PEJUANG BANGSA Posted: 04 Sep 2012 11:36 AM PDT Bila The Rock lawan perompak sebenar ..memang real hero ! Posted: 04 Sep 2012 11:25 AM PDT Pelakon Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dilaporkan terlibat dalam pergaduhan bersama beberapa perompak yang menyelinap masuk ke lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul The Fast And Furious 6. Bekas jaguh gusti itu berjaya menangkap beberapa lelaki yang memakai penutup kepala, dipercayai mahu mencuri peralatan yang mahal daripada beberapa buah van penggambaran di Hackney, Timur London. "Ia memang lucu. The Rock kelihatan seperti seorang hero filem aksi dengan jaket dan lencana FBI di tangannya. "Ketika kejadian, bunyi tembakan kedengaran secara tiba-tiba dan The Rock berjaya mengatasi perompak-perompak itu dalam pergelutan tersebut," kata satu sumber seperti dipetik thesun.co.uk. Ekoran insiden itu, difahamkan krew filem tersebut kini turut mempertimbangkan untuk melantik aktor bertubuh sasa itu sebagai pengawal keselamatan di lokasi. "Kini mereka (krew) secara bergurau berkata pengawal keselamatan yang sedia ada patut diberhentikan dan diganti dengan The Rock sahaja," kata sumber itu lagi. | Sham Kamikaze larang umat islam terikut tarian Gangnam style ! Posted: 04 Sep 2012 10:10 AM PDT Sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita. Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai. Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar. Tarian pelik seakan tarian kuda yang diperkenalkan mengundang gelak ketawa penonton. Selain itu, elemen lawak, rap dan kepelbagaian warna menjadikan video ini mendapat jolokan ramai. Merungkai maksud Oppa Gangnam Style, ada mendakwa ia bermaksud I love Gangnam Style dan ia merujuk kepada gaya hidup mewah di daerah Gangnam, Seoul. Ia juga diistilahkan sebagai Gang (River) dan Nam (Selatan). Namun ada juga yang menyifatkan Gangnam bermaksud, 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'. Sebetulnya, masih banyak perkara tersurat yang tidak kita ketahui menerusi lagu ini. Walaupun gaya muzik Korea Selatan ini mencetus fenomena hebat di negara kita, namun ia masih mendapat tentangan beberapa pihak. Penceramah bebas, Sham Kamikaze, menerusi Twitternya, berkata, umat Islam tidak sepatutnya terikut dengan budaya luar. "Saya sendiri tidak pasti apa itu Gangnam Style, tetapi apa saya tahu, di Youtube ada jutaan yang menonton termasuk umat Islam. "Walaupun ia menjadi fenomena, namun persoalannya, mengapa kita senang terikut dengan apa jua budaya yang dihidangkan? "Sepatutnya kita harus menilai dan mengambil kira hukum di sisi ALLAH SWT," katanya. | Azlan Iskandar sertai UMNO kerana suka kerajaan & @NajibRazak Posted: 04 Sep 2012 09:02 AM PDT - Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik. Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu. Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada. "Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi," katanya, kepada Sinar Harian. Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini. Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran untuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi. "Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak," katanya. Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam Umno terutamanya golongan profesional. "Pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan ini atas dasar dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Jadi saya harap ia dapat menjadi ikutan golongan muda," katanya. | Kerajaan DAP campak Jalur Gemilang perbuatan biaDAP ! @dzainalabidin Posted: 04 Sep 2012 08:00 AM PDT – Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bukan sekadar menurunkan Jalur Gemilang malah mencampakkannya ke atas tanah adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati bendera Malaysia yang melambangkan maruah negara. Tindakan tersebut diambil oleh MPPP kononnya adalah atas arahan pihak atasan. Bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) adalah bersempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera. Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, alasan MPPP bahawa ianya diarahkan oleh pihak atasan membuktikan bahawa Kerajaan DAP memang tidak tahu adab dan sedikitpun tidak mempedulikan maruah Negara. "Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara. Sekiranya di negara lain, bendera ini disanjung dan dijaga dengan baik. Tetapi DAP bila mengajar pengikutnya bersikap kurang ajar dan biadap. Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. " Disebabkan ajaran biadap inilah, maka bukan sahaja MPPP bersikap tidak rasional hanya kerana menurut arahan malah apa yang terjadi di malam merdeka di Kuala Lumpur juga adalah bukti ajaran kurang ajar pembangkang. Penyokong mereka memijak gambar pemimpin dan membawa bendera yang kononnya nak digantikan dengan Jalur Gemilang adalah sesuatu yang benar-benar mencabar maruah negara," ujarnya kepada UMNO-Online. Oleh itu, Musa berharap agar rakyat di negara ini berfikir semula, adakah pemimpin yang menerapkan ajaran biadap dan cuba menanam rasa kebencian di hati rakyat sehingga boleh mengundang keadaan huru hara ini layak untuk terus diangkat dan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin. "Rakyat boleh menilai, pembangkang hanya mementingkan politik dan hanya berpolitik 24 jam… Kerana politik mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membelakangkan maruah negara dan masa hadapan rakyat. Harus diingat, Jalur Gemilang adalah 'panji' Negara. Sekiranya 'panji' negara diperkotak katikkan, bermakna maruah kita selaku rakyat negara ini juga dipermain-main dan diinjak sesuka hati mereka. "Sikap pembangkang semakin hari semakin melampau… Kita lihatlah apa yang terjadi kebelakangan ini, terlalu banyak isu provokasi yang mereka lakukan. Semakin dekat pilihan raya, semakin teruk kelakukan mereka. Contohnya di Selangor, sikap Kerajaan Negeri yang membelakangkan Sultan dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri… termasuklah apa yang terjadi di Pulau Pinang ini. Semuanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang. "Jadi saya amat menyeru kepada seluruh rakyat Negara ini, berfikirlah dengan bijak dan jangan sesekali terpengaruh dengan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah kebiadapan mereka..," ujarnya lagi. – MediaUMNO | Pakatan buta sejarah, Sang Saka Malaya bukan bendera asal Tanah Melayu !! Posted: 04 Sep 2012 07:00 AM PDT Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah. Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air. Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah. Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob. "Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya. "Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam. "Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya. Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu. Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu. Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara. "Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya. | Bekas pemimpin PKR dedahkan isu simbah cat bas rancangan Anwar ! Posted: 04 Sep 2012 06:17 AM PDT Isu bas Jelajah Merdeka Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa telah diserang dengan disimbah cat merah dan cerminnya pula dipecahkan, dilihat sebagai satu lagi taktik lapuk yang digunakan oleh kepimpinan PKR bagi menarik perhatian dan simpati rakyat terhadap parti tersebut. Menurut bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, insiden tersebut seolah-olah adalah hasil dari perancangan mereka sendiri, apabila bas tersebut dengan begitu mudah disimbah cat dan dipecahkan cerminnya seolah-olah ia dibiarkan tanpa sebarang pengawasan. "Sedangkan, berdasarkan pengalaman saya bersama PKR, setiap kali PKR bergerak untuk mengadakan ceramah, mereka pasti akan menugaskan ahli-ahli mereka untuk mengawal segala peralatan termasuklah khemah-khemah, kerana bimbang disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Dan saya yakin, pengawalan rapi terhadap segala aspek ketika turun padang berceramah seperti mengawal rapi peralatan dan sebagainya masih lagi diamalkan oleh PKR sehingga ke hari ini. "Sebab itu saya rasa pelik, apakah tidak ada ahli-ahli PKR yang ditugaskan untuk menjaga bas yang baru dibeli mereka itu, sehingga amat senang sekali bagi individu atau kumpulan tertentu menyimbah cat, malah memecahkan cermin bas tersebut. "Jika benar ia disabotaj, saya yakin ahli-ahli yang bertugas mengawal rapi bas tersebut akan dapat menangkap individu atau kumpulan yang melakukan perkara tersebut, atau sekurang-kurangnya menyebabkan niat mereka untuk mensabotaj bas tersebut terbantut, " ujar beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Justeru itu, beliau berpendapat dalam isu sabotaj bas Jelajah Kemerdekaan Rakyat yang cuba digembar gemburkan oleh PKR itu, ianya lebih kepada isu yang diada-adakan bagi menarik simpati rakyat dalam usaha mereka untuk menimbulkan kebencian khususnya terhadap UMNO. Jelasnya lagi, beliau yakin rakyat juga sudah sedia maklum bahawa sebelum ini juga telah timbul beberapa isu seperti isu racun arsenik dan juga ugutan bunuh terhadap Penasihat PKR, yang sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan secara jelas siapa dalangnya, biarpun Anwar secara terang-terang mendakwa bahawa UMNO dan BN terbabit dalam isu tersebut. "Maklumlah dengan populariti PKR dan Pakatan Pembangkang yang kini semakin merosot ekoran rakyat sudah mula melihat tembelang mereka yang pecah satu demi satu, maka hari ini mereka terpaksa mencari satu isu untuk dipublisitikan bagi menarik kembali simpati rakyat terhadap mereka. "Namun bagi saya, ia hanya satu strategi lama yang masih lagi diguna pakai oleh PKR yang kini dalam keadaan terdesak, memandangkan mereka kini tiada lagi isu untuk dijadikan modal bagi menghentam Barisan Nasional, khususnya UMNO, apatah lagi dalam keadaan sokongan rakyat yang dilihat semakin meningkat terhadap kepimpinan negara yang sedia ada hari ini," tegas beliau. -MediaUMNO | Jimmy serah rakaman 2 video panas isterinya kepada mahkamah ! Posted: 04 Sep 2012 04:00 AM PDT Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley. Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan. Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.- HARIAN METRO | Sharbinee nafi jual perlawanan Terengganu vs Kedah ? Posted: 04 Sep 2012 03:30 AM PDT Penjaga gawang pasukan Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli menafikan terlibat 'menjual' perlawanan ketika menentang Kedah Sabtu lalu dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan itu. Kontroversi itu bermula apabila Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan pengendali skuad Penyu, Peter Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 di laman sendiri kelmarin. Mohd Sharbinee berkata, dia sedia disiasat badan anti rasuah itu kerana dia tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. "Saya mahu membersihkan nama saya dan biar SPRM siasat, tuduhan ini amat menyedihkan apabila mereka melabelkan saya pemain yang mudah 'dibeli'. "Walhal saya tidak pernah melakukan perbuatan itu dalam mana-mana perlawanan sekalipun. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan, saya rela ditegur atau dikritik, tetapi bukannya dengan cara sebegini," katanya ketika ditemui di Jalan Sultan Zainal Abidin, dekat sini semalam. Dalam pada itu, bekas penjaga gawang kebangsaan itu turut mengakui dia membuat kesilapan dalam perlawanan ketika menentang Kedah tempoh hari, dan tidak takut untuk mengaku kesalahan itu. "Apabila berlaku perkara seperti ini (dituduh jual perlawanan), ia memberi tamparan hebat buat saya untuk berdepan dengan masyarakat, lebih-lebih lagi peminat bola sepak. "Saya bersedia menerima kritikan terutamanya daripada jurulatih, tetapi bukannya dimalukan di hadapan peminat dalam stadium," katanya. Menurutnya, tindakan Peter Butler yang mengkritiknya di hadapan penonton menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak membaling botol air ke arah jurulatih kelahiran England itu. "Saya akui hilang sabar ketika itu, dia sepatutnya mengkritik saya dalam bilik persalinan dan saya sedia mendengar bukannya melemparkan kutukan pada saya dalam padang. "Malah saya juga hairan dengan tindakan dia (Butler) kerana sebelum ini kami mempunyai hubungan yang baik," katanya. Sementara itu, Sharbinee berkata, dia bersedia berundur jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, tetapi bukan dengan cara sebegini, sambil menyangkal khabar angin mengatakan dia akan bersama pasukan Johor musim depan. "Saya suka bermain untuk Terengganu tetapi jika saya perlu meninggalkan pasukan ini, maka saya tidak mahu untuk dengan cara seperti ini (rasuah). "Mengenai khabar angin itu (beralih ke Johor), ia sama sekali tidak betul dan saya masih pemain Terengganu. Buat masa ini saya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara terbaik," katanya. Justeru, dia akan menunggu keputusan yang akan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sebelum membuat keputusan mengenai tindakan lanjut secara profesional. Sebelum ini, dua lagi pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari turut disingkirkan daripada pasukan Terengganu yang didakwa oleh bekas jurulatih Kelantan itu melanggar disiplin dengan membawa pulang wanita ke bilik penginapan, ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman minggu lalu. Bagaimanapun, dua pemain ini tampil menyangkal dakwaan itu dan menuntut Peter Butler memohon maaf, namun bagi Mohd Sharbinee, dia tidak akan meminta Butler berbuat demikian. "Jika dia merasakan dia seorang jurulatih profesional, maka dia akan melakukan perkara yang sepatutnya," katanya. Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Sharbinee dalam saingan pusingan kedua Kumpulan B, Piala Malaysia ketika turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini). Selain itu, skuad Penyu juga tidak dapat menurunkan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe, kerana digantung satu perlawanan berikutan dilayangkan kad merah ketika menentang Kedah Sabtu lalu | Owen bakal menyarung jersi pasukan di Liga Malaysia ! Posted: 04 Sep 2012 02:08 AM PDT Bola sepak tempatan semalam dihebohkan dengan berita bintang penyerang England, Michael Owen bakal dilamar oleh pasukan dari Liga Malaysia (Liga-M). Beberapa laman web sukan tempatan dan rangkaian sosial, Facebook serta Twitter melaporkan sekumpulan usahawan dari Malaysia akan berlepas ke England untuk berbincang dengan pemain berusia 32 tahun itu, yang kini tidak mempunyai kelab selepas kontraknya bersama Manchester United tamat, Jun lalu. Menurut berita-berita yang tersiar di internet, s ekumpulan usahawan tersebut bersedia menaja gaji Owen yang dikatakan hampir mencecah RM1 juta sebulan. Jumlah berkenaan hampir menyamai apa yang telah diberikan oleh United kepadanya musim lalu. Tidak dinyatakan pasukan manakah yang berminat untuk mendapatkan bekas bintang Piala Dunia England itu, namun Johor FA antara yang dikaitkan dengan pembelian pemain tersebut. Ini kerana Presidennya, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memberitahu sebuah akhbar tempatan bulan lalu, bahawa beliau berminat untuk membawa masuk beberapa pemain bertaraf dunia, termasuk Owen. Selain Owen, pemain yang dikatakan turut menarik minat Tunku Ismail adalah dua penyerang Argentina, Andres D'Alessandro (31 tahun) dan Pablo Aimar (32), penyerang Perancis, David Trezeguet (34) serta tonggak tengah Brazil, Elano Blumer, 31. Selain Johor FA, Kelantan dan Selangor turut dikaitkan dengan Owen malah terdapat versi berita yang menyebut kelab yang mengintai khidmat penyerang itu sedang mendahului kumpulan dalam saingan Piala Malaysia. Empat pasukan menjadi pendahulu Piala Malaysia ketika ini, LionsXII (Kumpulan A), Angkatan Tentera Malaysia (Kumpulan B), Negeri Sembilan (Kumpulan C) dan Pahang (Kumpulan D). Biarpun dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, namun sehingga tempoh perpindahan pemain ditutup, 31 Ogos lalu, Owen, yang pernah menyarung jersi Liverpool, United, Real Madrid dan Newcastle United masih belum menyertai mana-mana pasukan. Akhbar Britain sebelum ini melaporkan pemain kelahiran Chester, England itu telah menolak tawaran dua kelab besar Eropah kerana enggan keluar daripada Liga Perdana Inggeris. Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers kelmarin menyuarakan minat untuk membawa Owen kembali ke Anfield, maslah minat yang sama disuarakan Stoke City. Pada zaman kegemilangannya, Owen merupakan bintang besar Liverpool dan England. Dia telah membuat 216 penampilan buat Reds dan menghasilkan 118 gol. Bersama Newcastle United, dia beraksi 71 kali dan menjaringkan 26 gol. Karier Owen bersama Real tidak begitu gemilang apabila menjaringkan 13 gol daripada 36 perlawanan, manakala di United dia tenggelam bersama hanya lima gol dalam 31 perlawanan. Sepanjang menyarung jersi England dari 1998 hingga 2008, dia telah memiliki 89 cap dan menjaringkan 40 gol. | Khir persoal mengapa kerajaan PKR jemput Anwar bukannya Sultan Posted: 04 Sep 2012 01:21 AM PDT Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo berkata, pentadbiran BN di negeri itu sebelum ini sentiasa menjemput Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan ambang merdeka. Mohd Khir menjelaskan bahawa beliau sebelum ini menjemput Sultan Selangor secara lisan dan secara rasmi untuk hadir ke majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dan juga untuk majlis bacaaan surah Yasin keesokan harinya. "Semasa kerajaan BN, tiap-tiap tahun kita menjemput Tuanku. Terpulang kepada Tuanku untuk hadir ataupun tidak. "Setiap kali berjumpa (dengan Tuanku sebelum majlis itu), saya juga menjemput secara lisan dan secara (surat) rasmi untuk sambutan ambang kemerdekaan dan bacaan Yassin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa kerajaan BN juga tidak pernah menjemput Sultan Selangor ke majlis tersebut. Faekah dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana baginda hanya akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri. Faekah berkata, beliau mengesahkan perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55. Malah, Faekah juga berkata program sambutan ambang kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor. Perlu minta maaf Sehubungan itu, Mohd Khir berkata, kerajaan negeri perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor dan tidak menyalahkan orang lain dalam isu menjemput kepada baginda ke majlis sambutan ambang kemerdekaan itu. "Pemimpin yang baik, kalau tahu buat salah, minta maaf apa yang dibuat. Jangan salahkan orang lain. Minta maaf. Bila lantik nak jadi MB, menghadap Tuanku untuk angkat sumpah. "Bila dapat jawatan, tinggal (Tuanku) tak jemput baginda. Habis madu sepah dibuang," kata sambil menganggap Faekah "tidak tahu apa-apa" berhubung hal jemputan tersebut. Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjemput Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di majlis berkenaan memandangkan Anwar bukan pemimpin kerajaan Selangor. "Kenapa jemput Anwar sebagai tetamu khas... Siapa ketua kerajaan negeri Selangor, Tuanku atau Anwar. Kenapa menggunakan wang rakyat untuk menjemput beliau. "Dalam satu majlis tak boleh ada dua tetamu khas... Takkan kedua-duanya nak berucap. Kenapa jemput Anwar, atas kapasiti apa. Ketua parti tak boleh dijemput (berucap) untuk majlis kerajaan negeri," katanya. | Black Ops basi pembangkang lagakan Muhyidin -Najib ! Posted: 03 Sep 2012 11:58 PM PDT
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor. Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Imej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet. Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas. Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'. Ketika dihubungi Malaysiakini semalam,- MALAYSIAKINI Ini salah satu lagi propaganda pembangkang yang cuba melaga-lagakan PM dan TPM . Memang desperado betul pembangkang memainkan isu dan dihangatkan pulak oleh Malaysiakini . Isu ini sudah basi dimainkan pembangkang sebelum ini tapi kali ini dicetak pulak poster /risalah palsu . Setakat risalah bodoh ini sapa pun boleh bikin , tapi demi menutup masalah dalaman yang lebih parah ..mereka dah terdesak untuk mainkan cerita bangang ini . GPB difahamkan Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum. | Pemuda Umno PP buat laporan polis terhadap Himpunan Janji Bersih Posted: 03 Sep 2012 10:07 PM PDT Kemarahan orang ramai terhadap tindakan biadap peserta Himpunan Janji Bersih yang memijak gambar PM &hina Jalur Gemilang semakin memuncak apabila 39 laporan polis dibuat termasuk Pemuda Umno P.Pinang. Ketua Pemuda Umno negeri, Ir Shaik Hussein Mydin membuat laporan polis pada jam 3.00 ptg di IPD Bandar Perda di sini dengan disertai beberapa ketua pemuda Umno Bahagian. Pemuda Umno negeri memandang serius tindakan kumpulan perserta berkenaan dan berasa tercabar dengan penghinaan ke atas pemimpin negara. Published with Blogger-droid v2.0.8 | AMK kata anak muda kibar Sang Saka Malaya cintakan negara !! Posted: 03 Sep 2012 08:43 PM PDT Agak melucukan kenyataan Sam AMK berkata anak muda yang kibarkan Sang Saka Malaya membuktikan mereka tahu sejarah dan sayangkan negara. Kalau betul mereka sayangkan negara dan tahu sejarah , orang tak kibarkan bendera lain selain Jalur Gemilang . Lepas itu apa kejadahnya pulak dok edar risalah tukar bendera pada malam berkenaan ? Adakah itu sifat anak muda cintakan negara ?? ..kelakar kah jawapan Sam Pendek ini .. "Lagipun saya percaya golongan muda yang kibarkan Sang Saka Malaya tahu sejarah dan sayangkan negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. "Isu tukar bendera ini hanya polemik yang digembar-gemburkan oleh media pro-Barisan Nasional (BN) dan media siber sahaja," katanya. Beliau menambah, sebenarnya isu tersebut tidak perlu dipolemikkan dan dianggap berpotensi mengancam keselamtan negara kerana sebaliknya menunjukkan golongan muda yang celik sejarah. - SINAR HARIAN- | Demokrasi Ala Pakatan ialah berak atas gambar PM ! Posted: 03 Sep 2012 05:30 PM PDT Syawal belum pun berlalu, Aidilfitri masih lagi segar, semangat persaudaraan dan bermaaf-maafan terus terasa dan semakin kuat dengan diikuti sambutan Hari Merdeka. Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu. Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap. Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah. Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri. Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya. Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri. Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat. Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka. Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat. Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya. Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka. Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia. Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor. Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia. pemimpin borek , pencacai rintik Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara. Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut. Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan. Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi. Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas. Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera. Beruang Biru | Anwar digesa ajar AMK agar lebih beradab @Zahid_Hamidi Posted: 03 Sep 2012 04:00 PM PDT Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mendidik sayap Pemudanya agar lebih beradab terhadap pemimpin negara. Sambil menyifatkan tindakan memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipercayai didalangi oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai biadap, Zahid berkata perbuatan itu tidak sesuai dilakukan terhadap pimpinan tertinggi negara meskipun mereka mempunyai ideologi politik yang berbeza. "Biarpun berbeza agama dan organisasi politik kita tak boleh hina, termasuk pijak walaupun gambar (Najib) sebab ia merupakan simbol kepada pemimpin kita. "Saya rasa kepimpinan tertinggi PKR perlu menasihatkan AMK supaya lebih beradab dalam berpolitik, sebab di negara ini kita tidak mengamalkan budaya sedemikian," katanya ketika diminta mengulas insiden berkenaan pada malam ambang merdeka di Dataran Merdeka Khamis lepas. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan bersama kira-kira 60 pengamal media ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan di sini, Isnin. Dalam pada itu beliau berkata rakyat terutama golongan muda patut menilai setiap tindakan yang dilakukan pihak pembangkang sebelum memilih mereka sebagai pemerintah. Pembangkang, katanya, selain mengajar rakyat menghina pemimpin, mereka juga sering dilihat tidak bersatu dalam banyak tindakan yang mereka lakukan. Ini dapat dilihat apabila PAS sendiri tidak menyokong insiden malam ambang merdeka itu yang disifatkan tidak menepati budaya dan tatasusila rakyat negara ini yang sopan santun dan menghormati pemimpin. "Kita tahu kejadian berkenaan turut tidak dilakukan PAS, malah DAP juga mungkin memberikan reaksi yang berbeza...banyak perkara yang tidak disepakati bersama sebab kita tahu pakatan mereka ini ibarat perkahwinan muta'ah, iaitu pakatan yang sementara. "Justeru golongan muda perlu sedar akan hal ini dan lihat siapa yang lebih beradab dalam menguruskan politik negara ini," katanya. Zahid dan para pengamal media pada lawatan selama enam jam itu turut dipertontonkan dengan aksi terjunan pasukan khas udara (PASKAU) dari ketinggian 10,000 kaki dan simulasi operasi menyelamat pesawat yang dirampas oleh pengganas. -BERNAMA | |
IPOHMALAY Posted: 04 Sep 2012 09:11 AM PDT PLUS Sesak 10km Akibat Banjir Di UPM Posted: 04 Sep 2012 06:57 AM PDT Banjir di Lebuhraya PLUS sektor UPM - Kajang telah mengakibatkan kesesakan lalulintas sehingga 10km. Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif dan menggunakan Google Maps di lapisan Traffic di telefon pintar masing-masing untuk laluan alternatif. | Mahkamah Britain Tolak Saman Waris 'Batang kali Massacre' Posted: 04 Sep 2012 06:01 AM PDT Sekumpulan penduduk Batang Kali yang menyaman kerajaan Britain atas pembunuhan 24 orang saudara mereka yang disyakki pengganas komunis pada tahun 1948, kalah dalam saman tersebut. Walaubagaimanapun peguam mereka akan membuat rayuan atas keputusan tersebut. Kes ini mendapat liputan meluas oleh media pro komunis di negara ini. Gugatan korban pembantaian di Malaysia ditolak Inggris Terbaru 4 September 2012 - 18:01 WIB Sekelompok warga Malaysia yang menggugat Inggris melakukan penyelidikan terhadap pembantaian terhadap 24 orang warga keturunan Cina di Malaysia pada 1948 kalah di Pengadilan Tinggi London. Awal tahun ini Pengadilan Tinggi setuju untuk menguji kasus terkait dugaan pembantaian di Batang Kali. Seorang pengacara yang mewakili keluarga para korban mengatakan mereka akan mengajukan banding. Saat itu Malaya adalah bagian dari Kerajaan Inggris. Pembunuhan itu terjadi di masa Darurat Malaya, sebuah revolusi terhadap penguasa Inggris yang berlangsung hingga akhir 1950. Pengadilan Tinggi menyimpulkan keputusan yang diambil oleh Menteri Luar Negeri William Hague dan Menteri Pertahanan Philip Hammond untuk tidak memulai penyidikan bukan sesuatu yang "tidak masuk akal." Dalam keputusannya Sir John Thomas, presiden Divisi Kursi Ratu di Pengadilan Tinggi yang duduk dengan Hakim Treacy mengatakan, "Dalam pandangan kami, keputusan para menteri negara adalah sesuatu yang kami anggap relevan dan bukan sesuatu yang tidak masuk akal. "Tidak ada dasar untuk mengusik kesimpulan mereka. Dalam penilaian kami, keputusan mereka cukup relevan dan kami menimbangnya dengan hati-hati untuk mencapai kesimpulan yang benar-benar terbuka." John Halford, seorang pengacara yang mewakili keluarga para korban, mengatakan, "Kami akan naik banding. Selama ketidakadilan terus terjadi, keluarga akan terus mengejar tindakan legal." Ia menyerukan pemerintah untuk "melakukan hal yang benar" dan "mengakhiri ketidakadilan di jantung kasus ini."
| Nik Aziz Naik Tren? Sultan Azlan Pun Naik Tren. Posted: 03 Sep 2012 11:57 PM PDT Menurut beberapa blogger Pas, apabila Nik Aziz sanggup mencemar imej dia sebagai Menteri Besar dengan naik keretapi, itu sekaligus menunjukkan Pok Nik memang pemimpin berjiwa rakyat. Bagus lah kalau macam tu. Tapi bila dah dikecoh-kecoh, itu namanya menunjuk-nunjuk kononnya berjiwa rakyat. Mungkin Nik Aziz tak berniat nak menunjuk-nunjuk. Tetapi pemuka-pemuka PAS lah yang berlebih-lebih. Sultan Azlan Shah pun naik pengangkutan rakyat jugak dua tahun lepas. Walaupun Sultan Azlan naik ETS , keretapi elektrik yang bergerak selaju 150 km/j , perlu diberitahu bahawa tempat duduk ETS itu lebih nipis dari dari tempat duduk kelas 2 tren yang dinaiki Tok Guru PAS itu. Kalau betul berjiwa rakyat, naiklah tren kelas 3. Atau 'tren pasar' yang menjadi nadi penduduk pendalaman Kelantan untuk menghantar anak ke sekolah.
Pendek kata, tak payah berlebih-lebih.
(20.09.2010) The Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, waving to media and officials as the electric train service (ETS) pulled in at the Ipoh Railway Station yesterday. The Sultan was accompanied by the Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun (in the background). The royal couple arrived at the station at 4.23pm. Sultan Azlan Shah and his entourage had boarded the train at the Kuala Lumpur Railway Station at 2.15pm. The unexpected presence of Sultan Azlan Shah obviously delighted his subjects who lined both sides of the yellow carpet to shake hands with him while snapping away with their cameras and mobile phones. KTMB's ETS chief operating officer Azizullah Kinayatullah said his office received a phone call on Friday that the Sultan wanted to travel on the ETS. "Tuanku said it was a good trip and that he enjoyed it," said Azizullah. — Bernama . | Tun Mahathir Diberi Penghormatan Di Indonesia Posted: 03 Sep 2012 10:32 PM PDT
Tun Mahathir hari ini menerima gelaran doktor kehormat di Universiti Sebelas Maret , di Solo , Jawa Tengah. Dia juga memberi ucapan pada majlis tersebut dengan menyampaikan seruan agar orang-orang rumpun Melayu di rantau ini mempertingkatkan pencapaian ekonomi mereka.
Kehadirian beliau diberikan kawalan ketat ekoran gangguan keselamatan di dareah tersebut beberapa minggu kebelakangan ini. Walaubagaimanapun Tun Mahathir tetap tenang dan mengungkap, beliau tidak khuatir dengan keadaan tersebut. Solo Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendapatkan penganugerahan gelar doktor kehormatan (Doktor Honoris Causa) dari Universitas Sebelas Maret (UNS) Solo. Penganugerahan gelar di kampus UNS tersebut berlangsung dengan pengawalan ketat. Selanjutnya dia menyempatkan ziarah di makam Soeharto di Giribangun.
Penganugerahan gelar kehormatan itu disampaikan dalam sidang tebuka senat UNS di Auditorium UNS, Senin (3/9/2012). Mahathir Mohamad karena dinilai memiliki komitmen yang kuat dan langkah nyata dalam kepemimpinan dan pemberdayaan bangsa Melayu.
"Beliau memiliki komitmen yang kuat dalam memajukan kehidupan bangsa rumpun Melayu serta mampu memajukan kehidupan dan mengangkat derajat bangsa Melayu sejajar dengan bangsa-bangsa lain," ujar jelas Rektor UNS, Prof Dr Ravik Karsidi, dalam pidato penganugerahan gelar doktor kehormatan.
Selain pemberian anugerah tersebut, UNS juga meresmikan Pusat Studi Bangsa-Bangsa Melayu dengan mendudukkan Mahathir Mohamad sebagai salah satu dewan penasihat.
Upacara penganugerahan untuk mantan orang kuat di Malysia tersebut mendapatkan pengamanan ketat dari aparat kepolisian. Ganggungan keamanan yang terjadi di Solo beberapa pekan terakhir, menjadi pertimbangan perlakuan pengamanan ketat tersebut.
Namun demikian, Mahathir Mohamad sendiri mengaku tidak khawatir. "Tidak ada kekhawatiran, gangguan keamanan semacam itu juga terjadi dimana-mana, di Malaysia juga terjadi," ujar Mahathir.
Sesuai menghadiri acara di UNS, Mahathir menyempatkan diri menuju makam Soeharto di Astana Giribangun, sekitar 40 km arah timur Kota Solo. - Detiknews
| Edisi Pelik: Si Pemimpin 'Rakyat' Yang Akaun Twitternya Protected Posted: 03 Sep 2012 06:30 PM PDT Kawan teman sorang ni menyebut dirinya atas pagar. Teman tengok dia sebenarnya dah jatuh pagar. Jatuh sebelah mana tu malas teman nak cakap.
Pun begitu, dia selalu bertanya teman, betul ke Anwar Ibrahim tu biseksual. Teman cakap, fikirlah sendiri sebab kita semua boleh berfikir. Kawan teman ni pulak boleh la dikategorikan sebagai handsome orangnya.
Teman bagitau dia, kau pergi twitter Anwar Ibrahim, kau tengok muka-muka orang yang dia follow. Jangan tengok muka follower dia. Sebab muka selipar dengan muka lutut pun follow dia.
Beberapa hari kemudian, kawan teman bagitahu teman, Anwar Ibrahim menjawab tweet dia kepada Anwar secara 'mention' melalui DM (direct message). Ayat-ayat yang digunakan amatlah mencairkan dengan cara reverse psychology yang sangat membuatkan sesiapa pun yang membacanya akan datanglah ilham untuk mempercayai bahawa dia ini merupakan seorang pemimpin yang sangat mesra.
Mesra lah sangat. Hari ini, Anwar Ibrahim mungkin merupakan satu-satunya pemimpin yang mempunyai 'protected' akaun. Jika tidak di Malaysia, tentulah di dunia. Satu-satunya. Hanya pengikutnya sahaja yang boleh membaca tweet nya.
Ibarat seorang biasa yang fobia akan stalker di alam Twitter, Anwar Ibrahim yang kononnya mahu menjadi pemimpin 'rakyat' versinya, memilih untuk menjadi pemimpin 'rakyat-rakyat jambu' sahaja.
Itulah Anwar Ibrahim. Pelik tapi benar. Pemimpin yang mempunyai protected Twitter account. Hahaha. Bapak tengingnya. | Isu Mesir : Pembangkang Patut Malu Posted: 03 Sep 2012 05:01 PM PDT Ketika puak pembangkang melaung-laungkan 'kebangkitan' ala kuih bangkit mereka yang rapuh , supaya meniru kebangkitan ala-Mesir, negara Mesir pimpinan terbaru mengambil langkah meniru negara kita tercinta Malaysia, malah memuji Malaysia sebagai model negara Islam untuk dicontohi.
Ini sangat memalukan pembangkang. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang berdegar dengan seruan tersebut seharusnya jika sebagai seorang manusia normal, wajarlah terkedu malu. Tetapi dia bukan manusia normal. Pembaca berita tv Mesir tampil bertudungImej daripada televisyen kerajaan Mesir menunjukkan Fatma Nabil memakai tudung semasa membaca berita melalui Channel 1 di Kaherah, kelmarin. - AFP KAHERAH 3 Sept. - Buat pertama kalinya, penyampai berita wanita di negara ini muncul di kaca televisyen dengan memakai tudung, semalam selepas kerajaan baru Mesir menarik balik larangan pengharaman yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu.
Larangan tersebut berakhir apabila pembaca berita Fatma Nabil muncul dalam buletin berita stesen rasmi televisyen tengah hari semalam, dengan memakai tudung kepala berwarna krim dipadankan dengan suit hitam.
Pengharaman pemakaian tudung di kalangan pembaca berita wanita dikritik ramai termasuk golongan liberal dan aktivis hak asasi manusia kerana didakwa melanggar kebebasan individu, terutama di negara yang mana lebih separuh daripada wanitanya memakai tudung. Perubahan tersebut merupakan langkah terbaru di bawah pimpinan Presiden Mesir, Mohammed Mursi ke atas media rasmi kerajaan.
Beberapa minggu lalu, Dewan Tinggi Parlimen atau Majlis Syura, menukar pengarang media rasmi kerajaan dan hampir 50 lantikan baru terdiri daripada kumpulan yang menyokong Mursi.
Sementara itu, Kesatuan Wartawan Mesir menuduh kumpulan Ikhwan Muslimin yang dipimpin Mursi cuba menjadikan media sebagai suara mereka.
Banyak pihak menyatakan kebimbangan mereka terhadap kepimpinan Mursi, yang didakwa akan memberi kelebihan kepada golongan pro-Islam dalam usaha melaksanakan perubahan terhadap birokrasi dan juga menangani krisis kemiskinan dan ekonomi negara.
Nabil telah bekerja selama setahun bersama saluran televisyen Ikhwan Muslimin, Misr 25, selepas dia dihalang muncul di televisyen tempatan kerana memakai tudung.
Selepas pelantikan Menteri Penerangan baru, Salah Abdel-Maksoud juga daripada Ikhwan Muslimin, Nabil diberi lampu hijau untuk muncul kembali di kaca televisyen.
"Memakai tudung adalah keputusan peribadi, ia tidak ada kena mengena dengan standard seorang pembaca berita, semuanya berdasarkan profesionalisme, kemahiran dan juga kebijaksanaan," kata Nabil. - AP
| |