DIALOG RAKYAT Posted: 26 Aug 2011 03:05 PM PDT Tun Zaki sahkan bersara 12 September Posted: 26 Aug 2011 02:54 PM PDT KL TODAY
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi (gambar) tidak mahu menyambung perkhidmatannya selama enam bulan lagi selepas beliau mencapai usia persaraan 66 tahun pada 12 Sept ini.Dalam satu temubual eksklusif dengan BERNAMA pada Jumaat, beliau memberikan dua sebab membuat keputusan itu. "Pertama, saya berjanji kepada isteri bahawa saya tidak akan berkhidmat lebih lama daripada sepatutnya, dan lebih penting lagi, saya yakin pengganti saya akan mampu melaksanakan tanggungjawab ini, mungkin lebih baik daripada saya," katanya. Ketika ditanya rancangannya selepas bersara nanti, Zaki berkata beliau akan memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya semasa menjadi peguam sebelum dilantik menyertai badan kehakiman. "Yang pastinya, saya tidak akan menjalankan tugas sebagai peguam," katanya. Mesej beliau kepada penggantinya ialah : "Sentiasa tambah baik (badan kehakiman)." "Tetapi nasihat detail akan saya bisikkan kepada dia. Saya tidak percaya kepada nasihat secara terbuka," kata Zaki. Sejak menjadi Ketua Hakim Negara pada Oktober 2008, beliau telah mengorak pelbagai transformasi termasuk penggunaan teknologi moden dan kaedah alternatif menyelesaikan pertikaian termasuk melalui proses pengantaraan. Perubahan-perubahan yang diperkenalkannya terbukti berjaya sehingga bilangan kes tertunggak semakin berkurangan. Ketika ditanya mengenai perasaannya meninggalkan bidang kehakiman, Zaki yangmenerima cucu pertamanya 10 hari lepas, berkata ianya sesuatu yang sedih bercampur gembira. "Sedih kerana saya sudah lima tahun di sini dan saya mempunyai ramai kawan dan juga rakan dalam kalangan hakim. "Gembira kerana saya akan meninggalkan badan kehakiman dalam kedudukan yang lebih baik," katanya. Zaki, yang tidak dapat menyembunyikan rasa gembira beliau dengan kelahiran cucu perempuan, Sofia Azmi binti Razif, telah menunjukkan gambar bayi itu yang terdapat dalam iPad beliau. | Bantuan buat Palestin hingga Akhir Hayat - Mahathir. Posted: 26 Aug 2011 02:49 PM PDT KL POS KUALA LUMPUR - Bantuan kepada rakyat Palestin bukan sekadar sementara semata-mata akan tetapi ianya mesti bersifat berterusan hingga akhir hayat. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia yang sehingga hari ini masih hidup dalam keadaan harmoni sewajarnya tidak berputus asa dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan terhadap saudara-saudara Islam di Palestin. Malaysia juga kata beliau mesti menjadikan isu politik di Palestin sebagai pengajaran kerana salah satu punca konflik di bumi Baitulmaqdis itu berterusan adalah akibat daripada perselisihan Agama yang kritikal merujuk kepada Kumpulan Hamas dan Fatah. Tun Mahathir berkata demikian selepas merasmikan program Walk For Al-Quds "Jejak Iktiraf Keamanan Sejagat" anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur (SEJAGAT) dan Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) disini semalam. Bersempena program ini, pihak SEJAGAT melancarkan rayuan derma untuk tabung Khas Palestin untuk membantu perjuangan rakyat palestin dan bantuan kemanusiaan. Justeru itu, pihak SEJAGAT dengan rendah diri memohon pihak tuan untuk turut serta menyumbang ke dalam tabung ini. Sumbangan boleh dibuat melalui tunai / wang pos / cek / bank draft di atas nama: Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur (SEJAGAT) No. Akaun : 56810-009147 ( MAYBANK caw. Wangsa Walk).
VIDEO TEMURAMAH WARTAWAN ANTARABANGSA BERSAMA TUN MAHATHIR | Isu royalti: Lima penulis buku teks Komsas rayu campur tangan Muhyiddin Posted: 26 Aug 2011 03:36 AM PDT KUALA LUMPUR — Lima penulis yang karya mereka dipilih untuk dijadilkan teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia (Komsas) merayu campur tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan dinafikan hak untuk menerima royalti. "Karya kami, sama ada berbentuk puisi, cerpen atau novel, terpilih untuk dijadikan teks Komsas tetapi kami merasakan diri kami teraniaya kerana penerbit bagaikan menafikan hak kami berlima untuk menerima royalti bagi karya-karya itu yang merupakan hasil cipta dan harta intelek kami sebagai penulis kreatif," kata mereka dalam surat yang dihantar kepada Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran. Dalam surat itu, mereka mendakwa pihaknya merasakan diri "kami bagaikan teraniaya dan mungkin juga dipergunakan pihak tertentu untuk mengaut untung." Surat rayuan itu disiarikan dalam Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan, Uthaya Sankar SB hari ini. "Maka kami berlima memutuskan untuk mengemukakan surat rayuan terbuka ini kepada Tan Sri (Muhyiddin)," kata mereka lagi. Lima penulis tersebut ialah Rohani Deraman dari Johor, Amy Suzani Mohd Ainuddin @ Natasya Puteri (Kelantan), Hazama Harun @ Aida Shahira (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes @ Mohd Faris Ikmal, Kuala Lumpur dan Erda Roslan Khairi (Putrajaya). Kata mereka, pihaknya merayu agar Muhyiddin menggunakan kuasa dan hak sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri untuk campur tangan dengan segera bagi menyelesaikan isu royalti, hak cipta dan harta intelek ini. "Pada masa sama, kami berlima memuji sikap profesional dan penuh beretika yang diamalkan oleh Sasbadi Sdn Bhd yang sudah pun membuat bayaran royalti pertama pada 25 Ogos 2011 kepada Timah Baba bagi karya anaknya, Hizairi Othman, yang termuat dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Dua," kata mereka. Bagaimanapun kata mereka, royalti buat pihaknya melibatkan penerbit-penerbit lain ada yang tidak dibayar langsung dan ada yang sudah dibayar sebahagian kecil. "Kami merayu Tan Sri membela nasib kami berlima sebagai penulis yang berhak menerima royalti dan hasil pendapatan halal menerusi penulisan karya sastera," kata mereka sambil menambah, "kami berharap kes ini tidak dilihat sebagai kes terpencil dan dipandang ringan." Malah kata mereka, pihaknya juga mengharapkan "berita gembira" berupa pembelaan terhadap hak cipta, harta intelek dan hak royalti kami menjelang 1 Syawal ini. Cerpen "Warkah Daripada Ibu" karya Rohani gunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Dua. Dalam pada itu, novel Cempaka Putih Untukmu karya Rohani digunakan sebagai teks Komsas Tingkatan Tiga di Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan manakala puisi "Seorang Insan Istimewa" karya Amy Suzani termuat dalam antologi Apologi Kepada Alam. Cerpen "Limau Bali dan Semangkuk Daging" karya Amy Suzani memenangi hadiah kedua Pertandingan Cerpen Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara pada 1995 dan ia tersiar dengan judul "Budi Semangkuk Daging" dalam antologi Budi Semangkuk Daging. Novel Di Sini Bukan Duniaku pula dikarya oleh Hazama dan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Kelantan, Pahang, Terengganu dan Melaka. Sementara itu, novel Satu Pengajaran karya Mohd Izan dijadikan teks Komsas Tingkatan Satu di Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Cerpen "Israk" karya Erda Roslan dijadikan teks Komsas Tingkatan Empat di seluruh negara. | Majlis Peguam gesa siasat video Jais serbu gereja bocor Posted: 26 Aug 2011 03:31 AM PDT KUALA LUMPUR — Majlis Peguam menggesa pihak berkuasa menyiasat rakaman video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya awal bulan ini. Sambil mengalu-alukan tindakan kerajaan negeri Selangor membentuk Jawatankuasa Pendengaran untuk menyelesaikan kontroversi itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee (gambar) berkata, maklumat yang bocor itu harus disiasat kerana ia mendedahkan 12 individu beragama Islam hadir di gereja itu sambil menyifatkan ia "tidak wajar dan tidak dialu-alukan." "Sedangkan siasatan Jais masih lagi berjalan dan tiada laporan dikemukakan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar, bagaimana bahan itu boleh didedahkan secara terbuka kepada umum, ia perlu disiasat kerana ia melanggar peraturan siasatan dan ini tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan. Maklumat siasatan Jais itu disiarkan di beberapa blog pro-Umno selain turut mendapat perhatian di alam siber. Lim berkata pendedahan maklumat itu menyebabkan ia digunakan pihak tertentu demi kepentingan sendiri. "Ini sangat tidak beretika dan tidak profesional dan tidak boleh diterima," katanya. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Pendengaran yang dianggotai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abdul Majid Omar. Jawatankuasa itu dibentuk untuk menyiasat kontroversi dan menamatkan segala pertikaian yang wujud. Lim berkata selain menyiasat insiden itu, jawatankuasa tersebut juga harus mengkaji semula bidang kuasa Jais dengan menggunakan enakmen-enakmen bukan Syariah dalam menilai tindakan agensi itu memasuki Gereja Methodist Damansara Utama, 3 Ogos. "Persoalan serius sama ada Jais bertindak dengan kuasa yang ada atau melebihi bidang kuasa dan sama ada pemeriksaan itu dibuat mengikut undang-undang," katanya. Pegawai Jais dan polis telah melakukan pemeriksaan ke atas majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama selepas menerima maklumat ada kegiatan memurtadkan umat Islam. Lim menggesa kerajaan negeri Selangor menambah bilangan anggota dalam jawatankuasa itu termasuk melibatkan wakil orang bukan Islam bagi menyelesaikan isu itu. "Masalah ini perlu diselesaikan dengan inklusif dan perundingan secara terbuka," katanya. | Media perdana perlu bebas dari cengkaman politik Posted: 26 Aug 2011 03:30 AM PDT Harakahdaily | KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah. Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata. Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat. Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara. "Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya. Di negara maju ujarnya, media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng. Faktor tersebutlah katanya telah mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai. Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka. "Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak. "Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka 'gulung tikar' ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti," tegasnya. |
| Dakwat kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang Posted: 26 Aug 2011 03:29 AM PDT Harakahdaily | KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu. "DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. "Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya. Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal. Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik. "Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi. Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. "Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat. Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya. |
| Bukan putihkan pendatang, tapi daftar pemilih Posted: 26 Aug 2011 03:25 AM PDT Aziz Muda | KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan agar tidak ghairah untuk memutihkan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini, sebaliknya memberikan lebih tumpuan bagi membersihkan daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi. Namun tindakan kerajaan BN menerusi KDN yang begitu bersungguh-sungguh melaksanakan program pemutihan Pati ke negara ini sekarang amat meragukan kerana ia dilihatkan seperti mempunyai muslihat tertentu. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan BN sekarang dibimbangi turut dijadikan satu alat untuk kerajaan BN mendapatkan pengundi klon bagi pihak mereka. Menurut beliau, kebimbangan beliau itu sememangnya berasas memandangkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno kini sudah semakin keterlaluan sehingga sanggup memberikan taraf kerakyatan yang begitu mudah kepada warganegara luar. Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab Kerajaan BN itu ternyata semakin keterlaluan kini sehingga ia di luar kotak pemikiran warganegara yang prihatin. "Kita sendiri pun menjadi hairan apabila warganegara asing terlalu mudah dapat taraf warganegara ini. Jadi kita bimbang program pemutihan Pati itu juga turut memudahkan lagi usaha Kerajaan BN mendapat pengundi klon yang sekarang sudah begitu besar jumlahnya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, semalam. Pendatang asing di negara ini, menurut beliau, sememangnya lebih banyak yang masuk tanpa izin atau secara gelap berbanding yang masuk dengan izin. Katanya, PAS yakin Kerajaan BN dan agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab tahu perkara itu dan dapat mengatasinya jika benar-benar dikehendaki. Bagaimanapun, kedatangan pendatang tanpa izin ke negara ini tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan. Sebaliknya, ia dimanfaatkan oleh Kerajaan BN bagi menambah pengundi bagi pihak mereka, apabila mereka disahkan sebagai pengundi menerusi program tertentu yang diadakan termasuk pemutihan Pati. "Kita lihat ada mainan antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku pembekal data dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku pengguna data JPN itu. "Menteri Dalam Negeri mesti bertanggungjawab dalam hal ini. Rakyat sedang mendesak Kerajaan BN membersihkan data pemilih, bukannya pemutihan Pati. "Jadi sebelum memutihkan Pati, Kerajaan BN mestilah membersihkan data pemilih bagi pilihanraya terlebih dahulu. Jika tidak tak payahlah Kerajaan BN nak putihkan Pati kerana ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambahkan masalah lagi," katanya. Keraguan PAS berhubung perkara itu, katanya, samalah juga dengan keraguan dengan cadangan penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya yang dicadangkan oleh SPR di tengah desakan rakyat agar SPR menggunakan dakwat kekal. Tuntutan tersebut, katanya, merupakan salah satu dari 8 tuntutan PAS dan Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan oleh SPR yang terdiri daripada bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minimia 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
| Status nama 'jarang didengar' berubah Posted: 26 Aug 2011 03:23 AM PDT Harakahdaily | KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS hari ini membongkar lagi keraguan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Terbaru, Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Mohd Adram Musa terdapat perubahan status terhadap nama 'jarang didengar' yang ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang didedahkan mereka sebelum ini. Individu tersebut adalah Jumaayah Binti Alus yang kini namanya sudah ada dalam rekod JPN. Pada 22 Ogos lalu, pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Suhaizan Kaiat mendedahkan lima nama unik yang jarang didengar dan mempunyai dua nombor kad pengenalan berbeza. Nama-nama tersebut seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11. 2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja. 3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12 4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja. 5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6. Selain itu, ada di antara mereka termasuk nama Jumaayah Binti Alus hanya ada dalam senarai SPR dan tiada dalam rekod JPN. Bagaimanapun statusnya hari ini telah bertukar dan kini MyKadnya wujud dalam rekod JPN apabila disemak menggunakan salah satu nombor kad pengenalannya iaitu 511122105834. "SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didesak membersihkan Daftar pemilih terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada pihak lain. "Apa yang jelas SPR hanya cuba melepaskan diri dengan menyalahkan JPN ,dari siri pendedahan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia," ujar Adram. Selain itu, beliau juga turut mendedahkan enam lagi nombor kad pengenalan yang didakwa ada dalam senarai SPR tetapi tiada dalam rekod JPN. Nombor kad pengenalan tersebut adalah seperti berikut: 1. 790924145621 2. 750612105026 3. 620826086291 4. 850709146543 5. 850706145967 6. 651105105087 Sehubungan itu, beliau mendesak SPR membersihkan senarai daftar mereka terdahulu sebelum menyalahkan pihak lain yang mendedahkan perkara tersebut. "Saya tidak tahu berapa lama data ini boleh bertahan sebelum ditukar statusnya. Tidak salah jika rakyat membuat pelbagai tafsiran dengan keadaan seperti ini," katanya. |
| Pesanan Khas dari BERSIH 2.0 Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka Posted: 26 Aug 2011 03:22 AM PDT Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0
Pesanan Khas dari BERSIH 2.0 Sempena Hari Raya dan Hari Merdeka BERSIH 2.0 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka kepada semua warga Malaysia. Kami ingin menyampaikan satu pesanan khas kepada semua warga Malaysia sempena musim perayaan ini. Akhir-akhir ini, BERSIH 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis. Oleh itu, BERSIH 2.0 menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli: Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam dafter pemilih adalah tepat. Semakan daftar pemilih boleh dilakukan di laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/ Kami berharap semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih. Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama. 2. Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam dafter pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978. 3. Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya. 4. Jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti. BERSIH 2.0 menyeru kepada semua warga Malaysia yang balik ke kampung sempena musim perayaan ini untuk membawa pesanan ini kepada rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga di kampung. Kami berharap individu-individu yang lebih fasih dalam penggunaan Internet membantu rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih. * Kenyataan media oleh Jawatankuasa Pepandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Jawatankuasa Pepandu BERSIH 2.0 terdiri daripada: Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato' Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato' Yeo Yang Poh and Zaid Kamaruddin. | Wacana baharu kewartawanan: Lepas tangan, bukan campur tangan Posted: 26 Aug 2011 03:17 AM PDT Ooi Heng 13 Mei bukan sahaja merupakan detik hitam sejarah pembangunan bangsa yang paling diingati khalayak ramai pasca kemerdekaan dan pembentukan Malaysia, tarikh itu juga menandakan permulaan sejarah penapisan berkaitan akhbar tanah air semenjak kira-kira 200 tahun dahulu. Tanggal 13 Mei 1799, peraturan berkenaan dengan penapisan akhbar telah diperkenalkan di Bengal, India. Sejarah pada ketika itu juga menyaksikan peraturan penerbitan akhbar di India diperluaskan sehingga merangkumi Negeri-negeri Selat. Menurut kajian Mohd. Safar Hasim, peraturan berkenaan dengan penapisan akhbar menyatakan dengan jelas bahawa akhbar hanya boleh diterbitkan setelah semakan terlebih dahulu telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan, atau wakil yang diberi kuasa olehnya. Barangkali kerana Setiausaha Kerajaan tidak mahu diganggu pada hari Sabtu, yakni melakukan kerja semakan sehari sebelum akhbar diterbitkan, maka diperuntukkan juga penetapan bahawa akhbar tidak boleh diterbitkan pada hari Ahad. (Mohd. Safar Hasim (1996) Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar di Malaysia Sejak 1806. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Buku ini menjadi rujukan utama kepada sebahagian besar fakta sejarah dalam artikel ini, tetapi intepretasi fakta adalah menurut perspektif penulis.) Wacana pemerintah berkenaan penapisan akhbar bermula dengan dakwaan bahawa editor cenderung menyalahgunakan akhbar bahkan sering tersiar artikel yang tidak sesuai dalam akhbar, maka adalah wajar diwujudkan peraturan bersifat larangan dan hukuman. Sifat akhbar yang unik berbanding dengan barangan lain menjadikannya salah satu tumpuan golongan pemerintah. Lantaran itu, wacana penapisan akhbar yang dibangkitkan dan ditonjolkan oleh golongan yang memegang tampuk pemerintahan adalah selaras dengan kepentingan mereka. Tujuan utama di sebalik wacana penapisan akhbar yang berkait rapat dengan kepentingan golongan pemerintah, disisihkan daripada mengisi ruangan pendapat akhbar. Penonjolan dakwaan-dakwaan yang menuding jari kepada aspek penyalahgunaan akhbar dapat memastikan pembaca disalurkan dengan maklumat terpilih sahaja sementara maklumat lain dipencilkan lantas memperkukuh wacana pemerintah berkenaan kewajaran penapisan akhbar. Sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, wacana penapisan akhbar mendominasi sejarah pembangunan negara dengan dakwaan-dakwaan baharu. Banyak tindakan telah diambil oleh golongan pemerintah, kali ini tidak lagi melihat akhbar sebagai sekadar barangan tertentu tetapi sebagai sebahagian daripada industri yang unik dan alat propaganda utama untuk menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka. Tertanamnya mentaliti neo-kolonialisme, dengan tujuan dan manisfestasi tersendiri, wacana pemerintah berkenaan penapisan akhbar menjadi lebih hebat lagi. Penapisan akhbar hanyalah sebahagian daripada tindak-tanduk pemerintah apabila diteliti sejarah kawalan dan pemilikan media. Sebab itu, sejarah akhbar selepas kemerdekaan Tanah Melayu menyaksikan ratusan pekerja Utusan Melayu melancarkan mogok selama 93 hari pada tahun 1961 semasa peristiwa pengambil-alihan Utusan Melayu oleh kumpulan yang berkait rapat dengan UMNO. Kebebasan persuratkhabaran telah dibangkitkan sebagai wacana baharu semasa berdepan dengan tekanan besar kuasa politik. Wacana kebebasan akhbar yang dibangkitkan oleh wartawan Utusan Melayu berbeza sekali dengan wacana pemerintah berkenaan penapisan dan kawalan akhbar. Secara asas, wacana kebebasan media memang bercanggah dengan wacana pemerintah berkenaan kewajaran kawalan media. Sesungguhnya, empat dasar baharu yang diperkenalkan selepas pengambilalihan Utusan Melayu telah menyatakan dengan jelas tujuan sebuah parti pemerintah menyetujui bahkan mengambil tindakan proaktif dalam hal pemilikan media meskipun wacana pemerintah sering bertapak atas dakwaan bahawa kebebasan media menjurus kepada penyalahgunaan media seakan-akan dakwaan seumpama ialah tujuan sebenarnya. Antara inti pati empat dasar tersebut yang kelihatan masih sejajar dengan tindakan penapisan oleh Utusan Malaysia dewasa ini termasuk "memberikan sokongan penuh kepada parti yang memerintah", "menyiarkan lebih banyak berita dengan kepala-kepala berita yang besar mengenai menteri-menteri Perikatan (hari ini Barisan Nasional)" dan "menyokong Perikatan apabila perbuatan sudah dilakukan". Hari ini, perkembangan pesat industri media menyaksikan pelbagai bentuk penapisan dilakukan bukan sahaja atas keperluan kawalan undang-undang yang ketat, arahan pemerintah dan tekanan politik tetapi juga atas pertimbangan kepentingan pemilik dan tekanan pengiklan. Dalam konteks ini, selain tindakan penapisan terhadap ruang berita mengenai Malaysia dalam majalah yang memalukan Kerajaan Malaysia baru-baru ini, media dalam talian telah banyak kali melaporkan arahan penapisan yang diterima oleh media cetak dan penyiaran terutamanya semasa saat-saat getir. Umpamanya, dua minggu setelah anak seorang Perdana Menteri dan bangsawan memegang tampuk kuasa, tatkala kehangatan isu pembunuhan Altantuya, stesen televisyen dilaporkan menerima notis agar tidak menyiarkan, malah menyebut nama tertuduh ketiga, iaitu Razak Baginda sekiranya melaporkan kes tersebut. Berikutan kenyataan Najib Razak bahawa kerajaan akan mengkaji cara mengendali penapisan media selaras dengan perkembangan landskap dan persekitaran semasa, pemahaman terhadap sejarah penapisan media tanah air menjadi lebih penting. Hal ini kerana sejarah berkaitan menunjukkan wacana pemerintah yang mendominasi landskap media selama ini, adalah bercanggah malahan bertembung dengan wacana kebebasan media yang dibangkitkan oleh wartawan dan masyarakat madani. Sudah berpuluh-puluh tahun kita disajikan dengan wacana pemerintah seumpama. Contohnya dua hari selepas 13 Mei 1974, dilaporkan oleh New Straits Times, Timbalan Menteri Penerangan ketika itu Shariff Ahmad mengingatkan wartawan supaya bersedia untuk mengenakan penapisan sendiri sebelum sesuatu berita diserahkan untuk pencetakan dan penerbitan. Pernahkah bumi Malaysia berdepan dengan kekurangan wacana pemerintah berkenaan penapisan media selama ini? Apakah bumi Malaysia berdepan dengan "kematian wartawan secara konseptual", sehingga pemerintah tidak dapat membiarkan para wartawan yang saban hari berkemampuan mengendalikan pelbagai berita, untuk mengendalikan isu penapisan media tanpa campur tangan pemerintah? Penapisan adalah sesuatu yang kompleks. Selain penapisan atas arahan pemerintah, penapisan diri juga melibatkan banyak pertimbangan. Selagi kerangka kawalan masih berlandaskan undang-undang yang ketat dan wacana pemerintah yang bersifat berubah-ubah bergantung kepada "persekitaran semasa" dan kepentingan politikus, cukup sukar untuk wacana kewartawanan mendasari isu penapisan yang kini hangat diperbualkan. Hal ini juga bermaksud, sesetengah pihak atasan dan editor media yang berkomplot dengan pemerintah atau berselindung di sebalik wacana pemerintah dapat meneruskan pengkhianatan terhadap wacana kewartawanan sambil berbisik sesama mereka: You help me, I help you. Dalam hal ini, isu Majlis Perundingan Media yang menyaksikan cadangan supaya Majlis tersebut dipengerusikan bersama oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein sebenarnya mempunyai persamaan dengan isu kerajaan mengkaji cara mengendali penapisan media. Dalam kedua-dua isu tersebut, wacana pemerintah mendasari proses pembuatan keputusan. Sesungguhnya, cabaran terbesar kepada pemerintah ialah kesanggupan mereka melepaskan tangan dan membiarkan pihak wartawan mengendalikan wacana kewartawanan. Wacana pemerintah berkenaan penapisan media, tidak kira betapa teguh pendirian, tidak akan kekal lama apabila kepentingan mereka terancam. Sebelum pemerintah berbicara kuat mengenai isu Majlis Perundingan Media dan penapisan media, mungkin ada baiknya pemerintah merenung kenyataan berikut: Render unto media the things which are media's, and unto Government the things that are Government's. *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | Pakatan rahsia dan liwat: Konspirasi Najib, Mahathir dan bom Malott Posted: 26 Aug 2011 03:11 AM PDT Kenyataan Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam mempertahankan dirinya memang satu bukti yang memberatkan kepada musuhnya. Ia mendedahkan kelemahan ketara dalam kes pendakwaan terhadapnya dan juga sifat berat sebelah mahkamah itu sendiri dalam mengendalikan kes Liwat II berprofil tinggi itu. Paling penting, ia meletakkan rekod yang syak wasangka selama ini bagaimana kotor politik di parti UMNO yang memerintah Malaysia , sehinggakan yang putih boleh bertukar kepada hitam dan sebaliknya tanpa perasaan atau kebenaran , keadilan dan hasrat rakyat. Kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia dari dok mencerminkan kenyataan Nelson Mandela yang dibuat dalam perbicaraan terkenal Rivonia pada tahun 1963 di bawah rejim apartheid Afrika Selatan. Pendirian yang diambil oleh Anwar dan Mandela di hadapannya, dalam membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh adalah satu protes secara langsung terhadap kegagalan mahkamah undang-undang dalam memastikan defendan akan diberikan perbicaraan yang adil. Ia mampu memberikan perlindungan terutama kepada tertuduh yang terbabit dalam perbicaraan yang bermotifkan politik seperti Liwat II. Anwar tahu dengan baik bahawa suatu pernyataan dari dok tidak akan membawa erti yang berat kepada hakim berkenaan, berbanding dengan yang dibuat dalam pendirian saksi. Pihak pendakwaan tidak boleh mempersoalkan kata-kata beliau kerana ia bukanlah satu kenyataan bersumpah yang ia akan jika ia datang dari kotak saksi. Ia membenarkan Anwar Ibrahim untuk menyatakan kategori peristiwa yang menyebabkan dia ditangkap dan didakwa untuk Liwat II, tanpa mempersoalkan campur tangan oleh pasukan pendakwaan. Kenyataan penutup oleh Anwar Ibrahim memberitahu, "Ini semua proses adalah hanyalah satu konspirasi oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk menghantar saya ke dalam kelalaian politik dengan cuba sekali lagi untuk meletakkan saya di penjara. Oleh itu, saya mengisytiharkan bahawa saya tidak mempunyai apa apa kepercayaan jua bahawa keadilan akan diguna pakai dalam prosiding walau apa pun usaha berani yang dibuat oleh pasukan pertahanan saya. Seperti yang saya katakan pada peringkat awal, ini bukanlah satu perbicaraan jenayah. Ia adalah kepura -puraan dilakukan oleh kuasa-kuasa yang meletakkan saya daripada tindakan supaya mereka terus berkuasa. " Teka-teki Najib-Mahathir dan bom Malott Kesimpulan di atas oleh Anwar Ibrahim dan bayang-bayang kenyataan yang dibuat oleh bekas duta Amerika ke Malaysia John Malott, yang apabila membaca komen-komen Anwar memutuskan untuk bercakap. Dalam artikel beliau ke Malaysia Chronicle, beliau memutuskan untuk menggugurkan bom: "Pada tahun 1998 Rohanna menyertai saya untuk satu majlis makan tengah hari peribadi di kediaman Duta Besar. Ia adalah sekitar masa Anwar mula mencabar Mahathir, secara halus tetapi masih jelas. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir pergi, Anwar akan menjadi PM, Najib akan menjadi Timbalan PM. Itu adalah perjanjian itu. Itu tidak pernah berlaku, sudah tentu. Apabila masalah melanda, Najib berdiri, dan membiarkan Anwar pergi ke penjara. " Rohanna Mahmood telah dan masih merupakan salah satu penasihat yang paling dipercayai Najib . Jadi, mungkinkah terdapat pakatan sulit antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak pada tahun 1998? Bahawa Najib akan menjadi Timbalan Perdana Menteri sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri selepas pasukan Wawasan 2020 mereka berjaya mencabar Perdana Menteri Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden UMNO? Dan apa yang berlaku kemudiannya? Adakah Najib membentuk pakatan baru dengan Mahathir, Anwar dengan kos yang besar untuk negara? Bungkal maklumat ini dari Mallot boleh membuktikan sebagai senjata di sebalik motif Liwat II - penghapusan Anwar Ibrahim dari landskap politik Malaysia, khususnya dari politik UMNO, oleh Najib. Ia adalah tawaran yang jelas untuk menghapuskan musuh politik, untuk memastikan kebaikan hidup sendiri. Ia juga akan menjelaskan keghairahan Najib untuk melihat pengakhiran Anwar Ibrahim apabila tekanan seolah-olah santai sepanjang tempoh Abdullah Badawi apabila pembabitan Anwar dalam kes liwat telah dibalikkan dalam tahun 2004. Namun, hanya tiga bulan selepas kejayaan pembangkang pada tahun 2008, Anwar telah ditangkap sekali lagi untuk liwat oleh pentadbiran Najib Dua soalan dan mengapa tidak RCI Najib tidak boleh memberi alasan yang beliau memang terlibat secara langsung dalam kes itu, kerana pengadu Saiful Bukhari Azlan telah melawatnya dan isterinya Rosmah Mansor hanya dua hari sebelum membuat laporan polis. Ini membawa kepada konteks peribadi kes yang difailkan terhadap Anwar. Saiful tiada motif apa-apa untuk bertemu dengan Najib sebelum membuat keputusan untuk membuat laporan polis. Namun, Najib dan Rosmah telah bersetuju untuk bertemu dengannya dan ini membawa kepada soalan, sejauh manakah pengaruh Najib ke atas Saiful dan siapa lagi yang Najib bawa sebagai 'penasihat' kepada kes itu? Adalah bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan bekas Melaka MSM Rodhwan Ismail juga terlibat? Jelas sekali, keadaan semasa berbalik kembali kepada apa yang Malott dedahkan dalam artikel beliau ke Malaysia Chronicle. Serta-merta, dua soalan muncul. Pertama, adakah pakatan rahsia akan dikemukakan kepada Najib Razak apabila beliau mengambil kotak saksi pada Liwat II? Kedua, adakah peguam Anwar akan meminta untuk satu Suruhanjaya Diraja Siasatan baru ke dalam teka-teki Mahathir-Najib dalam kedua-dua kes liwat atau sekurang-kurangnya menentukan jika ia adalah sesungguhnya konspirasi peringkat tinggi kerajaan terhadap Anwar Ibrahim, yang menyebabkan 6 tahun masa penjara kepada beliau dan keluarganya dan kerosakan imej yang teruk terhadap negara. Seiring dengan jelas, bahawa Liwat II adalah percubaan pertunjukan yang melibatkan Saiful, Najib, Rosmah dan lain-lain lagi dalam penubuhan semasa, rakyat Malaysia mahu tahu apakah kerajaan BN masih mahu ' membetulkan' keadaan dan musuh politik untuk mencapai keputusan yang mereka mahu dan bukannya apa yang Rakyat (penduduk) mahu. Malah, Najib mempunyai banyak untuk dijawab pada hari dia mengambil pendirian dalam perbicaraan kes liwat. Tetapi, jika bersalah, beliau akan mencarinya sendiri. - Malaysia Chronicle | Pemohon bantuan pejabat zakat bukan pengemis Posted: 26 Aug 2011 03:04 AM PDT Dr Mohd Asri Zainul Abidin Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa 'amat sederhana'. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. Mesra dan sayang Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan 'mesra dan sayang'. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya. Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu. Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Kekal keislaman Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi. Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad. Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut 'semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya. Semasa saya menziarahinya - tanpa notis awal - dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan sarjana dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam. Salahkan gereja Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan 'dakwah'. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu bilion. Itu setiap tahun. Cari, bukan tunggu penerima zakat Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja? Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tetapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatah lagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. Jika program "Bersamamu" boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): "(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya". (Surah al-Baqarah ayat 273) Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina 'Umar RA: "Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka." Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): "Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini." (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah). Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam! Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini. | Tajudin fail saman RM200j terhadap Malaysian Insider Posted: 26 Aug 2011 03:03 AM PDT Bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli memfailkan saman RM200 juta terhadap Malaysian Insider minggu lalu atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan oleh portal berita tersebut. Tajudin menamakan ketua eksekutif yang juga editor portal berita tersebut, Jahabar Sadiq serta wartawannya Shazwan Mustafa Kamal sebagai defenden. Ia ekoran penyiaran satu artikel pada 31 Mei 2011 yang bertajuk 'MACC clears AG of graft allegation'. Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.Menerusi pernyataan tuntutan, Tajudin mendakwa portal berita itu menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011. Beliau turut mendakwa bahawa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat. Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat. | Ketua Umno Padang Serai lepas jawatan Posted: 26 Aug 2011 03:01 AM PDT Ketua Umno bahagian Padang Serai, Abdul Rahman Mahamud telah melepaskan jawatannya itu baru-baru ini selepas dinasihatkan berbuat demikian. Pengerusi badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Abdul Rahman telah melepaskan jawatan itu berikutan nasihat pucuk pimpinan parti atas sebab-sebab kepentingan parti tetapi masih kekal sebagai penyelaras DUN Merbau Pulas. Ahmad Bashah bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai sebab-sebab yang membawa kepada peletakan jawatan itu. "Inilah satu keindahan pada pentadbiran Umno, tiada penyisihan sepenuhnya terhadap bekas ketua bahagian itu kerana pucuk pimpinan masih menghargai khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat dan parti selama ini," katanya. Beliau memberitahu Bernama demikian selepas majlis Iftar Ramadan dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Masjid Sungai Karangan di Padang Serai malam tadi. Hampir 500 orang yang terdiri daripada warga emas, orang susah dan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak-anak yatim dan ibu tunggal dalam Parlimen Padang Serai mendapat bantuan barang-barang keperluan dapur, pakaian dan "duit raya' sempena Aidilfitri.- Bernama | DAP: 'Kenapa SPR sibuk dengan agama pengundi?' Posted: 26 Aug 2011 02:57 AM PDT Salhan K Ahmad DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan. Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini. Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua. "Ada di pendaftaran pengundi yang ditolak sebab dalam borang dinyatakan 'tiada agama' atau berlainan daripada agama di dalam kad pengenalan. "Saya dapati perkara ini sangat membebankan kerana agama seseorang itu tidak relevan dengan kerakyatannya atau hak untuk mengundi. "Kenapa SPR perlu sibuk dengan agama pengundi?," soalnya dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP hari ini. Beliau menganggarkan, satu daripada setiap 30 pendaftaran pengundi yang dikemukakan DAP akan ditolak oleh SPR. "Jumlah ini nampak tidak besar, tapi mereka telah berhak untuk mendaftar," katanya lagi. Pua mendakwa, perkara itu menimbulkan banyak masalah kepada penolong pendaftar DAP yang tidak dapat menyemak status agama sebenar bagi setiap individu bukan Islam. Jelasnya, status agama sebenar bagi individu bukan Islam hanya boleh disemak menggunakan pengimbas MyKad memandangkan status berkenaan tidak dinyatakan pada dokumen berkenaan. Penolong pendaftar berkenaan pula hanya mendaftarkan pengundi mengikut maklumat status agama yang diberitahu oleh individu berkenaan, katanya lagi. Masalah timbul apabila SPR menolak pendaftaran individu tertentu, termasuk yang berstatus tiada agama mengikut MyKad mereka. "Saya kenal seseorang yang cuba mendaftar (sebanyak) empat kali tapi gagal, kemudian dapat tahu selepas menyemak dengan pengimbas MyKad yang menyatakan bahawa beliau tiada agama. "Agama seseorang tidak relevan dengan kerakyatan atau hak mengundi. Terdapat ramai orang yang agnostik atau ateis dan ini tidak salah mengikut perlembagaan persekutuan," katanya. "(Orang bukan Islam juga bebas untuk menukar agama, dan ramai yang tidak tahu bahawa data ini terdapat dalam MyKad, jadi anda tidak boleh jangka orang akan pergi ke Jabatan Pendaftaran negara untuk menukar (status) agama, katanya lagi. Dalam sidang media hari ini, beliau turut mengedarkan salinan kepada lapan helai Borang Pendaftaran Pemilih yang telah dikembalikan oleh SPR. Sebanyak empat daripada 13 permohonan yang ditolak itu dinyatakan "tiada agama," menurut alasan yang dinyatakan di borang berkenaan. Selebihnya, empat daripada 120 pemohon itu ditolak kerana "dah daftar", dua lagi dinyatakan "alamat tak sama", satu permohonan yang "tiada tandatangan" dan satu lagi "tiada poskod." | Pengundi dakwa didaftar tanpa pengetahuan Posted: 26 Aug 2011 02:55 AM PDT Kuek Ser Kuang Keng Selain daripada kecacatan yang dikesan dalam daftar pemilih, proses pendaftaran pengundi juga terdedah kepada penyalahgunaan apabila rakyat Malaysia di seberang laut dikesan didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka. Malaysiakini menerima aduan daripada dua orang pengadu berkenaan yang terkejut apabila mengesan nama mereka di dalam daftar pemilih, walau individu berkenaan tidak pernah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih. Seorang pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Ng mendapat tahu perkara itu selepas menyemak status beliau melalui sistem dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos lalu. Beliau berbuat demikian atas dasar "ingin tahu" selepas membaca di dalam satu forum online mengenai dakwaan bahawa pekerja asing tanpa izin telah didaftarkan sebagai pengundi. Beliau terkejut apabila mendapat keputusan "permohonan yang sedang diproses" selepas membuat semakan tersebut. Ini menimbulkan syak kepada dirinya memandangkan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini. "Nama, nombor MyKad dan alamat itu adalah milik saya," katanya kepada Malaysiakini melalui e-mel. Ng kemudiannya memfailkan aduan kepada SPR melalui e-mel dan seterusnya mendapat jawapan bahawa permohonan beliau untuk mendaftar sebagai pengundi telah dibuat pada Jun 2011. Setelah itu, beliau menyemak kembali sistem pengesahan di laman SPR dan mendapat tahu bahawa permohonannya telah diluluskan. Apa yang menghairankan, Ng mendakwa beliau berada di luar negara pada waktu ini dan telah berlepas keluar daripada Malaysia sejak awal 2011. Sejak itu, beliau juga tidak pernah pulang ke tanah air, kata Ng lagi yang mengesyaki bahawa seseorang telah menggunakan MyKad beliau untuk mendaftar, kata Ng lagi. Mengulas dakwaan itu, seorang pegawai SPR menjelaskan perkara itu mungkin disebabkan oleh pegawai penolong pendaftar (ARO) yang tidak bertanggungjawab. Kebanyakan daripada mereka merupakan wakil daripada parti politik yang dibenarkan untuk mempunyai dua orang ARO untuk setiap DUN. "Ia mungkin berlaku apabila sebilangan ARO, terutamannya daripada parti politik, mendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan individu berkenaan dengan menggunakan maklumat MyKad mereka," katanya yang enggan dinamakan. | Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik Posted: 26 Aug 2011 02:39 AM PDT Hafiz Yatim Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya? Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya". "Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 . Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008. Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008. Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius. | Zaki: Saya tak pernah dengar kes berkaitan Umno Posted: 26 Aug 2011 02:34 AM PDT Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang dijadual akan bersara bulan depan, berkata beliau tidak pernah mendengar atau campurtangan dalam mana-mana kes berkaitan Umno sejak memegang jawatan tersebut pada Oktober 2008. Dalam temubual eksklusif yang disiarkan oleh akhbar bahasa Cina Sin Chew Daily hari ini, Zaki berkata beliau komited dengan ikrar semasa pelantikannya sebagai Ketua Hakim Negara bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk mengecualikan dirinya daripada kes-kes yang berkaitan dengan Umno sehingga rakyat mengubah persepsi mereka terhadapnya. Selain itu, Zaki juga mendakwa beliau tidak campurtangan dalam mengatur panel hakim yang mendengar kes berkaitan dengan Umno. Zaki (kiri) mengambil contoh pertikaian perundangan antara Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semasa krisis perlembagaan di Perak dan berkata beliau menyerahkan tanggungjawab itu kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Memilih hakim untuk mendengar kes-kes rayuan di Mahkamah Persekutuan merupakan salah satu daripada tugas Ketua Hakim Negara. Zaki, yang dikenali sebagai seorang peguam utama Umno sebelum pelantikannya, telah dilantik terus ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007. Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007, dan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 18 Oktober 2008. | Karpal: Pindaan akta gaji hanya untuk 'faedah Zaki' Posted: 26 Aug 2011 02:26 AM PDT Hafiz Yatim Ahli politik veteran, Karpal Singh bertegas bahawa pindaan kepada Akta Saraan Hakim 1971 baru-baru ini adalah untuk faedah Ketua Hakim Negara yang akan bersara, Tun Zaki Azmi. Ahli parlimen Bukit Gelugor itu, yang juga pengerusi DAP, berkata beliau telah membangkitkan perkara itu semasa ianya dibahaskan di parlimen dan disokong oleh wakil rakyat pembangkang yang lain. "Ya, saya membangkitkan isu di Parlimen sebelum pindaan tersebut diluluskan. Bagaimanapun, kita bercakap tentang Parlimen BN... Mereka enggan menimbang tentangan terhadap pindaan tersebut. "Jelas sekali, undang-undang itu dipinda untuk faedah Zaki. Saya tak tahu sama ada ini adalah apa yang kita panggil 'ganjaran' untuk perkhidmatan beliau kepada Umno," tambah Karpal. Pindaan kepada Seksyen 9 Akta tersebut, bertajuk Peruntukan Khas untuk Ketua Hakim Negara, Presiden dan Hakim Besar", menyatakan seseorang yang menyandang sama ada jawatan berkenaan atau semua jawatan lain, layak mendapat pencen maksimum jika berkhidmat untuk tempoh dalam agregat tidak kurang daripada tiga tahun. Sebelum pindaan itu dibuat, Ketua Hakim Negara, atau CJ, mesti menjadi hakim tidak kurang daripada 10 tahun sebelum bersara untuk layak mendapat pencen penuh. Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran pula menyifatkan pindaan tersebut sebagai hadiah kepada Zaki yang akan bersara bulan depan. "Saya masih ingat pembahasan hangat ahli parlimen pembangkang terhadap pindaan tersebut, tetapi ia tetap diluluskan. Itulah sebabnya kita mahu ditubuhkan jawatankuasa terpilih untuk isu-isu seperti ini, dan termasuk badan kehakiman. Ini adalah memalukan," katanya. Zaki (kanan) yang dikenali sebagai peguam Umno, dilantik terus sebagai hakim mahkamah tertinggi negara - Mahkamah Persekutuan, pada 5 September 2007. Beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 11 Disember 2007 dan dilantik sebagai ketua hakim pada 18 Oktober 2008. Beliau dijadual bersara bulan depan, apabila beliau mencapai usia 66 tahun. | Husam: Kelantan dipinggir isu gas Malay Basin Posted: 26 Aug 2011 02:24 AM PDT Kerajaan Kelantan menyelar tindakan Petronas mahu menyalurkan pengeluaran gas di Utara Malay Basin - yang keseluruhannya bernilai RM15 bilion - ke Terengganu tanpa berunding dengannya terlebih dahulu. Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa (kiri) berkata, Utara Malay Basin, telaga Bergading dan blok berkaitan - PM301, PM302 - sepenuhnya dalam perairan Kelantan. Tambahnya, ia juga tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara lain, malah 50km lebih dekat dari Terengganu. "Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya," kata Husam. Pada 23 Ogos lalu, Petronas dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembangunan pengeluaran gas di Utara Malay Basin akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200km ke Kerteh, Terengganu. Husam yang juga pengerusi jawatankuasa tuntutan royalti Petroleum Kelantan menggesa Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri supaya gas itu didaratkan di Bachok, Kelantan. "Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini," kata Husam. Katanya, kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja supaya hasil mahsul Kelantan tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan. | MP tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf Posted: 25 Aug 2011 09:54 PM PDT Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan. Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker. Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah. Beliau yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya. Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu. Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai". Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu. Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman. | Daftar pemilih SPR: Askar berumur 111 tahun masih berkhidmat dalam tentera Posted: 25 Aug 2011 09:27 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR– Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas. Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan. Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India. "Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza," katanya. Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492. "Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182. "Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?" katanya. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah 'yang kedua' baru sahaja mendaftar sebagai pengundi. Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang. "Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat," ujarnya. Loke yang juga Adun Lobak berkata, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230. Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941. "Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini," kata Loke. Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi. "Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai," katanya. Oleh itu, beliau berkata DAP bersama PAS dan PKR akan terus mengutarakan perkara berhubung pengundi hantu, penipuan daftar pemilih dan ketidakadilan pengundian pos agar setiap rakyat Malaysia sedar betapa kotornya sistem pilihan raya yang sedia ada. Katanya, Pakatan Rakyat akan sentiasa mendesak reformasi menyeluruh berhubung masalah senarai pengundi yang kian meruncing. "Kita melihat serius perkara ini dan ianya makin meningkat dari hari ke hari. "Oleh itu kita sentiasa mendesak supaya ada iltizam politik oleh Perdana Menteri untuk reformasi dalam pilihan raya umum, dan ia bukan masalah remeh seperti yang dikatakan Pengerusi SPR bahawa tidak perlu digembar-gembur dalam media," tambahnya. Bukti-bukti penyelewengan dalam senarai SPR itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya secara serius.
| KEADILAN: Harussani bukti tuduhan terhadap Anwar fitnah Posted: 25 Aug 2011 09:22 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengakui pernah menasihati bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat tanpa membawa empat saksi. "Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam. "Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir Muhammad dan para kuncunya," kata Ketua penerangan KEADILAN, Dr Muhamamad Nur Manuty dalam satu kenyataan media hari ini. Dalam kenyataan yang disiarkan media, Harussani berpendapat bahawa punca perpecahan melayu-Islam pada masa ini adalah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah. Beliau menyebut perkara itu pada fourm anjuran Sinar Harian bertajuk 'Ulama Politik, Untuk Dakwah Atau Parti" di auditorium Karangkraf kelmarin. Menurut Nur Manuty, kenyataan itu juga menjelaskan bahawa perpecahan orang Melayu pada masa kini bukan di sebabkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gemburkan. "Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu- Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin UMNO sendiri bermula dari Dr. Mahathir Mohammad (Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia)" katanya. | Perkasa: 'Orang Melayu tak berpecah, yang berpecah hanya pemimpin' Posted: 25 Aug 2011 09:20 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR ─ Perkasa bersetuju dengan pendirian Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu wujud disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Bagaimanapun Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali menegaskan, perpecahan orang Melayu tidak berlaku, sebaliknya yang berpecah adalah pemimpin-pemimpin kaum itu. Jelas beliau, perpecahan antara pemimpin Melayu itu berlaku disebabkan sikap mereka yang gemar menyalahkan antara satu sama lain selain turut menyebarkan fitnah. "Saya fikir Melayu tidak berpecah sebenarnya, yang berpecah sebenarnya pemimpin-pemimpin Melayu... fitnah-memfintah antara pemimpin Melayu lebih jelas puncanya dari rasuah penyebab Melayu berpecah. "Fitnah secara terang-terangan dapat jelas dibaca atau didengar di mana-mana saluran media atau ceramah. Kekayaan dan kuasa yang dikejar oleh pemimpin Melayu punca fitnah-memfitnah berlaku," katanya. Menurut Syed Hassan, Pakatan Rakyat juga tidak boleh memberi jaminan bahawa parti perikatan itu mampu membendung gejala rasuah yang turut melibatkan pegawai-pegawai kerajaan. "Tapi tidak jamin rasuah tiada, rasuah sudah jadi budaya masyarakat Malaysia termasuk orang Islam sendiri, pegawai jabatan agama pun ada ditangkap kerana rasuah. "Akhir sekali rasuah bukan hanya di kalangan pemimpin politik, yang lebih besar terlibat dengan rasuah adalah mereka yang diamanahkan melaksanakan tugas-tugas menjayakan dasar kerajaan dan negara," katanya. Jelas beliau, gejala tidak sihat dalam kalangan pegawai kerajaan boleh di atasi sekiranya agensi agama menyusun strategi untuk mencegah perkara itu. "Jadi, jabatan agama Islam besar tugas mereka untuk menyusun strategi bagi memberi ceramah yang lebih berkesan isu fitnah dan rasuah. "Di jabatan-jabatan kerajaan adakan siaran radio dalaman yang didengari oleh semua kakitangan yang sedang bekerja boleh mendengar sambil buat kerja, ceramah melalui kaset atau CD dari ulama-ulama yang tiada kepentingan politik untuk tajuk khas fitnah dan rasuah sekali pagi dan petang. Ini membolehkan mereka tidak mudah terpengaruh dengan mengikut nafsu jahat," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Bagaimanapun beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau. Syed Hassan menambah kedudukan orang Melayu akan lebih terancam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Jelas beliau, orang Melayu bukan sahaja akan berpecah malah akan menjadi "minoriti dan pupus" jika negara dipimpin parti perikatan itu. "Ada kebenaran kata Tan Sri Harussani itu.Tapi jika Pakatan memerintah bukan setakat Melayu berpecah malah boleh jadi bangsa Melayu menjadi minoriti dan akan pupus satu hari nanti bersama-sama pemimpin Melayu semua. "Jika Melayu bersatu, juga jangan fikir tidak akan ada rasuah... pembangunan Islam dan Melayu lebih terjamin jika Melayu bersatu," katanya. | Pemandu akui tanah diambil alih tampung kos MRT Posted: 25 Aug 2011 09:17 PM PDT Oleh Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR — Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mengakui pentadbiran Najib perlu memperoleh dan membangunkan tanah-tanah di sepanjang laluan Transit Rapid Massa (MRT) bagi membolehkannya menampung kos projek berbilion ringgit itu. Berdasarkan sepucuk surat yang dilihat oleh The Malaysian Insider, Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Datuk Seri Idris Jala memaklumkan Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia, Tan Sri William Cheng, kerajaan menggunakan model rel danb hartanah kerana tidak dapat menampung kos projek membabitkan laluan Sungai Buloh dan Kajang melalui tambang semata-mata. "Untuk kerajaan menguruskan projek itu dengan cekap dan secara mapan, pulangan daripada tambang tidak cukup untuk membiayai kos modal dan operasi rangkaian MRT," kata Idris (gambar) dalam surat bertarikh 23 Ogos, yang ditulis sebagai respons kepada Cheng ekoran isu pengambilan tanah di Jalan Sultan. "Menaikkan tambang bukan satu pilihan memandangkan kerajaan mahu bertindak secara tanggungjawab dengan menyediakan rakyat (kemudahan) pengangkutan mampu digunakan. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan cekap ke arah model kewangan yang berkekalan bagi MRT menerusi model rel dan hartanah," katanya. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan sebuah unit Kementerian Kewangan - Dana Infra telah diwujudkan untuk mendapatkan dana bagi MRT, yang merupakan projek infrastruktur paling mahal dalam negara setakat ini, tetapi masih belum menjelaskan tentang maklumat pembiayaan. Idris, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Hong Kong MTR Corporation telah berjaya melaksanakan model itu dalam rangkaian Rel Transit Massa (MTR), menambah "tiada satu cara untuk mendapatkan semula perbelanjaan membangunkan MRT" tanpa pendapatan daripada pembangunan hartanah dan ia hanya libatkan 35 peratus jumlah pendapatan. Katanya, operator MRT Singapura, yang bergantung pada hasil tambang dengan sumbangan minimum daripada aktiviti komersial, dianggap sebagai kes terkecuali berbanding persekitaran normal. Bagaimanapun katanya, Malaysia akan menggunakan versi model rel dan hartanah dengan melakukan sedikit pengambilalihan tanah. "Kerajaan bukan hendak mendapatkan tanah untuk MRT Co., mahupun gunakan Akta Pengambilan Tanah untuk tujuan itu," katanya merujuk kepada projek baru ini yang akan dijalankan pada 1 September ini. Bagaimanapun Idris mendedahkan tanah di sepanjang laluan Sungai Buloh dan Kajang akan dimajukan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Institut Penyelidikan Getah Malaysia dan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD), ia secara langsung akan mengimbangi perbelanjaan MRT. Idris menambah, beliau akan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk memberi respons terhadap kebimbangan Cheng terhadap pengambilan tanah di Jalan Sultan, Chinatown kerana ia akan menjejaskan salah satu tumpuan pelancongan. "Ini melibatkan perkara teknikal seperti reka bentuk penjajaran, pembangunan, stesen integrasi dan lain-lain dan mengapa tanah di atas perlu (sebagai mengikut Kanun Tanah Negara) walaupun terowong MRT terletak di bawah untuk memastikan keselamatan," katanya. "Pada tahap ini, mungkin kita juga melihat ia satu pembangunan positif dalam laluan MRT ke Chinatown yang mana ia akan memberi manfaat kepada komuniti Cina," katanya. Pemilik projek, Syarikat Prasarana Negara Bhd berkata, ia perlu mendapatkan tanah itu untuk membina terowang MRT yang akan melalui Jalan Sultan dan akan meroboh bangunan sedia ada demi menjaga keselamatan awam. Prasarana dan SPAD juga berkata kerajaan perlu mendapatkan tanah itu sebelum mana-mana kerja-kerja pembinaan dijalankan mengikut Seksyen 44 Kanun Tanah Negara 1965 yang mengatakan pemilik harta bukan sahaja mempunyai hak ke atas hak masing-masing tetapi juga udara dan tanah di bawah. Bagaimanapun Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menuduh pentadbiran Najib menggunakan projek itu untuk mendapatkan tanah-tanah perdana di ibu negara dengan menggunakan Kanun Tanah Negara yang dipinda pada 1990 bahawa perolehan tanah boleh dilakukan tanpa menjejaskan harta di permukaan. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Kamal berkata, minggu ini pihaknya akan mencari jalan penyelesaian dengan peniaga-peniaga di Chinatown. | |