Khamis, 2 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 02 Dec 2010 01:38 AM PST

DunSemarang


Kebakaran Tragis di Kg Sri Paya Darat.

Posted: 01 Dec 2010 09:22 PM PST


BATU PAHAT: Seorang ibu tunggal dan anaknya berusia tiga tahun, rentung dalam keadaan berpelukan dalam kebakaran di Kampung Seri Paya Darat, Ayer Hitam, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lenny Mariyana Daud, 29, serta anak tunggalnya, Nur Sabihah Qasreena Mohd Nizam, dipercayai hanya sempat menjerit meminta bantuan ketika cuba menyelamatkan diri, sebelum maut dalam kebakaran berkenaan.

Lebih menyayat hati, anggota keluarga termasuk ibunya, Saringatin Jalal, 65 serta adik-beradiknya yang lain hanya mampu menangis melihat tragedi itu tanpa mampu berbuat apa-apa, berikutan api terlalu marak. Mayat Lenny Mariyana ditemui dalam keadaan membongkok seperti bersujud sambil memeluk erat anaknya untuk memberi perlindungan daripada api, di sudut tepi katil kira-kira jam 3 pagi, selepas anggota bomba berjaya memadam kebakaran. Menurut cerita kakak mangsa, Arwah baru pulang dari menghantar ibu berurut "Arwah terus membasuh baju dan bersolat sebelum tidur di biliknya kira-kira jam 1 pagi dan saya pula melakukan kerja di dapur sehingga kira-kira jam 1.30 pagi, sebelum berehat di ruang tamu. "Ketika berehat, saya terdengar bunyi hentakan lantai dari bilik arwah tetapi tidak mengendahkannya kerana mungkin arwah atau anaknya mengigau, tetapi bunyi lantai itu semakin kuat diikuti jeritan Lenny Mariyana meminta tolong serta tangisan anaknya, membuatkan saya tersentak dan terkejut. "Saya dan ibu bergegas ke biliknya dan membuka pintu, tetapi api marak menyebabkan kami tidak mampu mengeluarkan mereka dari situ," katanya. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor, Dr Robia Kosai, yang turut melawat keluarga mangsa bagi menghulurkan bantuan kecemasan iaitu wang, pakaian serta makanan. Jenazah dua beranak itu dikafankan bersama dan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Seri Paya dekat sini, selepas solat Zuhur, semalam. (Sumber Berita Harian Oleh Mohamed Farid Noh)Foto ihsan dari Pejabat UMNO UBAH ByM69

Kunjungan Kasih Pejabat UMNO Ayer HItam

Posted: 01 Dec 2010 07:26 PM PST

Pak Cik Mohd Ali dihadapan rumahnya yang telah usang.

Kami telah menerima aduan dari penduduk setempat(26.11.2010) berkaitan masalah tempat tinggal keluarga warga emas. Butiran yang kami telah terima dan kami dari Pejabat UMNO Ayer Hitam telah berkunjung ketempat tersebut.

Penama : 1- Mohd Ali Bin Bachik
2- Petom Binti Jaffar
lokasi : Bt. 19½ Jln Batu Pahat, Ayer Hitam
Masalah : Rumah & penghuninya uzur

Tindakan Awal : Melawat tempat aduan pada 29.11.2010.
Tindakan susulan : Tindakan yang lebih konkrit pada masa akan datang.

Sdr. Fauzani bin Salubin bagi pihak UMNO Ayer Hitam dan Pemuda UMNO menyampaikan sedikit sumbangan kepada Pak Cik Mohd Ali yang uzur bersam isterinya Puan Petom.
(Berita dari Pejabat UMNO Ayer Hitam)ByM69

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 02 Dec 2010 01:07 AM PST

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Penyelewengan kerajaan Selangor - MB perlu telus dengan rakyat

Posted: 01 Dec 2010 05:15 AM PST

01/12/2010 6:10pm

SHAH ALAM 1 Dis. - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan kerajaan PKR Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata, kira-kira 2,000 orang akan menyertai perarakan menghantar memorandum kepada Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan yang dijadualkan, Jumaat ini.

"Memorandum yang sama juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini selepas siri perhimpunan aman yang dijadualkan berlangsung di ibu negara iaitu di sekitar Masjid Jamek," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

GAPS merupakan gabungan 50 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Belia Selangor, Perkasa Selangor dan persatuan-persatuan dari kaum Cina dan India di negeri itu yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Hamizun berkata, memorandum itu menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kerajaan Selangor termasuk isu pembaziran wang rakyat membeli hutang syarikat korporat Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata, memorandum berkenaan juga akan disertakan dengan dokumen dan bukti bertujuan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Selangor supaya nasib rakyat di negeri ini tidak terus ditindas dan dirampas oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. - Bernama

Fikir-fikirkanlah berapa banyak wang rakyat telah diseleweng oleh PKR.

PEMUDA AYER HITAM

Posted: 01 Dec 2010 07:31 PM PST

PEMUDA AYER HITAM


Nik Aziz tiada masalah Kit Siang jadi TPM

Posted: 01 Dec 2010 03:07 PM PST

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.

"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa.

"Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Anwar dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily Jumaat lalu untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Jelas Nik Abdul Aziz, sebagai sebuah negara demokrasi, soal bangsa seorang pemimpin bukanlah perkara utama yang harus diambil kira, sebaliknya perlu memandang kepada dasar parti yang didukung.

Beliau mendakwa, berbanding dengan UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang mempunyai kelebihan sekiranya memerintah kerana Pas mampu berfungsi untuk menegur perkara yang bercanggah dengan Islam.

"Pakatan pembangkang ada Pas yang menegakkan Islam, apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam, Pas akan beri pandangan, dalam UMNO suara Islam tidak boleh campur tangan, maknanya tiada suara Islam, ini kelemahan UMNO.

"Pas boleh tegur dan selama ini DAP tidak pernah canggah teguran Pas, kerana Pas ini bukan kepunyaan Pas, tapi kepunyaan Allah,'' katanya.

Ditanya mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar, Nik Abdul Aziz berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 01 Dec 2010 03:34 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KETUANAN MELAYU UNTUK KABURKAN KETUANAN ANWAR

Posted: 30 Nov 2010 07:45 PM PST

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

dr shamsul amri"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.

Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.

Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.

pkr congress 281110 wan azizahKatanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.

Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.

Kesan buruk

"Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya.

Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum.

ethnic relations khoo kay kim interview 130706 shamblesSementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,.

Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya.

- Bernama




--
شهرضان بن شاهرن
Shahridhan bin Shaharan,
Pegawai Media,
Kompleks JAPERUN Sungai Rambai,
77400, Sungai Rambai,
Melaka Bersejarah Bandaraya Warisan Dunia.

SIRI PENDIDIKAN PERLEMBAGAAN : TITAH MAJLIS RAJA-RAJA

Posted: 30 Nov 2010 07:37 PM PST

 

 

 

Berpegang Kepada Kontrak Sosial, Fahami Perlembagaan – Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.

"Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.

"Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.

Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu memandang serius kewujudan jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara.
Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara.

Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu.

"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu.
"Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara,"
Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara.

"Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu.

Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.

"Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.

"Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala," menurut kenyataan itu.

KETUANAN RAKYAT, KETUANAN MELAYU DAN KETUANAN RAJA

Posted: 30 Nov 2010 07:12 PM PST

Ketuanan Rakyat Atau Ketuanan Anwar?

Dalam nak menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti berbilang bangsa, Presiden PKR, Wan Azizah dalam ucapan perasmian Kongress Nasional PKR ke 7 semalam menggesa agar ketuanan Melayu dihapuskan dan digantikan dengan ketuanan rakyat.
Ketuanan rakyat ini bukanlah satu isu baru, ia isu lama dan telah digunakan Anwar sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan lagi.  Malah Anwar dalam ucapan penutupnya juga bercakap tentang menghapuskan Ketuanan Melayu yang mana dia dahulu antara pendukung yang paling tegar.
Orang yang lama dalam UMNO ketika itu pun tak setegar Anwar dalam mempertahankan Ketuanan Melayu demi menjaga perasaan kaum lain.
Ketuanan Melayu yang kita semua faham ialah merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan  insitusi beraja yang mana tiada bangsa lain boleh menjadi raja atau sultan melainkan yang terdiri daripada berdarah raja berketurunan Melayu.
Bila Wan Azizah minta dihapuskan Ketuanan Melayu ini adakah ia bermaksud menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan institusi beraja?  Ini sesuatu yang perlu pihak-pihak berkuasa tengok dan kaji jika ada unsur-unsur hasutan.
Balik pada isu ketuanan rakyat tadi.  Jika Pas berselindung di sebalik retorik mengenai Islam (hudud, negara Islam), Wan Azizah pula menggunakan pendekatan yang sama, tinggal lagi berselindung di sebalik rakyat.
Pendek kata, kalau sesiapa cuba menyanggah gaya kepimpinan dalam PKR maka si polan itu akan dituduh sebagai cuba menafikan hak rakyat.
Sebenarnya apa yang 'ketuanan rakyat' sangat dalam PKR kalau semua benda pun ditentukan Anwar, malah Azizah sebagai Presiden PKR pun tidak berperanan sebagai mana presiden parti politik yang lain.  Kedudukkan Anwar bukannya ditentukan oleh ahli sebaliknya oleh dirinya sendiri, jadi apa yang hebat pasal ketuanan rakyat yang cuba diperjuangkan Azizah?
Tambah mengejutkan lagi, jawatan Anwar tidak disebut dalam perlembagaan PKR!!!  Ini bukan kita cakap tapi oleh ketua wanitanya sendiri, Zuraida 'komodo' Kamarudin yang menggesa supaya jawatan Ketua Umum itu dirasmikan dalam perlembagaan.
Cuma hari ini sahaja Zuraida mengendurkan gesaannya itu dan menyalahkan media kerana 'menyibuk'.  Yang dia boleh masuk sampai celah apa kain orang, bila media sebut tentang gesaannya, dia kata menyibuk pula.
Itu baru bercakap tentang jawatan Anwar, lihat pula barisan kepimpinan PKR.  Organisasi dalam PKR penuh dengan orang-orang yang diketahui mempunyai hubungan kekeluargaan dan teman rapat kepada Ketua Umum.
Keputusan pemilihan PKR 2010 (yang ditentukan kurang 10% daripada 400,000 ahli PKR) menyaksikan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.
Tien Chua seorang lagi Naib Presiden PKR juga diketahui mempunyai hubungan panjang dengan Anwar, begitu juga dengan Fuziah Salleh.  Jadi di mana 'rakyat' nak diletakkan?
Jadi kita beranggapan ketuanan rakyat yang disebutkan Azizah dan Anwar hanyalah satu retorik semata-mata, cakap sebelum nak dapat lah katakan, bila dah dapat habuk pun tiada.
Dalam PKR, Anwarlah yang menjadi tuan.  Buktinya, Anwar seperti diktator dalam partinya, menentukkan siapa yang patut dan tidak memegang jawatan-jawatan penting parti.  Dengan sedemikian rupa amalannya, tiada ketuanan rakyat, yang ada hanya ketuanan Anwar.
Penulis menyeru agar rakyat tidak terpedaya dengan dakyah Anwar.  Anwar seperti "chameleon" yang boleh berubah warna mengikut keadaan dan kesesuaian.

Ketuanan Melayu Berkait Rapat Kesultanan Melayu!!!

Kesultanan Melayu adalah institusi Ketuanan Melayu didalam negara Malaysia ini.
Bilamana Presiden PKR berkata bahawa konsep "Ketuanan Melayu" wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri maka implikasi kenyataannya itu turut membawa akibat kepada kedudukan istimewa Kesultanan Melayu itu sendiri!
Kesultanan Melayu didalam negeri negeri di Semenanjung Tanah Melayu ini turut menjadi pelindung kepada kedudukan Agama Islam didalam Perlembagaan Malaysia.
Seandainya kedudukan istimewa Kesultanan Melayu yang menjadi lambang Ketuanan melayu ini diganggu gugat maka nasib umat Islam didalam Malaysia ini akan turut terancam kerana tidak akan ada lagi pihak yang mahu mempertahankan kepentingan umat ini.
Makanya orang orang Melayu yang beragama Islam mesti menentang cita cita PKR ingin menghapuskan hak hak Melayu dan kedudukan umat Islam didalam negara ini!
Saya kira kenyataan Presiden PKR Wan Azizah ini adalah terang terangan satu jenayah berat dan ia boleh disabitkan dengan kesalahan dibawah :
Akta Hasutan 1948. Akta 15 Bab 3.1 Kurungan (f) :
bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Sam ada anda sedar atau pun tidak, sebarang kenyataan seperti yang dibuat oleh Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang mencabar kedudukan istimewa orang orang Melayu dengan mempersoalkan 'Ketuanan Melayu' adalah secara tidak langsung sebenarnya mempersoalkan kedudukan Sultan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan asas pemerintahan Raja Berparlimen didalam negara ini!
Kedudukan istimewa Kesultanan Melayu didalam Perlembagaan Malaysia menjamin akan kedudukan istimewa orang orang Melayu dan sebarang percubaan untuk menidakkan 'Ketuanan Melayu' ini adalah bererti sipenderhaka ini cuba menggulingkan kedudukan Kesultanan Melayu diwaktu yang sama.
Kesultanan Melayu itu adalah menjadi teras kerajaan berparlimen di Malaysia. Tidak ada perpisahan diantara Kesultanan Melayu, Kedudukan Agama Islam dan Ketuanan Melayu didalam Kerajaan Malaysia ini.
Wan Azizah boleh dikira sebagai pengkhianat kepada kepentingan orang orang Melayu yang menganut Agama Islam kerana sudah berani meminta agar kedudukan orang orang Melayu yang mengepalai Kesultanan Melayu dihapuskan!
Mengapakah Kementerian Dalam Negeri masih berdiam diri menyaksikan semua jenayah hasutan ini terbiar tanpa tindakan yang pantas dan tegas?
Tunjukkan lah bahawa KDN masih ujud dan bersiapsiaga mempertahankan kedudukan istimewa Kesultanan Melayu, Ketuanan Melayu dan Islam didalam negara ini dan bertindak lah terhadap sesiapa sahaja yang berani mengeluarkan kenyataan sebegini mahu menghapuskan hak hak umat Melayu Islam seMalaysia!
Saya percaya rata rata umat Islam Melayu seMalaysia tak mahu dengar sebarang 'amaran' lagi.
Ini sah sah satu kesalahan jenayah hasutan yang buktinya sudah saya sertakan didalam bentuk video di atas!
Apa KDN mahu menutup mata, memekakkan telinga dan diam membisu lagi?

PKR Dibidas Hipokrit Mahu Hapuskan Ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Saranan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghapuskan konsep ketuanan Melayu sebenarnya merupakan satu tindakan hipokrit semata-mata, kata bekas pemimpin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.
Zahrain, bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang berkata cadangan PKR itu sesuatu yang pelik kerana Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno dan Timbalan Perdana Menteri yang beria-ia memperjuangkan ketuanan Melayu.
"Sekarang dia menolak ketuanan Melayu dan membabitkan institusi Raja-Raja Melayu," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru berkata ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau yang banyak memberi keistimewaan kepada kumpulan yang menjadi "kroninya" seperti pemberian saham.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail semasa Kongres Nasional parti itu Sabtu lepas, yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak Malaysia membesar dengan visi "bangsa bermaruah" atau "Melayu Bermaruah"
Kenyataan PKR itu turut menyebabkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam melahirkan rasa dukacita kerana terdapat segelintir orang Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan bangsa Melayu serta sanggup menggadaikan  perkataan Melayu itu sendiri untuk dilenyapkan dari dunia ini.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata Anwar sebenarnya telah mendapat banyak keistimewaan daripada konsep Ketuanan Melayu sehingga memberi banyak keuntungan seperti pembelian saham untuk disalurkan kepada kroni-kroninya.
"Kenapa nak mempertikaikan isu ketuanan Melayu sekarang? Selepas dia (Anwar), keluarga dan kawan-kawannya meraih banyak keuntungan daripada konsep ketuanan Melayu tersebut.
"Apa yang diperkatakan oleh pemimpin PKR sekarang untuk menghapuskan ketuanan Melayu ialah menggunakan pendekatan politik 'cakap tak serupa bikin," katanya.
Menurutnya sekiranya Anwar menganggap isu ketuanan Melayu yang didokong oleh Institusi Raja Melayu ini sudah tidak relevan, maka beliau sepatutnya menyerahkan kembali darjah kebesaran yang diterima dari Raja-Raja Melayu.

DAP Jangan Rakus Cabar Ketuanan Melayu

KUALA LUMPUR 29 Julai – DAP terus dikecam dan diingatkan tidak rakus mencabar ketuanan Melayu sehingga boleh menimbulkan suasana tegang di dalam negara.
Sehubungan itu, kalangan pemimpin UMNO dan Parti Progresif Penduduk (PPP) mengingatkan DAP jangan mempersoalkan lagi perkara itu jika mahukan perpaduan kaum di negara ini tidak tercalar.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi memberi amaran kepada DAP supaya menghentikan tindakan yang dianggap sebagai usaha untuk mencetus keharmonian kaum di negara ini.
"Sebenarnya isu supaya dibatalkan kuota orang Melayu dalam pembelian rumah adalah propaganda semata-mata kerana agenda sebenar untuk menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Puad juga mengingatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhenti dari terus menjadi alat DAP.
"Kini apa yang jelas, DAP semakin berkuasa, itu juga menunjukkan bukti kelemahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya menjadi 'pak turut' dan mengikut telunjuk mereka tanpa banyak soal," katanya.
Beliau berkata, isu ini juga menunjukkan bukti Khalid bersekongkol dengan DAP di mana Melayu di Selangor akan dipinggirkan dan teraniaya di bawah kepimpinannya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar menggelar DAP sebagai 'cauvinis' apabila tidak jemu-jemu membangkitkan isu yang menyentuh ketuanan Melayu.
"Lebih menyedihkan apabila orang Melayu sanggup bersekongkol untuk menjatuhkan kaum sendiri," katanya.
Noh berkata, sokongan daripada Khalid telah menambahkan keberanian DAP untuk terus mempersoalkan hak Melayu.
Sementara itu, Ketua Penerangan PPP, Datuk A. Chandrakumanan berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak harus menyentuh hak istimewa Melayu yang sememangnya telah terlindung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"DAP sepatutnya sensitif dan sedar bahawa hak orang Melayu tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Chandrakumanan melahirkan rasa kesal kerana Khalid pula menyokong cadangan Tony Pua semata-mata kerana agenda politiknya.
Sehubungan itu, katanya, kaum Melayu di Selangor dinasihatkan mengambil pengajaran di atas perkara ini di mana mereka akan kehilangan hak jika pembangkang masih diberikan peluang untuk memerintah negeri tersebut. – Utusan/MediaUMNO


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 01 Dec 2010 01:54 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


Nik Abdul Aziz : Usah takbur!

Posted: 01 Dec 2010 12:00 AM PST

Datuk Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat. "Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor. Dan sebelum ini mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim yang lepas dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi. "Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.

"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam. Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam. "Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya. Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.
Wallahuallam.

Warna-warni politik
Torashah

umno bahagian cheras

Posted: 01 Dec 2010 01:36 PM PST

umno bahagian cheras


Oh nona Azizah; kamu sebenarnya Melayu ke ?

Posted: 30 Nov 2010 11:36 PM PST

SEORANG penyokong gerakan reformasi jalanan ketika bermulanya penentangan terhadap UMNO mengeluh dan bertanya : "Nona Azizah tu Melayu ke?

Saya tertarik kepada soalan itu kerana pada kebiasaannya apabila seorang perempuan itu bernama Azizah, maka secara tidak langsung ia akan dikatakan Melayu walaupun raut mukanya ada iras Cina atau pun Iban.

Lainlah kalau perempuan itu dipanggil nama Ah Moi atau Muraisamy, tentu budak sekolah dah dapat agak ia tentunya Cina dan India.

Sebaliknya, jika dipanggil 'Nyonya Azizah' bermakna Azizah itu berketurunan Cina baba dari Melaka.

Tetapi dalam filem Penarik Beca, Seniman Agung P. Ramlee menggambarkan watak Azizah itu adalah wanita Melayu bersopan santum dan ada harga diri.

Kenapa pengikut Anwar bertanya soalan sedemikian ?

Jawabnya ialah kerana kalau Nona Azizah itu Melayu dia tidak akan mempersoalkan hak ketuanan Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Lagipun hak dan keistimewaan tersebut sudah termaktub didalam perlembagaan negara dan diwarisi sejak turun temurun.

Andai kata Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka masih wujud, maka Nona Azizah itu sudah pastinya akan di lebelkan sebagai Si-Kitul dan akan dibaling batu.

Si-Kitul itu adalah lelaki separuh Melayu yang sanggup jadi talibarut kepada Portugis sehingga Melaka akhirnya dijajah oleh kuasa Barat.

Begitu juga andainya Hang Tuan masih hidup, dia juga sudah tentu akan menangis kerana kata-kata hikmatnya; 'Takkan Melayu hilang di dunia' kini mula dilacurkan oleh bangsanya sendiri.

Kalau dah mula orang ramai was-was dan bertanya soalan nona Azizah benar-benar Melayu ke? Bermakna sifat Melayu memang tidak ada dalam jiwanya.

Kalau orang itu benar-benar Melayu, sudah tentu dia tidak buat perangai macam orang gila meroyan yang tergamak menghina bangsanya sendiri.

Oleh sebab itu apabila soalan 'Nona Azizah tu Melayu ke ?,' bermakna juga beliau sudah tidak layak lagi berada dalam negara ini, yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu. – Syed Ali Alhabshee.

Anwar lukai hati Haji Hadi, DAP bertepuk tangan, Wan Azizah penderhaka

Posted: 30 Nov 2010 07:55 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

NAMPAKNYA Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim buat onar sesama mereka sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR). Kali ini dia seperti sengaja melukai hati para pemimpin PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam keadaan PKR diselubungi awan hitam kerana kekecohan dalaman, isu ketuanan Melayu dan penderhakaan kepada Raja-Raja, Anwar tiba-tiba umumkan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri seandainya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Lim Kit Siang tentunya tersenyum sakan manakala para pengikutnya yang majoritinya kaum Cina akan bertepuk tangan, tetapi dalam masa yang sama penyokong PAS mula terkedu dan langsung tidak menduga Anwar begitu ke depan dalam membuat keputusan dasar.

Haji Hadi tidak menampakkan reaksi terkejut dengan langkah ke depan Anwar itu, cuma sekadar berkata itu hanya pandangan peribadi Anwar dan bukannya mewakili keputusan PR kerana dalam perlembagaan tidak menetapkan mana-mana individu sebagai Perdana Menteri atau timbalannya.

Itu kata dan luahan spontan Haji Hadi, tetapi jauh di dalam lubuk hatinya tiada siapa yang dapat menduga dan tiada siapa yang mampu membacanya. Tokoh agama PAS itu bukannyua orang yang gelojoh dan kemaruk jawatan sepertimana Anwar. Haji Hadi sekadar mampu tersenyum.

Yang peliknya, Anwar tidak pula berani memukul canang siapa akan menjadi Perdana Menteri bergandingan dengan Kit Siang. Memang semua orang sudah dapat membaca bahawa Anwar sebenarnya yang gilakan kerusi Perdana Menteri, tetapi agaknya dia masih ada sedikit lagi perasaan malu untuk mengatakan : "Aku lah bakal PM dan kit Siang TPM". Agaknya begitulah.

Anwar akan pengsan jika PR mahu Nasharuddin Mat Isa jadi TPM

Memang Anwar berkuku besi dalam PR tetapi jika suratan takdir majoritinya menolak Anwar sebagai PM dan mereka memilih Hai Hadi sebagai PM dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai TPM, barangkali Anwar akan bertambah sawan dan jatuh pengsan.

Itu hanya pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi jika demikianlah yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Sebagai manusia kita tidak mampu untuk mengubah sebarang sedetik pun ketetapan Illahi. Kita harus redha dengan qada dan qadar-Nya.

Bagaimanapun pada saya, itu semua taktik Anwar yang sengaja memukul gendang supaya orang menjadi riuh dan terlupa terhadap kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar sememangnya seorang yang licik, putarbelit dan cekap memanipulasikan keadaan. Beliau akan lakukan apa sahaja supaya kes liwatnya tidak menjadi perhatian umum. Malah dia mahu kes liwatnya digugurkan, oleh sebab itu dia sanggup mengemis ehsan daripada kuasa asing terutama Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

Saya melihat PKR sekarang sekadar parti riuh rendah yang langsung tidak berlatarbelakangkan ciri-ciri demokrasi, sebaliknya dkuasai secara diktator dan dimanopoli oleh kaum keluarga Anwar dan budak-budak suruhannya, yang sifatnya seperti burung tekukur.

Budak suruhan PKR seperti burung tekukur

Saya juga tertarik dengan gelagat ala-samseng yang berlaku dalam PKR kebelakangan ini, yang seperti menggambarkan bahawa parti itu majoritinya dikuasai oleh bukan Melayu, yakni India. Maknanya orang Melayu (kecuali Anwar dan segelintir budak suruhannya) sekadar melukut ditepi gantang, walaupun parti tersebut diasaskan oleh orang Melayu yang berdendam kepada UMNO.

Justeru itu, saya berharap orang Melayu yang masih lagi berada di dalam PKR supaya sedar dan insaf bahawa perjuangan mereka hanya sia-sia, sekadar menyedapkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. Eloklah mereka keluar daripada PKR dan menyertai UMNO, parti yang terbukti berjaya menjadikan orang Melayu sebagai tuan di negara ini; atau paling tidak pun menjadi ahli PAS.

Presiden boneka PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail minggu lalu cuba menonjolkan dirinya sebagai tokoh politik yang berbisa apabila berucap mahu supaya ketuanan Melayu ditinggalkan dan sekaligus kedudukan Raja-Raja Melayu dipersoalkan.

Ucapan berapi Wan Azizah itu malangnya tidak mendapat tepukan bersemangat daripada orang Melayu PKR, sebaliknya hanya orang India yang bertepuk tangan kerana seronok, kerana Wan Azizah yang separuh Melayu itu yang perlecehkan bangsanya sendiri.

Ramai yang berpendapat skrip ucapan Wan Azziah telah diolah dan disunting oleh suaminya, Anwar yang beliau sifatkan sebagai anugerah Tuhan. (saya tambah : tetapi didakwa kerana dikatakan terbabit dalam kes liwat, perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah S.W.T).

Wan Azizah telah menjadi Si-Kitul yang sanggup menjual tanahairnya sendiri semata-mata untuk berkuasa. Wan Azizah telah bertukar sebagai pengkhianat bangsa yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu dan keseluruhan umat Melayu di negara ini.

Malah Presiden boneka PKR itu juga telah mengkhianati Haji Hadi yang masih tetap mempertahankan kedudukan Raja –Raja Melayu, sepertimana taatnya Haji Hadi kepada Sultan Terengganu. Datuk Nik Aziz Nik Mat juga barangkali terluka dengan ucapan Wan Azizah kerana secara tidak langsung turut menghiris perasaan Sultan Kelantan yang baru manaiki tahkta, Sultan Mohamad ke-1V.

Jika Haji Hadi dan Nik Aziz bersetuju dengan ucapan Wan Azizah, saya cabar mereka berdua supaya keluarkan kenyataan bahawa mereka juga mempersoalkan relevannya Sultan Terengganu dan Sultan Kelantan.

Wan Azizah; Si-Kitul modern patutnya dinyah keluar kerana menderhaka kepada Raja

Tetapi ucapan Wan Azizah sudah tentu mendapat pujian melangit daripada Kit Siang dan para pemimpin DAP, yang sememangnyanya sentiasa memusuhi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO.

Akibat daripada ucapan itu, Sultan Selangor bingkas bertitah melahirkan rasa kesal dan dukacita baginda dengan mereka yang masih mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Oleh sebab itu, saya berpendapat sudah sampai masanya Wan Azizah dan suaminya, Anwar yang didakwa sebagai anugerah Tuhan itu dihalau keluar daripada tanahair ini, kerana mereka sudah jelas tidak menyukai dengan sistem dan nilai-nilai yang ada di negara ini.

Apa untungnya jika negara masih lagi menyimpan penderhaka dan pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu?

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 01 Dec 2010 11:17 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PENANGGUHAN PEMILIHAN UMNO 2011

Posted: 30 Nov 2010 08:50 PM PST

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan bahawa pemilihan parti tahun hadapan di semua peringkat iaitu cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) ditangguhkan 18 bulan berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan UMNO.

Katanya, penangguhan ini dibuat agar seluruh perhatian terarah kepada pemantapan untuk memperkukuh parti selain tidak mahu ada sebarang pergelutan politik berlaku.

"Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini, Selasa malam.

Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

"Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi."

Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

"Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat," jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti.

"Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini."

Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah.

"Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK."

Sumber Berita - MediaUMNO

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras merasakan pengumuman tersebut adalah merupakan satu peringatan dari Yang Amat Berhormat Presiden Parti Datuk Seri Najib kepada pemimpin - pemimpin di semua peringkat agar memberi tumpuan menyusun gerak kerja di peringkat akar umbi.

Kesimpulannya, Yang Amat Berhormat Presiden UMNO suruh buat kerja bukan buat buat kerja..!

www.pemuda-enggang.org

Posted: 01 Dec 2010 11:12 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Sultan Selangor kurang senang

Posted: 30 Nov 2010 06:01 PM PST

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara. … Continue reading

Pemilihan Umno Ditangguhkan 18 Bulan

Posted: 30 Nov 2010 05:57 PM PST

Pemilihan Umno di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi tumpuan kepada usaha pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan Model Baru Politik. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 01 Dec 2010 09:52 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Menggadai Agama dan Bangsa Demi Politik?

Posted: 29 Nov 2010 09:15 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut