Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Royalti: Kelantan dibenar rayu ke Mahkamah Persekutuan
- Pemuda PAS siap sedia ke himpunan 3 Nov
- Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas
- Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur
- Perjanjian Royalti ada dalam perlembagaan
- Peserta konvoi R serah memo kepada ahli parlimen
- Ceramah Perdana 4hb Oktober 2012
- Konvoi R : Tuntutan Royalti Kelantan
- Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina
- Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas
- Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat
- Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas
- Najib: Menteri Wanita tidak tahu kemajuan wanita
- Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov
- Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu
- Ribuan hadir ceramah tuntut royalti
Royalti: Kelantan dibenar rayu ke Mahkamah Persekutuan Posted: 04 Oct 2012 12:09 AM PDT |
Pemuda PAS siap sedia ke himpunan 3 Nov Posted: 04 Oct 2012 12:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia menyahut seruan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu untuk menggerakkan anak muda hadir beramai-ramai ke himpunan yang dirancang oleh Pakatan Rakyat (PR) pada 3 November ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Perhimpunan tersebut diadakan bagi menuntut agar Pilihanraya bersih dan adil kerana usaha tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 3.0) masih gagal dilaksana sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Naib Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Pemuda PAS bersama komponen Pemuda PR yakin mampu menggerakkan anak muda untuk turun bersama-sama bagi menyuarakan hak yang dinafikan oleh kerajaan. "Walaupun usaha BN cuba 'menutup mulut' anak muda dengan perbentangan Bajet 2013 yang lalu, ianya bukan sebagai kayu ukur bahawa anak muda mudah 'dibeli' dengan kebendaan semata-mata," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, Pemuda PAS juga berkeyakinan bahawa 50 peratus bagi sasaran jumlah himpunan tersebut akan diisi oleh anak muda yang bersama tuntutan BERSIH 3.0. "Kami, Pemuda PAS yang sudah mula memanaskan gerakan himpunan-himpunan yang bermula dengan 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' di Alor Setar, Kedah atas nama 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya' dan terus bergerak di seluruh negara serta program seumpamanya. "Kami yakin momentum anak muda yang bersama Pemuda PAS sudah bersedia untuk turun di dalam himpunan besar tersebut," jelasnya. Raja Ahmad menjelaskan, pihaknya juga optimis komponen Pemuda parti komponen turut bersedia bagi menyahut arahan pimpinan bagi merealisasikan tuntutan BERSIH 3.0. |
Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas Posted: 04 Oct 2012 12:08 AM PDT |
Royalti Minyak: Pemuda PAS rakam syukur Posted: 04 Oct 2012 12:08 AM PDT KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) merakamkan setinggi-tinggi syukur dan tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan atas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang benarkan Kelantan membuat rayuan kes royalti. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, DPPNK berpandangan keputusan mahkamah ini sekalipun bukannya merupakan kemenangan mutlak kerajaan negeri Kelantan namun ia tetap membuka harapan baru kepada kerajaan negeri untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang telah jelas termaktub di dalam perjanjian. Mahkamah Persekutuan semalam membuat keputusan membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan mengemukakan rayuan terhadap tiga tuntutan yang ditolak Mahkamah Rayuan sebelum ini. Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri. Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini. "Tahniah kepada rakyat Kelantan dan semua pihak yang telah terlibat di dalam Konvoi Mega Tuntut Royalti pada 2 Oktober 2012 khususnya selepas keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang membenarkan kerajaan Kelantan menyaman Petronas di atas kegagalan menepati perjanjian yang dimeterai pada 1975," kata beliau dalam kenyataannya itu. Pemuda PAS, katanya mengulangi ikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri di dalam perjuangan menuntut hak royalti minyak yang telah dinafikan semenjak sekian lama. "Dalam hal ini, semua pihak perlu sedar bahawa isu ini bukannya isu politik bahkan gerakan menuntut royalti minyak ini bukan hak milik mana-mana parti politik. Ia merupakan hak rakyat Kelantan keseluruhannya," katanya. Justeru semua pihak perlu memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi di dalam menyuarakan tuntutan terhadap hak royalti minyak ini. "Sekali lagi tahniah kepada seluruh rakyat Kelantan. Semoga satu hari nanti cita-cita untuk melihat rakyat Kelantan menikmati hasil buminya sendiri akan menjadi realiti Insya Allah," katanya. Iklan Teks |
Perjanjian Royalti ada dalam perlembagaan Posted: 04 Oct 2012 12:07 AM PDT |
Peserta konvoi R serah memo kepada ahli parlimen Posted: 04 Oct 2012 12:05 AM PDT (Mohammad Nizar menerima memo yang diserahkan pihak Royalti. Foto: SK) KUALA LUMPUR: Peserta Konvoi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) yang bermula 2 Oktober lalu, meneruskan lagi perjuangan mereka dengan menyerahkan memorandum bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar royalti kepada Kerajaan Kelantan. Mereka menyerahkan memorandum itu kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin di luar bangunan parlimen. Pengerusi Royalti Nazri Deraman berkata, Najib perlu memastikan pembayaran wang royalti secara tunai oleh Petronas kepada kerajaan negeri seperti mana Akta Pembangunan Petroleum 1974. "Terkini bayaran royalti yang perlu dibayar sudah mencecah RM10.4 billion, dan ia perlu dibayar dengan kadar segera," katanya. Jelasnya, isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit. Royalti juga turut mencadangkan Najib Razak dan Petronas agar membina hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip sepanjang 300 km diwujudkan di Kelantan. Ini kerana jarak Blok PM301 yang berada di perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh iaitu ke Pantai Senok Bachok hanya 140 kilometer sahaja berbanding 300 km. Memorandum itu turut mengemukakan sembilan justifikasi berkaitan tuntutan royalti antaranya Petronas melanggar perjanjian 9 Mei 1975, penafian hak royalti menafikan amanat Tun Razak, gas dan minyak Kelantan untuk tujuh generasi Kelantan, dan ordinan darurat dan tiga batu nautika sudah dimansuhkan. |
Ceramah Perdana 4hb Oktober 2012 Posted: 03 Oct 2012 09:45 PM PDT |
Konvoi R : Tuntutan Royalti Kelantan Posted: 03 Oct 2012 04:59 PM PDT |
Pohon maaf: Mazlan serah kepada Azalina Posted: 03 Oct 2012 04:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman tidak berniat untuk memohon maaf, sebaliknya menyerahkan kepada Datuk Seri Azalina Othman untuk tindakan lanjut. Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, jika ahli parlimen Pengerang itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadapnya, ia merupakan hak Azalina untuk berbuat demikian. "Apa yang saya boleh cakap kalau dia nak ambil tindakan undang-undang. Terpulanglah, itu hak dia. Saya tidak gentar dengan ugutan beliau. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya, malah ia juga turut dimuatkan di Youtube, media internet dan sebagainya," tegas beliau. (Mazlan ketika berucap di Pengerang baru-baru ini) Tambah beliau, sebagai seorang muslim yang berjuang bagi kepentingan rakyat, beliau sentiasa yakin dengan pertolongan Allah dalam usaha membela hak rakyat. Dalam pada itu, Mazlan turut mempersoalkan peranan Azalina sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut. "Mengapa projek Rapid tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan Kg Dato' Abd Ghani Othman? Bukankah di situ ada tanah Kerajaan Negeri Johor ribuan hektar? "Wajarkah dikorbankan penduduk kampung sedangkan ada tanah kerajaan yang jaraknya sekitar 10 km sahaja?" soal beliau lagi. Malah, kata Mazlan, lokasi dipilih di Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Batu Mas yang begitu hampir dengan TLDM Tanjung Pengelih, yang merupakan laluan sibuk 200 kapal dalam sehari. Mazlan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), beranggapan membina jeti dan terminal berdekatan laluan tersebut mempunyai risiko dan tidak ekonomik serta praktikal, selain masa untuk berlabuh kapal pengangkut minyak di Pelabuhan Sg Udang, Kerteh dan Bintulu hanya sekitar 10-20 minit sahaja, berbansingbdi terminal yang dicadangkan di Pengerang yang memakan masa tiga jam. Tambah Mazlan, tidak seperti di sekitar tanah kerajaan berhampiran Kg Dato' Abd Ghani Othman, kawasannya lapang, mempunyai kedalaman yang sgt munasabah atas jajaran Laut Cina Selatan dan jauh dari kapal-kapal dagang. "Saya persilakan dengan segala hormatnya jika Azalina ingin saman saya. Ia jadi motivasi untuk saya mendedahkan lebih terperinci sandiwara pemimpin BN di sebalik projek yang kontroversi ini. Azalina jangan gelabah. Bertenang. Tunggu 'buah' saya seterusnya," kata beliau. Semalam, Azalina dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mazlan sekiranya tidak memohon maaf secara terbuka ekoran ucapannya yang mengaitkan Azalina dengan projek Rapid Pengerang, pada Himpunan Hijau Pengerang, hujung bulan lalu. Azalina, bagaimanapun tidak memberikan tempoh kepada Mazlan untuk berbuat demikian dan dikatakan telah mengarahkan peguamnya meneliti dan menyemak ucapan Mazlan. |
Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas Posted: 03 Oct 2012 04:41 PM PDT KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum. Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion. "Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat. "Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002," katanya di sini semalam. Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan menyokong penuh pendirian Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya hasil royalti milik Kelantan jangan diusik kerajaan pusat. Menurutnya juga usaha menuntut royalti minyak akan menjadi lebih mudah apabila kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang ditukar kepada kerajaan baru. "Kalau kita nak merdekakan rakyat Kelantan bagi mendapatkan royalti petroleum kita kena berpakat pinggirkan kerajaan pusat yang ada sekarang pada PRU-13 nanti. "Dan buat masa sekarang kita terus perjuangan menuntut royalti. Kita akan jelajah ke segenap tempat bagi mengajak sokongan orang ramai di samping meneruskan tuntutan melalui mahkamah," ujarnya. Ketika melepaskan konvoi Royalti ke Putrajaya pagi semalam Menteri Besar mengingatkan hasil royalti milik Kelantan tidak digunakan sesuka hati. |
Wat Siam bantu bina Lebuh Raya Rakyat Posted: 03 Oct 2012 04:41 PM PDT TUMPAT: Usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat kini terus mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum dan agama. Mereka tampil selepas projek itu diketepikan kerajaan persekutuan sejak 1986. Dan pada Jumaat ini sebanyak 32 buat wat Siam di negeri ini mengambil inisiatif mengumpul dana Lebuh Raya Rakyat yang akan diserahkan kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketua Sami Buddha Tumpat, Than Tit berkata, pihaknya turut mengambil tangungjawab bersama membantu kerajaan negeri membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu bagi keperluan orang ramai. "Jangan pula ada pihak menganggap pemberian sumbangan kami itu sebagai isu politik. "Lebuhraya tersebut merupakan keperluan semua tidak kira agama, bangsa atau pegangan agama mereka," katanya di sini. Menurutnya majlis penyerahan sumbangan dalam bentuk ufti akan diadakan di Wat Machimmaran dekat sini yang turut dihadiri penduduk Siam tempatan. Difahamkan sebelum berlangsung majlis penyerahan tersebut syarikat yang bertanggungjawab membina Lebuh Raya Rakyat, Baidah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd akan menyampaikan taklimat mengenai projek lebuh raya tersebut. Kelmarin peneroka dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor menyerahkan sumbangan bagi projek Lebuh Raya Rakyat sebanyak RM21,300 kepada Menteri Besar pada satu program di JKR 10. |
Kronologi kes saman Kelantan terhadap Petronas Posted: 03 Oct 2012 04:40 PM PDT Berikut adalah kronologi kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petronas ekoran isu pembayaran royalti minyak. 2010 i. Kerajaan Negeri Kelantan telah menfaikan writ saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2009. ii. Kerajaan Persekutuan kemudiannya menfailkan permohonan untuk dijadikan defenden kedua. Pada masa yang sama Mahkamah Tinggi telah menukarkan kes daripada Mahkamah Bahagian Dagangan ke Mahkamah Sivil. Pertukaran dilakukan secara dalaman tanpa perbincangan dengan kedua-dua belah pihak (Kerajaan negeri dan Petronas). Hanya notis dikeluarkan. iii. Kelantan kemudiannya telah menfailkan permohonan untuk memindahkan kes di Mahkamah Sivil ke Mahkmah Bahagian Dagangan. Permohonan ini tidak dibantah Petronas. iv. Dua permohonan iaitu permohonan Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden kedua dan Kerajaan Negeri Kelantan mohon pindahkan kes ke Mahkamah Bahagian dagangan didengar dihadapan Hakim Zabariah. v. Keputusan permohonan pertama oleh Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan defenden dibenarkan tetapi hakim menolak permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Bahagian Dagangan walaupun tidak dibantah Petronas. vi. Kerajaan Negeri sekali lagi merayu terhadap kedua-dua keputusan ke Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun kedua-dua rayuan ditolak dan Kerajaan Persekutuan kekal sebagai defenden kedua dan kes akan tetap dibicarakan di Mahkamah Sivil. vii. Kerajaan Negeri mengemukakan permohonan kebenaran merayu kepada di Mahkamah Persekutuan untuk kedua-dua keputusan rayuan yang ditolak di Mahkamah Rayuan. Walaubagaimana pun Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan kedua-dua permohonan. viii. Kes kembali ke Mahkamah Tinggi. Kerajaan Negeri menfailkan pula permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan semua aktiviti cari gali dan pendapatan daripada pengeluaran Petroleum dari Kelantan. ix. Seminggu selepas itu Petronas telah failkan permohonan untuk melupuskan kes di Mahkamah Tinggi ini dengan mengguna-pakai Aturan 14 A, iaitu perbahasan isu undang-undang tanpa memanggil saksi dan tiada bicara. x. Selepas itu Kerajaan Persekutuan pula menfailkan permohonan yang sama iaitu pendengaran dengan mengguna-pakai Aturan 14 A. 2011 xi. Hakim Mahkamah Tinggi telah mendengar permohonan Penzahiran dokumen dan memutuskan bahawa permohonan Kerajaan Negeri Kelantan tidak dibenarkan dengan alasan Petronas sudah menfailkan permohonan Aturan 14 A. 2012 xii. Pada 18 Januari 2012, Mahkamah Tinggi telah mendengar Permohonan Aturan 14 A oleh kedua-dua pemohon (Petronas dan Kerajan Persekutuan) dan membenarkan kedua-dua permohonan. xiii. Sebulan selepas itu, Kerajaan Negeri telah menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Aturan 14 A. xiv. Pada 26 April 2012, Mahkamah Rayuan telah mendengar ketiga-tiga rayuan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia merangkumi pecahan berikut a. Penzahiran Dokumen oleh Petronas terhadap semua aktiviti cari gali dan pengeluaran Petroleum Kelantan b. Pendengaran menolak Mahkamah Tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Petronas c. Pendengaran menolak Mahkamah tinggi menggunakan Aturan 14 A oleh Kerajaan Persekutuan. xv. Pada pendengaran tersebut (26 April), Mahkamah rayuan menolak ketiga-tiga permohonan. Walaubagaimana pun semasa pendengaran di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Negeri dimaklumkan secara rasmi penyelesaian luar mahkamah antara Kerajaan Terengganu dengan Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Kelantan pula telah memohon terma-terma penyelesaian tersebut didedahkan. Walaubagaimana pun permohonan sekali lagi ditolak. xvi. Pada 3 Oktober 2012, Pendengaran Permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap ketiga-tiga keputusan tolak di Mahkamah Rayuan pada 26 April. Pendengaran didengar di Mahkamah Persekutuan. Pada hari pendengaran, Kerajaan Negeri Kelantan dimaklumkan bahawa Petronas dan Kerajaan Persekutuan tiada bantahan terhadap ketiga-tiga permohonan tersebut. Oleh itu, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Kerjaan Negeri Kelantan. xvii. Dalam masa 14 hari selepas keputusan, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan. Dianggarkan pendengaran ketiga-tiga rayuan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan akan berlangsung ada awal tahun 2013. xviii. Keputusan ini telah dihakimi oleh 5 hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Raus Sharif, Tan Sri Amar Maaruf, Datuk Zainun Ali, Datuk Jeffrey Tan dan Datuk Sulong Matjerale. |
Najib: Menteri Wanita tidak tahu kemajuan wanita Posted: 03 Oct 2012 04:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengetahui langsung dengan pencapaian dan kemajuan wanita di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Perkara tersebut merujuk kepada ucapan Najib sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam yang mengatakan bahawa gerakan wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi. Berkata pada sidang media di parlimen, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyifatkan Najib gagal mendapat nasihat yang tepat dari kepimpinan Wanita Umno-Barisan Nasional. Malah menurut beliau lagi, Najib juga gagal membezakan hak mengundi dengan penglibatan wanita diperingkat nasional. "Kita berada ditahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita. "Proses pemberdayaan ini amat lemah apabila laporan dalam The Global Gender Index Gap 2011 menyatakan Malaysia berada pada kedudukan 97 dari 135 negara dalam empat aspek penilaian iaitu penglibatan dan peluang ekonomi, pencapaian pembelajaran, kelangsungan kesihatan dan hidup dan pemberdayaan politik," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Ampang. Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan dengan Najib memegang jawatan Menteri Wanita sudah pasti kedudukan pemberdayaan politik wanita dalam Gender Global Index akan menjunam jauh dari kedudukan 115 pada masa sekarang. "Ini satu penghinaan kepada wanita Malaysia, seolah-oplah wanita Malaysia menghala ke jalan buntu. "Sebaliknya Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang ditawarkan Wanita Pakatan Rakyat fokus kepada tujuh tuju tumpu yang mana empat tumpu di atas diterapkan sebagai kayu pengukur dalam pemberdayaan wanita Malaysia," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. Wanita Pakatan Rakyat menyatakan dengan tindakan Najib melantikkan dirinya sebagai Menteri Wanita telah mengaibkan seluruh wanita Malaysia. Selain itu juga, Wanita Pakatan Rakyat juga berpendirian bahawa lantikan Najib sebagai menteri adalah satu kesilapan besar yang terpaksa ditanggung wanita Malaysia. Wanita Pakatan Rakyat juga turut menegaskan bahawa Agenda Wanita Malaysia yang menawarkan polisi yang mesra gender akan mengangkat martabat dan membela wanita dan bukannya meremeh temehkan peranan wanita di Malaysia. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. |
Tidak tunai tuntutan Bersih, lagi himpunan 3 Nov Posted: 03 Oct 2012 04:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat julung kalinya akan menganjurkan himpunan besar-besaran yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November nanti. Dengan tema 'Himpunan Kebangkitan Rakyat', Pakatan Rakyat mensasarkan kehadiran sejuta rakyat negara ini. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, himpunan itu bertujuan untuk menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan langsung oleh pemerintah. Katanya, dua perkara pokok harus diberi penekanan oleh pemerintah terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang langsung tidak berubah. Jelasnya, kempen mengutuk himpunan Bersih 3.0 berterusan di media perdana sedangkan pendengaran awam di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah menunjukkan bagaimana pihak keselamatan langsung tidak mengikuti prosedur operasi standad (SOP) ketika mengendalikan himpunan pada 24 April lalu. "Oleh kerana keadaan berterusan dan lapan tuntutan oleh rakyat tidak dihiraukan maka kami perlu lagi satu himpunan pada 3 Nov nanti iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata, himpunan itu akan melibatkan Pakatan Rakyat, badan bukan kerajaan dan rakyat di luar sana untuk menuntut seterusnya menyambung tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bebas dan telus. "Apa terus meragukan misalnya ditemui 60 000 daftar pemilih pos yang tanpa proses semakan, yang perlu dijelaskan oleh SPR. "Bagaimana hendak adakan pilihan raya sedangkan daftar pemilih dan juga penglibatan pengeluaran mykad palsu yang ditemui begitu ketara sekali," katanya. Justeru, Pakatan khuatir bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengendalikan pilihan raya yang bersih untuk PRU-13 ini. Turut bersama dalam sidang media Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, Ahli Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke, dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua. |
Royalti: Mahkamah Persekutuan benar Kelantan merayu Posted: 03 Oct 2012 04:38 PM PDT Tuntutan itu adalah memohon agar mahkamah menolak permohonan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah serta memohon mahkamah menolak permohonan Petronas membatalkan saman kerajaan negeri. Satu lagi tuntutan adalah memohon penzahiran dokumen keputusan penyelesaian kes saman Kerajaan Terengganu terhadap Petronas sebelum ini. (Gambar: Datuk Ahmad Yakub megimamkan solat sunat syukur selepas keputusan diumumkan) Keputusan itu dibuat oleh panel lima hakim yang mendengar kes itu kira-kira jam 9 pagi ini. Terdahulu, pasukan Konvoi Royalti Kelantan tiba di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya seawal jam 7.30 pagi ini bagi mendengar keputusan hari ini. Mereka malam tadi berhimpun di Dataran Shah Alam dalam program Ceramah Mega Royalti yang dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati hampir 600 orang dengan berpakaian merah bertulis 'Tuntut Royalti', dan 'R' berkumpul di pekarangan bangunan mahkamah. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Abdul Fatah Mahmod, Datuk Anwar Tan, Dr Mohd Fadhli Hassan, Baihaqi Atiqullah, Che Abdullah Mat Nawi, Wan Ubaidah Wan Omar dan kepimpinan yang lain. Bercakap kepada peserta konvoi di luar mahkamah selepas itu, Husam berkata keputusan hari ini memberi petanda awal bahawa 'pintu gol lawan sudah ditembusi'. "Kita bukan sahaja bagi hak kepada Petronas hisap minyak, tetapi juga mebuat explorasi telaga baru. "Tuan rumah masih kerajaan negeri, Petronas hanya pekerja upahan kita. Bila kita mintak, dia kata tak boleh bagi. Ini bagi kita tak logik," katanya. Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak akan sesekali akan berkompromi dalam isu ini dan menolak cubaan membayar sebahagian sahaja wang royalti iaitu RM300 juta setahun untuk Blok PM301 tanpa sebarang tunggakan. "Kita nak kesemua bayaran untuk keempat-empat telaga kita dengan jumlah tunggakan RM10.4 bilion," tegasnya. Sementara itu, Pengerusi 'R' Nazri Deraman berkata, pihaknya juga akan menyerahkan refrendum 150,000 tandatangan rakyat Kelantan ke Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini. Selain itu, konvoi R juga katanya akan berhenti di bangunan Petronas KLCC utnuk menyerahkan memorandum tuntutan royalti kepada pihak itu. |
Ribuan hadir ceramah tuntut royalti Posted: 03 Oct 2012 04:37 PM PDT SHAH ALAM: Hampir 10 ribu orang hadir pada program ceramah mega tuntut royalti yang di adakan di Dataran Kemerdekaan di sisni malam tadi.Ceramah tersebut diadakan sempena dengan perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berucap malam tadi melahirkan rasa kesal terhadap kerajaan pusat yang menafikan hak royalti negeri itu. (Gambar: Antara ribuan hadirin yang hadir pada ceramah tuntut royalti malam tadi) "Saya yakin 100 peratus mereka tidak mahu melihat kejayaan PAS bila memerintah negeri. "Umno telah menarik balik bayaran royalti (semasa PAS memerintah Terengganu) serta tidak pernah diberi royalti langsung (kepada Kelantan)," jelasnya. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata apa yang dituntut oleh Kelantan adalah hak mereka yang sebenarnya. "Saya sebagai seorang nelayan telah mengunjungi pelantar minyak tersebut dan jika benar ia berada di luar perairan Kelantan sudah pasti saya telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mencerobohi pengairan antarabangsa. "Namun segalanya tidak berlaku sebaliknya saya diberi layanan oleh pekerja-pekerja di pelantar tersebut," jelasnya yang pernah sampai ke pelantar itu. Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, Pakatan Rakyat seperti dibentang dalam belanjawan mereka, telah memutuskan apabila menguasai Putrajaya, pembayaran tunai royalti sebanyak 20 peratus bagi empat buah negeri akan dilaksanakan serta merta. "Selain itu juga kita telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian daripada lapangan kecil kepada kerajaan negeri untuk mereka menubuhkan sendiri syarikat minyak dan gas. "Kita mahu syarikat kerajaan negeri terlibat bersama dalam perusahaan tersebut dan kerajaan pusat di bawah Petronas akan menjamin sebahagian daripada projek tersebut yang dijalankan sendiri oleh kerajaan negeri," ucapnya. Terdahulu, sebanyak 500 buah kenderaan konvoi royalti 'R' telah bertolak dari Kota Bharu semalam sebagai tanda memberi sokongan terhadap tuntutan royalti. (Gambar: Presiden PAS mengepalai bacaan doa selepas solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, malam tadi) Turut hadir pada ceramah mega itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Othman, Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti & Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. DAP pula diwakili oleh Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw dan juga pimpinan Pakatan Rakyat bagi Negeri Sabah dan Sarawak serta wakil dari exco Kerajaan Negeri Selangor. Program ceramah itu turut dimulai dengan solat hajat yang diimamkan oleh Presiden PAS sendiri. Selain itu juga, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) atau 'R' bagi peringkat nasional yang melibatkan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak dilancarkan pada majlis itu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan