DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 11 Mar 2011 11:23 PM PST Judi Muhyiddin tunjuk sikap sebenar Umno Posted: 11 Mar 2011 07:58 AM PST Oleh Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan Judi Loteri dinegeri Serambi Mekah itu. Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran. Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama dinegara ini yang mengharamkan judi. PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka. PAS juga yakin, kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian dinegara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihanraya. Beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi. PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi dinegara ini dan meminta maaf kepada Penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka. Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja. PAS menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini. Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | bob lokman: isabella di gerbang taubat Posted: 11 Mar 2011 07:55 AM PST Oleh Nik Abduh Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman adalah seorang selebriti terkenal tanah air. Baru-baru ini, di dalam program 'Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS' anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah, beliau telah mengejutkan dunia politik tanah air dengan mengisytiharkan penyertaannya ke dalam perjuangan PAS selepas menyerahkan borang keahlian kepada menteri besar negeri Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak. Sebelum itu, Bob Lokman sebenarnya telah melakukan suatu tindakan yang lebih besar di dalam hidupnya yang juga telah mengejutkan dunia hiburan tanah air dengan melakukan 'hijrah paling profesional' iaitu melangkah ke gerbang besar paling penting dalam kehidupan manusia iaitu gerbang taubat. Pintu taubat seperti dikisahkan oleh nabi kita Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam, keluasannya adalah memanjang dari timur hingga ke barat. Luas yang tiada taranya. Ia pula dibuka terus tanpa ditutup sehinggalah hari kiamat. Setiap manusia masing-masing akan menempuh kiamat kecilnya sendiri iaitu mati. Selagi kiamat tidak berlaku atau maut tiada menjemput, selagi itulah anak Adam berhak berjalan memasuki pintu taubat. Taubat adalah nikmat dan rahmat yang agung. Nikmat kerana pentaubat akan menikmati suatu kehidupan baru yang sungguh kudus dan menenangkan yang tiada lagi kecapan manis semanis melangkah dan bersimpuh di gerbang taubat. Rahmat kerana betapa kasih, sabar dan lapangnya Allah menerima kembali hambaNya walaupun telah begitu jauh hanyut dilambung badai maksiat dan dosa sepanjang hidupnya. Tetapi seluas mana gerbang taubat, selama mana ianya terbuka dan seindah mana tamannya, tidak ramai manusia melihatnya sebagai destinasi yang mesti dituju. Justeru setiap kali ada yang menuju dan memasukinya, maka dia akan menjadi begitu penting dan diraikan. Penting kerana dia akan menjadi sandaran buat yang lain mengenali gerbang ini. Diraikan kerana ahli taubat sebelumnya akan segera mengerumuninya, mendengar daripadanya pengalaman pahit dan menakutkan saat hanyut dibawa arus jahiliyah yang sentiasa lahap menyambar mangsanya yang lalai. Maka mereka saling kuat menguat untuk terus mengagumi nikmat dan rahmat taubat yang dikurniakan Allah kepada para hambaNya yang terpilih. Saya sempat berjabat tangan dengannya dalam majlis perhimpunan pemuda PAS yang sungguh hebat itu, tetapi tiada tuah masa untuk lebih mengenalinya. Beribu anak muda begitu kepingin untuk bergambar dengannya atau sekurang-kurangnya bersalaman dengannya. Saya melihat suasana kasih sayang dan kemeriahan yang begitu menenangkan jiwa. Bob Lokman telah berjaya menjadikan kehadiran dan penampilannya pada hari tersebut begitu menarik keyakinan anak-anak muda terhadap kebenaran perjuangan PAS memperjuangkan Islam yang syumul. Apa pun, menarik juga, melalui temuramah dengan beliau yang disiarkan oleh beberapa akhbar dan laman web yang memberikan gambaran ringkas pengalaman beliau melalui kehidupannya sebagai seorang insan seni sehinggalah beliau tiba dan menemui pintu taubat dengan izin Allah, untuk saya menitipkan beberapa butiran yang berguna untuk kita kongsikan bersama. Jika Bob Lokman membaca titipan ini, harapnya beliau dapat menyempurnakan lagi pengalaman berharga ini untuk dinikmati bersama oleh kita. Beliau memberikan sekurang-kurangnya tiga sebab penting penghijrahannya. Pertama, pembukaan akal yang dialaminya semasa beliau jatuh sakit. Kedua, keperitan hidup berkeluarga yang goyah akibat keruntuhan tahap kesihatan dan kewangannya. Ketiga, kematian mengejut rakan karib beliau. Ketiga-tiga faktor tersebut telah memberinya pembukaan akal, masa dan peluang yang lumayan untuk beliau mula berfikir secara lebih serius dan tenang mengenai kehidupan dunia yang begitu singkat dan terumbang-ambing ini. Cuba kita perhatikan, kesemuanya adalah musibah yang melanda yang ditakuti kehadirannya oleh setiap kita. Tetapi takdir Allah siapa dapat menahan. Dunia dan kehidupan adalah milikNya dan Dialah pemandu dan pengaturnya. Jika begitu, bagaimana seharusnya kita melayani kekuasaan agung ini? Jika setiap musibah yang ditakuti dan dibenci kehadirannya itu dikira sebagai satu kezaliman dan penganiayaan, maka sungguh manusia dan dunia sedang diatur oleh seorang tuhan yang zalim! Jika begitu, dalam sekelip mata, manusia akan hilang keyakinannya untuk menempuh kehidupan yang berani dan bermaruah. Mengapa harus menjadi insan mulia jika kemuliaan itu dipasung oleh kehendak tuhan yang zalim dan tiada mengenal peraturan yang adil? Perhatikan bagaimana orang yang ditimpa musibah kesakitan, kehilangan dan kesedihan, kemudian dia merasakan dirinya telah dianiaya dan tidak diadili dengan benar oleh kehidupan atau takdir atau tuhannya, dia akan ditimpa pula oleh seburuk-buruk penyakit di dalam diri iaitu barah putus asa. Apabila seseorang mula berputus asa dalam menempuh kehidupan, dia akan melakukan dua tindakan yang semakin malang; hidup berdendam terhadap kehidupan atau lebih malang, dia membunuh diri. Apabila dia menyimpan dendam, dia tidak lagi sedih untuk melakukan kejahatan seterusnya seperti mencuri, merompak, menipu, minum alkohol dan sebagainya. Baginya, apa untung hidup bermaruah jika tuhan telah tidak adil terhadapnya. Kemuncaknya, jika dia terus buntu dan tiada lagi harapan walau sebesar hama, dia akan membunuh diri. Dan anda tahu betapa buruknya membunuh diri hatta di sisi mereka yang enggan menerima kewujudan hari pembalasan. Akidah kita umat Islam, Allah adalah tuhan yang maha adil. Dengan kekuasaanNya yang mutlak, siapa yang dapat menghalangNya melakukan apa saja termasuk kezaliman? Tetapi Allah mengharamkan ke atasNya berlaku zalim. Dia adalah maha adil seadilnya. Maka Allah adalah zat yang paling sempurna sifatnya. Kerana itu, segala perbuatan Allah dalam segala kejadian alam yang tersaksi dan terlindung adalah diselubungi hikmah yang mendalam. Hikmah penuh siratan keadilan yang tersaksi dan terlindung juga. Manusia hanya mahukan kesenangan dan keseronokan nafsu nafsi sahaja. Dia meninggalkan akal, ruh, fitrah, jiwa raga dan hati sanubari yang mendiami kamar kemuliaan di dalam dirinya untuk membiarkan nafsu buasnya merajai dirinya mengaut segala apa keinginannya. Apabila dia gagal memperolehinya, apatah ditimpa pula dengan bala dan musibah, nafsunya mula memberontak seperti orang gila mencabar kehidupan di sekelilingnya. Kita, sepertilah Bob Lokman, tiada mengingini selain kesihatan, kemewahan, kebahagiaan dan kenikmatan berpanjangan. Tetapi bayangkan betapi kehendak Allah adalah melampaui segalanya. Dia melingkari kehidupan dengan kerahmatanNya agar sang hamba mendapat kenikmatan yang tak tergambar oleh nafsunya yang kerabunan sifatnya itu. Sekarang tiba masanya Allah memberikan akal dan hati untuk mengambil peranan nafsu yang dirajakan oleh manusia. Kesakitan, kehilangan orang tersayang dan porak peranda kehidupan adalah peperangan terhadap nafsu. Nafsu terdampar lemah dan kesakitan. Saat itu akal dan fitrah hati mengambil alih teraju diri. Manusia dan Bob Lokman mula melihat dari ruang pandang yang baru dan segar. Ada dunia baru yang sungguh harmoni dan menenangkan. Ia disendal dua tiang kukuh yang membentuk gerbang besar bernama taubat. Ia perjalanan yang sukar. Tetapi kesukaran diiring kemudahan apabila ianya di jalan Allah. Begitulah keadilan Ilahi. Rahmat Allah melampaui kemurkaanNya. Allah tiada berlaku zalim, tetapi manusialah yang sentiasa menzalimi dirinya. Jika hijab ghaflah dan lalai telah tersingkap, manusia tiada ingin selain bersujud di bawah duli tuhan. Sungguh bagus untuk terus mendengar daripada saudara Bob Lokman. Tazkirah adalah tentera Allah, seperti kata para hukama'. Bagaimana pula beliau boleh bersama PAS? Beliau memberitahu, tetapi ruang ini terhad untuk saya mengulas. Anda bolehlah ke blog saya untuk tambahan santai yang berguna. (Artikel ini adalah untuk kolum 'agama dan kehidupan' akhbar Siasah) http://nikabduh.wordpress.co/
| Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah Posted: 11 Mar 2011 07:28 AM PST Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan? Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia. Firman Allah SWT : وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ Yang bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat 31. Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang amat dahsyat di hadapan Allah SWT. Salahkah bergembira? Jawabnya tidak salah. Sesiapa yang diberikan nikmat oleh Allah SWT berhak untuk bergembira dan begitu juga sebaliknya. Namun kegembiraan dan kesedihan di dunia bukanlah suatu yang hakiki di sisi Allah SWT. Bahkan beleklah sejarah perjuangan Rasulullah SAW, di Mekah baginda ditolak selama 13 tahun sekalipun sebelum dilantik menjadi nabi, baginda diiktiraf sebagai seorang yang jujur (al-Amin). Sedih pilu perjuangan yang dilalui oleh baginda tercermin melalui doanya sewaktu kembali dari Thaif : اللهم انى اشكو اليك ضعف قوتى و قلة حيلتى و هوانى على الناس انت رب المستضعفين Yang bermaksud : Ya Allah, aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatan aku, dan betapa kurangnya kepandaian aku berhujah, dan betapa hinanya aku pada pandangan mata manusia, Engkaulah Tuhan golongan yang ditindas. Doa ini tidak akan diungkapkan oleh lidah suci baginda kecuali dalam keadaan baginda dirundung kesedihan dan kekecewaan. Jika sedih dan kecewa pun pernah melanda Rasulullah SAW, apatah lagi pendokong Islam pada hari ini. Sesungguhnya pada kekalahan, kesedihan dan kekecewaan inilah tersimpannya ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT. Apa yang penting, asas hidup ialah Islam. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Lihatlah penulis buku The Satanic Verse, Salman Rushdie yang diberikan gelaran terhormat oleh Barat sebagai Sir, sedangkan penghormatan itu diberikan kerana tindakannya mengina Islam. Adakah bernilai gelaran itu di sisi Allah? Jawabnya tidak. Demikian juga kemenangan, jika diperolehi dengan cara khianat, langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT. Di Kerdau dan Merlimau, PAS telah kalah. Ia perlu diakui. Namun, penipuan dan fitnah serta penggunaan jentera kerajaan secara besar-besaran juga perlu diakui telah dilakukan oleh UMNO. Saya diserang bertubi-tubi tanpa diberikan peluang yang sama untuk membela diri. Kalau di dalam akhbar, serangan ke atas saya diletakkan di muka hadapan manakala jawapan saya disudutkan di hujung muka surat dalam. Pengarah pilihanraya kami di Kerdau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dituduh membeli tanah dari peneroka Felda sedangkan tuduhan itu merupakan satu fitnah, dan ia ternafi sebelumpun tenggelamnya matahari pada hari yang sama. Adakah penafian itu disiarkan sebagaimana fitnah itu disiarkan? Jawabnya tidak. Atas nama kebebasan demokrasi pincang, itulah senjata yang ada pada UMNO pada hari ini. Utusan Malaysia (8 Mac 2011) melalui Senyum Kambingnya melabelkan saya tidak dapat menerima kekalahan. Sebagaimana namanya, demikianlah tahap pemikirannya. Saya hanya mahu menyatakan ayat yang telah diungkapkan oleh tukang-tukang sihir Firaun yang beriman kepada Nabi Musa tatkala diancam bunuh oleh Firaun : فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا Yang bermaksud : Maka buatlah keputusan apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. – Surah Thaha, 72. | |
Salam Perjuangan Posted: 11 Mar 2011 11:14 PM PST |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 11 Mar 2011 09:27 PM PST Kenyataan Media Penasihat Undang2 KASE Posted: 11 Mar 2011 07:03 PM PST FAHAMI ISU SEBENAR!!
Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang tidak menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.
Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.
Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.
Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.
Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?
Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini "Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil". Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.
Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?
Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!
Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?
a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.
Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?
Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.
Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?
Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???
b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Ada dua (2) isu di sini : a) Pembuktian bersalah; dan b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.
Pembuktian salah.
Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?
Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?
Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?
JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai "perkara yang belum selesai". Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.
Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.
c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.
Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa "perkara yang belum selesai" yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.
Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.
Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 11/3/2011 | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 11 Mar 2011 09:21 PM PST Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban Posted: 10 Mar 2011 11:51 PM PST MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA) Masa : 8 Malam Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang Dato Mustafa Ali Zulkefly Mohamad Hj Omar Kupon RM30/seorang , RM300/meja Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi : Shamsul 019-6532973 Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206 Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan | |
Rembau Hari Ini Posted: 11 Mar 2011 07:41 PM PST Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban Posted: 10 Mar 2011 11:55 PM PST MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA) Masa : 8 Malam Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang Dato Mustafa Ali Zulkefly Mohamad Hj Omar Kupon RM30/seorang , RM300/meja Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi : Shamsul 019-6532973 Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206 Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan | |
PAS LENGGONG Posted: 11 Mar 2011 07:20 PM PST Sodomy II: Cop says took Najib, Rosmah’s statements Posted: 11 Mar 2011 02:33 AM PST KUALA LUMPUR, Mar 11 — Datuk Seri Najib Razak's and his wife's statements were recorded by a policeman investigating Datuk Seri Anwar Ibrahim's second sodomy case, the High Court here heard today. Investigating officer (IO) Jude Pereira said Mohd Saiful Bukhari, who is accusing Anwar of sodomising him on June 26 2008, had met the prime minister two days before the alleged sodomy. "He (Jude) got the statement... from both of them," Solicitor-General II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden confirmed with reporters after the hearing today. Yusof was referring to Najib and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor. Jude said he had recorded Rosmah's statement on July 17, 2008, but did not specify when he recorded Najib's statement. "He (Saiful) met Najib before the 26th on the 24th (June, 2008) to complain about a few incidents before that," said Jude today without explaining what those incidents were. Jude also did not specify the contents of the statements he had taken from Najib and Rosmah. "What happened between 26th and 28th (June)?" asked Anwar's lawyer Karpal Singh. "He (Saiful) met a few (people)... complained to Rahimi (Osman), Ezam (Mohd Noor)," said Jude, referring to former PKR members. Saiful testified last May that he had met Ezam, a former PKR Youth chief; Rahimi, Anwar's former aide; and his uncle Tuah Mohd Halim on June 27 2008, to complain about the alleged sodomy. Karpal also asked today whether Saiful had met Rosmah and Datuk Mumtaz Jaafar, a former national track star said to be close to Rosmah. "Mumtaz got, right? Rosmah?" asked Karpal. "Not very sure," said Jude. "Najib Tun Razak?" asked Karpal. "No. After the incident, nothing," said Jude. "You took a statement from Datin Rosmah?" asked Karpal. "Yes," said Jude. Rahimi claimed last October that he was forced to implicate Najib and Rosmah in Anwar's ongoing sodomy trial. Anwar's former aide had said he was forced to sign two statutory declarations back on June 28, 2008 which accused Najib and Rosmah of masterminding a conspiracy against Anwar. According to Rahimi's police report, he claimed that he was forced to sign two statutory declarations by then PKR information chief Latheefa Koya as well as party members at Quality Hotel back in June 2008. Latheefa currently heads the party's legal bureau. Saiful had complained that Anwar had sodomised him at a luxury condominium in affluent Bukit Damansara here on June 26, 2008. Saiful, now aged 25, has never named anyone else. Anwar, the 63-year-old PKR de facto leader, is currently facing sodomy charges for the second time in his life. He has denied the charge, describing it as "evil, frivolous lies by those in power" when the charge was read out to him. He is charged under section 377B of the Penal Code and can be sentenced to a maximum of 20 years' jail and whipping upon conviction. The trial is taking place 18 months after Anwar was charged in court in August 2008. He was charged with sodomy and corruption in 1998 after he was sacked from the Cabinet and was later convicted and jailed for both offences. He was freed in September 2004 and later resurrected his political career by winning back his Permatang Pauh parliamentary seat in a by-election in 2008, which had been held in the interim by his wife. He led the loose pact of PKR, DAP and PAS to a historic sweep of five states and 82 parliamentary seats in Election 2008. | Akal Manusia jauh berbeza dengan akal haiwan Posted: 11 Mar 2011 02:14 AM PST Manusia dikurniakan akan untuk berfikir. Haiwan ada otak tapi bukan untuk berfikir. Dalam fb ada binatang yang menamakan kuda merapu menuduh YDP PAS lenggong. Kerana dia binatang dan bukan manusia dia menamakan dirinya kuda. Kalau manusia yang jujur dan ikhlas pastinya dia menamakan dirinya dengan nama yang baik supaya orang boleh kenal dan boleh dipertanggungjawabkan. Ini dia baling fitnah dan bersembunyi. Itulah manusia yahudi. Manusia yahudi ialah binatang seperti anjing yang akan menyalak bila disuruh tuannya. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 11 Mar 2011 07:19 PM PST Nilai Kekayaan Anak CM Yang Tidak Terhingga Banyaknya!!! Posted: 11 Mar 2011 02:43 PM PST ABU BEKIR – BERAPAKAH NILAI SEBENAR BELIAU?
Thursday, March 10th, 2011 GMT -This post is also available in: English (From Sarawak Report) Ketika menamatkan zaman bujangnya, Abu Bekir telah memilih gadis sebagai isteri yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan yang boleh kita anggap paling ideal baginya. Keluarga Bekir juga telah meletakkan pengantin perempuan itu untuk menggotai lembaga pengarah syarikat CMS. Namun, ini bermakna Datin Sri Shahnaz Majid, yang kini menyaman Bekir untuk menuntut perceraian, tetap kelihatan layak untuk membuat anggaran ke atas nilai anak Taib Mahmud itu – dan isterinya itu kini menuntut RM400 juta! Menurut peguam yang pakar dalam kes-kes perceraian sebagai mana yang telah ditanya oleh Sarawak Report, si isteri layak menuntut 30% dari kekayaan sepencarian, yang membuat Abu Bekir yang berusia 48 tahun itu seorang jutawan.! Pendedahan seperti ini tidak seharusnya dilakukan memandangkan keluarga Taib Mahmud baharu saja mewar-warkan berita untuk meletakkan Bekir bertanding di Sadong Jaya, sebuah kerusi DUN yang mereka anggap amat selamat. Taib dikatakan bercadang untuk meletakkan penggantinya, Bekir di kawasan itu. Malah, Perdana Menteri Najib Razak juga diketahui akan melawat kawasan tersebut pada 19 Mac ini. Namun, kini para pengundi perlu mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat tambahan bakal calon wakil rakyat mereka itu! Sikap yang buruk?
Shahnaz, saudara kepada penyanyi terkenal jazz Sheila Majid, dan disukai ramai, berkata Abu Bekir telah mendatangkan kecederaan fizikal dan mental terhadapnya. Menurut beberapa laporan, Shahnaz telah mendakwa suaminya itu pernah menumbuk kepala, muka dan matanya; menerajang rusuknya, dan mencekiknya. Dia juga mendakwa dirinya pernah dihamburkan dengan kata-kata kesat dan jijik. Dakwaan ke atas Abu Bekir itu tidak jauh berbeza dengan dakwaan seorang teman wanita Sulaiman Abdul Rahman Taib, adik kepada Abu Bekir, ketika di sebuah bar di KL beberapa ketika dahulu. Pasangan Bekir dan Shahnaz, berkahwin pada tahun 1992 dan kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 17 tahun, telah tidak lagi berhubungan sejak 2001. Shahnaz mendakwa, sejak 1999, suaminya jarang pulang ke rumah dan enggan mendengar nasihatnya, sukar dihubungi dan diketahuinya sering aktif berinteraksi dengan perempuan-perempuan lain. Sebaik saja Bekir berkahwin kali kedua dengan wanita muda berambut perang berketurunan Russia, dia terus mengabaikan Shahnaz dan anak mereka.Aset-aset
Namun yang menarik perhatian umum adalah aset-aset milik Abu Bekir dan bagai mana dia memperolehi segala kekayaan yang akan melayakkannya untuk mewakili kawasan berkenaan. Shahnaz mengatakan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report. Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati. Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera. Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu. CMS
Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud. Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu). Bagai mana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS! Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar! Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta. Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan. Salah sebuah kontrak yang berprofil tinggi dan mewah yang telah diberikannya kepada ahli-ahli keluarganya adalah Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) yang baru siap dibina dan telah dijadikan tempat perhimpunan politik BN pada hujung minggu lalu. Dasar 'kemajuan dan pembangunan' yang telah dicanai oleh Taib telah sebenarnya secara langsung menguntungkan CMS. Projek-projek besar yang lain pula, seperti rancangan SCORE, merupakan 'lembu susu' bagi keluarganya! Syarikat Titanium Management milik Abu Bekir telah menerima bahagian tanah yang amat luas dari negeri Sarawak beberapa tahun yang lalu, kesemuanya djelaskan kepada kerajaan negeri secara misteri "payment in kind" (i.e. dalam sebarang jumlah, atau bentuk bayaran)! Pengiraan yang dibuat oleh Sarawak Report ke atas semua tanah yang diterima oleh syarikat Abu Bekir berjumlah sekitar 70,000 hektar, sama dengan keluasan pulau Singapura, terima kasih kepada keputusan ayahanda Taib yang juga seorang menteri yang mengawal sumber-sumber alam negeri ini. Setelah tercetusnya persengketaan menerusi mahkamah-mahkamah, maka diketahui umum bahawa tanah-tanah yang diterima Bekir adalah tanah hak orang lain! Cubaan Ketua Menteri untuk meminda perundangan mengenai tanah NCR telah diperintahkan oleh mahkamah sebagai tidak berteras dan wajar. Hanya pada minggu lalu syarikat Polar Horizon milik Abu Bekir telah mengeluarkan notis-notis pengusiran ke atas beberapa orang Iban yang pemilik secara sah ke atas tanah NCR, terpaksa berundur setelah peguam PKR See Chee Howe mengheret syarikat tersebut ke mahkamah dan kes itu juga telah disiarkan menerusi Radio Free Sarawak dan juga di mana-mana. Orang-orang Abu Bekir telah secara lisan memberitau orang-orang kampung bahawa pengusiran itu tidak diteruskan, walaupun tiada sebarang arahan secara bertulis telah diterima. Dengan bertambahnya bilangan persengketaan tanah, mungkin Datin Shahnaz perlu menyelaraskan semula perkiraannya ke atas nilai-nilai tanah-tanah yang dituntutnya dari suaminya itu dalam mahkamah nanti! Harta-harta di luar negara! Mahmud Abu Bekir Taib adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah dan peneraju syarikat Sakto Corporation di Kanada, yang kini memilik harta bernilai berjuta-juta USD.
Dia telah menubuhkan syarikat tersebut dengan gandingan saudaranya Jamilah Taib dan bapa-saudara mereka, Onn Mahmud, semasa dia masih sebagai penuntut kolej berusia 20 tahun lagi! Pada tahun pertama operasinya, syarikat berkenaan telah melabur sebanyak $7 juta untuk membeli 400 buat unit kediaman di Ottawa, di Kanada. Kini ia memiliki ruang-ruang pejabat, kedai dan kediaman serba moden yang mencecah nilai ratusan ribu dollar. Kemudian, Bekir dilantik sebagai salah seorang Pengarah dan pemegang utama saham dalam syarikat Sakti International yang ditubuhkan di US dalam tahun 1987. Bekir bertindak selaku presiden dalam syarikat itu sehingga ianya diserahkan kepada adiknya, Sulaiman, yang pada ketika itu sedang menuntut di sebuah universiti di San Francisco. Harta dalam Sakti International dan syarikat-syarikat yang berkaitan di rantau itu bernilai berjuta-juta dollar juga. Seperti yang telah didedahkan oleh Sarawak Report sebelum ini, pegangan secara rahsia ke atas saham-saham itu bermaksud separuh dari saham yang dipegangnya dalam Sakti adalah sebenarnya dipegang bagi pihak bapanya Abdul Taib Mahmud! Abu Bekir telah sebenarnya diletakkan sebagai saudagar utama dan penjana pendapatan sejak dia berusia 20 tahun lagi kerana kononnya bapanya dilarang oleh undang-undang untuk memperoleh kekayaan dalam apa jua cara sekali pun. Kononnya! Namun, Taib belum pernah memberikan penjelasan mengapa saham-saham yang besar yang dipegang oleh anak-anak dan saudara-saudaranyanya bagi pihak dirinya itu boleh mencecah sehingga 50% dari keseluruhannya! Sarawak Cable
Syarikat ini, yang telah dikorporatkan sekitar 1990an, telah lama tidak aktif sehinggalah pada tahun 2008 apabila ianya dilihat hidup semula dengan penuh tenaga setelah mengambil-alih Universal Cable (Sarawak) Sdn Bhd, yang membuat kabel-kabel elektrik. Di Sarawak Cable Abu Bekir Taib merupakan Pengerusi dan memiliki 36% saham, manakala sepupu bapanya, Hamid Spawi, memiliki 20%. Harga saham yang terkini , yang diniagakan pada bulan November lalu, bernilai RM1.29. Maka kami boleh anggarkan saham 43 juta dalam pegangan Abu Bekir bernilai sekitar RM55 juta. Apa-apa seharusnya berjalan lancar bagi syarikat itu memandangkan negeri Sarawak kini merupakan pelabur terbesar sebuah projek bersama mereka. Pada bulan November 2010 mereka diberikan projek mengeluarkan kabel elektrik bertransmisi tinggi yang bernilai RM98.68 juta oleh Sarawak Energy Bhd, sebagai usahasama mereka dengan Sinohydro! Sudah pasti Abu Bekir tidak mempunyai sebarang masalah memujuk para pengundinya bahawa dia adalah seorang yang sangat kaya dan berpengaruh, suatu langkah yang sering digunakan oleh ahli-ahli politik BN untuk meraih sokongan. Bekir mungkin akan mengikut jejak langkah bapanya yang gemar menghulurkan empat-lima ratus ringgit untuk membeli undi mereka. Tetapi para pengundi haruslah berfikir sedalam-dalamnya dari manakah Abu Bekir mendapat wangnya dan sama ada hasil dari tanah-tanah NCR rakyat dan harta-harta negeri. Jika ya, maka para pengundi harus mempertimbangkan sama ada mereka mengundi dengan betul untuk mengembalikan kesemua aset-aset rakyat itu! PS: Apabila kekayaan hasil bumi Sarawak hanya dikuasai dan dimiliki oleh golongan bangsawan atau lebih tepat lagi oleh golongan penguasa maka rakyat akan jadi hamba dan terus hidup dalam penderitaan. Mengapa rakyat Sarawak masih membiarkan perkara begini berlaku? Adakah mereka sudah terikat atau takut untuk berubah? Bah dalam pilihanraya tok kelak mari kita rame-rame bagi sokongan pada PAS dan PAKATAN Rakyat untuk perubahan yang lebih bait agik.Insy'Allah | |
DPPK PARIT Posted: 11 Mar 2011 07:19 PM PST |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 11 Mar 2011 03:33 PM PST PREMIUM INSURAN JADI DILEMA PENYOKONG BN Posted: 11 Mar 2011 01:33 AM PST Bayangkan blogger ini yang menjadi penyokong BN dan UMNO mengeluh bila kena batang hidungnya sendiri, tapi masih sanggup menyokong BN walaupun penindasan kepada rakyat adalah hasil pentadbiran Barisan Nasional. Blogger BN ini nak meluahkan ketidakpuashatiannya dan kemarahannya serta sanggup menyokong Pakatan Rakyat dalam membantah kadar premium insuran yang cekik darah. Semoga Allah akan membuka hati dan mata mereka yang beragama Islam ini agar tidak mengundi BN semasa PRU13 kelak.
Nak tahu bagaimana marahnya blogger BN itu bacalah di bawah :-
Premium insurans tak masuk akal ! Salam,
Kita menyokong penuh suara para wakil rakyat sama ada dari daripada kerajaan dan pembangkang yang bersatu membantah tindakan syarikat insurans 'mencekik darah' pengguna kereta lama berusia lebih 10 tahun. Suara bantahan yang diutarakan mereka memang berasas. Ramai pengguna mengeluh dan tertekan dengan situasi yang berlaku.
Namun, di pihak pengguna kereta lama dan yang ingin mengambil insurans pihak ketiga, tiada pilihan lain. Tidak mengambil insurans yang ditawarkan oleh syarikat pencekik darah ini bererti cukai jalan kereta tidak dapat diperbaharui. Inilah dilema yang dihadapi, yang akhirnya memaksa pengguna terpaksa membayar insurans yang lebih mahal berbanding dahulu.
Insurans kereta baru lebih murah berbanding dengan insurans pihak ketiga. Malah membeli insurans pihak ketiga lebih mahal daripada insurans 'first party'. Peliknya pemilik kereta lama - yang membeli insurans sekadar untuk memperbaharui cukai jalan - tidak pula dibenarkan membeli insurans 'first party'. Alasan syarikat insurans ialah kereta lama ini berisiko tinggi.
Situasi ini makin menyusahkan rakyat, ditambah pula dengan karenah bengkel panel yang dilantik syarikat insurans, jika kereta mengalami kemalangan. Penipuan bengkel panel ini memang berleluasa, alag ganti tiruan, mutu kerja yang rendah dan tempoh menunggu yang lama adalah sebahagian karenah yang terpaksa dihadapi pengguna. Tuntutan yang keterlaluan, diluluskan pula oleh syarikat insurans.
Diharapkan suara para wakil rakyat ini didengar oleh Bank Negara Malaysia. Biar ada tindakan susulan yang lebih bernas dan adil untuk kepentingan pengguna kereta. | SAIFUL TERKEDU, BLOGGER BN TAK RASA TERTIPU ? Posted: 10 Mar 2011 11:12 PM PST Saiful enggan komen kenyataan 3 profail DNA di keliling duburnya.
Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Alasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.
Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.
Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Karpal: Adakah awak pergi tandas?
Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.
Karpal: Tandas, di mana?
Saiful: Ada beberapa.
Karpal: Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?
Saiful: Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.
Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.
Yusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.
"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dica dalam waran adalah pertuduhan," katanya.
Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.
Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.
-malaysiakini- | POLIS NI NGAKU ISTERI PM TELAH DISOAL PADA 17 JULAI 2008 Posted: 10 Mar 2011 09:10 PM PST Jumaat 11 Mac 2011 Rosmah terlibat kes liwat 2? Mahkamah hanya perlukan sedikit masa lagi untuk didedahkan bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam tuduhan kes liwat melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laman Malaysiakini melaporkan, maklumat terbaru pegawai penyiasat kes yang disifatkan sebagai sebuah 'konspirasi peringkat atasan, Supt Jude Blacious Pereira, hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu. Kenapa penyiasat polis pelu menemui Rosmah dahulu sebelum atau selepas menyiasat sesuatu kes melibatkan ahli politik? Apa jawatan Rosmah dalam pasulan polis? Menurut Malaysiakini, sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut. Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Doktor atau pakar forensik pula, sebelum ini telah menemui tidak kurang 10 pemilik air mani di jubur Saiful. Lapor Malaysiakini, Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu. Karpal: Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008? Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang. Karpal: Siapa? Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ... Karpal: Datuk Mumtaz? Jude: Ya. Karpal: Bagaimana dengan Najib? Jude: Tidak ada. Karpal: Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah? Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa. Karpal: Tadi, awak kata ada!
Jude: Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.Sumber: Malaysiakini | SEMUA LESAP & LENYAP GARA-GARA PENYEWA KELABU ASAP Posted: 10 Mar 2011 09:02 PM PST Rumah bersama perabot dicuri Seorang penduduk, Rasni Putih menunjukkan sebuah rumah papan dua tingkat yang hanya tinggal pelapik tiang dan kayu selepas dilarikan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Kampung Bakau, Kangar, semalam. KANGAR 10 Mac - Lazimnya dalam kes pecah rumah, barang-barang yang akan dilarikan namun di Kampung Bakau di sini, sebuah rumah milik seorang wanita turut 'hilang'. Zuria Ali, 30, terkejut apabila mendapati rumah papan dua tingkat miliknya hilang selepas dia sendiri pergi ke kampung itu pada Jumaat lalu. Wanita tersebut yang kini menetap di Perak datang ke kampung itu untuk melihat keadaannya setelah dimaklumkan oleh penduduk bahawa rumahnya yang disewa kepada orang lain 'hilang'. Zuria pada mulanya tidak mempercayai cakap penduduk kampung tersebut tetapi selepas pergi sendiri ke rumah itu, dia mendapati rumah tersebut dengan perkakas di dalamnya seperti pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti ais telah lesap. Zuria yang mendakwa tidak mendapat bayaran sewa rumah selama lima bulan hanya dapat melihat 24 pelapik tiang, cebisan kayu dan televisyen rosak di tapak rumahnya itu. Berikutan itu, Zuria membuat laporan polis mengenai kehilangan rumah pusaka yang dianggarkan berusia lebih 60 tahun itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut. | NAMPAK SANGAT MENGHINA SLOGAN 1MALAYSIA KERAJAAN BN ! Posted: 10 Mar 2011 05:13 PM PST Memang tindakan ROS ..NAMPAK SANGAT sengaja menyusahkan Pakatan Rakyat. Tiada alasan kuat bagi ROS menolak permohonan Pakatan PAS, DAP dan PKR untuk menggunakan pendaftaran Pakatan Rakyat bagi gabungan 3 parti tersebut. Apataknya, pendaftaran NGO Melayu PERKASA dan akhbarnya yang dipohon oleh Dato Ibrahim Ali sekejap sahaja diluluskan ROS . Tapi kalau Pakatan Rakyat setahun tak tentu lagi lulusnya. Kita memang faham perangai buruk mereka yang bersengkokol dengan UMNO/BN namun tindakan mereka makan diri dan tidak sedar diri. Mereka lupa PM (DS Najib ) telah membuat kenyataan BESAR di DUN Kerdau semasa kempen PRK tempohari bahawa beliau mahu menjadi Perdana Menteri yang adil ! Dan ditambah dengan slogan Satu Malaysia. Tapi tindakan ROS ini seolah-olah bukan SATU MALYSIA dan terang-terang tidak adil.
Dewan Rakyat: Pakatan Pembangkang Tertekan ROS Belum Lulus Pendaftaran Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempermudahkan urusan pendaftaran gabungan pembangkang yang kini dikenali sebagai 'Pakatan Rakyat' bagi mewujudkan sistem politik dua parti dalam negara ini.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sikap birokrasi ROS menyebabkan parti pembangkang tertekan sejak dua tahun lalu permohonan itu diserahkan.
"Kami menghadapi tekanan yang berterusan, syor saya kepada ROS ialah agar urusan ini dipermudahkan.
"Kalau ada mana-mana halangan, itu peraturan yang boleh diubah. Benarkan kami mendaftar.
"Kemudian baru kita akan ada sistem politik dua parti seperti yang dihasratkan oleh rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman bahawa pembangkang tidak memenuhi syarat tujuh anggota seperti yang ditetapkan.
Malah Abdul Rahman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.
Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihaknya kesal dengan alasan ROS yang dianggap remeh serta seolah-olah sengaja menghalang usaha gabungan PKR-PAS-DAP menjadi sebuah pakatan yang sah.
"Mengapa sekarang baru mereka nyatakan syaratnya mesti tujuh anggota, kenapa selepas dua tahun kita kemukakan permohonan?
"ROS sengaja mengikat kita dengan kerenah birokrasi dan syarat yang bukan-bukan," katanya | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang Posted: 11 Mar 2011 03:10 PM PST Ceramah Pakatan Rakyat Posted: 10 Mar 2011 07:33 PM PST
Pakatan Rakyat akan mengadakan satu sesi ceramah yang bakal diadakan pada 9 April 2011 7:00 malam di Li Garden Seafood Restaurant, Masai, Pasir Gudang.
Tiket dijual dengan harga RM38 (berserta sehelai T-Shirt Pakatan Rakyat seperti di bawah). Tarikh tutup pembelian adalah pada 6 April 2011. T-Shirt dan Tiket akan diserahkan semasa ceramah.
Kuih-muih atau roti dan minuman disediakan untuk setiap yang hadir.
Pembayaran Bank-in ke akaun Bank Islam di atas nama MOON IT MANAGEMENT SERVICES - 01087010039583.
Sila nyatakan tarikh, masa pembayaran dan saiz T-Shirt (M/L/XL) dan SMS ke nombor 012-7501750.
Penting! Sila simpan resit pembayaran yang asal dan kemukakan resit tersebut ke kaunter pendaftaran di tempat ceramah. Tiket/T-Shirt akan diberikan setelah butiran yang ditunjukkan sama dalam rekod bank kami.
Jualan Amal T-Shirt Pakatan Rakyat
Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, kami ada membuat Jualan Amal T-Shirt Pakatan Rakyat bagi mengumpul dana untuk PRU-13. Sesiapa yang berminat boleh beli dengan Harga RM28 Sahaja (Harga Termasuk kos Pos).
Pembayaran Bank-in ke akaun Bank Islam di atas nama MOON IT MANAGEMENT SERVICES - 01087010039583.
Sila nyatakan tarikh, masa pembayaran dan saiz T-Shirt (M/L/XL) dan SMS ke nombor 012-7501750.
Kami juga memerlukan sumbangan dalam bentuk dana untuk menggerakkan MOON IT MANAGEMENT SERVICES dalam menganjurkan Ceramah/Forum/Karnival Pakatan Rakyat yang akan datang.
Terima Kasih.
| |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 11 Mar 2011 03:03 PM PST Gambar Kejadian Gempa Dan Tsunami Di Jepun Tadi Posted: 11 Mar 2011 07:09 AM PST
Semoga kita dilindungi Allah dari musibah ini | Jepun Dilanda Gempa Kuat dan Tsunami,Amaran Pada 20 Negara Posted: 11 Mar 2011 01:43 AM PST Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air. Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK. Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi. Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan. Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer. Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter. Berikut ringkasan perkembangan itu: Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya. Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar. Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan. Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus. Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.
Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.
Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.
Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.
Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik. Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
Selain itu Rusia, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, Fiji, Mexico, , Guatemala, El Salvador, Costa Rika, Nikaragua, Panama, Honduras, Chile, Ekuador, Kolombia, Peru dan Amerika Syarikat juga diberi amaran awal tentang tsunami ini. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 11 Mar 2011 01:38 PM PST Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian Posted: 11 Mar 2011 09:45 AM PST Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah berat dan ia perlu dibuktikan bagi mengelakkan kekeliruan. Menurut Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia itu amat berat dan ia perlu dibuktikan bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam. "Abim memandang berat kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tiada pengharaman dibuat ke atas kitab Injil dalam bahasa Malaysia, kita juga memandang serius kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia yang turut mendakwa Perdana Menteri telah menjanjikan pengedaran kitab-kitab tersebut di Sabah dan Sarawak secara bebas. "Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi di negara ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara, dalam konteks ini, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia dalam negara ini sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan. Justeru, Mohamad Raimi berkata pihaknya menuntut penjelasan Najib dalam perkara itu. "Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia ini amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan. "Dalam hal ini, Abim menuntut penjelasan terbuka Perdana Menteri mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yang ingin dijayakan kerajaan selama ini," katanya. Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysian Biskop Ng Moon Hing berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak. Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu "Alkitab" sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang. Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat. Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka. Menurut Mohd Raimi, pihaknya berpendapat kebebasan beragama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara. "Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati. "Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara merupakan teras keharmonian serta kestabilan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya. Tambah beliau, sebarang kekeliruan serta percanggahan yang wujud harus diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama. "Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melangkaui mana-mana autoriti dalam negara dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing terutamanya dalam isu-isu yang sensitif sebegini," katanya. | Pengharaman Injil atas keputusan kabinet 1986 Posted: 11 Mar 2011 09:32 AM PST Salinan kitab Injil yang dicetak di Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri lebih suku abad yang lalu, kata Kementerian Dalam Negeri. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata kabinet pada Mei 1986 mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah. Menurut Zaitun: "Ia bukan peraturan kementerian tetapi pihak pentadbiran perlu mematuhi keputusan kabinet." Kabinet, katanya tidak pernah membuat keputusan atau memberi kebenaran kepada kementerian untuk tidak lagi menahan 5,000 salinan kitab Injil yang disimpan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009. "Kami juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan (untuk tidak lagi menahan kitab berkenaan) kerana perbicaraan mahkamah dengan penerbitan Katholik, Herald masih tertangguh. "Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan," kata Zaiton.Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal. Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa. CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak. | PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK Posted: 11 Mar 2011 09:30 AM PST PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing. Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang. Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing. "Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa. "Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam. Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam. Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing. Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak. Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu. Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu. "Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. | Foto Tsunami Melanda Jepun.. 11.3.2011 Posted: 11 Mar 2011 09:24 AM PST Tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Tsunami swirls near a port in Oarai, Ibaraki Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Waves of tsunami hit residences after a powerful earthquake in Natori, Miyagi prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. A tsunami tidal wave washes away houses in Kesennuma, Miyagi Prefecture, Friday, March 11, 2011 after strong earthquakes hit the area. Earthquake-triggered tsumanis sweep shores along Iwanuma in northern Japan on Friday March 11, 2022. The magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. A tsumani triggered by a powerful earthquake makes its way to sweep part of Sendai airport in northern Japan on Friday March 11, 2022. The magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. In this video image taken from Japan's NHK TV, a wave from the tsunami heads to the coast in Miyagi Prefecture on the north east coast of Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. In this video image taken from Japan's NHK TV, a tsunami surge sweeps boats, cars and other debris over a highway in the Sendai City area, Miyagi Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. People watch the aftermath of tsunami tidal waves covering a port at Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011 Tarmac, parking lot and surrounding area are covered with mud and debris carried by tsunami at Sendai Airport in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. In this video image taken from Japan's NHK TV, houses, cars and debris half submerged is swept towards a highway by a tsunami in the Sendai city area, Miyagi Prefecture (state) after Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. In this video image taken from Japan's NHK TV, water surrounds the airport building at Sendai Airport, Miyagi Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. Cars and other Debris swept away by tsunami tidal waves are seen in Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011. Light planes and vehicles sit among the debris after they were swept by a tsumani that struck Sendai airport in northern Japan on Friday March 11, 2022. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's eastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Houses, cars and other debris are washed away by tsunami tidal waves in Kesennuma in Miyagi Prefecture, northern Japan, after strong earthquakes hit the area Friday, March 11, 2011. Vehicles are crushed by a collapsed wall at a carpark in Mito city in Ibaraki prefecture on March 11, 2011 after a massive earthquake rocked Japan. massive 8.9-magnitude earthquake hit Japan on March 11, unleashing a monster 10-metre high tsunami that sent ships crashing into the shore and carried cars through the streets of coastal towns. Houses are in flame while the Natori river is flooded over the surrounding area by tsunami tidal waves in Natori city, Miyagi Prefecture, northern Japan, March 11, 2011, after strong earthquakes hit the area. Fire smokes billow from residences as a coastal area is flooded by waters after a tsunami in Iwaki, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The powerful tsunami spawned by the largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday, sweeping away boats, cars, homes and people as widespread fires burned out of control. In this video image taken from Japan's NHK TV, a wave from the tsunami sweeps boats inland in Kamaishi, Iwate Prefecture, Japan Friday March 11, 2011 following a massive earth quake. A magnitude 8.9 earthquake slammed Japan's northeastern coast Friday, unleashing a 13-foot (4-meter) tsunami that swept boats, cars, buildings and tons of debris miles inland. Fires triggered by the quake burned out of control up and down the coast. Tarmac, parking lot and surrounding area are covered with mud and debris carried by tsunami at Sendai Airport in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Flames rise from houses and debris half submerged in tsunami in Sendai, Miyagi Prefecture (state) after Japan was struck by a strong earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. RETRANSMISSION WITH REDUCED RESTRICTION AS AP GOT PERMISSION FOR USE ONLINE FROM THE SOURCE – In this image made off Japan's NHK TV video footage, houses are washed away by tsunami in Sendai, Miyagi Prefecture (state) eastern Japan, after Japan was struck by a magnitude 8.9 earthquake off its northeastern coast Friday, March 11, 2011. Residents walk through the rubles of residents collapsed by a powerful earthquake in Iwaki, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. A truck remains stranded on a road damaged by a powerful earthquake in Iwaki city, Fukushima prefecture (state), Japan, Friday, March 11, 2011. The largest earthquake in Japan's recorded history slammed the eastern coast Friday. 8.9 quake, tsunami HIT japanHawaii remained in the crosshairs of a potentially destructive tsunami this morning after a massive 8.9-magnitude quake hit off Honshu, Japan. While the first waves weren't expected to hit the islands until 3:07 a.m., scientists warned that the series of waves could last for hours. Civil Defense ordered the evacuation of coastal inundation zones and the state opened emergency "refuge" centers. John Cummings, a spokesman for city Department of Emergency Management, said about 30,000 residents live in the coastal inundation zone, according to recent estimates. Even before Civil Defense sirens began sounding just before 10 p.m., Honolulu motorists began lining up at gas stations to top off their tanks. Police dispatch reported arguments over gas in Ewa Beach and many stations had long lines. The Pacific Tsunami Warning Center, based in Ewa Beach, issued a tsunami watch at 7:56 p.m. after the quake struck 231 miles northeast of Tokyo. The watch was upgraded to a more serious warning about 9:30 p.m. "A tsunami has been generated that could cause damage along coastlines of all islands in the state of Hawaii," the warning center said in a statement. "Urgent action should be taken to protect lives and property." The warning center said wave heights could not be predicted, but the first wave may not be the largest. The warning center said "all shores are at risk" in Hawaii no matter which direction they face. Chip McCreary, director of the warning center, said the latest forecast models show "wave amplitudes of up to 2 meters (6 feet) beyond normal sea levels in Hawaii. "What these waves look like is an elevation of sea level, where the sea level will rise above its normal level and stay high for 10 or 15 minutes before they recede," McCreary said. Because of the long length of tsunami waves, "they wrap around our islands very efficiently" so there is no point of impact that may see higher waves than other areas. Because of the direction of the waves, the first major island hit would be Kauai, he said. It would only take 20 minutes for the first waves to move through the entire island chain, he said. The city opened its Emergency Operations Center at the Frank F. Fasi building, where police, firefighters and Mayor Peter Carlisle assembled. "We're looking at a potentially very serious event here," said Cummings. Hawaiian Electric has opened its emergency command center and is implementing its tsunami plans, according to Peter Rosegg, HECO spokesman. The striking IBEW union workers are still out, Rosegg said, adding that the electric company has an agreement with the union that workers will return to work in case of a "major emergency." Crews of Pearl Harbor ships were summoned, but the vessels will remain in the harbor, the Navy said. | Miskin Tegar : Taib nafi anaknya aktif berpolitik..... Posted: 10 Mar 2011 02:00 PM PST
Terdapat sekumpulan penyokong BN melobi Mahmud Abu Bekir menjadi wakil rakyat mereka.
KUCHING: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjelaskan anaknya Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib tidak cenderung untuk melibatkan diri secara aktif dalam kancah politik. Beliau berkata, sebelum ini juga terdapat sekumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) melobi Mahmud Abu Bekir untuk menjadi wakil rakyat mereka termasuk di Samarahan, Asajaya, Mukah serta beberapa kawasan lain. "Kalau anda (media) ingin tahu secara terperinci boleh tanya beliau (Mahmud Abu Bekir) sendiri," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keinginan sekumpulan kecil penduduk Sadong Jaya untuk melihat Mahmud bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut. Kawasan Dun Sadong Jaya kini disandang oleh Dato Wan Abdul Wahab Wan Sanusi setelah memenangi kerusi tersebut selama enam penggal berturut-turut sejak tahun 1983. Menurut Taib, rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan wakil rakyat sesuai dicalonkan untuk bertanding di kawasan masing-masing. "Saya biarkan rakyat meluahkan perasaan mereka mengenai apa yang diingini," ujarnya. Taib menambah, Mahmud Abu Bekir pernah melahirkan rasa ragu-ragu menjadi ahli politik kerana adik lelakinya sudah menyertai arena politik. "Keputusan calon bertanding terletak dalam tangan pimpinan parti. Calon bagi Sadong Jaya dan begitu juga dengan calon-calon BN yang lain akan diketahui semasa hari penamaan calon nanti," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Taib berkata, pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam adalah untuk memastikan pilihan raya negeri akan datang berjalan lancar. | PM skewered over expensive e-mails Posted: 10 Mar 2011 02:00 PM PST DAP's Teresa Kok takes Najib to task for spending RM63,000 of public funds to spam Malaysians with his 'Salam 1Malaysia' email.
KUALA LUMPUR: DAP leader Teresa Kok has lambasted Prime Minister Najib Tun Razak for spending RM63,000 to spam Malaysians with his "Salam 1Malaysia" e-mail. In a statement this morning, Kok said she was stunned that Najib wasted taxpayers' money in this manner and demanded an explanation. During Chinese New Year, 1.25 million Malaysians of all races received Najib's "Salam 1Malaysia" e-mail. Another 4 million received a similar greeting via text message (SMS). Concern subsequently arose over the cost involved and whether this constituted a breach of privacy. In a parliamentary written reply to a query on these two issues by Batu Gajah MP Fong Po Kuan, the Prime Minister's Office yesterday explained that the text messages did not incur any cost while the e-mail cost 5 sen per e-mail address. The mobile numbers were obtained from three telecommunication companies namely Digi, Maxis and Celcom. The e-mail addresses meanwhile were acquired via Media Prima, the Ministry of Higher Education and Najib's personal website www.1Malaysia.com.my The Prime Minister's Office also said that it had adhered to the privacy conditions of all companies involved and had no access to any of the receivers' confidential information. Kok, however, was unhappy with the explanation. "For all his purported use of Twitter and Facebook, Najib is neither IT-savvy nor cost-savvy. If he was, he would have recognised the insanity of paying the exorbitant price of 5 sen per e-mail when the cost of sending e-mail is negligible," she said. "Furthermore, the cost of e-mail transmission does not multiply with every e-mail address added. Why support US company? This senseless spending is disgraceful but hardly shocking given the numerous cases of overpriced purchases, excessive spending and unfair contracts committed to by the government," she added. Kok also said this disclosure had raised questions as to which company profited from the "Salam 1Malaysia" project which allegedly had no open tender process. According to her, upon clicking on the "Unsubscribe" link in the e-mail it appeared that the contract had been awarded to US-based Lyris Inc instead of a Malaysian company. "I encourage all right-thinking Malaysians to click 'Unsubscribe' on Najib's unsolicited 'Salam 1Malaysia' mailing list to save our taxpayers' money and to send a strong message of protest against the excessive spending on his trite, hollow and insincere 1Malaysia message," she said. Kok also issued a sharp reminder to Najib that the budget allocated by the Finance Ministry to the Prime Minister's Office was not his personal funds but taxpayers' money which must be used to serve public interest. | Skim Rumah Pertamaku bukan langkah bijak, kata MCLM Posted: 10 Mar 2011 01:59 PM PST Skim tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin. — gambar fail Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) menyifatkan keputusan kerajaan memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku kepada golongan muda berpendapatan bawah RM3,000 sebagai keputusan baik tetapi "tidak bijak." Ini kerana, jelas salah seorang ahli MCLM Haslinah Yacob, Malaysia kini berhadapan dengan krisis perumahan dan sektor hartanah juga melambung naik dengan mendadak. "Malangnya harga hartanah terlalu tinggi, rumah-rumah yang sesuai tidak dapat dibeli oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ya, mereka yang terkena kesan yang besar adalah golongan muda yang mencari pelabur untuk membayar dahulu rumah pertama mereka. "Bagaimanapun, menawarkan golongan muda untuk 'membeli' rumah tanpa bayaran pendahuluan bukan satu jalan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ketika pengumuman Skim Rumah Pertamaku kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di bawah skim itu kerajaan melalui Cagamas Bhd akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman seratus peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun. Jelas Najib, skim itu dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Tegas Haslinah, langkah kerajaan itu juga akan menyebabkan pembeli terpaksa berhadapan dengan bayaran semula yang lebih tinggi sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi atau peningkatan harga hartanah. "Adakah jumlah ini akan menjadi satu bentuk pinjaman atau pemberian kepada pembeli? Jika ia wang pendahuluan, adakah pembeli masih perlu membayar kembali wang itu pada satu tarikh yang ditetapkan ataupun termasuk dalam ansuran bulanan. Jika ya, dari mana wang pendahuluan untuk skim ini datang jika tidak dari Perbendaharaan Nasional? Adakah caruman pembayar cukai boleh digunakan untuk graduan pembeli rumah? "Membeli rumah tanpa mana-mana bayaran pendahuluan bererti pembeli mempunyai sifar ekuiti. Sekiranya berlaku kemerosotan ekonomi atau lonjakan harga hartanah ia akan menyebabkan pembeli membayar melebihi nilai rumah itu. "Mendapat pembiayaan 100 peratus tidak bermakna pembeli tidak perlu menanggung kos, mereka juga perlu membayar kos lain yang mungkin agak membebankan bagi individu yang berpendapatan rendah... mereka juga sudah tentu dikehendaki membeli insurans gadai janji untuk mendapat pelindungan bank yang sepatutnya dicari untuk mendapatkan pinjaman, kos ini akan ditambah dalam pinjaman tersebut," katanya. Kata bakal calon MCLM bagi pilihan raya umum ke-13 itu, banyak persoalan yang timbul ekoran pelaksanaan Skim Rumah Pertamaku yang mungkin akan menyebabkan pembeli terpaksa menanggung hutang seumur hidup. "Akhirnya, kita perlu bertanya pada diri sendiri, berapa ramai yang berpendapatan bawah RM3,000 mampu membayar semula setiap bulan? Adalah Skim Rumah Pertamaku ini akan mewujudkan generasi yang akan dibebani hutang seumur hidup yang mana mereka tidak mampu membayarnya? "Mungkin Najib, Cagamas dan bank-bank lain yang terlibat boleh bekerjasama untuk membentuk skim simpanan pemilikan rumah dan membantu rakyat jadi mereka mempunyai cukup wang untuk membayar wang pendahuluan ketika kedudukan kewangan mereka cukup untuk membuat pinjaman," kata Haslinah. | Isu fatwa: Nik Aziz kurang senang tuduhan Harussani Posted: 10 Mar 2011 01:57 PM PST
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kurang senang dengan tulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria ekoran penyataan "undi PAS masuk syurga", kata Setiausaha Akbarnya Ahmad Fadhli Shaari. Selain Nik Aziz (gambar), jelas Ahmad Fadhli, barisan kepimpinan negeri Kelantan turut melahirkan rasa kurang senang apabila Harussani mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kenyataan "undi PAS masuk syurga." Ekoran tulisan Harussani dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak itu. Bagaimanapun, menurut Ahmad Fadhli sehingga kini Harussani masih belum membalas surat rasmi tersebut yang telah dihantar. "Kita minta surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisan beliau (Harussani) yang kata Nik Aziz cakap 'undi PAS masuk syurga', kita bukan nak jumpa beliau. "Kita telah hantar surat rasmi untuk mohon penjelasan, kalau beliau tidak mahu jelaskan kami juga mahu surat rasmi daripada beliau... kita hantar melalui surat, jadi kita mahu beliau balas juga melalui surat... bila kita sudah terima surat daripada beliau baru kita akan keluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata beliau, sebarang kenyataan terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima surat balas daripada Harussani. "Apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan nanti berdasarkan surat dari beliau tapi setakat hari ini kita masih belum menerima surat balas dan kita masih menunggu surat balas dari Mufti Perak. "Kita di sini kurang senang dengan tulisan Mufti Perak yang mengaitkan Menteri Besar dengan 'undi PAS masuk syurga', jadi kita harap beliau respons surat yang kita hantar," katanya. The Malaysian Insider semalam memetik Harussani yang menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu "undi PAS masuk syurga". Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. | MP Pakatan ibarat anak ayam hilang ibu, kata Nazri Posted: 10 Mar 2011 01:56 PM PST Tanpa ketua sementara untuk mengetuai pembangkang di persidangan Dewan Rakyat, pembangkang boleh diibaratkan seperti 'anak ayam kehilangan ibu', kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz. Beliau (gambar) berkata mereka tidak perlu mengisi kekosongan itu tetapi tidak ada ketua pembangkang pada sesi ini. "Jadi, tidak ada sesiapa yang akan bertindak sebagai ketua. Jadi mereka ibarat seperti anak ayam kehilangan ibu, saya umpamakan sedemikian kerana pembangkang tiada ketua sementara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun, di sini hari ini. Pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat Disember lepas, empat Ahli Parlimen pembangkang digantung selama enam bulan iaitu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Azmin Ali (PKR-Gombak), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Pembangkang kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Padang Serai N.Gobalakrisnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas. "Jelas menunjukkan tiada persetujuan pada sesi ini siapa yang patut bertindak sebagai ketua pembangkang, kerana mereka tidak boleh bersetuju untuk satu jawapan," katanya. Ditanya sama ada pembangkang akan melantik seseorang menggantikan Anwar, Nazri berkata beliau tidak tahu tetapi yang jelas katanya terdapat kesukaran untuk berbuat demikian. "Jika tidak, mudah jika mereka ada Hadi (Datuk seri Abdul Hadi Awang) atau Kit Siang (Lim Kit Siang), tetapi kenyataannya mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan, membuktikan mereka tidak boleh bekerjasama," katanya. — | Kenyataan "Bangang" Chua Sui Lek Kantoikan Umno... Posted: 10 Mar 2011 01:55 PM PST Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersedia untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pengharaman penjualan tiket loteri di negeri tersebut. MCA, katanya, tidak memahami kenapa keputusan untuk mengharamkan penjualan loteri itu diambil hanya selepas 20 tahun PAS memerintah Negeri Kelantan. Menurut beliau lagi, keputusan itu telah menyekat hak masyarakat bukan Islam yang bebas menentukan sama ada mereka mahu berjudi atau tidak. "Kerajaan PAS Kelantan perlu diingatkan bahawa kebebasan untuk memilih terpelihara di dalam perlembagaan negara dan mereka (PAS) tidak mempunyai hak untuk melanggar hak tersebut," ujarnya kepada The Star. Tegasnya, PAS telah membuktikan bahawa mereka akan mengenakan nilai-nilai yang mereka percaya betul untuk rakyat Malaysia tanpa terlebih dahulu mengambil kira sama ada tindakan mereka itu melanggari hak demokratik rakyat Malaysia yang berlainan agama dan kepercayaan. Kata Dr Chua, apa yang berlaku sekarang adalah prebiu kepada apa yang akan berlaku seandainya PAS berjaya mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat. "Tapi saya bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz untuk mendengar apa yang beliau ingin katakan berkaitan isu tersebut. Jurahan : Ulamak dan Pimpinan Umno Haprak mana pegi..??Apasal lu diam habisss.. Lu orang sekarang jadi Khinzir tunggangan MCA.. | Mahathir Diktator Demokrasi Posted: 10 Mar 2011 01:54 PM PST
Sepanjang pem bacaan saya mengenai Dr Mahathir Mohamad hanya dua perkara saja yang beliau mengaku (bersalah), pertama gagal membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kedua gagal mengubah sikap orang Melayu. Selain daripada itu Mahathir berjaya melaluinya. Orang yang menandang Mahathir dengan mata sebiji akan berpuas hati dengan Mahathir dan akan mengangungkan bekas PM keturunan asal Krala, India itu setinggi bangunan KLCC. Orang tidak tahu Mahathir menipu dalam politik, memperdayakan banyak orang untuk menjadi kerbau dan lembu pawah kepadanya. Selama 22 tahun jadi PM, dalam tempoh selama itu Mahathir melakukan apa saja yang dia suka. Mahathir adalah si diktator demokrasi di Malaysia. Dengan kuasa yang mengakar tunjang beliau melakukan apa saja. Dengan politik perangkap dan memerangkap dan mencagarkan projek (wang) beliau utuh mempergunakan penyokongnya untuk menjadi hantu dan syaitan. Orang yang memuja Mahathir hari ini adalah orang yang menerima jasa dan kebendaan rasuah dari Mahathir. Sokongan dan pemujaaan itu diteruskan oleh anak cicit penerima rasuah Mahathir hingga ke hari ini. Saya atau sesiapa tidak menerima rasuah Mahathir akan membenci Mahathir dari sudut-sudut yang boleh dibencikan. Misalnya mengenai usaha dan pengorbanan Mahathir untuk agama, untuk menyatukan Melayu atau membantu orang miskin. Di zaman Mahathir negara kaya, tetapi rakyat miskin. Inilah yang hendak diatasi oleh Najib apabila PM itu mengumumkan berbagai projek rakyat yang belum pasti akan dicapai dalam masa terdekat. Hari ini Mahathir terloncat-loncat bercakap mengenai kuasa Melayu akan hilang, apakah dia tahu semasa dia jadi PM apa yang dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Ramai orang tidak tahu punca kenapa Pas ditendang dari BN ialah atas cadangan dan desakan Mahathir! (Saya akan cerita kemudian versi Mahathir cadang agar Pas dipecat dari BN ini. Selama ini orang ingat Hussein Onn yang bersalah). Kerana kehebatan - lama berkuasa dengan menggunakan tipu daya yang licit, orang percaya Mahathir jujur dan ikhlas. Mahathir tidak berbohong dan tidak menipu. Memang orang Melayu akan mempercayai kepada orang kaya dan berkuasa daripada orang miskin yang jujur dan papa. Mahathir memahami psikologi ini terus meliwat bangsa Melayu. Tetapi hakikatnya adakah Mahathir begitu, ikhlas, jujur dan baik? Kerana beliau sudah tua bukan alansan untuk tidak menghina Mahathir. Selagi dia bercakap maka kita akan bercakapan mengenai dirinya. Walaupun Mahathir sudah tidur di liang lahad kejahatan dan kebejatannya akan dituturkan kalau tidak kuat pun perlahan. Dalam memoirnya beliau turut menceritakan perihal Tengku Razaleigh Hamzah. Katanya anak raja itu tiak dapat jadi PM kerana tidak sabar. Kata Mahathir kalau Tengku Razaleigh sabar, sudah pasti dia akan ganti Musa menjadi TPM, bila Musa berhenti? Betul ke begitu dan ikhlaskah Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh? Saya tidak percaya samalah dengan beliau tidak percayanya beliau kepada Tengku Razaleigh. Kalau Mahathir ikhlas terhadap Razaleigh dia boleh membantu dan menebusnya. | Habis 240K untuk dapatkan RM500! Gila amende? Posted: 10 Mar 2011 01:53 PM PST KUALA LUMPUR--Judi memang membuat ketagihan. Seorang perempuan warga negara Singapura diketahui memenangi RM500 di meja judi. Namun bukan wang hasil kemenangan judinya yang dihebohkan. Tapi berapa banyakkah ia mengeluarkan wang untuk memenangi perjudian tersebut. Si perempuan yang sudah berkeluarga ini terpaksa menghabiskan wang poketnya sebanyak RM240 ribu ringgit hanya untuk mendapatkan hadiah RM500! Perempuan yang identitinya itu dirahasiakan ini, padahal berpendidikan tinggi. Beliau memiliki dua gelaran master. Ia terjerumus dalam tahi judi. Setelah wang pertaruhan awalnya habis, ia menggunakan seluruh wang simpanannya sebagai pertaruhan bahkan meminjam sana-sini untuk bertaruh. Sekarang, perempuan itu kebimbangan. Ia takut suaminya tahu berapa banyak hutang yang ia telah buat. Ia juga tak berani melaporkan kepada keluarganya. Ia kini mencari penderma sukarela yang mau meminjamkan wang untuk mebayar hutang piutangnya. "Suami saya bakal menceraikan saya kalau ia tahu masalah judi ini," katanya. Peranan Kerajaan adalah memberi perlindungan kepada rakyatnya daripada manipulasi golongan kaya atau sesiapa yang mengambil kesempatan terhadap rakyatnya. Hakikat yang harus diterima, apabila Kerajaan Kelantan menghalang perjudian adalah kerana kebanyakan rakyat yang terlibat dengan judi adalah menjadi mangsa kepada taukey-taukey judi yang berkepentingan. Ia akan mengakibatkan penyakit sosial lain pula jika ia dibiarkan. Timbulnya krisis rumah-tangga, kecurian, perbalahan dan sebagainya akibat daripada ketagihan judi. Kenapa UMNO gagal memainkan peranan ini? Bahkan UMNO berjaya melahirkan tokoh-tokoh melayu dalam pengurusan dan industri judi ini... Ia menjadi industri yang menguntungkan dan memberi pulangan lumayan. Inilah sebab kenapa MCA & UMNO berusaha sangat untuk mengembangkan judi diseluruh Negara bahkan menjadikan kes judi di Kelantan sebagai isu. Apakah kerana UMNO sakit hati apabila bantahan PR terhadap usaha UMNO untuk meluluskan judi bola menemui kegagalan? Bukankah kita sudah tahu bahawa tokoh pemeras Negara adalah dikalangan taukey judi. Tokoh billionair pun dari kalangan taukey judi. Mereka mendapat lesen daripada kemeterian kewangan? Siapa Menteri mereka dari zaman berzaman? Bukankah UMNO? UMNO juga tahu bahawa penderma tegar kepada denyut-nadi UMNO adalah taukey judi inilah yang akan menjadi sponsor pilihanraya nanti. Sebab itu apalah nak diharapkan kepada UMNO untuk mentarbiyyah rakyat Malaysia untuk menjauhi judi? Sedang nyawa UMNO itu didenyutkan dengan darah-daging judi? Ish macamana Tok-Tok Imam dan Ustaz lepasan Azhar boleh sokong Parti kayu keramat ni? | Bolehkah PAS tawan Terengganu? Posted: 10 Mar 2011 01:52 PM PST Hari ini, timbul pula gema 'PAS Ganti Umno' yang cuba dan sedang diwujudkan ol eh PAS sebagai sebuah parti orang Melayu Islam yang telah lama bertapak di negeri Terengganu Darul Iman. Kewujudan PAS sejak lebih 50 tahun lalu juga berikutan 'serpihan' di kalangan para alim ulama' yang pernah sama-sama berjuang dalam Umno dan tidak bersetuju dengan dasar-dasar Umno yang bertentangan dengan Islam. Maka, dalam beberapa siri persidangan golongan ulama' yang benar-benar berpegang dengan Islam bertindak keluar dari Parti Kebangsaan Nasionalisma Melayu atau Umno. Sehubungan itu, Umno yang telah lama wujud sejak lebih 60 tahun itu kini telah memasuki usia 'warga emas' yang 'nyanyuk'. Masalahnya, jika panjang umur tetapi 'beriman' dan 'beramal soleh' tidak menjadi beban. Tetapi, yang menjadi masalahnya Umno yang telah memasuki usia warga emas itu bukan sekadar 'nyanyuk' tetapi diperkatakan orang semakin 'jahat', 'bodoh sombong' dan 'gila' kuasa. Maka, kali ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang mungkin paling awalnya dijangka bulan Jun atau November 2011? atau mungkin Mac 2012? atau mungkin Jun atau November 2012? Sehubungan itu, PAS kali ini melancarkan 'gelombang' agar rakyat sudi membuat perubahan demi masa depan agama, banga dan negara. Gelombang 'PAS Ganti Umno' itu diharapkan segera disambut rakyat dan pengundinya. Persoalannya, bersediakah rakyat dan para pengundi Melayu hari ini membuat perubahan untuk menukar rumah yang telah lebih 60 tahun didiaminya hingga beranak cucu dan bercicit-cuit? Rata-rata rakyat dan pengundi dibawa masih 'mamai' atau 'pening-pening lalat' atau 'mabuk' dalam membuat pilihan untuk menukar Umno kepada PAS. Kenapa? Alasannya, kerana adanya Umnolah maka, orang Melayu boleh mencapai kemajuan sehingga hari ini dan kerana orang Melayu-Umnolah membolehkan kita hidup senang. Benarkah begitu wahai rakyat? Sebenarnya, usahlah biarkan kita rakyat bawahan ini terus-menerus diperbodohkan. Cukuplah wahai rakyat Melayu sekalian. Jadilah, kita seorang manusia yang merdeka jiwa dan mindanya. Namun begitu, hanya orang Melayu-PAS dan Melayu PKR sahaja yang dikategorikan cerdik dan berjiwa merdeka. Sebab itu, PAS dan PKR yang celik internet pasti akan bebas jiwa dan mindanya. Hari ini, Umno dan kerajaan Barisan Nasional sudah tidak kuat lagi. Dia hanya bergantung kepada 'tongkat' yang masih ada disekelilingnya. Tongkat itu ialah MCA, MIC, Polis dan Tentera, Pegawai dan Kakitanagan Kerajaan. Jika PAS dan Pakatan Rakyat boleh 'tawan' hati golongan tersebut dan hati rakyat dan hati para pengundi. Awang beri jaminan barulah 'gelombang rakyat' untuk buat perubahan akan bersama-sama dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Justeru itu, senario politik yang berlaku di Terengganu hari ini, PAS berkeyakinan boleh mengulangi kejayaan memerintah semula negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib berkata PRU ke-13 akan datang boleh jadi seperti PRU ke-10 tahun 1999. Ini kerana, katanya berdasarkan situasi politik di Terengganu hari ini PAS boleh mengulangi kejayaan pada PRU ke-13 sebagaimana PRU ke-10 dan memerintah semula negeri. "Kita telah siapkan 30 tawaran PAS kepada rakyat untuk pilihan raya (PRU ke-13) akan datang supaya rakyat boleh membuat perubahan. "Situasi politik hari ini, PRU ke-13 boleh jadi seperti PRU ke-10 tahun 1999 dan PAS boleh kembali memerintah Terengganu, Insya'Allah," tegasnya. Beliau berkata demikian dalam ucaptama Nadwah Ulama' PAS Terengganu bertajuk "Cabaran dan Resepi Kemenangan Dalam Konteks Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13" di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir, 3 Februari lalu. Namun begitu, katanya ahli dan petugas PAS perlu 'menghadamkan' resepi dalaman bagi menghadapi cabaran serta mencapai kemenangan tersebut. Kata Ustaz Harun, jentera PAS perlu mempelajari ilmu menguasai hati rakyat dan para pengundi dalam pilihan raya. "Kita, parti dakwah perlu memujuk orang (pengundi) dengan kita menerangkan dasar Islam, kebaikan Islam berbanding dengan dasar parti lain. "Saya tidak suka 'menyerang' dengan bahasa yang kasar dalam ceramah-ceramah kerana tidak disukai oleh orang Umno atau orang atas pagar," ujarnya. Antara lain, katanya jentera parti perlu sentiasa bersedia berkorban sama ada yang murah atau mahal, mempunyai pendirian yang tetap dan tabah. Menurutnya, ahli PAS hendaklah sentiasa taat kepada Allah dan RasulNya, tidak berbantah-bantahan serta bersabar menghadapi halangan dan tentangan. Awang diberitahu, hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu, Dato' Hussin Awang, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan ramai lagi. Kesimpulannya; "USAH BIAR KESILAPAN KITA HARI INI MENYEBABKAN ANAK CUCU KITA KENCING DI KUBUR KITA DI MASA HADAPAN" | PAS, melayu dan …. Posted: 10 Mar 2011 01:51 PM PST Politik dalam kebanyakan halnya ialah persepsi. Fakta yang salah tetapi dengan propaganda yang sistematik, boleh menjadikan sesuatu fakta itu suatu kebenaran yang tidak dapat diragui lagi kepada kebanyakan rakyat. Propaganda UMNO untuk mewujudkan persepsi-persepsi berikut terhadap PAS telah mula dipercayai oleh orang melayu; - PAS dipergunakan oleh DAP.
- PAS menggunakan agama untuk capai cita-cita politik.
- PAS derhaka kepada Sultan.
- PAS dilihat terlalu berlembut dalam mempertahankan hak istimewa orang melayu.
- PAS memilih agama, tetapi tidak pedulikan bangsa.
- PAS asyik nak bangkang sahaja.
- PAS tak langsung sebut kebaikan UMNO.
- PAS suka mengutuk orang.
- PAS tak sesuai dengan jiwa belia dan beliawanis muda.
- PAS tiada kredibiliti kerana menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh melakukan dosa liwat.
Bila UMNO berjaya mewujudkan persepsi-persepsi sebegini, bermakna PAS gagal mengatasi teknik dan sistem propaganda UMNO yang menggunakan seluruh saluran media milik kerajaan dan swasta bagi tujuan tersebut. PAS perlu menjawab dan memberikan fakta-fakta ringkas atau jawapan kepada persepsi-persepsi di atas dengan cara yang diulang-ulang dan ditonjolkan dalam media cetak, elektronik, kenyataan akhbar dan lain-lain saluran maklumat yang menyokongnya pada setiap masa. Fakta-fakta di bawah perlu disemat dalam pemikiran rakyat secara cermat, berhemah dan berterusan bagi menghilangkan persepsi-persepsi palsu di atas. Isu PAS membela Orang Melayu Islam perlu dipertegaskan kepada pengundi tradisional PAS bagi mengelakkan mereka semakin termakan dengan propaganda UMNO dan BN. PAS dan DAP bekerjasama dalam bentuk menentang kezaliman dan penyelewengan politik yang melampau-lampau oleh UMNO dan MCA. PAS akan ganti UMNO, DAP akan ganti MCA dan tidak timbul DAP ganti PAS. PAS menggunakan saluran politik untuk menegakkan agama Islam. Tanpa kuasa politik, agama Islam hanya terbatas di pejabat agama. PAS hormat dan ada hubungan baik dengan Sultan-Sultan. UMNO nampak saja baik dengan Sultan, tetapi sebenarnya menghapuskan kuasa Sultan dan sampai ada UMNO yang kata 'menatang' kepada Sultan. PAS bertegas untuk mempertahankan hak istimewa orang melayu sebagaimana 12 janji PAS kepada orang melayu satu dalam konvensyen baru-baru ini. Orang melayulah rakyat yang paling ramai dhaif dan perlu dibantu secara lebih bersepadu. UMNO bukan membantu bangsa Melayu, tetapi mengagihkan projek-projek secara pilih kasih kepada kroni-kroni mereka berbangsa melayu mengikut kaedah 'ali baba'. Sebenarnya UMNO mempunyai siri pengkhianatan yang panjang terhadap bangsa melayu yang kononnya sering dipertahankan. PAS menekankan agama untuk menguatkan bangsa melayu, kerana dengan menjaga prinsip-prinsip agama Islam, bangsa melayu akan kembali kuat dan dihormati. PAS membangkang pembaziran seperti monsoon cup, gejala rasuah dan ketidak-cekapan kerajaan yang melampau sehingga stadium, sekolah dan masjid pun boleh runtuh. PAS sentiasa menghargai inisiatif kebaikan yang dibuat oleh kerajaan tetapi mengecam inisiatif-inisiatif kebaikan itu disalah-gunakan untuk tujuan lain seperti pembahagian dana kebajikan untuk ugut dan tarik undi semata-mata, dan kontrak e-book dengan harga yang sepatutnya jauh lebih murah. PAS bukan mengutuk tetapi mengecam secara keras semua kezaliman yang dilakukan secara terang dan tanpa berselindung seperti penarikan royalti Terengganu oleh Kerajaan Pusat. PAS mempunyai aktiviti belia yang lebih sihat dan lebih membina jati diri belia masakini berbanding dengan aktiviti belia UMNO yang hanya bertujuan hiburan dan imbuhan semata-mata. PAS menyedarkan orang Islam terutamanya bangsa melayu, bahawa menuduh dan terlibat dalam menyebarkan tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa saksi-saksi yang adil, adalah satu dosa besar yang sangat dimurkai oleh Allah.
Dalam dunia maya pula, blogger-blogger yang terkenal menyokong PAS sudah kurang menjana nilai positif kepada PAS. Ada blogger yang cuba menghakis kredibiliti Presiden PAS dalam blog masing-masing, dengan alasan untuk mendapat kepimpinan baru yang lebih cekap dan dinamik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada blogger yang terus menerus menghentam kerajaan perpaduan yang telah ditutup buku dengan terus-menerus menuduh Timbalan Presiden PAS sebagai anasir yang paling jahat yang akan membawa PAS ke pangkuan UMNO. Ada blogger yang terlalu banyak menggunakan bahasa kesat kepada pihak lawan di dalam blog mereka, menyebabkan rakyat atas pagar berundur daripada mendapat maklumat bernas daripada blog tersebut.
Hasilnya, persepsi berikut yang timbul; Presiden UMNO adalah lebih baik, lebih cekap dan lebih amanah daripada Presiden PAS. PAS juga mempunyai klik-klik tertentu dan pimpinan yang tamakkan habuan dunia yang boleh diberikan secara mudah oleh UMNO. Juga menggambarkan Prinsip Islam PAS setengah pimpinan PAS boleh dijual beli. PAS yang suka maki hamun, bukan blogger-blogger tertentu, dan blogger PAS dan UMNO tidak ada beza daripada aspek kutukan melampau-lampau. Dengan itu, rakyat awam lebih cenderung untuk menghadkan bacaan berita daripada Malaysiakini, Malaysian Insider dan sumber rasmi parti seperti Harakah dan Buletinonline sahaja. Ini satu kerugian yang sangat besar. Kesimpulannya, dalam PRU ke 13, PAS daripada sudut isu perlu lebih agresif menjawab 10 propaganda UMNO di atas. Orang melayu tidak boleh dibiarkan tertipu oleh propaganda UMNO bahawa orang melayu lebih baik dijaga oleh UMNO daripada dijaga oleh PAS. Dan satu lagi, perkelahian sesama sendiri oleh para blogger yang menyokong PAS dan PR perlukan satu 'gencatan senjata', sekurang-kurangnya sehingga berlangsungnya pilihanraya Umum ke -13. " Zakaria Ismail ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang | Dr M berani tulis memoir tapi takut ke mahkamah...APAA NAMAA...!!! Posted: 10 Mar 2011 01:50 PM PST KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap anak jantan apabila menulis buku berbentuk memoir dengan yang mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa bersandarkan bukti kukuh sedangkan bekas Perdana Menteri itu, berpeluang berbuat demikian pada 1998 lagi.. Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Mahathir tidak berani berhadapan dengan peguam Anwar ketika disapina mahkamah dalam kes Fitnah I pada 1998. "Mengapa dia (Mahathir) tidak pergi? Sedangkan ketika itu adalah peluang untuk menceritakan seperti apa yang tertulis dalam memoirnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Menyatakan peguam Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk memperoleh keterangannya di mahkamah, beliau berkata, seseorang yang disapina tetapi tidak hadir memberi keterangan, harus didakwa kerana boleh dianggap menghina mahkamah. "Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam," kata Saifuddin dengan nada sinis. Beliau mengulas penerbitan buku memoir tulisan Mahathir setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat yang mengandungi kecaman terhadap Anwar tetapi tidak disertai bukti kukuh. Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoal kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang 'membela'Mahathir, kononnya beliau pernah melapor sikap Anwar pada awal 90-an. Kata Saifuddin, kredibiliti Haniff yang sebelum ini pernah berkata dalam kes di mahkamah yang beliau tidak pernah terjumpa sebarang ayat Al-Quran mengharamkan amalan berjudi. "Apakah orang ini boleh dipercayai? Ironinya, sekarang ada dua kes yang melibatkan bekas Menteri Kabinet yang didakwa menipu Perdana Menteri dan jemaah Menteri," katanya merujuk kepada kes mahkamah baru-baru ini melibatkan Tun Ling Leong Sik dan Datuk Chan Kong Choy. "Siapakah pula Perdana Menteri yang mengetuai kabinet ketika itu? Apakah orang lain (termasuk Haniff) tidak boleh menipu Perdana Menteri?" soalnya. Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, individu yang membantah pemecatan Anwar antaranya Datuk Dr Ibrahim Saad dan Datuk Afifuddin Omar, tidak mendapat tempat penting dalam Kabinet. Beliau berkata, mereka ketika itu hanya bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan. "Seingat saya, Dr Mahathir memulakan mesyuarat Umno pada 4 September 1998 dengan mengarahkan pemecatan Anwar dan mereka membantah. Akibatnya, mereka tiada tempat dalam politik arus perdana negara," katanya. | Rekabentuk dalaman Istana Negara diubah? Nak tambah bajet lagi le tu..!!! Posted: 10 Mar 2011 01:49 PM PST | KUALA LUMPUR, 10 Mac: PAS mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku perubahan pada rekabentuk dalaman Istana Negara yang baru di Jalan Duta. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa rekabentuk dalaman istana itu diubah dari konsep Raja-raja Melayu kepada konsep raja Eropah. "Kenapa boleh berlaku perubahan? Ini satu penghinaan kepada Raja-raja Melayu. "Dalam suasana titah Tuanku mahu rakyat jangan persoal kedaulatan Raja-raja Melayu, sekarang kerajaan cuba mencemarkannya dengan menukar konsep hiasan dalaman istana negara," katanya kepada Harakahdaily. Sambil menyifatkan perkara itu tidak wajar berlaku, Mahfuz berkata tindakan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa hiasan dalaman berkonsepkan raja-raja Melayu tidak mempunyai nilai tinggi. "Sudah tentu perubahan ini menyebabkan penambahan kos. "Saya nak tanya, berapa penambahan kos baru ini," soalnya lagi. Sebelum ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan Istana Negara bertambah dari RM400 juta kepada RM800 Juta. Ianya termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong khoon Seng pada persidangan Jun tahun lalu. Beliau turut memaklumkan projek Kompleks Istana Negara itu dijangka siap Februari tahun ini. | | P'raya: Najib keterlaluan, seolah ajak rakyat ke jalan raya Posted: 10 Mar 2011 01:44 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya. Sehubungan itu, Badan Bertindak Demokrasi PAS dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II menuntut pihak pemerintah supaya mengadakan pilihanraya yang adil di negara ini. Pengerusi Badan Bertindak Demokrasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, Perdana Menteri perlu menilai kembali segala tindakan yang telah dilakukannya dalam perjalanan pilihanraya di negara ini agak benar-benar berada pada landasan demokrasi. Menurut beliau, tujuan tuntutan pilihanraya yang adil dibuat supaya setiap keputusan pilihanraya akan dapat diterima oleh seluruh rakyat negara ini. Katanya, namun keadaan hari ini berada di sebaliknya. Setiap keputusan pilihan raya amat meragukan semua pihak terutama pembangkang kerana ia dijalankan tanpa keadilan. "Pihak Umno BN yang memerintah bukan sahaja mempergunakan segala jentera kerajaan dengan sewenang-wenengnya, tetapi juga turut mengawal dan memaksa SPR supaya memihak kepada Umno BN dalam pelbagai aspek," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Disebabkan keadaan itu, menurut beliau, hak-hak pihak pembangkang dinafikan sama sekali oleh pihak pemerintah dalam perjalanan pilihanraya di negara ini sama ada pada pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil. "Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN. "Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat. Menyentuh tentang perjalanan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi yang turut memperlihatkan beberapa peraturan baru diperkenalkan SPR, beliau mengatakan kesemua itu jelas menunjukkan sikap SPR yang tidak profesional dan adil dalam melaksanakan perjalanan pilihanraya di negara ini. Menerusi peraturan baru itu, SPR akan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja. Antara alasan yang diberikan pula termasuklah disebabkan kebimbangan SPR dengan kemungkinan tindakan provokasi oleh pihak pembangkang yang jelas tidak masuk akal. "Dalam kita menuntut supaya tempoh kempen dipanjangkan kepada 3 minggu, SPR pula membuat peraturan baru seperti itu. Ini jelas memperlihatkan sikap perlawanan SPR dengan pembangkang, pada hal tuntutan kita itu adalah untuk keadilan dalam pilihanraya. "Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula. "Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan," katanya. Dengan itu juga, tegasnya, bagaimana rakyat boleh bertahan yang tentunya akan memaksa rakyat berpilihanraya ke jalan-jalan raya nanti seperti yang telah berlaku di Mesir dan Libya. Turut hadir pada sidang media itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Syed Azman Syed Mohd Nawawi dan calon PAS Dun Merlimau yang baru lalu, Yuhaizad Abdullah. | UMNO Buat Rakyat Macam Tikus Makmal! Posted: 10 Mar 2011 01:41 PM PST Kamilah Pengundi Tegar UMNO! Kali ni UMNO secara terang-terang memperjudikan kesihatan rakyat! Malanglah rakyat Pahang terutamanya di Kuantan.. Dengan amat yakin UMNO bagitahu.. Projek itu selamat! Wehhhh!! Kalau betul selamat cuba bina projek tu tepi Istana Najib di Putrajaya? Atau.. cuba alih projek tu ke Precint mana-mana di Putrajaya.. Boleh kita dengar pulak apa komen kakitangan kerajaan yang duduk disitu! Adakah kerana Pahang ni 'fixed deposit" UMNO.. Maka kesihatan rakyat Pahang leh kira cincai? Kalau berani try la buat di Kelantan? Penang? Kedah? Selangor? Mana boleh.....!!! Sebab rakyat negeri-negeri ni pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara! Kesian la rakyat Gebeng, Kuantan.. Jadi tikus makmal! | "Tambahan RM4b subsidi minyak"? Ha Ha! Ron95 nak naik lagi. Padan Muka Posted: 10 Mar 2011 01:40 PM PST "Antum semua sudah baca utusan online berkenaan cerita "Tambahan RM4b subsidi minyak". Jika belum, dipersilakan baca di sini. Ada nampak pencerahan apa yang akan berlaku tidak lama lagi? Ya, semestinya harga petrol ron 95 akan naik lagi. Terima kasih melayu yang mengundi bn. Padan muka kita. Mari kita mencari udang di sebalik mee dalam ungkapan-ungkapan Najib dalam berita berkenaan. Kita selidik satu persatu.... "Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu. Maksudnya; Pendapatan negara akan bertambah lagi sebab harga minyak naik dan kita pula jual minyak tapi kita masih tidak cukup duit kerana perbelanjaan untuk merasuah semasa PRK dahulu dan untuk PRU 13 nanti. Kita top-up lagi 4 bilion untuk kantung pilihanraya dengan curi duit rakyat. "Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang bagi mengurangkan beban rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat ini," katanya. Maksudnya; Kerajaan bn akan pastikan beban rakyat akan sentiasa terbeban dalam keadaan terkawal terutama kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah agar bn boleh mengawal undi mereka dengan gula-gula politik wang semasa pilihanraya nanti. Sementara itu, kata beliau, kerajaan amat komited untuk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras enam peratus pada tahun ini walaupun bakal berhadapan beberapa cabaran. Maksudnya; Kerajaan tidak boleh mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi negara pada paras 6% kerana korupsi yang melampau di Malaysia. "Peningkatan harga minyak mentah dan komoditi akan mengakibatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dunia bergerak perlahan. Kerajaan akan pantau perkembangan ini dengan sangat teliti dan akan mengambil apa jua langkah yang perlu. Maksudnya; Kerajaan sepatutnya mendapat pendapatan yang lumayan dari kenaikan harga petrol dan komuditi kerana kita adalah negara mengeksport dua perkara itu. Namun kerana amalan korupsi dan rasuah yang parah, duit itu ketirisan hanya pada kelompok kroni sahaja. Maka pantauan dan langkah yang diambil adalah tidak perlu kerana amalan korupsi perlu dikekal untuk mengkayakan puak-puak kroni. "Antara langkah yang akan kerajaan ambil seperti menggerakkan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta memastikan permintaan domestik terus berada pada tahap yang kukuh," jelas beliau. Maksudnya; Langkah yang diambil adalah dengan mengembangkan kekayaan kroni melalui ETP sehingga ke tahap mikro. Oleh itu wahai rakyat-rakyat Malaysia terutama orang Melayu, bersedialah mengundi bn lagi pada PRU 13 nanti agar kita dapat melihat negara Malaysia akan menjadi papa kedana dan bankrap. Padan muka kita. | Rosmah Mansor - political maverick or big spender? Posted: 10 Mar 2011 01:39 PM PST Rosmah Mansor is always in the news for all the wrong reasons. Thrown into the high echelon of society when Najib became Prime Minister, she walks a tight rope where her public and private life is constantly scrutinised to the minutest detail. As the First Lady of Malaysia, consistently in the limelight, it can be difficult to hide the blemishes. Unlike other FLOM, she comes across as a high flier, projecting a high and mighty attitude, confident, intelligent, and sociable. Assuming her title as First Lady, she has gone through a tumultuous time. On one side, accolades are showered at her such as front page advertisements in the New York Times to greet her, receiving the ANKARA award for social responsibility, International Peace and Harmony award from the United States, and besides her other domestic Royal awards. On the other side, she is likened to the Empress Dowager amd manipulating the Emperor. Her shopping sprees are a legend, with tanker loads transported back on Malaysia Airlines. Going about her daily routine, with pomp and purpose, what betray her steely composure are her unconventional remarks made during her public speeches Campaigning in the recent by-elections, her infamous remark: "Look at my face; do I look like i am lying? " "Women should know better than to walk alone in dark and deserted areas" "You must remember, when you point to others, there are four other fingers pointing right back at you." When Najib's eligibility to take over the Premiership was questioned by many quarters, she made a personal appeal in the newspapers to people to accept Najib's imminent Premiership as "heavenly fated". The public should accept the "fate" that Najib will be Prime Minister. Well, Najib went on to become Prime Minister as she predicted. Those who knew her from yesteryears tell of her younger days in campus, going for lectures riding pillion on her boyfriend's motorbike. Graduated with a Bachelors Degree in Arts and Anthropology, she went on to do her Masters Degree in Indonesia. As an academician, she lately resigned her Chancellorship in UNISEL. One of the earliest incidents that marred her reputation was when RPK of Malaysia Today made a statutory declaration, alleging Rosmah's involvement in the Murder of Mongolian Altantuya. She has maintained her innocence on the allegation, and soon RPK slowly disappeared from the country. Another similar Statutory Declaration by private investigator P Subramaniam was retracted a day lafter it was made. The private investigator also disappeared. Since then, the public view of Rosmah has taken a downturn. Her recent frequent overseas trips were frowned upon, with the public questioning whether such trips were funded by the Government. On one occasion, while overseas, she was reported to have flown back for Taib Mahmud's wedding before flying off again. Her jet setting ways were condemned by the public, as a waste of money, and the comment was: if she insisted on such jet setting ways, she should replace Anifah as Foreign Minister. Anifah however, on one occasion complimented her: that her foreign visits have benefited the country's foreign relationships. Sad to say, the Malaysian public is not very tactful when it comes to her personal life with personal attacks on her stature. She may be on the plump side, but wouldn't be considered fat by any standards. For God's sake, she is nearly 60years old. Do we expect our First lady to look like Angelina Jolie or for that matter Ummi Hafilda? She should look like our grandmother at that age, but no, she is still picture perfect, and by any standards, still very sexy. Some had gone to the extent to say that she had a facelift to improve her looks, as if that is very uncommon!!. Already, she is quite presentable and she reminds us of Imelda Marcos. Recently criticised for having a tasteful office in the PM's department, Umno minister Nazri Aziz came out to defend her with a statement that no permanent or contract staff were specifically designated to the wife of the prime minister. This has lain to rest any doubt that government funds were wrongly utilised. Or has it? When Najib was down with sickness, she reportedly took it upon herself to receive some foreign dignitaries, which led to others criticizing her role. The critics were quick to add that she was sidelining the DPM, who should be doing the job. Rumoured allegations of mega contracts to Rosmah's cronies have surfaced on the Internet on a regular basis that led many to question the First Lady's Role in the country's politics. Today, as Rosmah takes it in her stride to go about her duties as First Lady of Malaysia, the public's eye will continue to scrutinize her every movement, whether for love or hate of her, she will continue to be a woman of controversy. Whatever our perception of her is, she will still go down in history as Malaysia's First Lady, active in politics, academics, social welfare, and a charismatic personality in her own right, a fighter and our first feminine political maverick. Or big spender. | The real scandal at the Home Ministry Posted: 10 Mar 2011 01:39 PM PST There is a revealing remark made by the Home Minister Hishammuddin Hussein in response to reports about Radio Free Sarawak (RFS) and Sarawak Report (SR) and the individuals behind them. Clare Rewcastle Brown, the sister-in-law of former British Prime Minister Gordon Brown, and Iban activist, Peter John Jaban, have made known that they are the personalities behind RFS and RS. Clare is the author and founder, whereas Peter is the voice behind RFS. Hishamuddin said, "This is not about politics. This is about spreading malicious lies, the issue of unity and harmony among the races". Umno and BN have been busy searching for RFS in Malacca. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu's youth wing have lodged a police report, claiming RFS had been operating illegally and spreading lies, especially about Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud. Thus, it is Hishamuddin's concern for Taib's feelings rather than acknowledging Sarawak's unease over the accusations hurled by RFS and SR, that is disgusting. Hishamuddin stated that no legal action would be taken at the moment because of the ongoing investigation. He also stressed that the Internal Security Act could not be used against both Clare and Peter as they do not pose a 'serious security threat'. But how could Hishamuddin ignore what it is that RFS and SR have been trying to highlight to the whole world? He should investigate the Sarawak timber industry's complex structure and its intimate links to Taib. The timber companies linked to Taib have benefitted from the destructive logging on their home turf. They also expanded operations in South East Asia and now also operate in Australia, Africa, Central and South America, Russia and the Pacific. Taib ignores his own people and when it comes to land allocation, land tenure and native customary rights, the people are sidelined. Taib has absolute control over the allocation of timber licences and logging concessions to himself, his allies, friends and family. With his influence, even the Sarawak Timber Industry Development Corporation (STIDC), cannot exercise its regulatory role. The Sarawak timber groups, rated according to the size of their timber concessions in Sarawak are: Samling (over 1.3 million hectares), Rimbunan Hijau (over 1 million hectares) rank first, followed by WTK group (850,000 hectares), the Ta Ann group (over 557,000 hectares). Two other major players, the KTS group and the Shin Yang group cannot be ranked due to insufficient transparency with regard to the concessions held by them. All these timber groups also hold major oil palm plantation land banks. At least four timber tycoons rank among Malaysia's top thirty richest people. Tiong Hiew King of Rimbunan Hijau, Yaw Teck Seng and Yaw Chee Ming of Samling Group, as well as Ta Ann's chairman Abdul Hamed Sepawi, who is Taib's first cousin. Taib is responsible for his state's severe environmental destruction and a very unequal distribution of wealth and economic opportunities. His system of political patronage means that local indigenous groups lose out. People like the Penan fight for nothing more than their legitimate rights to their land whilst Taib, who dominates the timber industry in Malaysia, also controls many other important industries in Sarawak, including oil palm, construction, property development, shipping, trade, tourism and media. Sarawak is one of the resource-richest states in Malaysia and earns billions of US dollars a year from timber and timber products plus the same amount again from crude oil, natural gas and palm oil. However, the government and the political elites have simply ignored the rights of local indigenous groups, and failed to distribute the timber wealth and revenues equally to the people of Sarawak. So Hishamuddin, are all these not worthy of an investigation? Or are you as blind as the Malaysian Anti-Corruption Commission? | Saksi: Sultan Johor ada kepentingan dalam 'jambatan bengkok' Posted: 10 Mar 2011 01:37 PM PST Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini. Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998. Ini didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam keterangannya hari ini. Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta. Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok. Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut. Dalam keterangannya, Eskay ( kanan) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut, Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi. "Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut". Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi. Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut. | |
MP Pendang Posted: 11 Mar 2011 01:11 PM PST Penjelasan KASE mengenai saman ekor. Posted: 11 Mar 2011 08:18 AM PST KASE : Menyanggah tulisan Prof. 'Kangkung' di Berita Harian Sila Klik Gambar Untuk Baca Tulisan Beliau
FAHAMI ISU SEBENAR!!
Saya ingin merujuk kepada siaran akhbar Berita Harian bertarikh 11/3/2011 yang memetik ulasan seorang Pakar Perlembagaan Profesor Dr Rohimi Shapiee. Saya amat dukacita dengan perkembangan dan ulasan tersebut yang melabelkan pihak-pihak yang menggalakkan rakyat membayar saman sebagai sebagai nakal dan menggalakkan pemandu supaya terus melanggar undang-undang.
Saya ingin tegaskan pendirian kami di Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (KASE) bahawa kami tidak sekali-kali bersetuju dan menggalakkan pemandu-pemandu kenderaan memandu tidak mengikut peraturan. Setiap pemandu mestilah memandu dengan berhemah kerana jalanraya bukan harta persendirian tetapi hak bersama. Kami juga tidak bersetuju dengan penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan sedia ada. Atas hujah dan pendirian ini, kami melancarkan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) iaitu bertujuan memberikan penerangan tentang hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan, prinsip keadilan dan pematuhan peraturan serta prosedur tindakan undang-undang.
Tidak pernah pada bila-bila masa dan ketika, Kami menyatakan bahawa Saman Ekor yang dikeluarkan oleh PDRM adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Akta. Jika ada, saya merasakan kenyataan dan pendirian kami telah disalah tafsir. Saya ingin memperbetulkan pemahaman dan persepsi sesiapa sahaja termasuk Pakar Perlembagaan tersebut supaya sebelum membuat sebarang ulasan atau komen, FAHAMI dahulu apa isu yang dibawa dan ditimbulkan.
Saya ingin menegaskan bahawa Saman Ekor yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi hanya sekadar notis meminta maklumat pemandu daripada pemilik kenderaan yang dikeluarkan mengikut Seksyen 115 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Notis ini disebut sebagai Pol 170A. Fakta ini tidak pernah disangkal malah diakui oleh Kementerian Dalam Negeri, PDRM malah Timbalan Menteri Pengangkutan di dalam Dewan Rakyat. Saya mohon kerjasama pihak-pihak yang ingin membuat ulasan supaya lebih rajin membaca daripada membuat ulasan dan komen berasaskan lojik akal fikiran. Pernahkah pihak-pihak yang membuat ulasan ini meneliti setiap patah perkataan yang terkandung di dalam notis Pol 170A tersebut sebelum membuat komen? Baca dan fahami kandungannya dahulu kemudian nyatakan komen dan ulasan.
Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. Maksud memuaskan hati mahkamah tersebut ialah seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Persoalannya adakah semua prosedur ini diikuti oleh pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini?
Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. Kompaun ini hanyalah semata-mata tawaran. Bukan suatu bentuk hukuman atau denda. Kompaun ini juga mempunyai tempoh sah laku kerana di dalam Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini "Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil". Ini dengan jelas menunjukkan bahawa kompaun tersebut hanyalah suatu tawaran, dan jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.
Persoalannya, adakah prosedur ini juga diikuti oleh pihak berkuasa?
Perkembangan yang berlaku sekarang ialah pihak berkuasa iaitu Kementerian dalam Negeri melalui PDRM telah menghukum orang yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan melakukan kesalahan. Mereka dihukum dengan alasan tidak membayar kompaun sedangkan kompaun hanyalah tawaran. PDRM pula mengambil kesempatan di atas kurangnya pemahaman rakyat tentang undang-undang dan peraturan telah menghukum dengan meminta JPJ menyenarai hitam kenderaan bertujuan memaksa mereka membayar kompaun. INILAH TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN PERLEMBAGAAN!
Kenapa ia bertentangan dengan Perlembagaan?
a) Kesalahan yang dikatakan telah dilakukan tersebut belum dibuktikan.
Rujuk kembali kepada ulasan asal di atas. Jika Pemilik kenderaan ingkar notis, sepatutnya mereka dihadapkan ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka ingkar notis tersebut. Pelbagai persoalan akan timbul di sini. Adakah notis tersebut telah dikeluarkan? Adakah notis tersebut telah diserahkan dengan sempurna?
Notis boleh diserahkan kepada pemilik kenderaan mengikut Seksyen 118 APJ 1987 iaitu dengan pos berdaftar. Jadi pihak berkuasa perlu membuktikan terlebih dahulu notis itu telah dikeluarkan. Kemudian buktikan notis itu telah diserahkan iaitu dengan bukti pengeposan daripada pejabat pos berkaitan. Jika ada bukti tersebut barulah pemilik perlu buktikan kenapa beliau ingkar. Jika beliau telah memuaskan hati mahkamah dengan alasan-alasannya maka kemungkinan akan dilepaskan. Jika tidak dapat memuaskan hati Mahkamah, kemungkinan akan dijatuhkan hukuman kerana ingkar notis. Belum lagi soal memandu melebihi hadlaju. Adakah ini dilakukan dalam situasi sekarang ini? Jawapannya tidak kerana Timbalan Menteri Pengangkutan sendiri mengakui di Dewan Rakyat pada 8/3/2011 bahawa jika seseorang ingkar Notis Pol 170A ini maka mereka secara automatik dianggap melakukan kesalahan. Ini suatu anggapan yang salah di sisi undang-undang.
Jika pemilik atau pemandu disyaki memandu melebihi hadlaju, mereka sepatutnya disaman hadir ke Mahkamah untuk dibuktikan mereka telah melakukan kesalahan tersebut. Adakah ini dilakukan? Tidak! Mereka terus disenarai hitam kerana tidak membayar kompaun. Sepatutnya PDRM membawa mereka ini ke Mahkamah, buktikan mereka memandu melebihi hadlaju. PDRM sentiasa mengatakan mereka mempunyai bukti, jadi buktikan di Mahkamah. Bukan dengan bekerjasama dengan JPJ untuk menyenarai hitam supaya pemilik kenderaan membayar kompaun. Ini salah! Kenapa PDRM tidak membawa mereka ini ke Mahkamah untuk dibuktikan kesalahan? Mungkin PDRM tahu bahawa mereka tidak dapat membuktikan kesalahan tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah. Ini disebut di dalam seksyen 117 (11) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 seperti berikut : Dalam mana-mana prosiding di mana-mana mahkamah, apa-apa imej yang dirakamkan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan, dan hendaklah menjadi bukti prima facie bagi fakta yang dinyatakan di dalamnya.
Akan ada pula pihak yang akan mengatakan bahawa gambar boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah mengikut peruntukkan Akta Keterangan 1950. Betul, tetapi gambar bagaimana, bagaimana gambar diambil. Jika boleh digunakan peruntukkan Akta Keterangan 1950, kenapa kerajaan bersusah payah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memasukkan penggunaan gambar (imej) sebagai bukti yang boleh diterima?
Apa yang menyedihkan lagi, sudahlah gambar tidak boleh diterima sebagai bukti, para pemandu dan pemilik telah dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM. Sudah lah tidak dibuktikan lagi mereka bersalah, mereka dikenakan bayaran untuk membuktikan mereka tidak bersalah. Sistem keadilan apa yang kita guna???
b) Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
Ada dua (2) isu di sini : a) Pembuktian bersalah; dan b) Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah.
Pembuktian salah.
Seperti yang diulas sebelum ini, adakah semua yang dituduh dan dikeluarkan Saman Ekor ini telah dibuktikan melakukan kesalahan oleh PDRM dan JPJ? Di Mahkamah mana mereka ini dibuktikan bersalah? Jika tidak pernah dibuktikan bersalah, kenapa menghukum?
Siapa yang boleh menghukum seseorang itu bersalah?
Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah. Inilah tujuannya diwujudkan tiga (3) cabang dalam kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman. Polis tiada kuasa menghukum. JPJ tiada kuasa menghukum malah kerajaan tiada kuasa menghukum. Hanya Mahkamah sahaja mempunyai kuasa ini. Justeru tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan ini adalah suatu hukuman. Siapa yang menyenarai hitam? Bukan Mahkamah tetapi JPJ. Adakah JPJ telah mendapat perintah Mahkamah untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan?
JPJ akan menyatakan mereka mempunyai kuasa di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 untuk menghalang transaksi. Bagaimana kuasa tersebut perlu dibuat? Peruntukkannya menyebut bahawa Pengarah JPJ hendaklah berpuashati bahawa seseorang itu tidak mempunyai "perkara yang belum selesai". Bagaimana JPJ hendak berpuashati? Mestilah membuat suatu siasatan seperti memberikan peluang membuat representasi kepada pemilik. Ini disebut di dalam Seksyen 17(2) APJ 1987. Adakah ini dibuat? Tanyalah JPJ.
Senario sekarang ini adalah hukum dahulu buktikan kesalahan kemudian. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadilan.
c) Menyenarai hitam bermaksud menghalang rakyat menggunakan harta.
Perkara ini diulas dengan terperinci di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280.
Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuching tersebut telah memutuskan bahawa "perkara yang belum selesai" yang dimaksudkan di dalam Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 ialah perkara yang telah dibawa ke mahkamah di mana yang dituduh tidak membela diri.
Mahkamah juga memutuskan bahawa tindakan JPJ Negeri Sarawak menyenarai hitam di bawah Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Malah tindakan tersebut juga dianggap bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat menggunakan harta mereka.
Akhirnya Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan gantirugi terhadap JPJ kerana telah menyebabkan kerugian kepada pemohon di dalam kes itu akibat kehilangan penggunaan harta beliau iaitu kereta yang disenarai hitam.
Justeru saya ingin mengambil peluang ini untuk memperbetulkan persepsi dan pemahaman sesetengah pihak supaya apa yang diperjuangkan dan dibahaskan ini adalah isu penyalahgunaan proses keadilan. FAHAMI ISU SEBENAR! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
ZULHAZMI SHARIFF Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) 11/3/2011 | |
Batu Gajah Mari Posted: 11 Mar 2011 11:52 AM PST |
PAS Posted: 11 Mar 2011 11:25 AM PST Posted: 11 Mar 2011 05:07 AM PST | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 11 Mar 2011 09:50 AM PST Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban Posted: 10 Mar 2011 11:53 PM PST MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA) Masa : 8 Malam Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama : YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang Dato Mustafa Ali Zulkefly Mohamad Hj Omar
Kupon RM30/seorang , RM300/meja
Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi : Shamsul 019-6532973 Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206
Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 11 Mar 2011 09:44 AM PST PESANAN UNTUK PELAJAR MESIR SELANGOR Posted: 11 Mar 2011 05:01 AM PST 11.3.11 Pejabat EXCO Pendidikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor Darul Ehsan, Bangunan ssaas, SHAH ALAM.
Assalamualaikum wrt wbk
Kepada semua pelajar Selangor yang bakal kembali menyambung pelajaran di Mesir,
Alhamdulillah, dengan takdir Allah semua para pelajar selamat ketika proses 'islah' di medan Tahrir, Mesir berlaku. Dengan rezeki Allah jua para pelajar selamat pulang ke tanah air mengubat rindu, menawar risau ahli keluarga. Insyaallah dengan rezeki dan iradah Allah jua, para pelajar dapat dibantu kembali ke bumi Anbiyaa' Mesir untuk meneruskan jihad pelajar iaitu menuntut ilmu.Allah memudahkan Kerajaan Negeri Selangor untuk menampung tiket penerbangan serta kos pengendalian urusan pengangkutan di Mesir. Disamping itu saya selaku EXCO PENDIDIKAN TINGGI yang telah mengikuti proses OPS PIRAMID dan hingga para pelajar kembali ke Mesir telah meminta pihak JAIS bersedia di Mesir untuk mempasti kepulangan palajar ke tempat kediaman di Mesir berjalan lancar dan selamat insyaallah.Pihak HEP JAIS juga telah diamanahkan supaya memantau kebajikan semua pelajar Selangor di Mesir.Justeru, BKSAM diminta menjalin hubungan yang baik dengan semua pelajar dan semua para pelajar Selangor di minta mendaftarkan diri dengan BKSAM untuk melicinkan pemantauan HEP, JAIS. Jangan lupa bersyukur kepada Ilahi yang merencana semuanya. Pastikan semua berterima kasih kepada ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai yang telah tidak jemu-jemu mendoakan dan sentiasa melakukan segala-galanya untuk para pelajar.Doakan mereka diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. Jnagan kecewakan kami semua, tuntutlah ilmu dengan tekun dan ikhlas kerana Allah. Dampingi diri dengan Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Maha Kuat dan Perkasa. Berlindunglah kepadaNya. Oleh kerana, penerbangan pertama bermula 14.3.11, saya TIDAK dapat menghantar pelajar ke lapangan terbang kerana saya akan menjalan ibadah umrah dan dijangka terbang 13.3.11 insyaallah. Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada apa-apa kekurangan dan kesilapan di pihak saya , mahupun kerajaan negeri Selangor walaupun kami sudah cuba yang terbaik untuk para pelajar. Doakan saya mendapat umrah yang mabrur.
Sekian, terima kasih.
Wassalam,
YB DR HJH HALIMAH ALI EXCO PENDIDIKAN,PENDIDIKAN TINGGI DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN KERAJAAN SELANGOR DARUL EHSAN. | |
i n t a n h i j a u Posted: 11 Mar 2011 07:33 AM PST |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 11 Mar 2011 03:11 AM PST Pelepasan Automatik Kuota Bumiputera Tidak Akan Menggadaikan Kepentingan Masyarakat Bumiputera Posted: 11 Mar 2011 12:16 AM PST Pelepasan Automatik Kuota Bumiputera Tidak Akan Menggadaikan Kepentingan Masyarakat BumiputeraMekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini tidak akan menggadai kepentingan masyarakat Bumiputera. Menurut peraturan baru ini, pelepasan secara otomatik untuk kuota Bumiputera boleh diberikan apabila kemajuan projek di tapak sampai ke tahap 50%, 75% dan 100%. Walaupun otomatik, pemaju perlu membuat permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Tetapi sekiranya pemaju tidak mendapat jawapan dalam masa yang ditetapkan, mereka akan mendapat pelepasan otomatik bagi peratus yang dibenarkan. LPHS perlu memberi jawapan dalam masa 7 hari bekerja bagi setiap permohonan. Pelepasan untuk tahap 50% adalah 20% dari jumlah baki kuota, untuk tahap 75% adalah 30% dari jumlah baki kuota dan untuk tahap 100% adalah 30% dari jumlah bagi kuota. Jika pemaju masih tidak boleh menjual kuota Bumiputera 6 bulan selepas mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan, mereka boleh memohon untuk pelepasan bagi kesemua kuota Bumiputera mereka dari satu jawatankuasa khas. Jawatankuasa ini akan dipengerusi sendiri oleh YB Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang akan membuat keputusan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan tersebut. Oleh itu, pemaju tidak boleh menjual kuota Bumiputera sesuka hati mereka kerana masih perlu merujuk kepada Kerajaan Negeri. Pelepasan hanyalah otomatik sekiranya Kerajaan Negeri gagal memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan. Di dalam menyiapkan mekanisme pelepasan ini, YAB Dato' Menteri Besardan Exco-Exco Kerajaan Negeri telah beberapa kali bertemu dengan wakil-wakil pemaju (REHDA). Ada pihak yang bertanya kenapa Kerajaan Negeri hanya mengadakan rundingan dengan REHDA kerana mekanisme ini bukan hanya memberi kesan kepada para pemaju tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera. Mereka mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri tidak mengadakan rundingan khusus dengan mereka terlibat dengan memperjuangkan nasib masyarakat Bumiputera seperti NG0-NG0, para profesional, ahli-ahli akademik dan individu-individu tersohor. Pada hakikatnya Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan engagement dengan mereka. Pandangan mereka tidak sama sekali disisihkan. Mekanisme baru ini mengambil kira pandangan semua pihak. Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 9 Mac 2011 | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 11 Mar 2011 01:36 AM PST Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur Posted: 11 Mar 2011 01:01 AM PST 05 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Jepun Digegar Gempa Kuat, Tsunami Badai Pantai Timur
Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.
Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.
Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.
NONEMenurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Berikut ringkasan perkembangan itu:
Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.
NONEKeadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.
Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.
Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utaroa terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.
Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.
Menurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.
Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.
Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
- Reuters | Bekas PM Britain Sokong Kempen Anti-Taib Posted: 11 Mar 2011 12:57 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 11 Mac - Bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Menulis dalam akhbar The Independent semalam, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita." Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib yang menjadi ketua menteri sejak 30 tahun lalu sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah lapor The Malaysian Insider. Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. "Dia sibuk membesarkan keluarganya, dan tidak memburu pendedahan besar selanjutnya. Tetapi, apabila dia menyelidik komuniti di mana dia dibesarkan, dia terkejut apabila mengetahui jenayah alam sekitar paling besar dalam era kita," kata Brown. Katanya, adik iparnya diganggu setiap kali melawat Malaysia dan dimaklumkan bahawa dia disenaraihitamkan. "Dia juga ada menerima ugutan bunuh," tulis Brown. Selasa lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, siasatan terhadap Radio Free Sarawak, stesen radio yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah pun bermula dengan memberi tumpuan kepada kandungan yang disiarkan kepada orang ramai. "Ini bukanlah tentang politik, ini mengenai penyebaran pembohongan berniat jahat, isu membabitkan perpaduan dan keharmonian kaum," katanya. Hishammuddin bagaimanapun berkata pada masa ini tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Radio Free Sarawak memandangkan siasatan masih berjalan. Sayap Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membuat laporan polis dengan mendakwa radio itu beroperasi secara tidak sah dan menyebarkan tuduhan palsu, khususnya terhadap Taib. Akhir bulan lalu, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang percaya stesen radio Radio Free Sarawak beroperasi dari Melaka, bukannya di London, sebagaimana disangkakan. "Saya ada mendengar tentang kewujudannya. Saya juga difahamkan ia beroperasi di Melaka, bukan di London, seperti yang dipercayai," kata beliau. Laporan London Evening Standard beberapa hari sebelum itu menyebut siaran Radio Free Sarawak dikendalikan oleh adik ipar Brown dan seorang warga keturunan Dayak dari London. Akhbar tabloid itu mendedahkan, Rewcastle juga penulis Sarawak Report, yang sehingga kini merupakan blog tanpa diketahui nama pengendalinya, yang turut mengkritik kerajaan Barisan Nasional dan mencatatkan 18,000 hit setiap hari. Menurut akhbar itu, Rewcastle dan Peter John Jaban, yang dikenali sebagai Papa Orang Utan oleh pendengar stesen tersebut, telah memutuskan untuk mendedahkan identiti mereka menjelang pilihan raya umum Sarawak, dijangka diadakan April ini. Rewcastle, 51, berkata peranannya ialah memberikan "peluang kepada 2.5 juta penduduk Sarawak yang ditindas." Program radio itu disiarkan dari sebuah restoran di Covent Garden, yang terletak di tengah London, ke Sarawak yang jauhnya kira-kira 10,000km. Menurut akhbar itu, kedua-dua mereka merahsiakan identiti masing-masing kerana bimbang Taib, 74, yang dikatakan salah seorang tidak berbelas kasihan dan lelaki paling kaya di dunia - didakwa lebih kaya berbanding Sultan Brunei, akan mendapatkan mereka dengan apa jua cara sekalipun. Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap dakwaan wujudnya stesen radio haram Radio Free Sarawak sekiranya terdapat laporan polis mengenainya. Tv Selangor/- | Hamas lantik menteri luar, wanita ke kabinet baru Posted: 11 Mar 2011 12:42 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PALESTIN, 11 Mac: Buat kali pertama sejak mengambil alih kuasa di Gaza 2007, Hamas semalam mengumumkan Kementerian Luar diwujudkan dan melantik seorang wanita dalam kabinet baru mereka. Perdana Menteri, Ismail Haniyeh melantik Muhammad Awad sebagai Menteri Luar yang juga turut memegang potfolio Perancangan. Manakala Kementerian Wanita pula diamanahkan kepada Jamila Al Shanti. Perubahan terbaru itu bagaimanapun masih mengekalkan kesemua 15 ahli kabinet sebelum ini. Ianya merupakan kali pertama Hamas mewujudkan kementerian untuk hubungan antarabangsa dan Kementerian Wanita. Rabu lalu, Hamas membayangkan akan menawarkan kabinet baru yang digambarkansebagai inisiatif baru perpaduan rakyat Palestin. Penambahan kementerian baru itu juga dilihat sebagai kesediaan Hamas untuk menyampaikan pandangan tentang mereka yang lebih terbuka kepada dunia luar. Harakahdaily/- | Tsunami Di Jepun Setelah Gegaran 8.8 Skala Ricther!! Posted: 11 Mar 2011 12:29 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - An earthquake measuring 8.9 struck off the northeast coast of Japan on Friday, shaking buildings in the capital Tokyo, causing "many injuries", major tsunami damage and at least one fire. The Japanese public broadcaster NHK showed cars, trucks, houses and buildings being swept away by tsunami in Onahama city in Fukushima prefecture. Black smoke was seen billowing from a building in Odaiba, a Tokyo suburb, and bullet trains to the north of the country were halted. Television showed cars bobbing in water along side fishing boats. A 50 cm tsunami hit Japan's northern coast. "The building shook for what seemed a long time and many people in the newsroom grabbed their helmets and some got under their desks," Reuters correspondent Linda Sieg said. "It was probably the worst I have felt since I came to Japan more than 20 years ago." US officials said the 8.8-magnitude quake struck about 250 miles (400km) from Tokyo at a depth of 20 miles. The stock market extended its losses after the quake was announced. Japan's northeast Pacific coast, called Sanriku, has suffered from quakes and tsunamis in the past and a 7.2 quake struck on Wednesday. In 1933, a magnitude 8.1 quake in the area killed more than 3,000 people. Last year fishing facilities were damaged after by a tsunami caused by a strong tremor in Chile. Earthquakes are common in Japan, one of the world's most seismically active areas. The country accounts for about 20 percent of the world's earthquakes of magnitude 6 or greater. A tsunami warning was in effect for Russia, Marcus Island and the Northern Marianas. A tsunami watch has been issued for Guam, Taiwan, the Philippines, Indonesia and US state of Hawaii. EDYESDOTCOM | KDN Diminta Beri Penjelasan 59 Kes Salahlaku Pegawai SPRM Posted: 11 Mar 2011 12:14 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 11 MAC: Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan berhubung 59laporan polis antara tahun 2005 hingga 2010 dakwaan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mengunakan kekerasan semasa menjalankan siasatan. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata penjelasan dari KDN adalah perlu supaya tidak timbul keraguan berhubung perkara ini memandangkan dalam tempoh itu, banyak kes dilaporkan berlaku namun tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Bercakap pada sidang media di lobi parlimen , ujar Gobind, kenyataan yang diterima dari KDN menyatakan dari semua kes itu sebanyak 23 kes masih dalam siasatan polis dan 29 dalam tindakan Timbalan Pendakwa Raya manakala tujuh kes lagi dikategorikan sebagai kes Tiada Tindakan Susulan. Tambahnya, kes seperti ini adalah serius dan pihak kementerian perlu memberi jawapan mengenainya. Bahkan timbul persoalan, mengapa pegawai SPRM tidak diawasi kamera litar tertutup atau CCTV atau sistem lain bagi melindungi orang awam yang disoal siasat. KDN jelasnya, harus mengambil tindakan tegas bagi mengatasinya serta mengurangkan kejadian seperti itu kerana ia dilaporkan sejak 2005. Ujar beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan. Tv Selangor/- | Pelajar Malaysia serbu Kedutaan Mesir Posted: 11 Mar 2011 12:00 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SEBAHAGIAN pelajar Malaysia memenuhi pekarangan Kedutaan Mesir untuk memohon dan mengambil visa untuk pulang ke Mesir, di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR: Pejabat kedutaan Mesir di ibu negara diserbu warga tempatan yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi di negara Asia Barat itu sejak Isnin lalu, bagi mendapatkan visa untuk menyambung pengajian yang dijangka bermula pertengahan bulan ini. Ketua Unit Akademik Pelajar Malaysia di Universiti Alexandria, Mohammad Akmal Zakaria, berkata lebih 200 pelajar memohon visa sejak pengumuman Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman keputusan kerajaan membenarkan pelajar menyambung pengajian di Mesir. "Ada yang datang seawal jam 7 pagi termasuk saya, walaupun kaunter dibuka jam 10 pagi untuk beratur mendapatkan borang pendaftaran. "Begitu juga Selasa, Rabu dan hari ini (semalam) masih penuh dengan pelajar yang memohon visa. Malangnya, pentadbiran kedutaan hanya menyediakan satu kaunter pada jam 10 pagi sebelum membuka kaunter tambahan selepas menyedari terlalu ramai pelajar, selain tempoh berurusan hanya dua jam sebelum ditutup pada jam 12 tengah hari yang menimbulkan masalah kepada pelajar," katanya ketika ditemui di kedutaan berkenaan di sini, semalam. Berita Harian/- | AS: Keupayaan Siber China Membimbangkan Posted: 11 Mar 2011 12:00 AM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - WASHINGTON 11 Mac - Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), James Clapper menyifatkan peningkatan keupayaan China dalam perang siber dan pengumpulan risikan adalah satu 'kebimbangan menggerunkan' kepada AS. "China telah membuat pelaburan besar dan mereka mempunyai organisasi yang menumpukan kepada bidang ini serta bertindak sangat agresif. "Ini hanya satu daripada cara mereka mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tentang kita untuk tujuan teknologi," katanya kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Tentera Senat, semalam. Beliau berkata demikian pada pendengaran tahunan berhubung ancaman keselamatan global, tetapi tidak menyatakan aktiviti siber negara Komunis itu. Tv Selangor/- | Anwar : Serangan Mahathir Cerminkan Peribadi Fitnahnya Posted: 10 Mar 2011 11:54 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Kesungguhan Tun Mahathir Mohamad menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mencerminkan keperibadian mantan Perdana Menteri itu yang sentiasa bingkas untuk mencaci dan menfitnah orang. Justeru, kata Anwar, tidak ada keperluan lagi untuk beliau menjawab satu persatu tohmahan terbaru Mahathir dalam buku yang ditulis mengenai kisah hidupnya berjudul Seorang doktor di rumah. "Kita bukan nak caci mencaci atau menfitnah orang, ianya tidak akan kemana. Kalau nak jawab Dr Mahathir pun tidak guna juga. Beliau sudah menjadi Perdana Menteri 22 tahun," Anwar berkata pada ceramah di Bukit Jugra Banting. "Kita bandingkan Saidina Umar Abdul Aziz yang memerintah dua tahun setengah dengan begitu berjaya sehingga tidak ada orang miskin untuk diberi bantuan zakat. Tetapi Dr Mahathir dalam 22 tahun pemerintahanya, mana nak membantu orang miskin, yang dibantuk ialah orang-orang kaya dengan berbilion ringgit iaitu kawan-kawan dan anak beliau" tambah beliau. Dalam buku Seorang Doktor diRumah nukilannya, Mahathir menunding jari terhadap pelbagai pihak termasuk Anwar sebagai punca masalah- masalah negara di sepanjang pemerintahannya. Beliau mengulangi tuduhan-tuduhan bersabit peri laku moral Anwar bagi menghalalkan tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998. Anwar memberitahu ratusan orang di Banting bahawa Pakatan Rakyat menjadi musuh utama Umno dan Dr Mahathir kerana gagasan itu ingin membebaskan negara ini daripada rasuah dan penyelewengan kuasa yang berleluasa sekian lama. Sebagai contoh, syarikat- syarikat kroni termasuk syarikat milik anak Mahathir, Mokzani diberikan kontrak- kontrak lumayan Petronas bernilai RM23 bilion. "RM23 billion itu ada tiga syarikat dapat, yang pertama ialah Kencana milik Mohzani Tun Dr Mahathir iaitu salah satu daripada tiga melayu paling kaya di Malaysia. Kalau nak berniaga sampai untung berbilion ringgit menterkedarah , berniagalah, tapi jangan sampai begitu menketedarah(gelojoh). Rakyat yang susah," kata Anwar. "Kita kata 23 billion ini untuk syarikat tempatan, syarikat tempatan itu siapa? yang ini mereka (UMNO) marak kepada kita sebab kita bongkar kerana mahu selamatkan negara," Anwar menggesa masyarakat Melayu supaya menilai laungan-laungan dan slogan yang dicanangkan oleh pemimpin Umno serta reliati sebenar mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Umno. "Orang Umno selalu laungkan kononnya "darah Melayu kita pertahankan dan kuasa melayu ditegakkan habis-habisan, kita tidak mahu melayu jadi pengkhianat. Saya nak tanya pengkhianat apa? Mereka cuma menjaga diri dan anak mereka," kata Anwar. Anwar berkata skandal PKFZ adalah contoh paling jelas bagaimana pemimpin Umno bersekongkol dengan pimpinan MCA untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit. "Mereka (Umno) cakap kalau Pakatan Rakyat memerintah, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz akan menyerah semuanya kepada DAP. Tetapi kita tengok kes Ling Liong Sik (bekas Presiden MCA) dituduh menipu Mahathir, dan lepas itu Chang Kong Choy menipu satu lagi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi...maknaya pemimpin Umno ini semuanya bodoh, habis kena tipu dengan MCA" kata Anwar. Ling dan Chan adalah dua pemimpin tertinggi MCA yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membohong jemaah menteri yang diketuai oleh Mahathir dan Abdullah Badaw ketika itu berhubung bayaran pampasan untuk tapak PKFZ dan pinjaman tambahan bagi menjayakan projek itu. Projek itu menyebabkan kerajaan kerugian sehingga Rm12 bilion. Anwar berkata rakyat tidak lagi boleh menanggung beban untuk memberikan tempat kepada pemimpin-pemimpin rasuah tetapi harus mendokong pemerintahan yang amanah dan telus. "Orang yang berjuang, bersiah dikatakan pengkhianat dan perasuah manakala perasuah dan pengkhianat pula diangkat sebagai pemerintah dam penguasa, ini kita kena jaga," tegas Anwar Tv Selangor/- | Empat bakal guru maut dalam nahas di Lebuh Raya Timur Barat Posted: 10 Mar 2011 11:44 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - IPOH: Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam. Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping. Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata bahawa dalam nahas yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 5 pagi tadi. "Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika di hubungi Bernama hari ini. Wan Abdullah berkata, bahawa semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Phuah dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan. Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu. Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry cedera ringan dan dirawat di Hospital Gerik. Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48, ketika ditemui di Hospital Taiping, berkata kejadian itu diketahui apabila beliau dihubungi melalui telefon oleh rakan anaknya yang menaiki sebuah kereta lain. Goh, yang bekerja di Johor Baharu, kemudian bergegas ke Taiping untuk menuntut mayat anaknya. Katannya, sebelum itu, anaknya menghubunginya semalam mengatakan hendak pulang kerana bercuti. Berita Harian/- | Tsunami Landa Jepun Selepas Gempa Bumi Kuat Posted: 10 Mar 2011 11:35 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - JEPUN 11 MAC : Satu gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter menggegarkan Jepun dan amaran tsunami setinggi antara 4 - 6 meter dikeluarkan. Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi kuat itu bermagnitud 7.4 skala Richter telah berlaku di berhampiran Perairan Timur Honshu, Jepun pada pukul 2.15 petang. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 36.0 Utara longitud 141.2 Timur. 4078 km timur laut Kudat, Sabah. Sementara itu menurut USGS gempa kuat itu dikesan dengan kekuatan 8.9 pada skala richter. Tv Selangor/- | Gempa Bumi Kuat 6.5 Skala Richter Gegar Laut Bali Posted: 10 Mar 2011 11:30 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PETALING JAYA 11 MAC : Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter telah berlaku di Laut Bali pada 01.09 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi terletak di 7.1º Selatan dan 116.8 Timur, 1033 km dari tenggara Sarikei, Sarawak. Gempa bumi kuat itu tidak mendatangkan ancaman tsunami. Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan sebarang maklumat terkini. Tv Selangor/- | PAS hulur sumbangan, bantu pelajar Malaysia di Mesir Posted: 10 Mar 2011 11:24 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 11 Mac: Seramai 200 orang pelajar Malaysia di Mesir termasuk ahli keluarga mereka yang tidak pulang ke tanah air ketika pergolakan di negara itu baru-baru ini telah menerima bantuan dari PAS. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, sempena lawatan singkatnya ke Mesir baru-baru ini. Menurut Syed Azman, beliau telah mengambil kesempatan melawat pelajar-pelajar Malaysia di bandar Cairo dan Iskandariah yang tidak mengikuti misi menyelamat ops piramid yang dibuat kerajaan baru-baru ini. Katanya, bantuan tersebut berupa sedikit wang dari dana Tabung Kemiskinan Harakah (TKH) yang dihulurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan. "Sempena kunjungan itu, saya turut meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan mereka, di samping meninjau keadaan terkini mereka di sana," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini. Sumbangan tersebut menurutnya, telah diterima wakil pelajar Malaysia di Mesir dan mereka merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan PAS membantu mereka. Dalam lawatan itu, Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sempat bertemu dengan pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk Mursyidul Amnya, Dr Mohamad Al Badie' untuk bertukar pandangan. Harakahdaily/- | Mat Said kena jawab banyak isu besar Posted: 10 Mar 2011 11:00 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Menteri Besar dan kerajaan Terengganu perlu telus dan kauntabiliti KUALA TERENGGANU - Menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno kali yang kedua yang akan diadakan di Jerteh, Besut Terengganu, rakyat perlu penjelasan yang munasabah berkenaan isu-isu besar yang belum terjawab sehinggan kini Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kijal Ketika ADUN Kijal Dato' Seri Ahmad Said disebut-sebut, akan menggantikan ADUN Jerteh, Dato' Seri Idris Jusoh, sebagai Menteri Besar Terengganu, sebuah stesyen TV telah menyiarkan berita rasuah ADUN tersebut. TV3 menyiarkan berita tentang seorang ADUN daripada Kijal yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan terhadap perlaksanaan tiga projek; Mercu Tanda Kemaman, Pembinaan Dewan Seri Amar di bandar Chukai dan pembangunan Bandar Baru Kijal. Pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005), Majlis Perbandaran Kemaman telah mengeluarkan tender cadangan membina Mercu Tanda Kemaman yang terletak Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, Terengganu, berhadapan dengan Balai Bomba daerah Kemaman. Tender tersebut telah dibida oleh sebuah syarikat; ZHA Development Sdn. Bhd.(ZHADSB) yang beralamat di K03, Lot 3195k, Tingkat Dua, Komplek Permint Harmoni, Jalan Batas Baru dengan harga RM3.99 juta Salah seorang pemilik ZHASB adalah Ahmad Zubir Azhari, selain Din Jusoh dan Haslina Abdul Rahim. Nama Ahmad Zubir Azhari muncul dalam semakan bersama senarai Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, memegang jawatan Bendahari Mercu Tanda Kemaman telah disiapkan ZHASB sekitar tahun 2006, namun tidak berapa lama kemudian ia telah rosak dan tidak dapat berfungsi langsung. Menteri Besar dan kerajaan negeri Terengganu perlu memberi penjelasan mengapa TV3 telah menyenarai pembinaan Mercu Tanda Kemaman sebagai salah satu projek yang melibatkan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh ADUN dari Kijal. Oleh kerana ianya melibatkan wang rakyat jutaan ringgit dan tuduhan tersebut telah disiarkan secara terbuka, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu tampil dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Sekiranya ADUN terbabit tidak melakukan sebarang rasuah atau penyelewengan, SPRM perlu bertindak ke atas TV3 yang telah menyiarkan berita 'bohong ;lagi palsu' kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai. Menteri Besar dan kerajaan Terengganu juga perlu memberikan secara terperinci bagaimana binaan monumen tersebut yang hanya melibatkan batu, pasir, simen dan besi menelan kos RM3.99 juta. Begitu juga dengan dua kes lagi yang disiarkan oleh TV3 iaitu Pembinaan Dewan Seri Amar dan Bandar Baru Kijal. SPRM perlu membersihkan nama ADUN Kijal dan mengambil tindakan ke atas TV3 sekiranya tidak ada sebarang perlakuan rasuah dan pemyelewengan yang berlaku. Bagaimana kedudukan tuduhan rasuah ke atas ADUN Kemasik? Agensi berita Bernama pada 3 Ogos, 2009 telah melaporkan, seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2 Ogos. ADUN tersebut dilaporkan ditahan berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, bersama-sama dua rakannya. Beliau ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan. ADUN tersebut, yang ditahan reman keesokkannya, ketika ditahan, terdapat wang tunai sebanyak RM5,000. Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan Adun terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rofiah Mohamad. Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemanan untuk siasatan lanjut. Manakala akhbar The Malay Mail pada 3 Ogos melaporkan, Pengarah Penyiasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata kes penahanan ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Ramli Abdullah 'tidak di politikkan'. Akhbar berbahasa Inggeris itu dengan jelas melaporkan; "Shukri said Rosli and Ramli are expected to be produced before a magistrate's court today in Kemaman, Terengganu, to be remanded for investigations to commence on a claim that a contractor had paid a RM20,000 bribe as inducement to secure a landscape project in Kuala Lumpur for one Cekal Sekitar Sdn Bhd. It was learnt that Rosli was picked up at about 9.30am at a hotel in Kemaman, a quiet town south of Kuala Terengganu, with another man. Malay Mail also learnt that MACC officers had found RM5,000 on him. A source said the two were detained at the Kemaman police station and would be produced in court today. The MACC is applying for a five-day remand order to detain them to facilitate investigations. Other than an assemblyman, Rosli, 42, an engineer by profession, also holds the deputy chairman post of the State Local Government and Housing Committee. A graduate of the University of Middlesex in London, the Bukit Kukuran Umno branch chairman beat Pas' Mohamad Mahadi Nawi in the 2008 polls by over 2,000 votes." Namun sehingga kini, tuduhan terhadap ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said, ADUN Kemasik Rosli Othman dan rakannya Rosli Abdullah terus menjadi tandatanya. Sedangkan pada 22 November 2007, Pengarah BPR (kini SPRM) negeri Terengganu, Sharuddin Sapian pernah mengesahkan bahawa seorang ahli politik terkenal Terengganu adalah antara 70 orang yang telah disiasat oleh BPR sejak awal 2007. Namun Shaharudin enggan mengulas lanjut dan hanya mengatakan, identiti serta maklumat berhubung ahli politik itu hanya boleh didedah apabila kertas siasatan mengenainya siap. Rumah Biru Tepi Bukit Selain perkara yang melibat rasuah serta penyelewengan, sehingga kini rakyat Terengganu perlu diberi penjelasan mengenai rumah biru tepi bukit yang kini diketahui ramai milik Menteri Besar negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, Oleh kerana ketika rumah tersebut dibina, Ahmad masih seorang Exco kerajaan, maka bagaimanakah seorang pegawai kerajaan boleh membina sebuah rumah yang dilaporkan bernilai mencecah RM3 juta. Apatah lagi kini, Ahmad yang sudah bergelar Menteri Besar, seharusnya menjadi contoh ikutan kepada para Adun lain. Justeru, perincian perbelanjaan rumah tersebut mestilah dibuat secara telus dan akuntabiliti, butiran perbelanjaan dan dari manakah datangnya wang yang banyak tersebut?BO Himpunan berita politik Pakatan Rakyat | 14 maut, 135 Cedera Gempa Di China Posted: 10 Mar 2011 10:30 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - BEIJING : Sekurang-kurangnya 14 terkorban manakala 135 lagi cedera selepas gempa bumi melanda di kawasan terpencil di barat daya China berhampiran sempadan Myanmar, hari ini. Gempa berukuran 5.4 magnitud itu berlaku jam 12.58 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa terletak di 225 kilometer di barat Dali dalam Wilayah Yunnan, lapor Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Pegawai bencana wilayah berkenaan berkata, pihak berkuasa setakat ini menerima laporan angka kematian 14 orang dan 135 cedera. Siaran televisyen awal hari ini menyebut lebih 200 orang cedera dalam kejadian itu. "Banyak rumah runtuh akibat gegaran kyuat itu," lapor agensi berita Xinhua. Saksi juga memberita, sebahagian sebuah pasar raya dan sebuah hotel juga ranap dan beberapa mangsa dikatakan terperangkap. Tv Selangor/- | Kes Anwar : Rosmah Turut Jumpa Saiful, Kata polis Posted: 10 Mar 2011 08:33 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 11 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor menemui pengadu Saiful Bukhari Azlan terlebih dahulu sebelum Saiful bertemu dengan Datuk Seri Najib Razak Jun 2008, pegawai penyiasat kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Timbalan Penguasa Jude Pereira berkata beliau merakamkan kenyataan daripada Rosmah tetapi tidak mengambil keterangan daripada Najib. Keterangan Jude memperakui pembabitan langsung Rosmah dan Najib dalam tuduhan fitnah liwat yang di kenakan terhadap Anwar yang selama ini menegaskan wujud agenda politik untuk sekali lagi mensabitkan beliau atas tuduhan liwat, menggunakan bukti reka cipta, sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Tv Selangor/- | Facebook palsu Muslimat PAS Kelantan Posted: 10 Mar 2011 08:00 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KOTA BHARU, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka akaun facebook dengan menyamar sebagai milik dewan berkenaan. Setiausahanya, Zainiah Abdul Halim ketika memberitahu Harakahdaily berkata, individu atau pihak tersebut telah menyamar menggunakan nama "Muslimah Pas Negeri Kelantan". Katanya, bukan sahaja membuka facebook sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta tidak sejajar dengan dasar perjuangan PAS. Sehubungan itu, menurutnya, DMPN Kelantan dengan tegas meminta pihak yang tidak beretika itu menutup akaun facebook tersebut dengan segera. Zainiah juga turut berpendapat, facebook itu diwujudkan bertujuan untuk memburukkan imej PAS di samping memberi gambaran buruk pada masyarakat berhubung dasar perjuangan parti yang kini semakin diterima pelbagai bangsa dan rakyat di negara ini. "Facebook rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan adalah "Dewan Muslimat Pas Kelantan"," ujarnya pada satu kenyataan. Harakahdaily/- | 412 pelatih PULAPOL kena kuarantin elak jangkitan Posted: 10 Mar 2011 07:50 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - PEKERJA membersihkan saluran parit di luar pintu masuk PULAPOL KL berikutan penularan 'Adenovirus' Jumaat lalu. Pasukan perubatan pantau penularan di pusat latihan KUALA LUMPUR: Seramai 412 pelatih inspektor dan konstabel dikuarantin di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) sehingga semalam bagi pemerhatian dan rawatan berikutan jangkitan Adenovirus yang mula dikesan merebak, Jumaat lalu. Komandan PULAPOL KL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata kuarantin itu bagi mengawal penularan virus berkenaan susulan kematian seorang pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, malam Selasa lalu, selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki mengalami 'Influenza Light Illness'. "Semua 412 pelatih itu sedang diberikan rawatan oleh Pasukan Khas Kementerian Kesihatan, membabitkan lapan doktor dan 32 petugas perubatan yang ditempatkan di sini. 1,501 pelatih lagi disahkan sihat dan tidak mengalami sebarang jangkitan tetapi masih diletakkan di bawah pemantauan. "Mereka juga tidak dibenarkan meninggalkan pusat latihan atau menerima pelawat, termasuk anggota keluarga bagi mengelak penularan jangkitan virus itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Seramai 1,945 pelatih sedang mengikuti latihan di PULAPOL KL, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel, tidak termasuk 854 pegawai dan kakitangan bertugas. Zulkifli berkata, pihaknya membuka dua talian khas, 03-26882062 dan 03-26882009 bagi memudahkan anggota keluarga pelatih menghubungi Bilik Gerakan PULAPOL KL untuk mendapatkan perkembangan terkini keadaan pelatih. "Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada orang ramai, khususnya keluarga pelatih dari semasa ke semasa. PDRM dengan kerjasama agensi berkaitan, termasuk Kementerian Kesihatan sedang berusaha menangani pemasalahan ini. "Kita akan menghubungi ahli keluarga pelatih sekiranya ada mana-mana pelatih disahkan atau disyaki mengalami jangkitan virus itu," katanya. Beliau turut memaklumkan 31 pelatih masih menerima rawatan lanjut di HKL, masing-masing empat pelatih inspektor dan 27 pelatih konstabel dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Mengenai operasi PULAPOL KL, Zulkifkli menjelaskan semua bentuk latihan kini dihentikan bagi mengelak risiko jangkitan virus dan hanya akan disambung semula selepas mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan. Sementara itu, tinjauan mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk di pusat latihan berkenaan, malah seluruh kawasan dikawal rapi. Sekumpulan pelatih dilihat membersihkan kawasan persekitaran. Hardi Effendi Yaacob Berita Harian/- | Amaran hujan lebat peringkat jingga Posted: 10 Mar 2011 07:30 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan kenyataan nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 8 Mac lalu ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Terengganu iaitu di daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut dijangka akan berterusan sehingga 10 Mac. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai. Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga dikeluarkan, dengan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan. Ia dijangka berterusan sehingga Ahad ini. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. Sinar Harian/- | Kilang 'pengeluar radioaktif' di Pahang , bahaya kepada rakyat tapi Umno pandang untung sahaja Posted: 10 Mar 2011 07:14 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Kilang 'pengeluar radioaktif' pernah mencuba di Perak 1. Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil apabila sebuah Syarikat Australia Lynas Corp. akan membina Pusat Pemprosesan Tanah Jarang [ rare earth ] yang terbesar di dunia dengan nilai RM 700 juta. 2. Kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah Negeri Perak pada tahun 80an [ 82 - 87 ] yang lalu, namun mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti cancer, leukemia, cacat malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung. (Gambar - kilang 'pengeluar radioaktif' sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas di Gebeng, Pahang) 3. Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat. Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang [ rare eart ] ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia ? kenapa perlu pindahkan ke Gebeng Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya. 4. Saya difahamkan seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau sendiri kurang yakin dengan kenyataan itu. "Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen," 5. Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan Taman Perumahan penduduk . Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas - luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar - benar didakwa selamat. 6. Berikut adalah kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994. 1979 November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35%), Beh Minerals (35%), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20%) dan beberapa peniaga bumiputera (10%). Pihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear. 1982 Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 km dari penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE. 30 Jun: Ekoran bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru. 11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah. 1983 November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan 1984 24 Mei: Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 31 Mei: Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu. 5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan. 18 Jun: Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan. 28 Jun: Menteri Sain, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu. 1 Julai: Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut. 4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai. 18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah. Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai. 29 Ogos: Michael O 'Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan. 19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat. 5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk. 21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu. Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah. 7 November: Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr. Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya. 28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan. Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan. 12 Disember: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut. 1985 11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu. 1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear. Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 14 Oktober: Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil. Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. 1986 22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA. Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi. 5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang. 28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu. 16 November: Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ. Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP. 26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC). 8 Disember: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat. Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya. 1987 6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya. 10 April: PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE. Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius. 12 April: Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE. 24 Mei: Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE. Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat. Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan. 23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu. Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian. 7 September: Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh. Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka. 11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang. 18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985. 27 Oktober: Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan. November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang. 1988 25 Januari: Perbicaraan disambung semula. 1990 13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan. 1992 11 Julai: Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung. 23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu. 24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya. 3 Ogos: Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana 'tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.' 5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya. 1993 15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun. 7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. 1994 19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi. Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi Himpunan berita politik Pakatan Rakyat | DAP bawa isu saman ekor ke mahkamah Posted: 10 Mar 2011 07:00 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - MANJUNG – DAP Perak akan membawa isu saman ekor ke mahkamah jika gagal diselesaikan selepas tempoh lanjut berakhir semalam. Pengerusi DAP Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau menjuruskan perkara itu kepada kesilapan saman ekor ke atas beberapa individu yang tidak pernah melakukan kesalahan sepertimana notis tawaran kompaun saman ekor. Menurutnya, perkara itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang mengatakan seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah, selain dibuktikan dalam mahkamah. "Perlembagaan jelas mengatakan, tindakan tidak boleh diambil ke atas individu sebelum dibuktikan bersalah dalam mahkamah termasuk menahan cukai jalan mengikut peruntukan undang-undang negara ini. "Ada banyak kes yang diadukan termasuk kepada saya sendiri apabila individu berkenaan jelas tidak melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor," katanya kelmarin. Koo Ham berkata, beliau mendapat aduan dua kes terbaru di mana melibatkan seorang guru apabila tarikh dan masa yang dinyatakan dalam notis berkenaan adalah waktu beliau berada di sekolah dan sedang mengajar. Satu kes lagi, berkenaan kesilapan jenis kenderaan iaitu nombor pendaftaran kenderaan yang di saman didaftarkan ke atas kereta, bukan motosikal sepertimana dinyatakan dalam notis tawaran kompaun saman ekor. "Kita telah menghantar surat kepada polis meminta supaya notis tawaran kompaun saman ekor yang silap dikeluarkan ini dibatalkan, tetapi polis enggan berbuat demikian. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersatu hati menentang sikap kerajaan berhubung isu saman ekor. Sinar Harian/- | Selamat Pengantin Baru Dato' Kamaruddin Posted: 10 Mar 2011 06:36 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Pagi semalam menyaksikan seorang Ahli Parlimen melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat sahaja. Tepat jam 11.40 pagi, pasangan pengantin tersebut secara sahnya bergelar suami isteri. Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat). Beliau yang kematian isteri pada 11 November 2009 yang lalu telah memilih pasangan daripada Melaka untuk mendirikan rumahtangga kali ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Datuk Kamaruddin Jaafar. | Barat mahu rampas minyak Libya Posted: 10 Mar 2011 06:21 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SETINGGAN dan warga Libya anti Gaddafi berada di bumbung rumah Saif al Islam di Hampstead, utara London.Muammar Gaddafi beri reaksi usaha luar kuat kuasa zon larangan terbang TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menuduh Barat mahu merampas minyak negara itu ketika memberi amaran rancangan mereka menguatkuasakan zon larangan penerbangan akan memakan diri kerana tenteranya terus menyerang pemberontak menyebabkan beberapa kemudahan minyak terbakar. "Negara penjajah sedang merangka rancangan untuk memalukan rakyat Libya dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan mengawal minyak," kata Gaddafi di televisyen kerajaan. Beliau sekali lagi menuduh al Qaeda dalang di sebalik pemberontakan yang bermula sejak 15 Februari dan menggesa penduduk membebaskan bandar kedua Libya, Benghazi yang ditawan pemberontak. Kerajaannya turut menawarkan AS$410,000 (RM1.24 juta) sebagai hadiah bagi menangkap Mustafa Abdel Jalil, ketua majlis pemberontak yang mengiktiraf dirinya sebagai wakil negara Afrika Utara itu di Benghazi, Sabtu lalu. Di timur Libya, tentera kerajaan mendekati pertahanan pemberontak di Ras Lanuf dengan melancarkan bedilan ke pusat bandar berdekatan hospital dan mengebom sebelah baratnya selain meneruskan serangan udara. Roket Katyusha dan mortar menghujani kawasan padang pasir di kedua-dua belah lebuh raya. Pemberontak dilaporkan berundur ke timur menuju Ras Lanuf, manakala yang lain terus maju ke depan dengan hanya berbekalkan raifal Kalashnikov. Kira-kira 10 roket ditembak daripada bangunan kerajaan ke sebuah dusun tiga kilometer barat Ras Lanuf yang menyebabkan pokok terbakar. Sementara itu, Perancis menjadi negara pertama yang mengiktiraf pihak pembangkang Libya sebagai wakil yang sah dan akan menghantar duta ke wilayah pemberontak. Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengambil inisiatif itu ketika kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) masih teragak-agak untuk mengiktiraf pemberontak Libya. Persidangan pemimpin EU hari ini (Jumaat) akan terus membincangkan krisis Libya. "Perancis mengiktiraf majlis peralihan nasional sebagai wakil sah rakyat Libya," kata wakil pembangkang, Ali al Issawi. "Berdasarkan pengiktirafan ini, kita akan membuka misi diplomatik, yang mempunyai kedutaan sendiri di Paris dan duta Perancis akan dihantar ke Benghazi," kata pemimpin itu. Berita Harian/- | Libya: Mapim kesal Malaysia masih berdiam diri Posted: 10 Mar 2011 06:00 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 11 Mac: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri dan tidak mengambil inisiatif untuk membantu dan bersuara agar krisis di Libya dapat diselesaikan bagi mengelakkan pertumbuhan darah berterusan. Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sepatutnya negara-negara umat Islam seperti Malaysia mengambil inisiatif untuk berperanan menggerakkan proses perundingan dan penyelesaian segera kepada krisis yang berlaku di Libya. Sehubungan itu, katanya Mapim menggesa kerajaan Malaysia dengan segera menggerakkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Libya. "Sebagai sebuah negara yang menganggotai OIC, Malaysia tidak boleh membisu dan tidak bertindak," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Mapim, tambahnya menggesa misi bantuan kemanusiaan hendaklah segera dihantar ke Libya memandangkan ketegangan tersebut telah mengakibatkan bekalan makanan dan ubatan terputus di beberapa kawasan di Libya seperti di Zawiyah, Ras Lanuf, Brega, Benghazi dan di sempadan Tunisia dan Mesir di mana ratusan ribu pelarian kini sangat memerlukan bantuan sementara menunggu krisis reda. Mapim juga, jelasnya mendesak sidang Parlimen Malaysia yang berjalan sekarang segera mengusulkan supaya semua agensi antarabangsa sepetrti OIC , PBB, Liga Arab, Kesatuan Eropah, Kesatuan Afrika mengambil inisiatif supaya krisis di Libya diselesaikan dengan rundingan demi mengelakkan pertumbuhan darah terus berlaku. "Mapim menggesa sidang Parlimen Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar delegasi khas bagi mendapatkan maklumat lebih dekat mengenai ketegangan yang berlaku di Libya dan mengesyorkan tindakan yang boleh diambil oleh Malaysia sendiri," ujarnya. Beliau turut mengumumkan bahawa suatu kutipan derma untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Libya sedang dilancarkan dan delegasi khas juga akan dihantar untuk menyalur bantuan tersebut sesegera mungkin. Katanya lagi, ketegangan yang sedang berlaku, antara golongan anti Gaddafi dan tenteranya sekarang semakin runcing dan kini memuncak kepada perang saudara yang amat merbahaya. Katanya, laporan serangan tentera Gaddafi yang menggunakan jet pejuang untuk menyerang kawasan yang dikuasai oleh golongan pemberontak telah mengakibat kan ramai yang terbunuh dan cedera terutama di kalangan rakyat awam. Menurutnya, jika dunia membiarkan kuasa Barat terutama Amerika bertindak, keadaan di Libya akan mengulangi apa yang berlaku di Iraq. Amerika, ujarnya tidak boleh dibiarkan mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai polis dunia dengan cara melancarkan operasi militeri ke Libya. Beliau menambah, serangan oleh Amerika sekali lagi akan menjadi prisiden untuk negara adikuasa itu melakukan kehendaknya secara unilateral tanpa mendengar suara masyarakat antarabangsa yang lain. Katanya, Resolusi 1970 yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB hendaklah dilihat sebagai suatu alat untuk menyekat Gaddafi dari terus bertindak ganas terhadap rakyatnya sendiri. Menurutnya, Mapim merasa amat malang apabila negara-negara Arab di Teluk serta badan antarabangsa di kalangan umat Islam iaitu OIC terus membisu dan tidak mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan demi menyelamatkan nyawa rakyat di Libya. Katanya lagi, ketegangan di Libya kini telah menyebabkan pihak kuasa Barat terutama Amerika dan British sudah melancarkan beberapa tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan serta menyebabkan Libya berada di ambang perang sivil yang bakal menghancurkan seluruh negara tersebut. Harakahdaily/- | Punca virus masih misteri Posted: 10 Mar 2011 05:32 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Kementerian belum kenal pasti sumber penyakit KUALA LUMPUR: Jangkitan Adenovirus yang dikesan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini sejak seminggu lalu hingga mengorbankan seorang pelatih konstabel manakala 31 lagi dimasukkan ke wad termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), masih menjadi misteri. Sehingga semalam, Kementerian Kesihatan belum mengenal pasti punca jangkitan itu yang sebelum ini dikaitkan dengan penyakit kencing tikus atau Leptospirosis. Difahamkan, ini kes pertama membabitkan jangkitan Adenovirus membabitkan kumpulan yang ramai di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sepasukan pegawai kesihatan sudah dihantar untuk merawat 412 pelatih inspektor dan konstabel yang kini dikuarantin serta memeriksa pusat latihan itu. "Bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat jangkitan Adenovirus dan bukannya akibat penyakit kencing tikus, tapi kita belum mengenal pasti punca jangkitan itu. "Kita masih menyiasat bagaimana jangkitan itu berlaku tetapi keadaan belum mencapai tahap wabak yang boleh mengancam komuniti di sekitarnya kerana virus itu tidak berjangkit melalui udara," katanya ketika dihubungi, semalam. Selasa lalu, pelatih konstabel, Mohd Azizan Azirid, 25, meninggal dunia beberapa hari selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Berikutan kejadian itu, pusat latihan berkenaan ditutup dan semua bentuk latihan kini diberhentikan bagi mengelak risiko jangkitan virus berkenaan. Tinjauan Berita Harian semalam mendapati pusat latihan itu dikawal rapi dan sekumpulan pelatih dilihat membersihkan kawasan sekitarnya. Beberapa pengamal perubatan ketika dihubungi mengesahkan jangkitan virus itu jarang berlaku di negara ini. Adenovirus dikatakan sekumpulan virus yang berasal dari kelenjar Adenoid dalam kepala berdekatan rongga hidung yang berfungsi melindungi serangan penyakit, tetapi boleh menyebabkan jangkitan pada lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. Jangkitan Adenovirus biasanya menyebabkan penyakit membabitkan sistem pernafasan, namun ia juga boleh menyebabkan cirit birit, jangkitan selaput mata, jangkitan usus dan ruam serta masalah pernafasan akut (ARD). Pengamal perubatan, Dr S Thiru, berkata Adenovirus yang tersebar melalui rembesan atau titisan yang keluar dari saluran pernafasan, memerlukan rawatan serta penjagaan rapi. "Virus mula agresif bila antibodi rendah dan lemah. Biasanya, ia tidak bertindak balas kepada antibiotik kecuali ada gabungan jangkitan virus dan bakteria," kata doktor sukarelawan itu yang pernah mengikuti misi kemanusiaan di beberapa negara dunia ketiga dan membangun, termasuk Palestin dan Pakistan. Dr Thiru berkata, antara simpton awal jangkitan Adenovirus ialah demam panas, batuk, cirit-birit dan hilang selera makan sebelum pesakit mengalami komplikasi penyakit yang lebih serius seperti masalah pernafasan teruk dan radang paru-paru. Syed Azwan Syed Ali Berita Harian/- | BN Tidak Boleh Tarik Nafas Lega Kemenangan PRK Posted: 10 Mar 2011 04:30 PM PST 06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 11 MAC : Barisan Nasional tidak boleh menarik nafas lega walaupun memenangi Pilihan Raya Kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini. Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin, majoriti kemenangan BN di kedua-dua tempat walaupun bertambah, langsung tidak beri kesan signifikan. "Kalau dahulu tahun 2008, majoriti 2100, tapi kini kira-kira 3600 tapi bukan sampai 4200 sampai kita merasa gusar. Walaupun banyak duit dibelanjakan tapi tidak dapat majoriti yang beri kesan signifikan kepada petugas parti tidak kira PR atau BN," kata Shamsul dalam rancangan Fokus Berita terbitan TV Selangor yang membincangkan analisa PRK Merlimau dan Kerdau. Pada PRK Kerdau dengan majoriti 2, 724 undi. BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi. Manakala di Merlimau calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Shamsul yang mengambil sikap optimis dengan kekalahan itu menyambut baik keputusan ini dan yakin pengundi akan menyedari hakikat sebenar menjelang Pilihan Raya Umum akan datang apabila BN tidak mampu memberi tumpuan terhadap janji-janji mereka. "Pada saya ada hikmah PRK berlaku, kerana paling tidak PR ada peluang untuk beri kempen dan idea yang mungkin mengambil masa untuk dihadam oleh pengundi." "Ia berbeza PRK dengan PRU kerana PRU isunya besar dan kawasan ini mungkin tak terpaut jentera BN. Saya yakin dalam PRU nanti, mesej kita semasa PRK akan beri kesan. Dan cabaran akan lebih besar kepada BN yang mereka ingin melihat adakah janji-janji Datuk Ali dapat ditunaikan," ulas Shamsul Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula dengan sinis menganggap keghairahan UMNO berbelanja untuk memenangi PRK tersebut tidak bersesuaian dengan undi yang diberikan. Beliau turut kesal dengan tindakan tergesa-gesa BN Melaka pimpinan Datuk Wira Ali Rustam yang mula menjalankan projek mee segera mereka sejurus pengkebumian penyandang, Allahyarham Datuk Khidir Hassan 20 Januari lalu. "Di negeri lain projek mee segera bermula sejak penamaan calon tapi di sini (Merlimau) ia bermula selepas pengkebumian. Kalau diikutkan, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan. Tapi kita dapat kekalkan sokongan kita. Kalau tengok dari segi imbuhan kepada pengundi. Kalau ikut dari janji yang dibuat PM dan TPM di kedua-dua tempat, PAS sepatutnya sudah hilang wang pertaruhan tapi kita dapat kekalkan undi," kata Nizar PRK Kerdau dan Merlimau merupakan perlawanan ketiga dan keempat berturut-turut PAS dan UMNO selepas Manik Urai dan Tenang yang menyaksikan pertembungan calon UMNO dan PAS mewakili BN dan PR di kawasan bermajoriti Melayu. UMNO menggunakan peluang ini untuk menggula-gulakan pengundi dan memainkan isu perkauman dan menyebar fitnah terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Nizar yang juga menerajui Perak sebelum dirampas UMNO pada 2009 turut menyatakan berbeza dengan UMNO, kempen PAS dan Pakatan adalah jauh lebih konsisten dan berteraskan agenda bersama Pakatan Rakyat. "Apa yang PAS tunjukkan ialah strategi kita dalam Pakatan Rakyat menyebarkan isu ketidakadilan dalam masyarakat. Kita timbul isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan semua ini adalah prinsip Pas yang dipersetujui semua Pakatan Rakyat. Jadi kalau PAS lawan UMNO dalam itulah isu yang dimainkan pun supaya rakyat dapat melihat hasil pentadbiran kita dalam 5 negeri," kata beliau. Tv Selangor/- | |
PAS TAMBUN Posted: 11 Mar 2011 01:02 AM PST UMNO : KUME PUN BUAT RUMAH ORANG MISKIN JUGE Posted: 10 Mar 2011 11:51 PM PST Ini le projek yang UMNO buat, diorang pun buat jugak rumah untuk org miskin tetapi beza rumah depan dan rumah di belakang tu cuma beberapa kaki je besarnya dan materialnya batu dan satu lagi kayu, kalau boleh kita bayangkan ini standard untuk musolla di tepi jalan je. Inilah antara contoh rumah yang di bina oleh YBU (Yayasan Bina Upaya) Cuba anda bayangkan apakah ini yang hendak dibanggakan oleh rakyat dengan pemerintahan UMNO. Kelicapkuning : KP mana dapat gambo ni ? ni rumah orang ke atau musolla.. ce citer, ce citer, rakyat didahulukan
| |