Keluarga Mangsa ISA terima bantuan Posted: 12 Dec 2011 05:12 PM PST TAWAU, 12 Dis: Dewan Pemuda PAS Tawau dan PASKalabakan hari ini menyampaikan sumbangan sebagai bantuan meringankan bebankeluarga mangsa ISA, khususnya menjelang sesi persekolahan 2012 akan datang.
KetuaPemuda PAS Kalabakan, Usman Madeaming berkata, sumbangan tersebut menunjukkankebersamaan dewan itu dengan isteri-isteri tahanan ISA dalam memahami danmenyelami kesengsaraan keluarga tahanan yang ditinggalkan.
"Merekayang ditahan ini merupakan sahabat kita. Pengajar kuliah di masjid dan surausekitar Tawau.
"Kitaterkejut dengan berita penahanan ini dan akan bersama keluarga mangsa untukmenyelami betapa perit dan pahitnya perjalanan seorang isteri yang ditinggalkansuami akibat kerakusan ISA," katanya ketika berucap sempena penyerahansumbangan tersebut di Pejabat PAS Tawau.
Dalampada itu, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, yang turut hadir menyatakanbahawa Pemuda PAS Sabah sentiasa komited dalam isu kebajikan keluarga tahananISA. "Bukan baru sekarang, PAS menentang akta kejam ini. Tetapi dari dahululagi.
"UMNOsudah menghina rakyat Sabah dan Sarawak. Ucapan Perdana Menteri (Datuk SeriNajib Tun Razak) untuk memansuhkan ISA ialah pada Hari Malaysia, yakni haridimana kemasukan Sabah dan Sarawak serta Tanah Melayu lalu membentuk sebuahnegara bernama Malaysia," kata beliau.
Seramai10 keluarga mangsa ISA tersebut menerima sumbangan yang disampaikan oleh KetuaPemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbanganberkenaan ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar Abd. Mijan;Setiausaha Pemuda PAS Sabah, Firdaus Fuad; ahli jawatankuasa PAS kawasan Tawaudan Kalabakan serta isteri dan ibu mangsa tahanan ISA. |
Papan tanda hospital sudah naik lalang Posted: 11 Dec 2011 11:19 PM PST PENSIANGAN, 12 Dis: Janji manis sebuah kerajaan Barisan Nasional Sabah di daerah ini sudah tidak memberi apa-apa erti lagi. Pembangunan sebuah hospital yang dijanjikan sejak beberapa tahun lalu kini umpama 'hospital lalang' yang tidak ubah mencekik duit dan nyawa rakyat.
Yang Dipertua PAS Pensiangan, Hisammuddin Sulaiman berkata, janji yang diberikan Barisan Nasional kepada penduduk kawasan Pensiangan dan Keningau ibarat 'janji pilihanraya' yang mencekik darah dan nyawa rakyat.
"Janji hospital 5 tahun dulu, hari ini janji lagi… nak buat klinik. Tanah yang rata dah tumbuh lalang. Bukan pendek-pendek… tapi datanglah tengok sendiri.
"Papan tanda pun dah nampak nak terbalik, macam beri signal BN akan terbalik macam itu," katanya dalam nada yang marah.
Menurutnya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Daerah Nabawan, OKK Sayau dalam sebuah akhbar tempatan Utusan Borneo mengesahkan lagi mengenai ketidakupayaan sebuah kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Musa Aman yang hanya berjanji tapi tidak melaksanakan.
"Bukan saya yang dedahkan maklumat ini. Rakyat Sabah sudah baca kenyataan ini yang dikeluarkan sendiri oleh rakyat Sabah," jelasnya.
Kata Hisammuddin, keresahan rakyat terutama golongan ibu yang mengandung yang menghadapi kesukaran mendapat bantuan di saat kelahiran bayi.
"Bayangkan ibu-ibu yang ingin melahirkan bayi terpaksa mengharungi jalan berbatu sejauh di pedalaman Sook menuju ke hospital terdekat di Keningau.
"Ada kemungkinan tidak sempat tiba di hospital, anak sudah dilahirkan dalam perjalanan," dakwanya.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah mendesak kerajaan negeri menyediakan prasarana yang mencukupi di Klinik Nabawan.
"Klinik ini bukan kekurangan kakitangan, malah ubat-ubatan yang diperuntukkan tidak mampu menampung keperluan penduduk," katanya. |
Hasil bumi: Pakatan manfaat untuk rakyat Sabah Posted: 06 Dec 2011 08:19 PM PST KOTA KINABALU, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Sabah menyerurakyat dinegeri ini sekali lagi berani membuat perubahan dalam Pilihanraya Umum13 akan datang demi kebaikan dan kesejahteraan tanah air.
KetuaPenerangannya Mohd Zulfikar Abd Mijanmenyatakan dengan tegas bahawa kemajuan dan kekayaan negeri Sabah ini tidaksetimpal dengan apa yang rakyat dapat daripada perkara tersebut.
Katanya,kemenangan rakyat Selangor dalam membentuk kerajaan Pakatan Rakyat seharusnyatidak dipandang sepi kerana banyak manfaat dan keadilan yang diperoleh.
"Pilihanraya2008 lalu, menyaksikan perubahan drastik rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.Selangor yang dahulunya dicengkam hebat Barisan Nasional, berjaya ditembusiPakatan Rakyat.
"Inikemenangan rakyat. Sudah berpuluh tahun rakyat Selangor mengimpikan kerajaankebajikan dan hari ini, dapat dirasai semua rakyat Selangor," katanya.
MenurutZulfikar lagi, rakyat Sabah merupakan rakyat yang berani membuat perubahan.Sabah yang sebelum ini pernah dipimpin oleh beberapa parti sebelum BarisanNasional bakal menyaksikan kejatuhan BN yang selama ini rakus mengautkeuntungan tanpa perhitungan besar buat Sabah.
"RakyatSabah ialah rakyat yang berani membuat perubahan. Justeru, saya mengajak sekalilagi untuk saya dan rakyat Sabah semuanya untuk membuat perubahan yang lebihbesar," ujarnya.
Beliaumemberi contoh mengenai kekayaan Selangor yang dibuat pengagihan sama ratauntuk kesenangan rakyatnya. Rakyat Selangor kini menikmati 20 meter padu airpercuma, pemberian bantuan pendidikan kepada anak Selangor yang berjayamelanjutkan pelajaran di universiti dan sebagainya.
Melihatkepada perkara tersebut, beliau tidak menolak bahawa kekayaan hasil bumi yangdimiliki Sabah pada hari ini mampu memberikan yang jauh lebih baik buatrakyatnya.
"Apakita tidak malu dengan pengumuman Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia?Kita marah dengan kerajaan Persekutuan yang hanya tahu mengaut keuntungan hasilbumi Sabah tapi tidak tahu bagaimana nak mengurus rakyat," katanya.
|
21 pasukan rebut Piala YDP PAS Pensiangan Posted: 01 Dec 2011 06:04 AM PST PENSIANGAN, 2 Dis: Sebanyak 21 pasukan dalam KejohananBola "Orang Kampung Geng Kita", terbuka liga sembilan sebelah sedangbertungkus lumus bagi merebut Piala Pusingan YDP PAS Pensiangan.
Perlawananakhir kejohanan tersebut akan diadakan 10 Disember 2011 di Lugayan, Sook dekat sini.
MenurutYang DiPertuanya Hishammuddin Sulaiman, tujuan program ini adalah bukan sahaja untukmemupuk budaya yang sihat dalam sukan bola sepak malah, menyemarakkan rasakekeluargaan pemimpin bersama rakyat.
"Semuaorang tahu apa itu bola. Sudah menjadi sebati bola menjadi kelaziman permainananak muda," katanya.
Menurutnya,PAS serta remaja dan anak muda kampung sekitar ingin terus semarakkan semangatanak-anak muda menyertai kejohanan ini.
KataHishammuddin, kejohanan yang julung kali diadakan di sekitar Sook mendapatsambutan yang menggalakkan dan akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
"Kitamelihat, masyarakat semakin mendekati kita. Dan, kita menerima mereka sepertikeluarga sendiri tanpa mengira siapa pun dirinya," ujarnya. |
PAS Sabah adakan lawatan muhibbah ke negeri Pakatan Rakyat Posted: 27 Nov 2011 06:07 PM PST KUALA LUMPUR,28 Nov:Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mengadakan lawatan kerjaseminggu ke negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Lawatan yang berteraskan muhibbah dansemangat setiakawan itu akan mengadakan perbincangan dua hala mengenai tawaranPakatan Rakyat, pilihan raya dan kerjasama ekonomi.
Ketua Penerangannya, Mohd ZulfikarAbd. Mijan berkata, PAS Sabah sedang berusaha membawa keluar rakyat di negeriitu dari kepompong kekuasaan dan kerakusan pemimpin di bawah kerajaan BarisanNasional.
"Kita mengadakan lawatan kenegeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini, bukan sahaja akan mengambil manfaatkeseluruhan peluang malah akan membincangkan juga mengenai apa tawaran kitaselaku parti dalam komponen Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah," jelasnya.
Menurutnya, generasi muda pada hariini sudah mula sedar dengan suasana perubahan yang turut dirasai oleh rakyatSabah yang berada di semenanjung.
"Kita melihat ini merupakan moodperubahan dalam diri rakyat, terutama golongan muda.
"Mereka tidak sekadar melihat danmenonton apa yang dihidangkan... tapi apa yang mereka lakukan ialah mencarisebanyak mana sumber isu untuk dijadikan pelengkap kepada sesuatudakwaan," ujarnya.
Kata Zulfikar, lawatan ini jugasecara langsung akan membincangkan persediaan menghadapi pilihanraya yang akanberlaku pada bila-bila masa.
"Kesediaan pilihanraya pada tahun inimerupakan sesuatu yang amat mencabar.
"Kita akan menggunakan seluruh mediumpenyebaran yang ada untuk menyebarkan apa sahaja maklumat yang benar mengenai Sabahdan Malaysia kepada rakyat," katanya.
Katanya, beliau juga tidak menolakkenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru inibahawa pilihanraya pada kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarahpilihanraya umum.
"Pemuda akan memberikan saingansengit kepada pasukan lawan dengan perlawanan satu lawan satu.
"Kita juga percaya, mereka tidaksenang dengan kerja kita. Tapi, apa salahnya kalau kita bekerja dan bersaingsecara sihat," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar.
Lawatan yang disertai Ketua Pemuda,Lahirul Latigu bersama kepimpinan PAS Sabah itu bermula di Selangor pada 26 Novlalu hingga 29 Nov akan turut berkunjung ke Kedah (30 Nov – 1 Dis) dan berakhirdi Kelantan (2 Dis – 3 Dis). |
Perutusan Hijrah 1433 Posted: 27 Nov 2011 07:43 AM PST Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Sdr Mohd Zulfikar Abdul Mijan menyeru kepada semua masyarakat di Sabah agar melakukan satu perubahan pada PRU ke 13 akan datang sempena kedatangan hijrah 1433. Zulfikar mewakili saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam maal hijrah 1433 kepada semua masyarakat di Sabah khususnya dan rakyat Malaysia umumnya. Beliau menjelaskan, hijrah sebenarnya satu konsep yang seerti dengan perubahan dan ia boleh di aplikasikan kepada semua tanpa mengira latar belakang agama dan suku kaum di Sabah. Kata Zulfikar, hijrah atau perubahan di Sabah ini adalah sesuatu yang mesti dilakukan memandangkan suasana pembangunan di negeri ini yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Beliau mengambil contoh bagaimana umat Islam di Makkah ketika sebelum hijrah hidup dalam keadaan serba kemunduran samada dari sudut ilmu ataupun teknologi. Apabila hijrah berlaku, umat Islam menjadi kuat dan digeruni lawan serta mampu mencabar kuasa besar dunia ketika itu. Jelas beliau lagi, hijrah bukan sahaja sambutan yang penuh meriah tetapi apa yang lebih penting iaitu perlaksanaan hijrah itu sendiri. Jika selepas 50 tahun merdeka masyarakat di Sabah masih banyak ketinggalan, maka sudah tentu perubahan mesti dilakukan. Perubahan ini kata beliau sudah tentu memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit daripada semua masyarakat di Sabah. Jika tidak, negeri ini tidak akan dapat menikmati kemakmuran pembangunan hasil daripada khazanah buminya yang kaya dengan sumber semulajadi. Apa ertinya 50 merdeka tetapi tanah-tanah milik rakyat dirampas tanpa hati perut dan hasil kekayaan muka buminya dikaut oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN yang tamak harta dan kuasa tanpa memperdulikan nasib rakyat, persoal Zulfikar. Justeru kata beliau, PRU ke 13 ini adalah peluang terbaik masyarakat negeri ini untuk melakukan perubahan dengan menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat. |
Mangsa kebakaran terima bantuan Posted: 26 Nov 2011 07:09 PM PST KOTA KINABALU, 27 Nov: Mangsa kebakaran 55 buah rumah diKampung Tanjung Aru Baru, dekat sini Khamis lalu menerima sumbangan daripadaPAS Kawasan Putatan pagi tadi.
Sumbanganyang berbentuk pakaian dan keperluan harian itu disampaikan sendiri oleh AhliParlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga AJK PAS Malaysia.
Dr.Hatta berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu meringankanbeban yang ditanggung mangsa.
Menurutnya,selain bantuan tersebut, pihaknya juga menggesa kerajaan Sabah agar lebihmemberi perhatian termasuklah mengenai kesihatan, kemudahan tempat tinggal dansebagainya.
"PASmenyampaikan ucapan dukacita dan simpati kepada mangsa kebakaran. Setakat hariini, apa yang telah kita ketahui bahawa masa depan mereka ini masih tidakterjamin.
"PASmengharapkan kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan untuk terusmemantau kesihatan mangsa bagi memastikan air yang digunakan itu selamat untukdiminum dan digunakan.
"PASkhuatir, kemungkinan terdapat jangkitan penyakit berjangkit sekiranya langkahawal pemeriksaan ini tidak dilakukan," katanya.
MenurutKetua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu yang turut menemui wakil mangsakebakaran berkata, pihaknya bersimpati atas musibah yang dialami dan berusahauntuk membantu sedaya upaya bagi meringgankan beban yang terpaksa dihadapi.
"Kitajuga dapat maklum bahawa, ada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yangmengambil peperiksaan tahun ini terpaksa mengulangkaji dalam keadaan yangkurang selesa," ujarnya yang juga Naib Yang DiPertua PAS Putatan.
Turuthadir menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Sabah, AminuddinAling; Naib Ketua Muslimat PAS Sabah, Faizah Antong dan Setiausaha PAS Sabah,Awang Laiman serta beberapa pimpinan PAS Sabah.
Khamislalu, lebih 1000 orang kehilangan tempat tinggal apabila sekurang-kurangnya 55buah rumah di kampung tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku menjelangsubuh pada jam 2.15 pagi.
Kebakaranitu bagaimanapun berjaya dikawal sepasukan bomba yang menggunakan lima buahjentera daripada Balai Bomba Sembulan, Lintas dan Penampang. Kebakaran itu jugaberjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam6.30 pagi.
Dalamkejadian itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semuapenghuni berjaya menyelamatkan diri. |