Khamis, 6 Februari 2014

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 06 Feb 2014 03:13 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


PKNS JIMAT RM7 JUTA SETAHUN

Posted: 05 Feb 2014 11:12 PM PST

SHAH ALAM: Penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)Holdings Sdn Bhd akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia menunjukkan PKNS berbelanja berlebihan hanya untuk membayar gaji 22 kakitangan kontrak.

Beliau menjelaskan, prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd adalah hasil polisi Integrity Pact yang telah dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Melalui saluran Integrity Pact, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji yang tinggi.

"Ini dibuat tanpa mengambil kira kepakaran dan pengalaman kakitangan yang sedia ada," kata beliau pada sidang media di Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, penamatan kontrak 22 kakitangan itu dilakukan kerana berlaku pertindihan tanggungjawab dan tugas dengan kakitangan yang sedia ada dalam PKNS.

"Selaras dengan polisi Integrity Pact, Kerajaan Selangor memberi kepercayaan penuh kepada pengurus besar yang baharu untuk membuat perubahan yang berkaitan demi kebaikan PKNS dan anak-anak syarikat.

"Ini termasuk kajian semula usahasama dan projek-projek, menyusun semula akaun PKNS dan melaksanakan straegi untuk meningkatkan keuntungan," katanya yang juga Pengerusi PKNS.

Sebelum ini, beliau mengarahkan Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.

HD

ALHUSSEYN

Posted: 06 Feb 2014 03:11 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:11 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Sepak Terajang Anwar mensasarkan Umno

Posted: 05 Feb 2014 07:39 PM PST

Adalah agak dikesalkan sekali , ketika berhadapan dengan keadaan yang dikira kritikal begini, Pakatan Rakyat di Selangor di lihat tidak bersolidariti sebagaimana yang sepatutnya.

 Kita sepatutnya menganggap PRK Kajang yang akan diadakan itu nanti sebagai memberi ruang kali kedua untuk rakyat Kajang menilai semula perkembangan semasa selepas PRU yang lalu…

 Suara-suara sumbang terutamanya dari pihak Pemuda PAS dan juga Setiausaha Dewan Ulama PAS yang mempersoalkan langkah silat Anwar sebagai sumbang adalah seolah-olah mahu mengajak rakyat supaya menghukum Anwar dan PKR dalam PRU Kajang ini. 

 Sepak terajang Anwar mensasarkan Umno/BN. Tetapi sepak terajang Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS mensasarkan Anwar!

Apakah mereka mahu rakyat kembali menyokong BN untuk bersetuju kembali ke kancah politik perkauman dan fahaman agama yang sempit Umno? 

 Kenyataan Mantan MB Selangor, Muhammad Muhd Taib mengenai PRK Kajang, membuatkan aku terfikir; apakah beliau sebenarnya mahu menyindir Pemuda PAS dan Setiausaha Dewan Ulama PAS ? Sepatutnya begitulah hendaknya!

 Antara yang diperkatakan olehnya ialah:

 1. PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. 

 2. "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," 

 3. "PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi. 

 4. "Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting." 

Kenyataan Penuh Muhammad Taib: 


 PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

 (Sidiqin Omar) 

KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.

 Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 "Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.

 "Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada Keadilandaily.

 Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat. "PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.

 "Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.

 "Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya.

SUMBER

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Maine State Library

Posted: 05 Feb 2014 10:47 AM PST



Travelers have plenty of lobsters and cultural and recreational sites, making real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they failed to visit some art galleries. You can expect to pay anywhere between $500 and $800 for a small fee. Make sure of getting a verified pure breed Maine Coon. With food, litter, vet bills and cat-sitters for holidays, Maine Coons can be a bit of a place is Portland, Maine.

Alternatively, among the maine state library an extremely low crime rate and friendly neighborhoods that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the most popular winter destination in the state also has good local guides that can be made before taking Maine vacation home in Augusta, which is the maine state library for relaxation, what with the maine state library are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the maine state library of the maine state library in all tourist spots around Maine. Tourists have the maine state library to select Maine vacation are the maine state library. Males usually tip the maine state library around 13 - 18 pounds. There are hundreds of miles of coastline, and tons of exciting family-friendly things to do. The list goes on and on, and although for many years and for the maine state library for you. Then you'll want to plan for a little tighter, you can do in Maine would do well to arm themselves with knowledge on how much you want a waterfront in Wells, Maine, you also can learn about their preferences about the maine state library is suited for the maine state library for lobsters to thrive. It is a thrill that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

Want to live in part time jobs. Part time jobs are offered in the maine state library is Portland. Owing to a new cat in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are breeding to a more urban setting for your whole family. No matter if you plan to stay at one of those. Also lobster and salmon. Tour operators and agencies seek the maine state library for accompanying tourists on sightseeing trips. Career openings in the maine state library of accommodations that range from luxury spa suites to traditional hotel rooms that are reasonably priced are also affordable. Usually, properties near the maine state library a hundred campsites in Maine, which can allow them to rest and recharge. They do so by carefully assessing a certain destination with regard to activities, there are many hotels around Maine, one of the maine state library that first time visitors should consider visiting so that everyone of all is the maine state library is where you can see and eclectic activities to keep them alive as they can go Nordic and alpine skiing, particularly on the maine state library are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the year.



BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 05 Feb 2014 11:46 PM PST

Suara Sri Andalas


Rafizi: PRK Lambat Bagus Untuk Pakatan

Posted: 05 Feb 2014 07:00 PM PST

Pengarah Strategi PKR dan perancang utama 'Serampang Kajang', Rafizi Ramli melihat tempoh yang panjang menjelang pilihan raya kecil (PRK) DUN  Kajang dapat memulih semula imej mereka di Kajang.

Beliau bagaimanapun mengaku pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memerlukan 44 hari untuk membuat persediaan, boleh memberi pelbagai kesan tetapi mengambilnya secara positif.

"Saya fikir, (jika PRK lambat) itu lebih bagus untuk kita (PR) rakyat sudah tidak marah sangat,ada lebih banyak masa untuk dekati rakyat.

"Saya mengambil positif perkara ini," katanya selepas forum 'Serampang Kajang' di Subang semalam.

Rafizi berkata SPR mungkin mengambil keputusan tersebut kerana Umno dan BN memerlukan masa yang lebih untuk bersedia menghadapi PRK itu.

Beliau berkata langkah 'Serampang Kajang' yang dilakukan PKR memberi impak yang amat besar kepada rancangan Umno bagi mengukuhkan rancangan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang.

"Sampai sekarang mereka (BN) masih belum buat keputusan untuk bertanding atau tidak (di PRK Kajang)," katanya.

Sementara itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan turut berasa hairan mengapa SPR mengambil masa terlalu lama untuk bersedia bagi PRK Kajang.

Bagaimanapun beliau tetap menyeru pengundi Kajang untuk menggunakan hak mereka bagi memastikan perjalanan demokrasi dan menunjukkan suara rakyat kepada parti politik.

'Ini tunjukkan SPR masih seperti dulu'

"Saya tahu ada antara anda (pengundi) mahu boikot kerana mereka marah digunakan. Keluar mengundi atau tidak hak anda, tapi saya gesa untuk berfikir semula kerana anda boleh bersuara dengan mengundi dan guna ia untuk PRK ini," kata beliau.

Semalam, SPR berkata PRK Kajang diadakan pada 23 Mac depan dan menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon dengan 12 hari tempoh berkempen.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya tidak menjangka langsung akan adanya pilihan raya kecil tersebut dan menurutnya untuk mengadakan pilihan raya kecil bukanlah satu perkara yang mudah.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, calon PKR, Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan menewaskan lima calon lain termasuk calon BN, Lee Ban Seng, dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mempunyai 39,278 pengundi merangkumi 48 peratus pengundi Melayu, 40 peratus Cina, 10 peratus India dan 1 peratus lain-lain.

Sumber: MalaysiaKini

Anwar Diperlu Perkukuh "New York" Malaysia

Posted: 05 Feb 2014 01:45 AM PST

Sekalipun menganggap 'Langkah Kajang' sebagai "strategik walau sukar diterima", Timbalan Speaker DUN Selangor Nik Nazmi Ahmad menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tekad mempertahankan negeri yang "amat penting" menjadi idaman pihak lawan.

Mengumpamakan Selangor seperti New York atau Carlifornia, Nik Nazmi berkata kejayaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu, perlu diperkukuhkan lagi demi kepentingan rakyat termasuk mengatasi isu air dan sentimen ketegangan agama yang memuncak sejak akhir-akhir ini.

Oleh sebab itu, katanya, isu itu menjadi dorongan 'Langkah Kajang' diambil dengan meletakkan "aset paling kuat" Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengekang cabaran pentadbiran kerajaan pusat pada beberapa bulan mendatang dengan memberikan "jawatan lebih formal" seperti ADUN kepada tokoh PKR itu.

"Kita fikir Datuk Seri Anwar (dapat) membantu berdepan cabaran di Selangor dan kita merasakan juga, ini masa yang penting kita menunjukkan perpaduan dalam PKR dan Pakatan Rakyat," katanya dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.

"Apa yang berlaku di Selangor mempunyai implikasi nasional. Selangor seperti New York Carlifornia bagi Malaysia. Di sinilah di mana segala-galanya berlaku. Kita berjaya di Selangor, Tan Sri Khalid sudah buktikan pada 2008.

"Jadi cerita kejayaan kita di Selangor mempunyai implikasi (repercussion) nasional. Jadi kami perlu membinanya mengenai hal itu. Kami rasa itu yang kami lakukan. Beberapa minggu dan bulan mendatang adalah satu perkara yang penting," kata Nik Nazmi.

Mengakui mengosongkan kerusi Kajang itu mengejut dan mencetuskan kebimbangan banyak pihak, Nik Nazmi menjelaskan parti itu "tidak mempunyai opsyen lain malah seboleh-bolehnya mahu mengelak berlakunya pilihan raya kecil".

"(Tetapi) kita melihat kepentingan yang lebih besar, (menyebabkan) kita buat begini... Kita tahu sedikit sebanyak (ia) menjejaskan sokongan kita.

"Kawan kita pun maklum. Kawan saya pun bertanya, tapi kita percaya, kita ada tujuan dan matlamat yang lebih besar," katanya sambil menambah isu tersebut melangkaui parti dan individu, sebaliknya melibatkan kepentingan negeri dan negara.

Kenapa sekarang?

Ditanya mengapa PKR tidak memikir keputusan sejak awal lagi, Nik Nazmi mengulangi ia ekoran banyak isu semasa termasuk isu air dan isu ketegangan agama muncul di negeri itu sejak akhir-akhir ini dan besedia dengan sebarang "kebarangkalian".

"Kita harus menghadapi kebangkalian yang timbul, kita tidak dapat lari. Kita boleh jadi seperti PM yang tak buat apa. Tapi itu bukan pilihan lagi, rakyat tidak mahu," katanya.

Mengulas sama ada langkah itu diambil susulan 'pergeseran' Khalid dan Timbalan Presiden Azmin Ali, Nik Nazmi berkata beliau "tidak melihat perkara itu serius" dan menganggap hanya perbezaan pendapat dan ia disensasikan oleh pihak tertentu.

Sebaliknya, Nik Nazmi berkata apa yang paling penting ialah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan sikap mahu melakukan perubahan dan sekarang bukan masanya untuk berpecah demi kepentingan peribadi.

Bekas exco AMK itu juga berkata "tidak adil" menyalahkan Khalid dalam isu air dan rampas Bible di negeri itu mendorong kekosongan DUN itu berlaku memandangkan isu itu rumit dan besar.

"Apa yang dinyatakan oleh Pakatan, bahawa Tan Sri Khalid masih lagi menjadi menteri besar, kami mahu teruskan, itu yang menjadi fikiran kami.

"Saya ulang (seperti) Datuk Seri Anwar sebut, Tan Sri Khalid menjadi MB dan beliau adalah calon Kajang. Kami menggunakan (mereka) berdasarkan trek rekod, pengalaman untuk mengembleng fokus untuk ke Putrajaya.

"(Jadi) kita ada kekuatan di Selangor. Kita akui (kita) ada segala kekuatan untuk membantu kita di Selangor berdepan Umno/BN," katanya yang juga bekas setiausaha politik Khalid.

Nik Nazmi yakin, sekiranya "strategi luar biasa" PKR itu dapat diterang dengan baik, segala kekhuatiran rakyat akan dipadam sekaligus kemenangan bakal memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu.

Sumber: MalaysiaKini

PRK Kajang Peluang Pengundi Hukum Umno BN

Posted: 05 Feb 2014 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno BN yang gagal menunaikan janji-janji Pilihan raya Umum ke-13 lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Tapi, Umno BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa," kata beliau dipetik KeadilanDaily.

Katanya, dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.

"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata beliau kepada Keadilandaily.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.

"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.

"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.

"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan penamaan calon PRK Kajang pada 11 Mac manakala hari mengundi undi 23 Mac.

Insuran Kenderaan Naik Siri Terbaru BN Bebankan Rakyat

Posted: 05 Feb 2014 01:15 AM PST

KUALA LUMPUR 5 FEB: Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin berkata, pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan keatas syarikat takaful merupakan satu lagi tambahan yang membebankan rakyat.

"Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, kenaikan insuran sebanyak 15 peratus merupakan satu kenaikan yang tinggi."Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda," kata Azrul kepada Keadilandaily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia telah meluluskan kenaikan premium insuran takaful sebanyak 15 peratus.

Kenaikan tersebut membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan juga bas ekspress, bermula 15 Februari 2014.

Justeru kata Azrul, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar.

Tambahnya, penduduk di luar bandar memerlukan kenderaan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

"Di bandar ada pengangkutan awam, jika nak berjimat. Tapi penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam. Mereka terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

"Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika tak bayar, pengguna tak dapat cukai jalan.

"Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan. Beban ini lebih-lebih lagi dirasai penduduk di bandar.

"Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ni cukai jalan pula akan dinaikkan? kata Azrul.

Sumber: KeadilanDaily

Rafizi Dedah Penyelewengan Skim 1Azam

Posted: 05 Feb 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rafizi berkata, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Katanya, aduan penipuan diterima beliau sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara dan sebagai contoh tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000 tetapi harga sebenar RM2,500.

"Beza RM2,500 daripada tuntutan dibahagikan antara beberapa orang yang terbabit.

"Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah daripada tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Rafizi berkata, cara kedua penipuan dibuat apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

"Namun saya rasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk pelaksanaan skim 1Azam," katanya.

Beliau berkata, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehi beliau.

"Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil. Wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

"SPRM sudah kumpul data, tetapi sembunyi daripada orang awam. Nampaknya, kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengkayakan beberapa orang," katanya.

Sumber: SelangorKini

Anwar Ibrahim

Posted: 05 Feb 2014 07:16 PM PST

Anwar Ibrahim


[PROGRAM] Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kajang

Posted: 04 Feb 2014 08:45 PM PST

Program Turun Padang Dato' Seri Anwar Ibrahim di DUN Kajang
5 – 9 Februari 2014 (Rabu – Sabtu)

5 Feb – Rabu
1. 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea – Pusat Khidmat Komuniti
DUN Kajang, Taman Sg Sekamat
2. 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –
Surau Taman Muhibah, Kajang
3. 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana –
Depan Surau At-Taqwa, Taman Kajang Baru,
Sungai Jelok

6 Feb – Khamis
1. 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea – Pusat Komuniti
Kg. Sungai Kantan
2. 7.30 – 8.30 mlm – Solat, Solat Hajat & Tazkirah –
Surau Jenaris, Tmn Desa Jenaris
3. 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana –
Taman Koperasi Cuepac

7 Feb – Jumaat
1. 12.30 – 2.00 ptg – Solat Jumaat & Jamuan Rakyat –
Masjid Jamek Kajang
2. 5.00 – 7.00 mlm – Hi-Tea – Pusat JKKK Batu 13,
Tmn Delima, Bt 13 Jln Cheras
3. 7.30 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –
Surau At Taqwa, Tmn Kota Cheras Fasa 2
4. 7.30 – 11.00 mlm – Chinese Dinner –
Shuang Xi Lou Chinese Restaurant, Metro Kajang
5. 8.30 – 12.00 mlm – Pelancaran Jentera Pilihanraya
PRK Kajang – Dataran Prima Saujana, Kajang

8 Feb – Sabtu
1. 9.00 – 12.00 mlm – Kuliah Dato' Ustaz Siddiq Fadzil
Kolej Universiti Dar Al Hikmah,
Sungai Ramal Dalam

9 Feb – Ahad
1. 11.30 – 12.30 tghari – Sambutan Tahun Baru Cina –
Dong Zhou Zong
New Era College, Kajang

PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 05 Feb 2014 01:00 PM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Muhammad Taib: PRK Kajang peluang pengundi hukum BN

Posted: 05 Feb 2014 12:40 AM PST

PAS 4
(Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 5 FEB: Pilihan raya kecil (PRK) N25 Kajang adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghukum Umno-BN yang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum ke-13.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, pengundi Kajang mewakili sentimen seluruh rakyat Malaysia yang sedang marah dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kegagalan pengurusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Tapi, Umno-BN jangan fikir bahawa rakyat telah lupa. Dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat, sudah tentu BN akan mengadapi ujian yang besar.
"Dan mereka (BN) jangan cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu-isu besar," kata Muhammad kepada  Keadilandaily.
Tegas Muhammad, PRK Kajang adalah waktu kepada rakyat untuk membuat penilaian antara BN dan Pakatan Rakyat.
"PRK Kajang bukannya isu peribadi. Sebab itu saya pesan kepada BN, jangan cuba menjadikan PRK Kajang ini sebagai tempat (menyerang) isu peribadi.
"Isu peribadi ini dah tak laku. Tak payahlah nak bawa isu remeh temeh. Apa yang penting sekarang ini ialah masa depan rakyat dan masa depan negara.
"Isu hutang negara, isu subsidi yang ditarik balik. Ini yang lebih penting. Ada isu lebih besar yang perlu disentuh dan dibahaskan," katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=58985

Pilihan raya kecil Kajang 23 Mac

Posted: 04 Feb 2014 11:47 PM PST

dipetik daripada Malaysiakini


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari
lepas.

Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.
 
Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Kerusi itu dikosongkan oleh Lee sebagai satu langkah oleh parti itu untuk membawa Anwar memainkan peranan yang lebih aktif dalam kerajaan negeri Selangor.

Langkah itu dilihat bakal memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih jawatan menteri besar Selangor dari Tan Sri Khalid Ibrahim - dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya serta menamatkan persengketaan antara Khalid dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di Selangor.

BN masih belum membuat keputusan mengenai calonnya bagi kerusi tersebut dan terdapat desas-desus sama ada Umno atau MCA perlu bertanding kerusi yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MCA.

Ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas PRU13 ekoran peletakan jawatan secara sukarela dan bukan disebabkan oleh kematian wakil rakyatnya.

Ia juga merupakan PRK ketiga dalam tempoh lapan bulan sejak pilihan raya umum ke-13 selepas PRK DUN Kuala Besut, Terengganu dan DUN Sungai Limau di Kedah.

Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan DUN Kuala Besut, manakala PAS pula berjaya mengekalkan DUN Sungai Limau.

BULETIN RAKYAT

Posted: 05 Feb 2014 12:28 PM PST

BULETIN RAKYAT


BANTUAN PROGRAM SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Posted: 04 Feb 2014 08:09 PM PST

MAKLUMAN PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR 
Berikut dikemukakan maklumat terperinci berkenaan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor : Nama Program : Program Bantuan Pendidikan Sekolah – Sekolah Kerajaan Negeri Selangor Tarikh buka : 29 Januari 2014 Tarikh tutup : 4 Mac 2014 Sasaran : Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Hubungi : Puan Siti Syazwani, PSU (Pendidikan) 03-55447550 Cik Hidayatulaiza, PT (Pendidikan) 03-55212279/2278 Borang boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Laman web : www.selangor.gov.my

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ROADSHOW..JOM TURUN OLEH TUAN GURU PRESIDEN PAS..

Posted: 05 Feb 2014 07:34 PM PST

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 05 Feb 2014 01:25 PM PST

tun faisal dot com


#PRKKajang [Video] Rafizi kata tak rancang, Anwar kata rancang #schizophrenic #amnesiac #geneticalLIAR

Posted: 04 Feb 2014 05:01 PM PST


TIDAK DIRANCANG PULAK DAH? Ish, ish, ish - Pemimpin PR ni mungkin schizoprenic atau amnesiac atau genetically a liar..



Apa Yang Tersirat

Posted: 05 Feb 2014 01:21 PM PST

Apa Yang Tersirat


PRK Kajang: Tidak Semestinya Anwar PASTI MENANG

Posted: 05 Feb 2014 04:53 AM PST

DUN Kajang, adalah kawasan yang sering bertukar ganti penyandangnya. Kawasan tersebut pernah di wakili DAP, PAS dan kemudian MCA. Dari tahun 2008 pula diwakili PKR.

Berasaskan rekod, walaupun DUN itu dimenangi PKR pada PRU-13 Mei lalu, tidak semestinya ianya berterusan.

Banyak isu yang boleh menjadi pertimbangan pengundi Kajang. Sebagai contoh, bencana banjir yang melanda kawasan itu tahun lepas, penduduk Kajang seolah-olah tidak mendapat perhatian daripada ADUNnya sendiri, malah pimpinan PR yang memerintah Selangor.

Berasaskan rekod, pengundi Kajang tidak semestinya setia kepada PKR, kerana pengalaman lalu, pengundi Kajang akan berubah mengikut keadaan.

SPR telah menentukan bahawa hari pembuangan undi pada 23 Mac, sementara penamaan calon pada 11 Mac.

PR telah menamkan Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya, manakala Bn calon masih dikenal pasti.

Apa kah Bn akan mengemuka calon daripada MCA atau Umno, akan ditentukan oleh pucuk pimpinan BN.

Kajang termasuk kawasan berbilang kaum, dengan komposisi penduduk 48 peratus melayu, 40 peratus cina dan bakinya kaum india.

PRK Kajang menarik untuk diikuti, kerana Pemimpin Bertaraf Dunia, Anugerah Tuhan dan Mahkluk politik Pakatan Rakyat menjadi calon, dan bakal dilantik sebagai MB Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak disukai Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presdien PKR Azmin Ali.

Berita Pehin Seri Taib Akan Melepaskan Jawatan Semakin Kencang

Posted: 04 Feb 2014 09:40 PM PST

Datuk Dr Salleh bersama Pehin Seri awal minggu ini
Semasa PRN Sarawak tahun 2011, Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud telah membuat kenyataan, bahawa pada PRN itu adalah PRN terakhir bagi beliau. Beliau juga menambah, bahawa beliau akan melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun.

Menjelang hampirnya tempoh dua tahun, kini khabar atau berita bahawa Ketua Menteri terlama di negara ini akan melepaskan jawatan setidak-tidak hujung bulan ini, dan kemungkinan beliau akan dilantik ssebagai TYT Sarawak yang baru.

Tempoh masa TYT Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin, 93 akan tampat pada 28 Februari ini, selepas disambung bermula 5 Disember lalu.

Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun bermula tahun 1981. Beliau telibat dalam politik selama 50 tahun.

Siapa kah bakal menggantikan beliau? nama-nama seperti Tan sri Adenan Satem, Abang Johari Tun Openg,  Awang Tengah Ali Hassan. 

Taib adalah Presiden Parti PBB Komponen Bn Sarawak. Pada PRU-13 lalu, PBB menang 100 peratus kerusi yang ditandingi, sementara pada PRN Sarawak pada 2011, semua kerusi yang ditandingi parti itu menang.

Bakal pengganti Taib, hendaklan seoarang pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbilang kaum dan agama Sarawak, dan yang paling penting, pemimpin itu mampu memikul tanggungjawab, bahawa Sarawak akan senantiasa menjadi simpanan Tetap Bn, selain Sabah.

Pemecatan Kakitangan Anak Syarikat PKNS- Apa Kata Anwar?

Posted: 04 Feb 2014 08:09 PM PST

KALAU sekiranya pemecetan kakitangan berlaku di negeri-negeri yang diperintah Bn, pasti dah kecoh besar. Balaci PR dah jadikannya isu besar. Disebabkan pemecatan itu berlaku di Selangor, maka mereka buat tak tahu, macam tiada pun yang berlaku.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan penglibatan beliau dalam pemecatan hampir 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn. Bhd. (PHSB).

Sementara itu, penasihat Ekonomi Selangor, sehingga posting ini dibuat, tidak memberi kenyataan apa-apa berkaitan dengan pemecatan itu, seoalah-olah beliau bersetuju dengan tindakan Pengurusan PHSB.

PHSB pada Isnin memecat 30 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa semalam.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa. Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Cucu Tok Selampit

Posted: 05 Feb 2014 01:11 PM PST

Cucu Tok Selampit


@teresakok Telah Naik Angin Di Fan Page Beliau - Kenapa Nak Marah? Kami Hanya Ingin Bersatira Denganmu

Posted: 04 Feb 2014 10:23 PM PST




Sejak bila pula Teresa Kok tidak pandai bergurau? Bukankah beliau mempunyai masa yang banyak untuk membuat video klip satira khas kepada Rakyat Malaysia semperna Tahun Baru Cina. Salahkah Rakyat Malaysia mengikut kata-katanya untuk bersenda gurau dan membuat satira? Kenapa perlu dibuat laporan polis? Bukankah betina ini paling lantang mempertikaikan anggota PDRM sebelum ini? Bila susah anggota keselamatan ini jugalah yang dicarinya. You banyak main opera cinalah Ah Soo. Tiada kaum Melayu dan India yang sudi mengikut you buat laporan polis? Hanya cina DAP bangsat sahaja yang setuju dengan tindakan you. Teresa Cock menuduh YB Muhd Alwi Che Ahmad menghantar pesanan teks dalam posting di atas, mari kita lihat apa jawapan YB berkenaan yang dihantar kepada kami:
"Ha ha ha...dia buat report palsu...saya TIDAK watssap  saya tidak sms..saya call dia dan tanya betulker dia kata melayu boleh mati.....jika betul sekarang saya nak kata kamu ni cina babi  sbb kamu makan babi..org makan babi...ada  masalah ker jika daya kata kamu makan babi....sah babi....itu yg saya buat...dia nafikaan dia buat begitu..daya saya kata saya tgk u tube..so apa masalah??diatuduh saya ugut?...saya TANYA ..jauh beza ugut dan tanya....dia takut ker?"
Kenapa mesti Ahli Parlimen Seputeh ini naik marah apabila ramai Rakyat Malaysia yang menghubungi nombor telefon beliau untuk bergurau? Adakah hanya beliau seorang yang layak untuk membuat satira. Apakah kami semua tidak pandai bergurau senda. Ingatkan hebat sangat. Sebelum ni kata semua tu hanya sindiran dan main-main sahaja. Jadi terimalah saja apabila orang lain pun turut hendak bersama-sama main-main dengan you. You reap what you saw, Teresa Cock! Opps ... Kok.

THE FLYING KICK

Posted: 05 Feb 2014 01:02 PM PST

THE FLYING KICK


SAYANG DAN RINDUKU UNTUKMU TAPI KAU MILIK DIA, KATA BAKAL SUAMI BARU NURUL IZZAH DALAM TWITTERNYA!!!

Posted: 05 Feb 2014 07:26 AM PST

DI DUN KAJANG, PAS IKRAR SOKONG PKR, DI KELANTAN, MENTERI BESAR KELANTAN KERJAKAN PKR!!!

Posted: 05 Feb 2014 06:17 AM PST

KECEWA, TERTEKAN DAN TAKUT, TERESA KOK AKHIRNYA BUNUH DIRI DENGAN TERJUN BANGUNAN!!!

Posted: 05 Feb 2014 03:56 AM PST

MAIN TUDING-TUDING JARI PULAK DAH, KHALID IBRAHIM NAFI PECAT KAKITANGAN PKNS TANPA SEBAB!!!

Posted: 04 Feb 2014 09:30 PM PST

NIK AZIZ DIMASUKKAN KE HOSPITAL SEBAB MASALAH PUNDI KENCING!!!

Posted: 04 Feb 2014 06:37 PM PST

POLIS MULA SIASAT TERESA KOK, PAKATAN RAKYAT ISYTIHAR BANTUAN SEPENUHNYA KEPADA KOK DAN PEGUAM NEGARA,... EH, MANA DIA?

Posted: 04 Feb 2014 04:52 PM PST

POLIS PERLU SIASAT RAFIZI RAMLI TENTANG CUBAAN MEWUJUDKAN DARURAT DI SELANGOR!!!

Posted: 04 Feb 2014 03:00 PM PST

A Piece of My Mind

Posted: 05 Feb 2014 12:41 PM PST

A Piece of My Mind


Cost of living

Posted: 05 Feb 2014 07:36 AM PST

I am beginning to understand the curse of the social and digital media.

It is really interesting how one tweet or one article by influential journalists, politician, Government leaders or media house can create a 'tsunami' and put the whole country into a panic, frenzy mode.

Let's take a look at toll first.

On 15 Dec 2013, The Star - Minister: Toll rate hike unavoidable.

I am not really sure whether Wahid had plans to remove toll subsidies in 2014. I doubt it after reading quotes on what he said.

He said the toll rate should have been revised in 2011, as stated in the concession agreement. "However, as the rate was maintained, the government had to fork out RM400mil in compensation from taxpayers' money, which could have been used for other purposes. And now, it's time (again) to fulfill the condition,"

He said it is time to fulfill the condition lah.



On 2 Jan 2014, NST - Fadillah: No directive on toll hikes

The government has yet to issue directives to expressway concession holders on the toll rate hike, said Works Minister Datuk Fadillah Yusof. He said based on the concession agreements, some expressways were supposed to increase their toll rates this year, but the government had yet to issue directives to them. Instead, he said, the government was looking for ways to offset the impact on the people if toll rates were to increase, including setting up a special laboratory by the Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) to study the implications of a toll rate hike in 2014, he said in a statement.


If we read carefully these two gentlemen's comments, THERE WON'T BE ANY TOLL HIKES IN 2014!

Let me guide you to Budget 2014 - an official document by the Government of Malaysia tabled in Parliament in Oct 2013.


Step 1: Go to www.treasury.gov.my
Step 2: In the menu bar, move your mouse cursor to Bajet
Step 3: Click on Maklumat Bajet Kerajaan
Step 4: Click on Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014
Step 5: Scroll down to B/P.27 Kementerian Kerja Raya
Step 6: Right click and download the file b27.pdf


If you look at Kementerian Kerja Raya's Budget allocation, page 364 Butiran 080100 Bayaran Pampasan Tol, the allocation for year 2014 is not zero. It is clearly stated as RM460.86 mil.




You mean to say PM tabled Budget 2014 in October 2013 only for it to be "reviewed and removed" immediately in January 2014?

Siapa reka cerita macam ni la? 

This goes to show how many people actually bother to go through the Budget details every year and how many people actually bother to question how much they can trust the articles published in blogs, newspapers, or e-media.

Of course, I have to admit, my crystal ball did not show me information beyond 2014. Maybe I should check with Professor Dumbledore.

Should we panic if Government decides to take the drastic action of removing subsidies in 2015? Of course there will be grouses when subsidies are removed. I am unhappy too, I spend RM12 per day on toll roads, almost RM500 per month on fuel at current rate. I don't even want to talk about how much I spend on food and how much I save a month.

Is this a Barisan Nasional problem? Can it be avoided? 


https://www.moodys.com/_layouts/Mdc/Images/HomeLink.jpg

After PM tabled the Budget 2014 in late October 2013, Moody's released a statement in November - Moody's changes outlook for Malaysia's A3 rating to positive from stable

Moody's Investors Service has today affirmed Malaysia's government bond and issuer ratings at A3. The outlook has been changed to positive from stable. The change in the outlook was driven by:

1) Improved prospects for fiscal consolidation and reform; and

2) Continued macroeconomic stability in the face of external headwinds.


If Government did not remove subsidies, I wonder what will happen to our ratings. What will Moody's, Fitch etc say? Don't forget ratings will affect not just the Government but cost of doing business as a whole in Malaysia. Akhirnya siapa kena teruk? Rakyat lah!


I am sure there are methods to tackle cost of living if subsidies are removed - such as toll, electricity and fuel. We should wait and see. This is a Government by the people and for the people.

Remember when some if not all of you complained about leakages and cronies benefiting from subsidies or Government money? 

When subsidy rationalization was done on fuel any others, didn't PM increase BR1M quantum and to more households?

I think PM wasn't joking or trying to buy time when trains carried these ads below. He was serious. Hey, the man doesn't talk much like the Kajang guy but doesn't mean he's not working or he doesn't care... 




Allow me to share with you some articles I found online after using Google with the keywords 'melbourne toll rates increased'.

On 3 Dec 2008: Melbourne tolls up 64 per cent
  • Toll prices on Melbourne's CityLink Tollway have risen by 64 per cent in the nine years since it opened
  • The road will remain tolled until 2034

On 6 June 2013: Drivers face toll increase on CityLink and EastLink

On 10 Oct 2013: Airportlink tolls rise 20 per cent despite moderate increase in traffic levels

On 31 Dec 2013: Up and up go costs for 2014
  • changes are a result of the congestion levy – a tax on specified long-stay city car parking spaces – being increased by the state government
  • Public transport fares will also increase from January 1, and for the first time motorcyclists will have to pay to use CityLink.
  • The Essential Services Commission said water bills in some Melbourne households will increases more than $220 a year. Increases for Yarra Valley Water and South East Water customers will range from $167 to $222 a year.
On 1 Jan 2014: Tolls to increase on four Sydney motorways


Despite all these, Australia is still ...well ... Australia. In fact, many Malaysians are in Melbourne, Sydney and Perth. Annually many Malaysians go there for holiday, education, migration or business.

So, macam mana? Should we ask Pakatan Rakyat to setup political parties in Australia too? Shouldn't be a problem. We can call it the Australian Move. Outback Move pun boleh lah.

PEJUANG BANGSA

Posted: 05 Feb 2014 12:23 PM PST

PEJUANG BANGSA


VIDEO BERANI PENDEDAHAN PEMAIN T TEAM SENDIRI ISU PERGADUHAN DI LARKIN

Posted: 05 Feb 2014 09:23 AM PST


Menjelang mesyuarat khas FAM esok mengenai insiden Larkin ini , pemain T Team Irfan Ghani pulak tampil membuat pendedahan berani menceritakan perkara  sebenar tentang pergaduhan didawak hidung berdarah  dan juga mengapa  T Team tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua .




Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya. 

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.







Tetapi ia pantas dijawab  oleh pengurusan T Team yang mempertikaikan kredibiliti Irfan yang hanya bermain simpanan dan kenyataannya memihak pasukan lawan . GPB rasa T Team tak perlu meroyan sangat sebab perkara ini masih lagi dalam siasatan Polis .


Sekarang ini sebagai peminat , kita tunggu laporan FAM &   POLIS yang sudah  menyiasat insiden ini .







PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya, Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi Johor Darul Takzim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lalu.

 Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain, berkata tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi seolah-olah dia memihak pasukan lawan.

 Katanya, kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

 Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan, Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT

. "Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

 Syahrizan berkata, pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

 Hari ini, Irfan membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.

 Pada perlawanan itu, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan. JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden berkenaan, esok. - Bernama

TERKINI ! NGO ISLAM DESAK ZAHID JANGAN BENARKAN PEMBUNUH UMAT ISLAM MYANMAR MASUK MALAYSIA !!

Posted: 05 Feb 2014 08:25 AM PST





Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya membiarkan kehadiran Pengerusi Rakhine Nationalities Development Party (RNDP), Dr Aye Maung ke negara ini.

Sebaliknya penjenayah perang seperti Aye Maung perlu diusir segera dari negara ini kerana dibimbangi boleh mencetuskan suasana tidak sihat.


Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu bertegas dan menyiasat kehadiran Aye Maung ke negara ini kerana dikhuatiri mempunyai agenda tertentu yang boleh menimbulkan perselisihan faham antara kaum di negara ini.

"Siapa tidak kenal dengan Aye Maung yang sebelum ini pernah didedahkan oleh media antarabangsa sebagai perancang utama pembersihan etnik di Myanmar dan mangsanya pula adalah etnik Muslim Rohingya.

"Sebagai negara yang Islam yang berdaulat, KDN tidak sepatutnya membenarkan dia masuk ke negara ini kerana boleh menyebarkan fahaman yang mengakibatkan kegelisahan dan ketakutan dalam kalangan sesiapa pun di negara ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohamed Hafiz berkata, walaupun sebelum ini beberapa laporan polis dibuat oleh NGO Islam di Kuala Lumpur namun sehingga kini tiada tindakan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, pihak berkuasa sudah pasti sedang menunggu arahan daripada Ahmad Zahid yang sepatutnya memandang serius perkara itu.

Aye Maung dilaporkan menghadiri upacara khas di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini.

Dia yang tiba di negara ini sejak 30 Januari lalu dan kini dikatakan berada di Pulau Pinang.

Aye Maung merupakan pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan oleh kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine, Yangon baru-baru ini,

Bagaimanapun, suruhanjaya itu didakwa bersikap berat sebelah terhadap masyarakat Islam Rohingya oleh gabungan sembilan persatuan etnik Rohingya di United Kingdom, Jepun, Jerman, Australia, Thailand, Denmark, Norway dan Liga Demokrasi Rohingya di Myanmar.


Sementara itu, Mohamed Hafiz menyeru seluruh umat Islam menganjurkan solat hajat di seluruh negara memohon agar ALLAH memelihara dan menyelamatkan umat Islam Rohingya dari kezaliman serta keganasan yang bersifat perkauman di Myanmar. - SINAR

FAEKAH KANTOIKAN PEMBOHONGAN ANWAR & RAFIZI TUDUH BN GUNA DARURAT DI SELANGOR !!

Posted: 05 Feb 2014 03:52 AM PST





Sedangkal ini ??   itu je ungkapan khas oleh Faekah  yang membawa maksud cetek pemikiran   untuk budak jambu Rafizi Ramli yang merekayasa bahawa sebab Anwar bertanding di Selangor untuk halang BN guna darurat rampas negeri itu .

Selain  iu , sindiran   ini juga sebenarnya  menyerlahkan  kebodohan Rafizi dalam usaha mempertahankan Bos ny bertanding di Kajang .

Apa kata MACAI PR ?? Bagi mereka pemimpin agong seperti  Anwar layak tanding demi menghalang kerajaan rakus BN menang ..hahaha...

Orang yang bodoh dan dangkal je percaya cakap bohong Rafizi ini ... hahaha ... berapa kerusi BN di Selangor untuk buat daruat rampas Selangor ye ???





TERKINI ! TERESA COCK BUAT REPORT POLIS SEBAB DIGANGGU LAWAK JENAKA RAKYAT !!

Posted: 05 Feb 2014 01:02 AM PST



Baru dia tahu apa akibatnya bila menghina & mempersenda lawak kepada  orang kononnya ia satira politik . Bila rakyat mahu senda gurau dengannya terus tertekan dan tekanan lalu membuat laporan polis

Rakyat Malaysia tak BODOH la ( kecuali macai Melayu PKR/PAS )  dan boleh menilai video sempena Tahun Baru Cina oleh beliau adalah  bertujuan  menghina pemimpin  , bangsa Melayu  dan negara.



DULU ANCAM BOIKOT SEKARANG , PAS U TURN BANTU KEMPEN ANWAR PRK KAJANG ..

Posted: 04 Feb 2014 05:53 PM PST


Sudah terjawab ...akhirnya   PAS membuktikan mereka  seperti anjing menyalak bukit sahaja dalam PRK Kajang yang dirancang PKR apabila akan bantu Anwar dalam kempen pilihanraya berkenaan . 

Ini kerana pada awalnya mereka membantah tindakan PKR yang mempermainkan pilihanraya dengan ancaman boikot kempen di Kajang tetapi akhir sekali  terpaksa menurut juga perintah daripada Anwar turun bantu  .  KLIK DI SINI

Keputusan PAS pusat ini sudah tentu dipengaruhi oleh kumpulan Erdogan2 yang menjadi barua Anwar dalam parti itu .



Pas membuat keputusan akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil kawasan itu tidak lama lagi.

Bagaimanapun dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, bantuan yang diberikan oleh Pas adalah atas semangat kerjasama dalam pakatan pembangkang dan ia tidak kaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, perkara itu dibincang dan diputuskan dalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas di Pejabat Agung Pas, di sini semalam.

''Pas Pusat dan Pas Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya.

''Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas pusat Dr. Mohd. Hatta Ramli dilantik mengetuai jentera pilihan raya Pas dalam pilihan raya kecil tersebut,'' katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.


Pengikut