Sabtu, 22 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Jan 2011 03:22 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


SIJIL DR KHIR JELAS, SIJIL DR SATIM DALAM GELAS?

Posted: 22 Jan 2011 02:40 AM PST

SHAH ALAM, 22 Jan. : Ketua Pembangkang, Datuk Dr Satim Diman menyifatkan dakwaan beliau menggunakan gelaran doktor falsafah (Dr) palsu sebagai tuduhan jahat.

Katanya, dakwaan yang ditimbulkan Exco Kerajaan Negeri, Yaakop Sapari itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

"Isu ini pernah digunakan beliau ketika berkempen semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 tetapi ia tidak berkesan kerana saya menang pada PRU tersebut.

"Ia sengaja dibuat bagi tujuan serangan peribadi terhadap saya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau menganggap tindakan itu satu gimik politik murahan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) untuk menjatuhkannya.

"Biarlah... Saya tidak mahu layan Yaakob," katanya.

Semalam, Yaakop dalam satu kenyataan menggesa Datim mendedahkan bentuk pengajian dan universiti terlibat menganugerah gelaran tersebut.

Yaakop mendakwa, gelaran Dr yang dimiliki Satim diragui dan mahu beliau menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

"Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan," katanya.

Yaakob menganggap tindakan membeli Ph.D adalah satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik.

"Kita meragui perkara itu dan menggesa beliau supaya mengisytiharkan taraf pendidikan beliau.

"Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk edaran di beberap masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang," katanya.

ALHAMDULILLAH 2 AJK CAW PASBS2 BERJUANG KE TENANG

Posted: 22 Jan 2011 12:55 AM PST



Alhamdulillah 2 orang ajk Pas Cawangan Bukit Sentosa 2 bersama kontigen PAS Hulu Selangor dalam misi ke DUN Tenang PAS Menang.
Antaranya Sdr Sazali sebagai ketua Kontigen dan sdr Rahmat Timbalan Ketua Cawangan .
Mereka berdua bersama berkumpul di Masjid Assalam jam 10 mlm bagi melakukan solat hajat , tazkirah dan penerimaan sumbangan .Turut hadir ialah S/U PAS Kawasan Sdr Azhar.

TERHINA? NAJIB DAH CARI HABIS TAPI TIADA CALON UMNO LAYAK DI LABIS

Posted: 21 Jan 2011 05:32 PM PST

Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang calon PAS Normala Sudirman dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana ahli-ahli Umno juga dalam kabinet Najib.

Ahli UMNO dan penyokong tegar UMNO harus sedar, Najib memang sukar memberi kepercayaan kepada Wakil Rakyat yang dipilih oleh Rakyat. Apatah lagi setakat calon untuk DUN Tenang. Contoh terbaik kita boleh lihat UMNO ramai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat tetapi Najib boleh pilih wakil rakyat yang kalah dalam pilihanraya seperti Datuk Shahrizat dan dilantik sebagai menteri. Kalau ikutkan Rafidah Aziz menang tetapi tidak disenarai dalam kabinet. Bergitu juga kepada Samy Vellu yang kalah dalam PRU12 boleh dilantik sebagai jawatan bertaraf menteri. Memang UMNO ramai ahli parlimen tapi rupanya hampeh tidak layak untuk dipilih. Satu lagi kes Najib punya bengong boleh pilih Jamaludin Jarjis Ahli Parlimen Rompin sebagai Duta ke USA. Kenapa mereka yang dah kaya dilantik pelbagai jawatan? Kan lebih berkesan DUTA Malaysia yang sepenuh masa bertugas beribu km di sana? Apa salahnya diagihkan kerja supaya hasilnya lebih berkualiti dari bertugas terkejar ke sana terkejar ke sini?
Kenapa dilantik calon dari bekas wakil rakyat yang telah berkhidmat berpenggal-penggal yang kekayaan makan tak habis disambung oleh anak atau cucu pula?
ahli UMNO tak nampak ke semua ini?

Sampai ada seorang ahli Umno Labis yang tidak mahu dikenaliberkata "Sebagai orang yang lama bergerak aktif dalam Umno di Bahagian Labis, rata-rata kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan hilang kepercayaan kepada seluruh kepimpinan Umno bahagian ini," Inilah realiti sebenar yang dimati oleh media kerajaan.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar anak-anak peneroka dalam DUN Tenang beralih dan menyokong PAS kerana menurutnya amalan Feudalisma, memilih anak bangsawan dan juga anak beranak serta waris-waris (kronisme) sebagai pemimpin dalam Umno

"Najib sendiri anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Tenang, pemilihan Mohd Azahar Ibrahim kerana dia anak kepada Allahyarham Ibrahim Daud, bekas Senator, bekas ADUN Tenang dan bekas Ketua Umno Bahagian Labis.

"Begitu juga ADUN Parit Jawa, Dr. Robiah Kosai yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor yang pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Muar dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi adalah anak kepada bekas wakil rakyat Muar, Allahyarham Datuk Kosai,"ujarnya.

Selain itu menurutnya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Zainab Bon Abu Bakar juga adalah anak kepada bekas wakil rakyat yang lebih tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Tebrau. Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail pula pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut kerana beliau anak kepada Allahyarma Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Begitu juga Tan Sri Syed Hamid Albar pula adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar sudah mewakili Parlimen Kota Tinggi lebih dari lima penggal. Datuk Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Renggam merupakan menantu kepada Allahyarham Datuk Fatimah Salim, bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Benut. Hari ini Datuk Senator Sharifah Azizah Syed Zain pula muncul sebagai salah seorang pemimpin wanita dari Johor kerana beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain bekas ADUN Parit Raja dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Sama seperti Datuk Nurjazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

"Rata-rata anak pemimpin, menantu pemimpin dan adik beradik pemimpin Umno terpilih menjadi wakil rakyat, walaupun kelulusan mereka tidak seberapa tetapi mereka yang merupakan cikgu sekolah, peniaga dan orang biasa diketepikan sahaja oleh Umno kerana 'bukan darah bangsawan',"katanya kesal.

Secara totok beliau mendedahkan, di Johor kini, ada dua ADUN adik beradik, seorang bernama Osman Safian merupakan ADUN Kempas dan seorang lagi Datuk Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya dan merupakan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.

Justeru beliau menyeru seluruh Umno Labis dan seluruh kepimpinan Umno Labis memprotes tindakan pemimpin atasan.

BUDAK SPR BARU BELAJAR, GAMBAR ANWAR PUN MEREKA GUSAR

Posted: 21 Jan 2011 04:29 PM PST

Kenyataan Media : Peraturan Kempen Pilihan Raya SPR Pelik
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Omar telah memberi taklimat kepada kakitangan dan wakil parti-parti bertanding di Pejabat Majlis Daerah Labis bagi persiapan menghadapi pilihanraya kecil Tenang. Dalam taklimat ini, SPR tidak membenarkan sebarang lambang parti dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding di pasang semasa tempoh berkempen. Ini memberi maksud bahawa jika PAS sah menjadi wakil Pakatan Rakyat(PR) dalam pilihan raya kecil Tenang selepas penaman calon pada 22hb Januari 2011 ini, maka lambang parti DAP dan PKR serta gambar YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Sing tidak dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut. Yang dibenarkan hanya lambang parti PAS dan gambar pemimpin PAS seperti gambar Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sahaja yang dibenarkan dipasang semasa tempoh berkempen tersebut.
Alasan yang diberikan oleh SPR adalah parti-parti pembangkang PAS, DAP dan PKAR masih tidak lagi mendaftar sebagai parti gabungan seperti Barisan Nasional(BN). Hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang lambang parti dan gambar pemimpin mereka kerana parti tersebut sahaja yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen pilihan raya. Persoalannya bagaimana pemimpin parti pembangkang seperti YB Dato Seri Anwar Ibrahim da YB Lim Kit Siang boleh berkempen tetapi gambarnya tidak boleh dipasang dan lambang partinya tidak boleh dipasang? Jika SPR mempunyai tafsiran bahawa hanya parti yang membayar deposit pilihan raya dan deposit kempen sahaja yang boleh meletakkan lambangnya maka sepatutnya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang tidak dibenarkan berkempen di sana. Kedua-dua pemimpin ini perlu diharamkan berkempen di Tenang.
SPR berpendapat memasang lambang dan gambar pemimpin parti yang tidak bertanding adalah menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya (Akta 5). Perkara 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya menyatakan bahawa " Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh berkempen, mempamerkan, memberikan atau mengedarkan bahan kempen pilihan raya kepada orang ramai di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu bertanding tetapi hanya jika dia –

a). memegang suatu permit untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya oleh Pegawai Pilihanraya Negeri, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Pegawai Pilihanraya Negeri itu; dan

b). telah membayar kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri itu deposit sebanyak lima ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Rakyat dan tiga ribu ringgit dalam hal suatu pemilihan ke Dewan Undangan Negeri.

Perkara 24B(4) tidak meletakkan syarat hanya parti bertanding sahaja boleh meletakkan lambang dan gambar pemimpin mereka. Sepatutnya calon atau wakil calon diberi hak menentukan bahan kempen pilihan mereka. Jika calon atau wakil calon beranggapan bahawa lambang dan gambar pemimpin PAS,DAP, PAR sebagai bahan kempen mereka. SPR sepatutnya menghormatii hak kebebasan ini. Mengapa SPR terlalu sempit cara berfikirnya? SPR seharusnya terbuka dan berjiwa besar melayani pelanggan mereka. Kita bukan mahu melantik pengawas sekolah. Kita mahu melantik ahli dewan undangan Negeri(ADUN). Janganlah mentafsirkan undang-undang yang boleh ditertawakan oleh kanak-kanak sekolah.


SPR membuat tafsiran bahawa lambang dan gambar pemimpin UMNO, MCA dan MIC boleh dipasang dalam pilihanraya kerana mereka sudah bergabung dalam BN sedangkan PAS, DAP dan PKR belum lagi di sahkan oleh ROS sebagai satu parti gabungan PR. Semua telah memaklumi bahawa PAS, DAP dan PKR sedang dalam proses mendaftarkan sebagai parti gabungan PR. Ini memberi maksud bahawa PAS, DAP dan PKR merupakan ahli-ahli gabungan PR yang sedang menanti pihak kerajaan meluluskan sebagai badan gabungan.Oleh itu sudah sewajarnya SPR melayan sama rata antara BN dan PR.

Masalah yang saya bangkitkan ini adalah terlalu kecil dan telah bermula sejak pilihan raya kecil Bagan Pinang lagi. Bantahan-bantahan telah dibuat kepada SPR semasa pilihanraya kecil tersebut. Maka SPR seharusnya lebih pro aktif mengatasi masalah ini. SPR seharusnya memikirkan isu-isu yang lebih besar lagi seperti penghapusan undi pos, penggunaan dakwat hitam, pendaftaran secara automatik, pembersihan daftar pemilih dan pengawalan keadah berkempen media arus perdana. SPR tidak perlulah membuat tafsiran-tafsiran undang-undang yang pelik sehingga rakyat bosan dan beranggapan SPR memihak kepada parti-parti tertentu dalam negara ini.


Suhaizan Bin Kaiat

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

POSTED BY SUHAIZAN BIN KAIAT

MP Pendang

Posted: 22 Jan 2011 01:33 PM PST

MP Pendang


Memang. mungkin APCO belum beri green light lagi.

Posted: 21 Jan 2011 03:59 PM PST

PINDAAN PERLEMBAGAAN SELANGOR - UMNO TUNGGU ILHAM DARI APCO?

Oleh: WFAUZDIN NS


KEPADA rakyat Selangor khususnya, nantikan tarikh pada 24hb Jan ini (Isnin) untuk mengetahui siapakah pembela Raja-Raja dan siapakah yang `auta' kununnya mempertahankan kuasa Raja-Raja. Dun Selangor akan bersidang pada hari tersebut untuk meminda Perlembagaan bagi mengembalikan kuasa kepada Raja-Raja dan pemerintah Kerajaan Negeri.

Deraf Pindaan undang-undang tersebut telah diperkenankan oleh Sultan Selangor. Khabarnya kesemua Adun dari Bn akan hadir pada tarikh tersebut tetapi samada kesemua Adun mereka menyokong atau tidak, kita akan saksikan nanti. Jika ada Adun dari kaum Cina dan India yang menyokong pindaan berkenaan manakala terdapatnya Adun dari kaum Melayu yang menentang atau berkecuali, tentulah amat memalukan kita semua. Malu kerana terdapatnya kaum Melayu yang tidak berkenan kuasa dikembalikan semula kepada Sultan.

Noh Omar berkata, ini semua politik Kerajaan PR Selangor. Bebalnya Menteri ini kerana beliau masih mahu mengasingkan politik dari segalanya. Memanglah kerja pindaan undang-undang ini kerja orang politik kerana yang bakal menentukan lulus atau tidak pindaan undang-undang ini bakal ditentukan oleh kesemua Adun yang juga orang politik. Masakan tukang kebun atau tukang cuci lantai yang bekerja di bangunan Dewan Undangan Negeri atau di Pejabat MB akan menentukannya.

Selama ini Noh Omar serta kuncu-kuncunya dari Umno juga yang menyalak ke hulu ke hilir mendakwa Kerajaan Negeri tidak menghormati Sultan. Nah, ini lah masanya untuk Umno Selangor buktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas menyanjung institusi Raja-Raja. Sekarang, Umno berada di dalam dilema samada mahu taat setia kepada Sultan atau kepada seorang manusia yang berada di Putrajaya itu. Mungkin juga mereka sedang menanti ilham dan petunjuk dari Apco.

Nampaknya perangkap makan tuan. Ini semua kesilapan mereka untuk bermain politik di dalam perlantikan SUK Negeri Selangor yang mereka sangkakan bakal menyusahkan Kerajaan Negeri Selangor seterusnya meruntuhkan Kerajaan PR di Selangor. Mereka silap strategi dan strategi mereka terlalu bahaya sehingga menikam diri sendiri. Apa yang berlaku sekarang ini adalah angkara mereka yang berada di Putrajaya, tetapi kesusahannya ditanggung oleh Umno Selangor.

Umno Selangor nampaknya `lumpuh' dengan tindakan bijak Kerajaan Negeri Selangor. Segala tipu helah mereka sumbang dan mudah dibaca. Kini, kita tunggu saja perkembangan pada 24hb Jan ini nanti. Kita mahu tahu, siapakah yang bakal menggagalkan pindaan undang-undang ini nanti. Kita mahu pastikan adakah PR yang menyanjung Sultan Selangor atau Umno/Bn. Selepas ini, biar rakyat Selangor yang buat penilaian./wfauzdin.blogspot.com

Memang benar apa yang ditulis En Wan ni, mereka sekarang ni dah gelabah, dapat seorang Ketua pun yang tak tak tentu arah nak tuju dah, ingat teror sangat, rupanya macam yang jadi bos di Putrajaya tu, ajak debat kecut telor, tapi dalam TV bukan main hentak sana tabuh sini. Dia sorang ini dalam parlimen merupakan antara menteri yang tak pandai nak berbahas langsung, asyik mood dia naik angin saja, contoh macam apa yang berlaku pada MPPP disetiap Parlimen, bagi yang bukan diwakili BN , pengerusinya adalah daripada ketua UMNO Bahagian. Begitu juga bila masa nak beri beras dalam program subur, sampai terpaksa ditangguhkan kerana hanya orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat daripada duit hasil kutipan cukai rakyat . Sehingga akhirnya setiap borang mesti ditandatangani oleh ketua UMNO dan JKKKP baru boleh beras. Bagi orang PAS dan PR, mereka tak kisah, tapi bagi orang UMNO memang itulah yang mereka nak, semuanya mereka nak bolot dan sapu walaupun hasilnya adalah dari cukai yang dipungut dari rakyat.

Dalam hal Selangor ini, ana rasa ini merupakan pengajaran daripada rakyat yang berfahaman UMNO kerana hanya inilah satu-satunya yang mereka ada untuk memimpin mereka dan malangnya yang dah dapat amanah jadi MB dah kena dakwa dimahkamah dan dah ditarik dan digantung pingat oleh Sultan.

Dalam sidang DUN yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan ini, nanti akan nampak siapa sebenarnya yang nak menentang dan siapa pula yang akan menyokong apa yang telah dibuat oleh bekas PM dahulu yang telah melumpuhkan kuasa Tuanku dinegeri Tuanku sendiri. Itulah sebenarnya kerja yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sehingga DYMM YDA sendiri sudah terpaksa akur dengan apa yang dipinda bila sesuatu RUU yang tidak ditandatangani oleh Baginda , dengan ataumatik akan terlaksana selepas 30 hari disampaikan kepada baginda, sehingga Baginda Sultan Selangor sendiri menyataka kepada YAB MB Selangor bahawa baginda tida boleh buat apa-apa dalam kes SUK Selangor ini kerana bagin tidak ada kuasa untuk menentang lagi.

Jadi sebenarnya siapakah yang menjadi petualang dan pengkhianat kepada Tuanku Raja-raja Melayu sebeanarnya kalau bukan puak-puak ni?.Betul jugalah kata-kata Saudara Wan ni, mungkin mereka sekarang sedang menunggu nasihat daripada pengkhianat manusia yang dilaknat Allah iaitu Yahudi APCO yang menjadi penasihat mereka dalam hal ini, moga kita diberi petunjuk oleh Allah agar menjauhi manusia paling zalim diatas muka bumi ini, iaitu Yahudi ( APCO) laknatullah.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 22 Jan 2011 01:30 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Gambar sekitar majlis gotong royong pembersihan tanah perkuburan Islam Kota Kemuning

Posted: 21 Jan 2011 04:51 PM PST

PEMUDA BESUT

Posted: 22 Jan 2011 01:25 PM PST

PEMUDA BESUT


Lari lintang-pukang diserbu khalwat

Posted: 21 Jan 2011 08:53 PM PST

DUA gadis yang ditahan bersama dua lelaki disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kampung Lak Lok di Besut kelmarin.

BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 22 Jan 2011 01:19 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Foto Penamaan Calon N05 Dun Tenang - Part 1

Posted: 22 Jan 2011 06:43 AM PST

Foto Penamaan Calon N05 Dun Tenang - Part 2

Posted: 22 Jan 2011 06:35 AM PST


















BN-Pakatan ulangi saingan 2008, kempen Tenang bermula

Posted: 22 Jan 2011 06:31 AM PST


LABIS, 22 Jan — Gelanggang kempen kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dibuka secara rasmi dengan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat — mengulangi pertarungan tiga tahun lalu.
BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38.
Pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengesahkan hanya dua orang mengemukakan borang penamaan calon dan kedua-dua mereka disahkan sebagai calon pilihan raya kecil yang ke-14 ini pada pukul 11.20 pagi tadi.
Pengundian akan berlangsung pada 30 Januari ini. Keputusan pilihan raya kecil ini meskipun tidak akan memberi kesan ke atas kedudukan di DUN tetapi dilihat bakal menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 kelak, yang disebut-sebut akan diadakan tahun ini.
Mohd Azahar memasuki dewan penamaan calon untuk menyerahkan borang pada pukul 9.02 pagi manakala Normala yang mesra dikenali sebagai "Cikgu Mala" menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. Proses penamaan calon selama sejam bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.
Ia disusuli dengan tempoh bantahan selama satu jam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang sah bertanding.
Sekitar 10,000 orang dengan kekuatan yang seimbang di pihak BN dan Pakatan membanjiri pekarangan pusat penamaan calon tetapi maklumat diterima menunjukkan penyokong iringan dilarang menggunakan pembesar suara.
Polis dikatakan merampas beberapa pembesar suara dibawa penyokong iringan. Terdahulu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong BN untuk mengiringi calon mereka Mohd Azahar di pusat penamaan tersebut.
Turut mengiringi Muhyiddin termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Presiden MIC Datuk G. Palanivel. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PAS.
Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal 6.30 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.
Penyokong calon BN ditempatkan di sebelah kiri dewan manakala penyokong calon Pakatan di sebelah kanan dewan.

Tenang: Mampukah PAS berdepan Umno?

Posted: 22 Jan 2011 06:31 AM PST

Calon PAS Normala Sudirman, 38, akan menempuh laluan amat sukar untuk meraih kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

NONEWalau tempoh kempen belum bermula, pertandingan kali ini sudah nampak berat sebelah apabila beliau menghadapi tentangan daripada calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Di satu sudut, Mohd Azhar dilihat berkelebihan. Keluarganya dianggap sebagai antara golongan elit tempatan di Tenang.

Allahyarham bapanya Ibrahim Daud merupakan wakil rakyat kawasan ini dari tahun 1999 hingga 2004.

Bapa saudaranya Hashim Daud pula kini merupakan timbalan ketua bahagian Umno kawasan ini.

Keluarga Mohd Azahar membentuk semacam satu dinasti di Labis yang merupakan pusat bandar bagi kawasan DUN Tenang.

NONEWalau isu nepotisme dan politik dinasti mungkin akan menimbulkan persoalan dan kekhuatiran di kalangan pengundi, boleh jadi ia tidak akan menjadi faktor besar di kawasan ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sendiri yang terpalit dengan skandal seks pula telah berjaya melepaskan kedudukannya sebagai ahli parlimen Labis kepada anaknya -- Chua Tee Yong.

Umno akan rapatkan saf

Desas-desu timbul sejak Rabu lalu bahawa pengumumnan Mohd Azahar sebagai calon akan menimbulkan perasaan tidak senang dalam barisan kepemimpinan Umno tempatan yang telah melobi kedudukan tersebut.

Nama Mohd Azahar tidak ditimbulkan sebelum ini dan calon itu pula tidak menjawat apa-apa kedudukan dalam struktur Umno bahagian.

azlanBagaimanapun, seperti jentera BN lain dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini, pertelagahan dalam parti akan diketepikan sebaik tempoh kempen bermula.

Pemimpin Umno bahagian lain seperti pemangku ketuanya Rusdin Mahamud dan ketua wanitanya Haslinda Salleh yang telah dispekulasi sebagai calon sebelum ini telah menafikan wujudnya pertikaian berhubung sokongan kepada calon BN.

Bagaimanapun, kedudukan Mohd Azahar sebagai bekas timbalan pegawai daerah Rengit mungkin meletakkan beliau dalam keadaan sukar.

Pengundi luar bandar Melayu yang masih hormat kepada pegawai kanan kerajaan dan terbudaya dengan politik naungan mungkin akan melihat Mohd Azahar sebagai calon semulajadi.

Namun lain pula halnya dengan pengundi Cina.

Pengundi di kalangan masyarakat inilah yang biasanya memegang kuasa ekonomi seperti di kawasan separa luar bandar seperti Tenang.

Urusan pegawai di pejabat tanah dan daerah mungkin menjadi satu proses birokratik kepada golongan pengundi ini sehingga menimbulkan kejengkelan terhadap pihak berkuasa tempatan.

Perasaan ini mungkin menjadi lebih kuat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Pendek kata, latar belakang Mohd Azahar itu mungkin membawa mudarat kepada beliau sendiri dalam berhadapan masyarakat Cina yang membentuk 39 peratus daripada pengundi di sini.

Tenang: Pertandingan satu lawan satu, BN-PAS

Posted: 22 Jan 2011 06:30 AM PST

HARI PENAMAAN CALON
9 - 10 pagi - Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi - Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari - Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding

Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang.

NONESetakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

NONESemua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LANGSUNG
12.05 tengahari: Kedua-dua penyokong mulai bersurai. Polis juga sedang berbaris bagi menamatkan tugas mereka hari ini.
NONE11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
"Saya juga telah menerima tiga bantahan dan setelah masa bantahan ditutup tiada calon ditolak kertas penamaannya.

"Dengan ini, saya mengumumkan calon yang bertanding adalah Normala Sudirman dan Mohd Azahar Ibrahim," kata Md Asri.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti.
NONE11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.
10.45 pagi: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika ditemui Malaysiakini enggan mengulas mengenai persiapan BN menjelang pilihan raya kecil Merlimau.

Beliau hanya tersenyum, ketika keluar bertemu dengan penyokong BN dan disambut dengan laungan "Hidup Datuk Ali".
10 pagi: Penamaan calon ditutup.

NONEPegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir mengumumkan proses penamaan calon telah ditutup. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.

Tempoh bantahan adalah antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.
9.55 pagi: Tiga orang penyokong PKR sesat masuk ke kawasan penyokong BN dan disorak, " "Hidup BN" sambil mengibarkan bendera BN.

NONEPolis bertindak pantas, melepaskan mereka dan mengiriingi mereka ke kawasan penyokong Pakatan.
9.45 pagi: Puteri dan Wanita Umno, membalas nyanyian Pakatan Rakyat dengan menyanyikan lagu "Geylang si paku, geylang".

Lirik ditukar "Pulang, marilah pulang, marilah pulang, masuk barisan".
9.43 pagi: Di sebalik amaran oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran supaya tidak terbabit dengan kempen pilihan raya kecil, suami Normala, Makrof Abd Mutalib, seorang guru tetap mengiringi isterinya.

NONEDengan memakai baju Melayu berwarna hijau dan berketayap putih, beliau berkata kehadirannya adalah mengiringi isterinya dan bukannya berkempen.

"Saya datang kerana memberi sokongan moral kepadanya," kata Markof sambil tersenyum.

"Saya terharu dengan begitu ramai yang menyokong isteri saya."

Katanya, Normala bangun pada jam 5.30 pagi ini dan bersarapan dengan keluarga, termasuk ibu bapanya dan tiga anak mereka.

"Kita makan nasi lemak, seperti biasa. Kami juga mohon restu daripada ibu bapa sebelum meninggalkan rumah."
9.35 pagi: Satu lagi kekecohan hampir tercetus antara penyokong Pakatan dan polis apabila pihak berkuasa bertindak mengelaurkan bateri daripada pembesar suara yang digunakan mereka.

Polis juga memberi amaran untuk menahan mereka jika tidak mematuhi arahan larangan penggunaan alat pembesar suara itu dan mereka akhirnya akur.

NONEMeskipun bahang matahari mula memancar, penyokong mula menyanyikan lahi tahun baru Cina untuk memeriahkan lagi suasana.

Ketua polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menganggarkan tidak kurang 8,000 penyokong Bn hadir manakala penyokong Pakatan Rakyat pula dikatakan berjumlah lebih 5,000.
9.30 pagi: Polis mereampas empat batang buluh yang digunakan oleh penyokong BN bagi mengantung bendera IPF, sebuah parti yang mesra dengan BN. Menurut anggota polis, buluh dan kayu adalah bahan larangan bagi mengelakkan ia digunakan sebagai senjata jika berlaku pergaduhan.
9.23 pagi: Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi: Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

NONEMenurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik," kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui "Inilah Barisan Kita".

NONEMereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

NONE8.42 pagi: Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang," katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Lebih 10,000 iringi Normala pada Hari Penamaan Calon

Posted: 22 Jan 2011 06:29 AM PST

LABIS: Lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon Pas, Normala Sudirman pada Hari Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, pagi ini.
Hadir sama pimpinan Pakatan, antaranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Salahuddin Ayub dan ramai lagi.
Pada proses itu, pencadang bagi Normala ialah Mahat Jamin dan disokong Rusilah Ahmad manakala pencadang bagi calon BN, Azahar Ibrahim ialah Ma Chong Pah dan disokong Jayamaran  a/l Chinasamie.
Terdahulu, polis sejak pagi lagi mengadakan sekatan jalan raya, bermula dari simpang ke pekan Pagoh, sehinggalah ke kawasan berhampiran pusat penamaan calon.
Masa untuk pencalonan berakhir jam 10 pagi dan tiada calon selain Pakatan dan Barisan Nasional (BN) bertanding di DUN berkenaan.
Selepas tempoh bantahan berakhir jam 11 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima tiga bantahan tetapi semuanya ditolak.

PRK Tenang: Satu Lawan Satu, PR Dan BN

Posted: 22 Jan 2011 06:29 AM PST

LABIS 22 JAN : Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS dan Barisan Nasional (BN).
BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.
Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.
Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti. Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10 pagi.  
Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.
LAPORAN LINTAS LANGSUNG
11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.
11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.
Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.
11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.
10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am: 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS. 
10.10 am: Calon PAS Normala sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borg pcalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dn didsokong Jayaraman Chinasamie

10.05 am:
 Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya megumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi. 

9.23 pagi: 
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.
NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".
9.15 pagi:Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

Menurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik," kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.
9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui "Inilah Barisan Kita".

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.
9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.
NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
 Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.
8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

NONE8.42 pagi:Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.
8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.
NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 500 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 200 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
 Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang," katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Calon PAS kecewa Soi Lek tak faham Islam, Umno pula gagal bantu MCA

Posted: 22 Jan 2011 06:28 AM PST

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 22 Jan – Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita. Merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita  Islam.
"Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
"Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.
"Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno," kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.
Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.
"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.
"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Dr Chua.
Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.
Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.
Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.
"Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.
"Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosioekonomi dan sebagainya.
"Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini," kata beliau.
Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.
"Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.
"Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.
"Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini," katanya.
Normala bagaimanapun melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.
"Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.
"Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.
"Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami," katanya.
Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.
"Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.
"Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.
"Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN," katanya.
Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.
"Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.
"Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN," katanya.
Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.
"Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.
"Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.
Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008.

Normala : Pengundi Tenang Mampu Buat Perubahan

Posted: 22 Jan 2011 06:27 AM PST

LABIS 22 JAN : Pengundi di DUN Tenang diyakini berani membuat perubahan dengan memberi undi kepada PAS seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor, kata Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman.
Normala  juga menyatakan keazaman untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
 "30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Taktik MCA takutkan Cina, Hadi tak gusar

Posted: 22 Jan 2011 06:26 AM PST

Di sebalik taktik menakut-nakutkan pengundi Cina di Tenang dengan "agenda penubuhan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa", presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata mereka mempunyai peluang 50 peratus untuk menawan kubu kuat BN itu.

NONE"Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada," kata Abdul Hadi ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis, hari ini.

Menurut beliau, perubahan besar juga sudah berlaku di Johor dan BN menghadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat.

Ini katanya, berdasarkan kejayaan PAS merampas dua kerusi negeri pada pilihan raya umum yang lalu.

NONESelain itu, Abdul Hadi berkata kejayaan PAS menumbangkan Umno di beberapa kubu kuatnya pada beberapa pilihan raya kecil lalu seperti di Arau (Perlis), Bukit Gantang (Perak) dan di Kuala Terengganu menambahkan lagi keyakinannya.

"Calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang," katanya.
Faktor penentu

Pada pilihan raya kecil ini, Pakatan Rakyat diwakili oleh Ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman manakala BN pula menyandarkan harapan ke atas bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, bagi mempertahankan kerusi Umno itu.

NONEMenurut Abdul Hadi, pengundi muda di Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat.

"Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan.
"Pengundi yang bukan Islam juga akan menyokong calon PAS," katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Abdul Hadi berkata, isu nasional dan tempatan akan diketengahkan sepanjang kempen bagi meraih sokongan pengundi di DUN itu.

NONEDUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lalu.

Cikgu Mala - Generasi Baru dalam PAS

Posted: 22 Jan 2011 06:26 AM PST

Pemilihan Normala Sudirman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mala untuk diangkat menjadi calon dalam PRK N05, Tenang bukan sahaja berbakat dan berpotensi bahkan sebagai simbol generasi baru dalam PAS yang memahami tanggungjawab berpolitik.
Menjadi calon bukanlah semata-mata mengejar glamor atau pangkat dan harta kekayaan tetapi ia satu keperluan, amanah dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan lebih besar adalah kepada agamanya.


Menurut Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pemilihan calon muslimat bukan secara membuta tuli tetapi disandarkan kepada tuntutan secara keperluan untuk menjaga maslah ummah dalam dunia yang mencabar.

"Pemilihan adalah berdasarkan merit. Kejayaan kita menempatkan beliau dan tentunya kerana keupayaan dan pakej kepimpinan yang dimiliki Cikgu Mala sendiri. Ini juga sebagai kejayaan PAS melahirkan figura-figura baru dalam lanskap politik negara yang kini menuntut kepada suatu perubahan yang jauh lebih bermakna," katanya.

Katanya, tindakan Cikgu Mala melepaskan profesion guru dalam usia yang begitu muda bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja jemaah membuktikan hala tuju dan peranan beliau lebih besar dalam masyarakat. Athirah juga percaya sistem kongkongan yang dikenakan oleh kerajaan BN ke atas kakitangan kerajaan untuk terlibat dalam parti-parti politik Pakatan Rakyat merupakan antara faktor utama perletakan jawatan Cikgu Mala.

"Hasratnya berkhidmat kepada rakyat tanpa sempadan waktu tanpa terikat oleh suatu peraturan yang tidak adil dengan tuntutan masyarakat semasa menjadikan Cikgu Mala menzahirkan keseriusannya untuk membantu dan membela rakyat tanpa tekanan,sekatan mahupun ugutan pihak majikan," katanya.

Beliau yakin pakej yang lengkap untuk rakyat memberi mandat kepada Cikgu Mala cukup terserlah apabila setiap kali kemunculan beliau di khalayak jelas diterima baik oleh ibu bapa dan tidak asing lagi di kalangan belia dan komunitinya.

Aiman yang turut mengiringi beliau semasa berkempen mengakui Cikgu Mala menjiwai perit jerih masyarakat dan memahami komunitinya memandangkan beliau merupakan juga di kalangan peneroka. Justeru, jelas Aiman Athirah calon PAS di N05 Tenang ini adalah sebahagian daripada generasi transformasi dan mengharapkan beliau diberi peluang oleh rakyat dan dibantu oleh generasi muda di semua peringkat.

"Tidak kiralah mereka itu generasi muda dalam Pakatan Rakyat atau di luar Pakatan Rakyat. Justeru kerana kita mahu dan sedang berusaha bersungguh-sungguh membawa budaya politik baru yang lebih bersih, beramanah dan bertanggungjawab ke dalam masayarakat dan negara kita," tegas Athirah.

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor

Posted: 22 Jan 2011 06:25 AM PST

LABIS, 22 Jan: Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.
Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.
"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan  ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.
"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.
Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.
"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.
Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.
"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.
"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

DAP bawa isu Interlok ke Tenang jika Putrajaya enggan selesai

Posted: 22 Jan 2011 06:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 Jan — DAP akan membawa kontroversi novel sastera Interlok ke medan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang mempunyai 1,780 pengundi India jika kerajaan enggan untuk menyelesaikan isu tersebut, kata naib pengerusinya M. Kulasegaran.
Kempen pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini dengan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Kulasegaran juga mengetepikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pertemuan Selasa lalu antara wakil MIC, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain berakhir dengan konsensus bahawa penggunaan novel itu oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lim tidak berniat mahu menghina kaum India.
"Penjelasan sedemikian atau hujah itu sebenarnya mengabaikan satu perkara penting di mana tiada seorang pun mempersoalkan niat penulis," kata Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini.
"Banyak pihak beranggapan pertemuan itu akan mencapai konsensus bahawa novel itu telah menyinggung masyarakat India dan kontroversi itu mesti diselesaikan segera," kata Ahli Parlimen Ipoh Barat ini.
Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu.
Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.
"Kita ada beberapa perkara sudah kita usulkan dan Kabinet minta kita teruskan perbincangan dengan MIC supaya lebih jelas bagaimana hendak atasi perkara ini termasuk menyediakan glosari, nota kaki dan panduan yang jelas disediakan kepada guru yang mengajar novel ini," kata beliau ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai isu Interlok.
Muhyiddin berkata, perbincangan mengenai novel tersebut akan diteruskan dengan pemimpin MIC sebelum keputusan muktamad diambil Kabinet sama ada meneruskan penggunaan novel tersebut dalam Sastera tingkatan lima atau sebaliknya.
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, beliau telah menjelaskan mengenai hasil perbincangan antara panel terdiri daripada wakil Kementerian Pelajaran dan pemimpin MIC sebelum ini kepada Kabinet Rabu lalu.
Berdasarkan makluman, perbincangan itu berlangsung dalam suasana yang baik, intelektual, profesional dan semua ahli panel mendengar hujah dan pandangan dalam suasana mesra, kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, sekiranya diteliti secara mendalam, (kandungan novel) tidak ada apa yang arus dibimbangkan.
"Pada peringkat akhirnya, saya dimaklumkan semua ahli panel akhirnya bersetuju bahawa novel Interlok adalah sebuah novel yang baik. Novel Interlok menyeru kepada soal perpaduan kaum. Ia selaras dengan gagasan 1 Malaysia," katanya.
Kulasegaran mendakwa kerajaan persekutuan mengheret isu daripada mencari jalan penyelesaian.
"Sesuatu yang mengecewakan kerajaan persekutuan tidak boleh memahami sentimen masyarakat orang India," kata beliau.
"Jika pemimpin-pemimpin Kabinet memahami sentimen masyarakat India, maka mereka sudah tentu tiada iltizam dan kemahuan politik untuk menyelesaikan isu ini," katanya.
Kulasegaran mendakwa masyarakat India marah kerana banyak fakta dalam novel itu tidak tepat dan membawa maksud menghina mereka.
Wakil rakyat itu juga mempersoalkan sama ada Interlok boleh menggalakkan perpaduan kaum dan sama ada novel kontroversial itu boleh digunakan di sekolah.
"Mengapa sukar sangat bagi Kementerian Pelajaran untuk membetulkan kesilapan?" kata beliau.
"Melainkan diselesaikan, DAP akan terus membawa isu Interlok ketika dan selepas pilihan raya kecil Tenang," katanya lagi.
Seramai 12 peratus atau 1,780 daripada 14,753 pengundi di Tenang adalah masyarakat India.
Kulasegaran juga memberi amaran tindakan melewatkan keputusan mengenai novel itu akan menyebabkan orang India menentang BN.
"Tiada pihak yang harus terkejut jika isu berlarutan, malah ia berkembang menjadi isu peringkat nasional ketika pilihan raya umum akan datang, dengan kemarahan di kalangan masyarakat terhadap BN," katanya.

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

Posted: 22 Jan 2011 06:23 AM PST

LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.
Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.
"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.
"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.
Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.
Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.
Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat. 
"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.
"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.,"  jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.
Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.

Wanita Pakatan perkasa rakyat di Tenang

Posted: 22 Jan 2011 06:22 AM PST

LABIS, 22 Jan - "Perhimpunan hari ini bertujuan untuk menghimpunkan seluruh petugas ketiga-tiga parti dalam usaha menyatukan petugas dan pimpinan Pakatan Rakyat dalam menentang calon BN pada pilihanraya Dun Tenang kali ini."
Dr Mariah Mahmud, Pengarah Jentera Wanita Pakatan Rakyat berucap demikian sempena Himpunan dan Pelancaran Jentera Wanita Pakatan Rakyat Tenang petang semalam.
Beliau menyifatkan Dun Tenang sebagai titik mula penglibatan wanita Pakatan Rakyat secara serius dalam pilihanraya dan seterusnya memenangi kerusi DUN mewakili wanita pertama di Johor.
"Walaupun Pilihanraya Kecil Dun Tenang ini merupakan pilihanraya kecil kali ke-14 selepas PRU 2008, pilihanraya kali ini benar-benar membawa wanita Pakatan Rakyat ke lapangan politik sebenar.
Katanya, peluang yang diberi itu dilihat lebih mengeratkan hubungan pimpinan dan petugas. Malah ianya salah satu cara memperkasa Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU akan datang.
"Kemenangan yang kita sasarkan tidak semestinya merupakan kemenangan mutlak buat calon PR iaitu Cikgu Mala,
"Lihat himpunan ini sebagai jalan rintis yang diharapkan dapat menembusi benteng tebal antara kita dengan pengundi," tambahnya.
Kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 70 peratus daripada pengundi di kawasan ini masih belum mengundi calon Pakatan Rakyat dalam piliharaya umum yang lalu. Ini berpunca dari dipengaruhi sumber maklumat arus perdana yang kebanyakannya diracuni oleh BN.
Justeru itu katanya, petugas perlu berani dan bersikap kreatif semasa berhadapan dengan pengundi bagi meyakinkan mereka memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman.

Prk Tenang : Antara Perang Calon Dan UMNO Sendiri

Posted: 22 Jan 2011 06:21 AM PST

Antara UMNO ketandusan pemimpin atau calon itu beli untuk menjadi calon. Pekara yang menjadi tanda tanya kenapa Azahar Ibrahim dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional di N5 DUN Tenang.

Terdapat desas-desus bekas timbalan pegawai daerah Rengit itu mempunyai sendikit rasuah tanpa rekod semasa menjawat jawatan tersebut.

Apa yang pasti UMNO Labis mula bergelora dengan calon tersebut. Lobi yang keterlaluan punya ahli biasa UMNO ini menjadi calon sudah berkumandang sejak beberapa hari lepas.

Kem Pemangku Ketua Bahagian dan Ketua wanita UMNO Labis dikatakan 'naik anggin' dengan pencalonan Azahar.

Tidak dinafikan pengundi cina memberi isyarat awal menolak bekas timbalan pegawai daerah itu tanpa diketahui apa sebenarnya menjadi kemarahan mereka.

Sejak kematian wakil rakyat N5, peneroka di Tenang mula memahami apa isu yang diutarakan oleh ANAK dan Pakatan Rakyat.

Pencatat tidak terkesan dengan sasaran BN untuk mendapat 5,000 undi majoriti menang. Antara boleh tercapai atau tidak, ia tetap dibelanjakan dengan jumlah wang yang besar.

segala penipuan dan fitnah ditaburkan oleh juak BN terutama UMNO. Wang dibelanjakan dengan mewah sekali. Sudah pasti ia dirompak dari rakyat dan kontraktor.

Lebih memalukan 45 orang asli yang menyetai KEADILAN dipujuk-ugut agar istihar keluar parti dan menyetai UMNO. Ia merupakan tindakan terdesak.

Tiga fokus utama Cikgu Mala

Posted: 22 Jan 2011 06:21 AM PST

LABIS, 22 Jan - Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang. Kedua, beliau akan menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan yang ketiga mewakili suara majoriti guru di Labis.
Normala pada sidang media selepas SPR mengumumkan calon layak bertanding memberitahu, sekurang-kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Tambah Normala lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir pagi tadi mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad depan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS. Normala Sudirman mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP sewaktu penamaan calon pagi tadi berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor". Beliau bersama pimpinan DAP lain turut turun padang menyokong kempen calon PR itu.

Calon BN menerima padah, Tok Ai di 'boikot' !

Posted: 22 Jan 2011 06:20 AM PST

Setelah tidak terpilih mewakili BN pada pilihan raya kecil DUN Tenang, ketiga-tiga calon yang disebut-sebut mewakili parti itu mula menunjukkan protes atas pencalonan Tok Ai dimana kehadiran mereka pada pagi ini dilihat sekadarnya saja.

Sumber risikan Agensi Berita ABC yang dihubungi di tapak penamaan calon pagi ini menjelaskan berlaku pergeseran dan juih-menjuih mulut yang ditujukan kepada isteri calon BN last minute@Tok Ai oleh Ketua Wanita, Haslinda Salleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pucuk pimpinan parti memilih Tok Ai, menjadi calon. 

Bercakap kepada beberapa pemberita pagi ini, Haslinda  berkata rasa tidak berpuas hati itu terbit bukan sahaja daripada beliau malah turut dirasai oleh para penyokongnya.
Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai).  Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati.

Ketika ditanya pemberita adakah beliau merajuk, Linda tegas memaklumkan bahawa tidak timbul istilah merajuk kerana tidak dipilih menjadi calon, kerana itu bukan sikap sebagai seorang pemimpin politik yang berpengalaman. 

Walaubagaimana pun beliau melahirkan rasa kecewa, "Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.

Menurut Haslinda lagi, berlakunya perpecahan sokongan khalayak susulan mereka tidak terpilih menjadi calon. Lagi pula menurut Haslinda apabila ditanya mengenai kebimbangan - Mohd Azahar yang tidak mempunyai jawatan di dalam parti, ini sudah pasti akan memberi kesan penurunan besar pengundian kepadanya.

"Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.


Bagi naib ketua bahagian pula, Hashim Daud, tujuan utama beliau berkecimpung dalam dunia politik "bukan untuk kejar apa-apa". "Kita bekerja sebagai satu pasukan. Saya tidak mempunyai penyokong yang kuat. Kalau ada, sudah tentu saya jadi ketua bahagian. Saya mahu banyak kawan dan nak kurangkan musuh. Saya nak tolong kampung, (oleh itu) tidak semestinya kena jadi macam tu (Tok Ai)," katanya ketika dihubungi pagi ini di sebuah kedai kopi di Pekan Labis.

" Kesilapan memilih calon di DUN Tenang secara tidak langsung telah menyebabkan wujud perpecahan sokongan kepada BN, Umno khususnya mula dilihat berpuak-puak kini atau memang BN memang menempah untuk kalah. Kalau nak kemenangan, buat cara mahu menang, " tegas Rasdin.

Agensi Berita ABC turut mendapatkan pandangan daripada Hashim yang juga bapa saudara Mohd Azhar, dimana beliau pula berkata bahawa, anak saudaranya itu sebelum ini pernah bertanding untuk kumpulan G7 ke persidangan UMNO tahunan, tetapi beliau tewas teruk dalam pemilihan tersebut. 

Menurutnya, pemilihan Azhar atau Tok Ai memang sudah dijangka, malah perkara yang digembar gemburkan bahawa "keluarganya menguasai" untuk jawatan tertentu di kawasan Labis itu adalah benar belaka. "Setengah daripada Labis ini adalah saudara maranya, maka ia akan memberi kelebihan untuk beliau untuk dicalonkan ," katanya dengan nada yang sedikit angkuh./Albanjari

Dua buah helikopter TUDM mendarat cemas di Tenang?

Posted: 22 Jan 2011 06:19 AM PST

Satu ketika dulu, iaitu pada 15 Ogos 2009, Muhyiddin Yasin pernah menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat dan kemudian menggunakan heli yang sama untuk pergi merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang di Sabah.
Beliau menggunakan kemudahan kerajaan untuk urusan parti atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk pergi mempengerusikan mesyuarat UMNO.
Jika beliau pergi atas kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri, itu lainlah. Memang ada peruntukan untuk beliau menggunakan kemudahan helikopter atas urusan negara.
Perkara ini mungkin tidak terdedah kepada pengetahuan umum sekiranya helikopter berkenaan tidak melakukan pendaratan cemas akibat cuaca buruk seperti yang dilaporkan dalam media arus perdana.
Sehubungan itu, Lim Kit Siang telah menimbulkan perkara itu dalam Parlimen dan minta SPRM melakukan satu siasatan. Seperti biasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bertindak untuk 'meredakan keadaan' dengan mengarahkan satu siasatan oleh SPRM atas dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.
Dan hasil siasatan, pun macam biasalah, membersihkan sebarang salahlaku dengan memberikan jawapan Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Garis panduan hanya meliputi tugas sebagai TPM bukan sebagai Timbalan Presiden Umno! Namun akhirnya, kes berkenaan disenyapkan begitu saja.
Pada hari ini, dilaporkan terdapat dua buah helikopter eksekutif milik TUDM berada di Tenang, Johor dan hari ini adalah merupakan Hari Penamaan Calon PRK DUN Tenang. Memandangkan penamaan calon melibatkan parti-parti politik, kita tidak nampak keperluannya dua buah helikopter milik TUDM untuk 'hadir' di Tenang. Semua yang datang ke Tenang adalah atas urusan parti semata-mata.
Yang mempunyai urusan rasmi pada ketika itu hanyalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bapak menteri ataupun Datuk menteri yang hadir ke Tenang adalah atas kapasiti ahli parti politik semata-mata. Nampaknya ada yang tidak kena sekali lagi. BN-umno apco tidak dapat membezakan tugas rasmi penjawat awam dan tugas rasmi parti politik.
Semoga ada pihak yang akan membawa isu penyalahgunaan harta kerajaan ini dalam usaha mereka berkempen untuk calon parti yang bertanding dalam PRK DUN Tenang ini. Janganlah nanti Nazri Aziz memaklumkan bahawa kedua-dua helikopter milik TUDM ini terpaksa melakukan pendaratan kecemasan secara serentak  kerana kehabisan bekalan bahan api hingga menggoncang ketenangan Hari Penamaan Calon di DUN Tenang. Menteri 'pak lawak' umno-apco ni memang terkenal dengan jawapan 'melepaskan bewak daripada dalam guni'.
Gambar-gambar helikopter berikut dikirimkan oleh seorang pengguna FaceBook ke FaceBook M@RHAEN menunjukkan dua buah helikopter berkenaan sedang berada di padang Sekolah Menengah Kamarul Arifin dalam DUN Tenang pada jam 2.09 petang tadi.

Bukti Gambar...Siapa "Sesat" Di Tenang..??

Posted: 22 Jan 2011 06:18 AM PST

Ramai dikalangan penyokong Umno tak faham bab sesat ni,alih-alih
main hentam somborono ngatakan Nik Aziz sesat dan para penyokong
PAS sesat.Nak tahu macam mana katakan sesat..maka sabda Rasulullah..

إني خلـّفـت فيكم شيئين، لن تضلوا بعدهما أبدا، كتاب الله وسنتي
Aku tinggalkan pada kamu dua perkara,yang jika kamu pegang teguh pasti
kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Kitabullah dan SunahKu.


Jadi lu orang cuba tengok gambar kat atas tu siapa yang sesat Umno
atau PAS ?? Allah telah berfirman dalam surah An Nur 31 dan Al Ahzab 59
supaya kaum wanita WAJIB menutup aurat sehingga melabuhkan
tundungnya melebihi paras dada.

Maka inilah pimpinan yang Zalim (Tidak meletakkan sesuatu hukum
pada tempatnya) Untuk itu Allah melarang manusia daripada
menyokong pemimpin yang Zalim ini dalam ayat yang bermaksud
"Barang siapa yang cenderung kepada pimpinan yang zalim kelak
disambar oleh api neraka"..Nauzubillah

Tenang : Catatan Dari Belakang Perarakan

Posted: 22 Jan 2011 06:18 AM PST

SEPANJANG proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang hari ini saya tidak berada di posisi depan seperti lazimnya. Saya hanya bergerak dari belakang mengikut perarakan para penyokong Pas. Perjalanan sejauh lebih 2 km memenatkan saya dan beberapa rakan lain. Saya datang agak lewat menyebabkan tidak dapat parking kereta lebih dekat dan memaksa kami berjalan agak jauh.

Apapun demi untuk penjenguk blog ini saya tidak menghiraukan kepenatan, tetap juga merakam berapa gambar untuk idaman mata. Kata orang untuk tidak begitu kecewa bila buka blog saya, langsung tak ada peristiwa di Tenang. Jadi jawabnya adalah juga dengan ada sedikit beberapa keping foto ini.

Terimalah beberapa gambar yang sempat disajikan.

Dan seperti mana telah sedia maklum perlawanan adalah dua penjuru di antara calon Pas, Shopia Loren (Normala) dengan Azahar Ibrahim dari UBN. [Mana-mana rakan yang berada di barisan hadapan dan dapat merakam gambar yang menarik bolehlah dikirimkan kepada saya untuk dipaparakn dalam blog ini].

Saya juga tidak dapat memberi angka himpunan penyokong kedua pihak kerana saya tidak kedepan dan tidak boleh membuat anggaran. Cuma apa yang saya nampak perarakan di sebelah Pas seperti selalulah.. keadaanya seperti mana yang dilihat di mana-mana perarakan calon pilihan raya kecil sebelum itu, maka begitulah juga apa yang berlaku di Tenang. Ia meriah dan penuh bersemangat. Kali ini saya namap ramai kanak-kanak yang dibawa dan ikut sama memawa bendera Pas.

Yang saya dapat catatkan sedikit di sini ialah rasa kagum saya kepada Pas yang berkembang pesat di Johor. Mungkin ramai yang tidak tahu macam mana sejarah Pas Johor berkembang. Saya bernasib baik dalam hal ini kerana pada tahun 1978 sewaktu Pas Johor mula digerakkan secara aktif saya berada di Batu Pahat Johor.

Betapa waktu itu keadaan Pas menyedihkan dan sungguh mencabar. Sambutan ke atas ceramah Pas langsung tidak mendapat sambutan. Di sesetengah ceramah ianya dihadiri beberapa puluh orang saja. Ini menyebabkan Pas terpaksa bergerak dari rumah ke rumah. Pernah berlaku semasa ceramah Pas bertembung dengan ceramah bekas MB, Tan Sri Othaman Saad, polis bertindak mematikan pembesar suara di sebelah Pas.

Walaupun Pas ditekan dan dizalimi, namun pejuang Pas tidak pernah kalah dan mengaku kalah. Mereka tetap berjuang untuk menghidupkan Pas. Kebanyakan yang menjadi pendorong atau pemimpin Pas di Johor waktu itu ialah anak-anak Kelantan yang ditukar ke negeri berkenaan kerana penglibatan mereka dalam politik Pas.

Umno mengambil tindakan menukarkan mereka ke Johor dengan harapan mereka meninggalkan Pas. Tetapi lain pula jadinya. Mereka yang dipindah dan ditukar ke Johor atau ke mana-mana negeri secara tidak langsung menjadi agen mengembangkan Pas. Saya yakin Pas yang berkembang di Johor hari ini adalah hasil kesungguhan perjuangan orang Pas terdahulu. Pohon Pas yang merimbun kini adalah hasil benih Pas yang ditanam oleh orang terdahulu sejak lebih 30 tahun lalu.

Saya sangat berharap ada mana-mana ahli Pas atau mereka yang pernah mengikuti perkembangan Pas di Johor dapat mencatat dan menulis sejarah Pas Johor agar ia menjadi renungan dan bacaan ilmiah bagi ahli dan penyokong terkemudian. [wm.kl.6:00 pm 22/01/11]


Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 22 Jan 2011 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


SPR mungkin boleh halang PRK Pelabuhan Kelang, tapi tak boleh nak halang PRK Merlimau

Posted: 21 Jan 2011 05:19 PM PST

Pemergian Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, ADUN Merlimau yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka memang tidak diduga oleh sesiapa sekalipun beliau telah dimasukkan ke hospital sejak minggu lepas selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor yang jatuh pada 30 Januari ini.

Hasrat SPR yang mengharapkan pilihanraya kecil DUN Tenang akan menjadi pilihanraya yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum nampaknya tidak kesampaian.



Ia sebagai bukti bahawa kuasa dan perancangan Allah sentiasa mengatasi kuasa dan perancangan manusia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Setakat ini SPR telah mengendalikan 13 pilihan raya kecil dengan yang pertama pada Ogos 2008 membabitkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yang terakhir kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi awal bulan lalu. PRK Tenang adalah yang ke 14 sementara Merlimau nanti adalah yang ke 15.

Namun, pilihan raya kecil sepanjang tempoh selepas Mac 2008 hingga sekarang bukan kali pertama negara menyaksikan pilihan raya kecil yang banyak jumlahnya.

Yang paling banyak iala sebanyak 16 pilihan raya kecil telah diadakan sepanjang tempoh antara 1995 dan 1998 iaitu sebelum pilihan raya umum 1999.

Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

N27 Merlimau, di dalam pilihanraya umum yang lepas menyaksikan pertandingan dua penjuru diantara BN dan PAS. Di dalam pilihanraya sebelumnya (2004) Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) telah memenanginya dengan majoriti 5,087 undi. Pada PRU 2008, majoriti BN merosot dan hanya menang dengan 2,154.

Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Dari Tenang kita ke Merlimau pula nanti./PASPB

Artikel asal : Selatan Online

Dupahang's Weblog

Posted: 22 Jan 2011 11:30 AM PST

Dupahang's Weblog


Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

Posted: 22 Jan 2011 01:58 AM PST

Perang kartun di Tenang KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia. Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan [...]

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

Posted: 22 Jan 2011 01:42 AM PST

22 Januari 2011 (Sabtu) 1) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Bersama Masyarakat India Lokasi : Restoran G&D, Pekan Labis Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Prof Dr Ramasamy 3. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng 4. YB Manikavasagam 5. YB S Manikumar 6. YBhg Surendran 7. Normala Sudirman (Calon) 2) 9.00 [...]

53 TAHUN MCA BERKAWAN DENGAN UMNO.. INILAH HASILNYA

Posted: 21 Jan 2011 06:17 PM PST

http://najwasuhaimi.blogspot.com/ Dalam kenyataan terbaru Chua Soi Lek (CSL) dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di kuil Buddha San Ti Shu dalam kawasan Labis, beliau mempersendakan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan kulit antara lelaki dan wanita. Merujuk kepada calon PAS Normala Sudirman, CSL secara sarkastik menyindir cara Normala berjabat tangan dan cara Presiden PKR Dr Wan [...]

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

Posted: 21 Jan 2011 06:04 PM PST

Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria   LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya  Kecil Tenang. Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Jan 2011 11:28 AM PST

Batu Gajah Mari


PAS Yakin

Posted: 22 Jan 2011 07:27 AM PST

LABIS, 22 Jan - PAS optimis memenangi piliharaya kecil Dun Tenang kali ini. Presiden PAS ketika ditemui berkata ianya berdasarkan kepada beberapa faktor.
"Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor," katanya sewaktu sidang media selepas penamaan calon pagi tadi.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

"Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini," tambahnya.

Pilihanraya kecil Dun Tenang ini adalah pilharaya kecil ke 14 selepas Pilihanraya Umum 2008 lalu.

Lensa Batu Gajah Mari: Suasana Penamaan Calon DUN Tenang

Posted: 21 Jan 2011 10:09 PM PST



Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan Normala Sudirman, 38, dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Sebanyak tiga bantahan dikemukakan kepada SPR tetapi semuanya ditolak.


gambar dari lensa kamera Paeh|Batu Gajah Mari












































Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Jan 2011 11:22 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Katakan Tak Nak Pada UMNO

Posted: 22 Jan 2011 02:55 AM PST

Tiga fokus utama Cikgu Mala

Posted: 22 Jan 2011 02:53 AM PST

LABIS, 22 Jan - Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang. Kedua, beliau akan menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan yang ketiga mewakili suara majoriti guru di Labis.

Normala pada sidang media selepas SPR mengumumkan calon layak bertanding memberitahu, sekurang-kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Tambah Normala lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.

Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir pagi tadi mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad depan akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS. Normala Sudirman mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP sewaktu penamaan calon pagi tadi berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor". Beliau bersama pimpinan DAP lain turut turun padang menyokong kempen calon PR itu.

Sekitar Hari Penamaan Calon Dun Tenang, Johor

Posted: 21 Jan 2011 11:25 PM PST















 Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

Posted: 21 Jan 2011 07:02 PM PST

LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

22 Januari 2011 Penamaan Calon Dun Tenang

Posted: 21 Jan 2011 03:24 PM PST

Forum BERSIH 2.0 - Balai Islam, Lundang Kelantan

Posted: 21 Jan 2011 02:59 PM PST












Dun: Umno putar belit tafsir undang-undang?

Posted: 21 Jan 2011 02:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Umno disifatkan sengaja memutarbelit tafsiran undang-undang apabila mengatakan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim tidak mempunyai kuasa untuk mengumumkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Sebaliknya, speaker Dun negeri sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya dan berhak mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi Dun jika menepati tafsiran undang-undang.

Semalam, Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun dalam reaksinya mengatakan Teng tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang. Sebaliknya, yang berhak menentukan kekosongan kerusi itu adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut beliau, Speaker Dun Selangor hanya bertanggungjawab untuk memaklumkan kekosongan kerusi Dun secara bersurat.

Oleh itu, beliau berpendapat, tindakan Speaker Dun Selangor yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Pelabuhan Klang itu sebenarnya adalah cubaan untuk membawa kes Kota Seputeh, Kedah untuk diguna pakai dalam hal di Pelabuhan Klang.

Pakar perundangan, Prof A. Aziz Bari dalam ulasannya bagaimanapun berkata, dari segi prinsip undang-undang, speaker sememangnya mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang diketuainya.

Sebaliknya, SPR tidak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisinya menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihanraya.

"Tetapi mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, apabila keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, masih awal untuk meramalkan status kerusi Pelabuhan Klang.

"Dengan itu, kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor," katanya kepada wartawan.

Dalam hubungan ini, katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, yang diisytiharkan hilang kerusinya itu semalam, berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Teng Chang itu sebagai tidak sah.

Menurutnya, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan. Jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dengan keputusan Teng, dia boleh membawanya ke mahkamah.

"Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini. Speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," katanya.

Di Perak, keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan tiga kerusi Adun yang melompat parti, dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah.

Berdasarkan kes mahkamah terhadap Adun Behrang dan dua yang lain di Perak, kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi itu terletak pada SPR.

"Di Kedah pula, keputusan speaker yang melaksanakan peruntukan perlembagaan terhadap kerusi Dun Kota Seputeh sebagaimana di Selangor semalam, masih tergantung.

"Tema pokok dalam semua kes-kes itu, meskipun isu dan faktanya berbeza; yakni pilihan raya perlu dielakkan. Inilah yang menyedihkan kerana ini bukan kerja mahkamah. Ia juga bukan kerja SPR. Kerja SPR ialah menjalankan pilihan raya bila berlaku kekosongan, tetapi ini kerja speaker," tegas Aziz.

Jasindaily Online

Posted: 22 Jan 2011 09:34 AM PST

Jasindaily Online


Sokongan Bukan Islam kepada PAS dan Pakatan Rakyat di Merlimau Semakin Meningkat

Posted: 22 Jan 2011 02:27 AM PST

Jom Hadir Jamuan dan Ceramah Pakatan Di Dun Merlimau

Posted: 22 Jan 2011 02:11 AM PST

PAS Kawasan Gerik

Posted: 22 Jan 2011 09:27 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Gempur kubu BN: Gambar sekitar 30 ribu penyokong PAS/PR di hari penamaan calon N.05!..(video inside)

Posted: 21 Jan 2011 11:09 PM PST

INFO:

1. Dilaporkan ini adalah kali pertama dalam sejarah perhimpunan politik paling ramai di wilayah Selatan tanah air, negeri Johor Darul Takzim..hampir 80 ribu berkumpul dalam satu-satu masa oleh kedua-dua belah pihak (PR/BN)..

2. PAS/PR mencatat sejarahnya tersendiri apabila mampu menghimpunkan hampir 50 ribu peyokong di negeri Johor, sebuah negeri jajahan takluk Umno sejak sekian lama (kubu kuat BN)..ia sesuatu diluar jangkaan..lokasi tempat berkumpul penyokong PR melimpah ruah sehingga beberapa kilometer..(rujuk video di bawah)

3. Rekod hadirin penamaan calon kali ini hampir menyamai rekod terbesar penamaan calon di Malaysia iaitu di PRK Permatang Pauh, PRK Bukit Gantang, dan PRK Kuala Terengganu..puluhan ribu penyokong PAS-PKR-DAP (Melayu-Cina-India) menghadiri hari penamaan calon sebagai bukti sokongan padu kepada calon PAS!

4. Soal menang atau kalah itu soal kedua, apa yg penting dari ini ialah semangat yg ditonjolkan oleh penyokong ini baik dari dalam dan luar menunjukkan mereka benar-benar mahu perubahan pada PRU ke 13 nanti..mereka mampu hadir tanpa sebarang bayaran dan paksaan..ia juga sebagai proses tarbiah ahli/penyokong parti untuk jangka masa panjang..fikir2kan..wallahua'lam..



























(Ada juga yang tersesat..ni kes sbb import orang luar datang nk ramaikan penyokong BN..nasib la badan..;D..sumber gambar: Madzamtoklah Madzam..)







Sumber: http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Pemuda Guchil

Posted: 22 Jan 2011 09:21 AM PST

Pemuda Guchil


Ahli Umno Labis Protes Pemilihan Mohd Azhar sebagai calon

Posted: 22 Jan 2011 12:50 AM PST

Larang logo Pakatan - SPR berfikiran sempit

Posted: 22 Jan 2011 12:49 AM PST

PRK Tenang: Bukan Islam Terima Baik Cikgu Mala

Posted: 22 Jan 2011 12:49 AM PST

Posted: 22 Jan 2011 12:47 AM PST

Posted: 22 Jan 2011 12:46 AM PST

Posted: 22 Jan 2011 12:45 AM PST

Mengapa wakil rakyat banyak meninggal dunia selepas PRU 2008

Posted: 22 Jan 2011 12:45 AM PST

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Jan 2011 09:20 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


DHPP mengorak langkah bantu PAS menangkan calon di kawasan bukan MELAYU

Posted: 22 Jan 2011 05:38 AM PST

22.1.11. DUN TENANG ,LABIS, JOHOR
Selesai penamaan calon, LPN PAS PUSAT sempat bermesyuarat dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS PUSAT untuk merangka strategi membantu memenangkan calon PAS NORMALA SUDIRMAN di bilik mesyuarat TENANG.Mesyuarat dipengerusi oleh YB DR MUJAHID RAWA.Turut hadir Timbalannya YB Dr Hjh Halimah Ali, Setiausaha HJH KAMARIAH,Pengerusi DHPP Pusat HU PANG CHAW, Timbalan BALASUBRAMANIAM, KETUA WANITA KUMUTHA dan lain-lain
Keyakinan DHPP bersama PAS yang dilihat berintegriti dan mempunyai prinsip perjuangan yang jelas dan berterus terang serta jujur mahu memperjuangkan nasib mereka seperti saudara sendiri memberi semangat luar biasa di kalangan mereka.
Takbir, dibawah payung PAS mereka rasa masa depan mereka lebih terjamin.
Mereka juga menerima disiplin yang dikenakan oleh PAS untuk menjaga keutuhan parti.
PAS for all!
Mereka menerima sepenuhnya pencalonan NORMALA.. Bahkan mereka semakin tersingkap hijab yang  ditanamkan MIIC/MCA/UMNO/BN persepsi bahawa PAS meletak wanita sebagai second class.
   Mereka sudah biasa melihat dalam LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS PUSAT sendiri di mana TIMBALAN PENGERUSI dan SETIAUSAHAnya adalah daripada kalangan Muslimat.
Pengundi Kaum Tionghua DUN TENANG bersama mengangkat bendera PAS dengan YB DR HALIMAH dan HJH KAMARIAH 

TENANG; NORMALA BERPELUANG MENANG

Posted: 22 Jan 2011 04:43 AM PST

DUN N05 TENANG LABIS JOHOR.
YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi LPN PAS Pusat
merangkap Pengerusi LPN PAS Selangor bersama-sama dengan AJK LPN DMPP dan LPN SELANGOR mengetuai rombongan satu bas DHPP SELANGOR menuju ke TENANG JOHOR untuk penamaan calon.
DHPP Selangor diketuai oleh Pengerusinya En Letchmanan dan Naib Pengerusi Mr Song, ketua wanita DHPP Venie untuk memberi sokongan moral kepada calon PAS yang merupakan AHLI JAWATANKUASA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT.

YB Dr Halimah juga terserempak dengan seorang OKU yang perlu disorong dengan kerusi roda yang jelas ceria mendapatkan bendera PAS. Wanita DHPP(DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS) juga ramai yang turun memberi sokongan kepada CIKGU MALA. Tahniah kepada calon DMPP.Tahniah kepada PAS. Tahniah kepada PAKATAN RAKYAT.

PERGI TAK KAN KEMBALI MENCERITAKAN APA YANG TERJADI

Posted: 21 Jan 2011 09:26 AM PST


i n t a n h i j a u

Posted: 22 Jan 2011 07:12 AM PST

i n t a n h i j a u


AKTIVITI SEMINGGU ADUN CHANGKAT JONG / اکتيۏيتي سميڠݢو ادون چڠکت جوڠ

Posted: 21 Jan 2011 11:09 PM PST

20 Januari 2011
Menziarahi warga emas di Hospital Teluk Intan.



21 Januari 2011
Solat Jumaat dan ziarah di Kg. Ayer Hitam
YB Anuar disambut mesra oleh Timbalan Pengerusi Masjid Ayer Hitam.

Beramah mesra dengan salah seorang jemaah masjid selepas solat Jumaat.

Mengunjungi rumah Sdr. Rami bin Kasan, pesakit kencing manis.


Memberi sedikit sumbangan dan nasihat kepada Sdr. Rami.

Bersama Ketua PAS Cawangan Ayer Hitam, Sdr. Mohd. Nor Yatim.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 22 Jan 2011 03:34 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Penamaan Calon PRK DUN Tenang Dihadiri Puluhan Ribu Penyokong PR

Posted: 21 Jan 2011 08:32 PM PST

22 Jan - Selesai sudah proses penamaan calon PRK DUN Tenang. PAS lawan BN. Ramai yang hadir berpendapat ini adalah himpunan mengiringi calon PR yang paling ramai sepanjang sejarah PRK selepas PRU 12. Harakah Daily menyebut beribu-ribu dan Buletinonline menyasarkan 20 orang yang mengiringi calon PAS, Cikgu Normala Sudirman.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Naib-Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Turut menyertai perarakan ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw. Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.



Pesuruhjaya PAS Johor bersama-sama mengiringi calon.

Lautan penyokong PAS

Calon BN dan Pasukan Pengiring

Presiden PAS dan rombongan mengiringi calon PAS

Cikgu Normala disahkan sebagai calon yang bertanding mewakili PAS 
dan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN.

Rentetan Hari Penamaan calon daripada laman rasmi http://n05tenang.pas.org.my


12:01
admin: 
Kempen kedua-parti kini bermula sehingga 12 tengah malam 29 Januari, Sabtu nanti.
12:00
admin: 
Kedua-dua penyokong calon mula beredar. Keadaan di pusat penamaan calon mula lengang.


11:48
admin: 
Laungan takbir bergema dari kumpulan penyokong Pakatan Rakyat.
11:43
admin: 
Calon PAS mula bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11:42
admin: 
Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman mendahului nama calon BN dalam kertas undi.
11:37
admin: 
Sah, hanya satu lawan satu di Tenang, BN-PAS

11:29
admin: 
Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding.
11:27
admin: 
Ada tiga bantahan dikemukakan, tetapi Md Asri menolak semua bantahan tersebut.

11:24
admin: 
Keadaan di dewan pencalonan - masih menunggu nama-nama calon yang layak bertanding diumumkan.
11:18
admin: 
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.


11:13
admin: 
Tempoh bantahan berakhir.
10:55
admin: 
Masa bantahan masih berbaki 5 minit. Jika tidak ada calon yang ditolak, pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Azahar dan Normala.

10:53
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dun Tenang ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Negeri Johor, Haji Dzulkefly Ahmad.
10:33
admin: 
Manakala calon BN pula, Mohd Azahar Ibrahim dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10:29
admin: 
Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.
10:28
admin: 
Pengarah Pilihan Raya Kecil BN Dun Tenang ialah Datuk Abdul Ghani Othman.

10:23
admin: 
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. Tidak ada calon Bebas yang mengemukakan pencalonan.
10:03
admin: 
Pegawai SPR mengumumkan tempoh hantar kertas pencalonan ditutup. Tempoh bantahan selama sejam bermula, jika ada.

9:49
admin: 
Kedua-kedua calon dan pimpinannya berbual sesama mereka di khemah yang disediakan SPR.
9:46
admin: 
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing.

9:41
admin: 
Calon PAS, Puan Normala Sudirman mengemukakan borang pencalonannya jam 9.10 pagi tadi.
9:38
admin: 
Sementara di luar dewan, kedua-dua penyokong parti berkumpul. Penyokong BN bernyanyi, Penyokong Pakatan Rakyat mengibarkan kain rentang seperti 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sambil berselawat.

9:32
admin: 
Pegawai pengurus SPR bagi pilihan raya Dun Tenang ini ialah Md Asri Amir.
9:29
admin: 
Azahar calon pertama menyerahkan borang pencalonannya.

9:28
admin: 
Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan jam 9.02 tadi. Kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.
9:24
admin: 
Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

9:20
admin: 
Pintu laluan masuk yang kecil menyebabkan pimpinan kenamaan berasak masuk ke dewan.

PAS TAMBUN

Posted: 22 Jan 2011 01:34 AM PST

PAS TAMBUN


PROSES PERBICARAAN DI MAHKAMAH JAWI SELESAI

Posted: 21 Jan 2011 03:24 AM PST

Senyuman lega para penjamin di kaunter Maybank Nibong Tebal, proses menukar Fix Deposit jaminan sedang dilakukan.

Mereka inilah orang paling berdebar di sepanjang kes di Mahkamah Jawi masih berjalan, kerana mereka orang tidak bersalah jika berlaku apa-apa terhadap OKT merekalah yang akan bertanggungjawab.

KP : Terima kasih kepada Abg Mokhtazar dan Tn Syed Syam..

DI ANTARA PERMATA PEMUDA

Posted: 21 Jan 2011 02:02 AM PST


Hafiz Zainuddin adalah aktivis pemuda tambun di sekitar tahun 1995, beliau juga amat minat dengan aktiviti kepemudaan dan beliau juga ada tenaga pengerak Kelab Kami Anak-anak Muslim, dan sekarang sebagai penulis bebas di beberapa kolum di Online Newspaper samada di Indonesia dan Malaysia..

KP : Satu hari ini kita akan berkenalan lebih dekat dengan beliau..

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Jan 2011 01:31 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Najib ke hulu, Rosmah ke hilir

Posted: 21 Jan 2011 08:28 PM PST

Oleh : Hafizi Pauzi

LABIS, 22 Januari : "Saya kira kenyataan Rosmah dengan mengatakan bahawa beliau tidak peduli apa orang mahu kata kepadanya, yang penting beliau ke luar negeri untuk kepentingan negara, saya sifatkan sebagai kenyataan melepas batuk ditangga dan ingin lari dari masalah sebenar" kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa ditemui di pusat penamaan calon disini hari ini.

Beliau diminta memberi respon berkenaan jawapan rosmah berikutan kritikan ramai pihak terhadap tindakannya tidak ubah seperti menteri kabinet.

Rosmah telah membuat lawatan kerja ke beberapa buah negara yang sepatutnya dijalan yang punyai portfolio menteri .

Dalam pada itu, Rosmah juga dilaporkan mempunyai pejabatnya sendiri di purtajaya, walhal beliau cuma isteri Perdana Menteri yang hanya layak mendampingi PM ke mana-mana sahaja suaminya pergi.

"Saya hairan bila melihat Najib ke hulu, Rosmah ke hilir dengan tugas negara masing-masing" katanya

Tambahnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak, pejabat Rosmah yang sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. Tentunya memerlukan dana tambahan ubtuk beroperasi.

"Saya mempersoalkan dari sumber mana wang yang digunakan untuk pejabat Rosmah" Soalnya.

Beliau juga menganggap tindakan itu adalah satu pembaziran dan semacam menyalahgunakan wang rakyat demi untuk memuaskan hati Rosmah yang gilakan jawatan first lady.

Menurut beliau juga juga dikenali dengan blogger Cina Islam itu, Keangkuhan ini makin menjadi-jadi dalam masa yang sama mengenepikan permaisuri agong sebagai wanita pertama negara yang sebenarnya, tindakan ini merupakan penderhakaan beliau terhadap institusi beraja sehingga kini masih diteruskan dengan penuh angkuh.

Selain dari itu Drs. Khalil mendedahkan, Rosmah juga mempunyai laman web sendiri yang menggunakan server perdana menteri yang dianggap sebagai amat istimewa bagi golongan bukan menteri kabinet dan penjawat awam tertinggi.

"Rosmah semakin besar kepala selepas peroleh bajet RM111 juta mengatasi bajet yang diperolehi bagi bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah yang cuma RM95 juta," jelasnya lagi.

Jika benar Rosmah meletakkan tujuan berpusat kepada rakyat dengan penuh ikhlas, beliau perlu keluar dari kemewahan yang beliau nikmati dari bajet RM111 juta tersebut.

"Bajet RM111 juta itu cuma dinikmati oleh beberapa kerat golongan elit, bukannya rakyat seluruhnya" ujarnya.

"Apakah keistimewaan rosmah sebagai isteri Perdana Menteri sehingga telah menafikan hak 24 juta rakyat Malaysia," soalnya.

Puluhan Ribu banjiri Labis sokong Cikgu Mala

Posted: 21 Jan 2011 06:00 PM PST

17 Safar 1432H [MOD]..

Hazayani Zakaria

LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.(Hdaily)

15 ribu bersama Cikgu Normala

Posted: 21 Jan 2011 05:30 PM PST


Oleh : Nazri Abdullah, Hazayani Zakaria
Kronologi :

9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.10 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama barisan pencadang, penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.07 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am: Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.50 am: Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.

8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.

8.23 am: Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.20 am: Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.06 am: Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am: Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.

Rosmah terus ganggu pentadbiran negara

Posted: 21 Jan 2011 04:45 PM PST



Oleh : Hafizi Pauzi [MOD]..

PARIT BUNTAR, 21 Jan : Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya adalah satu pembaharuan yang julungkali ada dalam sejarah pentadbiran Negara dan perkara ini boleh disifatkan sebagai tindakan tiada adab dan biadab dalam isu pentadbiran negara," kata Ketua Penerangan PAS Perak ,Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

Dalam sesi temuramah itu, YB Khalil memberi respon dengan menjelaskan bahawa pejabat rasmi Rosmah yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen.

Tambahnya, bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

"Dia isteri PM, jadi dia tidak perlu bekerja untuk sara keluarga, malah PM sudah ada menterinya yang lengkap dengan jabatan bagi mengurus tadbir kerajaan, rosmah tidak diperlukan, dia tidak lebih dari mendampingi PM dalam majlis rasmi seperti amalan isteri PM sebelum ini . Dan jangan gila nak jadi menteri dan lakukan sesuatu yang tidak masuk akal," kata YB Khalil Idham Lim.

Dalam pada itu, YB Khalil mempersoalkan tindakan Rosmah menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kompetensi Guru Dalam Membentuk Generasi Akan Datang' pada Persidangan Antarabangsa Pertama anjuran Kementerian Pendidikan Arab Saudi minggu lepas.

"Menteri-menteri yang dilantik dalam kabinet Najib seolah-olah sudah hilang peranan, siapakah Menteri Pelajaran ? Mengapakah semudah itu dan tanpa ada rasa bersalah dia melakukan kerja-kerja menteri berulang kali? Soal beliau.

Beliau juga menyifatkan, Malaysia sudah mempunyai kerajaan yang layak diberi jolokan sebagai kerajaan suami isteri,

"suatu yang amat memalukan jika perkara ini sampai ke pengetahuan rakan-rakan dari negara luar, Malaysia dilihat bercelaru apabila isteri PM melakukan kerja-kerja menteri kabinet." ujarnya.

Ahli umno khususnya, wajar berfikir kembali mengenai taat setia mereka terhadap BN, sanggupkah anda melihat negara luar terus mentertawakan Malaysia tercinta disebabkan pemimpin BN berkelakuan pelik dan aneh" soalnya.

'Kerana itu beliau berpandangan bahawa kerja Rosmah hanya boleh dihentikan dengan mengalahkan BN dengan memberilah peluang kepada PR memulihkan imej Negara pada PRU13 nanti," ujarnya. Katanya lagi bila Najib terus berkuasa selagi itu Rosmah akan menganggu pentadbiran negara.

Wakil Rakyat untuk Rakyat !

Posted: 21 Jan 2011 04:15 PM PST

17 Safar 1432H [MOD]..

Wakil rakyat ialah individu yang menjadi perantaraan di antara kerajaan dan rakyat. Pucuk pimpinan negara perlu teliti membuat pemilihan wakil rakyat kerana kesilapan dalam perkara ini boleh menggagalkan usaha kerajaan mengendalikan urusan masyarakat dan negara.

Tingkah laku atau personaliti individu yang ingin dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya dikaji terlebih dahulu. Personaliti atau tingkah laku merupakan cermin hati nurani seseorang individu. Jika hati nurani tersemat dengan perasaan angkuh dan sombong, maka ucapan dan tindakannya memberi isyarat kepada masyarakat bahawa individu tersebut tidak layak dilantik menjadi pemimpin mereka.

Masyarakat atau rakyat mampu menilai tingkah laku dan perwatakan orang yang ingin menjadi pemimpin mereka. Suara rakyat atau masyarakat yang menentukan pemilihan wakil rakyat, bukannya keputusan daripada suara kumpulan yang kecil. Individu yang tidak memiliki jiwa rakyat dan kurang gemar berkomunikasi dengan masyarakat tidak layak dilantik menjadi wakil rakyat kerana wakil rakyat ialah orang yang amat prihatin permasalahan rakyat.

Mempamerkan wajah dalam media massa dengan tujuan untuk menyakinkan pucuk pimpinan bahawa seseorang itu aktif dalam urusan kemasyarakatan bukan merupakan kriteria utama dalam pemilihan wakil rakyat. Wakil rakyat ialah orang yang dikenali oleh kesemua golongan masyarakat di kawasannya hasil daripada pertemuan dan aktiviti yang sering dilakukan olehnya.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Permasalahan ini akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara atau dibahaskan dalam Parlimen. Wakil rakyat yang cuai terhadap tugas dan tanggungjawab tidak dapat menyelami permasalahan masyarakat. Kehadiran mereka di Parlimen tidak memberi sebarang faedah kepada masyarakat. Mereka tidak mempunyai isu untuk dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara dalam mesyuarat dan sebagainya kerana beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat sama ada dari sudut komunikasi atau kegiatan yang boleh memberi faedah kepada masyarakat.

Setiap orang yang dilantik menjadi wakil rakyat akan menghadapi pelbagai masalah berkaitan dengan masyarakat. Jika seorang wakil rakyat mengatakan bahawa di kawasannya tidak mempunyai masalah, ini menunjukkan bahawa individu tersebut tidak bertanggungjawab. Urusan berkaitan dengan penyediaan kemudahan asas atau keperluan hidup kepada masyarakat bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Individu yang dilantik menjadi wakil rakyat sepatutnya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman dalam urusan kemasyarakatan dan sanggup menghadapi permasalahan masyarakat serta mempunyai perwatakan yang gagah dan gigih.

Sejarah penciptaan bumi dan langit yang dipaparkan oleh Allah di dalam al-Qur'an, surah 41 (Fussilat): 9-12 ,menjelaskan bahawa Allah mencipta bumi yang dikukuhkan dengan gunung-ganang hanya dua hari sahaja. Allah menentukan kadar pemakanan kepada penghuni bumi memakan masa selama empat hari. Allah mencipta langit yang mempunyai tujuh lapisan serta dihiasi langit yang berhampiran bumi dengan bulan dan bintang selama dua hari.

Ayat al-Qur'an ini menunjukkan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, ia adalah terlalu mudah bagi Allah dan hanya memakan masa selama dua hari. Urusan berkaitan dengan keperluan makanan makhluk-Nya di bumi ini memakan masa empat hari bagi Allah mengendalikannya. Berdasarkan penjelasan ini, maka umat Islam sepatutnya menyedari bahawa menjadi seorang pemimpin bukan merupakan satu perkara yang mudah.

Pemimpin atau wakil rakyat merupakan bapa atau ibu kepada rakyat dalam negara mereka. Ciri-ciri kepimpinan yang disulami dengan sifat amanah, rendah diri serta peri kemanusiaan yang tinggi sahaja mampu menjadikan seorang wakil rakyat atau pemimpin itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Individu yang kurang gemar bergaul dan menyelami permasalahan masyarakat jika dilantik menjadi wakil rakyat bukan sahaja boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk membangunkan kawasan yang mundur, malah ia juga boleh membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Pucuk pimpinan negara perlu tegas dalam soal pelantikan wakil rakyat supaya setiap individu yang dilantik memahami bahawa pelantikannya bukan berasaskan kepada keakraban hubungannya dengan pucuk pimpinan negara tetapi berdasarkan kepada bakat dan kebolehannya.

Sikap gemar menunjukkan kebolehan diri secara menguar-uarkan kehebatan diri adalah di antara sifat yang dikeji mengikut perspektif akhlak Islam. Oleh itu, dalam pemilihan wakil rakyat, pucuk pimpinan negara sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sifat dan personaliti setiap individu yang ingin dilantik supaya tidak berlaku penipuan dan lakonan dalam urusan kepimpinan.

Masyarakat keseluruhannya mengharapkan wakil rakyat menumpukan perhatian kepada permasalahan keperluan asas mereka, bukan menampilkan diri dalam bentuk yang membosankan rakyat. Wakil rakyat sepatutnya memahami fitrah manusia supaya tingkah laku dan tindak tanduk mereka digemari rakyat.

Apabila perut lapar dan badan menjadi semakin lemah, masyarakat amat memerlukan bantuan daripada kerajaan. Ketika ini, wakil rakyat amat diperlukan oleh masyarakat.

Jika jiwa dan hati nurani wakil rakyat disemat dengan roh keimanan dan peri kemanusiaan yang tinggi, maka setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada masyarakat akan dilaksanakan dengan sempurna dan amanah, bukan diagih-agihkan kepada golongan yang kecil. Sifat amanah dan jiwa lembut begini sukar untuk dicari dalam dunia Islam masa kini kerana umat Islam kurang memahami objektif dan prinsip hidup manusia di dunia yang sementara ini.

Hasilnya, negara yang mewah dan kaya dihuni oleh ramai penduduk miskin kerana wakil rakyat dan para pemimpin tidak amanah dan tamak.

Berdasarkan fenomena di mana umat Islam sering dilimpahi dengan kemewahan tanpa merujuk kepada hukum halal dan haram, maka pucuk pimpinan negara sepatutnya amat prihatin terhadap pemilihan wakil rakyat supaya setiap perancangan dan sumbangan kerajaan kepada rakyat dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat dalam negara.

Wakil rakyat yang amanah kekal melaksanakan tugasnya dan wakil rakyat yang kecundang perlu disingkirkan supaya rakyat dalam negara dapat bernafas dengan nada kesyukuran kepada kerajaan yang prihatin.

Dr. Saodah Abd Rahman, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. (Suara hati)

Jentera Wanita PR mahu pastikan Cikgu Mala Menang

Posted: 21 Jan 2011 03:45 PM PST


Oleh : Hazayani Zakaria
17 Safar 1432H [MOD]..


LABIS, 22 Jan: Jentera Pilihan Raya Wanita Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang diyakini sudah memahami bidang tugas masing-masing dan mampu melaksanakan tugas mereka bagi memenangkan calon PAS, Normala Sudirman.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, jentera wanita Pakatan Rakyat sudah banyak belajar daripada 13 pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini.

"Muslimat kita akan sentiasa bertenang, tidak mudah termakan dengan provokasi pihak lawan kerana pilihan raya ini bukan suatu yang baru. Ini pilihan raya yang keempat belas selepas pilihan raya umum lalu.

"Diharapkan daripada pelancaran ini dapat menaikkan semangat petugas-petugas kita.

"Daripada ekspresi wajah wanita-wanita yang hadir tadi, nampak mereka ada keazaman yang kuat untuk bekerja bagi memenangkan calon kita di Dun Tenang ini," katanya ketika ditemui selepas himpunan dan pelancaran jentera wanita Pakatan Rakyat Dun Tenang petang semalam.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berharap proses penamaan calon hari ini berjalan lancar dan wanita dapat hadir sebagai tanda sokongan kepada calon dan parti.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersendakan peribadi calon PAS, Nuridah berkata amat malang apabila seorang bekas menteri yang rapat dengan Umno masih tidak memahami budaya orang Islam.

"Amat malanglah seorang bekas menteri seperti dia yang sudah-sudah bertahun berhadapan dengan orang Melayu, berkawan dengan Umno tapi masih tak memahami budaya dan amalan orang Islam. Memang patutlah dia tak jadi menteri lagi," katanya.

Sebaliknya kata Nuridah, DAP lebih memahami ajaran Islam dan bersungguh-sungguh membantu PAS memberikan penerangan kepada orang bukan Islam mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dalam Islam.

"Sepanjang saya bersama-sama dengan Cikgu Mala, memang ada di kalangan lelaki bukan Islam nak bersalam dengan beliau.

"Tapi kita memberitahu mereka dengan cara baik dan kita sangat berterima kasih kepada DAP yang bersama-sama kita, mereka terus memberikan penerangan kepada orang bukan Islam.

"Kerjasama daripada DAP sangat bagus. Jadi sebenarnya dia (Soi Lek) tak ada isu nak mainkan, dia mainkan isu ini," katanya.

Soi Lek sebelum ini mempersendakan Normala dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang memakai sarung tangan dan tidak bersalam dengan bukan mahram.

Soi Lek turut mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, ahli jawatankuasa muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pelancaran jentera wanita itu sebagai momentum untuk mereka bergerak lebih aktif lagi ke setiap unit peti undi bagi memastikan PAS memenangi pilihan raya kecil ini.

"Kita buat pelancaran ini petang ini sebagai momentum kepada jentera bahawa kita sedang menuju semboyan pilihan raya dan esok kita akan bergerak ke seluruh unit peti undi, melakukan tugas kempen," katanya.

Beliau berkata, calon PAS sangat berpotensi untuk menang namun harus dibantu secara bersungguh-sungguh oleh jentera wanita.

"Kita sudah aturkan gerak kerja di setiap uni peti undi tinggal lagi proses pemurnian.

"Kita lihat calon kita sangat berpotensi di kawasan ini sebab itu kita mahukan jentera wanita bergerak dengan seluruh kekuatan yang ada," katanya.

Beliau turut mengajak wanita Umno memberikan sokongan kepada Normala untuk menambah bilangan ahli wanita di Dun Johor.

"Kita hanya ada dua orang wanita di Dun Johor. Jadi kita minta puteri dan wanita Umno menyokong calon muslimat PAS untuk menambah suara wanita di Dun.

"Usahlah terlampau berkira soal perbezaan politik asalkan kita boleh memperbanyak suara wanita," katanya.(Hdaily)

Cikgu Mala - Generasi Baru dalam PAS

Posted: 21 Jan 2011 03:15 PM PST


17 Safar 1432H {MOD]..

Pemilihan Normala Sudirman atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mala untuk diangkat menjadi calon dalam PRK N05, Tenang bukan sahaja berbakat dan berpotensi bahkan sebagai simbol generasi baru dalam PAS yang memahami tanggungjawab berpolitik.

Menjadi calon bukanlah semata-mata mengejar glamor atau pangkat dan harta kekayaan tetapi ia satu keperluan, amanah dan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan lebih besar adalah kepada agamanya.

Menurut Pengerusi Lajnah Penerangan & Dakwah Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pemilihan calon muslimat bukan secara membuta tuli tetapi disandarkan kepada tuntutan secara keperluan untuk menjaga maslah ummah dalam dunia yang mencabar.

"Pemilihan adalah berdasarkan merit. Kejayaan kita menempatkan beliau dan tentunya kerana keupayaan dan pakej kepimpinan yang dimiliki Cikgu Mala sendiri. Ini juga sebagai kejayaan PAS melahirkan figura-figura baru dalam lanskap politik negara yang kini menuntut kepada suatu perubahan yang jauh lebih bermakna," katanya.

Katanya, tindakan Cikgu Mala melepaskan profesion guru dalam usia yang begitu muda bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja jemaah membuktikan hala tuju dan peranan beliau lebih besar dalam masyarakat. Athirah juga percaya sistem kongkongan yang dikenakan oleh kerajaan BN ke atas kakitangan kerajaan untuk terlibat dalam parti-parti politik Pakatan Rakyat merupakan antara faktor utama perletakan jawatan Cikgu Mala.

"Hasratnya berkhidmat kepada rakyat tanpa sempadan waktu tanpa terikat oleh suatu peraturan yang tidak adil dengan tuntutan masyarakat semasa menjadikan Cikgu Mala menzahirkan keseriusannya untuk membantu dan membela rakyat tanpa tekanan,sekatan mahupun ugutan pihak majikan," katanya.

Beliau yakin pakej yang lengkap untuk rakyat memberi mandat kepada Cikgu Mala cukup terserlah apabila setiap kali kemunculan beliau di khalayak jelas diterima baik oleh ibu bapa dan tidak asing lagi di kalangan belia dan komunitinya.

Aiman yang turut mengiringi beliau semasa berkempen mengakui Cikgu Mala menjiwai perit jerih masyarakat dan memahami komunitinya memandangkan beliau merupakan juga di kalangan peneroka. Justeru, jelas Aiman Athirah calon PAS di N05 Tenang ini adalah sebahagian daripada generasi transformasi dan mengharapkan beliau diberi peluang oleh rakyat dan dibantu oleh generasi muda di semua peringkat.

"Tidak kiralah mereka itu generasi muda dalam Pakatan Rakyat atau di luar Pakatan Rakyat. Justeru kerana kita mahu dan sedang berusaha bersungguh-sungguh membawa budaya politik baru yang lebih bersih, beramanah dan bertanggungjawab ke dalam masayarakat dan negara kita," tegas Athirah.(TMJ)

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 22 Jan 2011 01:04 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


100 ribu rakyat johor di penamaan calon dun tenang..22-01-01

Posted: 21 Jan 2011 06:49 PM PST

PRK Tenang : wawancara cikgu Mala bersama Astro 301

Posted: 21 Jan 2011 06:48 PM PST

suasana pernamaan calon n05 dun tenang

Posted: 21 Jan 2011 06:16 PM PST























hapus undi pos, spr buat undi proksi -KP-

Posted: 21 Jan 2011 06:20 AM PST



1. Entah jenaka apa yang dilakukan oleh SPR disaat parti - parti politik yang mewakili rakyat mendesak agar Undi Pos dihapuskan dan satu sistem Daftar Pemilih Secara Automatik dilakukan bagi warganegara yang telah genap usia mengundi, SPR pula sekonyong - konyongnya mengisytiharkan hasrat mereka memperkenalkan Undi Proksi .

2. Apakah SPR tidak memahami kehendak rakyat atau sengaja mereka buat - buat tidak faham ? setelah sekian lama malah berhempas pulas SPR berkempen mengajak orang mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan mereka mengundi, kenapa tidak diperkenalkan sahaja kaedah Daftar Pemilih secara Automatik bagi mereka yang genap usia yang melayakkan mereka mengundi.

3. Kita sekarang berada dizaman serba canggih. Kaya dengan database malah memiliki sistem Mykad yang up to date, kenapa mesti SPR memilih jalan sukar menghabiskan banyak wang untuk gerakkan mendaftarkan pemilih baru. SPR kelihatan gagal bergerak seiring dengan transformasi dasar dan sistem dalam negara yang dilaung - laungkan oleh kerajaan atau transformasi itu hanya omong kosong untuk menggula - gulakan rakyat dan mendodoikan mereka sedang mereka khasnya SPR masih selesa dengan cara dan kaedah lama yang out of date.

4. Seperkara lagi, mengenai Undi Proksi. Tidak siapa tuntut dan tidak siapa minta untuk mengadakan Undi Proksi, boleh pula SPR memperkenalkannya. Fenomena ini hanya memperlihatkan SPR sebagai satu badan yang senantiasa mencari jalan untuk memenangkan Barisan Nasional dengan memperbanyakkan ruang - ruang manipulasi dalam sistem pilihanraya negara .

5. Sebelum ini pilihanraya diganggu oleh sistem undi pos yang terdedah kepada 1001 ruang manipulasi yang menggugat keabsahan undi atau sokongan sebenar buat parti - parti yang bertanding dalam pilihanraya. Sedang zaman telah maju dan canggih. Tidak tahu dimana rasionalnya undi pos dikekalkan melainkan sengaja dipertahankan untuk menjadi talihayat kepada UMNO dan BN. Sebagai contoh Datuk Seri Najib pernah kalah dalam pilihanraya umum di kawasanya sendiri [ Parlimen Pekan ] tetapi diselamatkan oleh undi pos yang begitu banyak . Bahkan ramai lagi mereka yang menang dengan undi pos sedang mereka kalah dengan undi bukan pos. Sehingga mereka mendapat jolokan Wakil Pos bukan Wakil Rakyat .

6. Kini satu lagi ruang manipulasi cuba dibuka oleh SPR dalam sistem pilihanraya negara ini dengan memperkenalkan Undi Proksi. Ini bukan transformasi tetapi ini adalah satu bentuk Infiltrasi bagi membolehkan satu lagi manipulasi pilihanraya dilakukan.
7. Undi Proksi juga menjadi ruang untuk menafikan hak pengundi sebenar menterjemahkan sokongan mereka dengan undi mereka yang tulen. Persoalan yang timbul ialah Siapakah proksi itu ? apa hak mereka untuk mewakili pengundi ? apa jaminan proksi itu akan mengundi sesuai dengan keinginan atau sokongan pengundi asal ? keuzuran bagaimana yang membolehkan proksi mewakili mereka ? bagaimana pengesahan keuzuran pengundi untuk membolehkan proksi mewakili mereka ? dan lagi dan lagi ......

8. Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia sejurus selesai pilihanraya kecil N 05 Tenang akan mengadakan siri kempen Daftar Pemilih Automatik ke seluruh negara serentak menggerakkan rakyat untuk bangkit membantah undi pos dan apa jua bentuk undi yang terdedah kepada ruang manipulasi ynag menggugat kredebiliti sistem demokrasi pilihanraya dalam negara kita seperti Pengundi Hilang Layak Undi Awam dan Undi Proksi.


Salam Perjuangan

Posted: 21 Jan 2011 11:20 PM PST

Salam Perjuangan


'THE NEXT PM' - ADAKAH TEORI R.A.H.M.A.N AKAN BERULANG?

Posted: 21 Jan 2011 06:41 PM PST

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 21 Jan 2011 11:16 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


LANGSUNG DARI TENANG,MAJLIS DAERAH LABIS

Posted: 21 Jan 2011 06:00 PM PST













PAS TELUK INTAN

Posted: 21 Jan 2011 11:11 PM PST

PAS TELUK INTAN


Normala Sudirman (Cikgu Mala) calon PAS PRK Tenang

Posted: 21 Jan 2011 06:53 PM PST

Jom kita ubah sekarang

Posted: 21 Jan 2011 06:52 PM PST

100 ribu rakyat johor di penamaan calon dun tenang..22-01-01

Posted: 21 Jan 2011 06:51 PM PST

serba sedikit berkenaan calon prk tenang

Posted: 21 Jan 2011 06:49 AM PST


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, 16.01.2011 yang lalu

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

seru semua solat hajat, blogger umno serang calon pas -idham lim-

Posted: 21 Jan 2011 06:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan beliau
mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, "Suara Dari Bumi" pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Taktik-taktik jahat ini didakwa adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger 'pemfitnah' pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan diseru menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker Dun Kelantan.

Pengikut