Isnin, 12 Ogos 2013

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Account Notice

Posted: 11 Aug 2013 05:45 PM PDT

 
Dear Customer,

Your i-Rakyat Internet Banking Account is temporarily Blocked by Rakyat Online Security Department.
 
Kindly maintain the appropriate security procedure immediately below.
 
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 12 Aug 2013 03:05 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:05 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

PENYAPU SIAL

Posted: 12 Aug 2013 01:25 PM PDT

Undi awal dan undi pos yang kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN) menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya

Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).

Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.

Ini bermakna  tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.

Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.

Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.

Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media.

Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen.

Selepas menganalisa data itu,kita  merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos.

Kerusi-kerusi itu adalah:

Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2% BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN).

Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal.

Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal.

Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat awam  dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Serangan asid terhadap wanita kini kembali

Posted: 11 Aug 2013 04:31 PM PDT

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat
12 Ogos 2013

KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. 

Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 12 Aug 2013 03:28 AM PDT

bumiyang


Imam Al-Azhar Sedia Jadi Pemerhati Rundingan Damai Mesir - Semoga Rundingan Berhasil!!!

Posted: 11 Aug 2013 07:49 PM PDT

Bukan Setakat Tembak, Kini Penjenayah Guna Bom!!!

Posted: 11 Aug 2013 05:29 AM PDT

Ohpolitik!™

Posted: 12 Aug 2013 03:24 AM PDT

Ohpolitik!™


Kelantan Selamat di Bawah Pemerintahan Parti Isle : Gambar Mangsa Pecah Perut!

Posted: 11 Aug 2013 08:30 PM PDT

Pada 11 OGOS 13 JAM lebih kurang 1100 bertempat di taman sri periok kok seraya chabang empat TUMPAT telah terkesan satu kes letupan bahan api yang dipercayai bom buatan sendiri telah diletakkan diatas bumbung sebuah kereta dan telah mengorbankan seorang nyawa.
Merujuk kronologi kes berkenaan .

1. C.Empat Rpt : 670/13 kes letupan bahan api dipercayai dipercayai bom buatan sendiri diletakkan orang tidak dikenali dalam sebuah kotam hitam yang diletakkan diatas bumbung sebelah kanan pemandu sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran wns 8721 jenis naza citra (warna gold).

2. Tempat kejadian: hadapan rumah No 127 Blok M Rumah JPN Kok Seraya, Tumpat, Kelantan ( taman sri periok chabang empat)

3. Mangsa : Mohd Yusrizal bin Mat Zai ( meninggal dunia)

Kpt : 810618-03-5649 (32 thn)
Almt : Kg Kenor 18000 Kuala Krai, Kelantan
Kerja : Kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manik Urai, Kuala Krai
Status: Berkahwin ank seorang (perempuan, 4bln)

4.HASIL SIASATAN AWAL :

Menurut isteri si mangsa yang keluar dari rumah ibu mertua dan melihat suatu benda berbentuk kotak (warna hitam) atas kereta Naza Citra WNS 8721 (warna gold). Isteri si mati telah memannggil si mati untuk melihat kotak hitam berkenaan dan masa yang sama isteri si mati terus memasuki ke rumah.

Si mati terus mengambil kotak hitam yang diletakkan diatas bumbung sebelah kanan kereta dan tiba tiba kota hitam yang dipercayai mengandungi bom buatan sendiri itu telah meletup di bahagian hadapan perut mangsa setelah si mati cuba membukanya.

Si mati dilihat terbaring atas jalan dengan mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ditempat kejadian.

Si mati telah putus dua belah tangan dan terburai perut.

Terkesan beberapa serpihan kepingan logam dan jenis dipercayai bahan letupan buatan sendiri namun sehingga kini jenis bahan letupan masih belum lagi dikenalpasti oleh pihak forensik ipk kelantan.

5. Ulasan 

Hasil siasatan awal, kereta berkenaan adalah milik NURLIANA NAZIHAH binti MOHAMAD NASIR iaitu isteri kepada anggota PGA batalion 2 KULIM yang bernama RF 161142 mohd HAFIZ bin CHE MOHAMAD NAWI yang juga abg ipar kepada si mati.


Setakat ini tidak terkesan sebarang penglibatan jenayah atau motif dendam kepada abg ipar simati.

Namun demikian siasatan lanjut akan terus dijalankan.

Si mati mati bekerja sebagai kerani sekolah rendah manik urai KUALA KRAI dan siasatan awal si mati tidak mempunyai sebarang musuh dan dikenali sebagai seorang yang mempunyai personaliti yang baik.

Keluarga si mati yang tinggal di taman sri periok chabang empat TUMPAT tidak mempunyai sebarang pertalian atau hubungan kekeluargaan di sebelah negeri selatan THAILAND.

Siasatan juga mendapati jiran rumah mentua si mati yang dikenali sebagai wahid merupakan seorang penyeludup minyak dan sering berulang aling dari TUMPAT ke ke selatan THAILAND dan kemungkinan kesilapan sasaran boleh terjadi terjadi dalam hal ini.

Setakat ini tidak terkesan sebarang motif dendam dan unsur ketidakpuashati diantara abang ipar simati ataupun bapa mertua simati atau mana mana ahli keluarga ipar simati.

Bapa mertua si mati bernama mohamad nawi bin mat jusof tidak mempunyai sebarang perbalahan dan keluarga disebelahan selatan thailand

Tiada sebarang tangkapan dan tiada saksi melihat saspek yang meletakkan kota berkenaan.

Kes sebegini merupakan kes pertama kali berlaku di daerah TUMPAT dan negeri KELANTAN.

Kes ini disiasat dibawah seksyen 302 KK dan perkara ini telah disahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah Kelantan.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 12 Aug 2013 03:11 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Tian Chua nak ambil gambar

Posted: 12 Aug 2013 02:15 AM PDT


Pernah Husin gelar dia 'stuntman' kerana suka aksi dan lakun jatuh dan lemah sebaik saja ada kamera ketika dia ditangkap pihak berkuasa.

Sejak jadi Naib Presiden PKR, kurang sedikit pe'el suka publisiti. Kuranglah mukanya terpampang di media. Bertambah lagi, ada pula persaingan dari badut-badut lain seperti Rafizi.

Kadang-kadang Husin rasa macam Tian Chua ini kurang berakal tapi sebagai aktivis SUARAM yang lama, dia tidak sebodoh itu.

Baru-baru ini Tian Chua nak ambik gambar baru dirinya. Sebab banyak kedai cuti masa Raya, dia telah pergi ke highway.

Dia pandu kereta dengan laju hingga melebihi 110km.

Biila lalu di hadapan kemera, Tian Chua terus senyum dan kata "cheese". Lampu kemera menyala menandakan gambar sedang diambil. Dia ketepikan wang sebanyak RM300 untuk gambar.

Kalau aksi begitu dikatakan bodoh, apa nak kata mereka yang pandu laju pulang dari kampong ketika traffic jam dan ribuan kereta sangkut di tol. Tak bertambah cepat pun pulang.

Sama kot ...

Wow! Kalau tunggu kedai buka, RM10 saja empat keping

anakbukitgantang says

Posted: 12 Aug 2013 03:01 AM PDT

anakbukitgantang says


Konflik Syria, Syiah dan Ulama PAS

Posted: 11 Aug 2013 09:11 PM PDT

Kita mengetahui bahawa umat Islam ASWJ di Syria   dibantai teruk oleh  President Bashar , seorang Syiah Alawi, iaitu sect Syiah yang paling  keras dan lari dari Islam. Kita hairan juga bagaimana PAS mempunyai pendirian tak apa dalam isu ini.  Blog Tentera Dajjal mengupas kaitan Konflik Syria , Syiah dan Pendirian Ulama PAS  pada , June 18, 2013 , ikuti artikel penuh di bawah:

 

 
 
Tindakan laman harakahdaily meng-upload artikel tulisan Presiden PAS, Ustaz  Abdul Hadi Awang  berkaitan permainan kuasa-kuasa besar di sebalik konflik di Syria memperlihatkan kelemahan analisa Presiden PAS terhadap status kelompok Syiah dalam Islam  dan mencerap isu konflik antara pejuang-pejuang Islam di Syria yang bermazhab ahli Sunnah menentang kerajaan zalim dan kejam Bashar al-Asad dari blok Syiah Nusairiyyah. Semua mengetahui dibelakang rejim kejam dan lebih rakus dari Zionis itu disokong oleh Iran, Hezbullah, Syiah Iraq dan sekutu-sekutu mereka dari blok Komunis terutamanya Russia  dan pihak Israel  sendiri.
Beberapa pembaca blog cuba menjelaskan bahawa artikel presiden PAS tersebut merupakan recycle dari tulisan beliau tahun 2012 yang lalu, namun mencetus persoalan ialah tujuan sebenar artikel tersebut diupload semula. Kita semua tahu didalam akhbar utama PAS (harakah) wujud tangan-tangan  ghaib 'Syiah'  dalam beberapa peringkat penting dalam akhbar tersebut. Tidak hairanlah isu Syria yang sedang bergolak lebih dari dua tahun lalu tidak menjadi fokus liputan yang sewajarnya dan tindakan berkenaan berjaya menutup kekejaman sebuah negara Syiah terhadap umat Islam Sunni yang merupakan penduduk majoriti  di Syria.  Peristiwa di Syria merupakan aib yang besar kepada identiti golongan Syiah yang tidak mampu ditutup lagi oleh penyokong-penyokong Syiah di peringkat mana sekalipun tidak seperti kejadian di Iraq yang lalu. Di Iraq logiknya kerana memandang sesama Islam, Syiah dilihat sepatutnya kumpulan yang patut menang dan Sunni dilihat sebagai pihak yang wajar menerima kekalahan kerana jumlah penduduk Syiah majoriti di Iraq. Hakikatnya cerita sebenar mengenai kekejaman Syiah di Iraq tidak dinilai dengan sewajarnya. Cerita Iraq sudah basi sama sekali seperti cerita-cerita fiksyen barat kerana penjajahZionis  bersama Syiah berjaya menutup hikayat 1001 Baghdad dengan kawalan media yang ketat.  Tidak seperti Syria, blok Barat masih mengintai-intai peluang terhidang untuk kepentingan mereka kerana bimbang kejatuhan Syria akan memposisikan kumpulan jihad terutama al-Qaeda (Jabhah Nusrah rangkaian pejuang Sunni Iraq), FSA  dan mujahidin dari 29 negara Islam yang lain sebagai pihak yang berkuasa di Syria. Bahaya kedudukan ini bukan kepalang bagi Barat. Keadaan ini hampir-hampir berlaku di Libya tahun-tahun sebelum ni, cuma mereka bernasib baik sempat memintas pada saat-saat akhir. 

Isu-isu di Syria sangat menyayat hati dan penderitaan penduduknya lebih dahsyat berbanding keadaan sepanjang penaklukan Zionis  di Palestin. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Syria tidak ada ukurannya untuk hari ini. Kejadian ini mengulangi pembunuhan beramai-ramai  yang dilakukan oleh musuh Islam ; Syiah Imam 12 -Moghol Tartar di Baghdad yang lampau, mengulangi peristiwa pembunuhan beramai-ramai keatas umat Islam semasa pengisytiharan agama Syiah Imam 12 sebagai agama rasmi di Iran pada abad ke 16 yang lampau dan peristiwa-peristiwa yang lain seperti serangan Timur Lenk keatas Syam dan Baghdad dan terakhir penaklukan Syiah bersama Amerika dan tentera bersekutu ke atas Iraq pada 2003. Tidak perlu dikira jumlah korbannya, kita maklum Syiah yang pernah seketika dianggap wira umat Islam melawan rejim despotik ketika  dan selepas revolusi Iran nyatanya adalah musuh sebenar umat Islam. Kata-kata, slogan-slogan munafiq dari pemimpin lebai dan munafiqnya ; kononnya ingin menghapuskan tentera Israel dari  muka bumi nyata tidak boleh dipakai langsung dan kata-kata mereka muncul setelah sepanjang siri sejarah umat Islam mereka adalah pembunuh nombor satu umat Islam sebelum Zionis lagi.

Ciri-ciri munafiq dan kejahatan yang tersemubunyi dalam hati Syiah tidak pernah padam bahkan sentiasa diteruskan bersama Zionis di Afghanistan dan Iraq serta bersama Komunis  dan Israel di Syria. Malang sungguh seketika umat Islam terjerat dengan agama dan kaum munafiq ini mengharapkan mereka berjuang dibarisan depan umat Islam untuk membebaskan Palestin. Kita percaya ramai ulama Islam yang lalu terjerat dengan strategi palsu kononnya setia dengan fatwa  dan kerusi feqah ulama' al-Azhar, setia dengan deklarasi Amman Message dan pelbagai persepakatan Sunni – Syiah tajaan Iran untuk persidangan gerakan Islam sedunia, namun hari ini sikap dan sambutan baik terhadap seruan agama Syiah untuk bersatu dan menjaga persaudaraan umpama hampas semata-mata  kerana dirosakkan oleh golongan Syiah sendiri.

 Masih ramai ulama'-ulama' dan cendekiawan hidup dalam bayangan fatwa al-Azhar mengenai Syiah, kerusi fiqh ja'fari yang tidak pernah terlaksana dan Amman Massage. Bukan sikit pula yang hidup di bawah bayangan persaudaraan dan kesatuan gerakan Islam tajaan Iran merelakan diri mereka dibius oleh taqiyyah Syiah sehingga pimpinan gerakan Islam termasuk di negara ini masih berdegar-degar melaungkan Syiah min ahli Islam (Syiah dari kalangan umat Islam) saban waktu walaupun yang menaja persidangan tersebut secara terang-terang melancarkan serangan secara terang dan sulit untuk membunuh umat Islam dan membunuh aqidah umat Islam di bawah semangat gerakan Islam. Sudah lama saya ingin menanyakan kepada promoter slogan Syiah min ahlil Islam dan kerusi fiqh Ja'fari apakah kerana halalnya feqah Syiah  Ja'fari mereka sudi menjama'kan  solat lima fardhu kepada tiga waktu selama-lamanya seperti pegangan Syiah Ja'fari? Sediakah mereka  memut'ahkan isteri dan anak-anak masing-masing kepada orang-orang Syiah kerana itu adalah halal di sisi Syiah. Sediakah mereka membuat bid'ah-bid'ah baru dalam aqidah dan ibadat menurut kepercayaan Syiah?  Lupakah mereka beberapa ulama' yang terlibat dengan usaha perpaduan ini, bahkan mengajar fiqh Syiah kepada awam akhirnya meninggalkan terus kerja terkutuk menyamakan Syiah dari sudut mazhab kerana kerja-kerja ini umpama menghalalkan apa yang haram di sisi Allah s.w.t ! Tidak kenalkah mereka kepada Syeikh Mustafa al-Sibaie dan karyanya yang terkenal ?

Jika mata kita celik dan peka dengan keadaan sekeliling bukankah hari ini ternyata Syiah dan Sunni tidak pernah lagi ada harapan untuk bersatu. Bukankah kita sudah nampak hari ni Syiah bila semakin kuat mereka meninggalkan perpaduan Sunni-Syiah mereka akan bersama Syiah sahaja bahkan melakukannya dengan membunuh Sunni !  Bila mereka (Syiah) lemah seperti zaman Turki Uthmaniyyah yang lalu mereka menggesa perpaduan Sunni-Syiah yang akhirnya diwarisi oleh fatwa al-Azhar yang berdasarkan faktor semasa tersebut!      


Penulis menyediakan mukaddimah yang panjang untuk maksud sebenar tulisan ini. Kekejaman rejim Bashar terhadap penduduk Sunni mencetuskan pertembungan pemikiran dan emosi di dalam pimpinan PAS sendiri antara kem Syiah atau pendokong Mat Sabu dengan geng-geng ulama muda dalam pemuda PAS.  Isu Syiah di dalam PAS mengalami beberapa capahan reaksi dari organisasi, pimpinan dan pendukung grassroot. Kebanyakkan mereka yang menghampiri pintu barisan kepimpinan ulama PAS sedia mengetahui golongan ulama' seperti Dato' Haron Taib, Dr. Aziz Hanafi dan Ustaz Mat Daud Iraqi dan beberapa nama lain dari ulama' muda sangat menetang kemasukan pengaruh Syiah di dalam PAS.  Dari segi organisasi, PAS melihat isu Syiah sangat mengaibkan mereka kerana status agama (yang mereka sebut mazhab) tersebut sangat kabur tambahan amalan Syiah sangat berbeza dengan Ahli Sunnah lebih-lebih lagi Syiah diwartakan sebagai ajaran sesat oleh pemerintah. Oleh itu beberapa pimpinan PAS melihat isu mengaitkan Syiah dengan PAS dilihat usaha dari pihak UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mengaitkan PAS dengan ajaran sesat Syiah. Walaupun usaha-usaha itu sebenarnya dilakukan oleh orang PAS sendiri untuk menyingkirkan Syiah dari organisasi tersebut.


Namun apakah Syiah dan PAS boleh berpisah?  Bagi yang mendukung organisasi PAS memahami bahawa kesan revolusi Iran sangat tinggi pada PAS sehingga kebanyakan sarjana mengaitkan kepimpinan ulama' dalam PAS adalah pengaruh dari revolusi Iran. Orang-orang PAS mesti tidak senang dengan pendedahan memoir Dato Asri Muda bahawa kempimpinan ulama' pada muktamar 1982 diselaputi semangat revolusi Iran dengan laungan marakbar Asri! [mampus lah Asri] semasa penggulingannya. Beberapa nama dikaitkan dengan kumpulan revolusi dalam Pas yang menaja kepimpinan ulama. Namun kepimpinan ulama' walaupun menerima semangat revolusi Iran tetapi mengambil pendekatan Ikhwan Muslimin dengan meletakkan Mursyidul Am dipuncak penginstitusian ulama' dalam PAS.

Tetapi pengaruh Syiah mula menular walaupun gagal secara institusinya. Kem kumpulan revolusi seperti Mat Sabu, Malek Husein, Ali Maidin dan Mohd Ismath Habib berapa lama bertapak dalam organisasi PAS, Kohilal dan PAS Cawangan Kuala Lumpur. Perinciannya boleh lihat dalam tulisan Mohd Fadli Ghani mengenai perjuangan PAS dan PAS Wilayah Persekutuan. Apakah golongan ini yang disebut sebagai PASab (PAS Ahli Bayt)?  Di dalam organisasi Ulama' Ustaz Hasan Salleh (sudah meninggal) bekas pensyarah UKM  pernah menjawat Ketua Dewan Ulama di dalam Organisasi PAS menjaja nama Syiah di merata tempat dalam ceramahnya sebelum ditendang keluar dari PAS.  Apakah saki baki ini tidak berbenih dalam PAS atau sekurang-kurangnya dalam lingkungan generasi kedua dalam gerakan Islam di Malaysia? Bagaimana pula dengan perkembangan subur Syiah dalam PAS melaka yang dikaitkan dengan kumpulan revolusi Mat Sabu?  Bagaimana pula kumpulan revolusi Mat Sabu boleh mendapat pengaruh besar dalam pimpinan PAS Johor? Sehingga kumpulan ini terpaksa membuat penafian sebelum PRU 13 untuki membersihkan nama beberapa individu dari cap Syiah!  Mengapa kelompok-kelompok Syiah di Pendang berkempen sakan di kalangan pengundi UMNO dan PAS supaya memenangkan calon mereka ? Pak Bakaq sendiri mengakui calon Pas di Pendang kalah kerana isu Syiah (walaupun penulis tidak dapat membuktikan Mat Sabu sebagai Syiah kerana sebutan lazim baginya ialah kumpulan Revolusi Iran).

Persoalan-persoalan ini walaupun agak basi tapi perlu dijadikan landasan bahawa PRU 13 yang lalu PAS mengalami kegagalan paling teruk di Kedah (dan umumnya) bukan kerana  faktor SPR semata-semata tetapi ada isu yang lebih besar yang nyatanya bertentangan dengan situasi di Syria. Apakah Pas mahu berselindung lagi menjunjung pendokong revolusi Iran yang boleh dituduh sebagai Syiah dalam organisasinya, membawa satu sayap ke Syria menziarahi kerajaan zalim Bashar al-Asad ? Peristiwa ini sangat mengguris perasaan umat Islam negara ini! Penulis masih ingat di awal pencalonan beberapa calon Syiah tersebar berita dibalik tabir bahawa beberapa nama besar tidak akan dibenarkan bertanding untuk mengendurkan serangan kempen anti Syiah terhadap Pas dan UMNO dalam PRU yang lalu. Antara yang disebarkan ialah kita menangkan PAS dulu lepas itu kita sama-sama lawan Syiah, UMNO lebih penting ditumbangkan. Kesudahannya PAS paling sikit mendapat kerusi Parlimen! Ini semua salah SPR ! benarkah?

Tulisan ini mengajak kita semua berfikir antara tuduhan UMNO dengan realiti sebenar yang berlaku sebenarnya memberikan kesan kepada aqidah umat Islam. Walaupun kita tahu kelompok Syiah tidak pernah berhenti melancarkan propaganda, melobi pihak pemimpin utama termasuk UMNO dengan simbol-simbol  dan tujuan perjuangan kumpulan mereka untuk jangka panjang dan pendek, apakah ulama-ulama' dalam PAS tidak boleh fikir perjuangan yang diselimuti aqidah yang busuk dan kotor terhadap para sahabat nabi atas nama Islam, bukan keutamaan untuk diselesaikan sebelum memperjuangkan anti-APCO, UMNO, ABU dan kempen serangan terhadap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO !  Atas dalil apakah kepimpinan ulama' menerima Syiah sebagai umat Islam yang lebih bersih dari aqidah berbanding UMNO!. Sepatutnya mereka perlu menilai semula situasi ini.

Di luar negara Syiah merosakkan perpaduan Islam dengan membantai Sunni di Syria dan Iraq. Iran sanggup bersekongkol dengan kuasa jahat untuk membantai umat Islam di Syria kita di dalam negara terhegeh-hegeh melaungkan revolusi Iran, mengambil semangat revolusi Iran yang palsu tersebut. Kelembapan membaca sitsuasi ini sangat merugikan perjuangan Islam. Sepatutnya anasir Syiah dan versi revolusi Iran sudah dicampak ke laut dan sememangnya sudah ketinggalan zaman. Sebagai organisasi Sunni,  PAS perlu berdikari selaras dengan perlembagaannya aqidah Ahli Sunnah dan membenarkan usul-usul tindakan membanteras ajaran Syiah dibahaskan secara terperinci.  Golongan ulama' PAS tidak perlu takut lagi kepada kumpulan profesional yang pro-Syiah berdasarkan prestasi PRU 13 yang lalu. Penulis akhiri, muhasabah diri sebagai umat Islam di atas aqidah yang benar dan membersihkan organisasi dari anasir yang menjelekkan sangat utama berbanding bersekongkol dengan kumpulan munafiq. Slogan kekaguman pada Khomeini, revolusi Iran, Syiah min Ahlil Islam ternyata slogan palsu dan perlu digantikan dengan ciri yang bukan munafiq. Jika hari ini berbaris-baris ulama' Ahli Sunnah di Timur Tengah memulakan langkah lebih jelas dan ada yang memperbetulkan pandangannya semula berkaitan isu Syiah dan Syria, di Malaysia, ulama Sunni jenis manakah kita yang sentiasa lembik dan tidak bermaya dalam ilusi dan khayalan yang tidak berkesudahan. Wallahu A'lam.
 
Sumber
 
http://tenteradajjal.blogspot.com/2013/06/komflik-syria-syiah-dan-ulama-pas.html

Sahabat-Gunung

Posted: 12 Aug 2013 01:23 AM PDT

Sahabat-Gunung


Kenyataan Media PAK LAH ...... Penjelasan Mengenai 'Buku Pak Lah'

Posted: 12 Aug 2013 12:50 AM PDT

Kenyataan Media
YBhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang. Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara. Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri. Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat. Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.


12 Ogos

Khaled Nordin Bayangkan Tidak Bertanding Jawatan Dalam MT UMNO

Posted: 11 Aug 2013 04:57 AM PDT


Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini membayangkan beliau tidak akan menandingi sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi pada pemilihan Umno kali ini.

Sebaliknya kata Ketua Perhubungan Umno Johor itu, tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Kalau naib presiden ni satu Malaysia. Jadi atas sebab itu saya akan memberi
tumpuan kepada Johor.

"Adalah tidak adil kalau saya ambil apa-apa jawatan tinggi tapi tidak mampu
beri perhatian dan sebagainya serta tidak adil kepada mereka yang memberi sokongan," kata kepada pemberita, di sini.

Mohamed Khaled yang ditemui ketika rumah terbuka Aidilfitri beliau selaku Anggota Dewan Undangan Negeri Permas di Stadium Tertutup Pasir Gudang,
ditanya sama ada akan bertanding sekali lagi untuk jawatan naib presiden seperti pada pemilihan lepas.

Mohamed Khaled dilantik Menteri Besar Johor pada 14 Mei lepas.


Taipingmali (tm)

Posted: 12 Aug 2013 01:11 AM PDT

Taipingmali (tm)


KENYATAAN MEDIA YG. BHG TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI MENGENAI BUKU 'AWAKENING'

Posted: 11 Aug 2013 11:37 PM PDT

Pak Lah buka mulut isu buku 'Awakening' susunan Briged Welsh dan James Chin

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita di terbitkan mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut.

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal.

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri.

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah.

Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut.

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggung jawab di atas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut.

Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca.

Berlatarbelakangkan fakta-fakta di atas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'.

Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya. Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal?

Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini. Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan.

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu. Terpulang lah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing.

Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara. Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.
Mohon sebarkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Plusline melaporkan lebuhraya sesak

Posted: 11 Aug 2013 09:18 PM PDT

Lebuh raya Utara Selatan sesak dan perlahan hari ini dari arah Selatan dan Utara ke Lembah Kelang.

Punca kesesakan ialah sikap pemandu yang gemar berada di lorong kanan dengan kelajuan perlahan.

Syndrome right lane ini hanya berlaku pada hujung minggu dan musim perayaan terutama mereka baru dapat lesen dan mempunyai tanda 'P'.

Satu lagi ialah pemandu yang sedang merokok atau ber'sms' dan bercakap dengan telefon.

Awas juga bila berada di kawasan Bidor sehingga Behrang, terutama waktu malam. Longkai akan berkeliaran untuk cari makan seperti menuang minyak disel atas jalan atau sebagainya.

Pengalaman TM kemalangan di KM 385( 2011) adalag berpunca daripada kerja jahat longkai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LOKMAN ADAM MENEWASKAN AZWAN BRO UNTUK JAWATAN NKPUM SETAKAT INI

Posted: 11 Aug 2013 07:36 PM PDT



Undian yang dibuat pada blog ini setakat ini menunjukkan Lokman Adam mendapat undian tertinggi berbanding yang lain terutama Azwan Bro yang begitu yakin untuk merebut jawatan tersebut

Lokman Adam 37%
Azwan Bro 16%

Lagi satu tranformasi Umno akan berlaku di Indera Mahkota

Posted: 11 Aug 2013 06:58 PM PDT

Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Indera Mahkota bagi pemilihan Umno kali ini.

Suhaimi, 43, menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Shaharuddin Samsuddin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PI1M BANTU PELAJAR LUAR BANDAR CELIK IT

Posted: 11 Aug 2013 06:51 PM PDT

YAN, 11 Ogos (Bernama) -- Lazimnya masyarakat luar bandar agak ketinggalan dari segi Teknologi Maklumat (IT) kerana tidak mendapat pendedahan sewajarnya sekali gus meluaskan jurang digital dengan masyarakat bandar.

Sehubungan itu, kerajaan menubuhkan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang merupakan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu masyarakat luar bandar mengenali IT.

Bagi pelajar Nurul Liyana Usup, 13, dari Kampung Seberang Jaya, Kuala Sala dekat sini sebelum ini dia langsung tidak berpeluang menggunakan komputer serta melayari Internet kerana keluarganya tidak mampu menyediakan kemudahan itu.

"Sebelum ini saya memang tak tahu mengenai hal berkaitan dengan komputer dan Internet, nak pegang komputer pun takut sebab memang tak reti (pandai).

Sekarang saya dah boleh guna komputer tanpa rasa takut selepas diajar oleh tenaga pengajar PI1M," katanya kepada Bernama ketika ditemui di PI1M Kuala Sala di sini.

Nurul Liyana, anak nelayan dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mu''adzam Shah, Kota Sarang Semut berkata kemudahan yang disediakan oleh kerajaan itu dapat digunakannya untuk menyiapkan tugasan serta mencari pelbagai maklumat berguna untuk tujuan pembelajaran.

Dia amat berterima kasih kepada kerajaan kerana mewujudkan PI1M di tempatnya yang mampu membuka mata pelajar dan masyarakat luar bandar di kawasannya tentang IT.

Nurul Huda Natasha Ismail, 12, pula berkata dia kini bukan sahaja mengulang kaji untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) melalui buku, malah dapat belajar dalam Internet melalui aplikasi Zoom A.

"Memang seronok guna Internet, banyak yang saya dapat. Sebelum ini saya pernah ke Kafe Siber tapi tak boleh nak belajar sebab keadaan bising dan mengganggu tumpuan saya belajar," katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Kuala Sala itu berkata dia dapat mempelajari sesuatu yang baharu serta dapat melihat kertas soalan UPSR terdahulu secara dalam talian untuk dijadikan latihan harian.

"Bila ada PI1M ini saya mudah untuk belajar. Saya juga dapat belajar asas perisian komputer seperti Microsoft Office dan dapat panduan mengenai penggunaan Internet dengan betul " katanya.

Nurul Huda berkata walaupun Internet juga mempunyai banyak keburukan, baginya setiap pengguna Internet perlu bijak setiap kali melayarinya dan hanya melayari laman sesawang yang berfaedah sahaja.

Sementara itu Pengurus PI1M Kuala Sala, Siti Fatimah Ayob berkata PI1M Kuala Sala menawarkan pelbagai aktiviti dan program kepada masyarakat di kawasan itu yang sebelum ini kurang terdedah dengan IT.

Katanya antara program yang dianjurkan ialah latihan ICT percuma, program ''klik dengan bijak'', program 1 Citizen, Get Malaysian Business Online serta program pembangunan modal insan masyarakat.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga membantu peniaga dan usahawan kecil di kawasan itu untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menggunakan Internet sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka.

"Kita mahu masyarakat luar bandar setanding dengan masyarakat bandar yang dapat pelbagai kemudahan. Menerusi pelbagai program, usahawan boleh menggunakan teknologi maklumat untuk berniaga secara online," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapa yang Umno akan angkat, ustaz atau kontraktor kelas A?

Posted: 11 Aug 2013 06:10 PM PDT

Musim pemilihan Umno semakin panas, masing buat perjumpaan, pemuda Umno giat membuat perjumpaan, tambahan pula musim perayaan. Dari majlis berbuka puasa membawa kepada rumah terbuka aidil fitri..

Kelmarin pemuda Umno Perak buat rumah terbuka secara besar-besaran, tahun lalu ada buat tapi tak besar.

Dalam PRK Kuala Besut kita berkempen jangan pilih Che Long kerana dia seorang Kontraktor Kelas A yang hanya akan menggunakan platform politik untuk menambah kekayaan, oleh itu kita menyeru dan merayu supaya memilih Ku Zaihan seorang penjawat awam .

Jadi, dalam pemilihan Umno sekarang, adakah kita akan ikut trend di Kuala Besut?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bagusnya Ku Zaihan

Posted: 11 Aug 2013 05:32 PM PDT

Adun Kuala Besut yang baru dipilih oleh rakyat berkata beliau tidak mahu terlibat dengan pemilihan AJK Bahagian tetapi mahu beri tumpuan kepada tugas sebagai wakil rakyat.

Begitu juga MB Perak dan MB Johor juga membayangkan tidak akan bertanding MT sebaliknya akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas hakiki mereka membangunkan negeri masing-masing.

Begitu juga dengan Ahmad Husni menteri kewangan II juga akan tumpu kepada pembangunan ekonomi negara.

Tahniah!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jangan lah semua tak mahu jawatan MT

Posted: 11 Aug 2013 05:26 PM PDT

Haru juga lah kalau 70 % Mt tak mahu pertahankan jawatan.

Bukan apa, nanti ada orang kata boikot Najib pula.

Seperkara lagi kalau ramai sangat muka baru, akan wujud satu fenomena baru iaitu fenomena 'Yes Sir'.

Tetapi kalau semua pro dan boleh bekerja oklah.

Satu perkara lagi jika semua tukar ia bukan lagi transformermasi tetapi transfermasi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mudah Untuk Buat Fitnah Ala kawarij

Posted: 11 Aug 2013 10:52 AM PDT

Oleh : Jebat

Aku sebenarnya malas nak bincangkan isu ini. Cuma satu jer lah yang aku nak cakapkan. Sebelum terima sesuatu berita. Periksalah terlebih dahulu... Google laa kat internet ke atau telefon lah ke balai polis untuk mendapatkan penjelasan. Tapi kepada Cyber Troopers Pakatan Khawarij tolonglah.... Nak buat FITNAH tu biarlah cerdik sikit.

Hari tu korang cakap BANGLA dibawa masuk ke Malaysia pada PRU13. Tapi haram SEKOR pun korang tak hadapkan ke muka pengadilan. Malah report polis pun korang tak laporkan... Yang korang cakap hanyalah isu DAKWAT KEKAL. BLACKOUT segala macam semua tak dilaporkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. 

信道的人們啊!如果一個惡人報告你們一個消息,你們應當弄清楚,以免你們無知地傷害他人,到頭來悔恨自己的行為。 

முஃமின்களே! ஃபாஸிக் (தீயவன்) எவனும் உங்களிடம் ஒரு செய்தியைக் கொண்டு வந்தால், அதைத் தீர்க்க விசாரித்துக் கொள்ளுங்கள்; (இல்லையேல்) அறியாமையினால் (குற்ற மற்ற) ஒரு சமூகத்தாருக்கு நீங்கள் தீங்கு செய்து விடலாம்; பின்னர் நீங்கள் செய்தவை பற்றி நீங்களே கைசேதப் படுபவர்களாக (கவலைப்படுபவர்களாக) ஆவீர்கள்.

AL-HUJURAT : 6
--
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Banner puasa jln besar sg siput

Posted: 11 Aug 2013 08:01 AM PDT

Banner sempena bulan puasa di sg siput, PAS punya, mana?
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Akhirnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah membuat keputusan supaya DAP mengadakan semula pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu

Posted: 11 Aug 2013 06:30 AM PDT

Seperti yang dijangka,DAP menegaskan, tidak akan terikat dengan keputusan itu.Maksudnya mereka tidak akan patuh.

Justeru,mampukah ROS menguatkuasakan keputusannya itu Diharap kali ini ROS tidak lagi mengikut rentak politik DAP. Jangan lagi tertangguh sampai setahun baru tindakan tegas mahu diambil.

DAP sebenarnya membentuk trend tidak sihat dalam amalan demokrasi negara. Mereka menghalang proses undang-undang yang cuba dikuatkuasakan.

Bayangkan jika arahan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak dipatuhi oleh rakyat Pulau Pinang,apa akan jadi pada negeri tersebut.

Contohnya,jika penduduk di Kampung Buah Pala mengingkari keputusan kerajaan negeri supaya berpindah agar kawasan tersebut dapat dibangunkan dengan projek mewah,sudah tentu Guan Eng pening kepala.

Guan Eng yang terkenal keras kepala akhirnya berjaya menghalau penduduk berpindah keluar.

Guan Eng pernah mendakwa beliau kagum dan mahu mencontohi gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz, tetapi Umar Abd Aziz tidak pernah melakukan tindakan keras dan zalim kepada rakyatnya.

Sebenarnya tidak ada siapa yang percaya dengan cakap Guan Eng itu. Pas pula tidak berani menegur DAP.

Sebab itu Guan Eng semakin keras kepala. Bagaimanapun keputusan ROS itu membuka banyak pekung dalam DAP.

DAP seperti mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum, apabila enggan mengadakan semula pemilihan jawatankuasa CEC parti.

DAP takut ia akan menelanjangkan lagi 'gambaran palsu' parti DAP yang kononnya parti yang amat demokratik.

Jawatan Setiausaha Agung dan beberapa lagi jawatan tertinggi parti bukan dipilih oleh ahli akar umbi atau sejumlah 2,576 anggota perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan. Sebaliknya ia dipilih oleh 20 orang anggota CEC.

Dalam konvensyen tahun lalu,keputusan awal telah dibatalkan. Kononnya berlaku kesilapan semasa pengiraan undi.Maka bermulalah 'gambaran palsu' amalan demokrasi dalam DAP.

Ahli yang tidak berpuas hati mendedahkan selama 47 tahun,DAP berjaya memanipulasi cara perwakilan dipilih untuk menghadiri Kongres Kebangsaan parti dan cara pengundian CEC dibuat.

Ini termasuk dakwaan,kehadiran 547 orang perwakilan haram di konvensyen tahun 2012.

Bahkan terdapat 32 orang perwakilan yang mendakwa mereka tidak menerima surat jemputan rasmi untuk menghadiri konvensyen tersebut.

Sebab itu DAP tidak boleh menyalahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Father Augustus Chen penulis buku The Equity Report mendakwa,pada tahun 1968,Lim Kit Siang telah menggunakan sentimen kaum untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Bangsar Devan Nair sebagai Setiausaha Agung DAP yang pertama.

Dengan sentimen Cina itulah DAP terus hidup pada hari ini sehinggalah berlakunya Tsunami Cina.

Justeru DAP adalah parti lapuk.Lapuk dari segi kaedah memilih pemimpin tertinggi parti, lapuk dari cara memilih perwakilan ke Konvensyen Kebangsaan Tahunan DAP, lapuk dari segi sistem dan ketelusan pengiraan undi, lapuk kerana masih memainkan isu kaum bagi memonopoli sokongan Cina dan lapuk kerana masih berlindung dengan 'gambaran palsu'.

Selain pendekatan 'gambaran palsu',DAP ada kelebihan untuk menukar ancaman menjadi simpati.DAP dituduh sebagai parti perkauman dan anti Islam,tetapi Pas tetap sokong mereka.

Dituduh parti kuku besi, tetapi segolongan anak muda Cina yang kononnya menuntut ketelusan dan kesaksamaan tetap menyokong mereka.

Dituduh parti anak beranak dan kroni, tetapi dinasti Lim dan Karpal terus menguasai parti tanpa mahu bersara.

Apa sahaja yang salah dibuat oleh DAP tetap dianggap betul oleh golongan ini kerana DAP adalah parti 'gambaran palsu'.

DAP mampu membunuh bukan setakat dua ekor burung dengan seketul batu, tetapi tiga ekor burung dengan seketul batu.Baling batu sembunyi tangan.Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk memujuk Pas supaya sedia bekerjasama dengan DAP.

Anwar dijanjikan sokongan kuat DAP untuk jawatan Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama Anwar pujuk Pas supaya gugurkan perjuangan Negara Islamnya.

Pas pula digunakan untuk memecahkan belahkan perpaduan Melayu dan membunuh UMNO.

Manakala MCA yang hampir dikuburkan oleh DAP terus ditekan secara senyap supaya mempersoalkan dasar dan polisi BN yang kononnya punca Cina tidak sokong MCA.

Hakikatnya MCA memang lemah kerana masalah kepimpinan dan imej.

Justeru, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), taktik 'gambaran palsu dan 'ancaman menjadi simpati' akan terus digunakan oleh DAP.DAP barangkali mahu pengundi Cina melakukan 'tindakan maksimum' fasa dua.

Tindakan maksimum itu ialah keluar mengundi dan maksimum mengundi pembangkang. Objektif mereka ialah hilangkan UMNO di dunia.

Hilang UMNO,maka berakhirlah 'kontrak sosial'. - Dr Puad Zarkashi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pendidikan Percuma di IPT, rajin-rajin lah belajar, jangan jadi Mahasewel

Posted: 11 Aug 2013 06:19 AM PDT

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENGHINAAN TEBARU TERHADAP ISLAM DI TANJUNG SUTERA RESORT TANJUNG SEDELI KOTA TINGGI JOHOR

Posted: 11 Aug 2013 05:00 AM PDT

Tak cukup peluru guna C4 pulak dah

Posted: 11 Aug 2013 02:31 AM PDT

Seorang terkorban dalam letupan bom di Tumpat,Kelantan sebentar tadi.Kejadian berlaku apabila tuan punya kereta tersebut cuba mengalihkan sebuah bungkusan yang diletakkan di atas bumbung keretanya, semasa mengalihkan bungkusan itu,tiba-tiba bungkusan tersebut meletup lalu mengorbankan pemandunya...Berita TV3 (Gambar Sekadar Hiasan)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 11 Aug 2013 11:33 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


CINABENG TAK BERADAB...

Posted: 11 Aug 2013 10:00 PM PDT


Tapau makanan tak salah, tapi beragak la kalau makan yang di hidangkan sewaktu majlis rumah terbuka hari raya pun kau nak tapau juga, itu lah dia perangai cinabeng, tak tau adab dan sopan, benda simple macam nie pun depa tak tau, macam mana cinabeng nak perintah negara...???

Tiga Gambar Kejadian BOM Di Kelantan...

Posted: 11 Aug 2013 07:00 PM PDT

Menurut saksi, mangsa telah ternampak satu objek diatas sebuah kereta naza citra di hadapan rumahnya, di percayai mangsa telah menyentuh objek itu dan satu letupan telah berlaku...

Mangsa di kenali sebagai yusrizal bin mat zin berumur 32 tahun yang berkerja sebagai kerani di sekolah kebangsaan manik urai...

Mangsa mengalami kecederaan parah di mana kedua-dua tangan mangsa terputus dan perut mangsa terburai akibat letupan dari bom yang di letakan di atas kereta itu...




Panglima Perang Cyber

Posted: 11 Aug 2013 11:20 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Sebastian Phiu: Video @Malaysiakini Temuramah Tokoh Syiah Malaysia

Posted: 11 Aug 2013 07:38 PM PDT

Malaysiakini Pertahan Syiah Sesat


Ini Malaysiakini memang sengaja cari pasat. Itu Syiah sudah lama fatwa Sesat lagi Haram di Malaysia. Semua 14 negeri sudah pun mengharamkan Syiah (lihat disini). Tetapi Malaysiakini yang diwakili oleh Director Malaysiakini.tv Syufiyan Shukur pergi jumpa ketua Syiah Malaysia Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz mengadakan sesi interview dan mempertikaikan hak kebebasan penganut agama Syiah Sesat ini. 

Apa sudah jadi dengan ini Melayu Syufiyan Shukur ni..? Dia agama apa..? Kenapa dia pertahankan Syiah Sesat ini..?


Artikel Malaysiakini 

The Shias in Malaysia are once again under attack, this time coming from the newly minted Chief Minister of the state of Kedah. He has put in motion efforts to halt the spread of Shia in his state.

And he has the support of a Federal Minister in charge of religious affairs in the Prime Minister's department; not to mention the support of his father, former premier Mahathir Mohamad.

Government controlled mainstream media are also taking the queue from the two Ministers, sprouting anti-Shia articles and stories in the newspapers, television and radio.

We speak to Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz of Shia community centre, Hauza Ar Ridha on the latest attack.

The last attack on the Shia community was 3 years ago during the celebration of Imam Hussein's martyrdom in the Muslim month of Muharram. Now he says it's in the holy month of Ramadhan.

Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz
attributes the recent attacks with the Syrian civil war, now raging, which seems to pitch a controlling Shia minority under Bashir Al Assad and the marginalised Sunni majority.
In other parts of the Muslim Arab world, Shia Muslims in countries like Saudi Arabia, Bahrain.
In refuting the fears that Malaysian Shias could cause division and trouble amongst Muslims, Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz said that analysts have already said that what's happening in Syria isn't a sectarian conflict but a conflict fuelled by the US and Israel for their own regional interests. In countries such as Saudi Arabia and Bahrain it is about minorities asking for their rights as citizens.

"Don't equate us with Hezbollah or Iran. Much as we admire them in their war with Israel and the US, it is their conflict.

It has nothing to do with us," he said.

"We have the rule of law and the Federal Constitution and international bodies like the OIC to turn to," Mohd Kamilzuhairi


Artikel dari 



Sent from my iPhone

Wawancara Menteri KDN @Zahid_Hamidi : Bersikap adillah kepada polis dan 4 Faktor Utama Naik Jenayah di Malaysia

Posted: 11 Aug 2013 09:38 AM PDT

Ketika wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR, AMRAN MULUK dan Jurufoto, GAIE UNCHEL mewawancara DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI pada Rabu lalu di Masjid Tanah Melaka, Menteri Dalam Negeri itu baharu 24 jam tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah umrah.

Sememangnya cuaca di Mekah begitu panas dan 'kepanasan' ini seolah-olah dirasai oleh Ahmad Zahid bukan sahaja disebabkan pengumuman beliau untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO tetapi juga situasi keselamatan negara berikutan kejadian jenayah berat khususnya melibatkan senjata api semakin meningkat.

Bagaimanapun Ahmad Zahid tetap tenang mengharungi 'kepanasan' tersebut dan dalam pertemuan hampir sejam itu beliau memberikan pandangan berhubung isu-isu keselamatan dan pemilihan UMNO.

MINGGUAN: Orang ramai semakin bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari, apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).

Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

Pelbagai pihak khususnya pembangkang bimbang berlaku penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Dalam empat akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa. Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian.

Sebelum ini pembangkang merupakan kelompok paling lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?

AHMAD ZAHID: Saya fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Maksudnya, sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?

Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri.

Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.

Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.

Akta Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.

Ertinya, apakah implikasi yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak berbentuk pencegahan.

Salah satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?

AHMAD ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh pihak lain, bukan PDRM.

Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.

Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.

Jadi dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Sekarang ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?

AHMAD ZAHID: Saya fikir 'gigi' polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia, tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Oleh itu mungkin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.

Kita akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS). Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50 tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.

Kerajaan berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Satu perkara yang perlu kita lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?

Adakah kerana kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal? Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi? Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang tidak bersalah?

Dari segi perundangan penjenayah tersebut mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? Adakah apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.

Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?

Menyentuh soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini berlaku?

AHMAD ZAHID: Yang ditahan itu adalah gangster, ahli kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis. Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?

Walaupun saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada pihak polis.

Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana tidak dapat menyelamatkan masyarakat. Saya tidak mahu itu berlaku justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang mendorong Datuk Seri menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi Naib Presiden?

AHMAD ZAHID: Saya merasakan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memerlukan pasukan yang serasi. Saya merasakan saya salah seorang yang telah diserasikan dengan kedua-dua pemimpin itu.

Apakah kriteria yang perlu ahli UMNO a lihat sebelum membuat keputusan?

AHMAD ZAHID: Sudah tentu tidak ada kriteria tetap kepada semua calon yang mahu menawarkan diri bagi memegang jawatan utama sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat bahagian.

Ia bergantung kepada tujuan untuk merelevankan UMNO dengan kumpulan sasaran PRU-14 kerana profil pengundi akan berubah dengan drastik, apabila seramai 40 peratus adalah pengundi baru. Keduanya, apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan ertinya geopolitik dan landskap kepada pemikiran politik juga berubah ketika itu.

Oleh itu, pada hemat saya akar umbi harus memilih pemimpin-pemimpin yang bukan hanya sesuai untuk PRU-14 tetapi juga boleh membawa parti bagi menghadapi PRU-15 supaya terdapat kesinambungan dari segi pelaksanaan kepada pegangan kepada ideologi politik kepada UMNO..

Sayangilah UMNO sebagai satu-satunya wadah untuk memberikan kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu dan anggaplah UMNO bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi UMNO adalah sebuah institusi sosial orang Melayu yang menjaga agama Islam, yang akan memberikan keadilan kepada semua rakyat, oleh yang demikian pilih yang terbaik dalam kalangan yang baik-baik.



© Utusan Melayu (M) Bhd 




Sent from my iPhone

Mesti Baca : Isu Sebenar Yang Berlaku Di Syria dan Kaitan Dengan Syiah Iraq Iran Syria dan Lubnan | Froyoplus

Posted: 11 Aug 2013 09:30 AM PDT

Kaitan Iran dengan Dajjal :


1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepaskejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ – Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.

Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah.

Ingat yahudi ingat syiah, Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu.
Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

Artikel penuh :

http://www.froyoplus.com/isu-sebenar-yang-berlaku-di-syria-ulama-syria/


Sent from my iPhone

Belantan

Posted: 11 Aug 2013 11:16 PM PDT

Belantan


Sudah Melampau...!!! Surau Di Jadikan Tokong Buddha Di Johor?

Posted: 11 Aug 2013 03:02 PM PDT


Mohon agar pihak yang bertanggungjawab segera siasat !! Satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.

Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.


Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.



"Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

"Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan.

Sumber : Di sini.

Suara Politik
Belantan

Isu Kapal Selam Scorpene : Altantuya tidak terlibat?

Posted: 11 Aug 2013 05:39 AM PDT


Arkitek urus janji kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sekali lagi tampil menjawab isu-isu berkaitan kontroversi Scorpene serta menegaskan Altantuya Shaariibuu tidak pernah terlibat dalam pasukan rundingan pembelian kapal selam itu.

Dalam kenyataan akhbar setebal empat muka surat hari ini, beliau antara lain menyifatkan dakwaan bahawa Perimekar Sdn. Bhd. (Perimekar), syarikat bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah sebuah agensi pelancongan sebagai keterlaluan dan tidak berasas.

Jasbir turut menjawab dakwaan yang melabelkannya sebagai seorang 'broker' atau 'ejen komisen' dengan menjelaskan realitinya, beliau ialah Penasihat Strategik Amanah Thales di Malaysia yang terlibat dalam beberapa projek berkaitan industri pertahanan.

"Selaras dengan itu dan melihat latar belakang saya dalam industri terbabit, Thales memberitahu saya mereka mahu memberi tumpuan kepada penjualan kapal selam kepada kerajaan Malaysia. Banyak pihak telah meletakkan sasaran sama tetapi tidak mampu.

"Oleh yang demikian, mereka (Thales) meminta saya untuk menganalisis, menilai dan membangunkan cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada kerajaan. Untuk itu, saya telah diperkenalkan kepada DCN International (DCN), syarikat pengeluar kapal selam Agosta 70 dan Scorpene milik kerajaan Perancis,'' katanya.




Berikutan itu, ujarnya, keputusan dibuat dengan Perimekar dilantik sebagai syarikat tempatan untuk menerajui projek kapal selam terbabit selain mewujudkan sebuah syarikat yang akan menjadi pembekal perkhidmatan luar untuk menasihat serta membantu Thales iaitu Terasasi Sdn. Bhd. (TSB).

"Dalam masa saya, kami bertemu Abdul Razak Baginda dan beliau menjadi salah seorang anggota pasukan rundingan atas kapasiti pengalamannya sebagai penganalisis pertahanan serta pengetahuan berhubung industri pertahanan.

"Bagi menguatkan lagi kerja-kerja rundingan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilibatkan sama dan LTAT kemudian membawa Boustead sebagai rakan kongsi Perimekar,'' jelasnya.

Berhubung isu kononnya Altantuya terlibat dalam pasukan rundingan, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa model yang didakwa sebagai penterjemah tersebut tiada kaitan dalam projek berkenaan.

"Tiada keperluan melantik penterjemah untuk membantu proses komunikasi antara wakil Perancis dan Malaysia dalam rundingan Scorpene. Altantuya tidak terlibat dalam proses itu," katanya.


Jasbir berkata, kontrak pembelian Scorpene telah diberikan pada 2002 dan Abdul Razak hanya bertemu dengan Altantuya pada 2004.

Bulan lalu, Jasbir membuat pengakuan terbuka menjawab isu-isu berkaitan Scorpene dan Altantuya serta bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji Scorpene.

Persepsi negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar disangkal oleh Jasbir yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.-UMO

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 11 Aug 2013 11:14 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Hutang S'pore Kritikal: Sudah Tiba Masanya Kuan Yew Pakai Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi

Posted: 11 Aug 2013 06:26 PM PDT

1. Lee Kuan Yew nampaknya cuba mencampuri hal Malaysia melalui buku terbarunya. MyMassa rasa ramai pembaca yang sudah maklum tentang perkara ini.

2. Daripada Kuan Yew sibuk pasal hal Malaysia, lebih baik dia risaukan pasal hutang negara Singapura yang kini mencecah 111.4% GDP negara tersebut.


3. Anwar Ibrahim selalu temberang pengikutnya bahawa Malaysia semakin muflis di bawah BN kerana hutang negara baru mencecah 53.5% GDP. Kalau lebih 50% pun Pak Anwar Ibrahim sudah bilang negara ini MUFLIS, bagaimana pula dengan Singapura yang dah mencecah 110% GDP? Mungkin layak digelar BAPAK KEPADA BAPAK MUFLIS!


4. Kalau di negara Kota Singa sudah kekurangan pakar ekonomi, eloklah Lee Kuan Yew membuang egonya lalu suruh anaknya lantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Singapura. Jangan tak tau betapa hebat Pak Anwar dalam bidang ekonomi sampai BANK DUNIA pun nak lantik dia jadi penasihat.


5. Kalau dah lantik Anwar Ibrahim, jangan lupa bawak Rafizi Ramli sekali. Nanti diorang boleh buat PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGARA SINGAPURA sebagaimana yang mereka pernah buat di Selangor.

*KEPAKARAN ANWAR IBRAHIM? Pakar la sangat.....

BUKTI BARU: ANWAR IBRAHIM AKUI ALTANTUYA HANYA MAINAN POLITIK

Posted: 11 Aug 2013 08:56 AM PDT

PICTURE OF THE YEAR MADE BY TIAN CHUA, THE CINA TAK ADA MUKA
Kami telah menerima mesej ini, kami kongsi kerana ianya kepentingan umum.

1. "Sebenarnya cerita berkenaan Altantunya yang dikaitkan dengan Najib berkaitan pembelian kapal selam Malaysia hanyalah mainan politik Encik Anwar Ibrahim semata-mata. Ianya hanya tuduhan bersifat politik untuk menjatuhkan imej Najib dan Kerajaan Malaysia di mata dunia".

2. Karena itulah, jika kamu semua sedari Encik Anwar Ibrahim tidak lagi bercakap atau berkempen mengenai Altantunya sejak sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 dan juga semasa kempen PRU13 tidak ada lagi kempen-kempen Altantunya dalam 'list' isu-isu kempen mereka.

3. Sehingga ke hari ini, Encik Anwar Ibrahim tidak lagi mahu menuduh Najib dan Kerajaan Malaysia akan hal Altantunya. Perkara ini telah 'dibincang' dan 'Encik Anwar Ibrahim bersetuju'.

Kami tidak berhajat menambah apa-apa info terbaharu di atas, hanya memberi link tambahan untuk bacaan tiada jawapan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130728/dn_03/Jasbir-tangkis-propaganda dan tiada saman dari Anwar Ibrahim.


sekupangdua

Posted: 11 Aug 2013 11:13 PM PDT

sekupangdua


FENOMINA BARU, CUACA MENJADI PEMBUNUH

Posted: 11 Aug 2013 01:00 AM PDT

 Pembunuh baru yang boleh mengakibatkan ratusan nyawa yang terkorban, Nyata kalau dilihat negara barat terutamannya yang melibatkan begitu ramai yang menjadi manhsa dan terbunuh akibat cuaca panas yang menjadi pembunuh . Mungkin sebelum ini manusia tidak terfikir bagaimana cuaca pun boleh membunuh....

bagi umat Islam yang tahu apa saja kemampuan Allah Swt yang boleh kun faya kun atau menjadikan apa sahaja mengikut kehendak nya, Allah juga menjanjikan pembalasan terhadap penginayaan terhadap manusia sesama sendiri, Mungkin ramai yang tak sependapat dengan teman, sebaliknya dari dulu teman pernah katakan bahawa Allah akan menurunkan bala kepada mereka melakukan kurafat dan syirik terhadapnya, Janji Sllah tidak akan mampu di ubah oleh Manusia....

Negara Barat dan sekutunya terutama Amerika, England dan banyak lagi yanh cukup jelas menginayakan negara-negara Islam yang lain terutama di Timur Tengah dan beberapa negara yang dilihat menjadi potensi menjadi kebangkitan negara-negara Islam dan beberapa negara Eropah yang boleh menjadi ancaman terhadapnya,...

Kalau disorot zaman sebelum ini nyata mereka lah juga yang menjadi dajal memusnahkan negara Islam yang boleh menjadi ancaman kepada mereka. Bukan sahaja di Iran, Iraq, Palastin, syira dan bamyak lagi negara yang hancur akibat mereka... Malah di Bosnia dan beberapa negara Eropah juga menjadi mangsa bila kepulangan Tentera mereka deengan meninggalkan segala kehancuran untuk mereka. 

Mereka lupa tentang doa mereka yang terinaya yang sentiasa didengari oleh Allah... Mereka juga lupa bila Allah juga menjanjikan bala atau musibah kepada mereka yang menyekutu dan menginaya orang lain, jadi sebanyak mana darah dan nyawa umat islam itu terbunuh... Jadi tidak hairan lah pernah teman katakan dahulu ' antara lambat dan cepat Allah tidak pernah memungkiri janji, bagi lah apa saja alasan '

Jadi apa kaitannya dengan negara mereka yang ditimpa pelbagai musibah sebelum ini, Bah besar, Air Pasang, gempa bumi, ribut Taufan, kebakaran hutan, eksiden keretapi maupun kenderaan dan banyak lagi terutama ratusan sehingga puluhan ribu rakyat mereka yang menjadi mangsa, bukan kah ini musibah seperti yang dijanjikan... Banyak mana mereka membunuh umat islam maka mereka juga bakal menghadapinya, mungkin tidak kerana perang sebaliknya dengan pelbagai punca diatas kehendaknya... 

terkini bila 760 orang meninggal dunia dalam temboh sembilan hari akibat daripada cuaca panas yang suhunya mencecah sekali ganda iaiutu 35 darjah celcius sehingga minggu depan. (Gambar penduduk mengambil peluang berjemur walaupun cuaca panas yang melampau)
LONDON – BRITAIN – Cuaca panas di Britain didakwa meragut kira-kira 760 nyawa dalam tempoh sembilan hari antara 6 dan 15 Julai lalu.
Dipetik Press TV, kajian menunjukkan cuaca panas terik itu turut menyebabkan kematian mengejut antara 540 dan 760 penduduk di negara tersebut.
Ketua Perlindungan Kesihatan Awam,Profesor Virginia Murray berkata, keadaan itu mencetuskan kebimbangan kerana ia meningkatkan risiko kematian.
Angka kematian mungkin meningkat kerana suhu dijangka meningkat sekali ganda iaitu 35 darjah Celsius sehingga minggu depan.
Difahamkan, cuaca panas melampau boleh menyebabkan strok haba, sekali gus mengakibatkan kerosakan otak dan kematian. – AFP

oyabun

Posted: 11 Aug 2013 11:08 PM PDT

oyabun


Pesanan PM - Jangan rosakkan UMNO!

Posted: 11 Aug 2013 07:28 AM PDT

NAJIB Tun Razak bersama isteri, Rosmah Mansor melambaikan tangan selepas mengadakan tele persidangan dengan rakyat Malaysia di luar negara dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap proses pemilihan parti yang akan berlangsung Oktober ini tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti terkuat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebagai sebuah parti yang telah mengubah perlembagaannya, UMNO kini menjadi lebih terbuka, demokratik dan inklusif sehingga ramai yang menawarkan diri untuk bertanding berebut jawatan dalam parti.

Sehubungan itu, Perdana Menteri amat berharap UMNO mendahului parti-parti politik lain dari segi kaedah pemilihannya yang berjalan begitu baik dan bersih serta mencerminkan tahap kematangan yang lebih tinggi daripada mana-mana parti politik lain.

''Menjadi satu perkara yang mungkin lebih rancak dari masa-masa yang lalu, tapi apa pun berlaku kita harap ia tidak merosakkan atau menggugat UMNO sebagai sebuah parti yang terkuat.

''Kita menjadi parti harapan orang Melayu dan ini yang mesti kita jaga supaya pertandingan dalam parti tidak membawa kepada sebarang gambaran persepsi atau imej negatif terhadap UMNO," katanya dalam temuramah eksklusif bersama Utusan Malaysia di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Ditanya kemungkinan wujudnya politik wang pada pemilihan kali ini, Perdana Menteri berkata, perkembangan itu akan dipantau dan beliau berharap ahli-ahli membuat aduan jika ada pemimpin atau wakil mereka mengamalkan politik wang.

''Dengan sistem sekarang ini di mana 150,000 ahli akan memilih pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan tertinggi, menjadi lebih sukar untuk kita menabur wang untuk memperoleh sokongan.

''Namun, ini tidak bererti tidak wujud politik wang sama sekali, mungkin ada juga pihak akan guna politik wang dengan harapan boleh mempengaruhi perwakilan," katanya.

Bagaimanapun Najib menegaskan, dengan saiz perwakilan yang lebih besar, kebarangkalian untuk mengubah sesuatu keadaan itu melalui politik wang akan lebih sukar berbanding sebelum ini.

Beliau turut menasihatkan ahli-ahli yang akan terlibat memilih barisan pimpinan baharu agar mematuhi segala peruntukan perlembagaan dan kaedah-kaedah pemilihan serta menjaga imej serta nama baik parti.

''Ini penting supaya mereka tidak melihat UMNO sebagai parti yang mementingkan diri sahaja ataupun di mana politik wang menjadi-jadi dalam parti kita. Jadi, kalau kita boleh hindari amalan yang tidak baik ini, amalan negatif, kita boleh menjadikan pemilihan UMNO yang menggunakan perlembagaan baharu sebagai satu manifestasi kematangan parti," katanya.

Ditanya sama ada ahli-ahli parti boleh menerima kaedah baharu pemilihan kali ini, beliau berkata, mereka menerimanya dengan baik namun tumpuan perlu dibuat terhadap cara pengendalian pertandingan dijalankan.

''Kita harap tujuan dan semangat itu akan dihayati oleh ahli-ahli UMNO, maknanya kita nak jadikan UMNO itu lebih inklusif, demokratik dan kedua bebas daripada rasuah wang," katanya.

Presiden UMNO itu berharap agar perkara positif itu dapat direalisasikan oleh ahli-ahli UMNO melalui pemilihan kali ini.

Wasabi Oyabun...

The Unspinners

Posted: 11 Aug 2013 11:06 PM PDT

The Unspinners


Awakening ditunda, Macam-macam penafian... Boleh percaya ke?

Posted: 11 Aug 2013 05:00 AM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 11 Aug 2013 11:05 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Choisir le casino francais droit signifie sortir des sentiers battus

Posted: 11 Aug 2013 12:17 AM PDT

Il est facile de faire face à tout ce qui décrit machines a sous gratuites casino partouche sans beaucoup de détails. Je vois la publicité mensongère ! baccarat doit être mis à jour. Je suis principalement à l’aide de réaffirmer casino francais pour moi ce que j’ai appris liée à casinos.
Je ne dispose pas de fonds pour brûler tant qu’il question a été posée pertinents pour blackjack compter les cartes interdit un grand nombre de fois. Ils veulent faire attention à l’utilisation continue. Bien sûr, vous ne serez pas intéressé de découvrir qu’il ya beaucoup de place à l’amélioration. Comment les hommes et les femmes reçoivent budgétaires laboratoires roulette europeenne technique ? C’est la façon de cesser d’être inquiet et de vivre votre vie. Vous pouvez aussi leur apprendre ce meilleur casino respect et casinos. Pourquoi ne subordonnés insister pour faire les choses difficiles pour eux-mêmes ? C’est une façon de prévenir l’obtention de ce avec elle. Comment des gens dénicher des séminaires à domicile adresses casinos tranchant ? Cela a été l’ancienne. Dans cet article, je vais discuter de cette relatif à guide casino. Ils deviné que j’étais pour un passage à tabac.

Plaçons les choses en contexte.

Il ya ce problème majeur avec jeux casino gratuit 770 et une forme d’auto-expression. Ceci peut être accompli si vous avez la persévérance. Cela a été frais.
Je crois cela devrait être exposé. Sans compter que plusieurs spécialistes sont sous la pression. En toute honnêteté, il ya des tonnes de choses qui sont urgentes pour jeux casino quand il correspond à cette. Mais, supposons que nous ne sommes pas prêts à renoncer à la notion de roulette en ligne. guide casino est une méthode complexe pour fournir jeux de casino.

Je crois ce concept. Il est non renouvelable.

C’est ainsi que je suis devenu un pro jeux de casino.

J’imagine que cela m’a aidé à trier quelque chose dans ma tête. Après tout, la question est sans effort. Toutefois, permettez-moi de vous le mettre de cette façon.

tok gajah

Posted: 11 Aug 2013 09:34 PM PDT

tok gajah


Tempoh mesyuarat UMNO Cawangan, Bahagian dilanjutkan

Posted: 10 Aug 2013 11:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 11 Ogos - Tarikh akhir mesyuarat UMNO peringkat cawangan dan bahagian-bahagian serta tarikh baru penamaan calon Majlis Tertinggi dan sayap-sayap parti dilanjutkan dua minggu berikutan tempoh sebelum ini berlangsung pada Ramadan dan Aidilfitri, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menurutnya, tarikh-tarikh baru lanjutan tempoh mesyuarat tersebut telah dipersetujui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dimaklumkan kepada MT.
Katanya, tempoh mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September ini manakala mesyuarat UMNO bahagian-bahagian serentak hari pemilihan MT UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober ini.
Tambah beliau, pendaftaran penamaan calon Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dilanjutkan daripada 7 September kepada 21 September; persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ditetapkan pada 12 Oktober ini; dan penamaan calon untuk pemilihan MT UMNO daripada 7 September kepada 28 September.
"Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan daripada UMNO Bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan dengan alasan antaranya mesyuarat sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan tempoh asal ialah hingga 31 Ogos.
"Dalam masa yang sama, dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober ini dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat," katanya dalam satu kenyataan hari ini - UTUSAN ONLINE

PenangWasabi

Posted: 11 Aug 2013 09:22 PM PDT

PenangWasabi


DAPig Guan Eng digesa berundur kerana kuat menipu?

Posted: 11 Aug 2013 07:43 AM PDT


Lim Guan Eng digesa segera berundur daripada jawatan Setiausaha Agung DAP selepas dikatakan gagal mengendalikan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu Disember tahun lalu.

Pengerusi Biro Antarabangsa Institusi Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Guan Eng juga dilihat gagal menjawab beberapa isu termasuk dakwaan terdapat 547 perwakilan 'haram' yang dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan itu.

"Kini ramai ahli DAP sendiri sudah muak dengan sikap angkuh beliau serta tipu dusta yang digunakan untuk menarik sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

"Taktik pembohongan yang digunakan Guan Eng untuk kekal berkuasa itu tidak boleh dibiarkan dan adalah lebih baik untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung dan juga Ketua Menteri secara baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Guan Eng sebelum ini cuba berdolak-dalik dalam menyelesaikan kemelut pemilihan CEC dengan mengenakan dua syarat baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas diberikan arahan agar pemilihan parti tersebut perlu diadakan semula.

Dua syarat berkenaan adalah ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Mengulas lanjut, Fakhrul Azman memberitahu, semua orang tahu tentang pembohongan yang dilakukan oleh Guan Eng berhubung isi kandungan sebenar surat ROS bertarikh 17 April 2013.

"Selain itu, dia juga perlu menjelaskan dakwaan bahawa perwakilan haram itu hanya disuruh mengundi enam calon tertentu sahaja dan bukan 20 calon semasa pemilihan CEC," ujarnya.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 11 Aug 2013 09:05 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


JIKALAU PERJANJIAN TPPA MENGHANCUR MUTLAKKAN EKONOMI CINABENG DAN MENGUNTUNG 1000 KALI MELAYU AKU SOKONG !

Posted: 11 Aug 2013 02:33 PM PDT

KISAH BOM MALATOP DAN PDRM BAKAL GANYANG PENJENAYAH !

Posted: 11 Aug 2013 10:35 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 11 Aug 2013 03:29 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Neelofa 'menyembul' seksi habis dalam rancangan MeleTop Astro

Posted: 11 Aug 2013 05:02 PM PDT

Neelofa yang cukup terkenal dengan pakaian tidak berapa cukup kain, suka pakai baju ketat, tersembul sana tersembul sini, meneruskan rutinnya yang gemar berpenampilan seksi apabila tampil hot habis dalam beberapa episod MELETOP 2013 di bawah Astro.

Lagi Gambar Neelofa Hot & Seksi Habis di Rancangan Meletop

Chong Wei tarik diri, Lin Dan menang 'free'

Posted: 11 Aug 2013 09:06 AM PDT

Pemain negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri pada set ketiga permainan kerana mengalami kecederaan ketika bertemu musuh tradisi, Lin Dan pada perlawanan akhir Kejohanan Dunia di Tianhe Gymnasium, Guanzhou China
PEMAIN no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misinya mendakap kejuaraan sulung di Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menarik diri pada set ketiga perlawanan akhir di Gimnasium Tianhe, pada Ahad.

Jaguh badminton negara itu menarik diri ketika beliau ketinggalan 17-20 pada set penentuan tersebut kepada juara bertahan, Lin Dan dari China.

Pada set pertama, Chong Wei menang 21-16 namun tumpas di set kedua 13-21.

Kekecewaan itu adalah yang kedua berturut-turut bagi Chong Wei, yang juga pemain nombor satu dunia, selepas tumpas kepada pemain China itu di Arena Wembley, London dua tahun lepas.- BERNAMA

(Gambar) Foto kontroversi Dato Siti dan janda Dato K

Posted: 11 Aug 2013 08:31 AM PDT

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui beliau sudah lama berbaik dengan bekas isteri suaminya, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham.

Sehubungan itu, katanya, kemunculan gambar beliau bersama Tengku Zawiyah dan anak tirinya, Asyraf di laman sosial Instagram tidak perlu disensasikan.

"Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah).

"Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Berjalan lancar

Mengulas pertemuan itu, Siti berkata, semuanya berjalan dengan lancar dan mereka bersembang seperti biasa.

"Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada," katanya. Sementara itu, Asyraf ketika diminta mengulas mengenai gambar itu, berkata beliau berharap dengan tersiarnya gambar itu, segala persepsi negatif terhadap hubungan Siti dan ibunya dapat dihapuskan.

"Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja," katanya.

Gambar yang hangat diperkatakan itu menyaksikan Asyraf berdiri di tengah-tengah sambil diapit ibunya dan Siti dalam keadaan yang cukup mesra.

Hafiz dituduh jual agama...

Posted: 10 Aug 2013 11:31 PM PDT

ZIKIR dilagukan menjadi alunan yang asyik didengar malah melodinya menambah tenang hati dan pendamai tekanan. Itu antara ulasan ramai terhadap album Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun yang mendapat sambutan hangat sehingga sebanyak 150,000 unit terjual sepanjang setahun setengah berada di pasaran.

Meneruskan konsep yang sama, penyanyi dan komposer muda itu muncul pula dengan kesinambungan album zikir tersebut yang diberi nama Zikir Terapi 2. Mengandungi sebelas buah zikir seperti Rabbi Zidni, Ilahi Last dan Tubna Ilallah, album Zikir Terapi 2 sedikit berbeza berbanding album sebelum ini. Jika Zikir Terapi sebelum ini sarat bunyi-bunyi Arab, kali ini dia bermain pula dengan alunan muzik Nusantara seperti zapin, gamelan, gurindam dan dodoi.

Di sebalik kejayaan yang dilakar, Hafiz tidak terlepas daripada kecaman. Dia didakwa menjual agama kerana cakera padat (CD) serta cakera padat digital (DVD) album berkenaan laris di pasaran. Tidak puas diselar sebegitu, penganjuran Konsert Zikir Terapi tidak lama dahulu juga didakwa kononnya Hafiz mengaut keuntungan secara terang-terangan dengan membuat duit daripada kalimah dan puji-pujian kepada Allah.

"Saya sedih dengan tuduhan itu. Memang album Zikir Terapi itu hanya melagukan semula puji-pujian ke atas Allah dan rasul tapi setiap pekerjaan yang dilakukan ada kos. Saya dituduh menjual agama kerana mempopularkan zikir sedangkan bagi saya, usaha itu lebih kepada mempromosikan agama," kata Hafiz.

Tambah Hafiz: "Saya percaya album zikir ini salah satu usaha untuk mengajak masyarakat suka dan dapat menghafaz zikir. Ada pendapat beberapa pendakwah bahawa zikir itu merupakan satu ibadah. Jadi, tidak wajar memasukkan muzik ke dalamnya. Tapi pandangan saya, apa jua dakwah yang kita sampaikan, iman, akidah dan akhlak harus dijaga terlebih dahulu. Zikir bukan setakat boleh dialunkan dalam masjid malah ia juga sesuai dimainkan di dalam kereta atau di mana jua.

"Saya paling tersentuh apabila seorang pakar mata mengaku bahawa lagu-lagu dalam album saya dijadikan muzik terapi semasa pembedahan mata dijalankan," katanya.

Album Zikir Terapi 2 itu juga bakal dimainkan di dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai 'boarding song' bagi destinasi menuju ke tanah suci Mekah apabila tiba musim haji nanti.

"Saya tak pernah sangka usaha saya ini dapat dimanfaatkan untuk pelbagai sudut. Dulu tujuan saya hanya untuk menggalakkan orang berzikir. Sekarang, ia mampu jadi peneman dan penenang untuk ramai orang," kongsi Hafiz yang mudah tersenyum saat diusik soal pengganti apabila wanita yang diminatinya bakal berkahwin tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Arteffect International itu selesa mengaku sedang tertarik pula terhadap seorang gadis yang baru beberapa bulan dikenalinya. Tidak mahu memikirkan soal jodoh secara terburu-buru, Hafiz berkata:

"Setakat ini baru dalam fasa suka. Kalau betul-betul sudah serius, siapa yang tidak mahu kahwin. Saya pun nak kahwin macam orang lain juga."

Gadis dibogel sebelum gambar diambil

Posted: 10 Aug 2013 08:31 PM PDT

Kuching: Seorang gadis bukan saja dibelasah dengan batang besi, malah gambar separuh bogelnya dirakam pemilik sebuah rumah sewa apabila dituduh mencuri dalam satu kejadian di Bandar Baru Batu Kawa di sini, semalam.

Perbuatan melampau lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikatakan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mangsa yang dituduh mencuri barangan dalam rumah sewa berkenaan.

Mangsa yang berusia 21 tahun dan berasal dari Sibu itu dimalukan lelaki terbabit di depan beberapa lelaki lain termasuk rakan lelaki mangsa sendiri apabila pakaiannya dilucutkan secara paksa sehingga separuh bogel sebelum gambarnya dirakam.

Menurut sumber, mangsa dikatakan tiba di bandar raya ini dua minggu lalu untuk mencari pekerjaan sebelum bertemu rakan lelakinya yang berusia 20-an di Malihah.

"Mangsa kemudian ditawarkan pekerjaan di sebuah kedai kopi dekat MJC Batu Kawah dan memutuskan untuk tinggal berhampiran tempat kerjanya dengan menyewa sebuah rumah sewa.

"Pemilik meminta gadis terbabit membersihkan rumah terlebih dulu sebelum masuk. "Namun, tidak berapa lama kemudian, lelaki itu berang apabila mendapati beberapa barang dalam rumah itu hilang lalu memanggil mangsa.

Sumber : HMetro

Aksi tak senonoh wanita di sebuah rumah terbuka

Posted: 10 Aug 2013 06:30 PM PDT

Gambar hiasan
Kebuluq sangat dah ka? Adab pi mana? Bukan tak boleh, tapi nampak loqlaq...bangsa apa ni?

UCA Sibu akan mengadakan satu perjumpanaan bagi membincangkan beberapa tindakan yang kurang enak beberapa wanita Cina yang hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidifitri dengan bekas-bekas kosong untuk mengisi makanan yang dihidangkan pada majlis tersebut.

Presidennya, Ting Huat Chie memberitahu the Star, UCA amat kecewa dan malu dengan tindakan beberapa orang wanita yang dilihat mengambil kesempatan ke atas kemurahan hati tuan rumah.

The Star

FC Barcelona hanya mampu jaring 3 gol atasi Malaysia

Posted: 10 Aug 2013 05:12 PM PDT

SHAH ALAM: Kelab sensasi Sepanyol, FC Barcelona mengalahkan Malaysia XI 3-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

FC Barcelona mendahului 2-1 pada separuh masa.

Penjaring tunggal Malaysia menerusi Amri Yahyah pada minit ke-40' manakala FC Barcelona menerusi Cesc Fabregas (34'), Neymar (42'), Gerard Pique (74').- Bernama

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 11 Aug 2013 03:08 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


SALAM EID MUBARAQ

Posted: 10 Aug 2013 06:37 PM PDT

KNKB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh pengunjung laman ini.

Insyaallah KNKB akan teruskan posting terkini setelah mood raya beransur lupus dan mood menulis beransur kembali.

Salam aidilfitri.

Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Aug 2013 01:28 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Dato Rahman Dahlan Umum Bertanding AMT Umno.

Posted: 11 Aug 2013 10:09 AM PDT

SESUAI dengan janji beliau semalam kepada AYT, bahawa beliau akan mengumumkan dalam masa 24 jam apakah beliau akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno, sepertimana disarankan sebelum ini melalui blog ini; berikut adalah pengeumuman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.


PENCALONAN UNTUK MASA DEPAN

Selepas berfikir panjang dan membuat pertimbangan menyeluruh, saya dengan rasa rendah diri mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO, pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Sesungguhnya, saya percaya masanya sudah tiba bagi saya mengambil langkah penting itu dan menyertai percaturan ini.

Setiap anggota parti boleh melihat sendiri perkembangan UMNO sejak ia ditubuhkan hingga ke kedudukan sekarang, sebagai parti paling kukuh dalam sejarah tanah air, selain diiktiraf sebagai satu daripada parti demokratik paling berjaya di dunia.


Diakui, kita mempunyai perspektif tersendiri terhadap parti ini, bergantung kepada sumbangan kita selama ini dan apa yang dicapai sepanjang tempoh 67 tahun lalu.

Apa sekalipun tanggapannya, kawan dan lawan tidak boleh menafikan parti keramat ini memberi kestabilan politik dan pencapaian ekonomi memberangsangkan buat Malaysia.

Pun demikian, walau sehebat dan setinggi mana sekalipun pencapaian UMNO setakat ini, saya percaya masa depannya perlu dicorakkan dengan idea serta pendekatan baru.

Dinamik politik Malaysia mempengaruhi banyak perubahan dan membawa bersama pelbagai cabaran unik yang perlu ditangani dengan langkah berani. Pola pengundian dalam dua pilihan raya umum lalu menyedarkan kita mengenai hakikat cabaran baru serta unik yang sedang dihadapi.

Harus diingat, UMNO pernah berdepan banyak cabaran hebat sebelum ini dan dalam setiap keadaan, parti keramat ini tampil lebih kukuh dan matang. Saya penuh yakin UMNO juga akan melepasi cabaran yang dihadapi kini seperti mana sebelum ini.

Seperti mana rakan lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti akan datang, kehadiran saya bukan sekadar untuk mengisi jawatan. Saya nekad dalam memastikan UMNO kekal sebagai pilihan utama pengundi, terutama generasi muda yang mewakili sebahagian besar kumpulan pengundi. Justeru, pengalaman saya sebagai pengasas bersama Kelab UMNO ketika menjadi pemimpin pelajar di seberang laut, bekas Ketua Pemuda MNO bahagian dan bekas Setiausaha Pemuda UMNO, memberi saya kelebihan untuk membantu parti menawan semula sokongan generasi muda yang amat besar kepentingannya.

Sebagai Setiausaha Barisan Nasional Sabah dan Ahli Parlimen Kota Belud, kerusi Majlis Tertinggi akan membolehkan saya membantu dalam membentuk aspirasi serta visi UMNO di kalangan masyarakat terbanyak.

Akhir kata, mengimbau tahun demi tahun, kedudukan UMNO Sabah tampil semakin kukuh, besar dan inklusif. Peluang berkhidmat untuk parti dan negara adalah penghormatan besar bagi seorang ahli politik dari Sabah seperti saya.

Terima kasih.

Dato' Abdul Rahman Dahlan

Pemilihan AMT Umno Ditangguh ke 19 Oktober

Posted: 11 Aug 2013 12:15 AM PDT

Umno menganjak tarikh akhir mesyuarat cawangannya dan menetapkan tarikh baharu untuk persidangan peringkat bahagian, tiga sayap, hari penamaan calon dan pemilihan parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima permintaan daripada cawangan dan bahagian.

Mereka mencadangkan demikian kerana mesyuarat cawangan berlangsung semasa Ramadan dan Syawal, manakala pada bulan Oktober ini yang diperuntuk bagi persidangan bahagian dan pemilihan parti, menyaksikan kunjungan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara ini, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata susulan itu, pengurusan Umno bersetuju tarikh akhir mesyuarat cawangan dilanjut kepada 15 Sept daripada 31 Ogos sebelum ini, manakala persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dianjak daripada 5 kepada 19 Okt.

Tarikh pendaftaran calon MT pula diubah daripada 7 kepada 28 Sept, manakala penamaan calon untuk tiga sayap akan diadakan pada 21 Sept.

Persidangan tiga sayap yang dijadualkan pada 28 Sept dianjak kepada 12 Okt, kata Tengku Adnan.

"Pihak pengurusan Umno sudah memaklumkan kepada anggota MT berkenaan perkara ini," katanya.

Sebanyak 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian.- Bernama

Cucu Tok Selampit

Posted: 11 Aug 2013 01:25 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Tahniah Ustaz Dr Zaharuddin Kerana Melangsungkan Perkahwinan Buat Kali Kedua

Posted: 11 Aug 2013 08:20 AM PDT


CTS ucapkan selamat mendirikan rumahtangga buat tokoh agama terkenal, Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, seorang penceramah ternama dan terkenal dengan ruangan blog beliau, zaharuddin.net, yang melangsungkan ijab kabul buat kali kedua. Khabarnya isteri pertama beliau yang tolong carikan calon isteri buat beliau. 

Bekas Mufti Perlis, Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin, turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah di dalam laman sosial Twitter beliau. Kita doakan kedua-dua perkahwinan Ustaz Dr Zaharuddin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap dapat jadi contoh buat isteri-isteri diluar sana, hehehe.

Gempaq!!! Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua Bersama Jejaji Dan Fasha Sandha

Posted: 11 Aug 2013 12:01 AM PDT

Tabik spring CTS dengan kedua-dua artis, Nora Danish dan Fasha Sandha yang masih mempunyai hubungan yang baik walaupun salah seorang daripadanya tidak lagi memiliki jejaka idaman mereka, Jejai. Kehadiran Nora Danish ke rumah mertuanya di Ipoh, Perak patut diberi pujian. 

Ternyata tiada amarah dan dendam di hati. Malah kelihatan anak-anak mereka juga turut mesra di antara satu sama lain. Bertuah sungguh Jejai. Gambar-gambar di bawah sebagai bukti betapa eratnya perhubungan mereka.








Video Penghinaan Ke Atas Islam - Surau Dijadikan Tempat Sembahyang Penganut Buddha cc. DS @Zahid_Hamidi

Posted: 10 Aug 2013 10:08 PM PDT

Dimohonkan agar pihak yang berkuasa tenpatan dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat kejadian yang amat menghina umat Islam seperti video di bawah. Binaan seperti surau dijadikan tempat untuk penganut-penganut agama Buddha untuk bersembahyang. Di dalam "surau" berkenaan tergantung kalimah syahadah orang-orang Islam. Ukiran di cermin "surau" juga turut memaparkan seni khat kalimah ayat-ayat suci Al Quran. Kejadian berlaku di Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.



THE FLYING KICK

Posted: 11 Aug 2013 01:11 PM PDT

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Aug 2013 11:24 AM PDT

PEJUANG BANGSA


ANTARA TRANSFORMASI KEBEBASAN HAK ASASI ATAU KESELAMATAN AWAM @Zahid_Hamidi

Posted: 11 Aug 2013 10:30 AM PDT




MINGGUAN: Orang ramai semakin bimbang dengan kejadian tembak yang boleh dikatakan berlaku setiap hari, apakah punca kepada perbuatan jenayah tersebut?

AHMAD ZAHID: Secara holistik dan statistik jenayah menurun, tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks. Faktor utama peningkatan jenayah berat adalah disebabkan penjenayah yang dulu ditahan di Penjara Simpang Renggam dibebaskan berikutan penghapusan Ordinan Darurat (EO).

Faktor kedua, mereka yang dilepaskan dari tahanan itu mempunyai pengikut tegar. Mengikut perkiraan Polis Diraja Malaysia (PDRM), daripada 2,600 orang yang dilepaskan, mereka mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang kanan ertinya, telah ada 26,000 bersama dengan masyarakat. Orang kanan ini juga mempunyai orang kanan mereka sekurang-kurangnya 10 orang, ertinya ada 266,000 orang.

Faktor ketiga, ialah dari segi kecanggihan aset dan peralatan PDRM yang harus diselaraskan apabila EO dan Akta Kediaman Terhad tidak ada. Jumlah anggota polis dan aset mesti ditambah, tetapi ia belum dapat dilaksanakan.

Faktor keempat ialah pencegahan di mana kita harus melakukan kempen kesedaran lebih luas lagi, itulah sebabnya Jabatan Pencegahan Jenayah diwujudkan dan lain-lain badan pencegahan jenayah ditambah. Keempat-empat faktor ini menyumbang ke arah berlakunya jenayah berat.

Pelbagai pihak khususnya pembangkang bimbang berlaku penyalahgunaan kuasa oleh PDRM apabila kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan memberikan apa juga kemudahan kepada pasukan itu dalam memerangi jenayah, apa komen Datuk Seri?


AHMAD ZAHID: Dalam empat akta yang dihapuskan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat, kuasa penahanan terletak di bawah Menteri Dalam Negeri. Ertinya kebimbangan penyalahgunaan kuasa itu kerana Menteri Dalam Negeri begitu berkuasa. 

Bagaimanapun dalam akta yang akan diwujudkan bagi menggantikan keempat-empat akta itu menyatakan kuasa tersebut boleh diberikan kepada anggota panel dan ia tidak melibatkan mana-mana ahli politik yang menjadi menteri.

Ertinya, anggota-anggota panel ini boleh terdiri daripada ahli-ahli profesional sama ada dalam kalangan anggota polis, hakim atau Jabatan Peguam Negara. Ia bukannya diletakkan atas nama kapasiti individu tetapi atas nama jawatankuasa yang akan membuat penilaian.

Sebelum ini pembangkang merupakan kelompok paling lantang mahu keempat-empat akta itu dihapuskan tetapi sekarang apabila kerajaan mahu mewujudkan akta baru mereka tidak setuju, bila terjadi kejadian jenayah mereka salahkan kerajaan pula?

AHMAD ZAHID: Saya fikir cadangan yang dibuat oleh pembangkang bersifat positif dan transformatif tanpa mereka mengetahui implikasi apabila semua cadangan itu dilaksanakan melalui transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Maksudnya, sejauh manakah persediaan kita dari segi langkah pencegahan termasuk bagaimana hendak menangani tahanan yang dibebaskan dari Simpang Renggam. Mereka sekarang berada 'di pasaran', soalnya apa sumbangan pembangkang?

Mereka tidak berasa bertanggungjawab apabila berlaku jenayah sebaliknya meletakkan kembali kesalahan itu kepada kerajaan atau pihak berkuasa. Mereka tidak akan berasa bersalah jika ada yang terbunuh kerana penjenayah yang dibebaskan mahu membalas dendam kepada saksi, pembangkang juga tidak berasa sedikit terusik jika ada sebarang kelemahan pelaksanaan undang-undang kerana beranggapan ia tanggungjawab kerajaan.

Dalam keadaan ini, jangan terperangkap dengan taktik pembangkang, seolah-olah cadangan itu baik tetapi akhirnya cadangan tersebut memerangkap kerajaan sendiri.


Kalau begitu keadaannya adakah mereka akan menerima akta baru yang akan diwujudkan?

AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir mereka akan terima. Contohnya, mereka juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi akhirnya mereka juga mengatakan dakwat kekal itu tidak boleh digunakan kerana tidak cukup kekal. Oleh itu, jika kita berilah layanan kepada tuntutan mereka, kita akan terperangkap.


Ketika ini tindakan menghina orang Melayu dan umat Islam semakin meningkat pada pandangan Datuk Seri apakah ia akan berterusan?


AHMAD ZAHID: Saya bersetuju dengan transformasi terutama apabila ia memberikan kebebasan bersuara, kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan media. Tetapi kita ada acuan dan kita ada batas, adakah kita telah bersedia mendidik masyarakat ke arah itu? Pada masa ini, kita boleh melihat bagaimana sebahagian mereka menggunakan apa sahaja medium untuk melahirkan pendapat biar pun ia menggunakan istilah yang jijik dan kotor, persoalannya adakah itu satu tindakan beretika, sedangkan undang-undang persuratkhabaran diwujudkan kerana mahu menjaga etika.

Akta Hasutan dilakukan kerana mahu menjaga etika, ISA diadakan kerana mahu menjaga etika bagi mewujudkan keharmonian sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Oleh itu apabila undang-undang sedia ada dihapuskan, maka akta baru tidak boleh diwujudkan dengan hanya melihat aspek-aspek undang-undang sahaja, sebaliknya ia harus dilihat dari segi aspek sosial budaya, geopolitik dan sosio ekonomi.

Ertinya, apakah implikasi yang berlaku selepas sesuatu undang-undang itu dihapuskan dan sejauh mana berkesannya kewujudan undang-undang lain yang dilihat tidak berbentuk pencegahan.

Salah satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat ialah bagaimana beribu-ribu laporan polis yang dibuat dalam sesuatu kes tidak diambil tindakan, adakah ini benar?


AHMAD ZAHID: PDRM melakukan siasatan tetapi kita tidak boleh mengambil tindakan kecuali dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan. Apabila undang-undang yang dulunya tidak ada lagi, kertas pertuduhan dibuat oleh pihak lain, bukan PDRM.

Kita hanya sedia kertas siasatan, banyak pihak boleh mengetepikan pertuduhan itu atas alasan kononnya kertas siasatan tidak lengkap, dari segi teknikal tidak begitu kuat dan dari sudut perundangan tidak kukuh. Oleh itu PDRM tidak harus dilihat hanya sebagai satu agensi penguatkuasaan sahaja.

Perdana Menteri meminta supaya penyelarasan dilakukan ke atas semua agensi yang terlibat dalam penguatkuasaan untuk bekerjasama.

Jadi dalam hal ini pada pandangan saya masih belum terlambat kalau kita melihat semula segala perubahan perundangan dan bentuk tindakan. Bagi saya, masyarakat akan mengambil sedikit masa untuk melalui proses kematangan di dalam transformasi yang dilaksanakan kerajaan.


Sekarang ini wujud persepsi bahawa bukannya orang awam takut kepada polis tetapi polis takut kepada orang awam, apakah persepsi ini betul?


AHMAD ZAHID: Saya fikir 'gigi' polis agak kurang tajam sekarang sebab dulu kuasa mereka diperkukuhkan dengan undang-undang. Dalam hal ini apabila sebarang tindakan pencegahan perlu melalui proses mahkamah, maka bukan soal siapa takut kepada siapa tetapi soal yang sedang dihadapi masyarakat ialah bahawa mereka lebih bebas berbanding dengan dahulu.

Inilah yang dikehendaki oleh pembangkang apabila masyarakat merasakan bahawa kebebasan dan hak asasi manusia lebih utama daripada soal keselamatan dan ketenteraman awam.

Berikutan undang-undang yang dilihat semakin longgar, apakah kesannya jika tindakan seperti penghinaan dan perkauman berterusan?


AHMAD ZAHID: Saya tidak fikir Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) telah menjadi alternatif kepada beberapa undang-undang terdahulu tetapi undang-undang adalah ciptaan manusia, tentulah ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Oleh itu mungkin dalam sidang Dewan Rakyat akan datang, ada beberapa klausa yang perlu diperkukuhkan dalam SOSMA. Begitu juga apabila Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Unsur-unsur yang berbentuk penguatkuasaan boleh dilakukan biarpun undang-undang pencegahan tidak dapat dibuat seperti dahulu apabila penahanan tanpa bicara dihapuskan.

Kita akan mengambil masa agak lama untuk mendidik masyarakat kerana kita tidak boleh membandingkan negara ini dengan Amerika Syarikat (AS). Mereka menjadi sebuah negara merdeka lebih 200 tahun lalu, kita baru 50 tahun dan tidak semua yang dicipta di negara tersebut yang terbaik kerana ia hanya sesuai dengan acuan mereka, di Malaysia kita ada acuan yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Saya menasihatkan semua pihak yang mahu menggubal undang-undang memahami bahawa acuan kita sesuai untuk suasana kita.

Kerajaan berhadapan dengan pembangkang yang dikatakan mempunyai peguam-peguam yang handal, sebahagian mereka sering sahaja mengendalikan kes-kes kontroversi dan kadang kala menjadikan kes itu sebagai isu politik, apa pandangan Datuk Seri?


AHMAD ZAHID: Satu perkara yang perlu kita lihat apabila kes-kes dibawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan kerajaan menang, mereka akan anggap itu tidak adil, tetapi apabila kes yang memihak kepada pembangkang maka mereka berhujah keadilan sudah ditegakkan, apa harga keadilan sebenarnya?

Adakah kerana kemenangan itu dilihat dari segi aspek perundangan atau aspek teknikal? Bagaimana dengan harga dan nyawa yang terpaksa dibayar? Bagaimana dengan soal keselamatan yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi? Bagaimana soal jenayah berat ditanggung oleh masyarakat keseluruhan yang tidak bersalah?

Dari segi perundangan penjenayah tersebut mungkin boleh dilepaskan tetapi bagaimana kesan kepada mangsa? 

Adakah apabila penjenayah itu dilepaskan kerana telah mengupah peguam yang terbaik maka mangsa yang dibunuh, mangsa rompakan, mangsa ragut itu diadili dengan sebaik-baiknya berbanding dengan penjenayah yang dilepaskan kerana mengikut undang-undang dan hal-hal teknikal? Saya mahu tahu daripada masyarakat di manakah keadilan sekarang ini.

Adakah itu yang diperlukan oleh pembangkang dan kita ikuti, atas nama perubahan dan adakah ia memberi keadilan kepada mangsa?

Menyentuh soal keadilan, apabila berlaku kematian dalam tahanan, polis akan diserang habis-habisan tetapi apabila polis menjadi mangsa seperti mana dalam pencerobohan Lahad Datu, ia terjadi sebaliknya, kenapa ini berlaku?


AHMAD ZAHID: Yang ditahan itu adalah gangster, ahli kongsi gelap dan penjenayah tetapi yang disalahkan ialah pihak polis. Berlaku adillah kepada pihak polis. Polis boleh melakukan siasatan dengan adanya kamera litar tertutup (CCTV). Polis boleh melakukan tindakan mengikut SOP yang ditentukan dan polis boleh melakukan siasatan mengikut waktu pejabat, tetapi adakah itu cukup berkesan?

Walaupun saya bukan pakar undang-undang tetapi saya melihat sesuatu tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dari segi logik berdasarkan kepada pengalaman mereka yang terdahulu dan situasi semasa. Kalau masyarakat merasakan sesuatu tindakan oleh polis agak lambat, mereka menyalahkan pasukan itu, tetapi kalau penjenayah bertindak ke atas polis, pihak polis juga disalahkan, jadi saya fikir keadilan perlu diberikan kepada pihak polis.

Ketegasan Datuk Seri menerajui Kementerian Dalam Negeri nampaknya tidak disenangi pembangkang sehingga mereka mula melaksanakan pelbagai serangan ke atas Datuk Seri?


AHMAD ZAHID: Saya tidak peduli sebarang serangan oleh pembangkang. Saya merasakan bahawa ini adalah amanah Allah SWT kepada saya apabila Perdana Menteri memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Dalam Negeri.

Saya tidak mahu apabila saya tidak lagi memegang jawatan ini apatah lagi kalau saya telah meninggal dunia, kubur saya akan dilempar najis kerana tidak dapat menyelamatkan masyarakat. 

Saya tidak mahu itu berlaku justeru selagi saya masih hidup dan diberikan tanggungjawab oleh Perdana Menteri maka saya mahu menterjemahkan bahawa saya seorang menteri yang benar-benar menterjemahkan segala pertanggungjawaban demi kepentingan negara dan masyarakat keseluruhannya.


HOT ! CERITA SEBENAR KONTROVERSI ISU CINA BUDDHA SEMBAHYANG DI SURAU DIDEDAHKAN !

Posted: 11 Aug 2013 09:30 AM PDT



Isu kontroversi membabitkan penggunaan upacara sembahyang agama Buddah di dalam surau akhirnya terjawab .Ikuti pendedahan MynewsHub di bawah ini 
Sila baca :

KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.


Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

"Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

"Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa," katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my


Untuk melihat video kontroversi itu : KLIK SINI

HOT ! EDITOR BENGANG BUKU PAK LAH DIPOLITIKKAN PAKATAN !!

Posted: 10 Aug 2013 07:00 PM PDT




Pelancaran rasmi buku 'Awakening: The Abdullah Years In Malaysia' telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pempolitikan dalam laporan media baru-baru ini, kata Prof James UH Chin.

James, yang menyunting buku itu bersama dengan rakan penganalisis politik Prof Bridget Welsh berkata kelewatan pelancaran itu yang pada mulanya ditetapkan pada 16 Ogos ini, bagi mengelakkan salah faham berterusan.

"Media telah tersilap dengan melabelkan buku tersebut sebagai "Buku Pak Lah". Ini tidak betul. Ia merupakan koleksi pelbagai pandangan yang kebanyakannya agak kritikal dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

James dan Welsh berkata sambutan media untuk buku itu tidak dijangka, dengan tumpuan diberikan pada "bahagian sensasi buku", terutamanya temubual yang mereka jalankan dengan Abdullah.

Mereka juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah diminta untuk melambatkan penyiaran buku, sebelum atau selepas mana-mana pilihan raya.

"Tanggungjawab kelewatan ini terletak kepada editor, kerana kita berurusan dengan banyak penerbit, percetakan dan percanggahan permintaan profesional," kata kenyataan itu.

James dan Welsh menggesa media dan komuniti blog supaya bertindak secara bertanggungjawab dan membaca buku itu sebelum membuat penilaian.

Mereka berkata buku itu terkandung perspektif daripada penyumbang daripada semua pihak dan jurang politik serta daripada pemerhati akademik.



"Kami berusaha untuk mempunyai koleksi seimbang dan sebahagian daripada keseimbangan adalah memberi ruang kepada Pak Lah sendiri untuk bercakap tentang dirinya dalam tempoh perkhidmatan beliau," kata mereka, sambil mengucapkan terima kasih kepada Abdullah kerana membenarkan wawancara eksklusif walaupun mengetahui buku itu akan mengandungi pandangan kritikal mengenai dirinya.



PAK LAH HANYA DIWAWANCARA TAPI TAK TULIS BUKU

 Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam menegaskan buku Awakening, The Abdullah Years in Malaysia bukan tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sebaliknya ia hanyalah hasil tulisan dua ahli akademik, Bridget Welsh dan James UH Chin dalam satu temu bual.

Lokman turut mendedahkan, penyebaran mesej berantai yang mengaitkan Pak Lah menjemput Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melancarkan buku tersebut adalah tidak benar.

"Jemputan itu datangnya daripada penerbit dan pemilik buku terbabit yang terkenal dengan penulisan yang lebih condong untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pimpinan Umno-BN.

"Malah buku tersebut bukan buku yang ditulis Pak Lah sebaliknya ia ditulis oleh ahli akademik dan Pak Lah hanya ditemubual dan menjawab soalan ahli akademik tersebut.

"Memang Pak Lah subjek penulisan buku tersebut, tetapi ianya bukan buku terbitan Pak Lah

"Justeru yang menjemput Nurul Izzah bukanlah Pak Lah tapi penerbit," katanya yang dipetik daripada kenyataan ringkas beliau, hari ini.

Sementara itu, status buku kontroversi terbabit turut disahkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad semalam sebagai bukan tulisan Pak Lah sebaliknya ia adalah koleksi artikel penulis berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang.

Nik Nazmi yang juga merupakan salah seorang penyumbang artikel di dalam buku tersebut berkata, buku yang disunting editor Bridget Welsh dan James UH Chin itu merupakan himpunan pandangan pelbagai pihak mengenai era pemerintahan Abdullah.

"Tema umum buku itu ialah penilaian umum dan pandangan masyarakat sepanjang pentadbiran Abdullah. Kedua-dua editor ada menemu bual sendiri beliau.

"Selain itu, buku tersebut turut memuatkan artikel daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang, ahli akademik dan sarjana," katanya.


VIDEO GOL BERHANTU AMRI YAHYAH BUAT SKUAD BARCELONA TERGAMAM DI SHAH ALAM !

Posted: 10 Aug 2013 06:06 PM PDT



Amri Yahyah sekali lagi mengukir nama bahawa adalah salah seorang  pemain lagenda  Harimau Malaya apabila sekali lagi membolosi pintu gol pasukan terbaik dunia FC Barcelona dengan penuh dramatik . Sebelum ini beliau pernah menjaringkan gol ketika skuad negara tewas 2-3  kepada Man United

Di ketika Fabregas meletakkan Barcelona di depan dengan satu gol , anak jati Tg Karang ini membuat Juara La Liga ini tergamam dengan menjaringkan gol penyamaan .

Sebenarnya pemain kita mampu memberi saingan dengan pasukan kuat tapi oleh kerana terlalu bereksprimen dalam setiapa perlawanan  oleh Rajagopal  menyebabkan skuad kita longlai .

Gandingan 2 striker kembar Amri - Mat Yo  merupakan yang terbaik untuk Harimau Malaya setakat ini...

SELAMANYA HARIMAU MALAYA ..TANAH TUMPAH DARAHKU ..




.

Pengikut