Pakatan Rakyat |
Posted: 27 Feb 2013 03:04 PM PST Blog Kedahla Ceritanya macam ni.. Di zaman BN dahulu kala, persatuan pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS) buat permohonan untuk dapatkan tanah milik kerajaan negeri. Kumpulan pertama 60 orang KCS senior manakala kumpulan kedua 40 KCS yang lebih muda. Atas jasa bakti KCS terhadap kerajaan negeri permohonan itu diluluskan. Biasalah urusan tanah di mana-mana pun, bukan macam renew lesen memandu... bayaq duit la la tu dapat. Jadi permohonan zaman dahulu (mungkin sebelum Tok Det lagi) lulus zaman dulu, maka depa baru dapat tanah tu zaman PAS merintah ni. Kerajaan ambil tanah hutan simpanan, cabut keluar jadi tanah milik kerajaan negeri dan tanah di Bukit Perangin (yang jadi isu tu) bagi dekat 40 KCS. Mereka berpakat serah kepada sebuah syarikat pemaju yang usahakan tanah tu... ambik balak, pembersihan hutan, buat teres dan akan tanam kelapa sawit khabarnya. Semua dah sign agreement. Pajakan selama 25 tahun, jadi tiap-tiap tahun 40 KCS cuma makan hasil, syarikat tu lah usaha, mana ada masa KCS nak tanggung cangkoi pi usaha sendiri tanah tu. Tanah tu tanah 40 KCS... tiba-tiba dengan tak semena-mena Timbalan Menteri Pertanian yang mungkin dalam usaha nak mengekalkan diri jadi calon Kubang Pasu, jadikan isu pembalakan di Bukit Perangin tu sebagai isu untuk serang kerajaan negeri kononnya 'rakus menebang balak'. Pagi tadi, di kafe Wisma Darul Aman... terdengarlah di hujung telinga aku sorang bekas KCS bersama beberapa KCS dan bukan KCS dok kelepang kelepang dekat Johari Baharom dan UMNO. Marah depa dekat Datuk Joe dok pi kacau daun projek orang. Aku mudah saja... mokalu UMNO Be End dok pulun serang lagi kerajaan negeri Kedah dengan isu tu maka aku nak minta senarai 40 orang KCS tu dari atas dan siarkan dalam blog ni.. biag rakyat tau itu bukan urusan negeri lagi. Uihh mana ada jalan, urusan pihak lain... Ustaz Azizan dan kerajaan negeri pulak yang kena tibai. Biag Datuk Joe kena tibai dengan KCS pulak, gatai mulut pi dok kacau tanah KCS.. Catatan oleh Tok Non. (Petikan berita dari sidang media MB Kedah) 'Tanah terbabit sudah jadi hak milik pegawai KCS…' Oleh: SARINA ISMAIL ALOR SETAR – Kerajaan negeri tidak terlibat dalam proses mendapatkan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) di kompartmen tujuh, Bukit Perangin, Changlun kerana tanah berkenaan sudah diberi hak milik. Menteri Besar, YAB Dato'Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, tanah berkenaan dahulu memang dijadikan hutan simpan namun status tanah rizab sudah ditarik balik oleh Jabatan Perhutanan dan tanah itu menjadi milik kerajaan negeri semula. "Semasa kerajaan negeri sebelum ini, ada sekumpulan Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) yang memohon mendapatkan tanah kerajaan dan ianya sudah diluluskan lebih awal. "Apabila sudah menjadi tanah milik kerajaan semula, maka di sini peranan Jabatan Tanah dan Galian untuk masuk campur dan memberi hak milik tanah serta geran kepada pemohon berkenaan," jelasnya lagi. Menurutnya lagi, pihaknya hanya mengikut dan meneruskan sistem kerajaan dahulu iaitu memberi tanah kepada pegawai kerajaan negeri yang banyak menyumbangkan jasa kepada kerajaan untuk dijadikan kawasan pertanian. Jelasnya lagi, tanah berkenaan dipilih kerana tanah itu pernah diceroboh dan sebagai langkah mengatasinya tanah tersebut dipilih untuk diberikan kepada pemohon. "Bila kita dah beri hak milik, mereka akan majukan tanah berkenaan termasuk membersihkan tanah untuk menanam pokok getah, kelapa sawit serta membuat teres bagi membangunkan tanah berkenaan. "Tapi kita kena faham, permit untuk mengeluarkan saki baki balak hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan sahaja," tambah Azizan. Sementara itu sambungnya lagi, tanah berkenaan dibahagikan kepada sekitar 40 orang pemohon dan setiap orang mendapat bahagian masing-masing untuk diusahakan. Pengagihan tanah di kawasan seluas kira-kira 142.76 hektar itu turut berkembar dengan tanah milik penduduk. "Laporan EIA hanya perlu dimohon sekiranya mengusahakan tanah melebihi 50 hektar, namun begitu ianya terpulang kepada mereka jika ingin memohon sekiranya mengusahakan tanah secara berkelompok. Itu hak mereka bukan hak kita," kata beliau. Apabila ditanya berkenaan kapasiti kawasan hutan simpan yang masih ada, beliau menjawab, setakat ini seluas 300 ribu hektar kawasan hutan simpan yang melibatkan 10 kawasan, antaranya Gunung Jerai dan kawasan Ulu Muda makakala 30 kawasan hutan lagi telah digazetkan sebagai kawasan hutan simpan. Di samping itu 60 kawasan tambahan lagi akan digazetkan untuk tujuan yang sama. "Setakat ini kita hanya bangunkan lima peratus sahaja dari kawasan hutan. Selain 500 ekar di Gunung Inas, kira-kira 3000 ekar lagi di kawasan lain yang akan dibangunkan. "Tapi biasalah, apabila lulus Jabatan Alam Sekitar, NGO pula kacau, kononnya merosakkan alam sekitar. Kita tak buat pembangunan pun mereka kacau, tiada pembangunan pun mereka kacau," sambungnya lagi. Kenyataan berkenaan dikeluarkan untuk menjawab dakwaan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Mohd Johari Baharom, kononnya kerajaan negeri sewenang-wenangnya menebang dan meneroka hutan tanpa kelulusan EIA yang melibatkan kawasan pembalakan di Wang Perah, Kubang Pasu. Pengarah Hutan Kedah, Ku Azmi Ku Aman, hadir sama dalam sidang media berkenaan. Sumber: kedahla.blogspot.com | ||
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 27 Feb 2013 01:13 PM PST Posted by Admin Direktori Blog | | 1:13 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan