Jumaat, 8 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 08 Oct 2010 09:24 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


DAP BENTAYAN ART AND COLOURING CONTEST

Posted: 08 Oct 2010 04:28 AM PDT

YB Gwee Tong Hiang ,ADUN Bentayan,and his Liasion Committee has been very active promoting activities for children in his constituency.An Art and Colouring Contest was organized  recently at SJK(C) Chung Hwa 2A Hall.Hundreds of children took part.At the end of the art and colouring  contest , singing contest followed.

YB Dr Mohammad Taslim , ADUN Maharani, was invited as guest of honour.That is how Pakatan Rakyat represetatives work hand in hand for the people.

'Pertandingan Mewarna dan Melukis'  anjuran ADUN Bentayan.

YB Gwee in his opening speech. 

YB Dr Mohammad was honoured to speak to the crowd.
 
One for the album.
 
Photography session for  all the participants.
Tension and calm .......Waiting for the results to be announced

The winners with YB Gwee.Congratulations YB Gwee.Keep up your good work !



DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 08 Oct 2010 09:16 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


ZIKIR MATHURAT

Posted: 08 Oct 2010 04:50 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Oct 2010 09:07 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Operasi tangkap kaki judi di N.Sembilan, HOTLINE

Posted: 08 Oct 2010 01:53 AM PDT

Laporkan Maksiat di Tempat Anda

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Kaki judi ditahan
Sinar Harian 8 Okt 2010

SEREMBAN - Seramai enam lelaki kaki judi ditahan secara berasingan kerana disyaki membeli nombor ekor dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sekitar bandar Seremban dekat sini, kelmarin.

Semua mereka yang beragama Islam berumur lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam 'Ops Judi' yang diketuai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Mohd Zol Sidek.

Difahamkan, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6 petang itu, berlaku sedikit pergelutan ketika penguat kuasa cuba menahan semua kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antaranya ditahan berada di dalam premis perjudian.

"Kami turut merampas beberapa tiket perjudian dalam operasi ini.

"Semua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2003," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8265278.asp

DPPK PARIT

Posted: 08 Oct 2010 07:16 PM PDT

DPPK PARIT


Bantah konsert Adam Lambert penyanyi gay

Posted: 07 Oct 2010 11:52 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 08 Oct 2010 07:14 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Warga Lubnan Mahu Ahmadinejad Cekik Israel

Posted: 09 Oct 2010 01:59 PM PDT

KFAR KILA : Penduduk di selatan Lubnan gembira dengan kunjungan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, minggu depan bagi melawat kawasan sempadannya dengan Israel.

An explosion near Mahmoud Ahmadinejad in Hamadan, Iran

"Saya tidak sabar melihat Ahmadinejad hampir dengan kawat berduri dan tunjuk kepada Israel beliau dapat cekik mereka," kata Abdullah, dari kampung sempadan di sini, yang enggan memberi nama sebenar.

"Boleh anda bayangkan? Beliau akan berdiri kurang beberapa meter dari Israel dan itu amat simbolik," tambah Abdullah yang mengendalikan restoran di Pagar Fatima, hanya di belakang pagar sempadan antara kedua-dua negara.

Lawatan pemimpin Iran itu ke Lubnan pada 13 dan 14 Oktober ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, Michel Sleiman.

Hari pertama lawatan rasmi kunjungan itu, lawatan pertamanya ke Lubnan sejak menjadi presiden, dijangka berjalan lancar.

Pada hari berikutnya, Ahmadinejad dijangka melakukan kunjungan ke selatan ke kawasan kumpulan militan Syiah, Hizbullah, dianggap proksi Iran, yang mencetuskan perasaan tidak senang hati di negara itu.

Anggota majoriti parlimen pro-Barat Lubnan melabel kunjungan itu sebagai provokasi terutama ketika ketegangan memuncak berhubung laporan belum sah bahawa tribunal disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka mendakwa anggota Hizbullah mengenai pembunuhan Rafiq Hariri pada 2005, bapa perdana menteri sekarang.

Washington, bersama sekutunya terbabit dalam pertelingkahan panjang dengan Iran berhubung program kontroversi nuklearnya, minggu ini turut melahirkan kebimbangan dengan kunjungan Ahmadinejad, dan Israel menyamakannya dengan 'tuan tanah besar datang untuk memeriksa hartanahnya.'

Hizbullah yang disenarai hitam sebagai organisasi pengganas oleh Amerika, tidak menyediakan perincian lawatan, namun persediaan kedatangan wira itu dilakukan besar-besaran di kawasan dikawal parti militan.

Poster besar Ahmadinejad bersama mesej alu-aluan ditampal di atas jambatan sepanjang lebuh raya menghala ke lapangan terbang antarabangsa Beirut dan potretnya boleh dilihat di kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

sumber : bharian.com

Sentimen Perkauman & Agama Semakin Dibenci Oleh Rakyat

Posted: 08 Oct 2010 10:52 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 9 Okt: Sentimen perkauman dan agama yang dimainkan oleh pemimpin Umno sebenarnya telah menyebabkan parti itu semakin dibenci oleh orang Melayu dan bukan Melayu.

Saya pun lihat sedutan daripada ucapannya semasa penyerahan mok  cek bernilai RM 408 juta dan dikatakan ini adalah bayaran kedua bagi  tahun 2007/2008. Bagi orang yang tidak mengetahui apakah dia royalti  nampak ia sesuatu yang menggembirakan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohmad Sabu berkata, Umno BN semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa apabila rakyat menolak segala permainan kotor perkauman dan agama.

"Jadi, ia bukan menjadikan alasan utama Umno untuk menjadikan sentimen perkauman untuk melaga-lagakan bukan Melayu dengan orang Melayu," ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Kuala Ibai, malam tadi.

Turut berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Jelasnya, hubungan antara PAS dan DAP tiada masalah, bahkan ada di kalangan pemimpin DAP yang makan hasil 'air tangan' beliau semasa ditahan di bawah ISA di Kem Kamunting.

Tambahnya, isu perkauman yang dimainkan Umno BN adalah permainan yang amat jahat dan mampu memusnahkan keharmonian kaum di Malaysia.

Menurutnya lagi, Umno rela mengorbankan perpaduan kaum asalkan mereka terus berkuasa.

Begitupun,ujarnya Umno gagal dalam usaha mereka menaikkan kemarahan kaum, terutama dalam isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang, isu kuil di Shah Alam, isu kalimah Allah, isu doa pohon hidayah kepada Lim Guan Eng, isu ahli parlimen bukan Islam memasuki surau dan masjid serta isu wang ehsan di Pulau Pinang yang didakwa dari wang judi lumba kuda.

Sedangkan, katanya, pemimpin Umno adalah golongan yang melakukan pengkhianatan kepada Islam apabila meluluskan lesen judi, terutamanya Lesen Loteri Kebajikan Masyarakat, kasino Genting, judi lumba kuda dan lain-lain lesen judi.

sumber : harakahdaily

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 08 Oct 2010 07:11 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Hutang Depa: Kita Bayar - Depa Dah lama Kaya...

Posted: 08 Oct 2010 07:10 AM PDT

Penulis Tamu - Muhammad Sanusi Md Nor,

Akhbar Utusan Malaysia semalam menyiarkan 'cakap-cakap kosong orang politik' pemimpin UMNO Kedah yang menyerlahkan betapa singkatnya maklumat yang ada di kalangan pimpinan UMNO pertengahan. Cakap-cakap itu juga mengesahkan betapa bercelarunya 'kesatuan' di kalangan pimpinan UMNO Kedah, malah di peringkat nasional sekalipun. Banyak yang dibuat senyap-senyap di atas, hingga orang bawah yang cuba bercakap supaya nampak 'pandai' dan 'bersunggguh-sungguh membela rakyat' akan terperangkap dan memalukan diri dan parti.
.
Kenapa, Dato' Seri Shafie Apdal, sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, seorang Menteri Kabinet dan memegang portfolio Pembangunan Luar Bandar tak memberikan sebarang komen atau respon tentang isu kenaikan tariff air di Kedah? Apa dia tak mau ambil pot membela rakyat yang Kedah yang 'ditindas' kerajaan Pakatan Rakyat? Apa dia sudah meluat dengan UMNO Kedah, atau UMNO Kedah tak suka dia?
.
Jawabnya… Kerana dia tahu, kenaikan tariff itu adalah kehendak dan arahan Kerajaan Persekutuan, dibincang diluluskan dalam mesyuarat kabinet. Malah, Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Water Services Industry Act – WSIA) (Akta 654 dab 655) di buat oleh Kerajaan barisan Nasional yang memerintah Negara ini pada waktu itu – tahun 2005 & 2006. Pindaan Perlenbagaan dan kelulusan Akta-akta inilah yang menyebabkan ¾ hak kerajaan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia terhadap sumber dan perkhidmatan air negeri-negeri 'ditakluk' oleh Kerajaan Persekutuan.
.
Penaklukan ini berasaskan dua kehendak kerajaan persekutuan. Pertama memungut hutang yang menimbun sejak merdeka, kedua mengurangkan kuasa kerajaan negeri dalam sektor strategik dalam ekonomi, keselamatan, sosial dan politik. Penaklukan ini berlaku penuh strategik, seperti yang pernah dilakukan dalam sektor tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
.
Sejak 2003, pemimpin kerajaan BN di Pusat mencaturkan pindaan perlembagaan yang terjelma pada 2005 dan diwartakan pada 2006. Kelulusan ini yang menjadi sebahagian perlembagaan telah membatalkan semua Enekmen negeri-negeri berkaitan bekalan air. Asasnya... mana-mana undang-undang (Akta / enekmen / Ordinan) yang menyalahi perlembagaan, adalah terbatal!
.
Kenapa berhutang melalui pinjaman daripada pusat? Selain menyelesaikan tanggungjawab asas kerajaan menyediakan bekalan air bersih, pinjaman juga menjamin pemimpin politik kerajaan peringkat negeri menentukan siapa yang mendapat kontrak membina loji, paip, rumah pam, tangki dan semua infrastruktur air. Projek-projek ini tidak melibatkan ribuan ringgit, tetapi bermula dengan jutaan. Sewaktu Syabas mengambil alih (penswastaan) bekalan air di Selangor, mereka memperuntukan modal 30 bilion. Itupun air di Selangor masih 'berbunyi' sampai sekarang.

Tarif dipaksa dinaikkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan Jilid 54, No. 20, bertarikh 1 Oktober 2010, P.U. (A) 332 di bawah Tajuk Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi melaksanakan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 84(2)(a) dan 179 (i) Akta 655, Menteri membuat peraturan-peraturan berikut:……………. Maka, berlakulah apa yang berlaku di Kedah. Bukan sahaja Kedah, seluruh negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia, tak ada yang dapat mengelak dari mematuhi Perlembagaan Persekutuan.Warta ini boleh dibeli di Percetakan Nasional Berhad, malah dibekalkan kepada Ahli-ahli Parlimen.

Kepada rakyat Kedah, ini bukan kehendak kerajaan negeri sekarang, ini angkara hutang menimbun yang ditinggalkan oleh BN selama 50 tahun memerintah Kedah yang sebahagiannya mendatangkan untung kepada sesetengah pemimpin waktu itu dan kroni mereka. Kitalah yang terpaksa membayarnya. Inilah kepandaian BN! Ini adalah arahan kerajaan pusat yang masih diperintah oleh gerombolan ini juga….. Kalau zaman dulu, orang berhutang ni anak dara pun kena bagi .... bersambung….
.
Esok: Air untuk rakyat Lawan Besi untuk Kroni… BN pilih besi!
p/s: Khabarnya SPRM dan mulakan siasatan...wait and see

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 08 Oct 2010 07:05 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


DAP Anti Islam?

Posted: 08 Oct 2010 07:00 PM PDT

Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya DAP anti Islam, Dato' Seri Hishamudin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mestilah mengambil tindakan.

"Kalau DAP anti Islam, kita semua sudah masuk dalam penjara, oleh kerana Islam agama rasmi (dalam perlembagaan), (Dato' Seri) Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan, tetapi kita tahu ia (DAP anti Islam) tidak benar,

"tetapi dia (Hishamuddin) benarkan Umno Besut mengadakan ceramah yang begitu tidak bertanggungjawab,"jelasnya.

Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dailog Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat yang diadakan disebuah hotel di Terengganu semalam 8 Oktober.

Menurutnya sikap Hishamuddin membenarkan ceramah itu diadakan menunjukkan beliau bukan seorang yang mempunyai prinsip

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Umno begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan isu perkauaman dan isu sensitif.

Katanya, politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Dan, ini adalah cara politik yang berbahaya, satu politik terdesak (desperado), Umno begitu terdesak sehingga rela untuk merosakkan keharmonian negara kita,

"ini (DAP anti Islam) tidak benar, ini satu fitnah dan dusta,"tegasnya.

Sekitar Sambutan Raya JPD

Posted: 08 Oct 2010 06:48 PM PDT

Lainlain gambar > jma@tekali Photography

Meraikan Jemaah Haji

Posted: 08 Oct 2010 05:58 PM PDT

Lain-lain gambar disini -> jma@tekali Photography

Khalid Samad

Posted: 08 Oct 2010 07:03 PM PDT

Khalid Samad


Montaj Sambutan Hari Raya Ahli Parlimen Shah Alam & Pas Kawasan Shah Alam

Posted: 08 Oct 2010 12:19 AM PDT



-Pejabat YB Khalid Samad-

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Oct 2010 03:24 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


RUPANYA KESALAHAN JENAYAH TUKAR AKUAN SUMPAH

Posted: 07 Oct 2010 07:42 PM PDT

Majlis Peguam Malaysia menegaskan  adalah satu kesalahan jenayah untuk mana-mana individu menukar akuan bersumpah yang  dibuat secara sukarela.

Presidennya Ragunath Kesavan mengulas tindakan  bekas pembantu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, yang semalam menukar kenyataan bersumpahnya dua tahun yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor, kepada tuduhan fitnah liwat yang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahimi mendakwa beliau dipaksa membuat dua akaun bersumpah itu namun peguam-peguam terbabit Latheefa koya dan Saiful Izham menafikan sebarang paksaan dikenakan ke atas bekas pembatuan anwai itu.

"Kalau individu itu secara sukarela buat akuan tersebut, dan kemudiannya beliau menukarnya pula, maka dia sudah melakukan kesalahan kerana dia telah membuat akuan bersumpah yang tidak betul," kata Ragunath.

Ragunath menegaskan bahawa tindakan menukar akuan bersumpah akan hanya menjejaskan kredibiliti individu tersebut kerana dia secara tidak langsung membuktikan bahawa dia memberi sumpah yang tidak benar.

"Itu bermakna keterangan yang dia bagi selepas ini tidak lagi kuat," jelas Ragunath dengan nada bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengambil tindakan terhadap peguam Latheefa Koya yang dituduh Rahimi memaksa beliau untuk menandatangi akuan bersumpah yang mengaitkan Najib dan Rosmah kepada Saiful Bukhari Azlan.

Ragunath berkata tiada tindakan akan diambil selagi tidak ada laporan khusus dibuat terhadap Latheefa Koya kepada Majlis Peguam.

"Pada peringkat ini, hanya tuduhan sahaja. Kalau ada laporan lanjut dibuat, maka pihak kami akan mempertimbangkannya. Setakat ini tiada laporan dibuat,"

kHALWAT : INGAT PESANAN HAKIM MAHKAMAH SYARIAH INI

Posted: 07 Oct 2010 05:40 PM PDT

Kepada masyarakat melayu 'Islam' yang gemar melakukan khalwat atau perbuatan tidak bermoral ... khususnya kepada yang dan berkahwin pulak punyai anak, ingatlah pesan hakim Mahkamah Tinggi Syariah ini. Saya petik:


[HM] PUTRAJAYA: "Berdasarkan undang-undang Islam, kamu berdua wajib direjam sampai mati, bagaimanapun negara kita tidak melaksanakan undang-undang berkenaan.


"Tetapi, kamu kena ingat hukuman tetap akan ditentukan di mahkamah Allah iaitu di hari akhirat kelak, melainkan kamu betul-betul bertaubat dengan taubat nasuha," kata Hakim Syarie Nasir Abdul Aziz di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Nasir berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap seorang lelaki dan wanita yang dituduh berkhalwat 1 September lalu pada jam 2.49 petang di Blok C-T14-UO8, Parcel 15-12A, Presint 15, di sini.


Hukuman terbabit dijatuhkan Nasir apabila tertuduh, Nur Hafidh Mansor, 27, dan pasangannya Badauyah Abdul Rahim, 27, mengaku bersalah kerana berkhalwat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapannya.


Kedua-dua mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai anak menundukkan kepala serta kelihatan tenang ketika hukuman dibacakan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27 (a)& (b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 dan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Nasir berkata, tindakan pasangan itu menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan, malah masing-masing sudah mempunyai keluarga dan perbuatan itu juga mencemar ikatan perkahwinan kerana berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.


"Saya amat sedih dengan perbuatan pasangan ini kerana ia berlaku pada Ramadan...bulan yang sepatutnya umat Islam memperbanyakkan amalan kerana Allah menjanjikan lebih banyak pahala kepada umatnya.


"Lebih-lebih lagi pasangan sudah berkahwin dan ada tanggungjawab masing-masing. Malah, ia berlaku di kuarters kerajaan yang disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mereka supaya lebih dekat dengan tempat kerja," katanya sambil menggelengkan kepala.


Mengikut fakta kes, sepasukan anggota Penguat kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak menjalankan pemeriksaan hasil aduan awam mengenai kes khalwat di rumah terbabit.- Hayati IbrahiM

KAJIAN UIAM, SOKONGAN BN MENINGKAT... PR KENE AMBIL PERHATIAN

Posted: 07 Oct 2010 05:35 PM PDT

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada akhir-akhir ini semakin meningkat berbanding semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu, demikian menurut kajian isu semasa terbaharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Berdasarkan kajian tersebut, populariti BN meningkat empat peratus iaitu 55 peratus berbanding 51 peratus semasa Pilihan Raya Umum 2008, manakala hanya 37 peratus rakyat Malaysia sanggup mengundi pakatan pembangkang, penurunan sebanyak 12 peratus daripada 49 peratus dalam tempoh yang sama.

Lapan peratus daripada sejumlah 1,367 responden dalam kajian itu menyatakan mereka tidak pasti memilih parti mana sekiranya pilihan raya umum diadakan esok.

Kajian yang sama juga dilakukan pada Ogos 2009 dengan jumlah responden seramai 1,458 orang.

Menurut kajian, sokongan orang Melayu terhadap BN meningkat tiga peratus iaitu daripada 58 peratus pada Ogos 2009 kepada 61 peratus pada Ogos 2010.

Sokongan kaum Cina terhadap BN masih rendah tetapi menunjukkan peningkatan dua peratus daripada 40 peratus kepada 42 peratus dalam tempoh yang sama.

Bagaimanapun, sokongan kaum India menurun daripada 63 peratus kepada 59 peratus. Ini kerana 14 peratus kaum India memilih untuk tidak memilih mana-mana parti.

Kajian ini dilakukan dari 1 hingga 18 Ogos 2010 di seluruh negara untuk mengetahui pandangan responden berumur 21 tahun ke atas mengenai isu semasa.

Seramai 1,367 responden dari kaum Melayu/Bumiputera, Cina, India dan lain-lain di seluruh negara ditemubual bagi mewakili pendapat umum.

Kajian Isu Semasa ini diketuai Azrul Hisyam Wakichan dan diselia Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi, Kulliyyah Ilmu Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid.

Kaedah persampelan digunakan dalam kajian ini iaitu memilih sebahagian kecil dari penduduk mewakili seluruh penduduk di sesuatu kawasan.

Jumlah responden ditentukan mengikut kelompok daerah, dan ditetapkan mengikut kepadatan penduduk, komposisi kaum, lokasi, kategori umur dan juga jantina.

Kaedah temu bual bersemuka dengan responden digunakan dengan mengemukakan satu set soal selidik untuk dijawab dalam masa antara 25 hingga 45 minit.

Mengikut kajian, peningkatan populariti BN didorong beberapa faktor termasuk keberkesanan pelaksanaan program oleh kerajaan dan rakyat melihat BN sudah mulai pulih dari kemelut masalah dalaman yang dihadapi terutamanya oleh parti-parti komponen.

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyumbang kepada peningkatan populariti BN.

Penurunan populariti pakatan pembangkang, menurut kajian itu, disebabkan faktor-faktor seperti pergeseran sesama anggota parti dan antara parti komponan dan kegagalan menunaikan janji-janji pilihan raya. – Bernama

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 08 Oct 2010 03:16 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


MENGGALAS AMANAH DI PRK GALAS

Posted: 07 Oct 2010 09:06 PM PDT

Berikutan dengan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Galas, Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan DUN untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November 2010.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di DUN Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di DUN Galas.

Saya menyeru kepada seluruh ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas dari Pakatan Rakyat yang berada di seluruh negara dengan kepakaran yang berbagai itu supaya dapat turun ke DUN Galas, Kelantan untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di DUN Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti. Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi.

Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerakerja yang kemas, serta kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun. InsyaAllah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 08 Oct 2010 03:14 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Sekilas...tak rela...

Posted: 07 Oct 2010 08:22 PM PDT

Sekilas ikan di air, dah tahu jantan betinanya

INI BUKAN BANGLA - INI RELA

nota:
pemikiran bertambah beku
bila memakai uniform
undi pos pun akan sampai

KOMPENI ASKAR WATANIAH DITUBUH DI 172 KAWASAN PARLIMEN
- melayau

Perancangan untuk mewujudkan satu kompeni askar wataniah (Baca komponen cawangan Umno) di semua 222 kawasan Parlimen hampir mencapai sasaran apabila 172 kawasan telah diisi dengan pasukan itu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Ismail Ahmad berkata, kementerian itu menjangkakan askar wataniah akan ditempatkan di baki 50 kawasan lagi menjelang tahun hadapan demi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kementerian itu iaitu 66,600 anggota dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Dengan pencapaian ini, kita sebenarnya sudah mencapai 50 peratus sasaran yang ditetapkan dan kini fokus kita adalah di Sarawak dan Perak," katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Pada 13 April tahun lepas, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penubuhan satu kompeni askar wataniah di semua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan negara.

Pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun (untuk setiap kawasan Parlimen) yang terdiri daripada pelbagai kaum.

DENGAN INI MAKA BERTAMBAH 66,600 UNDI POS

UNTUK MEMASTIKAN PAKATAN RAKYAT KALAH

nota:
ini top up untuk kawasan kawasan
dimana gerombolan menang atau kalah
dengan jumlah yang sedikit.

dah lupa? kalau pilihanraya boleh mengubah sesuatu
pasti pilihanraya telah lama di haramkan

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Oct 2010 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT MALAYSIA MALANG LAGI ! MENTERI TAK ADA GIGI?

Posted: 08 Oct 2010 12:19 AM PDT

Apa guna kalau ada menteri pengguna begini, beliau pula siang-siang atau mula-mula dah mengeluh harga susu akan naik. Beliau kata tak boleh elak. Kalau dah menteri yang ada kuasa kepada harga barangan pengguna dah menyerah kalah begini bagaimana pula pengguna yang terdiri dari rakyat yang miskin dan sederhana? Apa kuasa yang mereka ada? Merungut?Berdemo? Pulaukan? Sepatutnya Menteri cuba tangguhkan sehingga awal tahun depan bukan menyerah sebelum berjuang.

Kenaikan harga susu tak dapat dielak – Ismail Sabri

SEREMBAN 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya meningkat di pasaran dunia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.

"Kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

"Biasalah, apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga yang lebih tinggi. Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan di Seremban 2 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga tepung susu tanpa lemak yang merupakan bahan mentah tenusu utama dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) satu tan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) satu tan metrik dalam suku keempat tahun lepas.

RELAKS LA PENGARAH TEKUN , KESALAHAN BELUM DISABIT

Posted: 08 Oct 2010 12:15 AM PDT



BEKAS pengarah Tekun Nasional Pulau Pinang, Sabaruddin Md Hashim (kanan), hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan pecah amanah kerana mengeluarkan tiga keping cek bernilai RM2,955.15 setiap satu di atas nama isterinya Noorhayati Othman pada 2008.

Aksi kantoi, nak bersembunyi belakang bini tapi takdan lepas...Eh! nak malu apa pulak bang, masih tak salah kan, mahkamah belum putuskan bersalah walaupun duit tu dah telan! He! He! -ek-ele

MUJUR BETA CACAT !

Posted: 07 Oct 2010 05:38 PM PDT

NASIB BAIK BETA CACAT ...!

Pada suatu hari, seorang raja telah pergi berburu dengan seorang pengikut setianya. Si raja telah berjaya memanah seekor kijang. Lalu si raja memerintahkan pengikutnya menyembelih kijang tersebut.

"Ampun Tuanku ... patik tak sampai hati ... kesian Tuanku". Jawap pengikut tadi.

"Tak boleh harap ..." bentak sang raja lalu bergegas menyembelih kijang tersebut dengan di bantu oleh pengikutnya. Entah di mana silapnya, sebatang jari hantu si raja telah terputus.

"Alhamdulillah" ucap pengikutnya.

Apa lagi si raja pun teramatlah murkanya. "Ada ke patut jari beta terputus, engkau mengucap Alhamdulillah". Sergah raja tersebut.

"Balik ke istana nanti, akan beta sumbatkan engkau ke dalam penjara ..." sambung raja tersebut sambil menahan marahnya.

Lalu di sambut oleh pengikut tadi dengan ucapan "Alhamdulillah" .

Dalam hati raja berkata,

" otak budak ini dah tak betul agaknya."

Di pendekkan cerita si pengikut raja tadi pun di masukkanlah ke dalam penjara setibanya di istana.

Selang beberapa hari, setelah jari hantu raja itu sembuh, baginda pun sekali lagi pergilah berburu. Memang hobi dia berburu. Kali ini baginda pergi seorang diri.

"Ada pembantu pun, bukan boleh diharap" fikirnya.

Jalan punya jalan di dalam hutan, baginda telah di tangkap oleh puak yang makan orang, untuk di jadikan korban kepada tuhannya. Sebelum raja tersebut di sembelih, ketua puak tersebut telah menyuruh orang-orangnya memeriksa kalau-kalau ada kecacatan pada tubuh badan raja tersebut.

"Tok, ada sebatang jarinya cacat ... tinggal sekerat sahaja" beritahu salah seorang anak buahnya.

"Lepaskan dia" arah ketua puak tadi "mengikut ajaran datuk nenek kita, orang yang hendak di jadikan korban hendaklah sempurna sifatnya" terang ketua itu tadi.

"Alhamdulillah" tiba-tiba terpacul keluar kalimat tersebut dari mulut si raja dan tiba-tiba dia teringat dan merasa bersalah kepada pengikut yang di penjarakannya. Si Raja tadi pun berlarilah balik ke istana, bimbang ketua puak tadi berubah fikiran.

Sesampainya di istana lalu di titahkan baginda supaya pengikut yang di penjarakan itu di bawa menghadapnya.

"Maafkan beta" katanya kepada pengikut tersebut yang berdatang sembah.
Dan baginda terus menceritakan apa yang telah terjadi kepadanya.

"Alhamdulillah" sahut pengikut tersebut.

"Eh ... beta yang tak kena sembelih, kenapa engkau pula yang mengucap Alhamdulillah" tanya si Raja kehairanan.

Lalu di jawab oleh si pengikut " Ye lah Tuanku, kalaulah patik bersama tuanku pada hari itu, patiklah yang kena ganti Tuanku sebab patik tidak ada cacat di mana-mana".

Dengan spontan si Raja menjawab "nasib baik beta cacat!"


*intipati kisah seperti di ceritakan oleh seorang Ustaz dalam satu kuliah subuh yang KOMENSEN hadiri.

POLIS WAJAR GALAS TUGAS IKUT LUNAS

Posted: 07 Oct 2010 05:16 PM PDT

Teman juga harap pihak polis akan memertabatkan kewibawaan Polis dengan sebaik mungkin apabila melakukan arahan politik atasan dengan merujuk semula kepada lunas undang-undang dan hak asasi manusia dan hak rakyat.
KOTA BHARU, 7 Okt - Pada umumnya pandangan masyarakat terhadap insitusi Polis Diraja Malaysia masa kini semakin pudar akibat terlalu banyak campur tangan kerajaan terutamanya apabila berkaitan dengan pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, demikian dijelaskan oleh Prof.Dr.Abdul Aziz Bari ketika ditemui di Bengkel Penjelasan Perlembagaan Mengenai Konsep Federalisme di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.
Beliau yang merupakan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) berkata, PDRM telah dilihat seolah-olah dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan kuasa politik mereka.
"Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang.

Menyentuh isu kawalan ketat terhadap permit ceramah umum bagi parti politik, Abdul Aziz berkata, ia hanyalah terkena kepada Pakatan Rakyat kerana bagi kerajaan Pusat, mereka masih lagi mempunyai Jabatan Penyiaran Malaysia dan media arus perdana.

"Saya lihat mereka hanya sengaja untuk mengetatkan perkara ini, kalau bimbang berlakunya gangguan ketenteraman awam, pihak PDRM boleh memantau dan mengawal keadaan tersebut, ceramah merupakan satu medium penyampaian maklumat terus kepada rakyat"ujar beliau.

Menurut Abdul Aziz lagi, seharusnya pihak polis perlu bertindak dengan bijak dan bukan menyekat kebebasan rakyat bersuara kerana ia dibenarkan dalam perlembagaan,Oleh itu, beliau mencadangkan Jabatan Polis dibebaskan daripada tuan politik kerana peranan mereka menjaga ketenteraman awam.

"Jabatan Polis adalah milik rakyat dan mereka lebih memahami kehendak setempat termasuk polisi kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga berpendapat jabatan polis tidak perlu diberi tanggungjawab yang melampaui bidang tugas mereka bagi memperlihatkan kecekapan agensi berkenaan.

PROSIDING HINA MAHKAMAH- MUSA DAN MOHD BAKRI

Posted: 07 Oct 2010 05:03 PM PDT

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguambela Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.

"Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian," kata Sivananthan.

Mohd Sofian berkata beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.

"Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini pukul 8.30 pagi pada 28 Oktober," katanya.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Mekah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya," kata Najib.

R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B. Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.

Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik sahaja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.

Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditahan semula hari berikutnya.

Pada 30 September, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mreka.

Semasa prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.

"Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yang dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran)."

"Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah," kata Sivananthan.

Beliau berkata jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.

Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.

"Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh merupakan seperti menghina mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil," katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap agar mahkamah menolak permohonan itu.

- Bernama

Pemudapc.blogspot.com

Posted: 08 Oct 2010 01:08 PM PDT

Pemudapc.blogspot.com


Berita bergambar Program DPPPC turun ke UPU Tanjung Baru

Posted: 07 Oct 2010 11:12 PM PDT



Amanat oleh Cikgu Ariff selaku Pemangku Ketua Pemuda


Sesi tazkirah ringkas oleh Ust Nik Hamdi Abd. Ghani


Sebahagian daripada 50 orang hadirin yang hadir..


Pemuda-pemuda UPU Tanjung Baru bergotong-royong menyiapkan juadah dan membakar ayam serta ikan..


Sesi pendaftaran..


Sumbangan peralatan sukan untuk pemuda UPU..


P/S: Pada 6 Oktober lepas DPPPC telah turun ke UPU Tanjung Baru dalam DUN Chempaka dalam rangka awal mengeratkan hubungan antara pemuda kawasan dengan pemuda UPU. hubungan ini perlu sebagai persediaan PRU 13.. Terima kasih kepada Pemuda Tanjung Baru kerana hadir dan memberikan segala kerjasama walaupun dalam keadaan cuaca hujan..

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 08 Oct 2010 01:05 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Posted: 08 Oct 2010 08:13 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 08 Oct 2010 01:04 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri

Posted: 08 Oct 2010 10:23 AM PDT

Tarif Air Vs Kedaulatan hak Negeri-Negeri






SENARIO



Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

.

Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

.

Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah 'merampas secara halus' hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

.

Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini menswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

.

Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.



Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia. Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:



i) Sumber air – Kerajaan Negeri

ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan

.

Pindaan ini melibatkan antara lain:



1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:

.

a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.

.

b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

.

c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.

.

d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.

.

2. Enekmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.



Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoprat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.



3. Justifikasi penubuhan SADA



Pada 1/1/09, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa :

Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk 'penjajahan/pencerobohan' Kerajaan Pusat ke atas 'kedaulatan' Kerajaan Negeri.



Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB)



a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:

.

i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).

.

ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.



b) Sumber kewangan PAB.



i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.

.

ii) Pasaran kewangan antarabangsa.



c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

.

d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:

.

i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.

.

ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.

.

iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB

.

iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.

.

Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB



Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut: .

.

i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.



Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.

.

• Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.

.

• Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.

.

• Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.

.

• Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.

.

• SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.



SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.



• SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.



Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.



• SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.



Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui SPAN



• Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang 'selesa' bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.

.

• Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.



Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri



• Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.

.

• Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.

.

• Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.

.

• Paip-paip di Kedah member pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.



Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.



i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020. Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.

.

ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW kepringkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.



• Kedua-dua perjanjian ini tidak ada 'exit clause', dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah 'sengsara'.



iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.



iv) Peningkatan kos bahan kimia.



Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.



Setelah 'kehilangan' sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan. Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus member sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, soaial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!

.

Esok: Yang tersirat di sebalik kenaikan tarif air...

Sekian.



Muhammad Sanusi Md Nor,

SETPOL MB

GAMBAR SEKITAR IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PUSAT DI RUSILA MARANG

Posted: 08 Oct 2010 07:29 AM PDT

Pemuda berikrar akan terus mendokong kepimpinan ulama

tetamu kehormat yang dijemput memberi suntikan taujihad kepada para peserta

Lebih 5,000 pemuda menyertai Ijtimak Tarbawi

Para panelis melakarkan pengalaman untuk dikongsi para pemuda.

Laungan wehdah membakar semangat untuk bangun berjihad

Para pemuda khusyuk menadah kitab tafsir surah al-Hujurat yang dibentangkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sebahagian peserta mengikuti melalui skrin elektronik berikutan ruang padat.

Para peserta tekun mendengar butiran pembentangan

 Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Presiden PAS

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim mengingatkan cabaran yang ditempuh oleh Islam

Kaunter pendaftaran sesak dengan penyertaan pemuda dari seluruh negara.

Masjid Rusila menjadi tuan rumah untuk Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Kebangsaan

Ustaz Nasruddin Hassan berada di celah-celah peserta mengikuti pembentangan




Para pemuda khusyuk menadah kitab tafsir surah al-Hujurat yang dibentangkan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

FORUM IJTIMAK TARBAWI PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 08 Oct 2010 06:25 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Tarbiyah merupakan elemen penting yang menjana kekuatan perjuangan PAS. Pelaksanaan tarbiyah itu sendiri menjadi penekanan kepada setiap anggota parti dalam memenuhi tuntutan pelaksanaan gerakerja di dalam PAS menuju cita-cita memartabatkan Islam. Pun begitu, mehnah dan tribulasi tidak terhad datangnya daripada musuh Islam semata-mata. Anasir-anasir yang tidak diundang sentiasa berlegar mempengaruhi kemurnian tarbiyah. Ikuti ringkasan kupasan oleh ahli panel Forum Tarbawi pada Ijtimak Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan di Rusila, Terengganu baru-baru ini.

Jantung Gerakan

Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd Noor pernah berkata bahawa perjuangan PAS bukan untuk mencari kebenaran tetapi perjuangan PAS adalah untuk mengangkat kebenaran bagi diletakkan ditempat yang selayaknya.

Oleh itu, kewajipan besar ahli PAS adalah untuk mengangkat Islam ke kedudukan selayaknya.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahya selaku panelis pertama, usaha itu bermula dengan taklim, diikuti tarbiyah dan seterusnya harakah.

"Bermula dari taklim (keilmuan) diikuti tarbiyah, yakni mendarah dagingkan ilmu yang dipelajari ke dalam diri. Diikuti harakah yakni jihad, di mana orang berilmu, yang ilmu itu berakar dalam jiwanya tidak akan boleh duduk diam dengan ilmunya melainkan dia bergerak dan bekerja. Itulah jihad," ujar beliau menjelaskan.

Katanya, apabila dibicarakan soal ilmu, sememangnya PAS adalah parti yang memberi penekanan mengenai ilmu di mana PAS itu sendiri adalah medan menuntut ilmu. Pun begitu, soal tarbiyah masih lagi tidak dilaksanakan sebaiknya.

Jelas Ahmad, sekiranya ilmu menjadi akal dan otak kepada jamaah, maka tarbiyah adalah jantung gerakan.

"Dalam dunia hari ini umum paling takut dengan penyakit jantung. Jantung sangat istimewa, kita berjalan dia berjalan, kita duduk dia berjalan, kita tidur dia berjalan, bila dia berhenti berjalan, kita 'jalan' (mati)," ujarnya simbolik.

Untuk itu katanya, jika jantung gerakan ini adalah tarbiyah, maka ia sangat perlu dipelihara. Tegas beliau, setiap ahli PAS perlu berasa bimbang sekiranya jantung gerakan ini, yakni tarbiyah berada dalam keadaan sakit.

Menyambung hujahnya, beliau menjelaskan dalam muhasabah yang dilakukan selepas Pilihan Raya Umum 2004 menginsafi bahawa petugas PAS jauh daripada Allah untuk menguasai hati-hati manusia menyokong perjuangan PAS.

Bagaimanapun semua pihak katanya, sepakat bahawa untuk mendekatkan diri kepada Allah, tarbiyah mesti diperteguhkan.

Tarbiyah menurut beliau, perlu diletakkan pada posisi penting dalam PAS, misalnya dipegang sendiri oleh ketua organisasi. Beliau turut melontarkan syor agar tarbiyah digerakkan sebagai sebuah jabatan dan bukan lagi lajnah.

Katanya lagi, kekuatan tarbiyah akan menggerakkan jihad, tetapi untuk menggerakkan tarbiyah juga memerlukan jihad kerana tidak mudah untuk menggerakkan tarbiyah. Banyak keadaan masa kini yang meletakkan tarbiyah menjadi perkara kedua atau ketiga dalam PAS.

Realiti dalam gerakerja PAS ujarnya, kadang-kadang ahli berhadapan dengan pelbagai kerenah sesama sendiri, oleh itu program tarbiyah adalah 'workshop' untuk memperbaiki diri.

Bekerja Mempersiapkan Masyarakat

Panelis kedua yang juga Ketua Ulama PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail menegaskan, tidak ada jalan pintas untuk menegakkan daulah Islam melainkan menyediakan masyarakat untuk menerima Islam dan menerima perubahan kepada siasah Islam.

Kesediaan itu memerlukan proses dakwah dan tarbiyah di mana katanya, inilah tugas mereka yang terlibat dengan gerakan Islam. Urusan ini ujarnya, perlu menjadi agenda setiap masa.

Menghadapi situasi massa, pemuda sebagai penggerak dakwah katanya, perlu memahami tabiat dakwah yang memerlukan kepada marhalah.

"Orang Melaka tak sama dengan orang Kelantan," ujarnya memberikan contoh mudah.

Oleh itu, pemuda dinasihatkan beliau agar memahami marhalah dihadapi mereka supaya kemenangan dicapai kelak adalah kemenangan yang matang dan dipertahankan rakyat.

Gerakerja juga menurut Ustaz Zulkifli, perlu disusun mengikut keutamaan marhalah tersebut.

Adakalanya pendakwah ujar beliau, mengejar kemasyhuran dari memberi faedah untuk dakwah dan perjuangan yang didokongi, sedangkan tuntutan marhalah tidak diisi dan kerja tidak dilaksanakan.

Nasihatnya lagi, dalam menjayakan cita-cita perjuangan juga, mestilah membelakangkan kepentingan peribadi, mazhab serta pandangan sendiri sebaliknya mengambil segala peluang yang menguntungkan dakwah dan jamaah.

Halang Anasir Perosak

Kecacatan tarbiyah kerana kadang kala anasir dalam gerakan Islam sama dengan anasir gerakan bukan Islam, demikian menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh.

Sebagai panelis ketiga forum itu, beliau mendedahkan mengenai kewujudan golongan yang mempunyai kepentingan dalam jamaah PAS.

Tegasnya, dalam keterbukaan diruang demokrasi ini untuk menarik seramai mungkin menyertai dan menyokong PAS, tetapi PAS jangan sampai dipenuhi anasir yang tidak ditarbiyah.

Jika tidak katanya, PAS juga akan dilabelkan sebagai mencari kepentingan duniawi hanya kerana mempunyai perangai seperti pihak lain disebabkan anasir-anasir tadi.

Dalam pelbagai isu dan perkembangan dihadapi di Malaysia ini, hakikatnya PAS-lah yang kehadapan menggerakkan anggotanya memperjuangkan perkara tersebut.

"Yang libatkan anggotanya dengan semua perkembangan, satu-satunya parti dan jamaah yang ada, hanyalah PAS. PAS mempunyai acuan tarbiyah tersendiri yang berbeza dengan sekelian gerakan. Jangan sekali-kali ada di kalangan pekerja PAS, petugas PAS yang masih letak dalam kepala mereka (bahawa) mana-mana tarbiyah kita boleh ambil," ujarnya melontarkan peringatan.

Tegas beliau, tarbiyah yang dibentuk ketika ini sudah menepati acuan PAS dan tidak perlu acuan lain diserap hingga boleh memecahkan PAS.

PAS juga katanya, perlu mengelak dari mempunyai segelintir pimpinan yang tidak melalui proses tarbiyah dan tidak ditarbiyah.

Jelas Ustaz Nik Zawawi, ini adalah untuk menghindari PAS apabila memerintah kelak mempunyai sifat-sifat yang dimiliki musuh kerana dibawa oleh anasir tertentu ke dalam PAS.

Ujarnya, anasir-anasir ini kelak akan membawa akhlak yang lain dari akhlak anggota jamaah Islam. Oleh itu serunya, kekalkan paksi keaslian PAS mengikut acuan PAS yang sebenar dan sentiasa memelihara dari anasir merosakkan.

MEMAHAMI REALITI CABARAN KEPADA ISLAM

Posted: 08 Oct 2010 06:17 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Para pemuda Islam perlu memahami bahawa musuh-musuh Islam sentiasa mencipta pelbagai fasa baru setiap kali mereka gagal menyekat kebangkitan Islam, demikian intipati penting dipertegaskan Naib Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Musuh Islam pernah menjajah negara umat Islam, menghapuskan generasi Islam dan menciptakan rasa takut manusia kepada Islam. Di sebahagian negara Islam, mereka meruntuhkan masjid-masjid, membakar kitab suci dan membunuh orang yang mengaku Islam. Perkara demikian pernah berlaku kepada umat Islam di negeri Balkan.

"Musuh tidak menjangka benih Islam akan muncul kembali. Setelah lebih 80 tahun mereka cuba menghapuskan benih-benih Islam, tetapi seperti kemarau yang lama, tidak ada manusia menjangka ada pokok boleh tumbuh semula. Tetapi bila turun hujan, tumbuhlah benih-benih yang tertanam lama dalam tanah," demikian ibarat dinyatakan beliau.

Menurutnya, dalam gelombang kedua dilancarkan musuh Islam, mereka cuba memisahkan Islam dari cabang kehidupan lain dan diikuti gerakan penerapan Islamisasi. Hinggalah musuh Islam mencipta tragedi besar 11 September yang memomokkan Islam sebagai ekstrim lalu memangsakan gerakan Islam di seluruh dunia.

Demikian itu katanya, popularlah istilah Islamophobia dan timbul cadangan 'Islam Sederhana' termasuk dari kalangan pemimpin beragama Islam. Gagasan 'Islam Sederhana' itulah sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak pada persidangan dunia baru-baru ini yang hakikatnya hanyalah menepati kehendak musuh-musuh Islam.

Dedah Tuan Ibrahim, itulah sebenarnya Islam tanpa siasah dan ia akan menjelmakan Islam dalam bentuk gerakan tasauf dan tarikat lalu mengenepikan jihad.

Katanya, akan muncul juga seperti cendawan seperti hujan iaitu gerakan-gerakan dakwah atas nama Islam tetapi membuang siasah dari urusan mereka serta mereka diberi pembiayaan dan layanan sebaiknya dari pemerintah.

"Uthman al-Affan pernah menyebut kalimah penting bahawa mana-mana perintah Allah dalam al-Quran yang tidak boleh disempurnakan dengan al-Quran al-karim, kita akan sempurnakan dengan kuasa siasah demi menyempurnakan perintah Allah tersebut.

"Di dalam al-Quran, Islam itu sempurna, tetapi dalam menyempurnakan perintah Allah di dalam Quran, ada yang berhajat kepada elemen siasah dan kekuasaan.

"Sebahagian perintah Allah tidak berhajat kepada elemen ini seperti berzikir, tanpa perjuangan politik umat tetap boleh berzikir. Tetapi di sana ada perintah yang memerlukan elemen siasah seperti pengharaman judi," terang beliau menegaskan kepentingan siasah.

Pada ketika sedemikian ujarnya, gerakan dakwah akan dilayan dengan sangat baik termasuk dari kuasa besar dunia. Manakala gerakan Islam sebenar akan dianggap sebagai ekstrimis.

Sehubungan itu, amat penting membina kesedaran dan tanggung jawab umat Islam kepada Islam itu sendiri.

Menghadapi realiti dan cabaran yang bakal dihadapi, para pemuda seru beliau, perlu bertindak dengan tepat supaya tindakan itu bukan sahaja menggambarkan kecantikan Islam, tetapi menghindarkan fitnah kepada Islam.

Pemuda PAS katanya, perlu jauh berbeza dengan pemuda lain di mana emosi diri diseimbangkan dengan ilmu.

Pemuda juga perlu sentiasa mencari jalan untuk dekatkan masyarakat kepada Islam di saat musuh akan sentiasa mencari jalan untuk cabut kekuatan akar umbi Islam iaitulah siasah. Sedang, roh kekuatan Islam ada pada siasah.

Jelas Tuan Ibrahim, kekuatan lisanul hal adalah lebih berkesan kerana tingkah laku lebih mudah difahami dari perkataan. Kerana ituIah sebab PAS perlu menang supaya Islam dapat diterjemahkan dalam bentuk dan rupa.

Juga katanya, menghindarkan dari segala bentuk gangguan sepertimana yang dihadapi oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat ketika ini. Hal sedemikian ujarnya sama sepertimana berlaku apabila Islam menang di Madinah.

"Sepertimana hilangnya gangguan setelah Islam menguasai Makkah, seperti itulah diharap apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya," ujarnya mengaitkan peristiwa Fathu Makkah.

Beliau juga menyeru pemuda terus menyampaikan khabar berita gembira kepada masyarakat berhubung tawaran yang lebih baik akan diberikan PAS apabila memerintah.

MENSIFATKAN DIRI DENGAN SIFAT SEORANG PEJUANG ISLAM

Posted: 08 Oct 2010 06:15 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Usaha memupuk budaya tarbiyah perlu bermula dengan memahami maksud tarbiyah itu sendiri.

"Perlu faham (maksud) tarbiyah itu baru boleh pupuk, baru hadir rasa kecintaan yang tinggi untuk pupuk budaya tarbawi dalam PAS. Selagi tak faham, tak hadir kecenderungan untuk pupuk," demikian menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Secara mudah dalam memahami maksud tarbiyah, beliau mengajak merenungi kembali lihat tujuan asal seseorang menyertai PAS.

Katanya, inilah suatu perkara penting yang akan menjawab sekaligus mentakrifkan erti tarbiyah itu sendiri. Beliau yakin, mereka yang ikhlas tidak menyertai PAS untuk kepentingan duniawi sebaliknya mahu mendaulat syariat Allah serta meninggikan kalimah-Nya.

Demikian itu, segala aktiviti, perencanaan dan tindakan ke arah mencapai matlamat tersebut mengikut manhaj tarbawi itulah dianggap sebagai tarbiyah.

Maka setelah dianggap begitu, maka ia perlu dibudayakan dan ketika sama memelihara dari anasir yang boleh merosakkannya.

Hakikatnya ujar beliau, usaha dan peranan itu adalah tugas para Rasul dan disambung kini oleh mereka yang menegakkan cita-cita Islam di mana tugas ini amat dibenci oleh musuh-musuh Allah.

"Oleh kerana tugas ini untuk mencapai matlamat, maka tugas ini perlu didukungi setiap anggota jamaah. Kemenangan ini tidak ada tongkat sakti, mesti melalui jalan perjuangan.

"Kalau kamu berjuang menegakkan agama Allah, nescaya Allah berikan kemenangan. Ertinya, kalau tidak berjuang, Allah tidak akan diberikan kemenangan. Kemenangan itu hanya dicapai apabila kamu berjuang. Cuma berjuang tak semestinya menang, tapi hendak menang mesti berjuang," ujarnya memahamkan peserta.

Dalam meletakkan diri untuk perjuangan ini, setiap ahli PAS katanya perlu mengetahui muwasafat (ciri-ciri) pejuang agar setiap ahli menyediakan dirinya melalui tarbiyah dan menepati dirinya dengan muwasafat tersebut sebagaimana yang dikehendaki Allah.

"Syaratnya ialah kita memberi komitmen tinggi terhadap manhaj perjuangan Islam yang telah diasaskan Rasulullah saw. Perlunya kita lakukan 'pemutihan intimak' diri dalam perjuangan ini yakni memahami sebab-sebab melibatkan diri bersama PAS," tegas Nasruddin.

Beliau menggesa ahli PAS memahami kepentingan tarbiyah yang akhir-akhir ini kurang diberi perhatian. Jika ada dilaksanakan program-program tarbiyah sekalipun menurut beliau, ianya tidak diberi fokus secara serius.

Sebagai ahli gerakan Islam katanya, ahli PAS perlu seimbang antara politik dan dakwah dengan tarbiyah.

Perkara tarbiyah juga katanya perlu menjadi perbicaraan penting setiap anggota parti pada setiap masa dan menghidupkan suasana-suasana tarbiyah hingga menjadi satu budaya.

PEMUDA ADALAH PELAPIS PERJUANGAN

Posted: 08 Oct 2010 06:13 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Pemuda adalah 'kilang' melahirkan pimpinan PAS.

Menurutnya, 80 peratus barisan kepimpinan PAS ketika ini adalah mereka yang melalui proses tarbiyah dalam Dewan Pemuda.

Tarbiyah jugalah katanya membezakan PAS dengan Umno dan menjadi teras pembinaan jiwa dan fikrah. Natijahnya, Pemuda PAS adalah golongan yang boleh digerakkan pada bila-bila masa walau di mana berada.

"Kalau parti mengeluarkan sesuatu arahan, kita tidak teragak-agak untuk mengorbankan segala masa lapang kita, sumbangan kita, semata-mata untuk meninggikan Islam. Inilah yang PAS banggakan pada pemuda-pemudanya hari ini," ujar beliau.

Beliau menyeru Pemuda meneruskan kecemerlangan melahirkan lebih ramai lagi pimpinan yang berualiti.

"Bukan sahaja besar jiwanya, teguh tarbiyahnya, mantap akidahnya, tetapi pemuda yang boleh diletakkan dimana sahaja. Yang boleh PAS mempertanggungjawabkan maruahnya disandarkan bahu pemuda.

"Dia boleh berada di mana gelanggang. Kita bukan hanya jaguh di gelanggang sendiri, bukan hanya boleh menumpaskan musuh digelanggang sendiri, tetapi kita juga mampu menumpaskan musuh digelanggangnya sendiri," ujarnya menggambarkan paras pemuda Islam yang diimpikan.

Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat itu turut menasihatkan golongan Pemuda agar bangkit berjuang dalam semua keadaan baik senang mahupun susah. Jelasnya, sifat Pemuda adalah tidak boleh mempunyai banyak alasan dan soalan dan tidak tinggalkan perjuangan baik kerana kesusahan mahupun kesenangan.

TARBIYYAH DIRI UNTUK MENGUKUH JAMAAH

Posted: 08 Oct 2010 06:10 AM PDT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my

Tarbiyah adalah wadah dalam mengukuhkan perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sehubungan itu, menjadi tanggung jawab setiap ahli PAS menyediakan diri dengan sifat-sifat sebagai pejuang 'hizbul muslimin' serta mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tarbiyah.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, setiap ahli PAS perlu berasa bangga menjadi seorang Islam yang berada di dalam jamaah PAS dan perlu ada dalam fikiran bahawa mereka mempunyai peranan untuk mengukuhkan PAS.

Dengan itu, ahli-ahli PAS perlu mengikat diri dengan semua program PAS untuk terus mengukuh kefahaman terhadap tarbiyyah.

"Tidak salah bagi kita untuk menimba pengalaman, tidak salah bagi kita untuk berkawan, tidak salah bagi kita untuk melihat pengalaman-pengalaman mereka yang mungkin juga menggelar diri mereka sebagai gerakan Islam atau harakah Islamiyyah atau apa-apa sahaja gelaran, tetapi apabila kita sudah berada dalam parti ini, dalam jamaah ini, untuk mengukuhkannya yang perlu diberikan ketaatan, yang perlu diletakkankan pada diri kita adalah proses tarbiyyah," ujarnya memberi pencerahan.

Menjelaskan lanjut perkara itu, tiga perkara asas perlu diberi keutamaan dalam tarbiyah iaitu pembinaan iman, ilmu dan akhlak berteraskan al-Quran.

Sebagai pendokong gerakan Islam, tugas utama atau amalan kita adalah tidak membiarkan satu hari pun tanpa al-Quran," serunya mengajak para Pemuda meneladani 'Generasi Al-Quran' yang dicorakkan Rasulullah.

Usaha itu katanya, bermula dari bacaan, penghayatan lalu menterjemah dan melaksanakannya iaitu beramal dengan al-Quran. Beramal itu pula dijelaskan beliau dilaksanakan kepada diri hingga secara berjamaah dan istiqamah dengannya.

Pada slot bertajuk 'Pengukuhan PAS Melalui Tarbiyah' itu, beliau menyentuh huraian Dr Yusuf al-Qardhawi mengenai hadis Nabi SAW bahawa setiap 100 tahun akan lahir mujaddid yang akan memperbaharui agama.

Ujar Ustaz Nasharuddin, mujaddid seperti yang dihuraikan Dr Yusuf itu boleh hadir sama ada sebagai individu, gerakan, pemikiran atau halaqah.

"Kalau itulah yang ditafsirkan oleh Syeikh Qardhawi dari hadis tersebut, jom kita angkat diri kita untuk menjadi mereka yang disebut oleh Nabi SAW sebagai mujaddid dalam bentuk sebuah gerakan, dalam bentuk sebuah jamaah," ujarnya menyuntik semangat para peserta.

Iltizam itu katanya, adalah untuk membawa perubahan dalam negara ini secara kolektif.

Untuk itu, ahli PAS disamping membina diri dengan iman yang sebenar, perlu juga melengkapkan diri dengan ilmu khususnya berkaitan maqasid syariah agar dapat memahami tuntutan Allah di dalam al-Quran.

Ahli PAS juga perlu dicorakkan dengan akhlak mulia yang membezakan diri dengan orang lain. Kesan dari akhlak itu menurut Ustaz Nasharuddin telah menjadi perhatian banyak pihak kepada PAS, selain mewujudkan rasa yakin dan percaya masyarakat kepada PAS. Malah, dokongan masyarakat kepada PAS terbukti dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan bukan Islam.

Tegas beliau, hakikatnya ahli PAS adalah duta kepada Islam, jamaah dan gerakan ini. Oleh itu perlu sentiasa mendidik diri menjadi manusia terbaik yang berbeza akhlak dari mereka yang tida ditarbiyah.

Beliau turut mengingatkan agar diri ahli PAS baik pada perkataan mahupun perbuatannya tidak menjadi fitnah kepada Islam. Juga menjaga jamaah dari segala unsur yang cuba merosakkan serta sentiasa memasang niat untuk memperkasakan Islam setiap masa dan tempat.

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Oct 2010 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jemput ke Jamuan Hari Raya PAS Batu Gajah Malam ini

Posted: 07 Oct 2010 11:57 PM PDT

Galas oh Galas

Posted: 07 Oct 2010 09:54 PM PDT

http://www.omaq.org/v3/wp-content/uploads/2010/09/galas-beg.jpg


oleh: Khalil Samad


Dulu ada kajian dibuat dan di dedahkan tingkah laku pelajar – pelajar sekolah rendah menGALASkan bag yang berat untuk ke sekolah.

Beratnya bag sekolah mereka…. lagak mereka seperti satu kompeni tentera ke operasi yang penting negara ataupun sesi latihan ketenteraan sahaja.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam isu ini…. cikgu atau sikap murid itu yang tidak mematuhi jadual persekolahannya….ataupun makbapak mereka jenis atau spesis yang tak ambil tahu langsung tentang pembelajaran anak – anaknya….kerana yang penting ` duit masyukkk` hari – hari….

Kita di Malaysia ni bukan jalan ke depan, tapi jalan ke belakang. Lagi teruk dari zaman Jepun agak nye.


Patut makin maju, makin 'paperless' , tapi tak, makin maju makin berat beg budak sekolah. Kalau di Terengganu pula pelajarnya mungkin beg berat pun kena bawa, komputer e-book pun kena bawa. Ini bukan teman kata….tapi merujuk sebagai yang dikata dalam sebuah akhbar dulu.


Bayangkan, budak bawa beg sekolah satu pertiga dari berat badan.


SEMAKIN RAMAI BUDAK SEKOLAH SAKIT TULANG BELAKANG (SCOLIOSIS) PAK MENTERI KENA AMBIL TAHU. INI KATA PAKAR, BUKAN KATA ORANG POLITIK.

Dulu dikatakan bahawa akhbar NST berani membicarakan isu beg sekolah berat ini. Akhbar Melayu masih meneruskan dengan iklan judi mereka dan berita sengit sebelah politik murahan mereka.

Ada seorang pemain bola namanya Gallas ataupun nama penuhnya William Gallas….walaupun spelling namanya ada double L tapi sebutannya masih GALAS.


Ini cerita kisah GALAS bukan GALLANG dalam drama Indonesia ` Cinta Kirana ` tu....maklum le....sekarang kaum - kaum ibu sibuk kejor drama ini dari kejor waktu maghribnya.

Gallas punya cerita lain sikit dengan kisah bebudak sekolah yang mengalaskan bag yang berat kesekolah tadi.

Seorang offisial timnas Prancis mengungkapkan empat nama yang disinyalir menjadi pemicu dari kekecohahan di tubuh Les Bleus. Siapa saja mereka?
Cerita kontrovesi panas ini berkisah semasa Piala Dunia di Afrika Selatan tempohari yang mana pasukan pilihan ini terpelanting awal dalam kumpulannya gara – gara sikap pemain yang tak ngam dengan jurulatih dan pengurusan pasukan yang bermaskot ` ayam ` jantan tu.
Kini nama-nama para pengkhianat tersebut mencuat ke permukaan. Ofisial Prancis Henri Monteil mengatakan ada tiga hingga empat pemain yang menjadi otak dari kekacauan ini.

"Tiga-empat pemain itu adalah pemimpin (dari kekacauan ini). Para pemimpin itu adalah pemain yang tak pernah bermain di Piala Dunia lagi. Siapa mereka? Mereka adalah William Gallas, Eric Abidal, dan Thierry Henry, yang merupakan kawan dari Nicolas Anelka``.
Pihak wartawan mengungkapkan masih ada pemain yang berdiri di belakang Domenech. "Beberapa pergi menemui Domenech. Mereka menangis, menyesali apa yang terjadi. Mereka adalah para pemain muda."

Ungkapan ini memang belum terbukti dan baru klaim. Tetapi jika benar para senior itu merupakan dalang bagi kekacauan ini, maka kondisi timnas Prancis memang benar-benar tragis.
Kesian….pasukan Perancis ini….gara – gara pemain ` kuda tua ` dalam pasukan itu menyebabkan nama dan wibawa tercalar teruk hingga hari ini. Itu juga gara – gara GALLAS tadi.
Kini nama yang juga GALAS tiba – tiba muncul di pantai Timur….dimana wakil rakyatnya yang meninggalkan dunia akibat sering dilanda sakit daripada sihatnya….itu semua kehendak Allah SWT.
Top of Form
Kini budaya bohong atau janji – janji palsu kembali datang lagi.Perkataan bohong ini sama ertinya dengan menipu,dusta atau dalam loghat Peraknya` bedeaah ` ataupun ` ngechik `.

Ada orang berbohong untuk dapat kuasa.Ada juga orang berbohong untuk menjatuhkan kuasa .Kalau disekolah sesorang murid boleh berbohong kepada Guru Displin diatas kelewatannya datang ke sekolah atau melanggar etika displin sekolahnya dari mendapat hukuman.Kerapkali dalam permainan bolasepak sesorang boleh berbohong terjatuh dipintu gol lawan untuk mempergaruhi pengadil dapatkan penalti dan sebagainya.

Fenomena bohong ini sebenarnya telah ujud hasil politik didikan barat tanpa merujuk wahyu Ilahi yang disana ada kaitannya dosa dan pahala.

Menjelang Pilihanraya Kecil GALAS yang semakin panas ini disana sini kita akan dengar dan lihat janji – janji projek,janji – janji balairaya,janji – janji rumah ibadat, janji – janji sekolah dan aneka janji – janji dan akhirnya tinggal janji – janji.Ini juga merupakan kategori bohong yang keterlaluan demi kemenangan kuasa.

Suruhanjaya Pilihanraya [ SPR ] juga boleh diiktirafkan sebagai ` mangkok ayun ` kerana tidak membenarkan kempen dimulakan kerana gong pilihanraya belum lagi diketuknya.Diwaktu yang sama membiarkan kempen janji – janji BN di media dan tv terus mengumandang di bumi GALAS tanpa membantah apatah lagi menghalangnya. Malah Tok Guru yang memimpin negeri itu di fitnah dan hentam teruk seolah – olah tiada harga dirinya.

Rakyat dikawasan berkenaan jangan mudah terpedaya dengan janji – janji manis pemimpin korupsi ini.Terkadang – kadang senyuman mereka memang manis sampai ketelinga dan akhirnya rakyat mengigit jari ditipu hidup – hidup apabila berakhirnya mana – mana pilihanraya.Sampai bila rakyat dan pengundi diperbodoh dari dulu,kini dan mungkin selamanya.

Dalam Negara kita bila sampai masanya memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhmmad SAW atau Maal Hijrah,maka slogan retorik memuji Nabi menjadi tema sepanduk dan sign board disana – sini sebagai tanda kasihnya mereka kepada Nabi.Slogan retorik ini sebenarnya adalah jadian daripada ciri – ciri pembohongan kerana dasar mulia Nabi tidak menjadi panduan dalam negara.

Saat ini, terutama di kala waktu berkempen pilihanraya semua menunjukkan merekalah pemimpin berjiwa rakyat,pemimpin turun ke bawah menyelami masalah rakyat.Untuk merealisasikan kepekaan masing – masing,maka banyak orang yang membuat pendekatan untuk berdusta/berbohong hanya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan lawannya. Padahal berdusta itu besar dosanya di mata Allah. Contohnya ada yang berkata hutang berkurang padahal kenyataannya bertambah atau sebaliknya.

Memang di dalam keadaan tertentu, berbohong itu diizinkan.
Rasulullah SAW membolehkan dusta dalam tiga perkara, iaitu dalam peperangan, dalam rangka mendamaikan antara orang-orang yang bersengketa dan pembicaraan suami kepada isterinya. (HR. Ahmad)

Tapi itu pun pada saat yang luar biasa dan Nabi sendiri tetap menghindari untuk tidak berbohong. Sebagai contoh, ketika ada seseorang mencari musuhnya dengan niat berkelahi dan bertanya apakah Nabi melihat ada orang lalu di situ, sebelum menjawab Nabi perhatikan tempat berdirinya, baru berkata. "Sejak saya berdiri di sini, saya belum pernah melihat orang lain selain kamu." Dan memang sejak Nabi berdiri di tempat yang baru dia belum melihat orang lain selain orang yang bertanya.

Tapi hal seperti itu pun jarang dilakukan oleh Nabi sehingga Nabi digelar sebagai Al Amin atau yang dipercaya. Jika Nabi menyuruh para sahabat untuk pergi ke arah utara, kemudian setelah jauh berbalik ke selatan itu tidak dikatakan bohong kecuali strategi/taktik peperangan. Itu pun ditujukan pada orang-orang kafir dan mata-matanya.
Terhadap para sahabat dan orang-orang yang beriman, Nabi boleh dikata senantiasa berkata jujur. Bahkan orang-orang kafir pun mengakui kejujuran Nabi yang tidak pernah berkata bohong.

Allah mengutuk orang yang banyak berbohong:

"Terkutuklah orang-orang yang banyak berdusta" [QS Adz Dzaariyaat:10]
Siksa yang pedih di neraka disediakan bagi para pendusta:
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." [Al Baqarah:10]

"Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa" [Al Jaatsiyah:7]
Jika sering berdusta, maka itu akan menyeretnya ke neraka:

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke surga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta (pembohong). (HR. Bukhari)

Dusta adalah satu ciri orang Munafik:

Wahai umNO jika kamu riuh katakan ahli anda jutaan orang, sokongan anda tinggi,media dan ajensi kerajaan bersama anda ,maka marilah kita berjuang sempena dengan Pilihanraya Kecil GALAS ini dengan telus dan adil,tidak perlu janji – janji manis tanpa rasuah tadi dan tunjukkan skill masing – masing kerana rakyat yang mampu menilaikannya.

Ingat....petugas pilihanraya ini biar menGALASkan tenaga....tapi jangan MALAS dan CULAS.

Pas CawanganSurada

Posted: 08 Oct 2010 11:13 AM PDT

Pas CawanganSurada


Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Posted: 08 Oct 2010 01:08 AM PDT

Tindakan Rahimi Didalangi Jutawan Datuk Soh Chee Wen?

Posted: 08 Oct 2010 12:54 AM PDT

DUN Lembah Jaya

Posted: 08 Oct 2010 11:08 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Jamuan Hari Raya: Pelbagai Pihak Dirai ADN Lembah Jaya

Posted: 07 Oct 2010 11:53 PM PDT

PKNS-SACC Shah Alam
6 Oktober 2010
4:00 ptg






JAMUAN Hari Raya Ketua Kampung
Tempat: Rumah Ketua Kg. Lembah Jaya Selatan
Tarikh: 6 Oktober 2010



JAMUAN Hari Raya Persatuan Penduduk Taman Seri Raya




Dupahang's Weblog

Posted: 08 Oct 2010 11:07 AM PDT

Dupahang's Weblog


Menteri Pengguna: Susu pun gagal dikawal, rakyat terabai

Posted: 07 Oct 2010 04:13 PM PDT

Chegu Zul Harapan rakyat kepada kerajaan yang mereka pilih adalah dapat membantu mereka. Atau dalam erti kata lain dapat membantu mereka, dapat juga meringankan bebanan kehidupan harian mereka. Ini termasuk soal keperluan asas. Inilah harapan mengunung mana-mana rakyat yang mengundi wakil mereka dalam membentuk kerajaan. Sepanjang sejarah penulis hidup, belum pernah sekalipun seingat penulis kerajaan [...]

Bekas YB Umno ramal 6 parlimen Pahang jatuh ke tangan PR

Posted: 07 Oct 2010 04:09 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Bekas Adun BN Pulau Manis (dalam Parlimen Pekan), Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz meramalkan empat lagi kerusi parlimen dalam negeri Pahang akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR)iaitu Parlimen Paya Besar, Raub, Jerantut dan Bera selain Parlimen Kuantan dan Inderamahkota yang sudah dikuasai PR pada masa ini. Beliau yang terkenal dengan panggilan Datuk [...]

Pemuda Guchil

Posted: 08 Oct 2010 09:21 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 08 Oct 2010 09:16 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Ijtimak Tarbawi Melatih Kekuatan Dalaman Pemuda

Posted: 08 Oct 2010 07:31 AM PDT



Peranan pemuda dalam perjuangan (Islam) merupakan satu sayap yang sangat penting. Ianya, bukan sahaja untuk perjuangan Islam tetapi termasuk perjuangan sekular yang ingin menegakkan ideologi masing-masing.

Pemuda diberi peranan untuk mempertahankan negara, peranan untuk memerdekakan negara dan peranan untuk mengisi kemerdekaan dalam negara masing-masing

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Oct 2010 09:08 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Operasi tangkap kaki judi di N.Sembilan, HOTLINE

Posted: 08 Oct 2010 01:53 AM PDT

Laporkan Maksiat di Tempat Anda

Hotline 23 Jam Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
06-7672756 , 067672757

Kaki judi ditahan
Sinar Harian 8 Okt 2010

SEREMBAN - Seramai enam lelaki kaki judi ditahan secara berasingan kerana disyaki membeli nombor ekor dalam operasi yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), sekitar bandar Seremban dekat sini, kelmarin.

Semua mereka yang beragama Islam berumur lingkungan 40-an hingga 50-an itu ditahan dalam 'Ops Judi' yang diketuai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Mohd Zol Sidek.

Difahamkan, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6 petang itu, berlaku sedikit pergelutan ketika penguat kuasa cuba menahan semua kaki judi yang cuba melepaskan diri daripada ditahan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan secara berasingan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antaranya ditahan berada di dalam premis perjudian.

"Kami turut merampas beberapa tiket perjudian dalam operasi ini.

"Semua mereka dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut termasuk urusan jaminan dan akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2003," katanya.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurutnya, operasi itu akan diteruskan dari masa ke semasa dalam usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8265278.asp

i n t a n h i j a u

Posted: 08 Oct 2010 07:24 AM PDT

i n t a n h i j a u


REBUT JAWATAN : UMNO DAH KEHABISAN OKSIGEN

Posted: 08 Oct 2010 02:42 AM PDT



Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.

Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk "E-Class", yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan "mee segera" dengan menjadi " jutawan 10 persen".

Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.

PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan "Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)".

Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 08 Oct 2010 03:07 AM PDT

PEMUDA RANTAU ABANG


OPS AL-FALAH UPU PAK SABAH:LAWATAN PIMPINAN

Posted: 07 Oct 2010 09:15 PM PDT

OPS AL-FALAH UPU PAK SABAH

Posted: 07 Oct 2010 05:12 PM PDT


SALAM UKHUWAH,

ALHAMDULILLAH OPS AL-FALAH UNTUK DUN RANTAU ABANG KALI KETIGA DATANG LAGI.

SEBANYAK 2 CAWANGAN TERLIBAT DALAM OPS AL-FALAH KALI INI YANG BERMULA PADA 7 OKTOBER SEHINGGA 9 OKTOBER.CAWANGAN PAK SABAH DAN CAWANGAN BINJAI/CHE LIJAH ADALAH TERMASUK UPU PAK SABAH YANG MEMPUNYAI PENGUNDI LEBIH KURANG 2500 ORANG.

JAMUAN HARI RAYA JUGA TURUT DIADAKAN SEMPENA OPS AL-FALAH INI DI MARKAZ CHE LIJAH.

ZIARAH PIMPINAN YANG AKAN TURUT DISERTAI OLEH USTAZ AZMAN SHAPAWI ABD RANI AKAN DIADAKAN DI CAWANGAN PAK SABAH.

BERITA DAN GAMBAR AKAN MENYUSUL NANTI.....

" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 08 Oct 2010 01:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


'Doktor ayam' tinggalkan MCA, sertai PKR

Posted: 08 Oct 2010 04:22 PM PDT

29 Syawal 1431 H

Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR.

Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.

Lee ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.

"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

Lembaga Disiplin MCA sebelum ini mencadangkan supaya keaggotaan Lee digantung selama tiga tahun atas dakwaan beliau menyalah guna peruntukan yang diberikan kerajaan pada 2008.

Khabar angin mengenai penyertaan Lee dalam PKR sudah bermula sejak Jun lalu apabila beliau mengaku ada mengisi borang permohonan keanggotaan parti itu, namun tidak menandatanganinya.

Lee menafikan beliau menyalah guna peruntukan kerajaan pada 2008, dan menjelaskan bahawa peruntukan RM60,000 itu adalah untuk aktiviti Tahun Baru Cina di mana beliau sendiri mengeluarkan belanja RM40,000 untuk menjayakan acara bagi aktiviti itu.

Malaysiakini/-

Pulang wang 'judi', k'jaan P Pinang belum terima sesen

Posted: 08 Oct 2010 04:18 PM PDT

29 Syawal 1431 H

Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

"Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.

Program diteruskan

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

"Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,

"Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian," kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

"Jawapan kepada 'keanehan' itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,

Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.

Penjelasan cukai dosa BN

Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

"Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit" katanya.

Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita," kata beliau lagi.

Malaysiakini/-

Zunar, Malaysiakini dapat kebenaran cabar KDN

Posted: 08 Oct 2010 04:10 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Hafiz Yatim

Penulis kartun, Zunar dan Malaysiakini hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam yang mengharamkan buku kartun Perak Darul Kartun dan 1Funny Malaysia.

Dalam semakan kehakiman, kebenaran untuk mencabar keputusan berkenaan perlu dipohon kerana ia bukan hak automatik.

Kebenaran itu diberikan oleh hakim Datuk Mohd Zawwawi Salleh di kamarnya setelah mendengan hujah kedua-dua pihak - peguam K Shanmuga dan pendakwa raya kanan persekutuan Noorhisham Ismail.

Noorhisham tidak membantah permohonan kebenaran berkenaan.

Shanmuga berkata hakim Zawawi kemudiannya menetapkan 4 November bagi tarikh sebutan kes.

Shanmuga mewakili pemohon, MKINI Dotcom Sdn Bhd dan syarikat penerbitan, Sepakat Efektif Sdn Bhd, manakala Noorhisham mewakili Menteri Dalam Negeri dan timbalannya.

Pada 26 Julai lalu, MKINI Dotcom, yang mengendalikan Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.

Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - kedua-duanya karya Zunar - didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut.

Kedua-dua pihak menuntut mahkamah mengeluarkan arahan untuk membatalkan pengharaman ke atas kedua-dua buku itu dan bayaran kos kerugian dan kerosakan kerana tidak dapat menjual buku-buku tersebut.

Ketua setiausaha kementerian berkenaan, Tan Sri Mahmood Adam dipetik media sebagai berkata buku-buku itu diharamkan kerana kementerian dalam negeri mendapati ia tidak sesuai untuk bacaan umum.

Beliau dipetik berkata bahan penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana mengandungi bahan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan.

Menurutnya lagi, ia tidak sesuai untuk bacaan umum dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam," kata Mahmood.

1Funny Malaysia, diterbitkan pada Disember tahun lalu adalah satu kompilasi kartun Zunar yang diterbitkan oleh Malaysiakini sejak 2005 hingga 2009.

Perak Darul Kartun pula diterbitkan oleh syarikat Zunar - Sepakat Efektif Sdn Bhd dan memapar karya beberapa kartunis Malaysia yang lain, termasuk Zunar.

MKINI berkata kartun dalam buku itu telah diterbitkan di laman web berkenaan lebih dua tahun dan buku itu telah berada di pasaran selama tiga bulan sebelum dirampas.

Sepakat Efektif pula mendakwa buku 'Perak Darul Kartun' telah berada di pasaran selama enam bulan sejak November 2009 dan mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai buku itu mengancam ketenteraman awam.

Pemohon menuntut antara lainnya perintah membatalkan pengharaman buku itu dengan alasan pengharaman itu tidak sah kerana melanggar Seksyen 7 Akta Mesin etak dan Penerbitan 1984 dan juga bertentangan dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Malaysiakini/-

Budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal

Posted: 08 Oct 2010 04:09 PM PDT

29 Syawal 1431 H

PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanahair supaya membantu parti itu mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harakahdaily.

Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.

"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS, iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Dzulkefly jika "budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu" yang mahu dibawa ke negara ini, rakyat diyakini akan menolaknya.

Katanya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Artis Luar Negara (Puspal) sepatutnya tidak semberono bersetuju membawa artis gay itu ke negara ini.

Budaya liar

Ini kerana, kata ahli parlimen Kuala Selangor itu, Lambert sebenarnya dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.

Berikutan itu, rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan Lambert kerana menolak budaya liar penyanyi gay berkenaan.

"Gaya hidup Amerika yang selalu kita anggap bebas pun menolak semua ini, mengapa kita (kerajaan) yang selalu mengaku kitalah Islam tidak belajar semua ini?" soalnya.

Baginya, kerajaan sepatutnya mengambil berat soal menjemput selebriti asing memandangkan KPKK serta Puspal pada Mei lalu telahpun ditegur apabila membenarkan penyanyi lucah Pitbull mengadakan persembahan di negara ini.

"Kerajaan seakan tidak kisah semua ini kerana selepas konsert Pitbull dibantah 15 Mei lalu pun, kerajaan nampaknya masih memberi kelulusan pada syarikat yang sama untuk menjemput Adam Lambert," katanya lagi.

Malaysiakini/-

Galas: Siap untuk menghadapi kemungkinan apapun

Posted: 08 Oct 2010 04:00 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.

"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.

"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang.

Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strategi dengan baik, dan cukup prasyaratnya, parti itu mampu mengekalkan kerusi Dun tersebut.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di Dun Galas nanti," katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Galas adalah pada 26 Oktober manakala 4 November tarikh mengundi.

Dalam pada itu, Kerajaan Kelantan semalam mengumumkan kemungkinan akan mengisytiharkan hari mengundi pada 4 November nanti sebagai cuti peristiwa.

Ianya bagi memudahkan rakyat negeri itu, khususnya pengundi di luar kawasan keluar mengundi dengan selesa.

Harakahdaily/-

Samy Vellu didesak Tun M atau contohi Keng Yaik

Posted: 08 Oct 2010 03:55 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Nasir Awang

Semacam berpakat, dua pemimpin besar parti komponen Barisan Nasional (BN) memilih hari yang sama minggu lalu untuk mengumumkan pendirian menolak jawatan penasihat kepada parti yang pernah masing-masing terajui.

Tanggal 4 Oktober 2010 akan dicatat sebagai salah satu tarikh penting dalam sejarah parti Gerakan apabila bekas presidennya, Tun Dr Lim Keng Yaik memaklumkan keputusannya melepaskan jawatan penasihat parti itu.

Beliau yang menyerahkan kepemimpinan parti kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada April 2007, berkata tindakan itu ekoran kekecewaannya terhadap kegagalan penggantinya itu mengambil tindakan proaktif menyelesaikan berbagai isu dalaman Gerakan.

"Apa guna beri nasihat kepada seseorang yang enggan mendengar (nasihat)," media memetik katanya.

Sementara faktor pengunduran Keng Yaik agak jelas, apa yang mendorong Presiden MIC yang bakal berundur, Datuk Seri S. Samy Vellu mengambil keputusan serupa pula masih menjadi tanda tanya.

Pada tarikh sama, Samy Vellu memaklumkan menolak cadangan supaya beliau dilantik menjadi penasihat kepada parti selepas menyerahkan jawatan kepada Timbalannya, Datuk G. Palanivel, Januari depan.

Beliau sebaliknya meluahkan keyakinan beberapa pemimpin lebih muda MIC yang kini menyandang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri mampu membantu Presiden baru mengendalikan urusan parti itu.

"Saya tidak akan memberi nasihat kepada mereka kerana semua mereka orang yang berpengalaman dan tahu apa yang mereka lakukan," media cetak pada Selasa memetik kata Samy Vellu.

Pada zahirnya, kenyataan itu kelihatan tulus. Namun, sejauh manakah ia tidak disirati perasaan kecewa dan unsur-unsur tekanan, sepertimana terzahir dalam kes dialami Keng Yaik itu?

Beberapa hari sebelumnya bekas Menteri Kerja Raya itu mencuri tumpuan media apabila mengumumkan peletakan jawatannya pada Januari depan bagi membolehkan kerusi nombor satu MIC itu dipangku Palanivel.

Pengumuman itu agak mengejutkan memandangkan sebelum ini Samy Vellu diketahui amat tegas menolak sebarang usaha memaksa beliau berundur. Lebih tidak diduga ialah apabila beliau akhirnya akur untuk berundur lebih awal dari apa yang diumumkannya sebelum ini.

Dalam kenyataannya kepada media, 18 Mei lalu, Samy Vellu memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan disandangnya lebih 31 tahun itu lapan atau sembilan bulan sebelum berakhir penggal perkhidmatannya pada Mei 2012.

Ertinya beliau sepatutnya menyerahkan jawatan sama ada pada Ogos atau September 2011. Justeru, apakah yang menyebabkan pelan peralihan kuasa MIC itu dipercepatkan tujuh atau lapan bulan lebih awal?

Samy Vellu melakar sejarah agak mengagumkan sepanjang terlibat dalam MIC. Beliau mula memangku jawatan Presiden MIC pada 1979 ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri V. Manickavasagam. Dua tahun kemudian, beliau disahkan sebagai presiden dan kekal menyandangnya hingga kini.

Pengaruh dan kuasa politik Samy Vellu dalam segenap peringkat organisasi MIC amat mencengkam. Jarang ada pemimpin parti itu yang berani menyanggah pendirian dan keputusan dibuatnya kekal dalam parti.

Namun penolakan rakyat, khususnya pengundi India, terhadap MIC pada pilihan raya umum lalu benar-benar mencalar kehebatan Samy Vellu.

Parti diterajuinya kalah di enam kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) ditandinginya. Paling memalukan ialah apabila Samy Vellu sendiri gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dimenanginya sejak 1974.

Berikutan itu, MIC berdepan kecaman hebat dari pelbagai peringkat BN. Prestasi buruk parti itu dikatakan antara punca BN gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Samy Vellu sendiri selain hilang jawatan Kabinetnya turut dihujani desakan agar melepaskan jawatan presiden parti. Suara-suara menuntut reformasi dan perubahan kepimpinan dalam MIC berkumandang, terutama di kalangan para pendukung BN sendiri.

Apabila mantan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada desakan agar berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, ia bagaikan isyarat kepada parti-parti komponen lain, termasuk MIC agar ikut berbuat serupa.

Salah seorang pemimpin ternama yang secara terbuka mengkritik Samy Vellu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagi Mahathir, MIC yang hilang sokongan orang India tidak akan dapat dipulihkan selagi Samy Vellu memimpinnya.

Tidak semua pemimpin dan pendukung MIC dapat menerima kritikan terhadap presiden mereka. Lebih-lebih lagi kenyataan yang secara jelas memperlihatkan usaha campur tangan dalam urusan MIC.

Bagaimana pun, kritikan balas seorang pemimpin bahagian MIC terhadap Tun Mahathir di atas hasrat membela Samy Vellu nampaknya bertukar menjadi sokongan membawa rebah. Gara-gara cadangannya mengalungkan selipar ke atas gambar bekas Perdana Menteri itu, Timbalan Ketua Bahagian MIC Paya Besar, M. Sukumaran dihujani kecaman keras pelbagai pihak.

MIC segera menggantung keahliannya. Beliau terpaksa mengakui keceluparannya dan meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama Tun Mahathir sendiri.

Apakah episod itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada Samy Vellu? Adakah beliau redha dengan tindakan ke atas seorang anak buah yang membelanya itu, atau terpaksa akur kepada pandangan sebaliknya yang lebih menguasai partinya?

Saya kira episod itu sedikit sebanyak mendorong Samy Vellu akur kepada "desakan" Tun Mahathir. Lalu akhirnya beliau memilih untuk mengikuti jalan cerita yang pernah dialami Tun Abdullah.

Pada asalnya Presiden Umno itu menyatakan hasrat berundur pada 2010, tetapi dipaksa mempercepatkan peralihan itu ekoran desakan bertubi-tubi sebilangan anak buahnya sendiri.

Keadaan serupa kini menimpa Samy Vellu. Beliau didesak keadaan agar tidak menunggu terlalu lama, sebaliknya menyerahkan segera jawatan Presiden MIC kepada penggantinya.

Harakahdaily/-

Bagaimana Transaksi Wang Haram?

Posted: 08 Oct 2010 03:30 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Nasrudin Hassan at-Tantawi

Hukum menerima bantuan
dari wang yang haram.

Muqaddimah

Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.

ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار

Mafhum daripada hadith ini adalah Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a pernah bertaruh [di awal Islam sewaktu perjudian belum diharamkan secara menyeluruh] dengan seorang Musyrik [yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah al-Rum ayat 1 dan 2 yang mengisyaratkan kejatuhan Rom] bahawa Kerajaan Rom akan tewas.

Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh maka Saidina Abu Bakar ra telah memperolehi harta pertaruhan itu [ianya haram kerana judi dan tujuan Saidina Abu Bakar ra hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran], apabila Abu Bakar datang kepada Rasulullah SAW menceritakan perihal harta haram yang diperolehi melalui hasil taruhan [judi] itu,

Rasulullah bersabda : "Ini kotor, sedekahkanlah ia". Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir.

Menginfaqkan harta yang diperolehi dari cara yang haram

Pendapat pertama Dibolehkan untuk menginfaq harta yang diperoleh dari hasil yang haram. Pendapat ini adalah pendapat jumhur.

Sheikh Dr Yusof al-Qardhawi [1]

"Kebenarannya adalah bahawa harta tersebut adalah kotor [ haram ] dengan dinisbahkan kepada orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal akan tetapi ianya baik [ halal ] dengan dinisbahkan kepada faqir miskin untuk tujuan kebaikan

Haram ke atas orang yang memperolehinya dengan cara yang tidak halal tetapi dibolehkan kerana tujuan kebaikan tadi seperti menyedekahkannya. Ini kerana, harta tersebut tidak haram bagi zatnya akan tetapi ianya haram hanya kerana individu tertentu kerana sebab yang tertentu.

Transaksi harta haram biasanya berlaku dalam 4 keadaan ;

I.Individu tersebut mengambil harta haram itu untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini telah jelas pengharamannya

II.Harta haram [Harta riba' yang diperolehi melalui system perbankan] dibiarkan kekal dalam bank yang berurus niaga secara riba'. Perbuatan ini juga adalah haram

III.Harta yang diterima atau diperolehi melalui hasil yang haram ini dimusnahkan [dibakar dll]. Hal ini ada di dalam riwayat yang menceritakan hal keadaan salafus-soleh yang wara'. Akan tetapi perkara ini telah ditolak oleh al-Imam al-Ghazali rhm di dalam kitab al-Ihya'.

IV.Harta tersebut digunakan dalam transaksi yang bertujuan kepada kebaikan seperti untuk disedekahkan kepada orang-orang faqir miskin, anak-anak yatim, ibnu al-Sabil ataupun mana-mana pertubuhan kebajikan, dakwah dan kemasyarakatan Islam. Perkara sebegini adalah dibenarkan.

Al-Imam al-Ghazali rhm

Sekiranya ada yang bertanyakan apakah dalil yang membolehkan untuk disedekahkan dengan sesuatu yang haram?, dan bagaimana pula bersedekah dengan sesuatu yang bukan miliknya[2] ?. Sedangkan di sana terdapat sekumpulan [ulamak] yang tidak membenarkan perkara tersebut kerana ia adalah haram. Sememangnya di sana terdapat satu riwayat yang menyatakan al-Fudhail tidak menerima sedekah yang diterima dari hasil yang haram.

Sheikh Atiyyah Saqor [3]

"Wajib melupuskan harta yang haram ketika bertaubat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya [harta yang haram] dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu).

Imam Ibnu Qayyim[4]

Jika sesuatu harta yang didapati dari sumber haram itu diketahui pemiliknya (seperti harta haram hasil curi dan diketahui pemiliknya), cara melupuskannya adalah dengan memulangkan kembali wang curi itu kepada tuannya serta meminta maaf dan kemudian melakukan taubat kepada Allah swt.

Sekiranya dia gagal memulangkan kepada tuannya maka hendaklah dia memulangkan kepada warisnya. Sekiranya dia gagal juga, barulah harta itu disalurkan kepada sedeqah

Dalil yang membenarkan

فأمر رسول الله صلي الله عليه وسلم، بالتصدُّق بالشاة المصلية التي قدِّمت إليه فكلَّمته بأنها حرام، إذ قال صلي الله عليه

وسلم: "أطعموها الأساري"

Mafhum hadith

Hadith ini menceritakan bahawasanya pernah dihidangkan kepada Nabi saw daging kambing. Lalu daging tersebut menyatakan kepada Nabi Muhammad saw bahawa ia adalah haram. Lalu Nabi saw menyuruh sahabat untuk memberikan ia kepada orang lain untuk dimakan [menyedekahkannya].

Rasional hadith

Perbuatan Nabi saw yang menyedekahkan daging kambing [yang haram] untuk disedekahkan.

al-Athar Saidina Hasan ra

وسئل الحسن رضي الله عنه، عن توبة الغال (مَن يأخذ من مال الغنيمة قبل أن يقسم، وما يؤخذ منه بعد تفرُّق الجيش)،
فقال: يتصدَّق به.

Mafhum athar

Athar ini menceritakan mengenai taubat bagi orang yang mengambil ghanimah sebelum ianya dibahagikan. Saidina Hasan ra mengatakan bersedekah dengan apa yang diambilnya tadi membuktikan taubat bagi perbuatannya yang mengambil harta dengan cara yang haram.

Rasional athar

Walaupun athar ini menceritakan mengenai ghanimah yang pada asalnya halal, tetapi sekiranya ia diambil dengan cara yang tidak betul maka hukumnya tetap haram kerana harta ghanimah bukanlah pemilikan dia seorang. Ianya perlu dibahagikan mengikut apa yang diajarkan oleh Allah swt. Tuntasnya,

apabila ia tidak diambil dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah swt maka ianya tetap haram. Justeru, bagi mereka yang melakukan dosa besar [melakukan sesuatu yang haram] wajib bertaubat dan Saidina Hasan ra menyatakan salah satu cara membuktikan dia bertaubat adalah dengan menyedekahkan apa yang telah diambilnya dengan cara yang salah.

Persamaan hal ini dengan kes di atas adalah kedua-kedua harta tersebut adalah diperolehi melalui hasil yang haram. Hukum haramnya tetap ke atas orang yang melakukan iaitu dia tidak

boleh membelanjakan wang tersebut demi dirinya atau kepentingan keluarganya. Penyelesaiannya adalah wang tersebut perlu diberikan kepada orang lain [faqir miskin] kerana wang tersebut tidak haram pada zatnya untuk orang lain.

Qiyas

Sheikh Dr Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawasanya harta sebegini berada dalam timbangan samada untuk dimusnahkan atau digunakan untuk jalan kebaikan. Ini kerana harta tersebut telah menjadi rosak di sisi pemiliknya. Secara dharuri melalui pengetahuan kita, menggunakan harta tersebut kearah kebajikan adalah lebih baik dari membuangnya ke dasar lautan [memusnahkannya].

Ini kerana, sekiranya kita membuang ia ke dasar lautan maka sesungguhnya benda tersebut hilang dari sisi kita tanpa kita memperoleh faedah daripada perbuatan kita tadi.

Akan tetapi, sekiranya kita menginfaqkan ia kepada faqir miskin nescaya mereka akan mendoakan pemiliknya keberkatan daripada Allah swt. Selain itu, mereka yang faqir tadi boleh memenuhi tuntutan keperluan mereka di samping tuan [harta haram] yang menyedekahkannya tadi memperolehi ganjaran di sisi Allah swt.

Di dalam masalah yang berkaitan penerimaan bantuan dari hasil judi dan situasinya adalah penerima mengetahui wang bantuan tersebut adalah datang dari hasil judi maka wang tersebut perlulah dikembalikan kepada orang yang memberikan atau wakil kepada yang memberikan kerana wang yang diperolehi dari hasil yang haram perlu [wajib] dilupuskan [6].

Ini kerana hukum asal menggunakan wang yang diperolehi dari hasil yang haram hukumnya juga adalah haram. Hal ini dikuatkan dengan kaedah " bahawa menolong dan menyebarkan yang haram itu juga adalah haram "[7].

Pendapat kedua
Segala bentuk wang yang haram perlu disimpan [dibekukan]. Ini kerana ditakuti harta tersebut jatuh ke tangan mereka yang zalim bukan kepada mereka yang adil. Justeru, dengan menyimpan [membekukan] wang tersebut, ia dapat memelihara harta tersebut daripada jatuh ke tangan orang yang zalim. Antara yang menggunakan pendapat ini adalah Sheikh al-Islam Ibn Taimiah[8]

Dalil bagi pendapat kedua adalah

1. Firman Allah swt di dalam Surah al-Baqarah

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),

padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji "

2. Daripada al-Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud ra[9]

ما رواه ابن مسعود – رضي الله عنه – أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: "والذي نفسي بيده لا يكسب عبد مالاً من حرام فينفق منه فيبارك له فيه، ولا يتصدق فيقبل منه ولا يتركه خلف ظهره إلا كان زاده إلى النار"

Rasional dalil

Secara umumnya, dalil di atas menunjukkan bahawasanya Allah tidak akan menerima sedekah melainkan hal keadaan pemberian itu adalah baik. Jadi sedekah dengan harta ini tidak akan diterima melainkan dengan harta yang halal dan diperolehi melalui cara yang mengikut syarak. Syarat untuk amalan yang baik itu diterima [sedekah] adalah melalui infaq harta yang halal.

Jawapan al-Imam al-Ghazali[10]

Adapun kata-kata : kita tidak bersedekah dengan harta melainkan dari harta yang baik [halal] adalah apabila kita mengharapkan pahala dari pemberian sedekah tersebut untuk diri kita. Perbincangan kita sekarang adalah pelupusan harta yang haram dari sisi kita bukan untuk kita mendapatkan pahala buat diri kita. Di antara melupuskan harta tersebut dengan dimusnahkan dan diinfaqkan maka kami cenderung pada pandangan untuk harta tersebut diinfaqkan.

Pendapat ketiga
Hasil dari harta haram perlu dimusnahkan. Sebahagian kecil daripada ulamak-ulamak salaf seperti Qadhi Fudhail al-'Iyyadh

Walaupun sebahagian besar ulamak yang menerima pandangan bahawasanya duit haram yang diperolehi boleh disedekahkan, akan tetapi masih ada ulamak yang menolak menggunakan duit haram yang disalurkan sebagai sedekah / bantuan.

وحُكي عن الفضيل أنه وقع في يده درهمان، فلما علم أنهما من غير وجههما، رماهما بين الحجارة، وقال: لا أتصدق إلا بالطيِّب، ولا أرضي لغيري ما لا أرضاه لنفسي!

Cara untuk tassorruf [ transaksi ] dengan harta dari hasil yang haram

Pendapat pertama

Digunakan untuk maslahah[11] umum orang Islam dan ini adalah pendapat Sheikh al-Islam Ibnu Taimiah rhm

Pendapat kedua

Digunakan dengan memberi sedekah secara umum[12] dan ini adalah pandangan Hanafiah, Malikiah, Imam Ahmad dan ulamak-ulamak mazhabnya serta Imam Ghazali daripada mazhab Syafi'e

Pendapat ketiga

Digunakan untuk maslahah umat Islam yang faqir (dll) bukan untuk membina masjid. Pendapat ini adalah dari Suruhanjaya Fatwa Penerbitan di Arab Saudi[13] dan Penasihat Gedung Kewangan Kuwait

Pendapat keempat

Digunakan untuk jihad di jalan Allah swt dan ini adalah salah satu pandangan Sheikh al-Islam Ibn Taimiah

Pencerahan [ Nota Tambahan ]

Apa yang dimaksudkan dengan harta itu haram

Harta yang haram adalah harta yang haram digunakan dan untuk dimanfaatkan oleh pemiliknya. Contohnya Abu terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan riba' dan dia mendapat keuntungan melalui riba'.

Maka haram bagi Abu untuk menggunakan keuntungannya tadi demi kepentingan dan manfaat bagi dirinya dan keluarganya. Akan tetapi, sekiranya duit riba' tersebut disedekahkan kepada faqir miskin untuk manfaat mereka maka itu adalah halal kerana pengharamannya adalah dengan sebab riba' bukan kerana duit tersebut haram.

Allah tidak menerima sedekah melainkan dengan harta [pemberian] yang baik

Harta yang haram sudah tentu bukan dari hasil dan pemberian yang baik. Malah ia bukan dari milik kita. Bagaimana untuk kita memberi sedekah pada suatu benda yang bukan dari pemilikan kita?.

Secara mudahnya, memberi sedekah dari harta haram ini merupakan kewajipan untuk memisahkan diri pemilik dari harta yang haram. Perkataan sedekah itu diterjemah sebagai memberi bantuan kepada golongan faqir dan miskin. Orang yang menginfaqkan hartanya dari hasil yang haram tidak akan mendapat pahala kerana bersedekah tetapi dia akan mendapat pahala dari sudut yang lain[14] antaranya ;

1. Menahan dirinya daripada harta tersebut dan mengambil manfaat daripadanya dalam apa jua keadaan.

2. Meletakkan harta tersebut pada tempatnya iaitu ke jalan kebajikan.

3. Melaksanakan kewajipan iaitu melupuskan harta haram disisinya dll.

Mulaahazah [ Perhatian ]

Membincangkan isu transaksi wang haram yang dibolehkan pada keadaan tertentu bukan bermakna ia menjadi satu keharusan untuk sebuah kerajaan mengekalkan atau menggalakkan sesuatu amalan [ muamalah ] yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya persoalan ini , fokus kepada penerima seperti faqir miskin atau rakyat.

Sementara pihak kerajaan [ pemberi ] mempunyai sudut perbahasan yang berbeza dengan perbahasan mengenai penerima [ rakyat ] .

Ringkasnya, bagi sebuah kerajaan sayugia berikhtiar agar membebaskan diri dari sistem muamalah yang diharamkan oleh Allah swt sebagaimana menjadi kewajipan jua bagi sebuah kerajaan tidak menjalankan kegiatan - kegiatan yang diharamkan seperti industri perjudian . Ini bagi memastikan kerajaan tersebut diredhai oleh Allah swt pentadbiran dan pembendaharaannya .

Kerajaan yang terpaksa berurusan dengan sumber haram seperti melibatkan wang cukai dari industri arak [ yang diharamkan kepada orang Islam tetapi tidak kepada non muslim - berbeza isu judi ] maka.....

saya berpendapat , biarpun ada pandangan ulama' yang mengharuskan wang itu di hulurkan kepada rakyat sebagai bantuan faqir miskin dan seumpamanya [ sebagaimana perbahasan panjang di atas ] dan rakyat harus menerimanya pula rakyat tidak wajib mengusul periksa sumber kewangan tersebut ,

namun adalah terlebih afdhal dan wara' [ bagi pihak kerajaan - terutama kerajaan Islam ] mengasingkan tabung atau pembendaharaan yang di perolehi dari sumber yang tidak halal . Kemudiannya memastikan hanya wang yang jelas halal disalurkan [ disuap ] kepada rakyat . Ianya terlebih afdhal jika kerajaan boleh bertindak demikian .

HT Menegakkan Khalifah Guna Sistem Demokrasi

Posted: 08 Oct 2010 03:00 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Rizal Abd Raman

Akhir-akhir ini terdapat di celah-celah saluran komunikasi cuba untuk menyuarakan bantahan dan kritikan terhadap satu parti politik yang ditubuhkan secara sah di negara kita yang dikenali sebagai HT

ana tidak minat untuk menerangkan apakah sebenarnya HT ini kerana berpandangan apa sahaja pertubuhan yang selari dengan Islam haruslah kita menjaga batas-batas ukhwah walaupun berbeza Fikrah namun mempunyai tujuan yang tetap sama iaitu menegakkan Islam di tanahair ini.

Walaubagaimanapun diatas dasar pengalaman yang ada dimana tidak dapat mengelak daripada "bertembung" dengan HT ini dan hasilnya pastilah komunikasi diantara beberapa pihak yang berbeza fikrah.

Pertamanya pertembungan ini bukan berlaku dalam keadaan tidak sengaja , kerana melalui pengalaman2 lepas , mereka amat gemar untuk memberikan komen-komen melalui media baru yang bercambah di alam siber ,

dengan cara tidak dijemput , mereka mengutamakan komen-komen provokasi daripada penerangan, ini memberikan kesan yang tidak baik dikalangan "tuan rumah" dimana mereka hadir tanpa diundang dan meninggalkan komen2 yang berbaur tidak mesra alam.

Hasilnya , apa yang dapat disimpulkan , penulis mendapat satu petunjuk berdasarkan pengalaman2 , berkomunikasi dan bermuzakarah dengan mereka ini dan wajar untuk dikongsi bersama sahabat2 yang berminat untuk mengetahui modus operandi dan fakta-fakta hujah yang mereka ciptakan berdasarkan fikrah mereka yang akhirnya memakan diri sendiri.

Oleh kerana PAS ialah sebuah parti yang jelas dan tersusun program tarbiyahnya dan kebanyakan pemuda dan nisa' PAS diberikan kefahaman yang jelas tentang perjuanganan gerakannya , malah Penyokong dan pendokong PAS amat serius dalam apa sahaja perkara yang berkaitan dengan perjuangan Islam maka kebanyakan mereka menjadikan PAS sebagai sasaran.

HT menyerang PAS hanya kerana PAS sebuah parti politik yang menggunakan Demokrasi sebagai wasilah dan menggunakan sistem pilihanraya sebagai penentu untuk memilih kepimpinan yang akan membawa hasrat gerakan islam ini untuk merealisasikan menegakkan sumber-sumber Islamiyah Di Malaysia.

Fasa 1 : HT akan berkomunikasi dan menyatakan bahawa siapa yang mengikut sistem selain islam ianya dianggap Thaqut iaitu ingkar dan golongan yang menggunakan demokrasi tidak wajar diberi peluang dalam menegakkan Islam kerana sudah sistem itu sahaja amat kotor kerana ianya dicipta oleh barat , bagaimana ingin menegakkan islam di dalam sebuah sistem yang kotor?

Hujah fasa 1 : Baiklah , HT menyerang mereka yang menggunakan Sistem Demokrasi sebagai Thaqut , malah menyatakan bahawa Demokrasi adalah Haram Qatie.

Tahukah anda bahawa HT didaftarkan sebagai sebuah PARTI POLITIK Di Malaysia , sebagai sebuah parti , sudah tentu mereka yang mendaftarkan HT akan menandatangani R.O.S dimana wajib mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Perlembagaan Parlimen dan menggunakan Demokrasi?.Dan mereka menandatanganinya , jika tidak maka tidak wujud lagi HT sebagai Parti Politik.

Bagi mereka yang berfikir logik , bagaimana HT sendiri menerima Demokrasi dan dalam pada masa yang sama menentang golongan yang menerima Demokrasi?, ianya ibarat HT memakai kasut lalu marah kepada orang yang lalu-lalang juga memakai kasut , marah kerana mereka memakai kasut , tidaklah orang yang dimarahi itu hanya menggeleng kepala dan mengatakan mereka ini golongan Kusut???

Fasa 2 : Apabila hujah ini berjaya diberikan kepada HT , sepatutnya mereka menjelaskan kekusutan yang mereka alami ini , tetapi tidak , satu perasaan ego akan menguasai mereka dan mereka akan membalas dan mengakui "Ya kami parti politik , tetapi kami tidak menyertai pilihanraya"

Hujah : Baiklah , HT tidak menyertai pilihanraya , tetapi ayat itu seperti mencuri di tengah hari di depan orang ramai malah lebih memalukan di hadapan ahli keluarga sendiri dan disaksikan tuan kedai , dan berlalu keluar tanpa ada perasaan bersalah!.Agak pelik parti politik tidak menyertai pilihanraya , terpulang , mungkin ini parti politik hanya suka-suka.

Tahukah Anda , HT sebenarnya bertanding di dalam pilihanraya dan meletakkan calon di Palestin menentang Hamas dan Fattah!

Apabila hujah ini diberikan dengan fakta ' ada yang terus lari dan menghantar mesej kepada inbox anda (tidak lagi dihadapan comment / reply yang boleh disaksikan oleh ramai orang) dengan ayat ini "ana tidak terlibat dengan mana-mana gerakan atau jemaah" - anda nilai sendiri ,

apakah ada seorang pejuang yang mengaku tidak berada di dalam mana-mana jemaah , padahal perjuangan islam melalui usaha jamaah dan bukannya individu , apa yang dapat disimpulkan , individu ini hanya berminat untuk bermain-main dengan perasaan egonya sendiri!

Kesimpulan FAKTA FASA 1 & FASA 2 = HT menerima dan menggunakan Demokrasi dan menyertai Pilihanraya!

FASA 2.5 = Fasa ini dinamakan fasa 2.5 kerana tidak layak dinamakan Fasa 3 kerana hujahnya bukan menjawab fakta tetapi terus menyerang dengan mengatakan fakta hujah 1 & 2 membuktikan PAS melindungi demokrasi dan bukannya melindungi perjuangan islam dengan ayat yang lebih sopan versi HT "

Nantikanlah hukuman tuhan bagi mereka yang melindungi DemoCrazy!!!" - bagi anda sendiri , apa yang anda fikirkan , mereka masuk ke rumah anda tanpa salam , mengkritik suasana di dalam rumah anda , kemudian membawa keluar barang-barang anda dan apabila anda menegur , mereka katakan inilah golongan yang terlalu sayangkan harta! - ???

FASA 3 = Fasa ini menunjukkan bahawa , HT akan sentiasa mempunyai hujah , walaupun mereka belum menjawab hujah fasa 1 & 2 mahupun fasa 2.5 dengan FAKTA.baiklah saya sebagai tuan rumah meraikan sahaja , barang2 sudah dibawa keluar , selepas itu meminta air dan kuih-muih pula, kebetulan tuan rumah ini jenis faham untuk berhadapan dengan orang-orang yang kusut.

Sambil minum dan mengunyah kuih , mereka menyatakan pula sambil nadanya agak kendur sedikit... "oh , tidak apa , sebenarnya pilihanraya tidak haram tetapi hanyalah mubah!" .

Hujah 3 : Apa ini semua??? , apa yang mereka mahukan??? . Sepatutnya dari awal fasa 1-3 semuanya sudah kita fahami lantas sudah beberapa generasi pimpinan gerakan islam sudah kita ketahui ,

malah pilihanraya mejadi tempat untuk kita bergerak bertugas dan ianya sudah sinonim dengan kita dan mereka ini datang hanya untuk menyatakan pilihanraya adalah mubah dan masa mula2 datang menyatakan demokrasi haram Qatie???.

Pada ketika ini , anda merasakan bahawa masa yang diperuntukkan amatlah tidak berbaloi lansung!

Fasa 3.5 = Fasa ini untuk mereka menyatakan bahawa , tidak apa menghantar wakil dalam parlimen asalkan wakil itu bertujuan untuk menegakkan islam...

Hujah 3.5 : baiklah jadi benarlah HT menggunakan Sistem Demokrasi , Menyertai Pilihanraya dan jika menang ada wakil yang akan bercakap untuk menegakkan islam.

Meleraikan sedikit kekusutan: Jadi tak apalah antum nak komen suasana di dalam rumah ana , kerana antum berminat menghiasi rumah antum seperti rumah ana , oleh itu bawa masuk lah balik barang2 ana yang antum

ambil itu dan ana telah halalkan makan- minum kuih-muih dan minuman itu kerana menjadi adab tuan rumah untuk melayan tetamu walaupun hanya itulah makanan yang tuan rumah ada pada hari ini!

Jika ini bukanlah artikel Ilmiah , nantikan kajian Ilmiah Tesis yang dijalankan oleh Sekumpulan Pensyarah Universiti yang sedang berjalan..diharapkan agar ianya lebih ilmiah!.

Azab

Posted: 08 Oct 2010 12:01 PM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Jarjani Usman

"Apabila perzinahan dan riba sudah melanda suatu negeri, maka penduduk negeri itu telah menghalalkan turunnya azab Allah atas mereka sendiri" (HR. Thabrani dan al-Hakim).

Ketika suatu bencana menghantam suatu negeri, bisa jadi itu suatu teguran, ujian, atau azab. Bila itu sebuah azab, maka itu berarti ada kemaksiatan yang sedang merajalela dilakukan manusia di negeri itu.

Sebagaimana disebutkan dalam suatu hadits, ada beberapa perkara yang kalau dilakukan sama halnya menghalalkan datangnya bencana. Jika pemasukan negara berada pada segelintir orang atau kelompok tertentu;

jabatan diburu untuk kepentingan pribadi atau kelompok dan zakat menjadi obligasi; jika laki-laki tunduk pada isterinya tetapi durhaka kepada ibunya, ia mementingkan teman sejawatnya namun mengabaikan ayahnya;

jika terjadi keributan di masjid; jika orang yang paling keji ditokohkan dan orang dimuliakan karena takut pada kejahatannya; jika minum minuman keras, berpakaian sutera, dan bermain musik menjadi industri budaya;

dan jika suatu generasi mengutuki para pendahulunya, maka ketika itu bencana gelombang panas, badai, dan topan akan datang (HR. Tirmidzi).

Kalau mau dicermati sejujurnya, hati siapapun akan mengakui bahwa semua perkara tersebut terjadi di negeri kita ini. Bahkan, sebahagian di antara kita adalah pelakunya. Kalaupun bukan pelakunya,

mungkin sebahagian yang lain telah membantu orang yang melakukannya. Kalau tidak membantu, mungkin sebahagian yang lain lagi telah membiarkannya. Kalau tidak membiarkannya, mungkin sebahagian yang lain hanya sekedar membenci.

Semoga masih ada orang yang mencegahnya. Kalau tidak, azab akan menimpa semua orang, termasuk yang tidak melakukannya. Demikian, Rasulullah mengingatkan suatu ketika.

Wang yang disatukan:Bila mahu dibersihkan?

Posted: 08 Oct 2010 11:30 AM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Dzulkefly Ahmad

Asalnya memang malas hendak melayan isu ini. Memang kata orang, kerja orang politik senantiasa hendak menjatuhkan lawan. Mutakhir tampak macam UMNO mencetus isu, mengambil sebanyaknya "mileage" dan kemudiannya meninggalkan isu begitu sahaja. Pakatan hanya "mengekor" sahaja dan bertindak reaktif. Contohnya mana isu Teo Nie Ching masuk masjid, isu Kalimah Allah dsbnya.

Tak putus-putus serangan dibuat. Tapi kali ini UMNO silap congak. PAS dan Pakatan tidak akan izinkan UMNO mencetuskan isu dan melenyapkan isu ini begitu sahaja. Kali ini, PAS akan lanjutkan sehingga terlondeh UMNO! Isu ini akan akhirnya ke Parlimen lagi!

Apabila Reezal Merican Naina Merican pertama-tama mendedahkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang telah menggunakan wang sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk pemberian wang ehsan RM100 kepada warga emas, UMNO menyangka Ketua Penerangan Pemuda UMNO itu bijak mencari isu membunuh lawan politiknya.

Serangan ini dianggap berjaya dan berkesan mencetuskan rasa marah orang Islam, khususnya warga emas yang memulangkan wang RM100 itu. Mereka bertujuan menjatuhkan wibawa Ketua Menteri Lim Guan Eng. Lantas ada yang "berlakon" memulangkan pemberian itu kembali.

UMNO menggeletek keseronokan melihat taktiknya menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Ketua Menteri itu berjaya. Ketika mendapat tentangan, serangan beralih sasaran. Kali ini ditujukan ke arah program pembayaran RM1000 kepada waris ketika warga emas meninggal. Kedua-dua ini dikatakan dari sumber haram hasil derma RM2juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Kerajaan Pulau Pinang telah secara jelas mengatakan bahawa sumber kedua-dua program tersebut adalah dari peruntukan belanjawaan 2010 sebanyak RM20 juta hasil penjimatan penjimatan dari urustadbir CAT (kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan). Tuduhan UMNO jelas meleset.

Tetapi peduli mereka tentang fakta dan kebenaran. Yang penting mereka telah "spin" -"putar-belit" dan mampu yakinkan rakyat yang tidak membaca media alternatif dan internet - golongan yang bengantung seluruh maklumat dari media BN/UMNO - Utusan Malaysia, Berita Harian dan RTM.

Begitu juga program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK). RAK adalah program kerajaan Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan tegar dengan mengeluarkan keluarga daripada garis pendapatan RM400 sebulan kepada sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

UMNO kecewa. Program murni terus ini diserang UMNO, kononnya sumber haram dan dari judi.

Pegawai Kewangan Negeri sendiri Farizan Darus telah menegaskan bahawa sumber RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhusus pemberiannya hanya kepada orang bukan Islam. Memang miskin tegar bukan hanya terdiri dari bukan Islam. Tentunya tidak salah menyalurkan wang derma kepada orang bukan Islam sementara orang Islam tidak diberikan dari sumber ini.

Bukankah ini satu usaha murni dari kerajaan negeri Pulau Pinang mempastikan orang Islam mendapat pemberian yang halal?

Persoalan yang hendak ditanya rakyat, khususnya umat Islam ialah, Sejak bila pulak UMNO pandai membezakan sumber rezeki halal dan haram? Sebabnya? Judi dan UMNO ini sinonim sejak azali lagi!

Sejarah merakamkan betapa UMNO mengingkari fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang pada tahun 1951 iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim (Ayahanda mantan PM Abdullah Ahmad Badawi) bahawa judi loteri adalah haram. Ini dikatakan punca mengapa ulama meninggalkan UMNO lantas akhirnya menubuhkan PAS.

Ertinya halal dan haram dalam UMNO tidak pernah menjadi masalah sejak penubuhannya mereka lagi. Malahan, tumbesaran UMNO tidak sangat memperhitungkan halal-haram sejak Merdeka lagi.

Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam UMNO membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin UMNO tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam UMNO, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951.

Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam UMNO supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan UMNO BN meluluskan lesen judi bola 2010sempena pertandingan Piala Dunia kepada Syarikat Ascot Sport Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010 tetapi terpaksa digantung buat sehingga kini.

Peliknya kerajaan Negeri Pulau Pinang yang pertama mengharamkan judi bola sekaligus memusnahkan rancangan UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia. Kerajaan PAS lebih awal lagi tidak mengizinkan lesen judi di premis-premis di Kelantan dan berbincang dengan semua tokoh agama-agama lain.

Isu pokok yang hendak diketengahkan ialah sumber pendapatan. Timbalan Perdana Menteri turut tumpang semangkok mengambil kesempatan untuk memukul kerajaan Pakatan Rakyat kononnya orang Islam cukup peka dengan sumber pendapatan mereka bukan dari sumber haram seperti judi.

Kalau benar TPM peka dan UMNO peka dengan sumber pendapatan perlu bersih dan halal, mengapa kerajaan UMNO/BN sejak berdekad lamanya masih mengumpulkan semua pendapatan dari cukai dan bukan cukai dari sumber yang haram seperti Cukai Dosa atau "Sin Tax", rokok, judi, arak dsbnya masih tidak lagi dipisahkan bahkan disatukan dalam "Wang yang Disatukan" atau "Consolidated Fund" di peringkat kerajaan Pusat?

Ahli Parlimem Kuala Selangor pernah membangkitkan perkara ini, seperti juga beberapa ahli Yang Berhormat yang lain, tetapi pimpinan Melayu UMNO membisu seribu bahasa. Tiba-tiba nak tunjuk warak dan alim kononnya peka dengan sumber pendapatan -halal dan haram. Kemuncak hipokrasi UMNO!

Seluruh rakyat perlu diberitahu bahawa pimpinan UMNO menipu rakyat lagi khusus kakitangan kerajaan bahawa penerimaan gaji mereka adalah tidak jelas dari sumber yang halal kerana telah "disatukan".

Dalam amalan Kewangan Islam, sumber yang jelas boleh dipisahkan dari sumber yang haram bagi pembersihan pendapatan. Tentunya gaji kakitangan mampu dibayar dari sumber yang jelas halalnya.

Sudah sampai waktunya pimpinan negara bertindak menyelamatkan pembayaran imbuhan kakitangan kerajaan untuk umat Islam di segi gaji dan bayaran yang mereka terima. Hanya "political will" atau iltizam politik yang tinggi serta kepekaan terhadap agama yang mendalam yang akan mampu membuat perubahan seperti ini. UMNO/BN tidak diharapkan untuk membuat perubaan ini.

Hanya kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kepekaan pimpinan bukan Islam dari Pakatan tampaknya lebih peka dari kelompok elit UMNO yang tegar dengan rasuah dalam kerasukan haloba tempolok masing-masing, meninggalkan kepentingan umat Islam dan mengorbankan kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Harakahdaily/-

Galas: Kelantan cadang 4 Nov cuti peristiwa

Posted: 08 Oct 2010 11:10 AM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 7 Okt: Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini berikutan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas yang jatuh pada hari bekerja, iaitu Khamis.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Nik Mat berkata, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

Katanya lagi, urusan mengundi bukan satu perkara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

"Jadi bila begini tentu sekali akan berlaku kelam kabut dan sebagainya bila hari mengundi jatuh pada hari bekerja," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tarikh penamaan calon dan PRK Dun Galas jatuh pada hari bekerja.

Beliau sebelum itu merasmikan majlis Ekspo Pelancongan 2010 Matta Fair disebuah pasaraya di sini sebentar tadi.

Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi pada hari bekerja.

Sambungnya, tindakan itu amat tidak wajar apa lagi Persidangan Dun Kelantan (Belanjawan) masih berjalan.

"Terang-terang saya katakan SPR ni menjaga Umno dan Barisan Nasional (BN), langsung tidak jaga orang lain.

"Sepatutnya tanya juga pihak sini (Kelantan) boleh kah buat tarikh tu, dia (SPR) tahu waktu tu sidang Dun Kelantan sedang berjalan,"ujarnya.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa, tindakan yang hanya mementingkan diri dan sebelah pihak tanpa memikirkan orang lain itu akan membangkitkan rasa benci terhadap kerajaan pusat.

Menurutnya lagi, SPR hanya berfikir untuk menyenangkan Umno BN sahja dengan mengenepikan kepentingan pihak lain.

Semalam SPR mengumumkan tarikh penamaan calon 26 Oktober ini, manakala tarikh mengundi pada 4 November.

Harakahdaily/-

Campur tangan politik punca PDRM terjejas

Posted: 08 Oct 2010 10:50 AM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 7 Okt: Pakar undang-undang perlembagaan menyifatkan campur tangan keterlaluan kerajaan (politik) dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan kredibiliti jabatan itu tercemar dan boleh menghakis kepercayaan rakyat.

Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam antarabangsa (UIAM) berkata, jabatan polis sekarang dilihat dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan hegemoni politik.

"Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang.

"Seharusnya pihak polis perlu bertindak dengan bijak dan bukan menyekat kebebasan rakyat bersuara kerana ia dibenarkan dalam perlembagaan," katanya ketika ditemui di Bengkel Penjelasan Perlembagaan Mengenai Konsep Federalisme di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan ada campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam institusi polis sehingga membelakanginya sebagai ketua jabatan.

Menurut Musa ada pegawai-pegawainya dikawal, sedangkan tanpa disedari perbuatan itu salah.

Dr Abdul Aziz berkata, kerajaan pusat mempunyai banyak saluran untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat termasuk Jabatan Penyiaran Malaysia dan media harian.

Sedangkan katanya, pembangkang tidak mempunyai kemudahan tersebut kecuali ceramah politik bagi menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat.

Oleh itu, beliau mencadangkan Jabatan Polis dibebaskan daripada tuan politik kerana peranan mereka menjaga ketenteraman awam.

"Jabatan Polis adalah milik rakyat dan mereka lebih memahami kehendak setempat termasuk polisi kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga berpendapat jabatan polis tidak perlu diberi tanggungjawab yang melampaui bidang tugas mereka bagi memperlihatkan kecekapan agensi berkenaan.

Harakahdaily/-

Jamuan Ilmuan Perantau ditangguh

Posted: 08 Oct 2010 10:30 AM PDT

29 Syawal 1431 H

BANGI, 7 Okt: Program Anak Terengganu di perantauan iaitu Jamuan Aidilfitri Ilmuan Perantau yang dijadualkan pada 9 Oktober (Sabtu) ini di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi terpaksa ditangguhkan.

Penyelaras program, Zulhilmi Abd Rahman berkata, program itu terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh akan akan dimaklumkan kemudian di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Beliau bagi pihak penganjur memohon maaf di atas penangguhan tersebut.

Harakahdaily/-

Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt

Posted: 08 Oct 2010 10:15 AM PDT

29 Syawal 1431 H

SHAH ALAM, 7 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan satu himpunan generasi kedua Felda di perantauan pada 10 Oktober (Ahad) ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Majlis akan bermula pukul 8 malam itu akan menampilkan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Mazlan Aliman (Pengerusi Anak), Azman Shapawi Abd Rani (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).

Menurut pengarah program, Mohd Nasaie Ismail, himpunan itu dibuat untuk melancarkan Anak Lembah Klang dan juga memberi pendedahan isu-isu Felda kepada warga Lembah Klang.

Selain anak, cucu dan menantu peneroka Felda, katanya penganjur juga menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai bagi mendengar ucapan pimpinan khususnya berkaitan isu Felda dan isu politik negara mutakhir ini.

"Program ini merupakan rentetan usaha-usaha memperjuangkan hak peneroka Felda dan isu berkaitan dengan tanah. Selepas melancarkan Anak generasi kedua Felda), Bapa (Felcra), Anak Lembah Klang ini akan mengukuhkan lagi gerakan menuntut hak-hak peneroka," katanya.

Menurutnya, pada tarikh yang sama sebelah siangnya akan diadakan pertemuan dengan alumni kakitangan Felda yang turut sama memberi sokongan terhadap usaha itu.

Harakahdaily/-

Penduduk 'gaduh' lagi dengan TNB, tiga ditahan

Posted: 08 Oct 2010 10:00 AM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Wong Teck Chi

Kekecohan sekali lagi tercetus di kampung baru Rawang apabila pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) cuba memulakan kerja-kerja pembinaan kabel bervoltan tinggi di kawasan berkenaan.

Lebih 12 pekerja TNB yang diiringi oleh kira-kira 50 polis tiba tanpa sebarang pengumuman dan memulakan kerja-kerja pada jam 9 pagi.

Menurut beberapa saksi, pekerja TNB cuba menimbus kawasan berlopak di tapak berkenaan bagi memudahkan jentera berat ke kawasan itu.

Namun puluhan penduduk yang mengetahui perkembangan itu cuba menghalang mereka dan pertelingkahan kecil berlaku.

Seorang pekerja TNB terjatuh ke dalam longkang dalam pergelutan itu yang kemudiannya menyaksikan pertikaman lidah antara kedua-dua pihak.

Kejadian itu memaksa pihak berkuasa menahan tiga individu. Mereka adalah seorang penduduk kampung dan dua pembantu kepada ADUN Rawang, Gan Pei Nei.

Beberapa saksi mendakwa kejadian yang menimpa pekerja TNB itu tidak ada kaitan dengan ketiga-tiga individu yang ditahan itu.

Penduduk sebelum ini melahirkan kebimbangan mereka kerana khuatir pembinaan menara berkenaan sekali gus juga akan menyebabkan kampung itu terbahagi dua.

Mereka membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu tetapi mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu.

Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.

Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.

Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.

Malaysiakini/-

Masjid, al-Quran dibakar

Posted: 08 Oct 2010 09:40 AM PDT

29 Syawal 1431 H

RAMALLAH - Penyerang tidak dikenali membakar sebuah masjid dan beberapa naskhah kitab al-Quran selain menconteng dinding masjid dengan kata-kata kesat yang ditulis dalam bahasa Hebrew di sebuah kampung di Tebing Barat, Isnin lalu.

Pendatang haram Yahudi dilaporkan bertanggungjawab atas perbuatan yang meningkatkan lagi ketegangan dalam proses damai Timur Tengah yang tergendala selepas dimulakan, awal bulan lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengeluarkan kenyataan mengecam serangan itu dalam percubaan menyelamatkan imej Israel selepas dikritik pemimpin dunia kerana enggan melanjutkan tempoh pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pembinaan penempatan haram Yahudi menjadi halangan utama dalam proses damai Palestin-Israel apabila negara rejim itu terus membina rumah di atas tanah milik Palestin bagi 300,000 warga Israel.

Tiada sebarang tahanan atau dakwaan berhubung serangan itu dibuat.

Sementara itu, wakil pendatang Yahudi yang mengecam serangan itu menghadiahkan beberapa naskhah baru al-Quran kepada mas-jid tersebut, kel:marin.

Sinar Harian/-

Orang luar campur

Posted: 08 Oct 2010 09:30 AM PDT

29 Syawal 1431 H

IPOH – Demonstrasi aman melibatkan 30 pemuda mendakwa mereka sebagai ahli DAP Cawangan Buntong yang menyatakan sokongan terhadap Timbalan Pengerusi DAP, M Kulasegaran disifatkan sebagai palsu.

Naib Pengerusi, A Sivanesan berkata, pemuda itu boleh mengaku mereka ahli DAP, sedangkan beliau tidak kenal dan tidak pernah nampak pun wajah mereka dalam parti sebelum ini.

Menurutnya, ini semua hanya wayang dan propaganda individu serta kumpulan tertentu yang bermotifkan politik untuk memperlihatkan kepada masyarakat kononnya DAP sedang mengalami krisis kepimpinan.

"Tindakan sekumpulan pemuda ini jelas bertentangan dengan pendirian parti yang penyokong atau pemimpin tidak boleh jadi musuh kepada parti DAP.

"Kalau melihat senario dalam parti-parti lain pun turut mengalami masalah yang sama, tapi bila terkena pada kami, ia diperbesarkan seolah-olah krisis meruncing melanda DAP," katanya kepada pemberita di Wisma DAP di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan 30 pemuda menganjurkan demonstrasi aman di perkarangan Wisma DAP, di sini, semalam kononnya mengaku penyokong kepada M Kulasegaran.

Sivanesan berkata, realitinya tiada sebarang krisis yang timbul dalam parti tapi hanya perselisihan faham kecil di antara pemimpin tertinggi.

Katanya, Kulasegaran sendiri telah bertemu dengan beliau sebelum berlepas ke Nepal menyatakan pendirian tidak akan berundur, mahupun melepaskan sebarang jawatan dalam parti, sebaliknya akan terus bekerjasama dengan semua kepimpinan DAP.

"Apa yang mencurigakan, penganjuran demonstrasi ini besar kemungkinan melibatkan pihak ketiga kerana kelihatan seorang bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlegar-legar di perkarangan wisma DAP.

"Ini jelas menunjukkan bahawa ada orang luar yang cuba memecahkan belah pemimpin DAP,"katanya.

Sinar Harian/-

Samsuri yang cukup menyenangkan

Posted: 08 Oct 2010 12:56 AM PDT

29 Syawal 1431 H
Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Sepatutnya saya bertemu dan bersembang panjang dengannya ketika majlis jamuan menjelang Ramadan lalu di hadapan pejabat editorial Harakah, Jalan Pahang Barat. Sudah agak lama kami tidak berjumpa. Selepas menjalani pembedahan pintasan jantung akhir April lalu, ada-ada saja rintangan yang menghalang.

Hari itu, saya tidak dapat lama melayani teman-teman yang datang. Pertama, masih uzur dan mudah penat kalau banyak bergerak. Kedua, disebabkan empat wartawan negeri turut hadir, saya memanfaatkannya untuk bermesyuarat ringkas. Tidak mudah untuk bersembang dengan mereka. Segera saya naik ke tingkat dua.

DIAJAK BERCERITA

Ketika kami berbincang santai, tertera panggilan dari Samsuri. Belum sempat menjawab, terputus. Saya mengharapkan Samsuri Roslan akan menunggu di bawah. Tentu ramai lagi kawan-kawan di Harakah yang boleh diajak bercerita.

Mesyuarat selalunya tidak memakan masa lama. Tapi, saya yang masih bercuti, leka berbual. Azan Asar mengejutkan saya bahawa ada rakan akrab yang menanti lama.

"Ana dah balik," jawab Samsuri, tetap dengan nada ceria apabila saya menelefonnya. Pastinya tiada siapa menduga bahawa saya baru saja terlepas peluang terakhir mendengar celoteh dan jenakanya.

Hinggalah pagi Rabu, 6 Syawal, saya mengusiknya lewat SMS: "Tak habis raya lagi ka?" Aidilfitri kali ini saya tahu Samsuri ke kampung isterinya, di Gerik, Perak.

Jawapan yang saya terima cukup mengejutkan: "Abah tidak sihat, kena stroke, sekarang di ICU Hospital Ipoh." Terpukul saya menerima khabar duka itu.

Tanpa membuang masa saya mencari seseorang yang boleh membawa saya segera ke Ipoh. Anak saudara, Rozani Morad, yang juga kenalan Samsuri, menyanggupi.

DESTINASI PALING JAUH

Ipoh hanya memerlukan dua jam untuk sampai, namun sepanjang empat bulan berehat panjang selepas "by-pass", destinasi paling jauh yang saya gagahi adalah rumah mentua di Kota Warisan, Sepang. Itu pun kaki agak bengkak di subuh raya pertama.

"Niat dan usaha yang baik tidak boleh ditangguhkan," kata pendorong isteri saya, memutuskan segala keraguan untuk menziarahi Samsuri. Saya risau keadaan tubuh yang uzur menghalangi.

Namun resah menampar lebih kuat jika saya hanya mendengar berita dari jauh tanpa bersemuka dengannya.

Unit Rawatan Rapi (ICU) kerap menyuntik kesedaran dan keinsafan. Wajah-wajah keluarga yang menunggu di luar wad tidak dapat menyembunyikan kegelisahan dan harapan yang cukup tinggi. Apatah lagi saudara dan teman rapat yang tidak putus-putus berdoa.

Seorang rakan pernah berkata: "Aku rasa masjid atau surau yang paling khusyuk adalah raung solat di hospital. Pergantungan kepada Allah cukup rapat dan dekat." Saya sempat menunaikan solat Asar di masjid baru berdekatan Hospital Ipoh.

MENEROPONG KEKERDILAN DIRI

Menatap Samsuri yang terlantar, masih tidak sedarkan diri di katil, seperti meneropong kekerkedilan diri. ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, terasa syahdu.

Lebih kurang 13 tahun lalu, saya berkejar dari Kuala Lumpur ke Ipoh, juga bersama Rozani yang baru berkahwin, selepas mendengar berita ayahnya, Morad Ismail meninggal dunia semasa memandu kereta untuk masuk ke sebuah masjid. Almarhum Morad ialah ayah Rozani, iaitu abang ipar yang juga sepupu saya.

Selama 135 hari lalu, selama tiga hari saya turut meniti detik-detik getir di ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Isteri Samsuri, Siti Faizah Abu ternyata tabah dan cekal. Empat anak mereka, semuanya perempuan, memberi kekuatan buat Faizah. Dua daripadanya menuntut di utara semenanjung - Arau dan Sungai Petani. Yang tinggal bersama mereka di Taman Seri Puteri, Meru, anak paling kecil, 10 tahun dan seorang lagi pelajar tingkatan dua.

Faizah menjelaskan Samsuri "sihat-sihat aja" menyambut 1 Syawal di rumah keluarganya di Gerik, sehinggalah pada tengah malam raya ketiga. Beliau muntah-muntah sebelum diserang angin ahmar dan dikejarkan terus ke Hospital Gerik. Tanpa menunggu lama Samsuri dipindahkan ke Ipoh.

AYAT-AYAT SUCI

Samsuri tidak bergerak. Langsung tiada apa-apa reaksi apabila saya mengenggam erat tangan kanannya. Saya bisikkan ke telinganya kalimah Tauhid, ayat-syat suci dan kata-kata perangsang. Matanya dilihat berkedip, mungkin sebagai respons awal.

Saya beralih ke sebelah anggota kirinya. Genggaman saya seperti bersambut. Rozani memberitahu, air mata Samsuri menitik. Bacaan doa saya tersekat-sekat. Saya yakin rakan baik saya itu mendengarnya.

Hampir setiap hari selepas itu saya bertanya khabar melalui SMS ke telefon bimbit Samsuri. Meskipun jawapan anak-anaknya ringkas namun ia sarat dengan sejuta pengharapan. Mereka memaklumkan ada petanda kecil perubahan positif pada Samsuri.

Namun, Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily yang menziarahinya lima hari selepas saya, memaklumkan Samsuri masih koma. Tentunya saya dapat memahami impian tinggi anak-anak Samsuri agar abah mereka segera pulih.

"Saya yakin Samsuri cukup kuat semangatnya, apatah lagi keluarganya bagi hadapi saat-saat genting ini," SMS saya kepada anggota keluarganya.

Saya mula mengenali Samsuri ketika belajar di tahun akhir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur, 1985-86.

Gelodak perjuangan mahasiswa, terutama ketika saya menerajui Persatuan Mahasiswa (PMUTM) menentang tindakan keras universiti memecat sembilan pelajar wanita berpurdah menemukan kami; saya sebagai aktivis pelajar dan Samsuri wartawan akhbar politik, Watan. (Sebenarnya rakan sejawatnya, "seorang lagi Samsuri", iaitu Samsuri Mamat yang lebih banyak melaporkan "kegiatan nakal" saya).

TABIR DALAMAN

Beliau banyak membantu saya mengasah bakat penulisan dan mendedahkan kisah belakang tabir pergolakan dalaman Umno. Penulis muda seperti saya amat perlukan dorongan.

Sokongan moral paling kuat apabila tulisan kita yang penuh kelemahan tersiar. Samsuri dan beberapa rakan lain di Watan ketika itu, antaranya Daud Ibrahim, menyediakan ruang untuk saya bereksperimen.

Semasa di kampus, selain Watan, saya lebih kerap menyumbang artikel kepada tabloid Mingguan Bumi, yang diasas dan dikelola oleh Almarhum Pak Hussein Yaakob. Pak Hussein, atas nama pena Ibnu Muslim, kemudiannya menjadi kolumnis Harakah yang diminati ramai, termasuk ketika saya menerajui lidah rasmi PAS itu.

Tarikh 27 Oktober 1987 bukan saja merampas kebebasan lebih 100 aktivis masyarakat di bawah Operasi Lalang ISA. Sehari selepas itu, ia mencatat detik hitam buat wartawan Watan (yang diterbitkan dua kali seminggu), dan dua harian berpengaruh, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung penerbitan.

Yang pasti Watan dan The Star yang muncul selepas itu sudah tidak sama lagi, terbatas dengan pelbagai sekatan.

BUKU POLITIK POPULAR

Saya memilih untuk membuka syarikat penerbitan sendiri, dengan menumpang pejabat abang saya, Dinsman di Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak. Majalah tanpa permit, antaranya "Demokrasi Zaman Mahathir" dan "Selepas 3 Tahun Memali", tidak mudah menembusi pasaran. Ramai pengedar dan pekedai tidak bersedia berdepan risiko dirampas KDN. Saya kemudiannya memilih pendekatan buku-buku politik popular.

Secara tidak rasmi, Samsuri adalah pembekal maklumat dan pentafsir gerak politik yang kadang-kadang sukar ditelah. Darinya saya memperolehi scoop dan berani membuat ramalan - elemen yang amat diperlukan dalam penulisan buku politik.

Di antara buku awal ialah Anwar Lawan Ghafar?, yang saya mulakan penulisannya setahun sebelum bekas Menteri Kewangan itu secara rasmi mencabar Ghafar Baba dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno.

Samsuri menemani saya mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri Anwar di Bukit Damansara. Saya pergi semata-mata untuk menyerahkan naskhah awal buku itu kepada Anwar sendiri (akhirnya disampaikan kepada Khalid Jaafar di majlis berkenaan), yang saya kenali dengan lebih dekat semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan.

Pada awal 1986, surat tahniah saya sebagai Setiausaha Agung PMUTM atas perlantikannya menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, sekali gus berbau "ugutan" kepada Anwar, dijadikan tajuk depan Watan, dan kandungan warkah itu disiarkan sepenuhnya di muka dalam.

Surat itu sebenarnya dihantar ketika saya bersama pimpinan pelajar dari seluruh negara mengadakan pertemuan pertama dengan Anwar.

DIPECAT UTM

Seminggu selepas itu, sekali lagi saya dijadikan berita utama Watan apabila dipecat daripada UTM! Tidak hairanlah jika ramai yang mengandaikan saya dipecat ekoran kritikan terbuka kepada Anwar, walhal realitinya tiada berkaitan pun. Saya sebenarnya keuziran dan tidak dapat memasuki dewan peperiksaan akhir (tahun kelima kursus sarjana muda kejuruteraan awam).

Satu demonstrasi besar selepas solat Jumaat membantah pemecatan saya membabitkan ramai pemimpin pelajar sekitar Lembah Klang. Antara pemimpin pelajar yang hadir ialah Saifuddin Ismail Nasution, ketika itu Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia (PMUPM).

Saya masih ingat, ia diadakan sehari selepas tarikh penamaan calon pilihan raya umum 1986. Kampus UTM hanya beberapa langkah daripada pusat FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan), yang siap bertindak untuk mematahkan apa juga demonstrasi yang dianjurkan.

Teriakan reformasi yang bergema pada awal September 1998 tambah mengeratkan lagi hubungan saya dengan Samsuri. Saya melepaskan jawatan di majalah Tamadun (yang memecah rekod kerana diulang cetak sebanyak tiga kali dalam edisi khas pemecatan Anwar sehingga mencecah 140,000 naskhah) dan bersama Samsuri menerbitkan semula majalah Detik yang dimilikinya. Permit Detik atas nama Samsuri.

FENOMENA DETIK

Samsuri menyerahkan sepenuhnya majalah itu kepada saya, dari segi editorial dan urusan bisnes. Meskipun berdepan kemungkinan tindakan represif KDN, Samsuri langsung tidak membayangkan "syarat-syarat tidak bertulis" kepada saya. Walhal beliau lebih dianggap dekat dengan Umno walaupun semasa bertugas di Watan, Samsuri banyak melaporkan aktiviti pembangkang.

Hampir setiap hari kami berlabun panjang di pejabat saya, Penerbitan Pemuda, Medan Idaman, Gombak. Kalau turun kedai mamak, Hameed atau Restoran Nasi Kandar Deen, tidak cukup dengan tiga gelas teh tarik. Juadah paling digemarinya adalah nasi kandar kambing, ditambah telur ikan. Dalam serius, terselit lucunya. Guraunya cukup menyenangkan.

Apabila berbual bersamanya, saya tanpa segan boleh berkongsi apa saja, baik impian, idea, harapan, cita-cita, angan-angan ... ya, segalanya. Ceritalah, dan dia akan sanggup mendengar walaupun sebahagiannya hanya impian yang mustahil untuk digapai.

Ketika gelisah, dia menenangkan. Ketika bimbang, dia menenteramkan. Ketika bosan, dia menceriakan. Ketika sedih, terutama masa kematian anak kedua saya, Nurul Syafiqah, 11 tahun, Samsuri yang paling awal menyabarkan.

Malah, dia telah menyiapkan satu bab panjang kenang-kenangan bersama Syafiqah, yang saya rancang untuk terbitkan dalam bentuk buku. Malangnya, buku itu berbengkalai dan tulisan Samsuri yang begitu menyentuh itu hilang bersama PC saya yang rosak.

Hampir setiap bulan, apabila saya menziarahi emak mentua di Bandar Baru Klang, kami pasti bersembang lama di kedai mamak berdekatan. Rumah Samsuri hanya 15 minit perjalanan dari situ.

NAFAS PENDEK

Majalah Detik hanya sempat setahun genap bernafas di bawah kelolaan saya. Keputusan pilihan raya umum ke-10, 29 November 1999, yang mengejutkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad telah menamatkan riwayat majalah yang dilihat mendokong kuat gerakan reformasi itu.

Samsuri sudahpun membayar RM500 kepada KDN untuk pembaharuan permit Detik tetapi arahan politik boleh membatalkan apa jua keputusan pegawai kerajaan. Kontroversi Detik, yang dianggap majalah berat sebelah menyokong pembangkang, telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Memang benar kami banyak mengedarkan majalah itu secara percuma semasa tempoh berkempen pilihan raya umum ke-10.

Samsuri nampak tenang saja sedangkan saya gelisah diamuk amarah. Pengharaman Detik menggerakkan penubuhan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan lobi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP). Bersama rakan-rakan kami menyiapkan "keranda" untuk menguburkan Detik.

Saya "menghasut" Samsuri supaya bangkit menentang namun dia tetap tersenyum: "Anta lawanlah dengan cara anta."

Pagi Ahad lalu, 3 Oktober, SMS saya bertanyakan perkembangan Samsuri lambat dijawab. Sebelah petangnya SMS itu mendapat respons dengan panggilan telefon.

Hairan juga saya. Belum sempat salam dilafaz, suara terputus. Ingat saya, anaknya mungkin tersalah tekan nombor.

Deringan ketiga membawa berita sedih. "Pakcik Lutfi ya? Abah baru meninggal sebentar tadi."

KEHILANGAN AMAT TERASA

Secepat itu saya kehilangan sahabat yang paling istimewa, anak kelahiran Kampung Raja Musa, Kuala Selangor, 48 tahun, anak kepada pasangan Roslan Sulaiman dan Suliah Siam.

Ibunya juga meninggal dunia selepas diserang angin ahmar. Samsuri sempat membawa saya menziarahi ibunya di Jengka, Pahang. Mereka berhijrah ke tanah rancangan Felda pada 1974.

Semasa mengucup dahinya buat kali terakhir selepas solat jenazah, air mata saya tumpah, tidak dapat ditahan lagi. Sebak. Pilu. Tetapi lebih sayu dan menghiris bila terpandang anak bongsunya yang masih menunggu kedua-dua kakaknya yang belum tiba dari utara.

Sahabat sebaik dan sehebat Samsuri sukar dicari ganti. Sungguh, ia ibarat satu dalam seribu. Samsuri cukup menyenangkan dan amat memahami.

PERBUALAN TERAKHIR

Dalam perbualan terakhir kami, saya banyak bercakap tentang kematian. Tapi saat itu saya membayangkan, saya yang selalu sakit akan pergi dahulu. Ajal maut tiada siapa dapat menduga.

Moga segala kesalahannya diampuni Ilahi dan keluarganya tabah menghadapi dugaan sukar ini. Mudah-mudahan amal baiknya diterima Allah. Usia memang terbatas namun kenangan bersahabat akan terpahat selamanya.

Ketika mahu menutup catatan ini, muncul mesej dalam facebook saya, dari Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad: "Saya juga terkenang Samsuri, yang sangat baik masa kerja di Watan dulu ... kenangan hebat dengan arwah, tapi lama betul tak jumpa. Sedih."

Saleeh teman sejawat Samsuri semasa Watan diketuai Mohd Khairune Ali. Ramai nama-nama besar wartawan politik bersama akhbar politik terkemuka itu.

Harakahdaily/-

Kemelut PKR tak akan jejas PAS pertahan Galas

Posted: 07 Oct 2010 04:51 PM PDT

28 Syawal 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

PAS menganggap pendedahan Rahimi Osman - bekas pembantu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - berhubung dua akuan bersumpah yang didakwanya "tidak tepat", tidak akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas 4 November ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara berkenaan "tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini" kerana terdapat banyak isu tempatan yang boleh diketengahkan.

"Ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini. Banyak isu tempatan (yang boleh diketengahkan). Ia tidak ada masalah," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di ibunegara pagi ini.

Mustaffa menjawab soalan pemberita berhubung satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Anwar yang sedang berjalan - oleh bekas pembantu ketua umum PKR itu.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang semalam, tetapi kemudiannya dibatalkan berikutan kemunculan sekumpulan lelaki yang membantahnya.

Rahimi bagaimanapun sempat memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Klang berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008 adalah tidak tepat dan beliau dipaksa berbuat demikian.

Mengenai pelantikkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya di Galas, Mustaffa berkata pelantikan yang dianggap sebagai 'senjata rahsia' Umno itu mungkin membawa padah.

Katanya, Razaleigh memang tidak dinafikan sebagai pemimpin berpengaruh Umno di Kelantan, namun beliau mempunyai banyak pandangan yang berbeza dengan Putrajaya.

"Beliau umpama pedang dua mata," kata Mustaffa.

Sejak menganggotai Umno semula pada 1996, Razaleigh dilihat dipinggirkan oleh Umno tetapi dibiarkan 'berkuasa' di parlimen Gua Masang yang mana Galas terletak.

Sejak beberapa tahun itu, Razaleigh seringkali membidas Umno berhubung dasar parti dan kerajaan. Antara yang terbaru ialah keenganan kerajaan persekutuan memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

"PAS menganggap Ku Li merupakan pemimpin yang paling berpengaruh (di Gua Musang). Kita hormatinya....Kita tidak boleh pandang mudah. Kita masuk pilihan raya ini, saya yakin Datuk Abdul Halim dan jentera operasi akan memainkan peranan," katanya.

Mustaffa merujuk kepada pengarah pilihan raya PAS pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang turut hadir bersama pada sidang media hari ini.

Abdul Halim pula berkata PAS optimis untuk mempertahankan kerusi DUN berdasarkan analisis dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya itu, menurutnya, jumlah pengundi di DUN Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826, manakala calon PAS mendapat 4,143.

"Dari segi (perangkaan) ini sahaja, Kalau Ku Li (Tengku Razaleigh) menjadi calon, dia (BN) akan kalah. Dari fenomena ini, tidak sukar untuk PAS mempertahankan kerusi itu," katanya.

Ditanya mengenai calon PAS, Mustaffa berkata parti itu dijangka bermesyuarat minggu depan untuk membincangkan perkara itu selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

Malaysiakini/-

DAP dakwa penunjuk perasaan bukan ahlinya

Posted: 07 Oct 2010 04:47 PM PDT

28 Syawal 1431 H

Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama di Buntung, Tang Yaw Hooi berkata, sekumpulan kurang 20 lelaki yang berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP Perak di Ipoh, semalam bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran keluar daripada parti itu bukan ahlinya.

Menurut Tang, nama mereka itu tidak tersenarai dalam pendaftaran ahli DAP.Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini bagi meminta polis menyiasat latar belakang kumpulan itu.

Semalam, selain mendesak supaya Kulasegaran keluar daripada DAP dengan alasan pemimpin berketurunan India dalam DAP dipinggirkan, mereka juga mengecam kepimpinan DAP Perak.

Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang mengiringi Tang membuat laporan itu, berkata bantahan itu dilakukan "kumpulan dalaman" yang cuba membuat kacau.

Katanya, Kulasegaran, yang kini berada di Nepal ketika dihubungi, menafikan pembabitan dengan kumpulan berkenaan.

Malaysiakini/-

PKR: Ada 'tangan' di belakang Rahimi

Posted: 07 Oct 2010 04:38 PM PDT

28 Syawal 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah terhadap dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau menarik balik kenyataan itu, membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Semalam, Rahimi mendakwa akuan bersumpah kedua dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Najib dan Rosmah dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat ketua pembangkang itu.

Beliau mendakwa telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah "yang tidak benar" tanpa diberikan salinannya.

Selari dengan kenyataan kepada polis

Menurutnya juga, selain membuat laporan polis dan menceritakan hal sebenar beliau telah membuat satu akuan bersumpah yang baru. Dokumen itu didakwa dikemukakan bersama laporan polisnya.

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful Izham secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi (kiri) - rakan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar - sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful Izham - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersoalkan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Menceritakan sebab akuan bersumpah itu dibuat, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR memberitahu ia bertujuan menghadapi kemungkinan Rahimi dipanggil sebagai seorang saksi dalam kes perbicaraan liwat Anwar.

Lagi pun, menurut Latheefa, maklumat yang diberikan Rahimi kepada mereka selari dengan dengan kenyataannya kepada pihak polis pada 23 Julai 2008.

"Beliau sahkan bahawa beliau tahu Saiful (Bukhari) telah menemui Najib dan Rosmah," kata Latheefa.

Sivarasa: Bab kedua lagi beberapa hari

"Beliau juga memberitahu polis bahawa dibawa oleh Mumtaz Jaafar, rakan baik Rosmah untuk menemuinya dan Najib.

"Rahimi kongsi maklumat ini dengan kami selepas memberikan keterangan kepada polis.

Manakala Saiful Izham pula yang mendakwa terkejut dengan berita

semalam mendakwa Rahimi membuat kenyataan media itu bagi memberikan kesan negatif terhadap perjalanan posiding melibatkan kes Anwar.

"Saya hairan, sekiranya dia ditahan, mana mungkin dia dengan parti selepas itu, turun berkempan dalam pilihan raya kecil, khususnya di Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan (kemudian).

"Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.

Malaysiakini/-

Rahimi karut, manipulasi akuan bersumpah

Posted: 07 Oct 2010 04:30 PM PDT

28 Syawal 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

PETALING JAYA, 7 Okt: Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah menganggap laporan polis terbaru yang dibuat oleh Rahimi Osman adalah karut bagi memanipulasi akuan bersumpah.

Rahimi, bekas pegawai khas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menuduh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli memaksanya menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pernah berjumpa Saiful Bukhari Azlan (saksi utama kes liwat) dalam akuan bersumpah (SD) keduanya pada 28 Jun tahun lalu.

Walhal katanya, Rahimi sendiri pada 23 Jun tahun lalu mempertahankan akuan bersumpah itu ketika memberi keterangan kepada polis.

"Ia suatu manipulasi fakta yang tidak benar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Manakala, Latheefa dan Saiful masing-masing turut menafikan dakwaan Rahimi kononnya memaksa diubah inti akuan bersumpah pertamanya di Quality Hotel sebelum ini.

Rahimi turut mengaku bahawa turut menyaksikan konsultansi Latheefa dan Saiful di Quality Hotel pada 28 Jun lalu memandangkan beliau merupakan kenalan paling akrab kepada Saiful Bukhari Azlan, saksi utama yang mengaku diliwat Anwar.

"Dari pemerhatian saya terhadap Rahimi, kedatangannya adalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak kami (peguam).

"Saya boleh sahkan di sini bahawa tidak ada apa-apa paksaan ke atas beliau," tegas Sivarasa.

Disebabkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Subang tidak menolak kemungkinan bahawa wujudnya satu lagi konspirasi untuk memburuk-burukkan parti serta Anwar, Ketua Umum PKR.

"Kita nampak ada tangan di belakangannya untuk merancangkan episod buruk ini," tegasnya.

Sebelum pada itu, Latheefa memberitahu bahawa Rahimi ketika akuan bersumpah kedua ditulis mengaku bahawa Mumtaz sebenarnya bertanggungjawab membawa Saiful Bukhari berjumpa Najib dan Rosmah.

Saiful Izham pula kemudiannya membangkitkan unsur keraguan yang tidak munasabah di sebalik kenyataan media serta laporan polis yang dibuat Rahimi itu.

"Yang menjadi kehairanan kami, sekiranya beliau ditahan oleh kami secara paksa, mana mungkin beliau bersama-sama dengan parti selepas dari itu untuk membantu kempen-kempen, khususnya di Permatang Pauh," ujar Saiful.

Manakala, peguam N. Surendren yang mewakili Latheefa dan Saiful Izham kemudiannya menuntut supaya Rahimi memohon maaf dalam masa 24 jam serta menarik balik tuduhan berunsur fitnah itu.

Tindakan undang-undang akan dikenakan, termasuk ke atas beberapa media arus perdana sekiranya Rahimi enggan berbuat demikian.

Harakahdaily/-

Pengikut