PEJUANG BANGSA Posted: 14 Mar 2012 11:26 AM PDT Parlimen Mesir baru nak halau Duta Israel , tamparan hebat untuk Anwar ! Posted: 14 Mar 2012 10:06 AM PDT Parlimen Mesir yang dikuasai kumpulan Islam semalam mendesak kerajaan mengusir Duta Israel di negara itu dan memanggil balik diplomat di Tel Aviv. Agensi berita Mena melaporkan, gesaan itu dibuat selepas jet tentera Israel mengebom Gaza, sekali gus meningkatkan jumlah korban akibat keganasan terbaru rejim Zionis itu kepada 25 orang. Menurut Mena, Usul disediakan Jawatankuasa Hal Ehwal Arab di Parlimen itu diterima sebulat suara selepas dibentangkan semalam. Mesir dan Israel terikat dengan perjanjian damai sejak 1979, tetapi hubungan kedua-dua negara tegang sejak Hosni Mubarak disingkirkan oleh kebangkitan rakyat pada tahun lalu. Menurut usul berkenaan, Parlimen Mesir juga menggesa eksport gas ke Israel dihentikan. Antara lain, usul itu menyatakan: " Mesir tidak akan menjadi sahabat, rakan kongsi atau sekutu entiti Zionis yang kami anggap musuh utama Mesir dan Arab." - AFP
Komen GPB Anwar sering menjadikan Mesir sebagai sebuah negara Arab yang iktiraf Israel dalam hujahnya demi menegakkan idea 2 state solution ciptaan Amerika dan proksinya . Tapi situasi terbaru di sana sudah berubah selepas kejatuhan Hosni Mubarak , dan kini negara Mesir baru mungkin tak iktiraf lagi negara Zionis yang zalim ini .
| Video Zul Nordin akui PKR sudah lama terima dana NGO Yahudi !! Posted: 14 Mar 2012 05:59 AM PDT Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun, kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini," ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ketika ditemui di Parlimen pagi tadi. Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR, di pejabat Anwar Ibrahim sendiri penglibatan badan-badan asing ini. Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, samaada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12. "Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri, Bahagian Kulim Bandar Baharu diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing, kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen, kita nak berjumpa dengan orang ramai macammana, sampai saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi contohnya, saya dihantar berkursus di Viena, di Filipina, bagaimana nak berdemo, ini semua memang tajaan badan-badan asing ini, itu semua orang dah tahu" ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket Parti Keadilan Rakyat. Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Kerajaan BN) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu. "Yang itu kita sedar sekarang ini dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (Pakatan Pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang kita tahu yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita," tambahnya lagi. Media UMNO
| Harakah bila nak tulis Yahudi di pejabat PKR Tropicana ? Posted: 14 Mar 2012 04:20 AM PDT Bila didedahkan bukti PKR menerima dana daripada NGO Yahudi dan diakui sendiri oleh Nik Nazmi , GPB nak tunggu bila PAS dan Harakah nak tulis di muka depan Yahudi di dalam pejabat PKR di Tropicana..hahaha .... Ada berani ke PAS ??Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD). KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemburg'. Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR. Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan). "KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF. "Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini. Anwar bila nak jawab terima dana NGO Yahudi ? Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama. "PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya. NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat. Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE). "IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya. Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu 'Malaysia Spring', Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu. "Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun," katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang. | TERKINI ! PAS tentu terkejut Nik Nazmi akui PKR dapat bantuan NGO Yahudi ! Posted: 14 Mar 2012 01:46 AM PDT Sudah dijangka PKR akan berbelit dan cuba bohong bila didedahkan bantuan dana dari KAF dan NDI ( NGO dikuasai Yahudi ) kepada PKR dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN . Hari ini Nik Nazmi selaku jurucakap bagi PKR telah mengesahkan memang bangsa Yahudi laknat menjadi penyumbang utama dana ,tenaga pengajar menerusi NDI kepada PKR bagi menumbangkan kerajaan BN di PRU akan datang . PAS yang cukup jijik dan anti Yahudi ini mesti terkejut beruk punya dengan pengakuan Nik Nazmi yang bangga dibantu oleh NGO Yahudi laknat ini kononnya nak pejuangkan demokrasi . Buku Panduan NDI yang ajar kempen kebencian sebagai rujukan PKR ?? hahaha... Tak kan itu sahaja yang Yahudi bantu ?? Masyuk tentu ada kan ...hahaha Kenapa PKR sahaja dibantu NDI ?? PAS dan DAP pun parti pembangkang juga .... Apa yang hebat sangat parti baling kerusi ini hingga dibantu nun jauh dari Amerika semata-mata untuk menang PRU ? Sebab PKR ialah parti milik Anwar Ibrahim yang diketahui memang rapat dengan pemimpin Yahudi di Amerika ? Selain itu, apa pulak syarat dikenakan NDI ini untuk parti yang dibantu sepenuhnya mereka jika menang PRU 13 dan menjadi kerajaan ?? Tak kan nak tolong free sahaja dan sudah tentunya ada ganjaran menanti . Jelas dan nyata , PKR memang sah mendapat dana asing melalui NGO Yahudi . Adakah parti ini yang hendak rakyat sokong jika mereka disokong kuat oleh bangsa Yahudi ?
UNDI PAKATAN RAKYAT BERMAKNA MENYOKONG YAHUDI !! | PANAS ! NGO Yahudi KAF bantu dana PKR menjatuhkan kerajaan BN.... Posted: 13 Mar 2012 10:36 PM PDT Pembongkaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat dana daripada pertubuhan Yahudi terus didedahkan . Anwar dan konco-konconya termasuk Rafizi & Nik Nazmi terus berdiam diri tidak menjawab . Kali ini bukan blog atau Utusan yang dedahkan , tapi didakwa sendiri oleh pemimpin BN Selangor yang mana beliau mempunyai bukti dan dokumen jika juak2 PKR dakwa ini satu fitnah . PKR didakwa meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang ada kaitan dengan Yahudi untuk memenangi pilihan raya di negara ini. K oordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) berkata, bukti-bukti yang sebahagiannya diterima daripada sumber dalaman PKR itu menunjukkan parti tersebut menjalin kerjasama dengan Konrad Adeneur Foundation (KAF).
Beliau berkata, KAF merupakan sebuah pertubuhan yang membantu golongan neo-konservatif Yahudi melalui sebuah jawatankuasa yang dikenali American Jewish Committee (AJC) dan dipercayai menerima dana daripada National Endownment for Democracy (NED) yang juga didakwa turut mempunyai pertalian dengan Anwar. ''Bukti yang ada menunjukkan Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar sememangnya menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan luar, selain menerima dana serta latihan bagi membolehkan mereka menguasai negara ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German merupakan antara pertubuhan yang bertanggungjawab menyalurkan dana dan latihan modal insan kepada petugas PKR. Menurut Mohd Zain lagi, KAF juga membantu PKR menyediakan manual menghadapi pilihan raya menggunakan kaedah menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. "KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman… KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC). "Ini ialah pendekatan yang diambil oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara… "Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008," katanya pada sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, hari ini. Turut disertakan salinan dokumen surat-surat yang ditanda tangani oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diedar kepada semua wartawan. Antara surat yang disertakan ialah surat Anwar kepada bekas Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick pada tahun 2007.
Selain itu, Mohd Zain berkata, selain KAF, National Democratic Institute for International Affairs (NDI) turut menyediakan manual pilihan raya yang dinamakan 'Buku panduan perancangan kempen politik' yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia. Sehubungan itu, Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya. "Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti. Perkara ini dikukuhkan lagi dengan temuramah akhbar The Sun bersama wakil KAF di Malaysia, Peter Schier beberapa tahun lepas yang mengakui bahawa organisasinya menaja kursus-kursus kepimpinan untuk PKR," katanya lagi. Mohd Zain berkata lagi, KAF secara terbuka telah menaja PKR. Justeru, katanya, BN tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan pada pilihan raya akan datang.KLIK DI SINI KAF bantu dana PKR rampas kuasa | Guan Eng bimbang DAP hilang kuasa atau menagih simpati kaum Cina ? Posted: 13 Mar 2012 09:29 PM PDT KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam menyatakan kerisauannya yang Pulau Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. Ketua Menteri yang dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di halaman 6. KLIK DI SINIBeberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yang kini juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam pilihanraya umum akan datang. Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam pilihanraya umum akan datang, disamping baru 'tersedar' bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Bila kita sebut skandal, ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di Pulau Pinang yang seboleh-boleh cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. skandal penjualan tanah Bayan Mutiara yang merugikan rakyat P.Pinang dan PDC Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yang sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Kita mahukan jawapan yang sebenar-benar jawapan kerana 'jawapan' yang ada sebelum ini hanya menjadi bahan ketawa sesiapa yang mendengar (Guan Eng mencabar syarikat UMNO membida dalam projek tersebut – apa pula kena mengenanya?) Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yang bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yang baru oleh Guan Eng. Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yang menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi terdaulu. Dan sudah tentulah yang paling membingungkan kes moral membabitkan anak Guan Eng yang didakwa meraba buah dada seorang pelajar perempuan di sekolahnya sehingga sejumlah wang terpaksa dikeluarkan oleh keluarga Guan Eng untuk menutup kes tersebut dari menjadi isu besar. Semua ini menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang, yang penulis percaya mendesak Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sedemikian. Tapi sudah tentulah bila bercakap tentang pembangkang seperti DAP, dia tidak akan melihat kesalahannya sendiri, sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada BN. Kononnya menurut Guan Eng, pakatan harami tidak mampu menyaingi 3M (Money, Media & Machinery) yang dimiliki BN. Inilah yang kita katakan Ketua Menteri bekas banduan ini otak benak. Dia tidak boleh membezakan keputusan rakyat dengan pengaruh wang. Seolahnya, kalau hak yang DAP menang itu sebab kuasa rakyat, kalau yang BN menang, itu kuasa wang. Nampak sangat tindakan itu (menuduh BN menggunakan wang untuk menarik sokongan) adalah terdesak dan tidak keruan oleh seorang pemimpin yang mendakwa dirinya cekap dalam segala hal dan membawa 'perubahan' besar di Pulau Pinang, hanya dalam tempoh sepenggal menjadi Ketua Menteri. Yang nyata, tindakan sistematik DAP 'mengusir' orang Melayu keluar dari bahagian pulau Pulau Pinang, akan menyebabkan protes besar-besaran yang membawa kepada tumbangnya kerajaan DAP. Ia tidak langsung berkaitan dengan wang atau apa sahaja yang dituduhkan DAP kepada UMNO dan BN. sumber : MYKMU.net | Anwar tergamam Khairy londehkan sokongan mutlaknya terhadap Israel ! Posted: 13 Mar 2012 08:00 PM PDT Percubaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'membersihkan' dirinya berhubung isu Israel menjadi 'senjata yang memakan diri' apabila kupasan seorang Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sebaliknya menyifatkan Anwar sebenarnya menyatakan sokongan mutlak kepada rejim zionis itu.Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang mencelah ucapan Anwar ketika membahas titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, fakta itu boleh dilihat sekiranya kenyataan Anwar dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal itu dibaca sepenuhnya dan bukan setakat petikan tertentu sahaja. Beliau kemudiannya membaca dua petikan kenyataan Anwar iaitu :" I support all efforts to protect the security of the state of Israel" dan kenyataan kedua berbunyi :".. .stated that any change to the status quo would remain contingent on Israel recognising the aspirations of the Palestinians"."Saya faham soal 'contingent' itu tetapi saya hendak tanya kenapa Yang Berhormat Ketua Pembangkang tidak baca sepenuhnya paragraf temu bual dengan Wall Street Journal itu sebab kalau dibaca sepenuhnya, maknanya berbeza."Maksudnya kenyataan ini ada dua bahagian. Apabila Yang Berhormat sebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel", itu tidak ada 'contingent', maknanya sokongan itu adalah 'blanket support', sokongan mutlak yang tidak ada syarat kepada kerajaan Israel," katanya.Berdasarkan laporan WSJ mengenai temu ramah dengan Anwar dalam laman webnya berbunyi: "Dalam temu ramah Anwar menjawab kepada soalan sama ada beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan Israel dengan menyatakan 'sokongannya' untuk 'usaha melindungi keselamatan negara Israel' manakala pada masa yang sama menyokong 'hak sah rakyat Palestin'.Beliau berhenti sejenak dan berkata akan menjalin hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara dan berkata sebarang perubahan status quo akan kekal bergantung kepada Israel mengiktiraf aspirasi rakyat Palestin." Pertanyaan Khairy itu menyebabkan persidangan dewan yang tenang bertukar kecoh apabila kedua-dua Anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah. Anwar walaupun nampak tenang menghadapi 'pukulan' itu, cuba membuat serangan balas dengan melontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada Khairy. "Inilah Ketua Pemuda yang boleh berniaga dengan Israel, yang boleh berkawan dengan tokoh-tokoh Yahudi, yang boleh pertahan Apco, yang boleh sokong Perdana Menteri tulis surat kepada Perdana Menteri Israel," katanya yang enggan memberi laluan seterusnya kepada Khairy untuk berhujah. Keadaan itu menyebabkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta masing-masing bertenang dan duduk. Terdahulu, Anwar dalam hujahnya mendakwa media kerajaan digunakan untuk menyebarkan fitnah terhadapnya dengan menyentuh pelbagai isu termasuk isu Israel dan kenyataan kontroversinya dalam temubual dengan BBC mengenai isu undang-undang homoseksual. Persidangan dewan bersambung esok (Hari Ini).-BERNAMA | Lagi gambar fitnah Najib dan Rosmah dibuat pencacai Pakatan ! Posted: 13 Mar 2012 06:11 PM PDT Memang tahap bangsat la otak pencacai2 pembangkang yang didakwa telah bikin gambar palsu dan fitnah ini untuk burukkan Najib dan Rosmah . Gambar ini disebarkan meluas semalam di blog dan facebook untuk tunjukkan Rosmah lebih hebat daripada Najib kerana berada di depan bersama-saman YDP Agong . Tetapi gambar ini telah dipertikaikan oleh rakan blogger RBF dan jelas memang ada asasnya jika kita perhatikan lebih mendalam . Jika ianya palsu , gambar ini bukan hanya memburukkan Najib dan isteri tetapi sebenarnya juga telah mencalarkan imej YDP Agong sendiri . Tergamak ke kita sebagai rakyat Malaysia sanggup edit gambar YDP Agong untuk halalkan kerja fitnah untuk kepentingan politik parti masing-masing . GPB desak gambar ini disiasat oleh pihak berkuasa kerana ini satu penghinaan jika benar ianya palsu dan super impose . Siang tadi ada juga beberapa rakan yang bercakap tentang gambar ini. Katanya gambar ini disebarkan untuk menunjukkan Rosmah berada sebaris dengan Agung dan Permaisuri. Manakala Najib terpaksa berada di belakang Agung dan Rosmah. Tujuannya nak tunjukkan bahawa Rosmah lebih hebat dari PM. Terus terang saya katakan, saya tidak mahir dalam soal untuk mengesan kesahihan sesuatu gambar. Saya ingin meminta bantuan rakan-rakan pembaca yang tahu atau mahir dalam soal berkenaan. Mohon anda beri pendapat berhubung gambar berkenaan, samada itu gambar benar atau gambar tipu. Jika ikutkan sekilas dua kilas pemerhatian mata saya , saya dapat rasakan gambar itu adalah gambar tipu. 1) Kewujudan lelaki misteri sedang berjalan belakang Rosmah. Anak panah bawah menunjukkan kakinya dan anak panah atas menunjukkan kepalanya. 2) Bahagian tangan Agung dan Rosmah menunjukkan seolah-olah ianya dipotong dan ditampal. 3) Di belakang Agung atau disebelah kiri PM kelihatan terdapat seorang lelaki sedang menyembunyikan wajahnya. Nak bergambar dengan Agung dan PM pun ada juga ke orang yang nak main nyorok-nyorok ? Atau mungkinkah itu Anwar Ibrahim ? Saya pelik dengan kaki seorang lelaki yang sedang berjalan dibelakang Rosmah dan orang yang berjalan itu akan melintasi depan Najib , seterusnya dadanya akan melanggar bahu Agung. Cuba anda fikirkan samada logik atau tidak, ketika Agung dan PM sedang bergambar boleh ada orang lain yang nak melintas depan PM dan Agung ? | Akhbar Cina dah muak DAP & PKR kuat berbohong pasal rasuah negara ! Posted: 13 Mar 2012 05:00 PM PDT Penulis: Chang long YanPada tahun 2011 "carta penilaian ketelusan antarabangsa berkaitan rasuah di negara kita" di antara 4.3 markah, di ranking ke-60 berbanding 183 negara; pada tahun 2010 pula, Malaysia mendapat 4.4 markah di ranking 56 antarabangsa; pada tahun 2009 dan 2008 markah yang diperolehi ialah antara 4.5 dan 5.1. Dari segi markah yang diperolehi, keadaan rasuah negara kita sejak Mac 2008 semakin menurun. Sebenarnya ini menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku? Bagi DAP dan ahli-ahli sekutunya pula, mereka berkata keadaan rasuah di negara kita semakin hari semakin teruk.Angka menurun menjadi senjata kepada DAP untuk menyerang kerajaan BN, kerana bukti ini sudah cukup menunjukkan kerajaan BN tidak mampu atasinya. Saya lebih pasti, tidak kira sama ada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng ataupun Tony Pua Kiam Wee dan beberapa lagi pemimpin Pakatan Rakyat, bersungguh-sungguh membangkitkan isu rasuah, tujuan mereka ialah hanya untuk menyesatkan dan membingungkan pendengaran rakyat.Yang pertama, sebenarnya sumber-sumber rasuah itu datangnya dari sumber yang berbeza-beza setiap tahun, mereka gunakan tahun yang berbeza disusun untuk buat perbandingan itu, ia langsung tidak sesuai. Yang kedua, ukuran yang diberi tidak ada satu standard dan tidak boleh dipercayai. Standard yang diberi itu menunjukkan standard yang jarang digunakan, ada sesetengah negara yang dinilai hanya berdasarkan dari 3 sumber. Kebanyakan negara, penilaian rasuah dinilai dan diserahkan kepada pemerhati dari luar negara. Dibandingkan dengan negara-negara kurang maju ataupun dibandingkan dengan negara-negara miskin,cara mereka menilaikanya memang begitu.Kaitan Antara Rasuah Dan Kerajaan Yang Telah Rosak Yang ketiga, standard menghimpunkan kes dengan tanggapan orang ramai terhadap rasuah itu agak lemah, sebab itu angka-angka yang diberi itu agak banyak kelemahannya. Saya bukan mengatakan bahawa di Malaysia langsung tiada berlaku rasuah ataupun orang yang melakukan rasuah itu tidak serius. Persoalan saya ialah: pemimpin-pemimin ini amat membosankan kerana mereka menggunakan angka-angka itu untuk memperdayakan rakyat dan orang ramai, sebaliknya kenapa mereka langsung tidak menilaikan dan memperkenalkan secara baik tentang usaha negara kita untuk kurangkan rasuah?Memang mereka juga telah perkenalkan sesuatu tetapi tidak diperkenalkan secara baik. Mula-mula kita lihat apa yang dibanggakan oleh kerajaan Pulau Pinang dengan CAT (bersih, bertanggungjawab dan telus)nya. Tujuan sebenar CAT adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berkesan, untuk mencapai pengurusan dan pentadbiran yang lengkap dan baik. Apa yang dimaksudkan sebuah kerajaan yang berkesan itu, dikatakan boleh mencapai sebuah kerajaan yang tidak bazirkan duit dari hasil cukai pendapatan rakyat. Sebuah kerajaan yang dikatakan berkesan itu perlu membuat keputusan polisi yang lebih terbuka. Dari segi tahap pencapaian dan tahap lapisan sesebuah negara, dibandingkan prestasi sesebuah kerajaan yang agak lemah, jika diandaikan menggunakan polisi-polisi yang "berkesan" dan "baik" agak kurang melakukan rasuah ataupun mereka lebih "jujur". Mengikut kajian seorang profesor dari Amerika Eric Uslancer, walaupun rasuah dan kerajaan yang telah rosak itu ada pertaliannya. Yang bermaksud, kerana rasuah akan berlaku kerajaan yang rosak, ia bukan bermakna kerana kerajaan itu rosak maka berlaku rasuah. Demokrasi Bukan Segala Penawar Untuk Basmi RasuahPenulisan Eric Uslancer berkaitan sebuah buku (Corruption, Inequality, dan the Rule of Law), profesor Eric Uslancer berkata, berlakunya rasuah kerana berpunca dari ketidak stabilan dalam keadilan masyarakat yang terjerumus kepada "Inequality Trap", ia hanya perlu pendidikan yang normal pada rakyat untuk atasi sebuah masyarakat yang adil, dan keadaan rasuah akan dapat dikurangkan. Eric Uslancer berkata sebuah kerajaan yang berkesan mungkin mampu laksanakan polisi yang boleh basmi perkara-perkara itu, tetapi sebuah kerajaan yang berkesan itu tidak bermakna akan dapat kurangkan rasuah, tanggungjawab yang lebih besar ialah pihak kerajaan perlu perluaskan keadilan; dan kerajaan yang bagus itu bukan mudah untuk diperolehi. Dengan itu sebuah kerajaan yang bagus itu akan lebih punyai ruang yang lebih luas untuk mendapatkan syarat-syarat dan menentukan keadilan, beliau menggunakan seorang ahli novel Abad ke-18 bernama Samuel Johnson yang berkata: menikah sekali lagi itu adalah mengharapkan satu kemenangan, bukan untuk dibandingkan dengan pengalaman. Beliau berkata jika jadi sebuah kerajaan yang bagus, akan berlaku banyak kesan-kesan yang lebih positif, dan salah satunya akan berlaku keadilan yang lebih luas.Eric Uslancer juga berkata, demokrasi itu bukan segala penawar untuk basmi rasuah. Pihak persuruhjaya pilihan raya juga boleh melalui pengikut-pengikut mereka melindungi mereka dalam perhubungan itu; itu adalah apa yang dimaksudkan "jentera politik" di Amerika.Kelihatan maksud "sebuah kerajaan yang berkesan" Pakatan Rakyat itu, sebenarnya apa yang dikatakan demokrasi yang lebih luas itu langsung tidak membantu dari segi mengurangkan rasuah; adakah itu perlu mengikut cara-cara berdasarkan pengalaman, dan bukan semata-mata asyik beri harapan kepada rakyat, ataupun hanya untuk "diperkenalkan" sahaja? sumber : my massa | IPad 3 akan dijual Jumaat ini Posted: 13 Mar 2012 12:34 PM PDT Syarikat Apple berkata penghantaran iPad terbarunya kepada pelanggan yang membuat pesanan secara dalam talian mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu, tetapi tablet itu akan dijual di pasaran Jumaat ini. Apple yang menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh pelancaran untuk semua jualan iPad generasi ketiga, berkata pesanan peralatan itu yang dibuat dalam talian bermula sejak 7 Mac lalu. Bagaimanapun, notis di laman web Apple hari ini (semalam) untuk iPad terbaru itu menyebut: "Penghantaran: 2-3 minggu." Rabu lalu Apple mendedahkan iPad generasi ketiga yang dipertingkat ciri-cirinya mensasarkan untuk berada di tangga teratas dalam pasaran tablet yang semakin melonjak. Peralatan iPad terbaru itu menawarkan pemprosesan lebih berkuasa, resolusi menarik setanding dengan iPhone4S dan mampu berhubung dengan rangkaian telekom 4G LTE yang menggerakkan data lebih pantas berbanding sebelumnya. Ia dijangka dilancarkan serentak di 10 negara: Amerika Syarikat, Perancis, Kanada, Australia, Jerman, Jepun, Singapura, Switzerland, Britain dan Hong Kong. Tablet iPad dengan memori 16 gegabit dan kemudahan WiFi serta 4G dijual pada harga AS$629 (RM1,912) di Amerika Syarikat, manakala model 32GBWiFi/4G berharga $729 (RM2,216) dan versi 64GB dengan WiFi/4G berharga $829 (RM2,520). - AFP | |