Ahad, 5 Ogos 2012

AMK KEDAH

AMK KEDAH


JELAJAH AMK KEDAH SEMPENA BULAN RAMADHAN

Posted: 05 Aug 2012 09:30 AM PDT

Pada 4 hb OGOS 2012 AMK KEDAH telah mengadakn jelajah ke PARLIMEN SIK,PDG SERAI dan BALING sempena bulan RAMADHAN,ia bertujuan menyampaikn sumbangan kepda fakir miskin sempena bulan puasa.Jelajah bermula di PARLIMEN SIK dan berakhir di kawasan PARLIMEN BALING.Kedua2 kawasan PARLIMEN ini kebetuln bersebelahan menyebabkan progrm tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai menyampaikn sumbangan kepada fakir miskin,AMK KEDAH terus bergerak ke PARLIMEN PADANG SERAI bagi menjayakan program EDARAN BUBUR LAMBOK di dalam kawasan DUN LUNAS.Di akhir program AMK KEDAH berbuka puasa di MASJID TAMAN SELASIH yang terletak di dalam PARLIMEN PADANG SERAI.

Jutaan terima kasih kepada EXCO2 AMK KEDAH yang hadir di dalam program tersebut....

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Komentar Kini

Posted: 04 Aug 2012 07:13 PM PDT

Saya nak cerita sikit pasal janji perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada rakyat mengenai bayaran royalty minyak kepada kerajaan BN Terengganu.

Janji tersebut dibuat didepan Datuk Seri Ahmad said dan puluhan ribu penyokong umno/BN dalam suatu majlis bersama rakyat tidak lama dahulu.

Najib berjanji akan membayar royalty minyak yang ditarik balik semasa PAS memerintah negeri kaya rakyat miskin itu.

Sehingga hari ini pembayaran yang dijanjikan itu belum dikotakan, sebaliknya janji pembayaran itu dibuat menerusi tuntutan kerajaan negeri pada Dana khas persekutuan.

Ada projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu baru mendapat pembayaran. Bermakna janji hendak bayar royalty dimasukkan dalam akaun kerajaan yang disatukan sampai hari belum dikotakan.

Oleh itu, apalah sangat dengan sepucuk surat daripada Najib yang dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Kita diberitahu menteri besar Kelantan, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Sesungguhnya negeri Terengganu yang diperintah umno/BN setakat hari ini belum dikotai lagi, adalah musathil Kelantan yang diperintah PAS diutamakan.

Amat tak munasabah ia dilaksanakan. Lebih lebih lagi kes ini berada di mahkamah yang barangkali menjadi sangat sukar untuk diselesaikan sepertimana yang berlaku pada kerajaan umno/BN Terengganu.

Tiada sebab perdana menteri Najib tidak tepati janji sepertimana slogan "janji ditepati" kepada kerajaan Terengganu. Sedangkan janji itu dibuat didepan puluhan ribu rakyat Terengganu.

Inikan pula hanya sepucuk surat yang meminta Datuk Nik Aziz hantar wakil hadir dalam jawatankuasa khas bincang pembayaran royalty minyak kepada kerajaan Kelantan.

Mudah pulak, sedangkan Mustafa Mohammad kata payah kerana Negara punya undang undang dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Pada saya, yang buat pembayaran royalty minyak kepada negeri negeri terbabit bukan kerajaan pusat tetapi pihak petronas sendiri.

Kerajaan pusat tak ada kena mengena, kecuali wang royalty dimasukkan dalam akaun Dana khas persekutuan dan dibayar dalam bentuk wang ehsan.

Tetapi kita kena ingat, kerajaan ada kuasa untuk menyekat melalui tuntutan yang dibuat oleh UMNO negeri atau seseorang menteri cabinet sepertimana yang dinyatakan oleh Datuk Nik Aziz, orang yang menyekat royalty minyak Kelantan ialah Datuk seri Mustafa Mohammad.

Tukar Tiub

Posted: 04 Aug 2012 07:08 PM PDT

HABIS TANAH KERAJAAN DI REMBAT



KENYATAAN MEDIA
3 Ogos 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

IPD BRICKFIELDS: MENTERI WILAYAH WAJIB BERCAKAP BENAR

Penduduk Lembah Pantai terutamanya yang tinggal di Brickfields dan Bangsar pada mulanya menerima baik berita di The Star dan New Straits Times bertarikh 16 Julai 2012 yang memetik Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, sebagai berkata bahawa IPD Brickfields akan dibangunkan semula di tapak asalnya di Jalan Tun Sambanthan (Lot 18).

Namun, ramai terkejut apabila melihat dengan mata sendiri papan tanda yang didirikan di tapak IPD Brickfields, yang mengatakan adanya cadangan menukar zon kegunaan tanah daripada institusi kepada perdagangan untuk membangunkan tanah tersebut bukan sebagai tapak IPD Brickfields yang baru, tetapi sebagai pembangunan bercampur. Hal ini turut dilaporkan The Star pada 31 Julai 2012, yang juga merupakan tarikh akhir bantahan.

Oleh itu saya mendesak Menteri Wilayah untuk bercakap benar tentang hal IPD Brickfields ini:
1) Apakah sebenarnya status pembangunan semula IPD Brickfields?

2) Mengapa kenyataan beliau pada 16 Julai bercanggah dengan apa yang kelihatan pada papan tanda yang didirikan di Lot 18?

Seperti yang telah saya dedah pada 26 April lalu, Lot 18 telah diberi kepada syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd di dalam satu pertukaran tanah (landswap) sebagai balasan membangunkan Lot 55 (Balai Polis Jalan Travers). Sekali lagi diingatkan bahawa salah seorang pengarah syarikat tersebut adalah Mariany Mohamad Yit, iaitu Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang, Senator Dewan Negara, dan mantan Ahli Lembaga Penasihat DBKL.

SENGAJA DI KOTORKAN

Juga, persoalan yang saya timbulkan dahulu masih belum terjawab: Apakah kedudukan Mariany Mohamad Yit di dalam DBKL, Primamuda Holdings, dan sebagai Ketua Wanita UMNO Bukit Bintang telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan Lot 55 dan landswap Lot 18?

Dan jika didapati Lot 18 benar-benar telah diberi kepada Primamuda Holdings, maka Menteri Wilayah seharusnya meminta maaf kepada warga Lembah Pantai dan penduduk Brickfields khususnya kerana mengecewakan penduduk yang mengharapkan IPD Brickfields dikembalikan ke lokasi asal di Jalan Tun Sambanthan.

Akhir sekali, sekiranya jawapan kepada persoalan-persoalan di atas tidak diterima selewatnya hari Khamis 9hb Ogos 2012, sebagai langkah terakhir, saya selaku wakil rakyat Lembah Pantai yang dipilih akan menggesa penduduk Brickfields dan Bangsar untuk mengadakan satu tunjuk perasaan aman pada jam 10 pagi hari Jumaat, 10hb Ogos 2012 di Lot 18 Jalan Tun Sambanthan untuk menyatakan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan isu ini.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih

Posted: 05 Aug 2012 12:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)



(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)


(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)

(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)

(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)



(Logo cadangan Hafiz)



(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)





(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)






(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.

Majlis Perasmian Ijtima' Pondok Nusantara.

Posted: 05 Aug 2012 12:52 AM PDT

Royalti: NGO 'R' mahu 'desak sampai dapat'

Posted: 05 Aug 2012 12:50 AM PDT

KOTA BHARU: Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Khas mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum Kelantan yang diumum Perdana Menteri tidak akan meredakan kempen menuntut hak royalti dibayar kepada negeri itu.

Sebaliknya NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) berkata, pihaknya akan lebih memperkasakan kempen mereka selagi tiada sebarang bayaran dibuat kepada kerajaan negeri.

Bagi Presidennya Nazri Deraman, tempoh enam bulan yang diberi kepada jawatankuasa untuk membuat kajian terlalu lama dan berkemungkinan hanya gimik politik Umno BN.

"Saya yakin ini merupakan satu helah dan lebih kepada gimik politik yang bertujuan utk meredakan bantahan Rakyat yang telah diusahakan oleh gerakan yg tersusun oleh pelbagai NGO khususnya NGO Royalti (R).

"Pihak R akan terus menggerakkan rakyat untuk menuntut hak kami dengan pelbagai pendekatan. Tuntut sampai dapat," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Tun Abdul Hamid Mohamad untuk mengkaji isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri-negeri Pantai Timur termasuk Kelantan.

Apa yang dipersoalkan kini adalah tempoh enam bulan yang diberikan kepada jawatankuasa itu yang dilihat terlalu lama dan berkemungkinan sebagai helah BN semata-mata menjelah PRU-13.

"Saya yakin tempoh ini adalah terlalu lama dan kami telah menunggu semenjak 1975 lagi.

"Tempoh 6 bulan jika ditambah dengan 80 hari lagi, sinonim dengan tempoh akhir wajib mengadakan PRU 13.

"Kami menyokong penuh gesaan Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah yang menyeru agar Kerajaan Pesekutuan menyelesaikan bayaran royalti sebelum pilihanraya," kata Nazri lagi.

Selain itu mereka juga mahu Najib menjunjung titah Sultan Kelantan yang mahukan gas didaratkan di Kelantan.

Kerajaan negeri juga telah menyediakan lebih 4000 ekar tanah untuk pembangunan industri gas di Bachok semenjak 1990.

Bicara Ramadhan Bersama Ust Azhar Idrus

Posted: 04 Aug 2012 11:52 PM PDT











PAS tambah 3 polisi baru Negara Berkebajikan

Posted: 04 Aug 2012 11:45 PM PDT


GOMBAK:
PAS menambahbaik konsep Negara Berkebajikan dengan menawarkan tiga polisi baru iaitu memastikan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, implimentasi sistem percukaian dan hiburan dikalangan anak muda.

Ketiga-tiga polisi baru ini mendapat persetujuan di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan dijadikan manifesto bersama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu, dimaklumkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub ketika merasmikan Seminar Professor Zulkilfli Muhammad "Membangun Negara Berkebajikan" di KUIZM, Taman Melewar hari ini.

Menurut Salahuddin, konsep Negara Berkebajikan yang ditawarkan PAS adalah berteraskan keadilan, kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara

Katanya, Islam memperluaskan ruang keadilan bukan sahaja kepada penganutnya bahkan kepada bukan Islam.

"Atas dasar inilah, PAS memperluaskan konsep ini kepada bukan Islam agar mereka fahami apa itu Islam sebenarnya.

"Melalui DHPP kita lihat antara kejayaannya apabila ruang orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mula tertutup bahkan PAS sendiri sudah diyakini oleh orang bukan Islam," katanya ketika ditemui.

Malah, beliau yakin dan percaya melalui konsep keadilan ini Pakatan Rakyat boleh mengambil alih Putrajaya nanti.

Tiga tawaran baru itu sedang diperhalusi dalam tiga wacana yang berlangsung sepanjang hari ini.

Seminar yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan PAS mengetengahkan beberapa ahli panel antaranya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengerusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor Iskandar Abdul Samad, Mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan koperasi Prof Datuk Nik Zain Nik Yusoff, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali, Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob.

Tiga ahli panel lagi akan membincangkan soal hiburan di kalangan anak muda iaitu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo Negeri Kelantan, Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar dan seorang artis Cik Farah Asyikin.

JK Royalti: Tindakan undang-undang akan diteruskan

Posted: 04 Aug 2012 11:44 PM PDT


SHAH ALAM: Kelantan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti, kata Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Kita tak akan tarik balik saman terhadap Petronas dan prosidingnya akan didengar Oktober ini," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau mengulas surat yang dihantar Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan bagi memintanya menamakan wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pembayaran khas pembayaran royalti/bayaran tunai kepada Kelantan.

jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tun Abdul Hamid Mohamad.

Sementara itu ketika berucap dalam majlis malam tadi, Husam berkata, penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bayaran tunai ini disifatkan beliau sebagai masih 'menganaktirikan rakyat Kelantan'.

Husam mempersoal tujuan jawatankuasa tersebut sedangkan Terengganu sudah dibayar dengan bayaran tunai walaupun pengeluaran petroleum di Terengganu juga berada di luar kawasan 3 batu nautikal.

"Kenapa tuntutan Kelantan tidak mengguna pakai penyelesaian dengan Terengganu sahaja?

"Kenapa dalam kes Kelantan perlu jawatankuasa khas? Ini jelas masih menganaktirikan rakyat Kelantan," kata beliau di Majlis Pelancaran Tabung Amanah Lebuhraya Rakyat KBKK & berbuka puasa bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat di Kompleks Karangkraf Sek 15, dekat sini malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kerajaan Negeri Kelantan itu juga turut mempersoal tempoh jawatankuasa tersebut bersidang yang disifatkan sebagai terlalu lama.

Katanya, pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat dan keputusan daripada jawatankuasa tersebut menimbulkan seribu kemungkinan.

"Pilihan raya dalam tempoh terdekat ini dan keputusan jawatankuasa sudah tentu selepas pilihan raya. Adakah royalti akan tetap dibayar selepas pilihan raya?" soalnya.

Justeru, beliau khuatir jawatankuasa tersebut hanya gimik politik menjelang pilihan raya.

"Adakah penubuhan Jawatankuasa ini hanya sebuah langkah politik menjelang pilihan raya untuk meredakan perasaan rakyat Kelantan?

"Harapnya BN tidak menggunakannya sebagai sebuah 'jambatan' untuk menyeberangi pilihanraya ini dengan selamat," katanya.

Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul

Posted: 04 Aug 2012 11:44 PM PDT


SHAH ALAM: Lebih RM4 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai bagi membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).



(Tuan Guru Nik Aziz melancarkan kempen tabung amanah pembinaan lebuhraya di Komplek Karangkaraf semalam)

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sumbangan masih diperlukan kerana kos keseluruhan adalah RM1.8 bilion dan ia masih berkurangan.

"Orang ramai masih boleh terus memberikan sumbangan terus kepada tabung  Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung amanah pembinaan KBKK di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini malam itu.

Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dengan disaksikan kira-kira 1,000 anak Kelantan yang hadir.

Berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) itu, Husam berkata, penubuhan dana itu akan membuktikan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan mampu berusaha mendapatkan prasarana terbaik walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat.

"Bila kita buka wakaf lebuh raya mereka (kerajaan pusat) ejek dengan perbuatan dan perkataan.

"Tapi tunggu mereka bagi peruntukan mereka tak bagi. Pembinaan ini bukan bererti membina sekaligus di luar kemampuan kita," katanya.

Husam menjelaskan kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu

Hasil sumbangan orang ramai  katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Majlis dimulakan dengan taklimat wakaf dan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.

Sekitar Majlis Tadarus Kawasan Machang @ Masjid Besar Machang

Posted: 04 Aug 2012 06:41 PM PDT

Royalti: Jangan rasa terhutang budi pada perompak

Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

"Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.

"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana "sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti."

Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.

"Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu," kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.

"Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan," kata beliau.

Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.

"Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata," ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Maklumat sulit: Najib mahu lindungi 'perompak BN'

Posted: 04 Aug 2012 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.

Pengarah Stratregi PKR, Mohd Rafizi Ramli ketika dihubungi Harakahdaily, berkata ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.

Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan beliau berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC), Rafizi berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.

Namun, beliau berkata laporan yang dilakukan sebuah NGO, Jingga 13 itu tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka.

Tambah beliau, seperti undang-undang berkaitan 'whistleblower', hanya di Malaysia sahaja yang tidak menganggap pendedahan di media sebagai maklumat, berbanding di negara luar yang menjadikannya sebagai sumber maklumat.

"Jika di negara luar, sebarang pendedahan di media, akan dikira sebagai satu maklumat.  Bukan seperti di Malaysia.  Di Malaysia lebih untuk melindungi pihak tertentu.  Yang beri maklumat pula didakwa," tegas beliau.

Masalahnya di negara ini, tambah Rafizi apabila ada pihak yang membuat laporan di SPRM, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan perlu 'didiam'kan sahaja.

Sedangkan, kata beliau SPRM di negara ini pula dilihat agak berat-sebelah dalam menangani kes-kes tertentu.

Sehubungan itu, katanya pihak beliau tidak mempunyai pilihan lin selain mendedahkannya kepada media.

Najib, dalam kenyataannya sebelum ini berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada SPRM.

Beliau dilaporkan berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Rafizi pada Rabu lalu yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Rabu terhadap pertuduhan itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bekas kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Najib hantar surat minta wakil bincang royalti

Posted: 04 Aug 2012 05:25 PM PDT


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.


(Gambar: Pertemuan terakhir antara Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)

Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.



Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.


Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

JK Khas Royalti: Najib jangan hanya 'sembang kedai kopi'

Posted: 04 Aug 2012 05:25 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan menjelaskan terma penubuhan jawatankuasa khas yang akan mengkaji isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Meskipun menyambut baik langkah itu, Naib Presiden, Salahuddin Ayub berkata, sebelum sebarang perundingan diadakan, kerajaan negeri dan anggota Parlimen mesti dijelaskan tujuan utama penubuhan jawatankuasa tersebut.

"Saya menyambut baik penubuhan jawatankuasa ini tetapi ingin mendapat penjelasan mengenai terma-terma jawatankuasa ini dan mestilah dijelaskan kepada kerajaan negeri dan ahli Parlimen.

"Terma mestilah menyatakan dengan jelas perundingan itu kerana kita tidak mahu jawatankuasa ini sekadar untuk bersembang minum kopi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada Harakahdaily hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan berkata, jawatankuasa khas tersebut akan membuat kajian untuk mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri tersebut.

Akur desakan rakyat

Salahuddin berkata, langkah kerajaan ini membuktikan mereka terpaksa akur dengan tuntutan rakyat yang mahu hak mereka dikembalikan.

"Ini langkah terdesak perdana menteri. Akhirnya Putrajaya terpaksa akur dengan tuntutan rakyat dan satu kejayaan awal setelah usaha kita membawa perkara ini ke Parlimen," katanya lagi.

Namun tambah beliau, PAS menuntut kerajaan serius menubuhkan jawatankuasa ini, bukan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita tak mahu jawatankuasa ini menjadi gimik politik menjelang pilihan raya untuk mengaburi mata rakyat," katanya.

(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam) KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas. Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini. Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang). Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh). Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh ‘royalti’ di samping menyebarkan risalah penerangan. Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus. Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini. “Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan. "Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. “Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya. Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi. Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan. “Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya. Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi “Amanat Ayah Najib @ Tun Razak” berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan. Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005. Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975. Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan. Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.

Posted: 04 Aug 2012 05:22 PM PDT


(Konvoi Royalti dari Kubang Kerian ke Pasir Puteh petang semalam)

KOTA BHARU: Menjelang lawatan kerja sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada 5 Ogos ini, rakyat Kelantan semakin lantang menyuarakan tuntutan royalti petroleum dan gas.

Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) mengadakan siri konvoi royalti ke seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini.

Konvoi Royalti-1 Kota Bharu ke Gua Musang (Parlimen Gua Musang), manakala Konvoi-2 Kota Bharu ke Rantau Panjang (Parlimen Rantau Panjang).

Dalam perkembangan terbaru hari ini, Royalti mengadakan Konvoi Royalti-3 dari Kota Bharu ke Pasir Puteh (Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Puteh).

Program dianjurkan dengan kerjasama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) disertai lebih 500 peserta terdiri dari para belia yang bermotorsikal dan kereta sambil mengibar bendera merah puteh 'royalti' di samping menyebarkan risalah penerangan.

Pelepasan konvoi hari ini disempurnakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Abdul Latiff Abdul Rahman di hadapan Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri merangkap Adun Demit Mohamad Mustafa dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Abdul Rahman Yunus.

Presiden Royalti, Nazri Deraman (gambar) berkata Konvoi Royalti-3 diadakan bertujuan antara lain menyampaikan mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang lawatan kerjanya ke Kelantan pada 5 Ogos ini.

"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Najib serta Petronas supaya membayar royalti petroleum dan gas kepada Kelantan.

"Bahkan kami menyokong Titah Sultan Muhammad V yang bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok.

"Ini kerana kawasan seluas 4,000 ekar di Bachok telah pun disediakan khususnya sebagai Zon Industri Petroleum sejak 1990-an lagi," katanya.

Nazri bercakap kepada pemberita pada upacara pelepasan peserta konvoi petang tadi.

Presiden Royalti itu berkata pihaknya menyokong saranan  Ahli  Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menyatakan sokongan kepada tuntutan royalti petroleum Kelantan.

"Bahkan Ku Li sendiri mahukan supaya pemberian royalti kepada Kelantan itu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) diadakan," katanya.

Selain itu, Royalti menuntut agar Najib Razak mematuhi "Amanat Ayah Najib @ Tun Razak"  berkaitan Perjanjian Royalti Petroleum Kelantan.

Royalti petroleum dan gas sebanyak 5 peratus yang dituntut rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan itu kini telah tertunggak sebanyak RM7 bilion sejak 2005.

Ini berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 selain Perjanjian Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Dalam perjanjian itu, wang royalti atau wang tunai diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau mana-mana agensi tidak berkaitan.

Gerakan Konvoi Royalti-3 petang semalam melewati kawasan kediaman Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kampung Pulau Melaka sebelum melewati kawasan kediaman Pengerusi Jawatankuasa Wang Ehsan Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kampung Perupok, Bachok sebelum tiba di Pasir Puteh.

Hasil audit daftar pemilih 2 minggu lagi - MB Selangor

Posted: 04 Aug 2012 05:20 PM PDT


(MB Selangor menyampai sumbangan kepada anak yatim sambil mendukung cucunya di majlis berbuka puasa)

SUBANG JAYA: Kerajaan negeri Selangor dijangka akan mengumumkan hasil audit pendemokrasian daftar pemilih di negeri itu dua minggu lagi.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, sehingga kini lebih 78 peratus telah selesai diaudit dari 490,000 pengundi baru dan pengundi yang baru dimasukkan ke negeri itu.

"Dah 28 DUN yang selesai 100 peratus," kata Khalid ketika berucap di majlis berbuka puasa anjuran pejabat beliau di sebuah hotel malam tadi.

Selain para tetamu jemputan dan media, turut serta di majlis itu adalah anak-anak yatim dari sebuah rumah kebajikan dekat sini.

Dalam operasi itu, Selangor telah menggunakan geran Selangorku untuk membiayai proses pengauditan senarai pemilih di negeri Selangor yang bertambah dengan ketara menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Jentera kerajaan negeri termasuk ahli majlis kerajaan tempatan, ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan kampung digunakan untuk membuat kerja-kerja ini.

"Selepas dapat hasil kita akan buat perbincangan dan tentukan keputusannya," kata Khalid kepada media selepas majlis itu.

Khalid tidak menolak tindakan mahkamah jika ternyata daftar pemilih itu tidak bersih selepas mendapat bukti-bukti dari kajian itu.


Talam


Dalam sidang media yang sama Khalid memberitahu, lebih 10 juruodit dari firma audit yang dilantik kerajaan negeri sedang memeriksa perjanjian antara kerajaan negeri dengan Talam Coorporation.

Sehingga proses audit ini selesai, beliau tidak akan memberikan sebarang ulasan terhadap tuduhan mana-mana pihak.

"Tidak lama dah, ia akan selesai. Jadi saya rasa tidak payah bertengkar atau berkempen lah, kita tunggu hasil laporan audit ini," kata Khalid dalam ucapannya itu.

Beliau mengulas serangan-serangan yang disifatkan sebagai kebanyakannya fitnah terhadap pendekatan kerajaan negeri Selangor dalam menyelesaikan isu hutang Talam kepadanya.

Beliau mengambil positif terhadap semua serangan itu kerana, "Sekarang baru orang tahu cara nak kutip hutang," kata beliau sinis.

Talam, pemaju hartanah yang bermasalah, berhutang kepada kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor sejak sekian lama.

Namun, tiada sebarang usaha yang konkrit dibuat untuk mengutip segala hutang itu.

Apabila Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dan beliau menjadi Menteri Besar, Khalid berjaya mengutip hutang syarikat itu dengan mengambil alih hartanah yang dimilikinya.

"Selepas kita dapat kutip hutang, ramai yang mengulas pula," katanya.

Menurut Khalid, standard pengurusan telus ini akan diteruskan dan bakal menjadi nafas baru kepada pentadbiran yang terbuka.

"Ia dapat dinilai melalui keupayaan dan keikhlasan kita dalam membuat kerja," kata Khalid.

Namun, beliau berkata, banyak yang perlu diperbaiki lagi oleh pejawat awam dalam memberikan khidmat kepada rakyat.

Kelantan lulus bonus setengah bulan

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya.

"Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini.

Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan.

"Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN)," umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas.

800 ulama nusantara berhimpun di Qaryah Ramadan

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT

KOTA BHARU: Qaryah Ramadan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bukan sekadar tempat ihya Ramadan dengan ibadat tarawih dan qiamulai, sebaliknya bakal menghimpunkan ulama-ulama nusantara pada satu ijtimak Ahad ini.

Program itu dikenali sebagai Ijtimak Pondok Nusantara akan menghimpunkan kira-kira 800 ulama dan pelajar aliran agama dari Thailand, Indonesia dan tuan rumah.

Program dua hari itu bermula esok dengan solat Asar berjemaah diikuti halaqat al Quran dan iftar jamaie.  Dan selepas solat sunat tarawih diadakan ceramah oleh wakil Persatuan Ulama Fathoni.

Ijtimak berkenaan diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai dan akan diulas Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Ramli dari Kedah.

Kertas kerja kedua dibentang Tuan Guru Salleh Musa dari Kedah dan diulas Ustaz Zulkifli Ismail (Melaka).

Perasmian ijtimak yang julung kali diadakan di bulan Ramadan akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah tengahari Ahad.

Jurucakap program Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pada sebelah petang akan diadakan liqa ulama nusantara dan merumuskan resolusi.

"Pada sebelah petang akan diadakan program bacaan qasidah dan Majlis Zikir Ratib Hadaad, manakala selepas solat tarawih akan diadakan ceramah khas oleh ulama dari Indonesia," katanya.

Program tersebut juga terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di Kelantan dan pelajar-pelajar sekolah pondok.

Royalti: Umno risau hilang undi orang muda

Posted: 04 Aug 2012 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Kelantan yakin kesediaan Umno Kelantan untuk menyelesaikan tuntutan royalti minyak sebelum pilihan raya umum ke-13 disebabkan kebimbangan terhadap kebangkitan anak muda yang menyokong tuntutan tersebut.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, Umno Kelantan berasa ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat negeri itu dan berusaha mengambil hati mereka semula.

"Umno Kelantan rasa rugi kalau tak turut serta dalam isu ini. Apatah lagi bila melihat mood orang muda yang menyokong NGO menuntut royalti minyak ini dikembalikan. Umno fikir mereka kena beri perhatian isu yang mendapat sokongan pengundi muda," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak.

Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) di Kelantan sebelum ini menubuhkan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) dan mendapat sambutan yang hebat daripada golongan muda.

Wan Nik juga berkata, Umno tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil sebarang tindakan berhubung tuntutan ini kerana ianya sudah dibawa ke mahkamah.

"Saya yakin Mustapa mesti sudah berbincang dengan perdana menteri untuk uruskan hal tuntutan ini.

"Masalah tuntutan minyak ini sudah jadi kes mahkmah. Kalau betul Umno nak selesaikan, mereka kena selesai cara mahkmahlah. Hal ini tak mudah walaupun Mustapa cakap macam mudah sahaja," katanya.

Tambah beliau lagi, Mustapa dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu perlu menarik balik kenyataan mereka sebelum ini yang menafikan hak rakyat ke atas royalti minyak.

"Sebelum ini Mustapa, Dr. Awang Adek dan pemimpin Umno Kelantan yang lain kata Kelantan tak layak dapat royalti. Jadi kalau nak selesaikan isu ini, mereka kena tarik balik semua kenyataan sebelum ini," katanya.

Ogos 2010, PAS Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa bukan terletak di perairan negeri.

Pengikut