Jumaat, 26 Oktober 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 26 Oct 2012 03:50 AM PDT

tunku


EID MUBARAK

Posted: 25 Oct 2012 09:08 AM PDT

On This Holy Occasion of Eid,
Spread The Messages of Spirituality
Among Your Near and Dear Ones.
Wishing You The Blessings & Peace ..
 
EID MUBARAK

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 26 Oct 2012 03:38 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Sedia bertempur di perhimpunan BERDARAH

Posted: 25 Oct 2012 07:25 AM PDT



Satu perhimpunan BERDARAH akan diadakan pada 26 Oktober 2012 ini. Jangan peduli dengan amaran polis. Di harap semua umat Islam di Malaysia BERSEDIA untuk bertemput!

Anda di haruskan membawa senjata seperti parang, pisau dan juga kapak yang tajam!

PERHIMPUNAN BERDARAH ini bertempat di Masjid dekat rumah anda. Sasaran anda ialah (Lembu dan kambing).

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR BATIN

anakbukitgantang says

Posted: 26 Oct 2012 03:35 AM PDT

anakbukitgantang says


Qurban tanda taqwa-jawapan kepada kejahilan Abby Abadi dan Lim Kit Siang

Posted: 25 Oct 2012 04:46 PM PDT

Hari Raya Aidil Adha adalah lebih istimewa bagi umat Islam. Bulan Zulhijjah termasuk dalam 4 bulan Haram dalam kalendar Islam. Haram disini bermaksud Haram menumpahkan darah kerana peperangan atau pergaduhan . Ia juga membawa maksud  Haram mencetuskan pergaduhan. Umat Islam diminta memperbanyakkan ibadah dan mengurangkan jidal (berhujah) yang boleh membawa kepada pergaduhan.
 
Oleh itu tindakan JAHIL ugama yang dibuat oleh Abby Abadi dan Lim Kit Siang amat mendukacitakan umat Islam. Pada saat umat Islam sedang bersiap sedia menyambut 10 Zulhijjah, atau Hari Nahar, kenyataan jahil mereka mengenai Qurban dikeluarkan di media twitter (Abby) dan blog Lim Kit Siang.
 
Apakah  Abby JAHIL  atau Lim Kit Siang  lagi JAHIL?
 
Kenyataan memfitnah oleh Lim Kit Siang dalam screen shot "I feel sad that Aidil Adha is around the corner and animals are being sacrificed in the most barbaric ways..." dapat dilihat di bawah:-
 
 
Kepada kenyataan "barbaric" Lim Kit Siang saya kemukakan bukti saintifik bahawa daging sembelihan cara Islam adalah paling tidak menyakitkan haiwan (most humane) dan kaedah sembelihan zabiha yang terbaik bagi memastikan daging segar  kerana sebab berikut:
 
1- pisau yang digunakan mestilah tajam
2- pembuluh darah, trakea (salur udara)  dan leher dipotong serentak dan
3-darah dibuang dulu dari pembuluh darah sebelum leher dipotong.  Cara ini menyebabkan daging sentiasa segar kerana tiada bakteria dibenarkan membiak dalam pembuluh darah haiwan tersebut- Rujuk kenyataan Islamic Research Foundation
 
Kepada Abby Abadi jelas perjuangannya tidak berpaksikan cinta hakiki kepada Illahi. Abby maseh terbawa dengan kecintaan duniawi dan meluahkan kefahaman ugama yang dangkal . Jelas menunjukkan Abby maseh mempunyai sifat ujub, riyak, sombong, bongkak dan bangga diri (sifat mazmumah). Rujuk kenyataan twitter di bawah;-
 



  • Hari Raya Eidul Adha adalah masa untuk umat Islam berjihad. Tinggalkan cinta duniawi (pangkat, harta, glamour, wang ceramah dan upah  untuk Abby) dan kejarlah cinta yang hakiki iaitu mencintai Illahi dengan beribadah.
  • Abby perlu tahu bahawa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah melakukan ibadah Qurban kerana TAAT kepada perentah Allah. Ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah dibalas bila Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor qibas. Sebagai memperingati peristiwa itu umat Islam yang mampu mengadakan Ibadah qurban dan membahagikan makanan sebagai tanda ketaqwaan kepada Allah. Kesyukuran atas tanda kehambaan seorang hamba kepada  Allah Yang Maha Esa ini dikongsi dengan fakir miskin. Ibadah Qurban ini adalah bukti ketaqwaan yang menjadi integrity seorang hamba yang soleh kepada Ya Dzal Jalalil Wal Ikram iaitu  Tuan Punya Alam ini (Allah)
  • Kini ibadah Qurban dihina. Lihat kenyataan yang tak memperdulikan sensitiviti umat Islam blog pemimpin DAP di atas. Apa bedanya dengan penghinaan oleh Abby yang  berugama Islam dengan Lim Kit Siang?
  • Sedarlah sebagai hamba kita sentiasa berdoa agar amal ibadah kita diterima. Para Murabbi dan salihin dari kalangan umat Islam sentiasa berdoa agar segala amal ibadah mereka  diterima. Para murabbi ini istiqamah berdoa hatta selepas 6 bulan berlalu nya Ramadhan agar ibadahnya masa bulan Ramadhan diterima- Oleh itu saya ingin bertaanya, di manakah makam/ kedudukan kita dibandingkan dengan para murabbi ini? Abby perlu muhasabah diri dan elakkan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dirinya maseh dikuasai nafsu amarrah dan penuh dengan sifat riyak dan ujub. Hak menerima segala amal ibadah kita adalah Hak Allah. Abby diminta tidak menjadi hamba Allah yang takbur dan mendahului Allah dalam Qada dan Qadar.
  • Kepada Abby saya sarankan sekali lagi belajarlah dengan guru murshid bukan ularmak wahhabi dan syiah  dipentas politik yang sesat lagi menyesatkan.


 

bumiyang

Posted: 26 Oct 2012 03:13 AM PDT

bumiyang


Berapa Lama Lagi LKS Nak Jadi Wakil Rakyaat???

Posted: 25 Oct 2012 05:30 PM PDT

Taipingmali (tm)

Posted: 26 Oct 2012 01:29 AM PDT

Taipingmali (tm)


Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted: 25 Oct 2012 09:11 PM PDT

Juak Pas terus mempermainkan kalimah Allah dan ibadat korban

Posted: 25 Oct 2012 08:58 PM PDT

Belantan

Posted: 25 Oct 2012 11:39 PM PDT

Belantan


Salam Aidil Adha.. !

Posted: 25 Oct 2012 04:15 PM PDT



" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni'mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni'mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari :

Suara Politik
Taminsari

Senja dah berlabuh : Bila Nik Aziz akan bersara?

Posted: 25 Oct 2012 06:42 AM PDT



Sudah pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Datuk Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat. Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Harun Taib, Datuk Haron Din atau Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Abdul Aziz terutamanya di Kelantan. Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam barisan kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Abdul Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.


Tambahan pula Nik Abdul Aziz sering dilihat pembela paling utama kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah. Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Abdul Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

Penulis masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Abdul Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya Nik Abdul Aziz cukup dihormati oleh seluruh lapisan rakyat Kelantan.

Penulis tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Abdul Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Abdul Aziz dilihat sukar untuk bersara. Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

''Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga ke hari ini,'' kata Nik Abdul Aziz ketika itu.


Justeru timbul persoalan bilakah Nik Abdul Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas? Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Abdul Aziz tidak begitu berpengaruh seperti mana suatu masa dahulu.

Penulis diberitahu bagaimana di warung-warung kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Abdul Aziz secara terbuka. Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan suatu ketika dulu.

Walaupun keputusan pilihan raya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Abdul Aziz semakin merudum. Selain tindak-tanduk beliau melalui kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dahulu yang menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Abdul Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan itu berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Abdul Aziz berundur biar pun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.


Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Abdul Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundur serta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya. Kalau saya rasa kesihatan semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Abdul Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah dalam Pas yang akan berani meminta Nik Abdul Aziz berundur? Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Abdul Aziz itu Pas dan Pas itu Nik Abdul Aziz.'

Tafsiran itu berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Abdul Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Abdul Aziz benar-benar bersara, ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk menggantikan Nik Abdul Aziz.

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Abdul Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik. Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.


"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutama Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," kata bekas Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitulah hebatnya sandaran pakatan pembangkang terutamanya Pas terhadap Nik Abdul Aziz. Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Abdul Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Abdul Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu pada masa depan. Bak kata ADUN Gaal, Dr.Nik Mazian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 25 Oct 2012 11:34 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2012 DARI PAKMIE

Posted: 25 Oct 2012 07:22 PM PDT

  • Penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dengan ingatan yang tulus iklas  kepada seluruh warga yang melayari blog Pakmie tidak kira dimana jua anda berada.

  • Dalam mencapai apa sahaja keinginan, sudah pasti disitu terdapatnya pengorbanan-korban masa, korban tenaga juga wang ringgit. Tanpa pergorbanan tanpa kejayaan...Pada semua maaf zahir dan batin dari Pakmie.blogspot.com.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 25 Oct 2012 11:16 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Beaucoup de novices suppose que c’est contraire a l’ethique

Posted: 24 Oct 2012 10:19 PM PDT

Il était plutôt casse-tête en charge.

Les nouveaux arrivants attendait. En outre, vous devrez peut-être embaucher un casino en ligne pro pour vous aider avec les plans et je l’ai acheté à un prix réduit. Voyez-vous une tendance qui se dessine ici Cool Kids ? L’aspect le plus crucial de réfléchir, c’est que: j’ai raté le point par rapport à bonus casino. Maintes et maintes fois nous voyons cela dit à propos de jeux de casino et je n’ai pas la mentalité de cette entreprise. Ce n’est pas à l’expert de la mode.

Enfin, je dois mentionner casino en ligne parce que peut-être a plus d’un sens. Vous devez ignorer ceci: J’ai des opinions discutables sur guide casino. Vous pourriez mettre votre oeil enfant. Les experts s’accordent sur roulette en ligne où le bien, comme les noix toujours dire La vie est comme une boîte de chocolats, on ne sait jamais ce que vous allez obtenir. Je motifs du présent article après l’un de mes bloggers préférés. J’adore ce site. Je suis obtenir un avantage. jeux de casino est une façon difficile de faire plus casino en ligne. C’est certainement un point de vue intéressant. J’ai créé un nouveau blog botter les fesses en se référant à jouer gratuitement au machines a sous 3 dé. Dans le passé, ce fut un problème avec casino en ligne. casino en ligne est quelque chose de ce qui affecte beaucoup d’Américains. C’est un non-problème.
ABC Nouvelles fait un point important concernant machine a sous récemment. Ne laissez pas ce faire à votre manière: je suis un couple de briques timide d’une charge. Si vous respectez-le, je vous assure que seront payants. La plupart des personnages ont connu jeux de dés les plus populaire moins une fois dans leur vie. J’ai eu peu de succès avec ces bonnes nouvelles, mais c’est si rare. Je desevere une tape dans le dos pour ce qui est aussi un exemple de bonne marque. Un grand nombre des avocats me disent qu’ils ne peuvent tout simplement pas utiliser casino en ligne. Quelqu’un peut-il donner la référence exacte pour cela ? casino en ligne a si bien fait plus tôt, mais aussi tous ceux qui veulent machine a sous doit utiliser tous les moyens à leur disposition. Cependant, la vie est comme une boîte de chocolats, on ne sait jamais ce que vous allez obtenir. Pariez sur ce point. Honnêtement, c’est de la folie.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Oct 2012 11:13 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Salam Aidil Adha Buat Pembaca MyMassa.

Posted: 25 Oct 2012 05:30 PM PDT



*Gambar dari portal Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (http://masja-sa.org.my)

Tazkirah Aidil Adha: Berkurban Mempertahankan Islam, Bukannya Menjadi Korban

Posted: 25 Oct 2012 06:30 AM PDT

Hari Raya Qurban atau Aidil Adha merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Ia disambut bermula dengan takbir raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah raya di pagi 10 Zulhijjah, disusuli dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidil Adha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. Al Quran telah menjelaskan mengenai ibadah qurban;

"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Rabb-Mu adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." (Surah Al-Hajj: 34) 

Dalam hadis juga menyatakan;

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban..." (Riwayat At-Tirmizi)

Berbicara soal pengorbanan, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah qurban haiwan sebagai tanda bersyukur terhadap nikmat Allah. Namun di dalam konteks semasa yang lebih luas, ummah diseru untuk terus berkorban melindungi akidah dari gejala-gejala yang boleh merosakan iman dan taqwa sehingga boleh jatuh syirik dan murtad.


Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (caddle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi. Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir. Dalam Islam, tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bida'ah, khurafat, syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar. Rasulullah pernah S.A.W bersabda:

"Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

"Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat, kebanyakkan manusia tidak mengetahui" (Riwayat Muslim)

Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah. Malangnya semangat kebangkitan membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah s.a.w;


"Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu"
(Riwayat At-Tabrani) 

Rasulullah bersabda lagi; :

"Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit di jalanan" (Riwayat Ibnu Abi Dunya)


Islam tidak mengajar ummahnya mencetuskan huru-hara. Sebaliknya mengajar untuk bermusyawarah dan berbincang. Setiap tuntutan akan diteliti dan dilaksanakan jika ia membawa kebaikan kepada ummah. Berikanlah sokongan dan cadangan membina, bukan membinasakan apa yang ada.


Islam juga mengajar kita menunjuk kekuatan melalui solat berjemaah, berpadu tenaga dan membuat pelbagai persiapan supaya musuh gerun dan takut mencabar maruah Islam. Firman Allah;

"Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya". (al-Anfal:60)

Malangnya, kaum kuffar kini bebas menghina Islam, sedangkan ramai umat Islam tidak merasa tercabar apabila agamanya dihina. Apakah ini menunjukkan ummah telah kehilangan jati diri kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan berpolitik atau kita sememangnya sudah lemah iman ataupun ancaman kaum kuffar terlalu kuat?

Kita terlalu banyak bercakap, memprotes sana sini dan itu ini tetapi amat kurang tindakan. Bertambah malang lagi ada pula segelintir kita sanggup bersengkongkol dengan musuh-musuh Islam sehingga sanggup mengorbankan maruah agamanya kepada golongan kuffar hanya untuk merasai betapa nikmatnya disanjung dan berkuasa.

Janganlah kita riak mendakwa kononnya telah berjaya mentarbiyahkan golongan bukan Islam. Sebaliknya, terlalu banyak hak ummah tergadai semata-mata mahu berkompromi menjaga hati mereka. Adakah kita mahu menunggu bila saat berkuasa baru kita mahu berbicara soal umat Islam atau setelah ketiadaan kuasa baru kita menyesal tak sudah setelah kehilangan segala-galanya?

Sempena Aidil Adha ini, marilah kita terus berkorban demi agama, bangsa dan negara. Berbaktilah dengan ikhlas dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang diperolehi. Usahakan agar mendapat lebih baik lagi.

Jangan kita menjadi korban percaturan musuh-musuh Islam yang manis muka di hadapan kita tetapi hati mereka penuh muslihat. Setiap umat mempunyai kewajipan mempertahankan kesucian Islam dan tunggak-tunggaknya.

Semoga Allah terus memberi hidayah dan kekuatan ukhwah buat kita semua untuk terus mempertahankan akidah dan maruah ummah dari kejahatan musuh - musuh Islam.

Selamat menunaikan ibadah qurban dan semoga jemaah kita mendapat haji yang mabrur di Baitullah. Amin. Allahuakbar…Allahuakhbar…Allahuakbar Walillahiilham.

*Renung-renungkan dan sebar-sebarkannya.

Jawapan Untuk Pencacai PAS Jika Anda Ditanya Isu Ini Ketika Raya Korban

Posted: 25 Oct 2012 02:01 AM PDT

Kenyataan salah seorang rakan FB MyMassa yang sangat-sangat rasional.


Jadi kawan-kawan, kalau ada pencacai PAS yang cuba merosakkan mood Hari Raya dengan membawa isu hudud, jawab dengan kenyataan seperti di atas.



*Teringat lawak Samy Vellu......"Orang PAS memang suka kapirkan orang lain sampai saya pun dikapirkan mereka....".

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Oct 2012 11:12 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Media Kedah: Video Eksklusif !!! Ketua Pemuda UMNO Kedah Dakwa Azizan Razak Umpama Ber*k #tukarkedah #SGB

Posted: 25 Oct 2012 08:17 AM PDT


Alor Setar, 25 Okt - Selaku Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim telah mengetuaisatu sidang akhbar yang di lakukan Pemuda BN di bangunan MCA Alor Setar bagi mendesak Menteri Besar Kedah, Azizan Razak  jujur memperjelaskan laporan audit Kedah yang menunjukan kerugian besar yang di alami kerajaan melalui Syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB), syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar kedah (PMBKed) di dalam pelaburan projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guniea.

Selaku Pengerusi KCB, mustahil bagi Azizan Razak tidak tahu menahu langsung tentang projek berkenaan sedangkan kos pembayaran tuntutan pengurusan melebihi RM10,000 perlu melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak turut berada.

Badrol Hisham turun mendesak Azizan Razak, selaku Pengerusi KCB memperjelaskan dengan jujur siapa yang membenarkan  bekas CEO KCB, Akashah Ismail dan rombongan ke London untuk membuat pinjaman RM134 juta (USD44 juta) dari agensi pinjaman kewangan  London, Capital Investment Agency.

Mustahil selaku Pengerusi KCB, Azizan Razak tidak tahu menahu akan pinjaman tersebut kerana ianya membabitkan jumlah pinjaman yang banyak.dan perlu di perbincangkan dalam Mensyuarat Lembaga Ahli Pengarah.

Dalam sidang akbar itu, Badrol Hisham menyifatkan kembali Azizan Razak "Umpama Beruk Menaiki Pokok Ceremai Yang Akhirnya Buah Ceremai Terlantun Ke Muka Sendiri".setelah perumpamaan itu di gunakan Azizan Razak untuk mengkritik desakan Pemuda BN kelmarin.

"Azizan Razak merupakan Beruk yang pandai berlakon dalam permasalah KCB", katanya lagi.

Selepas selesai sidang akhbar di bangunan MCA, Alor Setar, Badru Hisham bersama barisan Pemuda BN yang lain terus bergerak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar untuk membuat laporan polis terhadap kerugian yang meragukan di alami KCB setelah di cabar Azizan Razak untuk berbuat begitu.


http://unitmediakedah.blogspot.com/2012/10/video-eksklusif-ketua-pemuda-umno-kedah.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Watch " Peneroka Melayu Menangis Marah Kerajaan Negeri Selangor Rampas Tanah " on YouTube

Posted: 25 Oct 2012 07:48 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=bsgxNS7VfPA&feature=youtube_gdata_player





Sent from Samsung Galaxy Note

Watch "Syarat Pakai Tudung - Ustaz Don" on YouTube

Posted: 25 Oct 2012 05:22 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=DtQ4CTON5a0&feature=youtube_gdata_player

Infografik Aidiladha | Blog 1MALAYSIA PM @NajibRazak

Posted: 25 Oct 2012 03:56 AM PDT

http://1malaysia.com.my/my/infographics/aidiladha/







Sent from Samsung Galaxy Note

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

Posted: 24 Oct 2012 11:54 PM PDT

http://1malaysia.com.my/speeches/perutusan-y-a-b-perdana-menteri-malaysia-sempena-sambutan-hari-raya-aidiladha-1433-hijrah/



Sent from Samsung Galaxy Note

oyabun

Posted: 25 Oct 2012 11:12 PM PDT

oyabun


Salam Aidil Adha.. !

Posted: 25 Oct 2012 05:13 PM PDT



" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni'mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni'mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari saya buat semua rakan-rakan blogger dan juga para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari :

Ore-Oyabun

Isu Selangor : Cadangan Menggunakan Teknologi Membran Atasi Krisis Air, Tidak Praktikal?

Posted: 25 Oct 2012 07:05 AM PDT


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) berkata sesuatu semasa membuat tinjauan Operasi Empangan Sungai Selangor di sini, Isnin. Turut kelihatan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon (dua, kiri).

HULU LANGAT: Timbalan Perdana Menteri yang merujuk perkara itu kepada pakar-pakar air Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata penggunaan teknologi tersebut yang dijangka menjangkau lebih RM3bilion di 34 loji di Selangor itu tidak dapat menjamin kualiti air.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan negeri Selangor memberi kelulusan untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk menampung keperluan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan yang dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus hingga 4.0 peratus setiap tahun.

"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan teknologi itu untuk menyelesaikan masalah air. Kalau kerajaan negeri yang bijaksana, mereka harus melihat penggunaan teknologi itu bukan jalan penyelesaiannya. Kalau kaji dari segi daya maju, ia tidak berdaya maju kerana daripada segi kosnya menurut pakar, ia adalah lebih tinggi.

"Saya hairan dan takjub kerajaan negeri mahu membincangkan (dengan saya)kerana ia bukan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor di sini semalam.

Permandangan Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang sedang giat dijalankan di Hulu Langat

Muhyiddin berkata bekalan air yang disalurkan melalui 34 loji air di Selangor boleh lagi menampung keperluan industri dan penggunaan domestik namun Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka menghadapi krisis air menjelang tahun 2015.

Beliau dimaklumkan bahawa beberapa pemaju perumahan tidak memperoleh sijil layak menduduki (CF) kerana pembekal utiliti tidak bersedia membekalkan air kerana ketiadaan sumber air baru.

"Ini kenyataan dan fakta, sesuatu yang serius. Menteri Besar harus menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan pusat tidak pernah mempolitikkan isu air seperti yang didakwa Khalid kerana ia membabitkan soal keperluan asas manusia.

"Ini soal hidup mati dan soal keperluan asas manusia. Ia tidak harus dipolitikkan. Saya menjelaskan berdasarkan fakta daripada pakar-pakar jurutera air dan ia bukan daripada saya, bahawa situasi adalah kritikal dan ia perlu diselesaikan

"Kerajaan negeri Selangor tidak boleh melengah-lengahkan dan mesti memberi kebenaran agar tiga majlis perbandaran boleh mengeluarkan perintah pembangunan bagi pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.


Sementara itu, Muhyiddin berkata Peguam Negera yang diminta untuk menentukan jika ada mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah Negara atau Akta Pengambilan Balik Tanah yang membenarkan kerajaan pusat meneruskan pembinaan Langat 2 demi kepentingan rakyat, masih belum memberi maklum balas kepada beliau. "Walau apapun, saya keluarkan arahan dan kabinet telah setuju tawaran untuk projek ini dikeluarkan kerana kerajaan pusat serius untuk mengatasi krisis air.

Kalau ia tidak diatasi sekarang, satu krisis air serius akan berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata 20 syarikat yang berminat telah mengambil borang tawaran tawaran tender bagi membina Langat 2 yang dikeluarkan dan proses pemberian tawaran dijangka diketahui selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

"Kalau projek pembinaan Langat 2 dapat bermula pada tahun depan, ia dijangka akan siap pada 2016 atau 2017 untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa projek tersebut dilaporkan sudah lewat kira-kira dua tahun.

Wasabi Oyabun..

sekupangdua

Posted: 25 Oct 2012 11:11 PM PDT

sekupangdua


HANJIN ROKET MULA MENYALAK...?

Posted: 25 Oct 2012 02:02 AM PDT

KONG... KONG, KONNNGG!!! Nampaknya hanjin Roket dah mula menyalak? hehehe... pelik kan! isu CSL yang dah basi kini diungkit semula. Ada juga kebodohan cacaian nie, Apakah upah tinggi benor dari Pakartun Roket sanggup jadi pak sanggup atau pun Buta Cina ataupun Cina Buta? Ada yang hanjin nie tak sedar dalam
menyorokan status sebenar... hebat sebagai Pencacai yang tiada tandingnya dengan yang lain

Kesilapan paling ketara yang tak disedari bila memang tak nampak sekor pun DAPig dalam demo yang dipenuhi oleh hanjin dan BaRuWa roket. dah tentulah muka dema tak akan join sebab kalau dah taukey ada sekali nanti di selak dan tahu sapa sebenornya hanjin dalam kisah ANJING KU MENYALAK SELEPAS MAKAN DAGING...

Gambar nie tiada kaitan sengan sesapa termasuk JKKK dan RELA... DAP kalu tak tau la?
Hehehe... dah basi isu nie tetiba jer ungkit balik... taukey tak ikut sekali ker?
Khalifah nie... tak nak demo ker? jangan lupa ajak sekali...
Cer Sound bila nak berkhatan? katakan wahyu dah ada...

Nie camana pulak nie, tak kan sebab upah kot? kasi tau la bila nak idemo! 
Bukan pelik pun malah semua rakyat dah tau sapa disebalik demo nie... kalau kata perjuangkan demi Islam maka dah tentu penghina Islam nie dah disuarakan dengan berdemo dan protes terhadap penghina ini. Tapi kenapa masa nie tak kong kong kong menyalak? kenapa tak tanda tangan ikut protes Dua Dajal kepala besor komer? 
Bertambah pelik isu CSL ler pulak tetiba yang diungkit balik, ishhh pahamnya kalau dema nak protes kepada penghina Islam nie sepatutnya daru dulu dah dema serang Dua Dajal nie! kenapa tang CSL jer yang tetiba telor dua bijik wujud semula, tak kan kat dua laknatulah nie terus hilang balls? agak-agaknya lupa kot nak protes pada dua daja yang banyak berjasa bila jadikan sejarah dinegeri Perak bila MB dari parti komer dapat merasa sekejap sebagai Boneka dengan harapan Meroyannya susut! 

Lari...Tak nak sign protes penghina Islam di Parlimen...

Meroyan nie lansung tak nak tanda tangan bersama umat islam yang lain protes kebiadapan rakan proksi Menteri Besar tak nak ker pulak komer demo kat dia, paham kita memang lah kalau menentang arus dengan kembar dajal nie pakat tak merasa lagi jadi pak Menteri Pasola, tapi tak kan hilang dua bijik Egg depan lahabau nie? Tapi kat merata ceramah macam ler  dia jer yang akan masuk syurga, alim dan warak semacam panglima islam jer, sebaliknya kat pentas ceramah jer berani kat luar kalu pakat jadi Heng Honk!!! macam anak kinzir jalan tunduk disebabkan malu dia sebagai anak kinzir...

Nie yang hina rasulullah dan umat Islam... tak nak demo ker? 

Hari ni nampaknya sekumpulan kong kong memegang sepanduk kononnya protes CSL yang menghina Islam... pelik jugak isu basi tetiba diungkit semua, tapi yang ketaranya demo kumpulang kong kong nie nampaknya selepas ada pak tiri dema yang diselar dan diberi peringatan supaya jangan biadap bila menghina Rasulullah dan islam bila dia menghina protes umat Islam terhadap filem The Inocence Muslim yang bukan hanya di sini tapi seluruh dunia bangkit dan protes.

Jadi tak heran ler tak nampak sepet dah kalau lazimnya kita tau taukeh setakat bagi upah, komer kenaler jadi cacaian, lagi pun memang komer yang paling layak sebagai cai taukeh! Tak pa lah kot mana tau esok lusa kalau tetiba komer jadi kuat semangat kot jumpa balik balls komer balik, jangan lupa ajak teman pegi demo atau protes terhadap dua dajjal pemimpin tertinggi komer... tapi teman paham kerat kuku pun komer tak berani angkat muka kat lahabau tu... ye ler takut tak merasa nanti Meroyan duduk kerusi MB. jadi kena ler buat baik pada boss komer tu, pendek rezeki kang satu hal lak... Hehehehe... lain kali ajak taukeh komer sekalai... bodohnya komer. bila semua tau kenapa dan dari mana datangnya tetiba nak demo... camana pun teman respek dengan komer... memang terbaek lah sebagai PENCACAI... rasanya dah sepatutnya komer belajor jadi garang dan kuat menyalak macam anjing kurap... kong kong... Kongggg! 

Yop mintak tolong kengkawan... dah puas teman semak nama CSL tak ada ler dalam senarai ahli UMNO! ater apa ke bingungnya tetiba UMNO yang komer protes, dia MCA ler... ishhh makan ubat ceoat yop, jadi sasau macam meroyan tu nanti semua orang susah... 

The Unspinners

Posted: 25 Oct 2012 11:11 PM PDT

The Unspinners


PAS to sacrifice Nik Aziz and Islam ofr Anwar

Posted: 25 Oct 2012 10:52 PM PDT

Selamat hari Raya Aidil Adha

Posted: 25 Oct 2012 06:00 PM PDT

Royalti Minyak: Bodoh Husam macam lembu, Layak buat kurban

Posted: 25 Oct 2012 06:33 AM PDT

Anwar approved submarine purchase?

Posted: 25 Oct 2012 02:30 AM PDT

AKSB perlu wang ... bantu keluarga di Kelantan bayar air

Posted: 24 Oct 2012 11:30 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 25 Oct 2012 09:40 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


SALAM AIDILADHA KAWAN.

Posted: 25 Oct 2012 04:25 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 25 Oct 2012 09:30 PM PDT

PISAU.NET


Bajet 2013 Adalah Candu -Nik Aziz

Posted: 25 Oct 2012 12:30 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 Oct 2012 09:18 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Salam Aidiladha Buat Semua Umat Islam

Posted: 25 Oct 2012 09:43 AM PDT

PenangWasabi

Posted: 25 Oct 2012 09:05 PM PDT

PenangWasabi


Pok Nik Ajis memang sinonim dengan 'tidak tepati janji'?

Posted: 25 Oct 2012 08:09 AM PDT



Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 tahun 1999, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir meletak jawatan kerana menganggap beliau (Dr. Mahathir) sudah tua, nyanyuk dan uzur.

Menteri Besar Kelantan itu juga berjanji akan meletak jawatan setelah Dr. Mahathir berbuat demikian.

Namun itu hanyalah janji yang tidak ditepati sehingga kini. Setelah sembilan tahun Dr. Mahathir meletak jawatan pada 2003, Nik Aziz masih sayang untuk melepaskan tampuk kuasa. Malah beliau membayangkan akan terus bertanding pada PRU ke-13.

Bagi Dr. Mahathir, seseorang yang tidak menepati janji tidak sepatutnya menjadi pemimpin. Seperti yang beliau tegaskan semalam, pemimpin yang tidak menepati janji akan terus berbuat demikian selagi berkuasa dan akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada negara.

Jika Nik Aziz mahu Dr. Mahathir melepaskan jawatan atas alasan sudah tua dan nyanyuk, adakah Nik Aziz pada usia 81 tahun beranggapan beliau masih bertenaga dan mempunyai daya ingatan yang kuat untuk terus menjadi pemimpin? Atau adakah beliau beranggapan dirinya sebagai `tidak boleh diganti' kerana tiada yang layak menjadi pengganti?

Sebenarnya bukan sahaja Nik Aziz mungkir janji untuk berundur, malah banyak perkara dalam manifesto pilihan raya Pas juga sehingga kini masih dimungkiri, masih belum ditunai.

Hakikat ini sewajarnya menjadi kayu pengukur kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang boleh dipercayai serta berpegang kepada janji. Ingatlah, menepati janji adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam. Sila klik di sini.

Penang wasabi..

r b f

Posted: 25 Oct 2012 07:18 PM PDT

r b f


Kalau Aku Jumpa Asri Aku Ludah Muka Dia Beb.....

Posted: 24 Oct 2012 08:28 PM PDT


Kalau ada 5 orang lagi manusia begini yang mengaku ulama tetapi mempunyai sekeping hati yang busuk maka hancurlah islam di Malaysia.

Terus teranglah saya katakan, kalau saya jumpa mamat yang hati busuk seperti diatas itu saya akan ludah muka dia.

Asri, kau jangan ingat orang tak tahu apa yang kau nak. Sebab kemahuan tak dipenuhi itulah sebab dok meroyan kan? 

Jangan ingat kita tak tahu........

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Oct 2012 03:47 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Video seksi dalam lif yang menggerunkan... Jangan tonton jika anda buasir!

Posted: 25 Oct 2012 11:02 AM PDT

Gambar hiasan
Teknologi terhebat dari LG yang menghasilkan TV leper yang amat realistik.

Begitu realistik hingga ia kelihatan seperti benar-benar berlaku.

Dengan bantuan bunyi dan special effect, beberapa pengguna lif berasa begitu terkejut dengan hasil yang menakjubkan itu.

Tonton bagaimana ianya diuji ke atas pelanggan di dalam lif...enjoy!

(Gambar) Neelofa jawab isu baju terlalu jarang sambil menggayakan skirt belang yang amat hot!

Posted: 25 Oct 2012 06:31 AM PDT

Sekiranya minggu lalu aktres cantik ini panas dengan kontroversi 'kisah cintanya' bersama aktor kacak Hans Isaac, minggu ini timbul pula isu baru apabila pengacara NONA ini dikatakan telah memakai pakaian yang jarang sehingga menampakkan susuk pakaian dalam sewaktu sidang media Anugerah Skrin 2012 Khamis lalu.

Tak melatah, Neelofa amat tenang memberikan respon terhadap kritikan peminat mengenai isu berkenaan.

"Sebenarnya, masa hari tu Lofa pakai skirt rekaan Syaiful Baharim dan baju tu memang Lofa beli sendiri. Masa pakai baju tu tak nampak pun macam jarang."

"Tapi Lofa mengaku memang salah Lofa sebab tak perasan benda-benda macam tu. Lepas ni Lofa akan lebih berhati-hati untuk memilih pakaian," ujar Neelofa sambil tersenyum.

Nampaknya dalam sibuk dilanda kontroversi, rezeki Neelofa semakin melimpah ruah apabila aktres cantik ini dipilih sebagai pengacara untuk salah sebuah program hiburan terbitan Astro yang dikenali sebagai 'MeleTop.'

Menerusi program 'MeleTop,' Neelofa akan digandingkan dengan pelawak terkenal, Nabil dan mereka akan mengendalikan sebuah program hiburan yang berbentuk komedi dan diselitkan dengan cerita-cerita gosip artis. Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa, jam 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro-On-the-Go bermula 30 Oktober ini.

Mengulas lebih lanjut mengenai penglibatan Neelofa dalam program 'MeleTop,' aktres cantik ini akui program yang bakal diacarakannya adalah amat berbeza dengan program sebelum ini.

"Program 'MeleTop' akan lebih menunjukkan perangai 'gila-gila' Lofa, tapi tak keterlaluan sangat. Lofa pun tak boleh terlebih lawak daripada Nabil."

"Lagipun untuk program ni Lofa ada karakter Lofa sendiri, di mana Lofa akan bagi maklumat yang berunsur fakta, manakala Nabil pula akan lebih kepada yang merapu. Jadi program ini akan lebih seimbang."

Oh Bulan!

Pelajar 17 tahun buang anak baru lahir ke dalam tali air

Posted: 25 Oct 2012 04:15 AM PDT

Gambar hiasan
KANGAR - Polis menahan seorang pelajar berusia 17 tahun kerana dipercayai membuang bayi perempuan yang baru dilahirkannya ke dalam sebatang tali air di Kampung Behor Rotan Pahit, Simpang Empat, di sini, awal hari ini.

Polis turut menahan tiga lagi individu termasuk teman lelaki pelajar berkenaan selepas mayat bayi itu ditemui mati kira-kira pukul 1 pagi dalam tali air yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah pelajar itu.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih dijalankan bagi memastikan sama ada bayi itu masih hidup semasa dibuang atau dibunuh
sebelum dicampak ke dalam tali air itu.

Katanya, polis menerima laporan seorang pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang curiga dengan pendarahan seorang pelajar perempuan yang telah
dirujuk ke hospital itu kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Hasil laporan itu, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan gerakan mencari dan menyelamat bayi berkenaan setelah mendapat
maklumat bayi itu dibuang ke dalam tali air.

Zull Aznam berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. - Bernama

Najib: Hayati konsep korban sempena Aidiladha

Posted: 25 Oct 2012 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Aidilhadha kepada semua umat Islam yang merayakannya esok.

"Semoga Aidiladha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan Aidiladha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini," katanya dalam perutusan yang dimuatnaik dalam blog 1Malaysia hari ini.

Beliau berharap agar Aidiladha diraikan dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan sambil mengajak umat Islam menghayati konsep pengorbanan yang dituntut Islam, yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, jiwa raga dan dan kepentingan diri bagi memperoleh keredhaan Allah.

Beliau berkata, konsep itu terkandung dalam Surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,
nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya ALLAH benar-benar bersama mereka yang berbuat baik."

Malaysia sendiri turut mendukung konsep pengorbanan dengan bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan
Bangsamoro, katanya.

"Ini pastinya satu pengorbanan yang amat membanggakan," katanya dalam perutusan itu.

Najib berkata, kerajaan Malaysia mengambil pendekatan Perjanjian Hudaibiyah yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, untuk memainkan peranan menjayakan
pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina baru-baru ini.

Melalui Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Makkah, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang
berikutnya.

"Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan
kerajaan Filipina baru-baru ini," katanya.

Kerajaan Filipina dan MILF telah memeterai perjanjian damai bersejarah pada 15 Oktober, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang
berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina.

Najib berkata, komitmen jitu dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah negara membolehkan Malaysia diiktiraf oleh dunia
sebagai negara Islam yang progresif dan dinamik.

"Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini," katanya.

Perdana menteri turut mengajak umat Islam di negara ini berdoa agar jemaah haji di Makkah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan
haji mabrur serta kembali ke tanah air dengan selamat.

"Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat," katanya. - Bernama

Ulama UMNO memang hanyut, jangan nafi-nafi lagi - Dr Asri bidas UFB

Posted: 25 Oct 2012 02:30 AM PDT

SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.

"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.

"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.

"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.

"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya.
Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran.

Fathul Bari menyertai Umno dua tahun lalu.

Hudud: Antara Chua Soi Lek dan Karpal Singh, seorang bangang, seorang lagi buta tuli...

Posted: 25 Oct 2012 02:01 AM PDT

Ustaz Fathul Bari berkata Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden MCA, Chua Soi Lek sama-sama mencabar sensitiviti umat Islam, namun begitu katanya kenyataan kedua-dua pemimpin bukan Islam itu mempunyai perbezaannya.

"Isi kandungan Chua Soi Lek, saya melihat sangat naif, kurang analisa dari segi bahan-bahan rujukan Islam sebaliknya dia memilih bahan-bahan rujukan yang mungkin dari internet dan mungkin dari kajian beliau sendiri.

"Berbeza dengan kenyataan Karpal Singh, secara nyata beliau menyatakan 'langkah mayat saya sebelum nak melaksanakan hukum hudud', beliau tak pernah nak mengklasifikasikan di sana ada hudud PAS..di sana ada hudud UMNO..beliau menolak secara umum.

"Saya ragu, adakah Karpal Singh faham ataupun tidak faham. Kalau nak bersangka baik, maknanya Karpal Singh faham..maknanya ada kesan penjelasan PAS terhadap Karpal Singh..adakah kefahaman tersebut menyebabkan karpal Singh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa,"katanya.

Menurutnya, jika dibandingkan di antara keduanya, kenyataan Karpal Singh lebih biadap berbanding dengan Chua Soi Lek dalam penghinaan terhadap Islam.


(Gambar) Penampilan hot terbaru Lisa Surihani...alamak pendeknya!

Posted: 25 Oct 2012 12:03 AM PDT

Lama agaknya kami tak paparkan foto-foto terbaru Lisa Surihani semenjak pelakon diminati ramai ini berkahwin. Umum tahu Lisa Surihani adalah seorang yang peramah dan selalu berkomunikasi dengan peminatnya melalui video di Facebook sehinggalah dia berhenti dari melakukannya dan itu sangatlah menghampakan.

Terbaru, OHBULAN! telah menemui pelakon yang comel dan cantik ini di Golden Screen Cinema (GSC), Pavilion di sesi tayangan premier untuk filem 'Istanbul Aku Datang'. Hadir bersama Yusry, Lisa kelihatan cantik dengan dress hitam bercorak bunga serta rambut pendek yang sengaja dikembangkan sedikit.

Untuk pengetahuan, lakonan Lisa didalam filem 'Istanbul Aku Datang' bakal memberikan kelainan pada anda dan turut sama berganding dengannya ialah Beto Kusyairy dan juga Tomok. Filem arahan Bernard Chauly ini akan ke pawagam pada 8 November 2012.

Untuk para peminat Lisa diluar sana, mari lihat beberapa keping foto selebriti kesayangan anda ini.
#NESCAFEonthelife wants to be a part of your future aspirations. Share your  extraordinary story here!

Penganggur didakwa gesel kemaluan pada peha jururawat

Posted: 24 Oct 2012 10:41 PM PDT

Gambar hiasan
AYER KEROH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan mencabul dan menunjukkan kemaluannya kepada tiga kakitangan Hospital Melaka, bulan lalu.

Mazri Kamarudin, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.

Pertuduhan pertama, Mazri didapati mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 34 tahun dengan menunjukkan kemaluannya di lorong sebelah Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Melaka, jam 7.50 pagi pada 21 September 2012.

Dia juga dituduh melakukan kesalahan sama kepada seorang wanita berusia 25 tahun di tempat letak kereta di Bahagian Forensik Hospital Melaka pada jam 7.20 pagi, 8 September 2012.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mazri turut didakwa mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun dengan menggeselkan kemaluannya pada paha wanita terbabit, jam 7.30 pagi pada 20 September 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

Dia sekali lagi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan perempuan sama pada lokasi dan masa yang sama, pada 20 September 2012.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus meminta mahkamah memberikan jaminan RM16,000 bagi keempat-empat tuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh merayu jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan menanggung isteri tidak bekerja serta tiga anak.

Nor Azizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan menetapkan tarikh sebutan dokumen pada 30 November depan.

Dalam prosiding berbeza di mahkamah sama, seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan.

Ramizan Mustok, 37, didakwa mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun 2 bulan di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak Setia, Tanjung Minyak kira-kira jam 12 tengah malam pada Julai 2011.

Ramizan yang didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan ketika rayuan memohon jaminan dikurangkan selepas Muhather memohon mahkamah memberikan jaminan RM4,000.

Nor Azizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan 3 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Kondom dalam kotak rokok

Posted: 24 Oct 2012 09:01 PM PDT

BANDARAYA MELAKA -Sembunyi kondom dalam kotak rokok bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Itu taktik digunakan sindiket pelacuran di sebuah hotel bajet di Jalan Munsyi Abdullah di sini, yang diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.

Serbuan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat, menahan tiga wanita tempatan dipercayai pelacur berusia 20 hingga 32 ditahan ketika mereka menunggu pelanggan.

Turut ditahan ialah pekerja hotel bajet berkenaan dan seorang pelanggan berusia 20-an.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 800 kondom yang belum digunakan disorok di dalam kotak rokok, celah tangga, bawah tilam dan di dalam laci.

"Kondom yang disorok dalam rokok ini akan diambil pelanggan yang melanggan pelacur di sini.

"Taktik ini mungkin digunakan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Jika tidak melakukan pemeriksaan teliti, kotak ini akan disangka kotak kosong yang dibuang," katanya kepada pemberita.

Rahimin berkata,pihaknya juga menemui ribuan pil hormon dan pencegah kehamilan di hotel 24 bilik itu yang beroperasi tanpa lesen.

"Pemilik premis nampaknya masih berdegil kerana masih meneruskan operasi walaupun telah diserbu beberapakali sebelum ini.

"Isnin lalu, kita menahan tujuh pelacur ketika melakukan pemantauan di kawasan ini bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik," katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 72 dan Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Tegur pemimpin jihad paling besar, Harussani

Posted: 24 Oct 2012 08:25 PM PDT

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, menjadi satu keperluan untuk menegur pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan ia juga harus dianggap sebagai satu "jihad paling besar."

Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.

"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).

"Memetik hadis Nabi, menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad yang paling besar.

"Tugas itu perlu dimainkan oleh semua orang tetapi selalunya dilihat sebagai tugas ulama kerana mereka mempunyai kelebihan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, kelebihan itu bukan sahaja daripada ilmu yang dimiliki ulama terbabit tetapi termasuklah peluang yang lebih mudah untuk bertemu dan bercakap dengan pemimpin itu.

Kelmarin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat boleh menegur pemimpin tetapi perlu secara tertib.

"Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan bermaksud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin.

Harrussani berkata, ada orang menggunakan medan syarahan atau media massa menegur pemimpin.

Katanya, teguran yang dibuat perlulah secara beradap dan tidak menyinggung perasaan individu yang ditegur itu.

"Semua orang ada egonya, jadi adalah lebih baik menggunakan cara yang bersesuaian untuk menegur orang itu supaya tidak mengguris hatinya.

"Kalau kita mahu tegur cara tugas mereka, boleh menulis surat untuk menasihatinya dan jika punya kesempatan, bertemu secara terus adalah lebih baik," katanya.

Katanya, mereka yang menegur seseorang itu melalui ucapan dianggap sebagai mengumpat.

"Kita tidak perlu menegur orang itu sehingga memberi aib kepadanya. Gunakan cara yang lebih diplomasi," katanya.

'MCA-DAP' ada agenda tersembunyi'

Posted: 24 Oct 2012 06:31 PM PDT

SHAH ALAM – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa MCA dan DAP mempunyai "agenda besar" di sebalik pendirian kedua-dua parti itu dalam soal hukum hudud.

Secara tidak langsung kata beliau, ia mampu menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan pandangan dan kritikan yang dilontarkan pimpinan mereka selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat berketurunan Cina.

Hasan melahirkan pandangan ini ketika banyak pihak mempersoalkan Soi Lek dan juga Umno berhubung kenyataan Presiden MCA itu.

"Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke-13.

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu 'grand design' merentasi fahaman dan aliran politik," kata beliau yang juga bekas Exco Selangor dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebook lewat malam ini.

Hasan selepas dipecat oleh Pas awal Januari lalu menubuhkan pertubuhan yang diberi nama Jati.

Sambil menyifatkan inti "agenda besar" DAP itu bukan satu rahsia lagi, jelas Hasan, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menetang pelaksanaan Islam dan hudud di Malaysia baru-baru ini mencerminkan dua parti yang punyai fahaman dan aliran politik yang berbeza secara luaran hanya sekadar "pementasan lakonan politik" semata-mata.

"Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini.

"Ia dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina," katanya.

Nurul dakwa dicabul doktor selepas jalani rawatan buasir

Posted: 24 Oct 2012 06:02 PM PDT

Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya sudah menerima laporan mangsa dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

"Hasil siasatan mendapati, mangsa sebelum ini adalah pesakit doktor terbabit dan baru sebulan selesai menjalani pembedahan membuang buasir," katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, berdasarkan etika perubatan, seseorang doktor perlu ditemani jururawat atau kakitangan lain ketika menjalankan pemeriksaan dan memberikan rawatan bagi mengelak perkara mencurigakan.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya belum menerima laporan mengenai kes membabitkan Nurul, namun memberi jaminan jika dakwaan itu benar, doktor terbabit bakal berdepan tindakan sewajarnya kerana kesalahan dilakukannya serius.

"Kes ini akan diserahkan kepada polis sekiranya mangsa sudah membuat laporan, namun siasatan akan dijalankan Majlis Perubatan Malaysia bagi mengenal pasti hukuman setimpal yang bakal dikenakan kepada pesalah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Khairul Fahmi sah akan nikah dengan Leuniey Disember tahun ini

Posted: 24 Oct 2012 04:30 PM PDT

Setelah berteka-teki akhirnya penjaga gol popular, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Apex, akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Disember ini.

Wanita bertuah yang bakal menjadi suri hidup Apek itu adalah Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali dengan nama Leuniey, 21.

Menerusi Media Hiburan, hari ini, Apek mengakui hubungannya bersama Leuniey semakin serius.

Mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan sebaliknya akan bernikah terus.

Sekarang segala persiapan sedang rancak dilakukan.

Menurut mereka, dua majlis persandingan akan diadakan iaitu satu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan satu lagi di Hotel Perdana Beach Resort Kota Bharu.

Kini segala-galanya telah terungkai. Tahniah diucapkan!

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 25 Oct 2012 03:19 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


PM NAJIB HARUS BERSEDIA MENYAHUT CABARAN RAKYAT

Posted: 24 Oct 2012 05:02 PM PDT

Dalam situasi kecenderungan sokongan yang hampir menyebelahi BN hari ini, PM Najib harus menumpukan kepada usaha menambah lagi keyakinan rakyat bahawa BN sahaja satu-satunya pilihan yang boleh dipercayai rakyat untuk terus memerintah negara ini.

Segala dasar dan transformasi kerajaan pimpinan Najib sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk membuktikan keupayaan Najib dalam memimpin BN, UMNO dan kerajaan yang ditinggalkan oleh Pak Lah dalam keadaan paling lemah dalam sejarah pemerintahan BN.

Sayangnya segala keupayaan dan pencapaian ini masih belum betul-betul menyerap di dalam pemikiran rakyat secara berkesan.

Walaupun terdapat petanda-petanda yang meyakinkan bahawa sokongan rakyat telah kembali kepada BN, sokongan ini masih belum benar-benar jelas memihak secara 2/3 kepada BN.

Usaha pemantapan keyakinan 2/3 rakyat ini harus digerakkan melalui langkah-langkah yang lebih tegas dan meyakinkan. 

Perkara paling penting yang harus dibuktikan kepada rakyat ialah, disamping program janji ditepati, PM Najib harus juga "menjanjikan" bahawa mereka-mereka yang bakal dipilih untuk mengisi kepimpinan selepas PRU13 adalah terdiri dari kalangan calon-calon yang "dipercayai dan diyakini" berkemampuan memenuhi segala janji-janji yang telah, sedang dan akan terus diumumkan dari masa ke semasa termasuklah janji yang bakal dibuat melalui manifesto BN menjelang PRU13 nanti.

PM harus menjanjikan kepada rakyat bahawa barisan yang bakal diketengahkan oleh BN pada PRU13 nanti adalah barisan paling berwibawa, mantap dan berkredibiliti tinggi serta boleh dipercayai dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi wakil rakyat kepada BN dalam menepati dan memenuhi segala janji kerajaan terhadap rakyat.

Transformasi politik yang diumumkan oleh PM Najib harus mengambil pertimbangan mengenai soal kepimpinan masa depan yang bakal disediakan oleh BN dalam mengisi aspirasi dan tuntutan rakyat yang sudah sama sekali berbeza dengan tuntutan dan aspirasi lampau.

Jika PM Najib dapat menawarkan barisan kepimpinan baru untuk menggalas tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan masa depan yang "serasi" dengan kehendak dan aspirasi majoriti rakyat, sudah pasti rakyat akan benar-benar yakin bahawa Najib dan BN benar-benar berupaya mengisi citarasa dan kehendak majoriti rakyat.

Segala dasar dan transformasi yang diketengahkan oleh Najib selama ini juga akan benar-benar diakui, diterima dan diserap oleh rakyat.

Ibu kepada segala kekuatan politik ialah "kepercayaan dan keyakinan" secara majoriti, manakala ibu kepada segala punca yang membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan dalam sistem demokrasi ialah "hilang kepercayaan dan keyakinan" dari majoriti rakyat.

Apabila rakyat sudah "hilang kepercayaan dan keyakinan" kepada kepimpinan pemerintah, itu adalah petanda besar bahawa pihak pemerintah bakal menerima malapetaka "kekalahan" dalam pilihanraya.

Apabila kepercayaan dan keyakinan majoriti rakyat kepada kerajaan sudah longgar, ketika itulah bermulanya saat-saat di mana setiap dasar, tindakan, langkah mahupun inisiatif pihak pemerintah akan dipertikaikan, walau sebaik mana sekali pun dasar dan inisiatif yang dirangka untuk faedah rakyat.

Inilah realiti yang sedang dihadapi oleh BN dan UMNO peninggalan Pak Lah. Nasib PM Najib tidak sebaik nasib Pak Lah, kerana ke dua-duanya mengambilalih pemerintahan di dalam dua keadaan yang sama sekali berbeza. Pak Lah mengambil kepimpinan di waktu kepercayaan dan keyakinan rakyat begitu tinggi terhadap BN peninggalan Tun M, manakala Najib pula mengambilalih nakhoda peninggalan Pak Lah yang sudah mengalami kerosakan terok. Hampir majoriti anak kapal sudah hilang keyakinan untuk belayar dengan kapal yang dikhuatiri akan tenggelam di lautan.

Dalam keadaan parti dan kerajaan yang rosak terok inilah Najib dipertanggungjawabkan untuk terus belayar dan pada masa yang sama memperbaiki segala kerosakan yang sudah berlaku.

Untuk mendapat "kepercayaan dan keyakinan semula" anak-anak kapal untuk terus belayar bersama bukanlah suatu kerja mudah. 

Setiap kerja baikpulih yang dilakukan oleh Najib akan diperhati secara dekat oleh rakyat. Sudah pasti ada saja pihak yang mempertikaikannya. Apatah lagi di dalam kapal tersebut juga wujud golongan yang disebut oleh Nabi saw sebagai golongan bodoh yang bertindak membocorkan kapal.

Di saat inilah PM Najib harus cekap dan pada masa yang sama teliti dalam melakukan kerja baik pulih. Teliti dalam memastikan segala langkah dan keputusan di dalam membuat kerja baik pulih dibuat dengan tepat dan memenuhi tuntutan atau spesifikasi ke arah "memulihkan kapal". Pada masa yang sama PM Najib juga harus cekap mengemudi kapal yang masih belum pulih dan masih belum diyakini sepenuhnya oleh anak kapal.

Hari ini sudah terbukti bahawa kesungguhan PM Najib untuk memperbetulkan kesilapan lalu amat jelas kelihatan melalui pelbagai dasar dan inisiatif yang diperkenalkan.

Hari ini juga sudah terbukti, ekonomi negara terus maju dan berkembang sehingga negara telah diiktiraf sebagai negara ke 12 paling berdaya saing di dunia mengatasi Sweden, Jepun, German dan juga switzerland yang diketahui selama ini sebagai antara negara paling berdaya saing.

Dan, pelbagai lagi bukti yang menunjukkan bahawa PM Najib benar-benar mempunyai keupayaan untuk membawa negara keluar dari ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Walaupun sudah wujud peningkatan kepercayaan dan keyakinan rakyat, tetapi kerajaan BN masih lagi dihantui dengan virus "persepsi negatif" yang disebarkan oleh pembawa virus di kalangan pembangkang yang mahu mengambil kesempatan terbaik ini untuk mengambilalih pemerintahan. Virus "persepsi negatif" yang dibawa oleh pembawa-pembawa ini seringkali mendatangkan "contraction" terhadap usahabaik pulih keyakinan rakyat yang sedang dilakukan oleh Najib.

Untuk ini, PM Najib harus melakukan usaha-usaha tambahan yang lebih penting, iaitu gerakan melupuskan sisa-sisa "persepsi negatif" yang sering merencatkan usaha membina semula keyakinan rakyat.

Bagaimanakah kaedah seterusnya yang harus dilakukan di dalam mengembalikan ibu kepada kekuatan politik i.e. "kepercayaan dan keyakinan rakyat", seterusnya pada masa yang sama menghapuskan segala sisa-sisa persepsi negatif terhadap kerajaan?

PRU sudah semakin hampir. Tidak banyak lagi pilihan yang ada untuk melakukan kerja baik pulih disebabkan kesuntukan masa.

Tindakan PM Najib harus nekad dan drastik. Usaha terakhir yang lazim dilakukan oleh seorang doktor untuk menyelamatkan nyawa pesakit ialah melakukan pembedahan. Jika usaha memotong sebahagian anggota badan itu boleh menyelamatkan nyawa seseorang pesakit, anggota badan itu harus dipotong.

Usaha-usaha terakhir masih ada untuk PM Najib mempastikan kerajaan ini terus selamat dan mendapat mandat lebih besar.

Keberanian PM Najib memotong mereka-mereka yang berstatus "liabiliti" dan "calon boleh kalah" walaupun mereka bertaraf "warlord" amatlah dituntut.

Keberanian untuk turut memotong calon yang mempunyai peluang 50-50 untuk menang juga amatlah dituntut kerana BN tidak mampu untuk  kehilangan walau 1 kerusi hanya disebabkan kalah tipis.

Ketelitian PM Najib untuk menawarkan calon yang benar-benar boleh menang dan yang terbaik dari segi sokongan pengundi amatlah dituntut di dalam keadaan hari ini.

Keberanian PM Najib untuk menawarkan kepada rakyat pelapis dan calon-calon baru, muda, dinamik, berintegriti dan berwibawa di seluruh negara, mampu untuk memberi pukulan maut kepada pembangkang. 

Keberanian melakukan transformasi dan rupabentuk kepimpinan baru secara besar-besaran ini berupaya menghapuskan segala sisa-sisa persepsi negatif yang selama ini menghantui pemikiran rakyat.

Keberanian melakukan penanaman semula ladang kepimpinan secara besar-besaran dan menggantikan pokok-pokok yang sudah tidak berupaya lagi mengeluarkan hasil akan mewujudkan sebuah harapan baru di hati setiap rakyat bahawa BN benar-benar sedia berubah dan boleh diberi semula mandat.

Keberanian ini juga berupaya menggamit semula hati rakyat untuk bertindak nekad dan penuh yakin untuk mengembalikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada BN untuk terus memimpin negara ini.

Jika PM Najib punya "kepercayaan dan keyakinan" yang cukup kuat dalam melakukan transformasi politik menggunakan "kaedah penanaman semula" barisan kepimpinan baru dan bertenaga di seluruh peringkat kepimpinan, separuh dari kejayaan sudah berada di genggaman sebaik saja parlimen dibubarkan. 

Sebaik hari mengundi, BN bakal dikonfomkan oleh pengundi sebagai pemenang 2/3 PRU13...

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 25 Oct 2012 03:17 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Mangsa Terbaru Anwar.... Bila Nak Buat Laporan Polis...??

Posted: 25 Oct 2012 07:00 AM PDT

Panaasss....! Memang panas untuk dibaca, cepatlah klik kat SINI

Kerja Gila Nak Hancurkan Nama Baik DYMM Sultan Johor....!!

Posted: 24 Oct 2012 10:45 PM PDT

LG tertarik dengan story panas pasal kerja giler nak burukkan nama Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj. Modus Operandi yang nampak memang "All Out" habis2an....!! Baca kat SINI

Khir Toyo Bukan Lagi Pemimpin UMNO..., Biarlah Dia Dengan Keputusannya

Posted: 24 Oct 2012 05:00 PM PDT


Dr Mohamad Khir Toyo percaya permohonan maaf yang beliau lakukan kelmarin kepada Yb Ronnie Liu tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana beliau bukan lagi pemimpin UMNO negeri.

Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam.....

Lagipun semenjak Khir Toyo turun naik Mahkamah untuk mendepani perbicaraan kes beliau setelah didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah Alam PADA 23 Disember 2004 bernilai RM6.5 juta hanya dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas, hampir kesemua pimpinan UMNO meminggirkan beliau....

Seperti yang diketahui umum kelmarin Dr Khir mengambil keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah berhubung tindakan saman yang diambil oleh Ronnie Liu terhadap beliau pada tahun 2008.

Tindakan Khir itu mungkin menimbulkan rasa terkejut dan tidak puas hati daripada segelintir orang-orang UMNO atau penyokong-penyokong BN.

Baca penjelasan sepenuhnya oleh Dr Khir di  sini.

Namun begitu ramai yang sebenarnya tidak tahu bahwa tindakan Khir memohon maaf kepada Ronnie tidak bermakna Adun DAP itu tidak bersalah....!!

Mantan Menteri Besar Selangor itu menuduh Ronnie Liu menjadi penghalang untuk menghalang pihak berkuasa dan polis daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Puchong, Selangor pada tahun 2007.

Lihatlah sendiri bahan bukti yang dpamerkan dibawah ini sebagai bukti tindakan Khir Toyo bukan tuduhan melulu tetapi apa yang dikatakan olehnya adalah benar....

Laporan polis yang dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02.11.2007 menunjukkan tindakan Ronnie Liu menghalang pihak berkuasa dari menjalankan tugas dimana ahirnya wakil rakyat DAP itu telah ditahan oleh pihak  berkuasa dan dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya. 

 


Cucu Tok Selampit

Posted: 25 Oct 2012 01:45 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Kids - I Bet You'll Be Smiling Seeing This

Posted: 25 Oct 2012 12:30 AM PDT






Vandalisme ABU Di Tempat Awam - @chegubard Merupakan Dalangnya cc. @PDRMsia

Posted: 24 Oct 2012 10:30 PM PDT






Juak-juak P"Gay"R bertindak melebihi batas undang-undang sekali lagi apabila melakukan vandalisme di tempat-tempat awam dengan menampal sticker dan mengecat simbol atau lambang "Asal Bukan UMNO (ABU)". Pihak-pihak yang mempunyai otak di lutut ini mana dapat membezakan di atara harta awam dan harta Mak Bapak sendiri. 

Gambar-gambar di atas dengan bangganya disiarkan di dalam blog Harris Ibrahim di sini. Apabila berita berkenaan disiarkan di Twitter, Bakal Ketua AMGay tak Jadi Badrul Hisham atau Chegubard dengan bangganya menulis "Keep on !" (lihat di bawah). Apakah pihak PDRM, pihak berkuasa tempatan dan pihak-phak berkuasa lain yang berkaitan akan sekadar berpeluk tubuh dan melihat sahaja?


Kata Pakteh...!!

Posted: 25 Oct 2012 01:39 PM PDT

Kata Pakteh...!!


Diseret Ke Lembah Hina

Posted: 24 Oct 2012 07:36 PM PDT

Pakteh ambik artikel ni dari blog King of the East: bani Jawi yang hilang "Misteri"
 
 
Politik telah berjaya menyisihkan kepentingan agama bila Islam tidak lagi dominan. Itulah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kini. 

Kepahitan yang terpaksa ditelan. Demi kelangsungan perjuangan politik, matlamat menghalalkan cara. Islam tidak lagi mampu menjadi tapak kukuh dalam menyelesaikan masalah. Malah dalam sesetengah keadaan peraturan agama terpaksa dipinggirkan atau didiamkan sahaja. 

Kekotoran politik dilihat semakin mencemari Islam apabila para pemimpin bertaraf ulama yang sebelum ini begitu kukuh perjuangannya juga terpaksa mengalah. Masyarakat pula kini turut diseret ke lembah hina ini atas sangkaan perjuangan berlandaskan alQuran dan Hadis. Bolehkan kita menerimanya?

Jika ingin bersama Islam kita lihat hanya PAS sahaja yang layak untuk disokong, namun melihat pada keadaan semasa, ia tidak akan mampu membantu kita untuk memperolehi kemenangan yang dihajatkan. Inilah nasib kaum Muslimin Malaysia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan 'pesanan' kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan  Dr Haron Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Dr Haron Din atau PAS dalam menangani subjek 'Anwar' ini.

Kata Dr Haron Din, "Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,"

dan,

"Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam."

Mungkinkah Dr Haron Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Dr Haron Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Dr Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Dr Haron Din masih berada dalam keadaan 'penafian' (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Dr Haron Din telah memilih untuk terus menerus memendam rasa dan membuat kenyataan (penipuan) bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural sebagai Perdana Menteri.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Dr Haron Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara.

Islam akan terus terpinggir. Mampukah Dr Haron Din memperbaiki keadaan?

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 25 Oct 2012 01:23 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Posted: 24 Oct 2012 06:26 PM PDT

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Maaf Zahir Batin

daripada
Mohd Soberi Shafii
Mahani Abd. Ghani
Qhariennah Fatina
Juhaida Amalienna
Mohd Fais Hazriqk
Rieni Fahada Natasha
Millisa Nadhira.

Syed Harris Hafis
Tengku Adam Jafrie
Tengku Arissa Jasrienna

Nasaruddin
Zam.

tun faisal dot com

Posted: 25 Oct 2012 01:20 PM PDT

tun faisal dot com


Kerajaan Pas Kelantan rugi RM700 juta pasal tu ke nak duit minyak? #tukarKtan

Posted: 24 Oct 2012 02:29 PM PDT

Post Pic


Kerajaan Kelantan rugi RM700j - OMBAK

pada 24-10-2012 01:10 




SHAH ALAM: Kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan mengakibatkan negeri itu rugi RM700 juta dalam bentuk nilai tanah bersabit projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan, Lembah Sireh.

Menurut Presiden Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad projek usahasama kerajaan negeri dengan Liziz Standaco Sdn Bhd telah menyerahkan kira-kira 400 hektar tanah di tebing Sungai Kelantan kepada syarikat itu untuk dimajukan.

Namun berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga Disember lalu mendapati syarikat berkenaan belum menyiapkan projek yang dijadualkan siap tahun 2015.

"Dalam projek ini kerajaan PAS Kelantan mengalami kerugian sebanyak RM389.09 juta dalam bentuk sumbangan balas yang tidak ditunaikan oleh syarikat.

"Manakala RM318.29 juta merupakan harga semasa kerana memindahkan milik tanah tersebut kepada syarikat dan bayaran RM4.07 juta bayaran daripada kerajaan pusat kepada syarikat yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan negeri jika tanah tidak dipindah milik,"  katanya kepada Utusan Malaysia.

Wan Khairul turut mempersoalkan sikap memberi muka kerajaan negeri kepada syarikat berkenaan walaupun gagal melangsaikan komponen dalam kontrak yang berbaki tiga tahun lagi.

Katanya lagi, disebabkan kelemahan pentadbiran dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan PAS, Kelantan mengalami kerugian manakala pemaju mendapat 'untung atas angin'.

"Ini adalah harta rakyat dan bukannya harta pemimpin PAS," tegasnya.


Tiada ulasan:

Pengikut