Jumaat, 10 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS KDAS 3

Posted: 10 Dec 2010 09:14 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 10 Dec 2010 09:11 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Utusan Malaysia merudum : Masih Tak Cerdik

Posted: 10 Dec 2010 08:56 AM PST

Laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap menyalahi etika.

Hal ini dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika diminta mengulas laporan akhbar tersebut.

Kerajaan Terengganu disaman oleh syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd dan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Rahim Muda telah membuat keputusan memihak kepada syarikat berkenaan dalam penghakiman 27 Oktober lalu.

Menurut Mustafa, kes tersebut masih dalam proses perundangan dan pihak kerajaan negeri sedang dalam proses rayuan.

"Adalah tidak beretika untuk meletakkan kesalahan itu kepada parti," ujarnya yang juga bekas Exco kerajaan negeri kepada Harakahdaily.

Hal ini, katanya kerana mana-mana pihak yang mengambilalih kuasa, tidak kira PAS atau Umno akan bertanggungjawab atas segala perkara termasuk hal saman tersebut.

"Ketika kes ini berlangsung di mahkamah, PAS tidak lagi memerintah. Malah sepanjang kes ini berlangsung tiada seorang pun pimpinan PAS yang pernah menjadi kerajaan dirujuk," katanya.

Kerajaan PAS sendiri, jelasnya pernah menerima tanggungjawab disaman ketika dalam kes Yee Seng Sdn Bhd lawan kerajaan Terengganu.

Pada ketika itu, katanya PAS memerintah Terengganu dan kes tersebut telah pun bermula pada zaman pemerintahan Umno.

Sebagai kerajaan negeri, jelasnya PAS bertanggungjawab penuh dalam kes tersebut.

"Walaupun kalah PAS tidak pula meletakkan kesalahan itu kepada Umno," jelasnya lagi.

Dalam hal ini, Mustafa menyifatkan laporan akhbar tersebut telah diperbesar dan lebih bermotifkan politik.

Dari: http://penawarrinduku.blogspot.com/20...

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 10 Dec 2010 09:05 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


BERUBAH SEKARANG- Putrajaya milik kita.

Posted: 10 Dec 2010 05:53 PM PST

PULAU PINANG, 11 Dis: 'Berubah Sekarang' menjadi tema Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua yang bakal diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 18 dan 19 Disember ini.

Tema yang nampak garang pastinya mencernakan kesungguhan kerja yang lebih cemerlang jika mahu menjayakan hasrat ke Putrajaya sekaligus menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Pengarah Konvensyen Pakatan Rakyat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam sidang medianya bersama Setiausaha Sosialis Pemuda DAP (DAPSY), Ng Wei Aik dan Setiausaha Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusuf di luar dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) petang semalam menggariskan beberapa perkara yang menjadi keutamaan perbincangan.

Antaranya, kata Mujahid persediaan Pakatan Rakyat merancang strategi bagaimana untuk memenangi hati rakyat agar terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat ketika menghadapi BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Keduanya, mengemukakan beberapa polisi seperti cadangan meningkatkan ekonomi, memajukan sosio budaya, mempereratkan keakraban bersama serta tidak ketinggalan mendedahkan kepada rakyat tentang kejayaan yang telah dicapai sepanjang memerintah di empat buah negeri iaitu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang menjadi ikon pentadbiran yang telus dan bersih.

Negeri Perak juga katanya, turut mempamerkan beberapa kejayaan sebelum dirampas oleh BN dengan cara kotor dan tidak demokratik.

Beliau turut menjelaskan logo yang bertemakan warna oren berlatar belakangkan warna putih menunjukan keserasian antara parti yang bergabung di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Gambar tiga individu pula memberi makna tiga parti sedia bersatu menumpaskan BN yang begitu angkuh semasa memerintah.

Cahaya matahari pula, katanya menunjukan harapan baru kepada Pakatan Rakyat bertekad menuju ke Putrajaya sementara sinaran menggambarkan sokongan yang terbit daripada badan bukan kerajaan (NGO), rakyat yang senantiasa berharapkan perubahan dan media yang selalu berlaku adil membantu Pakatan Rakyat mereaslisasikan perubahan sebagaimana dalam manifesto masing-masing.

Manakala pancutan air pula memberi makna kehidupan yang melimpah ruah menanti kemenangan Pakatan Rakyat sekiranya rakyat memberikan kepercayaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Menurut Mujahid lagi, logo itu sekaligus memberi nafas baru kepada Pakatan Rakyat untuk menandingi kekuatan BN yang hanya bergantung pada wang ringgit, media yang berat sebelah serta jentera kerajaan.

"Kita akan menanti BN selepas ini dalam padang pilihanraya. Bagaimana pun logo yang digunakan ketika konvensyen itu bukan logo Pakatan Rakyat. Jangan salah anggap," ujarnya kepada wartawan.

Heboh Bukit Gantang:Ketuanan Melayu -Melayu Tulen Syed Abu Husen dapat projek RM2 Bilion.

Posted: 09 Dec 2010 11:43 PM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

NONEAnwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

"Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

"Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

"GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain," katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

"Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

"Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan," katanya.malaysiakini

Polis Diraja Malaysia perlu bersih imej rasuah.

Posted: 09 Dec 2010 11:39 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Rakyat Malaysia melihat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai entiti paling tinggi terlibat dalam amalan rasuah — mengatasi parti-parti politik, kakitangan awam lain, sektor perniagaan dan kehakiman — demikian menurut laporan Global Corruption Barometer 2010 dikeluarkan hari ini.

Kajian dikendalikan oleh Transparency International (TI) Malaysia ini membabitkan 1,000 responden — berusia 16 tahun dan ke atas dengan 57 peratus daripada mereka adalah kalangan tinggal di kawasan bandar.

Kajian itu yang dijalankan Julai lalu merupakan laporan tahunan edisi yang ketujuh, kecuali bagi tahun 2008.

Datuk Paul Low, Presiden TI Malaysia berkata, penemuaan itu adalah sesuatu yang luar biaasa berbanding kajian-kajian yang dijalankan di banyak negara lain, di mana parti politik berada di atas sekali dan disusuli oleh perkhidmatan awam dan bidang kehakiman.

Bagaimanapun katanya, peratusan membabitkan kes-kes rasuah kecil-kecilan mengalami penurunan.

Katanya, persepsi mengenai amalan rasuah besar mengalami peningkatan.

PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 10 Dec 2010 09:05 PM PST

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Surau Al Falah diroboh Kerana Umno Gagal Kuasai

Posted: 10 Dec 2010 12:27 AM PST


Hafiz Baqi

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pas Lembah Pantai tidak menolak usaha pihak berkuasa hendak meroboh surau Al Falah di Pantai Dalam kerana unsur-unsur politik kepartian dibawa oleh Umno yang dikatakan gagal untuk menguasai surau tersebut.

Yang Dipertua Pas Lembah Pantai, Adlin Soleh berkata, pihaknya percaya cadangan untuk merobohkan surau Al Falah timbul ekoran rasa tidak senang pemimpin Umno selepas gagal mengusai Surau tersebut melalui usaha Ketua Umno Lembah Pantai, Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang mahu menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

Sehubungan itu kata Adlin, PAS Lembah Pantai memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional untuk berhadapan dengan tindakan lebih tegas daripada rakyat khususnya dalam pilihan raya akan datang sekiranya usaha meroboh surau itu diteruskan.

"Isu ini perlu ditangani segera atau hadapi tindakan rakyat," katanya.

Sementara itu Pemuda Pas Lembah Pantai mendakwa pihaknya telah mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL ke atas surau tersebut.

Kata ketua Pemuda PAS Lembah Pantai, Nasaie Ismail, berkata, antaranya terbukti apabila pihak surau menghantar memorundum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, mereka telah diminta hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai kerana Umno akan memanggil DBKL, Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno.

"Pas mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," kata Nasaie.

Selain itu Nasaie turut membidas suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan surau Al Falah sebagai surau Pas kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya. Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," kata beliau.

Isu surau Al Falah timbul apabila DBKL mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Penduduk juga telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik supaya surau tidak dirobohkan.

Gagal kuasai, Umno mahu surau diroboh?

Posted: 10 Dec 2010 12:26 AM PST


KUALA LUMPUR, 10 Dis: PAS Lembah Pantai menentang usaha pihak berkuasa hendak merobohkan Surau Al-Falah di Kampung Pantai Dalam yang diimarahkan oleh penduduk dengan baik.

Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Ustaz Adlin Soleh berkata, usaha merobohkan surau itu dilihat adanya unsur-unsur politik kepartian yang dibawa oleh pihak lawan.

"Kita menyedari usaha Umno khususnya Datuk Raja Nong Chik menubuhkan 'Muafakat Masjid dan Surau Lembah Pantai'.

"Ada beberapa surau dan masjid yang tidak dikuasai mereka menyebabkan mungkin adanya dengki sesetengah pihak tertentu sehingga keluar cadangan untuk merobohkan Surau Al-Falah," katanya.

Menurutnya, jika isu itu tidak ditangani segera, PAS memberi amaran BN akan menghadapi tindakan rakyat yang lebih tegas dalam pilihan raya akan datang.

Manakala Pemuda PAS Lembah Pantai mempersoalkan suara-suara 'orang politik' parti lawan yang mengatakan Surau Al-Falah sebagai surau PAS kerana ramai orang PAS bersolat di situ.

"Apakah salah orang PAS memenuhi mana-mana masjid atau surau di negara ini sehingga tergamak hendak merobohkannya.

"Pelik dalam sebuah negara yang pemimpinnya beragama Islam, adanya halangan kepada orang Islam yang berlainan parti politik mereka untuk mengimarahkan masjid," ujar ketuanya, Nasaie Ismail.

Pemuda Lembah Pantai juga mengenalpasti adanya pengaruh-pengaruh politik dalam arahan perobohan oleh DBKL.

Ini, katanya kerana apabila pihak surau menghantar memorandum dan ingin mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah, wakilnya meminta pihak surau hadir ke pejabat Umno Lembah Pantai untuk menyelesaikan masalah itu.

"Umno akan memanggil DBKL, Jawi dan pihak pemaju bagi berunding di pejabat Umno. PAS mempersoalkan kenapa perlu campur tangan Umno dalam urusan DBKL dan Jawi ini. Jelas ada unsur politik dalam usaha mereka," jelasnya.

Katanya, Pemuda PAS Lembah Pantai juga mempersoalkan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Raja Nong Chik yang kerap mengadakan majlis politik berlogokan Umno di beberapa masjid di Lembah Pantai.

"Lebih baik Umno melihat diri sendiri dahulu sebelum menghukum rakyat. Saya harap Menteri Wilayah tersebut kerap solat berjemaah di masjid dan surau di Lembah Pantai dan duduk mendengar kuliah-kuliah agama daripada sibuk berpolitik menggunakan masjid," katanya.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 10 Dec 2010 09:04 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR - MASALAH PARKIR

Posted: 10 Dec 2010 03:26 AM PST

MASALAH PARKIR DI HOSPITAN PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR

 YB Dr Mohammad dan YB Gwee menunjukkan tempat parkir yang digenangi air.
Masalah parkir di Hospital Pakar Sultanah  Fatimah (HPSF) Muar menjadi rungutan pelawat-pelawat ke HPSF. Kekurangan tempat parkir dan tempat parkir yang tidak diturap sepenuhnya menimbulkan masalah kepada pengunjung.


Pada hari Selasa 7  Disember 2010  yang lalu, YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) bersama YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan)  bersama-sama PA masing-masing telah meluangkan masa melawat kawasan parkir di HPSF.Kebetulan pada masa itu musim hujan.Keadaan tempat parkir bertambah teruk dengan lopak-lopak air memenuhi kawasan rendah yang tidak diturap.


Menurut Sdr Fuad (gambar di tengah), beliau ke HPSF setiap hari menjemput isterinya yang bekerja di Hospital ini.Beliau dapat melihat masalah yang di hadapi oleh pelawat-pelawat dan bersimpati dengan mereka.Beliau menggesa pihak pentadbiran Hospital ini  segera memperbaiki tempat parkir ini dengan menurap keseluruhan tempat ini.


YB Dr Mohammad dan YB Gwee pernah mengajukan masalah ini dalam Persidangan Dewan Negeri yang lalu.Diharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.


Terima kasih YB Gwee di atas kiriman gambar di atas.

Berita di atas tersiar dalam akhbar Nanyang Siang Pau dan Oriental Daily News dan Sin Chew pada hari Jumaat 10 Disember 2010.


KEDAULATAN MELAYU

Posted: 10 Dec 2010 03:01 AM PST

Kesedaran orang Melayu penting


SENAI - Kesedaran orang Melayu mengenai ketuanan dan kedaulatan Melayu sangat penting supaya hak-hak mereka tidak terus terhakis dan semakin berkurangan.


Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Atan Gombang berkata, hak-hak ketuanan Melayu kini sudah tidak seperti dulu sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara ini.


Menurutnya, segala keistimewaan orang Melayu kini terhakis tanpa disedari semua pihak, oleh itu kesedaran daripada orang Melayu sendiri amat penting supaya hak-hak mereka tidak terus hilang.


"Bukan setakat keistimewaan orang Melayu sahaja yang terhakis, malah kekebalan raja-raja Melayu juga kian berkurangan.


"Apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dengan kerajaan 1Malaysianya itu. Di manakah hak-hak orang Melayu di dalam 1Malaysia yang sering dibanggakan," katanya.


Beliau berkata, keistimewaan orang Melayu yang ada sebelum ini seperti biasiswa bagi anak-anak orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading pada masa kini sudah tiada bahkan beban mereka bertambah apabila terpaksa membuat pinjaman dan menjadi hutang selepas tamat pengajian.


Katanya, orang Melayu perlu bangkit dan sedar apa yang berlaku sekarang dan perlu juga mengetahui di mana puncanya semua perkara ini terjadi.


Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, isu ketuanan Melayu ini perlu dirujuk dengan perlembagaan yang telah termaktub sejak zaman kemerdekaan lagi.


Menurutnya, bagaimanapun keistimewaan bagi orang bukan Melayu tidak dinafikan bahawa mereka juga mempunyai hak-hak tersendiri.


"Kita perlu memperkasakan lagi keistimewaan orang Melayu supaya masalah yang kita terlepas pandang seperti hak-hak anak orang Melayu mendapatkan biasiswa akan dapat diatasi dengan segera.


"Tanpa keistimewaan tersebut, anak orang Melayu tidak akan mampu untuk melanjutkan pelajaran mereka di menara gading selain membuat pinjaman yang akan mendatangkan beban kepada mereka kelak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.


Beliau berkata, titah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat agar bermuhasabah diri berkenaan isu tersebut adalah tindakan yang baik.


Katanya, kesedaran rakyat amat penting agar ketuanan dan kedaulatan Melayu akan terus terpelihara.


Menurutnya, masalah yang timbul mengenai isu tersebut boleh diatasi dengan memperkasakan hak dan keistimewaan orang Melayu yang dikatakan terhakis berikutan biasiswa orang Melayu.


Menurutnya, apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan perlu diteruskan dan tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak. Jika terdapat sebarang masalah yang timbul, penyelesaian segera perlu dilakukan supaya ia tidak terus berlanjutan.

Berita Am
 

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8502951.asp
sinar harian Jumaat 10 Disember 2010 




Khalid Samad

Posted: 10 Dec 2010 07:52 PM PST

Khalid Samad


Respon Pengunjung: Isu Hospital Shah Alam

Posted: 09 Dec 2010 07:57 PM PST

Maka telah berkata Anonymous December 8, 2010 12:53 AM:

"Mengenai hospital shah alam tu YB tahu ke cerita sebenarnya? Syarikat GM Healthcare tu baik sangat ke? Ia adalah tipikal syarikat chinaman yang menikam melayu dari belakang dan penuh dengan muslihat dan manipulasi. Cuba tanya staff yang terlibat projek tu.

By the way siapa yang mula-mula usulkan isu jkr ni? Dari isu istana, isu hospital yang sub con nya Cina, benarkah tekaan saya kalau DAP yang usulkan semua ni dan PAS dan PKR cuma terhangguk-hangguk setuju. PAS cubala cari idea lain kalau nak komplen pun. Janganlah hanya menempek keatas isu yang DAP ada kepentingan (untuk bangsanya saja)
"

Pertama, yang tuan marah sangat dengan GM Healthcare kenapa? Sepatutnya perlu marah dulu kepada syarikat kroni BN yang dapat kontrak tersebut dan selepas itu sub-con secara Ali baba kepada GM Healthcare tu. Dapat kontrak bernilai RM 482 Juta, songlap dekat RM 80 Juta 'atas angin' dan seterusnya serah bulat-bulat pada GM Healthcare buat apa? Inilah cara UMNO/BN 'tolong Melayu'. Melayu kroni yang makan seorang diri dan tidak kisah pun dengan Melayu lain yang disusahkan hasil tindakan mereka ini.

Mungkin tuan tidak marah kerana dianggap ini amalan 'biasa'. Satu dunia tahu inilah apa yang dilakukan kroni UMNO selama ini, tetapi yang dimarahi 'orang Cina'. Yang songlap orang UMNO, tetapi yang dimarahi orang Cina. Tidak sanggup marahkan UMNO kerana 'sayangkan bangsa'. Inilah cara pemikiran didikan UMNO.

Saya ingin bertanya, kalau Hospital ini tergendala yang rugi siapa? Penduduk Shah Alam! Eh, penduduk Shah Alam tu siapa? Orang Bangladesh kah? Orang Papua New Guine kah? Yang ramai yang sedang menunggu Hospital itu siap dan yang akan mendapat rawatan di Hospital itu orang Melayu Malaysia juga. Atau tuan ingat Melayu semua dah kaya macam kroni UMNO boleh pergi ke Hospital swasta? Pastinya tidak!

Seperti contoh kisah Puan Norlida, isteri salah seorang ketua kampung di kawasan Parlimen Shah Alam. Pada mulanya Hospital Klang maklumkan tiada Dewan Bedah atau 'Operating Theatre' yang kosong maka ditangguh dan di tangguh sehingga yang sepatutnya dipotong hanya 1 jari, akhirnya menjadi 3 jari. Lepas tu oleh kerana wad penuh, kena discharge cepat selepas hanya 3 hari. Balik rumah, tidak mampu untuk jaga sendiri, akhirnya bernanah. Akhirnya masuk Hospital yang juah nuuun di Serdang tu untuk dibedah semula, buang segala daging yang telah rosak di betisnya. Tuan pernah terfikir atau tidak perkara seperti ini? Atau pemikiran telah diserabutkan dengan kebencian terhadap kaum lain sehingga tidak nampak macam mana kronisma memangsakan Melayu miskin atas nama 'kepentingan melayu' a.k.a. kroni? Lagipun mungkin tuan ini orang senang, lambat pun tidak mengapa boleh ke Hospital swasta.

Disamping itu, pernahkah tuan terfikir, kalau diberi terus kepada kontraktor yang boleh buat, dan bukan kepada kroni yang akan 'sub', maka kerajaan Pusat boleh jimat RM 80 Juta untuk projek Hospital Shah Alam. Itu baru satu projek. Kalau semua projek di negara ini yang selama ini UMNO main serah pada kroninya dengan harga lumayan dibuat sebegitu, mungkin RM 10 ke RM 20 Billion boleh dijimat setiap tahun. Kalau kerajaan jimat jumlah itu dan gunakan untuk rakyat melalui bantuan kebajikan, perubatan, persekolahan untuk yang miskin, yang dapat manfaat siapa? Pasti ramai yang mendapat manfaat adalah orang 'Melayu kebanyakan'. Sekarang ini yang dapat adalah segelintir kroni kesayangan yang seterusnya mengupah pencacai pencacai dengan harga murahan, kerana Melayu miskin, maka murah pun takpe, untuk mencacai "Melayu rugi, Melayu rugi, DAP musuh Melayu" sedangkan yang menindas Melayu dan menghalang duit ini turun kepada Melayu miskin adalah kroni-kroni ini. Kerana apa? Kerana mereka ingin songlap sendiri! Untuk diri mereka dan anak pinak mereka. Saya harap pemikiran tuan tidak terlalu beku untuk memahami perkara ini.

Kedua; apalah masalah dengan orang macam tuan ini yang sambil bising kononnya ingin memperjuangkan Melayu tetapi pada masa yang sama memperlekehkan orang Melayu? Hei, tuan ingat orang Melayu tiada kemampuan untuk kenal pasti dan mengecam penyelewengan dan menentangnya ke? Sehingga, bila ada isu yang dibangkitkan maka terus dibuat andaian ini mesti ide DAP dan PAS serta PKR jadi pak turut. Untuk pengetahuan tuan, PAS sudah lama menentang kezaliman dan penyelewengan tahu! Memerintah Kelantan selama 20 tahun walaupun tanpa DAP. Mungkin tuan sahaja yang tidak nampak kerana syok duduk di bawah ketiak pemimpin UMNO yang kuat menipu.

Itulah, UMNO dan anak didik UMNO ini memang pelik. Seorang 'Pejuang bangsa' mengangkat bangsanya dengan menyatakan bangsanya setanding dengan mana-mana bangsa lain. Pejuang bangsa yang bernama UMNO, memperjuangkan bangsanya dengan memberitahu bangsanya dan bangsa lain bahawa bangsa Melayu ini bodoh, lemah, malas, lembab dan mudah lupa. Kalau tanpa UMNO dan tongkat saktinya, kata mereka lagi, hancurlah Melayu. Haai, macam manalah Bangsa Melayu nak jadi bangsa yang agung kalau begini? Diperbodohkan dan di'lemaskan' oleh kebodohan UMNO itu sendiri. Kalau ya pun Melayu yang masuk UMNO tu jadi bodoh, lemah, malas, lembab dan mudah lupa, tolonglah, bukan semua Melayu seperti itu.

Maka jawapannya adalah 'tidak' wahai tuan Anonymous. Saya ni walaupun Melayu, saya mampu memahami apa yang sedang berlaku dan mampu memperjuangkan kepentingan rakyat, termasuk orang Melayu, tanpa bantuan DAP. Saya harap tuan meyakini kemampuan bangsa sendiri dan hentilah daripada membuat sangkaan orang Melayu tidak mampu mengkritik tanpa adanya DAP. Pada awalnya DAP mempertikaikan pemberian tender secara rundingan terus dan nilai kontrak pembinaan Hospital yang ditawarkan kepada syarikat kroni, yang dianggap terlalu tinggi. Itu sahaja. Bila saya tahu mengenai projek ini semasa dipilih menjadi MP dan ianya di kawasan saya, saya buat lawatan ke tapak dan memantau projek ini secara lebih dekat. Sila rujuk laporan lawatan saya yang disiarkan dalam posting saya yang bertajuk: Satus Projek-Projek Awam yang Sedang Berjalan di Shah Alam. Yang penting bagi saya, Hospital itu disiapkan secepat mungkin tanpa tambah lagi nilai kontraknya yang telah sedia mahal. Kontrak rundingan terus telahpun ditandatangani, jika bising pun sudah terlewat. Lagipun, hasil ubat pelali UMNO, orang Melayu takkan ambil peduli. "Maka akan mereka berkata, takpelah, rasuah ke, mahal ke, kroni ke, halal ke, haram ke, yang penting Melayu dapat". Itulah apa yang diajar kepada mereka selama ini.

Apabila saya melihat keadaan menjadi semakin rumit, kerana syarikat kroni kerap meminta duit memanjang, maklumlah mereka bukankah 'tuan' (yang menjunjung konsep 'Ketuanan Melayu'), maka saya berikan teguran dan peringatan kepada Menteri. Malangnya dia tidak mahu dengar seolah-olah tiada masalah. Sekarang projek ini sudah 6 bulan terbengkalai. Siapa yang rugi?

Saya tidak minta kontrak diberi kepada GM Health. Saya mencadangkan JKR ambil alih peranan syarikat kroni. Syarikat kroni ini pun memang tidak berperanan, kecuali sebagai 'tuan' yang menadah tangan menunggu 'komisyen'. Sekiranya JKR ambil alih, maka nilai kontrak lama boleh dikekalkan dan GM Health akan terikat dengan terma-terma yang dipersetujui dahulu dengan syarikat kroni tersebut, ia itu 'Sunshine Fleet'. Dalam erti kata mudah, JKR menjadi kontraktor utama menggantikan Sunshine Fleet.

GM Health pula, oleh kerana tidak perlu bayar 'komisyen' pada Sunshine Fleet, telah menyatakan bahawa mereka sanggup memberi komisyen itu kepada kerajaan dalam bentuk diskaun sebanyak RM 3 Juta. Tempoh siap pula yang ditawarkan oleh GM Health adalah 18 bulan. Ini jauh lebih baik dari 30 bulan dari tarikh surat tawaran diterima yang entah bila, sekiranya ditenderkan kembali.

RM 3 Juta ini mungkin kecil dan tidak ada apa bagi orang macam Anonymous. Maklumlah, 'tuan'. Tetapi jikalau digunakan untuk membantu penduduk di Shah Alam, seperti yang di Padang Jawa, Bukit Kuda, Batu Tiga, Rimba Jaya dan lain-lain lagi. Haaaai, banyak manfaatnya.

Dalam soal istana Negara, yang membawanya ialah Ketua Pembangkang dalam ucapan Bajetnya. Dalam projek ini, dianggarkan kerajaan boleh jimat tidak kurang dari RM 300 Juta. Sekali lagi, saya tahu, jumlah ini tidak cukup banyak bagikah tuan Anonymous? Tetapi bagi majority rakyat Malaysia yang miskin, ianya cukup banyak dan cukup bermanfaat sekiranya digunakan untuk kebajikan mereka.

Semalam, pada 9 Disember, saya telah membentangkan usul mengikut peraturan 36 (12), untuk merujukkan Menteri Kerja Raya kepada JK Hak dan keistimewaan kerana mengelirukan dewan dalam jawapan beliau berhubung projek ini. Ini adalah kerana dia menyatakan tidak mungkin sub-kontraktor mampu menghabiskan projek ini dalam tempoh 12 bulan sedangkan masih ada 70% lagi yang tidak selesai. Tetapi saya tahu yang dia tahu bahawa pada hakikatnya hanya 30% sahaja yang perlu dilakukan kerana 40% lagi adalah pembelian dan pembekalan peralatan seperti Lift, Air-Con, Chiller, X-Ray dan sebagainya.

Kita lihat pula bagaimana Menteri dan UMNO menjawab usul saya ini minggu depan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

DPPK PARIT

Posted: 10 Dec 2010 07:22 PM PST

DPPK PARIT


SEJARAH TETAP SEJARAH!

Posted: 10 Dec 2010 06:10 AM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 10 Dec 2010 03:18 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Perbandingan ketayap

Posted: 09 Dec 2010 03:56 PM PST


Beza kopiah yahudi,kopiah kristian dan kopiah islam


Rabai yahudi pun pakai kopiah

Pemain bolasepak keturunan yahudi David Beckham

Main bola tak berapa bagus tapi diangkat menjadi ikon bolasepak oleh media dunia yang dikuasai Yahudi

KOPIAH YAHUDI
Kopiah yahudi kecil sahaja seolah-olah melambangkan ugama yahudi yang jumlah penganutnya sedikit sahaja iaitu dikalangan orang yahudi /israel sahaja.

Orang yahudi percaya tentang nabi sehingga Nabi Musa
sahaja.Nabi yang datang selepas Musa mereka tidak percaya.



Paderi besar Benedick

Pope John Paul

KOPIAH KRISTIAN
Kopiah kristian besar sedikit daripada kopiah yahudi. Ini seperti melambangkan agamanya lebih sedikit dari orang yahudi iaitu sampai kepada nabi Isa.Sedangkan orang yahudi percaya sehingga nabi Musa sahaja dan tidak percaya kepada Nabi Isa.

Orang kristian percaya tuhan ada tiga.Mereka percaya Isa anak tuhan. Orang islam hanya percaya Isa adalah seorang nabi.Penganut kristian memisahkan gereja dari sistem pemeritahan. Paderi kristian tidak berkahwin menjadikan diri mereka terpisah dari dunia luar.

Hanya sister memakai tudung sedangkan orang biasa tidak memakai tudung.Seperti agama kristian betul-betul diamalkanhanya digereja.



Almarhum Sheikh Ahmad Deedat ulama tersohor Afrika Selatan

Ustaz Azhar pendakwah bebas yang cukup popular di Malaysia khususnya di Pantai Timur

Pemuda warak memakai kopiah sunnah

Mike Tyson yang sudah memeluk Islam

KOPIAH ISLAM
Kopiah islam lebih besar dari kopiah yahudi dan kopiah kristian, seperti melambangkan kepercayaan orang islam sampai kepada Nabi Muhammad saw .

Sedangkan orang yahudi dan kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad saw .Kopiah orang islam kelihatannya lebih lengkap sedangkan kopiah orang yahudi dan kristian mudah jatuh dan terpaksa dipasangkan dengan pin supaya tidak jatuh.

Islam lebih selamat kerana percaya semua nabi dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir. Ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi ini dari Adam hingga Muhammad saw hanya percaya satu tuhan iaitu Allah subhanawataala.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Dec 2010 03:13 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


SYARIKAT MENANG SAMAN RM1 BILLION KERAJAAN PAS T'GANU!!!

Posted: 09 Dec 2010 10:33 PM PST

(KOSMO) Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.


Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.

Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.

Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.

Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif.

Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

... Kerajaan PAS Terengganu akan bayar dengan syarat memang PRU 13 dulu la!!!!

KU LI PENING... KERAJAAN BN LEBIH BERKUASA DARI MAJLIS PERAJAAN KELANTAN?

Posted: 09 Dec 2010 07:12 PM PST

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, kerajaan persekutuan (BN) dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.


Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lepas setelah ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lepas.

Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

TERIMA JE LAH ZAID... AKIM DAH OFFER TUE...

Posted: 09 Dec 2010 07:04 PM PST

Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Zakaria Salleh sedia memberi laluan kepada Datuk Zaid Ibrahim untuk menerajui parti tersebut jika bekas pemimpin PKR itu sedia menyertainya.

Sehubungan itu, Zakaria yakin Zaid yang meninggalkan PKR baru-baru ini kemungkinan besar akan menyertai Akim bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangkakan akan diadakan awal tahun depan.

Menurut Zakaria, melalui perbincangan sebelum ini Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai parti yang berpejabat di Kelantan itu.

"Datuk Zaid telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Akim, kita juga mengalu-alukan kedatangan beliau ke parti ini.

"Kita juga telah berbincang hala tuju parti dengan barisan kepimpinan dan bersetuju untuk menerima Zaid sekiranya beliau mahu menyertai kita, selain itu kita lihat beliau seorang individu yang tidak berkepentingan peribadi dan ia adalah tunjang kekuatan beliau," katanya.

"Jadi kita harap Zaid akan menyertai kita dalam memperkuatkan dan memperkukuhkan kita dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, beliau tidak perlu tubuhkan parti baru," kata Zakaria.

Beliau berkata, Akim amat memerlukan individu seperti Zaid yang dilihat boleh membawa perubahan besar terhadap parti itu bukan hanya di Kelantan, tetapi juga di seluruh Malaysia.

"Akim sudah berusia 15 tahun, tapi kami hanya mampu berada di Kelantan sahaja, jadi dengan penyertaan Zaid kita harap beliau boleh membawa perubahan yang besar dalam politik negara kita.

"Kita juga harap beliau boleh membawa Akim maju ke hadapan," katanya.

Tambah Zakaria, Akim akan mengadakan perhimpunan agung di Kuala Lumpur minggu depan bagi memilih barisan kepimpinan yang baru.

Zakaria berkata sekiranya Zaid menyertai Akim dan bertanding bagi jawatan presiden parti beliau akan memberikan laluan kepada bekas menteri di jabatan perdana menteri itu untuk menerajui parti.

"Kalau Zaid sertai Akim dan mahu bertanding atas tiket presiden parti, saya selaku presiden Akim akan memberikan laluan kepada beliau.

"Kenapa saya mahu serahkan jawatan presiden kepada Zaid? Ini kerana saya lihat beliau adalah seorang tokoh pemimpin yang serba boleh dan boleh membawa Akim maju ke depan lagi," katanya.

SAH! BN AKAN BUNGKUS

Posted: 09 Dec 2010 04:36 PM PST

Perdana Menteri berkata, walaupun secara prinsipnya kerajaan bersetuju supaya kadar tarif elektrik itu disemak, ia tidak semestinya dibuat dalam tempoh terdekat.


Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji daripada pelbagai sudut sebelum Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

"Tidak boleh...kerajaan (apabila) kita kata (secara) prinsip (kaji tarif elektrik), kita akan kuatkuasa serta-merta...tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putarajaya hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, hari ini berkata bahawa semakan tarif kadar elektrik ditangguhkan pada masa ini.

Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji semula kadar itu apabila keadaan lebih kondusif.

Peter Chin berkata, kerajaan pada prinsipnya bersetuju bahawa semakan tarif adalah perlu kerana kosnya telah meningkat dan harga bahan api telah meningkat.- Bernama

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 10 Dec 2010 01:45 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Protes naik harga, tiga siswa ditahan

Posted: 10 Dec 2010 02:44 AM PST

PEMUDA BESUT

Posted: 10 Dec 2010 01:42 PM PST

PEMUDA BESUT


Satu Lagi Projek Jatuhkan Idris Jusoh di DUN Jerteh

Posted: 09 Dec 2010 07:17 PM PST

Upacara pecah tabung buluh UPU Padang Luas, Jerteh

Pelbagai cara digunakan untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Di antara kaedah yang digunakan ialah melalui pengumpulan wang serta syiling yang disimpan di dalam tabung buluh.

Di UPU Padang Luas, DUN Jerteh, tabung buluh yang mula diagihkan pada Jun lalu, mula dipecahkan pada 4 Disember baru-baru ini.

Sdr. Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, menegaskan program menabung ini akan diteruskan. Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Lagi Gambar: http://www.facebook.com/people/Hafizi-Zakaria/100000827498548

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 10 Dec 2010 01:32 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Progress terkini Taman Desaku, Pdg. Meiha

Posted: 10 Dec 2010 12:25 AM PST










MP Pendang

Posted: 10 Dec 2010 01:21 PM PST

MP Pendang


Perbahasan 6 Disember 2010, JK Kem Kesihatan.

Posted: 09 Dec 2010 05:59 PM PST

3.21 ptg.
Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Assalamualaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh, salam sejahtera, selamat petang dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi yang
telah memberikan kesempatan kepada saya untuk bersama-sama berbahas dalam peringkat
Jawatankuasa ini.
Pertama sekali Butiran 020300 - Kawalan Penyakit. Kita tahu daripada maklumat yang
terakhir dan terkini daripada kementerian melalui ketua pengarah berhubung dengan penyakit
denggi iaitu dari Januari sehingga Oktober 2010 seramai 40,496 kes berbanding dengan 33,937
kes pada tahun yang lepas, iaitu peningkatan sebanyak 19% dan kematian didapati 61% iaitu
119 kes, di mana 74 kes pada tahun 2009. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian,
apakah sebenarnya yang dijalankan daripada peranan dan juga aktiviti COMBI iaitu
Communication For Behavioral Impact, di mana 825 locality telah berjaya ditubuhkan, apakah
peranan yang dimainkan oleh mereka dalam mengawal masalah denggi yang telah meningkat
dan begitu menggerunkan sekarang ini, iaitu peningkatan 61% dari segi kematian. Dan baru-baru
ini kementerian telah mengambil salah seorang ikon, Aznil Haji Nawawi sebagai ikon untuk
mencegah penyakit denggi pada tahun 2010 ini. Jadi, apakah program yang dijalankan oleh
DR. 6.12.2010
71
beliau dalam membantu kementerian untuk mengurangkan kes-kes denggi di dalam negara kita
ini, dan apakah beliau ini mengenakan bayaran ataupun sagu hati yang telah diberikan kepada
beliau apabila beliau diambil sebagai ikon untuk pencegahan Kempen Anti Denggi ini.
Saya juga ingin mengetahui bahawa selama ini kita tahu denggi ini berlaku di kawasankawasan
pembangunan, kawasan-kawasan bangunan-bangunan baru yang baru dibangunkan,
dan berapakah jumlah syarikat-syarikat yang telah dikenakan denda disebabkan mereka telah
membiakkan jentik-jentik denggi ini, kerana kita tidak mahu hanya masyarakat individu sahaja
yang dikenakan denda, tetapi syarikat-syarikat yang besar ini terlepas dan juga pada tahun ini
kita dengar ada sebuah hospital yang didenda disebabkan oleh terdapatnya jentik-jentik denggi
di dalam hospital tersebut. Jadi saya rasa ini merupakan perkara-perkara di mana rakyat ingin
tahu, syarikat-syarikat besar manakah yang telah dikenakan denda disebabkan oleh jentik-jentik
nyamuk Aedes ini.
Kedua ialah juga tentang kawalan penyakit iaitu penyakit tibi yang sekarang ini kita
dapat lihat bahawa statistiknya telah meningkat disebabkan oleh pendatang-pendatang daripada
negara jiran yang datang ke negara kita mungkin pendatang dengan izin ataupun pendatang
tanpa izin, mungkin dengan izin ini kita telah melakukan screening terhadap kesihatan mereka,
tetapi bagi pendatang tanpa izin inilah yang menyebabkan ramai yang menyebarkan masalah
penyakit tibi kepada masyarakat kita.
Begitu juga, apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian apabila berlakunya keskes
penyakit tibi yang dirujuk ke hospital dan apabila kita mendapati mereka ini telah disebarkan
oleh pendatang-pendatang daripada negara jiran ini. Apakah mereka ini dikenakan satu tindakan
daripada pihak berkuasa bagi mengambil mereka dan merawat atau memaksa mereka ini dirawat
dan kita tidak mahu berlaku seperti kes yang telah disebut oleh Yang Berhormat Sungai Siput
pagi tadi, kesan daripada rawatan penyakit tibi itu menyebabkan berlakunya kes-kes kecacatan
dan sebagainya.
Kedua, Butiran 060300 - Penguatkuasaan Farmasi. Ini telah beberapa kali disebut dan
semasa Timbalan Menteri Yang Berhormat Mersing dahulu pun telah berjanji akan membawa
Akta Barangan Perubatan ke Dewan ini. Saya rasa ini perlu diberi perhatian serius oleh pihak
kementerian kerana kita lihat mutakhir ini banyak iklan yang disiarkan di dalam surat khabar dan
juga di dalam media-media yang menyatakan banyak alat perubatan yang boleh digunakan oleh
masyarakat dan menyembuhkan berbagai-bagai jenis penyakit.
Jika dahulu kami pernah menerima baucar Sonotron yang mengatakan semua, orang
Kedah mengatakan segala mak nenek penyakit boleh sembuh seperti asma, diabetes,
hypertension dan sebagainya semua boleh disembuhkan dengan memancarkan aliran Sonotron
ini kepada tempat yang sakit. Jika sakit asma boleh dipancarkan ke dada, jika lutut sakit
dipancarkan ke lutut, jika diabetes, ulser dipancarkan di tempat ulser tersebut, ini menyebabkan
masyarakat menjadi keliru. Selagi kita tidak mempunyai akta ini, saya rasa mereka akan
DR. 6.12.2010
72
mempercayai bahawasanya ia boleh menyembuhkan penyakit tersebut seterusnya mungkin ulser
telah sembuh tetapi diabetesnya tidak pergi ke mana, last sekali mereka akan meninggal dunia
disebabkan oleh keseriusan penyakit diabetes tersebut. Jadi saya berharap pihak kementerian
dapat memberikan perhatian terhadap peralatan perubatan ini kerana banyak sangat saya
nampak pada hari ini iklan-iklan yang disiarkan di dalam media-media di dalam negara kita.
Ketiga, Butiran 080000 - Lembaga Promosi Kesihatan diperuntukkan sebanyak RM15
juta, kebetulan sahabat saya dahulu menjadi pengarah di sini, jadi saya ingin bertanya kepada
pihak kementerian, apakah yang telah dilakukan oleh Lembaga Promosi Kesihatan ini untuk
menyedarkan masyarakat ataupun untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang
dikendalikan oleh pihak kementerian, kerana kita tidak mahu masyarakat tidak sedar, seperti
yang selalu saya sebutkan tentang Tabung Bantuan Perubatan, mereka hendak mendapatkan
bantuan perubatan tetapi peruntukan di bawah kementerian tidak ada, kerana ada di bawah
Kementerian Kewangan. Jadi masalah ini mungkin terjadi di peringkat bawah kerana promosi
tidak terang ataupun tidak jelas kepada masyarakat. Oleh itu saya ingin tahu apakah sebenarnya
peranan yang dimainkan oleh Lembaga Promosi Kesihatan, di mana sebanyak RM15 juta telah
diperuntukkan.
Seterusnya Butiran 100600 iaitu di dalam Program NKRA untuk Kit Pemakanan
Bernutrisi Sekolah Luar Bandar. Kalau di dalam Kementerian Pelajaran kita telah berbahas
berhubung dengan Program Susu untuk kanak-kanak sekolah di dalam bajet Menteri Kewangan
telah mengumumkan tentang multivitamin yang akan diberikan kepada murid-murid ataupun
kepada masyarakat di luar bandar. Jadi di dalam NKRA Kit Pemakanan Bernutrisi ini, saya ingin
mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kit Pemakanan Bernutrisi ini.
Apakah ia tidak bertindih dengan yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kerana ini
khusus disebut sekolah-sekolah di luar bandar diberikan peruntukan sebanyak RM4 juta. Apakah
kita tidak ada cara-cara lain untuk memberikan makanan-makanan bervitamin ini misalnya
seperti soya ataupun telur seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, ataupun makananmakanan
segar yang terdiri daripada masakan-masakan masyarakat kampung.
Seterusnya Butiran 032700 berhubung dengan psikiatri, ini pun satu lagi masalah. Saya
telah terbaca di dalam siaran akhbar pada 14.11.2010 ini mengatakan terdapat 11.3% rakyat
negara kita yang menghadapi masalah mental, iaitu lebih kurang 3.3 juta. Tuan Pengerusi, 3.3
juta ini ada di setiap kawasan, mungkin ada juga di kawasan Parlimen Menteri juga, ramai iaitu
sebanyak 3.3 juta jumlah pesakit mental ini. Jadi ingin saya bertanya kepada pihak kementerian
bagaimanakah persiapan kita untuk menghadapi masalah penyakit mental ini, kerana di dalam
suasana kehidupan masyarakat yang penuh dengan stress sekarang ini, mungkin jika ada sedikit
gen ataupun genetik ibu ataupun bapa yang mempunyai masalah ini kemungkinan besar anakanaknya
akan menunjukkan simptom-simptom ke arah sama ada psikotik ataupun neurotik
kepada masalah mental ini.
DR. 6.12.2010
73
1530
Jadi saya harap pihak kementerian perlu memberi penekanan kepada masalah psikiatri
ini kerana saya pernah mengendalikan satu kes dia menyembelih isteri dia Tuan Pengerusi.
Sembelih isteri, kami tanya kenapa sembelih isteri? Dia kata tidak. Dia sembelih ikan haruan
yang besar sehingga kami terpaksa letakkan dia di dalam sel, di dalam wad. Memang benar
beliau mempunyai masalah mental kerana dia buang najis di situ dan dia memakan najis dia
sendiri dan melumur di badan dia.
Kemudian kami hantar dia ke Tanjung Rambutan untuk disimpan di Tanjung Rambutan
seumur hiduplah. Jadi saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian oleh kementerian kerana ramai
sekali kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang mempunyai masalah
psikiatri ini. Kemudian Butiran 020400 iaitu Pendidikan Kesihatan. Kita tertarik apabila
kementerian melalui sekolah-sekolah telah mengadakan Program Doktor Muda. Jadi saya ingin
mendapat penjelasan apakah seterusnya program yang kita jalankan untuk Program Doktor
Muda di sekolah-sekolah ini. Apakah mereka ini akan – ataupun dimudahkan untuk kita salurkan
mereka ini ke dalam NGO-NGO yang berhubung dengan pengendalian kesihatan.
Diajar mereka cara-cara CPR misalnya ataupun cara-cara mengendalikan kes-kes
emergency agar mereka ini apabila memasuki masyarakat kelak mereka tidak menjadi takut
ataupun menggelabah apabila berhubung atau bertemu dengan pesakit-pesakit yang di depan
mata mereka. Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 00902. Berhubung dengan – mungkin ada
sangkut paut dengan Yang Berhormat Putatan tadi iaitu kuarters di Hospital Queen Elizabeth.
Walaupun saya berada di Kedah tetapi saya tahu ada masalah di Queen Elizabeth ini kuarters
houseman dia. Berapa kali saya sudah lihat. Memang cukup teruklah. Kalau boleh sekurangkurangnya
cat semulalah kerana ia memang tidak sesuai untuk diduduki oleh petugas-petugas
kesihatan.
Kita kata kesihatan jaga kebersihan tetapi kuarters itu memang nampak begitu teruk
sekali dengan kain-kain yang disidai. Kuarters itu di tepi jalan. Lalu sahaja kita depan itu memang
agak menyakitkan mata kita memandanglah. Sudahlah hospital retak dan akan dibina semula,
alhamdulillahlah. Akan tetapi kuarters saya harap pihak kementerian beri perhatian yang
sungguh-sungguh. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Ag tegur, rakyat tanya, kemana duit ni tiris, ini antaranya.

Posted: 09 Dec 2010 05:36 PM PST

Perbahasan diperingkat JK untuk kementerian dah hampir sampai kepenghujung, banyak yang dibahas dan banyak yang ditegur, namun jawapan yang diberi tak sampai kemana. Banyak yang masih terlindung dan banyak juga ketirisan yang tak dijawab. Namunselepas perbahasan bajet ini, yang kebetulan laporan AG diberikan agak lewat tahun ini, maka perbahasan tak banyak menyentuh teguran daripada AG, jadi untuk membawa sedikit sebanyak teguran AG tersebut, disini sedikit demi sedikit akan ana paparkan untuk renungan kita bersama apakah yang terjadi kepada duit yang dikutip daripada rakyat untuk dimasukkan kedalam kantung negara.
Hanya sekadar apa yang dilapor oleh AG, dan itupun laporan beliau berdasarkan kepada penialaian secara random keatas jabatan yang dipantau, bkan keseluruhan, kata orang puteh hanya tip of the iceberg.
Bagi Jabatan Kastam yang dikomen AG,
1.pengurusan mesin pengimbas.
Pejabat Kastam telah membuat bayaran berjumlah RM 1.17 juta kepada kontraktor yang dilantik bagi kerja penyelenggaraan yang tidak dilaksanakan.
mesin pengimbas badan bernilai RM 1.48 juta tidak digunakan kerana tiada pegawai yang layak.
Kos mesin pengimbas yang tidak digunakan berjumlah RM 31.96 juta, ditanggung oleh kerajaan.
2.Pengurusan bot untuk aktiviti pencegahan.
Setakat Disember 2009, hanya 1/8 bot yang ditempah diterima APMM , denda sebanyak RM 238,285 hanya dikenakan kepada 1 pembekal sahaja.
Penyelenggaraan yang tidak berjadual menyebabkan jabatan Kastam menanggong kos RM 67.56 juta anatara 2006 hingga 2009.
Nanti disambung lagi, banyak sangat , sikit sikit la.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 10 Dec 2010 01:02 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sembang Santai

Posted: 09 Dec 2010 07:40 PM PST

Assalamua'laikum wbt…

Moga kalian sentiasa di bawah naungan ramat Allah hendaknya. Baru-baru ini saya berbincang dengan seorang sahabat di tempat kerja berkaitan masalah kurangnya kepekaan kita terhadap keberkatan rezeki yang kita peroleh hasil usaha kita sehari-hari. Sesetengah daripada kita memandang enteng akan masalah ini, mungkin kerana kurangnya sensitiviti kita kepada elemen dosa dan pahala atau mungkin juga akibat daripada ceteknya ilmu di dada. Perbincangan saya bersama sahabat pada hari itu membawa kepada sebuah cerita yang cukup menarik untuk dikongsikan kepada anda semua. Mudah-mudahan cerita ini membuka ruang untuk kita berfikir dan bermuhasabah.

Kisah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku di kalangan masyarakat kita, kisah bagaimana di sebuah negeri ada seorang pegawai kerajaan yang saya namakan sebagai Encik R. Encik R adalah seorang yang tidak amanah terhadap kerjanya, suatu hari Encik R telah mengambil rasuah daripada orang awam yang berurusan dengannya. Encik R telah memasukkan duit rasuah itu ke dalam poket sebelah kiri seluarnya dan kemudian apabila dia pulang dari kerja dia telah mengeluarkan sejumlah duit dari mesin ATM untuk perbelanjaan isi rumahnya. Duit yang dikeluarkan dari mesin ATM itu telah dimasukkan ke dalam poket sebelah kanan seluarnya. Encik R dengan sengaja mengasingkan duit rasuah di dalam poket kiri dan duitnya sendiri yang dikeluarkan dari mesin ATM di dalam poket seluar sebelah kanan. Ini kerana dia sedar bahawa duit rasuah itu adalah haram dan dia tidak mahu menggunakan duit itu untuk membesarkan anak-anaknya.

Pada sebelah malamnya selepas pulang dari kerja, Encik R mengajak keluarganya pergi membeli barang-barang keperluan dapur. Selepas itu, dia membelanja isteri dan anak-anaknya makan malam di restoran. Selesai makan encik R pergi ke kaunter untuk menjelaskan bayaran makanannya, masalahnya dia telah menghabiskan duit yang dikeluarkannya dari mesin ATM petang tadi untuk membeli barang keperluan dapur. Lalu dia berkata kepada dirinya, " Tak pe lah, aku guna dulu duit dari poket kiri ni dan kemudian aku akan ganti semula". Kemudian dia telah membayar harga makan malam dia dan keluarganya dengan menggunakan duit dari poket sebelah kiri tadi, tuan-tuan masih ingatkah? Bahawa duit dari poket sebelah kiri tadi adalah duit yang diperolehinya hasil daripada rasuah yang dilakukannya.

Persoalan yang hendak saya ketengahkan adalah, apakah duit yang digunakan oleh encik R untuk membelanja keluarganya halal atau haram? Berkat atau tidak? Sungguhpun dia tidak mahu memberi makan keluarganya dengan duit rasuah, namum pada ketika itu dia telah pun melakukannya. Apa pendapat anda? Walaupun itu duit yang diperolehinya dari sumber rasuah dan dia telah berkata kepada dirinya bahawa dia akan menggantikan duit dari poket kiri tadi dengan duit dari poket kanan kemudiannya. Namun begitu, hakikatnya pada malam itu, Encik R telah memberi makanan yang dibeli dengan duit dari sumber yang haram kepada keluarganya. Jawapan ini saya serahkan kepada tuan puan untuk menjawabnya.

Justeru itu, suka untuk saya katakan bahawa yang haram telah jelas dan yang halal juga telah jelas. Tidak mungkin keduanya bercampur aduk atau ditukar ganti. Begitulah ceritanya, moga-moga cerita ini membuatkan kita berfikir dan lebih berhati-hati dalam menjaga yang halal dan yang haram.

{ .: Abu Uwais :. }

DUN Lembah Jaya

Posted: 10 Dec 2010 11:37 AM PST

DUN Lembah Jaya


Program Motivasi Pilihanraya Umum 13 Suntik Semangat Dan Idea Baru

Posted: 09 Dec 2010 11:06 PM PST

Aiman Athirah Al-Jundi

Taman Dagang Jaya - Menjelang Pilihanraya Umum 13 yang akan datang, persiapan untuk menghadapinya dipergiatkan. Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang mengambil inisiatif mengadakan program bagi memotivasikan para petugas bagi mencungkil idea baru dalam menyusun gerak kerja agar selaras dengan kehendak Islam dan parti.

Kertas kerja dibentangkan oleh Al-Ukht Aiman Athirah Al-Jundi di Dewan Ar-Ridhuan di sini pada 4 Disember 2010 yang lalu. YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz turut memberikan suntikan motivasi kepada lebih 30 peserta yang hadir.






Batu Gajah Mari

Posted: 10 Dec 2010 11:35 AM PST

Batu Gajah Mari


Stabilkan PKR

Posted: 09 Dec 2010 06:55 PM PST

04 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menjadikan usaha untuk menstabilkan partinya sebagai keutamaan beliau sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada rakan twitter beliau Zaim90 yang membuat cadangan agar beliau memberikan tumpuan untuk menstabilkan PKR selepas berpendapat PAS dan DAP dalam keadaan stabil sekarang.

"Ya, ia menjadi keutamaan kami," kata Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dalam twitternya.

"Saya tidak menyokong Umno-BN. Kita perlu perubahan. PAS, DAP dalam keadaan stabil, tetapi PKR tidak. Anda perlu perkasakan PKR secepat mungkin," tulis Zaim90 dalam twitternya kepada Anwar.

Pengakuan Anwar ini memberikan harapan kepada semua pihak untuk melihat parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

PKR dilihat sedikit bermasalah apabila melalui proses pemilihan kepimpinan baru-baru ini. Ini kerana, sistem pemilihan terus yang dilaksanakan PKR itu adalah satu sistem yang baru dan terdedahkan kepada banyak kelemahan.

Aklibatnya, PKR kehilangan salah seorang pemimpin kanannya, Datuk Zaid Ibrahim apabila beliau keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati dengan sistem pemilihan terus itu.

Selain Zaid, PKR juga berhadapan dengan kritikan dari ahlinya yang lain. Terbaru, calon Ketua Angkatan Muda, Badrul Hisham Shahrin enggan menerima sebarang jawatan dalam PKR ekoran kekalahannya merebut jawatan itu.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Harakahdaily/-

Dupahang's Weblog

Posted: 10 Dec 2010 11:25 AM PST

Dupahang's Weblog


Kerjasama PAS-DAP sebagai pelengkap menuju Putrajaya

Posted: 09 Dec 2010 08:09 PM PST

Ia bukan bermula dengan tsunami politik Mac 2008 yang menggemparkan itu. Secara rasmi tiada pakatan antara PAS dan DAP semasa menyertai Pilihan Raya Umum ke-12. Hubungan PAS hanya dengan KeADILan, yang kemudiannya menjalin persefahaman politik dengan DAP. Pakatan Rakyat terbentuk selepas menyaksikan keputusan luar biasa yang langsung tidak terduga dan keperluan menyusun kerajaan-kerajaan negeri yang [...]

Pemimpin Umno: Wajah Ketua Pemuda Umno Malaysia Yang Kuat Melayunya

Posted: 09 Dec 2010 08:01 PM PST

Oleh Chegu Zul Bayangkan dalam banyak kerja yang mahu dilakukan oleh orang politik. Lihat dan bayangkan tindakan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Umno yang gila mempertahankan ketuanan Melayu, Umno yang setiap denyut nadinya membela nasib bangsa Melayunya itu.  Di kala harga barang naik, diwaktu anak-anak desa hingusan menyambung titik peluh keringat mengumpul wang bagi memulakan sesi [...]

Rumah Agam Vs Rumah Rakyat

Posted: 09 Dec 2010 07:57 PM PST

Oleh Chegu Zul Rumah rakyat selepas 53 tahun merdeka Rumah rakyat selepas 53 tahun merdeka (kiri)Rumah Agam Khir Toyo selepas 10 Tahun menjadi MB Atas: Rumah TGNA selepas menjadi MB 20 tahun Bandingkan kedua-dua buah rumah Menteri Besar Malaysia. Sebuah di negeri terkaya Selangor dan sebuah lagi negeri termiskin di Malaysia. Inilah pencapaian siapa yang [...]

Respon tulisan Wan Ji, Fikrah JIM vs Fikrah PAS

Posted: 09 Dec 2010 06:20 PM PST

Baca tulisan Wan Ji @ AlBakistani, terasa macam menonton filem P. Ramlee tapi filem P. Ramlee yang dibuat oleh ‘producer’ sekarang. Nampak rumahnya dibelah dengan gergaji mesin bukan gergaji zaman dulu yang terpaksa sorong papan tarik papan papan, kalau tersalah tarik, yang sebelah sana terhumbang. Mula-mula nak beri respon pasal Wan Ji kritik Presiden PAS [...]

Fikrah JIM vs Fikrah PAS

Posted: 09 Dec 2010 06:03 PM PST

Seperti yang saya sebut sebelum ini, persoalan perbincangan fikrah JIM dan fikrah PAS secara terbuka bukanlah suatu perkara yang sesuai dalam masa kita menghadapi persiapan pilihanraya ke-13. Hanya imbauan kenangan zaman dulu seperti cerita P. Ramlee. Kenapa perlu diulang tayang? Saya berhasrat Wan Ji menyambung artikelnya itu, saya diam dan berhenti sejenak mengusangkan blog ini sambil menunggu. Seperti [...]

Pas CawanganSurada

Posted: 10 Dec 2010 11:16 AM PST

Pas CawanganSurada


Posted: 09 Dec 2010 11:22 PM PST

Menangkan UPU Sg.Rml.Dlm

Posted: 09 Dec 2010 06:38 PM PST

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Dec 2010 09:25 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Kenalilah Ketuanan Melayu Umno

Posted: 10 Dec 2010 04:54 AM PST


oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.

Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?


Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

~ Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.

Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak

~ Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak.

Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.

~ Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi.

Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.

~ Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja.

SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

~ Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

~ Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi.

Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.

~ Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

~ Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai.

Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

Posted: 10 Dec 2010 04:39 AM PST



oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan.

Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara.

Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.

Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin". PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang.

Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.

Taqwa, Taubat dan Akhlak mulia

Posted: 09 Dec 2010 10:21 PM PST


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bertaqwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, ikutilah satu kejahatan dengan kebajikan yang akan memadamkannya dan gaulilah orang ramai dengan akhlak mulia."
Dirawayatkan oleh Termizi

Hadis ini mengutarakan tiga perkara pokok yang mesti diberi perhatian penuh iaitu Taqwa, taubat dan berakhlak mulia.

Taqwa

Pengertian : Melaksanakan semua suruhan Allah yang wajib dan meninggalkan semua larangan Allah.

Kesempurnaan taqwa adalah menjauhi juga perkara yang syubhah serta perkara yang bercampur dengan yang haram

Taubat

Sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kelupaan. Ubat mujarab untuk memperbetulkan kesilapan adalah taubat.

Taubat ada tiga rukun iaitu menyesal, berhenti maksiat dan berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut pada masa akan datang.

Tanda orang yang peka kepada taubat adalah bersegera melakukan kebajikan apabila tergelincir melakukan dosa.

Akhlak mulia

Akhlak mulia merupakan asas kekuatan sesuatu tamadun manusia. sebagai Jemaah Islam, prinsip ini mestilah ditanam pada setiap ahli.

Untuk menerapkan akhlak mulia sentiasalah bergaul dengan ulama', orang-orang bertaqwa dan orang baik-baik disamping menjauhi orang yang tidak baik.

Antara ciri akhlak baik adalah berbaik dengan keluarga (silaturahim), pemaaf, lapang dada, pemurah, wajah ceria, rendah diri, tidak sangka buruk, tidak menyakiti dan lain-lain lagi.

.:Berikut adalah sedikit coretan untuk kita guna atau praktikalkan untuk kebaikan bersama:.

Sumber : Lajnah Tarbiyah dan Dakwah Dun Sura

i n t a n h i j a u

Posted: 10 Dec 2010 07:53 AM PST

i n t a n h i j a u


HAMPIR 50% RAKYAT PERCAYA RASUAH BERLELUASA / همڤير 50% رعيت ڤرچاي رسواه برللواسا

Posted: 09 Dec 2010 11:08 PM PST


Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung daripada 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberikan rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.(malaysiakini)

ANDA SAYANG KELUARGA, BANGKIT TOLAK BN...! / اندا سايڠ کلوارݢ، بڠکيت تولق بي. ان...!

Posted: 09 Dec 2010 05:19 PM PST

PUTRAJAYA JATUH, UMNO AKAN KELAPARAN / ڤوتراجاي جاتوه، امنو اکن کلاڤرن

Posted: 09 Dec 2010 04:32 PM PST



Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  supaya Barisan Nasional  bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.
 
Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .
 
Tan Sri Muhyiddin Yassin  sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana  kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.
 
Tuduhan Muhyidin Yasin  mengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin". PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?
 
PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu,  cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 10 Dec 2010 01:46 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Pakatan lancar 'Ubah Sekarang' di konvensyen

Posted: 10 Dec 2010 12:27 AM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:roslan mohd

Pakatan Rakyat akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyennya di Seberang Perai, Pulau Pinang, minggu hadapan.

Penyelaras pentadbiran konvensyen, Mujahid Yusof Rawa berkata slogan itu membawa lima mesej penting kepada rakyat.

Ia termasuk matlamat Pakatan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang bebas dari rasuah, telus dan mempunyai integriti.

"Kita mahu mendemokrasi dan membebaskan rakyat Malaysia dan membina persaudaraan di kalangan kumpulan berbeza bangsa kerana masyarakat kita sekarang ini tidak bersatu kerana ketegangan kaum dan agama," kata Mujahid (atas, berbaju merah) kepada wartawan malam semalam.

"Namun, ini tidak bermakna kebebasan mutlak, kebebasan bermakna solidariti bukan anarki."

Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata apabila Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan, usaha mereka adalah bagi menambahkan pendapatan rakyat kepada RM4,000 sebulan dan masyrakat Melayu pastinya mendapat manfaat.

Gabungan yang ditubuhkan selepas pilihan raya 2008 itu juga menjanjikan keadilan dan sama rata dalam undang-undang serta gaji minimum untuk pekerja.

"Kenapa slogan 'Ubah Sekarang?' Jika kita tidak ubah seklarang, kita hadapi risiko belia kita akan menganggur, gejala rasuah terus berleluasa dan retaknya perpaduan kaum di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama yang akan menjejaskan keseluruhan sistem," katanya.

Konvensyen yang dijadualkan pada 19 Disember ini dijadual akan dihadiri oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Konvensyen PR jangan layan isu perkauman

Posted: 10 Dec 2010 12:17 AM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Sepatutnya isu perkauman dengan segala rangkaiannya tidak wajar mendominasi pemikiran rakyat Malaysia, justru ada pelbagai masalah yang jauh lebih penting dan mendesak untuk segera diselesaikan.

Malaysia dengan masyarakat majmuknya sepatutnya menumpukan perhatian kepada masalah yang sangat mendesak – iaitu isu penting mengenai keadilan dan demokrasi, harga barangan yang terus meningkat,

isu rasuah yang sangat melemaskan, isu buang bayi, kes- kes jenayah yang terus meningkat, isu salah guna kuasa oleh pihak tertentu, isu pembaziran wang rakyat, isu projek mewah yang sama sekali tidak menguntungkan rakyat – kecuali segelintir golongan elit yang berkepentingan.

Juga isu kekurangan tenaga kerja tempatan, ke mana 'hilang' atau 'bersembunyi'nya belia tempatan, khususnya belia Melayu yang kini tidak berada dalam pasaran kerja menyebabkan pekerja asing melimpah ruah di pasaran hingga mereka mendominasi bandar-bandar di hari-hari cuti umum dan banyak lagi isu.

Sepatutnya semua isu ini yang menjadi tumpuan pemikiran sesetengah rakyat justru semua masalah ini benar-benar menyentuh kehidupan rakyat Malaysia. Malangnya, hampir seluruh masa, tenaga dan pemikiran, malah wang ringgit dihabiskan untuk membincangkan isu perkauman ini.

Isu harga barangan naik sangat dirasakan oleh semua rakyat – tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain – kecuali golongan elit yang berkuasa, serta golongan korporat yang mewah, yang tidak pernah merasakan pedihnya berbelanja di pasar atau di kedai runcit.

Dalam masa yang sama bagaimana pemimpin politik boleh memiliki rumah seperti istana, kenderaan mewah yang memenuhi sekitar halaman rumah di lereng bukit, perabut rumah yang tidak terkira harganya yang dibeli di luar negeri, keluar negeri dengan berbelanja sesuka hati dan pelbagai lagi kehidupan mewah yang dipamerkan.

Dari mana mereka mendapat wang semewah dan sebanyak itu. Dalam masa yang sama, mangsa banjir di Kedah, Perlis, di Kelantan dan di tempat lain menitiskan air mata menyaksikan kemusnahan barangan mereka di samping bagaimana pula untuk mereka meneruskan kehidupan.

Para nelayan di Kuala Sedili, Kemaman, Kuala Kedah, Juru, Pantai Remis dan tempat lain yang menghadapi tekanan hidup begitu berat sekali mengeluh melihat harga barang yang terus menerus naik setiap kali pergi ke pasar atau ke kedai runcit untuk membeli beras, gula, tepung dan barangan keperluan lain. Semuanya ini adalah luka rakyat yang sangat memedihkan.

Oleh itu apa perlunya isu perkauman dimainkan dalam keadaan negara begitu banyak masalah yang tidak terselesaikan. Belum lagi masalah rasuah yang sangat menakutkan, demokrasi yang entah terumbang-ambing, gejala sosial – buang bayi, bersekedudukan, dadah dan bakal datang pula hub hiburan yang sangat menakutkan dan pelbagai lagi masalah.

Justru apa perlunya rakyat diasak dengan isu perkauman setiap hari yang dimainkan oleh media tradisional dan kata-kata pemimpin politik. Teriakan perkauman ini tidak menguntungkan negara yang sepatutnya kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Malaysia, seperti kata pengarang Inggeris, Anthony Burgess, adalah bumi yang sangat subur. Katanya, campak saja benih di mana-mana akan tumbuh subur, pantai dan lautnya banyak ikan, negerinya indah, bergunung-gunang, pantai dan pulau-pulaunya cantik.

Demikian kaya dan suburnya bumi Malaysia ini.

Oleh itu dalam keadaan dan suasana begini mengapa masih lagi kedengaran teriakan perkauman, adu domba dan segalanya.

Lebih-lebih lagi semakin dekatnya Pilihan Raya Umum Ke-13, teriakan perkauman itu semakin nyaring dan amat menakutkan, sepergi ngaum singa dan harimau di hutan Afrika.

Sebab itu, pada pendapat saya Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke- 2 di Pulau Pinang 19 Disember ini sewajarnya tidak melayan teriakan isu perkauman yang merugikan ini. Konvensyen yang penting itu, yang mungkin terakhir sebelum PRU Ke-13 perlu hanya memberi fokas iaitu cara mana menawan hati nurani rakyat supaya menyokong Pakatan dalam pilihan raya nanti, agar dapat membuat perubahan untuk kebaikan rakyat.

Isu perkauman nampaknya lebih banyak ditujukan kepada penduduk luar bandar, yang jauh di pedalaman, yang tidak melayari internet dan saluran media alternatif. Golongan inilah sewajarnya diberikan tumpuan untuk menjelaskan kepada mereka akan tawaran Pakatan Rakyat jika memenangi pilihanraya nanti.

Kepada pengundi luar bandar hal inilah perlu diterangkan bezanya antara Umno/BN dan Pakatan Rakyat. Bagaiamana rakyat pelbagai kaum di negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat, dilayan seadil-adilnya dari semua segi bidang kehidupan.

Tidak dinafikan, antara masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dan mesti diselesaikan segera ialah soal membina rangkaian penerangan yang benar-benar berkesan dan ini mesti dilakukan sekarang justru PRU Ke-13 sangat dekat.

Sementara itu, seperti yang dinyatakan berulang kali, pendaftaran pengundi baru – khususnya di kalangan anak dan saudara mara serta sahabat handai warga Pakatan Rakyat mestilah juga disegerakan.

Tentu saja Konvensyen 19 Disember ini di mana Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai Pengarah Sekretariatnya menjadi perhatian oleh pelbagai pihak, sejauh mana ia menyusun jentera pilihan raya, melakar strategi dan manifesto, bagaimana ia membaca senario politik yang ada dan menanganinya.

Berhentilah membincangkan isu siapa Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan berkuasa, isu negara Islam dan hudud, isu pembahagian kerusi dan isu-isu yang boleh menjadi 'bola tanggung' kepada Umno/ BN. Isu ini sebenarnya boleh dibincangkan di peringkat dalaan dan tertutup, bukan diluahkan di depan media.

Harakahdaily/-

Protes naik harga, 3 pemimpin siswa ditahan

Posted: 10 Dec 2010 12:12 AM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:Abdul Rahim Sabri & Lee Way Loon

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka mengadakan perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.

Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya duanya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.

Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysiakini/-

Korea Selatan Miliki Internet Tercepat di Dunia

Posted: 10 Dec 2010 12:08 AM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:roslan mohd

SEOUL - Menurut analis, Korea Selatan dinilai memiliki akses internet tercepat di dunia, mencapai 12 megabits per second (Mbps).

Data dari perusahaan jaringan terbesar Akamai, yang dilansir melalui Big News Network, Jumat (30/7/2010), menemukan jika rata-rata kecepatan internet jaringan global hanya sekira 1,7 Mbps. Meskipun beberapa negara telah mengimplementasikan layanan internet tercepat..

Dalam temuan tersebut, kota Masan di Korea Selatan menduduki peringkat teratas untuk internet kecepatan tinggi dengan akses mencapai 12 Mbps. Di tempat kedua diisi oleh Hong Kong dengan kecepatan 9 Mbps, dan Jepang menyusul di posisi kedua dengan akses 7,8 Mbps.

Di posisi empat dan lima, masing-masing ditempati Romania dan Latvia dengan kecepatan yang sama, 6,3 Mbps.

Negara yang paling antusias dengan kecepatan internet broadband adalah Inggris. Namun dalam data yang dimiliki Akamai, negara tersebut menduduki posisi 27 di antara total 201 negara yang disurvei, dengan rata-rata kecepatan internet hanya 3,8 Mbps. Angka ini masih di bawah target yang dikalkulasi regulator Ofcon.

"Kecepatan 100 Mbps juga tersedia di Korea Selatan namun tarifnya belum bisa terjangkau oleh masyarakat karena mencapai ratusan dolar per bulan," ujar Kepala Marketing Akamai David Belson.

Berikut negara dengan internet tercepat di dunia,

1. South Korea 12Mbps
2. Hong Kong 9Mbps
3. Japan 7.8Mbps
4. Romania 6.3Mbps
5. Latvia 6.3Mbps
6. Sweden 6.1Mbps
7. Netherlands 5.9Mbps
8. Czech Republic 5.4Mbps
9. Denmark 5.3Mbps
10. Switzerland 5.2Mbps.

7 Masjid Berkubah Emas Di Dunia

Posted: 09 Dec 2010 11:54 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina

Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.

2. Masjid Al-Askari di Samarra, Irak

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Irak. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak.

3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan

Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M.

4. Masjid Jame' Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei


Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih.

Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung bisa melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

5. Masjid Sultan Singapura


Tahun 1928, begitu mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.

Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. "Menganggu ketenangan," kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat solat yang unik seperti adzan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan "adzan" maka adzan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura diam saja. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Biaya pembangunannya menghabiskan USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali diperhitungkan sebagai salah satu bangunan terindah di dunia.

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia

Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik peribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektare. Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimpor dari Italia dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat.

Sedangkan kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Italia.

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Posted: 09 Dec 2010 11:48 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:pastambun

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati. Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media.

Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya.

Penderitaan di dunia hanya seketikatetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka.

Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.Ketawa yang melampaui batas menjadikank ita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang.

Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawan escaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw.

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

RAKYAT MESTI TOLAK UMNO BN, PEMIMPIN UMNO BN TIDAK SERIK UNTUK TIPU DAN BOLOT HARTA RAKYAT

Posted: 09 Dec 2010 11:41 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:mohd hafez sabri

IPOH, 10 Disember, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menggesa supaya semua rakyat Malaysia melihat isu yang timbul sekarang ini sebagai sebab untuk menolak kerajaan yang dipimpin BN dan menukar kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Isu yang timbul kini seperti isu kenaikan harga minyak dan kes dakwaan rasuah bekas MB Selangor jelas menunjukkan bahawa BN menjadikan amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka sebagai satu peluang untuk mereka memenuhi kehendak hawa nafsu mereka. Ini cukup berbeza dengan kehendak Islam yang menyatakan bahawa jawatan merupakan amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT. di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak ada seorang hamba yang Allah SWT menyerahkan kepadanya urusan rakyat kemudian dia mati dalam keadaan ia menipu rakyatnya, melainkan haramkan ke atasnya syurga." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut beliau lagi bagaimanakah kerajaan BN boleh tergamak memunuhi kehendak nafsu mereka dengan memiliki rumah mewah yang bernilai berjuta-juta ringgit sedangkan rakyat ditindas dengan kenaikan harga petrol RON 95, kenaikan harga diesel, kenaikan harga gas LPG dan kenaikan harga gula yang dinaikkan oleh kerajaan sendiri.

Beliau menyatakan lagi, rakyat Malaysia sepatutnya menilai sekarang ini sejauh manakah pemimpin negara dan negeri mereka menjalankan amanah yang diberikan. Adakah mereka bersama-sama dengan rakyat menanggung kesusahan yang dialami atau mereka hidup senang-lenang? Adakah mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama dengan rakyat atau mereka menjadikan amanah diberikan sebagai batu loncatan mereka?

Selain itu beliau mengajak rakyat Malaysia untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT kerana ia merupakan pintu terbukanya keberkatan daripada Allah SWT. lebih-lebih lagi dalam menghadapi zaman yang mencabar sekarang ini.

Beliau juga memetik firman Allah SWT bagi mengingatkan seluruh manusia akan pesan Allah SWT

" Dan kalaulah sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman dan bertaqwa nescaya kami akan bukakan pintu keberkatan ke atas mereka daripada langit dan daripada bumi tetapi mereka mendustai lalu kami berikan azab dengan sebab apa yang telah mereka kerjakan" (Surah Al-A'raf: 96)

Gembleng blogger Pakatan jadi media alternatif

Posted: 09 Dec 2010 11:27 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pakatan Rakyat harus memberikan perhatian serius terhadap peranan blogger pro Pakatan dalam menyebarkan maklumat yang tepat berhubung Pakatan dan mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Pakatan Rakyat harus mempersiapkan pasukan blogger agar lebih berstrategi dalam menyampaikan maklumat dan menjawab segala serangan BN terhadap Pakatan.

Persiapan ini juga, katanya harus dilakukan segera memandangkan terdapat jangkaan PRU akan diadakan tahun hadapan.

Blogger pro Pakatan mestilah digembleng tenaga untuk menjadi media alternatif bagi menjawab serangan BN kepada Pakatan.

"Disebabkan gendang pilihan raya telah dipalu oleh BN, usaha tersebut mestilah disegerakan," kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa kedudukan 100 blog politik Malaysia berdasarkan Alexa ranking menunjukkan senarai blogger pro kerajaan mendominasi kedudukan teratas blog-blog yang sering dikunjungi oleh pelayar internet.

Senarai ini menggambarkan blogger pro kerajaan kini berjaya mendominasi media baru dalam melancarkan serangan siber.

Khalil juga berkata, tidak dinafikan blogger pro kerajaan melancarkan serangan terhadap Pakatan secara tersusun dan berstrategi.

Justeru ujarnya, blogger pro Pakatan juga harus dibentuk dan disusun secara lebih teratur dan kukuh untuk membalas serangan itu.

"Saya dapati serangan blogger BN agak berstrategi dan semacam ada kesatuan dan perancangan yang rapi yang dilakukan oleh mereka.

"Kerana itu saya berpandangan usaha dari blogger pro Pakatan juga perlu dengan perencanaan dan strategi secara terancang bagi menawan BN," katanya yang juga Adun Titi Serong.

Tambahnya juga, peranan blogger juga jelas membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas terutamanya menarik minat golongan muda.

Ini juga kerana blogger Pakatan lebih beretika dalam membuat sebarang pendedahan dengan memberikan bukti dan fakta yang jelas, bukan hanya memfitnah.

"Saya melihat semasa PRU ke 12 media pro pembangkang berjaya menarik minat golongan pengundi muda untuk mendapatkan maklumat

"Apalagi segala pendedahan dari blogger Pakatan adalah dengan fakta dan bukan niat untuk memfitnah serta menjaga akhlak Islam.

Katanya lagi, jika Pakatan mengambil ringan usaha ini, tidak mustahil golongan muda beralih kepada BN.

"Jika kita lambat dan silap percaturan mungkin mengakibatkan pengundi yang datang dari kelompok yang mempercayai media ini akan memilih BN," katanya.

Harakahdaily/-

Aktiviti ‘Curi Pasir’ Perlu Dikawal Di Negeri Perak

Posted: 09 Dec 2010 11:11 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:YB V.Sivakumar

Pengambilan pasir yang berleluasa merupakan satu lagi fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh seluruh warga Perak. Aktiviti melombong pasir ini boleh membawa pelbagai masalah kepada ekologi mahupun sosio-ekonomi negeri Perak. Ini bukan perkara yang baru dibangkitkan. Malah, perbuatan pengambilan pasir secara haram merupakan satu aktiviti yang wujud kian lama.

Walau bagaimanapun tidak terdapat usaha dan ketegasan untuk membenteras aktviti ini. Dalam kata lain, pengambilan pasir secara haram ini bolehlah ditakrifkan sebagai 'curi pasir' Selagi pengambilan pasir dilakukan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan ia haruslah dikategorikan sebagai aktiviti mencuri pasir.

Pihak kerajaan terutamanya Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah harus memikul tanggungjawab dalam membenteras aktiviti curi pasir ini. Lebih banyak operasi perlu dilakukan oleh pihak kerajaan negeri untuk membendung kegiatan haram ini. Pihak kerajaan juga harus memantau jumlah dan spesifikasi pasir yang dilombong oleh pengusaha-pengusaha.

Jika pihak kerajaan menangkap aktiviti perlombangan pasir yang dilakukan tanpa memenuhi syarat, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang terlibat. Kerajaan tidak boleh membiarkan khazanah negeri dicuri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum kelulusan diberikan untuk melombong pasir, laporan kesesuaian tanah dan laporan teknikal perlu diperolehi daripada agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat. Permohonan ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri . Pihak kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa meluluskan permohonan lombong pasir berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada. Oleh itu, jika berlaku sebarang aktiviti perlombaongan pasir yang tidak terkawal, maka itu merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009, pengeluaran pasir di Negeri Perak bagi tempoh 2007 hinga 2009 adalah sebanyak 24.16 juta tan metrik yang melibatkan kutipan royalti berjumlah RM52.09 juta. Jumlah ini adalah jumlah yang diketahui oleh pihak kerajaan. Berapa banyakkan pasir yang telah dicuri diseluruh negeri Perak tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

Laporan Ketua Audit Negara mengaku bahawa terdapat banyak operasi pengambilan pasir yang tidak memenuhi syarat permit dan kelemahan penguatkuasaan oleh agensi-agensi kerajaan. Menurut laporan itu lagi, terdapat banyak kes-kes pelanggaran syarat yang ditetapkan tetapi tidak ada pemantauan dan penguatkuasaan yang memadai.

Kita tidak boleh membiarkan kekhilafan ini terus berlanjutan di negeri Perak. Apakah tindakan yang diambil terhadap pihak-pihak yang melanggar syarat perlombongan yang ditetapkan.

Selagi pihak berkuasa negeri bersikap pasif menutup mata dan telinga dalam hal ini, ia akan membawa satu kesan negatif jangka panjang dari segi alam sekitar dan ketirisan hasil kerajaan negeri.

Mengutamakan sasaran Pakatan Rakyat

Posted: 09 Dec 2010 11:05 PM PST

04 Muharam 1431 H
Oleh:Wan Hamidi Hamid

Walau dilanda kemelut politik dalaman, Pakatan Rakyat dilihat tetap utuh dan bersatu dalam usaha menggembleng tenaga bagi mengembalikan semula semangat persaudaraan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kemelut dalaman yang tak seberapa tetapi telah digembar-gemburkan oleh media arus perdana milik langsung dan tidak langsung Umno serta BN tidak banyak menggugat hati sanubari ahli serta penyokong Pakatan.

Malah, pengembalian semangat tsunami politik 2008 dijangka memberi nafas baru kepada Pakatan, terutamanya apabila Umno dan BN menyedari mereka juga mengalami masalah yang lebih besar.

Penyakit BN

Perdana Menteri sendiri tidak dapat lagi menutup pekung politiknya apabila terpaksa membuat pengakuan terbuka dalam konvensyen BN di ibu negara pada 5 Disember lalu dengan mendedahkan empat penyakit politik yang melanda gabungan pemerintah pusat itu.

Menurut pengakuan Datuk Seri Najib Razak, penyakit khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan telah melanda BN sebagai gabungan parti-parti yang sudah terlalu lama memerintah dan gagal muhasabah kelemahan diri.

Walau pun Pakatan tidak sepatutnya mengharapkan kelemahan musuh politik dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat, ia perlu menjadi hebahan kepada para pengundi yang selama ini dibekalkan dengan berita-berita berat sebelah dari media arus perdana.

Ini adalah kerana "keikhlasan" Najib dijangka tidak akan popular di kalangan para pemimpin Umno khususnya yang tidak pernah mengakui kelemahan diri dan sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan orang lain apabila gagal memenuhi janji kepada rakyat, khususnya kepada orang Melayu.

Kesempatan ini perlu diambil oleh para pemimpin dan penyokong Pakatan untuk menyampaikan kebenaran kepada rakyat. Apatah lagi, sewaktu konvensyen BN diadakan, pihak polis – untuk kesekian kalinya tanpa budi bicara – telah menghambur gas dan air pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan aman beribu-ribu rakyat di ibu kota yang menuntut hak air.

Kenaikan harga barang

Di sebalik janji-janji pembangunan dan projek besar untuk rakyat, kerajaan BN terus membiarkan harga petrol, gas dan diesel naik manakala gula yang menjadi keperluan harian juga melambung harganya. Alasan untuk memansuhkan subsidi sukar diterima kerana berbilion ringgit subsidi masih dikekalkan untuk membela kroni-kroni seperti syarikat-syarikat memonopoli industri-industri tertentu termasuk korporat pengeluar tenaga bebas.

Tanpa segan-silu, pucuk pimpinan BN masih mewarwarkan program ETP, GTP, PTP dan Model Ekonomi Baru yang kelihatan indah dan gah termpampang di muka-muka akhbar untuk memulihkan ekonomi negara.

Yang menjadi persoalan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama: mengapa program-program gergasi bernilai berbilion ringgit itu dicanangkan sebagai usaha pusat untuk rakyat sedangkan BN tidak mampu untuk menangani kenaikan harga barang-barang keperluan harian? Persoalan ini bukan sahaja timbul di kalangan penyokong Pakatan, malah ia menjadi tanda tanya di kalangan akar umbi di pihak Umno dan BN.

Sikap pelampau kaum

Malah, tindakan-tindakan melampau kumpulan ultra kaum yang berkait rapat dengan Umno juga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin dan penyokong komponen BN. Walau pun pemimpin mereka takut-takut untuk bersuara, di kalangan akar umbi komponen BN, mereka semakin meluat dengan sikap perkauman yang dibiarkan oleh Umno sebagai parti tunjang.

Sedangkan di pihak Pakatan, jelas kesepakatan – walau pun belum dalam konteks kebulatan suara – semakin terserlah apabila pimpinan dengan terang menolak perkauman dan ketuanan kaum. Sekali lagi, kelebihan berada di pihak Pakatan.

Di sini Pakatan Rakyat perlu menghimpun semula segala kekuatan intelek dan fizikal yang ada untuk mendepani isu-isu semasa di samping dasar-dasar jangka pendek dan panjang.

Dua keutamaan Konvensyen Pakatan

Dua perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:

Memahami dan menangani masalah-masalah ciptaan BN yang membebankan rakyat dengan cara yang terbaik mungkin; dan
Berusaha untuk bertaut semula di kalangan kepimpinan parti-parti komponen yang sedikit-sebanyak terjejas dek pemilihan-pemilihan parti baru-baru ini.
Sebagaimana yang dipersetujui pucuk pimpinan Pakatan pada bulan November lalu, perkara-perkara ini akan dihalusi dan dicapai kata sepakat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang kedua yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 19 Disember ini.

Menurut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu-isu yang akan dibincangkan termasuk soal air, tol, pelaburan, masalah pekerja, tanah Felda, Felcra dan tanah adat serta isu-isu hak Sabah dan Sarawak.

Perancangan Pakatan setakat ini berjalan lancar apabila Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat pada 29 November di Selangor telah mencapai kata sepakat menerusi tema "Meneruskan Cita-Cita rakyat" dengan menggariskan usaha-usaha jelas bagi memenuhi matlamat yang ditetapkan.

Iltizam negeri-negeri Pakatan

Tanpa menggunakan bahasa yang kabur, persidangan ketua-ketua negeri Pakatan itu telah beriltizam untuk:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara negeri Pakatan Rakyat;

Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;
Menjamin 'security' makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak;

Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam "dana kelab" (club deal) bagi membantu negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan; dan
Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Mungkin ada hikmahnya apabila Kerajaan Pusat menghadkan sumbangan kepada negeri-negeri Pakatan serta menyekat bantuan-bantuan yang biasa diberikan kepada negeri-negeri di bawah pentabdiran BN kerana ini memaksa kerajaan negeri Pakatan berhemah dan berhati-hati dalam belanjawan masing-masing.

Malah, tidak ada sebab untuk kepimpinan negeri membazir atau menyalahgunakan kuasa kerana sumber kewangan yang amat terhad.

Begitu juga, jika selama ini Pakatan Rakyat dihamburkan dengan kritikan tidak ada kejelasan perjuangan, kini komitmen yang diberikan oleh ketua-ketua negeri itu sedikit-sebanyak telah menjawab kecaman dengan mengemukakan perancangan untuk rakyat dalam masa yang terdekat ini.

Tidak mustahil komitmen itu bakal menjadi asas kepada manifesto Pakatan melalui komponen-komponennya PKR, PAS dan DAP dalam PRU akan datang. Tidak perlu menjanjikan projek-projek mega kerana rakyat lebih mudah yakin dengan perancangan dan jaminan yang pragmatik dan sederhana serta mampu dilaksanakan.

Bagi Konvensyen Pakatan Rakyat nanti, iltizam ketua-ketua negeri itu perlu diperjelaskan lagi untuk memudahkan kesinambungan kefahaman di kalangan rakyat, malah termasuk untuk mereka yang masih menyokong BN atau mereka masih ragu-ragu dengan kemampuan Pakatan.

Jangan buang masa

Paling penting, konvensyen itu nanti tidak perlu membuang masa dengan amalan ritual politik lama yang penuh dengan ucapan dan perbahasan berbunga-bunga penuh jerit-pekik yang hanya mengandungi retorika politik kosong.

Masa untuk syok sendiri sudah lama berlalu apabila tsunami politik 2008 tidak lagi menjadi kayu ukur semasa. Pergolakan politik dalaman dan luaran Pakatan harus menjadi teladan kepada para pemimpin, sama ada di peringkat atas atau akar umbi, untuk kembali melihat kumpulan sasar yang sebenar, iaitu pengundi.

Pemimpin dan bakal pemimpin yang mudah jatuh cinta dengan suara dan wajah sendiri akan turut terperangkap dalam penyakit yang dialami Umno dan BN sekarang - khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan.

Sasaran utama Pakatan

Sasaran utama – pengundi - perlu menjadi keutamaan. Bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan pengundi yang memilih Pakatan pada 2008 tetapi juga menarik sokongan pengundi baru serta mereka yang sudah mula gusar dengan Umno dan BN.

Jika sasaran ini dipaparkan dengan jelas dalam konvensyen Pakatan nanti, ia akan menjadi petanda positif ke arah persediaan rapi untuk menghadapi PRU yang dikatakan akan diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Ini amat penting kerana Pakatan Rakyat telah giat berkempen dan berjaya mendaftarkan begitu ramai pengundi baru dalam masa tiga tahun lalu. Sebagai sasaran, pengundi memerlukan maklumat yang lengkap dan fakta yang benar untuk membuat keputusan penting dalam menentukan masa depan negara.

Harakahdaily/-

Hampir 50% rakyat percaya gejala rasuah berleluasa

Posted: 09 Dec 2010 11:00 PM PST

04 muharam 1431 H
Oleh:Aidila Razak

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung daripada 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberikan rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.

Malaysiakini/-

SEPULUH SEBAB PENGHAPUS DOSA

Posted: 09 Dec 2010 07:27 PM PST

04 Muharam 1432H
Oleh : alsofwah

Nash-nash al-Qur`an dan Sunnah telah menunjukkan bahwa hukuman dosa (siksa) dapat dihapuskan dari seorang hamba dengan sepuluh sebab berikut ini:

1. Taubat Nasuha.

Yaitu taubat yang sebenar-benarnya taubat, maka ia (taubat nasuha) dapat meleburkan dosa sebelumnya. Dan Allah Subhanahu Wata'ala Maha menerima taubat hamba-hambaNya yang mau bertaubat kepadaNya.

Dan orang yang bertaubat dari segala dosa bagaikan orang yang tidak memiliki dosa. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, "Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan." (QS. asy-Syura: 25).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, "Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. al-A'raf: 153).

2. Beristighfar.

Yaitu memohon ampunan kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah akan mengampuni hamba-hambaNya yang meminta ampunan (beristighfar) kepadaNya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, "Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. an-Nisa`: 110).

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman, artinya, "Dan Tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun." (QS. al-Anfal: 33).

Begitu juga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda tentang apa yang beliau riwayatkan dari Rabbnya, artinya, "Wahai anak cucu Adam (manusia) seandainya dosa-dosamu setinggi awan di langit, lalu kamu meminta ampun kepadaKu, niscaya Aku akan mengampuni dosa-dosamu." (HR. at-Tirmidzi, dan dia berkata, "Hadits hasan shahih."

Allah Subhanahu Wata'ala juga berfirman dalam hadits qudsi, artinya, "Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian melakukan kesalahan (dosa) di waktu malam dan siang hari, sedangkan Aku lah yang dapat mengampuni semua dosa, maka mohon ampunlah kalian kepadaKu niscaya Aku akan mengampuni dosa kalian." (HR. Muslim).

3. Kebaikan-kebaikan menghapuskan dosa-dosa.

Seperti shalat, shadaqah, puasa, haji, membaca al-Qur`an, berdzikir kepada Allah, berdo'a, beristighfar, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung silatur rahim, dan lain-lain. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman, artinya, "Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (QS. Huud: 114).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Shalat-shalat yang lima waktu, jum'at ke jum'at, ramadhan ke ramadhan dapat meleburkan dosa diantara keduanya apabila dosa-dosa besar dijauhkan." (HR. Muslim).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda, "Dan ikutilah perbuatan buruk/ kejahatan dengan perbuatan yang baik, niscaya dia menghapuskannya." (HR. at-Tirmidzi dan dia menghasankannya).

Sesungguhnya satu kebaikan dilipat gandakan balasannya sampai sepuluh kali lipat, adapun keburukan akan dibalas yang serupa dengannya. Maka celakalah bagi orang yang berguguran (kalah) satu persatu dari sepuluh sebab tersebut.

4. Doa orang-orang yang beriman.

Maksudnya mereka memohon ampunan (kepada Allah, pen.) untuk orang yang beriman (lainnya) baik ketika hidup maupun setelah mati dan khususnya pada saat ketidak beradaannya (tanpa sepengetahuan orang yang didoakan, pen.) dan begitu juga doanya atas saudara-saudaranya yang telah meninggal dunia.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak hadir (tanpa sepengetahuannya, pen.) adalah mustajab, di samping kepalanya terdapat malaikat, setiap dia berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, malaikat yang diutus berkata, 'Amin, dan bagimu sepertinya (seperti orang yang didoakan, pen.)." (HR. Muslim).

5. Perbuatan-perbuatan baik yang dilakukan/ diniatkan untuk si mayyit .

Seperti shadaqah; puasa; haji; membebaskan budak; dan yang lainnya. Para ulama berpendapat, "Amal shalih apa pun (yang dapat mendekatkan diri kepada Allah) yang dia kerjakan dan dia peruntukkan pahalanya untuk seorang muslim baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, maka hal itu bermanfaat baginya." Dan yang lebih utama adalah mencukupkan dalam hal tersebut pada apa yang dijelaskan/ ditetapkan oleh nash-nash (al-Qur`an dan Sunnah).

6. Syafa'at Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dan selainnya.

Maksudnya adalah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan selain beliau akan memberikan syafa'at kepada orang-orang yang berbuat dosa pada hari Kiamat dengan izin Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana hal tersebut ditetapkan di dalam hadits-hadits shahih.

7. Musibah-musibah.

Dengannya lah Allah Subhanahu Wata'ala menghapuskan dosa-dosa atau kesalahan-kesalahan (yang dilakukan oleh hamba-hambaNya, pent.) di dunia sebagaimana yang telah dijelaskan dalam ash-Shahihain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam;bersabda,

"Tidaklah orang yang beriman ditimpa penyakit yang terus menerus dan tidak pula rasa cemas, rasa sedih, rasa susah dan rasa sakit, sampai-sampai duri yang menusuk kecuali Allah menghapuskan dengannya dari dosa-dosa/ kesalahan-kesalahannya." (HR. al-Bukhari dan Muslim).

8. Apa yang didapatkan oleh seorang hamba ketika di dalam kubur.

Yakni berupa fitnah, himpitan liang kubur, kengerian, maka ini semua di antara yang dapat menghapuskan dosa-dosa.

9. Rasa takut, kesusahan serta kengerian terhadap kedahsyatan hari kiamat.

10. Rahmat Allah Subhanahu Wata'ala

Sesungguhnya karena rahmat Allah Subhanahu Wata'ala, semua hamba mendapatkan maaf dan ampunanNya tanpa sebab, maka Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, sebagaimana Dia berfirman, artinya, "Dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu." (QS. an-Nisa`: 48 dan 116).

Dan Dia lah yang Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya dan sungguh rahmat Allah Subhanahu Wata'ala meliputi segala sesuatu.(Abu Nabiel).

Tindakan DBKL mahu roboh surau dikesali

Posted: 09 Dec 2010 06:59 PM PST

04 Muharam 1432H
Oleh : Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan surau Madrasah Al-Falah Kampung Kerinchi, di sini yang berusia lebih 12 tahun amat dikesali oleh PAS, memandangkan tindakan itu jelas gagal memahami perasaan orang ramai terutama dalam perkara yang menyentuh sensitiviti agama.

Pihak DBKL tidak seharusnya mengambil semudah itu, memandangkan ia melibatkan tempat ibadat umat Islam yang telah dibina sekian lama oleh penduduk tempatan dan dengan wang ringgit serta titik peluh mereka sendiri.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika menyuarakan kekasalan itu berkata, lagikan rumah ibadat penganut agama lain termasuk Kristian, Buddha dan Hindu pun tidak boleh diperlakukan sebegitu mudah, apatah lagi dengan tempat ibadat umat Islam, sejajar dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Menurut beliau, DBKL sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan penduduk tempatan bagi mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu berhubung perkara itu.

Jika orang ramai ternyata sudah tidak bersetuju untuk dirobohkan surau itu, pihak DBKL tidak sepatutnya merobohkannya walaupun atas tujuan pembangunan.

"Jadi dengan itu, sesiapa pun tidak boleh menyalahkan pendududuk di kawasan itu untuk mempertahankan surau itu dari dirobohkan. Mereka telah membinanya sendiri sejak sekian lama, jadi mereka memanglah berhak mempertahankannya dari dirobohkan dan dari sebarang pencerobohan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, jika hendak dirobohkan juga, ia tentunya menimbulkan tanda tanya dan kerisauan di kalangan penduduk tempatan, lebih-lebih lagi jika tindakan itu dilakukan tanpa sebarang jaminan kepada mereka mengenai surau yang akan menjadi gantinya, berapa lama surau yang akan menggantikan surau itu akan diperolehi dan di manakah pula mereka hendak mendirikan solat berjamaah dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan lain sepanjang surau baru itu akan disiapkan?

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan DBKL yang mengeluarkan notis untuk merobohkan surau tersebut bertarikh 10 November lalu yang berakhir hari ini untuk tujuan pembangunan.

Ekoran notis itu, kira-kira 80 ahli kariah surau tersebut yang bimbang surau itu akan dirobohkan telah bermalam di surau itu sejak malam semalam sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

Pengerusi surau itu, Jasni Abdullah memberitahu, dua tiga hari sebelum ini, beliau telah menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL dan beliau telah diberikan jaminan mulut bahawa mereka tidak akan merobohkan surau itu.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan. Walaupun jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah tetap bermalam di surau ini sejak malam semalam. Pihak kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Kami juga turut menunaikan solat hajat supaya surau ini tidak dirobohkan," tegasnya.

Menurut beliau, pada mulanya, beliau berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut yang telah beroperasi sejak 1998 lalu. Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu. Namun pihaknya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga, katanya, telah menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu. Bagaimanapun, sehingga hari ini, pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada menteri itu. Sehingga kini, pihaknya masih lagi dalam proses rundingan dengan DBKL.

Mengulas perkara itu dengan lebih jauh, Dr Mujahid bimbang jika tindakan tersebut dilakukan oleh pihak DBKL disebabkan surau tersebut dilabel sebagai kubu penyokong PAS di kawasan itu.

"Tetapi saya harap perkara itu tidak berbangkit dan kebimbangan saya itu tidak berasas. Itulah harapan saya. Tambahan pula pengerusi surau itu sendiri pun sudah pun menafikan perkara itu," katanya.

Dalam perkembangan pagi tadi, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir ke surau itu untuk bersama penduduk tempatan. Beliau berharap agar pihak DBKL dan menteri berkenaan menjawab persoalan aduan daripada pihak penduduk mengapa surau itu mahu dirobohkan?

"Pihak surau telah menggunakan saluran diplomasi, tetapi surat (mereka) tidak dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

"Baru dua bulan DBKL sendiri mengecat bangunan (surau) ini (sehingga) cantik dan indah, malah Ketua Pengarah DBKL sendiri dilaporkan pernah hadir program pada Ramadan lalu... tiba-tiba notis ini dikeluarkan dengan mereka tidak melayan memorandum dan surat-surat ahli kariah ini," kata Nurul sekali lagi dalam sidang medianya di Dewan Rakyat.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara itu kepadanya, tetapi beliau meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik", namun beliau amat kesal kerana surat mereka tidak diendahkan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden PKR yang telah meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi di surau berkenaan akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan. Sehingga tengah hari ini, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan. Bagaimanapun, dari pemerhatian Harakahdaily terdapat dua pegawai polis di surau itu.

Harakahdaily/-

SPRM akui penjawat awam Kelantan bersih

Posted: 09 Dec 2010 06:49 PM PST

04 Muharam 1432H
Oleh : Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 9 Dis: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui penjawat awam di negeri Kelantan begitu rendah terlibat dengan gejala rasuah jika dibandingkan dengan negeri lain.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya SPRM ( Bahagian Pengurusan ) Datuk Zakaria Jaafar, perangkaan SPRM menunjukkan dalam tahun 2010 bagi tempoh hingga Oktober tahun ini hanya seramai dua orang sahaja penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan dari pihaknya.

"Walaupun angka ini amat kecil jika dibandingkan dengan kakitangan awam kerajaan negeri seramai lebih 7000 orang, namun sekiranya ia tidak dikawal, ia mungkin akan merebak satu hari nanti,"ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Hari Intergriti Peringkat Negeri Kelantan hari ini yang dirasmikan oleh Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin Daud yang mewakili Menteri Besar Kelantan.

Zakaria juga berkata pelbagai cabaran yang perlu di atasi oleh setiap individu iaitu rasuah,khianat, birokrasi, mungkir janji, kerja bertangguh, Membuang Masa dan Hasad Dengki bagi menjadikan diri sebagai yang kukuh dengan jati diri dan penuh intergriti.

Beliau juga mengingatkan penjawat awam negeri agar sentiasa mengawal diri terutamanya yang berkaitan dengan urusan rakyat dan hendaklah menjauhkan diri dari mendekati dengan unsur-unsur yang boleh membawa kepada tercalarnya integriti diri.

"Kalau kita sebagai ketua jabatan, janganlah cuba-cuba dekati orang yang ada kepentingan dan seolah-olah mengharapkan balasan dari mereka dalam sesuatu perkara,"kata beliau.

"Ada antara kita yang ada sedikit kuasa cuba memberitahu sesuatu masalah seperti kereta rosak kepada orang tertentu dan orang tu pulak akan cuba menyelesaikan masalah beliau terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, ini juga adalah ciri-ciri yang membawa kepada berlakunya rasuah,"ujarnya lagi.

Sementara itu Speaker Dun Kelantan Datuk Nassurudin ketika merasmikan majlis tersebut berkata tokoh intergriti terkemuka ialah Rasulullah SAW yang seharusnya dijadikan contoh bagi kehidupan seharian termasuklah penjawat awam.

"Kerajaan Kelantan sentiasa menitik berat soal integriti terhadap kakitangan kerajaan dan juga pimpinan negeri, Alhamdulillah melalui tiga teras utama yang dilaksanakan di negeri ini iaitu Ubbudiyyah,Masuliyyah dan Itqan, kakitangan kerajaan dapat membendung diri darii perkara yang buruk,"ujarnya.

Nassruddin juga berharap kempen kesedaran integriti ini diteruskan dari masa ke semasa untuk kakitangan kerajaan agar sentiasa dapat dijadikan panduan semasa bekerja.

Harakahdaily/-

Anwar jamin stabilkan PKR jadi keutamaannya

Posted: 09 Dec 2010 06:13 PM PST

04 Muharam 1432H

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menjadikan usaha untuk menstabilkan partinya sebagai keutamaan beliau sekarang ini.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada rakan twitter beliau Zaim90 yang membuat cadangan agar beliau memberikan tumpuan untuk menstabilkan PKR selepas berpendapat PAS dan DAP dalam keadaan stabil sekarang.

"Ya, ia menjadi keutamaan kami," kata Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh dalam twitternya.

"Saya tidak menyokong Umno-BN. Kita perlu perubahan. PAS, DAP dalam keadaan stabil, tetapi PKR tidak. Anda perlu perkasakan PKR secepat mungkin," tulis Zaim90 dalam twitternya kepada Anwar.

Pengakuan Anwar ini memberikan harapan kepada semua pihak untuk melihat parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersiap sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

PKR dilihat sedikit bermasalah apabila melalui proses pemilihan kepimpinan baru-baru ini. Ini kerana, sistem pemilihan terus yang dilaksanakan PKR itu adalah satu sistem yang baru dan terdedahkan kepada banyak kelemahan.

Aklibatnya, PKR kehilangan salah seorang pemimpin kanannya, Datuk Zaid Ibrahim apabila beliau keluar meninggalkan PKR kerana tidak berpuashati dengan sistem pemilihan terus itu.

Selain Zaid, PKR juga berhadapan dengan kritikan dari ahlinya yang lain. Terbaru, calon Ketua Angkatan Muda, Badrul Hisham Shahrin enggan menerima sebarang jawatan dalam PKR ekoran kekalahannya merebut jawatan itu.

"Saya tidak kecewa kerana saya tewas, kalau kecewa pun adalah kerana saya tidak dapat melaksanakan pembaharuan dalam AMK yang saya dan teman-teman amat yakin mampu menyerlahkan politik reformasi yang kita laungkan selama ini yang telah digariskan dengan jelas dalam Manifestasi Anak Muda Malaysia.

"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Harakahdaily/-

Putrajaya jatuh, Umno akan kelaparan

Posted: 09 Dec 2010 05:47 PM PST

04 Muharam 1432H
Oleh : Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, hari ini.

PAS, katanya berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka.

Katanya, pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Ujarnya lagi, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat kerana seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.

Sekarang, tambahnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

"Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka," ujarnya.

Beliau juga mengulas tuduhan Muhyiddin mengatakan "kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin".

"PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

"Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?" soalnya.

PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan memberikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika BN menang, ujarnya segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

"Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa," katanya.

Harakahdaily/-

.

Posted: 10 Dec 2010 01:37 AM PST

.


Kenalilah Ketuanan Melayu Umno

Posted: 09 Dec 2010 08:11 AM PST

Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.


Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak


Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.



Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.


Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.


Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS TAMBUN

Posted: 10 Dec 2010 01:19 AM PST

PAS TAMBUN


Layan Syahdu Sikit

Posted: 09 Dec 2010 11:09 AM PST



Munajat Seorang Hamba..

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana

PULAU TAWAR

Posted: 09 Dec 2010 11:44 PM PST

PULAU TAWAR


Cerita saksi yang melihat

Posted: 09 Dec 2010 07:00 AM PST

Kereta Aminulrasyid ditembak bertubi-tubi: Saksi



SHAH ALAM: Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah ditembak bertubi-tubi dari arah belakang.

Konstabel Mohd Izham Mahayadin berkata, sebelum itu beliau bersama seorang lagi rakan setugasnya mengejar kereta yang dipandu mangsa dari Bulatan Kayangan sehingga ke Jalan Tarian, sebelum melepaskan beberapa tembakan ke arah tayar dan rim bagi menghentikan kenderaan itu yang dilihat berbahaya kepada pengguna jalan lain.

Beliau berkata, kereta itu kemudian dilihat terhuyung-hayang namun masih mampu bergerak dengan kelajuan sederhana iaitu antara 60 hingga 70 kilometer sejam.
(Cerita lanjut di sini)

Ulasan:-Nampaknya dalam kes ni,dah ada saksi yang mengatakan dan menceritakan kisah yang benar berlaku semasa kejadian.Kereta yang di pandu mungkin dipandu oleh sesiapa sahaja.Mungkin penjenayah BESAR atau mungkin tidak.Tapi sebelum dari ini,ada pihak yang mengatakan mereka cuma melepaskan tembakan amaran sahaja.Agaknya berapa kali tembakan AMARAN telah di lepaskan? Takkan sampai berpuluh-puluh kali?

Agak-agaknya polis yang memberi keterangan ni nak jadi macam mana pulak lepas ni?????

Salam Perjuangan

Posted: 09 Dec 2010 11:21 PM PST

Salam Perjuangan


BN TEMPANG, PR JANGAN SELESA

Posted: 09 Dec 2010 03:03 PM PST

3 Muharram 1432 H | 10 Disember 2010

Ahmad Lutfi Othman
Penangguhan pemilihan Umno yang dijadual diadakan akhir tahun depan, selama 18 bulan, seperti diumumkan presidennya, Najib Razak baru-baru ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia sudah dilakukan beberapa kali sebelum ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Soalnya, apakah kita sudah berada di ambang kempen Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka paling sengit pernah diadakan tetapi sukar ditelan keputusannya nanti? Pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam Umno sering membawa petaka dahsyat, seperti berlaku pada April 1987, yang akhirnya menyebabkan ia diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tragedi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai ahli Umno, seterusnya daripada semua jawatan dalam kerajaan dan parti, pada September 1998 juga merupakan langkah drastik Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak jawatannya sebagai Presiden Umno dicabar.

Setiap kali pemilihan sengit berlaku dalam Umno, kekuatan parti itu semakin merosot dan secara automatik saingannya dilihat mendapat kelebihan. Justeru, kini, Najib pastinya tidak mahu mengambil sebarang risiko, apatah lagi pilihan raya umum ini menentukan "hidup-mati" kerjaya politiknya. Sepanjang sejarah, tidak pernah BN dicabar sebegini sengit.

Rakyat kini memang mempunyai pilihan yang lebih berwibawa bagi menggantikan pemerintah yang terbukti mengkhianati amanah kepemimpinan dengan melakukan pelbagai skandal, salahguna kuasa dan penyelewengan bertaraf mega.

Namun begitu, di pihak Pakatan Rakyat sendiri, ia tidak semudah melafazkan ikrar bagi membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan. Laluannya bukan mudah, malah lebih sukar dan seringkali tidak terduga cabarannya.

Umno-BN yang masih berkuku terus menguasai segala peralatan dan kemudahan kerajaan untuk mencengkam kebebasan dan melunakkan penentangan rakyat, bagi mengekalkan status-quo, selain mengukuhkan lagi kongkongan terhadap media.

Walaupun hanya mendapat majoriti mudah di Parlimen dalam pilihan raya umum lalu, dan tewas di lima negeri, namun kuasa yang masih dimiliki BN tidak boleh diremehkan atau dipandang rendah. Agensi penting pemerintahan, seperti polis, tentera, badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, media dan jentera kerajaan secara keseluruhannya, sentiasa menjadi perkakas dan senjata utama bagi BN mempertahankan sisa-sisa kuasanya.

Pastinya jentera kempen BN kali ini akan melakukan apa jua usaha, strategi dan konspirasi bagi memastikan teraju kuasa tidak terlepas. Sering diulang bahawa Umno-BN tanpa kuasa akan hilang segala-galanya. Semangat, komitmen, daya juang apatah lagi pengorbanan pendokong dan penyokongnya akan lumpuh teruk jika kuasa terlucut dalam pilihan raya akan datang.

Pemimpin Umno amat arif tentang realiti ini, justeru mereka pasti berusaha sedaya mungkin bagi memastikan kuasa - terutama di peringkat persekutuan - tidak terlucut walaupun untuk seketika. Tanpa kuasa, Umno sebagai tonggak BN akan menjadi kerdil, layu dan tidak bermaya. Sandarannya terhadap kuasa umpama kembar siam, yang tidak boleh bercerai tanggal walaupun seketika.

Walau bagaimanapun, realitinya Umno masih berkuku di atas singgahsana kuasa, biarpun nampak tempang. Dengan apa jua kos yang terpaksa dihanguskannya, saki-baki kuasa itu akan dipertahankan. Umno-BN lebih memahami betapa peritnya kehilangan kuasa. Maka, sedaya upaya pemimpinnya akan mencari jalan, tanpa memperhitung nilai moral lagi, bagi mengelak bertembung dengan situasi paling digeruni itu.

Benar, sebelum ini ia pernah kalah beberapa kali di peringkat negeri, seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, Perak dan kini Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Namun keperitan terlepas kawalan di peringkat persekutuan belum pernah dirasainya dan para pemimpinnya sedar bahawa ahli-ahli Umno tidak mampu berdepan dengan kekalahan dahsyat seperti itu.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana semangat dan moral aktivis parti itu mampu dipulihkan jika mereka benar-benar hilang kuasa dalam pilihan raya akan datang. Maka, selagi kuasa masih berbaki di tangan, maka apa jua usaha, manipulasi dan taktik pasti akan digunakan bagi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat.

Soalnya, apakah Pakatan Rakyat kini benar-benar berada di atas landasan yang betul, dengan "kelajuan" munasabah, dalam laluannya ke Putrajaya? Sudahkah dibereskan segala kelemahan asasi yang masih menyelimutinya?

Bagaimana dengan persiapan bagi menghadapi rintangan dan hambatan dalam perjalanan berliku itu? Kesatuan dan persefahaman sesama anggota Pakatan Rakyat, bagaimana ya? Apakah ia mudah dirobek-robekkan seperti berlaku kepada Barisan Alternatif sebelum ini? Musuh yang menghalang bukan sahaja tampil dalam bentuk nyata seperti dijangka, malah kerap menerpa dalam situasi tidak terduga.

Sering saya ulangi, disebabkan pilihan raya kali ini bukan lagi untuk menafikan majoriti dua pertiga BN, maka keadaannya menjadi lebih sulit. Kedua-duanya, kewibawaan (juga kelemahan) Pakatan dan BN akan diperhati, disemak, diteliti dan ditimbang semasak-masaknya. Dahulu, jika pengundi hanya bermotif mewujudkan pembangkang yang kuat, keadaan tidak sesulit sekarang apabila rakyat mahu memilih pemerintah yang terbaik bagi pandangan mereka.

Budaya politik baru yang dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat bukan jaminan BN akan ditolak dalam pilihan raya akan datang. Kini pengundi lebih kritis dan ramai di antara mereka tidak mahu diidentifikasikan dengan mana-mana parti. Mereka lebih bebas untuk membuat pilihan dan tidak mudah terikat dengan sebarang sentimen. Malangnya, dalam masa sama, Pakatan juga masih dilihat meneruskan saki-baki "politik usang" yang boleh menikam diri.

Namun, "jiwa hamba" dan "pemikiran yang terkurung" di kalangan sebahagian besar rakyat belum dapat dibebaskan sepenuhnya lagi. Tanpa usaha gigih, perancangan sistematik, dan daya kreativiti yang tinggi di kalangan aktivis dan jentera Pakatan, segala kongkongan warisan Umno itu masih menebal dan sukar dikikis dalam waktu singkat. Dengan itu, ia masih dilihat memberi kelebihan buat BN.

Umno memang cuba menyembunyikan pergolakan dalamannya terutama apabila berdepan pilihan raya umum. Soalnya, apakah parti-parti dalam Pakatan jua tidak menghadapi masalah yang hampir sama, yang boleh melunturkan kekuatan yang baru dibina ini?

Sekurang-kurangnya di peringkat ini, saya masih meletakkan kekuatan (juga kelemahan) di antara Pakatan dan BN hampir berada pada kedudukan sama. Tiada siapa boleh mendabik dada dapat mengungguli pertandingan paling sengit ini. Perjalanan masih terlalu awal untuk diramalkan.

Pengikut