Rabu, 5 September 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 04 Sep 2012 11:27 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Azlan Iskandar Serah Borang Keahlian UMNO @umbkl #bn4wp

Posted: 04 Sep 2012 01:36 AM PDT

Syabas buat bekas pemain Squash Lelaki No 1 negara, Mohd Azlan Iskandar kerana telah mengambil 1 keputusan yang tepat apabila menyerahkan borang keahlian sebagai ahli UMNO.

Apa yang lebih manis lagi, beliau telah menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Ketua UMNO Bahagian Segambut, YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok di hadapan perwakilan-perwakilan cawangan2 yang hadir sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Segambut.








SP: Steady Pemuda Segambut!!!!

Syabas Blogger Gossip Rakyat!!!! Pendekar Berak Dah Kena Tahan Dengan @PDRMsia @umbkl

Posted: 04 Sep 2012 12:00 AM PDT


Pada jam 1110 tadi, suspek MUHAMMAD 'AMMAR B. A RAHMAN. No. KPT: 930301-01-6323, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras ditahan oleh sekumpulan Peg D7 & ATIP Bkt Aman di Pej. Peg. Eksekutif Kolej Cybernetics untuk dibawa ke Bkt Aman sebelum serah ke IPD D/Wangi. 

Menurut laporan Buletin 1.30 tengahari tadi, suspek dibawa ke kolej oleh kedua ibu-bapanya selepas suspek melarikan diri ke kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. Oh! rupanya Pendekar Berak ni  masih ada perasaan takut tapi yang kelakarnya dah tau takut kenapa berani sangat gi buat perangai macam tue. Aduhhh nilah dia anak muda. Darah panas kononnya nak tunjuk depan orang ramai yang dia tu berani tapi hakikatnya PENGECUT!!!!

Syabas dan tahniah buat PDRM di atas ketangkasan menahan individu terbabit dan sekalung tahniah juga buat sahabat SP blogger Gossip Rakyat kerana pendedahan berani dari blog beliau.


SP:  Lembu punya susu sapi dapat nama huhuhu...........................

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 04 Sep 2012 11:15 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Mengapa Harga Getah Sabah Rendah Berbanding Semenanjung?

Posted: 04 Sep 2012 09:19 AM PDT


(Dipetik dari laman web Lembaga Industri Getah Sabah. Klik disini untuk ke laman web tersebut.)

Harga getah mentah seperti lateks, kepingan tidak diasap, kentalan dan sekerap di Sabah adalah berbeza dengan harga di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh kos-kos yang lebih tinggi di Sabah seperti berikut:-

  1. Kos Pengangkutan (Logistik) Tambahan
  2. Kos Pemprosesan Getah lebih tinggi
  3. Kos Perkhidmatan Pembelian secara langsung getah lebih tinggi
1. Kos Pengangkutan Tambahan Getah SMR (Standard Malaysian Rubber) yang dikeluarkan oleh Kilang Getah di Sabah perlu dihantar ke Pelabuhan Klang (Semenanjung) atau Singapura sebelum dihantar kepada pembeli.  Ini melibatkan kos tambahan pengangkutan kepada pengilang di Sabah. Penjual getah di Semenanjung Malaysia tidak terlibat dalam kos tambahan ini, manakala untuk Negeri Sarawak, kos pengangkutan tambahan ini adalah lebih rendah daripada  Negeri Sabah kerana jaraknya yang lebih dekat dari Semenanjung atau Singapura. Maka dengan itu, Mereka berkemampuan untuk membayar harga yang lebih tinggi kepada para pekebun kecil getah . 

2. Kos Pemprosesan Getah Kos memproses getah di Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia.  Ini adalah kerana:-

2.1 Semua alat ganti, bahan kimia, bahan pembungkusan dan bahan-bahan  lain harus diimport dari Semenanjung Malaysia.  Harga bahan-bahan tersebut adalah lebih tinggi kerana dikenakan kos tambahan perkapalan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah.

2.2 Harga minyak diesel untuk industri di Sabah adalah lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia.  Minyak diesel diperlukan untuk kegunaan mesin pengering getah di kilang getah.

2.3 Mutu getah yang rendah daripada para pekebun kecil Sabah juga menyebabkan peningkatan kos pemprosesan kilang kerana ianya memerlukan mesin tambahan dengan motor berkilowatt tinggi.  Penggunaan mesin tersebut meningkatkan kos modal, kos pemakaian elektrik, air dan bahan kimia.

3. Kos Perkhidmatan Pembelian Getah LIGS telah melaksanakan perkhidmatan pembelian getah secara langsung di ladang (farm gate) pekebun kecil sejak tahun 1970 sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu para pekebun kecil memasarkan getah mereka.  Perkhidmatan ini dijalankan di kampung-kampung diseluruh Sabah.  Kebanyakkan kampung-kampung ini berselerak dan terpencil.  Keadaan jalan ke kampung-kampung juga kurang baik serta berbukit-bukau dan sebahagian dari jalan-jalan ini hanya boleh dilalui dengan kenderaan berpacuan empat roda. Untuk memastikan semua pekebun kecil menikmati harga yang sama di seluruh negeri, harga getah juga diseragamkan di semua daerah tanpa mengambil kira lokasi sama ada ianya terletak di kawasan terpencil (520 km jauh dari kilang) ataupun berdekatan dengan kilang memproses getah.  Jarak yang jauh dikebanyakkan lokasi pembelian ini menyebabkan kos pengangkutan dan kos pengendalian yang tinggi.  Ini jauh berbeza dengan di Semenanjung Malaysia di mana harga getah yang dibeli di ladang (farm gate price) diantara negeri-negeri dan juga dalam setiap negeri adalah tidak seragam. Oleh demikian, kos untuk pembelian getah secara langsung daripada para pekebun kecil di Sabah adalah lebih tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia disebabkan oleh infrastruktur mereka yang jauh lebih baik. Getah mentah yang dikeluarkan oleh pekebun kecil di Sabah adalah lebih basah dibandingkan dengan di Sarawak.  Contohnya, purata Kandungan Getah Kering (KGK) untuk getah kepingan tidak diasap di Sabah adalah 68% - 70% manakala KGK di Sarawak adalah 85% - 90%.  

Inilah sebabnya harga getah di Sarawak adalah lebih tinggi. Oleh yang demikian adalah sukar untuk menyamakan harga di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 04 Sep 2012 03:11 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ANTARA MUSLIM DENGAN MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM...

Posted: 04 Sep 2012 05:43 AM PDT


Kita Cuba Gambarkan Seakan Tiada Rahmah Antara Muslim dan Bukan Muslim
SAYA amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya.
Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam. Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis.
Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak.
Firman Allah: (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah, ayat 8).
Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar.
Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!
TAMBAH KELIRU
Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa 'ala-Taliban' yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media.
'Juru-juru fatwa' yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan 'peperangan' boleh diambil jika ada keperluan.
Tetapi dalam masyarakat kita agak terbalik iaitu 'perang dahulu' tanpa sebarang penerangan awal yang jelas. Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan.
Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!
MASUK MASJID
Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat.
Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w.
Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: "Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?" Jawabnya: "Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu". Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya.
Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih". Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan kepadamu". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: "Bebaskan Thumamah".
Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah". Beliau juga berkata: "Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi.
"Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..".
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam.
Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i.
Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): "Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi'i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka". (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).
Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: "Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)
LUASKAN FUNGSI MASJID
Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi 'centre for Islamic Information' yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam.
Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam.
Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan.
Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?

Ordinan Darurat : Kekal atau Mansuh ?

Posted: 04 Sep 2012 05:40 AM PDT


Apakah Pemansuhan Ordinan Darurat Satu Kesilapan Besar?
Sdr Pengarang,
WALAUPUN pada Khamis 19 Julai yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak andaian bahawa pembebasan tahanan punca jenayah meningkat, tetapi masyarakat awam secara amnya masih khuatir akan keselamatan diri dan kediaman mereka ekoran daripada pembebasan 1,473 banduan baru-baru ini.
Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein itu sekalipun melegakan sedikit tetapi jauh disudut hati, rakyat secara umumnya khuatir akan keselamatan diri mereka, anak-anak dan juga keluarga.
Rakyat masih berasa bimbang, peningkatan kes jenayah adalah disebabkan oleh keputusan kerajaan membebaskan tahanan tersebut di seluruh negara yang ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.
Pembebasan dilakukan sejak beberapa bulan lepas ekoran pengumuman pemansuhan oleh kerajaan terhadap ketiga-tiga akta tersebut tahun lepas.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi jaminan kesemua bekas tahanan yang dibebaskan akan dikawal serta tempat tinggal mereka juga akan dipantau.
Tetapi ini masih tidak meredakan perasaan gelisah orang awam mengenai jaminan keselamatan mereka.
Pada pengamatan saya, ini semua berlaku kerana masyarakat secara umum pada mulanya mengambil mudah dan memandang ringan akan kepentingan akta-akta yang telah dimansuhkan itu.
Sebahagian besar termakan dengan kempen supaya akta-akta itu dihapuskan tanpa mengambil kira akan kesan yang bakal terjadi akibat daripada pemansuhannya.
Mereka menyokong kerana terpengaruh dengan kempen ke arah perlunya sebuah masyarakat sivil, ketelusan dan sebagainya.
Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah.
Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka.
Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini.
Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan.
Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini.
Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan.
CHAN KIM HOE
SS2 Petaling Jaya
Selangor

Blogger sparks uproar - Nation | The Star Online

Posted: 04 Sep 2012 05:17 AM PDT

BENARKAH POLITIK KONSERVATIF SUKAR BERUBAH?

Posted: 04 Sep 2012 01:02 AM PDT


Dilema parti politik konservatif
KARIM RASLAN
4 September 2012
Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang peminat kolumnis akhbar New York Times, Thomas Friedman kerana merasakan tulisan beliau terlalu menunjuk-nunjuk.

Namun kolum terbarunya, "It's still half-time in America" (Masih Separuh-Masa di Amerika) menggamit perasaan dan membuat saya berfikir serta membandingkan Perhimpunan Agung Parti Republikan di Tampa dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Kuala Lumpur.

Apatah lagi, kedua-dua sambutan ini berlangsung pada minggu yang sama, dengan wajah Mitt Romney, tokoh korporat yang menjadi calon Parti Republikan menghiasi sari berita antarabangsa.

Sememangnya, Malaysia bukan Amerika Syarikat, tetapi sudah pasti ada perkara yang boleh kita pelajari dari kuasa besar ini.

Ia agak menyedihkan untuk melihat parti ulung politik Amerika ini dikuasai puak ekstremis daripada kalangan Tea Party yang marah akan perubahan sosioekonomi sedang berlaku di Amerika.

Hasil penyelidikan akhbar Washington Post akhir Ogos kelmarin menunjukkan 92 peratus daripada ahli Parti Republikan (GOP) adalah orang putih berbanding hanya 58 peratus untuk Parti Demokrat. The Economist dalam laporan edisi November 2011 pula menjangkakan tahun 2050, seramai 15 hingga 30 peratus daripada populasi Amerika daripada kaum Amerika Latin manakala Afrika dan Asia Amerika meningkat dari 19 ke 24 peratus. 

Malang sekali, persepsi masyarakat tentang GOP ialah sebuah parti yang didominasi orang berkulit putih, kaya dan dingin terhadap mereka yang tidak berkongsi norma hidup sama. Seperti ditulis Friedman "ia merupakan pesta hipokrasi tanpa segan silu."

Walaupun begitu, kebolehan sistem politik Amerika mengakomodasi sistem dua parti ini, menampakkan kehebatan sistem politik dan demokrasi negara itu.

Debat politik di Amerika terbahagi kepada mereka yang mempunyai pandangan berbeza tentang masyarakat dan gaya hidup, bukannya tentang etnik berbeza yang mahukan kuasa.  Walaupun berbeza pendapat, rasa jati diri identiti bangsa Amerika itu
sendiri utuh, ia luas dan mampu menerima segenap lapisan masyarakat.

Dari jenis Tea Party dengan idea yang hiper konservatif ke liberal di Parti Demokrat, politik Amerika ialah pasar yang terbuka di mana semua pemain boleh menempatkan diri. Namun, dengan menjadi lebih sempit dan kurang toleran, GOP memilih untuk menuju gerbang kehancuran.

Malang sekali, politik Malaysia tidak seluas itu. Sejak kebelakangan ini, politik Malaysia banyak memainkan sentimen perkauman, memaksa rakyat  memilih parti yang disokong berdasarkan kepentingan kaum. Strategi ini menghancurkan kekuatan masyarakat kita.

Keinginan untuk kesucian perjuangan dan mengekalkan keeksklusifan telah merosakkan parti ulung politik Malaysia ala GOP, iaitu Umno. Idea-idea yang lebih kosmopolitan dan dinamik telah diketepikan dan parti mana yang tidak menggunakan khidmat ahli politik veteran yang efektif dan pakar berkomunikasi seperti Tan Sri Sharir Samad, sudah pasti dilanda kesulitan.

Ini sememangnya harus berubah. Umno seharusnya mampu untuk menyentuh isu agama, bahasa atau kebudayaan dan menggunakan ahli parti (seperti Shahrir dan Nur Jazlan) yang boleh merapatkan jurang perbezaan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Adakah kita boleh menerima hakikat bahawa hari ini terdapat pelbagai interpretasi tentang Malaysia? Bangsa apa yang kita raikan setiap tanggal 31?

Ternyata, isu ini paling sensitif kepada orang Melayu. Selain Islam, naratif politik Melayu adalah bersandarkan pada raja dan golongan elit yang feudalistik, kita orang Melayu kerana kita rakyat dan pengikut yang setia. Menyoal peranan kita dalam
masyarakat sememangnya sesuatu yang masih tidak dapat diterima umum.

Namun, sistem ini sudah semakin runtuh dan ramai dalam Umno yang kurang selesa dengan cara lebih terbuka, transparen, dan dinamik. Malaysia kian berubah dan persoalannya ialah bagaimana kita memacu perubahan ini ke konsep identiti Melayu dan Malaysia yang lebih luas dan kurang eksklusif.

Apa yang paling penting ialah kesivilan. Pemain politik Amerika terkenal dengan kempen yang kotor, tetapi selepas mengangkat sumpah di mana pemenang diangkat menjadi presiden, secara teorinya mereka bersatu. Mereka akan patuh kepada peraturan politik yang ditetapkan dan mereka yang melanggar peraturan ini akan dihukum sekeras-kerasnya kerana melanggar "fair play".

Sentimen ini juga ada di Malaysia, dan pemain politik kita seharusnya menghormatinya. Saya tidak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya di Amerika atau Malaysia akan datang, tetapi kita seharusnya menerima dengan terbuka hak untuk setiap rakyat mengutarakan pendapat sendiri dan meneruskan kehidupan mereka.

ISU BENDERA .......

Posted: 04 Sep 2012 12:56 AM PDT


'Sang Saka Malaya' bukan bendera asal Tanah Melayu
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
4 September 2012
Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950
Bendera Sang Saka Malaya
Bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan, Khamis lalu
SHAH ALAM – Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

"Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju  perjuangan mereka kerana  orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

"Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

"Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal," katanya.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 04 Sep 2012 11:20 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


POSTER MISTERI "MAHU TAN SRI MUHYIDDIN JADI PM" MUNCUL DI JOHOR

Posted: 04 Sep 2012 02:38 AM PDT


"Poster misteri" menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Imej pada poster itu, bersama dengan potret Tan Sri Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13' di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di bahagian atas.
 
Poster itu juga juga memaparkan logo Barisan Nasional dan UMNO, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Semalam, Pemuda Umno Negeri Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.
Mengikut sumber rasmi setakat ini, belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan pihak Tan Sri  Muhyiddin atau Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Negeri.

ISU GAMBAR PERDANA MENTERI DI PIJAK

Posted: 04 Sep 2012 12:58 AM PDT

Bersama ini disertakan gambaran berhubung peristiwa memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak  oleh beberapa peserta 'Janji Bersih' pada malam 30hb Ogos 2012.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras sememangnya menganggap ianya merupakan tindakan liar manusia yang tidak menepati prinsip kehidupan  sebagai rakyat Malaysia. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menyeru semua ahli Puteri UMNO dan rakyat Malaysia supaya jangan terikut-ikut dengan corak politik tidak berakhlak yang ditaja oleh DAP . 

Mereka akan sentiasa mencorakkan budaya politik samseng dan tidak berakhlak  Bersama ini turut disiarkan gambar-gambar Pemimpin DAP yang memijak gambar  bekas Ahli - Ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat yang telah menjadi Ahli Bebas sebagai bukti dan gayanya sama seperti yang berlaku pada malam sambutan kemerdekaan. Jangan kita terikut dengan cara-gaya mereka.
 










Tindakan segelintir pihak memijak gambar (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor) disifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara. 

Belum lagi pemimpin Pakatan Rakyat memerintah Malaysia..... semuanya hendak di tukar ganti.... jangan sampai hak orang Melayu di tukar ganti..... Fikir - fikirkan lah...
 
 
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras memang merasa tercabar bila orang bukan melayu memijak - mijak gambar pemimpin negara yang beragama Islam dan Bendera Jalur Gemilang hendak di tukar.. Jelas siapa di antara Parti Politik yang mencetuskan api perkauman. Jelas terbukti siapa yang amat biadap dan kurang ajar. Bilamana Perdana Menteri  dan Bendera Negara tidak dihormati oleh rakyat sendiri, jangan haraplah orang luar seperti rakyat Indonesia dan Singapura hendak hormat Agama dan Bangsa kita kelak.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 04 Sep 2012 09:29 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Dua Sultan di Selangor?

Posted: 04 Sep 2012 02:22 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 04 Sep 2012 08:04 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Al-Fatihah..kehilangan mu dirasai....

Posted: 04 Sep 2012 05:26 AM PDT



                                        Ketua serta barisan Ahlijawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok,merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Hamzah Bin Dauk Abu Samah,yang telah kembali kerahmatullah hari ini.Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman,

Biodata:
Tan Sri Hamzah Bin Datuk Abu Samah telah dilahirkan pada 5 Januari 1924 di Pekan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kajang, Selangor dan memasuki Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Britain pada tahun 1950 dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang dan lulus Barristerat-Law, Gray's Inn, London (1953).
  Beliau telah bertugas sebagai Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang sebagai Hakim di Alor Setar, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan di antara tahun 1954-1967.
  Tahun 1967 beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan Raub, Pahang dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969). Beliau turut menjadi Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973), Menteri Pertahanan (1973-1974), Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara (1978-1980). Beliau menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan coronary by-pass pada tahun 1980 dan mula bekerja sendiri.
  Di dalam bidang politik pula beliau dipilih untuk menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Raub dari tahun 1967 dan dipilih semula pada pilihanraya umum tahun 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihanraya tahun 1978, beliau telah dipilih bertanding sebagai Ahli Parlimen kawasan Temerloh.
  Di dalam bidang sukan, beliau telah memimpin pelbagai badan sukan di dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. Beliau telah menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia semenjak tahun 1976. Selain menjadi ahli kepada International Olympic Committee (IOC) semenjak tahun 1978, beliau juga menjadi ahli bagi IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) serta Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982). Di peringkat Asia Tenggara, beliau merupakan Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).
  Sukan bola sepak juga telah menempatkan Tan Sri Hamzah Datuk Abu Samah sebagai salah seorang pemimpin sukan yang dikenali ramai. Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) dari 1978 hingga tahun 1994, Presiden Kehormat AFC semenjak tahun 1994, Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) dari Disember 1982 hingga Mac 1990 dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dari tahun 1984-1988. Selain dari itu, beliau juga pernah menjadi Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).
  Kebolehan dan kepimpinan beliau di dalam sukan turut meletakkan beliau sebagai Vice President bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak tahun 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur '98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.
Tokoh Pengkisahan Sejarah Penglibatan Malaysia Dalam Sukan Komanwel
30 Julai 1998
Memorial Tunku Abdul Rahman

Nak nyorok mana lagi...haaa siap semua.. kutipan derma akan dilancarkan..

Posted: 04 Sep 2012 04:03 AM PDT

Alahai.. tau pulak tutup muka.. malu ke? Takyah lah malu bro.. orang dah tau semua tentang kau.. sebab kau ni dah takde kemaluan untuk disorokkan lagi. Hahahaakkkkktuuuii.. baru berusia 20 tahun dah pandai buat onar ye.. sekolah kasi abis dulu brooo.. jangan jadi pandai tapi hakikatnya kau ni bebal nak m***pus.. mana pemimpin fuckatan yang kau perjuangkan tu.. tak nampak batang idung pun.. semua tak ngaku kau ni orang dia...kita lihat tabung mesti ada punya.. 




Team PUcTD

MP Kuala Langat masih tido lagi ni.. almaklumlah barang baru.. kawasan pun tak terbela..

Posted: 03 Sep 2012 07:06 PM PDT

Bagaimana mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Majlis sekitar kawasan korang ketika ini setelah ambik alih pengurusan daripada Alam Flora? Adakah BAIK atau TERBAIK atau HANCUS..
Bagi aku.. hancusss.. kalau dahulu seminggu tiga kali depa kutip sampah dan bersihkan lonkang.. tapi kini depa sibuk bersihkannya di Dataran.. hahahaha. Camne nak bersih..
Sibuk sangat ahli majlis Kuala Langat ni kot.. dah lah MP nya pun sibuk dengan bini baru sampai kawasan sekitar pun tak terjaga.. alahai..nak tunggu PRU kot baru nak bersihkan kawasan.. haram jadah betul.. aloww.. yb-yb sekelian.. tolonglah bukak mata korang sikit.. masalah ni sejak korang pegang pentadbiran.. aku tengok makin teruk lagilah masalahnya.. kalau dahbkawasan sendiri penuh ngan sampah dan semak.. apa tah lagi dalam kepala otak korang tu.. harrkktuiiii lah.. 




Team PUcTD

Senarai "artis'popular tahun 2012 dah dikeluarkan.. mari kita lihat sapa yang kena

Posted: 03 Sep 2012 03:58 PM PDT

Wow...popular lah korang pasni.. masuk tajuk utama akhbar lagi tu.. sendiri cari sakit...laaa kenapa nak menyorok pulak.. takyah lah nyorok.. berani buat berani tanggung lerr...harap pihak berkuasa ambil tindakan yang sewajarnya.. buang je status rakyat Malaysia kat depa ni.. menyusahkan aje disimpan.. harkkktuiiii




Team PUcTD

HAMIM Ledang

Posted: 04 Sep 2012 03:42 AM PDT

HAMIM Ledang


Kejayaan Yang Telah Dicapai Ke Atas Dasar Automotif Negara

Posted: 29 Aug 2012 12:26 AM PDT

Tindakan Yang Diambil Terhadap Kegagalan Alam Flora Sdn Bhd

Posted: 28 Aug 2012 07:09 PM PDT








Puteri Bahagian Segambut

Posted: 03 Sep 2012 11:35 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Tindakan Kurang Ajar Harus Dibalas Dengan HUkuman Setimpal @rizalmanmokhtar @umbkl #bn4wp

Posted: 03 Sep 2012 10:48 PM PDT


 

Tindakan biadap pada malam Ambang Kemerdekaan negara baru-baru ini telah mengundang reaksi dari pelbagai pihak. Ada yang marah dengan tindakan tersebut tak kurang juga ada yang menyokong perbuatan tersebut malah menganggap perbuatan tersebut adalah anak-anak muda yang berani dan inginkan perubahan.


 
SP tidak hairan apabila perbuatan biadab sewaktu perhimpunan Janji Bersih tempohari mendapat pembelaan daripada pemimpin-peminpin atasan Pakatan Haram. Rupa2nya memang itu adalah salah satu daripada agenda mereka apabila berjaya membentuk kerajaan kelak. Lihat gambar di bawah. ini adalah printscreen daripada laman sosial MP Pakatan. Sebelum ini beliau telah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila meggelarkan Datuk Lee Chong Wei sebagai Lee Chong Away apabila beliau gagal nmembawa pulang pingat emas olimpik yang lepas.



Walaupun Manoharan sudah membuat permohonan maaf namun sebagai rakyat, kita sendiri mengetahui apakah maksud disebalik permohonan maaf tersebut. Ia dilakukan dalam keadaan terpaksa. Maka tidak hairanlah apabila kejadian tukar bendera dibawakan bersama ke gelanggang rakyat di Dataran Merdeka.

Kita sebagai individu yang mengaku diri sebagai rakyat Malaysia seharusnya lebih rasa bertanggungjawab menjaga imej dan nama baik negara di mata masyarakat dunia terutamanya sewaktu sesuatu perayaan seperti sambutan Ambang Merdeka di mana terdapat ramai pelancong asing yang turut sama menyaksikan sambutan perayaan tersebut. Bukannya menambah lagi imej negatif lebih2 lagi kesan daripada perhimpunan Bersih3.0 yang lepas masih segar lagi dalam ingatan.

Pandai pulak kita marah bila segelintir rakyat Indonesia membuat provokasi dengan membakar dan memijak Jalur Gemilang tetapi apa yang anak-anak muda ini lakukan di sini adalah sama sahaja dengan tindakan yang dilakukan oleh rakyat indonesia tersebut. 




Membawa bendera yang bukan Jalur Gemilang sewaktu sambutan kemerdekaan negara adakah perbuatan yang harus dipuji? Mengedarkan risalah berbentuk hasutan bagi menukarkan JAlur Gemilang adakah perbuatan yang harus dipuji? Malu untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana ego politik semata2 adakah perbuatan yang harus dipuji? Rakyat Malaysia sendiri melakukan provokasi menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang seakan sama dengan negara Republik seperti Indonesia dan Singapura. Apakah Pembangkang cuba membawa ideologi Republik di dalam permainan politik mereka? Boleh rujuk SINI untuk mendapatkan gambaran/definasi sebenar tentang negara Republik.

Tepuk dada tanya hati. Apa yang kita mahu sebenarnya...........









 
 




Get Ready Ajelah Mamat2 Yang Buat Show Malam Ambang Merdeka di Dataran Tempohari @umbkl

Posted: 03 Sep 2012 07:56 AM PDT

 
 
 
 
Semasa perhimpunan janji bersih yang diadakan pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur telah berlaku beberapa insiden seperti berikut : - 

1.
Beberapa individu yang mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera   Malaysia (jalur gemilang)
2.
Beberapa individu yang bertindak memijak gambar pemimpin negara
3.
Seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara

Sehubungan dengan ini, satu laporan polis telah diterima, iaitu tun H.S.Lee repot 29960/12, pada 01 Sept. 2012.


Siasatan sedang dijalankan di bawah seksyen berikut : -

•Tindakan mempamerkan bendera baru untuk mengantikan bendera malaysia (jalur gemilang) disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 . Perbuatan ini boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia ;

•Tindakan memijak gambar pemimpin negara disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan ;

•Tindakan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak polis memandang serius perbuatan – perbuatan ini yang mengugat kestabilan negara. Berikutan dengan itu, pihak polis mohon individu –individu yang terbabit untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan.

Kegagalan berbuat demikian, pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengesan individu – individu terbabit mengikut lunas undang-undang.

Sebelum itu, pada 29 Ogos 2012, laporan polis telah dibuat bersabit dengan kegagalan penganjur perhimpunan janji bersih untuk mengemukakan pemberitahuan (notis) kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh yang ditetapkan, ia itu sekurang – kurangnya sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan.

Laporan polis Tun H.S.Lee rpt 29607/12 dan Tun H.S.Lee rpt 29608/12 berkaitan. Kes – kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.



Razlan's

Posted: 03 Sep 2012 11:27 PM PDT

Razlan's


Janji Bersih Kumpulan Subversif! @PDRMsia @NajibRazak

Posted: 03 Sep 2012 06:16 PM PDT


Semangat Merdeka sering kali di raikan oleh setiap lapisan Rakyat Malaysia apabila setiap kali kita menyambut 31 Ogos.

Saya sebagai anak KL sering kali meraikan perayaan ini di ibu kota dengan menyaksikan percikan bungga api setiap kali jam 12.00 malam tiba.

Kegemiraan itu kali ini sudah di CEMARI oleh Politik. Politik Pembangkang yang sering kali terdesak dengan menggunakan apa sahaja untuk menganggu kegemiraan rakyat.

Hari ini Kemesraan , Kegemiraan serta Keternngan tanggal 31 Ogos tidak lagi menjadi satu realiti. Hakikat dan maksud sebenar merdeka sudah dicabuli, hanya kerana Nafsu dan Ajaran Politik Pembangkang kepada penyokong mereka.

Hari yang sepatutnya kita mengenang jasa pemimpin kerana menjaga keselamatan negara dan maruah negara dari pihak luar. Pemimpin yang senantiasa menjaga Maruah Negara daripada di hina dan di gangu oleh Kuasa-kuasa besar luar.

Kejadian mencaci dan menghina pihak Kerajaan oleh Pembangkang bukan agenda baru oleh Pakatan Rakyat, mereka sering kali ke Indonesia dan mengupah pencacai di sana untuk berdemo di Kedutaan Malaysia.

Anwar dan rakan-rakan muda PKR sering kali kesana berceramah kepada rakyat Indonesia untuk mendapat sokongan mereka dalam perjuangan PKR di Malaysia.

Pendedahan dari Gossip Rakyat telah mengegarkan Malaysia apabila penyokong Janji Bersih sanggup membuka seluar dengan menunjukkan Bontut ke arah gambar Perdana Menteri yang di letakkan di jalan.

Mereka juga mengedarkan risalah dan Bendera Malaysia yang baru untuk menunjukkan bantahan mereka kepada Kerajaan.

Akibar dari insiden ini, pelbagai komen telah diberikan daripada Pemimpin Pembangkang menolak untuk bertanggunjawab dan alasan yang diberikan semamangnya menunjukkan mereka bukanlah seorang rakyat atau manusia yang bertanggunjawab.

Rakyat Seperti Marina Chin, A Samad Said, Hishamuddin Rais dan Ambiga dan yang lain-lain pengikut Demontrasi Janji Bersih seharusnya di caci oleh setiap lapisan masyarakat yang cintakan keamanan Malaysia.

Sebagai menganjur Janji Bersih, saya mencabar mereka untuk :-

1. Mengencam tindakan tunjuk Punggung dan tukar Jalur Gemilang (Kalau PC boleh dibuat untuk melancar, kenapa tidak ianya di buat untuk mengencam)

2. Meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Pemimpin Kerajaan kerana gagal menggawal tindakan menykong mereka.

3. Mendesak PR buat laporan Polis untuk menafikan penglibatan Parti Politik Pembangkang dalam mempengaruh dan merancang untuk menukar Jalur Gemilang dan Tunjjuk Buntut.

Cabaran ini adalah untuk membuktikan mereka tidak ada kaitan dari gerakan subversif yang akhirnya akan merosakkan keamanan dan kemerdekaan negara.

Saya juga meminta Pihak Polis untuk berterima kasih kepada Bloggers-bloggers yang berkhidmat dalam membantu membongkar perilaku Penjenayah Negara.

Apa yang Rakyat Malaysia mahukan adalah PDRM mengambil tindakan dan terus mendakwa kepada pesalah-pesalah untuk dibuktikan kepada rakyat Malaysia yang lain agar jangan sesekali Menghina Kedaulatan Negara!







PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 03 Sep 2012 03:12 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Treat As Urgent And Call Me Now 00226 78 83 65 18.

Posted: 03 Sep 2012 11:13 AM PDT



Dear Friend.

Please accept my apologies if this request does not meet your personal ethics as it is not intended to cause you any embarrassment in what ever form. I got your contact email address from the internet Business directory and decided to contact you for this transaction that is based on trust and your outstanding.I need your urgent assistance in transferring the sum of ($11.5) million to your account.The transfer is risk free on both sides hence you are going to follow my instruction till the fund is transfered to your account.

If you are interested in this deal, kindly send me your complete information, your full names and address, Your Private telephone and Fax numbers,Your Private email address,Your Age,Your Country,Marital Status,Your Occupation and Your Personal Mobile Number.

Having gone through a methodical search,I decided to contact you hoping that you will find this proposal interesting.Please on your confirmation of this message and indicating your interest, I will furnish you with more information also note that the fund is going to be share at the ratio of 60/30 30% for you and 60% for i and my family which we are going to use for investment. And 10% for outstanding expenses.

Endeavor to let me know your decision.

Kindest Regards.
Mr.Omar Ahmed.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 03 Sep 2012 07:26 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Bang Nuar makin kecut bila VIDEO Yusmadi Yussoff Kecam Insiden Pijak Potret PM 2/9/2012

Posted: 03 Sep 2012 01:15 AM PDT

Semakin lama semakin ramai rakan-rakan yang abang Nuar keluarkan kenyataan yang TIDAK menyokong tindakan memijak gambo PM..Kalau semalam TGNA mengecam..kali ni giliran MP Balik Pulau pula..
KLIK SINI YE RAKAN-RAKAN

Ostaz Bob pakai ALPAHRD..Ostaz Azhar Ferari pasni Ustazah Abby pakai......

Posted: 02 Sep 2012 10:42 PM PDT

Perghh..., dahsyat beb bila gua tengok Azhar Idrus buat video dia dengan Ferrari ni.. Video raya lagi tuuu...

Ini barulah dikatakan zuhud beb.. Tak keterlaluan kalau kita kata ini merupakan zuhud tahap tertinggi yang ditunjukkan oleh seorang ulamak Pas..

Tapi apa nak heran dengan semua penceramah Pas ni kann..., kalau Bob Lokman pun boleh pakai Alphard sejak jual air liur atas pentas politik, inikan pulak Azhar Idrus beb..

Cuma satu je gua kesalkan disini.., selama ni Azhar Idrus dok maki kerajaan BN yang dia tuduh mementingkan keduniaan.. Kononnya pemimpin kerajaan bermewah-mewah sedangkan rakyat susah..

So..., pakai Ferrari tu bukan keduniaan ke wahai Ostad? Apa guna menunjuk-nunjuk sedangkan ramai lagi orang yang susah dikawasan Terengganu tu...

Perghh...hebat Ostad ni

Cakap tak serupa bikin betul!!!

Masih nak salahkan Umno gak..

Posted: 02 Sep 2012 10:19 PM PDT

Rata-rata rakyat masih marahkan kes budak yang bukak seluar tempoh hari.. salah sapa arr.. nak kata salah mak-bapak tak jugak.. nak kata salah guru yang mengajo pun tak jugak.. abis tu nak salahkan sapa ye.. alaa.. mesti mereka kata ni semua salah umno gak..hahaha.. balik-balik umno gak yang dapat nama.. apalah mereka ni.. lembu punya susu sapi yang dapat nama.. korang lena bukak minda sikitlah.. kalau tak kerana abang nuar yang kaki auta sana-sini, aku yakin perkara sedemikian takkan terjadi.. kemana hilangnya sikap dan hormat kepada pemimpin negara.. aku nak tanya si mat sakai ni.. kalau gambo mak-bapak ko yang ko buat sedemikian apa perasaan ko ha...atau bila ko dah kawin anak ko buat apa yang ko buat tu atas gambo kau dan bini ko.. ko marah tak.. begitu jugak dengan Najib.. dia pun ada anak gak.. alow Mat sakai...ingat dunia ni ibarat roda tau.. ianya akan berpusinggg....
Kalau korang nak salahkan juga.. selain Nuar ko patut salahkan orang tua yang tak sedar ni ni.. atas apa perjuangan dia...ingatlah kat alam barzakh tuuu oiii...malaikat nanti tanya ko nak jawab apa...harkkktuiiii punya olang




Team PUcTD

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 02 Sep 2012 03:23 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Treat As Urgent And Call Me Now 00226 78 83 65 18.

Posted: 02 Sep 2012 08:21 AM PDT



Dear Friend.

Please accept my apologies if this request does not meet your personal ethics as it is not intended to cause you any embarrassment in what ever form. I got your contact email address from the internet Business directory and decided to contact you for this transaction that is based on trust and your outstanding.I need your urgent assistance in transferring the sum of ($11.5) million to your account.The transfer is risk free on both sides hence you are going to follow my instruction till the fund is transfered to your account.

If you are interested in this deal, kindly send me your complete information, your full names and address, Your Private telephone and Fax numbers,Your Private email address,Your Age,Your Country,Marital Status,Your Occupation and Your Personal Mobile Number.

Having gone through a methodical search,I decided to contact you hoping that you will find this proposal interesting.Please on your confirmation of this message and indicating your interest, I will furnish you with more information also note that the fund is going to be share at the ratio of 60/30 30% for you and 60% for i and my family which we are going to use for investment. And 10% for outstanding expenses.

Endeavor to let me know your decision.

Kindest Regards.
Mr.Omar Ahmed.

NIK AZIZ : MENYATUKAN ATAU MEMBINASAKAN?

Posted: 01 Sep 2012 07:44 PM PDT


1. Kata Nik Aziz, "Melayu (di Malaysia) tolak Islam lebih teruk daripada Kwan Yew". Ternampak Nik Aziz lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Lee Kwan Yew. Nik Aziz anggap nasionalis Melayu lebih teruk ke-Islaman mereka.



2. Di zaman British ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum toddy. Masjid pun tidak banyak dan ramai yang tidak sembahyang. Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang Kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam. Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?



3. Sebaliknya apakah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz? Hasil yang terbesar ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini. Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam UMNO untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

4. PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan sembahyang Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO, larangan ahli PAS menghadiri kenduri orang UMNO dan pengasingan kubur orang PAS dari orang UMNO, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku.



5. Apabila PAS bertanding dalam Pilihanraya 1955 dan seterusnya hingga 1986 ia mendakwa bahawa UMNO yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir. Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia.



6. Kemudian PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP dalam Pilihanraya 1990 dan 1995. Dengan ini Semangat 46, serpihan dari UMNO mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.



7. Alhamdulillah Semangat 46 kembali semula kepada UMNO dan perpaduan orang Melayu Islam dalam UMNO dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden UMNO di keluarkan dari parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada ahli UMNO dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.



8. Hasil daripada sokongan Nik Aziz orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama oleh UMNO dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadi Pakatan musuh UMNO yang kuat. Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.



9. Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu dari ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara tidak dihirau oleh Nik Aziz.



10. Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis. Beliau rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.



11. Cadangan Lee Kuan Yew ini dianggap oleh Nik Aziz sebagai lebih baik dari segala-gala yang dilakukan oleh nasionalis Melayu di Malaysia. Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal, Kit Siang, Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.
DARI TUN MAHATHIR.

APA SEBENARNYA PILIHAN PENGUNDI PADA PRU 13?

Posted: 01 Sep 2012 06:19 PM PDT


Siapa, apa tentukan sikap pengundi



Fatwa agama jadi mainan politik parti

Siapakah yang akan menentukan pengundi pilih parti mana dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)? Karpal Singh, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Najib Razak? Atau bekas pemimpin PKR yang tak henti-henti lantang menyerang Anwar?


Apakah gelagat politik Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Ibrahim Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa serta bekas tokoh PKR akan menarik pengundi Melayu kepada UMNO (BN)? Orang seperti Senator Nallakaruppan eloklah berhenti menonjolkan diri. 




Pada awal Ogos lalu, umat Islam diperingatkan mengundi DAP 'haram dan berdosa' kerana parti itu terang-terang menentang penubuhan negara Islam dan hudud. Tidak boleh juga menyokong PAS dan PKR kerana bekerjasama dengan DAP yang pemimpinnya kafir harbi. 



Karpal tahu PAS yang teringin sangat hendak jadi pemerintah, tak boleh tinggalkan DAP. PKR dan Anwar Ibrahim pun begitu. Justeru, strategi politik jangka panjang DAP sudah mulai capai matlamatnya"


Begitulah 'fatwa' beberapa tokoh agama sebagai reaksi kepada ketabahan Karpal Singh menentang perjuangan asal PAS. Baru seorang yang bernama Karpal Singh bercakap, orang Melayu termasuk tokoh agama, gelabah bagai cacing kepanasan. Karpal makin seronok. Beliau berjaya memesongkan perhatian orang Melayu daripada perkara yang perlu dikerjakan untuk memperkukuhkan bangsa dan agama. 



"Sudah berpuluh-puluh tahun kita berdebat mengenai hukum hudud tetapi tak juga selesai. Sebabnya ia bukan isu hukum tetapi isu politik dan kuasa. Akhirnya Karpal dan DAP yang ketawa."

Pemimpin dan pejuang Melayu-Islam perlu mencontohi Karpal. Tabah dan konsisten dalam perjuangan meskipun menentang rakannya yang sangat penting dalam pakatan politik. PAS lebih penting daripada PKR. Tetapi Karpal tak peduli kerana dalam percaturan politik pembangkang menjelang PRU-13 ini, Karpal dan DAP lebih kuat daripada Datuk Hadi Awang dan PAS, lebih kuat daripada Anwar dan PKR. Karpal tahu PAS yang teringin sangat hendak jadi pemerintah, tak boleh tinggalkan DAP. PKR dan Anwar Ibrahim pun begitu juga. Hati-hatilah bermain politik, orang Pulau Pinang dah menangis tak berlagu! 

Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, baru sekali cuba buka mulut bercakap perkara benar – dalam mesyuarat sulit yang bocor – sudah angkat kedua-dua tangan. Ketika ketuanya, Guan Eng berada di sisi memerhati dengan mata sinis pada satu sidang media, Timbalan Ketua Menteri itu gelabah lantas dengan sungguh-sungguh 'mengangkat' Guan Eng.

Apabila pensyarah USM ini masuk politik dan jadi orang nombor dua dalam kerajaan negeri, orang Melayu Pulau Pinang berasa ada seorang pembela Melayu dalam kerajaan. Pensyarah universiti selalunya dihormati dan dipandang tinggi, ilmuan dan guru kelas tinggi pastilah ada integriti dan harga diri macam Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Tetapi harapan itu nampaknya tak akan tercapai. 

Dalam mesyuarat sulit PKR yang heboh bocor itu, apa dibincang pun bukan masalah rakyat tetapi masalah pembahagian kerusi. Catatan mesyuarat yang bocor itu juga menyebut 'how PKR members should rally as there would be plenty of jobs to go around if Pakatan managed to wrest Putrajaya in the coming general election'. (NST 25 Ogos 2012)

Nyatalah apa sebenarnya matlamat perjuangan pakatan pembangkang. Maka itulah sebabnya pemimpin PAS pun sanggup tunduk kepada DAP demi banyaknya 'peluang menanti' selepas menawan Putrajaya. Tidaklah pelik apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pun sanggup mempergunakan Tun Ghafar Baba yang sudah lama kembali ke alam baqa. Apakah rakyat masih nak undi pakatan pembangkang?

Kata Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan pula: "PAS Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan menentang Islam pada dasarnya, namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO." Ulama ini menegaskan, 'hukum boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu'. Betulkah hukum dalam Islam begitu? Boleh diubah-ubah ikut suka hati?

Apabila ditanya wartawan mengenai fatwa 'haram dan berdosa' ini, jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad: "Jika itu pendapat mereka, terpulang kepada umat Islam menerimanya atau tidak tetapi saya fikir orang ramai tidak akan mengikut orang agama ini. Ini masalah kita, semua dikatakan Islam tapi tidak diamal."

Pendapat Dr Mahathir ini berdasar realiti dan sikap pengundi pada pilihan raya sebelum ini. Namun keputusan pilihan raya menunjukkan pengundi tidaklah begitu terpengaruh dengan fatwa, meskipun heboh jadi bahan kempen dan berita besar dalam akhbar. Pengundi terutama ahli dan penyokong parti lebih dipengaruhi oleh ketokohan pemimpin yang menjadi pujaan mereka. 

Kira-kira 40 tahun lalu, ulama PAS menegah umat Islam mengundi BN kerana UMNO berpakat memerintah dengan orang kafir. Waktu itu PAS kata UMNO itu asabiyyah dan kafir. Namun majoriti Melayu tetap mengundi UMNO (BN) kecuali pada PRU 2008. Sekarang dah terbalik pula, ada ulama yang kata 'haram dan berdosa' mengundi DAP dan pakatan pembangkang. 

Mengeluarkan fatwa agama untuk kepentingan politik parti sangatlah tidak wajar dan memperbodohkan pemikiran politik Melayu-Islam. Ulama bijaksana tidak seharusnya menjadikan hukum agama sebagai permainan politik, apa lagi untuk menonjolkan diri atau untuk menentang orang tertentu atau musuh peribadi.

ANUAR "GATE" - 17 RAHSIA BESAR ANWAR...

Posted: 01 Sep 2012 06:07 PM PDT


1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga Israel berhajat untuk melakukan "regime change",iaitu menukar kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.

2. Mereka akan melakukan "regime change" ini melalui pelbagai cara. Di Iraq mereka melaksanakan "sanction" sekatan dagangan pada mulanya dan kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq. Dan mereka berjaya.

3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak Iran.

4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.

5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh mereka.

6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya tidak sokong Amerika.


7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.

8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan Presiden Suharto.

9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak berhenti-henti mencuba menjayakan "regime change" supaya dapat mereka kuasai semua negara di dunia.

10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk "regime change"? Memang pun Malaysia menjadi calon untuk "regime change" kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan "regime change" di Malaysia.

13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh Amerika (Project for the new American Century).

14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat, mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan "regime change" Amerika.

15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.

16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon Amerika untuk melakukan "regime change" di Malaysia dengan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa negara lain.

17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila "regime change" berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia.

Tun Dr Mahathir

Memang tepat apa yang dikatakan oleh Negerawan Ulung Malaysia. Tun Mahathir lebih mengenali Anwar Ibrahim daripada Nik Aziz sendiri. Sekarang terpulanglah kepada pimpinan PAS sama ada hendak terus bersama ejen yahudi zionis ataupun bersama dengan umat islam Palestin.

MAJLIS SYURA PAS HILANG KEBERANIAN?

Posted: 01 Sep 2012 06:03 PM PDT


Dimana Keberanian Majlis Syura


APABILA Majlis Syura Ulama Pas memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada menarik balik kenyataannya terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel atau menyaman The Wall Street Journal ia mencetuskan dua persoalan.

Persoalan pertama, apakah benar ia melambangkan keberanian Majlis Syura Ulama Pas dan kedua, sejauh manakah Anwar serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri akan patuh kepada kehendak Pas?

Selama ini Majlis Syura Ulama Pas dilihat seolah-olah tidak bermaya, apabila hanya mendiamkan diri terhadap pelbagai isu yang melumuri parti itu berikutan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Tetapi apabila majlis berkenaan mula bersuara apatah lagi terhadap tindak-tanduk Anwar maka ia disambut dengan perasaan lega dan gembira oleh penyokong-penyokong Pas.

Penulis yang menghubungi beberapa rakan dalam parti itu mendapati, mereka menyokong penuh keputusan badan tertinggi Pas tersebut.

''Kami berharap ini sebagai satu permulaan ke arah mengembalikan Pas ke landasan perjuangan sebenar yang berteraskan kepada perjuangan Islam.

''Keputusan Majlis Syura Ulama Pas ini membuktikan mereka boleh benar-benar menjadi badan pemantau kepada perjalanan politik parti,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Bagaimanapun isu memberi kata dua ini hanyalah satu permulaan dan dianggap tidak boleh dijadikan ukuran sebenar kepada kelantangan dan ketegasan Majlis Syura Ulama. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh majlis itu jika mereka mahu mendabik dada kononnya mereka bukanlah pak turut dan tidak akan berkompromi dalam soal-soal menegakkan perjuangan Islam.

Jika benar Majlis Syura Ulama mempunyai keberanian dan kewibawaan tersendiri maka mereka perlu menunjukkan kebangkitan suara ulama dengan mengkaji semula segala tindak-tanduk Pas yang sebelum ini dilihat meninggalkan landasan perjuangan asalnya.

Perkara paling utama ialah Majlis Syura Ulama perlu mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan PKR dan DAP. Ia memandangkan imej, kredibiliti dan kewibawaan Pas sebagai parti Islam sudah banyak terjejas dan mungkin juga telah rosak akibat kerjasama yang berteraskan kepada matlamat memburu kuasa semata-mata.

Jika Majlis Syura Ulama mengatakan mereka masih berpegang teguh kepada perkara-perkara berkaitan perjuangan Islam dan tidak akan berkompromi dalam soal itu maka mereka juga perlu mendesak Pas kembali kepada perjuangan asal iaitu menegakkan sebuah negara Islam. Langkah itu perlu dilakukan kerana semua orang tahu bagaimana sejak bergabung dalam pakatan pembangkang, Pas dilihat mempertaruh dan 'menggadaikan' segala-galanya demi impian ke Putrajaya.

Ketika ini orang tertanya-tanya apakah peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya dalam Perlembagaan Pas diletakkan badan tertinggi yang akan membuat keputusan berhubung perjalanan parti. Begitu juga ulama-ulama Pas, kenapakah mereka berdiam diri apabila kepimpinan parti itu sanggup menggugurkan perjuangan negara Islam. Apakah golongan ulama yang berada dalam Pas hanya sekadar ahli sahaja dan dikumpulkan beramai-ramai dalam Dewan Ulama seperti sebuah kelab untuk pesara-pesara?

Mungkin apa yang dikatakan oleh penulis ini dilihat keterlaluan tetapi inilah sebahagian pandangan umat Islam terhadap ulama-ulama dalam Pas.

Mereka melihat biar pun Pas adalah sebuah parti Islam dan turut dianggotai oleh ulama-ulama tetapi golongan itu seolah-olah tidak berfungsi bukan sahaja untuk kesejahteraan ahli-ahli parti itu tetapi juga umat Islam secara keseluruhan.

Justeru apabila Majlis Syura Ulama Pas mula bersuara maka ini sudah tentulah menarik kerana badan itu boleh memperbetulkan segala kesilapan politik yang dilakukan oleh Pas dalam kerjasamanya dengan PKR dan DAP.

Sudah sampai masanya Majlis Syura Ulama Pas menjadi badan penentu kepada politik Pas. Parti itu tidak boleh lagi bergantung kepada sikap sesetengah pemimpin Pas yang membuat keputusan berlandaskan kepada hujah dan motif semata-mata. Pas adalah sebuah parti Islam kedua terbesar di Malaysia dan jauh lebih berwibawa serta berkemampuan berbanding PKR dan DAP, oleh itu tak kanlah Majlis Syura Ulama akan terus membiarkan parti itu menjadi pak turut sahaja dalam pakatan pembangkang. Ia belum lagi mengambil kira bagaimana Pas seolah-olah tidak mampu berkata apa-apa terhadap sebarang tindak-tanduk PKR dan DAP di negeri-negeri yang diperintah secara bersama terutama di Selangor dan Pulau Pinang.

Oleh itu ketegasan Majlis Syura Ulama tidak harus kerana isu Israel sahaja memandangkan selama ini PKR, DAP dan Anwar sendiri sudah banyak menyusahkan Pas. Majlis Syura itu bertanggungjawab untuk membuktikan kepada penyokong Pas bahawa majlis tersebut masih berkuasa dan bukannya dianggap seperti hidup segan mati tak mahu.

Kalau Majlis Syura benar-benar ikhlas dan jujur untuk melihat Pas kembali kepada perjuangan asal serta meletakkan kembali parti tersebut sebagai parti Islam maka mereka perlu menunjukkan kuasa sebenar mereka.

Majlis tersebut tidak boleh membiarkan Pas terus dikawal oleh kelompok-kelompok tertentu di dalam parti itu yang ada sesetengah lebih 'berkiblat' Anwar berbanding ulama dan kepimpinan Pas sendiri.

Sindrom terlalu yakin kepada Anwar dan percaya bahawa kerjasama dengan PKR dan DAP menguntungkan Pas yang menguasai sebahagian pemimpin serta penyokong parti itu perlu dihapuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Ia kerana penyokong-penyokong Pas perlu diyakinkan bahawa dari segi kewibawaan, kemampuan malahan moral, sebahagian besar pemimpin Pas terutamanya daripada golongan ulama jauh lebih baik berbanding sesetengah pemimpin kanan PKR dan DAP. Jika selepas ini Majlis Syura Ulama kembali kepada apa yang dianggap 'sindrom bisu', maka mereka bertanggungjawab seandainya Pas bukan sahaja akan dicaci tetapi juga kehilangan sokongan di kalangan umat Islam.

Mengenai persoalan kedua iaitu sama ada ada Anwar akan patuh kepada kehendak Majlis Syura Ulama atau tidak, ramai yang percaya bahawa beliau dan PKR tidak akan tunduk kepada kata dua Pas itu.

Jika itu berlaku, Pas tidak boleh menyalahkan Anwar atau PKR kerana selama ini Pas yang bertanggungjawab 'memberi muka' kepada PKR untuk memperkotak-katik parti itu. Semua orang tahu bagaimana demi mengejar kuasa politik atas matlamat menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, Pas rela membiarkan PKR dan DAP melakukan apa sahaja. Atas sebab itulah, jika Anwar berdegil dan masih mahu mempertahankan pendiriannya dalam isu Israel maka ia akan menjadi ujian terbesar kepada Pas sama ada hendak terus kekal dalam pakatan pembangkang atau sebaliknya.

Ketika inilah keberanian Majlis Syura Ulama akan diuji sama ada menarik Pas keluar daripada pakatan pembangkang dan dianggap mengkhianati perjuangan politik pakatan itu atau akan dituduh bersubahat dengan Anwar mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan umat Islam kerana dianggap menyokong keselamatan negara Israel.

Segala-galanya terserah kepada Majlis Syura Ulama untuk menentukannya.


PAS : ANWARINAS ATAU ULAMA LEBIH BERKUASA?

Posted: 01 Sep 2012 06:00 PM PDT




MUNGKIN ramai penyokong Nasharudin Mat Isa menarik nafas lega apabila beberapa pemimpin terkenal dalam Pas bertaraf ulama tampil mempertahankan bekas Timbalan Presiden Pas itu.



Selain Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din turut berbuat demikian. Malahan Nasharudin juga mendapat sokongan daripada beberapa ulama Pas di negeri-negeri. Namun begitu ia tidak boleh dianggap kemenangan awal untuk Nasharudin, perjalanan beliau untuk mempertahankan diri masih panjang.



Nasharudin mungkin tidak akan menghadapi masalah untuk memberi penjelasan kepada Majlis Syura Ulama kerana beliau yakin berada di pihak yang benar. Pandangan beliau meminta Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang seperti mana kata Haron Din bukan satu kesalahan.

Tetapi bagi kelompok Anwarinas yang meletakkan kepentingan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengatasi segala-galanya mereka tidak akan duduk diam.


Mereka pasti akan terus melakukan desakan, tekanan dan gerakan bagi memastikan Nasharudin dikenakan tindakan, mereka mahu menghumbankan Ahli Parlimen Bachok untuk berada 'satu kelab' dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Berbanding Hasan, Nasharudin jauh lebih bernasib baik kerana diberi peluang membela diri dan membuat penjelasan kepada Majlis Syura Ulama, tetapi Hasan tidak mendapat peluang berkenaan.

Hasan disingkirkan kerana kepimpinan Pas tidak mampu menahan gertakan dan desakan pemimpin-pemimpin PKR. Bagaimanapun, Nasharudin tidak dibiarkan bernafas dengan selesa, buat permulaan beliau diberikan isyarat bahawa kerusi Parlimen Bachok bukan lagi miliknya atas alasan beliau sudah ditolak oleh akar umbi. Tanggapan yang sama diberikan oleh Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang baru-baru ini apabila mengulas mengenai kedudukan Nasharudin.

Sebab itulah ramai yang melihat biar apa pun keputusan Majlis Syura Ulama pada 9 September ini menyebelahi Nasharudin namun percayalah Nasharudin bagaikan berada di atas pagar berduri biar pun disuapkan dengan jus yang manis.

Apatah lagi secara tiba-tiba kita mendengar kenyataan bahawa nasib Nasharudin akan ditentukan melalui mesyuarat agung Pas, maknanya keputusan Majlis Syura Ulama jika menyebelahi Nasharudin bukan penamat.

Bagi puak-puak Anwarinas, inilah peluang untuk mereka terus menggunakan pengaruh dan kekuatann untuk memastikan Nasharudin tidak akan mampu mengembangkan karier politiknya dalam Pas.

Ini kerana mereka memahami Nasharudin sudah dilihat pemimpin masa depan Pas oleh banyak pihak. Puak-puak Anwarinas atau liberal dalam parti itu sudah tentulah tidak mahu ia menjadi kenyataan.

Bagi mereka, era kepimpinan ulama dalam Pas sudah tidak relevan dengan perkembangan politik semasa, sekarang adalah masa untuk golongan bukan ulama menguasai Pas sepenuhnya.

Tetapi selagi ada Nasharudin impian mereka mungkin tidak akan tercapai, justeru mahu tidak mahu Nasharudin harus disingkirkan sama ada terkeluar terus daripada parti atau berada dalam parti namun sekadar ahli biasa sahaja.

Puak-puak Anwarinas amat memahami kekuatan mereka, sebab itulah kalau ada pemimpin di kalangan mereka bercakap soal yang dilihat bertentangan dengan parti, mereka hanya mendiamkan diri sahaja tetapi apabila ada golongan pro ulama menyatakan sesuatu biar pun benar maka mereka akan mencari fasal supaya individu berkenaan dikenakan tindakan.

Tugas mereka menjadi mudah kerana mereka rapat dengan pemimpin-pemimpin berpengaruh dalam parti dan keadaan itu kesudahannya menjadikan siapa juga yang tidak sehaluan dengan puak Anwarinas ini berada dalam bahaya.

Usaha menyingkirkan Nasharudin boleh dianggap misi terakhir puak-puak Anwarinas dalam menguasai Pas sepenuhnya. Sebab itulah sikap konsisten ulama-ulama Pas dalam mempertahankan Nasharudin amat penting.

Jika mereka tidak sepakat dalam soal berkenaan, percayalah Nasharudin tidak akan lama dalam Pas, ia memandangkan mainan politik puak-puak tersebut amat hebat. Mereka akan cuba mewujudkan tekanan demi tekanan bagi meletakkan kepimpinan kanan Pas berada dalam keadaan serba salah dan seterusnya mengikut telunjuk mereka untuk menyingkirkan Nasharudin.

Perkara ini tidak dinafikan oleh Hasan Ali yang sudah merasai betapa dahsyat mainan politik puak Anwarinas tersebut. Atas sebab itulah, golongan ulama di dalam Pas perlu berdiri teguh mempertahankan Nasharudin. Ramai yang berpendapat memang Nasharudin berhak dihukum kalau beliau benar-benar melakukan kesalahan.

Tetapi kenyataan beliau mengenai kedudukan Pas dalam pakatan bukannya satu kesalahan, sebagai bekas pemimpin nombor dua dan sayangkan perjuangkan Islam Pas, Nasharudin berhak memberi pandangannya bagi mengelak parti itu terus diperkotak-katikkan.

Sekurang-kurangnya keberanian Nasharudin memberi isyarat kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain bahawa tidak semua pemimpin Pas sanggup menjadi 'pak turut' semata-mata memburu kuasa ke Putrajaya.

Apa pun, kes Nasharudin ini semakin menampakkan dengan jelas pertembungan antara golongan ulama - satu kumpulan yang bertanggungjawab menubuhkan Pas dengan kumpulan Anwarinas yang semakin teruja memburu kuasa.

Sudah tentulah kita tidak akan mampu menduga siapa yang akan menang tetapi apa yang pasti seandainya kumpulan ulama tewas dan Nasharudin tersingkir, maka ia akan menjadi permulaan kepada perjalanan terakhir golongan ulama dalam perjuangan politik Pas.

Ia memandangkan Pas ketandusan pemimpin bertaraf ulama yang seusia dengan Nasharudin. Kalau ada pun mereka tidak begitu menonjol. Pengaruh dan kewibawaan mereka tidak sehebat Nasharudin yang dianggap 'anak didik' Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan beliau pernah menjadi Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden Pas.

Inilah rekod perjalanan politik Nasharudin yang menggerunkan puak-puak Anwarinas dalam Pas, tambahan pula Nasharudin kental dengan prinsip perjuangan Islam yang sudah tentu amat tidak digemari oleh puak berkenaan demi menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.

Mungkin sekali lagi kita akan mendengar pihak-pihak tertentu di dalam Pas akan menuduh bahawa media sengaja mewujudkan istilah Anwarinas ini. Namun perjalanan politik Pas sejak kebelakangan ini telah membuktikan bahawa jati diri Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam sudah terhakis.

Dan kalau benar puak berkenaan tidak wujud kenapakah Nasharudin hendak diadili semata-mata beliau mempertahankan martabat, maruah dan prinsip perjuangan Pas?

Kenapakah Dr. Hasan disingkirkan tanpa diberi peluang membela diri, hanya kerana beliau dilihat berusaha memartabatkan Islam?

Kesimpulannya, kes Nasharudin bukan sekadar penentuan nasib seorang pemimpin bertaraf ulama dalam Pas tetapi jauh daripada itu, ia bakal menentukan golongan manakah paling berkuasa di dalam Pas.

DARI KHALIFAH AR- RASHIDDIN KE TOKONG..

Posted: 01 Sep 2012 05:44 PM PDT


'Tokong' Guan Eng, Mansor, Ustaz Nasha, Hudud, serabut…


Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman ditemani 'Tokongnya', Lim Guan Eng pada sidang akhbar bagi membersihkan nama bosnya itu di Komtar, Jumaat lalu. - Gambar ihsan NST
LIM GUAN ENG berada di sebelah timbalan satunya, Mansor Othman dalam satu sidang akhbar di Komtar beberapa hari selepas raya baru-baru ini.
Guan Eng memerhati Mansor membuat kenyataan bagi membetulkan kata-kata tersasulnya menuduh dia sebagai cocky dan arrogant.
Cocky dalam bahasa mudah Melayu bererti bongkak, angkuh dan arrogant juga membawa erti yang sama.
Perkataan itu dikatakan tersembur daripada mulut Mansor dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang tidak lama dulu.
Guan Eng cukup marah dengan Mansor apabila kisah itu tersebar. Mansor 'menggigil' apabila ditegur oleh Guan Eng. Mansor ini cukup dikenali di kalangan para pengikut PKR sebagai sedikit penakut. Jiwanya bukan jiwa ahli politik. Dia mudah gelabah dan gementar. Itu pasal Guan Eng ambil dia.
Kerana takut kerusinya melayang, sebagai mana yang terjadi ke atas bekas timbalan kuota Melayu yang terdahulu, Fairus Khairuddin, Mansor yang juga bekas pensyarah USM itu terpaksa memperbetulkan kata-katanya. Dia menafikan berkata demikian.
Daripada cocky and arrogant, Mansor memanggil Guan Eng sebagai 'Tokong'.
Tokong dalam bahasa Melayu yang mudah difahami bererti 'Maha Tuan Besar', 'Maha Agung' dan macam-macam maha. Senang cakap, apa yang dicakap oleh 'Tokong' ini perlu diikuti tanpa bantahan. Kalau tidak berdosa, masuk neraka.
Di sebalik sidang akhbar khas itu ada juga ceritanya. Wartawan yang terpilih memasukinya (kecuali NSTP, TV3 dan Utusan) bercerita kepada rakan-rakan yang tidak terpilih itu. Kononnya, semasa di tengah-tengah soal jawab dengan pemberita, Guan Eng tiba-tiba menggamit Mansor untuk menghentikan sebentar sidang akhbar itu.
Para wartawan tercengang. Kedua-dua mereka kemudian masuk ke sebuah bilik. Tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Mungkin Guan Eng mahu Mansor cakapkan sesuatu. Seketika kemudian kedua-duanya pun keluar dan soal jawab bersambung.
Mansor bercakap apa yang Guan Eng mahukan. Guan Eng bukan cocky dan arrogant, tapi sebaliknya Guan Eng adalah 'Tokong'.
Guan Eng tersenyum puas. Mansor juga terpaksa menggunakan nama Allah dalam sidang akhbar itu untuk mempertahankan bosnya itu.
''Saya berdoa kepada Allah untuk memelihara kami, berikan kami kekuatan bagi meneruskan perjuangan untuk rakyat," katanya Mansor ketika menggulung kenyataan medianya itu.
Mansor, terpaksa akur dengan Guan Eng. Itulah gambaran seorang anak jati Melayu cerdik Pulau Pinang, ADUN Penanti dalam Parlimen Pematang Pauh yang mempunyai Ph.D.
Siapa kata Guan Eng itu angkuh dan bongkak. Dulu dia menggelar dirinya sebagai Khalifah Ar-Rashiddin. Orang Pas pun cukup terpegun dengan gelaran itu.
Kini dia adalah Tokong. Tafsirkanlah sendiri…

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 02 Sep 2012 07:10 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Perghh.. Dato Nordin masuk PAS le?

Posted: 01 Sep 2012 07:47 PM PDT

Opss...baca dulu.. jangan main serang je ye.. kami bukan macam blogger pembangkang yang suka putar belit statement.. hahaha. 
Walaupun berbeza fahaman politik.. namun ianya tak menghalang untuk para pemimpin UMNO untuk hadir majlis-majlis anjuran parti pembangkang.. tak macam sesetengah pemimpin pembangkang tu.. kalau takde reporter yang hadir.. dia pun tak nampak batang idung.. pemimpin yang camni elok di harkkktuiiiii kan aje...Inilah yang di amalkan oleh pemimpin UMNO sejak dari dulu lagi.Cayalah Dato...pemimpin yang begini yang kita mahukan..



Team PUcTD

Pampers diperlukan untuk mamat ni..

Posted: 01 Sep 2012 07:00 PM PDT

Apa pun aku terlebih dahulu ingin ucapkan tahniah kat rakan blogger yang telah berjaya membongkar identiti binatang yang berak atas gambar pm dan isteri dimalam merdeka baru ini.. inilah dia binatang yang taktau erti hormat.. mak bapak tak ngajo ke binatang ni.. alowww..kalau nak berak pun.. beraklah kat tandas.. takde duit ke nak bayar masuk tandas.. alaaaa.. aku lupa...binatang mana tau guna tandas.. wakakakaa.
Lihatlah bangsa aku sekelian..yang buat ni bangsa apa ye.. bangsa kita gak kan..
Bila lah KDN nak amik tindakan kat binatang ni ye.. aku rasa binatang ni dah mula cuak bila identitinya telah didedahkan.. berak pin dah tak lalu dah lepas ni.. juak-juak pembangkang.. aku yakin pasni akan kumpul dana sediakan lawyer.. hahaha.. duit rakyat lagi.. owh ye.. binatang ni buat atas tunjuk ajar sifunya.. kan suka main belakang..
P/s haram jadah punya budak.. harkkkkkktuuiiii.. 




Team PUcTD

Perghh..kalau UMNO korang kafirkan..kalau yang ini pulak..

Posted: 01 Sep 2012 07:49 AM PDT

Alamak..bila pemimpin UMNO hadir ke majlis bangsa lain..bukan main lagi ye puak-puak PAS meroyan kata kafirlah itu lah..inilah..ni kalau pemimpin PAS sendiri yang menghadirinya nak kira camne ekkk..owhhh takpe..HALAL..
Pirahhhh..cakap tak serupa bikinlah..aku pun tak tau sampai bila puak-puak pembangkang ni nak menipu,mencaci,menuduh serta macam-macam lagilah..aduhai..
Harkkkktuiiiiiii....



Team PUcTD

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 01 Sep 2012 03:19 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PEMBANGKANG "CEMARI" KEMERDEKAAN NEGARA?

Posted: 31 Aug 2012 09:42 PM PDT


ISU TEMA HARI KEBANGSAAN.


 DEMO JANJI DEMOKRASI.





ISU TUKAR BENDERA JALUR GEMILANG.



Tukar bendera: 

Tak payah nafi PR tiada

 rancangan



SEMAIKAN BUDAYA TIDAK HORMATI PEMIMPIN


CARA PEMBANGKANG ELAKKAN ISU INI DENGAN MENGATAKAN

BAS MEREKA UMNO YANG SERANG?




SALAM MERDEKA YANG KE 55

Posted: 31 Aug 2012 09:15 PM PDT









INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 55 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA AMNYA DAN GENERASI MUDA Y DI JASIN KHASNYA.


NIK AZIZ PERLU BERTAUBAT.

Posted: 31 Aug 2012 09:03 PM PDT


Surat dan soalan terbuka untuk Dato Haron Din

Tuan Guru Dato Dr Haron Din tiba-tiba muncul dari 'pertapaannya'  baru-baru ini dan mengulas di sebuah akhbar dengan lantang akan kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai isu peribahasa Inggeris  bermaksud 'Lebih baik memilih 'syaitan' yang dikenali dari memilih 'malaikat' yang tidak dikenali'.  Sekian lama kita mencari ke mana menghilangnya  tokoh ulama PAS yang suatu ketika amat tersohor ini di kalangan umat Islam. Malah saya juga ketika itu sangat menghormati ketokohan 'Tuan Guru' ini.  Dato Dr Haron Din mengulas kenyataan itu dengan meminta Tun Mahathir 'bertaubat' kerana dianggap menyeleweng dari akidah.  Beliau juga mengulas  bahawa tiada ayat Al Quran yang 'menyokong' kenyataan Tun Mahathir tanpa memahami atau bertanya sendiri dengan Tun Mahathir tentang ucapan tersebut.
Perkara ini juga turut pernah terjadi kepada YAB Perdana Menteri tidak beberapa lama dahulu apabila seorang Mufti  mengambil kesempatan 'membelasah' Perdana Menteri melalui media kerana isu kehadiran  beliau ke satu perayaan keagamaan kaum India. Perkara seperti ini seolah-olah  dinanti-nanti oleh golongan ulama untuk mencari-cari salah umara dan kelihatannya seperti mahu mempopularkan diri dan membetulkan keadaan secara terbuka. Justeru saya pun ingin bertanya bagi membetulkan pandangan Dato Dr Haron Din secara terbuka.
Malah dalam isu kenyataan Tun Mahathir, ianya umpama 'bola tanggung' yang dinanti-nanti oleh Dato Haron Din untuk muncul dari 'pertapaannya' selama ini.  Amat menghairankan kerana Haron Din membisu  apabila  Mursidul Am PAS pada suatu ketika secara terang-terangan menyatakan sanggup bersahabat dengan 'syaitan' asalkan 'syaitan' sanggup membantu kemenangan PAS.  Kenyataan Nik Aziz itu mungkin merujuk kepada DAP, tetapi Haron Din dan penganut PAS bijak pula mentafsir kenyataan tersebut dalam konteks yang lebih terbuka.  Sedangkan jika beliau seorang ulama yang adil dan saksama, maka kenyataan Nik Aziz ini jauh lebih dahsyat kerana sanggup memilih 'syaitan' sebagai sahabat dari memilih 'manusia seagama' sebagai rakan politik dalam memerintah negara. Malah setakat ini belum ada 'peribahasa Inggeris' yang saya jumpa berkaitan kenyataan Nik Aziz itu untuk mempertahankan kenyataan tersebut.
Apakah dalam isu ini Dato Haron Din tidak terjumpa begitu banyak Firman Allah di dalam Al Quran yang melarang manusia memilih dan bersekutu dengan syaitan?. Apakah ulama dan ahli PAS terlupa bahawa syaitan itu musuh kamu yang nyata ? Apakah Haron Din atau ulama PAS mempunyai 'kekebalan' dari hasutan syaitan sedangkan Nabi Adam AS pun mampu diperdaya oleh syaitan. Janganlah kita ujub dan takabur seolah-olah dengan ketinggian ilmu yang kita mililik maka kita beranggapan kita 'berada di jalan yang lurus'. Bagi syaitan yang mempunyai pengalaman luas dan bekas ketua malaikat maka tentulah bukan menjadi masalah untuk meyesatkan keturunan Adam AS termasuklah ulama-ulama atau tok guru apatah lagi manusia marhain seperti saya. Malah perkataan 'maksiat' juga merujuk kepada 'perpecahan dalam masyarakat' yang secara jelas dan terang telah dilakukan oleh PAS sejak 1951. Kesan 'maksiat perpecahan' adalah jauh lebih besar kepada masyarakat dan ianya boleh kita lihat di kalangan umat Islam di negara ini.
Sewaktu  menjadi penganut PAS suatu ketika dahulu, saya begitu marah apabila Tun Mahathir 'menghina janggut Nabi SAW'. Hanya dari 'rakaman suara' mesyuarat  MKT UMNO isu itu menjadi panas dan dijadikan alat untuk umat Islam membenci Tun Mahathir.  Masa berlalu dan kini saya melihat  penganut PAS masih menghukum Tun Mahathir dalam isu 'janggut Nabi'.  Secara realitinya Tun Mahathir mungkin naïf mengenai keadaan ketika zaman Rasullullah SAW tetapi menghukum beliau tanpa mengetahui niat ucapannya seolah-olah kita mendahului Yang Maha Esa. Malah sehingga ke hari ini hukuman sesat dan penghinaan telah pun dijatuhkan oleh pemimpin dan penganut PAS sedangkan ianya tidak melibatkan akidah dan kepercayaaan Tun Mahathir dalam soal darjat dan kenabian Baginda Nabi SAW. 
Di mana keberanian ulama seperti Haron Din apabila timbul persoalan amat besar  dalam kenyataan Nik Aziz  mengenai isu sambutan maulud Nabi SAW ? Rakaman dalam Youtube dan komen Nik Aziz mengenai Nabi SAW amatlah pelik tambahan diungkapkan oleh 'Tok Guru merangkap Mursidul Am PAS.  Malah yang paling dahsyat apabila beliau menafikan sirah  Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda diangkat sebagai Nabi. Kenapa Haron Din membisu dan penganut PAS mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar ini dan penghinaan yang sangat mengelirukan ini?
Dalam isu 'Negara Islam' apakah Haron Din sudah terlupa ceramah beliau mengenai 'Dokumen Negara Islam dan Hudud' yang menjadi agenda beliau atau PAS suatu ketika dahulu ?  Dimana kelantangan Haron Din bila Presiden PAS ketika menjadi MB Terengganu dengan selamba mengatakan bahawa hudud hanya 1% dari keseluruhan ajaran Islam ? Apakah Haron Din tidak sempat langsung menonton dalam Youtube akan kenyataan Nizar Jamaluddin di dalam DUN Perak yang 'menafikan' bahawa PAS pernah mengeluarkan Dokumen Negara Islam dan mahu melaksana undang-undang hudud?  
Paling menyedihkan, di mana Dato Haron Din bila sahabat beliau YB Dato Dr Hassan Ali ketika menjadi mangsa pemecatan PAS semakin yang tidak demokratik. Di mana pembelaan Haron Din dan apakah kesalahan Hassan Ali hanya kerana  mahu mempetahankan isu akidah umat Islam di  Negeri Selangor (tempat tinggal Haron Din sendiri) Tidakkah terbuka pintu hati beliau melihat isu besar dan kecelaruan fahaman Pluralisme dan LGBT yang menghimpit negara dan menjadi agenda pihak tertentu?  
Suatu ketika ulama yang mempertahankan pemerintah pernah dilabel sebagai 'ulama bisu' oleh PAS, tetapi apa yang kini saya peribahasa 'meludah ke langit jatuh ke muka sendiri'.  Beliau dan ulama PAS bukan sahaja tidak berani bersuara membetulkan partinya sendiri tetapi masih mencari-cari kesilapan  UMNO dan pemimpinnya.  Semakin hari umat Islam membuka mata dan dapat menilai sejuh mana ketelusan dan kejujuran ulama PAS dalam membawa agenda perjuangan Islam.
Ulama PAS mungkin tidak terpandang Firman Allah yang menyuruhnya umatnya menyambung silatulrohim, bersangka baik, mentaati pemimpin, bersyukur, sabar dan banyak lagi perintah Allah SWT yang menuntut kita menterjemahkan sifat-sifat 'mahmudah'. Apa yang dilihat, kebanyakkan sifat mazmumah sudah mula sebati dalam pemikiran dan tindaktanduk PAS.
Sebagai bekas penganut  fahaman PAS saya terbaca hadis ini: Muaz ibni jabal berkata Rasulullah SAW sambil berjalan memegang tangannya " Wahai Muaz ! Aku wasiatkan kamu supaya bertakwa kepada Allah dan bercakap benar iaitu menepati janji, menunaikan amanah,  meninggalkan khianat dan mengasihani anak-anak   yatim, memelihara jiran tetangga, mengawal dan lembut  percakapan, menyebarkan salam dan taat setia kepada pemimpin yang adil, berusaha memahami al-Quran,  kasih akan akhirat, takut hari hisab, pendek angan-angan dan baik amalan. Aku larang kamu dari memaki hamun orang Islam atau mempercayai  pembohongan atau mendustakan orang yang benar atau menderhakai pemerintah yang adil.  (hadis riwayat Al Baihaqi).
PAS sudah jauh tersasar kerana menjadikan agama sebagai alat politik mereka tetapi langsung tidak mencerminkan akhlak dan keperibadian Islam yang syumul.  PAS bukan tempat yang selamat untuk para ulama seperti Haron Din bersuara dengan jujur dan ikhlas.  Inilah hakikat yang Allah SWT sampaikan kepada Nabi SAW agar kita berhati-hati berhati-hati dengan ulama politik.
Sabda Nabi SAW 'Di akhir zaman nanti, menjelang kiamat, orang faqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat serta pendapat dan fatwa mereka) yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat, tapi fitnah itu berbalik kepada mereka sendiri  (hadis riwayat Ibnu Umar & Imam Al Hakim dalam kitab  Tarikh Naisabur )
Saya masih mengharap dan berdoa agar pintu hati Dato Dr Haron Din akan terbuka untuk membetulkan keadaan dari dalam PAS.  Beliau mempunyai 'aura besar' dalam PAS dan mampu menyatupadukan umat Islam di negara ini. Berdosakah jika beliau membantu YB Nasharuddin untuk menyatupadukan UMNO PAS. Kesempatan emas ini harus di rebut oleh beliau bagi menyelamatkan Islam di negara ini. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah kepada beliau dalam usaha mencari kebenaran di dalam perjuangannya. Saya percaya jika pengaruh dan kewibawaan beliau digunakan sebagai ulama sebenar dan bersikap adil dan saksama, Islam akan menjadi agama yang dihormati.  Insitusi ulama hanya boleh dipandang sebagai 'perwaris Nabi' jika Dato Dr Haron Din dan ulama tidak memihak dalam memberikan pandangan mereka.  Yang benar katakan benar samada ianya dilakukan UMNO mahupun PAS.  Namun jika ianya salah, katakanlah 'salah' tanpa menyebelahi mana-mana parti supaya wibawa ulama kembali di hormati.
Cr. Lukman Moidin & ShahfaliqTeo

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 01 Sep 2012 07:31 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Anuar disambut HEBAT dan MERIAH DI PASAR SITI KHADIJAH

Posted: 31 Aug 2012 08:00 PM PDT

Dengar khabar abang Nuar g ke Kelantan..sambutan yang diberikan amat menggalakkan..lihat gambar di atas..aku tak nak komen apa-apalah..pasal korang pasti tau kenapa dan mengapa..





Team PUcTD

Sasaran 1 JUTA TWEET tak tercapai...tapi 3611323...

Posted: 31 Aug 2012 08:42 AM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxhn56dlA6hn_6kC18XSHuRqwi_zOj8yxTbmpgKO-yygVT1lRNZpM6V0-W5qZS96cYCdVhsH4I-30A44IZ1cbafZrQ_c82vnJcIYsTnYXChpE3eQv01wQsb1bWqbhvnm5sqdlZCtMWAO8/s1600/tweet+razak.jpg


Ni berita yang baru aku dapat..pasti mereka kecut perut pabila sejumlah 3611323 TWEET dicatatkan pada malam ni dalam tempoh 1 jam...sasaran awal 1 juta aje beb...Satu pencapaian yang amat BAIK sekali..Syukur alhamdulillah...
REKOD BAHARU....pembangkang dah kecutttt

Bang Nuar kata esok letak jawatan Ketua Pembangkang bila tengok sambutan malam ni

Posted: 31 Aug 2012 07:55 AM PDT

JANJI DITEPATI..yeahhh...memang bergema di dalam dan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi..Memang diluar jangkaan..begitu ramainya rakyat Malaysia yang hadir..Sudah pastilah juak pembangkang cuak melihatkan situasi ini.tak seperti di Dataran Shah Alam dan di Dataran Merdeka malam tadi..aku kira ada dekat 200 ribu oranglah..




Team PUcTD

Tiada ulasan:

Pengikut