Isnin, 10 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 10 Jan 2011 11:23 PM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU


Umno terjerat: Pindaan Perlembagaan 1994, dedah tembelang kemelut di Selangor -

Posted: 09 Jan 2011 11:50 PM PST

Ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan dan kini tindakan memerangkap Umno sendiri.

Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat" hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat".


Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.

Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan.

Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.

Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.

Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan.

Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu.

Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir.
Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi.

Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK.

Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau.

Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.

PAS KAWASAN KUBANG PASU

Posted: 10 Jan 2011 11:16 PM PST

PAS KAWASAN KUBANG PASU


Hamba politik Umno-BN bakal terima hukuman

Posted: 09 Jan 2011 11:48 PM PST

Oleh Mohd Rashidi Hasan

NEGARA jadi susah apabila pegawai-pegawai kerajaan, sudah mempamerkan diri mereka menjadi balaci orang-orang politik, sama ada untuk kepentingan peribadi mereka mahupun untuk kepentingan orang-orang politik.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani juga menafikan beliau menjadi alat politik Umno dalam kes ini.

Malah Khusrin juga menafikan beliau alat politik Umno-Barisan Nasional.

Siapa hendak percaya cakap Sidek, Munir dan Khusrin? Bolehkah dipercayai pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik atau dalam erti kata lain, ianya dibuat mengikut pure government procedure?

Semua orang tahu, politik ada di mana-mana. Bukan dalam parti politik sahaja. Dalam rumah, di pejabat, dalam persatuan, di mana-mana sahaja kita tidak boleh menolak wujudkan politiking.

Justeru jika pelantikan Khusrin dengan mengetepikan ramai pegawai kerajaan yang lebih senior tidak dibuat berdasarkan kehendak politik, KSN mengikut prosedur mana? Adakah khidmat Khusrin sebagai pegawai kerajaan begitu cemerlang? Adakah kerana merit?

Berdasarkan maklumat penulis, ramai pegawai kerajaan yang marah dan kecewa apabila Khusrin yang lebih junior naik mendadak.

Jika pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik, mengapa KSN atau pihak tertentu terus by-pass kerajaan negeri? Mengapa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar?

Hakikat yang disembunyikan ialah Umno-BN sedia mengetahui, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha menyusun pentadbiran negeri secara telus dan demokratik.

Menteri Besar mahu memilih pegawai yang cemerlang dan komited serta non-partisan menjadi SUK. Nama-nama pegawai kerajaan yang dicadangkan menjadi SUK, bukannya datang dari orang politik. Ianya datang dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan sendiri.

Apabila Umno-BN tahu kebanyakan pegawai-pegawai terbabit tidak memihak kepada mereka, lalu mereka terus by-pass kerajaan negeri kerana mengetahui kuasa melantik SUK di bawah kerajaan pusat.

Walaupun begitu, dari segi amalan demokrasinya, oleh kerana SUK akan bertugas di bawah MB, maka kebiasaannya MB mengetahui siapakah yang akan dilantik menjadi SUK, sebagai ketua kepada semua pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Namun di sinilah 'kurang ajarnya' Umno-BN. Mereka tidak mahu menghormati kerajaan yang sah, dipilih oleh majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Umno-BN tidak mahu menghormati demokrasi. Umno-BN mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan mempergunakan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi alat politik mereka.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK tidak mempunyai asas kukuh selain kejayaannya menjadi alat politik Umno-BN semasa menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Khusrin didapati membelakangkan kerajaan negeri atas alasan beliau menjalankan titah Sultan. Hakikatnya bukan titah Sultan, tetapi titah pemimpin Umno-BN.

Khusrin melarang AJK Masjid dan Surau di seluruh Selangor menjemput Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (dan lain-lain ulama PAS) menyampaikan kuliah kerana, kedua Tuan Guru ini tidak mempunyai tauliah.

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din juga mengalami nasib yang sama. Semasa Khusrin menjadi Pengarah Jais di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Dr Khir Toyo, pernah diserbu beberapa kali (sehingga hendak ditangkap) dan dilarang menyampaikan kuliah atas dakwaan tiada tauliah.

Siapa Khusrin atau juak-juak Umno di Selangor hendak mempertikaikan kewibawaan agama alim ulama PAS?

Secara sinisnya penulis mahu menyebut, sebelum Khusrin kenal 'alif ba ta', belumpun pegawai-pegawai Jais yang diarahkan membuat larangan dan serbuan ini diberanakkan, tokoh-tokoh PAS ini sudah mengajar agama.

Siapa Khusrin yang hendak mempersoalkan keilmuan dan ketokohan mereka, jika tidak dibuat larangan kerana menurut kehendak politik Umno-BN?

Untuk menghalalkan tindakannya,Khusrin sering mempergunakan peraturan di bawah Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mensabitkan kesalahan mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Inilah hasil kejahatan Khursin terhadap perkembangan agama Islam di Selangor, menjadi dalang kepada Umno-BN, sehingga dinobatkan menjadi SUK.

Pada pendapat penulis, ada dua analogi, sama ada Sidek atau Munir tidak mengetahui latar belakang Khusrin, atau kerana latar belakang itulah beliau dipilih.

Kita lihat pula, dalam kes yang membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Didakwa dengan jelas bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (semasa dalam tugasnya) memalsukan ujian DNA untuk memastikan Anwar dipersalahkan dalam mahkamah.

Untuk tujuan apa Gani dan Musa terbabit dalam pemalsuan ini? Bukankah ianya ada tujuan politik dengan mengikut nafsu serakah pemimpin Umno-BN yang diketuai oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu?

Bukankah tindakan ini membuktikan mereka selaku pegawai kerajaan, menjadi alat bagi memenuhi kehendak politik Mahathir, supaya dengan apa cara sekalipun, Anwar mesti dihukum.

Kes membabitkan Anwar juga memperlihatkan bagaimana kegelojohan pemimpin Umno-BN, melantik Hakim lompat dari jawatan yang junior terus naik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, seperti Dato' Augustine Paul.

Hakim Paul terkenal dalam sejarah perundangan negara kerana kerap mengeluarkan keputusan menolak fakta-fakta dari pasukan peguambela Anwar. Beliau sering mengucapkan ungkapan irrelevant (tidak relevan) setiap kali tidak bersetuju dengan peguambela.

Dalam perbicaraan kes kedua Anwar, Hakim Dato' Ariffin Jaka juga begitu. Beliau juga dilihat menjadi alat kepada Umno-BN.

Ramai hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak diyakini kredibiliti mereka selepas banyak kes yang meragukan.

Gelagat hakim jika hendak ditulis begitu banyak. Ada hakim yang dibayar perjalanan ke luar negara, semuanya disenyapkan. Kes melibatkan VK Lingam juga disenyapkan.

Malah sistem perundangan negara menjadi kucar kacir dan tidak lagi dipercayai rakyat selepas berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Semua ini berlaku akibat jenayah pemimpin Umno-BN. Mereka mempergunakan semua aspek dalam perjawatan kerajaan untuk kepentingan politik.

KSN, SUK, IGP, AG, Hakim, Polis semuanya dijadikan 'hamba-hamba' politik Umno-BN. Demi jawatan, pangkat, kesenangan dan kepentingan diri, mereka-mereka yang dibayar gaji oleh rakyat, untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, sudah terjebak menjadi pelacur-pelacur politik yang durjana.

Apakah semua pegawai-pegawai kerajaan ini berfikir bahawa rakyat akan mempercayai mereka? Mempercayai tindakan mereka tidak berasaskan kepada kepentingan politik Umno-BN?

Pakatan Rakyat harus bertekad membersihkan sistem pentadbiran negara dari manusia spesies seperti ini. Kita harus bertekad, sesiapa sahaja yang jelas, secara terbuka menjadi balaci Umno, jika kita memerintah nanti, mereka ini dahulu akan 'dikerat' dari kerajaan.

Tekad ini bukan tekad pemimpin Pakatan Rakyat sahaja, ia adalah aspirasi dan kehendak rakyat, iaitu membersihkan sistem pentadbiran negara dari tangan-tangan kotor Umno-BN, seterusnya mengembalikan sistem demokrasi ke landasan yang sebenar.

Justeru tiada label atau gelaran yang sesuai untuk mereka-mereka ini, selain daripada menyamakan mereka dengan watak-watak yang dipaparkan oleh Dato' Shahnon Ahmad dalam novel SHIT dan satira karya Yahaya Ismail bertajuk Maharaja Beruk suatu ketika dahulu.

Selamatkan Malaysia dari kedurjanaan mereka!


n12selinsing

Posted: 10 Jan 2011 09:41 PM PST

n12selinsing


KEBAKARAN DI CHANGKAT LOBAK

Posted: 10 Jan 2011 06:34 PM PST

Changkat Lobak 10.01.2011 : Satu kebakaran berlaku di pekan Changkat Lobak yang melibatkan sederet rumah kedai 5 pintu.

Menurut tuan punya kedai runcit di situ Sdr. Hanafi bin Darus 62 tahun, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.00 pagi, ketika semua orang sedang nyenyak tidur. Kebakaran ini melibatkan 2 pintu kedai runcit, Stor menyimpan barang, sebuah Kedai komputer dan sebuah rumah kediaman. Kerugian dianggarkan berjumlah RM 100,000.00, namun mereka tetap bersyukur kerana tidak melibatkan nyawa.

Setelah dimaklum oleh seorang sahabat di sana YB Husin (Adun Selinsing) terus bergegas ke tempat kejadian walaupun tempat kejadian berada di dalam Dun Alor Pongsu namun sebagai Timbalan YDP PAS Bagan Serai dan Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Bagan Serai berasa bertanggung jawab untuk mendalami kesengsaraan yang di alami oleh penduduk yang terlibat. YB Husin meminta supaya mangsa bersabar menghadapi musibah yang berlaku dan mengingati yang lain supaya berhati-hati dan anggaplah kejadian ini suatu peringatan dari Allah supaya kita sentiasa mengingatiNya.



PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 10 Jan 2011 09:17 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Belum kempen Umno-BN sudah gelabah

Posted: 10 Jan 2011 04:24 PM PST

Anak JATI Pasir Salak kan masuk gelanggang!!!

Posted: 09 Jan 2011 09:31 PM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jan 2011 09:08 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Hidup tanpa bekalan elektrik

Posted: 10 Jan 2011 08:34 PM PST


Sinar Harian 11 Jan 2011

MALAN , Kuala Pilah – Kerana kesempitan wang, seorang warga emas terpaksa tinggal dalam keadaan gelap gelita apabila rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik sejak 20 tahun lalu, selain kediaman yang usang dan daif kerana sudah dimakan anai-anai.

Rumah Maimunah Abu Samah, 63, di Kampung Malan Ulu jauh di kawasan pedalaman dalam ladang kelapa sawit.

Walaupun mempunyai bekalan air tetapi Maimunah terpaksa mandi dalam keadaan tidak selesa, berbumbung langit dan berlantaikan tanah, selain terpaksa menggali lubang sebagai tandas.

Menurutnya, selama hampir 10 tahun, dia tinggal bersendirian di rumah pusaka arwah suaminya itu selepas dua anak lelakinya mendirikan rumah tangga.

"Dengan keadaan kesihatan yang semakin uzur, saya tidak lagi mampu berjalan dan melakukan kerja berat.

"Makan dan minum tidak menentu. Kadang-kadang sepupu datang membelikan barang keperluan dapur dengan duit Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal RM100 sebulan. Dialah yang banyak membantu saya, datang menjenguk dan membersihkan kawasan persekitaran rumah daripada dikelilingi semak," katanya.

Maimunah mengakui, hidup bersendirian menimbulkan rasa takut dan bimbang.

"Ini sahajalah rumah yang saya ada. Lagipun ini tanah saya dan sayalah yang harus menjaganya.

"Pernah juga rumah ini dimasuki binatang berbisa, selain kera yang sering mencuri makanan. Apabila malam, saya hanya ditemani pelita untuk menerangi kegelapan malam dan menjauhkan nyamuk," katanya.

Menurutnya, bukan tidak pernah meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi sehingga kini tiada maklum balas.

Sepupunya, Nazarudin Abu Bakar, 59, berkata, permohonan Maimunah telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan sejak beberapa tahun lalu tetapi masih tiada jawapan.

"Saya kerap bertanyakan kepada pihak berkenaan tetapi jawapan diberikan adalah tunggu. Pernah juga mereka memberikan alasan rumah Maimunah tiada jalan masuk dan jambatan, justeru susah untuk membawa pengangkutan berat seperti lori.

"Tetapi selepas menerima bantuan ihsan daripada Felcra, jambatan dibina untuk menghubungkan rumah Maimunah dan jalan dari luar," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603326.asp

Longkang tidak diselenggara

Posted: 10 Jan 2011 08:33 PM PST


Sinar Harian 11 Jan 2011

GEMAS – Keadaan longkang yang tidak diselenggarakan dengan baik, bukan hanya berpotensi menyebabkan masalah banjir kilat, malah turut menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan longkang di tepi jalan utama di persimpangan Kampung Sri Gemas dan berhampiran landasan kereta api tidak terurus, dipenuhi sampah dan lebih teruk, ada bahagian longkang yang dipenuhi jentik-jentik.

Nuranisah Mohd Nor, 25, berkata, pada masa-masa tertentu terutama ketika hujan, menyebabkan air longkang melimpah ke jalan raya dan mengakibatkan laluan licin.

"Keadaan ini berkemungkinan disebabkan aliran air tidak dapat mengalir dengan baik kerana tersumbat dengan pelbagai jenis sampah dan pasir yang memenuhi longkang.

"Lebih malang, kadangkala bau busuk dari longkang menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang ramai yang mempunyai urusan di beberapa lokasi berhampiran, antaranya Mahkamah Majistret Gemas yang menjadi tumpuan pada Rabu dan Khamis," katanya.

Sehubungan itu, Nuranisah amat berharap, lokasi berkenaan dapat dibersihkan secara konsisten oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan keadaan longkang sentiasa terjaga.

Menurutnya, langkah membersihkannya secara konsisten boleh mengelakkan limpahan air dari longkang sekiranya cuaca hujan dan keselesaan pengguna jalan raya juga terjamin.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603391.asp

Lori tersadai setahun di bengkel

Posted: 10 Jan 2011 08:33 PM PST


Sinar Harian 11 Jan 2011

KAMPUNG SIRUSA – Kepayahan hidup yang melanda semakin menghimpit apabila mata pencariannya selama ini tidak dapat lagi digunakan berikutan beberapa masalah tidak dapat dielakkan.

Hasni Ismail, 58, yang tinggal bersama isterinya, Zainon Mohd Nor, 63, melahirkan rasa kesukarannya kerana lori yang menjadi sumber mencari rezekinya kini tersadai di bengkel di Lukut.

Menurutnya, dia bergantung hidup sepenuhnya dengan mencari dan berniaga besi buruk bagi menyara kehidupannya sekeluarga.

"Namun sejak setahun lalu, selepas lori dihantar ke bengkel untuk membaik pulih komponen, saya jadi mangsa keadaan.

"Saya difahamkan pengusaha bengkel terbabit mengalami masalah kewangan dan yang menjadi mangsanya adalah saya. Wang pendahuluan yang saya berikan lesap begitu sahaja dan lori masih tersadai di bengkelnya," katanya.

Hasni berkata, bengkel berkenaan juga dikunci pemilik bangunan berikutan pengusahanya gagal melunaskan bayaran sewa.

Menurutnya, ketika menghantar lorinya, pengusaha bengkel meminta wang pendahuluan RM200 dan beberapa hari kemudian meminta lagi sebanyak RM100 menjadikan jumlahnya RM300.

"Saya membeli sendiri barang gantian lori yang rosak dan dihantar ke bengkel untuk upah ganti serta dipasang pengusaha bengkel tetapi dia tidak menepati janjinya yang memaklumkan kerja akan siap dalam masa singkat sahaja.

"Kini, sudah hampir setahun setengah lori saya tersadai di sana. Walaupun telah banyak kali bertemu dan mendesaknya sehinggalah bengkel berkenaan tidak lagi beroperasi sejak lima hingga enam bulan lalu kerana tidak membayar sewa dan dikunci oleh pemiliknya," katanya.

Hasni berkata, dia kini tidak lagi mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada upah membuat gril besi yang tidak menentu.

"Isteri saya pula hanya mengambil upah mengajar mengaji anak jiran dan purata pendapatan kami berdua hanya sekitar RM500 sebulan.

"Dahulu, ketika mempunyai lori, saya boleh mendapatkan pendapatan lebih daripada jumlah ini dalam sebulan tetapi kini saya menjadi mangsa keadaan dan terus dihimpit kesusahan," katanya.

Menurutnya, dia tidak berniat mendapatkan mana-mana bantuan kebajikan atau peruntukan bagi menampung kehidupan kerana masih mampu bekerja, selain mempunyai keupayaan menanggung isteri.

"Cuma apa yang saya mahu adalah ada yang sudi membantu saya mengeluarkan lori dari bengkel dan selepas itu bolehlah saya bekerja semula, seterusnya mencari pendapatan sendiri.

"Pelbagai usaha telah dilakukan dengan mendapatkan bantuan orang ramai untuk membantu mengeluarkan lori saya tetapi sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian," katanya yang tinggal bersama isteri di rumah pusaka keluarga dan tidak mempunyai anak.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8603661.asp

Lapan tahun kongsi air paip

Posted: 09 Jan 2011 09:58 PM PST


Sinar Harian 10 Jan 2011

TENAI AIR GELUGOR, Tampin – Seorang bekas peserta Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Mohd Sidek Idrus, 48, memohon agensi berkaitan membantunya melengkapkan kediamannya dengan kemudahan bekalan air.

Mohd Sidek berkata, lebih lapan tahun lalu, dia terpaksa menggunakan kemudahan air dikongsi dari rumah saudara terdekatnya dan kadangkala jika tekanan air rendah, dia terpaksa mengangkut air ke rumahnya.

Menurutnya, keadaan itu amat sukar tetapi dia tidak mempunyai pilihan mendapatkan sumber air kerana tidak berkemampuan untuk menyediakan bekalan air sendiri berikutan hanya berpendapatan kecil sahaja.

"Bukan saya tidak mahu menyediakan kemudahan ini tetapi saya tidak mempunyai modal untuk memasang meter sendiri yang saya jangka memerlukan belanja sehingga ribuan ringgit.

"Rumah yang diduduki ini saya bina sendiri, hasil sumbangan orang ramai selepas rumah asal di lokasi lain hangus dalam kebakaran lapan tahun lalu," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sehubungan itu, Mohd Sidek amat berharap, impiannya mahu memiliki bekalan air sendiri tertunai kerana dia sudah tidak mampu lagi menghadapi kesukaran mengangkut air setiap hari.

"Saya mohon pihak berkenaan supaya melihat kesusahan saya ini dan membantu merealisasikan impian saya memiliki bekalan air sendiri selepas lebih lapan tahun menerima ihsan dari rumah saudara," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8600260.asp

Harga naik semua pihak senyap

Posted: 09 Jan 2011 09:57 PM PST


Sinar Harian 10 Jan 2011

PORT DICKSON – Tiada sesiapa yang bising bertanya itu ini berikutan harga semua jenis bawang yang naik melambung dan bekalannya pula cukup serta sentiasa memenuhi kehendak pengguna di sekitar daerah ini.

Pemilik kedai runcit, Ibrahim Mohamad Koya, 46, berkata, pengguna tidak cerewet dan tidak banyak bertanya mengenai kenaikan mendadak harga bawang itu.

Menurutnya, terdapat sesetengah pelanggan tidak perasan harga barang keperluan itu naik dan mereka berbelanja seperti biasa sahaja walaupun harga bawang naik mendadak.

"Ditambah dengan bekalan bawang yang sentiasa mencukupi dan penyelarasan harganya yang sama antara kedai runcit termasuk pasar dan pasar raya.

"Walaupun bawang bukan harga kawalan, tetapi setakat ini semua kedai menggunakan kadar harga yang sama dan ini secara tidak langsung boleh mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan," katanya.

Ibrahim berkata, hari ini (kelmarin) harga bawang besar India mencecah RM4.50 sekilogram dan harga itu kekal sejak seminggu lalu. Bawang berkenaan lazimnya dijual dengan harga RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram.

"Terdapat sesetengah bawang yang harganya mencecah hingga RM5.60 dan ada yang mencecah hingga RM10, namun berikutan bawang adalah bahan penting dalam masakan masyarakat di negara ini orang ramai tetap membelinya," katanya.

Sementara itu, suri rumah ditemui, Masyitah Juhaili, 37, berkata, kadar kenaikan harga bawang terlalu mendadak dan ia berlaku lebih sebulan lalu.

"Pada awalnya memang saya tidak begitu perasan dengan kenaikan harga barang itu tetapi agak hairan, setiap kali berbelanja kosnya lebih mahal berbanding biasa.

"Rupanya harga bawang yang naik sehingga 50 peratus mempengaruhi belanja mingguan saya. Tidak dinafikan bekalan bawang di sini memang tidak mengalami masalah tetapi harganya naik melambung sedikit membebankan orang ramai," katanya.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya mini dan pasar raya besar mendapati bekalan terhadap semua jenis bawang mencukupi dan memenuhi permintaan dengan kadar harga yang lebih kurang sama sekilogram.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8596969.asp

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 10 Jan 2011 07:33 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Solat Hajat & Pidato Perdana 9 Januari 2011

Posted: 10 Jan 2011 07:02 AM PST

Khalid Samad

Posted: 10 Jan 2011 07:27 PM PST

Khalid Samad


Perlembagaan Negeri Selangor: Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan

Posted: 10 Jan 2011 05:02 PM PST

Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan dikalangan rakyat Negeri Selengor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)
LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively:

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.

Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.

Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PAS LENGGONG

Posted: 10 Jan 2011 07:15 PM PST

PAS LENGGONG


Kemalangan di Lenggong minggu lalu

Posted: 09 Jan 2011 10:31 PM PST



Harga Pembangunan

Posted: 09 Jan 2011 10:27 PM PST

Pejabat penghulu di lenggong, Berapa kosnya.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 10 Jan 2011 07:13 PM PST

N.19 MTD PANCHING


RAKYAT DIDAHULUKAN MENERIMA BEBAN

Posted: 10 Jan 2011 03:38 PM PST

Kenaikan harga barangan keperluan yang mendadak sejak mutakhir ini amat membimbangkan. Ia membangkitkan keresahan yang melampau di kalangan rakyat yang sebahagian besarnya berpendapatan rendah dan sederhana. Di kalangan rakyat miskin perkara ini menjadi igauan buruk yang berpanjangan sepanjang tahun.

Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan pemerintah di bawah ketiga-tiga Perdana Menteri (PM) di Malaysia semenjak Dr Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Kenaikan harga barangan di bawah pentadbiran dua PM terdahulu tidak begitu ketara.Tetapi di era Najib, kenaikan harga barangan berlaku dengan begitu kerap tetapi dalam senyap-senyap tanpa bayangan awal. Kenaikan ikut suka ini seolah-olah tiada satu mekanisma kawalan harga yang boleh diharapkan untuk mengekangnya. Menteri-menteri hanya memberikan pelbagai alasan dari pelbagai sudut. Dalam keadaan penciptaan pelbagai alasan itu rakyat di luar parlimen tertekan dengan pelbagai masalah.

Bila berlaku kenaikan harga barangan keperluan harian, para peniga pula tidak dapat tidak terpaksa menaikkan pula harga jualan mereka. Sebelum ini masih boleh di dapati di kampung-kampung seperti Jaya Gading makanan pagi seperti nasi kerabu dan nasi berlauk yang berharga RM2.00 sebungkus atau sepinggan tetapi dalam bulan Januari tahun ini peniaga yang sama terpaksa menetapkan harga RM2.50. Menteri BN tentu tidak merasai kesan kenaikan harga barangan ini kerana sebelum ini pun mereka sudah biasa makan Nasi lemak berharga Rm8.00 sepinggan!

Semakin jelas bahawa jika dibiarkan BN memerintah terus negara ini rakyat akan lebih terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan yang tidak terkawal. Pemimpin BN tidak ada kesempatan memikirkan kesusahan rakyat kerana mereka sibuk mengumpulkan kekayaan peribadi dan para kroni. Marilah kita pakat "menendang" keluar BN dari parlimen dalam pilihanraya ke 13 nanti.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Jan 2011 03:55 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


KENAPA POLIS TIDAK BUNUH ANJING PEMBUNUH?

Posted: 09 Jan 2011 11:02 PM PST

Ramai kesal kerana haiwan dalam kes pembunuhan Sosilawati berkenaan disuntik ubat pelali berdos tinggi yang menyebabkan kematian yang dipercayai dilakukan anggota polis dan penguat kuasa Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Rujuk http://penpasksgb.blogspot.com/2010/09/siasatan-kes-sosilawati-9-anjing.html
Komen : Memang tidak wajar dibunuh binatang tersebut, nama pun binatang tapi yang pelik bila berkait kes pembunuhan sepatutnya semua perkara jadi barang kes atau bukti. Jadi kenapa dibunh 9 ekor anjing tersebut.

Manakala di Pulau Pinang , anjing ini tidak di bunuh ! Kenapa ?
Pulau Pinang ; Seorang pelancong warga Ireland maut diserang dua ekor anjing jenis Mogul semasa dia bersama teman wanitanya sedang mengambil gambar di sebuah ladang Organik di Balik Pulau dekat sini Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zin berkata Sullivan Maurice, 50, meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kaki, bahu, dada, pipi kiri, dagu serta kening, di samping putus telinga, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi.

Beliau berkata Maurice meninggal dunia di tempat kejadian manakala teman wanita lelaki Ireland itu, yang merupakan seorang warga Poland berumur 28 tahun, tidak cedera.

"Lelaki itu diserang seekor anjing betina dan seekor anjing jantan milik pemilik ladang berkenaan. Kedua-dua pelancong itu dipercayai bermain dengan empat ekor anjing milik pemilik ladang tersebut semalam. Dua daripada anjing itu terbabit dalam serangan pagi ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Maurice berada di ladang itu atas jemputan pemilik ladang berkenaan, dan beliau menginap di penempatan homestay berhampiran.

Hatta berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat warga Ireland itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. - BERNAMA

HANG KEBUN PUN JADI, DAH TUAH TIADA !

Posted: 09 Jan 2011 08:05 PM PST

Dato Satim Diman dikategorikan sebagai spesis Melayu UMNO yang terakhir dari segi kelayakan minima di mana nama telah diangkat menjadi Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Selangor menggantikan Mohd Khir Toyo yang telah melepaskan jawatan itu. Satim juga dikatakan adalah orang yang akan menjadi Menteri Besar Selangor jika BN dapat mengembalikan kuasa mentadbir Negeri Selangor dalam PRU yang akan datang.
Jika benar Satim adalah orang yang akan menjadi MB Selangor jika BN kembali berkuasa tentulah pemilihan beliau itu telah diselidik, dikaji dan diteliti oleh pimpinan tertinggi kita tentang kewajaran memilih beliau sebagai calun Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya umum nanti.

Selangor merupakan negeri yang terkaya dalam Persekutuan kita ini maka untuk mentadbir negeri kaya ini ianya memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat jujur, amanah dan 'wisdom' kepimpinan yang tinggi. Kita mesti ingat yang salah satu sebab kenapa Selangor tersungkur didalam pilihanraya dahulu ialah kerana bukti-bukti jelas yang kerajaan pimpinan UMNO sebelum 2008 dahulu adalah kerajaan yang tidak bersih dan kita sudah pun mendengar dan melihat buktinya.

PRU 12 memberi impak yang baik untuk Pakatan rakyat di mana lebih kurang 1.4 juta ahli UMNO meninggalkan UMNO dengan mengundi PR didalam peti undi. Apabila seseorang ahli mengundi dan menyokong parti lain ia bermakna mereka telah meninggalkan UMNO.

Itulah sebabnya menamakan Satim Diman untuk dijadikan MB Selangor jika BN menang mestilah benar-benar pilihan yang betul dan diterima rakyat. Jika Satim adalah nama yang baik bagaimana pula calun-calun yang lain? Kita mesti terima hakikat barisan yang ada didalam UMNO Selangor ini adalah barisan yang amat dicurigai oleh rakyat setiap bangsa. Sesungguhnya dalam UMNO Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain tidak ada lagi pemimpin yang boleh diyakini untuk menggantikan pimpinan negeri yang sudah menjadi 'spent force' itu.

Ada perbahasa "Tiada rotan akar pun berguna" namun pada teman elok guna kata-kata yang diubahsuai dalam citer Melayu P. Ramlee yang terkenal iaitu "Dapat jadi Hang Kebun, jadilah " Begitulah keadaan UMNO diSelangor…tiada pemimpin yang benar-benar mempunyai pemimpin yang berwibawa.

Namun sekiranya kerajaan negeri PR diSelangor ini menggunakan JKKK dan ahli majlis dengan berkesan maka peluang BN untuk mendekati rakyat secara fisikal adalah amat sukar dan terbatas.

TAHUN 1993 RAKYAT PERLU INGAT , JANGAN MUDAH DIAYAT

Posted: 09 Jan 2011 07:37 PM PST



Pindaan mahu betulkan kesilapan Umno 17 tahun lalu, kata MB Selangor
SHAH ALAM, 9 Jan — Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu "membetulkan kesilapan" awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.
Sehubungan itu Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.
"Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka," kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.
Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama.
"Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka," kata beliau lagi.
Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.
Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong)," kata beliau disambut tepukan gemuruh.
Khalid berkata "drama (semasa) akan berterusan" sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri.
Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.
"Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.
Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.
Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.
Sumber - themalaysianinsider.com

DARI ISI HATI UMNO YANG TULUS TAPI DAH HANCUS !

Posted: 09 Jan 2011 07:22 PM PST

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik.
Tetapi orang UMNO tahu memang pemimpin atasannya memang penipu dan penipuan dihalalkan kununnya demi survival Melayu. Alasan ini selalu digunakan semasa kursus Bina Semangat atau Kursus bina Insan yang dijalankan oleh Biro Tata Negara sejak dulu lagi. jangan nak temberanglah. Kebanyakan Sultan termakan dengan alasan ini sebagai contoh di Negeri Perak semasa UMNO merampas pemerintahan Pakatan Rakyat yang telah dipilih rakyat.
Orang UMNO memang dah tahu dan memang dah praktikkan perlantikan Setiausaha Cawangan UMNO mesti dilantik oleh Ketua Cawangan supaya S/U(Setiausaha) sentiasa seiring dalam mentadbir cawangan mereka. Begitu juga dalam perlantikan S/U Pemuda Caw , mana ada S/U dilantik secara pemilihan atau dipilih oleh Ketua UMNO Malaysia atau Ketua UMNO Bahagian? Waiima Pengerusi BN guna modal 1Malaysia sekalipun S/U UMNO Malaysia tidak boleh dipilih dalam Mesyuarat atau melantik S/U MCA jadi S/U UMNO Malaysia...betultak?
Abis ? Tak faham lagi ke? Ini bermakna dalam sebuah negeri dalam Malaysia seperti Negeri selangor atau Perak wajarkah SUK(Setiausaha negeri) dilantik atau dipilih oleh Ketua Setiausaha Negara atau Perdana Menteri. Yang nak mentadbir negeri siapa? Mandat majoriti rakyat yang telah diberi undi terbanyak siapa ? Kalau dah faham kenapa nak dilantik SUK yang cikai( pilihan no 6 dan tak fasih Bahasa Inggeris dan terburu-buru ) untuk Menteri Besar yang dipilih rakyat dari Pakatan Rakyat?
Siapa yang bermain pilitik? Blogger UMNO harus realistik bukan macam manusia plastik yang boleh dibentuk dan dilenting bila perlu. Kita manusia yang ada perasaan dan perjuangan yang diberi oleh Allah , tambahan pula kita orang Islam .




Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani juga menafikan beliau menjadi alat politik Umno dalam kes ini.

Malah Khusrin juga menafikan beliau alat politik Umno-Barisan Nasional.

Siapa hendak percaya cakap Sidek, Munir dan Khusrin? Bolehkah dipercayai pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik atau dalam erti kata lain, ianya dibuat mengikut pure government procedure?

Semua orang tahu, politik ada di mana-mana. Bukan dalam parti politik sahaja. Dalam rumah, di pejabat, dalam persatuan, di mana-mana sahaja kita tidak boleh menolak wujudkan politiking.

Justeru jika pelantikan Khusrin dengan mengetepikan ramai pegawai kerajaan yang lebih senior tidak dibuat berdasarkan kehendak politik, KSN mengikut prosedur mana? Adakah khidmat Khusrin sebagai pegawai kerajaan begitu cemerlang? Adakah kerana merit?

Berdasarkan maklumat penulis, ramai pegawai kerajaan yang marah dan kecewa apabila Khusrin yang lebih junior naik mendadak.

Jika pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik, mengapa KSN atau pihak tertentu terus by-pass kerajaan negeri? Mengapa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar?

Hakikat yang disembunyikan ialah Umno-BN sedia mengetahui, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha menyusun pentadbiran negeri secara telus dan demokratik.

Menteri Besar mahu memilih pegawai yang cemerlang dan komited serta non-partisan menjadi SUK. Nama-nama pegawai kerajaan yang dicadangkan menjadi SUK, bukannya datang dari orang politik. Ianya datang dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan sendiri.

Apabila Umno-BN tahu kebanyakan pegawai-pegawai terbabit tidak memihak kepada mereka, lalu mereka terus by-pass kerajaan negeri kerana mengetahui kuasa melantik SUK di bawah kerajaan pusat.

Walaupun begitu, dari segi amalan demokrasinya, oleh kerana SUK akan bertugas di bawah MB, maka kebiasaannya MB mengetahui siapakah yang akan dilantik menjadi SUK, sebagai ketua kepada semua pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Namun di sinilah 'kurang ajarnya' Umno-BN. Mereka tidak mahu menghormati kerajaan yang sah, dipilih oleh majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Umno-BN tidak mahu menghormati demokrasi. Umno-BN mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan mempergunakan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi alat politik mereka.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK tidak mempunyai asas kukuh selain kejayaannya menjadi alat politik Umno-BN semasa menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Khusrin didapati membelakangkan kerajaan negeri atas alasan beliau menjalankan titah Sultan. Hakikatnya bukan titah Sultan, tetapi titah pemimpin Umno-BN.

Khusrin melarang AJK Masjid dan Surau di seluruh Selangor menjemput Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (dan lain-lain ulama PAS) menyampaikan kuliah kerana, kedua Tuan Guru ini tidak mempunyai tauliah.

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din juga mengalami nasib yang sama. Semasa Khusrin menjadi Pengarah Jais di bawah Menteri Besar, Dato' Seri Dr Khir Toyo, pernah diserbu beberapa kali (sehingga hendak ditangkap) dan dilarang menyampaikan kuliah atas dakwaan tiada tauliah.

Siapa Khusrin atau juak-juak Umno di Selangor hendak mempertikaikan kewibawaan agama alim ulama PAS?

Secara sinisnya penulis mahu menyebut, sebelum Khusrin kenal 'alif ba ta', belumpun pegawai-pegawai Jais yang diarahkan membuat larangan dan serbuan ini diberanakkan, tokoh-tokoh PAS ini sudah mengajar agama.

Siapa Khusrin yang hendak mempersoalkan keilmuan dan ketokohan mereka, jika tidak dibuat larangan kerana menurut kehendak politik Umno-BN?

Untuk menghalalkan tindakannya,Khusrin sering mempergunakan peraturan di bawah Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mensabitkan kesalahan mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Inilah hasil kejahatan Khursin terhadap perkembangan agama Islam di Selangor, menjadi dalang kepada Umno-BN, sehingga dinobatkan menjadi SUK.

Pada pendapat penulis, ada dua analogi, sama ada Sidek atau Munir tidak mengetahui latar belakang Khusrin, atau kerana latar belakang itulah beliau dipilih.

Kita lihat pula, dalam kes yang membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Didakwa dengan jelas bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (semasa dalam tugasnya) memalsukan ujian DNA untuk memastikan Anwar dipersalahkan dalam mahkamah.

Untuk tujuan apa Gani dan Musa terbabit dalam pemalsuan ini? Bukankah ianya ada tujuan politik dengan mengikut nafsu serakah pemimpin Umno-BN yang diketuai oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu?

Bukankah tindakan ini membuktikan mereka selaku pegawai kerajaan, menjadi alat bagi memenuhi kehendak politik Mahathir, supaya dengan apa cara sekalipun, Anwar mesti dihukum.

Kes membabitkan Anwar juga memperlihatkan bagaimana kegelojohan pemimpin Umno-BN, melantik Hakim lompat dari jawatan yang junior terus naik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, seperti Dato' Augustine Paul.

Hakim Paul terkenal dalam sejarah perundangan negara kerana kerap mengeluarkan keputusan menolak fakta-fakta dari pasukan peguambela Anwar. Beliau sering mengucapkan ungkapan irrelevant (tidak relevan) setiap kali tidak bersetuju dengan peguambela.

Dalam perbicaraan kes kedua Anwar, Hakim Dato' Ariffin Jaka juga begitu. Beliau juga dilihat menjadi alat kepada Umno-BN.

Ramai hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak diyakini kredibiliti mereka selepas banyak kes yang meragukan.

Gelagat hakim jika hendak ditulis begitu banyak. Ada hakim yang dibayar perjalanan ke luar negara, semuanya disenyapkan. Kes melibatkan VK Lingam juga disenyapkan.

Malah sistem perundangan negara menjadi kucar kacir dan tidak lagi dipercayai rakyat selepas berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Semua ini berlaku akibat jenayah pemimpin Umno-BN. Mereka mempergunakan semua aspek dalam perjawatan kerajaan untuk kepentingan politik.

KSN, SUK, IGP, AG, Hakim, Polis semuanya dijadikan 'hamba-hamba' politik Umno-BN. Demi jawatan, pangkat, kesenangan dan kepentingan diri, mereka-mereka yang dibayar gaji oleh rakyat, untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, sudah terjebak menjadi pelacur-pelacur politik yang durjana.

Apakah semua pegawai-pegawai kerajaan ini berfikir bahawa rakyat akan mempercayai mereka? Mempercayai tindakan mereka tidak berasaskan kepada kepentingan politik Umno-BN?

Pakatan Rakyat harus bertekad membersihkan sistem pentadbiran negara dari manusia spesies seperti ini. Kita harus bertekad, sesiapa sahaja yang jelas, secara terbuka menjadi balaci Umno, jika kita memerintah nanti, mereka ini dahulu akan 'dikerat' dari kerajaan.

Tekad ini bukan tekad pemimpin Pakatan Rakyat sahaja, ia adalah aspirasi dan kehendak rakyat, iaitu membersihkan sistem pentadbiran negara dari tangan-tangan kotor Umno-BN, seterusnya mengembalikan sistem demokrasi ke landasan yang sebenar.

Justeru tiada label atau gelaran yang sesuai untuk mereka-mereka ini, selain daripada menyamakan mereka dengan watak-watak yang dipaparkan oleh Dato' Shahnon Ahmad dalam novel SHIT dan satira karya Yahaya Ismail bertajuk Maharaja Beruk suatu ketika dahulu.

Selamatkan Malaysia dari kedurjanaan mereka!

Tidak Wajar Kuasa Sultan Diambil UMNO -MB

Posted: 09 Jan 2011 07:03 PM PST

SHAH ALAM, 10 Jan 11: Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu "membetulkan kesilapan" awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.

"Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka," kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.

Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama. "Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka," kata beliau lagi.

Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.

Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat. "Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong)," kata beliau disambut tepukan gemuruh.

Khalid berkata "drama (semasa) akan berterusan" sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri. Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

"Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.


Dalam ceramah malam itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama itu berkata, kontroversi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah "isu kecil."

"Isu SUK adalah isu kecil yang mampu kita tangani, kita punyai mandat untuk menjayakan kepentingan rakyat.

"Ini yang akan kita teruskan, Umno tidak kuat jadi kita kena lawan," kata Ketua Umum PKR ini.

Beliau juga menggesa supaya kepimpinan kerajaan negeri Selangor, diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim supaya "menyerang" dengan agresif serangan dibawa Umno-Barisan Nasional (BN).

"Selangor dianggap mutiara bagi Umno, sudah ada kuasa pusat tapi masih resah. Mereka fikir macam-macam nak rampas seperti kes terbaru (isu SUK), ia adalah drama.

"Kita kena pertahankan Selangor dan pastikan pentadbiran berjalan dengan baik, kuasa ada di tangan kita.

"Kita juga kena lawan, serang semula Umno... kenapa mesti bertahan? Pendirian Pakatan Rakyat adalah pertahankan Perlembagaan (Persekutuan), tak perlu kita jelaskan kepada Umno," katanya.

"Kalau Umno halang, jangan bertahan... kita serang. SUK bukan masalah," kata Anwar yang bulan lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri Parlimen.

Beliau turut menyifatkan Umno-BN sudah "tiada keyakinan" sehingga terpaksa mengadakan pertemuan dengan dengan semua ahli Parlimen gabungan 13 parti komponen itu. Sejak Datuk Mohd Khusrin Munawi diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid tidak bersetuju dengan pelantikan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.


Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru. Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri. Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi. Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan. (IH)

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 10 Jan 2011 03:23 PM PST

masanya memilih jalan yang lurus


agama dalam timbangan akal

Posted: 09 Jan 2011 11:32 PM PST

Agama adalah ajaran yang berbicara pasal ketuhanan. Berbicara pasal sang pencipta segala. Jika tidak, ia sekadar ideologi dan pemikiran manusia. Apapun, jika seseorang itu menolak kuasa ketuhanan dan enggan lagi berbicara pasal tuhan, maka walaupun dia tidak dianggap seorang beragama, tetapi dia tetap juga dikira bertuhan. Dia sendiri sebenarnya telah menjadi tuhan. Ini kerana tuhan, [...]

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 10 Jan 2011 03:07 PM PST

Pemuda PAS DUN Kemasik


Seramai 200 Pemuda PAS DUN Kemasik Akan Berkonvoi Ke Dataran Tok Guru - Timbalan Ketua Pemuda DUN

Posted: 09 Jan 2011 06:47 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 10 Jan 2011 01:29 PM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Solat Hajat & Pidato Perdana 9 Januari 2011

Posted: 10 Jan 2011 07:02 AM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 10 Jan 2011 01:25 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Pindaan mahu betulkan kesilapan Umno 17 tahun lalu, kata MB Selangor

Posted: 10 Jan 2011 10:35 AM PST


SHAH ALAM, 9 Jan — Kerajaan negeri Selangor mengesyorkan pindaan perlembagaan negeri bukan sahaja untuk menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tetapi juga mahu "membetulkan kesilapan" awal 1990-an, kata Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini.
Sehubungan itu Menteri Besar Selangor berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.
"Umno yang mengambil alih kuasa . . . tetapi apabila dimaklumkan bahawa Sultan tiada kuasa (pelantikan), kami dikatakan jangan bertindak menderhaka," kata beliau pada perhimpunan di Stadium Malawati di sini.
Majlis malam ini dimulakan dengan solat hajat.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir sama.
"Siapa yang menderhaka? Pada 1993, mereka (Umno) sudah pun melakukan derhaka," kata beliau lagi.
Khalid juga menekankan bahawa kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.
Malah beliau juga mencabar Umno menentang pindaan perlembagaan yang bakal dibawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
"Kita akan lihat belang mereka yang sebenar, jika benar mereka mendukung Sultan (mereka wajar sokong)," kata beliau disambut tepukan gemuruh.
Khalid berkata "drama (semasa) akan berterusan" sehingga kuasa untuk melantik pegawai-pegawai kanan terbabit kembali kepada negeri.
Semalam, Khalid juga mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.
"Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja," kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.
Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.
Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.
Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

'Mohon maaf pada Lim tiada kaitan dengan teguran'

Posted: 10 Jan 2011 10:32 AM PST

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) hari ini menjelaskan permohonan maaf pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini terhadap kerajaan negeri.

Presidennya, Datuk Muhamad Fadzill Hassan berkata permohonan itu dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain.

"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau tampil membuat kenyataan itu selepas dilaporkan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung beberapa teguran persatuan tersebut terhadap kerajaan negeri, termasuk isu pemberian kontrak kepada kontraktor bumiputera.

Muhamad Fadzill berkata pertemuan itu jemputan ketua menteri bagi menyelesaikan isu 46 kontraktor Melayu di negeri tersebut yang didakwa kroni Umno.

"Dakwaan kerajaan negeri bahawa kontraktor terbabit adalah kroni Umno tidak tepat kerana terdapat kontraktor yang disenaraikan itu bukan anggota Umno," katanya.

Dalam pertemuan Jumaat lepas, beliau berkata Lim telah bersetuju bahawa masalah membabitkan kontraktor berkenaan dianggap selesai.

"Selaku pertubuhan bukan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan kontraktor Melayu Pulau Pinang, PKMMPP mengambil langkah bertemu kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah 46 kontraktor tersebut bagi membela nasib mereka," katanya.

- Bernama

PAS bersikap terbuka kepada semua kaum

Posted: 10 Jan 2011 10:31 AM PST

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.
"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.
"Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.
Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.
"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.
"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.
Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.
Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.
Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.
Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.
"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.
"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.
"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.
Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.
"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.
"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.

Non-Muslim rights promised by Allah, says Hadi

Posted: 10 Jan 2011 10:24 AM PST

Hadi said "non-Muslims are part of Malaysia and Islam teaches us how to govern a country with a multi-religious society."
SHAH ALAM, Jan 9 – PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said tonight that there must be a paradigm shift within his party to accept the importance of non-Muslims in its struggle to defend its Islamic convictions. Hadi stressed that Islam had always taught Muslims to respect and protect the rights of non-Muslims.
"There must be a paradigm shift and we cannot be like Umno who purposely ignores its neighbours, MCA and MIC. They can easily forget and ignore their neighbours. This shows their illogical politics.
"We have to realise that non-Muslims are part of Malaysia and Islam teaches us how to govern a country with a multi-religious society," he told a rally of more than 8,000 supporters at Stadium Malawati here tonight.
Hadi argued that the Pakatan Rakyat (PR) coalition symbolised a paradigm shift in PAS's politics.
"Islam not only teaches us to respect Muslims but also non-Muslims and their places of worship. This is not a promise from PAS or PKR but from Allah.
"Pakatan Rakyat has been a success and we want this to be defended and strengthened. Hopefully Allah will give us victory in the general election," he said.
Hadi's message of political inclusiveness comes after reports that PAS was seeking to revive unity talks with Umno.
Earlier Hadi met with Datuk Seri Anwar Ibrahim to close ranks after a shaky start to the year.
Top of the agenda for the meeting between Opposition Leader Anwar and the PAS president was the Christmas eve audience with the Yang diPertuan Agong, which was attended by Hadi, PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, PAS deputy president Nasharudin Mat Isa and Umno's top two leaders.
The dinner was seen as another attempt to revive the talks on political co-operation with Umno in the name of Malay/Muslim unity, although both Umno president Datuk Seri Najib Razak and Nik Aziz have refused to comment on the meeting.
However Hadi told his supporters tonight that Islam would always remain the party's political end.
"There will be those who question the link between religion and politics. This shows that the person is ignorant of Islam even though he is a Muslim," he said.
Hadi said PAS would have to be patient and take the correct route to capture Putrajaya.
"Allah has warned us that we must be on the right path and not follow the path of people that do not understand. There are those who want it quick and easy and win with the easy route. And there are those who are not confident of winning and believe that they weak.
"We must be patient and take the right route," he said.
Nik Aziz later added that Umno leaders must not forget that death comes to all.
"Umno is not the government of Malaysia and I am not the government of Kelantan because this land belongs to Allah. Everything is created by Allah and every person will experience death," he said.
The question of political co-operation with Umno became a major campaign issue in the 2009 PAS election after it was revealed that its leaders, including PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa and Selangor chief Datuk Hasan Ali, met then prime minister Tun Abdullah Badawi and former Selangor mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo after Election 2008 to explore the possibility of forming a unity government.
Leaders aligned to Nik Aziz then accused Nasharuddin of conspiring to take PAS out of PR, but the deputy president successfully defended his post in a three-cornered fight with Mohamad Sabu and Kelantan executive councillor Datuk Husam Musa.
Sources familiar with the latest move to bring PAS into the BN government revealed that both Hadi and Nasharuddin would be given prominent roles in Putrajaya if the party decides to abandon PR, but Nik Aziz continues to be the major obstacle in bringing the party closer to the ruling coalition.
PAS holds 23 parliamentary seats within the PR coalition and controls two states, Kelantan and Kedah. Its presence in the other two PR-ruled states, Penang and Selangor, is also crucial to maintain PR's majority and Malay support.

Gambar Yang UMNO Takut : Dari Stadium Melawati Shah Alam Lebih 30,000 hadir.

Posted: 10 Jan 2011 10:23 AM PST






























(Bob Lokman turut hadir bersama ribuan rakyat Selangor!..)




(Ucapan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz..)


(Ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang..)


(Ucapan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibarahim..)

Harga Minyak masak bakal naik 40 sen sekilogram?

Posted: 10 Jan 2011 10:22 AM PST








Bekalan minyak masak habis

KUALA LUMPUR - Bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh kerana terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.

Selain Kuala Lumpur, negeri lain yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa ada pihak menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

"Jika spekulasi itu benar, ia akan menyusahkan pengguna yang kebanyakan menggunakan minyak masak setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Hasil tinjauan Kosmo! semalam mendapati isu bekalan minyak masak menjadi rungutan ramai peruncit dan pengguna, malah Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) setakat ini sudah menerima 50 aduan mengenai isu tersebut.

Sementara Berita Harian Online 5 Januari 2011 melaporkan..
Kabinet putus tiada kenaikan harga minyak masak

PUTRAJAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini memutuskan tiada kenaikan harga minyak masak dan meminta orang ramai menghentikan segera pembelian panik.

Mengumumkan demikian di sini sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menafikan dakwaan harga barangan itu akan naik sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.
Kalian percaya?..masihkah kalian ingat janji kerajaan tahun lepas (2010) bahawa minyak (RON95) tidak akan dinaikkan sehingga akhir tahun, namun kerajaan akhirnya mungkir janji??..boleh rujuk di SINI dan di SINI..

Apa pun, penulis minta kalian ingat tarikh dan janji kerajaan ini..jangan mudah tertipu dengan tawaran2 manis kerajaan 'Barang Naik' selepas ini, lebih2 lagi semasa kempen PRK Tenang akhir Januari ii..

Posted: 10 Jan 2011 10:17 AM PST

Foto Kemarahan UMNO : Lebih 30,000 hadir.....

FOTO OLEH ABAH ANAS













































 ADAKAH MEREKA NI PENDERHAKA DAN PENGKHIANAT ISLAM....???

Polis Kena "Belasah" Sekumpulan Lelaki..

Posted: 10 Jan 2011 10:10 AM PST

Seorang anggota polis parah di kepala selepas dibelasah menggunakan batang besi dan pedang samurai oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki berasal dari Sabah ketika mangsa melakukan siasatan terhadap seorang daripada suspek yang mencurigakan. Dalam kejadian 5.30 petang kelmarin, mangsa yang berusia 32 tahun lari menyelamatkan diri bagi mendapatkan bantuan sejurus dikepung dan dibelasah kumpulan penjenayah terbabit yang disyaki bermaharajalela di kawasan Bukit Bintang, di sini.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menghantar teman wanitanya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran kawasan itu.
Difahamkan mangsa yang menunggu teman wanitanya di luar klinik berkenaan bagaimanapun melihat seorang lelaki warga Myanmar bersama seorang lagi lelaki Sabah dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki Sabah terbabit memegang tiga telefon bimbit dan disyaki ada hubung kait dengan aktiviti jenayah samun. Susulan itu mangsa menghampiri suspek sebelum menunjukkan kad kuasa polis dan meminta kerjasama suspek untuk diperiksa.

"Bagaimanapun, suspek menjerit dan mencetuskan huru-hara dengan mendakwa mangsa polis palsu dan cuba merompaknya. Taktik terbabit sengaja dilakukan bagi membebaskan dirinya daripada diberkas," katanya.

Menurutnya, pada masa sama, kira-kira 10 rakan suspek yang lengkap membawa batang besi, kayu dan pedang samurai muncul di tempat kejadian sebelum mengepung mangsa.

"Mereka menyerang mangsa beramai-ramai. Kejadian serangan nekad itu menyebabkan kepala mangsa cedera dan berlumuran darah.
"Mangsa yang berlumuran darah bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri apabila sebuah kereta peronda polis melalui kawasan terbabit sebelum mangsa menahannya bagi mendapatkan bantuan," katanya.

Tiga anggota polis di dalam kereta peronda itu membantu mangsa dan membawanya semula ke tempat kejadian.

"Mangsa bagaimanapun berjaya mengecam seorang penyerangnya yang masih berlegar-legar di kawasan terbabit. Suspek yang memakai baju dan seluar putih menyedari kehadiran kereta peronda polis melarikan diri apabila cuba ditahan.

"Anggota polis mengejar suspek lebih 100 meter sebelum suspek diberkas ketika cuba menyembunyikan diri di dalam sebuah restoran di Jalan Nagasari, di sini," katanya.

Ketuanan Derhaka : Buang ibu demi kekasih asing

Posted: 10 Jan 2011 10:09 AM PST

Buang ibu demi kekasih asing

TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya.
TERGURIS...Ani menunjukkan SMS yang dihantar anaknya. 
 Oleh Muhd Izawan Baharin
KUALA LUMPUR: "Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri," rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas 'dibuang' anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.
Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.

"Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

"Namun, perkenalannya dengan seorang lelaki Iran menerusi Internet mengubah hidup saya. Saya dihambat lelaki itu keluar dari rumah manakala anak pula langsung tidak peduli, malah 'menghiris' hati saya apabila sanggup meminta saya pergi jauh daripada hidupnya," katanya yang ditemui, semalam.


Menurutnya, sebelum ini keluarganya hidup bahagia, malah perkahwinan anak perempuannya dengan seorang lelaki tempatan menghadiahkannya seorang cucu lelaki.

"Saya tidak bekerja, tetapi mujur arwah suami meninggalkan sedikit wang dan sebuah kereta kepada saya.

"Begitu juga dengan anak perempuan saya, dia berkahwin dan mempunyai kerja yang baik dengan gaji antara RM7,000 hingga RM8,000 sebulan. Dia juga membeli sebuah apartmen di Subang Jaya dan meminta saya tinggal di situ selepas kematian suami saya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, hidupnya musnah selepas anaknya jatuh cinta dengan seorang pelajar sebuah kolej swasta warga Iran berusia 25 tahun kira-kira dua tahun lalu.

"Demi pelajar kolej swasta itu, anak saya sanggup meninggalkan suami, berhenti kerja dan duduk serumah dengan lelaki itu.

"Dia berubah, nasihat saya dibalas dengan kata-kata kesat, malah kunci apartmen miliknya yang menjadi tempat tinggal saya ditukar apabila saya keluar ke rumah rakan selepas dimintanya atas alasan kawan kekasihnya yang datang dari Iran mahu menumpang sementara waktu," katanya.

Ani berkata, ketika cuba bertanyakan mengapa kunci ditukar, lelaki Iran terbabit menghalaunya keluar dari apartmen itu di depan anaknya dengan alasan dia cuba mengganggu kehidupan mereka.

"Saya tidak ada sesiapa di dunia ini kecuali anak saya. Dia nyawa dan jiwa saya, tetapi semuanya musnah sekelip mata disebabkan orang asing.

"Kereta milik saya juga dilelong bulan lalu kerana bayaran ansuran tertunggak dan sejak Jun lalu, saya menumpang ihsan rakan, tetapi berapa lama boleh berteduh di rumah orang menyebabkan saya sering berpindah-randah selepas beberapa hari.

"Mungkin satu hari nanti, saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak memiliki apa pun, sudahlah tiada harta, anak kesayangan pula membuang saya," katanya.

SELAMAT HARI JADI TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Posted: 10 Jan 2011 10:08 AM PST


tarikh lahir tok guru Nik Abdul Aziz adalah, 10 Januari 1931.Nampaknya, hari ini bertambah lagi umur Tok Guru Nik Abdul Aziz. Mudah-mudahan diberi keberkatan hidup dalam usaha terus menerus dalam memperjuangkan islam. Amin,...

Isu pertemuan 24 Dis PAS-Umno sudah selesai, kata Anwar

Posted: 10 Jan 2011 10:07 AM PST

Nik Aziz Nik Mat (kiri) bersama Anwar Ibrahim sempena ceramah di Shah Alam malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 10 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu. Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.
"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya.
"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar pada sidang media selepas program Solat Hajat dan Pidato Perdana di Stadium Malawati malam tadi.
Sebelum menghadiri program anjuran PAS itu, Anwar dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal "pertemuan 24 Disember" itu.
Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.
"Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).
"Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis," kata Ahli Parlimen Marang.
Dalam laporannya petang semalam, The Malaysian Insider menyebut, Anwar dan Hadi dijangka mengadakan pertemuan petang semalam - langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.
Pertemuan tertutup itu diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di sini.
Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dikatakan memfokus pertemuan 24 Disember.
Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat di ibu negara semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika perlu.
Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat semalam, kata beliau.
Jumaat lalu, Najib mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu.
"Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi," kata Najib pada sidang media di sini hari ini.
Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.
"Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi," kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu lalu.
Dalam kenyataan terbaru sehari sebelum itu, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
"Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," kata beliau.

Kita Bersaudara tanpa kira kaum, agama

Posted: 10 Jan 2011 10:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Lajnah Penerangan dan Dakwah khususnya skuad Kita Bersaudara yang baru dilancarkan semalam harus digunakan sebagai medium pendidikan kepada rakyat mengenai semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan agama.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, skuad Kita Bersaudara harus menyediakan satu garis panduan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat dalam parti bagi kelangsungan gerak kerja penerangan kepada semua kaum.
(Gambar: Mahfuz menyerahkan sijil keahlian DHPP.)
"Program begini sangat baik yang sepatutnya tidak boleh habis di sini, tapi harus dikembangkan di pelbagai peringkat dengan menyediakan satu garis panduan yang mudah diikuti oleh organisasi dalam parti untuk menghidupkan program melibatkan semua kaum ini," kata beliau ketika ditemui di mjlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang semalam.
Menurut beliau, unsur pendidikan mengenai persaudaraan antara kaum harus ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak lajnah.
"Bukan sekadar buat program dengan satu keramaian sahaja tapi yang penting mesti ada unsur bagaimana proses pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum untuk buang sifat perkauman yang melampau sehingga tidak melihat rakyat Malaysia ini sebagai satu keluarga," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Tambahnya skuad Kita Bersaudara ini juga dapat mewakili suara anak muda yang inginkan pembaharuan dan membenci sifat perkauman.
"Ini satu proses pendidikan iaitu dalam kumpulan ini, terdiri daripada wanita muda yang menggambarkan citarasa golongan muda yang bukan hanya boleh dihayati oleh wanita muda tapi keseluruhan masyarakat.
"Ini juga boleh menggambarkan perasasan anak muda yang tak mahu lagi melihat negara kita dipenuhi dengan sifat perkauman," katanya lagi.
Ujarnya, pemikiran anak muda tidak harus terus dirosakkan dengan menanamkan sifat perkauman yang melampau.
"Generasi yang sudah melangkaui era 50 dan 60-an tidak harus dirosakkan lagi pemiliran mereka.
"Mereka sedang membawa peradaban baru iaitu peradaban kita adalah bersaudara," katanya.
Beliau sebelum itu menyampaikan sijil keahlian seumur hidup PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Sementara itu, program sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu diwarnai dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua kaum dan peringkat umur.
Program khidmat kesihatan percuma yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dan persatuan rawatan secara Islam mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan dewasa lelaki dan wanita.
Turut dibuka ialah kaunter derma organ dan perkhidmatan derma darah serta rawatan refleksologi dari orang kelainan upaya (OKU).
Manakala kanak-kanak pula berpeluang menunjukkan bakat masing-masing melalui pertandingan melukis dan mewarna bersama pasukan kartunis Ujang dan Kluang Man manakala golongan remaja pula diuji ketajaman minda mereka dalam pertandingan eksplorasi minda yang dijalankan di kawasan sekitar.
Turut berlangsung lelong amal barangan berharga milik pimpinan PAS antaranya barangan peribadi bekas Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa.
Tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Pulau Redang.
Kumpulan dikir barat Salam Pantai Timur dari Kelantan, pasukan gendang tiga budaya serta kumpulan kompang dari Ampang pula diundang khas untuk membuat persembahan mereka.
Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat, (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan program dengan kerjasama pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa itu sebagai berjaya membawa mesej persaudaraan.
Ujarnya, meskipun melalui pelbagai halangan termasuk kekurangan dana, namun pihaknya berjaya melaksanakan program sedemikian dan berjanji akan meneruskannya pada masa akan datang.
"Tugas yang lajnah kami pikul ini bukan tugas mudah. Selain merentasi kaum, bangsa, agama dan budaya, kami juga mengalami masalah kekurangan dana untuk melaksanakan program.
"Tapi berkat kesungguhan pihak kami, kami berjaya sampai ke perkampungan orang asli di Semenanjung, ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Insya Allah usaha menghapuskan sifat perkauman ini akan kami teruskan sehingga mesej persaudaraan benar-benar sampai kepada rakyat di negara ini," katanya.

Umno hanya boleh mimpi nak bergabung dengan PAS, kata Anwar

Posted: 10 Jan 2011 10:05 AM PST



Pemandangan di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi sempena program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS. - Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 10 Jan — Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak hanya boleh "bermimpi" sekiranya mahu bergabung dengan PAS, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan merujuk kepada isu di sebalik pertemuan 24 Disember. Selain PAS, Pakatan Rakyat turut disertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Najib boleh bermimpi kalau nak ajak PAS (bergabung)," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.
"Umno sudah ditimpa mala petaka," kata Anwar ketika menyampaikan ceramah pada program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Perhimpunan malam, yang dikatakan sudah dirancang lebih awal, diadakan ketika Pakatan Rakyat berhadapan dengan isu kontroversi pertemuan 24 Disember dan juga krisis perlembagaan negeri Selangor.
Pertemuan 24 Disember dikatakan menyentuh soal kerjasama politik PAS-Umno dan ia bukan kali pertama soal itu muncul sejak negara menyaksikan pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
Penasihat PKR itu berkata, Umno sudah tidak mempunyai "modal" untuk menyerang Pakatan Rakyat.
"Umno dah habis fikiran, dah guna macam-macam perkara, diserang begitu kuat dalam Utusan Malaysia, mereka dah habis ikhtiar.
"Ingat Umno kuat? Tidak... Umno hidup kerana menyemarakkan api sentimen perkauman.
"Kalau kita boleh jawab, Umno dah lama habis. Umno juga hidup dengan slogan, tanpa Umno habis orang Melayu," katanya.
Dalam ceramah itu, ketua pembangkang itu berkata, kontroversi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah "isu kecil."
"Isu SUK adalah isu kecil yang mampu kita tangani, kita punyai mandat untuk menjayakan kepentingan rakyat.
"Ini yang akan kita teruskan, Umno tidak kuat jadi kita kena lawan," kata Ketua Umum PKR ini.
Beliau juga menggesa supaya kepimpinan kerajaan negeri Selangor, diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim supaya "menyerang" dengan agresif serangan dibawa Umno-Barisan Nasional (BN).
"Selangor dianggap mutiara bagi Umno, sudah ada kuasa pusat tapi masih resah. Mereka fikir macam-macam nak rampas seperti kes terbaru (isu SUK), ia adalah drama.
"Kita kena pertahankan Selangor dan pastikan pentadbiran berjalan dengan baik, kuasa ada di tangan kita.
"Kita juga kena lawan, serang semula Umno... kenapa mesti bertahan? Pendirian Pakatan Rakyat adalah pertahankan Perlembagaan (Persekutuan), tak perlu kita jelaskan kepada Umno," katanya.
"Kalau Umno halang, jangan bertahan... kita serang. SUK bukan masalah," kata Anwar yang bulan lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri Parlimen.
Beliau turut menyifatkan Umno-BN sudah "tiada keyakinan" sehingga terpaksa mengadakan pertemuan dengan dengan semua ahli Parlimen gabungan 13 parti komponen itu.
Sejak Datuk Mohd Khusrin Munawi diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid tidak bersetuju dengan pelantikan itu yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Malah Khalid juga berkata, satu sidang Dewan Undangan Negeri khas akan diadakan hujung bulan ini untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa lantikan tiga pegawai eksekutif kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Dengan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri akan dikembalikan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.
Khalid juga berkata, majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang khas itu.
Khusrin yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri minggu lalu.

Umno Tenang mula "bergomol" rebut calon, PAS mampu buat kejutan!

Posted: 10 Jan 2011 10:04 AM PST

Oleh Safar Jumaat
Umno Johor tahun 2011 bukan Umno Johor dulu lagi. Ketika ini, apabila berlaku pilihan raya kecil DUN Tenang, 30 Januari ini, Umno sebenarnya cukup gusar dengan perkembangan yang berlaku di kawasan itu. Kematian
Dato' Sulaiman Taha, 17 Disember 2010 yang lalu sebenarnya mendedahkan banyak pekung dalam Umno di bahagian ini. Walaupun dari segi sejarahnya memang Dun Tenang adalah milik Umno, tetapi hari ini, ia terbuka kepada sesiapa sahaja, jika kena strateginya, Umno boleh dikalahkan.


Ketika Umno Johor mahu mencalonkan wanita sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, mereka sudah menunjukkan perbalahan yang cukup dahsyat. Terbaru, pertama kali ahli jawatankuasa bahagian bermesyuarat selepas kematian Sulaiman, perbalahan hingga gagal meneruskan mesyuarat telah tercetus.

Ada usaha untuk menyekat Timbalan Ketua Bahagian yang kini sudah tentu menjadi pemangku ketua, kerana dia bukan anak tempatan. Bermulalah cerita, Umno Johor akan mencalonkan anak tempatan hanya kerana mahu menyisihkan timbalan yang ada. Sejarah Umno bahagian ini cukup berwarna-warni. Sejak kepimpinan Allahyarham Ibrahim Daud, usaha mengenepikan Ibrahim sudah bermula dengan mencalonkan Dato' Bahari Haron sebagai Adun Tenang, walaupun dia bukan ketua bahagian.

Bahari kemudiannya dijadikan Ketua Bahagian atas kehendak Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi apabila Bahari sudah kehilangan pengaruh akibat Muhyiddin ke Kuala Lumpur, Ibrahim berjaya menjadi Adun Tenang, walaupun hanya sepenggal. Selepas Ibrahim dikalahkan Allahyarham Sulaiman, Sulaiman terpilih menjadi Adun Tenang sejak 2004. Berlaku juga pertembungan antara Sulaiman dengan Dato' Abdul Rahman Yunus, tetapi Sulaiman masih kuat di situ.

Sebelum kewujudan Bahagian Sekijang, Baharom Mohamad adalah Timbalan Ketua Bahagian Labis. Banyak pihak mendakwa, sekiranya Baharom tidak berpindah ke Sekijang, beliau mungkin sudah mengetuai Umno Labis. Ini cerita lama tetapi kini, segala pekung yang sudah lama terpendam mula kelihatan. Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dikatakan sudah disampaikan maklumat bahawa jawatankuasa bahagian tidak boleh bekerja sama sekarang ini, kerana masing-masing merasakan mereka layak menjadi calon.

Tidak mustahil, jika sampai tarikh pilihan raya, pengundi-pengundi yang sudah meluat dengan karenah kepimpinan Umno bahagian ini akan mengajar Umno dengan mengalahkan calon yang dipertandingkan. Di Bakri dan Muar, PAS sudah berjaya memenangi dua kerusi Dun. Siapa sangka, Muar dan Bakri, bahagian yang mempunyai pemimpin-pemimpin Umno yang hebat suatu ketika dahulu, kini sudah mahukan perubahan.

Kebetulan, Labis ini berjiran dengan Pagoh. Bahagian Pagoh diketuai Muhyiddin dan Muhyiddin rasanya tidak berminat ke Labis walaupun jaraknya hanya selangkah dua. Tetapi, selepas ini, apabila berlaku PRK Dun Tenang, beliau mungkin akan berkampung di Tenang dengan cerita-cerita bahawa apa yang ada di Pagoh, akan dibawa ke Labis.

Sebenarnya, sama ada Ghani sebagai MB Johor dan Muhyiddin sebagai TPM tidak pernah berhasrat untuk membangunkan Labis. Jauh sekali mahu membantu mereka yang berada di Labis. Tetapi, usah terkejut jika selepas ini Muhyiddin dan Ghani akan menjanjikan bulan dan bintang di Labis, termasuk kawasan Felda Cempelak yang mempunyai sekitar 1,500 pengundi Melayu.

Pengundi Dun Tenang sepatutnya malu dengan kemudahan infra di kawasan mereka. Berpuluh tahun Parlimen Labis diwakili menteri tetapi, pembangunannya cukup mengecewakan. Tun Dr. Ling Liong Sik pernah menjadi Ahli Parlimen ini beberapa penggal sebelum diambil alih Dato' Seri Dr. Chua Soi Lek.

Jika pengundi Dun Tenang sedar, jika dibandingkan 26 bahagian Umno dalam Negeri Johor, tidak keterlaluan jika dikatakan Labis lah antara kawasan yang paling ketinggalan dari bahagian-bahagian lain. Ini kerana kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat mungkin tidak perlu bersusah payah membangunkan Labis dan Dun Tenang, hanya kerana mereka yakin pengundi di kawasan ini memang penyokong tegar mereka.

Tenang dan Labis tidak popular seperti popularnya Segamat yang berjiran dengannya dan Pagoh. Ini kerana Segamat diwakili Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr. S. Subramaniam dan Pagoh diwakili Muhyiddin. Jika PAS dan Pakatan Rakyat dapat memberi penerangan secara jelas kepada pengundi-pengundi di Tenang, jangan terkejut jika PRK kali ini akan menyebelahi PAS dengan memberi satu isyarat jelas kepada Umno Johor, bahawa mereka sudah tidak kebal lagi.

Abdul Ghani dan Muhyiddin tentunya menghadapi ujian besar di Tenang kerana jika Umno kalah, mereka akan salah menyalah antara satu sama lain. Muhyiddin yang sudah mengumumkan Abdul Ghani sebagai Pengarah PRK Dun Tenang ini tentunya mahukan komitmen Abdul Ghani 100 peratus kerana jika Umno (BN) kalah dalam PRK ini, momentum kemenangan di Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi akan menjunam teruk.

Sebenarnya, apabila berlaku PRK, Timbalan Perdana Menteri (Timbalan Pengerusi BN) adalah secara otomatik dilantik menjadi pengarah. Tetapi, mungkin Muhyiddin kurang selesa menjadi Pengarah PRK Tenang kerana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor ialah Abdul Ghani.  Sukar untuk Muhyiddin bekerja berganding bahu dengan Abdul Ghani kerana sejarah hitam hubungan mereka berdua sejak sekian lama.

Jika semua masalah ini disenaraikan di sini, tidak ada sebab mengapa Dun Tenang tidak boleh terlepas dari tangan BN dalam PRK 30 Januari depan.

Rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam...UMNO tertekan..!!!

Posted: 10 Jan 2011 10:03 AM PST

Puluhan ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

NONEMereka juga berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.

NONEMajlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah oleh timbalan mursyidul am pas, Datuk Harun Din.
Berkerusi roda
Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat.Antara yang hadir termasuk, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang dengan berkerusi roda. Kehadiran menteri besar Kelantan itu disambut dengan laungan 'takbir' yang bergema di stadium berkenaan.

NONESelain Nik Aziz, tutut bersama adalah Anwar, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Solat Isyak dan solat hajat perdana diimamkan oleh Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Anwar.

NONELaungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Anwar dalam pidatonya pula berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK).
Lawan Umno
"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan kita.

NONE"Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib, kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang berlaku membuktikan andaian tersebut.
Tak boleh tahan

NONE"Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar.

Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh Umno dari semua hala.

NONE"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.

"Pendirian DAP, PKR dan PAS. Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada Umno ini pendirian kita," kata Anwar lagi.

Muhasabahlah bila pegang kerajaan, Nik Aziz

Posted: 10 Jan 2011 10:03 AM PST


SHAH ALAM, 10 Jan — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat keredaan Allah kerana tidak berlandaskan kepada prinsip-prinsip Islam.
"Allah mengatakan kerajaan dalam genggamannya, saya memimpin Kelantan mengikut kehendak Allah... Umno pula tidak.
"Semua yang ada di dunia ini Allah yang buat, kerajaan yang kita pegang adalah kerajaan Allah.
"Jadi kita kena selari dengan kehendak Allah, dalam dunia ini tiada manusia yang boleh buat benda yang tiada jadi ada.
"Udara adalah dari Allah ia bukan datang dari syarikat atau parti," katanya ketika menyampaikan ceramah di program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS di Stadium Malawati di sini malam tadi.
Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pimpinan kerajaan perlu sentiasa bermuhasabah.
"Muhasabahlah bila pegang kerajaan, Menteri Besar, Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong semua sekali akan mati.
"Tiada orang yang tidak akan mati, doktor pun mati. Tapi orang Melayu khasnya Umno gerun sangat kepada mati," katanya.
Beliau berkata Allah akan menolak Umno kerana parti Melayu itu "berbalah" dengan Allah apabila menolak Islam.
"Umno sudah tolak Islam, bila tolak Islam Umno berdoa kepada siapa?
"Tolak Islam bermakna tolak Allah, kita doa kerana kita perjuangkan Islam sebagai asas," katanya.
Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu sudah melakukan satu anjakan paradigma apabila menerima orang bukan Islam dalam mempertahankan perjuangan yang dibawa parti Islam itu.
Beliau menegaskan Islam sentiasa mengajar umatnya supaya menghormati dan melindungi hak orang bukan Islam.
"Ia perlu ada anjakan paradigma dan kita tidak boleh jadi macam Umno yang tidak pedulikan jirannya, MCA dan MIC. Mereka dengan senang lupa dan menafikan hak jiran mereka. Ini adalah politik ketidaksiuman.
"Kita sedar orang bukan Islam adalah sebahagian daripada Malaysia dan Islam mengajar kita untuk mentadbir negara dengan masyarakat majmuk," katanya.
Hadi juga menegaskan Pakatan Rakyat akan memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini.
"Islam bukan ajar menghormati orang Islam sahaja tetapi bukan Islam dan rumah ibadat mereka. Ini bukan janji PAS atau PKR tapi Allah.
"Pakatan sudah berjaya dan kita akan mempertahankan dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Harap Allah akan beri kemenangan dalam pilihan raya umum nanti," kata Ahli Parlimen Marang itu.
Beliau juga berkata PAS perlu bersabar dan berada di landasan terbaik merampas Putrajaya.
"Allah mengatakan kita perlu sentiasa berada di laluan betul dan jangan ikut jalan orang yang tidak mengerti.
"Ada yang mahu ikut jalan mudah dan senang. Ada juga yang sanggup ambil jalan pintas dan bertindak sesuka hati tapi mereka lemah.
"Kita kena bersabar dan ikut jalan yang betul," katanya.

Najib mengorek 1001 cerita dari ahli parlimen BN, tentang keupayaan PRU 13

Posted: 10 Jan 2011 10:02 AM PST

Oleh SanggahTokSago
Mahu tidak mahu, percaya tidak percaya, BN kini berada dalam keadaan tenat. Berbeza dengan PM terdahulu, Najib dikatakan terpaksa bekerja keras, menyemak dan menimbang calon-calon yang bakal bertanding dalam PRU ke-13 nanti. Tarikh PRU belum diketahui. Banyak pihak meramalkan tahun ini, 2011.   

Kebimbangannya... Putrajaya bakal terlepas ke tangan Pakatan Rakiyat memang berasas. Sebab itu, beliaulah satu-satunya PM atau Presiden Umno yang menghamburkan ucapan keras dan cemas "akan pertahan Putrajaya walaupun terpisah daging dengan tulang". Presiden Umno dahulu, hadapi PRU dengan tenang dan tidak seteruk Najib kali ini.

Banyak cara dilakukan Najib bagi meyakinkan kemenangan berpihak kepada BN. Namun rakyat tidak menunjukkan perubahan besar. Ugutan Najib "berubah atau rebah" tidak dihiraukan ahli-ahli Umno. Perangai mereka masih ditakuk lama. Sementara sekutu MIC, MCA dan Gerakan, tak habis-habis menelan ubat bagi memulihkan stamina.

Agaknya, itulah sebab semua ahli parlimen BN dipanggil mengadap PM. Melaporkan kisah dan 1001 cerita di kawasan parlimen masing-masing. Mendedahkan kekuatan BN. Menelangjangkan kelemahan PR. Mencari jalan mencelah, memintas dan "membeli" sesiapa sahaja yang dipasti mengugat kemenangan BN.

Ahli parlimen BN Sarawak mendahului senarai wakil rakyat parti yang mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi. Mereka antara ahli parlimen yang dijemput hadir wajib bagi sesi taklimat PM berkenaan persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ahli parlimen berkenan dilihat mula mengisi borang, difahamkan berhubung prestasi pilihan raya umum di kawasan mereka sebelum bertemu dengan Perdana Menteri sejak jam 9.20 pagi, lapor Malaysiakini. Ahli Parlimen Santubong, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui bagaimana pun berkata beliau tidak perlu mengisi borang berkenaan. Katanya, "Saya sudahpun hafal semua angka tersebut."

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn pula berkata, pertemuan ini merupakan satu langkah yang penting. "Ini kali pertama dalam karier saya bahawa PM bertindak begini sebelum pilihan raya umum," kata ahli parlimen yang telah berkhidmat selama empat penggal itu.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri ketika ditemui berkata, Perdana Menteri secara tidak langsung telah bertanyakan kepadanya mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai tahun ini. "Dia bertanya kepada kami, apa pandangan kami mengenai projek berimpak tinggi yang boleh membantu kemenangan BN. Saya beritahu (Najib) bahawa dia perlu melihat (isu) bekalan air bersih dan memperbaiki jalan raya.

"Sejak tahun 2005, jumlah penduduk Sarawak meningkat sebanyak 25 peratus, tetapi pusat rawatan air masih pada kapasiti 2005. Jalan raya juga berlubang di segenap tempat disebabkan oleh (kerja-kerja) pembangunan," katanya lagi. Bagaimana pun, isu melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dibangkitkan.

Umno Perlis: Saya terpaksa berkeras tegak kebenaran, kata Shahidan..ha.ha.ha..tegak..jangan tak tegak...!!!

Posted: 10 Jan 2011 10:01 AM PST

GUA MUSANG, 10 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan kemelut yang melanda kepimpinan Umno Perlis yang diterajui Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perkara itu diberitahu sendiri Perdana Menteri semasa beliau menemuinya beberapa hari lepas bagi menyatakan pendiriannya berhubung kemelut yang berlaku itu.
Katanya, bagi beliau tetap berkeras tidak boleh bekerjasama dengan Md Isa walaupun beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkenaan sejak akhir Disember lepas.
"Soal pelantikan saya sebagai timbalan, Md Isa tidak timbul, tetapi yang saya pertikaikan masalah dalaman Umno negeri berkenaan berlarutan sejak selepas pilihan raya umum 2008 lagi sampai sekarang tidak boleh diselesaikan,"
katanya.
Beliau, yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada 50 keluarga mangsa kebakaran dua hari lalu, di Pusat Sivik Gua Musang semalam.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kedudukannya selepas mengeluarkan kenyataan baru-baru ini yang mempertikaikan Md Isa dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis.
Dalam kenyataan itu, beliau berpendapat keputusan mengekalkan Md Isa mengetuai Umno negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu yang perlu diperbetulkan semula.
Shahidan berkata beliau menemui Perdana Menteri bersama Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor dan mereka menyuarakan persetujuan untuk meneliti balik perkara berkenaan bagi menegakkan kebenaran.
"Saya sudah lama bertolak ansur dan mengalah dalam banyak perkara, kali ini saya terpaksa berkeras bagi menegakkan kebenaran. Tegasan saya ini juga bukan keras kepala kerana mahu lihat ada perubahan.
"Nampaknya saya selama ini berada di pihak yang kalah sepanjang masa dan saya rasa sudah sampai masanya menuntut kepastian ke arah 'menang-menang' sebagai pemimpin Umno di Perlis," katanya.
Katanya, beliau sedia bekerjasama jika kemelut itu dapat diselesaikan berdasarkan persetujuan perdana menteri nanti. — Bernama

Menteri pelajaran Arab Saudi kunjungi Rosmah..!!

Posted: 10 Jan 2011 10:00 AM PST

Menteri Pelajaran Arab Saudi Putera Faisal Abdullah Mohamad Al-Saud hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh.

azlanPutera Faisal dan Rosmah, yang mempengerusikan jawatankuasa kerja dasar Permata Negara, berbincang kira-kira 30 minit mengenai kepentingan pendidikan awal dan pembangunan modal insan bagi kedua-dua negara.

Putera Faisal diiringi oleh timbalannya, Nora Abdullah Al-Fayez.

Nora merupakan menteri wanita pertama Arab Saudi dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dengan tugas-tugas khas bagi pendidikan wanita.

Rosmah kini melakukan lawatan tiga hari ke Arab Saudi yang bermula 8 Januari.

Delegasi beliau termasuk dua naib canselor wanita iaitu Professor Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Professor Datuk Aminah Ayob dari Universiti Pendidikan Sultan Idris selain 10 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Semalam, Rosmah melawat Princess Noura Abdul Rahman University (PNU), sebuah daripada enam universiti untuk wanita di Riyadh.

Ketibaan beliau disambut oleh Rektor PNU, Puteri Dr Aljohara Fahad Al-Saud.

Universiti berkenaan, yang pada masa ini beroperasi di sebuah bangunan sementara, akan menjadi universiti bagi wanita yang terbesar di dunia apabila pembinaannya siap pada suku pertama tahun depan.

- Bernama

Najib bidas Program 100 Hari Pakatan

Posted: 10 Jan 2011 10:00 AM PST

 PUTRAJAYA, 10 Jan — Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.
Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.
"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.
"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," kata Najib (gambar) pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini.
Bulan lalu, pakatan pembangkang mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
Ini kali ketiga Najib menyentuh soal inisiatif Pakatan Rakyat.
Najib juga membidas program itu dalam perutusan tahun baru 2011 baru-baru ini.
Sambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.
"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ianya begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.
"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," kata beliau dipetik Bernama.
Beliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.
Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.
"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.
Sehubungan itu, Presiden Umno ini berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.
Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari pakatan pembangkang.
Katanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.
Katanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.
"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya. — Bernama

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia

Posted: 10 Jan 2011 09:58 AM PST

Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara dilanda dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media BN diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam Buku Jingga.
Kenapa perlu ubah sekarang?
Pengurusan ekonomi  tempang
Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%.  Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.
Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.
Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Institusi Kehakiman Dipertikaikan
Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes  Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.
Tahap keselamatan negara membimbangkan
Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.
Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini. Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.
4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.
Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.
Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.
 Sempadan negara mudah terbolos
Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?
Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas  hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.
Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung di sebalik slogan 1 Malaysia
Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar  Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Khairy Budak Cerdik Yang Akan Hilang

Posted: 10 Jan 2011 09:57 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar
KETUA Pemuda Umno Malaysia yang tidak diikhtiraf kemampuan dan kemenangannya, Khairy Jamaluddin tidak mahu berkongsi rahsia pertemuan beliau dengan Presiden Umno, Najib Abdul Razak hari ini. Katanya biarlah ia menjadi rahsia beliau dengan Najib. Amboi...!

Memang itu hak Khairy dan beliau tidak perlu mendedahkannya. Tetapi adalah hak orang lain juga untuk membuat spekulasi apakah isi perbincangan di antara keduanya. Dalam masa lima minit pertemuan itu, selain Khairy menceritakan masalah dan potensi Parlimen Rembau yang diwakilinya, tentulah juga Khairy bertanya Najib mengenai kedudukannya dalam pilihan raya akan datang.


Ataupun Najib mungkin ada menyebut kepada Khairy yang menantu bekas perdana menteri itu harus berundur dalam pilihan raya akan datang. Atau Najib menggunakan bahasa isyarat atau bahasa tubuh untuk meminta Khairy berundur.

Kalau Najib menyebut secara terang juga tidak mustahil kerana isyarat dari Najib sebelum ini seperti tidak diendahkan oleh Khairy. Atau Khairy sekaan tidak mengerti dan peka kepada cara dan sinisme Najib berpolitik. Dalam sisi lain Khairy seolah ikhlas dan tulus, tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya tidak percaya kalau orang sepintar Khairy dia tidak tahu isyarat Najib.
Najib telah memberi beberapa isyarat kepada Khairy, di mana dengan isyarat ini sudah cukup kalau Khairy berundur dan melepas jawatan. Ataupun tukar parti. Tetapi Khairy tidak menerima isyarat itu ataupun tidak merasai ia satu 'kebencian' Najib kepadanya. Rada politik Khairy lemah menerima isyarat Najib yang dihantar dengan gelombang simbolik. Begitukah?
Umum tahu walaupun kemenangan Khairy merebut jawatan ketua pemuda kerana rasuah, tetapi beliau adalah ketua pemuda yang sah dari sisih undang-undang Umno. Tetapi hakikat itu ditolak hidup-hidup oleh Najib sebagai presiden Umno.
Dalam susunan kabinetnya Najib tidak menamakan Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Paling mengejutkan Najib melantik pemuda yang kalah dengan Khairy untuk menjadi timbalan menteri. Itu satu pukulan maut buat Khairy. Tidak cukup dengan pukulan itu satu lagi tukul terkena ke kepala Khairy bila mana naib ketua Pemuda, Razali Ismail dilantik jadi timbalan menteri.
Apakah maksud semua itu? Iya tidak lain dan tidak bukan satu ejekan besar buat Khairy. Tetapi Khairy masih cuba menyejutkan dirinya, dengan mengatakan dia tidak perlukan jawatan untuk berkhidmat. Betulkan Khairy tidak mahu jawatan? Kalau benar begitu untuk apa dia bertanding dan bolehlah tanpa jawatan kami berkerja?

Bagaimana pun kenyataan kenyataan Khairy ke belakangan ini berbeza nada pula. Beliau menyatakan rasa tidak berminat dengan politik dan bercadang tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Ini menampak Khairy sudah menemui cermin yang benar untuk mempamerkan dirinya dan juga masa depannya.

Apakah beliau membuat kenyataan itu kerana beliau suduh sedar yang pisau politik sudah mendekati lehernya?

Sepatutnya beliau tidak menunggu lama untuk berbuat demikian. Alasan yang diberikan untuk membereskan tugas-tugas dan tanggungjawab yang beliau sedang laksanakan baru beliau akan bertindak (berundur) tindakan yang lewat dan tidak menggambarkan beliau peka mengenai dirinya sendiri. Khairy sepatutnya bertindak sebelum beliau dimalukan. Adalah silap kalau beliau mempercayai dalam politik ada keikhlasn, ada kejujuran dan juga kesetiaan. Permainan (game) dalam politik persis jerat yang tidak pernah melupai pelanduk.
Dalam satu pertemuan tidak disengajakan di satu majlis, saya sudah katakan sebelum ini kepadanya, yang beliau tidak akan diberi kerusi pada pilihan raya ke - 13 nanti. Betapa pun beliau tunjukkan kesetiaan dan berkerja kuat semua itu tidak akan dinilai dan sia-sia saja. Segala budi, pengakuan dan ba'iah Khairy dengan Najib tidak memberi apa-apa bekas.
Saya katakan kepada Khairy selagi Dr Mahathir masih hidup maka selama itulah Khairy akan terseksa dan beliau tidak akan diberikan laluan oleh Najib. Selamanya Najib akan menyuburkan politik Mukhriz Mahathir kerana Najib ada budi dengan Mahathir. Manakala Khairy pula anak yatim dalam politik dan tidak ada apa-apa budi mertuanya bagi Najib membolehkan Najib menjaga dan mempedulikan Khairy.
Perlantikan Mukhirz sebagai timbalan ketua Umno Kedah harus dibaca oleh Khairy. Beliau kena takut ke mana Mukhriz selepas ini. Dalam permerhatian saya, perlantikan itu adalah persiapan untuk Mukhriz jadi MB Kedah. Mukhriz akan merukah ke jawatan lebih tinggi termasuk timbalan presiden Umno menerusi jawatan berkenaan.
Apapun kita hormat kepada keputusan Khairy. Keseksaan batin politiknya hanya ditanggung oleh beliau. Kerana tanpa kuasa tidak ada lagi anak-anak ayam yang menderai langkahnya dan mereka juga tidak lagi berhimpun dalam majlis Khairy.
Mereka semua adalah anak ayam yang mencari makan, menanti beras tumpah. Bila Khairy memiliki lesong maka tidak ada beras yang mengecik keluar makan kelaparan anak-anak ayamnya. Anak ayam tidak ada nilai perjuangan. Mereka hanya bersultan perut dan poket saja. Bila poket kering mereka akan meninggal induk yang bertangan kosong.
Kalau beliau benar berundur satu kerugian kepada politik negara ini. Malaysia akan kehilangan seorang lagi budak cerdik, kecualilah Khairy meneruskan perjuangannya dalam PKR atau Pas, budak cerdik ini dapat menaburkan sikit baktinya yang dikumpulkan untuk dilambak dalam Umno itu. Sudahkah Khairy memikirkan semuanya?

Tengok Nii..!! Gambar Artis Popular Yang "Mengundang Laknat Allah".

Posted: 10 Jan 2011 09:56 AM PST



Beginikah artis popular yang menjadi idola muda-mudi kita masa kini?Keberanian mereka melanggar perintah Allah akan memungkinkan turunnya azab Allah ke atas penghuni bumi di negara kita ini.Inilah gambar artis negara yang bercuti jauh ke bali semata-mata hendak bebas dalam melanggar larangan Allah.Namun..walaubagaimana hebat sekali pun kamu cuba menutup kemungkaran yang dilakukan tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya.


Kemana perginya adab dan akhlak berpakaian sebagai wanita islam?sedangkan rasulullah pernah bersabda bahawa ternampaknya sehelai rambut dari seorang wanita islam maka akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka selama 70 tahun.Na uzubillah..

Apakah peranan Ulamak dan para ilmuan agama di negara ini,Apakah dengan habuan dunia yang sedikit dan sementara menyebabkan para Ulamak diam membisu dan kecut perut untuk menyata kebenaran dalam Islam??Hanya keluar memberikan fatwa,apabila diarahkan oleh pihak pemerintah??Inilah Ulamak yang mementingkan Perut dan Bawah Perut.

Begitu juga di pihak pemerintah (Umno) yang tidak dapat memberikan contoh terbaik kepada rakyat jelata,lalu beginilah jadinya...Isteri pimpinan negara dengan megah dan sombong membuka aurat mereka tanpa rasa gerun terhadap azab Allah diakhirat kelak justeru itu inilah hasil tarbiyyah mereka.

Ingattt!!..Dua perkara yang menjadikan sesebuah negara itu mendapat
rahmat Allah atau dilaknat Allah, iaitu para Ulamak dan Umaraknya
(Pemerintah)..Sekiranya baik kedua-duanya (patuh pada perintah Allah)
maka baik jugalah rakyatnya..Tetapi sekiranya Ulamak dan Umarak itu
jahat (Melanggar perintah Allah) maka jahat jugalah rakyatnya.

Juragan : Bertaubatlah Sebelum Allah Datang Menjemput kita..!!

Pemuda PAS mahu adakan pertemuan muhibah ‘selamatkan’ Interlok

Posted: 10 Jan 2011 09:54 AM PST

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan kesediaan untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertikaian mengenai buku teks sastera Interlok yang turut membawa kepada tindakan pihak tertentu membakarnya baru-baru ini.
Sayap PAS itu bercadang mengadakan "pertemuan muhibah" membabitkan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian bagi mencari jalan penyelesaian.
"Kami bercadang membawa pihak-pihak yang terbabit untuk menghadiri perbincangan bersemuka, yang kami hendak selesaikan secara muhibah... nampaknya kaum India marah pada penulis, jadi berharap kita dalam temukan mereka," kata Ketua Penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kayat kepada The Malaysian Insider.
"Oleh kerana pelbagai pihak yang mempertikaikan buku ini dan isu ini pula berlarutan, Pemuda PAS pusat fikir isu ini perlu diselesaikan segera," kata beliau lagi.
Pertemuan itu dijangka diadakan di ibu negara.
"Kami sedang cari tarikh dan tempat yang sesuai untuk mengadakan pertemuan ini," kata beliau lagi.
"Kami mahu membawa kesemua pihak terbabit ke meja perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian," katanya lagi.
Kelmarin, Persatuan Penulis Nasional (Pena) menegaskan pihaknya tidak tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha mahu meminda atau menarik balik buku teks sastera Interlok tulisan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, yang menjadi kontroversi setelah 40 tahun digunakan sebagai tulisan sastera.
Malah, Pena bercadang mahu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam tempoh terdekat bagi membincangkan kontroversi tersebut.
"Kita tetap bertegas dan tidak akan berkompromi terhadap kedua-dua tuntutan ini," kata Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad di sini.
Muhyiddin dilapor telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel Interlok sebagai buku teks subjek sastera mulai tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Ada pandangan yang mengatakan aspek kontroversi juga membabitkan kaum-kaum lain.
Interlok memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka.
"Tiada unsur penghinaan dalam karya tersebut sebaliknya isu yang didakwa sesetengah pihak itu adalah mengangkat Malaysia sebagai negara yang bersih daripada pemisahan kasta kaum.
"Novel ini bertujuan menimbulkan rasa kecintaan setiap kaum terhadap negara ini dan menjadi warganegara Malaysia yang mengakui kedaulatan negara dan menjunjung perlembagaan serta budayanya," kata Mohamad Saleeh sambil berharap supaya isu itu dapat diselesaikan dan ditangani dengan bijak.
Sebelum ini Kementerian Pelajaran digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi mengkaji isu berkaitan dengan masyarakat India sebelum ia dijadikan bahan cetakan dan menjadi buku teks sekolah.
Gesaan itu dibuat oleh Parti Pogresif Penduduk, Parti Makkal Sakti dan NGO Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (Prima).
Kira-kira 100 penduduk berketurunan India mengadakan demonstrasi sambil membakar novel Interlok di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang baru-baru ini mendesak kerajaan mengharamkan novel tersebut dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks sastera.
Sepanjang demonstrasi kira-kira sejam itu, kumpulan itu menaikkan poster antaranya tertulis, 'Hapuskan Interlok', 'Jangan Hina Kami' dan 'Fikir Dulu Sebelum Laksanakan' selain menggantungkan kasut pada replika novel itu sebelum membakarnya.
Bagaimanapun, penulis veteran Dr Ilias Zaidi pula mendakwa terdapat "tangan-tangan halus" berhubung kontroversi membabitkan Interlok.
Ilias percaya kontrovesri itu timbul ekoran perasaan dengki terhadap Abdullah yang telah berkecimpung dalam dunia sastera sejak 40 tahun lalu.
Beliau berkata kejayaan Interlok dipilih untuk kegunaan selama 10 tahun, membolehkannya mendapat honororium yang dianggarkan melebihi RM500,000.
"Dulu novel beliau Konserto Terakhir turut terpilih (sebagai teks) dan menghasilkan duit besar (mereka anggap) hebat orang tua ini, kita pancunglah.
"Ini punca isu, mentaliti orang Melayu ini ada 'PHD' (perasaan hasad dengki).
"Sedangkan semangat kekitaan yang terbentuk dalam novel ini ramai yang tidak faham. Ia adalah novel sejarah dan harus dikaji oleh generasi sekarang, kaji Interlok macam kaji sejarah," katanya.

AS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat

Posted: 10 Jan 2011 09:53 AM PST

Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

NONEJaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

NONE"Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.
Pengkhianatan Umno

NONETurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.
Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.

NONEKatanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.
Tiada tafsiran lain

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar.

Hadi pula pada sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

"Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis," kata ahli parlimen Marang itu.

Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

"Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," katanya.

Dupahang's Weblog

Posted: 10 Jan 2011 11:35 AM PST

Dupahang's Weblog


Surat Pengarah Felda & Surat Pengurus Felda ?????

Posted: 09 Jan 2011 11:57 PM PST

Korea Selatan tanam sejuta babi

Posted: 09 Jan 2011 11:18 PM PST

SEOUL: 9hb. Jan. 2011. Korea Selatan mengambil langkah menanam sejuta ekor babi hidup-hidup ketika menghadapi wabak kuku dan mulut meskipun tindakan itu dikecam hebat. Sejak kes pertama penyakit itu disahkan pada November lalu, pihak berkuasa melancarkan operasi 'pelupusan' babi secara besar-besaran. Penyakit kuku dan mulut membabitkan haiwan termasuk babi, lembu dan kambing. Mana-mana negara yang [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Jan 2011 11:22 AM PST

Batu Gajah Mari


Bob Lokman sertai PAS?

Posted: 10 Jan 2011 08:20 AM PST

s1woo.jpg

"Rasulullah s.aw berkata. Orang yang paling cerdik, selalu memikirkan tentang mati"

Artis terkenal, Bob Lokman telah meninggalkan dunia hiburan atau seni yang penuh keseronokan dunia ke persediaan menuju ke alam akhirat. Beliau kelihatan di Solat Hajat dan Pidato Perdana di Stadium Malawati anjuran PAS bersama sama rakan komponen Pakatan Rakyat. Beliau tidak ketinggalan bergambar dengan YB Mahfuz Omar. Semoga beliau lebih aktif dalam perjuangan Islam dalam Parti Islam Semalaysia

Gambar diambil melalui twitter YB Mahfuz Omar

Panas!! Ahli UMNO keluar parti

Posted: 10 Jan 2011 02:42 AM PST



BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka.

Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak 'mengena' di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.

Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.

Lima Minit Jumpa MP: Bukti Umno Alami Krisis Keyakinan

Posted: 10 Jan 2011 12:19 AM PST

SHAH ALAM 10 JAN : Pertemuan lima minit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional bukti kerajaan kini mengalami krisis keyakinan.

Malah menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan terbaru Perdana Menteri dengan Ahli Parlimen Umno merupakan kali pertama dalam sejarah.

"Mengapa dia begitu terdesak nak buat semua? Kerana dia (Najib) sudah tidak ada keyakinan. Umno sekarang dilanda malapetaka besar. Inilah kali pertama PM jumpa Ahli Parlimen seorang 5 minit. Nak buat apa 5 minit? Bagi Panadol bolehlah. Mana nak rawat pesakit dalam masa 5 minit," ujar Anwar ketika menyampaikan ucapan pada majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS semalam.
Ketua Umum PKR itu juga menyifatkan kejelasan hal ini dapat dilihat melalui mainan dan agenda politik mereka yang seolah-olah obses dengan kuasa.
Majlis ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin menyerikan majlis ini.

Anwar turut mengulas mengenai cubaan berterusan Umno untuk memujuk PAS bergabung dengan Barisan Nasional yang dianggap beliau ibarat 'bermimpi di siang hari'.

"Yang dia boleh hanya cuba pujuk ahli Parlimen, beli beberapa orang. Dia berjaya dengan beberapa Keadilan dan DAP, dia tak berjaya dengan PAS. Cuba melunakkan. Kalau boleh. Najib sampai bermimpi, kalau lah boleh Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang bersama dia semula, mudahlah dia. Mimpilah awak (Najib) di siang hari," kata Anwar.

Malah permainan Umno menggunakan media seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3 membuka lagi ruang spekulasi mengenai betapa terdesaknya Umno untuk menghalang rakyat dari mendapat kebenaran.

"Gambaran umum kita di media teruk. Tapi sebenarnya Umno ini sudah habis fikir. Cuba fikir apa lagi dia hendak buat? Dia guna segala mungkin, saya sudah turun naik mahkamah. Diserang pula di surat khabar, pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang serta pemimpin DAP. Kuat serangan dalam Utusan

Malaysia sampai orang taknak baca. Tengok TV 3 dah tak ada cerita lain dah. Dah habis ikhtiar dia (Najib)," tambah Anwar lagi.

Malah menurut Anwar, Umno akan menjadi tidak relevan jika media tidak lagi dikawal oleh pihak tertentu dan tidak pernah memberi ruang kepada Pakatan Rakyat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

"Saudara ingat Umno kuat, tidak, saudara fikir Umno yakin, tidak. Saudara tahu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, mana ada mesyuarat Umno? Umno masih hidup kerana mengapi-apikan sentimen Melayu. Kalau kita boleh turun jawab, Umno sudah tamat!," tegas Anwar lagi.

DUN Lembah Jaya

Posted: 10 Jan 2011 11:04 AM PST

DUN Lembah Jaya


PAS Bersikap Terbuka Kepada Semua Kaum

Posted: 10 Jan 2011 07:49 AM PST

Oleh: Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.

"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.

"Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.

Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.

"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.

"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.

Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.

"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.

"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.

"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.

Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.

"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.

"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.


sumber http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30254:pas-bersikap-terbuka-kepada-semua-kaum&catid=1:utama&Itemid=50

PAS Kawasan Gerik

Posted: 10 Jan 2011 09:30 AM PST

PAS Kawasan Gerik


Masih ader lagi rumah macam nii...di Parlimen Gerik bikin malu saja !!!!

Posted: 09 Jan 2011 09:45 AM PST

Jika anda tidak mahu menerima nasib malang, jangan miskinkan diri dan keluarga anda di Malaysia. Bukan semua warga miskin bernasib baik dan dibela. Slogan terus berganti slogan untuk bantu orang miskin. Hakikatnya ia tidak lebih sekadar dari retorik….dan ini dia sebenarnya !!!

Edisi kali ini, menampilkan 1 keluarga dari Kampung Plang Gerik yang terletak di DUN Pengkalan Hulu dan Parlimen Gerik.

Lihatlah gambar dibawah….. daif sungguh rumah ini… kalau nak diikutkan sepatutnya rumah macam ni tidak ada di kawasan Parlimen Gerik sebab kawasan ini memang kubu kuat UMNO….Ketuanan Melayu Yeop…. Ini ape ke halnya !!! Mana Tajol Rosli..Tan lian Hoe …jangan duduk atas kerusi empuk jer..tak mai tengok ker ?? Jika nak dibandingkan dengan rumah MB yang didiami Zambry kini, tentu juga tidak sesuai. Inilah nasib keluarga Yaakob..

Ketika tinjauan dibuat, rumah yang bertiangkan batang nyoq berdindingkan buluh..bilik ayorrr pun takder …apabila tiba waktu malam keluarga ini hanya menggunakan generator untuk menerangkan rumah!!! Adooyai sebak melihat tempat tinggal mereka. Cuba bayangkan, satu keluarga yang tinggal didalam rumah ini seramai 10 orang berasak-asak….bilik usah komer cerita ler..entah kemana yeop!!! Teman cukup terkesan dengan pemandangan ini. Atas nama kemanusiaan dan islam, tidak terdaya untuk membiarkan mereka tinggal rumah macam ini sebab dah 50 tahun UMNO memerintah kalau 1 tahun kita tak heran sangat.. sungguh menyedihkan ! Yang bestnya Wartawan Utusan meloya dan TV1 pun ade maii.!!!! Yang TV1 kelam kabut nii mai dari kedah….tengok Utusan dan TV1 esok tengok depa nak habag apa !!!

Jadi atas inisiatif Unit Amal Kawasan Gerik ,Unit Amal Negeri Perak serta Pemuda PAS Kawasan Gerik telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1500 kepada Encik Yaakob berbentuk membeli batu-bata dan ini hanya permulaan sebagai bantuan asas sahaja. Unit amal serta Pemuda PAS kawasan Gerik telah dikerahkan seramai 60 orang termasuk anak-anak muda Kampung Plang turut sama sama bergotong royong membina rumah baru yang lebih selesa kepada keluarga Encik Yaakop.
Menurut Encik Yaakop beliau telah beberapa kali memohon peruntukan rumah PPRT tetapi tidak berjaya…yang berjaya hanya orang-orang tertentu sahaja….orang yang tak tentu hala macam biasa……

Sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil semula Negeri Perak…..Pakatan Rakyat Perak kena pastikan orang-orang yang tinggal rumah macam ini tidak ada lagi. UMNO kita dah tahu dah..sebab mereka dah perintah 50 tahun !!!

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua UNIT ALAM GERIK, NEGERI SERTA PEMUDA PAS KAWASAN GERIK atas bantuan dan usaha baik anda serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam program ini.

TERUSKAN KERJA AMAL !!!!



Kerja-kerja permulaan tapak rumah baru encik yaakop sedang dijalankan

Bekas ketua kampung pakatan rakyat turut hadir di program gotong royong ini

Kerja-kerja membacuh simen




Encik yaakop...

Ini dia bilik air rumah encik yaakop...!!!


Isteri encik yaakop berada di dapur rumahnya yang usang

Saudara UMAI...sedang melakukan kerja menggali lubang

Tapak rumah baru


Inilah keluarga Encik yaakob seramai 8 orang yang tinggal di rumah usang ini

Semangat....semangat yeop teruskan kerja !!!








Ini rumah encik yaakob yg diambil di bahagian hadapan

Ini di bahagian sebelah belakang



Yang ini tak der kena mengena yang berlaku di manong kuala-kangsor !!!

Angkat yeop....ancak ancak !!!! hahahaha

Jangan kome mengorat wartawan utusan meloya tu....!!! Nanti dikabornya ke boss dia..teruk kome !!!

Berehat setelah penat membuat kerja-kerja pembinaan rumah encik yaakop

Ader lagi.....ancak...banyak bebenor !!!!







Tiang rumah siap dipasang

Kerja memasang batu-bata














Pasang dekat sini pulak yeop...!!!!




Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Jan 2011 09:10 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


AWAS!kini JPJ berada dimana-mana

Posted: 09 Jan 2011 08:21 PM PST



- petanda benar, kerajaan hadapan masalah aliran tunai
Sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia semalam (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan. Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung. Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

sumber : buletinonline

i n t a n h i j a u

Posted: 10 Jan 2011 07:33 AM PST

i n t a n h i j a u


ISU ADUKA TARUNA... / ايسو ادوک تارونا...

Posted: 10 Jan 2011 01:54 AM PST


Oleh: Ust Zolkharnain Abidin, Perlis.

Sebarang kekasaran tidak wajar disokong walau siapa pun yang melakukannya. Polis pernah dikritik keras kerana bertindak kasar kepada para demowan. Dalam situasi yang sangat mendesak sahaja, kekasaran dibenarkan. Itu pun dalam ruang yang masih terbatas.

Dilaporkan bahawa si Aduka dikasari berhampiran rumah TGHH oleh penyokongnya (anak-anak didiknya). Jika laporan ini benar, maka tindakan itu di luar kebiasaan. Kebiasaannya, sesiapa sahaja perlu dilayan dengan baik kecuali orang itu tampil dengan tujuan tidak baik dan bertindak tidak baik.

Entah siapa si Aduka ini. Saya tidak mengenalinya dan saya pun jarang menjenguk blognya kerana saya kurang selesa dengan gaya tulisannya. Tapi, rasa-rasanya dia masih anak muda yang berdarah panas.

Apabila saya tidak menyokong tindakan kasar terhadapnya, itu tidak bermakna saya menyokong tindakan si Aduka ini. Sudah banyak kali diberitakan, bahkan saya pernah menonton video si Aduka ini berusaha untuk 'menyakat' TGHH.

TGHH adalah tuan guru. Menghormatinya adalah wajib. Paling kurang sebagai orang yang lebih berusia daripada kita. Ringkasnya, dalam situasi apa pun, si Aduka wajib menghormati TGHH. Sekurang-kurangnya sebagai seorang yang lebih berusia sekali pun ada banyak perkara dia kurang bersetuju dengannya.

Samada secara langsung atau tidak langsung, TGHH adalah guru kepada rakyat Malaysia. Beliau adalah guru agama dan guru politik juga. Sekitar tahun 80 an dan awal 90 an, kaset-kaset kuliahnya beredar di mana-mana. Bahkan boleh dikatakan tidak ada rumah orang PAS dan rumah orang Umno, kecuali kaset ceramah atau kuliah TGHH ada di rumahnya.

Usah sesiapa menafikan perkara ini. Buku-bukunya juga dibaca oleh banyak orang. Pendek kata, generasi muda, semuda si Aduka ini, sewajibnya menghormati dan memuliakan TGHH sebagai pendidik masyarakat dan warga.

Sampai ke hari ini, bahkan saat ini TGHH adalah guru, beliau mengajar dimana-mana sahaja termasuk di dalam ceramah politiknya. Bahkan, ketika menyampaikan ucapan di hadapan orang bukan Islam pun beliau masih mengajar Islam kepada mereka dan kepada semua orang.

Menghormati guru adalah wajib. Suatu hari Imam Abu Hanifah bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung di hadapannya. Muridnya menuntut jawapan mengenai tindakannya itu. Beliau menjawab, "Yahudi itu gurunya." Muridnya mempersoalkan, "Bagaimana?" Jawab imam, "Yahudi itu pernah bertanya kepadaku mengenai cara untuk mengenali anjing yang sudah baligh. Aku tidak tahu jawapannya. Dia memberitahuku, apabila anjing itu mengangkat kakinnya ketika kencing."

Abu Hanifah mengiktiraf Yahudi itu sebagai gurunya walau sekadar mengajarnya mengenai usia anjing baligh sahaja. Bukankah TGHH adalah guru kepada kita semua? Justeru, beliau wajib dihormati dan bertindak kasar terhadapnya adalah berdosa.

Untuk apa di Aduka ini cuba 'menyakat' TGHH? Katanya, untuk menuntut penjelasan. Penjelasan apa? Adakah tidak cukup dengan seribu penjelasan yang tersiar-siar dimana-mana sebelum ini? Saya percaya si Aduka ini berniat tidak baik, serong terhadap TGHH.

Bagi saya, si Aduka ini cuba memalukan TGHH, menjatuhkan maruahnya di hadapan orang lain, memperlekehkan wibawanya, bahkan memperkecilkan TGHH. Niatnya serong. Dia bukan berusaha menjernihkan keadaan dalam perkara yang dia tidak berpuas hati tetapi cuba memerangkap TGHH dengan jerat yang dipasangnya.

Bagi saya, si Aduka ini memang berniat jahat. Bahkan tindakannya, meluru, menyerbu, menyekat di tengah jalan dengan soalan-soalan provokatif (seperti yang pernah saya tonton di dalam video sebelum ini), adalah tindakan tidak beradab dan jahat.

Kalau dia adalah penyokong PAS atau ahli PAS, dia adalah penyokong dan ahli yang jahat. Kalau dia bukan penyokong atau ahli, memang itu kerja penentang PAS yang selamanya jahat terhadap PAS.

Semua orang faham, TGHH bukan nabi atau malaikat. Beliau tidak maksum dan terdedah kepada salah dan silap. Tetapi itu bukan tiket untuk sesiapa sahaja memalukannya atau menjatuhkan maruahnya.

Jika seorang peminta sedekah di tepi jalan wajib dihormati, dikasihani apatah lagi seorang pemimpin kepada sebuah jamaah seperti TGHH.

Buat anak muda yang berdarah panas seperti si Aduka ini, belajarlah menjadi manusia matang. Belajarlah untuk meletakkan 'otak' di tempat yang betul. Belajar menghargai dan menghormati orang lain.

Ingatlah, jika kita dipanjangkan umur, kita juga akan tua. Apa perasaan kita jika pada ketika itu kita diperlakukan oleh orang lain seperti kita memperlakukannya kepada orang lain pada hari ini.

Kecuali, si Aduka memang jenis orang yang tidak tahu berfikir dan tidak ada perasaan.

Buat TGHH, kami bersama dengan Tuan Guru dalam apa situasi pun, bukan demi Tuan Guru tetapi demi perjuangan Islam yang kita dokong bersama ini. Allahu Akbar…

PAS Kulaijaya

Posted: 10 Jan 2011 07:19 AM PST

PAS Kulaijaya


Tenang oh Tenang...!

Posted: 09 Jan 2011 06:01 PM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 10 Jan 2011 03:21 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


INTERLOK: SAYA TIDAK HADIR DI UPACARA PEMBAKARAN NOVEL

Posted: 09 Jan 2011 07:45 PM PST

Saya sudah mula menerima sms yang di ajukan (forwardkan) kepada saya oleh sahabat-sahabat. SMS yang mereka terima daripada NGO dan nama besar dalam dunia penilisan - Pak Samad dan Dinsman.

Sms yang di ajukan oleh Yb Teresa Kok: Why Dr Maria involved bakar buku Interlock? Dia tak faham seni ke3?tq

Sms dari Pak Samad : Saya baru baca berita tentang sokongan YB Dr Mariah Mahmud (PAS) terhadap MIC mengkritik Abdullah Hussein dan "Interlok"nya, malah menyaksikan pembakaran novel dan gambar Abdullah Hussein. Saya putuskan tidak hadir dimajlis PAS di tenang….. Pak Samad

Sms dari Dinsman: Mngapa dr Mariah ikut sokong bakar novel Interlok? Tentu dia x faham apa masalah sbnar. Tlg lihat knyataan penuh Paksi mngnai isu ini dlm Malaysiakini 5 jan.

Mingguan Malaysia melaporkan di muka surat 4: Novel Interlok dibakar . Saya quote di antara laporan yang keluar ialah " Turut hadir pada demonstrasi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan.

Ketika bercakap kepada pemberita, Mariah berkata, pihaknya mengaku Interlok adalah karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India di Negara ini.

"Bagi saya, sebagai orang yang ada pendidikan tinggi tidak terasa apa-apa tetapi di kalangan orang biasa, dia baca rasa tersinggung dan terguris. Kalau begitu perasaan orang India kita perlu menghormati mereka, apa yang mereka minta ialah ia tidak dijadikan buku teks, ia boleh dijual sebagai novel tetapi tidak dibaca di sekolah kerana boleh membentuk pemikiran para pelajar," katanya.

Katanya, orang India di Negara ini sekarang bertungkus lumus untuk tidak membesarkan isu kasta dan jika boleh, mereka mahu membesarkan anak-anak tanpa mengenal kasta.

"Sistem kasta adalah sejarah yang terlampau menghimpit orang India, jadi kita kena hormati mereka. Terpulanglah kepada pengarang (Interlok) kalau beliau sanggup mengubah frasa terbabit, itu haknya tetapi menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menghormati kaum India" katanya.

Untuk berlaku adil kepada Mingguan Malaysia, 90% laporan tepat kerana tidak mungkin pemberita melaporkan semua yang saya katakan dan tidak melaporkan yang saya meninggalkan demonstrasi itu sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok.

Penjelasan saya

Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat. Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka. Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka.

Apabila sampai ke tempat demonstrasi, saya terlebih awal memberitahu dan memohon maaf kepada mereka kerana belum sempat membaca buku Interlok. Sukar untuk saya komen sesuatu yang saya tidak tahu. Lalu saya ditunjukkan buku tersebut dan sempat membaca beberapa bahagian yang disanggah dan dikatakan menghina mereka. YB Manoharan (ADUN Kota Shah Alam) kemudian menjelaskan apa kandungan buku kerana dia telah membaca buku tersebut sebanyak 2 kali. Katanya buku itu mengatakan yang tiga suku kaum India terbesar di Malaysia (Telegu, Malayalam dan satu lagi) adalah dari kasta paria dan banyak lagi yang mereka luahkan kepada saya. Saya sedar ini persepsi mereka dan mereka berhak dengan cara pemikiran mereka. Saya berempati dengan mereka. Hampir 3 tahun saya menjadi wakil mereka dan saya rasa saya faham cara pemikiran, masalah dan kehendak mereka.

Mereka marah kerana Interlok dijadikan buku teks dan anak-anak kaum India akan terpaksa membaca buku tersebut untuk menjawab soalan peperiksaan. Mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India. Mereka mahu melupakannya dan mahu membesarkan anak-anak tanpa kasta. Dengan meletakkan novel tersebut sebagai buku teks, sudah pasti anak-anak mereka yang mungkin selama ini tidak tahu sangat mengenainya akan mula bertanya dan perkara dihidupkan semula dalam masyarakat mereka. Mereka tidak suka istilah pendatang dan beberapa istilah lain yang mereka kira menidakkan keMalaysiaan mereka. Mereka dilahirkan di sini. Mereka mahu menguburkan sejarah silam dan usaha ini berlaku secara evolusi, tetapi Interlok dikatakan mengungkit perkara ini dan luka lama akan berdarah kembali.

Saya ingat pesanan untuk kerukunan rumahtangga, di antara perkara yang menjadi pantang larang dalam menjaga hubungan suami isteri ialah mengungkit sejarah dan keturunan. Ungkit sahaja sejarah lama atau menghina keturunan pasti menyakitkan hati pasangan dan akan berlaku perang besar yang boleh berakhir dengan cerai berai.

Kenyataan saya kepada media dan kepada kaum India yang berada di tempat demonstrasi:

1. Saya menyanjungi karya penulis dan sasterawan Negara, Abdullah Hussein, walaupun saya belum membacanya (kalau tidak, mana mungkin beliau dianugerah dengan pengiktirafan sasterawan Negara!). Tentulah ia sebuah karya seni yang hebat untuk mendapat pengiktirafan ini.

2. Kebebasan berkarya dan bersuara perlu kita hormati (dan dijamin perlembagaan).

3. Saya juga berempati dan memahami kenapa orang India marah dan membantah novel tersebut dijadikan buku teks. Mereka berhak untuk menolak perkara-perkara yang mereka tanggapi negatif di dalam pendidikan anak mereka. Sebahagian kaum India mahu beberapa frasa dan bahagian tertentu dibuang dari novel tersebut sementara ada yang berpendapat novel tersebut tidak wajar menjadi teks.

4. Saya tidak bersetuju buku tersebut diharamkan (berbeza dengan pendapat YB Manoharan yang mahu buku tersebut diharamkan) atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara.

5. Saya mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel tersebut ke sekolah. Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat. Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah "ketahui lah asal usul anda" apabila membaca buku itu. Semenjak peristiwa Hindraf turun ke jalan pada bulan November 2007, kaum India menjadi begitu sedar tentang layanan yang mereka terima sebelum itu dan mereka sangat sensitif sebarang perkara yang ditanggapi menghina mereka. Kenapa novel ini dan tidak novel lain ketika hubungan kaum berada ditahap yang rendah akibat tindakan mereka yang melaungkan ketuanan Melayu.?

6. Menjadi hak penulis jika beliau mahu menyunting novel tersebut untuk mengurangkan rasa tidak senang dan marah kaum India. Terpulang kepada beliau. Jika beliau enggan, menjadi tanggung jawab kementerian pelajaran untuk menarik balik novel tersebut sebagai buku teks. (Tapi Kementerian Pelajaran telah berbelanja jutaan ringgit untuk mencetak dan telah mengagihkan novel tersebut dan penulis juga telah menerima royaltinya. Mungkinkah novel tersebut ditarik balik? Banyak kepentingan yang perlu difikirkan. Namun adakah perasaan kaum India menjadi salah satu kepentingannya? Persoalannya wahai menteri, "Are the feelings of the Indians equally important to come into the equation for the minister's decision making and for the various defenders of the novel?)

Mungkin satu hari nanti apabila kaum India sudah merasa "safe and secure as Malaysians" dan mereka diterima sebagai rakyat Malaysia tanpa syarat (unconditional acceptance) - yakni mereka sudah diterima sepenuhnya oleh sesetengah pihak sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, asal usul datuk nenek mereka tidak diungkitkan lagi serta mereka dilayan adil, kesetiaan mereka juga tidak lagi dipertikaikan dan apabila mereka menuntut hak mereka bukan lagi menuntut atas sifat kaum tetapi sebagai rakyat Malaysia – pada ketika itu mungkin apabila mereka membaca INTERLOK mereka tidak akan merasa tersinggung dan terhina lagi….and they may even laugh about itbecause they come a long way to be where they are… dan tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia membantu mereka mencapai tahap itu.

Interlok telah berjaya dijadikan "wedge" di antara pejuang sastera dan pejuang rakyat marhaen dengan rakyat yang cuba mereka bela. Hebat Mahyuddin Yassin!. Fikir-fikirkan lah. Tidak salah jika saya katakan sesuatu yang berlaku di Negara ini yang didalangi oleh pemimpin BN/UMNO ada motif tersirat. Ianya tidak berlaku secara kebetulan.

Saya meninggalkan demonstrasi selepas membuat kenyataan akhbar dan tidak berada di situ apabila buku dan gambar Abdullah Hussein dibakar.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 10 Jan 2011 03:07 AM PST

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Sekitar Munajat Perdana 9.1.11

Posted: 09 Jan 2011 09:18 PM PST

 Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS bersama pelawak Bob Loqman

 Setiap tempat dipenuhi pengunjung

 Ucapan TGNA Mursyidul Am PAS


 Rukuk & sujud kepada Pencipta Yang Agung

 Ucapan Dato' Tuan Ibrahim Naib Presiden PAS

 Kusyuk mendengar tazkirah dan amanat pimpinan



::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 10 Jan 2011 01:27 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Video:Kontraktor Melayu tarik balik kenyataan terhadap Lim Guan Eng

Posted: 09 Jan 2011 08:22 PM PST

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Jan 2011 01:19 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


PAS Tetap Setia Dengan Pakatan

Posted: 10 Jan 2011 12:54 AM PST

5 Safar 1432H.
TVSelangor/-

SHAH ALAM 10 JAN : Pemimpin tertinggi PAS semalam memberi jaminan akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

Jaminan ini dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian di Majilis Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh Pimpinan PAS Pusat untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN. Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. PR satu Pakatan yang makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS Pusat ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan Negeri.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pelbagai pemimpin dari kedua parti ini.

Dalam ucapan beliau, Nik Aziz menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen Barisan Nasional.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz .

Kontroversi PAS, Umno Selesai - Anwar

Posted: 10 Jan 2011 12:50 AM PST


5 Safar 1432H.
TVSelangor/-

SHAH ALAM 10 JAN: Kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

"Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya.

"Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar pada sidang media selepas program Solat Hajat dan Pidato Perdana di Stadium Malawati malam tadi.

Sebelum menghadiri program anjuran PAS itu, Anwar dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal "pertemuan 24 Disember" itu.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat.

"Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

"Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis," kata Ahli Parlimen Marang.


Dalam kenyataan terbaru sehari sebelum itu, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

"Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," kata beliau.

Rintihan Warga Miskin Sarawak

Posted: 10 Jan 2011 12:47 AM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : Yahya Bakeri.

Semoga Allah swt selamatkan kita dari bencana dan bala.Saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan tentang sebuah kampung sudah wujud sejak sebelum merdeka. Hasil utama dari kampung Sebako ialah hasil laut dan pertanian seperti ikan obor-obor, udang dan lain-lain hasil laut.Hasil pertanian seperti padi dan kelapa sawit.

Saya sebenar taklah mahu apa dari blog ini cuma ingin sama-sama kita boleh simpati akan kedaifan kampun ini sejak sekian lama. Kampung Sebako ini terletak di bahagian Mukah dan di daerah Daro. Kampung ini lama ketinggalan berbanding kampung lain di Pulau Bruit yang mana pulau ini mempunyai sekitar 14-15 buah kampung. Kampung ini yang paling jauh ketinggalan dari segi apa sahaja kemudahan.

Saya sering kali mengeluh melihat kedaiffan warga kampung ini, boleh dikatakan seolah-olah dibiar begitu sahaja. Lihat sahaja di kampung-kapung lain di pulau Bruit, hampir semuanya mempunyai kemudahan sama elektrik atau air. Saya rasa negeri sarawak sangat kaya dengan hasil bumi yang sepatutnya sudah juga diberi untuk warga Sebako. Dulu kampung ini dikenali Sebakau.

Mungkin kampung ini punyai kayu bakau yang banyak. Warga Sebako rata-ratanya nelayan, sebab kedudukan kampung ini berada di tepi pantai. Bila di sebut kampung Sebako, mungkin banyak yang tidak mengenalinya. Bila sebut Sebako Paloh, barulah banyak yang kenal. Keindahan kampung banding kampung lain di pulau Bruit ialah, inilah satu-satunya di Pulau Bruit yang ada pantai yang indah.

Kami warga Sebako sudah terlalu lama hidup berbekalkan air hujan dari langit dan generitor sebagai punca bekalan elektrik. Mungkin saudara terkejut bila saya utarakan jika tiada hujan selama 2 minggu warga Sebako merintih tiada air. Cuba saudara rasakan jika tiada air hidup kita amat sukar.



Kekadang ada simpati datanglah bekalan air meneral percuma yang dibayar kos tambang sahaja 1liter 12 botol RM5 12botol. Itu jika ada duit bolehlah beli.Rata-rata penduduk adalah nelayan.Nelayan memang di ketahui umum adalah warga miskin di mana-mana di Malaysia. Amat jarang kita dengar mereka kaya. Jika air percumapun kena bayar kos tambang apalah nasib untuk mereka yang tiada duit.??????

Saya sedih bila penduduk terpaksa menggunakan generetor persendirian untuk bekalan elektrik yang sangat terhad. Jika dinilai kos untuk dapatkan bekalan ini jika sudah ada generitor sendiri yang di beli sekitar 2K-3K di bandar Sarikei dalam RM200-RM400 sebulan jika generitor dipasang jam 6petang sehingga jam 12malam.

Jika anda fikir anda bayar sebulan untuk bil elektrik dalam RM100 anda sudah mengeluh apakah penduduk Sebako yang bayar lebih mahal dari kita , kita anggap sudah kaya.Hakikatnya bukan semua yang mampu, banyak yang tak mampu dan malam bergelap dan siang kepanasan.Ramai yang mengeluh sampai bila begini?

Jumlah rumah di kampung Sebako 60-70 buah.Memang tak cukup untuk menyediakan bekalan air dan elektrik sebab tak menguntungkan. Jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain di pulau Bruit ini memang sangat tak berbaloi, sebab kosnya sangat mahal dan merugikan.Memangpun rugi sebab kita fikir untung. Tapi jika kita fikir tentang tanggungjawab dan selogan "rakyat diutamakan" kita akan kata kasihan, menyedihkan, memilukan sudah 52tahun merdeka masih macam ni.

Saya walau berada di luar kampung sedih bila memikirkan tentang kampung Sebako.Saya lama juga berada di Semenanjung Malaysia. Hampir semua tempat di Semenanjung ada kemudahan elektrik dan air, jika tidakpun ada jalan penghubung dari kampung ke pekan.

Emak ayah masih berada di kampung ini.Rindu kepada mereka sentiasa tersemat di jiwa walau ke mana sahaja berada. Ibu dan ayah cinta kasihku buat mereka tiada tandingan. Sayang kerinduan mereka hanya dapat diubat setahun sekali atau setahun dua kali.

Bukan tak mahu balik kampung tapi kos untuk balik bukan sedikit. Bot catar spetboat kuasa kuda 200 hendak ke kampung perlu dibayar RM350-RM400.Itu untuk balik kampung sahaja belum balik lagi ke bandar Sarikei tambah lagi RM350-RM400.Jadi kos yang perlu anda bayar untuk pergi balik dari bandar Sarikei RM700-RM800. Mujurlah ada Maju Betanak dapatlah jimat banyak bayar tambang dalam RM35-RM40.Pergi balik dalam RM70-RM80.

Jika bawa anak ramai menangislah kawan bayar tambang.Itupun jika Maju Betanak tak penuh.Maju Betanak bot laju Berkuasa kuda 200+200.Lajukan tapi harga tambangnya nak cekek darah. Perjalanan sekitar 1jam 30minit. Saya pernah pergi dari Sibu ke Oya mengambil masa 2 jam 30 minit tapi bayaran cuma RM25 sahaja.Pelikkan mereka berulang dalam sehari 2kali tapi tak diketahui oleh pihak berkuasa.

Mereka mengenakan bayaran membebankan. Saya suka mereka buat perkhidmatan ini untuk kemudahan kami.Tapi biarlah berpatutan dan dipantau oleh pihak berkuasa laut dan sungai Sarawak.Ada jaminan keselamatan.Ni tak tahulah.Boleh lihat sendiri di wap 1 Bahagian Sarikei Sarawak.

Saya sangat suka jika kita berkongsi maklumat. Saya suka jika kita berusaha bersama antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin di pilih rakyat dan berkhidmat untuk rakyat.Bukan sebaliknya, rakyat berkhidmat untuk pemimpin.Kita memegang amanah dan tanggungjawab.Jagailah amanah itu agar tidak dilemparkan oleh Allah swt dalam neraka asbab sikap kita yang diberi amanah mengabaikannya.Selogan kita "Rakyat didahulukan, pretasi diutamakan".

Di sini saya mencadangkan agar penduduk Sebako diberikan kemudahan jalan untuk menghubungkannya dengan kampung lain yang punya bekalan air dan elektrik dan kemudahan pengangkutan ekspres seperti Kampung Sai' atau Smoop atau Sedi. Antara kampung terdekat ialah kampung Sedi atau Sai'. Jika guna bot laju perjalanan cuma ambil masa 5 minit. Jika guna jalan darat lagi laju mungkin 2 - 3 minit sahaja. Dengan kemudahan jalan dibuat dahulu kemudahan lain akan lebih cepat, sebab akan menjimatkan kos pembinaan dan bekalan binaan akan dibawa melalui jalan darat.

Selain itu jika tiada bekalan minyak dan air penduduk boleh beli di kampung terdekat.Jadi kegiatan dan aktiviti penduduk akan lebih mudah. Hasil-hasil laut juga akan dapat dibawa ke bandar atau kampung lain, dapat juga nelayan kampung prolehi harga yang munasabah,inyAllah dapat hapuskan kemiskinan di sini.Tambahan lagi memudahkan warga muda balik ke kampung dan tidak lagi bayar mahal untuk tambang.Saya senyum lebar.....tapi bila?????ada jalan ni...???

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor pertahan ADUN

Posted: 10 Jan 2011 12:46 AM PST

5 Safar 1432H.

PETALING JAYA - Kelab Penyokong Kerajaan Selangor mengutuk tindakan sebuah akhbar dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang sengaja memutar-belitkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Bendaharinya, Gan Pei Nie berkata, tindakan tersebut berniat jahat untuk mencetuskan salah-faham serta menghasut atas nama istana, malah insiden pejabat Shuhaimi disimbah cat tidak patut berlaku.

Menurutnya, polis wajib mengambil tindakan tegas ke atas pihak terlibat dan menyiasat serangan bermotif politik ini yang mengancam keselamatan agar budaya ganas ini tidak berleluasa.

"YB Shuhaimi hanya mengutarakan pandangannya sebagai seorang wakil rakyat di dalam sebuah negara demokrasi, jika pun ada sebarang perbezaan pandangan, ia boleh dibahaskan dengan sopan dan berilmiah. Bukan melalui jalan keganasan.

"Pejabat YB Shuhaimi bukan mangsa pertama diserang pengganas politik, sebelum ini kita menyaksikan ADUN Skinchan YB Ng Swee Lim ketika jalankan tugas diserang sehingga masuk hospital beberapa hari. Ahli Majlis Perbandaran Selayang En. Lim apabila jalankan tugasan sebagai ahli majlis dalam kawasannya juga diserang cara ganas,"katanya.

Indonesia arah BlackBerry sekat laman lucah

Posted: 10 Jan 2011 12:42 AM PST

5 Safar 1432H.

JAKARTA - Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia, Tifatul Sembiring memberikan tempoh dua minggu kepada pengeluar telefon bimbit BlackBerry supaya menghalang akses kepada laman sesawang lucah pada telefon pintar itu.

Syarikat Research in Motion (RIM) diarah menuruti arahan itu atau operasinya di Indonesia akan dihentikan.

"Sudah beberapa kali kami mengarahkan syarikat itu supaya menghalang akses kepada laman lucah dan tempoh masa yang lama telah diberikan.

"Jika mereka masih menangguhkan sekatan itu, kami akan menutup operasi mereka di negara ini kerana syarikat itu gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Kementerian itu dilaporkan mengadakan beberapa perjumpaan dengan wakil RIM bagi menuntut syarikat itu membuka pusat maklumat di Indonesia sebagai mematuhi undang-undang negara itu.

Pembukaan pusat maklumat pengguna akan membolehkan pihak berkuasa menjalankan pintasan e-mel dan mesej pengguna secara sah.

Sajak: Negaraku Malaysia Tercinta...

Posted: 10 Jan 2011 12:39 AM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : Ink Sensei.

Ada sebuah negara

Di dalamnya yang miskin terus derita

Harga barangnya terus menaiki carta

Lalu yang kaya semakin kaya

Yang papa semakin papa

Jangan dimimpikan pendidikan percuma

Bila along kerajaan terus menyapa

Sudah diingatkan Rasul, ini yang akan menimpa

bila umat Islam terus menerus alpa,

maka yang paling bodoh terus memegang kuasa

yang mereka mimpi menara tertinggi dan rekod-rekod dunia

Wang rakyat seolah duit mak bapak mereka

Apalah sangat RM billion dan juta

Peduli apa juga dengan laporan audit negara

Kata mereka yang aman damai itulah Malaysia

Lalu kenapa takut dibiarkan anak-anak di luar tanpa penjaga?

Rogol,bunuh, rompak terus berleluasa

Jenayah kejam menjadi pelaris berita

'Penjaga keamanan'nya sibuk menyembur gas pemedih mata

Pada rakyat yang hanya minta didengar suara

Rasuah menjadi perkara biasa

Wayang dan tv sibuk dengan cerita puaka

Ataupun program realiti yang membodohkan mereka untuk minta dipuja

Itu belum campur dengan konsert leka yang terbuka

Tak perlu dihairan sedang si gay jijik pun mengaku dengan terbuka

Tua dan muda leka dengan seks, nyanyian, tarian, & dunia

Dan dengan Idola Kecil si kecil digula-gula

Menjadikan generasi mendatang terus bodoh dan leka

Tanggungjawab mencorakkan kain putih itu mereka lupa

Bagaimana kau harapkan anakmu kan mendoakanmu bila kau tiada?

Yang didahulukan hanyalah bangsa dan harta semata

Akhirnya yang dipinggirkan adalah agama

Lalu merekalah sebenarnya pencetus Islamphobia

Dan Islam terus ditakuti dan terus dihina

Islam yang mereka anggap cuma budaya

Bila mereka ambil hanya yang adat mereka suka

Dan terlalu banyak mereka tolak apa yang tak disuka

Walaupun jelas haram di Quran mereka peduli apa

Yang perempuan mendedah aurat dengan bangga

Di malam anugerah dan majalah mereka terus menjolokkan mata

Pakaian si artis perempuan sama saja seperti pelacur hina

Lelaki mereka mendedah lutut bagai tiada apa-apa

Bolehkah diharapkan mereka mengubahnya?

Sedangkan pemimpin-pemimpin it terus dayus dengan isteri mereka

Membiarkan aurat & akhlak terus tercela

Dan mereka sekeluarga sendiri hidup penuh bermain dengan dosa

Mereka lupa nyawa & dunia cuma sementara

Mereka lupa undang-undang Allah yang paling utama

Dan yang memimpin itulah yang paling awal ditanya

Kalau tak bertaubat sebelum diambil nyawa

Jangan harap kau bisa merayu pada Yang Maha Berkuasa

Dan jika kau ditanya cerita ini berlaku di mana

Dan jika kau ditanya di mana negaranya

Inilah negara yang sentiasa ingin hebat di mata dunia

Tapi dalam diam terus fiziknya terus derita

Jawablah dengan benar dan jujurlah berkata

Inilah dia negaraku, Malaysia tercinta!

"Berkatalah benar sekalipun pahit."

Kembalilah kepada Islam.

Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati

Posted: 10 Jan 2011 12:35 AM PST


5 Safar 1432H.
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.







Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program, setakat ini, Tan Sri Khalid dan Tuan Guru Presiden sudah pun berucap.

Harakahdaily



Industri Kereta China Akan Masuk Tempoh Ubahsuai

Posted: 10 Jan 2011 12:31 AM PST

5 Safar 1432H.

Meskipun jumlah pengeluaran dan penjualan kereta di China pada tahun 2010 terus menduduki tempat pertama di seluruh dunia, ia mungkin akan memasuki tempoh ubahsuai pada beberapa tahun akan datang. Demikian dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Persatuan Industri Pembuatan Asia, Luo Jun baru-baru ini.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran dan penjualan kereta di China mencecah 18 juta buah. Bagaimanapun, jumlah keseluruhan kereta dan jumlah kereta yang dimiliki perkapita di China hanya mencapai 1/3 berbanding dengan A.S., pasaran kereta China masih jauh daripada penuh. Di samping itu, industri kereta China juga menghadapi cabaran daripada kesesakan di jalan, perancangan perbandaran, ketinggalan pengurusan dan penjimatan tenaga.

BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP MANTAN SUK SELANGOR

Posted: 10 Jan 2011 12:30 AM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

MANTAN SUK Selangor, Datuk Ramli mengatakan bahawa pencalonan Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor bagi menggantikannya telah dimaklumkan kepada MB Selangor sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor. MB Selangor pula menafikannya, bahkan surat yang didakwa salinan kepada MB Selangor pun tidak diterima.

Ini bermakna, ada salah seorang dari mereka ini telah menipu Sultan Selangor. Salah kecilkah jika ada yang menipu atau mengelirukan Sultan Selangor? Perlukah diwujudkan satu Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat siapa yang berbohong sehingga menjadikan isu perlantikan SUK Selangor sebagai satu krisis Perlembagaan?

Mungkin tindakan boleh diambil kepada bekas SUK Selangor itu sekiranya terbukti beliau tidak melaksanakan tugasnya dengan jujur, lebih-lebih lagi bertindak mengelirukan Sultan Selangor. Bukan sukar untuk menyiasat perkara ini kerana ianya melibatkan pentadbiran dalaman yang mempunyai dokumen-dokumen dan surat sebagai bahan bukti.

Saya cadangkan Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan Polis ke atas mantan SUK Selangor sekiranya Kerajaan Negeri menganggap beliau telah bertindak di luar bidang kuasa dan mempunyai niat untuk mensabotaj Kerajaan Negeri.

72 Orang Maut dalam Kemalangan Udara Iran

Posted: 10 Jan 2011 12:28 AM PST



5 Safar 1432H.

Sebuah pesawat Boeing-727 milik Syarikat Penerbangan Iran jatuh terhempas di bandar Orumiyeh, bahagian barat laut Iran pada pukul 7:45 malam semalam. Setakat ini, kemalangan tersebut telah mengakibatkan 72 orang maut, termasuk 12 orang anak kapal dan 33 lagi cedera.

Dimaklumkan oleh Duta Besar China di Iran, antara 105 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut tiada warga China.

Kemalangan udara, baik penerbangan awam mahupun pesawat ketenteraan telah banyak kali berlaku di Iran pada beberapa tahun ini. Media Iran berpendapat, sekatan ekonomi yang dilakukan oleh negara Barat terhadap Iran menyekang negara itu membeli pesawat baru dan juga aksesori pesawat. Ini menjadi unsur penting yang mengakibatkan kemalangan udara mudah berlaku di Iran.

KUMPULAN BODOH BERHIMPUN DI JALAN KEBUN

Posted: 10 Jan 2011 12:08 AM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : WFAUZDIN NS.

KESIHAN melihat aksi beberapa kumpulan yang dikatakan berjumlah 100 - 300 orang penduduk Kampung Jalan Kebun, Kelang berdemontrasi hari ini. Berita TV3 Suku melaporkan seramai lebih kurang 100 orang sahaja yang berhimpun untuk menunjukkan protes mereka terhadap Adun Seri Muda, YB Shuhaimi Shafie kerana kununnya menghina Sultan Selangor di dalam isu perlantikan SUK Selangor dan bidangkuasa Raja-Raja Melayu.

Mereka membawa sepanduk dan terjerit-jerit menunjukkan kebodohan mereka sambil membakar gambar Adun PR tersebut. Saya percaya jika ditanya kepada semua mereka itu, termasuk ketua kumpulan yang berdemontrasi tersebut tentang siapakah yang membuang kuasa Raja-Raja Melayu, pasti mereka akan tercengang-cengang.

Ini adalah kerana mereka semua tidak tahu satu apa pun tentang bidangkuasa Raja-Raja dan sejarahnya. Mereka telah diperbodohkan oleh sekutu Apco yang mahu mereka terus menjadi bodoh agar mudah dicucuk hidung.

Di dalam TV 3 Suku, seorang pemimpin mereka kembang kempis hidungnya mendakwa Adun tersebut menderhaka dan menghina Sultan. Mereka juga mengaitkan MB Selangor dengan tuduhan penderhakaan kepada Sultan Selangor.

Kita tengok nanti di dalam Sidang Dun sewaktu Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan usul untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan, adakah sekutu Apco ini akan bersetuju atau menyorok bawah meja di dalam Dun Selangor nanti.

Bukan kita tidak kesihan mereka yang diperbodohkan ini kerana mereka kebanyakannya adalah berbangsa Melayu. Kita juga malu apabila pemimpin Melayu tipu Melayu. Mereka lupa duit mereka entah berapa milion duit mereka yang telah dipelahab oleh kroni sekutu Apco ini di Selangor.

Mereka tidak tahu berapa gaji dan elaun Pengerusi Syabas dan mereka tidak tahu apa yang Syabas telah lakukan kepada mereka selama ini. Tahukah mereka berapa kekayaan mantan MB Selangor sebelum ini? Banyak yang mereka tidak tahu dan sekutu Apco sememangnya mahu mereka terus jahil begitu.

Apa pun yang mereka lakukan, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah bersabar dan bimbinglah mereka seumpama kita membimbing `Muallaf' yang baru masuk Islam. Di dalam masa yang sama,

Kerajaan Selangor mesti tegas dan berani untuk mempertahankan Selangor dari dijajah oleh sekutu-sekutu Apco yang semakin licik strategi mereka.

Saman RM100 juta: Samy Vellu diarah bekal dokumen

Posted: 09 Jan 2011 11:35 PM PST

05 Safar 1432H.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh 30 hari kepada pengerusi Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED) Datuk Seri S Samy Vellu dan tujuh pemegang amanahnya membekalkan beberapa dokumen dalam saman RM100 juta terhadap mereka oleh MIED.

Hakim Mahkamah Dagang Datuk Abdul Aziz Rahim yang membuat keputusan itu di dalam kamar memerintahkan mereka membekalkan dokumen berkenaan termasuk yang berkaitan dengan pembinaan Institut Sains Perubatan dan Teknologi Asian (AIMST), yang didakwa telah menyebabkan kerugian besar kepada cabang pendidikan MIC itu.

Abdul Aziz membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC A Vigneswaran supaya para defendan membekalkan salinan surat pelantikan bekas ketua pegawai eksekutifnya P Chitirakala dan skop tugasnya.

MIED memohon sebanyak 12 dokumen selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mah Weng Kwai pada 14 Jun membenarkan permohonan untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap para pemegang amanah MIED.

Selain bekas Presiden MIC Samy Vellu, penggantinya Datuk G, Palanivel, Tan Sri M Mahalingam, Tan Sri Dr T Marimuthu, Tan Sri Dr SK Ampikaipakam, Datuk G Palanivel, Tan Sri Dr Karnail Singh Nijhar, Tan Sri K Kumaran dan Tan Sri G Vadiveloo dinamakan sebagai defendan.

Abdul Aziz menetapkan esok bagi pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan bagi saman utama.

Antara dokumen yang dipohon yang berada dalam pemilikan dan pengawalan para defendan ialah dokumen yang menyenaraikan wang yang diterima dan dibayar oleh MIED dari 1990 sehingga tarikh Vigneswaran memfailkan saman itu pada 5 Julai tahun lepas.

Dokumen lain ialah:

i) salinan semua dokumen termasuk yuran guaman yang dibayar kepada peguam
bela.

ii) salinan semua dokumen mengenai pembayaran yang dibayar kepada pihak
ketiga berhubung buku mengenai Samy Vellu bertajuk "Samy Vellu: As We Know Him".

iii) laporan audit forensik yang dijalankan bagi tahun (2005-2008)

iv) salinan semua dokumen yang membuktikan pembayaran oleh Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Manaf kepada MIED dan sebaliknya

v) pinjaman tanpa faedah kepada Tan Sri Hari Narayanan dan Mumtaz Begum
dengan pembayaran balik pinjaman itu.

vi) salinan dokumen yang membuktikan pembelian semua hadiah daripada MIED
dari 1990

vii) tanah Semeling - bayaran premium kepda kerajaan negeri Kedah

VIII) salinan resolusi syarikat yang diluluskan sejak 1990.

Peguam A Vasanthi dan G Ragumaren yang mewakili MIED dan Vigneswaran berkata hakim membenarkan permohonan itu selepas para pemohon memenuhi semua syarat iaitu semua dokumen yang dipohon itu mesti wujud, mesti berada dalam pemilikan para defendan dan mesti relevan dengan saman.

Vasanthi juga memberitahu pemberita bahawa hakim tidak bersetuju dengan hujahan para defendan bahawa permohonan plaintif itu hanya sekadar "ekspedisi memancing".

Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai tahun lepas, MIED mendakwa kesemua defendan telah melakukan kecuaian, kesalahan aturan kewangan, kemungkiran tanggungjawab sebagai pemegang amanah, juruaudit, dan fidusiari, yang telah membawa kerugian besar kapada MIEd.

Ia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang dan menyekat Samy Vellu daripada terus berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah, mahu Samy Vellu dilucutkan keahlian beliau dari MIED dan perintah supaya Samy Vellu mengembalikan kesemua wang dan atau apa keuntungan dan kepentingan dari dana MIED yang telah diterima olehnya (Samy Vellu) sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga beliau atau kawan rapat beliau.

MIED mahu perintah mahkamah bahawa Samy Vellu membayar balik kesemua kerugian yang telah dialami oleh MIED dalam tempoh masa di mana beliau telah mentadbir sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah.

MIED menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi untuk pemecahan kewajipan fidusiari, ganti rugi untuk pecah amanah dan kecuaian dari semua defendan yang kesemuanya berjumlah RM100 juta.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A, Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Kenapa Perlu Ubah Sekarang ?

Posted: 09 Jan 2011 09:41 PM PST

5 Safar 1432H MOD.
Ustas Idris Ahmad

Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media Bn diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga.

Kenapa perlu ubah sekarang?

1.Pengurusan ekonomi tempang

Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE).

Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%.

Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan

Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.

3.Tahap keselamatan negara membimbangkan.

Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.

Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.

4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.

Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.

5. Sempadan negara mudah terbolos.

Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?

6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.

7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Ustas Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Malaysia Perlukan Perubahan

Posted: 09 Jan 2011 08:48 PM PST

05 Safar 1432H.

PARIT BUNTAR, 10 Jan : Negara Malaysia amat terkenal dimata dunia sebagai Negara yang harmoni, kaya dengan sumber yang mendatangkan kemajuan dalam pelbagai sektor.

Baru-baru ini rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kenaikan harga barang seperti petrol, kelapa,minyak sawit, santan serta bawang.Ia boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal, bahkan apabila persoalan tentang wajarnya kenaikan ini berlaku, berbagai jawapan yang tidak masuk akal keluar dari mulut pemimpin BN khususnya.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ismail Sabri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, faktor kenaikan harga barang seperti bawang, ia naik ekoran banjir yang berlaku di India.

"Malaysia sedang dipimpin oleh orang yang tidak bewibawa, perkara ini perlu diubah dengan segera bagi menjamin rakyat menikmati Malaysia yang selamat," kata Ketua Penerangan Pas Perak, Drs, Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.

"'Kenaikan harga barang tidak sering dengan kuasa belia dan pendapatan rakyat yang tidak berganjak dan ini memeritkan kehidupan rakyat." Kata Drs. Khalil

Katanya juga tidak mungkin dalam soal makan dan minum rakyat kena berjimat dan mereka sanggup berlapar , kalau beli pakaian dan lain bolehlah mereka tangguhkan.

Mengusal kenyataan menteri berkenaan Drs. Khalil berkata, India memang pernah ditimpa bencana alam banjir, tetapi sebagaimana dilaporkan bahawa selain meragut puluhan nyawa,

bencana tersebut hanya merosakkan rumah-rumah, menara-menara komunikasi dan bangunan pentadbiran yang ada di Kota Leh serta negara di bahagian Jammu dan Kashmir."Kita tidak dengar lagi kerosakan teruk di sektor pertanian Negara itu," tambahnya.

"Alasan yg diberi nampaknya sengaja di ada-adakan" katanya.

Memandangkan Negara
dipimpin oleh individu yang suka berbohong serta tidak amanah dengan rakyat dan Negara, slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan amatlah tidak sesuai sama sekali diguna pakai."Negara yang diperintah BN patut tukar slogan itu kepada rakyat diperbodohkan pencapaian dikemudiankan," katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan bahawa Pakatan Rakyat telah memperkenalkan 10 tawaran permulaan 100 hari mentadbir Putrajaya .

Menurutnya lagi, akikatnya senarai itu sedang meresahkan pemimpin BN."Orang-orang kuat BN berada dalam ketakutan sebab takut hilang kuasa, hilang kuasa adalah azab bagi mereka," jelasnya yang juga ADUN Titi Serong.

Oleh sebab itu, BN sedang memperkuda media mereka iaitu RTM, Media PRIMA serta ASTRO dengan semakisima mungkin bagi memburukkan 10 tawaran yang ada dalam buku jingga supaya rakyat ragu terhadap tawaran tersebut.

"Saya ingin ingatkan BN, jangan terlalu yakin dengan media anda, rakyat sedang bangkit dengan maklumat yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat, momentum itu sedang dipergiatkan dari masa ke semasa," tegasnya.

Ribuan hadiri solat hajat anjuran Pakatan Rakyat

Posted: 09 Jan 2011 08:11 PM PST

05 Safar 1432H.

SHAH ALAM - Ribuan rakyat hadir pada majlis solat hajat dan pidato perdana anjuran Pas Pusat di Stadium Tertutup Malawati, di sini, semalam.

Program yang bermula pada jam 7.00 malam dimulakan dengan sembahyang maghrib diikuti dengan solat isyak dan seterusnya solat hajat.

Selesai solat maghrib, tazkirah diadakan selepas solat hajat yang disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang hadir termasuk Presiden Pas, DatukSeri Abdul Haji Awang; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor; Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled Ibrahim.

Bagaimanapun, Musyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik tidak dapat menyertai solat hajat dan tiba jam 9.20 malam dengan berkerusi roda disambut ribuan penyokong dengan laungan takbir.

Manakala pidato perdana pula diadakan selepas solat isyak oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memohon pertolongan daripada Allah SWT dalam menghadapi serangan daripada musuh tertutamanya dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13).

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara.

Jangan mimpi mahu rampas Kelantan

Posted: 09 Jan 2011 06:48 PM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : JMNoor.

Rakyat Kelantan sudah jemu dan muak dengan gelagat pemimpin Umno di Kelantan, jadi macam mana BN berangan-angan hendak tawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Selagi rakyat Kelantan tidak diberikan royalti, lagi susahlah Kelantan hendak terlepas ke tangan BN, kerana rakyat sudah muak dengan tipu helah BN.

Apa yang berlaku di Selangor juga menyedarkan rakyat terhadap campur tangan Umno dalam merancang untuk mengambilalih pemerintahan di Selangor sebagaimana dilakukan di Perak sebelum ini.

Rakyat tidak begitu mudah ditipu pemimpin Umno.

Saya bersetuju dengan tulisan Tan Sri Abdullah Ahmad atau Dolah Kok Lanas (DKL) mengatakan Perdana Menteri dulu tidak meninggalkan kekayaan seperti Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn Jaafar, Tun Razak (bapa Najib) kerana mereka lebih mementingkan kesejahteraan rakyat, ikhlas, tidak rasuah, berlainan dengan pemimpin Umno kebelakangan ini yang lebih `bergomo kumpul kekayaan'.

Inilah antara punca semakin ramai rakyat benci untuk mengundi BN kecuali mereka yang `kenyang dijamu' pemimpin BN yang kekal menyokong BN.

Pemimpin Umno ini dikeliling ramai 'tukang ampu' yang mahu mereka kenyang dijamu termasuk dengan projek yang boleh diibarat mereka ini seperti pelihara ayam satu reban, jadi ayam dalam reban itu saja yang diberi makan sampai kenyang dan pecah perut, sedangkan ayam lain yang bukan peliharaannya yang datang untuk makan sama akan dihalaunya.

Mengikut kata orang Kelantan, 'macam pera ayam segot' jadi ayam segot tu je yang kenyang, yang lapar tetapi dulunya pengundi BN inilah yang akan mengundi parti lain pada pilihan raya umum nanti.

Betullah kata orang kalau nak kaya, nak jadi samseng, jadi gedebe kena sekong Umno kerana undang-undang dan polis dikawal pemimpin kerajaan BN.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed usahlah berangan hendak merampas Kelantan kerana rakyat Kelantan rela lapar daripada menerima wang ehsan daripada Umno/BN dan selagi Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Pas yang alim, warak tidak rasuah, tidak kaki betina yang memerintah negeri, selagi itu Pas kekal di hati rakyat Kelantan.

Kemenangan pada pilihan raya kecil Galas tidak boleh dijadikan ukuran bahawa BN mampu tawan Kelantan,

Wanita lwn wanita di Tenang?

Posted: 09 Jan 2011 06:30 PM PST

05 Safar 1432H.

Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.

PAS bersikap terbuka kepada semua kaum

Posted: 09 Jan 2011 05:51 PM PST

05 Safar 1432H.
Oleh : Hazayani Zakaria.

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.

"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.

"Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.

Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.

"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.

"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.

Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.

"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.

"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.

"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.

Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.

"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.

"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.

Sangkal Dakwaan PERKASA: Generasi Cina,India Kini Lebih Taat

Posted: 09 Jan 2011 06:28 AM PST

05 Safar 1432H.
tvsnews.net

SHAH ALAM 9 JAN : Generasi bangsa Cina dan India hari ini merupakan golongan yang lebih taat kepada negara dan memahami adat resam terutama yang berkaitan dengan orang Melayu, ujar Drs Idham Lim.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Perak menolak tanggapan negatif yang dilemparkan Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) yang turut melabel kaum Cina dan India sebagai kaum imigran dan menimbulkan banyak masalah kepada bangsa Melayu.

Idham Lim yang dihubungi Tv Selangor juga menjelaskan tidak timbul soal bangsa lain ingin merampas hak daripada bangsa Melayu itu sendiri.

Sebelum ini, PERKASA mendakwa kaum-kaum pendatang generasi pertama ke negara ini tidak membawa banyak masalah kepada orang Melayu berbanding generasi semasa gambaran yang dilihat akan membawa satu lagi keadaan kurang senang di kalangan orang Cina dan India.

Ketua Penerangannya, Ruslan Kasim berkata, pada peringkat awal kemasukan kaum-kaum pendatang ke Tanah Melayu dahulu, 'tidak banyak berlakunya pergeseran kaum dan pencerobohan hak-hak orang Melayu', justeru mereka tahu untuk menjaga batas dan menghormati orang-orang Melayu.

"Isunya sekarang saya nak tanya apa yang diperjuangkan oleh PERKASA pertama, sebab PERKASA ini kita lihat kenyataan-kenyataannya yang dibuat sekarang dalam isu kedudukan orang Cina dan orang India di Malaysia, saya lihat dia tidak konsisten, hari itu dulu nampak dia tidak setuju dengan semua golongan orang Cina generasi manapun tetapi hari ini dia bandingkan dengan generasi pertama dengan yang ada sekarang.

"Bagi saya generasi yang ada sekaranglah yang betul-betul taat dan setia kepada negara kita, generasi orang Cina dan India termasuk saya ini saya selidik adalah generasi kelima,generasi sekaranglah yang telah fasih berbahasa Melayu, faham adat istiadat terutama dalam Pakatan Rakyat yang lebih memahami Islam yang selama ini disekat maklumat yang baik kepada mereka selama ini," katanya.

Tambah Idham lagi, sebenarnya hak orang Melayu telah dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri khususnya Umno yang memberikan tender kepada bangsa lain.

Tulisan Ruslan dalam akhbar dwimingguan 'Suara Perkasa' edisi 3 Januari, di bawah tajuk "Pemerkasaan Maruah Bangsa Melayu, Sekilas Lintas Sejarah Tanah Melayu" menekankan, keadaan tersebut mengalami perubahan dan mula memberikan masalah selepas negara mencapai merdeka dan kedudukan ekonomi kaum imigran berubah.

"Hak orang Melayu di Malaysia ini dengan sendirinya telah dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri, bukan oleh orang Cina dan India, pemberian tender, pemberian projek-projek besar sepatutnya sudah diagihkan kepada orang Melayu, pemimpin-pemimpin ini tidak mampu mereka tidak ada kekuatan akhirnya pemimpin ini 'rubber stamp' untuk korporat Cina dan India," katanya.

Menurutnya lagi isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengapi-apikan semangat perkauman masyarakat pelbagai bangsa bagi menutup kegagalan pemimpin Umno memperjuangkan hak orang Melayu dan memberi penerangan mengenai Islam yang sebenarnya.

"Sebab selama 50 tahun dasar ekonomi baru yang diperjuangkan oleh Umno sendiri tidak berjaya dan kegagalan ini bukan akibat orang Cina dan India merampas, soalnya orang Cina dan India telah memberi peluang, peluang ini tidak dapat dihasilkan dengan pelbagai projek dan dasar yang telah diperkenalkan sebab semuanya telah diagihkan tidak mengikut peraturan, kroni adanya rasuah dan sebagainya," katanya.

PKR umum senarai MPN baru

Posted: 09 Jan 2011 06:23 AM PST

05 Safar 1432H.
Selangorkini.

KELANA JAYA, 9 Jan – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 – 2013.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.

Jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang kosong selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti November tahun lalu diisi oleh Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad, manakala jawatan PPN Sabah pula yang dikosongkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menubuhkan parti baru, Barisan Bersatu Sabah (UBF) akan diisi oleh Timbalan Angkatan Muda keadilan (AMK) Sabah, Pajuddin Nordin.

Empat MPN juga turut memperlihatkan muka baru iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dilantik menjadi PPN Kedah menggantikan Ahmad Kasim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Mustafa Kamil Ayub akan digantikan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Mohd Nor Manuty sebagai PPN Perak yang baru dan Saifuddin yang menyandang jawatan PPN Kelantan bagi penggal lalu akan digantikan oleh Ahli Parlimen, Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Manakala bagi Terengganu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dilantik sebagai PPN baru menggantikan Haji Abdul Rahman Yusof.

Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha Agung: Haji Rosli Abdullah, Steven Choong ,T Kumar , Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar ,Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran ,Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong

Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron , Hee Loy Sian , Khalid Jaafar , bdul Rahman Yusof , Johari Abdul , Haniza Talha, Fariz Musa , Zakaria Abdul Hamid , Roland Chia ,Siti Aishah Ismail Yusop ,Latheefa Koya , S Kesavan, Shuhaimi Shafiei , M R Summugam, Yusmadi Yusoff , S Manikumar , Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali , S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie ,Abdul Malek, See Chee How, Chang Li Kang

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasiah ,Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali ,Tan Yee Kew, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri

Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Mohd Nor Manuty

Wilayah – Dr Idris Ahmad Persekutuan

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan: Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Pennyelaras Ahli Parlimen Dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat FELDA & Orang Asal: Suhaimi Said

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah

Pengikut