Rabu, 9 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda PAS Sabah sedia bawa suara rakyat pelbagai kaum

Posted: 09 Nov 2011 08:15 PM PST

KOTA KINABALU, 10 Nov: Keunikan negeri Sabah yang terdiridaripada pelbagai kaum dan suku merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.Faktor georafi dan demografi yang timbul tidak sama sekali mematahkan semangatDewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) untuk bergiat cergas dan aktifditengah-tengah lautan manusia.

KetuaPenerangannya Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar)berkata, PAS sudah mula dikenali oleh semua lapisan masyarakat Sabah tanpamengira kaum dan keturunan.

"PASsudah mula diminati oleh golongan remaja dan anak muda. Masuk lah kekampung-kampung sejauh pedalaman di Keningau, PAS sudah mula dibicarakan dibibir rakyat," jelasnya.

Menurutnya,pendedahan isu penjualan pulau Sabah yang didedahkan oleh PAS baru-baru initelah mula membuka mata masyarakat Sabah yang sudah mula sedar peranan PAS yangdibawa hanyalah untuk kemudahan dan kemajuan rakyat. PAS Sabah terutamakatanya, bukan lagi hanya berkisar dipepenjuru masjid dan surau serta disebalikdinding-dinding konkrit malah sudah menjangkaui masa dan setiap sudut pepenjurudi jajahan negeri Sabah.

"Kitatidak sekadar mampu nak kendali program-program keagamaan sahaja. PAS sudahtembusi masjid dan surau… PAS juga telah berjaya menguasai setiap sempadannegeri Sabah," dakwanya ketika ditemui di Pejabat Pemuda PAS Sabah.

Ketikaditanya mengenai kemampuan Pemuda PAS untuk menjadi teras dan keutamaan suararakyat, beliau menjawab bahawa PAS Sabah sudah bersedia untuk mewakili golongansasar seperti golongan belia dan anak muda juga termasuk dengan mana-mana kaumsebagai generasi pelapis bagi mengetengahkan isu dan rintihan mereka.

"PASSabah akan menjadi dominan dan penyebar rintihan mereka. Sudah lama mereka inidisisihkan oleh pembangunan Barisan Nasional tanpa kerelaan mereka.

"Kitamampu membawa suara rakyat ke persada politik. PAS bukan politik semata, keranalahirnya PAS adalah mewakili suara dakwah dan tarbiyah," ujarnya.

Beliaujuga tidak menolak kemungkinan terdapatnya unsur fitnah yang dibawa golongantertentu yang berasa terancam setelah melihat kemajuan perjuangan PAS di bumiSabah.

"Sayamemperingatkan bahawa masyarakat Sabah supaya jangan mudah untuk mempercayaiberita-berita negeatif terhadap PAS di sini. Itu mereka yang merasakan dirinyasudah terancam kuasanya apabila berhadapan dengan PAS," katanya.

Jalan Sinua sesuai untuk laluan kereta kebal

Posted: 09 Nov 2011 05:30 PM PST

KENINGAU, 10 Nov: PAS Kawasan Pensiangan hari inimelahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap Kementerian Pembangunan Luar Bandaryang lewat menyiapkan projek naik taraf jalan Sinua dekat Sook, Keningau.
                                                  
YangDiPertua PAS Kawasan Pensiangan, Hishammudin Sulaiman mendakwa pihaknya amatkecewa dengan sikap kementerian terbabit kerana lewat menyiapkan naik tarafjalan berkenaan yang hanya sesuai untuk kenderaan kereta kebal sahaja.

"Kamiberasa kecewa dan sedih kerana rakyat melalui jalan yang tidak berturap yangsesuai dilalui untuk laluan kereta kebal," jelasnya.

Menurutnya,kesan balingan batu yang jelas dilihat dipapan tanda projek berkenaan jugamembuktikan bahawa kemarahan rakyat sudah mencapai kemuncak.

"Inimerupakan kesan balingan batu, kesan kemarahan rakyat terhadap jalan yang tidakdibina dan pembangunan yang dibuat oleh Barisan Nasional," katanya.

Dalamperkembangan lain, PAS Pensiangan juga menyumbang sebanyak 40 kepingan zinkkepada Kg. Sinaron, Terusmadi untuk digunakan bagi pembangunan surau di kampungtersebut.

Turuthadir memberikan sumbangan tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PASSelangor, Husni Zaim Mohmadan dan seluruh pimpinan PAS Kawasan Pensiangan.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Nov 2011 03:30 PM PST

Pilihan raya: PSC setakat ini setuju terima 40 peratus syor

Posted: 09 Nov 2011 03:17 PM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR– Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya mengesahkan kira-kira 40 peratus daripada cadangan dikemukakan setakat ini telah dipersetujui oleh panel khas itu.

Pengerusi PSC Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar) berkata, cadangan-cadangan tersebut akan dibentangkan awal bulan depan sebelum sidang Parlimen semasa ditangguhkan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya berkenaan kandungan cadangan yang telah dipersetujui setakat ini.

"Laporan sementara daripada PSC akan dibentangkan sebelum sidang Parlimen ditangguhkan pada 4 atau 5 Disember ini, buat masa sekarang kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan cadangan sudah dipersetujui oleh jawatankuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 45 Tahun Fuji Xerox Malaysia di sini.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu, setakat ini kira-kira 40 kumpulan orang awam sudah menyuarakan permohonan mereka untuk menyertai sesi pendengaran awam yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu.

"Kami masih lagi membuka cadangan kepada orang ramai terhadap proses ini, mesyuarat keempat PSC akan diadakan esok, selepas itu proses pendengaran awam akan dibuat pada hari Jumaat dan Sabtu untuk kawasan tengah melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Perak," jelasnya.

Sebelum ini beliau berkata, sekurang-kurangnya enam sesi pendengaran awam akan diadakan di Kuala Lumpur, satu di Sabah, satu di Sarawak, satu di utara Semenanjung mungkin di Kedah, satu di Pantai Timur mungkin di Terengganu dan satu di selatan sama ada Melaka atau Johor.

Beliau juga berharap kesemua sesi itu dapat diselesaikan bulan depan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu diadakan awal bulan lalu dan memberi penekanan ke atas empat fokus utama iaitu peraturan pilihan raya, proses pilihan raya, daftar pemilih dan memperkasakan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Panel itu, yang diumumkan pembentukan Ogos lalu, terdiri daripada sembilan anggota.

Mengulas lanjut, Ongkili juga menegaskan penubuhan PSC bukanlah sandiwara politik sebaliknya panel itu ikhlas untuk menambahbaiki proses pilihan raya agar lebih adil dan telus.

"PSC ini bukan sandiwara atau jawatankuasa main-main, ia dibentuk oleh Parlimen, bukannya dibentuk oleh kerajaan semata-mata.

"Kami ikhlas menjalankan tanggungjawab kami, ahli PSC juga terdiri daripada kalangan parti pembangkang," jelasnya lagi.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak amat terbuka untuk menerima pendapat rakyat supaya proses pilihan raya di negara ini akan menjadi lebih telus dan bersih.

MAS: Raja Nong Chik cabar Sekretariat Kg Baru kemuka bukti

Posted: 09 Nov 2011 03:15 PM PST

KUALA LUMPUR – Sekretariat Pembangunan Kampung Baru dicabar mengemukakan bukti bahawa Lembaga Pentadbir Pertanian Penempatan (MAS) Kampung Baru di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

"Dia akan keluarkan bukti? Keluarkanlah...," kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kepada pemberita hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi sekretariat itu Ahmad Zambri As'ad Khuzami bahawa mereka mempunyai bukti Mas masih berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor.

Dalam laporan The Malaysian Insider pagi tadi, Sekretariat Pembangunan Kampung Baru menolak kenyataan Raja Nong Chik Sabtu lalu menegaskan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa ke atas MAS Kampung Baru.

Ahmad Zambri berkata, Kampung Baru secara fizikalnya terletak di bawah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun begitu, katanya, peruntukan dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950 menyatakan MAS tertakluk kepada bidang kuasa negeri Selangor.

"Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Aziz pernah membangkitkan persoalan berkaitan undang-undang ini di Parlimen pada 27 Jun 2006, dan pada masa itu, jawapan yang diterima daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan, Jabatan Peguam Negara sendiri mengesahkan bahawa Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951, Warta Negeri Selangor No.50/1951 masih lagi berkuat kuasa sehingga hari ini.

"Seksyen 6(1) Akta Perlembagaan (Pindaan) 1974, Akta A 2006 menyatakan bahawa mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa dalam wilayah terbabit sehinggalah undang-undang itu dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang bertulis lain yang diluluskan oleh Parlimen," katanya yang mempertahankan tindakannya.

Sabtu lalu, Raja Nong Chik berkata, Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi MAS Kampung Baru.

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata MAS dipengerusikan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang secara langsung berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

"...macam mana dia kata Selangor ada kuasa? Sedangkan ia adalah bidang tugas kerajaan pusat di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Dari segi kuasa merombak keanggotaan lembaga itu juga terletak di bawah kerajaan persekutuan," katanya dipetik Bernama Online.

Raja Nong Chik juga menyifatkan isu itu sengaja ditimbulkan bagi tujuan politik.

"Sebelum ini saya pernah tegaskan bahawa hasrat kerajaan untuk membangunkan kawasan itu (Kampung Baru) tiada kaitan dengan politik. Niat kita baik untuk membantu pewaris dan pemilik tanah di Kampung Baru memajukan kawasan mereka tapi dengan keizinan mereka," katanya.

Isu Mas timbul susulan kenyataan Ahmad Zambri pada hujung bulan lepas yang mendakwa rombakan Mas akan dilakukan atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun dalam kenyataan balasnya, Raja Nong Chik dilapor berkata kerajaan Selangor tidak berhak campur tangan dalam pentadbiran Mas kerana badan itu terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat

Posted: 09 Nov 2011 05:45 AM PST


Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve).

Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)".

"Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi.

Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia.

"Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010.

"Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat," katanya lagi.

Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008.Harakahdaily

Dakwat Kekal: Pembangkang gesa Jawatankuasa Khas buat keputusan

Posted: 09 Nov 2011 05:40 AM PST


Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikanpilihan raya digesa membuat ketetapan segera agar mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan komitmen untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, SPR perlu menyatakan komitmen mereka dalam melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam kadar segera bagi memastikan suruhanjaya terbabit bersedia sekiranya Parlimen dibubarkan.

"Esok Pakatan Rakyat akan meminta Jawatankuasa Pilihan Khas membuat satu ketetapan agar meminta SPR laksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya akan datang.

"Kita mahu SPR beri komitmen tegas bahawa ia boleh dilaksanakan. Kalau keputusan tidak dibuat esok, kita bimbang SPR akan beri alasan mereka tidak cukup masa untuk beli dakwat kekal tersebut," katanya di lobiParlimen di sini, Rabu.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dianggotai sembilan ahli Parlimen dikalangan wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan bebas akan bermesyuarat kali keempat esok sebelum sesi pendengaran awam diadakan bermula pada Jumaat ini.

Menurut Anthony, jawatankuasa berkenaan perlu membuat keputusan segara bagi memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kesungguhan penubuhannya iaitu bagi menambah baik sistem pilihan raya sedia ada.

"Esok adalah mesyuarat terakhir sebelum sesi pendengaran awam diadakan. Jadi kita mesti beri keyakinan kepada rakyat bila mereka datang memberi input pada sesi berkenaan," katanya.

Pada mesyuarat esok, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan tampil memberi keterangan berhubung beberapa perkara terutama berkaitan daftar pemilih.

Selain itu JPN turut digesa agar memberikan data berhubung jumlah warganegara asing yang diberi taraf kenegaraan sejak tiga tahun lalu.

"Kita mahu JPN beri data penuh mengenainya sejak 2008 hingga kini. Kita mahu tahu berapa jumlah taraf kerakyatan telahpun diberikan kepada warga asing serta berapa ramai kini sudah menjadi pemilih danlayak mengundi," katanya. Mstar

Seksualiti Merdeka: Nasrudin persoal mengapa tidak diperjuangkan hak penagih dadah?

Posted: 09 Nov 2011 05:38 AM PST

Nasrudin bin Hassan

1. Setiap rakyat atau warga negara bukan sahaja mesti kasih dan cinta pada negara dengan semangat patriot yang tinggi tetapi juga mestilah bertanggungjawab membina dan memelihara peradaban negara dengan memastikan kerukunan hidup bermasyarakat pelbagai kaum (multi-racial) juga pelbagai agama (multi-elegion) tanpa menafikan Islam, Agama Persekutuan sebagai tiang serinya.

2. Paling asas, peradaban sesebuah negara dipelihara dengan memastikan elemen-elemen ini tidak tergugat:
a. agama
b. ilmu
c. budaya
d. keamanan

3. Agama tidak boleh dibiarkan menjadi bahan ejekan, persendaan mahupun sinis. Agama adalah untuk dianuti dan dipraktis. Rakyat di dalam negara majmuk seperti Malaysia kebanyakannya memiliki agama. Kalaupun mana-mana pihak enggan menerima agama persekutuan iaitu agama Islam yang diwahyukan oleh Allah swt Sang Pencipta sebagai agama anutan dan ikutan, mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam malah mereka mempunyai hak-hak tertentu yang mesti dipenuhi oleh kerajaan Islam seperti tempat ibadat mereka dan sebagainya.

4. Sebagaimana Islam tidak boleh memaksa mereka menerima ajaran Islam, begitulah Islam juga melarang penganutnya mengejek agama-agama lain meskipun aqidah yang diyakini ialah Islam sebagai agama yang benar dan berhak sebagai way of life.

5. Bertolak dari nokhtah ini, saya juga menasihati semua pihak yang terdiri dari agama selain Islam supaya meletakkan penghormatan serupa terhadap Islam agama suci yang diwahyukan oleh Allah swt. Tuhan yang Mencipta Manusia dan seluruh alam ini. Jangan sekali-kali mempersenda agama Islam dan memperlekehkannya. Isu sembelih binatang korban oleh ummat Islam menjelang Aidil Adha yang telah diamal sejak beratus tahun dalam negara kita, jangan dijadikan turning point untuk cetus ketegangan antara agama dalam negara kita. Asasnya saling hormat menghormati. Selama ini negara kita aman, kenapa tiba-tiba hari ini, isu sembelih binatang korban di kawasan terbuka menjadi isu. Nama dah hari Raya Korban, mana boleh buat tertutup, menyembelih binatang korban di bawah rumah.

(Bukankah negara ini adalah negara ummat Islam pula agama persekutuan adalah agama Islam? Harmoninya agama lain juga tidak dilarang oleh perlembagaan negara untuk dianuti oleh penganut masing-masing. Lalu apa yang jadi masalah? Kecualilah ada ummat Islam menyembelih binatang korban di hadapan kuil Hindu atau dalam kawasan perkampungan orang-orang Hindu, kalau begitu saya pun tidak bersetuju dan Islam melarang perbuatan sedemikian kerana menghilangkan rasa hormat kepada kaum lain.)

6. Malah rakyat Malaysia boleh bersatu dalam perkara-perkara tertentu dalam memelihara keharmonian kaum serta memastikan peradaban negara kita tidak runtuh. Antaranya ialah penyimpangan seksual yang menjadi isu kebelakangan ini. Saya percaya, dengan pelbagai alasan dan apa jua sebabnya, semua agama menentang perlakuan seksual songsang yang bercanggah dengan fitrah dan norma luhur manusiawi.

7. Perlakuan Lesbian, Gay dan Biseksual bukan lahir dari ajaran mana-mana agama kecuali ia datang dari penyimpangan nafsu yang perlu dikawal dan dipulihkan agar kembali kepada fitrah. Atau sesiapa boleh tunjukkan kepada saya mana satu agama di atas muka bumi ini yang kitab anutan mereka mendidik dan mengasuh penganutnya supaya menjadi lesbian, gay dan biseksual begitu juga transeksual?

8. Sementara kelompok yang mengaku tidak beragama pula sekurang-kurang mereka masih ada aqal dan naluri untuk berfikir, mengkaji dan memahami realiti ini untuk kembali kepada fitrah. Manusia tidak boleh memerangi fitrah kelak yang binasa hanya diri mereka sendiri. Manusia mungkin boleh berpura-pura untuk menipu orang lain dan menyimpang arah hidup lalu memilih penyimpangan seksual tetapi akhirnya perkara ini membawa penderitaan pada diri sendiri. Kebahagiaan dan kepuasan yang dicari hanya bersifat sementara sedang tuntutan fitrah senantiasa membayanginya.

9. Saya setuju golongan yang memilih penyimpangan seksual ini tidak perlu dihina sebaliknya dididik dan dibimbing agar kembali kepada fitrah dan agama yang suci, tetapi wajar juga diinsafi bahawa perlakuan seks menyimpang ini adalah perbuatan yang hina malah dipandang lebih hina daripada perbuatan zina yang turut dimurkai oleh Allah swt. Justeru itu, perlakuan dan perjuangan seksualiti kelompok ini tidak boleh diterima dalam masyarakat bertamadun.

10. Jika dadah menjadikan pengambilnya sampah masyarakat apabila dadah tersebut disalahguna maka begitulah seks menjadikan pelakunya sampah masyarakat apabila seks tersebut disalahlaku dan menyimpang dari fitrah manusia. Asalnya seks adalah untuk kasih sayang pasangan lelaki dan perempuan yang dicipta oleh Allah swt. pula untuk membiakkan ummat manusia di atas muka bumi ini. Perlakuannya dihalalkan melalui ijab dan qabul, lantas ia membezakan manusia dengan binatang.

11. Namun penyimpangan seksual ini merosakkan tujuan murni tersebut. Untuk apa lelaki melakukan hubungan seks sesama lelaki dan perempuan melakukan hubungan seks sesama perempuan? Jika untuk menterjemahkan kasih sayang, mereka tidak perlu melakukan hubungan seks sesama jenis justeru mereka boleh pada bila-bila masa berkasih sayang tanpa seks kerana mereka adalah sesama jenis. Seks sesama jenis tidak mungkin menghasilkan baka atau zuriat sebaliknya ia adalah perbuatan yang keji. Jika amalan ini diiktiraf dan diamalkan oleh semua, bukan sahaja Allah murka, generasi manusia akan pupus.

12. Lihat sahaja Barat pada hari ini. Satu persatu harga diri, nilai peradaban dan nurani kemanusiaan mereka lusuh dan luntur akibat kebebasan tanpa tara dan tiada kawalan fitrah ke atas runtunan nafsu dan syahwah mereka. Jauh sekali kawalan agama. Kemajuan material dengan bangunan mencakar langit bukan asas peradaban yang tulen tetapi mesti dibina dengan lahirnya kelompok masyarakat yang bermoral dan beretika.

13. Kita tidak boleh memburu kemajuan seperti barat yang sedang menjunam nilai kemanusiaannya, ditambah pula dengan kemurkaan Allah swt di atas pelbagai perbuatan mungkar, fasad (kekejian) serta kezaliman yang berlaku. Lantaran itu saya melihat kewujudan sekelompok manusia yang menyimpang perlakuan seksual mereka sebagai pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan jiwa dan nurani mereka dengan terapi ruhani dan juga asuhan agama yang baik.

14.Setelah semua menyedari bahawa ia bertentang dengan agama, kenapa masih mahu meneruskan perlakuan itu? Setelah semua sedar bahawa perbuatan seksual sesama jenis ini adalah perbuatan keji dan bertentangan dengan fitrah, kenapa pula mesti memperjuangkan hak untuk melakukan perbuatan keji itu? Jika ada sekelompok dua yang berkeinginan dan terjebak untuk melakukannya, janganlah kita galakkan mereka dan mengiktiraf perlakuan mereka, sebaliknya kita rawat dan pulihkan mereka. Pihak berkuasa agama mesti memainkan peranan aktif untuk menyelesaikan persoalan ini selepas mereka selesai menyusun file di atas meja pejabat mereka yang berhawa sejuk. Selamatkan mereka dari terjerumus ke jurang api neraka yang panas.

15. Sebagai contoh, semua kita setuju bahawa dadah itu bahaya dan rokok itu juga bahaya. Maka langkah sewajarnya ialah lancarkan kempen perangi dadah dan rokok, bukan mengiktiraf mereka walaupun kita menyedari bahawa mereka yang telah terjebak tidak wajar disisihkan, sebaliknya diselamat dan dipulihkan. Hatta yang telah dijangkiti virus Aids pun tidak boleh disisih sebaliknya diselamatkan. Tetapi sekali-kali mereka tidak boleh diberi pengiktirafan! Jika tidak, runtuhlah peradaban negara kita .

Nota tambah: Saya dapat maklumat ada pejuang Human Rights bermati-matian memperjuangkan hak golongan lesbian, gay dan biseksual ini biarpun majoriti penduduk dalam negara ini menganggap ia adalah perbuatan yang keji dan bertentangan dengan fitrah. Mereka perjuangkan atas nama Human Rights kononnya, tetapi anehnya saya tidak pernah pula mendengar golongan pejuang Human Rights memperjuangkan hak penagih dadah untuk mengambil dadah seperlu mereka. Rasanya penagih dadah juga mahu menghisap dadah dengan aman dan tenang tanpa gangguan. Mana hak mereka? Kenapa tidak dipertahan dan diperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan dadah?

Dunia-dunia ... meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta ....

*Kenyataan media oleh Nasrudin bin Hassan (gambar atas) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

PPSMI: M'sia kehilangan arah?

Posted: 09 Nov 2011 05:37 AM PST

Memandangkan pilihan raya umum sudah berada di ambang pintu, isu PPSMI ini sudah menjadi seperti umpan politik.


Berikutan pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membasmikan pengajaran pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Ingggeris (PPSMI) mulai 2012, Malaysia sekali lagi dilanda kontroversi yang menjangkaui batas bangsa dan fahaman politik.

Kontroversi timbul akibat terlalu banyak idea dan isu ini terapung tanpa fokus yang betul. Bagi saya, kedua-dua pendokong dan penentang PPSMI bersalah dari sudut lantangnya mereka bersuara.

Pendokong PPSMI melakukan kesilapan dengan berhujah bahawa pelaksanaan PPSMI boleh membuat pelajar mahir dalam bahasa Inggeris. Mereka berhujah bahawa kunci untuk mencapai kemahiran dalam bahasa Inggeris memerlukan pengajaran bahasa itu dengan betul dan bukannya melalui mempelajari subjek-subjek lain dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Golongan yang menentang juga silap dengan mendakwa PPSMI akan melemahkan penguasaan bahasa kebangsaan atau melukakan maruah negara.

Ketika mana pandangan mereka yang menyokong PPSMI didapati lebih bersifat imaginasi dari kenyataannya, sepertimana boleh disahkan oleh ahli-ahli akademik yang berpengalaman, pihak yang menentang juga memperlihatkan rasa rendah diri, lebih berbanding semangat kebangsaan.

Bertitik tolak dari sini, adakah kita perlu meneruskan PPSMI atau memansuhkan sahaja? Untuk menjawab soalan ini, lebih elok kita imbas kembali beberapa tahun yang lalu dan mengesan bagaimana idea ini bermula.

Apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mula menerima PPSMI pada 2002, ini adalah berasaskan pengiktirafan bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris adalah sangat lemah.

Negara begitu terdesak kepada keperluan agar rakyatnya menguasai bahasa Inggeris dengan baik supaya tidak terus menerus ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain.

Hasrat Mahathir ialah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris adalah betul tetapi jalan yang dipilihnya adalah salah.

Namun pada hakikatnya kita tidak mempertikaikan langsung betapa bahasa Inggeris adalah sangat penting dan terdapat keperluan yang mendesak untuk menguasainya.

Kegagalan Mahathir

Tetapi untuk memulakan pengajaran subjek-subjek dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya (2003) tanpa memastikan jumlah keberadaan guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris yang mencukupi adalah satu kesilapan.

Kesannya terdapat kemerosotan dalam standard pelajaran sains dan matematik tanpa peningkatan kemahiran dalam bahasa Inggeris.

Kegagalan program Mahathir disahkan oleh Muhyiddin yang menyatakan bahawa hanya sebilangan kecil sahaja dari sekolah-sekolah yang menerima pakai PPSMI manakala selebihnya memansuhkannya berikutan kekurangan guru yang mahir dalam bahasa Inggeris.

Mahathir sepatutnya menumpukan perhatian kepada pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri sebagai langkah pertama dan lupakan PPSMI buat sementara waktu.

Kita harus bermula dengan guru-guru kita. Memandangkan terdapat jumlah guru yang ramai untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris, kita harus menerima pakai strategi melatih sejumlah besar guru-guru bahasa Inggeris yang menjadi kumpulan teras. Guru-guru ini kemudiannya melatih guru-guru lain yang diperlu ditingkatkan kemahirannya.

Untuk melatih kumpulan teras ini, kita perlu kepada guru-guru dari luar negeri disamping menambah pengambilan guru bahasa Inggeris tempatan, termasuk mereka yang sudah bersara.

Apabila kita sudah melatih guru-guru yang mahir dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah, baru kita boleh menimbangkan untuk memperkenalkan PPSMI. Atas sebab ini, program ini seharusnya diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, pada kadar keberadaan guru-guru yang layak.

Walaupun PPSMI bukan kaedah terbaik untuk mempelajari bahasa Inggeris, namun langkah ini boleh memberi faedah penambaikan dalam bahasa Inggeris termasuk sedia terjalin hubungan dengan dunia sains dan teknologi.

Penentang PPSMI sering mengambil contoh Rusia dan China sebagai bukti bahawa seseorang itu boleh mengekalkan bahasa kebangsaan dan pada masa yang sama, boleh mencapai kemajuan yang tinggi dalam sains dan teknologi.

Tetapi mereka lupa bahawa Rusia dan China adalah dua negara besar dengan memiliki 'talent' dan biasiswa yang banyak dalam sains dan teknologi.

Buku teks

Sementara Malaysia pula menghadapi kekurangan teknologi dalam negeri, kerap kali terpaksa mengimport sumber pengetahuan luar yang diperolehi kebanyakannya melalui bahasa Inggeris.

Pada hakikatnya, buku teks dalam bahasa Inggeris sudah pun digunakan dengan begitu meluas di negara ini. Oleh yang demikian maka kenapa kita tidak mula melaksanakannya kepada anak-anak pada peringkat usia yang muda, seperti di peringkat sekolah menengah, atau lebih awal, jika pra syaratnya dipenuhi?

Jika kerana sebab itu maka keputusan Muhyiddin untuk memansuhkan PPSMI adalah tidak wajar. Keputusan beliau untuk menghapuskan PPSMI sepenuhnya pada 2016 untuk sekolah rendah dan tahun 2061 untuk sekolah menengah dengan sebilangan kecil sekolah-sekolah masih menerima pakai PPSMI tidak dapat dipastikan dengan jelas apa sebenarnya matlamat beliau.

Satu-satunya keputusan yang boleh diterima untuk memansuhkan PPSMI adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dan bukan kerana keperluan untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk mempelajari dua subjek lain.

Jika beberapa sekolah telah mengharungi keperitan selama sembilan tahun (2003 hingga 2011) dengan sistem baru PPSMI, ini bermakna sekolah-sekolah ini sudah dapat mengatasi masalah pelaksanaan sistem baru ini. Ini dianggap sebagai satu kebaikan untuk para pelajar.

Menimbang situasi ini maka adakah wajar kita kembali kepada sistem lama sekarang ini? Kepentingan siapakah yang difikirkan oleh Muhyiddin; para pelajarkah atau nasib masa depan karier politiknya?

Malahan kerajaan kita tidak seharusnya berpuas hati dengan apa telah kita capai dengan sekolah-sekolah yang berjaya melaksanakan PPSMI dengan baik.

Kita harus membawa kejayaan ini kepada sekolah-sekolah lain dengan menggunakan strategi yang telah saya gariskan di atas iaitu masalah yang serius untuk melatih sekumpulan besar guru-guru bahasa Inggeris untuk mengajar guru-guru yang lain dengan kadar yang segera.

Muhyiddin menyatakan bahawa apabila PPSMI dimansuhkan nanti, beliau akan meneruskan satu program yang serius untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Beliau akan berusaha membawa seramai 300 guru bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat untuk membantu sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan.

Umpan politik

Akhirnya beliau membuat kesilapan yang sama seperti Mahathir, yang gagal melihat realiti. Kita mempunyai ribuan sekolah yang kesemuanya lemah dalam bahasa Inggeris.

Makanya ke sekolah mana kita harus menghantar 300 guru ini? Bukankah mereka ini ibarat setitik air di lautan? Bagaimana cara menempatkan guru-guru dari Amerika Syarikat ini bagi membantu meningkatkan tahap bahasa Inggeris dengan berkesan?

Memandangkan pilihan raya umum sudah berada di ambang pintu dan kedua-dua kem, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk merebut sokongan, saya dapati isu PPSMI ini sudah menjadi seperti umpan politik.

Ahli-ahli politik mengeluarkan kenyataan bukan untuk kepentingan para pelajar tetapi kuasa politiklah yang menjadi sasaran. Sebarang pertimbangan berhubung isu PPSMI dikira berdasarkan untung rugi undi pilihan raya.

Memang diakui pada ketika ini merupakan saat yang genting buat ahli-ahli politik tetapi inilah masanya untuk buat mereka menonjolkan sifat-sifat mereka sebagai negarawan yang ulung.

Mereka yang bertutur secara ikhlas demi kebajikan dan kebaikan anak-anak kita dan mampu menyakinkan rakyat majoriti akan muncul sebagai juara untuk dirinya, partinya dan negara.

RM300 juta untuk 'Geran Selangorku'

Posted: 09 Nov 2011 05:29 AM PST

Pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi manfaat kepada rakyat Selangor.


DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah 'Geran Selangorku' guna melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat.

Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.

"Sebelum ini keuntungan dimanfaatkan oleh rakan kongsi serta kroni yang berkuasa, namun kini habuan besar itu akan diagihkan kepada rakyat Selangor," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2012 'Selangorku: Hasil Negeri untuk Rakyat' ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12 di sini hari ini.

Ujar beliau, "ini sekaligus membuktikan bahawa pentadbiran tanpa rasuah dan kronisma serta pengurusan yang cekap dan tiada ketirisan telah memberi manfaat kepada rakyat Selangor. Inilah hasil reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

"Geran ini akan diurus selia oleh MBI kerana ia adalah jentera yang paling sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Sebagai pemerbadanan yang memegang pelaburan dalam GLC Negeri, MBI mempunyai kuasa untuk mengawal-selia semua GLC Negeri.

Abdul Khalid berkata, program-program yang akan dilaksanakan melalui "Geran Selangorku" ini termasuklah pengenalan gaji minima, memperkasakan wanita, keusahawanan muda, infrastruktur sukan, sokongan pendidikan, kebajikan kepada pekerjaan, pembasmian rasuah dan penyelewengan.

Di bawah program pengenalan gaji minima beliau berkata, kerajaan negeri mengumumkan kadar RM1,500 gaji kasar kepada rakyat dan program ini dimulakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worlwide Holdings.

Kepada syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang belum stabil dari segi prestasi kewangannya, dana sebanyak RM10 juta disediakan untuk menampung kos operasi.

Nafi bajet pilihan raya

Sementara itu, Abdul Khalid menjelaskan kerajaan negeri turut memperkenalkan program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan dan sebanyak RM15 juta telah diperuntukan di bawah program ini.

Ini sebagai inisiatif membasmi rasuah memandangkan statistik menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 56 indeks rasuah.

Pelapor kes rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam agensi kerajaan negeri yang berjaya dibuktikan, juga akan diberi hadiah," katanya.

Melalui program pengukuhan demokrasi peruntukan sebanyak RM5 juta disediakan bagi geran terhad dalam mengukuhkan proses pilihan raya adil dan bebas.

Program ini melibatkan aktiviti kesedaran dan juga latihan sukarelawan serta pemantau pilihan raya.

"Bajet ini tiada kena mengena dengan pilihan raya. Setiap parti politik sekarang bersedia untuk pilihan raya umum akan datang.

"Kerajaan negeri bertegas bahawa jika pilihan raya diakan sebelum tahun keempat…kami tidak akan menyertainya," katanya dalam sidang media selepas pembentangan bajet petang tadi.

Satim dakwa Bajet S'gor tiru k'jaan Pusat

Posted: 09 Nov 2011 05:24 AM PST

Beliau menangkis dakwaan bahawa belanjawan yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional di Parlimen 7 Oktober lalu adalah bajet Pakatan Rakyat.


DUN SELANGOR

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata Bajet 2012 yang dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini hari ini banyak meniru pendekatan bajet Kerajaan Pusat sebelum ini.

Beliau berkata demikian bagi menangkis dakwaan bahawa belanjawan yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional di Parlimen 7 Oktober lalu adalah bajet Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membentangkan Belanjawan 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat' dengan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion iaitu kenaikan 11.89% berbanding RM1.4 billion pada 2011.

"Kita tengok sama ada ia dibuat atau tidak kerana banyak lagi janji yang ditabur sebelum ini tidak dilaksanakan sepenuhnya," kata Satim ketika ditemui pemberita selepas sesi pembentangan Belanjawan Kerajaan Selangor 2012.

Menurut beliau, tindakan menyuntik dana RM10 juta terhadap anak syarikat yang mempunyai masalah kewangan untuk melaksanakan gaji minima menunjukkan prestasi syarikat terbabit tidak stabil.

Satim menyifatkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk mengukuhkan proses pilihan raya yang adil dan bebas sebagai satu pembaziran.

"Sungguh hairan macam mana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) boleh beri bonus sampai tujuh bulan walau pun mempunyai masalah kewangan.

"Ini baru satu contoh sebuah anak syarikat kerajaan negeri…….yang sebenarnya banyak lagi ada masalah macam PKNS.

"Saya lihat hasil usaha kerajaan negeri terdahulu membangunkan syarikat besar dimusnahkan macam itu saja oleh kerajaan negeri sekarang.

"Malah peruntukan RM5 juta itu, kalau pilihan raya kita tidak adil, Pakatan Rakyat tidak akan dapat negeri ini dan menang banyak kerusi. Jadi tidak perlu sampai hendak buat macam-macam," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata, belanjawan ini merupakan kesinambungan dan pengukuhan terhadap usaha-usaha mengagihkan kekayaan negeri di bawah dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat menerusi program-program MES.

Dari jumlah RM1.6 bilion itu, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM600 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Ringkasan belanjawan

Dari jumlah RM1 bilion untuk perbelanjaan mengurus itu pula, sebanyak RM323.09 juta (32.3%) untuk emolumen; bekalan dan perkhidmatan RM371.39 juta (37.1%), pemberian dan kenaan bayaran tetap RM284.18 juta (28.4%), aset RM8.08 juta (0.8%) dan perbelanjaan lain RM13.27 juta (1.5%).

Dari RM600 juta untuk perbelanjaan pembangunan, sebanyak RM411.09 juta atau 68% diagihkan untuk sektor infrastuktur, RM100.06 juta (17%) untuk sektor sosial, RM84.24 juta atau 14% untuk sektor ekonomi dan RM4.61 juta atau 1% untuk sektor perbandaran.

Hasil Negeri pada 2012 dijangka terus bertambah dengan Hasil Cukai meningkat 8.23%, iaitu dari RM43.69 juta kepada RM574.67 juta berbanding RM530.98 juta pada 2011.

Hasil Bukan Cukai pula dijangka bertambah sebanyak RM187.44 juta atau 40.12% kepada RM654.60 juta pada 2012 berbanding RM467.16 juta pada 2011.

Bagaimanapun, Terimaan Bukan Hasil dijangka berkurangan dari RM431.86 juta tahun 2011 kepada RM370.72 juta tahun 2012 iaitu pengurangan 14.16% atau RM61.13 juta.

Belanjawan 2012 akan meneruskan program-program MES menggunakan hasil negeri bagi Fasa Ketiga termasuk memperkenalkan program baru iaitu Elaun Anak ke Nurseri dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) mendapat peruntukan sebanyak RM7.5 juta, Hadiah Anak Masuk Universiti RM7.7 juta, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) RM20.7 juta, Pusat Khidmat Sehenti RM50,000 dan Skim Kesihatan Wanita RM1 juta.

Khalid turut mengumumkan bahawa pemberian 20 meter padu air percuma setiap bulan yang memberi manfaat kepada lebih empat juta pengguna di Selangor akan diteruskan dengan dibiayai oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Shahrukh khan disiasat pelaburan pasukan kriket

Posted: 09 Nov 2011 05:23 AM PST

MALAYSIA KINI

Pelakon tersohor Bollywood Shahrukh Khan disiasat oleh agensi pengubahan wang haram India berhubung penglibatannya dalam liga kriket tempatan dan pemilikan sebuah pasukan kriket yang membabitkan aliran tunai yang banyak.

Khan, pemilik bersama Kolkata Knight Riders, disoal siasat hampir enam jam oleh agensi penguatkuasa Enforcement Directorate (ED), berhubung dakwaan "penipuan" kewangan dalam Liga Perdana India (IPL) profesional, menurut laporan Hindustan Times.

shahrukh khanMenurut laporan media, aktor itu disoal siasat "berhubung corak pegangan saham, pembelian pemain, perbelanjaan iklan, keuntungan dan kerugian."

Khan disoal siasat pada 5 November di pejabat ED di Mumbai tetapi setakat ini tiada pihak mengulas isu itu.

Pelakon itu dilaporkan membeli francise IPL pada 2008 hampir AS$75 juta (RM240 juta) bagi tempoh 10 tahun.

IPL bertukar menjadi acara kriket penuh glamor selepas beberapa bintang terkenal Bollywood -- Khan, Shilpa Shetty dan Preity Zinta serta tokoh korporat terkemuka India seperti Mukesh Ambani, menjadi pemilik pasukan-pasukan yang membariskan pemain tempatan dan asing.

Tetapi liga itu kemudiannya diselubungi kontroversi selepas muncul dakwaan mengenai kewujudan pelaburan "black money", memaksa pihak berkuasa melakukan siasatan mengenai promoter IPL, Lalit Modi dan beberapa pemilik pasukan.

Tiga tahun selepas pelancaran IPL, jenama itu kini bernilai lebih AS$3 bilion (RM9.6 bilion).
- Bernama

Mazlan, wanita M'sia terajui hal angkasa lepas PBB

Posted: 09 Nov 2011 05:17 AM PST


Manik Mehta

Mari temui Datuk Dr Mazlan Othman, bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), yang kini bertugas di Vienna, Austria, di mana beliau mengetuai Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA).

mazlan othman first contact for aliens hoax 280910 04Sebagai pengarah UNOOSA beliau menerajui program angkasa lepas badan dunia itu dan nampaknya menyerlah dalam tanggungjawabnya kerana pengetahuan beliau yang mendalam mengenai astrofizik.

Mazlan, yang seringkali mengunjungi ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York atas urusan rasmi kerana tanggungjawab pentingnya itu, membuka peluang kepada beliau untuk menemui ahli-ahli astrofizik terkemuka dunia.

"Ya, terdapat tanggungjawab besar dalam kerja seperti yang saya lakukan. Bagaimanapun, ia juga satu bidang yang menguja dan mencabar selain penuh dengan peluang-peluang," katanya.

Mereka di Barat mungkin mendapati adalah jarang untuk melihat seorang wanita Asia menerajui sebuah pertubuhan angkasa lepas yang lazimnya dianggap sebagai domain kaum lelaki.

Bagaimanapun, selepas sekali sahaja melihat kelayakan dan pencapaian wanita yang kecil molek ini sudah pasti mana-mana orang yang meraguinya akan berasa yakin yang wanita ini hebat dalam bidangnya.

Menerajui cabaran

Mazlan, yang pertama kali dilantik ke jawatan dalam UNOOSA pada 1999, kembali ke Malaysia pada 2002 untuk mengetuai Angkasa di mana beliau memainkan peranan penting dalam melancarkan Angkasawan Malaysia yang pertama ke ruang angkasa lepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 2007.

NONEBeliau kembali ke jawatannya sebagai pengarah UNOOSA pada akhir 2007 dan sejak itu beliau mengendalikan isu-isu seperti kerjasama antarabangsa di ruang angkasa, penggunaan platform-platform jarak jauh di angkasa bagi pembangunan lestari, menyelaraskan undang-undang angkasa lepas antara negara-negara dan menangani risiko yang disebabkan oleh asteroid yang melepasi bumi pada jarak yang dekat.

Mazlan, walaupun lemah lembut sifatnya, tetap menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang perlu dalam segala apa yang dilakukannya, menurut mereka yang berpeluang memerhatikannya dari dekat.

Tugas bukan mudah

Apa pula perasaan beliau dalam berkhidmat bersama-sama dengan PBB memandangkan cabaran dan desakan sukar yang pasti dihadapi oleh sesiapa sahaja memegang jawatan tinggi itu.

"Cabaran di PBB adalah ia satu forum multilateral, yang menangani isu global. Oleh itu, kata sepakat perlu dicapai di kalangan pelbagai pihak berkepentingan bersama latar belakang serta dengan harapan yang berlainan. Perlu ada keseimbangan antara pelbagai parameter seperti geografi, yang membangun dan maju, dan jantina," katanya.

mazlan othman first contact for aliens hoax 280910 03Apabila ditanya akan pendapatnya terhadap kehidupan - bukan sekadar tumbuh-tumbuhan tetapi juga hidupan seperti makhluk asing, Mazlan menjawab dengan berhati-hati: "Daripada sudut saintifik, kami tahu terdapat berbilion galaksi yang mengandungi bintang-bintang yang jumlahnya dalam trilion, dengan banyak daripadanya yang mempunyai planet.

"Oleh itu, walaupun kemungkinan untuk menemui kehidupan adalah sangat kecil, memandangkan bilangan besar bintang-bintang ini, kemungkinan itu pastinya bukan sifar. Apa yang kita perlu akui adalah 'kehidupan boleh datang dalam apa sahaja bentuk dan bukan sahaja dalam bentuk yang kita lihat di bumi."

Ditanya sama ada beliau pernah didatangi oleh saintis atau pakar lain yang mahu membincangkan dengan serius bersamanya akan kewujudan kehidupan di angkasa lepas, beliau menjawab: "Ya, sudah pasti. Terdapat pakar-pakar yang mengkaji astrobiologi... dalam lain kata, kehidupan di luar angkasa lepas, dan terdapat juga pakar-pakar yang mengkaji planet-planet, di luar sistem suria. Kesemua usaha ini merujuk kepada isu ini."

Tak diambil serius

Mengenai cabaran spesifik serta peluang di jawatan semasanya, beliau mendedahkan bahawa ruang angkasa lepas masih tidak diambil kira dalam pelbagai aspek rundingan diplomatik dan perbahasan.

mazlan othman first contact for aliens hoax 280910 02"Tugas saya ialah untuk membawa ke perhatian anggota PBB dan agensi-agensi badan dunia itu akan peranan penting yang dimainkan oleh angkasa lepas dalam membawa manfaat dan akibat yang mungkin timbul, jika kita tidak memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan dengan angkasa lepas," katanya.

Bagaimanapun, masih terdapat peluang. Oleh kerana angkasa lepas adalah sebahagian daripada perbincangan di PBB, perhatian yang diberikan boleh dipertingkatkan lagi dengan memperjelaskan idea bahawa angkasa lepas adalah milik umat manusia.

"Dan penerokaan angkasa lepas menjadi satu agenda penting PBB dan, oleh itu, kerjasama antarabangsa adalah penting," katanya.

Mazlan mempunyai dua anak, yang lelaki adalah seorang jurutera aeroangkasa, kini meneruskan pengajian dalam MBA di Amerika Syarikat sementara anak perempuannya, yang berusia 16 tahun, ada bersamanya di Vienna. Bernama

Laporan awal PSC dibentang Disember ini

Posted: 09 Nov 2011 05:07 AM PST

Koh Jun Lin

Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya akan membentangkan cadangan awalnya pada Disember ini, kata pengerusinya Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Katanya, laporan awal itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum sesi semasa ditangguhkan.

NONE"Kami telah diberikan enam bulan, tetapi saya, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa lain, telah membincangkannya (dan membuat kesimpulan) bahawa kami harus memberi laporan awal sebelum sesi (sekarang) Dewan Rakyat ditangguhkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Fuji Xerox Docuworld 2011 dan Ulangtahun ke-45 Fuji Xerox Malaysia di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut Ongkili, turut dimasukkan dalam laporan itu ialah 40 peratus keputusan yang sudah dicapai oleh jawatankuasa itu dalam tiga mesyuarat terdahulu.

Walau bagaimanapun, Ongkili enggan mendedahkan sebarang daripada cadangan yang dikemukakan itu.

"Kita akan mendengar pandangan daripada 40 kumpulan orang awam dari kawasan tengah iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa," katanya lagi.

azlanSetakat ini, Suruhanjaya Pilihan Raya telah dipanggil bagi menghadap jawatankuasa itu minggu lalu, manakala sesi dengan Jabatan Pendaftaran Negara akan bersambung pada mesyuarat kali keempatnya esok.

Sesi pertama daripada enam sesi selama dua hari setiap satu untuk orang ramai akan bermula Jumaat ini di bangunan Parlimen. Maklum balas dan maklumat lanjut daripada orang ramai juga boleh dihantar melalui e-mel dan portal MyIdeas.

Jawatankuasa itu ditubuhkan pada 3 Oktober lalu bagi memberi cadangan-cadangan untuk penambahbaikan proses pilihan raya berikutan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Sasaran projek lembu dikurangkan tapi bajet kekal?

Posted: 09 Nov 2011 05:05 AM PST


Hazlan ZakariaPKR hairan kerana walaupun sasaran pengeluaran projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) telah dikurangkan, tetapi pinjaman mudah daripada kerajaan tidak pula disemak semula.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution bertanya mengapa jumlah pinjaman masih kekal RM250 juta.

NONESaifuddin (kiri) yang juga ahli parlimen Machng berkata, jika sasaran pengeluaran benar-benar disemak semula, maka keperluan bajetnya juga seharusnya dikurangkan juga.

Katanya, jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya RM75,000 (dalam nibah yang sama), berdasarkan unjuran kos oleh Jabatan Veterinar.

Beliau menjawab hujah-hujah penyokong BN awal hari ini bahawa sasaran pengeluaran NFC sebanyak 60,000 telah dikurangkan kepada 8,000 mengikut sasaran pengeluaran yang disemak semula.

Ahli Parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, sasaran baru menggantikan sasaran lama yang ditetapkan dalam kertas dasar asal projek itu.

Empat remaja dakwa ditahan dan dipukul polis

Posted: 09 Nov 2011 05:00 AM PST

Empat remaja India mendakwa mereka diserang oleh sekumpulan pemuda Melayu dan telah pergi ke balai polis Setapak untuk membuat laporan polis. Namun, sebaliknya, mereka mendakwa, mereka bukan sahaja ditahan tetapi juga, dipukul oleh pihak berkuasa yang memaksa mereka mengaku bersalah.

Seorang kawan remaja India itu, yang dikenali sebagai Saravanan, 21, dikatakan cuba membantu mereka yang diserang itu tetapi mendakwa dirinya juga menjadi mangsa kumpulan belia yang bersenjatakan parang dan batang besi. Lelaki itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

NONEKecewa dengan kejadian itu, ibu bapa remaja berusia 14 tahun itu mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini dengan bantuan ketua biro pendidikan Parti Hak Asasi Manusia (HRP), G Ganeson.

Mereka menuntut polis supaya segera membebaskan anak-anak mereka dan bertindak tegas terhadap penyerang berkenaan. Ganeson yang juga seorang peguam akan mewakili keluarga berkenaan.

Menurutnya, pada kejadian semalam, M Indran, 14, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di flat di Kg Baru Air Panas di Setapak, apabila kira-kira 10 pemuda Melayu menghalangnya. Dakwanya lagi, remaja itu diendang di bahagian perut setelah dituduh melontar objek ke arah mereka dari tingkat atas flat.

"Dia dalam perjalanan pulang, jadi bagaimana beliau boleh buang sesuatu dari tingkat atas? Ini tidak logik sama sekali," kata Ganeson.

Tiga rakan-rakan Indran - Ravitharan, Arvin Raj dan Saativel, semua mereka berumur 14 tahun - datang untuk membantu tetapi juga dipukul, katanya.

"Empat remaja itu melarikan diri, hingga ke rumah Saravanan yang terletak di blok lain untuk meminta bantuan."

ADUN BN Batang Kali digantung hadiri DUN S'gor

Posted: 09 Nov 2011 04:57 AM PST

ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim yang terus-menerus menyuarakan ketidakpuasannya terhadap jawapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap jawapan tambahannya diarahkan meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

NONESpeaker DUN, Datuk Teng Chang Khim membuat keputusan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap dewan, turut menggantungnya daripada menyertai sidang dewan selama sehari.

Teng membuat keputusan itu berikutan tindakan Mohd Isa yang enggan berhenti daripada menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai tindakan Abdul Khalid yang tidak menjawab soalan tambahannya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Speaker berkata beliau merasakan Abdul Khalid telah menjawab soalan tambahan Mohd Isa kerana penjawat-penjawat awam di Selangor menikmati segala kemudahan di bawah MES memandangkan mereka juga adalah rakyat Selangor.

Mohd Isa yang terus membantah, telah diiringi oleh bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan.- Bernama

Tahanan wanita terakhir bawah ISA dibebaskan

Posted: 09 Nov 2011 04:52 AM PST

Tahanan wanita terakhir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan manusia dibebaskan hari ini selepas 217 hari menjalani proses pemulihan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Kamunting di sini petang tadi.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkuan anak-anak yang lama saya tinggalkan, keluarga dan masyarakat," kata wanita berusia 48 tahun itu.

"Saya insaf dan tidak ingin mengulangi kesilapan. Wajib bagi kita rakyat Malaysia untuk taat kepada negara supaya tidak lakukan kesilapan yang boleh mendatangkan bencana kepada negara," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan, Tempat Tahanan Perlindungan Taiping di Taiping.

Katanya beliau tidak mahu lagi mengungkit atau menyebut lagi kisah lama itu kerana ingin membina hidup baru bersama-sama kedua-dua anaknya yang berusia 29 dan 25 tahun.

Sepanjang menjalani tahanan dan proses pemulihan, wanita yang merupakan seorang kerani perkapalan sebelum ini, telah mempelajari kemahiran kraftangan di samping ilmu agama dan aktiviti lain.

"Saya berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, semua pegawai dan anggota Tempat Tahanan Perlindungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan lain-lain. Bagi saya ini tempat terbaik untuk menjalani proses pemulihan. Pemulihan di sini ternyata memang ke arah membina kehidupan yang baru," katanya.

Beliau dibebaskan pada 4.30 petang tadi dan kepulangannya ke pangkuan keluarga disambut oleh anaknya di Taiping.

Wanita itu yang ditahan sejak 7 April tahun ini merupakan antara empat wanita yang ditempatkan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping sejak 10 tahun lepas. Tiga yang lain dibebaskan sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembebasan wanita yang sepatutnya ditahan selama dua tahun itu dibuat dengan bersyarat dan berdasarkan penilaian tertentu khususnya mencakupi aspek keagamaan, psikologi serta kaunseling.

Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping Mohd Roslen Ramly pula berkata jumlah tahanan yang masih menjalani proses pemulihan di situ kini sebanyak 37 orang, dan daripada jumlah itu, 23 adalah warga negara asing.- Bernama

Gaji minimum RM1,500 bagi firma k'jaan negeri S'gor

Posted: 09 Nov 2011 04:42 AM PST

Nigel Aw

Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagai gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.

NONEPengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.

Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.

Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.

Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.

Bob beri keterangan, akan didakwa 14 Feb

Posted: 09 Nov 2011 04:32 AM PST

Abdul Rahim SabriPelakon terkenal Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beliau memberi keterangan selepas seorang pegawai JAIS datang menemuinya di suatu tempat yang tidak mahu didedahkannya.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Bob yang juga seorang pengacara dan penulis lirik terkenal, berkata beliau memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi tadi tanpa ditemani peguam.

"Saya memberitahu mengenai peristiwa sebenar yang berlaku pada hari tersebut dan menyatakan sebab saya tidak datang ke JAIS (sebelum ini untuk memberi keterangan)," katanya .

Menurut penulis lirik lagu 'Isabella' itu berkata pegawai berkenaan tidak menunjukkan waran tangkap kepadanya.

"Saya akan dibicarakan... Saya memberi kerjasama baik (sewaktu memberi keterangan tadi)," katanya sambil menambah perbicaraan akan berlangsung pada 14 Februari depan.

Sebelum ini dilaporkan jabatan berkenaan telah mendapat waran tangkap terhadap penulis lirik 'Isabella' itu.

Ini kerana, beliau enggan menghadirkan diri selepas diarahkan oleh jabatan berkenaan memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Bob yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, disiasat mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Buku: Najib perlu undur sebelum PRU, korban selamatkan Umno-BN

Posted: 08 Nov 2011 11:51 PM PST

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

Tulisan buku (gambar) itu juga mendakwa kepimpinan Najib sudah tidak boleh diyakini dan dipercayai, dan harus berundur untuk menyelamatkan Umno dan masa depan orang Melayu.

Najib juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Buku setebal 267 halaman dengan judul "Kesilapan-kesilapan Najib" membuat rumusan — "Najib wajar berundur sebelum pilihan raya umum ke-13."

Penulisnya Shahbudin Husin berkata, Najib harus sanggup melakukan pengorbanan besar dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 dan menyerahkan kepada pemimpin lain mengemudi parti dan kerajaan.

"Ini kerana Najib sudah tida ada harapan lagi untuk memulihkan sokongan rakyat bagi membawa kemenangan kepada Umno dan BN," kata Shahbudin yang pertengahan tahun ini menghasilkan buku pertama mengenai Najib iaitu "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End . . . Najib Perdana Menteri Terakhir . . ."

Shahbudin, ahli Umno bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhujah bahawa pelbagai percubaan dilakukan oleh Najib seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), memberikan gula-gula dalam Bajet 2012, naik bas, naik basikal dan pelbagai cara lainnya seperti tidak membuahkan hasil.

"Beliau tetap dipertikai dan tidak dipercayai," kata penulis.

Dia menambah, "menang atau mendapat majoriti dua pertiga masih jauh dari lingkungan Najib."

Katanya, pilihan raya umum ke-13 hanya memberi makna kepada Najib jika beliau berjaya melepasi garisan dua pertiga majoriti sokongan di Parlimen, "sesuatu yang sangat-sangat mustahil sebenarnya untuk dicapai."

Dengan menggariskan 19 kesilapan Najib menerusi bukunya, Shahbudin berkata, kegagalan memenangi pilihan raya umum ke-13 sudah tentulah akan menyebabkan Umno dan BN hilang kuasa dan Najib akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika gagal.

"Orang-orang Melayu dan ahli Umno tidak akan dapat memaafkan Najib kerana merasakan kekalahan itu adalah berpunca daripada kelemahan dan kegagalannya yang menyebabkan melakukan terlalu banyak kesilapan dan kehilangan sokongan," Shahbudin menulis lagi.

Katanya, jika gagal mendapat majoriti dua pertiga pula, pasti akan timbul suara-suara yang akan memintanya berundur kerana setelah diberi peluang sebagai Perdana Menteri, Najib dilihat gagal melakukan yang terbaik.

"Akan wujud desakan supaya pemimpin lain pula mengambil alih teraju kepimpinan parti dan kerajaan.

"Sehingga ini pun sudah kedengaran suara-suara dalam Umno sendiri yang mahu bertindak mendesak Najib berundur jika beliau gagal membawa BN melepasi garisan dua pertiga itu nanti," katanya lagi sambil berkata pandangan itu dikumpulkan menerusi pengamatan dan perbincangan dengan ahli-ahli akar umbi Umno dan BN.

Senarai kesilapan itu disenaraikan di bawah tajuk "1Malaysia Silap Pertama Di Hari Pertama Sebagai PM", "Menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan", "Mewujudkan Kabinet Kawan-kawan", "Kabinet Lemah dan Ramai Menteri Senator", "Rasionalisasi (Sebenarnya Pemotongan) Subsidi", "Pelantikan APCO", "Gagal Mengawal Karenah dan Gaya Mewah Rosmah", "Gagal Mengurus Parti Komponen dan Anggota Kabinet", "Terlalu Banyak Program Transformasi Tapi Hasil Diragui", "Tidak Tegas dan Flip Flop".

Tajuk-tajuk lain yang menyusul ialah "Manipulasi Media Yang Melampau", "Menjadikan Umno Kurang Melayu", "Terlalu Bergantung Kepada Bekas Panglima Anwar", "Merestui Budaya Politik Jijik dan Lucah", "Membiarkan Amalan Nepotisme dan Kronisme", "Mempunyai Ramai Pegawai Tapi Tidak Membantu", "Tidak Bijaksana Mengendali Bersih 2.0", "Mansuhkan ISA Rugikan Melayu" dan "Terlalu Mengejar Populariti".

Tajuk-tajuk kecil itu merujuk kepada detik dan insiden sepanjang dua tahun lalu khususnya perkembangan sejak awal 2011.

Shahbudin juga menulis, kalau pun desakan untuk berundur lambat muncul, Najib juga sebenarnya harus berundur secara terhormat jika BN gagal mendapat majoriti dua pertiga.

"Rujukan mengenai perkara itu sudah ada dan Najib tidak harus berlengah untuk mematuhinya," katanya lagi.

"Kesimpulannya Najib sedang menuju jalan mati dan pilihan yang terbaik baginya hanyalah berundur bagi mengelakkan Umno dan BN yang dipimpinnya turut sama terhumban ke gaung kekalahan," kata Shahbudin lagi.

Dengan merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan aktivis Dr Chandra Muzaffar bahawa jalan bagi BN masih belum cerah untuk menang besar, penulis ini menambah, "di sinilah Najib perlu berjiwa besar" demi menjaga nama baik Tun Abdul Razak Hussein, yang juga bapanya dan perdana menteri kedua.

Pakatan jamin saiz tenaga kerja sektor awam akan kekal

Posted: 08 Nov 2011 11:49 PM PST

TERKINI

Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat tidak akan sama sekali mengurangkan saiz kakitangan sektor awam, sebaliknya akan memberi fokus untuk menjadikan tenaga kerja kerajaan lebih efisien jika pihaknya memerintah.

Dilihat sebagai usaha mahu meredakan rasa tidak senang ekoran pandangan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung perkara tersebut baru-baru ini, kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini menegaskan, pihaknya akan mengekalkan bilangan semasa jika mengambil alih kerajaan pusat pada pilihan raya umum ke-13.

"Pakatan Rakyat mahu menjelaskan bahawa kedudukan seramai 1.2 juta kakitangan dan pegawai perkhidmatan awam akan dijamin, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang media di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, masing-masing Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Kuala Selangor.

Salahuddin (gambar) yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pakatan Rakyat sememangnya telah menekankan dalam bajet alternatif mereka tentang kepentingan peranan perkhidmatan awam dalam melaksanakan polisi kerajaan dan sebarang usaha untuk mengesyorkan sebaliknya adalah fitnah.

Katanya, perikatan itu juga menyedari bahawa campur tangan politik telah membawa kepada kemerosotan keberkesanan sektor awam dan berjanji akan menghentikan amalan sedemikian jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Dalam pada itu, Nurul Izzah berkata, Pakatan Rakyat akan memansuhkan peranan Pemandu dan pakar runding jika memerintah kerajaan pusat bagi memotong kos operasi Putrajaya.

Semalam, Pua menyelar pihak-pihak yang mengecam cadangan parti itu mahu memperkemaskan perkhidmatan awam menerusi pendekatan mengurangkan saiz tenaga kerja dengan sengaja menjadikannya isu perkauman kerana ia bukan satu idea janggal, malah pernah disentuh oleh pentadbrian Dr Mahathir dan terbaru bulan lalu oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno, akhbarnya Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai hipokrit kerana menyifatkan rancangan itu - mengurangkan tenaga kerja secara berperingkat-peringkat sebagai dasar menghakis penguasaan orang Melayu, memandangkan perdana menteri sendiri telah menggerakkan pelan itu bulan lalu.

"Ya, ia selari dengan apa yang pernah disentuh oleh Najib dan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Pua.

Dalam ucapan Bajet 2012, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan sistem saraan fleksibel bagi kakitangan awam berdasarkan prestasi di mana mereka yang gagal mempamerkan prestasi diberi peluang untuk meninggalkan sektor awam.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memperkenalkan dasar penswastaan untuk mengurangkan tenaga kerja sektor awam daripada 1.2 juta kepada sekitar 800,000 pada awal dekad 1990-an.

Ekoran pengumuman Najib bulan lalu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan juga menegaskan bahawa dasar baru itu akan dilaksanakan dengan tegas.

"Ini sikap kepura-puraan paling tinggi diamalkan oleh Umno," kata Pua.

Sumber haram halang haji mabrur

Posted: 08 Nov 2011 11:47 PM PST

Nik Nasri Nik Malek

Jemaah haji sedang menyelesaikan ibadat haji mereka. Hampir 3 juta umat Islam setiap tahun menunaikan ibadat haji. Usai kerja haji mereka dan pulang ke tanahair, diucapkan kepada mereka: 'Moga haji anda mabrur.' Doa itu baik. Sebagaimana doa yang diucap di waktu yang lain 'Taqabbalallahu minkum' (Moga Allah terima amalan kamu).

Tapi adakah haji dan amalan itu sebenar-benarnya diterima Allah? Terima tak terima hanya diketahui oleh Allah dan Dia membalasnya. Tapi tanda terima itu ada. Solat yang sebenar boleh mencegah perkara keji dan munkar. Puasa yang sebenar boleh menghasilkan taqwa. Haji yang BERSIH boleh menjadi mabrur.

Di antara tanda haji mabrur, ia berubah menjadi lebih baik. Dari tak menutup aurat kepada menutup aurat. Dari menentang perjuangan Islam kepada menyokong perjuangan Islam. Dari menggunakan seni untuk fasiq kepada menggunakan seni sebagai wasilah dakwah. Dari sekat royalti kepada beri royalti. Dari boros kepada jimat. Dari beramal dengan rasuah kepada membanteras rasuah. Pendekata dari segala sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Dari jiwa yang kotor kepada jiwa yang BERSIH.

Apakah perkara yang menghalang mabrurnya haji? Dalam hadis, Nabi menyebutkan tentang perkara fasiq dan berbalah yang menghalang mabrurnya haji. Dalam hadis lain, Nabi menyebutkan tentang seorang yang punca rezekinya dari perkara haram sehingga doanya tidak diterima. Bukankah dalam ibadat haji penuh dengan doa? Mulai doa musafir ke Mekah hingga doa kembali dari musafir. Buku doa Tabung Haji pun tak lekang dari tangan.

Sumber pendapatan yang haram juga boleh menghalang dari mabrurnya haji. Rasuah, tipu angka, tipu orang, tipu rakyat, rompak harta awam (syarikat, agensi, negara), samun harta jemaah haji secara terhormat (contohnya BEDAL haji bukannya BADAL haji), hasil dari judi, Toto, 4D, rezeki dari riba, hasil seni yang haram dan pelbagai sumber yang kemudiannya digunakan untuk ke tanah suci menghalang mabrurnya haji.

Haji mabrur besar pahalanya.Pahala yang besar tidak diberikan melainkan kepada mereka yang layak menerimanya. Mereka yang layak menerimanya tentunya mereka yang bersedia tunduk kepada Allah, bukan sahaja di hadapan Kaabah tetapi dalam setiap aspek kehidupan seperti yang ditunjukkkan oleh Nabi Ibrahim.

Pergi ke tanah suci, belum bererti jiwa suci. Menuju ke tanah suci, belum bererti sumber rezeki menujunya suci. Selesai menunaikan haji dan mendapat title haji, tidak bermakna mabrurnya haji. Kalau nak tengok hajinya mabrur, tengok sikap si HAJI/ HAJJAH itu, makin baik dan berubahkah ia sekembalinya dari Mekah?

Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan?

Posted: 08 Nov 2011 11:39 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.

"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,

"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.

Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.

Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.

"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.

"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.

Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.

Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.

Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.

"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.

"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya.

Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam

Posted: 08 Nov 2011 11:32 PM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menyifatkan laporan akhbar harian Utusan Malaysia kononnya DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi orang Melayu sebagai satu lagi usaha jahat dan rasis.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam tidak terkandung dalam Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.

Umno BN dakwanya tidak cuba memahami kenyataan penuh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua minggu lalu sebaliknya cuba memanipulasi kenyataan tersebut.

"Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP.

"Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," kata Salahuddin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Menafikan tuduhan jahat media milik Umno BN itu, Salahuddin menjelaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan.

Namun katanya, pegawai dan kakitangan awam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan piawaian yang diaspirasikan oleh rakyat Malaysia, iaitu mereka perlu bertugas dengan gigih serta berkualiti tinggi, membantu melaksanakan dasar-dasar dengan penuh iltizam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh peraturan kakitangan perkhidmatan awam.

"Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," jelasnya.

Menyokong penjelasan tersebut, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara tersebut disebutkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Kerajaan.

"Perkara 266 Fasa 31 ada disebutkan mengurangkan saiz kakitangan awam. Jadi jelas media punya niat jahat sedangkan perkara ini disebut sendiri secara hitam putih oleh Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor sambil menunjukkan buku Program Transformasi Kerajaan itu.

Justeru Salahuddin meminta Jabatan Perdana Menteri menerangkan maksud Perdana Menteri untuk mengurangkan saiz kakitangan awam itu.

"Saya minta JPM beri definisi apa maksud mengecilkan saiz kerajaan seperti yang terkandung dalam buku ini. Jangan lari daripada tajuk," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Awas perompak berjaket gelap

Posted: 08 Nov 2011 11:24 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE

KLANG - Satu kumpulan penjenayah yang menggunakan jaket gelap untuk merompak kini diburu polis selepas menyamun dua rumah di Bandar Parklands dan Taman Sri Andalas di sini, pada Ahad lalu dan kelmarin.

Dalam kedua-dua rompakan itu, kumpulan terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga bernilai RM30,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Azman Abd Razak, berkata dalam kejadian pertama di Bandar Parkland, kumpulan itu merompak sebuah rumah pada jam 10.40 malam manakala di Taman Sri Andalas, kumpulan itu melakukan jenayah sama pada jam 11.15 malam keesokan harinya.

"Mangsa dalam kedua-dua kes itu selamat dan tidak dicederakan. Kumpulan terbabit memakai jaket berwarna gelap, sarung tangan dan topeng ski serta membawa parang ketika melakukan jenayah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azman berkata, perompak terbabit menggunakan kereta Toyota Vios berwarna perak ketika melakukan rompakan dan seorang daripada anggota kumpulan itu berbadan gempal.

"Kumpulan terbabit merompak rumah yang tidak berkunci dan jika ada penghuni, mereka mengikat penghuni rumah itu menggunakan tali sebelum menggeledah mencari barang berharga.

"Dalam kedua-dua kes ini, mangsa berada di rumah dan mereka tidak mengunci rumah," katanya.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi polis.

"Sekiranya orang ramai ternampak sekumpulan lelaki yang menaiki Toyota Vios berwarna perak dan berperwatakan mencurigakan, saya harap mereka menghubungi dan memberi maklumat kepada polis secepat mungkin," katanya.Harian Metro

Marina Mahathir: Mengapa kacau Ambiga, kacau saya kalau berani!

Posted: 08 Nov 2011 09:38 PM PST


Marina Mahathir, anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang berprofil tinggi,telah memberi amaran kepada pihak berkuasa dan juga pengacau untuk tidak menjadikan Ketua Bersih Ambiga Sreenevasan dan lain-lain aktivis sebagai mangsa untuk acara Seksualiti Merdeka yang dijadualkan untuk November 9 hingga 13.

"Bagi kesusahan, tanya kepada saya. Saya telah mempertahankan hak-hak masyarakat LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) selama lebih 20 tahun. Malah, saya mempertahankan hak-hak semua yang telah didiskriminasikan, golongan miskin dan orang lain. Jadi, jika terdapat sebarang diskriminasi atau keganasan terhadap sesiapa, saya akan terus mempertahankan hak-hak mereka. Itu sahaja. Adakah anda faham?" Marina memberitahu sidang akhbar pada hari Isnin.

Setakat ini, Ambiga telah menjadi sasaran khusus polis dan kumpulan lain yang diketuai Umno, yang telah dituduh membuat kacau dalam usaha untuk menggunakan homofobia di negara ini untuk menarik umat Islam konservatif ke pihak mereka.

Sesungguhnya, ia amat menarik perhatian untuk manyaksikan pihak lawan parti Melayu Umno dan PAS cuba mengalahkan tahap keislaman satu sama lain melalui acara itu sehingga kedua-dua pihak secara tidak sengaja mendedahkan kelampauan mereka. Beberapa pemimpin mereka mempersoalkan hak LGBT untuk menganggap dirinya sebagai sebuah komuniti.

Pesta seks bebas? Saya akan saman!

Dalam pertelagahan halus, Marina juga mengancam untuk menyaman Umno yang dikawal oleh TV3 kerana menerangkan Seksualiti Merdeka sebagai "pesta seks bebas".

"Saya telah melihat muka anda dan kami tahu siapa anda," kata Marina, memberi amaran kepada wartawan dari stesen TV untuk tidak menyalah lapor kenyataan beliau.

Marina berkata dia di sana untuk menunjukkan perpaduannya dengan 4 aktivis ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat. Mereka adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Sreenavasan dan anggota jawatankuasa pemandu Maria Chin Abdullah, pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan pengasas Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik.

"Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun lalu, saya merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa apa-apa kejadian. Ia adalah acara untuk menerangkan dan mendidik mereka tentang hak-hak mereka dalam undang-undang, dan bukan di luar, "kata Marina.

"Oleh itu, saya sangat marah, sangat marah, tiada kata-kata boleh menggambarkannya, pada pihak yang memanggil acara ini pesta seks bebas. Anda tidak mempunyai benda yang lebih baik untuk dilakukan? Di sini seks bebas tidak dibenarkan. Adakah anda gila kerana membayangkan ini? "

'Deja-vu' Bersih

Dalam siri bergerak peringatan tindakan keras Bersih, polis telah mengharamkan acara tersebut, memanggil Ambiga dan lain-lain untuk dipersoalkan manakala media yang dikawal oleh BN terutama Utusan bergegas menggambarkan komuniti LGBT sebagai 'haiwan' tanpa moral.

Walaupun Malaysia mempunyai sebahagian besar yang 'homophobic', terdapat perkembangan yang menggelisahkan bahawa kumpulan Umno dan PAS telah melebihi sempadan mereka, dan perlu diingatkan untuk membuat tugas disebalik sikap fanatik mereka.

Perkasa, dan kumpulan berkaitan Umno yang lain-lain telah mengadakan protes yang bising, melemparkan caci maki jahat terhadap mereka termasuk memanggil mereka 'haiwan'.

Seksualiti Merdeka telah mengadakan acara tahunan sejak 2008 dan serangan yang belum pernah berlaku sebelum ini oleh pihak polis dan kumpulan Islam telah mengejutkan jawatankuasa penganjur. Polis telah mengharamkan acara mereka, menyatakan bahawa ia satu ancaman kepada ketenteraman awam.

Lakonan tidak jujur

Ketua Polis Negara, Ismail Omar, telah bersetuju untuk berjumpa penganjur Seksualiti Merdeka. Pihak penganjur di pihak mereka juga telah bersetuju untuk menghentikan semua acara awam sebelum mesyuarat itu. Tetapi penganalisis politik memberi amaran bahawa Ismail tidak mungkin memberi penganjur perbicaraan yang adil.

"Mesyuarat ini adalah lakonan tidak jujur ​​di pihak polis. Ini lakonan bagi rakyat bahawa mereka tidak senang naik tangan," naib presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

"Polis tidak mempunyai hak mengharamkan acara tersebut padahalnya. Mereka tidak bertindak mengikuti undang-undang dan bersikap bodoh. Kementerian Dalam Negeri BN dan kepimpinan polis yang menjadi ancaman utama kepada kebebasan rakyat. Mereka menganggap Perlembagaan seperti sampah, sambil berpura-pura untuk menegakkan undang-undang. Lama kelamaan, mereka akan perlu menjawab sebab mereka berlaku salah."Malaysia Chronicle

Masalah dengan tenaga pekerja asing, dan BN

Posted: 08 Nov 2011 09:30 PM PST


Mari kita mulakan dengan mitos palsu yang telah digunakan untuk menjustifikasikan kehadiran berjuta-juta pekerja asing dalam industri Malaysia dari sektor makanan ke pembuatan. Rakyat Malaysia, kita diberitahu, untuk tidak berminat untuk bekerja sebagai pelayan atau pekerja kilang. Ini adalah palsu. Di Amerika Syarikat (AS), pelayan rakyat Amerika dan bukan dari Bangladesh. Ia adalah sama di England, Perancis dan Jerman. Entah bagaimana kita menjadi lebih maju daripada bangsa-bangsa ini?

Apa yang benar ialah bahawa rakyat Malaysia tidak bersedia untuk melakukan pekerjaan tersebut untuk gaji tidak seberapa dan waktu kerja yang terlampau panjang yang ditawarkan oleh majikan. Majikan yang sama ini kemudian memutar belit dan menuntut bahawa mereka tidak dapat menarik pekerja Malaysia dan oleh itu mesti dibenarkan untuk mengambil pekerja asing. Pemilik perniagaan ini terlibat dalam keuntungan dan bukannya beroperasi dengan perusahaan yang jujur​​.

Lebih masalah dari faedah

Mari kita mengambil contoh restoran, persekitaran yang sudah biasa dengan kita . Restoran penuh dengan pekerja asing, dari tukang masak hinggalah pembersih dan pelayan. Sebab mereka ada adalah kerana pemilik cuba untuk memaksimumkan keuntungan mereka.

Sekarang apa yang akan berlaku jika kerajaan menguatkuasakan larangan 100% ke atas pengambilan pekerja asing, sebagai langkah pertama, semua restoran di Malaysia. Akan terdapat banyak leteran daripada pemilik restoran. Tetapi kita boleh mengabaikan mereka, kerana mereka adalah pengaut untung dan rakyat yang tidak bertanggungjawab.Harga akan naik kerana pekerja Malaysia perlu dibayar gaji yang setimpal.

Ini mungkin sesuatu yang baik kerana rakyat Malaysia nampaknya makan terlalu banyak, dalam apa jua keadaan. Jika anda tinggal di Melbourne atau Sydney, anda tidak akan makan di luar. Makan di luar adalah mahal di Australia kerana Kerajaan tidak membenarkan warga Bangladesh dan Indonesia untuk bekerja sebagai pelayan dan pencuci di negara mereka. Ini adalah kerana ia akan menyebabkan aliran keluar dana, menguji perkhidmatan sosial dan perubatan yang sewajarnya pergi kepada warganegara, dan kekacauan struktur sosial. Kebimbangan itu seolah-olah tiada di Malaysia!

Beberapa restoran sudah tentu bakal ditutup. Biarkan saja. Jika mereka hanya boleh bertahan dengan pengambilan pekerja asing, ia adalah lebih baik jika mereka tiada. Rakyat Malaysia akan makan di rumah. Ini lebih baik bagi yang berkeluarga.

Kekeliruan

Dengan adanya semua pekerja-pekerja asing di negara ini juga menyebabkan kekeliruan dalam ekonomi. Adakah rakyat Malaysia yang menganggur kerana tiada pekerjaan, kerana pekerjaan telah diambil oleh orang asing atau kerana mereka tidak mahu mengambil pekerjaan yang kini telah dikenal pasti dengan pekerja asing?

Tambah kepada aliran keluar pertukaran asing dengan pekerja-pekerja menghantar sebahagian besar daripada pendapatan mereka kepada negara asal mereka. Wang yang meninggalkan negara pergi untuk selama-lamanya. Maka ianya tidak mendapat dibelanjakan di Malaysia dan dengan itu tidak meningkatkan aktiviti ekonomi di negara ini. Ringgit disia-siakan dan meningkatkan aktiviti ekonomi di Nepal sebaliknya.

Peliknya, anda boleh melihat orang asing berjalan di sekitar restoran dengan menjual mainan berkelip hari ini. Apakah kebaikan negara yang diperolehi BN dengan membiarkan ini berterusan? Malah penjual Putu mayam di atas motosikal adalah warga India dan bukannya rakyat Malaysia. Ini tidak masuk akal. Dan cuba pergi ke pusat KL pada hari Ahad atau cuti umum. Sukar untuk mempercayai bahawa anda berada di Malaysia.

Inilah apa yang BN mampu lakukan, tetapi enggan

Jadi siapakah yang boleh menyelesaikan masalah ini? Jawapannya ialah hanya kerajaan boleh menyelesaikannya melalui:
• pengharaman pekerja asing.
• pemeriksaan berkala oleh pihak berkuasa bagi pendatang tanpa izin.
• mengetatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang paling keras terhadap perniagaan Malaysia yang mengambil pendatang tanpa izin.

Subramaniam gembira tetapi tidak membawa sebarang kesan

Jika anda berharap bahawa pentadbiran BN boleh mencapai pembasmian tenaga pekerja asing, anda akan kecewa. BN mengalami kekurangan semangat , kekurangan keberanian dan sikap tidak acuh bahawa ia adalah mustahil untuk diubah. Mereka akan melakukan apa saja. Menteri Sumber Manusia, Subramaniam, sentiasa tersenyum tetapi dia tidak boleh menggubal undang-undang walaupun mengenai gaji minimum, beliau begitu takutkan majikan. Beliau tidak akan memahami prinsip ekonomi walaupun dilanggarnya. Sebaliknya, Pakatan telah mengisytiharkan angka RM1, 100 sebagai gaji minimum bagi pekerja sektor swasta dalam bajet tersebut.

Hisham lebih teruk

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, memberi tumpuan kepada menyalahgunakan agensi-agensi penguat kuasa untuk menyekat musuh-musuh bagi dirinya dan politik BN daripada perkara lain. Pihak pembangkang diikuti dengan sekumpulan polis yang menulis, mengambil gambar dan video.

BN adalah kerajaan yang sentiasa mengintip rakyat sendiri. Seperti mana-mana pemerintahan diktator kuku besi Timur Tengah, ia mempunyai polis rahsia dalam bentuk cawangan khas. Semua anggota polis ini perlu membanteras jenayah, dalam semua bentuk termasuk pekerja asing tanpa izin, atau menghentikan rakyat Malaysia daripada melakukan hobi mereka membunuh diri mereka di lebuh raya negara dengan memandu laju dan perbuatan melulu.

BN yang tidak cekap harus dibuang

Satu-satunya penyelesaian kepada masalah pekerja asing di Malaysia, dan kesannya kepada ekonomi Malaysia yang sedia susah, seperti penyelesaian kepada banyak gejala lain yang dihadapi oleh Negara hari ini, adalah untuk membuang keluar Barisan Nasional yang tidak cekap dan memilih satu kerajaan yang lebih baik kepada Putrajaya.Malaysia Chronicle

Biaqpila

Posted: 09 Nov 2011 03:25 PM PST

SHAH ALAM 06 NOV : Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidiladha, lebih sejuta penganut agama itu di Belanda sudah mula risau tentang bekalan daging halal mereka di negara Eropah tersebut.

Ini kerana, mulai bulan depan, kemungkinan besar pemerintah Belanda akan mengharamkan menyembelihan haiwan mengikut hukum syarak di negara tersebut.

Menurut sebuah laporan laman web British BBC, keputusan itu akan memaksa pembekal daging halal di Belanda untuk tutup kedai sekaligus menjejaskan bekalan kepada komuniti Islam di negara itu.

Ia juga akan memberi kesan kepada masyarakat Yahudi Belanda kerana pengharamanan tersebut juga merangkumi cara penyembelihan secara "kosher".

Walaupun pengumbal undang-undang tersebut berkata tujuan mereka adalah untuk memelihara kebajikan haiwan, organisasi Islam Belanda berkata pengharaman itu mencerminkan sentimen anti-Islam yang semakin menular di Belanda.

Menurut sebuah laporan Pakistan Today, rang undang-undang itu telah luluskan di Parlimen Belanda Jun lalu dan bil itu sedang diteliti oleh dewan Senate.

Jika lulus di Senate dan berkuatkuasa bulan depan, undang-undang tersebut akan menwajibkan setiap operasi pembekal daging di Belanda agar mengunakan kaedah "stun", iaitu menjadikan seekor haiwan itu pengsan atau tidak sedar, sebelum ia disembelih.

Apabila dilaksanakan, peraturan itu dengan efektif akan mengharamkan kaedah penyembelihan yang mewajibkan haiwan itu sedar seperti yang digunakan di dalam agama Islam dan Yahudi.

Pada asalnya, undang-undang tersebut di cadangkan sebuah parti bernama "The Party for the Animals", yang mempunyai dua daripada 146 kerusi di dalam parlimen Belanda.

Mengikut laporan BBC Jun lalu, ketua Party for the Animals Marianne Thieme berkata cadangan mereka adalah untuk menjaga kebajikan haiwan. Tambah beliau, kajian sains menunjukkan bahawa haiwan yang masih sedar sebelum disembeli mengalami kesakitan yang amat perit.

Walaupun Marianne menafikan undang-undang tersebut ditujukan kepada masyarakat Islam dan Yahudi, bil mereka disambut baik dan mendapat sokongan padu dari Ahli Parlimen Freedom Party.

Freedom Party yang diketuai Geert Wilders, terkenal di Eropah dengan platform anti-Islam dan anti-pendatang mereka.

Seorang pemimpin badan Islam di Belanda, Umar Mizra menyifatkan peraturan tersebut sebagai usaha untuk menyisihkan orang Islam di dalam masyarakat Belanda.

"Setengah pihak tidak mahu orang Islam mengamalkan cara penyembelihan mereka. Mereka tidak mahu orang Islam bergerak secara terang di dalam masyarakat dengan logo halal kita pada makanan dan pada tingkap (restoran dan kedai).

"Mereka mahu orang Islam mengamalkan agama hanya di rumah dan bukan di dalam kehidupan masyarakat," Umar berkata dipetik daripada BBC.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full content generated by Get Full RSS.

Pengikut