Rabu, 27 Februari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 27 Feb 2013 03:04 PM PST


Blog Kedahla

Ceritanya macam ni..

Di zaman BN dahulu kala, persatuan pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS) buat permohonan untuk dapatkan tanah milik kerajaan negeri. Kumpulan pertama 60 orang KCS senior manakala kumpulan kedua 40 KCS yang lebih muda.

Atas jasa bakti KCS terhadap kerajaan negeri permohonan itu diluluskan. Biasalah urusan tanah di mana-mana pun, bukan macam renew lesen memandu... bayaq duit la la tu dapat. Jadi permohonan zaman dahulu (mungkin sebelum Tok Det lagi) lulus zaman dulu, maka depa baru dapat tanah tu zaman PAS merintah ni.

Kerajaan ambil tanah hutan simpanan, cabut keluar jadi tanah milik kerajaan negeri dan tanah di Bukit Perangin (yang jadi isu tu) bagi dekat 40 KCS. Mereka berpakat serah kepada sebuah syarikat pemaju yang usahakan tanah tu... ambik balak, pembersihan hutan, buat teres dan akan tanam kelapa sawit khabarnya. Semua dah sign agreement. Pajakan selama 25 tahun, jadi tiap-tiap tahun 40 KCS cuma makan hasil, syarikat tu lah usaha, mana ada masa KCS nak tanggung cangkoi pi usaha sendiri tanah tu.

Tanah tu tanah 40 KCS... tiba-tiba dengan tak semena-mena Timbalan Menteri Pertanian yang mungkin dalam usaha nak mengekalkan diri jadi calon Kubang Pasu, jadikan isu pembalakan di Bukit Perangin tu sebagai isu untuk serang kerajaan negeri kononnya 'rakus menebang balak'.

Pagi tadi, di kafe Wisma Darul Aman... terdengarlah di hujung telinga aku sorang bekas KCS bersama beberapa KCS dan bukan KCS dok kelepang kelepang dekat Johari Baharom dan UMNO. Marah depa dekat Datuk Joe dok pi kacau daun projek orang.

Aku mudah saja... mokalu UMNO Be End dok pulun serang lagi kerajaan negeri Kedah dengan isu tu maka aku nak minta senarai 40 orang KCS tu dari atas dan siarkan dalam blog ni.. biag rakyat tau itu bukan urusan negeri lagi. Uihh mana ada jalan, urusan pihak lain... Ustaz Azizan dan kerajaan negeri pulak yang kena tibai. Biag Datuk Joe kena tibai dengan KCS pulak, gatai mulut pi dok kacau tanah KCS..

Catatan oleh Tok Non.

(Petikan berita dari sidang media MB Kedah)

'Tanah terbabit sudah jadi hak milik pegawai KCS…'

Oleh: SARINA ISMAIL

ALOR SETAR – Kerajaan negeri tidak terlibat dalam proses mendapatkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di kompartmen tujuh, Bukit Perangin, Changlun kerana tanah berkenaan sudah diberi hak milik.

Menteri Besar, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, tanah berkenaan dahulu memang dijadikan hutan simpan namun status tanah rizab sudah ditarik balik oleh Jabatan Perhutanan dan tanah itu menjadi milik kerajaan negeri semula.

"Semasa kerajaan negeri sebelum ini, ada sekumpulan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) yang memohon mendapatkan tanah kerajaan dan ianya sudah diluluskan lebih awal.

"Apabila sudah menjadi tanah milik kerajaan semula, maka di sini peranan Jabatan Tanah dan Galian untuk masuk campur dan memberi hak milik tanah serta geran kepada pemohon berkenaan," jelasnya lagi.

Menurutnya lagi, pihaknya hanya mengikut dan meneruskan sistem kerajaan dahulu iaitu memberi tanah kepada pegawai kerajaan negeri yang banyak menyumbangkan jasa kepada kerajaan untuk dijadikan kawasan pertanian. Jelasnya lagi, tanah berkenaan dipilih kerana tanah itu pernah diceroboh dan sebagai langkah mengatasinya tanah tersebut dipilih untuk diberikan kepada pemohon.

"Bila kita dah beri hak milik, mereka akan majukan tanah berkenaan termasuk membersihkan tanah untuk menanam pokok getah, kelapa sawit serta membuat teres bagi membangunkan tanah berkenaan.

"Tapi kita kena faham, permit untuk mengeluarkan saki baki balak hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sahaja," tambah Azizan.

Sementara itu sambungnya lagi, tanah berkenaan dibahagikan kepada sekitar 40 orang pemohon dan setiap orang mendapat bahagian masing-masing untuk diusahakan. Pengagihan tanah di kawasan seluas kira-kira 142.76 hektar itu turut berkembar dengan tanah milik penduduk.

"Laporan EIA hanya perlu dimohon sekiranya mengusahakan tanah melebihi 50 hektar, namun begitu ianya terpulang kepada mereka jika ingin memohon sekiranya mengusahakan tanah secara berkelompok. Itu hak mereka bukan hak kita," kata beliau.

Apabila ditanya berkenaan kapasiti kawasan hutan simpan yang masih ada, beliau menjawab, setakat ini seluas 300 ribu hektar kawasan hutan simpan yang melibatkan 10 kawasan, antaranya Gunung Jerai dan kawasan Ulu Muda makakala 30 kawasan hutan lagi telah digazetkan sebagai kawasan hutan simpan. Di samping itu 60 kawasan tambahan lagi akan digazetkan untuk tujuan yang sama.

"Setakat ini kita hanya bangunkan lima peratus sahaja dari kawasan hutan. Selain 500 ekar di Gunung Inas, kira-kira 3000 ekar lagi di kawasan lain yang akan dibangunkan.

"Tapi biasalah, apabila lulus Jabatan Alam Sekitar, NGO pula kacau, kononnya merosakkan alam sekitar. Kita tak buat pembangunan pun mereka kacau, tiada pembangunan pun mereka kacau," sambungnya lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan untuk menjawab dakwaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Mohd Johari Baharom, kononnya kerajaan negeri sewenang-wenangnya menebang dan meneroka hutan tanpa kelulusan EIA yang melibatkan kawasan pembalakan di Wang Perah, Kubang Pasu.

Pengarah Hutan Kedah, Ku Azmi Ku Aman, hadir sama dalam sidang media berkenaan.

Sumber: kedahla.blogspot.com

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 27 Feb 2013 01:13 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 1:13 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


MAHATHIR : PRU13 BN 85 / PR 135

Posted: 27 Feb 2013 06:36 AM PST

ROSMAH MENGATASI PM

Posted: 26 Feb 2013 09:01 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Najib tolak, tiada sebab sokong Umno BN Selangor

Posted: 26 Feb 2013 11:09 PM PST


KUALA LUMPUR: Perlantikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Selangor membuktikan pemimpin Umno di negeri itu tidak mempunyai kelayakan.
Sehubungan itu, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) 'bersimpati' dengan kepimpinan Umno di Selangor kerana lantikan tersebut menunjukkan Najib seolah-olah hilang kepercayaan kepada mereka.

Malah menurutnya lagi, keputusan yang diambil itu juga membuktikan Umno Selangor tidak mempunyai seorang invidu yang betul-betul berkaliber untuk memegang jawatan tersebut.

"Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor saya bersimpati dengan pimpinan Umno Selangor atas perlantikan tersebut seolah-olah mereka tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk memegang jawatan tersebut.

"Najib yang dari jawatan Perdana Menteri perlu jadi Pengarah Pilihan Raya negeri seolah-olah menunjukkan beliau hilang kepercayaan kepada Umno mahu pun Barisan Nasional negeri bagi menghadapi pilihan raya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily.

Kata Abdul Rani lagi, tidak ada alasan kukuh boleh dipertikaikan kerana orang Selangor lebih mengetahui apa yang berlaku di negeri itu, justeru kenapa Najib perlu mengambil peranan itu kalau bukan kerana hilang kepercayaan kepada Umno negeri.

Katanya, desas desus wujudnya perbalahan dalam kepimpinan Umno di Selangor juga terbukti sehingga Najib perlu menanggung risiko bagi mengelakkan ia bertambah parah.

"Dalam keadaan ini rakyat boleh menilai bahawa Umno Selangor sudah hilang ketokohan dan kepercayaan sehinggakan Najib terpaksa turun padang memegang jawatan itu.

"Atas sebab itu jugalah rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti dan terus menolak Umno Barisan Nasional, apa sebab untuk kita memilih mereka sedangkan Najib sendiri pun tidak mempercayai kepimpinan Umno Barisan Nasional Selangor," sambung beliau lagi.

Ceramah motivasi di Dewan Majlis Daerah Machang.Penceramah Motivasi YB Dato Dr Johari Mat dan Dr Wan Zawawi Bin Wan Ismail

Posted: 26 Feb 2013 11:09 PM PST










Umno hadapi perang dengan jeneral tempang

Posted: 26 Feb 2013 11:07 PM PST

Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang.

Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka.

Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat.

Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka.

Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo.

Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat.


Pemuda lumpuh

Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak.

Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi.

"Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis.

Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung.

Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan.

Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy.

Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing.

"Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy.

"Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir).

"Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu.

Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat.

Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti.


Azalina


Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada.

Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan.

Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina.


(Puteri Umno ketika berada di zaman kegemilangannya)

"Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini.

Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia.

Namun manusia ini sama saja. Ia lebih  mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri.

Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib.

Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN.

"Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya.

Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja.

Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya.

Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini.

Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi.

Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional.

Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib.

TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara.

Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka.

Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno.

Kelantan ‘zon selesa’ bersama kepimpinan ulama

Posted: 26 Feb 2013 11:06 PM PST

Zainuddin melawat gerai pameran.

KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata perkembangan politik berada pada tahap 'zon selesa' di bawah kerajaan  kepimpinan ulama berteraskan Membangun Bersama Islam, meletakkan negeri ini salah satu lokasi terbaik perkembangan ekonomi dan tahap keamanan.

Persamaan budaya masyarakat negeri ini dengan masyarakat Selatan Thailand menjadi faktor meningkatnya keupayaan 'kerjasama politik' , ekonomi dan kebudayaan.

Bahkan Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan berkata, kegiatan budaya masyarakat Kelantan itu merancakkan lagi sumber pelancongan negeri.

"Kedatangan pelancong ke negeri ini kira-kira empat juta orang setahun, selaras dengan target Kerajaan Negeri," katanya ketika ditemui pada Pesta Makanan Thai 2013 di Dataran Muhammadi di sini, malam tadi.

Bagi pihak kerajaan negeri, beliau berterima kasih kepada pihak Selatan Thailand yang berjaya menganjurkan pesta makanan kali keempat itu bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini.

Sebanyak 80 booth usahawan dan peniaga masyarakat Selatan Thailand,  sekaligus  mengangkat  'aras industri kreatif' peserta.

"Kita lihat masyarakat Thailand khususnya dari sudut perkembangan ekonomi masyarakat kampung itu sendiri berkembang maju.  Produknya banyak, semuanya menunjang ke tahap pendapatan masyarakat luar bandar tanpa mengira sama ada muslim dan non-muslim.

"Jadi dengan adanya festival ini, kita di Kelantan 'boleh duplicate'," katanya.

PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal

Posted: 26 Feb 2013 03:44 PM PST

(Anwar membetulkan manifesto Pakatan dengan diperhatikan Nazri di Pasir Puteh petang tadi)

KOTA BHARU: NGO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat.

Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak  kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja.

"Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat," kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar).

R hari ini menyerah surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat mengubah manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang.

R juga meminta jasa baik Anwar Ibrahim membuat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Datuk Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

Sehubungan itu, R mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di negeri pengeluar minyak dan gas.

Bayaran Royalti 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terenganu & Pahang tidak dimasukkan dalam Menifesto PR yang dibentangkan semalam.

"Alhamdulillah sebaik sahaja perkara ini disedari.. ramai aktivis R telah menyatakan pandangan dan perkara ini telahpun pihak R sampaikan kepada pimpinan tertinggi PAS, PKR & sekritariat PR.

"Saya telah menerima penjelasan, ianya suatu kesilapan teknikal, tertinggal semasa semakan terakhir dan akan diperbetulkan segera," beritahu Nazri dalam satu kenyataannya.

Katanya, pihak pimpinan yang menghubungi beliau dan  beberapa pimpinan teringgi R menyatakan kesanggupan untuk memperbaiki kesilapan dengan memasukkan janji bayaran 20 peratus royalti kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak ke dalam manifesto PR.

Ia tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah dijanjikan dalam manifesto PR sempena PRU13 yg telah dibentangkan semalam, kata Nazri.

Namun begitu, kata Nazri, beliau sendiri bersama aktivis R akan bertemu dengan Datuk Sri Anuar Ibrahim hari ini bagi menyampaikan surat secara rasmi berhubung perkara ini bagi membayangkan hasrat rakyat negeri-negeri pengeluar minyak agar perjuangan rakyat ini terus diberikan perhatian oleh PR.

Ceramah Pakatan Harapan Rakyat Di Dewan Majlis Daerah Machang

Posted: 26 Feb 2013 03:44 PM PST

Anwar bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz

Posted: 26 Feb 2013 03:36 PM PST

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik  Aziz di JKR 10 hari ini.


(Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10)

Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini.

Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz.

Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan,  Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi.

Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz.

Program Jalinan Mesra Antara Kaum bersempena sambutan tahun baru cina peringkat DUN Temangan 2013

Posted: 26 Feb 2013 03:36 PM PST











Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN

Posted: 26 Feb 2013 03:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.

Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.

"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya.

Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.

Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.

"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.

"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.

"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 26 Feb 2013 11:22 PM PST

Suara Sri Andalas


Warga Emas Seluruh Negara Dapat Bonus RM1,000 Di Bawah Pakatan

Posted: 26 Feb 2013 08:16 PM PST

KUALA LUMPUR 27 FEB: Pakatan Rakyat akan meluaskan Skim Bonus Warga Emas yang dilaksanakan di Pulau Pinang ke seluruh negara.

Menerusi skim ini, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun untuk membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Tawaran ini terkandung pada muka surat 9 Manifesto Pakatan Rakyat di bawah teras Rakyat Bersaudara.

Manifesto Rakyat dengan tema Pakatan Harapan Rakyat yang dilancar pada Konvensyen Pakatan Isnin lalu memberi tumpuan ke atas empat teras utama, yang dilihat merangkumi semua segmen masyarakat.

Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Kenaikan harga barang yang mencanak mengurangkan kuasa beli warga emas. Kesempitan hidup di hari tua menjadi igauan ramai rakyat Malaysia," dokumen manifesto itu dipetik.

Manifesto ini diumumkan oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

Sumber: KeadilanDaily

Pakatan Rakyat Mansuh AUKU Dalam Tempoh 100 Hari Perintah Putrajaya

Posted: 26 Feb 2013 08:11 PM PST

SHAH ALAM 26 FEB : Pakatan Rakyat(PR) menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dimansuhkan dalam tempoh 100 hari pertama apabila gagasan itu berjaya ke Putrajaya.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia akan digantikan dengan akta lain yang memberikan kebebasan kepada mahasiswa dan akademik.

Katanya, banyak aspek AUKU masih berada di dalam kongkongan Kementerian Pengajian Tinggi yang menghalang perkara pokok dalam kebebasan akademik.

"Kita kena faham banyak aspek AUKU contohnya perlantikan Naib Canselor masih berada di bawah kuasa Menteri Pengajian Tinggi.

"Saya juga pernah hadir sidang meja bulat dengan beberapa peserta Muafakat, AUKU bukan perlu dipinda tetapi dimansuhkan terus.

"Dan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membawa syor itu. Bagaimanapun, lebih satu tahun ia belum menjadi realiti," katanya dalam Wacana Sinar siri ke 17 yang bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di Auditorium Kumpulan Karangkraf, di sini.

Wacana itu turut membariskan panel yang terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faizal Ismail Aziz ; Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan ; Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar serta moderator Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Beliau menambah sebagai bekas seorang mahasiswa, mahasiswa tidak wajar menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN) yang mana hanya dilihat lebih memberikan maklumat tentang dasar kerajaan selain menyerang pihak pembangkang.

"Ia berbeza dengan institut kerajaan lain, dalam BTN ia juga ada elemen perkauman, mereka serang pembangkang. Mahasiswa mahupun penjawat awam mereka tidak boleh dipaksa. Lagipun BTN menggunakan duit rakyat," katanya.

Nik turut memberikan contoh beberapa mahasiswa digantung ekoran mengadakan debat dengan menjemput pemimpin DAP dan MCA.

"Kuasa politik dalam universiti masih menyekat mahasiswa menyebabkan banyak kekangan berlaku. Mahasiswa seolah diugut, bila jadi macam itu mereka takut," katanya.

Sementara itu, Azan berkata walaupun AUKU dipinda tetapi ia perlu diberi perhatian dan disemak semula.

"Kuasa politik yang menyekat menyebabkan mahasiswa 'lesu'. Kekangan dominasi dalam Universiti menjadikan lesu. Jika dibebas akan hilang lesu itu. Kita kena ingat tidak semua aktivis pelajar tidak bijak. Mereka terdiri dari pelajar cemerlang," katanya.

Tambahnya, politik juga merupakan sebahagian dari akademik.

"Bila mereka dilarang bercakap, sistem pendidikan dan demokrasi perlu diperlihatkan. Kita bukan mahu wujudkan 'politik konflik' tetapi mahu politik tumpuan dan hujah, " katanya.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5) AUKU sebagai tidak sah seterusnya dipinda.

Mengulas lanjut, Nik berkata apabila kes itu dibawa ke mahkamah, baru timbul kesedaran Kerajaan Persekutuan untuk meminda akta terbabit.


Sumber: Selangorku

Merdeka Center: Sokongan Kepada Najib Turun, Masyarakat Cina Masih Kuat Menolak

Posted: 26 Feb 2013 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada bulan Januari tahun ini.

Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati kemarahan masyarakat Cina terhadap terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus, petanda program dan kempen yang dilakukan oleh pimpinan Najib untuk menarik hati kumpulan tersebut masih lagi gagal.

Masyarakat Melayu juga mencatat peningkatan kemarahan keatas kerajaan apabila naik daripada 24 peratus pada Mei 2012 kepada 32 peratus pada Januari 2013, manakala masyarakat India juga naik daripada 41 kepada 43 peratus dalam tempoh sama.

Menurut kajian itu lagi, walaupun sokongan kumpulan majoriti masyarakat Melayu masih kuat kepada kerajaan BN tetapi corak penurunan sokongan daripada 66 peratus pada Mei 2012 kepada 60 peratus pada Januari 2013 dilihat akan memberikan kesan yang besar kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya 2013 tidak lama lagi.

"Kajian juga menemui penurunan sokongan dikalangan responden kaum Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," kata Merdeka Centre dalam satu kenyataan hari ini.

Daripada responden yang dipilih oleh Merdeka Centre, para pengundi memilih masalah rasuah sebagai isu utama yang kerajaan perlu titikberatkan dengan sebanyak 46 peratus perkara tersebut perlu ditangani oleh kerajaan, manakala isu polis dan keselamatan awam pula 28 peratus dan diikuti dengan masalah kenaikkan harga barang atau inflasi sebanyak 23 peratus.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu persepsi yang bakal memberikan kesan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Kebanyakkan isu-isu yang dibangkitkan kepada responden antaranya seperti Perhimpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari lalu, laporan media semasa Suruhanjaya Diraja Sabah mengenai kad pengenalan, isu yang didedahkan oleh usahawan karpet Deepak Jaikishan, kenyataan kontroversi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga perbalahan dalam perebutan kalimah "Allah" kebelakangan ini yang ditiimbulkan semula oleh ahli politik.

Kajian tersebut melibatkan 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India.

Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.

Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

Sumber: TheMalaysianInsider

Selangor Kekang Kenaikan Tarif Air Demi Kebaikan Rakyat

Posted: 26 Feb 2013 01:20 AM PST

BANGI 26 FEB : Dalam tempoh lima tahun pertama pentadbirannya, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor berjaya mengekang kenaikan tarif air dua kali demi membela nasib rakyat.

Mengikut perjanjian dimeterai, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) boleh menaikkan tarif air tiga tahun sekali iaitu pada 2009 sebanyak 37 peratus diikuti 2012 (25 peratus), 2015 (20 peratus) dan seterusnya.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kerajaan Negeri bertindak demikian kerana menyedari ia hanya memberi keuntungan kepada Syabas dan pihak berkepentingan.

"2008 hingga 2013 Syabas ada hak untuk menaikkan tarif air dua kali hingga lebih kurang 60 peratus. Kalau kita lihat tambahan harga itu maksudnya setiap keluarga di Selangor dalam masa lima tahun sudah jimat RM1,200.

"Ini kerana 20 meter padu air percuma RM11.40 sebulan, dalam masa setahun sudah seratus ringgit lebih sudah jimat.

"Keluarga yang tidak pakai meter individu pula tetap untung sebab kadar tarif air tidak naik. Walau tidak menikmati air percuma, mereka tetapi jimat RM800 dalam masa lima tahun," katanya dalam Forum Air Untuk Rakyat di sini malam tadi.

Ronnie berkata, masyarakat di Selangor tidak seharusnya berasa bimbang kerana negeri mempunyai simpanan air yang cukup bagi tempoh beberapa tahun akan datang dan tidak memerlukan projek pembinaan loji Langat 2 buat masa ini.

Menurutnya, kadar simpanan air di empangan seperti Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langat, Klang Gate, Subang dan sebagainya semua penuh dengan air.

"Kita ada 35 loji yang semua beroperasi dengan baik. Kalau ikut spesifikasi loji, kapasiti optimum kita boleh dapat 4,832 juta liter air sehari.

"Kalau bandingkan dengan statistik agihan sebanyak 4,546 juta liter sehari, ini bermakna kita ada lebihan kapasiti enam peratus. Kita tidak ada kekurangan air dan krisis air. Kita hanya ada krisis yang dicipta Umno-BN dengan bantuan Syabas," katanya.

Sementara itu, Senator Syed Shahir Syed Mahmud berkata, krisis air di Selangor yang digembar-gemburkan hanya mainan politik Umno-BN menerusi media arus perdana dikuasainya.

"Kak Ros (Datin Seri Rosmah Mansor) angkat baldi. Tak pernah terfikir kita, Kak Ros angkat baldi. Itukan lakonan politik.

"Keyakinan anda semua terhadap pemerintahan (Pakatan Rakyat) yang adil dan saksama mestilah kita teruskan. Ada masalah di Selangor, kita boleh selesaikan malah masalah di tempat lain dan saudara lihat macam mana masalah ketidakcukupan air di Pahang dan Johor.

"Dia (Datuk Seri Najib Razak) sibuk di Kelantan tapi di tempat dia tiada air. Perdana Menteri, negeri dia sendiri tidak ada air," katanya.

Sumber: Selangorku

Rafizi Minta Selangor Keluar Notis Pengambilan Tanah Kepada Raja Ropiaah

Posted: 26 Feb 2013 01:00 AM PST

PETALING JAYA, 26 FEB: Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli hari ini menggesa Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan notis Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang kini dimiliki Kerajaan Persekutuan.

Tindakan tersebut harus diambil bagi mengelakkan tanah seluas 223 ekar itu diserahkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Raja Abdullah melalui sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Jendela Hikmat Sdn Bhd.

Menurut Rafizi, Perkara 3.2 perjanjian di antara syarikat milik Raja Ropiaah, Awan Megah dengan Bakti Wira Sdn Bhd, Awan Megah akan menandatangani satu perjanjian perkongsian tanah dengan Jendela Hikmat.

"Saya sudah tulis surat secara rasmi kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jika notis ini dikeluarkan, secara automatik Perkara 8.2 di dalam perjanjian berkuatkuasa dan wajarlah keseluruhan urusniaga ini dibatalkan seperti diperuntukkan di dalam perjanjian," kata Rafizi di sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR, Merchant Square di Tropicana hari ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menyerahkan tanah kepada Kerajaan Persekutuan sebelum Kerajaan Persekutuan memberikan tanah tersebut kepada LTAT untuk membina kem tentera dan juga untuk membiayai pelbagai aktivitinya.

Bagaimanapun LTAT melalui beberapa anak syarikatnya, selain didapati tidak menepati syarat pembangunan tanah, LTAT juga didapati cuba menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat milik Ketua Wanita Umno Selangor, sekaligus dianggap merugikan anggota tentera dan rakyat.

Dalam Akta Pengambilan Tanah 1960, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mengambil semula tanah tersebut sekiranya didapati pihak terlibat melanggar syarat pengambilalihan tanah atau bertindak merugikan kepentingan awam.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Feb 2013 07:07 PM PST

Wee Choo Keong

Posted: 26 Feb 2013 03:23 PM PST

Wee Choo Keong


YB Liow Tiong Lai assisted in deceiving the rakyat

Posted: 25 Feb 2013 10:07 PM PST

On 23-2-3013, YB Datuk Seri Liow Tiong Lai (Liow), the Minister of Health and Deputy President of MCA, has officially announced that Datuk Yew Teong Look (Yew) is the “winnable candidate” for Wangsa Maju. Liow had also announced amongst other things that Yew has won the support of the coalition of 120 NGOs in Wangsa [...]

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Feb 2013 11:19 AM PST

PEJUANG BANGSA


PANAS ! Pernah kantoi khalwat, kini berkemban tuala bila dicekup !

Posted: 26 Feb 2013 10:15 AM PST





Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan  sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

"Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

"Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan  melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.

TERKINI I! Tentera Sultan Sulu diberi amaran tegas kerajaan Filipina

Posted: 26 Feb 2013 08:47 AM PST




 Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

"Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman," kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.

Hot! Salleh Yaacob di maki hamun pencacai PR #manifestobukanjanji

Posted: 26 Feb 2013 05:46 AM PST



Bila ada artis sokong Pakatan seperti Abby, bob lokman, Aishah , macai2 ini puji melangit dan anggap mereka berhak sebab ini demokrasi.

Tapi bila artis yang sokong BN seperti SY dan Nabil  terus dimaki hamun dan dicaci.

Macam sial !!  Nampak sangat macai2 Pakatan terasa gila babi lawak sinis SY dan Nabil tentang manifesto bukan janji.


KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.

Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".

Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .

Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.

Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.

Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.

Hot ! Pencacai Pakatan meroyan sakan video Nabil & Salleh Yaacob #manifestobukanjanji

Posted: 26 Feb 2013 12:22 AM PST


Meracau sungguh pencacai2 Pakatan ni pasal video lakonan Nabil dan Salleh Yaacob belasah pemimpin mereka .haha..

Apa pun memang kelakar dan sinis lawak Nabil dan Salleh Yaacob ..hahaha

Mesej yang hendak disampaikan ialah jangan mudah terpedaya dengan janji parti yang tiada rekod baik menunaikan janji kepada rakyat. Pilih lah parti yang mempunyai track record baik menunaikan segala janji seperti BN



PR = manifestobukanjanji

BN = Janji Ditepati




Hot ! DAP kini dah jual nama Islam untuk politik !!

Posted: 25 Feb 2013 10:19 PM PST




- Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak terkejut apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu juga berperanan dalam usaha menegakkan Islam di negara ini.

Namun beliau yang awalnya agak keberatan mengulas, dengan nada agak sinis berkata, adalah bagus sekiranya DAP menjadi sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam.

Beliau turut 'menyambut baik' sekiranya DAP menjadi parti yang menegakkan Islam seperti mana dakwaan Guan Eng bahawa perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Baguslah kalau begitu (DAP sebuah parti yang tidak menghina Islam dan bukan anti-Islam), bagi saya baguslah tu,'' katanya kepada Utusan Malaysia sebagai mengulas ucapan Guan Eng dalam konvensyen pakatan pembangkang yang berlangsung di Shah Alam, Selangor hari ini.

Pemimpin DAP itu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang antara lain menyangkal dakwaan pihak-pihak tertentu yang menyatakan DAP menghina dan anti-Islam sedangkan parti itu menegakkan agama Islam seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Guan Eng sebelum ini pernah mengguris perasaan umat Islam di negara ini apabila mahu penggunaan kalimah Allah dibenarkan bagi agama lain.

Ditanya mengenai dakwaan Guan Eng bahawa DAP adalah sebuah parti yang memperjuang serta menegakkan Islam, Harun berkata: "Itu lagi bagus. Mungkin dia nak tukar agamalah tu."

Ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai kandungan ucapan Setiausaha Agung DAP itu termasuk mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, Harun bagaimanapun enggan menjelaskan perkara itu.

"Maaflah, biarlah dulu. Saya tak dapat ulas lebih lanjut tentang perkara ini, sebab saya belum lagi terima dan dengar ucapannya," ujar beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130226/po_01/Baguslah-DAP-kini-perjuangkan-Islam#ixzz2Lz27Vbyf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Panas ! PKR bakal melopong , Zairil DAP bakal MB Selangor !

Posted: 25 Feb 2013 08:30 PM PST




Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari  disebut-sebut bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan penguasaan di negeri itu selepas pilihan raya umum akan datang.

Menurut blog DAP Insider, pencalonan Zairil yang merupakan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng disokong ketuanya itu sendiri.

Blog tersebut mendedahkan, hasrat itu disampaikan Guan Eng sendiri kepada para penasihatnya dalam strategi DAP mengambil alih kekuasaan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

Menurut blog itu, ini kerana Guan Eng yakin DAP akan mengekalkan kesemua 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi di Selangor pada 2008 serta menambah tiga lagi kerusi iaitu Kuala Kubu Bharu, Sungai Pelek dan Pelabuhan Klang.-UTUSAN-


Komen GPB

Guan Eng dan DAP nampaknya semakin rakus untuk membolot segala  kuasa. Mereka telah berlajar bagaimana kes di Perak di mana undang2 di sana mahukan MB berbangsa Melayu .

Jadi , Zairil a.k.a Christhoper Ross Lim  yang berketurunan Cina ini  untuk diangkat DAP sebagai MB jika Pakatan terus kekal di Selangor .


Jadi, apa yang PKR dan PAS dapat ? Dok dalam Pakatan tapi yang berkuasa adalah DAP kerana mereka akan memenangi kerusi lebih banyak .




Guan Eng nobat Anwar penyelamat negara jika jadi PM @tunfaisal

Posted: 25 Feb 2013 07:42 PM PST


Perggh ...ayat tak bole blah ... Guan Eng cakap Anwar seorang sahaja boleh menyelamatkan  negara ini  dan rakyat perlukan beliau  menjadi Perdana Menteri Malaysia .

DAP memang mahu Anwar jadi PM  kerana itu memang strategi perancangan mereka . Ini kerana Anwar boleh ikut telunjuk mereka dan berkompromi  dalam semua hal termasuk agama & hak istimewa orang Melayu  .

Selain itu , isu moral Anwar juga menjadi senjata DAP kerana peguamnya Karpal Singh merupakan orang pertama  menuduh Anwar peliwat ketika dalam dewan rakyat. KLIK DISINI

Jadi , kalau Anwar jadi PM ..hanya jadi PM boneka lah seperti mana sekarang ini berlaku kepada Khalid Ibrahim dan Nizar semasa jadi MB Perak dahulu .


"Jika kita mahu selamatkan negara dan memperbetulkan kewangan, kita perlukan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyampaikan ucaptama di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 semalam. 

 Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, sejak Ketua Umum KEADILAN tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan pada 1998, belanjawan negara mencatat defisit selama 15 tahun berturut-turut.

 "Kali terakhir negara berjaya mencatat lebihan belanjawan adalah semasa Anwar menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri," katanya. Berikutan itu, kata Guan Eng, pemberian sumbangan disalur Pakatan berbeza dengan BN kerana negeri-negeri yang ditadbir Pakatan menggunakan wang lebihan hasil keuntungan negeri, manakala BN pula terpaksa berhutang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

 "Wang lebihan yang diperolehi (Pakatan) hasil pentadbiran telus sejak 2008 disalurkan kembali kepada rakyat melalui program-program Agenda Ekonomi Sosial.

Sebaliknya BN memberi bantuan kewangan kepada rakyat walaupun mencatat defisit tinggi dan hutang semakin melambung," kata Guan Eng.

 Menurut Guan Eng, ketirisan kewangan negara berpunca gejala rasuah yang membarah di kalangan pemimpin Umno.



Hot ! Anwar bukan calon PM Pakatan , menang baru umum !!

Posted: 25 Feb 2013 06:46 PM PST




Nampaknya persoalan  siapakah yang akan dinobatkan  oleh Pakatan Rakyat sebagai Perdana Menteri jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 terus menjadi misteri & teka teki  . Walaupun pencacai2 Pakatan  dok sibuk membuat propaganda #AnwarNewPM  di twitter & banner , ternyata ianya palsu dan  ia  terbukti hari ini .

Sebelum ini bukan main cakap besar lagi dalam siri ceramah mereka  di mana semua  pakat dok bodek menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana  Menteri ke 7 jika PR menawan Putrajya . Tetapi hari ini berbeza sekali nadanya di majlis pelancaran manifesto PR

Ke semuanya yang ditemui playsafe dengan  menjadi syaitan bisu.

 Mereka langsung tak berani sahkan  Anwar sebagai PM ke 7 walaupun sebelum ini sudah menghebahkan dikalangan penyokong2 tegar.

GPB yakin berita ini  cukup membimbangkan Anwar kerana ia bukan sahaja boleh menghalang dia menjadi PM ke 7  malah boleh  mengagalkan Pakatan menawan Putrajya .

Ini kerana masalah perebutan jawatan PM  ini sepatutnya tidak timbul  kerana sudah jelas dari dahulu lagi bahawa Anwar seorang saja  yang lebih layak .Tetapi bila sudah hampir PRU , nampaknya desakan penolakan Anwar cukup kuat walaupun beliau sokong kuat terutama DAP .


Rata-rata pemimpin Pakatan Rakyat sebaliknya cuba menyakinkan pengundi agar bersabar dan menanti "elemen kejutan" .

"Calon dah ada…tapi belum umum.

"Biasalah, ada pandangan tertentu dan ia tidak beri masalah besar…bila PR menang ke Putrajaya…orang popular akan menerima sokongan umum," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika ditanya pemberita selepas majlis pelancaran manifesto PR "Pakatan Harapan Rakyat" di Pusat Konvensyen Shah Alam pada pagi tadi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata PR akan mengumumkan calon itu bila tiba masanya, namun enggan mengulas lanjut sama ada calon berkenaan akan diumum sebelum atau selepas PRU-13.

"Kita akan maklumkan di mana dan siapa calonnya," kata Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali pula beranggapan PR mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh dan ia merupakan sebahagian pakej yang membuktikan kewibawaan parti berkenaan untuk menawan Putrajaya.

"Kita ada pakej yang kukuh dan menjadi bukti Pakatan bersedia pergi ke Putrajaya…bukan soal siapa perdana menteri," katanya.

"Soal (pemilihan perdana menteri) itu tidak timbul kerana perbincangan sebelum ini membuktikan muafakat PR itu utuh.

"Kita akan umumkan pada masa sesuai dengan elemen kejutan yang sesuai," kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Sebenarnya isu siapa bakal PM itu kini semakin hangat membelenggu para pemimpin Pakatan Rakyat walaupun mereka berusaha keras hendak menyakinkan masyarakat kononnya isu berkenaan tidak pernah 'menjadi hal' kepada mereka.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya pemimpin pembangkang yang lain. Kenyataan beliau itu kemudiannya disokong oleh beberapa lagi pemimpin Pas yang turut berada dalam majlis syura.

Malahan ketika masih di dalam Pas, bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah menyatakan secara terbuka bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Ini bertentangan dengan DAP yang terang-terang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mereka.

Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini sekali lagi menegaskan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13.

"Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya.

Hot ! Hadi kena checkmate dengan Muhyiddin isu BRI1M !! @tunfaisal

Posted: 25 Feb 2013 05:30 PM PST




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada berani mengeluarkan fatwa mengharamkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh turut mencabar pemimpin tertinggi PAS itu mengeluarkan satu lagi fatwa bahawa mereka yang menerima BR1M juga haram.

"Jika mereka tidak haramkan ini bermakna apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah kerja amal dan untuk membantu rakyat supaya lebih sejahtera, bahagia, dan boleh gunakan bantuan itu untuk menguruskan keperluan keluarga mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menghadiri majlis penyampaian BR1M untuk orang bujang (RM250 seorang) di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini yang turut dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang Datuk Tahir Taat. 

Muhyiddin mengulas kenyataan Hadi dalam konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Selangor hari ini yang mengibaratkan pemberian BR1M sama dengan amalan di zaman Firaun yang menggalakkan rakyat bergantung kepada kerajaan dan membuat rakyat hidup seperti pengemis. 

"Saya tahu bahawa ia bukan hukum bertentangan akidah, menyalahi syariat agama, saya tak tahu dua tokoh agama ini (Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) boleh keluar kenyataan bercanggah dengan agama, kata perjuangkan Islam. 

"Apakah mereka akan minta penyokong dan ahli mereka untuk pulangkan wang bantuan, sanggupkah mereka buat fatwa atau menghukum penerima harus pulangkan balik, ia perbuatan haram, bagi kita ia tidak bertentangan," katanya. 

Katanya ramai tokoh agama dan yang tidak berpengaruh lebih rasional dan bersandar dengan syariat berhubung soal itu. 

Bagi kerajaan katanya, pemberian BR1M ini adalah satu amalan baik sebab ia dapat membantu kumpulan sasar dengan lebih tepat terutama yang memerlukan bantuan seperti ini.

"Bagi kita ia amalan yang baik...sebab ada negara buat ini, menjurus kepada kumpulan sasar amat perlukan bantuan ini.

"Melalui transformasi nasional yang kita lakukan, kita kumpul data dan maklum balas daripada rakyat pendapatan kecil, sederhana, nyatakan bagaimana kerajaan dapat bantu. Atas dasar prihatin kita bantu," katanya.

Sebelum itu dalam ucapan beliau, Muhyiddin berkata PAS tercabar dengan tindakan BN memberikan BR1M dan jelas menunjukkan parti itu lebih mengutamakan politik kepartian daripada kebajikan rakyat.

"Beliau (Nik Abdul Aziz) kata kita beri BR1M macam bagi ayam makan, bagi lembu makan, adakah kita ini sama seperti binatang?" katanya.

Katanya, BR1M adalah satu amalan murni dan usaha kerajaan untuk membantu rakyat miskin yang amat memerlukan bantuan, sekali gus mampu memperbaiki kualiti hidup dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Hal ini menyebabkan pembangkang risau anak muda akan menyokong BN. Orang lama akan terus menyokong BN sebab bantuan berterusan, kerana itu mereka tercabar dan keluar kenyataan yang tidak sepatutnya datang dari seorang ulama," katanya.

Katanya orang Melayu terutamanya cukup faham dengan perumpamaan yang digunakan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Bernama

Shaik Hussein belasah berapi manifesto Pakatan & Guan Eng !! #ManifestoBukanJanji

Posted: 25 Feb 2013 04:27 PM PST





 Pemuda BN Pulau Pinang hari ini menyifatkan janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. 

Timbalan Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata, antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain.

"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama di Georgetown.

Beliau berkata, janji-janji karut itu dibuat kerana pakatan pembangkang kini tertekan dengan kejayaan program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditambah dengan kerja keras BN yang dapat melaksanakan semua janji-janji.


Pakatan pembangkang hari ini melancarkan sepuluh manifesto menjelang PRU-13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad ahli DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS boleh diguna pakai di mana-mana plaza tol untuk mendapatkan tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Shaik berkata pakatan pembangkang seharusnya melaksanakan terlebih dahulu kesemua manifesto itu di setiap negeri yang ditadbir mereka bagi menunjukkan kemampuan mereka dalam menepati semua janji itu.



** Mana lu mau lari Ah Beng ??  Janji manifesto dulu  di Penang lu belum settle ..sekarang mau kasi janji baru pulak .. Lu ingat rakyat bodoh   ??

IPOHMALAY

Posted: 26 Feb 2013 09:32 AM PST

IPOHMALAY


Perubahan Iklim Beri Kesan Di Kelantan

Posted: 26 Feb 2013 04:36 AM PST

Majoriti rakyat Malaysia kurang peka dengan cuaca. Apatah lagi menilai perubahan iklim yang semakin heboh diperkatakan.

Bukti perubahan iklim kini memberi dampak kepada negara ini. Berdasarkan imej di bawah, adalah di luar kebiasaan untuk taburan hujan menjadi sebegitu tinggi dalam bulan yang sepatutnya dikategorikan sebagai bulan yang paling rendah taburan hujan di Kelantan.

Namun apa yang berlaku, sama-salah kita fikirkan.

Data semalam.

KOTA BHARU 26 Feb. - Sembilan sekolah di Kelantan di sekitar Rantau Panjang akan ditutup esok akibat banjir yang turut melanda beberapa jajahan di negeri itu. Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain...


BESUT 26 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Hulu Besut di sini terpaksa ditutup hari ini berikutan ramai pelajar dan gurunya tidak dapat hadir ke sekolah ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki...

PASIR PUTEH 26 Feb. - Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di sini terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh...




Pengikut