Rabu, 25 Mac 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tunku

Posted: 25 Mar 2015 03:43 AM PDT

tunku


Cigarette price list false, says British American Tobacco Malaysia

Posted: 25 Mar 2015 01:37 AM PDT

British American Tobacco Malaysia Bhd has urged the public not to spread a false cigarette price list on social media.

In a statement, the company said that the price list was false and a police report had been lodged over the matter.

"We therefore urge members of the public not to spread this false price list," said the statement.
The pricelist is believed to have been circulated on social media since March 24.

DAP ticks off Nasrudin over "DAP-friendly president" remark

Posted: 24 Mar 2015 11:20 PM PDT

Several DAP leaders ticked off Temerloh MP Nasrudin Hassan for accusing the party of trying to influence members to install a "DAP-friendly president" in the June party elections.

Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari said never at any point did DAP tried to influence the Islamist party to oust its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, whom Nasruddin said "did not dance to DAP's tune."

"How do we do that? No no no. This is entirely between DAP and PAS in the sense that we are reacting to what we see as a betrayal," said Zairil, referring to PAS' move to enforce hudud laws in Kelantan.

PAS is tabling a private member's bill in Parliament to pave the way for hudud's implementation in Kelantan.

Zairil, who is DAP central executive committee member, said PAS had not consulted DAP or PKR over the hudud move.

"This is an act of betrayal and nothing more," he told reporters at Parliament lobby on Wednesday.

DAP secretary general Lim Guan Eng had said DAP will sever ties with Hadi but "will stay on" in Pakatan Rakyat and cooperate with PAS.

Nasrudin said in a Facebook post on Tuesday that by severing ties with Hadi, DAP wanted a "PAS president who follows their wishes."

"Of course what DAP is wishing for cannot be materialised because Hadi is still the leader of the party. This means that DAP wants an upcoming PAS president who can fulfill their needs and wishes," he wrote.

DAP's Serdang MP Ong Kian Ming said there was no way the party could influence how PAS members vote.

"We can't influence how PAS members vote. We have just declared that it is difficult for us to work with Hadi at this point of time. PAS members have to decide for themselves," Ong told reporters.

Bukit Bintang MP Fong Kui Loon said DAP was only severing ties with Hadi.

"We are not influencing other parties. Let the party solve their own problem," he said.

bumiyang

Posted: 25 Mar 2015 03:33 AM PDT

bumiyang


Siapa Di Antara 136 Ahli Parlimen Islam Malaysia Yang Bakal Terbatal Syahadahnya???

Posted: 24 Mar 2015 05:30 PM PDT

The Unspinners

Posted: 24 Mar 2015 11:44 PM PDT

The Unspinners


WAYANG HUDUD DAP bantu PASMA jatuhkan Hadi

Posted: 24 Mar 2015 09:30 PM PDT






Tidak perlu ingat jauh-jauh, baru-baru ini di konvensyen DAP, Hadi dihentam kaw-kaw oleh DAP menggunakan alasan hudud. Dalam hujah mereka, terselit juga menuduh Hadi mahu bersama dengan UMNO untuk bangunkan Unity Government.




Ekoran itu, ketika banjir, PASMA sudah jumpa Lim Guan Eng.






Hal ini ada dikatakan oleh Nik ABduh.


DAP mahu naikkan Mat Sabu sebagai Presiden boneka PAS untuk mereka.





Wang pun no problem...


Menyedari bukan mudah untuk jatuhkan Hadi secara pertandingan gentlemen.


Maka PASMA guna DAP dengan PKR hanya bantu untuk jatuhkan Hadi dan Ulamak. Maka Hadi dikeroyk ramai-ramai dan semalam adalah kemuncaknya.









Sebenarnya sandiwara.



Mereka tak keluar tapi hanya nak hentam Hadi. Baca MIM SINI dan Bigdog SINI.

Sah mereka hanya mahu jatuhkan Hadi tapi keluar alasan pelik masih nak bersama PAS. Harapkan mereka PASMA kuasai PAS.




Sebahagian dari skrip tersebut adalah untuk Kit Siang jadikan keadaan tegang.


Sebenarnya siapa tak tahu pendirian PAS dan DAP tentang hudud.




Mereka menentang sebarang kedudukan atau undang-undang Islam serta mahu status ugama persekutuan dihapuskan jadi negara sekular 100%.

Takkan DAP mahu ambil risiko akan kedudukan di Selangor:


Mungin DAP telah perangkap Hadi dan puak Ulamak




DAP sebenarnya kata lain sekarang tapi dulu kata lain. Sementara itu, kaldai baru DAP adalah PKR




Akar umbi bantah pendirian PKR tentang hudud?

Posted: 24 Mar 2015 07:30 PM PDT


Adaperjumpaan PKR berhubung Hudud.

Sebagaimana kita ketahui, ADUN PKR Kelantan di Gucil langgar arahan parti.


Sementara itu, PKR sebenarnya berdalih-dalih untuk ambil pendirian.






Akhirnya mereka hanya ikut arahan DAP




Selamat Hari Polis

Posted: 24 Mar 2015 05:30 PM PDT







Pengorbanan seorang polis ...



RAFIZI kaki fitnah "WILL SUFFER" di NEGARA IMPIANNYA

Posted: 24 Mar 2015 07:56 AM PDT



Anak didik Anwar dari masa bangku seklah di MCKK ini kuat fitnah. Bila hujah kuat kelentong. Sering dia menyebut negara lain sebbagai lagi hebat. Malaysia tak hebat sebab BN memerintah.

Contohnya:

1. Pendidikan percuma seperti di Norway - tetapi Norway mempunyai 25% GST


2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong - tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 - tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.



4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela - tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun - tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura - tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tinggi di dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225,000 berbanding di Malaysia hanya RM41,000 sahaja

7. Harga kereta serendah di Brunei - tetapi Brunei tidak ada demokrasi





8. Sedemokrasi seperti di India, yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia - tetapi India mempunyai kadar korupsi yang tinggi berbanding Malaysia

9. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yang sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% - namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian

Ini pun kerja Rafizi ...









Buat cerita tentang Ku Nan dan Khairy tentang hudud,






Kenapa paper cina utamakan berita LKY mati dari kemahkotaan Sultan Johor?

Posted: 24 Mar 2015 05:30 AM PDT


Ini berikut sebabnya seperti dihuraikan seorang facebooket:




Padahal Sultan Johor baik dengan peniaga Cina:


MAJORITI PAS di PRK CEMPAKA JATUH sebab PORSCHE PANAMERA!!!

Posted: 24 Mar 2015 12:30 AM PDT


Mungkin dia kontraktor yang sudah dijanjikan projek buaikan mimpi rakyat Kelantan oleh Dato Husam Musa. Barangkali, dia juga orang yang mengilhamkan skim cepat kaya dari kumpulan derma untuk adalah lebuhraya percuma.


Pastinya tuan punya Porsche Panamera mengharap impian itu dapat jadi kenyataan supaya kereta sport jenama hebat itu telah dibeli untuk dirasmikan di atas lebuhraya tersebut.

Buat setakat jalan yang ada dari Kota Baru ke Kuala Krai atau Tanah Merah, memandu kereta kuasa tinggi itu tak puas sebab tak boleh ke tahap maksima di jalan dua hala yang sibuk.

Bayangkan porche Panamera sedang dipandu di Lojing yang togel

Lagi pun, tak kena untuknya empunya Porsche Panamera dilihat memandu kereta mewah dengan imaj Tok Lebai moden yang menjaja Islam. Sekali-sekala dipandu juga kereta sport itu supaya tak rosak akibat terpendam tak jalan dengan dipandu di jalanraya yang orang ramai tak akan lihat dia memandu.

Apabila balik ke kampong, tuan punya Porsche Panamera hanya pandu kereta buruk biasa. 

Satu hint yang boleh diberi untuk teka siapa orangnya adalah dia rapat dengan Tok Guru. Malah dikatakan dia punya rumah kampong biasa tak mewah di dalam kawasan Cempaka kawasan DUN arwah Tok Guru Nik Aziz untuk orang ramai datang berkunjung jumpa dia.

Oleh sebab dia rapat dengan Tok Guru dan orang ramai lebih selesa dan terbuka untuk menyuarakan hajat kepadanya maka ramai yang datang hingga dia dipercayai ada ramai pengikut setia di DUN Cempaka.


Namun begitu, diakhir-akhir hayatnya tuan punya Porsche Tanamera ini agak kecewa kerana dihalang untuk menzirahi Tok Guru.

Kekecewaannya dihebahkan kepada pengikut-pengikut dan mereka-mereka yang datang mengunjung ke rumahnya.  Diberitahu bahawa anak Tok Guru Nik Abduh sebbagai berhati jahat dan menghalangnya untuk bersama Tok Guru di akhir hayatnya.

Sebaik mengetahui calun PAS untuk gantikan Nik Aziz diambil dari kumpulan Ulamak yang mana  Nik Abduh sebahagian fraksi tersebut, tuan punya Porsche Tanamera ini menghasut supaya sabotaj tak payah pergi mengundi. Katanya PAS mesti menang tak usah risau mengundi.


Calun PAS Ustaz Farhan memang menang sebagaimana dijangka oleh PAS, UMNO yang tak tanding dan juga calun-calun bebas yang bertanding. Majoriti tetap tinggi:
# PAS : 10,402 (86%)
# BEBAS (GAJAH)  : 750 (6%)
# BEBAS (KUNCI) 58 (0.5%)
# BEBAS (BUKU) : 8 (0.1%)
# BEBAS (PEN) : 32 (0.3%)

JUM. PENGUNDI : 21,890
JUM. KELUAR : 11,971 (54%)

MAJORITI : 9,652

Namun begitu, menjadi persoalan adalah undi majoriti Ustaz Farhan hanya 10,899 berbanding undi majoriti Nik Aziz sebanyak 12,310 pada PRU 13. Mana pergi lebihan majoriti 1,411? 

Pasti orang biasa yang tak tahu menilai akan kata undi majoriti untuk Farhan tak boleh sama atau melebehi Nik Aziz yang lebih hebat. Lagi pun, yang keluar mengundi hanya 54% saja. Ramai pengundi luar tak pulang.

Fikir juga bahawa pengundi UMNO tak keluar mengundi. Jumlah itu banyak sekali hingga peratusan mengundi menjunam. Malah pengundi askar pun hanya 35% yang keluar.


Unspinners andaikan askar ini kemungkinan undi pada PAS sebagai mengenang Tok Guru dan UMNO pun tak ada calun untuk diundi. Oleh kerana UMNO baru sokong hudud di DUN Kelantan, kami meneka mereka selesa untuk undi PAS.

Jika dicongak balik, sepatutnya majoriti undi untuk calun PAS patut kekal di tahap majoriti sama atau lebih dari majoriti Nik Aziz sebanyak 12,310 pada PRU13. Ini hanya menunjukkan ramai pengundi tempatan PAS yang tidak keluar.

Penyokong Nik Aziz di Cempaka wala dengan pemimpin dan mereka lihat mengundi sebagai tanggungjawab besar yang tak boleh diambil cuai. Semua penyokong setia yang berada di Cempaka pasti keluat 100% melainkan mereka yang sabotaj.

Mungkinkah akibat benci yang ditanam terhadap Nik atas hasutan tuan punya kereta sports mewah Porsche Panamera yang menyamar macam orang biasa ini maka lebih 1,400 penyokong PAS tak keluar mengundi?


Bagi calun gajah, jumlah akhir mereka ada 807. Boleh tahan untuk calun yang dirinya dan tanpa parti tidak ada jenama untuk menang. Tanpa sampul, biskut dan dengan hanya beberapa rakan dia dari Perkasa yang calun telah letakkan jawatan, dia berjaya juga perolehi 800 undi.

Gajah mampu beri saingan dengan program-program ceramah yang berjaya menarik ratusan  pengundi. Ini secara tidak langsung menjadikan pas lebih prihatin dalam menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat cempaka selepas ini.



Rakyat Tanjung Kuala diharap bakal mendapat kemudahan jeti yang dijanjikan oleh PAS tidak lama lagi atas keperihatinan dan kebijaksanaan Perkasa menarik perhatian pimpinan PAS untuk menjanjikan jeti baru untuk nelayan-nelayan.

Syabas Gajah kerana membuka mata rakyat biasa akan perlunya guna kuasa politik dengan bijak dan bukan setia membabi buta!!!

APANAMA

Posted: 24 Mar 2015 11:37 PM PDT

APANAMA


Siapa paling bodoh?

Posted: 24 Mar 2015 01:28 AM PDT

Panglima Perang Cyber

Posted: 24 Mar 2015 11:29 PM PDT

Panglima Perang Cyber


BNBBC - Isu FBI: @Zahid_Hamidi bersumpah nafi fitnah pembangkang

Posted: 24 Mar 2015 05:05 AM PDT


BNBBC - Isu FBI: @Zahid_Hamidi bersumpah nafi fitnah pembangkang

24 MAC: "Saya ingin menegaskan pada bila-bila masa saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul Phua Wei Seng dan malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak pernah dapat walau satu sen pun duit daripada apa yang saya tuliskan."

Itu tegas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menangkis dakwaan pembangkang yang dituduh bersekongkol dengan Paul Phua.

ahmad zahid par"Sebagai seorang Islam, wallahi wabillahi wattallahi saya tidak pernah mendapat kepentingan satu sen pun daripada penjudi berkenaan, malah saya tidak pernah bersekongkol dengan orang itu," katanya ketika penggulungan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat Selasa.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turut menjelaskan tidak pernah mempunyai apa jua hubungan dengan Paul dan apa yang dilakukan oleh kementeriannya hanyalah memberi penjelasan berhubung kewarganegaraan Paul Phua.

"Saya juga menegaskan pada bila-bila masa pun saya tidak pernah mempunyai hubungan dengan Paul, malah tidak pernah mengenali beliau dan tidak dapat satu sen pun."

Tambahnya ada beberapa perjanjian di antara Malaysia dengan negara luar seperti Amerika Syarikat termasuklah perjanjian pertukaran maklumat.

"Saya minta jangan dipolitikkan atau provokasi isu ini, kalau Shah Alam nak buat, buatlah tetapi saya tegaskan disini saya tidak pernah terlibat," katanya lagi.


http://www.bnbbc.my/?p=41936#.VRFA33d545Y.twitter

BNBBC - Video: Nurul Izzah lepas ‘marah’ pada @Zahid_Hamidi

Posted: 24 Mar 2015 04:42 AM PDT


Selepas ditahan sehari kerana kenyataan menghina Hakim kes liwat bapanya, hari ini Nurul Izzah 'mengamuk' di Parlimen ketika berdepan dengan Menteri dalam Negeri Datuk Aeri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peluang ini digunakan oleh beliau untuk membangkitkan perkara yang diharap dapat meraih simpati masyarakat terutama warga polis walhal hakikat sebenar ialah dia mahu menutup kes keceluparan mulutnya menghina Hakim-hakim baru-baru ini.

Anda dapat saksikan gelagat beliau dalam video di bawah ini.


KATEGORI BERITA UTAMA

Video: Nurul Izzah lepas 'marah' pada Zahid

24 MAC : Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melampias kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung layanan ketika beliau di lokap, baru-baru ini.

Nurul Izzah yang bangun mencelah ketika Zahid menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, petang Selasa membangkitkan isu polis kekurangan peruntukan untuk melaksanakan tugas.

nurul izzah n zahidMenurut Naib Presiden PKR itu, anggota polis terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli pampers dan keperluan lain banduan ketika di lokap.

Zahid mengakui keterbatasan kewangan dan sehubungan itu menegaskan pembangkang harus menghormati institusi kepolisian dan tahap profesional anggota polis yang prihatin dalam melaksanakan tugas.

"Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam hal keselamatan kita tidak ada kompromi."

"Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis, keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin," katanya.

Izzah bagaimanapun mencelah dengan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak prihatin dengan keadaan itu sebaliknya mengeluarkan arahan politik menangkap pembangkang, menyalahgunakuasa dan tidak profesional menangani masalah anggota polis.

Ikuti perbahasan Nurul Izzah dan Zahid di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung isu itu.

Kongsikan Berita Ini...Share on Facebook0Tweet about this on Twitter26

Berita Bertarikh Pada 3:50 PM



Sent from my iPhone

sekupangdua

Posted: 24 Mar 2015 11:21 PM PDT

sekupangdua


LAGI KUAT SI FUZIE NIE MELALAK DAN KENCING MERATA' Cer PIKSA ada BALLS lagi ker?

Posted: 24 Mar 2015 08:23 PM PDT



Semangat macam berlaba besar!  Si pizie nie makin kuat kencingnya merata... Dalam dewan sidang di Parlimen patitnya dimunafaatkanlah tuntutan dan hak rakyat bukan pasal ko nak popular dan berLaba Besar! Dalam sidang bukan untuk membela nasib peliwat... Itu kat makamah lah! Bodo piang nie rasanya ada LABA BESAR! Kalau terasa nak berkhidmat dengan seorang dari beribu peliwat yg jalani hukum bukan berpolitik dan menipu rakyat, ini kita mahukan pemimpin yg membela nasib rakyat bukan memBELA nasib sipeliwat! Kalau ada kesalahan peliwat dah pun habis hukum dan mula insaf menjadi umat yg lebih tawaduk dan menjalani kehidupan baru dengan penuh keinsafan, penjara juga merupakan proses menyedarkan pesalah bertabat dan jalani hidup baru dengan lebih baik dengan tuntutan agama...

Berapa banyak peliwat yg dah selesai jalani hukaman kalau dibandingkan dekat 62 kali tangguh, tak kah ianya juga beban dan menjadi kerosakan kepada pemikiran dan kemenangan kepada kumpulan tegar peliwat. Bukan itu sahaja siap jadi spokeman dari tirai besi seperti taatnya penjilat tegar lepada peliwat...

Rakyat bukan lembu yg boleh dikelentong dan dipaksa percaya setiap kali ko mengatut... Semua nak dicabar! Macam orang tak tau segala bentuk cabaran yg diusulkan semuanya memihak kepada menang untuk dia, tapi tak pada yg dicabar, ko cabar menteri buat apa? Nak debat masuk TV! Kah kah berdekah... Lawak betui, Bukan menteri jer mata yg nak tengok TV, tapi dekat 30 juta rakyat yg matanya menonton jugak! Ko ingat orang kesah sangat nak tengok ko berdebat pasal peliwat? Pasal perancangan kerajaan...jangan sibuk hal perancangan orang tapi buat lah perancangan sendiri untuk bela rakyat, berapa banyak budak sekolah yg parti ko dan engko pernah bantu?

Ni pulak nak kisahkan pasal Bn tumbang PRU 14... Teman nak ingatkan balik... Ko dan parti kencing ko dah berapa kali sebut akan menang dan memerintah sampai la nie... Berterabur kencing ko merata... Kuyup kucing-kucing di ti jalan kena kencing. 19 september pun belum ada tahun dah nak jadi pak nujum belalai nak meramal... Macam orang tau bila cabar dan ramal penghujungnya untung kat ko! Itu bukan cabar bro... Itu kerja silembut yg suka membongkok hadap miker...itu semua kerja orang yg hilang Balls lupa tinggal kat mana tah...

Kalau bran cer kata dan tunjuk dengan kesungguhan sebagai seorang yg ada 2 pcs of Balls... Kalau dah yakin sangat sound tepet jer! kalau BN tak tumbang ko cakap jer apa yg ko suka sebab ko yakin.. Kata la benar akan terjadi kalau tak ko serahkan semua harta yg ko ada dan ko berenti jadi ahli politik dan tukar jadi ahlill mozik... Tak tau la kot ada yg jadi pekak esok kalau ko main muzik... Hahaha

Dah yakin sangat, apa da hal... Apa takut... Dah tentu ko menang dan betui! Cakap jer apa saja boleh bagi.. Sebab tak kan jadi kalau dah rasa ko memang yakin dan benar... Seluruh reta dan hidup ko boleh ditarihkan atau ko boleh bagi... Cuma aku mintak satu jer kalau nak cabar dan bagi... Jangan bagi pungkok udah ler... Huhu.

Sorry semua menulis tanpa semak... Ekekeke

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 24 Mar 2015 11:14 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TOPENG SEBENAR NIZAR LAKNATULLAH TERBUKA SENDIRI, SOKONG KAPIR TOLAK HUDUD

Posted: 24 Mar 2015 02:35 PM PDT

TOLAK HUDUD
Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menolak hudud dan tidak akan dilaksanakan dilaksanakan di Perak jika Pakatan Rakyat (PR) kembali memerintah negeri itu.
Nizar yang juga Pengerusi PR Perak berkata keputusan itu diambil melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Bekas Menteri Besar Perak dilaporkan Sinar Harian berkata sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.
"Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.
"Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.
Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.
Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.
Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.
"Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin," katanya.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Tahu betapa hikpokritnya manusia bernama Nizar. Nasib baiklah dia jatuh dahulu, jika dia masih MB Perak bayangkan betapa ego dan sombongnya Nizar hari ini. !

Belantan

Posted: 24 Mar 2015 11:08 PM PDT

Belantan


Nizar Jamaluddin Tolak Hudud?

Posted: 24 Mar 2015 10:28 AM PDT

Duduk barisan hadapan, dari kiri; Ngeh Koo Ham (Penasihat DAP Perak), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pengerusi PR Perak/Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak), Dr.Kharuddin Dato' Abdul Malik (Setiausaha PR Perak/Yang Dipertua PAS Tambun), Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid (Naib Pengerusi PKR Perak) dan Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak)

Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menolak hudud dan tidak akan dilaksanakan dilaksanakan di Perak jika Pakatan Rakyat (PR) kembali memerintah negeri itu.

Nizar yang juga Pengerusi PR Perak berkata keputusan itu diambil melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Menteri Besar Perak dilaporkan Sinar Harian berkata sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.

"Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.

"Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.

Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.

Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.

"Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin," katanya.

Namun, kenyataan Nizar itu disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Razman dilaporkan Harakahdaily berkata pendirian PAS Perak selari dengan PAS Pusat berkenaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS) yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan minggu lalu.

Menurutnya, pendirian tersebut dibuat selepas mengadakan perbincangan secara teliti dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS negeri yang turut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Saya ingin menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan adalah selari dengan keputusan dan pendirian PAS Pusat.

"PAS Perak juga akan meningkatkan usaha penerangan mengenai isu ini kepada rakyat melalui Pakatan Rakyat Perak," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Persoalannya sekarang adalah apakah perjuangan sebenar Nizar Jamaluddin didalam Pas dan juga sebagai ahli setia Pas?

Suara politik
Belantan

DAP putus hubungan dengan Hadi?

Posted: 24 Mar 2015 05:42 AM PDT


DAP mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan saja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

"DAP kesal dengan pengkhianatan Abdul Hadi. Kami telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepemimpinan beliau dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan sebarang kerjasama dengannya.

"Ini bukan kali pertama tetapi kali ketiga perkara membelakangkan dasar persefahaman ini berlaku. Beliau tidak jujur dan bermaruah.

"Tindakan yang diambil sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) juga akan menyebabkan kedudukan majlis pimpinan pakatan pembangkang dalam keadaan terawang-awang, namun kami akan bertemu dengan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membincangkan masa depan kami nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi diadakan bagi membincangkan kedudukan serta pendirian parti itu dalam pakatan pembangkang selepas Pas meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu lalu yang diluluskan sebulat suara sehari selepas itu.

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Mar 2015 09:40 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Hudud : Azhar Idrus & Abby Abadi Dicabar Di Facebook

Posted: 24 Mar 2015 08:40 PM PDT



Makin Parah, Guan Eng Halau Hadi Awang

Posted: 24 Mar 2015 07:47 AM PDT

Hudud : Nik Abduh Serang Balik Kenyataan Guan Eng

Posted: 24 Mar 2015 03:00 AM PDT


Aishah BFM "Kena Belasah Balik" Dengan PU Rahmat Di Youtube

Posted: 24 Mar 2015 01:00 AM PDT


Ustaz Kazim Elias Ulas Mengenai Hudud

Posted: 23 Mar 2015 10:28 PM PDT


tok gajah

Posted: 24 Mar 2015 09:20 PM PDT

tok gajah


Ape nak jadi dengan Pakatan Rakyat ni........?

Posted: 24 Mar 2015 06:47 AM PDT

PKR gesa DAP beri peluang kepada Hadi
"Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berucap di program Hijrah Selangor di Shah Alam, tengah hari tadi. Beliau menggesa DAP mengkaji semula keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan presiden PAS susulan usaha melaksanakan hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan isu hudud yang membelakangkan dasar bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR senantiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat.

"Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Azmin berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memutus hubungan dengan Hadi kerana tindakannya dalam isu hudud........"

Disini sekali lagi atuk nak memberi sedikit pandangan tentang satu gabungan parti yang di sebut 'Pakatan Rakyat'. Kalau di dengar nama gabungan parti ni memang nye terlalu enak didengar -"PAKATAN RAKYAT".

Sejak dari mule lagi parti2 ini mule bergabung, sudah kedengaran riuh-rendah 'pertengkaran' tentang ketidak persetujuan pendapat dan cadangan diantara ketiga-tiga buat parti yang bergabung ini. 

Parti PAS memperjuangkan Islam, DAP pule nampak nye anti-Islam, sedangkan PKR pule mematikan diri dalam hal perjuangan PAS. Nampak gaye nye PAS tidak berkuase ape-ape pun dalam Pakatan Rakyat ni. 

Hari ini telah terbukti bahawe kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tak ubah seperti "lembukut di tepi gantang" dan lembukut ini telah pun tersingkir keluar dari gantang. 

Sebagai sesame Islam, Atuk sedikit sebanyak terase juge tersinggung ape bile DAP menyebut Tuan Guru Haji Hadi sebagai tidak jujur dan berbagai-bagai lagi sehinggekan sanggup memutuskan hubungan nye dengan Tuan Guru Haji Hadi.

Yang buat atuk berase pelik sedikit, mengape putuskan hubungan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi sahaje dan tidak dengan PAS. Ini boleh di anggap sebagai satu penghine an besar kepada Tuan Guru Haji Hadi khas nye dan juge kepade Parti PAS am nye.  

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 24 Mar 2015 03:42 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Dicabul ketika masih bertelekung

Posted: 24 Mar 2015 05:01 PM PDT

Hasnah menceritakan kepada Sinar Harian situasi dia dicabul oleh pengawal keselamatan dalam kejadian Jumaat lalu.
IPOH – Tindakan seorang pengawal keselamatan mencabul seorang peguam di sebuah hospital mengundang padah apabila dia dicekup sendiri mangsa yang bertindak mengheretnya ke pondok polis berhampiran hospital, Jumaat lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Hasnah, 28, berkata, dalam kejadian kira-kira 5.35 pagi itu, dia duduk di kerusi di hadapan unit rawatan kritikal (CCU) sambil menemani adik sepupunya yang berusia 16 tahun yang tidur di lantai koridor terbabit.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dalam keadaan lengkap bertelekung sementara tunggu subuh sedang berehat di kerusi yang disediakan di koridor hadapan wad terbabit.

"Ia merupakan malam kedua saya dan adik sepupu menunggu nenek yang masih mendapatkan rawatan akibat sakit jantung yang dialaminya. Saya juga mengecam pengawal keselamatan yang sering melakukan rondaan setiap dua jam.

"Pada waktu kejadian, saya melihat seorang pengawal keselamatan yang berbeza dari sebelum ini berjalan dari hujung koridor dan saya tidak mengesyaki apa-apa duduk secara santai dan memejam mata," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Hasnah berkata, lelaki berusia 40-an itu yang menyangka dia tidur bertindak memegang kemaluannya sebelum panik melarikan diri menerusi tangga kecemasan selepas dia menjerit sekuat hati.

"Saya kemudian turun menuju ke pondok polis untuk membuat laporan telah terserempak suspek yang memegang topi keledar. Lelaki terbabit cuba melarikan diri namun, saya sempat tarik tanda nama yang dipakainya dan memegang kolar baju.

"Dalam hati, saya mahu membelasahnya tetapi saya fikir waras dan mengheretnya ke pondok polis dan pihak berkuasa menangkapnya semula sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Menurutnya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak itu akhirnya direman untuk siasatan lanjut dan dia berasa lega apabila dalang kes cabul di hospital terbabit dapat ditangkap.

"Sebelum ini ada pelawat yang menceritakan ada kes cabul terutama di tandas wad tetapi tidak dapat ditangkap dalangnya," katanya.

Beliau turut menyarankan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di koridor wad yang terasing serta koridor yang sunyi demi keselamatan pelawat di hospital terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Rupanya dicekup atas ranjang

Posted: 23 Mar 2015 11:01 PM PDT

Selepas membaca atikel tentang kenyataan pelakon Putri Mardiana atau Nina dalam akhbar tempatan juga di televisyen baru-baru ini dan merasakan semua kenyataan itu palsu, akhirnya isteri kepada Ejump iaitu Nor Hasni membuat penjelasan panjang lebar di akaun Facebook miliknya.

Menerusi laman Facebook miliknya, Nor Hasni mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Nina adalah sangat tidak tepat.

Pada masa sama, Nina dikatakan turut menjatuhkan maruahnya selaku isteri yang masih sah buat Ejump meskipun kini dalam proses penceraian.

Malah, Nor Hasni kali ini juga menggunakan peluang untuk mempertahankan dirinya dengan membongkarkan bahawa Nina dan Ejump ditangkap khalwat kali kedua di atas katil di dalam bilik tidurnya.

Lebih teruk lagi, selepas tangkapan pertama dilakukan, Nina dan Ejump terus tinggal bersama seperti pasangan suami isteri.

DAP tamatkan kerjasama dengan Hadi, kekal dalam Pakatan

Posted: 23 Mar 2015 10:22 PM PDT

Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan meneruskan kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) tetapi menegaskan ia sudah hilang keyakinan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu kesal dengan tindakan "tidak jujur dan tidak bermaruah" Hadi yang bekerjasama dengan Umno melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Oleh itu, ia membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi dan akan mengadakan perbincangan dengan PKR bagi menentukan masa depan PR.

"DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin PR dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan.

DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

"Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.

"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

"DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan.

"Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud, tetapi untuk Dasar Bersama," katanya.

DAP juga memberi tiga contoh Hadi mengambil tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah.

Pertama apabila beliau mengkhianati keputusan bersama Majlis Pimpinan PR dalam mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal PR untuk jawatan menteri besar Selangor.

"Ia sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan kerajaan PR Selangor," kata Lim.

Kedua ialah kegagalan Hadi menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari lalu, bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 bakal dibincangkan pada Majlis Pimpinan PR.

Dan ketiga, ialah permohonan Hadi ke Parlimen pada 18 Mac membentangkan usul rang undang-undang persendirian tanpa terlebih dahulu membentangkannya kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

DAP dalam resolusi mesyuaratnya turut menegaskan semula komitmennya kepada PR sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.

"PR berhasrat membina Malaysia baharu berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia."

DAP juga mengulangi pendirian yang semua parti komponen PR harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

Mesyuarat tergempar CEC malam tadi berlangsung hampir empat jam dan membincangkan masa depan parti itu di dalam PR susulan keputusan PAS meneruskan agenda hudud dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen. – 24 Mac, 2015.

waadat

Posted: 24 Mar 2015 01:35 PM PDT

waadat


PAS gagal, UMNO laksanakan hudud

Posted: 23 Mar 2015 11:50 PM PDT

Akhirnya Demang buka juga fail video yang dikatakan mempersendakan hudud di Kelantan. Ternyata benar telahan Demang bahawa video tersebut hanya alat untuk menaikkan populariti pembikinnya, dan nampaknya usaha tersebut berhasil. Dari segi marketing, ia srategi yang bijak!

Kali pertama Demang dihantar fail tersebut, Demang diminta memberi komen. Mulanya Demang malas nak layan. Namun akhirnya apabila makin ramai yang memperkatakan, Demang pun buka dan terus menyesal. Langsung tiada apa yang nak dikomen. Cuma Demang bersetuju, tindakan yang sesuai diambil ialah kenakan tindakan di luar undang-undang yang boleh membuatnya menyesal seumur hidup.

Demang bukan emosional dan bukan menghasut tetapi apabila seseorang yang sudah beraqal melakukan sesuatu yang tidak beraqal, maka tindakan yang serupa lah balasannya.

Bagaimana rentak begitulah tari.

Mari kita lihat satu mesej lain yang baru Demang terima. Elok lah baca dulu dan lihat . Tapi kalau nak cepat, boleh skip dan teruskan membaca komen dan cadangan Demang di bawah sekali.

-MESEJ MULA-

Kenapa Rang Undang-Undang (RUU) Hudud yang dibawa oleh Pas ditentang ramai?

Bagi membolehkan RUU Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015), Pas hanya perlu melakukan salah satu daripada tiga perkara di bawah:

1.  Meminda Akta 355 dan 356 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 atau

2. Memohon kebenaran di bawah Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

3. Meminda Perlembagaan

Untuk meminda dua akta (1) atau (2), Pas hanya memerlukan sokongan "simple majority" atau 112 orang ahli parlimen sahaja bagi membolehkan ianya diluluskan.

Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Dari 222 orang, jumlahnya ahli parlimen Islam adalah seramai 136 orang.

Dari jumlah ini, jumlah ahli parlimen Islam yang dijangka tidak akan menyokong RUU ini adalah seramai 25 orang, iaitu 7 orang daripada PAS (PasMa), 2 orang DAP dan 16 orang PKR termasuk Anwar). Itu belum termasuk yang di luar jangka.

RUU ini dibawa oleh PAS dan diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan kerana anggotanya majoritinya terdiri daripada umat Islam. Bagaimanapun untuk mendapat sokongan 'simple majority' di Parlimen, PAS perlu membuat persiapan yang lebih rapi.

Kenapa RUU PAS ini ditentang ramai?

1. PAS didapati gagal meyakinkan ahli-ahli PAS sendiri, iaitu yang bersama Pasma untuk menyokong RUU Hudud ini. Dari segi moral, jika PAS gagal meyakinkan ahlinya sendiri untuk menyokong RUU ini, maka itu menunjukkan kredibiliti PAS sendiri boleh dipersoalkan.

2. PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam Pakatan dan mendapatkan sokongan mereka walaupun telah bertahaluf siyasi selama lebih 2 penggal. Jika PAS gagal meyakinkan ahli parlimen Islam dalam PR, maka memang sudah dijangka RUU ini tidak disokong oleh ahli parlimen bukan Islam dalam PR.

3. PAS tidak bersungguh-sungguh mengadakan taklimat dan dialog mengenai RUU Hudud ini kepada semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam dan melobi sokongan mereka.

4. PAS tidak bersungguh-sungguh membuat penerangan bagi mendapatkan sokongan 'stake holder' yang lain termasuk para peguam syari'e, peguam sivil, termasuk Majlis Peguam dan NGO-NGO berkaitan.

Memandangkan PAS perlu mendapatkan sokongan 'simple majority' sahaja, maka sebelum membentangkan RUU Hudud ini, wajar bagi PAS untuk membuat persiapan yang lebih rapi dan penerangan kepada golongan-golongan yang disebutkan di atas terlebih dahulu. Setidak-tidak PAS boleh meyakinkan 112 ahli parlimen Islam untuk bersama-sama menyokong RUU ini dan mengurangkan tentangan daripada ahli-ahli Parlimen yang lain.

Sanggupkah PAS lakukan semua ini terlebih dulu?

-MESEJ TAMAT-

Baca pula komen Demang:

Jika PAS dikatakan tidak mampu melaksanakan hudud maka UMNO lah yang wajar mengambil tanggungjawab. Bukankah UMNO parti terbesar ummat Islam di Malaysia? Bukankah UMNO yang menguasai BN dan UMNO juga yang mengepalai kerajaan?

Dengan kedudukan itu, UMNO mempunyai peralatan yang cukup bagi melaksanakan hudud. Tidak perlu lagi memikirkan hudud di Kelantan dan Terengganu bahkan hudud boleh dilaksanakan di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya di negeri-negeri tertentu.

Nak tunggu apa lagi?

PEJUANG BANGSA

Posted: 24 Mar 2015 11:49 AM PDT

PEJUANG BANGSA


VIDEO NURUL IZZAH MEROYAN VS ZAHID PASAL TAK PUAS HATI DITAHAN LOKAP !

Posted: 24 Mar 2015 09:36 AM PDT




Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melampias kemarahannya kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung layanan ketika beliau di lokap, baru-baru ini.
Nurul Izzah yang bangun mencelah ketika Zahid menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong di Dewan Rakyat, petang Selasa membangkitkan isu polis kekurangan peruntukan untuk melaksanakan tugas.
Menurut Naib Presiden PKR itu, anggota polis terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri untuk membeli pampers dan keperluan lain banduan ketika di lokap.
Zahid mengakui keterbatasan kewangan dan sehubungan itu menegaskan pembangkang harus menghormati institusi kepolisian dan tahap profesional anggota polis yang prihatin dalam melaksanakan tugas.
"Kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam hal keselamatan kita tidak ada kompromi."
"Dalam keadaan kekangan, kekurangan pihak polis, keluar poket sendiri, polis terus dikutuk sedangkan mereka prihatin," katanya.
Izzah bagaimanapun mencelah dengan menegaskan bahawa Menteri Dalam Negeri tidak prihatin dengan keadaan itu sebaliknya mengeluarkan arahan politik menangkap pembangkang, menyalahgunakuasa dan tidak profesional menangani masalah anggota polis.
Ikuti perbahasan Nurul Izzah dan Zahid di Dewan Rakyat pada Selasa berhubung isu itu.

DEMO BANTAH GST DI KASTAM ADALAH KESALAHAN MENCEROBOH - IGP

Posted: 24 Mar 2015 12:38 AM PDT



Mereka yang terlibat menyerbu masuk ke Kompleks Kastam di Kelana Jaya ketika mengadakan demonstrasi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Selangor sedang meneliti kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Ini merupakan satu pencerobohan yang mereka lakukan dan biarlah pihak polis Selangor meneliti dulu kedudukan mereka terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Yassin sempena Peringatan Hari Polis yang ke-208 di Masjid Bukit Aman, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mereka yang terbabit dalam protes GST yang ditahan selepas bertindak menyerbu masuk ke kompleks  berkenaan semalam.

"Kita tidak boleh biarkan keadaan begini berterusan, saya hairan dengan apa yang mereka nak, kenapa sampai macam itu sekali, seolah-olah hendak menawan Kompleks Kastam itu," katanya.

Menurut laporan media dalam talian, berpuluh-puluh orang ditahan dan pihak polis terpaksa menggunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keadaan di kompleks berkenaan.

"Kalau kita perlu gunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kita gunakanlah kalau bersebab untuk kita mengatur kedudukan dan terpulang pada tindakan  Ketua Polis Selangor, memang saya benarkan bagi memastikan keadaan terkawal," kata Khalid.

Demonstrasi itu dipercayai didalangi pihak-pihak tertentu bagi membantah pelaksanaan GST yang bermula 1 April ini. - Bernama

DAP TOLAK HUDUD - HADI AWANG TAPI MASIH SALAHKAN UMNO

Posted: 23 Mar 2015 09:45 PM PDT




Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 24 Mac 2015.

Pada 23 Mac 2015, Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah dengan sebulat suara menetapkan bahawa:

    DAP menegaskan semula komitmen kepada Pakatan Rakyat sebagai gabungan pentadbiran yang mewakili aspirasi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan, yang berhasrat untuk membina Malaysia baru berdasarkan nilai-nilai asas seperti kebebasan, keadilan, demokrasi, integriti dan martabat manusia. DAP juga mengulangi pendirian bahawa semua parti komponen Pakatan Rakyat harus berpegang kepada semangat Dasar Bersama melalui muafakat yang berkisar pada amanah dan sifat saling menghormati dalam Majlis Pimpinan PR.

 DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan. 

Tambahan pula, rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk Dasar Bersama. Justeru, setiap 37 Ahli Parlimen DAP akan menolak Rang Undang-undang Persendirian berkenaan dengan hudud yang dibentangkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

 DAP berasa kesal atas tindakan tidak jujur dan tidak bermaruah Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari semangat konsensus serta Dasar Bersama yang lantas meletakkan Pakatan Rakyat dalam bahawa, yakni:

 Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.;

 Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

 DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang. DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan.


 UMNO telah menghasut PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014 semasa sidang Parlimen dengan menjanjikan sokongan Kerajaan Persekutuan.

DAP menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melengahkan masa lagi dan membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan, serta menjelaskan peranan Adun-adun UMNO Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan oleh Hadi.


LIM GUAN ENG

Pengikut