Jumaat, 9 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 09 Sep 2011 03:36 PM PDT

Khaled: Subjek Sejarah dikaji semula

Posted: 09 Sep 2011 04:15 AM PDT

KUALA LUMPUR — Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (gambar) berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.

"Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu 'what is the real' sejarah," kata beliau dipetik Bernama Online.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran buku karya Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, hari ini. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.

Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.

"Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta.

"Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.

"Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul," katanya.

Bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam.

MTUC simpati nasib pekerja MAS, sokong piket diputuskan 25 Sept

Posted: 09 Sep 2011 04:09 AM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada dasarnya menyokong pendirian tiga kesatuan pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mahu berpiket berhubung perjanjian kerjasama MAS-AirAsia dan keputusan akhir ke atas tindakan perhubungan industri itu akan dimuktamadkan akhir bulan ini.

Presiden MTUC Khalid Atan berkata, isu yang dihadapi oleh kesatuan-kesatuan sekerja MAS akan dibincangkan pada mesyuarat majlis am kongres pada 25 September ini.

Tiga kesatuan pekerja-pekerja MAS yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan dan berpendapat bahawa janji niaga MAS-AirAsia tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.

"Saya sudah dimaklumkan masalah mereka, sudah pasti ia akan dibincangkan pada mesyuarat majlis am MTUC, jika dipersetujui kami akan menyokong tindakan piket mereka nanti," katanya.

"Keputusan akhir perlu diputuskan oleh majlis am, ia keputusan bersama, bukan saya seorang sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Khalid berkata, maklumat yang beliau terima menunjukkan pengurusan baru tidak merujuk kepada kepimpinan kesatuan-kesatuan sekerja sebelum mengambil tindakan, misalnya memindahkan 80 peratus tenaga kerja ke penerbangan baru yang dinamakan Sapphire.

"Seramai 80 peratus pekerja MAS akan dipindahkan ke syarikat baru, tinggal 20 peratus dalam organisasi lama ... tindakan ini mengikut kesatuan sekerja adalah tidak sihat... mereka tidak gembira kerana perkara ini tidak dibincang dengan mereka, malah khuatir ia juga akan menjejaskan tahap kekananan seseorang pekerja," kata beliau lagi.

Semalam, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (Maseu), Abdul Malek Arif mendakwa kesatuan itu menjangkakan hampir 80 peratus pekerja syarikat itu akan dipindahkan ke syarikat penerbangan baru Sapphire.

Katanya, langkah sedemikian akan menjejaskan keahlian kesatuan dan memberi kesan ke atas keupayaan mewakili tenaga kerja.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi, MAS melahirkan rasa kecewa ekoran laporan media bahawa kesatuan-kesatuan sekerjanya mahu mengadakan ancaman tindakan piket.

Menurut MAS, Maseu, Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan. Malah ia juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai.

Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.

Lebuh raya wang

Posted: 09 Sep 2011 04:08 AM PDT

Adil Mat Selamat
Setakat yang diketahui, belum ada mana-mana negara di dunia ini yang memberi satu konsesi atau tender kepada sebuah syarikat pembuat lebuh raya selama 50 tahun.

Tender ini bukan untuk syarikat pembuat kapal angkasa untuk membantu manusia meneroka angkasa lepas atau membawa kita ke bulan dan bintang demi mencari dan menambah ilmu pengetahuan tamadun kita.

Konsesi ini juga bukan untuk syarikat yang membekalkan oksigen kepada semua manusia untuk terus hidup, atau mana-mana hasil kemajuan sains kesihatan yang mampu memanjangkan usia.

Hak istimewa syarikat lebuh raya

Keistimewaan ini sebaliknya hanyalah untuk syarikat pembuat dan pengurus jalan raya; suatu keperluan rakyat yang tidak boleh dielakkan dan perlu dilaksanakan.

Setakat yang kita tahu, hanya di Malaysia sahaja yang berlaku perkara seperti ini. Kerajaan seolah-olah memberi cek kosong kepada pihak swasta, yang biasanya mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan, untuk mengorek untung menerusi jalan raya (keperluan awam).

Bukan sahaja rakyat tidak diberi banyak pilihan malah kerajaan sendiri, mengikut kata-kata bapak-bapak menteri, terpaksa mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan syarikat. Dengan kata lain kerajaan terpaksa menurut kehendak syarikat lebuh raya tersebut khususnya dalam soal pembiayaan, pampasan dan kenaikan harga tol.

Syarikat lebuh raya ini bagaikan dewa dan kerajaan pula adalah pesuruhnya manakala kita yang menggunakan lebuh raya adalah seperti hamba yang tidak boleh bertanya atau melawan, hanya mampu pasrah dan mengeluh dan membayar sahaja.

Jangka masa 50 tahun ini adalah setengah abad. Negara kita sudah merdeka 54 tahun. Bayangkalah betapa seronoknya pemilik syarikat lebuh raya.

Pendek kata, jika ia memegang saham syarikat itu pada usia 20 tahun, bermakna besar kemungkinan sepanjang hayatnya, manusia ini tidak perlu lagi bekerja. Mungkin sesekali boleh suruh budak-budaknya mengorek jalan dan menampung lubang.

Mereka yang memiliki syarikat ini tidak perlu bersaing seperti syarikat-syarikat lain. Keselesaan dan kekayaan ini ibarat bulan jatuh keriba, anugerah ke atas mereka yang terpilih.

Barangkali, mereka ini adalah insan istimewa dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa. Sungguh indah menjadi salah seorang daripada mereka.

Purata kos pembinaan lebuh raya oleh syarikat PLUS sekitar RM6 bilion. Dan mula beroperasi pada tahun 1988. Jika menurut jawapan Menteri Kerja Raya pada 28 Jun 2011, tempoh konsesi untuk PLUS adalah selama 50 tahun, ini bermakna tempoh konsesi ini hanya akan tamat pada tahun 2038.

Dalam tempoh itu juga, kerajaan setakat ini telah memberi pampasan sebanyak RM735 juta dan jumlah kutipan tol sehingga kini sudah mencecah sekitar RM23 bilion. Bayangkanlah jumlah yang amat besar ini.

Syarikat untung, rakyat tertekan

Inilah satu-satunya syarikat swasta yang tidak pernah dan rasanya tidak akan rugi. Sebaliknya akan terus untung dan untung dengan jumlah yang amat besar. Barangkali amalan seperti inilah yang membusukkan nama pasaran bebas. Kerana ia sudah melanggar prinsip persaingan sihat serta meminggirkan yang lain.

Itu belum lagi konsesi dan jumlah kutipan syarikat-syarikat lebuh raya yang lain. Di Malaysia sahaja ada 27 buah syarikat lebuh raya. Kita pasti dapat membayangkan ke mana dan berapa banyak wang kita yang telah habis.

Dan sudah menjadi rahsia terbuka bahawa daripada banyaknya syarikat lebuhraya ini, hakikatnya ia hanya dimiliki oleh satu dua kumpulan orang yang amat intim hubungan dengan pucuk pimpinan kerajaan.

Alasan kerajaan atau syarikat lebuh raya tentang tol bagai adik dan abang. Harga tol harus terus naik kerana kos penyelengaraan lebuh raya juga akan senantiasa naik. Yang untung syarikat, yang terpaksa menambah perbelanjaan keluarga adalah kita.

Jika benarlah begitu ingin sekali kita memahami, bagaimana pula dengan pendapatan rakyat, bila nak naik? Harga kereta, bila nak turun? Harga petrol bila nak turun? Harga barangan keperluan harian bila nak stabil? Segala macam cukai bila nak turun? Bagaimana dengan IPP yang juga mendapat layanan istimewa kerajaan sedangkan bil elektrik di rumah dan pejabat kita melambung naik?

Dan yang paling utama, mengapa tempoh konsesi syarikat lebuh raya ini terlalu lama? Apakah tidak ada syarikat dari pengusaha tempatan yang mampu mengurus, menyelenggara dan menawar harga tol yang lebih munasabah?

Jawapan dan alasan akan menjadikan dasar ekonomi kerajaan UMNO-BN seperti sebuah mitos dan legenda. Mitos hanyalah sebuah misteri dan enigma yang tidak tahu hujung pangkalnya dan apa pula kesudahannya.

Begitulah dasar ekonomi kita. Selagi UMNO-BN memerintah, rakyat perlu tutup mulut, jangan disoal-soal lagi. Roketkini.com

Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz

Posted: 09 Sep 2011 04:07 AM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut.

(Nik Aziz bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang)

"Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu," dakwa Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

"Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

"Sedangkan benda itu ada. Ini kerana 'orang putih' tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

"Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

"Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pengaruh media baru

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah.

Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada.

"Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada.

"Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini," kata beliau.

Nik Aziz, Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok

Posted: 09 Sep 2011 03:59 AM PDT

HARAKAH DAILY

KUALA LUMPUR: Penjelasan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan oleh media sekarang dijangka akan dijelaskan dengan sepenuhnya dalam ceramah umum oleh tiga pemimpin utama PAS malam esok, 10 September.

Majlis ini akan menampilkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu.

Ceramah ini akan diadakan di Dewan Koleh Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar mula jam 9 malam.

Ia diadakan sempena dengan Konvensyen Negara Berkebajikan yang akan diadakan mulai pagi esok di tempat yang sama.

Ketiga-tiga mereka dijangka menjelaskan pendirian masing-masing terutama dalam isu sejarah kemerdekaan negara ekoran serangan berterusan media BN terhadap Mohamad Sabu.

Hari ini masuk hari ke 14 Mohamad Sabu diserang dalam isu ini kononnya beliau memperkecilkan peranan pasukan keselamatan dan polis dan menyokong komunis.

Ia ekoran ucapan Mohamad Sabu di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Nik Aziz sehingga kini menyifatkan laporan Utusan itu mengarut manakala Abdul Hadi mempertikaikan banyak tindakan pemimpin Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Datuk Onn misalnya dipertikaikan sikapnya kerana banyak mendapatkan nasihat British sebelum membuat sesuatu keputusan untuk kerajaan Johor ketika beliau menjadi pegawai kanan negeri itu.

Status penduduk sementara 'lesap' selepas didedah

Posted: 09 Sep 2011 03:57 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPURt: Tiga nama yang didedah Dewan Pemuda PAS semalam yang memiliki Kad Pengenalan Hijau (penduduk sementara) dan didaftar sebagai pemilih, hari ini didakwa "lesap" dalam sistem semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Maklumat ketiga-tiga mereka seperta dalam semakan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:

Kad Pengenalan: 880306115096

Nama: NUMI BINTI SYUKRI
Lokaliti: KG BUKIT PAYUNG
Daerah Mengundi: MUKIM TENANG
DUN: HULU BESUT
Parlimen: BESUT
Negeri: TERENGGANU

Kad Pengenalan: 820315126446

Nama: HASMIDAH BINTI SURAHBIL
Lokaliti: TMN BAIDURI JAYA
Daerah Mengundi: BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
DUN: SEMENYIH
Parlimen: HULU LANGAT
Negeri: SELANGOR

Kad Pengenalan: 840803125475

Nama: JAMALUDDIN BIN TAHIR
Lokaliti: TMN UNIVERSITI/TMN TROPIKA
Daerah Mengundi: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DUN: BANGI
Parlimen: SERDANG
Negeri: SELANGOR

Ketiga-tiga individu itu sewaktu disemak pagi semalam mempunyai rekod permohonan JPN sebagai pemegang kad pengenalan hijau, namun hari ini statusnya tidak dapat dikenal pasti sama ada masih berstatus penduduk sementara atau sudah bertukar.

Ianya ekoran sistem semakan di JPN didapati bertukar-tukar status bermula dari kad pengenalan hijau semalam, tiada dalam rekod pada awal pagi tadi, kemudian betukar kepada ungu (tidak diketahui statusnya) sehingga terbaru langsung tidak dapat disemak kerana portal semakan tersebut didakwa sedang diselenggara.

Persoal sistem JPN

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat ketika dihubungi mempersoal sistem semakan online JPN yang dilihat lemah dan tidak stabil.

Sedangkan katanya, sistem itu antara paling penting kerana berkait dengan keselamatan negara.

"Apa JPN ni, kita nak tahu apa standard operating procedure (SOP) dia.

"Kejap hijau, lepas tu ungu yang tak tahu apa statusnya itu, lepastu lesap. Apa yang JPN buat sebenarnya," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Pada sidang media semalam, Dewan Pemuda PAS mendedahkan meklumat terdapat penduduk sementara pula didaftar sebagai pengundi.

Sebelum ini mereka juga pernah mendedahkan penduduk tetap didaftar sebagai pengundi namun bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam selepas didedahkan.

Beberapa bukti kepincangan lain juga didedahkan termasuk kes Mismah yang boleh bertukar status kewarganegara dalam tempoh satu jam setengah, Kg Baru menjadi pengundi, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, pengundian berganda, undi pos dan beberapa kes lain.

Perkara sama turut dipersoal timbalannya, Adram Musa yang mahu JPN segera menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Katanya, dalam keadaan negara akan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 yang makin hampir, JPN selaku agensi pengesahan data terpenting pula dilihat bermasalah.

JPN akui kelemahan

Sementara itu, JPN hari ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.

Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008.

Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pengkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.

Masalah seperti ini mula dikesan dalam kes melibatkan seorang pengundi yang meraih kontroversi apabila dikesan dalam data JPN sebagai seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan sebagai pengundi dalam rekod pengundi SPR.

Mahathir kata sokongan Najib merosot kerana Bersih 2.0

Posted: 09 Sep 2011 03:56 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemerosoton sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah akibat dari cara kerajaan BN mengendalikan perhimpunan Bersih.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

"Saya tidak tahulah samada ia arahan Datuk Seri Najib ataupun tidak tetapi bila ia arahan kerajaan, ia dilihat buruk oleh orang ramai," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Astro Awani dan disiarkan hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Najib merudum teruk kepada 59 peratus berbanding 76 peratus sebelum ini.

Kenyataan Mahathir ini membayangkan beliau bersetuju dengan hasil kajian persepsi Merdeka Centre itu yang cuba ditolak oleh pemimpin kerajaan Umno termasuk oleh para menterinya.

Ketika ditanya komen beliau terhadap penglibatan anaknya, Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai itu, Mahathir berkata, beliau tidak mengongkong anak-anaknya.

"Saya memberikan kebebasan kepada anak saya, saya tak paksa mereka ikut saya, mereka gunakan kebijaksanaan sendiri," kata Mahathir dalam rancangan itu.

SPR daftar alamat pengundi tak wujud

Posted: 09 Sep 2011 03:55 AM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencipta keanehan apabila jalan yang tidak wujud turut dijadikan alamat kepada pengundi yang juga tidak wujud di sesuatu kawasan pada sesetengah negeri di seluruh negara.

Salah satu bukti berhubung perkara itu termasuklah Jalan Pintar 11 dekat Taman Universiti yang terletak dalam kawasan Dun Bangi di Selangor yang jelas tidak wujud, tetapi turut didaftarkan sebagai alamat salah seorang pengundi di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Adram Musa menjelaskan, beliau amat hairan dengan tindakan SPR itu, pada hal jalan-jalan yang terdapat di kawasan itu khususnya yang membabitkan Jalan Pintar hanyalah Jalan Pintar 1, Jalan Pintar 2, Jalan Pintar 3, Jalan Pintar 4 dan Jalan Pintar 5 sahaja.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh SPR itu jelas merupakan satu manipulasi pilihanraya di negara ini dan ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, tindakan susulan lain yang dilakukan oleh SPR dan JPN berhubung perkara itu dengan menyenaraikan penduduk sementara sebagai pemilih dalam daftar pemilih SPR, termasuk membabitkan pengundi bagi Dun Bangi dan yang dicatatkan tinggal di Taman Universiti.

"Antaranya termasuklah Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Sesuai dengan kedudukan Jamaluddin sebagai penduduk sementara, menurut beliau, Jamaluddin diberikan kad pengenalan hijau oleh JPN dan mengikut undang-undang pula, penduduk sementara dan penduduk tetap yang mempunyai kad pengenalan merah tidak boleh mengundi.

"Dalam hubungan ini, keanehan lain pula yang wujud. Jamaluddin bin Tahir itu sendiri sememangnya tidak tinggal di kawasan itu. Malah, PAS Sungai Tangkas telah melakukan pemeriksaan dan didapati sememangnya tidak wujud orang yang bernama Jamaluddin bin Tahir yang tinggal di kawasan itu," katanya.

Berdasarkan semakan terkini yang dilakukan oleh pihak PAS didapati selain Jamaluddin bin Tahir, terdapat dua orang lagi penduduk sementara yang mempunyai kad pengenalan hijau yang turut didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR.

Mereka terdiri daripada Numi binti Syukri yang bernombor kad pengenalan 880306115096, lokaliti Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut, Parlimen Besut, Terengganu.

Manakala seorang lagi, Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar SPR dan JPN bagi menjelaskan perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya dan menyalahi undang-undang.

Cukai prabayar 6%: BN terus peras rakyat

Posted: 09 Sep 2011 03:54 AM PDT

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbukti 'hilang akal' untuk menambah pendapatan negara sehingga bertindak memeras rakyat miskin, kata Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar.

Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi.

"Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus.

"Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan.

"Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa.

"Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS.

Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin.

Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun.

"Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya.

Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang.

Pengguna tidak berhemah atau jalan raya bermasalah

Posted: 09 Sep 2011 03:50 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) melahirkan rasa kesal dan bimbang ekoran peningkatan kadar kemalangan khususnya yang melibatkan kematian dalam Ops Sikap ke-24 yang berakhir pada 7 September lalu.

Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, difahamkan Ops Sikap ke-24 adalah yang terburuk sejak Ops Sikap dilancarkan 11 tahun yang lalu.

Ops Sikap ke 24 mencatatkan mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.

Keseluruhannya sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

"LaPAS mempersoalkan keberkesanan Ops Sikap kali ini gagal membendung kemalangan khususnya yang melibatkan kemalangan maut meskipun pelbagai usaha dan kempen dibuat, namun kadar kemalangan terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, faktor sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka menjadi sebab utama kemalangan terus meningkat.

Dalam hal ini, ujarnya sesuatu tindakan drastik perlu dikenalpasti dan dialksanakan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Antaranya, kata beliau LaPAS menyokong usaha penjenamaan semula Ops Sikap yang dilihat agak ketinggalan dan kurang berkesan.

Selain itu, tambah beliau antara tindakan yang berkesan adalah dengan melicinkan perjalanan trafik di jalan-jalan raya.

"Antara sebab pemandu letih adalah kerana kerana faktor kesesakan jalan raya yang membosankan dan meletihkan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Jerai.

Menurutnya, dengan jumlah kenderaan yang banyak, dengan suasana yang panas dan tidak selesa sudah tentu pemandu menjadi hilang sabar, marah, tekanan perasaan, serta mengantuk.

Kesannya, kata beliau pemandu memilih untuk menggunakan jalan alternatif walaupun ianya jauh dan merbahaya.

Menurutnya lagi, di musim perayaan seperti Aidilfitri ini pula, R&R sepanjang lebuhraya biasanya sesak dengan pengunjung.

Katanya, ramai pemandu terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk kerana gagal untuk berhenti di R&R ekoran terlalu ramai orang.

Justeru, ujarnya LaPAS mengharapkan kerajaan dan syarikat konsesi tol memperbanyakkan lagi R&R di lebuhraya bagi keselesaan pemandu.

Selain itu, jalan di kawasan perbandaran juga perlu disediakan kawasan R&R bagi kemudahan pemandu.

Katanya, pemandu biasanya tidak ada alternatif selain bersekang mata yang keletihan kerana tidak ada tempat persinggahan untuk rehat di jalan selain lebuhraya.

Selain itu, ujarrnya faktor jalanraya seperti seperti selekoh tajam, jalan berlubang, tidak rata, tidak jelas papan tanda serta ketiadaan lampu jalan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya.

Beliau menambah, jalan di kawasan kampung ketika waktu malam amat gelap dan berbahaya yang mengundang bahaya terutama di waktu hujan.

"LaPAS mengharapkan antara langkah keselamatan ialah mengadakan lampu jalan bagi menerangi jalan-jalan kawasan di luar bandar serta di kawasan selekoh berbahaya," ujarnya.

Menurutnya, banyak lagi faktor dilihat sebagai punca kemalangan jalan raya dan banyak perkara boleh diperbaiki bagi mengatasi masalah ini.

"LaPAS percaya antara cadangan yang dikemukakan ini, jika dilaksanakan dengan segera mampu membendung kemalangan di jalan raya,insya Allah.

"Takziah kepada mereka yang terkorban di dalam kemalangan dan Al-Fatihah LaPAS sedekahkan bagi mereka yang beragama Islam. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka dan meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang beriman," katanya.

Bakun: Najib digesa bela nasib orang asal

Posted: 09 Sep 2011 03:46 AM PDT

Muhammad Faizal

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Sarawak memberi pembelaan terhadap nasib pemilik tanah adat (NCR) yang kehilangan tanah mereka akibat ditenggelami air daripada projek empangan hidroelektrik Bakun.

Biarpun Mahkamah Persekutuan mengenepikan rayuan berhubung saman yang dikemukakan oleh pemilik tanah iaitu Bato Bagi dan lima yang lain, namun hak yang perlu diperolehi oleh komuniti yang masih tinggal di sana mesti ditunaikan.

Bercakap pada satu sidang media hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata mereka bukan mempertikaikan tindakan yang telah diambil oleh Mahkamah Persekutuan itu namun mempersoal pembelaan daripada kerajaan terhadap penduduk yang terjejas.

"Walaupun sesetengah penduduk disekitar bakun itu telah dipindahkan tetapi masih ada lagi segelintir keluarga yang masih tinggal disana dan sebagai sebuah kerajaan yang mengatakan sentiasa perihatin dengan permasalah rakyat perlu tampil serta menyediakan kemudahan asas yang sewajarnya kepada mereka.

"Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah menyatakan komuniti di bakun ini mempunyai hak dan akan mengambil tahu keperluan komuniti tersebut tetapi sehingga sekarang apa yang dijanjikan itu tidak pernah ditunaikan, kita mahu Najib menunaikan janji yang beliau nyatakan itu," kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua..

Selain beliau, sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Turut serta adalah lima wakil orang asal yang menjadi magsa projek tersebut.

Tambah Tian lagi, Pakatan Rakyat akan tetap memberi sokongan dan akan mengetengahkan permasalahan tersebut ke parlimen agar rakyat diluar tahu bahawa komuniti orang asal Sarawak yang masih tinggal di Bakun terus terabai kerana keengganan kerajaan membantu golongan tersebut.

Malah ujarnya tiada satu pun kemudahan disediakan oleh kerajaan disana seperti klinik mahupun sekolah.

"Kita ingin tahu kemana perginya peruntukkan yang berjuta-juta ringgit yang diumumkan oleh Najib iaitu RM62 juta bagi kemudahan jalan dan juga RM46 juta menyediakan klinik," sambung Naib Presiden Keadilan itu lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad memberitahu isu Bakun ini sudah lama dibangkitkan namun sehingga sekarang masih belum selesai sama ada dari segi penempatan mahupun soal keselamatan.

"Kegagalan projek empangan bakun ini dilihat gagal dari sudut pembinaan, keselamatan mahupun alam sekitar dan ia telah dimaklumkan di dalam laporan Enviromental Impact Analysis (EIA) yang mana ia dilihat sebagai bom jangka kepada seluruh rakyat Sarawak.

"Kerajaan perlu tampil kedepan dalam soalan permasalahan tersebut agar mereka yang masih tinggal dikawasan tersebut terus terbela dari segi kemudahan serta memastikan empangan tersebut selamat digunakan sepenuhnya," usul Dr Dzulkefly.

Semalam Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tiga panel orang hakim, dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi, membuat keputusan sebulat suara untuk mengenepikan kes yang dikemukakan itu.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Sarawak pada 26 April 2008 mengetepikan permohonan saman Orang Asal berkenaan dan keputusan itu kemudiannya dikekalkan di Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Anak mangsa Bukit Kepong akui Mat Indera selamatkan bapanya

Posted: 09 Sep 2011 03:40 AM PDT


KUALA LUMPUR - Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu.

Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider.

Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat.

"Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

"Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya.

Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.

Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom.

"Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah itu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya lagi.

Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.

Katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat."

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai."

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

"Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.- Harakah Daily

'Ugutan SMS terhadap keluarga Mat Sabu kejam'

Posted: 09 Sep 2011 03:39 AM PDT

Pemimpin kanan DAP Selangor tersebut turut menggesa polis menyegerakan siasatan.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang juga exco kanan negeri Selangor mengutuk tindakan pihak yang menghantar ugutan SMS kepada isteri dan anak perempuan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan menyifatkannya sebagai kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Sehubungan itu, Teresa Kok mengatakan bahawa ugutan tersebut merupakan kesalahan jenayah jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 di bawah Kanun Keseksaan.

"Mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional. Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah," katanya.

Kenyataan beliau timbul ekoran laporan media bahawa isteri dan anak perempuan Mohamad Sabu menerima SMS ugutan simbah asid.

Menurut orang nombor dua PAS itu, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Mohamad menyifatkannya sebagai ancaman serius yang diterimanya berpunca laporan Utusan Malaysia berhubung ucapan yang dibuat dalam satu ceramah di Tasek Gelugor ada 21 Ogos.

Utusan melaporkan bahawa Mohamad telah menghina pejuang kemerdekaan dan memartabatkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Pemimpin DAP itu turut menggesa polis untuk menyegerakan siasatan dan menangkap pihak terbabit agar masyarakat sedar bahawa ugutan dalam bentuk pesanan ringkas adalah jenayah.

"Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman.

Beliau turut menggesa pihak polis mengambil langkah untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.

DAP sokong PAS kaji semula sejarah

Posted: 09 Sep 2011 03:37 AM PDT

Kaji semula sejarah perlu dilakukan agar mereka yang benar-benar menyumbang ke arah kemerdekaan dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan sewajarnya.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP-Seputeh, Teresa Kok menyokong cadangan PAS supaya Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula sejarah pejuangan kemerdekaan negara ini.

Dalam satu kenyataan media semalam, beliau berkata kaji semula sejarah perlu dilakukan agar mereka yang telah benar-benar menyumbang kepada usaha tersebut dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

"Semua pelajar sejarah tahu pemimpin Umno bukannya satu-satunya pihak yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, sebagaimana disebarkan oleh pemimpin Umno selama ini," katanya.

Pada hakikatnya kata beliau, mereka yang telah berjuang mencapai kemerdekaan pada ketika itu termasuklah gerakan persatuan perniagaan, persatuan pekerja, pihak media daripada pelbagai bahasa, golongan intelektual, kumpulan kebudayaan, golongan Islam dan pihak berhaluan kiri.

"Namun begitu, media arus perdana tidak memberitahu orang ramai tentang sejarah yang sebenarnya selama ini. Sesetengah aspek sejarah yang tidak dikehendaki dipadamkan manakala sesetengah tokoh yang terpilih diagung-agungkan," katanya.

Kok yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara menegaskan"sepastinya, sejarah sesebuah negara bukanlah sesuatu yang kemas dan rapi tetapi kompleks dan berkepelbagaian, apatah lagi bagi tanah air kita yang terdiri daripada berbilang etnik kaum.

"Oleh itu, saya menyaran Kerajaan agar menerima cadangan PAS untuk mengkaji semula sejarah secara objektif, jujur dan tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak secara bersama.

"Umno harus hentikan tuduhan "buta sejarah" terhadap pihak lain semata-mata kerana ingin mengagung-agungkan sumbangan Umno. Kalau tidak, pada akhirnya, Umno terbukti tidak berani mengakui hakikat sejarah," ujar beliau.

Kempen 'Bersihkan Najib' dalam Umno?

Posted: 09 Sep 2011 03:36 AM PDT

"Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," kata seorang pemimpin Umno Selangor.


PETALING JAYA: Satu gerakan tersusun yang dinamakan 'Bersihkan Najib' di dalam Umno untuk menolak Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan mula dijalankan oleh pihak tertentu di dalam parti itu.

Selain serangan terus terhadap Najib sendiri, gerakan tersebut juga dikatakan banyak menumpukan serangan ke atas isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi melemahkan kredibiliti Najib sebagai pemimpin nombor satu negara itu.

Demikian menurut sebuah blog pro Umno terkenal, www.umno-reform2.com yang dikendalikan oleh Anuar Mohd Nor yang juga merupakan Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan.

"Paling ketara usaha ini menjalankan serangan ke atas Rosmah untuk memperkecil kredibiliti Najib dan mendesak beliau supaya berundur," menurut petikan entri dari blog terbabit.

Penulis blog terbabit juga percaya pihak-pihak di dalam Umno akan membuat penafian sekaligus menyatakan ikrar taat setia terhadap presiden Umno itu.

"Setakat ini realiti program untuk menjatuhkan dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan adalah benar dan wujud walaupun mungkin penafian akan timbul tetapi Najib harus tahu realiti yang ada ini," tulis beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau yang mendakwa mengetahui beberapa nama terlibat dengan gerakan ini masih belum mahu mendedahkan pihak -pihak yang memainkan peranan menjalankan agenda 'Bersihkan Najib' dari Umno ini.

"Suara yang menamakan mereka yang terbabit sudah ada sungguhpun www.umno-reform2.com belum berhajat untuk memaklumkannya," tambah beliau lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan seorang pemimpin Umno di peringkat bahagian dari negeri Selangor turut percaya kewujudan gerakan 'Bersihkan Najib' tersebut.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa, gerakan untuk menjatuhkan Najib itu diketahuinya apabila diberitahu oleh seorang pemimpin peringkat negeri kira-kira tiga bulan lalu.

"Benda ni agak dah lama saya tahu, lebih kurang tiga bulan lepas bila seorang pemimpin peringkat negeri memaklumkan kepada saya," ujar beliau ketika ditemui di sini.

Najib gagal kawal tindak-tanduk isteri?

Menurutnya antara sebab utama berlakunya penolakan kepimpinan Najib dari dalam Umno sendiri berpunca daripada Najib yang dikatakan gagal mengawal tindak-tanduk isterinya.

"Najib bukan sahaja nampak lemah dalam beberapa aspek kepimpinannya, imejnya, tapi lebih teruk lagi tindak-tanduk isterinya semakin memberatkan agenda Umno dan Barisan Nasional untuk meraih keputusan yang baik dalam pilihan raya akan datang.

"Walaupun Najib dan pemimpin Umno yang lain memang berusaha memberikan persepsi positif di mata rakyat terhadap penglibatan Rosmah dalam urusan kerajaan, orang ramai tetap menganggap sebaliknya.

"Dalam isu isteri PM ini, apa yang dilihat oleh ahli-ahli Umno khususnya golongan akar umbi tidak menunjukan apa yang dikatakan oleh Najib mahupun pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

"Lebih menghairankan, saya dan kebanyakan rakan-rakan lain dalam Umno percaya Najib sendiri sedar kesan negatif dari tindak-tanduk isterinya itu, tetapi malangnya Najib seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa tentangnya," ujarnya.

Najib cuti di Australia, salah guna dana awam?

Posted: 09 Sep 2011 03:33 AM PDT

PM bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu.

"Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan," kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Ujar beliau, "saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan.

"Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi," katanya.

Tegas beliau, "pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat.

"Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi," kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Panduan melihat sejarah menurut Islam

Posted: 09 Sep 2011 03:31 AM PDT

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu, history cannot lie. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah.

Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta.

Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau school of thought yang kita pegang.

Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.

Ketulenan fakta

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic).

Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik. Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab 'rijal al-hadith' iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators).

Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai.

Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat 'sahih'. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.

Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu.

Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya 'Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu' (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan Kajiannya) menyebut:

"Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syarie seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya" (ms 227, Mesir: Dar al-Wafa/1408H).

Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu". (Surah al-Hujarat: 6).

Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan.

Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi SAW sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi SAW.

Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:

"Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu'awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu'awiyah ibn Abi Sufyan, ms 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).

Begitu juga Khaliah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita.

Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H): "Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak - Allah memelihara daripada itu semua! - kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya". (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)

Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.

Mengkritik teks

Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan.

Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.

Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: "Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar".

Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik.

Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan. Riwayat ini ditolak. Pertama sekali, cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut.

Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya, kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus.

Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus.

Ketiga, Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula.

Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini.

Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin perincian bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.

Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah.

'Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:

"Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)". ('Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).

Tafsiran

Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhinat, banyak bergantung kepada tafsiran.

Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu.

Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.

Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja Melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia.

Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah - jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah - akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.

Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135 (maksudnya):
"Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu...."

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis.

MAS kecewa kesatuan ancam tindakan industri

Posted: 09 Sep 2011 03:25 AM PDT

Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.

Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

"MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya melibatkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu.

"Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan.

MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan.

MAS juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai.

Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baharu syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baharu dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.- Bernama

Debat : PAS mahu siaran langsung, di stadium

Posted: 09 Sep 2011 03:22 AM PDT

PAS mahu debat yang dicadangkan antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu Mat Indera dan sejarah perjuangan kemerdekaan diadakan di stadium dan secara langsung di televisyen.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," kata Tuan Ibrahim (kiri).

PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British".

Muhyiddin setakat belum menyatakan sama ada bersetuju atau menolak cabaran itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit.

mat indera 060911"Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya.

Penceramah terkenal itu berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu.

"Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," kata Tuan Ibrahim lagi.

Pengundi pos: 'Suami isteri' sama nama, jantina...

Posted: 09 Sep 2011 03:17 AM PDT

Susan Loone DAP mendakwa telah mengesan dalam senarai daftar pemilih tambahan suku kedua di mana terdapat dua kes pasangan anggota tentera didaftar sebagai pengundi pos dengan nama dan jantina yang sama dengan 'suami' mereka.

dap claim army men voters married to themselves 090911 ng wei aik with evidenceSetiausaha DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kiri), berkata mereka adalah Zamzan bin Yahya dari Telok Ayer Tawar dan Visinga Ganer Anak Lawrence dari Padang Kota di Pulau Pinang.

"Adakah ini bermakna mereka berkahwin dengan diri mereka sendiri?" tanya ADUN Komtar itu berseloroh.

"Mereka ini mempunyai keistimewaan mengundi dua kali. Kami mengesyaki mereka telah menggunakan nombor kad pengenalan tentera dan nombor kad pengenalan biasa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi pos," kata Ng.

Di bawah Undang-undang pilihan raya sekarang, pasangan anggota polis dan tentera diberi pilihan untuk mendaftar sebagai pengundi biasa atau pengundi pos.

SPR cabar PAS tunjuk pengundi bukan warganegara

Posted: 09 Sep 2011 03:13 AM PDT

Sebagai menjawab dakwaan Dewan Pemuda PAS bahawa bukan warganegara diberi hak mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencabar dewan itu menunjukkan individu terbabit, sebelum membuat sebarang kenyataan media.

"Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini.

NONEMenurut laporan akhbar tersebut, Wan Ahmad memberi contoh 'kes Mismah' yang membuktikan bahawa dakwaan PAS adalah tidak berasas.

Mismah, seorang pengundi di kawasan Parlimen Kuala Selangor, telah dikesan oleh PAS disenaraikan sebagai seorang penduduk tetap pada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beberapa jam selepas laporan mengenai perkara itu diterbitkan, status Mismah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah telah diberikan kerakyatan pada bulan Januari tahun ini selepas menjadi penduduk tetap selama 29 tahun, tetapi jabatan itu tidak menjelaskan percanggahan di laman webnya.

'Bukan surau Al-Musyrikin, TV3 mungkin silap'

Posted: 09 Sep 2011 03:03 AM PDT

Salhan K Ahmad
Ketua bahagian Umno Seputeh, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof berkata kekeliruan berhubung nama surau yang diwakilinya mungkin timbul akibat kesilapan dalam satu laporan berita TV3 berhubung satu dakwaan kegiatan kristianisasi yang berlaku di kawasan itu.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mustapha menjelaskan bahawa beliau merupakan pengerusi surau Al-Imatun dan bukannya surau Al-Musyrikin seperti laporan TV3.

Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan kegiatan Kristianisasi yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

"Saya bercakap sebagai pengerusi surau Al-Imatun, di Jalan Klang Lama, kira-kira dua kilometer daripada pusat tuisyen itu. Mungkin (TV3) salah tulis.

"Salah tulis itu kesalahan normal. Tapi cerita sekarang kita hendak tahu betul atau tidak betul kegiatan itu berlaku. Ya, memang betul berlaku."

Beliau mendakwa, perkara itu boleh dilihat apabila beliau telah bertanya kepada seorang kanak-kanak Islam yang telah menyertai tuisyen tersebut, seperti yang disiarkan dalam laporan berkenaan.

"Macam mana budak umur lima, enam tahun boleh menyanyi lagu Kristian? Kalau dibiarkan lima, enam tahun lagi mungkin dia betul-betul masuk Kristian," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mustapha berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya pusat berkenaan masih beroperasi dan sekiranya kegiatan tersebut masih berterusan sehingga kini.

"Setakat ini saya tak tahu. Kita bukan nak pantau, itu kerja pihak tertentu," katanya yang tidak dapat memastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab menjalankan kegiatan Kristianisasi itu.

Polis terima 74 laporan berhubung pusat jagaan kucing di Damansara

Posted: 08 Sep 2011 09:54 PM PDT


KUALA LUMPUR - Polis menerima 74 laporan berhubung sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai di sini yang didakwa membiarkan kucing yang ditempatkan di situ kelaparan sehingga 12 ekor daripada kira-kira 300 ekor kucing dilaporkan mati.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu dibuat oleh para pemilik kucing yang menempatkan haiwan peliharaan mereka di pusat itu.

"Walaupun kes ini disiasat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), polis berjanji akan memberi perhatian serius terhadap kes ini dan tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil ke atas pemilik kedai Petknode itu yang tidak dapat memberi perkhidmatan yang telah dijanjikan," katanya dalam laman sosial Facebook PDRM.

Beliau juga berkata sudah tiba masanya akta sedia ada mengenai haiwan dikaji semula.

Polis akan membantu pemilik kucing terlibat untuk mendapatkan kembali kucing yang masih hidup dan meminta sesiapa yang mengambil mana-mana kucing atas alasan menyelamatkannya supaya menyerahkannya kepada pihak JPV Selangor atau pihak polis, katanya.- Bernama

Guna dakwat kekal: JTP akan buat keputusan

Posted: 08 Sep 2011 09:52 PM PDT


PUTRAJAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam memutuskan menyerahkan keputusan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) yang baru dibentuk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz berkata, cadangan penggunaan sistem biometrik turut diputuskan diserahkan kepada JTP.

''Laporan yang mengatakan Kabinet bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum seperti yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan dipetik oleh beberapa portal berita adalah tidak betul.

''Sebenarnya tidak ada keputusan, kita bincang secara umum perkara itu dan memutuskan apa-apa keputusan yang hendak dibuat diserahkan kepada JTP, ini termasuklah isu dakwat kekal dan biometrik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Nazri mengulas laporan akhbar yang memetik Kabinet yang bermesyuarat semalam bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya.

Tegas beliau, tanggungjawab untuk membuat keputusan sewajarnya diberikan kepada JTP sejajar dengan matlamat penubuhannya.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.- Utusan

Teresa: Ambil tindakan tegas terhadap pengugut Mat Sabu

Posted: 08 Sep 2011 09:51 PM PDT


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh dan Setiausaha Organisasi DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keji pihak yang menghantar SMS mengugut akan simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Teresa Kok dalam satu kenyataannya berkata, mereka yang menghantar SMS ini menunjukkan diri mereka tidak berkebolehan membahaskan isu-isu yang dibincangkan secara matang, sabar dan rasional.

Lebih teruk lagi, tindakan mereka menunjukkan mereka bersifat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mencederakan mereka yang tidak bersalah.

Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Ekoran itu, Teresa menggesa agar orang ramai diberi kesedaran bahawa ugutan nyawa sebegini bukan perkara kecil tetapi merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Seksyen 503 dan 503 di bawah Kanun Keseksaan.

"Saya menggesa pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk segera siasat dan tangkap mereka yang bersalah agar menghantar mesej yang tidak berbelah kepada mereka bahawa apa yang telah dilakukan itu adalah suatu jenayah.

"Jika tidak, penjenayah akan berfikir mereka bebas melakukan jenayah tanpa sebarang hukuman," kata Teresa dalam kenyataannya.

Beliau juga menggesa PDRM untuk mengambil setiap langkah yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan Muhamad Sabu dan keluarganya.

- Harakah Daily

DUNIACACAMARBA

Posted: 09 Sep 2011 03:35 PM PDT

[Gambar] ROSMAH MANSOR Dapat Cucu Lagi! Apa Masalahnya?

Posted: 09 Sep 2011 05:18 AM PDT

Menurut portal GUA,  penyanyi Fazley Yaakob menimang cahaya mata yang ketiga pada jam 9.30 pagi tadi.

Berita gembira ini dimaklumkan oleh kenalan rapatnya, Imran Ajmain kepada GUA. Menurut Imran, bayi lelaki berlesung-pipit itu diberi nama timangan 'Piyush' dan dilahirkan di sebuah hospital swasta dengan berat 3.3 kilogram. Bayi ini ialah anak lelaki ketiga pasangan ini sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2006. - DCM

Adakah si nenek gembira dengan berita ini? Soalan cepu emas!!!

Reaksi si nenek (dakwaan) ketika mendapat cucu kedua:

[SK]....Dalam menyambut kehadiran anggota baru dalam keluarga Azrene sudah tentu belaian nenek tersayang amat dinantikan bagi cucu sulung dan juga bayi yang baru berusia seminggu ini.

Namun harapan hanya tinggal harapan kerana sehingga kini Rosmah didakwa tidak kunjung tiba untuk menjenguk kedua-dua cucunya.

Malah dakwa seorang ahli keluarga isteri Datuk Seri Najib Razak itu tidak pernah berkesempatan untuk membelai cucu pertamanya sejak dilahirkan.

"Kami berasa sedih kerana sebagai seorang nenek beliau sepatutnya datanglah menjenguk cucu sendiri. Ini sejak dapat cucu pertama sehinggalah cucu kedua tak pernah nak datang tengok cucu.

"Orang lain pun sibuk tapi bila bab cucu dan keluarga semua yang lain tidak penting," dakwa ahli keluarga tersebut.

Azrene adalah anak kedua Rosmah bersama bekas suami beliau, Abdul Aziz Nong Chik, bekas pegawai Petronas manakala Fazley merupakan anak Senator Datuk Yaakob Mohamad...

[Gambar] Alamak, Ceramah Mat Sabu di Kamunting "KOSONG" Kerana Isu Mat Indera!!!!

Posted: 09 Sep 2011 01:50 AM PDT


Maaflah, kata "kosong" itu anda tukarkan kepada "meletop". Saya sengaja bikin saspens. Menurut keterangan, ceramah Mat Sabu yang dihadiri hampir 10 ribu orang  ini berlangsung di Balai Islam Bukit Jana, Kamunting, Taiping semalam. Khabarnya, ada hadirin yang datang dari kuala Kangsar, Ipoh, Parit Buntar bahkan ada juga yang datang dari Lumut, dan juga Tapah. Tampaknya, penipuan pakar sejarah, TV dan akhbar pencacai tidak berjaya, malah "penipuan" membuka mata rakyat.

WOW! Hebat Mat Sabu! - DCM

P/s: Bila Khairy mahu bikin ceramah Mat Indera? Gebang sahaja yang lebih!!!!

[Tembelang PECAH] Anak Yusof Rono Akui Mat Indera SELAMATKAN Nyawa Ayahnya & Kajian Dapati Mat Indera Bukan Berfahaman Komunis

Posted: 09 Sep 2011 01:00 AM PDT

Saya petik:
[KD] MELAKA: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu diselamatkan Mat Indera selepas serangan itu berlaku.

Nazir Yusoff, 54, berkata, bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkannya ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Menurut Nazir, Mat Indera mengenali bapanya yang pernah bersama bekerja sebagai buruh di pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka berkata, selepas serangan pada 23 Febuari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat.

"Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka mendapati bapa saya masih hidup.

"Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat terjun ke dalam sungai," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurut Nazir, bapanya cedera dalam serangan itu selepas ditarik dari kubu bawah tanah, sementara tangan kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom.

"Ketika itu lah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah tu sudah lah' kepada anggota komunis berkenaan," kata Nazir.

Nazir membuat pendedahan itu susulan kenyataan adik Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65 yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Yusoff.

Allahyarham Yusoff meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

Sementara, Malaysiakini malaporkan terdapat satu kajian pada tahun 1973 yang menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Kajian tersebut yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim merupakan latihan ilmiah untuk keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem.

Tujuan tulisan itu untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata menentang penjajah, dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong.

Meskipun kajian tersebut dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat langsung dengan peristiwa tersebut, termasuklah Nawi Idrus, ketua pengawal kampung (home guard) dan rakan-rakan Mat Indera (kiri) yang menyertainya masuk ke hutan.

Dalam kajian tersebut, pengkaji menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

"Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."


P/s: Terburai tembelang UMCO dan geng!

[PANAS] Pengampu Sahkan PEMBELIAN Cincin RM24.4 Juta??

Posted: 09 Sep 2011 12:17 AM PDT

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan.

Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

"Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA.

"Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard.

Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah.

"Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor,"
kata beliau.

SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import.

Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan.

Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura.

Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard.

Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi.

Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya," kata Chegu Bard.

Kes Buli di Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, BUKTI Jelas, Mengapa Hanya BUANG ASRAMA?

Posted: 08 Sep 2011 08:05 PM PDT

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang bapa kecewa dengan pihak pengurusan sebuah sekolah agama bantuan kerajaan di Jitra yang didakwa gagal mengambil tindakan tegas ke atas seorang pelajar senior yang membuli anaknya sehingga meninggalkan kesan trauma melampau.

Abu Bakar Mohd Salleh, 43, yang menetap di Kampung Kubang Bonggor, Alor Janggus mendakwa anaknya, Danial Wafiy Nuruddin Abu Bakar, 14, dibelasah tanpa belas kasihan oleh seorang pelajar tingkatan tiga di asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Hidayah Islamiah, Jitra, pada 2 April lalu dipercayai bermotifkan cemburu.

Abu Bakar berkata, anaknya dibelasah bertubi-tubi termasuk ditendang di perut, disepak sehingga rebah sebelum dipukul dengan sebatang kayu kerusi di kepala berulang kali sehingga mendatangkan kecederaan termasuk bengkak, lebam dan luka seluruh badan.

Difahamkan, pelajar senior terbabit berang kerana tidak berpuas hati selepas mendapat tahu mangsa dijadikan adik angkat oleh seorang pelajar perempuan tingkatan empat sekolah itu.

Lebih memeranjatkan, aksi buli itu seolah-olah menjadi 'hiburan' kepada rakan pelajar senior terbabit yang turut merakamkan kejadian hampir 20 minit dengan telefon bimbit sebelum menghantar rakaman itu ke telefon bimbit mangsa.

Katanya, kejadian itu hanya disedarinya awal Julai lalu selepas anak keduanya, Nurul Ainin Sofia, 20, melihat rakaman kejadian buli itu menerusi kad sim milik Danial Wafiy yang dipasang menerusi telefon bimbitnya ketika pelajar itu pulang bercuti.

"Jika tidak kerana kad sim itu, pastinya saya tidak tahu anak saya dibuli teruk oleh pelajar senior terbabit, selain didera mental dan fizikal sehingga keputusan peperiksaannya dan prestasi pembelajarannya merosot. 

Tambahan pula Danial Wafiy tidak memaklumkan kepada kami, mahupun ibunya mungkin kerana takut diperlakukan lebih teruk lagi.
 

"Selepas menyaksikan rakaman video itu saya terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 9 Julai lalu. Namun, saya kecewa kerana sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas pelajar senior terbabit oleh pihak berkuasa mahupun pihak sekolah.

"Pihak sekolah ada memanggil saya untuk berbincang mengenai kes berkenaan dan lebih mengecewakan mereka meminta saya menarik balik kes itu," katanya. sambil menambah dia difahamkan pelajar senior itu hanya dikenakan tindakan dibuang asrama.

P/s: Saya memang pelik cara pihak sekolah, kementerian, pihak polis menangani masalah disiplin pelajar. Patutlah semakin banyak budak sekolah berkelakuan seperti penjenayah. Hukuman yang dikenakan terlalu ringan, terlalu banyak budi bicara tanpa memikirkan kesannya kepada persekitaran.

Kalau Mat Sabu belasah orang sudah tentu mahkamah sudah memenjarakannnya!

Anak BUANG Bapa Umpama Menempah Bilik di Neraka

Posted: 08 Sep 2011 06:18 PM PDT

Saya petik:


[HM] LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar 'orang suruhan' anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.


Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. 

Pengikut