Ahad, 27 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 27 Feb 2011 09:11 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Perhebat guna media baru

Posted: 27 Feb 2011 09:23 AM PST



24 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas perlu memperhebatkan penggunaan media baru sebagai medium menangkis tohmahan dilemparkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad berkata, ini perlu dilakukan memandangkan media arus perdana, termasuk televisyen ketika ini dilihat sering memberikan laporan berat sebelah.

Menurutnya, Pas tidak mampu menandingi media arus perdana dan lantaran itu, perlu menggunakan media baru untuk meneutralkan segala dakyah yang disampaikan BN.

"Sebagai contoh isu fitnah. Sekiranya kita dapat memperbetulkan apa yang disebarkan, para pengundi pasti tidak akan kabur atau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

"Sebab itulah kita mengharapkan rakan-rakan media kita akan dapat membantu memperbetulkan situasi yang ada ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa pertemuan dengan bloggers di sebuah restoran terkemuka di sini semalam.

Hampir 20 orang blogger, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak, Khalil Idham Lim turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Idris, pertemuan bersama blogger ini merupakan satu usaha ke arah membantu PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Pasa masa sama, katanya, ianya juga bertujuan memperkukuhkan media baru PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Di Merlimau sebagai contoh, kesedaran penggunaan Facebook dan Twitter adalah tinggi kerana ianya boleh kita gunakan untuk membantu dalam PRK ini," katanya.

Menurut Idris, pada masa, terdapat beberapa usaha pihak kerajaan untuk menyekat media baru, terutama blog.

"Kita sudah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan macam-macam undang-undang lagi.

"Kalau betul sesuatu blog itu memfitnah, ambillah tindakan terhadap empunya blog berkenaan," katanya.

Sumber: Cina Islam

PAS Negeri Sembilan

Posted: 27 Feb 2011 09:05 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Penduduk kecewa tiada air

Posted: 27 Feb 2011 06:58 PM PST


Sinar Harian 28 Feb 2011

TERACHI – Penduduk di Taman Sri Terachi di sini, resah dan kecewa berdepan masalah gangguan air di taman berkenaan.

Tanpa notis pemberitahuan, penduduk mendakwa sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan supaya menghantar bekalan air tetapi tiada jawapan diberikan.

Difahamkan masalah itu sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga menyebabkan penduduk tidak tahan menanggungnya lagi.

Zainal Harun, 58, berkata, penduduk juga sering mengeluh kerana kesukaran menjalani kehidupan seharian gara-gara tiada air.

Menurutnya, dia dan beberapa penduduk sudah menghubungi pihak berkenaan untuk memaklumkan masalah itu.

"Kami mengharapkan mereka menghantar bekalan air tetapi sudah dua hari tidak berbuat demikian. Bagaimana kami mahu melakukan kerja rumah seperti membasuh pinggan, memasak dan pelbagai lagi.

"Saya tidak mahu memburukkan mana-mana pihak tetapi sekiranya ada kerjasama, kami tidak kecewa seperti ini," katanya.

Zainal berkata, dalam sebulan, gangguan air kerap berlaku sehingga penduduk terpaksa mengambil air dari kawasan lain.

"Kami sebenarnya sudah bosan dan malas mahu menghubungi pihak berkenaan kerana mereka seolah-olah endah tidak endah sahaja menjawab panggilan serta memberikan jawapan kurang meyakinkan," katanya.

Dalam pada itu menurutnya, kedudukan taman terbabit bukan terletak di atas bukit yang mungkin menyebabkan tekanan air rendah tetapi di tepi jalan utama Kuala Pilah-Seremban.

"Jika ada pihak mengatakan tekanan air rendah, ia mustahil kerana kawasan ini tidak berbukit.

"Justeru, saya harap masalah ini segera diatasi dengan membina tangki besar yang boleh menampung jumlah kapasiti penduduk di sini," katanya.

Zainal berkata, notis awal juga perlu dimaklumkan sekiranya kawasan itu menghadapi gangguan air supaya penduduk dapat bersedia dengan menyimpan bekalan air.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8812902.asp

Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

Posted: 27 Feb 2011 06:35 PM PST

7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Lihat sendiri kedua-dua gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Rembau Hari Ini

Posted: 27 Feb 2011 07:45 PM PST

Rembau Hari Ini


Siapa Yang Menjanjikan Hospital Kepada Orang Rembau ?

Posted: 27 Feb 2011 06:36 PM PST

7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Lihat sendiri kedua-dua gambar pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 27 Feb 2011 07:43 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Langat (DHPPHL)

Posted: 27 Feb 2011 04:23 PM PST







Satu peristiwa bersejarah telah tercipta di Pekan Batu 9 Taman Suntex apabila penduduk taman tersebut yang diketuai oleh saudara Chong Choong Yeow telah menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS Hulu Langat (DHPPHL). Serentak dengan itu, beliau juga telah membuka pusat khidmat masyarakat.

Perlancaran tersebut telah dibuat dengan resminya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Langat Tuan Hj Razaly Hassan. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Saudara Mohd Jan Sulong Penyelaras DUN Dusun Tua.

Sesuatu yang dulunya tidak pernah terfikir dan tergambar dalam minda kita yang masyarakat Cina akan memberi sokongan secara terus terhadap PAS. Dahulu orang Cina kalau tidak sokong DAP mereka akan sokong MCA. Namun dengan perkembangan terbaru ini, perjuangan PAS untuk merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat telah berjaya.

PAS telah berjaya menyampaikan risalah dakwah kita terhadap mereka yang bukan Islam. PAS berjaya membuang perasaan takut dan curiga orang bukan Islam terhadap PAS lebih-lebih lagi dengan perjuangan Islam.

Tahniah dan terimakasih diucapkan terhadap kepercayaan dan keyakinan yang diberikan. PAS akan jadikan ruang ini untuk memberi kesedaran tentang perjuangan PAS dan keadilan pemerintahan Islam kepada seluruh penduduk terutama sekali kepada orang bukan Islam.

Apa yang menarik perhatian kami, mereka yang menyerahkan borang permohonan adalah terdiri daripada mereka yang telah berusia. Ini amat berbeza sekali dengan sokongan orang Melayu. Orang Melayu yang berusia masih ramai lagi yang menjadi penyokong tegar UmNo.

Diharapkan angin perubahan ini akan merintis jalan untuk membawa perubahan besar dalam Pilihanraya yang ke 13 yang dijangka tidak lama lagi. Ia juga membuka mata kepada penduduk DUN Dusun Tua dan Parlimen Hulu Langat khasnya.

Memandangkan PAS akan bertanding di kawasan UmNo meletakkan calonnya, maka adalah amat penting untuk memastikan PAS menang di semua kerusi. Itulah maksud sebenarnya PAS ganti UmNo. Sekiranya orang Melayu gagal memberikan sokongan kepada PAS maka ini akan menyebabkan kerusi PAS tidak mencukupi untuk menjadi tonggak pemerintahan.

PAS Kawasan Miri

Posted: 27 Feb 2011 07:37 PM PST

PAS Kawasan Miri


Taib Terlibat dalam Skandal Kumpulan Sanyan?

Posted: 27 Feb 2011 03:32 AM PST

Bukti yang kukuh! – Skandal Kumpulan Sanyan mendedahkan penglibatan Taib!
Saturday, February 26th, 2011 GMT - (From Sarawak Report)
This post is also available in: English,
Pengemukaan bukti dalam satu perbicaraan mahkamah yang pahit sedang dijalankan dalam Sibu. Kes mahkamah ini telah mendedahkan maklumat yang cukup mengejutkan tentang rasuah yang wujud dalam pusat kerajaan negeri Sarawak.Kes mahkamah ini tidak mendapat liputan berita yang luas kerana keluarga Taib telah mencuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan perkara ini. Walau bagaimanapun, Sarawak Report telah memperolehi berbagai-bagai dokumen yang berkaitan dengan pendengaran mahkamah ini. Kesemua maklumat ini telah dibentangkan semasa sidang mahkamah terbuka.Kes ini telah dibawa ke mahkamah oleh pengusaha tempatan yang dihormati, iaitu Dato' Ting Check Sii melawan bekas rakan kongsi beliau, Tufail Mahmud. Tufail Mahmud merupakan adik lelaki kepada ketua menteri Sarawak. Perbicaraan ini memberikan salah satu daripada banyak kefahaman yang terdekat tentang kaedah-kaedah haram yang digunakan oleh keluarga Taib untuk memperluaskan kawalan mereka ke atas kekayaan Sarawak. Kes ini menunjukkan dengan jelas tentang peranan langsung yang dimainkan oleh ketua menteri dalam susun atur untuk melakukan serbuan ke atas perniagaan dan konsesi negeri dan bagaimana mereka menggunakan rangkaian pengusaha yang ikut kata dan 'calon' mereka untuk mengurus dan menyamar rompakan mereka terhadap negeri Sarawak.

Konsesi untuk dijual dan 'calon' untuk menyamar kepentingan keluarga
Salah satu aspek yang paling gelisah untuk kes ini adalah keterangan Ting tentang bagaimana ahli keluarga Taib menggaji calon-calon untuk menyamar perbuatan pilih kasih oleh ketua menteri dalam pemberian lesen dan konsesi negeri. Misalnya, bukti-bukti tertulis Ting menyatakan bahawa: "Pada tahun 1987, saya mengasaskan syarikat Sanyan Lumber Sdn Bhd yang telah diberi konsesi pembalakan. Lima puluh peratus daripada saham syarikat tersebut dipegang oleh saya manakala Draman @ Morshidi bin Omar (calon yang mewakili Datuk Tufail) pula memegang kesemua lima puluh peratus saham yang tinggal. Datuk Tufail pada masa itu memberitahu saya bahawa beliau memerlukan seorang calon kerana abang beliau (Abdul Taib Mahmud) masih merupakan Menteri Perancangan Sumber. Datuk Tufail sekarang pula menyangkal kenyataan bahawa Draman adalah calon yang mewakili beliau, walaupun pada hakikatnya, Datuk Tufail dan saya adalah satu-satunya penandatangan bank bersama untuk syarikat ini."

Pengakuan tersebut daripada Dato' Ting tentang cara perniagaan beliau beroperasi boleh meninggalkan kesan yang amat buruk kerana sampai saat ini beliau adalah salah seorang daripada orang kepercayaan terdekat dengan keluarga Taib dan salah seorang daripada kebanyakkan towkay balak Sarawak. Beliau bekerjasama dengan adik Taib Mahmud, iaitu Tufail sebagai pemilik bersama Kumpulan Sanyan, yang mengawal 25 syarikat-syarikat yang berlainan selama 25 tahun. Syarikat-syarikat perusahaan yang dibawah kumpulan Sanyan ini juga mengguntungkan beberapa adik-beradik ketua menteri, termasuk: Arip Mahmud, Onn Mahmud, dan Ibrahim Mahmud. Terdapat juga saham yang diserahkan terus kepada anak perempuan ketua menteri, Hanifah Taib, termasuk satu juta saham dalam Syarikat Sanyan Wood Industries. Sesungguhnya, Ting juga telah menceritakan kepada pihak ketiga bahawa ketua menteri sendiri telah berkata kepada beliau:
"Jika kamu menawarkan adikku lebih daripada 50% saham, maka lebih banyak konsesi (pembalakan) akan diberikan kepada kamu!" [oleh Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak]

Kenyataan itu mendedahkan pengurusan yang berunsur rasuah oleh ketua menteri terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Perbuatan ini hanyalah bertujuan untuk meningkatkan kekayaan diri sendiri. Ting telah menyatakan secara jelas bahawa tidak pernah ada sumbangan daripada adik-beradik Taib terhadap kos Kumpulan Sanyan dan mereka tidak membeli mana-mana saham syarikat tersebut. Sebagai balasan untuk konsesi balak, Ting telah menyokong adik-beradik ketua menteri dengan cara sebegini. Inilah bagaimana perniagaan Ting boleh berjaya.Namun, ini jelas menunjukkan bahawa akibat dengan meletakkan kepercayaan dalam tawaran sebegini, Ting telah menyebabkan kejatuhan dirinya. Pemilikan majoriti saham oleh Tufail telah membolehkan beliau mengambil kesempatan untuk merebut kawalan terhadap konglomerat yang bernilai lebih daripada 400 juta US dolar, meskipun beliau tidak menyumbang walau seringgit pun kepada konglomerat tersebut.

Didedahkan kepada orang awam
Alasan inilah yang menyebabkan Ting menjadi salah seorang daripada peningkatan jumlah pengusaha yang membuat keputusan berani untuk membawa aduan beliau dihadapan mahkamah awam untuk melawan keluarga yang berkuasa dalam Sarawak.Selain itu, pengenalpastian Encik Moshidi bin Omar sebagai calon yang mewakili Tufail Mahmud dan tuduhan lain dapat dibuktikan melalui maklumat yang didokumenkan dan diperolehi dari Pendaftar Syarikat (ROC). Moshidi bin Omar telah disenaraikan sebagai pemegang saham dalam beberapa perniagaan yang dikendalikan oleh Tufail, tetapi dia tidak memiliki status berasingan sebagai seorang usahawan dan 'menjual' saham dia secara tetap kepada Tufail Mahmud pada masa yang sesuai.
Goodmatch Sdn Bhd, satu lagi syarikat milik Kumpulan Sanyan
Menurut dokumen mahkamah, anak syarikat Sanyan, iaitu Goodmatch Sdn Bhd, memberikan satu lagi contoh utama tentang penyalahgunaan calon untuk menyamar konflik kepentingan bagi pihak Ketua Menteri dan keluarganya. Goodmatch Sdn Bhd digunakan oleh Ting dan Tufail pada tahun 1993 untuk menyertai satu usaha sama dengan Koperasi Noda Jepun dalam satu pembinaan kilang papan kayu lapis.
Goodmatch bukan sahaja diberikan konsesi balak oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber (iaitu Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak), tetapi syarikat tersebut juga diberikan 5 tahun "Pioneer Status" untuk projek usaha sama ini, dan kemudiannya dilanjutkan selama 5 tahun lagi oleh Menteri Kewangan (iaitu Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud). Hal ini membolehkan syarikat Goodmatch mencapai pembebasan cukai sehingga 100%! Menurut portal rasmi kerajaan negeri Sarawak, "Pioneer Status" sesuai digunakan untuk "projek-projek strategik dalam industri berteknologi tinggi dengan pelaburan modal tinggi, mempunyai kandungan penyelidikan dan perkembangan (R&D) yang tinggi, atau mempunyai hubungan yang intensif". Jadi bagaimana sebuah kilang kayu papan lapis dapat memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan merupakan suatu hal yang menarik. Sementara itu, Tufail Mahmud jelas menganggap bahawa penyamaran pemilikan saham dalam syarikat yang disokong oleh beliau dengan menggunakan Encik Morshidi Omar sekali lagi sebagai calon pengarah dan pemegang saham untuk lima tahun yang pertama, dengan memiliki 55% saham berbanding dengan 45% saham oleh Ting adalah satu rancangan yang bijak.
Sememangnya, dokumen-dokumen untuk syarikat-syarikat yang berdaftar menunjukkan bahawa Tufail tidak dilantik menjadi pengarah Goodmatch sehingga tahun 2002, setelah "Pioneer Status" dan lesen balak habis tempoh. Demikian juga, beliau tidak menjadi pemegang saham secara terbuka sehingga 1998 setelah Goodmatch menjual 54.997% saham kepada Datuk Tufail, meninggalkan Ting dengan 45% saham dan Encik Morshidi Omar terus menjadi pengarah tetapi dengan hanya RM 1.00 saham dalam syarikat! Memandangkan Goodmatch merupakan anak syarikat dari Kumpulan Sanyan yang dimiliki bersama dan dikawal oleh Ting dan Tufail, kesimpulan bahawa Morsidi Omar memang hanyalah calon (seperti yang dinyatakan oleh Ting) tidak dapat dielakkan.
Tetapi, selagi ada keraguan yang tinggal, bukti Tufail sendiri dalam mahkamah telah membuktikan status Morsidi bin Omar sebagai seorang calon. Walaupun Encik Omar pada mulaannya berdaftar sebagai pemilik awam, Tufail sekarang mengakui hal tersebut semudah seperti ayat dibawah:
"Goodmatch ditubuhkan termasuk saya dan pempetisyen [Ting] sebagai pemegang saham dan pengarah."
Pada tahun 1999, Goodmatch telah menerima lebih daripada RM 10 juta keuntungan dari aktiviti usaha sama sahaja yang mana 55% daripada keuntungan tersebut pergi ke adik-beradik ketua menteri.

Ketua Menteri terlibat
Bukti Dato' Ting adalah amat jelas bahawa Ketua Menteri sendiri benar-benar terlibat dalam tatacara tersebut dan penyalahgunaan kuasa politik beliau untuk mengawal mereka. Dalam kes syarikat Sanyan Lumber contohnya, selepas konsesi balak diperbaharui secara tahunan selama 16 tahun, Taib telah membatalkan konsesi tersebut selepas Ting dan Tufail berkelahi antara satu sama lain sebagai rakan kongsi perniagaan. Menurut kenyataan Ting, beliau menjelaskan bahawa:
"Konsesi balak tersebut tidak diperbaharui pada bulan Julai 2003 dan sebagai gantian, konsesi tersebut telah diberikan kepada Misi Gagah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Datuk Tufail melalui calon lain….Misi Gagah sekarang menduduki bekas pejabat Sanyan Lumber dan terus menggunakan bekas kakitangan yang mana gaji tersebut terus dibayar oleh Sanyan Lumber sehingga tahun 2006 selepas perbuatan ini dihentikan oleh Jabatan Buruh."
Sarawak Report kini boleh menunjukkan bahawa pemegang saham utama Misi Gaga, iaitu Eleanor Ong memang adalah setiausaha peribadi Tufail! Kami ingin tanya apakah asas yang digunakan oleh Abdul Taib Mahmud (Ketua Menteri dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber) sehingga beliau mencapai kesimpulan bahawa tawaran Eleanor Ong adalah paling sesuai untuk diberikan konsesi balak ini? Adakah kerana dia adalah calon kepada adik ketua menteri atau dia mempunyai keselamatan kewangan, kepakaran, dan kelayakan alam sekitar untuk membolehkan dia merayau dalam hutan untuk menbalak?
Keadaan yang geli seperti ini bukan sahaja menunjukkan dengan jelas bahawa tindakan kejam yang sedia diambil oleh Ketua Menteri untuk memastikan kawalan keluarga beliau terhadap lesen pembalakan utama tidak terjejas, tetapi juga menggambarkan bagaimanakah perangai sebegini boleh dilakukan secara terang-terangan. Ketua Menteri dan keluarganya jelas punya malas untuk menyembunyikan bagaimana mereka memeras ugut perniagaan dalam Sarawak kerana mereka telah melarikan diri dengan amalan-amalan tersebut terlalu lama.
Namun, menurut Pendaftar Syarikat (ROC), Goodmatch, yang saat ini dikawal oleh Tufail dan keluarganya, baru sahaja mengeluarkan sebanyak RM 500, 000 pinjaman dari RHB Bank. RHB Bank sebelum ini dimiliki oleh keluarga Taib dan sentiasa bersedia untuk memberikan pinjaman yang banyak kepada keluarga tersebut.

Sesungut Taib menjangkau setiap perniagaan
Bukti Ting dalam mahkamah tentang perkembangan Kumpulan Sanyan telah memberikan penjelasan bagaimana Taib memaksa kepentingan keluarga beliau terhadap kesemua perniagaan dalam negeri Sarawak dan seterusnya mendapat keuntungan dari setiap syarikat perusahaan. Towkay tersebut menunjukkan bahawa beliau menyumbang semua wang dan pengurusan untuk pembinaan konglomerat dan Menara Sanyan dalam Sibu. Sumbangan dari adik-beradik Taib Mahmud hanyalah hubungan penting mereka dengan Ketua Menteri.
Walaupun demikian, kata Ting, Tufail Mahmud sering tegas dengan permintaan kongsi untung yang lebih besar dan kawalan terhadap majoriti saham syarikat. Permintaan ini tidak mungkin dapat ditolak kerana abang Tufail berkuasa untuk membenarkan atau menghentikan pemberian lesen-lesen utama. Rekod menunjukkan bahawa gaji Ting juga hanya separuh berbanding dengan gaji Tufail. Sesetengah sumber menyatakan bahan gurauan Kumpulan Sanyan ialah sementara Ting adalah pengurus pada hari siang, Tufail bertanggungjawab sebelah malam. Ini adalah merujuk kepada ketidakhadiran Tufail semasa waktu pejabat and juga perabot bilik tidur yang diimport ke dalam pejabatnya dalam Menara Sanyan.
Dalam aspek lain, adalah sangat jelas bahawa pengusaha seperti Ting boleh mendapat manfaat dari ganjaran menarik, dengan pertolongan Ketua Menteri, selagi beliau bekerjasama dengan tuntutan tamak sekeluarga Taib. Memang, perkara yang terkenal untuk diperhatikan ialah penyelesaian pembinaan Menara Sanyan dan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan pejabat mereka ke dalam 11 tingkat dalam bangunan tersebut. Hal ini adalah untuk memastikan Sanyan berupaya untuk beruntung secara langsung semasa ruangan pejabat dilaporkan berlebihan. Pelita Towerview Sdn Bhd merupakan anak syarikat bagi Sanyan Holdings, yang memiliki Menara Sanyan, yang mana Tufail memiliki saham 56% dan Ting memiliki saham 44%. Ini bermakna terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam keputusan Taib untuk menghabiskan wang pembayar cukai untuk menyewa pejabat.
Demikian pula, dari saat Ting melibatkan diri dalam perniagaan dengan Tufail dan juga Arip (abang/adik lelaki Tufail) pada awal 80-an, bukti beliau menunjukkan lebih jelas bahawa satu rangkaian kontrak berharga datang ke pelbagai syarikat mereka. Ganjaran seperti ini mungkin tidak berlaku untuk syarikat yang tidak mempunyai hubungan yang begitu baik dengan golongan politik yang berpengaruh. Itulah sebabnya ahli keluarga Taib didapati menikmati kerjaya mereka sebagai pengarah-pengarah merentasi negeri dan menduduki jawatankuasa-jawatankuasa syarikat yang mereka tidak layak dan yang mana mereka juga tidak meyumbang apa-apa.

Sanyan dan Syarikat perkapalan Achipeligo
Dengan cara ini, usaha perniagaan pertama Kumpulan Sanyan pada tahun 1983 adalah Binta Corporation Sdn Bhd. Kenyataan bersumpah mahkamah menjelaskan bahawa ini adalah salah satu daripada siri syarikat-syarikat perkapalan yang beruntung daripada kontrak dengan syarikat perkapalan Achipeligo untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan dari pelabuhan Tanjung Manis. Syarikat perkapalan Achipeligo pada gilirannya telah diserahkan monopoli atas pengendalian semua perkhidmatan perkapalan dalam Sarawak oleh Ketua Menteri dan syarikat tersebut dimiliki spenuhnya oleh adik lelaki Ketua Menteri, iaitu Onn Mahmud.
Tujuan Achipeligo amat jelas. Syarikat ini bertindak sebagai syarikat 'penjaga pintu' klasik untuk Taib, tanpa sebarang infrastruktur dan hanya mempunyai beberapa kakitangan syarikat. Hal ini hanya untuk membolehkan Onn untuk mengenakan 'cukai' dan mengawal semua penghantaran kayu balak yang meninggalkan Sarawak. Beberapa orang dalam telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa semua pengeksport asing harus membayar rasuah dari segi US dolar dan dimasukkan ke dalam siri syarikat-syarikat milik Taib yang ditubuhkan di Hong Kong supaya mereka dibenarkan untuk menjalankan perniagaan mereka untuk mengangkut kayu balak dari Sarawak.
Di bawah sistem tersebut, berat kayu balak yang telah dieksport akan dijumlahkan setiap bulan dan Kin Kwok Shea, pengurus pejabat Onn di Hong Kong kemudian akan memberitahu syarikat-syarikat perkapalan tentang potongan yang perlu dibayar oleh mereka dan di mana wang perlu dimasukkan ke dalam pelbagai syarikat milik Taib di Hong Kong. Amalan ini didedahkan kepada orang awam oleh pihak berkuasa cukai Jepun pada tahun 2007 semasa mereka menuntut supaya cukai dibayar atas perbelanjaan rasuah perniagaan yang tidak diisytiharkan oleh syarikat-syarikat perkapalan Jepun.

Pihak berkuasa cukai tersebut telah mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 juta US dolar atas pengetahuan mereka telah dibayar kepada syarikat Regent Star di Hong Kong, yang mana Kin Kwok Shea adalah pemegang saham berdaftar. Sumber-sumber utama telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sebenarnya Shea, seperti Morsidi bin Omar, hanyalah seorang calon mewakili Onn Mahmud. Onn Mahmud pula mewakili abang/adik lelaki beliau iaitu Ketua Menteri Sarawak sebagai penerima manfaat dari rasuah penghantaran tersebut.
Dana yang dikumpul oleh Achipeligo untuk Ketua Menteri berjumlah berbilion-bilion ringgit setiap tahun, menurut orang dalam, yang menggambarkan Achipeligo sebagai 'lembu wang' atau 'lombong emas' untuk keluarga Taib. Operasi inilah yang menyediakan asas untuk kekayaan keluarga tersebut sehingga warisan bertaraf dunia bagi hutan hujan tropika Sarawak dilucutkan pada awal dekad ini.

Sumber lain mengatakan bahawa kelebihan bagi Achipeligo dalam jangka masa ini ialah syarikat tersebut adalah satu-satunya yang mempunyai kawalan tentang pengumpulan statistik pembalakan, yang membolehkan syarikat tersebut membekalkan maklumat palsu kepada kerajaaan (dikendalikan oleh abang/adik lelaki M.D) , yang kemudiannya diserahkan kepada Pertubuhan Kayu Balak Tropika Antarabangsa (ITTO). Dengan cara ini, Sarawak dapat memberi satu tanggapan yang baik tentang pembalakan lestari dan untuk menyamar tahap rompakan tamak yang sebenarnya berlaku!
Dalam konteks ini, Kumpulan Sanyan milik Ting berupaya untuk mendapat banyak kontrak yang baik untuk Achipeligo untuk menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat perkapalan. Mereka menerima kontrak-kontrak tersebut berkat perlakuan yang dibenarkan oleh Onn untuk memihak kepada adik-beradik beliau, Arip dan Tufail (yang merupakan rakan kongsi Ting). Sanyan kemudiannya mengambil kesempatan dari konsesi pembalakan dan memperkembangkan kilang papan sekali lagi berkat sokongan aktif yang diberikan oleh Ketua Menteri.

Menari dengan syaitan?
Orang dalam telah mengesahkan dengan Sarawak Report bahawa sementara cara yang sama digunakan oleh adik-beradik Mahmud untuk menyamar saham dan kedudukan pengarah mereka, mereka sendiri juga memainkan peranan calon untuk Ketua Menteri. Sebahagian besar keuntungan dari empayar perniagaan Taib disalurkan terus kepada Abdul Taib Mahmud diri sendiri. Pola ini sejajar dengan bukti-bukti dokumentari yang ditemui oleh Sarawak Report di Amerika Syarikat, yang menunjukkan bahawa Taib secara rahsianya memerlukan anggota keluarganya memegang saham sebagai tabung amanah untuk beliau dan ini menjelaskan kekayaan yang banyak dan rangkaian hartanah beliau dalam Malaysia dan luar negara.
Sumber kami mendedahkan secara lebih lanjut maklumat yang mengejutkan bahawa Taib mengawal calon keluarga beliau dengan memaksa mereka menandatangani surat letak jawatan yang tidak bertarikh dan borang pemindahan saham, yang kemudiannya disimpan oleh Ketua Menteri! Jika sesiapa daripada calon-calon tersebut berkelahi dengan keluarga Taib, Ketua Menteri dapat menggunakan tandatangan mereka (calon) supaya calon tersebut dapat disingkirkan! Onn Mahmud sendiri dipercayai telah berkelahi dengan cara sebegini sebelum skandal rasuah dan dia telah dipinggirkan daripada kebanyakkan perniagaan keluarga Taib pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Pengalaman Dato' Ting juga menunjukkan bahawa pengusaha yang mendapat keuntungan dengan 'bermain dengan sistem' boleh berada dalam keadaan yang sama bahaya akibat perlakuan kejam oleh keluarga Taib. Dalam bukti tersebut, Ting mendedahkan bahawa dengan membenarkan Tufail mengawal kebanyakkan saham dalam syarikat dan juga mengizinkan beliau (Tufail) membawa lebih ramai ahli keluarga untuk menjadi pengarah-pengarah dalam jawatankuasa syarikat, beliau (Ting) secara tidak langsung memberikan rakan kongsinya (Tufail) cara untuk merebut kawalan syarikat yang hanya menerima sumbangan yang amat sedikit oleh beliau (Tufail). Ting menulis:
"Pada tahun 1998, [Tufail] meminta supaya abang/adik lelaki beliau Dato Haji Ibrahim bin Mahmud dilantik sebagai pengarah Sanyan Holdings dan [saya] setuju dengan permintaan tersebut. Pada awal tahun 2003, beliau (Tufail) sekali lagi meminta anak perempuan beliau Anita Hamidah Tufail untuk dilantik sebagai pengarah dan I juga setuju dengan permintaan tersebut. Dengan penambahan anggota keluarga beliau pada lembaga pengarah, beliau (Tufail) mampu menguasai syarikat tersebut dan mengabaikan kepentingan [saya]."

Pergaduhan
Ting menyalahkan kerosakan hubungan dengan bekas rakan kongsi atas keputusan yang membenarkan Anita, seorang mahasiswi yang baru sahaja selesai kolej, masih berusia 20-an tanpa pengalaman perniagaan, untuk menyertai lembaga pengarah tersebut. Ting juga menyatakan bahawa Anita dengan segera mengkritik tentang cara Sanyan Holdings dijalankan perniagaannya dan hubungan mereka menjadi semakin buruk. Dengan menggunakan undi abang/adik lelaki Tufail iaitu Ibrahim dan anak perempuan beliau, Tufail dapat meluluskan rampasan kuasa lembaga pengarah dan menyinkirkan Ting dari jawatannya sebagai pengarah urusan seluruh syarikat dan juga semua anak-anak syarikat dibawahnya.
Setelah mengambil alih semua syarikat bernilai berjuta-juta dolar tersebut, yang mana mereka tidak menyumbang apa-apa, keluarga Tufail kemudiannya menghentikan semua pembayaran dan dividen untuk Ting dan bertindak sejauh mungkin sehingga menyinkirkan Ting dari pejabat di bangunan Sanyan dan memecat semua kakitangan jangka panjang yang dianggap setia kepada Ting. Ting mengaitkan perlakuan pendendam ini kepada salah satu anak saudara beliau, iaitu seorang jurutera berkelayakan dan seorang pekerja, yang telah diturunkan pangkat kepada peranan seorang atendan tandas!

Sarawak Report berpendapat bahawa tidak ada bukti yang lebih jelas lagi tentang tahap rasuah yang ditimbulkan oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud kepada negara beliau selama 30 tahun yang lepas berbanding dengan bukti skandal yang dibawa di dalam kes Sanyan ini. Keluarga Taib akan melakukan yang terbaik untuk memastikan supaya keputusan penghakiman tidak memihak kepada kes mahkamah Ting yang menuntut pampasan dan mengembalikan hak beliau terhadap syarikat tersebut tetapi mereka tidak dapat menyembunyikan fakta-fakta yang telah dibawa ke hadapan mahkamah.



PS: Bila sumber dan hasil negara hanya berlingkar dikalangan pemimpin,kroni2 dan keluarga BN saja, rakyat akan terus menderita dan segala kekayaan hanya dinikmati oleh mereka yang mempunyai pertalian atau kepentingan dengan pemimpin BN yang berkuasa saja. Apakah rakyat Sarawak masih sanggup dan membiarkan diri mereka terus jadi hamba kepada penguasa yang tamak,zalim dan menindas rakyat? Kalau tidak mahu hidup dalam perhambaan dan penderitaan, bah mari kita semua sama2 pakat2 mengubah dengan memberi sokongan pada PAS dan PAKATAN Rakyat dalam pilihanraya umum nanti. Insy'Allah pasti ada perubahan yang lebih baik dari apa yang kita nikmati sekarang. PAS untuk Semua.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 27 Feb 2011 03:33 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


Takziah di atas pemergian Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah .

Posted: 27 Feb 2011 08:59 AM PST

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 27 Feb 2011 03:11 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SYUKOR ALHAMDULILLAH NIKMAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Posted: 27 Feb 2011 02:32 PM PST

GOMBAK 27 FEB : Seramai 164 penduduk Kampung Melayu Sri Kundang, Gombak hari ini menerima Notis 5A atau surat kelulusan pemberi milikan tanah dengan kadar premium RM2 sekaki persegi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata permohonan pemilikan tanah untuk pembinaan kediaman di kampung itu dibuat sejak 1999 dengan lebih 700 pemohon.

"Daripada jumlah itu, 571 orang telah menerima hak milik ini dan bakinya tertangguh disebabkan beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan, " katanya.

Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan permohonan ditolak atau belum diluluskan ialah kerana tapak yang diberi dibiarkan kosong serta tidak diusahakan, permohonan bertindih dan dua tapak yang dipohon dikenal pasti telah mempunyai pemilik.

Ada juga yang tidak menerima Notis 5A yang dipohon mereka kerana kerja-kerja mengukur tanah yang masih tidak diselesaikan lagi.

"Kadar premium yang telah dipersetujui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk para penerima Notis 5A pada hari ini ialah sebanyak RM2," katanya.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri menyasarkan untuk menyelesaikan sehingga 100,000 permohonan berkaitan tanah dalam tempoh terdekat.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 27 Feb 2011 01:31 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pengundi Merlimau tolak menteri nikah kahwin

Posted: 26 Feb 2011 03:05 PM PST

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau mungkin tersintuk limau dengan kemajuan Negeri Melaka sekarang ini. Maka, mereka tidak dapat berfikir lebih jauh, benarkah kemajuan negeri itu, menyebabkan mereka maju juga, termasuk maju dari segi bertindak?

Pertanyaan ini timbul kerana orang Melayu Melaka sering dinyanyikan dengan lagu-lagu serupa, tidak berirama dondang sayang, kononnya Melakalah yang paling maju hingga menyebabkan apa yang dibuat Ketua Menteri (KM) Dato' Seri Mohd Ali Rustam jadi betul belaka.

Hingga, ada dakwaan mengatakan, dalam catatan sejarah bagaimana Melaka menjadi maju seperti hari ini, KM Melaka hari ini tidak mencatatkan nama bekas KM yang didakwa bertanggungjawab menanam asas kemajuan yang dituai hari ini.

Maknanya, Ali Rustam sedaya upaya mahu menceritakan kepada umum bahawa Melaka itu Ali Rustam dan Ali Rustam itu Melaka. Kononnya, tanpa Ali Rustam, Melaka tidak akan sampai ke tahap sekarang dan pelbagai bahan cetak diterbitkan untuk menceritakan kepada umum, bahawa tiada sesiapa selain dirinya yang menjadikan Melaka seperti hari ini.

Inilah pembohongan paling besar Ali Rustam. Dia sebenarnya banyak kali berbohong dan pembohongannya dipercayai penyokong Umno tegar. Itulah sebabnya, apabila dia dilarang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno, orang-orangnya beranggapan bahawa Ali Rustamlah yang akan menang jika dibenarkan bertanding.

Atas sebab apa mereka kata Ali Rustam akan menang kalau bertanding, kerana Ali Rustamlah satu-satunya pemimpin Umno yang layak untuk dilantik menjadi Menteri Nikah Kahwin, jika wujud portfolio tersebut.

Apa tidaknya, pantang ada jemputan kahwin, daripada kalangan mereka yang layak menjadi perwakilan Umno, akan dihadirinya, walaupun sudah lewat malam. Sebagai Ketua Menteri, Ali Rustam merasakan Melaka terlalu kecil baginya menjelajah. Itulah sebabnya, dia akan berada di mana-mana sahaja, bukan kerana bekerja tetapi kerana mencari pengaruh peribadinya.

Bertanyalah mereka yang menyokong Ali Rustam, jika bukan kerana dapat rasa duitnya, tentu orang itu dapat bintang atau darjah kebesaran atas sokongan Ali Rustam. Mentang-mentanglah Melaka merupakan kilang darjah terbesar di Malaysia, menyebabkan hari ini, ramai yang bergelar di awal nama masing-masing, dapatnya dari Melaka.

Pengundi Merlimau mestilah mempunyai kemahuan dan semangat yang tinggi. Jika mereka tidak mempunyai cukup keberanian, buatlah secara senyap-senyap, menolak BN dan mengundi PAS. Satu undi mereka, mungkin dapat menegur bakal Menteri Nikah Kahwin ini supaya jangan melupakan jasa bekas KM yang lalu dan satu undi itu kelak akan dapat menghalang KM Melaka ini menyewa pesawat bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Indonesia, dengan alasan menarik pelabur.


Bayangkan, jika Ali Rustam menang kerusi Timbalan Presiden Umno, ketika dia hanyalah seorang Adun, apakah dia akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri? Dia tidak pernah menjadi Menteri, tiba-tiba mengidamkan kerusi Timbalan Perdana Menteri melalui pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno, apakah yang Ali Rustam kejar sebenarnya dalam hidupnya?

Satu persoalan yang perlu ditanya kepada Ali Rustam, apakah dia menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno kerana disuruh oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi? Jika jawapannya ya, sejauh mana kesetiaannya kepada PM sekarang, Mohd Najib Tun Abd Razak?

Jika rekod dan pencapaian bekas KM Melaka, Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik mahu dipadamkannya dari sejarah Melaka Moden, tidak mustahil Ali Rustam akan melakukan perkara yang sama, jika dia sampai ke satu tahap tertinggi dalam politik negara ini. Dia sendiri pernah menjadi pegawai khas kepada Rahim ketika Rahim menjadi Ketua Menteri.

Malahan, pejabat KM yang dia duduk sekarang ini, adalah hasil sentuhan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka. Tetapi, mahukah Ali Rustam mengakui semua itu adalah jasa daripada bekas bosnya yang dulu? Ali Rustam terlalu yakin dia layak menjadi Timbalan Presiden Umno kerana dia rajin bersalam-salaman dengan perwakilan Umno, tidak kira lelaki atau perempuan.

Itulah modalnya, selain memenuhi jemputan ke majlis kahwin, tanpa mengira waktu – termasuk tengah malam dan mengejutkan pengantin yang sedang tidur untuk bergambar dengannya, walaupun ketika itu jam sudah pukul dua pagi.

Kepada perwakilan Umno, termasuk ketua-ketua bahagian yang memerlukan wang ringgit dari calon-calon yang bertanding, mereka memuji-muja Ali Rustam kerana "sumbangan" yang jarang dia dapat daripada calon-calon lain. Jika dapat pun, tidak semewah yang mereka dapat dengan menyokong Ali Rustam.

Itulah sebabnya, apabila Ali dilarang oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno daripada bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden, ramai yang kecewa kerana sumbangan yang patut mereka terima, terhenti sudah. Ada sesiapa berani mengajak Ali Rustam ke masjid untuk bersumpah laknat menafikan bahawa dia menggunakan wang ringgit mencari pengaruh?

Atau, ada sesiapa yang berani mempelawa Ali Rustam menjunjung Quran bersumpah bahawa sokongan kepada seseorang untuk mendapat darjah dan pingat tidak dibuat kerana kepentingan pengaruh peribadinya? Sebenarnya, kemajuan Melaka hari ini, suka atau tidak, adalah ilham dan idea Rahim Tamby Chik. Hakikat ini sukar untuk diakui oleh kawan dan lawan.

Itulah sebabnya, usaha sedang dilakukan sekarang untuk memadamkan rekod ini bagi melupakan semua itu. Sebenarnya, tiada siapa yang lebih hebat dari Melaka, selepas Allahyarham Tun Ghafar Baba yang pernah menjadi Ketua Menteri dan akhirnya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Dato' Seri Adib Adam, yang pernah menjadi Ketua Menteri dan Menteri kerana selepas itu, seperti berlaku sumpahan, tiada seorang pun anak Melayu Melaka yang pernah dilantik menjadi Menteri, selepas menjadi Ketua Menteri.

Abu Zahar Isnin hanya dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas menjadi Ketua Menteri hinggalah gugur dalam PRU 11, Mac 2004 yang lalu. Ini sejarahnya Melaka yang terkenal dengan kehebatan Tun Perak dan Laksamana hang Tuah.

HARAKAH 22 – 24 RABIULAWAL 1432 / 25 – 27 FEBRUARI 2011

PERAWAN seru anak Merlimau sokong PAS

Posted: 26 Feb 2011 02:53 PM PST

MELAKA: Persatuan Anak Melaka di Perantauan (Perawan) menyeru anak-anak Merlimau yang berada di perantauan pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.

Menurut Pengerusinya, Saad Shaari, 49, Perawan menyokong penuh calon PAS yang bertanding pada PRK ini dan meminta anak Merlimau yang berada di perantauan agar pulang untuk mengundi calon PAS.

"Kami menyokong penuh calon PAS kerana kami melihat kegagalan kerajaan Umno-BN Melaka menangani isu yang berkaitan soal moral sehingga menjadikannya bertambah parah, Sekolah Harapan yang tidak berkesan dan banyak lagi.

"Jadi kita mahu adanya wakil yang akan membawa suara Melayu-Islam di dalam sidang Dun Melaka untuk membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan bangsa Melayu yang selama ini gagal diberi perhatian.

"Umno telah gagal memainkan peranan untuk membawa suara Melayu-Islam apatah lagi untuk mempertahankan hak orang Melayu-Islam sehingga berlakunya salah guna wang zakat dan penyelewengan tanah wakaf," katanya.

Beliau turut mengharapkan kepada anak-anak Melaka di perantauan yang masih belum lagi mendaftar sebagai ahli Perawan supaya mendaftarkan diri ke dalam Badan Bukan Kerajaan tersebut bagi bertukar-tukar fikiran dan memberikan sumbangan ke arah kemajuan negeri Melaka.

HARAKAH 22 – 24 RABIULAWAL 1432 / 25 – 27 FEBRUARI 2011

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 27 Feb 2011 01:10 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Najib perlu mohon maaf kepada Yusuf Qaradawi – Anwar

Posted: 27 Feb 2011 06:19 AM PST

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera memohon maaf terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qaradawi dan pertubuhan Islam, Ikhwanul Muslimin.
"Sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut," kata Anwar dalam blognya.
Ketua Umum KEADILAN itu turut menegur Najib kerana pandangan sebegini dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.
"Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?" soal Anwar lagi.
Beliau menyifatkan kenyataan terbaru Najib itu membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kian giat menyertai proses demokratisasi.
Kata Anwar, jika Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa kerajaan menganugerahkan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2009/1431.
Beliau berkata, petikan ucapan Najib dalam National Review sarat dengan prasangka buruk terhadap Yusuf Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin lantaran menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.
"Pendapat seperti ini dikritik pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," katanya.
P/S: Saya tidak hairan jika ada menteri hatta PM menghina ulama . Apa tidaknya jika sunnah nabi pun mereka persenda inikan pula seorang ulama seperti Yusuf Qaradawi....Adakah mereka lupa bahawa ulama itu pewaris Nabi?

Malaysia amal dasar "Pemimpin didahulukan"

Posted: 27 Feb 2011 06:11 AM PST

Najib Tun Razak dan kabinetnya cuba menyembunyikan ketakutan bahawa rusuhan Timur Tengah akan tersebar dirantau ini.

Najib berkata, "Kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana hal-hal yang sangat berbeza di kedua-dua negara."

Beliau menekankan bahawa perbezaan penting antara kedua-dua negara adalah bahawa BN mempraktikkan dasar "Rakyat didahulukan".

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa gejala di Timur Tengah tidak akan terjadi di Malaysia.

Ada juga menteri yang pernah bakar jambatan, berkata, "Di negara-negara yang menghadapi pemberontakan , mereka tidak mempunyai perlembagaan yang solid seperti kami, juga tidak mempunyai pilihan raya yang bebas memilih pemimpin mereka."

Semua mereka menyatakan bahawa Malaysia bersatu, demokratik dan bahawa kerajaan mendengar rakyatnya. Mereka adalah salah!

Mereka sebenarnya adalah dalam sindrom penafian kerana ada banyak persamaan antara negara-negara Arab yang rakyatnya bangun menuntut reformasi dengan keadaan di Malaysia.

Orang Mesir muak dengan Peraturan represif Hosni Mubarak. Alasan ketidakpuasan mereka terutama kewangan. Mereka marah dengan kehidupan di negara autokratik polis, keadaan hidup yang buruk, ekonomi lembab, pengangguran, korupsi dan salah laku oleh polis.

Pilihanraya mereka jauh dari adil, samalah seperti kita di Malaysia. Kita mengadu tentang kecurangan , membeli undi dan pengundi hantu, tetapi kerajaan terus mengabaikan keluhan kita.

Ada beberapa menteri Malaysia yang didakwa melakukan jenayah serius seperti serangan, pembunuhan dan perkosaan tanpa dihadapkan ke mahkamah dan lepas begitu sahaja tanpa hukuman.

Apabila mereka terlibat dalam rasuah dan ketika berjuta-juta wang tersebut diselewengkan ke luar negeri, tidak ada apa-apa tindakan yang dikenakan. Kalau mereka didakwa dan dihukum oleh mahkamah, dalam beberapa waktu yang singkat, mereka akan dibicara semula dan biasanya dibebaskan dengan alasan-alasan yang pelik.Lantaran itu gejala rasuah semakin subur di Malaysia.

Mereka yang korup dan pernah dihukum kerana politik wang dilantik menjadi pengerusi organisasi penting. Ketua menteri yang mengumpul kekayaan dengan mengorbankan masyarakatnya sendiri, bebas dan terus bermaharajalela.

Ini bukan dasar "Rakyat didahulukan", tetapi adalah sebaliknya, mereka melaksanakan dasar "pemimpin diutamakan".

Sasau Terlampau

Posted: 27 Feb 2011 06:05 AM PST


Mahathir sudah semakin sasau. Sasaunya bukan main-main. Sasaunya begitu agresif sekali. Sasaunya macam babi gila.... menyondol-nyondol.

Mangsa yang menjadi sasaran sondolannya ialah dua musuh utama dia di Malaysia. Mereka ialah dua orang pemimpin Melayu iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Dahsyat orang tua ni. Baca, apa dia kata...


Orang tua ni, tak dapat terima hakikat bahawa yang berpecah ialah Melayu-UMNO. Dalam bahagian pecahan carta pie bangsa Melayu, portion yang mewakili PAS semakin besar, sedangkan pecahan bahagian UMNO semakin mengecil. Ini kerana.... banyak dalam kalangan bangsa Melayu-UMNO telah yang berpecah dan masuk ke dalam PAS dan ada yang masuk PKR.

Jadi.... kesimpulan bodoh yang dibuat oleh orang tua ini ialah Melayu telah berpecah, dan puncanya ialah Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Oleh itu, kedua-dua mereka, pengkhianat bangsa Melayu. Alahai senangnya kamu buat kesimpulan....

Hello... siapa yang menyebabkan pecahan bahagian Melayu-UMNO dalam carta pie bangsa Melayu mengecil?? Pi cermin diri dan cermin akan kata.... kamu penyebabnya. Siapa suruh hang gatai pi pecat Anwar?? Apa sebab hang gatai mulut, pi fitnah dan hina sunnah Nabi Muhammad s.a.w dan hukum Hudud Allah?? Hang yang menyebabkan bangsa Melayu -UMNO berpecah. Hang sebenarnya.... pengkhianat bangsa Melayu.

Memang hang Melayu mudah lupa... Itu pun aku bagi kredit sikit dekat hang dengan iktiraf hang sebagai Melayu. Kalau orang lain la.... mampuih depa akan kata hang mamak padukang!! Nasib baik ler aku ni jenis tak suka nak ungkit keturunan orang...

Aku harap Melayu- di luar sana pun, jangan mudah lupa dan jangan mudah terpedaya dengan auta orang tua ni.

Lepas tu, dia mendabik dada, labun pada orang Kampung Gajah, kononnya Malaysia makmur kerana strategi politik bijak depa. Cer tengok di bawah ini...

Memang tidak dapat dinafikan, berkongsi kuasa itu baik kerana kita hidup dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa. Perkongsian kuasa ini telah memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Negara menjadi makmur. Banyak pelabur datang melabur di Malaysia. Itu... dulu.

Namun demikian, itu satu hakikat yang kita kena terima. Dan PAS, PKR serta DAP sudah pun menerima hakikat tersebut.

Sebab itu... ketiga-tiga parti tersebut, membuka keahlian mereka kepada sesiapa saja, tak kira bangsa dan agama, walau pun ada certain-certain bangsa yang memonopoli parti-parti tersebut. PAS pun sama. Semua bangsa yang beragama Islam boleh menjadi ahli PAS. PAS for all!!

Walau bagaimana pun.... untuk memurnikan lagi strategi bagi menjatuhkan UMNO/BN, yang dah jadi semakin rakus... tamak... giler kuasa dan yang dah mula bersifat kuku besi maka.... Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Lebih-lebih lagi, apabila..... sedikit demi sedikit demokrasi dimatikan, ini tak boleh jadi. Kita tak boleh berdiam diri. UMNO/BN mesti dijatuhkan. Penubuhan Pakatan Rakyat mendatangkan kesan yang baik sekali. UMNO/BN berjaya dilemahkan. Pada PRU12, UMNO/BN dilanda tsunami paling dahsyat. Ruyup habis 5 negeri!!

Ini telah menyedarkanUMNO/BN, yang mereka cannot play-play with Pakatan Rakyat. Bahaya...... UMNO/BN bisa binasa. Sejak itu, Pakatan Rakyat dan para pemimpinnya menjadi sasaran serangan mereka. Kalau kita berjaya lemahkan mereka, kini mereka pula berhempas-pulas untuk melemahkan kita. Senjata mereka....?? Aaaahhh.... biasa ler, FITNAH!! Jangan biarkan....

Kemakmuran yang telah dicapai oleh negara, telah menjadikan para pemimpin UMNO/BN takbur dan tamak. Mereka menjadi lupa daratan dan hilang arah tujuan. Mereka terbabas daripada landasan perjuangan. Dengan kuasa yang ada pada mereka, pelbagai helah digunakan untuk merompak harta dan duit rakyat. Rakyat diketepi dan tidak dipedulikan. Sebaliknya, diri, anak-pinak, sedara-mara serta kroni menjadi priority mereka untuk dijadikan kaya-raya.

Kezaliman bermaharaja lela, rasuah berleluasa dan penyelewengan serta salah guna kuasa menjadi perkara biasa. Salah urus tadbir pentadbiran negara menjadi amat parah. Akibat gila untuk kekal dan terus berkuasa, sistem pentadbiran negara diperkosa dan jadi porak peranda. Tonggang-langgang jadinya. Fitnah dijadikan senjata untuk menjatuhkan lawan politik mereka.

Kesannya..... ekonomi terjejas. Pelaburan menurun kerana para pelabur tak ingin lagi datang ke sini. Mereka sudah hilang kepercayaam pada sistem pemerintahan negara kita yang pincang pada tahap kronik. Yang sudah ada di sini, angkat bungkus, cabut lari dan cari lain-lain destinasi untuk melabur.

Tetapi.... strategi berkongsi kuasa ala-Pakatan Rakyat telah menjadi 'eye opener' kepada semua, baik di dalam mau pun di luar negara. Kita mendapat sambutan dan sokongan. Negeri-negeri yang Pakatan Rakyat perintah, telah menunjukkan peningkatan dalam pendapatan kerana tahap pentadbiran dan pengurusan menjadi cekap. Pelaburan pun meningkat. Kesannya.... ekonomi di negeri-negeri tersebut menjadi lebih makmur daripada negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO/BN.

Ini berlaku kerana, para pelabur lebih selesa berurusan dengan kerajaan-kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Kejayaan dan kecekapan Pakatan Rakyat mentadbir negeri dan mengurus kewangan negeri telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Lagi ler para pelabur bukak mata....

Jadi.... kalau orang tua Mahathir kata, perkongsian kuasa antara kaum-kaum menjadi faktor urtama negara menjadi makmur, itu memang betul. Tepat sekali dan tidak dapat disangkal lagi. Dan.... itulah formula yang kini diguna pakai oleh Pakatan Rakyat. Strategi serupa... tetapi kita ada acuan sendiri.

Lantaran itu, perlu ditegaskan di sini, bahawa.... negara Malaysia akan menjadi LEBIH MAKMUR dan KEBAJIKAN RAKYAT akan LEBIH TERBELA, jika Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat. UMNO/BN telah menghampiri tarikh EXPIRED mereka.

Just say.... adios kepada mereka!!

[sumber: sini dan sini]

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 27 Feb 2011 01:03 PM PST

TBI-PAS KEPALA BATAS


Arus Perubahan ????

Posted: 27 Feb 2011 12:08 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 27 Feb 2011 11:35 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Rakyat merintih duka, Najib datang bawa 'gula-gula'

Posted: 27 Feb 2011 09:08 AM PST

KUALA TERENGGANU - Rakyat DUN Kerdau disini merintih dalam kesusahan kerana pembangunan 'senget' yang dilaksanakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukannya dari PAS atau Pakatan Rakyat.

Penasihat Jentera PAS Terengganu dalam pilihanraya kecil N28 Kerdau, Haji Hanafiah Mat berkata, keseluruhan kawasan dalam DUN Kerdau mempunyai masalah akibat sikap tidak ambil peduli wakil-wakil Umno dan Barisan Nasional yang menjadi Adun sebelum ini.

Menurutnya, penduduk Desa Murni khususnya golongan muda tidak mempunyai tanah dan rumah untuk kediaman, sebagaimana yang didedahkan oleh calon PAS, Hasanuddin Salim.

"Di Desa Murni, orang muda tak ada tanah untuk bina rumah, untuk tempat tinggal, di Paya Taram rumah kos rendah terbengkalai sejak 15 tahun lalu, di kampung orang asli Pulau Sendayan dewan yang terbakar 5 tahun lalu belum dibaiki, di kampung-kampung pesisir Sungai Pahang tak ada bekalan air bersih, di Pekan Kerdau para peniaga nak majukan dengan membina sendiri bangunan tetapi dihalang oleh pihak berkuasa tempatan,

"tapi hari ini, PM Najib datang bawa 'gula-gula' sebanyak RM10 juta, cakap baru, tak tahu bila akan dilaksanakan,"katanya ketika mengulas tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan 'mee segera' apabila datang ke DUN Kerdau semalam.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu ketika dihubungi berkata, rakyat dan negara telah rugi akibat pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana perbelanjaan telah dikeluarkan sebelum ini untuk projek bekalan air dan perumahan kos rendah Paya Taram.

"Kini, Najib tambah lagi peruntukkan, sedatangkan berjuta ringgit telah dihabiskan untuk projek tersebut sebelum ini, tetapi 'hangus' kerana kecuaian pemimpin Umno dan Barisan Nasional,"jelasnya.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada penduduk Desa Murni kerana menyambut baik pasukan kempen rumah ke rumah Muslimat Terengganu serta memberi sambutan dalam program yang dianjurkan oleh jentera PAS Terengganu.

"AlhamduliLlah, kempen muslimat diterima baik, dan orang-orang muda ramai yang hadir dalam program 'Barbeque' yang diadakan di sini (Desa Murni),"katanya.

Justeru, beliau merayu kepada semua pengundi DUN Kerdau khususnya Peti Undi Desa Murni, Lipat Kajang dan Kuala Tekal yang di amanahkan kepada jentera Terengganu supaya memberi peringatan kepada Umno dan Barisan Nasional dengan memilih calon PAS pada pilihanraya kecil kali ini.-Buletinonline

Batu Gajah Mari

Posted: 27 Feb 2011 11:15 AM PST

Batu Gajah Mari


PRK Merlimau : UMNO takut 'aura' Bob Lokman

Posted: 27 Feb 2011 01:56 AM PST


Bob Lokman Lokman telah bersama-sama pimpinan PAS berkempen untuk memenangkan calon PAS di PRK Merlimau Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman telah menyertai telah mengejutkan pimpinan dan orang UMNO apabila menyertai PAS pada 19 Februari lalu. Dalam ceramah pertamanya di Merlimau Pasir di sini malam tadi, ketibaan Bob Lokman disambut meriah kira-kira 700 orang.

"Hari ini menjadi sejarah apabila saya menyertai PAS selepas pada 2004 dan 2008 merupakan satu usaha yang sia-sia saya membantu Barisan Nasional (BN).

"Sebagai orang yang bertanggungjawab kepada negara saya berada di landasan benar bersama PAS," kata Bob Lokman.

Penulis lirik "Isabella" itu berkata pengundi-pengundi di Merlimau harus menolak kerajaan BN yang tidak "mengiktiraf" Islam dalam pentadbiran negara.
Beliau juga yakin PAS boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini.

"Kita perlu undurkan kerajaan yang sudah lama bertapak, kerajaan yang tidak iktiraf Malaysia sebagai negara Islam," katanya.


Bob Lokman bersama-sama penyokong PAS di Penamaan calon PRK Merlimau semalam

GAMBAR!! : Bob Lokman 'turun' Penamaan Calon PRK Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 12:58 AM PST














Lensa BGM: Gambar sekitar Penamaan Calon PRK Merlimau

Posted: 27 Feb 2011 12:41 AM PST






































MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 27 Feb 2011 09:22 AM PST

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


Spekulasi, fitnah....UMNO dah menggelabah!!

Posted: 27 Feb 2011 02:24 AM PST

Umno bertahan dengan isu kelulusan calon

Sudah masuk hari kedua kempen, tetapi kem Umno masih berputar-putar mengenai status kelulusan calonnya, iaitu seorang bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) yang dilantik sebagai penasihat agama Menteri Besar Pahang.

Akhbar melaporkan hari ini, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Syed Ibrahim Syed Ahmad terpaksa memanggil sidang media bagi menunjukkan ijazah Bahasa Arab yang diperolehinya daripada Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau dikatakan berbuat demikian kerana terpaksa menjawab tohmahan mengenai status pendidikannya selama ini.

Jawapannya sudah tentu dihalakan kepada PAS yang bertanding melawan BN dalam PRK Kerdau sekarang.

Namun pada saya, jika itu maksud atau tujuan yang disasarkan kepada PAS, itu silap. Kerana PAS sendiri tidak tahu menahu atau mengambil berat tentang kelulusan dimiliki calon BN itu.

Malah, tidak berminat pun.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah PRK Kerdau bagi PAS menjelas melalui sidang media semalam, tiada satupun kenyataan yang dikeluarkan dari mana-mana pemimpin PAS mengenai isu kelulusan calon Umno sehingga kini.

"PAS kesal kerana dituduh menyebarkan fitnah kepada calon BN Syed Ibrahim yang dikatakan gagal menamatkan pengajian di Mesir (Universiti Al-Azhar).

"Sedangkan isu ini tidak pernah keluar daripada mana-mana pimpinan PAS. Ia dicetuskan oleh blogger yang tiada kena mengena dengan PAS. Bagi PAS, kami menafikan sekeras-keras tuduhan isu ini ditimbulkan oleh PAS," katanya

Menurut Tuan Ibrahim, asal isu calon BN dikatakan gagal menamatkan pengajian, langsung tiada sebarang kenyataan beliau beli sijil hanya keluar daripada kenyataan MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Kini pelbagai kenyataan dikait dengan beli sijil. Begitulah 'peralihan' dari isu asal gagal menamatkan pengajian kepada isu yang dikemukakan oleh pimpinan mereka (beli sijil)," selar Tuan Ibrahim.

Untuk PAS, katanya, soal calon BN lulus atau gagal itu bukanlah isu, namun pengundi berhak mengetahui keadaan sebenar.

"Mereka berhak tahu, walaupun ribuan calon sahkan lulus di al-Azhar, pergi pun tidak," ujarnya.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa isu kelulusan Syed Ibrahim dibangkitkan oleh kalangan Umno sendiri. Seperti yang disebut sesetengah sumber, ia ada kemungkinan disebarkan oleh pihak yang mewakili individu yang gagal dinamakan sebagai calon Umno yang mewakili BN dalam PRK Kerdau, yang tidak berpuas hati!

Begitu juga dengan status subjek Bahasa Melayu peperiksaan SPMnya.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 27 Feb 2011 09:05 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


TAKBIR! MOGA ALLAH MERAHMATI mereka yang berada di jalan yang benar

Posted: 27 Feb 2011 07:52 AM PST

Does America really practise freedom of faith? Is there real evidence of truth seeking? Why the worry?

Come on, friends! Come along, we have a big mission!I need your help

Posted: 27 Feb 2011 07:15 AM PST

Who will really want to think about others when the norm is self centredness?! Who would really want to contribute when capitalism is the norm and hedonism the life?Who would care for others when they can't really care for themselves?
Let's do mind jogging and heart cleansing and soul finding!

i n t a n h i j a u

Posted: 27 Feb 2011 07:16 AM PST

i n t a n h i j a u


SAMAN EKOR : KERAJAAN TIDAK UTAMAKAN RAKYAT / سامن ايکور : کراجأن تيدق اوتاماکن رعيت

Posted: 27 Feb 2011 06:10 AM PST

Wak Jono   

Setelah sekian lama kaedah saman ekor ini dipertikaikan oleh rakyat tetapi kerajaan BN masih melaksanakannya. Lebih mendukacitakan rakyat ialah belum ada Perdana Menteri yang sanggup mengambil tindakan "blakck list" ke atas rakyat kecuali Datuk Seri Najib. Malahan Tun Mahathir di mana di zamannyalah saman ekor diperkenalkan tetapi beliau sendiri tidak menngambil tindakan blacklist. Apakah kerana kerajaan pimpinan Najib benar-benar terdesak kerana menghadapi masalah kewangan yang kronik? Antara kelemahan saman ekor yang paling ketara kezalimannya ialah:


i.  Saman dikeluarkan ke atas kenderaan bukan pemandu.
Keadaan ini boleh menyebabkan terjadinya penganiayaan. Kita sedia maklum banyak kenderaan di atas jalan yang dipandu bukan oleh pemiliknya. Contohnya suami memandu kereta milik isteri, anak memandu kereta ayahnya, adik memandu kereta kakak dan juga kawan memandu kereta kawan. Kita ada terbaca bagaimana seorang ibu terpaksa bergadai bergolok untuk menyelesaikan saman anaknya bernilai ribuan ringgit yang memandu keretanya. dan kesannya kepada anaknya. tiada apa-apa kerana yang menyelesaikan saman ialah ibunya. Malahan dalam keadaan sekarang di mana pembiayaan pinjaman kereta sehingga 9 tahun, ramai yang menjual kereta melalui kaedah "sambung bayar" kerana bagi mengelakkan kerugian susut nilai. Bagaimana pula dengan kereta yang menggunakan plat kenderaan palsu. Saya ada seorang kawan yang sengaja membuang 1 nombor pendaftaran keretanya bagi mengelakkan saman ekor. Dan terbukti setelah lebih 10 tahun dia memandu "kaedah"nya memang berkesan. 

ii. Saman disampaikan secara postal bukan secara terus
Pemilik kenderaan yang mana kenderaannya melakukan kesalahan had laju akan menerima makluman melalui pos. Kelemahannya di sini ialah jarak tempoh yang lama dari tarikh kesalahan kenderaan di buat dengan tarikh penerimaan surat saman. Ada yang menerimanya 2 atau 3 bulan setelah kesalahan dibuat dan ada yang selepas hampir setahun. Malahan ada yang tidak terima sebarang makluman langsung. Ini menyukarkan pemilik kenderaan mengingati siapa yang memandu pada ketika kesalahan dibuat. Kaedah menamakan pemandu di keratan penghujung surat saman juga dilihat tidak praktikal kerana tarikh kejadian yang telah lama serta hanya akan menyebabkan pertengkaran sesama saudara atau dengan rakan.

iii. Jumlah saman yang dikenakan sama tanpa mengira had laju
Jumlah kompaun yang sama iaitu RM300 biasanya dikena tanpa mengira had laju yang di catatkan adalah amat tidak adil. Kalau kita lihat dalam undang-undang contohnya rasuah, denda yang dikenakan bebeza mengikut jumlah rasuah yang di ambil, begitu juga  dalam pengedaran dadah. Justeru PDRM sewajarnya mengenakan jumlah saman yang bebeza bergantung pada had laju. Contohnya kereta yang dipandu melebihi had laju tetapi masih di bawah had laju kebangsaan iaitu 90km sejam dikenakan saman RM100. Seperti memandu 78km di kawasan had laju 60km. Mereka yang memandu melebihi 90km hingga 110km dikenakan saman RM200 dan yang memandu melebihi 110km barulah dikenakan kompaun maksimum RM300. Rasionalnya ialah mereka yang memandu di bawah 90km ini bukan dalam golongan "kaki racing", mereka cuma kadang tidak terpandang papan tanda hadlaju atau jalan yang lengang ketika itu. Tetapi mereka yang memandu melebihi 110km sejam memanglah boleh di kategorikan sebagai "kaki racing" yang boleh menyebabkan kemalangan dan wajar dikenakan kompaun maksimum.
iv. 'Blacklist' hendaklah dibuat setiap tahun bukan setelah 10 tahun

PDRM dan JPJ sepatutnya menyenarai hitam pemandu yang enggan membayar saman ini setiap tahun bagi mengelakkan ianya tertunggak telalu lama yang mana akan menyukarkan pemandu untuk membayar jumlah yang terlalu banyak seperti yang berlaku sekarang. Walaupun kerajaan ada memberi insentif diskaun tetapi apabila jumlah yang terkumpul terlalu lama ianya pasti menjadi bebanan kepada rakyat untuk menjelaskannya dalam masa yang singkat. Bukan semua rakyat berkemampuan lebih-lebih lagi ketika ekonomi jatuh seperti sekarang. Kita tidak mahu natijahnya nanti lebih teruk di mana mereka akan mamandu kenderaan tanpa cukai jalan bagaimana nanti jika berlaku kemalangan? Dan lebih parah lagi ada yang maminjam along untuk menyelesaikan saman bagi memastikan mereka boleh memperbaharui cukai jalan.

Maka boleh kita simpulkan di sini kaedah penyelesaian yang terbaik ialah pihak PDRM perlu mengkaji mekanisma baru bagi perlaksanaan saman ekor ini. Antaranya ialah seperti yang pernah PDRM lakukan sekitar tahun 1990-an. Di mana pada ketika itu saman ekor di buat secara "tembak, tahan dan tulis saman" (3T).  Kereta yang dipandu melebihi had laju akan dikesan oleh seorang anggota polis lalu akan ditahan selepas 1 atau 2 kilometer dari tempat kejadian oleh 2 atau 3 orang anggota polis lain serta saman terus di beri kepada pemandu. Ini secara langsung akan menyelesaikan semua masalah. Sekiranya PDRM menghadapi masalah kekurangan anggota mohonlah pertambahan anggota bukannya menjadi pak turut untuk melakukan kezaliman kepada rakyat.

Justeru saya amat-amat berharap kempen anti saman ekor (Kase) oleh PAS ini dapat terus diperjuangkan sehingga tercapai matlamatnya. LAWAN TERUS LAWAN! Kerajaan BN mesti diajar bahawa rata-rata rakyat faham akan rasionalnya penggunaan perangkap had laju, rakyat bersedia untuk membayar saman sekiranya perlaksanaannya teratur dan telus bukannya dengan cara menzalimi rakyat. Dan apa yang lebih jijik lagi ialah menjadikannya sumber pendapatan haram kerajaan.

ISTIQAMAHLAH DALAM PERJUANGAN - ADUN CHANGKAT JONG / استقامهله دالم ڤرجواڠن - ادون چڠکت جوڠ

Posted: 26 Feb 2011 08:06 PM PST


TELUK INTAN, 26 Februari - Ahli-ahli PAS perlu istiqamah di dalam berjuang dan usah berniat untuk berhenti dalam perjuangan. Demikian dinyatakan oleh YB Hj. Mohd. Anuar Sudin semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan serentak PAS Cawangan Kg. Sungai Samak dan PAS Cawangan Sungai Manila. Majlis telah diadakan di rumah Sdr. Saifuddin Abd. Hamid, Ketua PAS Cawangan Kg. Sungai Samak.

"Kita perlu yakin bahawa perjuangan yang kita lalui ini adalah perjuangan yang benar maka setiap usaha dan amalan kita demi menegakkan agama Allah akan dinilai sebagai pahala oleh Allah SWT."

Menurut beliau lagi, oleh kerana itu para ahli PAS perlu memantapkan hubungan dengan Allah di samping sentiasa memurnikan aqidah sebagaimana Rasulullah mengutamakan tarbiyyah aqidah terhadap para sahabat pada zaman awal penyebaran dakwah di Mekah.
Ketua PAS Sg. Samak Sdr. Saifuddin menyampaikan ucapan.

"Oleh kerana itu, apabila ada manusia yang tidak menjaga hubungan dengan Allah maka mereka telah menjadikan politik itu kotor. Sebenarnya pengamal politik itulah yang kotor. Mereka menggunakan media menyebarkan fitnah, menggunakan jentera kerajaan dalam dalam kempen pilihan raya, rasuah dan sebagainya," tambah beliau lagi.
YB Anuar menyampaikan ucapan perasmian.

(Kanan) Sdr. Kasdi, Naib Ketua PKR Cabang Teluk Intan turut hadir.

Antara yang turut hadir ialah Sdr. Rahmat Maliki, Timbalan YDP PAS Teluk Intan, Sdr. Kasdi Naib Ketua Cabang PKR Teluk Intan, Hj. Yusuf Ketua PAS Cawangan Sungai Manila.

Sebelum itu, di dalam ucapan aluan Sdr. Saifuddin telah menyatakan bahawa perjuangan di dalam PAS merupakan usaha menyambung perjuangan Rasulullah dan para sahabat yang perlu disertai oleh setiap umat yang cintakan Islam.

"Islam bukan hanya sekadar agama malah ia menyedia dan mengatur umatnya dalam semua bidang sama ada sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Ini adalah kerana, setiap apa sahaja yang kita lakukan akan dipersoalkan di akhirat kelak," ujar beliau.
YB Anuar menyampaikan sijil ucapan hari lahir.

"Tahniah, selamat hari lahir," kata YB Anuar.

Di dalam majlis itu juga, YB Anuar telah menyampaikan sijil ucapan hari lahir kepada beberapa orang ahli dan penyokong yang lahir dalam bulan Januari dan Februari. Apa yang istimewanya juga, kebetulan tarikh lahir YB Anuar jatuh dalam bulan Februari. Kemudian, YB Anuar bersama-sama membelah kek hari lahir sebagai meraikan ulang tahun kelahiran masing-masing.
YB Anuar dan ahli yang menyambut hari lahir memotong kek hari lahir.
 
YB Anuar bersama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

intanhijau.blogspot.com

ANTARA DUA DARJAT

Posted: 26 Feb 2011 09:02 AM PST

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 27 Feb 2011 03:32 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


GAMBAR SEKITAR HARI PENAMAAN CALON DI KERDAU

Posted: 26 Feb 2011 06:06 AM PST


26 Februari –  Pilihan raya kecil DUN Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, demikian diumumkan oleh  Pengawai Pengurus bagi PRK itu, Datuk Tarif Abd Rahman di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Wartawan Malaysiakini melaporkan bahawa Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun peluang mereka masih 50-50, PAS akan mampu membuat kejutan.

Tuan Ibrahim berkata BN sudah masuk perangkap PAS apabila menyangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Kerdau kali ini.

Sementara itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pula berkata tidak mustahil calon PAS akan menang kerana generasi muda, termasuk di kawasan Felda semakin bermaklumat dan sedar.

Disertakan beberapa gambar sekitar hari penamaan calon.

 Orang kuat PAS Pahang, Saudara Roslan Zainal di 'pintu masuk' ke Dewan Tun Razak menunggu tokoh-tokoh PAS dan PR untuk ke ruangan terhad dalam Dewan Tun Razak.

 Cikgu Safinah, Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu bersama suami Ustaz Awang sempat minum pagi di sebuah warung dalam bandar Temerloh.







 Ramai jawatankuasa Pemuda PAS Terengganu di sini termasuk Ustaz Wan Shukairi dan Ustaz Razki.

 Ustaz Ridzuan Hasyim, Ketua Pemuda Kuala Nerus pun ada.


 Ustaz Hamzah Ngah dan Abang Wei.










 Penasihat DAP, Saudara Lim Kit Siang datang memberikan sokongan bersama kepimpinan DAP yang lain.

 Teresa Kok, EXCO Kerajaan Selangor.






 Naib Presiden ANAK, saudara Aris Fezul Ismail.




 Banner oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS.


 Ng Chai Hin daripada Terengganu.

 Kadang-kadang rasa seperti pasar malam di sini, cuma masih terlalu pagi dan tengahari.


 Ustaz Zakaria Dagang bersama keluarga besar.




 Ustaz Abu Bakar Chik berbincang sesuatu saudara Roslan.


 Suasana Dewan Tun Razak daripada sisi PAS.



 PAS, DAP, PKR.

 Ayah Wer antara pemegang 'panji-panji' Parti Islam.






 Air Gau dibahagi-bahagikan sebagai penghilang dehidrasi.



 Kawat duri pemisah antara dua pasukan penyokong.



 Kem UMNO sebelah sana.

 Barisan Depan Penyokong PAS.






 Ayah Wer beralih tempat, lebih ke hadapan.


 Pemerhati daripada luar kawasan kedua-dua belah pihak penyokong.

 Ronnie Liu tak jumpa pintu masuk, namun di bawa oleh penyokong PAS ke pintu yang betul.




 Ustaz Abu Bakar Soleh.

 Orang Asli dan mesej beliau.






 Dewan Himpunan Penyokong PAS dijemput bergambar.


 ARC di mana jua.




 Awie mendapatkan 'ariel view'.


 Dua hero Alor Limbat memegang 'panji-panji'.




 Jip polis ada sedikit bayang yang boleh menjadi tempat berlindung dalam kes ini.


 Ustaz Burhanuddin Ahmad, pegawai khas YB Dr. Fadhli Dato' Hassan, EXCO Kelantan, sedang mengukir senyuman untuk sahabat lamanya.

 Ustaz Muda yang sentiasa mude.

 YB Dr. Alias, ADUN Bukit Tunggal.



 Tiang bendera dengan menggunakan joran.

 




 Air SPR vs Air Gau.

 Sebelum pengumuman rasmi oleh pegawai SPR.




Berjalan pulang di celah-celah kenderaan FRU dan polis FRU.

 Tuan Guru Presiden dalam satu ceramah pada malam sebelum penamaan calon.




 Ceramah selesai.

Sempat minum-minum sebelum pulang.



Pasukan petugas bersarapan sebelum ke pusat penamaan calon.


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 27 Feb 2011 03:23 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Pakatan desak Najib

Posted: 26 Feb 2011 10:22 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

pas muktamar 070609 nasharudin mat isa 03Timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata kenyataan Najib iu dilihat tidak cerdik serta memperlihatkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat.

"Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

"Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran," kata Nasharudin.

Beliau yang juga ahli parlime Bachok itu mengulas laporan berita dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Menurut Nasharudin, - Dr Yusuf yang juga pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia adalah seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.

"Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

Syeikh Dr Yusuf Al-QardhawiMalah, sempena Ma'al Hijrah, dua tahun lalu, beliau berkata Malaysia telah menyampaikan Tokoh Ma'al Hijrah kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam.

Menurutnya lagi Dr Yusuf juga selalu berkunjung ke Negara ini untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

"Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di negeri itu.

ikhwan musliminMenyentuh kebangkitan rakyat di Mesir, Nasharudin berkata Ikhwan Muslimin berpendapat segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah, katanya Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

"Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir," ujarnya.

Sementara itu, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu kenyataan media hari ini, juga berkata Najib perlu memohon maaf daripada Dr Yusuf.

Katanya, kenyataan sembrono perdana menteri ke atas Dr Yusuf dan Ikhwanul Muslimin tsebenarnya tidaklah memeranjatkan kerana presiden Umno itu sememangnya teah perkakas kepada propaganda Israel yang mendapat dukungan daripada golongan ekstrim dalam dasar luar Amerika Syarikat.

"Kenyataan menolak penyertaan Ikhwanul Muslimin dalam menentukan haluan politik Mesir dan Timur Tengah hanyalah semata-mata bertaklid dengan pendirian Amerika Syarikat.

"Sebagai pemimpin negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Najib telah menyinggung ulama tersohor dunia Islam dan seluruh warga Muslim di atas kenyataan tidak bertanggung jawab beliau di Istanbul, Turki yang dipetik oleh National Review Online pada 23 Februari 2011 bertajuk Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out," katanya.

Menurut Azmin, demokrasi adalah proses politik yang bersifat inklusif dan proses politik yang menolak penyertaan sebahagian dari anggota masyarakat adalah bertentangan dengan semangat dan amalan demokrasi.

"Mereka yang berpandangan Ikhwan Muslim perlu dikeluarkan dari proses politik Mesir pasca Mubarak dan pasca rejim tentera adalah jahil terhadap sejarah politik Mesir dan aspirasi rakyat negara tersebut.

"Ikhwan adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan merupakan kumpulan yang paling sedar terhadap kezaliman rejim Mubarak dan keperluan demokrasi di Mesir," katanya.

Menurut Azmin, kenyataan Najib yang mengaitkan Dr Yusuf dengan keganasan dan terorisma menunjukan perdana menteri telah dijadikan perkakas kepada propaganda Israel .

"Sheikh Yusuf adalah ulama yang paling tegas memperjuangan hak rakyat Palestin. Oleh itu, propaganda Israel dan penyokong-penyokongnya di Amerika cuba menggambarkan Sheikh Yusuf sebagai penyokong keganasan.

"Perdana Menteri harus sedar bahawa Sheikh Yusuf adalah ulama dunia Islam yang paling berpengaruh dewasa ini. Selama berdekad-dekad Sheikh Yusuf telah berjuang melalui tulisan dakwah beliau untuk melawan golongan ekstrimis dalam Islam dengan mengemukakan falsafah kesederhanaan (al-Wasatiah) dalam Islam.

"Maka mengaitkan Sheikh Yusuf, yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 2009, merupakan satu kejahilan yang tidak boleh dimaafkan. Kerana keceluparan tersebut saya menuntut Perdana Menteri memohon maaf kepada Sheikh Yusuf Qaradhawi," akhir azmin dalam kenyataannya itu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 27 Feb 2011 01:26 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Demo Interlok: lebih 70, termasuk Uthaya ditangkap

Posted: 26 Feb 2011 10:16 PM PST

23 Rabiulawal 1432H. [MOD] -

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

"Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakkan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.


Setakat jam 10 pagi tadi, dianggarkan tidak kurang 100 orang di beberapa tempat selutuh Kuala Lumpr telah ditankap.

Mereka yang dipercayai penyokong Hindraf, khususnya masyarakat keturunan India yang berjalan-jalan sekitar bandaraya dieriksa dan keudiannya ditahan.

Menurut orang ramai yang lau lalang, mereka ditahan dan beg mereka digelidah meskipun mereka tiada kaitan dengan perarakan berkenaan.


Sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 80 orang dalam beberapa kumpulan kecil antara 10 hingga 30 penyokong HRP dan Hindraf berarak dari Hotel Renaissance menuju ke KLCC, sambil menjerit 'Makkal Sakthi' dan beberapa slogan lain – semua mereka ditangkap di hadapan Hotel Maya.

Veeramani, seorang wartawan komuniti yang bermeja-T 'Citizen Journalist' dan juga seorang pemberita dariakhbar Tamil, Makkal Osai, adalah antara merekayang dicekup pagi ini.

Turut ditangkap adalah ketua HRP Kedah, Ramu Ramasamy dan seorang lagi pemimpin HRP Pla Pinang. Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat daerah polis Sentul.


Jayathas yang pada sebelah bagi membekalkan maklumat kepada wartawan berhubung perarakan hari ini juga dicekup padajam 10 pagi dan telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Jinjang.

Di sebalik kekecohan itu, sekupulan peljar yang mewakili Persatuan Pelajar Tamil Malaysia Berjaya mengadakan demonstrasi kecil di Jalan Mayang, off Jalan Ampang, berhampiran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia bagi membantah penggunaan novel Iterlk di sekolah. Mereka kemudiannya bersuraitanpa esiapun ditangkap.

Menjelang 10.20 pagi, keadaan sekitar KLCC dilaporkan tenang kembali apabila kebanyakan penyokong HRP dan Hindraf dilaporkan sudah melarikan diri ataupun ditangkap polis.

Mereka kemudiannya berkumpul di kuil Kootu Malai Pillayar Temple berhampran stesen bas Pudu dan puluhan peyokong mereka mejerit 'Hindraf Velga!'

Menurut sumber polis, idak kurang78 orang ditahan.

Sementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi ini telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

Dianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat. Malaysiakini/-

Ulasan Cina Islam :

Saya masih rasa hairan bagaimana hak rakyat berbilang bangsa di negara malaysia yang kononnya mengamalkan demokrasi sudah menjadi "democrazy" di kalangan agensi kerajaan yang sering disalahgunakan untuk menlindungi kerja jahat UMNO dan BN.

Harapan saya semuga semua yang ditahan dibebaskan tanpa syarat kerana mereka sebetulnya ada hak sesuai dalam Perlembagaan Malaysia yang membenarkan rakyat berhimpun secara aman dan tidak membawa senjata tajam.

Salahkah Pas ubah nada perjuangannya?

Posted: 26 Feb 2011 02:30 AM PST

22 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Sewaktu isu PAS mahu utamakan orang Melayu dimainkan media arus perdana, ramai yang bertanya kepada saya tentang pendirian Pas itu. Saya tidak berminat untuk mengulas isu itu kerana tidak tahu isu sebenar. Pada fikiran saya, sesuatu isu yang dimainkan oleh media perdana mengenai parti pembangkang, belum boleh dibuat pegangan. Mungkin ada udang di sebalik batu.

Hal ini berdasarkan pengalaman lampau. Yalah, kalau perkara itu betul dan menguntungkan parti pembangkang, buat apa disiarkan secara meluas. Mereka tentu sudah tahu, isu yang akan dimainkan itu boleh membawa kepada kemerosotan keyakinan orang Melayu kepada Pas. Tetapi mereka mungkin lupa, orang Melayu zaman sekarang bukan seperti orang Melayu zaman penjajah dahulu.

Walaupun saya tidak mahu mengulas secara rasmi, tetapi di dalam hati terdetik juga beberapa persoalan; salahkah pas menukar nada?; benarkah pas menukar nada?; betulkah tukar nada kerana kemerosotan pengundi Melayu?

Dalam mencari jawapan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli, seperti yang disiarkan dalam Melaysiakini, menyebut petikan teks asal ucapan Nik Aziz yang antara lain menyebut: "Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

Katanya lagi, akhbar Mingguan Malaysia sengaja membuat isu dengan membuang dan menambah perkataan dalam ayat di atas. Akhbar itu menyebut: "Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu." Dibuangkan agenda dakwah dan digantikan dengan perjuangan.

Ucapan Nik Aziz Nik Mat tersebut adalah ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) baru-baru ini.

Dengan petikan ini, tidak salah lagi media perdana itu tersilap strategi dalam membuat laporan. Malah laporannya tidak menggugat keyakinan orang Pas terhadap partinya. Sebaliknya, orang Melayu yang di atas pagar pula hilang keyakinan kepada media perdana itu.

Walau bagaimanapun dalam mencari jawapan di atas, saya baru temuinya dan jawapan pada soalan tersebut adalah:

Secara ringkasnya saya berani tegaskan, memang tidak salah sesuatu parti itu menukar nada. Malah memang wajar kena tugar nada sesuai dengan perubahan zaman. Tidak mungkin sewaktu kanak-kanak nadanya sama dengan waktu dewasa dan tua. Dalam perjuangan mesti ada strategi yang perlu diubah.

Tetapi kalau nada itu dimaksudkan sebagai dasar, saya dapati tidak ada yang berubah lagi. Adapun "Mengutamakan Melayu" bukan dasar baru. Mungkin dalam perlembagaan tidak disebut Melayu, tetapi meletakkan perjuangan Islam tentulah merujuk kepada Melayu kerana waktu itu orang Islam adalah orang Melayu. Orang Cina dan India Islam masih belum ramai.

Akhirnya, pertukaran nada itu langsung tiada kaitan dengan kemerosotan undian orang Melayu kerana sokongan orang Melayu masih sama. Orang yang mahu perjuangan Melayu tetap berpihak kepada Umno, dan orang Melayu yang mahu perjaungan Islam tetap berada di pihak PAS. Yang berubah hanya orang yang di atas pagar.

Jadi, orang Melayu di atas pagar ini perlu diberi perhatian oleh pejuang-pejuang parti. Berikan perhatian serius kepada mereka dengan menjelaskan kepada mereka, mana lebih baik Melayu atau Islam. Alangkah baiknya kalau mereka menjadi orang Melayu Islam yang benar-benar takut kepada Allah.

Ulasan Cina Islam :

Satu pandangan yang baik dari Ust. Baei. Apapun saya kira UMNO cuba mengambil peluang untuk menunjukkan dialah jaguh sebenarnya kepada orang Melayu, namun realitinya dialah pengkhinat sebenar kepada agama Islam dan bangsa Melayu.

Mudah-mudahkan sikap hipokrit UMNO akan menjadikan dia terus terpinggir dalam arus politik tanah air.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 27 Feb 2011 01:15 AM PST

Pas Kawasan Tanjung Malim


Perbaiki Diri Untuk Menjadi Pendakwah Yang Berjaya

Posted: 26 Feb 2011 09:02 AM PST


Pas Cawangan Slim Village Maju telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya bagi kali ke 10 dengan dirasmikan oleh AJK Pas Kawasan Tg Malim, AF Ustaz Mohd Shafie bin Hamid.

Beliau mengimbas kembali betapa Pas suatu ketika dulu sukar didekati oleh golongan bukan Islam. Namun keadaan kini amat berbeza kerana sokongan yang diterima daripada golongan bukan Islam adalah melebihi daripada sokongan orang Islam berketurunan Melayu di sesetengah kawasan.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pendokong perjuangan Islam melalui Pas supaya bangkit dan perbaiki diri demi melahirkan pendakwah yang berjaya menunjukkan contoh teladan bagaimana rupa tata laku Islam yang sebenar.

Beliau juga mengingatkan tentang amanah kepimpinan kepada AJK yang akan dilantik untuk sesi 2011-2013. Berjuanglah dengan ikhlas dan yakinlah akan janji-janji Allah bagi mereka yang berjihad menegakkan Islam di muka bumi ini.

Salam Perjuangan

Posted: 26 Feb 2011 11:33 PM PST

Salam Perjuangan


CALON BN LETAK SYARAT...

Posted: 26 Feb 2011 09:36 PM PST

HASANUDIN SANDARAN PAS

Posted: 24 Feb 2011 07:23 PM PST

Idris Ahmad

Posted: 26 Feb 2011 11:20 PM PST

Idris Ahmad


Datuk Seri Ali Rostam Pening Lalat, Tuduh Pas Seperti Mesir

Posted: 26 Feb 2011 11:04 PM PST

Kesian dekat Datuk Seri Ali Rostam, pening lalat ketika membuat analisa politik di Timur Tengah. Beliau mengatakan Malaysia akan jadi seperti Mesir jika Pas memerintah negara. Mungkin sibuk dengan pilihanraya kecil Merlimau sehingga tidak mampu membaca fakta sebenar apa yang berlaku di Mesir.

Pada hal rakyat Mesir bangkit melawan kerajaan Husni Mubarak kerana rasuah, kroni, pencabulan hak asasi. Simptom ini ada kepada kerajaan umno di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rostam. Pas mengharapkan Ketua Menteri Melaka jangan cuba mengalih isu yang melanda negeri Melaka mengenai pembaziran yang tidak mendatangkan faedah  kepada rakyat. Beliau cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji. Projek Litar Go Kart (RM9.9 juta) yang tidak dapat digunakan, Eye On Malaysia (RM8 juta) yang kini hanya tinggal tapak, Monorail Melaka (RM16.5 juta) yang tersangkut di landasan hanya selepas 5 jam dirasmikan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam (RM190 juta) yang banyak disinggahi burung daripada pesawat penumpang.


Filed under: Politik

Pentadbir Universiti Jangan Jadi Tali Baru Umno

Posted: 26 Feb 2011 02:31 AM PST

Pentadbir  universiti jangan jadi tali barut umno dan Bn di negara ini. Pas mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus,  demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno. Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti   Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika  memberi subsidi  beruk dan baja.

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa  merupakan sejarah hitam dan tindakan yang melampau. Pas ingin mengigatkan kepada pihak universiti, mahasiswa bukan manusia yang boleh dicucuk hidung. Mahasiswa ialah insan yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat di negara ini.

Pas hendak menasihatkan pihak pentadbir tumpulah kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu di menara gading. Universiti perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama dan negara. Jika universiti tidak fokus kepada tugas hakiki maka jadilah seperti polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan membenteras jenayah sebaliknya telah menumpu kepada aktiviti pembangkang. Kesannya jenayah meningkat dan keselamatan sosial tidak selesa.

Tindakan berani mahasiswa yang bertindak membantah ketidak adilan Hal Ehwal Pelajar patut disanjung dan disokong. Inilah bahasa yang boleh difahami oleh orang suruhan  umno di universiti


Filed under: Politik

Pengikut