Jumaat, 26 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 26 Oct 2012 03:07 PM PDT

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:07 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Benarkah ini kasut Khir Toyo?

Posted: 26 Oct 2012 09:00 AM PDT

Bila korang sembelih binatang korban sok, tak kiralah kambing atau lembu, cer korang kutip gigi-gigi binatang tu.Memang biasanya tak ada siapa yang mahukannya. Aku nak cadangkan korang buat sepertimana sepasang suami isteri mat salleh ni buat - gunakan gigi untuk tapak kasut. Lihat gambar berikut :


Cer tengok betul-betul kasut nih.Ianya menggunakan 1050 gigi sebagai tapaknya. Agak-agak korang kasut siapakah ini?
Ada yang kata kasut ini kepunyaan Khir Toyo - seorang Doktor Gigi yang jadi kaya raya selepas jadi MB Selangor dulu. Betulkah?
Ada gigi emas pula tu.... ha! ha! Kreatif sungguh pencipta kasut ini. Hanya Khir Toyo sahaja yang layak memakainya. Betul tak?

Siapakah yang patut marah ....Umno atau Ulama PAS?

Posted: 26 Oct 2012 02:40 AM PDT

Dalam klip videoa yang saya sertkan dibawah ini, Dr Asri banyak menyentuh tentang Umno.Dia sebut tentang Ulama' dalam Umno yang hanyut dan banyak lagi.

Manakala Moderator, Dr Mazlee dan Dr asri sebagai salah seorang panel hanya sedikit sahaja menyentuh pasal PAS. Namun mereka berdua ini telah mengundang 'jentikan' dari Ulama PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh kata, soalan yang dikemukakan oleh seorang moderator dalam Wacana Sinar Harian siri ke-15 berhubung dengan pemimpin ulama PAS yang tidak boleh ditegur dan jawapan yang diberikan oleh seorang bekas Mufti terhadap soalan tersebut adalah sangat tidak adil kepada PAS. Baca lagi di sini

Sementara itu pula, Ketua Dewan Ulama' berkata, Ulama' PAS bukan Ayatullah

Cer korang sendiri lihat pada minit ke 7 : 23. Transkripnya adalah sebagaimana berikut :


DR Mazlee : Tapi sejauh mana, kalau dalam PAS itu sendiri, oleh kerana pemimpin itu ulama' ; sejauh mana ulama' itu boleh ditegor pula ...


Asri : Kita...kita  bincangkan pasal pemimpin, kalau ada orang PAS disini bagus kalau kita tanyakan soalan tu...Dan saya rasa itu pun masalah juga dalam PAS. Masalah sekarang...

PAS ni dia belum jadi pemimpin negara lagi.Dan kalau benda ini tidak dibahaskan oleh kita hari ini, kita akan jadi Iran; yang mana Ayatullah tidak boleh disentuh.

Dan kita jangan fikir...sebab itu saya kata yang kebetulan Umno tadi.Kalau kita tidak berhati-hati , mana-mana parti politik termasuk PAS, kalau dia naik dengan mentaliti – orang agama dia tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin, dia ada kuasa politik dan dia ketua dan dia Tok Guru Agama pula – kita akan menghadapi yang lebih korup dari apa yang berlaku sekarang!Ini kena dihapuskan diperingkat awal sebelum berlaku apa-apa perubahan politik.

Apa benarkah, Dr Mazlee sebagai Moderator seolah-olah ingin menjatuhkan kredibiliti dan memburukkan persepsi masyarakat terhadap para pimpinan ulama dalam PAS dengan mengemukakan persoalan tersebut?

Benarkah Dr Asri kata Ulama PAS macam Ayatullah? Jom sama-sama dengar apa yang diperkatakan oleh mereka yang sebenarnya :

Korang lihat betapa beriya-iya orang Umno ni kata mengenai keterbukaan pimpinan Umno untuk ditegur tapi terkantoi apabila Dr Mazlee tanya dia, " Tapi kalau minta Presiden tu berdebat.... Cer tumpukan minit yang ke - 9:15.

Muslimeen United

Posted: 26 Oct 2012 01:22 PM PDT

Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Tiada ulasan:

Pengikut