Khamis, 27 Februari 2014

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 26 Feb 2014 11:39 PM PST

Suara Sri Andalas


PKR Desak Najib Tunjuk Kesungguhan Rekonsiliasi Nasional, Tangani Kumpulan Ekstrem

Posted: 26 Feb 2014 01:15 AM PST

PKR hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kesungguhan ke arah Rekonsiliasi Nasional dengan menangani kumpulan-kumpulan ekstrem terlebih dahulu.

Setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu-isu kontroversi yang berkaitan kaum dan agama perlu segera ditangani Putrajaya, tidak boleh tunggu sehingga tiga bulan ia dilancarkan.

"Yang segera untuk tunjuk kesungguhannya adalah bagaimana nak redakan keresahan rakyat terhadap isu ketegangan kaum dan agama yang sekarang menjadi-jadi," kata Saifudin pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

"Maksudnya kita tidak boleh tunggu tiga bulan lagi dilancarkan pelan Rekonsiliasi Nasional barulah isu-isu berkaitan kehidupan rakyat yang terbeban dan ketegangan kaum ditangani."

Saifuddin berkata gesaan itu adalah ujian litmus kepada Najib sekiranya bersungguh-sungguh untuk melihat Rekonsiliasi Nasional antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dapat menjadi kenyataan.

"Yang segeranya, iaitu isu soal kaum dan agama, soal kos sara hidup.

"Yang ini harus disegerakan sebagai satu ujian litmus kepada kesungguhan perdana menteri," katanya lagi.

Beberapa insiden provokasi agama dan kaum menggemparkan negara kebelakangan ini, bagaimanapun pentadbiran Najib masih dilihat bermain tarik-tali dan tidak menunjukkan ketegasan terhadap kumpulan tertentu.

Januari lalu, sebuah gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri dikhuatiri mempunyai kaitan dengan kain rentang kontroversi kalimah Allah.

Insiden provokasi juga berlaku di Pulau Pinang bulan lalu apabila sekumpulan 600 peserta termasuk ahli Umno Pulau Pinang berkumpul dengan membawa ugutan insiden berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Himpunan tersebut dianjurkan bagi membalas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menyuap kangkung ke dalam mulut replika Najib.

Kumpulan tersebut membawa bersama sepanduk provokasi tertulis: "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Mesej lain yang disampaikan seperti "Hina PM seperti hina Melayu", "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung" dan "ABCD - Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam".

Malah, awal bulan ini, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam juga menganjurkan satu perhimpunan berbau provokasi dengan menyembelih dua ekor ayam serta menawarkan RM1,200 kepada individu yang berjaya menampar pemimpin DAP, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh.

Saifuddin bagaimanapun mengalu-alukan dan menghargai usaha yang ditunjukkan oleh Najib apabila bersetuju dengan cadangan rekonsiliasi tersebut.

"Kami mengalu-alukan kenyataan dan menghargai langkah perdana menteri ini," katanya lagi.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang dalam sidang media sama menggesa supaya Putrajaya bersama Pakatan Rakyat (PR) duduk semeja membincangkan rangka kerja ke arah Rekonsiliasi Nasional dan tidak hanya menerusi pengumuman dalam media sahaja.

"Kami mahu semua parti duduk bersama dan bincang rangka kerja untuk tangani isu antara agama dan kaum ini.

"Rangka kerja yang besar penting, kita boleh cakap apa sahaja, tetapi ia tidak ke mana walaupun secara prinsipnya kita berdiri atas pendirian sama," kata Chua.

Pada 30 Januari lalu, Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut.

Sumber: TheMalaysianInsider

Senarai Kawasan di Selangor Terbabit Catuan Air

Posted: 26 Feb 2014 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Berikut senarai kawasan terbabit pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula 27 Feb hingga 31 Mac ini, seperti diumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam.

WILAYAH HULU LANGAT

Zon 1

    *Taman Juara Jaya
    *Taman Bukit Belimbing
    *Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
    *Taman Harmoni Indah
    *Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
    *Taman Putra Budiman
    *Taman Balakong Jaya
    *Taman Seri Timah
    *Taman Tanming Jaya
    *Kawasan perindustrian Balakong
    *Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
    *Taman Industri Balakong
    *Taman Tanming Permai
    *Taman Industri Lifong
    *Taman Tanming Ria
    *Taman Sungai Besi Indah Zon 1
    *Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan

Zon 2

   *Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
   *Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
   *Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
   *Kampung Baru Balakong
   *Taman Kasturi Cheras
   *Taman Sri Indah Cheras
   *Taman Bukit Emas
   *Taman Cheras Jaya
   *Taman Impian Indah
   *Taman Taming Indah
   *Taman Sejati
   *Taman Seri Sungai Long
   *Taman Bukit Sungai Long
   *Rumah Kenangan Cheras
   *Taman Dutamas
   *Taman Setia Kasturi Cheras
   *AEON Cheras Selatan
   *Taman Industri Balakong Jaya
   *Taman Setia Balakong
   *Taman Sinaran
   *Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
   *Dataran C180 Balakong

WILAYAH KUALA LANGAT DAN SEPANG

Zon 1

   *Kampung Olak Lempit
   *Kampung Bukit Changgang
   *Kampung Labohan Dagang
   *Selangor Dredging
   *Taman Changgang Jaya
   *Kompleks Perabut Olak Lempit
   *RTB Bukit Changgang
   *Bandar Sri Ehsan
   *Bandar Mahkota
   *Bandar Sungai Emas
   *Taman Arked
   *Taman Ambar
   *Taman Sri Dagang
   *Taman Langat Murni
   *Taman Langat Utama
   *Taman Murnimas
   *Taman Seri Telok Datok
   *Taman Sri Cheding
   *Sekolah Tamil Sungai Sedu

Zon 2

   *Kota Warisan
   *Warisan Bestari
   *Taman Bunga Raya
   *Taman KLIA Indah
   *Tiara Heights
   *Taman Ixora
   *Taman Dahlia
   *Taman Seroja
   *Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
   *Taman Kenanga
   *Taman Desa Vista
   *Taman Desa Bestari
   *Salak Permai

Anwar Ibrahim

Posted: 26 Feb 2014 07:04 PM PST

Anwar Ibrahim


Saifuddin jawab Daim: Ya, Anwar ‘lemah’

Posted: 25 Feb 2014 11:53 PM PST

Malaysiakini

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail secara sinis hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang “lemah”.

“Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia.

“Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim.

“Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini,” kata Saifuddin pada sidang media pagi ini.

Tambahnya lagi, Anwar juga “lemah” kerana melunaskan hutang-hutang negara lebih awal daripada yang sepatutnya dan tidak mengumpul hutang untuk negara.

“Anwar juga lemah kerana semasa jadi menteri kewangan dia bayar hutang negara lebih awal daripada jadual.

“Menteri kewangan yang baik harus menimbun hutang.

“Dalam konteks itu saya setuju sepenuhnya dengan kenyataan Tun Daim,” katanya lagi.

Dalam wawancara yang disiarkan KiniBiz semalam, Daim yang juga merupakan tokoh korporat berjaya menyifatkan Anwar sebagai “lemah” kerana tidak mempunyai sebarang pencapaian sewaktu berada di dalam kerajaan.

Beliau juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan kepimpinan di peringkat nasional.

Bila sang profesor lebih sudu daripada senduk

Posted: 25 Feb 2014 10:08 PM PST

TMI

Seolah-olah yang berlawan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kajang sekarang bukan Umno dan bukan MCA, bahkan sekalian sang-sang profesor.

Segala yang berlaku di Kajang itu, daripada perletakan jawatam Adun PKR Lee Chin Cheh dan hingga pencalonan Anwar Ibrahim adalah persoalan politik. Sepatutnya orang-orang politiklah yang ke depan menanganinya.

Apa yang dibuat oleh Anwar dan partinya adalah ditujukan khusus kepada Umno dan komponen Barisan Nasional (BN), maka Umno dan BN yang patut dahulu dan ke depan untuk menghadapi sepak terjangnya.

Sejak mula yang ke depan menghadapi Anwar ialah sekalian sang profesor. Umno dan BN termasuk MCA seolah-olah jadi pihak kedua atau ketiga, seperti pembantu kepada Umno dan BN.

Jika lazimnya NGO-NGO menjadi pembantu penting kepada Umno, di Kajang nampaknya Umno mendapat bantuan sang-sang profesor.

Baik profesor penuh dan yang belum jadi profesor penuh, baik yang berada di Lembah Klang seperti di Universiti Putra dan yang di sempadan Siam di kampus UUM berdahulu-dahuluan  hendak menghukum Adun yang meletak jawatan dengan denda yang berpuluh dan ratusan ribu.

Boleh bangkrap mantan Adun itu dan habis harta benda jika sabda si profesor itu dijadikan undang-undang. Denda jenayah merompak dan peras ugut pun beberapa ribu saja, apa yang dikatakan kesalahan politik yang dibenarkan oleh amalan demokrasi seolah lebih teruk daripada jenayah kelas tinggi.

Si profesor-profesor itu mengira tidak layak Anwar sebagai perdana menteri menunggu hendak mencemar wibawanya bertanding DUN dan di Kajang pula, bukan negeri kelahirannya.

Sekalian guru di universiti itulah yang mengatakan Anwar akan sukar berurusan dengan istana dan bukanlah senang Raja hendak menerimanya. Mereka kata Anwar hendak membuang Menteri Besar Khalid Ibrahim sedang hamba Allah itu adalah menteri besar  yang terbaik.

Pada hal sebelumnya pada mereka ketua pentadbir Selangor itu bukan elok sangat jika dibanding dengan menteri besar lain yang terdahulu. Cuma mereka tidak kata dia hampas saja. Tiba-tiba seolah-olah sayangnya mereka pada menteri besar itu Tuhan saja yang tahu.

Bila kita baca komen mereka  setiap hari di akhbar, seolah-olah Anwar macam budak tidak pernah sekolah dan tidak ada nilai politik langsung.

Baik profesor Melayu dan profesor India sama sahaja. Cuma profesor Cina tidak berapa buka mulut.

Pada hal Anwar bertanding di tempat yang sebelum tahun 2000 adalah diwakili oleh MCA. Patutnya profesor Cina yang cauvenis apabila kawassan MCA hendak ditandingi Melayu? Sebaliknya guru Melayu universiti pula yang sibuk kata Anwar tidak patut bertanding tempat Cina.

Bukanlah sang profesor tidak boleh bagi pandangan. Anwar itu bukanlah maksum. Ada juga kekurangannya. Bolehlah dia dikomen. Tetapi biarlah Umno yang ke depan. Profesor boleh tampil memberi pencerahan tentang gambaran politik.

Apa eloknya ada PRK dan apa tidak eloknya, dan apa yang Anwar boleh buat dan apa yang tidak dapat buat. Apa untung dan apa ruginya orang Kajang kalau "berAdunkan" Anwar atau bertukar Adun kepada BN semula atau Adun bebas pula.

Jangan orang kata sang profesor sekalian lebih sudu daripada senduk. Mereka bukan guru Kemas tetapi mereka adalah mahaguru. Yang bertanding di Kajang bukan mereka tetapi orang politik.

Mereka boleh beri pencerahan politik di Kajang itu kepada penuntut mereka, bukan hendak mengajar orang tentang Anwar dan partinya bagi pihak Umno.

In deriding Anwar, Daim shows Umno fear of losing Putrajaya sooner than later

Posted: 25 Feb 2014 10:06 PM PST

TMI

So why is Tun Daim Zainuddin quaking?

Make no mistake, the former finance minister is worried. Worried enough that he keeps talking incessantly about Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Publicly, he dismisses the PKR de facto leader as a publicity hound, a man who craves the limelight and loves the next headline.

Publicly, he runs the opposition leader down as someone who has never been able to solve any problem.

Publicly, he says that Anwar’s move to contest a by-election in Kajang is a complete waste of public funds.

Apparently Daim’s fixation with Anwar continues in private discussions but behind closed doors, the tone is less dismissive, less condescending.

Those in his circle say he speaks with some concern over the consequences of an Anwar victory in Kajang; chiefly the real possibility of Anwar being the chief executive of the richest state in Malaysia with several billion ringgit at his disposal and the immediate impact on the morale of Umno members in Selangor and then around the country.

Left unsaid is the fear that with a strong economic base and a platform to showcase stronger leadership qualities than the incumbent in Putrajaya, a rejuvenated and focused Anwar could lead Pakatan Rakyat (PR) to defeat Datuk Seri Najib Razak and Barisan Nasional (BN) in the next general elections – an end result could prove particularly uncomfortable for Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad and other Umno leaders from the glory days of privatisation and excess.

After all, Selangor is the country’s richest and most-industrialised state and next to it is Kuala Lumpur, which make them rich pickings for infrastructure projects, property deals and business for cronies and others connected to Putrajaya.

It would be in the interest of the few who have benefited in the past to ensure Selangor returns to the Barisan Nasional fold.

Anwar leading the state would make that a remote possibility for the near future and turn Selangor into another political fortress like Kelantan is for PAS.

To put it simply, there is a need to protect the golden goose.

And Umno-linked tycoons will go all out to prevent Anwar from taking over as menteri besar.

So do not be surprised if Daim takes more than a cursory interest in how Umno/BN are preparing for battle against Anwar.

It would be in the interest of the old guard of the Tun Dr Mahathir Mohamad era if the current Selangor Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim does not vacate his position or at least drags out the whole process.

And let’s be clear, their disdain about the "Kajang move" has little to do with the use of public funds for a by-election.

Because if they were truly concerned about how taxpayers money is spent, they would not have allowed the one-sided toll concessions or sweet deals for the independent power producers or keep water resources in the hands of a few connected businessmen.

The battle for Kajang then, is really the battle over who gets to control Putrajaya in the nearest future.

An Anwar win in Kajang could lead to Umno losing the federal government sooner than later.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 26 Feb 2014 11:32 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Meet Anwar Negeri Sembilan di Seremban, Ahad ini

Posted: 26 Feb 2014 06:50 AM PST


Anwar Ibrahim Club (AIC) akan mengadakan program 'Meet Anwar Negeri Sembilan' pada hari Ahad, 2 Mac ini bertempat di Seremban.

Program yang akan diadakan di Plum Hall, The Royale Bintang Hotel, Seremban terhad kepada 200 peserta dan bermula pada jam 3 petang.

Mereka yang berminat boleh berdaftar di www.anwaribrahimclub.com atau emel ke aic.msia@gmail.com.

Sebarang maklumat lanjut berhubung program digalakkan menghubungi sekretariat program di talian 012-2294064

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


KONVENSYEN PR KE 5 : LOGO RASMI SUDAH SIAP..

Posted: 27 Feb 2014 05:15 AM PST

PERMOHONAN KETEPI PENGHAKIMAN INGKAR OLEH TUAN PRESIDEN PAS..

Posted: 27 Feb 2014 05:08 AM PST

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Ohpolitik!™

Posted: 27 Feb 2014 03:41 AM PST

Ohpolitik!™


PANAS : Senjata Makan Tuan!! Lidah Rasmi PKR Fitnah Pemimpinnya Sendiri?

Posted: 26 Feb 2014 07:35 PM PST


Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.

MOU Air #Selangor Pembangkang Mula MOMOK tarif Air BAKAL dinaikkan #Malaysia #MalaysiaNews

Posted: 26 Feb 2014 05:22 PM PST


Walaupun Putrajaya dan Selangor sudah menandatangani perjanjian yang akan memudahkan perjalanan dalam menyelesaikan masalah air di Lembah Klang, dua badan air mempersoalkan, adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna. 
Walaupun mereka percaya langkah itu akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, badan ini berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif. 
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek pemindahan air Pahang-Selangor yang bernilai RM9 bilion itu akan menaikkan tarif antara 16 sen hingga 20sen setiap meter padu.


bumiyang

Posted: 27 Feb 2014 03:05 AM PST

bumiyang


Mat Yo Kembali ke Kem Latihan Untuk Perkuatkan Harimau Malaya!!!

Posted: 26 Feb 2014 08:34 PM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 27 Feb 2014 01:59 AM PST

Sahabat-Gunung


Ahmad Said 'Dilawakkan' Melalui Akaun FB Palsu ......

Posted: 26 Feb 2014 04:02 AM PST


Terdesak sangat ker ....?

Kesian MB Terengganu, selepas gambarnya dengan Lofa jadi hot bulan lalu, kini timbul plak akaun FB yang menggunakan namanya, kononnya lama Rasmi MB Terengganu merangkap Pengerusi Perhubungan BN Terengganu ....

Jadi .... apa tindakan Mat Said dalam hal nie .... banyak kenyataan dalam FB Palsu tu nampak sangat macam Mat Said nie seorang yang 'bodoh' dan tak serius .....


Kesimpulannya, Mat Said perlu ambil tindakan tegas dalam hal nie ....

Akhirnya, Khalid Ibrahim Sign Juga .....

Posted: 26 Feb 2014 02:20 AM PST


Akhirnya ...... Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili manakala kerajaan negeri diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Detik bersejarah yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra di sini disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.


Melalui MoU itu, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Feb 2014 01:54 AM PST

Taipingmali (tm)


MKPN Tidak Menepati Semangat Rekonsiliasi Nasional

Posted: 26 Feb 2014 08:28 AM PST

 

Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pendekatan terbaik bagi menyatupadukan rakyat Malaysia nampaknya telah menjadi platform untuk menyebarkan fahaman liberal di negara ini.  Kesimpulan ini dibuat berdasarkan sikap dan pandangan MKPN seringkali berat sebelah dalam menangani isu-isu berbangkit yang melibatkan kaum dan agama. 

 

Pendirian songsang MKPN paling jelas terbukti dalam Dialog Perpaduan,  yang diadakan pada 22 Februari 2014, di DBP Kuala Lumpur yang mana YB Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan agar kategori 'bangsa' dihapuskan dalam borang-borang rasmi.  

 

Antara yang dibangkitkan oleh para peserta yang rata-ratanya dari ASLI, COMANGO, KRYSS, KOMAS, Jemaat Ahmadiyah Sabah, QADIANI yang mana sebahagiannya turut menganggotai COMANGO, ialah berkenaan penerimaan terhadap golongan songsang, menolak hak mana-mana kaum untuk mengaku sebagai penduduk asal, hak untuk murtad dan juga saranan untuk mengiktiraf ajaran Syiah. 

 

Secara dasarnya, saranan-saranan yang dikemukakan membawa kepada mesej:  "UMNO membawa politik perkauman" dan "PERKASA adalah rasis dan ekstremis." 

Pelik sekali, kerana kedua pihak inilah yang sering menyeru perpaduan melalui sistem satu sekolah untuk semua manakala pihak penentang merekalah yang sering mendesak ke arah perpecahan total melalui sistem pendidikan.

 

Tahap pemikiran MKPN sebenarnya tiada beza dengan dengan ustaz dan pak lebai PAS yang jumud.  Jika pak lebai PAS gemar memperlekeh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kafir, sesat dan jahil, maka MKPN pula gemar menuduh orang yang tidak sependapat dengan mereka sebagai kolot, bodoh dan rasis. 

 

Sikap MKPN yang bongkak dengan pemikiran yang sempit dan sehala serta suka menghukum, mengherdik dan menghina orang yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak langsung membantu kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sikap berat sebelah MKPN pula memperlihatkan unsur-unsur 'anti-Melayu-Islam' serta mengesahkan pendirian liberalis para penerajunya.   

 

Amatlah malang jika kerajaan melihat suara MKPN sebagai suara rakyat Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan dan pendirian yang sama dengan MKPN. 

 

MKPN hanya mewakili segelintir kecil kumpulan yang sempit pandangan serta tidak mampu menghargai atau memahami intipati budaya dan agama satu-satu bangsa.  Tanpa kesedaran intelek mengenai budaya dan agama, maka MKPN sebenarnya tidak layak ditugaskan untuk menyatupadukan rakyat. 

Perlu diingatkan bahawa perpaduan rakyat perlu berlandaskan identiti atau jati-diri yang kuat supaya masyarakat mampu berjalan di atas landasan yang sama, untuk menuju ke destinasi yang sama. 

 

Rancangan Rekonsiliasi Nasional yang diumumkan Perdana Menteri semalam, menjauhkan lagi MKPN dari imej, impian mahupun realiti Malaysia dan rakyatnya. 

Dalam pengumumannya mengenai rancangan ini, Perdana Menteri menyeru rakyat agar kembali kepada sikap hormat-menghormati dan tolak-ansur.  Memetik kata-kata beliau, "Datuk nenek kita memahami semua ini dan mengamalkan budaya ini selama berdekad-dekad, namun kita pula nampaknya semakin melupakannya hari ini".

 

Justeru, kita ingin bertanya MKPN, apakah pihak MKPN mampu mengambil pendekatan tolak ansur melalui hak bumiputera ditukar dengan hak untuk sekolah vernakular? 

Mampukah pihak MKPN menyeru semua pihak menghormati agama dan budaya orang-orang Melayu? 

Mahukah MKPN membawa semangat datuk nenek moyang kita yang berpegang kuat kepada formula yang digarap dalam Kontrak Sosial? 

Mahukah MKPN menerima hakikat dan fakta mengenai penduduk asal serta proses asimilasi pendatang di sesebuah negara?   

Kenapakah Malaysia tidak boleh membentuk identiti sendiri tanpa meniru dan menciplak acuan dan cara hidup barat? 

 

Dan, mampukah MKPN berfikir secara mendalam mengenai perkara yang 'berat' dan ilmiah serta melepasi sempadan fizikal dan material iaitu budaya, sejarah, agama dan proses pembentukan jati diri dalam pembinaan bangsa dan negara?   

 

Kita pasti, MKPN tidak mampu berfikir sejauh itu kerana bagi para peneraju MKPN, 'barat' adalah tempat yang paling jauh dan paling tinggi serta paling hebat yang wujud dalam dunia ini.  Oleh itu, segala ilmu adalah terhenti di barat, iaitu titik maksima bagi akal mereka.    

 

Justeru, inilah ditegaskan bahawa MKPN telah gagal dalam memahami tugas, jauh sekali menjalankan tugasnya untuk menyatupadukan rakyat.  Malah terbukti kini, MKPN bertindak sebagai sebahagian dari agen yang mengasak rakyat untuk bersikap biadap dan prejudis sesama sendiri. 

 

MKPN tidak akan mampu membawa rakyat ke mana-mana dengan asyik memaksa dan cuba 'menyeret' rakyat agar mengikut gaya dan cara hidup dan pemikiran segelintir liberalis. 

 

Sebagai penyokong demokrasi tegar, MKPN seharusnya tahu bahawa majoriti yang menentukan hala tuju sesebuah negara demokrasi, bukan minoriti, dan tentu sekali bukan segelintir manusia dari kaum Luth A.S. 

 

Jika MKPN ingin terus membawa sikap dan pendekatan yang sama, maka adalah lebih baik ia dibubarkan saja.  Biarkan para penerajunya bergerak atas platform NGO pejuang liberalis dan penentang Islam/Melayu secara nyata.  


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

The Unspinners

Posted: 26 Feb 2014 11:42 PM PST

The Unspinners


Khalid tak setuju dengan UMCEDEL

Posted: 26 Feb 2014 10:30 PM PST


Unspinners dah kata SINI survey UMCEDEL hanya  menunjukkan 0.86% pengundi Kajang mahukan Anwar sebagai MB. Kak Wan pun dah konar kata tak semesti Anwar jadi MB SINI.

Kini Khalid pula tak setuju kajian UMCEDEL?



BUkan itu saja, UMCEDEL kata sedia ...


Elok juga pertunjukkan sarkas PKR-ABIM jika Chew Mei Fun menang....


Spin baru Teresa: M'kini ada bukti UMNO guna bomoh?

Posted: 26 Feb 2014 08:34 PM PST





Baca

Teresa Kok cuba menuduh orang lain sebaggai usaha mengalih pandangan terhadap video CNYnya yang biadap dan dilihat tak sesuai dengan budaya CIna.


Dia cuba melakukan diversion dengan menyimbah pejabat sendiri dengan cat merah tapi grill tak ada kesan.





Ayam dan itek diguna untuk iingatkan awam akan penyelembihan simbolik oleh sekumpulan anak Melayu.


 
Puak penyokong Teresa cuba secara halus unttuk menuduh UMNO atau Perkasa atau dengan menyimbah pula ke pejabat Malaysiakini.


Dah tak dapat, percubaan baru pula kononnya ada hantu dan polong di hantar ke pejaat Malaysiakini. Pasti mereka ada bukti.... hehehe


Sebenarnya Teresa Kok adalah orang yang disebut Dato Najib sebbagai extremis yang usah diberikan publisiti....


BUkan setakat itu....


Mainlah auta Teresa kerana bekas pembantu mu sedang mendedahkan bukti penyelewengan mu. Baca Malaysian CHonicles SINI.

 Kalau tak pengundi, parti DAP akan buangnya seperti mana Ronnie Liu ditidorkan!!!

Penduduk Kajang dalam bahaya keselesaan palsu

Posted: 26 Feb 2014 06:13 PM PST






Kenapa anak-anak dan dewasa ketakutan?


Apa bahayanya?


Adakah kerana ada ular masuk Kajang?

Tidak ...


Hanya awas ... anda dikelentong keselesaan palsu yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana PRK.


Dikala seluruh Selangor berhadapan masaalah air dan dicatu, Kajang tidak ada catuan.


Adakah benar kerajaan Selangor yang diterajui PKR dan penasihatnya Anwar hebat sebbagai pemerintah?

Anda sedang ditipu hiduo-hidup 







Isu air: Kerajaan Selangor Telah Diingatkan Sejak 2010

Posted: 26 Feb 2014 12:30 AM PST


KUALA LUMPUR, 25 Feb – Krisis Air di Lembah Klang tidak akan berlaku jika Tan Sri Khalid tidak menunjukkan kebodohannya dengan menentang semua kajian yang telah dibuat oleh kerajaan BN Selangor sebelumnya, lapor portal mykmu.net.

Malahan Titah Tuanku Sultan Selangor pada 2010 mengenai keperluan melaksanan projek Langat 2 bagi memastikan bekalan air mencukupi untuk Lemlah Klang juga dipandang enteng oleh Tan Sri Khalid.

Pada 2010, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menulis dalam blognya dalam artikel bertajuk "Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor", mengingatkan Tan Sri Khalid bahawa,

Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan.

Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut? Sekarang, apakah penyelidik tersebut akan bertanggungjawab?

Tidak cukup itu, pada 2012, bekas Menteri Besar Selangor itu sekali lagi mengingatkan Khalid mengenai kemungkinan berlakunya krisis bekalan air dalam tulisannya, "Loji Langat 2: Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat"

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat.

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

Hakikatnya, semua ini berlaku kerana bodoh sombong dan tamak Khalid Ibrahim dan PKR yang enggan meneruskan projek Langat 2.

Sekarang rakyat Selangor jangan salahkan sesiapa kecuali diri sendiri kerana mengundi Pakatan yang bodoh dan bangang ini. - UMNO Online

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Feb 2014 11:34 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


WAJAH DALAM VIDEO ITU SEAKAN ANWAR IBRAHIM, APAKAH PETANDA INI?

Posted: 26 Feb 2014 10:07 PM PST








Apa sudah jadi? Apakah petanda ini? Masuk gereja untuk pertahan kalimah suci Allah SWT diguna oleh orang lain? Kerana nak undi penganut Kristian? Sanggup membiarkan Haji Hadi dihina dan dimalukan di seluruh dunia?




KEJAYAAN PERJANJIAN AIR: MB KHALID SECARA PERIBADI SERU SOKONG BN DI KAJANG

Posted: 26 Feb 2014 09:30 PM PST

KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, UMUM TIGA TANGGUNGJAWAB UTAMA

Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak  melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1.      Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2.      Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3.      Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 % kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.  Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur  semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Secara peribadi, saya menyeru kepada seluruh pengundi Kajang agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23hb Mac nanti demi perpaduan dan keharmonian rakyat Selangor khasnya.

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR


*Kiriman Emel tru Iphone 5.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Feb 2014 11:15 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Ini Solat Hajat Minta Hujan Atau Solat Hajat Untuk Hadi Awang ???

Posted: 26 Feb 2014 10:23 PM PST


Ok ceritanya senang je. Kalau betul solat hajat itu minta Allah turunkan hujan kenapa tak buat di dalam masjid?

Bukankah Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.

Masjid dengan dataran shah alam tak berape langkah sahaja.

Kenapa mesti berpanas?

Takanlah zalim sangat jabatan agama islam JAIS tak beri kebenaran untuk buat solat hajat minta Allah turunkan hujan, aku yakin kalau ia solat hajat itu benar memohon pertolongan Allah untuk di turunkan hujan JAIS akan benarkan.

Tak tau lah pulak ajaran Islam di selangor berlainan dengan ajaran Islam di negeri-negeri lain, contoh di negeri sembilan, jabatan mufti ada keluarkan pekeliling minta solat hajat minta hujan di keluarkan, dalam surat tu tak pulak jabatan mufti negeri sembilan kata kena buat di tempat terbuka, rujuk sini.

Aku rasa ini bukan solat hajat untuk turun hujan, tapi solat hajat untuk lepaskan hadi awang dari kena bayar saman 2 juta oleh bekas calon pkr tu seperti yang diminta oleh dewan ulama pas... klik sini

Kalau solat hajat berkaitan politik, confirm JAIS tak benarkan...

Lepas Kantoi Fitnah Calon PKR, Ulama PAS Arah Ahli PAS Buat Solat Hajat Untuk Hadi...

Posted: 26 Feb 2014 06:00 PM PST


Hadi tuduh calon pkr tokan pill kuda... klik sini

Lepas tu orang yang kena tuduh tokan pill kuda saman hadi... klik sini

Orang yang di tuduh jadi tokan pil kuda menang saman...

Lujnah undang-undang pas tak tau macam mana defend hadi...

Hadi kena bayar 2 juta...

Dewan ulama pas suruh semua ahli pas buat solat hajat agar di selamatkan dari segala kejahatan musuh...

Soalnya sekarang siapa musuh yang di maksudkan oleh dewan ulama pas tu?

Orang yang hadi tuduh tokan pil kuda itukah yang di maksudkan sebagai "musuh" oleh dewan ulama pas?

Ingat orang yang hadi tuduh tokan pil kuda itu adalah bekas calon pkr...

Pkr adalah rakan sekutu hadi dan pas dalam pakatan rakyat...

Jadi siapa "musuh" yang di maksudkan oleh dewan ulama pas?

Takan umno kot, umno tak de kena mengena dalam kes nie...

Kerana Klip Video Ini, Penyokong Anwar Panas Hati Dengan Herman Tino

Posted: 26 Feb 2014 06:08 AM PST

Marah benor penyokong anwar dengan lagu terbaru herman tino bertajuk "nyamuk nakal lipas" (pesona palsu)... apa la penyokong anwar nie, dengan lagu pun nak angin, mental tak kuat langsung la...


Nak Tahu Bagai Mana Cinabeng Hancurkan Perniagaan Umat Islam???

Posted: 26 Feb 2014 12:02 AM PST

Ini modius operandi mereka...

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Feb 2014 09:42 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ANTI HADIS : ARTIKEL TERBARU TUN M...

Posted: 26 Feb 2014 09:31 AM PST

PRK KAJANG : BESAR KEPALA.. ANWAR TAK KISAH KALAU PAS BOIKOT !

Posted: 26 Feb 2014 03:18 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Feb 2014 09:12 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Bukti Khalid Ibrahim Tidak Percaya Krisis Air Akan Berlaku Pada 2014 #PRKkajang

Posted: 26 Feb 2014 09:04 PM PST


BR1M Mengubah Sokongan Imam Selipar : Dulu Penyokong PAS, Kini Tidak Lagi

Posted: 26 Feb 2014 05:28 PM PST


JURI RAKYAT

Posted: 26 Feb 2014 07:28 PM PST

JURI RAKYAT


Wah Heboh-Pria Ini Tidur Di Dalam Peti Mati Karena Ingin ML Dengan Mayat Gadis Umur 17

Posted: 26 Feb 2014 04:40 AM PST



Jurirakyat.com-Seorang pria berhasil di tangkap polisi karena bertidur di dalam peti mati seorang gadis yang baru saja meninggal. Pria tersebut bernama Chin Chean, 47 tahun.

Kejadian tersebut diketahui polisi saat warga melaporkan hal ini ke kantor polisi. Seperti dilansir Jurirakyat.com

Waktu itu seorang berjalan di dekat kuburan, lalu ia melihat ada kaki yang terlihat dari kuburan gadis yang di kubur baru sehari sebelumnya.

Setelah melihat kaki Chin Chean, warga tersebut langsung melaporkan kepihak keluarga gadis itu, dan akhirnya pria itu pun berhasil di tangkap oleh polisi.

Chin Chean mengaku bahwa ia mulai mengali kuburan gadis itu sejak pukul 22.00, lalu ia mencoba memperkosa gadis itu namun karena peti matinya karena kecil, dia tidak bisa melakukan keinginanya tersebuat. Dan akhirnya dia tidur di atas mayat gadis itu.

Warga yang melihat kaki Chin Chean saat pukul 06.00, dan langsung memberi tahu keluarga si gadis.

Menurut warga Chin Chean ikut menghadiri pemakaman si gadis tersebuat, namun mereka tidak pernah tahu apakah mereka pernah kenal gadis itu atau tidak.

Namun, warga mengatakan bahwa Chin Chean sebelum sering mengomsusi narkotika dan lari bugil mengelilingi pagoda.

Polisi mengatakan akan membawa Chin Cheang ke kantor polisi untuk di periksa, baru kemudian membawanya ke pengadilan.

Unik Banget- Tanaman Air Ini Dibuat Dari 10 Ribu Toilet Bekas

Posted: 26 Feb 2014 04:01 AM PST


Jurirakyat.com-Jika pada umumnya taman air dihiasi dengan air mancur dan sejenisnya, kamu akan menemukan hal yang berbeda jika kamu pergi berkunjung ke kota Foshan di provinsi guandong, China.

Di kota Foshan kamu bisa menemukan sebuah taman yang dihiasi dengan 10ribu toilet, wastafel dan urinoir(toilet pria) bekas.

pemendangan aneh yang ada di taman ini dibuat oleh seniman yang bernama Shu Yong dan dibantu oleh kedua rekannya. Namun meskipun terbilang aneh, taman air ini dapat menarik perhatian banyak orang yang berkunjung ke taman air tesebut.

Taman ini di buat oleh Shung Yong dengan mengunakan 10 ribu toilet, westafel, dan urinior yang di tempelkan ke dinding sepanjang 100 meter dan tinggi 5 meter.

Untuk menempelkan toilet bekas-bekas itu, Shung Yong dan rekannya hanya membutuhkan waktu selama dua bulan untuk menyelesaikannya.


Awalnya, Shung Yong bermaksud untuk menunjukan hasil uniknya itu untuk festival keramik dan porselen pada tahun 2009 lalu. Namun, atas karyanya yang unik tersebuat, taman air ini semakin banyak dikunjungi oleh orang-orang dan wisatawan lainnya.

Shung Yong mengaku, toilet yang ditempelkan ke dinding taman itu, mereka dapat dari pabrik dan sumbangan warga setempat.

Agar terlihat menarik, Shung Yong menambahkan selang air di dalam toilet itu, agar airnya dapat mengalir dari toilet-toilet itu, layaknya seperti air mancur yang ada di taman-taman lainya.

Berkat ide unik Shung Yong, taman air di Cina tersebut menjadi tempat wisata yang selalu dikunjungi oleh orang-orang dan para wisatawan.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Feb 2014 03:33 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Remaja bangga kena raba dengan teman lelaki kongsi di FB

Posted: 26 Feb 2014 03:02 PM PST

Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?

Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.

Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!

Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.

Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.

Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi 'hint tahap moral dirinya kan? – mynewshub

Sumber: awesomernews.blogspot.com

Ibu lacur anak perempuan di rumah sendiri

Posted: 26 Feb 2014 06:01 AM PST

Riyadh – Polis Arab Saudi semalam menahan seorang wanita tempatan, dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya kerana disyaki mengubah kediaman mereka menjadi sarang maksiat.

Wanita terbabit yang berusia 50-an melacurkan anak perempuannya, manakala anak lelakinya dipaksa mencari pelanggan yang kebanyakannya pekerja asing.

Akhbar melaporkan wanita itu yang mengenakan bayaran SR500 (RM437) untuk khidmat pelacur di kediamannya di utara bandar Hafr al-Batin dipantau penguat kuasa Suruhanjaya Pencegah Maksiat sejak beberapa bulan lalu.

"Penguat kuasa akhirnya berjaya memasuki kediaman wanita itu bersama-sama pelanggan warga asing yang ditahan sebelum ini.

"Dia enggan membenarkan rakyat tempatan memasuki rumahnya, tetapi warga asing terbabit meyakinkannya bahawa pegawai penguat kuasa itu juga mahu mencari keseronokan," lapor akhbar harian berbahasa Arab, Sabq.

Apabila mereka masuk dan memberinya sejumlah wang, anggota penguat kuasa lain menyerbu kediaman itu dan menahan wanita terbabit dan ketiga-tiga anaknya, lapor Sabq. – Agensi

Persenda profesion jururawat, AirAsia mohon maaf

Posted: 26 Feb 2014 05:01 AM PST

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia hari ini memohon maaf di atas tindakan tidak prihatinnya menyiarkan iklan berbaur sensitif yang dikatakan menghina profesion jururawat yang terpampang dalam beberapa pesawat syarikat itu.

Untuk itu, AirAsia mengambil langkah untuk menarik balik iklan Tune Insurance dari semua pesawatnya serta merta.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami terutamanya kepada mereka yang berkhidmat dalam profesion kejururawatan bahawa segala langkah telah diambil untuk menarik kembali iklan tersebut dari pesawat kami," katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Astro AWANI.

Tambah kenyataan itu lagi, sebelum pengeluaran sesuatu iklan dilakukan, segala kandungan iklan tersebut akan diteliti terlebih dahulu oleh agensi pengiklanan mereka.

"Namun, dalam perkara ini, proses tersebut tidak dipatuhi dan kami benar-benar memohon maaf di atas kesilapan ini dan kami telah memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan demi pembaikan proses penilitian agar ia tidak berulang pada masa akan datang."

AirAsia menjelaskan bahawa mereka menghormati profesion jururawat dan tidak pernah terniat untuk menyakiti atau menghina pekerjaan tersebut.

Permohonan maaf AirAsia tersebut dilakukan berikutan desakan Persatuan Perubatan Malaysia yang berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia.

Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan "You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses."

Selangor akhirnya ambil-alih pengurusan syarikat air

Posted: 26 Feb 2014 04:01 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010.

MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pejabat Malaysiakini diserang, LGE salahkan Zahid Hamidi

Posted: 26 Feb 2014 02:31 AM PST

Susulan insiden pejabat Malaysiakini dan pejabat Teresa Kok 'diserang' dengan cat merah oleh pihak yang tidak bertanggung jawab,Lim Guan Eng semalam telah tampil untuk menempelak pihak-pihak yang melakukan provokasi dan ugutan itu.

Guan Eng dalam satu kenyataan di Komtar telah menegaskan bahawa insiden keganasan sebegini tidak harus berlaku di Malaysia.

Tegasnya lagi,kebebasan bersuara yang diamalkan di Malaysia kini telah pudar dan amalan kebencian telah mula manjadi satu penyakit di kalangan masyarakat.

Merujuk kepada insiden ini,Guan Eng seolah-olah cuba mempertahankan kebiadapan Teresa Kok menerbitkan video 'Onederful Malaysia' yang amat jelas sekali melakukan provokasi melampau sehingga menerbitkan perasaan marah segelintir pihak.

Dalam kenyataannya lagi,Guan Eng telah menuduh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk seri Najib tidak memberi perhatian dalam masalah ini dan seolah-olah menyokong tindakan keganasan yang dilakukan pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab ini terhadap Teresa.

"Banyak laporan polis telah dibuat , dan walaupun banyak insiden-insiden ini termasuk ancaman untuk mencederakan Teresa berlaku secara terbuka dan telah direkodkan oleh media, tetapi masih tidak ada tindakan yang diambil KDN ke atas pesalah-pesalah tersebut"ujar Lim.

Guan Eng turut meluahkan ketidak puasan hati beliau terhadap pihak Polis susulan demo membantah adun PKR yang di adakan di Seberang Jaya baru-baru ini.Dalam kenyataanya,beliau menegasakan bahawa pemimpin demo yang meletakkan banting ingin mengulangi tragedi 13 Mei seharusnya ditangkap.Tetapi sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan yang diambil pihak berwajib.

Beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya bertindak lebih adil.Sehingga kini tiada kenyataan dari beliau untuk menegur tindakan biadap Adun PKR Machang Bubuk itu yang melakukan provokasi melampau menghina pemimpin dan sekaligus membangkitkan kemarahan kaum Melayu di seluruh Malaysia.

Dalam kenyataan terakhir beliau,Guan Eng sekali lagi menegaskan dan menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab dan bukannya membiarkan mereka terlepas begitu sahaja.

Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan rasmi ini susulan insiden pejabat Malaysiakini dibaling cat merah dan terdapat kotak berisi itik hidup ditemui di luar pejabat portal itu yang terletak di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.Insiden itu disyaki turut ada kaitan dengan video biadap dari Tersa Kok yang bertajuk Onederful Malaysia.-UtaraNews.

Tak gamak bayar RM2 juta, Hadi fail ketepi perintah ingkar

Posted: 26 Feb 2014 02:01 AM PST

Kuala Terengganu: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akan memfailkan permohonan mengetepikan perintah penghakiman ingkar di Mahkamah Tinggi di sini, esok.

Permohonan itu akan difailkan peguam PAS, Asmuni Awi, bagi mengetepikan perintah yang dikeluarkan mahkamah Ahad lalu berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Selesai dokumentasi

Asmuni berkata, pihaknya sudah selesai proses dokumentasi yang diperlukan dan yakin perintah penghakiman ingkar itu boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes berkenaan.

"Saya tidak boleh ulas lanjut tetapi yakin boleh selesaikan," katanya ketika dihubungi.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Nasrudin Mohamed, merekodkan penghakiman itu selepas membenarkan permohonan Mohd Shamsul melalui peguamnya, A Vasudevan.

Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Hadi (defendan) di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tahun lalu.

(Gambar) Foto Bung Mokhtar bermain judi tersebar?

Posted: 26 Feb 2014 01:01 AM PST

Beberapa keping foto yang disebarkan sebuah blog pembangkang, Omakkau memaparkan seorang lelaki yang didakwa, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar sedang berada di dalam sebuah kasino.

Foto berkenaan kemudiaanya dibandingkan dengan dengan beberapa keping lagi foto lain yang diambil dari akaun Instagram isterinya, Zizie Izzetie.

Berdasarkan foto berkenaan, blogger berkenaan mendakwa indivdu tersebut adalah MP tersebut berdasarkan pakaian yang dipakainya dan mahukan penjelasan.


Pelakon Dynas Mokhtar sah bercerai semalam?

Posted: 25 Feb 2014 11:01 PM PST

Ada khabar angin kembali bertebaran mengatakan pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah sah bercerai sekitar jam 3.00 petang pada 25 Februari 2014 bersamaan hari semalam.

Namun menurut sumber kami yang memeriksa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, tiada rekod tuntutan penceraian melibatkan Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinaz Datuk Wan Mokhtar dan suami, Mohd Hafizi Mohd Hafiz.

BACA: Dynas Mokhtar Nafi Rumahtangga Goyah

Dalam masa yang sama, Dynas Mokhtar sehingga saat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan kenyataan tentang gosip yang menjadi bualan para peminat dan media ini.

Dynas Mokhtar & Mohd Hafizi berkahwin pada Mac 2008 yang lalu dan dikurniakan dua orang cahayamata sepanjang usia perkahwinan

Sumber: Rotikaya

Jenazah lengkap berkafan ditinggal tepi jalan di Bukit Mertajam

Posted: 25 Feb 2014 10:15 PM PST

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai milik warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah, berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.
Katanya, tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

- BERNAMA

Wanita dinoda dan diliwat majikan selepas tuntut gaji

Posted: 25 Feb 2014 09:31 PM PST

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia lewat 30-an itu. Difahamkan, suspek mengugut untuk tidak membayar tunggakan gaji sekiranya mangsa tidak memakan pil berkenaan.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa bersendirian pergi ke restoran bekas majikannya di Tasik Tambahan, Ampang untuk menuntut tunggakan gaji.

"Suspek bagaimanapun, mengarahkan mangsa pergi ke rumahnya berhampiran kawasan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa menelan sebiji pil dipercayai dadah.

"Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsa akur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.

"Kesempatan itu diambil untuk merogol mangsa. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut diliwat," katanya.

Katanya, selepas selesai melempiaskan nafsunya, suspek mengarahkan mangsa pulang ke rumah selain tidak menjelaskan tunggakan gaji berkenaan.

"Mangsa yang dibantu seorang pemandu teksi kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.

Susulan laporan itu, sepasukan polis bergegas ke rumah suspek dan berjaya menahannya yang bersendirian di rumah berkenaan.

Katanya, suspek akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan manakala mangsa juga sudah dirujuk ke hospital berhampiran.


Wanita dipaksa raba kemaluan pemandu dalam teksi di KL

Posted: 25 Feb 2014 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan pada Selasa berkata, SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan.

"Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika didapati bersalah, pemandu teksi itu berdepan risiko lesen dibatalkan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010," katanya.

Beliau mengulas laporan The Star bertajuk 'Nightmare ride with pervert cabbie' mengenai seorang wanita berumur 20 tahun yang dipaksa meletakkantangannya pada kemaluan pemandu teksi itu sepanjang perjalanan.

Pekerja pusat panggilan itu menaiki teksi berkenaan selepas membeli barangan dapur dekat Jalan Metro Prima di Kepong pada kira-kira 7 malam, 28 Januari lepas.

Wanita itu duduk di tempat duduk penumpang sebelah pemandu teksi itu yang kemudian mula memberi komen lucah dan seksual terhadapnya.

Pemandu itu, dipercayai berumur 70-an, didakwa meraba pahanya dan meletakkansebilah pisau di atas papan pemuka dan pada masa sama mengeluarkan kata-kata lucah terhadap wanita yang ketakutan itu.

Mohd Nur Ismal berkata, sesiapa didapati bersalah terhadap perbuatan seperti didakwa itu tidak layak menjadi pemandu teksi dan mengaibkan profesion itu. - BERNAMA

BN akan hilang wang pertaruhan, kalah besar di #Kajang - PAS

Posted: 25 Feb 2014 06:31 PM PST

KUALA TERENGGANU – BN dijangka berdepan kekalahan lebih besar dengan keputusan meletakkan calon MCA untuk melawan calon PKR di Dun Kajang pada PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa, berdasarkan perkembangan politik semasa, lebih-lebih lagi jumlah kaum Melayu mendahului kaum lain di kawasan tersebut.

"Dengan meletakkan calon MCA, kekalahan lebih besar akan berlaku di pihak BN," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak meramalkan sebarang kemenangan di pihak BN jika parti itu mahu mengubah keputusan dengan meletakkan calon Umno di kerusi tersebut, tetapi menegaskan bahawa MCA tidak banyak membantu kemenangan BN.

Pada masa sama, beliau turut menganggap calon adalah isu parti masing-masing dan menyerahkan perkara tersebut kepada BN untuk menentukan pilihan yang tepat sebelum penamaan calon 11 Mac ini.

BN sebelum ini mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon yang akan bertanding menentang calon PKR iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Dalam kenyataan sebelum ini, MCA turut mengingatkan pelbagai pihak agar tidak memandang rendah keupayaan parti itu merampas semula kerusi Dun Kajang.

Dalam perkembangan sama, Syed Azman yang juga Adun Batu Burok menjelaskan bahawa Pas akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana calon yang diketengahkan PKR di kerusi terbabit.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap calon PKR untuk terus mempertahankan kerusi N25 Kajang di samping berharap PRK kali ini berjalan lancar.

"Kita juga berharap supaya tiada sebarang bentuk kekecohan berlaku sepanjang tempoh kempen pilihan raya berlangsung," katanya.

'Hadi, anda sudah terlewat...' - Ketua AMK

Posted: 25 Feb 2014 06:00 PM PST

KUALA TERENGGANU 25 Feb. - Bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait 'calon pil kuda' dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

"Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

"Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam satu kenyataannya semalam mempersoalkan sikap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdiam diri dan tidak mengarahkan Mohd. Shamsul menarik balik saman terhadap Abdul Hadi.

Dakwa Zaid, jika kes ini diteruskan dan Anwar tetap mengambil pendekatan berdiam diri, ia hanya menunjukkan keangkuhan PKR dalam menyelesaikan kemelut yang melanda parti pembangkang ketika ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shamsul menyifatkan, saman yang difailkannya ke atas pemimpin Pas itu tidak akan mengeruhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKR dan Pas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

"Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak," katanya.

Dirasuk atas pentas, Nur Fathia beri ulasan

Posted: 25 Feb 2014 05:31 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon Nur Fathia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri ketika pementasan teater Bidasari di Panggung Sari, Istana Budaya dekat sini minggu lalu.

Fathia atau nama sebenar Nur Fathia Latiff, 26, berkata dia hanya mengetahui apa yang berlaku selepas diberitahu oleh pelakon lain yang turut berada di tempat kejadian.

"Saya sendiri kurang pasti apa yang berlaku tetapi apa yang saya tahu saya pengsan dan tidak sedarkan diri dan apabila tersedar ada dua orang ustaz di hadapan saya.

"Saya tidak pasti apa yang terjadi sama ada saya dirasuk atau pun sebaliknya. Tapi, menurut kata kawan-kawan saya yang lain, mereka ada ternampak saya di lokasi berbeza ketika saya pengsan itu," jelas kepada mStar Online.

Fathia berkata demikian ketika diminta mengulas apabila dia dikatakan dirasuk ketika pementasan Bidasari yang berlangsung 11 hingga 17 Februari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya.

Disebabkan kejadian itu, tempat Fathia telah digantikan dengan seorang pelakon lain untuk beberapa babak sebelum dia kembali ke pentas.

Tambah Fathia, dia turut tidak menolak kemungkinan faktor kepenatan sebagai penyebab dia jatuh pengsan.

Sementara itu, pihak Istana Budaya menggalakkan mana-mana produksi supaya melakukan upacara tahlil dan bacaan doa terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu pementasan.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia bukan sahaja untuk mendapatkan berkat bagi melancarkan perjalanan pementasan tersebut, malah bagi mengelak daripada gangguan yang tidak diingini berlaku.

"Kita memang menasihatkan produksi untuk mengadakan kenduri atau bacaan doa bagi mengambil berkat dan memohon segala perjalanan pementasan lancar sebelum memulakan pementasan.

"Malah kita juga minta dijauhkan daripada sebarang gangguan yang tidak diingini berlaku yang melibatkan pelakon terutamanya apabila melakukan pementasan berkaitan kisah-kisah alam ghaib," katanya.

Tambahnya, kejadian yang melibatkan makhluk halus boleh terjadi di mana-mana terutama apabila ia menggunakan dialog yang ada menyeru sesuatu atau menggunakan bahan-bahan yang selalunya dikaitkan dengan perkara berkenaan.

Katanya, beberapa kejadian sebelum ini melibatkan gangguan teknikal turut pernah terjadi kepada pementasan 'P.Ramlee The Musical' dan 'Puteri Gunung Ledang'.

Bojan dilantik pengurus JDT

Posted: 25 Feb 2014 05:01 PM PST

TEKA teki mengenai kehadiran bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak di Padang Seri Gelam Johor Bharu semalam akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai pasukan Harimau Selatan itu sebagai pengurus.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pelantikan Bojan sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala Cesar Ferrando Jimenez pula dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Bojan bagi membantu Jimenez memberikan informasi pasukan dan pemain-pemain pihak lawan di mana Cesar Jimenez akan terus menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bola sepak dan lain-lain buat pasukan JDT.

"Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan tempatan sehingga berjaya menjuarai beberapa piala sebelum ini pasti dapat membantu Jimenez dari segi informasi.

"Dan pemahaman beliau mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman di Eropah ke dalam kancah bola sepak Malaysia.

"Kami percaya gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini pasti akan memberi persaingan lebih sengit di dalam arena bola sepak Malaysia dan semestinya Harimau Selatan akan kembali dengan taring yang lebih terasah," katanya.

Sementara itu, Bojan mahupun Jimenez masing-masing melahirkan perasaan teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan persatuan itu.

"Kami berdua sangat teruja dengan perkembangan terbaru ini dan seterusnya akan bekerja keras bagi meletakkan PBNJ ke satu tahap yang lebih tinggi.

Apa Yang Tersirat

Posted: 26 Feb 2014 01:37 PM PST

Apa Yang Tersirat


Rupanya PKR Juga Pengamal Kronisme

Posted: 26 Feb 2014 08:38 AM PST

Pendedahan Rafizi Ramli berkaitan Zaid Ibrahim, menggambarkan bahawa PKR juga pengamal kronisme, tidak seperti gambaran mereka, bahawa parti itu penentang gejala itu, kerana menggunakan kronisme bagi menghentam pemimpin Umno.

Rafizi mendedahkan bahawa Zaid Ibrahim pernah berjumpa MP Pandan itu semasa Zaid masih dalam PKR untuk urusan projek untuk diberikan kepada pengikut Zaid.

Umum mengetahui, bahawa kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor tidak disenangi Azmin Ali dan digeng, kerana MB Selangor itu dikatakan hanya memperkaya kroninya. Atas sebab itu, Anwar perlu di bawa masuk dan perlu menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, agar supaya kroni Anwar pula bakal mengecapi projek-projek kerajaan negeri.
 
Negeri Selangor merupakan negeri terkaya, untuk itu Pakatan Rakyat menjadikan negeri itu sebagai milking cow untuk meneruskan agenda merampas Putrajaya, selain memperkaya diri sendiri.
 
Siapa yang tidak tahu semasa Anwar dalam kerajaan, terutama semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, lebih 80 syarikat yang mendapat projek jutaan ringgit daripada Kementerian Kewangan adalah kroni-kroni Anwar. Pembaca boleh saja google nama2 syarikat itu.

PRK Kajang, atau Kajang move, adalah langkah bagaimana Anwar meneruskan lagendanya untuk menghidupkan semula para kroninya, selain para kroni baru seperti Rafizi Ramli.

Pandangan Tun Daim Sudah Lapuk

Posted: 26 Feb 2014 02:35 AM PST

SIAPALAH blogger AYT menyelar Tun Daim Zainuddin? Tun Daim selain ikon korporate negara, juga seseorang yang berjaya dalam dunianya. Tun Daim adalah mantan Menteri kewangan Malaysia bagi tahun 1984-1991 dan 1999-2001.

Memang pandangan mantan kewangan itu tajam, terutama pandangan beliau pada PRA PRU-12.

Daim memang seorang yang "die hard" terhadap kepimpinan Putrajaya, atas sebab itu, apabila Putrajaya kelihatan tergugat, maka beliau memberi pandangan, yang menyakitkan.

AYT suka memberi komen berkaitan dengan kenyataan mantan Menteri Kewangan itu yang disiarkan oleh Kinibiz, selain mengandungi kritikan terhadap Anwar Ibrahim juga mengeritik kepimpinan Putrajaya, walaupun beliau tidak menyebut nama Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau melalui Kinibiz itu, Daim menyatakan bahawa kekuatan sesebuah kerajaan bukan terletak kepada mandat yang kuat, sebaliknya kekuatan sesebuah kerajaan terletak pada polisi dan halatuju kerajaan.

Menyokong kenyataannya itu, Tun Daim mempersoal masa pengumuman polisi kerajaan yang dilakukan pada hujung tahun 2013, di mana menurut mantan menteri kewangan itu menjurus kepada implaksi kewangan rakyat, atas sebab polisi itu telah mendorong kenaikan harga barang, sehingga menggugat sara hidup rakyat.

Tun Daim lupa, bahawa dalam sistem kewangan atau bisnes, tiada siapa yang boleh menentukan "timing", jika ada yang mampu menentukan "timing" maka sudah tentunya para penasihat kewangan akan cepat menjadi kaya raya, kerana mampu menasihti pelabur-pelaburnya, masa mana masuk pasaran, masa mana tidak masuk pasaran.

Najib mengumumkan pengurangan RON95, kerana data menunjukkan kitirisan kewangan negara akan semakin buruk dengan melengahkan pengurangan subsidi petrolium itu. Sistem subsidi yang dilaksanakan kerajaan sejak berdekad sebenarnya tidak didorong kajian yang mendalam, dan sistem yang digunapakai itu seperti melepas batuk di tangga, sehingga memudaratkan kewangan negara. Sistem subsidi pukal petrolium negara, merupakan pendekatan fiskal yang sangat buruk, kerana melalui sistem itu, rakyat atau mereka yang tidak sepatutnya mendapat subsidi seperti pelancong atau orang milioner juga turut ikut menikmati subsidi.

Sistem pemberian subsidi gula misalnya, turut juga dinikmati pengilang-pengilang yang berorentasi export, ertinya pengguna luar negara juga turut menikamti subsidi gula negara.

Tun Daim dalam kenyataan itu juga membandingkan kerajaan UK di bawah David Cameron dan Australia Julia Gillard yang tidak mendapat mandat kuat, sehingga berlakunya parlimen tergantung, namun kata beliau, kerajaan Cameron dan Gillard mampu mengwujudkan kerajaan yang kuat kerana polisi dan halatujunya yang jelas.

Membandingkan antara kerajaan UK dan Australia, seolah-olah mantan Menteri Kewangan itu membanding antara apel dan rambutan. Memang apel dan rambutan adalah jenis buah, namun family dan spesies yang berbeza sama sekali.

Malaysia adalah negara berbagai suku bangsa, berbagai agama dan berbagai budaya, selain itu, latar belakang perekonomian rakyat terbagai berbagai-bagai peringkat, daripada miskin tegar, miskin, berpendapatan sederhana dan seterusnya mereka yang kaya raya. Peratusan rakyat yang tidak bernasib baik daripada segi pendapatan, menghuni bahawa segitiga, manakala mereka yang berkemampuan menghuni puncak segi tiga.

Najib telah mencanangkan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009. Najib mewarisi kerajaan yang lemah daripada Pak Lah. Najib mewarisi kadar inflasi 9 peratus, namun kini kadar inflasi menurun kepada 3 peratus, ertinya, disposible imcome rakyat mempunyai kekuatan 200 peratus daripada segi daya beli.

Kerajaan Najib melihat, bahawa sistem subsidi negara adalah punca ketirisan kewangan negara, kerana sistem itu tidak mengenai sasaran. Tujuan pemberian subsidi adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat yang kurang bernasib baik, dan jumlah mereka itu cukup ramai. Kerajaan Najib memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan terbukti, jumlah ketua keluarga yang terlibat termasuk orang bujang yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu mencecah 7 juta ketua keluarga/individu bujang. (Penduduk Malaysia adalah 28 juta orang). Jika sebuah keluarga ada 4 orang, ertinya secara matematik semua rakyat Malaysia adalah berada dalam kategori berpendapatan kurang daripada RM3 ribu. Kalaulah sistem BR1M tidak dilaksanakan, tiada siapa tahu angka sebenar rakyat Malaysia berada dalam kategori pendapatan itu.

Daim juga melihat bahawa Kerajaan Putrajaya adalah kerajaan yang lemah, kerana dikatakan tidak mampu membendung ekterimis agama, bangsa yang boleh menjuruskan kepada ketegangan sosial.

Negara sudah menggariskan bahawa pada tahun 2020, adalah tahun lepas landas (take off) negara sebagai negara maju. Sebagai negara maju, suka atau tidak transformasi perlu dilakukan. Memang ada risko yang perlu ditanggung, seperti yang berlaku pada masa ini; keadaan yang kurang menonjol pada era Tun Daim dan era Tun Dr Mahathir. Pada era mereka itu, memang demokrasi diamalkan, tetapi bukan demokrasi sepenuhnya akan tetapi demokrasi terpimpin. Pada masa itu, sesiapa sahaja rakyat bebas bercakap, tetapi pandangan atau ucapan perlu senantiasa menyokong polisi-polisi kerajaan, menyimpang maka padah akibatnya.

Para pemimpin pada era Tun M dan Tun D, cukup selesa, kerana tidak berdepan dengan krtikan rakyat, tidak berdepan dengan berbagai karenah, atas sebab, semuanya macam terkunci mulut, atas sebab itu, sebarang tindakan atau polisi kerajaan kelihatannya senantiasa mendapat sokongan; apatak lagi dalam pilihan raya umum, kerajaan senantiasa mendapat kuasa 2/3.

Perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri sebenarnya, telah membuka pekong kerajaan selama berdekad. Terbukanya pekong itu, kalaulah bukan pada era Najib, ianya akan terbuka jua di era Perdana Menteri lain. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur, kerana pekong/barah yang tersimpan selama ini, akhirnya terkesan lebih awal, kerana barah itu belum sampai ketahap yang mematikan; kerana di peringkat awal, maka mengubatinya adalah lebih mudah.

Jangan berlaku keadaan barah semasa perpecahan negara USSR, sedar-sedar lagi negara itu hancur, dan kini USSR tinggal catatan sejarah.

Najib berani mengambil risko, dengan pemansuhan ISA, kerana beliau tahu, adalah terdapat banyak undang-undang lagi yang boleh digunapakai untuk mencegah faktor yang boleh mengakibatkan ketegangan kaum dan pergolakan sosial.

Bagi Najib, mengwujudkan keharmonian antara kaum, perlu wujud tanpa syarat. Kerana melalui keadah itu sahaja, akan benar-benar wujudnya keharmonian. Memang benar, pada era Tun M dan era Tun D, kelihatan wujudnya keharmonian. tetapi rupanya kerharmonian itu hanya kerharmonian PALSU.

THE FLYING KICK

Posted: 26 Feb 2014 01:29 PM PST

THE FLYING KICK


KATA NGA KOR MENG, MELAYU KUAT MENTEKEDAGHAH RASUAH DAN SANGAT RASIS!!!

Posted: 26 Feb 2014 07:15 AM PST

GUAN ENG KEMBALI BERLAGAK MACAM BAIK DALAM KES PEJABAT MALAYSIAKINI DIBALING CAT!!!

Posted: 26 Feb 2014 06:30 AM PST

MAT SAID BUANG DUIT LAGI... KALI INI DI UNITED KINGDOM PULAK!!!

Posted: 26 Feb 2014 05:30 AM PST

SYABAS PULAK BALUN KHALID IBRAHIM... ISYY, AIR TAK ADA PUN, POLITIK MASIH TAK HABIS-HABIS DI SELANGOR!!!

Posted: 26 Feb 2014 04:00 AM PST

SIAPA VVIP UMNO YANG OFFER NAK BAYARKAN RM2 JUTA SAMAN FITNAH HADI AWANG?

Posted: 26 Feb 2014 12:59 AM PST

ANWAR DAN KHALID IBRAHIM DAH MEMULAKAN PEPERANGAN SECARA TERBUKA... DAN TERNYATA KHALID TIDAK BEBAL TAPI KEBAL!!!

Posted: 25 Feb 2014 10:53 PM PST

WOI BUDAK-BUDAK... MUKA KORANG DAH FEMES DAH... POLIS YANG KELUARKAN!!!

Posted: 25 Feb 2014 05:00 PM PST

PEMBONGKARAN PENIPUAN HARGA MINYAK YANG KERAP DILAUNG-LAUNGKAN OLEH ANWAR IBRAHIM DAN RED BEAN ARMY!!!

Posted: 25 Feb 2014 03:00 PM PST

Duke of UMNO

Posted: 26 Feb 2014 01:03 PM PST

Duke of UMNO


SIAPA YANG TIPU? ANWAR BERAHIM ATAU SAM KETOT?

Posted: 26 Feb 2014 06:32 AM PST

Baru ni salah seorang sahabat PAS saya yang menetap di Kajang beritahu tentang Sam Ketot yang berkempen awal PRK DUN Kajang di tempatnya... Saya pun cari la maklumat sikit pasal ceramah Sam Ketot tu... maklum la.. Sam ni selalu merepek atas pentas.. tu yang selalu Anwar marah tu...

Bukan apa.. sebelum ni, kenyataan Sam Ketot selalu bertentangan dengan apa yang dikatakan Anwar. Itu menyebabkan Anwar dilihat seolah-olah seorang PENIPU BESAR dan itu cukup membuat Anwar marah pada Sam Ketot...

Cari punya cari maklumat tu.. saya dapat la rakaman video ni... "comel" betul Sam Ketot berucap atas pentas... Macam "gnome" pulak saya tengok.. kalau berlakon jadi "dwarf" pun sesuai ni...heh! Tapi paling best, kenyataan Sam Ketot kali ni pun bertentangan dengan kata-kata Anwar... heh!

Cuba tengok kat bawah...




Dan Sam Ketot perlu rujuk kata-kata Anwar ni...

CUBAAN UNTUK BUSUKKAN NAMA PETANI & PESAWAH..?

Posted: 26 Feb 2014 04:33 AM PST

Saya tak mahu tulis banyak kali ni... tapi rasanya dah ada bukti seseorang yang memalukan golongan petani di Kedah... hasil dari penulisannya seolah-olah menggambarkan para petani di utara semenanjung tidak tahu bersyukur... 

Saya rasa mamat yang menulis ni bukan petani atau buat bendang pun... lebih pada propaganda saja.. cuba cetus persepsi dan ajar masyarakat petani untuk tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan... 

Kononnya dia "bela petani"... kononnya "anak tani"... RM296.55 sebulan memang tak cukup... konon? Rezeki terpijak pun tak cukup...? Saya kira para petani yang buat bendang ada banyak lagi sumber cari makan lain... mamat ni je yang lebih-lebih.. "kesat airmata petani" kononnn... 

Cuba baca tulisan kat bawah ni... dia ni tak reti bersyukur pada Allah ke?


Ayuh, bersama mengesat air mata pesawah

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumumkan pembatalan dua musim penanaman padi yang melibatkan 29 blok pengairan di 12 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dalam Parlimen Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Kubang Pasu, Jerai serta Arau dan Kangar di Perlis.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan kerja pemulihan tanah jerlus dijalankan di kawasan sawah seluas 6,962 hektar. Kerajaan telah meluluskan wang ihsan berjumlah RM36.8 juta untuk diagihkan kepada setiap pesawah padi terbabit yang akan menerima RM2,645.50 bagi setiap hektar sawah yang dibatalkan musim penanaman.

Jika kita meninjau kawasan sawah padi di Kedah dan Perlis, sememangnya masalah ini agak kritikal sehingga banyak kawasan tanah yang tidak dapat diteruskan proses penanaman padi. Masalah sangat dirasai ketika musim membajak dan menuai.

Kekadang kita melihat ada kawasan sawah padinya yang sedang menguning, namun hasilnya tidak dapat dituai kerana jentera penuai yang tidak dapat masuk ke kawasan sawah padi akibat tanah jerlus. Ia berpunca daripada masalah pengairan berkaitan air keluar masuk ke kawasan sawah, ditambah dengan iklim yang tidak menentu.

Tidak seperti beberapa tahun lalu, kebiasannya musim kemarau sekitar bulan Januari dan Februari membantu memulihkan tanah ini. Iklim dan cuaca adalah ketentuan Allah s.w.t. Apa yang boleh kita usahakan ialah berkaitan sistem pengairan.

Pengairan di kawasan tanah padi bukan sahaja berkaitan pengairan masuk, namun ianya juga perlu diteliti berkaitan pengairan keluar air dari sawah pada waktu-waktu tertentu. Apabila pengairan air keluar dari sawah tidak berlaku dengan sebaiknya, maka masalah ini akan berlarutan.

Justeru, Jaringan Anak Tani Se-Malaysia (Anak Tani) menyambut baik cadangan pihak kerajaan untuk memulihkan keadaan tanah yang sangat memberi kesan kepada produktiviti padi beras negara.

Kebajikan pesawah harus diteliti sehalusnya

ANAK TANI meneliti kira-kira yang dibuat oleh NGO Belatani yang begitu komited memperjuangkan kebajikan pesawah padi hari ini. Mereka memperjuangkan soal harga siling padi yang relevan dengan keadaan semasa ketika mana rakyat dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi.

Dalam kira-kira yang dibuat, sekiranya seorang pesawah padi mengusahakan 5 relong ("relong" biasanya digunakan dalam kira-kira keluasan tanah di negeri seperti Kedah, Perlins dan Pulau Pinang) sawah padi, pendapatan bersih mereka sebulan hanyalah sekitar RM700 (setelah ditolak kos pengeluaran dan sewa tanah). Masih di bawah tahap gaji minima. Sememangnya pesawah padi hari ini amat terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat.

Kerajaan berjanji akan mengagihkan kepada pesawah padi yang terlibat RM2,645.50 sehektar. Jika sehektar tanah bersamaan sekitar 3.5 relong, bermakna, pesawah padi akan memperolehi RM755.87/relong.

Sekiranya sewa serelong tanah RM400, bermakna pendapatan bersih pesawah padi  dalam tempoh "pembatalan" ini ialah RM355.87. Sekiranya pesawah padi tersebut mengerjakan sawah seluas 5 relong, pendapatannya semusim hanyalah RM1,779.35.

Kawasan MADA ini ialah kawasan penanaman padi setahun 2 kali. Dengan menganggarkan semusim bersamaan 6 bulan, pendapatan pesawah tadi hanyalah kira-kira RM296.55 sebulan. Bukan lagi tahap miskin, tetapi sangat fakir miskin.

Kesusahan pesawah harus dirasai bersama

Sekiranya anda memeperolehi RM296.55 sebulan, bagaimana anda ingin menguruskan ekonomi hidup anda? Makan minum? Belanja anak ke sekolah? Bil air dan elektrik? Motosikal? Kereta? Minyak?

Anak Tani ingin mengajak seluruh rakyat merasai keperitan hidup pesawah. Isu padi bukan isu pesawah sahaja kerana pengorbanan mereka begitu besar terhadap rakyat dan negara. Pesawah padi bukan hanya bekerja untuk sara hidup mereka sahaja tetapi mereka menyediakan makanan kepada berjuta rakyat Malaysia. Tugasan mereka juga besar bagi menjamin keselamatan negara kerana padi di Malaysia signifikan dengan "food security".

Semua pihak perlu memikirkan kesusahan mereka. Alternatif harus disedikan untuk membantu mereka. Mungkin yang perlu kita fikirkan, sementara kerja memulihkan tanah ini diusahakan ialah apakah mungkin pesawah padi boleh mengusahkan tanaman alternatif (seperti sayur-sayuran, jagung, pisang, tebu dan lain-lain) di kawasan-kawasan tertentu bagi menampung sara hidup mereka?

Apakah kerja lain yang boleh mereka lakukan untuk menyara keluarga? Apakah perlu dibuka kawasan baru sementara untuk pertanian kelompok pesawah padi sementara penanaman padi "dibatalkan"?

Ayuh, bersama mengesat air mata pesawah!

Penulis ialah Penyelaras Jaringan Anak Petani Se-Malaysia (Anak Tani).

TUGAS GURU HANYA MENDIDIK, BUKAN KEY IN DATA..? SETUJU?

Posted: 26 Feb 2014 01:33 AM PST

Ewah..ewah! Sebelum ni NUTP bersikap positif dan mahu KPM kaji balik sistem PBS. NUTP nak sistem tu dibaik pulih... tapi semalam NUTP dah keluarkan satu statement yang saya agak sangat tidak matang dan poyo...

"Sepatutnya guru menggunakan masa mereka di sekolah untuk mendidik pelajar bukan mengisi data di dalam sistem," -Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Ye ke? Macam tu ke? Oooo.. kalau macam tu, apa kata KPM ikut kehendak Yim Pheng ni... kerja guru mendidik saja lepas ni... tak payah key ini data lagi lepas ni...

Lagi baik kalau...


Cikgu tak payah jaga disiplin, tak payah train sukan, tak payah buat hari guru, tak payah buat apa pun selain mengajar...periksa buku murid pun tak payah! Kalau boleh, buat lesson plan tak payah... Kiranya kerja cikgu ni MENGAJAR SAHAJA.. bunyi loceng terus boleh balik rumah...
  • KPM perlu lantik 5-6 orang polis jadi PEGAWAI DISIPLIN di semua sekolah. 
  • Kalau nak train sukan, letakkan satu team PEGAWAI BELIA & SUKAN di semua sekolah.
  • Kalau nak buat Hari Guru atau apa-apa event, KPM perlu upah syarikat Event Management buat event-event semua tu kat sekolah... kos ditanggung KPM...
  • Kalau nak periksa buku murid, KPM perlu lantik PEGAWAI-PEGAWAI dari Lembaga Peperiksaan Negara jadi pemeriksa.. satu sekolah letak la dalam 20 - 30 orang tolong periksa buku murid...
  • Boleh macam tu? Mengada-ngada betul la NUTP ni... kalau bonus nak banyak pulakkk...heh!
Saya takde la marah sangat kat NUTP. Tapi statement kali ni nampak tak pakai akal. Kalau cikgu kata tugasnya hanya mengajar, bagaimana dengan polis, tentera dan kakitangan awam yang lain? Adil ke? Habis tu polis kerjanya hanya jaga keamanan negara, bukan ambil report, key in report? Jangan tak tahu polis pun ada yang kerjanya pomen kenderaan PDRM..! 

Saya berpandangan, kalau guru-guru takde masalah nak key in data. Sebenarnya yang jadi masalah utama ialah website database tu yang selalu hanged dan congested. Lepas tu prasarana macam internet, kelengkapan dan peralatan terhad sangat.. Wifi pun lemah gila...

Cuba la atasi masalah tu semua. Cikgu pun jangan la lari dari tanggungjawab dan tugas yang diberikan. Memang la tugas utama guru adalah mendidik. Tak payah cerita la tu semua orang tahu.. tapi kena la jugak buat tugasan lain...

Kalau lorat sangat nak key in data, saya cadangkan supaya KPM lantik 2 orang kerani tukang key in data eviden bagi setiap tingkatan di semua sekolah. Guru tak payah key in eviden. Kasi gaji minimum tahap SPM pada kerani-kerani tu.. wujud jugak la peluang pekerjaan..kan? Amacam? heh!

HADI AWANG KINI "KESEORANGAN"...?

Posted: 25 Feb 2014 10:32 PM PST

Adoiii.. makin kesian pulak saya kat TG Abdul Hadi Awang. Dah la blogger pro-PAS Kedah seolah-olah tidak menggalakkan penyokong PAS solat hajat untuk Presiden PAS tu.. khabarnya banyak pulak bunyi kot belakang pasal Ayah Chik.. ngumpat le tuhhh...

Tapi saya yakin, masih ada lagi dalam PAS yang sayang dan sokong Ayah Chik... mereka-mereka inilah yang marah bila PAS seolah-olah diperkotak-katik oleh PKR dan diperbudak-budakkan oleh DAP...depa ni memang dah lama suruh PAS keluar Pakatan Haram...

Standard la.. bila Ayah Chik diperintah bayar saman RM2 juta, ramai yang lari tak mau duduk dekat dengannya. Kawan time senang memang mudah dicari... tapi time susah macam ni semua tak mau dok dekat la... ajak solat hajat pun fikir 2-3 kali...

Saya ada cadangan untuk para penyokong PAS yang masih sayangkan kepimpinan Ayah Chik ni... Maksud saya, cadangan yang membina...


Apa kata kalau saudara-saudara semua buat memorandum minta Anwar guna budibicaranya suruh budak PKR yang saman Ayah Chik tu tarik balik saman tu. Selesai cara baik kat luar... bukan ke PKR dan PAS tu bersaudara?

Lepas tu kita tengok apa tindakan Anwar. Kalau dia nak settle, memang dia boleh sangat tolong Ayah Chik settle hal ni dengan budak PKR kat Terengganu tu. Tapi kalau Anwar malas nak tolong... maka faham-faham la... mungkin Anwar yakin "geng dia" dalam PAS dah cukup kuat untuk ketuai PAS...

Kita tak kisah kalau PAS takmau bersaudara dengan UMNO (walaupun hakikatnya memang begitu kehendak Islam). Tapi takkan la PKR tak boleh selesaikan masalah secara saudara seagama kot? Ayah Chik bukan jahat macam Zionis Yahudi Israel kawan Anwar tu...

Saya heran... kalau sesama saudara seagama, kita cukup berkira. Pantang silap sikit, terus balun, tak cukup balun, terus saman.. lebih teruk lagi, ada yang sanggup bertumbuk berterajang. Tapi kalau dengan kawan baik Yahudi, dengan kafir harbi, terang-terang berdosa pun depa sanggup bela...

Macam-macam la perangai akhir zaman ni. Risau jugak la saya tengok. Saya takde la kata saya ni sempurna.. Rasulullah SAW saja yang sempurna pada saya... tapi gaya saya tegur orang PAS lain dari cara saya balun PKR dan DAP... kenapa agaknya yer?

GEMPARRR..!!! PRESIDEN MAKKAL SAKTI "SILAMBAM" PRESIDAN HINDRAF..!!! DESSYUUMMM..!!!

Posted: 25 Feb 2014 08:32 PM PST

Heh! Waythamoorthy kena balun lagi la bro... Kali ni bukan orang lain yang balun dia. Presiden Makkal Sakti pulak kasi hantam sama itu aneee... Bukan setakat hantam, siap kena "silambam" lagi bro...

Saya tak tahu la sejauh mana "jasa" Waythamoorthy pada kaum India di Malaysia. Sebagai Pengerusi Hindraf, sepatutnya jasa Waythamoorthy lebih hebat dari jasa Samy Vellu... Maklum laaa.. Waythamoorthy ni dok claim diri sebagai "pembela kaum India"...

Kali ni Presiden Makkal Sakti "naik hangin satu badan"... dia dedah habis segala "jasa" Waythamoorthy pada kaum India... heh! Dedah...jangan tak dedah bro... "Kalaripayat" sama dia... Sila baca "jurus" yang di"kalaripayat"kan di bawah...



Pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy diminta berhenti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tindakannya meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk R.S. Thanenthiran berkata tindakan itu tidak lebih daripada sekadar menutup kelemahannya selepas memusnahkan harapan masyarakat India apabila gagal bekerja bersama kerajaan untuk membawa perubahan kepada komuniti itu.

Beliau berkata Waythamoorthy jelas gagal menggunakan 'peluang keemasan' yang diberikan Najib, sebaliknya cuba menggunakan kedudukan sebagai timbalan menteri untuk menjadi 'penentu kuasa' kepada masyarakat India dengan membuat pelbagai tuntutan tanpa memahami prosedur yang perlu diikuti.

"Waythamoorthy gagal untuk memahami tanggungjawab sebagai timbalan menteri, sikap tidak matang politik dan tiada kesedaran membuatkan beliau bertindak melulu dan berkelakuan seperti seorang ketua NGO (badan bukan kerajaan).

"Kedegilan beliau bekerja mengikut sistem yang diamalkan dalam pentadbiran kerajaan membawa kepada kegagalan, sekali gus membawa kepada peletakan jawatannya pada 10 Feb lepas," kata Thanenthiran kepada Bernama di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Thanenthiran berkata Waythamoorthy sebenarnya tidak berminat untuk membela kaum India, malah tidak pernah menyertai mana-mana perjumpaan awam bagi merangka pelan untuk membela masyarakat itu sepanjang bergelar timbalan menteri.

Beliau juga mempersoalkan rasional pemimpin Hindraf itu meminta dana bagi kementeriannya, serta mahu mengambil kakitangan seperti yang dilaporkan, sedangkan perkara itu tidak pernah menjadi amalan kepada mana-mana kerajaan.

Waythamoorthy juga tidak menghormati peranan parti komponen yang mewakili masyarakat India dalam Barisan Nasional (BN), malah tidak pernah bertemu mereka sepanjang berada dalam kerajaan sebaliknya cuba mempamerkan 'keperwiraan politiknya' secara bersendirian kepada perdana menteri, katanya.

Berhubung permintaan Waythamoorthy yang mahu Najib berundur hanya kerana didakwa tidak memenuhi tuntutan beliau, Thanenthiran berkata tindakan itu sesuatu yang amat memalukan, apatah lagi dibuat ke atas orang yang memberinya peluang untuk berbakti kepada kaum sendiri.

"Sepatutnya perlu ada rasa terhutang budi, bukannya meminta sesuatu yang melampaui batas…tetapi saya yakin masyarakat India amat menghargai keikhlasan Perdana Menteri dan kerajaan, dan mereka tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy," katanya.

Waythamoorthy, anak kelahiran Kelantan merupakan pemimpin masyarakat India dari badan bukan kerajaan yang pertama dilantik sebagai timbalan menteri. – BERNAMA

3 YANG COROT DIPERTIKAI, 5 TERKAYA LANGSUNG TAK DIUSIK..???

Posted: 25 Feb 2014 06:32 PM PST

Kat atas ni semua senarai individu terkaya di Malaysia versi update paling latest, terkini. Saya dengar ada orang pertikai dan serang Tan Sri Syed Mokhtar, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim dalam kedudukan ke-6, ke-9 dan ke-10...

Khabarnya depa tak puas hati dan pertikai dari mana sumber kekayaan 3 lelaki bumiputera tu. Tidak cukup dengan itu, depa susuli pulak dengan fitnah terhadap 3 lelaki muslim tu...

Kali ni saya nak berfikiran singkat pulak. Kali ni saya nak berfikiran kebudak-budakan macam orang-orang PHD (penyakit hasad dengki) tu jugak... saya nak tanya sikit...



Kenapa Robert Kuok, Ananda Krishnan, Teh Hong Piow, Quek Leng Chan, Lee Shin Cheng tu semua boleh kaya raya sampai jadi TOP 5 terkaya di Malaysia. Harta depa lebih dari RM13 BILION seorang..?

Depa ni asal dari mana? Macamana depa boleh kaya? Kekayaan business depa tu takdak unsur rasuah atau penyelewengan ke? Menariknya, depa boleh kekal pulak di ranking kekayaan masing-masing tanpa dapat dipotong oleh individu lain?

Di zaman yang dikatakan kononnya "ekonomi" tengah "down" ni, macamana pulak harta dan kekayaan depa boleh meningkat tinggi? RM54 BILION tu bukan sikit.. kalau RM11 bilion dipertikai, kenapa pulak tak boleh pertikai RM54 bilion? Jual dadah ke apa?

Itu antara persoalan yang timbul kalau kita nak pertikai kelima-lima Cina terkaya di Malaysia ni. Semuanya bukan Islam dan bukan bumiputera. Depa jadi idol can individu contoh bagi masyarakat Cina untuk kayakan diri masing-masing...

Secara rasional, saya ucap tahniah pada semua individu ni. Sama ada Cina, India, Melayu atau apa bangsa sekalipun, saya yakin Allah SWT dah tentukan rezeki depa memang murah... umat Islam percaya rezeki ditentukan Allah SWT...

Maksudnya, kalau usaha macamana pun sekali, kalau Allah kata takdak rezeki, maka takdak la rezeki tu. Contoh.. kalau takdak rezeki.. kita baru dapat untung business RM100, sekali datang perompak atau pencuri, depa cilok duit tu... tu takdak rezeki la tu... 

Tak payah heran la kenapa 5 individu terkaya di Malaysia tu semuanya bukan Islam. Orang Cina memang pandai meniaga. India pun ada yang bijak meniaga. Melayu pun ada jugak yang hebat berniaga...

Bezanya, orang bukan Islam tidak seperti orang Islam. Orang bukan Islam tidak punya had dalam mencari kekayaan. Maksud saya, sama ada sumber tu halal atau haram, depa bedal serupa. Sama ada legal atau tidak, depa akan cuba cari jalan untuk "bersih"kan wang tersebut dari sudut legal...

Berbanding dengan orang Islam, kita tertakluk pada hukum halal dan haram. Tak boleh menipu dan perlu jujur. Kalau ikut mazhab Shafi'e setiap jual beli perlu ada akad.. macam orang nikah kawin tuuuu.. cuma kat Malaysia takde la dipraktikkan sangat akad jual beli tu...

Jadi, tak payah la nak persoal kekayaan 3 orang Melayu Muslim tu. Patutnya kita bangga depa dikurniakan Allah rezeki yang banyak. Paling penting, depa bayar zakat dan banyak menolong umat Islam lain. 

Itu tujuan dan hikmah di sebalik rezeki depa tu... depa kongsi kekayaan dengan umat Islam..tak macam 5 individu terkaya tu..kan? Depa tu kalau share pun mungkin ada kepentingan terselindung...
Biasalah...depa licik berniaga...

Saya bersyukur dengan apa yang ada. Dulu saya dilahirkan tidak berpakaian. Tapi sekarang bukan setakat cukup pakaian, dah ada rumah, kereta kecik dan motor kapcai...cukup la untuk saya dan family berlindung, beribadah, pi masjid, pi pasar, pi beli barang dan sebagainya...

Lagipun, saya tak fokus untuk kaya di dunia ni. Selesa sudah memadai. Rukun Islam kelima-lima dah lengkap, itu sudah cukup memuaskan hati saya. Cuma sekarang ni dok cuba maintain hidup selagi bernyawa.. kena la kerja...kan? Allah tak suka orang malas dan tak bersyukur...

Anda bagaimana? Tak cukup makan ke? Dah kurus kering sebab tak cukup makan? Atau masih kuat, gemuk dan cuma tak cukup duit nak bawak anak bini melancong ke luar negara? 

Nak tahu tips? Bawak la anak isteri anda ke masjid dulu sebelum ke luar negara.. mintak rezeki lebih sikit... rajin lebih sikit.. insyaAllah, Allah akan tambah rezeki kita...tapi jangan lupa bersyukur pulak yer.. heh!

CARA KHALID BERAHIM HANDLE MASALAH AIR SELANGOR DARI 2010 - 2014...

Posted: 25 Feb 2014 04:36 PM PST

Khalid gebang 2010...

AIR CUKUP DI SELANGOR SAMPAI 2019... itu la yang Khalid Berahim cakap pada tahun 2010...

Dia cakap pada tahun 2010... tapi pada tahun 2011...

2011 punya kes...
2012 punya kes...
Januari 2013 punya kes...
February 2014 punya kes...
ANWAR PULAK HANDLE AIR SELANGOR...? KHALID "TERGULING"...?

PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Feb 2014 11:24 AM PST

PEJUANG BANGSA


JIKA KADAR TOL JAMBATAN KEDUA MAHAL , KENDERAAN AKAN KURANG !

Posted: 26 Feb 2014 06:28 AM PST


GPB bersetuju dengan pandangan JKSB yang propose kepada LLM iaitu kadar tol RM7 sahaja dikenakan di Jambatan Kedua supaya sama kadarnya dengan Jambatan P.Pinang. 
Ini kerana kalau harganya lebih mahal daripada RM7 ,  pengguna kebanyakkannya akan terus menggunakan Jambatan P.Pinang kerana ia lebih dekat dah harga murah berbanding Jambatan Kedua. 
Kita tunggu keputusan rasmi kadar harganya   daripada PM yang akan merasmikan Jambatan terpanjang di Asia Tengggara pada 1 Mac 2014 ini nanti .  Harap kerajaan pertimbangkan kadar tol jambatan ini agar ia sama dengan jambatan P.Pinang. 

Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
"Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, Rabu.
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.
Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun. - BERNAMA

RAHSIA MENGENAI KEKAYAAN MOKHZANI YANG MELAYU PEMBANGKANG DENGKI !!

Posted: 25 Feb 2014 05:29 PM PST

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Mokhzani kerana telah berjaya menyertai senarai 10 individu terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business. Seperti biasa, beberapa orang Melayu dari parti pembangkang menyerang kejayaan beliau sebab Datuk merupakan anak kepada Tun Dr Mahathir iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia. 




Jika orang bukan Melayu menyerang Datuk saya tidak berapa marah, tetapi kes sekarang ini Melayu sendiri menyerang saudara seagama dan sebangsa kerana beliau telah berjaya, dan yang lebih menyedihkan adalah beberapa fakta yang dilontarkan oleh Melayu pembangkang ini SALAH. 

Saya akan huraikan satu demi satu.Sebelum itu sedikit sejarah berkenaan SapuraKencana. Datuk Mokhzani mendapat ijazah Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan, sudah jelas beliau mahir dalam bidang petroleum. Beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah. Subsidiarinya syarikat Kencana Petroleum bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar negara.
Pertama sekali beberapa Melayu pembangkang melontar hujahan bahawa Datuk Mokhzani menjadi kaya kerana ayahnya bekas Perdana Menteri. Tetapi beliau bermula kerja sebagai 'wellsite operations engineer' di Sarawak Shell Berhad. Saya tidak pasti jika Tun mempunyai pengaruh yang kuat sehingga boleh manipulasi sebuah syarikat petroleum mlik Britain dan Belanda untuk melantik anaknya, kalau benar hujahan tersebut maka memang hebat Tun. Sehubung dengan itu 'wellsite operation engineer' adalah kerja yang sukar kerana beliau terpaksa bekerja di tengah-tengah lautan, saya pasti kalau benar hujahan pihak pembangkang, Tun akan terus lantik anaknya ke dalam kerja pejabat yang lebih selesa.
Kedua, Melayu pembangkang menyatakan bahawa perniagaan Datuk Mokhzani mencuri minyak negara. Ini tidak benar, kerana syarikat SapuraKencana bukan sebuah syarikat minyak, tetapi ia adalah sebuah syarikat kejuruteraan petroleum yang membantu syarikat minyak dalam segala urusan daripada menggali minyak hingga ke pemasangan paip minyak :
" providing end-to-end solutions and services to the upstream petroleum industry, and covers activities such as installation of offshore pipelines and structures, fabrication of offshore structures, accommodation and support vessels, drilling vessels, hook-up and commissioning, topside maintenance services, underwater services, offshore geotechnical and geophysical services, project management, diving services, offshore support services, infrastructure and specialised steel fabrication works." (official website)
Tiada penjelasan berkenaan penjualan minyak,jadi setitik petroleum negara pun Datuk Mokhzani tidak ambil.
Ketiga, pihak pembangkang menyatakan bahawa Datuk Mokhzani tidak boleh berjaya tanpa pertolongan Tun dan kerajaan Malaysia. Ini juga tidak benar kerana di website syarikat SapuraKencana, ia berkata bahawa syarikat itu bergerak aktif di negara China,Australia,Timur Tengah,America dan Brazil. Mustahil kerajaan dapat manipulasi keputusan syarikat-syarikat petroleum di negara luar untuk memberi kontrak kepada SapuraKencana,melainkan semua negara ini dikawal oleh DS Najib dan Tun.
Dengan penjelasan ini, saya berharap pihak pembangkang tidak mempertikaikan kekayaan Datuk Mokhzani. Lebih-lebih lagi kejayaan syarikat beliau akan mengharumkan nama negara dan juga menambah pendapatan negara, syarikat beliau membayar cukai RM165juta kepada kerajaan Malaysia pada 2013 yang disalurkan kepada pembinaan infrastruktur awam demi rakyat. Berapa cukai yang Anwar bayar kepada kerajaan setiap tahun? Jadi apabila syarikat beliau menambah keuntungan, ia akan memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia melalui cukai dan juga kepada umat Islam melalui zakat. Saya berbangga seorang bumiputera boleh menubuhkan sebuah syarikat yang berjaya bukan sahaja di Malaysia,malah di negara asing. Semoga Datuk terus mendapat kejayaan dalam masa akan datang.-pelaq.com

IPOHMALAY

Posted: 26 Feb 2014 09:41 AM PST

IPOHMALAY


Adakah masyarakat di didik jimatkan air ketika berlaku kemarau?

Posted: 26 Feb 2014 07:29 AM PST

Kemarau yang melanda Semenanjung Melayu kali ini boleh dikatakan antara yang terburuk dalam dua dekad ini. Pembenihan awan segera dilakukan oleh pihak berwajib di Subang, Selangor pada 26/2/2014. Di Putrajaya, rumput menghijau sudah tiada lagi berganti rumput kuning dan perang.

Keadaan relatif kering ini telah bermula awal Januari lalu dengan hembusan angin dingin dari timur laut, melintasi Laut China Selatan  ribuan kilometer hingga ke Kepulauan Melayu. Semenanjung Melayu menerima kesan langsung melihat corak pergerakan gelombang udara kering ini yang turun menghala ke barat daya.

Empangan menyusut pada tahap kritikal dan jangka hayat bekalan hanya bertahan dalam kiraan hari sementelahan orang ramai lebih banyak menggunakan air.

Malang sekali, masyarakat di kawasan terdampak tidak dididik di televisen, radio dan internet soal menggunakan air dengan berkesan. Akibatnya air digunakan dengan banyak sekali akibat cuaca yang panas dan kering. Ini bagaikan tindakan 'bunuh diri' jika hujan tidak turun selama lebih 40 hari.

Udara kering ini tidak menggalakkan turunnya hujan meski ada berlaku sedikit curahan di tempat-tempat yang berawan padat. Namun, kekeringan tanah telah agak dalam ketika ini dan pokok-pokok hiasan di jalanraya kini mula menguning.

26.2.14

 21.2.14




MB Selangor akhirnya beri lampu hijau projek bekalan air Langat 2

Posted: 26 Feb 2014 04:43 AM PST

Dah terberak, takde air nak basuh baru nak pikir pasal air. Mana dia syarikat asing negara jiran yang mahu memproses air Sg Klang dulu? Mana segala mak nenek teknik alternatif demi menggagalkan saluran air Pahang - Selangor?

Yang jadi mangsa adalah rakyat. Dolak-dalik ini adalah mainan Pakatan Rakyat selama ini yang tidak pernah menduga kemarau mengancam Semenanjung hari ini yang menyebabkan mereka menggelabah bila rakyat mula marah-marah.

Tetapi kelihatannya MB Selangor ketika itu pasti menerima tekanan dari pucuk pimpinan partinya dalam mencetus tindakannya hari ini menandatangani MoU penstrukturan semula pengurusan air negeri dengan kerajaan Persekutuan dan mungkin sajalah menyesali tindak tanduknya dalam cubaan menggagalkan Langat 2 dahulu. Hanya kerana kedudukannya kini goyah?

Federal, Selangor Governments Sign MoU On State' Water Restructuring - BERNAMA



PUTRAJAYA, Feb 26 (Bernama) -- The federal and Selangor governments have signed a Memorandum of Understanding (MoU) on the restructuring of the state's water supply industry which has dragged on for five years.

The federal government was represented by Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili while the state government by Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim at the signing ceremony held at the Perdana Putra Complex here Wednesday.

The ceremony was witnessed by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and the Chief Secretary to the Government Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Under the MoU, the state government will issue a development order for the construction of the Langat 2 Water Treatment Plant (Langat 2) and its distribution system (LRAL2) (Package 2A) effective today and ensure that all approvals and authorisations relating to the LRAL2 project approved within 30 days.

In addition, the federal government is ready to inject additional funds to enable the state government to take over water concession companies and manage water supply in the state through a state-owned company.

The restructuring exercise is essential in ensuring sustainable and efficient water supply services in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.

The MoU also allows the state government to bid on the state's water concession companies, namely Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), and Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABBAS).

It also spells out that the federal government becomes a facilitator for the state government in implementing the restructuring exercise through the Water Services Industry Act 2006 (WSIA) and other applicable laws.

Speaking at a news conference later, Ongkili said the federal government agreed to set up a committee made up state government representatives for the implementation of the LRAL2 project.

"The federal and Selangor governments hope water concessionaires in the state will give full cooperation to ensure the success of the restructuring of the water supply services industry for the well-being of the people of Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya," he said.

Ongkili said the MoU was not prompted by current water crisis in Selangor but rather in the interest of the people.

"Even though Selangor is not under Barisan Nasional, the people's interest comes first... we have worked hard for more than seven months to reach a consensus," he said.

Describing the signing of the MoU as timely, Khalid said: "We have agreed to implement the restructuring of the water industry which we considered timely in light of the current situation to ensure that water consumers in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya enjoy the best service," he said.

Negotiations on the restructuring exercise started in 2008 with no end in sight to the detriment of the state's water supply services industry and new development projects due to worries over water shortage.

The quagmire has stalled the LRAL2 project, an important component in resolving impending water woes in Selangor, Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya.

-- BERNAMA

Pengikut