Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Najib tolak, tiada sebab sokong Umno BN Selangor
- Ceramah motivasi di Dewan Majlis Daerah Machang.Penceramah Motivasi YB Dato Dr Johari Mat dan Dr Wan Zawawi Bin Wan Ismail
- Umno hadapi perang dengan jeneral tempang
- Kelantan ‘zon selesa’ bersama kepimpinan ulama
- PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal
- Ceramah Pakatan Harapan Rakyat Di Dewan Majlis Daerah Machang
- Anwar bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz
- Program Jalinan Mesra Antara Kaum bersempena sambutan tahun baru cina peringkat DUN Temangan 2013
- Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN
Najib tolak, tiada sebab sokong Umno BN Selangor Posted: 26 Feb 2013 11:09 PM PST KUALA LUMPUR: Perlantikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional Selangor membuktikan pemimpin Umno di negeri itu tidak mempunyai kelayakan. Sehubungan itu, Persuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) 'bersimpati' dengan kepimpinan Umno di Selangor kerana lantikan tersebut menunjukkan Najib seolah-olah hilang kepercayaan kepada mereka. Malah menurutnya lagi, keputusan yang diambil itu juga membuktikan Umno Selangor tidak mempunyai seorang invidu yang betul-betul berkaliber untuk memegang jawatan tersebut. "Sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor saya bersimpati dengan pimpinan Umno Selangor atas perlantikan tersebut seolah-olah mereka tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk memegang jawatan tersebut. "Najib yang dari jawatan Perdana Menteri perlu jadi Pengarah Pilihan Raya negeri seolah-olah menunjukkan beliau hilang kepercayaan kepada Umno mahu pun Barisan Nasional negeri bagi menghadapi pilihan raya nanti," jelasnya kepada Harakahdaily. Kata Abdul Rani lagi, tidak ada alasan kukuh boleh dipertikaikan kerana orang Selangor lebih mengetahui apa yang berlaku di negeri itu, justeru kenapa Najib perlu mengambil peranan itu kalau bukan kerana hilang kepercayaan kepada Umno negeri. Katanya, desas desus wujudnya perbalahan dalam kepimpinan Umno di Selangor juga terbukti sehingga Najib perlu menanggung risiko bagi mengelakkan ia bertambah parah. "Dalam keadaan ini rakyat boleh menilai bahawa Umno Selangor sudah hilang ketokohan dan kepercayaan sehinggakan Najib terpaksa turun padang memegang jawatan itu. "Atas sebab itu jugalah rakyat perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya nanti dan terus menolak Umno Barisan Nasional, apa sebab untuk kita memilih mereka sedangkan Najib sendiri pun tidak mempercayai kepimpinan Umno Barisan Nasional Selangor," sambung beliau lagi. |
Posted: 26 Feb 2013 11:09 PM PST |
Umno hadapi perang dengan jeneral tempang Posted: 26 Feb 2013 11:07 PM PST Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang. Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka. Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat. Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka. Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru. Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo. Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat. Pemuda lumpuh Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak. Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi. "Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis. Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan. Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung. Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan. Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy. Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing. "Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy. "Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir). "Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu. Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat. Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti. Azalina Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada. Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan. Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina. (Puteri Umno ketika berada di zaman kegemilangannya) "Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini. Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia. Namun manusia ini sama saja. Ia lebih mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri. Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib. Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN. "Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya. Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja. Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya. Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini. Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi. Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional. Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib. TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara. Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka. Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno. |
Kelantan ‘zon selesa’ bersama kepimpinan ulama Posted: 26 Feb 2013 11:06 PM PST Zainuddin melawat gerai pameran. KOTA BHARU: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata perkembangan politik berada pada tahap 'zon selesa' di bawah kerajaan kepimpinan ulama berteraskan Membangun Bersama Islam, meletakkan negeri ini salah satu lokasi terbaik perkembangan ekonomi dan tahap keamanan. Persamaan budaya masyarakat negeri ini dengan masyarakat Selatan Thailand menjadi faktor meningkatnya keupayaan 'kerjasama politik' , ekonomi dan kebudayaan. Bahkan Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan berkata, kegiatan budaya masyarakat Kelantan itu merancakkan lagi sumber pelancongan negeri. "Kedatangan pelancong ke negeri ini kira-kira empat juta orang setahun, selaras dengan target Kerajaan Negeri," katanya ketika ditemui pada Pesta Makanan Thai 2013 di Dataran Muhammadi di sini, malam tadi. Bagi pihak kerajaan negeri, beliau berterima kasih kepada pihak Selatan Thailand yang berjaya menganjurkan pesta makanan kali keempat itu bermula 25 Februari hingga 3 Mac ini. Sebanyak 80 booth usahawan dan peniaga masyarakat Selatan Thailand, sekaligus mengangkat 'aras industri kreatif' peserta. "Kita lihat masyarakat Thailand khususnya dari sudut perkembangan ekonomi masyarakat kampung itu sendiri berkembang maju. Produknya banyak, semuanya menunjang ke tahap pendapatan masyarakat luar bandar tanpa mengira sama ada muslim dan non-muslim. "Jadi dengan adanya festival ini, kita di Kelantan 'boleh duplicate'," katanya. |
PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal Posted: 26 Feb 2013 03:44 PM PST (Anwar membetulkan manifesto Pakatan dengan diperhatikan Nazri di Pasir Puteh petang tadi) KOTA BHARU: NGO 'R' mengucapkan syabas kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana berfikiran terbuka dan bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat. Ini ekoran pengakuan pimpinan Pakatan bahawa mereka tertinggal memasukkan tuntutan untuk mendapatkan 20 peratus royalti minyak kepada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bukannya Sabah dan Sarawak sahaja. "Saya ingin menyampaikan komen ikhlas saya kepada pimpinan tertinggi dalam PAS, PKR & juga sekritariat PR dengan ucapan syabas kerana berfikiran terbuka da bersedia mengakui kesilapan serta sanggup memperbaikinya demi menjaga kepentingan rakyat," kata Presiden R, Nazri Deraman (gambar). R hari ini menyerah surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Pakatan Rakyat mengubah manifesto Pakatan Rakyat dengan memasukkan peningkatan Royalti daripada 5% kepada 20% untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia pada masa akan datang. R juga meminta jasa baik Anwar Ibrahim membuat pindaan dan tandatangan atas buku Manifesto Pakatan Rakyat di majlis 1 Jam Datuk Seri Anwar Bersama Rakyat Pasir Puteh pada jam 5.30 petang tadi, di Restoran Bonda, Sebelah Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh. Sehubungan itu, R mengucapkan terima kasih kepada Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat kerana responsif terhadap suara rakyat di negeri pengeluar minyak dan gas. Bayaran Royalti 20 peratus kepada negeri Kelantan, Terenganu & Pahang tidak dimasukkan dalam Menifesto PR yang dibentangkan semalam. "Alhamdulillah sebaik sahaja perkara ini disedari.. ramai aktivis R telah menyatakan pandangan dan perkara ini telahpun pihak R sampaikan kepada pimpinan tertinggi PAS, PKR & sekritariat PR. "Saya telah menerima penjelasan, ianya suatu kesilapan teknikal, tertinggal semasa semakan terakhir dan akan diperbetulkan segera," beritahu Nazri dalam satu kenyataannya. Katanya, pihak pimpinan yang menghubungi beliau dan beberapa pimpinan teringgi R menyatakan kesanggupan untuk memperbaiki kesilapan dengan memasukkan janji bayaran 20 peratus royalti kepada semua negeri-negeri pengeluar minyak ke dalam manifesto PR. Ia tidak terhad kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang telah dijanjikan dalam manifesto PR sempena PRU13 yg telah dibentangkan semalam, kata Nazri. Namun begitu, kata Nazri, beliau sendiri bersama aktivis R akan bertemu dengan Datuk Sri Anuar Ibrahim hari ini bagi menyampaikan surat secara rasmi berhubung perkara ini bagi membayangkan hasrat rakyat negeri-negeri pengeluar minyak agar perjuangan rakyat ini terus diberikan perhatian oleh PR. |
Ceramah Pakatan Harapan Rakyat Di Dewan Majlis Daerah Machang Posted: 26 Feb 2013 03:44 PM PST |
Anwar bertemu 1 jam dengan TG Nik Aziz Posted: 26 Feb 2013 03:36 PM PST KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan kira-kira satu jam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10 hari ini. (Perbincangan tertutup antara Anwar dengan TG Nik Aziz di JKR 10) Pertemuan tertutup itu diadakan sempena dengan program Jelajah Anwar ke negeri ini hari ini. Turut serta mengiringi Anwar adalah Penolong Setiausaha PKR, Rosli Abdullah dan anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz. Di pihak kerajaan negeri Kelantan pula, Tuan Guru Nik Aziz disertai oleh Exco Datuk Husam Musa dan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Haji Zulkifli Mamat dan beberapa lagi. Namun selepas itu, Anwar mengadakan perbincangan tertutup dengan Tuan Guru Nik Aziz. |
Program Jalinan Mesra Antara Kaum bersempena sambutan tahun baru cina peringkat DUN Temangan 2013 Posted: 26 Feb 2013 03:36 PM PST |
Manifesto PR: 'Negara bankrap' skema jawapan BN Posted: 26 Feb 2013 03:30 PM PST KUALA LUMPUR: Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam. Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu. Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi. "Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat. "Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya. Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara. Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010. Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap. "Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya. Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta. Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat. "Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak. "Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih. "Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan