Pakatan Rakyat |
Posted: 05 Dec 2011 03:54 PM PST | PAS harap bicara RUU PA dipercepat Posted: 04 Dec 2011 04:16 PM PST
| Bangkit isu HIV untuk tutup rasuah Umno Posted: 04 Dec 2011 04:15 PM PST
| Kit Siang: Siapa bohong, Umno atau MCA? Posted: 04 Dec 2011 04:14 PM PST
| Selak kain, singsing lengan bukan cara Islam Posted: 04 Dec 2011 04:10 PM PST
| Gerakan tak mahu agihan kerusi secara terbuka Posted: 04 Dec 2011 04:06 PM PST MALAYSIA KINI Perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tidak wajar dibincangkan secara terbuka, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (bawah, kanan). Beliau berpendirian perbincangan secara terbuka itu hanya akan menjejaskan sokongan dan perhubungan antara parti-parti komponen BN. "Kalau semua pihak bersikap positif maka kita tidak sepatutnya bergaduh, sebenarnya pendirian saya selama ini ialah saya tidak mahu berbincang tentang kerusi secara terbuka. "Tetapi apabila ada pihak yang cuba mengatakan secara negatif tentang kerusi Gerakan, kita hanya membalas dengan niat untuk mempertahankan pendirian parti sahaja. "Namun tidak sesekali berniat memulakan proses yang boleh mencetuskan situasi perbahasan atau pergaduhan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Cyberjaya hari ini. Beliau berkata demikian, sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai laporan kemungkinan Gerakan tidak akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Bachang pada PRU akan datang. Kerusi itu dimenangi DAP pada PRU 2008 dan kerusi itu telah diperuntukkan kepada parti Gerakan oleh BN sejak 1995. Mengenai pengumuman beliau untuk tidak bertanding dalam PRU ke-13, boleh dijadikan senjata oleh pembangkang untuk 'menyerang' dirinya, beliau berkata: "Biar mereka serang saya, saya akan jawap. Saya tidak akan jawab sekarang kerana anda bukan pembangkang," katanya. Mengulas siapa bakal pengerusi BN Pulau Pinang, Koh menjelaskan semua pihak harus mematuhi perlembagaan BN mengenai pelantikan jawatan tersebut, jadi tidak perlu dijawab berulang kali tentangnya. Koh, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang, ekoran itu dipercayai beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang. | Sumpah bai'ah: Umno dipelawa sertai PAS terus Posted: 04 Dec 2011 04:01 PM PST
Cadangan seorang perwakilan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan oleh PAS. Malah, kata ahli parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah itu bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara berkenaan. "Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya. "Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS. "Oleh sebab itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini. Pada perbahasan usul agama di Perhimpunan Agung Umno semalam, wakil Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan sumpah bai'ah diadakan. Bahkan, katanya, bai'ah itu juga bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan berhubung pemilihan calon boleh menang dalam pilihan raya itu. "Saya cukup yakin, yang bercakap tentang calon, dan yang bercakap sabotaj yang membimbangkan, kita buat sumpah bai'ah supaya tidak ada pengkhianat dalam perjuangan kita ini. "Kita bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, kita sokong calon pilihan pucuk pimpinan dan tak akan sabotaj parti ini setuju," kata Komaruldin. Cadangannya lantas disambut oleh perwakilan yang hadir di Dewan Merdeka dengan melaungkan: "Setuju". Mengulas perkara itu, Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan. Katanya, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah. "Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran... kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar. "Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya dipetik akhbar rasmi PAS itu lagi. Menurut Taib, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya. "Inilah salah satu bukti yang boleh dilihat oleh masyarakat... dari segi spiritnya, politik Umno sudah memang terkapai-kapai... jadi apa sahaja yang dia rasa dia boleh capai untuk jadikan tongkat nak selamatkan parti, dia akan guna. "Takkanlah masyarakat nak terima orang yang pakai tongkat untuk memerintah" katanya. | Pua: Pencemaran E coli susu KR1M diremehkan menteri Posted: 04 Dec 2011 03:55 PM PST Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai didakwa cuba meremehkan pengesahan kementeriannya bahawa itu bahawa sampel susu segar dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menang tercemar dengan bakteria E coli. Ahli parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua berkata Liow berbuat demikian pada sidang akhbar semalam dengan memberi penekanan bahawa 13 produk lain yang ditarik balik bukan kerana tidak selamat tetapi kerana salah label. "Beliau dipetik dalam akhbar The Star sebagai berkata 'produk ditarik balik bukan kerana tidak mematuhi peraturan-peraturan makanan tetapi kerana pelabelan yang tidak lengkap, sambil menekankan bahawa ia bukan disebabkan oleh keselamatan makanan'. "Malah, paling mengejutkan The Star langsung tidak menyebut penemuan E coli," kata Pua. Penemuan E coli disahkan apabila Pua dan ahli parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan pada hari Jumaat lalu berhubung aduan mereka terhadap 13 produk yang dipasarkan oleh KR1M. Kedua-dua mereka, sebelum ini, menimbulkan kebimbangan berhubung kualiti dan kemungkinan produk berjenama 1Malaysia berkenaan melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Antaranya membabitkan susu segar, ais krim, susu sejat, krimer manis, minyak sapi, jem buah-buahan, sos tiram, sardin dalam tin dan kari ayam. Liow dilaporkan berkata Pua sepatutnya membawa perkara itu kepada perhatian kementerian dan bukan mendedahkannya di media kerana tindakan itu memberi peluang kepada pembekal untuk menarik balik produk-produk mereka dan menjejaskan siasatan kementeriannya. Menjawap saranan itu, Pua berkata Liow sepatutnya mengeluarkan amaran keras atau bertindak ke atas pembekal susu dan menggesa orang ramai untuk mengembalikan produk KR1M yang telah ditarik balik itu. "(Sebaliknya), menteri itu memilih untuk membidas saya kerana mendedahkan skandal produk makanan 1Malaysia. "Menteri itu perlu sedar bahawa adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya untuk menguatkuasakan keselamatan makanan dan standard kualiti produk yang dijual di kedai-kedai. Ini bukan tugas atau peranan ahli-ahli parlimen pembangkang," kata Pua. Menurut pemimpin DAP itu, hakikat bahawa KR1M telah menjual 14 produk berkenaan untuk selama enam bulan yang lalu tanpa dikesan oleh kementerian itu membuktikan bahawa kerajaan telah gagal melaksanakan peranan mereka. "Kalaulah tidak disebabkan pendedahan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat dan tekanan orang ramai, maka tiada tindakan akan diambil. "Oleh itu Liow tidak sepatutnya cuba untuk meremehkan kejadian itu atau cuba untuk meletakkan kesalahan pada kami," katanya. Bakteria E-coli boleh menghasilkan toksin yang menyebabkan cirit-birit dan dalam sesetengah kes menyebabkan kematian. KR1M, ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bertujuan untuk menyediakan pengguna dengan alternatif bagi membeli barangan pada harga lebih rendah dengan tujuan mengurangkan kos hidup yang semakin menghimpit rakyat. | Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan Posted: 04 Dec 2011 03:54 PM PST Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia. Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang. Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?" ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun
Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP. Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi. Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau. "Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, "the proof of the pudding is in the eating'" beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis. "Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?" Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS. "Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya" kata Najib merujuk kepada DAP. "Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden" tambah beliau mengenai PAS pula. Tikam dari belakang
Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti. "Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno." Jelas Jui Meng. "Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!" Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?
Najib juga menggunakan perkataan seperti 'berwawasan' tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi. Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit. Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno. Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah
Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan "rasuah". Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam. "Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane 'berwawasan'dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui 'pelan permainan' iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru," kata Najib. "Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita. Bukan perkauman atau hipokrit
Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman. "Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional." Ujar Najib. "Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan." Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian. Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat 'kenyataan yang lemah' bahawa Umno bukan bersifat perkauman. "Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun." Ujar Jui Meng. "Tidak ada sebab untuk bicara mengenai "wawasan" atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!" Malaysia Chronicle | Mukhriz yang 'tidak berotak' mengeluarkan teori 'kuasa asing' lama ayahnya Posted: 04 Dec 2011 03:50 PM PST Timbalan Menteri Perdagangan Mukhriz Mahathir diserang bertubi-tubi selepas memberitahu kongres Umno bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat bekerja dengan "kuasa-kuasa asing" bagi perlawanan di Malaysia. "Mukhriz meracau tidak padan bagi seorang timbalan menteri. Beliau seolah-olah mengikut tabiat bapanya untuk menimbulkan dalam fikiran komplot tidak masuk akal dan tidak wujud. Beliau tidak mendatangkan sebarang bukti bagi membuktikan fitnah beliau terhadap Pakatan Rakyat," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle. "Seperti bapanya, dia adalah pembohong yang jelas. Malah, parti Umno adalah satu ancaman kepada kebebasan semua rakyat Malaysia dan merompak sumber Negara melalui rasuah dan kronisme. Umno adalah seperti kanser yang melemahkan dan perlahan-lahan membunuh negara ini. Mereka mesti dihentikan. " Bayang pucat
Memanggil Anwar "terdesak", Mukhriz menuduh pembangkang menggunakan demonstrasi jalanan untuk bersubahat terhadap BN. Seperti yang dikatakan Surendran, Mukhriz tidak menawarkan bukti, tetapi itu tidak menghalangnya daripada memanggil Pakatan "alat baru" bagi kuasa-kuasa asing yang tidak dinamakan. "Sama ada anda sedar atau tidak, pihak pembangkang adalah alat yang barubagi kuasa-kuasa asing. Pembangkang mendapat banyak pembiayaan dan banyak lagi bantuan-bantuan lain untuk mencapai matlamat mereka yang mereka telah cipta sebagai perubahan rejim. Soalan saya ialah, adakah kita akan membenarkan era baru penjajahan berlaku di sini? " Mukhriz memberitahu para perwakilan yang menghadiri kongres pada hari Khamis. Tetapi tidak ada sambutan bisikan atau kekaguman. Ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia telah mendengar baris ini terlalu kerap sebelum ini. Mahathir akan melabelkan sesiapa yang berada di dalam rekod teruknya sebagai sekumpulan dengan sama ada Amerika Syarikat atau Israel atau kedua-duanya. Bagi Mukhriz, bayangan pucat autoritarian dan Machiavelli bapanya, sikap yang sama tidak mengejutkan. Ia hanya mengesahkan pandangan ramai yang menghina beliau tiada apa-apa tanpa bapanya. "Dia tidak mempunyai fikiran sendiri atau idea-idea baru bagaimana untuk membawa Umno ke hadapan. Dia hanya boleh meminjam dari bapanya dan timbul cakap-cakap bahawa bapanya mahu untuk menolak Najib bagi memihak kepada Muhyiddin (Yassin,Timbalan Presiden Umno) supaya Mukhriz boleh bergerak lebih dekat dengan kerusiPerdana Menteri, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle. "Ini masa depan sedih yang menanti ahli-ahli Umno, mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan seorang pemimpin baru yang berkaliber. Tiada darah baru yang boleh membawa parti ke hadapan. Hanya kasut lama yang akan membuli dan menakut-nakutkan mereka sepanjang jalan." Menyiapkan dirinya bagi jawatan Ketua Pemuda?
Mukhriz dalam pemilihan dalaman 2009 Umno telah kehilangan jawatan Ketua Pemuda ke saingan sengitnya Khairy Jamaluddin. Walaupun kegagalan untuk mendapatkan sokongan, Mukhriz telah dibuat timbalan menteri manakala Khairy adalah diketepikan kerana melangkah bendul yang terlalu banyak dalam Umno termasuk, Mahathir apabila Abdullah Badawi bapa mertua beliau menjadi perdana menteri. Adalah jelas bahawa Khairy akan ditunjukkan pintu, dengan Muhyiddin sendiri mengatakan bahawa sayap Pemuda Umno telah kurang berprestasi dan tidak aktif seperti kumpulan sebelumnya. Sama ada Khairy memilih untuk mempertahankan jawatannya atau membaca tulisan di dinding dan mengambil langkah ke tepi, ia agak pasti Mukhriz akan mendapatkannya. Dan kali ini, dengan Mahathir yang mempunyai genggaman tangannya pada Umno -terima kasih kepada Najib yang lemah - anaknya kelihatan berkemungkinan untuk menang. Dan ini akan menjadi satu lagi hari yang menyedihkan bagi Umno, yang sudah mempunyai terlalu banyak hari sedih. Malaysia Chronicle | Guan Eng: Pakatan beri harapan baru, Umno terus guna isu kaum Posted: 04 Dec 2011 03:42 PM PST KUALA LUMPUR— Umno terus menggunakan "senjata perkauman" untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia. "Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat. "Umno sebenarnya pengecut kerana rela memfitnah anak 15 tahun saya mencabul kehormatan seorang gadis dan saya telah bayar RM200,000 untuk menutup kes ini," kata beliau lagi dengan siri ucapan dan kenyataan pada perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir semalam. Menurut Lim, dalam Perhimpunan Agung Umno pula parti itu memainkan perkauman dengan menyasarkan DAP dan cuba menakutkan rakyat bahawa kononnya ia mahu merampas jawatan perdana menteri sedangkan ramai tahu bahawa hanya bertanding bilangan kerusi Parlimen yang paling kecil di kalangan komponen Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen manakala PAS 66 dan PKR pula di 97 kawasan. "Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan Rakyat? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu," kata beliau pada Kongres DAP Wanita Pulau Pinang Pertama Di Red Rock Hotel, George Town hari ini. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata walaupun pada awalnya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat sebagai tidak berpengalaman untuk mentadbir kerajaan, namun kejayaan mentadbir Pulau Pinang serta di negeri Kedah, Selangor dan Kelantan telah menunjukkan bahawa "kita tidak berpengalaman tentang rasuah dan kronisme yang dibudayakan dalam parti pemerintah (BN) di peringkat kerajaan pusat." "Dalam aspek ini, wanita memainkan peranan penting untuk menggerakkan perubahan untuk Bersihkan Malaysia. Bagai seorang ibu kepada anaknya, wanita mampu memberikan harapan kepada generasi muda negara bahawa masa depan akan lebih baik kerana kita semua sanggup berusaha untuk menjamin kesejahteraan mereka," katanya lagi. "Lihatlah, sungguhpun kaum wanita lebih bermoral dan beretika serta jauhi diri daripada rasuah dan penyelewengan bila masuk Umno dan BN jadi lain pula. Sampai seorang Ahli Parlimen Umno (Datuk) Bung Moktar (Radin) yang suka menghina kaum wanita tidak boleh memandu dan yang lagi kesat dan lucah sehingga tidak senonoh untuk disebut di sini boleh menjadi hero kerana berani minta Menteri Pembangunan Wanita (Datuk Seri Shahrizat Jalil) itu letak jawatan," katanya lagi. Lim menambah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang martabatkan Wanita di Pulau Pinang, pemimpin wanita diberi peluang untuk berdiri sama tegak dengan pemimpin lelaki dalam menerajui tampuk pentadbiran negeri. "Kita amat bangga kerana daripada daripada 148 Yang Dipertua dan Datuk Bandar di Malaysia, hanya terdapat empat orang wanita dan daripada empat ini, dua adalah di Pulau Pinang iaitu Yang Dipertua MPPP dan MPSP. "Kita juga mempunyai Pegawai Daerah wanita yang pertama di Semenanjung Malaysia, dan wanita-wanita berkaliber sedang menjawat jawatan paling tinggi dalam badan-badan kerajaan negeri termasuk George Town World Heritage Incorporation, Penang Global Tourism dan InvestPenang," katanya. Lim juga berkata, rakyat mesti membersihkan Malaysia demi menghalang BN menang balik Pulau Pinang dan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13, di mana akan dipimpin oleh puak rasis yang anggap bukan Melayu warganegara kelas ketiga dan Melayu mudah ditipu supaya rasuah yang bermaharajalela. "Pada hari ini, negara dan negeri kita berada di ambang perubahan. Di satu pihak kita sedang menghadapi krisis moral di peringkat kerajaan persekutuan yang bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman. "Pada hari ini, negara terus meruncing kerana pentadbiran yang tidak telus oleh Umno-BN. Kepimpinan yang lemah oleh Perdana Menteri Najib Razak menyebabkan agenda transformasi yang dilaung-laungkan oleh kerajaan persekutuan gagal sama sekali," katanya lagi. Malah kata beliau, laporan Indeks Persepsi Rasuah terbaru menunjukkan Malaysia merundum lagi, kali ini di tangga ke-60 daripada tangga ke-56 tahun lepas. "Ini merupakan prestasi paling teruk dalam tempoh 10 tahun," katanya lagi. Katanya, DAP dan Pakatan Rakyat menawarkan satu harapan baru kepada rakyat Malaysia bahawanya negara tidak perlu menuju ke arah kemerosotan seperti masa kini. "Kita di Pulau Pinang telah membuktikan bahawa, kerajaan yang cekap, amanah dan telus mampu membela kebajikan rakyat dan bukan setakat itu, malah mampu memacu ekonomi ke paras yang lebih tinggi," katanya lagi. | Susulan siri tekanan, Aziz Bari tidak nafi timbang keluar UIA Posted: 04 Dec 2011 03:41 PM PST Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR ― Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak menafikan beliau akan meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ekoran siri tekanan termasuk siasatan baru-baru ini berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja. The Malaysian Insider difahamkan beliau akan meninggalkan perkhidmatan di UIA awal tahun depan. Malah difahamkan Aziz (gambar), 52, telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan UIA baru-baru ini dan diberi 'penjelasan' mengenai kedudukan semasa. "Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik. Beliau enggan mengulas lanjut mengenai aspek tersebut tetapi difahamkan sudah tidak tahan dengan tekanan dan cara UIA melayan beliau sejak kebelakangan ini. "Selama ini pun, sebelum isu Sultan ini timbul, universiti sudah sedia tidak senang dengan saya," katanya dengan mengatakan bahawa surat tunjuk sebab yang diberikan UIA Oktober lalu merupakan surat tunjuk sebab ketiga. "Itu sudah cukup untuk menunjukkan hebatnya tekanan ke atas UIA. Dalam kes ini kononnya pihak istana turut mengenakan tekanan. Ini semua menyukarkan saya untuk terus berada di UIA," katanya lagi. Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred 'A'. Ditanya mengenai hal ini beliau berkata: "Di atas kertas saya fikir saya layak." "Saya sudah berumur 52 tahun dan telah menerbitkan sembilan buku mengenai pelbagai aspek perlembagaan (saya sedang menyiapkan yang ke-10). "Saya juga telah menerbitkan lebih 70 bab dalam buku dan artikel jurnal di samping telah membentang lebih 150 kertas dalam pelbagai seminar dalam dan luar negara. Saya telah menyumbang lebih 400 artikel popular dalam media selain sering dipetik oleh media cetak, elektronik dan portal," katanya lagi. Bagaimanapun, katanya, UIA menghadapi dilema kerana kalau hendak mengekalkan beliau pun tak boleh apalagi hendak menaikkan pangkatnya. "Jadi dalam keadaan demikian apa lagi pilihan saya selain meninggalkan UIA," tambahnya. Dalam pada itu difahamkan Aziz ada menerima tawaran dari tempat lain. "Saya komited dengan dunia akademik tetapi keadaan tidak membenarkan. Selain isu (Kolej Universiti Islam Selangor) KUIS saya juga pernah diperlakukan begitu di Perak tahun lalu. dan sebenarnya semakin banyak agensi dan media yang dilarang membawa kenyataan saya," kata beliau. Aziz menambah, beliau sedih kerana pelajar-pelajar yang menanggung risiko, khususnya yang mengikut pengajian doktor falsafah di bawah penyeliaannya. "Apa pun saya tidak menyesal; saya boleh meneruskan perjuangan saya di mana-mana. Mereka boleh halau saya tetapi mereka tidak boleh rampas ideal dan tekad saya," katanya. Dalam pada itu sumber menambah, ada pihak yang tidak mahu UIA memecat Aziz kerana itu akan memburukkan imej Umno-BN. "Apa pun surat tunjuk sebab UIA itu tidak cukup kuat untuk memecat beliau," katanya lagi. Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti. Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Akhir bulan lalu, Aziz memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau tiada langsung cita-cita mahu menyertai politik ataupun bertanding pilihan raya meskipun kalangan pemimpin Umno mencabarnya berbuat demikian. Katanya, memberi pandangan di pentas ceramah pembangkang termasuk PKR baru-baru ini bukan bermakna beliau berhasrat mahu terjun ke dalam arena politik. | Percayalah, Putrajaya akan batal pindaan Akta Kerja Posted: 04 Dec 2011 03:38 PM PST Oleh Khalid Jurait ANALISIS — Ini bukan gimik dan ia juga bukan sebagai provokasi. Akan tetapi semua pihak akan mendapat keuntungan daripada keputusan yang dibuat, dalam erti kata 'win-win situation'.Semua akan mendapat faedah daripada keputusan ini sama ada dibuat secara paksa atau tidak. Kerajaan tidak ada pilihan! Ini kerana golongan pekerja atau buruh ini faktor sangat kukuh yang boleh menumbangkan kerajaan. Terbukti di mana-mana negara luar atau sejarah silam. Statistik Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa golongan pekerja bawahan keseluruhannya ialah 85 peratus manakala daripada kumpulan Pegawai Kanan dan Pengurus 8.5 peratus dan profesional pula 6.5 peratus. Andainya di saat-saat akhir dalam pilihan raya umum yang diadakan tidak lama lagi, keputusan mengejut kerajaan menarik balik pindaan ini pastinya akan memberi satu talian hayat yang amat kukuh bagi parti pemerintah (BN). Percayalah, ia akan berlaku. Ini sudah pasti kerana ia merupakan talian hayat buat meningkat sokongan mengundi secara total. Ini disebabkan para pekerja dan buruh itu terdiri daripada semua rakyat tidak kira dari kalangan ahli keluarga Umno sendiri, PAS, PKR, MIC, MCA, DAP, PPP dan segala macam parti dalam komponen BN atau Pakatan Rakyat. Berapa keratkah kalangan ahli keluarga sanak saudara pemimpin pelbagai parti ini yang menjadi pengurus, dan berapa ramai yang hanya 'makan dan tidur' dan tidak bekerja? Isu pindaan Rang Undang-undang Kerja yang diluluskan oleh Dewan Rakyat 6 Oktober lalu sememangnya amat berisiko bagi kerajaan sekarang untuk tumbang. Pindaan baru ini memang jelas mengembalikan era zaman 'Kunta Kinte'. Pekerja dengan mudahnya 'dijual' kerana dipindahkan dari satu majikan kepada majikan yang lain oleh orang tengah iaitu sistem kontraktor bagi tenaga kerja. Kelulusan mewujudkan sistem kontraktor bagi tenaga kerja sebagai orang tengah antara pekerja dengan majikan ini, menyebabkan semua pekerja tidak dapat pembelaan kebajikan dan hak-hak mereka dengan telus dan berkesan. Selain bertentangan dengan prinsip-prinsip Pertubuhan Buruh Antarabanagsa (ILO) sebarang perjanjian yang dimeterai oleh pekerja tidak kukuh, hanya orang tengah (kontraktor bagi tenaga kerja) yang berurusan dengan pekerja secara rasmi atau hitam putih, bukan terus dengan majikan. Pada hal kontraktor bagi tenaga kerja ini majikan prinsipal. Tatkala sokongan kaum Cina amat rendah buat BN, maka undi penentu ialah kaum Melayu dan India. Tetapi bukankah dua etnik inilah yang paling ramai mempelopori kerja makan gaji sebagai buruh atau kelas pertengahan? Maka kerajaan tidak ada pilihan. Suara dua kaum utama ini perlu didengar. Bahkan pula, rata-rata pihak pemimpin kesatuan sekerja 'cerdik' mengambil kesempatan iaitu dengan tegasnya mengistiharkan bahawa mereka akan melobi semua ahlinya untuk menyokong mana-mana parti politik yang senada dengan mereka dalam membela nasib pekerja. Maka isu ini sebagai 'bola tanggung' bagi pihak pembangkang. Ini kerana seperti disebutkkan tadi, para pekerja bukan sahaja terdiri daripada anak-anak dan ahli keluarga pembangkang, tetapi juga ahli keluarga saudara mara parti pemerintah juga. Bagi pengundi atas pagar, apatah lagi. Mereka tidak gusar membuat keputusan dalam keadaan tertekan. Pastinya semua masih ingat ketika harga minyak RM2.70 seliter dahulu. Bahkan ahli Umno sendiri yang tertekan demi survival hidup. Maka mereka sanggup 'membelot' dan memangkah pembangkang di atas kertas undi. Dari data tahun 2010, jumlah buruh tempatan secara keseluruahnnya ialah 10,864,300 manakala buruh asing pula 1,542,500 orang. Jika separuh dari lebih 10 juta orang pekerja tempatan ini berperanan di atas kertas undi, landskap politik negara akan berubah. Dahulu pun, Indonesia berubah tampuk pemerintahan di kala krisis ekonomi. Begitu juga di Mesir dan negara-negara lain. Isunya ialah masalah kehidupan berkaitan ekonomi. Walaupun jika cuba dinafikan ia akan berlaku di Malaysia, akan tetapi kesan jelas dari pengamalan sistem kontraktor bagi tenaga kerja yang diluluskan ini akan menekan kehidupan dan ekonomi seharian majoriti rakyat. Ini pasti berlaku. Saya optimis, kerajaan akan sudi pandang ke belakang walaupun sukar. Sejarah menunjukkan perjuangan buruh di serata negara dunia ini memang sukar berpihak kepada parti pemerintah. Paling tidak, ada kesannya. Tidak kira cepat atau lambat, pasti berpihak kepada pekerja. Rujuk kes perjuangan Kesatuan Sekerja Guppy Plastic Industries. Walaupun mereka kalah pada 31 Mei 2006 akan tetapi rayuan telah dibuat pada 19 Julai 2006. Pengakhirannya, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md. Yusof mengistiharkan kemenangan mereka pada 14 Disember 2009 dan mendapat pampasan serta ganti rugi. Lambat laun semua pihak akan akur juga suara pekerja. Sesungguhnya pekerjalah yang membangunkan negara. Maka apakah parti pemerintah dan parti pembangkang buat? Mereka dua kelompok ini hanyalah 'pengurus' dalam mentadbir negara dalam erti kata sebagai periksa dan seimbang. Itu saja. Riuh rendah konflik, kontroversi dan polemik memang lumrah mereka, tetapi pembangunan negara tetap digerakkan oleh pekerja. Kesimpulannya ialah, sesiapa yang menjuarai isu ini ibarat mendapat pedang sakti yang menguasai medan tempur dalam perjuangan. Khas untuk pilihan raya ke-13 ini. Impak pindaan akta ini umpama letusan gunung berapi, dan bukannya empangan yang pecah. Empangan yang pecah boleh dibaiki dan dibina semula. Gunung berapi yang meletus tidak boleh dibaiki dan diubah langsung. Ia kekal. Ia juga seperti jaringan gol 'sudden death' dalam perlawanan bola sepak atau serupa jaringan penalti Baddrol Bahtiar 5-4 di Sukan SEA tempoh hari. Keputusan yang dibuat pasti mencorakkan sejarah negara. Semoga semua pihak berperanan membela pekerja-pekerja yang banyak berjasa kepada negara. Janganlah jadikan hal isu pindaan Akta Kerja 1955 ini sebagai isu kecil walhal ia tampak bak nila yang setitis tetapi sudah cukup merosakkan susu sebelanga. Maka tidak salah untuk kerajaan menundukkan ego demi kebajikan rakyat dan pasti menaikkan sokongan pengundi. Bukankah kegusaran terpancar dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini? Juga, tidak rugi juga pembangkang membantu meningkatkan suara hati pekerja kerana mereka juga sedang mencari tongkat sakti untuk memerintah. Pasti juga pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan MTUC akan dijulang jika bersama-sama membantu menjadi orang tengah dalam kemelut isu ini. Ini lah yang dikatakan semua pihak dalam 'keadaan menang-menang'. Semoga sumbangan tulisan yang sekelumit ini membuka mata semua pihak memperincikannya untuk tindakan, dan seterusnya memberi sumbangan yang besar kepada para pekerja semua khasnya dan negara kita Malaysia amnya. Mudah-mudahan kita seluruh rakyat Malaysia dapat menyambut suatu perayaan khas tatkala beberapa hari sebelum saat mengundi pada pilihan raya umum ke-13 ini dek kerana Rang Undang-undang Kerja 1955 ini ditarik balik! Saya pasti. | Lebih baik diperkuda dari diperlembukan, Pakatan jawab Umno Posted: 04 Dec 2011 03:34 PM PST SHAH ALAM — Selepas berhadapan dengan serangan bertubi-tubi Umno ketika perhimpunan mereka hujung minggu lalu, Pakatan Rakyat pula menggunakan platform rapat umum malam tadi untuk melawan pesaing politiknya dengan mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah gagal memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia. Malah, dengan menggunakan sepenuhnya dakwaan salah guna dana dan penyelewengan dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan kemerosotan indeks persepsi rasuah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menyerang balik Umno yang hujung minggu lalu melemparkan siri tuduhan, dakwaan dan tanggapan negatif mengenai mereka. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, tanpa ragu-ragu Umno telah bertindak secara tidak bermoral dengan menyalahgunakan dana yang dikhususkan bagi projek NFC dan kemudian mempertahankan Ketua Wanitanya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Projek NFC diuruskan oleh keluarganya Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Isu berkenaan dengan masalah dalam NFC pertama kali terdedah menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2010. Kemudian, kepimpinan PKR mendakwa suami Shahrizat, Datuk Mohamed Salleh Ismail telah menggunakan berjuta-juta ringgit dari dana NFC dalam urusan dalam termasuk pembelian dua unit kondominium mewah bernilai RM13.8 juta dan perbelanjaan peribadi. "Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka. "Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka," kata Anwar di Stadium Malawati di sini malam tadi. Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKr Azmin Ali. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk Samad Said, yang muncul ikon baru dalam arena sosiopolitik negara ketika perhimpunan Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, Julai lalu. Hadi juga menyentuh skandal NFC dengan menafikan segala tuduhan dilemparkan oleh Umno ketika perhimpunan agung tahunannya. Sepanjang hujung minggu lalu, Umno mendakwa PAS dipergunakan oleh DAP manakala MCA pula mengatakan bahawa DAP berada dalam telunjuk PAS. "PAS diperkudakan oleh DAP. DAP diperkudakan oleh PAS... Umno diperlembukan," katanya. "Lebih baik diperkuda daripada diperlembukan kerana kuda untuk perjuangan, lembu untuk disembelih," kata beliau. | ||||||||
Posted: 05 Dec 2011 03:53 PM PST Bung Mokhtar sticks to stand that Shahrizat must quit over NFC KUALA LUMPUR, Dec 5 — Datuk Bung Mokhtar Radin today stood his ground and repeated his stand that Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil resign over the cattle scandal, despite growing criticisms from within Umno over his position. The Kinabatangan MP's action has earned him the ire and scorn of Umno supporters, with pro-Umno bloggers criticising him and going out of their way to defend the embattled Shahrizat. In response, the outspoken Umno supreme council member said he was "well aware" that his remarks have made him unpopular among members within his own party, but stressed that the reason he did so was out of concern for the future of the Malay party. "If there are even little cracks within Umno, it can cripple and destabilise the party in the elections. Whether or not this move of mine is seen as part of a vested interest, it is up to people to judge," Bung Mokhtar (picture) told The Malaysian Insider. "I do not expect my views to be agreed upon by all in my party. Everyone has differing views, so there will be a response, but I needed to say what has not been said," he said. The senior lawmaker, who hails from Sabah, charged that it was his "responsibility" to speak out on the matter, saying that he wanted to avoid the issue being a liability to Umno. "I do not deny that Shahrizat has brought a lot of good to Umno, to the country, but it is not enough when there are mistakes," he said. In their attacks against Bung Mokhtar, pro-Umno bloggers have outlined Shahrizat's past achievements and contribution as Wanita chief and a Cabinet minister. But the senior Barisan Nasional (BN) backbencher stressed that Umno needed to look at what was happening "right now," and how the National Feedlot Centre (NFC) issue was a dangerous one to the party if not dealt with effectively. "Times are changing, people do not want to hear about history or past glories. We cannot continue to rely on Umno's history, we need to look beyond this," Bung Mokhtar said bluntly. He appears to be the lone voice in addressing the touchy cattle scandal, as others appear to avoid or skirt the issue altogether. When addressing delegates during the women wing's assembly, Shahrizat said she had nothing to do with the RM250 million federally-funded cattle farming project and instead urged PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to resign over the allegations. She reportedly earned wild applause from wing members during her speech. The Malaysian Insider however understands that Shahrizat's explanation had failed to satisfy a number of leaders in the party who, like Bung Mokhtar, believe the senior minister should bow out of the coming polls. Bung Mokhtar has been openly critical of the NFC scandal and was the first Umno leader who called on Shahrizat to explain herself. The Auditor-General's Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now "in a mess". The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set. But Agriculture Minister Datuk Seri Noh Omar responded on October 31 that the project was a success as it met its target of 8,000 cattle by 2010 once 5,742 slaughtered cattle were taken into account. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |