, namun SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara gagal menyelesaikan isu itu.

"Sehingga Oktober 2011, sejumlah 42,000 senarai nama meragukan terdapat dalam senarai daftar pemilih dan kebanyakan mereka ini berumur antara 90 hingga seratus tahun dan tidak berdaftar dengan JPN.

"Sekiranya perkara itu tidak di atasi segera, Pakatan Rakyat mendesak SPR supaya tidak melaksanakan pilihan raya sehinggalah siasatan selesai," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat Keadilan (KEADILAN), selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, di sini hari ini.

Menurutnya, di Selangor umpamanya, berlaku pertumbuhan pengundi di beberapa kawasan parlimen seperti Subang sebanyak 35 peratus daripada 84,000 pengundi kepada 114,000 pengundi.

Di Kota Raja pula katanya, berlaku kenaikan sebanyak 29.5 peratus sementara di Puchong pula berlaku kenaikan 25 peratus pertambahan pengundi.

Beliau juga membangkitkan isu pemindahan pengundi di Wilayah Persekutuan apabila seramai 600 pengundi dikesan dipindahkan alamat mereka.

Tegas beliau, sebagai badan bertanggungjawab, SPR dan JPN perlu mempunyai mekanisme jelas bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

"Sebab itu perlu ada mekanisme yang lebih telus, pendaftaran lebih sistematik dan makluman awal diberikan kepada semua pihak supaya dapat disemak dengan teliti," ujar beliau.

Sehubungan itu, katanya, beliau mengarahkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya supaya mendesak tuntutan itu dilaksanakan segera.

"Azmin Ali, Anthony Loke, dan Dr Hatta Ramli akan bertanggungjawab mendesak SPR bagi memperbaiki perkara ini sebelum pilihan raya dilaksanakan," katanya lagi.


Menentang rasuah yang "halal"

Posted: 13 Feb 2012 03:33 AM PST

Oleh Adil Mat Selamat

Oleh kerana tarikh pilihan raya umum ditentukan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti pemerintah, maka United Malays National Organisation (UMNO) dan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan kedudukan mereka sebagai kerajaan untuk berbelanja sakan kepada rakyat menjelang pilihan raya.

Dalam bahasa yang lebih mudah, kerajaan UMNO-BN sekarang menggunakan wang rakyat – kutipan cukai dan hasil sumber negara – yang dipakejkan sebagai "duit kerajaan" untuk ditawarkan sebagai gula-gula politik kepada rakyat.

Pemberian ini dilakukan menerusi pelbagai skim bantuan di pelbagai tempat atau lokasi kepada pelbagai golongan.

Baik memanglah baik, tetapi hakikat kerja menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri adalah membuat dasar dan memastikan pelaksanaan dasar, bukan semata-mata memberi habuan kepada rakyat yang perlu dibalas budi dengan memberi undi kepada sang pemberi.

Ada cerdik pandai mengatakan pemberian itu berupa rasuah politik. Ini kerana, selain dari sebab-sebab yang betul, pemberian itu juga adalah atas motivasi untuk meraih undi di musim pilihan raya yang semakin dekat ini.

Maka pemberian sebenarnya ialah rasuah, tidak kira ianya berbentuk wang, baucar, skim, baja, beras atau apa sahaja. Namun, mengapa masih ramai antara kita tidak menganggap ini sebagai rasuah?

Rasuah yang canggih

Dalam kes rasuah parti politik yang bertopengkan kerajaan ini, modus operandinya adalah dengan menggunakan dana kerajaan, kakitangan kerajaan dan nama kerajaan. Motifnya pula amat ketara bila mana terdapat banyak sekali bantuan yang diberikan itu tidak ada dalam Bajet 2012.

Kita tidak nafikan hak rakyat untuk dibantu atau hak kerajaan untuk membantu, tetapi persoalannya ialah niat tidak menghalalkan cara. Apatah lagi, niat yang ikhlas tetapi dilakukan tanpa ada ketelusan ke atas harta rakyat. Isu ketelusan inilah yang menjadi punca rasuah.

Justeru, soalan yang sama – mengapa ini tidak dianggap sebagai kes rasuah yang perlu disiasat dengan lebih terperinci oleh pihak berkuasa? Bukankah antara tuntutan utama Bersih 2.0 mengenai pilihan raya bersih dan adil itu jelas mahukan kerajaan mengukuhkan institusi awam dan menghentikan rasuah? Bukankah Suruhanjaya Pilihan Raya bertanggungjawab dalam hal ini?

Atau apakah kita semua sudah lali dan sanggup menerima yang "haram" sebagai "halal" kerana telah putus asa dan terlalu sinis dengan sebarang usaha meformasikan institusi termasuk amalan pilihan raya bersih?

Silap mata terhebat

Untuk persoalan ini, penjelasannya harus merujuk tentang bagaimana latar belakang dan amalan yang sedang berlaku dalam demokrasi di Malaysia. Seperti yang kita sebutkan di atas, tarikh pilihan raya itu sendiri sudah memberi hak eksklusif dan advantage kepada parti yang memerintah.

Apatah lagi dengan segala amalan dan tindakan kerajaan dalam kes 'belanja rakyat' ini, pastinya ia akan memberi kelebihan kepada parti tersebut. Amalan ini disahkan oleh undang-undang yang kebanyakannya digubal di Parlimen oleh majoriti dikuasai oleh parti UMNO dan BN sebelum pilihan raya 2008.

Dan, lebih malang lagi undang-undang yang melindungi amalan politik yang salah ini tidak jelas batasan atau pemisahan antara tanggungjawab dan kuasa kerajaan dengan batas peranan parti politik.

Akhirnya, amalan ini menjadi budaya dan ianya sah/halal dari aspek undang-undang dan tidak dapat didakwa sebagai amalan rasuah yang salah.

Malah, ia sendiri tidak dilihat sebagai amalan politik yang kotor. Inilah bahayanya rasuah, bukan sahaja harta benda awam akan hilang, malah moral dan akidah sebagai manusia juga akan terhakis.

Silap mata ini telah berjaya diamalkan lebih dari lima puluh tahun UMNO-BN memerintah Malaysia. Parti pembangkang, institusi awam dan rakyat hanya melopong kerana diperbodohkan secara sistematik.

Bersaing di atas lantai yang senget

Apakah keupayaan kita sebagai rakyat untuk menangani kehebatan silap mata UMNO-BN ini?

Oleh kerana suara alternatif kepada UMNO-BN adalah Pakatan Rakyat, maka secara amnya kita terima bahawa Pakatan adalah lambang suara rakyat.

Jadi langkah awal yang paling logik untuk Pakatan adalah dengan mengenepikan dahulu perbalahan-perbalahan kecil yang tidak memberi apa-apa manfaat untuk rakyat dan perubahan politik yang lebih besar. Ungkapan ini kita sudah dengar sendiri dari Pakatan Rakyat, namun gerakan yang tuntas masih dilihat lemah olah rakyat.

Kes-kes penyelewengan wang rakyat baik dalam isu NFC, Zakat, KLIA2, kerugian Proton, skandal saham MAS, skandal PKFZ hinggalah ke skandal Perwaja Steel harus diperjuangkan secara konsisten hingga ia mampu menjadi 'gula-gula getah' oleh rakyat – mudah difahami oleh masyarakat seperti mengunyah chewing gum. Inilah cabaran Pakatan Rakyat untuk memujuk, menterjemah dan meyakinkan rakyat.

Kes-kes salah guna kuasa lain seperti juga NFC, kes pita Linggam yang mendedahkan kepincangan sistem kehakiman hinggalah kepada kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing hendaklah diiklankan setaraf dengan iklan Coca Cola, Hugo Boss atau paling tidak iklan "Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!"

Aktiviti mempromosikan penyelewengan UMNO-BN menerusi iklan dan media, akan lebih mudah difahami oleh rakyat. Jika dilakukan secara betul di samping promosi tawaran PR, ia mampu mengubah persepsi menjadi undi kepada Pakatan. Hanya itu yang kita mampu.

Setidak-tidaknya rakyat bersama dengan Pakatan untuk membawa perubahan, selain membantu negeri-negeri pimpinan Pakatan melaksanakan ikrar yang jauh lebih baik daripada janji-janji manis UMNO-BN.

Biarlah UMNO-BN berbelanja sakan merasuah rakyat. Sebaliknya, Pakatan Rakyat harus menunjukkan contoh teladan yang baik dan sopan untuk meraih undi rakyat.

Mustahil rakyat Malaysia yang waras tidak boleh membezakan antara amalan politik buruk dengan yang baik. – Roketkini.com

NFC : Bayar Semula Wang Dana RM250 Juta Tak Semestinya Terlepas Dari Kesalahan

Posted: 13 Feb 2012 03:32 AM PST


ANTARA POS.COM

PETALING JAYA : Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin mendakwa cadangan untuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bukan jalan penyelesian.

Malah, katanya tindakan tersebut tidak bermakna NFC terlepas daripada dipertanggungjawabkan ke atas krisis yang melanda projek ternakan lembu fidlot itu.

Sebaliknya, mereka yang terbabit dengan kes tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman jika terbukti wujudnya sebarang bentuk penyelewengan ke atas dana yang diberikannya itu.

Zuraida berkata, adalah tidak wajar melepaskan mereka yang didapati bertanggungjawab ke atas projek itu hanya kerana mereka telah membayar balik pinjaman berkenaan.

"Bayar balik memang perlu tapi kalau kesalahan telah dilakukan kita tak boleh membebaskan pelaku-pelakunya," kata beliau.

Zuraida berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (PFN) itu.

Mohamed Nazri, dilapor berkata keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya membayar balik wang dana RM250 juta yang dipinjamkan oleh kerajaan untuk projek PFN.

Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang juga kurang bersetuju apabila Mohamed Nazri berkata bahawa Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan apabila telah mengembalikan wang kepada kerajaan.

"Saya tak setuju sepenuhnya. Satu 'bahagian' saja dia betul dan saya setuju - bahagian bayar balik RM250 juta," katanya.

"(Kenyataan) Bayar balik duit seolah-olah membebaskan mereka yang terlibat dan menutup kesalahan," katanya.

Khamis lalu, Sharizat disoal siasat oleh SPRM selama dua jam.

Menteri itu berkata beliau berterima kaseh di atas siasatan itu yang memberikannya peluang untuk membersihkan namanya.

Soal siasat itu diadakan selang beberapa jam pembangkang membuat dakwaan baru bersabit isu itu.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli mendakwa keluarga Sharizat membeli dua lagi kondominium mewah bernilai RM35 juta di Singapura.

Pembiayaan pembelian tersebut dipercayai diluluskan oleh bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana National Feedlot Center dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki keluarga Shahrizat mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

Rafizi mendakwa sebahagian simpanan itu adalah dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi NFC.

Rafizi dan Zuraida disaman oleh Sharizat bersabit dakwaan-dakwaan yang dibuat mengenai NFC sejak akhir tahun lalu.

Menteri itu menegaskan beliau tidak ada kena-mengenai dengan projek NFC yang diuruskan oleh suaminya dan tidak akan meletak jawatan dalam kerajaan, mahupun sebagai Ketua Wanita Umno.

Jabatan Agama Islam Negeri diminta kuatkuasa tindakan pada Hari Kekasih

Posted: 13 Feb 2012 03:29 AM PST


ANTARA POS.COM

SEREMBAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta semua Jabatan Agama Islam Negeri menguatkuasakan segala tindakan yang diperlukan terhadap pasangan Islam bukan mahram yang menyambut Hari Kekasih malam ini atau esok.

Beliau berkata, ini kerana Hari Kekasih bukan amalan umat Islam.

"Kita bergerak serentak di seluruh negara untuk menguatkuasakan peraturan dan tindakan yang perlu bagi hal yang berkaitan dengan memperingati kekasih ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada masjid Negeri Sembilan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Katanya, pelbagai bentuk dakwah, nasihat, pandangan, kenyataan dan sebagainya disampaikan mengenai Hari Kekasih ini kerana ia bukan amalan umat Islam.

"Yang kita bimbang ialah bukan soal kekasih dalam pengertian suami isteri, tapi biasanya bukan suami isteri. Yang ini, selain daripada nasihat, tindakan juga perlu dibuat," katanya.

Dakwaan Bekas Ketua Hakim Adalah Fitnah, Kata Tun Mahathir

Posted: 13 Feb 2012 03:28 AM PST


ANTARA POS.COM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Dzaiddin Abdullah beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik.

Beliau juga membidas Tun Mohd Dzaidin kerana membuat tuduhan yang tidak berasas dan juga menganggap dakwaan tersebut sebagai fitnah.

"Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.

"Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini, hari ini

Tun Mahathir menambah tuduhan-tuduhan bekas Ketua Hakim terbabit tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

"Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian," katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

"Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen," kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa "Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman".

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

"Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya," katanya lagi.

Ramasamy Fail Saman RM10 Juta Terhadap The Star, Wartawan

Posted: 13 Feb 2012 03:25 AM PST


ANTARA POS.COM

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P.Ramasamy hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap seorang wartawan akhbar The Star serta syarikat penerbit akhbar tersebut.

Ramasamy memfailkan saman itu di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan A.Sivanesan & Co, dan menamakan wartawan Ian McIntyre dan Star Publications (M) Bhd sebagai defendan.

Saman itu adalah berkaitan dua artikel bertajuk "Distress in DAP continues" yang diterbitkan pada 23 Dis tahun lepas dan "What Ramasamy said in the interview with The Star" yang diterbitkan pada 27 Dis tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutannya, Ramasamy berkata pada 21 Dis 2011, McIntyre telah mengadakan satu wawancara dengannya di pejabatnya di Pulau Pinang dan artikel itu diterbitkan pada 23 Dis.

Beliau mendakwa artikel itu mengikut makna semulajadinya membawa maksud beliau adalah pemimpin DAP yang mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan jawatan serta tidak berwibawa.

Ramasamy berkata beliau kemudiannya menafikan perkataan-perkataan itu disebut olehnya melalui sidang akhbar pada 26 Dis lepas. Bagaimanapun, defendan kedua telah menerbitkan sebuah artikel lain pada 27 Dis.

Beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan selanjutnya artikel-artikel itu, ganti rugi fitnah sebanyak RM5 juta setiap seorang defendan, ganti rugi keterlaluan, teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Ramasamy mendakwa akibat penyiaran kedua-dua artikel itu, beliau telah djejaskan dengan teruk dalam kedudukannya sebagai pemimpin, reputasi, kepercayaan dan telah dibawa ke dalam skandal awam, kebencian yang amat sangat dan juga penghinaan. - BERNAMA

Khalid Nafi Dakwaan Abai Pelajar Luar Bandar

Posted: 13 Feb 2012 03:23 AM PST

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri Selangor menolak dakwaan kerajaannya mengabaikan pendidikan pelajar negeri berkenaan terutamanya mereka yang bersekolah di luar bandar.

Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perangkaan yang dicatatkan dalam setiap keputusan peperiksan bagi pelajar luar bandar menunjukkan peningkatan setiap tahun, malah peningkatan tersebut adalah lebih tinggi berbanding pelajar bandar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan negeri tidak menitik beratkan soal pendidikan terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar neegeri berkenaan.

"Beliau (Noh) kena tengok perangkaan, saya rasa dia lemah dari segi perangkaan. Perangkaan yang menunjukkan yang penting adalah peningkatan, hasil kelulusan dan pencapaian lebih tinggi di luar bandar berbanding di bandar. Ada sesetengah sekolah seperti di Kuala Kubu, Sabak Bernam mempunyai keputusan yang lebih tinggi. Saya rasa Noh Omar perlu berbincang dengan Pengarah Pelajaran negeri Selangor kerana itu satu tamparan kepadanya," ujarnya.

Minggu lalu Noh Omar yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengambil berat soal pendidikan anak-anak Selangor terutamanya mereka yang di luar bandar.

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah BN dahulu mengambil inisiatif membela anak-anak Selangor mendapatkan pendidikan lebih baik untuk mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Dalam sidang media yang sama beliau turut mempertahankan dan ingin meneruskan rancangan untuk merobohkan Asrama Toh Puan Norashikin dan Tun Dr Ismail di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, meskipun ia mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak.

"Kita ada rancangan di mana kita akan membangun semula kawasan yang perlu dibangunkan dan rancangan itu mengambil kira penempatan-penempatan mereka yang perlu dimasukkan dalam asrama-asrama. Jadi selalunya perancangan dibuat akan makan masa dua atau tiga tahun. Oleh sebab dalam perancangan itu kerajaan negeri mengamalkan sikap keterbukaan, kita beritahu mereka tentang rancangan-rancangan kita. Tujuannya supaya semua pegawai dan ibu bapa tahu apa yang kita lakukan."

Katanya lagi kerajaan negeri telah melakukan kajian dan sistem pendidikan di Malaysia kini sudah mula tidak tertumpu kepada sekolah-sekolah tertentu tetapi dibuat secara meluas supaya setiap daerah mempunyai pusat pendidikan yang juga dipanggil "Excellent Centre", jelas beliau lagi.

Isu Eli-Helmi...Anwar Enggan Ulas

Posted: 13 Feb 2012 03:02 AM PST


ANTARA POS.COM

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas penangkapan seorang warga Malaysia yang berlindung di Indonesia setelah didakwa mengadakan hubungan intim dengn Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong tiga tahun lalu.

Penangkapan Hilmi Hazimin Malek yang menggunakan nama samaran Azmin Hilmi di Batam membuka semula persoalan mengenai peri laku moral Wong dan lebih penting, pendirian PKR serta sekutunya Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Bagaimanapunm Anwar tidak mahu mengulas isu itu apabila ditanya oleh pemberita selepas mesyuarat pimpinan Pakatan RaKyat.

"Saya tak dapat apa-apa maklumat. Saya tak tahu mengapa ini jadi isu. Saya tak dapat apa-apa maklumat daripada beliau atau keluarga dia," kata Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.

Wong adalah ADUN Bukit Lanjan dan Exco Perlancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna dan Hilmi adalah ahli PKR apabila skandal penyebaran gambar lucah Wong di Internet tercetus pada 2009.

Hilmi dikehendaki oleh Polis Malaysia bersabit siasatan mengambil dan menyebarkan gambar-gambar berkenaan di Internet tanpa pengetahuan Wong.

Di Indonesia beliau disiasat kerana didakwa menggunakan dokumen palsu untuk berlindung di negara itu.

Menurut media Indonesia, Hilmi mendakwa perbelanjaan untuk beliau tinggal di Indonesia di biayai oleh keluarga dan pihak tertentu dalam PKR.

Polis Malaysia semalam tidak menolak kemungkinan Hilmi dibawa pulang ke Kuala Lumpur, kemungkinan selepas pihak Indonesia selesai menangani kes pemalsuan dokumen yang dihadapi oleh beliau.

Lima Ketua Bahagian Umno Kelantan Mungkin Tidak Dicalon?

Posted: 13 Feb 2012 02:52 AM PST

MSO

Nasib lima ketua Umno bahagian di Kelantan dalam keadaan penuh tanda tanya sama ada mereka akan dicalonkan atau tidak untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ketua-ketua bahagian itu ialah, Abdullah Yassin (Rantau Panjang), Ramzi Abdul Rahman (Kuala Krai), Che Alwi (Pasir Puteh), Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang).

Mereka dikatakan kabur.. besar kemungkinan tidak disandarkan oleh Umno Kelantan untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang sama untuk kerusi Parlimen atau pun Dun.

Bagaimana pun nama-nama mereka dikatakan termasuk dalam senarai calon yang dihantar oleh peringkat bahagian ke perhubungan Umno negeri tetapi 'gagal' apabila dibawa ke presiden Ha Najib Razak sebagai kuasa pemutus.

Mustapa Mohamed selaku Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan tidak bermasalah untuk menerima mereka sebagai calon tetapi ada pihak-pihak tertentu yang lebih tinggi mempersoalkan ketua-ketua bahagian ini dan berharap agar mereka tidak dicalonkan. Protes secara senyap juga dilakukan di peringkat bahagian agar mereka tidak menjadi calon.

Kesemua mereka dikatakan bermasalah dan menjadi libaliti kepada Umno kawasan masing-masing, di mana penyertaan mereka boleh menyebabkan calon-calon lain juga terjejas dan paling parahnya boleh menjadi penghalang kepada cita-cita Umno untuk merampas Kelantan.

Selain itu blog MT difahamkan apa menjadi halangannya setengah mereka terlibat dengan skandal tempatan yang teruk di mana kalau mereka dicalonkan ia memberi kesan negatif kepada parti itu.

Misalnya Ramzi Abdul Rahman yang berhajat untuk bertanding di Parlimen Kuala Krai diberitakan melalui jalan sukar kerana wujud penentangan dari kalangan AJK Bahagian yang mahukan calon lain yang dianggap lebih berpeluang untuk menang.

Sebelum ini Ramzi bertanding di Dun Dabong memang dalam tahun 2004 tetapi kalah dalam pilihan raya umum lalu. Isu Ramzi bukan anak tempatan juga dikemundangkan untuk menafilkan pencalonan Ramzi.

Kehadiran Ramzi ke Kuala Krai juga dianggap sebagai menganggu Umno bahagian itu. Ramzi adalah berasal dari Kubang Batang Tumpat di bawa oleh bekas PM Abdullah Badawi untuk memimpin Umno Bahagian Kuala Krai. Oran yang disebut-sebut untuk diletak bertanding di kerusi Parlimen ialah Tuan Aziz bekas calon UBN yang kalah di pilihan raya kecil Manik Urai.

Annuar Musa yang merupakan ketua Umno Ketereh walaupun berminat besar untuk bertanding tetapi disebabkan rekod perkhidmatannya semasa menjadi menteri dulu buruk bagi kacamata orang Kelantan menjadikan penghalang untuknya dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Dalam pilihan raya dulu beliau kalah ditangan Abdul Aziz Kadir anak buahnya sendiri semasa Aziz dalam Umno untuk merebut kerusi Ketereh. Sebelum ini Anwar pernah tewas kepada Mohammad Mustafa dan pernah kalah ditangan Mohamad Sabu di Parlimen Peringat (Kubang Kerian).

Sebagai mengganti Annuar kerusi parlimen Ketereh mungkin diserahkan kepada Adun Kok Lanas Mohamad Alwi Hji Che Ahmad yang juga timbalan ketua Umno Ketereh.

Kedudukan ketua Umno Pasir Puteh Alwi juga terumbang ambing dan besar kemungkinan tidak akan dicalonkan. Umno Pasir Puteh khabarnya sedang menimbang beberapa nama lain untuk diletak di kerusi Parlimen Pasir Puteh.

Tawaran jawatan senator katanya dijanjikan kepada ketua Umno bahagian ini.

Selain itu Awi juga dikatakan sukar untuk menang di mana-mana empat kerusi Dun di dalam Pasir Puteh termasuk di kampungnya sendiri di Semerak. Latar belakang dan kelulusannya dijadikan alasan kenapa beliau tidak berkelayakan menjadi calon. Stail politiknya ala-ala samseng juga menyebabkan Umno Pasir Puteh menilai sejauh mana penerimaan politik Alwi diterima rakyat.

Begitu juga dengan Abdullah Yassin yang sebelum ini kalah di Meranti besar kemungkinan tidak akan dicalonkan apabila Umno sudah mengenal pasti calon lebih berwibawa serta bersih untuk diletakkan di Meranti.

Abdullah pernah kalah di Parlimen Rantau Panjang dan Dun Meranti. Antara masalah menyebabkan Abdullah hilang peluang untuk bertanding ialah ekoran karektor beliau yang kurang disenangi di Rantau Panjang.

Berlainan dengan Tengku Razaleigh Hamzah walaupun beliau masih berpengaruh di Gua Musang dan harapan Umno untuk menang cerah kalau parti itu meletakkan Razaleigh tetapi disebabkan beberapa tindakan Ketua Umno Gua Musang itu tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan menjadi penghalang untuknya menjadi calon.

Tengku Razaleigh yang masih sayang kepada Umno tidak gemar dengan pendekatan dan hala tuju perjuangan Umno yang sudah lari jauh dari perjuangan asal. Tindakan protes beliau dalam hal ini serta sependapat dengan pembangkang (Pakatan Rakyat) mengenai isu-isu tertentu khsusnya yang berkepentingan rakyat Kelantan menjadikan pucuk pimpinan kurang senang kepadanya.

Gerakan bawahan juga dilakukan untuk mencabar Tengku Razaleigh. Hasrat Tengku Razaleigh untuk terus mencabar kedudukan Najib sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang juga menjadi faktor kenapa Tengku Razaleigh kemungkinan tidak akan dicalon.

Tindakan itu walaupun seakan Umno melakukan harakiri di Gua Musang tetapi ia adalah tektik untuk mengurangkan gah Razaleigh sebagai pemimpin Umno apabila beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen. Adalah dipercayai Umno rela mengorbankan kerusi parlimen Gua Musang demi menghalang Razaleigh mencabar Najib.

Dalam perkiraan Najib, Tengku Razaleigh akan sulit untuk dicalonkan sebagai presiden Umno apabila beliau sudah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti khasnya ketua bahagian dan ahli parlimen. Jelas kalau Tengku Razaleigh disingkirkan sebagai calon ia adalah tektik menghalang Razaleigh bertanding merebut jawatan presiden Umno.Tindakan itu diambil bukan untuk kepentingan parti tetapi kepentingan presiden.

Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Posted: 13 Feb 2012 02:44 AM PST

senarai filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Tiada pengarah filem yang tidak mahukan keuntungan apatah lagi sanggup berdepan dengan risiko kerugian. Tetapi janganlah sampai mengejar keuntungan semata sehinggakan mengenepikan kualiti filem Malaysia yang dihasilkan. Dan inilah yang kami mahu perbincangkannya di sini hari ini….

Sebenarnya pengarah filem bebas berkarya untuk menghasilkan filem apa sekalipun. Tetapi, janganlah kerap sangat disogokkan pengemar filem Malaysia dengan "makanan ringan".

"Sesekali penonton mahu juga merasa "makanan yang berkhasiat" yang merupakan produk tempatan"

filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Daripada senarai senarai filem Malaysia di atas ini berdasarkan kutipan sepanjang tahun 2011, apa yang dapat dilihat sekarang ini trend penonton filem Malaysia lebih terarah kepada :

  • Sini ada hantu, Khurafat, Penunggu Istana, Karak, Al Hijab, 3gp : Seram?
  • Cun, Nurkasih, Sekali Lagi, Ombak rindu : Cinta/Romantik?
  • Raya Tak Jadi, Alamak Toyol, Bini-biniku Gangster : Lawak?
  • Kongsi, KL Gangster, Songlap : Aksi?

Jikalau filem tempatan menampilkan…………

  • Pengarah yang bertaraf profesor belum tentu boleh menjanjikan filem yang berkualiti. Sayang sekali…..
  • Pelakon filem yang mantap dan popular pun, belum tentu mampu menghasilkan filem yang mampu menambat hati penonton
  • Skrip yang hebat pun masih tidak cukup lagi jika tidak ada elemen yang satu lagi, iaitu……
  • Sikap penonton yang dilihat "malas untuk berfikir di luar kotak" dan hanya mahukan hiburan semata-mata
  • Akhirnya filem Malaysia dilihat lari daripada landasan budaya kita sendiri

Tetapi itu tidak akan terjadi apabila pasaran filem Malaysia tidak dilambakkan dengan filem yang kurang berkualiti yang "berkiblatkan" unsur hiburan semata. Jika begitu, cukupkah pilihan yang ada kepada penonton? Apakah kita masih mahu mengharap sesuatu yang "luar biasa" daripada penonton dengan trend yang masih lagi tidak berubah? Sepatutnya, penonton perlu dibiasakan dengan filem yang ada pengisiannya dan mesej-mesej yang tersendiri tetapi malangnya bilangan yang ada pada hari ini terlalu kecil…

Masalahnya di sini Filem Melayu/Malaysia terlalu stereotype :

  • Kalau dihasilkan filem yang ada pengisian, malangnya terlalu bersifat ilmiah sampai penonton cepat boring
  • Kalau dihasilkan filem Malaysia yang bersifat untuk menghiburkan penonton pula, akhirnya "terlalu kosong" dengan pengisian
  • Mungkin pengarah filem perlu melihat semula filem-filem yang dihasilkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee ketika berada di Studio Jalan Ampas. Filemnya agak ringan, mudah difahami tetapi masih lagi mampu diselitkan pengajaran. Tetapi penonton tetap menyukainya.

Tetapi inilah jadinya apabila produser filem Malaysia hari ini lebih mengutamakan keuntungan semata. Asalkan mampu menghiburkan penonton mereka sudah berpuas hati, tetapi kualitnya? Ingatlah sesungguhnya, filem mampu mencerminkan wajah & budaya Malaysia. Tetapi realitinya keadaan seperti sangat kuang melihatkan koleksi dan senarai filem Malaysia hari ini.

Antara Pengarah Pilihan Berita Semasa :

pengarah filem malaysia Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Pengarah filem yang kami lihat ada kualiti tersendiri ketika menerbitkan filem antara ialah :

  1. Filem Malaysia arahan arwah Yasmin Ahmad acapkali mengajak penontonnya berfikir tetapi kadang-kadang dilihat terlalu liberal
  2. Filem Malaysia arahan U-Wei pun banyak yang tersirat
  3. Bernard Chauly
  4. Woo Ming Jin
  5. Kabir Bhatia
  6. Afdlin Shauki
  7. Amir Muhammad
  8. Erma Fatima
  9. Adman Salleh

Antara Filem Malaysia Pilihan Berita Semasa :

Filem Malaysia bukannya tidak bagus, ada yang bagus tetapi seperti yang kami katakan sebelum ini bilangannya terlalu kecil :

  1. Jogho (menyelitikan keadaan politik yang berlaku pada masa itu = laga lembu)
  2. Nasi Lemak 2.0 (Kerapkali kami tersenyum sendirian kerana apa yang cuba disampaikan, benar-benar berlaku di Malaysia)
  3. Setem
  4. Hati Malaya
  5. Muallaf (Antara babak yang diingati : ada cina pegang anjing nak salam dengan seorang datuk, punyalah takut Dato Melayu sedangkan datuk itu tiada masalah untuk pegang beer?)
  6. Gubra (Filem Malaysia yang bagi kami cukup sarat dengan pengajaran)
  7. Embun

Antara Filem Luar Negara Yang Boleh Dijadikan Contoh :

"Yang baik kita jadikan panduan"

Ya betul, bukannya semua filem luar bagus. Ya..kami akui. Tetapi mengapa tidak kita lihat dan nilai hasil filem mereka yang dianggap bagus untuk diketengahkan untuk dijadikan contoh dan dipelajari oleh pengarah filem tempatan? itupun, jikalau benar-benar kita mahu tahap filem Malaysia kita ada satu anjakan paradigma untuk perubahan ke arah yang lebih baik…

filem iran Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

  1. Filem Iran : Children of Heaven, Turtles Can Fly, The Color of Paradise
  2. Filem India : 3 Idiots
  3. Filem Indonesia : Laskar Pelangi, Daun Di atas Bantal

Dan tidak lupa juga kalau boleh bahagian penapisan dan juga orang-orang politik pula janganlah industri hiburan pun kerapkali nak masuk campur. Kami berikan satu contoh video di bawah, anda tonton dan perhatikan sehingga habis untuk dibuat perbandingan :

Agak-agak andalah gelagat & pertunjukkan seperti video di atas ini dibenarkan atau tidak di Malaysia?

  • Filem-filem Amerika tiada masalah dengan filem seperti Nixon contohnya walaupun menyentuh tentang kesalahan Presiden parti Republican
  • Sekarang ini pun ada siri Kennedy yang menceritakan kisah John Kennedy semaada baik dan buruk atau salahlaku presiden yang mati kena tembak itu diceritakan semula tanpa selindung
  • Filem Fahrenheit 9/11, tidak disukai oleh kerajaan pimpinan Bush tetapi tetap dibenarkan atas sebab kebebasan berkarya kerana ramai sebenarnya yang ada pendirian anti perang dan tidak menyokong Bush dan kuncu-kuncunya berperang dengan Iraq dan Afghanistan.
  • Malaysia, boleh?

Pertunjukkan seperti video di atas dibuat di sebuah negara maju, memerli/mengajuk cara presiden Amerika di depan si empunya diri. Adakah "lingkup" masa depan politik George W Bush selepas itu? Tidak sama sekali, beliau berjaya juga hantar askar Amerika ke Iraq dan Afghanistan malah dapat 2 penggal lagi menyambung tugasannya sebagai presiden.

Bukan itu budaya yang kami mahu diterapkan di Malaysia, tetapi realitinya di Malaysia terlalu banyak yang perlu ditakuti dan terasa terancam sehingga terbinanya pelbagai undang-undang dan kekangan.

Kadang-kadang kami terasa pelik apabila filem Malaysia yang ada adegan melibatkan adegan yang sebenarnya lebih berbahaya termausklah peluk sesama sendiri walaupun bukan mahram, berpakaian separuh bogel, dan ditunjukkan aksi liar dalam filem masih lagi "mendapat restu" daripada pihak yang menjadi tukang cop "halal" atau "haram" sebelum membenarkan sesuatu filem ditayangkan tetapi tidak akan berkompromi jika filem tersebut mengancam kepentingan sesuatu individu yang berpentingan ataupun kumpulan, seperti yang terjadi kepada filem ………… yang pernah diharamkan kerana ……………….

Nah…disinilah juga letaknya halangan terbesar dalam industri perfileman Malaysia. Idea kreatif tidak boleh berkembang dengan pesat disebabkan banyak kengkangan, banyak perkara boleh jadi isu yang sensitif. Kekangan politik yang menyebabkan :

  • Ramai pengarah yang dipaksa "simpan kuku"
  • Ramai produser yang beku
  • Hasilnya…terpaksalah penonton menghadap filem-filem yang layu.

Walaubagaimanapun, kami juga bersetuju jika ada yang mengatakan….

"Sekatan sepatutnya mencambahkan kreativiti, bukan membantutkan"

jafar Panahi Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata?

Ya memang benar, sekali tetapi "kebebasan bersuara/berkarya" itu merupakan faktor utama untuk menjayakan pembikinan sebarang bentuk hasil seni. Itu sebablah kesenian sangat marak di negara-negara barat dibandingkan dengan negara-negara komunis. Jadi untuk untuk bertahan di tengah-tengah kekangan yang kuat memerlukan "orang-orang yang super genius" seperti pengarah Jaafar Panahi yang berjaya menang banyak anugerah antarabangsa. Sekarang ini beliau sedang merengkok dalam penjara.

Sepatutnya, bagi kami di Malaysia kekangan harus dibuat terhadap filem tahyul yang dilihat membodohkan masyarakat Malaysia hari ini. Sebaliknya kita kena lebih bersifat terbuka kepada perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sensitif sedangkan hakikatnya ia membina kematangan generasi baru berfikir, melihat sesuatu kejadian atau sejarah dengan lebih tepat untuk generasi baru mengambil iktibar daripadanya.

Kita tidaklah sehingga mahu meniru bulat-bulat sikap keterbukaan melampau pengeluar filem dan pengarah di Amerika,

"Kalau penonton tidak suka yang berat, buatlah filem yang ringan. Filem yang ringan tidak semestinya tidak bagus."

Jika pengarah filem berminat "mendidik" penonton dengan menghasilkan lebih banyak filem Malaysia yang bermanfaat, insyaallah penonton akan terbiasa juga akhirnya…

P/s : Apa pendapat anda dengan tahap filem Malaysia hari ini? Mengapa? Mungkin ada saranan dan cadangan daripada anda yang mana mahu melihat industri perfileman setiasa berada di landasan yang betul?

Persatuan Ulama: Apabila umat Islam terlibat dalam perayaan bukan Islam...

Posted: 12 Feb 2012 09:54 PM PST

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam. Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam.

PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005. Salinan Garis Panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat www.e-fatwa.gov.my.

Dalam Garis Panduan tersebut, antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam. Sehubungan itu, berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.

PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini. Dalam pada masa yang sama, seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut. Para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam. Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam.

Semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama Islam khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam. Para pemimpin dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat dan pandangan para ulama' dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.

PUM berpandangan isu ini adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam. PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar ini. Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini.

*Kenyataan media oleh Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia.

Penganalisis ramal pilihanraya selepas isu SBPA selesai

Posted: 12 Feb 2012 09:42 PM PST

Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen selepas isu skim saraan baru penjawat awam (SBPA) berjaya diselesaikan, kata penganalisis tempatan, Prof Dr Mohd Agus Yusof.

Bagaimanapun, kata pensyarah UKM itu jika pilihan raya umum diadakan sekarang, BN akan menang sebagaimana tahun 2008.

Katanya, ramalan itu hanya untuk hari ini dan bukannya untuk masa depan kerana politik adalah perkara yang berubah-ubah.

"Kerajaan akan buat pilihan raya dalam tempoh terdekat tetapi mahu menyelesaikan isu itu terlebih dahulu.

"Kerajaan tidak bimbang dengan 1.2 juta kaki tangan awam tetapi pengaruh di dalam lingkungan mereka. Kalau pensyarah universiti, ada pelajar-pelajarnya. Kalau ketua jabatan, ada kaki tangannya," kata beliau.

Menurut banyak pihak, Najib akan membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini walaupun perdana menteri tidak mahu mengesahkannya.

Agus berkata, asas yang menyebabkan beliau mengatakan BN akan menang kerana rakyat masih tidak tertekan dengan kehidupan yang ada hari ini.

Orang masih kenyang

"Maknanya mereka boleh menerima kerana harga barangan belum naik, harga minyak belum naik. orang masih kenyang mereka tidak peduli.

"Tetapi perut orang kosong, mereka akan swing," tambah beliau lagi.

Najib dijangka mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke 13 pada bila-bila masa walaupun beliau menolak membubarkan parlimen dalam masa terdekat ini.

Mandat BN akan berakhir pada Mac 2013.

Bagaimanapun, menurut Agus, keputusan sama ada BN atau pembangkang menang hanya boleh ditentukan pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi.

"Politik adalah satu perkara yang dinamika iaitu benda yang berubah setiap masa, malah pada saat akhir pun orang boleh berubah.

'Sebagai contoh hari ini orang beri RM500, bila dekat nak mengundi orang lain beri beri RM1, 000 orang tak ingat lagi yang RRM500 itu, kata Agus.

Apa muslihat Muhyiddin jumpa guru Hulu Selangor

Posted: 12 Feb 2012 09:36 PM PST

HULU SELANGOR: Kalangan ibu bapa di kawasan ini melahirkan rasa hairan dengan tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di kawasan Hulu Selangor sekarang.

Lebih menghairankan mereka apabila lawatan tersebut bukan hanya melibatkan sebuah sekolah, tetapi kesemua sekolah di kawasan itu, pada hal tindakan seperti itu tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

Selain itu, mereka juga tertanya-tanya dengan motif pertemuan tersebut apabila ia turut disusuli dengan pemberian wang sumbangan dari pihak Umno sebanyak RM3,000 bagi setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) di kawasan itu.

Seorang penduduk di kawasan itu, Johari Abdul Rahman, 42, berkata, program lawatan Muhyiddin ke sekolah-sekolah di Hulu Selangor itu diyakini mempunyai muslihat tertentu bagi kepentingan politik Umno BN.

"Tindakan tersebut hanyalah untuk mengelabui mata orang ramai kononnya atas kepentingan pelajaran sejajar dengan kedudukan Muhyiddin yang juga selaku Menteri Pelajaran," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini, hari ini.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor, Jamaluddin Abdul Kadir, ketika berucap merasmikan mesyuarat agung kali kelapan PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa, di sini, semalam berkata, semua guru di sekolah itu hendaklah bersiap sedia dari sekarang untuk menyambut kunjungan Muhyiddin ke sekolah tersebut pada bulan ini.

Menurutnya, kunjungan Muhyiddin ke sekolah itu adalah sempena program lawatan Muhyiddin ke sekolah-sekolah di seluruh Hulu Selangor untuk berjumpa dengan guru-guru di kawasan itu yang dijadualkan sepanjang bulan ini.

Katanya, Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa yang terletak di Jalan Bukit Sentosa 7, Bukit Sentosa 2 di kawasan itu juga akan turut dikunjungi Muhyiddin dalam rangka lawatan tersebut.

"Jadi kesemua guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa mestilah bersedia dari sekarang untuk menyambut kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lama lagi untuk berjumpa dengan guru-guru di sekolah ini," katanya.

Beliau juga berkata, kunjungan Muhyiddin ke sekolah itu tentunya mencatat sejarah tersendiri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, lebih menggembirakan lagi apabila sempena kunjungan Muhyiddin itu, pihak Umno akan turut memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada setiap PIBG di kawasan Hulu Selangor bagi mengisi tabung PIBG di sekolah-sekolah terbabit.

Seorang lagi penduduk kawasan itu ketika ditemui selepas itu semalam, Mohd Rozman Hassan, 53, turut yakin kunjungan Muhyiddin itu sememangnya bermotifkan politik kerana ia turut diiringi dengan sumbangan RM3,000 dari pihak Umno kepada setiap PIBG di sekolah-sekolah di kawasan itu.

"Jika tidak untuk kepentingan politik, mustahil Muhyiddin akan mengadakan lawatan itu dan Umno pula turut memberikan sumbangan sebanyak itu sekarang.

"Lebih jauh dari itu, jika Umno nak bantu PIBG-PIBG di kawasan itu, kenapa baru sekarang hendak diberikan sumbangan itu? Kenapa juga baru sekarang Muhyiddin mengadakan lawatan itu?" tanyanya yang juga seorang kakitangan kerajaan.

Sementara seorang ibu yang juga kakitangan kerajaan, Maimunah Ismail, 35, berkata, tujuan Muhyiddin hendak bertemu dengan guru-guru di kawasan itu tentunya terselit motif politik memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

"Sekarang semua orang tahu, sokongan rakyat negara ini termasuk di kalangan guru-guru sendiri terhadap Umno BN telah semakin merosot.

"Jadi tujuan Muhyiddin hendak bertemu dengan guru-guru itu tentunya untuk mengambil hati para guru, bagi meraih sokongan guru-guru terbabit terhadap Umno BN supaya memberikan undi kepada BN pada pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi," katanya.

Seorang guru yang ditemui, Zanariah Mat Zain, 38, turut sependapat dengan beliau dengan menambah, sekiranya Muhyiddin benar-benar jujur hendak bertemu dengan para guru untuk kepentingan pelajaran, bukan baru sekarang pertemuan itu diadakan.

Katanya, sekiranya Umno juga benar-benar jujur hendak membantu PIBG di sekolah-sekolah kawasan itu, sudah lama sumbangan itu diberikan dan bukannya sekarang.

"Jadi, semua itu hanyalah tindakan gula-gula sahaja dari Muhyiddin dan Umno. Saya amat kecewa dengan tindakan yang ternyata hendak memperbodohkan para guru dan ibu bapa seperti ini.

"Tetapi saya juga yakin, guru-guru dan ibu bapa di seluruh kawasan Hulu Selangor khasnya dan di seluruh negara amya tidak akan dapat dipengaruhi dengan mudah lagi oleh pihak Umno BN.

"Sebaliknya, masing-masing sudah dapat membaca dari awal lagi mesej yang tersirat di sebalik kunjungan Muhyiddin dan sumbangan Umno itu," ujar beliau.


Tanah adat: Kenapa perlu rampas hak anak Sabah?

Posted: 12 Feb 2012 09:00 PM PST

KOTA KINABALU: Pemuda PAS Sabah hari ini melahirkan rasa terkejut dan kekesalan terhadap kenyataan Peguam Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang jelas bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah (OTS) berkaitan hak asasi anak negeri ke atas pemilikan tanah di Sabah.

Ketua Penerangannya, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) menyifatkan tafsiran yang dibuat oleh Peguam Negeri Sabah berhubung tuntutan hak asasi oleh Anak Negeri Sabah selepas 1930 sebagai tidak sah, adalah tindakan menghina keputusan-keputusan mahkamah sebelum ini yang mana telah mengiktiraf wujudnya hak asasi Anak Negeri walaupun selepas 1930.

"Kita amat kesal dengan kenyataan Peguam Negeri Sabah ini. Ini bakal menjerumuskan kesulitan anak Sabah mengenai pemilikan tanah dibawah undang-undang yang sedia ada," ujarnya.

Menurutnya, PAS cukup sangsi dengan keupayaan beliau sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan Anak Negeri Sabah.

"Isu ini bukan perkara yang sepatutnya dibuat main-main oleh kerajaan. Ianya perlu dibawa ke muka pengadilan yang seadilnya bagi memastikan tanggungjawab kerajaan mempertahankan hak Anak Negeri Sabah tidak terabai dan dipandang rendah," jelasnya.

PAS juga berpendirian bahawa, hak asasi Anak Negeri Sabah mesti dipertahankan dan meminta mana-mana pihak yang merampas tanah-tanah adat negeri sama ada melalui pemalsuan dokumen dan identiti diri dapat memulangkan semula hak anak negeri tersebut kepada pemiliknya.

"Hak Anak Negeri Sabah perlu dipertahankan dengan sebaik mungkin. Ini hak kita, ini tanah kita... kenapa perlu mereka merampas hak kita?

"Di mana suara pemimpin-pemimpin kerajaan kita... yang selama ini merekalah mendabik dada memperjuangkan hak. Di mana mereka ketika ini?

"Anak-anak Negeri Sabah hidup dibelenggu ketakutan dan ancaman," jelas Julpikar.

YB BN lari ke Resident?

Posted: 12 Feb 2012 08:56 PM PST

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/,

Sebuah Jawatan-kuasa Bertindak bagi isu Rampasan Tanah Sekolah Rendah Agama Darul Bayan telah diwujudkan yang dianggotai dari kalangan para ibu-bapa, Pengerusi & AJK Ahli Lembaga Pengarah Sekolah serta Guru Besar dan kakitangan sekolah.

Mereka baru mengetahui pada akhir januari 2012 bahawa tanah sekolah mereka telah dirampas oleh 5 penama JKKK kampung Limbong & kg cacar. Ketua JKKK, setiusaha, naib dan ajk JKKK sendiri sanggup mengambil tanah sekolah tersebut untuk kepentingan individu mereka sendiri.

Menyedari hal itu Jawatan Kuasa Bertindak tersebut berusaha untuk mendapatkan kembali hak tanah sekolah mereka dengan mengemukakan bantahan dan bertemu dengan pihak Pejabat Tanah Daerah, Pengarah Tanah & Galian Negeri Terengganu.

Mereka menyuarakan simpati tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana alasannya ini kerja orang politik. Pihak Jawatan kuasa juga cuba menemui Menteri Besar Terengganu tetapi gagal. Dan surat bantahan itu diserahkan kepada setiusaha MB.

Beberapa minggu berlalu tanpa respon akhirnya pihak Jawatan Kuasa menggerakkan demo bantahan secara aman agar pihak berkuasa memberi maklum balas segera. Hari ini, Ahad (12 Februari - pengarang) hampir 3 ribu orang peserta termmasuk masyrakat setempat, ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar berdemontrasi ditapak Sekolah Rendah Islam Darul Bayan di jalan Santong, Pekan Paka bermula jam 12.30 tengahari.

Mereka juga turut berarak ke Pejabat Adun Paka kerana pihak Adun & Ahli Parlimenlah yang terlibat secara langsung menandatangani kelulusan rampasan tanah tersebut.

Papan tanda pembinaan anak Yatim yg kini dirampas tanahnya oleh JKKK

Kenapa YB lari? mana dia slogan berkhidmat tuh!!!

Walaupun pejabat tersebut dibuka pada pagi tadi tetapi menyedari bahawa peserta demo berarak ke pejabat mereka lalu dengan segera pejabat tersebut ditutup. Bahkan YB Zakaria selaku Adun Paka bertindak melarikan diri dan bersembunyi di Resident Resort, iaitu sebuah resort yang berhampiran.

Amat malang apabila beliau takut untuk berhadapan dengan peserta demo tersebut untuk menerima memorandum bantahan. Apabila peserta telah bersurai barulah pada petang ini mereka kembali berkumpul. Mungkin sedang bermesyuarat tergempar kot!

Apa yang kita dapat maklumat, tindakan ini sebagai satu sabotaj terhadap kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Said. Semua maklum bahawa Adun Paka dan Ahli Parlimen Dungun iaitu "Datuk" Matulidi adalah team Idris Jusoh dan pastinya tidak sebulu dengan Pok Rosli selaku Ketua Bahagian Dungun yang penyokong kuat & selaku penasihat strategik MB.

Dengan isu yang ada sekarang, mereka boleh berlepas diri dan menyerahkan kepada Team Mat Said menjawab serta mempertahankan 5 orang JKKK yang diberi tanah tersebut dalam menghadapi persoalan dan bantahan orang-ramai. Dan sememangnya begitu kerana kelulusan akhir adalah ditangan pihak Exco selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan MB sendiri.

Pihak rakyat menunggu respon pihak berkuasa khususnya Datuk Mat Said dalam memberi jawapan yang munasabah sebagai sebuah parti yang mewar-warkan sebagai Parti pembela rakyat, bangsa melayu & agama Islam. Apakah tindakan rampasan tanah Sekolah Agama ini mengambarkan tanda sebagai rakyat yang didahulukan ?
Sampai bila pihak berkuasa nak membisu???

ABU akan dilancar seluruh negara

Posted: 12 Feb 2012 08:51 PM PST

KUALA LUMPUR: Asal Bukan Umno (ABU) akan dilancarkan seluruh negara mulai 17 Februari ini di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia akan dilancarkan di Madrasah Ehsaniah Taman Bukit Anggerik @ METBA (Bersebelahan Padang), Bandar Tun Razak, Cheras.

Antara pemidato yang akan menyertai program ini adalah Haji Mohamd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Badrul Hisham Shaharin atau CheGuBard (Ketua Penyelaras SAMM), Tan Sri Samad Said (Sasterawan Negara), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Pada 23 Februari pula pelancaran ABU peringkat negeri Selangor akan diadakan di Semenyih iaitu di Dewan Orangramai Beranang, Selangor.

Pada majlis ini, pemidatonya adalah Arulchelvan (PSM), Khalid Samad (PAS), Haris Ibrahim (NGI) dan Adam Adli (Aktivis Mahasiswa).

Selepas itu, ABU Melaka akan dilancarkan di Masjid Tanah pada 24 Februari manakala ABU Perak pula akan dilancarkan di Ipoh pada 25 Februari.

Pada 26 Februari pula, ABU Johor akan dilancarkan di Pasir Gudang dengan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub akan mengetuai pemidatonya.

Pada 3 Mac pula, pelancaran ABU Terengganu akan disempurnakan di Kuala Terengganu manakala pada 4 Mac akan dilancar ABU Kelantan iaitu di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V di Kota Bharu.

Pelancaran pentas ABU seterusnya adalah Negeri Sembilan - Rantau 6hb Mac, WP Kuala Lumpur - Wangsa Maju 9hb Mac, Pahang - Bera 10hb Mac, Penang - Balik Pulau 14hb Mac, dan Kedah- Alor Star 20 Mac.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 13 Feb 2012 03:12 PM PST

Israel: Nik Aziz gesa Anwar tarik balik kenyaatan

Wartawan Sinar Harian

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menggesa Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas, menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Nik Abdul Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Dalam kenyataannya, Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Kata beliau, negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Oleh itu katanya, wajib bagi umat Islam, bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka Pas menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

"Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Sehubungan itu kata Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Kedua-dua pemimpin Pas ini melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Anwar mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama WSJ baru-baru ini, menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, pihak berkenaan perlu menyedari bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja.

Petang tadi, PR mengadakan mesyuarat kepimpinan pusat di Petaling Jaya.

Berikut kenyataan penuh beliau.


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.


Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.


Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.


Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.


Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

PAS dan negara haram Israel


Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia di zamannya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.


Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa Yahudi dengan zalimnya, menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.


Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.


Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi gereja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.


Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah di kalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan di antara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekular yang memisahkan agama Yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.


Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.


Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.


Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.


Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.


Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.


Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Di antaranya firman Allah:


وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.


61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.


Firman Allah:


إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .


21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.


22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.


Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya seperti golongan Zionis Yahudi tersebut.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,


Presiden PAS

Pengikut