Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah umno. Pemimpin umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, InsyaAllah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga tektik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu. Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu; •Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. •22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. •200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. •9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. •Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. •Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu. •26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. •300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. •Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. •13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno. •Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. · Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. •Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. · Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) •Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura. •Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada Pas, Pkr, Dap dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing •217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat. · Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor.. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarangsekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa *Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini*. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.
*Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu?* Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
Pusat e-Desa ditutup akibat banyak masalah, kos tinggi
NUSAJAYA 1 Dis. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor memutuskan untuk menutup kesemua 40 Pusat e-Desa di negeri ini pada Mei lalu kerana pihak pengurusannya menghadapi pelbagai masalah selain berdepan dengan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi iaitu lebih RM3 juta sebulan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan pekerja bagi menyelia pusat tersebut, kos baik pulih tinggi, masalah bangunan dan komputer dicuri.
"Kos operasi pula memerlukan RM93,520 dan kos penyelenggaraan RM2.9 juta sebulan. Kos ini termasuk sewa talian Internet, bil elektrik, elaun penyelia dan sebagainya. "Di samping itu, peruntukan RM2.9 juta juga diperlukan untuk beli peralatan komputer, kelengkapan pejabat baru serta kerja pengubahsuaian bangunan," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berkenaan status Pusat e-Desa di seluruh negeri yang dilaksanakan sebelum ini.
Abdul Ghani berkata, faktor lain yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa ditutup ialah sambutan dingin penduduk setempat.Menurutnya, persaingan dengan banyak kafe siber dan premis yang menawarkan khidmat itu tidak jauh dari pusat tersebut juga menjadi sebab utama ia ditutup.
Jelasnya, dengan keupayaan komputer di kafe siber yang lebih baik, ia secara tidak langsung mempengaruhi sambutan penduduk terutama generasi muda untuk datang ke Pusat e-Desa. "Tambahan pula, kementerian lain melalui agensi masing-masing telah membangunkan pusat seumpama Pusat e-Desa. Ada di antaranya dekat dengan lokasi Pusat e-Desa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, terdapat beberapa Pusat e-Desa yang terpaksa ditutup ketika banjir besar melanda pada awal 2006 dan hujung 2007.Katanya, banjir itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, perkakasan komputer, perabot, pendawaian elektrik dan rangkaian.
Beliau berkata, pusat itu mula ditubuhkan pada 2002 bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.Fungsinya sebelum ini, katanya, adalah sebagai pusat sumber, latihan, pusat penyebaran maklumat, pusat aduan dan pusat rangkaian khidmat kerajaan secara talian.
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong sekiranya ada usaha Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.
Ketua Penerangannya, Fadhil Osman (kiri) berkata pihaknya merasa terkejut dengan maklumat pendapatan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan RM425,000 sebulan.
Katanya, DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air.
DPPWP, ujarnya tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh pengerusi atau ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.
Tetapi, soalnya nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat.
"Apakah Syabas mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat?
"Meskipun air di Selangor diuruskan oleh Syabas, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah untuk manusia?" soalnya lagi.
Jelasnya, air adalah keperluan asas penduduk di mana tanpa air, tiadalah kehidupan dan DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat.
DPPWP juga, katanya melihat mungkin itulah faktor Syabas mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya.
Sedangkan, ujarnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.
Sepatutnya, tamba beliau Pengerusi Syabas perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah kerana menaikkan harga air bererti menambah beban kepada rakyat.
"Rakyat baru mendapat 'hadiah' dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi," ujarnya.
Beliau menambah, Syabas perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat.
DPPWP juga, ujarnya menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember, Ahad ini sebagai membantah kenaikan harga air oleh Syabas.
KUALA LUMPUR, 2 Dis : Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'.
Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.
Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).
Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.
"Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.
"Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya.
Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.
Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.
"Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya.
Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.
"Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.
"Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya.
Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.
Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.
Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.
"Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.
"Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya.
Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.
HONG KONG: Ramai peniaga barang kemas dan pemilik kedai pajak gadai mengalami kerugian besar gara-gara penipuan satu sindiket canggih.
Financial Times melaporkan, kejadian itu adalah 'satu daripada penipuan paling licik dalam pasaran emas Hong Kong sejak beberapa dekad lalu'.
Ia berlaku ketika emas hampir mencatat harga tertinggi, iaitu kira-kira RM4,400 seauns (28 gram). Menurut sumber, penipuan itu sangat sukar dikesan.
"Peniaga emas dan pajak gadai di Hong Kong mengesan sekurang-kurangnya 5.7 kilogram emas tiruan - bernilai RM882,699 di pasaran - sepanjang tahun ini," katanya. - AFP
Bandingan hebatnya Bahtera Muhammad Zheng He (Cheng Ho) berbanding dengan Kapat St Maria Columbus Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 2
Assalamualaikum,
Adek-adek dan anak-anak ku.
Sekali lagi aku nak bawa satu lagi pengajaran dari sejarah orang melayu dan hubungannya dengan Islam.
Orang melayu bukanlah satu bangsa yang besar dalam sejarah. Dia bangsa yang kerdil sehingga datangnya Islam. Dunia melayu diapit oleh dua tamaddun hebat dan tua iaitu tamaddun Hind (India) di sebelah barat dan tamaddun Sin (Cina) disebelah timur.
Kedua-dua tamaddun gergasi ini telah berusia ribuan tahun ketika bangsa melayu hidup dalam kelompok-kelompok suku kaum yang terpisah. Kehidupan mereka serba mudah dan rengkas. Mereka tidak punya sistem pemerintahan yang 'elaborate'. Kepala kampung atau desa hanyalah seorang penghulu atau tuk bathin atau sesiapa sahaja yang 'ditua'kan.
Sistem pemerintahan orang melayu yang tersusun dan bersistem hanya terbit kira-kira 600 tahun yang lalu apabila seorang ketua berpangkat penghulu di sebuah kampung nelayan bernama Parameswara diangkat menjadi Sultan.
Sudah menjadi peraturan pada zaman itu kedaulatan sesebuah negeri hanyalah dengan pengiktirafan sebuah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh. Persoalannya di sini siapakah kuasa luar yang kuat dan berpengaruh itu yang telah mengiktiraf kedaulatan Melaka.
Kedaulatan ini kemudiannya diiktiraf pula oleh daerah-daerah persisiran pantai di Selat Melaka seperti Siak, Rokan, Kampar dan Inderagiri sehingga Melaka menjadi sebuah negeri yang makmur dan mula menunjukkan attribut sebagai sebuah empayar.
Melaka pertama kalinya terlepas dari cengkaman Siam yang menuntut Melaka supaya saban waktu menghantar wakil mengadap Raja Ayuthaya mempersembahkan ufti berupa bunga emas. Bagaimana transformasi ini boleh berlaku - dari sebuah kampung nelayan kepada sebuah negara berdaulat dan bermaruah.
Transformasi ini dicetuskan oleh sebuah kuasa besar dunia yang berpusat di Tanah Besar Asia iaitu Cina yang meletakkan dirinya sebagai 'The Middle Kingdom' yang bertanggungjawab untuk mendatangkan kemakmuran kepada dunia luar. Delegasi-delegasi dikirim ke sebarang laut di bawah pimpinan seorang wira laut yang tidak asing lagi iaitu Admiral Zheng He atau 'Cheng Ho' (sebutan orang melayu).
Zheng He adalah seorang muslim berasal dari Yunnan (wilayah Cina Selatan) dari keturunan Han (yang beragama Islam). Admiral Muhammad Zheng He telah datang mengunjungi Melaka dan menyampaikan pesan Maharaja Yung Le dari Dinasti Ming yang hebat itu.
Parameswara dijemput ke kota terlarang (the forbidden city - Beijing pada hari ini) untuk mengadap Maharaja Yung Le untuk diberi beberapa darjah dan lambang-lambang kebesaran selayaknya kepada seorang pemimpin bagi sebuah negara yang berdaulat.
Tuk Penghulu Parameswara di angkat menjadi Sultan dan dianugerahkan darjah kebesaran, diberikan payung berwarna kuning (sehingga warna kuning menjadi warna diraja), di samping pelbagai hadiah. Maharaja Yung Le juga mengirim 400 orang tukang bangunan untuk membantu Melaka membina masjid-masjid menurut rekaan seni bina Cina.
Wahai adek-adek dan anak-anakku.
Bangsa melayu menjadi gah dengan Islam dan lambang-lambang kebesaran orang melayu adalah anugerah bangsa Cina yang lebih dahulu memeluk Islam.
Hari ini kita disibukkan untuk mengembalikan sentimen ke'bangsa'an bangsa melayu kita. Sedangkan siapalah melayu kalau tidak ditopang oleh kekuasaan Empayar Cina yang peneraju-poeneraju adalah umat Islam. Bukan sahaja Zheng He seorang muslim, bahkan sudah ada tanda-tanda sejarah yang menunjukkan Maharaja Yung Le juga besar kemungkinan beragama Islam. Yang pasti permaisuri beliau Empress Ma sudah jelas seorang muslimah.
Sekali lagi jangan terpedaya dengan seruan-seruan berbaur assobiyah atas alasan ini hanya 'wasilah' untuk mendaulatkan Islam.....!!!
Ditilik dari sejarah kita mewarisi Islam dari dua jurusan iaitu jurusan barat dari Tanah Arab dan Benua kecil India dan dari jurusan timur iaitu Tanah Besar Cina. Pada saat Rasulullah SAW masih hidup sudah ada umat Islam di kalangan bangsa Cina sejauh GuangZhao (Canton) dan Nanjing.
Kalau kita disebukkan dengan penonjolan assobiyah melayu maka kita akan kembali bertolak ke belakang. Sedarlah kehebatan bangsa melayu adalah kerana dinobatkan oleh bangsa lain yang lebih dahulu merasai nikmat Islam iaitu Bangsa Cina dan India.
Bukankah lebih baik kita mengembalikan kegemilangan Islam dengan meninggalkan karat-karat Jahiliyah yang ingin dibangkitkan oleh golongan yang keliru?
Bukankah lebih baik jika kita habiskan tenaga dan fikiran kita untuk kembalikan mengislahkan orang melayu, Cina, India bahkan manusia seluruhnya di sekeliling kita tanpa mengira siapakah bangsa dan keturunan mereka. Jika ini kita lakukan maka semua orang akan terbela sebagaimana terbelanya masyarakat melayu Melaka di tangan seorang yang berbangsa Cina.
Sesungguhnya adek-adek dan anak-anak ku tidak ada satu tanaddun Islam pun di dalam sejarah yang dibina di atas kebangsaan Arab atau ketuanan Arab.
Semua tamaddun Islam bermula dari Madinahnya sehingga Dimasq, Baghdad, Andalus, Istanbul, Kaherah dan Baitul Maqdis dibina di atas kedaulatan Islam. Siapakah Salman al-Farisi? Siapakah Shuhaib ar-Rumi,. siapakah Bilal dari Habsyah? Siapakah Salahuddin al-Ayubbi? Bahkan siapakah ulama-ulama perawi hadis yang tersohor, Imam Bukhari, Abu Daud, An-Nasaa', Ibnu Majah? Kita akan insaf bahawa mereka ini semua berbangsa muslim yang menenggelamkan semua identiti bangsa kelahiran masing-masing.
'Kami adalah bangsa yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Barangsiapa mencari selain darinya, maka tidak akan menambah padanya selain kehinaan.'
Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 1 Assalamualaikum,
Siri rencana 'Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu' ini telah lama saya tulis. Kini saya masukkan dalam blog ini untuk pencerahan dan pemahaman para pengunjung.
Dr Hafidzi Mohd Noor -------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum,
Kini kita berhadapan dengan polemik lama dalam bentuk baru.
Ideologi ciptaan manusia (yang diilhamkan oleh syaitan) kembali menguji keaslian Islam.
Umat Islam tidak akan pernah sunyi dari asakan-asakan ideologi ciptaan manusia. Untuk menjadikan ideologi itu lebih menarik maka dicari jalan untuk mencari keserasian dengan Islam. Lalu diberikan alasan-alasan bahawa ideologi ini hanya dijadikan sebagai wasilah atau jalan untuk mendaulatkan Islam.
Ideologi assobiyah atau kaumiyah bukanlah suatu yang baru. Ia telah wujud sejak wujudnya kabilah dan keluarga (clan) dalam masyarakat manusia. Semula Allah SWT jadikan manusia dalam kabilah-kabilah dengan hanya satu tujuan dan tidak ada tujuan selainnya iaitu 'supaya mereka berkenal-kenalan' Dan yang paling baik di kalangan manusia tanpa mengira dari kabilah mana ia datang ialah mereka yang paling bertakwa. Nabi saw berpesan 'Kamu semua berasal dari Adam dan Adam adalah dari tanah.'
Mari kita menoleh kebelakang pada sejarah yang tidaklah begitu lama berlalu. Kira-kira 100 tahun yang lalu, terbitlah satu kebangkitan yang diraikan oleh ramai manusia sebagai harapan baru iaitu Revolusi Bolshevik di Rusia pada tahun 1917.
Revolusi ini adalah lambang kemenangan golongan proletariat (buruh) ke atas golongan bourguisiea (bangsawan dan pemodal). Ideologi Sosialis-Komunis yang mnecetuskan kebangkitan rakyat ini turut memutikkan harapan ke atas negara-negara yang terjajah dan tertindas.
Di kalangan umat Islam timbul satu kecenderungan baru dengan menafsirkan penjajahan yang mereka deritai adalah 'Kemuncak kepada Kapitalisme' (atau kezaliman dan penindasan kaum pemodal). Malah ada di kalangan umat Islam yang bergelar ulama mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana telah mengutus seorang yang bernama Karl Marx untuk menunjukkan jalan kepada umat Islam.
Melaluinya umat Islam diperkasakan untuk mendapat keadilan sosial yang sekian lama dinafikan oleh penjajah barat dan golongan aristokrat pribumi yang bersekongkol dengan mereka.
Kita mungkin tidak percaya dan sukar untuk menerima. Tetapi ada di kalangan pesantren dan sekolah merangkul ideologi komunis secara borong dan memulau guru-guru mereka. Ini dialami sendiri oleh Hj rasul (Syeikh Abdul Karim Amrullah - ayah kepada buya HAMKA di Sumatera Barat).
Bukan sahaja dipulau oleh anak-anak murid dan guru-guru pengajian yang lain bahkan beliau dituduh pula sebagai alat penjajah kerana tidak bersedia untuk mendukong ideologi komunis. Sakeng kuatnya pengaruh komunis sehingga HAMKA pada umur remajanya terikut-ikut mendendangkan lagu komunis 1 Mei. Dia diperingatkan oleh ayah beliau 'Wa'ang jangan ikut Komunis. Zahirnya menyokong agama, bathinnya merusak agama!.
Quran ditafsir mengikut aliran pemikiran komunis. Dicari titik-titik persamaan ideologi Komunis dengan hujah-hujah keadilan Islam. dalam saat yang begitu kacau dan keliru, hanya ulama yang benar-benar faham apa itu Islam sahaja yang terselamat dari racun ideologi Komunis yang cuba diserapkan dalam fikrah Islam yang murni. Doktrin 'Akidah yang salimah' yang dipertahankan selama ini lebur di tangan ulama-ulama yang gagal memahami apakah tujuan akhir dari ideologi anti Tuhan dan anti agama ini.
HAMKA mengulas 'Seorang muslim yang sempurna tidak mungkin menjadi komunis yang tulen. Seorang komunis yang masih menjalankan ajaran Islam bermakna Komunisnya belum matang. Dia perlu memilih salah satu - Islam atau Komunis. Tidak boleh kedua-duanya'
Hj Rasul cuba dipengaruhi oleh penjajah Belanda supaya mempertahankan pemerentah kolonial sebagai pilihan yang lebih baik dari komunis. Hj Rasul diminta menggunakan pengaruh untuk menolak ideologi komunis dengan kebaikan sistem pentadbiran Belanda. Jawab beliau dengan tegas 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA'
Akhirnya semua orang tahu apakah bencana yang berlaku di belakang hari. Ideologi komunis terus subur ditopang oleh 'ulama-ulama' berpengaruh. pada tahun 1960'an ia menjadi ideologi kebangsaan Indonesia apabila komunis disenyawakan dengan Islam dalam gagasan NASAKOM (Nasionalis. Agama, Komunis).
Tragedi yang terbit dari gagasan ini amat dahsyat apabila hampir 2 juta umat Islam disembelih saat bertukarnya order lama kepada order baru yang dicetuskan oleh tragedi berdarah lubang buaya.
Kalau ideologi Komunis yang jelas anti tuhan dan anti agama itupun dirangkul oleh umat Islam, inikan pula ideologi Assobiyah melayu... Jangan terjebak dengan ideologi mungkar ini sebagai mana begitu ramai ulama terjebak dengan 'palu arit' (tukul dan sabit - lambang komunis).
Marilah adek-adek dan anak-anak ku, kembalilah kepada Islam yang murni. Jangan kau terpedaya dengan cakap-cakap muluk 'ulama-ulama' yang cuba menanam pengaruh supaya terus dianggap relevan - setelah mereka terpinggir dari arus perdana perjuangan Islam yang mendukong fikrah yang murni.
Jika engkau diajak mendukung ideologi Assobiyah walaupun berselindung disebalik wasilah semata katakan kepada mereka 'CUKUP DENGAN ISLAM SAHAJA! Tak perlu ditambah prefix dan suffix ataupun ditambah ramuan-ramuan ideologi ciptaan manusia'
--- On Thu, 2/12/10, sarah@property2u2.com <sarah@property2u2.com> wrote:
From: sarah@property2u2.com <sarah@property2u2.com> Subject: [Sarah] Double Storey House for sale at Taman Perkasa Hulu Langat To: sarah@property2u2.com Date: Thursday, 2 December, 2010, 2:09 PM
Address: Taman Perkasa City: Hulu Langat State: Selangor Zip: 43100 Country: Malaysia Price: RM90,000 Negotiable: Yes Beds: 2 Baths: 1 Floors: 2 Square Feet: 904 Status: Active Tenure: Free hold Full Description: Low cost terrace-intermediate. basic. good condition. near school, shop, petronas, surau etc. -find your perfect property at property2u2.com-
Address: Taman Perkasa City: Hulu Langat State: Selangor Zip: 43100 Country: Malaysia Price: RM90,000 Negotiable: Yes Beds: 2 Baths: 1 Floors: 2 Square Feet: 904 Status: Active Tenure: Free hold Full Description: Low cost terrace-intermediate. basic. good condition. near school, shop, petronas, surau etc. -find your perfect property at property2u2.com-
Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) hari ini menyifatkan tindakan Syabas yang mahu menaikkan kadar air di negeri itu turut memberikan impak besar kepada pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negeri itu.
Menurut Presiden Permasis Izzuddin Helmi, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri itu sebanyak 37 peratus.
"Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini.
"Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana," kata Izzuddin lagi.
Selain Permasis, bebarapa persatuan mahasiswa termasuk Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) turut membantah cadangan Syabas sambil menyifatkan ia akan menyebabkan rakyat di Selangor akan terus terbeban.
Sehubungan itu, gabungan tiga persatuan mahasiswa atau boleh dikenali sebagai Mahasiswa ini mahu ahli politik di negara ini mendengar luahan dan pendapat yang dikemukan rakyat. Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut.
Betul ke nie najwa nih anak muhyiddin khennn??? Termasuk dalam senarai 20 orang yang anggun setelah diundi oleh pembaca setia EH!
Party 20 Eh! Yang Anggun telah pun berlangsung pada jam 7.30 malam (lepas maghrib) pada 28 November 2010.
... cume antara mereka ade sorang artis NITA yang 'bertelanjang' masa majlis tersebut (gambar dia ana malas nak post kang org kate blog play boy pulak) ... cume nak tau komen drp mufti/ majlis agama UMNO pasal pakaian dia... kalu mufti nak tgk bukak kat sini http://beautifulnara.com/gambarnita-di-parti-20-eh-yang-anggun-memang-meletup/ (untuk rujukan mufti sahaja... bukan mufti takyah gatal tangan... tgk yang bawah ni cukup)
KUALA LUMPUR, 30 Nov — "Tok Him (Ibrahim) akan hidup 25 tahun lagi untuk mengambil berat dan menjaga kepentingan kaum Bumiputera, rakyat Malaysia dan keselamatan negara," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .
Datuk Ibrahim Ali yang kontroversial, yang mengisi ruang media tanpa putus-putus sejak dua tahun lalu, berharap akan dipanjangkan umur 25 tahun lagi bagi membolehkan beliau terus memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu. Menjawab soalan pelbagai pihak seolah-olah beliau 'senyap' dari arena politik, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata beliau sedang berehat tiga bulan selepas menjalani pembedahan jantung pertengahan 18 Oktober lalu. Ibrahim menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR) kerana menggunakan platform Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) untuk membawa isu-isu menyentuh kepentingan orang Melayu. Beberapa pemimpin BN mendakwa tindakan Perkasa dan MPM yang dilihat keterlaluan akan menjejaskan sokongan kepada perikatan itu dalam pilihan raya. Ibrahim, 57, berkata beliau akan kembali aktif awal tahun depan, dijangka bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Dalam sebulan lagi, saya boleh keluar semula untuk meneruskan perjuangan saya dengan aktif dan lebih berani, insya-Allah," kata beliau.
Takyah la UMNgOk nak gaduh-gaduh pertahankan 'Ketuanan Melayu' sebab benda tue pun bukan ade dalam perlembagaan... cumenya istilah yang dicipta oleh UMNgOk untuk memperkayakan kroni-kroni mereka.....
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Istilah "Ketuanan Melayu" tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.
Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya "Ketuanan Raja" yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
"Sebelum ini tidak pernah disebut "Ketuanan Melayu" dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma "Ketuanan Raja" iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya kepada Bernama malam ini.
Ketua Wirawati Cik Zaira Jaafar mengatakan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah satu anugerah Allah kepada umat tetapi lebih kepada Sang DAJAL yang akan merosakkan Bangsa Melayu dan Agama Islam di bumi Malaysia ini.
"Bagi WiraWati , Anwar Ibrahim bukan lah satu anugerah Allah tetapi setan yang menjelma sebagai manusia yang akan merosakkan Bangsa Melayu dan Agama Islam" kata nya didalam sidang media siang tadi.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PKR yang mengatakan Suami Beliau (Anwar Ibrahim) adalah satu anugerah Allah yang mana kenyataan ini turut di persetujui oleh Nik Aziz.
Jika semalam Ketua Wira membuat kenyataan media, kini di ikuti pula oleh Wira Wati PERKASA yang tidak senang dengan kenyataan Wan Azizah mengenai Suaminya Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.
Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.
Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.
Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.
Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.
Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.
Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.
Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.
Fakta Pengkhianatan UMNO Terhadap Melayu: Tanah Rezab Melayu antaranya :-
1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.
Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina pangsapuri mampu milik di tapak Kg. Seri Temenggung, Gombak.
Menurut perancangan asal PKNS, mereka akan membina 270 unit pangsapuri dengan harga sekitar RM180,000 sebuah. Walau bagaimanapun memandangkan keperluan perumahan mendesak bagi golongan berpendapat rendah dan sederhana, PKNS akan membina pangsapuri mampu milik dengan harga tidak lebih dari RM70,000 dan keluasan tidak kurang dari 800 kaki persegi.
Sekurang-kurangnya 500 pangsapuri akan dibina di atas tanah seluas lebih kurang 10 ekar itu.
Projek pangsapuri ini merupakan sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri di bawah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan untuk memperkenalkan rumah mampu milik generasi baru.
PKNS juga terlibat di dalam projek 125 unit pangsapuri mampu milik di Bandar Baru Bangi yang akan dilancarkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada akhir bulan Disember ini.
Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 1 Disember 2010
Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara.
Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing.
"Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim.
Bagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama.
"Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat.
Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja.
Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara.
"Baca la, baca la, angka awak semua salah," kata timbalan menteri itu.
Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng.
"Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya.
Gaji CEO SYABAS Lebih Tinggi dari Gaji CEO Bank of China ? CEO SYABAS dilaporkan mendapat gaji berjumlah RM5.1 juta setahun. Dari artikel di bawah, di dapati bahawa gaji CEO 3 bank terbesar di Dunia adalah sekitar USD230,000 (bersamaan RM954k)sahaja.
Reuters melaporkan:
China, for example, boasts three of the world's four biggest banks, yet the leaders of those banks -- Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank Corp and Bank of China -- are among the lowest paid of those surveyed by Reuters. The chairman and the president of each of the banks are paid roughly $230,000 per year Bank ICBC, bank terbesar di dunia, membayar CEO mereka USD234,700 pada tahun 2008. Jumlah ini bersamaan RM1 juta setahun.
Gaji CEO SYABAS, Rozali Ismail, dilaporkan berjumlah RM5.1 juta setahun. Razali sendiri mengaku gaji dia RM5.1 juta setahun. Pengakuan Rozali boleh dibaca di sini.
Ntah berapa kali Presiden CUEPACS bertungkus lumus nak dapatkan bonus namun rasernya dah banyak kali dinafikan dengan pelbagai alasan oleh PM. Akhirnya setiap kali minta bonus , bantuan khas sahaja yang ahli dapat. KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pemilihan Cuepacs mula rancak dengan wujud desakan agar Presidennya Omar Osman, yang baru-baru ini disambung semula kontrak perkhidmatan, agar berundur untuk memberi laluan kepada pihak lain memimpin kongres itu. Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin yang berganding dengan Omar pada pemilihan tiga tahun lalu berkata, sudah sampai masa bagi Cuepacs memerlukan seorang presiden yang baru. Pada pemilihan 22 Disember ini, Ahmad Shah akan berganding dengan Ramli Omar iaitu Presiden Kesatuan Kakitangan Mardi Malaysia kali ini. "Presiden patut ditukar... beliau wajar memberi laluan kepada orang lain sebab Cuepacs memerlukan pemimpin baru, dengan idea-idea yang baru. "Saya atau barisan kami tidak mengatakan beliau tidak memberi sumbangan, tetapi sudah sampai masanya Cuepacs memerlukan kepimpinan tertinggi yang baru," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Cuepacs mengadakan mesyuarat majlis kongres semalam mengesahkan senarai pencalonan, yang sesinya ditutup Isnin lalu. Mereka yang dicalonkan perlu mengesahkan penerimaan pencalonan sebelum 15 Disember ini. "Ini pandangan ahli-ahli akar umbi. Cuepacs mahukan kepimpinan lebih dinamik," kata beliau. Ahmad Shah yang mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya buat penggal ketiga berkata, kali ini akan bertanding dalam pasukan Ramli yang turut memutuskan mencabar Omar. Ketika ditanya mengapa tidak berada dalam pasukan Omar, Ahmad berkata, "nampaknya beliau yang tidak mahukan saya." "Kesatuan beliau tidak mencalonkan saya pun, untuk jawatan setiausaha agung. Jadi saya menganggap saya tidak diperlukan oleh Omar. Maka, saya bergandingan dengan Ramli," katanya lagi. Ramli pula berkata, pihaknya telah menyusun barisan calon dengan memilih Ahmad Shah untuk jawatan setiausaha agung. "Saya dah memutuskan tanding jawatan presiden sekali lagi. Ahmad Shah akan jadi gandingan untuk jawatan setiausaha agung," kata Ramli, yang pernah dua kali bertanding jawatan presiden sebelum 2007. "Saya yakin kali ini selepas dua kali mencuba sebelum ini," katanya ketika ditanya peluang beliau. "Cuepacs memerlukan perubahan dan pembaharuan, yang akan membantu kakitangan awam seiring dengan gagasan 1 Malaysia," katanya. Cuepacs mengadakan pemilihan terakhir tiga tahun lalu. September lalu, Omar, 58, memberitahu The Malaysian Insider bahawa kontrak perkhidmatannya telah dilanjutkan tetapi tidak memaklumkan tempoh baru. Usaha menghubungi beliau masih belum berhasil. Sumber mendakwa perkhidmatannya hanya disambung enam bulan sejak September lalu. Beliau juga belum mengesahkan sama ada mahu mempertahankan jawatannya kali ini. Bagaimanapun rakan-rakannya yang dihubungi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa Omar, Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Putra Malaysia, akan bertanding lagi. "Omar sudah memberitahu kami yang beliau akan bertanding lagi," kata seorang pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs. Cuepacs ada 130 kesatuan gabungan. Omar memperoleh 48 pencalonan. Ramli dicalonkan oleh satu kesatuan manakala Azih Muda, kini merupakan Timbalan Presiden Cuepacs, juga menerima satu pencalonan. Ahmad Shah juga menerima satu pencalonan bagi jawatan presiden. Bagi jawatan setiausaha agung, selain Ahmad Shah, turut dicalonkan Lok Yim Pheng yang menerima 30 pencalonan, Ku Azmi Ku Ibrahim (dua) dan Adnan Mat (satu).
Selama ni sebelum Pulau Pinang di perintah Pakatan Rakyat dengan majoriti UMNO di seluruh Pulau Pinang di mana ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh UMNO? Malah PERKASA dan NGO pejuang Melayu yang lain mana mereka yang senyap bila diaju pertanyaan cepumas ini. Ingatkah kita Pulau Pinang selama ini didominasikan oleh UMNO di mana ADUN pun majoriti UMNO namun Ketua Menterinya China juga. Kenapa tak bising? Wahai Melayu UMNO PP dan yang lain , kalau kamu masih di bawah tempurung Melayu Malaysia kamu keluarlah sikit dari tempurung keUMNOan kamu agar dapat lihat fakta sebenar. Buktinya Mendiang Lim Chong Eu dah berapa lama memerintah Pulau Pinang ? Ada UMNO bising?
UMNO serah Ketua Menteri kepada Cina, mana ketuanan Melayu? Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.
"Hari ini, isu perlantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.
"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar. Umno serah kerusi Ketua Menteri
Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.
"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?
"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.
"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.
Salah lapor budaya media Umno
"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.
Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.
"'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.
Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.
"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.
Songkok tiga jengkal
"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.
Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.
"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.
"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Toyota Etios. Kereta Mampu Milik . Toyota baru melancarkan kereta termurahnya di India. Toyota Etios. Dan tentunya kita mahukan kemurahan kereta tersebut kekal jika ia memasuki pasaran tanahair! Soalnya bolehkah ia masuk? Jika masuk, apakah ia semurah itu? Maka untuk Malaysia, Toyota boleh buang terma 'mampu-milik' tersebut.
Kereta sedan yang murah ini dijual mulai dari 496,000 - 686,500 rupee atau sekitar RM34,480 hingga RM47,730 ! Lebih kurang harga SAGA! 1.5 cc lagie tak macam SAGA 1.3 harga RM30K juger.Belum lagi lain-lain tambahan.
Toyota menyediakan 6 pilihan warna iaitu Harmony Beige, Vermillion Red, Serene Bluish Silver, Symphony Silver, putih dan hitam seperti seperti yang dipetik dari web rasmi Toyota,hari ini, Khamis 2 Dis 2010.
Etios berkuasa enjin 1.5 liter mampu menjana sehingga 80 kuasa kuda. Toyota juga merancang untuk melancarkan Etios versi hatchback. Toyota berjanji akan mula memasarkannya pada April 2011.
Dengan design yang menarik, Etios dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti ABS, EBD dan SRS airbag (untuk pemandu dan penumpang).
Berat kereta tersebut hanya 890 kg. Maka ia akan menggunakan bahan bakar efisien untuk pemanduan dalam bandar.
Proses memajukan Toyota Etios yang memakan masa 5 tahun dan telah diuji 200,000 km dengan melibatkan jurutera India. Sebelum ini, Toyota sudah mempamerkan versi prototype Etios di India Motor Show awal tahun ini.
Peroalannya bila kereta ini masuk Malaysia? Siapa pula syarikat yang dapat permit import. Bolehkan dijual di Malaysia dengan harga SAGA? Tentu tidak.
Membenci sesuatu warna atas dasar dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 1." Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya." 2. "Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah." (Ar-Rahman: Ayat 76) 3. "Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci." (Al-Insan: Ayat 21) Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau. Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. Insyaallah....Sokonglah parti warna hijau.....
Angkasa Dapat Kelulusan Buka Bank Sendiri Cadangan penubuhan bank pertama milik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Islamic Cooperative Bank of Malaysia (ICBM), diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)pada 27 November lepas. Presiden Angkasa, Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, buat masa ini bank itu menggunakan nama "Koperasi Masraf Angkasa" memandangkan ICBM masih menunggu kelulusan Bank Negara. "Pada peringkat awal, pejabat Koperasi Masraf milik Angkasa ini akan beroperasi di Ibu Pejabat Angkasa di Wisma Ungku A.Aziz di Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, Petaling Jaya, sehingga pejabat baru dikenal pasti kelak," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima surat kelulusan ICBM daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di lobi Parlimen, di sini, Rabu. Katanya, Angkasa akan membuat hebahan dalam tempoh terdekat mengenai tarikh Koperasi Masraf akan beroperasi sepenuhnya untuk memberi pekhidmatan kepada orang ramai. Dr Mohd Ali berkata, Koperasi Masraf akan menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan Malaysia Bhd (Bank Persatuan). "Ciri-ciri Koperasi Masraf ini berkonsepkan Ta'awun (bekerjasama), mengenakan caj kewangan yang berlandaskan syariah, produk berbeza berbanding produk kewangan yang sedia ada. "Koperasi milik Angkasa ini juga akan memperkenal Skim Pinjaman Perumahan berasaskan Musyarakah Mutanaqisah (akad pindah hak milik)," katanya. Beliau berterima kasih kepada Ismail Sabri kerana memberi kepercayaan kepada Angkasa untuk menubuhkan Koperasi Masraf.
KUALA LUMPUR, 1 Dis. : Ahli jawatankuasa Surau An-Nur Taman Setiawangsa di sini hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi memohon deklarasi bahawa DBKL tidak berhak untuk merobohkan surau itu. Saman itu, yang difailkan melalui Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, menamakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan DBKL sebagai defandan pertama dan kedua. Dalam saman itu mereka memohon perintah mahkamah supaya defendan mengekalkan tapak asal Surau An-Nur atau menyediakan satu tapak baru bagi surau itu yang sama keluasannya iaitu 8,000 kaki persegi. Mereka juga memohon deklarasi bahawa tindakan kedua-dua defendan melalui wakil atau ejen mereka yang cuba menanggalkan dan mencabut kemudahan tempat sujud dan kemudahan lain adalah tidak sah, terbatal serta menyalahi peruntukan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi surau itu Mohd Yusof Wazir memberitahu pemberita jawatankuasa juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada meneruskan kerja meratakan tanah di surau itu. Surau berusia 20 tahun itu boleh memuatkan lebih 100 orang jemaah. – Bernama
KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam. Yang nie pula kisah kemalangan Bas dan Bas di Bukit Tagar semalam juge. Pagi-pagi lagi 2 Disember 7.47pagi (tarik hp kat gambor lambat skit), teman tengah naik flyover MRR2 melalui Ampang Point dan tiba-tiba kereta sesak dan kena brek kecemasan. Rop-ropnyer ada bas panjat divider mujor tersekat dan tak jadi torobang ke sebelah jalan sana. Semalam kita tengok bas langgar bas di Bukit Tagar . Lepas tu Bas terbakar kat mana? lupa plak.
LONDON - Seorang usahawan Internet, Andrew Mason, 29, bakal mengikuti jejak langkah pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, dengan menjadi bilionair apabila dia bersetuju untuk menjual laman web beliau kepada enjin carian Internet, Google, lapor sebuah akhbar semalam.
Mason dikatakan bersetuju untuk menjual laman web bernama Groupon itu kepada Google dengan harga £4.1 billion (RM20.2 billion).
Beliau sebelum ini turut dilaporkan menolak tawaran daripada sebuah lagi enjin carian Internet, Yahoo kerana ia hanya menawarkan sebanyak £1.3 billion (RM6.4 billion) untuk membeli laman web terbabit.
Laman web yang telah dibina sejak dua tahun lalu itu telah menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan di tempat kelahiran Mason iaitu Chicago, Amerika Syarikat selain digunakan oleh 2.5 juta pengguna di Britain.
Bagaimanapun kerana kelebihan yang ditawarkan seperti diskaun pembelian tiket wayang dan pelbagai barangan lain melalui Internet sehingga 90 peratus, jumlah pelayar kini semakin bertambah sebanyak 10 peratus setiap minggu.
Bagaimanapun, ia masih tidak boleh menyaingi Facebook kerana laman sosial itu kini bernilai £32 billion (RM158.1 bilion). - Agensi
Dewan Pemuda PAS WIlayah Persekutuan menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan. Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga kesal kerana Shaziman bersekongkol [...]
DAP Perak hari ini mendedahkan sejak rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak pada tahun 2009, kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu negeri merosot sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, satu gejala yang membimbangkan.
Setiausaha DAP Perak merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming mendedahkan hari ini bahawa mengikut laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan oleh Tan Seri Dato Seri Amrin Bin Buang di Parlimen tahun ini, Laporan rasmi jelas menunjukkan jumlah wang kerajaan negeri telah berkurang dari RM774.57 juta dan jatuh ke paras RM689.25 juta, satu kemerosotan ketara setinggi 11%. - Blog NgaKorMeng
Nga jugak bagitau masa Pakatan Rakyat perintah Perak dibawah Hj Nizar sebagai Menteri Besar, wang rizab sebanyak RM774.57 juta berjaya dikumpul untuk simpanan masa depan negeri dengan pentadbirn yang bersih dan cekap tanpa menaikkan sebarang cukai yang membebankan rakyat
Zambry pulak dalam masa setahun setengah lebih kurang, dah bentangkan 2 bajet dengan defisit RM103.89juta sebelum ni dan katanya hari ni akan bentang satu lagi bajet defisit sebanyak RM29juta lagi. Jumlah defisit RM131 juta untuk tempoh tak sampai setahun setengah.
Nga juga mendedahkan ada 7 projek terbengkalai dengan kos keseluruhan berjumlah RM17.32juta termasuk 5 projek denan kos RM5juta di dalam kawasan Dun Pangkor yang Zambry sendiri jadi wakil rakyat.
Nama Projek dan Jumlah Kos terlibat 1.Resort Tepi Buki, Teluk Batik, Jumlah Kos terlibat: RM 2,430,000.00 2.Dewan Serba guna Padang Bandaran Kuala Kangsar, Jumlah Kos terlibat: RM 10,000,000.00 3.Pangkor Height Villa, Jumlah Kos terlibat: RM790,000.00 4.Dewan serba guna Teluk Gong, Pangkor , Jumlah Kos terlibat: RM260,000.00 5.Restoran Terapung Teluk Gong, Pangkor, Jumlah Kos terlibat: RM1,900,000.00 6. Restoran Terapung Teluk Dalam, Pangkor, Jumlah Kos terlibat:RM1,560,000.00 7. Korporat Villa Jenis B, Jumlah Kos terlibat: RM 380,000.00
Jumlah Kos keseluruhan RM17.32 juta
Kita tunggu apa jawapan Zambry bila ditanya dalam Sidang Dun Perak hari ni. Tu pun kalau ada ruang soal jawab. Kalau jadi macam sidang yang lepas, sesia saja bersidang tapi langsung takdak soal jawab.
Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memilih untuk tidak menjawab apabila diminta mengulas pendedahan laman sesawang Wikileaks pada Ahad lalu, bahawa ada firma Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran.
"Bagi perkara yang merentas sempadan seperti ini, kita perlu babitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Wisma Putra (Kementerian Luar) berhubung kebimbangan ia menjejaskan hubungan dua hala ataupun pelbagai hala," kata Hishammuddin pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Semua pihak yang relevan perlu dibabitkan kerana kerajaan tidak boleh bertindak secara silo.
"Kita mesti rujuk dengan angensi risik pakar luar negara yang kita ada berhubungan," katanya.
Ditanya mengenai butiran firma tempatan yang dipalitkan dalam isu itu, Hishamuddin juga cuba mengelak daripada memberikan jawapan secara langsung.
"Ada syarikat Malaysia yang terbabit tetapi saya tidak boleh ulas kecuali saya berunding dengan pihak yang relevan dahulu. Ini isu baru dan kesannya serius, biar kami tangani dengan cara yang betul dan bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat," kata ahli parlimen Sembrong itu. Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.
Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.
Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear".
Skylife Worldwide dilaporkan kini disiasat oleh polis.
Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara. Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno. Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu. Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu: Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja. 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway. 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu. 26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan. Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang. 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno. Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara. Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur. Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur) Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura. Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing. 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat. Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak. Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno "Hidup Melayu" perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu "di mana Umno kuat di situ Melayu merempat".
Sokongan rakyat kepada BN semakin pulih setelah kerajaan menunaikan janji pilihan rayanya dan komitmen yang diberikan, dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut beliau, tanda-tanda awal juga menunjukkan bahawa rakyat menerima baik pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan BN bagi memenuhi kehendak dan harapan mereka.
"Apabila kita kotakan janji-janji pilihan raya dan komitmen kita, kewibawaan kita, dari kaca mata rakyat, sudah meningkat," katanya dalam ucap utama pada perhimpunan agung keenam Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) di Pnom Penh hari ini.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata keputusan sebenar sama ada BN telah memenuhi harapan rakyat akan hanya diketahui daripada keputusan pilihan raya umum akan datang.
Bercakap pada sidang akhbar kemudian apabila ditanya sama ada BN boleh berasa lega sekarang hasil daripada petanda-petanda awal itu, beliau berkata BN tidak boleh berasa lega sekarang, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi.
MADEY KENA GAS PEMEDIH MATA nota: kikat kena angkat topi pada malaon ini kerana berani menembak asid ke muka madey
sebab apa madey kena asid?
sebab maloan ini berebut dengan ibrahim untuk bodek madey kah kah kah
KENYATAAN WAN AZIZAH MEMALUKAN ORANG MELAYU – NIK SAPEIA - melayau
Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),i Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hendak membubarkan hak ketuanan Melayu sebagai memalukan kerana parti itu sendiri mengakui hak orang Melayu di negara ini.
Naib Presiden PPP, Nik Sapeia Nik Yusof berkata, disebabkan mereka dipengaruhi oleh kedudukan dan memburu pangkat sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-cita itu.
"Kalau PPP yang didokongi oleh pelbagai kaum tidak mempertikai hak orang Melayu di negara ini, adalah pelek PKR yang baru setahun jagung ditubuhkan cuma mempertikai hak orang Melayu, ini memalukan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.
Nik Sapeia berkata, sepatutnya PKR memperjuangkan hak dan ketuanan Melayu sejajar dengan kepimpinan parti itu didominan oleh orang Melayu termasuk Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… PUNDEK PUNDEK PUNDEK LAAAA…. kah kah kah..
kah kah kah… MALAOAN INI AHLI PARTI PUNDEK PUNDEK PUNDEK….. kah kah kah..
woit… NAK MALU PUNDEK APA PULAK?..... kah kah kah..
woit… ADA 300 JUTA MELAYU DI ALAM MELAYU….PUNDEK INI . SUDAH BUAT BANCI DAN TANYA SEMUA?..... kah kah kah…
kah kah kah… PUNDEK INI SUDAH TANYA PANDANGAN MELAYU DI NARATIWAT?.... kah kah kah..
woit… PUNDEK INI SUDAH TANYA PABDANGAN MELAYU DI BUKIT TINGGI?.... kah kah kah..
woit… MELAYU BERUNAI TAK AMBIL POT…. kah kah kah..
woit… PERGI MAPOOOOS LAAA DENGAN KETUANAN MELAYU…. kah kah kah…
woot… TAK MALU KE POLIS MELAYU… TAHAN KERETA MINTA 20 RINGGIT?... kah kah kah//
woit… TAK MALU KE PEKERJA MELAYU DBKL TIAP PETANG DATANG JALAN PETALING MINTA 4 ATAU LIMA RINGGIT… kah kah kah
woit… TAK MALU KE MASUK UNIVERSITI BANGSA LAIN ADA 4 A… MELAYU YANG INI ADA 2EE…kah kah kah..
woit… TAK MALU KE… NAIB CANCELOR SELURUH DUNIA ADA MENULIS BUKU…. KECUALI MALAYSIA DAN ZIMBABWE…. kah kah kah
woit… TAK MALU KE… TIPU ORANG MELAYU KATA KITA ADA ANGKASAWAN NAIK KE ANGKASA… kah kah kah..
kah kah kah… TAPI SATU DUNIA TAHU INI MENUMPANG KERANA BELI SENJATA DARI RUSSIA…. kah kah kah..
woit… TAK MALU KE… NAK MENANG PINGAT EMAS DI OLYMPIK BERI KERAYATAAN PADA WARGA KAZAKTAN…. kah kah kah…
woot… MELAYU TAK MALU KE…PERDANA MENTERI DIKATAKAN TERLIBAT DALAM KES PEMBUNUHAN GADIS MONGOLIA…. kah kah kah..
woit… TAK MALU KE… KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM… kah kah kah..
woit…TAK MALU KE … CAKAP KETUANAN MELAYU…. TAPAI NEGARA DI MILIKI CUKONG…kah kah kah
Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) hari ini menyifatkan tindakan Syabas yang mahu menaikkan kadar air di negeri itu turut memberikan impak besar kepada pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negeri itu. Menurut Presiden Permasis Izzuddin Helmi, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri itu sebanyak 37 peratus. "Permasis membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37 peratus. "Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi juga," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau turut berkata dasar penswastaan air yang diperkenalkan di Selangor pada 1997 jelas membebankan rakyat di negeri itu. "Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan. "Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. "Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan," katanya. Kerajaan Selangor kini dipimpin Pakatan Rakyat melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini. "Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana," kata Izzuddin lagi. Selain Permasis, bebarapa persatuan mahasiswa termasuk Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) turut membantah cadangan Syabas sambil menyifatkan ia akan menyebabkan rakyat di Selangor akan terus terbeban. Sehubungan itu, gabungan tiga persatuan mahasiswa atau boleh dikenali sebagai Mahasiswa ini mahu ahli politik di negara ini mendengar luahan dan pendapat yang dikemukan rakyat. Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut. "Kami menyeru seluruh mahasiswa khususnya yang tinggal di Lembah Klang untuk bersatu dan bersama menyokong usaha ini serta turun bersama-sama rakyat dalam demonstrasi aman yang akan dianjurkan pada Ahad ini. "Kami turut menggesa kesemua pimpinan kampus, organisasi serta fruksi mahasiswa dan masyarakat untuk respons terhadap isu-isu seperti ini yang melibatkan hak rakyat kerana kita tidak mahu sumber-sumber negeri ini didominasi oleh individu-individu tertentu yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan. "Kita tidak mahu sebarang campur tangan kerajaan pusat terhadap isu, hal dan permasalahan perkara-perkara dalam senarai negeri sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan pusat harus hormat kepada undang-undang dan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara," katanya. Mahasiswa turut berkata tindakan Syabas mahu menaikkan tarif air di Selangor turut akan membebankan golongan mahasiswa. "Selangor merupakan negeri yang memuatkan institusi-institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan besar mahasiswa dari seluruh pelosok negara dan sebahagian besar tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar darinya tinggal menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej masing-masing. "Sejak 2008, mahasiswa tidak perlu runsing dengan beban membayar bil perkhidmatan air. Sebilangan besar dari mereka boleh menjelaskan bayaran tertunggak menjelang hujung semester tanpa sebarang bebanan. Boleh dikatakan sejak 2008, rakyat Selangor tidak pernah dibebankan bil utiliti air. "Malah sejak sejak 2008, rakyat Selangor telah dikembalikan haknya dan mahasiswa menyokong penuh polisi merakyatkan ekonomi yang tidak membeban dan menyusahkan rakyat," katanya. "Perang" antara kerajaan negeri Selangor dan Syabas mula memuncak dengan agensi itu diberi notis 14 hari supaya menghentikan program Tabung Budi atas alasan ia melanggar syarat perjanjian konsesi air. Notis bertarikh 23 November dikeluarkan oleh Pengarah Kawal Selia Air Selangor Nor Azmi Diron di bawah Subseksyen 12(2) Akta Pembekalan Air 1997. Tabung Budi dilancarkan Syabas pada 24 Ogos lepas melibatkan skim yang membolehkan pengguna air membayar balik kos 20 meter padu air bernilai RM11.40, yang disubsidi kerajaan negeri kepada rakyat Selangor setiap bulan, diserahkan kepada Syabas. Wang kutipan itu nanti akan disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan yang tidak menerima 20 meter padu air percuma bagi mendapatkan semula sambungan air bersih ekoran kegagalan mereka membayar bil.
Tahap garis miskin tegar yang digunakapai oleh kerajaan Perak iaitu sebanyak RM420.00 adalah tidak munasabah memandangkan kos sara hidup seseorang individu di Perak jauh lebih tinggi daripada itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang dalam ucapan perbahasan beliau di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini menjelaskan garis kemiskinan tegar yang teramat rendah ini hanya akan menyenangkan kerajaan Barisan Nasional(BN) Perak tetapi tidak membawa sebarang makna kepada warga miskin tegar.
"Bantuan yang diberikan kerajaan negeri yang bertujuan untuk mengurangkan kesukaran hidup golongan miskin terlalu sedikit.
"Sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi bantuan makanan yang diberikan setiap bulan untuk 4 ribu keluarga miskin tegar, maka setiap keluarga hanya dapat sekitar RM2.80 sehari," jelas beliau.
Beliau seterusnya menjelaskan, sekiranya sesebuah keluarga itu mmempunyai empat ahli maka setiap seorang hanya mendapat peruntukan 70 sen sehari, yang mana tidak mencerminkan langsung maksud sebenar program tersebut.
Selain itu, Chang juga telah mengetengahkan isu penipuan tanah kerajaan oleh para ahli dan pemimpin Umno.
Beliau berkata dalam tempoh kurang daripada dua tahun kerajaan Umno-BN memerintah Perak, telah timbul banyak penyelewengan dan salahguna kuasa di dalam pengagihan tanah kerajaan.
Beliau memberi contoh di kawasan Rancangan Kampung Tersusun (RPT) Simpang Ampat seluas 7 ribu meter persegi yang mana pada asalnya diwartakan kepada golongan miskin tetapi apabila senarai pemilikan diumumkan didapati lot rumah tersebut telah diwartakan kepada ahli Umno.
Beliau mendedahkan di antara penerima lot merupakan pemegang jawatan peringkat bahagian atau cawangan Umno termasuk Setiausaha Bahagian Bagan Datoh dan dua ketua cawangan Umno.
Chang memberitahu Dewan bahawa di kebanyakan tempat, majoriti warga miskin tegar yang memerlukan bantuan adalah kaum Melayu dan para pemimpin Umno yang menipu serta merammpas hak rakyat Melayu juga Umno yang kononnya membela nasib orang Melayu.
"Ini satu bukti kukuh bahawa Umno bukan juara rakyat tetapi juara rampas tanah rakyat," tegas beliau.
Beliau seterusnya menyarankan kerajaan Umno-BN Perak agar menambah bajet bagi program-program membasmi kemiskinan agar lebih efektif dan bersikap lebih adil dan telus dalam isu pengagihan kekayaan negeri terutamanya tanah dan rumah.
Ahli parlimen Pakatan Rakyat dan kerajaan sekali lagi bertikam lidah di Dewan Rakyat hari ini berhubung perangkaan yang tidak konsisten yang dibekalkan semasa jawapan daripada kementerian-kementerian terlibat mengenai hutang negara.
Ketika menjawab soalan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang), Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim (kanan) berkata hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing.
"Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion," kata Lim.
Bagaiamanpun, Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) bangkit dan berkata berdasarkan laporan unjuran perbelanjaan 2011 yang diedarkan kepada ahli parlimen, angka yang diberikan tidak sama.
"Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan persekutuan yang belum dibayar adalah RM446.7 bilion," katanya sambil menambah jawapan timbalan menteri itu cuba memperdayakan Dewan Rakyat.
Azan berkeras hutang negara membawa maksud jumlah keseluruhan hutang kerajaan persekutuan dan tidak terhad kepada hutang asing sahaja.
Lim, sebaliknya menafikan perkara itu dan berkata definisi Azan adalah silap dan menjelaskan bahawa hutang negara adalah wang yang dihutang kepada negara asing dan bukannya hutang kerajaan persekutuan seperti yang dibacakan oleh Azan yang juga memuatkan hutang domestik atau dalam negara.
"Baca la, baca la, angka awak semua salah," kata timbalan menteri itu.
Pada sidang akhbar di parlimen lobi kemudiannya, Azan berkata maklumat hutang negara yang diberikan oleh kerajaan sangat menyeleweng.
"Maklumat hutang negara sangat menyeleweng, bahkan 100 peratus jauh lebih rendah," katanya.
Azmin Ali mencabar pimpinan Umno-Barisan Nasional(BN) supaya mendedahkan dalang tragedi hitam 13 Mei dalam buku sejarah nasional.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak turut mencabar Kerajaan Persekutuan supaya memperincikan peristiwa Umno-BN menghakis menyerang, menghakis dan mengkhianati Majlis Raja-Raja Melayu dalam matapelajaran Sejarah.
"Kalau dibaca buku sejarah, hanya pemimpin Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi peranan ulama, dan aktivis seperti Burhanuddin al-Helmy dipadamkan," tambahnya.
"Sejarah tidak boleh dipadamkan. Tidak boleh Kementerian Pendidikan mengarahkan juak-juak Umno menulis sejarah mengikut fahaman perkauman mereka yang sempit," kata Azmin.
Terdahulu pada sesi pagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Ahli Parlimen Umno yang mempertahankan ketuanan Melayu tetapi meminggirkan bahasa Kebangsaan.
Dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN)dibidas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai merencatkan kemajuan pelajar.
Berbahas di Parlimen hari ini, beliau menyifatkan skim hutang sedia-ada membunuh dinamik pelajar, Yusmadi menegaskan Kerajaan harus mengiktiraf hak warganegara kepada pendidikan berkualiti, dan menghapuskan PTPTN.
Pendidikan, tegas Yusmadi tidak sepatutnya membebankan, bahkan seharusnya mengangkat maruah umat, sebagai tujahan menghapuskan kemiskinan.
"Hak rakyat Malaysia didalam konteks pendidikan, pelajar dan bantuan pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak," kata Yusmadi.
"Pendekatan PTPTN telah membentuk generasi hutang yang membunuh motivasi pelajar tatkala tamat belajar," tambah beliau.
Yusmadi mencadangkan Kerajaan supaya mengambil serius desakan mahasiswa yang terhimpit dengan skim hutang ini.
Beliau berkata masanya tiba untuk kerajaan melaksanakan ikrar mendahulukan rakyat dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan.
"PTPTN perlu dihapuskan dan diganti dengan 'Biasiswa Rakyat', yang menyediakan bantuan pendidikan secara adil, tanpa mengira batas perkauman," tegas Yusmadi.
"Ia semata-mata bertujuan kearah memperkasakan pendidikan warga Malaysia," tambah beliau.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep "Ketuanan Rakyat" dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini berkata "Ketuanan Rakyat" yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan. "Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik," kata Khalid (gambar) yang juga pemimpin PKR. "Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara)," tambah beliau.
SHAH ALAM, 2 Dis – Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang merancang untuk mengemukakan memorandum berhubung penyelewengan didakwa dilakukan oleh pentadbirannya kepada Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong. Bagaimanapun Menteri Besar Selangor (gambar) memberi amaran kumpulan itu akan berhadapan dengan tindakan perundangan jika dakwaan mereka didapati tidak benar. "Jika (dakwaan) itu benar, mereka boleh teruskan dan lakukan," kata Khalid kepada pemberita di sini hari ini. "Tetapi jika ia (didapati) fitnah dan dendam, mereka boleh disaman," kata beliau. GAPS mahu menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pengerusi GAPS Hamizun Khairuddin berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan esok. Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek, katanya. GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas. Hamizun berkata memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu. Beliau berkata memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Saya memang suka memecut laju sekiranya memandu sendirian. Maka tidak hairan jika saya didapati melebihi had laju di Bentong pada petang 31 Oktober 2010. Satu lagi saman ekor yang dikenakan kepada saya bertempat di Dungun pada 16 Sept 2010. Petang itu saya bersama rombongan keluarga isteri ke Bukit Goh, Kuantan. Dalam perjalanan pulang, adik ipar saya memandu. Saya tidur sepanjang perjalanan pulang sehinggalah kami bertukar semula di stesen Petronas Muktafi Billah Shah pada jam 4.05 petang. Bermakna saman ekor dikenakan dengan mengambil kira pemilik kenderaan, bukan pemandunya. Isteri saya sedia faham situasi ini dan dia bersetuju membayar bahagian saman ekor di Dungun. Bermakna selepas diskaun, saya perlu menyediakan RM300 apabila mahu menyelesaikan saman. Pada 1 Disember, jam 8.30 pagi saya ke Balai Polis Sentul. Ketika ini saya fikir saya hanya mahu membuat rayuan supaya jumlah RM600 dapat dikurangkan menjadi separuh. Di kaunter, pegawai bertugas berkata, "Bayaran hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Trafik, Jalan Bandar, Petaling Street." Maka saya bertanya, "Apakah boleh dibuat rayuan?" Jawabnya, "Semalam ada berita. Sila semak dulu." (Mungkin berita dalam tivi) Saya meninjau berita dan mendapati The Star menyiarkan cerita diskaun saman pada muka hadapan. Dalam sistem elektronik di web myeg.com.my nilai yang dinyatakan masih lagi RM300. Jumlah ini hanya berubah pada 2 Disember 2010. Saya cuba membayar secara online tetapi capaian internet di pejabat sangat tidak memberangsangkan. Maka saya meneliti kaedah bayaran lain sehingga menjumpai maklumat ini. "Bayaran saman trafik juga boleh dibuat di Pejabat Pos." Memang saya tidak akan ke Petaling Street kerana saya tidak mahu sesat jalan. Maka saya ke pejabat pos berdekatan Flat Seri Terengganu, kira-kira 1.5 kilometer dari menara yang menempatkan syarikat majikan. Saya hulurkan kad pengenalan sambil berkata, "Saman ekor tidak ada notis." Walhal pegawai kaunter pejabat pos sudah maklum. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan dalam komputernya, pegawai itu berkata, "Ada dua saman. Satu sudah dibayar, di Dungun. Yang di Bentong belum bayar." Tentu sahaja melihatkan reaksi saya ketika mendengar kenyataannya pegawai itu mengulang ayat tadi. Maka saya hanya membayar satu saman yang kesalahannya betul-betul saya lakukan. Saya terus dihantui persoalan, "Siapa bayar saman satu lagi?" Saya cuba hubungi isteri tetapi tidak diangkatnya. Saya hantar esemes. Isteri saya menelefon semula dan mengatakan, "Mungkin peminat abang yang bayar." Saya tiada masa hendak gaduh-gaduhkan hal ini kerana urusan saman sudah selesai. Semoga Allah berikan ganjaran kebaikan buatnya. Dan saya tahu, selaku isteri tentulah dia tidak mahu jika suaminya diminati oleh orang lain selain dirinya. Saya anggap kenyataan isteri saya itu sebagai gurauan semata-mata. Saya juga sebenarnya tidak suka isteri saya membuat spekulasi bahawa saya mempunyai peminat misteri. Seram sejuk saya mendengarnya. Bukan masa lagi untuk saya fikir siapa gerangan yang membayar saman satu lagi.
Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, ia tidak lebih melainkan hanyalah merupakan tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya.
Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik UMNO? 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO.
Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.
Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWt melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.
Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?
Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!
TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Menteri Besar Kelantan
Tindakan kerajaan untuk mengadakan kerjasama strategik untuk mewujudkan tapak pengeluaran makanan di luar negara membuktikan dasar pertanian negara yang caca merba dan tidak mempunyai perancangan strategik. Menurut Dato' Seri Najib Tun Razak ia sebagai satu usaha untuk membendung kemungkinan berlakunya krisis makanan yang berpunca daripada kenaikan harga yang melampau dan kekurangan bekalan.
Parti Islam Se-Malaysia PAS konsisten daripada dahulu sampai sekarang meminta kerajaanmenjadikan negara ini jangan mengenepikan sektor pertanian. PAS mengingatkan kepada kerajaanbahawa sektor pertanian bukan sahaja untuk mengurangkan kadar import yang menyebabkanwangnegara mengalir keluar. Lebih daripada itu sektor pertanian mesti dianggap sebagai sektor keselamatan dalam pemakanan. Sekiranya berlaku sesuatu di dalam negara insyaAllah rakyat selamat kerana bekalan makan mencukupi. Tetapi dalam keadaan sekarang siapa boleh memberi jaminan jika berlaku sesuatu.
Cadangan Perdana Menteri untuk menanam makanan di luar negara, seolah-olah negarakita gurun sahara yang hanya boleh tumbuh pokok kaktus sahaja. Sedangkan bumi Malaysia adalah bumi yang subur dan tidak perlu merempat ke negeri lain untuk mengemis tanah. Satu ketika dahulu di Kedah di bawah pimpinan Tan Seri Sanusi Junid menanam padi atas bumbung, seolah-olah negeri Kedah berada di atas planet lain.
Keresahan Dato' Seri Najib akan berlakukrisis makanan di negara ini menunjukkan pemimpin negara celaru dan bertindak tanpa merujuk kepada pakar ekonomi ketika melaksanakan dasar pertanian negara. Rakyat Malaysia tentu masih ingat kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa negara lebih ekonomik mengimport makanan daripada menanam sendiri. Analogi yang beliau buat, seekar tanah pertanian hanya boleh memberi pekerjaan kepada lima orang, tetapi jika mendirikan kilang akan memberi peluang pekerjaan kepada 500 orang.
Menurut Kementerian Pertanian nilai import makanan dalam lima tahun telah meningkat daripada tahun 2005 sebanyak RM 17.7 bilion kepada RM26.7 bilion iaitu peningkatan purata tahunan 10.2%. Berapa banyak wang negara mengalir keluar negara. Alangkah baiknya jika kita mempunyai pemimpin yang mempunyai wawasan yang jauh seperti pemimpin PAS, wang negara pun selamat dan keselamatan negara juga akan selamat.
Seruan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidn Yasin di Seminar Pemimpin Muda Malaysia di Parlimen hari ini, supayagenerasi mudatidak terpedaya dengan kumpulan yang mempunyai kepentingan tersendiri yang membawa ideologi dan perjuangan yang indah bunyinya, sebagai satu kenyataan yang tersilap sasaran.Mungkin beliau membayangkan sedang berucap dengan perwakilan Umno yang terdiri daripada saluran satu yang hanya menelan maklumat melalui media lapok umno sahaja.
PAS ingin mengingatkan kepada Timbalan Presiden Umno, belia Malaysia bukan kayu yang tidak bernyawa, kerana mereka hidup di zaman langit terbuka dan maklumat di hujung jari. Belia tahu mana intan dan mana kaca. Generasi ini tidak senang melihat kepincangan yang berlaku di dalam negara kita. Mereka tidak akan biarkan setengah abad kedua diperintah oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab kepada negara dan generasi masa depan.
Sebagai generasi yang kritis dan mempunyai idealisma perjuangan yang tersendiri amat tidak sesuai untuk menyokong Umno BN di negara ini. Mereka sudah boleh melihat contohhidup yang telah dipamerkan oleh pimpinan negeri Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari segi keterampilan, ketelusan dan ketertiban ketika melaksanakan mandat rakyat di negara ini. Macam mana Tan Sri Muhyidin hendak menyeru supaya belia ini bersama dengan Umno BN, sedangkan mereka mengalami keperitan hidup lantaran sikap gelojoh dan boros pemimpin Umno sehinggga memberi kesan kepada merekauntuk membina kualiti hidup yang lebih baik.
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal isu gangguan perlembagaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sering dibangkitkan dalam negara ini. Tindakan Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba mengubah perlembagaan negara supaya tidak bersikap seperti 'tikus membaiki labu'.
PAS berpandangan bahawa isu ini dibangkitkan ialah untuk menimbulkan ketakutan di kalangan orang Melayu supaya jangan berjinak dengan PAS dan Pakatan Rakyat. Sejak mutakhir isu Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dibagkitkan sebagai usaha untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Umno, kononnya Melayu dan Raja Berperlembagaan hanya selamat di bawah Umno, setelah isu pembangunan sudah lapok, kerana dunia semakin maju.Satu ketika dahulu kononnya ada Perlembagaaan baru dibangkitkan oleh Mufti Perak Tan Seri Harussani sampai sekarang tidak dapat dibuktikan lagi.
PAS mencabar mana-mana pihak yang ada bukti jika ada mana pihak yang hendak menggugat perkara yang telah dipersetujui bersama seperti kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak Istimewa Raja-Raja Melayu silalah bawa ke pengadilan.
Isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu dibangkitkan dengan hebat ketika pilihanraya kecil Bukit Gantang, kononnya Dato Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak.. Mereka eksploit perkatan yang diucapkan oleh Dato Seri Haji Nizar "Patik Mohon Sembah Derhaka", pada hal ini adalah istilah yang diajar oleh protokol istana ketika berbahasa dengan Raja apabila kita tidak sependapat dalam satu pandangan.
Hakikatnya yang berlaku seperti yang tercatat dalam sejarah politik negara kita, yang biadab dengan Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno malahan cuba hendak ambil alih kuasa istihar darurat daripada Yang Dipertuan Agong. Rakyat Malaysia tidak boleh lupa ketika mereka membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan. Begitu juga penyokong Umno pula mengatakan Sultan Terengganu binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang berdemonstrasi dan menghina sultan Terengganu kerana tidak melantik Dato Seri Idris Jusuh sebagai Menteri Besar Terengganu. Banyak lagi kita boleh bongkarkan siapa yang sebenarnya menghina Raja Raja Melayu.
Merancang untuk hub hiburan (kelab malam) sampai ke pagi.
Kononnya untuk beri peluang pekerjaan pada rakyat Malaysia seramai 5,614 orang.
Jangkaan kerajaan dapat wang RM1.8 bilion pada 2020.
Kabinet tolak garis panduan hiburan yang disediakan oleh JAKIM.
KESAN PROJEK INI
Meningkat pula anak haram
Bilangan anak haram tahun 2000-2008 (257,000 orang dalam masa 8 tahun) BH 21/7/2010
Supaya rakyat leka tanggungjawab kepada negara.
Supaya rakyat tidak peduli penyelewengan dan pembaziran. Seperti telaga minyak blok L dan M pada Brunei bernilai RM320 bilion (boleh belanja 700 tahun kalau negeri Kedah belanja RM400 juta setahun)
Supaya rakyat tidak peduli saham bumiputera RM52 bilion yang lesap
Supaya rakyat tidak peduli hutang negara RM320.4 bilion (setiap rakyat hutang RM14,000)
Supaya rakyat tidak sedar UMNO gagal meningkat ekonomi orang melayu walaupun 53 tahun merdeka.
Supaya rakyat tidak sedar tanah rezab melayu hilang hampir separuh selepas merdeka - tahun 1957 ada 3 juta hektar, tahun 1995 ada 1.7 juta hektar.
Supaya rakyat tidak marah tanah Keretapi Tanah Melayu terlepas pada Singapura 217 hektar(cuba banyangkan kalau yang bagi itu kerajaan PAS, sudah tentu media UMNO akan putar kata PAS khianat kepada negara)
Supaya rakyat tidak marah gejala buang anak. Setakat 17/8/2010 (65 orang) 2009 (79 orang).
Maahad Tahfiz Al-Fityan ( FITYAN ), kg setar, yan, kedah merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ( DPPNK ) melalui jabatan pendidikan DPPNK.
Sempena tahun pertama pembukaan FITYAN,pihak pentadbiran FITYAN sangat mengharapkan bantuan dan kerjasama daripada semua pihak yang sayang dan cintakan Al-Quran untuk bersama-sama menjayakan Maahad tahfiz Al-Fityan ini.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang yang telah member sumbangan sehingga tertubuhnya FITYAN pada bulan Oktober 2010.
Semoga dengan segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak, FITYAN akan terus bekembang maju dan memainkan peranannya dalam melahirkan para Huffaz yang mendokong perjuangan Islam dan berkhidmat demi masyarakat.
Keistimewaan al-fityan :
Terletak DI KAKI GUNUNG JERAI DAN 20 minit daripada Pekan Guar Chempedak
Suasana pembelajaran yang tenang dan mendamaikan berhampiran Sungai & dikelilingi Dusun Buah-buahan.
Yuran Pengajian dan penginapan yang berpatutan,
Sistem Hafazan yang efektif dan Sistematik 10 juzuk setahun)
Berjaya menjadi Al Hafiz dalam tempoh 3 tahun.
Mempunyai kerjasama persefahaman dengan MAAHAD QIRAAT AMAL AIMY DZALIFAH untuk melanjutkan pengajian ke peringkat DIPLOMA dan seterusnya ke peringkat Sarjana Muda di AL AZHAR, Mesir.
SYARAT :
Pelajar lelaki berusia antara 13 – 20 tahun.
Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
Minat yang mendalam untuk menghafaz Al-Quran
Lulus Ujian Kemasukan.
MANHAJ
Sistem pengajian yang dijalankan bukan sahaja menekankan kepada Hafazan Al Quran semata-mata tetapi turut menerapkan beberapa cabang ilmu yang bersangkutan bagi melahirkan seorang Huffaz yang dapat mendokong perjuangan Islam dan berkhidmat demi masyarakat.
1. Teras Al Quran dan Ilmu Berkaitan
Tasmiq Al Quran Ulum Al Quran
Tajwid Tarikh Mashaf
Qiraat Ilmi Rasmul Quran
Qiraat Amali Dhobtul Quran
Tarikh Al Qurra' Al Fawasil
2. Fardhu Ain
Tauhid Hadis
Feqah Tasawuf
Tafsir
3. Bahasa Arab
4. Harakah Islamiyah
SUMBANGAN IKHLAS ANDA BOLEHLAH DISALURKAN MELALUI:
TABUNG PENDIDIKAN ISLAM
BIMB (02011010058929)
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
tengah hari tadi.. Haji Ismail kemalangan di Batu Gajah brhadapan TF Value. Haji menaiki proton Exora kemalangan dengan penunggang motor RXZ. Penunggang tersebut menunggang agak laju.
Syukur die Haji tiada kecederaan teruk.. hanya luka sahaja tetapi penunggang motosikal tersebut agak teruk. doakan penunggang tersebut selamat..
Seorang guru muslimah diberhentikan dari pekerjaannya di Perancis kerana menolak untuk melepaskan jilbab ia menolak berjabat tangan dengan semua laki-lakinya yang bukan mahram kerana keyakinan agamanya.
Hebatnya seorang muslimah yang tinggal dalam kelompok negara dan masyarakat yang bukan Islam mampu mempertahankan prinsip dan akidahnya dari dinoda oleh musuh Islam.
Lain pula di Malaysia sebuah negara yang dikatakan aman, berperlembagaan dan berpaksikan Islam, muftinya ramai dan gah dipersada, beranika pusat – pusat dan balai – balai Islam….tapi nak menutup aurat pun tak mampu apatah lagi nak mengamalkan Islam.
Kebetulan pagi tadi sebelum keluar rumah ke tempat kerja ternonton siaran dalam tv ` bicara mufti ` bagus sekali giliran Timbalan Mufti Perak….pointnya ` masyarakat melayu ini memang kurang faham bab hukum menutup aurat…..pergi kerja nutup aurat, pergi sekolah juga nutup aurat….tapi diwaktu yang sama boleh bukak aurat dalam majlis – majlis yang lain……maknanya semacam perempuan pakai ` skirt terbelah ` bila berjalan kainnya tutup bukak tutup bukak….ayat ini teman tambah bukan penceramah itu sebut….ayat teman biasalah.
Mungkin semacam fatwa Dr. Mahathir semasa pegang tampuk kuasa pernah menyebut apa perlu menutup aurat jika hati tidak bersih dari kotoran yang bermaksud katanya biar ` terlompong ` asalkan hati bersih dan suci menjadi ikutan mereka.
Masa sekolah menengah dulunya teman selalu mengusik kekawan perempuan ` classmate ` yang rambut mereka bahkata orang Perak ` terbore`ngeh `….kata teman lagi kita ni kalau pergi ke kantin mesti punya cari makanan yang tertutup dengan saji….baru bersih dari lalat dan lipas….terdiam mereka tanda faham tapi degil atau bahasa orang Kuale ` biyut `.
Di Malaysia demi untuk menjadi pelakon dan mengambil hati anak untuk masuk peraduan menyanyi sanggup membuka Jilbab…..malah di Malaysia ini juga lain sikit nak berpeluk macam isteri PM tu berpeluk lak tak mengapa asalkan tanpa niat dibolehkan kata Pak Mufti asalkan jangan datang berahi sahaja yang tak boleh semacam filem ` Bujang lapok ` ketika tuan rumah lakunan Normadiah mengejutkan P.Ramlee dari tidor terbayang diwajah tuan rumah dah naik mata ` stim ` apabila tangannya diraba oleh P.Ramlee sehingga mengiurkannya perasaannya….itupun kalau ditanya kepada mufti tadi mungkin tidak salah kerana Normadiah hanya berniat untuk mengerakkan P.Ramlee dari tidor....jika berlakunya adengan ranjang tidak mengapa kerana itu semua tanpa niat dan itu hanya kebetulan sahaja.
Dalam sidang DUN Perak hari ke 2 semalam Ketua Pembangkang, DS Nizar Jamaluddin menggesa isteri PM supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian umNO sebagai sebagai sebuah parti Islam.
Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh semalam, DS Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara. Bagaimanapun, katanya, dakwaan umNO untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.
Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, DS Zambry supaya meyakinkan Rosmah untuk berbuat demikian. DS Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.
Kini teman perhatikan sejak dua menjak ini ramai di kalangan pemimpin bukan Islam berminat untuk merujuk al-Quran dan menggunakan terjemahan al-Quran dalam ucapan mereka….namun begitu, katanya pemimpin Umno begitu takut apabila pemimpin bukan Islam mula berjinak-jinak dengan al-Quran….. bermacam alasan diberikan, takut salah tafsir, menghina al-Quran, mencemarkan kesucian al-Quran dan sebagainya termasuk yang bernama mufti dan seangkatan dengannya….sepatutnya jika orang bukan Islam melakukan kesalahan, mereka bukannya dihalang dan dikecam dari merujuk kepada al-Quran tetapi kesalahan itu diperbetulkan.
Teman naik hairan jugak pemimpin umNO bukannya menggalakkan mereka mendekati al-Quran malah terus melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada pemimpin yang membaca terjemahan al-Quran.
Perangai buruk pemimpin umNO inilah sebenarnya yang menyebabkan orang bukan Islam terus menjauhi Islam dan memusuhi Islam kerana mereka dihalang dari mendekati Islam…. contoh MCA dan MIC walaupun sudah berkawan dengan umNO lebih dari 50 tahun tetapi sehingga kini mereka tidak berminat kepada Islam kerana puncanya umNO sendiri pun meminggirkan Islam….mungkin gamaknya umNO terasa tercabar kerana orang bukan Islam merujuk al-Quran tetapi umNO meminggirkan al-Quran atau umNO takut orang bukan Islam faham Islam dan seterusnya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Pemimpin umNO diibaratkan seperti sepasang suami isteri yang bernikah 2o tahun tapi sepanjang hidup bersama satu habuk ayat pun tak pernah mengajar isterinya cara mandi junub yang betul apatah lagi mengajak isteri masing – masing ke pengajian ilmu agama….dah lah jahil masjid dan surau pun tak mau nak pi….yang dia tahu janji malam jika datang ` mood ` nya mesti dapat punya….kalau tak dapat pandai pulak kata si isteri derhaka kat suami….dan bersyarah ` ketika suami beringinan untuk bersetubuh maka tingallkan urusan lain `…..itulah perangai umNO sepanjang berkawan dengan MCA dan MIC…..yang diajarnya projek projek projek.
Sebagai seorang Islam termasuk mufti dan tokoh – tokoh agama sepatutnya gembira dan bersyukur apabila orang bukan Islam mula berjinak-jinak dengan Islam dan menjadikan al-Quran sebagai salah satu rujukan mereka.
Ulama – ulama sepatutnya layak menjadi ` pewaris nabi ` bukannya waris ` warahsatul dunia wal fulus ` mereka mesti memberi penerangan kepada seluruh rakyat tentang pengunaan ayat-ayat al-Quran oleh orang bukan Islam supaya semua orang Islam tahu bahawa bukanlah menjadi kesalahan untuk orang bukan Islam membaca dan merujuk terjemahan al-Quran dalam ucapan dan kehidupan seharian mereka. Sampai bila kamu yang bergelar faham agama ini nak ` tongkat dunia `….kalau isteri PM pun tak berani nak tegur…..macam mana ni…..buat malu dengan guru perempuan Perancis yang sanggup diberhentikan kerja kerana prinsip yang teguh tadi.
Kita mengharapkan selepas ini semua pemimpin dan penganut Islam terus memberikan sokongan padu kepada orang bukan Islam merujuk kepada Al-Quran dalam apa juga permasalahan manusia…..bagi teman, adalah bukan suatu perkara yang pelik jika umNO tidak suka pemimpin bukan Islam menggunakan ayat al-Quran kerana umNO sendiri selalu meminggirkan al-Quran dalam tindakan seharian mereka.
Dalam isu menghalalkan judi dan riba, judi bola, mendedahkan aurat, meminggirkan hukum hakam Islam dan sebagainya jelas umNO membelakangkan al-Quran.
Kalian semua jangan ingat bahawa agama Islam ini milik orang melayu semata - mata tapi agama ini untuk semua orang mendekatinya.
Surah Taubah memberi beberapa gambaran mengenai sikap manusia terhadap perjuangan menegakkan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam. Secara umumnya, mereka terdiri daripada tiga golongan;
1) Golongan mukmin sejati yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi Allah Taala dan Rasulullah Sollallahu'alaihiwasallam.
2) Golongan munafiq yang menzahirkan keimanan dalam masa yang sama merancang untuk memadamkan cahaya Islam.
3) Golongan yang menzahirkan kekufuran kepada Baginda Sollallahu'alaihiwasallam serta bertungkus-lumus memerangi Islam.
Dalam surah yang mulia ini, terdapat beberapa ayat yang berturutan yang memberi satu gambaran mengenai prinsip yang perlu dipegang dalam menghadapi keadaan semasa kini. Dalam masa yang sama, kandungannya berkisar tentang keperitan serta derita yang mesti dihadapi untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Hakikatnya, keadaan ini bermula sejak bendera Islam mula dikibarkan oleh Rasulullah Sollahu'alaihiwasallam lagi.
Allah Taala menyeru hambaNya supaya menjadi pendokong kepada Islam. Namun, seruan ini bukan berpunca dari kehinaan dan kelemahan agama yang agung ini. Allah Taala Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu mampu untuk memastikan kemenangan agamaNya dan memuliakan Nabi Sollallahu'alaihiwasallam tanpa perantaraan makhluk. Akan tetapi, Allah Taala ingin menjadikan kemenangan Islam melalui usaha hambaNya sebagai satu kemuliaan kepada mereka dan bukan kemuliaanuntuk diriNya.
Apabila kita memerhatikan ayat-ayat dalam surah at-Taubah, terdapat satu intipati yang mengandungi satu sifat yang sangat mendalam mengenai masalah yang menimpa umat Islam hari ini. Cuba kita perhatikan bersama cara Allah Taala menyifatkan masalah tersebut dan mendatangkan kaedah mengubatinya.
Keterangan pertama dari permulaan surah at-Taubah, Allah Taala berfirman;
" Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang…."]
( at-Taubah: 25)
Pemahaman dari ayat; kemenangan yang telah diperoleh itu adalah satu kurniaan dari Allah Taala kepada hambaNya sebagai sumber kekuatan yang datang dari Allah Taala kepada mereka. Di samping peringatan kepada makhluk bahawa Allah Taala akan menolong sesiapa yang dikehendakiNya. Namun begitu, ingatlah kepada beberapa medan peperangan ketika kamu berada dalam jumlah yang ramai tetapi jumlah yang ramai hanyalah umpama buih di lautan itu tidak mampu membantu kamu.
" Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri."
( at-Taubah: 25)
Tidakkah ini merupakan keadaan orang Islam hari ini? Lihatlah satu sifat yang jelas telah disifatkan oleh Allah dalam ayat ini; terpedaya dengan bilangan penyokong yang ramai bersama Islam. Sehinggakan seolah-olah bumi menjadi sempit ke arah kita. Tidak mampu untuk merancang dan menyusun strategi menyebabkan sebahagian mereka mengambil keputusan untuk tidak mahu bersama dalam satu saf perjuangan, tidak mempunyai prinsip yang jelas serta tidak mampu bersatu untuk mendepani sesuatu isu.
Apakah jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi?
Apabila urusan menjadi semakin sempit, kezaliman semakin menekan kebenaran, akan turunlah pertolongan Allah Taala. Maka, datanglah jalan keluar dari Allah Taala kepada hambaNya yang ikhlas berjuang dan sentiasa bergantung harap kepadaNya. Allah Taala menggambarkan kelembutan dan kasih sayang kepada hambaNya melalui firmanNya;
" Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir."
(At-Taubah: 26)
Allah Taala tidak menghendaki untuk menutup pintu dalam berurusan dengan golongan yang menentang Islam. Bahkan, Allah Taala menginginkan supaya ditolong agamaNya, dan kitabNya dalam keadaan tersebut. Janji Allah bahawa DIA sentiasa membuka pintu untuk sesiapa sahaja yang ingin kembali kepada Islam dan bersedia menerima taubat dari mereka.
Maka Allah Taala berfirman:
" Kemudian Allah menerima taubat orang-orang yang dikehendaki (dengan memberi taufiq untuk memeluk Islam), sesudah (orang-orang kafir itu ditimpakan Dengan azab); dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
( at-Taubah: 27)
Apakah faedah dan pengajaran yang mampu diperolehi oleh kita selaku Muslim daripada ayat yang Allah Taala datangkan ini selepas Allah Taala mendatangkan ayat-ayat yang sebelumnya?
Ianya memberi satu faedah kepada kita semua bahawa di sana ada satu tanggungjawab untuk meluaskan hidayah Allah Taala dan menyampaikan cahaya inayahNya ke seluruh alam sehinggakan kepada orang yang tersangat kuat kekufurannya kepada Allah Taala. Sedangkan kamu dalam keadaan marah, susah dan ditekan. Namun, jangan sesekali lupa kemungkinan Allah Taala mengurniakan kepada musuh kamu dengan hidayah. Jangan terlalu berkerasmenyebabkan kamu mula leka dengan kemungkinan hati mereka akan terbuka untuk menerima Islam.
Sifat dari Allah Taala yang sangat menarik dalam berhadapan masalah umat Islam hari ini. Berilah ketenangan dan khabar gembira kepada mereka meyakini janji Allah Taala bahawa Allah Taala sentiasa bersama mereka. Pertolongan itu semakin hampir. Kejayaan pasti diperolehi.
Akan tetapi, Allah Taala tetap mengingatkan kita bahawa kita mempunyai tanggungjawab besar untuk menyampaikan hidayah Allah kepada barisan musuh walaupun mereka memusuhi kita, melakuan maksiat dan menentang perjuangan Islam. Kerana Allah Taala telah mengamanahkan kepada seluruh umat Islam dengan satu risalah untuk disampaikan ke seluruh alam.
Penantian kita untuk menyaksikan rangkaian restoran makanan segera yang dimiliki oleh orang Islam tertunai akhirnya. Radix Fried Chicken (RFC) yang dikendalikan oleh salah satu anak syarikat HPA Sdn. Bhd. akan beroperasi sepenuhnya mulai 2 Disember 2010.
RFC yang kedua di Pantai Timur (selepas Kubang Kerian) bertempat di Wisma CH Kee bersebelahan dengan cawangan HPA Kuala Terengganu. Menu-menu RFC amat menarik dengan penggunaan ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA Farm. Minuman juga menggunakan produk HPA seperti Cola Radix, Jus Roselle, Jus Guava, Kopi dan Koko Radix serta banyak lagi menu yang memberi kita banyak pilihan.
"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.
Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.
"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.
"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.(malaysiakini)
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menggesa isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor supaya berpakaian secara Islam untuk mencerminkan pendirian Umno sebagai sebagai sebuah parti Islam.
Beliau membuat gesaan itu dalam ucapannya di sidang bajet 2011 DUN di Ipoh hari ini.
Nizar berkata beliau mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Najib sebagai perdana menteri dan isterinya Rosmah sebagai wanita pertama negara.
Bagaimanapun, katanya, dakwaan Umno untuk menegakkan prinsip Islam menjadi kosong sekiranya Rosmah tidak berpakaian yang sesuai dengan ajaran agama.
Beliau menggesa mufti Perak dan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir supaya meyakinkan Rosmah (kiri) untuk berbuat demikian.
Nizar nampaknya mencadangkan Rosmah hendaklah memakai tudung bagi mencerminkan pandangan Islam.
Menurutnya, ramai ahli Umno di negeri itu kemudiannya datang menemuinya dan menyokong nasihatnya kepada Rosmah.
Dalam ucapannya selama satu jam itu, Nizar yang menyentuh beberapa isu agama dan ekonomi, mencetuskan perang mulut dan memaksa wakil rakyat BN bangun mempertahankan Umno.
Beberapa isu sensitif menyentuh tentang bangsa dan agama serta perpaduan Pakatan, dibangkitkan.(malaysiakini)
Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.
A. Hasrat
Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:
1) Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;
2) Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;
3) Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;
4) Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan
5) Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.
B. Janji
Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:
1) Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;
2) Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);
3) Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;
4) Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan
5) Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.
C. Komited
Kami selanjutnya komited untuk "meneruskan cita-cita rakyat" berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:
1) Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;
2) Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;
3) Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;
4) Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;
5) Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;
6) Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;
7) Menjamin 'security' makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.
8) Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam "dana kelab" (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;
9) Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;
10) Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.
Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri; dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.
Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segivisi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untukmewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.
Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.
Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.
Majlis ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan PAS DUN Bukit Payong pada 20/11/2010 di PASTI Kedai Buluh.
Muqaddimah majlis ini diserikan dengan memberi cenderahati berupa kain pelikat kepada setiap peserta yang berkhatam. Cenderahati ini disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong).
Majlis berkhatam ini dimulakan dengan perarakan motorsikal antik sebanyak 40 buah; dimana peserta berkhatam akan menaiki motorsikal ini dan diarak bermula dari PASTI Kg. Tok Dir ke PASTI Kg. Kedai Buluh. Dalam perarakan ini, kumpulan rebana silat yang menaiki kenderaan telah mengalunkan dan membunyikan gendang silat bagi menaikkan semangat kanak-kanak tersebut.
Seramai 150 kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun menyertai majlis ini, mereka telah diarak sejauh 3 km dengan meriahnya.
Inilah kal pertama perarakan yang meriah ini diadakan' walaupun majlis khatam beramai-ramai ini sentiasa diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh DUN Bukit Payong.
Daripada: Mohd Nasir Bin Ismail ( Ketua Penerangan PAS DUN Bukit Payong )