Rabu, 10 Oktober 2012

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


FATWA LABUR EMAS

Posted: 10 Oct 2012 02:44 AM PDT

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut: Syarat Umum Jual Beli 1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut 'uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah. Pihak Yang Berakad 2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta'aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut: i. Baligh, berakal dan rasyid Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya. ii. Keredhaan Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi. Harga Belian (al-Thaman) 3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Barang Belian (al-Muthman) 4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah. 5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah. 6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah: i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya. ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan. iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas. Sighah 7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu'ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha'. 8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, " Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun". 9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya. Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi 10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut: i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad. ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi. Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut: Syarat Pertama: Taqabudh 11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad. 12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut: a. Pembayaran secara tunai b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker's cheque) c. Pembayaran secara cek peribadi d. Pembayaran secara kad debit e. Pembayaran secara kad kredit f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa. Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku. 13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu: a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli. b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan. 14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah. Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi. Syarat Kedua: Secara Lani 15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas. 16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran. 17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali. Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing. Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing. Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut: Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian: i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku. ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual. iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu. iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000. Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli. Akad Dan Unsur Sampingan 18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut. 19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah. 20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur "salaf wa bay" iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli. 21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu. 22. Wa'd boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa'd dari sebelah pihak dan bukannya muwa'adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa'd dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan 'kunci harga'. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan. 23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

BELANJAWAN 2013 DATO' SERI HAJI HADI AWANG

Posted: 10 Oct 2012 02:26 AM PDT

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang [Marang]: Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakaatuh. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya memulakan ucapan perbahasan ini dengan menyebut firman Allah Subhanahuwataala [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah Al-Hajj, ayat 41 yang bermaksud; "Orang-orang yang kami berikan kepada mereka kuasa memerintah negeri, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, mereka menyuruh kepada yang baik, mencegah kemungkaran dan bagi Allah sahaja akibat segala urusan." Menunjukkan bahawa di sana ada empat konsep bagi memerintah negara untuk menjamin segala pengurusan pentadbiran kewangan dilaksanakan dengan betul dan baik dan mencapai kejayaan. Pertama ialah pembangunan insan atau pembangunan manusia, yang kedua konsep kewangan dan dasar kewangan, yang ketiga konsep Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar, yang keempat wawasan yang betul dan tepat. Kejayaan belanjawan tidak hanya bergantung kepada duit yang dibentangkan dengan jumlah yang dibangga-banggakan sahaja dan bukan dengan projek pembangunan yang disenaraikan berjela-jela. Ia bergantung kepada manusia yang melaksanakannya dan manusia yang mengurus serta manusia yang menerima sumbangan itu, sejauh mana dapat menunaikan dengan sempurna. Duit yang diterima dan diurus dengan baik, tidak dinafikan bahawa bajet dan politik tidak dapat dipisahkan, bukan bermain politik dengan bajet, ini adalah tanggungjawab politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Bezanya kerajaan sudah memerintah 50 tahun lebih, penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan 40 tahun lebih penubuhan Malaysia. Manakala pembangkang belum lagi memerintah Kerajaan Pusat, mereka memerintah kerajaan negeri, maka dilaksanakan dalam negeri. Politik mempunyai peranan yang penting di dalam membentangkan bajet kepada pembangkang dan melaksanakan kepada mereka yang telah memerintah. Dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, kerajaan tidak boleh berlagak maha suci daripada bersifat kekurangan dan kelemahan, tidak boleh berlagak seperti tuhan, tidak ada kekurangan, tidak ada kelemahan, tidak ada ketirisan, kita jangan melekakan rakyat dengan slogan yang bertali arus satu demi satu, bermula dengan 'Bersih, Cekap, Amanah', 'Kepimpinan Melalui Teladan', 'Islam Hadhari' dan macam-macam dan hari ini pula 'Janji Ditepati'. Kita tidak menafikan di sana ada janji yang ditepati dan ada janji yang belum ditunaikan dan masih ada janji yang ditunaikan tetapi tidak sempurna, tidak selesai, tidak dapat dilaksanakan dengan betul, masih ada negeri-negeri, wilayah, daerah, kampung, rakyat yang ketinggalan. Contohnya negeri Tuan Yang di-Pertua sendiri Sabah, Sarawak, Malaysia Timur. Sarawak 40 tahun kita mencapai kemerdekaan, walaupun dijanjikan dengan pelbagai janji sejak mula mencapai kemerdekaan, ditunaikan tetapi tidak habis, bukan tidak ditunaikan, tidak sempurna. Masih ada lagi kelemahan-kelemahan yang kita kena sedar, wilayah, daerah, kampung yang masih terbengkalai, rakyat yang ketinggalan walaupun di sana diberikan bantuan masih ada yang ketinggalan. Projek terbengkalai tidak menepati jadual, Lebuh Raya Timur – Barat sudah berapa penggal pilihan raya masih belum selesai antara pantai timur dan pantai barat. Lebuh Raya Simpang Pulai daripada Simpang Pulai ke Gua Musang, Kuala Bera melalui Kelantan dan Terengganu dirancang sejak tahun 70-an sekarang sudah berapa tahun masih belum selesai. Itu janji dibuat bukan tidak buat tetapi tidak sempurna. Bahkan ada janji yang dibuat tetapi runtuh, stadium runtuh, buat jambatan runtuh, walaupun jumlahnya tidak besar tetapi tidak boleh dianggap, dipandang ringan dalam perkara ini. Kerajaan perlu mengizinkan satu muhasabah yang adil dan telus, satu muhasabah yang adil dan telus banyak penyelewengan hilang cerita, cerita lama hilang timbul cerita baru, penyelewengan Bank Bumiputera beberapa tahun yang lalu, KWSP, Tabung Haji, Baitulmal, zakat dan macam-macam lagi, Petronas dikatakan ada juga. Diakhiri dengan kapal selam, pembelian senjata-senjata sky hawk, PERWAJA dibawa ke mahkamah sekejap, habis cerita, tidak tahu kisahnya, tidak tahu apakah akibat mereka yang melakukan kesalahan itu. Lebih malang lagi apabila penyelewengan ini dilindungi dengan media-media yang dibatasi, yang dihalang dengan undang-undang ISA, OSA yang tidak mengizinkan pendedahan sebagai rahsia kerajaan untuk menutup segala kesalahan ini. Pilihan raya yang tidak menghakimkan rakyat sepatutnya rakyat boleh menjadi hakim di dalam pilihan raya untuk menentukan hukuman kepada kerajaan yang buat silap tetapi rakyat tidak boleh menjadi hakim kerana pilihan raya yang tidak telus, pilihan raya yang masih belum berjalan dengan cara yang baik, yang memuaskan mengikut amalan demokrasi yang beradab dan berakhlak. Tanpa muhasabah yang betul, maka bajet yang dibentang akan memberikan bajet politik wang, bajet rasuah, bajet menjelang pilihan raya kerana dibentangkan hampir hendak pilihan raya di bentang, sudah tentu nawaitunya sedikit sebanyak ada pilihan raya walaupun sebanyaknya kalau sedikitnya akan menjadi sebegitu. Saya kembali kepada asas empat perkara yang disebutkan tadi, kejayaan untuk mencapai bajet yang sempurna, pembangunan insan, dasar kewangan dengan konsep yang betul, konsep pelaksanaan, Amar Ma'ruf Nahi Munkar, wawasan yang pertama pembangunan insan, pembangunan manusia, Allah Taala memilih manusia untuk memakmurkan bumi [Membaca sepotong ayat Al-Quran]; "Dan sesungguhnya kami memuliakan manusia anak keturunan Adam, tidak diberikan kepada binatang, tidak diberikan kepada malaikat, tidak diberikan kepada makhluk yang lain, diberikan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi kepada manusia", Yang penting manusia itu perlu dibangunkan manusiawi nya, dibangunkan insannya. Untuk membangunkan insan, mestilah mengikut acuan penciptanya, mengikut fitrah, mengikut naluri sifat semula jadi. Manusia ada jasad, ada roh dan akal. Maka pembangunan insan mestilah memenuhi ketiga-tiga aspek ini. Kegagalan dan kebuntuan berlaku apabila pembangunan insan tidak memenuhi ketiga-tiga aspek ini. Pembangunan roh, pembangunan diri dengan iman, akidah mengawal hati dan rohani. Adanya perhitungan benar dan salah, perhitungan dosa dan pahala bagi orang Islam. Di sana ada perhitungan sejagat, perhitungan manusia baik dan buruk kepada orang bukan Islam. Itu adalah aspek rohani yang perlu diberi tekanan. Sejauh mana penekanan ini berjaya dalam dasar pendidikan dan sistem pendidikan kita. Ilmu yang memberi manfaat. Islam membahagikan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain yang wajib atas tiap-tiap orang lelaki dan tiap-tiap orang perempuan. Kebanyakan orang mengenali fardu ain ini sembahyang lima waktu. Mereka tidak tahu termasuk fardu ain juga ialah memahami baik dan buruk, jahat dan tidak jahat, betul dan salah. Itu perlu diketahui tiap-tiap orang. Bukan sahaja ajaran Islam tetapi termasuk ajaran kemanusiaan. Ini fardu ain antara tiap-tiap orang. Perlu ditanam kepada anak-anak sejak kecil lagi dan dipanjangkan sehingga dewasa. Fardu ain dan fardu kifayah. Fardu kifayah ini bukannya sembahyang mayat sahaja. Termasuklah setiap keperluan hidup manusia dalam bidang ekonomi, dalam bidang industri, dalam bidang segala-gala keperluan, itu fardu kifayah yang wajib ditunaikan. Fardu kifayah ini ada kaitan dengan fardu ain. Ilmu itu dikaitkan pula dengan pembangunan roh, tidak boleh dipisahkan. Seterusnya ialah akhlak yang mulia. Akhlak yang mulia ini perlu ditekan. Akhlak ini adalah perkara sejagat. Dalam masa yang sama, peranan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda dikatakan bahasa jiwa bangsa untuk mengilmukan rakyat dengan sebanyak-banyak dan seramai-ramainya mestilah dengan bahasa kebangsaan, dengan bahasa ibunda. Ini termaktub dalam Perlembagaan, dengan bahasa ibunda, dengan bahasa kebangsaan supaya seramai-ramai boleh diilmukan. Kemudian, untuk ke peringkat yang lebih mendalam, lebih tinggi, maka pergi ke mana-mana dunia dengan bahasa-bahasa asing. Sejauh mana kita memperkasakan bahasa kebangsaan? Bahasa kebangsaan semakin hari menjadi semakin hendak luntur. Kita sendiri biarkan bahasa kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk mencipta istilah-istilah ilmu tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Sepatutnya bahasa kebangsaan diperkasakan tetapi tidak diperkasakan. Di mana semua aspek ini, pembangunan roh, pembangunan ilmu dan pembangunan akhlak merupakan tanggungjawab agama. Di sinilah tiap-tiap orang Islam yang sembahyang dia sebut... [Membaca sepotong ayat al-Quran] "Sesungguhnya sembahyang aku, hidup aku, mati aku, semuanya kerana Allah." Tidak ada sekutu bagi-Nya, barulah seluruh kehidupan kita ini ada rasa tanggungjawab. Bukan sahaja tanggungjawab dalam masalah yang dinamakan ibadat, dalam masalah mentadbir negara, masalah menguruskan kewangan tidak ada tanggungjawab. Di mana acuan inilah yang melahirkan manusia zaman Umar bin Khattab RA, zaman Umar bin Abdul Aziz sebagai contoh. Umar bin Al-Khattab, bagaimana seorang wanita penjual susu hendak tipu jualannya di waktu malam yang sunyi dan didengari oleh Khalifah Umar bin Khattab di mana bila hendak tipu tetapi anak gadis dia kata jangan tipu. Lalu dia kata Umar tidak tahu. Walaupun Umar tidak tahu tetapi anak dia kata, Tuhan Umar tahu. Tuhan Umar tahu. Walaupun manusia tidak tahu, Tuhan tahu. Aspek inilah yang perlu ditanam dalam diri. Dan Umar terus melamar gadis itu untuk dikahwinkan dengan anaknya dan melahirkan cicit Umar bin Abdul Aziz yang memerintah dengan adil dengan kemewahan yang diberkati oleh Allah. Seterusnya konsep kewangan. Duit halal dan mesti duit berkat. Ini tanggungjawab kepada orang Islam. Kalau duit haram, tidak berkat. Kemusnahan komunisme kerana duit haram pun dirampas. Hak kebebasan merampas harta orang. Tidak ada aspek agama. Ini kemusnahan komunisme. Kemusnahan kapitalisme, tanda-tanda kemusnahan ekonomi di Greek dan lain-lain lagi hari ini ialah kerana menipu, kerana riba, kerana rasuah. Ini adalah sumber-sumber haram yang meruntuhkan ekonomi negara-negara besar dunia. Jangan kita main-main dalam masalah halal dan haram ini. Di sini Allah SWT menyebut dalam al-Quran... [Membaca sepotong ayat al-Quran] "Kalau sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami bukakan untuk mereka keberkatan yang turun dari langit dan keluar dari bumi tetapi mereka membohonginya." Di mana perkataan berkat tidak ada dalam istilah ekonomi ciptaan manusia. Yang ada dalam Islam sahaja. Ini perlu diperkenalkan. Kemudian pengambilan hasil. Pengambilan hasil tidak menindas dan tidak digalakkan berhutang. Jangan menindas. Di sinilah disebut... [Bercakap dalam bahasa Arab] "Dan tunaikanlah zakat". Zakat adalah satu konsep memungut hasil secara ibadat kepada orang Islam yang disebut oleh Nabi SAW... [Bercakap dalam bahasa Arab] "Diambil daripada mereka yang berada dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan dan kepada keperluan negara". Hanya dibebankan kepada mereka yang berada. Mereka yang tidak berada tidak dibebankan dengan cukai. Inilah maka kita cadangkan tol dihapuskan. Tol dihapuskan kerana tol ini melibatkan semua rakyat termasuk kalangan-kalangan yang terlalu miskin. Ini kerana bila tol naik, begitulah juga barang lain akan naik. Oleh sebab itu kita hapuskan sebagai satu contoh di mana cukai-cukai yang membebankan rakyat miskin diturunkan. Ini tanggungjawab. Tidak menindas dan tidak digalakkan berhutang. Bukan tidak boleh hutang tetapi tidak digalakkan berhutang. Akan tetapi sering kali kerajaan yang tidak mengamalkan sistem dan konsep Islam ini, mereka jadikan hutang sebagai satu sumber kewangan. Ini satu sikap yang salah. Dengan sebab itu kita perlu menggunakan sumber asli yang ada dalam bumi kita. Negeri kita negeri yang kaya dengan sumber asli. Contohnya hasil petroleum, balak dan sebagainya tetapi kadang-kadang kita uruskan dengan cara yang tidak betul, haram, maka tidak jadi berkat. Contohnya royalti petroleum. Royalti petroleum ini ialah yang ada perjanjian antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dalam tahun 1975. Mereka yang terlibat masih hidup lagi iaitu Yang Berhormat Tengku Razaleigh Hamzah, Yang Berhormat Gua Musang, Tun Rahman Yaakub, Tun Salleh Abbas. Ini yang masih hidup lagi. Orang yang hidup ini masih lagi bercerita balik, mengisahkan bagaimana hendak selesaikan masalah Kerajaan Pusat dengan Malaysia Timur. Hanya Malaysia Timur yang ada hasil minyak pada masa itu. Lalu, mereka membuat keputusan, menggubal Akta Petroleum dan diluluskan di Parlimen dan ditubuhkan Petronas dan dibuat perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas di mana semua Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri mengadakan perjanjian dan menandatangani perjanjian itu. Sekiranya ada hasil minyak di darat dan di laut, maka diserahkan kepada Petronas dan Petronas hendaklah menyerahkan kepada kerajaan negeri sebanyak 5% royalti. Ini perjanjian. Akan tetapi apabila kami menang di Terengganu, mereka sanggup, luluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO satu usul. Dalam Perhimpunan Agung UMNO, bukan dalam Parlimen, untuk merampas royalti Terengganu. Kemudian, dinafikan Kelantan. Ini merupakan satu tindakan yang zalim yang menyebabkan tidak berkat. Zalim membawa tidak berkat. Inilah yang menyebabkan berlaku macam-macam hal dalam negara kita. Percukaian yang adil. Percukaian adil saya sebut zakat tadi... [Bercakap dalam bahasa Arab] Di mana sepatutnya cukai ini dinaikkan di kalangan mereka yang berada. Kalangan yang tidak berada kalau boleh hapus, hapuskan kecuali dalam keadaan darurat. Kemudian mengurus duit tidak bakhil dan tidak boros. Firman Allah SWT... [Membaca sepotong ayat al-Quran] "Dan orang-orang yang bijak yang Tuhan sayang ialah orang yang membelanjakan harta, mereka tidak boros dan mereka tidak bakhil dan mereka sederhana di antara keduanya." Ini diajar oleh Islam, tidak boros dan tidak bakhil. Di mana tidak boros dan tidak bakhil, keperluan umum hendaklah diutamakan. Keperluan umum hendaklah dijaga dan dipelajari oleh kerajaan. Kadang-kadang kerajaan mengambil kesempatan daripada keperluan umum di mana di sebut dalam satu hadis Nabi bersabda... [Membaca sepotong Hadis] Manusia itu bersekutu dalam tiga perkara iaitu air, api dan padang ragut. Itu zaman Nabi SAW. Zaman sekarang ini dia tambah lagi air, tenaga, kesihatan, transport, pos dan termasuklah pendidikan. Ini merupakan keperluan umum. Sepatutnya kerajaan mengendalikan keperluan umum ini, dikendalikan kepada mereka yang tidak mampu dibantu. Geran kesihatan sebagai contohnya, pernah pada zaman British dahulu, British mengamalkan negara berkebajikan (welfare state) di mana mereka memberi rawatan percuma. British pernah buat dan ada negara lain pernah buat. Rawatan percuma. Ini satu perkara yang sangat menarik sebenarnya diambil daripada Islam dan dianggap sebagai keperluan umum. Kerajaan kata akan timbul masalah kos pula. Sekarang ini banyak hospital swasta. Kerajaan boleh naikkan cukai daripada pihak swasta untuk tampung kekurangan ini. Banyaklah benda yang kita boleh buat. Pengagihan. Pengagihan mesti adil. Adil untuk semua rakyat. Bukan sebahagian rakyat sahaja. Saya tidak nafi bajet yang dibentangkan kena ada pengagihannya, tetapi kadang-kadang tiris. Tiris yang disedari. Banyak janji-janji hendak buat rumah. Rumah akan dibuat. Kita bimbang rumah itu kayu tidak ada kualiti. Simen tidak cukup, besi tidak cukup kerana berlaku kontraktor yang bergilir-gilir, bertukar. Jual, jual, jual, akhirnya rumah tidak sempurna. Ini sudah berlaku. Sudah berlaku. Kita bimbang hal ini akan berlaku lagi. Bagi duit, tidak kena pada tempat. Bagi duit. Contohnya bagi duit kepada pegawai kerajaan. Itu bagus. Kena tempat. Naikkan gajinya. Gaji minimum. Itu kena pada tempat. Akan tetapi bagi duit kepada petani. Bagi duit kepada nelayan sebagai contohnya. Apa yang diperlukan oleh petani dan nelayan, kalau bagi duit secara one-off, habis selepas itu. Tidak selesai masalah kemiskinannya. Sepatutnya bagi petani, duit ini digunakan untuk menurunkan harga baja, menurunkan harga barang makanan, membantu dalam pasarannya. Sepatutnya ditunaikan itu. Bahkan berlaku kadang-kadang diskriminasi. Contohnya Pantai Timur dan Pantai Barat. Di Kelantan, di Terengganu, terpaksa bawa baja daripada kilang-kilang baja daripada Pantai Barat dan Selatan yang menyebabkan harga baja dan harga binatang ternakan melambung tinggi. Ini merupakan perkara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan. Dengan sebab itu, sepatutnya kerajaan bantu menurunkan harga baja dan harga makanan haiwan. Begitu juga barang-barang keperluan kepada pembangunan, simen dan lain-lain bahan. Sepatutnya kilang bukan di Pantai Barat sahaja, di Pantai Timur kena ada kilangnya. Kilang yang cukup, yang boleh menurunkan harga simen, menurunkan harga bahan-bahan ini. Ini yang menyebabkan pengusaha-pengusaha bumiputera mampus, tidak tahan kerana lepas naik, naik, naik kerana bahan ini dimonopoli oleh kalangan-kalangan yang tertentu. Seterusnya konsep Amal Makruf dan Nahi Mungkar. Kita perlu menyedari bahawa memerintah negara dengan adil adalah Amar Makruf. Memerintah negara tidak adil adalah mungkar yang sangat besar. Di sinilah maka Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] yang bermaksud, "Tujuh jenis manusia yang dijanjikan oleh Allah mendapat payung naungannya di Padang Mahsyar pada hari Kiamat". Ada tujuh jenis. Pertama ialah pemerintah yang adil. Disebut pemerintah yang adil yang pertama. Selepas itu barulah pergi ke masjid, barulah berzikir dan barulah hal-hal yang lain. Ini menunjukkan bagaimana pemerintahan negara yang adil adalah perkara makruf yang besar fadilatnya kerana cabarannya besar. Bila pangkat besar, duduk tempat tinggi, nampak duit banyak, nampak macam-macam, kelabu mata, jadi keliru dan banyak cabaran hawa nafsu. Oleh kerana itulah sekiranya pemerintahan negara dilaksanakan dengan adil, dengan amanah, maka pahalanya sangat besar. Allah meletakkan amanah memerintah negara ini adalah amanah yang terbesar, yang tidak mampu dipikul oleh langit dan bumi. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, "sesungguhnya Kami (Allah) telah mempamerkan amanah kepada langit, bumi, bukit bukau dan gunung ganang supaya mereka memikul amanah. Semua makhluk ini tidak bersedia, gerun dan takut. Namun manusia bersedia untuk memikulnya. Mereka yang zalim dan jahil memikulnya". Amanah yang dimaksudkan di sini ialah amanah mengendalikan urusan negara yang diwajibkan adil untuk semua. Yang ditegaskan oleh Allah. Merupakan amanah yang besar. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya kamu menunaikan amanah kepada orang yang ahli dapat menunaikannya dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia". Tidak disebut Islam atau bukan Islam, tidak disebut Melayu, Cina, India. Dia sebut manusia seluruhnya hendaklah berlaku adil. Dan Allah menyuruh kamu dengan ajaran yang sebaik-baiknya. Maka pemimpin yang menunaikan amanah dengan melakukan adil untuk semua, pahalanya sangat besar tetapi pemimpin yang khianat terhadap amanah, yang zalim, menyalahgunakan kuasa, menjadikan harta negara untuk dia, keluarga dia, kroni-kroni dia, ini satu khianat yang sangat besar. Allah SWT sebut, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, "Orang-orang yang zalim akan ketahui di mana tempat jatuh mereka pada akhirnya". Allah SWT menjadikan pemerintahan adalah ujian kepada manusia. Allah SWT beri pemerintah yang adil, pemerintah yang zalim. Semuanya ada umurnya. Tidak diberi umur selama-lamanya. Kerajaan Nabi Sulaiman A.S, Nabi Daud A.S tidak selama-lamanya. Kerajaan Nabi Muhammad SAW tidak selama-lamanya. Khalifah Umar bin Aziz dua tahun sahaja. Kerajaan Firaun tidak selamalamanya. Kuasa besar dunia, Hitler tidak selama-lamanya. Empayar British tidak selamalamanya. Tuhan jadikan ini untuk menguji manusia keseluruhannya. Menguji pemimpin dan menguji rakyat sama-sama. Menguji pemimpin yang menunaikan amanah dan menguji rakyat yang memberikan amanah kepada pemimpin. Maka pemerintahan yang zalim bukan sahaja dibebankan kepada pemimpin-pemimpinnya termasuklah kepada rakyat dan kakitangan yang menyokong kerajaan itu. Kita melihat banyak kegagalan berlaku dalam negara kita ini. Hendak mencegah kemungkaran-kemungkaran ini. Bukan sahaja di peringkat atas tetapi juga peringkat bawah. Dadahnya, jenayahnya, maksiatnya, penyelewengannya berlaku. Kelemahan yang berlaku bukan sahaja kerana pembangunan insan, termasuklah kerana undang-undang yang lemah. Tidak ada kedaulatan undang-undang. Undang-undang yang tidak berkesan. Undang-undang yang tidak ada kehebatan. Penjenayah berani, penjenayah tidak gerun. Oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya kerajaan bukan sahaja menubuhkan IKIM, gunakan IKIM ini untuk menjalankan tugasnya dan memberi sumbangan kepada kerajaan untuk membuat kajian supaya melihat peranan syariat Islam dalam segala aspek. Bukan sahaja aspek munakahat, aspek pusaka termasuklah aspek jenayah, aspek ekonomi, aspek undang-undang antarabangsa yang ada dalam Islam. Perlu dikaji. Barangkali kita tidak sedar di sana ada orang-orang Barat yang mengambil undang-undang antarabangsa yang ada dalam Al-Quran. Kita tidak baca Al-Quran. Contohnya Undang-undang Suaka Politik sebagai contoh. Bila ada sebuah negeri yang zalim menindas rakyat, rakyat lari jadi pelarian ke negeri lain di mana pakar-pakar undangundang tidak jumpa melainkan mereka membaca terjemahan Al-Quran. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, "Jika sekiranya seorang musyrikin yang bukan agama kamu datang meminta perlindungan kerana dizalimi di negerinya, maka beri perlindungan kepadanya". Dan ucapkan kalimah, ajak dia masuk Islam. Tidak boleh paksa. Kalau dia tidak mahu masuk Islam, tidak boleh hantar ke negeri dia balik lalu dia dibunuh. Tidak boleh. Hantar ke negeri yang aman untuknya. Di mana ayat ini menjadi asas kepada undang-undang antarabangsa. Begitulah juga kepada undang-undang yang lain. Undang-undang jenayah qisas, hudud, ta'zir perlu dikaji. Bukan kaji hukuman, tetapi kaji bagaimana proses undangundang, proses kesaksian. Dikaji semuanya di mana undang-undang Islam adalah undang-undang yang ada roh, undang-undang yang ada aspek spiritual yang tidak ada pada undangundang yang lain. Di sinilah menyebabkan undang-undang ini lebih mendidik di mana undangundang Islam menggalakkan dibebaskan daripada dihukum. Menggalakkan penyelesaian di luar mahkamah. Dengan sebab itu bila ada seorang pencuri yang mencuri, dia bawa kepada Nabi SAW. Lalu Nabi tanya adakah awak mencuri? Dia kata ya. Nabi kata katalah tidak. Katalah tidak, apa salahnya. Saya mencuri. Walaupun mencuri kerat tangan. Katalah tidak, tiga kali setelah jika dia mencuri dia mengaku baru dipotong. Menunjukkan bahawa undang-undang ini lebih mendidik bukan untuk menjatuhkan hukuman. Sepatutnya undang-undang ini dikaji dengan sesungguh-sungguhnya. Insya-Allah dengan kita melaksanakan semua perkara tersebut kita dapat mewujudkan sebuah negara yang melahirkan masyarakat madani di peringkat nasional dan di peringkat antarabangsa. Makna masyarakat madani ialah masyarakat yang bertamadun, yang bertimbang rasa. Ini makna madani. Bertamadun, berilmu, bertimbang rasa, tukar menukar di antara satu sama lain dengan konsep yang adil untuk semua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang]: Oleh kerana itu masalah masyarakat majmuk tidak timbul. Saya kira kita balik ini adil untuk semua, dapat menyelesaikan masalah. Masyarakat madani untuk antarabangsa. Tidak timbul soal hina Nabi macam berlaku hari. Hina Nabi. Amerika kata tidak ada undang-undang hendak bertindak terhadap orang yang hina Nabi. Negeri dia ada kebebasan tetapi kita baca berita dalam media bila sebuah media Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua di Barat, menyiarkan gambar, memalukan Kolonial British. Lalu diambil tindakan supaya British jangan siar. Bila giliran kolonial di British ada undangundangnya. Bila masuk Nabi Muhamad SAW tidak ada undang-undang. Ini double standard. Saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang dan hendak beri peluang kepada rakan-rakan yang lain. Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 10 Oct 2012 03:13 PM PDT

GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau di tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."

(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.

Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.

"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.

"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.

Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.

Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.

Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.

"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.

Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.

Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP.

HD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

DIALOG RAKYAT

Posted: 10 Oct 2012 03:13 PM PDT

Mahathir Sedang Mempertahankan Dirinya

Posted: 10 Oct 2012 05:27 AM PDT

MSO

Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.

Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli palirmen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya 'mengehelkan' Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba (Allahyarham) dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapak yang makan anak.

Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi ahli politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?

Terbaru dia bermadah berbunyi;  satu undi untuk pembangkang merupakan satu undi untuk penyangak mata wang George Soros. Satu undi untuk Soros pula katanya undi untuk menukar kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan baru. Matahhir terus-terusan menuba rakyat agar terus mengekalkan kerajaan yang ada hari ini walaupun dia sendiri tahu akan kebobrokkannya kerana dia sendiri adalah pelakon dan pemain utama.

Begitulah madah dan sabda Mahathir dalam memastikan kerajaan usang Umno yang beliau tinggalkan kerana dipaksa itu. Mahathir melakukan apa saja dan idea yang dizahirkan lebih canggih dan jahat dari Najib. Dia kini mendahului Najib dalam kempen memastikan UBN kekal. Kenapa? Seperti mana sudah diketahuiMahathir berbuat demikian kerana untuk mencapai agendanya. Mahathir yang menanam bunga dan bunganya sudah mula berbunga pasti tidak mahu ada kumbang yang berterbangan!

Pada saya kesungguhan Mahathir itu bukan kerana dia hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya. Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?

Kalau dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini. Pembangunan material yang wujud dizamannya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan keran kehidupan manusia itu ada dua aspek penting penting, jasmani dan rohani. Mahathir amat dhaif dalam membawa pembangunan manusia. Itu sebab dia gagal dan jiwanya kini keresahan.

Justeru setelah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintah beliau cuba memberi keutamaan kepada pembangunan manusia yang terlupa dibuat Mahathir. Abdullah fokus kepada soal-soal ketamadunan bangsa menerusi syaksiah dan juga memartatkan aspirasi bangsa seperti agama dan budaya. Abdullah juga berusaha mengendurkan ketegangan Melayu dimana di era Mahathir Melayu berada dalam ruang krisis kepercayaan besar sesama sendiri. Abdullah melihat keadaan itu menyebabkan Melayu berpecah belah.

Namun malangnya Mahathir yang berfahaman sekular dan melihat manusia membangun dalam belitan kebendaan (madiyah) menolak idea dan harapan Abdullah, bukan setakat itu saja bertindak menyerang Abdullah siang dan malam. Mahathir sama sekali tidak percaya kepada politik perdamaian, atau damai boleh memuaskan hatinya. Selama dia menjadi presiden Umno beliau tidak pernah mendekatan orang Melayu untuk berdamai. Kehebatan dan kekuasaan Umno menjadikan dia lupa kepada lawan dan kawan.

Seingat saya beliau tidak pernah mengajak Pas untuk bersama membangun negara. Beliau tidak habis-habis mengecam Pas dan memberi konotasi buruk terhadap Pas kepada orang Melayu. Makanya hari ini walaupun (saya percaya) ada keinginan Mahathir untuk mempelawa Pas mengukuhkan politik Melayu tetapi beliau tidak tergamak untuk membuka mulut kerana mengenangkan kepada kezaliman dan keegoaannya selama ini.


Kembali membaca apakah motif Mahathir kini beriya untuk mempertahankan kerajaan UBN, sehinggakan menghimpun semua isu dan cara memburukkan Anwar Ibrahim ia bukan dibuat atas dasar atau pun aspirasi tadi melainkan untuk dirinya dan anak beranak saja. Mahathir kini terdesak untuk mempertahankan dirinya dan juga memastikan kehidupan, kekayaan anak-anaknya terjamin dan selamat.

Sebagai bapa kronisme Mahathir akan bertindak begitu. Dia seorang yang materialistik dan individualistik  yang menggunakan rakyat untuk memakai mahkota sebagai pemimpin. Sebenarnya, hakikat itu tidak ada sama sekali kepada Mahathir. Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain. Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak ikhtiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.

Namun Melayu yang mudah mati kuku dan hilang ingatan terus memuja dan ada yang mencium punggung Mahathir disebabkan kerana Mahathir menghulur sedikit baksis baik menerusi projek atau jawatan. Orang-orang ini lupa bahawa dia sudah berada dibawah tapak kaki penipuan seorang Mahathir. Manusia yang tidak ada adat dan prinsip ini akan merelakan selamanya dirinya menjadi 'kooli'.

Mahathir juga hipokrit mengenai prinsipnya yang dianggap tegas dan keras. Kononya dia membenci Soros, menganggap Soros penjajah baru, maka itu jugalah yang diajar kepada rakyat. Tetapi dalam masa sama beliau berpelukkan dengan Soros. Apakah erti semua itu kalau ia bukan munafik?

Mahathir hanya berani berkokok menghentam Soros atau mana-mana pemimpin zalim didunia terutamanya pemimpin barat tetapi tatakala berjumpa mereka Mahathir menjadi seperti tikus kebasahan; lari mencari celah untuk bersembunyi. Standard Mahathir semasa dia menjadi PM jauh ke bawah berbanding dengan Rahshid Taib Erdogan.

Percayalah usaha keras Mahathir untuk mempertahankan kerajaan UBN hari ini bukan demi Melayu dan masyarakat majmuk negara ini tetapi demi dirinya sendiri.  Bukan untuk memastikan Najib Razak terus menjadi PM, tetapi kerana untuk menjamin agenda peribadinya tercapai. Pertama memastikan kehidupan dan kekayaan anak-anaknya yang dipunggah sendiri oleh beliau semasa menjadi PM tidak terganggu dan terburai.  Kedua untuk menjamin dia akan selamat dan tidak akan dihumban ke dalam penjara atas dosa-dosa dan jenayah kepada negara dan bangsa yang beliau lakukan.

Inilah yang ditakuti Mahathir. Beliau sangat phobia apa yang berlaku dan menimpa Saddam Hussein, Ghadafi ataupun Hosni Mubarak. Kesengsaraan dan nasib malang dihadapi para diktator itu menjadikan Mahathir tidak nyenyak tidur. Pilihan raya nanti bagi Mahathir bukan saja menentukan hidup mati kerajaan UBN tetapi juga menentukan apakah nasibnya ke dalam atau di luar.

Hari ini kesalahan dan jenayah negara dilakukan Mahathir masih terselindung, tetapi percayalah selepas kekuasaan atau kuasa melindunginya runtuh segalanya akan 'terbahar' dan terselak. Saat itu tidak ada ruang lagi untuk Mahathir menyembunyikan mukanya. Rasanya rakyat negara ini teringin melihat Mahathir menangis di penjara

(BREAKING NEWS) Tol Percuma di Selangor Bermula Januari 2013? Apa Kata Anda?

Posted: 10 Oct 2012 05:20 AM PDT

Staff Berita Semasa

Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini….

Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.

Bagaimana Kerajaan Selang0r Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor?

Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :

  1. Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
  2. Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
  3. SPRINT (KPS)

Kalau kita semak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma "exit clause" :

Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.

Sumber : The Star Online

Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di Malaysia

Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan :

  • Mula Dibuka : 8 September 1994
  • Kos Pembinaan : RM 6 billion
  • Pendapatan : RM24.3 billion
  • Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
  • ROI : 305%
  • Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
  • Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
  • Keuntungan : RM440 juta
  • ROI : 978%
  • Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
  • Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
  • Keuntungan : RM1.4 billion
  • Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
  • Keuntungan : RM1.61 bilion.
  • Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan  Lebuhraya Cheras-­Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
  • Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
  • Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
  • Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
  • Kos Pembinaan : RM282 juta
  • Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
  • Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
  • Tempoh konsesi : Sehingga 2030

Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan "skim cepat kaya" golongan kapitalis di zaman moden.

Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.

P/S : Harapan kami juga, beberapa konsesi tol yang dah capai keuntungan yang munasabah itu, tamatkanlah konsesinya. Apa kata anda pula?


Malaysia menuju bankrap acuan ekonomi Najib – Nurul Izzah

Posted: 10 Oct 2012 05:09 AM PDT

Oleh Norutul Ilham

PETALING JAYA : Malaysia menuju ke arah bankrap jika negara ini terus ditadbir di bawah Umno Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, sistem ekonomi acuan Najibnomics menyerlahkan kepincangan negara menuju bankrap apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) ditangguh walaupun Bajet BN 2013 dibentang hampir dua minggu lalu.

"Bayangkan sejak Najib ambil alih, kalau dulu diberikan laporan audit kepada Ahli-ahli Parlimen sebelum bajet, kemudian

ditunda sedikit, seminggu, sekarang dah dua minggu tak nampak pun bayang-bayang Laporan Audit 2012," katanya di depan 100 hadirin pada forum 'Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara' di Yayasan Selangor, di sini malam tadi.

Ia diadakan sempena pelancaran buku 'Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia' oleh Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dan ia disempurnakan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kata pengantar buku itu ditulis Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disunting Pengarah Eksekutif KPRU, Ooi Heng.

Izzah berkata, pelaksanaan Najibnomics bukan sahaja tinggal 'sejarah', malah kajiannya juga tidak munasabah.

"Di Harvard Bussiness School di Boston pada 2009, Najib telah memperkenalkan satu kes studi 'Inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani krisis kewangan' dan kes studi itu menjadi kokurikulum pengajian mikro modul ekonomi.

"Ia dipanggil kursus Najibnomics, dan yang mengejutkan bukan sekadar mengambil pelaksanaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tapi sebelum jadi Perdana Menteri pun sudah dimasukkan dalam modul tersebut iaitu kejayaan Malaysia untuk memperbaiki sistem insuran dan perbankan selepas krisis kewangan 1998.

"Seingat saya, 1998 Najib belum jadi Perdana Menteri, tapi dimasukkan juga dalam kokurikulum ini. Termasuklah isu liabiliti ekonomi," ujar Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Katanya, walaupun pelbagai usaha Najib bagi membuktikan kecemerlangan ekonomi di bawah pentadbirannya hingga ke peringkat dunia, beliau tetap gagal.

"Perbezaan BN dengan kita (Pakatan Rakyat) tidak mahu yang superficial (pemikiran cetek) itu diberi cop seperti apa yang berlaku apabila Najibnomics diperkenalkan sekitar 2009.

"Kita jangka bila merujuk Najibnomics ini akan memudahkan, rupa-rupanya ia melangkaui lebih daripada apa yang Najib buat sampai bebanan (hutang) ditanggung Bank Negara Malaysia," katanya.

"Tanpa melihat pencapaian dan rekod semua bantuan, bagaimana kita dapat nilai Najibnomic ini merupakan sesuatu yang perlu diterima semua pihak termasuk dunia," tambah Izzah.

Dua lagi panelis adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Forum ini anjuran bersama KPRU, Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD)dengan kerjasama Akademi Pak Sako dan Alumni Sekolah Politik.

Kes NFC: Shahrizat kelu, gagal jawab soalan peguambela

Posted: 10 Oct 2012 05:01 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil kelu dan beberapa kali gagal menjawab soalan mahkamah hari ini berhubung kes skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).

Wakil peguambela, Ranjit Singh dalam hujah balasnya bertanya dari aspek keluarga hingga ke isu dokumen berkaitan perniagaan suaminya.

"Setuju atau tidak, interaksi antara pasangan suami isteri itu penting sebagai pembangunan keluarga?," soal Ranjit.

"Apakah anda sebagai Menteri Pembangunan Wanita mengaplikasikan prinsip itu?," soal Ranjit lagi.

Shahrizat kemudian meminta Ranjit mengulangi soalan tersebut beberapa kali dan tidak menjawab seperti yang diarah.

Ranjit turut mempersoal kelayakan anak Shahrizat yang berkelulusan teknologi maklumat tetapi menjalankan bisnes jutaan ringgit dalam bidang pertanian.

Shahrizat memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Vazeer Alam Mydin Meera bahawa beliau tahu anaknya bekerja di Phileo Damansara tetapi tidak tahu apa pekerjaan anaknya.

"Tidakkah anda malu yang telah tersebar di seluruh negara bahawa suami anda mengambil wang dan menyebabkan kerugian besar?" soal Ranjit.

Shahrizat dalam keadaan tertekan menjawab "Tidak".

Shahrizat merupakan pihak pendakwa manakala Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dinamakan sebagai defendan.

NFC dipengerusikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail manakala tiga anak beliau adalah pemegang saham dan pengarah di dalam syarikat Agro-Science Industry Sdn Bhd, syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC dengan satu saham 'preference' dipegang kerajaan Malaysia.

Permohonan Rafizi batal kes Bafia didengar 24 Oktober

Posted: 10 Oct 2012 04:59 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan tarikh sebutan kes dakwaan terhadap Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada 3 Disember depan bagi memberi laluan pendengaran untuk membatalkan tuduhan tersebut 24 Oktober ini.

Permohonan menggugurkan tuduhan tersebut difailkan peguam N Surendran di Mahkamah Tinggi Shah Alam, September lalu.

"Kita dah buat permohonan batalkan dakwaan ke Mahkamah Tinggi sebelum ini, jadi mahkamah akan dengar permohonan itu sebelum perbicaraan diteruskan," kata Rafizi.

"Mahkamah tadi berharap agar kes pembatalan dakwaan dapat diselesaikan dalam masa dua bulan tersebut dan InsyaAllah jika kes batal, maka kes pada 3 Disember pun tiada," jelasnya kepada Keadilan Daily.

Rafizi didakwa di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana kononnya mengeluarkan data-data perbankan mengenai skandal National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda RM3 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal NFC kepada Rafizi, Johari Muhamad yang merupakan bekas kerani Public Bank.

Bersih 3.0: Soalan polis tak relevan, lari fakta – Suhakam

Posted: 10 Oct 2012 04:57 AM PDT

Oleh Mohd Martin Kahar

KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Dr Khaw Lake Tee yang mengetuai panel siasatan pendengaran awam Bersih 3.0 hari ini menempelak pelbagai soalan tidak relevan dan terlalu mendalam berhubung tafsiran undang-undang oleh pemerhati polis terhadap saksi.

Wakil polis, ACP Jamaluddin Abdul Rahman memohon mengajukan 50 soalan kebanyakannya berkaitan undang-undang kepada Timbalan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, selepas saksi itu membuat kenyataannya.

"Bersetujukah anda, dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 10 (2)(A) menyatakan warganegara dilarang untuk bercakap, melahirkan fikiran sekiranya menggugat keselamatan negara dan menggugat ketenteraman awam?" soal Jamaluddin.

Soalan itu dibidas Lake Tee kerana terlalu komplikated dan tiada kaitan dengan fakta kejadian pada perhimpunan 28 April lalu itu.

"Soalan itu sepatutnya mengaitkan kepada fakta yang telah berlaku! Ini bukan soal undang-undang dan saya (hadir) di sini bukan untuk mengendalikan kuliah atau tutorial. Kita semua faham dengan Artikel 10," tegasnya.

Sebelum itu, Leong berkata, kehadiran pasukan Majlis Peguam adalah untuk memerhati perjalanan perhimpunan serta layanan polis terhadap orang ramai.
Katanya, sepanjang berada di beberapa lokasi, keadaan terkawal dan aman sehingga polis melepaskan gas pemedih mata dan pancutan meriam air kira-kira 3.00 petang.
"Saya tidak merasakan perhimpuan ini salah kerana Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner, Datuk Mohamad Salleh menyatakan peserta boleh berhimpun di persekitaran Dataran Merdeka," katanya.
Beliau kemudian menyerahkan keratan portal The Malaysian Insider bertarikh 27 April kepada panel Suhakam.
Dalam laporan tersebut, Mohamad Salleh telah mengadakan sidang media di ibu negara dan menyatakan peserta Bersih 3.0 boleh berhimpun di luar Dataran Merdeka seperti yang dirancang, tetapi akan menghadapi tindakan polis jika berarak atau menjalankan apa-apa bentuk protes jalanan.
Leong turut membidas kenyataan polis kononnya perhimpunan tersebut menyebabkan trafik di ibu negara lumpuh.
Katanya, trafik lumpuh bukan disebabkan perhimpunan itu, tetapi penutupan jalan di beberapa laluan utama termasuk sekatan jalan raya.
Menurut Leong lagi, polis juga melepaskan gas pemedih mata walaupun tiada ruang untuk peserta melarikan diri.
"Pada 3 petang, saya nampak asap rupa-rupanya gas pemedih mata. Selepas beberapa minit, apabila gas mula hampiri, kami buat keputusan untuk berganjak.
"Ketika saya berpusing, saya melihat polis menuju ke arah peserta dan menembak gas pemedih mata ke tengah-tengah peserta. Masa itu, saya berada di tengah-tengah orang ramai. Kanister gas pemedih mata jatuh berhampiran saya, dua kali.
"Kami semua tak dapat bergerak dengan pantas. Ada satu ketika kami semua tidak bergerak langsung dan sangat mustahil untuk berpatah balik," katanya.

Tapak pasar malam tak cukup, Nong Chik abai peniaga Melayu

Posted: 10 Oct 2012 04:53 AM PDT

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Tapak baru pasar malam Kampung Kerinchi tidak mencukupi untuk menampung lebih 60 peniaga, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

"Hanya ada 30 tapak disediakan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Sedangkan pasar malam Kampung Kerinchi ada lebih 60 peniaga. Dan tapak yang disediakan hanya untuk jualan produk kering. Ini tidak menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga," kata Izzah kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bahawa peniaga pasar malam Kampung Kerinchi dipindahkan ke tapak berhampiran stesen LRT Universiti.

Tambah Izzah, pemakluman lewat kepada peniaga itu semalam menyebabkan perniagaan mereka terjejas kerana pendapatan mereka bergantung sepenuhnya kepada jualan di pasar malam.

"Kenapa tak maklumkan awal. Raja Nong Chik tak layan aduan sebelum ini. Ini menganiaya mereka. Peniaga pasar malam Kampung Kerinchi bukan pengemis," tegas Izzah.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan akan bertemu dan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri bagi membawa aduan 54 peniaga Kompleks Niaga Utama (KNU) yang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan UDA di Bangsar Utama.

"Kita jumpa Menteri (Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar), dia tak layan. Datuk Bandar DBKL pun tak dapat jumpa. Jaddi kita putuskan untuk jumpa Perdana Menteri terus. Ini isu penting," tegas beliau.

Lesen Tujuh IPTS Ditarik Balik

Posted: 10 Oct 2012 04:48 AM PDT

Kementerian Pengajian Tinggi menarik balik lesen atau kelulusan tujuh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk mengambil pelajar luar negara kerana melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pengurusan pelajar antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung berkata kesalahan termasuk melanggar undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

"Kita mempunyai 169 IPTS yang dibenarkan mengambil pelajar antarabangsa, dan tujuh daripadanya ditarik balik lesen kerana gagal memenuhi syarat ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas bertemu pelajar dari Republik Rakyat China di kampus induk Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Likas, dekat sini pada Isnin.

Sementara itu, Hou berkata Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS disaran mengambil lebih ramai pelajar antarabangsa bagi membantu merealisasi wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabangsa.

Beliau berkata institusi pengajian tinggi di negara ini menawarkan kursus yang setaraf dan setanding dengan institusi pengajian tinggi lain selain mempunyai kemudahaan pengajian yang mencukupi serta tenaga pengajar profesional.

Hampir 600 pelajar antarabangsa termasuk dari Turki, Tanzania, Myanmar, Jepun dan Kenya kini menuntut di UMS. (Bernama)

Bayi Ajaib, Lahir Dari Ibu Yang Sudah Meninggal

Posted: 10 Oct 2012 04:45 AM PDT

Seorang bayi yang lahir dari seorang ibu yang telah meninggal selama 2 hari membuat gempar dunia perubatan.

Secara logik, bagaimana boleh?

Mahmoud Soliman (29), ayah dari bayi ajaib ini tidak pernah membayangkan akan merasakan kesedihan yang bercampur aduk dengan kebahagiaan yang luar biasa.

Isterinya, Jayne Soliman (41) meninggal dunia akibat dysfunction otak memberikannya seorang bayi kecil yang cantik setelah Jayne divonis meninggal 2 hari sebelumnya dengan bantuan pembedahan cesar.

Dalam masa kehamilannya, Jayne tidak merasakan apa jua masalah.

Namun ketika usia kehamilannya 25 minggu, ia merasakan sakit kepala dan sempat jatuh pengsan.

Kemudian Jayne dilarikan ke Hospital John Radcliffe Hospital Oxford.

Setelah 2 jam berada di hospital, pasukan doktor mengesahkan bahawa nyawa Jayne Solaiman tidak dapat diselamatkan lagi.

BERNAMA Bohong Lagi Kes Skandal Scorpene?

Posted: 10 Oct 2012 04:42 AM PDT

.military malaysia navy french built submarine scorpene classSatu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata dan bukannya perbicaraan sebenar.

Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham oleh masyarakat.

Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times (NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi jurucakap pihak pendakwaan Perancis.

Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram.

Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris.

"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".

Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel.

Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai skandal Scorpene.

Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:

------------

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

------------

Sekarang nampak kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas bukti bahawa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan?

Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama sudah tidak boleh dipercayai lagi, ditambah lagi dengan beberapa siri penipuan membabitkan gambar Perdana Menteri Najib Altantuya kununnya menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian mesyuarat Umno Pekan beberapa munggu lalu.

Malaysiakini dan laman portal berita lain dinasihatkan supaya berhati-hati daripada dijerat perangkap yang sengaja dipasang media pencacai Umno walaupun mengaku sumber berita mereka adalah sumber rasmi kerajaan! -http://jalanpulang1978.blogspot.com

Ayuh... tolak BN dalam PRU-13, hak rakyat Sabah "hilang" dicelah Bajet

Posted: 10 Oct 2012 04:34 AM PDT

Oleh Hamzah Abdullah

PAS Sabah merasa kesal dengan pembentangan Bajet 2013 yang langsung tidak mengembil kira hak kebajikan rakyat negeri ini. Bagi pihak rakyat Sabah, saya telah meneliti kandungan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, dan merumuskan bahawa yang akan 'kenyang' daripada dentuman bajet ini hanya pemimpin Umno-BN.

Rakyat Sabah, khususnya pribumi Sabah, yang rata-rata masih berada dibawah paras miskin hanya bakal menerima tangki-tangki air dan keperluan asas yang hanya  boleh bertahan paling lama lapan bulan.  Sebanyak 40,000 tangki air yang bakal diagih-agihkan kepada orang-orang kampung hanya "menggemukkan" pembekal yang tentunya kroni-kroni Umno-BN mempunyai saham dalamnya iaitu dalam bentuk komisyen. 

Tangki air ini hanya mempunyai jangkahayat paling lama lapan bulan kerana ianya jenis yang rendah kualiti. Umno-BN jangan fikir rakyat masih bodoh dan boleh diperbodohkan seperti zaman sebelum wujudnya ICT. Sekarang kita berada pada era dimana maklumat berada dihujung jari. 

Rakyat Sabah masih tidak lupa dengan teguran Ketua Audit Negara bagaimana peralatan sekolah dan alat kelengkapan tentera seperti teropong telah dibeli dengan harga sehingga melonjak 1000 peratus dari harga asal! Ini lah yang mesti rakyat sedar dan usah teruja terhadap pembentangan yang masih jauh dari jangkauan kita.

PAS Sabah menuntut supaya dipulihkan semula Saham Amanah Tun Mustapha yang telah diasaskan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Mustapha di era pemerintahan Usno. Almarhum Tun Mustapha adalah pemimpin Sabah pertama yang mempunyai ciri-ciri pemimpin seorang yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kebajikan rakyat Sabah. 

Di zaman Tun Mustapha jugalah pelajar-pelajar Sabah yang cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke UK atau Australia diperingkat A-Level dan seterusnya ijazah dengan pembiayaan wang Yayasan Sabah, yang mempunyai konsesi balak pemberian Kerajaan Negeri. 

Almarhum Tun Mustapha juga telah menggunakan wang kerajaan Negeri bagi membiaya kos menunaikan haji bagi jemaah haji Sabah, termasuk membiayai guru-guru agama yang bertauliah untuk mengajar disekolah-sekolah agama seluruh Sabah. Pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah menengah akan di hantar ke Semenanjung bagi meneruskan pengajian di Tingkatan Empat dan Enam juga dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.

PAS Sabah menuntut supaya Dato' Pairin Kitingan mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas pemansuhan Amanah Tun Mustapha kerana di zaman PBS lah amanah saham ini telah dihentikan! PAS Sabah seterusnya mencabar Pairin supaya "cakap serupa bikin" kalau benar dia bersetuju dengan slogan "rakyat didahulukan". 

Ini masanya kehendak rakyat diutamakan memandangkan Pairin masih berkuasa didalam Kerajaan Umno-BN Sabah sekarang setelah partinya tewas pada 1994. PAS Sabah menuntut supaya pembayaran amanah saham ini dibuat dengan mengambil kira tahun ianya dimansuhkan iaitu sekitar tahun 1988. 

Ertinya rakyat Sabah berhak mendapat saham ini  untuk tempoh ianya tertunggak sejak 1988 yang bererti selama 24 tahun. Kalau setiap tahun rakyat Sabah yang layak mendapatnya berjumlah RM200 setiap tahun, maka setiap seorang rakyat yang layak mesti diberikan hak mereka berjumlah RM4,800.00. PAS Sabah akan membawa isu ini ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Pakatan Rakyat yang akan datang bagi diterima sebagai sebahagian daripada manifesto pilihanraya.

Taktik kotor Najib jerat Pakatan Rakyat dengan "Kabinet Bayangan"

Posted: 10 Oct 2012 04:11 AM PDT

Nampaknya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengalabah apabila sengaja mengada-ngadakan isu kabinet bayangan bagi memperlekehkan Pakatan Rakyat.

 Niat utamanya ialah bagi memberitahu rakyat betapa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk memerintah negara kerana mereka tiada kabinet bayangan seperti yang diuar-urakan oleh Najib sehari dua ini.

Apa yang jelas, Najib sepatutnya mengamalkan apa yang beliau katakan dan tidak berat sebelah, hanya mahukan kabinet bayangan daripada Pakatan Rakyat
semata-mata. Sedangkan BN juga amat wajar mengarahkan BN di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor untuk membentangkan kabinet bayangan mereka sekiranya BN bersungguh mahu menawan kembali negeri-negeri tersebut.

Najib terlupa barangkali, BN juga ada negeri yang tiada diketahui kabinetnya dan mereka cukup takut untuk mengumumkan barisan kepimpinan kabinet itu, khuatir akan menimbulkan porak peranda dalam komponen tersebut. BN sebenarnya lebih teruk daripada Pakatan Rakyat kerana BN bukan sahaja tidak mempunyai kabinet bayangan untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan tetapi juga tidak melantik calon Menteri Besar di Selangor, Kelantan dan Kedah sehingga saat ini.

Sungguhpun BN berbohong bahawa Pakatan tiada bakal Perdana Menteri, tetapi Pakatan telah pun bersepakat dan bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pakatan tidak pernah berdolak-dalik dalam isu ini. Ia disepakati dan ini diketahui oleh rakyat. Maka tiada perlunya kabinet bayangan digembar-gemburkan oleh Pakatan sementara belum membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Pakatan Rakyat telah menggunakan pendekatan unik untuk kabinet bayangan dengan melantik tiga orang daripada setiap parti (PAS, DAP dan KeADILan) bagi setiap portfolio kementerian. Jika Najib dan Umno-BN memahami hal ini, maka tiada timbul isu kabinet bayangan melainkan dengan sengaja dibangkit untuk menimbulkan amarah rakyat.

Ini menunjukkan yang pemimpin Pakatan Rakyat bukan gilakan kuasa  tetapi dahagakan dasar yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat. Sebelum menang, tidak perlu diuar-uarkan kabinet bayangan seperti yang diminta oleh Najib. Jika kabinet bayangan diumumkan pula, sudah pasti Najib akan menuduh Pakatan Rakyat "gila kuasa" dan ini sebenarnya yang dimahukan oleh Najib agar Pakatan melatah dan melompat.

Budaya politik baru oleh Pakatan dengan dasar berkesan berpaksikan rakyat, amat berbeza dengan dasar memuja tokoh Umno-BN yang mengkayakan kroni. Bagi Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula melihat persoalan yang ditimbulkan Najib itu sepatutnya dimulai oleh beliau untuk negeri-negeri yang Umno-BN tewas dalam pilihan raya lalu.

Najib tidak mengumumkan siapa Menteri Besar Selangor jika BN berjaya merampas kembali negeri tersebut. Kenapa tidak umumkan? Amat wajar sebelum menyentuh batang tubuh Pakatan, maka Najib boleh mengumumkan bakal MB Selangor jika BN menang kelak.

"Masalah kabinet bayangan, (ada) Datuk Seri Najib umum siapa Menteri Besar Selangor? (Ada) Dia umum siapa Menteri Kewangan lepas dia menang? Tak ada…," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas perbahasan Bajet 2013, 1 Oktober lalu.

Sebenarnya kabinet bayangan yang dicabar Najib supaya Pakatan menubuhkannya adalah amalan negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. "Kabinet bayangan hanyalah amalan di United Kingdom, di Australia, tidak di Perancis, di Amerika, tidak di Indonesia dan Thailand."

Pakatan sudah menyediakan senarai nama pimpinan kanan sebagai persediaan jika mengambil alih Putrajaya nanti. Ia sepatutnya telah diketahui oleh Najib, sebagai pemimpin lawan kepada Pakatan.  Tetapi dengan sengaja Najib memadamkan hal itu, bagi memperlekehkan Pakatan di mata rakyat yang kian menolak kepimpinan Umno-BN dalam negara ini.

"Siapa dia yang bakal menjadi menteri dan timbalan menteri, itu senarai pimpinan kanan kalau kita menang. Ada yang ditugaskan seorang daripada setiap parti dalam Pakatan Rakyat untuk setiap sektor," jelas Anwar.  Najib sebelum ini dengan angkuh mendakwa Pakatan Rakyat tidak layak bercakap mengenai hasrat untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan semata-mata kerana Pakatan masih belum bersedia dengan kabinet bayangan

"PAS kini lebih terbuka, dulu ortodoks" - Tamrin Tun Ghafar

Posted: 10 Oct 2012 04:06 AM PDT

Pemimpin Umno pun ramai yang tidak puashati dengan BN. Isu PAS-DAP sengaja diputar-belit untuk takutkan orang Melayu. Umno bimbang, Melayu kuat di bawah PAS dengan dokongan orang bukan Melayu DAP dan KeADILan. Maka serangan dilancar.

Hakikatnya rakyat sudah menolak BN. Ikuti wawancara eksklusif AHMAD LUTFI OTHMAN, TARMIZI MOHD JAM dan NYZA AYOB bersama anak negarawan Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar di Pejabat Harakah 21 Sept lalu. Foto NASIR SUDIN

Apa reaksi saudara setelah menyertai PAS dan "turun padang" ke seluruh negara?

Sejak bila saudara terfikir nak mengucapkan "selamat tinggal" kepada Umno...

Sebenarnya saya nak meninggalkan Umno ini sudah lama. Bukan dibuat secara tergesa-gesa. Sejak Umno lama dibubarkan dan diwujudkan Umno baru dan adanya campur tangan politik perundangan oleh Dr Mahathir apabla Tun Abdullah Badawi mengambil alih kerajaan. Bermula daripada itulah, saya telah nampak bahawa apa yang dijanji tidak sama. Oleh kerana saya ini ahli parlimen Umno-BN maka, saya kekal dan bersabar lagi... 

Kemudian, apabila teguran Mahathir terhadap ulama khususnya PAS tentang pakaian, "appearence", saya masa itu tidak berapa setuju. Akhirnya saya bersuara apabila mendapat tahu dia (Mahathir) senyap-senyap menghantar Tengku Abdullah Melewar ke Tel Aviv, dan sewaktu mereka kembali, sewaktu itu saya dalam Parlimen, saya ingat setahun saya dalam Parlimen, apabila Parlimen dibubarkan, saya berucap. 

Saya mengatakan "ini adalah ucapan saya yang terakhir sebagai ahli parlimen kerana saya tidak berminat lagi menjadi ahli parlimen." Dan saya tegur Dr Mahathir. Dua isu. Satu isu menghantar Tengku Abdullah ke Tel Aviv dan isu kedua saya samakan dia (Mahathir) dengan Kamal Attartuk atas dasar pembangunan maka ulama ditangkap dan dibunuh.

Sekitar tahun berapa...

Tahun 1994, kalau tidak silap saya. That was hart hitting speech. Namun saya bekukan ucapan saya. Sehinggalah sekarang, saya menunggu dengan harapan ada perubahan. 

Macam mana pentadbiran Tun Abdullah selepas Mahathir berundur?

Apabila Mahathir meletak jawatan, saya ingatkan Dolah (Tun Abdullah Badawi) ok. Tapi malangnya Dolah "was so complacent" (berpuas hati dengan apa yang ada). Menantu dialah yang bermaharajalela. Bak kata Mahathir, perosak. Apabila Dolah berhenti, Najib take over. I was happy bila Najib mengatakan untuk jalankan dasar rakyat didahulukan. So I thought is good idea. Kita balik ke pangkal jalan. Dasar pertanian diabaikan, corruption berleluasa. Jadi apabila Najib mengatakan rakyat didahulukan, I was so happy. 

Maknanya Najib Tun Razak membawa harapan baru untuk rakyat...

Iya. Tetapi malangnya semua itu bagi saya adalah retorik. Malah kata Mahathir sendiri rasuah terus berleluasa. Memang betul, saya tengok rasuah penyelewengan kuasa semakin besar. Tidak ada segan-silu lagi. Cakap rakyat didahulukan pada saya retorik sahaja. So, because of rasuah dan penyelewengan kuasa semakin menyerlah tanpa segan silu dan tanpa takut, I think I can not in the party anymore. So for so long I've been waiting for this, so i decide to leave Umno. And I choose PAS. 

Mengapa saudara pilih PAS? Ia mengejutkan banyak pihak...

Saya memilih PAS sebab saya tengok PAS begitu ikhlas. KeADILan parti baru. DAP of course, parti lama tapi saya lebih selesa dengan PAS kerana saya tengok PAS ikhlas. Hanya mereka (PAS) tidak diberi peluang dan mereka disalah anggap (persepsi) serta difitnah. Tapi alhamdulillah, hari ini oleh kerana ada media alternatif, jadi banyak isu kita boleh terangkan kepada orang ramai. Saya tengok sambutan sejak saya mula berceramah di platform PAS, sangat hebat. Di mana-mana sahaja, malah bukan sahaja orang Melayu dan Islam, orang bukan Islam juga hadir. 

Dulu kita tidak ada Kelab Penyokong PAS, sekarang dah jadi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Saya teruja sebab orang bukan Islam boleh duduk dalam PAS. Pemimpin mereka (DHPP) aktif berceramah. Dulu tidak ramai pegawai kerajaan berhenti dan masuk PAS, sekarang sudah ada yang top masuk PAS, termasuk Dato' Fauzi Shaari (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman). Malah, orang Umno pun ramai yang keluar dan bersama PAS. 

Hari ini saya berani mengatakan bahawa ramai kawan-kawan saya peringkat ahli parlimen dan timbalan menteri yang pro aktif kerajaan meluahkan perasaan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno-BN. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu mereka tidaklah bertindak sebagaimana saya, keluar Umno sertai PAS. Keluar menghadapi risiko.

Semasa aktif Umno-BN, bagaimana saudara melihat PAS dan DAP dari sisi sebelah kerajaan...

Pada masa itu, kawan baik saya dalam PAS ialah Mat (Mohamad) Sabu. Di dalam Dewan Rakyat saya duduk bersebelahan dengan dia. Begitu juga dengan Lim Guan Eng yang duduk tidak jauh dari saya. Banyak isu yang saya tidak puas hati dengan Umno, saya akan tulis note dan pass kepada Mat Sabu. Dia yang akan bercakap. 

Tapi pada masa itu, persepsi saya kepada PAS... PAS ialah parti yang hanya memikirkan akhirat. Dengan kuat ortodoks daripada segi "approch" waktu itu. Dengan serban besar dan dengan jubah. Tidak ramai yang seperti sekarang ini. Sekarang ini tidak boleh bandingkan lagi PAS dan Umno daripada pakaian. Malah orang PAS lebih hebat daripada Umno. Sekarang, baru saya tengok PAS berfikiran terbuka. tidak macam 10-20 tahun dulu. Malah PAS jika dibandingkan dengan Umno, PAS lebih terbuka sebenarnya walaupun lambat mengambil tindakan. 

Maksud saudara PAS "lebih terbuka"...

Contohnya PAS membuka pintu kepada orang bukan Islam dan bukan Melayu bertanding atas tiket PAS. PAS menerima orang bukan Islam bersama-sama walaupun tidak menjadi ahli. PAS tubuh Dewan Himpunan (DHPP). Tetapi, sebagai Dewan Himpunan itu not easy to convince. Kenapa ini boleh berlaku? 

Kita tidak boleh memaksa orang masuk PAS. Macam saya sendiri masuk PAS sekarang, saya bukan nak bertanding pilihan raya. Ada orang kata saya ini "political opportunist", kerana sudah lama tidak laku, dan tidak bertanding, maka saya masuk PAS dengan harapan PAS memberi peluang bertanding jika ada tempat-tempat yang tiada calon sesuai. 

Barangkali ini persepsi atau propaganda Umno untuk memburuk-burukkan imej saudara

Barangkali juga. Ini kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin Umno, saya tidak perlu sebut namanya. Keluar dalam surat khabar, komen saya begitu. Tetapi I must say, saya sudah jadi ahli parlimen two term, Adun one term. And saya rasa enough. Dan PAS sendiri tidak ketandusan pemimpin dan calon. Bak kata Dr Mahathir, orang cerdik pandai dah tidak ada dalam Umno lagi dah. Jadi, kalau saya hendak senang daripada segi material, baik saya duduk dalam Umno. Kalau orang pernah maki hamun Umno dengan cakap-cakap dia ada enam kotak rahsia pemimpin Umno... even Pak Ghafar dulu dicaci dan dimaki hamun, hari ini (mereka) dah kaya raya dan senang hidup. 

Tun Razak dan Tun Ghafar boleh dikatakan macam adik beradik. Saya kenal Najib bukan baru lagi. Semasa zaman Dato' Suhaimi Kamarudin dan Anwar Ibrahim memimpin Pemuda Umno. Masa tu (Tan Sri) Shahril Samad, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan ramai lagi... So all I have to do seem lebih baik saya cium tangan dia orang. Selesailah masalah kewangan saya. Contohnya lah. Sebab arwah Pak Ghafar bila dia meninggal, dia tidak tinggalkan apa-apa harta. Hanya sebuah rumah sahaja di Bukit Pantai yang adik saya tinggal sekarang. Harta lain tidak ada. Yang ditinggalkan hanyalah liabiliti, hutang. 

Dan sekarang ini, saya perlu selesaikan dan tanggung. Jika saya ingin selesaikan masalah macam ini, tentulah lebih baik saya kekal dalam Umno. Saya mintalah projek daripada Najib dan kata, "awak kata Pak Ghafar negarawan". Betul tak? Itu logiknya. Dan saya mengatakan saya tidak mahu bertanding pilihan raya dan saya sudah buat keputusan itu.

MERDEKA CENTER, BELUT DALAM LUMPUR?

Posted: 10 Oct 2012 04:02 AM PDT

KAJISELIDIK yang dijalankan Merdeka Center terhadap pelbagai isu di Sabah; termasuk penurunan populariti Ketua Menteri dan kegelinciran pengaruh Kerajaan BN Sabah mungkin merupakan kajian umum yang boleh diterima pakai secara am berdasarkan beberapa hipotesis dan metodologi; jika didasari dengan motif yang jelas dan niat yang terbuka; namun lebih tepat diklasifikasikan sebagai 'Belut Di Dalam Lumpur.'

Agak aneh kenapa pemimpin UMNO Sabah begitu berminat mengulas kajian Merdeka Center yang merupakan 'Cerita Dalam Berita'; sedangkan mereka tahu keadaan sebenar di Sabah, sebaliknya memilih memberi kenyataan peribadi yang beragenda dan bukannya kenyataan hasil pandangan rakyat Sabah secara kolektif.

Sebagai pemerhati politik Sabah sejak 1983 dan telah melalui empat pemerintahan (Perikatan-USNO, Berjaya, Parti Bersatu Sabah, BN-UMNO) yang pernah merasai asam garam dan pahit maung di bawah era pemerintahan Tun Mustapha, Datuk Harris Salleh, Datuk Pairin Kitingan; termasuk Ketua Menteri Merry Go Round iaitu Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah dan Datuk Musa Aman; kaji selidik ini mencerminkan gelora politik mula membadai dan riaknya bergelombang dari dalam.

Setelah bertugas selama lebih 10 tahun dalam pengauditan projek dan akauntabiliti Kerajaan Negeri Sabah, sejak di era pemerintahan Kerajaan Berjaya sehinggalah di zaman PBS, metodologi kajian yang dijalankan Merdeka Center lebih bermotif politik sehingga menyerlah belang sebenar mereka yang selama ini ditohmah sebagai agen Amerika dan menerima dana daripada Yahudi melalui beberapa NGO di Amerika.

Sebagai bekas kakitangan awam persekutuan (Jabatan Audit Negara) yang bergelumang dengan pengauditan akaun Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah; saya tidak mempertikaian hipotesis yang dibuat oleh Merdeka Center, tetapi kerana mereka tergopoh gapah mendedahkan kajian, atas motif tersirat, sehingga tidak peka dengan senario yang melatari politik, budaya dan ekonomi Sabah; maka kajian ini nampaknya beragenda dan bermotifkan imperialisme.

Sebahagian besar rakyat Malaysia telah mengakui bahawa Merdeka Center adalah Badan yang menerima biaya asing untuk melancarkan Dasar Imperialis Amerika bagi menguasai ekonomi, geo-politik dan melumpuhkan pertahanan negara yang kaya dengan sumber bahan mentah; bermula dari Asia Barat sehinggalah ke Balkan dan Asia Tenggara.

Dengan kemunduran sistem perhubungan, logistik dan komunikasi yang melanda Sabah buat masa ini, kajian yang dijalankan oleh mana-mana badan; sama ada secara rambang atau analisis akan dibatasi oleh faktor masa, kos, ketepatan; apatah lagi responden terpilih menyebabkan hasil kajian menjadi pincang, diragui dan dipertikaikan.

Saya tidak peduli sama ada Datuk Seri Panglima Musa Aman akan terus kekal sebagai Ketua Menteri atau terpaksa berundur kerana kegelinciran pengaruh; sebagaimana yang dinyatakan hasil dapatan kajian Merdeka Center kerana saya tidak mempunyai sebarang kepentingan atau permusuhan dengan Musa Aman.

Malah sejarah Sabah membuktikan Berjaya yang berada di puncak kuasa boleh tumbang oleh kebangkitan kuasa rakyat dan PBS yang mendapat sokongan padu rakyat Sabah boleh hilang kuasa akibat pengkhianatan pemimpin pengasas seperti Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Rubin Balang.

Lalu apa relevannya dengan kemerosotan pengaruh Musa Aman ketika ekonomi Sabah mula bangkit mendahului Malaysia, tetapi hanya kelihatan mundur kerana dilatari hutan rimba, laut dan paya bakau yang maha luas berbanding Perlis dan Selangor?

Kenapa Merdeka Center tidak sebut siapa daripada 13 Ketua Menteri Sabah yang berjaya membawa Sabah keluar daripada kepapaan sehingga mempunyai rizab yang begitu besar, tidak termasuk agensi kerajaan negeri, badan berkanun dan GLC?

Persoalannya, sebagai pengundi yang masih waras, rakyat Malaysia yang celik huruf dan tidak rabun IT; malah kajian yang saya lakukan selama ini, termasuk sebagai bahan asas menulis beberapa buku saya yang hampir kesemuanya sudah habis dijual; atau kajian ilmiah yang dijalankan Sabahkini.net; tidak langsung menampakkan kelogikan dan kesahihan fakta kajian Merdeka Center.

Sebagai Mantan Pegawai Audit yang telah melalui pengalaman dan mempunyai pengetahuan yang mendalam berhubung akaun Kerajaan Negeri Sabah dan kecapaian kesemua 13 Ketua Menteri Sabah, tidak ada seorang rakyat Sabah yang masih waras boleh menuding jari kepada Ketua Menteri Ke-13 iaitu Musa Aman sebagai penyebab Sabah Negeri Termundur di Malaysia?

Tidak ada sebab kenapa saya harus membodek Musa Aman kerana saya tidak mempunyai sebarang kepentingan; malah melanggar prinsip saya, 'No Mercy, No Retreat, No Surrender'.

Dalam keadaan begitupun, masih ada yang sanggup menuduh saya sebagai 'penerima sumbangan' terbesar daripada Musa Aman, tokoh yang dikenali rakan dan taulan sebagai 'Haji Bakhil' dalam Filem P.Ramlee; semata-mata kerana mereka menuduh saya menggunakan Sabahkini.net untuk 'menyerang' seteru Musa Aman, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Saya tidak mempunyai alasan untuk menyokong rakan lama saya, Shafie Apdal kerana pendedahan demi pendedahan yang dibuat Sabahkini.net berhubung Shafie dan kementeriannya, bukanlah cerita dongeng atau tohmahan; malah disertakan dengan bukti dan bahan yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis.

Tetapi saya tidak mempunyai sebab untuk menentang Musa Aman terhadap Transformasi Ekonomi yang beliau pacu sejak menjadi Ketua Menteri Sabah dan membentuk Kabinet April Foolnya pada 1 April 2003 kerana RAM Rating Malaysia telah memberi pengiktirafan rating tertinggi iaitu AAA sejak tiga tahun lalu; kedudukan yang belum pernah dicapai oleh 12 Ketua Menteri sebelumnya.

RAM Rating bukannya Merdeka Center atau Suaram yang menjalankan kajian mengikut telunjuk asing untuk melampiaskan Dasar Imperialisme; tetapi Badan Rating yang mendapat pengiktirafan Seantero Dunia.

Sekalipun Bank Dunia membuat kesilapan yang sama dengan Merdeka Center kerana memberi markah sebagai salah sebuah 'Negeri Yang Termundur Di Malaysia'; hanya disebabkan Wakil Bank Dunia melawat Pitas dan Pensiangan; namun kesilapan Bank Dunia ini telah diperbetulkan oleh Ketua Audit Negara yang memberikan 'SIJIL BERSIH' kepada akaun Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagai individu yang menjalankan kajian dasar dan penuh teliti berhubung isu pendatang asing; apatah lagi kesemua buku saya; IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah, Pengundi Untuk Di Sewa, IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan 007 Lelaki Malaysia Terakhir, belum pernah dicabar oleh mana-mana pihak.

Malah buku saya, IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah telah diterima sebagai bahan bukti di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam ke Petisyen Pilihanraya Likas pada 1999; manakala buku IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?), buku IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah dan Pengundi Untuk Disewa telah dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti, juga tidak pernah dicabar.

Sebelum Merdeka Center menjalankan kajian berhubung isu RCI, saya dan Sabahkini.net telah bergelumang terlalu lama dalam isu ini yang lebih berpihak kepada kegagalan Dasar Dalaman Politik Malaysia yang tidak meletakkan soal keselamatan rakyat Sabah sebagai prioriti dalam segala tindakan; bukannya salah Musa Aman yang mewarisi 'Ibu Segala Masalah' ini.

Sekalipun salah seorang Mantan Tahanan ISA berhubung IC Projek, Haji Jabarkhan Napi @ Yasser Arafat telah mendedahkan bahawa Musa Aman dan Yahya Hussin pernah terlibat sebagai Pengerusi dan Setiausaha Task Force UMNO ketika operasi 'Ops Gembleng; dilaksanakan sekitar 1991-1994; namun tidak ada bukti bertulis atau alibi yang melampau keraguan munasabah yang dapat ditunjukkan.

Penglibatan Musa dan Yahya secara Ad-Hoc dalam 'Ops Gembleng' yang telah dihuraikan secara jelas dalam buku saya IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir (?) dan '007-Lelaki Malaysia Terakhir'; hanyalah berdasarkan 'Hearsay' dan pengakuan bersumpah Jabar Khan; tanpa disokong oleh bukti prima.

Jika maklumat berkenaan tidak tepat, maka Pengakuan Bersumpah yang dibuat Jabar Khan melalui Surat Akuan Berkanun; membuktikan beliau telah berbohong dan saya tidak boleh memaksa Musa Aman atau Yahya Hussin membuat pengakuan atau penafian dakwaan Jabar; sekalipun mereka terlibat secara langsung ketika itu.

Kajian Merdeka Center berhubung RCI tidak perlu disebutkan kerana rakyat Sabah sudah mula mendesak RCI dilaksanakan sejak 1976 lagi iaitu Kerajaan Negeri Sabah yang didalangi Kuala Lumpur menerima kemasukan 'Warga Penyu' yang kononnya 'Pelarian Perang' dari Filipina dan 15,000 bangsa China dari Indonesia; sedangkan Malaysia tidak pernah menandatangani perjanjian dengan UNCHR untuk menerima pelarian perang.

Bukankah lebih bertanggung jawab dan bermaruah jika Merdeka Center menjalankan kajian ilmiah ke mana menghilangnya 50,000 warga China (termasuk China Doll) dan 30,000 warga India yang memasuki Malaysia secara sah sejak sepuluh tahun lalu, kemudian menghilang tanpa 'jejak' sehingga ke hari ini? Semua fakta ini bukan ciptaan saya, sebaliknya telah dibangkitkan di parlimen dan dicatatkan di dalam Hansard.

Sama ada isu RCI mendominasi politik Sabah dewasa ini sebagaimana kajian yang dijalankan Merdeka Center tidak timbul kerana telah berkumandang setiap hari, malah setiap saat detik nadi Anak Jati Sabah sentiasa berdebar mengenangkan nyawa mereka terancam bagaikan anak ayam dijaga helang!

Pemaksaan, penderaan, pembulian dan penindasan yang dijalankan Kerajaan Persekutuan sebelum era Kerajaan 1Malaysia yang diterajui Najib begitu menyiksakan rakyat Sabah telah diadun dengan baik oleh parti Politik Sabah sebagai modal untuk 'mendapat kuasa' dan cuba mengekalkan kuasa dengan menghidupkan isu PATI yang menghantui Sabah sejak lebih tiga dekad lalu.

Pemimpin Sabah yang menjadi 'Baluci' dan 'Algojo' pemimpin Persekutuan, terutama setelah mereka berjaya memperdaya Tun Mustapha untuk mencabut akar tunjang parti politik terunggul di Sabah, USNO dan menanam pengaruh UMNO di Sabah; mungkin mati kering jika tidak menggunakan isu PATI dan RCI.

Sewajarnya, Merdeka Center menggunakan dana yang disumbangkan negara Asing sama ada secara terus atau melalui NGO untuk menjalankan kajian bagaimana Sabah boleh mencapai kedudukan ekonomi yang paling baik di Malaysia sebagaimana yang dibuktikan melalui pengiktirafan RAM Rating dan Jabatan Audit Negara; walhal dalam masa yang sama Bank Dunia telah mengeluarkan kenyataan songsang bahawa Sabah Negeri Termiskin di Malaysia?

Apa ada pada nama? Anugerah Negeri Termiskin di Malaysia atau Negeri yang paling ramai PATI di Malaysia tidak akan mengubah rekod Sabah sebagai negeri yang terkaya di Malaysia yang mempunyai rizab lebih daripada RM10 billion. Siapa dapat menyangkal Anugerah Termiskin yang diterima Sabah disumbangkan oleh kebanjiran PATI?

Ada yang mengatakan jika Sabah kaya kenapa negeri mundur? Persoalannya kenapa Sabah harus menggunakan wang sendiri dan mengambil alih tugas Kerajaan Persekutuan membangunkan Sabah? Sedangkan isu royalti Petroleum belum selesai kerana nisbah pembahagian yang tidak adil, apatah lagi mahu menggunakan wang rizab dan tabung dana Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf prasarana Sabah yang serba mundur?

Lazimnya, tidak ada anak terbaik di dunia yang sanggup mengeluarkan wang sendiri membiayai bapanya berfoya-foya di luar membiarkan ibunya menderita, apatah lagi bapa yang tidak pernah jujur dan setia seperti Kerajaan Persekutuan?

Sehingga kini tidak ada Juruaudit di dunia yang dapat mempertikaikan 'Sijil Bersih' yang diberikan Jabatan Audit Negara kepada Sabah, yang tidak perlu menyertai 'Perhimpunan Bersih' untuk mendapat 'Sijil Bersih'.

Belum pernah terjadi dalam sejarah Sabah, malah di Malaysia, bahawa semua agensi Kerajaan Negeri Sabah yang sebelum ini hampir gulung tikar kerana kerugian besar; bukan sahaja telah mencatatkan untung, malah mampu menyumbangkan dividen kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Jangan tanya saya, tetapi dapatkan maklumat daripada Jabatan Audit Negara dan RAM Rating; terutama kejayaan Kerajaan Negeri Sabah membayar segala hutang piutangnya secara tepat masa; malah sebaliknya Kerajaan Persekutuan yang lebih banyak berhutang kerana tidak semua 'Janji Ditepati'.

Persoalannya kenapa Sabah masih mundur dan dilabelkan sebagai miskin setelah berbilion dilaburkan? Tanya Shafie Apdal kerana beliau Menteri yang dipertanggung jawabkan menjaga NKRA pembangunan luar bandar; tetapi beliau gagal memastikan ketirisan ekonomi ditampal setelah dibocori Projek Top-Up yang mendominasi KKLW sejak 2008!

Penulis cerpen salahkan Utusan, mohon maaf pada Teresa Kok

Posted: 09 Oct 2012 11:38 PM PDT

Roketkini.com

KUALA LUMPUR:  Penulis cerpen 'Politik Baru YBJ', Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana kontroversi berbaur fitnah yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia 12 Oktober 2008 yang lalu.

Menurut Chamil yang juga Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, beliau kesal apabila cerpen yang disiarkan telah dieksploitasi akhbar milik UMNO tersebut.

"Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada YB Teresa Kok dan semua yang terlibat."

"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak professional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya. Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu." demikian ujar Chamil.

Menurut Peguam Zalil Mohd Mess yang mewakili Chamil, bahan artikel itu telah diubah oleh Mingguan Malaysia edisi hujung minggu Utusan Malaysia tersebut tanpa persetujuan penulis.

Chamil yang tidak lagi mengakui bahawa  karya cerpen berjudul Politik baru YB J yang disiarkan tersebut bukan lagi karya aslinya berkata, sebilangan watak dalam karya tersebut telah diubah dan tidak sama dengan watak-watak tertentu dalam karya asal beliau.

Jelasnya, "Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok."

Dalam perkara berkaitan, Chamil mendedahkan bahawa penyuntingan karyanya dilakukan oleh editor Mingguan Malaysia tanpa mendapat keizinan beliau sendiri.

"Nama YB Teresa bertukar menjadi YB Su Lan  dan Ahli Parlimen Seputeh menjadi Ahli Parlimen Sepohon Beringin."

Olahan yang dibuat terhadap "Politikbaru YB J" menurut Chamil merupakan perubahan yang mengubah keseluruhan penceritaannya.

"Perubahan ini bukan kecil tetapi  adalah fundamental  yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karya saya."

"Saya percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal, maka cerpen itu menjadi tempang dan watak rekaan YB J seolah-olah menjadi YB Teresa." katanya

Perubahan pada cerpen tidak dirujuk dan dimaklumkan

"Kerja-kerja penyuntingan yang dilakukan oleh editor Mingguan Malaysia itu adalah tidak professional, tidak beretika, tidak bertanggungjawab, tidak beradap, malah biadap."

Justeru kata Chamil, ia mencerminkan ketidakmatangan dan kedangkalan pengarang itu sendiri.

"Akibat dari sikap beliau ini, saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa dalam satu kancah skandal."

Biarpun Chamil mengakui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka untuk dipertimbangkan bagi penerbitan akhbar berkenaan tetapi  pihak penerbit juga ada hak untuk tidak menerbitkan karya yang dihantar kepada mereka.

"Perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan,

"Kalau pengarang karya, dalam kes ini saya bersetuju dengan perubahan-perubahan yang dibuat, barulah karya itu diterbitkan menggunakan nama dan judul yang diberi oleh penulis asal." jelasnya.

Menurut Chamil, segala pindaan yang dilakukan terhadap cerpen beliau tersebut bukan sahaja tidak mendapat persetujuannya malah beliau tetapi saya tidak dihubungi atau dimaklumkan langsung.

"Sebab itu sejak awal lagi saya menganggap cerpen yang tersiar bukan lagi karya saya walaupun terdapat nama saya pada cerpen itu,

"Saya sudahpun memaklumkan pendirian saya ini kepada peguam YB Teresa dalam balasan saya terhadap dakwaan yang dibuat bahawa saya telah memfitnah YB Teresa Kok." jelas beliau.

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.

Menurut Sankara, akhbar Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf dalam Mingguan Malaysia.

Ini bukanlah kali pertama Utusan diheret kemahkamah malah sudah beberapa kali kalah di saman akibat fitnah dan putarbelit yang dilaporkan-Roketkini.com

Mahasiswa dan Politik – Bah. Akhir

Posted: 09 Oct 2012 11:35 PM PDT

oleh : Lim Kit Siang

Ucapan oleh Setiausaha Pemyelaras DAP, Lim Kit Siang di forum "Mahasiswa dan Politik" di Program Latihan Kepimpinan Mahasiswa Tahun Kedua, anjuran University Malaya Students Union di Universiti Malaya, 2 April 1968, jam 8 malam.

Saya telah sebut awal tadi bahawa peranan mahasiswa dalam politik kenegaraan berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain, bergantung kepada keadaan dan masalah yang dihadapi setiap negara.

Kita harus bertanya kepada diri kita: Apakah masalah asas yang dihadapi Malaysia, masalah yang merentasi politik kepartian dan personaliti-personaliti, serta masalah yang harus diprihatinkan oleh semua warga Malaysia, termasuk golongan mahasiswa?

Pada pandangan saya, soalannya sederhana, iaitu: Adakah Malaysia akan menjadi negara untuk bangsa Malaysia atau tidak?

Tak dapat dibantah lagi bahawa jika negara ini bukan sebuah negara untuk bangsa Malaysia, maka kita tinggal meniti hari di mana perseteruan perkauman akan mendidih menjadi sengketa dan pertumpahan darah. Apabila ini berlaku, mahasiswa, pensyarah, kaum professional, inteligensia, dan siapa saja akan sama-sama musnah. Saya mengajukan ini sebagai perkara pertama dalam agenda nasional yang mesti turut mendapat perhatian mahasiswa.

Bagi mereka yang memerhati, tanda-tandanya banyak dan serius bahawa Malaysia sedang berada dalam krisis pembinaan negara dan bahawa Malaysia mungkin terpecah-belah jika sesuatu yang tegas dan imaginatif telah dilakukan.

Pada 31 Ogos 1957, Malaya mencapai kemerdekaan. Sedekad kemudian, pada November 1967, rusuhan kaum besar-besaran pertama terjadi di Pulau Pinang, merebak ke Perlis, Kedah dan Perak Utara.

Penyusutan nilai matawang lama Malaya hanya memicu rusuhan tersebut. Rusuhan besar mungkin takkan terjadi jika unsur-unsur ekonomi dan sosial yang berakar tidak mencipta pendaman emosi dan ketegangan kaum yang segera meledak dengan hanya sedikit provokasi.

Walau pun rusuhan di Pulau Pinang telah berlalu dan penyusutan nilai matawang pula tidak lagi menjadi isu yang membakar, unsur-unsur ekonomi dan sosial yang mencipta keadaan-keadaan yang menyemarakkan sengketa perkauman masih wujud. Jika unsur-unsur ini tidak dihapuskan, potensi untuk meledaknya sengketa perkauman akan meningkat hari demi hari.

Apakah unsur-unsur sosial dan ekonomi yang terbakar ini? Ia adalah rasa kekecewaan, rasa tidak puas hati, dan kemarahan orang Melayu dan bukan-Melayu terhadap sistem sosial yang ada sekarang, walau pun bukan sebab-sebab yang berlainan.

Tembok-tembok yang memisahkan pelbagai kaum dalam negeri ini tidak dirobohkan, sebaliknya kita menyaksikan kemunculan sumber perpecahan yang baru dan lebih berbahaya menerusi galakan yang sengaja dicipta kerajaan: pembahagian rakyat Malaysia kepada dua kelompok 'bumiputera' dan 'bukan-bumiputera'.

Justeru itu, masalah pembinaan negara adalah masalah yang penting hari ini, iaitu masalah untuk menumbuhkan sebuah generasi yang berpaksikan bangsa Malaysia, bukannya generasi yang berpaksikan Melayu, Cina atau India.

Pertaruhan mahasiswa amat besar dalam hal ini, kerana jika kita gagal dalam eksperimen masyarakat berbilang kaum ini, takkan ada apa-apa yang tersisa di hari esok untuk diwarisi oleh belia hari ini.

Sebagai kesimpulan., saya katakana bahawa peranan mahasiswa di Malaysia ialah untuk menggerakkan pandangan dan kuasa mahasiswa untuk mendorong komitmen ke arah melahirkan sebuah negara berbilang kaum.

Kaedah

Mahasiswa sendiri harus memutuskan bagaimana dan dalam cara apa pandangan  dan kuasa mereka boleh digerakkan di Malaysia.

Saya hanya boleh membayangkan tiga garis tindakan:

1.      Lancarkan program pendidikan sepanjang tahun dalam kampus untuk memahamkan mahasisiwa-mahasiswa tentang kepentingan komitmen teguh terhadap idea berbilang kaum di Malaysia menerusi ceramah, debat, forum, majalah, perhimpunan, demonstrasi dan sebagainya.

2.      Menaja kajian-kajian tentang punca-punca perkauman termasuk ekonomi, sosial dan kebudayaan, untuk memahami dengan lebih baik fenomena perkauman dan meransang perbahasan serta pemahaman di kalangan orang awam.

3.      Mengajak semua mahasiswa yang telah mencecah usia 21 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi dan untuk menyokong parti-parti yang sepenuhnya komited terhadap faham kemajmukan kaum.

Menggesa para mahasiswa untuk memberi komitmen terhadap perjuangan membina negara berbilang kaum tidak bermakna menggalakkan mahasiswa mengabaikan persoalan-persoalan lain. Anda harus terus bersuara dan mengatur gerak untuk menentang sebarang langkah yang tidak adil atau salah.

Politik kepartisan

Sebelum mengakhiri bicara, saya ingin membincangkan sama ada mahasiswa patut mengambil bahagian dalam politik kepartisan.

Pertama, saya merasa suatu hal yang jelek dan memalukan bahawa setelah lima tahun penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, masih tidak ada kelab politik di kampus.

Seharusnya ada kelab politik di kampus, sama ada kelab Perikatan, kelab Sosialis Demokrat, atau kelab Kapitalis, untuk mmbolehkan mahasiswa-mahasiswa yang cenderung kepada pendekatan politik tertentu membincangkan dan membahaskan pandangan-pandangan mereka.

Mungkin ini satu-satunya negara yang mengaku mendukung demokrasi tetapi universitinya tidak dibenarkan mempunyai kelab politik.

Terhadap pertanyaan sama ada mahasiswa sepatutnya dibenarkan menyertai parti politik dan mengambil bahagian dalam kegiatan politik., saya jawab "Ya."

Dua alasan diberikan untuk menegah pernyataan mahasiswa dalam menyertai parti politik: pertama, mahasiswa tidak matang dan mudah dipengaruhi; dan kedua, ia akan menjejaskan pengajian mereka.

Sebagai bantahan, saya katakan: mahasiswa universiti sebahagian besarnya telah melewati usia 21 tahun. Ertinya mereka layak untuk mengundi. Sekarang ini ada dua kelas pengundi dalam kumpulan usia yang sama – memandangkan pemuda-pemudi bukan-mahasiswa yang sama usianya boleh mengambil bahagian dalam kegiatan parti politik. Adakah kita sungguh-sungguh percaya bahawa belia-belia bukan mahasiswa yang sama usianya lebih matang dan kurang mudah dipengaruhi (berbanding mahasiswa)?

Mereka yang membangkitkan hujah bahawa politik akan menggangu pengajian pelajar lupa bahawa dalam kehidupan moden, mahasiswa terdedah kepada segala macam gangguan. Mereka lupa pada asasnya tergantung kepada mahasiswa itu sendiri untuk mendisiplinkan dirinya dalam pengajian.
Saya benar-benar tidak yakin bahawa peratusan gagal di universiti akan lebih tinggi jika mahasiswa dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti berbanding sekarang.

Penyertaan mahasiswa dalam kegiatan-kegiatan parti akan membolehkan mereka menajamkan faham mereka tentang komitmen dan tujuan sosial, selain membolehkan mereka menggandingkan idealisme dengan tindakan.

Mahasiswa-mahasiswa yang menerapkan kepercayaan dan gagasan-gagasan mereka dalam tindakan akan menjadi warga yang lebih 'berisi' berbanding mereka yang membiarkan idealisme dan kepercayaan mereka terpasung dalam kampus, diselubungi rasa takut. Negara kita juga akan menjadi lebih kaya pengalaman sedemikian.-roketkini.com

Sedia hadapi hujan luar biasa

Posted: 09 Oct 2012 11:29 PM PDT

KL TODAY

Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia berikutan kedatangan fenomena 'Astronomical Tide' yang membawa hujan lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

"Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.Gambar: Kejadian ombak astronomik yang pernah berlaku di China tahun lepas.

"Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu," katanya.

Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.

Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

"Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat sampah," katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.

Lebih Banyak Hari Bersekolah Pada Tahun Depan

Posted: 09 Oct 2012 11:24 PM PDT

PETALING JAYA: Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti pada tahun depan harus ingat bahawa lebih banyak hari mereka berada di sekolah berbanding tahun ini.

Sebanyak 205 hari bersekolah iaitu dua hari lebih daripada tahun ini. Pelajar juga akan mendapat cuti yang pendek dengan 84 hari cuti tahun depan berbanding 87 hari tahun ini.

Pesta Menuai dan Gawai iaitu Mei dan Jun bertepatan dengan cuti pertengahan tahun manakala Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada cuti semester dua minggu pada bulan Ogos.

Kalendar sekolah tahun depan, seperti yang ditunjukkan di laman web Kementerian Pelajaran, menunjukkan bahawa pelajar kembali ke sekolah pada 2 Januari di semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu, di mana kelas bermula sehari awal.

Pihak sekolah juga boleh memohon empat hari cuti Peristiwa yang tidak perlu diganti.

Mereka juga boleh memohon cuti ganti (cuti gantian), yang tertakluk kepada kelulusan oleh masing-jabatan pendidikan negeri.

Cuti akhir tahun akan bermula pada 15 November tahun depan, kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu di mana cuti bermula sehari lebih awal.

Muhyiddin: Semua Sekolah Satu Sesi Dalam 5 Hingga 10 Tahun Lagi

Posted: 09 Oct 2012 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap untuk mempunyai sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dalam masa lima hingga 10 tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami mempunyai guru yang cukup (untuk membuat semua sekolah satu sesi) tetapi kita perlu lebih banyak sekolah.

"Ini juga boleh membawa kepada waktu persekolahan dilanjutkan," katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Gombak Setia di sini pada hari kedua PMR pada Selasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata membina lebih banyak sekolah bergantung kepada peruntukan bajet, sambil menambah bahawa 20 peratus sekolah 10,000 negara kini satu sesi.

Pembekal benih 'tak layak' didakwa menang tender RM164.8j

Posted: 09 Oct 2012 04:46 PM PDT

 

Kuek Ser Kuang Keng

Tender bernilai RM164.8 juta untuk membekalkan benih padi kepada petani di bawah program yang dikendalikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, didakwa telah dianugerahkan kepada beberapa pembekal yang gagal memenuhi kriteria tender, demikian menurut dakwaan dalam sepucuk surat yang dikatakan bocor dari Kementerian Kewangan.

NONEDi samping itu, ia mendakwa pembekal bumiputera yang berkelayakan
telah ditolak atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan dalam kriteria tender.

Bagaimanapun, salah seorang pembekal yang dikatakan gagal memenuhi kriteria tender, dan yang digambarkan sebagai kroni Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, telah mempertahankan keputusan tender tersebut, manakala seorang lagi pembekal yang dihubungi oleh Malaysiakini enggan mengulas mengenai kontroversi itu.

Surat yang dikatakan bocor itu, bertarikh 20 Julai 2012, telah didedahkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Parlimen Rabu lepas dan salinannya diedarkan kepada pihak media.

Surat itu ditandatangani oleh bahagian perolehan kerajaan Kementerian Kewangan dan dialamatkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Siasatan kes Scorpene berjalan, kata peguam

Posted: 09 Oct 2012 04:43 PM PDT

 

Susan Loone

Peguam hak asasi manusia, William Bourdon, yang berpejabat di Paris, berkata tidak timbul soal "perbicaraan sedang berjalan" berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene kerana dua hakim Perancis yang dilantik untuk kes itu masih menjalankan siasatan mereka.
Katanya, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah di mana kumpulan hak asasi manusia di Malaysia, Suaram telah diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac 2012.

NONEBeliau berkata hanya apabila selesai siasatan itu barulah hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada perbicaraan penuh akan diadakan untuk mendengar kes tersebut.

Bourdon (kiri) menyifatkan kenyataan pendakwaraya kerajaan Perancis, Yves Charpenel bahawa "tidak ada perbicaraan" terhadap kes tersebut, sebagai "bercanggah sama sekali" kerana keputusan sama perbicaraan perlu diadakan, akan diputuskan oleh hakim-hakim berkenaan apabila siasatan mereka selesai, dan dan bukannya pihak pendakwa.

"Setahu kami, pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes tersebut, tidak membuat sebarang kenyataan seperti yang disuarakan oleh Charpenel.

"Kedua-dua hakim berkenaan -  Roger Le Loire dan Serge Tournaire - sedang meneruskan siasatan mereka terhadap kes Scorpene itu."

Semalam, Bernama melaporkan seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel dilaporkan berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

Dr M enggan ulas isu forex kerana 'nyanyuk'

Posted: 09 Oct 2012 04:37 PM PDT

Lee Long Hui

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an.

Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP semalam.

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya.

Dasar PAS tetap Islam

Posted: 09 Oct 2012 04:32 PM PDT


1. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Malah kita konsisten dengan perjuangan Islam. Pendekatan dan strategi dihalusi dengan penuh tekun dan hikmah. Rujukan kita ialah al Quran dan sunnah serta ijmak dan qias. Sungguhpun zahir tindakannya serupa dengan perlakuan pihak lain seperti golongan nasionalis dan demokrat, bukan bermakna PAS menjadi penganut faham nasionalis dan beriman dengan demokrasi, sebaliknya nilai tindakan adalah pada sandaran objektif yang menepati syara' dan asas hukum syariat yang betul.

2. Sebagai contoh pada perbuatan tidur. Si A tidur dengan tujuan untuk rehat dan membolehkan ia bangun lalu menunaikan solat malam, maka tidurnya diterima syarak malah hukumnya sunat [dapat pahala] berbanding si B juga tidur tetapi dengan maksud meninggalkan solat Isyak sedang ia tidur selepas masuknya waktu Isyak, maka hukumnya haram dan berdosa besar kerana meninggalkan solat dengan sengaja.

3. Justeru itu, perbandingan antara dua pihak tidak terhenti atas persamaan pada zahir tindakan semata-mata, tetapi perlu dilihat pada asas tindakan tersebut, apakah bersandarkan kehendak syarak atau hanya secara kebetulan ia melakukannya [tanpa ilmu dan asas syarak] atau bertujuan yang bertentangan dengan kehendak syarak.

Umno sudah tidak boleh dikenali lagi

Posted: 09 Oct 2012 04:28 PM PDT


Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang 'unelected Prime Minister' negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga  tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.

Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.

Tun Razak menghabiskan waktu selama empat tahun untuk menyelesaikan isu-isu yang tidak selesai dan akhirnya telah berjaya mendapat formula untuk mencapai perpaduan kaum dan melakukan inisiatif politik yang baru dan menubuhkan Barisan Nasional.(BN). Akhirnya semua rakyat berpadu dan memberikan mandat kepada BN yang melalui pilihanraya buat kali pertama di atas nama baru, iaitu Barisan Nasional. Tun Razak hanya mengetuai pilihanraya negara sekali sahaja kerana beliau telah meninggalkan kita pada Januari 1976 dahulu.

BN telah berjaya menautkan yang berbalah di antara kaum dan BN telah mendapat mandat yang begitu besar selepas Parlimen dipulihkan semula setelah negara ditadbir oleh MAGERAN sejak tercetusnya kejadian 13 Mei 1969. Oleh kerana kejadian itulah Tun Razak yang telah bertungkus lumus mencari formula untuk menyatukan kembali rakyat berbilang kaum dan kaum-kaum bukan Melayu telah memberikan sokongan  kepada Tun Razak dalam pilihanraya 1974 itu.

Tetapi ia amat jauh bezanya di era Najib Tun Razak. Di zaman dan era Najib Tun Razak pula terbalik. Rakyat yang berpadu sebelumnya telah berpecah mengikut lunas-lunas perkauman. Rakyat sedang dipisahkan oleh UMNO melalui isu perkauman yang menebal untuk menyatukan Melayu di bawah UMNO. Tetapi orang Melayu tidak juga mahu bersatu di bawah UMNO.

Orang Melayu sudah rimas berada di bawah UMNO kerana pemimpin-pemimpin mereka sudah tidak betul dan seolah-olah telah ditutup hijab mereka. UMNO sudah hilang hidayah sepenuhnya sehinggakan parti itu sudah tidak tahu lagi mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang buruk. Yang buruk dikatakannya baik dan yang baik dianggap mereka sebagai buruk. Semuanya terbalik dan sekarang bertambah lah keyakinan saya yang UMNO itu adalah pembawa dalil hari hampir kiamat.

Apa yang dilakukan oleh UMNO dahulu, diterbalikkan oleh pimpinan UMNO sekarang. Kalau dahulu Felda ditubuhkan untuk memberikan orang miskin yang tidak bertanah sebidang tanah seluas sepuluh ekar dengan tanaman kelapa sawit dan getah, sekarang ini Felda telah membuka tanah seluas 1 juta ekar dan tidak menempatkan mereka yang bertanah ke dalamnya. Sebaliknya diurus sejuta ekar ini di bawah Felda Plantation. Semua tanah yang kaya dengan hasilnya ini disenaraikan dipasaran saham untuk kepentingan kapitalis dan kroni UMNO yang tidak pernah pun memasuki tanah rancangan Felda.

Seramai 80,000 rakyat yang tidak bertanah dan yang sepatutnya dimasukkan ke dalam Felda tidak dilakukan. Kalau dahulu pimpinan sibuk untuk membina ekonomi rakyat yang miskin kali ini UMNO membina 'empire' untuk kroni-kroninya dan rakyat yang miskin di minta nya untuk bersyukur dan berterima kasih dengan wang BRIM yang sejemput itu. Bagi UMNO rakyat tidak layak menjadi kaya raya. Kekayaan hanyalah untuk kroni dan keluarga pemimpin UMNO dan beberapa rakyat yang eksklusif sahaja.

Peneroka-peneroka Felda hanya diberikan saham sebanyak 800 unit sekeluarga. Jika ada sepuluh orang dalam keluarga itu mereka bahagi-bahagikan lah diantara sepuluh orang ahli keluarga itu. Peneroka hanya mendapat kuah sahaja tetapi mereka yang tidak kena mengena dengan peneroka mendapat dagingnya. Masih ada peneroka yang berpuas hati dengan mendapat kuah ini.

Agaknya mereka cukup dengan kuah sahaja. Kalau makan kuah, daging kuah itu rasa daging juga. Seorang peneroka yang sebaya dengan saya di Serting berkata dengan sindirannya, "Aspan, kito dapek kuah ajo.. Jadilah... Kok kuah gulai ayam pun, kuah tu pun ghaso ayam jugak. Daging ayam tu biarlah dia oghang mentekedaghah. Kalau kito nak ghaso daging ayam eh, kito tukarlah kerajaan yang boleh boghi kito makan daging eh."

Kata-kata seperti ini meresap di kalangan masyarakat marhean kita. Mereka tidak bercakap kuat-kuat kerana mereka tidak tahu untuk berkata secara politik. Mereka hanya akan menunjukkan manifestasi mereka melalui peti undi. Seorang rakan peneroka saya di Felda Rokan pula marah-marah dengan akhbar Utusan dan beliau sudah berhenti membaca akhbar itu. Semasa beliau datang berjumpa dengan saya di Subang Jaya beliau berkata, "Utusan ni den buet mungkuih daging ajo bang. Den sokaghang baco Harakah dan Sinar Harian. Anak-anak den pun bilo balik kampung kato, yang kito kono tukar korajaan sekaghang ni. Lotih den negok UMNO ni".

Keadaan ini berlaku di mana-mana dan tidak mampu UMNO untuk mengubatinya. UMNO sudah terlalu lekeh pada pandangan mereka walaupun bermacam-macam cara UMNO untuk menyekat mereka dari mencari pilihan kepada UMNO. UMNO sudah di pandang seperti haiwan kurap oleh mereka yang berfikir kerana kejahilan UMNO memahami perasaan rakyat bawahan sudah tidak ada lagi.

UMNO di peringkat bahagian-bahagian hanya dipenuhi dengan kroni ketua-ketua bahagian dan kebanyakkan mereka adalah kontraktor kelas F. Penjawat awan di daerah-daerah pun ada lesen kelas F. Mereka dengan menggunakan nama isteri atau anak-anak mereka. Kerja kontrak kecilan pun disapu bersih oleh penggiat UMNO dan ini berlaku di seluruh negara.

Dua tiga hari lagi Najib akan ke Sabah lagi kerana Sabah yang beliau anggap sebagai simpinan tetap untuk UMNO sudah menolak parti itu. Jika Najib berulang alik ke Sabah setiap hari pun keadaan amat sukar untuk diperbaiki. Takut-takut yang dikejar tidak dapat, yang dijinjing pula berciciran. Najib perlu sedar yang tidak semua pimpinan UMNO bersimpati dengan beliau kerana ada pihak yang ingin mengambil kesempatan dari kelemahan Najib ini untuk menguasai kerajaan.

Tapi apa pun saya tetap merasakan Najib merupakan seorang Perdana Menteri UMNO yang terakhir dan beliau akan kekal tercatat sebagai 'unelected Prime Minister' negara kita.

Rakyat perlu bersedia untuk mengalami politik baru di bawah pentadbiran baru dan mula belajar memperbaiki sikap dan mentaliti mereka terhadap politik dan siasah negara. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai sahsiah yang baik dan kita perlu jauhi pemimpin yang sentiasa memenjarakan pemikiran kita.

Jika UMNO tidak lagi diberi mandat dalam PRU ini, ia bermakna kita akan mencapai kemerdekaan dan terlepas dari penjara dan mula membentuk pemikiran yang sesuai dengan keadaan dan zaman ini.

UMNO sudah tidak tentu lagi rupa dan bentuknya lagi. Pada hakikatnya UMNO sudah wujud lagi. UMNO hanya tinggal pada namanya sahaja. Macam P Ramlee yang hanya tinggal namanya sahaja. P Ramleenya sudah meninggalkan kita lama dahulu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Fobia tengok sekolah, terpaksa ambil PMR di hospital

Posted: 09 Oct 2012 04:24 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

TAMPIN – Akibat penyakit dihadapinya, seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan di Hospital Tampin, semalam.

Siti Nor Fitrah Ramli, 15, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Undang Haji Adnan (Duha), di sini, mengalami gangguan tekanan atau Traumatic Stress.

Dia yang dikesan mengalami penyakit itu sejak Jun lalu berbuat demikian atas nasihat pakar psikiatri hospital terbabit.

Siti Nor Fitrah berkata, penyakit itu menyebabkan dia mudah pengsan sebaik sahaja tiba di sekolah.

Malah katanya, dia pernah pengsan sebaik sahaja menjejak kaki ke pintu pagar sekolah.

"Sejak Jun lalu, sudah tidak terkira berapa kali saya pengsan ke sekolah. Doktor merawat saya memberitahu saya sering mempunyai perasaan 'tidak boleh ke sekolah'.

"Penyakit ini membuatkan perasaan saya seolah-olah trauma dengan sekolah dan atas nasihat doktor pada Isnin lalu, kes saya dirujuk ke HT untuk membolehkan saya menduduki peperiksaan PMR di hospital tanpa risiko untuk pengsan seperti di sekolah," katanya di HT, semalam.

Dalam pada itu, Siti Nor Fitrah mengakui sedih dan terkilan kerana tidak berpeluang untuk menduduki peperiksaan bersama rakan lain di sekolah, namun terpaksa akur dengan nasihat doktor.

"Saya akan cuba memberi yang terbaik untuk peperiksaan PMR walaupun persekitaran menduduki peperiksaan seperti ini tidak pernah sama sekali tergambar dalam fikiran saya selama ini," katanya.

Siti Nor Fitrah adalah antara 1,176 calon yang menduduki PMR di daerah Rembau, tahun ini.

Pengikut