Ketika artikel ini ditulis Perhimpunan Agong UMNO sedang berlangsung. Isu besar yang dibincangkan adalah persediaan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), dalam berhadapan dengan musuh politik. Pada saya, UMNO boleh serang, sindir, kutuk dan hentam parti lain. Tetapi, kepada parti PAS dan kerajaan tadbirannya (Kedah dan Kelantan), carilah pendekatan lain, berbincanglah, belajarlah berjinak-jinak dengan PAS. Jika UMNO terus mengambil pendekatan bermusuh dengan PAS, kedua-dua belah pihak akan kalah, percayalah.
Tidak ada cara lain untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU 13, melainkan PAS dan UMNO mesti boleh duduk semeja dan paling baik bersatu. Pedulikan yang lain. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Tidak mengapa. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.
Sama ada PAS atau UMNO yang memimpin kerajaan, itu sudah tidak penting lagi hari ini. Keperluan yang amat mendesak, tampok pemerintah mesti diterajui oleh umat Islam. Janganlah kata pak lebai tidak pandai memerintah, UMNO sahaja yang pandai. Apa yang penting, jangan biarkan ultra kiasu dan sekutunya berkuasa. Biarkanlah PKR dengan agenda bersama ultra kiasu. Jika PAS dan UMNO menunjukkan sikap positif antara satu sama lain, maka kecutlah kedua ultra kiasu ini.
Jangan terlalu apologetik dengan bukan Islam, sehingga terpaksa menghinakan diri sendiri, seolah-olah kita adalah peminta sedekah di bumi sendiri. Saya amat yakin jika UMNO dan PAS bersatu, masa depan amat cerah.
PAS perlu sedar, tidak ada ertinya PAS menang bersama pakatan ultra kiasu, kerana PAS tidak akan dapat meneruskan agenda Islamnya. Pakatan ultra kiasu tidak pernah bersetuju. Walaupun di sana agak ramai orang Islam. Tetapi saya amat yakin, jika PAS bersama UMNO, suatu hari pasti akan tercapai cita-citanya. Jika tidak di peringkat pusat, paling tidak, di peringkat kerajaan negeri. Itupun apabila kerajaan pimpinan negeri Kedah ditanya tentang hudud, ia bukan prioritinya. Mesti adalah hikmah di sebalik. Pengajaran di luar negara menunjukkan, apabila Hamas memenangi pilihan raya di Palestin, begitu juga parti Islam di Tunisia dan lain-lain, hudud bukan agenda utama mereka. Bukan ia tidak penting, tetapi ada agenda yang lebih besar dari hudu, terutama agenda memperkasakan umat Islam agar menjadi lebih kuat, berhadapan perancangan kafir laknatullah.
Berdasarkan analisas saya, PAS sukar untuk menambah banyak kerusi dalam PRU 13, berbanding pakatan ultra kiasu. Walaupun begitu, kedudukan PAS amat unik. PAS boleh menjadi penentu kepada nasib pakatan ultra kiasu dan masa depan Islam. Ingatlah, PAS bukan musuh UMNO, UMNO bukan musuh PAS. Musuh sebenar PAS dan UMNO adalah ultra kiasu dan sekutunya.
Persoalannya, bagaimana hendak menyatukan antara PAS dan UMNO? Usaha-usaha hendaklah dirintis, mulai dari sekarang. Walaupun perjuangan kedua-dua parti ini agak berbeza, tetapi matlamat tetap sama. PAS terlalu obses dengan hudud dan negara Islam, manakala UMNO lebih fokus kepada pembangunan yang didakwa bersifat sekular dan salah urus tadbir. Di manakah titik pertemuan kedua ekstrim ini? Jika PAS adalah kelemahan, UMNO pun begitu. Tidak sepatutnya kita saling memperkuat antara satu sama lain dan sama-sama atasi kelemahan yang berlaku. Tidak perlulah saling sakit menyakiti.
PAS mahukan hudud, tetapi pakatannya tidak. Begitu juga UMNO, terpaksa 'menolak' hudud, kerana mahu menjaga hati parti komponen bukan Islam yang lain. Jika UMNO bersetuju dengan PAS, maka undi bukan Islam semakin merosot. Persoalannya, adakah selama ini bukan Islam mengundi UMNO atau BN walaupun selama ini kita menjaga hati mereka? Jawapan saya tidak! Jika ya, sudah tentu banyak kerusi yang dimenangi oleh BN. Statistik menunjukkan sebaliknya, majoriti bukan Islam mengundi ultra kiasu. Persoalan lagi, perlukah kita terlalu mengharapkan undi bukan Islam? Sudah sampai masanya persoalan ini difikirkan bersama.
Saya tidak pasti cakap-cakap yang mahu meletakkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Bukit Bintang, diikuti calon DAP di kawasan Melayu. Saya yakin, Mat Sabu pasti akan menang besar. Sifirnya amat mudah, jika Mat Sabu menang dengan majoriti besar manapun, Mat Sabu tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa bukan Melayu telah dan menyokong dan menolong PAS, kerana mengundi Mat Sabu adalah mengundi ultra kiasu, bukan PAS. Jangan haraplah hudud boleh dilaksanakan, sekalipun Mat Sabu atau calon PAS menang di kawasan majoriti Cina.
Ultra kiasu amat bijak. Hari ini mereka cuba memperalatkan Melayu untuk bertanding atas tiket mereka. Jika Mat Sabu diletakkan di Bukit Bintang, tidak mustahil calon Melayu ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti Melayu. Jika perancangan ini berjaya, yang menang bukannya, PAS, tetapi tetap ultra kiasu, dari segi strategi dan perancangan masa depan. Melayu tetap diperalatkan sepertikan yang berlaku dalam sektor ekonomi dan perniagaan. Melayu dijadikan alat untuk melariskan jualan dan mendapatkan tender, sedangkan kuasa kepada Melayu langsung tidak diberikan.
Justeru, sudah sampai masanya permainan licik ini membuka mata hati kita agar tidak tertipu. Ingatlah, ultra kiasu telah bersedia di utara dan selatan. Jika dikepungnya kita nanti, yang saya yakin kekuatan mereka jauh melebihi kita, terutama negara yahudi itu, maka tamatlah riwayat kita nanti. Apakah kita tidak menjangkakan perancangan seperti ini akan berlaku? Negara yahudi selatan tanah air selalu dikunjungi. Justeru, sudah sampai masa agenda Islam difikirkan oleh PAS dan UMNO. Lupakanlah PKR. Mereka ibarat melukut di tepi ganting, jika PAS meninggalkannya.
Langkah pertama yang harus dilakukan adalah, kurangkan pertikaman lidah atau sindir menyindir. Bersangka baiklah antara satu sama lain. Itu lebih baik daripada menggunakan pelbagai platform untuk hentam menghentam. Beralah bukan semestinya kalah. Jika setiap daripada kita terus mahu menyinsing lengan, terburailah segala kelemahan kita. Percayalah UMNO tidak boleh bergantung harap kepada undi parti komponen BN yang lain, terutama MCA dan Gerakan.
Kedua, UMNO dan PAS perlu berbincang soal perlaksanaan hudud di Kelantan, jika itulah yang dimahukan oleh kerajaan PAS. Lagipun rakyat Kelantan telah memilih. Berikanlah mandat tersebut kepada mereka. Jika tidak secara terbukapun, buatlah secara tertutup. Tetapi jangan terlalu menampakkan penolakan tersebut. Saya yakin itu sudah dapat mengecutkan pakatan ultra kiasu.
Ketiga, PAS jangan terlalu berdendam terhadap UMNO disebabkan oleh dosa-dosa pemimpin masa lalu. Mari kita bina masa depan bersama kerana yang berlalu telahpun berlalu. Tidak ada ertinya jika terus dikenang-kenang. Masa lalu dan masa kini, sudah tidak penting lagi. Masa depan itu adalah segalanya. Jika Islam terus menyinari, yakinlah bumi ini pasti diberkati.
UMNO pula janganlah terlalu apologetik dengan MCA dan Gerakan, kerana belum tentu mereka mengundi UMNO. Tetapi saya amat yakin UMNO tetap mengundi MCA dan Gerakan yang bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sebab itu, UMNO selalu kalah kerana beralah, MCA dan Gerakan tetap menang, walaupun kalah atau menang. Inilah politik Melayu yang amat merugikan masa depan Islam. Bersatulah demi Islam
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
You are subscribed to email updates from RIDHUAN TEE To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati, malam semalam... Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.
Adakah Hadi sedar yang dia cakap tak serupa bikin... Bila orang mengata puak dia, dia marah tapi dia mengata orang tak salah pulak... Inikah ajaran Islam yang di bawa oleh PAS? Saling mengata dan berprasangka buruk terhadap orang lain?
Umno tidak pernah mengaku di lembukan tapi Hadi mengaku PAS di perkudakan oleh DAP!!! Malang sungguh puak PAS!!!
Mungkin penyokong-penyokong Pas tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi itulah hakikat yang perlu mereka terima.
Apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Razak adalah benar... dan tujuannya berkata demikian adalah untuk menyedarkan puak PAS! Sampai bila PAS harus di perkudakan?
Di bawah bukti PAS diperkudakan oleh DAP!
Kalau aku jadi orang PAS... Dah lama aku langkah mayat Karpal Singh ni!!
Pas hanya menyokong apa juga yang dicadang atau dilaksanakan oleh DAP. Dalam bahasa mudah, Pas hanya layak menjadi 'pak turut', bukannya memberi cadangan atau menentang tindakan DAP atau PKR.
Pas tidak akan berupaya melakukan apa-apa pun selagi bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalaulah dalam soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri pun Pas tidak boleh memberi pandangan, apatah lagi isu-isu lain.
Sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas harus bertindak jujur dan bertanya sesama sendiri sejak bila pula PKR dan DAP mendapat pandangan Pas sebelum membuat sesuatu kenyataan atau tindakan?
Pas perlu sedar supaya dalam pilihan raya umum akan datang parti itu tidak diibaratkan seperti melukut di tepi gantang dan akhirnya mengakibatkan 'yang dikejar tak dapat dikendong berciciran.'
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.
Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Katanya lagi, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.
"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.
"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.
Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.
Jelas kita lihat blogger pembangkang sudah kehabisan modal... Dan sebenarnya apabila nama Musa dikaitkan dengan penyanyi ini, tak banyak yang percaya, kecuali yang tak waras.
Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan ditentukan oleh jentera parti bekerjasama erat dengan calon boleh menang, dan seterusnya mewujudkan parti yang menang pada pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, faktor calon boleh menang semata-mata belum tentu menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada jentera pilihan raya parti di kawasan masing-masing.
"Peringatan kepada kita semua, calon boleh menang itu seorang sahaja bagi setiap kawasan, setiap kerusi... kalau nak harapkan calon boleh menang bawa diri sendiri, bawa badan dia sahaja, dia tidak boleh menang.
"Kalau sekiranya calon boleh menang itu hanya atas kertas, seorang diri hebat, (dia) tidak akan menang kalau tidak mendapat sokongan jentera-jentera UMNO, orang UMNO yang tidak bernama, yang tidak ada jawatan, yang bertungkus lumus kempen siang malam membantu beliau, dia akan jadi calon kalah," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di sini, hari ini.
Beliau berkata, UMNO kini telah mempunyai formula winning Prime Minister (Perdana Menteri yang menang) dan "winning candidate" (calon yang menang) serta perlu diperkasakan dengan tekad dan perpaduan ampuh anggota UMNO di setiap peringkat untuk mewujudkan winning party parti yang menang.
Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah nak mati....
Kes ini sama seperti kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Nasib baik mamat ni tak mati.. kalau mati UMNO juga yang di persalahkan...
Yang peliknya... Mamat ni di temui dengan hanya memakai seluar dalam dan hilang ingatan! Ada orang cuba liwat dia ka? atau ada Ketua samseng belasah dia sampai hilang ingatan? ---
Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.
Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi.
Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.
Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.
Mangsa yang sudah berumah tangga dan bekerja sebagai pemandu kren di Pelabuhan Klang, dikatakan mengalami keretakan di pergelangan tangan kanan, cedera ringan di lutut kiri selain keretakan tulang tengkorak di bahagian mata kiri.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berada dalam keadaan stabil.
"Kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan sebiliknya ialah pukul 1 pagi iaitu sebelum lelaki itu masuk tidur.
"Pagi ini, rakannya itu bangun untuk solat Subuh di surau tetapi mangsa tiada di katil dan dia terus pergi ke surau kerana menyangka mangsa berada di sana.
"Bagaimanapun ketika pulang dari surau, dia ternampak mangsa yang hanya memakai seluar dalam, tertiarap dan ketika diperiksa mangsa masih bernyawa dan dalam keadaan sesak nafas. Dia terus menghantar mangsa ke HTAR," kata beliau ketika dihubungi.
Tambah beliau, rakan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Seksyen 6 dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes kemalangan buat masa ini sementara menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.
Katanya, mangsa yang sudah boleh bercakap dikatakan tidak ingat apa yang berlaku kepadanya sebelum ditemui tertiarap di luar banglo.
Siapa sangka kehadiran Lisa Surihani di Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno tempohari boleh merubahkan bermacam keadaan...
Salah satu contohnya... tiba-tiba pula Wardina menjadi insaf... dan menghantar tweet kepada Dato' Seri Najib... emmm... nak bodek ke Wardina?
Tertanya-tanya juga... sama ada Wardina betul-betul insaf atau dia sudah termalu dengan rakan-rakan artis lain... kerana teryata secara terang sebelum ini Wardina menyokong Parti PKR?
Dan sebelum ini kita selalu melihat, dimana Nik Nazmi (ADUN Seri Setia PKR) ada di situ ada Wardina... Mugkin Nik Nazmi tak cukup tinggi untuk memberi keyakinan sepenuhnya untuk Wardina terus bersama PKR kot hahaha....
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu (Mat Sabu) mendakwa, ucapan dan perbahasan dalam perhimpunan agung UMNO yang sedang berlangsung menggambarkan agenda sebenar 'perkauman' parti pemerintah.
Tegas Khairy, Mat Sabu rela menjadi "pak turut" kepada DAP semata-mata mahu memastikan mereka mendapat kuasa.
"Dulu dia serang Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, tetapi hari ini dia rela menjadi "pak turut" kepada DAP, balaci kepada DAP semata-mata mahu pastikan mereka memerintah. Tidak ada pegangan langsung," katanya.
PETALING JAYA: Former Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan is thinking of taking legal action against bloggers for reports slandering him that he married an artiste in a hush-hush RM15mil wedding. Musa, who retired last year, said he did not have that much money to splurge. not go anywhere to marry anyone because I was with her' "Every time the rumour-mongers make wild accusations, it will backfire on them when the allegations are proven baseless. "The (then called) Anti-Corruption Agency investigated me over allegations of a RM2mil bribe from the underworld and I was cleared," he said yesterday. He added that his wife Puan Sri Juriah Ahmad was not shocked by the marriage rumours because she knew they were not true. "She knows I did not go anywhere to marry anyone because I was with her. I have only one wife, four children and six grandchildren. "And if I ever marry again, I will certainly not keep it a secret as a wedding is a sacred affair. It is not like committing adultery," he added. Syella: Photos of her cutting a cake with the groom are being circulated in the blogs. Allegations about the "lavish wedding" between Musa and local artiste Syella Kamaruddin surfaced in the blogsphere recently with claims that the ceremony cost RM15mil, with bridal gifts that included a RM5mil bungalow and an RM800,000 Audi R8. Syella, who did not want to reveal the identity of her husband, had reportedly said her husband did not look like Musa, adding that he was younger and sturdier. Photographs of Syella cutting a multi-layered cake with the groom are being circulated in the blogs and were published by the Chinese media. Musa said he taught at the Centre for Media Warfare at Universiti Teknologi Mara. He said he had turned down several other offers, including a diplomatic posting and teaching at the Anti-Terrorism Academy in Langkawi. "I am content with my current post as a lecturer," he said.
tunku : tan sri musa, just sue them. teach them a lesson. they have been spreading it all over the country as it was a truth. do not give them chance as they will never learn and keep spreading lies.
MCA President Says PAS Should Include Hudud Law In Manifesto
KUALA LUMPUR, Dec 4 (Bernama) -- PAS should include the Hudud law in its election manifesto and make it a common agenda for the opposition pact in the coming general election, spelling out all the details about the law, MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Sunday. "I would suggest, as a matter of transparency, that PAS include the Hudud law and its implementation, in their general election manifesto. "And since they always say that they will never do anything without consulting their partners, I would suggest that it be made a common agenda of the opposition," he said. Speaking at a forum on "Hudud and Its Implications on Non-Muslims in Malaysia" organised by the Institute of Strategic Analysis and Policy Research, here, Chua said the Hudud law would affect all Malaysians although PAS had claimed that it would not affect the non-Muslim community. The panellists at the half-day forum comprised legal practitioners and government officers dealing with Islamic affairs. Among them were the International Movement For a Just World (JUST) President Prof Dr Chandra Muzaffar and Religious Adviser to Terengganu Menteri Besar Mohd Kamal Saidin.
tunku : it is a brilliant idea. pas should include hudud law in it's election manifesto if they are really sincere in implementing it, otherwise all these while they have been fooling the muslims.this is their golden opportunity, do not waste it.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perhimpunan Agong UMNO ke-62 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai isu yang tak sudah. Selesainya PAU 2011 ini, kami rumuskan seperti berikut;
1. Najib dijangka akan tetap 'menyimpan' Shahrizat dan KJ, kerana orang yang rasa bersalah macam mereka berdua kebiasaannya akan loyal. Orang yang setia sangat penting kepada survival pemimpin sesebuah organisasi, tak kiralah dalam apa bidang sekalipun. Buktinya, sehingga selesai PAU ke-62, masih tidak kedengaran pendirian Najib berkenaan NFC. Adakah sebab nak jaga hati Paklah? Atau Najib memang tak ada jawapan? Khabarnya isu NFC adalah hebohan kem Najib sendiri bagi menggantikan Shahrizat dan KJ dengan orang Najib. Sama ada Shahrizat dan KJ akan kekal sebagai calon, atau menerima musibah bakal disingkirkan, hanya Najib dan Allah saja yang tahu. Jika kekal, maknanya Najib perlukan sayap yang loyal dengannya kerana Shahrizat dan KJ adalah soldadu terbaik yang boleh diperkudakan. Jika tidak...biarlah masa yang menentukan sama ada tepat atau tidak percaturan kem Najib.
2. Najib cuba menyakinkan Bangsa Melayu bahawa dia tidak akan sesekali mengenepikan agenda Melayu; dan tidak juga menafikan yang dia lebih mengutamakan agenda Cina kebelakangan ini. Walaupun dalam ucapan penggulungan di PAU ke-62, Najib menegaskan UMNO memerlukan sokongan etnik lain (adakah benar begitu?), tetapi ramai maklum maksud etnik lain itu sebenarnya adalah Cina. Maknanya agenda Melayu dan agenda Cina adalah sama penting bagi Najib?!...kerana jika benar begitu, kan lebih baik Najib jadi presiden parti Gerakan, PPP, PKR, DAP, KITA etc. instead of jadi Presiden UMNO. Tak gitu?!
3. Wakil Pahang mencadangkan supaya jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diberikan kepada ahli parti tersebut yang berkelayakan. Antara alasannya kerana ahli UMNO lebih memahami apa yang diperjuangkan oleh parti selain mempunyai semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu.
Walaupun cadangan ini agak kelakar bunyinya jika merujuk kepada prestasi ahli UMNO seperti Nur Jazlan yang mengetuai UDA, bermaksud bukan semua ahli UMNO punya semangat untuk memantapkan ekonomi Melayu. Nur Jazlan contohnya dilihat lebih bersemangat memantapkan ekonomi Cina dan Singapura, berbanding bangsa Melayu Malaysia sendiri. Itu belum cerita bab MAS, Maybank, Felda, TNB etc.
Namun yang menariknya tentang cadangan wakil Pahang ini (atau mungkin cadangan Najib melalui proksi) iaitu memberi 'jalan keluar' atau penyelesaian kepada penyandang ADUN dan AP yang mungkin digugurkan daripada senarai calon PRU-13. Maka akan wujudlah beberapa tawaran untuk mengisi 'kekosongan jawatan yang dicipta' di beberapa GLC atau GLIC bagi memujuk hati ahli UMNO yang tidak mendapat tempat sebagai calon di PRU-13. Khabarnya beberapa Ketua Bahagian UMNO sudah pun ditawarkan timbal balas sebegini.
4. Mendengar ucapan penggulungan Hisham membuatkan kami terlelap beberapa kali. Seorang Menteri KDN bertaraf Naib Presiden UMNO berucap dengan point basi yang terlalu biasa didengar, dan disampaikan pula dengan nada lemah mendatar. Pondan pun agaknya lebih bertenaga berucap andai diberi peluang. Maknanya Menteri KDN lebih cikai daripada pondan. Bilalah UMNO Sembrong nak campak Hisham ni keluar daripada saf kepimpinan. Ramai yang dah lama meluat. Atau UMNO Sembrong sebenarnya tuli?
5. Bait-bait terakhir penuh semangat dalam ucapan penggulungan Najib agak mengujakan kami. Tetiba kami berkongsi semangat yang sama. Cuma kami tertanya adakah Orang UMNO juga turut memiliki semangat sedemikian apabila pulang ke kawasan masing-masing, atau semangat itu semakin pudar ditelan masa.
Agak menarik untuk difikirkan walaupun sesudah hampir 3 tahun Najib memegang tampuk Presiden UMNO, kelihatan hanya Najib dan Muhyiddin saja yang tampak bersemangat. Ahli UMNO lain, kecuali Wanita UMNO, kelihatan longlai tak bertenaga untuk meneruskan perjuangan memenangi PRU-13 dengan sasaran majoriti lebih 2/3.
Sebenarnya Najib perlu terima hakikat bahawa dia tidak punya kekuatan pengaruh daripada akar umbi terutamanya di peringkat kepimpinan bahagian. Ini realitinya. Najib masih belum membuktikan apa-apa dalam erti kata sebenar-benar kemampuan kepada Orang UMNO mahupun Bangsa Melayu, sama ada ketika dia sebagai Ketua Pemuda, Naib Presiden, Timbalan Presiden, mahupun Presiden. Disebabkan Najib masih belum benar-benar teruji itulah, maka kebanyakan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, mahupun menteri kabinet, tidak mampu menyerap semangat dan gaya politik Najib untuk diterjemahkan kepada rakyat. Akhirnya kelihatan Najib terkapai keseorangan tanpa dibantu oleh Orang UMNO dan jemaah menterinya sendiri.
Hari ini jika dikatakan rakyat terutamanya Melayu telah kembali menyokong UMNO, bolehlah kami berikan kredit itu kepada usaha Najib, dan bukannya usaha jemaah menteri, ataupun Orang UMNO, apatah lagi Orang BN. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang ditunjukkan Najib disepanjang tempoh pentadbirannya, namun majoriti rakyat melihat kesungguhannya mahu melakukan perubahan, walaupun perubahan atau transformasi yang hendak dilakukan itu belum terbukti berkesan.
Kami berpendapat Najib perlu diberi masa dan ruang untuk meraih pengaruh dan sokongan tidak berbelah bagi akar umbi UMNO. Mungkin mandat baru yang bakal diberikan rakyat kepada BN di PRU-13 akan membuka minda Orang UMNO untuk kembali berjuang bersama Najib. Bagi merealisasikan hasrat itu, Najib sememangnya perlu meletakkan calon di kalangan Orang UMNO yang kritikal tetapi setia kepadanya di PRU-13, selain memenuhi kriteria 'Calon Boleh Menang', atau bagi kami sepatutnya kriteria 'Calon Rakyat'. Barulah mungkin negara ini akan kembali semula ke landasan mencipta kegemilangan berterusan.
Selamat berjuang kami ucapkan kepada Najib dan Orang UMNO. Mengkritik tidak bermakna membenci, menghentam tidak bermakna pembangkang dan jangan sesekali menyokong membawa rebah.
Ketika saya melintasi Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang, malam semalam bersama seorang teman berbangsa Cina, tiba-tiba beliau bertanya, "Wah, masjid pun sambut Krismas?" Saya terkejut. Dia kemudian menunjukkan ke arah masjid tersebut. Kelihatan cukup jelas deretan pokok hiasan mini ala-ala Pokok Krismas yang bergemerlapan berwarna-warni menghiasi pagar masjid berkenaan.
"Toleransi beragama kita semakin matang," katanya lagi. Saya hanya terdiam. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Adakah ini tanda toleransi daripada umat Islam khususnya daripada JK Kariah masjid tersebut terhadap orang bukan Islam? Sambutan Krismas sudah semakin hampir. Mungkin juga mereka mahu menunjukkan kegembiraan yang sepatutnya dikongsikan bersama lantaran hidup dalam sebuah masyarakat berbilang agama seperti di Malaysia. Jadi apa salahnya pokok-pokok hiasan tersebut di pasang sedemikian.
Atau, mungkin juga perkara ini tidak disedari langsung. Mungkin JK Kariah cuma tertarik dengan bentuk pokok hiasan tersebut tanpa langsung menyedari reka bentuknya yang mirip pokok Krismas. Jika ini alasannya, malanglah. Kebiasaannya, item hiasan pagar masjid hanya menggunakan lampu berbentuk bulat dan sebagainya. Jarang sekali ada masjid yang menggunakan rekaan pokok Krismas sebagai hiasan pagar walaupun kelihatan cantik atas faktor simbolisme keagamaan. Tetapi di Masjid Jamek Jelutong, lain jadinya.
Saya tidak berniat mencetuskan provokasi. Namun, bagi saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Pihak JK masjid seharusnya lebih sensitif. Lagi pula, bukankah itu juga satu bentuk pembaziran yang nyata?
You are subscribed to email updates from one2many To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Media sosial pembangkang terutama Pas dan Pkr cukup berbangga dengan menyiarkan berita palsu yang boleh mengaibkan sesebuah keluarga.
Fitnah terbaru ialah isu perkahwinan RM 15 juta antara artis cantik Syella Kamarudin dengan Bekas IGP Tan Sri Musa Hassan. Klik untuk masuk ke www.1taipingmali.com
Setiap kali masuk musim cuti sekolah, maka DAP laknatullah Nga Kor Ming akan suntik racun kesesatan kepada otak orang Pas.
Hari ini Ahad. Nga Kor Ming sekali lagi menjadi Tok Mudin untuk mengkhatankan anak-anak orang Pas di sekitar Parlimen Taiping.
Pagi ini majlis berkhatan beramai-ramai ( anak-anak Pas) dibuat di Masjid Kpg Expo Kamunting. Esok, lusa, tulat di surau-surau lain pulak.
Tok-Tok Imam Pas yang mengutuk MCA dan Umno seolah-olah menyembunyikan kemaluan mereka apabila menjadi pecacai dan makan duit Dap untuk mengadakan majlis tersebut.
Malu kerana selama ini mereka menuduh Umno tak betul, tak Islam kerana bersama cina Mca dan Gerakan
Bila kena batang hidung mereka, senyap macam babi mabuk. Ini lah perangai Pas Kampung Expo.
Sudahlah rampas masjid secara haram, buat kerja pun macam haram.
Tak malu kah, tak sedarkah bahawa laknatullah itu benci Melayu, benci ketuanan Melayu.
Lee kuan Yew sebelum berkuasa sanggup bersongkok, tetap hari ini cuba suruh Nik Aziz suruh LKY pakai songkok , kami nak tengok.
Sah! Pas sudah sesat dan menyesatkan Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Timbalan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz menggelarkan kerajaan2 negeri yg ditadbir pembangkang sbg 'kemere' krn tidak mempunyai daya usaha utk membantu rakyat keluar dr tekanan krn mrk hanya tahu mengkritik saja. Pembangkang tak bg buah fikiran cara terbaik utk selesaikan pd masa rakyat terbeban dgn mcm2 masalah sebaliknya pembangkang hanya tahu mengkritik program kerajaan BN walaupun ia hanya perkara remeh temeh, katanya slps merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia ke 15 di Padang Sera Jerlun di sini, hari ini. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Syarikat penerbangan tambang murah milik Mas iaitu Firefly akan menutup tirai perkhidmatannya tepat 12 tengah malam ini. Maka berakhirlah saingan antara Firefly dengan Air Asia. Kemenangan 1-0 kekal milik Air Asia.
Selepas Firefly, kemungkinan bahana akan sampai ke Borneo pula dan Maswing mungkin akan mengikut jejak Firefly.
Pekerja Firefly tidak akan terjejas kerana mereka bergabung dibawah Mas. Yang menjadi mangsa ialah kakitangan Air Asia sendiri kerana jumlah pekerja akan dikurangkan oleh Tony. Pekerja Mas mempunyai suara yang kuat kerana mempunyai persatuan pekerja dan tidak kepada Air Asia. Bersedialah staff Air Asia untuk angkat kaki.
Nampaknya hari ini sistem penerbangan negara menjadi bertambah kronik dan rumit, tambahan pula usaha Tony menjadikan Mas kembali seperti zaman primitif. KLIA akan hilang serinya suatu hari nanti
Tak guna kita bermegah dengan lambang Mas di dada pemain QPR kerana pelbagai isu timbul oleh orang kuat Air Asia. Beliau dikatakan telah menentang kenaikan cukai lapangan terbang menyebabkan beliau diibaratkan seekor anjing yang menggigit tangan orang yang memberikannya makanan.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SHAH ALAM, 4 DECEMBER, 2011: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) member sustained injuries on his right wrist, left leg and face after falling from the first floor of a housing unit at the SUK Housing Complex, Section 7, here, at dawn today .
Shah Alam CID chief DSP Kamaruddin Ismail when contacted, said Yahya Talib, 49, from Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, was found sprawled, clad only in his underwear, on the lower balcony of the three-storey unit, by his roommate who had just returned from performing his Suboh prayers.
"The roommate sent him to Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, before lodging a police report at the Section 6 police station.
"His condition is stable but he is unable to speak much," he said.
The Port Klang crane operator who is married and an active PKR member for three years now was attending a two-day program at the complex with about 70 PKR members.
Kamaruddin said police were awaiting the x-ray report and the case was being investigated as an accident.
MyMassa sebelum ini selalu membaca ulasan-ulasan 'kritis' blogger ini tentang politik Sabah.
Kali ini tahap 'kritis' tersebut menjadi negatif dengan kemasukan beliau ke dalam PKR.
Selamat berjaya dalam PKR. Untung-untung boleh jadi calon PKR dalam PRU akan datang.
Bukan kali pertama MyMassa dapat tahu blogger-blogger kritis terhadap UMNO di'pancing' masuk pembangkang. Antara pancingan yang dibuat oleh pembangkang adalah untuk menawarkan mereka sebagai calon pilihan raya.
Artikel asal bertajuk "Ke Mana Pergi Sikar Bertanggung jawab Anwar", ditulis oleh Abdul Rahman Malik di Malaysiakini.
Pada awal 1981 Anwar Ibrahim menggemparkan negara. Pemimpin belia yang dilihat paling dinamik dan berbakat mencorakkan lanskap politik Malaysia mengumumkan dirinya menyertai Umno.
Perisytiharan itu dibuat oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad , Perdana Menteri keempat Malaysia yang baru sahaja menaiki takhta beberapa bulan sebelumnya.
Negara terkesima. Takjub. Bagaimana Anwar yang belum lagi sempat melangsaikan perjuangan memimpin lebih 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ketika itu menentang pindaan Akta Pertubuhan yang dilihat mengongkong kebebasan berpersatuan boleh memilih menyertai parti kerajaan?
Maka pada sidang akhbar di Jabatan Perdana Menteri itu, wartawan tempatan dan antarabangsa bingkas bertanyakan prinsip perjuangan Anwar. Apakah sikapnya terhadap peraturan dan pelbagai akta yang mencengkam kebebasan dan hak rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah berubah?
Anwar menjawab ringkas tetapi tegas dan jelas : "Dulu kerajaan tidak mahu mendengar suara rakyat. Sebab itu, saya tentang. Tapi sekarang kerajaan (Dr Mahathir) lebih responsif terhadap tuntutan kita, maka kita harus bersikap lebih bertanggungjawab (responsible)".
Bersorak Umno khasnya dan rakyat jelata amnya. Dr Mahathir pula meraih dividen politik yang amat besar dalam tempoh paling singkat memimpin Umno. Harimau muda dalam politik Malaysia itu berjaya dijinakkan dan rela bekerjasama dengannya.
Umumnya, sambutan terhadap pemikiran politik itu mendapat respons positif. Bayangkan anak muda yang bersuara lantang dan pernah ditahan di bawah ISA selama 22 bulan itu tiba-tiba menyuluh harapan baharu bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara lebih demokratik.
Hal ini disifatkan agak menakjubkan kerana tidak lama sebelum itu, Angkatan Belia Islam (Abim) yang dipimpin oleh Anwar membuat keputusan membenarkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyertai PAS demi mengukuhkan gerakan Islam menawarkan alternatif kepada politik sekular di Malaysia yang ditunjangi Umno.
Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim mendewasakan diri dalam arena politik dengan meninggalkan Abim untuk menyertai PAS. Datuk Fadzil Noor diterima baik oleh PAS hingga dilantik menjadi presiden parti itu akhirnya.
Nakhaie pula selepas meningkat kedudukan dalam PAS hingga menjadi naib presiden berpatah balik dengan menyertai Umno untuk menuruti jejak Anwar.
Apa yang dapat diketengahkan di sini ialah pegangan dan prinsip politik Anwar. Oleh kerana ketika itu kata-kata "apabila kerajaan responsif maka rakyat harus bersikap bertanggungjawab (responsible)" keluar dari mulut seorang pemimpin muda maka ia menyimbahkan harapan baru untuk politik Malaysia.
Saingan Anwar dalam politik, terutama di kalangan Umno, amat berhati-hati dengan pemikiran politik yang bersih dan ikhlas Anwar itu. Enam bulan kemudian Anwar bertarung jawatan Ketua Pemuda Umno dan menang dengan majoriti 10 undi.
Kawan seperjuangan baik dalam Abim dan PAS kaget. Memang berkesan dan jelas pendirian politik Anwar hingga dihormati dalam Umno dan serangan terhadapnya pun mula mengendur. Kedudukan Anwar dalam Umno pun semakin kukuh hingga meningkat menjadi timbalan presidennya. Malah Anwar pun berpeluang memangku jawatan perdana menteri .
Namun agak mengecewakan apabila Anwar secara tidak terhormat terpaksa meninggalkan Umno, sikap bertanggungjawab beliau kerana meyakini kerajaan Mahathir yang responsif masih belum menjadi kenyataan. ISA tetap terus menghantui lanskap politik Malaysia.
Lebih menyedihkan ialah apabila pada 15 September lalu Perdana Menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan hari ini bersedia memansuhkan ISA (sesuatu yang tidak berlaku di zaman Mahathir yang berjaya melenturkan pegangan politik Anwar), bekas pemimpin Abim ini tidak lagi mahu bersikap bertanggungjawab (responsible) seperti yang dilafaz pada 1981.
Malah beliau mengatakan ia adalah gula-gula politik menjelang pilihanraya umum ke-13 yang di ambang mata. Anwar juga menganggap pengumuman Najib itu adalah tindakan terdesak kerana diasak oleh gerakan BERSIH 2.0. Soalnya, ke mana perginya sikap bertanggungjawab Anwar?
Adakah Anwar ini terlalu serik diperlakukan pelbagai rupa oleh Umno hingga sudah hilang kepercayaan terhadap konsep politik luhur bahawa jika kerajaan responsif terhadap kehendak rakyat, maka rakyat pula (termasuk Anwar) perlu bertanggungjawab seperti yang dicanangkan 30 tahun lalu?
Begitu juga dengan Akta Polis yang dipinda dan mungkin diambil alih oleh Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011. Jika sebelum ini hanya polis berkuasa mutlak mengeluarkan permit berhimpun, kini melalui Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman, permit polis tidak perlu lagi kecuali jika perhimpunan dilakukan di tempat yang dilarang.
Di samping itu, dalam usaha untuk menyalakan idealisme generasi pewaris kepimpinan negara terhadap sistem politik, Kerajaan hari ini sudah pun merintis jalan untuk membuat pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Ini dilakukan berikutan keputusan mahkamah bahawa AUKU bertentangan dengan semangat perlembagaan negara.
Sekali lagi kerajaan bersikap responsif, namun mengapa Anwar dan rakan-rakan Pakatan Rakyatnya masih tidak bersikap bertanggungjawab? Adakah ini boleh dianggap politik luhur? Jika dalam tempoh 30 tahun keluhuran dan keikhlasan kenyataan dan pernyataan politikus seperti Anwar boleh dikenalpasti berubah-rubah, bayangkan bagaimana nanti menghadapi Allah?
Berlaku jujurlah. Janganlah menanamkan harapan pada rakyat bahawa keputusannya menyertai Umno kerana percaya Dr Mahathir akan melupuskan ISA dan melakukan pelbagai lagi untuk memperbaiki amalan demokrasi Malaysia pada 1981. Namun hakikatnya Anwar sendiri tahu bahawa bukan sahaja Dr Mahathir tidak mengotakan katanya malah Anwar sendiri ditendang keluar Umno.
Hari ini, Najib sudahpun mengorak langkah melakukan apa yang Mahathir dan Anwar sendiri tidak berani dan berupaya melakukan. Tunjukkanlah sikap bertanggungjawab itu, Anwar!
*MyMassa menukar tajuk artikel kerana bagi kami, Anwar Ibrahim adalah ahli politik yang paling barua dan dayus. Dia akan memberikan apa sahaja alasan untuk memenangkan dirinya. Noktah.
Bai'ah bukti Umno sudah tak yakin ahli sendiri, kata pemimpin PAS
December 04, 2011
KUALA LUMPUR, 4 Dis — Pemimpin-pemimpin PAS menyifatkan Umno sudah tidak yakin dengan ahli-ahlinya sendiri apabila sanggup mengambil sumpah bai'ah yang menurut mereka bertujuan mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli-ahli sendiri.
Selain mereka juga mendakwa Umno kini meniru kaedah-kaedah digunakan PAS tetapi dikritik oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu masa-masa lalu.
Semalam, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak menyifatkan partinya mencipta sejarah dengan melafazkan ikrar yang merupakan beliau adalah satu bai'ah bagi memperkukuhkan kedudukannya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya fikir Umno sudah tidak percaya dengan ahli-ahlinya sendiri," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider.
"Oleh kerana mereka sudah hilang keyakinan ke atas ahli-ahli sendiri, maka mereka terpaksa meniru apa yang dilakukan oleh PAS," kata beliau lagi.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, ahli-ahli PAS setia bukan hanya semata-mata kerana sumpah bai'ah, tetapi telah dilatih untuk memberi sokongan kepada perjuangan parti.
Kenyataan Din Puduraya yang membidas ucapan YAB PM dalam PAU 2011.
MyMassaa hanya mohon pembaca tengok video ini.
Kalau benar ahli dan pemimpin PAS setia, kenapa mereka berbaiah ke atas perkahwinan mereka yang suci?
Ingat pembaca sekalian semasa kita kecil, paling pantang apabila kawan-kawan mula 'usik' atau ejek nama atau bapa kita. Bila kita dewasa dan berkeluarga, isteri dan anak kita pula kita jaga dari 'usikan' orang lain.
Jadi bila pemimpin menyuruh ahli PAS berbaiah di atas perkahwinan mereka, sudah pasti mereka juga takut dan tidak percaya kepada ahli mereka.
Kepada Din Puduraya dan pemimpin tertinggi PAS yang lain, anda lain la kerana anda ada 'bini simpanan'. Kalau tercerai yang pertama, yang kedua, yang ketiga, yang keempat dah lama menunggu untuk naik pangkat. 'Bini' kau yang kat kaunter tiket tu tunggu masa je bro.
Baiah PAS yang bacul memperjudikan isteri sendiri.
*Lawak dari Din Puduraya. Lain kali baiah sorang-sorang dah la. Laknat kepada diri sendiri bukannya ahli keluarga yang lain. Engkau ingat kitorang tak tau apa yang engkau baiah kan?
Itulah yang MyMassa dapat simpulkan untuk isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Kenapa tiada isu? Kerana orang yang membangkitkan isu ini sendiri tidak membeli belah di KR1M tetapi menggunakan kelemahan produk KR1M untuk meraih dividen politik.
Jika benar mereka ini prihatin dengan nasib rakyat bawahan yang terpaksa beli barang murah, kenapa pembangkang tidak memeriksa produk-produk di KEDAI 2 RINGGIT YANG MANA BARANGAN KEDAI TERSEBUT DIIMPORT DARI CHINA YANG TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PIAWAI?
Jawapannya mudah. Sasaran mereka bukan kebajikan rakyat tetapi hanya untuk membedil musuh politik mereka.
Jom kita teliti penjelasan isu yang tiada isu ini (KR1M).
*Sebar-sebarkan.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Memandangkan ayahandanya tidak letak gambar maka gambar puterilah menjadi gantinya. Gambar ini ditweet pada 20 Nov lalu.
Lihat gambar puteri Panglima paling kecil berusia setahun lebih belajar mengaji walau tak lagi mampu membunyikan huruf dengan betul.
Lagu bacaannya mengalahkan orang dewasa !
Tetapi semangat yang diperlihatkan begitu menyentuh perasaan dan didoakan agar tetap rajin dan tekun mengaji Al Quran kepada puteri Panglima dan juga anak-anak kita semua.
Terang hati - terang minda - terang masa depan anak kita.
Alhamdulillah yang telah mengurniakan anak solehah semoga menjadi penyejuk mata kepada bonda dan ayahandanya.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Al Fatihah kepada Perisik-Rakyat.com yang sudah tidak lagi 'bergerak' sejak posting terakhir 25 November 2011 yang lepas.
Semoga dosanya membuat fitnah tidak akan diampunkan Allah kecuali dimaafkan oleh insan yang menderita kerana fitnah mereka.
Seorang lagi 'karam' selepas tidak mampu lagi bertahan menyerang balas hujjah blogger-blogger pembela negara di alam maya.
Al Fatihah dan Takziah...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
gambar ini diambil semasa malam terakhir di PWTC. Gerai menjual songkok dan songkok ini berharga RM500 siap dengan kayu untuk menyimpannya.
Apa pandangan anda membeli songkok harga RM500 ? Sudah tentu ia tidak besar di sisi orang berada tetapi bagi yang fakir dan papa sudah tentu ia satu jumlah yang sangat besar.
Bagi Panglima, isu menggunakan barang mahal untuk beribadat apa salahnya tanpa ada niat menunjuk nunjuk selain hanya kerana Allah semata-mata.
Hp pun berharga 7 - 8 ratus dan kita tidak kisah membelinya tetapi kenapa kita sukar pula menerima harga songkok berkualiti tinggi berharga RM500 ?
Itu tanda kita melebihkan dunia hingga mencicirkan akhirat...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Parti UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi.
Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.
Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.
PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999.
Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.
Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah!
Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.
Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!
Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008......Dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.
Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada dipuncak statistik negara.
Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.
UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!
Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!
Panglima sendiri mempunyai isteri dari Sabah dan mahu menceritakan serba sedikit tentang kehidupan orang Sabah di Semenanjung.
Ramai di kalangan mereka menjadi orang besar di dalam Kerajaan termasuk di Jabatan Perdana Menteri dan tidak daif seperti gambaran Musli Oli. Bahkan mereka berjaya hasil usaha keras dan bantuan yang diberi oleh Kerajaan. Samada bekerja kerajaan sebagai doktor, askar, polis atau membuat perniagaan, orang Sabah di Semenanjung yang Panglima lihat dalam keluarga isteri, tidak miskin dan mereka lebih berjaya dari orang Semenanjung sendiri.
Sekurang-kurangnya mereka mempunyai rumah dan kereta dan mampu menanggung persekolahan anak. Jika orang Sabah malas, sudah tentu sama sahaja nasib mereka dengan mana-mana anak Semenanjung yang tidak berusaha keras.
Zaman sekarang zaman persaingan dan kita harus ajar anak bangsa berdikari tanpa meninggalkan usaha membantu jika mereka perlukannya.
Kemakmuran ekonomi tidak terhad kepada orang Semenanjung sahaja dan kata-kata Musli Oli yang sinis di atas boleh membawa kepada prejudis dan menyubur semangat kenegerian.
Bukankah kita semua 1Malaysia ???
Jika Musli Oli sedar realiti sudah tentu dia tidak akan keluar parti yang menadah tangan menjemputnya, kecuali dia ada agenda dan telah pun mendapat sesuatu yang mengkhayal dan melupakannya walau sekadar janji palsu cuma.
Pakatan dari dulu hanya pandai berjanji dan anda jangan terkejut jika janji hanya tinggal janji dan anda terkial-kial seorang diri.
Jika menepati janji sudah tentu tidak akan keluar PKR 6 Ahli parlimennya, 5 Adunnya, Timbalan dan Naib Presidennya, Setiausaha Agung termasuk Majlis Tertingginya selain peguam Melayunya Zulkifli Nordin.
Perkara ini baru sahaja diulang Presiden Parti UMNO semasa ucapan yang disaksikan oleh Panglima sendiri di PWTC Sabtu lepas.
Kepada saudara blogger Musli Oli, jangan biar kemarahan dan ketamakan menguasai diri anda yang panglima nampak mempunyai karisma untuk meningkat lebih tinggi di kemudian hari.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Kelantan: Mustapa sedia jadi MB, tapi serah pada Najib
Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini memberitahu The Malaysian Insider, "di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)."
Barisan Nasional (BN) tewas di Kelantan di tangan PAS pada pilihan raya umum 1990. Sejak itu negeri tersebut diketuai parti Islam tersebut.
"Pertama, dia (ketua Umno negeri) akan mengetuai parti dalam pilihan raya. Secara konvensyen, itu yang akan berlaku. Jika kami menang, lazimnya dia akan menjadi MB.
"Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu.
Ketua Pembangkang di Kelantan Datuk Che Alwi Ahmad juga menggambarkan Mustapa yang popular dikenali sebagai "Tok Pa" sebagai bakal menteri besar Kelantan dari sebelah Umno-BN.
Mustapa, pemegang ijazah sarjana muda kelas pertama dalam jurusan ekonomi dan ijazah sarjana pembangunan ekonomi kini mengetuai gerakan kempen "Gelombang Merah" untuk mendapatkan balik negeri Kelantan daripada penguasaan dua dekad PAS.
Difahamkan pemimpin-pemimpin PAS juga bimbang mengenai aspek pengganti kepimpinan di negeri itu dengan mengambil kira usia Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, mencecah usia 80 tahun pada tahun ini. PAS didakwa tiada gambaran yang jelas mengenai bakal pengganti Nik Aziz.
Mustapa pernah dilihat sebagai bakal menteri besar ketika pilihan raya umum 2004, di mana beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas tetapi Umno-BN gagal menguasai negeri itu.
Ketika itu PAS menang 24 kerusi manakala BN pula 21.
Empat tahun kemudian, Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membawa peranan sebagai bakal menteri besar tetapi Umno hanya menang enam kerusi.Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Panglima : melihat keadaan terkini Tok Pa adalah calon paling layak dan juga disukai oleh rakyat. Termasuk orang PAS.
Penampilan beliau yang sederhana juga memudahkan jentera parti melancarkan serangan untuk menawan hati rakyat.
Yang penting, tolonglah kita bersatu padu jangan berebut jawatan.
Ada masa ketika kita pula akan naik jadi orang pertama di Kelantan.
Tolong demi masa depan agama bangsa dan negara kita.
Cukuplah UMNO dimalukan 21 tahun dan sekarang masanya untuk kita kejar kembali kemunduran yang ditinggalkan parti Iselam.
Masa masih ada dan mari kita buktikannya.
Baca berita awal tahun ini yang menunjukkan keseriusan Tok Pa untuk menawan Kelantan :
MACHANG, 9 Jan – Barisan Nasional (BN) Kelantan menyasar memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi daripada keseluruhan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan perubahan dan minat rakyat terhadap Umno dan BN akhir-akhir ini.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perubahan sikap turut berlaku di kalangan rakyat di kawasan kubu kuat PAS seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Krai.
"Kerajaan PAS yang memerintah sekarang gagal menangani masalah seperti penyediaan pembekalan air yang sempurna, masalah banjir, berlaku rampasan tanah rakyat di Lojing dan kekurangan kemudahan asas walaupun PAS diberi peluang memerintah Kelantan selama 20 tahun," katanya di sini hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata BN akan memberi tumpuan khusus terhadap kawasan yang sukar ditembusi selama ini di samping mengekalkan sokongan di kawasan yang dijangka BN boleh mencapai kemenangan.
Beliau berkata kesemua pemimpin Umno bahagian telah diarah supaya turun padang untuk bertemu rakyat bagi menerangkan mengenai masalah yang gagal diatasi oleh PAS, sehingga menjelang pilihan raya kelak.
Majlis penerangan mengenai isu semasa di Kelantan juga akan dibuat melibatkan pengundi yang berada di luar Kelantan seperti di Johor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, katanya.
"Sokongan mereka ini yang merupakan 15 peratus daripada jumlah pengundi yang berdaftar di Kelantan sangat perlu bagi merubah senario politik di Kelantan," katanya.
Mengenai kemungkinan berlaku lagi amalan "cah keting" atau sikap menikam dari belakang di kalangan ahli Umno sendiri menjelang pilihan raya, Mustapa berkata perkara itu sudah dapat dibendung.
"Keputusan dua pilihan raya kecil iaitu di DUN Manik Urai dan Galas menjadi bukti dan model apabila tiada kegiatan itu dilakukan oleh mana-mana pihak," jelasnya.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Harap jangan ada gosip liar dikaitkan dengan Tan Sri Musa Hassan.
Kalaupun mahu hits blog naik tinggi.
Sekian, mohon disebarkan.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Namanya Syeikh Taha Al Qadri keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani antara tetamu yang hadir di Persidangan Agung UMNO sebagai tetamu VIP.
Pengalaman berada di Mesir memudahkan Panglima menemubual tuan syeikh tersebut. Dan kesempatan tidak diduga ini panglima ingin kongsi dengan rakyat agar mereka tahu bahawa golongan ulama haqiqi penasihat utama VIP negara kita seperti Ku Nan.
Beliau memberitahu berasal dari Iraq dan dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani yang merupakan Qutub Sufi yang hebat selain tiga Qutub lagi iaitu Syeikh Ahmad Rifaie, Syeikh Ahmad Badawi dan Syeikh Ibrahim Dusuqy yang merupakan ketua bagi qutub tersebut.
Qutub ialah pemimpin.
Menurut pengiring sekaligus penterjemah yang ditanya panglima memberitahu tuan syeikh ialah guru kepada Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) Setiausaha Agung UMNO...
Rupa-rupanya ramai tidak tahu pemimpin kita mempunyai tuan guru mereka. Namun amat malang jika bukan tuan guru yang dicari tetapi tok bomoh yang dijadikan pusat rujukan peribadi.
Sebelum ini pernah seorang tuan guru besar dari Mekah menasihatkan bekas isteri Abuya Ashaari, Khatijah Am agar menyertai UMNO. Bukti UMNO bukan parti membawa kekafiran seperti tohmahan setengah pihak.
Namun sehingga kini tersebut tidak dituruti pada pengetahuan panglima.
Semasa PAU hari terakhir Sabtu lepas Panglima sempat berjumpa Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.Nama Bazlan Baharuddin aras 5 PWTC.
Dalam pertemuan kali pertama tersebut berhampiran bilik VIP, BB menceritakan pengalamannya sering mendapat ciuman istimewa Naib Presiden UMNO DS Hishamuddin Hussein di kepala.
Ujarnya, sudah empat kali beliau dicium di kepala setiap kali jumpa dengan DSHH.
Lambang keakraban pemimpin atasan dengan pemuda walau dari Gua Musang.
Hubungan erat seperti ini yang patut ada di kalangan kita. Jangan kejar jawatan dan jangan takut hilang jawatan kerana semua milik ALlah dan akan ditarik olehNya.
Artikel ini ditulis sekadar penceritaan semula pertemuan Panglima dengan BB yang tidak pun dirancang dan berlaku secara kebetulan.
Panglima suka menceritakan sesuatu perkara yang berlaku tanpa dirancang atau dibayar tetapi ada mesej yang boleh kita perhatikan.
Perhimpunan Agung UMNO 2011 baru saja tamat. Sepanjang 5 hari di PWTC, orang-orang UMNO dari seluruh negara berkumpul mendengar amanat Presiden serta perbahasan daripada perwakilan. Semuanya bersemangat dan penuh emosi.
Ya, kemungkinan besar juga ini adalah perhimpunan UMNO yang terakhir sebelum perang PRU13. Jatuh bangun UMNO bergantung kepada PRU ini.
Kepada orang-orang UMNO, beringatlah. Tahun ini anda seronok dapat berhimpun di PWTC. Tahun depan bagaimana? Jika UMNO dan Barisan Nasional menang, tiada masalah untuk anda sekali lagi mengadakan Perhimpunan Agung di PWTC. Tapi, bagaimana jika UMNO kalah? Adakah UMNO masih boleh mengadakan perhimpunan di PWTC?
Orang UMNO kena sedar, parti pembangkang amat cemburu. Kami percaya, mereka juga menyimpan hasrat besar untuk mengadakan kongres/muktamar masing-masing di PWTC.
Muktamar PAS 2012 berlangsung di PWTC. Kongres PKR 2012 berlangsung di PWTC. Mesyuarat Agung DAP 2012 juga akan diadakan di PWTC. Semuanya tidak mustahil dan boleh berlaku jika UMNO/BN kalah.
Jadi, orang UMNO perlu sematkan dalam hati. Mempertahankan Putrajaya bererti mempertahankan PWTC. Jangan biarkan UMNO merempat tidak tahu di mana tempat mengadakan Perhimpunan Agung akan datang.
Sejak dari malam tadi kami mencari rakaman video ucapan pembahas dari Kedah iaitu Ustaz Kamal Saidin. Alhamdulillah, kami berjaya. Terima kasih kepada individu yang upload rakaman berkenaan di Youtube.
Kami ada banyak sebab kenapa kami minta para pembaca sekalian mendengar ucapan dari Ustaz Kamal Saidin. Sangat istimewa dan sangat luar biasa.
Beliau berkata Mat Sabu adalah 'aset' UMNO. Jangan tangkap dan jangan masukkan Mat Sabu dalam penjara. Lagi banyak dia buat silap, lagi ramai ahli PAS dan PKR keluar parti.
Selain itu, Ustaz Kamal Saidin juga mengkritik dasar PAS yang tunduk kepada DAP.
Chua Soi Lek jangan biadab! Inilah jadinya apabila ajaran Ambiga dan Anwar Ibrahim dijadikan kiblat perjuangan politik. Asas ajaran Ambiga dan Anwar Ibrahim dalam politik ada dua macam - pertama "anda bebas berkata apa-apa sahaja" kerana ini negara demokrasi bebas bersuara. Kedua, "anda bebas tunjuk perasaan dan buat apa-apa sahaja yang anda suka, termasuk hubungan seks sejenis" kerana ini negara demokrasi hak asasi manusia.
Sebab itu apabila Nga Kor Ming baca ayat al-quran dengan tajwid yang salah pun, mereka akan kata "tak apa, ini budak baru belajar, dia bukan orang Islam", dan apabila orang Kristian begitu agresif memurtadkan umat Islam mereka akan dakwa pula, "ini tentu rancangan jahat UMNO". Jadi - Chua Soi Lek jangan cakap sebarangan. Walaupun anda orang Barisan Nasional, itu bukan bermaksud anda akan disokong walaupun anda telah melakukan kesalahan. Jangan hina hukum Hudud! Anda akan diserang hebat oleh para bloggers. Ajaran "cakap ikut sedap mulut" tiada tempat dalam Barisan Nasional - itu ajaran Ambiga dan Pakatan Rakyat. Masih ingat Karpal Singh hina hukum Hudud dan negara Islam? So, nasihat saya kepada Chua Soi Lek agar jangan terlalu bercakap ikut sedap mulut! Cara BN/UMNO berbeza dengan Pakatan Rakyat. Ada faham?
Desas-desus yang mengkhabarkan nama Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Saudara Maslin Sham Razman sebagai calon ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Chandan semakin bertiup kencang. Berita gembira ini disambut dengan penuh rasa syukur (jika benar). Tanpa berselindung, secara jujur dan amanah, rata-rata anak muda dan jentera UMNO/BN Kuala Kangsar berasa sangat selesa dengan cara dan pendekatan yang digunakan oleh Saudara Maslin sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO KK dan mantan Ketua Pemuda UMNO Perak (dan sekarang EXCO Pemuda UMNO Malaysia).
Perwatakan lembut, senang berurusan serta tidak suka bermusuhan dalam kalangan ahli UMNO - menjadikan Maslin Sham sebagai pilihan tepat untuk calon wakil rakyat DUN Bukit Chandan mewakili BN pada PRU yang akan datang. Tidak banyak bercakap, tetapi kuat bekerja. Disenangi golongan muda dan veteran. Dihormati oleh parti lawan dan kawan. Dan yang penting - tiada skandal! Saya sebagai orang UMNO Kuala Kangsar, merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO KK menyokong penuh sekiranya Maslin Sham terpilih sebagai calon untuk mana-mana kawasan sekali pun - sama ada sebagai calon ahli Parlimen atau pun ahli Dewan Undangan Negeri.
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya memberi laluan kepada calon-calon baru dengan rela hati. Sebagai orang UMNO katanya, mereka perlu bersedia melakukan apa sahaja demi kepentingan parti termasuk berundur apabila tiba masanya mereka berbuat demikian.
Beliau berkata, golongan itu juga harus sedar bahawa pencalonan mereka sebelum ini sehingga dipilih sebagai wakil rakyat adalah hasil daripada sokongan serta laluan yang diberikan oleh orang lain.
''Saya amat berharap mereka menyokong calon baru sebab semasa mereka naik orang lain menyokongnya dan ada orang lain yang memberi laluan kepadanya. Sekiranya tidak, dia tidak akan naik menjadi wakil rakyat.
''Oleh itu apabila tiba masanya, dia kena berundur atas kepentingan parti. Saya berharap dia faham, akan sokong parti dan terima hakikat serta sedar bahawa satu ketika dulu dia dapat kebaikan hasil sokongan orang lain," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
BOSS' Air Asia 'MENYERANG' 'BOSS' Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).. Ramai terTANYA-tanya apakah KISAH sebenarnya dan apakah MUSLIHAT 'BOSS' Air Asia, sudah BANYAK kali kita dengar KONTROVERSI dalam dunia BISNES meLIBATkan 'BOSS' Air Asia ini.
Inilah yang menyebabkan UMNO diBENCI oleh orang Melayu/BUMIPUTERA sendiri..UMNO melalui penguasaan dalam kerajaan begitu mudah meNAFIkan golongan MUDA dan PROFESIONAL Melayu lain yang tidak berPARTI untuk berKHIDMAT dalam GLC sebaliknya memBERIkan tempat kepada LANUN-LANUN dan paria dalam Korporat dan PENYAMUN ini berKUASA dalam GLC... cerita lanjut klik sini & sini.
komen aku: tak tahu la apa pulak yang si paria ni nak ugut kerajaan, dulu dia pernah ugut nak alihkan operasi air asia ke jakarta, kerajaan pun bodoh takut paria sekor ni merajuk, bagi saham MAS kat dia, lepas ni kalau dia merajuk lagi agak-agak korang apa yang kerajaan bagi kat dia?
haa...haa... jadi kita jangan terpengaruh sangat dengan dakyah, islam itu pas dan pas itu islam, ia menyesatkan, kerana dalam rukun islam ada lima perkara sahaja, mengucap, sembahyang, puasa, zakat dan naik haji (sekiranya mampu), jadi ahli pas tak masuk book...
Mana ada pemimpin parti lawan di rai sebergini hebat oleh parti yang melawannya, jujur aku kata, zuraidah sendiri pun tak di rai oleh rakannya dalam parti komponen pakatan...
Jadi aku tak pelik kenapa kak ijat di hentam hebat oleh si mak lampir sewaktu kongres pkr hari tu, dia sengaja kaitkan kak ijat dengan isu nfc, walau pun dia tahu, kak ijat langsung tak tahu menahu dan tak masuk campur dalam pengurusan nfc...
Senang cerita di samping mak lampir tergugat dengan kehebatan wanita umno, mak lampir juga cemburu dengan penerimaan muslimat pas terhadap kak ijat... video ini menjadi bukti.
Pelbagai seruan dan laungan kita dengar sehari dua ini sempena Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung di PWTC. Banyak tekak yang serak kerana ingin mengatasi desibel penceramah sebelumnya.
Tidak ada bantahan yang perubahan mental, anjakan paradigma yang diperlukan daripada ahli UMNO. Kalau dulu kita kata kena berubah, kini kita kata transform.
Soalnya, apakah bila kita balik ke kawasan kita, cawangan kita, bahagian kita, kita akan berubah? Misalnya yang ingin merebut sesuatu jawatan tak kiralah jawatan apa, sanggup beralah beri pada orang lain yang kita fikir lebih layak untuk memimpin? Apakah amalan politik wang yang semua orang tahu entah dari mana datangnya akan dibelanjakan untuk memenangi sesuatu jawatan akan berhenti?
Katakanlah seseorang yang tidak terpilih jadi calon Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini akan terus menyokong parti seperti yang dikehendaki pucuk pimpinan? Dan tidak terus mencah keting atau sabotaj sesiapa yang terpilih?
Itu adalah utopia kerana hari ini pun kita boleh lihat siapa yang dulu ada, sekarang dah tak ada dan dah tak ada langsung.
Walaupun keputusan muktamad di tangan Presiden parti, lazimnya sebelum sampai di pucuk pimpinan pun, nasib seseorang itu akan tamat. Dia ada selisih sikit dengan orang tertentu, memanglah namanya tidak akan naik.
Usah kira jasa bakti, tungkus lumus yang dicurahkannya, itu tak penting. Yang penting sehaluan atau tidak. Kalau tidak sehaluan, akan dihumban keluar. Yang penting sebulu.
Zaman sekarang ini banyak warlords yang call the shots dan power brokers di belakang tabir. Mereka yang mempunyai aspirasi hendak jadi calon akan terdedah dengan tindak-tanduk "power brokers" ini.
Semboyan perang sudah dilaungkan maka tawar-menawar akan bermula. Sebenarnya semboyan perang patutnya kepada diri ahli-ahli sendiri supaya perubahan diri yang diceritakan tadi berlaku. Apakah seruan dan laungan seminggu ini akan mengubah sikap ahli-ahli?
Ini mengingatkan saya kepada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau seorang diri berceramah selama tiga hari tidak berhenti kepada penjawat awam, ahli korporat, pegawai kanan kerajaan dan menteri sekalipun di beberapa tempat kem Biro Tata Negara di seluruh negara hanya untuk mengubah pemikiran dan sikap.
Saya masih ingat yang saya diperlukan hadir (tidak ada pilihan) di Langkawi dan bersama-sama saya di katil sebelah ialah Anwar Ibrahim dan di katil atas ialah Tan Sri Hamid Othman. Tidak ada privacy di bilik air, semua diminta lupa akan rentangan kepada jawatan masing-masing.
Selama tiga hari itu, melakukan riadah diketuai oleh bekas ketua komando yang tengok kita macam nak telan. Semasa bersenam, kita kena bawa telur sebiji dan telur tidak boleh pecah, kalau pecah digantikan batu bata. Aktiviti merentas desa dan mendaki bukit bagi yang sihat juga dimasukkan diikuti dengan ceramah dari pagi sampai malam, rehat untuk makan dan solat sahaja. Satu orang saja yang berceramah.
Hasilnya Tun sendiri mengaku dia gagal mengubah pemikiran orang Melayu.
Ahli UMNO atau orang Melayu kena melihat lebih daripada apa yang diperkatakan apabila tiba sahaja perhimpunan agung parti. Fitnah yang terus ditaburkan oleh pihak pembangkang perlu dianggap sebagai lumrah pembangkang, biadab, kurang ajar, tak bermaruah, berlumuran dengan skandal dan benak otak. Kita kena letak mereka ini sebelah dan cepat menangkis fitnah dan cerekarama mereka.
Orang Melayu kena melihat di sekeliling mereka, apakah persekitaran-persekitaran yang mengelilingi mereka dari segi ekonomi, fabrik sosial yang semakin rapuh, teknologi yang bergerak pantas yang tidak semestinya memberi kelebihan kepada yang tidak celik.
Yang bermaklumat berkuasa dan menggunakan kecanggihan teknologi untuk menguasai tanpa disedari. Perubahan perlu berlaku sama ada kita suka atau tidak dan kadang kala langkah yang kita ambil itu salah dan kita menerima padahnya seperti 2008 dahulu.
Kita patut sudah tahu secara terperinci apa yang menyebabkan kita kalah begitu teruk selain daripada kepimpinan yang lemah. Kini, ketika kita di ambang satu lagi pilihan raya umum apakah kita sudah siap sedia dengan segala analisis dan fakta yang menyebabkan kekalahan tempoh hari.
Ubat yang pahit kadang kala boleh menyembuhkan penyakit.
Oleh : DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur ( kini Bursa Malaysia )
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Apa yang diaorang buat kat rumah banglo tu? Jatuh dari tingkap berseluar dalam apa hal pulak? Buat pesta buih ka?Pi ngentot kat bilik sebelah?
Pisau percaya lepas ni akan keluar dari Malaysiakini,SuaraKaldaian,Haprak Daily akan mendesak satu suruhanjaya diraja untuk buat siasatan . Di tambah pulak semua geng haprak pakatan akan menyalak salahkan kerajaan.
Ahli PKR terjatuh dari banglo Exco Selangor
SHAH ALAM 4 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.
Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi.
Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.
Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.
Mangsa yang sudah berumah tangga dan bekerja sebagai pemandu kren di Pelabuhan Klang, dikatakan mengalami keretakan di pergelangan tangan kanan, cedera ringan di lutut kiri selain keretakan tulang tengkorak di bahagian mata kiri.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berada dalam keadaan stabil.
"Kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan sebiliknya ialah pukul 1 pagi iaitu sebelum lelaki itu masuk tidur.
"Pagi ini, rakannya itu bangun untuk solat Subuh di surau tetapi mangsa tiada di katil dan dia terus pergi ke surau kerana menyangka mangsa berada di sana.
"Bagaimanapun ketika pulang dari surau, dia ternampak mangsa yang hanya memakai seluar dalam, tertiarap dan ketika diperiksa mangsa masih bernyawa dan dalam keadaan sesak nafas. Dia terus menghantar mangsa ke HTAR," kata beliau ketika dihubungi.
Tambah beliau, rakan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Seksyen 6 dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes kemalangan buat masa ini sementara menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.
Katanya, mangsa yang sudah boleh bercakap dikatakan tidak ingat apa yang berlaku kepadanya sebelum ditemui tertiarap di luar banglo.
Pisau kata "Nasib baik tak mampus,kalau tak boleh la diaorang buat candle vigil"
Tengok tajuk pun korang dah dapat boleh agak siapa pencinta punggung,bezanya cerita dibawah dengan orang itu dia tak kenal jantan betina.Pokok pangkalnya stor kunyit menjadi tempat idaman beliau siang dan malam.
Inilah padah buat penggemar punggung,stor kunyit yang menjadi kawasan larangan dan haram di sisi agama itulah yang dicari.Terbukti DNAnya berada diruang stor kunyit mangsa. Mana mungkin dunia berkonspirasi masukkan dna ke dalam stor kunyit mangsa kalau diri sendiri yang tak nyemprotkan....
MIRI 4 Dis. - Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di sini kerana dipercayai mencabul kehormatan dengan meraba punggung dan pinggang seorang wanita dengan alasan geram melihat punggung wanita terbabit.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 23 tahun mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran tunai (ATM) di bank di sini dan ketika kejadian, hanya terdapat mangsa dan suspek dalam bank tersebut.
Menurut sumber polis, sebaik sahaja selesai mengeluarkan wang, pengawal keselamatan itu berdiri di tepi pintu sambil membuka pintu kepada mangsa untuk keluar dari bank.
Bagaimanapun, ketika mangsa lalu di hadapan pintu, suspek dikatakan sempat meraba bahagian punggung dan pinggang mangsa.
Terkejut dengan tindakan pengawal keselamatan terbabit, mangsa bertanyakan kenapa suspek bertindak sedemikian.
"Suspek pula menjawab dengan selamba memberitahu sengaja mahu pegang kerana geram," katanya.
Tidak puas hati dengan tindakan pengawal keselamatan itu, mangsa kemudian menelefon abangnya sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bertindak daripada panggilan tersebut, pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek untuk siasatan dan tindakan lanjut.utusan
Sokongan Orang Melayu Dan Kaum Lain Penting Untuk UMNO
KUALA LUMPUR, 3 Dis - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO tidak pernah mengetepikan perjuangan untuk mengangkat agenda kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi pada masa yang sama masih memerlukan sokongan kaum lain untuk memastikan kelangsungannya sebagai sebuah parti.
Perdana Menteri berkata pelaksanaan 1Malaysia, gagasan yang dipromosikannya, tidak bermakna komitmen UMNO untuk memperjuangkan agenda Melayu akan terabai, kerana gagasan itu diperkenalkan untuk memastikan sokongan semua kaum di negara ini.
"Bila turun ke bawah, ke ladang, ke estet, ke kampung baru Cina, bukan bererti bahawa saya kurang komitmen untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.
"Saya lakukan perkara ini sebab kita mesti menentukan bahawa negara Malaysia kita ini mendapat sokongan daripada semua kumpulan etnik, kerana masa depan UMNO juga bergantung kepada sokongan daripada orang-orang lain," katanya.
Najib berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2011, sekaligus mengakhiri perhimpunan lima hari parti itu.
Najib berkata sebagai pemimpin kerajaan, beliau perlu memikirkan hala tuju negara agar rakyat yang sentiasa menilai, baik secara senyap mahupun terbuka akan terus berasa yakin dan percaya terhadap kepimpinan sedia ada.
Untuk itu, katanya, perancangan yang cukup rapi, teliti dan kemas perlu dibuat untuk memastikan dalam masa 10 tahun lagi, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Alhamdulillah dengan adanya pelancaran dan pelaksanaan sedemikian, bila ekonomi Eropah merudum, bila (ekonomi) Amerika Syarikat dalam keadaan tidak menentu, kita di Malaysia, Alhamdulillah ekonomi kita ini mampan dan stabil dan dapat menunjukkan pertumbuhan yang baik," katanya.
Dalam ucapan penggulungannya, Perdana Menteri berkata para perwakilan telah mengarap dengan baik empat objektif yang ditetapkan beliau pada permulaan perhimpunan itu.
Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.
Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.
"Objektif ketiga, saya ingin supaya melalui perhimpunan ini kerajaan mendapat sokongan gagasan kita untuk membawa perubahan yang besar kepada negara kita yang kita gagaskan sebagai pelan transformasi nasional," katanya.
Katanya tujuan perhimpunan itu juga adalah bagi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan untuk menjayakan pelan transformasi berkenaan.
Dalam objektif keempatnya, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyat Malaysia boleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Najib berkata perhimpunan kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai'ah yang diketuai oleh timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.
Najib berkata semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur, maruah agama dan bangsa juga turut binasa.
"Ini tanda transformasi besar parti telah bermula, pada detik saat ini, ketika bersejarah ini dalam dewan ini, ambillah seruan Allah (swt).
"Hendaklah kita bersiap sedia dengan segala kekuatan yang ada, lengkap diri masing-masing, turun kemedanjuang sebagai satu saf yang padu, pasukan yang kukuh, barisan yang kuat dan jemaah yang ampuh", katanya.-umno online
Perbahasan usul agama, pendidikan dan sosial oleh wakil perlis
Kepetahan wakil Perlis bahas usul agama, pendidikan, sosial jadi perhatian
KEPETAHAN berucap dengan kandungan penuh fakta dan diselitkan dalil agama menyebabkan perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, PWTC memberi tumpuan penuh kepada wakil Perlis, Fathul Bari Mat Jahya yang membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial, semalam.
Dengan gabungan gaya penceramah hebat dan pendakwah, anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin ini lancar berhujah mengemukakan pelbagai saranan kepada parti serta kerajaan dalam usaha membela bangsa, agama dan negara. Beliau antara lain mencadangkan supaya kepemimpinan parti mendekati golongan agamawan dan ilmuwan bagi menepis tohmahan dilemparkan pembangkang yang menuduh UMNO anti-Islam dan enggan melaksanakan hukum Allah.
Katanya, alasan paling popular diberikan golongan agamawan ketika diajak menyertai UMNO adalah mereka tidak mempunyai ruang untuk menyampaikan pandangan.
"Kita perlukan mereka. Dalam perlembagaan UMNO juga ada disebut perjuangan kita adalah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tapi bila bercakap mengenai agama, di mana orang agama?" katanya.
Sambil menegaskan beliau bersyukur kerana sejak menyertai UMNO, diberi ruang secukupnya untuk bercakap sebebasnya mengenai Islam, Fathul Bari berkata, parti itu tidak pernah sesekali menyekat perbincangan mengenai Islam. "Tidak pernah ada sekatan untuk saya bercakap tentang Islam, tentang hudud, tentang akidah, tentang hukum Allah... bercakaplah. Jadi kita minta (UMNO) bahagian, ada ruang dibuka untuk mereka (agamawan).
"Jangan kita jadi seperti pihak lain yang mengamuk di masjid, di mimbar khutbah dan dalam ceramah. Jika kamu ikhlas hendak menasihati pemimpin kamu, inilah tempatnya," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
Mengakui UMNO belum mampu mendekati pelajar agama dari Malaysia di Asia Barat, beliau menyarankan kementerian berkaitan merangka program tarbiah buat bakal pelajar yang akan ke sana untuk menerangkan dasar kerajaan yang tidak pernah menganaktirikan pelajar agama.
Fathul Bari turut menekankan konsep 2T yang perlu diamalkan ahli UMNO bagi menghadapi pilihan raya akan datang, iaitu Tazkiyah bermaksud penyucian yang perlu dimulakan dari dalam parti dan Tarbiah yang membawa makna pengisian melalui program bersifat ilmu.-BH
Video ini membuktikan chauvanis rasis ultrakiasu DAP menunggang dan menjadikan khawarij PAS sebagai alat selingkohan pemuas cara politik mereka.
2 buah parti ini dihadapan penyokong masing masing bermuka muka,dihadapan melayu cerita lain,didepan cina cerita lain dan didepan India cerita lain.Habis semua kena tipu dengan permainan politik gampangan mereka.
Pisau kata " tahaluf siyasi khawarij PAS kepada DAP"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menyiapkan projek tempat letak kereta bertingkat bernilai RM5 juta yang terletak di Bukit Bendera.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen mendesak Guan Eng yang juga Pengerusi PDC memberikan penjelasan penuh terhadap kegagalannya menguruskan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat itu.
"Macam mana PDC tidak boleh bina tapak letak kereta ini. Apa guna diberikan peruntukan sekiranya tidak boleh buat?
"Jika tempat letak kereta ini tidak boleh buat, apa yang mereka boleh buat?," soalnya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Makanan Penjaja 2011, Johor Jaya di sini, semalam.
Semalam, Guan Eng dilaporkan berkata, projek tempat letak kereta berkenaan akan dirobohkan dan dibina semula mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh Lembaga Siasatan Negeri.
Projek yang siap pada Mac lalu itu gagal memenuhi kriteria sijil layak menduduki (CF) yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Jawatankuasa siasatan mendapati, arkitek dan juruperunding projek itu bertanggungjawab atas kelemahan reka bentuk tempat letak kereta tersebut.
Beliau juga dilaporkan berkata, pembinaan tapak letak kereta baharu itu akan mengambil masa 15 bulan dan akan menelan belanja antara RM5.5 juta hingga RM6.75 juta dengan kapasiti 300 tapak baharu berbanding hanya 112 tapak sebelum ini.
Yen Yen berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kegagalan projek berkenaan dan menyifat kegagalan itu sebagai pembaziran wang rakyat.
"Peletakan jawatan seorang dua berhubung isu ini tidak memadai dan Guan Eng perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini kerana projek berkenaan adalah di bawah kendalian PDC sepenuhnya," katanya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Orang dulu-dulu kalau tengok Warga emas berperangai PELIK sikit, tak sesuai Akhlaq si tua dengan usia yang sepatutnya EMAS mesti kata, "Agaknya nak buang Tebiat orang tua tu.."
Nauzubillahminzaliq..Mohonlah pada Allah swt agar jika semakin meningkat usia kita dikurniai Ia, semakin baiklah Akhlaq yang hendak dipertontonkan pada orang ramai terutama anak anak cucu cicit sendiri..
MASA dan sisa sia usia kita, kita kejarlah Ilmu sebanyaknya supaya semakin mendekati Allah swt, semakin dekat dengan Ia, semakin TENANGlah jiwa kita. Rohani yang tenang akan terpapar di cermin wajah kita. Senang semua orang dengan kita walaupun haiwan peliharaan apatah lagi Malaikat yang sentiasa mengintai kita...
You are subscribed to email updates from melayuangkat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akhirnya setelah bertahun-tahun ada juga penghargaan yang diberkan kepada blogger. Bermula dengan PM di Konvesyen Media Sosial 1Malaysia pada 20hb November lalu dan kemudiannya Datuk Zahid Hamidi pada PAU baru-baru ini.
Jika kita masih belum lupa, suatu ketika dulu blogger pernah digelar beruk oleh orang politik yang masih tidak memahami peranan Media Sosial. Mungkin ketika ini mereka sudah memelihara banyak beruk-beruk untuk membantu mereka di PRU akan datang.
Masa berubah dan kita harus mengikuti perubahannya atau kita akan ditinggalkan. Saya teringat-ingat dengan BPN yang suatu ketika dulu adalah suara rakyat marhaen yang meriuh-rendahkan media sosial menentang blogger pro pembangkang tanpa rasa penat dan lelah.
Berapa ramai lagikah yang tinggal dan masih meneruskan perjuangan ini? Yang sudah besar dan berpengaruh tentu sudah melupakannya......
Antara Ahli UMNO dan Orang UMNO, antara 'hitam metalik' dan 'kelabu asap'
1. PAU sudah berakhir. Perwakilan dari 191 Bahagian UMNO sudah kembali ke Bahagian masing-masing. Desas-desus berkata PAU kali tidaklah meriah, mungkin kerana tiada pertandingan. Berbeza dengan ketika ada pertandingan, maklumlah...'Jong Pecah Yu Kenyang'!
2. Ini PAU terakhir sebelum PRU. PAU ini dilihat sangat penting untuk menilai kekuatan dan kelemahan UMNO, semangat ahli-ahlinya boleh dinilai disini. Kekuatan parti 'jangan' dinilai dengan tepukan atau ucapan berapi-api. Sajak dan pantun juga bukan nilaiannya. Bahasa 'retorik' yang menusuk lubang telinga sudah lali dan tidak memberi apa-apa erti lagi. UMNO harus kembali kepada realiti - perjuangkan kerana agama bangsa dan negara!
3. Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi sepatutnya menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk bangkitkan semangat ahli bagi hadapi perjuangan dalam PRU. Sayugia diingat bahawa ahli-ahli UMNO berada dalam keadaan moral yang 'terendah' ketika ini akibat serangan media pembangkang terhadap parti dan pemimpin parti dalam segala 'social network'.
4. Peranan 'media sosial' sudah semakin diiktiraf oleh pemimpin UMNO, selain dari Presiden, Zahid Hamidi juga memberikan penghargaan dalam ucapannya. Tetapi bukan setakat itu saja, satu kaedah harus di bentuk bagi menggerakan seluruh 'tentera siber' yang ada selaras dengan kehendak perjuangan parti. UMB mesti lebih berperanan dan mengurangkan penggantungan terhadap 'tentera (siber) upahan'.
5. Kekuatan sebenar UMNO adalah diakar-umbi, yakni di Cawangan-cawangan. Bagaimanapun ianya ditentukan oleh Bahagian-bahagian. Apakah seruan 'berubah' oleh pemimpin disampaikan dengan jelas oleh Bahagian kepada ahli-ahlinya di Cawangan? Yang jelasnya adalah pemimpin diperingkat Bahagian hanya turun ke Cawangan apabila menjelang Mesyuarat Perwakilan Bahagian untuk merayu undi, selepas itu mereka hilangkan diri. Bahagian harus bekerja lebih keras dan jujur. (Baca Sini)
6. Presiden sudah menyeru supaya ahli-ahli bersatu dan merapatkan saf perjuangan. Naib Presiden juga sudah perkuatkan keazaman parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara (klik sini), sebagai Pemimpin Bahagian, Cawangan dan Ahli-ahli, apakah pula sumbang kita?
Nota Kaki:
1. Blog adalah ruang diskusi. Blogger memberikan pendapat peribadinya. Ini bukan mahkamah untuk menghukum. Justeru berbeza pendapat bukanlah satu kesalahan dan sebarang pandangan blogger bukanlah pandangan umum.
2. Blogger popular bukan bererti yang terbaik demikian juga yang terbaik bukan mesti popular. Dr. Ridhuan Tee bahkan TDM (sekadar menamakan) tidak ada dalam senarai (Sini) tetapi mereka menulis lebih baik dan memberikan lebih banyak pengajaran serta membuka minda pembaca.
3. Kita boleh saja berblog sebagai tukang caci @ pencacai atau menulis untuk memberikan pandangan peribadi tanpa mempedulikan ranking, menulis 10 kali sehari untuk kekal diatas atau 10 hari sekali jika tidak rasa terpaksa dan bukan kerana nama.
Ramai kalangan blogger Pro BN menyangkakan bahawa menteri yang didakwa oleh Bob Lokman yang mahu merasuahnya di dalam ceramahnya baru-baru ini, merupakan ilusi Bob Lokman...
Berdasarkan maklumat informer, eXception telah berjaya mengenalpasti siapakah gerangan menteri tersebut... eXception harap menteri tersebut jangan nak nafikan lagi... Sebab eXception sedia maklum bahawa menteri ini mempunyai perangai yang buruk... Maka disebabkan itu menteri ini tidak disukai oleh Raja...
Pada mulanya eXception sangkakan bahawa informer tersebut sengaja bergurau... Akan tetapi beliau telah menunjukkan gambar menteri tersebut kepada eXception... Dengan bukti yang ditunjukkan oleh informer tersebut, yakinlah bahawa kenyataan dan dakwaan Bob Lokman sememangnya benar...
eXception ingin meminta kepada rakan-rakan blogger lain agar tidak memperlekehkan dakwaan Bob Lokman... Sepatutnya kita perlu menyiasat kebenarannya....
Maka di bawah ini merupakan satu fail sulit yang tidak boleh didedahkan sesuka hati kecuali anda klik sendiri pada fail tersebut untuk membuka dokumen rahsia tersebut... Dokumen tersebut mengandungi gambar menteri yang mahu merasuah Bob Lokman... Kepada menteri terbabit, eXception meminta anda dengan segala hormatnya meletakkan jawatan anda sebagai menteri berkuatkuasa hari ini!! Ini bukan kes main-main!! Ini perkara serius kerana melibatkan rasuah!!
Klik imej di atas...
Maklumat Menteri Yang Cuba Merasuah Bob Lokman
Nama: Menteri Fasola (Fa So La)
Nama Lain: Jason King
Kerajaan: Negeri Pasir Dua Butir
Dakwaan:
1) Melakukan kerosakan dengan membakar rumah-rumah di dalam negeri Pasir Dua Butir hingga negeri tersebut menjadi padang jarak padang tekukur.
2) Menculik puteri Raja Negeri Pasir Dua Butir yang comel.
3) Cuba memberi rasuah berupa sejumlah wang dalam matawang rupiah dan pangkat ketua darjah 1 anggur kepada Bob Lokman.
Kelakuan Tidak Senonoh:
1) Cuba memperkosa puteri Raja Negeri Pasir Dua Butir
2) Melakukan mimik muka yang tidak senonoh semasa melepas
Ha ha ha ha ha ha!! Jangan marah ya? eXception sengaja nak bagi prank... Prank ni ditujukan khas kepada juak-juak parti haramjadah yang dok percaya cakap ostad celup Bob Lokman tu... Ha ha ha ha ha!! I'm sorry...
Apapun sebenarnya memang dakwaan Bob Lokman itu hanyalah ilusi atau bayang-bayang dalam kepala otak dia yang berjambul... Menteri-menteri tengah sibuk dengan Perhimpunan Agung UMNO, takde masa nak buat macam tu. Apa lagi nak rasuah Bob Lokman. Tak balik modal... Bob Lokman tu siapa? Apa... Besar sangat ke dia dalam PAS?? Setakat badan je besar... Habuk pun tarak!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan