PKR today stood by its decision to submit only one name as the Selangor menteri besar candidate, saying that it would have sent in another name if the Sultan had rejected its first candidate.
Party de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim, said that it was the prerogative of the party which commanded the majority to hand in as many names as it wished.
“If we give one and it is rejected, we will give another name to replace it. So what is the problem,” he replied to Tanjung Karang MP Datuk Seri Noh Omar, who asked him why PKR did not submit more than one candidate as requested by the Sultan.
Noh, who is also Selangor Umno chief, had asked the Permatang Pauh MP to explain why PKR did not do this in Selangor but had sent than one name to the Sultan of Perak when it took over the state in 2008.
“So next time, Umno will also have to give three names to the Agong,” said Anwar, referring to the prime minister’s position, as other Pakatan Rakyat MPs cheered.
PARLIAMENT Opposition Leader Anwar Ibrahim today cited Umno founder Onn Jaafar’s campaign against feudalism in defending Pakatan Rakyat’s brush with the Selangor palace over the appointment of the state menteri besar.
Anwar said this in reference to Prime Minister Najib Abdul Razak’s budget speech last Friday, in which Najib mocked the opposition for earning the Selangor ruler’s wrath by submitting a single candidate for menteri besar, despite a request for multiple candidates.
“”I would like to explain this matter because I do not want this ‘murka’ (wrath) term (to be misused). Murka means we go against or disrespect the ruler.
“I have never issued any statement that questions the position of the Malay rulers or insulted them, inside or outside the House.
“But I would like to stress this principle: the late national leader and Umno founder Onn Jaafar, whom I respect, stressed that the founding of Umno was to free minds and the country from the practice of feudalism,” Anwar said when debating the budget speech in Parliament this afternoon.
Datuk Seri Anwar Ibrahim today slammed Putrajaya over its tough stance on defaulters of National Higher Education Fund (PTPTN), saying that the government should instead go after tycoons and businessmen who owe the country billions.
The opposition leader said the government was focusing on youngsters instead of recovering debts and loans from the rich.
"I am upset because the debts owed by 1MBD, carpet dealer Deepak Jaikishan, Perwaja, Tan Sri Tajuddin (Ramli) and some billionaires are not considered a problem.
“But youngsters who owe PTPTN are the core of their discussion and the issue is being brought up again and again," said Anwar in Parliament today.
He also said Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s use of a hadith (saying of Prophet Muhammad) to drive home the importance of settling debts was out of context.
"In this context, if the person is in debt due to an unfair system, such as if I am poor and I want to study… I have no other option but to borrow money while the responsibility to help lies with the government, then there must be a consideration.
“The people mentioned in the hadith are the rich who owe money and make millions (of profit)," said Anwar.
Saya mohon membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2014 yang lalu.
MUQADDIMAH
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan cara yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada para penguasa kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, ketika kamu mengetahui (salahnya)". Al-Baqarah 188
PENDEKATAN DAN KONSEP BELANJAWAN
Belanjawan negara bukannya hanya mengenai angka perbelanjaan yang berubah dan meningkat saban tahun. Pastinya ianya bukan hanya lakaran yang dihiasi dengan akronim-akronim menarik yang dikitar semula tetapi tidak ketara dalam penghasilannya.
Belanjawan negara sewajarnya menjawab dua persoalan utama. Pertama, mengukuh paksi ekonomi dan memacu pertumbuhan rancak, dengan maksud meningkat hasil dan pendapatan negara. Kedua, mempastikan perbelanjaan terurus untuk memperkemas prasarana dan memastikan pengagihan adil dan saksama buat segenap lapisan masyarakat.
Justeru itu, pendekatan belanjawan Pakatan Rakyat 2015 disandarkan kepada sepuluh asas utama iaitu;
Pengukuhan tatakelola untuk menghapuskan rasuah dan ketirisan
Pengurangan defisit belanjawan negara kepada kadar 2.6%
Lebihan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan
Menentang GST yang mencukai gologan miskin dan memperkenalkan CGT untuk mencukai keuntungan modal
Menjaga amanah khazanah minyak dan gas negara
Mempertahankan perdagangan bebas yang adil untuk semua
Penetapan gaji yang adil untuk hidup bermaruah
Bebas daripada kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang meningkat
Pembangunan desa yang menyeluruh
Menjamin hak perumahan untuk rakyat
Lantaran kerangka dasar dan kebijakan ekonomi kami bermula dari pimpinan dan pengurus tertinggi mengamalkan tatakelola baik dan urustadbir yang berkesan. Apakah kita punyai tekad politik dan keupayaan menghentikan amalan boros dan rasuah, memperkaya kroni dan elit yang mengakibatkan peningkatan kos dan bebanan terhadap rakyat terbanyak? Disinilah pada asasnya pertembungan ketara pendekatan Bajet 2015 BN dan Belanjawan PR.
Di dalam belanjawan Pakatan Rakyat 2015, kami juga telah mengenalpasti beberapa kepincangan pentadbiran ekonomi amalan Barisan Nasional yang bakal mendatangkan kesan negatif kepada rakyat dan ekonomi negara. Pada hemat saya, kepincangan ini wajar diperbetulkan dahulu sebelum perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang dapat dilaksanakan:
Sistem cukai yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan cukai negara
Tatakelola yang lemah, akibatnya budaya rasuah terus membarah didalam kerajaan dan pentadbiran ekonomi
Ketidaktelusan dan ketidakcekapan dalam menangani rundingan peringkat antarabangsa seperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang boleh memberikan kesan yang besar kepada daya saing industri tempatan dan kos sara hidup rakyat
Pergantungan berterusan kepada hasil industri minyak dan gas, ditambah pula dengan pengurusan hasil sedia ada yang tidak berhemah
KRITIK BELANJAWAN BARISAN NASIONAL
Tinjauan Pakatan Rakyat mendapati bahawa rakyat dan komuniti perniagaan rata-ratanya melihat belanjawan ke 6 ini sebagai 'non-event' kerana masih tiada usaha dari pihak kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan asas yang mengakibatkan defisit negara membengkak sementara ketirisan dan amalan boros tetap berleluasa berlaku.
Perbelanjaan pengurusan negara yang sentiasa bertambah setiap tahun semenjak belanjawan-belanjawan yang terus dikekalkan. Perbelanjaan pengurusan bertambah kepada RM 223.4bn (2015) daripada RM 217.7bn (2014). Kadar pertambahan tahunan dilihat sedikit berkurangan kepada 3.71% berbanding 4.96% tahun sebelumnya. Walaupun ini relative satu pembaikan boleh dikira sebagai pembaikan dari segi disiplin fiskal, namun soal tatakelola masih parah.
Perbelanjaan pembangunan pula memecahkan tradisi pengurangan tahun ke tahun, di mana ianya bertambah kepada RM 50.5bn (2015) daripada RM 46.5bn (2014).
Nisbah perbelanjaan mengurus kepada pembangunan kekal sekitar 82:18, sama seperti 2014. Perlu dinyatakan bahawa nisbah yang lebih baik telah diunjurkan oleh Menteri Besar Selangor yang baru untuk digunakan sebagai asas belanjawan negeri Selangor 2015.
Meskipun belanjawan Barisan Nasional diramalkan akan mengurangkan defisit negara kepada 3% KDNK pada 2015 daripada 3.5% 2014. Namun belum tampak tanda-tanda permasalahan deficit mampu dibendung.
Pertambahan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri terus meningkat belanjawan ini dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 22.62bn. JPM perlu mengamalkan perbelanjaan berhemah. Perbelanjaan JPM dibawah PM sekarang adalah tertinggi dalam sejarah.
Kementerian Belia dan Sukan juga tidak terelak dalam mencatatkan kadar peningkatan pembangunan tahunan tertinggi sebanyak 138.5% kepada RM 415juta? Sementara kita akui keperluan latihan dan aktiviti belia, namun acara pesta-pestaan yang membazir wajar dihentikan. Peruntukan sukan perlu diukur dengan keupayaan mengangkat mutu sukan negara.
Saya anggap satu keanihan manakala terdapat peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah Perbendaharaan bagi penubuhan cawangan Bank Dunia di Malaysia. Bank Dunia seharusnya menyalurkan ransangan tetapi Malaysia memilih untuk menyediakan dana.
KEMURUNGAN EKONOMI DUNIA
Permasalahan tatakelola lebih merebak tatkala kita berhadapan dengan kemelut ekonomi dunia kini. Umpamanya, dasar Amerika Syarikat untuk menamatkan program 'Quantitative Easing' bakal mengakibatkan peningkatan kadar faedah pada pinjaman. Jerman dan Jepun dilaporkan bakal mengalami kemelesetan ekonomi, manakala ketidaktentuan terus menyelubungi ekonomi China akibat dari kejatuhan nilai sektor hartanah dan tahap hutang (credit bubble).
Ketidaktentuan ini bakal menyebabkan kemurungan ekonomi pada rakan dagang utama negara seperti China, Kesatuan Eropah, Jepun dan seterusnya menjejaskan pendapatan eksport Malaysia sebagai sebuah negara dagang.
Tentunya apabila pendapatan eksport terjejas, permintaan domestik harus digalakkan untuk terus menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Akan tetapi, beberapa petanda awal menunjukkan bahawa negara juga sedang dilanda kemurungan ekonomi.
PERBELANJAAN NEGARA TERUS TIRIS
Pakatan Rakyat saban tahun telah menegur pihak kerajaan akan amalan boros dan rasuah yang diamalkan kerajaan. Namun begitu, teguran ini adalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Saban tahun kita terus menyaksikan pembaziran demi pembaziran dilaporkan dalam laporan Ketua Audit negara. Jika diteliti teguran-teguran Ketua Audit Negara menzahirkan pembaziran dan ketirisan berterusan. Slogan NKRA yang mensasarkan pemberantasan rasuah kekal sebagai slogan semata.
Hutang kerajaan persekutuan untuk 2013 berjumlah RM 569bn atau 53% KDNK, jumlah contingent liability RM 158bn serta anggaran kehilangan dana terkumpul berjumlah RM 1.2 trillion dari Malaysia semenjak 2002 hingga 2011 menurut laporan Global Financial Integrity. Mengapa masalah besar ini tidak disentuh dalam kerangka bajet negara?
Malah, perangkaan Corruption Perception Index meletakkan Malaysia sebagai negara ke-53 dilihat paling rasuah daripada 177 negara, dibelakang Rwanda dan Botswana. Laporan terkini Asia Pacific Fraud Survey Report series 2013 bertarikh Oktober 2014 daripada Ernst & Young mengatakan Malaysia adalah negara paling rasuah di Asia Pasifik selepas China dan lebih gemar mengambil jalan pintas untuk mencapai sasaran ekonomi, akibat peningkatan persaingan dan keadaan ekonomi yang mencengkam.
Kajian Pakatan Rakyat yang dalam belanjawan 2015 mendapati bahawa terdapat 4 komponen perbelanjaan kerajaan persekutuan yang terdedah besar kepada amalan rasuah akibat tatakelola yang lemah. Ianya adalah komponen khidmat dan bekalan, aset, bayaran/kenaan tetap dan belanja pembangunan. Jika diandaikan 15% sebagai kadar ketirisan dan rasuah yang konservatif, pada jumlah perbelanjaan ini, maka sebanyak RM 18bn ke RM 20bn boleh dijimatkan. Ini bersamaan dengan pengurangan angka defisit negara sebanyak 1.5%. Nah, jika ini berlaku, negara tidak perlu pada GST 6% dan langkah pengurangan subsidi petrol yang mendadak.
Penaiktarafan Lebuhraya Pan-Borneo yang dicanangkan setiap tahun semenjak 2010. Ia bermula dengan jarak 2239km dan kos RM 22bn, juga telah diulang kembali dalam ucapan Perdana Menteri. Anehnya jajaran ini kini berjarak lebih pendek, iaitu 1663km tetapi kosnya telah melonjak naik ke RM 27bn (+23%). Perlu ada penjelasan mengapa lebuhraya dipendekkan dan kos meningkat.
Malaysia juga dilihat terperangkap dengan ekonomi nilai rendah dan kini terpaksa pula bersaing dengan negara-negara baru yang struktur kosnya lebih rendah. Akibatnya kadar peningkatan pendapatan rakyat jauh ketinggalan berbanding kadar kenaikan kos sara hidup.
KENYATAAN PENDAPATAN RAKYAT
Angka Jabatan Perangkaan Negara melaporkan bahawa purata kenaikan gaji tahunan semenjak 2010 hingga 2013 hanyalah pada kadar 4% setahun, manakala kos pengangkutan dan makanan (menurut sub-indeks CPI) masing-masing mencatatkan kenaikan yang berterusan pada kadar 5.4% dan 3.6% setahun. Harga rumah kediaman pula naik pada kadar purata 8% hingga 10% setahun.
Akibatnya, rakyat terpaksa berhutang semata-mata untuk menampung perbelanjaan asas. Angka terkini nisbah hutang isirumah keluarga Malaysia kepada pendapatan lebihan (disposable income) adalah pada kadar 140%, antara yang tertinggi di dunia. Jumlah hutang isirumah Malaysia juga telah mencecah 86.6% daripada keseluruhan nilai ekonomi negara, berbading 81% pada tahun 2012.
Laporan awal Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2014 ke atas 42,000 isirumah menunjukkan bahawa 50% pewarta berpendapatan kurang daripada RM 4,258 sebulan manakala masih terdapat 28.7% daripada rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.
Sejak tahun lalu, karya menarik Thomas Piketty "Capital In The 21st Century" telah mengundang wacana segar termasuk Paul Krugman dan Joseph Stieglitz. Penekanan tesis beliau adlah tentang pertumbuhan ekonomi tanpa kepedulian dan peningkatan taraf hidup serta pendapatan rakyat terbanyak TIDAK mampan dan mampu dipertahankan. Dalam sidang belanjawan kali ini saya le3bih merujuk penyelidikan Muhammed Abdul Khalid dalam bukunya "The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia" ada menggambarkan beberapa realiti pencapaian ekonomi rakyat Malaysia yang akan saya sebut di sini;
Dalam sektor pengilangan dan pekerja bawahan, Melayu/bumiputera berjumlah 30%, Cina 20% dan India 46% pada tahun 2011. Untuk sektor pengurusan dan professional, Bumiputera hanyalah 15%, manakala Cina 23.4% dan India 16.8%. Masyarakat Melayu/Bumiputera melahirkan kebimbangan kerana terbatas peluang di sektor swasta. Kami merujuk kajian oleh Dr Lee Hwok Aun (Universiti Malaya) dan Dr Muhd Abdul Khalid (UKM) "Does Race Matter In Getting An Interview" (2012). Manakala masyarakat bukan Melayu mengungkit kerana peluang terhad di sektor awam. Bagi memperbaiki perbezaan ini, ingin saya mencadangkan agar diwujudkan suatu 'Equal Opportunites Commission' untuk memastikan bahawa ruang-ruang pekerjaan terus dibuka tanpa mengira kaum bagi mengelakkan pengekalan diskriminasi pekerjaan mengikut kaum.
Perdana menteri ada menyebut akan pentingya negara mempunyai pasaran saham yang rancak. Soalnya siapa yang untung, kerana realitinya lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai sebarang aset kewangan dan lebih 70% daripada golongan ini adalah Bumiputera.
Golongan 10% terkaya dilaporkan memiliki 77% aset kewangan negara pada tahap 14,211% lebih tinggi daripada purata rakyat. Manakala 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah hanya memiliki 5.5% daripada aset kewangan.
Walaupun Amanah Saham Bumiputra (ASB) dikhaskan untuk Bumiputra, lebih 55% bumiputra tidak mempunyai akaun ASB. Orang-orang kaya dari kalangan Bumiputra (yang hanya berjumlah 0.2% dari kesemua penabung ASB) memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yang lain.
Majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai aset kewangan dengan indeks Gini melebihi 0.8 untuk kesemua kaum.
Gologan 10% terkaya juga dilaporkan memiliki aset hartanah pada tahap 294% lebih tinggi daripada purata rakyat. Dari segi pemilikan hartanah, 32% daripada penduduk bandar tidak memiliki hartanah manakala kadarnya hanyalah 17% untuk penduduk desa.
Jelas golongan maha kaya terus membolot kekayaan negara. Ingatlah larangan Allah
"Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)." Al-Hasyr, 7
RASIONALISASI SUBSIDI DAN KESANNYA KE ATAS EKONOMI DAN ISI RUMAH MISKIN MALAYSIA
Kajian daripada Professor Dr Fatimah Kari (Universiti Malaya) juga menunjukkan bahwa nisbah pendapatan pekerja bandar adalah 2 kali ganda melebihi pekerja luar bandar. Lebih membimbangkan lagi bahawa nisbah ini terus kekal semenjak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan pada 1970-an.
Kajian Dr Lee Hwok Aun, 2013 menunjukkan bahawa pencapaian pendidikan bumiputera di Sabah dan Sarawak lebih jauh ketinggalan daripada kaum Melayu di sana. Lebih kurang 58% kanak-kanak Iban dan 46% kanak-kanak bukan Kadazan hanya berpendidikan tahap sekolah rendah. Sudah tentunya ini akan mengakibatkan pendapatan bumiputera Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan berbanding rakyat di Semenanjung.
Emolumen penjawat awam yang dunjurkan bertambah pada kadar 3.3% untuk 2015 dijangka lebih rendah daripada anggaran CPI kami pada 4%. Oleh itu, penjawat awam dijangka akan merasai himpitan kos sara hidup pada tahun perlaksanaan GST, 2015, meskipun pihak kerajaan mengatakan akan terus membela nasib mereka.
GST SISTEM CUKAI REGRESIF, CGT SISTEM CUKAI PROGRESIF
Ahli ekonomi Perancis, Thomas Piketty menyarankan supaya cukai-cukai yang bersifat progresif (iaitu mencukai golongan kaya dan melindungi golongan miskin) diperkenalkan malah diperkukuhkan.
Mengambil pakai saranan ini, Pakatan Rakyat berpendapat bahawa tanggungjawab kerajaan adalah untuk menggunapakai kaedah yang paling adil untuk mencukai pelbagai bentuk modal dan keuntungan modal yang diperolehi kerana modal serta keuntungan itu lebih tertumpu di tangan golongan kaya. Kami juga berpendapat bahawa cukai konsumpsi seperti GST yang bakal dikenakan kepada semua hanya akan berkesan apabila kesemua penerima gaji membayar cukai. Lebihan cukai wajar dikenakan kepada penerima gaji yang bergaji besar bagi mengimbangi pengurangan cukai kepada golongan bergaji rendah, apabila cukai konsumpsi dilaksanakan. Dalam keadaan hanya 18% penerima gaji membayar cukai di Malaysia, langkah mengenakan cukai konsumpsi kepada semua amatlah tidak wajar.
Keghairahan kerajaan untuk melaksanakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang regresif pada kadar 6% perlu dipersoal. Regresif disini bermaksud kesan bebanan cukai akibat GST adalah lebih besar kepada golongan berpendapatan rendah dan menengah, berbanding golongan berpendapatan tinggi.
Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Manakala, isirumah berpendapatan lebih RM 4,000 sebulan dijangka mencatakakan kenaikan sekurang-kurangnya RM 1,550 setahun.
Ini bermakna GST bakal mengurangkan pendapatan lebihan rakyat terbanyak. Misalnya bagi golongan berpendapatan rendah di bawah RM 4,000 sebulan, 32.6% perbelanjaan bulanan mereka dijangka tertakluk kepada GST, manakala bagi golongan berpendapatan sederhana peratusan ini naik kepada 60%.
GST akan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbelanja. Pakatan Rakyat menganggarkan bahawa GST akan memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan sebanyak RM 8bn untuk 2015. Ini disokong oleh kenyataan dari Jabatan Kastam yang menganggarkan angka RM 5bn ke 6bn dan juga bahagian percukaian KPMG yang menganggarkan RM 9 ke 10bn untuk 2015. Jelas ini berbeda daripada kenyataan Menteri Kewangan bahawa hasil bersih kutipan GST hanyalah RM 0.69bn, kerana sekiranya betul sekalipun, maka apakah gunanya GST dilaksanakan jika pendapatan tambahan hanya kurang dari RM 1bn!
Komuniti perniagaan juga banyak menyuarakan kebimbangan bahawa sekiranya GST dilaksanakan, kelewatan pembayaran rebat GST dapat menjejaskan aliran tunai (cashflow) syarikat. Sekiranya kelewatan pembayaran berlaku, maka para peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi memastikan aliran tunai yang baik dapat dikekalkan. Sebab inilah Pakatan Rakyat tetap berkeras bahawa GST akan menyebabkan kenaikan harga barang yang bakal menekan rakyat.
KELEBIHAN CGT BERBANDING GST
Cukai Keuntungan Modal (CGT) seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat akan hanya dikenakan pada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang mendapat keuntungan daripada urusniaga melibatkan modal seperti saham, instrumen kewangan dan bon. Walaupun bilangan yang bakal dicukai CGT adalah jauh lebih sedikit daripada GST, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan dalam tahun 2015 sebanyak RM 3bn.
Sudah tentunya golongan yang dicukai CGT ini berpendapatan besar kerana mereka tentunya mempunyai lebihan pendapatan untuk dilaburkan dalam urusniaga berisiko tinggi seperti saham dan bon. Tidak wujud kerisauan bahawa CGT akan merencatkan pelaburan kerana Amerika Syarikat dan United Kingdom kekal menjadi hab pelaburan kelas dunia walaupun masing-masing mempunyai kadar CGT yang tertinggi di dunia pada 50.8% dan 46.7%.
Malahan, jika CGT dikenakan kepada para spekulator saham maka pasaran saham akan tertebat daripada aktiviti spekulasi. Ini akan mencerminkan asas sebenar syarikat-syarikat yang disenaraikan dan menjamin kestabilan pasaran. Pasaran saham yang stabil juga akan menarik minat lebih banyak institusi-institusi asing dengan modal yang lebih besar untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia untuk jangka masa panjang.
Matlamat utama polisi percukaian Pakatan Rakyat adalah untuk mengekalkan kadar cukai pendapatan yang rendah dan pada masa yang sama meningkatkan nisbah pendapatan cukai kepada KDNK. Dalam kata lain, jumlah cukai ditingkatkan dengan menggalakkan peningkatan jumlah pembayar cukai tetapi mengurangkan kadar cukai bagi setiap pembayar secara keseluruhan.
Untuk memastikan ini berjaya dilakukan, taraf hidup majoriti rakyat miskin mesti ditingkatkan, golongan elit yang mengelak membayar cukai mesti terus diburu dan segala kelemahan di dalam sistem percukaian perlu diperbaiki untuk memudahkan rakyat membayar cukai.
KADAR SIFAR (ZERO-RATED) DAN TIDAK DIKENAKAN (EXEMPTED)
Kefahaman mengenai barangan kadar sifar (zero-rated) dan barangan tidak dikenakan cukai (exempted) perlu diterapkan kepada rakyat. Perbezaan antara keduanya adalah, barangan berkadar sifar (zero-rated) tidak akan terdedah kepada risiko kenaikan harga, manakala barangan yang dikatakan tidak dikenakan cukai (exempted) boleh dinaikkan harganya kerana para peniaga enggan menelan kos-kos akibat perlaksanaan GST.
Perdana Menteri ada menyebut beberapa barangan makanan dan ubat-ubatan yang tidak dikenakan GST. Kami percaya barang-barang ini akan mengalami kenaikan harga kerana kenaikan kos komponen-komponen dan perkhidmatan lain yang tidak dikenakan cukai digunakan dalam rangkaian pembuatannya. Mengambil kenyataan dari Presiden Malaysian Automotive Association (MAA) baru-baru ini bahawa: "It is not correct to say that car prices will come down simply because the current 10% sales tax will be replaced by a 6% GST come April next year. Under the GST system there will be a different implication to businesses in various areas ranging from tax computation, collection, refunds, reconciliation, costing, etc. when compared to the existing Sales and Services tax regime. As such, vehicle distributors would need to review their entire cost structures and supply chain in the light of these implications."
Penting juga dinyatakan bahawa jumlah kutipan daripada barang-barang yang dikenakan GST adalah RM 23.3bn manakala jumlah kutipan daripada barang-barang yang tidak dikenakan cukai hanyalah RM 3.8bn. Jelas, barang-barang yang akan dikenakan GST adalah lebih banyak bilangannya.
BR1M TIDAK CUKUP MENAMPUNG KESAN GST
Pada pembentangan yang lalu Perdana Menteri ada menyebut bahawa BR1M akan dinaikkan dari RM650 kepada RM 950 untuk isirumah berpendapatan bulanan RM 3,000 ke bawah. Manakala untuk isirumah berpendapatan di antara RM 3,000 dan RM 4,000 sebulan nilai BR1M ditingkatkan daripada RM 450 kepada RM 700.
Perbendaharaan Malaysia menganggarkan bahawa isirumah yang berpendapatan kurang RM 4,000 sebulan akan menyaksikan kesan pertambahan perbelanjaan di antara RM 140 hingga RM 700 setahun akibat GST. Jelas, sebahagian besar daripada BR1M terpaksa digunakan untuk menampung bebanan cukai GST.
KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK 40sen/liter SEMENJAK PRU13
Pengumuman bahawa subsidi petrol RON 95 dan diesel dikurangkan sebanyak 40sen/liter semenjak PRU13, dianggarkan akan memberikan penjimatan tambahan kepada kerajaan hampir RM 9bn untuk 2015. Mengikut anggaran kami, setiap 10sen/liter pemotongan subsidi petrol dan diesel bersamaan dengan penjimatan subsidi hampir RM 2.2bn setahun.
Bagi pengguna Myvi dan proton Exora (kenderaan paling popular di Malaysia), berdasarkan andaian jumlah perjalanan 15,000km setahun, masing-masing akan mencatatkan kenaikan kos petrol tahunan sebanyak RM 428 dan RM 812 akibat pengurangan subsidi 40sen/liter. Walaupun kelihatan kecil, jumlah ini cukup untuk membiayai perjalanan pergi-balik KL ke Alor Setar sebanyak 4 kali setahun. Besar kemungkinan pemandu-pemandu ini juga adalah penerima BR1M. Jika ditambah dengan kenaikan kos petrol dan juga bebanan cukai GST ternyata rakyat masih perlu berbelanja lebih daripada pemberian BR1M.
Berdasarkan laporan Maybank Research, dianggarkan juga sebanyak 3.5bn liter diesel diseludup setiap tahun. Ini bersamaan dengan 35% daripada jumlah penggunaan diesel negara dan subsidi yang dibazirkan berjumlah hampir RM 1.5bn setahun. Justeru perlu ada lebih banyak usaha daripada pihak kerajaan untuk mengurangkan pembaziran sebegini.
Penjimatan RM 9bn setahun ini juga adalah jauh lebih kecil daripada penjimatan yang bakal diperolehi sekiranya hanya 15% (bernilai minima RM 18bn) daripada ketirisan perbelanjaan kerajaan persekutuan diberhentikan. Nyata, kerajaan terus menekan rakyat akibat kelemahan tatakelola dan pengurusan di pihak mereka.
PENGURANGAN KADAR CUKAI, MENGUNTUNGKAN SIAPA?
Langkah Perdana Menteri untuk mengurangkan kadar cukai pendapatan amatlah dialu-alukan. Walaubagaimanapun, tindakan mengurangkan kadar cukai maksimum 26% kepada 24%, 24.5% dan 25% serta menaikkan kadar maksimum kepada RM 400,000 daripada RM 100,000 dilihat masih tidak dapat merapatkan kesenjangan pendapatan yang semakin melebar di negara ini.
Sebagai contoh, isirumah (4 orang) yang berpendapatan RM 4,000 sebulan atau RM 48,000 setahun akan hanya mencatatkan penjimatan cukai sebanyak RM100 setahun. Golongan hartawan seperti Pengarah Eksekutif Genting Berhad yang berpendapatan RM 136juta setahun (pada 2013), dapat menjimatkan hampir RM 3juta sekiranya kadar cukai pendapatan beliau dikurangkan daripada 26% kepada 24%.
Inilah bukti, bukan retorik, bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan mesra maha kaya dan mengenepikan kepentingan rakyat terbanyak. Justeru, CGT lebih wajar dilaksanakan untuk memastikan golongan maha kaya ini dicukai sewajarnya bagi menambah pendapatan negara.
KOMITMEN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN RAKYAT
Mengenalpasti keperluan untuk menambah pendapatan rakyat, Pakatan Rakyat dalam belanjawan 2015 telah menyatakan komitmen untuk mencapai nisbah pendapatan kepada KDNK kepada 50% pada 2020.
Hasrat kerajaan Barisan Nasional (bukan komitmen) pula seperti yang disebut Perdana Menteri dalam ucapannya; "…adalah menjadi hasrat kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34% pada masa ini kepada 40% daripada KDNK menjelang 2020".
Bandingkan betapa berbedanya komitmen kami berbanding dengan hasrat kerajaan yang juga ditetapkan pada tahap yang lebih rendah.
Diantara langkah drastik yang kami unjurkan adalah untuk memperluaskan skop dan bidang kuasa Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan (National Wages and Consultative Council) dengan memberikannya mandat dan kuasa membina consensus menetapkan kadar kenaikan gaji tahunan keseluruhan bagi semua pekerja dan industry di Malaysia (berbanding skop sekarang yang hanya menetapkan gaji minima). NWCC ini perlu diwakili secara tripartite-plus iaitu wakil daripada pihak majikan, pekerja, masyarakat sivil dan kerajaan.
KELEMAHAN TATAKELOLA, KETIDAKTELUSAN
Belanjawan yang hanya dihiasi angka-angka besar tanpa disiplin tatakelola yang baik sudah pasti tidak akan dapat mencapai matlamat pengagihan hasil negara untuk dinikmati rakyat terbanyak.
Laporan daripada juruaudit antarabangsa seperti KPMG, Ernst & Young dan juga penemuan didalam laporan Ketua Audit negara perlu dipandang serius dan beberapa pembaikan perlu dilakukan segera.
Dalam keadaan ekonomi yang berdefisit, serta tanggungan hutang negara pada tahap RM 569bn, setiap sen pendapatan haruslah dibelanjakan sebaiknya. Suatu proses tatakelola yang didasarkan kepada usaha yang ikhlas dan serius amat diperlukan bagi memerangi rasuah.
Ukuran sebenar keikhlasan dan kesungguhan Dato' Sri Najib memerangi rasuah adalah jumlah ahli politik yang didakwa dengan kesalahan rasuah sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Angka terkini daripada YB Senator Dato' Paul Low menunjukkan hanya 9 orang ahli politik yang disiasat dan hanya 5 akhirnya didakwa semenjak 2010 hingga Ogos 2013.
Negara digemparkan dengan pertuduhan rasuah oleh orang kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan kepada adik-beradik Maran ketika mereka di Kementerian Komunikasi India bernilai hampir RM 700juta untuk kepentingan didalam Aircell melalui Astro All Asia Networks (AAAN) Plc, yang kini difailkan di New Delhi. Apabila Khazanah Nasional memegang 21% daripada saham AAAN, maka akan adakah siasatan dilakukan SPRM ke atas Khazanah dan juga pemegang saham utama AAAN iaitu Usaha Tegas Entertainment Systems Sdn Bhd (42.3%) untuk penjelasan transaksi ini kiranya ia benar berlaku? Apakah SPRM akan menyiasat bagaimana Tan Sri Ananda memenangi bidaan lesen operator mudah alih MAXIS di Malaysia, sekiranya beliau dengan berani boleh merasuah kakitangan kerajaan asing?
Bagaimana pula dengan 1MDB yang dibenarkan untuk terus berhutang walaupun pinjaman terkininya bernilai RM 36.25bn dan ianya juga tidak mempunyai aliran tunai sepertimana perniagaan-perniagaan yang biasa. Bagaimana 1MDB boleh diberikan projek 3B yang bernilai RM 11bn dan ura-ura bahawa sebuah janakuasa gas di Melaka juga telah diberikan secara rundingan langsung dengan TNB?
Walaupun dibebani hutang, 1MDB dijangka akan menyenaraikan aset tenaganya di Asia menerusi Virtus Energy yang dianggarkan menjana RM 16.5bn (IPO terbesar Asia) pada Januari 2015. Adakah ini bertujuan untuk menjana dana bagi membayar hutang-hutang awalnya (bail-out)?
Sekiranya Perdana Menteri sanggup mengungkap sabda nabi Muhammad:
????????? ??? ? ???? ???? ??????? ???????
'Diampuni bagi orang yang syahid semua dosa kecuali hutang'-riwayat Muslim
bagi menggesa para graduan universiti kita untuk segera membayar balik hutang PTPTN mereka, perlu juga beliau menyampaikan sabda ini kepada 1MDB agar ia membayar balik hutang-hutangnya sebelum 1MDB benar-benar menjadi 1Malaysia Debt of Billions.
Dalam Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA), Pakatan Rakyat tidak menentang dagangan bebas, tetapi perdagangan bebas haruslah adil dan tidak berat sebelah. Bagaimana kita hendak menilai kedudukan rundingan TPPA apabila kita tidak dibekalkan dengan angka cost-benefit dan segala maklumat bertulis? Ahli-ahli Parlimen kami, rakyat dan juga industry tempatan dibiarkan dalam kegelapan tanpa sebarang penjelasan, kononya rundingan ini penuh kerahsiaan. Amerika diwakili oleh lebih 400 penasihat lantikan, peguam dan pakar dari pelbagai industri Malaysia. Kami telah berkali-kali menggesa pihak kerajaan untuk melantik pakar-pakar tertentu dari dalam dan luar negara untuk memastikan kita dapat mendepani proses rundingan ini dengan lebih cekap dan memastikan industri kecil dan sederhana di Malaysia mendapat imbuhan yang adil (fair deal).
PERGANTUNGAN KEPADA HASIL MINYAK & GAS
Pergantungan kepada hasil tahunan minyak dan gas yang kini membentuk 31% daripada pendapatan kerajaan persekutuan ini berbahaya kerana 2 sebab utama:
Pertama, ianya memberikan gambaran seolah-olah kedudukan ekonomi negara adalah baik sedangkan kerajaan terus gagal membina industry yang lebih mampu bertahan. Pendapatan negara juga terus terdedah kepada turun naik harga minyak di pasaran antarabangsa.
Keduanya, pergantungan ini akan terus melemahkan kedudukan kewangan PETRONAS secara mendadak apabila keuntungganya dipindahkan oleh kerajaan persekutuan untuk perbelanjaannya yang sememangnya diketahui tiris. Kewangan yang lemah ini akan merencatkan kebolehan PETRONAS untuk bersaing di peringkat antarabangsa untuk meneroka dan membeli rizab minyak dan gas yang baru untuk negara.
Oleh itu, Pakatan Rakyat mencadangkan agar kerajaan persekutuan perlu meletakkan sasaran yang drastik untuk mengurangkan pergantungan ini dalam tempoh 5 tahun. Langkah-langkah khusus juga perlu dilaksanakan segera untuk memastikan pengurusan hasil ini dilakukan dengan penuh ketelusan dan kebertanggungjawaban.
MEMPERBAIKI PENGANGKUTAN AWAM
Bajet 2015 telah mengumumkan beberapa projek infrastruktur, antaranya termasuk tiga projek lebuh raya yang berkaitan dengan negeri Selangor, iaitu: Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LBP) dari Taiping ke Banting. Khusus untuk projek SUKE dan DASH, saya ingin menegaskan dalam dewan yang mulia ini bahawa pembinaan lebuh raya sahaja bukan jalan penyelesaian kepada masalah kesesakan memandangkan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur masih terpaksa bersesak biarpun jaringan lebuh raya bertol banyak dibina. Lebih inisiatif patut diambil bagi memastikan penyediaan sistem pengangkutan awam yang sempurna.
Kita juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji dan menggunapakai konsep 'Bus Rapid Transit' seperti yang diamalkan di Colombia dan Brazil untuk menyelesaikan masalah penghubungan (connectivity) diantara stesen-stesen MRT dan LRT untuk keselesaan rakyat. Sistem ini terbukti berkesan untuk menyelesaikan masalah feeder bus yang ada kini.
RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja mempunyai kedudukan yang istimewa seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia iaitu raja atau sultan harus patuh dan bertindak seiring dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Kedudukan yang istimewa ini juga bererti bahawa YDP Agong dan raja-raja merupakan institusi yang neutral dan tidak melibatkan diri dalam hal-hal politik.
Malaysia telah menyaksikan berakhirnya sistem beraja mutlak apabila pemimpin-pemimpin negara yang mendapat kemenangan dalam Pilihanraya Umum 1955 telah membuat keputusan bahawa sistem politik dan pentadbiran di negara ini adalah Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Sistem ini adalah formula yang ditinggalkan Suruhanjaya Reid yang menjadi rujukan negara kita sejak itu, baik di peringkat Persekutuan atau di negeri-negeri. Sistem ini menjadi pilihan kerana negeri-negeri Melayu pada ketika itu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu dilihat sangat lemah dan gagal untuk membawa keamanan dan menguatkuasakan undang-undang yang akhirnya terpaksa meletakkan negeri di bawah telunjuk kuasa-kuasa asing seperti British dan lain-lain.
Sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu pada ketika itu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan bertulis. Untuk rekod, saya pernah menyebut tentang 'feudalisme' di dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO Yang Ke-51 di mana saya sebut bahawa Dato' Onn Jaafar pernah berkata konsep kemerdekaan di negara ini bukan beerti menghidupkan semula feudalisme. Ini juga harus jelas bahawa mengkritik feudalisme dan menggesa supaya menukar cara berfikir tidak sama dengan menggesa supaya institusi beraja dihapuskan.
Pokoknya, kekuatan pemerintah itu mestilah berdasarkan sokongan dan dokongan rakyat. Konsep ini jugalah yang dianjurkan Pakatan Rakyat dimana kepentingan rakyat dinobatkan menjadi asas kekuatan. Apa saja keputusan haruslah berlandaskan Perlembagaan dan selari dengan kehendak rakyat. Rakyat berkuasa mengangkat kita ke atas, dan rakyat juga berkuasa untuk menurunkan kita.
Dr Siddiq Fadzil dalam bukunya ‘Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat’ merujuk kepada peringatan Raja Ali Haji (pengarang kitab Tuhfat-al nafis) dalam bukunya "Thamarat al- Mahammah": "Raja Ali Haji mengingatkan makna raja bukan membuat apa sukanya di atas rakyatnya, tetapi merujuk pengertian tiga istilah politik Islam; khalifah, sultan dan imam. Raja dalam pengertian khalifah bermaksud pengganti dan pelanjut pemerintahan nabawi. Raja dalam pengertian sultan pula sebagai penguat kuasa keadilan dan undang-undang dan Raja dalam pengertian imam pula dimaknai sebagai pemimpin dan ikutan."
PENUTUP
Saban tahun belanjawan negara dibentangkan dan kami selaku pembangkang mewakili rakyat, saban tahun juga akan terus membahasnya bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Permasalahan kesempitan hidup rakyat akibat kebobrokan dasar-dasar kerajaan yang mesra golongan maha kaya perlu diatasi. Apakah gunanya kita terus mengejar kebendaan tanpa segan silu akan halal-haram cara perolehannya.
Memimpin negara suatu amanah. Ingatlah bahawa setiap kita datang dari Allah dan pastinya kita akan kembali kepada-Nya jua;
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudia Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)" Al-baqarah, 28
Permasalah kesenjangan pendapatan wajib ditangani kerana masalah ini dilihat semakin meruncing wujud dalam setiap kaum, di antara kaum dan diantara lokasi di Malaysia.
Ingin saya cadangkan disini agar suatu 'Budget Oversight Committee' yang dianggotai kerajaan dan pembangkang diwujudkan dengan kuasa untuk memastikan setiap yang dijanjikan kerajaan, dikotakan dengan betul dan telus. Ini penting bagi memastikan tatakelola yang baik dapat diterapkan. Berdosa kita sekiranya kita mewariskan bebanan hutang dan ekonomi yang rosak kepada generasi akan datang.
Sebagai Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah membentang Bajet 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan terkini Bajet 2015. Berikut ialah fakta penting mengenai kedudukan kewangan pemerintah, kedudukan makro ekonomi Malaysia dan pola perbelanjaan pemerintah sepanjang Najib menerajui tampuk pentadbiran negara.
Jadual KPRU: Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan
Satu kapal terbang yang dinaiki oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang budak berumur 8 thn, Datuk Lee Chong Wei, seorang pemuda genius 20 tahun dan seorng Doktor berumur 55thn mengalami kerosakkan dan akan terhempas ke gunung.
Beg payung terjun keselamatan hanya ada 4.
Kata Datuk Lee Chong Wei "Saya seringkali mengharumkan nama negara di mata dunia jd saya tidak boleh mati dahulu. Saya patut mendapat 1 payung terjun."
Kesemua penumpang bersetuju dan Datuk Lee Chong Wei pun melompat keluar dgn memakai beg payung terjun tersebut.
Pemuda genius juga memberikan alasan yg sama bahawa dia masih muda dan boleh menyumbangkan sesuatu kepada negara di masa akan datang dan dipersetujui untuk mendapat 1 lagi beg payung terjun tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim jg tanpa memberikan alasan terus sahaja mengambil salah satu beg dan terus memakainya sambil berkata "Saya adalah Ketua Pembangkang dan sedikti masa lagi saya bakal Perdana Menteri Malaysia. Saya jg seorang yg amat bijak dan berkebolehan dalam segala hal serta paling glamour di Malaysia."
Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya melompat keluar dr kapal terbang tersebut.
Jadi yang tertinggal hanya doktor tersebut dan budak berumur 8 tahun tersebut.
Doktor tersebut terus berkata "Nak, kau sahaja la yang pakai payung terjun itu. Kau masih muda dan mungkin akan menyumbangkn sesuatu kepada negara. Datuk sudah lama hidup dan akan mati jg sebelum kamu. Perjalanan hidup kamu masih panjang. Kamu pakai la dan selamatkn diri kamu. Datuk redha dgn takdir ini."
Lantas doktor itu pun memakaikan budak tersebut dgn beg payung terjun yg masih tersisa.
Budak 8 tahon pun berkata "Doktor tidak perlu berkorban utk saya. Marilah kita sama2 terjun menyelamatkan diri. Di bawah kerusi itu masih ada 1 lagi beg payung terjun. Saya pun tak taw kenapa Pak Cik tu yg bongkok sabut td tu pakai beg sekolah saya dan terjun. Mudah-mudahan dia selamat."
The Malaysians who went to the Middle East to fight and die for the cause of Islam did not die as martyrs but is a common death and tantamount to meaningless death, said Kelantan Mufti Dato Muhamad Shukri Muhamad.
He added that while many believed that going to another country to die in the name of Islam, whether or not a person who died a martyr is determined by the country they were killed in.
"In my opinion when a person joins an extremist group like Islamic State (IS) and died while fighting for such groups had a common death like any other accidents," he told reporters at the sidelines of the Kelantan State Legislative Assembly meeting here on Tuesday.
Muhammad Shukri was asked to comment on Malaysians who died fighting in the Middle East after joining militant Islamic State of Iraq and the Levant were hailed as martyrs.
He said martyrdom must first be recognised by the Islamic country where the person died before it is also recognised by the country of origin.
"In the first place persons who joins an extremist groups cannot be recognised a Muslim fighter and the basic consideration for martyrdom is when the person dies fighting a hostile Kafir (infidel) and dies in the process of freeing his country from aggressors who intend to invade their country's sovereignty and religion," he added.
Wisma Putra was reported in a statement released on June 25, confirmed that a total of 15 Malaysians had died in Syria under IS.
The Federal Court here has dismissed Datuk Seri Anwar Ibrahim's third bid to disqualify lawyer Tan Sri
The panel lead by Justice Arifin Zakaria dismissed the attempt to nullify the Attorney General-Chambers (ACG) to appoint Shafee, finding no reason to interfere.
"The proper mode of challenge is by judicial review," said Justice Arifin Tuesday.
This was Anwar's third attempt to disqualify the veteran lawyer from leading the prosecution team in the main appeal.
In the application filed on Feb 27, Anwar stated that Muhammad Shafee was not a fit and proper person to lead the prosecution appeal team following his being fined by the Advocates and Solicitors Disciplinary Board.
However, the five-man Federal Court panel disagreed, saying the fine did not disqualify him as a lawyer.
"The AGC found him a fit and fine person to represent the prosecution.
"We are of a firm view Shafee as a prosecutor would not compromise the integrity of proceedings," said Justice Arifin.
The panel on Tuesday also included Justices Md Raus Sharif, Abdull Hamid Embong, Suriyadi Halim Omar and Ahmad Maarop.
Anwar was represent by lawyer Tommy Thomas, while Shafee acted for himself.
Anwar had first challenged the legality of Muhammad Shafee's appointment by the Attorney-General by fiat (authorisation) under Section 376 (3) of the Criminal Procedure Code (CPC).
However, this was dismissed by the Federal Court on Nov 20, last year.
His second application to disqualify Muhammad Shafee, based on a statutory declaration (SD) by former Kuala Lumpur Criminal Investigation Department chief Datuk Mat Zain Ibrahim, was also dismissed by Federal Court on Feb 11, this year.
These cross appeals were in regards to the main appeal involving Anwar's second sodomy case. Anwar is applying to the Federal Court to acquit himself of his sodomy conviction by the Court of Appeal.
Concurrently, the prosecutor sought to increase his jail sentence from the current five years. Anwar, 67, was acquitted by the High Court on Jan 9, 2012 for allegedly sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan, his former aide, at Desa Damansara Condominium in Bukit Damansara on June 26, 2008.
However, the Court of Appeal overturned the acquittal and sentenced Anwar to five years in prison for the offence.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Grand final Oktoberfest (pesta arak) telah pun diadakan secara terbuka buat pertama kalinya di
Malaysia. Kemuncak pesta arak ini telah diadakan di ruang tempat letak kereta One Utama, pada 11 dan 12 oktober 2014. Ironinya Malaysia merupakan Negara islam dan mempunyai majority penduduk beragama islam.
Papan iklan mempromosikan pesta ini cukup gah di tayangkan di Shah Alam (ibu negeri yang mempunyai majority umat islam.Jika promosi terbuka seperti itu dikatakan hanya untuk orang bukan islam, memang sungguh pelik. Kalau mahu mempromosikan kepada "target customer", mungkin tidak perlu iklan terbuka seperti di shah alam.
Umat islam di sekitar lembah klang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran pesta arak secara terbuka. Tetapi malangnya bantahan ini tidak diendahkan, bantahan juga dibuat oleh parti politik melayu (UMNO dan PAS). Malangnya ada MP dari PAS
yang menyokong pesta ini. Parti politik yang berasaskan kaum lain tidak membantah pesta ini, malah pemimpin dari DAP dan PKR menghadiri pesta arak ini. MB Selangor dari PKR juga tidak mahu membantah pesta ini. Umat islam bukan mahu menidakkan hak penganut agama lain untuk minum arak, tetapi umat islam tidak mahu pesta ini diadakan secara terbuka. Pengiklanan secara terbuka di Shah alam itu juga seolah-olah seperti provokasi terhadap umat islam. Umat islam di lembah klang tidak pun membantah beberapa siri pesta arak ini, kerana ia diadakan secara tertutup, tetapi mereka membantah acara kemuncaknya kerana ia diadakan secara terbuka.
Sensitivity umat islam dinegara ini telah di kacau dengan penganjuran grand final Octoberfest 2014 secara terbuka ini. Segala bantahan umat islam kepada octoberfest ini dipandang sepi. Pemimpin-pemimpin islam hanya mementingkan kuasa daripada menjaga sensitivity umat islam.
Sekiranya perkara ini dibiarkan, pasti akan ada pesta-pesta yang bersifat provokasi seperti ini pada
masa akan datang. Umat islam perlu bersatu dan melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang. Umat islam perlu menggunakan kekuatan kita. Pada ketika ini antara kekuatan umat islam di Malaysia adalah kuasa membeli. Mungkin Umat islam berbelanja di pasaraya lain selain One Utama sebagai tindakan bantahan kerana menganjurkan pesta arak secara terbuka. Mungkin dengan tindakan seperti ini, umat islam dapat memberikan mesej kepada mana-mana pasaraya supaya mengambil endah tentang sensitivity umat islam sebelum menganjurkan apa-apa aktiviti secara terbuka. Umat islam sebelum ini telah Berjaya dalam kempen menyelamatkan Palestine dengan menggunakan kaedah boikot sebuah franchise makan segera terkemuka. Ini membuktikan umat islam di Malaysia mempunyai kekuatan dalam kuasa membeli. Kita perlu menggunakan kekuatan ini sekali lagi untuk mengelakkan pesta seperti ini dibuat secara terbuka di Malaysia.
Ayuh!! Bangunlah umat islam nyatakan bantahan ini. Walaupun pesta itu telah berakhir, tetapi umat islam perlu sampaikan mesej bantahan ini kepada semua rakyat dan pemimpin. Supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. BERBELANJALAH SELAIN DARIPADA ONE UTAMA.
Rakyat menghakim pada pilihanraya, Peliwat dihakim mahkamahTak payahlah nak spin dan nak naikkan kemarahan seolah-olah diri tu tak salah.
Malah kalau dah serah pada rakyat,, jangan pula nak buat lakunan sakit pula. Kali ini, ianya dilakukan oleh Sulaiman Abdullah.
Difahamkan bahawa Sulaiman Abdullah peguam utama bagi membela Dato Seri Anwar Ibrahim pesalah seks luar tabie dalam kes liwat telah mengambil cuti sakit selama 3 bulan.
Jika ianya benar cuti sakit diambil selama 3 bulan sudah pasti pada 28-29 Oktober ini pesalah seks luar tabie Anwar Ibrahim akan memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut.
Ini memang satu tipu helah bermaruah oleh Anwar Ibrahim yang sengaja meletakkan seorang peguam yang sakit bagi melambat lambatkan proses keadilan di Malaysia.
Mahkamah didesak tidak menerima alasan cuti sakit peguam Sulaiman Abdullah kerana cuti sakit selama 3 bulan merupakan satu alasan yang sudah tentu diragui dan juga ianya dengan sengaja memperlekehkan Mahkamah yang mulia.
Anwar mempunyai ramai peguam dalam pasukan pembelaannya. Sulaiman Abdullah baru diamil kembali sebaik Karpal Singh mati.
Untuk rekod Sulaiman Abdullah merupakan peguam pertama bagi mewakili DSAI dalam kes liwat. Namun pada 2008 Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar Ibrahim atas alasan menghidap penyakit BUASIR. Sebenarnya itu hanya alasan dan kali ini, dia tahu Awwar bersalah.
Isteri pernah bekerja dengan SUHAKAM, tapi Sulaiman sanggup menjilat ludh balik untuk perthankan peliwat ini.
Kontena polis dihempap pokok tumbang korban dua anggota polis
POLIS-POLIS SEKALIAN!!! SILA PATUHI SOP BARU INI UNTUK MENGELAKKAN KEMATIAN PENJENAYAH!!! Menangkap penjenayah hendak dilakukan dengan sopan santun, serta mengekalkan budi-bahasa kita sebagai anggota Polis, sekali-gus sebagai rakyat Malaysia. 1. Sebelum memasukki mana2 premis bagi melakukan tangkapan, hendaklah didahului dengan assalamualaikum (bagi penjenayah beragama Islam) dan ucapan Selamat Pagi, Petang atau Malam bagi menangkap penjenayah2 bukan Islam. 2. Selepas bagi salam, hendaklah diikuti dgn menjual beberapa rangkap pantun sebagai kata2 aluan. Gunakan pantun 4 kerat, kalau boleh digalakkan pakai pantun 6 kerat, atau sekurang2nya pantun dua kerat, kerana kalau tak berpantun, takut kita yang kena kerat. 3. Dilarang menembak walau dalam apa keadaan sekali pun, utk mengelakkan sebarang kematian, kerana nyawa penjenayah2 itu memang amat berhagra bagi sesetengah ahli2 politik dan hakim mahkamah kita. 4. Sekiranya penjenayah melepaskan tembakan, kita hanya dibenarkan mengelak peluru tersebut macam aksi Wong Fei Hong, atau pun menangkap peluru itu, sama seperti yg dilakukan Sivaji The Bos dalam aksi2 filem2 Tamil itu. 5. Sekiranya keadaan mendesak, kita hanya dibenarkan 'mengfire' penjenayah2 tersebut, itu pun pada kadar voltan yg rendah …. (ala2 lampu ultaman yg dah lip lap lip lap itu), utk mengelakkan kematian dipihak penjenayah. 6. Sekiranya mampu, kita juga digalakkan menggunakan pukau terhadap penjenayah (ala2 amalan gang Tuhan Harun itu), dengan harapan penjenayah akan menyerahkan senjatapi mereka selepas pukau dilakukan. 7. Sesuai dengan nasihat salah seorang ahli politik yg berstatus Presiden Parti dinegara kita ini … kita juga dinasihatkan supaya belajar silat, tak kiralah silat apa sekalipun, termasuk silat pulut. 8. Arahan2 ini perlu dipatuhi, kerana menurut sesetengah ahli2 politik dan hakim-hakim mahkamah di negara kita ini, penjenayah2 tersebut belum tentu bersalah … walau pun mereka mempunyai senjatapi, kerana mungkin saja senjatapi itu sengaja digunakan oleh penjenayah2 sebagai accessories tambahan sahaja. 9. Lagi satu, arahan supaya tidak menembak penjenayah2 ini juga perlu dipatuhi, kerana dikhuatiri kalau2 penjenayah2 ini saudara mara ahli2 politik atau hakim-hakim mahkamah, atau pun ada kabel dgn mereka. Yang lebih penting, perlu meminta kebenaran hakim terlebih dahulu untuk lepaskan tembakan walaupun penjenayah telah menembak mati beberapa orang anggota polis. Paling terbaik untuk mengelakkan kematian penjenayah, polis hendaklah memaklumkan kepada para hakim dan mengajak mereka ke tempat kejadian terlebih dahulu untuk memastikan SOP dipatuhi bagi mengelakkan 'PERTEMBUNGAN PALSU' sebagaimana yang dinyatakan oleh salah seorang hakim Mahkamah Rayuan beberapa hari lepas. 10. Akhir sekali, kejayaan sesuatu operasi itu bergantung kuat pada sejauh mana kita dapat mematuhi wSOP ini, dan eloklah SOP ini kita namakan 'Silat Orang Polis' kerana keunikannya. Desyummmm!!!! "Berkhidmat Untuk Ahli2 Politik dan Hakim-Hakim Mahkamah Malaysia" *COPY PASTE DARI BULETIN 247 *
Dewan Ulama Pas kesal dengan tindakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seperti menunjuk-nunjuk 'kemenangan mereka' apabila berjaya menganjurkan pesta minum arak, Oktoberfest di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Lebih dikesalkan jelas Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad ialah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak mengendahkan bantahan dilakukan oleh parti tersebut sebelum ini.
Tegasnya, bantahan Pas sewajarnya didengari oleh sekutu-sekutu parti itu memandangkan Selangor merupakan sebuah negeri pakatan pembangkang dan bukannya milik mutlak DAP dan PKR terutama apabila melibatkan soal sensitif seperti penganjuran pesta arak.
"Mereka kena patuhi budaya timur dan Islam yang tidak menggalakkan minum secara pesta sedangkan sebagai komponen pakatan, kita berikan bantahan. Pandangan daripada pihak ulama nampaknya tidak diendahkan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagi oleh Menteri Besar baharu.
"Ini yang kita tidak puas hati, kita ada kuasa di Selangor, Menteri Besar pun beragama Islam dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia jadi kenalah hormat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pemimpin kanan DAP dan PKR hadir pada acara Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya dekat sini kelmarin yang menunjukkan mereka seolah-olah tidak menghormati pendirian Pas yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.
Mengulas lanjut, Mahfodz menjelaskan, Dewan Ulama akan mengkaji tindakan DAP dan PKR tersebut bagi memastikan perkara sama tidak berulang selepas ini dan seterusnya merumitkan lagi tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.
"Kita mesti pastikan bahawa parti dalam pakatan pembangkang menunjukkan kerjasama bersama Pas, bukan antara PKR dan DAP sahaja. Benda tidak enak (pesta arak) jangan teruskan, kita ada persefahaman politik," katanya.
Alhamdulillah, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah pun mengumumkan bahawa tokoh Liberal-Plural Indonesia, Ulil Absar Abdalla, telah tidak dibenarkan masuk ke Tanah Air kita (NTL – not-to-land). Inilah yang disebut "sadduz zara'i". Kita sekat punca ancaman yang boleh membawa ajaran sesat liberal-plural dari negara jiran ke Malaysia.
Walaupun di Tanah Air kita sendiripun sudah ada tokoh-tokoh liberal belaan Barat. Namun usaha untuk menyekat jaringan seperti ini terus dibina wajar diambil.
Namun, kita mesti kenal ramai lagi tokoh-tokoh liberal dari Indonesia yang patut juga kita sekat mereka dari membawa ajaran sesat mereka kepada masyarakat kita.
Berikut adalah di antara tokoh yang sempat saya kumpulkan dalam bentuk grafik. Moga ada manfaatnya apabila kita betul-betul kenali mereka serta fahami jaringannya.
Dan ramai dari mereka menjadi penyumbang utama dalam menyiapkan rencana JAHAT Rand Corporation dalam perancangan membina jaringan Muslim Moderat untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam di dunia. (Apakah nama Gerakan Muslim Moderat GMM di Malaysia itu satu kebetulan atau sememangnya sebagai pelaksana rancangan JAHAT Rand Corporation?)
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Rafizi Ramli memegang dua jawatan parti iaitu Naib Presiden PKR dan Setiausaha Agung PKR.
"Ini adalah keputusan presiden yang melantik Rafizi sebagai setiausaha agung. Ia satu keputusan baik dan tiada peraturan menghalang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, lapor Bernama.
Semalam PKR mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR sebelum ini disandang Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali yang kini Menteri Besar Selangor.
Selepas selesai pembentangan Bajet 2015, puak-puak Pakatan Haram mula membelasah pihak kerajaan berhubung isu GST secara membuta tuli dengan pelbagai tohmah dan tuduhan tak berasas tanpa ada cadangan bagaimana sistem percukaian negara ini boleh diperbaiki.
Dah dua tahun berlalu sejak YAB PM Najib membentangkan cadangan perlaksanaan GST pada Bajet 2013 dan 2014 lalu . Pada Bajet 2015 pula beliau menyatakan Malaysia akan mengguna pakai GST menggantikan cukai sekarang pada 1 April 2015 nanti.
Bila rakyat dah mula faham dan ramai peniaga sudah mula mahu menerima pakai dan mendaftar kepada Sistem GST, barulah timbul cadangan Pakatan Pembangkang memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal atau Capital Gain Tax (CGT).
Maka dipropakan oleh puak-puak pembangkang cukai ini adalah 'cukai progresif' yang akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan akan menyelamatkan negara dari kemiskinan...wow tu diaaa!
Maka terlopong mulut para pencacai di bawah sana melihat begitu bijaknya seorang pemimpin anugerah tuhan dengan idea yang begitu brilliantnya.
Kalau jadi CGT nanti untung-untung rakyat dapat makan free selama bertahun-tahun. Tu diaa!
Para pencacai Pakatan biasanya tidak mahu tahu apa itu CGT.
Tapi yang mereka dambakan melalui janji-janji tuan KETUM dan si kaki botol Ong Kian Ming adalah semuanya free, mereka tak perlu bayar apa-apa cukai, dapat duit melebihi BR1M, kereta murah, minyak murah, rumah murah dan boleh hidup bebas nak buat apa saja walaupun menghina orang dan agama lain.
Para pencacai Pakatan tak mau ambil tau macamana negara nak buat asalkan dapat duit banyak. Tak kira soal haram atau halal, langgar undang-undang atau belasah orang janji mereka boleh hidup senang. Itu yang 'rakyat' hendakkan.
Gamaknya kategori 'rakyat' yang mana satukah yang hendakkan dasar liberal sebebas-bebasnya dengan duit tak kira halal haram melimpah ruah ini ya?
Nampaknya kita tidak mempelajari kesan perlaksanaan CBT yang pernah berlaku pada Korea Selatan dan Amerika Syarikat semasa krisis ekonomi tahun 1997 dan 2008 lalu.
CBT yang kebiasaannya dipungut hasil keuntungan transaksi perdagangan saham, bon, perdagangan komoditi, emas, derivative, option, swap dan sebagainya di bursa-bursa saham.
Kalau dapat banyak untung maka tinggilah peratusan kutipan cukai CBTnya. Bagaimana kalau kurang dan meleset?
Mana dana yang hendak diambil untuk bangunkan negara?
Semasa krisis ekonomi Asia tahun 1997/1998, Korea Selatan hampir bankrap kerana penurunan nilai matawang Won. Bursa Saham Jakarta paling teruk terjejas apabila nilai Rupiah menjunam diikuti matawang Bath di Thailand.
Namun Malaysia terselamat kerana Dr Mahathir segera menambat Ringgit. Bursa Saham kita dapat diselamatkan.
Bayangkan jika kita terlalu mengharapkan kutipan cukai CGT jika ada ketika itu? Apa akan jadi jika Bursa Saham kita terjejas teruk. Di manakah lagi wang hendak diambil. Ikutkan Anwar boleh pinjam dari IMF jer.
Semasa krisis ekonomi 2008 di US dan krisis ekonomi di Eropah hingga ke tahun 2010, negara-negara ini terpaksa menanggung banyak kerugian kerana terlalu mengharapkan dan bergantung kepada keuntungan urusniaga saham.
Nilai matawang Dollar dan EURO menjadi tidak menentu. Beberapa negara Eropah seperti Portugal, Ireland, Italy, Greece dan Sepanyol (PIIGS) paling terjejas dengan krisis hutang hingga terpaksa meminjam dari IMF.
Beberapa negara Eropah lain turut menghadapi masalah yang sama.
Ini adalah sebahagian kesan buruk akibat dari pergantungan keterlaluan kepada sistem percukaian CGT dan perbelanjaan melampau untuk sistem berkebajikan (welfare) negara-negara tersebut.
Malaysia juga sedikit sebanyak terjejas ekonominya. Tapi adakah rakyat pencacai Pakatan sedar keperitan tersebut? Betapa sukar kita menahan asakan tekanan ekonomi kerana kita juga bergantung dengan sistem ekonomi dan perdagangan dunia.
Pencacai Pakatan memang tak nak faham sebab hidup mereka hanya untuk disuap saja. Bukalah mata dan lihatlah dunia, jangan ingat nak syok saja, Bersyukur kita masih selamat lagi.
Kita bukannya negara maju dan berpendapatan tinggi macam US, Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Eropah sekarang yang boleh mengenakan CGT.
Jika CGT mahu dilaksanakan, maka Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakannya berbanding dengan negara-negara ASEAN lain.
Apa akan jadi jika sistem ekonomi kita berbeza dengan sistem ekonomi tetangga?
Kita mahu kutip banyak cukai dan wang tapi dalam masa yang sama kita tekan para pelabur dan rakyat kita tanpa memberi mereka pilihan.
Kita hanya lihat wang berkepuk-kepuk yang boleh dikutip dari setiap keuntungan transaksi saham. Tapi ini secara langsung akan mengakibatkan para pelabur beralih arah ke Singapura dan Hong Kong yang lebih bebas dan mesra pelabur yang tidak mengenakan CGT.
Jadi apakah ada agenda DAP hendak melaksanakan CGT? Adakah mereka mempunyai niat agar pelabur asing lari ke Hong Kong dan Singapura?
Kini Thailand, Indonesia, Vietnam dan Cambodia bahkan Myanmar sedang berlumba-lumba menarik para pelabur asing dari Eropah, Jepun, Korea Selatan dan US yang ingin mengelak kos tinggi akibat perlaksanaan CGT di negara-negara mereka.
Tapi mengapa kita pula nak laksanakan CGT?
Katakanlah jika kerajaan terpaksa akur melaksanakan CGT dan menolak GST, pembangkang akan kata kerajaan mencedok idea mereka. Bila CGT dilaksanakan dan memberikan kesan buruk pada ekonomi negara, mereka akan salahkan kerajaan juga.
Bila tiada pelaburan maka tiadalah pekerjaan. Bila tiada pekerjaan adakah rakyat untung?
Jika CGT dilaksanakan bermakna pelaburan-pelaburan milik kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti ASB, ASN, AS1M, ASG, AHB, saham-saham kerajaan di KWSP, Tabung Haji, Khazanah Nasional, LTAT semuanya kena cukai keuntungan CGT.
Jadi bagaimanakah para penabung nak dapatkan pulangan bonus dan dividen yang tinggi setiap tahun apabila keuntungan mereka dicukai terlebih dahulu. Bila pulangan kurang adakah rakyat tak akan marah?
Para pelabur ASB yang tujuannya nak bantu Melayu-Bumiputera dan AS1M nak bantu rakyat berbilang kaum yang lain juga tak dapat pulangan yang banyak sedangkan tujuan mereka menabung adalah untuk mendapat pulangan lumayan.
Secara tak langsung juga usaha meningkatkan 30% pencapaian ekonomi Bumiputera juga tidak akan tercapai.
Jadi apakah motif DAP sebenarnya yang begitu galak ingin melaksanakan CGT ini?
Pelik dengan ahli politik Malaysia. Secara terang-terang tunjukkan mereka menyokong 'pesta arak'. Adakah minum arak sesuatu yang perlu dipromosi?
KetUm
Sebagaimana arak, ketum juga sifatnya memabukkan. Ianya pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Mabuk Arak dan KetUm
Tidak kisahlah kalau bukan Islam mempromosi 'pesta arak', cuma pelik dengan segelintir pemimpin politik yang memainkan isu arak ikut masa dan waktu. Sebelum berkuasa, beria-ia jaja isu arak untuk raih sokongan orang Islam sampai sanggup berjanji untuk tutup kilang arak jika mereka menang pilihan raya. Bila dah berkuasa, cakap pusing-pusing. Bila rakyat tanya kenapa kilang arak masih beroperasi, mereka spin balik siapa yang rasmi kilang arak? Cakap pusing-pusing serupa pak sheikh mabuk todi.
Bila dah mabuk, bukan sahaja ada Sheikh Al-Araki, malah Sheikh Al-Gereja pun dah ada.
Lebih malang bila makin ramai jadi Pak Sheikh Al-KetUmi. Gila sangat kepada KetUm sampai baiah dengan nama Allah pun mereka langgar. Gila sangat kepada KetUm sampai sanggup jadi BARUA dan BROKER.
Benarlah......arak dan ketum memang sifatnya memabukkan.
*Simptom mabuk KetUm adalah apabila muslimah sanggup terkinja-kinja atas jalan kerana berlebihan ambil dos topeng KetUm.
Khalid Samad dalam kenyataannya berkata umat Islam telah tersilap jika mereka berhujah terhadap pengiklanan yang meluas dan promosi perayaan tahunan pesta arak- Oktoberfest – atas dasar ketuanan Islam di Malaysia, kerana Islam membenarkan bukan Islam bebas untuk mengamalkan norma kehidupan mereka.
"Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk," katanya dalam siaran di blognya,khalidsamad.com:
Oktoberfest dan Pendirian Saya
Temuramah saya yang dibuat oleh ISMA berhubung isu Oktoberfest telah banyak menimbulkan kontroversi. Mungkin kerana ramai hanya membaca tajuk. Sepertimana biasa. Malas untuk membaca dan faham tetapi teringin sangat mengutuk. Lebih-lebih lagi bila yang memberi komen itu adalah diri saya. Malang sungguh nasib mereka ini. Tidak faham dan terus menceritakan mengikut selera mereka. Sampai ada yang mengatakan saya 'sokong' dan ucapkan tahniah. Biasalah. Kalau semua sudah faham, kurang pulalah kerja untuk saya!
NEGARA MAJMUK Perenggan pertama ada disebut, penganjuran Oktoberfest ini tidak boleh dihalang kerana Malaysia adalah Negara Majmuk. Ada yang tanya pada saya, apa beza pendirian saya dengan UMNO? Sama sahaja, ujar mereka.
Bagi UMNO, bila dikatakan masyarakat majmuk ini bererti syariat Islam tidak boleh diguna-pakai. Bagi saya bila saya sebut masyarakat majmuk, maka kemajmukan itu perlu ditangani mengikut kehendak syariat Islam! Rasanya jauh berbezakan?
Mengikut syariat Islam, yang sememangnya direka Allah untuk masyarakat manusia yang bersifat majmuk, orang bukan Islam boleh hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam. Hak mereka tidak akan dicerobohi termasuk agama mereka. Mereka tidak akan dipaksa memeluk agama Islam dan mereka dibenarkan mengikut ajaran agama mereka dengan aman damai. Apa yang dibenarkan oleh agama mereka untuk dimakan minum, mereka akan terus dibenarkan makan dan minum. Maka mereka dibenarkan makan makanan yang haram bagi ummat Islam seperti daging khinzir, daging binatang yang tidak disembelih atas nama Allah dan sebagainya. Begitu juga dengan minuman mereka. Apa yang haram bagi ummat Islam tetapi halal mengikut agama mereka, mereka tidak akan dihalang meminumnya. Termasuklah beer dan wine yang merupakan minuman arak yang memabukkan.
SOAL 'KETUANAN ISLAM' Ada yang membantah kenyataan saya atas alasan 'ketuanan Islam', 'Islam berkuasa', 'Islam agama persekutuan' dan sebagainya. Saya cadangkan sekiranya ingin ikut kehendak Islam maka tangani persoalan ini mengikut ajaran Islam. Ikut syariat, bukan ikut emosi.
Kebebasan sebegini yang dijamin syariat Islam terhadap orang bukan Islam di bawah pemerintahannya adalah di antara bukti kebenaran dan keagungan Islam. Ianya juga merupakan bukti bahawa Islam mampu memerintah Negara yang bersifat majmuk.
'Ketuanan Islam', 'Islam agama persekutuan' dan sebagainya bukan merupakan alasan untuk ummat Islam untuk menyimpang dari syariat sehingga prinsip hormat kepada hak bukan Islam menjadi kabur. Ianya bukan alasan untuk menekan bukan Islam sehingga memaksa mereka mengikut kehendak orang Islam. Itu merupkan Islam chauvanis seperti yang diperjuangkan ISMA.
Hujjah sensitiviti dan sebagainya adalah persoalan yang boleh ditangani dalam keadaan hak bukan Islam terus dijamin. Ianya ditangani dengan dikenakan syarat tertentu ke atas penganjurnya seperti tidak dibenarkan orang Islam bersama, tidak diiklankan di kawasan dan akhbar kebiasaan orang Islam, dianjurkan di kawasan majoriti orang bukan Islam dan sebagainya.
MASALAH ARAK DAN PEMERINTAHAN ISLAM Dalam soal arak di kalangan masyarakat bukan Islam yang duduk di bawah pemerintahan Islam, ianya merupakan persoalan yang telah wujud sejak dari dulu lagi dan ianya bukan perkara baru.
Sebagai contoh, dalam soal percukaian, para ulama' berbahas samada cukai boleh dikenakan atas arak yang dimiliki dan diniagakan oleh orang bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam. Ada mazhab yang mengatakan tidak boleh dan tidak perlu kerana ianya barangan haram. Ada juga mazhab yang mengatakan ianya harta rakyat bukan Islam dan oleh itu ianya boleh dikenakan cukai tetapi cukai yang dikutip dari sumber sebegini perlu diasingkan dari cukai dari sumber yang halal dan bersih. Dan ianya juga perlu digunakan hanya untuk perkara tertentu seperti pembinaan jalan dan kemudahan awam. Ia boleh juga digunakan untuk pembaik-pulihan rumah ibadat yang bukan Islam. Ia tidak boleh digunakan untuk membayar gaji dan sumbangan kepada ummat Islam.
Maka perbahasan ulama' adalah berhubung samaada dibolehkan mengambil cukai atau tidak ke atas arak. Maka tidak timbul samada ianya dibenarkan untuk orang bukan Islam memilikinya, kerana semua faham ianya hak orang bukan Islam. Ianya makan minum mereka.
Mengambil dari prinsip itu, maka saya sebut bahawa program Oktoberfest yang dianjurkan untuk orang bukan Islam tidak boleh dihalang. Kerana Syariat Islam menjamin kebebasan beragama bagi mereka. Namun ianya tidak boleh dihadiri orang Islam dan dari sudut perlaksanaannya dan cara ianya diurus, pihak PBT perlu memantau dan mengawal. Ini telah juga saya sebutkan dalam interview berkenaan.
Pendirian Islam yang sebegini menjadikan Islam mampu memerintah dunia yang bersifat majmuk.
ISLAM AGAMA RAHMAT Ada yang berhujjah bahawa arak ini sesuatu yang buruk. Keburukannya bukan sekadar untuk orang Islam, tetapi juga bagi yang bukan Islam. Oleh itu sebagai penganut agama yang membawa rahmat untuk semua, maka kita perlu melarangnya. Ini golongan orang yang menentukan hukum mengikut akal dan nafsu mereka.
Kalau ikut lojik sebegitu, rahmat yang terbesar adalah Islam maka adakah kita boleh selepas itu memaksa yang bukan Islam memeluk Islam? Atas sebab sayangnya kita terhadap semua manusia? Sudah pasti tidak!
Sememangnya Islam itu rahmat untuk semua dan antara rahmatnya ialah dasar menghormati hak penganut agama lain dan ini dipertahankan Islam. Namun tidak boleh berhujjah untuk menyelamatkan mereka dari bencana arak dengan menyeru kepada Islam atau paling kurang dari sudut kesihatan dan sebagainya. Tetapi bukan dengan paksaan dan menggunakan kuasa. Ini akan memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati hak mereka untuk mengikut agama mereka.
KISAH PENDEK Saya ingin berkongsi cerita yang pernah saya dengar semasa saya sedang belajar di United Kingdom. Yang menceritakannya adalah seorang alim dari India. Dia menyebut bahawa apabila Islam membuka bumi India, pada mulanya pada zaman Abasiyyah melalui seorang general bernama Muhammad bin Kassim, maka ummat Islam bertemu dengan masyarakat Hindu. Bila ditanya kepada Muhammad bin Kassim berhubung kuil Hindu yang penuh dengan berhala, Muhammad bin Kassim jawab, kuil Hindu diberikan kedudukan sama seperti rumah ibadah ahlul kitab, iaitu tidak akan diroboh atau dicerobohi.
Pada masa yang sama, di dalam kawasan yang diperintah ummat Islam, mereka telah melihat berlakunya amalan 'suttee' iaitu amalan di mana janda dibakar hidup-hidup bersama jenazah suaminya apabila suaminya meninggal. Dia mengisahkan satu peristiwa dua orang Islam yang berkuda sedang melihat seorang janda dibawa untuk dibakar bersama jenazah suaminya. Ahli keluarga wanita malang itu menangis kesedihan. Wanita itu pun kelihatan keliru dan sedih. Maka salah seorang dari orang Islam tersebut bertanya kepada rakannya, "tidakkah sepatutnya kita halang amalan ini?" Rakannya jawab, "ianya ajaran agama mereka. Kita tidak boleh campur." (Kecuali sekiranya janda itu memeluk agama Islam). Maka jawab yang pertama tadi, "Alhamdulillah syukur kita kepada Allah yang telah menentu untuk kita agama Islam yang adil dan benar yang penuh dengan rahmat".
Mengikut alim ini, melalui dasar tidak campur tangan dalam urusan agama lain, maka kebenaran Islam terserlah. Akhirnya amalan 'suttee' ini dikurangkan di kalangan masyarakat Hindu kerana terdapat wanita Hindu yang tidak ingin melakukannya. Sebahagian masyarakat Hindu memeluk Islam dan ada juga yang mengugut untuk memeluk agama Islam sekiranya terus dipaksa melakukannya.
Sedangkan sekiranya amalan itu dihentikan secara paksa oleh ummat Islam, maka para pemimpin Hindu akan menyeru masyarakat mereka bersatu menentang ummat Islam yang ingin merosakkan agama mereka. Dengan itu permusuhan akan terhasil dan penyebaran risalah dan dakwah Islam akan terbantut.
SELEPAS INI PESTA SEKS? Ada juga yang berhujjah kalau begitu maka lain kali sekiranya orang bukan Islam inginkan pesta seks dan porno maka kita perlu benarkan juga? Saya ingin tanya, ada ke mana-mana agama yang membenarkan seks bebas dan porno? Setahu saya tiada. Kecuali bagi yang tidak beragama. Bagi yang tiada agama maka tidak perlulah dibawa berbincang kerana sudah pasti mereka tidak boleh menyatakan "agama saya membenarkan". Mereka tiada agama maka hujjah itu tidak boleh diguna-pakai oleh mereka.
Satu lagi sumber perundangan Islam adalah kebiasaan atau adat/budaya. Sudah jelas bahawa kebiasaan atau adat/budaya yang wujud di Malaysia, termasuk bagi yang bukan Islam, seks bebas dan porno merupakan sesuatu yang dianggap jelek. Ianya bukan sesuatu kebiasaan. Oleh itu ia tidak boleh dijadikan hujjah dalam soal membenarkan orang bukan Islam meminum arak.
Hujjah itu adalah 'Qias maal faariq' atau qiasan yang tidak kena kerana tiada persamaan.
IKLAN BILLBOARD PALSU Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?
Saya jawab, "ada ke billboard tu? Di mana?"
Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?
Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.
Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?
Keputusan Pas Pusat menggantung keahlian selama setahun terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di negeri ini mengundang rasa tidak puas hati rakan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Rasa tidak puas hati itu dinyatakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Fadzil yang menyifatkan keputusan Pas Pusat terhadap ADUN Hulu Klang, Saari Sungip dan ADUN Morib, Hasnul Baharudin itu tidak sepatutnya dibuat kerana tindakan mereka menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar sebelum ini merupakan satu tindakan demokratik.
"Walaupun tindakan disiplin yang dikenakan Pas terhadap kedua-dua ADUN (Saari dan Hasnul) tersebut adalah hak di bawah Perlembagaan parti itu, namun umum perlu ingat dan sedar bahawa tindakan kedua-dua ADUN tersebut untuk menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah adalah langkah demokratik.
"Sokongan mereka itu merupakan satu usaha merungkai masalah krisis Menteri Besar mengikut amalan dan kebiasaan yang berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp di sini hari ini.
Fahmi turut memberikan sokongan serta mempertahankan Saari dan Hasnul dengan menganggap tindakan mereka sebelum ini sebagai berani bagi mengukuhkan ukhuwah (persahabatan) dalam kalangan parti dalam pakatan pembangkang selain mengangkat kerjasama Pas, PKR dan DAP menerusi tahaluf siyasi.
Pas Pusat memutuskan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun daripada parti itu berkuatkuasa serta-merta kerana menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, Ogos lalu.
Selain digantung keahlian, kedua-dua ADUN itu turut dilarang daripada terlibat dalam sebarang aktiviti Pas.
Sebelum ini, Saari dan Hasnul dikecam oleh partinya sendiri kerana tindakan mereka menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor kerana dilihat bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Besar Selangor tidak boleh digugurkan daripada jawatannya selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran amanah.
Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri ketika menyampaikan ucapan penggulungan dan penangguhan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 pada 20 September lalu turut mengecam tindakan dua ADUN berkenaan selain menggelarkan mereka sebagai 'broker' dan 'barua'.
Bagaimanapun, kemelut jawatan Menteri Besar Selangor akhirnya menyaksikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilantik menduduki jawatan itu sekali gus mengenepikan Wan Azizah.
AHMAD MASLAN: CGT bakal mewujudkan rantaian ekonomi yang negatif sekali gus meleburkan hasrat pelabur untuk melabur di pasaran tempatan.
KUALA LUMPUR: Pembangkang disifatkan tidak faham konsep dan tidak pernah memikirkan risiko Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dicadang mereka dalam tempoh jangka pendek dan panjang kepada rakyat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, CGT bakal mewujudkan rantaian ekonomi yang negatif sekali gus meleburkan hasrat pelabur untuk melabur di pasaran tempatan.
"Lebih teruk apabila pembangkang mahu melaksanakan CGT bersama cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Sudahlah SST membebankan rakyat, mereka mahu tambah lagi dengan CGT.
"Pembangkang tidak memahami GST dan SST. Kerajaan tahu apa yang dilakukan, pembangkang akan menyusahkan rakyat nanti," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad mengulas perbahasan Bajet 2015 yang diberi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan CGT berbanding GST dengan alasan memberi lebih 'perlindungan' kepada golongan miskin dan sederhana dari aspek pencukaian.
Sebelum ini, Ahmad memberitahu, sebahagian besar rakyat sudah boleh menerima dan memahami usaha kerajaan berhubung pelaksanaan GST.
Ujarnya, majoriti rakyat sedar GST perlu bagi mengukuhkan ekonomi dan pembangunan negara.
Sehingga Selasa lepas, 76,315 syarikat perniagaan telah mendaftar untuk pelaksanaan GST.
Mulai 1 April depan, GST akan menggantikan cukai perkhidmatan sekarang dengan kadar enam peratus berbanding 16 peratus sekarang.
Othman menjelaskan, Jakim telah membuat semakan dengan ROS, Kementerian Dalam Negeri, dan dimaklumkan bahawa entiti-entiti murtad tersebut tidak berdaftar.
KUALA LUMPUR, 14 Oktober:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima aduan berhubung kewujudan beberapa entiti seperti Interfaith Commission (IFC) atau Suruhanjaya Antara Agama, Persatuan Melayu Kristian, Pertubuhan Melayu Murtad dan seumpamanya, yang dikatakan telah berdaftar secara sah.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata perkara itu tersebar di media sosial yang sekaligus mengundang kebimbangan dan keresahan masyarakat Islam, kerana ia boleh mengancam kedudukan Islam serta menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
"Jakim telah membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Kementerian Dalam Negeri, dan dimaklumkan bahawa entiti-entiti tersebut tidak berdaftar.
"Jakim juga mendapati, isu ini telah pun timbul beberapa tahun lalu dan ditimbulkan berulang kali dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, cadangan penubuhan IFC telah dibincangkan dan dibantah pelbagai pihak, termasuklah Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri.
"Berkenaan pertubuhan yang dikaitkan dengan orang Melayu murtad pula, jika dilihat kepada laman kumpulan Facebook (Facebook group page) atau laman blog, kumpulan yang mempromosikan gerakan murtad telah lama bertapak dan semakin berkembang.
"Isu ini telah lama berlegar di media sosial, cuma sejak kebelakangan ini, ia semakin hebat dibincangkan," katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempunyai bidang kuasa dalam perkara berkenaan dan sentiasa menjalin kerjasama dengan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani isu itu.
"Ia bagi menangani isu-isu seperti ini, bagi memelihara kesucian Islam dan membendung umat Islam daripada terjebak dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam.
"Jakim berharap dan ingin memberi nasihat kepada umat Islam, supaya sentiasa berwaspada terhadap isu-isu seperti ini dan memberi bantuan dengan menyalurkan maklumat, sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan," katanya.
IPOH 14 Okt. - Bapa kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir meninggal dunia di Hospital Desa Pangkor pada pukul 1.10 pagi ini akibat serangan jantung.
Abd. Kadir Muhammad, 73, atau lebih dikenali sebagai Pak Karim pernah berkhidmat sebagai Ketua Kampung Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor selama 23 tahun.
Jenazah beliau akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Teluk Raja Bayang selepas solat zuhur. - UTUSAN ONLINE
Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong?
Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.
Di bawah LINK video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':
Poster hebahan program yang menjemput tokoh liberal dari Indonesia.
Tokoh Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) Ulil Abshar Abdalla dijemput hadir ke Malaysia dalam satu program diskusi meja bulat anjuran IRF dan GMM pada 18 Oktober akan datang. Beliau akan membentangkan tajuk 'Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini'. Kehadirannya ke Malaysia mendapat bantahan ramai pihak. Wartawan ISMAweb Siti Fatimah Ishak menghubungi Koordinator Indonesia Tanpa JIL (ITJ) Ustaz Akmal MPd.i. bagi menjelaskan isu di sebalik kedatangan Ulil Abshar ke Malaysia. Ustaz Akmal merupakan Ketua Divisi Penelitian & Pengembangan (Litbang) di Indonesia Tanpa JIL (ITJ) Pusat.
Wartawan: Wajarkah Ulil Abshar dijemput ke Malaysia? Mengapa? Ustaz Akmal : Berkenaan kedatangan Ulil, jika yang dikehendaki adalah kedatangan tokoh cendekiawan Muslim, maka langkah ini sungguh keliru. Pemikiran Ulil banyak bertentangan dengan para ulama, bahkan Ulil sendiri pernah memaki ulama di Indonesia. Gagasan-gagasan Ulil pun tak lebih dari sekedar wacana di atas kertas, sedangkan Ulil sendiri tidak dianggap sebagai tokoh yang mampu melakukan perubahan di Indonesia. Wartawan: Boleh ustaz jelaskan, pada pemerhatian ustaz adakah terdapat usaha pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk liberal ke negara lain terutamanya Malaysia? Ustaz Akmal: Dari kabar yang saya dengar memang saya menangkap kesan bahwa gerakan Islam liberal di Malaysia baru mulai muncul ke permukaan dan mereka belajar banyak dari Islam liberal di Indonesia. Tapi dalam setiap kegiatannya, gerakan Islam liberal tak pernah berdiri sendiri, melainkan selalu bersandar pada dukungan asing. Oleh karena itu, kita memang patut curiga bahwa ada pihak-pihak yang sengaja mendatangkan Ulil ke Malaysia untuk lebih menghidupkan lagi Islam liberal di Malaysia. Wartawan: Apakah kesan buruk ideologi liberal apabila ia masuk ke Indonesia ataupun negara-negara Islam yang lain?
Ustaz Akmal: Di Indonesia, Ulil selalu mengaku sebagai bagian dari organisasi masyarakat (ormas) Islam terbesar di Indonesia, yaitu Nahdlatul Ulama (NU). Padahal, para ulama NU yang tergabung dalam Forum Kyai Muda (FKM) NU menolak keras paham Islam liberal yang dibawa oleh Ulil. Debat antara Ulil dan FKM NU bisa ditemukan rekamannya di situs Youtube. Demikian juga ormas Islam lainnya yang juga besar, yaitu Muhammadiyah, banyak dicatut namanya oleh para aktivis Islam liberal, padahal Muhammadiyah sangat menolak paham ini. Jadi adakalanya Islam liberal mencatut nama ormas, tapi tidak jarang pula mencela ulama. Di Indonesia, Islam liberal selalu menentang Majelis Ulama Indonesia (MUI), dan MUI sudah mengeluarkan fatwa sesatnya paham Islam liberal sejak tahun 2005. Isu-isu yang mereka bawakan di Indonesia adalah tentang bolehnya nikah beda agama, halalnya homoseksualitas, bahkan ada juga yang mengatakan pelacuran itu boleh. Terhadap Al-Qur'an, mereka menganggapnya produk budaya, dan mereka terbiasa mencela 'Utsman ibn Affan ra karena telah menetapkan Mushaf 'Utsmani sebagai standar. Mereka terbiasa mencela Imam Syafi'i, menyatakan semua agama benar (pluralisme agama), bahkan juga membela kaum ateis. Selain itu, aktivis Islam liberal kerap menyebut pihak-pihak yang memusuhinya sebagai fundamentalis dan radikalis. Padahal, menurut saya, mereka sendiri sangat fundamentalis. Diskusi-diskusi yang mereka selenggarakan biasanya tertutup, dan mahasiswa-mahasiswa yang didoktrin dengan paham Islam liberal diberikan kajian-kajian tertentu dan mereka menutup mata dari kritik-kritik terhadap Islam liberal. Saya pernah diundang untuk debat dengan sejumlah tokoh Islam liberal di radio Hard Rock FM, tapi mereka semua menolak datang. Sejatinya, mereka sangat anti diskusi. Wartawan: Boleh ustaz jelaskan apakah langkah-langkah untuk melawan ideologi liberal? Ustaz Akmal: Untuk menolak fahaman Islam liberal, harus dengan menumbuhkan tradisi ilmu. Kami di Indonesia banyak mengambil ilmu dari tokoh-tokoh di Malaysia seperti Prof. Naquib al-Attas dan Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pemikiran-pemikiran kedua tokoh ini cukup membantu kami memahami kerusakan pemikiran umat Muslim yang belajar dari kaum orientalis seperti mereka yang menyebut dirinya Islam liberal ini. Hanya saja, kasus Islam liberal itu sendiri lebih dulu mengemuka di Indonesia. Menurut saya, saudara-saudara di Malaysia akan lebih mampu menghadapi tantangan pemikiran ini dengan berkonsultasi kepada para ulama dan cendekiawan di sana.
Perbahasan Ulil Abshar dengan Forum Kiyai Muda NU tahun 2009
Forum Kiai Muda NU : Ulil Mencatut Gus Dur
Forum Tabayyun dan Debat Forum Kiai Muda (FKM) NU dengan Ulil berlangsung seru. Tak kurang dari 500 orang hadir dalam kesempatan itu. Mereka datang dari Jember, Banyuwangi, Situbondo, Pasuruan dan Probolinggo. Seolah-olah forum itu menjadi tempat penumpahan uneg-uneg warga NU terhadap gagasan dan pemikiran Ulil mengenai Islam liberal yang diusungnya selama ini.
Debat yang dimoderatori Kiai Abdurrahman Navis itu mengangkat dua pemikirian Ulil yang sangat kontroversial, yaitu soal pluralisme agama dan kesakralan Al-Qur'an. FKM diberi kesempatan pertama untuk menyampaikan "uneg-uneg" terkait dengan pemikiran Ulil.
Peserta menanyakan hal urgen terkait masalah prinsip beragama. Diantaranya Masalah pluralisme agama, semua agama sama benar.
Dalam acara ini, nampak peserta sangat rapi menyiapkan berbagai bahan baik ucapan, tulisan dan pernyataan Ulil menyangkut paham liberal selama ini.
Ketika terpojok, Ulil malah berlindung kepada Gus Dur. Ia mengaku pemikirannya sudah dikembangkan oleh Gus Dur
Ketika terpojok, Ulil malah berlindung kepada Gus Dur. Ia mengaku pemikirannya sudah dikembangkan oleh Gus Dur. "Sebenarnya pemikiran soal pluralisme sudah diungkap oleh Gus Dur, kenapa baru sekarang ramai," ungkap Ulil dikutip situs www.nu.or.id.
Gus A'ab, menyayangkan tulisan-tulisan Ulil soal pluralisme agama selama ini. Pasalnya, Ulil telah menyamaratakan semua agama. Menurut Gus A'ab, pemikirian Ulil yang menyatakan bahwa semua agama itu benar adalah salah besar. Yang betul, katanya, orang Islam wajib meyakini bahwa agama Islamlah yang benar, walaupun keyakinan itu tidak boleh sampai menghilangkan toleransi terhadap kebenaran agama lain sesuai keyakinan penganutnya.
"Jadi jangan pernah mengagggap semua agama benar. Kita harus tetap meyakini Islam itu yang benar tanpa harus menafikan kebenaran agama lain sesuai yan diyakini pemeluknya," tukasnya Gus A'ab.
Mendapat serangan itu, Ulil menghindar. "Tidak benar saya mengatakan semua agama itu benar. Yang sama itu hanya agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Karena, tiga agama itu minimal mempunyai landasan teoleogi yang sama," jelas Ulil.
Debat semakin seru, karena pengunjung banyak yang berteriak ketika Ulil lagi-lagi menghidari pernyataannya sendiri di berbagai tulisannya. Padahal, FKM membawa segepok foto copy tulisan Ulil yang berisi pemikiran kontroversial itu.
Forum Kiai Muda (FKM) NU menilai paham JIL cenderung membatalkan otoritas para ulama salaf. Namun mengajak menghadapi JIL dengan dialog
Menurut Gus A'ab, pemikiran-pemikiran yang dikembangkan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL) tidak bisa dikaitkan dengan NU, meskipun beberapa orang dari kelompok ini adalah anak NU, bahkan menantu salah seorang tokoh NU.
Ia menyatakan, keberadaan JIL sangat merisaukan warga NU, karena salah seorang pentolannya, Ulil Abshar-Abdalla adalah warga NU
Di bawah ini pernyataan lengkap Forum Kiai Muda NU:
Kesimpulan Forum Tabayyun dan Dialog Terbuka Antara Jaringan Islam Liberal dan Forum Kiai Muda (FKM) NU Jawa Timur Di PP Bumi Sholawat, Tulangan, Sidoarjo, Jawa Timur Ahad, 11 Oktober 2009
Dewasa ini sedang berlangsung perang terbuka dalam pemikiran (ghazwul fikri) pada tataran global. Melalui sejumlah kampanye dan agitasi pemikiran, seperti perang melawan terorisme dan promosi ide-ide liberalisme politik dan ekonomi neo-liberal, Amerika Serikat sebagai kekuatan dunia berupaya menjinakkan ancaman kelompok-kelompok radikal, memanas-manasi pertikaian di antara kelompok radikal dan moderat dalam tubuh umat Islam, serta menyeret umat Islam dan bangsa ini ikut menjadi proyek liberal mereka.
Dengan memperhatikan perkembangan global tersebut, dan terdorong oleh kepentingan membela tradisi Ahlussunnah Waljamaah yang dianut oleh warga NU sebagai bagian dari identitas dan jati diri bangsa ini, Forum Kiai Muda Jawa Timur memberikan kesimpulan tentang hasil-hasil dialog dengan Jaringan Islam Liberal (JIL) sebagai berikut:
1. Sdr. Ulil Abshar Abdalla dengan JIL-nya tidak memiliki landasan teori yang sistematis dan argumentasi yang kuat. Pemikiran mereka lebih banyak berupa kutipan-kutipan ide-ide yang dicomot dari sana-sini, dan terkesan hanya sebagai pemikiran asal-asalan belaka (plagiator), yang tergantung musim dan waktu (zhuruf), dan pesan sponsor yang tidak berakar dalam tradisi berpikir masyarakat bangsa ini.
2. Pada dasarnya pemikiran-pemikiran JIL bertujuan untuk membongkar kemapanan beragama dan bertradisi kaum Nahdliyin. Cara-cara membongkar kemapanan itu dilakukan dengan tiga cara: (1) Liberalisasi dalam bidang akidah; (2) Liberalisasi dalam bidang pemahaman al-Quran; dan, (3) Liberalisasi dalam bidang syariat dan akhlak.
3. Liberalisasi dalam bidang akidah yang diajarkan JIL, misalnya bahwa semua agama sama, dan tentang pluralisme, bertentangan dengan akidah Islam Ahlussunnah Waljamaah. Warga NU meyakini agama Islam sebagai agama yang paling benar, dengan tidak menafikan hubungan yang baik dengan penganut agama lainnya yang memandang agama mereka juga benar menurut mereka. Sementara ajaran pluralisme yang dimaksud JIL berlainan dengan pandangan ukhuwah wathaniyah yang dipegang NU yang mengokohkan solidaritas dengan saudara-saudara sebangsa. NU juga tidak menaruh toleransi terhadap pandangan-pandangan imperialis neo-liberalisme Amerika yang berkedok "pluralisme dan toleransi agama".
4. Liberalisasi dalam bidang pemahaman al-Quran yang diajarkan JIL, misalnya al-Quran adalah produk budaya dan keotentikannya diragukan, tentu berseberangan dengan pandangan mayoritas umat Islam yang meyakini al-Quran itu firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan terjaga keasliannya.
5. Liberalisasi dalam bidang syari'ah dan akhlak di mana JIL mengatakan bahwa hukum Tuhan itu tidak ada, jelas bertolak belakang dengan ajaran Al Quran dan Sunnah yang mengandung ketentuan hukum bagi umat Islam. JIL juga mengabaikan sikap-sikap tawadhu' dan akhlaqul karimah kepada para ulama dan kiai. JIL juga tidak menghargai tradisi pesantren sebagai modal sosial bangsa ini dalam mensejahterakan bangsa dan memperkuat Pancasila dan NKRI.
6. Ide-ide liberalisasi, kebebasan dan hak asasi manusia (HAM) yang diangkat oleh kelompok JIL dalam konteks NU dan pesantren tidak bisa dilepaskan dari Neo-Liberalisme yang berasal dari dunia kapitalisme, yang menghendaki agar para kiai dan komunitas pesantren tidak ikut campur dalam menggerakkan tradisinya sebagai kritik dan pembebasan dari penjajahan dan kerakusan kaum kapitalis yang menjarah sumber-sumber daya alam bangsa kita.
7. JIL cenderung membatalkan otoritas para ulama salaf dan menanamkan ketidakpercayaan kepada mereka, sementara di sisi lain mereka mengagumi pemikiran orientalis Barat dan murid-muridnya, seperti Huston Smith, John Shelby Spong, Nasr Hamid Abu Zaid, dan sebagainya.
8. Menghadapi pemikiran-pemikiran JIL tidak dilawan dengan amuk-amuk dan cara-cara kekerasan, tapi harus melalui pendekatan yang strategis dan taktis, dengan dialog-dialog dan pencerahan.
Forum Kiai Muda Jawa Timur, Tulangan, Sidoarjo, 11 Oktober 2009
KUCHING: Pengamal Islam liberal dari Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang dijadual menghadiri beberapa program ceramah di ibu negara disekat daripada memasuki negara ini.
Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Dr Ulil yang dijadual memberi ceramah mulai 15 Oktober ini.
"Dr Ulil telah mendapat jemputan daripada beberapa organisasi dan NGO di negara ini untuk memberi ceramah dan menghadiri beberapa program.
"Namun kehadiran beliau telah mengundang protes dan jika beliau memberikan ceramah yang dianjurkan oleh NGO berkenaan ia akan merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi akan menyelewengkan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
"Atas sebab itu, maka saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyekat Dr Ulil daripada memasuki negara ini sehingga didapati tidak membahayakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir daripada memasuki negara ini.
Menurut Ahmad Zahid, seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan dijangka dibebaskan tahun depan selepas menjalani hukumuan di penjara Indonesia.
"Saya telah meminta PDRM untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa Indonesia untuk tidak mengizinkan bekas-bekas pengikut JAT Abu Bakar Bashir ini memasuki negara dan menjadikan negara ini sebagai tempat untuk mereka memperluaskan (fahaman) militan mereka.
"Ini kerana Islam mengajar umatnya kesederhanaan dan saling hormat-menghormati dan bukannya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebagai jalan singkat ke syurga seperti yang dilakukan oleh pengikut Abu Bakar Bashir," katanya.
Turut hadir pada sidang media dan majlis itu semalam Timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kerajaan didesak supaya mengkaji semula kedudukan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berikutan dikaitkan dengan diskusi membabitkan seorang aktivis Islam liberal dari Indonesia.
Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, ini ekoran aliran pemikiran, sikap dan tindakan Saifuddin yang dilihat sangat tidak sesuai, malah bercanggah dengan aspirasi dan gagasan wasatiyyah yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Malah katanya, langkah Kementerian Dalam Negeri mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menghalang kemasukan aktivis tersebut, Dr. Ulil Abshar Abdalla daripada memasuki negara amat dipuji.
"Saya mengucapkan tahniah dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menghalang aktivis sesat, Ulil Abshar daripada memasuki Malaysia.
"Ini adalah satu tindakan proaktif yang saya percaya sangat dialu-alukan rakyat yang cintakan keamanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan tidak membenarkan tokoh liberal melampau dari Indonesia itu memasuki Malaysia bagi menghadiri satu diskusi meja bulat bertajuk 'Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini' anjuran bersama Islamic Renaissance Front dan Yayasan GMM di ibu negara pada 18 Oktober ini.
Dalam pada itu, Zulkifli turut mendesak pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap individu dan pertubuhan yang terlibat dengan penganjuran aktiviti sesat tanpa mengira siapa atau kedudukan mereka.
Tambah beliau, fahaman sesat liberalisme agama dan pluralisme akidah adalah lebih bahaya daripada kumpulan seperti Al-Arqam kerana bersifat global serta mempunyai rangkaian antarabangsa yang jika dibiarkan boleh merosakkan kesucian Islam dan keharmonian antara agama.
"Kegiatan seperti ini mesti dibendung dari akar umbinya supaya tidak terus bercambah dan merosakkan keharmonian agama.
"Kita melihat ketegasan pihak berkuasa terhadap kumpulan Al-Arqam yang dirungkai sampai ke akar umbi menyebabkan kumpulan itu tidak boleh bernyawa lagi," tegasnya.
KUCHING: Pengamal Islam liberal dari Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang dijadual menghadiri beberapa program ceramah di ibu negara disekat daripada memasuki negara ini.
Arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Dr Ulil yang dijadual memberi ceramah mulai 15 Oktober ini.
"Dr Ulil telah mendapat jemputan daripada beberapa organisasi dan NGO di negara ini untuk memberi ceramah dan menghadiri beberapa program.
"Namun kehadiran beliau telah mengundang protes dan jika beliau memberikan ceramah yang dianjurkan oleh NGO berkenaan ia akan merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi akan menyelewengkan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
"Atas sebab itu, maka saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menyekat Dr Ulil daripada memasuki negara ini sehingga didapati tidak membahayakan," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutupan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014 di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir daripada memasuki negara ini.
Menurut Ahmad Zahid, seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan dijangka dibebaskan tahun depan selepas menjalani hukumuan di penjara Indonesia.
"Saya telah meminta PDRM untuk bekerjasama dengan pihak penguat kuasa Indonesia untuk tidak mengizinkan bekas-bekas pengikut JAT Abu Bakar Bashir ini memasuki negara dan menjadikan negara ini sebagai tempat untuk mereka memperluaskan (fahaman) militan mereka.
"Ini kerana Islam mengajar umatnya kesederhanaan dan saling hormat-menghormati dan bukannya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebagai jalan singkat ke syurga seperti yang dilakukan oleh pengikut Abu Bakar Bashir," katanya.
Turut hadir pada sidang media dan majlis itu semalam Timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Inalillahi wainnalillahirojiun... Ayahanda kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung.Abd Kadir Mohamad, 73, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.10 pagi di Hospital Desa Pangkor.
Allahyarham yang merupakan bekas ketua kampung Teluk raja bayang selama 23 tahun sebelum bersara tahun lepas, Jenazah Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor selepas solat zohor. Allahyarham meningalkan 7 anak termasuk Dr Zambry. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kesayangan Allah swt. Alfatihah...
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hidup sederhana? Rakyat di negara yang sebelah itu hidup sederhana juga? Mereka yang datang ke sini juga mahu dibela oleh Rafizi Ramli?
Apakah ada rakyat asing yang mengundi Rafizi untuk dipilih bercakap begitu di Dewan Rakyat? Inilah mentaliti seorang ahli parlimen mentah PKR.
Elok cadangkan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang adakah subsidi khas untuk rakyat asing di negeri yang mereka perintah. Mahu buat begitu?
Mempertahankan rakyat asing agar menikmati sama subsidi negara adalah satu kenyataan memalukan buat seorang ahli parlimen yang dipilih oleh warganegara Malaysia. Tidak patriotik langsung.
Seorang gadis dari Baram dirogol oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya melalui aplikasi pesanan, WeChat selepas mangsa bertindak berani mengatur pertemuan dengan lelaki itu, lapor The Borneo Post.
Kejadian dilaporkan berlaku dalam sebuah kereta di Jalan Astana, Kuching lebih kurang pukul 11 malam tadi.
"Suspek pada awalnya berjanji mengajak mangsa hanya untuk bersiar-siar di kawasan bandar, tetapi suspek telah membawa mangsa ke Jalan Astana.
"Bagaimanapun, suspek kemudian bertindak membuka seluar lalu merogol mangsa di tempat duduk belakang kereta," lapor The Borneo Post yang memetik kenyataan sumber.
Laporan itu juga menyebut suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah sewa setelah melepaskan nafsu serakahnya.
Mangsa memberitahu kejadian itu kepada rakannya. Dia kemudian dibawa oleh rakannya itu untuk membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gadis-dirogol-kenalan-di-wechat-45955?cp
Blackburn: Seorang perompak yang khayal kerana mengambil dadah methamphetamine ditangkap selepas mengadakan seks dengan patung beruang di rumah mangsa.
Mahkamah Blackburn semalam diberitahu, Paul Mountain tidak dapat menahan nafsunya ketika merompak menyebabkan dia mengadakan seks dengan patung beruang itu.
Dia ditangkap selepas polis mengambil DNA pada beruang berkenaan dan ia sama dengan DNA perompak berusia 38 tahun itu.
Lelaki yang berasal dari Darwin, Lancashire itu mengaku bersalah memasuki rumah mangsa dengan niat untuk mencuri. - Agensi
ALOR SETAR - Kerana cinta, seorang gadis sanggup menggadaikan maruah untuk bersama teman lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu dengan bermalam di sebuah hotel, dekat sini.
Namun, pasangan kekasih berusia 23 tahun yang kedua-duanya pelajar semester tiga di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Bukit Kayu Hitam dicekup dalam Operasi Bersepadu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, kelmarin.
Difahamkan, beberapa anggota ops bersepadu terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel tersebut.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika disoal, lelaki berasal dari Pendang, manakala gadis berasal dari Johor itu memaklumkan mereka berdua makan angin di Pantai Merdeka bersempena cuti hujung minggu.
Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan menyewa bilik hotel terbabit selepas mendakwa tidak sempat pulang ke kolej kediaman.
Katanya, kadar sewa hotel serendah RM15 sejam ditawarkan beberapa hotel mengakibatkan golongan pelajar mengambil kesempatan.
"Harga mengikut kadar jam rendah. Jadi, mana-mana pelajar mampu akan membayar sewa demi melampiaskan nafsu bersama pasangan," katanya.
Menurutnya, golongan pelajar sepatutnya menumpukan pada pelajaran, sekali gus mengetepikan keinginan cinta mereka demi mengelakkan terjerumus ke kancah maksiat.
"Pihak kami mendapati ada kediaman dijadikan tempat persinggahan pasangan kekasih demi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Operasi berterusan dilaksanakan dilihat mengurangkan aktiviti maksiat, namun pihak kami akan terus mengadakan pemantauan demi mengekang aktiviti tak bermoral," katanya.
Terdahulu, kira-kira 40 kakitangan kedua-dua jabatan memeriksa beberapa hotel murah di sekitar bandaraya Alor Setar dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 3.30 berkenaan.
KULIM - Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.
Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.
"Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja
dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini. - Bernama
SHAH ALAM - Gara-gara status 'panas' yang dimuat naik pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan yang juga bekas suami kepada pelakon terkenal Rita Rudaini di akaun Instagram miliknya, Rita dikatakan telah menerima ugutan bunuh, lapor Media Hiburan Online.
Aidil memuat naik status dan gambar yang memaparkan transaksi pindahan wang nafkah anak-anak pada 10 Oktober lalu bagi membuktikan dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya selama ini.
Melalui status tersebut, salah seorang pengikut Aidil yang menggunakan akaun bernama 'Hanifhafizul' telah menulis, 'upah orang suruh bunuh saja Rita. Habis cerita.'
Pemilik akaun sama turut memanjangkan lagi komennya dengan menasihati Aidil agar membuat perancangan untuk membunuh dan tidak memberikan Rita peluang untuk hidup.
"Tak apa bro. Lain kali kena rancang macam mana nak bunuh si Rita ini. Jangan biar dia hidup. Panas pula rasa," tulisnya.
Sehubungan itu, pelakon tersebut telah membuat laporan polis keesokannya di Balai Polis, Jalan Tun Razak, ekoran bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya.
Semalam, Rita telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubungan laporan yang dibuatnya.
"Betul, anak guam saya telah dipanggil memberi keterangan berhubung ugutan bunuh yang diterima.
"Tunggu sahaja tindakan selanjutnya," ujar peguam yang mewakili Rita ketika dihubungi Media Hiburan Online, hari ini.
Sementara itu, Rita juga menjelaskan yang laporan dibuat bagi melindungi keselamatan diri dan anak-anaknya.
"Apa yang dimuat naik Aidil dengan kapsyen tersebut telah menimbulkan rasa benci pengikut-pengikutnya kepada saya yang akhirnya berlaku ugutan bunuh.
"Bimbang akan keselamatan diri, saya perlu melakukan sesuatu," katanya.
Kapar: Seorang lelaki layak digelar 'bapa syaitan' apabila tergamak memperkosa anak perempuannya berusia sembilan tahun sejak setahun lalu.
Sumber polis berkata, perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas ibu mangsa bertanya sama ada suspek pernah membuka seluar anak perempuannya itu pada Jumaat lalu.
Menurutnya, mangsa mengaku suspek ada membuka seluar sebelum merogolnya di rumah sejak setahun lalu.
"Mangsa pada mulanya tidak mahu menceritakan kejadian dialami kerana pernah diugut suspek.
"Mangsa akhirnya mengaku suspek merogolnya terutama ketika ibu mangsa tiada di rumah," katanya.
Sumber itu berkata, ibu mangsa kemudian segera membuat laporan polis petang Jumaat lalu selepas yakin dengan maklumat diberikan anak perempuannya itu.
"Susulan laporan diterima itu, polis berjaya menahan suspek tidak lama kemudian," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berhubung kejadian itu.
Johor Bahru: Dia dikenali sebagai gadis sopan dengan penampilan bertudung ketika bekerja di sebuah pejabat di pusat bandar raya ini dari Ahad hingga Khamis.
Namun, apabila tiba cuti hujung minggu di Johor iaitu pada Jumaat dan Sabtu, gadis manis ini akan berada di Singapura dengan imej seksi demi memenuhi tuntutan kerja sampingan sebagai pekerja seks sambilan.
Itu dua perwatakan berbeza gadis dikenali sebagai Alina, 21, bagi mendapatkan duit mudah untuk memenuhi 'selera' mewahnya yang gemarkan barangan berjenama.
"Saya memang ada kerja tetap di JB (Johor Bahru). Kerja ikut waktu pejabat lima hari seminggu. Tetapi saya perlukan wang lebih sebab sukakan barangan berjenama.
"Di sana (Singapura) saya berpeluang mendapat kemewahan dengan bekerja pada hujung minggu dan tak perlu susah payah sebab teman lelaki saya yang mencari pelanggan.
"Paling sikit boleh dapat S$60 (RM153) dan paling banyak antara $100 (RM255) dan $250 (RM630) untuk seorang pelanggan," kata Alina ketika ditemui wartawan Metro Ahad di sini.
Menurutnya, dia menawarkan perkhidmatan seks sambilan berdasarkan tempahan berbanding pelacur berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Singapura yang kebanyakannya berpusat di Geylang, Orchard Road dan Serangoon.
Di Singapura, pelacuran adalah industri yang dibenarkan dengan Geylang menjadi kawasan terbesar aktiviti tidak bermoral itu.
"Freelance (pelacur sambilan) seperti saya tak perlu ikut pemeriksaan Kementerian Kesihatan Singapura enam bulan sekali. Saya juga tak bersidai tepi jalan sebab teman lelaki iaitu seorang rakyat Singapura aturkan segala-galanya termasuk tempahan pelanggan.
"Apapun saya tetapkan had hanya lima pelanggan sehari. Sebenarnya saya kenal dengan teman lelaki melalui rakan di JB ketika berusia 19 tahun," katannya.
Selepas diselidik, Alina yang kematian ibu sewaktu usia 14 tahun mendakwa pernah menjadi mangsa rogol saudara terdekat ketika usianya sembilan tahun.
Ayah dan abangnya pula terbabit dalam penagihan dadah sehingga menyebabkan dia tidak gemar pulang ke kampung halaman di sebuah daerah negeri ini.
"Saya cuba untuk berubah dan berharap ada langkah yang baik di persatuan kebajikan ini," katanya tanpa mahu bercerita lanjut mengenai latar belakang keluarganya.
Sementara itu, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan hanya dikenali sebagai Zali yang kini membantu Alina melalui badan diasaskannya itu berkata, kes wanita Malaysia melacur secara sambilan di Singapura seperti Alina bukanlah kes tunggal.
Katanya, mengikut maklumat diterima NGO itu, secara purata dalam seminggu ada 30 wanita tempatan menyeberangi Tambak Johor ke negara jiran itu untuk melacur.
Sementara itu, wartawan Metro Ahad turut berkesempatan dibawa meninjau beberapa lorong di Geylang yang menjadi pusat pelacuran berlesen dikenali kawasan 'rumah merah'.
Swaziland: Anak dara di Swaziland ditawarkan RM57 sebulan untuk menjauhi seks.
Raja playboy negara itu, Mswati III, dilapor meluluskan skim faedah itu, kononnya dalam usaha menghalang wabak HIV merebak.
Bagaimanapun, pengkritik berkata, raja ranggi itu yang sudah mempunyai 15 isteri mahu memastikan isterinya yang akan datang bebas daripada wabak berkenaan.
Setakat ini, belum ada cara ditetapkan mengenai bagaimana gadis muda negara itu akan diawasi bagi memastikan mereka tidak pernah melakukan seks.
Anak dara Swaziland menjadi tajuk akhbar setahun sekali apabila puluhan ribu akan menari separuh bogel di depan raja pada acara Reed Dance.
Setiap tahun Mswati III, 46, akan memilih seorang anak dara untuk menjadi isteri barunya dalam kalangan mereka.
Bulan lalu, dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun menjadi isterinya yang ke-15.
Program berkenaan yang didakwa dibiayai oleh Bank Dunia menawarkan pendapatan kepada gadis di negara yang dua pertiga penduduknya meraih pendapatan kurang RM3.20 sehari.
Pekerja kesihatan, Thabsile Dlamini berkata, kerajaan membayar elaun kepada anak dara supaya mereka menggunakan wang itu untuk keperluan masing-masing dan menolak tawaran wang untuk mengadakan seks. Kadar HIV di Swaziland kekal 26 peratus ketika ini, antara yang paling tinggi di dunia. - Agensi
Pemuda PKR menyatakan kekesalan mereka terhadap tindakan PAS menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun.
Naib Ketua Pemudanya Fahmi Fadzil (gambar) berkata, walaupun PAS berhak melakukan demikian mengikut perlembagaan parti, beliau mempertahankan tindakan Saari dan Hasnul yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Katanya, tindakan itu adalah satu langkah demokratik dalam usaha merungkaikan masalah krisis menteri besar Selangor.
"Ia juga satu langkah berani yang mengukuhkan ukhuwah di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) serta mengangkat semangat tahaluf siyasi dalam kerangka kerjasama PR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saari dan Hasnul pada 15 Ogos lalu menyertai 28 Adun PKR dan DAP Selangor menyatakan sokongan mereka terhadap Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor dan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Saari dan Hasnul sepanjang tempoh penggantungan itu dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti, seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur.
"Pemuda PKR berharap kedua-dua Adun tersebut akan terus istiqamah dalam usaha tajdid dan islah demi politik Malaysia yang lebih baik," kata Fahmi.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media terdahulu hari ini berkata, dua Adun terbabit mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.
"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.
Katanya, rayuan bertulis boleh dibuat kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, melebihi kuasa Jawatankuasa Pusat.
Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.
Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua". – 12 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pkr-bidas-pas-gantung-keahlian-dua-adun-sokong-wan-azizah#sthash.HueUKxhY.dpuf
PAS hari ini memutuskan menggantung keahlian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharudin digantung selama setahun dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti parti Islam tersebut.
Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung hampir lima jam di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Saari dan Hasnul, bagaimanapun, masih lagi ahli PAS.
Dalam reaksi segera mereka ketika dihubungi The Malaysian Insider, Hasnul berkata beliau sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memang menjangkakannya.
"Saya akan pertimbangkan untuk membuat rayuan," katanya.
Saari pula berkata beliau akan menunggu surat rasmi parti mengenai keputusan itu dan memikirkan tindakan selanjutnya selepas itu sama ada untuk merayu atau tidak.
Mustafa berkata tindakan tatatertib tersebut diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan keputusan parti tersebut.
Menjelaskan keputusan tersebut, Mustafa berkata kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti. Mereka mempunyai tempoh 15 hari untuk membuat rayuan.
"Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan PAS pindaan 2011," katanya.
Mustafa berkata Saari dan Hasnul boleh membuat rayuan bertulis kepada setiausaha Majlis Syura Ulama, badan yang mempunyai kuasa untuk membuat kata putus, yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Pusat.
Mesyuarat hari ini dipengerusikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan AJK PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.
Hasnul dan Saari sebelum ini bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS bermesyuarat bagi mencapai keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.
Hadi dalam Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor bulan lalu mengecam tindakan kedua-dua Adun itu, malah menggelar mereka sebagai "barua". – 12 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-gantung-keahlian-dua-adun-selangor-sokong-wan-azizah#sthash.Gn2hA8LK.dpuf
Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong?
Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.
Di bawah adalah video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':
Perdana Menteri mengusulkan agar elaun Ahli Parlimen dinaikkan pada perbentangan Bajet 2015 Jumaat lepas. Hari ini adalah hari pertama Bajet 2015 dibahaskan dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang mengambil sessi pertama. Tengoklah sikap Ahli Parlimen di Malaysia. Baaik di pihak Kerajaan mahupun di pihak pembangkang. Kerusi yang kosong lebih banyak daripada jumlah Ahli Parlimen yang hadir. Apakah Ahli Parlimen hadir ke Parlimen hanya apabila ada kelibat Perdana Menteri atau sewaktu giliran mereka untuk berbahas?
Rakyat memilih Ahli Parlimen untuk bersuara dan berbahas di Parlimen. Amanah dari pengundi-pengundi mereka telah gagal mereka laksanakan. Mereka ponteng dari tugasan rasmi mereka sedangkan elaun mereka tidak pernah gagal mereka perolehi. Mungkin Ahli Parlimen tidak dapat hadir kerana kekurangan duit tambang dan terpaksa mengikat perut akibat elaun mereka yang hanya RM6,500. Nampaknya jauh lagi perjalanan untuk negara ini menjadi maju dan bertamadun dalam konteks mewujudkan budaya politik baru yang segar.
Saya hairan kenapa rakan-rakan Pemuda PAS di Kedah ni "tolak" Zulhazmi. Saya lihat, dia berpelajaran tinggi dan merupakan seorang peguam... bukan calang-calang IQ Zulhazmi ni... tak serendah Mahfuz IQnya...
Tapi dia ditolak. Yang menolaknya tu pun belum tentu memiliki ilmu pengetahuan dan IQ yang tinggi seperti Zulhazmi. Mungkin ada yang PMR pun tak lulus... nak cakap "omputih" pun hanya tahu "yes, no, orait"...
Baru-baru ni teruk Zulhazmi "dibelasah"... kesian pulak saya tengok...
Cuba tengok kat sini... hadoiiii... tak kesian ke?
Dulu, ada pihak yang kononnya sokong Zulhazmi rebut jawatan Ketua Pemuda PAS. Bila kawan tu bertanding, dia dapat 7 undi jer... kesian bebbb... A fierce dragon is no match for a slimy worm?
Tapi memandangkan yang "balun" Zulhazmi tu budak-budak PAS sendiri... maka I rest my case... tak dapek den nak nolong laie dahhh... heh!
Setahu saya, Majlis Syura Ulama merupakan pucuk pimpinan tertinggi dalam PAS. Sistem ni kalau tak silap depa cedok dari sistem pentadbiran Iran di mana Presiden Iran pun perlu tunduk pada Ayatollah Khomeini...
Tapi mungkin lepas puak liberal ni dah menguasai AJK PAS Pusat, tiba-tiba badan eksekutif tu pulak dikatakan "lebih berkuasa" dalam PAS... perghhh!
Setahu saya, Majlis Syura yang tetapkan semua perkara dasar, haluan, tujuan dan sebagainya tentang PAS... AJK PAS Pusat pula pihak eksekutif yang kena laksanakan apa yang diputuskan Majlis Syura...
Tapi bila terbacakat sini...nampak sangat la Perlembagaan PAS tu dah dicabul...
Pemimpin PAS nampaknya dah tak respect perlembagaan sendiri... tak tau la sama ada depa faham perlembagaan atau buat-buat tak faham...
Paling menarik, pemimpin yang keluarkan kenyataan tu adalah pemimpin PAS Kedah yang sebelum ni berperang sakan dengan arwah Ustaz Azizan sampai PAS hilang kuasa kat sini...
Apa nak jadi kat PAS di Kedah ni? Mahfuz boleh tolong komen? Atau Mahfuz pun dah tak mau patuh pada Majlis Syura?
Saya tak hairan kalau PAS marah. Saya tak hairan kalau PAS hentam. Saya tak hairan kalau PAS balun PKR dan DAP tiap-tiap hari pasal isu ni. Tapi kalau Sultan Selangor murka dan PKR dengan DAP buat tak peduli, yang tu saya agak hairan...
Sebab? Sebab Sultan Selangor amanahkan negeri Selangor untuk depa tadbir. Selaku Ketua Agama Islam di Selangor, dah tentu la Sultan Selangor tak mau negerinya dijadilah seolah-olah "Selangor Darul Arak"...kan?
Pada saya, umat Islam yang fundamental takkan sanggup tengok Selangor dicemari dengan pesta arak, ibu kepada segala maksiat.. dari mabuk, maka seseorang itu boleh berzina, membunuh dan sebagainya... tapi itulah yang disokong PKR dan DAP di Selangor...
Ni cuba baca kat sini... Bila Selangor menjadi tapak Pesta Arak Terbesar di sebuah negara Islam, apa agaknya Azmin nak jawab bila bertemu Allah nanti?
Mungkin depan Sultan Selangor dia boleh spin itu dan ini.. tapi depan Allah? Jawab la sendiri nanti yer.. semoga Azmin diberi hidayah olehNya...harap jangan rosakkan Selangor...kalau rakyat marah tu okay lagi.. kalau Allah yang murka macamana...?!
Selepas ini semakin pupuslah kampung Melayu di sebelah pulau di P.Pinang dan yang terbaru ialah Kg Mutiara di Batu Feringgi .
Mungkin sebab inilah menyebabkan Bendahari Pas Negeri Iszuree Ibrahim menghentam dasar kerajaan DAP di muktamar dalam dilihat pro pemaju berbanding rakyat .
Di manakah dikatakan kerajaan DAP sentiasa mengenakan peraturan ketat kepada pemaju untuk melaksanakan pembangunan di tanah setinggan seperti didakwa YB Dr Afif ??
Apakah kerajaan DAP membantu penduduk Kg Mutiara Batu Feringgi dari segi bantuan guaman seperti didakwa Exco Negeri ini ??
Sebenarnya Kg Mutiara ini adalah sebahagian projek UBAH & BERSEDIA PINDAH setelah negeri ini diperintah kerajaan DAP
"Berbanding dasar kerajaan BN sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kelulusan pembangunan ke atas tanah setinggan. Ia bagi menggalakkan pemaju berunding dengan setinggan.
"Iszuree sedia maklum tentang perubahan dasar ini. Beberapa kampung yang disebutnya jelas sekali ada hubungkait dengan Umno atau BN," kata Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR itu lagi.
Malah, katanya lagi, kerajaan negeri telah memberikan bantuan guaman kepada penduduk setinggan yang diheret ke mahkamah ekoran pemaju dan pemilik tanah yang ingin mengusir mereka tanpa bayaran pampasan.
"Kita juga tidak akan memberikan kelulusan pembangunan jika mereka berjaya menang di mahkamah," katanya lagi.
Katanya lagi, tindakan Iszuree yang cuba mengheret isu lain dan bermain dengan sentimen amat dikesali.
"Beliau perlu menerima bahawa beliau bukan dipilih secara langsung oleh rakyat, tetapi dilantik kerajaan negeri.
"Hakikatnya, sukar untuk sebuah kerajaan negeri melaksanakan tugas jika wujud apa yang dipanggil sebagai 'gunting dalam lipatan'," kata Afif. – Roketkini.com
Lagi perkampungan Melayu akan hilang di P.Pinang
PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing - masing.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.
" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.
" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya.
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.
" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.
" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini," katanya.
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.
" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya.
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.
" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya.
Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.
Nah 1! Ini jawapan daripada Kerajaan Negeri Melaka yang dikeluarkan pejabat Ketua Menteri berhubung isu Pesta Arak Octoberfest yang didakwa akan diadakan PADA 18 Oktober ini .
Ternyata beliau tegas hingga kini kelulusan lagi diberikan PBT dan kerajaan negeri .
Sindiran Najib di Perhimpunan Agong MCA kelmarin ada makna & seolah-olah satu isyarat ...
Bukan saja kepada MCA tetap juga kepada kaum CINA di negara ...
Mereka menuntut macam-macam untuk kepentingan kaum mereka seperti pinjaman kepada PKS di perhimpunan ini tetapi sokongan bila PRU kepada pembangkang terutama DAP & PKR di bandar.
GPB puji ketegasan PM dalam tangani tuntutan kaum Cina ini kerana hasrat mereka menumbangkan BN di PRU13 berkubur tetapi bila mahu tuntutan , baru datang merayu kepada kerajaan .
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh sepintas lalu gejala ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad. Beliau menegaskan BN memerlukan sokongan lebih dari kaum Cina dan mereka tidak seharusnya menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan pula.
"Saya menyokong pelan transformasi MCA. Walaupun cuma ada dua pemimpin MCA dalam kabinet - yang itu bukan salah saya - mereka memainkan peranan dalam komuniti Cina.
"Oleh sebab itu apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA) dan Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) minta, saya bagi. Saya cuba berlaku adil. Tetapi mungkin satu hari nanti saya boleh beri lebih. Tetapi saya perlukan orang Cina berikan lebih juga.
"Anda kenalah sokong BN. Anda tidak boleh menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan Pembangkang," katanya.
Najib dalam ucapannya juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya menghentikan sebarang persengketaan yang kebelakangan ini menyelubungi parti itu.
"MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah. Kalau asyik gaduh orang fed-up macam Pakatan di Selangor. Cukuplah. Saya pun susah. Nak pilih calon pun susah. Mereka kata orang ini ini adalah calom terbaik sebab dia menyokong saya.
"Sebagai pengerusi BN saya tal kenal setiap pemimpin. Calon DUN pun saya tak kenal setiap orang. Kemukakanlah calon terbaik.
"Kalau ada Team A, B dan C saya jadi keliru. Saya susah dan timbalan pengerusi BN pun susah.
"Masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Betul tak? Kalau kita dok bergaduh sesama kita orang akan fed-up macam Pakatan bergaduh di Selangor. Orang dah bosan.
"Jadi kita bersatulah. MCA kena bersatu dan kita bersama-sama jadi kuat. MCA kena ada halatuju. Ini penting sebab selama ini apabila bergaduh, parti hilang arah," katanya.
Najib berkata daripada maklum balas diterimanya dari kaum Cina bahawa MCA telah hilang arah.
Walau bagaimanapun Najib berkata beliau yakin di bawah kepimpinan baharu, MCA telah menemui arah itu dan sehubungan itu beliau akan menyokong pimpinan MCA yang sedia ada.
Mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Perdana Menteri berkata MCA tidak perlu risau sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Najib cuma berpesan supaya SJKC belajar Bahasa Kebangsaan dengan baik.
"Jangan guna Lu Gua lagi. Ikut macam Presiden MCA yang bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan," katanya.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50juta untuk Koperasi Jayadiri MCA (KOJADI). Katanya KOJADI akan menjadi ejen bagi pihak kerajaan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (PKS).
KOJADI adalah koperasi Cina yang pertama dipilih oleh Kerajaan untuk melaksanakan program Transformasi Kerajaan termasuk TUKAR dan ATOM.
KOJADI mempunyai track record cemerlang dan di antara hampir 11,000 koperasi di seluruh negara, KOJADI tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik.