Ahad, 9 November 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 08 Nov 2014 11:30 PM PST

Suara Sri Andalas


Gotong Royong Cegah Denggi Dato Dagang, Taman Sentosa

Posted: 08 Nov 2014 07:18 PM PST

Klang, 9 November 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar pada hari ini merasmikan kempen cegah denggi dan turut bersama-sama bergotong royong bersama-sama hampir 100 orang penduduk membersihkan kawasan sekitar Jalan Dato' Dagang Taman Sentosa. Kempen dianjurkan bersama Rotary Club Klang Central dan Majlis Perbandaran Klang. Selepas satu sesi taklimat berkaitan pencegahan denggi diadakan, ubat mencegah pembiakan denggi diagihkan kepada orang ramai dan gotong-royong diadakan. YB Dr. Xavier Jayakumar berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan sekitar dan memastikan tiada tempat takungan yang membolehkan nyamuk aedes membiak. 





R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 08 Nov 2014 11:02 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Rumah Terbuka Deepavali

Posted: 08 Nov 2014 02:25 AM PST

AHAD, 9hb November 2014

di Padang Bola, Jalan Nuri,
Seksyen 7, Kota Damansara

Jam 12 tghari - 4:00 ptg

Semua dijemput hadir

Barisan Nasional

Barisan Nasional


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 09 Nov 2014 03:15 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Dulu dipanggil Darul Khinzir, sekarang ...

Posted: 08 Nov 2014 07:46 PM PST


Dulu masa krisis babi sakit penyakit JE, Negeri Sembilan diejek sebagai Darul Khinzir. Nampaknya bakal timbul nama baru untuk Negeri Sembilan ....


... Darul Khunsa!

Semua pasal jaga Hak Asasi Manusia sampai penghakiman pun merepek hingga ketepikan hak tuhan mengatur fitrah alam.

Kalau begini hakim kita berfikir, orang gila bunuh orang akan diumumkan hukum bunuh salah dari segi perlembagaan. Penunjuk perasaan yang bakar bandar itu lebih berhak dari mangsa rumah yang dibakar.

Ingatlah bahawa orang pertama masuk neraka adalah pemimpin, hakim dan kadhi.

Wow! Biar jual orang jangan jual akidah

RAPERA ..

Posted: 09 Nov 2014 01:45 AM PST

RAPERA ..


Pendekatan Berhemah dan Saintifik Menghadapi Isu Transeksual - Mufti Perlis Dato Murshid Dr Juanda Jaya

Posted: 08 Nov 2014 04:50 AM PST

Panglima Perang Cyber

Posted: 08 Nov 2014 11:46 PM PST

Panglima Perang Cyber


Kenyataan PPMM Mahkamah Rayuan Nafi Seksyen 66 Mahkamah Syariah

Posted: 08 Nov 2014 05:20 PM PST

KENYATAAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Berkaitan Penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan)

Bertarikh: 8 November 2014

Kepada semua media
Untuk Siaran Segera

PPMM berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti. Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan. Ketiga-tiga lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:

"Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya."

Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan. Pada kebiasaan hakim-hakim akan membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan mahkamah.

Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.

Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam. Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna 'precepts of Islam' bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam. Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.

Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.

Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam. Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi). Begitu juga obligasi berperlembagaan Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa. Sebagai Ketua Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk dipenuhi.

Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain. Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation). Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan sesama sendiri.

Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambilkira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan. Memusnahkan strucktur asas ini akan mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terpecah.

Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.

PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan. PPMM juga mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan "amicus curae" di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan di dalam rayuan tersebut.

PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak. Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja. Keputusan ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada undang-undang di negeri berkenaan.

PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.

PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.

Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM)


Sent from my iPhone

The Unspinners

Posted: 08 Nov 2014 11:35 PM PST

The Unspinners


Anwar jual nama Yusof Qardawi, tapi rapat dengan Islam Liberal

Posted: 08 Nov 2014 11:21 PM PST



Memetik lagi wawancara Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB di SINI, dia turut mendedahkan kawan-kawan Anwar Ibrahim di Indonesia adalah puak-puak islam Liberal yang sesat berlaka.

Kenapa Anwar dikaitkan dengan fahaman liberal?

Memang Anwar kalau datang ke Jakarta, dia banyak berkumpul bersama-sama kelompok liberal. Kita orang Indonesia, kita tahu siapa orang Indonesia yang liberal dan siapa yang bukan.

Kita tidak faham apakah Anwar tahu mereka liberal atau tidak? Tetapi yang jelas, datangnya Anwar ke Indonesia lebih banyak berkumpul dengan kelompok-kelompok liberal. Kelompok yang memang di Indonesia ini bermasalah dan selalu buat masalah.

Salah satu buktinya adalah apabila Anwar menyertai dialog di Komunitas Salihara, Jakarta. Salihara itu adalah komuniti liberal yang memperjuangkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Indonesia.

Jadi saya fikir sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis, kalau kita mahu tahu seseorang itu, lihat siapa kawannya. Kalau dia berkawan dengan liberal, pemikirannya akan terpengaruh ke sana.


Bagaimanakah pemikiran golongan liberal Indonesia?

Pemikiran-pemikiran liberal yang saya sebut, di Indonesia sudah sampai setakat itu pemikiran liberalnya. Jadi orang seperti dalam pimpinan Jaringan Islam Liberal Indonesia, pimpinan majalah (isu semasa) dan lain-lain, pemikiran liberal mereka sudah sampai setakat itu, yang empat itu. Kerana itu kita tolak, kerana itu semua bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi liberal di Indonesia, orang lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan, itu hak asasi manusia.

Perjuangan kelompok liberal sudah sampai sehingga ke Parlimen dan berupaya mendesak supaya wujud satu undang-undang yang membolehkan LGBT dan perkahwinan sejenis disahkan dan mendapat surat nikah.

Tetapi kita NGO-NGO Islam terus melakukan perlawanan dan sampai hari ini mereka belum berhasil meluluskan undang-undang itu. Kita akan lawan terus dan tidak akan boleh berhasil.

Tokoh-tokoh yang memperjuangkan itu adalah kawan-kawan Anwar. Saya tidak faham, apakah Anwar tidak tahu mereka ini adalah tokoh-tokoh pejuang liberal di Indonesia atau memang Anwar faham, kemudian mewujudkan satu rangkaian dengan mereka. Wallahualam.

Sepenuh SINI

Anwar suka menjaja nama Sheikh Yusof Qardawi tetapi dia lebih rapat dengan puak-puak Liberal.

Pemikiran Islam Liberal mengarah ke atheis

Posted: 08 Nov 2014 06:21 PM PST


FRONT Pembela Islam (FPI) Inddonesia adalah sebuah NGO Indonesia yang paling lantang menentang suara golongan liberal dan pluralisme agama di sana.

Dalam satu wawancara dengan Utusan Malaysia, Ketua Umum FPI, HABIB MUHAMMAD RIZIEQ SYIHAB mendedahkan cara untuk mengenali pemikiran sesat puak Islam Liberal. Ternyata hala pemikiran  itu ada dalam puak SIS dan kumpulan Islam Liberal dan plural lain serta Anwar Ibrahim.

Kami memetik berikut dari KLXexpress:

.... pemikiran liberal terdapat sekurang-kurangnya empat virus pemikiran yang sangat berbahaya.

Pertama adalah virus relativisme. Ia adalah satu virus pemikiran yang membuat seseorang itu meyakini bahawasanya tidak ada kebenaran mutlak termasuk kebenaran agama.

Semua kebenaran bersifat relatif. Maka dia akan beranggapan semua agama sama, semua agama benar, semua agama sama-sama menuju syurga dan semua agama tidak ada perbezaan. Akibat virus relativisme yang ada dalam pemikiran seseorang, akhirnya orang itu bersikap menjadi pluralisme.

Kedua adalah virus skeptisisme. Kalau seseorang sudah terlalu lama menganggap tidak ada kebenaran mutlak, maka lama kelamaan dia akan ragu dengan kebenaran.

Dia menjadi ragu dengan kebenaran agama dan tidak yakin kalau agama itu mampu menangani urusan perekonomian, perniagaan, politik dan urusan negara. Dia hanya meyakini agama itu adalah urusan ibadah, solat, puasa, zakat dan haji sahaja.

Kalau orang sudah kena virus semacam ini, maka dia akan bersikap untuk memisahkan antara urusan agama dengan urusan negara atau sering disebut sebagai sekularisme.

Ketiga, virus agnostik. 

Ini terjadi apabila seseorang itu tidak peduli lagi dengan kebenaran agama. Sehingga dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk, benar atau salah, dia tidak lagi memakai ukuran agama, sebaliknya dia akan memakai ukuran kebendaan. Apa-apa yang boleh mendatangkan hasil kebendaan, itu benar.

Orang yang terkena virus ini tidak peduli lagi dengan halal dan haram. Contohnya aktiviti judi, pelacuran dan minuman beralkohol akan dibenarkan mereka kerana ia boleh mendatangkan hasil. Selama ada hasil walaupun haram, maka dia tetap akan terima.

Keempat, virus ateis. Mereka yang dijangkiti virus ini tidak percaya dengan agama. 

Dia menolak kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan, dia menolak kewujudan Muhammad SAW sebagai Rasul dan dia menolak apa sahaja yang menurut dia tidak realistik. Syurga dan neraka tidak kelihatan di mata, tidak boleh dibuktikan. Jadi mereka menolak kebenarannya, jadi semuanya serba rasionalisme.

Baca sepenuh SINI

BEBAL Marina ni!!! Tak persoal fatwa, hanya proses maknanya akui SIS sesat!!!

Posted: 08 Nov 2014 05:30 AM PST



Malay Main menyiarkan berita berikut:


Hmmm ... gini ke orang yang nak cakap pasal ugama?

We are challenging the process, not the fatwa, says SIS

BY PATHMA SUBRAMANIAMNOVEMBER 6, 2014

KUALA LUMPUR, Nov 6 — Muslim women's group Sister in Islam (SIS) said today that it is challenging the process involved in formulating a religious edict or fatwa and not the authority of the state religious body to issue one.

The group clarified its position after the Sultan of Selangor said that religious edicts in the state are issued with his consent.

The group's founding member Datin Paduka Marina Mahathir said that the judicial review the group has filed aims to get an explanation on the reasoning for the fatwa that declared the NGO as deviating from Islam

"We were not informed when the fatwa was passed or even after it was gazetted," said Marina at a press conference today.

"Once it is gazetted and if we don't challenge it, it becomes a law and if we contravene the law, it is a crime.

"How would we know we were contravening it if we didn't know about it, and it so happened that we came across it by chance, 10 days before the deadline," she said.


On Friday, SIS filed for a judicial review on a gazetted fatwa in Selangor that declared the group of deviating from Islam.

SIS executive director Ratna Osman said they were filing the challenge as the fatwa – which was gazetted on July 31 – was issued without the group being told or questioned..

The three-month grace period to review a fatwa ended the day SIS filed the judicial review.

The group named the Selangor Fatwa Committee, the Mais and the state government as respondents at the Kuala Lumpur High Court.

------------------------------

Pelik tak ... kalau hanya mempersoalkan proses maknanya fatwa itu tidak dipersoalkan.

Banyak pihak berkata seperti Dr Chandra Muzaffar (baca komen ABITW SINI) pihak MIAS perlu lakukan "engagement" atau berdailog dengan puak SIS dan Islam Plural dan Liberal. Dah banyak yop!!!!

Puak ni tak mahu dengar penjelasan dan bila dinasihat, tak mahu dengar. Mereka ni dah taksub pada Imam Amina Wadud. Bebal ke Chandra Muzaffar ni?

Tak tahu jangan main cakap syok sendiri. dulu kamu sokong dan pertahan anwar, sekarang menyesal. sedar tak kamu banyak tak tahu walaupun kamu Phd dan intelek!

Kamu hanya pakar sosialogi dan bukan pakar ugama dna hukum hakam. Jadi usah cakap benda di luar bidang kamu!!!!

Kenapa Pakatan dan PAS diam dalam hal Mak Nyah?

Posted: 08 Nov 2014 02:30 AM PST

 
Dalam isu SIS, ada kedengaran suara Pemuda PAS dan Azmin menyokong tindakan MAIS. Bila part isu Mak Nyah, dia saja mereka ....

Sebabnya, Pena Minang menulis:

PAKATAN RAKYAT DAH LAMA SOKONG MAK NYAH / LGBT

Oleh : Putera [PenaMinang.com]

Berita pengisytiharan bahawa 'Lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' merupakan berita yang amat menggemparkan. Menariknya dalam bab ini, ada pihak mula menyalahkan kerajaan, bahawa kerajaanlah yang membuat keputusan ini.

Ternyata mereka-mereka yang membuat tuduhan ini adalah mereka yang amat dangkal dengan pecahan sistem pemerintahan di Malaysia. Bagi yang tidak mengetahui, dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.

Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.

Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;

• Badan Kehakiman

Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini. 

Sekaligus hujjah pihak-pihak tertentu menyatakan bahawa Badan Pemerintah yang membuat keputusan dalam Pengiystiharan lelaki berpakaian seperti wanita di Negeri Sembilan bukanlah satu jenayah' adalah satu kenyataan yang dangkal.

Menariknya pihak-pihak berkenaan mungkin terlupa bahawa pada 11 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan  Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu dari Parti terbesar dalam Pakatan Pembangkang, DAP, telah melantik seorang Mak Nyah menjadi Setiausaha Politik Adun berkenaan. 

Tetapi tidak pula dibising-bisingkan oleh puak-puak pembangkang. Kenapa? Adakah mereka hanya melihat 'kesilapan' dari pihak lelain tetapi 'buta' menilai kesilapan sendiri?

Fikir-fikirkanlah.

Rujukan : 

Aziz Bari pernah kata Artikel 121 (1A) jelas tentang kuasa mahkamh syariah

Posted: 07 Nov 2014 11:28 PM PST



Pada tahun 2006, Wartawan Berita Minggu, ZIAUDDIN SHARUDDIN dan HAFIZAH ISZAHANID, ada menulis mengenai pandangan pakar undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkenaan artikel 121 (1a).

Berikut petikan dari tulisan tersebut:

Sebenarnya pindaan yang dibuat pada 1988 menjelaskan pindaan yang sudah berlaku. Pindaan itu menyatakan Mahkamah Sivil tidak ada kuasa pada hal-hal yang dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Saya berpendapat perkara ini jelas dan tidak menimbulkan kesamaran. Sebelum pindaan pada 1988, telah ada kes mahkamah berkaitan isu ini.
Pada 1982, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, berkata Mahkamah Sivil mesti menghormati mereka yang terdidik dalam bidang syariah. Ini berdasarkan Mahkamah Sivil tidak ada kepakaran dan pengetahuan bagi menangani masalah yang sepatutnya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Apabila pindaan dibuat pada 1988, kita boleh mengatakan hakikatnya, Parlimen hanya memaktubkan apa yang sudah berlaku.
Jangan lupa Mahkamah Syariah wujud lama sebelum Perlembagaan digubal. Apabila kita bercakap mengenai Mahkamah Syariah khususnya dan Islam umumnya, ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh semua orang, termasuk bukan Islam.
Kita jangan termakan dengan hujah bahawa Mahkamah Syariah diberi kedudukan lebih tinggi atau mengatasi Mahkamah Sivil. Itu tidak betul! Sebenarnya Mahkamah Sivil tidak ada kuasa dalam isu membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Tentulah berbeza hujah dan dakwaan bahawa Mahkamah Syariah mengatasi kuasa Mahkamah Sivil. Ini dua perkara yang berbeza. Sama juga bahawa Mahkamah Sivil tidak ada kuasa membicarakan kes-kes membabitkan kuasa Mahkamah Tentera, Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Perindustrian.
Ini soal bidang kuasa! Mahkamah Sivil adalah institusi yang diwujudkan dan diletakkan di bawah Perlembagaan. Kalau Perlembagaan mengatakan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil kena patuh.

Kebebasan beragama tidak dipertikai

TIDAK timbul soal menafikan hak bukan Islam kerana Mohammad Abdullah adalah Islam dan seperti kes lain, tidak ada sesiapa memaksanya memeluk Islam. Timbul gambaran bahawa sekarang ini kedudukan atau hak kebebasan beragama, terutama bukan Islam diancam. Ini tidak betul kerana struktur Perlembagaan memberikan ruang kepada kebebasan beragama.
Persoalan penting sekarang ialah Mahkamah Syariah diberikan kuasa untuk menangani isu yang terletak dalam bidang kuasanya. Tidak timbul Mahkamah Syariah mengambil atau menafikan hak bukan Islam.
Ini bukan usaha memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Ini ialah keadaan orang Islam kena patuh kepada ajaran Islam. Ini sudah lama disebut dalam Perlembagaan. Walaupun tidak secara jelas, tetapi sudah ada pengkhususan kuasa diberikan kepada kedua-dua mahkamah. Jika orang Islam mencuri atau membunuh, itu tugas Mahkamah Sivil.
Artikel sepenuh di SINI

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Nov 2014 11:25 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR BERITAHU JAKARTA PENJARA ITU DIA PUNYA HOMELAND

Posted: 08 Nov 2014 02:43 PM PST

Opposition leader Anwar Ibrahim expects to be jailed again

AP/Lai Seng Sin
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he leaves a courthouse in Putrajaya, Malaysia. (file)
Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim gestures as he leaves a courthouse in Putrajaya, Malaysia. 

REPUBLIKA.CO.ID, KUALA LUMPUR - Opposition leader Anwar Ibrahim (67 years) said he expects Malaysia's top court will dismiss his final appeal against a sodomy conviction next week and that he will be sent to prison for the second time in a decade. 
Anwar was sentenced to five years in prison in March on charges of sodomizing a male aide after the appeals court overturned an earlier acquittal. The Federal Court will hear his appeal Oct. 28-29. The United States and international human rights groups call the legal moves against Anwar politically motivated.
"It's a foregone conclusion that there will be a conviction unless there is a miracle," Anwar said late Tuesday at a dinner with the foreign media. "I am still optimistic. I haven't lost hope but I'm realistic to expect the worst. Mentally I am prepared," he added.
Anwar was accused of sodomizing a male aide in 2008, but acquitted by the High Court in 2012. He has said the charges were trumped up to kill his political career.
Anwar previously was imprisoned for six years after being ousted as deputy prime minister in 1998 on earlier charges of sodomizing his former family driver and abusing his power. He was freed in 2004 after Malaysia's top court quashed that sodomy conviction.
Anwar said he won't run away and seek political asylum abroad as proposed by many of his friends.
"It's not that I enjoy prison. I dislike it immensely," he said. "But I have no option. This is my homeland. I have vowed to fight from this country. I will continue my struggle."
"I issue a caution to Prime Minister Najib. Don't think you can transgress the law. Don't think you are invincible. Even the strongest of dictator ... has its limits," he said.
Prosecutors are seeking a heavier jail sentence for Anwar. Sodomy, even consensual, is a crime in Muslim-majority Malaysia and is punishable by up to 20 years in prison.

PAKATAN RAKYAT PENUH BIAWAK HIDUP KATA PAS

Posted: 08 Nov 2014 07:36 AM PST

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden menyelar sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang hanya mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan komitmen dengan Pakatan Rakyat (PR) tetapi menutup mata dengan apa yang dilakukan DAP Sarawak dalam konteks pakatan pembangkang di negeri itu.
Andri Zulkarnaen yang lebih dikenali sebagai Abusiraj Almuner berkata Guan Eng telah melakukan serangan hendap terhadap PAS khususnya presiden parti itu secara bersiri iaitu pada 2 November semasa konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan dan 3 November semasa Majlis Fund-Raising Dinner DAP Petaling Jaya.
"Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?
"Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
"DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.
"Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan harakahdaily semalam.
Menurut Abusiraj, Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen dalam kenyataan medianya telah berkata bahawa DAP negeri itu bersikap tunggu dan lihat, di samping mahu melihat siapakah barisan kepimpinan PAS yang bakal diadakan tahun depan.
"Sekiranya kepimpinan PAS yang baru masih didukung oleh pemimpin yang menyokong hudud maka mereka akan bertindak menarik diri dari PR. Tindakan DAP Sarawak ini adalah keterlaluan dan cuba mencampuri urusan dalam dan mempengaruhi pemilihan kepimpinan PAS.
"Mengapa Guan Eng tidak menyatakan pendirian DAP Pusat ke atas tindakan melampau DAP Sarawak dalam Pakatan Rakyat yang ternyata jelas tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.
"Adakah tindakan DAP Sarawak itu adalah contoh prinsip dan amalan DAP yang dimaksudkan oleh Guan Eng? Guan Eng harus sedar bahawa langkah yang diambil oleh DAP Sarawak ini boleh menjejaskan persiapan PRN rakan-rakan dalam PR. Guan Eng juga seharusnya mencerminkan DAP itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat segala macam kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.
"Alangkah baiknya Guan Eng segera menyelesaikannya isu DAP Sarawak ini dari menanggung "biawak hidup" kepada rakan-rakan dalam PR Sarawak. Kenyataan Guan Eng ini seperti tulisan saya yang lalu umpama "meludah ke langit terkena muka sendiri," katanya lagi.
Abusiraj juga turut memaparkan beberapa keping foto yang menunjukkan ketiadaan wakil DAP dalam mesyuarat PR Sarawak di Pejabat Perhubungan PAS negeri petang semalam.
Kenyataan penuh Abusiraj :
PAKATAN RAKYAT SARAWAK KUKUH TANPA DAP
Oleh Abusiraj Almuner
Alhamdulilah selesai sudah mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat (MPR) Sarawak yang diadakan petang tadi di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sarawak.
Mesyuarat yang amat ditunggu-tunggu oleh saya setelah tertangguh sekian lama.Giliran Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh PAS Sarawak setelah mesyuarat yang lalu masing-masing sudah dipengerusikan oleh PKR dan DAP.
Kali terakhir Mesyuarat MPR ini diadakan ialah pada Mei 2014.banyak lagi isu tertangguh yang perlu mencapai natijah segera.Mesyuarat terencat di persimpangan jalan sebentar,gara-gara "terkejut beruk"dengan tindakan mengejut DAP Sarawak mengugut untuk menarik diri dari Pakatan Rakyat dan sekelian maklum memutuskan segala komunikasi di dalam PR Sarawak.
Mesyuarat kali ini tanpa kehadiran DAP Sarawak walaupun ada usaha sudah dibuat bagi menjemput mereka bersama meskipun tindakan mereka sebaliknya.harap jangan ada pula spekulasi mengatakan DAP tidak dijemput.
Bagi PAS serta PKR adalah amat penting dan wajar diteruskan mesyuarat yang sudah lama tertangguh walaupun tanpa kehadiran DAP.Pembincangan penting agihan kerusi masih belum lagi selesai dan perlu diselesaikan segera bagi membolehkan setiap parti bersedia dengan segala persiapan awal bagi menghadapi PRN Sarawak yang akan datang.
Saya tidak berminat untuk mengulas mengenai ketidakhadiran DAP.bagi saya,isu DAP itu isu remeh.kemelut yang direka mereka menambahkan kusut di kepala dan ia hanyalah direka semata-mata untuk kepentingan mereka sahaja.
Mesyuarat petang tadi dijalankan dalam keadaan suasana tenang serta penuh ukhuwah.Dari awal lagi Ucapan mukadimmah pengerusi Mesyuarat pesuruhjaya PAS Sarawak Tuan Hj Adam Ahid mengingatkan sidang mesyuarat bahawa musuh Politik Utama yang wajib ditumbangkan adalah BN.Apa sahaja kemelut yang melanda dalam PR Sarawak adalah satu ujian dan cabaran yang harus ditempuhi bersama.
Saya sebenarnya berasa amat teruja sekali dengan mesyuarat kali ini kerana ia menampakkan kematangan barisan kepimpinan tertinggi PKR dan PAS sendiri.
Pembincangan lebih fokus kepada menilai potensi calon,kelemahan dan kelebihan jentera parti malah tiada sikitpun tanda perebutan kerusi mahupun bertikam lidah,masing-masing mememukakan hujah-hujah bernas bagi menbincangkan justifikasi kerusi dun yang nak dipinta.kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat menandakan bertapa perlunya talian kerjasama dan paling nyata sikap Setiakawan rakan dalam PR dalam mengoncang nakhoda BN Negeri Sarawak.tidak terasa walau sebesar biji sawi pun di hati kami ketika itu dengan ketiadaan DAP dalam mesyuarat tersebut.
Saya amat bersetuju bilamana saranan Pengerusi PKR Sarawak YB Baru Bian bahawa PR Sarawak mesti diperkukuhkan dan diperkasakan walaupun hanya tinggal 2 parti di saat dan ketika ini.Memperkasakan PR perlu sebagai langkah menyaingi BN dalam saat mendapatkan sokongan dan kepercayaan Rakyat disamping menghadapi PRN akan datang.Pembincangan yang mengambil masa selama hampir 2 jam itu amat memuaskan hati saya.
Jelas dan nyata bagi saya kepimpinan PKR Sarawak memberikan komitmen serta kesungguhan yang tinggi dalam PR Sarawak.ikrar PKR dan PAS adalah beriltizam untuk mengukuhkan pakatan rakyat Sarawak sekaligus menumbangkan PBB BN.
" Terus Beristiqamah"

VIDEO GUAN ENG, AKU SURUH KELUAR KAMU TAK MAHU, AKU SINDIRLAH PRESIDEN BODOH KAMU

Posted: 08 Nov 2014 12:44 AM PST



GUAN ENG JANGAN KAU MAIN SINDIR-SINDIR, KALAU BERANI CAKAP SURUH PAS KELUAR PAKATAN

Posted: 08 Nov 2014 12:36 AM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan motif Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang dilihatnya berterusan menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Mengapa Guan Eng bertindak begitu sejak kebelakangan ini? (Tindakannya) seolah-olah mahu memanaskan suhu politik sebagai tekanan kepada PAS dan percubaan mengeluarkan parti itu daripada PR.
"Apakah PAS dianggap sebagai liabiliti kepada mereka untuk mereka menang dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak kelak?" soalnya ketika ditemui Bernama.
Nasrudin mengulas kata-kata Guan Eng dalam sebuah video yang disiarkan menerusi sebuah portal berita baru-baru ini, yang mendakwa Abdul Hadi sebagai seorang yang gila kuasa sebagai presiden parti, namun dalam masa sama sering kali ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR.
"Saya tidak tahu selama mana PAS boleh bersabar. Kerana, sedang kami mahu meredakan keadaan masalah dalaman PR, beliau timbulkan kembali isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Kononnya mahu menempelak Abdul Hadi dengan isu kehadiran mesyuarat, sedangkan kehadiran beliau (Guan Eng) ke mesyuarat itu juga sangat buruk. Kata budak-budak sekarang, kenyataan Guan Eng itu macam 'poyo' sahaja," katanya.
Menurutnya, setelah diamati perjalanan politik kesemuanya dengan masalah berbeza, kenyataan Guan Eng seakan-akan tidak mahu krisis tersebut tamat.
"Masalah dalaman parti atau luar parti (sebenarnya) adalah perkara biasa dalam dunia politik dan ia boleh diselesaikan dengan baik.
"Namun, apa yang lebih ketara, saya lihat seperti beliau mahu melepaskan beban atau membebaskan diri daripada suatu halangan yang menghantui beliau," katanya lagi.
Guan Eng dalam kenyataan yang dirakamkan KiniTv menuduh Presiden PAS sering mesyuarat PR dan dalam masa sama bersikap 'gila kuasa' apabila menolak secara bersendirian keputusan parti.
"Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat, pemimpin lain yang bukan Presiden PAS (hadir mesyuarat), ia adalah satu kegagalan kerana mereka bukan pemimpin tertinggi yang boleh buat keputusan parti.
"Pemimpin tertinggi PAS adalah Presiden PAS, dia sendiri mengatakan secara terbuka bahawa dia boleh menolak semua (keputusan) jawatankuasa pusat (parti)," katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan Malaysiakini berkata bahawa PR boleh berpecah jika ada parti komponen yang tidak menunaikan janji dan komitmen yang ditetapkan.
Menurutnya, tiada beza sama ada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan liwat atau dipenjarakan, jika ketiga-tiga parti tidak mampu menunaikan komitmen dan janji.
"Apa gunanya Anwar bebas dan bersama kita, kalau ada parti komponen Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikin, tak tunaikan, tak pegang kepada komitmen.
"Saya nak tegaskan selagi kita tak boleh pastikan komitmen-komitmen dibuat, saya rasa tak ada guna," kata Lim dipetik oleh KiniTV di Konvensyen DAP Kuala Lumpur
Dalam ucapannya juga, tanpa menyebut parti yang dimaksudkan, Guan Eng berkata partinya tidak tahu bagaimana berurusan dengan parti yang berubah-ubah dalam keputusan yang dibuat.
"Kita hendak lihat komitmen bahawa perjanjian yang dicapai akan dilaksakankan. Jangan hari ini buat keputusan, esok hari cakap, ini ditolak oleh presiden.
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak urus dengan parti macam ini," katanya sambil menegaskan DAP berpegang pada prinsip sejak ditubuhkan dan sanggup bergerak sendirian demi menjaga prinsip parti.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 08 Nov 2014 09:33 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KEPUTUSAN HAKIM YANG BERANI LANGGAR HUKUM ALLAH SWT.. !

Posted: 08 Nov 2014 10:53 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Nov 2014 09:26 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Patutlah Mereka Berani, Ada YB Tolong Pertahan

Posted: 07 Nov 2014 09:39 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Nov 2014 03:22 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Sakit belakang, Anwar tidak mampu lakukan aksi seks

Posted: 08 Nov 2014 04:02 AM PST

PUTRAJAYA 6 Nov. – Pihak pembelaan dalam rayuan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sekali lagi memohon agar Ketua Pembangkang itu dilepas dan dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Ini kerana, ujar peguam Ramkarpal Singh, kes liwat tersebut penuh dengan keraguan dan kebetulan yang tidak masuk akal.

Beliau turut mendakwa, adalah mustahil untuk Anwar melakukan perlakuan seksual itu ekoran kecederaan yang dialami pada tulang belakangnya sebagaimana yang dinyatakan oleh doktor yang merawat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Dr. Thomas Hoogland.

Menurutnya, tidak pernah dinafikan bahawa Mohd. Saiful Bukhari bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri) dan bekas pegawai khasnya, Khairil Anas Yusof beberapa hari sebelum laporan polis mengenai kejadian liwat itu dibuat.

Perkara tersebut sekali gus mampu menimbulkan perbagai persoalan.

Selain itu, Ramkarpal menyatakan, bukti saintifik dalam kes ini tidak boleh dipercayai dan sepatutnya diketepikan di akhir kes pendakwaan.

Ini kerana, adalah tidak logik, sejumlah sampel yang diambil daripada sumber dan hari yang sama mempunyai kesan degradasi yang berlainan.

"Ini menimbulkan keraguan adakah kesemua sampel yang dianalisis diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari," katanya.

Peguam terbabit turut mengungkit mengenai kredibiliti bekas pegawai penyiasat, Supritendan Jude Blacious Pereira yang disifatkan 'bukan malaikat'.

Ujarnya, pihak pendakwaan sebelum ini berhujah bahawa pihaknya seharusnya menyoal balas saksi pendakwaan ke-25 (PW25) itu sekiranya benar terdapat keraguan bahawa saksi itu telah mengganggu bukti.

"Tetapi kami tidak boleh berbuat demikian kerana kami tidak tahu dengan pasti sama ada PW25 bertanggungjawab mengganggu bukti atau orang lain.

"Apa yang kami tahu terdapat kemungkinan bahawa bahan-bahan bukti itu telah dikacau ganggu," katanya.

Beliau dalam hujah semula turut bersetuju dengan hujah Muhammad Shafee bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) masih boleh diperoleh walaupun berjuta tahun lamanya.

"Namun, bukannya daripada dubur seekor dinasour," hujahnya yang disambut dengan gelak ketawa daripada mereka yang mengikuti prosiding tersebut.

Ramkarpal turut menyatakan, pihak pendakwaan seharusnya memadamkan segala kekeliruan yang timbul mengenai Alel 18 yang dikatakan berpunca daripada DNA pihak ketiga.

Memberikan contoh kes membabitkan bekas setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock, Ramkarpal menyatakan, pihak yang terlibat dalam kes itu merungkai penemuan DNA pihak ketiga yang ditemui pada bahagian belakang tali pinggang mendiang.

"DNA yang ditemui itu disahkan milik mayat yang telah dibedah siasat sebelum mendiang Beng Hock diletakkan di atas meja bedah yang sama. Ini menjadikan pencemaran DNA itu sebagai sesuatu yang tidak disengajakan. Namun, dalam kes ini, kita tidak boleh membuat rumusan sedemikian," katanya.

Ramkarpal kembali mempersoalkan kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari dan menekankan bahawa tidak berlakunya sebarang penetrasi.

Jelasnya, penetrasi perlu dibuktikan dengan konklusif dan tidak hanya mengatakan berlakunya penetrasi kerana terdapatnya air mani di dalam dubur.

Beliau juga memohon agar mahkamah tidak mengambil kira kenyataan Mohd. Saiful Bukhari mengenai 'hubungan intim' yang dikatakan berlaku sebelum kejadian liwat dalam mencari jawapan terhadap persoalan kenapa tiada kecederaan pada dubur mangsa kerana hujah itu tidak disokong dengan bukti perubatan.

Cucu Tok Selampit

Posted: 08 Nov 2014 01:23 PM PST

Cucu Tok Selampit


Karnival Dan Kenduri Rakyat - Seeloknya Makan Semeja Dengn Rakyat

Posted: 08 Nov 2014 03:34 AM PST




Tahniah kepada pihak penganjur kerana mengadakan Karnival & Kenduri Rakyat Bersama JKKKP Kampung Melayu Subang. Program telah berlangsung di Pengkalan TUDM Subang. Tokoh-tokoh UMNO Selangor turut turun memeriahkan majlis seperti YB DS Noh Omar, Dato' Zein Isma dan YB Hajjah Halimaton Saadiah. Pada pandangan CTS kalau majlis sebegini diadakan dengan nama dan untuk Rakyat, maka hendaklah Rakyat kita utamakan. 

Bukankah lebih elok makan semeja dengan Rakyat. Duduk dekatkan diri dengan Rakyat dan menyelami masalah mereka. Lebih elok kalau turut beratur mengambil makanan sekali dengan Rakyat. Jangan kita buat program syok sendiri. CTS tidak ada niat untuk membelasah atau membuat posting menjatuhkan UMNO Selangor. CTS sayang negeri Selangor. Cumanya kita perlu sedar, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Sistem kasta seolah-olah kita masih menjadi Kerajaan Selangor janganlah diteruskan.

PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Nov 2014 11:23 AM PST

PEJUANG BANGSA


7 TAHUN PERINTAH , ADUN KERAJAAN DAP TERKEDU DITANYA RUMAH KOS RENDAH DIBINA

Posted: 07 Nov 2014 11:00 PM PST



Ini lah soalan maut yang hingga kini tak mampu dijawab langsung Adun2 PR di P.Pinang. 

Kalau ditanya kepada CM Penang , dia akan ulang ayat walaupun 100 kali pun iaitu  Kerajaan Negeri Pulau Pinang telag  melancarkan dana RM500 juta untuk projek pembinaan rumah mampu milik di Batu Kawan 

Namun selepas hampir tiga tahun, tiada tanda-tanda projek pembinaan ini akan dilaksanakan. 

Itu terbukti kerajaan DAP ditadbir Guan Eng ini cakap tak serupa bikin atau selalu disebut macai PR iaitu " JANJI DICAPATI " 




- Wakil rakyat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tergamam apabila diminta menunjukkan jumlah rumah mampu milik dan kos rendah yang telah dibina untuk rakyat negeri ini sepanjang tujuh tahun memerintah.

Mereka sebelum itu membuat tuduhan melulu apabila Pengerusi Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo mendakwa, Kerajaan Pusat gagal melaksanakan projek perumahan mampu milik di ne­geri ini.

Tuduhan berkenaan menye­bab­kan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid bangun dan meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah rumah kos rendah yang sudah dibina dan jika ada, beliau ingin tahu lokasinya.

Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, jika kerajaan DAP Pulau Pinang menuduh Kerajaan Pusat gagal dalam isu rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini, kerajaan negeri juga gagal kerana tidak membinanya.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan dasar perumahan yang akan dilaksanakan Kerajaan Pusat, maka run­dingan perlulah dilakukan dan bukannya membuat tuduhan tanpa asas," katanya ketika mencelah dalam sesi soalan lisan Yeoh Soon Hin (DAP-Paya Te­rubong) dalam Sidang DUN, di sini hari ini.

Jahara kemudian menjelaskan, Barisan Nasional (BN) akan melaksanakan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) di negeri ini bagi membantu rakyat memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik.

Katanya, wakil rakyat BN boleh memberi jaminan bahawa PRIMA akan dilaksanakan di negeri ini dan Kerajaan Pusat akan menunaikan janji terhadap rakyat kerana jika tidak ia akan memberi tamparan hebat terhadap BN.



SIDANG DUN : GANTUNG ISZUREE UNTUK TUTUP MULUT ISU RAKYAT PP - BN @dzainalabidin

Posted: 07 Nov 2014 10:09 PM PST

Isu penggantungan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim oleh kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu kembali panas apabila dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.


Iszuree Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid mempersoalkan keputusan berkenaan kerana menurutnya Iszuree yang juga Setiausaha Pas negeri hanya membangkitkan isu rakyat dan memperjuangkan prinsip demokrasi tetapi telah 'dihukum'.

Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, tindakan menggantung Ahli Majlis MPPP belum pernah berlaku dalam sejarah negeri ini dan bertentangan dengan slogan pakatan pembangkang yang ko­nonnya memperjuangkan kebebasan dan demokrasi.


"Di sini kita melihat penggantungan Iszuree sebagai satu hukuman dan usaha menutup mulutnya daripada terus membangkitkan masalah rakyat dan isu yang membelenggu mereka di negeri ini," katanya.


Iszuree yang juga Bendahari Pas negeri bulan lalu digantung daripada tugasnya dan dilarang daripada menyertai mana-mana jawatankuasa kecil MPPP selain peruntukannya juga dibekukan kerana didakwa mengkritik dasar kerajaan DAP Pulau Pinang dalam Muktamar Pas di Johor.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Negeri, Chow Kon Yeow kemudian menjelaskan, keputusan berkenaan diambil kerana Iszuree telah membuat kenyataan tidak benar me­ngenai dasar kerajaan DAP negeri dan beliau tidak menggunakan saluran betul untuk membangkitkan masalah rakyat.

"Iszuree telah membangkitkan perkara tidak benar dalam kongres partinya dan tiada wakil kerajaan negeri yang boleh menjawab ketika itu. Lagipun apa yang dibangkitkan itu tidak benar," katanya.

Jahara kemudian terus mengasak Kon Yeow dengan mempersoalkan adakah kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dalam menangani isu ber­kenaan kerana Iszuree seolah-olah menjadi mangsa.

Kon Yeow kemudian mengesahkan keputusan menggantung Iszuree dibuat selaras dengan prinsip berkenaan.

Sementara itu, wakil tunggal Pas dalam DUN, Datuk Mohd. Salleh Man (Pas-Permatang Pasir) hanya berdiam diri walaupun Iszuree dirujuk sebagai bercakap bohong dalam DUN.

Pengikut