Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Laporan Audit : Melaka tanggung kerugian akibat ketidakmampuan pengurusan Posted: 19 Jun 2014 07:32 PM PDT Bukit Beruang : Kualiti Kerja Naiktaraf Jalan Tidak Memuaskan Kerja menaiktaraf jalan dan longkang di Jalan Zamrud 5, Taman Kerjasama Fasa 2 Bukit Beruang, Hang Tuah Jaya bernilai RM0.08 juta telah disiapkan pada 10 Jun 2013 dengan tempoh tanggungan kecacatan selama 12 bulan. Lawatan Audit ke Jalan Zamrud 5, pada bulan Februari 2014 mendapati kualiti jalan yang diturap adalah tidak memuaskan kerana telah mendap dan rosak. Menurut pegawai MPHTJ, jalan menjadi mendap dan rosak kerana dilalui oleh kenderaan berat seperti lori sampah. Semakan Audit mendapati tiada butiran spesifikasi terperinci berkaitan kerja dan sehingga tarikh pengauditan, MPHTJ tidak mengeluarkan arahan untuk membaiki semula jalan tersebut walaupun kerosakan berlaku dalam tempoh kecacatan. Pada pendapat Audit perolehan kerja yang tidak mengikut spesifikasi dan tidak berkualiti adalah merugikan PBT kerana tidak mendapat bekalan/perkhidmatan yang sepatutnya. Projek Taman Ros di Ayer Keroh gagal. Lawatan Audit ke Taman Ros pada bulan Februari 2014 mendapati projek ini telah gagal. Keadaan taman adalah kurang terurus dan bunga ros yang ditanam telah mati. Selain itu, kawasan taman juga telah diusahakan dengan projek madu lebah setelah diambil alih oleh Syarikat lain. Menurut pegawai Landskap MPHTJ, Taman Ros ini tidak sesuai dibangunkan kerana faktor cuaca dan kos pengurusan yang tinggi. Pada pendapat Audit, pelaksanaan projek Taman Ros adalah gagal dan mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan. Selain itu, perolehan tanpa Pesanan Tempatan bagi projek ini adalah tidak memuaskan. Sumber : Jabatan Audit Negara Musab Umair |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan