Ahad, 5 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 04 Aug 2012 07:32 PM PDT

Anwar Ibrahim


Kelab Mahasiswa KEADILAN Ditubuh, Siri Jelajah Kampus Dirancang

Posted: 04 Aug 2012 02:51 PM PDT

KeadilanDaily

KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak 'kuasa tiga' mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.

"Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap," katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.

Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program 'ampu' kerajaan.

"Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.

"Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus," katanya.

Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.

Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.

Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.

Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.

"Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN," katanya.

Penulis lirik tawar bantuan untuk lagu merdeka baru

Posted: 04 Aug 2012 01:57 AM PDT

Malaysiakini | 4 Ogos 2012

Penulis lirik terkenal Buddhi Hekayat hari ini menawarkan diri untuk membantu kerajaan menggubah lagu dan lirik bertemakan kemerdekaan yang baru setelah lagu sedia ada “Janji Ditepati” dipertikaikan.

Malah, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim bersedia terlibat dengan usaha itu walaupun tidak diberikan sebarang bayaran.

“Hendaknya niat ini tidaklah dipandang remeh dan serong oleh pihak menteri apabila beliau sendiri menyebutkan bahawa persoalan negara harus melampaui kepentingan mana-mana politik kepartian apatah lagi sekadar dasar kerajaan sekalipun,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Buddhi Hekayat menegaskan keperluan mempunyai lagu kebangsaan dan kemerdekaan sendiri dan tulen, seperti dituntut generasi Malaysia hari ini.

“Kemelut berkaitan lagu berkenaan itu sama sekali tak pula membayangkan bahawa Malaysia kekurangan bakat dalam bidang muzik,” kata penulis lirik yang terkenal dengan lagu “Awan Nano” nyanyian Hafiz AF.

“Saya percaya, di kalangan anak-anak bangsa kita, ramai sekali yang mempunyai bakat kemampuan untuk sama-sama menggubah lagu yang mengandungi semangat dan roh kemerdekaan tanah air tercinta ini.”

Kritikan masyarakat ada asas

Sementara itu, menyentuh langkah kerajaan untuk menyiasat Janji Ditepati yang didakwa diciplak daripada lagu gereja Indonesia, Buddhi Hekayat berkata, beliau percaya rata-raya rakyat Malaysia menyambut baik.

“Selepas saya sendiri mendengar lagu dan meneliti liriknya, perlu diakui bahawa kritikan masyarakat, khususnya masyarakat di ruang siber memang berasas.

“Belum pernah dalam sejarah Malaysia, perlunya sebuah panel penyiasat diwujudkan hanya untuk menyiasat sebuah lagu,” kata pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) dan Anugerah Planet Muzik (APM) Singapura itu.

Beliau bagaimanapun menolak kenyataan komposer Jasnie Mohd Yaakub yang mendakwa Janji Ditepati belum dimuktamadkan.

“Selepas mendapat kritikan hebat, adalah aneh dan tidak munasabah bagi lagu “Janji Ditepati” yang sudah diperdengarkan-juga sepertimana logo kemerdekaan tahun ini-dikatakan masih tak muktamad dan tetap berada dalam proses penyediaan.

“Jawapan ini terdengar sebagai jawapan politik semata-mata,” katanya yang juga aktivis parti pembangkang.

Nurul Izzah: ‘Rais seperti alihkan tanggungjawab pada panel’

Posted: 04 Aug 2012 01:54 AM PDT

Malaysiakini | 4 Ogos 2012

Penubuhan panel siasatan bagi menyiasat dakwaan ciplak melibatkan lagu kemerdekaan memberikan gambaran seolah-orang menteri berkenaan cuba mengalihkan tanggungjawabnya, kata PKR.

Naib presidennya Nurul Izzah Anwar berkata, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya mengesahkan sendiri sama kesahihan dakwaan itu.

“Saya lebih suka kalau beliau (Rais) sendiri sahkan atau tidakkan pilihan (lagu) tersebut.

“Kepada beliau, saya ucapkan selamat maju jayalah,” kata Izzah sinis.

Rais terlibat menulis lirik untuk lagu gubahan Jasnie Mohd Yaakub itu.

Rais semalam mengumumkan satu panel akan ditubuhkan untuk mengkaji lagu ”Janji Ditepati” yang didakwa disadur dari lagu gereja di Indonesia.


Tubuh Kelab Mahasiswa PKR

Sebelum ini, Rais turut menarik balik logo sambutan 55 tahunkemerdekaan yang dikritik ramai kerana tidak menarik dan kelihatanseperti dibuat secara sambil lewa.

Nurul Izzah juga berkata, kontroversi demi kontroversi melanda lagu itu “amat memalukan” memandangkan Rais seorang menteri yang berpengalaman.

“Ia agak mengecewakan apabila satu demi satu perkara sebegini berlaku,” katanya di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.

Sebelum itu, beliau merasmikan penubuhan Kelab Mahasiswa PKR yangmenurutnya mampu merapatkan hubungan PKR dan mahasiswa.

Wakil kelab itu, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi berkata penubuhannyabertujuan menghimpunkan mahasiswa untuk mendokong hala tuju PKR tanpa perlu menjadi ahli parti secara langsung.

Pelajar kejuruteraan kimia itu berkata, kelab itu akan turut memperluaskan capaiannya kepada mahasiswa luar negara secara berperingkat-peringkat.

BULETIN RAKYAT

Posted: 04 Aug 2012 11:04 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Tun Salleh Abas bakal bela Rafizi dalam kes mahkamah Bafia

Posted: 03 Aug 2012 08:18 PM PDT

*Dalam twitter Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi Parti KeADILan Rakyat, beliau menyatakan telah menerima panggilan talipon dari bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bahawa beliau berhasrat mau membantu dirinya dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi beliau. Petanda, jika diri kita secara jelas dianiaya dan dizalimi hanya mendedahkan penyelewe

Tiada ulasan:

Pengikut