Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.
Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya" jerangkap samar" yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.
Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.
Dalam Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor pada 30 September 2010 yang lalu, 4 buah soalan yang dihantar oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, telah ditolak oleh YB Dato' Speaker dengan alasan seperti berikut:
Soalan Lisan No.2 (54) berbunyi:
"Pn. Anjela Thevi A/P V. Krishnan memohon menurap jalan tar di Lorong Pon,Parit Prupuk pada 12 November 2009.Pejabat Daerah Muar telah memohon peruntukan daripada YAB Menteri Besar Johor pada 18 Februari 2010 (Ruj. PNLBM 43/07 Jld 3) sebanyak RM20,000.00.Bilakah permohonan ini akan diluluskan dan kerja-kerja dijalankan?"
Saoalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (2)(a) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor:
"Sesuatu soalan itu tidak boleh menyebutkan nama sesiapa atau kenyataan-kenyataan yang tidak berapa mustahak bagi menerangkan maksud soalan itu."
Soalan Lisan No.5 (A57)
Nyatakan projek-projek (dan kosnya) yang telah dijalankan dalam DUN Maharani melalui Pegawai Khas Menteri Besar (JPMM) dan jumlah perbelanjaan keseluruhan dari Mac 2008 hingga sekarang.
Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (2)(i):
"Sesuatu soal yang telah dijawab dengan sepenuh-penuhnya tidak boleh didatangkan lagi di dalam Penggal Persidangan itu juga."
Soalan Mulut No. 1 (B35)
"Berapa Jumlah peruntukan sambutan Hari Raya 2010/1431H yang telah dikeluarkan untuk Menteri Besar Johor?" Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25(3):
"Dengan tiada mengindahkan apa-apa jua yang terkandung di atas ini Menteri Besar atau ahli yang dialamatkan soal kepadanya itu boleh dengan persetujuan Speaker enggan menjawab soal yang tersebut itu dengan alasan bagi faedah am dan keenggangan yang demikian tidak boleh dibalas atau disoal lagi."
Soalan Mulut No.3 (B49) .......................................... Soalan ini ditolak mengikut Perkara 25 (3)
Pakatan Rakyat (PR) akan bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kemenangan akan dipastikan milik calon yang dipilih PR kerana di kawasan itu terdapat lebih 20 peratus pengundi Cina selain 11 peratus Orang Asli.
"Hasrat ini dijangka tercapai kerana kita tidak gentar dengan calon yang bakal diletakkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di Galas nanti.
"Saya menyatakan sedemikian kerana kemenangan di Sibu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 Mei lalu memang di luar jangkaan dan menunjukkan penduduk di situ sudah muak dengan politik BN," katanya.
Sehubungan itu katanya, tidak mustahil penduduk di kawasan Galas boleh terus mengekalkan kerusi milik Pas daripada jatuh ke tangan BN walaupun pelbagai agenda politik bakal dimainkan sepanjang kempen pilihan raya akan datang.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam dan sesi dialog sempena dana pilihan raya di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Sementara itu, Nizar berkata, desas-desus menyatakan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menjadi calon di Galas hanya tawaran daripada pucuk pimpinan UMNO, namun belum ada kata putus.
"Kemungkinan beliau (Ku Li) akan menolak tawaran itu dan perkara ini telah pun dinyatakan dalam Parlimen oleh beliau sendiri.
"Sekarang, PR menunggu siapa calon yang bakal diletakkan oleh BN di sana dan kita yakin tidak memberi masalah kepada jentera PR untuk meyakinkan penduduk di kawasan itu," katanya.
Apa yang penting katanya, setiap calon yang dipilih PR akan disokong dan cuba membantu sedaya upaya agar kemenangan terus berpihak kepada calon mereka.
"Hasrat ini penting bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukanlah satu parti yang mensia-siakan rakyat, tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak semua kaum di Malaysia," katanya - SinarHarian
Pemimpin Harus Rampas Harta Rakyat Menurut Islam ?
Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus.
Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?.
SEJARAH PANDUAN
Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah.
Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil.
Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka.
Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1]Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai.
Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :-
1)Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu.
2)Rayuan dan rundingan bersamapemilik.
3)Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama.
4)Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin.
Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :-
يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام
Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum"
SEBAB ITULAH ....
Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat.
Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian 'kepentingan awamnya'.
MALANGLAH...
Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah?
Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya.
Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya.(Dipetik dari zaharuddin.net)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
9 Okt 2010 - Pertandingan badminton yang berlangsung di Dewan Teratai Gajah Puteh berakhir dengan jayanya, sebanyak 32 regu diseluruh daerah Sik menyertai pertandingan ini. YB. Cikgu menyampaikan hadiah pada hari tersebut, johan, naib johan, tempat ketiga & keempat mendapat baju+wang tunai yang disediakan.
Sarang kegiatan tidak bermoral Utusan Malaysia 14 Okt 2010 JEMPOL 13 Okt. - Pasar Awam Bandar Seri Jempol, dekat sini yang terbiar dan tidak terurus kini menjadi 'sarang' segelintir remaja untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan tidak bermoral.
Ruang binaan dalam pasar tersebut yang mempunyai dinding di kiri dan kanan seperti sebuah bilik kecil ternyata memudahkan urusan remaja terbabit untuk melakukan maksiat.
Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati hampir seluruh dinding bangunan tersebut diconteng dengan pelbagai tulisan dan gambar menggunakan tin penyembur cat.
Lebih memburukkan persekitaran bangunan yang baru dibina beberapa tahun itu apabila ia turut didapati dipenuhi dengan sampah termasuk serpihan kaca botol arak pelbagai jenis.
Pengawal keselamatan di dewan berhampiran, Mohd. Khair Abu Bakar, 21, berkata, bangunan yang sunyi di siang hari itu akan bertukar menjadi tempat 'lepak' sekumpulan remaja menjelang petang sehingga tengah malam.
''Waktu pagi ia sunyi sahaja tanpa penghuni, tetapi bermula pukul 5 petang sehingga 4 pagi, bangunan pasar itu mula di penuhi oleh golongan remaja. Macam-macam gelagat boleh dilihat di situ.
''Bagaimanapun, pada hari Jumaat, ada pasar tani berhampiran pasar itu. Masa itu, mereka tidak berani datang untuk melepak di pasar ini. Mungkin mereka takut kerana ramai orang ketika itu," ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.
Sehubungan itu, Mohd. Khair berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius masalah tersebut dengan mengambil tindakan sewajarnya.
''Sudahlah kini banyak kes pembuangan anak luar nikah. Jika pasar ini tidak dipantau, semakin ramai yang berani membuat perkara terkutuk di sana,'' katanya.
Keadaan pasar tersebut turut mencacatkan pemandangan bangunan berhampiran seperti Dewan Nur dan Kompleks Belia dan Sukan selain Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol yang kini dalam proses pembinaan.
Sementara itu, seorang pekerja di Dewan Nur, Jamilah Khalid, 44, berkata, dia berharap agar Pasar Awam Bandar Seri Jempol itu segera dimajukan demi membanteras masalah itu selain menyediakan kemudahan buat orang ramai untuk mendapatkan barang keperluan harian.
"Rugi kalau ia tidak digunakan, sedangkan banyak wang telah dibelanjakan bagi menyiapkan projek tersebut.
"Tempat ini asalnya cantik dan turut menyediakan kemudahan tandas awam. Tidak tahu di mana silapnya, sehinggakan ia tidak beroperasi lagi.
"Lokasinya amat strategik iaitu dikelilingi pelbagai bangunan. Tidak tahu kenapa peniaga tidak berminat berniaga di pasar ini," jelas Jamilah.
Tambahnya, pasar tersebut kini semakin terbiar apabila tiada pihak yang menguruskan soal kebersihannya.
PASIR PANJANG – Laluan utama menghala ke Pengkalan Kempas menimbulkan trauma kepada penggunanya berikutan terdapat lubang di tengah jalan yang boleh mengancam nyawa.
Penunggang motosikal, K Kumareshen, 49, berkata, lubang di kawasan jalan tersebut memang sudah lama malah beberapa kali kemalangan berlaku di situ dan semuanya membabitkan penunggang motosikal.
Menurutnya, mujur sehingga setakat ini belum ada melibatkan kemalangan maut tetapi yang cedera sudah ramai akibat terjatuh terlanggar lubang berkenaan.
"Apabila hari hujan, air akan bertakung di lubang berkenaan dan menjadi perangkap kepada pengguna. Laluan ini sebenarnya sudah dibaiki pihak berkenaan namun tidak kekal. Tidak sampai sebulan, jalan berlubang kembali.
"Keadaan laluan di sini memang berbahaya lebih-lebih lagi ia terletak di selekoh jalan dan pada waktu malam keadaan gelap kerana tidak ada kemudahan lampu jalan," katanya.
Kumareshen berkata, kon yang diletakkan pihak berkuasa tidak membantu mengurangkan risiko keselamatan kepada pengguna.
"Saya amat berharap pihak berkuasa dapat menurap semula jalan ini dengan baik dan betul supaya kejadian jalan berlubang tidak berulang," katanya.
ALHAMDULILLAH PROGRAM TAHUNAN INI MASUK TAHUN KE LAPAN BERTURUT-TURUT.. PADA TAHUN INI HARGA SEBAHAGIAN ADALAH SEBANYAK RM400(rm EMPAT RATUS SAJA)SETAKAT INI SUDAH ADA 2 EKOR KAMBING DAN SEMBILAN BELAS BAHAGIAN YANG TELAH MENDAFTARKAN DIRI ..SESIAPA YANG BEMINAT AGAR SEGERA MENDAFTARKAN DIRI DENGAN MENGHUBUNGI TERUS PENGERUSI ATAUPUN S USAHA PROGRAM
Pendaftaran pelajar baru bagi sesi 2011 adalah dibuka bermula 1 Oktober 2010
Pelajar : anak-anak yang berumur 3 tahun, 4 tahun, 5 tahun dan 6 tahun Kurikulum, buku teks dan buku aktiviti : Kawal selia oleh Jabatan Pasti Malaysia
Mata pelajaran (6 tahun): 1. Peribadi Muslim 2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan 3. Bahasa Melayu 4. Bahasa Inggeris 5. Bahasa Arab 6. Matematik 7. Asas Penulisan Jawi 8. Al-Quran dan al-Hadith 9. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian
Mata pelajaran (5 tahun): 1. Peribadi Muslim 2. Pendidikan Sains Sosial dan Pembangunan Insan 3. Bahasa Melayu 4. Bahasa Inggeris 5. Bahasa Arab 6. Matematik 7. Asas Penulisan Jawi 8. Al-Quran dan al-Hadith 9. Asas Komputer 10. Cepat Membaca al-Quran - Iqra 11. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian
Mata pelajaran (4 tahun): 1. Anak Soleh Pintar 2. Asas Bacaan - Pasti Adikku Pandai Membaca 3. Asas Penulisan- Pasti Adikku Pandai Menulis 4. Asas Penulisan - Allah Maha Pencipta 5. Cepat Membaca Bahasa Melayu - Bacalah Anakku* 6. Cepat Membaca al-Quran - Iqra'* 7. Hafazan Surah-surah Lazim dan doa harian* 8. Easy 1,2,3* 9. Aktiviti Sambung Titik* 10. Sama atau Beza* 11. Aktiviti Mewarna*
Peperiksaan bagi 5 tahun dan 6 tahun : (disediakan oleh Pasti Malaysia)
Pakaian Seragam : Selaras seluruh Malaysia
Aktiviti : Peringkat Pasti Unit, Pasti Kawasan Jasin, Pasti Negeri Melaka dan Pasti Malaysia
Waktu Pembelajaran : 8.30 pagi hingga 11.30 tengahari
SEGALA MAKLUMAT LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN GURU DI TALIAN 019-6605105 ATAU DATANG BERKUNJUNG KE PASTI AS SALAM, KG AIR PANAS
13 Oktober 2010 ( Rabu ) Parit Haji Aman-YB Tuan Haji Husin Bin Din ADUN Selinsing telah berkesempatan untuk turut serta dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Daerah Kerian untuk satu operasi memindahkan kera liar yang terperangkap dalam jerat yang dipasang. Jerat tersebut dipasang memandangkan aduan rakyat setempat yang mengadu kera-kera liar terlalu banyak dan mengancam tanaman penduduk setempat.Hadir dalam operasi tersebut ialah wakil dari Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dan juga penduduk setempat bagi membantu wakil-wakil Jabatan Perhilitan menjalankan kerja-kerja memindahkan kera-kera yang berjaya dijerat.Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa operasi berjalan.
YB ADUN Selinsing bersama penduduk dan wakil Jabatan Perhilitan memerhatikan kera yang terperangkap dalam perangkap yang dipasang di Kampung Parit Haji Aman Kera yang terperangkap Wakil Jabatan perhilitan menjalankan tugas untuk proses ubat bius sebelum memindahkan kera-kera yang terperangkap ke kawasan yang sepatutnya. Operasi turut dibantu oleh penduduk tempatan Kampung Parit Haji Aman
Kera yang telah dibius dengan pelali dimasukkan ke dalam sangkar yang lebih kecil untuk dipindahkan ke kawasan yang sesuai agar tidak mengganggu tanaman penduduk kampung.
Operasi selesai kira-kira jam 10.30 pagi dan 2 ekor kera berjaya di bius dan akan dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai agar tidak lagi menggangu tanaman penduduk.Bagi pihak penduduk Kampung Parit Haji Aman,YB mengucapkan jutaan terima kasih diatas keprihatinan pihak Jabatan Perhilitan Daerah Kerian dalam usaha membantu menangani masalah gangguan kera terhadap tanaman yang penduduk kampung usahakan.
You are subscribed to email updates from n12selinsing To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Agak menarik dalam isu kenaikan tari air di Kedah ialah sepatutnya Kerajaan Negeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.
Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato' Seri Azizan Razak macam 'gangster' kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu.
Nawawi agak tertekan kerana dia adalah Exco yang bertanggungjawab terhadap air di masa BN. Menteri Besar mendedahkan pembinaan logi pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta. Tetapi pembinaan di tangan BN menjadikan harganya RM65 juta.
Logi pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN, harganya melonjak menjadi RM155 juta. Ia mungkin menjawab persoalan mengapa kerajaan lalu beriya-iya menolak geran peruntukan Pusat untuk perkhidmatan air. Sebaliknya mereka menerima pinjaman yang memberi peluang menentukan siapa kontraktornya serta tidak terikat dengan harga berasaskan spesifikasi dari Kementerian Kerajaan Pusat.
BN dipersalahkan juga berhubung perjanjian-perjanjian yang merugikan rakyat dalam pengurusan air yang dimeterai oleh kerajaan lalu. Antaranya ialah dengan syarikat Taliworks di Langkawi. Taliworks dikatakan syarikat kroni pemimpin BN dan maklumat dalaman syarikat itu mendedahkan bahawa mereka pernah menyumbang RM90 ribu untuk satu jamuan raya anjuran Ir. Nawawi. Mujur beliau belum lagi menjadi ADUN dan Exco sewaktu mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyambung kontrak Taliworks sehingga tahun 2020.
Dalam perkembangan terbaru, Menteri Besar menyerahkan kepada SPRM sama ada mahu menyiasat atau tidak pemimpn-pemimpin kerajaan lalu. Sebenarnya SPRM berbeza dengan polis yang membuat siasatan selepas laporan dibuat. SPRM mempunyai detektif dan boleh menyiasat tanpa laporan pun. Dan memang dalam banyak kes yang melibatkan individu dalam Pakatan Rakyat mereka menyiasat tanpa laporan dibuat oleh mana-mana pihak. Cuma persoalannya, antara mahu atau tidak.
Kenaikan harga air sehingga 27 peratus adalah angka besar dan menakutkan. Tapi hakikatnya ia tidak sebesar mana kerana harga asal air di Kedah cukup murah pun. Syarikat Air Darul Aman (SADA) mudah saja bermain perang saraf. Mereka membandingkan harga sebelum kenaikan iaitu 8 sen bagi satu tong dram (200 liter) menjadi 10 sen bagi satu tong dram selepas kenaikan. Kenaikan untuk satu tong dram Cuma 2 sen. Poster dan risalah mengenainya diedarkan ke seluruh negeri. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa harga air di Kedah serendah itu lalu mengiyakan kenaikan tarif air.
Ada juga yang bertanya mengapa kerajaan negeri tidak beri subsidi air? Ketua Pegawai Eksekutif SADA Dato' Adzmi Din menjelaskan bahawa kenaikan yang sepatutnya ialah RM0.96 semeter padu, barulah kerajaan dapat menampung semua kos pengurusan air.
Dengan tarif yang baru diumumkan ini (RM0.50 semeter padu), SADA dijangka masih mengalami kerugian sebanyak RM24 juta setahun. "Maknanya kerajaan dah bagi 'subsidi' RM0.46," katanya. Kenaikan tarif air di Kedah, ternyata dapat diatasi dengan mudah oleh kerajaan negeri. Maka kenaikan bukan lagi isu besar. Isu besar di sebalik kenaikan tariff air ialah penjajahan Pusat terhadap hak air negeri.
Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada bulan Januari 2005 di mana perkhidmatan bekalan air berkaitan dengan rawatan air dan pengagihan dipindahkan dari Senarai Negeri ke Senarai Bersama (Negeri dan Pusat).
Penstrukturan semula industri bekalan air oleh Kerajaan Persekutuan berlaku pada tahun 2003 iaitu melibatkan penstrukturan semula indsutri Bekalan Air Negara oleh Kerajaan Persekutuan, Pindaan Perlembagaan Persekutuan (2005), Kelulusan Akta Industri Perkhidmatan Air (Akta 665) pada tahun 2006, Kelulusan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air (Akta 654) pada tahun 2006 dan Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tahun 2007. Semua itu menjadi langkah-langkah penaklukan Pusat terhadak hak air negeri.
Dengan adanya kedua-dua akta tersebut (Akta 655 dan Akta 654) yang telah diluluskan pada tahun 2006 dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008, maka Enakmen Bekalan Air yang diguna pakai oleh negeri-negeri tidak lagi terpakai dan semua Jabatan Bekalan Air dan Lembaga Air Negeri diletakkan di bawah kawalan SPAN.
Seksyen 3 Akta 655 telah memperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Enakmen Bekalan Air (Syarikat Pengganti) 2008 telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada 18 November 2007 dan diwartakan pada 27 Mac 2008 di mana Enakmen ini membolehkan Kerajaan Negeri berkenaan dengan perkhidmatan bekalan air kepada satu syarikat penganti yang akan berfungsi sebagai operator bekalan air bagi menggantikan Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK). Pengkorporatan JBAK ke SADA adalah untuk memenuhi Akta Persekutuan ini. Semua ini angkara kerajaan BN yang separuh abad berkuasa di Pusat. Dan episod-episod kehilangan hak negeri terhadap air selepas ini akan berlarutan.
Hak negeri terhadap api (elektrik) tiada lagi. Hak terhadap tanah juga banyak yang telah dicerobohi Akta. Dari 'tanah, air, api, angin' maka yang tinggal untuk anak negeri selepas ini cuma angin.
Tahinah Kepada Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim atas cabaran yang beliau lemparkan kepada Kerajaan Pusat atas peruntukan ADUN yang dibisingkan oleg ADUN BN di Selangor. Dengan jawapan ringkas oleh MB, BAGI DULU PERUNTUKAN KEPADA AHLI PARLIMEN PR JIKA MAHU KERAJAAN NEGERI salurkan peruntukan kepada ADUN BN. Baru depa tau...Tahniah MB
Seluruh jentera dan tentera jihad diseru untuk hadir ke pejabat PAS Kawasan esok hari Jumaat 15/10/2010 8:15 malam untuk taklimat pilihanraya kecil Galas. Pastikan hadir awal dan solat Isyak berjemaah di Pejabat PAS Kawasan.
Harap dapat sebarkan maklumat dan maklumkan kepada seluruh jentera parti.
Dialah pengapi utama perkauman tetapi sengaja didiamkan oleh umno. Rakyat malaysia yang matang perlu di ajak berbincang untuk kesejahteraan negara. Menganjurkan program dengan menghunuskan keris bererti mengundang ketakutan rakyat.
SHAH ALAM 13 Okt - Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini.
Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik.
Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Usaha ahli Parlimen PAS bertemu dengan pihak pembangkang Indonesia pada September lalu mendapat pujian daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman di Dewan Rakyat hari ini.
Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia (gambar).
"Saya berterima kasih dengan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Yang Berhormat. Dalam jawapan saya tadi, saya mengatakan bahawa setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik harus mengambil satu langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia dan saya tidak pernah katakan bahawa hanya ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ataupun kerajaan sahaja yangboleh memainkan peranan," ujarnya.
Beliau juga berharap usaha yang dilakukan PAS itu turut dilakukan oleh ahli Parlimen dan pihak-pihak lain.
"Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat. Usaha seumpama itu saya menyanjung tinggi dan mudah-mudahan usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan kerana ini bagi kepentingan bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi juga masyarakat kedua-dua negara," katanya.
Pada 1 September lalu, Nasharudin yang juga Timbalan Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, serta ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar mengadakan pertemuan dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal dan beberapa wakil pembangkang Indonesia yang lain
Pertemuan itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.
Dalam pertemuan di bangunan Parlimen itu, pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara.
Nasharuddin juga mengulangi pendirian Kamaruddin dalam pertemuan tersebut bahawa satu kaukus Parlimen mengenai hubungan Malaysia-Indonesia perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan kedua-dua negara ini.
"Kami memandang keperluan menubuhkan satu kaukus hubungan Indonesia dan mlaysia di peringkat Parlimen bukan sahaja kepada pihak pemerintah yang mengambil bahagian tetapi ahli politik atau sesiapa sahaja yang boleh memainkan peranan," katanya.
Anifah sebelum itu menjawab soalan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan yang telah dilakukan bagi menjamin hubungan Malaysia-Indonesia sebagai kerabat Asean sentiasa terpelihara agar peristiwa serangan ke atas Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berulang kembali.
"Kemudian saya bersama-sama dengan YB Azmin Ali, YB Datuk Kamaruddin Jaafar (MP PAS – Tumpat) dan YB Dr. Xavier ke Dewan Perwakilan Rakyat bagi memenuhi perjumpaan dengan Wakil Ketua dan Ahli Parlimen Komisi Luar Negara dan Pertahanan. Persetujuan dicapai agar kerjasama dua hala dipertingkat di kalangan Ahli-ahli Parlimen kedua belah negara."
"Saya hargai keprihatinan mereka yang turut menuntut agar fitnah yang dilemparkan kepada saya dibawa dan diadili menurut lunas-lunas Syari'ah."
Kerap sangat berlaku yang melibatkan polis terutama selepas PRK Hulu selangor. Ujian ini sebenarnya terhadap KP Selangor. Dalam setengah isu tidak di siasat dengan teliti. mula dengan adik Nurin yang tiada tangkapan kepada adik Syalini yang tak tahu dimana. kepala lembu, bakar gereja. Tony Puah dapat peluru, Tian Chua yang dituduh gigit polis. Ada vip raba pekerja hotel jadi senyap (sory itu di KL) dan banyak lagi yang di selangor termasuk juga bekas adun yang dikatakan bunuh diri. Saiful azlan mengaku diliwat di KL atau juga diselangor. Tapi si Rahimi lapor di klang. Sosilawati kes belum didakwa dah mari pula yang ini. Aminurrasyid baru dakwa semalam dengan kata ada 19 klonsong peluru. aduh semakin banyak kerajaan PR selangor diserang insya Allah semakin banyak petaka yang akan timbul di Selangor.
KUALA LUMPUR, 13 Okt [9.35 am] - Juara sebanyak 32 kali, Selangor bukan saja gagal mencari bekalan selesa dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia semalam, malah saingan di Stadium Shah Alam turut dicemari pergaduhan di antara penyokong Merah Kuning dan Kelantan.
Kekecohan yang dicetuskan penonton kedua-dua pasukan, selain pesta bunga api dari tempat duduk penonton mengganggu kerancakan perlawanan. Paling mengejutkan, belum pernah terjadi dalam sejarah Malaysia kekecohan bolasepak hingga membawa kepada kematian. Namun ia berlaku dalam perlawanan semalam. Anehnya, media arus perdana tidak melaporkan perkara ini. Apakah yang mahu disembunyikan agaknya.
Difahamkan, seorang penyokong Kelantan telah meninggal dunia akaibat serangan daripada penyokong Selangor selepas perlawanan itu. "Tindakan polis yang terlalu berlembut menangani serangan hendap dengan batu-bata penyokong Selangor kepada penyokong Kelantan juga amat dikesali kerana ramai penyokong Kelantan percaya sekiranya berlaku serangan seperti gambar diatas oleh penyokong Kelantan sudah pasti ramai yang ditangkap atau dibelasah dengan belatan.
Itulah tindakan yang sentiasa dikenakan kepada Kelantan. Petugas media terlalu cepat mensensasikan berita penyokong Kelantan tetapi menutup sebelah mata sekiranya sesuatu perkara dimulakan penyokong Selangor. Walhal mereka dapat melihat dengan jelas rempuhan penyokong Selangor yang mengamuk merempuh anggota rela untuk menyerang penyokong Kelantan yang sememangnya dihadang oleh pagar.", kata seorang penyokong Kelantan
Antara aktiviti tolong orang susah. tetapi pertolongan itu mendapat liputan tv1 dan sokongan yb umno. kerana itu diragui keikhlasan mereka. ada serampang yang bermata.
ALOR SETAR 12 Okt - Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah Lukman Moidin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.
Dalam satu kenyatan yang dikeluarkan hari ini, Lukman berkata peletakan jawatannya disebabkan oleh beliau hilang keyakinan terhadap persatuan itu ditambah pula dengan usaha-usaha pihak tertentu yang menggunakan GPMS Kedah untuk agenda kepentingan peribadi secara keterlaluan.
"Sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tertua dan pernah bertanggungjawab untuk mendaftar semula GPMS Kedah, saya amat kesal apabila kepimpinan GPMS Kedah gagal untuk menghalang usaha-usaha 'nakal' beberapa individu yang menggunakan nama GPMS untuk menjayakan kehendak peribadi yang semakin keterlaluan," katanya.
Beliau yang memegang jawatan itu bermula pada 2009 berkata usaha untuk membetulkan keadaan itu juga sukar dan tidak mendapat sokongan kepimpinan GPMS Kedah menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.
"Saya juga kesal kerana beberapa individu yang baru menyertai GPMS didapati telah menggunakan nama GPMS untuk menaikan populariti diri. Saya juga bimbang melihat senario NGO Melayu yang semakin lalai dan 'syok sendiri' tanpa mempedulikan kehendak sebenar dan menentukan agenda telus dalam memperkasa pendidikan anak bangsa," katanya.
Beliau berharap agar pihak-pihak yang terlibat boleh bermuhasabah diri untuk meletakkan kepentingan agenda pendidikan sesuai dengan dasar dan penubuhan GPMS itu sendiri.
Lukman yang juga bekas Setiausaha GPMS Kedah sesi 2006 hingga 2009 telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden GPMS Pusat Jais Abdul Karim.
SHAH ALAM 13 Okt - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka bakal menunaikan rukun Islam kelima tahun ini selepas hasrat beliau terhalang akibat angkara fitnah Umno-Barisan Nasional yang mempolitikkan rancangannya berangkat ke Makkah tahun lepas.
Menurut sumber, beliau akan berangkat ke Tanah Suci bersama-sama Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra yang akan turut sama menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
Nik Abdul Aziz dijangka akan berangkat ke Makkah awal bulan depan di mana tarikhnya masih belum ditetapkan.
Menurut maklumat yang diterima dari Kuala Lumpur, jadual penerbangan beliau sedang diuruskan oleh pihak Tabung Haji.
Salah seorang kakitangan Tabung Haji memberitahu tarikh pemergian itu adalah sekitar 9 atau 10 November.
Ini bermakna, beliau akan berangkat ke Tanah Suci itu selepas selesainya Pilihan Raya Kecil N45 Galas pada 4 November depan.
Duit yang reezal dan azhar kutip tak tahu pi mana? tak masuk dalam akaun kerajaan? nampak gaye depani tipu. Boleh jadi depa keluarkan duit depa bagi kat yang dhaif itu sebagai ganti duit yang dhaif pulangkan itu. jadi yang dhaif tetap dapat RM100 dan depa ambil balik duit yang depa kata haram. yang depa tipu tu siapa? tak lain yang tua dan dhaif. yang cerdik tak terpedaya.
BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: She is a JPA scholar who graduated with first-class honours and recently completed her Masters degree in microelectronics and microsystems. But now, doctors are telling her that she only has six months to live.
Azaryna Noh, 26, is suffering from Idiopathic Pulmonary Fibrosis (ILP) and urgently needs a lung transplant.
She was diagnosed with the chronic disease after she complained of a bad cough and had difficulty breathing early this year.
Now, she is fully dependent on an oxygen tank to keep her alive.
"I was offered a job as a vision integration engineer but was diagnosed with the disease at the same time," she said.
Still, she still went to work although she lasted just a week as she became too weak. She is now wheelchair-bound and her only hope is for someone to step forward as an organ donor to save her life.
Azaryna is one of the nine critically-ill patients at the National Heart Institute (IJN) who urgently need lung or heart transplants.
"We have the facilities and expertise required to save them yet we are helpless because we don't have organ donors," said IJN consultant cardiothoracic surgeon Dr Abdul Rais Sanusi.
"There were many cases whereby the deceased had requested for his organs to be donated but in the end, the family did not allow it," he said.
Every month, he said, there was an increase of about two or three patients to the list of people who were awaiting organ donation.
Suffering a similar fate as Azaryna is Vijaya Ramasamy, 32, who in the final stage of her lung disease.
She was diagnosed with Interstitial lung disease (ILD) only four months after her wedding to mechanic K. Shankar, 33, who has been bearing the medical costs.
Vijaya has been fully dependent on an oxygen tank since March last year and has been living with the hope that a donor would step forward before it is too late.
Her husband Shankar pleaded for help.
"Please don't waste your organs. Please donate, not just for my wife but for these other patients who need your help," he said.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya. Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.
Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.
Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.
Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.
Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.
Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.
Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.
Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus.
Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana "Melayu itu miskin dan saya Melayu" kata mereka. "Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu"' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.
Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.
Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa?
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.
Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.
Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.
"Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat," katanya.
Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.
Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.
"Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.
"Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek," katanya.
Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.
"Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis," katanya.
Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.
PAS akan memutuskan calon yang bakal mewakili parti Islam itu dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas di sini, malam ini.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu, kepimpinan parti itu akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk memutuskan perkara tersebut.
"Kami akan bertemu di ibu pejabat parti hari ini untuk menentukan calon kami," kata beliau.
Terdahulu seorang lagi Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengesahkan perkara itu.
"Ia akan diputuskan malam ini, mesyuarat kami selepas mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat petang ini," kata beliau ketika dihubungi di Pahang.
Tarikh pengisytiharan nama calon juga akan ditetapkan malam ini, kata beliau.
Laporan kelmarin menyebut PAS akan mengumumkan calonnya 24 Oktober manakala laporan terbaru hari ini menyebut ia akan diketahui 22 Oktober.
Menurut pakar urologi, pisang dapat meningkatkan kesuburan lelaki jika buah itu dimakan setiap tiga hari. Pakar tersebut berpendapat, buah pisang yang mengandungi magnesium dapat menghasilkan sel sperma yang berkualiti. Selain pisang, pengambilan makanan seperti spaghetti, makanan laut, kentang, dan biji gajus juga mendatangkan kesan yang sama terhadap sperma.
Jika pisang menyuburkan sperma, arak, rokok, perbuatan mandi panas atau menghabiskan masa yang lama di sauna pula dikatakan boleh menjejaskan pengeluaran sperma.
Jadi, bagi pembaca yang sukar memperoleh zuriat atau kepingin untuk memperoleh zuriat, makanlah pisang atau makanan yang dinyatakan oleh pakar tersebut. Hindarilah makanan atau perbuatan yang dapat menjejaskan sperma. Semoga dengan izin Allah SWT, hajat anda termakbul.
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okey ketika ditanya mengenai keadaannya.
"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okey atau tidak, dia kata okey.
"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama hari ini.
Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalisme terhadap kereta.
Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek.
Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.
Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. — Bernama
SHAH ALAM, 12 Okt — Sebanyak 19 butir peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.
Empat saksi memberi keterangan di mahkamah hari ini, hari pertama perbicaraan. Perbicaraan akan berlangsung sehingga 11 November ini.
Hakim Latifah Mohd Tahar kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga petang ini selepas jurugambar forensik polis Mokhtar Hussein memberikan keterangan.
Pada 10 Mei lepas, Jenain Subi, 48, mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu pagi tadi, perbicaraan kes bermula dengan seorang anggota polis dipanggil untuk menceritakan apa yang terjadi pada malam kejadian.
Saksi pertama perbicaraan hari ini adalah Lans Koperal Mohd Sabri Salleh dari Balai Polis Shah Alam.
Dia berkata dia menerima panggilan daripada kereta peronda yang dinaiki Jenain pada pukul 1.45 pagi memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.
Kereta peronda berkenaan memohon bantuan Mohd Sabri bagi menghentikan kereta tersebut dan memaklumkan sedang mengejar kereta itu dari Hotel Concorde ke Bulatan Kayangan.
Dia kemudian menghubungi telefon bimbit Jenain dan dimaklumkan bahawa kereta Iswara itu hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2.
Mohd Sabri kemudian berkata, Jenain menyuruhnya menghubungi ambulans untuk membantu pemandu kereta Iswara itu.
Detektif Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab yang dihantar ke tempat kejadian berkata, dia mengambil 41 gambar kereta Iswara itu dan Aminulrasyid termasuk peluru, pokok patah dan juga jalan.
Jenain diwakili oleh peguam bela Salim Bashir manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya Persekutuan Mohd Dusuki Mokhtar, lima saksi akan dipanggil dan dijangka perbicaraan itu akan mengambil masa selama 11 hari.
SENAI - Pemuda UMNO Tebrau menganggap tindakan pihak polis menyerbu jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Johor di Kampung Air Manis, Kulaijaya Jumaat lalu adalah wajar.
Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Syahrin Jamaluddin berkata, pihak polis ada sebab dan asas atas serbuan yang diadakan Jumaat lalu.
Menurutnya, tindakan pihak polis itu bukanlah bertujuan untuk menghalang jamuan Hari Raya Aidilfitri yang sedang berlangsung, tetapi ceramah yang disampaikan oleh parti PKR tersebut.
"Kesucian jamuan Aidilfitri tidak sepatutnya digunakan bagi kepentingan masing-masing. Jika jamuan itu dilakukan dengan pengisian yang betul, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada penganjur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, Malaysia membenarkan rakyatnya bebas bersuara serta tidak memerlukan permit untuk mengadakan jamuan seperti itu.
"Permit diperlukan untuk ceramah-ceramah seperti ini apabila musim pemilihan raya, tetapi sempena jamuan Hari Raya Aidilfitri tidak perlulah memohon permit," katanya ketika dihubungi.
Nota Zabidie :
Ini menunjukkan UMNO menguasi POLIS dalam tindakan tersebut
Memang pantas sekali masa...meninggalkan kita...sedar-sedar...bakal jemaah haji telah mula terbang meninggalkan tanah air menerima jemputan Ilahi sebagai tetamu...di bulan Zulkaedah dan Zulhijjah.
Fuh...bila lagi nak mengikut jejak dan memijakkan kaki di bumi Anbia sebagai tetamu Allah..Subhanallah..tak cukup-cukup duit di simpanan...
Bujang kecilku..sentiasa bertanya.."Abi bila lagi kita nak pergi ke Mekah?"...satu pertanyaan yang sukar untuk dijawab
Andai aku punya wang berjuta...mahu saja aku membawa semua kaum keluargaku..menunaikan ibadah teragung ini...namun kecukupan dari segi rezeki belum mengizinkan...namun dilubuk hati...ketetapan keazaman yang kuat untuk aku dan kaum keluarga..ke Baitullah....Insya'Allah
Ya!Allah..moga kau memberikan kecukupan dan kemewahan dari sudut rezeki..agar kami dapat menunaikan ibadah teragung Mu....
Kampus Johns Hopkins: Tak seindah khabar dari rupa-Mkini
Keupayaan negara kononnya berjaya menarik pelabur dan pakar antarabangsa yang sering-kali dimegah-megahkan oleh media arus perdana sebenarnya tidaklah seindah yang dikhabarkan jika laporan sebuah akhbar kampus dijadikan ukuran.
Akhbar itu bukan milik sebarangan universiti tetapi Universiti Johns Hopkins yang terkenal.
Universiti yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada bulan lalu umumkan akan menubuhkan sebuah sekolah perubatan dan hospital mengajar di Malaysia.
Antara tajuk utama media arus perdana yang terpampang ialah "Universiti Johns Hopkins akan tubuhkan sekolah perubatan dan hospital di Malaysia" dan "PM pikat sekolah perubatan Johns Hopkins ke Malaysia."
Bercakap kepada wartawan di New York pada 25 September tahun lalu, Najib dilaporkan berkata sekolah perubatan Johns Hopkins akan menubuhkan sebuah hospital yang mempunyai kemudahaan 600 katil dan sebuah pusat kajian di Serdang, Selangor.
Perjanjian kerjasama itu bakal dimeterai di antara sebuah syarikat tempatan dan Johns Hopkins pada November ini di Kuala Lumpur, dan sekolah berkenaan bercadang menerima 100 pelajar setiap tahun untuk program empat tahunnya, kata laporan berkenaan.
Johns Hopkins - berpangkalan di Maryland - ia diiktiraf sebagai antara universiti terbaik di dunia dan mempunyai program perubatan yang disebut paling berwibawa. Di luar Amerika, ia hanya mempunyai cawangan di China dan Itali.
Bagaimanapun satu artikel kecil yang disiarkan di akhbar kampus - the JHU Gazette - pada 4 Oktober lalu mencadangkan rancangan mereka itu tidak sebesar yang dilaporkan. Ia hanya mempunyai rancangan sederhana di Malaysia.
MOU kerjasama
Dalam artikel bertajuk "JHM inks MOU to explore collaboration in Malaysia", JHU Gazette melaporkan pusat perubatan dan akademik Johns Hopkins telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan Chase Perdana Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur untuk meninjau peluang kerjasama dalam bidang pendidikan perubatan, klinik dan penyelidikan di Malaysia.
Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI-Mkini
Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.
Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.
Bagaimanapun, tidak ada surat tawaran atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).
Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.
Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).
Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.
"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.
Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.
"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.
Peguam, N Patmanabhan dan tiga yang lain dituduh di Mahkamah Majistret di Banting, membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut.
Tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah itu untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.
Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan yang mengandungi Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.
Peguam kedua-dua adik beradik berkenaan, Amer Hamzah Arshad dan Ravi Nekoo tiba sebelum itu kira-kira jam 8.30 pagi.
Sosilawati 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor, untuk urusan pembelian tanah.
Polis kemudian mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Hasil siasatan, Unit Forensik Polis menemui beberapa objek termasuk serpihan tulang dan sampel rambut dipercayai milik mangsa-mangsa. Bahan bukti kes pembunuhan itu diserahkan ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Kenapa hanya 14 wanita pertama sertai sidang? Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.
Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.
sidang Afrika
"Kecuali Laos, tidak ada negara di Asia yang menghantar Wanita Pertama mereka ke sidang pertama Wanita Pertama. Ia lebih sesuai di namakan Sidang Wanita Pertama Afrika," kata Teng Chang Kim.
iklan 1.5 juta
Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.
Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.
Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.
DUA PELURU HIDUP. 17 KELONSONG DITEMUI DI KAWASAN AMINULRASYID DITEMBAK - minsider
Sebanyak dua peluru hidup dan 17 kelongsong peluru ditemui di kawasan perumahan di Seksyen 11 di sini — tempat di mana remaja Aminulrasyid Amzah, 15, ditembak mati oleh anggota polis enam bulan lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam diberitahu hari ini.
KES AMINULRASYID :19 TEMBAKAN DILEPASKAN - mstar
SHAH ALAM: Sebanyak 19 keping gambar kelonsong dan anak peluru dirakamkan di sepanjang jalan dari Bulatan Kayangan menuju ke Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini dalam siastan kes kematian seorang pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah yang didakwa ditembak oleh seorang anggota polis berpangkat Koperal, April lalu.
LOKASI PENGGAMBARAN
nota TT: sebuah filem koboi modern baru sahaja selesai penggambaran di shah alam.
filem genre western ini pada awalnya telah mendapat tentang dari perkasa
perkasa ialah satu kumpulan yang amat perihatin terhadap budaya dan bangsa melayu sebagai contoh bila ada china mati jangan sesekali beri penghormatan seperti tunduk bila melihat mayat atau bila orang ramai memberi penghormatan dengan bertafakur selama satu minit ahli ahli pekasa di cadangkan untuk terkentut atau sendawa sekuat yang boleh. lagi afdal kalau bersama bangun tetapi buka zip untuk kencing berdiri. ini kerana yang mati ialah orang china.
perkasa telah membantah penggambaran filem koboi ini. perkasa berpendapat filem koboi yang penuh dengan aksi tembak menembak ini memiliki unsur-unsur barat dan unsur unsur china.
malah perkasa merasa filem koboi yang ganas ini ada menggambarkan unsur unsur anti raja raja melayu dan anti perlembangan dan menentang hak keistemewaan melayu
penggambaran filem ini hampir gagal.
jalan penyelesaian telah diambil apabila clint east wood pengarah filem koboi yang diberi nama ' I Shot A Litted Boy ' ini telah bersetuju untuk menggunakan nama melayu encik bersih timor kayu dan filem ini diberi tajuk melayu Opps Tak Sengaja I Ingat Pistol Air kah kah kah
nota: tahun ini ada 3 bilion ringgit semuanya untuk peniaga bumiputera menipu orang melayu kah kah kah
TIMUR : TA TIUC TAWAR IJAZAH SARJANA ,PHD – berita hairan
TELOK KALONG: Kolej Universiti TATI (TATIUC) yang akan menjadi sebuah universiti penuh menjelang 2015, akan menawarkan pelbagai kursus peringkat ijazah sarjana (MA) dan doktor falsafah (PhD) tidak lama lagi.
Pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata selaras dengan itu, TATIUC akan menghantar kakitangan akademiknya menyambung pengajian ke peringkat PhD di universiti dalam dan luar negara untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah universiti penuh.
Kami dalam proses menghantar pensyarah menyambung pengajian dan membuat penyelidikan supaya mereka mempunyai kelulusan akademik bertaraf profesor atau profesor madya.
TATIUC mempunyai 120 pensyarah berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana, tetapi belum ada pensyarah berjawatan profesor atau profesor madya," katanya selepas Majlis Konvokesyen TATIUC Kali Keempat di Dewan Besar, Kampus ITC kolej univesiti itu, kelmarin.
Hadir sama, Canselor TATIUC, Tan Sri Datuk Ir Dr Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Rektor TATIUC, Dr Mohd Rozailan Mamat@Ibrahim.
Seramai 369 graduan menamatkan pengajian pada peringkat diploma, diploma tinggi (HnD) dan sijil.
Kata TT
woit… SATU LAGI LADANG KANG KONG…. kah kah kah..
kah kah kah… APA BENDANYA TATIC NI…. kah kah kah..
kah kah kah… PERKATAAN TAKTIK SEMUA ORANG TAHU….kah kah kah…
kah kah kah…. INI MESTILAH TAKTIK NAK BUAT DUIT…. kah kah ka…
INI UNIVERSITY KE SEKOLAH MENENGAH - ADA PASOKAN PENGAKAP !!!
nota: Lawatan Y.B. Ahmad Razif Abd Rahman ke TATiUC
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Y.B Ahmad Razif bin Abd Rahman telah melawat Kolej Universiti TATI (TATiUC) pada 19 Mei 2009
nota: apa yang berlaku sekarang ialah satu penipuan berlesen
universiti dan kolej dibuka dengan diberi lesen menipu
sebuah rumah kedai dengan tiga bilik bangunan ini di kaji oleh satu badan penyelia akademik LAN satelah dikaji banguan ini diberi watikah sebagai sebuah gedung ilmu.
surat watikah dari LAN penting bukan dari segi ilmu tapi dari segi nak buat iklan bila nak jemput pelajar datang melamar. watikah ini bisa di atur kah kah kah
kemudian diiklankan
iklan mmacam mana?
ada malaon yang jual semua alamat para pelajar yang ambil spm pada kolej kolej ini belum pun keputusan keluar – kolej dan universiti ini telah menghantar surat ucapan TAHNIAH kepada pelajar ini – emak ayah bukan main suka kerana telah ditawarkan tempat di univeisti dan kolej !
keputusan peperekasaan tak kira yang penting pelajar ini melamar masuk.
lamar saja jamin dapat masuk lamar saja jamin di terima
kenapa macam ini ?
kerana ada skim bantuan pinjaman PTPTN dengan ada watikah LAN maka pelajar ini boleh memimjam wang duit pinjaman ini boleh bayar yuran untuk kolej dan univesiti ini
tuan punya kolej dan univeristi cukup gembira sesiapa sahaja boleh masuk universiti kecuali lokman adam kerana sudah dua kali tak lulus kah kah kah
kolej akan mengurus pinjaman PTPTN wang untuk bayar yuran
ini projek bumiputera ini projek nak bantu peniaga bumiputera ini projek tipu melayu
tiga tahun kemudian hutang telah ada 25 – 40 ribu ringgit ilmu entah dimana belajar entah apa apa
cari kerja tak dapat lalu marahkan syarikat china tak ambil pelajar bumiputera sendiri bodoh tak sedar diri sendiri kena tipu tak sedar lagi
ini lah namanya penipuan berlesen kah kah kah
nota: ada sesiapa tahu dimana universiti pelik ini adakah universiti ini ada mengajar ilmu tangap hantu kah kah kah
Pelik Polis kata nak selesaikan kes penyeludupan warga asing yang melibatkan 7 Kakitangan Imigresen. Namun tindakan di ambil ialah di ISA pula. Benarkah polis boleh siasat semasa 7 orang di bawah tahanan ISA? Jika polis mempunyai bukti yang kukuh, dakwalah mereka itu di mahkamah.Adakah Polis takut jika mendakwa mereka di mahkamah, nama 'jerung' akan terdedah?
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, turut ditahan ialah dua warga asing.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi pada Ahad lalu sehingga semalam.
"Polis akan berusaha segala yang mungkin bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara transit untuk warga asing melakukan aktivit jenayah.
"Penahanan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ismail berkata, kegiatan sindiket itu bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada negara tetapi juga di rantau ini.
Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan. - Mstar
Syukur alhamdulillah atas kejayaan Negeri Selangor, Kedah & Pulau Pinang yang menjadi pelaburan termaju di Malaysia. Dan kini Selangor di bawah Pakatan Rakyat terus menyengat dengan Kilang Terbesar di rantau ini yang akan dibina di Pulau Indah. Inilah saat rakyat Negeri Selangor khasnya dan umumnya rakyat Malaysia harus sedar dan celik undi bila melihat kepesatan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Semoga rakyat Malaysia yang belum mengundi Pakatan Rakyat akan bersemangat menjadikan PRU13 masa untuk jadikan semua negeri dan pentingnya Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR - Bersempena dengan tarikh unik (10.10.10) semalam, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. (F&N Dairies) turut tidak ketinggalan untuk mencatat sejarah apabila melancarkan kerja-kerja pembangunan kilang terbarunya di Pulau Indah di Selangor. Kilang terbaru yang bernilai RM350 juta yang ditempatkan dalam kawasan Hub Halal Negeri Selangor itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun 2011 bakal menjadikan ia sebagai pengeluar susu dalam tin terbesar di rantau ini. Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tenusu F&N Dairies, Tony Lee berkata, kilang terbaru itu mampu menghasilkan kira-kira 14 juta karton susu isian sejat dan susu pekat setahun. "Kilang terbaru di Pulau Indah membolehkan syarikat untuk menghasilkan dan membekalkan portfolio produk tenusu secara lebih meluas termasuk pengeluaran produk-produk baru. "Ia juga akan menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan tenusu F&N Dairies untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.
Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail. Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.
Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.
"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.
Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.
Apabila keputusan Mahkamah memihak kepada para peneroka Felda Kemahang, pihak yang bertanggungjawab menjaga Felda menyatakan bahawa sebenarnya kekalahan itu kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Kini apabila keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan memihak kepada peneroka Sungai Koyan, Ahmad Maslan dan Najib bertungkus lumus menyatakan bahawa sebenarnya Felda tidak kalah .
Najib dan Ahmad Maslan masih lagi di dalam "denial syndrome" ( sindrom penafian ) –tidak dapat menerima dua keputusan Mahkamah yang menyebelahi peneroka dan tidak menyebelahi Felda.
Maka bagi menegakkan benang basah kedua-dua pemimpin ini nampak sangat terkial-kial cuba menyelamatkan imej Felda yang terguris teruk di sini sana. Hakikatnya semakin mereka cuba mempertahankan Felda semakin jelas mereka tercungap-cungap !
Kita lihat dulu kes Felda Kemahang. Felda menyatakan bahawa institusi tersebut kalah kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Secara tersirat Felda ingin menyatakan bahawa peneroka menang kes tersebut bukan kerana kes mereka kuat.
Persoalannya benarkah Felda kalah hanya kerana semata-mata peguam Felda tidak hadir di Mahkamah ? Memang mudah untuk menipu rakyat dengan berselindung di sebalik hujah ini. Namun Najib dan Ahmad Maslan kena ingat pepatah Amerika yang menyatakan " kita boleh berbohong seseorang dalam sesuatu masa, tetapi kita tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa".
Ya, benar antara sebab Felda kalah dengan peneroka Kemahang kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Tetapi itu hanya sebahagian dari kebenaran. Kebenaran lain yang disorok oleh Najib dan Ahmad Maslan adalah meskipun peguam Felda tidak hadir, Hakim yang mendengar perbicaraan tersebut tidak memberikan kemenangan mudah kepada peneroka Felda Kemahang. Dalam bahasa undang-undang hakim tersebut tidak memasukkan penghakiman ingkar ( judgment in default ) ke atas Felda hanya kerana peguam Felda tidak hadir di Mahkamah. Untuk makluman para pembaca penghakiman ingkar adalah penghakiman yang direkodkan oleh Mahkamah jika salah satu pihak tidak hadir di Mahkamah dan penghakiman tersebut dibuat tanpa Hakim mendengar keterangan dari pihak-pihak atau saksi-saksi mereka.
Dalam kes Felda Kemahang meskipun Felda dan peguam mereka tidak hadir di Mahkamah , Hakim Dato' Azman Hussin masih mahu mendengar keterangan saksi-saksi peneroka sebelum membuat keputusan. Hanya setelah Hakim mendengar keterangan barulah hakim berpuashati bahawa terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa unsur penipuan dalam kes tersebut dan sekaligus Hakim memerintahkan Felda membayar peneroka-penerokan yang menyaman itu gantirugi RM 11 juta. Berdasarkan hal tersebut adalah TIDAK BENAR untuk Najib dan Ahmad Maslan menyatakan Felda kalah hanya kerana peguam Felda tidak hadir. Hakikatnya meskipun peguam Felda tidak hadir kes tersebut masih boleh menyebelahi Felda jika Hakim , setelah mendengar saksi pihak peneroka, merasakan peneroka telah gagal membuktikan kes mereka.
Kita lihat pula isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan di dalam kes para peneroka Sungai Koyan 2 dan 3. Ahmad Maslan berkata, laporan akhbar Harakah yang berjudul "Felda Kalah Lagi" mengelirukan dan tidak tepat. "Kalau Felda kalah, sudah tentu rayuan akan dibuat sebaliknya keputusan mahkamah itu dengan jelas menyatakan peneroka hanya berhak dapat tuntutan mereka jika patuh kepada prosedur Felda. Jadi, tindakan saman itu hanya merugikan mereka kerana terpaksa membayar khidmat peguam. Kalau mereka tak saman pun, kita tetap bayar," katanya pada sidang akhbar pada 7/10/2010.
Malah, menurut Ahmad, tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Ahmad Maslan cuba bermain dengan logik. Logik beliau kalau Felda kalah sudah tentu Felda akan merayu. Oleh kerana Felda tidak merayu maka mengikut logik Ahmad Maslan Felda tidak kalah.
Baiklah jika itu logik Ahmad Maslan kita juga boleh menjawab dengan logik berikut. Jika Felda tidak kalah maka sudah tentu peneroka yang kalah .Dalam Mahkamah tidak ada keputusan seri. Jika peneroka kalah sudah tentu saman yang dikemukakan oleh peneroka akan ditolak oleh Mahkamah. Dan jika peneroka yang kalah sudah tentu peneroka yang kena buat rayuan.
Persoalannya bagaimana peneroka hendak dikatakan kalah jika apa yang mereka minta dibenarkan oleh Mahkamah meskipun tidak keseluruhan. Mereka meminta Mahkamah membuat perintah perisytiharan bahawa mereka dibenarkan tanam secara sendiri dan Mahkamh membenarkan perintah itu. Mereka juga meminta Mahkamah mengisytiharkan bahawa mereka layak diberi RM 1700 seeekar dan Mahkamah juga benarkan perintah tersebut. Hanya kerana Mahkamah menambah bahawa bagi tujuan bayaran RM 1700 seekar perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan tidak boleh ditafsirkan Felda menang dan peneroka kalah.
Sepertimana kes Felda Kemahang, Ahmad Maslan sekali lagi tidak mendedahkan kebenaran yang sebenar. Beliau menyatakan kalau tidak saman pun kita ( felda ) tetap akan bayar. Ini satu pembohongan yang amat terang dan nyata. Kalau Felda akan bayar apa yang diminta oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 mengapakah peneroka tersebut perlu bersusah payah pergi ke Mahkamah untuk mendapatkan hak mereka ? Kalau betul Felda akan bayar mengapakah Felda bertungkus lumus lawan para peneroka habis-habisan di Mahkamah ? Saksi Felda sendiri apabila disoal oleh saya bersetuju bahawa para peneroka perlu pergi ke Mahkamah kerana ingin mendapatkan keadilan. Lihat soal jawab berikut :-
Soalan ( S ): Sekarang ni bila Felda uruskan tanam semula, Felda guna duit dalam tabung,sebahagian duit itu sebahagian duit Plaintif,betul?
Jawapan ( J ) : Betul
S:Maknanya Felda diberi izin berdasarkan perjanjian ini untuk guna wang tabung tanam semula,duit itu yang sebahagiannya ada duit Plaintif.tapi bila peneroka nak tanam sendiri macam-macam syarat dikenakan.wajar tak wajar?
J: Wajar.
S:Kalaulah saya katakan Peneroka yang tanam melalui Felda mereka boleh guna RM 1,700,sepatutya hak yang sama diberikan kepada Plaintif,betul?
J:Betul
S:Tiba-tiba 2002 tak dapat langsung.adil ke tak?
J :Tak adil.
S:kalau tak adil tu la pergi mahkamah .tu la mereka pergi mahkamah untuk dapat keadilan.betul?
J: Betul
Ahmad Maslan menyatakan tiga daripada sembilan peneroka itu telah mula menerima bayaran semula daripada Felda kerana mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Sekali lagi bercakap bohong jadi hobi Ahmad Maslan. Mengapakah Ahmad Maslan enggan menyatakan kebenaran bahawa semasa saksi Felda memberikan keterangan saksi Felda tanpa berselindung menyatakan bahawa ketiga-tiga peneroka itu hanya layak menerima RM 11,000 lebih sahaja setiap orang sedangkan berdasarkan garis panduan Felda sendiri mereka layak menerima RM 1700 seekar ( RM 1700 x 14 ekar = RM 23, 800-00 ). Jika 3 peneroka ini tidak saman Felda di Mahkamah apakah jaminan Felda setuju bayar mereka jumlah penuh sebanyak RM 23, 800-00 ? Apabila Mahkamah memutuskan mereka layak dibayar RM 1700 seekar tindakan Felda hanya bayar RM 11,000 lebih sahaja kepada 3 peneroka tersebut adalah jelas tidak betul.
Akhir sekali Ahmad Maslan menyatakan saman itu hanya merugikan para peneroka kerana mereka terpaksa membayar khidmat peguam. Mengapakah Ahmad Maslan tidak pula menyatakan bahawa tindakan Felda menggunakan peguam dan membayar kos peguam Felda yang tinggi juga membuang duit Felda sahaja hanya semata-mata Felda mahu tegakkan benang basah dan ingin menafikan hak peneroka. Oh mungkin bagi Ahmad Maslan tidak salah Felda membazir duit bayar yuran peguam Felda sebab duit Felda itu hakikatnya datang dari hasil penat lelah peneroka juga ! Bukankah lebih baik Felda bayar peneroka wang tanam semula dari bayar wang kepada peguam Felda bagi membela Felda untuk tidak mahu bayar wang tanam semula kepada peneroka. sumber
KUALA LUMPUR 12 OKT: Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan peguam negara Gani Patail dituduh menjadi punca kehancuran sistem keadilan dalam negara ini dengan memalsukan bukti terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 lalu.
Mereka juga didakwa kemudiannya telah berbohong dalam satu siasatan terhadap tuduhan penyalahanguna kuasa oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir.
Dalam satu surat terbuka yang disiarkan oleh portal Malaysia Today, bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ismail mendedahkan bahawa beliau telah menulis surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar pada Mei lalu dan juga kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein supaya mengkaji semula siasatan terhadap bukti palsu yang digunakan dalam kes 'mata lebam' Anwar 1998 lalu.
Mat Zain mengetuai siasatan kes tersebut dan setelah mengesyorkan supaya Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Rahim Noor didakwa atas tuduhan jenayah mencederakan Anwar ketika beliau berada dalam tahanan lokap di ibu pejabat polis di Bukit Aman.
Belia berkata, Musa dan Gani dalam laporan akhbar telah mendakwa bahawa kertas siasatan terhadap Mahathir telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu Mokhtar Abdullah pada Februari 2000 lalu yang kemudiannya telah membuat keputusan tiada kes untuk disiasat.
Mat Zain berkata kenyataan yang dibuat kedua-dua mereka adalah tidak berasas kerana menurutnya kertas siasatan tersebut hanya dibuka pada Jun 2000 dan dihantar ke pejabat peguam negara pada November tahun yang sama.
Dalam suratnya bertarikh 8 Oktober, Mat Zain menuduh Musa, yang baru bersara sebagai Ketua Polis Negara dan juga Gani telah berbohong mengenai siasatan terhadap Mahathir yang dituduh menyalahgunakan kuasa.
Beliau (Mahathir) dituduh telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan siasatan rasuah terhadap Ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan bin Sulaiman.
Dalam serbuan yang dilakukan, pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menemui wang tunai sejumlah RM100,000 dalam laci mejanya.
Mat Zain membuat pendedahan ini dalam suratnya kepada Datin Kalsom Taib, isteri kepada bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahya, merujuk kepada buku tulisan Kalsom yang mengutarakan soalan,
"Apa jadi dengan siasatan terhadap Dr Mahathir?" Mat Zain berkata kenyataan akhbar kedua-dua Musa dan Gani tidak masuk akal dan palsu kerana adalah mustahil kertas siasatan tersebut dihantar ke kamar peguam negara pada 15 Februari 2000. Katanya lagi, Gani dan Musa Hassan telah menghancurkan sistem keadilan jenayah kerana berbohong dan memalsukan bukti memandangkan siasatan kes berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Anwar hanya dimulakan pada 13 Jun 2000.
"Malah, kertas siasatan bersama dengan kertas siasatan BPR yang dirampas dari badan tersebut hanya dihantar kepada peguam negara pada 9 November 2000," katanya dalam surat tersebut. Beliau juga tidak menolak kemungkinan bekas ketua polis dan peguam negara terbabit bermaksudkan tarikh 15 Februari 2001.
Namun katanya lagi, walaupun Musa Hassan dan Gani sememangnya berkata 15 Februari 2001, ia menjadi lebih tidak muasabah kerana Tan Sri Mokhtar tidak mungkin memeriksa dan menghentikan kes berkenaan pada tarikh tersebut kerana beliau bukan lagi peguam negara pada masa itu. Beliau menambah , jawatan peguam negara telah diambil alih oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari , 2001.
Mat Zain juga mengandaikan bahawa Musa Hassan dan Gani Patail langsung tidak berusaha untuk mengubah tarikh berkenaan kerana individu yang dimaksudkan sudah pun meninggal dunia.
"Jika Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak masuk akal itu, sekaligus kes ini tidak akan berterusan."
Hakikatnya ialah mereka telah membuka laluan mengenai persoalan tentang integriti penyiasatan yang dijalankan polis," tulis beliau lagi dalam surat tersebut.
Kedua-dua mereka, katanya lagi telah menjejaskan penyiasatan terhadap kes tersebut dan juga membiarkan bukti yang dipalsukan dalam kes 'mata lebam' Anwar ketika beliau dipukul dalam lokap oleh Rahim Noor. -tvselangor-
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Ahli Perlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut satu kertas putih dibentangkan di Dewan Rakyat berhubung penswastaan Kem Kantomen dan Kem Sungai Besi.
Ianya kerana timbul keraguan berhubung nilai harga yang dijual kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
"Kita tuntut kerajaan bentang kertas putih, kita nak tahu dari aspek keselamatan, kos yang diperoleh syarikat itu, berapa harga yang ditawar kedua-dua syarikat itu.
Soalan berhubung perkara itu sebelum ini dibangkitkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua namun tidak dijelaskan oleh Menteri Pertahanan.
Dalam sidang media sama, Tian berkata, kerajaan juga tidak pernah menyatakan secara terbuka penswastaan tersebut namun proses itu berlaku secara dalaman degan kedua-dua syarikat tersebut.
"Kementerian Pertahanan dan Perdana Menteri menjalankan penswastaan ke atas kedua-dua kem ini adalah perkara yang tidak masuk akal.
"Ini membuktikan bahawa ia menggadaikan jaringan keselamatan dan kedaulatan negara.
Dalam soalan Tian semalam, beliau bertanya siapa pembeli kedua-dua kem tersebut dan kenapa kerajaan tidak menjualnya secara tender terbuka.
Beliau juga bertanya mengenai keluasan kawasan serta nilai harga yang ditawarkan.
Menteri dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjelaskan berhubung nilai harga yang diberikan kepada dua syarikat tersebut.
Sehubungan itu, Tian mendesak kerajaan menarik balik cadangan penswastaan tersebut sebelum satu kertas putih dibentangkan.
Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.
Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.
Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).
Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.
Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).
Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.
"Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI," kata Chua.
Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.
"Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.
Sayap penting UMNO ini didakwa sebagai lemah dan gagal memahami aspirasi sebenar Melayu dalam kerangka politik kontemporari. Perang mulut antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan PERKASA dikatakan sebagai menyebabkan ramai lagi orang Melayu berasa kecewa dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sayap ini juga dikatakan sebagai kehilangan idealism dalam perjuangannya membela orang Melayu.
Karenah MCA
Persepsi segolongan orang Melayu terhadap MCA amat negatif. Mereka beranggapan suara MCA mutakhir ini seolah-olah hampir senada suara parti pembangkang Chinese-based. Kenyataan provokatif Lee Kuan Yew terhadap Malaysia tempohari disifatkan sebagai indikator dan manifestasi kepada kecelaruan permuafakatan komponen bukan Melayu dalam BN ini. Lantaran itu, wujud segolongan orang Melayu bimbang akan kemenangan BN di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang mempunyai 51 peratus majoriti pengundi bukan Melayu.
Warga Perkhidmatan Awam
Memang terbukti bahawa warga perkhidmatan awam sama-sama berperanan penting dalam mempertahankan keselamatan rejim BN negaranya. Oleh sebab itu tidak wujud dictum bahawa kononnya mereka perlu bersikap neutral. Dalam konteks ini, persepsi umum menyatakan bahawa warga perkhidmatan awam perlu sama-sama berusaha untuk menjamin kemenangan BN dalam PRU13. Lantas, apakah usaha yang akan dilaksanakan?
Orang Besar BN Segelintir Orang Besar BN sendiri sudah hilang keyakinan terhadap kemenangan BN dalam PRU13. Mereka kini didakwa sebagai sibuk menyiap-sediakan langkah-langkah menyelamatkan tengkok dan tembolok masing-masing.Buat projek cari projek utuk simpaa bila BN dah tiada bernyawa nanti. Persepsi ini memag meluas.
Gelagat Menteri
Kini wujud persepsi negatif terhadap gelagat segelintir Menteri. Kenyataan-kenyataan mereka boleh jadi bagaikan nila setitik yang akan merosakkan susu sebelanga. Segelintir Timbalan Menteri juga dikatakan tergolong dalam kategori ini. Gelagat mereka bukan sahaja menyebabkan segolongan rakyat jadi marah, malahan menyebabkan segolongan warga perkhidmatan awam hilang hormat kepada individu terbabit dan parti yang diwakilinya.
Ibu Pejabat UMNO Malaysia
Orang UMNO ramai beranggapan bahawa pengurusan Ibu Pejabat UMNO masa ini disamakan dengan pengurusan korporat. Ahli-ahli yang berkunjung untuk berurusan terpaksa mengisi borang dan sebagainya. Di samping itu terdapat seorang bos tertentu dikatakan bertindak lebih semberono dan menyebabkan kemarahan ahli-ahli UMNO serta melemahkan morale kakitangan Ibu Pejabat UMNO.
Sungai Petani- 1 Mei 2010, Meraikan upacara perlepasan pelumba Kejohanan Berbasikal Jelajah Malaysia Peringkat Kelima, Sungai Petani - Kuala Perlis sejauh 195km di Dataran Zero Kilometerm Sungai Petani
Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini.
Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik. Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India.
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU)yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara. Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.
Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya" jerangkap samar" yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.
Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi. Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata. Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.
Parti Islam Se-Malaysia PAS ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa seramai 700 ribu rakyat rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara bukan sahaja rakyat daripada Kelantan.Beliau yang berucap di Sydney Australia menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara sendiri.
PAS ingin mengingatkankepada pemimpin Umno yang selalu menjadi modal kempen dalam setiap kali pilihanraya kecil Kelantan, menuduh kerajaan Kelantan gagal memberi peluang pekerjaan sehingga ramai rakyatnya berhijrah ke luar Kelantan. Modal inilah juga yang akan didendangkan dalam pilihanraya kecil Galas pada 4hb Nov 2010 nanti.
Rayuan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno menunjukkan bahawa bukan rakyat Kelantan sahaja yang berhijrah daripada Kelantan, malahan rakyat Malaysia daripada negeri yang Umno perintah. Contohnya setiap hari berpuluh ribu rakyat Johor yang di bawah Umno terpaksa berulang alik ke Singapura bekerja disana. Bukankah ini juga penghijrahan. Kenapa pihak Umno tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor yang memang negeri Umno. Kenapa hendak sibuk dengan rakyat Kelantan.
PAS mengharapkan isu penghijrahan rakyat Kelantan usahlah dijadikan kempen, kerana ia akan menjadi paku buah keras kepada Umno kembali.
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah olehSetiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.
Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk "E-Class", yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan "mee segera" dengan menjadi " jutawan 10 persen".
Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan "Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)".
Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.
Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya.
Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'.
Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan.
Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'.
Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya.
Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama.
Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini.
Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam.
Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus.
Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana "Melayu itu miskin dan saya Melayu" kata mereka. "Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu"' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan.
Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya.
Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa?
KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak percaya dengan janji Kerajaan Pusat tidak akan berbelanja banyak untuk projek mi segera dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas kali ini.
Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas negeri, Abdul Fatah Haron berkata, mungkin Barisan Nasional sudah serik kerana banyak projek segera yang dicanang-canangkan selama ini tidak berkesan untuk memenangi hati rakyat.
"Saya tidak percaya kenyataan itu kerana yang untungnya ahli-ahli UMNO itu sendiri dan bukannya rakyat setiap kali wujudnya projek-projek segera.
"Ahli-ahli UMNO akan sentiasa menunggu untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada projek-projek segera yang bakal dilaksanakan Kerajaan Pusat setiap kali pilihan raya berlaku," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahli Dewan Undangan Bukit Tuku itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai Kerajaan Pusat tidak akan menjanjikan projek segera dalam kempen di Galas berikutan ia tidak memberi kesan kepada rakyat.
Menurutnya, pihaknya berpendapat projek-projek segera yang selama ini dijanjikan UMNO tidak berkesan untuk menawan hati rakyat berikutan tiada perancangan teliti dibuat.
Katanya, rakyat tidak mendapat manfaat daripadanya berbanding ahli UMNO sendiri sehingga mereka sudah jemu dengan janji-janji pelbagai jenis projek segera setiap kali ada pilihan raya.
Isnin lalu, Mustapa dilaporkan berkata, empat projek yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai tahun lalu dilaksanakan cuma ada yang terlewat berikutan masalah teknikal.
Antara projek itu yang sedang dilaksanakan termasuk pembaikan rumah rakyat miskin membabitkan kos RM1.5 juta, pembinaan jambatan Manek Urai (RM8 juta), Gelanggang Sukan di Kampung Manjor (RM300,000) dan Masjid Temalir RM600,000.
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan meluluskan konsert artis luar negara, Adam Lambert yang dijadual malam esok.
Bantahan itu disuarakan dalam satu memorandum kepada Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) siang tadi.
Memorandum berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Puspal di bawah bahagian perlesenan dan penguatkuasaan, Ramlah Amir di pejabatnya di bangunan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Malaysia, dekat sini.
Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, penganjuran konsert yang akan berlangsung di stadium Putra Bukit Jalil itu akan menambahkan barah gejala sosial terutamanya di kalangan anak muda di negara ini.
Ini kerana ujarnya, Adam Lambert memang sudah diketahui umum bahawa seorang remaja yang membawa ikon 'gay' di Amerika.
"Gamis menyatakan kekesalan kami di atas kelulusan konsert ini yang ternyata bakal membawa kesan negatif kepada anak muda.
"Dalam pada Datin Seri Rosmah (Mansor) dikatakan sibuk mencari formula untuk mengatasi gejala sosial, dalam masa yang sama satu konsert artis tidak bermoral diluluskan," kata Syazwan kepada pemberita sebelum penyerahan tersebut.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada pihak penganjur mengundang artis itu.
"Apa sebab yang mendesak kerajaan untuk meluluskan kehadiran Adam Lambert sedangkan ramai lagi artis luar negara yang lain yang boleh dipanggil," katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridhuan Othman berkata, SMM mendesak kerajaan khususnya kementerian terbabit mengkaji balik garis panduan konsert melibatkan artis luar negara serta membatalkan konsert tersebut.
"Kerajaan ada masa lebih kurang sehari lagi untuk membatalkan konsert Adam Lambert.
"Kalau konsert ini diteruskan, kami akan mengerahkan mahasiswa untuk turun beramai-ramai ke stadium esok untuk membuat bantahan dengan mengedarkan risalah dan sebagainya," katanya.
Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berhimpun di hadapan bangunan kementerian itu sambil memegang kain rentang bantahan dan dikawal oleh pihak polis.
Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 20 minit dengan Ramlah di pejabatnya, mereka meminta Puspal menjelaskan sebab konsert berkenaan diluluskan di samping menyuarakan kembimbangan terhadap gejala hedonisme yang semakin membarah di kalangan anak muda.
Ramlah bagaimanapun berkata, Puspal tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan kerana ia melibatkan kementerian lain juga.
Namun beliau mengucapkan terima kasih kepada Gamis di atas inisiatif mereka mengadakan pertemuan dengan pihaknya.
Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Saya tidak pasti apakah kesudahannya, malah saya lebih mencurigai apakah ia mempunyai kesudahan. Saya tidak tahu sama ada benar atau mampu Anwar Ibrahim melakukannya, saya juga tidak berminat sama ada Saiful Bukhari Azlan mencuci duburnya, bahkan saya tidak pasti versi akuan bersumpah (SD) Rahimi Osman (gambar kiri, kedua dari kiri) manakah yang ditandatanganinya tanpa paksaan.
Apa yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas, menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Dari segi undang-undang, Anwar Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan - kesalahan melakukan hubungan seks di luar tabii yang melibatkan dua pihak secara sukarela. Dengan kata lain, Saiful Bukhari Azlan perlu tampil sebagai tertuduh bersama Anwar, dan bukannya pengadu yang memberi keterangan - seandainya mengikut Seksyen 377B.
Namun demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Liputan luas diberikan kepada kandungan soal-jawab dalam perbicaraan mahkamah. Malah, perbincangan isu ini dilanjutkan dengan wawancara bersama bekas pemimpin PKR, yang menyindir agar "Anwar tidak perlu takut", sambil mempertikaikan "Kenapa mahu tangguh perbicaraan kalau tidak bersalah?" Kemudian bekas orang kanan tampil memohon maaf, "Kerana membela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertamanya". Sumpah-seranahnya bagaikan ludah ke langit, dan jatuh bagaikan hujan kebetulan ketika menjelang pilihan raya kecil...
Buktikan liwat tanpa tusukan?
Saya tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui, namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur Saiful tanpa tusukan.
Persoalannya, jikapun dibuktikan keajaiban ini berlaku di tanahair yang tercinta ini, apakah kehebatan ini bakal mengundang pelabur asing untuk menyuntik dana ke Malaysia? Padahal, belumpun paip ekzos Saiful terbocor, seramai 304,358 orang bakat buatan Malaysia telah mengalir ke luar negeri, antara Mac 2008 hingga Ogos 2009, apatah lagi kemerosotan 81% dalam pelaburan asing langsung di Malaysia, dari US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada tahun 2008, kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada tahun 2009?
Apakah makna yang tersirat di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan yang berbakat.
Jelas, Anwar Ibrahim (gambar kiri) diletakkan pada kedudukan sedemikian bukan kerana beliau Ketua Umum PKR, atau kedudukannya sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat. Bahkan, adalah kurang tepat jikalau beliau sekadar Ketua Pembangkang dalam parlimen. Kita tidak perlu menjadi Profesor Sains Politik untuk memahami hakikat Anwar Ibrahim berpotensi menjadi Perdana Menteri, dan kita tidak perlu membaca Sun Tze untuk memahami percaturan politik yang berlangsung di depan mata.
Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.
Politik menabur dendam
Untuk tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat - perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal struktur dan sistem.
Berbalik kepada persoalan, apakah keperluannya untuk mengaibkan musuh politik dan keluarganya dengan cara sebegitu rupa? Untuk ramai warga Malaysia yang prihatin terhadap politik, babak perebutan kuasa yang paling dahsyat dalam sejarah Malaysia melabuh tirai pada 2 September 2004 - apabila Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara. Ianya bukan soal sama ada benar Anwar Ibrahim terlibat dalam kelakuan sodomi, tetapi pengaiban dan penghinaan secara terbuka yang melampaui batas.
Pengaiban secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah, gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti "kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.
Usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk membubuh noktah kepada babak politik yang menabur dendam ini disia-siakan begitu sahaja apabila UMNO-BN semakin terdesak di ambang hilang kuasa. Kita tidak lupa bagaimana doktor Hospital Pusrawi, Mohamed Osman Abdul Hamid membuat akuan bersumpah untuk mempertahankan laporannya (berbunyi Saiful tidak diliwat) selepas memeriksa dubur Saiful, dan kemudian menghilangkan diri kerana tidak tahan dengan gangguan dan tekanan daripada pihak berkuasa.
Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi" - imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...
Bebas dari politik dubur
Untuk hampir dua dekad sejak tahun 1981, satu Malaysia berfikir menggunakan otak Mahathir. Atau dengan kata lain, otak Mahathir yang menentukan Malaysia dalam jangka kira-kira dua puluh tahun ini. Dan ia hanya berubah mulai tahun 1998, apabila seluruh warga Malaysia diajak untuk berfikir menggunakan dubur.
Bukankah Sasterawan Negara tahun 1982, Shahnon Ahmad memberi gambaran yang paling tepat, melalui bukunya yang berjudul Shit @ PukiMak @ PM, apabila menyifatkan ahli politik yang rasuah, menyalahgunakan kuasa bagaikan najis yang saling menghimpit dalam usus besar?
Dan bukankah inilah senario yang sedang berulang dan berlaku, apabila politikus saling membaling najis, untuk membusukkan dan dibusukkan? Dan kita wajib tanya, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bergelut dalam najis, sebelum terkeluar dari politik dubur yang busuk lagi membusukkan?
Sebagai warga Malaysia muda yang mendahagakan perubahan, saya sedia akur seandainya kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) tumbang kerana gagal mengota janjinya terhadap rakyat; bahkan saya sedia tunduk kepada realiti, jikalau terbukti PR kurang mantap dan belum bersedia untuk mengambil-alih kuasa pentadbiran daripada BN.
Malah, saya sedia akur jikalau PR terlepas peluang kerana gagal meyakinkan kaum Melayu yang termakan dengan propaganda UMNO-BN; saya sudi menunggu, sama ada satu penggal, satu dekad mahupun berdekad-dekad lagi untuk pertukaran kuasa kerajaan persekutuan, jikalau kita gagal melakukannya pada detik saat PRU ke-13 yang akan datang.
Namun demikian, saya tidak rela sama sekali jikalau perubahan digagalkan hanya dengan satu dubur milikan Saiful Bukhari Azlan. Saya tidak rela sama sekali untuk melihat bagaimana penceramah politik berbuih-buih meyakinkan pakcik-makcik FELDA bahawa Saiful boleh diliwat tanpa dubur terkoyak.
Saya tidak sampai hati melihat seorang wanita bernama Wan Azizah Ismail diperlakukan untuk tampil mempertahankan suaminya di depan khalayak ramai. Saya tidak sampai hati melihat anak-anak Anwar diperlakukan untuk hadir di mahkamah dan dibacakan tuduhan bagaimana ayahnya memasukkan zakar ke dalam dubur bekas pembantunya.
Sememangnya, politik adalah permainan jatuh-menjatuhkan politikus dari jawatan dan kedudukannya, tetapi bukan untuk memijak maruah musuh politik sebagai seorang manusia. Betapa terdesak sekalipun, garis ini haram dilangkaui - bukan sahaja sebagai kayu ukur demokrasi (bagaimana musuh politik dilayan), tetapi juga sebagai benteng ketamadunan.
Dan yang paling penting, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membebaskan diri daripada politik dubur. Rakyat Malaysia harus membebaskan diri - untuk berfikir menggunakan otak sendiri, dan bukannya otak Mahathir Mohamad mahupun dubur Saiful Bukhari Azlan. Malaysia wajib keluar dari dubur Saiful Bukhari Azlan. Saya doakan agar ia masih belum terlewat, sebelum satu Malaysia terhumban ke dalam jamban dan dijirus arus globalisasi.
lompat sikatak lompat, lompat terhilang Datuk Kelantan
Mana Ibrahim! Mana Ibrahim! Kita ramai-ramai cari Ibrahim. Cari sampai dapat. Kita boooooo dia ramai-ramai. Mungkin Ibrahim tengah bersembunyi sekarang.
Gelaran Datuk Ibrahim Ali telah ditarik balik oleh Istana Kelantan. Jangan berkira sangat sebab gelaran itu ditarik tetapi mengejutkanlah. Perangai Ibrahim melayakkannya gelaran itu ditarik semula.
Wuu...wu...Ibrahim sedang meraung. Cuba cari ada di bawah tangga mana-mana. Padan muka! padan muka! padan muka!
berita penuh
Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.
Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.
"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.
Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.
Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bagi.
"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan institusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripada budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.
Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.
BATU GAJAH – Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Ammar Rosdy berkata, Pas sudah lama mengamalkan perpaduan kaum mengikut Islam dan telah membawa perubahan dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Menurutnya, konsep Perpaduan Malaysia adalah berasal dari Islam dan sudah lama diamalkan Pas.
"Konsep ini sudah lama kita praktik dan perjuangkan di kalangan umat Islam dahulu dan kedua, perpaduan di kalangan umat manusia seperti mana yang dianjurkan al-Quran.
"Kita tidak boleh menafikan hakikat ada pelbagai kaum dan bangsa kerana mereka adalah ciptaan Tuhan dan yang paling penting mewujudkan perpaduan kerana tidak ada erti kita kemukakan slogan namun perpaduan sebenarnya tidak berlaku," katanya kepada Sinar Harian di sini.
Menurutnya, Pas melalui agenda Pas For All dilihat sesetengahnya mampu menyatukan rakyat secara keseluruhannya dan ia adalah misi serta usaha bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang bersatu di bawah ajaran al-Quran.
"Usaha mengajak masyarakat supaya menghayati ajaran Islam adalah amanah Allah dalam perjuangan ini dan perkara paling asas dalam perjuangan Islam adalah mengajak rakyat termasuk yang bukan Islam untuk menghayati ajaran Islam.
"Mempelbagaikan cara dalam usaha dakwah adalah hikmah yang sangat bernilai kerana manusia mempunyai pelbagai tahap pemikiran dan keilmuan yang berhajat kepada kepelbagaian cara itu sendiri," katanya.
Mengulas mengenai politik semasa, Ammar berkata, apabila Barisan Nasional (BN) dilihat mematikan demokrasi di Perak yang mana ia menjadi bualan dunia luar memastikan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini terutamanya.
Terima kasih kepada semua yang telah membantu sehingga terlaksananya jambori ini. Juga sekalung tahniah kepada para peserta yang hadir. Semoga kita dapat mengadakan jambori yang seperti ini di masa-masa akan datang.
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas nanti diputuskan pada malam ini.
Presiden PAS itu memberitahu, senarai calon telah diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat kepada Dewan Harian PAS yang akan bermesyuarat malam ini.
"Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum pada 22 Oktober nanti.
"Calon yang kita akan pilih bukan sahaja mempunyai ketokohan, malah juga sesuai dengan keperluan lapangan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini.
Mengenai PRK Dun Galas itu, beliau berkata PAS mahu turun sebagai underdog berdepan Umno BN.
Beliau berkata, biarpun post mortem Pilihan Raya Umum ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu, namun jentera diharap tidak terlalu yakin.
"Post mortem yang kita buat, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding.
"Tapi saya minta PAS jangan over confident, kita mesti meletakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya.
Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional.
Ianya termasuk membebaskan media dari membuat liputan sebelah pihak, dan tidak menggunakan jentera kerajaan sebagai jentera Umno BN untuk berkempen.
Menyentuh isu yang akan dibawa PAS pula, beliau yakin isu-isu setempat lebih sesuai dengan suasana Galas di kawasan pinggir bandar Gua Musang.
Bagaimanapun ianya mungkin berubah mengikut kesesuaian masa dan suasana kempen nanti.
"Apa pun kita harap perjalanan pilihan raya ini berjalan dengan baik, dan kita bergantung dengan Allah SWT," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan