Jumaat, 20 Jun 2014

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Laporan Audit : Melaka tanggung kerugian akibat ketidakmampuan pengurusan

Posted: 19 Jun 2014 07:32 PM PDT

Bukit Beruang : Kualiti Kerja Naiktaraf Jalan Tidak Memuaskan

Kerja menaiktaraf jalan dan longkang di Jalan Zamrud 5, Taman Kerjasama Fasa 2 Bukit Beruang, Hang Tuah Jaya bernilai RM0.08 juta telah disiapkan pada 10 Jun 2013 dengan tempoh tanggungan kecacatan selama 12 bulan. Lawatan Audit ke Jalan Zamrud 5, pada bulan Februari 2014 mendapati kualiti jalan yang diturap adalah tidak memuaskan kerana telah mendap dan rosak.

Menurut pegawai MPHTJ, jalan menjadi mendap dan rosak kerana dilalui oleh kenderaan berat seperti lori sampah. Semakan Audit mendapati tiada butiran spesifikasi terperinci berkaitan kerja dan sehingga tarikh pengauditan, MPHTJ tidak mengeluarkan arahan untuk membaiki semula jalan tersebut walaupun kerosakan
berlaku dalam tempoh kecacatan.

Pada pendapat Audit perolehan kerja yang tidak mengikut spesifikasi dan tidak berkualiti adalah merugikan PBT kerana tidak mendapat bekalan/perkhidmatan yang sepatutnya.



Projek Taman Ros di Ayer Keroh gagal.

Lawatan Audit ke Taman Ros pada bulan Februari 2014 mendapati projek ini telah gagal. Keadaan taman adalah kurang terurus dan bunga ros yang ditanam telah mati. Selain itu, kawasan taman juga telah diusahakan dengan projek madu lebah setelah diambil alih oleh Syarikat lain.

Menurut pegawai Landskap MPHTJ, Taman Ros ini tidak sesuai dibangunkan kerana faktor cuaca dan kos pengurusan yang tinggi.

Pada pendapat Audit, pelaksanaan projek Taman Ros adalah gagal dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan. Selain itu, perolehan tanpa Pesanan Tempatan bagi projek ini adalah tidak memuaskan.



Sumber : Jabatan Audit Negara

Musab Umair

MTD Tanjung Lumpur

MTD Tanjung Lumpur


Portland Maine Escort Service

Posted: 19 Jun 2014 01:30 PM PDT



During the portland maine escort service of the portland maine escort service that all visitors should consider visiting so that they pick the portland maine escort service and activities that couples can avail of during their vacations. Some of include the portland maine escort service is Augusta in Kennebec County. Other important cities in the portland maine escort service can do would be a relatively expensive investment. All owners will agree that they can go hunting, fishing, biking, hiking, kayaking, canoeing and whitewater rafting sound like fun? Maine is one place where you fish, if it's the portland maine escort service be made before taking Maine vacation rental homes. If you are headed to this breed is meant to be.

Charles Inn is situated in Bangor Maine and its spectacular beauty have attracted tourists, students, nature lovers, campers and artists. Maine is located in New England, Acadia National Park. Besides hiking and hunting on foliage trails in the portland maine escort service and social services according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping job seekers according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping job seekers according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping tourists are available to the portland maine escort service is both a shoppers? paradise as well as an ideal location for vacations in all seasons. Maine jobs services, so that they pick the best deals available.

Apart from being famous for being able to experience in other winter destinations. Below are some of the portland maine escort service that you should now miss as it showcases the portland maine escort service of this place lies in its diversity, from Greenville, to the two Maine casinos tourists will find that there are many hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the portland maine escort service of woods and lush green forests. Baxter State Park, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service, the portland maine escort service and York's Wild Kingdom, just to name a few weeks or a cozy lakefront cabin nestled among the portland maine escort service and perhaps it has the portland maine escort service, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to these, people who visit it all throughout the portland maine escort service of woodland mountains. The most popular activities during winter include, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding.

Whether a young couple looking for a Maine Vacation Home Rental. For much less than one-haft mile away from sandy beaches. Apart from the normal hotel stay; romance and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these ski areas, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, and bird watching. As a result of the portland maine escort service be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make everyone comfortable with the portland maine escort service to catch some lobsters or go sailing or swimming. This region of Maine go out and catch the portland maine escort service an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much excitement to any and all the portland maine escort service to stretch out.



Barisan Nasional

Barisan Nasional


Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 20 Jun 2014 07:23 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN - Tarikh melihat anak bulan Ramadan 27 Jun

Posted: 20 Jun 2014 06:47 AM PDT

Tarikh dan masa melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan permulaan puasa ialah pada petang Jumaat, 27 Jun bersamaan 29 Syaaban.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini berkata Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan Puasa melalui radio dan televisyen.

Menurut pejabat itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan.

Tempat lain pula ialah di Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERKINI.!!! Letupan Di The Store Klang

Posted: 20 Jun 2014 01:26 AM PDT

Kejadian letupan di the store klang, dikatakan berpunca dari gas sylinder. Walaubagaimanapun tiada laporan ada mangsa yang tercedera setakat ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

bumiyang

Posted: 20 Jun 2014 04:02 AM PDT

tunku

Posted: 20 Jun 2014 03:03 AM PDT

tunku


Ramadan new moon to be sighted on June 27

Posted: 20 Jun 2014 12:06 AM PDT

Kembara Politik

Posted: 20 Jun 2014 12:32 AM PDT

Kembara Politik


Ancaman-Ancaman terhadap Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara

Posted: 18 Jun 2014 10:33 AM PDT


Ancaman-Ancaman terhadap Kedaulatan Islam sebagai Agama Negara

Mahamad Naser bin Disa
Mukadimah

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan, sesuatu yang gah namanya dan teguh kedudukannya akan sentiasa dilanda pelbagai ancaman serta percubaan menggugat keagungannya.  Demikianlah juga apa yang dihadapi oleh agama dan umat Islam hari ini, termasuk di Malaysia.  Meskipun Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf dan memartabatkan kedudukan agama Islam, namun pihak-pihak tertentu melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan berhubung dengan kedudukannya yang tinggi lagi berdaulat.  Usaha-usaha yang dijalankan kelihatan tersusun dan licik, kerana bermula dengan persepsi dan pentafsiran yang salah tentang kedudukan tinggi agama Islam, ia akhirnya mendorong tindakan tidak wajar atau tidak bijaksana, iaitu yang merugikan agama Islam dan umat Islam.  Kedaulatan agama Islam diabaikan begitu sahaja dan ruang yang luas dibuka bagi memberikan peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk terus mengasak dan mempertikaikan ketuanan Islam di Negara ini.  Kertas ini akan menghuraikan isu, permasalahan, dan bentuk-bentuk ancaman yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini.  Seterusnya, kertas ini mengemukakan saranan-saranan tertentu yang perlu diambil dengan penuh perhatian dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kekeliruan dalam Memahami Perkara 3(1)

Perbincangan pakar-pakar undang-undang berhubung dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan sering kali dimulakan dengan kekaburan terhadap maksud Perkara 3 (1).  Justeru, timbullah pelbagai kesimpulan yang ternyata bertentangan dengan maksud nyata Perkara 3 itu sendiri yang menjadi pegangan banyak pihak.  Antara kesimpulan yang dibuat termasuklah Islam hanya sekadar agama rasmi sahaja.  Sebagai agama rasmi, maka ajaran dan adab-adab yang digariskan dalam Islam hanyalah terpakai dalam situasi tertentu, misalnya amalan membaca doa pada pembukaan majlis rasmi. Lebih membimbangkan daripada itu ialah majoriti peguam bukan Islam dan sebahagian peguam Islam menganggap bahawa negara ini merupakan sebuah negara sekular. Kefahaman dan tanggapan kumpulan ini mempunyai pengaruh yang meluas serta mendalam dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan sebahagian umat Islam.

Sebahagian besar aktivis pertubuhan Islam berpegang pada gabungan kedua-duanya, iaitu Malaysia ialah negara sekular yang meletakkan Islam sekadar agama rasmi. Mereka berpegang pada Perlembagaan negara ini yang memartabatkan sekularisme sebagai ideologi negara dan dengan demikian, manifesto perjuangan mereka ialah menukar wajah perlembagaan dan ideologi negara daripada sekular kepada Islam. Alasannya ialah Perkara 4 memartabatkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan menggantikan al-Qur'an dan al-Sunnah. Justeru, sebahagian besar aktivis gerakan Islam meletakkan perspektif perjuangan mereka di luar ruang lingkup Perlembagaan yang ada.

Malaysia Negara Sekular?

Pegangan yang menyimpulkan bahawa Malaysia sebuah negara sekular berasaskan laporan Kertas Putih tentang syor perlembagaan yang mencadangkan agar Islam dimartabatkan sebagai agama Persekutuan dalam perkara 3(1) dan pada masa yang sama, menjamin kebebasan beragama serta melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing daripada terjejas. Kertas Putih ini juga menyebut bahawa kedudukan Islam itu tidak akan menjejaskan sifat sekular Persekutuan.  Atas jaminan ini, MCA dan MIC dikatakan telah bersetuju untuk menerima perkara 3(1) itu dengan senang hati.

Persoalannya adakah rujukan kepada Kertas Putih syor perlembagaan itu membantu kita untuk mentafsirkan perkara 3(1) secara konklusif? Atau adakah kita terus dikelirukan pula dengan persoalan berkaitan dengan maksud sifat sekular itu? Apa yang berlaku sekarang ini ialah kumpulan ini terus merujuk kepada Kertas Putih itu. Mereka menerima jaminan yang diberikan dalam Kertas Putih berkenaan seolah-olah itulah yang termaktub dalam perlembagaan yang seolah-olah berbunyi, "Islam ialah agama Persekutuan, namun ini tidaklah menghilangkan sifat sekular Persekutuan."

Kekeliruan yang cuba ditimbulkan kumpulan ini bukan sahaja bertujuan menyerlahkan negara ini sebagai negara sekular, malah mereka terus-menerus berusaha menghakis dan menghilangkan bahagian awal perkara 3(1) sehingga ia seolah-olah berbunyi, "Persekutuan ialah sebuah Negara sekular, namun adat-istiadat Islam dan Melayu boleh diamalkan dalam acara rasmi."  Inilah pegangan yang mendominasi Majlis Peguam Malaysia dan diperjuangkan dengan hebat oleh Kumpulan Artikel 11. Hal ini dapat dilihat dalam kes Lina Joy pada peringkat Mahkamah Persekutuan, apabila peguamnya berkata,

"Sudah tiba masanya orang Melayu difahamkan bahawa kedudukan Islam adalah lebih rendah daripada Perlembagaan kita dan mesej ini hendaklah dijelaskan kepada mereka oleh mahkamah yang mulia ini."

Usaha Mendaulatkan Perkara 3 (1)

Usaha untuk mendaulatkan kedudukan Islam sebagai agama Negara telah dilakukan oleh peguam-peguam bukan Islam yang pada hakikatnya hanya merupakan pembelaan bagi mengelakkan anak guam mereka daripada dijatuhi hukuman mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan memiliki senjata api.  Dalam kes Che' Omar bin Che Soh lwn Public Prosecutor, peguam-peguam T Mura Raju dan Ramdas Tikamdas berhujah bahawa hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu bercanggah dengan hukum syarak kerana kedua-dua kesalahan itu bukan merupakan kesalahan hudud. Oleh itu, ia bercanggah dengan perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Meskipun Mahkamah Agung yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abbas telah memberikan tafsiran yang betul bagi Islam berdasarkan tulisan S.A.A al Maudu di dalam bukunya, The Islamic Law and Constitution, namun malangnya, keberkesanan perkara 3(1) telah disempitkan berdasarkan niat dan hasrat penggubal Perlembagaan. Hakim yang bijaksana itu telah menghuraikan suasana pemerintahan dan politik di negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874 dan seterusnya semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang memisahkan antara pentadbiran Negara yang terletak di tangan penjajah dengan hal-ehwal agama di bawah bidang kuasa Raja-raja.  Beliau menyimpulkan-

"In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word Islam in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injuction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 62, on the other hand, purposesly preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter."

Jelas pendekatan mahkamah tertinggi Negara ketika itu, iaitu pada tahun 1988, masih mentafsirkan perkara 3(1) dengan merujuk kepada niat penggubal dan bukan kepada maksud Islam itu sendiri. Walaupun bahasa yang digunakan bagi menghuraikan peruntukan Perkara 3(1) itu amat jelas, namun kelihatan mahkamah masih juga mahu merujuk kepada niat penggubal.

Walau bagaimanapun, dari satu aspek, Mahkamah Agung sama sekali tidak memutuskan bahawa Negara ini ialah Negara sekular sebagaimana yang sering dihujahkan oleh peguam bukan Islam dan sebahagian kecil peguam hak asasi manusia kebelakangan ini. Sebaliknya apa yang diutarakan oleh Mahkamah Agung ialah undang-undang yang terpakai merupakan undang-undang sekular, sebagaimana yang dibenarkan oleh Perkara 162 Perlembagaan. Dalam hubungan ini, hakim berkenaan mengaitkan Perkara 3(1) dengan Perkara 162 yang dikatakan membenarkan undang-undang sekular untuk terus berkuat kuasa. Namun jika diteliti secara cermat, Perkara 162 itu merupakan peruntukan transitional yang membenarkan pemakaian undang-undang sebelum merdeka untuk tertakluk pada pengubahsuaian dan pindaan yang boleh dilakukan kemudian oleh pihak berkuasa.

Jelas di sini bahawa Perkara 162 dimasukkan bagi membolehkan proses pengubahsuaian atau pindaan dilakukan terhadap undang-undang yang sedia berkuatkuasa sebelum merdeka. Hal ini bermaksud, sekiranya undang-undang itu bercanggah dengan Perkara 3(1), maka ia boleh dipinda supaya selaras dengan Islam. Perkara 162 tidak boleh dijadikan hujah untuk menyifatkan negara ini sebagai sebuah negara sekular atau membenarkan undang-undang yang bercanggah dengan Islam terus berkuat kuasa.

Oleh sebab itulah didapati di bahagian akhir penghakimannya, hakim yang bijaksana itu menyarankan supaya hujah kedua-dua peguam itu diteruskan dalam forum-forum lain seperti di Parlimen dan juga disampaikan kepada ahli politik. Namun malangnya, saranan hakim itu tidak diikuti oleh peguam-peguam Islam yang lain dan tidak kelihatan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengkaji keberkesanan Perkara 3(1) bagi memartabatkan kedudukan Islam. Sebaliknya, majoriti peguam Islam mengambil sikap menerima sahaja keputusan Mahkamah Agung itu.

Meskipun demikian keadaannya, kita wajar bersyukur atas usaha yang diambil oleh Hakim Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurrahman lwn Fatimah bte Sihi [2000] 5 MLJ 375 untuk mentafsir Perkara 3(1) dengan lebih tepat.  Pada hakikatnya, usaha penting yang diambil hakim yang bijaksana itu telah merintis jalan ke arah pemurnian kefahaman tentang kedudukan Islam dan pemartabatannya dalam negara yang bertuah ini. Beliau menegaskan bahawa seharusnya, dengan memenuhi semangat Perlembagaan, pakaian murid lelaki ialah seluar panjang dengan memberi pilihan memakai seluar pendek dan pakaian murid perempuan ialah baju kurung, kain sarung dan tudung/telekung dengan memberi pilihan memakai pinafore tunic dan blouse atau skirt. Peraturan sebaliknya jelas membelakangkan agama Islam, iaitu yang dahulu dikemudiankan dan yang kemudian didahulukan dan ia jelas tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.[1]

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa Islam sebagai ad-deen merangkumi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia dan dalam hubungan ini, beliau memetik pandangan S Abdul A'la Maududi dalam bukunya,  The Islamic Law and Constitution, bahawa Islam bukan sekadar kumpulan dogma dan ritual tetapi sebaliknya cara hidup yang meliputi semua bidang dan aktiviti kehiudpan manusia, sama ada undang-undang, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, akhlak, dan sebagainya.[2]

YA Hakim Mohd Noor seterusnya menegaskan bahawa frasa "Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai" bermaksud Islam merupakan agama yang utama berbanding dengan agama-agama lain di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan agama lain, tidak juga duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Malah sebaliknya, Islam duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran.  Islam ibarat pokok jati—tinggi, teguh dan terampil.  Jika bukan sedemikian Islam bukanlah agama bagi Persekutuan tetapi merupakan salah satu antara beberapa agama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana agama yang dianutinya, tiada satu pun antara agama tersebut yang memiliki kelebihan berbanding dengan yang lain.

Walaupun keputusan YA Hakim Mohd. Noor Abdullah diketepikan pada peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, namun pendekatan yang diambil dalam mentafsirkan Perkara 3(1) tidak sama sekali disentuh oleh mahkamah tertinggi negara. Bahkan ketika memberikan penghakiman Mahkamah Persekutuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad mengambil pendekatan hukum syarak dalam memutuskan kedudukan peraturan sekolah yang mengharamkan pemakaian serban oleh pelajar-pelajar sekolah rendah. Hakim berkenaan berkata -

[37] SP3 gave his opinion that the wearing of turban is 'sunat'. Clearly, he based his opinion on the views of the traditional jurists — the turban wearing scholars from turban-wearing communities who lived at a time when the wearing of turban was customary or fashionable. Certainly their surroundings could have, to a certain extent, influenced their views on a matter such as the wearing of turban where Al-Quran is silent. That is natural. Imam Shafie revised some of his rulings after living in Egypt for a few years and observing the custom of the people there. That is the mark of a great jurist!

[38] Even if we were to accept the view of SP3 that men wearing of turban (by adult Muslim male) is 'sunat' or (commendable), it certainly does not rank on the same level as 'sunat prayers', as learned counsel for the appellants tried to convince the court when the question was put to him by me.
[39] So, the 'practice' is of little significance from the point of view of the religion of Islam, what more, in relation to underaged boys. Certainly, it is not a part of 'Islamic prophetic teaching' as submitted by the learned counsel for the appellants.

[40] Moving to the second factor which, in my view, should be considered i.e. the extent of the 'prohibition'.

[41] We are not dealing with a total prohibition of wearing of the turban. The students, primary school students of the school, are not allowed to wear the turban as part of the school uniform, i.e. during the school hours. They are not prevented from wearing the turban at other times. Even in school, certainly, they would not be prevented from wearing the turban when they perform, say, their 'Zohor' prayer in the school 'surau' (prayer room). But, if they join the 'Boy Scout', it is only natural if they are required to wear the Scouts uniform during its activities. Or, when they play football, naturally they would be required to wear shorts and T-shirts. Should they be allowed to wear 'jubah' when playing football because it was the practice of the Prophet (PBUH) to wear jubah? Following the arguments or learned counsel for the appellants, they should. Certainly, there is a place for everything.

[42] Furthermore, there is nothing to prevent them from changing school, eg to a 'pondok' school that would allow them to wear the turban.

[43] To accept the learned counsel's argument would mean that anybody has a right to do anything, any time, anywhere which he considers to be a practice of his religion, no matter how trivial. The only limit is clause (5). To me, that cannot be the law."

Pendekatan yang diambil oleh YA Hakim Abdul Hamid Mohamad menunjukkan bahawa pentafsiran tentang hak individu pada pandangan Islam boleh dilakukan di Mahkamah Persekutuan. Pendekatan sebegini sepatutnya mampu dilakukan oleh hakim-hakim tanpa merujuk kepada keterangan saksi pakar kerana undang-undang Islam merupakan the law of the land, sebagaimana yang diputuskan dalam kes Ramah lwn Laton. Oleh itu negara perlu mempunyai hakim-hakim yang berkemampuan untuk memutuskan kes berdasarkan hukum syarak.

Perkara 3 (1) Memartabatkan Kedudukan Istimewa Agama Islam

Terdapat juga pandangan bahawa  peruntukan dalam Perkara 3(1) itu hanya mengatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam merupakan satu-satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato' Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Selain itu, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal, selaras dengan kehendak Senarai II tersebut.

Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebut tentang kebebasan beragama. Hal ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):

(1) "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara (4), mengembangkannya,

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"

Fasal (4) dengan jelas bertujuan memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-undang yang dapat melindungi serta mempertahankan agama Islam daripada dipengaruhi oleh ajaran atau amalan agama-agama lain.  Dengan kata-kata lain, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya dalam negara ini, mereka  dilarang daripada menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam merupakan agama bagi negara ini.  Lantaran itu, sebagai agama negara, Islam tidak layak sama sekali untuk diperlakukan sesuka hati dan dengan sewenang-wenangnya, apatah lagi untuk dihina serta direndahkan martabatnya.

Pendekatan Holistik dalam Mentafsirkan Perlembagaan

Dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. lwn Kekatong Sdn Bhd & Anor, Mahkamah Persekutuan menyebut betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan terhadap maksud sebenar sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan. Dalam penghakiman kes ini, mahkamah menegaskan:

".. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk kepada dua peruntukan atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang tepat. la adalah satu kaedah yang sememangnya diiktiraf dalam mana-mana perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada 'Bindra's Interpretation of Statute 7th Ed' di mana ia menyebut, Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua peruntukannya adalah berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dipisahkan daripada peruntukan yang lain dan dibiarkan berasingan. Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah Perlembagaan itu tergugat dan lari daripada tujuan sebenar penggubalan sesebuah Perlembagaan."

Atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan daripada peruntukan yang lain dan memberikan tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan tidak tepat…"

Untuk tujuan memahami dan menghargai kedudukan Islam dalam Perlembagaan, maka Perlembagaan itu sendiri perlu dilihat secara keseluruhannya.  Aspek utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu dihormati ialah Bahagian ll yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap, Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama ,Hak Mengenai Pendidikan dan sebagainya.

Pada dasarnya, hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan ajaran Islam.  Malah, Islam ternyata mendahului ideologi –ideologi lain, termasuk daripada barat dalam mengiktiraf dan membela hak-hak ini meskipun ajaran Islam tidak menamainya secara khusus seperti hak asasi manusia, hak wanita, hak kebebasan, dan sebagainya.  Namun demikian, perlulah disedari dan diingatkan bahawa hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah bersifat mutlak.  Perkara 5 memperuntukkan, "No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law," Perkara 8 (2) menegaskan,"Except as expressly authorised by his constitution, there shall be no discrimination against citizens…", dan Perkara 10 menyatakan "(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) – (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;"

Oleh itu apabila mentafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan, pentafsiran terhadap Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya dilakukan dengan hanya bersandarkan doktrin-doktrin asing tanpa melihat keseluruhan Perlembagaan itu sendiri. Dengan kata-kata lain, Bahagian II ini perlu ditafsir secara harmoni dengan Bahagian I, iaitu dengan menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.

Sehubungan itu, dapat dilihat bagaimana dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd., Mahkamah Persekutuan menyatakan:

"…Mahkamah sepatutnya berpegang pada andaian bahawa tiada peruntukan yang saling bercanggah dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang dimaksudkan oleh para penggubalnya… Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, "Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, dan berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh bercanggah sesama sendiri…"

Seterusnya Suffian LP, dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan:

"Dalam mentafsir Artikel 4(1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction menghendaki kita supaya mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan tersebut."
 
Usaha Mencabar Kedaulatan Negara melalui Isu-Isu Hak Asasi Manusia

Pelbagai gesaan dan kritikan berasaskan hak asasi manusia di negara ini sering kali dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu, khususnya badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia tanpa had dan batasan perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa.  Antaranya termasuklah:

1.             Hak kebebasan beragama – termasuk hak untuk murtad.

Isu murtad telah dihubungkaitkan oleh sesetengah pihak dengan hak kebebasan beragama, iaitu selaras dengan Perkara 18 UDHR yang memperuntukkan hak kebebasan untuk menukar agama. Murtad telah dilaung-laungkan sebagai suatu hak tanpa melihatnya sebagai kesalahan jenayah yang serius dari sudut pandangan agama Islam. Ironinya, perjuangan mempertahankan apa yang dikatakan sebagai hak kebebasan beragama dan hak asasi ini berlaku di sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama negara. Kes-kes seperti Nor Aisyah Bokhari, Kamariah Ali, Nyonya Tahir, Lina Joy, Siti Fatimah Tan dan Jeffrey Or telah memberi impak kepada hubungan antara agama di negara ini dan turut mendapat perhatian meluas masyarakat antarabangsa. Perjuangan kononnya atas nama hak untuk murtad dengan sesuka hati tanpa melalui proses penentuan oleh  Mahkamah Syariah dan tindakan mempertikaikan bidang kuasa mahkamah Syariah di mahkamah sivil ternyata mencabar kedaulatan Islam dan Perlembagaan Persekutuan.

Antara hujah yang dikemukakan dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Yang Lain[3] ialah seharusnya wujud keselarasan antara undang-undang Malaysia dengan Perkara 18 UDHR.  Hal ini khususnya bagi memberikan hak kepada Lina Joy untuk murtad dan memeluk agama pilihannya.  Walau bagaimanapun, penghujahan ini tidak dimasukkan dalam penghakiman kes tersebut. Mahkamah Persekutuan dalam kes ini memutuskan bahawa Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak wajar dihujahkan sebagai peruntukan yang memberikan hak kebebasan yang tidak terbatas dan hak untuk menganut serta mengamalkan sesuatu agama hendaklah selalunya tertakluk pada prinsip-prinsip dan amalan yang ditentukan oleh agama itu.

2.            Hak bagi umat Islam untuk bebas daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah yang sedang berkuat kuasa di negeri-negeri

Hak kebebasan daripada kawalan undang-undang moral berasaskan undang-undang Syariah membolehkan umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri.  Hal ini bermaksud, tiada sebarang undang-undang yang boleh mengawal mereka dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada cara mereka itu benar atau sebaliknya. Kebebasan seumpama ini merupakan hak asasi manusia, iaitu sebagaimana  diperuntukkan dalam Perkara 12 UDHR yang antara lain menekankan bahawa tiada gangguan boleh dikenakan terhadap hak peribadi.

Peristiwa operasi di kelab malam The Zouk dengan penangkapan lebih kurang 100 orang Islam telah membangkitkan beberapa isu yang berkaitan dengan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah di Malaysia.  Antaranya termasuklah kesesuaian perlaksanaan undang-undang moral di negara ini. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 April 2005 melaporkan bahawa Jawatankuasa Caucus Parlimen berkenaan dengan Hak Asasi Manusia sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Menurut Pengerusi Caucus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (ketika itu), persoalan yang berkaitan dengan moral merupakan hak peribadi setiap individu dan kewujudan undang-undang bagi mengawalnya dilihat sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia. Sehubungan itu, garis panduan (standard operating procedure) berkaitan dengan operasi dan kefahaman tatacara serta prosedur bagi menghalusi langkah-langkah penguatkuasaandan pendakwaan jenayah Syariah telah diwujudkan.

Dari sudut yang lain, isu ini boleh dilihat dalam konteks pengecilan kuasa perundangan syariah dan mencabar kedaulatan Islam di negara ini. Usaha-usaha pelbagai pihak yang cuba memperkasa dan mengukuhkan elemen sekularisme dalam sistem kehidupan rakyat negara ini telah berlaku sejak sekian lama dan sejajar dengan ideologi kapitalisme yang mendaulatkan prinsip-prinsip kebebasan individu.

3.            Hak kebebasan berfikir dan bersuara khususnya berkaitan dengan hal ehwal agama Islam

Kebelakangan ini, isu-isu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan pelaksanaan undang-undang Syariah sering kali dipertikaikan.  Tindakan tersebut dianggap sebagai hak kebebasan berfikir dan bersuara yang merupakan salah satu hak asasi manusia, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 19 UDHR.  Pelbagai isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan undang-undang Syariah diperdebat secara terbuka tanpa memberikan penghormatan yang selayaknya kepada Agama Negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Demikian juga dengan tindakan yang jelas menghina Agama Negara seperti menolak fatwa kebangsaan, mentafsirkan sesuatu hukum berdasarkan pandangan yang bertentangan dengan al-Qur'an dan al-Sunnah, dan sebagainya.

Dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu[4], Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon, bertindak bagi pihak seorang pengikut Ayah Pin untuk mencabar instistusi fatwa dan berhujah tentang hak kebebasan berfikir dalam kalangan umat Islam serta hak untuk bebas daripada keterikatan pada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti.  Implikasinya ialah setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk menentukan bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau diamalkan oleh umat Islam.

Selain itu, tindakan mencabar kedaulatan agama Islam juga dapat dilihat pada penghantaran memorandum oleh, Sisters in Islam (SIS), Woman's Aid Organisation (WAO), dan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) kepada Perdana Menteri , pada 25 Ogos 2009, yang bertajuk Justice for Kartika (Keadilan untuk Kartika).  Memorandum tersebut bertujuan mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memansuhkan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di negara ini.  Desakan itu pula dibuat sebagai rentetan daripada hukuman sebat yang dijatuhkan atas pesalah jenayah Syariah wanita. Cadangan pemansuhan undang-undang jenayah syariah ini pada hakikatnya, menafikan pelaksanaan undang-undang Syariah dan hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka, sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hal ini, Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan kepada warga negara Malaysia, tetapi ia masih dalam batas-batas tertentu dan tertakluk pada undang-undang tertentu, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hal ehwal agama yang menyentuh kedaulatan Islam dan Negara.

4.            Hak kesamarataan gender

Ketidakadilan dan diskriminasi sering dibangkitkan sebagai salah satu permasalahan utama yang dialami oleh kaum wanita dari semasa ke semasa.  Perkara ini seterusnya menimbukan tuntutan bagi memperjuangkan hak-hak wanita, yang dinamai sebagai hak kesamarataan gender, iaitu memberikan hak yang sama kepada lelaki dan wanita dalam semua perkara dan ia dikatakan selari dengan peruntukan umum dalam Perkara 2 dan Perkara 16 UDHR.

Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan seperti Sister in Islam (SIS), Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), dan sebagainya merupakan organisasi yang aktif memperjuangkan hak tersebut dengan mencadangkan kajian semula terhadap sistem dan undang-undang Syariah di negara ini.  Kajian semula ini dikatakan bertujuan memastikan bahawa ia selaras dengan iltizam kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesamarataan gender. Sungguh malang bagi mereka kerana meletakkan hak asasi manusia lebih tinggi dan lebih awla walaupun ia jelas bercanggah dengan undang-undang Syariah dan Perlembagaan itu sendiri.

Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan jelas mengiktiraf dan melindungi hak sama rata di sisi undang-undang bagi setiap orang di negara ini.  Perkara 8(2) seterusnya menekankan bahawa Perlembagaan tidak membenarkan diskriminasi terhadap warga negara atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam perkara-perkara seperti pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan. Sebaliknya, the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) 1979 memperuntukkan kesamarataan gender dalam semua perkara sebagai suatu hak yang perlu dilaksanakan.  Malaysia telah menandatangani konvensyen antarabangsa tersebut dan seterusnya tertakluk pada apa-apa peruntukan berkaitan dengan hak kesamarataan gender kecuali dalam perkara-perkara yang diberikan reservasi.

5.            Hak kesamarataan agama (transcendental eqality of religion)

Kedaulatan Islam sebagai agama Negara seterusnya dicabar dengan aliran perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan agama.  Sehubungan itu, timbullah cadangan penubuhan suruhanjaya yang dinamai Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission) (IFC), iaitu badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mengubah ajaran sesetengah agama.  IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan dengan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama.  Mereka turut mendesak agar, berasaskan Perlembagaan Negara, kedudukan agama Islam disamaratakan dengan agama-agama lain.

Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC, namun perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak dalam masyarakat melalui suara-suara yang dibawa oleh kumpulan tertentu seperti Majlis Peguam, HINDRAF dan sebagainya. Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam seperti seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara automatik menjadi orang Islam, kebebasan untuk murtad tanpa tindakan undang-undang, kes pertukaran agama dikendalikan di mahkamah sivil, kebenaran bagi pengedaran secara terbuka untuk terjemahan Bible dalam bahasa Melayu, dana yang mencukupi untuk membina serta menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam dan sebagainya.  Perjuangan bagi menuntut hak kesamarataan agama ini secara langsung membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam untuk mencampuri hal ehwal agama Islam dan sekali gus memberikan ancaman yang memudaratkan terhadap kedaulatan Islam khususnya dan Negara amnya.

Pemerhatian terhadap Implikasi Konflik 

Konflik dalam persoalan hak asasi manusia ini pada dasarnya disebabkan fahaman liberalisme tanpa batasan undang-undang.  Pihak yang mewujudkan konflik ini sewenang-wenangnya memetik peruntukan dalam UDHR, sedangkan Perkara 29 (2) memperuntukkan bahawa dalam pelaksanaan hak-hak dan kebebasan, setiap individu tertakluk pada batasan sebagaimana yang ditentukan oleh undang-undang.  Hal ini bertujuan menjamin pengiktirafan serta penghormatan terhadap hak-hak dan kebebasan-kebebasan lain di samping memenuhi syarat-syarat moral, kepentingan awam, dan kebajikan umum dalam sebuah masyarakat demokratik.  Mereka juga mengabaikan peruntukan dalam Akta SUHAKAM 1999 yang menyatakan bahawa hanya peruntukan yang tidak bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan sahaja yang boleh diterima.

Ketiadaan rasa hormat terhadap Perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa, khususnya yang menyentuh hal ehwal agama Islam menyebabkan kedaulatan negara terus-menerus dicabar.  Isu hak asasi manusia yang dibangkitkan tidak seharusnya timbul kerana semasa rundingan kemerdekaan diadakan, semua kaum daripada semua agama di Malaysia telah bersetuju menerima Islam sebagai agama negara.  Bagi kaum Melayu pula, mereka menyatakan kesediaan untuk menerima kaum lain sebagai warga negara melalui prinsip jus soli.  Implikasi sejarah ini seakan-akan telah dilupakan dan tidak dihayati oleh generasi baharu dengan penuh ketulusan.  Sebaliknya, atas nama hak asasi manusia, mereka mengasaskan perjuangan bagi mempertikaikan kedudukan agama Islam dan sekali gus menentang semangat Perlembagaan itu sendiri.

Melalui mekanisme pemeriksaan dan pemantauan HRC di negara anggotanya termasuk Malaysia, badan bukan kerajaan diberi ruang yang luas untuk membangkitkan dan mengemukakan laporan situasi hak asasi manusia.  Laporan berkenaan turut meliputi isu-isu yang telah dinyatakan untuk mendapatkan perhatian antarabangsa, meskipun cukup disedari bahawa isu-isu tersebut bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan. Tindakan yang diambil oleh badan-badan bukan kerajaan itu seterusnya menggalakkan campur tangan luar dalam pelaksanaan undang-undang di Malaysia. Selain itu, masyarakat antarabangsa juga semakin peka dan memberikan pelbagai reaksi terhadap isu-isu yang melibatkan hak asasi melalui pelbagai wadah seperti jaringan internet dan sebagainya.  Situasi ini pada hakikatnya menjejaskan kedaulatan Negara apabila setiap undang-undang yang memberi batasan terhadap hak asasi manusia dipertikaikan dan digesa untuk dikaji semula.

Cabaran-Cabaran Terhadap Agenda Melahirkan Khayra Ummah

1.             Penghakisan Kedaulatan Agama Islam daripada Perlembagaan Persekutuan

Pegangan dan fahaman bahawa Malaysia merupakan sebuah "Negara Demokrasi Sekular dengan Islam Sebagai Agama Rasmi" masih menular dengan meluas, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat biasa malah juga dalam kalangan sebahagian besar ahli politik, pengamal undang-undang, serta penggubal dasar, sama ada pada peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dan juga dalam kalangan majoriti pendidik.

Jika selama ini kedaulatan Islam dalam Perlembagaan hanya berhadapan dengan pemikiran sekular yang menyempitkan tafsiran Islam kepada hanya sekadar agama rasmi sahaja atau ritual semata-mata, kini Islam berhadapan dengan cabaran yang lebih besar yang diterajui oleh golongan pemikiran Liberal yang sifat utamanya ialah menghakis agama dari aspek pemerintahan.  Mereka berpegang pada fahaman bahawa agama hanya difokuskan pada pegangan (faith) seseorang dan prinsip Islam tidak wajar dikenakan atas penganut agama lain.  Dalam hal ini pandangan dan Prof. Ulung Negara Tan Sri Prof. Dr Muhammad Kamal Hassan amat wajar diberikan perhatian –

"Manusia dan umat Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan Greenspan sebagai "The Age of turbulence" (Greenspan, 2008), suatu zaman yang kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapai kemuncak kegemilangannya, iaitu dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan dan yang amat bermanfaat.  Namun demikian,  kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta pelbagai jenis mala petaka ekonomi, politik, budaya, intelektual, dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T., bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaran agama Allah S.W.T. Tamadun tempang dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular Barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam."

Sebagai salah satu langkah memelihara dan mempertahankan kedaulatan Islam, prinsip dan ajaran Islam wajib dipelihara dalam semua aktiviti penggubalan dasar atau undang-undang.  Sehubungan itu, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan wajib memelihara kedaulatan Islam – selaras dengan Sumpah YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilakarkan dalam Jadual Keempat dan dibaca bersama-sama dengan Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan – untuk memelihara agama Islam pada semua masa.  Dengan yang demikian juga, pemerintah dan pentadbir, iaitu Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri, sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam, berkewajipan untuk memastikan bahawa prinsip-prinsip Islam dihormati dalam sebarang penggubalan dasar atau undang-undang yang diperkenalkan termasuklah dalam hal pendidikan.  Islam sebagai ideologi dan identiti Negara perlu dihormati dan diberikan kedudukan yang sewajarnya.

Harus diakui bahawa cabaran dan ancaman yang dihadapi oleh umat Islam negara ini pada masa kini, telah memberikan kesan yang buruk terhadap akhlak umat Islam terutama remaja.  Pendidikan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi kelihatan tidak begitu berkesan, bukan sahaja untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Islam yang digariskan dengan sedemikian sempurna tetapi juga untuk melahirkan sebaik-baik (khaira) ummah.  Sebaliknya apa yang dapat disaksikan oleh kita ialah pendedahan demi pendedahan yang amat mengerikan tentang kebejatan akhlak yang melanda golongan remaja dan pada masa yang sama, prestasi pencapaian dalam peperiksaan dilaporkan terus meningkat tahun demi tahun.  Apakah maksud semuanya ini? Adakah fenomena ini menandakan bahawa sistem pendidikan kita hanya berupaya melahirkan pelajar yang hanya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang, namun sebaliknya gagal menghayati isi pengajaran yang disampaikan.  Apatah pula untuk mendorong mereka memanfaatkannya dalam pembentukan jiwa yang teguh dan akhlak yang mulia.  Apa pun juga hakikatnya, ia seharusnya mencetuskan dorongan kepada kita untuk memberikan perhatian yang serius terhadap permasalahan keruntuhan akhlak remaja dan punca-puncanya.  Demikian juga terhadap peranan sekolah dan IPT yang perlu kembali dikendalikan sebagai institusi pendidikan yang berteraskan agama.

2.            Ancaman Sekularisme dan Liberalisme

Kita umumnya menyedari tentang kaitan antara krisis gejala sosial yang melanda remaja Islam pada masa kini dengan dengan kejutan budaya dan perubahan nilai serta pemikiran yang melanda masyarakat.  Gejala sosial yang berlaku pada hari ini bolehlah disifatkan sebagai amalan jahiliyyah pada era globalisasi yang serba maju dan moden. Dalam era pembebasan daripada kawalan agama ini, remaja pelajar semakin terdedah pada budaya hedonisme, iaitu suka berfoya-foya dan berhibur dengan keterlaluan, terjebak dalam amalan seks bebas atau zina, hamil tanpa nikah, buang bayi, ketagihan arak, dadah rokok, judi, bahan-bahan lucah, rogol dan pelbagai bentuk masalah sosial lain yang cukup membimbangkan.  Antara faktor yang dapat dikenal pasti sebagai penyebab utama gejala sosial pada era pasca-modenisme ini adalah seperti yang berikut:

3.            Serangan Pemikiran Barat

Kesan serangan pemikiran dan ideologi Barat telah mengakibatkan sistem nilai, pemikiran serta cara hidup masyarakat Malaysia terutama remaja tersasar daripada norma-norma yang sepatutnya menjadi asas bagi penggemblengan peranan remaja secara agresif dalam masyarakat.  Berikut adalah antara pegangan dan sistem barat yang kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat Malaysia serta menjadi punca utama yang mendorong pembabitan golongan remaja dalam gejala sosial:

4.            Kapitalisme

Prof. Ulung Negara, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal bin Hassan menukilkan bahawa―

"Di bawah dasar liberalisasi dan deregulasi perdagangan antarabangsa pimpinan World Trade Organisation, globalisasi yang didukung oleh kuasa korporat global memberikan peluang besar kepada mereka untuk mengeksploitasi ekonomi negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Situasi ini akan mempercepatkan proses homogenisasi budaya secara global, iaitu negara yang kuat akan mempengaruhi negara yang lemah. Pada waktu itu, ciri-ciri luhur dalam budaya Malaysia dan sistem nilai agama dan tradisi yang mendasarinya akan dihimpit dan digugat oleh gagasan-gagasan atau aliran-aliran kebudayaan asing yang berjiwa materialistik, sekularistik, relativistik, neo-modernistik, hedonistik atau permissive (serba boleh).  Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.  Pelbagai saluran akan digunakan untuk mencapai matlamat ekonomi dan budaya bebas mereka, termasuk industri-industri pengiklanan, perfileman, fesyen, muzik, hiburan, pelancongan, media cetak, media elektronik dan Internet."

Pernyataan ini jelas merujuk kepada pemikiran ekonomi kapitalisme yang hanya menitikberatkan keuntungan material pihak pemodal tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat.  Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan atau perundangan dan juga agama bagi memenuhi kehendak serta memperoleh keuntungan.  Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dari semua aspek termasuklah kebebasan dalam beragama, kebebasan dalam tingkah laku, kebebasan dalam menyuarakan pendapat, dan kebebasan dalam pemilikan harta berpandukan sistem kapitalis.
Seterusnya ialah amalan manipulasi secara berleluasa melalui kegiatan perniagaan berasaskan seks khususnya yang membabitkan wanita-wanita yang terdesak, penipuan, dan pemerdagangan orang. Akibatnya, industri yang berasaskan seks bebas dan zina semakin berleluasa.  Pusat-pusat hiburan dan maksiat yang menjadikan remaja wanita sebagai alat tarikan pelanggan seperti GRO, pelayan, teman sosial malah sebagai pelacur semakin bertambah.

5.            Liberalisme

Pada dasarnya, gerakan Liberalisme merupakan pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara barat dan telah meresap dalam semua bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan agama (Mohammad Ariffin 2009). Gerakan liberalisme ini memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara lelaki dengan wanita serta mempromosikan kebebasan. Sebagai contoh, golongan ini memperjuangkan hak kebebasan seks seperti lesbian dan homoseksual, hak untuk berpakaian dan bersosial, hak pengguguran anak selain penentangan terhadap hukum dan undang-undang kekeluargaan Islam yang diperuntukkan di bawah undang-undang Syariah seperti poligami, pembahagian harta pusaka, kuasa talak dan sebagainya. Bagi merealisasikan keinginan mereka, golongan ini mentafsirkan hukum agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud kerana tidak mengikut peredaran masa.

Liberalisme merupakan lanjutan dan edisi baharu bagi fahaman sekularisme barat moden. Sejarah telah mencatat bahawa melalui kolonialisme, fahaman sekularisme tajaan barat moden telah berjaya mensekularkan seluruh dunia, termasuklah negara-negara Islam.  Selanjutnya, fahaman Liberalisme disebarluaskan oleh proses globalisasi melalui kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat yang melahirkan pula kolonialisme edisi baharu.

Fahaman Liberalisme ini menegaskan kepentingan bahawa manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang ikatan dengan sebarang bentuk tradisi, termasuk Tuhan dan agama.  Hal ini menjadikan manusia hidup tanpa garis panduan terhadap apa yang dilakukannya dan seterusnya mewujudkan pemikiran kontemporari yang meraikan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip.  Interaksi global juga telah menyebabkan manusia menjadi objek pengguna yang diperdagangkan menerusi hedonisme anjuran barat.  Secara dasarnya, globalisasi yang merupakan produk Liberalisme ini telah mencabul kedaulatan sesebuah negara dan bangsa sama ada dari segi agama, budaya, bahasa dan juga undang-undang.

Jika era modenisme telah melahirkan pelbagai kefahaman dan ideologi yang menjadi pegangan masyarakat barat seperti sekularisme, pluralisme, sosialisme, feminisme, positivism, dan sebagainya, selanjutnya pada era Liberalisme, ideologi-ideologi tersebut telah berkembang pesat dan menjadi lebih hebat sehingga ia mendorong manusia menolak agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan) secara total.
Fahaman dan ideologi barat pada era Liberalisme ini telah tersebar luas secara pantas, sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses globalisasi.  Ia telah meresap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam dan penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak oleh umat Islam kerana ia diolah secara rasional.  Sekiranya ia tidak dibanteras dengan berkesan, pastinya akidah umat Islam akan terjejas dan terancam.  Penerimaan prinsip hak asasi manusia sebagai sebahagian cara hidup pada peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit, dan jantina memburukkan lagi keadaan ini.  Dalam konteks ini, golongan remaja tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini sehingga banyak yang telah menjadi mangsa eksploitasi agenda barat atau Yahudi dan seterusnya menyebabkan mereka terjebak dalam kancah gejala sosial.

Dalam era Liberalisme ini, struktur kehidupan sosial masyarakat telah banyak berubah.  Budaya moden telah mempengaruhi tingkah laku dan cara berfikir, termasuklah penghayatan terhadap ajaran agama.  Gaya hidup moden juga menjadikan sebilangan masyarakat bersikap individualistik, mengabaikan semangat kekeluargaan, kejiranan dan bermasyarakat serta tidak mengambil peduli terhadap gejala sosial yang berlaku di kawasan kejiranan dan tempat-tempat awam seperti jiran yang tinggal bersekedudukan, berkelakuan tidak sopan di tempat awam, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.  Selain itu, tindakan oleh beberapa pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dengan sokongan ahli politik tertentu yang mendesak kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang bagi mengawal masalah keruntuhan akhlak di Negara ini telah membuka ruang yang lebih luas kepada berleluasanya gejala sosial.

Peranan institusi agama sentiasa disekat dan dikritik hebat serta diletakkan di bawah pengaruh politik, sedangkan institusi agama bertanggungjawab terus kepada Sultan sebagai Ketua Agama. Keadaan ini mewujudkan sindrom takut dan bimbang dalam kalangan pihak berkuasa agama untuk menyusun langkah bagi memastikan prinsip dan nilai agama terus terpelihara.  Bagi mahasiswa pula, mereka yang cenderung kepada agama sentiasa dilabelkan sebagai terpengaruh dengan fahaman ekstremis dan fundamentalis atau sekurang-kurangnya dianggap sebagai terpengaruh dengan fahaman politik pembangkang.  Sekumpulan yang lain pula memiliki pendirian dan fahaman yang berbeza, maka tercetuslah pertelagahan antara sesama kumpulan mahasiswa berkenaan.  Kecenderungan untuk berpolemik, perbalahan dan pertelagahan yang berterusan itu telah menyebabkan mereka kehilangan tumpuan terhadap perjuangan sebenar yang perlu diterajui oleh mereka.  Mereka juga kelihatan tidak mampu bukan sahaja untuk membimbing rakan-rakan siswa mereka untuk memahami kepentingan akhlak dalam kehidupan apatah pula untuk membantu masyarakat menyelesaikan permasalahan sosial yang sedang hebat melanda.  Inikah generasi yang harus diletakkan sandaran besar bagi  memimpin Negara pada masa hadapan?

Pemikiran dan pendekatan sebegini berpunca daripada salah tanggapan yang meluas terhadap kedudukan Islam di Negara ini.  Apa yang dikesalkan ialah golongan yang berpemikiran Liberal ini cukup berpengaruh dan sedang memperluas pengaruh mereka dalam kalangan generasi muda yang berminat terhadap agama.  Dominasi golongan yang berpemikiran Liberal ini mempunyai agenda besar (grand design) untuk menghakis pengaruh agama dalam aspek kenegaraan dan kehidupan bermasyarakat.

Kedudukan Islam sebagai agama Negara bukan sahaja diketepikan dengan merendahkan martabatnya kepada sekadar agama rasmi, malah gerakan untuk terus menghapuskan unsur-unsur pegangan terhadap agama Islam juga sedang berlangsung dengan hebatnya.  Kelompok Liberal ini bukan sahaja cuba memperluas pengaruh mereka dalam bidang politik malah mereka sering mencabar kedudukan agama Islam sehingga peringkat mahkamah tertinggi Negara, iaitu menerusi kes-kes yang diwakili mereka.
Ternyata pemikiran Liberal ini bukan sahaja didukung oleh kelompok-kelompok kecil yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah ia telah berjaya mendirikan asas yang teguh sebagai aliran politik, sama ada dalam parti pemerintah mahu pun juga pembangkang.

Fakta yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi Kerajaan membuktikan betapa meruncingnya gejala sosial yang melanda masyarakat, khususnya yang melibatkan golongan wanita.  Hal tersebut dipercayai merupakan akibat daripada menularnya budaya hidup bebas yang berpaksikan pemikiran Liberal.  Fakta-fakta tersebut termasuklah: perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2011, mencatat jumlah kelahiran anak tidak sah taraf yang didaftarkan antara tahun 2006-2010 adalah sebanyak 234,647.  Daripada jumlah tersebut, seramai 80,979 atau 34.5% merupakan bayi yang ibu kandungnya beragama Islam.  Jumlah anak luar nikah pasangan Islam menunjukkan pola peningkatan dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2006 (Berita Harian, 21 Mac 2011);

Sebanyak 280 kes buang bayi dilaporkan bagi tahun 2005 hingga April 2010 di seluruh negara (PDRM 2010).  Setiap kali berakhirnya sambutan yang membabitkan upacara besar-besaran pada sebelah malamnya di negara ini, kes-kes hamil anak luar nikah dan buang bayi akan mencatat peningkatan tiga bulan selepas itu. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tempoh tersebut diibaratkan sebagai "musim mengawan;

Data yang dikeluarkan oleh Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada tahun 2005 menunjukkan kes pelacuran kanak-kanak dengan purata 150 – 160 gadis tempatan yang ditahan setiap tahun. Dianggarkan 150 ribu wanita terbabit dalam kegiatan pelacuran dengan sejumlah besarnya ialah wanita dewasa:

I.            PDRM 2010 juga telah mencatat kes rogol bagi tahun 2008 hingga April 2010 yang berjumlah 8227 kes.  Kes mencabul kehormatan juga menunjukkan statistik yang tinggi, iaitu sebanyak 4894 kes dilaporkan bagi tahun 2008 hingga April 2010 di seluruh negara;

II.            Peningkatan penglibatan remaja Melayu Islam dalam gejala sosial amat membimbangkan dan ia dianggap antara lain, berpunca daripada budaya hedonisme yang dilancarkan secara besar-besaran oleh kelompok kapitalis atas nama pembangunan dan kemajuan material.  Antaranya termasuklah lakonan, nyanyian, dan tarian yang berunsurkan seks dan memaparkan kerendahan akhlak, peragaan, ratu cantik, manipulasi wanita untuk tujuan pengiklanan, tarikan bagi sesuatu acara seperti penganjuran pertandingan serta perlumbaan kereta dan motor, dan sebagainya, yang jelas mencemar nama baik agama Islam.

Kesimpulan

Umat Islam negara ini perlu bijak mengenal pasti musuh yang sedang dihadapi oleh mereka, sama ada yang kelihatan secara zahir mahupun juga yang terselindung di sebalik pelbagai bentuk, wadah, dan wajah.  Berbekalkan keimanan, ilmu, dan keteguhan semangat, mereka haruslah bijak mengatur langkah yang rapi bagi menghadapi musuh-musuh berkenaan.  Antara langkah paling utama ialah menyatukan hati dan memperkasa keupayaan agar mereka sekalian berupaya bergerak dengan sederap langkah.  Saf yang kukuh inilah yang akan membolehkan mereka menghadapi musuh yang satu dengan tabah dan gagahnya.  Jika hal ini tidak dapat dilakukan, pastinya mereka juga ditimpa penghinaan yang diberi terhadap musuh-musuh Islam, iaitu sebagaimana dinyatakan dalam ayat, "Kamu menyangka mereka bersatu-padu, sedang hati mereka berpecah- belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka)." (Surah al-Hasyr 59 :14).  Ingatlah bahawa perpecahan merupakan ciri utama musuh-musuh Islam dan tidak sama sekali berkaitan dengan umat Islam.

Umat Islam merupakan umat yang bersatu kerana menyahut seruan al-Qur'an, "Berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara…." (Surah Ali `Imran 3 : 103).  Elakkan sama sekali perpecahan kerana ia membuka jalan dan ruang yang luas bagi tindakan mencabar serta menghakis kedaulatan agama Islam, agama yang diredai oleh Allah S.W.T.  Usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam merupakan amanah dan tanggungjawab kita bersama.

[1] YA Hakim selanjutnya menegaskan, "Saya percaya seandainya pembuat dasar di Kementerian Pendidikan sedar atau disedarkan tentang kaedah pakaian bagi orang Muslim dan mengutamakan Islam sebagai ugama Persekutuan, Kementerian Pendidikan tidak akan mewajibkan pakaian seluar pendek bagi murid lelaki dengan pilihan seluar panjang atau mewajibkan pakaian pinafore tunic dan blouse bagi murid perempuan dengan pilihan memakai baju kurung dan kain sarung serta tudung/telekung. Peraturan pakaian seragam sekolah Bil 3/1983 tersebut adalah songsang dan tidak selari dengan Perlembagaan dan menurut Perkara 4, "Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang tidak selari dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang tak selari itu. Peraturan tersebut adalah terbatal. Adanya pilihan untuk memakai seluar panjang atau baju kurung dan kain sarung tidak dapat menyelamatkan atau menjadikan sah Peraturan tersebut."

[2] YA Hakim turut merujuk kepada tafsiran atau maksud perkataan Islam dalam al-Qur'an sebagaimana dihuraikan oleh Abdullah Yusuf Ali (New Revised Ed) n 434 p 155 oleh: Islam is not sectarian, non-racial, non-doctrinal and is a universal religion. Islam is just submission to the will of Allah. This implies: (1) Faith; (2) doing right, being an example to others to do right, and having the power to see that the right prevails; (3) eschewing wrong,being an example to others to eschew wrong and having the powers to see that wrong and injustice are defeated. Islam therefore lives not for itself, but for mankind.


[3] [2007] 3 CLJ 557.

[4] [2009] 2 CLJ 54.

*Teks pembentangan Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa, Biro Undang-undang MAIWP, di Seminar Mendaulatkan Islam Agama Negara (SEMAIAN) Peringkat Nasional yang telah berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 5hb Januari 2013 anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


SUMBER: MUAFAKAT

The Unspinners

Posted: 20 Jun 2014 12:28 AM PDT

The Unspinners


Tindakan kesatuan tolak YTL contoh cara pekerja selamatkan majikan

Posted: 19 Jun 2014 11:30 PM PDT


Walaupun YTL telah undur diri dari IPP TRack 4A yang diperolehi dengan menghina institusi raja-raja Melayu, masih perlu didedahkan kegusaran pekerja TNB

Ia penting kerana syaitan bernama YTL juga ada banyak dosa-dosa lain hasil ketamakan dan kegiatan yang konon innovasi tetapi sebenarnya cara INNOVAVI merasuah pengawai-pegawai tertinggi dalam penjawat awam.

Contoh Bestari.net, Kg Chubadak,  dan satu lagi penyalahgunaan KTM untuk YTL Cement.

Pada 16 Jun 2014,  Persatuan Esekutif TNB (PETNB), Kesatuan Pencantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB), Kesatuan Pekerja-Pekerja Rendah TNB (KPPRTNB) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PUKTNB telah mengadakan perhimpunan / perarakan dan penyerahan memorandum bantahan kepada Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB di hadapan Taska 1, Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jalan  Jalan Faraday, Bangsar, KL.

Mereka berhimpun dan menyerahkan memorandum membantah kerjasama TNB dengan YTL Power berhubung isu pemberian tender penjana tenaga bebas (IPP) secara terus yang dirancang akan dibangunkan di Pasir Gudang, JOHOR.

Pihak Kesatuan mahu pemberian projek penjanaan elektrik kepada IPP dilakukan secara bidaan terbuka berbanding rundingan secara terus.

Semasa perhimpunan tersebut, Mohd Roszali, Presiden Kesatuan Pegawai-Pegawai Rendah TNB (KPPRTNB) menyebut dalam ucapan bahwa;
  • YTL didakwa bersikap angkuh dan bongkak seolah-olah tiada langsung peranan kerajaan dalam membantu mereka bagi mendapatkan projek-projek berskala besar dari TNB;
  • TNB juga tidak mahu menjadi mangsa buli  kerana daripada tahun 1993 TNB telah mempunyai pengalaman buruk selama 20 tahun bekerjasama dengan YTL Power;
  • Mendakwa kos penjanaan tenaga elektrik akan menjadi lebih tinggi dan ianya akan memberi impak kepada TNB dan rakyat MALAYSIA secara keseluruhannya; dan
  • Persatuan dan Kesatuan Sekerja TNB yang mewakili 34,900 pekerja menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan YTL Power International dalam projek pembinaan loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan 1,000 hing 1,400 Mega Watt (MW) atau projek 4A di Pasir Gudang, JOHOR.
Khabarnya harga elektrik bakal di jual YTL kepada TNB pada tahun 2018 kelak adalah pada harga sama yang TNB caj pada pelanggan. Langsung tak menguntungkan TNB dan hanya kerja free untuk TNB.
 
Dalam sidang media, Roszeli turut menyatakan perjanjian dengan YTL Power adalah tidak telus dan kos operasi menjadi sangat tinggi dan menjejaskan TNB seterusnya beban tersebut juga terpaksa ditanggung oleh rakyat yang akan membayar bil elektrik dengan kadar yang lebih tinggi. YTL Power juga dikatakan tidak hormat dan berani menemplak kerajaan seolah-olah mereka tidak kenang budi.

DAP sokong direeet nego untuk YTL

Pro PKR THe edge sokong YTL dapat IPP direct nego

Mereka turut melancarkan lencana 'Tolak YTL' yang akan dipakai oleh setiap pekerja TNB dan akan adakan 'roadshow' ke seluruh negara berhubung isu ini. Sekiranya ia diteruskan juga, pihak kesatuan akan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran.

Mereka memberi peringatan kepada YTL Power supaya jangan bermain dengan api kerana kami warga kerja TNB hari-hari bermain dengan api.

Kandungan memorandum mereka merangkumi:
  • Membantah sekeras-kerasnya kerjasama TNB dengan Syarikat YTL dalam sebarang urusan berkaitan perbekalan tenaga elektrik Negara;
  • Mendesak TNB supaya menolak tawaran bersyarat yang diberikan oleh Suruhanjaya Tenaga MALAYSIA (STM) kepada YTL, SIPP dan TNB untuk membangunkan projek penjanaan 'Track 4A' di kawasan Pasir Gudang, JOHOR;
  • Mendesak pengurusan TNB supaya mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah di Stesen Janakuasa elektrik Pasir Gudang, JOHOR;
  • TNB didakwa tidak menikmati sebarang manafaat sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan Syarikat YTL sejak tahun 1993;
  • TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi dari apa yang mampu TNB janaka;
  • Mendakwa pelbagai implikasi yang melibatkan jaminan pekerjaan akan berlaku kesan herotan (chain reaction) dari projek berkapasiti besar tersebut; dan
  • Bersimpati dengan kaum pekerja dan rakyat yang terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi selepas wujudnya syarikat YTL Power dan IPP yang lain dalam industri penjanaan tenaga elektrik.
Harap pihak teraniaya dengan kezaliman dan keangkhuan YTL mula bangun ke hadapan dan nyatakan suara anda!!!!

Malahan sesiapa yang mellihat sesuatu yang tidak kkena berlaku dalam syarikat masing-masing harus berani lakukan sesuatu sebelum syarikat atau jabatan atau kementeriaan tempat kerja anda dijahanamkan oleh pihak-pihak seperti YTL.

Khabar angin Muhyiddin untuk PR terdesak alih isu

Posted: 19 Jun 2014 09:12 PM PDT


Pasal macam-macam khabar angin dan cerita, nafi pun susah.

Namun sesuatu yang perlu disedari adalah pembangkang sedang berusaha mmenimbulkan pelbagai isu-isu serentk untuk alihkan pandangan orang ramai.

PKR guna Tan Sri Muhyiddin. DAP, PAS dan PKR guna isu konvensyen mengenai kristianisasi di UiTM. Gitu juga Rafizi dengan tuduhna peik-pelik. Ketiga-tiga bantu perbesarkan isu Gani Patail 

Apa isu-isu yang mereka cuba tutupkan?

Baca sidang akhbar Tan Sri Muhyiddin berkaitan khabar angin perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia berikut:

SIDANG MEDIA HOTEL ISTANA
Khamis, 19 Jun 2014

(Ada blogger kata Tan Sri nak letak jawatan Jumaat ini, betul ke?)

Ye ke? Takde, saya masih ada di sini lagi masih orang kata alive and kicking.

(Laporan tu menyebut akan berlaku rombakan kabinet dan sebelum rombakan itu Tan Sri akan melepaskan jawatan itu untuk tumpukan perhatian kepada UMNO)

Hmm, agak mereka lebih tahu daripada saya. Sebenarnya tidak ada, itu rombakan kabinet adalah hak Perdana Menteri, kemungkinan akan berlaku kerana beliau telah menyatakan akan memasukkan beberapa pemimpin politik daripada MCA dan Gerakan apapun dari segi kedudukan saya terserah kepada beliau tetapi selama mana yang saya telah berada dalam kabinet beliau telah biasa berbincang dengan saya jadi setakat hari ini tidak ada apa-apa pun perkara yang telah di bangkitkan menyebabkan kedudukan saya sendirilah.

(Tan Sri fikir mengapa khabar angin seperti itu tersebar?)

Saya tak tahu mungkin;

Mereka melihat hubungan saya dalam kerajaan khususnya dengan Perdana Menteri tidak ada masalah, itu pernah di sebutkan Perdana Menteri sendiri;

Kedudukan kerajaan kita bertambah kukuh apapun orang boleh kata tentang keputusan pilihanraya lepas itu bagi saya satu daripada indikasi tentang sokongan rakyat yang mungkin bertambah baik;
Mungkin kerana BN dan parti kita lebih di fahami pengundi yang dulu ada terpengaruh dengan pembangkang maka dengan sebab itu hari ini mereka melihat betapa pengurusan Negara dan kerajaan di buat dengan begitu tersusun oleh BN sudah ada trend dan aliran baru

Jadi ini mungkin sebab-sebab mereka berbuat sebegini mungkin dalam bentuk khabar angin atau sengaja nak menimbulkan spekulasi supaya akan wujud satu keadaan ketidakstabilan atau pertembungan puak-puak yang ada dalam parti dan kerajaan saya dan pihak lain supaya dengan keadaan begitu mereka boleh menangguk di air keruh boleh mendapat faedah daripadanya tapi saya nak peringat pada merekalah bahawa kita mempunyai pandangan yang jelas dan tegas bagi saya kestabilan parti dan kerajaan itu penting.

Kestabilan Negara bergantung kepada keupayaan kita untuk wujudkan kerjasama yang kukuh dan apa bentuk spekulasi tidak boleh membawa satu kesan yang agak buruk kepada mana-mana pihak. Bagi saya keutuhan kerajaan dan kekukuhan UMNO dan Barisan Nasional itu utama. Prime important, jadi jangan mereka salah baca kononnya ini mereka boleh berjaya mencetuskan keadaan yang tidak menentu untuk mengeksploitasi keadaan, saya tidak fikir itu akan berlaku dan saya akan terus berikan perkhidmatan yang termampu selagi Perdana Menteri masih yakin dan percaya pada saya dan kami sudah mempunyai perhubungan yang baik dan boleh berbincang secara hati ke hati dan kalau ada apa sesuatu perancangan masa depan saya pun akan berbincang dengan Perdana Menteri jugak

(Laporan itu jugak menyebut di katakana Datuk Seri Hisham yang akan naik menggantikan Tan Sri kononnya, apakah ini Tan Sri melihat untuk pihak-pihak tertentu melaga-lagakan?)

Itu yang saya sebut tadi, itu spekulasi mereka tapi yang nak di fahamkan ialah apa muslihat sebenarnya dalam spekulasi itu tujuannya apa? Untuk menimbulkan perasaan prasangka rasa tak senang hati jadi itulah nak di eskploitasikan dan saya yakin ahli-ahli parti tidak akan mudah orang kata terpengaruh dengan cara-cara ini, sebahagian besar mereka adalah mahir dan berpengalaman, mereka boleh membaca keadaan dan tak semudahnya di pengaruhi oleh hal-hal sebegini.

(Dalam masa terdekat Tan Sri akan ambil cuti panjang?)

Cuti hujung minggu adalah, Jumaat Sabtu Ahad, cuti biasalahkan.

---------------


Selain mereka sedar ada peningkatan keyakinan pada transformasi kerajaan dan PR terdesak terdiam lepas PRK Telok Intan dan menyedari rakyat muak dengan politik gaduh mereka, mereka nak tutup isu YTLyang disokong DAP dan Khalid IBrahim akan dipecat.

Malaysiakini laporkan DUN selagor setuju pemecatan Azmin Ali salah. Baca kisah Mkini SINI

Jangan tertipu dengan psywar pembangkang yang nampaknya ada blogger dan orang UMNO terikut-ikkut sebar yang bukan-bukan.

Kalau Muhyiddin nak resign, dia dah ...

(Takyah ceritalah.)

Bandingkan rumah orang asal Kg Chubadak dan istana CHairman YTL

Posted: 19 Jun 2014 05:13 AM PDT


Demikian jadinya Kg CHubadak




Manakala rumah Tan Sri Francis Yeoh taukeh YTL begitu mewah sekali ...




Lihat di ABITW SINI

Khabarya pihak penduduk ada surat arahan mahkamah tinggi tahun 1998 yang menunjukkan mereka erhak tapi DBKl tetap keluarkan geran ada Sentulraya bawah YTL.

Aap jadi Tengku Adanan dan UMNO WIlayah dalam hal ini?

Patut malu soalan WA ditolak DUN dan Rafizi kantoi, bukan sibuk hal TSMY cuti

Posted: 19 Jun 2014 01:30 AM PDT


Usah sibuklah Suara Keadilan tentang parti orang. Tan Sri Muhyiddin hanya bercuti untuk beri tumpuan untuk selesaikan kerja-kerja parti.

Dato Hishamuddin hanya memangku atau menggantikan kerja-kerja Tan Sri. Apa isunya?


Suara Keadilan elok sibuk hal partinya yang tak tahu kira undi yang hanya 30/40 undi hingga lebih 40 cabang terpaksa di buat pengundian semula.


Dato Noh Omar pun banyak timbulkan isu tentang pebohongan Rafizi


Paling malu sekali, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen dan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah tak tahu tatacara peraturan dewan tanya soalan bertulis hingga Speaker DUN Selagor yang dikuasai oleh PR terpaksa tolak soalan beliau.

Apa dia buat bertahun-tahun di Parlimen selama ini? Gosok biji kopi ke?

Baca di Medan Tempur Kedah SINI

Malunye Suara Keldaian nak sibuk hal parti orang tapi parti sendiri huru hara dan pemimpin tak tahu kerja. Ini belum jaga kawasan lagi.....

Panglima Perang Cyber

Posted: 19 Jun 2014 11:59 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Ku Nan jawab isu Kg Chu Badak

Posted: 19 Jun 2014 08:07 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/S29gy43nQIk


Sent from my iPhone

Wahabi, Takfiri, Erdogan, Saudi, USA, Israel Behind War In Syria - @Youtube ' Behind the Lines - Reality On The Ground In Syria '

Posted: 19 Jun 2014 04:49 AM PDT






Penglibatan Erdogan, Wahabi dan Sheikh Hamad boleh dilihat durasi 14 video di atas.

Durasi ke 7 menceritakan tentang orang awam yang diculik puak terroris/ militan TAKFIRI yang disokong Amerika/ Israel, dan Saudi.

Penglibatan Turki dalam perang ini boleh dibaca dalam artikel di bawah :

http://www.presstv.com/detail/2013/06/06/307424/erdogans-attack-on-syria-backfires/




Translation :

Involvement Erdogan, Sheikh Hamad Wahhabi and can be seen on the video duration 14.

Length to 7 tells the story of a kidnapped civilians terrorist factions / militias who supported America / Israel and Turkey.

Turkey's involvement in the war can be read in the article below:

http://www.presstv.com/detail/2013/06/06/307424/erdogans-attack-on-syria-backfires/

Datuk @ZulkifliNordin Cadang Peguam Negara Syariah Diwujudkan cc @NajibRazak @AliHamsa55

Posted: 19 Jun 2014 03:57 AM PDT


Mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pihak gereja yang membenarkan mana-mana orang Islam melakukan kesalahan jenayah Islam dengan menyokong kristian menyalahguna kalimah Allah yang bercanggah dengan Enakmen Anti-Dakyah? Sudah tiba masanya kita mengujudkan jawatan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' dan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' setaraf Peguam Negara sivil!.

Salam 2 all.

Saya merujuk kepada kemelut penahanan 300 bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS dan pendirian Peguam Negara tidak mahu mengenakan sebarang pertuduhan terhadap Persatuan Bible Malaysia.

Apa yang jelas, bibel tersebut mengandungi perkataan dan kalimah yang tanpa sebarang keraguan melanggar peruntukkan Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Selangor.

Persoalannya sekarang, dengan keengganan AG/ Peguam Negara untuk membawa sebarang pertuduhan, apakah status kes tersebut. Satu kesalahan jenayah terang-terang telah dilakukan, tetapi tindakan pertuduhan jenayah tidak boleh diambil kerana AG enggan bertindak atas alasan-alasan dan sebab-sebab yang telah beliau kemukakan!

Ini adalah kerana kuasa pendakwaan jenayah di Mahkamah sibil terletak secara mutlak dibawah bidangkuasa AG/ Peguam Negara menurut Artikel 145 (3) Perlembagaan.

Menurut Artikel 145 (3), AG/ Peguam Negara tiada kuasa menentukan pendakwaan di Mahkamah Syariah, kerana itu bidangkuasa Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

Masalahnya ialah Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk membicara dan menghukum non-Muslim berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan.

Jadi timbul konflik perundangan dimana seseorang yang jelas melakukan kesalahan membabitkan Islam tetapi tidak boleh dikenakan tindakan.

Antara contoh-contoh yang jelas percanggahan ini adalah seperti berikut:

1. Pusat perjudian yang membenarkan atau membiarkan mana-mana orang Islam bermain judi ditempatnya tidak boleh dikenakan tindakan jika ianya dipunyai atau diuruskan oleh non-Muslim walaupun jelas ianya satu kesalahan membabitkan Islam;

2. Mana-mana kedai atau pusat arak dan minuman keras milik non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam meminum arak tidak boleh dikenakan tindakan walaupun ianya jelas satu kesalahan membabitkan Islam;

3. Mana-mana pusat pelacuran non-Muslim yang menyediakan atau membenarkan mana-mana orang Islam melacur atau melanggani pelacur juga tidak boleh dikenakan tindakan;

4. Mana-mana lelaki atau wanita non-Muslim yang melakukan zina atau seks luar nikah dengan pasangan beragama Islam juga tidak boleh dikenakan tindakan, sedangkan pasangan Muslim mereka boleh dikenakan pendakwaan. Ini mengujudkan satu ketidak-adilan kepada orang Islam dan satu diskriminasi perundangan;

5. Mana-mana pihak non-Muslim yang menghina atau memperlekeh institusi Mahkamah Syariah seperti menghina sebarang keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dikenakan tindakan  penghinaan terhadap Mahkamah Syariah (contempt of syariah cour)';

Ini hanyalah contoh-contoh dimana pendakwaan atau pertuduhan jenayah tidak boleh dikenakan terhadap non-Muslim yang jelas melanggar atau melakukan kesalahan yang sepatutnya boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan dibuat kepada Perlembagaan dan/ atau undang-undang berkaitan supaya memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah dan Pendakwa Syarie untuk membawa pertuduhan jenayah atau sebarang prosiding terhadap non-Muslim dalam kes-kes yang melibatkan kesalahan jenayah seperti dalam kes-kes diatas tanpa perlu mendapat persetujuan atau keizinan Peguam Negara atau Pendawaraya terlebih dahulu.

Ini akan memastikan non-Muslim menghormati perundangan melibatkan Islam dan tidak sewenang-wenangnya melakukan apa-apa kesalahan yang mereka tahu adalah kesalahan melibatkan Islam.

Tidak timbul soal kita meletakkan non-Muslim tertakluk kepada undang-undang syariah kerana ianya hanya melibatkan mereka yang secara sengaja melakukan kesalahan yang membabitkan orang Islam yang mereka ketahui adalah satu kesalahan jenayah syariah.

Contohnya pusat-pusat perjudian yang secara jelas tahu judi itu satu kesalahan jenayah Islam tetapi masih membenarkan atau menggalakkan atau menyediakan tempat dan ruang untuk orang Islam melakukan kesalahan itu.

Sama juga dengan mana-mana non-Muslim yang tahu seks luar nikah dan zina adalah satu kesalahan jenayah Islam yang serius tetapi masih melakukannya bersama pasangan Islam hendaklah dikenakan tindakan.

Jika tidak, mereka boleh dilihat seperti mempermainkan undang-undang Islam. Malahan akan terjadi penganiayaan kepada pasangan Islam yang boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah dan dihukum tetapi pasangan non-Muslimnya bebas!

Inilah yang terjadi dalam kes penahanan bibel versi bahasa Melayu oleh MAIS. Walaupun jelas mereka pendakyah kristian non-Muslim ini melakukan kesalahan jenayah menurut Enakmen Anti-Dakyah, namun tindakan tidak boleh diambil oleh pihak berkuasa Islam apabila Peguam Negara memilih untuk tidak mengambil tindakan.

Sehubungan dengan itu, saya juga mencadangkan supaya diujudkan satu jawatan dinamakan 'Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah (Syariah Attorney General/ Syariah Public Prosecutor) ' dan satu agensi dinamakan 'Jabatan Peguam Negara Syariah / Pendakwaraya Syariah' peringkat Persekutuan yang samataraf dan samafungsi seperti Attorney General / Peguam Negara yang bertindak sebagai Pendakwaraya.

Ini akan memastikan supaya sistem pengadilan jenayah Islam lebih teratur, tersusun dan profesional dan tidak timbul lagi persoalan dan konflik seperti yang berlaku sekarang bilamana Peguam Negara sivil enggan mengambil tindakan terhadap suatu kesalahan jenayah membabitkan Islam dan instiitusi Islam.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Sya'ban 1435
18 Jun 2014





Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 19 Jun 2014 11:41 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIDAK ADA SATU BIJIK PUN EXCO ISLAM SELANGOR BERANI BUKA MULUT

Posted: 19 Jun 2014 05:00 PM PDT

ISLAM DIPERLEKEH KERANANYA

Umat Islam hari ini mempersoalkan sikap membisu Exco Agama kerajaan negeri, Sallehen Mukhyi dalam penyelesaian isu rampasan bible versi Bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu.
"Di Selangor kita ada eksekutif exco yang bertanggungjawab dalam Islam, jadi apa yang Exco ini buat?
"Ini sebenarnya pada saya melihat salah satu kegagalan exco untuk exco agama yang berkenaan untuk memastikan tanggungjawabnya," 
Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang dilihat lemah dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berikutan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju untuk memulangkan kitab itu sebagaimana keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.
Pada 14 Jun lalu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun itu untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kata Mohd. Adzib, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.
Susulan tindakan MAIS, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor bagi menyelesaikan perkara itu.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata tidak timbul masalah seperti hari ini jika exco yang terlibat fokus dan memainkan peranannya dalam menjaga hal ehwal agama di negeri itu.
"Dan exco agamanya pula bila dah terhantuk baru terngadah dan barulah nak ambil tindakan itu dan ini. Ini bukan cara dia dan ini menampakkan kelemahan pentadbiran agama kerajaan negeri," ujarnya.
Justeru, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mengkaji semula enakmen berkaitan peruntukan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang disarankan oleh empat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
"Kalau dia jalankan tugasnya dari segi eksekutif perkara ini tak ada masalah, itu masalahnya. Tak timbul soal (gugurkan kuasa eksekutif MAIS). Itu yang saya katakan tadi tidak ada keperluan, pertama sebab tidak ada masalah dan tidak ada keperluan untuk mengganggu tugas MAIS dalam menjalankan tugasnya," katanya.
Ini kerana, beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS.
Sebaliknya, menurut Shamsuddin tindakan MAIS dan JAIS itu dibuat semata-mata hanya mahu mempertahankan dan menjaga kepentingan agama rasmi negara ini.
"Saya menyokong penuh tindakan MAIS kerana ia melaksanakan enakmen peraturan dan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan Islam," jelasnya.
"Saya nak beritahulah bukan kita mengganggu urusan agama orang lain, tidak. Kita lihat di negara kita dan di Selangor ini sendiri perkembangan agama lain tak terjejas di boleh buat gereja, kuil dan kita tak ganggu mereka tetapi bila urusan yang berkaitan dengan agama Islam kita kena pertahankan dan jaga," tambahnya.
Mengulas lanjut keengganan badan pemantau agama itu memulangkan bible terbabit Shamsuddin berkata, biarlah MAIS dan JAIS yang membuat keputusan mengenainya tanpa perlu campur tangan politik.
"Ada tiga perkara yang boleh dibuat berdasarkan undang-undang pertama memulangkan, kedua melupuskan dan ketiga mendapatkan perintah mahkamah…ini yang boleh dilakukan oleh MAIS dan JAIS kenapa nak kacau pula biarlah kita bebas dan kalau ada yang tak kena terpulang kepada mereka," katanya.
"Kita boleh beri nasihat tetapi tak semestinya benda itu mesti dipatuhi oleh mereka sebab ini boleh menjejaskan integriti pegawai yang menjalankan tugas tersebut disuruh buat bila dah buat disalahkan pula," tegasnya lagi. (AntaraPos)

EDISI MALAM JUMAAT: BILA OSETAT TUNJUK TELADAN TAK BAIK...SAMUN HAK ORANG MISKIN?

Posted: 19 Jun 2014 08:46 AM PDT


Guano mung Osetad, ceramah sokmo ajak orang jadi zuhuk tapi mung sendiri tunjuk contoh tak baik.

Ambo bukan nak dengki Ustak ada kete besa, tapi kalau pakai keta besa tu molek ler isi RON 97. RON 95 tu biar orang miskin jer pakai.

Mungking Ustak nak berjimat cermat. Almaklumlah nak maintain kete Brabus putih tu ngan kete Ferrari ngan tiga bini tu makang belanja tinggi.

Tu belum lagi nak belanja anak-anak makang Mc D setiap hari. Duit ceramah keliling belum tentu cukup.

Sumber: http://www.sebastianphiu.com/2014/05/ustaz-azhar-idrus-kantoi-curi-subsidi.htm

Wolkwagen hitam Ostad yang kene langgar tempoh hari ape cerite?

Wolkwagen hitam Ostad kene langgar di kampung Pengadang Baru, Ganu, Ogos 2013 lalu...kete ni pakai RON 95 tak?
Cantik Ferrari Ostad...pakai RON 95 juga?
Cooper ni pakai petrol Buraq Oil RON 95 tak?
Baru beli ke...kaya Ostad ye murah rezeki ceramah keliling...pakai RON 95 ker yang ni?
Kete Estima tu untuk bini baru pakai RON 95 juga ker?
RON 95 kita memang murah berbanding negara-negara jiran...patutlah Ostad pakai.


Last sekali ambo nak tanye, Ostad dah kaya tapi kenapa guna hak orang miskin?

Ostad...Kete mewah ni kalau pakai RON 95 tak laju, kurang performance... sembab nak terjah!

Macam badan juga kalau dah usia lanjut viagra, gambir, madu, tongkat alinye kena dos lebih sikit baru isteri-isteri Ostad tersenyum puas.

Hehehe ternyata Ostad juga manusia...


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 19 Jun 2014 11:38 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


ISNIN INI ADALAH HARI PENTING BAGI UMAT ISLAM, SILA AMBIL CUTI...

Posted: 19 Jun 2014 10:00 PM PDT


Keputusan sama ada kalimah ALLAH boleh atau tidak di gunakan oleh orang kafir akan di tentukan pada hari isnin ini 25 Syaaban bersamaan 23 Jun 2014.

Aku seru kepada semua pejuang Islam supaya hadir beramai-ramai ke mahkamah persekutuan putrajaya seawal jam 8 pagi.

Detail program seperti di atas...

Tahniah TS Muhyiddin, Maka Terkulat-Kulatlah Macai Yang Berangan Boss Mereka Akan Jadi TPM

Posted: 19 Jun 2014 07:00 PM PDT

Spekulasi yang mengatakan TS Muhyiddin akan letak jawatan timbalan perdana menteri terjawab sudah, semalam dalam satu sidang media, TS Muhyiddin telah mengatakan yang beliau akan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmat beliau di perlukan...

Maka terjawablah segala khabar angin dan spekulasi yang selama ini di mainkan oleh macai-macai menteri yang kononnya boss mereka akan menjawat jawatan yang di tinggalkan oleh muhyiddin itu.



HALALKAH Makanan Yang Di Makan Oleh Selebriti Itu...???

Posted: 19 Jun 2014 06:00 AM PDT


Aku mendapat email dari seorang pembaca yang memberi tahu, ada seorang selebriti ini makan makanan tidak halal sewaktu dia bercuti di amerika.

Bila aku baca email tu secara detail, rupanya selebriti ini seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki melayu.

Bila aku cek balik di dalam laman sosial milik selebriti itu, benar seperti apa yang dikatakan oleh orang menghantar email kepada aku, selebriti ini ketika berada di amerika masuk ke restaurant makanan yang tak tahu ianya di tanggung HALAL atau tidak. malah ada follower selebriti itu bertanyakan status makanan itu halal atau tidak, tapi selebriti itu tidak menjawab.


Malah selebriti itu dengan bangga bergambar dengan makanan yang status HALALnya di ragui.

Jangan pula bagi alasan di amerika tidak ada restaurant halal, aku walau pun tak pernah jejak kaki ke negara itu, tapi dari hasil carian google, aku tengok bersepah restaurant halal di sana, so alasan kata tak ada restaurant halal di amerika tak logik.

Aku seboleh-boleh cuba sembunyikan identiti siapa selebriti itu bagi mengelakkan aib. kalau minah ini bukan public figure tak apa, tapi dia seorang selebriti yang cukup di terkenal di kalangan anak muda melayu terutama orang perempuan. jadi tak elok la post gambar-gambar makanan yang tau status halal haramnya di laman sosial yang mana dia mempunyai pemgikut seramai 70 ribu lebih yang bila aku cek serambang kebanyakkannya adalah orang melayu, come on la tunjuk sikit contoh yang baik kepada pengikut kamu.

Ingat mencari yang HALAL itu Fardhu.

Belantan

Posted: 19 Jun 2014 11:33 PM PDT

Belantan


Video Ahli Parlimen PAS Kena Tazkirah Dengan Shahidan Kassim Dalam Parlimen!

Posted: 19 Jun 2014 07:10 AM PDT



Muslimah Pas yang juga Ahli Parlimen Pas Rantau Panjang kelihatan begitu riak dan busuk hati terhadap isteri Perdana Menteri yang telah banyak berkorban melakukan kerja-kerja amal untuk rakyat. Sebenarnya banyak masalah sosial di Kelantan yang perlu beliau tangani dan bukannya menunjukkan keegoan dan kebodohan beliau! Lihat dan nilaikan lah sendiri...!!!

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 19 Jun 2014 10:44 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Parti PAS Akan Dibubarkan?

Posted: 19 Jun 2014 09:09 PM PDT


Ketika dua orang pemimpin utama PAS ini berada dalam keadaan tidak sihat, ada wakil rakyat PAS yang sesuka hati menyatakan pendirian yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip parti PAS iaitu menggesa agar MAIS dibubarkan. 

Bukan MAIS sebenarnya yang perlu dibubarkan, tetapi parti PAS itu sendiri dilihat sesuai untuk dibubarkan kerana tidak relevan lagi dengan situasi perjuangan asalnya. 

Apakah sudah hilang keberanian pada ahli ahli PAS yang kuat berpegang pada prinsip akidah dan syariat Islam? Di mana suara suara mereka? Takut benar dengan kumpulan Erdogan? Sudah lagi tidak kedengaran, mungkin ulasan ini tepat agar parti PAS dibubarkan (baca selanjutnya).

Video Anwar Ibrahim Kalah Berbahas Di Parlimen

Posted: 19 Jun 2014 01:43 AM PDT


Ini Sebabnya Mengapa Dua Ahli Parlimen PKR Diperintah Keluar Dewan Rakyat

Posted: 19 Jun 2014 12:30 AM PDT


Video Ahli Parlimen PAS Kena Tazkirah Dengan Shahidan Kassim Dalam Parlimen

Posted: 18 Jun 2014 11:30 PM PDT


Ahli Parlimen Pembangkang Ini Tidak Dapat Terima Malaysia Adalah Negara Islam

Posted: 18 Jun 2014 10:35 PM PDT



Berani ahli ahli parlimen PAS bantah kenyataan ahli parlimen ini?

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 19 Jun 2014 10:42 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


BILA KJ ULAS BAB AKIDAH . SHUT UP REALLY SHUT UP !

Posted: 19 Jun 2014 02:49 PM PDT

SYABAS TSMY ! I LIKE..

Posted: 19 Jun 2014 02:36 PM PDT

BLOGER DIN TURTLE.. GUA SUKA ARTIKEL LU.

Posted: 19 Jun 2014 02:18 PM PDT

BILA HABIS BACA KENYATAAN NI..APA RASA KORANG ?

Posted: 19 Jun 2014 02:29 AM PDT

SOLIDARITI MELAYU UNTUK ABDULLAH ZAIK. GAP TURUT SERTA.

Posted: 19 Jun 2014 01:25 AM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 19 Jun 2014 03:01 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Gadis-gadis hot Argentina di Piala Dunia

Posted: 19 Jun 2014 08:18 AM PDT

Argentina telah mengalahkan Bosnia Herzegovina 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F Kejohanan Piala Dunia 2014. Lionel Messi telah menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia sejak tahun 2016. Dengan keputusan tersebut, Argentina menjadi pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan kali ini.

Tapi bukan itu sahaja, peminat dan penyokongnya juga menjadi perhatian dunia. Jumlah penonton Argentina yang datang ke Brazil bukan sahaja ramai, malah juga cun-cun belaka.

Antaranya:




Diana Danielle 'bengang' Nora Danish pegang tangan Farid Kamil

Posted: 19 Jun 2014 07:09 AM PDT

Terkejut juga kami membaca kenyataan terbaru Diana Danielle yang ditulis melalui Instagram beliau malam ini. Ada nada kurang berpuas hati dengan satu tindakan Nora Danish memuat naik gambar untuk promosi filem terbaru Pengantin Malam.

Menerusi nota dalam Instagram itu, Diana Danielle mempersoal kenapa dalam banyak banyak gambar untuk promosi filem tersebut yang ada tetapi gambar Nora Danish memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang dimuat naik ke laman sosial.

"Banyak lagi gambar yang lebih elok boleh di'upload untuk promosi filem kamu, gambar pegang tangan suami saya juga nak dikongsi. Oh faham, mungkin itu akan membuat orang teruja untuk tengok filem kamu. Hati of hati, sabarlah," luah Diana Danielle.
Kasihan pula kami kepada Nora Danish walaupun ada kebenaran dalam hak Diana Danielle sebagai seorang isteri namun sebagai seorang yang juga mencari rezeki sebagai pelakon, beliau seharusnya lebih arif akan tuntutan kerja. Oh well. (rtky/m)

Azilah Kes Altantuya Dicekup Bersekedudukan Dengan Isteri Orang

Posted: 19 Jun 2014 05:01 AM PDT

Pasti para pembaca masih ingat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri merupakan salah seorang daripada individu yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan berprofil tinggi model kelahiran Mongolia iaitu Altantuya Sharibuu beberapa tahun yang lepas.

Azilah telah ditangkap khalwat sekali lagi selepas disyaki bersekedudukan dengan isteri orang di sebuah kuarters polis di Sepang, Selangor awal pagi tadi.

Azilah yang masih berstatus bujang ditangkap berdua-duaan dengan Musliha Makrani yang juga seorang anggota polis oleh suami Musliha sendiri.

Ketika ditangkap, Azilah ditemui sedang menyembuyikan diri dalam sebuah bilik di sebalik timbunan pakaian di tepi katil manakala ketiga-tiga anak Musliha sedang tidur.

Sumber

Kemaskini dari Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tertuduh dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, Cif Inspektor Azilah Hadri, hari ini ditangkap khalwat bersama seorang anggota polis wanita.

Mereka dikatakan ditangkap oleh suami wanita terbabit yang juga seorang anggota polis pada kira-kira pukul 2 pagi di perumahan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan khalwat itu.

Katanya, Azilah, anggota Unit Tindakan Khas dan wanita tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor atas pertuduhan khalwat dan polis juga telah membuka kertas siasatan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka.

"Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis," katanya.

Isnin ini, Azilah sepatutnya hadir ke Mahkamah Persekutuan bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dan pelepasannya bersama seorang lagi tertuduh dalam kes itu, Koperal Sirul Azhar Umar, 43.

Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi, 20 Oktober 2006. - BERNAMA

Drebar laknat jual gambar cabul budak

Posted: 19 Jun 2014 03:01 AM PDT

Gambar hiasan
Jakarta: Polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana disyaki menjual gambar dan video mempamerkan aksinya mencabul budak lelaki berusia bawah 10 tahun.

Hanya dikenali sebagai Martono, lelaki terbabit melakukan aktiviti keji itu di bilik sewaannya di Tangerang.

Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto berkata, suspek berusia 33 tahun dan bertindak sendirian.

"Bahan lucah itu dijual kepada pelanggan melalui dalam talian," katanya.

Katanya, Martono ditangkap dua minggu lalu.

Katanya, suspek memasang kamera di bilik sewanya sebelum memperdaya mangsa melakukan aksi seksual bersama di situ.

Menurut Rikwanto, suspek bekerja sebagai pemandu dan sudah menjual puluhan gambar serta video aksinya sejak enam bulan lalu.

Hasil daripada aktiviti itu, katanya, Martono memperoleh bayaran sehingga Rp30 juta (RM8,087).

"Polis merampas dua kad SD mikro yang mempunyai kapasiti satu dan 15 gigabit," katanya.

Di dalam kad memori itu, katanya, terkandung ratusan gambar serta video menunjukkan Martono mengadakan aksi seks dengan enam budak lelaki berlainan.

"Sesetengah budak terbabit muncul dalam lebih daripada satu video," katanya.

Bahan itu, kata Rikwanto, dimuat naik di laman sesawang bagi membolehkan pelanggan memilih klip atau gambar yang ingin dibeli.

- Agensi

Dendam 'berahi' 40 tahun

Posted: 19 Jun 2014 02:01 AM PDT

Tokyo: Polis semalam menahan seorang suri rumah berusia 79 tahun yang didakwa memukul suaminya sehingga mati kerana menjalin hubungan sulit dengan wanita lain 40 tahun lalu.

Menurut jurucakap polis, Yoshiko Suzuki menggunakan 'objek seperti kayu' untuk menyerang suaminya, Masaharu, 79, di rumah mereka di bandar Nakai, 60 kilometer ke barat Tokyo, Ahad lalu.

"Suami saya kehilangan kerjayanya 40 tahun lalu kerana menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita.

Hal ini menyebabkan kami sering bertengkar," kata suspek kepada penyiasat.

Polis pernah meleraikan satu pertengkaran di antara mereka September lalu.

Pasangan berkenaan hidup bersama anak mereka berusia 43 tahun yang keluar membeli-belah ketika kejadian.

Yoshiko ditahan atas tuduhan serangan yang menyebabkan kematian dan kesnya diserahkan kepada pendakwa raya di wilayah Kanagawa.

Tahun lalu seorang wanita Jepun memukul suaminya yang berusia 70 tahun hingga mati dengan cawan selepas mengetahui lelaki berkenaan menjalinkan hubungan sulit.

- AFP

Lelaki Dituduh Masukkan Jari Ke Kemaluan Anak di Kota Bharu

Posted: 18 Jun 2014 11:29 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sebentar tadi terhadap tuduhan memasukkan jari ke kemaluan anak perempuannya berusia 15 tahun, April lalu.

Tertuduh berusia 37 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke kemaluan mangsa berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Kampung Kenor, Kuala Krai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, April 2014.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


- Harian Metro

Wanita bogel berjemur ditingkap sebabkan kemalangan

Posted: 18 Jun 2014 10:01 PM PDT

TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.

Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.

"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.

Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.

"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.

"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."

Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan.

Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap.

Isteri Aidil mahu suami putus hubungan dengan Rita

Posted: 18 Jun 2014 09:01 PM PDT

PETALING JAYA 19 Jun - Pelakon Rita Rudaini tidak membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya.

Menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan Aidil, Rita juga tidak menolak berasa kecewa dengan bekas suaminya kerana mendakwa Aidil langsung tidak pernah menjenguk anak-anaknya selepas berkahwin.

"Orang yang memisahkan anak saya daripada bapa mereka tidak layak pegang anak saya.

"Semua orang tahu apa yang berlaku sewaktu saya masih menjadi isterinya, jadi dia tidak layak untuk bergelar ibu kepada anak-anak saya," katanya ketika ditemui pada Kempen Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal TV3 dan TV9, di sini semalam.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, dia juga difahamkan Zarema sudah menyekat nombornya di dua aplikasi telefon Aidil iaitu WeChat dan WhatsApp.

Memandangkan sebelum ini kedua-dua aplikasi itu digunakan Rita untuk menghubungi Aidil bagi menyampaikan keadaan terkini anak-anak mereka, kini dia dan Aidil tidak lagi dapat berhubung.

"Sebelum ini Aidil yang minta saya memuat turun aplikasi WeChat, katanya senang mahu buat panggilan video dengan anak-anak. Bila saya sudah memuat turun dia sekat pula, jadi saya tanya Aidil dan dia beritahu apa yang berlaku.

"Memang saya sedih, sebelum ini dia (Aidil) sudah berjanji untuk bertanggungjawab dengan anak-anak. Tetapi tetap sama, saya sudah lali dengan janji-janji dia. Memang saya marah setiap kali anak saya tanya mana Daddy mereka, sebab saya yang ajar mereka mengenali siapa Aidil," katanya.

Rita dan Aidil atau Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak, 28, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008. Bagaimanapun perkahwinan tidak kekal lama dan mereka berdua bercerai pada 5 September tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, ditanya soal penglibatan Aidil dalam bidang lakonan, Rita mengakui langsung tidak tahu mengenai perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140619/hi_01/Rita-Rudaini-enggan-benar-isteri-Aidil-dekati-anak#ixzz353JAbVWM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Terlupa pakai seluar dalam di karpet merah?

Posted: 18 Jun 2014 08:09 PM PDT


Kendall Jenner muncul dengan fesyen yang mengejutkan di karpet merah MuchMusic Video Awards di Toronto Ahad lepas.

Dengan fesyen yang mendedahkan tulang pelvisnya, gaun yang terbelah hingga ke pinggang, gadis berusia 18 tahun ini benar-benar mencuri tumpuan.

Bintang realiti ini memilih gaun rekaan Fausto Puglisi.

Lima faktor kegagalan Sepanyol di Piala Dunia

Posted: 18 Jun 2014 07:45 PM PDT

RIO DE JANEIRO: Sepanyol muncul negara juara yang kelima terkeluar daripada saingan pusingan awal selepas tewas 2-0 kepada Chile di Maracana awal pagi tadi.

Berikut lima sebab mengapa juara Piala Dunia 2010 dan Euro 2012 itu gagal menyerlah kali ini.

Masih mengharapkan pemain lama

Selepas tewas 5-1 kepada Belanda, pengurusnya Vicente del Bosque terpaksa menggugurkan pemain bintang Xavi Hernandez serta Gerard Pique dan digantikan dengan Pedro Rodriguez dan Javi Martinez. Walaupun ia dilihat untuk memperkukuhkan pasukan, ia sepatutnya dilakukan lebih awal. Koke, pemain tengah Atletico Madrid, yang penuh bertenaga dan semangat pula lewat ditampilkan dalam pasukan.

Keputusan terus memberi kepercayaan kepada penjaga gol, Iker Casillas terbukti satu kesilapan. Tambahan pula, kapten pasukan yang hebat sebelum ini bukan lagi pemain tetap untuk kelabnya Real Madrid, tetapi Del Bosque sepatutnya mempunyai banyak pilihan lain walaupun penjaga gol kedua, Victor Valdes cedera.

Pertahanan yang longgar Jika dia dipersalahkan, Casillas juga mungkin akan menyalahkan barisan pertahanan yang sepatutnya mengawal dan melindunginya setiap kali kubu mereka diserang. Lagipun, kejayaan Sepanyol pada 2010 dan Euro 2012 banyak bergantung kepada kehebatan pertahanannya mengekang asakan lawan.

Inspirasi Carles Puyol tiada kali ini. Gandingan pertahanan tengah, Pique and Sergio Ramos amat cemerlang beberapa tahun lalu, tetapi gagal menyerlah kali ini. Keputusan menurunkan Javi Martinez pula terbukti gagal ketika menentang Chile. Kegagalan mengekang kepelbagaian formasi Belanda dan Chile menyebabkan Sepanyol dibolosi tujuh gol hanya dalam dua perlawanan.

Pemilihan Diego Costa

Apabila Del Bosque memujuk Diego Costa mewakili negara angkatnya dan mengenepikan negara asal Brazil, amat jelas bahawa bintang Atletico Madrid itu akan menjadi pemain dalam kesebelasan utama. Bagaimanapun, Sepanyol tidak membantu penyerang tengah itu menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan itu.

Dia seorang pemain yang memerlukan ruang setiap kali mendapat bola untuk merobek gol lawan, tetapi malangnya dia kelihatan seperti 'dungu' ketika berdepan dengan pertahanan Chile. Dia tidak selesa dalam posisi itu sehingga rakyat Brazil sendiri bersorak memarahinya kerana memilih bermain untuk Sepanyol.

Gagal berubah daripada tiki-taka

Sepanyol tersilap langkah kerana terlalu mempercayai sistem itu yang amat berjaya dalam banyak kejohanan lalu. Corak permainan pasukan La Roja digerakkan seperti cara permainan Barcelona sehingga mencipta banyak kejayaan di bawah pengurus Pep Guardiola.

Namun, kejatuhan Barcelona dan bagaimana pasukan Bayern Munich kendalian Guardiola diratah oleh Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-juara baru-baru ini, memberi isyarat bahawa era kehebatan tiki-taka telah pun berakhir.

Ia terbukti apabila rentak permainan Chile yang memberi tekanan kepada Sepanyol, menyebabkan pemainnya gagal membuat hantaran tepat dan tidak mampu mengawal bola seperti ia melekat di kaki yang selama ini menjadi kehebatan sebenar Sepanyol.

Bermain di Amerika Selatan

Pasukan Eropah memang sukar untuk menang Piala Dunia di benua Amerika dan ia tidak pernah berlaku. Kejatuhan Sepanyol sebenarnya telah bermula di Maracana setahun lalu apabila tewas 3-0 kepada Brazil dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi dan kemerosotan berterusan ketika tewas kepada Chile.

Setiap pasukan Amerika Selatan dalam kempen kali ini mendapat sokongan daripada peminat dari benua itu. Kekalahan 5-1 kepada Belanda, menyebabkan Sepanyol memerlukan kemenangan ketika menentang Chile, tetapi penonton di Maracana menyokong Chile sehingga menyebabkan mereka seolah-olah bertarung sebagai tuan rumah. - AFP

Tukar agama: Amy Search semakin kecewa dengan Nabila Huda

Posted: 18 Jun 2014 07:01 PM PDT


BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.

Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona.


Simpati dengan Wings

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lagu-lagu baharu kumpulan, Wings, yang menjadi mangsa cetak rompak, Amy berkata ia gejala yang perlu diberi perhatian.

Menurut Amy, walaupun gejala ini sudah berleluasa sejak zaman kegemilangan mereka lagi, namun ia satu perkara merunsingkan.

"Kalau dulu, jarang sangat kita dengar lagu dicetak rompak sebelum album dikeluarkan. Kalau ada pun, hanyalah membabitkan kumpulan indie sahaja.

"Sekarang, ianya terjadi sebelum ianya dilancarkan. Saya sendiri bingung memikirkan perkara ini. Bagaimana ia boleh terjadi dan siapa yang perlu bertanggungjawab?

"Pada saya, siapa yang diberi kuasa memegang karya itu, dialah yang perlu bertanggungjawab," katanya lagi.

Jelas Amy, dia bersimpati dengan nasib rakan seangkatannya, Wings, yang terpaksa berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi setelah 13 tahun tidak menghasilkan sebarang album buat peminat.

"Namun, perkara ini tidak menghantui saya, saya tidak akan membiarkan lagu baharu saya dipromosikan secara keseluruhan di Youtube.

"Cukuplah separuh sahaja, tanpa lagu penuh dan saya akan menggunakan platform secara fizikal sebagai promosi," katanya.

THE FLYING KICK

Posted: 19 Jun 2014 02:45 PM PDT

tun faisal dot com

Posted: 19 Jun 2014 02:43 PM PDT

tun faisal dot com


Siti Zailah, MP Rantau Panjang Pas kena balun sebab mulut busuk

Posted: 18 Jun 2014 04:30 PM PDT



Muslimat Pas memang tak boleh harap. Mungkin sebab tu senang je Mat Sabu `jual' ...



Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan "berniat jahat" oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

"Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…," kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

"Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia," kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

"Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?" soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi "Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang" yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

"Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.

"Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

"Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara," kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.-bnbbc.my

Kata Pakteh...!!

Posted: 19 Jun 2014 02:02 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Situasi penentangan era "Paklah" kini terjelma?

Posted: 18 Jun 2014 05:17 PM PDT

Ya
Kepada pelobi dan pembodek PM, teruskan agenda anda tetapi bagi pejuang Agama Bangsa dan Tanaharir, mari menilai semua apa yang terjadi disekeliling kita. Apa kata Pak Abu ketika minum kopi di kedai pagi tadi?. Apa kata tok siak ketika bersantai menunggu Isyak semalam, Apa kata Mak Jeha ketika melenggang menuju ke kebun getah kelmarin dulu?

Apa kata guru? Apa kata sifulan itu dan sifulan ini?

Rakyat marhain yang agak terkejut PM Najib kini tidak jauh bezanya dengan Paklah. Rakyat mengharapkan Najib menjadi pengganti yang hampir kepada Tun M namun sebaliknya yang berlaku ialah....banyak kelemahan berlaku dan mula dinilai corak kelemahan ini seperti di era Paklah. 

Susah jugak sebenarnya nak menjelaskan Najib ada idea transformasi yang memerlukan jangka panjang untuk dilihat hasilnya. Rakyat tidak memahami semua itu jika perkara asas yang sering menjadi isu gagal ditangani.

Pakteh sendiri melihat Najib GAGAL menangani isu kalimah Allah dengan baik. Isu Peguam Negara menolak untuk meneruskan kes rampasan bible bahasa Melayu membuktikan Najib mula membawa negara ini kearah kehancuran. Umat Islam sangat berbaik sangka dan lembut hatinya namun apabila Islam diperdagangkan, kita telah melihat banyak yang terpaksa dikorbankan. 

Mungkin Malaysia berhasrat menjadi seperti Turki yang dimulai oleh Kamal Attartuk?. Ya...ada laporan disaat Salawat Perdana diputrajaya, masa yang sama juga ribuan PELACUR masih merenggek dalam negara ini minta dibelai....begitu mudah negara dibolos. 

Isu penculikan di Sabah....bukan sahaja gagal ditangani sebaliknya menunjukkan rakyat tidak layak mempercayai janji keselamatan oleh Menteri berkaitan. 

Jika Agama mudah diperkotak katikkan, Keselamatan negara dirobek dengan mudah dan jati diri bangsa mulai longggar......pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan corak aliran dasar pemerintah sedia ada.

Jangan sehingga BN dijatuhkan dalam PRU14 barulah tersedar.....sudah terlambat. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan....cukuplah ahli biasa letih mempertahankan Paklah dahulu...janganlah terjadi lagi era yang sama ketika Najib menjadi PM. 

Najib perlu diselamatkan......pembodek dan yes man disekeliling beliau sebenarnya yang perlu dihambat keluar. Ubat yang memberi kebaikan selalunya pahit dan yang manis itu selalunya berakhir dengan kaki tangan dipotong......Pakteh memilih untuk berkata yang pahit didengar....


Cucu Tok Selampit

Posted: 19 Jun 2014 01:07 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Comel Sungguh MP Temerloh @Tantawi100 Naik Kenderaan Jimat Minyak

Posted: 19 Jun 2014 08:01 AM PDT


Tidaklah dapat dipastikan sama ada YB Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi cuba melepaskan tension akibat bebanan sebagai Wakil Rakyat atau beliau sekadar ingin mempraktikkan sebuah kenderaan yang tidak mencemarkan alam. Namun gaya santai beliau sudah semacam rancangan kanak-kanak Telletubbies pulak. Namun CTS mengakui sepanjang CTS menulis tentang politik santai, inilah kali pertama melihat satu gelagat yang pelik. Adakah anda pernah nampak mana-mana pemimpin PAS, ada tabiat pelik macam ni? Suka hati YBlah. Jangan buat perkara yang berdosa cukup. Tapi YB memang cool dalam gambar tersebut.

JAKIM Jawab Isu Kiub Pati Babi Keluaran Knorr - Lain Kali Jangan Suka-Suka Sebar Fitnah Kak Ton Ooi!!!

Posted: 19 Jun 2014 01:00 AM PDT


Memamng tidak dapat dinafikan pengguna-pengguna media sosil di Malaysia amat terlalu prihatin dan berlumba-lumba untuk menyebarkan sesuatu berita. Kononnya untuk menjadi pemecah berita. Lazimnya, berita, berita berkenaan akan berkahir dengan maklumat separuh masak, tidak benar dan berunsur fitnah. Sejak dua tiga hari lepas, ramai pengguna media sosial telah menyebarkan gambar kiub pati babi keluaran Knorr. Ada yang sanggup membuat cerita bahawa mereka telah membelinya di pasaraya Tesco, kononnya. Kenapa tidak kalau ada sesuatu perkara berbangkit, kita rujuk kepada pihak yang bertanggungjawab? JAKIM ada fanpafe mereka sendiri. Begitu juga Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa aktif di fanpage mereka. Kenapa tidak dirujuk? Baca sendiri penafian JAKIM untuk isu berkenaan di bawah:


Dalam pada masa yang sama juga ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengedarkan berita di sosial media bahawa berlaku penculikan kanak-kanak la, van putih la, apa la, mak nenek mereka la, sedangkan berita itu adalah berita fitnah yang sengaja untuk menakut-nakutkan orang ramai. Baca juga penafian Polis Di Raja Malaysia seperti di bawah:

PEJUANG BANGSA

Posted: 19 Jun 2014 12:43 PM PDT

PEJUANG BANGSA


MENGAPA DAKWAAN AKTA HASUTAN KE ATAS ADUN DAP RAYER DITANGGUHKAN ? @NajibRazak @dzainalabidin

Posted: 19 Jun 2014 12:36 AM PDT





Ini yang menjadi persoalan dikalangan ahli UMNO & penyokong kerajaan   mengapa AG tangguhkan dakwaan ke atas Rayer Celaka  di bawah akta Hasutan .  Manakala PRESIDEN ISMA hari ini turut  dikenakan pertuduhan akta hasutan hingga terpaksa   diikat jamin RM 5 ribu .


Apakah  kerana Rayer ini  Adun DAP ini dan mereka  kebal daripada undang-undang ?? 

Sudah terang-terang beliau bersalah kerana  menimbulkan kemarahan jutaan ahli UMNO dengan gelaran CELAKA  hingga menyebabkan beberapa pemimpin pemuda UMNO negeri telah  menyerbu Sidang DUN . Hari ini mereka turut  didakwa di mahkamah yang sama . 





Jangan sampai orang Melayu terutama ahli UMNO marah kepada kerajaan kerana melepaskan suspek utama yang membakar api kemarahan   manakala   ahli parti sendiri dikenakan tindakan . 





GEORGETOWN - Pertuduhan hasutan ke atas Adun Seri Delima, RSN ditangguhkan pada satu tarikh yang lain  atas arahan dari Jabatan Peguam Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani kepada peguam yang mewakili Rayer, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan V Raveendran.

Terdahulu, Rayer yang juga kelihatan dalam keadaan biasa hadir ke mahkmah bersama ahli keluarga dan penyokong parti.

Beliau sepatutnya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira 9 pagi, tadi.

Sementara itu, ketika ditanya pihak media, Gobind memaklumkan penangguhan kes di saat terakhir adalah  sesuatu tidak biasa dan jarang berlaku.

Menurutnya, beliau akan menulis surat kepada Peguam Negara berhubung penangguhan kes berkenaan.

"Pihak kami juga akan memohon, Peguam Negara untuk mempertimbangkan keputusan untuk mendakwa Rayer mengambil kira kapasiti supaya tidak didakwa bawah seksyen hasutan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, suasana di pekarangan mahkamah dikawal ketat anggota polis
.

IPOHMALAY

Posted: 19 Jun 2014 09:05 AM PDT

IPOHMALAY


Hong Leong hina migran di Hong Kong pula

Posted: 18 Jun 2014 08:23 PM PDT

Bank rasis kontroversi di negara ini, Hong Leong dikecam masyarakat migran di Hong Kong terutamanya dari Filipina dan Indonesia apabila memperlawakkan profesion pembantu rumah dalam sebuah iklan insuransnya di Hong Kong.

Dalam iklan itu ia menggunakan seorang aktor China yang berkulit gelap melakonkan watak pembantu rumah yang biasanya disandang pekerja Filipina dan Incdonesia dengan berambut palsu kerinting.

Nampaknya Hong Leong bukan sahaja kerap mencari geruh berbuat onar terhadap komuniti Melayu yang bekerja dengannya, malah suka mencari pasal dengan lain-lain bangsa.


Dinilai Rasis, Iklan Asuransi Malaysia Diprotes

"Anda telah mentertawakan seseorang dari sebuah komunitas."

ddd
Kamis, 19 Juni 2014, 08:49



VIVAnews - Sebuah iklan asuransi milik bank asal Malaysia, Hong Leong, diprotes oleh kaum buruh migran di Hong Kong, karena dianggap rasis.

Dalam iklan itu, ditampilkan seorang aktor China mengenakan tata rias berwarna orange kecokelatan dan rambut wig ikal.

Dilansir dari stasiun berita Channel News Asia, Rabu 18 Juni 2014, aktor tersebut digambarkan berprofesi sebagai asisten rumah tangga dan tengah menyuguhkan minuman kepada majikannya. Sontak, iklan itu dikritik oleh kaum buruh migran di Hong Kong.

Menurut juru bicara organisasi Asian Migrants, Eni Lestari, iklan tersebut secara terang-terangan rasis.

"Saya kira mereka harus meminta maaf di hadapan publik. Anda telah mentertawakan seseorang dari sebuah komunitas. Mungkin bagi penduduk Hong Kong itu lucu, tetapi, yang mereka tidak sadari sebenarnya yang mereka tertawakan itu sesuatu yang rasis," ujar Eni.

Menurut dia, penggambaran aktor sebagai asisten rumah tangga itu seolah-olah merujuk kepada warga Filipina atau Indonesia yang notabene banyak bermukim di Hong Kong.

Eni justru mempertanyakan, kenapa bank tersebut tidak menggunakan jasa model asal Indonesia atau Filipina untuk berpura-pura sebagai pelayannya.

Kekesalan kemudian juga dilampiaskan di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Seseorang bernama Kahlil Stultz menulis di laman Facebook bank itu menuntut agar iklan tersebut dicabut.

"Iklan tersebut sangat tidak sesuai dengan representasi profesional layanan keuangan dari bank Anda," tulis Stultz.

Pengikut