The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 07 Oct 2010 11:28 PM PDT Pokok Sawit dah pandai bertcakap dengan Felda Posted: 07 Oct 2010 07:48 PM PDT Berpuluh-puluh tahun KPG bagi hampir semua Rancangan Felda di Negeri Pahang adalah antara 18%-19%, tetapi setelah Kemahang 3, tiba-tiba perahan telah dinaikkan hingga 20%-20.5%. Seorang peguam kepada Peneroka-Peneroka Felda ini sambil ketawa menyatakan bahawa pokok-pokok sawit sudah mula pandai bercakap. Saya rekodkan percakapan Pokok Sawit dengan Felda: Pokok Sawit (PS): Boss, tak ndak ke naikkan sikit peratusan perahan sebab makmal boleh catat hingga 27% KPG sekarang ni? Felda (F): Isy...diam, diamlah, Peneroka bukan tau pun, kalau perlu kita beri mereka tu 17% je, barulah kita banyak duit, ni nak bagi Najib lagi untuk Pilihanraya, kalau kita tak tipu peneroka, macam mana kita nak buat duit untuk Najib! PS: A..ah, ye tak ye jugek, kita berilah 18% boss! F: 18% tak apa, kita masih tipu mereka lebih kurang 6% bagi setiap Peneroka, dan kita tipu mereka setiap orang antara RM300 hingga RM400 setiap bulan. Boleh tahan. PS: Bijak, boss, bijak. Tapi kawan-kawan aku di Kemahang 3 tak setuju boss, sebab Peneroka-Peneroka tu dah menang kes sampai ke Mahkamah Persekutuan. Kita tak boleh nak tipu lagi, boss. F: Isy..diamlah, Peneroka tu mana tau cerita sebenar, Nanti aku cakapkan bahawa kita kalah sebab Peguam kita tak hadir Mahkamah. PS: Tapi boss, kes itu bukan berjalan sehari dua. Dari Mahkamah Tinggi Kota Bahru hingga Mahkamah Persekutuan, macam-macam Peguam dah dilantik, semuanya ambil bayaran guaman hingga ratusan ribu ringgit, boss. Takkan Peneroka nak percaya? F: Kau ni bodoh sangatlah Pokok Sawit, itu alasan kitalah, sebab bukan kerana Peguam kita bodoh, tapi sebenarnya kita tak ada kes, kita memang dah menipu! Faham! PS: Faham boss, apa kata kita naikkan sikit KPG ni disesetengah Kilang boss, kurang-kurang kelabu juga mata mereka. F: Naik berapa peratus, kau ingat? PS: Boleh tak beri 20% boss. Kalau mereka saman pun, mereka hanya dapat 22%-23% sahaja, jadi bila kita naikkan kepada 20%, tentu mereka tak saman dah, dan Felda boleh makan 2% boss. 2% tu besar boss, berapa ratus ribu ada peneroka Felda, banyak dah Felda buat tu boss! F: Bijak, bijak, kau bijaklah FS. Tapi kita jangan naikkan disemua Kilang, satu dua kilang sahaja disetiap Negeri, yang lain tu tetap dengan 18% KPG. PS: Tapi mereka dah mula saman jugak, boss. Di Felda Maokil, Johor 600 lebih Peneroka dah masuk saman, di Serting 766 Peneroka, ni kat Pahang dengar-dengar di Rompin lebih 500 Peneroka nak saman, di kawasan Kilang Jengka 6 ada 1000 Peneroka dan di kawasan Kilang Jengka 8, ada seribu Peneroka dan di DUN Jengka lebih kurang 1000 peneroka nak saman Felda. F: Jangan bimbang, nanti kita ugut ketua-ketua mereka. Kita boleh tipu lagi bahawa kita akan naikkan perahan. Runding punya runding, makanlah masa 4, 5 tahun. Kita bedal lah dalam masa tu. 4, 5 tahun lagi Peneroka-Peneroka ni dah habis "steam", mereka dah tua, tak terdaya nak lawan lagi. PS: Betul tu boss, tapi boss tak takut ke halal atau haram, tak takut Neraka ke boss. F: Mana ada halal haram, mana ada syorga neraka, yang ada untung rugi ajelah. PS: Yang tu saya tak setuju boss. F: Kau apa tau, keluarkan buah aje sudah. Nanti kita akan letak dalam Majalah kita, kita kata Peguam-Peguam tu tipu peneroka, ambil RM5000.00 dari setiap peneroka untuk fail saman. PS: Tu tak betul boss. Peguam-Peguam tu hanya kenakan RM50.00 sahaja untuk kerja-kerja menghantar buah ke Makmal dari setiap lot yang terlibat. Menyediakan dokumen, memfailkan dokumen, hadir ke Mahkamah dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dan semakan di Mahkamah Persekutuan. RM50 tu kecil aje boss kalau bandingkan boss bayar kepada Peguam Felda yang beratus ribu ringgit tu boss. F: Eh PS..kau cuba nak ajar aku pulak! PS: Bukan nak ajar boss, tapi kalau Felda kalah macam kes Felda Kemahang 3 tu, kan Felda juga yang malu, dan kalah lagi di Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai Dana Tanam Semula, nak suruk di mana muka Felda sekarang boss, jadi bahan ketawa aje, dan kini dah tak ada peneroka yang segan dengan Felda lagi. Tak boleh runding ke boss? Dulu Peneroka yang ahli UMNO menyokong Felda boss, tapi, bila mereka sudah tahu mereka juga kena tipu oleh Felda, mereka pun kini dah duduk semeja dengan orang PKR dan PAS, dan mereka juga beri kerjasama untuk saman Felda. Kalau macam ni, habislah boss, mereka akan tawan rancangan Felda ni, dan bila mereka menang, orang macam boss ni takkan laku lagi, tak boleh dipakai!! Felda tidak menjawab lagi dan didalam hatinya berkata bahawa dia terasa bersalah kerana selama ini menjadi alat untuk menipu Peneroka. Baru dia sedar bahawa dia seorang Melayu, diperalatkan oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu untuk menipu Melayu. | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 07 Oct 2010 11:03 PM PDT DAP dakwa penunjuk perasaan bukan ahlinya Posted: 07 Oct 2010 01:57 AM PDT Pengerusi DAP Cawangan Taman Pertama di Buntung, Tang Yaw Hooi berkata, sekumpulan kurang 20 lelaki yang berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat DAP Perak di Ipoh, semalam bagi mendesak Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran keluar daripada parti itu bukan ahlinya.
Menurut Tang, nama mereka itu tidak tersenarai dalam pendaftaran ahli DAP.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini bagi meminta polis menyiasat latar belakang kumpulan itu.
Semalam, selain mendesak supaya Kulasegaran keluar daripada DAP dengan alasan pemimpin berketurunan India dalam DAP dipinggirkan, mereka juga mengecam kepimpinan DAP Perak.
Naib Pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang mengiringi Tang membuat laporan itu, berkata bantahan itu dilakukan "kumpulan dalaman" yang cuba membuat kacau.
Katanya, Kulasegaran, yang kini berada di Nepal ketika dihubungi, menafikan pembabitan dengan kumpulan berkenaan.
Sumber: Malaysiakini | Muhyiddin 'berubah' kerana kerusi no 1 Posted: 07 Oct 2010 01:51 AM PDT Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, mantan bosnya Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berubah menggunakan pendekatan "mengapi-apikan sentimen Melayu" disebabkan penangan kerusi perdana menteri yang sedang diintainya.
Mustaffa – bekas setiausaha politik Muhyiddin selama empat tahun sehingga Disember 2008 - berkata perkara itu juga disebabkan keadaan politik sekarang berbeza berbanding ketika Muhyididin memimpin kementerian belia dan sukan lebih sepuluh tahun lalu.
"Ada perbezaan pendekatan sebab dalam hal sekarang ini, beliau sudah mula mengintai kerusi nombor satu negara," katanya ketika ditanya sama ada Muhyididin masih merupakan orang yang sama.
"Jadi sebab itu (sekarang ini), segala langkah yang beliau (Muhyiddin) ambil, sifatnya adalah untuk mengintai peluang kerusi nombor satu negara."
Mustaffa - yang meletakkan jawatan bagi menyertai reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim – berkata, pendekatan Muhyididin kini "berganjak" kerana kedudukannya dalam Umno tidak lagi "terancam".
Sebelum ini, menurut Mustaffa, Muhyiddin bergelut membuang label sebagai "orang kanan Anwar", antaranya kerana menjadi antara menteri terawal melawat Anwar setelah dibebaskan daripada penjara.
Alat Dr Mahathir
"Sehingga dalam banyak keadaan (pada masa itu) beliau agak tersisih daripada arus perdana politik (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada masa itu.
"Tetapi kini beliau sudah dapat rasakan ada kekuatan yang tersendiri, oleh itu pendekatan dan imej yang beliau ketengahkan agak berbeza berbanding 10 tahun lalu," kata aktivis belia dan NGO Islam itu.
Dalam wawancara denganMalaysiakini di Kuala Lumpur tengah hari semalam, Mustaffa tidak menolak kemungkinan timbalan perdana menteri "yang sukar senyum tetapi berhati baik" itu mungkin diperalatkan Dr Mahathir bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak.
"Dalam konteks politik Umno, hal itu mungkin saja berlaku," katanya sambil berkata perkara itu mungkin bertujuan mempertahankan legasi panjang pemerintahan Dr Mahathir sebelum ini.
Tanpa segan, Mustaffa - yang kini mengorak perjalanan politiknya sendiri melalui PKR dan mula menggapai kedudukannya yang sama dengan Muhyiddin dalam Umno sebagai timbalan – sanggup berdebat dengan mantan bosnya itu berhubung isu Melayu.
"Apa yang tidak betul, kita akan kritik, termasuk (isu) yang terbaru ini. Beliau yang kita faham berada di belakang PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) membawa sentimen Melayu... Dan saya sedia mencabar beliau (nyatakan) juga bagaimana bentuk Melayu yang kita ketengahkan?
Tiga persamaan dengan Muhyididin
"Apakah Melayu yang boleh mengizinkan rasuah boleh berleluasa? Atau apakah pimpinan Melayu boleh membenarkan penyelewengan wang rakyat terbiar begitu sahaja?" soal Mustaffa bertubi-tubi.
"Jika ingin beliau gunakan sebagai alat untuk memenuhi aspirasi serta serakah politik Umno, itu kita akan serang habis-habisan. Dan jika beliau ingin berdebat, kita juga sedia berdebat dengan beliau dalam hal itu."
Menurut analisis Mustaffa juga, dalam masa yang sama pendekatan Muhyiddin dilihat berbeza dengan Najib yang menurutnya cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu.
"Itu sifatnya (politik) pedang bermata dua, double standarddalam politik yang mereka lakukan," kata Mustaffa.
Menegaskan PKR mengamalkan politik nilai yang tidak berasaskan perkauman, 'politik lama' Umno dan BN itu sudah mula pecah, terutamanya apabila peneroka Felda dan Felcra sebagai penyokong kuat kerajaan didakwa sudah berubah.
Bagaimanapun, di sebalik semua kritikan keras itu, Mustaffa mengakui, beliau pada 12 tahun lalu berkongsi tiga persamaan dengan Muhyididin, iaitu saling menekuni aspek kepemudaan, hampir dengan nilai keagamaan dan memberi "dokongan baik" kepada Anwar.
Karektor itulah yang mungkin mewujudkan keserasian antara mereka dalam satu pasukan, akui Mustaffa.
Sumber: Malaysiakini | Benarkan Mahasiswa Berpolitik : Yaakob Sapari Posted: 07 Oct 2010 01:48 AM PDT SHAH ALAM,07 OKT : Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, Dr Yaakob Sapari mendesak agar kerajaan pusat memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.
Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda pada tahun 2008, namun pindaan dilihat bias kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti. Sekaligus menafikan hak mahasiswa dalam membuat keputusan secara bebas dalam memilih aktiviti politik.
Mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan menimbulkan kekeliruan kepada mahasiswa.
Yaakob berkata, "Ironinya kenyataan menteri itu mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik."
"Garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam pilihan raya DUN Galas yang akan dilaksanakan tidak lama lagi".
Tegas Yaakob lagi , "Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas."
"Ini kerana dengan kegiatan aktif mahasiswa dalam politik dapat menerapkan nilai murni dan mampu manjadi warganegara yang bertanggung jawab".
Sumber: Selangorkini | Mustafa: Tengku Razaleigh Pedang Dua Mata Umno Posted: 07 Oct 2010 01:46 AM PDT Parti Islam Se-Malaysia yakin mampu menghadapi populariti Tengku Razaleigh Hamzah yang terpilih untuk mengepalai jentera perang Umno dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Galas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun melahirkan dukacita dengan komplot dalaman Umno, yang mengambil kesempatan dari Pilihanraya Kecil Galas ini, untuk menamatkan kerjaya politik Tengku Razaleigh jika tewas, atau meraih Dun baru jika menang.
"Saya melihat Tengku Razaleigh mempunyai tanggungjawab besar dalam Pilihanraya Kecil kali ini. Bagi saya, pemilihan Tengku Razaleigh adalah seperti pedang dua mata," kata Datuk Mustafa.
Tengku Razaleigh melahirkan solidariti dengan usaha Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat menyerahkan royalti minyak kepada rakyat negeri itu.
Beliau diiktiraf sebagai pemimpin Umno paling berpengaruh di Darul Naim, manakala kekuatan Pas di Kelantan juga terbukti kuat.
Mustafa berkata Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan jentera parti sama-sekali tidak memandang rendah kepada kemampuan Tengku Razaleigh.
"Pas menganggap Tengku Razaleigh seorang pemimpin yang paling berpengaruh di Gua Musang. Kita hormatinya dan kita tidak boleh pandang mudah. Saya yakin Datuk Abdul Halim dan jentera operasi akan memainkan peranan terbaik," kata Mustafa.
Datuk Abdul Halim berharap analisa keatas pola pengundi dalam pilihanraya umum lalu memberi kelebihan kepada Pas untuk menghadapi cabaran Umno.
Menurut Abdul Halim pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di DUN Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826, manakala calon PAS mendapat 4,143.
"Dari segi perangkaan ini sahaja, calon BN ada kemungkinan tewas. Dari fenomena ini, tidak sukar untuk Pas mempertahankan kerusi itu," jelas Abdul Halim.
Ditanya mengenai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu, Mustaffa berkata PAS Pusat akan bermesyuarat selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.
Pemimpin Pas Kelantan, Dato Husam Musa sebelum ini berkata Pas tidak menolak calon-calon berpotensi dari kalangan orang Asli di Galas.
Sumber: TVSelangor | 8,000 Polis Siap-Siaga Hadapi Pilihanraya Sarawak Posted: 07 Oct 2010 01:43 AM PDT Polis akan mengerahkan 8,000 anggota antara bulan ini dan Julai tahun hadapan, sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.
Persuruhjaya Polis, Datuk Mohmad Salleh berkata Prosedur Tetap Operasi dan faktor kewangan juga telah ditetapkan.
"Kita bersedia dari segi Prosedur Tetap Operasi dan kertas kerja, manakala belanjawan juga telah diperuntukkan. Kita hanya menunggu pengumuman tarikh pilihanraya," katanya di Kuching hari ini.
Mohmad menambah lebih dari 8,000 anggota, termasuk di luar negeri Sarawak, telah diletakkan dalam keadaan siap-siaga untuk pilihanraya itu nanti.
Sumber: TVSelangor | Umno Tak Peduli Malaysia Jadi Pariah Asal Terus Kekal Berkuasa Posted: 07 Oct 2010 01:42 AM PDT PETALING JAYA 7 Okt - Umno-Barisan Nasional tidak menjadikan kecaman masyarakat antarabangsa berhubung konspirasi memusnahkan karier politik Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kayu ukur malah tidak mempedulikan langsung risiko Malaysia dilabelkan sebagai 'pariah' asalkan matlamatnya berjaya mengekalkan kuasa sebagai pemerintah negara.
Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail serangan menjatuhkan reputasi Anwar secara berterusan merupakan langkah terdesak Umno-Barisan Nasional apabila tidak berdaya lagi berhadapan dengan ketokohan dan hujah Anwar sebagai negarawan bertaraf dunia.
"Sama ada Malaysia itu menjadi 'pariah' di mata antarabangsa, Umno tidak ambil kisah soal perkara ini, yang penting Umno mesti terus kekal berkuasa dan dengan kuasa politik itu mereka boleh terus melakukan apa sahaja semahu-mahunya.
"Pada dia (Umno-BN), reputasi Malaysia di mata antarabangsa itu bukan ukurannya, keutamaannya Umno mesti berkuasa dengan apa cara sekalipun.
"Oleh kerana lawan politik nombor satunya adalah Anwar, maka riwayat politik Anwar itu mesti ditamatkan dahulu dengan kilang-kilang fitnah itu akan terus mereka giatkan," kata Saifuddin kepada Suara Keadilan ketika diminta mengulas mengenai laporan polis yang dibuat semalam oleh Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar berhubung dua surat akuan bersumpah yang ditandatangani.
Beliau kini menafi menandatangani atas kerelaannya dan mendakwa dipaksa oleh Ketua Penerangan KEADILAN, Latheefa Koya yang juga seorang peguam.
Saifuddin berkata tanpa disedari Umno-BN, perbuatan mereka itu akan dinilai rakyat sebagai tindakan politik jahat dan durjana dan sebaliknya mendorong rakyat menambah sokongan kepada KEADILAN.
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja memberi gambaran buruk kepada Umno-BN malah mencerminkan betapa dangkalnya politik yang di bawa mereka kerana sanggup membelakangi budaya dan peradaban masyarakat Melayu.
"Serangan tidak putus-putus yang dilakukan ke atas Anwar ini adalah sebagai langkah terdesak Umno-BN yang akan menjerat diri mereka sendiri kerana tanpa mereka sedar perbuatan itu dilihat oleh rakyat sebagai berlebihan dan keterlaluan.
"Perbuatan ini juga hanya akan mendedahkan bagaimana politik jahat Umno-BN ini kerana mereka tidak langsung menghormati batas-batas, adab dan akhlak budaya orang Melayu dan Islam," katanya lagi.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang turut menyifatkan dakwaan terbaru itu sebagai bukti Umno-BN tidak pernah mengambil iktibar daripada petunjuk rakyat yang berpaling menyokong KEADILAN biarpun setelah pelbagai halangan dilalui Anwar akibat perbuatan rejim kerajaan yang mahu menamatkan riwayat politiknya.
"Saya menyifatkan isu terbaru ini sebenranaya adalah satu bukti bagaimana Umno-BN tidak pernah serik dengan hukuman dan isyarat daripada rakyat.
"Kalau sekiranya rakyat termakan dengan fitnah jahat ini, bermula 1999 lagi, nama Anwar akan terpadam terus daripada persada arena politik negara. Tidak mungkin rakyat Malaysia baik apa agama dan anutan sekalipun akan menghampiri seorang pemimpin yang begitu jijik dan hina akhlaknya, seorang yang dikatakan ada hubungan dengan 27 orang wanita pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, Indian, Eropah dan sebagainya sepertimana laporan afidavit mahkamah oleh (Tan Sri) Musa Hassan semasa beliau menjadi pegawai penyiasat pada tahun 1999.
"Anwar juga dituduh sebagai pengkhianat negara, beliau juga sebagai agen Yahudi dan Amerika malah kuda tunggangan Cina DAP dan segala macam.
"Fitnah ini berterusan dari 1998 sampai sekarang. Apakah pengaruh Anwar terhakis bahkan tidak. Parti yang Anwar ketuai semakin mendapat tempat di hati rakyat. Apakah Umno mengambil iktibar daripada pelajaran ini, jawapannya tidak.
"Fitnah baru yang direka ini hanya akan semakin membuka mata rakyat tentang bagaimana terdesaknya Umno dan BN tidak mampu bersilat dengan Anwar dalam gelanggang politik tetapi menggunakan intrumen pemerintah seperti polis, peguam negara dan mahkamah untuk menghancurkan dan menamatkan riwayat politik Anwar," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga tidak menolak Anwar berhadapan risiko ditahan semula kerana menganggap senario itu menjadi kezaliman Umno-BN untuk menyekat Anwar mara
"Risiko ditahan itu ada dan ini bukannya sesuatu yang pelik kerana sebelum ini aduan pada 1998 dia ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), dipukul, dikurung. Aduan 2008, dia ditahan, dipaksa ambil DNA.
"Mereka (kerajaan) akan mengulangi proses yang sama, ada laporan polis mereka akan tahan Anwar, mereka akan kilang segala fitnah jahat.
"Saya juga optimis berdasarkan pengalaman kes 1998, beliau dibicarakan 1999 diulangi lagi dengan kes dan bukti-bukti yang tak masuk akal dan proses mahkamah yang tidak langsung memberikan Anwar bukti-bukti yang tidak adil sehinggalah sekarang dan episod ini akan hanya meyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah mangsa kepada Umno dan BN yang hanya mahu terus kekal berkuasa," katanya.
Sumber: Suara Keadilan | Keterangan Rahimi Kepada Polis Babitkan Najib, Rosmah dalam Konspirasi Fitnah II Posted: 07 Oct 2010 01:41 AM PDT PETALING JAYA 7 Okt - Bekas pembantu kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Rahimi Osman secara sukarela memberi keterangan kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah bahawa beliau telah di bawa oleh rakan karib isteri Perdana Menteri, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar bertemu Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman mereka.
Mendedahkan perkara ini, Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata berasaskan fakta ini laporan polis Rahimi semalam yang mendakwa beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008 adalah tuduhan liar, tidak berasas dan karut.
"Walaupun Latheefa Koya dan Saiful Izham (Ramli) dinamakan sebagai dua peguam yang dikatakan memaksa Rahimi menandatangani akuan bersumpah saya juga terlibat dalam penyediaan dokumen tersebut.
"Rahimi datang ke hotel tersebut atas kerelaannya dan tidak ada unsur paksaan langsung kerana peguam, Stanley Sinnapan juga berada di sebelah beliau sepanjang masa," jelas Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana bersama Latheefa Koya, Saiful Izham Ramli serta peguam N Surendran.
Sivarasa juga memberi amaran kepada Rahimi beliau bahawa berhadapan dengan kesalahan memalsukan fakta dan boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.
"Saya mendapat tahu Rahimi sudah menyediakan akuan bersumpah terbaru untuk menidakkan akuan bersumpah yang ditandatangani pada 2008.
"Apa yang diberitahu kepada pihak polis di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah serupa dengan apa yang di dalam akuan bersumpah beliau malah mengandungi lebih banyak maklumat.
"Jika sekarang Rahimi menafi dan bercanggah dengan keterangannya kepada pihak polis maka beliau telah melakukan kes nyata berkaitan 'perjury' dan boleh dipenjara selama tujuh tahun," tegas beliau.
Menceritakan rentetan peristiwa di hotel tersebut, Latheefa berkata pada hari seorang lagi bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap majikannya, KEADILAN mengadakan kursus kepimpinan di mana rahimi juga turut hadir.
"Memanglah ramai ahli di hotel tersebut dan juga Rahimi ada bersama ketika itu. Dia datang kepada kami dan memberikan keterangan dengan rela berhubung dakwaan yang dibuat oleh kawan karibnya, Saiful," terang Latheefa.
Beliau menjelaskan Rahimi dipanggil sebanyak dua kali oleh pihak polis untuk memberi keterangan.
Kali kedia adalah pada 23 Julai 2008 di mana Rahimi telah menceritakan bagaimana beliau telah di bawa oleh Mumtaz bertemu Rosmah dan Najib d kediaman mereka.
"Selepas memberi keterangan kepada polis, rahimi menalifon kami dan memaklumkan bahawa beliau telah memberitahu polis segalanya," kata Latheefa.
Saiful Izham pula berkata laporan polis Rahimi adalah satu bentuk manipulasi fakta yang tidak benar dengan tujuan memberi kesan negatif kepada prosiding perbicaraan Fitnah II terhadap Anwar kini.
"Tuduhan beoiau adalah bersifat jenayah fitnah dan kita akan teliti untuk mengambil tindakan undang-undang dan juga terhadap media yang memutar belitkan fakta dan berita.
"Kami hairan bagaimana Rahimi boleh dakwa beliau di tahan kerana beliau aktif membantu parti dalam siri beberapa pilihan raya kecil terutamanya di Permatang Pauh.
"Kami menganggap ini satu usaha untuk memulakan fitnah pusingan ketiga terhadap Anwar.
Ditanya samada dua akuan bersumpah itu akan digunakan dalam perbicaraan Fitnah II, Sivarasa berkata ia tidak lagi perlu kerana semua maklumat yang terkandung dalamnya sudah pun disahkan oleh Saiful di dalam mahkamah termasuk Perdana Menteri sendiri yang mengakui bertemu Saiful di rumah beliau.
Surendran pula berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Rahimi untuk menarik balik tuduhannya serta memohon maaf.
"Beliau hanya perlu 24 jam untuk sedar bahawa apa yang dikatakannya adalah fitnah dan tidak benar langsung. Kalau dia tidak tarik balik tuduhan dan mohon maaf kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang," kata Surendran.
Sumber: Suara Keadilan | Larang Utusan Buat Liputan Keputusan Parti Posted: 07 Oct 2010 01:40 AM PDT SHAH ALAM 7 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pendirian parti itu yang menetapkan setiap anggota parti hendaklah menghormati keputusan parti kerana ia merupakan etika yang perlu dipatuhi dan ini termasuk ketetapan parti untuk tidak membenarkan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan berkaitan aktiviti parti termasuk pemilihan parti kali ini.
Beliau berkata ketetapan tersebut dibuat berdasarkan usaha media milik Umno itu yang tidak pernah berhenti untuk melihat kehancuran parti itu sejak awal penubuhannya sehingga kini.
"Oleh kerana itu, parti membuat satu keputusan, satu ketetapan. Apa keputusan kita? Keputusan kita ialah kita tidak libatkan Utusan dalam sidang media kita, aktiviti kita, itu keputusan parti.
"Baik, saya berpendapat (sebagai) anggota parti, tanggungjawab paling mudah ialah kita mematuhi dengan keputusan, itu sahaja, sikit sahaja.
"Soalan pilihan kita satu bab. Sebelum parti membuat keputusan, kita boleh memberikan pendirian kita, tetapi apabila parti membuat keputusan, disiplin yang betul ialah menghormati kerana menghormati keputusan parti adalah perkara yang paling asas dituntut, satu etika yang perlu dipatuhi," katanya dalam wawancara khas bersama media di ibu pejabat parti itu semalam.
Mengulas mengenai peringatan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang calon-calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini harus mengelak daripada memberi kenyataan kepada media yang dilarang,Saifuddin berkata, keputusan parti adalah berlandaskan kepada prinsip parti itu sendiri.
"Sudah menjadi satu rahsia umum, pendirian parti terhadap media tertentu. Saya nak sebut, saya nak mengulangi prinsip menghormati dan mengiktiraf kebebasan media itu tidak akan berubah, dari sudut keadilan mendasari parti kita.
"Di sana, pimpinan parti menilai kecenderungan yang agak ketara dan jelas di kalangan media tertentu dalam kes ini Utusan, yang kita sifatkan sebagai 'istiqamah' dalam usaha mahu menghancurkan Keadilan, bermula daripada usaha membunuh karakter Ketua Umum (Anwar), tak letih-letih, bertubi-tubi untuk menjahanamkan parti," katanya.
Keputusan tersebut merangkumi calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti kali ini, termasuklah ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun tanpa merujuk secara khusus tentang pendirian Zaid dalam wawancara bersama Sinar Harian kelmarin bahawa beliau bersikap terbuka dan tidak mahu memboikoit media, Saifuddin menegaskan bahawa dasar parti adalah mempertahan dan mengekalkan kebebasan media.
"Sebab itu saya memberi satu gambaran umum, walaupun tergambar dalam pemikiran kita apa yang kita maksudkan.
"Dasar parti dalam mempertahankan kebebasan media tidak berubah, tetapi dalam kes khusus ini, media Utusan tidak pernah letih-letih, jadi parti memberikan satu layanan khas kepada mereka iaitu tidak melibatkan mereka dalam sebarang aktiviti parti, itu sahaja.
"Dan itu keputusan peribadi beliau. Yang saya sebutkan ialah disiplin parti ialah menghormati keputusan parti.
"Dan sebagai anggota, sebaiknya keputusan parti itu dihormati biarpun kita mungkin ada pandangan tersendiri," jelas Saifuddin lagi.
Berhubung pertanyaan sama ada pendirian Zaid ini satu tindakan yang melanggar disiplin parti, ini jawapan yang diberikan beliau:
"Saya tak pergi sampai ke tahap itu. Disiplin dalam konteks yang kita faham, bukan dalam konteks tindakan disiplin. Disiplin maknanya satu etika dan etika perkara yang berkaitan dengan apabila parti membuat keputusan, bolehkah anda patuhi, itu sahaja," katanya.
Dalam wawancara terbaru terbitan 5 Oktober lalu, Zaid dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak mahu mengambil sikap 'memboikot' mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.
Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Anwar meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan KEADILAN mengelak daripada menggunakan media lawan untuk diwawancara.
Bagaimanapun Zaid membenarkan beliau diwawancara Mingguan Malaysia minggu lalu walaupun akhbar itu dilarang membuat liputan aktiviti KEADILAN.
Umno Minta Utusan Bertanggungjawab
Dalam perkembangan lain, dalam wawancara Malaysiakini dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam, beliau meminta Utusan Malaysia supaya bersikap lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka.
Katanya, masalah yang wujud dalam Utusan Malaysia mungkin hanya disebabkan oleh beberapa orang dalam sidang pengarang akhbar berkenaan.
"Mungkin sebab satu dua orang. Janganlah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
"Kita sudah beritahu mereka jangan tulis begitu. Wartawan perlu menulis dengan bertanggungjawab, gunakan fikiran supaya apabila kita tulis sesuatu, ia tidak menyakiti perasaan orang lain atau kaum lain," tambahnya.
Lapor Adnan lagi, Umno mempunyai pegangan dalam Utusan Malaysia tetapi tidak ada kawalan ke atas kegiatan editorial akhbar berkenaan.
"Mereka akan kata, 'biasalah.' Bila kita marah (mereka beri alasan), bukanlah, itu (disebabkan) wartawan kami. Ini biasa di mana-mana (penerbitan) pun," katanya lagi.
Tengku Adnan sebelum itu diminta mengulas Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mendakwa Utusan Malaysia mengamalkan polisi editorial yang bertentangan dengan etika kewartawanan.
Sumber: Suara Keadilan | KEADILAN Tidak Restu Tindakan Halang Sidang Media Rahimi Posted: 07 Oct 2010 01:38 AM PDT PETALING JAYA 7 Okt - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Senator Dr Syed Husin Ali berkata beliau memandang berat percubaan beberapa individu yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN untuk menggagalkan sidang akhbar belas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Kelang semalam.
Dr Syd Husin menegaskan tindakan kasar dan kata-kata kesat pihak terbabit tidak membantu kes Fitnah II terhadap Ketua Oposisi itu bahkan menjejas imej Parti.
"Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.
"Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini," jelas beliau.
Sumber: Suara Keadilan | Hisham, Polis Masih Enggan Minta Maaf Posted: 07 Oct 2010 01:37 AM PDT SHAH ALAM 7 Okt - Keluarga serta ibu Allahyarham Aminulrasyid Amzah menuntut pihak polis serta Kementerian Dalam Negeri membersihkan nama remaja itu berhubung dakwaan beliau adalah seorang penjenayah. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein bertemu dengan keluarga remaja 14 tahun itu yang mati ditembak polis, 26 April lalu.
Beliau yang kesal dengan tindakan itu berkata Hishammuddin sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan Menteri kerana tindakannya yang tidak berani berhadapan dengan rakyat.
"Saya hendak maklumkan di sini, selepas dua kali kita menulis surat untuk mengadakan pertemuan, akhirnya kita berjumpa dengan pihak Kementerian Dalam Negeri, itu pun dengan Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop.
"Saya difahamkan, ini merupakan usaha kali yang ketiga selepas ibu arwah Aminulrasyid bersama peguam dihalau apabila mereka sampai di lobi bangunan kementerian itu. Kali ini, barulah mereka boleh berjumpa," jelas beliau pada sidang media dipejabatnya petang semalam.
Ujar beliau, permohonannya kepada Abu Seman adalah seperti permintaan ibu arwah Aminulrasyid iaitu supaya menarik tuduhan penjenayah terhadap anaknya.
Namun Abu Seman meminta supaya pihak keluarga Aminulrasyid menunggu sehingga selesai perbicaraan terhadap anggota polis yang dituduh menembak remaja terbabit.
"Beliau minta kita tunggu perbicaraan itu dahulu, tetapi ini merupakan perbicaraan yang berbeza dan tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan arwah Aminulrasyid seorang penjenayah.
"Perbicaraan terhadap konstabel yang menembak arwah Aminulrasyid dan tuduhan beliau seorang penjenayah adalah perkara yang berasingan,"
"Tuduhan terhadap arwah Aminulrasyid perlu ditarik balik kerana sehingga kini ibunya masih tidak boleh menerima tuduhan pihak polis bahawa anaknya seorang penjenayah.
"Arwah Aminulrasyid seorang yang baik dan disenangi oleh rakan-rakan dan di kalangan guru di sekolahnya," kata Khalid lagi.
Beliau sekali mendesak pihak polis dan KDN meminta maaf dan menarik balik tuduhan tersebut.
Sumber: Suara Keadilan | JKR Didesak Siapkan Hospital Sebelum Jan 2012 Posted: 07 Oct 2010 01:35 AM PDT SHAH ALAM 7 Okt - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menggesa Kementerian Kerja Raya (KKR) supaya menyiapkan projek pembinaan Hospital Shah Alam di Seksyen 7 sebelum suku pertama 2012.
Kegagalan berbuat demikian hanya menunjukkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong semata-mata.
Beliau menegaskan projek pembinaan hospital yang terbengkalai sejak Julai tahun ini menjadi rumit selepas tender projek yang diberikan secara rundingan terus menyebabkan proses tender baru bakal mengambil masa lebih 30 bulan untuk menyediakan semula semua dokumen dan pelan berkaitan.
"Cadangan supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambilalih projek itu telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan. Ini kerana prosesnya tidak mengikut tender tetapi rundingan terus kepada syarikat tertentu menyebabkan perkara itu menjadi sukar.
"Masalahnya, ia dibina tanpa sebarang dokumen dan untuk menyediakan semula dokumen tersebut akan mengambil masa hampir setahun. Ini akan menyebabkan kosnya akan meningkat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya petang semalam.
Khalid menambah situasi ini mencerminkan ketidak berkesanan KKR di dalam menangani masalah ini di kala keadaan ekonomi negara berada di dalam keadaan kesempitan dana.
"Cara mereka menangani isu ini juga nampaknya masih lagi menggunakan cara dan budaya yang lama," ujarnya.
Tambah beliau lagi, sudah hampir empat bulan berlalu, tanpa ada perkembangan berhubung isu pembinaan ini daripada pihak kementerian.
"Perkara ini tidak boleh diterima. Kita desak supaya menteri terbabit mempercepatkan dan menyelesaikan perkara ini tanpa ada kenaikkan kos," tegas Khalid.
Menurutnya, kos pembinaan sebanyak RM480 juta juga merupakan kos yang dikatakan mahal sedang jika mengikut 'rule of thumb', sepatutnya hospital dengan kelengkapan katil sebanyak 300 unit sepatutnya menelan kos RM300 juta sahaja.
Sumber: Suara Keadilan
"Sudahlah mahal, terbengkalai pulak tu, saya difahamkan ada pihak yang sanggup menawarkan untuk membina dengan harga diskaun tapi yang anehnya, Kerajaan Pusat masih lagi mahu menenderkan projek itu," kata beliau lagi. | |
Anwar Ibrahim Posted: 07 Oct 2010 07:12 PM PDT Menjawab Fitnah Rahimi Osman Posted: 07 Oct 2010 12:31 PM PDT Press Statement In response to the allegation of duress by Rahimi Osman 7 October 2010 I wish to strongly state that at no point in time had I ever used any form of duress or undue influence on Rahimi Osman in relation to the statutory declarations that he signed. At all the material times, I was among several lawyers assigned to prepare witness statements from several potential witnesses, which is a norm in any legal defense. In my several meetings with Rahimi, I was accompanied by another lawyer, Radzlan Jalaluddin to interview him at the party headquarters at Tropicana. We prepared statutory declarations for some of the witnesses including Rahimi which is normal practice and for the protection of the witness as well. These statutory declarations were prepared because in certain cases (as in the present case), there were possibilities that witnesses for whatever reasons may decide to change their testimonies and therefore these statutory declarations can be used as a form of defence against such potential turn around. For example, in the previous cases against DSAI, a few persons connected to DSAI were wrongfully taken away by the police and were subjected to various forms of torture and abuse, and eventually they were made to "confess" and testified against DSAI. See the cases of Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees and Meor. In such cases, these statutory declarations can further be used as a form of protection for the witnesses themselves in the event of such wrongful incidents. Rahimi's allegation that the statutory declarations were amended to include the names of Dato Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor without his consent is completely untrue and without any credibility at all. This is because in his own statement given to the police at IPK on 23.7.2008 in the afternoon, he has confirmed that he knew that Saiful had met Najib and Rosmah. He also told the police that he himself was taken by Mumtaz Jaafar, a close friend of Rosmah to meet her and also Najib. Rahimi shared this information with us after his interview with the police. He also told the police about his meeting with Ezam Md Noor and SAC Rodwan. Further these individuals' involvements in the case were confirmed by Saiful Bukhari's testimony in court. Ezam Md Noor and Mumtaz Jaafar were called in for identification by Saiful. Najib has also admitted to the press that he has met Saiful when he came to his house. The allegation that we confined him in Quality Hotel is ludicrous and totally untrue. He was there on his own free will at all times and volunteering information to assist us with DSAI's case. These statutory declarations that he voluntarily signed were just part of the several meetings with him over the course of some months as he was also called to clarify or assist on factual matters within his knowledge during the pre trial preparations. At all the material times, he had voluntarily cooperated and met up with the lawyers whenever he was asked to assist. Even though he was no longer officially employed at the office of DSAI, he has however continued to come over to the party headquarters for various reasons and he has further followed the party's campaign trail in the by-elections. I strongly reiterate that at all times, our conduct as lawyers were entirely professional and Rahimi was not subjected to any form of undue influence or duress as claimed. I find it absurd that all of a sudden, after more than two and half years, and further despite the fact that these statutory declarations were never even used in court and therefore a non issue, it is now being alleged that they have been made involuntarily. These accusations are manifestly slanderous and malicious and a form of harassment against the party and DSAI's lawyers. I will be consulting with my lawyers and reserve all rights to initiate legal proceedings against Rahimi. Latheefa Koya ————————————- Kenyataan Media Membalas dakwaan paksaan oleh Rahimi Osman 7 October 2010 Saya sekeras-kerasnya ingin menyatakan bahawa saya pada bila-bila masa pun, tidak pernah menggunakan sebarang bentuk paksaan atau pengaruh yang tidak sepatutnya ke atas Rahimi Osman, dalam hubungannya terhadap akuan bersumpah yang ditandatanganinya. Pada waktu-waktu yang tersebut, saya merupakan salah seorang peguam yang ditugaskan untuk menyediakan keterangan saksi dari beberapa orang saksi-saksi berpotensi, suatu amalan yang menjadi lumrah dalam mana-mana pembelaan perundangan. Dalam beberapa pertemuan saya dengan Rahimi, saya ditemani oleh seorang lagi peguam, Radzlan Jalaluddin bagi mengambil kenyataannya di ibupejabat parti di Tropicana. Kami menyediakan akuan bersumpah beberapa orang saksi termasuklah Rahimi yang menjadi amalan biasa pembelaan serta untuk kegunaan perlindungan saksi juga. Akuan bersumpah ini disediakan kerana dalam kes-kes tertentu (seperti kes sekarang ini), terdapat kemungkinan para saksi atas apa jua sebab menukar keterangan mereka dan akuan bersumpah ini boleh digunakan sebagai hujah pembelaan terhadap kebarangkalian penukaran kenyataan saksi. Misalnya, dalam kes-kes terdahulu terhadap DSAI, beberapa orang yang terkait dengan DSAI di tahan secara tidak sah oleh pihak polis dan dikenakan deraan serta siksaan, maka akhirnya mereka membuat “pengakuan” dan memberi keterangan terhadap DSAI. Lihatlah kes Sukma Darmawan, Dr Munawar Anees dan Meor. Dalam kes-kes sebegini, akuan bersumpah ini boleh juga digunakan sebagai suatu bentuk perlindungan untuk saksi sekiranya berlaku kejadian yang menyalahi undang-undang itu. Tuduhan Rahimi bahawa akuan bersumpahnya dipinda untuk memasukkan nama Dato Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor tanpa persetujuan dirinya merupakan suatu kenyataan yang tidak benar serta tidak berkredibiliti sama sekali. Ini kerana dalam kenyataannya sendiri kepada pihak polis di IPK pada tengahari 23.7.2008, dia mengesahkan bahawa dia tahu Saiful telah bertemu Najib dan Rosmah. Dia juga memberitahu polis, bahawa dirinya sendiri diambil oleh Mumtaz Jaafar, rakan karib Rosmah, bagi bertemu Rosmah dan Najib. Rahimi berkongsi maklumat ini dengan kami selepas diambil keterangan oleh pihak polis. Dia juga memberitahu polis tentang pertemuan Ezam Md Noor dan SAC Rodwan. Selanjutnya penglibatan orang-orang tersebut dalam kes ini telah disahkan oleh keterangan Saiful Bukhari di mahkamah. Ezam Md Noor dan Mumtaz Jaafar telah dipanggil untuk pengecaman oleh Saiful. Najib juga telah mengakui kepada pihak media bahawa dia pernah bertemu Saiful saat dia datang ke rumahnya. Dakwaan bahawa kami mengurungnya di Hotel Quality adalah sangat tidak benar dan amat mustahil sama sekali. Dia berada di sana atas kerelaan dirinya sendiri pada setiap masa dan secara sukarelanya memberi kami maklumat bagi membantu kes DSAI. Akuan bersumpah tersebut yang dengan secara sukarela ditandatanganinya merupakan sebahagian daripada hasil pertemuan kami dengannya dalam tempoh masa beberapa bulan, sewaktu persediaan sebelum perbicaraan, yang mana dia dipanggil untuk memperjelas atau membantu dalam hal berkaitan fakta-fakta sepanjang pengetahuannya. Pada waktu-waktu tersebut, dia secara sukarela bekerjasama dan bertemu dengan para peguam bilamana dia diminta membantu. Meskipun dia sudah tidak lagi secara rasmi bekerja di pejabat DSAI, namun dia terus datang ke ibu pejabat parti atas berbagai tujuan dan kemudiannya dia juga ikut kempen parti dalam pilihanraya kecil. Saya dengan sekeras-kerasnya ingin menegaskan bahawa pada setiap masa, perlakuan kami sebagai peguam adalah profesional dan Rahimi tidak pernah dipaksa atau ditekan dengan cara yang tidak sepatutnya seperti yang didakwa dirinya. Saya merasa amat hairan, secara tiba-tiba, setelah lebih dua tahun setengah, pada ketika ini baru dia mahu mendakwa ia dibuat secara terpaksa. Akuan bersumpah tersebut juga tidak pernah digunakan di mahkamah dan sepatutnya tidak harus dibuat isu (a non issue). Dakwaan Rahimi ini merupakan suatu fitnah dan berniat jahat serta merupakan gangguan terhadap parti dan para peguam DSAI. Saya sedang berunding dengan para peguam saya dan akan memelihara hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rahimi. Latheefa Koya | Peguam: Kenyataan Rahimi Bohong Dan Fitnah Posted: 06 Oct 2010 10:52 PM PDT Dari Malaysiakini Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. “Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang,” kata Surendran. Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: “Lebih cepat daripada itu.” “Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik,” katanya. Tangan belakang Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor. Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan. Latheefa dan Saiful – kedua-duanya pemimpin kanan PKR – juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah. Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi. “Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu,” kata Sivarasa masih berteka-teki. | Apa Hubungan Senatak Ezam Dengan Rahimi? Posted: 06 Oct 2010 10:46 PM PDT Dari Sharpshooter Semalam peguam Anwar telah menghubungi sharpshooter tentang isu Rahimi. Adakah sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim bersedia untuk menjadi saksi? Jawapannya Ya..memang kami sudah bersedia menjadi saksi jika kes ini dibawa ke mahkamah. Berani kerana benar. Mengapa baru sekarang Rahimi muncul ketika pilihanraya kecil Galas mahu diadakan. Adakah selepas ini akan ada lagi ahli Keadilan yang akan melompat? jawapannya kemungkinan besar akan ada yang berubah menjadi katak dan terus melompat. Bila pilihanraya sahaja maka saham katak akan melonjak naik. Pergi jahanamlah dengan katak katak yang cari makan seperti itu. Seorang lagi nama yang pernah disebut oleh senatak ezam ialah Rashid. Siapa Rashid? Mengapa senatak ezam menyebut nama Rashid? Benarkah Rashid adalah tukang urut Anwar di penjara Sg Buluh? Apa hubungan Rashid dengan Anwar Ibrahim? Apa hubungan senatak ezam dengan Rashid? Apa pula hubungan senatak ezam dengan Rahimi dan Saiful serta Rashid? Benarkah Rahimi yang membawa Saiful bertemu senatak ezam? Benarkah senatak ezam adalah ‘grand design’ dalam kes liwat kedua ini? Benarkah Rahimi telah membuat akuan bersumpah dengan senatak ezam sebelum Saiful muncul memfitnah Anwar kononnya beliau telah diliwat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh? Hanya menunggu masa dan akan terjawab semua persoalan itu. Semoga kebenaran akan dapat ditegakkan. Kezaliman serta fitnah jahat akan dapat dihapuskan. Lawan tetap lawan. Yang pasti isu Rahimi akan mewarnai pilihanraya kecil Galas. Semoga Allah akan memberi kemenangan kepada calon Pas di Galas. Takbir…. | KEADILAN Tiada Kaitan Dengan Percubaan Gagalkan Sidang Akhbar Posted: 06 Oct 2010 10:42 PM PDT Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam. Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti. Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media. Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini. Dr Syed Husin Ali Timbalan Presiden KEADILAN | |
PKR HULU LANGAT Posted: 07 Oct 2010 03:27 PM PDT KETUA CABANG Posted: 06 Oct 2010 11:57 PM PDT CIKGU RADZUAN AHMAD | |
anjung setiawangsa Posted: 07 Oct 2010 03:08 PM PDT Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun Posted: 07 Oct 2010 02:37 AM PDT Setelah membuat akuan bersumpah lebih dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada konspirasi untuk mengenakan tuduhan liwat buat kali ke dua ke atas Anwar Ibrahim, bekas pembantu Anwar menukar nadanya hari ini. Rahimi Osman membuat laporan polis mendakwa kononnya dua kenyataan bersumpahnya itu dibuat kerana dipaksa oleh orang Anwar, termasuk seorang peguam wanita dari parti itu. Kenyataan bercanggah Rahimi mirip kepada kes penyiasat P. Balasubramaniam yang turut mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak kepada kes warga Mongolia Altantuya Shariibu yang mati dibom pada tahun 2008. Selepas membuat pengakuan itu, Balasubramaniam "terpaksa" menukar kenyataan itu keesokan harinya sebelum menghilangkan diri untuk mencari perlindungan di luar negara. Hanya selepas setahun, Balasubramaniam muncul di Singapura dan mendedahkan beliau diugut oleh rakan dan kerabat keluarga Najib supaya mengubah kenyataannya jika mementingkan keselamatan keluarga beliau. Tindakan Rahimi menafikan beliau membuat kenyataan bersumpah secara sukarela yang mengaitkan Najib kepada konspirasi menfitnah Anwar dengan tuduhan liwat tentunya dipandang dengan sinis. Peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau tetap yakin Rahimi membuat pengakuannya dua tahun lalu secara sukarela. Kenapa hanya sekarang, beliau mendakwa dipaksa, tentunya ada sesuatu yang mencurigakan," kata Sankara kepada TV Selangor. "Saya mahu menegaskan bahawa Rahimi tidak pernah dipaksa untuk membuat kenyataan bersumpah. Ia dibuat secara sukarela dan keterangan itu memihak kepada Anwar dan justeru beliau adalah saksi untuk pembelaan," tambah Sankara. Dalam wawancara dengan Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin pada Julai 2008, Rahimi sendiri mengesahkan pembabitan Najib dalam pemalsuan bukti terhadap Anwar berhubung dakwaan palsu oleh Saiful Bukhari Azlan. Ini kerana, menurut Rahimi, beliau sendiri yang mengiringi Saiful untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan dakwaan itu. Menurut sumber-sumber, wawancara itu telah dirakam secara video dan disimpan di tempat yang selamat. Rakaman ini apabila disiarkan akan menunjukkan secara jelas, Rahimi tidak berada dalam sebarang keadaan tertekan atau dilatih untuk memberi kenyataan. Sidang akhbar yang "diatur" untuk Rahimi dan peguamnya di Klang selesai dalam tempoh tidak sampai 15 minit, sejurus selepas Rahimi bergambar dengan laporan polis. Sidang media itu yang diadakan di sebuah restoran di Kelang ditamatkan lebih awal selepas sekumpulan orang yang tidak dikenali bertindak untuk melarang Ravichandran dan Rahimi daripada terus memberi kenyataan. Anehnya kumpulan itu terlalu ghairah cuba menggambarkan diri mereka sebagai penyokong Anwar malah membuat pengakuan terbuka sedemikian. Ini hanya menimbulkan kecurigaan terhadap identifi sebenar kumpulan ini. Seperkara menarik pada sidang akhbar Rahimi dan P. Balasubrmaniam adalah hakikat bahawa kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media, kerana tidak mahu menjawab soalan daripada pemberita. Dan selepas sidang akhbar yang menafikan pembabitan Najib dalam kes Altantuya dan dalam kes ini, mengatur konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, Balasubramaniam, ketika itu, dan Rahimi, hari ini menghilangkan diri. | KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR Posted: 06 Oct 2010 09:01 PM PDT KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.
Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti. Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media. Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini. Dr Syed Husin Ali Timbalan Presiden KEADILAN
7 Oktober 2010 | SIAPA RAHIMI? Posted: 06 Oct 2010 06:57 PM PDT Chegu Bard dan Sharpshooter Umno panik dengan pertembungan di kawasan majoriti Melayu di DUN Galas. Dalam keadaan mereka sedang melakukan perang saraf memaksa semua percaya bahawa Melayu sudah benci Pakatan Rakyat dan mencintai Umno melalui Perkasa yang mendapat hak francais peembakar suhu perkauman sudah tentu pilihanraya kecil di kawasan Melayu ini mencemaskan mereka. Galas sukar buat Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tetapi akan cuba yang terbaik. Bn cemas dan mengarut bermula dengan nak lantik pemimpin yang mereka pinggirkan selama ini 'KuLi' sebagai pengarah, Umno panik kerana kalau tewas Galas maka retorik konon mereka dipuja Melayu akan hancur.
Mereka tahu sesuatu perlu dilakukan segera. Pakatan Rakyat jika turun dengan jentera yang padu pasti Bn tumbang. Faktor pengikat Pakatan Rakyat, Anwar kini berada di Itali. Tanpa perlu menanti Anwar berada di luar negara serangan dituju kepada Anwar. Kempen Bn sempena Galas bermula hari ini dengan 'kick off' nya dimulakan oleh Rahimi, bekas kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Rahimi ini kononya hari ini hadir di Ibu Pejabat Balai Polis Kelang dengan menyatakan dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah palsu.
Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2. Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.
Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi. Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.
Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar. Namun cheGuBard secara peribadi langsung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah. Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.
Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam.
Lama dia hilang tak tahulah buat apa bagi che'GuBard tak nak campur itu urusan pejabat Anwar, che'GuBard tumpu perkasa parti, tak mahu campur urusan pejabat Anwar Ibrahim sebab nanti tak sesuai pula kerana kita tak secerdik mana. Tiba - tiba beberapa bulan lepas ketika menghantar sepupu Isteri bernikah di Sg. Buloh kami sekeluarga singgah di Denai Alam. Sebab dengar tempat ini boleh tengok kuda maka cheGuBard bawa anak-anak untuk ambil gambar dengan kuda. che'GuBard jumpa Rahimi ini baru lepas naik kuda, biasalah dengan pakaian hebat, boot naik kuda dan cakap besarnya dia menyapa, salam siap nak cium tangan lagi. Kalau dia kena paksa kenapa sekarang ? Kenapa dekat dengan Galas ?
Jawapan Sharpshooter - Ya memang benar kata Chegubard, sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang diamanahkan menjaga Rahimi selama 5 hari 4 malam. Manakala 2 orang amk dari N9 diamanahkan pula menjaga Rashid. Memang lucu, lawak & pelik, mengapa Rahimi membuat pengakuan setelah lebih daripada 2 tahun????
Rahimi mungkin terlupa bahawa Sharpshooter waktu tu bersama Zulkifli Ibrahim yang waktu itu telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan Rahimi kerana waktu itu beliau cukup tidak yakin & takut Najib yang waktu itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini' Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.
Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya. Rahimi menceritakan bahawa Saiful adalah kawan sekolahnya dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Rahimi bertemu semula dengan Saiful ketika dalam siri roadshow Ceramah Anwar semasa kempen PRU12.
Rahimi terkejut bertemu Saiful semasa ceramah Anwar kerana Rahimi tahu Saiful merupakan penyokong kuat UMNO. Belum tiba masanya nak citer semua pengakuan Rahimi. Cuma rumusan pada hari ini, Sharpshooter ingin menegaskan bahawa jika Rahimi mengatakan beliau dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah adalah satu pembohongan yang besar. | |
AMK Shah Alam Posted: 07 Oct 2010 01:05 PM PDT |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 07 Oct 2010 09:12 AM PDT |
www.telokkemang.blogspot.com/ Posted: 07 Oct 2010 07:30 AM PDT Soalan-Soalan Parlimen Dato' Kamarul Baharin Abbas Posted: 06 Oct 2010 09:46 PM PDT PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS diterima dan dijawab mengikut tarikh
Hari Selasa, 19 Oktober 2010 1. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:- a) tindakan kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan Felda disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan b) apakan Felda bercadang untuk menaikkan kadar perahan gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap peneroka Felda Kemahang, kelantan
Hari Khamis, 21 Oktober 2010 2. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- a) status pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala; dan b) nyatakan bilakah kerja penyambungan projek tersebut akan dimulakan dan jumlah penalti yang dikenakan kepada kontraktor berkenaan sehingga kini.
Hari Selasa, 2 November 2010 3. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a) adakah wang KWSP digunakan oleh kerajaan bagi menampung kos tambahan kepada setiap projek yang mengalami kerugian; dan b) senaraikan projek-projek tersebut serta jumlah suntikan kewangan dari KWSP dan berapakah jumlah pinjaman telah dibayar mengikut jadual kepada KWSP.
Hari Rabu, 10 November 2010 4. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- a) alasan perancangan projek lebuh raya (Central Spine Expressway) dari Seremban-Karak-Gua Musang-Kota Bharu dibatalkan pembinaannya; dan b) apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf laluan yang sedia ada.
Hari Rabu, 24 November 2010 5. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a) berapakah jumlah dana yang telah diberikan kepada Value CAP dari mula ditubuhkan sehingga sekarang untuk melabur dipasaran saham; dan b) prestasi kedudukan untung rugi pelaburan itu sehingga masa kini.
Hari Isnin, 29 November 2010 6. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a) berapakan jumlah jaminan yang diberikan kepada pinjaman yang diambil oleh syarikat milik kerajaan (GLC) yang berbentuk pinjaman langsung atau pengeluaran bon-bon dari 2005 hingga 2009; dan b) baki tertunggak dan perlu dijelaskan dari sekarang hingga tahun 2020.
Hari Khamis, 2 Disember 2010 7. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah kerajaan mempunyai dasar mengenai kegunaan tenaga nuklear memandangkan beberapa negara telah menunjuk minat untuk beralih kepada tenaga atom seperti jangkaan International Atomic Agency (IAEA) bahawa 10.4% tenaga global akan dihasilkan oleh loji nuklear (nuclear reactor) pada tahun 2030.
Hari Isnin, 6 Disember 2010 8. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:- rasionalnya mengadakan kursus berasingan untuk mendapatkan sijil NIOSH OIL & GAS SAFETY PASSPORT (NIOSH) dengan yuran RM250 bagi tiap-tiap sijil untuk pekerja bagi beberapa sektor-sektor industri yang mewajibkannya dan kenapa tidak satu kursus untuk semua industri.
Hari Khamis, 9 Disember 2010 9. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- a) jumlah sebenar pinjaman 'UK Malaysia Aids' oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK) sehingga kini; dan b) kenapakan pinjaman tersebut tidak dibayar mengikut jadual dan baki hutang tertunggak sehingga kini.
Hari Isnin, 13 Disember 2010 10. Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:- a) jumlah pengagihan zakat yang telah dikeluarkan mengikut negeri dan data terperinci pada tahun 2005 hingga 2009; dan b) cara mana pihak pengurusan dan jumlah pegawai yang ditugaskan supaya dapat mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan.
note:- kesemua 15 soalan yang dikemukakan telah diterima termasuk 5 soalan untuk jawapan bertulis
JAWAPAN BERTULIS
Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:- Setakat mana kerajaan membantu sumbangan dana untuk penyelidikan intensif cara pembiakan MICRO-ALGAE yang berpotensi besar mengatasi dan sebagai penganti (replacement) kepada beberapa bahan mentah yang diperlukan dalam industri tenaga, makanan, minyak dan gas, bio-diesel dan lain-lain.
Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:- Berapakah jumlah keseluruhan (statistik) pendatang asing yang memegang VISA dan VOA yang telah melakukan kesalahan didakwa ataupun tidak dan jumlah mereka yang telah dihantar balik sesudah tamat menjalani hukuman.
Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:- Nyatakan nama syarikat-syarikat mengikut jumlah yang diperuntukan Permit Import (AP) sejak 2008 sehingga kini .
Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- Jumlah projek pembangunan yang melibatkan beberapa unit rumah mampu milik diseluruh negara yang dilaksakankan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada masa kini dan berapa yang telah siap serta dijual.
Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:- Jumlah dana digunakan daripada RM5 bilion yang telah diperuntukkan untuk bantuan dan pembangunan orang asli mengikut negeri setakat ini. | |
PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN Posted: 07 Oct 2010 07:26 AM PDT Aidulfitri bersama Adun Sikamat-Seremban Posted: 06 Oct 2010 02:52 PM PDT Tarikh : 5hb Oktober 2010. Masa : 8.00mlm ~ 11.00mlm Tempat : Pejabat Adun Dun Sikamat
Sambutan yang cukup mengalakkan dari masyarakat Dun Sikamat dari semua golongan bangsa memberi sokongan dari sokongan moral, kewangan, Juadah jamuan dan membantu mengerakkan program. Kehadiran dianggarkan dalam 3000 orang. Kehadiran mereka dikatakan bukan sekadar untuk menjamu selera tetepi adalah untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat Seremban dan Pusat Kususnya untuk mengerakkan jentera Pakatan Rakyat agar terus berusaha menegakkan keadilan dan menjatuhkan Bee End kususnya UMNO dari tampuk pemerintahan Negara. Dengan sokongan sentiasa ada kepimpinan Pakatan Rakyat Seremban akan terus berusaha untuk bekerja untuk rakya tanpa mengira bangsa dan masa demi keadilan untuk semua. Kepimpinan Pakatan Rakyat kususnya KeADILan mengucapkan Selamat Hari Raya dan ribuan terima kasih kerana rakyat terus sentiasa menyokong Pakatan Rakyat. DARI RAKYAT, BEKERJA UNTUK RAKYAT.
Parti KeADILan Rakyat Cabang Seremban. Unit IT.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan