Isnin, 18 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 18 Apr 2011 11:39 PM PDT

Peghelih La...


Anuar Tahir, Y.B. Rus'sele kekal YDP

Posted: 18 Apr 2011 06:53 AM PDT


BESERI - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir kekal menerajui PAS Kawasan Padang Besar selaku bagi sesi 2011-2013.

Dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 17 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa 16 April lalu, Mohd Anuar sekali lagi terpilih sebagai Yang Dipertua.

Beliau sekali lagi akan digandingkan dengan Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang Dipertua.Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua pula dimenangi oleh Ustaz Yahaya Ahmad.

Ustaz Azamhari Mahamood pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulama.


Sementara itu, semua 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Kawasan yang dipilih merupakan muka lama.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, Rus'sele Eizan akan menerajui PAS Kawasan Arau untuk sepenggal lagi. Beliau yang m
enang tanpa bertanding akan terus berganding dengan Mohamed Syukree selaku Timbalan Yang Dipertua dan Remlee Ahmad (muka baru) sebagai Naib Yang Dipertua.

Pemilihan di Arau juga menyaksikan hampir keseluruhan AJK sesi lalu kekal terpilih buat sepenggal lagi.

Jabatan Amal Selangor

Posted: 18 Apr 2011 11:34 PM PDT

Jabatan Amal Selangor


JAMBORI KEMBARA AMAL SELANGOR 2011

Posted: 18 Apr 2011 09:22 PM PDT

Setiap Peserta Jambori diminta membawa :
i. Pakaian Jabatam Amal No.3 (rujuk lampiran 1) Lengkap Berkasut Hitam
ii. Seluar & T-shirt secukupnya
iii. Pakaian Riadah / Sukan termasuk Kasut
iv. Pakaian Ibadah
v. Ubatan Peribadi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sdr Nazri (Pengarah Jambori) 017-3333441
SELAMAT BERJAMBORI

Salam Perjuangan

Posted: 18 Apr 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


TIADA TAHAP SELAMAT UNTUK RADIOAKTIF

Posted: 18 Apr 2011 06:55 AM PDT

LYNAS@GEBENG - AELB, LYNAS BERCANGGAH

Posted: 18 Apr 2011 04:11 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Apr 2011 09:34 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Hujan karbon pula di Port Dickson

Posted: 18 Apr 2011 08:54 PM PDT



Macam-macam masalah di Port Dickson, kenapa ye?

Hujan karbon belum berakhir
Sinar Harian 19 April 2011

TAMAN PD UTAMA – Masalah hujan karbon yang dihadapi penduduk di Jalan Mawar, dekat sini masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sinar Harian difahamkan, masalah ini sudah beberapa kali dirujuk kepada pelbagai pihak berkenaan, namun ia tetap menemui jalan buntu.

Laporan kepada pelbagai pihak media juga sudah dilakukan termasuk lawatan daripada pegawai dan pemimpin tempatan, keadaannya masih tetap sama seperti tiada apa perubahan.

Seorang penduduk, Rabain Ibrahim, 65, yang sudah menetap di taman perumahan tersebut sejak 1990 lagi berkata, sudah menjadi rutin wajib setiap hari dia bersama isterinya membasuh halaman rumah yang dicemari dengan karbon.

Menurutnya, tidak mengira waktu, jika kawasan bersimen di halaman rumahnya kotor dan hitam, dia akan mencucinya.

"Jika hanya dibasuh dengan air, kotoran itu tidak akan hilang. Keadaan di dalam rumah juga begitu, akibatnya tapak kaki menjadi hitam, pakaian putih turut dicemari dan banyak lagi masalah yang berlaku" katanya.

Manakala, suri rumah, Norain Abdullah, 33, turut meluahkan perkara yang sama.

"Karbon akan banyak ketika waktu hujan dan dipercayai ia berpunca dari sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

"Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah dilakukan dan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini hanya lawatan demi lawatan sahaja yang berlaku tetapi masih tiada jalan penyelesaian," katanya.

Menurutnya, semua kawasan di rumah akan dibanjiri dengan habuk karbon ini dan menjadikan rumah hitam dan berminyak.

"Kami khuatir jika habuk karbon ini masuk dalam makanan dan mengganggu kesihatan kami dalam jangka masa yang panjang.

"Lebih-lebih lagi, anak perempuan saya yang berusia tujuh tahun menghidap asma," katanya.

Sementara, K Lathna, 39, pula berkata, tapak kakinya akan hitam dan berminyak.

"Ia akan hilang jika dibasuh dan diberus dengan sabun.

"Begitu juga dengan permukaan lantai, meja dan sebagainya." katanya.

Menurutnya, permasalahan yang wujud sejak dahulu lagi ini memang rumit untuk diselesaikan kerana pelepasan karbon itu adalah salah satu dari sistem dalam gerak kerja syarikat berkenaan.

"Kami harap pihak berkenaan dapat mengamalkan sikap bertanggungjawab.

"Sekurang-kurangnya dengan turun bertemu penduduk yang mengalami masalah secara berjadual dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran karbon itu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8995222.asp

Penduduk dihujani carbon
Sinar Harian 15 Nov 2010

TAMAN PD UTAMA – Sepanjang tempoh lima tahun menghuni rumah sewa di Jalan Mawar 18 Taman PD Utama, Abd Wahab Abd Hamid, 54, sekeluarga berhadapan masalah yang sehingga kini tidak menemui jalan penyelesaian serta bertambah buruk.

Abd Hamid berkata, masalah dihadapi adalah terpaksa menghadapi hujan carbon pada bila-bila masa terutama hari hujan.

Menurutnya, ditambah pada musim hujan sekarang ini, hujan carbon semakin kerap dan banyak.

"Daripada apa yang diperhatikan hujan carbon ini berpunca daripada sebuah syarikat gergasi di sini yang sudah beroperasi sejak berpuluh tahun lalu.

"Laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (Jas) telah dilakukan begitu juga pihak syarikat berkenaan, namun sehingga kini saya sebagai pengadu tidak mendapat sebarang maklum balas daripada kedua-dua pihak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini.

Abd Wahab berkata, sebagai pengadu, dia berhak untuk tahu apa tindakan diambil pihak berkenaan, namun tiada maklum balas daripada Jas dan syarikat itu sehingga kini.

"Sementara itu, semua kawasan di rumah termasuk di dalam akan dibanjiri dengan habuk carbon ini dan menjadi kawasan rumah kotor hitam serta berminyak.

"Tapak kaki menjadi hitam berminyak dan hanya boleh hilang apabila dibasuh dengan sabun dan diberus. Begitu juga permukaan lantai, meja dan sebagainya perlu disental dengan berus dan menggunakan sabun.

"Menjadi keraguan kepada kami habuk itu akan masuk ke dalam makanan dan kami memakannya. Khuatir mampu mengganggu kesihatan dalam jangka masa panjang dan sekarang isteri saya sudah disahkan menghidap asma sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di sini.

Abd Wahab berkata, dia tahu dalam menangani permasalahan itu rumit kerana pelepasan carbon adalah satu daripada sistem dalam gerak kerja syarikat terbabit.

"Diharap pihak berkenaan mengamalkan sikap bertanggungjawab. Sekurang-kurangnya turun bertemu penduduk yang mengalami masalah dan memberikan pendedahan atau pendidikan kesihatan kepada penduduk yang terdedah dengan pencemaran carbon itu.

"Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan, pemakanan yang bagaimana dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di dalam keadaan baik dan tidak terjejas dengan carbon terbabit," katanya.

Abd Wahab berkata, selepas aduan dibuat wakil syarikat terbabit hanya datang mengambil contoh dan kemudian balik seterusnya senyap begitu sahaja.

"Kami penduduk di sini tidak tahu mengenai langkah pencegahan, apa yang perlu dilakukan dan sebagainya. Ia belum ditambah dengan kos untuk membeli sabun untuk membersihkan kawasan rumah yang sentiasa dihujani carbon.

"Jika saya biarkan sahaja, seluruh permukaan lantai, meja dan sebagainya akan hitam, kotor dan berminyak. Walaupun hari hujan, kesan carbon itu tidak akan hilang kecuali jika dicuci dengan sabun dan diberus," katanya.

Abd Wahab berkata, kebiasaannya carbon hanya akan dilepaskan oleh syarikat berkenaan pada waktu malam, awal pagi dan ketika hujan.

"Kain atau baju putih yang dijemur akan bertukar menjadi tompok hitam akibat carbon yang melekat.

"Hujan carbon ini bertambah teruk apabila berlaku tiupan angin dan keadaan ini memaksa dalam sehari dua atau tiga kali kawasan lantai perlu dicuci dan diberus.

"Dalam masa lima tahun saya menetap di sini, hanya sekali sahaja pihak syarikat itu menyumbangkan sabun dan berus," katanya.

Abd Wahab berkata, dia berharap sesuatu yang drastik dapat dilakukan semua pihak bertanggungjawab bagi memastikan penduduk tidak terus hidup dalam serba tidak tahu dan hanya menadah hujan carbon sahaja

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8406202.asp

PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?

Posted: 18 Apr 2011 07:16 PM PDT

Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau, YB Dr Dzulkefly Ahmad Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad. Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya? Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya. "PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya. Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR." MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat". Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat? Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

Ceramah Bye Bye Umno 20 Apr 2011 Jelebu

Posted: 18 Apr 2011 01:47 AM PDT


CERAMAH PERDANA


Tarikh : 20 April 2011 (RABU)


Waktu : 9 malam


Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Penceramah:- YB Hj Taufek bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat) Siti Aishah bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS) Hj Kateran bin Marman (YDP PAS Jelebu) Hj Annuar bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)


"SEMUA JEMPUT HADIR"




Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini. Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

DPPK PARIT

Posted: 18 Apr 2011 07:49 PM PDT

DPPK PARIT


MENANG DALAM KEKALAHAN

Posted: 18 Apr 2011 05:25 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 18 Apr 2011 07:27 PM PDT

Rembau Hari Ini


PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?

Posted: 18 Apr 2011 07:17 PM PDT


Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau, YB Dr Dzulkefly Ahmad


Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.


Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya?


Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya. "PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya.


Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR."


MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat". Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat?


Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 18 Apr 2011 07:25 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


al-qolam: kenangan PR diSERAWAK 16 APRIL2011 DELAGASI DUSUN ...

Posted: 18 Apr 2011 08:41 AM PDT

PAS BANGI 3

Posted: 18 Apr 2011 03:31 PM PDT

PAS BANGI 3


AGM 27 di KUIS

Posted: 17 Apr 2011 05:47 PM PDT






ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Apr 2011 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DENGAN MUKA TEBAL BELIAU DITABAL TANPA RESTU BN YANG BEBAL

Posted: 18 Apr 2011 07:24 AM PDT

Taib Mahmud yang kebal dari dakwaan rasuah akhirnya ditabalkan semula sebagai Ketua Menteri Sarawak bagi penggal baru.Angkat sumpah Taib sebagai Ketua Menteri pula bukan di waktu pagi hari tapi di luar kebiasaan. Apataknya malam tu juga selepas kemenangan BN di Sarawak diumumkan,Taib sudah hilang sabar nak tunggu siang menjelma risau dan bimbang kerana ura-ura PM Najib akan mencalonkan orang lain (Ada yang kata Johari Openg) akan di bawa mengadap Yang Dipertuan Negeri Sarawak angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Nasib baik Sarawak tiada Sultan, kalau tidak beliau akan menderhaka kerana memaksa Sultan menabalkan beliau di malam hari.

Pakatan Rakyat telah mengingatkan sebelum Pilihan Raya lagi bahawa rakyat akan menyesal waima BN juga akan sesal jika Taib Mahmud dipilih semula sebagai KM Sarawak Namun, impian BN dan rakyat Bumi Kenyalang berketuakan Ketua Menteri Sarawak yang baru nampaknya tak kesampaian dan hampa.

Taib seolah-olah mendapat tenaga muda semula seperti 30 tahun dulu terutama selepas bernikah dengan wanita muda dari Lebnon itu.
Beliau terlalu tamak seolah pemimpin BN yang ada tidak layak dan kurang berkaliber untuk memimpin Sarawak.
Beliau memang tidak boleh hidup tanpa sanjungan orang-ramai dan pujian-pujian demi pujian dari rakyat dan rakan BN beliau.

YA ALLAH BURUKNYA PERANGAI SPR ? KAMU SURUHANJAYA ATAU ORANG SURUHAN ?

Posted: 17 Apr 2011 10:41 PM PDT

SPR palsu tandatangan Borang 14, KEADILAN protes di DUN Tebedu

KUCHING: KEADILAN bercadang memfail saman petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan Dewan Undengan Negeri (DUN) N18 Tebedu berikutan wujud unsur penipuan termasuk pemalsuan tandatangan yang disyaki dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ia berikutan Calon KEADILAN kerusi itu, Cristopher Anak Kiyui percaya penipuan berlaku pada proses kiraan undi dan tandatangan wakil ejen undi (PACA) pada Borang 14 yang dikeluarkan SPR.

Justeru, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Maung yang terletak dalam daerah Batu Lintang di sini.
"Dari 45 agen kira undi (PACA), hanya lima orang diberi Borang 14 yang asli. Seramai 35 agen KEADILAN lain tidak dapat, (kecuali) semuanya borang adalah salinan (fotostat).
"Apabila diperiksa, satu borang itu wujud pemalsuan dua tandatangan (pada Borang 14) disyaki (oleh) SPR.
"Bilangan undi pada Borang 14 turut diubah pihak tertentu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
DUN itu dimenangi calon BN, Michael Manyin Anak Jawong yang memperoleh 6,196 undi berbanding Christopher 2,130 undi. Undi majoriti ialah 4,066 undi.
Turut bertanding ialah Anthony Anak Nais dari SNAP yang hanya mendapat 468 undi sahaja. Calon Bebas, Kikpli bin Ale pula mendapat 260 undi.
Sebelum ini, KEADILAN memutuskan untuk mencabar keputusan di N.65 Senadin berikuyan keengganan SPR membuat kiraan semula walaupun undi majoriti yang diterima calon BN cuma 58 sahaja.

SAPA AKU ? MASUK BAKUL, LETAK HARGA & ANGKAT SENDIRI !

Posted: 17 Apr 2011 08:21 PM PDT


Kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader: "Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.

"Malah, ketua KIMMA di negeri yang ditawan pembangkang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang turut ditawarkan pelbagai imbuhan termasuk projek dan jawatan penting dalam kerajaan negeri supaya menyertai mereka.

"Walaupun ahli KIMMA termasuk saya pernah dihujani tawaran lumayan supaya menyertai pembangkang, tetapi maruah masyarakat India Muslim negara ini bukan semurah itu... maruah kami bukan untuk dijual beli.

"KIMMA tidak akan terpedaya mahupun termakan pelbagai janji apatah lagi kami sudah menyokong BN mahupun UMNO sejak dulu lagi. Kami lebih mengenali dan tahu hati budi BN dan UMNO.

"Walaupun pernah berasa kecil hati kerana kesetiaan kami kurang mendapat tempat dan perhatian sebelum ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, suara KIMMA serta masyarakat India Muslim kini sudah mula didengari dan mendapat sokongan padu kerajaan," katanya pada majlis ramah mesra bersama ahli Batu Pahat dan Muar, seperti yang dilaporkan oleh BH.

DENDAM KESUMAT UMNO SANGGUP MENDERA RAKYAT JOHOR ?

Posted: 17 Apr 2011 06:48 PM PDT

Calon PAS dalam PRK Dun Tenang Cikgu Mala dan suaminya dizalimi lagi oleh kerajaan BN. Baru-baru ini Kementerian Pelajaran telah mengarahkan Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Kenapa beliau dicampak jauh ke selatan negeri Johor yang bersempadan dengan kepulauan Singapura? Kena tidak ditukar ke daerah dalam Segamat sahaja, atau daerah Muar yang berdekatan? Kenapa nak dipisahkan seorang suami dan isteri bersama anak-anaknya? Kenapa kerajaan BN melalui Timbalan Menteri Pelajaran begitu berdendam dengan Maarof dan Normala? Sebab mereka orang PAS, jika Umno kira ok?Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

"Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja," katanya. -BH

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 18 Apr 2011 01:35 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Exco sangkal dakwaan Ahmad Bashah

Posted: 17 Apr 2011 10:31 PM PDT

Exco sangkal dakwaan Ahmad Bashah
ALOR SETAR, 18 April – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad menyangkal dakwaan ADUN Bakar Bata Dato' Ahmad Bashah Mat Hanipah kononnya penggunaan wang GLC di bawah kerajaan lalu untuk program pemimpin Pusat di Kedah adalah bersamaan dengan penggunaan wang GLC untuk Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera.

"Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera adalah program kerajaan negeri, pengisian sebahagian besar program adalah ke arah memantapkan misi dan visi 'Kedah Sejahtera' serta penghebahan maklumat kepada seluruh rakyat berhubung pembangunan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun," ujarnya.

Sedangkan, katanya, program pemimpin Pusat bersama rakyat di bawah kerajaan lalu yang dikatakan oleh Ahmad Bashah itu adalah program kempen politik yang sepatutnya parti politik tersebut yang membiayainya.

Menurut YB. Abdul Ghani lagi, perbelanjaan untuk lima hari program Sambutan Tiga Tahun Kedah Sejahtera hanya sekitar RM550 ribu. Daripada jumlah tersebut sebahagiannya ditampung oleh sewa gerai dan penajaan.

"Maknanya perbelanjaannya sangat optimum, selaras dengan dasar perbelanjaan berhemah oleh kerajaan negeri," ujarnya.

Datuk Ahmad Bashah membangkitkan isu tersebut ekoran laporan SPRM yang dibuat oleh beberapa individu tertentu terhadap Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) (sebelum Mac 2008) yang didakwa menyumbang kira-kira RM7.5 juta kepada pihak tidak berkepentingan dengan urusniaga syarikat.

Antara pihak yang paling banyak menerima sumbangan dari STDC ialah parti politik kerajaan yang memerintah pada masa itu.

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 18 Apr 2011 01:27 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 18 Apr 2011 02:24 AM PDT


Dalam perjalanan ke PKWR Tanjong Dawai, sempat juga menziarahi ke pusara Allahyarham Anakanda Syazmin yang tercinta .......
.... AL-FATIHAH ....


Menziarahi Anak Sahabat Yang Ditimpa Kemalangan Jalanraya

Posted: 18 Apr 2011 02:19 AM PDT


18 April 2011
  • Bersama dengan YB Dr. Ismail Salleh, menziarahi anak kepada 2 orang sahabat, Cikgu Sukarno dan En. Yusuf, yang terlibat dengan kemalangan dan kedua-duanya mengalami kecerderaan yang parah di Hospital Sultanah Bahiyyah.


Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Aman

Posted: 18 Apr 2011 02:13 AM PDT


18 April 2011
  • Warga Kerja Wisma Darul Aman berkumpul untuk mendengar amanat YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah.


Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs Pahang

Posted: 18 Apr 2011 02:07 AM PDT


16 April 2011
  • Di Gelanggang Stadium Darul Aman, Alor Setar ... Skuad Kenari (Kedah) telah menewaskan Skuad Tok Gajah (Pahang) dengan 1 gol tidak berbalas.

Suasana Kemeriahan Temasya Sukan Sungai Kali Ke-80 2011

Posted: 18 Apr 2011 02:00 AM PDT


16 April 2011
  • Temasya Sukan Sungai, Edisi ke-80 2011, sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83.

Program Ziarah dan Menyampaikan Peralatan Khemah

Posted: 18 Apr 2011 01:41 AM PDT


15 April 2011
  • Program Ziarah di sekitar Kg. Sungai Pial, Tanjong Dawai.

  • Penyerahan Peralatan Khemah kepada 4 buah kampung.

Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs Negeri Sembilan

Posted: 18 Apr 2011 01:36 AM PDT


12 April 2011
  • Menghadiri jemputan menyaksikan Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs Negeri Sembilan, di Stadium Paroi, Negeri Sembilan. Kedah menewaskan pasukan anak didik Coach Azraii, dengan 2 gol tanpa balas.

Kejohanan Futsal Piala Presiden KFA

Posted: 17 Apr 2011 07:16 PM PDT

Mewakili YAB Dato' Seri MB menyaksikan perlawanan terakhir Kejohanan Liga Futsal Piala Presiden KFA di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti

Juara : Kubang Pasu
Naib Juara: Merbok
Ketiga: Alor Setar
Keempat: Kuala Kedah
Kelima : Langkawi





bersama Juara

hadiah cabutan bertuah basikal berharga lebih RM2500


bersama wakil Merbok yang menjadi Naib Juara

MP Pendang

Posted: 18 Apr 2011 01:21 PM PDT

MP Pendang


KedahLanie.info: Altantuya: Umno-BN masuk jerat Raja Petra

Posted: 18 Apr 2011 07:57 AM PDT

KedahLanie.info: Altantuya: Umno-BN masuk jerat Raja Petra: "Setelah tiga tahun membuat perakuan bersumpah, Raja Petra Kamaruddin (PRK) akhirnya mencapai hasratnya supaya pihak berkuasa menyiasat kandu..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 18 Apr 2011 11:39 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


LYNAS@GEBENG - Tidak ada negara mahu bina loji pembuangan sisa radioaktif- Fuziah

Posted: 18 Apr 2011 04:02 AM PDT


KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kewajaran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengeluarkan lesen bagi membenarkan kawasan Gebeng di Kuantan dijadikan lokasi memproses 'rare earth' yang menghasilkan sisa buangan radioaktif.

Beliau mengulas jawapan menteri berkenaan, Datuk Dr Maximus Jonity Ongkili bahawa kementerian itu akan mengeluarkan lesen kepada pemaju, Lynas Corp Ltd, selepas mendapat kelulusan agensi alam sekitar di bawah kementerian yang sama dengan kerjasama kerajaan kerajaan tempatan.

Menurut Fuziah, keputusan itu tidak mengambil pandangan rakyat terbanyak, khususnya mereka yang tinggal berhampiran lokasi berkenaan yang akan berdepan dengan risiko kesihatan.

"Kenapa Malaysia menerima tawaran syarikat dari Australia ini? Sedangkan tidak ada negara di dunia kecuali China yang sanggup untuk menerima dan mahu membina loji pemprosesan tersebut di negara mereka, " kata Fuziah pada soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembinaan loji berkenaan tidak memberikan sebarang mudarat.

"Sisa thorium ini bukan radioaktif biasa. Ia mempunyai 'half life' (jangka hayat) berbilion tahun. Faktanya ialah selama 30 tahun tidak ada satu pun negara di dunia yang mahu menjadikan negara mereka sebagai pusat memproses sisa tersebut.

"Mengapa pula kita yang mahu menerima? soal Fuziah.

Dalam pada itu, Fuziah mendedahkan bahawa, sebelum ini Lynas pernah memohon kepada kerajaan Terengganu atas tujuan yang sama dengan berdasarkan 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1988 mengikut standard China. (Kerajaan Terengganu menolak projek ini)

Sedangkan, syarikat itu seharusnya memohon pembinaan loji tersebut dengan bersandarkan kepada 'Radioactive Waste Management Code Of Practise 1992′ seperti di Asutralia.

Lynas merupakan syarikat milik penuh Australia dan dianugerahkan selama 12 tahun kebenaran dan tanpa perlu membayar cukai. Jumlah eksport mereka apabila beroperasi sepenuhnya adalah kira-kira RM8 bilion setahun.

"Mereka tidak langsung perlu membayar cukai, sebaliknya meninggalkan risiko sisa buangan radioaktif. Kita bimbangkan keselamatan rakyat setempat," tegas beliau.
Beliau turut membidas alasan yang dikemukakan Mosti bahawa pembinaan loji tersebut merupakan usaha mewujudkan peluang pekerjaan sebagai tidak masuk akal.

"Ia hanyalah alasan untuk menerima kelulusan pembinaan kilang tersebut," ujar Fuziah.

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Apr 2011 11:18 AM PDT

Batu Gajah Mari


Sarawak: Persempadanan semula kawasan parlimen akan dilakukan?

Posted: 18 Apr 2011 07:59 AM PDT

WarkahDaily – Pilihanraya negeri Sarawak yang ke-10 sudah melabuhkan tirai, Barisan Nasional (BN) masih diberi mandat oleh rakyat Sarawak untuk terus menubuhkan kerajaannya yang masih lagi dipimpin Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.

Namun, kemenangan yang diperolehi BN kali ini kelihatan seolah-olah 'ada hempedu dalam gula'. Tersenyum tapi pahit.

Kelihatan pemimpin BN seolah-olah sedang memaksa diri untuk senyum dan gembira, padahal jauh di sudut hati mereka, ada suatu kebimbangan yang kuat dengan penguasaan Pakatan Rakyat (PR) di kawasan bandar

Walaupun BN masih lagi mendapat majoriti 2/3 dan dapat menubuhkan kerajaan negeri Sarawak namun BN telah kehilangan 8 kerusi dan undi popular BN telah merosot lapan peratus.

Keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi (63 kerusi pada pilihanraya 2006), DAP mendapat 12 (6 kerusi pada 2006), PKR mendapat 3 kerusi (2 kerusi pada 2006) dan Bebas (1).

Keputusan itu jelas menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

PAS yang bertanding di lima kawasan, walaupun tewas tetapi masih lagi mampu bertahan dengan penambahan undi bagi calonnya walaupun ianya di kawasan kubu BN.
Secara kasar, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus telah berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 895 kepada 391 undi. Walaupun kita lihat ianya adalah jumlah yang kecil, tetapi di Sarawak ianya boleh dikatakan besar bagi parti Islam itu.

Kali ini, calon PAS mendapat 2,678 undi berbanding BN 3,069. Ia boleh jadikan sebagai suatu perkembangan yang baik untuk PRU-13.

Kawasan parlimen Kuching (bandar), DAP dan PKR telah menyapu bersih semua lima kerusi Dun.

Berdasarkan apa yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), jumlah pemilih keluar mengundi adalah 70%. Daripada itu, BN mendapat undi sebanyak 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Pengundi di bandar tolak BN

Sedia maklum, kawasan bandar majoritinya didiami penduduk berbangsa Cina. Secara kasar dan tersurat, Cina kelihatan jelas menolak BN dalam setiap pilihanraya semenjak berlakunya tsunami politik pada pilihanraya umum (PRU) ke-12.

Tidak dapat dinafikan lagi, BN tidak lagi boleh diterima bagi penduduk bandar yang dikatakan penduduk yang banyak mendapat informasi dan input tepat berkaitan kemusnahan, ketidak adilan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan kerajaan BN.

Secara ringkasnya, BN tidak lagi menjadi parti pilihan bagi orang yang terbuka minda mereka. Dengan kata lain, BN sudah menjadi 'parti kampung'.

Secara logiknya, kawasan bandar merupakan kawasan yang banyak mendapat perhatian dari segi pembangunan dan kemudahan namun, kenapa penduduk yang dikatakan menerima banyak menerima pembangunan itu telah menolak BN.

Perkembangan itu telah menggusarkan pemimpin tertinggi BN yang bakal melingkupkan BN bersama-sama retorik pembangunannya yang sentiasa dicanang dalam setiap pilihanraya.

Bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap PR

Penambahan kerusi Dun yang ditawan PR semakin membesar di Sarawak yang dahulunya dikatakan kubu terkuat BN (kawasan penyelamat BN untuk kekal berkuasa), tetapi sekarang ianya dilihat semakin mengecil dan PR semakin mendapat tempat di hati pengundi.

Di samping penambahan kerusi Dun, PR juga mendapat penambahan undi dan ini memberi satu signal penerimaan pengundi terhadap PR adalah positif untuk masa akan datang (PRU-13).

Pilihanraya negeri Sarawak Sabtu lepas, Mungkin dijadikan indikator, PRU-13 mungkin tidak diadakan dalam masa terdekat seperti yang diramalkan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Ini akibat, BN merasakan kedudukan mereka tidak lagi selamat untuk kekal berkuasa di Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai BN mungkin akan mengambil masa untuk menilai talian hayatnya yang terakhir yang akan digunakan bagi menghalang kebangkitan PR dalam PRU-13.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya

Satu senjata ampuh yang mungkin masih lagi menjadi talian hayat BN ialah, persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Karpal Singh berkata, dengan kejayaan PR menambahkan bilangan kerusinya di Sarawak, BN tidak akan berani memanggil pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini.

"Saya tak fikir kepimpinan BN berani membuat pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini," kata Karpal.

Selepas PR berjaya mengecil kemenangan BN di kawasan bandar terutama di kawasan pengundi Cina, ini bermakna, BN tidak akan membuat pilihan raya umum sehinggalah mereka mempunyai formula yang jelas untuk mengekang pengaruh Pakatan di kawasan bandar ini.

Menurut Harakahdaily, senjata ampuh yang ada pada BN setiap lapan tahun ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang terakhir ia diadakan pada tahun 2003. Ini bermakna, ia boleh dibuat lagi selepas 2011 iaitu seawalnya 2012.

Selepas kalah teruk kepada PAS dalam pilihan raya umum 1999, kerajaan BN melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat perubahan besar-besaran kepada sempadan kawasan pilihan raya di seluruh Semenanjung.

Melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, BN telah menambah kerusi Parlimen di kawasan Cina setelah bimbang dengan sokongan Melayu kepada PAS pada PRU 1999.

Ekoran itu, negeri-negeri Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak mempunyai sebarang penambahan kawasan Parlimen dalam persempadanan itu untuk menyekat penguasaan PAS melalui kerusi Melayu.

Kawasan-kawasan Parlimen PAS juga dipecahkan dengan memasukkan pengundi Cina ke kawasan mereka. Yang paling terasa dengan pendekatan ini adalah Mohamad Sabu (Kuala Kedah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Hasilnya kedua-dua tokoh PAS itu kalah dalam pilihan raya umum 2004.

Jika pendekatan ini diyakini oleh BN, pilihan raya umum ke 13 hanya akan diadakan selepas seawalnya tahun 2012 iaitu selepas tempoh matang untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya tiba.

Kerana sekarang ini, pengundi Cina sudah berpaling arah, tidak mustahil kerajaan pimpinan BN akan mengubah kembali persempadanan semula. Tidak mustahil juga kawasan Cina akan dirombak bagi memecah popularasi undi Cina di setiap kawasan bandar.

Sebelum ini, Najib dalam temubualnya bersama Reuters baru-baru ini, beliau memberitahu akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

Najib turut mengulas, BN akan menggunakan pengalaman di Sarawak ini sebagai satu medan ujian untuk menambah kemampuan serta persediaan, dan juga pengetahuan tentang apakah kaedah yang paling tepat mencapai kejayaan apabila sampai pada masanya untuk pilihan raya umum akan datang, lapor Bernama.

Sebagai indikator, keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini dijadikan penyebab BN akan bertindak untuk kekal berkuasa termasuk menjalankan persempadanan semula sebelum PRU-13 nanti.

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 18 Apr 2011 11:08 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


POLIGAMI ITU MENYUSAHKAN!!??

Posted: 18 Apr 2011 07:56 AM PDT

asAlamualaikum dan salam sejahtera para pembaca..

Agak lama saya tidak menulis..pembaca setia blog ini dah mula merungut. Ada yg berjumpa terus dgn saya. "apa ni bro..dah pencen ko?" dan macam macam lagi yang sy dengar dari sahabat semua.
Maafkan saya..itu saja yg dapat saya katakan. Bukannya apa..saya seorang yang sibuk. Harap para pembaca boleh memahami diri saya.

Apa nak cerita malam ni?..Saya bukan nak bercerita macam pertandingan cerita tu. Tapi malam ni saya nak kongsi dengan pembaca semua. Berkongsi pendapat jika ada. Dan juga berhujjah secara komen mengomen di bawah artikel ini nanti.
Perkara yang saya nak bawa malam ini mungkin akan mengguris perasaan..lebib lebih lagi kaum hawa @ perempuan. Anda tahu bukan maksud saya dan apakah corak perbincangan dan benda yang saya akan bawa malam ni?

POLIGAMI!!

"Jangan sekali-kali abg bercerita hal bermadu".. "Ceraikan saya bang!!"... "Awak rampas kebahagian rumahtangga orang lain"
"Carilah teruna atau duda,jangan cari laki orang!!".. ataupun @#@#$^^^%$##@...(yang ni kena banned,tak lepas tapisan saya). Inilah perkataan yg sering kita dengar,lebih-lebih lagi dari mulut seorang wanita hatta bertudung labuh sekalipun!!

Bercerita bab poligami..kaum lelaki akan pro..kurang yang kontra. Yang pro akan kata.."inilah sunnah yang harus di ikuti".Yang kontra akan berkata,saya sayang bini saya yang satu tu..tak sampai hati rasanya"..dan bermacam lagi.
Tak sanggup rasanya nak saya katakan dalam blog ni. Tapi itu dari kacamata lelaki..


Yang perempuan,anda sendiri lebih faham. Bayangkan sendiri apakah kata-kata mereka bab poligami ni. Poligami dari kacamata politik pula,huh..lagi tak boleh harap.Lebih lebih lagi dari sebelah pihak sana nun!! Siap sokong monogami lagi..haha..nasib kau la..


Siapa yang tak nak berpoligami? Lebih lebih lagi bagi mereka yang memandang poligami ini dari sudut agama,sesuatu yang di haruskan untuk menutup ruang fitnah. Membela andartu,tapi tidak menidakkan anak dara. Prinsip poligami sendiri dalam islam adalah menuntut agar pengamal poligami dapat melahirkan umat Muhammad s.a.w kerana baginda berbangga di kemudian hari
akan umatnya yang ramai. Tanya diri saya sendiri,tak mahukah saya berpoligami,jawapan saya..setiap benda yang baik dan beroleh pahala,mestilah saya nak!!

Tolonglah!! Jangan di hina lagi sunnah nabi ini. Kalau anda kaum wanita tidak mahu bermadu,tidak payah berkata itu dan ini sehingga merendah-rendahkan sunnah suci ini. Ini bukan panggilan untuk berzina,tapi seruan kebaikan dari Allah swt dan Baginda Rosul. Hormatilah ia kerana jika anda terang-terang mengatakan bahawa poligami ini songsang
tidak bertamadun,merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain...ingatlah bahawa:

1. Anda telah memfitnah Allah swt.
2. Memfitnah Rosul saw seolah olah poligami ini hanya untuk rosul dan para sahabat,tidak pada umatnya.
3. Memfitnah isteri-isteri Nabi saw seolah-olah para isteri Nabi telah merampas kebahagiaan isteri nabi yang sebelumnya.
4. Boleh mendatangkan syirik (na'uzubillah)

Ingatlah wahai-wahai isteri yang beriman..suami anda boleh dikategorikan sebagai lemah tenaga batin kerana hanya mampu memperisterikan seorang @ one @ wunnek isteri sahaja..


ADAKAH ANDA BERANI BERPOLIGAMI??

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 18 Apr 2011 11:01 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


perjalanan terakhir pejuang Islam..abe jamm

Posted: 18 Apr 2011 01:38 AM PDT






Perginya Tidak Kembali Lagi

Posted: 18 Apr 2011 01:36 AM PDT

Dari Nya Kita Datang Dan Kepada Nya Kita Akan Pulang……….

Gelak Tawanya, Senyumannya, Riang Rianya Sentiasa Mekar Dalam Memori Ingatan Kami Pimpinan Pemuda PAS Kawasan Machang.

Itulah Seorang Abang, Seorang Bapa, Seorang Teman, Seorang Sahabat Yang Telah Pergi Buat Selamanya Meninggalkan Kita Iaitu Arwah Mat Izan (Panggilan Mesra Abang Zan) Yang Menemui Allah SWT Pada 12 Jamadil Awal 1432H Bersamaan 16hb April 2011M Di Markaz Beting Maro Sarawak (Yang Berjuang Dalam Pilihanraya Umum Dun Sarawak).

Kami Saf Pimpinan Pemuda PAS Kawasan Machang Berdoa Agar Rohnya Ditempatkan Bersama – Sama Orang Yang Beriman Dan Beramal Soleh. Tidak Lupa Kami Menyampaikan Ucapan Takziah Kepada Keluarga Arwah Dan Semua Saudaranya.

Salam Takziah…Al Fatihah


  • SEDIKIT KRONOLOGI Pemergian Abe Izan ptg td.....Seawal pg , Arwah bangun utk sama2 solat subuh berjemaah d Markaz UPU yg di imamkan oleh Ust Ja.Dlm keadaan air yg tidak ada pg td ( memadai utk wuduk shj )...beliau trs ke msjd utk mandi.Kemudian sarapan pg dgn sebungkus nasi lemak berharga RM 0.50 yg d sumbangkan seseorng utk petugas Markaz UPU.
    Sabtu pada pukul 9.10 ptg · ·

    • Kak Ya dan Firdaus Radzulan menyukainya.
      • Razuan Awang Hamat
        JAM 8.00 PG .....Beliau ke SK Kg Pusa utk bertugas d sana...Dlm jam 12 tgh td , beliau bersama2 sy mengiringi calon yg membt lawatn ke Pusat mengundi d SK Kg Pusa seterusnya ke SK cHUNG hUA dlm UPU Pusa.....Selesai lwtn calon d sana , beli...au trs berada d lokasi SK Chung Hua sehingga sy mengajak beliau bersama2 sy dan Arif Fahmi menaiki bot utk blk ke Markaz.Dlm keadaan cuaca yg panas terik yg membahang...beliau mengadu kepenatan....mklm lah seharian brtugas..Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.17 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat Blk saja d Markaz , sy mengajak beliau utk sama2 menunaikan solat berjemaah sblm berehat sekejap.Slps itu , sy berhajat utk memenuhi undangan warga kelantan yg mengajar d Pusa ni utk majlis makan tgh d rmh nya...Sy mengajak beliau utk turut serta,,,setelah beliau bersiap.....beliau plk menyatakan hasrat nya utk tdk sertai undangan ni krn kepenatan
        Sabtu pada pukul 9.20 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat
        Sy nasihatkan supaya beliau berehat.....Sy naik bot ke seberang brsama arif fahmi utk ke sana....Smpi d jeti , sy trs dpt kn teksi utk ke sana.....Ketika berada dlm teksi , sy mendapat panggilan telefon dr kwn2 seperjuangan spya blk sgra kr...n ada kecemasan kata mereka.Sy pn blk lah ke markaz , Setibanya d sana , Suasana pilu menyelubungi Markaz UPU , dGN LINANGAN air mata kami kehilangan seorang pejuang yg tdk pernah jemu2 berjuang utk sama2 melihat ISLAM MENANG.Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.25 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat
        Dlm keadaan masing2 sibuk dgn pelbagai tugasan PRN Sarawak yg msh blm selesai ....ianya ibarat terhenti seketika.Ketika itu , pimpinan kanan PAS mulai tiba..Kami sedaya upaya berusaha utk menyegerakan pergerakan jenazah pulang utk di semadi...kan d Kg halaman nya....Dlm kesibukan itu , sy terpaksa meninggalkan jenazah seketika krn bertugas sbg Counting Agent d saluran 1 SK Kg PUSA yg merupakan nadi penting utk proses pengiraan undi...Oleh krn satu petugas shj utk satu saluran , maka tugasan sy tdk blh di gantikan oleh org lain.Sekiranya sy tdk hadir seolah2 sy beri peluang pd BN utk menipu.Lihat seterusnya..
        Sabtu pada pukul 9.34 ptg ·
      • Razuan Awang Hamat Jenazah bergerak dari Markaz ke Hospital Betong dgn menaiki bot yg dipenuhi panji2 PAS DAN DIIRINGi dGN LAUNGAN takbir
        Semalam pada pukul 6.19 pagi ·
      • Razuan Awang Hamat Jenazah d jangka menaiki pesawat jam 7 pg ni dari Sibu dan jam 3 ptg dari KLIA....Ana terkilan sgt2 krn xsempat nk bersama jenazah krn tiket MAS dh hbs.....Apapn jenazah diiringi oleh Dato YDP . dATIN DAN S/U PAS Kwsn...sEMOGA ROHNYA DIIRINGI RAHMAT DR ALLAH SWT...Ana berlepas dr Kuching jam 4 ptg ni....
        Semalam pada pukul 6.23 pagi ·
      • Razuan Awang Hamat PAS KWSN kena bt satu anugerah khas kpd Balu Allahyarham sbg menghargai jasa nya dlm Muktamar kwsn nti
        Semalam pada pukul 6.24 pagi ·
      • Syeikh Abdullah Awwad Juhani al fatihah...baca la.....semua......
        Semalam pada pukul 7.11 pagi ·
      • Romeo Retro lbih krg pkul 12,arwh sempat menelefon ana..menanyakan khbr berita & sempat bergurau senda
        Semalam pada pukul 9.34 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar i2la abe jaam..yg sentiasa ceria..
        Semalam pada pukul 10.05 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar sgl2ny tlh m`jadi kenangan kpd mereka yg rapat dgn arwah..
        Semalam pada pukul 10.06 pagi ·
      • Ahmad Tajuddin Hj Mukhtar al-fatihah utk abe jamm 7887..
        Semalam pada pukul 10.06 pagi ·
      • Ahmad Syihan Ismail Allahuakbar..ada gambar dok nok tngok..
        Semalam pada pukul 10.40 pagi ·

Menghadapi Sesi Yang Baru

Posted: 18 Apr 2011 01:33 AM PDT

Salam Ukhwah Dan Salam Rantai Perjuangan Buat Kalian Semua

Alhamdulillah, Baru – Baru Ini Iaitu Pada Tanggal 28hb Rabiul Akhir 1431H Bersamaan 02hb April 2011M Bertempat Di Dewan Maahad Syamsul Maarif Lelaki, Labok Machang Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Dengan Jayanya Mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya Kali Ke 43 Yang Telah Dirasmikan Oleh YB Exco Belia, Sukan Dan NGO Negeri Kelantan Iaitu YB Hj Fatah b. Mahmod.

Dengan Kehadiran Yang Membanggakan Daripada Perwakilan – Perwakilan Cawangan Yang Meliputi Dun Temangan, Dun Kemuning Dan Dun Pulai Chondong. Lebih Menyerikan Lagi Suasana Mesyuarat Agung Tahunan Ini Dengan Kehadiran Mantan – Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Sebelum Ini Yang Sentiasa Memberi Semangat Dan Tunjuk Ajar Kepada Kami Sebagai Pimpinan Pemuda Machang Yang Baru Bagi Meneruskan Perjuangan Ini.

Mesyuarat Agung Yang Diadakan Sekali Setahun Ini Memberi Seribu Kenangan. Perwakilan Dan Semua Saf Pimpinan Yang Diamanahkan Untuk Memikul Bebanan Ini Dapat Muhasabah Dan Menilai Segala Gerak Kerja Yang Dilakukan Sebelum Ini Bagi Merancang Strategik Yang Baru Bagi Menghadapi Hari Yang Mendatang.

Sepertimana Maklumat Yang Diterima Oleh Kalian Semua Bahawa Mesyuarat Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pada Tahun Ini Merupakan Tahun Pemilihan. Maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Juga Tidak Terlepas Daripada Agenda Ini. Sehubungan Dengan Itu, Setelah Saf Pimpinan Bermesyuarat Dan Mengambil Keputusan Sebulat Suara Hanya Jawatan Ketua Pemuda Sahaja Yang Setuju Ditandingi Iaitu Ust. Hatman b. Abdullah Selaku Penyandang Akan Berentap Dengan Sdr. Ir Abdul Ariffahmi b. Abdul Rahman Yang Sebelum Ini Memegang Jawatan Timbalan Ketua Pemuda.

Sepertimana Keputusan Yang Diumumkan Oleh Pengerusi Pemilihan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Kali Ini Ust. Hatman b. Abdullah Berjaya Mengekalkan Jawatan Ketua Pemuda. Pada Sesi 2011 Hingga 2013 Ini Ust. Hatman Akan Digandingkan Bersama Sdr. Zainul Amin b. Mat Zin (Timbalan Ketua) Dan Ust. Razuan b. Awang Hamad (Naib Ketua).

Seperti Kelaziman Biasanya Ada Permulaan Maka Ada Penghujungnya, Ada Awal Dan Ada Akhirnya. Sehubungan Dengan Itu, Pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ini Dengan Berat Hatinya Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Terpaksa Melepaskan Dua Orang Ahli Jawatankuasa Yang Sentiasa Gigih Dan Komitmen Dalam Perjuangan Ini, Mengharungi Usia Dewasa Dan Melepasi Usia Muda Yang Terpaksa Kami Harunginya Lagi Iaitu Sdr. Che Pasli b. Mustapha Dan Ust. Shaikhuddin b. Safie.

Maka Dengan Ini Kami Saf Pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Yang Baru Bagi Sesi 2011 Hingga 2013 Ini Berikrar Dan Berjanji Akan Melaksanakan Kerja – Kerja Parti Dan Memikul Amanah Yang Diberikan Ini Dengan Seikhlas Hati Dan Bersungguh – Sungguh.

Sekian, Coretan Perjuangan Pemuda PAS Machang.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Apr 2011 09:50 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Siri 2 : Konvoi dari Dungun ke PGU2 Besut | FOTO

Posted: 18 Apr 2011 02:11 AM PDT

Nantikan konvoi PGU 100 Ribu akan datang...Sekali lagi pemuda-pemuda akan gegarkan jalanraya Bandaraya Kuala Terengganu bermula dari Kemaman dan Besut.









Sekitar PGU 2 Besut


Sehari Bersama Selebriti di Dun Sura

Posted: 18 Apr 2011 01:56 AM PDT


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 18 Apr 2011 09:28 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


BN MAHU PENGUASAAN TOTAL KEPADA MEDIA BARU DAN KONVENTIONAL

Posted: 17 Apr 2011 05:06 PM PDT

Pengerusi BN (PM)  berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar,


Serangan bertalu-talu melalui teknik DDoS (disributed Denial of Service) telah berjaya buat sementara untuk menafikan maklumat alternatif kepada rakyat.
 Penguasaan terhadap media konventional seperti akhbar, TV dan radio memungkinkan berita, wawancara serta lain-lain diputarbelitkan menurut selera BN. Sebagai contoh wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin.

Kesimpulannya, dengan apa cara sekalipun, duit bukan masalah, lumpuhkan rangkaian portal, laman web dan jika boleh semua blog pro Pakatan Rakyat dalam PRU 13.
'Demokrasi terbuka, media internet sukarkan kemenangan'

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan.

Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Perdana menteri juga berkata, kemenangan yang sangat meyakinkan itu juga menunjukkan bahawa pakatan pembangkang gagal mencetuskan tsunami politik di negeri itu.

Perdana Menteri berkata apa yang diuar-uarkan oleh pakatan itu, sama ada melalui ceramah ataupun media alternatif atau yang cuba disebarkan mereka melalui SMS dan sebagainya, pengundi pada umumnya tidak menerima cara yang dilakukan oleh parti pembangkang yang cuba hendak mencetuskan tsunami politik.

"Kesudahannya pengundi di Sarawak berfikir secara rasional, bukan secara emosi, bahawasanya masa depan mereka akan hanya terbela dan terjamin dengan sokongan kepada BN, dan parti pembangkang bukan alternatif yang lebih baik.

"Ini satu kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai BN," katanya yang juga pengerusi BN dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn malam tadi.

Dalam pilihan raya Sarawak semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala pakatan pembangkang menang 15, dan satu dimenangi calon Bebas.

Daripada 15 kerusi yang dimenangi pembangkang, 12 diperoleh oleh DAP manakala PKR menang tiga daripada 49 kerusi yang ditandinginya.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/161738

Berita Berkaitan DDos

JASA BONDA ............INGATLAH SESIAPA YANG BERGELAR ANAK

Posted: 17 Apr 2011 09:40 AM PDT

BERAPAKAH NILAI BONDA ANDA??
Adakah nak tunggu dia untuk pergi selamanya sebelum sedar dan beringat dan berbakti?!

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 18 Apr 2011 09:23 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani

Posted: 18 Apr 2011 03:03 AM PDT

Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi

PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU).

Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn, namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand,terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.

Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, semalam.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat enyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjata M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan senat universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

"Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

"Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam," katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri.

KHIDMAT MERU

Posted: 18 Apr 2011 09:09 AM PDT

KHIDMAT MERU


ECO-SMART LEARNING DI SJK (C) TIONG HUA KOK BIN MERU

Posted: 18 Apr 2011 01:14 AM PDT






YB Dato Teng Chang Khim dan YB Dr Hj Abd Rani bin Osman adalah tetamu khas yang di jemput bagi menghadiri satu program eco-smart learning yang di adakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tiong Hua Kok Bin, Meru.


Sekolah tersebut telah mendapat banyak bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Meru. Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan RM4 juta bagi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina, RM 4 juta untuk bantuan kepada sekolah-sekolah India dan RM 6 juta untuk bantuan kepada sekolah-sekolah agama di seluruh Negeri Selangor yang sebelum ini tidak mendapat bantuan dari kerajaan yang lama.

ANUGERAH CEMERLANG SPM 2010 UNTUK PELAJAR PTRS

Posted: 17 Apr 2011 11:13 PM PDT









Seramai 9 pelajar cemerlang di dalam SPM 2010 telah diraikan oleh YB Dr Abd Rani bin Osman dengan dihadiahkan saguhati dan sijil. Pelajar ini telah mengikuti PTRS yang dianjurkan secara percuma oleh Kerajaan Selangor. Di DUN Meru, PTRS telah dimulakan sejak 2009 dibawah seliaan KPMI Encik Baharom Basiron. Tahun 2010, Adik Nurul Dhiya Athira Roslan telah berjaya mendapat 9A 1B yang terpilih sebagai pelajar paling cemerlang di DUN Meru. Selain itu seramai 8 orang berjaya mendapat 6 A. Tahun 2010, secara puratanya pelajar telah lulus 3 A bagi yang mengikuti PTRS ini. Ini membukti PTRS telah dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi pembelajaran dan akademik mereka. Sumbangan saguhati dari Biro Pendidikan JKKK Kg Meru.

BENGKEL SMART STUDY SPM 2011

Posted: 17 Apr 2011 10:52 PM PDT







Satu program khas untuk calon SPM 2011 , Bengkel Smart Study berjaya menarik kehadiran seramai 500 pelajar.. Bengkel sehari oleh Cikgu Osman Affan sangat berfaedah untuk pelajar meningkat gaya study ke arah pembelajaran yang cemerlang terutama peperiksaan SPM akhir tahun ini. Pelajar ini adalah pelajar yang terpilih dalam PTRS dari 5 Dun - Sg Pinang, Selat Klang, Pelabuhan Klang, Sementa dan Meru . YB Dr Abd Rani bin Osman telah hadir untuk merasmikan program ini yang diadakan di Dewan Hambali Masjid As Syarif.

PROGRAM SPIES IBUBAPA MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT

Posted: 16 Apr 2011 02:35 AM PDT








Program SPIES khas ibubapa untuk membina Keluarga Cemerlang telah diadakan pada16 april dan 17 April 2011 di Gold Course Klang telah mendapatkan sambutan yang baik dikalangan ibubapa. Seramai 85 orang telah menyambut cabaran ini yang ingin merubah gaya hidup yang sejahtera dan bahagia dunia dan akhirat. Motivator Ustaz Zawawi dan Ustazah Haslina yang diberikan tanggungjawab berjaya menghidupkan program ini. Program ini diadakan secara percuma oleh Exco Pendidikan bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. YB Dr Abd Rani bin Osman telah menutup program.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Apr 2011 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Bye Bye Umno 20 Apr 2011 Jelebu

Posted: 18 Apr 2011 01:27 AM PDT


CERAMAH PERDANA


Tarikh : 20 April 2011 (RABU)


Waktu : 9 malam


Tempat : Rumah En Samsudin Bin Mohamad, Kg Ulu Jelebu, Kuala Klawang


Penceramah:- YB Hj Taufek bin Abdul Ghani (ADUN PAS Paroi/AJK PAS Pusat) Siti Aishah bte Shaik Ismail (Ketua Srikandi PKR Pusat) Hj Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR NS) Hj Kateran bin Marman (YDP PAS Jelebu) Hj Annuar bin Hashim (Mantan Pembantu Peribadi EXCO Pertanian NS)


"SEMUA JEMPUT HADIR"




Program Ceramah diadakan adalah sempena meraikan sahabat-sahabat dari Kg Ulu Jelebu yang bertindak keluar dan meninggalkan parti United Malays National Organisation (UMNO) kerana tidak puas hati dengan pucuk kepimpinan parti di Jelebu dan Negeri Sembilan ini. Antara yang telah bertindak meninggalkan United Malays National Organisatian ini adalah Tuan Haji Annuar Bin Hashim berumur 60 tahun. Tuan Haji Anuar adalah mantan Pegawai Pembantu Khas Peribadi kepada Dato' Yunus Rahmat (ADUN N.04 Klawang) yang juga merupakan EXCO Pertanian Negeri Sembilan. Yang lain adalah Saudara Mohd Khidir Bin Hj Abdul Kadir (Along Buah) yang juga pernah memegang jawatan Pengerusi Tetap Pemuda United Malays National Organisation Jelebu. Jawatan terakhir Along sebelum meninggalkan United Malays National Organisation adalah Pengerusi Gerak Gempur Pemuda BN DUN Klawang.

Pemuda PAS Merbok

Posted: 18 Apr 2011 07:47 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


Futsal Piala Presiden KFA

Posted: 17 Apr 2011 07:13 PM PDT


Pasukan Merbok Naib Juara


Saf Kepimpinan Baru DPPKM

Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 18 Apr 2011 03:39 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


PRESIDEN PAS UCAP TERIMA KASIH KEPADA JENTERA DAN RAKYAT SARAWAK

Posted: 17 Apr 2011 10:08 PM PDT

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 18 April: PAS merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera pilihan raya PAS dari pelbagai peringkat serta orang perseorangan yang bertungkus-lumus dan menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan negeri Sarawak yang baru sahaja berakhir.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tahniah juga kepada semua calon PAS yang mampu berhadapan dengan segala bentuk cabaran dan rintangan tanpa penat dan lelah sepanjang tempoh  berkempen itu.
"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Izan Yaakob, yang juga merupakan petugas PAS dari Kelantan yang telah kembali ke rahmatullah di bilik gerakan Dun Beting Maro pada hari pengundian dijalankan. Semoga Allah merahmati roh beliau dan ditempatkan di kalangan para solihin," ujarnya dalam satu kenyataan.
Kepada semua calon PAS, beliau mahu supaya diteruskan urusan mereka bersama dengan masyarakat di sekeliling anda dengan membawa mesej yang jelas tanpa mengira waktu dan ketika.
"Sesungguhnya Allah jualah yang mampu membalas segala kerja buat kita dalam membawa suara Islam yang menjadi asas perjuangan PAS sejak sekalian lama itu," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.
Sesungguhnya, kata beliau keputusan  pilihanraya itu adalah merupakan satu muhasabah terhadap langkah dan strategi dalam kita memugar gerombolan lawan kita dalam pilihan raya itu.

Tentunya, tambah beliau masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita.
Apapun, katanya lagi sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu.
PAS juga, ujarnya ingin menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengundi yang memilih PAS dalam pilihan raya ini.
"Kami semua tidak akan mengecewakan tuan-puan sekalian, insya Allah kami akan terus berkhidmat kepada semua menerusi calon dan jawatankuasa PAS di peringkat masing-masing."
"Saya juga telah mengarahkan Pesuruhjaya PAS Sarawak untuk berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat bagi menentukan masa, kaedah dan tempat yang sesuai untuk meraikan calon dan seluruh petugas pilihan raya PAS di Sarawak menerusi satu majlis khusus yang akan diadakan nanti," katanya lagi.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 18 Apr 2011 03:37 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kenyataan Media

Posted: 17 Apr 2011 07:48 AM PDT

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. 

Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. 

Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Apr 2011 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


SAF Ajak Rakyat Tolak Politik Fitnah

Posted: 18 Apr 2011 01:30 AM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 APRIL : Saf Anti Fitnah (SAF) mengajak rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya menolak budaya fitnah yang kini bagaikan sebati dengan kehidupan terutamanya dalam politik tanahair.

Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Pimpinan SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata budaya fitnah umpamanya fitnah lucah dan zina, kini agresif digunakan semata- mata mahu menjatuhkan politik lawan.

Azmi menegaskan budaya fitnah adalah jenayah berat di sisi agama dan ia membawa implikasi buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah.

Sehubungan itu, Azmi berkata, semua pihak harus berubah dan melakukan anjakan ke arah kebaikan masyarakat.

"Anda membisu terhadap fitnah anda turut menyumbang kepada penyebaran fitnah dan mereka yang menjadi pencipta fitnah, pembawa fitnah, penulis fitnah, pelakon konspirasi fitnah, ahli profesional yang membantu menghasilkan bahan- bahan fitnah, penguasa yang melindungi pemfitnah, pencetak bahan fitnah, penyebar fitnah, jurucakap fitnah," kata Azmi.

Beliau berkata demikian ketika perhimpunan munajat dan forum bicara ulama "Budaya Fitnah dan Implikasinya Kepada Maruah Ummah" di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Azmi turut menolak modus operandi media massa terutama media arus perdana yang taksub mengembar- gemburkan fitnah politik sekaligus membelakangkan etika kewartawanan.

Beliau manambah, media perlu mengelak daripada terlibat dengan budaya fitnah bagi menjatuh dan mengaibkan seseorang sama ada melalui pemberitaan mahupun wawancara.

"Media yang menggembar- gemburkan fitnah pemimpin yang menyokong fitnah parti politik yang mendokong fitnah dan penguasa yang membenarkan fitnah ini adalah unsur yang harus kita perangi," ujarnya.

Azmi menjelaskan pimpinan ulamak tidak membisu sepertimana yang didakwa, jika timbul isu- isu fitnah politik terhadap seseorang individu.

Akan tetapi langkah golongan ulamak agak terbatas apabila media massa menguasai ruang siaraya.

"Soalnya ialah kerana media yang dikuasai oleh para pemfitnah tidak membenarkan suara-suara ulama ini keluar maka tertuduhlah seolah- olah ulama ini membisu," katanya.

Tv Selangor/-

Satu Maut, 28 Lagi Cedera Dalam Letupan Bom Di Yala

Posted: 18 Apr 2011 01:00 AM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK 18 APRIL : Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala hari ini.

Jurucakap polis Yala berkata mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam.

Beliau berkata bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

Police menyalahkan pihak militan atas kejadian itu.

Lebih 4,000 orang terbunuh apabila kumpulan disyaki pemisah menjalankan semula gerakan bersenjata menuntut keadilan untuk tiga wilayah selatan Yala, Narathiwat dan Pattani sejak tujuh tahun lepas.

Tv Selangor/-

Najib Semakin Hilang Kredibiliti Sebagai Pengerusi Umno-BN, Kata Tian

Posted: 18 Apr 2011 12:30 AM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 18 APRIL : Naib Presiden PKR, Tian Chua berpendapat episod 'pengunduran Taib' merupakan bukti hilangnya kredibiliti Pengerusi Umno-Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak dalam mentadbir kepimpinan parti itu.

Tian Chua berkata, sebagai pemimpin yang menjaga hubungan sesama parti komponen BN Najib boleh sahaja meminta Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abd Taib Mahmud untuk berundur sebaik sahaja selesai proses pilihanraya negeri itu Sabtu lalu bagi memantapkan sokongan BN dan bukan sebaliknya.

"Saya nampak perkara ini memperlihatkan Najib sudah hilang kredibilitinya serta beliau juga telah merosakkan perhubungan dikalangan anggota BN. Itu lebih besar dari masalah Taib kekal atau tidak. Najib sepatutnya suruh dia (Taib) turun selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak," kata Tian Chua ketika dihubungi Tv Selangor.

Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 semalam menyaksikan Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Manakala Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Sementara Bebas memenangi satu kerusi.

Taib mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak malam Sabtu lalu bagi menerajui kepimpinan kerajaan negeri yang dipegangkan sejak 1981 sebaik sahaja selesai proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak selesai kira-kira jam 9.45 malam.

Kenyataan Taib bahawa beliau akan mentadbir Sarawak untuk separuh penggal lagi bercanggah dengan apa yang Najib cuba sampaikan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan berundur selepas pilihan raya negeri ketika siri kempenya.

Tambah Tian, beliau langsung tidak terkejut jika Taib akan bertindak balas terhadap Najib yang dilihat cuba memaksanya berundur sedangkan dia belum benar-benar bersedia untuk melepaskan tampuk pemerintahanya.

"Tapi Najib telah dedahkan niat beliau untuk lakukan 'coup d'etat' semasa kempen pilihanraya bahawa Taib harus undur diri. Sebagai pemimpin, beliau tidak patut berbuat demikian. Oleh itu, saya percaya Taib akan lakukan sesuatu untuk sabotaj Najib pada masa akan datang,"kata Tian lagi.

Tv Selangor/-

Penyokong PAS tidak perlu murung dengan Sarawak

Posted: 18 Apr 2011 12:00 AM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, 18 April: Para ahli dan penyokong PAS tidak perlu murung dengan kegagalan parti mereka mendapat sebarang kerusi di Sarawak kerana pilihan raya ini telah membuka satu lembaran baru untuk parti Islam itu di bumi Kenyalang.

Exco kerajaan negeri Kedah yang juga Yang Dipertua PAS Jerlun, Ustaz Abdul Ghani Ahmad (gambar) menyifatkan kegagalan PAS memperolehi sebarang kerusi di Pilihanraya Sarawak pada 16 April lalu bukan bermakna PAS lemah.

Tidak dinafikan sebelum ini PAS jarang bertandang di negeri tersebut tetapi menerusi Pilihanraya Sarawak PAS berjaya memaparkan aktiviti dan perjuangan yang bagi masyarakat di sana terlalu baru ekoran sudah terpahat lama pengaruh Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud.

"Bagi saya PAS berjaya di sana untuk membuka lembaran baru. Maklumlah ia merupakan benda baru setelah lama terpahat pengaruh Taib Mahmud, " jelasnya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS Permatang Pauh kali ke 34 di Dewan Haji Yusuf Rawa, Sama Gagah, Permatang Pauh semalam.

Justeru itu menjadi pengajaran bagi semua pimpinan PAS agar rajin turun padang melawat terutamanya Sabah dan Sarawak sebab di sana pengaruh PAS terlalu kecil.

Walaupun PAS berjaya menubuhkan beberapa cawangan baru namun masih belum mencukupi untuk menguasai beberapa kampung tradisi menyokong Barisan Nasional (BN) tambahan lagi kawasan yang ramai diduduki oleh masyarakat Melayu berbanding Iban dan Cina.

"Masyarakat Melayu masih tidak celik berbanding masyarakat Cina termasuk Iban yang lebih matang berpolitik. Bila sesuatu isu terpampang di TV mereka terus terima tanpa berfikir panjang, " terangnya.

Jentera PAS sendiri tambahnya, usah murung dengan kekalahan tersebut sebaliknya kena perkuatkan semangat di samping berkeyakinan tinggi ia adalah sebahagian daripada kerja dakwah seiring dengan konsep PAS sendiri yang berperanan dua hala iaitu politik dan dakwah.

"Nyata kita kalah dari segi politik tetapi kita menang dari segi dakwah yang selama ini tidak sampai ke serata pelusuk kampung yang rata-ratanya masih terawang-awang keislamanya," katanya.

Kekalahan PAS di Beting Maro dengan hanya 400 undi, di Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu bukan tugasan terakhir PAS tetapi itu adalah jalan pembukaan kepada peranan PAS di masa depan, katanya.

Sekaligus memberikan daya saing kepada parti lain dalam Pakatan Rakyat agar menyusun jentera ke arah yang lebih terurus khasnya pada pilihanraya umum ke 13 nanti, tambah beliau.

Di Semenanjung PAS mesti memaparkan kecemerlangan kerana pengaruh PAS kuat setelah membuktikan kejayaan pada pilihanraya ke 10 lalu.

"Menjadi tanggungjawab kita semua menyatukan hati untuk bekerja dalam satu saf kepimpinan bukan mencari perpecahan yang nanti memberi ruang untuk musuh masuk merosakan perpaduan yang termeteri atas nama Islam, " tegasnya dalam mesyuarat PAS Permatang Pauh.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said

Dari 9 ke 15 kerusi isyarat positif - Nik Aziz

Posted: 17 Apr 2011 11:30 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan.

Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi.

(Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma dari
petugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.)

"Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas.

Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau.

Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat.

"Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan.

"Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,"ujarnya.

Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi.

Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan.

Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim.

"Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim.

"Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,"ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu.

Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak.

"Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,"ujarnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Rizal Tahir

Akuarium Paling Kecil

Posted: 17 Apr 2011 09:52 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Anatoly Konenko dari Rusia telah membina akuarium yang paling kecil di dunia. Saiznya 3 cm panjang, 2.4 cm tinggi dan 1.4 cm lebar. Ia hanya boleh memuat 10 ml air sahaja.



Bas Paling Panjang di dunia.

Posted: 17 Apr 2011 09:47 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Bas yang paling panjang di dunia dipamerkan kepada media di Curitiba, Brazil pada 5 April 2011.

Bas buatan Volvo ini boleh menampung 250 penumpang. Ukuran 28 meter panjang dan 2.6 meter lebar.


Arab Saudi mula kurangkan pengeluaran minyak mentah

Posted: 17 Apr 2011 09:45 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUWAIT: Arab Saudi semalam mengumumkan kerajaan sudah mengurangkan pengeluaran minyak mentah negara itu sebanyak 800,000 tong sehari sejak Mac lalu berikutan terlebih bekalan di pasaran.

Namun, tidakan itu itu dianggap satu isyarat bahawa Opec tidak akan bertindak untuk menangani masalah harga minyak yang semakin mendadak di pasaran dunia sekarang.

Negara pengguna mahu kumpulan pengimport minyak supaya menambah bekalan minyak mentah masing-masing selepas harga bahan api itu mencecah AS$127 setong, bulan ini iaitu paras paling tinggi dalam tempoh dua setengah tahun lalu.

Peningkatan harga minyak mentah naik mendadak berikutan keadaan tegang di negara Afrika Utara dan Asia Barat, baru-baru itu.

Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Naimi berkata kerajaan negara itu bertindak berikutan keadaan bekalan yang kini berlebihan di pasaran.

Katanya, peningkatan harga minyak dunia sekarang adalah di luar kawalan Opec tetapi pertubuhan negara pengeluar minyak itu akan mengadakan pertemuan Jun ini.

"Pasaran sekarang terlebih imbangan. Jumlah pengeluran kami pada Februari ialah 9.125 juta tong sehari manakala Mac 8.292 juta tong sehari.
"Pada Mei tidak belum mengetahuinya lagi, mungkin lebih tinggi sedikit daripada Mac.

"Sebab saya mendedahkan jumlah ini untuk memberitahu anda bahawa keadaan pasaran minyak mentah dunia sekarang terlebih bekalan," katanya. - Reuters

Piala FA: Stoke cipta sejarah kali pertama mara ke final

Posted: 17 Apr 2011 09:34 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

WEMBLEY 18 April – Stoke mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 148 tahun selepas membelasah Bolton 5-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Wembley semalam.

Kealpaan benteng pertahanan Bolton menyebabkan mereka dibolosi tiga gol dalam tempoh 30 minit babak pertama, dengan Matthew Etherington, Robert Huth dan Kenwyne Jones masing-masing menyudahkannya.

Dua jaringan Jon Walters pada minit ke-68 dan ke-81 melengkapkan derita Bolton.

Stoke yang sebelum ini sekadar ke separuh akhir sebanyak tiga kali, akan bertemu Manchester City di final pada 14 Mei ini selepas menewaskan Manchester United 1-0 kelmarin.

Polis Sahkan Bukan Anwar Dalam Video Itu

Posted: 17 Apr 2011 09:33 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama.

Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11697

PRN Sarawak : Walaupun Gagal Capai Sasaran Kerusi PR Tetap 'Berjaya'

Posted: 17 Apr 2011 09:32 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan meskipun Pakatan Rakyat gagal mencapai keputusan yang disasarkan namun parti itu berjaya "menanam benih politik murni" supaya penduduk Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit.

"Pilihan raya negeri Sarawak ke 10 Sabtu lalu membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan sesuatu yang mustahil.

"Walaupun tidak berjaya mendapatkan keputusan yang diingini, namun kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu mereka sekali gus berusaha memperkukuh amalan demokratik," katanya.

Pada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala PR 15 dan Bebas satu.

PR menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.

Menurut Anwar, walaupun menerima banyak rintangan sepanjang tempoh berkempen dengan berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam untuk membawa kempen yang bersih, PR tetap berjaya menembusi kawasan pedalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat oleh BN.

Anwar berkata, menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh.

"Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama untuk memastikan ia terlaksana.

"Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya akan datang," tegasnya.

PR bertanding dengan 47 calon PKR, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini.

Seramai 213 calon yang bertanding pada pilihanraya negeri kali ini.

Jelas Anwar, pada pilihanraya negeri kelmarin kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi tercalar berikutan wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.

"Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan," katanya.

Katanya, selain tindakan berat sebelah SPR terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.

Tegas Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.

"Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?' katanya lagi.

Semalam Naib Presiden PKR Tian Chua bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Tian Chua turut menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi itu Sabtu lalu.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi.

Tv Selangor/-

Islam di Eropah

Posted: 17 Apr 2011 09:30 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

"Perangkaan dan kajian telah menunjukkan beberapa buah negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai kadar penduduk muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan tahun 2008 menunjukkan bahawa 5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah adalah terdiri daripada kalangan umat Islam.

Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai citra tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun. Itupun sebelum ia ditewaskan oleh Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609 orang Islam telah dihalau serta dibunuh di mana amalan agama Islam dilarang perlaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima semula oleh masyarakat moden Eropah pada hari ini.

Sejarawan dunia telah mengiktiraf sumbangan Islam kepada Barat, terutama dalam bidang intelektual, pembinaan tamadun, penemuan sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu dan sebagainya. Philip K Hitti dalam bukunya "Orang Arab: Sejarah Ringkas" (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:

"Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini merupakan perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah kuno yang telah memungkinkan pembaharuan di Eropah Barat." (h 174-175).

Peningkatan jumlah pendatang dari negara Islam di Eropah dan kadar kelahiran yang rendah di kalangan penduduk asal Eropah bermakna jumlah umat Islam di sana akan meningkat menjadi 20% menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta (tahun 2009) adalah penduduk Islam, ditambah 72 juta orang Islam lagi di Turki.


Islam di Rusia

Manakala pada tahun 2008 direkodkan Russia mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), diikuti oleh Jerman kira-kira 3.05 juta warga Islam, Itali (2.4 juta), UK (1.51juta - lihat peningkatan pesat 2009 kepada 1.8juta!), Belanda (890,000 orang), Sepanyol (550,000), Austria (300,000), Belgium (380,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lain yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.

Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25% di Rotterdam (Netherlands), 24% di Amsterdam (Netherlands), 20% du Marseille (France), 17% di Brussels (Belgium), 16% di Bradford (UK), dan 10% di Paris, London dan Copenhagen.

Bagi Tariq Ramadan, seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland dalam tulisan beliau berkenaan peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat bahawa Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya Eropah. Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warga Eropah yang beragama Islam.

Islam yang menjadi kebimbangan

Sementara itu, menurut sarjana Barat tersohor iaitu John Esposito, pengasas Majlis Persefahaman Islam-Kristian di Washington, Amerika Syarikat pula berpandangan Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika. Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang di seluruh dunia.

Pope Benedick XVI pun bimbang apabila 100,000 orang Jerman, kaum bangsanya sendiri turut meninggalkan agama asal mereka lalu memeluk Islam saban tahun. Malah lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04% sahaja orang Kristian yang masih sudi untuk ke gereja pada setiap hujung minggu di seluruh dunia.

selatanonline

Warga Emas Nyaris Rentung

Posted: 17 Apr 2011 09:00 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU - Tindakan pantas seorang wanita warga emas menarik keluar suaminya yang uzur dan cacat penglihatan berusia 86 tahun, berjaya menyelamatkannya daripada rentung dalam kebakaran di Pondok Tahfiz Darulnaim, Peringat, semalam.

Kebakaran kira-kira pukul 5 petang itu memusnahkan tujuh buah rumah, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berikutan sebahagian besar penghuni tiada di rumah kerana bekerja.

Gambar hiasan

Dalam kejadian itu, warga emas terbabit, Aminah Harun, 70, nekad menarik keluar suaminya, Masud Ahmad sebaik sahaja terhidu bau hangit dari arah pintu belakang rumah mereka.

"Masa tu, saya baru sahaja selesai membaca al-Quran, namun tiba-tiba saya terhidu seperti bau hangit.

"Saya membuka pintu belakang untuk memeriksa punca bau itu dan alangkah terkejutnya ternampak rumah di belakang sudah terbakar dan api semakin marak.

"Menggunakan sepenuh kudrat, saya menarik suami keluar rumah yang sudah mula dijilat api tanpa dapat menyelamatkan harta benda," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.

Sementara itu, seorang guru pondok berkenaan, Mohd. Zukri Othman, 40, pula berkata, sebelum kejadian, dia melihat asap keluar dari salah sebuah rumah dan cuba memadamnya menggunakan air paip di kawasan berhampiran, tetapi gagal.

"Api marak dengan pantas sebelum penduduk menghubungi Bomba dan Penyelamat. Saya bersyukur kerana kebanyakan penghuni tiada di rumah.

"Jika tidak, mungkin berlaku perkara tidak diingini seperti kecederaan atau lebih teruk daripada itu," ujarnya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azman Yasok memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 5.29 petang dan tiga buah jentera bersama 20 anggota dari tiga buah balai bergegas ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Sejurus tiba, kesemua rumah papan berkenaan sudah 80 peratus hangus dan pihak kami berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke 30 rumah berhampiran.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku disebabkan kebanyakan penghuni keluar bekerja atau ke masjid berhampiran. Kerugian dianggarkan RM70,000 dan punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Sabar

Posted: 17 Apr 2011 08:45 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. 'Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda, "Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut". (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)

Rasulullah SAW pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)"

oleh Juragan
Oleh: tazkirah

Anggota Trafik Cedera dirempuh

Posted: 17 Apr 2011 08:35 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR 17 April - Seorang anggota polis trafik berpangkat lans koperal cedera di bahu kanan akibat dirempuh motosikal yang ditunggang seorang remaja ketika cuba memboloskan diri daripada sekatan di Jalan Raja Laut, di sini awal pagi tadi.

Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, anggota terbabit, Ibrahim Mat Zain cuba menahan suspek berusia 18 tahun untuk pemeriksaan dalam Ops Trafik Motosikal.

Pegawai Turus dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Long memberitahu, namun remaja terbabit cuba melarikan diri sehingga merempuh mangsa.

"Suspek berjaya ditahan dan kini direman di Balai Polis Bukit Jalil dan hasil pemeriksaan dia tiada lesen memandu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jintan manis (fennel seed)

Posted: 17 Apr 2011 08:30 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Jintan manis atau fennel adalah spesies tanaman di genus foeniculum (diperakuikan sebagai satu-satunya spesies dalam genus ini oleh kebanyakan ahli botani). Jintan manis atau nama botaninya foeniculum vulgare adalah dalam keluarga apiaceae atau karrot. Apiaceae (dahulu dikenali sebagai Umbelliferae).

Carrot family

Jintan manis juga dikenali sebagai saunf atau mauti saunf dalam bahasa Bahasa Hindi dan Urdu, sompu atau madhrikam dalam Telugu, badesoppu di Kannada, Mouri dalam bahasa Bengali, shombu atau peruncheeragam di Tamil dan Malayalam, variyali di Gujarat, badeeshop atau badeeshep di Marathi, Razianeh dalam bahasa Bahasa Parsi dan shomra dalam bahasa Arab.

Jintan manis adalah tumbuhan herba yang tahan lasak dengan bunga kuning dan daun berbulu. Jintan manis umumnya dianggap berasal dari tepi Mediterranean, namun telah tumbuh meluas secara semulajadi di banyak bahagian dunia, khususnya di tanah kering berdekatan pantai dan di tepi muara sungai.

Pokok jintan manis sedabg berbubga (Fennel in flower)

Bunga jintan manis (Fennel flowerheads)

Jintan manis adalah ramuan herba yang sangat aromatik dan berperisa yang digunakan dalam kulinari dan perubatan. Jintan manis juga merupakan salah satu bahan utama absinthe, iaitu sejenis minuman beralkohol. Jintan florence atau finocchio adalah jintan yang mempunyai batang membengkak mempunyai rizom seperti ubi bit adalah pilihan popular sebagai sayur.

Jintan manis digunakan sebagai makanan larva dari beberapa spesies Lepidoptera, termasuk kupu-kupu moth dan rama-rama swallowtail.

Perkataan fenel berasal fenyl iaitu dari Inggeris Tengah. Ia berasal dari pserkataan denol atau finol iaitu bahasa Inggeris Kuno, yang pada asalnya dari perkataan feniculum atau foeniculum (bahasa Latin) atau Foeniculum, yang bermaksud jerami. Tanaman ini dalam bahasa Latin dipanggil ferula, yang sekarang digunakan sebagai nama genus tanaman yang berkaitan.

Jintan manis adalah tumbuhan herba perennial (tahunan), iatu herba yang mampu hidup lebih daripada dua tahun. Pokok jintan manis tumbuh menegak, berwarna hijau keabu-abuan dan tumbuh sehingga 2.5 m. Batang pokoknya berongga. Daun pokok Jintan manis boleh membesar sehingga 40 cm panjang dan sangat halus seperti benang dengan kelebaran sekitar 0.5 mm.

Fennel, from Koehler's Medicinal-plants (1887)

Bunga jintan manis tumbuh pada terminal yang bertangkai panjang dalam 5-15 cm, setiap bahagian terminal mempunyai 20-50 bunga kuning kecil di tangkai pendek.

Buah jintan manis adalah biji kering yang bersaiz 4-10 mm setengah panjang, lebarnya separuh daripada panjangnya dan bentuknya berlekuk.


Jintan Florence (Florence fennel bulbs)

Jintan manis ditanamkan secara meluas untuk daunnya (yang mempunyai perisa) dan buahnya yang sering dipanggil 'biji'. Jintan florence adalah sekumpulan kultivar dengan pangkalan daun menggembung yang membentuk struktur seperti ubi. Ia mempunyai rasa seperti jintan manis, tetapi lebih aromatik dan rasanya manis. Bunga jintan florence yang ditanam lebih kecil berbanding yang tumbuh liar atau semulajadi. Daunnya dimakan sebagai sayur-sayuran, baik mentah mahupun dimasak.

Ada beberapa kultivar jintan florence, yang juga dikenali dengan beberapa nama, seperti finocchio. Jintan florence adalah salah satu daripada tiga herba utama yang digunakan dalam pembuatan absinthe, campuran alkohol yang asalnya sebagai ramuan ubat di Switzerland dan menjadi minuman beralkohol yang popular di Perancis dan negara-negara lain pada akhir abad ke-19.

Daun dan biji Jintan manis digunakan secara meluas dalam banyak masakan tradisi dunia. Biji jintan berwarna coklat atau hijau ketika segar dan perlahan berubah ke warna kelabu apabila usianya matang. Untuk digunakan dalam masakan, biji yang berhijau adalah yang paling optimum. Daunnya juga boleh digunakan sebagai penambah rasa dan aroma, sementara yang jenis berubi bawangnya boleh dijadikan sayur-sayuran yang boleh ditumis, direbus, direbus, dipanggang atau dimakan mentah.

Jintan manis banyak digunakan dalam masakan di benua India dan Timur Tengah. Jintan manis merupakan salah satu rempah-rempah yang paling penting dalam Kashmiri Pandit dan memasak Gujarati. Ini merupakan bahan penting campuran rempah-rempah dari Assam / Bengali /Oriya dan dalam lima-rempah serbuk di China.

Di banyak bahagian Pakistan dan India, biji jintan panggang diambil sebagai Mukhwas, iaitu sejenis makanan untuk pencernaan dan penyegar nafas. Beberapa masyarakat petani juga mengunyah tangkai segar biji jintan hijau untuk khasiat yang sama. Daun Jintan manis digunakan sebagai sayuran berdaun hijau baik dimasak begitu sahaja atau dicampur dengan sayuran lain. Di Lubnan Jintan manis dicampur bersama-sama dengan bawang dan tepung, yang digunakan dalam masakan seperti telur dadar yang disebut ijjeh (عجة).

Banyak hidangan yang menggunakan telur, ikan dan hidangan yang lain juga menggunakan daun segar atau kering. Jintan florence adalah bahan utama dalam beberapa salad Itali dan Jerman. Ia sering dicampurkan bersama chicory dan avokado. Ia juga direbus dan dihidangkan sebagai lauk hangat.

Fennel, bulb, raw
Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
Energy 130 kJ (31 kcal)
Carbohydrates 7.29 g
Dietary fiber 3.1 g
Fat 0.20 g
Protein 1.24 g
Thiamine (Vit. B1) 0.01 mg (1%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.032 mg (2%)
Niacin (Vit. B3) 0.64 mg (4%)
Pantothenic acid (B5) 0.232 mg (5%)
Vitamin B6 0.047 mg (4%)
Folate (Vit. B9) 27 μg (7%)
Vitamin C 12 mg (20%)
Calcium 49 mg (5%)
Iron 0.73 mg (6%)
Magnesium 17 mg (5%)
Phosphorus 50 mg (7%)
Potassium 414 mg (9%)
Zinc 0.20 mg (2%)
Manganese 0.191 mg
Percentages are relative to US recommendations for adults. Source: USDA Nutrient database

Mengurangkan kembung dan gangguan pencernaan

Jintan manis mempunyai khasiat perubatan yang tersendiri. Jintan manis mengandungi anethole yang dapat menjelaskan beberapa kesan perubatan yang bertindak sebagai phytoestrogen. Jintan manis boleh dijadikan sirap untuk mengubati bayi dengan kolik (kembung). Untuk orang dewasa, teh jintan manis boleh diminum untuk merehatkan usus dan mengurangkan kembung yang disebabkan oleh gangguan pencernaan. Jintan manis dikatakan mampu melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.

Menurut sumber artikelduniaherba1 :

1. Teh gabungan serai, pudina, jintan manis, kulit limau mandarin dan daun limau purut membantu merehatkan usus dan meredakan sembelit.

2. Satu sudu teh serbuk jintan manis dicampurkan dengan ½ cawan air dan diminum tiga kali sehari dapat mengurangkan air tubuh yang berlebihan, membantu pencernaan, meredakan sembelit.

Meningkatkan daya penglihatan

Di India, biji jintan dimakan mentah kerana dikatakan mampu untuk meningkatkan daya penglihatan. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Roman Kuno juga menganggap jintan manis sebagai ramuan untuk penglihatan. Ekstrak akar sering digunakan dalam tonik untuk membersihkan mata yang mempunyai penglihatan yang kelabu. Ekstrak biji jintan manis juga telah dikatakan mempunyai potensi untuk digunakan dalam rawatan glaukoma.

Diuretik dan mengurangkan tekanan darah

Jintan manis mempunyai sifat diuretik dan dikatakan merupakan diuretik yang berkesan. Ia juga dikatan berpotensi untuk rawatan hipertensi.

Menggalakkan pengeluaran susu

Jintan manis mengandungi bahan yang dipanggil galactogogue, yang dikatakan dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak tidak disokong oleh bukti secara langsung, namun dikatakan bunga mempunyai sumber fitoestrogen, yang mendorong petumbuhan jaringan payudara yang menghasilkan air susu.

Sirup yang diperbuat dari sari bunga jintan manis boleh dijadikan ubat untuk batuk kronik. Jintan manis juga merupakan salah satu tanaman yang dikatakan tidak disukai oleh kutu dan serbuk jintan manis dikatakan mempunyai kesan mengusir kutu atau bubuk di kandang ternakan.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan jintan manis, namun sebelum menjadikannya sebagai bahan ubatan, anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

Sumber rujukan : En.wikipedia - Fennel

3 Sahabat Maut, 2 Parah Dalam Nahas

Posted: 17 Apr 2011 08:20 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR 17 April - Keriangan empat sahabat menghabiskan masa malam minggu bersama, berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 28.2 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) arah Putrajaya, dekat sini tengah malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa terkorban ialah pemandu, Sek Kah Kiat serta penumpangnya, Tan Jun Dee dan Chia Boon Yong masing-masing berusia 20 tahun.

Seorang lagi penumpang kereta Toyota Vios yang belum dikenal pasti identitinya juga berusia 20 tahun parah selain penunggang motosikal dirempuh kereta dinaiki empat sahabat berkenaan.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Zulkifli Jonit berkata, kemalangan itu berlaku ketika keempat-empat mereka yang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan ke arah Putrajaya.

"Sampai di lokasi kemalangan, pemandu kereta itu dikatakan gagal mengawal kenderaan kerana memandu laju sebelum merempuh belakang sebuah motosikal.

"Kereta itu kemudian terbabas dan merempuh belakang sebuah lori di tepi jalan menyebabkan keempat-empat mereka tersepit," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang maut dan cedera parah dihantar ke Hospital Serdang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Rakan Cop Selangor di talian 03-2052 9999 untuk membantu siasatan.

Kumpulan Jual Telefon Bimbit Tiruan Tumpas, Sembilan Lelaki Ditahan

Posted: 17 Apr 2011 08:03 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR - Satu kumpulan menjual telefon bimbit tiruan tumpas berikutan penahanan sembilan lelaki dan rampasan 73 telefon dan dua buah kenderaan yang kesemuanya bernilai RM111,000 dalam satu operasi di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata kesemua mereka berumur antara 19 hingga 68 tahun ditahan di sebuah stesen minyak di Gombak ketika sedang asyik menawarkan telefon tiruan kepada orang ramai.

"Kejayaan operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai sejak tiga minggu lepas. Ketika dihampiri anggota kami, mereka cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap kerana kesalahan menjual barangan tiruan," katanya di lokasi kejadian di sini hari ini.

Dalam pemeriksaan awal, pihaknya menemui 73 telefon bimbit tiruan jenis Nokia dan i-phone4 di dalam poket mereka dan juga dalam dua kenderaan.

Kesemua mereka kini ditahan reman untuk satu tempoh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. 

Bernama

Perkosa Anak Jiran Dalam Bank

Posted: 17 Apr 2011 07:36 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.

Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.

Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

H/metro

Hak isteri melawat ibu bapa tanpa izin suami

Posted: 17 Apr 2011 07:30 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Kita semua sedia maklum, apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri. Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Perkahwinan dalam Islam tidak menghilangkan identiti perempuan kepada keluarga suami. Sesetengah agama/bangsa lain yang non-Muslim, apabila seorang perempuan itu berkahwin, dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya, malah namanya juga ditukarkan kepada nama keluarga suaminya.

Perempuan muslim dalam perundangan Islam apabila dkahwinkan, tidak sekali-kali akan bertukar corak, khususnya namanya seperti yang berlaku dalam masyarakat Eropah yang ditiru oleh perempuan-perempuan Islam hari ini dengan menghilangkan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Mrs (so and so). Perempuan Islam tetap dengan nama asalnya, dinasabkan ke atas bapanya, tanpa perlu digantikan dengan nama suami yang cuma mendatang dalam hidupnya.

Berbalik kepada persoalan di atas, sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.

Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: "Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya." (Hadis riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri : "Bolehkah seorang isteri menziarahi ibubapa (atau keluarganya) tanpa izin suami?" Malah, ramai yang berfahaman, "Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut" berbanding dengan "Ketaatan isteri kepada ibu bapanya".

Sebagai contoh, saya petik kata-kata ini, "....bila dah berumahtangga, syurga suami masih di bawah tapak kaki ibu kandungnya ..... dan syurga isteri dah bertukar ke bawah tapak kaki suaminya ..... hatta ada dalam sejarah Islam yg merujuk kepada ketaatan isteri hendaklah sepenuhnya pada Allah dan suami sehinggakan kalau suami tak benarkan isteri berjumpa dengan mertua (ibu bapa isteri) sekalipun, isteri hendaklah taati suaminya..." [sila rujuk : bincang.net]

Status syurga bertukar tapak kaki, ya? Jika ada prasa yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki, tidak kira tapak kaki siapa pun, frasa itu tidak tepat. Syurga adalah tempat yang tinggi darjatnya, mengapa pula hendak diletak-letakkan di bawah tapak kaki...? Hemmm.... adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya? [Rujuk : Syurga di tapak kaki? dan Syurga di tapak kaki? - Part 2.]

Bagaimanapun, saya hanya ingin mengupas persoalan hak isteri dalam menziarahi ibubapa tanpa izin suami ini, saya samakan dengan taat suami vs taat ibubapa, bukan hak suami vs hak isteri.

Saya difahamkan, seorang isteri tidak boleh keluar menziarahi ibu bapa (walaupun ibu bapanya sakit atau meninggal dunia) jika tiada keizinan suami. Ini berdasarkan dua kisah yang berbeza seperti di bawah :

Kisah 1 – Petikan 3permata.itgo.com.

Dalam sebuah riwayat diterangkan; sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah SAW seorang suami pergi berperang meninggalkan isterinya. Ketika hendak meninggalkan rumah dia berpesan kepada isterinya, "Janganlah kamu meninggalkan rumah sehingga aku pulang dari berperang." Pada waktu si suami sedang tiada di rumah, ibu si isteri jatuh sakit.

Maka si isteri tersebut mengutus seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Jawab Rasulullah, "Tunggulah suamimu pulang, janganlah keluar rumah." Akhirnya orang tua si isteri meninggal dunia. Lalu si isteri mengutus lagi seseorang kepada Rasulullah SAW untuk meminta izin melihat ibunya. Lalu Rasulullah menjawab, "Tunggulah hingga suamimu pulang." Setelah itu Rasulullah SAW mengutus seseorang kepada si isteri tersebut untuk memberikan berita bahawa Allah SWT telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada tempat yang benar. Ertinya, jika ia sudah bersuami, maka yang peling berhak terhadap dirinya adalah suaminya, melebihi diri ibu dan bapa serta keluarganya yang lain.

Kisah 2 – Petikan Suami larang isteri ziarah keluarga.

Tidak dikira sebagai dosa jika tidak menziarahi ibu bapa disebabkan tidak mendapat keizinan dari suami. Perkara ini disandarkan kepada satu hadis dengan sanad yang agak lemah, iaitu hadis berikut;

"Seorang lelaki yang keluar bermusafir. Dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun dari tingkat atas kepada tingkat bawah. Bapa isterinya itu tinggal di tingkat bawah. Bapanya ditimpa sakit. Isterinya itu telah mengutuskan seorang perempuan kepada Rasulullah SAW agar memberi keizinan kepadanya turun untuk menziarahi bapanya yang sedang sakit.

Nabi SAW bersabda; "Taatilah suami kamu." Kemudiannya, bapanya meninggal dunia, lalu dia mengutuskan lagi kepada Rasulullah. Nabi SAW bersabda, "Taatilah suami kamu." Jenazah bapanya dikebumikan. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang kepada si isteri untuk diberitakan bahawa Allah telah mengampunkan dosa bapanya disebabkan ketaatannya terhadap suaminya[5]" [5] Takrij Ahadis Al-Ihya' li Al-Iraqi : 1551.

Saya bukanlah seorang yang arif tentang hadis, namun saya lihat hadis pertama tiada perawi mahupun periwayat dan hadis kedua dikatakan sanadnya lemah, juga tiada perawi dan riwayat daripada siapa. Kisah 1 berkenaan ibu yang sakit dan kisah 2 pula si ayah yang sakit. Apakah status hadis-hadis ini? Jika sanadnya lemah, adakah statusnya 'hadis daif'? Betulkan saya jika tersilap.

Bolehkah kita beramal dengan hadis daif? Sedangkan, para ulama sendiri berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. (rujuk : Hukum beramal dengan hadis dhaif)

Dari sumber di atas, ada tiga golongan ulama yang khilaf pendapat iaitu :

Golongan pertama - Hadis dhaif tidak boleh digunakan walaupun untuk tarqib (galakan), tarhib (menakut-nakutkan), fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat Imam Bukhari dan Muslim, yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain.

Golongan kedua - Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim. Kata Imam Ahmad: "Hadis dhaif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang."

Golongan ketiga - Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama muhaqqiqin dengan syarat-syarat yang tertentu. Antara tokoh yang berpegang dengan panangan ini ialah Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibnu Hajar.

Saya lebih cenderung kepada golongan pertama, kerana saya pernah membaca artikel di utusan, sahih Imam Bukhari dan Muslim hampir/dekat dengan al-Quran. Jadi, saya guna-pakai pendapat Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis dhaif juga.

Hasil carian di internet lagi, menemukan saya dengan info di bawah :

Sumber 1 – utusan menyebut :

Peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

Sumber 2 – kias.edu.my/nushus pula menyebut :

Mengenai keluar rumah kerana menziarahi dua ibu bapa walau pun tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz mengikut setengah pandangan, malah mereka berpendapat isteri mempunyai hak menziarahi dua ibu bapa lebih kerap sekiranya dua ibu bapanya sakit dan tidak ada orang lain yang menjaganya. Ini tanpa mengira samada di izin atau tidak oleh suami kerana manusia dituntut oleh Islam membuat kebaikan sedaya yang mampu kepada dua ibu bapa ,samada sebelum atau selepas kahwin dan samada ibu bapa Islam atau tidak.

Hanafi hanya membolehkan isteri menziarahi dua ibu bapa tanpa izin sekirnya mereka sakit sahaja. Dengan lain perkataan menziarahi dua ibu bapa tanpa izin tidak termasuk dalam perbuatan nusyuz sekiranya mereka sakit.

Ada pandangan lain menyatakan makruh suami tidak mengizin isteri menziarahi dua ibu bapanya. Alasannya membuat kebaikan kepada dua ibu bapa dan menghubung tali silaturrahim adalah kewajipan yang dituntut oleh agama. Menghalang mereka menziarahi dua ibu bapa menyebabkan berlaku kerenggangan hubungan dan mendorong mereka melaku perbuatan derhaka. Sedangkan melaku kebaikan dan menghubung silaturrahim adalah satu tuntutan Syara'. Firman Allah, (al-Isra' : 24), maksudnya, "Allah telah memfardukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan terhadapNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melaku ihsan."

Persoalan yang banyak berlegar di sekeliling kita :

1. Apakah hak seorang suami dalam melarang/menegah isteri daripada menziarahi ibubapanya?
2. Apakah peruntukan undang-undang Islam Negeri dalam hak isteri menziarahi ibubapa/keluarga (tanpa izin suami)?
3. Bukan sedikit isteri dalam dilema terpaksa taat kepada suami sehingga mengabaikan ibubapa. Benarkah ajaran Islam ada menyatakan ketaatan isteri berpindah kepada suami bila dia berkahwin?
4. Bukan sedikit anak perempuan membelakangkan ibu bapa, atas alasan sudah bersuami, malah ramai yang beranggapan isteri adalah hak mutlak suaminya.
5. Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan, adakah mereka hilang hak diziarahi anak (jika suami tidak membenarkan)?

Akibat dilema inilah, ada isteri yang menyangka Islam sangat zalim kerana perkahwinan memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarganya. Mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak memihak kepada suami. Akibat dilema ini juga, ada ibu bapa merasa, rugi sungguh jika mendapat anak perempuan kerana apabila dia bersuami, dia sudah jadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan lagi. Adakah ini ajaran Islam yang sebenarnya?

Mengikut fahaman saya, taat kepada siapa pun kita harus melihat kepada keadaan/situasi seseorang isteri. Kalau suami halang isteri daripada menziarahi atau menjaga ibubapa yang sakit, apakah isteri perlu taat hanya kerana takut masuk neraka kalau tidak taat?

Ada suami yang beri kata dua kepada isteri, contohnya "Kalau kamu balik kampung ibubapa kamu, jatuh talak satu!", atau isteri diugut begini, "Sekarang awak sudah menjadi isteri saya, jadi awak kena taat pada saya. Bukan taat kepada ibubapa awak. Kalau saya tidak benarkan awak ziarah ibubapa awak, awak tak boleh ziarah."

Dalam situasi di atas, apakah pilihan isteri? Sejauh manakah ketaatan kepada suami mengatasi ketaatan kepada ibu bapa? Apakah jatuh haram isteri (berdosalah) yang langgar perintah suaminya yang melarang dia menziarah ibubapa sakit (contohnya)?

Teringat saya satu kisah suami diktator di slot cerekarama TV3 yang bertajuk 'Dosa Serupa'. Suami diktator begini layaknya diberi fasakh/khulu' sahaja! Jika sudah terang-terangan diktatornya, lebih baik suami itu tinggalkan sahaja. Ini adalah kerana, hilang berkah Allah di situ. Lalu apa yang hendak kita bawa balik ke kampung akhirat nanti? Mengapa pilih neraka dunia, kalau di akhiratpun tidak pasti dapat mengelak neraka akhirat? Pada masa itu sudah tidak boleh 'undo'. Seorang suami tidak sepatutnya zalim kerana menafikan hak isteri dan derhaka pula kepada ibu bapa mertua.

Suami patut ada IHSAN dan EMPATI terhadap isteri, sebab itulah Allah SWT perintah suami agar bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, seperti dalam firman Allah SWT di dalam al-Quran, yang bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka karena hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata.

Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (Surah an-Nisaa' ayat 19)

Dalam ayat al-Quran yang dipetik di atas, Ibn Kathir berpendapat bahawa ayat ini, "… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…" bermaksud : para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466)

Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB. Malangnya, berapa ramai yang ikut perintah Allah yang ini? Akibat mengabaikan perintah Allah yang ini, natijahnya amat teruk sekali. Bila suami tidak ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, maka, tidak hairanlah isteri tidak taat kepada suami.

Iyalah, jika suami ikut perintah Allah dan Rasul-Nya, secara automatiknya tentu dia juga menjaga hak-hak isterinya. Bila dia menjaga hak-hak isterinya, agak MUSTAHIL isterinya tidak taat kepadanya dan agak MUSTAHIL pula isteri tidak hormat kepada suaminya. Selalunya orang perempuan ini amat tinggi dengan tahap ketaatan dan kesetiaan mereka. Belas ihsan dan empati mereka lebih tinggi (dibanding lelaki), tetapi jika masih ada isteri yang tidak taat walaupun suaminya memenuhi tanggungjawap, adalah silap 'wayarnya' di mana-mana...

Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa. Rasulullah SAW juga menganjurkan agar setiap suami menggauli isteri dengan cara yang baik/maaruf. Ini jelas dapat dilihat dalam hadis baginda yang bermaksud, "Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula disabda baginda yang bermaksud, "Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya, dan aku adalah sebaik-baik lelaki kepada isteriku." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Boleh saja ada yang berkata, "Suami tak patut halang isteri ziarah ibu bapa, akan tetapi jika suami halang, isteri wajib taat. Ini kerana menjalinkan silaturahim bukan hanya dengan berziarah, banyak cara lain lagi."

Ziarah perkataan Arab bererti berkunjung ke~ atau pergi menengok, ada makna 'perjalanan' di situ. Ziarah tidak boleh disamakan dengan talipon/email/surat. Zaman Nabi dulu juga ada cara berhubung juga, saya tak tahu. Mungkin ada yang guna burung merpati, atau surat juga mungkin sudah ada. Saya kurang arif. Walau bagaimanapun ziarah adalah sunnah Nabi, tidak kiralah ziarah ibubapa, ahli keluarga, saudara mara dan saudara semuslim yang lain.

Ziarah kubur pula tidaklah boleh disamakan dengan melihat gambar kubur. Feeling itu berbeza. Tidak sama. Hikmah ziarah memanjangkan silaturrahim, sepertimana dalam sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memanjangkan silaturrahim." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jika ziarah disamakan dengan talipon/email/surat, konsepnya sama dengan tengok aje laksa yang lazat dan ambil bau saja, TAK BOLEH makan ya...

Kesimpulan

Suami hendaklah berusaha supaya isteri dapat berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri. Isteri pula hendaklah menjalankan tanggungjawab kepada suami dan rumahtangga dengan sebaiknya. Suami tidak boleh mementingkan dirinya sendiri sekiranya isteri telah berusaha sedaya upayanya memenuhi tanggungjawabnya. Adalah tidak wajar seorang suami menghalang isteri daripada menziarahi ataupun berbakti kepada ibu bapanya. Dengan kata lain, seorang isteri ada tanggungjawab kepada Allah, diri, suami, anak dan ibu. Memutuskan hubungan antara anak dan ibu adalah perbuatan zalim dan berdosa. Islam tidak pernah menyuruh mana-mana orang berbuat perkara sedemikian.

Ketaatan kepada suami hanya terdapat melalui hadis, tiada ayat dalam al-Quran yang jelas memperincikannya. Ketaatan kepada suami juga BUKAN MUTLAK tanpa kompromi. Sebaliknya, ketaatan kepada ibu bapa banyak disebut dalam al-Quran. Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud, "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah al-Isra', ayat 23-24).

Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: "Amin, Amin, Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata:

"Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad, "Amin" , maka aku pun kata "Amin" , kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah "Amin" , aku pun kata "Amin" , kemudian Jibril berkata: "Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga." (Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).

Di samping itu, banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

Ingatlah, dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Setiap anak yang derhaka akan dilaknat oleh Allah SWT, amalan dan ibadah mereka tidak diterima dan tidak akan mendapat ganjaran yang memungkinkan perbuatan baik yang dilakukan sepanjang hayatnya akan sia-sia. Oleh itu Islam menitikberatkan keredaan kedua-dua ibu bapa agar hidup sentiasa diberkati Allah.

Renung-renungkan...

35 Korban Puting Beliung

Posted: 17 Apr 2011 07:14 PM PDT

SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia.

Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini.

Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.

Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang.

Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain.

Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung 'menyerang' 13 negeri.

Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan.

"Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan," kata Bryan Jackson.

Reuters/AP

Enam terbunuh dalam dua pertempuran militan di Algiers

Posted: 17 Apr 2011 07:00 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

ALGIERS 18 April - Dua pertempuran berasingan di timur bandar Algiers oleh puak militan Islam hari ini menyebabkan enam orang tentera termasuk anggota polis terbunuh.

Menurut pihak berkuasa dan saksi, pertempuran pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi waktu tempatan di daerah Lakhdaria, 75 kilometer timur Algiers menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Dalam pada itu, pertempuran kedua berlaku di Amal, daerah Boumerdes, menyebabkan lima anggota tentera dan dua pemberontak puak militan Islam terkorban. - Reuters

SAMM Tuntut Najib Perjelas Beri Kontrak Ubahsuai Masjid Kepada Adik

Posted: 17 Apr 2011 06:30 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM APRIL: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil dan menjelaskan isu pemberian kontrak pengubahsuaian Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur kepada firma arkitek adiknya yang juga Timbalan Pengerusi masjid berkenaan, Datuk Nazim Razak.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu surat terbuka kepada Najib yang dikeluarkan pada 10 April lalu menjelaskan SAMM mendapat maklumat bahawa kerja pengubahsuaian telah diberikan kepada firma arkitek Nazim, NRY Architect Sdn Bhd.

"Jikabenar, memandangkan adik Najib juga adalah Timbalan Pengerusi Masjid, maka wajar diperjelas sama ada terdapat percanggahan kepentingan sebagai pemilik firma NRY Architect Sdn Bhd.

"Najib sendiri harus memperjelaskan perlantikan Nazim sama ada atas kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi Masjid ataupun sebagai adik Perdana Menteri sendiri yang jelas kedua–duanya ada pertembungan kepentingan," kata beliau.

Sebelum ini, Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur yang akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad pada 5 Februari lalu.

Badrul berkata, isu ini hanya akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat negara ini sekiranya Najib memilih untuk berdiam diri.

Ini kerana, jelas beliau, sebelum ini Najib turut memilih untuk berdiam diri semasa Najib serta Nazim dikaitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh seorang penyiasat persendirian, P Balasubramanian melalui akuan bersumpahnya pada 3 Julai 2008.

Tambah beliau, tindakan Bala yang kemudiannya menarik balik dan menghilangkan diri ke luar negara menyebabkan timbulnya satu tanggapan negatif bahawa Najib mungkin terlibat dalam isu tersebut kerana sikap berdiam dirinya.

Katanya lagi, perkara terbaik dalam mengelak persepsi buruk adalah dengan Najib sendiri menjelaskan pertanyaan yang timbul di kalangan rakyat.

Badrul seterusnya berkata, adalah diharapkan agar Najib dapat memberikan penjelasannya melalui media massa sekiranya Najib menganggap SAMM hanya satu kumpulan kecil yang tiada kepentingan untuk dijawab dengan surat rasmi kerajaan.

Tv Selangor/-

Parti Mubarak dibubarkan

Posted: 17 Apr 2011 06:00 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Mahkamah memerintahkan pembubaran part:i pimpinan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan merampas segala aset mereka, semalam.

Keputusan yang dibuat terhadap Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) pimpinan Mubarak menunjukkan Pemerintah Tentera Tertinggi Mesir sedang berusaha bertindak dengan lebih cepat untuk memenuhi tuntutan rakyat.

"Ia adalah tuntutan utama rakyat untuk melihat parti yang mendominasi politik negara dan kerajaan selama puluhan tahun akhirnya tamat," menurut kenyataan mahkamah.

Keputusan itu diumumkan beberapa hari selepas Mubarak dan kedua anaknya, Alaa dan Gamal diletakkan di bawah tahanan penguat kuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah dan pembunuhan penunjuk perasaan oleh pegawai keselamatan kerajaan.

"NDP mendominasi politik Mesir selama bertahun-tahun lamanya dengan mereka mengadakan pemilihan berdasarkan majoriti secara konsisten di Parlimen, te:rutama undian yang dilakukan terhadap sesama sendiri ketika pilihan raya," tambahnya lagi.

Sinar Harian/-

Dalam kenangan : Ziarah terakhir rupanya pertemuan terakhir dengan Ah Lee.

Posted: 17 Apr 2011 05:28 PM PDT

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Selesai urusan sidang pada Jumaat, 15 April dalam perjalanan balik selepas mendapat hukuman digantung hadir sekali sidang akan datang saya bergegas balik ke Parit Buntar. Badan rasa letih setelah empat hari mengikuti sidang kali ini namun perjalanan lancar selepas sempat berhenti menunaikan solat di hentian Bukit Gantang dan sempat minum petang bersama ADUN Selingsing dan Gunung Semanggol.

Sebelum saya keluar Tol Bandar baru saya menerima panggilan talifon yang sempat saya lihat tertera pemanggilnya Ah Lee. Lalu saya menjawabnya seperti biasa.

Maka teringatlah bagaimana saya menitipkan pesan kepadanya sekiranya dia sudah balik dari rawatan penyakit kansernya di Hospital Pulau Pinang jangan lupa untuk menghubungi saya.

Sebelum itu dia telah menalipon saya yang dia sedang mendapat rawatan di Pulau Pinang dan saya tidak menjanjikan untuk menziarahinya dalam keadaan kesibukan tugas termasuk kempen di Sarawak dan Sidang DUN Perak.

Sebagaimana dijanjikan dia memaklumkan dia sudah balik ke rumah. Dari suaranya saya mendapati dia semakin uzur dan saya hampir tidak memahami patah demi patah perkataan yang dia ucapkan.

Antaranya dia ucapkan dalam bahasa Manderin " Datanglah sekarang ziarah saya kerana saya sudah tidak ada harapan untuk hidup lagi".

Dek kerana kata-kata itu saya tidak sanggup menangguhkan untuk menziarahi Ah Lee petang itu juga. Saya bergegas sampai dirumah sekitar jam 6.00 petang . Bersama dengan isteri dan pembantu peribadi, Pak Din kami bertiga bergerak ke rumah Ah Lee.

Terkejut saya melihat badannya (seperti gambar) yang jauh sangat kurus dan sangat uzur. Mengikut isterinya, dia mendapat suntikan dos ubat yang berlebihan menyebabkan badannya sudah tidak boleh bergerak dan berjalan lagi.

Semangatnya masih kuat dengan terus menerus mengeluarkan kata-kata dalam bahasa yang separuh saya fahami diselang seli dalam bahasa melayu dan manderin.

Katanya " kita macam adik dengan abang dan sudah kenal lama, saya masih berhajat untuk bantu kamu menang lagi dalam pilihanraya akan datang tapi apakan daya sudah tidak mampu lagi".

Dia memegang tangan saya dengan erat dan membelai pipi saya dan saya sempat mebelai rambutnya yang kelihatan agak jarang dari biasa. Perbualan nya dalam keadaan penuh semangat dan dia nampak cukup gembira dengan kedatang saya dan isteri.

Apa lagi Pak Din adalah rakan baiknya dan dia kalau datang ke pejabat pada masa sihatnya akan berbual panjang dengan Pak Din.

Rasanya begitulah keakraban antara keluarga saya dengan Ah Lee. Teringat pada tahun lepas bila dia bercuti ke Cameron bersama keluarga, saya belanja dia untuk bayar tempat penginapan.

Anaknya cukup menghargai sedikit sumbangan kami dengan mengutuskan sepucuk surat ucapan terima kasih kerana membantu mereka walaupun tidak sebanyak manapun.

Malah balik dari Cameron dia langsung ke rumah saya tanpa balik kerumahnya terlebih dahulu dengan memberikan hadiah sayur-sayuran yang pelbagai jenis dan dalam jumlah yang banyak sehingga mampu saya bahagi-bahagikan kepada jiran dan rakan yang lain.

Pada masa awal dia disahkan mengidap penyakin kanser hati dia menangis sehari sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan memohon bantuan dalam jumlah wang yang agak banyak, habuannya pada masa itu saya mampu untuk tunaikan jumlah yang dia perlukan.

Sekiranya dia kesempitan wang dia tidak segan untuk memaklumkan kepada saya dan rasanya bantuan kepada 3 orang anaknya yang masih bersekolah dalam keadaan isterinya yang tiada pekerjaan perlu saya fikirkan untuk mencari kaedah untuk membantunya.

Itulah Ah Lee yang telah saya doakan dia masuk Islam dan pernah saya ajak dia memeluk Islam , namun dia sudah pergi untuk selamanya.

Diakhir pertemuan dalam keadaan maghrib sudah hampir menjelang tiba, saya mohon diri untuk balik dan saya berjanji dengan dia akan datang lagi beberapa hari lagi. Ah Lee terus menerus bercakap dan mengatakan sesuatu semacam tidak mahu berpisah dengan kami.

Dengan rasa berat hati saya melangkah keluar dari ruang tempat dia terlantar dan berjanji untuk datang lagi. Sebelum itu saya sudah rasa tidak sedap hati dan meninggalkan no talipon di secebis kertas dan saya berpesan kepada anak dan isteri Ah Lee hubungilah saya kalau ada sesuatu perkara penting.

Kelmarin, petang ahad anaknya menalipon saya memaklumkan bapanya dalam usia 50 tahun, sudah pergi untuk selamanya . Saya ucapkan terima kasih dengan berita itu dan sempat bertanyakan bilakan jenazahnya akan disemadikan.

Hari Khamis ini Ah Lee akan disemadikan dan saya pada hari ini bersama dengan Ah Lee san semua staf Pejabat ADUN titi Serong akan menziarahi jenazah Ah Lee.

Rasanya belum cukup terlewat untuk kami sekeluarga dan Seluruh warga blog Cina Islam dan Pusat Khidmat ADUN Titi Serong mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Ah Lee, dengan harapan semuanya bersabar dengan kehilangan orang yang disayangi.

Pemergiannya satu kehilangan kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas Parit Buntar. Usaha gigihnya membantu untuk menghubungkan kami dengan kaum cina di sekitar Parit Buntar adalah usaha yang sukar dicari ganti.

Gambar terakhir saya dengannya pada 15 april lepas.


Ah Lee (kiri sekali) sama-sama meraikan sambutan Hari Terbuka Hari Raya Cina diperkarang Pejabat saya.

Dalam kenangan, Ah Lee duduk disebelah saya untuk mengucapkan "gong xi fa cai" kepada yang hadir dalam perayaan tersebut.

Gambar terakhir saya dengannya pada 15 april lepas.

Pengikut