Rabu, 9 November 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Menyedia Pelapis Pelapis Gerakan Islam adalah menyediakan masa untuk melakukannya.

Posted: 08 Nov 2011 06:44 PM PST

Salam perjuangan,satu persoalan yang masih belum dapat direalisasikan oleh kader kader kita ialah menyediakan pelapis -pelapis untuk mendokong perjuangan suci gerakan islam tanahair diperingkat kawasan kita ini .

Jika dilihat dari Ijtima Tarbawi yang lepas bagi yang berkesempatan hadir ,sudah tentu teruja melihat barisan muda mudi yang hadir mengikuti perjalanan Ijtima Tarbawi.Wajah wajah segar muda mudi islam yang sopan menyejukkan mata yang memandang.Berprogram dalam keadaan sopan menjaga tatasusila dan bersolat jemaah bila masuk waktunya ,berukhuwah saling kenal mengenal antara satu yang lain.

Tidak dapat dipastikan samada ada sesi saling kenal mengenal dengan muslimah.Tak salah mencari kenalan bertukar tukar fikiran antara muda mudi,jika dilihat disudut program yang dijalankan oleh pihak yang lain sudah tentu sasaran muda mudi lelaki dan perempuan digunakan untuk menarik golongan muda mudi bercampur gaul tanpa batas.

Bagi yang dahagakan ilmu ,gerai gerai buku dan eksesori yang bermotif islamik menjadi tumpuan.Sticker ,baju,jaket,vest,beg dan pelbagai jualan begitu meriah dikunjungi hadirin yang berkampung.Rata rata muda-mudi.Ya pasti setengah dari mereka adalah pelajar atau penuntut universiti tempatan yang hadir mengikuti perjalanan Ijtima.

Cuma apa yang saya ingin katakan setelah bermukaddimah diawal tadi,ialah kenapa dikawasan dan cawangan kita ,kita kekurangan wajah wajah muda ini.Khususnya wajah muda pelapis kita kelak.Apakah kita tiada formula berkesan mengajak mereka ini bersama?Pengalaman kita sendiri ditempat kita,pemuda yang hadir kesurau kita hampiri dan berjaya dibawa kedalam usrah,peringkat pemuda dan cawangan.Ada diantara mereka lebih terarah kepada jemaah tabligh dan lebih mendokong gerakan tersebut.Mana silapnya kita hingga mereka ini tidak dapat melihat tujuan niat suci pejuang gerakan kita mahu meninggikan syiar islam dengan mengambil laluan politik.?

Sebenarnya pada pandangan kitalah,tiada kurangnya minat mereka ini kepada kita cuma dari segi pemerhatian kita ,mereka ini merasa kurang mampu memikul apa yang kita semua pikul dipundak bahu kita sekarang ini.Jika ada dikalangan pimpinan setaraf kita yang lahir dari usrah pun kecundang,bagaimana mereka yang baru melihat keupayaan untuk mendokong sebagaimana yang kita dokong.Lebih mudah bergerak kerumah rumah ,mengajak orang datang kesurau,bertazkirah dan membaca kitab .Dari bersengkang mata menyusun,merancang,menjalankan gerak kerja masyarakat dan program gerakan serta pilihan raya lebih lagilah bebannya.Teknikaliti, akauntabiliti,dan pelbagai liti-liti yang memerlukan segenap tenaga usaha dan fikiran menjayakannya.

Kita sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut,terikat dan tersibuk sehingga ,tangungjawab merekrut pun tak kesampaian.Kita rasanya inilah salah satu faktor peyumbang kepada "lackingnya kita"dengan izin dalam penganjuran program program sahsiah,merekrut dan berada bersama orang muda tak tercapai,bagaimana mungkin kita dapat lepak bersama mereka sedangkan pemuda yang berjaya kita bawa dan yang telah bergerak dengan kita pun memikul berbagai jawatan,tanggungjawab yang amat besar.

Merekalah org kuat dicawangan,kawasan,negeri dan selanjutnya .

Akhirnya persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita adalah,jika beginilah hebat tekanan dan bebanan ,hanya mampu berdoa dan memohon pertolongan dari Allah membantu kita kekal berada disini dan juga mampu menarik golongan sasaran muda- mudi,memungkinkan kita juga berjaya seperti mana mereka yang lain berjaya menawan hati kumpulan sasaran ini.

Formula itulah yang perlu kita cari.Dan masa untuk melakukannya.Dan kita pun tak mahu terlalu mengejar semuanya, sehingga kita sendiri kepenatan akhirnya mengambil rehat yang panjang sebelum bergerak semula,.masa! ya! masa! itu yang kita tiada sebenarnya ...

Tiada ulasan:

Pengikut