Khamis, 4 Oktober 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 04 Oct 2012 03:40 PM PDT

Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM Hafiz Yatim 1:52PM Okt 4 2012 Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam. NONEKetua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek. Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut: (1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri. (2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran. (3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu. Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM. Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang. Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma. Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Posted: 04 Oct 2012 02:25 AM PDT

Hafiz Yatim

Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

NONEKetua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.

Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:

(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.

(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.

Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.

Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.

Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.

Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.

DAP: Menteri KPDNKK tidur & malas

Posted: 04 Oct 2012 02:23 AM PDT

 

Hazlan Zakaria

DAP menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri "tidur" ekoran tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal mengemukakan akaun teraudit tahunan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat tidak boleh diterima.

NONEMenurut Pua (kanan), SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan.

"Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri. Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah," kata Pua.

Ismail semalam berkata, bukan hanya syarikat milik Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kerajaan akan turut menyiasat syarikat yang dikaitkan dengan Umno sekiranya mendapat aduan.

Mengulas dakwaan Pua sebelum itu, Ismail berkata, pihaknya "baru tahu" mengenai dakwaan terhadap National Aerospace and Defence Industries (Nadi) dan YGP Holdings tidak memfailkan akaun teraudit sejak 2006 dan 2007.

Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November?

Posted: 04 Oct 2012 02:04 AM PDT

 Staff Berita Semasa

Kalau anda masih ingat lagi berita yang menyentuh tindakan "berani" 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia sebelum ini, di mana 1MDB telah bertindak membeli aset penjana kuasa bebas IPP, kepunyaan Ananda Krishnan dalam Tanjung seperti Pahlawan, Panglima dan Powertech dengan menelan belanja sehingga RM8.5 bilion. 

Melampau…

Bagi kami ia nilai yang terlalu tinggi. Kalau diikutkan daripada perjanjian pembelian tenaga PPA Pahlawan, Panglima dan Powertech hanya tamat pada 2016, iaitu empat tahun dari sekarang di mana nilainya sepatutnya lebih rendah. Kalau ikutkan anggaran kebanyakan pemerhati hanyalah sekitar di antara RM4 bilion sehingga RM5 bilion sahaja, tetapi kita (kerajaan Malaysia) sanggup bayar RM8.5 bilion kepada Ananda Krishnan. Duit siapa itu? Kalau bukan duit……Erm!

Hasilnya……

Sumber : Malaysiakini
  1. Sudahkah menteri ini berjumpa dengan taikun IPP yang cukup "berpengaruh" di Malaysia?
  2. Pernahkah Menteri terfikir untuk berjumpa sendiri dengan mereka-mereka ini, membawa masalah rakyat Malaysia supaya dapatlah kiranya membuat rundingan semula perjanjian IPP yang cukup berat sebelah
  3. Adakah Menteri sudah sedia maklum, TNB seringkali menjadi budak belasahan kepada IPP selama ini di manaakhirnya  beban yang diterima mereka terpaksa dipindahkan kepada rakyat Malaysia atas nama "kenaikan tarif elektrik"?

Apabila menyentuh mengenai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA – Power Purchase Agreement)

  1. Generasi pertama harganya ialah : RM13.5 sen sehingga RM15.5 sen kilowatt per hour
  2. Generasi kedua harganya ialah : RM12.5 sen
  3. Generasi ketiga harganya ialah : RM11.5 sen

"Subsidi patut disalurkan kepada rakyat atau langsung kepada syarikat mega seperti ini?"

Semakan kami di negara Bangladesh. Bangladesh, sebuah negara yang sering digambarkan dengan kemiskinan dengan lambakan pekerja Bangladesh di Malaysia. Contoh Bangladesh ini penting untuk kami masukkan dalam laporan kali ini sebagai perbandingan. Ini kerana semakan kami menunjukkan :

  1. Harga PPA di Bangladesh untuk bekalan pukal tenaga elektrik 10 sen per kilowatt per hour tanpa subsidi. Sekali lagi tanpa subsidi. Malaysia?
  2. Dibangunkan sendiri oleh Tenaga Nasional. Malaysia?
  3. Tenaga Nasional mampu bangunkan IPP di Bangladseh dengan harga 10 sen per kilowatt. Malaysia?
  4. Ada beza tak dengan Malaysia?

Berbalik kepada Malaysia, walaupun taikun IPP ini menerima lambakan subsidi gas daripada Petronas tetapi masih lagi mengenakan caj yang tinggi sebanyak 13sen – 15 sen. Tahniah!! Siapa tuan penasihatnya?

Tak cukup dengan pembelian Tanjong Energy Holding milik Tanjong, 1MDB membeli lagi Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd. dengan nilai RM2.55 bilion. Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham Genting Sanyen. Bagaimana 1MDb membeli "tergamak" menggunakan sumber negara dengan membeli pada kadar yang melampau sebegini? Sedangkan dan realitinya kerajaan Malaysia boleh membina IPP yang baru yang mana kosnya jauh lebih murah sekaligus kos penjanaan  elektrik kepada pengguna akan jatuh.

"Jika kos tinggi, siapa yang akan tanggung jikalau bukan rakyat?"

P/S : Pesanan Menteri kepada rakyat marhaen termasuklah kepada anda, anda semua di sini, "Berjimatlah dalam pengambilan gula, nescaya penyakit diabetes dapat dijauhkan. Berjimatlah menggunakan elektrik, nescaya bil elektrik dan tenaga dapat dijimatkan. Berjimatlah!!"

Mahasiswa Pro-M Sujud Syukur Di Atas Kemenangan Dalam Pilihanraya Kampus

Posted: 04 Oct 2012 01:59 AM PDT


Apabila kemenangan diselari dengan tarbiah Islam. Sujud syukur tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Ulasan GB

Tiada apa yang lebih manis di dunia ini - selain dari kemenangan Islam.

Di mana-mana pun kini tatkala kumpulan yang memperjuangkan Islam diberikan kemenangan, kita dapat menyaksikan umat Islam bersujud syukur...

Bukan disambut dengan berpesta-pestaan yang menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan dan kehancura.

Tahniah mahasiswa Pro-M UIAM!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

BONGKAR] Usaha BN Rampas Kedah, 200,000 Pengundi Baru Didaftarkan

Posted: 04 Oct 2012 01:56 AM PDT

KELAB GREENBOC

 

Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu," katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.

"Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai," kata Zakaria.

"Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga," tambah beliau.

Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).

Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas.

Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. -KD

Kita Tengok Siapa Lebih Berani; Mat Maslan Atau Mazlan Aliman

Posted: 04 Oct 2012 01:43 AM PDT

MSO

Mat tidak payah cakap banyak, tidak perlu memberi amaran tidak perlu bersabar saman saja Mazlan Aliman apa nak tunggu-tunggu lagi. Mat mana, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan. Rakyat mahu tengok siapa benar dan siapa tidak benar. Mat Maslan kata Mazlan Aliman pemimpin yang celupar kerana banyak membuat fitnah terhadap Felda.

Sebagai contoh katanya Mazlan mengatakan RM400 juta saham FVHB dijual atau diberikan kepada Genting syarikat perjudian tersohor dan terbesar di Malaya ini di mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya datuk Najib Razak.

Saya yakin dengan pendirian dan maklumat yang ada kepada Mazlan Aliman. Dia ini juga berani. Apa keturunan saya tidak tahu, mungkin bugis sama keturunan dengan Najib Razak. Tetapi Najib penakut pula. Selalunya orang bugis berani dan cekal.

Mazlan tidak akan membuat fitnah kerana partinya bukan paeti membuat fitnah. Pas bukan parti putar cerita atau tabur cerita fitnah dan mendedahkan keaiban orang sampai ke seluar dalam. Itu bukan parti Mazlan.

Parti Mazlan ialah parti Pas yang berjuang berladaskan Quran dan Hadith. Pas tidak suka memfitnah atau memutar belit cerita. Logiknya kalau Mazlan membuat fitnah, tidak payah sampai Mat Mazlan tegur, Pas akan menegurnya dulu. Ini mana Pas ada tegur, support lagi adalah...

Tidak usah cakap banyak kita hendak tengok sejauh mana keberanian Mat Maslan. Beliau harus tampil menyaman Mazlan sendiri jangan berharap kepada mana-mana pihak. Kalau beliau memberi alasan tidak ada lokas standi... bermakna Mat Maslan selama ini bercakap bermodalkan angin yang tentu berak bernajiskan asap sahaja.

Saya juga yakin Mazlan Aliman bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan saman Maslan. Harap Mat Maslan berani seperti Azlina Othman Said. Kalau tidak berani bolehlah Mat Maslan bertukar jantina dengan Azalina dalam menghadapi Mzlan Aliman ini.

Keberanian dan kesediaan Mazlan untuk menghadapi tindakan undang-undang Azlina dialu-alukan dan diucapkan syabas. Begitulah anak jantan pantang dicabar dan undur apabila digertak. 

Dan kita orang luar pula inilah masanya untuk melihat orang Johor bergaduh sesama sendiri. Kita tenguk orang Johor mana yang menang. Kalau orang Johor yang dulu 80 peratus menganut Umno sudah mula bergaduh ini bermakna kedudukan Umno di Johor sudah tidak stabil lagi. Kalau dikubu sediri sudah ada pergaduhan, cabar mencabar, apa lagi ditempat lain.

Barang kali benarlah "teori" yang saya kemukakan dalam buku baru saya; Nyawa BN dihujung pedang, ada kebenaran bahawa Johor akan menyambut gelombang di Sabah dan Sarawak untuk meranapkan UBN di Semenanjung. Steady Mat... khabarnya saham Felda merudum lagi.

Mahasiswa dan Budaya Intelektual

Posted: 04 Oct 2012 01:41 AM PDT

Oleh Zikri Rahman

Saban tahun, ketika melewati laporan akhbar, kita pasti dilambakkan dengan lonjakan angka mahasiswa yang dikeluarkan ataupun berjaya memasuki universiti, awam mahupun persendirian yang terdapat dalam negara kita. Secara dasarnya ini sesuatu yang bagus, hinggalah kita dengan kadar segera kembali perlu untuk memperhalusi peranan mahasiswa serta fungsi budaya intelektualisme di dalam universiti, yang secara langsung atau tidak langsung perlu untuk kembali menguatkan budaya intelektualisme di negara ini.
Menelusuri kembali budaya intelektualisme di negara ini, memberi ruang kepada mahasiswa untuk memahami peranan dalam mencatur langkah, mencanting corak kepada perlunya satu kesedaran intelektualisme untuk segera sampai ke destinasinya. Masyarakat kita sendiri dalam memenuhi ruang vakum antara mahasiswa dan masyarakat secara keseluruhannya dalam menggabungkan ilmu serta teori kepada panduan untuk melakukan implementasi  langkah-langkah bermanfaat kepada pembangunan masyarakat keseluruhannya .
Siapa intelektual
Kata-kata sasterawan agung negara, Usman Awang, dalam ucapannya yang bertajuk "Peranan Intelektual" kepada pelajar-pelajar Malaya dan Singapura di Malaysian Hall, anjuran London Union of Malaysian Student tanggal 25 Mei 1970; amat begitu relevan dalam mendefinisikan intelektualisme  pada hari ini iaitu,
·         Pertama, orang yang punya ilmu pengetahuan dan otak (fikiran) yang sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuannya sesuai dengan perkembangan ilmu yang dari zaman ke zaman semakin bertambah kaya. Jadi ilmunya itu tidak basi dan beku;
·         Kedua, orang yang sentiasa berfikir (pemikir) dan menyumbangkan dan mengembangkan idenya;
·         Ketiga, orang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk mengkaji, menganalisa, merumuskan segala fikiran dalam kehiduan manusia, terutama masyaraktnya dan alamnya untuk mencari kebenaran dan menegakkan kebenaran itu;
·         Dan akhir sekali, orang yang mengenal kebenaran dan berani memperjuang kebenaran, orang yang mengenal kebebasan dan berani memperjuangkan kebebasan, meski bagaimanapun tekanan dan ancaman yang dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan dan kebebasan untuk rakyat.
Memperdalami keseluruhan asas yang didefinisikan oleh Usman Awang ini, jika diperlaku serta diangkat menjadi  implementasi disiplin di dalam universiti, pasti akan memberi makna baru dalam merencana kembali hubungan mahasiswa dengan masyarakat, sekaligus mendekatkan diri mahasiswa dengan sifat alamiah sesebuah masyarakat (contohnya, penindasan ekonomi serta kemiskinan yang dialami oleh masyarakat peneroka bandar di Malaysia) dan bukan lagi hanya terhad sekadar kepada rujukan di dalam tesis, sebaliknya cuba untuk memahami serta melihat kesinambungan ilmu teori serta praktik dalam memahami fungsi mahasiswa mencorakkan alir masyarakat.

Intelektualisme memecah dogma

Penulis memperakui, peranan budaya intelektualisme mahasiswa amat perlu dalam merencana teori serta idea baru, bagi mendobrak segala dogma serta korupsi ide di dalam implementasi apa-apa polisi yang berkaitan dengan masyarakat yang seakan sudahpun membina sawang di dalam kehidupan harian mahasiswa kini yang tidak berasa bahawa mereka ini bukan lagi sebahagian dari masyarakat.

 Walhal, mereka juga begitu terkesan dengan segala polisi serta langkah yang dijalankan dari segi ekonomi, contohnya kenaikan harga petrol mengakibatkan berlaku reaksi berantai pada harga barangan harian.

Untuk menyemai kembali budaya intelektualisme mahasiswa, kuncinya terletak pada kemampuan mahasiswa untuk menghadam dan mencabar ilmu. Bagi penulis, fungsi utama ilmu ialah untuk dicabar, demi mengelakkan berlaku kebekuan dan kejumudan khususnya dalam menjalin hubungan terus antara ilmu dan praktik, kepada sasaran implementasi, iaitu masyarakat. Yang pasti, rangka besar untuk memahami serta menghadam ilmu, tidak lagi terhad dalam lingkungan dewan syarahan, mendengar hanya akan idea lama dilontar-lontar yang kadang berlaku hanya dengan satu arah, sebaliknya pergi kepada punca ilmu iaitu masyarakat itu sendiri dengan memenuhi masa muda dengan majlis ilmu yang terdapat dalam pelbagai bentuk medium.

Ini adalah kerana, punca ilmu, adalah berasaskan kepada kemampuan manusia dalam merungkai permasalahan, dan di dalam permasalahan, tersirat satu hikmah yang besar bagi mereka yang berani mencari kebenaran. Kebenaran yang cuba disampaikan penulis ialah kesedaran yang perlu kita capai melalui pemahaman terhadap fungsi ilmu itu sendiri dalam merencana kebudayaaan intelektualisme tanpa mengira jurusan apa yang anda ambil. Contohnya jika kamu seorang belajar senibina, binalah yang bermanfaat untuk masyarakat dan bukan memenuhi ego penguasa, dan jika kamu seorang belajar fotografi, ambil lah gambar yang memberi erti benar kepada masyarakat, dan begitulah seterusnya untuk semua disiplin ilmu.

Kita harus menilai kembali kebenaran, dalam mencari makna menjadi mahasiswa dalam mengembalikan semula budaya intelektualisme yang tidak lagi hanya terhad kepada ruang skop universiti dan segulung ijazah, sebaliknya terletak kepada kemampuan kita. Kita semua yang bergelar mahasiswa , dalam meletakkan ilmu pada prinsip serta pendirian yang dipacu oleh ide-ide segar berpaksikan kepada ketetapan fungsi ilmu, bagi menetapkan diri mahasiswa masing masing di pihak mana yang mereka sanggup untuk berjuang, di tempat yang ditindas atau menindas, dalam perjalanan mencari ilmu mengembalikan budaya ilmu yang semakin terhakis dek kerana hanya sekadar belajar untuk segulung ijazah, dan bukan untuk ketetapan prinsip humanis yang dituntut jiwa akhirnya pada masyrakat.

Apa yang lebih penting?

Sungguh, mendapat segulung ijazah itu sesuatu yang penting, tetapi bagi penulis, pada kesempatan yang ada bergelar mahasiswa, budaya intelektualisme itu sesuatu yang perlu dipegang oleh kita, bagi mengelakkan terasingnya mahasiswa dari lipatan masyarakat yang amat memerlukan kita dalam merencana serta membawa ombak ilmu menghempas pantai dogma  yang sudah sekian lama menjadi barah kepada mandulnya fikrah fikiran dalam menjalin kembali kemas tautan masyarakat dan mahasiswa. Kerana di dalam usaha ini, tiada jalan tengah selain berpihak kepada masyarakat dan akarnya pada budaya intelektualisme, iaitu partisipasi di dalam pelbagai cara yang ada.

Gersangnya idea fikiran mahasiswa pada hari ini, bakal mencorak satu kecelakaan kepada negara ini, menjadikan idea dan teori yang didamba masyarakat pupus, hanya kerana tiada ketetapan serta prinsip yang benar benar kukuh dalam kehidupan mahasiswa kerana yakinlah, mahasiswa, orang yang belajar, di mana mana bisa mempelopori perjuangan, dan yang terbaik ialah dengan bersama masyarakat membina budaya ilmu yang perlu lahir pada cetusan pergolakan rakyat tertindas, yang kecil atau besar, dengan titik fokus semata mata hanya berpandu pada kebaikan masyarakat sejagat, tanpa perlu meninggalkan prinsip ilmu di dalam diri kita hanya kerana patuh tiada berlawan fakta dan hujah ilmu.

Tuntas bertulis, budaya intelektualisme ini sesuatu yang pasti, tapi dalam corak yang bagaimana dan apa yang akan dipelopor mahasiswa ini, yang akhirnya akan membentuk budi pada pertiwi, dengan akurnya kita semua, mahasiswa pada ketentuan alunan masyarakat yang terbentuk hasil budaya yang akan kita terajui, tanpa mengira cara apa sekalipun, dan pasti pertentangan-pertentangan itu pasti akan berlaku, di antara tahyul dogma dan idea progresif, yang akhirnya pemegang kata dan laku dalam menempuh ranjau dan duri perjuanagan bersama masyrakat dan mahasiswa ialah kita sendiri. Iaitu mahasiswa. – Roketkini.com

Jom tengok elaun bekas pemimpin???

Posted: 04 Oct 2012 01:31 AM PDT


JOM TENGOK SIAPA BEKAS AHLI PARLIMEN YANG MENERIMA ELAUN TERTINGGI SEKALI..???

1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.

2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan

3) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan

4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan

5) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.

6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan

7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan

TAPI UNTUK RAKYAT DIBERI CIPUT BR1M RM500 DAN REBET RM200 UNTUK TALIPON PINTAR TAPI PARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PINTAR DAN CEKAP REMBAT PULUHAN RIBU RINGGIT SEBULAN ATAS NAMA PENASIHAT SAJA.

APAKAH PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH TIDAK CUKUP UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK?

INI BUKAN PENASIHAT TETAPI PUNAHSIHAT.. MEMUNAHKAN NEGARA SAMBIL MEYIHATKAN SAKU-SAKU MEREKA DENGAN WANG PEMBAYAR CUKAI!!!!

Sumber http://batuvskayu.blogspot.sg/2012/10/jom-tengok-siapa-ahli-parlimen-yang.html

MPK sedia terima sampah kelung ikan

Posted: 04 Oct 2012 01:29 AM PDT

SHAH ALAM: Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari memaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersedia untuk menerima sampah-sampah dari kelung sangkar ikan khususnya di sekitar perairan Pulau Ketam.

"Baru-baru ini saya mengadakan dialog dengan penternak-penternak ikan sangkar dan mereka gusar tentang permasalahan yang timbul berkaitan sampah-sarap yang mengalir dan berkumpul di sangkar-sangkar mereka.

"Saya telahpun menghubungi pihak MPK bagi mencari jalan penyelesaian dan hari ini pihak MPK telah bersetuju untuk membantu," ujar Yaakob.

Oleh yang demikian, beliau menggesa semua penternak ikan sangkar untuk  berhubung terus dengan pihak MPK kerana mereka telah menyatakan komitmen bagi memberi jalan penyelesaian kepada masalah terbabit.

Sampah-sarap tersebut terdiri dari ranting kayu dan plastik yang dibuang oleh penduduk Pulau Ketam seterusnya mengalir ke sangkar-sangkar penternak tersebut.

Difahamkan, sebanyak 11,095 kelung sangkar yang sedang beroperasi di Klang ketika ini.

Sementara itu, Dr Yaakob turut mengingatkan para penduduk dan penternak supaya menjaga kebersihan kawasan masing-masing.

"Penternak mestilah membersihkan sampah-sampah tersebut untuk terus dihantar ke darat dan bukannya menghantar sampah tersebut ke Pulau Ketam. Pihak MPK dah beri jaminan untuk mengutip sampah yang telah dihantar ke darat," kata Yaakob merangkap Exco Pertanian Negeri Selangor.

Terbaru, isu sampah-sarap ini telah dibangkitkan dalam sesi dialog "World Cafe-Open Space Technology" bersama pengusaha ternakan ikan sangkar daerah Klang di Pulau Ketam baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Zakaria Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) Klang, Abdul Rahman Joho dan Ahli Majlis MPK, Song Sung Hwan.

Penyanyi Amerika Janet Jackson peluk Islam

Posted: 04 Oct 2012 01:25 AM PDT


(Wissam dengan Janet Jackson yang bakal berkahwin)

BINTANG terkenal Amerika, Janet Jackson dikatakan telah memeluk Islam. Janet dan tunangnya Wissam Al Mana dilaporkan alarabia.net akan melangsungkan perkahwinan di Doha Qatar tahun hadapan.

Pasangan itu bercadang untuk mengikat tali perkahwinan di Doha tempat kelahiran bakal suaminya yang merupakan seorang jutawan.

Janet dan Wissam akan melangsungkan majlis perkahwinan mengikut cara Islam.

Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46 sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah saudara lelakinya Michael Jackson.

Bagaimanapun beliau memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat seperti yang dilaporkan oleh portal emirates247.com .

Menurut portal itu lagi, yang memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa perkahwinan itu akan menjadi "antara terbesar, mewah, paling diingati dan bersejarah"

Janet dikatakan telah menjalinkan hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya semenjak musim panas 2010.

Janet yang pernah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun bersama penerbit muzik Jermaine Dupri itu berkata

"Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masaalah"

ReJaM© "Alhamdulillah bertambah seorang lagi saudara kita... "

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/penyanyi-amerika-janet-jackson-peluk.html#ixzz28INEebTr

RMK9: Apa perkembangan lebuh raya ke Kota Bharu

Posted: 04 Oct 2012 01:23 AM PDT

 
KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.

Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri menyatakan apakah usaha-usaha yang dilakukan supaya AP terbuka untuk pengusaha pengimpot kereta terpakai dihapuskan secara berperingkat.

Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air menyatakan sejauh mana langkah penyelesaian masalah air Selangor-KL-Putrajaya yang dikatakan meruncing diaturkan oleh Kementerian.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan anggaran pekerja seks di Malaysia dari tahun 2007 hingga 2011.

Kenduri: Sikit buat Ali terlalu banyak bagi rakyat

Posted: 04 Oct 2012 01:19 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan bahawa agensi kerajaan negeri Melaka dikerahkan bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dokumen mengandungi maklumat mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membincangkan persiapan logistik majlis perkhwinan tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu.

Minit mesyuarat tersebut juga menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Malah, DPPM dimaklumkan pihak Ketua Menteri itu mengakui majlis tersebut di taja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu.

DPPM hairan bagaimana begitu istimewanya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sisi kerajaan negeri.

Meskipun beliau adalah ketua negeri terbabit, ini tidak bermakna beliau boleh sesuka hati menggunakan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk keperluan dirinya.

Sepatutnya beliau menunjukkan contoh teladan kepada rakyat bahawa seorang pemimpin sanggup mengutamakan rakyat dari dirinya sendiri.

Majlis perkahwinan beliau adalah majlis peribadi yang perlu ditanggung oleh diri dan keluarganya sahaja, dan tidak perlu dibabitkan jabatan kerajaan di bawah tanggungannya.

Jika majlis itu ditaja, siapa pula penajanya dan adakah penaja majlisnya tiada kaitan langsung dengan projek kerajaan negeri?

Dalam keadaan rakyat yang masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, beliau pula sanggup menghabiskan enam ratus ribu ringgit untuk majlis selama lapan jam dengan kehadiran seramai 100,000 orang.

Mungkin bagi Datuk Seri Mohd Ali jumlah itu terlalu sedikit, namun ia terlalu banyak bagi rakyat jelata.

Apakah ini suatu manifestasi amalan wassatiyyah (bersederhana) seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri?

DPPM bimbang amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa sudah menjadi suatu budaya pada pemimpin negara.

Amalan bershopping sakan, bermewah-mewahan serta mengadakan kenduri keluarga secara melampau seperti ini mengundang pembaziran di samping rasuah yang membarah.

Malah pemimpin-pemimpin negara dengan selamba menggunakan seluruh kuasa dan agensi di bawahnya untuk kepentingan peribadi mereka tanpa rasa bersalah.

Rakyat pula dikerah sehabis mungkin bekerja dan bertugas untuk majlis peribadi pemimpin sedangkan pemimpin tidak pernah memikirkan masalah rakyat di bawahnya.

SPRM perlu membuktikan mereka benar-benar telus, tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Membanteras rasuah bukan hanya setakat kepada rakyat bawahan, tetapi mesti dimulakan dari pemimpin atasan.

Pemimpin negara yang menyuburkan rasuah sehingga rakyat sebati dengannya, ibarat kata pepatah Cina: ikan busuk bermula dari kepala.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

RM180,000 Bina Dataran Anak Muda Di Pandan

Posted: 04 Oct 2012 01:15 AM PDT


PANDAN : Sebanyak RM 180,000 diperuntukkan melalui Geran Selangorku untuk membina Dataran Anak Muda di kawasan padang perumahan Pandan Jaya 3 di sini.

Dengan siapnya projek itu pada awal Disember ini, ia akan memberikan kemudahan kepada generasi muda beriadah dan melakukan aktiviti kesukanan.

Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad berkata, gelanggang futsal, badminton dan takraw dan beberapa kemudahan akan dibangunkan dan dinaiktaraf.

"Kita sebenarnya memohon peruntukkan yang lebih tinggi untuk pembinaan ini namun setakat ini hanya ini yang diluluskan," ujar Iskandar semasa turun padang melihat kerja-kerja dilakukan.

Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 24, Mohd Zamazan Jamaluddin berkata, Dataran Anak Muda yang dibangunkan ini terletak di lokasi strategik kerana terdapat ramai remaja dan belia yang mengarapkan kemudahan riadah.

"Di sini terdapat 80 unit blok rumah yang mana ada pangasapuri kos rendah dan sederhana dan ianya akan menjadi satu tempat kepada anak muda di kawasan ini untuk beriadah," katanya.

Ujarnya,apabila projek ini siap satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan bagi meraikan kejayaan pembinaan dataran anak muda itu.

"Dengan siapnya nanti ia akan mengelakkan remaja dan belia daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah," ujarnya.


Belanjawan PR Tingkat Pendapatan Rakyat, Bajet Najib Sembunyi Hutang Negara

Posted: 04 Oct 2012 01:12 AM PDT


PETALING JAYA : Perbelanjaan berhemah, anti ketirisan, membantu meningkat pendapatan boleh guna isi rumah serta memberi manfaat kepada golongan wanita merupakan antara intipati Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan baru-baru ini.

Sebaliknya Bajet 2013 Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah sumbangan 'one-off' umpama 'ole-ole' pilihan raya.

Demikian rumusan yang dibuat dalam forum 'Belanjawan 2013-Perbandingan' yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di sini malam tadi.

Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli meskipun PR mengurangkan perbelanjaan dalam belanjawannya tetapi mampu meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat negara ini.

Kajian menunjukkan belanjawan PR yang bertema 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' itu mampu menambah pendapat boleh guna sehingga RM930 bagi sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli di mana suami bekerja sebagai guru di Lembah Klang.

Rafizi turut berkata, bajet Kerajaan Pusat yang mencatatkan defisit untuk tahun ke-16 berturut-turut, kali ini mencatatkan defisit 4 peratus menunjukan tiada usaha dibuat untuk mengurangkan hutang negara berbanding PR yang lebih berdedikasi untuk menurunkan defisit ke kadar 3.5 peratus.

Rafizi menjelaskan hutang dalam dan luar negara pada masa ini mencecah RM502 bilion menghampiri garis dibenarkan 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK).

Bagaimanapun Najib ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini didapati cuba menyembunyikan angka hutang negara.

"Najib hanya cuba bermain silap mata matematik," ulas Rafizi mengenai kesalahan angka-angka dan tindakan sengaja mencicirkan jumlah hutang negara dalam Bajet 2013 BN itu.

Pengarah Startegi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming pula berkata Belanjawan 2013 PR turut menitikberatkan pencegahan ketirisan serta pembaziran dan menangani monopoli, kartel dan penyusunan semula peranan kerajaan dalam perniagaan lantas menyumbang ekonomi lebih sihat dan berdaya saing.

Antara kartel yang disebut kartel telekomunikasi, media dan syarikat penerbangan.

Dalam Belanjawan 2013 PR, monopoli yang dimiliki Bernas dalam pasaran beras negara dan Astro dalam industri televisyen setelit turut dikaji semula.

Belanjawan PR turut mengiktiraf peranan wanita negara ini dengan memperuntukan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM).

Bawah agenda AWM, Caruman Wanita Nasional diperkenalkan bagi menjamin wanita negara ini mempunyai simpanan sekurang-kurangnya simpanan RM30,000 ketika berusia 50 tahun atau sekiranya pasangan meninggal dunia, diceraikan suami atau kehilangan upaya.

Selain itu AWM turut memperuntukan Elaun Penjagaan Anak bagi membantu wanita miskin yang bekerja di mana pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000 sebulan.

Berbeza dengan bajet BN, di mana hanya RM1.8 bilion diperuntukan untuk wanita.

Gaji Minima Pengusaha IKS Tidak Perlu Risau

Posted: 04 Oct 2012 01:05 AM PDT


KUALA LUMPUR : Pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) tidak perlu bimbang berhubung gaji minima RM1,100 yang dicadang Pakatan Rakyat(PR) dalam belanjawan alternatifnya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan, PR sudah bersedia untuk melaksanaan cadangan berkenaan yang akhirnya akan memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.

Isu ini timbul apabila pengusaha IKS bimbang kemeruduman pendapatan jika dasar berkenaan dilaksana PR bila mentadbir Putrajaya nanti.

Menurutnya, perlaksanaan gaji minima ini dibuat berdasarkan hasil perkiraan longgokan pendapatan negara dengan jumlah tidak kurang RM2 billion yang dijelaskan secara terperinci oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pengusaha IKS dinasihatkan membaca betul-betul belanjawan yang kita keluarkan supaya mereka yakin bahawa mereka tidak akan dianiaya dan mengalami kemeruduman pendapatan sekiranya kita memerintah.

"Kita yakin syarikat besar berupaya (melaksanakan gaji minima). Syarikat kecil ada suntikan tambahan kepada mereka.

"Jangan risau di mana akhirnya isu gaji minima ini akan memenangkan seluruh pihak. PR juga berupaya memastikan mereka dibela," katanya dalam reaksi ringkas di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan skim gaji minima berjumlah RM1,500 kepada anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dengan peruntukkan berjumlah RM10 juta.

Jelasnya, ketakutan yang disuarakan oleh pengusaha IKS ini ekoran propaganda Umno-BN yang tidak memberikan peluang kepada PR untuk menerangkan secara terperinci Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, Bajet 2013 Umno-BN sedikitpun tidak menyentuh langkah suntikan kewangan yang diperoleh sekiranya cadangan gaji minima RM900 yang dicadangkan kerajaan akan dilaksanakan tahun hadapan.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan wakil Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, The Kee Sin mendakwa perlaksanaan gaji minima RM1,100 sebagai populis dan boleh mengakibatkan usahawan IKS gulung tikar.

Anwar Jemput 2 Peguam Perancis Ke Malaysia

Posted: 03 Oct 2012 05:05 PM PDT


KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjemput dua orang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di dalam sidang pendengaran berhubung kes Scorpene untuk memberi taklimat kepada semua MP Pakatan Rakyat.

MP Subang, R. Sivarasa berkata Anwar telah berangkat ke Paris pada Selasa (semalam) untuk menyerahkan surat jemputan kepada William Bourdon dan Joseph Breham.

"Surat jemputan adalah dari pihak ketua pembangkang kepada kedua-dua peguam tersebut untuk menghadiri satu taklimat yang akan dikendalikan bagi semua ahli parlimen," kata Sivarasa semasa sidang media di lobi parlimen.

Sivarasa berkata, taklimat berkenaan telah dijadualkan untuk berlangsung semasa sidang parlimen kali ini yang akan berakhir pada Nov 27.

Sidang pendengaran berkenaan tuduhan pembayaran komisyen secara tidak sah atau rasuah dalam pembelian dua buah kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia daripada firma/syarikat Direction des Construction Navales Services (DCNS) dan Thales Armaris, pada tahun 2002, sedang berjalan di mahkamah Tribunale de Grande di Perancis.

Suaram pada tahun 2009 telah menggesa mahkamah Perancis untuk menjalankan siasatan keatas tuduhan berkenaan kes pembelian Scorpene, setelah pihak kerajaan Malaysia enggan mengambil tindakan yang sama.

"Sejak sidang bermula pada 16 Mac, Suaram sebagai pihak terlibat telah mendapat akses kepada 153 dokumen daripada pejabat pendakwaraya dan telah juga mendedahkan sebahagian kandungan dokumen terbabit.

"Berikutan itu, maka telah wujud keperluan segera untuk satu taklimat diadakan bagi semua Ahli Parlimen Malaysia yang berminat untuk mengikuti perkembangan kes tersebut," kata Anwar dalam surat jemputan berbahasa Inggeris, diedarkan oleh Sivarasa kepada media.

Isu berhubung skandal pembelian Scorpene yang melibatkan bayaran komisyen lebih RM 500 juta kepada syarikat milik rakan baik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan menjadi perhatian umum sejak tujuh tahun lalu.

Skandal ini juga di dakwa mempunyai hubung kait dengan pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dengan menggunakan bahan peletup C4 pada 2006.


Najib Jahil Status Wanita Malaysia

Posted: 03 Oct 2012 05:03 PM PDT


KUALA LUMPUR : Wanita Pakatan Rakyat (Pakatan) membidas kenyataan Menteri Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak, Datuk Seri Najib Razak yang menyatakan gerakan wanita di Malaysia tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak sejak kemerdekaan lagi.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Najib, yang juga Perdana Menteri, sebagai seorang "menteri Wanita" yang jahil dengan taraf kemajuan wanita di Malaysia.

"Najib gagal membezakan hak mengundi rakyat dengan penglibatan wanita diperingkat nasional.
"Kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarusperdanakan peranan wanita," katanya di lobi Parlimen.

Berdasarkan laporan The Global Gender Index Gap 2011, Malaysia berada di kedudukan 95 dari 135 negara dalam aspek penglibatan, dan peluang wanita di dalam ekonomi.

Selain itu, wanita Malaysia menduduki tangga ke 65 dalam aspek pencapaian pembelajaran, kedudukan 78 dalam aspek kelangsungan kesihatan dan hidup manakala di tangga 115 untuk pemberdayaan politik.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata kedudukan Malaysia yang semakin menjunam merupakan satu kegagalan besar ditambah dengan kegagalan kerajaan melantik wanita bagi portfolio utama tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf kecewa dengan peruntukkan kecil RM 48 dalam Belanjawan Negara 2013 bagi pembangunan wanita. Sedangkan tahun lepas RM 182 juta diperuntukan.

Wanita Pakatan sebelum ini memperkenalkan Agenda Wanita Malaysia yang mengandungi skim Caruman Wanita Nasional.

Melalui skim itu, sebanyak RM 50 setiap bulan daripada kerajaan pusat akan dimasukkan ke dalam akaun suri rumah yang daripada isu rumah berpendapatan kurang RM1,500.

Skim ini akan dilaksanakan Pakatan jika berjaya mentadbir Putrajaya.

Turut hadir sama dalam sidang media berkenaan, MP Kuantan, Fuziah Salleh dan MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Menanti BN duduk di blok pembangkang

Posted: 03 Oct 2012 04:58 PM PDT


PILIHAN Raya Umum sudah tidak lama lagi. Sama ada dibuat bulan ini atau sehingga Mac 2013, pasti kita akan tempuh juga.

Bagi Pakatan Rakyat, persediaan secukupnya sudah dipasak sejak beberapa bulan lepas, dengan satu niat dan tekad, iaitu untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan Barisan Nasional.

Oleh sebab itu, berbanding dengan 12 kali PRU yang lepas-lepas, BN kali ini, berada dalam situasi yang amat gelabah.

Mereka gelabah kerana gema suara untuk menumbangkan BN, berkumandang di seluruh pelosok negara, sehingga BN berasa amat was-was dan ragu.

Keraguan timbul kerana tiada lagi kawasan yang benar-benar selamat buat BN. Semua negeri yang menjadi tapak kubu kuat mereka, semakin hari semakin goyah dilanda badai rakyat.

Di Sarawak 'wind of change' berkumandang pada Pilihan Raya Umum negeri, sehingga menyebabkan hampir 15 kerusi Parlimen dijangka dirampas Pakatan, berikutan kemenangan pada kerusi Dewan Undangan Negeri.

Manakala di Sabah, seluruh rakyatnya, sudah mempopularkan slogan 'ini kali lah', iaitu slogan keramat yang mengisyaratkan kali ini, rakyat benar-benar bersedia untuk menolak BN.

Sehingga ia mencetuskan fenomena penghijrahan pemimpin Umno-BN ke Pakatan Rakyat. Mereka yang keluar Umno atau BN, bukan yang sudah masuk kategori bersara, tetapi mereka yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri dan sebagainya.

Johor pula menerima kesan berganda, hasil daripada gerakan politik yang rancak di Semenanjung. Daripada negeri kelahiran Umno, negeri kubu Umno, ia bakal bertukar menjadi pro pembangkang.

Khabarnya pihak-pihak yang membuat perisikan dan kajian politik, amat terkejut apabila dapatan info yang mereka selidiki, menunjukkan sekurang-kurangnya sembilan kerusi Parlimen, semakin menjadi milik Pakatan.

Begitu juga dengan kajian-kajian dari Merdeka Center atau yang terbaru dari Universiti Malaya, walaupun ada 'dented' di beberapa buah negeri Pakatan, yang tidak dapat kita nafikan ianya wujud, namun secara keseluruhannya kerajaan negeri Pakatan dijangka kekal.

Dapatan-dapatan ini menunjukkan bahawa, gerakan politik Pakatan Rakyat, yang didukung majoriti rakyat, amat berkesan dan 'trend' kecenderungan rakyat menolak BN semakin ketara.

Dari sudut purata undi, pada PRU ke 12 2008 yang lalu, walaupun hanya menang 82 kerusi dari 222 kerusi Parlimen,  beza undi popular Pakatan dengan BN hanyalah di sekitar 3 peratus sahaja.

Sokongan lebih 48 peratus rakyat Malaysia kepada parti pembangkang merupakan suatu 'force' yang besar. Ia boleh jadi lebih besar dari ombak 'Tsunami' yang bila-bila masa bakal meranapkan keegoan BN.

'Force' ini adalah kuasa rakyat. Iaitu kuasa rakyat yang komited, menggerakkan Perhimpunan Bersih, Himpunan Hijau, Himpunan Oren dan Gelombang Merah.

Kesemua himpunan dan gelombang ini, didukung kuasa rakyat. Iaitu rakyat yang terdiri dari kalangan berbilang kaum dan agama, dengan satu tekad iaitu untuk membuka jalan yang dinamakan 'Road to Putrajaya' atau RTPJ.

RTPJ diasaskan oleh kuasa rakyat yang mendukung Pakatan Rakyat, sebagai suatu pakatan alternatif untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pada PRU ke-13 nanti.

Soalnya apakah impian menuju ke Putrajaya itu suatu yang realistik? Soalnya, bolehkah Pakatan Rakyat memerintah, jika dibandingkan pengalaman BN selama 55 tahun menjadi kerajaan?

Penulis teringat suatu peristiwa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Kedah beberapa bulan sebelum PRU 2008. Di mana berlaku perdebatan di antara pembangkang ketika itu yang diketuai Ustaz Azizan Abdul Razak dengan Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid.

BN Kedah ketika itu agak sinis dengan PAS dan memperlekehkan ucapan Ketua Pembangkang, Ustaz Azizan. Ketika itu, mereka mempunyai majoriti yang besar dalam Dun Kedah.

Dalam reaksi spontan terhadap sikap pemimpin Umno-BN, Ustaz Azizan berkata, "Hangpa jangan perlekeh kami, mana tahu PRU depan, kami duk sebelah sana, hangpa mai tang ni."

Maksudnya, Ustaz Azizan ketika itu mengatakan, tidak mustahil Umno-BN akan duduk di blok pembangkang dan PAS duduk di blok kerajaan.

Reaksi spontan Ustaz Azizan dianggap seloroh yang melucukan. Pemimpin Umno BN ketawa terbahak-bahak mendengar ungkapan Ustaz Azizan. Pegawai kerajaan juga ketawa sinis.

Tetapi hanya beberapa bulan selepas itu, kata-kata seloroh Ustaz Azizan menjadi realiti apabila PAS benar-benar menang dalam PRU dan menjadi kerajaan.

Hilai tawa pemimpin Umno yang mempersendakan PAS sebelum ini, menjadi tangisan yang tidak berlagu.

Bukan sahaja di Kedah. Malah kebongkakan mereka di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, turut dileburkan dengan kuasa rakyat.

Lebih hodoh buat Umno-BN Selangor, yang MBnya ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo menyasarkan 'sifar pembangkang', turut terlungkup. Hasilnya masa depan politik Khir terus sifar dan terkubur dalam Umno.

Oleh sebab itu, dalam konteks Persekutuan, Umno-BN tidak wajar mempunyai sifat bongkak. Mereka hanya mengharap ihsan daripada rakyat untuk kekal berkuasa.

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan barisan Kabinetnya, mulai sekarang sudah patut bersedia untuk berpindah dari Putrajaya.

Tempat duduk yang bakal mereka duduki ialah kerusi-kerusi di blok pembangkang di sebelah kiri Speaker dan mereka boleh duduk di pejabat pembangkang di Tingkat 14 Parlimen Malaysia.

Tubuh suruhanjaya bantu SPRM kendali kes profil tinggi

Posted: 03 Oct 2012 04:56 PM PDT

 
KUALA LUMPUR: Anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-undang.

Beliau berkata, penubuhan suruhanjaya itu bagi membantu SPRM mengendalikan isu-isu yang melibatkan rasuah khususnya kes yang berprofil tinggi

Panel ini berperanan untuk membantu dan memberi komitmen ke atas SPRM pada tahun 2009, antara lain panel ini akan menasihati Perdana Menteri serta meneliti laporan SPRM di samping mengemukakan cadangan ke arah penambahbaikan SPRM.

"Di mana dalam penjelasan yanag saya dapat dari SPRM  saya selaku anggota panel khas SPRM telah dilantik kembaali oleh Yang di-Pertuan Agong untuk penggal kedua.

"Jadi ada banyak perkara yang tidak boleh dibawa oleh SPRM. Saya tegaskan suruhanjata undang-undang hendaklah ditubuhkan untuk melihat kembali seksyen 23 dan 50, yang perlu penelitian semula," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dalam sidang media.

Beliau yang dilantik semula sebagai ahli panel oleh Yang di-Pertuan Agong, berkata, undang-undang rasuah ini termasuk dalam undang-undang lapuk yang memerlukan pembaharuan malah perkara ini turut dikritik oleh pengamal perundangan.

"Saya mahu jelaskan dalam dokumen yang diberikan  kepada kami oleh pihak SPRM termasuk isu-isu yang melibatkaqn kelemahan undang-undang, menyebabkan isu pengakuan tidak diterima di mahkamah Malaysia, berlainan di Amerika, Hong Kong, Singapura," katanya.

Misalnya kata beliau, seorang anggota polis membuat pengakuan secara bertulis menerima wang rasuah sebanyk RM800 namun, mahkamah negara ini berpendapat bahwa perbuatan itu merupakan cendera hati.

Salahuddin turut dimaklumkan dalam mesyuarat, SPRM telah membuka enam kertas siasatan terhadap seorang ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.

Namun, katanya pendakwaan terhadap tokoh popular dan memiliki harta yang banyak itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada pihak panel untuk bawa dalam parlimen supaya diadakan reform terhadap undanga-undang ini," katanya yang turut membangkitkan perkara ini di dalam perbahasannya semalam.

Tee Yong Silap Baca Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

Posted: 03 Oct 2012 04:53 PM PDT


SHAH ALAM : Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat memperuntukkan sebanyak RM 4 bilion bagi peruntukan kenaikan gaji kakitangan Kerajaan dan bukannya RM5.1 bilion seperti yang didakwa Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Tee Yong dalam semalam menuduh Pakatan akan membelanjakan sebanyak RM 2.4 bilion bagi kenaikan gaji guru, RM 2 bilion bagi kenaikan gaji kakitangan awam serta RM 754 juta bagi kenaikan gaji polis di dalam Belanjawan Pakatan 2013.

Jawatankuasa Dasar dan Manefesto Pakatan yang bertanggungjawab menyediakan Belanjawan itu berkata, Tee Yong tidak membaca sepenuhnya keseluruhan dokumen tersebut.

"Pendekatan yang diambil Pakatan adalah mengekalkan anggota polis sedia ada tanpa pengambilan baru.

Ini berbeza dengan cara Umno-BN yang ingin meningkatkan pengambilan baru sehingga 30 peratus menjelang 2015 yang sudah tentu akan meningkatkan tanggungan gaji," kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Badan itu dianggotai MP Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming.

Menurut Jawatankuasa ini, Pakatan mencadangkan supaya anggota polis Cawangan Khas ditukar ke Jabatan Siasatan Jenayah bagi kerja-kerja membanteras jenayah.

Ini kerana tiada pengambilan baru menjelang 2015 seterusnya gaji anggota polis ini dapat dinaikkan.

Justeru itu, ia merupakan suatu proses yang mengambil masa dan bukannya kenaikan gaji serentak kerana proses penukaran anggota Cawangan Khas melibatkan latihan serta pelbagai urusan.

"Mukasurat lapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada menyebut bahawa Pakatan mengunjurkan kenaikan gaji 15 peratus sekiranya proses ini berjalan.

"Oleh kerana ia melibatkan satu proses, ia juga melibatkan kenaikan berperingkat dalam satu tempoh masa kerana kenaikan gaji itu perlu dibiayai dari penjimatan kerana tiada pengambilan baru dalam tempoh tiga tahun," kata mereka.

Sementara itu, Kerajaan Pakatan juga akan meneliti bentuk-bentuk faedah bukan gaji bagi mengelakkan pembaziran dengan memastikan hanya faedah bukan gaji kepada kakitangan awam disediakan pada kos berpatutan.

"Kami yakin penjimatan dari semakan terhadap perbelanjaan faedah bukan gaji boleh menampung kesan kewangan bagi tahun 2013 yang dianggarkan bernilai RM 250 juta itu.

"Mengambil kira pertimbangan ini, kenaikan peruntukan gaji kakitangan kerajaan hanyalah RM4 bilion seperti yang terkandung dalam Bajet Pakatan Rakyat 2013," jelas mereka.

Mohon Perkenaan Sultan Adakan Sidang Khas DNS

Posted: 03 Oct 2012 04:51 PM PDT


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri berhasrat mengadakan sidang khas Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi membincangkan tiga perkara penting iaitu kertas putih hutang Talam Corporation Berhad, hasil pelaksanaan Selangorku Bersih dan isu penyusunan semula industri perkhidmatan air.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau mengemukakan hasrat tersebut kepada DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memohon perkenan Baginda.

Sidang khas berkenaan adalah bagi membolehkan Kerajaan Negeri membentangkan ketiga-tiga isu itu secara terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat dengan jelas dan tepat.

"Kertas putih Talam disiapkan dan saya akan bentang untuk menerangkan secara terperinci kaedah pengutipan hutang yang digunapakai serta transaksi yang dilakukan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) yang akhirnya mengutip kesemua hutang berjumlah RM392 juta.

"Justeru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat meluluskan kertas putih ini yang akan diserahkan kepada Pejabat Dewan Negeri Selangor pada Isnin depan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Abdul Khalid turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan membangkitkan laporan di bawah program Pendemokrasian yang menemui sejumlah 110,000 nama pengundi diragui dan gagal dikesan sehingga kini.

Katanya, nama-nama itu didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menerusi sidang khas itu, Kerajaan Negeri akan membentangkan usaha-usaha yang dilakukan untuk mengenalpasti kesemua nama yang meragukan itu dengan melibatkan ketua komuniti di kawasan berkenaan. Ahli dewan kerajaan mahupun pembangkang boleh beri cadangan untuk selesai masalah ini.

"Begitu juga dengan isu penyusunan semula perkhidmatan industri air yang berlanjutan kerana sikap berdolak dalih Kerajaan Pusat.

"Semua surat menyurat dan fail antara Kerajaan Negeri dan Pusat sejak 2008 akan dibentangkan sebagai bukti komitmen kita," katanya lagi.

Beliau berkata, sekiranya hasrat tersebut mendapat perkenan Tuanku Sultan, Kerajaan Negeri menjangkakan akan mengadakan sidang khas itu dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang.

Di bawah Pakatan 277,000 Terima Mamogram, Di bawah BN Hanya 100,000

Posted: 03 Oct 2012 04:46 PM PDT


SHAH ALAM : Seramai 277,778 wanita akan menerima manfaat program mamogram jika Kerajaan Pusat mengikuti cara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.

Dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2013, sejumlah RM 25 juta diperuntukkan untuk program itu yang hanya mensasarkan 100,000 wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, mengikut perkiraan, kos mamogram di bawah skim kerajaan pusat adalah RM 250, sedangkan ia hanya RM 90 di bawah Selangor.

"Di bawah pengurusan Selangor, sejumlah 100,000 wanita hanya memerlukan RM 9 juta sahaja dan bukan RM 25 juta," kata Rodziah dalam kenyataan medianya.

Rodziah mendesak Kerajaan Pusat menjustifikasikan bagaimana Kerajaan Pusat perlu lebihan RM 160 seorang untuk skim itu.

"Perbelanjaan skim mamogram Kerajaan Pusat ini adalah suatu pembaziran dan perbelanjaan yang tidak telus serta membebankan rakyat.

"Khususnya di kala Malaysia akan sarat dengan hutang yang tinggi," katanya.

Ujarnya,sebelum ini Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM 5.2 juta untuk Skim Mamosel yang merangkumi kira-kira 60,000 wanita.

"Sasaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan mamogram kepada 1 juta wanita dengan peruntukan tambahan.

Kerajaan Selangor telah menjalankan Skim Mamogram Selangor (Mamosel) sejak 2010.

Kerajaan Negeri Cadang Penyelesaian Hutang Pembeli Rumah PKNS

Posted: 03 Oct 2012 04:41 PM PDT


SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyenaraikan nama pembeli-pembeli rumah PKNS yang dibebani hutang tertunggak bagi menyelamatkan daripada dilelong.

Cadangan itu dibuat ekoran beberapa pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi membantu masalah itu.

Katanya, ia termasuk bantuan melalui zakat dan mengenakan bayaran sewa rendah.

"Jika mahu kira dari segi orang yang berhutang, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 78 peratus. Ia melibatkan bilangan yang ramai.

"Kita tidak boleh senang-senang ambil hutang itu tetapi kita ada usaha sendiri untuk meringankan beban mereka," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.

Justeru, Abdul Khalid berkata, pihaknya perlu menilai beberapa aspek antaranya golongan kurang berkemampuan dan berpenyakit akan layak menerima bantuan melalui zakat dan kadar sewa bulanan yang rendah.

Seramai 350 pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka.

Warga emas tegur jiran dibelasah

Posted: 03 Oct 2012 04:32 PM PDT

MOHD TAHA YAACOB

 

BESUT - Tindakan seorang warga emas menegur seorang lelaki dipercayai penagih dadah supaya jangan lalu berhampiran rumahnya berakhir dengan insiden apabila mangsa dakwa dipukul dengan objek keras oleh lelaki tersebut yang juga jirannya.

Dalam kejadian jam 1.30 petang kelmarin, mangsa, Siti Khatijah Mohamad, 58, lebam di tangan, muka dan belakang badan akibat dipukul dengan kayu, batu bata dan kerusi plastik oleh suspek yang dikenalinya.

Menurutnya, ketika dia bersiap hendak menunaikan solat Zohor, suspek berumur 20-an itu lalu di tepi rumahnya dan didapati dalam keadaan mencurigakan.

"Saya berdiri di pintu tepi rumah dan bertanya kepada suspek, dia mahu ke mana kemudian saya larang dia lalu (berada) berhampiran rumah saya.

"Saya berbuat demikian kerana takut berikutan tahu latar belakangnya yang didakwa sering pecah masuk rumah, tambahan beberapa minit sebelum kejadian, suami saya, Abdul Khadir Yaacob, 60, baru memperoleh wang hasil jualan padi," katanya yang ditemui di rumahnya di sini dekat Pasir Akar, Hulu Besut.

Siti Khatijah berkata, tidak berpuas hati dengan kata-kata itu, suspek bertindak memarahi lalu memukul lengan kirinya dengan sebatang kayu menyebabkan tangannya bengkak dan terasa sakit.

Menurutnya, suspek kemudian pulang ke rumahnya sambil mengugut untuk membakar rumahnya sekiranya dia tidak memberikan wang sebanyak RM50 kepada suspek.

Suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kemudian datang lagi menyerang mangsa kali kedua dengan membaling bata yang mengenai tepi pipi kiri mangsa apabila mangsa sempat mengelak.

Suspek kemudian turut memukul belakang mangsa dengan kerusi dan sebatang kayu kecil.

"Saya tidak mampu melawan dan ketika kejadian, saya sendirian di rumah  kerana suami ke kebun malah teriakan saya tidak didengari jiran. Saya meminta maaf kepadanya sambil merayu agar tidak memukul lagi," katanya.

Selepas suspek meninggalkan tempat kejadian, dia menggagahkan diri berjalan kaki selama lima minit pergi ke kebun di belakang rumah untuk meminta bantuan suami sebelum laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar disusuli mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang sudah dikenal pasti kerana suspek terus menghilangkan diri selepas kejadian itu.

Ranking Harimau Malaya paling buruk tahun ini, jatuh ke tangga 162

Posted: 03 Oct 2012 04:29 PM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam bulan lepas telah menyaksikan kedudukan Harimau Malaya dalam senarai ranking bola sepak dunia terus menjunam.

Ranking terbaru Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini menunjukkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu berada pada kedudukan ke-162 dunia, jatuh enam anak tangga berbanding 156 yang pada bulan lepas.

Penuruan itu disifatkan paling buruk tahun ini selepas menghuni tangga ke-148 pada Januari, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun) dan ke-157 pada Julai dan Ogos.

Menerusi kedudukan terkini, skuad Harimau Malaya setanding dengan beberapa pasukan seperti Maldives (160), Samoa (164), Nepal (165), Fiji (167) dan Bangladesh (169).

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keempat di belakang Thailand (139), Vietnam (140) dan Filipina (147).

Di peringkat Asia, Malaysia turun dua anak tangga pada kedudukan ke-27 dari 46 negara.

Sementara itu, juara Euro 2012, Sepanyol terus mengukuhkan kedudukan selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,611 mata.

Jerman turut mengekalkan kedudukan sebagai pasukan kedua terbaik dunia dengan mengumpul 1,459 mata diikuti dengan Portugal yang merampas tangga ketiga daripada England dengan mengumpul 1,259 mata.

England, yang sebelum ini menghuni tangga ketiga, jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima dunia selepas mengumpul 1,196 mata.

Kedudukan ranking itu merangkumi keseluruhan 209 buah negara. - Bernama

SIASAH

Posted: 04 Oct 2012 03:32 PM PDT

Ketika Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir, dan menjelang genap setahun kontroversi LGBT berhubung Seksualiti Merdeka dan konsert Elton John tahun lalu, debat isu LGBT kembali panas.

Isu orientasi seksual LGBT kembali menjadi berita besar ekoran pendedahan garis panduan mengenali LGBT untuk ibu bapa yang dilapor disokong Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekumpulan aktivis gay sebagai reaksi menganjurkan hari leher-v di sekitar menara Petronas di KLCC pada 1 Oktober lalu, yang turut menjadi acara publisiti kempen kesedaran kumpulan tersebut.

Sebelum itu, sebuah restoran mesra gay, Fierce Curry House memberikan nasi beriyani percuma kepada 15 lelaki pertama yang muncul dengan baju leher-v, juga sebagai reaksi kepada laporan garis panduan itu. (Fierce ialah satu istilah yang pernah popular dalam kalangan gay di Amerika Syarikat dan juga seluruh dunia, untuk menyifatkan "cool" atau hebat.)

Debat isu LGBT kini semakin terbuka dan menyaksikan pertembungan ide yang keras antara kedua-dua kumpulan konservatif dan liberal di negara ini, dan bakal menjadi isu besar dalam politik negara, yang selama ini dikuasai konservatif.

Kelompok LGBT dijangka bakal menunjukkan kuasa undi dengan memberikan sokongan politik yang kuat kepada kumpulan yang liberal dan lebih toleran terhadap orientasi seksual mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Isu orientasi seks yang diterima sebagai hak asasi menurut tafsiran hak asasi manusia liberal Barat dinilai dengan sangat kritikal oleh Muslim dan penganut agama utama dunia, yang menolaknya sebagai sesuatu yang menyeleweng.

Walau bagaimanapun, layanan buruk terhadap golongan ini pula dinilai sebagai bertentangan dengan hak asasi melibatkan penghormatan terhadap manusia.

Akademik yang banyak mengkaji masyarakat minoriti, Dr Mohd Faizal Musa yang lebih dikenali dengan nama penanya Faisal Tehrani dalam satu tulisan baru-baru ini menjelaskan: "Bersabit dengan LGBT di Malaysia, maruah manusia (human dignity) pengamalnya harus dilindungi. Mereka tidak wajar diaib dan didiskriminasi.

"Pun, sebagai ingatan semula hak-hak LGBT di Malaysia bagaimanapun sangat bergantung kepada nilai-nilai moral (moral values); ketenteraman awam (public order); dan hak-hak manusia lain (rights of others). Sebagai anggota masyarakat pengamal LGBT dijangka akur dengan formula di atas.

"Untuk generasi muda di Malaysia pula, yang harus didedahkan kepada mereka adalah apa itu perbezaan dan bagaimana menanganinya dengan betul. Bukan mengajar mereka melakukan pelabelan dan stigma."

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


JOM UBAH

Posted: 04 Oct 2012 07:58 AM PDT


EKSPRESI ANAK MUDA

Posted: 03 Oct 2012 08:40 PM PDT


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Royalti: Kelantan dibenar rayu ke Mahkamah Persekutuan

Posted: 04 Oct 2012 12:09 AM PDT


Pemuda PAS siap sedia ke himpunan 3 Nov

Posted: 04 Oct 2012 12:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menyahut seruan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu untuk menggerakkan anak muda hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Perhimpunan tersebut diadakan bagi menuntut agar Pilihanraya bersih dan adil kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Naib Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan.

"Walaupun usaha BN cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0.

"Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah  atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya.

"Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut," jelasnya.

Raja Ahmad menjelaskan, pihaknya juga optimis komponen Pemuda parti komponen turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0.

Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas

Posted: 04 Oct 2012 12:08 AM PDT


Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur

Posted: 04 Oct 2012 12:08 AM PDT


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan  (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi syukur dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang benarkan Kelantan membuat rayuan kes royalti.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, DPPNK berpandangan keputusan mahkamah ini sekalipun bukannya merupakan kemenangan mutlak kerajaan negeri Kelantan namun ia tetap membuka harapan baru kepada kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang telah jelas termaktub di dalam perjanjian.

Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.

Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

"Tahniah kepada rakyat Kelantan dan semua pihak yang telah terlibat di dalam Konvoi Mega Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan kerajaan Kelantan menyaman Petronas di atas kegagalan menepati perjanjian yang dimeterai pada 1975," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Pemuda PAS, katanya mengulangi ikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri di dalam perjuangan menuntut hak royalti minyak yang telah dinafikan semenjak sekian lama.

"Dalam hal ini, semua pihak perlu sedar bahawa isu ini bukannya isu politik bahkan gerakan menuntut royalti minyak ini bukan hak milik mana-mana parti politik. Ia merupakan hak rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya.

Justeru semua pihak perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam menyuarakan tuntutan terhadap hak royalti minyak ini.

"Sekali lagi tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga satu hari nanti cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan menikmati hasil buminya sendiri akan menjadi realiti Insya Allah," katanya.
Iklan Teks

Perjanjian Royalti ada dalam perlembagaan

Posted: 04 Oct 2012 12:07 AM PDT



Peserta konvoi R serah memo kepada ahli parlimen

Posted: 04 Oct 2012 12:05 AM PDT

(Mohammad Nizar menerima memo yang diserahkan pihak Royalti. Foto: SK)

KUALA LUMPUR: Peserta Konvoi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan.

Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan parlimen.

Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalti secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Terkini bayaran royalti yang perlu dibayar sudah mencecah RM10.4 billion, dan ia perlu dibayar dengan kadar segera," katanya.

Jelasnya, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.

Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan.

Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km.

Memorandum itu turut mengemukakan sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalti antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalti menafikan amanat Tun  Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan.

Ceramah Perdana 4hb Oktober 2012

Posted: 03 Oct 2012 09:45 PM PDT


Konvoi R : Tuntutan Royalti Kelantan

Posted: 03 Oct 2012 04:59 PM PDT


















Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina

Posted: 03 Oct 2012 04:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian.

"Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau.  Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau.

(Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini)

Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat.

Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

"Mengapa projek Rapid  tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar?


"Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi.

Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari.

Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam.

Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang.

"Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau.

Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu.

Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan.

Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas

Posted: 03 Oct 2012 04:41 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.

Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.

"Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.

"Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002," katanya di sini semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat.

Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru.

"Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti.

"Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah," ujarnya.

Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati.

Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat

Posted: 03 Oct 2012 04:41 PM PDT

TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama. Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak 1986.

Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buat wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai.

"Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik.

"Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka," katanya di sini.

Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan.

Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut.

Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10.

Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas

Posted: 03 Oct 2012 04:40 PM PDT


Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak.

2010

i.           Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009.

ii.         Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan.

iii.        Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas.


iv.       Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah.

v.         Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas.

vi.       Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil.

vii.      Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan.

viii.    Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan.

ix.       Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara.
x.         Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A.

2011

xi.   Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A.

2012

xii.      Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan.

xiii.     Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A.

xiv.    Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut

a.       Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan
b.      Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas
c.       Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan.

xv.      Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak.

xvi.    Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan.


xvii.   Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013.

xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale.

Najib: Menteri Wanita tidak tahu kemajuan wanita

Posted: 03 Oct 2012 04:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengetahui langsung dengan pencapaian dan kemajuan wanita di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Perkara tersebut merujuk kepada ucapan Najib sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam yang mengatakan bahawa gerakan wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi.

Berkata pada sidang media di parlimen, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno-Barisan Nasional.

Malah menurut beliau lagi, Najib juga gagal membezakan hak mengundi dengan penglibatan wanita diperingkat nasional.

"Kita berada ditahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita.

"Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari 135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan pemberdayaan politik," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan dengan Najib memegang jawatan Menteri Wanita sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Index akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa sekarang.

"Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-oplah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu.

"Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang ditawarkan Wanita Pakatan Rakyat fokus kepada tujuh tuju tumpu yang mana empat tumpu di atas diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Wanita Pakatan Rakyat menyatakan dengan tindakan Najib melantikkan dirinya sebagai Menteri Wanita telah mengaibkan seluruh wanita Malaysia.

Selain itu juga, Wanita Pakatan Rakyat juga berpendirian bahawa lantikan Najib sebagai menteri adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung wanita Malaysia.

Wanita Pakatan Rakyat juga turut menegaskan bahawa Agenda Wanita Malaysia yang menawarkan polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita dan bukannya meremeh temehkan peranan wanita di Malaysia.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov

Posted: 03 Oct 2012 04:39 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti.

Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah.

Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah.

Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu.

"Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus.

"Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR.

"Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya.

Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini.

Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke,  dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu

Posted: 03 Oct 2012 04:38 PM PDT

 
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri.


Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini.

(Gambar: Datuk Ahmad Yakub megimamkan solat sunat syukur selepas keputusan diumumkan)

Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini.

Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini.

Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain.

Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'.

"Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru.

"Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan.

"Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi 'R' Nazri Deraman berkata, pihaknya juga akan menyerahkan refrendum 150,000 tandatangan rakyat Kelantan ke Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Selain itu, konvoi R juga katanya akan berhenti di bangunan Petronas KLCC utnuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada pihak itu.

Ribuan hadir ceramah tuntut royalti

Posted: 03 Oct 2012 04:37 PM PDT

 
SHAH ALAM:
Hampir 10 ribu orang hadir pada program ceramah mega tuntut royalti yang di adakan di Dataran Kemerdekaan di sisni malam tadi.

Ceramah tersebut diadakan sempena dengan perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap malam tadi melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan pusat yang menafikan hak royalti negeri itu.

(Gambar: Antara ribuan hadirin yang hadir pada ceramah tuntut royalti malam tadi)

"Saya yakin 100 peratus mereka tidak mahu melihat kejayaan PAS bila memerintah negeri.

"Umno telah menarik balik bayaran royalti (semasa PAS memerintah Terengganu) serta tidak pernah diberi royalti langsung (kepada Kelantan)," jelasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata apa yang dituntut oleh Kelantan adalah hak mereka yang sebenarnya.

"Saya sebagai seorang nelayan telah mengunjungi pelantar minyak tersebut dan jika benar ia berada di luar perairan Kelantan sudah pasti saya telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mencerobohi pengairan antarabangsa.

"Namun segalanya tidak berlaku sebaliknya saya diberi layanan oleh pekerja-pekerja di pelantar tersebut," jelasnya yang pernah sampai ke pelantar itu.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, Pakatan Rakyat seperti dibentang dalam belanjawan mereka, telah memutuskan apabila menguasai Putrajaya, pembayaran tunai royalti sebanyak 20 peratus bagi empat buah negeri akan dilaksanakan serta merta.

"Selain itu juga kita telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian daripada lapangan kecil kepada kerajaan negeri untuk mereka menubuhkan sendiri syarikat minyak dan gas.

"Kita mahu syarikat kerajaan negeri terlibat bersama dalam perusahaan tersebut dan kerajaan pusat di bawah Petronas akan menjamin sebahagian daripada projek tersebut yang dijalankan sendiri oleh kerajaan negeri," ucapnya.

Terdahulu, sebanyak 500 buah kenderaan konvoi royalti 'R' telah bertolak dari Kota Bharu semalam sebagai tanda memberi sokongan terhadap tuntutan royalti.

(Gambar: Presiden PAS mengepalai bacaan doa selepas solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi)

Turut hadir pada ceramah mega itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

DAP pula diwakili oleh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw dan juga pimpinan Pakatan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Sarawak serta wakil dari exco Kerajaan Negeri Selangor.

Program ceramah itu turut dimulai dengan solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS sendiri.

Selain itu juga, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) atau 'R' bagi peringkat nasional yang melibatkan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak dilancarkan pada majlis itu.

Pengikut