"LAWAK bodoh dan kenyataan pemimpin hilang pedoman", itu reaksi Datuk Wira Syed AliAlhabshee mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa boleh selesaikan konflik Indobnesia- Malaysia dalam masa dua minggu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, kenyataan Anwar berupa cerita dongeng yang terlalu sukar untuk diterima oleh rakyat yang berfikiran waras.
"Rumah tangga sendiri tunggang terbalik dengan pelbagai sampah dan najis politik, inikan pula cuba buat kenyataan yang tidak masuk akal," tetgasnya.
Sebaliknya kata beliau, Anwar sepatutnya terlebih dahulu membetulkan segala kepincangan dan keburukan yang sedang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada bercakap mengenai isu yang tidak munasabah.
"Hubungan Indonesia-Malaysia tiada masalah, cuma sedikit kekecohan dilakukan satu kumpulan kecil yang menerima upah daripada pihak tertentu, apa yang Anwar mahu selesaikannya," ujar beliau.
Syed Ali menempelak Anwar kerana sibuk bercakap perihal isu negara sedangkan dirinya sendiri masih dibelenggu pelbagai masalah kepimpinan dan moral seperti kes liwat.
"Anwar tidak ubah seperti ayam jantan yang mengejar ayam betina, berkokok berdegar-degar keliling kampung tetapi ekor sendiri dipenuhi najis," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa pertikaian dan masalah Indonesia-Malaysia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri sepetrti disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini.
Anwar menegaskan beliau hanya memerlukan dua minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku membabitkan kedua-dua negara.
Dalam wawancara dengan setesen televisyen TVOne di Jakarta semalam, Anwar dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendokong demokrasi berbanding pihak pemerintah Malaysia.
"Lawak bodoh Anwar ini sama dengan cerita tukang sapu jalan yang memberitahu orang ramai bahawa beliau boleh mencipta sebuah lori sampah dalam masa sebulan," kata Syed Ali lagi.
Menurutnya, kenyataan Anwar itu bukan perkara baru kerana beliau semengnya teruja untuk mengecam negara sendiri di luar negeri, sepertimana perlakuan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush terhadap Saddam Hussein di Iraq.
"Itulah kerja khaianat Anwar memburukkan pemimpin negara ini dalam usaha beliau mengemis ehsan dan simpati negara luar supaya niatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," tambahnya lagi.
Katanya, Anwar sepatutnya terlebih dahulu mencari formula bagaimana untuk memulihkan imej PKR yang diselubungi pelbagai kepincangan, keburukan dan turut dianggotai oleh mereka yang berkelakuan samseng serta tidak ada etika berpolitik.
Beliau menyebut contoh bagaimana budaya baling kerusi, bertumbuk, membuang kertas undi dan bermasam-macam lagi perlakuan ala-samseng masih berlaku dalam parti itu.
Syed Ali juga mendakwa Anwar sanggup mengkhianati amanah rakyat apabila sengaja melarikan dri daripada persidangan Parlimen yang sedang berjalan.
"Dia sanggup lari daripada Parlimen untuk pergi ke Jakarta, dua kali dalam masa dua minggu. Apa motif beliau? apakah untuk mengumpul dan mengupah pihak tetrtentu supaya melakukan tunjuk perasaan anti-Malaysia?," soal beliau.
Menurutnya lagi, Anwar juga boleh disifatkan sebagai 'Raja Muslihat' kerana apabila bersambungnya perbicaraan kes liwat, beliau cuba cari helah untuk tangguhkan dengan alasan bagi menghadiri persidangan Dewan Rakyat.
"Ini cerita apa ? bila ada persidangan Parlimen dia lari ke Indonesia, apabila sambung pula bicara kes liwat, cari helah untuk tangguh. Cakap putar belit yang memberi gambaran Anwar semakin hilang pedoman," tegasnya.
Oleh kerana itu tegasnya, pihak mahkamah perlu mengambil kira dengan pelbagai helah dan muslihat yang sedang dilakukan Anwar bagi memastikan proses perbicaraan tidak ditangguhkan lagi.
Syed Ali juga melahirkan rasa hairan kenapa cerdik pandai dalam PKR masih lagi menjadi 'keldai politik' kepada Anwar yang jelas merupakan pengkhianat dan pembohong besar dalam sejarah politik tanahair.
"Dalam PKR, ada bekas menteri, ada peguam hebat, ada ceridik pandai, ada usahawan, ada guru dan tidak kurang juga ada kaki samseng, tetapi kenapa mereka masih sanggup diperbodohkan oleh Anwar,?
Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong-penyokong PKR yang berfikiran rasional supaya segera meninggalkan PKR kerana haluan parti tiu sudah menemui jalan penghujungnya.
Lihatlah dan sedarlah berapa ramai Ahli Parlimen Pembangkang yg menjawat jawatan PEGUAM? Memang zaman akhir zaman akan wujud golongan fasik:-peguam yang menegakkan kebatilan. Dan sesungguhNya Allah Maha Kaya membuka mata dan hati kita melihat siapakah ANWAR sebenarnya. Para PEGUAM ni, tidak ubah seperti ANJING belaan ANWAR. Menyalak apabila kedudukan BOSS nya diganggu-gugat.
Baik bubar sahaja MAJLIS PEGUAM yg terang-terang BUTA HATI dan BUTA MATA melihat kebenaran.
Wee sahkan akuan bersumpah pertama Rahimi tidak babitkan PM dan isteri...
Kenapa akuan bersumpah pertama yang ditandatangi Muhd Rahimi Osman, bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh hilang?
"Ini pelik," kata Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju, Wee Choo Keong sambil mendakwa ujud skandal dan konspirasi dalam (PKR berhubung akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi bagi memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Malah bekas pemimpin PKR itu turut kecewa kerana Ketua Penerangan parti itu Latheefa Koya cuba mengaitkannya dalam isu tersebut sedangkan beliau hanya terlibat dalam akuan bersumpah pertama Rahimi sebagai Pesuruhjaya Sumpah.
Katanya, akuan bersumpah yang ditandatangani Rahimi padal awal pagi 29 Jun 2008 tidak mengaitkan mana-mana pihak berhubungan laporan liwat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
""Saya boleh katakan 100 peratus dalam akuan bersumpah pertama yang dikatakan oleh pihak tertentu telah hilang, kandungannya tidak menuduh sesiapa terlibat dalam laporan polis Mohd Saiful.
"Ia hanya mengenai perasaan takut (Rahimi) pasali keselamatannya, hanya tentang itu. Sebab itu saya terkejut, mengapa dalam akuan bersumpah kedua ada menyatakan Perdana Menteri terlibat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.
Beliau percaya, keujudan akuan bersumpah kedua kerana ada motif tertentu yang tidak berpuashati dengan akuan bersumpah pertama yang dibuat oleh Rahimi.
Menurut Wee, beliau tidak terbabit dengan akuan sumpah ke dua.
"Saya amat kecewa apabila Latheefa libatkan saya. Dari awal lagi saya tak mahu campur tangan dalam skandal ini sebab saya tahu bahawa (motif) akuan bersumpah kedua ini merupakan skandal dan konspirasi untuk mencemarkan imej pihak tertentu.
"Ia hanya untuk tujuan politik, Latheefa ini saya anggap seperti seorang budak politik tak matang, dia mungkin dalam keadaan terdesak untuk membebaskan diri sendiri daripada kemungkinan didakwa oleh polis atau peguam negara mengenai akuan bersumpah (kedua) yang didakwa Muhamad Rahimi sebagai palsu," katanya.
Menceritakan mengenai situasi pada malam 28 Jun 2008 semasa beliau hadir di Hotel Quality Shah Alam, Muhamad Rahimi dibawa masuk ke salah satu bilik di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa orang individu.
Menurut Wee, beliau kemudiannya dibawa bertemu dengan Anwar bagi mengadakan perbincangan di dalam bilik lain selama lebih kurang satu jam.
"Apabila Muhamad Rahimi keluar, beliau diminta menandatangani satu akuan bersumpah dalam bahasa Malaysia. Masa itu lebih kurang pukul 2 atau 3 pagi pada 29 Jun.
"Ketika itu saya nampak Muhamad Rahimi dalam keadaan gementar dan tertekan," katanya.
Minggu lalu Muhamad Rahimi membuat laporan polis mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 berhubung kes liwat Anwar,
Satu lagi akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri.
Sehubungan itu, Wee berhasrat mendedahkan kandungan surat bersumpah pertama Rahimi yang beliau dapat mencari dokumen itu yang diyakini masih ada dalam simpanannya.
Dalam pada itu, Wee juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan akuan bersumpah sehingga jadi alat politik.
Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar...
Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa.
Beliau membuat laporan polis di IPD Shah Alam tengahari Rabu mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah berhububung kes yang sama.
Rasid mengaku mengenali Anwar semenjak berada di dalam penjara di Sungai Buloh dan kemudian bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat Ketua Umum PKR itu.
Berikut ialah kenyataan penuh Rasid kepada media berhubung laporan polis yang dibuatnya:
Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008.
Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI.
Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman.
Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya.
Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia.
Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.
Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut.
Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah.
Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri.
Pergerakan Pemuda Umno mahu Barisan Nasional (BN) mengkaji semula formula pembahagian kerusi sekiranya mahu mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, formula pembahagian kerusi tersebut perlu dilihat kepada aspek kekuatan parti masing-masing kerana landskap politik negara sudah berubah. "Kita perlu melihat dengan jujur dan ikhlas dalam soal [...]
Kita semua seharusnya sambut baik saranan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar kerajaan mengkaji semula kuota 30% bumiputera yang diamalkan kerajaan sekarang. Tapi kajian yang kita sokong untuk kerajaan laksanakan ialah bagaimana untuk menaikkan kuota 30% itu kepada 50% atau lebih lagi. Kita rasa perlu untuk naikkan kuota tersebut sebab dengan perkembangan ekonomi yang pesat sekarang, ramai peniaga cina yang beroleh keuntungan dengan menjadi pembekal/vendor kepada syarikat pelaburan asing yang melabur di Negara kita, let alone syarikat tempatan sendiri. Semua ini menyebabkan kaum cina menguasai 40% ekonomi negara disebalik status mereka sebagai golongan minoriti di negara ini.
Pandai betul Presiden MCA, dalam dia minta kita jangan sentuh isu perkauman sensitif termasuk isu sekolah cina, dia sendiri dok pertikaikan kuota bumiputera yang bertujuan untuk mengelakkan masalah ketidak seimbangan ekonomi oleh kaum-kaum tertentu berlaku dalam negara kita. Alasannya, kuota 30% itu tidak disebut dalam perlembagaan, tapi adakah Sekolah jenis kebangsaan cina ini turut disebut dalam perlembagaan?
Kerajaan perlu memikirkan formula baru untuk mengatasi masalah monopoli kaum cina dalam bidang perniagaan ini. Tujuan itu ialah kerana monopoli ini sedang digunakan untuk mengugut kerajaan dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada banyak pihak. Sudahlah kaum cina menguasai kontrak-kontrak dengan syarikat swasta yang jauh lebih besar nilainya, jumlah yang sedikit dalam kontrak kerajaan ini pun depa mahu sapu juga?
Kerajaan BN yang dikuasai UMNO tidak sedikit pun selama ini meminggirkan kaum cina baik dari segi apa pun. Kalau tidak, bagaimana mereka boleh menguasai 40% ekonomi negara!! Yang paling penting kepada kerajaan sekarang ialah bukan membahagi-bahagikan kontrak secara merit tapi untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi di kalangan rakyat Malaysia.
Orang melayu bukan takut nak bersaing dengan kaum cina dalam hal ekonomi. Kita ada kuasa beli yang lebih besar daripada mereka, kalau semua melayu bersatu tidak mahu membeli atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan kaum cina di negara ini, nescaya mereka, tanpa disuruh akan bungkus kain baju pi balik tanah besar. Cuma yang kita harapkan ialah tidak wujud monopoli sesuatu kaum dalam ekonomi negara kita ini.
Jadi harapan kita agar kerajaan mengambil situasi semasa ekonomi sekarang dan mewujudkan formula baru yang boleh mengimbangi kedudukkan ekonomi antara kaum dalam negara kita. Kita memerlukan satu reformasi ekonomi yang lebih baik mengambil kira keadaan persekitaran kita sekarang. Kita tidak boleh membiarkan ekonomi kita diurus dan dikuasai oleh satu kaum sahaja kerana ia tidak sihat untuk jangka masa panjang.
Penulis bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Chua Soi Lek kerana buat pertama kalinya berbahasa melayu dalam ucapan pembukaan persidangan MCA yang lepas. Pimpinlah MCA dan masyarakat cina supaya dapat menjadi rakyat yang setia seperti mana yang diharapkan oleh Perdana Menteri, bukan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum di Malaysia terutama bumiputera.
Sidang Kemuncak Wanita Pertama sedang rancak berlansung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan. Untuk pengetahuan umum, Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini adalah salah satu inisiatif isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sidang Kemuncak yang dihadiri oleh 5 orang wanita pertama dan menteri-menteri wanita ini akan bersidang selama tiga hari, bermula hari ini. Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini akan memberikan fokus terhadap cara bagaimana keluarga, komuniti, dan kerajaan, boleh bekerjasama untuk mengilap potensi dalam setiap kanak-kanak. Dengan tema "anak hari ini, pemimpin hari esok", program yang julung-julung kali diadakan ini diharap akan membuahkan hasil kepada masa depan negara dan peringkat antarabangsa. Perasmiannya telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri, tanda restu dari seorang suami yang tentunya bangga dengan isterinya yang prihatin dengan fokus Sidang Kemuncak berkenaan. Penulis yakin, sebagai seorang suami, pastinya Dato' Seri Najib amat bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang juga berfikiran jauh seperti Datin Seri Rosmah. Sifat penyayang isteri Perdana Menteri ini begitu terserlah sekali melalui program-program yang dianjurkannya sebelum ini. Diharapkan agar Datin Seri Rosmah akan meneruskan program-program sedemikian pada masa yang akan datang.
Apa? Tidak setuju dengan penulis? Ya. Penulis ada mendengar dan membaca beberapa kritikan yang tidak membina terhadap usaha Datin Seri Rosmah ini. Malah mereka-mereka ini sering mencebik bibir, tanda tidak setuju dengan program-program yang diusahakan oleh Datin Seri Rosmah selama ini. Apatah lagi program yang sebesar Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini. MP Indera Mahkota, Azan Ismail menganggap program seperti ini adalah satu pembaziran. Ada juga suara-suara sumbang yang mencemuh dan mengatakan bahawa "Rosmah bukan Wanita Pertama Malaysia". Ada juga yang mengaitkan dirinya dengan gelaran "big momma yang gilakan glamour".
Pelbagai cemuhan dilemparkan kepada Datin Seri Rosmah. Ada juga yang mengatakan bahawa Rosmah "panas baran". Baiklah, penulis ingin bertanya, apakah pernah kita dengar Datin Seri Rosmah membalas kritikan, cemuhan, makian dan kejian yang dilemparkan kepadanya? Jika benar bahawa dia seorang yang "panas baran", tentunya sudah disumpah seranah mereka-mereka itu. Tentunya beliau sudah mengikut jejak langkah Nik Aziz yang berdoa agar dipecahkan perut mereka-mereka itu. Tapi penulis yakin, belum pernah lagi kita mendengar Datin Seri Rosmah memanggil media untuk memaki hamun mereka-mereka yang cemburu dengan "cara"nya itu. Begitulah sabarnya Wanita Pertama Malaysia. Tidak pernah dibalasnya cemuhan yang diterima.
Pada penulis, pendekatan Datin Seri Rosmah ini adalah satu pendekatan positif untuk rakyat. Setiap insan mempunyai cara masing-masing. Bonda Tun Hasmah mempunyai sentuhan keibuannya yang tersendiri. Begitu juga dengan Arwahyarhamah Datin Seri Endon dan Tun Jean. Begitu juga dengan Datin Seri Rosmah yang mempunyai cara yang teristimewanya sendiri. Mereka-mereka yang tidak senang hati dengan cara dan pendekatan Datin Seri Rosmah ini tentunya sedang mengalami "culture shock", maklumlah Malaysia setahu penulis belum lagi memiliki Wanita Pertama yang mempunyai corak pendekatan seperti Datin Seri Rosmah. Mungkin mereka ini adalah golongan "anti-perubahan" ke arah yang lebih positif. Tidak dapat menerima kenyataan dan perubahan, kata orang.
Azan Ismail menyatakan bahawa program ini adalah satu pembaziran. Benarkah program yang memikirkan tentang masa depan anak-anak Malaysia ini adalah satu pembaziran? Islam sendiri menuntut agar umat Islam sering bermujahadah dan bersyura untuk merancang masa depan yang lebih gemilang. Malah berpuluh-puluh firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran menyeru agar kita berfikir dan bersyura sebegini. Jadi, di atas dasar apakah Azan Ismail menilai program itu? Apakah program yang membawa kebajikan masa depan ini suatu pembaziran? Penulis fikir, program dan demo yang dianjurkan oleh PKR lebih membawa kepada pembaziran dan kerosakan. Program demo PKR sebagai contoh hanyalah membazir waktu penyokong PKR dan pihak keselamatan, membazir air sabun, membazir gas pemedih mata dan tidak kurang pula memberikan kerugian kepada peniaga-peniaga yang terjejas akibat perangai buruk mereka. Azan Ismail "buta hati", mungkin?
Ada juga yang mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah bukan Wanita Pertama Malaysia dan mengatakan bahawa DYMM Permaisuri Agong adalah Wanita Pertama yang lebih layak. Penulis harap, hentikanlah usaha kamu semua "melaga-laga"kan Datin Seri Rosmah dengan DYMM Permaisuri Agong. Gelaran Wanita Pertama sinonimnya diberikan kepada isteri seorang Presiden atau Perdana Menteri sesebuah negara. Penulis menegaskan di sini bahawa DYMM Permaisuri Agong tidak layak langsung memakai gelaran "Wanita Pertama". Gelaran "Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Agong" adalah lebih tinggi martabatnya berbanding gelaran "Wanita Pertama". Apakah kita mahu menjatuhkan martabat DYMM Permaisuri Agong dengan memberikannya gelaran "Wanita Pertama"? Pastinya tidak cocok sekali. Pada penulis, adalah sesuai sekali gelaran "Wanita Pertama" diberikan kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Mungkin ada yang dengkikan hubungan baik Datin Seri Rosmah – DYMM Permaisuri? InsyaAllah, Sidang Kemuncak Wanita Pertama akan melawat DYMM Permaisuri bermesra sambil minum petang. Kenapa? Jealous..???
Penulis menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa Datin Seri Rosmah adalah seorang yang "gila glamour". Sekilas pandang, mungkin ada yang bersetuju dengan dakwaan berkenaan. Namun cuba fikirkan, apakah Datin Seri Rosmah se"glamour" Imelda Marcos di Filiphina? Apakah Datin Seri Rosmah memaksa semua media untuk memuatkan berita dan dirinya untuk disiarkan setiap hari? Jika benar dakwaan tersebut, sila buktikan kapada penulis. Pasti ada yang akan mengungkit kisah dari seorang penerbit yang mendakwa ditukar kerana Rosmah Mansur ini. Benarkah dakwaannya itu? Atau ianya hanya persepsi dirinya sahaja yang mahu menarik perhatian ramai? Maklumlah, orang media ini begitu sinonim dengan perkataan "glamour" dan "celebriti".
Gelaran "Big Momma" kepada Datin Seri Rosmah? Bukankah Islam melarang umat Islam mengeji, biarlah mereka menjawab diakhirat kelak. Lagipun, kelihatan Datin Seri Rosmah sudah banyak "susut" berbanding dahulu. Mungkin kesibukannya itu menyebabkan dirinya semakin hari semakin "susut" berat badan. Penulis hanya mengandaikan, jawapan sebenar ada pada Datin Seri Rosmah sendiri. Baguslah begitu Datin Seri, kurangkan berat badan sambil berbakti kepada rakyat Malaysia.
Penulis ingin berpesan kepada mereka-mereka yang enggan mengiktiraf peranan Wanita Pertama ini dalam memberikan sumbangannya kepada negara, berubahlah! Terimalah kenyataan bahawa Datin Seri Rosmah akan terus memberikan khidmat percumanya kepada rakyat sehingga ke akhir hayatnya. Beliau tidak perlu berpolitik seperti Lo' Lo', Zuraidah dan lain-lain. Datin Seri Rosmah tidak perlu ber"separa bogel" seperti Eli Wong untuk berkhidmat kepada negara. Justeru itu, sembunyikanlah segala buruk sangka, persepsi buruk dan tanggapan negatif itu kerana sifat-sifat itu adalah sifat-sifat negatif atau lebih dikenali sebagai "mazmumah" oleh orang-orang PAS yang "terlebih Arab"nya itu. Buat malu diri sendiri sahaja. Usaha ke arah kebaikan dibalas dengan sifat negatif menunjukkan cara pemikiran yang tidak sihat dan tidak bertamadun. Berubahlah…
Kepada Datin Seri Rosmah, penulis mengucapkan syabas kepada Datin Seri kerana sumbangan-sumbangan ikhlas yang telah dicurahkan kepada rakyat. Teruskan usaha murni Datin Seri itu dan pedulikan saja mereka-mereka yang "kurang asam" itu kerana minda mereka yang kurang tahu menilai harga sebuah pengorbanan. Harap jangan ada pula "suara-suara nakal" yang menuduh penulis cuba "membodek" Wanita Pertama ini kerana setahu penulis, Datin Seri Rosmah Mansor "tidak makan bodek" dan tidak suka "pembodek". Penulis hanya menulis mengikut pemikiran penulis yang sudah lama terpendam. Mungkin penulis kecewa dengan sikap mereka-mereka yang berfikiran terlalu negatif. Wallahu'alam.
STATEMENT BY THE HOUOURABLE MR. ABDUL RAHMAN DAHLAN, MEMBER OF PARLIAMENT AND REPRESENTATIVE OF MALAYSIA ON AGENDA ITEM 18(b) "MACROECONOMIC POLICY QUESTIONS – INTERNATIONAL FINANCIAL SYSTEM AND DEVELOPMENT" AT THE SECOND COMMITTEE OF THE 65th SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY, NEW YORK, 11 OCTOBER 2010
Madam Chair,
Malaysia associates itself with the statement delivered by Yemen on behalf of G77 and China; and Indonesia on behalf of ASEAN.
Madam Chair,
2.Over the past year, discussions on how to strengthen the international financial system has taken place at various meetings and international forums. The world has also witnessed the introduction of substantial fiscal stimulus packages, proposals for regulatory reforms and various policy measures to stabilize and restore market confidence in the financial system. These measures were necessary and have proven to contribute towards stabilizing the global financial markets.
3.However, the question remains on whether the measures that we took to address the financial crisis today will be able to ensure our economic sustainability in the future, or is it another short term measure that will eventually lead to the next world economic crisis.
Madam Chair,
4. The Secretary General's report on international financial system and development has identified 5 elements to strengthen the international financial architecture, namely:
One : Reform of international financial regulation; Two: Urgent need for multilateral surveillance and policy coordination; Three: Effective global financial safety net; Four: International reserve system; and Five : The need for governance reform at the Bretton Woods Institutions.
5.While concurring with the findings reflected in the Secretary General's report, Malaysia is of the view that regulatory reforms at national level should also be given adequate attention. Member states, especially from the developing world, should be given assistance in the form of training and capacity building to develop a stable domestic financial structure, making these states resilient and be able to withstand future crisis.
Madam Chair,
6.Malaysia is looking forward to the outcome of the discussion on a review of IMF quota as part of the efforts on governance reform at the Bretton Woods Institutions. To ensure the rights of developing countries to economic stability and sustainable development, we continue to call for a more balanced representation of developed and developing countries both in the IMF and the World Bank.
Madam Chair,
7. Last year, when we took the floor under the same agenda item, Malaysia had proposed for a greater integration of Islamic finance with the international financial system. Today, we still strongly believe that Islamic finance promotes a coherent economic system and its elements should be considered in the reform of international financial regulations.
8.Malaysia has been at the forefront in of support of global growth and development of Islamic finance through capacity building endeavors.
9. Malaysia's "sukuk" or bond market has come a long way since the issuance of the first global sovereign "sukuk" by Malaysian Government in 2002. It has now evolved into the worlds's largest Islamic bond market, counting for more than fifty percent of the global "sukuk" issuances in the first half of 2010. This achievement has complemented the success of other financial policies and regulations undertaken by the Malaysian government, to ensure sustainable economic development for Malaysia.
Madam Chair,
10.Malaysia looks forward to more positive developments in the area of international financial reform, with the inclusion of elements of the Islamic financial system in the process.
RUKUN NEGARA LATAR BELAKANG Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.
MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan. memelihara corak hidup demokratik. mencipta sebuah masyarakat yang adil. menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai. membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.
ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara -
a)Kepercayaan kepada Tuhan - agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. rakyat yang beragama mudah diurus. perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara - semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
c)Keluhuran Perlembagaan - perlembagaan merupakan undang-undang utama perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
d)Kedaulatan Undang-Undang - rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
e)Kesopanan Dan Kesusilaan - rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
Utusan tidak dilahirkan di atas dulang emas, Utusan dilahirkan dengan air mata
Pada awal tahun 1938 kira-kira 20 orang Melayu di Singapura, termasuklah Encik Yahya Abdul Rahman, Yunan bin Haji Daim, Osman Hassan, Embok Sooloh bin Haji Omar, Sudin Abdul Rahman, Abdullah Abdul Ghani dan saya sendiri telah bertemu di rumah Encik Daud bin Mohd. Shah di Siglap. Kami berbicara selama kira-kira 3 jam berhubung dengan soal hendak melancarkan sebuah suratkhabar Melayu.
Kebanyakan dari mereka yang hadir pada waktu itu menyangka bahawa dengan pengalaman saya selama tujuh tahun bekerja di dalam "Warta Malaya", tentulah saya sanggup menyusun dan menjalankan sebuah syarikat orang Melayu. Pada masa itu umur saya ialah 27 tahun dan saya rasa pada mulanya bahawa syarikat yang dicita-citakan itu harus tidak akan dapat hidup lama kerana terdahulu daripada itu telah berdiri beratus-ratus buah syarikat Melayu dan suratkhabar-suratkhabar serta majalah-majalah Melayu yang mati di dalam masa beberapa bulan sahaja lahirnya ke dunia.
Selain daripada itu saya tahu bahawa Warta Malaya Press Limited yang dipunyai oleh orang-orang Arab yang kaya dan keluarga Alsagoff akan berusaha seberapa daya upayanya pada menghancurkan sebuah suratkhabar lawannya. Juga saya tahu bahawa Encik Abdul Manan bin Mohd. Ali, waktu bersara daripada perkhidmatannya dengan kerajaan dalam tahun 1937 telah berkata bahawa orang-orang Melayu akan melancarkan sebuah suratkhabarnya sendiri. Kekurangan sokongan wang telah menghalang rancangannya itu daripada dijalankan.
Saya meminta sahabat-sahabat saya itu supaya memberi saya tempoh dua hari bagi saya menjalankan beberapa penyiasatan. Saya tahu bahawa tentang soal wang tidaklah begitu sulit lagi. Hanya yang menjadi soal sekarang ialah mencari seorang pengarang, dan pengarang yang handal sekali pada masa itu ialah Tuan Haji Abdul Rahim Kajai yang bekerja di Warta Malaya.
Pagi-pagi esoknya saya berhubung dengan Kajai dan menceritakan padanya rancangan-rancangan kami lalu saya meminta dia bersatu dengan kami. Akhirnya dia bersetuju dan kami pun berjabat tangan.
Hari itu juga saya berjumpa dengan pengasas-pengasas yang lain dan memberitahu mereka bahawa saya telah sanggup menyusun syarikat itu. Janji Kajai pada saya telah menyebabkan saya mencapai keputusan tersebut. Sudah tentu tak siapa pun tahu akan perjanjian sulit kami itu sehingga beberapa waktu yang lama kemudian.
Sekalian pengasas-pengasas telah meletakkan serba sedikit wang masing-masing membawa jumlah $2,000. Syarikat pun didaftarkan dan memorandum serta syarat-syarat persekutuan pun dikeluarkan.
Memang membuat janji hendak membeli adalah perkara yang tidak sama dengan menunaikan janji itu. Kebanyakan dari mereka itu memberitahu isteri-isteri mereka sekiranya saya datang, tolonglah katakan yang mereka tidak ada di rumah.
Beberapa orang meminta saya datang sekali lagi dua bulan kemudian. Setengahnya memberi saya kopi secawan dan akan bersyarah selama dua jam kemudian pada akhirnya hanya membeli satu syer sahaja!
Haji Embok Sooloh dan Encik Daud kerana melihat saya di dalam keadaan susah sentiasa menggalakkan saya dengan kata-kata yang menggirangkan. Haji Embok Sooloh pada hari-hari Jumaat misalnya membawa saya ke Benut dan Pontian di mana sesudah sembahyang Jumaat saya akan memberi syarahan dan dapat juga menjual beberapa syer. Encik Daud telah pergi ke Kuala Lumpur tetapi hanya dapat menjual beberapa syer sahaja.
Dalam masa tiga bulan saya telah mengunjungi tidak kurang daripada tiga puluh dua kampung di Singapura dan bersyarah kepada lebih kurang lima ribu orang Melayu. Biasanya saya ditemani oleh sahabat-sahabat saya yang baik seperti Encik Sudin yang sanggup pula meminjamkan motokarnya kepada saya hingga tengah-tengah malam. Demikian juga Encik Osman Hassan dan Yahya.
Walaupun kami berusaha demikian rupa dan walaupun boleh dikatakan empat ratus orang telah membeli syer, namun kami telah kekurangan kira-kira lapan ribu ringgit untuk memenuhi modal $12,500 yang dibayar dan kami hanya mempunyai masa selama tiga hari lagi itulah had waktu yang kami harus mendapat modal sekurang-kurangnya sebanyak tadi, kerana kalau tidak, pendaftaran kami akan dibatalkan oleh kerajaan.
Barangkali juga Encik Daud dan Embok Sooloh serta beberapa sahabat yang lain telah melihat air mata saya menitik bila saya menyatakan pada mereka bahawa sekiranya wang sebanyak $8,500 tidak didapati dalam masa tiga hari lagi, maka segala usaha kami akan menjadi hampa layang saja.
Kerana terharu barangkali oleh perasaan saya, maka Encik Daud dan Tuan Haji Embok Sooloh walaupun mereka kaya tidaklah mempunyai wang ditangan pada waktu itu - dengan segala susah payah mereka berdua telah berikhtiar dan esoknya mereka memberi saya $8,500 "Kerana kenangkan awak, Yusoff" kata mereka berdua.
Saya tidak kira ada orang yang lebih gembira daripada saya pada malam itu di seluruh Singapura.
Sementara itu orang-orang yang namanya tersebut di bawah ini telah dipilih menjadi pengarah bersekutu syarikat kami. Encik Daud bin Mohd. Shah, Haji Embok Sooloh bin Haji Omar, Haji Abdul Hamid bin Haji Mohamad (Palembang), Tengku Abdul Kadir bin Mohamad, Haji Ismail bin Haji Mohd. Taib, Embok Abdul Ghani bin Haji Omar, Abdul Jalil bin Haji Harun (Encik Endut) dan saya sendiri.
Tidak lama kemudian syarikat pun mengutus saya ke Hong Kong bagi membentuk huruf-huruf Melayu bagi suratkhabar kami.
Kembalinya saya ke Singapura dalam bulan Februari 1939 beberapa jentera cetak yang telah kami pesan daripada England telah sampai dan kami pun menyewa sebuah bangunan di Queen Street.
Barangkali itulah masanya saya bekerja kuat sekali di dalam seumur hidup saya. Menjual syer, menyusun belanja, mengadakan kakitangan bagi akhbar kami, mengatur pejabat, mendirikan jentera-jentera, melantik jabatan pengurus, mencari iklan dan sebagainya. Semuanya ini terpaksa dikerjakan selain daripada kerja saya yang biasa setiap hari mencari insurans polisi yang menjadi sara hidup saya dari semenjak saya meninggalkan Warta Malaya dalam tahun 1937.
Dengan bersulit-sulit Encik Ishak bin Haji Mohamad, Encik Zainal Abidin bin Haji Alias (ZABHA) dan Encik Mohamad bin Samawi telah membuat janji kepada saya bahawa mereka akan masuk Utusan Melayu. Selain daripada itu kira-kira dua puluh orang pengatur huruf dari Warta Malaya seperti Encik Arshod, Baharuddin dan Latif serta tukang lipat kertas seperti Encik Halil telah berjanji akan bekerja bersama-sama saya.
Encik Ishak dan ZABHA telah meninggalkan Warta Malaya boleh dikatakan serentak, sebulan sebelum Utusan Melayu dilancarkan.
Bagi kali yang pertama di dalam sejarah orang-orang Melayu sebuah suratkhabar harian Melayu, dipunyai oleh rakyat jelata Melayu dan dengan suatu azam yang kuat telah berjaya dilancarkan.
Encik Ahmad Semawi bersama-sama dua puluh pengatur huruf yang lain serta Halil bin Ghazali dari Warta Malaya telah masuk bekerja dengan kami seminggu sebelum dari yang berperistiwa itu.
Kebanyakan daripada mereka yang mula-mula sekali menganjurkan syarikat telah sampai siang-siang pada 29hb. Mei, 1939. Tuan Haji Abas bin Taha, Chief Kadi Singapura (kemudian menjadi Mufti Pahang) telah membaca doa selamat.
Dan naskhah Utusan Melayu yang pertama dicetak. Maka sekalian yang hadir di situ berseri-seri oleh senyum yang gembira. Hari yang berbahagia bagi orang-orang Melayu telah sampai.
Bagi kali yang pertama di dalam sejarah orang-orang Melayu, sebuah suratkhabar harian Melayu dan dengan satu azam yang kuat telah berjaya dilancarkan.
------------------------------ * Allahyarham Yusoff Ishak ialah Pengasas Utusan Melayu dan pernah menjadi Presiden Singapura dari 3 Disember 1959 hingga 23 November 1970. Artikel ini dipetik dari tulisan beliau bertajuk: "BAGAIMANA KITA BERMULA" dalam Utusan Melayu, 10 tahun selepas akhbar ini diterbitkan.
1995 N.43 Galas Jumlah Pengundi 11,231 Jumlah Keluar Mengundi 7953 1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056 2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163 3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205 Majoriti 893 – S46
1999 N.43 Galas Jumlah Pengundi 12,091 Jumlah Keluar Mengundi 8705 1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072 2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336 Majoriti 2264 – BN
2004 N.45 Galas Jumlah Pengundi 8972 Jumlah Keluar Mengundi 6805 1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184 2. Che Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455 Majoriti 1729 – BN
2008 N.45 Galas Jumlah Pengundi 10,330 Pecahan Pengundi Melayu 65.81% Cina 22.03% India 1.81% Lain lain 10.32% 1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753 2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399 Majoriti 646 - PAS
Sementara 2 DUN lagi yang berada di dalam Parlimen Gua Musang ini mencatat keputusan pada PRU 12 yang lalu...
N.43 Nenggiri 1. Mat Yusoff Abdul Ghani ( BN ) 4543 2. Mohd Zuki Ibrahim ( PKR ) 2453 Majoriti 2090 – BN
N.44 Paloh 1. Datuk Nozula Mat Diah ( BN ) 5697 2. Rizal Abdul Rahim ( PKR ) 2864 Majoriti 2833 – BN
Tuesday October 5, 2010 The paradox of Sarawak politics CERITALAH By KARIM RASLAN newsdesk@thestar.com.my
While the urban electorate can turn their backs on the government of the day, rural Sarawakians are very dependent on developmental politics.
TRAVELLING through Sarawak has prompted me to think about the fundamental paradoxes that lie at the heart of governance in Malaysia.
While they're at their most pronounced in Sarawak, the themes and challenges are pretty much uniform wherever you go in the country.
As in the peninsula, the cities and towns of Sarawak have turned against Barisan Nasional.
At the same time, most rural areas remain solidly "blue".
It's a mirror image of what is happening across the South China Sea (with the notable exception of Kelantan).
So what's the contradiction?
Well, those who have benefited the most from Barisan's developmental politics — namely urban Malaysians of all races — have become the ruling coalition's toughest critics.
They're not thankful supplicants, kissing the hands of the local MP or state assemblyman.
Ordinary Malaysians want more, and they want it now.
In their eyes, legislators are just "public servants" whose emphasis should be on serving.
The critical factor is that urban Malaysians are no longer dependent on Barisan for basic amenities like water, housing or electricity.
Besides that, many now work in the private sector.
Their livelihoods are no longer solely dependent on political influence.
Because of this, they're able to turn their backs on the patronage and service "machine" that empowered them and, indeed, their parents' generation.
Educated and well-informed, they've started questioning the way Barisan has governed for decades.
They deplore controversial use of public funds.
They want greater openness and transparency.
Voters are smart.
They understand the connection between civil liberties and government services.
They know that a strong media will question and probe the deals that have driven up the cost of many public projects.
Still, tight media controls have not stopped the public from being highly critical of the leaders proffered by Barisan.
Surely there must be hundreds, if not thousands, of highly-educated Malay professionals to be recruited.
Why don't these men and women want to join Umno?
The failure to recruit the best human resource lies at the core of Umno's continuing failure to win back the urban Malay middle class.
It also reinforces my point as the products of the NEP turn their back on the original "agent" of change — namely Umno.
The same dilemma is slowly emerging in Sarawak.
Take Sibu, the business hub of the Rajang river basin, for example. The city is remarkably clean, organised, and safe.
Indeed, the covered market — surely one of the largest in the country — is an impressive sight.
As we all know, the city's voters rejected Barisan in spectacular fashion in a by-election only months ago.
This was a calculated, considered move by Sibu's predominantly Foochow Chinese community, who knew they could manage without government assistance.
However, the same is not true of the small long-house communities beyond the city limits.
The disparities between these areas and the urban centres are stark.
Roads shrink and eventually disappear in rural Sarawak.
Running water is also a major problem, especially during the dry season.
Many of the longhouses must rely on large water tanks and elaborate rain-water traps to survive.
In certain cases, the local rivers have also been polluted by the use of industrial-scale fertilisers in nearby plantations or pig farming.
Difficulties in enforcing Native Customary Rights over the land also often result in the dislocation of these communities.
The haphazard access to public utilities and property rights have made rural Sarawakians very dependent on developmental politics.
Sarawak's rural poor realise that only the state government of the day can help them.
They therefore keep voting for Barisan representatives in the hope that their needs will eventually be met.
Therein lays the contradiction for Barisan: providing these services would mean an inevitable loss of rural support.
As a consequence, Sarawak's piece-meal development of the interior reinforces Barisan control.
Indeed, it makes communities more wary of challenging authority.
Needless to say, this is no way to achieve ETP, NEM, 1Malaysia or any of the ambitious goals we have set ourselves as a nation.
Development is not a reward, it is a right.
Solving the paradox, however, comes at an exceedingly high political cost.
But then again, Barisan has no choice: we simply cannot go on like this.
PRK Galas akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Selain UMNO dan PAS yang dijangka akan mengemukakan calon, parti AKIM juga tidak mahu ketinggalan meyertai PRK kali ini. Bagaimana pula calon bebas ? Apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman calon pada 24 Oktober ini...
Pilihlah ketua jabatan kerajaan berintegriti tinggi
Pada penghujung tahun ini, dijangkakan banyak berlaku peralihan kuasa baik di peringkat kementerian mahupun di jabatan kerajaan. Ada beberapa pegawai tertinggi kanan kerajaan, ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan ketua-ketua jabatan yang baru akan dilantik bagi menggantikan pegawai yang telah bersara.
Maka berpeluanglah bagi pegawai-pegawai kanan yang masih dalam perkhidmatan dan yang menunggu kenaikan pangkat untuk dilantik mengisi kekosongan.
Setiap ketua pengarah walau di mana jua diletakkan dan diamanahkan oleh kerajaan, mereka harus mempunyai integriti yang paling tinggi dan beramanah, agar pegawai-pegawai bawahan akan lebih 'menghormati ketuanya'.
Sikap taat setia dan tidak memburuk-burukkan Kerajaan Pusat serta menghormati kepimpinan tertinggi negara amat dititikberatkan dan haruslah menjadi amalan setiap ketua-ketua pengarah atau ketua jabatan dan juga semua pegawai kerajaan. Surat akur janji yang telah ditanda tangani diawal perkhidmatan juga harus dipatuhi isi kandungannya.
Oleh yang sedemikian, Perdana Menteri atau Menteri yang memimpin sesebuah kementerian yang diamanahkan untuk mencadangkan nama-nama bagi jawatan ketua pengarah yang baru haruslah meneliti dengan baik agar tidak tersalah pilih calon. Rakyat amat bimbang jika ketua pengarah atau ketua jabatan yang baru itu mungkin akan merosakkan nama baik kerajaan. Pilihlah yang benar-benar layak di antara yang paling layak.
Dengan angka yang meningkat kepada lebih kurang 7 juta golongan muda yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak maka sudah tentu faktor kemenangan parti-parti yang bertanding sangat bergantung kepada golongan ini.
Pandangan Penulis : Benar, tetapi kesedaran mendaftar sebagai pemilih masih rendah.
Tetapi sesetengah golongan ini sehingga kini masih tidak mengerti atau memahami tentang betapa pentingnya kuasa politik dalam kehidupan mereka. Ini kerana golongan ini mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung dengan erti politik.
Penulis : Persepsi orang muda mengenai politik berbeza-beza.Tidak dinafikan ada yang sedar tetapi ramai yang belum memahami sepenuhnya. Persoalan adakah ianya berpunca dari ahli politik sendiri atau kurang pendedahan atau memang tak mahu ambil tahu?
Bagi mereka umumnya, politik itu sesuatu yang busuk dan tidak harus bagi golongan seperti mereka terlibat sama kerana sudah merasa selesa dengan keadaan semasa hinggakan mereka lupa untuk menoleh ke belakang tentang asas-asas yang telah membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu hingga ke hari ini.
Penulis : Bagage sejarah tidak menyeluruh.
Golongan ini terlalu dimomokkan dengan cerita-cerita yang tidak pernah membawa pengertian yang mendalam kepada mereka kerana kegagalan mereka untuk mengenali sejarah yang begitu penting dalam asas sesebuah negara.
Apa lagi dengan teknologi canggih yang ada dari semasa ke semasa telah merubah persepsi golongan ini terhadap perjuangan pejuang-pejuang kebangsaan dan menganggap seolah-olah para pejuang ini tidak pernah wujud serta penting dalam kehidupan hari kini, sedangkan hakikatnya terlalu penting pada mereka demi untuk kebaikan mereka pada masa hadapan.
Kejahilan golongan ini terhadap memahami sejarah telah membawa mereka kepada hidup tanpa asas sempadan yang mengakibatkan kekeliruan yang amat besar. Apatah lagi kepada generasi yang dulunya daripada bangsa yang datang untuk mencari ekonomi di negara ini.
Hasilnya kita dapati generasi muda ini tidak lagi menghormati prinsip kerukunan dan Perlembagaan yang telah diguna pakai semenjak penubuhan sebuah negara yang merdeka.
Bahkan mereka melaung-laungkan api kebencian kepada bangsa tuan tanah ini yang cuba mempertahankan hak-hak mereka agar tidak terlepas pandang mahupun tertanam sebegitu sahaja setelah pengorbanan yang memeritkan dilalui oleh tuan tanah ini demi mendapatkan sebuah negara yang merdeka.
Generasi Melayu juga banyak yang tidak memahami sejarah apatah lagi untuk mengenali para pejuang bangsa kerana kealpaan mereka untuk mengejar kehidupan yang semakin hari semakin pantas hasil daripada pertumbuhan ekonomi sejagat yang tidak lagi mementingkan sebuah kehidupan yang berlandaskan kepada faktor-faktor terhormat.
Generasi ini dengan begitu mudah melupakan asal usul dan sebahagian mereka sanggup untuk bersekongkol bersama-sama dengan mereka yang boleh dianggap sebagai pengkhianat negara. Mereka 'termakan' segala janji palsu yang sehingga kini masih lagi gagal dikotakan bahkan semakin buruk terjadi apabila perjuangan mereka yang boleh dianggap pengkhianat ini terbantut di tengah-tengah jalan sehinggakan menghadirkan kekacauan dalam negara.
Sesuatu yang pantas perlu dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya daripada pihak yang berwajib untuk menjadikan generasi muda agar lebih memahami betapa pentingnya mengenali sejarah tanah air. Ini kerana mereka yang akan mewariskan sejarah ini kepada generasi baru tanpa ada sedikit pun kehilangan dari segi fakta dan peristiwa.
Hakikat pahit kadang kala harus dirungkaikan agar lipatan sejarah ini akan terus kekal dan dihayati oleh generasi muda agar mereka tidak hanyut dan lupa tentang sejarah.
JALAN PENYELESAIAN
Apakah tindakan kita untuk mengatasi isu ini...Peranan Pemuda dalam mendekati golongan ini masih minima, sesuatu harus dilakukan...Tempoh kemerdekaan lebih setengah abad hanya suatu kenangan sahaja....
Dun N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan.
Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan peti undi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.
Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli).
Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.
Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.
Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat.
Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland.
Mahfuz bean datang lagii! Kali ini Mahfuz menuduh UMNO sebagai parti yang mengkhianati bangsa melayu dan berpolitik semata-mata hanya kerana mahu menggadaikan bangsa dan negara sahaja.
Bukan setakat itu sahaja, dalam kenyataannya di Haprakah, Mahfuz juga menuduh UMNO sanggup menggadaikan agama Islam apabila menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.
Kata Mahfuz, hanya PAS yang mampu berjuang untuk melayu dan juga menaikkan imej Islam didalam negara. Malah.., Mahfuz dengan bangganya menasihatkan supaya semua rakyat di negara ini menjauhi UMNO. Inilah mentaliti "seekor" manusia bernama Mahfuz yang bergelar Ahli Parlimen dan juga menjawat jawatan Naib Presiden kepada Parti PAS.
Mahfuz lupa, siapakah yang mengkhianati bangsa melayu selama ini kalau bukan PAS. Hanya kerana dendam tua nyanyuk Nik Aziz terhadap UMNO, PAS sanggup berkerjasama dengan kafir harbi DAP bagi menjahanamkan pemerintahan kerajaan melayu Islam didalam negara.
PAS juga selama ini telah membiarkan pengikut-pengikutnya diperbodohkan oleh cina-cina kafir hanya semata-mata kerana pemimpin atasannya mahu berkuasa didalam negara.
Dan, jika mahu bercakap mengenai pengkhianatan PAS terhadap Islam, satu hari satu malam pun tak habis untuk menyenaraikan sumbangan PAS ke arah itu.
PAS lah yang menjadi "dajal" didalam negara mempermainkan kesucian Islam. Perbuatan PAS melacurkan Islam demi kepentingan politik peribadi, telah lama diketahui oleh seluruh umat Islam didalam negara ini. Apakah Mahfuz mahu menafikan kenyataan ini?
PAS mengkhianati Islam apabila menjadikan syurga Allah itu hanya sebagai hakmilik peribadi PAS. Masyarakat bukan ahli PAS semuanya diborong masuk ke dalam neraka! Ini realiti yang diungkapkan oleh semua ulamak PAS khususnya Nik Aziz.
PAS juga mengkhianati Islam apabila mengumumkan bahawa hanya parti merekalah yang tulen Islam dan diterima serta diredhai Allah swt. Parti lain di negara ini tak setaraf dengan mereka kerana tak menepati KPI wali agung PAS iaitu Nik Aziz. Apakah ini bukan pengkhianatan terhadap Islam itu sendiri?
PAS sebenarnya bukan sahaja menjadi pengkhianat terhadap Islam, malah PAS mahu menjadi "bapa ayam" dengan membiarkan Islam dipermainkan oleh golongan kafir terutamanya didalam parti Komunis DAP.
Dibawah pengetahuan PAS, kafir-kafir laknatullah didalam negara ini sewenang-wenangnya mempermainkan ayat-ayat Quran, berpolitik untuk menjatuhkan pemimpin Islam didalam masjid dan surau, menipu oarng Islam dengan wang hasil judi serta pelbagai lagi tindakan yang mencemarkan imej Islam.
Malangnya, semua ini direstui oleh para munafiqun didalam PAS yang dikepalai oleh Nik Aziz! Apakah Mahfuz tak malu dengan semua fakta diatas?
UMNO diketahui umum telah memperjuangkan nasib bangsa melayu sejak dari awal kemerdekaan. Dan UMNO juga memperjuangkan Islam selari dengan apa yang ditulis didalam perlembagaan parti tersebut.
Nik Aziz yang menjadi diktator didalam PAS pula malu dan tak berbangga dilahirkan sebagai melayu. Jadi bagaimana Mahfuz katakan bahawa PAS mahu memperjuangkan nasib bangsa?
Dan PAS kini tak lagi mampu untuk bercakap tentang negara Islam serta undang-undang Islam dihadapan kafir-kafir DAP. Bagaimana pula Mahfuz boleh mengatakan bahawa PAS lah satu-satunya parti yang mampu menaikkan Islam di negara ini?
Lihatlah...betapa rakus dan biadabnya mereka...langsung tiada menunjukan ciri-ciri warganegara Malaysia...Kesopanan dan Kesusilaan. Itu baru minoriti kalau jadi majoriti..adakah kita akan menjadai seperti Datuk Sosilawati dan rakan rakannya...Pukul..Bunuh..Bakar.. Cuba fikirkan..jika Rohimi itu India....agak agaknya ada ke orang melayu akan berbuat demikian...mencabar..mencarut..berlagak ala Hero dan Ego Samseng... Kalau kepala busuk Hindaraf..dengan biadabnya mencerca titah Sultan Johor..apatah kita orang melayu rakyat bawahan..mereka langsung tidak memandang kita.. (By M69..bersyukurlah kita hidup tidak berKASTA..jadikan lah iktibar wahai anak anak KU...)
"KUALA LUMPUR 10 Okt. - Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 meluluskan 14 resolusi termasuk menyokong penuh 13 deklarasi yang diluluskan oleh Kongres Ekonomi Cina pada 14 Ogos lalu.
Antara deklarasi kongres berkenaan adalah supaya ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat dan syarikat milik kerajaan (GLC) mengambil ahli lembaga pengarah berbilang kaum." SATU Petunjuk dan loceng Amaran awal yang telah ditunjukkan oleh MCA. Bagus dan tahniah atas cadangan tersebut. Jelas dan bersuluh siapa sebenar MCA...rakan..kawan..sahabat...saudara... Aku ingin bertanya..APA KAH DOSA MELAYU di Tanah Melayu ini...adakah majoriti orang cina miskin..papa kedana..hidup dalam zaman PRIMITIF. 30% jadi ungkitan dan cuba di hakis sedikit demi sedikit..akhirnya generasi Melayu akan lupus dalam abad akan datang..terus Miskin Daif dan Menumpang di Tanah Ayer sendiri. Kenapa tidak dicadangkan supaya peratus penagih dadah Melayu di turunkan kepada o%. Peratus pengedar dadah yang kaya raya di turunkan...tidak malukah..di Kawasan Parlimen Ayer Hitam..terdapat pengedar..dadah dengan edaran sekitar jutaan RM. Mana MP Ayer Hitam...jangan asyik mencari arah meruntuhkan perpeduan Melayu. Tingkatkan lah kerjasama orang cina dengan petugas Pemerintah..rujuk " Menurut Jabatan Perangkaan, sepanjang gerakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 sehingga kini, masih ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Mereka hanya tahu berbahasa bangsa sendiri. 70 peratus daripada mereka yang tidak memberikan respon adalah masyarakat Cina. Perkara ini tidak seharusnya terjadi dalam sebuah negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa negara." Sepatutnya MP Ayer Hitam menjalankan inisiatif meningkatkan peratus Berbahasa Malaysia di kalangan orang cina kepada 100%. Kita bukan dizaman primitif dan tidak tahu berbahasa Malaysia. Bukan cuba untuk melagakan kami Melayu dengan PERKASA dan meruntuhkan peruntukan 30%. Ingatlah ini adalah suara kecil akar umbi Melayu..kami tidak mahu menunjukkan fakta kekayaan di Malaysia...Fakta pemilikan peratusan Tanah di Malaysia..Peratus pemilikan Rumah Taman di Malaysia..tapi akmi tahu..dan kami tidak pernah mencadangkan agar peratus itu diturunkan..Adakah MCA mahu kami membuat deklarasi seperti anda yang sentiasa tidak pernah menjaga hati dan perasaan Melayu.. Kami tidak buta..kami tidak primitif...fikirlah siapa yang sebenarnya BUTA dan berfikiran PRIMITIF..(By Ajey 69...Sedarlah wahai anak bangsaku..bersatulah demi kelangsungan hidup anak bangsaMu..jangan percaya pada rakan yang sekadar senyum..senyum)
You are subscribed to email updates from DunSemarang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS baru-baru ini mengejutkan kita apabila Tok Gurunya Nik Aziz Nik Mat meletakkan syarat-syarat tertentu untuk mana-mana ahli yang ingin menjadi calon di DUN Galas menentang BN.
Mana-mana ahli yang ingin bertanding haruslah melalui proses pemilihan untuk diteliti oleh Majlis Syura Ulama' PAS sebelum diputuskan sebagai calon PAS di DUN Galas tidak lama lagi. Antaranya yang dipilih WAJIB mempunyai kriteria seperti berikut;
1.Tidak merokok 2.Tidak meninggalkan solat 3.Tidak pernah berpoya dengan perempuan
Faktor calon yang bertanding adalah kunci utama yang menentukan nasib PAS di DUN Galas ini. Ia adalah apa yang kita faham daripada kenyataan kepimpinan PAS pusat sendiri. Peliknya, apa yang mendorong Tuan Guru sehingga meletakkan 3 syarat tersebut?
Sehingga kini PAS masih belum lagi menentukan calon yang dipilih, malah pula ada ura-ura mengatakan bahawa PAS tidak bertanding pada kali ini. Ini menunjukkan PAS sangat sukar mencari calon yang mempunyai ketiga-tiga criteria tersebut sebagaimana disyaratkan oleh Tuan Guru, Nik Aziz.
Kenyataan PAS menunjukkan sehingga petang semalam, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat masih belum memutuskan siapa calon yang bakal ditonjolkan.
Akhirnya dalam laman Harakah semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi gambaran seperti yang kita bayangkan ketika ditanya selepas bermesyuarat di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia.
Katanya,
"…kami belum dapat menetapkan calon yang akan bertanding buat masa ini." :D
Kini fahamlah kita mungkin 3 kriteria di atas merupakan masalah kepada PAS untuk menentukan siapa yang layak bertanding sebagai calon PAS menentang Ku Li jika dipilih. Bolehkah PAS memastikan calonnya bersih daripada kriteria di atas lebih-lebih lagi yang bernombor 2 dan 3 itu?
Meskipun meletup dengan beberapa 'adegan' kecoh di semenanjung, namun seperti yang dikatakan Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil, kekecohan tersebut tidak menggambarkan kelemahan PKR.
Betul tu! Bukan kelemahan tapi kelucahan.Yang paling lucah adalah kisah di Kota Raja, bila calon ketua cabang S Kottappan di masukkan ke hospital kerana ditumbuk. Mungkin bertumbuk dengan sambal belacan, atau ditumbuk oleh lesung batu…hahaha
PKR di Sarawak ada juga cerita lucah, bila mesyuarat cabang Saratok, Lubuk Antu dan Serian yang sepatutnya diadakan pada 2 Oktober terpaksa ditunda ke hari lain yang akan ditentukan PKR pusat.
Pssst…Orang kuat Dominique Ng di Padungan berkata, kononnya ada masalah 'teknikal' oleh pihak PKR pusat. Tapi ramai ahli yang emosi disebabkan kelucahan teknikal yang dimaksudkan.
Ada ahli sampai hempas kerusi dan sengaja menabur sampah merata-rata kerana tidak puas hati. Tapi tidak sampai bertumbuk sambal belacan seperti di Kota Raja.
Dikabarkan, ada kalangan ahli PKR Sarawak berasa kurang senang sebab "Anwar didahulukan, Nik Aziz disusukan...". Sampai terkeluar kenyataan spontan dikalangan ahli yang mengatakan 'tidak mahu dijajah parti politik semenanjung…?
Alamak! Makin bertambah pening lah Bang Nuar dibuatnya… Harap-harap KY Jelly dapat membantu.
Ketika PAU yang lepas, bukan sedikit puak penyokong lebih-lebih lagi PKR kecoh buruk-burukkan UMNO kononnya pemilihan parti mengamalkan politik wang. Begitu juga ketika pilihanraya kecil yang ditandingi UMNO, semuanya mengamalkan politik wang. Itu kata penyokong dan pencacai PKR.
Akhirnya, pekung PKR pun terbuka. Yang dedahkan amalan busuk PKR pulak adalah orang sendiri bukan orang lain, jadi apa yang UMNO pernah kata tentang sifat-sifat kepimpinan parti mereka sebelum ini tidak silap walau sedikitpun...
Dalam pemilihan PKR Pusat kita melihat bermacam jenis perbuatan cantas-mencantas, memfitnah, memburukkan malah bertumbuk sesama sendiri. Saifudin Nasution pula memainkan peranan sebagai spekulator terkemuka dunia dengan mengaitkan UMNO dalam maslah dalaman parti.
Nah! sekarang lihat, siapa lagi gila kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Kalau dah rakan seperti sendiri pun berlaku perbuatan macam ni, fikirkan pula apa yang boleh dibuat pada orang lain?
Petikan berwarna biru di bawah adalah sebahagian posting (bahagian yang menarik) yang diambil daripada blog chegubard.blogspot. Artikel penuh sila rujuk link.
Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri.
Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden.
Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja.
Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain.
Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil.
Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding.Boleh buat duit ooo!!
Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR.
Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar??
Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari.
Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku.
Aku bercuti selama lima hari sebab ada orang gila nak buat projek the Third Force. Dia minta aku tulis project paper dan menghuraikan apa yang dalam kepala aku. Secara dasarnya, aku bagi posting-posting yang pernah aku buat. Kerajaan Maya Rakyat, Kampung Direct Investment, Universiti Maya Rakyat. Semuanya idea gila…tapi siapa sangka…rupanya ada orang gila yang minat dengan idea gila. Bayangkanlah, kalau chegubard saja boleh dapat rm400,000 daripada Zaid, berapa yang Azmin boleh dapat daripada Anwar? Maka tak mustahillahAzmin mampu memiliki sebuah kereta Proton Saga Megavalve 1.3i berwarna merah seperti dalam gambar...
Bukan kereta sendiri agaknya, mungkin saja nak bergaya dengan harta orang lain.
Bolehkah taruh harapan kepada Sekolah Harapan Dr Fatimah Abdullah
Isu buang bayi, kehamilan luar nikah dan pelbagai masalah sosial khususnya di kalangan remaja hebat diperkatakan baik oleh para menteri, isteri menteri, ahli politik dan ahli ahademik mahu pun masyarakat umum. Pelbagai saranan, pendapat, cadangan dan program baik yang masuk akal dan munasabah mahupun yang "separuh masak" dan dangkal dilaporkan di akhbar serta radio dan televisyen.
Inilah masalah yang melanda negara kita. Bukan setakat masalah sosial yang melanda tetapi masalah kecelaruan pemikiran pada pemimpin mengenai sesuatu isu dan bagaimana menanganinya. Inilah masalahnya apabila ada golongan yang sangat cepat mengeluarkan idea tetapi tidak berlandaskan fakta daripada penyelidikan yang terperinci. Walau pun masalah ini telah dikesan sejak sekian lama tetapi dek kerana sikap "ambil mudah" dan "tidak serius" maka masalah sosial itu berterusan atau berulang. Saya pernah ditanya oleh wartawan Berita Harian pada tahun 1996 mengenai isu buang bayi, tetapi setelah lebih 10 tahun masalah berkaita bukan sahaja tidak selesai atau berkurangan bahkan makin meningkat.
Sehingga ini tidak ada penyelidikan yang serius mengenai isu kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi walaupun ramai yang sedar masalah itu makin membarah. Saya dan beberapa orang rakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah selama dua tahun (dari 2008 hingga 2009) dengan peruntukan Geran Penyelidikan Universiti yang bernilai RM70,000 itu telah dipotong kemudiannya. Menjangkakan sukarnya untuk mendapat data mengenai hal tersebut, kami telah bersetuju untuk mengambil kes yang dirujuk di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sahaja. Atas beberapa sebab semua kes yang direkodkan dari tahun 2004 hingga 2008 sahaja yang telah kami ambil.
Mendapatkan geran penyelidikan untuk mengkaji isu-isu berkaitan masalah sosial kurang mendapat tempat. Proposal penyelidikan selalu ditolak oleh penal penilai dengan alasan tidak ada "produk yang boleh dikomersialkan". Walaupun geran yang dipohon jarang mencecah jutaan ringgit sebagaimana penyelidikan dalam sains dan teknologi tetapi kebanyakannya ditolak atas alasan tadi. Demikianlah nasib proposal penyelidikan dalam bidang sains sosial kerana statusnya yang dipandang lebih rendah daripada bidang sains tulin dan gunaan. Pernah orang membuat "lawak" dengan berkata "oh penyelidikan so sial" (sangat sial).
Mengetahui kami ada menjalankan penyelidikan mengenai kehamilan luar nikah, salah sebuah agensi kerajaan telah menunjukkan minat terhadap penyelidikan kami. Atas minat dan saranan yang ditunjukkan oleh agensi tersebut jugalah satu kertas cadangan penyelidikan telah dikemukakan. Malangnya setelah hampir dua tahun, pihak berkenaan masih berdiam diri tidak menyatakan sama ada masih berminat atau tidak dengan proposal penyelidikan berkenaan. Antara jawapan yang diberikan ialah tiada ada wang, tidak boleh diberi terus kepada satu kempulan penyelidik sahaja dan perlu dibuat tender terbuka. Perkembangan terbaharu ialah pegawai yang ada di jabatan berkenaan diminta membuat kajian dan dan menganjurkan program sendiri bagi ujuan menangani isu tersebut.
Itulah sebahagian daripada senario yang berlaku di negara kita. "Malaysia boleh", semua orang boleh membuat apa sahaja, dalam konteks ini pegawai yang tidak ada latar belakang sosiologi, antropologi atau psiokologi dipertanggung-jawab untuk menjalankan penyelidikan dan program bagi menangani masalah sosial yang serius itu. Dia sebabkan kurang kompetennya dan tidak ada pengalaman menjalankan penyelidikan, beliau meminta jasa baik kami agar memberikannya salinan soalselidik yang telah digunakan dalam penyelidikan kami bagi memudahkan kerjanya. Persoalannya ialah di mana "ethics" agensi kerajaan yang berpegang kepada prinsip keislaman? Ini adalah satu contoh kepincangan yang berlaku. Bagaimana hasil penyelidikan boleh dianggap boleh dipercayai dan sah jika penyelidik tidak berpegang kepada etika penyelidikan dan tidak tahu prosedur dalam penyelidikan sosial. Patutlah banyak masalah sosial tidak selesai malah bertambah serius kerana bukan sahaja pihak yang bertanggung-jawab tidak serius dengan masalah yang melanda masyarakat malah menjalankan kajian pun "pakai ikut suka" sahaja.
Menangani masalah kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi bukan sekadar membuat program dan kempen serta menyediakan sekolah untuk remaja yang berkaitan. Ini kerana langkah ini bukan sahaja berat sebelah kerana si lelaki yang bertanggung-jawab menyebabkan kehamilan dan bersubahat membuang bayi berkemungkinan besar terlepas dan tidak menjalani apa-apa program pemulihan. Selain daripada persoalan penyelidikan sosial yang tidak dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana kos penyelidikan yang dikatakan mahal walaupun hakikatnya tidak pun mencapai jutaan ringgit, kaedah menanganinya dibuat "ikut suka" tanpa perancangan yang teliti dan didasarkan kepada data atau fakta daripada penyelidikan menjadi antara sebab mengapa masalah sosial di negara ini tidak selesai-selesai malah makin bertambah.
Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang sains sosial (sosiologi keluarga), saya kira sudah sampailah masanya pihak berkuasa meneliti semula apa yang telah dilakukan selama ini dalam menangani masalah sosial remaja dan masalah sosial yang lain. Bolehkah di letakkan harapan kepada Sekolah Harapan di Melaka itu? Apakah program atau kurikulum yang dirancangkan untuk penghuninya? Sudahkah dibuat kajian yang rapi dan terperinci sebelum sekolah itu dibuka? Ini kerana mereka yang bakal menjadi penghuninya sudah pasti datang dari latar belakan keluarga, sosioekonomi dan etnik yang berbeza. Sebab mereka hamil juga berbeza; ada yang disebabkan rogol, paksaan, sumbang mahram atau suka sama suka.
Saya berpendapat bahawa meletakkan para remaja di institusi bukanlah satu penyelesaian kepada masalah berkenaan. Saya kira semua pihak harus sedar dengan hakikat atau kenyataan sebenar dalam hidup. Remaja yang terlibat harus kembali kepada keluarga. Keluarga dan komuniti perlu memikul tanggung-jawab membimbing remaja-remaja berkenaan. Semua pihak baik remaja yang terlibat, keluarga mereka, komuniti di mana mereka tinggal dan membesar serta pihak berkuasa perlu berganding bahu menangani isu tersebut. Walau pun akan ada sebahagian daripada ahli komuniti yang mencemuh tetapi itu adalah perkara biasa dalam kehidupan. Keluarga mesti memikul tanggungjawab membimbing anak anak di samping mendapatkan kerjasama daripada komuniti dan komitmen kerajaan harus diberikan secara berterusan. Biarlah remaja kembali kepada keluarga, hidup dan memikul tanggung-jawab sebagai ahli keuarga dan komuniti sehingga mereka melahirkan anak dan membesarkan anak yang dilahirkan itu. Beri mereka kemahiran untuk membuat kerja produktif di samping didikan agama dan pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif dan penjagaan bayi. Ini penting agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang normal dalam keluarga dan komuniti setelah melahirkan anak, dan mempunyai cukup sumber pendapatan bagi menampung hidup tanpa perlu menyerah anak kepada ibu bapa angkat.
Seperti yang dinyatakan di atas, ibu bapa dan keluarga mungkin malu dengan apa yang berlaku. Ahli komuniti pula mungkin memandang serong. Akan tetapi ini adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kesilapan dan dosa yang telah dilakukan adalah pengajaran untuk memperbaiki kehidupan seterusnya bukan sahaja oleh remaja berkenaan, malah kesilapan yang yang telah berlaku itu juga sebahagiannya disebabkan oleh kesalahan dan kelemahan keluarga, komuniti/masyarakat dan pemerintah juga yang lalai dengan tanggung-jawab mereka. Saya kira tentunya lebih silap lagi jika ibu bapa menyerahkan cucu mereka kepada orang lain atau mengambil bayi yang dilahirkan sebagai anak angkat sedangkan bayi itu adalah cucunya sendiri dan orang yang kemudiannya dipanggil kakak itu sebenarnya si ibu kandung. Lebih parah lagi ialah jika bayi itu dinasabkan kepada datuknya. Akan tetapi inilah hakikatnya yang telah dan sedang berlaku dalam masyarakat apabila keluarga memberitahu jiran tetangga yang dia mengambil anak angkat.
Memandangkan remaja yang terlibat perlu berhadapan dengan komuniti dan kehidupan sebenar dalam komunit dan masyarakat yang lebih besar maka saya kira dia perlu meneruskan hidup dalam masyarakat dan bukan melarikan diri atau membawa mereka keluar. Jika dia diberi peluang untuk meneruskan hidup secara normal berserta dengan bimbingan agama dan pengetahuan lain besar kemungkinan semua pihak akan mendapat faedah malah mungkin lebih berkat kerana wujudnya hubungan saling membantu. Sebaliknya jika remaja berkenaan di tempatkan di institusi, dia akan menghadapi masalah apabila keluar dari institusi, apabila dia perlu berhadapan dengan keluarga dan komuniti sekeliling yang mungkin akan terus memandang serong terhadapnya. Dia mungkin berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya malah seluruh komuniti. Dia juga perlu menyara hidupnya sendiri, tanpa sokongan ahli keluarga dan komuniti apabila keluarga sendiri "membuangnya". Apabila hidupnya tidak menentu dan terumbang ambing kebarangkalian untuk dia mengulangi episod lama adalah tinggi.
Ibu-ibu muda yang ditemui di rumah perlindungan memberitahu apa sebenarnya yang telah berlaku atau yang mereka lakukan sehingga hamil dan mengandung. Mereka juga menyatakan rasa sedih, kesal dan bersalah dengan apa yang telah berlaku. Malangnya mereka meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat melihat bayi yang dilahirkan kerana ibu bapa telah menyerahkan anak tersebut kepada keluarga angkat dan dia tidak tahu siapa keluarga angkat tersebut. Walaupun sedar akan kesalahan dan dosa yang telah dilakukan tetapi kesedihan itu berpanjangan apabila ibu bapa tidak mahu bercakap dengan mereka walaupun pernah membuat panggilan telefon ke institusi di mana dia di tempatkan. Menurut ibu muda itu dia tidak pasti ke mana dia akan pergi setelah keluar dari institusi tersebut. Bayangkan jika dia terus tinggal dalam keluarga dan komuniti, dia akan dapat meneruskan hidupnya secara normal, malah bayi yang dilahirkan itu juga boleh mendapat jagaan, perlindungan dan kasih sayang daripada ibu, datuk nenek dan saudara mara dekat. Sokongan sosial dari keluarga dan komuniti sangat penting kepada ibu muda dan anaknya itu. Justeru, sudah sampai masanya ibu bapa perlu mengenepikan rasa malu dan menjaga "air muka" sendiri tetapi mengabaikan tangggung jawab menjaga dan memberi sokongan kepada anak dan cucunya. Ini kerana kesilapan sianak sedikit sebanyak ada kaitan dengan kelalaian ibu bapa juga.
Pada saya sekolah harapan hanya sebuah projek peribadi tidak mempunyai asas yang kukuh dalam usaha menangani masalah sosial. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi ini adalah pandang saya berdasarkan alasan di atas. Dalam menangani masalah sosial, penyelidikan sosial yang terperinci dan sistematik perlu dilakukan dengan serius. "Bank data" mengenai isu sosial perlu dikumpul dengan sistematik agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan kepada kumpulan sasar sebelum dasar sosial digubal. Jika pihak berkuasa boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk program-program seperti "Kami Prihatin" maka apa sangatlah nilai bagi geran penyelidikan sosial yang jauh lebih rendah. Saya bimbang kos sosial akan meningkat pada masa depan jika pihak berkuasa tidak serius dengan masalah sosial yang sedang melanda sekarang. Justeru, bolehkah kita menaruh harapan kepada sekolah harapan?
Penulis adalah mantan Prof Madya dalam bidang Sosiologi Keluarga di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
Pembangkang menangguk di air keruh isu ucapan 2 pengetua
Pengetua rasis: Lim kemuka usul di Dewan Rakyat - Malaysia Kini. Okt 8, 10 4:17pm
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menghantar satu usul kepada speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar didakwa menghamburkan kata-kata perkauman dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka pada Ogos lalu.
Lim berkata usul berkenaan terpaksa dikemukakan kerana selepas 57 hari berlalu, kerajaan gagal bertindak.
"Ini satu tamparan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat gesaan antarabangsa berhubung keganasan, toleransi sifar terhadap perkauman dan polisi 1Malaysia," kata Lim.
Usul berkenaan, kata ahli parlimen Ipoh Timur itu dibuat menurut peraturan mesyuarat 18(1) dan dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan.
Berikut kandungan usul berkenaan:
"Bahawa Dewan mengizinkan YB Lim Kit Siang, ahli parlimen Ipoh Timor untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan, iaitu dua orang guru besar dari Kulai, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang melafazkan kata-kata racis dan menghina terhadap pelajar-pelajar mereka di sekolah dalam bulan Ogos tahun ini, sehingga kini tidak dikutuk atau diambil tindakan displin sekeras-kerasnya oleh pihak yang berkenaan selaras dengan semangat 1Malaysia.
"Dua bulan selepas guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selambau berkenaan - yang antara lain, melabelkan pelajar-pelajar bukan Melayu di sekolah mereka sebagai 'pendatang', menggesa pejalar-pelajar kaum Cina supaya 'balik Cina', serta membandingkan benang sembahyang yang dipakai oleh pelajar beragama Hindu sebagai pengikat anjing - menunjukkan sikap rasis tidak sejajar dengan jawatan mereka sebagai pendidik yang berkredibel, timbalan perdana menteri serta menteri pelajaran masih berkeras bahawa beliau tidak berdaya mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan, sebaliknya mengizinkan kedua-dua guru besar yang berkenaan meneruskan tugas mereka seperti sediakala.
"Di samping itu, ketua pengarah kementerian pendidikan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua guru-guru besar dan guru-guru dalam bulan Ogos untuk memberikan amaran bahawa 'tindakan akan dikenakan ke atas mereka yang mengeluarkan kata-kata rasis di sekolah', tidak pula mengenakan tindakan displin ke atas kedua-dua guru besar yang berkenaan sehingga kini, menunjukkan tidak wujud iltizam politik atau falsafah pentadbiran yang betul dalam negara ini untuk membanteras ketaasuban perkauman.
"Semua ini merupakan sindiran langsung terhadap tema hari kebangsaan tahun ini iaitu '1 Malaysia Menjana Transformasi' serta membelakangkan perisytiharan 'toleransi sifar terhadap rasisma' Perdana Menteri sendiri.
"Pada masa apabila Perdana Menteri cuba mengamalkan dasar '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Didahulukan', seluruh pasukan pentadbiran beliau nampaknya tidak serius langsung terhadap dasar berkenaan, malah lebih cenderung untuk mendahulukan budaya rasis Biro Tata Negara - atau lebih tepat sekali, Biro Tentang Negara yang meracuni generasi muda dan para pendidik kita selama ini dengan mesej rasis yang songsang dan lebih merupakan 'Trojan Horse' dalam usaha kita mencapai perpaduan negara.
"Perdana Menteri yang baru pulang dari Mesyuarat Asia-Eropah Kelapan di Brussels telah membangkitkan sekali lagi gesaan beliau di Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini supaya diujudkan pergerakan sederhana global semua agama yang memainkan peranan penting di dunia yang kini menghadapi ancaman melampau. Gesaan ini sesuai sekali diulangi di negara kita sendiri yang kini semakin terancam oleh anasir-anasir ketaasuban rasis dan pelampau agama yang mengancam ketenteraman negara serta menggoncang semangat majmuk yang merupakan batu asas Malaysia."
Dewan Rakyat akan memulakan persidangan kali ketiga bagi penggal ini pada Isnin, 11 Oktober ini.
Oleh Ridzuan Yop
2010/10/11 APAKAH isu sebenar di sebalik dua pengetua sekolah menengah masing-masing di Johor dan Kedah dilaporkan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman ketika memberi ucapan di sekolah mereka Ogos lalu, sehingga mencetuskan polemik mengenainya.
Walaupun siasatan berhubung dakwaan itu sudah diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pada masa sama, pelbagai pihak kesal kerana ada pihak begitu emosional terutama pembangkang yang mahu pengetua terbabit segera dihukum. Sudah pasti ada pihak yang sengaja memutar-belitkan isu itu dan tanpa usul periksa menuduh ia berbaur perkauman disebabkan ada pihak yang kurang senang atau menyalahtafsirkan ucapan yang dibuat oleh pengetua terbabit. Persoalannya, benarkah pengetua berkenaan membuat ucapan sedemikian dan disifatkan oleh pihak tertentu sebagai perkauman atau berlaku provokasi terhadap pengetua terbabit? Pada masa sama tidak dinafikan ia mungkin berpunca daripada beberapa rentetan dan situasi yang berlaku membabitkan pelajar di sekolah itu sebelum ini.
Tugas hakiki seorang pengetua atau guru besar di sesebuah sekolah tidak sekadar memberikan ilmu kepada pelajar, tetapi antara keutamaan adalah mendisiplinkan mereka.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, sendiri dilaporkan berkata, insiden itu hanyalah salah faham. Namun, kenapa masih ada pihak yang mahu mengungkitnya dan beriya-iya mahu pengetua terbabit dihukum?
Sudah pasti ia tidak lebih daripada tindak tanduk pembangkang yang menggunakan apa saja isu bagi menangguk di air keruh. Semua tuduhan pihak terbabit sengaja diputar belitkan bagi membesarkan isu itu demi kepentingan politik sempit mereka sehinggakan ada pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) turut terperangkap sehingga 'menari' ikut irama mereka. Sebagai penjawat awam, mereka tidak boleh diadili berdasarkan aduan pihak yang tidak berpuas hati dengan pengetua berkenaan atau andaian pembangkang semata-mata.
Selepas usaha pihak terbabit tidak berjaya untuk 'menghukum' pengetua berkenaan, mereka lantas mempolitikkannya dengan menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran sebagai sasaran.
Pembangkang mendakwa kononnya Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Bagi menolak tuduhan itu, Muhyiddin menegaskan walaupun sebagai Menteri Pelajaran, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua dan guru walaupun didakwa melakukan kesalahan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata isu itu tidak wajar dipolitikkan lagi kerana ia sudah diselesaikan pada peringkat sekolah berkenaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sendiri berjumpa dan menyelesaikannya secara baik dengan semua pihak terbabit.
Beliau berkata, semua pihak terbabit terutama pembangkang tidak wajar memanaskan lagi isu itu yang sudah pun reda kerana ia hanya akan membawa kepada perasaan benci membenci antara kaum jika terus berlanjutan.
"Perkara itu sebenarnya sudah diselesaikan oleh semua pihak terbabit di peringkat sekolah lagi dengan kerjasama PIBG sekolah berkenaan. Semua pihak memahami keadaan yang berlaku kerana salah tafsir terhadap ucapan dibuat.
"Kenapa pembangkang memainkan isu ini? Adalah jelas kerana mereka mendapat faedah politik dan saya mempersoalkan keikhlasan mereka dengan melakukan pendekatan terpilih sedangkan isu klip video yang diterbitkan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee jelas mengandungi unsur perkauman," katanya.
Klip video bertajuk Namewee F**k Racism Malaysia NAH! itu merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan memarahi pelajarnya dengan perkataan berbaur perkauman.
Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pembangkang mahu jika Namewee dikenakan hukuman, dua pengetua terbabit juga patut dikenakan tindakan.
Bagaimanapun, katanya, ia adalah dua keadaan berbeza kerana isu perkauman yang dibawa oleh Namewee adalah jelas mengandungi unsur perkauman, hasutan dan boleh menggugat keselamatan negara, berbanding ucapan pengetua terbabit yang jelas disalah tafsir oleh pihak yang membuat aduan.
Namun, katanya, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengetua, guru besar atau guru yang dengan sengaja membuat kenyataan berbaur perkauman sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum di sekolah dan negara keseluruhannya.
SUATU ketika dahulu, Gua Musang yang terletak di pedalaman Kelantan merupakan daerah yang paling 'ditakuti' kerana pernah jatuh ke tangan pemerintahan komunis selama tujuh hari.
Sepanjang pemerintahan singkat itu, komunis menjadikan gua-gua batu kapur di daerah itu sebagai lokasi sulit, selain melakukan pemerintahan kejam sehingga menyebabkan rakyat jelata menderita.
Sepanjang tempoh itu juga, ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Kesan tersebut boleh dilihat melalui peninggalan dan monumen bersejarah seperti lombong-lombong emas, penempatan komunis, kubur di dalam masjid, gua-gua misteri, tokong purba Swee Nyet Keung dan kewujudan kampung baru yang masih kekal sehingga hari ini. Semua itu, saling berkaitan antara satu sama lain.
Salah satu faktor utama Gua Musang menjadi sasaran komunis adalah kerana kawasannya terpencil dan keadaan muka buminya berbukit-bukau serta belum diterokai.
Hari ini, selepas 53 tahun negara merdeka, daerah Gua Musang berubah seiring dengan transformasi negara biarpun kedudukannya agak terpencil. Daerah itu agak pesat membangun kerana terletak di tengah-tengah laluan antara Kota Bharu-Kuala Lumpur.
Sehingga sekarang, Gua Musang masih lagi 'kaya' kerana mempunyai tanah yang amat berpotensi diteroka dan dibangunkan untuk sektor pertanian. Kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah peneroka tanah yang datang dari seluruh pelosok negeri Kelantan. Namun, selepas berpuluh tahun tinggal di situ, mereka masih belum mendapat hak atau geran tanah daripada pihak berkuasa tempatan.
Perkara ini sering dibangkitkan oleh penduduk di kawasan tersebut dan lebih menyedihkan apabila ada di antara tanah terbabit didakwa 'dirampas' oleh kerajaan negeri Kelantan untuk dijadikan Ladang Rakyat. Sebagai balasan, rakyat menerima pulangan semula dalam bentuk bayaran dividen bulanan sebanyak RM200.
Persoalannya, apakah tanah itu akan kekal menjadi milik mereka dan sampai bila bayaran dividen tersebut akan dibuat?. Ia merupakan beberapa persoalan yang dilontarkan oleh penduduk kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusof Abdul Ghani dalam satu pertemuan baru-baru ini.
"Bayangkan ada penduduk telah menunggu selama berpuluh-puluh tahun dan ada juga yang telah membayar deposit tetapi sehingga hari ini, mereka tidak diberikan geran. Hairannya, ada penduduk yang baru memohon telah diberikan geran. Kenapa ini berlaku kalau tidak ia ada kaitan dengan politik.
"Saya yakin pada pilihan raya kecil (Pilihan Raya Kecil DUN Galas) kali ini, Pas akan mendapat hukuman daripada penduduk tempatan. Mereka ternyata telah mengkhianati penduduk di Dewan Undangan Negeri Galas," katanya.
Justeru itu, beliau menegaskan masalah tanah yang semakin bernanah dalam masyarakat Gua Musang akan menjadi paksi kepada semua persoalan pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 4 November ini.
"Ambil tanah dan bina Ladang Rakyat, itu nama sahaja...tetapi sebenarnya pemilik sebenar ladang adalah syarikat-syarikat besar. Masalah utama selain daripada pengambilan tanah ialah tidak semua rakyat mendapat hasil, hanya segelintir yang dapat. Tidak sampai lima peratus rakyat dapat, selebihnya yang untung adalah syarikat.
"Tidak seperti kerajaan pusat melalui Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda, rakyat tahu kerajaan memberi tanah ladang dan tanah lot untuk kegunaan mereka dan sebahagian daripada mereka sudah jadi kaya raya. Kita bukan ambil tanah dan beri kepada syarikat yang meraih keuntungan sendiri," katanya.
Ladang Rakyat yang diurus oleh Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ditubuhkan pada 2006 dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio-ekonomi negeri.
Bagaimanapun, penubuhan ladang tersebut menimbulkan tanda tanya kerana sehingga sekarang, kerajaan negeri tidak menjelaskan secara mendalam mengenai kedudukan kesemua ladang tersebut, di mana kesemua pesertanya diberikan dividen sebanyak RM200 sebulan.
Menurut laman web perbadanan tersebut, sehingga Oktober 2007, sejumlah 2,973 peserta telah menikmati dividen bulanan hasil daripada pembangunan ladang kelapa sawit.
Peserta Ladang Rakyat pula diambil dari Senarai Keluarga Miskin Negeri Kelantan 2005 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan tambahan senarai daripada pencalonan rakyat miskin yang dicalonkan oleh penghulu dan dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelia Dewan Undangan Negeri.
Namun, apakah sistem pencalonan peserta tersebut benar-benar telus dan melibatkan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik kerana di kedai-kedai kopi di seluruh negeri khususnya di Galas, jelas kedengaran rungutan mengenai perkara tersebut.
Mohd. Yusof mendakwa, kerajaan negeri hanya tahu mengambil tanah rakyat dan kemudian menjualnya kepada syarikat tertentu untuk mendapatkan keuntungan yang besar tetapi pada masa sama, mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Nengggiri itu yakin Pas tidak akan membangkitkan isu royalti minyak pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas.
Ia juga selaras dengan pendirian Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) yang menyokong pemberian royalti minyak.
"Sebelum ini, Pas menaikkan kain pemidang yang menyatakan rakyat Kelantan dikhianati tetapi dua tiga hari lepas, saya tengok Pas telah menurunkan pemidang yang mengecam pembahagian wang ihsan. Nampaknya isu yang mereka gembar-gemburkan tidak didengari langsung oleh rakyat Kelantan kerana tidak ada unsur pengkhianatan," katanya.
Biar apa pun isunya, apakah pengundi di Galas bersedia sepenuhnya untuk menghukum Pas?
SELEPAS isu khutbah Jumaat, ada lagi cerita politik menarik di Pulau Pinang yang melibatkan parti pemerintah, DAP. Kali ini mengenai isu duit hasil perjudian bagi membantu orang miskin. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan bahawa wang ihsan dan sumbangan kepada golongan miskin tegar untuk umat Islam ini juga diambil daripada dana yang diperoleh melalui kegiatan lumba kuda. Selain Guan Eng yang tentunya mahu bercakap benar sudah tentu barisan exconya termasuk yang mewakili Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semestinya tahu kebenarannya.
Betul atau tidak, halal atau haram wang itu, terletak di bahu barisan exco Melayu beragama Islam di dalam kerajaan negeri itu. Isu halal haram sangat sensitif bagi sesetengah orang Islam. Maksud sesetengah ini kerana ada di kalangan mereka yang masih mampu bertolak ansur dalam isu-isu yang sensitif sebegini.
Maka tidak mustahil akan keluar 'dalil' yang mengatakan apa salahnya wang sumber perjudian untuk membantu orang miskin yang beragama Islam? Semua ini kerana peredaran dan perkembangan semasa. Isu doa untuk bukan Islam dalam khutbah Jumaat , wanita bukan Islam masuk ruang solat imam di surau, isu kilang arak dan macam-macam lagi berjaya dihadapi dengan seribu satu macam alasan.
Begitulah kepintaran yang ada bagi melindungi kepentingan politik. Parti politik akan melakukan apa sahaja. Bak kata orang politik menghalalkan cara. Tidak kisahlah apa juga kaedah yang digunakan asalkan orang politik dapat memancing sokongan masyarakat lebih-lebih lagi dalam menghadapi pilihan raya. Jika sumbangan wang ringgit, projek dan sebagainya bagi membantu rakyat dianggap rasuah di satu pihak maka satu pihak lagi juga melakukan perkara yang sama tetapi menganggapnya sebagai dividen antirasuah.
Begitulah politik. Bukan mudah untuk mengekalkan kuasa politik. Maka dalam isu kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP bersama rakan-rakannya PKR dan Pas selepas pilihan raya umum (PRU) lalu, sudah tentu mahu mengekalkan kuasa dalam PRU akan datang. Lebih-lebih lagi selepas Gerakan yang pernah menerajui kerajaan negeri itu selama lebih 38 tahun sebelum kecundang pada 2008 sudah 'mengaku kalah' sebelum 'loceng PRU Ke-13' berbunyi.
Sikap mengaku kalah sebelum berjuang ini menunjukkan sikap mudah patah semangat Gerakan. Memang tidak dinafikan adalah terlalu sukar untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali Pulau Pinang jika semua parti komponennya dalam keadaan lemah. UMNO yang sering menyapu bersih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap kali PRU juga tidak mampu mengekalkan kemenangan 100 peratus pada PRU lalu.
Jika satu kerusi UMNO terlepas kepada Pas adalah satu perkara biasa yang pernah berlaku sebelum ini tetapi kehilangan tiga lagi kerusi (menjadikan empat) adalah sesuatu yang sukar diterima. Begitulah kemerosotan pengaruh yang berlaku dalam parti politik termasuk UMNO. Sebelum ini ketika BN menerima cabaran hebat termasuk semasa projek Tanjong I, Tanjong II dan Tanjong III, UMNO banyak membantu Gerakan untuk mengekalkan kuasa politik BN di negeri itu.
Tetapi pada PRU lalu, ketika UMNO kehilangan empat kerusi, Gerakan dan MCA gagal membantu BN untuk terus menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan utama Gerakan. Sebaliknya Pulau Pinang kini menjadi pangkalan utama DAP. Pada PRU lalu, Gerakan yang diperuntukkan 13 kerusi DUN gagal memenangi sebarang kerusi. Begitu juga MCA yang diperuntukkan 10 kerusi tetapi kalah kesemuanya. Akhirnya tinggallah UMNO satu-satunya komponen BN yang masih bertahan. Apakah kekecewaan Gerakan masih belum terubat sehinggakan Pengerusi Gerakan Negeri, Dr. Teng Hock Nan mengeluarkan kenyataan bahawa BN tidak mampu merampas kembali Pulau Pinang?
BN Pulau Pinang hanya akan kembali berkuasa sekiranya parti-parti komponen BN iaitu UMNO, Gerakan, MCA serta dibantu MIC mampu memberi sumbangan pada PRU akan datang. Begitu juga dengan pakatan pembangkang. Walaupun kuasa sebenar terletak di tangan DAP seperti yang pernah dirasai Gerakan tetapi sokongan PKR juga amat penting. Tidak lupa juga dengan Pas.
Kekuatan PKR dan Pas di kawasan orang Melayu dapat membantu memecahkan penguasaan UMNO sekali gus dapat membantu DAP membentuk kerajaan walaupun hakikatnya, DAP mampu untuk memerintah secara solo sekiranya parti itu bertanding di kawasan-kawasan pilihan raya yang diperuntukkan kepada MCA dan Gerakan.
Tetapi adakah Gerakan mampu berbuat demikian iaitu memerintah secara solo tanpa bantuan rakan-rakan MCA dan UMNO? Kemungkinan itu ada jika dilihat pada awal pemerintahan parti itu di negeri berkenaan. Tetapi untuk tempoh sekarang, ianya amat sukar. Gerakan yang masih berbalah akan menyebabkan tumpuan parti kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan BN terjejas.
Selepas PRU lalu, beberapa masalah melanda parti itu, apatah lagi apabila bekas Ketua Menteri, Dr. Koh Tsu Koon menjadi Presiden Gerakan dan 'menetap' di Putrajaya selepas dilantik menganggotai Kabinet.
Sepatutnya, Tsu Koon dapat memberi sumbangan lebih besar untuk menebus kekalahan diri dan kerajaan negeri pada PRU lalu. Mungkin, Tsu Koon diberi tanggungjawab untuk 'memimpin' Gerakan Pulau Pinang bagi menyelesaikan kemelut yang ada dalam Gerakan.
Jika UMNO boleh meletakkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden memimpin negeri tertentu, maka tidak ada sebab Gerakan juga boleh berbuat demikian.
Gerakan perlu memainkan peranan sebagai 'pembangkang' yang aktif di Pulau Pinang kerana kekuatan awal parti itu bermula di negeri yang majoriti penduduknya adalah masyarakat Cina. Gerakan perlu memenangi semula hati pengundi-pengundi Cina.
Jika tidak, mungkin untuk percubaan, parti itu menerima saja cadangan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya Gerakan menyerahkan kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen BN lain khususnya MCA dan MIC.
Mungkin UMNO juga boleh mencuba untuk bertanding di kawasan Gerakan untuk melihat sejauh mana, pengundi-pengundi memilih BN bukan atas nama parti seperti UMNO, MCA, Gerakan atau MIC.
Namun, UMNO pada sepanjang masa sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur sekalipun ada ketikanya UMNO akan ditolak secara beransur-ansur oleh pengundi.
Demi menjaga persahabatan atas semangat BN, dulu, kini dan selamanya, UMNO akan sentiasa berkompromi. Maka Gerakan harus berusaha untuk menyelesaikan segera masalah dalaman yang melanda parti itu di Pulau Pinang dan tidak mudah patah semangat atau undur ke belakang sebelum menuju ke medan perang.
Tindakan berundur oleh Gerakan hanya akan memberi ruang lebih luas kepada DAP untuk mengukuhkan kedudukan di Pulau Pinang. Apa yang perlu dilakukan oleh DAP hanyalah memperkukuhkan kedudukan di kawasan yang telah dimenanginya pada PRU lalu.
Pada masa yang sama dengan bantuan PKR dan Pas, parti itu terus berusaha untuk memenangi hati seberapa banyak pengundi Melayu di kawasan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Mungkin ini tugas sukar bagi DAP tetapi rakan-rakan PKR dan Pas sudah tentu bersedia untuk bersama-sama Guan Eng.
Isu di Pulau Pinang bukanlah seperti di Kelantan atau Kedah yang diterajui oleh Pas. Maka kenyataan bahawa Pulau Pinang akan terus dikuasai oleh DAP pada PRU akan datang bukanlah satu omongan kosong. Inilah hakikat yang harus ditelan. Keazaman politik DAP dan Gerakan sudah tentu berbeza.
DAP mahu mengekalkan kuasanya yang baru dinikmati selepas era Lim Kit Siang sebagai Setiausaha Agung DAP bertungkus lumus dengan pelbagai program untuk 'menakluki' Pulau Mutiara itu.
Sementara Gerakan pula masih terkejut dengan kehilangan kuasa selepas era kejayaan dan kecemerlangan parti itu di bawah pimpinan Presidennya Dr. Lim Chong Eu. Kini Guan Eng sudah tentu mahu meneruskan 'hayat' politik DAP di Pulau Pinang dan Tsu Koon pula adakah sekadar berpuas hati dengan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan tanpa sebarang kerusi di Parlimen dan DUN di Pulau Pinang?
Kekecohan semasa pengiraan undi pemilihan ketua dan ahli jawatankuasa PKR cabang Sabak Bernam adalah satu insiden yang sangat tidak 'demokratik' dan 'ganas'.
Sebagaimana yang diketahui umum, demokrasi adalah alat politik. Ia memberikan satu idea kepada para pengamal politik bahawa satu cara terbaik untuk mengurus hal ehwal negara adalah menerusi cara demokrasi yang mana suara majoriti rakyat dikatakan menjadi 'penentu' utama perjalanan pentadbiran dan jangka hayat sesebuah negara.
Negarawan Amerika Syarikat, Abraham Lincoln pernah menyebut bahawa demokrasi adalah 'dari rakyat', 'oleh rakyat', dan 'untuk rakyat'.
Demokrasi sebagai alat politik telah pun menjangkau satu usia yang sangat panjang. Hari ini, amalan demokrasi boleh dilihat di mana-mana di serata pelosok dunia termasuk di Malaysia. Walaupun 'darjah' ketepatan amalan sistem demokrasi di sesetengah negara, misalnya di negara-negara dunia ketiga boleh dipersoalkan, namun secara umumnya, kita boleh menyimpulkan bahawa demokrasi telah diterima umum oleh banyak negara pada hari ini sebagai satu bentuk sistem terbaik dalam konteks pemerintahan negara.
Sungguhpun begitu, secara praktiknya, amalan berpolitik mengikut demokrasi sememangnya tidak mudah sebagaimana yang disangkakan. Ini kerana idea demokrasi itu sendiri wujud di negara Barat dan bukannya di negara dunia ketiga. Memandangkan terdapat beberapa unsur 'kebaikan' yang ada dalam idea demokrasi tersebut boleh dimanfaatkan oleh semua 'warga dunia', satu bentuk penyesuaian (adjustment) amat diperlukan bagi memastikan bahawa pelaksanaan dan amalan sistem demokrasi di negara dunia ketiga tidak memberikan apa-apa implikasi buruk kepada negara dunia ketiga untuk jangka masa panjang.
Sesetengah negara mungkin terpaksa melalui proses 'trial and error' sebelum dapat menyesuaikan diri dengan sistem demokrasi di negara mereka. Malaysia adalah antara negara dunia ketiga yang mengguna pakai sistem demokrasi sebagai alat pemerintahan negara. Sejak mencapai kemerdekaan daripada British pada tahun 1957, Malaysia telah mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi 'ala-Westminster'.
Walaupun terdapat beberapa pendapat yang cuba 'menyanggah' realiti ini di mana Malaysia seringkali dilabel sebagai sebuah negara 'separa demokrasi', faktor-faktor sejarah, khasnya, perkembangan sistem politik dan pemerintahan negara, termasuk siri-siri pilihan raya umum sejak merdeka dan keupayaan parti pembangkang menguasai beberapa buah negeri dalam Persekutuan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.
Begitu pun, usaha parti pemerintah yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) untuk 'mendemokrasikan' sistem pemerintahan di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. BN sendiri terpaksa melalui pelbagai liku-liku pahit dan onak berduri demi melihat sistem demokrasi dapat dimartabatkan di Malaysia.
Baru-baru ini, pakatan pembangkang yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seringkali mengkritik keras BN dilihat sudah mula menerima 'tempias' politik secara demokrasi. Proses pemilihan kepimpinan PKR di beberapa tempat di seluruh negara telah dicemari dengan pelbagai insiden yang sangat tidak 'demokratik' dan 'ganas'. Keadaan ini dipanaskan dengan wujudnya calon tertentu yang dikatakan mendapat 'restu' daripada pimpinan tertinggi parti.
Unsur-unsur kronisme dan nepotisme juga kelihatan sangat jelas melalui gandingan 'anak-beranak' yang bertanding merebut beberapa jawatan tertinggi dalam parti, manakala calon yang tidak mendapat 'restu' dipinggirkan. Dalam parti DAP, senario yang hampir sama juga boleh dilihat apabila gandingan 'anak-beranak' menguasai kepimpinan tertinggi parti. Manakala dalam parti Pas pula, calon yang mendapat 'restu' daripada pimpinan tertinggi parti pastinya akan menang.
Apa yang penting bagi mereka ialah kedudukan mereka sebagai pimpinan tertinggi parti 'selesa' dengan sokongan calon yang sebenarnya 'kroni' mereka sendiri. Hasrat untuk melihat calon pilihan penyokong parti menang pasti akan terkubur dengan sendirinya. Bagi mereka, sokongan ahli parti tidak penting. Yang penting adalah kedudukan mereka terjamin. Sokongan ahli parti hanya penting untuk masa-masa tertentu sahaja.
Dengan ini, pakatan pembangkang juga boleh dilabel sebagai 'cakap tidak serupa bikin'. Jika keadaan ini pun boleh berlaku dalam parti pembangkang, ia sudah tentu boleh berlaku dalam mana-mana parti politik di negara ini. Semua senario ini menunjukkan kepada kita betapa susahnya untuk mempraktikkan amalan dan sistem demokrasi dalam konteks politik dan pemerintahan negara. Buktinya ialah, apabila pemimpin parti dipilih dari kalangan 'anak-beranak', 'kroni' dan calon yang mendapat 'restu' orang-orang tertentu yang berkuasa dalam parti, dan sebaliknya bukan oleh penyokong parti, ia adalah sesuatu yang sangat tidak demokratik.
Apakah maknanya amalan sistem demokrasi sekiranya percaturan politik negara ditentukan oleh hanya segelintir orang-orang tertentu yang berkuasa dalam parti dan bukannya penyokong parti ataupun rakyat jelata sendiri.
Sememangnya adalah tidak wajar bagi para 'pengamal' politik untuk mendabik dada dengan mengatakan bahawa "kami faham makna politik dan demokrasi, rakyat apa tau…".
Para 'pengamal' politiklah yang wajar membuka mata dan minda mereka dengan menerima hakikat bahawa rakyat pada hari ini sudah pun 'celik politik' dan bukannya seperti zaman dahulu kala. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pada hari ini, rakyat lebih 'celik politik' dan lebih memahami makna sistem demokrasi berbanding dengan pemimpin mereka.
Bukti yang jelas bagi menyokong kenyataan ini ialah wujud banyak keputusan-keputusan 'upset' yang tidak dijangka dalam beberapa siri pilihan raya umum dan pilihan raya kecil di Malaysia sejak kebelakangan ini. Satu peringatan bagi para pemimpin politik di negara ini, sekiranya anda mahu memastikan sokongan berterusan rakyat kepada parti yang anda sedang terajui, jadilah seorang pemimpin yang 'celik politik' dan 'faham demokrasi'. Jangan jadi pemimpin yang 'buta politik' dan 'jahil demokrasi'.
Menyebut sesuatu dan memberi label mengenai itu dan ini atas nama demokrasi sememangnya mudah, tetapi untuk mempraktikkan demokrasi sebagai satu bentuk amalan berpolitik dan mengurus negara untuk satu jangka masa yang panjang tidaklah semudah yang disangkakan. Ini kerana demokrasi adalah idea warisan dunia Barat.
Pengaruh pornografi di Internet harus dipandang serius oleh semua pihak di negara ini. Hal ini pernah dibangkitkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di persada antarabangsa baru-baru ini.
Sejak perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan pengedaran dan penjualan VCD serta DVD lucah yang berleluasa, didapati kes-kes jenayah seksual turut meningkat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat, berkata, bilangan jenayah seksual termasuk liwat dan sumbang mahram meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2005. Tahun lalu sahaja, terdapat 4,238 kes jenayah seksual berbanding 3,986 kes (2008), 3,689 kes (2007), 2,943 kes (2006) dan 2,427 kes (2005). Daripada perangkaan ini, kes-kes rogol menduduki tempat teratas.
Pada tahun lalu, sejumlah 3,626 kes rogol telah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis berbanding 3,409 kes (2008), 3,098 kes (2007), 2,431 kes (2006) dan 1,931 kes (2005). Bagi kes-kes sumbang mahram pula, jumlah kes pada tahun lalu meningkat kepada 385 kes daripada 334 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2007, kes yang dicatatkan ialah 360 kes, 332 kes (2006) dan 294 kes (2005). Perangkaan-perangkaan ini cukup membimbangkan.
Apatah lagi, banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana lebih 80 peratus daripada pesalah seksual mempunyai hubungan ataupun mengenali mangsa seperti ahli keluarga, saudara mara dan jiran mereka.
Trend sebegini jelas menunjukkan keruntuhan moral semakin gawat di kalangan anggota masyarakat di negara ini.
Bukan itu sahaja, sekiranya gejala negatif ini tidak dikekang segera, maka ia akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2020. Ini kerana sesetengah kakitangan pejabat terutamanya di sektor swasta menggunakan masa pejabat untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.
Mereka bukan sahaja menyalahguna kemudahan pejabat dan meningkatkan kos operasi syarikat tempat mereka bekerja, malah daya produktiviti mereka turut terjejas. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan pemikiran mereka menjadi celaru kerana imej-imej lucah sentiasa terpampang di dalam minda mereka. Mereka ketagih menonton gambar-gambar lucah.
Gejala yang tidak sihat ini juga merupakan antara punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Antara negara yang telah melaksanakan dasar menapis dan menyekat bahan-bahan pornografi di Internet ialah China, negara-negara Kesatuan Eropah (yang melakukan penapisan ke atas pornografi kanak-kanak), Arab Saudi, Korea Selatan, Australia, Kanada dan India.
Bagaimanapun, untuk menyekat dan mengekang pornografi siber bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti 'penjualan tubuh' merupakan aktiviti-aktiviti komersial utama di Internet dan paling banyak di laman sesawang tertentu. Adalah dianggarkan terdapat lebih daripada 1.5 juta laman sesawang pornografi di Internet dan 74 peratus daripada laman sesawang pornografi itu memaparkan diri sebagai laman selamat serta mudah dilayari.
Justeru itu, tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet termasuk keperluan membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap nilai budaya di persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-18 di Guadalajara, Mexico pada 8 Oktober lalu, disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan badan telekomunikasi dunia.
Menurut Rais, beliau akan mengusulkannya dengan mengutus surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure untuk memastikan cadangan yang dikemukakan Malaysia diambil tindakan sewajarnya.
Selain itu, disyorkan supaya semua kerajaan di dunia mengkehendaki dan mensyaratkan semua laman sesawang pornografi wajib dibayar. Mereka boleh mengusul dan membahaskan syor ini di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Penetapan sebegini dapat mengurangkan dengan banyak jumlah penonton laman itu. Selain itu, ditetapkan juga agar laman-laman sesawang pornografi menggunakan kata tambahan seperti .sex atau .xxx dan bukan .com. Cadangan ini harus dipertimbangkan. Syarat ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk menapis bahan-bahan pornografi.
Selain itu, pendidikan seks yang holistik dan dilaksanakan secara berperingkat amat diperlukan di sekolah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Durex, hanya 36 peratus masyarakat negara ini menerima pendidikan seks di sekolah. Majoritinya memperoleh pengetahuan seks daripada Internet iaitu sebanyak 75 peratus dan majalah (76 peratus).
Justeru, kerajaan tempatan melalui majlis-majlis daerah atau perbandaran harus mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat terhadap kedai perkhidmatan Internet dan kafe siber.
Antara syaratnya ialah bilik Internet haruslah diterangi dan cermin dinding tidak boleh gelap. Skrin monitor komputer harus dihala ke arah yang dapat dipandang orang. Ini akan menyebabkan pengguna menjadi segan, malu dan takut untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.
Pihak berkuasa pula hendaklah selalu melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menawarkan perkhidmatan Internet. Masyarakat terutamanya golongan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengekang dan melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada laman-laman sesawang pornografi.
Oleh kerana kanak-kanak dan remaja memerlukan bimbingan dan kawalan dalam penggunaan perkhidmatan Internet, maka ibu bapa atau penjaga harus lebih prihatin dan mengambil tahu tentang cara penggunaan perkhidmatan Internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh mengawal selia penggunaan perkhidmatan Internet dengan menggunakan perisian penapisan kandungan yang dapat dimuat turun secara percuma dari Internet.
Mereka juga dapat membelinya di kedai-kedai komputer. Antara perisian penapisan Internet yang terdapat di pasaran ialah Net Nanny Parental Controls, Safe Eyes, CYBERsitter, Puree Sight PC, Cyber Patrol, Mc Afee Parental Controls, Filter Park, Im View dan Parental Controls. Selain itu, hubungan keluarga yang baik dan harmoni juga dapat menjauhkan ahli-ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang mengaibkan nama baik keluarga mereka.
Begitu juga, pembangunan kerohanian, pegangan agama yang kuat dan takut kepada Tuhan dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak agama mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan aspek pembangunan kerohanian anak masing-masing.
Pengaruh daripada laman-laman sesawang pornografi harus ditangani segera oleh semua pihak. Ia amat perlu dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat terutama generasi muda Malaysia yang mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik
KOTA BHARU 10 Okt. - Kerajaan Pusat tidak pernah menganggap Kelantan sebagai musuh seperti mana yang didakwa oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai wakil rakyat Bebas, beliau melihat Kerajaan Pusat telah memberikan layanan yang baik kepada negeri ini.
Beliau berkata, kenyataan tersebut mungkin dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz kerana tidak berpuas hati disebabkan peruntukan tidak disalurkan melalui kerajaan negeri.
"Sebagai ahli Parlimen Bebas, saya rasa bertanggungjawab membetulkan hakikat sebenar. Mungkin maksud dianggap musuh kerana Kerajaan Pusat melaksanakan projek-projek di Kelantan secara terus melalui kementerian atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.
"Dari segi layanan untuk rakyat dan pembangunan, Kerajaan Pusat tidak anak tirikan Kelantan malah ia sama dengan negeri-negeri lain di bawah Barisan Nasional (BN), kita dapat saksikan hampir 20 tahun Pas mentadbir Kelantan, saya kira 80 peratus pembangunan Kelantan adalah dari Kerajaan Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Pusat seolah-olah menganggap negeri ini sebagai musuh kerana ia diperintah oleh Pas sehingga menyebabkan pelbagai permohonan projek pembangunan ditolak.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, tindakan Kerajaan Pusat tidak perlu dipertikaikan kerana ia perkara biasa dan dilakukan tanpa melanggar Perlembagaan Persekutuan.
"Jika Pas atau pakatan pembangkang mentadbir Kerajaan Pusat, mereka juga akan lakukan perkara sama.
"Contohnya, ahli Parlimen pakatan pembangkang merungut disebabkan tidak diberi peruntukan, persoalannya adakah kerajaan negeri pembangkang atau Pas akan memberi peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN," katanya.
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Barisan Nasional (BN) memerlukan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program transformasi yang bertujuan menjadikan Malaysia negara kelas pertama pada abad ke-21.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu menyokong program berkenaan kerana ia telah dirancang secara teliti dan mendalam sehingga ramai pemimpin dunia memuji Malaysia kerana mempunyai perancangan yang progresif dan futuristik.
''Impian saya untuk Malaysia adalah untuk menjadikan ia sebagai negara bertaraf dunia pada abad ke-21 dan bukannya negara kelas kedua yang pencapaiannya tidak berapa baik.
''Sebab itulah saya hendak sangat kemenangan. Ini bukan semata-mata untuk menang tapi kerana ia adalah satu-satunya cara bagi membolehkan kita mentransformasikan Malaysia menjadi antara negara terbaik di dunia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-57 yang dihadiri 1,764 perwakilan di Wisma MCA di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.
Ini merupakan kali pertama Najib merasmikan perhimpunan itu sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
Beliau tidak menghadiri perhimpunan itu tahun lalu berikutan krisis dalaman parti berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Najib memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak termasuk kakitangan kerajaan yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman setelah siasatan menyeluruh selesai dilakukan.
Beliau berkata, siasatan itu perlu dibuat terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya berikutan terdapat sesetengah pihak yang cenderung menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk memperbesarkan isu perkauman.
Menurut Perdana Menteri, beliau juga bersetuju dengan pandangan yang menyatakan kaum Cina di Malaysia tidak seharusnya disifatkan sebagai kaum pendatang.
"Ya, kamu (kaum Cina) datang ke sini pada satu ketika dahulu, tetapi itu adalah tiga, empat atau lima generasi dahulu.
"Kaum Cina sekarang adalah warganegara Malaysia yang taat setia kepada negara dan ini adalah pendirian saya," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau tidak dapat menerima sama sekali hujah beberapa pihak yang mendakwa gagasan 1Malaysia telah gagal berikutan masih ada individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Beliau berkata, semua pihak harus sedar bahawa beliau baru menjadi Perdana Menteri untuk tempoh setahun enam bulan sedangkan untuk mengubah sikap rakyat ia memerlukan masa yang lama.
''Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mengakui antara kegagalan beliau adalah untuk mengubah sikap rakyat walaupun setelah memegang jawatan ini selama 22 tahun. Oleh itu, semua pihak perlu realistik dan memberikan masa kepada saya," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan