Rabu, 9 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Beginilah nasib Masjid di Johor yang hampir roboh

Posted: 08 Nov 2011 11:02 PM PST



9 Okt 2011, PONTIAN: Kira-kira 300 jemaah Masjid Jamek Kampung Tenggayun, di sini bimbang keselamatan mereka terancam berikutan beberapa tiang masjid berkenaan kelihatan semakin condong hingga ada tapaknya yang terbenam, sekali gus mencetuskan kebimbangan struktur bangunannya yang tidak lagi selamat digunakan.

Bangunan masjid yang dibina sejak 41 tahun lalu atas tanah gambut seluas satu hektar bertiang konkrit, itu kini kelihatan condong dengan beberapa kesan retak pada tembok yang berfungsi sebagai penutup ruang bawahnya semakin ketara.

Tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun lalu dan beberapa tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan lebih serius, namun ia tidak bertahan lama.

Mohd Khodri Sudir, Ahli JKKK Kampung Tenggayun Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mohd Khodri Sudir, berkata keadaan beberapa tiang konkrit penyokong struktur masjid terbabit yang semakin condong, sekali gus menimbulkan kerisauan jemaah terutama ketika mengadakan majlis membabitkan ramai penduduk seperti solat Jumaat.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan setakat ini bagi mengurangkan risiko termasuk memasang beberapa tiang tambahan dari kayu sebagai penahan, namun usaha itu tidak berhasil, sebaliknya tiang kayu itu lama kelamaan terbenam ke dalam tanah serta condong.

Beliau berkata, penduduk hanya mampu menggunakan bahan binaan seperti tiang kayu terpakai kerana harganya lebih murah dan ia dikumpul daripada wang kutipan tabung masjid.

"Kejadian beberapa tiang konkrit condong sudah berlaku sejak sembilan tahun lalu dan beberapa tiang kayu diletakkan sebagai sokongan mengelakkan keadaan lebih serius, namun ia tidak bertahan lama dan terpaksa diganti kayu lain dalam tempoh singkat," katanya.

Mohd Khodri berkata, masjid berkenaan bukan setakat condong, malah sebahagian dinding turut dinaiki anai-anai.

Ketua Kampung Tenggayun Kawasan 9, Ismail Ramlan berkata, berikutan masjid yang semakin uzur itu, jemaah yang hadir terpaksa berhati-hati ketika berada dalam masjid kerana bimbang ia runtuh pada bila-bila masa.

"Saya terharu ada kalangan penduduk sanggup meluangkan masa bergotong-royong untuk membina tiang tambahan dari kayu, namun ia tidak mampu bertahan lama," katanya.

Beberapa masalah lain yang membelenggu umat Islam di Johor di bawah ini :

Tiada ulasan:

Pengikut