Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H/2012M Posted: 23 Jul 2012 07:12 AM PDT Assalamu'alaikum... w.b.t, klik untuk lebih jelas Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat. Di kesempatan ini kami ahli jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Sepanggar dengan sukacitanya merakamkan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Sewajarnya peluang bersua dengan Ramadhan yang mulia ini bukan sahaja diangkat sebagai bulan untuk kita menunaikan ibadah puasa tetapi turut menjadi medan untuk kita melatih diri menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah Subhana Wa Ta'ala. Firman Allah yang bemaksud : " Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa," (Surah al-Baqarah : ayat 183) Sempena Ramadhan ini Pemuda PAS Kawasan Sepanggar telah merangka beberapa program untuk dilaksanakan di kawasan Sepanggar. Diharapkan pelbagai program yang dirancang akan dapat berlangsung dengan jayanya dan bakal memberi manfaat kepada golongan yang sasaran dan memerlukan. Semoga usaha-usaha yang dilakukan akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah Subhana Wa Ta'ala sekaligus menjadi saham akhirat kepada mereka yang menyokong pergerakan Pemuda PAS di kawasan Sepanggar. Sekian. Wassalam - Pemuda PAS Sepanggar |
Pemuda PAS Sepanggar menyampaikan sumbangan buku Iqra Posted: 13 Jun 2012 09:15 AM PDT Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar terus menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan sumbangan 50 buah buku Iqra untuk kegunaan kelas KAFA di salah sebuah masjid di Inanam. Sumbangan yang disampaikan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri yang berada di Sabah baru-baru ini. Bergambar bersama-sama wakil guru KAFA yang menerima sumbangan buku Iqra Pada ucapan ringkas beliau, Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi mengingatkan agar masjid perlu sentiasa diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu, kerana ianya sebahagian dari perjuangan umat Islam bagi memastikan generasi akan datang merupakan generasi yang cintakan Islam. DPP Sepanggar sentiasa dan akan terus berbakti kepada masyarakat dari masa kesemasa. Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan sumbangan dari para penyumbang yang ingin membantu.
"PAS Pilihan Rakyat Sabah" |
Pemuda PAS Sabah: Rakyat Mesti Beralih Dari 'Perkara 20' Kepada 'Perjanjian Malaysia 1963' Posted: 06 Jun 2012 06:14 AM PDT Salam Perjuangan, Jika dulu '20 Perkara' ini diketagorikan sebagai isu sensitif, namun sekarang ianya tidak lagi. Orang ramai sudah mula menyebut perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan. Walau bagaimanapun saya dikhabarkan bahawa '20 Perkara' sebenarnya tidak wujud, bahkan tiada dokumen yang sah.Baru-baru ini, isu ini diperkatakan kembali di dada-dada akhbar apabila kenyataan bertentangan daripada dua pemimpin BN Sabah. Datuk Salleh mengatakan '20 Point no longer valid' dan ini mengundang kemarahan kebanyakan pihak. Lantas Dr. Maximus Ongkili mengeluarkan kenyataan bertentangan ekoran tindakan Datuk Salleh, Ongkili mengatakan bahawa '20 Perkara Sah & Relevan sampai bila-bila'. Namun, pelik juga apabila kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama iaitu "20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.Manakala apa yang rasmi mengenainya hanyalah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan," Diikuti oleh jawapan Musa Aman bahawa "Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya," Musa Aman, 28 Mei 2012. Tenom. Petikan dalam laman Wikipedia pula tidak mengulas tentang kewujudan 'dokumen sah' tersebut. "Perjanjian 20 Perkara atau Memorandum 20 Perkara ialah senarai 20 perkara yang dibuat oleh Borneo Utara, mengusulkan syarat-syarat untuk Borneo Utara bersama-sama dengan Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, dan Singapura membentuk persekutuan Malaysia, pada 16 September 1963[1] sebagai negeri Sabah. Penerimaan perkara-perkara ini berbeza-beza, ada yang dimasukkan dalam Perlembagaan Malaysia dan ada yang cuma diterima secara lisan sahaja." Bukan itu sahaja, sampai hari ini kita langsung tidak pernah melihat hitam putih berkaitan perkara tersebut. Sekiranya dikatakan '20 Perkara' sah kerana terdapat di dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Bab 2 Perenggan 14, namun ia masih belum ada asas yang jelas untuk diperjuangkan kerana ia bukannnya perjanjian tetapi hanya laporan ataupun hasil dapatan daripada perbincangan yang sebutkan tadi. Maka, '20 Perkara' sebenarmya tiada asas yang kukuh untuk kita perjuangkan. Sekiranya masih ada pihak yang berkeras tentang wujudnya '20 Perkara', sila buktikan di manakah dokumen tersebut? Maka dengan itu, Pemuda PAS Sabah bersama-sama DPP Sepanggar mengajak rakyat untuk kembali beralih kepada sesuatu yang benar-benar mempunyai asas yang kukuh dan sah untuk diperjuangkan. Tinggalkan '20 Perkara' kerana BN sendiri mula menolak kewujudannya dan kembali beralih kepada dokumen perjanjian Malaysia 1963 (sesuatu yang selama ini didiamkan oleh kerajaan persekutuan). Lahirul (dua dari kiri) bersama-sama NGO tempatan menunjukan dokumen yang sah kepada media pada 2 Jun 2012 : Dokumen Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan 1962 dan Perjanjian Malaysia 1963 ada, tetapi dokumen sah Perkara 20? Perjanjian Malaysia 1963 menjadi pilihan kerana ia memiliki dokumen yang sah dan merupakan satu perjanjian yang 'mengikat' Malaya dengan Sabah. Bahkan ia boleh diheret ke badan-badan berkanun kerana ianya merupakan perundangan yang diterima di dalam negara kita dan juga antarabangsa. Beberapa pelan tindakan telah pun dirangka secara bersama oleh Pemuda PAS Sabah dengan NGO tempatan bagi memahamkan rakyat berkaitan isu ini. Sekian, terima kasih. Ikhwan NainKetua Penerangan DPP Sepanggar |
Kotobian Tagazo Do Kaamatan Posted: 05 Jun 2012 12:13 AM PDT Sempena sambutan pesta menuai, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar merasakan belum terlambat untuk mengucapkan 'Selamat Menyambut Kaamatan' (pesta menuai) kepada rakyat Sabah keseluruhannya. Pesta Kaamatan yang disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei ini merupakan sambutan masyarakat tempatan bagi meraikan dan melahirkan rasa kesyukuran terhadap hasil tuaian yang diperolehi oleh petani di Sabah. Saudara Ajijul Jullirin yang juga Tim. Ketua DPP Sepanggar menyampaikan sumbangan keperluan kepada salah seorang penduduk Kg. Keliangau Bergambar bersama-sama wakil DAP kawasan yang turut sama ke Kg. KeliangauDPP Sepanggar juga pada kesempatan ini telah mengunjungi Kg. Keliangau bagi menyampaikan sedikit sumbangan kepada penduduk yang tidak berkemampuan. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah wakil dari DAP Sepanggar yang diketuai oleh saudara Jeffry. Semoga sambutan pesta menuai pada tahun ini melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t yang melimpahkan rezki kepada seluruh hamba-hambaNya. |
UMNO menyalah guna permis awam Posted: 23 May 2012 09:32 PM PDT Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar menyelar tindakan UMNO Sepanggar yang menggunakan primis sekolah bagi mengadakan program parti. Tindakan ini hanya menunjukan bahawa UMNO sememangnya sebuah parti yang tidak bertanggungjawab kerana menggunakan hak harta awam untuk kepentingan parti. Program anjuran UMNO bahagian ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Kg. Likas dimana masyarakat setempat dijemput manakala bendera UMNO memenuhi kawasan pagar sekolah. Tindakan terdesak UMNO ini hanya memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya bergantung harap pada jentera serta permis kerajaan untuk menjalankan aktiviti parti. | Permis Sekolah Kebangsaan Kg. Likas, Kota Kinabalu digunakan untuk kepentingan UMNO |
DPP Sepanggar juga mendesak agar pihak berwajib seperti Jabatan Pelajaran Negeri memberi perhatian penuh terhadap tindakan mana-mana parti politik yang menggunakan banggunan awam untuk kepentingan individu. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar, Saifuddin Samsuddin "Tindakan UMNO ini sebenarnya mendapat tentangan dari parti kompenan mereka sendiri, apabila UMNO dibenarkan menggunakan permis sekolah, tetapi PBS, UPKO, PBRS dan lain-lain parti seolah-olah tidak ada hak untuk menggunakan permis sekolah untuk tujuan politik mereka". Selain dari itu Ketua Pemuda juga merasa kecewa kerana institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak bangsa mendapat pendidikan awal telah disalah gunakan oleh UMNO. Beliau menuntut agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi pada masa akan datang. |
Selamat Hari Guru Posted: 16 May 2012 01:50 AM PDT Hari ini seluruh dunia merayakan 'Hari Guru' yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini merupakan penghargaan besar kepada kerjaya perguruan. Sesuai dengan sumbangan yang tidak ternilai seorang guru yang mendidik para pelajar tanpa mengenal erti letih dan kecewa, malah dunia perguruan mengajar erti kesabaran dan pengorbanan yang tinggi daripada insan yang bergelar 'guru'. Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar pada kesempatan mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh guru-guru di Malaysia yang terlibat dalam perbagai bidang lapangan perguruan. Mereka bukan sekadar pengajar, namun mereka adalah pendidik, pengasuh dan pembentuk generasi masa depan negara. Ditangan mereka generasi Islam terbentuk dan ditangan mereka jugalah generasi bangsa terasuh. Sesuai dengan tanggungjawab ilmu yang mereka pikul, Allah s.w.t telah mengangkat darjat orang-orang yang berilmu; Firman Allah taala di dalam Al-Quran : يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت Maksudnya:"Supaya Allah taala meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat". (Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11) Sehubungan dengan itu juga Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar akan mengadakan 'Majlis Sambutan Hari Guru PASTI' peringkat kawasan Sepanggar' pada 19 Mei 2012 yang akan diadakan di Hotel Tang Dynasty sebagai menghargai jasa-jasa mereka sepanjang menabur bakti. Pada majlis tersebut, Anugerah Guru Cemerlang, Guru Harapan dan Guru Komited akan disampaikan. Seramai 26 orang guru daripada 8 buah PASTI di Sepanggar akan diraikan pada majlis tersebut nanti. Akhir kata; "Selamat Hari Guru, Guru Cemerlang, Insan Terbilang" Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan SepanggarSaifuddin Samsuddin |
MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH (DPPNS) KALI KE-25 Posted: 11 Apr 2012 07:42 PM PDT KOTA KINABALU, 7 APRIL - Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) kali ke-25 telah berlangsung di Likas Square, Kota Kinabalu dengan jayanya. Sebanyak 105 perwakilan dari 15 kawasan seluruh negeri Sabah serta lebih dari 30 orang pemerhati termasuk jemputan dari NGO MAFREL dan pemerhati politik turut hadir ke muktamar kali ini.
Sidang muktamar membuka tirai dengan perbentangan dan pengesahan minit muktamar tahunan DPPNS kali ke-24. Muktamar diteruskan dengan agenda membentang, membahas dan menerima laporan tahunan tahun 2011 beserta penyata kewangan berakhir 31 Disember 2011. Antara isu yang dibangkitkan ialah isu dana dimana Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu menekankan pembangunan dana perlu bagi memastikan memudahkan sebarang gerak kerja serta meringankan beban petugas sepenuh masa dalam DPPNS.
Perwakilan sedang berbahas
Pada sesi petang, muktamar diteruskan dengan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah. Perbahasan dari perwakilan Kalabakan menyentuh gerak kerja pengisian selepas kemenangan dan tawaran PAS kepada rakyat sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negeri. Muktamar dihangatkan dengan sesi membahas dan menerima usul yang dibentangkan oleh dewan. Sebanyak 3 usul telah dibahaskan pada muktamar kali ini.
Pada ucapan penangguhan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu mengingatkan kepada semua perwakilan pemuda agar memastikan agenda yang ingin dibawa oleh PAS menepati aspirasi rakyat Sabah yang inginkan perubahan. Menurut beliau, PAS bukan parti semenanjung semata-mata, malah PAS ialah parti nasional yang mendukung sepenuhnya aspirasi lokal rakyat Sabah. PAS adalah parti untuk semua rakyat negeri ini dari yang beragama Islam hingga bukan beragama Islam. |
Karnival Sukaneka PASTI kawasan Sepanggar 2012 meriah Posted: 07 Apr 2012 08:50 PM PDT 1 April, Kota Kinabalu: Tahun ini sekali lagi PASTI kawasan Sepanggar telah berjaya melaksanakan karnival sukaneka PASTI kawasan. Bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, sukaneka kali ini telah disertai 9 buah PASTI sekitar Sepanggar dan sebuah PASTI Tuaran dimana lebih 380 pelajar telah menyertainya. Sukaneka dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari pelajar-pelajar yang mewakili PASTI masing-masing. Pelbagai ragam dan gaya dapat disaksikan selain dari pakaian yang ceria dari setiap PASTI. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI Negeri Sabah yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah iaitu En. Lahirul Latigu. Beliau mengingatkan para ibu bapa bahawa PASTI ini adalah milik semua mereka yang cintakan pendidikan Islam. Pada majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Karnival Sukaneka PASTI Kawasan Sepanggar 2012. Selain dari sukaneka, turut disediakan pada karnival tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS, derma darah dari Hospitan Queen, gerai-gerai jualan dan pameran. Selain itu acara ibubapa juga tidak ketinggalan, dimana acara pertandingan melipat kain untuk kaum ibu dan acara larian 4 x 100m untuk kaum bapa turut diadakan. Pemenang keseluruhan sukaneka pada tahun ini dimenangi oleh PASTI Al-Islah, Kg. Lobou yang memenangi hampir kesemua acara. Manakala PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana telah memenangi acara perbarisan lintas hormat. Gambar sekitar karnival sukaneka PASTI Perbarisan dari PASTI As-Solihin Taman Puterajaya Pemenang perbarisan lintas hormat dari PASTI Al-Khalifah Kids, Taman Putera Perdana
Acara isi air dalam botol Acara membawa bola pingpong dalam sudu
Pemeriksaan kesihatan percuma dari team madik PAS Acara kaum ibu, pertandingan melipat kain Sebahagian ibu bapa dan hadirin yang hadir memenuhi ruang utama
Penasihat PASTI Kawasan Sepanggar meyampaikan piala kepada pemenang PASTI Al-Islah, Kg. Lobou, juara keseluruhan sukaneka menerima hamper dan piala pusingan
Jumpa lagi pada Karnival Sukaneka PASTI Sepanggar tahun depan. |
Jom ke Karnival PASTI Sepanggar 2012 Posted: 27 Mar 2012 09:39 AM PDT |
123BANGKIT: Kerajaan UMNO/BN Sabah terdesak Posted: 15 Mar 2012 01:33 AM PDT Berikutan dengan himpunan '123BANGKIT' yang dianjurkan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai TABAH (Bela Tanak Rakyat Sabah) baru-baru ini, akhbar-akhbar di Sabah difahamkan telah mendapat arahan dari pejabat Ketua Menteri agar tidak menyiarkan sebarang berita tentang himpunan tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa buah akhbar bertindak untuk tidak menurut arahan. Berikut adalah kenyataan saudara Lahirul Latigu yang diambil dari [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit): [TabahNews] Dapat maklumat dari wartawan yang Pejabat Ketua Menteri ada menelefon semua suratkhabar petang Isnin (12 Mac 2012) memberi amaran tidak memasukkan liputan berkenaan 123 Bangkit. Nampaknya mereka sudah melampau! Jangan ingat kemarahan rakyat akan dapat disembunyikan. Tunggu 123 BANGKIT 2.0!
Lahirul Latigu, Setiausaha TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)Selain dari itu, terdapat juga pihak yang telah mengupah beberapa orang untuk mengaku bahawa pihak penganjur himpunan tersebut telah menipu penduduk yang hadir. Selain dari mereka ditipu, mereka juga dipergunakan oleh parti-parti politik untuk tujuan lain. Berikut ialah keratan akhbar yang disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan Sabah. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda PAS Sabah melihat semua ini adalah petanda awal bahawa kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang pasti akan tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Sabah, saudara Amir Saifuddin Samsuddin, "Pihak pengajur telah berkali-kali menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah aman. Malah pihak penganjur telah menjemput semua parti-parti politik, NGO dan rakyat yang prihatin untuk hadir sama pada perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap kezaliman yang berlaku pada penduduk kampung yang terlibat. Namun yang hadir hanya lah parti-parti politik selain dari BN, walaupun UPKO juga menyatakan pendirian menyokong himpunan aman tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa BN Sabah hanya mempermainkan rakyat demi untuk survival kuasa politik mereka semata-mata".NGO TABAH merupakan sebuah NGO bebas yang membela tanah rakyat Sabah. Setelah sekian lamanya rakyat Sabah telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan yang ada sekarang. Maka sudah tiba masanya untuk rakyat bangkit menyatakan bantahan terhadap hak mereka yang telah dicabuli. |
Azhan Atan bersama Santai Anak Muda Posted: 14 Mar 2012 12:53 AM PDT Dewan Pemuda Sepanggar baru-baru ini telah berjaya menganjurkan program Santai Anak Muda yang menampilkan bekas Juara Akademi Nasyid, saudara Azhan Atan. Program yang dianjurkan ini membuktikan bahawa PAS khususnya Dewan Pemuda sentiasa mencari alternatif terbaik sebagai ganti kepada hiburan yang melalaikan. Program yang diadakan di perkarangan Pasaraya Lintas ini mendapat sambutan dari para tetamu yang hadir serta pelanggan yang kebetulan berada di lokasi tersebut. Saudara Azhan Atan telah menyampaikan beberapa buah lagu dan diakhiri dengan alunan zikir yang menenagkan jiwa. Rata-rata tetamu yang hadir sangat gembira dan terkejut dengan pendekatan yang dibawa oleh DPP Sepanggar serta mengalu-alukan program sebegini diadakan pada masa-masa akan datang. Gambar sekitar program: |
PAS kawasan Sepanggar cabar UMNO turun 123 BANGKIT Posted: 07 Mar 2012 10:47 PM PST Berikutan himpunan kembalikan tanah adat '123BANGKIT' yang akan diadakan pada 12hb Mac 2012 nanti, PAS kawasan Sepanggar hari ini mencabar agar UMNO turun bersama-sama rakyat bagi mempertahankan hak rakyat Sabah. Sekirannya UMNO tidak berbuat demikian, ini bermakna slogan mereka 'Tradisi Membela Rakyat' hanyalah retorik semata-mata. Malah menunjukan bahawa UMNO bersama-sama BN Sabah perlu dipersalahkan sekiranya hak-hak tanah adat di Sabah tergadai pada masa akan datang. Program himpunan tersebut adalah anjuran sebuah NGO 'Bela Tanah Rakyat Sabah' (TABAH). PAS Kawasan Sepanggar dengan ini akan menyokong penuh himpunan tersebut dan akan turun bersama-sama rakyat. Menurut ketua pemuda PAS kawasan Sepanggar saudara Saifuddin Samsuddin, Dewan Pemuda kawasan Sepanggar sedang mengadakan roadshow dari kampung ke kampung bagi menerangkan isu ini kepada seluruh masyarakat tempatan. DPP Sepanggar juga akan menggerakan ahli berserta masyarakat sekitar Sepanggar untuk turun bersama-sama ke perhimpunan tersebut nanti. Pada himpunan tersebut satu memorandum akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah bagi menuntut jaminan dan pengembalian status tanah adat yang dinafikan. Lokasi dan laluan perhimpunan '123 BANGKIT' Sehubungan dengan itu rakyat Sabah diseru untuk berkumpul di lapangan parkir kereta Anjung Selera, Teluk Likas seawal 7.00 pagi sebelum bergerak ke Wisma Innoprise untuk penyerahan memorandum tersebut. Sebarang maklumat terkini berkaitan himpunan tersebut boleh di ikuti di laman facebook [Official Page] Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat (123 Bangkit). |
Himpunan Isu Tanah dan Makan Malam bersama Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Posted: 04 Mar 2012 06:08 PM PST Majlis Makan Malam dan Pelancaran Dana Pilihanraya Bersama YAB Tn. Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) pada 18hb Mac 2012 d Star City Conference Asia City. Turut hadir sama ialah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang). Sila hubungi 0138857019 (Wan) untuk mendapatkan tiket.
Himpunan: 123 BANGKIT Penyerahan memorandum Isu Tanah Adat Negeri Sabah bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Berkumpul pada 12hb Mac 2012, pukul 9.00 pagi. NGO, Parti Politik dan semua rakyat yang prihatin dijemput hadir untuk menyatakan hak. Anjuran: TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah)
|
HIMPUNAN ANAK MUDA SABAH: BERSATU UNTUK PERUBAHAN Posted: 30 Jan 2012 10:08 AM PST Semua anak muda Sabah dijemput hadir bagi membuktikan tekad kita untuk 'berubah' demi masa depan Sabah yang lebih sejahtera.
|
Majlis Perpisahan Setiausaha Kerja (SUK) PASTI Negeri Sabah Posted: 27 Jan 2012 06:36 AM PST Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) mewakili PASTI Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir Morni di atas sumbangan dan curahan tenaga beliau dalam membangunkan PASTI Negeri Sabah. Khidmat yang telah beliau curahkan selama menjadi Setiausaha Kerja (SUK) telah menjadikan pengurusan PASTI Negeri Sabah antara yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau. Ucapan perpisahan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu Bagi menghargai sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pemuda Negeri. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu. Pada ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dari DPP Sabah terhadap gerak kerja terbaik yang diberikan oleh saudara Nasir. Majlis perpisahan ini diadakan berikutan Saudara Nasir yang akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak. Semoga pengalaman sepanjang bersama DPP Sabah ini berjaya untuk beliau teruskan bersama-sama dengan PAS Negeri Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan PASTI negeri. |
TUISYEN RAKYAT: DEWAN PEMUDA PAS SEPANGAR Posted: 25 Jan 2012 10:31 AM PST |
Kemeriahan Tahun Baru Cina diraikan bersama oleh Pemuda PAS Sepangar Posted: 23 Jan 2012 08:01 PM PST 21hb Januari (Inanam): Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini telah mengedarkan buah limau sebagai tanda persaudaraan terhadap masyarakat Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina. Pekan Inanam telah menjadi lokasi edaran buah limau pada kali ini. Rata-rata masyarakat cina yang ditemui terkejut dengan kehadiran pemuda PAS serta menyatakan sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya PAS sebagai sebuah parti Islam. Pada kesempatan ini juga PAS kawasan Sepangar ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun ini mendatangkan kemenangan dan kebahagian kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah khususnya. Gambar sekitar edaran buah limau Pemuda PAS Sepangar bersedia untuk mengedarkan buah limau Berdoa memohon keberkatan di atas usaha yang dilaksanakan
Menyampaikan buah limau kepada pengunjung restoran Salah seorang masyarakat Tionghua yang menerima buah limau dari pemuda PAS Sepangar |
Tahun 2012: PASTI Sepangar terus mengorak langkah Posted: 12 Jan 2012 05:06 PM PST PASTI kawasan Sepangar telah mengorak langkah kehadapan pada tahun 2012 ini apabila telah menjalinkan kerjasama dengan Akademi Al-Bangdadi. Kerjasama ini bakal membangunkan potensi para pelajar PASTI yang hampir 400 orang untuk mendalami pembacaan Al-Quran dengan lebih lancar dan cepat. Keratan Akhbar dari Borneo Post |
Tentatif Ijtimak Tarbawi Kebangsaan DPPM 2011 Posted: 27 Oct 2011 05:15 AM PDT TEMPAT: KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ZULKIFLI MOHAMMAD @ TAMAN MELEWAR.HARI PERTAMA : 28 OKTOBER 2011 - JUMAAT
3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran Peserta 4.20 - 5.00 pm : Solat Asar & Al Ma'thurat 5.15 - 5.45 pm : Taklimat Program Oleh Pengarah Akademi Tarbiyah 5.50 - 6.30 pm : Urus & Hemat Diri 6.35 - 7.10 pm : Tafakkur & Munajat 7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib Berjamaah 7.35 - 8.30 pm : Perasmian oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS 8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah 9.00 - 9.30 pm : Makan Malam 9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Nasrudin bin Hassan, Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ] & Yb Hj Salahudin bin Ayub 12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur HARI KEDUA : 29 OKTOBER 2011 - SABTU
4.30 - 5.10 am : Qiamullail & Munajat 5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah & Al Ma'thurat 6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi 8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1 oleh Dr.Mahdi Akef mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin 9.30 - 10.20 am : Rehat 10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi oleh Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri. Moderator : Ust Syed Abdul Kadir Al Joofre 12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari 1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur Berjamaah. 2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa oleh Dato' Mustafa Ali, Ustaz Dato' Abu Bakar Chik. Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban 4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah & Al Ma'thurat 5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah 6.15 - 7.10 pm : Rehat & Makan Malam 7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah 7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik oleh Al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa, Ahli Majlis Syura Ulama' 8.40 - 9.00 : Solat Isyak Berjamaah 9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda oleh Tuan Haji Muhammad bin Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat), Dr. Kamal Al Helbawi ( Wakil Ikhwanul Muslimin Mesir), Yb. Dato' Mahfuz Umar (Naib Presiden PAS) & Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia. Kata-kata aluan oleh Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) dan dipengerusikan Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM). 12.00 am : Program ditangguhkan
HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - AHAD
4.30 - 5.40 am : Qiamullail & Munajat 5.50 - 6.30 am : Solat Subuh Berjamaah & Al Ma'thurat 6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2 oleh Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat 7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri & Sarapan Pagi 9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda : Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda oleh Ust Nasrudin Hassan Tantawi, Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz & Dr. Raja Iskandar al Hiss 10. 05 - 11.00 am : Rehat 11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1 oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah 1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2 oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang 3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss & Sany Hamzan (Pengarah JPP DPPM). 4.45 pm : Solat Asar berjamaah, Al Ma'thurat, Doa Wehdah & Bersurai
|
Pemuda PAS Sabah Bongkar Penindasan Kerajaan Terhadap Apprentices TLDM Posted: 25 Oct 2011 09:03 AM PDT KOTA KINABALU, 25 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini mendedahkan penyelewengan dan penindasan kerajaan Malaysia ke atas anggota apprentices Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Menurut Ketua Penerangannya, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan, terdapat hampir 1000 anggota apprentices TLDM dibawah Skim Apprentices Diploma Teknologi Marin (DTM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berasa teraniaya kerana tidak diberikan hak dan kebajikan kepada mereka dengan apa yang dijanjikan sebelum ini.
"Ramai anggota tidak diberikan pangkat Petter Officer (PO) dan gaji yang setimpal kepada mereka", jelasnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu pagi tadi.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara mengundang rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan TLDM dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada anggota.
Beliau mendakwa, selain kesemua anggota berkenaan tidak mematuhi kontrak sebenar dalam perkhidmatan, mereka juga tidak diberikan peluang untuk mendapatkan penjelasan kukuh berkaitan arahan pemberhentian yang lebih awal dari waktunya.
"Alasan yang digunakan oleh pihak TLDM untuk menyekat kenaikan pangkat dan menawarkan berhenti sukarela adalah tidak munasabah dengan menggunakan alasan kegagalan penyiapan kapal ronda generasi baru dan lebihan anggota dalam perjawatan.
"Pampasan berhenti awal juga tidak komprehensif kerana itu kesalahan TLDM yang tidak mematuhi kontrak menyebabkan caruman LTAT diterima adalah sikit berbanding anggota lain," ujarnya.
Beliau menjelaskan, kegagalan pihak TLDM menyiapkan 23 daripada 27 buah baki kapal perang menyebabkan graduan lepasan DTM terpaksa diserapkan ke unit-unit kecil bahagian TLDM dengan tidak mempraktikal secara teknikal berhubung pengajian mereka di UTM.
Penindasan skim berkenaan semakin ketara apabila kesemua mereka tidak diberikan latihan peralihan untuk mempersiapkan diri sebagai orang awam dalam masyarakat.
"Mereka tidak ditawarkan peralihan sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan untuk mempersiapkan diri menjadi orang awam sebagaimana anggota lain," katanya.
Selain dari itu, kesemua anggota DTM terbabit juga seolah-olah dipaksa dan diugut untuk menandatangani borang perjanjian umpama akujanji untuk tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap pengurusan TLDM.
"Ini terang-terangan, pihak TLDM adalah dayus dengan memaksa mereka ini tandatangan borang perjanjian. Mereka dipaksa menandatangani bagi menutup salah laku pengurusan TLDM," tegasnya.
Dakwa Zulfikar, walaupun perkara ini berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk Menteri Pertahanan, namun penyelewengan dan penindasan ini katanya, wajar dijawab oleh Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika ini.
Zulfikar menambah, pihaknya akan meneruskan saman keatas pihak TLDM dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan penyelewengan dan penindasan tersebut. Walaupun pihaknya sudah mengemukakan saman pemula pada Februari lalu, namun ditolak oleh peguam atas alasan yang tidak munasabah.
Dokumen penyelewengan tersebut juga diserahkan kepada Ahli Parlimen Jerai, Saudara Mohd Firdaus Jaafar untuk didedahkan di Parlimen.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai yang juga Pengarah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Saudara Mohd Firdaus Jaafar; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu dan pimpinan pemuda PAS Negeri Sabah. |
Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.
"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut
"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.
Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.
Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai iaitu YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah. |
Jual Pulau: Pemuda PAS Sabah Cabar Musa Aman Posted: 25 Oct 2011 02:45 AM PDT KOTA KINABALU, 26 Okt: "Jika benar Musa Aman orang Sabah, maka beliau dicabar memberi penjelasan terbaik buat warga Sabah". Itulah cabaran Pemuda PAS Sabah kepada Kerajaan Negeri khususnya Datuk Seri Musa Aman dalam menangani isu berhubung penjualan tiga buah pulau Sabah yang diiklankan untuk dijual oleh sebuah laman web asing yang berpusat di Kanada.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu (gambar) berkata PAS mengambil pendirian serius berhubung isu berkenaan memandangkan ianya berkait mengenai kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah pada masa kini dan akan datang.
"Kenapa pulau ini menjadi bahan dagangan, sedangkan ianya khazanah berharga kepada sesebuah negeri?", soalnya kepada sidang media di Pejabat PAS Sabah, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Kata Lahirul, PAS memberi tempoh tujuh hari untuk memberi peluang kepada Ketua Menteri, Musa Aman bagi menjawab semua persoalan dan isu berhubung penjualan pulau tersebut
"PAS juga akan membawa isu ini kepada kementerian yang bertanggungjawab serta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibahaskan di Parlimen," ujarnya.
Tambahnya, kempen "Selamatkan Pulau-Pulau Sabah" yang dilancarkan pada 16 Oktober lalu akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan kerjasama bersama Pemuda PAS Malaysia.
Kempen mengumpul tandatangan sedang giat diadakan di pusat-pusat membeli belah seluruh Sabah yang kini telah digerakkan oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.
Beliau juga mendakwa, isu tanah di Sabah terutama di kawasan pedalaman yang gagal ditangani oleh kerajaan Sabah sebagai punca ketirisan kepimpinan kerajaan pimpinan Musa Aman dalam mentadbir Sabah dengan baik.
Sebaliknya, beliau menganggap sekiranya kerajaan Sabah telus dan ikhlas memperjuangkan hak rakyat maka golongan muda juga seharusnya diberikan hak pemilikan tanah.
Dalam sidang media itu juga, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Mohd Zulfikar Abd. Mijan pula menempelak Musa Aman yang jangan hanya pandai memerintah tetapi memekakkan telinga apabila berhadapan isu kedaulatan.
"Jangan tahu perintah saja, tapi orang jual pulau dia buat-buat tidak tahu," sinisnya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Jerai iaitu YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Pusat dan kepimpinan Pemuda PAS Sabah. |
Sambutan Aidilfitri dan Pelancaran Jubli Perak Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 22 Sep 2011 02:45 AM PDT
Dewan Pemuda PAS hari ini telah genab 25 tahun mengharungi badai perjuangan di bumi Sabah. Sehubungan dengan itu DPP Sabah telah mengadakan pelancaran 'Pelancaran Jubli Perak' seterusnya sambutan Aidilfitri. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut dihadiri Saudara Aminudin Aling yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah.
Kehadiran tetamu yang dari pelbagai kaum menunjukkan PAS Sabah telah diterima oleh rakyat Sabah seterusnya bersedia untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mentadbir pada masa hadapan. Pada ucapan Pelancaran Jubli Perak, Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu telah mengingatkan PAS kini telah menjadi harapan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN yang terbukti gagal dalam mentadbir urus kerajaan sehingga berlaku gejala rasuah, ketirisan dan sebagainya. Dewan Pemuda PAS Sabah yang kini berusia 25 tahun dan sememangnya telah bersedia serta cukup pengalaman untuk mengambil alih pentadbiran dari UMNO/BN. Gambar sekitar majlis:
Antara tetamu yang hadir Pimpinan-pimpinan PAS negeri Sabah menyaksikan tayangan video yang disediakan Tetamu menjamu selera Masyarakat dari Tionghua juga turut sama menyerikan majlis
|
PAS kawasan Sepanggar menganjur 'Majlis Jamuan Hari Raya bersama Tn. Hj. Mohammad Sabu Posted: 18 Sep 2011 08:03 AM PDT Pada 16 September baru-baru ini PAS kawasan Sepanggar telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di Kg.Suang Parai ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Tn. Hj. Mohammad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS. Tn. Hj. Mohammad Sabu sudi menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang hadir Antara tetamu yang hadir memenuhi khemah bagi mendengar ucapan Tim. Presiden PAS Menurut pengarah program En. Nazri Sulaiman, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".Pemuda terus berbaktiPAS Kawasan Sepanggar melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Ini dibuktikan dengan program Ihya' Ramadhan yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Pelbagai program telah diaturkan, antaranya edaran bubur lambuk, sumbangan barang keperluan, ziarah hospital, edar risalah dan sumbangan kurma. PAS kawasan juga berjaya mengaturkan solat taraweh secara berjamaah di Pejabat PASTI kawasan di Universiti Appartment pada setiap malam sepanjang Ramadhan. Sehubungan dengan itu, DPP kawasan Sepanggar ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t. Berita Bergambar: Kaum ibu turut membantu memasak bubur lambuk Bubur Lambuk sedia untuk diedarkan Antara penerima sumbangan barangan keperluan Saudara Nazri Sulaiman yang juga Naib Yang Dipertua PAS kawasan Sepanggar, menyampaikan sumbangan
|
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK Posted: 31 Jul 2011 08:01 PM PDT KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.
SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.
SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:
PASTI KAWASAN SEPANGGAR 100160-100-54443 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042) PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK. PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS KLIK DISINIPERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PASKLIK DISINI*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa. |