Khamis, 14 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


MTD-RANTAU ABANG

Posted: 14 Oct 2010 11:04 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


MAHRAJAN PASTI TERENGGNAU 2010

Posted: 14 Oct 2010 07:34 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 14 Oct 2010 09:27 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


Pulang wang ‘judi’, k’jaan P Pinang belum terima sesen

Posted: 14 Oct 2010 08:21 PM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga hari ini masih belum menerima apa-apa wang yang dikembalikan meskipun Umno dan BN sibuk menganjurkan majlis untuk warga emas memulangkan wang berkenaan yang didakwa datang daripada sumber perjudian.

"Kerajaan negeri berharap mereka agar jangan terpedaya dengan Umno kerana yang rugi hanyalah warga emas yang hilang peluang mendapat RM100 setiap tahun dan RM1,000 sekali untuk waris mereka," kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.
Isu itu tercetus apabila pada satu majlis anjuran Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim pada 30 September lalu, lebih 40 warga emas memulangkan semula wang ehsan yang selepas berasa curiga dengan sumber wang berkenaan.

Dua hari kemudian, 70 lagi warga emas dari Bayan Baru pula menjejaki tindakan rakan mereka itu dengan mengembalikan wang RM100 ringgit yang diterima mereka kepada Ketua Umno Bahagian Bayan Baru Datuk Abdul Rahim Saibu.

Program diteruskan

Pada 5 Oktober lalu, Ketua Pemuda Umno negeri Norman Zahalan dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata 1,000 lagi warga emas di Pulau Pinang dijangka memulangkan semula wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri selepas curiga dengan sumber wang yang mungkin datang dari kegiatan perjudian.

"Kerajaan negeri akan meneruskan program penghargaan warga emas dengan pemberian sumbangan RM100 setiap tahun di masa akan datang selagi Pakatan Rakyat masih menjadi kerajaan negeri ini tetapi kita tidak halang jika ada yang mahu memulangkan cuma fikir masak-masak dahulu,
"Jangan mudah terpedaya dengan fitnah Umno kerana yang rugi akhirnya ialah warga emas dan waris-waris mereka yang tidak mendapat sumbangan RM100 setiap tahun dan RM1,000 untuk belanja pengebumian," kata Lim selepas menghadiri mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurut Lim, hakikatnya Umno dan BN, sengaja mengadu domba fitnah seumpama itu bagi mengelakkan pertanyaan rakyat yang hairan mengapa kerajaan negeri BN sebelum ini tidak mampu memberi bantuan sedemikian.

"Jawapan kepada 'keanehan' itu sangat mudah kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang berjimat-cermat dan berhemah dalam segala perbelanjaan dan tidak makan duit, maka boleh beri duit pada warga emas berbanding dengan kerajaan BN yang bertindak sebaliknya,
Dalam pada itu, Lim turut menuntut penjelasan Umno BN berhubung kutipan cukai judi sebanyak RM2.3 bilion oleh kerajaan Persekutuan pada setiap tahun.

Penjelasan cukai dosa BN

Tegas beliau, penjelasan berkenaan perlu bagi memaklumkan kepada umum mengenai saluran cukai dosa itu ke dalam akaun hasil disatukan kerana pihaknya difahamkan duit hasil kutipan judi RM2.3 bilion setiap tahun digunakan untuk membiayai semua projek pembangunan dan pembayaran gaji semua 1.2 juta warga penjawat awam persekutuan.

"Tidak seperti kami yang membantu warga emas di Pulau Pinang dengan menggunakan lebihan hasil pendapatan negeri menerusi pendekatan jimat cermat dan tidak makan duit" katanya.

Ini katanya, dibuktikan dengan surat terima kasih kepada Kelab Lumba Kuda yang secara terang lagi bersuluh mengenai sumbangan untuk program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) dan bukan untuk program penghargaan warga emas itu, katanya.

Tambahan pula, jelas beliau lagi, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus telah mengesahkan pihaknya mengasingkan sumbangan dari Kelab Lumba Kuda dan syarikat korporat lain untuk program melibatkan orang Islam dari mengelakkan unsur haram dan semua dana yang digunakan untuk program penghargaan warga emas itu datangnya dari penjimatan dijana oleh pendekatan anti-rasuah kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada tipu muslihat UMNO untuk memaksa kerajaan negeri membatalkan program penghargaan warga emas yang secara ikhlas mengenang jasa dan budi sumbangan warga emas kita," kata beliau lagi.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 14 Oct 2010 09:24 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Dakwa pegawai Imigresen di mahkamah, bukan ISA

Posted: 14 Oct 2010 08:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Tindakan kerajaan yang menahan pegawai Jabatan Imigresen di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) langsung tidak boleh diterima.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, mana mungkin mencegah kejahatan dengan melakukan kezaliman terhadap manusia lain.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang telah menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.

Katanya, ISA sejak dahulu diiktiraf rakyat sebagai akta drakonian yang zalim dan kejam yang berkuasa sewenangnya menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara selama mana yang disukai oleh Menteri Dalam Negeri.

Beliau menambah, sepatutnya kerajaan bertindak wajar dengan menangkap dan mendakwa mereka di mahkamah.

"Bukankah negara kita mempunyai Akta Anti Penyeludupan Manusia 2007 (Akta) 670 yang telah dikuatkuasakan pada 28 Februari 2009," soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, berdasarkan kes yang sama sebelum ini pada 20 Julai 2009, lima pegawai kanan Jabatan Imigresen Johor dan empat perantara telah ditahan di beberapa tempat di Johor dan mereka telah disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

"Mengapa dalam kes kali ini, kerajaan memilih Akta ISA? Apakah kerajaan boleh bertindak sesuka hati tanpa mengikut undang-udang yang mereka cipta sendiri? Ataupun mungkinkah kerajaan bertindak sebegini kerana melindungi sesuatu pihak yang lain sehinggakan tidak mahu mendakwa pihak yang ditahan di mahkamah?" soalnya lagi.

Soalnya, mengapa pembunuh Datuk Sosilawati dan beberapa pembantunya yang dibunuh secara kejam yang dianggap pembunuhan paling dahsyat di negara ini didakwa di mahkamah tetapi pegawai-pegawai Imigresen berkenaan disumbat dalam ISA.

"Bagaimanakah keadilan dapat ditegakkan dengan cara sebegini?" tanya beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP.

Demi mengharapkan keadilan, ujarnya kerajaan wajar melepaskan mereka dari ISA dan dakwa mereka di mahkamah secara terbuka.

Tambahnya lagi, undang-undang dicipta untuk dipatuhi bukan untuk sekadar bahan pameran sahaja.

Justeru, beliau berkata, ISA sepatutnya sudah lama dikuburkan dan dijadikan bahan sejarah.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 14 Oct 2010 09:19 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


TAHNIAH PASTI Al-Husna , Kampung Gajah ke Peringkat Kebangsaan

Posted: 14 Oct 2010 06:28 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Oct 2010 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Tahanan Israel di Jempol N.Sembilan 16 Okt 2010

Posted: 14 Oct 2010 02:38 AM PDT


PENGALAMAN TAHANAN ISRAEL
Bersama Tn Hj Jamaludin Elias sukarelawan ke Gaza kapal Mavi Marmara , Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net/
16 Okt 2010 , SABTU
Jam 9 malam
di Muassasah Darul Syarif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan

Maklumat lanjut hubungi 019-3941353

Ir Khalid Samad 24 Okt 2010 di Port Dickson

Posted: 13 Oct 2010 11:19 PM PDT


CERAMAH PERDANA
YB Ir Khalid Samad
che'GuBard
Nazree Yunus , Mantan Pengerusi GERAK
24 Oktober 2010 , AHAD
Masa : 8.30 malam
Di MTD Teluk Kemang, Port Dickson

Maklumat lanjut hubungi Eja 010-3428260

Poster program di http://dacsarc.blogspot.com/2010/10/ceramah-umum-dacs-arc-telok-kemang-akan.html

Semua dijemput hadir

PAS KDAS 3

Posted: 14 Oct 2010 09:05 PM PDT

PAS KDAS 3


Polis Trafik Oh Trafik

Posted: 14 Oct 2010 08:16 AM PDT

Pada 14 Oktober 2010 Tercatatlah Sejarah Di Manjoi apabila hampir 10 Pegawai Polis Trafik Raja Di Malaysia telah mengadakan satu program besar-besaran disini apabila mengadakan Sekatan Jalanraya Berhadapan Kedai Aun dedat dengan simpang ke Sekolah Manjoi. Banyak juga kot yang Masuk hari nie. Rasanya berpuluh-puluh saman atau ratus kot dikeluarkan pada pagi nie.. maklumlah orang disekitar Kampung Manjoi dah biasa melalui jalan tersebut tanpa ada sekatan Jalanraya hampir puluhan tahun..Agaknya ada Polis trafik lebih kot kat Ipoh pagi nie, tu yang datang Manjoi boleh juga nak tambah pendapatan Negara dengan menyaman Orang-orang Kat Manjoi. Nasib la sapa yang kena kan..
Ish..Ish.Ish..Apa la cerdiknya Polis nak buat Road Blok kat Manjoi nie kan.. Dah la bebanan harga barangan yang tinggi, terpaksa pulak nak kena bayar saman, nasib-nasib. Nape la Depa tak pegi buat Road Block Kat Pekan-pekan yang lebih sesuai di buat Road Block. Tapi heran yek, nape la depa semua nak buat kat Manjoi Juga.. Mesti ada sesuatu yang tak kena.. Tak Tahulah saya, sama-sama kita pikirkan. Mungkin esok ada lagi kot. Entah la Yop dan yong sekalian.. harap-harap tak ada dah lepas nie... Menyusahkan orang je Polis Nie. Nak habiskan Surat saman kot? Maklumlah dah nak hujung bulan la katakan. Sabar aje la Penduduk-penduduk Manjoi yang kena saman. Semoga Allah meringankan bebanan yang kita alami hari nie.. Wassalam..

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 14 Oct 2010 07:28 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


4 Golongan Lelaki Ke Neraka.

Posted: 14 Oct 2010 02:51 AM PDT


Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

PAS LENGGONG

Posted: 14 Oct 2010 07:23 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 14 Oct 2010 03:32 AM PDT

DPPK PARIT

Posted: 14 Oct 2010 07:22 PM PDT

DPPK PARIT


Tiada Paksaan Kepada Rahimi Osman Buat Kenyataan Bersumpah

Posted: 14 Oct 2010 05:04 AM PDT

40 Peneroka FELDA Buat Laporan Polis Terhadap Ahmad Maslan

Posted: 14 Oct 2010 04:58 AM PDT

.

Posted: 14 Oct 2010 07:19 PM PDT

.


Posted: 14 Oct 2010 05:33 PM PDT

Satu ceramah umum isu2 semasa dan pelancaran dana PRK Galas akan diadakan pada 27 Oktober 2010, sehari selepas penamaan calon:
Tarikh: 27 Oktober 2010 (Rabu malam Khamis)
Tempat: Stadium Bangi, Seksyen 15
Penceramah jemputan:
i) YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Pres PAS, MP Pokon Sena
ii) Ust Azman Shapawi Abd Rani, Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas Pusat
iii) Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (TBC)
iv) YB Dr Shafie Abu Bakar, Adun Bangi
v) YB Teo Nie Ching, MP Serdang

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 14 Oct 2010 07:12 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

Posted: 13 Oct 2010 09:51 PM PDT

1. Kecewa ! Itulah yang boleh dilafazkan terhadap sikap tidak "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru , Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober kelak .

2. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas . Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar , lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat .

3. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan . Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.

4.Persoalannya , kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini ? atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama ? [ Islamophobia ]

5. Saya difahamkan pada hari yang sama [ 14 Oktober ] satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula dihighlight oleh pihak kerajaan .

6. Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah . Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi ?

7. Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan "berzina tanpa mengandung" yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi . Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun . Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka .

8. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini . Kami bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur .

9. Bagi pihak kami dan seluruh ummat Islam yang prihatin , insyaallah kami akan cubaya sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini .

10. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanafaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan . Selamatkan Negara .

Dari blog Ustaz Nasrudin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat

Rembau Hari Ini

Posted: 14 Oct 2010 07:09 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pasangan Cina bantu keluarga Melayu miskin di Rembau

Posted: 13 Oct 2010 07:54 PM PDT


Rumah stor tempat berteduh
Sinar Harian 14 Okt 2010

KENDONG - Bukan mahu meraih simpati tetapi kesempitan hidup menyebabkan dia buntu dan terpaksa bergantung ihsan daripada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

Basri Lisut, 55, berkata, sehingga kini dia tidak memiliki kediaman tetap kerana dari dulu terpaksa berpindah randah disebabkan tidak mampu membayar rumah sewa.

Kini dia menumpang di sebuah stor berhampiran kilang dekat sini bersama anak, isteri dan cucunya.

Menurutnya, sepasang suami isteri berbangsa Cina kasihan melihat keadaan mereka sekeluarga kerana hidup tidak terurus menyebabkan mereka menawarkan sebuah stor yang boleh dijadikan sebagai tempat tinggal kerana mempunyai bilik, dapur dan bilik air.

"Mujurlah mereka membantu kerana saya memang tiada tempat mahu dituju. Pendapatan saya sebagai pemandu traktor tidak mencukupi untuk membesarkan 13 anak ketika itu.

"Saya hanya perlu membayar bil air dan elektrik di rumah ini," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Basri berkata, sebelum ini dia pernah memohon mendapatkan bantuan rumah tetapi gagal, malah dia juga pernah dijanjikan sebuah syarikat swasta berpangkalan di luar negara untuk membantu memperoleh rumah tetapi sehingga kini dia tidak mengetahui perkembangan mengenai perkara itu.

"Ia berlaku beberapa tahun lalu selepas kisah kami pernah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan.

"Syarikat terbabit pernah memasukkan wang ke dalam akaun bank sebanyak 100 Euro tetapi cuma dua bulan sahaja dan selepas itu tidak lagi berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, selepas kemalangan pada Disember lalu, dia tidak mampu melakukan kerja berat lagi kerana patah tulang dada dan sakit kaki.

"Kini kehidupan kami anak beranak bergantung kepada hasil jualan makanan dan minuman yang dijalankan isteri selepas mendapat gerai daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk berniaga secara kecil-kecilan.

"Bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula digunakan untuk perbelanjaan tiga anak yang masih bersekolah," katanya.

Basri berkata, walaupun anak yang lain sudah besar tetapi mereka memiliki tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing.

"Saya juga terpaksa menjaga cucu selepas kematian anak sulung kami.

"Jauh di sudut hati, saya memang mahu menyediakan sebuah rumah yang lebih selesa buat kami sekeluarga kerana tempat tinggal yang diduduki ini serba daif dan anak terpaksa tidur berhimpit-himpit kerana ruang terhad," katanya.

Justeru, Basri amat berharap, pihak berkenaan prihatin dengan nasib yang dialami mereka sekeluarga.

"Jika impian mendapatkan rumah tercapai, sudah pasti masalah yang dialami sedikit berkurangan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Seri Kendong, Bahari Thani berkata, pihaknya sedia maklum masalah dihadapi keluarga Basri.

"Masalah ini telah dipanjangkan kepada pihak berkaitan terutama bagi mendapatkan rumah mereka beberapa tahun lalu.

"Saya akan ajukan lagi masalah ini supaya tindakan segera dapat diambil," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8287575.asp

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh

Posted: 14 Oct 2010 07:07 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh


Lagi Sekitar Karnival Belia Muslim

Posted: 13 Oct 2010 06:06 PM PDT

SPR membuka kaunter pendaftaran pemilih baru

PDRM mempamerkan jenis-jenis ganja dan dadah merbahaya

Terima kasih Dr. Nordin di atas ceramah kesihatan berkaitan Akibat Zina

Nisa' Temerloh dengan Motivasi Remaja Kenali Diri 'No Couple'

Abg Polis 'still cool' walau diasak ketika cabutan bertuah

Pertunjukan Seni Silat Sendeng Dua Beradik Asli Temerloh, Songsang

Persembahan nasyid dari anak-anak PASTI Aqliah, Paya Pulai

Persembahan nasyid dari adik-adik KAFFAH Aqliah, Paya Pulai

Persembahan nasyid dari adik-adik Alumni PASTI Al-Haq, Bukit Bendera

Cg. Kamarudin sedang mengawasi anak-anak yang cuba 'meniru' corak warna anaknya

Terima kasih Abg JPA3 kerana sudi hadir. Bomba menarik diri 'last minute'

Antara para usahawan yang bakal berjaya suatu hari nanti

Terima kasih para usahawan yang berjaya menghidupkan suasana

Tahniah atas kejayaan menconteng gambar gajah dengan pensil warna biru

Eh, adik non-muslim pun hadir? terima kasih...

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 14 Oct 2010 07:05 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Fakta Penting Isu Tarif Air Kedah

Posted: 13 Oct 2010 09:16 PM PDT


Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 14 Oct 2010 03:21 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Warna - Warni Sambutan Jubli Emas PAS Kemaman Di Pekan Kemasik

Posted: 13 Oct 2010 06:30 PM PDT

Siti Zailah | Home

Posted: 14 Oct 2010 03:15 PM PDT

Siti Zailah | Home


WANG EHSAN UNTUK KELANTAN

Posted: 13 Oct 2010 09:27 PM PDT

BAGI TEMPOH BULAN MEI 2008 HINGGA DISEMBER 2009,PETRONAS TELAH MEMBAYAR TUNAI KEPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN SEBANYAK RM25,592,321 BAGI PENGELUARAN PETROLEUM DILUAR PANTAI NEGERI KELANTAN.WANG TERSEBUT TELAH DIBAYAR KEPADA JPP KELANTAN.
BAGI TAHUN 2010 PERUNTUKKAN WANG EHSAN MELALUI JPP KELANTAN ADALAH UNTUK:
1.PROGRAM BANTUAN KEPADA PELAJAR MISKIN RM10,036,800
2.BANTUAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS DAN TINGKATAN 6 BAWAH RM3,4000,500.
3.PROGRAM BANTUAN BENCANA RM 12,155,021

BETUL KE SAMPAI KE SASARAN !

JUMLAH HUTANG NEGARA

Posted: 13 Oct 2010 09:14 PM PDT

JUMLAH KESELURUHAN HUTANG NEGARA DALAM BENTUK BON DAN PINJAMAN PROJEK SEHINGGA DISEMBER 2009 IALAH RM362.4 BILION ATAU 53.3 PERATUS DARI KDNK.

SEJUMLAH RM348.6 BILION ATAU 96.2 PERATUS ADALAH HUTANG DALAM NEGERI.

SEJUMLAH RM 13.8 BILION ATAU 3.8 PERATUS MERUPAKAN HUTANG LUAR NEGARA

HUTANG YANG DIJAMIN OLEH KERAJAAN TERHADAP PINJAMAN DALAM NEGERI DAN HUTANG
LUAR NEGERI IALAH RM84.3 BILION.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Oct 2010 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BETULKAN SAYA, KALAU ASKAR SATU PELURU SATU MUSUH, TAKKAN POLIS 17 PELURU SATU MUSUH?

Posted: 14 Oct 2010 01:16 AM PDT



Paramedik menemui mayat Aminulrasyid Amzah dalam kedudukan yang aneh, dengan mukanya tersembam di tempat duduk pemandu, manakala sebahagian lagi badannya terkulai di luar kereta yang dipandunya.
Paramedik Muhammad Sahid Abdul Karim Shah (kanan) berkata beliau nampak pintu di sebelah tempat duduk pemandu terbuka dan tubuh mangsa terkulai di tanah, tetapi kepala mangsa tersembab di tempat duduk pemandu.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini, Sahid berkata beliau memerika Aminulrasyid dan mendapati mangsa tidak bernyawa lagi.
Menjawab soalan DPP Dusuki Mohd Mokhtar, Sahid berkata beliau dapat memeriksa bahagian belakang Aminulrasyid dan tidak menemukan sebarang kecederaan.
Tetapi ketika cuba untuk memeriksa dahi mangsa, beliau dihentikan oleh polis.
Selepas ini, saksi itu berkata, beliau cuba mendapat maklumat dari anggota polis di situ mengenai apa yang telah berlaku dan sama ada mayat itu telah dialih.
BagaiManapun, katanya, beliau diminta menunggu sehingga pegawai penyiasat tiba.
Daripada apa yang dilihatnya, Sahid berkata, mangsa adalah seorang remaja dan selepas memeriksa nadinya sebanyak dua kali, beliau mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Katanya, beliau memberitahu perkara itu kepada pihak polis dan meninggalkan tempat kejadian tanpa membawa mangsa.
Sahid, yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang berkata, beliau tiba di tempat kejadian di Jalan Makyong 11/2G, Shah Alam pada kira-kira jam 2:30 pagi 26 April 2010.
Katanya, beliau ke situ selepas dimaklumkan mengenai sebuah kereta yang hilang kawalan dan melanggar sebuah pokok.
Tertuduh diberi 100 peluru
Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.
Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru.
Sarjan Jamaluddin Alias, yang bertanggungjawab menyediakan jadual tugas rondaan pada malam Aminulrasyid terbunuh, berkata semua anggota menghadiri taklimat selama setengah jam sebelum keluar bertugas.
Katanya, tertuduh Jenain Subi, bersama rakan rondaannya, Konstabel Mohd Hafidz Mohd Yusoff, turut menghadiri taklimat tersebut.
Menurutnya, Jenain adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak mempunyai rekod disiplin.

HORMAT UMNO PADA KU LI MACAM DUNIA NAK KIAMAT

Posted: 13 Oct 2010 11:39 PM PDT

Teman harap Ku Li berhati-hati dengan sanjungan dan julangan berganda UMNO terhadapnya yang datang tiba-tiba. harapa semua agar Ku Li jangan sampai terkena, kerana kalau dah kena memang beliau akan berenang keseorangan di lautan terbuka nanti.

Mesyuarat khas Umno bahagian Gua Musang yang dijadual diadakan malam ini, telah ditangguhkan ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Ini ekoran Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua Umno bahagian berkenaan mempunyai urusan di Kuala Lumpur, juga berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Galas.
"Saya diberitahu oleh setiausaha bahagian bahawa mesyuarat itu ditangguhkan," kata ketua Pemuda Umno bahagian itu, Bazlan Baharuddin.
Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini, Tengku Razaleigh - yang lebih mesra dipanggil 'Ku Li' - kemungkinan pulang ke Gua Musang petang esok atau pagi lusa.
"Kita tunggu beliau pulang (untuk tindakan selanjutnya)," katanya.
Tengku Razaleigh juga adalah pengarah pilihan raya kecil DUN Galas.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Umno bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan dijangka mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil tersebut 4 November ini.
Mesyuarat khas itu juga dijangka membincang persediaan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya kecil Galas 4 November yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos.

BAS DELIMA TERBANG VS BATU DELIMA JATUH DEPAN JURUKAMERA TIWI TIGA

Posted: 13 Oct 2010 08:47 PM PDT



JERTIH: Kisah gadis misteri yang semakin menarik perhatian orang ramai, Siti Balqis Mohd Nor, 22, bertambah unik apabila tujuh batu permata dipercayai delima, nilam dan zamrud tiba-tiba jatuh dari siling rumahnya, semalam.

BUKTI...Norizan menunjukkan batu permata yang jatuh di rumahnya, semalam. Lima daripada batu itu berwarna putih manakala dua lagi masing-masing berwarna biru dan hijau sebesar kira-kira duit syiling 20 sen.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika Siti Balqis dan ahli keluarganya berada di ruang tamu dan mereka terdengar bunyi benda jatuh dalam biliknya.
Selepas membuat pemeriksaan, mereka menemui sebiji batu delima di atas katil.
Manakala batu kedua pula jatuh jam 2.45 petang di ruang tamu, diikuti batu ketiga pada jam 3 petang.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebiji lagi batu delima jatuh di hadapan seorang jurukamera TV3 yang sedang minum bersama kru rancangan Misteri Nusantara di ruang tamu dan terpelanting pada kameranya.
Dua biji batu lagi jatuh kira-kira jam 6 petang di ruang tamu dengan salah satu daripadanya berwarna biru dipercayai nilam. Kira-kira sejam kemudian, sebiji batu berwarna hijau dipercayai zamrud pula jatuh di ruang tamu.
Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, dia menyifatkan penemuan batu terbabit sesuatu yang luar biasa dan mungkin ada hikmahnya.
Katanya, semua batu berkenaan kini disimpan dalam bekas khas yang direndam dengan air Zam-Zam - metro

PADAH TAK SUDAH BILA LEPASKAN 3 EKOR ANJING TERSEPIT

Posted: 13 Oct 2010 06:45 PM PDT

SAIFUL - BUDAK TAK DIUNTUNG ,DS ANWAR DAH AMBIL BEKERJA WALAU KANTOI BELAJAR TAK HABIS DI KOLEJ. SANGGUP GIGIT ORANG YANG DAH TOLONG BELIAU.

RAHIMI - BUDAK KANTOI UNIVERSITI JUGA, SANGGUP DS ANWAR BAGI KERJA PASAL KESIHAN , SAPA NAK AMBIL KERJA ,BELAJAR TAK ABIS.

RASHID - BEKAS BANDUAN BUKAN BIDUAN TAPI ORANG BEKAS TAHANAN PENJARA. MEMANG SUSAH NAK DAPAT KERJA KALAU BEKAS BANDUAN TAPI DS ANWAR TAK KISAH DAN DS ANWAR SANGGUP AMBIL KERJA TAPI AKHIRNYA BUDAK JAHAT YANG DAN ASAL BANDUAN SANGGUP GIGIT ORANG YANG TELAH MENOLONG BELIAU SEMASA KESUSAHAN
.


Seorang lagi bekas pembantu am kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung satu Akuan Bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008. Rasid Rosdi (foto), dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat laporan polis itu kerana mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya itu dilakukan secara paksaan dan dalam keadaan tertekan. Rasid yang merupakan bekas banduan dan mengaku mengenali Anwar semasa dalam penjara berkata, pada malam 28 Jun, 2008, selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis berhubung dakwaan diliwat Anwar, dirinya telah dipanggil ke sebuah hotel di Shah Alam dan ditahan serta dikawal rapi selama beberapa hari. "Saya dipaksa oleh Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR) untuk menandatangani satu akuan bersumpah sedangkan saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut. "Saya juga tidak bersetuju dengan kandungan akuan bersumpah tersebut dan Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenainya serta saya tidak memahaminya seratus-peratus," dakwanya. Rasid mendakwa beliau menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah itu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya. Beliau berkata, langkah membuat laporan polis itu diambil selepas melihat bekas pembantu kepada Anwar, Rahimi Osman yang terlebih dahulu membuat tindakan sama di IPD Klang Selatan pada 6 Oktober lepas. "Selepas melihat Rahimi saya terpanggil untuk membetulkan keadaan. Saya juga telah membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. "Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Rasid dan berkata laporan itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

MUSA TAK SEDAR KETUA KAMPONG TERLEBIH

Posted: 13 Oct 2010 06:20 PM PDT

Beberapa buah kampung di Kawasan Sulaman di Tuaran didapati mempunyai ketua kampung berlebihan meskipun tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai.

Berhubung dengan perlantikan itu, Marsah mahu kerajaan negeri menjelaskan kepada rakyat apakah garis panduan sebenar terhadap perlantikan ketua kampung, termasuklah bilangan penduduk yang berada di dalam pengawasan seseorang ketua kampung?

"Di Kawasan Sulaman Tuaran Kampung-kampung yang didapati mempunyai ketua kampung yang berlebihan adalah seperti Bolong Baru, Tambalang, Bolong, Sabandar, Lok Batik, Simpangan, Tajau, Kota dan Serusup yang kelihatan perlantikannya adalah berbaur politik meskipun terdapat beberapa buah kampung tidak mempunyai penduduk yang mencukupi untuk mempunyai 2 atau lebih ketua kampung.

"Sehubungan dengan cadangan SUHAKAM itu saya meminta Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MAHEINS) di bawah tanggungjawab Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor mengkaji semula perlantikan berlebihan beberapa Ketua Kampung yang didakwa telah menjawatnya hanya untuk mendapatkan elaun bulanan yang juga dilihat boleh menjejaskan kewangan kerajaan negeri.

"Yang malangnya terdapat perkampungan yang tidak wujud dan termasuk dalam kampung sedia ada seperti Lok Rantis (Perumahan Laya-laya), Bembangan (Kampung Bolong Baru), Suang Murut dan Pulau Bolong (Kampung Bolong), Seri Bayu dan Mentulid (Kampung Kota), Paka (Kampung Shabandar) dan ada lagi perlantikan lain yang tidak dapat disebutkan tetapi mempunyai ketua kampung," soal Marsah.

RUNTUHNYA lantai SEKOLAH & moral PEJABAT PENDIDIKAN

Posted: 13 Oct 2010 05:49 PM PDT


LANTAI RUNTUH ( SEKOLAH DIBINA 1971 DAN DIBAIKI 1990)
NILAH rupanya di salah sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Gunung, di Alor Setar, Kedah yang runtuh secara tiba-tiba menyebabkan 11 pelajarnya tercedera.
Runtuhan itu mengakibatkan kesan berlubang, dipercayai ada kaitan dengan pergerakan tanah di bahagian tapak bangunan yang semakin mendap.

PEJABAT PENDIDIKAN DEDAH RAHSIA GURU
Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.

Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambahnya.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.

- Bernama

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Oct 2010 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PENGUMUMAN PENTING

Posted: 14 Oct 2010 01:12 AM PDT


PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari ini 14 Oktober '10, jam 7.30 malam (selepas solat maghrib), Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menganjurkan satu demonstrasi aman 'Membantah Penganjuran Konsert Adam Lambert' yang akan diadakan dihadapan Stadium Putra, Bukit Jalil.

Semua dijemput hadir.

CALON PAS GALAS : SUHAIMI ATAU DR ZULKIFLI?

Posted: 13 Oct 2010 11:37 PM PDT

Dr Zulkifli yang pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah di kerusi Parlimen Gua Musang dua tahun lalu kemungkinan besar akan diletakkan sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat kali ini.

Dr Zulkifli merupakan seorang doktor perubatan dan memperoleh undi majoriti dari kawasan DUN Galas berbanding Tengku Razaleigh pada 8 Mac lalu.

Tengku Razaleigh mengatasi Dr Zulkifli di dua lagi kerusi DUN dalam bahagian Parlimen Gua Musang, sekali gus membawa kemenangan kepadanya.

Suhaimi pula merupakan pegawai halaqah berusia awal 40-an, dikatakan membawa perwatakan hampir sama seperti penyandang Che Hashim Sulaima yang meninggal dunia 27 September lalu.

Pakatan Rakyat menerusi PAS pertama kali memenangi kerusi itu pada Mac 2008.

PAS akan mengumumkan calon mereka secara rasmi pada 22 Oktober ini, kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Malam tadi, kami mengadakan mesyuarat harian PAS. Nama-nama calon kami teliti selepas Majlis Syura telah memberikan keputusan berhubung kelayakan calon," kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau enggan menyebut nama yang telah dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di DUN Galas kali ini.

"Saya tidak boleh memberitahu, tungguhlah," kata beliau ketika ditanya sama ada kemungkinan bakal calon itu lelaki dan kalangan Orang Asli.

"Apa yang boleh saya katakan, dia seorang penduduk tempatan sebagaimana kita mahukan dan disenangi pengundi tempatan, dan jika terpilih menjadi wakil rakyat, kami pasti penduduk tempatan akan gembira memiliki seorang ADUN terbaik bagi mereka," katanya.

"Calon ini akan memenuhi keperluan penduduk tempatan," katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini berkata nama calon akan diumumkan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada 22 Oktober.

KENYATAAN MEDIA : Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

Posted: 13 Oct 2010 11:14 PM PDT

KENYATAAN MEDIA
12 Oktober '10 / 04 Dzulkaedah 1431

Kecewa ! Budaya Mungkar Terus disuburkan

Kecewa! Itulah yang boleh dilafazkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terhadap "tidak peduli" oleh pihak kerajaan yang masih mengizinkan konsert hiburan liar dianjurkan dalam negara ini. Terbaru, Adam Lambert dijangka akan "membinasa"kan akhlak masyarakat kita khasnya anak - anak muda di Stadium Bukit Jalil pada 14 Oktober ini. Semua orang kenal dan tahu bagaimana aksi dan sikap Adam Lambert di pentas. Seorang yang konsisten mempamerkan aksi liar, lucah dan melampau sehingga beliau turut ditolak oleh masyarakat barat. Rancangan teleyisyen barat seperti Good Morning America pernah membatalkan rancangan Adam Lambert kerana membantah persembahan beliau yang dianggap sangat keterlaluan. Sementelah Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseks tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya.


Persoalannya, kenapa kerajaan yang baru sahaja bercadang mahu mengajar Amerika mengenai Islam agar masyarakat Amerika tidak lagi mengidap penyakit Islamophobia tiba - tiba boleh menerima konsert liar seperti ini? Atau kerajaan kita sendiri sebetulnya sedang mengidap penyakit yang sama (Islamophobia)?


DPPP difahamkan pada hari yang sama (14 Oktober) satu lagi konsert hiburan yang menampilkan artis baru dunia iaitu Maher Zain yang akan mengadakan persembahannya di Dewan MBSA . Malangnya artis yang membawa mesej yang mulia dan mendidik jiwa tidak pula ditekankan oleh pihak kerajaan dan media.


Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekaligus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah. Tidak cukup lagikah kerosakan dan kebinasaan sosial hari ini sehingga ia mahu ditambah lagi?


Sudahlah baru - baru kita dikejutkan dengan kempen atau seruan 'berzina tanpa mengandung' yang dipromosikan sebagai mengamalkan seks sihat tanpa perlu panik menanggung beban hamil yang akhirnya berkesudahan dengan jenayah buang bayi. Logiknya kempen itu kelihatan mampu membendung jenayah buang bayi tetapi masih mengekalkan jenayah zina yang dicela oleh agama dan masyarakat yang bertamaddun. Justeru seks bebas hanya menyamatarafkan manusia dengan binatang yang juga tidak mengerti soal ijab dan qabul dalam kehidupan mereka.


DPPP mendesak agar kerajaan dengarlah rayuan kami agar segera membatalkan konsert seperti ini. DPPP bukanlah anti hiburan dan penganjuran konsert para artis tetapi biarlah hiburan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan juga norma - norma mulia orang timur.


Bagi pihak DPPP dan seluruh umat Islam yang prihatin, insyaallah DPPP akan cuba sedaya mungkin untuk mendesak dan memujuk kerajaan agar membatalkan konsert liar ini dan merencana kegiatan untuk mendidik masyarakat khasnya anak - anak muda agar mereka tidak terpengaruh dengan budaya kuning yang cuba diterap masuk dalam negara kita secara halus guna merosakkan akhlak dan jati diri generasi kita hari ini. Anak - anak muda tidak perlu gusar untuk berhibur tanpa Adam Lambert ke negara kita kerana kita mempunyai banyak pilihan dan alternatif untuk berhibur termasuklah konsert Maher Zain yang boleh dimanfaatkan untuk berhibur dalam batas yang tidak keterlaluan. Selamatkan Negara.


Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)

Satu Lagi Jaringan Sosial Buatan Muslim

Posted: 13 Oct 2010 10:57 PM PDT


Setelah 2 jaringan sosial milik umat Islam iaitu millatonline(Pakistan) dan nahnumuslim.com(Indonesia) berjaya dicipta dan diselenggarakan,kini saya menjumpai satu lagi milik umat Islam iaitu madina.com.

Ia merupakan alternatif kepada umat Islam untuk tidak terus menyokong Facebook buatan yahudi .Lebih-lebih lagi apabila Kempen Melukis Muhammad diperkenalkan di Facebook yang menyebabkan Facebook diharamkan di negara Pakistan.

Pengasasnya,Mustafa Patel mengatakan visi madina.com adalah untuk menyatukan umat Islam di seluruh dunia di dalam satu platform dengan semangat persaudaraan.Mustafa berharap ia dapat membuat satu suasana yang baik buat umat Islam di seluruh dunia.

Pada masa yang sama juga,Madina Foundation juga telah mencipta satu alternatif kepada wikipedia iaitu http://www.ilmpedia.com untuk menjawab maklumat-maklumat yang bersifat anti-Islam di wikipedia.Ilmpedia ini dibuat oleh orang-orang Islam sendiri dan akan disemak oleh ulama' di sana.

Bantahan Konsert Adam Lambert Petang Ini!!!!

Posted: 13 Oct 2010 10:44 PM PDT

Dewan Pemuda PAS dan aktivis mahasiswa akan turun beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini bagi membantah persembahan konsert artis 'gay', Adam Lambert.

Pegawai media Dewan Pemuda PAS, Fadhil Osman berkata, pihaknya menyeru ahli dan penyokong parti itu supaya turun beramai-ramai bagi menjayakan protes tersebut.

"Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 risalah membantah konsert Adam Lambert," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu solat hajat di surau berdekatan stesen STAR Bukit Jalil, diikuti dengan ucapan barisan kepimpinan Pemuda PAS, membantah konsert tersebut.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengerahkan kira-kira 500 siswa di sekitar Lembah Klang untuk hadir membantah konsert tersebut.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, bantahan malam ini akan diketuai oleh pengerusi majlis politik nasional Gamis, Ahmad Shukri Razak.

Ditanya mengenai bantahan yang sama oleh Pemuda PAS, beliau berkata, perhimpunan anjuran pihaknya itu akan berlangsung secara berasingan.

"Bagaimanapun, kami akan menyertai majlis solat hajat bersama Pemuda PAS," tambahnya.

Mohd Ridzuan berkata, risalah juga akan diedarkan kepada orang ramai yang datang ke konsert tersebut.

"Kira-kira 2,000 risalah membantah konsert itu telah dicetak untuk diedarkan malam ini," tambahnya.

Peserta perhimpunan itu juga akan membawa beberapa kain rentang membantah penganjuran konsert Adam Lambert.

Gay is suck!!!

MUKA JURUGAMBAR 'TERLAMPAU'

Posted: 13 Oct 2010 07:57 PM PDT

ni dia muka jurugambar 'terlampau' tue.... banyak lagi tempat dia boleh amik gambar kat litar sepang... kat situ jugak di snap gambor... memang melampau je...

UMPAMA DERHAKA YM SULTAN... 'RAKYAT KELATE' SOKONG BRAHIM ALI ....

Posted: 13 Oct 2010 07:49 PM PDT

Nampaknya begitu tenang sekali Brahim Ali kita walaupun YM Sultan Kelantan menarik balik gelaran 'Datuk' yang disandangnya keran katanya beliau masih mempunyai anugerah datuk daripada Sultan Selangor dan negeri Melaka....  persoalannya... MENGAPA SULTAN KELANTAN LUNCUTKAN?... pastinya ada sesuatu yang menyebabkan Sultan begitu murka kepada Brahim Ali... jadi kalau rakyat kelantan masih memberi sokongan kepada Brahim Ali seolah-olah mereka derhaka kepada YM Sultan kerana mengokong orang yang sultan murka... ke macam mana?

Semalam Istana Kelantan menarik balik pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa semalam... demikian menurut Pengelola Istana Datuk Abdul Halim Hamad memberitahu bahawa Sultan Muhammad V melucutkan gelaran beliau. Sebab penglucutan kurniaan tersebut tidak dinyatakan.

bacaan lanjut berita semalam....

http://dppwm.blogspot.com/2010/10/yes-gelaran-datuk-brahim-ali-dilucutkan.html#links

BUDAK SEKOLAH SIAL... ROGOL RAKAN SESEKOLAH BERAMAI-RAMAI..

Posted: 13 Oct 2010 07:30 PM PDT

Lahanat, celaka, sial! Saya tidak tahu lagi kata-kata makian yang wajib dihamburkan kepada budak sekolah (perogol-perogol) budak sekolah ini.

Seorang pelajar perempuan yang masih beruniform sekolah menengah iaitu berkain biru muda dan berbaju kurung putih dirogol beramai-ramai di dalam kawasan sunyi kelihatan seperti di dalam kebun atau hutan. Pelaku yang merogol kira-kira tiga hingga lima orang dilihat turut memakai pakaian sekolah menengah iaitu berseluar hijau dan berbaju putih. Perogol merogol pelajar tersebut dengan cara paksa, iaitu dengan memegang pelajar tersebut beramai-ramai sambil menekup mulutnya supaya tidak dapat menjerit. Sambil salah seorang dari rakan perogol merakam perbuatan mereka, namun hanya wajah perempuan yang dapat dilihat. Perbuatan mereka mengalahkan binatang!

Apalah nak jadi budak-budak sekolah sekarang ni? Sampai ada yang berani merogol rakan satu sekolah beramai-ramai pulak tu. Mak bapak diorang ni tak ajar atau diorang ni memang bangsa kurang hajar? Budak-budak sekolah sekarang makin melampau, inilah akibat pengaruh yang bukan-bukan perangai macam celaka, macam setan!...

SAPA SURUH TAK BAYAR YURAN RM5.00 TAHUN.... GURU 'MERADANG'

Posted: 13 Oct 2010 06:59 PM PDT

October 13, 2010KUALA LUMPUR, 13 Okt – Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan.


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.


Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.


Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).


Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.


Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya. – Bernama

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 14 Oct 2010 03:03 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Krisis air di Johor

Posted: 14 Oct 2010 01:04 PM PDT


Negeri Kuat UMNO Takda Air

Kota Tinggi – Gangguan bekalan air sejak lapan hari lalu menyukarkan kira-kira 2,000 penduduk di Felcra Sungai Ara di sini, dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui merungut kerana masalah gangguan bekalan asas itu mendatangkan kesukaran kepada mereka, sekali gus menjejaskan aktiviti harian seperti membasuh pakaian dan mencuci pinggan mangkuk.

Seorang penduduk, Mohamad Hudzari, 58, berkata, ketiadaan air selama seminggu itu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kolah di belakang rumahnya, namun bekalan itu juga masih tidak mencukupi.

"Mujurlah ramai penduduk di sini ada kolah di belakang rumah. Pada awalnya, bolehlah mereka menggunakan air tersebut, namun ketiadaan air yang berlarutan lebih seminggu ini menyebabkan air kolah menjadi kontang," katanya kepada Sinar Harian.

Masalah bekalan air ini dipercayai berpunca daripada dua pam air yang sebelum ini digunakan untuk membekalkan air kepada penduduk di kawasan itu rosak. -SH

UMNO Kedah bising-bising kenaikan tarif air yang diumumkan pihak SADA di Kedah ditarik balik kerana kononnya membebankan rakyat. Dakwa mereka kenaikan 27 peratus adalah sangat besar.

Sedangkan UMNO di Johor terpaksa membisu bila paip dibuka airnya tak da!

UMNO Kedah perlu jadikan ia pengajaran.... dan bersyukurlah selagi ni'mat itu ada sebelum terjadi apa yang terjadi di negeri sahabat terkuatnya, Johor. -GB

Ulama Muda Umno bisu?

Posted: 14 Oct 2010 12:55 PM PDT


Aksi lucah dengan penari latar lelaki

Artis mengaku gay

KUALA LUMPUR 14 Okt - Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya ucapkan tahniah kepada ulama-ulama muda ini yang telah berjaya me'reform' dan memperkasakan Umno-BN dengan cara membawa masuk budaya kuning yang tidak sihat ini ke dalam negara," sindir beliau ketika ditemui Suara Keadilan.

Sebelum itu, seorang ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang juga anak bekas Mufti Perlis dalam kolumnya di dalam sebuah portal web berita menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan yang memfailkan saman royalti sebagai zalim.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang sedang mengumpulkan dana sebanyak RM400,000 untuk misi munajat tersebut.

Katanya, wang tersebut sewajar digunakan untuk program-program ilmiah seperti mengingatkan masyarakat tentang pentingnya akidah, memperkenalkan sunnah dan bahaya bidaah.

Namun begitu, kata Mahfuz, ketika kebanyakan rakyat membantah kehadiran Adam Lambert, ulama muda Umno ini gagal menjalankan tanggungjawab mereka menasihati Umno-BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu akhlak dan moral serta bahaya budaya songsang kepada golongan anak muda di negara ini.

SK

Syarikat hutang keliling pinggang

Posted: 14 Oct 2010 12:40 PM PDT






Urusniaga Plus digantung menjelang Bajet 2011 - Mkini

Urus-niaga syarikat konsensi lebuhraya terbesar negara, Plus Expressways Bhd di Bursa Malaysia digantung apabila pasaran saham dibuka pagi ini hingga jam 5 petang esok, sementara menunggu pengumuman utama.

Pengumuman itu dijangka esok ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan membentangkan ucapan Bajet 2011 esok.

Menurut Plus, tindakan menggantung urus-niaga itu diminta oleh pemegang saham utamanya.

Konglomerat milik kerajaan Kumpulan UEM Bhd memegang 38.5 peratus saham Plus, manakala badan pelaburan kementerian kewangan Khazanah Nasional Bhd pula mempunyai kepentingan 16.7 peratus. UEM adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional.

Sejak beberapa minggu lalu, timbul spekulasi bahawa Kumpulan UEM menjadi sasaran untuk diambil-alih oleh MMC Corporation yang dimiliki oleh jutawan Syed Mokhtar Albukhary.

hutang

Sebelum ini, Najib pernah dilaporkan berkata kerajaan telah menerima lima cadangan bagi pengambil-alihan Kumpulan UEM, yang pernah dimiliki oleh Umno sehingga ia dibelenggui masalah hutang.

Cadangan itu dipercayai akan dikemukakan Najib pada ucapan Bajet 2011 pada jam 5 petang esok.

MMC dipercayai mengintai beberapa projek Kumpulan UEM yang membawa pulangan yang besar. Selain Plus, ia termasuk perkhidmatan sokongan hospital menerusi Faber Group Bhd dan syarikat pemaju hartanah UEM Land Holdings Bhd.

Syarikat itu juga dijangka akan diberi kontrak bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang.

MMC menghadapi saingan sengit darita firma swasta Asas Serba Sdn Bhd, yang bercita-cita menguasai rangkaian lebuhraya di Malaysia.

Syarikat itu didakwa dibelakangi oleh jutawan, Tan Sri Halim Saad, bekas ketua Kumpulan UEM dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Kutip tol hari-hari, makanan kat R&R mahal, bila cuti ramai orang tapi bila nak makan selalu tak ada lauk dan tak menyelerakan langsung, saban tahun tol naik tapi asyik rugi selalu...

Istana syarikat kroni

Posted: 14 Oct 2010 12:26 PM PDT


Syarikat 'mati' kontraktor utama bina Istana Negara
Dzulfikar Mashoor - harakah

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat.

"Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007.

"Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR turut mendesak Najib menjelaskan sebab mengapa tarikh siap projek mega tersebut ditangguhkan sehingga Februari tahun depan.

Sedangkan katanya, tarikh siap yang dipersetujui antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor utama adalah pada 29 November tahun ini.

Pentadbiran Najib turut dipersoal kerana kos pembinaan asalnya hanya RM395 juta sahaja.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa amalan kronisme berlaku dalam proses pemberian projek yang membabitkan Kementerian Kewangan yang juga di bawah Najib.

Katanya, syarikat misteri tersebut dikuasai oleh bekas Bendahari Umno Bahagian Merbok.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Mohd Azan Ismail turut menyertai sidang media tersebut.

Hab Hijau VS Hab Nuklear

Posted: 14 Oct 2010 12:14 PM PDT




INDAH CANTIK DAN HIJAU





MALAYSIA HAB TEKNOLOJI HIJAU- melayau

Najib Razak bertekad mahu menjadikan Malaysia sebagai hab perindustrian berasaskan teknologi hijau di rantau ini dalam tempoh 10 tahun lagi.

Menurutnya, ia tidak mustahil dicapai kerana kerajaan telah memulakan usaha itu melalui pelbagai dasar termasuk memperkenalkan insentif-insentif yang boleh merangsangkan peningkatan industri teknologi hijau di negara ini.

Kata beliau, antaranya adalah langkah kerajaan menumpukan kepada usaha memajukan industri tenaga hijau khususnya menghasilkan tenaga solar.

TT kata

DALAM MASA 10 TAHUN LAGI... MALAYSIA AKAN JADI HUB HIJAU

SEDAR KE APA YANG DI CAKAPKAN INI?

ATAU HANYA BACA UCAPAN.... TAK TAHU HUJUNG PANGKAL

PENULIS UCAPAN INI PUN BEBAL

TAK LIHAT BETUL BETUL

DI HARI YANG SAMA

ADA BERITA LAIN

TAK CAYA …. BACA BAWAH INI




HODOH KOTOR DAN MEMBUNUH





LOJI NUKLEAR : LAPAN LOKASI DIKENAL PASTI - mkini

Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.



MAT MONGOL KATA MEGARA AKAN JADI HUB HIJAU

TAPI MALAON INI KATA ADA 8 TEMPAT UNTUK LOJI NUKLEAR

INI PUN AKAN BERLAKU MASA 10 TAHUN LAGI

TENAGA SOLAR DALAM MASA 10 TAHUN

TENAGA NUKLEAR DALAM MASA 10 TAHUN

DUA DUA TAK MUNGKIN BETUL

SEORANG MESTI MENIPU

INI MACAM PROJEK NAK TIPU MELAYU

MP Pendang

Posted: 14 Oct 2010 01:22 PM PDT

MP Pendang


Runding terus kepada kroni lagi!!!

Posted: 14 Oct 2010 08:54 AM PDT

Maya Maju? Siapa Man Bin Mat??


Siapakah dia Maya Maju Sdn Bhd yang membina Istana Negara baru yang menelan belanja hampir RM1 bilion daripada kos asal RM400 juta?


Semakan daripada Pendaftar Syarikat (Registration of Company - ROC) mendedahkan yang Maya Maju Sdn Bhd pemegang saham didaftarkan adalah Mr Ko Chin Teck (RM15,000 unit saham), Mr Lo Sin Li (RM85,000 unit saham).


Pengarahnya adalah Mr Ko dan En Mohamad Muslim Hamzah (Mohamad Muslim tidak memiliki sebarang pegangan saham).


Maya Maju Sdn Bhd Company No: 252091-T. Penyata kewangan berakhir sehingga 31 Dis 1993 (yang dilampirkan dalam rekod RoC) dengan nilai Aset Tetap RM82,655.00 and Aset Semasa RM415,169.00 serta Tanggungan Semasa pada RM456,501.00.



Selain itu terdapat syarikat yang didaftarkan melaui ROC dibawah nama Maya Maju (Malaysia) Sdn Bhd, (Reg No: 254750-T). Pengarahnya adalah Datuk Haji Man Bin Mat, Md Nizam B. Md Sharif, Rasidah Bt. Salleh, Lim Hooi Mooi (Setiausaha), dan Tan Enk Purn (Setiausaha).


Manakala pemegang sahamnya adalah Maryna Keh Abdullah @ Miss Keh Kim Lan (RM1,450,000 unit saham) dan Man B. Mat (gambar) (RM3,550,000 unit saham).

Data Terbaru:



Mengikut carian di laman web CIDB, Maya Maju (M) Sdn. Bhd. mempunyai ahli-ahli lembaga pengarahnya seperti berikut:

1) Dato Haji Man Bin Mat (Pengarah)
2) Rasidah Binti Salleh (Pengarah)
3) Md Nizam Bin Mat Sherif @ Mat Sharif (Pengarah)
4) Dato Raja Azwane Bin Raja Ariff (Pengarah)

Syarikat ini didaftarkan di alamat 78A, 1st Floor, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur dan nombor telefonnya adalah 03-40434607 (Rujuk pautannya dari semakan CIDB DI SINI )

Maklumat Projek:

Bil : 1
Tajuk : Cadangan Istana Negara Di Atas Lot No 54283, Jalan Duta, Mukim Batu, Kuala Lumpur
Tarikh Anugerah : 26 Oktober 2007
Nilai : RM649,995,507.51
Klien : Jabatan Kerja Raya Malaysia

Man Bin Mat juga mempunyai profil berikut di Syarikat Wong Engineering Corporation Berhad yang beralamat di 6762, 2nd Floor, Jalan Kampong Gajah, 12200 Butterworth, Pulau Pinang (Maklumat tahun 2001).

Independent and Non-Executive Director

Dato' Haji Man Bin Mat DMM, AMN, BKM, PJK, a Malaysian, aged 52, was appointed to the Board on 9 April 1999.

He graduated from Ohio State University, USA with BBA degree in 1977. He has approximately 29 years of working experience, both in the public and private sector. He sits on the Board of Putera Capital Bhd and Aktif Life Holding Bhd. He is currently a businessman, and acts as Executive Chairman of I-Bord (M) Sdn Bhd and S.M. Nusantara Sdn Bhd .

'Kontrak diberi kepada kroni tiada kelayakan'


Kontraktor utama yang dipertanggungjawab membina Istana Negara yang baru tidak layak mengendalikan projek bernilai jutaan ringgit itu, dakwa ketua pemabngkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, syarikat berkenaan, Maya Maju (M) Sdn Bhd, disenaraikan sebagai tidak aktif oleh Suruhanjaya Syarikat ketika ia diberikan tender untuk projek berkenaan oleh Jabatan Kerja Raya pada 26 Oktober 2007.

"Syarikat ini dikuasai oleh seorang yang bernama Datuk Haji Man bin Mat, yang merupakan bekas bendahari Umno bahagian Merbok," kata Anwar pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

"Ia hanya berdaftar sebagai sebuah syarikat pembinaan pada Ogos 2008. Ia tidak dilesenkan oleh PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) atau CIDB (Construction Industry Development Board), yang menjadi antara syarat wajib."

Anwar berkata tiada penjelasan diberikan berhubung mengapa kos pembinaan projek Istana itu naik berlipat ganda daripada kos permulaan di bawah RM400 juta kepada melebihi RM800 juta sekarang.

"Cadangan pembinaan dengan kos RM395 juta ditawarkan kepada Maya Maju mengikut konsep penswastaan tetapi selepas rundingan terus dengan JKR, ia naik menjadi RM650 juta.

"Tiada penjelasan berhubung kenaikkan mendadak ini dan kosnya itu sekarang meningkat kepada RM811.2 juta," katanya sambil menambah bahawa kontarktor utama itu tidak mendapat kebenaran menggunakan nama Maya Maju, yang telah didaftarkan sebelum itu kepada syarikat lain.

Menurutnya, pihak pembangkang melalui ahli parlimen Indera Mahkota Azan Ismail, akan menimbulkan isu itu kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menuntut sisatan terperinci berhubung projek kontroversi berkenaan.

Lepas satu, satu aih depa ni gadai, dahsyat sungguh...

Posted: 14 Oct 2010 08:35 AM PDT

Perjanjian Pangkalan Sungai Besi Tanpa Surat Tawaran Dan Faktor Keselamatan Negara


Cadangan memindahkan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke lokasi lain yang tidak strategik akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk keselamatan dalam negara.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata pihak terbabit perlu mengambil kira samada keselamatan ibunegara ini akan terjejas memandang hanya segelintir saja negara di dunia ini tidak mempunyai perlindungan keselamatan kepada ibunegara negara terbabit sambil memberi contoh pangkalan udara Andrews di Maryland Amerika Syarikat hanya terletak 13km dari pusat pentadbiran Washington DC.

Pandangan beliau juga disokong oleh ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan membentangkan kertas putih berhubungan cadangan menempat semula pangkalan Sungei Besi memandangkan tiada petanda yang menunjukkan wujud kawasan lain yang sama strategik untuk dibina pangkalan yang baru.

Sebelum itu, Tian mempertikai rasional di sebalik tindakan kerajaan tdak mengeluarkan sebarang surat tawaran (Letter of Intent) sambil menyifatkan projek kontroversi pembangunan semula pangkalan Sungei Besi lebih banyak menimbulkan persoalan.

Beliau memberikan reaksi tersebut selepas menerima jawapan bertulis oleh Menteri Pertahan Datuk Ahmad Zahid Hamidi dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Dalam jawapan bertulisnya, Datuk Ahmad Zahid berkata, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan oleh syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimana badan penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun tiada sebarang surat tawaran dikeluarkan.

Merujuk kepada jawapan bertulis yang diberikan, Tian Chua berkata 1MDB telah menandatangani perjanjian dengan Mubadala Development dari Abu Dhabi untuk membangunkan pangkalan seluas 458 ekar berkenaan Jumaat lalu.

Menurutnya, perjanjian tersebut yang disaksikan oleh Najib membabitkan pembangunan semula pangkalan udara moden yang pertama di negara ini di Lembah Kelang kepada sebuah pusat kewangan antarabangsa (KLIFD) bernilai lebi RM26bilion.

"Jika benar 1MDB menandatangani perjanjian tersebut, maka jawapan yang diberikan oleh Zahid adalah mengelirukan memandangkan sesuatu projek itu tidak boleh ditawarkan kepada sebuah syarikat tanpa surat tawaran," katanya lagi.

Tian Chua menambah, kerajaan juga perlu jelas dengan dasarnya berhubung perkara ini kerana jika alasan utama mereka ialah kerana harga tanah di kawasan tersebut adalah tinggi, maka tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk memindahkan lagi pangkalan udara tersebut jika harga pasaran hartanah meningkat lagi.

Hai Najib, oh Ahmad maslan, kenapa kamu ni!!!

Posted: 14 Oct 2010 08:13 AM PDT

Felda : Ahmad Maslan Dan Najib Ibarat Cacing Kepanasan
Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang, pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan, Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya Felda tidak kalah.

Najib dan Ahmad Maslan masih lagi di dalam "denial syndrome" (sindrom penafian) - tidak dapat menerima dua keputusan Mahkamah yang menyebelahi peneroka dan tidak menyebelahi Felda.

Maka bagi menegakkan benang basah kedua-dua pemimpin ini nampak sangat terkial-kial cuba menyelamatkan imej Felda yang terguris teruk di sini sana. Hakikatnya semakin mereka cuba mempertahankan Felda semakin jelas mereka tercungap-cungap !


Kita lihat dulu kes Felda Kemahang. Felda menyatakan bahawa institusi tersebut kalah kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Secara tersirat Felda ingin menyatakan bahawa peneroka menang kes tersebut bukan kerana kes mereka kuat.

Persoalannya benarkah Felda kalah hanya kerana semata-mata peguam Felda tidak hadir di Mahkamah ? Memang mudah untuk menipu rakyat dengan berselindung di sebalik hujah ini. Namun Najib dan Ahmad Maslan kena ingat pepatah Amerika yang menyatakan " kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu masa, tetapi kita tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa".

Ya, benar antara sebab Felda kalah dengan peneroka Kemahang kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Tetapi itu hanya sebahagian dari kebenaran. Kebenaran lain yang disorok oleh Najib dan Ahmad Maslan adalah meskipun peguam Felda tidak hadir, Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut tidak memberikan kemenangan mudah kepada peneroka Felda Kemahang.

Dalam bahasa undang-undang hakim tersebut tidak memasukkan penghakiman ingkar ( judgment in default ) ke atas Felda hanya kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Untuk makluman para pembaca penghakiman ingkar adalah penghakiman yang direkodkan oleh Mahkamah jika salah satu pihak tidak hadir di Mahkamah dan penghakiman tersebut dibuat tanpa Hakim mendengar keterangan dari pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.

Dalam kes Felda Kemahang meskipun Felda dan peguam mereka tidak hadir di Mahkamah , Hakim Dato' Azman Hussin masih mahu mendengar keterangan saksi-saksi peneroka sebelum membuat keputusan. Hanya setelah Hakim mendengar keterangan barulah hakim berpuashati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa unsur penipuan dalam kes tersebut dan sekaligus Hakim memerintahkan Felda membayar peneroka-penerokan yang menyaman itu gantirugi RM 11 juta.

Berdasarkan hal tersebut adalah TIDAK BENAR untuk Najib dan Ahmad Maslan menyatakan Felda kalah hanya kerana peguam Felda tidak hadir. Hakikatnya meskipun peguam Felda tidak hadir kes tersebut masih boleh menyebelahi Felda jika Hakim , setelah mendengar saksi pihak peneroka, merasakan peneroka telah gagal membuktikan kes mereka.

Kita lihat pula isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes para peneroka Sungai Koyan 2 dan 3. Ahmad Maslan berkata, laporan akhbar Harakah yang berjudul "Felda Kalah Lagi" mengelirukan dan tidak tepat.

"Kalau Felda kalah, sudah tentu rayuan akan dibuat sebaliknya keputusan mahkamah itu dengan jelas menyatakan peneroka hanya berhak dapat tuntutan mereka jika patuh kepada prosedur Felda. Jadi, tindakan saman itu hanya merugikan mereka kerana terpaksa membayar khidmat peguam. Kalau mereka tak saman pun, kita tetap bayar," katanya pada sidang akhbar pada 7/10/2010.

Malah, menurut Ahmad, tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Ahmad Maslan cuba bermain dengan logik. Logik beliau kalau Felda kalah sudah tentu Felda akan merayu. Oleh kerana Felda tidak merayu maka mengikut logik Ahmad Maslan Felda tidak kalah.

Baiklah jika itu logik Ahmad Maslan kita juga boleh menjawab dengan logik berikut. Jika Felda tidak kalah maka sudah tentu peneroka yang kalah .Dalam Mahkamah tidak ada keputusan seri. Jika peneroka kalah sudah tentu saman yang dikemukakan oleh peneroka akan ditolak oleh Mahkamah. Dan jika peneroka yang kalah sudah tentu peneroka yang kena buat rayuan.

Persoalannya bagaimana peneroka hendak dikatakan kalah jika apa yang mereka minta dibenarkan oleh Mahkamah meskipun tidak keseluruhan. Mereka meminta Mahkamah membuat perintah perisytiharan bahawa mereka dibenarkan tanam secara sendiri dan Mahkamh membenarkan perintah itu.

Mereka juga meminta Mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka layak diberi RM 1700 seeekar dan Mahkamah juga benarkan perintah tersebut. Hanya kerana Mahkamah menambah bahawa bagi tujuan bayaran RM 1700 seekar perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan tidak boleh ditafsirkan Felda menang dan peneroka kalah.

Sepertimana kes Felda Kemahang, Ahmad Maslan sekali lagi tidak mendedahkan kebenaran yang sebenar. Beliau menyatakan kalau tidak saman pun kita ( felda ) tetap akan bayar. Ini satu pembohongan yang amat terang dan nyata.

Kalau Felda akan bayar apa yang diminta oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 mengapakah peneroka tersebut perlu bersusah payah pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan hak mereka ? Kalau betul Felda akan bayar mengapakah Felda bertungkus lumus lawan para peneroka habis-habisan di Mahkamah ? Saksi Felda sendiri apabila disoal oleh saya bersetuju bahawa para peneroka perlu pergi ke Mahkamah kerana ingin mendapatkan keadilan. Lihat soal jawab berikut :-

Soalan (S): Sekarang ni bila Felda uruskan tanam semula, Felda guna duit dalam tabung,sebahagian duit itu sebahagian duit Plaintif,betul?

Jawapan (J) : Betul

S: Maknanya Felda diberi izin berdasarkan perjanjian ini untuk guna wang tabung tanam semula,duit itu yang sebahagiannya ada duit Plaintif.tapi bila peneroka nak tanam sendiri macam-macam syarat dikenakan.wajar tak wajar?

J: Wajar.

S: Kalaulah saya katakan Peneroka yang tanam melalui Felda mereka boleh guna RM 1,700,sepatutya hak yang sama diberikan kepada Plaintif,betul?

J: Betul

S: Tiba-tiba 2002 tak dapat langsung. Adil ke tak?

J : Tak adil.

S: Kalau tak adil tu la pergi mahkamah. Tu la mereka pergi mahkamah untuk dapat keadilan. Betul?

J: Betul

Ahmad Maslan menyatakan tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Sekali lagi bercakap bohong jadi hobi Ahmad Maslan.

Mengapakah Ahmad Maslan enggan menyatakan kebenaran bahawa semasa saksi Felda memberikan keterangan saksi Felda tanpa berselindung menyatakan bahawa ketiga-tiga peneroka itu hanya layak menerima RM 11,000 lebih sahaja setiap orang sedangkan berdasarkan garis panduan Felda sendiri mereka layak menerima RM 1700 seekar ( RM 1700 x 14 ekar = RM 23, 800-00 ).

Jika 3 peneroka ini tidak saman Felda di Mahkamah apakah jaminan Felda setuju bayar mereka jumlah penuh sebanyak RM 23, 800-00 ? Apabila Mahkamah memutuskan mereka layak dibayar RM 1700 seekar tindakan Felda hanya bayar RM 11,000 lebih sahaja kepada 3 peneroka tersebut adalah jelas tidak betul.

Akhir sekali Ahmad Maslan menyatakan saman itu hanya merugikan para peneroka kerana mereka terpaksa membayar khidmat peguam. Mengapakah Ahmad Maslan tidak pula menyatakan bahawa tindakan Felda menggunakan peguam dan membayar kos peguam Felda yang tinggi juga membuang duit Felda sahaja hanya semata-mata Felda mahu tegakkan benang basah dan ingin menafikan hak peneroka.

Oh mungkin bagi Ahmad Maslan tidak salah Felda membazir duit bayar yuran peguam Felda sebab duit Felda itu hakikatnya datang dari hasil penat lelah peneroka juga ! Bukankah lebih baik Felda bayar peneroka wang tanam semula dari bayar wang kepada peguam Felda bagi membela Felda untuk tidak mahu bayar wang tanam semula kepada peneroka.


www.peguampas.blogspot.com

Pasai tu kut agaknya hanya 15 wanita pertama dunia yang hadir, depa dah tau cerita di malaysia ni dari a sampai z, rakyat sendiri yang miskin jadi peneroka pun kena masuk mahkamah kerana nak hak , bagaimana kalau orang lain bukan rakyat, tentu mereka was-was untuk datang , agaknya le. Daripada 198 negara , yang hadir hanya 15 saja,itupun tak nampak dari negara membangun atau maju yang menghadirinya.
Apa yang best lagi, bila resolusi yang dibuat hanya diserah sesama sendiri , tidak nampak pun yang terima tu wakil PBB ke, atau mana-mana wakil badan dunia ke, entahlah yang pasti berapa los persidangan tu agaknya....

tak kan nak biax saja kot Hisham! siasat la tengok,,

Posted: 14 Oct 2010 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang untuk membuat siasatan ke atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga dalam urusan polis.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas dakwaan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu hasil siasatan dakwaan bekas Ketua Polis Negara itu, pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

Pada 6 September lepas, Musa melahirkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

Kementerian berkenaan kemudiannya menafikan dakwaan tersebut. - Bernama

Tu dia , kena atas batang hidung sendiri, kata tak perlu, dan tak akan ambil tindakan keatas Musa Hassan pun. Tapi kalau kena orang lain, belum sempat habis tulis report polis, terus arah siasat, kes belum tentu apa-apa dah terus arahkan siasatan, lepas tu buat heboh dalam berita dan putar belit cerita. Dalam hal ini ana kesian juga kat Musa Hassan ni, jenuh dia dok kelepiax masa jadi KPN dulu, kata dia ada pihak ketiga yang selalu ganggu dia, entah manusia entah hantu raya , entah jin atau pelesit dia tak cakap pula, tapi bila pencen baru dia habax ada pihak ketiga yang ganggu, bila rakyat suruh siasat siapa dia, Menteri kata tak perlu, padahal yang kata ganggu itu bukan sembarangan orang, tapi bekas ketua polis negar, apa la nak jadi dengan polis Malaysia ni nanti tak tahulah kita.

Apa punya jawapan ni aduhai Menteri?

Posted: 13 Oct 2010 11:27 PM PDT

Semalam dalam soalan no 4 kepada Menteri Pertahanan ana kemukakan permasalahan berhubung dengan pasukan pengaman kita yang mengikuti misi pengaman di beberapa buah negara yang berkonflik sejakselepas perang dunia keuda dari tahun 60an lagi.
Mengikut jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Datok Dr Latif itu, Malaysia telah beberapa kali diberi kepercayaan menjadi anggota pengaman ini sejak dari Congo , Namibia, Campuchea, Iraq, Somalia, Lubnan dan terakhir sekarang masih lagi di Afghanistan dalam kor Perubatan.
Dalam konflik yang berlaku, Malaysia telah beberapa kali membuat syor tetapi seolah-olah tidak dilayan oleh PBB walaupun pada ketika itu kita menjadi pengerusi OIC dan NAM .
Sebagai soalan tambahan ana telah bertanya pada konflik Lubnan Israel Malaysia telah mengesyorkan satu Misi Pengaman Negara OIC , semasa konflik di Lautan Aden , yakni semasa berleluasanya lanun disitu, Malaysia telah mengesyorkan penubuhan pasukan pengaman maritim antarangsa sebagai pasukan pengaman, serta semasa menjadi anggota pengaman di Bosnia Herzegovena dimana pasukan kita melihat penyembelihan rakyat Bosnia oleh Serbia dan misi UNPROFOR , Malaysia mengesyorkan supaya ditambahkan persenjataan kepada anggota, tetapi semua syor Mlaysia itu semasa ada taring dan gigi iaitu pengerusi OIC dan NAM , syor kita tidak dilayan , apatah lagi pada ketika ini kita tidak mempunyai apa-apa gigi dan taring lagi, apakah plan kita didalam memperkasakan lagi penglibatan kita didalam pasukan pengaman ini.
Apa yang sedihnya ana tidak mendapat jawapan yang memuaskan daripada Timbalan Menteri tersebut.

Adakah ia akan terbina ditempat anda???

Posted: 13 Oct 2010 08:05 PM PDT

Loji nuklear: Lapan lokasi dikenalpasti
Okt 13, 10 3:52pm
Kongsi 0Kerajaan sudah mengenal pasti lapan lokasi di Semenanjung Malaysia untuk membina loji janakuasa nuklear pertama negara yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad berkata lokasi itu bagaimanapun masih lagi dalam kajian untuk dipilih sebagai lokasi sesuai yang memenuhi kriteria sebelum diumumkan oleh kerajaan.
"Antara kriteria yang mesti ada untuk membina loji janakuasa nuklear ini ialah kita memerlukan kawasan yang berhampiran dengan sumber air, mempunyai struktur tanah yang berbatu keras dan kawasan yang tidak mudah banjir."Jika ada penduduk di kawasan yang dipilih itu, mereka harus berpindah manakala kawasan yang sudah dibangunkan pula kita perlu pindahkan tetapi kosnya sangat mahal."Apa-apa pun segala keputusan akhir akan dibuat oleh kerajaan dan dijangka ditetapkan dalam tahun 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Pengurusan Kualiti 2010 di Kuala Lumpur hari ini.Mengenai aspek keselamatan loji janakuasa nuklear itu, Daud berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang kerana pelbagai proses penambahbaikan telah dilakukan mengikut peredaran teknologi pada masa kini.Menurutnya pihak agensi turut mengadakan pelbagai program untuk menghebahkan maklumat kepada orang ramai mengenai kebaikan dan keburukan pembinaan loji janakuasa itu.
Beliau berkata semua pihak termasuk Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), ahli politik termasuk pembangkang, dan pihak swasta bolh memberi pandangan mengenai pembinaan pusat janakuasa itu."Kita perlukan maklum balas daripada mereka, jadi adalah penting untuk mereka tahu mengenainya (loji janakuasa nuklear) sebelum keputusan dibuat," katanya.Mengenai simposium itu, Daud berkata ia menyentuh tentang budaya kualiti dan pengurusan pengetahuan, penanda aras kualiti dan penjenamaan, perkhidmatan pelanggan, standard dan akreditasi, pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan kualiti berterusan dan persaingan pasaran.Seramai 120 peserta dari agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta menghadiri simposium dua hari itu.- Bernama

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 14 Oct 2010 01:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


RAYUAN SUMBANGAN UNTUK PENUBUHAN MAAHAD TAHFIZ PERTAMA DIBAWAH DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

Posted: 13 Oct 2010 08:04 PM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dalam usaha untuk menubuhkan sebuah Maahad tafiz Quran yang pertama dibawah Kendalian Dewan Pemuda PAS Kedah. Sebuah tapak telah dikenal pasti untuk dijadikan Maahad Tahfiz . Sehubungan dengan itu orang ramai dijemput untuk menghulurkan sumbangan bagi mengumpul dana bagi kerja-kerja persiapan awal penubuhan Maahad Tahfiz ini.
Sumbangan boleh dihulurkan melalui " TABUNG PENDIDIKAN ISLAM KEDAH" NO AKAUN BANK ISLAM : 02011010058929

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Mohamad bin Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di talian 019 4227323

Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah memiliki 2 buah Sekolah rendah Islam iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar dan Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) di Guar Chempedak dan turut mengendalikan  Sekolah Menengah Agama Al Baqiyatus Solihat di Kg. Ranggut, Langkawi yang akan memasuki tahun kedua pada 2011.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 14 Oct 2010 11:29 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PRK Galas; Jentera PAS Terengganu dilancar pada 26 Oktober

Posted: 13 Oct 2010 11:09 AM PDT

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan kerja sehari ke DUN Galas bagi menyusun kerja-kerja,  menjelang hari penamaan calon yang akan diadakan 26 oktober.

Menurut Pengarahnya, Ariffin Deraman, lawatan tersebut adalah bertujuan menyelaraskan kerja-kerja jentera Terengganu yang akan bertindak sebagai jentera pembantu di Peti Undi Batu Papan.

Beliau memaklumkan jentera PAS Terengganu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Peti Undi berkenaan pada 26 Oktober, selepas selesai proses penamaan calon.

"InsyaAllah, Presiden PAS sudah mengesahkan akan melancarkan jentera PAS Terengganu di Peti Undi Batu Papan pada 26 Oktober,

"oleh itu, semua petugas dari Terengganu diharap dapat bersama mendengar amanat yang akan disampaikan oleh Tok Guru (Abdul hadi Awang) pada jam 4.30 petang,"katanya ketika dihubungi Selasa 12 Oktober.

Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat yang turut sama dalam lawatan tersebut berkata, modus operandi jentera PAS Terengganu dibahagikan kepada lima gelombang, bermula 15 Oktober.

"Gelombang pertama akan mula betugas pada 15 Oktober yang terdiri dari 15 anggota, termasuk tenaga dari Muslimat, setiap gelombang akan bertugas selama 6 hari secara silih berganti, kekuatan semasa jentera PAS Terengganu di Peti Undi tersebut adalah seramai 50 anggota"jelasnya

Menurutnya, Peti Undi Batu Papan dimenangi PAS dalam pilihanraya umum ke-12, tahun 2008. Terdapat seramai 1402 pengundi dalam Peti Undi Batu Papan, daripada jumlah tersebut 184 orang adalah pengundi Cina.

"Jentera utama di Batu Papan adalah dari PAS Kawasan Machang dan Pasir Putih, jentera pembantu dari negeri Terengganu dan Negeri Sembilan, tinjauan yang dibuat sempena lawatan, mendapati 70% pengundi Cina melahirkan rasa muak dan bosan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN),"tambah Haji Hanafiah 

Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman

Posted: 09 Oct 2010 11:34 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 14 Oct 2010 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


Ulama Muda UMNO Yang Jahil Agama

Posted: 14 Oct 2010 07:41 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg72ARtKjcDIxnEpL-Pj_MBCry0dm-8KLOXH8OrpbM3Fo3xiCYeYZtA6f7RXm10fiM7bTfyY7GnSGfSREn_tS9lfgvJjU35s26uKVhNVn7Rcyv_vlt6FDNk5798_H9ZxwFfn2uiOLI_wzA/s1600/masuk-keranda.jpg

Ulama muda Umno yang baru-baru ini menegur kerajaan negeri Kelantan berhubung misi Munajat Royalti Minyak yang dianggap sebagai pembaziran akhirnya membisu dalam isu konsert artis gay, Adam Lambert yang akan mengadakan persembahannya di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata ini merupakan sumbangan ulama muda yang menyertai Umno yang telah memberikan nasihat kepada pimpinan Umno-Barisan Nasional tentang cara-cara untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya ucapkan tahniah kepada ulama-ulama muda ini yang telah berjaya me'reform' dan memperkasakan Umno-BN dengan cara membawa masuk budaya kuning yang tidak sihat ini ke dalam negara," sindir beliau ketika ditemui Suara Keadilan.

Sebelum itu, seorang ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang juga anak bekas Mufti Perlis dalam kolumnya di dalam sebuah portal web berita menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan yang memfailkan saman royalti sebagai zalim.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan negeri yang sedang mengumpulkan dana sebanyak RM400,000 untuk misi munajat tersebut.

Katanya, wang tersebut sewajar digunakan untuk program-program ilmiah seperti mengingatkan masyarakat tentang pentingnya akidah, memperkenalkan sunnah dan bahaya bidaah.

Namun begitu, kata Mahfuz, ketika kebanyakan rakyat membantah kehadiran Adam Lambert, ulama muda Umno ini gagal menjalankan tanggungjawab mereka menasihati Umno-BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu akhlak dan moral serta bahaya budaya songsang kepada golongan anak muda di negara ini.

UMNO/BN cekik darah

Posted: 14 Oct 2010 03:12 AM PDT

http://abuthalhah.files.wordpress.com/2009/07/blood1.jpg

Majoriti rakyat Malaysia sudah memahami taktik dan teknik yang digunakan oleh UMNO-BN untuk cuba menaikkan imej mereka dalam kalangan rakyat sejak kekalahan besar dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Mereka pun bercakap tentang perubahan. Lalu berkumandanglah Konsep 1 Malaysia, KPI, NKRA, Model Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Ke-10, dan sebagainya.

Anehnya, Mahathir sendiri tidak memahami Konsep 1 Malaysia. Muhyiddin tetap dengan Malay First. Yang terkial-kial dengan 1 Malaysia hanya Najib dengan Rais. Macam mana nak berubah?

KPI sudah melantun-lantun sekarang ini. Kehebatan tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Anggota kabinet terdiri daripada Senator yang kalah dalam PRU Ke-12 atau tidak bertanding langsung. Kenaikan mereka bukan atas sokongan rakyat. Mereka bukan wakil rakyat. Yang jadi wakil rakyat dan menteri pun KPI-nya merudum. Kes orang hilang pun hanya dapat diselesaikan sebanyak 60% daripada keseluruhannya!!! Anehnya, kejayaan yang ciput itulah menjadi kebanggaan menteri berkenaan.

NKRA tidak dapat digapai dengan sempurna. Keberkesanannya amat diragukan. Koridor ekonomi beransur-ansur lenyap daripada perhatian kerana poket kerajaan semakin nipis dan keengganan pelabur datang berniaga kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Model Ekonomi Baru dikritik oleh orang UMNO sendiri. MCA mahu 30% ekuiti Melayu dipadamkan. Mula-mula PERKASA terpekik terlolong. Bila sokongan orang Cina terhadap BN semakin kurang, masing-masing lembek macam agar-agar terlebih air.

Rancangan Malaysia Ke-10 hanya mengulang retorik lama. Peruntukan khas sudah berapa kali dikeluarkan, terutama untuk Sarawak dan Sabah. Kedua-dua negeri itu masih tetap di takuk lama. Duit sudah banyak habis. Rakyat masih hidup seperti sedia kala. Siapa yang untung? Anda jawablah sendiri.

Apabila Najib mula membuat rayuan supaya diberi mandat pada PRU Ke-13 nanti, fahamlah rakyat bahawa nawaitu UMNO-BN melaksanakan semua program itu berudang di sebalik batu. Tiada keikhlasan dalam jiwa mereka. Mereka hanya mahu mempertahankan kuasa.

Rakyat tidak bodoh. Mereka telah melihat banyak kegagalan dalam pelaksanaan dasar UMNO-BN. DEB hanya memperkayakan pemimpin dan kroni. Dasar Pembangunan Nasional terus gagal memartabatkan Melayu dalam bidang ekonomi. Yang terserlah hanya dokumen Wawasan 2020 tanpa perisian yang membanggakan. Dasar Wawasan Negara yang akan tamat hujung tahun ini pasti gagal menggapai 30% ekuit Bumiputera dan membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.

Oleh sebab itu, rakyat tidak boleh lagi melayan karenah UMNO-BN yang tak rok cetong ini. Mereka akan berikan kuasa itu kepada pihak lain. Mereka tahu UMNO-BN ialah sokong membawa rebah. Malaysia yang tercinta ini mesti diselamatkan daripada dikuasai parti rasuah, pengkhianat, dan rasis.

Tiada konspirasi

Posted: 13 Oct 2010 11:26 PM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Okt — Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Saifuddin yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu menegaskan, surat pekeliling yang dihantar pada 19 Julai lalu jelas menunjukkan semua pencalonan melibatkan pemilihan peringkat pusat harus diserahkan kepada ibu pejabat PKR sebelum 10 Oktober 2010.
"Saya tidak mahu komen mengenai kononnya wujud konspirasi tetapi ingin saya jelaskan bahawa dalam surat pekeliling yang dihantar kepada semua peringkat jelas tertulis senarai calon hendaklah dihantar pada 10 Oktober.
"Yang menjadi isunya adalah tarikh 10 Oktober kerana ramai orang yang tidak tahu.
"Tetapi jika lihat pada surat pekeliling yang dihantar kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, ketua-ketua wanita PKR negeri, ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, ketua-ketua cabang dan setiausaha-setiausaha cabang ia memang jelas tertulis tarikh akhirnya hantar senarai pencalonan itu," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.
Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung PKR yang bertarikh 19 Julai mengatakan tarikh akhir peneriman pencalonan pemilihan peringkat pusat daripada cabang-cabang adalah ditetapkan pada 10 Oktober 2010.
Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada tarikh tersebut.
"Sebanyak 162 cabang telah mematuhinya dan hantar senarai pencalonan sebelum 10 Oktober.
"Jadi sebenarnya ia tidak wujud soal mahu sembunyikan tarikh atau sabotaj sesiapa dalam pemilihan parti," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Semalam, pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.
Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan.
Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu.
Dalam kenyataan berasingan dikeluarkan hari ini, Ketua Selangau Steven Epay Ganing dan rakan sejawatannya dari Semporna Lokma Uri berkata, tindakan pihak pengurusan parti tidak memaklumkan perkara itu adalah tidak wajar dan tidak adil.
"Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil sama ada oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (DPP) adalah tidak wajar dan kami kecewa.
"Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya," kata Steven Epay dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Lokman pula berkata tindakan tersebut seolah-olah satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat S. Manikavasagam mencadangkan JPP agar melanjutkan tarikh akhir sehingga 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.
Nurul Izzah dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 14 Oct 2010 11:18 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Pemuda PAS, siswa turun bantah konsert Lambert

Posted: 14 Oct 2010 12:36 AM PDT

Dewan Pemuda PAS dan aktivis mahasiswa akan turun beramai-ramai ke Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini bagi membantah persembahan konsert artis 'gay', Adam Lambert.

Pegawai media Dewan Pemuda PAS, Fadhil Osman berkata, pihaknya menyeru ahli dan penyokong parti itu supaya turun beramai-ramai bagi menjayakan protes tersebut.

"Kami akan mengedarkan kira-kira 5,000 risalah membantah konsert Adam Lambert," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan satu solat hajat di surau berdekatan stesen STAR Bukit Jalil, diikuti dengan ucapan barisan kepimpinan Pemuda PAS, membantah konsert tersebut.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Solidiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengerahkan kira-kira 500 siswa di sekitar Lembah Klang untuk hadir membantah konsert tersebut.

Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman berkata, bantahan malam ini akan diketuai oleh pengerusi majlis politik nasional Gamis, Ahmad Shukri Razak.

Ditanya mengenai bantahan yang sama oleh Pemuda PAS, beliau berkata, perhimpunan anjuran pihaknya itu akan berlangsung secara berasingan.

"Bagaimanapun, kami akan menyertai majlis solat hajat bersama Pemuda PAS," tambahnya.

Mohd Ridzuan berkata, risalah juga akan diedarkan kepada orang ramai yang datang ke konsert tersebut.

"Kira-kira 2,000 risalah membantah konsert itu telah dicetak untuk diedarkan malam ini," tambahnya.

Peserta perhimpunan itu juga akan membawa beberapa kain rentang membantah penganjuran konsert Adam Lambert.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 14 Oct 2010 11:10 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


TABUNG JIHAD PILIHANRAYA BATU SAPI

Posted: 14 Oct 2010 12:38 AM PDT



Pilihanraya kecil Batu Sapi akan tiba.Hanya menunggu SPR umum TAPI kita pejuang tidak boleh menunggu!

Derma dan infaq ke TABUNG JIHAD untuk menampung dana Pilihanraya Kecil Batu Sapi!

Dengan itu tuan/puan boleh menyumbang ke dalam akaun PAS KAWASAN

KENINGAU,MAYBANK NO.AKAUN 560090001060.

Bantulah jentera Parti ISLAM SeMalaysia PAS KAWASAN KENINGAU UNTUK MEMENANGKAN PR DI SANA!

"Pas akan pastikan BN-UMNO hilang deposit di Sabah"-Hisammuddin Sulaiman

Posted: 14 Oct 2010 12:14 AM PDT


    Memulakan salam dari rakyat Sabah Negeri Bawah Bayu untuk Seluruh Rakyat Malaysia Di Semenanjung, "Kami akan pastikan UMNO BN hilang kuasa dan perarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Putrajaya menjadi kenyataan, kami akan pastikn deposit UMNO BN di Sabah hilang dalam PRU 13 nanti,
mari sama-sama kita kerja keras, berganding bahu lupakan batas sempadan agama bangsa dan warna kulit menerima realiti masyarakat  majmuk," Tegas Ybg Sdr Hismuddin Sulaiman,Ketua Penerangan PAS SABAH merangkap YDP PAS KENINGAU, dalam ucapan mewakili PAS dan PR Sabh di Perak.

Pengikut