Selasa, 19 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 19 Apr 2011 11:29 PM PDT

Salam Perjuangan


KUKUHKAN PERPADUAN PARTI - TG PRESIDEN

Posted: 19 Apr 2011 06:52 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 19 Apr 2011 11:18 PM PDT

Idris Ahmad


Wan Ahmad Celik Ketika Kempen Pembangkang Sahaja

Posted: 19 Apr 2011 07:41 PM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini. Kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.

Datuk Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional beliau dalam mengendalikan pilihanraya. Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai  pada hari pembuangan undi.

Apakah beliau buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana. Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini.

Pas tidak pernah dengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihanraya.

Beliau hanya bersuara ketika parti anutan beliau dibelasah oleh PR. Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihanraya kerana bimbang  talian hayat  beliau akan tamat jika BN kecundang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Apr 2011 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Minum Petang Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 Seremban

Posted: 19 Apr 2011 01:56 AM PDT



MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
29 April 2011 (Jumaat), Jam 5.00 ptg
Di No.6, Kg. Panchor, Seremban
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban

Posted: 19 Apr 2011 01:55 AM PDT



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau

Posted: 19 Apr 2011 12:16 AM PDT



Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Apr 2011 07:43 PM PDT

Rembau Hari Ini


Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban

Posted: 19 Apr 2011 01:53 AM PDT



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau

Posted: 19 Apr 2011 12:37 AM PDT



Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 19 Apr 2011 07:36 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Sebenarnya Bukan PAS Yang Sakit, Tetapi Orang Melayu Itu Sendiri Yang Sakit - Presiden PAS

Posted: 19 Apr 2011 10:07 AM PDT

KUALA LUMPUR : Isu akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamarudin penuh putar belit yang ditimbulkan kembali oleh para pemimpin Umno BN, disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.


Untuk memahami isu itu, kesemua pihak perlu menyedari kedudukan Raja Petra itu sendiri yang hanya sebagai rakyat biasa, bukan pemimpin negara dan bukan juga pemimpin parti politik penting di tanah air.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.

Menurut beliau, sebaliknya jika dilayan, ia hanya membuang masa dan tidak memberikan sebarang erti bagi mewarnai politik negara yang kini semakin menarik setelah diberikan nafas segar oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, jika dikaitkan dengan situasi sedang memandu kereta di tengah jalan, melayani isu-isu murahan di tepi jalan seperti itu hanya akan mengganggu pemanduan seseorang sehingga akan menyebabkab 'lari stereng', sekali gus akan merbahayakan individu itu sendiri.

"Apatah lagi jika berkait pula dengan pentadbiran organisasi penting seperti PAS yang jika dilayan akan menyebabkan kita hanya membuang masa atau melakukan pekerjaan sia-sia sahaja," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS agar bijak menilai isu yang ditimbulkan oleh pihak lawan untuk diulas bagi membolehkan ia memberikan kesan baik bagi perjuangan parti.

Kebijaksaan itu lebih diperlukan lagi apabila ia ditimbulkan sempena pilihanraya kerana jika tidak, isu-isu penting yang patut ditimbulkan terutama berkaitan dasar pasti akan tenggelam hanya dalam masa lima minit sahaja ditimbus isu remeh temeh seperti itu.

baca artikel penuh...di sini.

DHPP Terengganu Bakal Dirasmikan 21 Mei Depan

Posted: 19 Apr 2011 07:43 AM PDT

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu yang baru ditubuhkan dan bakal dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 21 Mei 2011 ini sedia menggempur Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusinya, Dr B.Chandran berkata DHPP yang sebelum ini dikenali "Kelab Penyokong PAS" bersedia pada bila-bila masa menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, usaha mendekati golongan bukan Melayu sedang giat dijalankan menjelang hari pelancaran sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kuala Terengganu.

"Kita (DHPP) sejak dari dahulu (Kelab Penyokong PAS) sentiasa bersama dengan PAS. Kita akan 'gempur' untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang," jelas ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, angin perubahan yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April lalu memberi semangat kepada rakyat di Semenanjung.

Beliau yakin Umno dan Barisan Nasional akan ditumbangkan dalam PRU Ke-13 ditangan Pakatan Rakyat.

sumber : apaorangkata.blogspot.com

Dr Azman Ibrahim

Posted: 19 Apr 2011 07:34 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Trio 'Datuk T' bakal hadapi tuduhan edar bahan lucah

Posted: 18 Apr 2011 10:01 PM PDT

Pejabat Peguam Negara teliti laporan siasatan kes video seks

'Penyakit sendiri cari'. Itulah mungkin gambaran tepat apa yang bakal menimpa Trio Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mereka berdepan tuduhan mengikut seksyen 292 Kanun Acara Jenayah kerana mengedar dan menayangkan bahan lucah yang boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan. Apalah nasib badan... Konspirasi makan diri.

Pertuduhan akan diputuskan oleh pejabat Peguam Negara selepas meneliti hasil laporan siasatan yang akan diserahkan oleh pasukan khas polis, diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dalam minggu ini.

Namun, setakat ini, tiga Datuk T yang sebelum ini mengakui mereka terbabit menyiarkan rakaman video seks itu kepada media, di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu, hanya sekali dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim.

"Sehingga kini belum ada sebarang perancangan untuk menahan tiga individu yang menyiarkan rakaman video seks membabitkan seorang lelaki dengan seorang wanita," kata Acryl Sani sebagaimana yang dipetik sebuah akhbar harian.

Bagaimanapun, katanya, polis memberi tumpuan penuh hasil soal-siasat terhadap mereka ketika dipanggil ke Bukit Aman pada 24 Mac lalu.
Beliau dilaporkan  berkata, siasatan terhadap mereka amat penting selepas hasil siasatan pertama yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada 8 April lalu dikembalikan bagi membolehkan beberapa aspek siasatan dilengkapkan.

"Buat masa ini kami jangkakan laporan penuh akan selesai dalam masa terdekat dan diserahkan kembali kepada Pejabat Peguam Negara antara esok atau lusa untuk tindakan selanjutnya," katanya dan menambah trio berkenaan mungkin dipanggil semula jika keadaan memerlukan.

PAS LENGGONG

Posted: 19 Apr 2011 07:24 PM PDT

PAS LENGGONG


Jalang - betina sundal

Posted: 19 Apr 2011 02:53 AM PDT

Pelacur dan lakinya seorang perogollah nanti

Zulkifli Nordin - Orang yang Fasiq

Posted: 18 Apr 2011 07:27 PM PDT


Dia menuduh orang berzina tanpa membawa 4 saksi. Dia wajib dirotan 80 sebatan. Persaksiannya tak diterima selamanya. Kalau dia nak nikahkan anak perempuan dia tak boleh jadi wali. Kalau dia yang percaya rujuk kepada mufti.
Sesiapa yang ada anak lelaki yang nak kahwin dengan anaknya kenak ingat dan pastikan yang menjadi wali bukan si fasiq itu.
Dia juga seperti dalam gambar. Laknat Allah ke atasnya seperti mana yang diterima oleh Kamal ataturk selama mana dia tidak bertaubat.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 19 Apr 2011 07:02 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


e-mail 1Malaysia : Projek menyelamatkan kroni?

Posted: 19 Apr 2011 05:22 PM PDT

Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Apr 2011 03:28 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BUKAN RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI, 'BLACKOUT' LAGI

Posted: 19 Apr 2011 03:21 PM PDT

Berlaku di Miri, semasa pengiraan undi dalam Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap di atas kesalahan yang tidak diketahui hujung pangkalnya oleh polis dan berlaku kekecohan dimana SPR dituduh menipu undi. Kami nak tanya satu je, apa sebab dia ditangkap? Berita ini tidak keluar di mana-mana media besar, jadi kami ingin kongsikan kepada anda.Terdapat kekeliruan di sini dimana, jika dilihat daripada video dibawah, Pakatan Rakyat telah meminta pengiraan semula undi atas beberapa sebab yang telahpun dinyatakan kepada SPR, namun ditolak bulat-bulat.

Ini adalah info yang kami terima dari beberapa sumber yang berada di tempat kejadian sewaktu proses pengiraaan undi dijalankan. Kalau dilihat dari info diatas, kelihatan SPR memang menipu terhadap undian di Miri.Kami nak tanya, mengapa selalu sangat berlaku blackout sewaktu pengiraan undi dijalankan? Dah macam resam pula kejadian blackout ini. Dan yang paling menghairankan, bagaimana pula dengan undi pos yang hanya sekadar 500+, boleh merosakkan majoriti calon PKR yang sedang mendahului 1000+ majoriti sewaktu pengiraan kotak undi terakhir?

Fikir logiklah nak kira undi dalam stadium sewaktu blackout.SPR,oh SPR. Kalau dah blackout tu, apa kata berhenti mengira undi sehinggalah masalah blackout tu dah selesai.Tak ada lah nampak SPR tidak berlaku adil.

Dan yang paling pelik, dengan hanya undi Pos 500+, boleh menidakkan majoriti 1000+ calon PKR, memang mustahil.Matematik mudah sahaja.Bukan pakai algebra.Kalupun semua undi pos memihak kepada calon SUPP, mustahil beliau boleh menang.dengan majoriti hanya dipisahkan 58 undi, wajar rasanya pengiraan undi di adakan semula.

Dan yang terakhir, atas alasan apa pula pembantu peribadi Elizabeth Wong ditangkap? Inikah cara Polis menangani masalah?Bagitahulah dulu apakah kesalahan yang dilakukan sekurang-kurangnya.Perlu terus tangkap dan pegi balai sahaja.Tidak perlu libatkan emosi dan profesionalisme dalam menjalankan kewajipan.

Namun begitu, kami nak tanya pendapat anda.Mungkin ada orang Miri yang lain, yang sanggup berkongsi tentang apa yang terjadi semasa proses pengiraaan undi waktu itu?/BS

TUN MAHATHIR BOREK , DATUK MUKHRIZ RINTEK, MATA DIKOREK TANGAN DITITIK !

Posted: 19 Apr 2011 06:44 AM PDT

ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Semalam Tun Mahathir kata Menyeri
Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.

GEMPAR TKSU KBS BUAT OPERASI SENDIRI

Posted: 19 Apr 2011 12:29 AM PDT



GEORGETOWN, 19 APRIL: Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat bersama seorang wanita di sebuah hotel di Batu Feringghi, Sabtu lalu.

Nur Diayana Norslan, 29 , juga tidak mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang sama.

Kedua-duanya didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut,di sini, sebentar tadi.

Sabtu lalu, seorang pegawai kanan kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya di sebuah hotel terkemuka di Batu Feringgi.

Pegawai kanan itu ditahan kira-kira jam 4 pagi.

Penahanannya turut disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Sazeli Hussein.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, manakala Seksyen 27 (b) enakmen sama.

Hakim, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan 20 Jun depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
-tvsnews-

SILA TELITI, KU LI PUN NGERTI, PM NIE SAJA LUPA PESAN AYAHNYA

Posted: 18 Apr 2011 11:59 PM PDT

LEBIH SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN

Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;
"Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974". Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, "Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya."

Maka sejak dari tarikh tersebut Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima wang royalti minyak secara langsung dengan tunai bernilai hampir RM7 bilion selama 22 tahun tanpa sebarang gangguan dan sekatan sepertimana yang terkandung dalam perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Namun sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999, pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyekat serta menafikan hak royalti kepada kerajaan Terengganu. Maka pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu dan menggunakan kaedah baru yang dikenali "Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan" tanpa menyalur terus kepada kerajaan negeri lima peratus royalti petroleum.

Malahan Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa "pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan". Lebih malang lagi ada menteri dan pimpinan UMNO negeri Terengganu sendiri yang sanggup mengkhianati hak dan amanah rakyat Terengganu ini serta menyatakan bawawa perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas hanyalah merupakan suatu MOU sahaja. Apakah mereka ini buta dan memejamkan mata dan menolak hak yang telah termeterai dalam perjanjian yang dilaksanakan sejak 25 tahun yang lalu dengan Petronas?

Perlu di fahami bahawa dengan penarikan balik wang royalti kepada kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Pas pada tahun 2001 Kerajaan Pusat telah memaksa sebuah negeri yang merupakan sebahagian daripada negara Malaysia bertukar dari sebuah negeri yang berdaulat dan bebas yang menyertai Persekutuan Malaysia secara sukarela dan terhormat kepada sebuah negeri peminta sedekah yang hanya layak diberikan Ehsan dan bukannya hak yang termeterai didalam perjanjian.

Dengan tindakan yang tidak bermaruah ini, Kerajaan Pusat secara terbuka memaklumkan kepada dunia bahawa ia bersedia untuk menjajah mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia yang diingininya biarpun tindakan tersebut berlawanan dengan Perlembagaan Negara dan kehendak rakyat. Ini adalah kezaliman dan keterlanjuran yang amat jelek sekali. Lebih parah lagi ianya merupakan suatu pencabulan kepada prinsip demokrasi berparlimen, konsep Federalisma serta bertentangan dengan perlembagaan negara kita sendiri.

Begitu juga apakah yang sedang dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri Kelantan juga boleh dianggap sebagai 'Ehsan'? Bagi saya ini sebenarnya adalah suatu lagi kezaliman yang dikenakan kepada sebuah Kerajaan Negeri yang mendapat mandat yang sah daripada rakyat melalui sistem demokrasi yang mereka sendiri angung-agungkan. Ini bukan bayaran Ehsan tetapi bayaran nazi ataupun bayaran zalim yang berniat meyiksa rakyat Kelantan yang telah memberi mandat kepada kerajaan PAS sepertimana yang telah berlaku kepada negeri Terengganu pada tahun 2001. Malah mereka kini sanggup menghina dan menghukum 1.8 juta rakyat Kelantan yang 96 peratus adalah berbangsa Melayu Islam.

Jika diimbas kembali implikasi kepada penafian royalti yang dilakukan terhadap kerajaan Terengganu dari tahun 2001, banyak pengajaran yang boleh didapati oleh kerajaan Kelantan yang kini berhadapan dengan situasi yang sama sekarang ini;
Yang pertama, bila wang royalti digantikan dengan Ehsan, adakah bermakna bahawa wang itu adalah daripada duit Petronas sebab tidak dijelaskan oleh Menteri Kewangan kita ataupun wang ini daripada duit Kerajaan Pusat ?
Yang kedua, kalau duit itu daripada Petronas, adakah Kerajaan Pusat dari segi perundangan dan undang-undang, berhak mengambil royalti bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ?
Yang ketiga, kalau duit itu dari Kerajaan Pusat, di bawah item mana dalam buku Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun dari tahun 2001 yang menyatakan dengan jelas tentang wang Ehsan tersebut ?
Yang keempat ialah apabila wang ini diberikan kepada rakyat secara langsung oleh Kerajaan Pusat, apakah ini dikatakan sebagai menghormati rakyat? Apakah apabila kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan adanya pilihan raya setiap lima tahun, penghormatan kepada rakyat, bukan sahaja dengan kita membantu rakyat tetapi kita menghormati pilihan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sumber kewangan mengikut tatacaranya sendiri?

Namun apa yang berlaku di negeri Terenggnu adalah merupakan suatu pengajaran besar kepada seluruh rakyat Kelantan yang cintakan keadilan. Penarikan serta penafian royalti minyak kepada kerajaan Terenggan bukan sahaja telah menghukum rakyat Terengganu, malahan menghukum keseluruhan rakyat Malaysia yang selama ini amat mnghurmati sistem demokrasi berparlimen serta konsep Federalisma yang diamalkan di Malaysia. Malahan pelabur-pelabur asing juga mula ragu dan mula menarik diri serta menjauhi pelaburan mereka di Malaysia sedangkan pada masa yang sama ekonomi serantau menunjukkan kemakmuran.

Lebih memeritkan lagi sepanjang wang royalti Terengganu di rompak oleh kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan diletakkan dibawah 'Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan' negeri Terengganu septutnya BERHAK menerima royalti berjumlah lebih dari RM15.4 billion dari tahun 2000-2009.

Jika diperincikan perbelanjaan 'wang Ehsan' yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 9 tahun royalti yang di nafikan kepada kerajan Terengganu, mereka berbelanja semewah-mewahnya;
A. Projek-projek
- Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal
- Monsoon Cup
- Lebuhraya pantai Timur
- Stadium baru Sultan Mizan
- Pembinaan Lapangan Terbang Baru
Jumlah RM7.1 billion

B. Kementerian
Jumlah RM7.7 billion

C. Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara bhd. Di negeri Terengganu
Jumlah RM102 juta


D. Perbelanjaan kepada negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlh RM 900 juta

E. Pembinaan rumah Syarikat Perumahan Negara Bhd. Di negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlah RM771 juta

JUMLAH KESELURUHAN RM 16.5 BILLION TERMASUK PENGELUARAN


Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selepas mereka menafikan hasil royalti ini? Yang nyata mereka telah berbelanjakan semewah-mewahnya royalti minyak secara langsung dengan tunai bernilai tidak kurang daripada RM15.4 bilion. Wang ihsan yang kononnya untuk membantu golongan miskin seperti nelayan, petani, penarik beca di Terengganu di jaja secara meluas sehinggakan rakyat Terengganu di perangkap dan terpenjara dengan 'budaya subsidi' UMNO/BN.

Amat menakjubkan apabila budget kerajaan Terengganu setiap tahun sepanjang lima tahun terakhir ini mencecah hampir RM 2 billion dan yang kedua tertinggi di Malaysia serta mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Bayangkan tidak ada negeri di Malaysia ini yang memperuntukkan lebih RM 50 juta setiap tahun untuk berbelanja Hari Raya sahaja! Tidak ada negeri di Malaysia ini yang memperuntukkan lebih RM 7 juta untuk membeli buah kurma dan air zamzam untuk rakyatnya! Malah tidak ada negeri di Malaysia ini yang memperuntukkan lebih RM11 juta bagi memberi subsidi 'atap biru' kepada rakyat.

Begitu juga dengan 'projek-projek runtuh' seperti Stadium Sultan Mizan yang runtuh bumbungnya, Makmal komputer sekolah yang juga runtuh bumbungnya, pasar baru yang juga runtuh bumbungnya serta Kolam renang yang bocor dan tidak boleh digunakan. Inilahlah keajaiban Kerajaan Terengganu di bawah UMNO/BN sepanjang royalti di tarik dan di letakkan di bawah Dana Ehsan.

Namun, persoalan yang terus bermain di minda seluruh rakyat Terengganu sehingga kini adalah dengan wang yang sebesar jumlah ini, mengapakah rakyat Terengganu terus dihimpit kemiskinan dan mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi iaitu 17.3 peratus dengan rakyatnya kebanyakannya hidup merempat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara.
Amat jelas, walaupun negeri Terengganu mendapat kekayaan yang besar dari sumber royalti minyak tetapi rakyat hidup dalam keadaan yang merempat. Adakah pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada sekarang ini menganggap rakyat Terengganu tunggul kayu, pak turut dan bodoh sehinggakan mereka boleh di perkotak-katikkan secara tidak bermaruah. Tetapi inilah cara yang dilakukan oleh UMNO/BN yang berbentuk, daylight robbery bagi menafikan hak yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Terengganu selama ini.

Ya ini ada pengajaran awal kepada seluruh rakyat Kelantan dan syabas kepada Tengku Razaligh Hamzah yang berjaya mengenepikan sentimen kepartaian sempit bagi membela rakyat Kelantan. Ya, saya yakin kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz akan menyeret UMNO dan Barisan Nasional ke mahkamah, tetapi bukan ke mahkamah yang ada ini, tetapi akan membawa mereka ke mahkamah rakyat. Biarlah rakyat yang akan menjadi hakim dan biarlah rakyat yang akan membuat perhukuman terhadap kezaliman-kezaliman pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada sekarang ini.
Ya, di Terengganu kite ini...Menteri Besarnya kini sibuk menguruskan kedatangan bintang Bollywood seperti Sharukh Khan dan Ranee Mukherjee serta beberapa selebreti filem bollywood untuk pengembaraan filem percintaan...Ya penyu akan terus menangis lagi...inilah nasib rakyat Terengganu
Dicatat oleh blog Dr Syed Azman di 3/16/2010

NAJIB SEDANG MENDERA AHLI & PEMIMPIN BAWAHANNYA

Posted: 18 Apr 2011 08:30 PM PDT

PM tersenyum tawar malah macam senyum kambing Utusan Meloya jer setelah mendapat kabar gembira menang dua per tiga di bumi kenyalang.
Walau jauh di sudut hati mereka, ada suatu kebimbangan yang melampau dengan penguasaan tambahan sokongan Pakatan Rakyat (PR) di kawasan bandar.

Presiden UMNO merangkak Presiden BN cuba guna tektik gembala kambing dengan orang kampong tentang ada serigala.
Sedarlah wahai orang BN/UMNO ! Kamu sedang dipermainkan perasaan dan fizikal kamu. Najib terpaksa guna tektik ini agar orang UMNO/BN sentiasa bekerja keras untuknya.
Beliau memerlukan RM yang banyak kalau nak mengerahkan ahlinya untuk bekerja oleh sedemikian tektik ini digunakan agar beliau ambil masa sekiranya keperluan persempadanan semula amat diperlukan.

BN sedar walau mendapat majoriti 2/3 dan dapat menubuhkan kerajaan negeri semula k namun BN temanggu telah kehilangan 8 kerusi dan undi popular BN telah merudum lapan peratus.

Keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi drp kerusi pilihanraya 2006, DAP mendapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi.

Keputusan itu jelas menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

PAS yang bertanding di lima kawasan, walaupun tewas tetapi masih lagi mampu bertahan dengan penambahan undi bagi calonnya walaupun ianya di kawasan kubu BN.
Secara kasar, calon PAS Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus telah berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 895 kepada 391 undi. Walaupun kita lihat ianya adalah jumlah yang kecil, tetapi di Sarawak ianya boleh dikatakan besar bagi parti Islam itu malah dari segi kos belanja PR amat berbaloi berbanding dengan kos keluar oleh BN.

Kali ini, calon PAS mendapat 2,678 undi berbanding BN 3,069. Ia boleh jadikan sebagai suatu perkembangan yang baik untuk PRU-13.

Kawasan parlimen Kuching (bandar), DAP dan PKR telah menyapu bersih 5 kerusi Dun.

Berdasarkan apa yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), jumlah pemilih keluar mengundi adalah 70%. Daripada itu, BN mendapat undi sebanyak 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Pengundi di bandar tolak BN

Sedia maklum, kawasan bandar majoritinya didiami penduduk berbangsa Cina. Secara kasar dan tersurat, Cina kelihatan jelas menolak BN dalam setiap pilihanraya semenjak berlakunya tsunami politik pada pilihanraya umum (PRU) ke-12.

Tidak dapat dinafikan lagi, BN tidak lagi boleh diterima bagi penduduk bandar yang dikatakan penduduk yang banyak mendapat informasi dan input tepat berkaitan kemusnahan, ketidak adilan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan kerajaan BN.

Secara ringkasnya, BN tidak lagi menjadi parti pilihan bagi orang yang terbuka minda mereka. Dengan kata lain, BN sudah menjadi 'parti kampung'.

Secara logiknya, kawasan bandar merupakan kawasan yang banyak mendapat perhatian dari segi pembangunan dan kemudahan namun, kenapa penduduk yang dikatakan menerima banyak menerima pembangunan itu telah menolak BN.

Perkembangan itu telah menggusarkan pemimpin tertinggi BN yang bakal melingkupkan BN bersama-sama retorik pembangunannya yang sentiasa dicanang dalam setiap pilihanraya.

Bukti penerimaan rakyat Sarawak terhadap PR

Penambahan kerusi Dun yang ditawan PR semakin membesar di Sarawak yang dahulunya dikatakan kubu terkuat BN (kawasan penyelamat BN untuk kekal berkuasa), tetapi sekarang ianya dilihat semakin mengecil dan PR semakin mendapat tempat di hati pengundi.

Di samping penambahan kerusi Dun, PR juga mendapat penambahan undi dan ini memberi satu signal penerimaan pengundi terhadap PR adalah positif untuk masa akan datang (PRU-13).

Pilihanraya negeri Sarawak Sabtu lepas, boleh juga dijadikan pertunjuk, PRU-13 mungkin tidak diadakan dalam masa terdekat seperti yang diramalkan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai BN mungkin akan mengambil masa untuk menilai talian hayatnya yang terakhir yang akan digunakan bagi menghalang kebangkitan PR dalam PRU-13.

Persempadanan semula kawasan pilihanraya

Satu senjata ampuh yang mungkin masih lagi menjadi talian hayat BN ialah, persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Karpal Singh berkata, dengan kejayaan PR menambahkan bilangan kerusinya di Sarawak, BN tidak akan berani memanggil pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini.

"Saya tak fikir kepimpinan BN berani membuat pilihan raya umum untuk beberapa bulan ini," kata Karpal.

Selepas PR berjaya mengecil kemenangan BN di kawasan bandar terutama di kawasan pengundi Cina, ini bermakna, BN tidak akan membuat pilihan raya umum sehinggalah mereka mempunyai formula yang jelas untuk mengekang pengaruh Pakatan di kawasan bandar ini.

Menurut Harakahdaily, senjata ampuh yang ada pada BN setiap lapan tahun ialah persempadanan semula kawasan pilihan raya. Yang terakhir ia diadakan pada tahun 2003. Ini bermakna, ia boleh dibuat lagi selepas 2011 iaitu seawalnya 2012.

Selepas kalah teruk kepada PAS dalam pilihan raya umum 1999, kerajaan BN melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat perubahan besar-besaran kepada sempadan kawasan pilihan raya di seluruh Semenanjung.

Melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, BN telah menambah kerusi Parlimen di kawasan Cina setelah bimbang dengan sokongan Melayu kepada PAS pada PRU 1999.

Ekoran itu, negeri-negeri Melayu iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak mempunyai sebarang penambahan kawasan Parlimen dalam persempadanan itu untuk menyekat penguasaan PAS melalui kerusi Melayu.

Kawasan-kawasan Parlimen PAS juga dipecahkan dengan memasukkan pengundi Cina ke kawasan mereka. Yang paling terasa dengan pendekatan ini adalah Mohamad Sabu (Kuala Kedah) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Hasilnya kedua-dua tokoh PAS itu kalah dalam pilihan raya umum 2004.

Jika pendekatan ini diyakini oleh BN, pilihan raya umum ke 13 hanya akan diadakan selepas seawalnya tahun 2012 iaitu selepas tempoh matang untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya tiba.

Kerana sekarang ini, pengundi Cina sudah berpaling arah, tidak mustahil kerajaan pimpinan BN akan mengubah kembali persempadanan semula. Tidak mustahil juga kawasan Cina akan dirombak bagi memecah popularasi undi Cina di setiap kawasan bandar.

Sebelum ini, Najib dalam temubualnya bersama Reuters baru-baru ini, beliau memberitahu akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

Najib turut mengulas, BN akan menggunakan pengalaman di Sarawak ini sebagai satu medan ujian untuk menambah kemampuan serta persediaan, dan juga pengetahuan tentang apakah kaedah yang paling tepat mencapai kejayaan apabila sampai pada masanya untuk pilihan raya umum akan datang, laporan Bernama.

DULU KENA TENDANG PARTI, KINI KENA TERAJANG BINI ! DAN SELAMANYA ?

Posted: 18 Apr 2011 06:58 PM PDT

KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah bercerai talak satu dengan isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini. Media melaporkan perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim syarie, Abdul Malek Soleh. Badrul, 51 dan Ramizah, 40 mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan memiliki lima anak hasil perkongsian hidup.

Pada prosiding itu, Ramizah yang dikatakan pernah bekerja sebagai penjaga stor, diwakili peguam syarie Norrasyada Osman. Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat, sebelum berpaling tadah dan menjadi Adun Bebas.

Badrul kemudian menyertai Umno secara rasmi pada Mei 2010 . Beliau sebelum ini banyak menimbulkan masalah kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat, malah menunjukkan rekod buruk kehadiran dalam sesi DUN Selangor.

Pergolakan perkahwinan Badrul mula menjadi perhatian apabila isterinya memfailkan permohonan fasakh mengikut seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dikemukakan di mahkamah sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan sifat Badrul Hisham yang mempunyai hubungan dengan wanita lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami. Ramizah juga mendakwa mereka tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu./KD

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 19 Apr 2011 03:26 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


WAJARKAH DPPWP DAKWA PROF AZIZ SEBAGAI BUDAK TADIKA?

Posted: 19 Apr 2011 07:04 AM PDT

Hari ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.

DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.

abu nu'man : FIKIR-FIKIRKANLAH!!!

...mohon untuk memberi sedikit pandangan berkenaan tajuk yang ana lontarkan....

SALIM PARLAN KHALWAT TAK NGAKU SALAH...

Posted: 19 Apr 2011 03:04 AM PDT

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Salim Parlan (gambar) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah di sini, Selasa. Salim, 51, dituduh melakukan kesalahan itu bersama pasangannya Nur Diayana Norslan, 30, yang dipercayai pembantu peribadinya semasa serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) di sebuah bilik di hotel mewah Batu Ferringhi pukul 5 pagi Sabtu lalu.


Beliau dituduh di bawah Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah 1996 negeri sementara Nur Diayana didakwa di bawah Seksyen 27(b) enakmen yang sama. Nur Diayana juga mengaku tak bersalah atas tuduhan itu.

Jika sabit, setiap mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Salin hadir di Mahkamah Syariah Batu Gantong kira-kira pukul 815 pagi berkemeja biru dan berseluar kelabu bersama isterinya. Sementara Nur Diayana tiba berasingan sejam kemudian berbaju kurung dengan corak bunga.

Isteri Salim yang duduk bersama Nur Diayana, memakai cermin mata gelap sambil membuat catatan semasa prosiding. Bagaimanapun pegawai mahkamah mengarahkannya membuka cermin mata hitamnya.

KATENYE KAWIN KAT SIAM... MAKLUM LA PENGINTING BARU... BARANG BARU... WAKAKAKA

PAHANG KATE BUKAN DIA LULUSKAN LYNAS.. DAH TUE?

Posted: 19 Apr 2011 02:53 AM PDT

KUANTAN, 19 April — Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai kuasa untuk melulus dan menutup pembinaan kilang pemprosesan logam nadir bumi milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.


Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melulus projek tersebut selepas kajian mendalam oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.

"Saya rasa hairan kenapa ada pihak yang membuat bantahan dan mencerca kerajaan negeri," kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online hari ini.

"Bukan kerajaan negeri Pahang yang luluskan projek ini. Yang sibuk suruh kita tutup, kenapa," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Adnan berkata kerajaan negeri Pahang berpuas hati dan bersetuju dengan pembinaan kilang tersebut selepas mendengar taklimat daripada pihak berkenaan pada 22 Julai 2009.

Beliau berkata pihaknya juga telah meminta syarikat terbabit serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Nuklear Malaysia supaya memantau projek berkenaan dengan lebih rapi bagi menjamin keselamatan penduduk.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 19 Apr 2011 01:41 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Ni Jawapan MB Berkaitan UUM & Penyelewengan GLC

Posted: 19 Apr 2011 06:39 AM PDT








RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah

Posted: 19 Apr 2011 12:36 AM PDT

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah
Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.

Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.

Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan 'sedikit peruntukan syarikat terbabit' untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.

Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:




Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.

Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?

Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.

MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
http://sanusisetpol.blogspot.com

‘Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir’ -MB

Posted: 18 Apr 2011 09:04 PM PDT

'Serahkan UUM kepada Kerajaan Negeri jika tak mampu tadbir' -MB

ALOR SETAR, 19 April - Kerajaan Negeri menawarkan diri untuk mengambil alih Universiti Utara Malaysia (UUM) sekiranya pentadbirannya sekarang sudah tidak mampu mengurus kewangan universiti.

Cabaran itu dibuat oleh beliau ekoran dakwaan UUM tidak mampu membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri.

YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata demikian kepada wartawan selepas Majlis Perhimpunan Bulanan warga Wisma Darul Aman.

Menurut Menteri Besar, kenaikan cukai tanah UUM sebenarnya tidak berlaku. Apa yang terjadi ialah penarikan balik rebat cukai tanah selama dua tahun yang diberikan Kerajaan Negeri kepada UUM.

Katanya, jumlah perlu dibayar UUM sebanyak RM1.2 juta adalah mengikut perjanjian asal tanpa sebarang kenaikan. Pembayaran RM100 ribu setahun bagi tahun 2006 hingga 2008 yang dibuat oleh UUM adalah selepas Kerajaan Negeri meluluskan permohonan rebat oleh mereka.

Tambahnya, tempoh rebat cukai tanah bagi 2006 hingga 2008 itu sudah tamat jadi mereka kenalah bayar penuh.

"Kerajaan Negeri sama sekali tidak bercadang untuk menaikkan mana-mana cukai tanah memandangkan cukai tanah baru sahaja diturunkan pada tahun 2008.

"Sepatutnya dia kena bayar RM1.2 juta, jika UUM menghadapi masalah kewangan mereka boleh mohon dikurangkan (rebat)," ujarnya.[wartakedah]

Isunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik

Posted: 18 Apr 2011 05:30 PM PDT

sunya bukan untung rugi, tapi dana untuk parti politik
Isnin, 18 April 2011 16:22 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR, 18 April – Kerajaan tidak mempertikaikan untung rugi dalam GLC di bawah kerajaan lalu sebaliknya yang dipersoalkan ialah penyalahgunaan wang GLC untuk kegunaan parti politik. Demikian dinyatakan Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam sidang akhbar yang diadakan selepas Perhimpunan Pagi Warga Darul Aman.

Beliau menerima kenyataan Seri Temim Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) dikatakan rugi kerana mencatat perbelanjaan tidak selaras dengan dengan penubuhan syarikat seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi UMNO Kedah YB Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah dalam sebuah akhbar tabloid hari ini.

"Untung rugi bukan kesalahan. Itu adat berniaga. Kita bukan cakap untung rugi tapi kita pertikai guna duit syarikat untuk tujuan politik," katanya kepada wartawan selepas majlis Perhimpunan Pagi di Wisma Darul Aman.

Ekoran itu Pemuda PAS telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya pembayaran wang keluar STDC di bawah pemerintahan kerajaan dahulu mencecah RM8 juta kepada sebahagian besar atas nama politik dan bukan aktiviti Kerajaan Negeri.

"Guna duit untuk politik. Memang kita tak dedah siapa dapat duit. Kita repot supaya SPRM buat siasatan," katanya

Isu ini timbul apabila Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang DUN baru-baru ini mendakwa STDC gagal mendapat pengecualian cukai daripada LHDN ke atas perbelanjaan yang dilakukan mencecah RM8 juta bagi tempoh 2003 hingga 2008.

"Kalau duit ini diguna untuk sekolah atau anak-anak yatim. Itu adalam enakmen sosial korporat. Tidak ada untuk mesyuarat UMNO. Dengan sebab itu sebanyak RM4 juta kita terpaksa tanggung untuk cukai belanja parti politik. Kita akan keluar senarai bila sampai masa," katanya.

Terakhir Dikemaskini (Isnin, 18 April 2011 19:51)

Jawapan MB Kedah pasal 3 isu yang di timbulkan UMNO Kedah semalam..

Posted: 18 Apr 2011 05:02 PM PDT

Tuesday, April 19, 2011
Jawapan MB Kedah pasal 3 isu yang di timbulkan UMNO Kedah semalam..

1.Kerajaan dulu bagi duit kat UMNO 4juta / 8juta..

2.Cukai tanah UUM tak pernah naik..bayar sikit 2006-2008(100ribu) sbb rebet..dah habih tempoh rebet.bayar cukai asal 1.2juta.depa pun tau ..saje buat isu

3.masalah air UUM brpunca dari infrastruktur air UUM tak upgrade...bukan salah SADA....



Ni yg depa tulis dalam Kosmo semalam...........!!!!!!!
CCukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta
Oleh ZULKIFLI MANZOR

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

"Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

"Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu" katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.[kosmo]

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Apr 2011 11:18 AM PDT

Batu Gajah Mari


Video Seks : PKR Yakin Anwar Akan 'kena'

Posted: 19 Apr 2011 03:47 AM PDT


PETALING JAYA: PKR yakin Peguam Negara (AG), di bawah arahan Barisan Nasional (BN), tetap mencari jalan untuk mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah walaupun beliau menafikan bahawa beliau sebagai 'pelaku' dalam klip video lucah itu.

"Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Anwar," kata Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, "ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Anwar dihadapkan ke mahkamah kerana difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

"PKR kesal kerana BN terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.

Beliau merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan video seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Menurut Saifuddin, Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segera kepada Peguam Negara.

"Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu.

Acry Sani juga dipetik oleh The Star hari ini sebagai berkata, Datuk T mungkin didakwa atas kesalahan mengedar bahan-bahan pornografi di bawah Seksyen tersebut.

Ketiga-tiga datuk yang mendedahkan identiti mereka ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, tokoh perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuaib Lazim.FMT

Prosiding ditangguh kerana saksi menangis

Posted: 18 Apr 2011 10:27 PM PDT

Seorang pengawal keselamatan menangis dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock hari ini sehingga menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan lebih sejam.

Prosiding itu yang bermula pada 9 pagi diberhentikan seketika bagi memberi peluang kepada Mohd Khairuddin Denan, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor untuk menenangkan diri sebelum menyambung semula keterangannya pada kira-kira 11 pagi.

Beliau beremosi sedemikian selepas ditanya pengerusi suruhanjaya, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempertikai jawapan Mohd Khairuddin berhubung rondaan yang tidak dibuatnya pada malam 16 Julai 2009.

Terdahulu, ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammed Shafee Abdullah yang mewakili SPRM mengapa Mohd Khairuddin tidak membuat rondaan pada malam beliau bertugas, Mohd Khairuddin memaklumkan beliau hanya membuat rondaan mengikut gerak hatinya.

"Sumpah demi Allah SWT pada malam itu saya tidak membuat rondaan dan mungkin Allah tidak menggerakkan hati saya untuk berbuat demikian," katanya.

Hakim tak puas hati

Jawapan yang diberikan oleh Mohd Khairuddin telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Foong lalu berkata: "Kalau Tuhan tak gerakkan hati awak untuk buat rondaan, awak tidak membuat rondaan lah...jadi tiap-tiap hari tak perlulah kamu datang kerja kalau Tuhan tak gerakkan hati kamu".

Mohd Khairuddin turut memaklumkan tugasnya sebagai pengawal keselamatan adalah untuk membuat rondaan di seluruh pejabat SPRM termasuk menjaga keselamatan pintu keluar masuk pejabat.

"Saya akan mencatat masa bertugas, membuat rondaan untuk memastikan lampu pejabat yang mana tidak ditutup dan kemudian kembali semula ke kaunter pengawal," kata Mohd Khairuddin ketika disoal Muhammed Shafee mengenai prosedur kerjanya.

Sementara itu, selepas prosiding ditangguhkan lebih sejam, Mohd Khairuddin kemudian disoal oleh Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Mohamed Hatta: "Bagaimana perasaan kamu sekarang?

Mohd Khairuddin: "Insya-Allah, saya rasa lega sedikit berbanding tadi".

Mohamed Hatta: "Sebagai pegawal keselamatan, apa peraturan yang difahami atau dipersetujui apabila ada operasi dilaksanakan oleh pegawai?

Mohd Khairuddin: "Bila ada operasi tugas saya hanya pengawal keselamatan".

Mohd Khairuddin menjelaskan beliau tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana saksi atau suspek yang dibawa ke pejabat SPRM kerana pelawat itu di bawah tanggungjawab pegawai.

Tak berapa pandai

Ketika disoal Muhammed Shafee kenapa Mohd Khairuddin membuat nota bertaip itu, Mohd Khairuddin berkata:"Nak cerita secara lisan saya tidak berapa pandai, saya buat nota itu untuk ingatkan diri saya sendiri kerana ini kali pertama saya beri keterangan di mahkamah".

Mohd Khairuddin menafikan ada orang lain yang mengajarnya untuk membuat nota berkenaan kerana apa yang ditaip lahir dari mindanya sendiri.

Selain itu, Mohd Khairuddin memberitahu suruhanjaya bahawa diari yang dirampas oleh suruhanjaya pada Khamis lalu merupakan diari miliknya.

Beliau berkata diari Islam yang mengandungi ayat Al-Quran itu telah diambil dalam tong sampah seorang pegawai SPRM dan Mohd Khairuddin mengakui tulisan yang terdapat dalam diari itu merupakan tulisannya sendiri.

Ketika disoal peguam Choew Wee dari Majlis Peguam adakah menjadi kebiasaan bagi seorang pengawal keselamatan untuk mengambil barang yang terbuang, Mohd Khairuddin berkata:"Itu bukan menjadi kebiasaan kerana ia merupakan tugas tukang cuci.

Mohd Khairuddin menjelaskan tindakannya menyimpan diari berkenaan kerana diari itu mengandungi ayat Al-Quran dan daripada membuang diari itu, lebih baik beliau menyimpannya.

Tulisan cincai

Choew Wee kemudian turut mempertikai tindakan Mohd Khairuddin yang tidak dapat mengingati apa yang ditulis olehnya sendiri di dalam diari yang bertarikh 3 Feb 2003 di mana pada baris pertama hanya ditulis "bangun pagi...SPM".

Mohd Khairuddin berkata:"Tulisan ini cincai sahaja dan saya tidak boleh ingat apa yang saya tulis".

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Selain Foong dan Mohamed Hatta, suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan dan Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'.

Prosiding bersambung esok.

- Bernama

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 19 Apr 2011 11:10 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan

Posted: 19 Apr 2011 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April: Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.
Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.
Katanya, itulah realiti yang perlu disedari oleh setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang turut mendasari perpaduan dalam parti, sehingga menyebabkan pihak lawan berusaha keras memalu gendang tersebut dengan begitu kencang terutama menjelang muktamar agung PAS Jun ini.
"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.
"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka," katanya ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.       
Sehubungan itu, tegas beliau, PAS sememangnya mengalu-alukan pertandingan bagi sebarang jawatan dalam parti kerana ia bukan sekadar membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin dan terhadap ahli-ahlinya, tetapi akan lebih memantapkan lagi parti berhubung kepimpinannya.
Alu-aluan itu bukan hanya tertakluk bagi jawatan parti di peringkat kepimpinan paling kecil di cawangan dan bahagian, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi yang melibatkan jawatan Presiden, Timbalan dan Naib.
"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.
Jadi jika ada pencalonan terhadap seseorang pemimpin PAS untuk memegang sebarang jawatan dalam parti yang melibatkan pelbagai latar belakang dan pendidikan, katanya, ia sepatutnya disambut oleh para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dengan semangat perpaduan yang tinggi kerana di dalamnya pasti terkandung hikmah amat besar bagi PAS.  
Sebelum itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian PAS dalam PRN Sarawak Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, beliau menegaskan, pencapaian tersebut tidak boleh diukur dari segi demokrasi kerana PRN Sarawak Ke-10 itu bukan berlangsung dalam suasana demokrasi sebenar yang diamalkan di negara ini.
"Kalau PRN Sarawak Ke-10 itu berlangsung dalam suasana demokrasi seperti di negara-negara luar, PAS pasti akan menang kerana ia tidak akan menyekat rakyat untuk membuat pemilihan seperti yang dikehendaki oleh mereka dengan berbagai sekatan oleh para pemimpin BN," tegasnya.
Namun, realiti yang berlaku di Sarawak jelas menyekat PAS dari menyampaikan maklumat kepada rakyat oleh pihak BN dengan berbagai cara terutama menerusi media, sehingga rakyat hanya disogokkan dengan pelbagai propaganda dari BN menerusi media cetak dan elektorik seperti tv dan radio yang masuk ke rumah-rumah setiap penduduk di serata tempat.
Manakala di pihak PAS dan Pakatan Rakyat, peluang itu disekat dengan ketat, tidak seperti di negara-negara luar yang turut memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang muncul di media cetak utama, radio dan tv.
"Ini menjadikan PAS gagal menyampaikan maklumat sebenar termasuk menjelaskan dasar-dasar parti kepada orang ramai, sehingga menyebabkan rakyat Sarawak berjaya dipengaruhi oleh BN untuk terus mengundi mereka, walaupun BN ternyata sudah ditolak begitu jauh oleh mereka yang berpendidikan dan terdedah dengan maklumat yang benar seperti di bandar-bandar," katanya.
Keadaan itu, katanya, disusuli pula dengan pelbagai tindakan tidak demokratik lain oleh pihak BN terhadap rakyat Sarawak termasuk menerusi penggunaan jentera kerajaan dengan begitu berleluasa, politik wang, politik ugut dan sebagainya yang jelas melambangkan demokrasi di negara ini masih belum maju.
Sungguhpun begitu, peningkatan sokongan dari rakyat Sarawak terhadap PAS secara keseluruhannya menerusi PRN Sarawak Ke-10 itu, tegas beliau, jelas membuktikan rakyat Sarawak juga tidak selama-lamanya boleh terus diperbodohkan oleh pihak BN yang sekali gus turut membawa petanda PAS mempunyai harapan yang cerah di negeri itu pada masa akan datang.
"Perkembangan yang baik ini perlulah dimanfaatkan dengan baik oleh setiap jentera PAS di semua peringkat dengan terus berusaha gigih menyampaikan risalah perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak dan Sabah dari semasa ke semasa, seperti juga yang perlu terus dilakukan di Semenanjung," ujar beliau.

Video Boleh Jadi Bukti Setelah ada Empat Saksi (Adil)

Posted: 18 Apr 2011 09:12 PM PDT

tn_nikmohdzawawi_01Kuala Lumpur, 18 April 2011 - Rakaman video seks seseorang yang didakwa berzina hanya boleh dijadikan bukti sokongan di Mahkamah Syariah dengan syarat utamanya mestilah disertai dengan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan tersebut.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh menegaskan, bagaimanapun video yang menjadi bukti sokongan itu mestilah dikenal pasti ketulenannya dan individu dalam video tersebut benar- benar orang yang dituduh.
Tambahnya, jika orang yang membuat tuduhan itu hanya menyertakan video semata-mata bagi membuktikan kebenaran perlakuan seks tersebut, ia tidak boleh diterima pakai dalam perundangan Islam kerana syarat utama ialah disertai empat orang saksi yang adil.
"Video hanyalah sebagai bahan sokongan kerana bahan utamanya ialah empat orang saksi. Memang tidak boleh diterima pakai jika hanya bergantung pada satu bukti sahaj a iaitu video atau bahan-bahan lain," katanya.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainol Rijal Abu Bakar video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah, jelas Ustaz Nik Muhammad Zawawi, sebagai peguam syarie, Zainol Rijal seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang Islam.
Beliau turut berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak faham dengan undang-undang Islam serta sistem kehakiman Islam yang mempunyai peraturannya, sebagaimana undang-undang sivil yang juga mempunyai peraturannya sendiri.
"Barangkali beliau sudah terlalu biasa dengan undang-undang sivil. Apabila bercakap soal agama beliau terikut-ikut dengan kaedah dan pendekatan undang-undang sivil.
"Saya ingin menasihatinya supaya membezakan sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan sivil. Perundangan Islam ini datangnya daripada Allah yang mempunyai sistemnya sendiri yang tidak boleh direka cipta oleh manusia.
"Allah telah menentukan kes yang membabitkan zina dan liwat mesti disertai empat orang saksi yang adil dan barulah kita boleh menuduh si polan bin si polan dan seterusnya barulah boleh membawa bukti sokongan," tegasnya.
Kenyataan Zainol Rijal itu turut disangkal Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataannya yang berpendapat kenyataan tersebut menyeleweng' daripada prinsip Islam.
"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi yang adil yang melihat perlakuan zina itu.
"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan beliau ini cukup menyeleweng," katanya.

PR menang bermaruah, BN menang dengan rasuah

Posted: 18 Apr 2011 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 April: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Sarawak tetapi jangan memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

Beliau yang gembira kerana dapat menyertai perbahasan itu membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal sebelum memulakan perbahasan.

"Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak.

"Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan," ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR.

Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke dan beliau tiada masalah mengucap syabas.

Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda.

"Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus.

"Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi," ujarnya.

Ini, tambahnya berlaku walaupun kerajaan Umno BN menggunakan jentera kerajaan, memperalat media elektronik serta cetak, mengugut melalui SB, menabur wang dan seterusnya tidak habis-habis menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks.

"Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," ujarnya.

PAS tempa kejayaan bermakna di Sebuyau

Posted: 18 Apr 2011 08:28 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 April: Walaupun tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, PAS tetap menempa kejayaan besar di Dun Sebuyau apabila berjaya mengislamkan seorang lelaki berketurunan Iban di kawasan itu.

Kejayaan tersebut ditempa 8 April lalu di kawasan pedalaman Sebuyau, apabila Jelani yang berusia 40-an datang menemui petugas-petugas PAS dari Perak yang berjumlah 7 orang yang bertugas di kawasan itu untuk diislamkan.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid (gambar) menjelaskan, majlis pengislaman Jelani dilakukan oleh para petugas PAS dari Perak di rumah sewaan mereka dalam suasana penuh kesyukuran.

Menurut beliau, lelaki tersebut yang telah mempunyai seorang isteri dan seorang anak kini akan terus dibimbing oleh pihaknya bagi membolehkan beliau memperdalami ajaran Islam dan menjalani hidup secara islamik.

Katanya, selain itu, pihaknya juga akan turut membantu Jelani menguruskan beberapa perkara lain termasuk pendaftarannya secara sah sebagai penganut Islam.

"Dari segi namanya memang dah cukup baik. Secara kebetulan, nama asalnya memang Jelani yang sudah dikira memenuhi ciri-ciri nama yang baik dalam Islam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pengislaman Jelani, menurut beliau, adalah hasil kempen yang dijalankan oleh PAS yang memperkenalkan tentang Islam kepada penduduk tempatan termasuk menerusi ceramah.

"Inilah kejayaan kita. Walaupun tewas dalam pilihanraya, kita amat berbangga kerana berjaya mengislamkan seseorang. Walaupun seorang, tetapi ia sememangnya cukup bermakna kepada kita.

"Ini juga jelas membuktikan kepada kita bahawa ceramah-ceramah yang kita adakan telah berjaya menyerap ke jiwa orang bukan Islam, sehingga menyebabkan mereka tertarik dengan Islam dan akhirnya salah seorang daripada mereka dengan rela mengucap dua kalimah syahadah," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau amat kesal dengan sikap sesetengah orang Islam sendiri di kawasan itu yang mengaku beragama Islam tetapi tidak pula menjalani kehidupan sebagai orang Islam.

"Antaranya yang boleh dilihat adalah sesetengah anak-anak muda di kawasan ini. Walaupun mereka Islam dan ibu bapanya juga Islam, tetapi banyak yang minum arak.

"Pelik, ketika orang bukan Islam tertarik kepada Islam dan mahu menjalani kehidupan sebagai orang Islam yang sebenar, mereka yang sudah beragama Islam pula yang tidak menjalani hidup sebagai orang Islam seperti yang dituntut oleh Allah ke atas kita," katanya.

Beliau juga turut kesal dengan tindakan pihak BN dalam kempen mereka bagi menghadapi pilihanraya 16 April lalu, apabila para pemimpin mereka sanggup mengadakan pelbagai konsert di kawasan itu bagi menarik perhatian anak-anak muda supaya menyokong mereka, walaupun ia jelas akan lebih melalaikan lagi muda-mudi terbabit.

Menyentuh tentang kekalahan yang diterimanya dalam pilihanraya itu, beliau kesal kerana bukan sekadar berhadapan dengan parti lawan, tetapi kerajaan Malaysia, apabila pihak lawan menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghadapinya.

Menjelang pilihanraya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri turut turun ke Sebuyau, sehingga membawa perlaksanaan pelbagai projek segera di kawasan itu termasuk pembinaan jalanraya, balairaya dan sebagainya yang kesemua itu adalah dengan menggunakan wang rakyat.

Selain itu, beliau juga kesal kerana pihak BN turut menggunakan pelbagai ancaman dan ugutan kepada orang ramai agar tidak menyokong PAS dalam pilihanraya itu.

"Antara ancaman dan ugutan yang dilakukan kepada orang ramai termasuk akan menarik bantuan persekolahan anak-anak, biasiswa dan bantuan kebajikan kepada golongan tua jika menyokong PAS," ujarnya.

Pada setiap program yang diadakan oleh PAS, katanya, pihak BN turut menghantar polis dari unit Special Brand (SB) untuk merakamkan sebarang aktiviti, ucapan para pemimpin dan ceramah yang diadakan.

"Para petugas PAS tidak pula menghalang kedatangan SB ke dalam program-program kita kerana tidak mengenalinya dan sesetengahnya kerana percaya kepada mereka. Tetapi di sebaliknya, SB-SB itulah yang membuat hal dengan menghantar rakaman program yang kita adakan itu kepada pihak BN untuk diadakan tindak balas dari apa yang telah kita adakan," katanya.

Di samping itu, beliau turut kesal kerana para pemimpin BN turut menghalang kemasukan orang dari Semenanjung ke kawasan itu untuk membantu PAS, dengan memberikan amaran menerusi kain-kain rentang yang dipasang di merata kawasan.

"Tetapi di pihak mereka, tidak pula ada halangan untuk orang dari Semenanjung ke Sebuyau untuk berkempen bagi pihak mereka.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab itu walaupun dapat diatasi oleh pihak PAS kemudiannya menjelang hari-hari akhir kempen, tetapi ia amat dikesalkan kerana tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti di negara kita," tegasnya.

Dalam PRN Ke-10 yang berlangsung 16 April lalu, Haji Adam yang bertanding atas tiket PAS bagi Dun Sebuyau, yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, berjaya memperolehi 1,769 undi, manakala calon BN, Julaihi Narawi memperolehi 4,045 undi dan calon Bebas, Ali Semsu memperolehi 67 undi serta hilang wang pertaruhan.

Dari 9 ke 15 kerusi isyarat positif - Nik Aziz

Posted: 18 Apr 2011 08:27 PM PDT

PENGKALAN CHEPA, 18 April: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kemenangan calon Pakatan Rakyat yang berjaya menawan 15 kerusi pada pilihanraya umum Sarawak, sebagai isyarat rakyat di negeri itu inginkan perubahan.

Katanya, walaupun BN berjaya membentuk kerajaan, hakikatnya mereka telah tergugat dengan parti lawan khasnya dari Pakatan Rakyat apabila pertambahan kerusi dan jumlah undi begitu ketara diperolehi.

(Gambar: MB Kelantan, menyampaikan sumbangan peribadinya di samping sumbangan penderma dari
petugas di Beting Maro kepada anak sulung Allahyarham Mohd Izan Yaacob, (Mohd Shah) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang semalam.
)


"Sebelum ini BN begitu bangga kononnya bakal pengganti Taib telah ada, sekarang terdiam mana ada bakal pengganti lagi,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung keputusan Pilihanaraya Umum Sarawak di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Nik Aziz berada di sini untuk menerima jenazah Allahyarham Mohd Izan Yaacob, petugas PAS dari Kelantan yang meninggal di Beting Maro 16 April lepas.

Beliau telah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Izan di samping menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak beliau sebagai tanda simpati dari PAS dan kerajaan negeri kepada keluarga beliau.

Menurut Nik Aziz, walaupun PAS gagal memenangi mana-mana kerusi yang dipertandingkan, namun rakan dari Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi masing-masing termasuk jumlah undi juga semakin meningkat.

"Begitu juga calon PAS, walaupun gagal memperolehi kemenangan, namun ternyata secara keseluruhannya jumlah undi untuk mereka juga bertambah dan ianya memberi peluang yang cerah untuk masa depan.

"Lebih membanggakan kita, masyarakat Iban boleh menerima calon kita, itu petanda yang baik bagi perjuangan Islam,"ujarnya.

Menurutnya lagi, Malaysia sekarang mempunyai generasi muda yang berpandangan Islam lebih hebat dan diharapkan perjuangan itu akan sampai di Sarawak dengan lebih cepat lagi.

Ketika diminta mengulas berhubung sokongan masyarakat terhadap calon DAP khususnya di bandar begitu meningkat, beliau menyifatkan ianya berpunca dari masyarakat kawasan bandar khususnya mempunyai pengetahuan maklumat yang lebih jelas hingga menolak BN walaupun pelbagai janji diberikan.

Sambungnya lagi, sama ada orang Cina atau Melayu tidak menjadi masaalah, yang penting mereka penyokong keadilan yang telah menolak kepimpinan yang zalim.

"Cina ke mereka, Melayu ke mereka, tidak menjadi masaalah. Yang penting mereka tahu BN zalim.

"Dalam kempen pilihanraya BN zalim, dalam kerajaan juga zalim, bukan soal bangsa Cina, kalau tidak cina DAP, Cina MCA, sama saja, jadi jangan persoal kemenagan calon DAP,"ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya kempen memburukkan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan kegiatan seks juga langsung tidak termakan oleh masyarakat di negeri itu.

Bukan itu sahaja, kempen buruk yang di bawa oleh Umno Kelantan yang mengatakan beliau kahwin tiga telah disebarkan di sana juga tidak diterima oleh rakyat Sarawak.

"Sampai ke tahap itu Umno ni sanggup memfitnah dan menipu orang untuk kepentingan politik mereka,"ujarnya.

Perkembangan yang baik kepada PAS

Posted: 18 Apr 2011 06:29 PM PDT

BETING MARO, 18 April: Bekas calon PAS di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus tetap akan berkhidmat kepada masyarakat di Dun itu biarpun tewas tipis pada pilihan raya Sarawak 16 April lalu.

Beliau yang akur dengan keputusan rakyat itu, tetap mahu mencurah bakti kepada masyarakat di sini malah yakin keputusan kali ini hanya permulaan buat dirinya.

"Kita akur dengan pilihan rakyat. Mungkin di sana ada beberapa strategi lagi yang kita perkemaskan untuk akan datang.

"Apapun terima kasih kepada rakyat yang telah menyokong saya sebagai calon PAS di sini," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Abang Ahmad tewas dengan majoriti 391 undi kepada BN yang diwakili Razaili Gapor.

Beliau mendapat 2,678 undi berbanding Razaili 3,069.

Pada pilihan raya 2006 lalu, PAS tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Mengulas peningkatan undi yang diterima PAS, Abang Ahmad berkata, ianya satu perkembangan baik kepada PAS untuk terus menjalankan tugas dakwah kepada rakyat di sini.

PAS menang di beberapa unit peti undi termasuk Pusa dan Muton, manakala tewas di Beladin, Kalok, Semariang dan Batang Maro.

"Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada jentera PAS dari Kelantan, Negeri Sembilan yang banyak membantu saya.

"Kita akan perbaiki kelemahan kita untuk pilihan raya akan datang," katanya.

Keseluruhannya, pilihan raya Sarawak ke 10 menyaksikan BN mendapat 55 kerusi, Pakatan Rakyat 15 manakala 1 wakil Bebas.

PRN Sarawak tidak sekat Pakatan ke Putrajaya

Posted: 18 Apr 2011 06:28 PM PDT

BAYAN LEPAS, 18 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, tidak menyekat kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat untuk mencapai hasrat bagi menggagalkan kuasa pemerintahan BN ke Putrajaya.

Sebaliknya, kekalahan itu menjadi satu pendorong semangat untuk terus berjuang bagi memastikan keseluruhan keputusan sebenar mandat rakyat di Semenanjung, akan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Jadikan kekalahan dalam PRN Sarawak itu, sebagai satu laluan yang penuh ranjau untuk mencapai hasrat murni menjejak kejayaan yang sedang menanti bersama seribu satu halangan dan tribulasi dari BN," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah isu semasa anjuran JKKK Permatang Damar Laut di Kampung Permatang Tepi Laut, malam tadi.

Dalam pada itu, beliau yang juga ahli Parlimen Marang menjelaskan PAS tidak perlu merasuah rakyat untuk mendapat sokongan atau mandat bagi memerintah negara, sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kuasa mereka.

Katanya lagi, selama 20 tahun PAS memerintah Kelantan, tiada juga laporan terhadap kegiatan rasuah atau penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Begitu juga dengan kepimpinan kerajaan negeri Terengganu semasa ianya ditadbir oleh PAS semasa saya menjadi Menteri Besarnya. Tiada juga rasuah yang kita amalkan bagi mengekalkan kepimpinan dalam kerajaan negeri.

"Selama empat tahun kita memerintah di Terengganu dahulu, rasuah, skandal dan penyalahgunaan kuasa tidak menjadi amalan. Tetapi di Sarawak yang ditadbir oleh BN rasuah berleluasa sehinggalah menjelangnya pilihan raya negeri.

"Ini membuktikan dengan jelas bahawa, pemerintahan rasuah adalah pemerintahan yang diminati oleh mereka yang menyokong kepimpinan BN. Oleh kerana itu apabila berleluasanya ketirisan dalam pendapatan negeri dan negara, kepimpinan inilah yang harus dipersalahkan, tetapi ia sebaliknya berlaku di Sarawak, " tegasnya lagi.

Posted: 18 Apr 2011 06:11 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 19 Apr 2011 11:02 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Kejohanan Futsal Tertutup Kawasan Paya Besar

Posted: 17 Apr 2011 05:07 AM PDT






Buat julung kalinya Dewan Pemuda Pas Paya Besar telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Paya Besar. Kejohanan in telah disertai oleh 20 buah pasukan di dalam daerah Paya Besar dan ianya berlangsung di Cendering Futsal pada 17/04/11.



Seramai lebih kurang 200 orang peserta dan juga penonton telah datang untuk memeriahkan kejohanan ini. Chendering Futsal telah melakukan sepak mula sebagai tuan rumah dan telah memenangi perlawanan pertama menentang pasukan InsyaAllah sebanyak 3-0.


Pertarungan sengit antara 20 pasukan berakhir dengan pertemuan pasukan Bulan vs Tassoccer pada perlawanan akhir dimana perlawanan dimenangi oleh pasukan Bulan dengan jaringan 2 berbalas 1. Semau pasukan telah menerima hadiah saguhati dari pihak penganjur manakala pasukan yang berjaya menduduki tempat pertama sehingga empat akan menerima wang tunai dan hamper seperti berikut :

Pertama : RM 500 dan hamper
Kedua : RM 300 dan hamper
Ketiga : RM 200 dam hamper
Keempat : RM 100 dan hamper

Antara objektif kejohanan ini dilangsungkan ialah untuk menarik golongan muda dan belia untuk mendekati Islam dan PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya, disamping menerangkan kepada para peserta betapa pentingnya memahami tujuan hidup sebagai seorang muslim dan tugas sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

Selain dari itu, PAS juga menerangkan kepada golongan muda akan panduan serta kepentingan memilih pemimpin dan ketaatan kepada pimpinan sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan rasul dan kepada ulil-amri (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hasan Tantawi kira-kira jam 5 petang. Kejohanan ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Paya Besar dan beberapa AJK PAS kawasan Chendering Lama. Semoga langkah pertama ini akan membuahkan rantaian perjuangan Islam, hinggalah datangnya janji Allah.

KHIDMAT MERU

Posted: 19 Apr 2011 09:32 AM PDT

KHIDMAT MERU


PELAJAR TINGKATAN 2 HILANG DARI RUMAH

Posted: 18 Apr 2011 02:17 PM PDT





YB Dr Rani telah berkunjung ke rumah Saudara Junniy bin Che Dek di Lot 2195 Jalan Khamis, Meru untuk mendengar sendiri dari seorang bapa yang berasa sedih tentang kehilangan seorang anak sulungnya yang tidak pulang kerumah sejak Hari Selasa 12 hb April 2011 yang lalu.

Anak yang di maksudkan ialah adik Intan Najiha bt Junaidy , 14 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Meru dan telah mula tidak hadir ke sekolah pada 4, 5 dan 6 hb April. Keluarganya hanya mengetahui mengenai perkara tersebut setelah di beritahu oleh pihak sekolah.

Setelah di nasihati dan diberikan kaunseling oleh pihak sekolah dan keluarga, Intan kembali menghadiri sekolah pada 7 hb April seperti biasa.


Pada 12 hb April adik Intan dikatakan pergi kesekolah namun apabila tidak pulang kerumah sehingga jam 7 petang, keluarganya telah keluar rumah mencarinya namun gagal menemuinya hingga kehari ini.


Dr Rani yang diiringi Ketua Kampong Meru, Tuan Hj Taifor Hj Nor dan Tuan Nazir Masjid Meru Tuan Hj Asimoni Hj Ehsan telah menasihati En Junniy dan keluarga agar bersabar menghadapi dugaan dari Allah dan meminta mereka membuat solat hajat berterusan.

Selain dari itu beberapa buah surau berhampiran telah pun mengadakan solat hajat beramai-ramai memohon supaya adik Intan Najiha dapat di kembalikan kepangkuan keluarga dalam masa yang terdekat.

Tuan Hj Taifor memaklumkan setakat ini pihaknya telah mengedarkan 500 keping gambar dan maklumat mengenai kehilangan adik Intan kepada penduduk Meru.

Adik Intan dikatakan telah hilang dari rumah bersama-sama seorang lagi rakannya iaitu adik Norfazliana bt Mohd Suib dari Taman Meru 3.


Sesiapa yang ada maklumat mengenai adik Intan Najiha atau Norfazliana sila hubungi Encik Junniy di talian 019-3679499 .

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Apr 2011 09:28 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Minum Petang Dato Tuan Ibrahim 29 Apr 2011 Seremban

Posted: 19 Apr 2011 01:51 AM PDT



MAJLIS MINUM PETANG
Bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
29 April 2011 (Jumaat), Jam 5.00 ptg
Di No.6, Kg. Panchor, Seremban
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346

Kuliah Tuan Guru Nik Razi 30 Apr 2011 Seremban

Posted: 19 Apr 2011 01:51 AM PDT



KULIAH MAGHRIB
Oleh Tuan Guru Nik Razi Nik Mat
30 April 2011 (Sabtu)
Jam 7.30 mlm
Di Surau Taman Cengal Utama, Paroi, Seremban

Semua dijemput hadir

Rayuan sumbangan 1 kerusi roda untuk orang Rembau

Posted: 19 Apr 2011 12:38 AM PDT


Encik Abdullah bin Hj Mohd Nor dari No 89, Rumah Rakyat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan amat memerlukan sebuah kerusi roda, samada yang manual atau berkuasa bateri untuk kemudahan beliau bergerak. Setakat ini permohonan beliau untuk mendapatkan sebuah kerusi roda dari agensi berkaitan belum lagi membuahkan hasil.

Kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan kepada Encik Abdullah sila salurkan derma ke akaun CIMB: 0501-000394-10-0

Sumber berita dari Pusat Aduan Rakyat PAS DUN Chembong di http://parchembong.blogspot.com/2011/04/rayuan-derma-untuk-membeli-kerusi-roda.html


PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?

Posted: 18 Apr 2011 07:14 PM PDT


Dari Blog bekas calon PAS Parlimen Rembau , YB. Dr Dzulkefly Ahmad


Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular. Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad (gambar kiri)ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad. Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.


Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik. Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya? Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"? PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya.


"PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat." Ia berdasarkan pengalaman dirinya. Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional). Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR." MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat".


Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat? Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari? Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat." http://blog.drdzul.com/2011/04/19/prn-sarawak-najib-harus-panik-tapi-pas/

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 19 Apr 2011 09:24 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Ratusan rakyat Mesir kepung duta Israel di Iskandariah

Posted: 19 Apr 2011 05:07 AM PDT

Selasa, 19/04/2011 - Ratusan rakyat Mesir keluar bedemonstrasi pada hari Khamis, (14 April), di hadapan bangunan kedutaan Israel di Iskandariah (240 km barat laut dari Cairo), sambil melaungkan kritikan terhadap tindakan Zionis ke atas Gaza dan kepungannya, serta turut membantah pengharaman laman web "Intifadhoh Palestin ke-3″ dekat laman sosial Facebook.


Sebilangan besar tentera dan pasukan keselamatan diperlukan untuk mengawal bangunan kedutaan Zionis di daerah Kufr 'Abdah di Iskandariah, pintu masuk utama pejabat kedutaan uga ditutup, dan segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan, pada waktu yang sama para pendemonstrasi melaungkan slogan menentang Zionis, dan mengumumkan sokongan mereka kepada "Intifadhoh ke-3″ yang bakal keluar pada 15 Mei depan.


Menurut sumber akhbar "Quds Press", para peserta demontrasi kebangkitan rakyat Mesir yang lepas turut serta dalam demonstrasi kali ini, yang menentang tebok kepungan Gaza dan keganasan berterusan ke atas kawasan itu oleh pihak musuh (Zionis), selain memprotes penutupan laman khas Facebook khas untuk Intifadhoh Palestin yang disifatkan sebagai "tindakan yang rasis dan tidak adil serta menunjukkan kepatuhan kepada politik Zionis, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Facebook yang pada asalnya bersifat universal."


sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

i n t a n h i j a u

Posted: 19 Apr 2011 07:52 AM PDT

i n t a n h i j a u


PRESIDEN KAMI BUKAN LIABILITI

Posted: 19 Apr 2011 03:29 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 April — Pemimpin-pemimpin PAS mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil menegaskan pemimpin veteran itu bukan liabiliti kepada parti Islam sepert didakwa penganalisis Prof Abdul Aziz Bari.

Sebaliknya, mereka sebulat suara berkeyakinan Hadi yang telah menerajui PAS sejak 2002 masih releven untuk menjadi pemimpin nombor satu parti itu ekoran kejayaan yang telah dicapai semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Selain itu, mereka juga berpendapat alasan yang diberikan Aziz, seorang penganalisis politik yang mengatakan kepimpinan parti Islam itu perlu berubah termasuk presidennya yang disandang Hadi adalah tidak wajar dan bersifat mahu mengganggu keharmonian parti itu menjelang pemilihan Jun ini.

Aziz juga berkata Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat gagal mempertahankan parti dalam beberapa itu berbangkit — termasuk gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu.

Kata Aziz, keadaan itu menyebabkan ahli-ahlinya kurang kepercayaan kepada kepimpinan Hadi yang menyulitkan perkembangan PAS dan kegagalan menyerlah sebagai 'kapten' kepada parti itu.

"Ini dapat dilihat apabila Terengganu jatuh (semula) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Beliau juga dikatakan antara punca rancangan 16 September Pakatan Rakyat musnah," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan at-Tantawi berkata alasan yang diberikan Aziz itu adalah perkara yang akan sentiasa dibangkitkan setiap kali menjelang pemilihan parti itu.

Justeru, tegas Nasrudin, Hadi bukan liabiliti kepada PAS dan masih lagi layak untuk menerajui parti Islam itu selepas banyak membawa perubahan besar kepada parti itu.

"Hujah Aziz itu adalah hujah yang berulang dan telah kita selesaikan sebelum daripada ini, hujah kekalahan di Terengganu... hujah kegagalan 16 September semua nak dibebankan kepada Datuk Seri Abdul Hadi... nak ulang hujah sama itu tidak releven dan ia tidak jelaskan kenapa beliau harus menyalahkan Datuk Seri Abdul Hadi.

"Kita tak boleh pakai hujah begitu... sepatutnya beri fakta yang jelas dan bukan ulang hujah yang sama dan ingin saya tegas Datuk Seri Abdul Hadi bukan liabiliti kepada PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, sekiranya Hadi menjadi liabiliti kepada PAS sudah tentu kawasan-kawasan yang bermesyuarat akan mencalonkan pemimpin lain, tetapi sehingga kini hanya PAS kawasan Bukit Bintang sahaja yang bertindak demikian.

"Kalau semua kawasan calonkan Datuk Seri Abdul Hadi ini bermakna kepimpinan beliau masih releven. Jadi, kita serah kepada perwakilan tak perlu menggunakan kaedah mencipta persepsi negatif terhadap peribadi Datuk Seri Abdul Hadi.

"Kalau perwakilan beri kepercayaan kepada beliau, adakah beliau masih menjadi liabiliti kepada PAS... tidak. Kepercayaan perwakilan menggambarkan mereka mempercayai Datuk Seri Abdul Hadi dan kepimpinannya," katanya.

Jelas Nasrudin, gesaan agar Hadi meletakkan jawatan itu hanya akan "muncul" setiap kali pemilihan parti diadakan dengan tujuan mahu "mencipta" persepsi negatif terhadap bekas menteri besar Terengganu itu.

"Ia adalah kaedah nakal yang muncul ketika pemilihan yang mahu ganggu keharmoniaan pemilihanb PAS, pandangan seperti ini berlaku bila ada pemilihan sahaja.

"Ia satu pandangan yang tidak perlu diambil kira sangat tapi kita hormat pandangan yang diberikan semua orang," kata beliau sambil menambah, "kita menghormati pandangan semua orang sama ada positif atau negatif tapi dalam memberi pandangan yang paling penting adalah kita memerlukan hujah atau fakta yang jelas."

Justeru kata Nasrudin, hanya perwakilan yang paling layak untuk menentukan barisan kepimpinan PAS ketika pemilihan nanti.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu kekalahan PAS di Sarawak dan beberepa siri pilihan kecil tidak boleh dijadikan kayu pengukur bahawa Hadi adalah penyebab kegagalan itu.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar setiap pandangan yang dikemukakan itu harus bersikap jujur dengan turut mengambil kira kejayaan dan pencapaian PAS sejak Hadi menerajui parti.

"Yang pertama kita hormati setiap pandangan semua pihak cuma cadangan itu mungkin berpunca dari pencalonan satu kawasan dan ia bukan merupakan gambaran keseluruhan (kawasan).

"Saya milihat kita harus lihat secara jujur iaitu bukan dari aspek kegagalan tapi kejayaan yang dicapai dalam kepimpinan beliau termasuk memenangi negeri Kedah dalam pilihan raya umum dan PAS diterima bukan Islam juga di bawah kepimpinan beliau, jadi beberapa kegagalan yang berlaku tidak boleh dijadikan kayu pengukur," katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, sekiranya Hadi adalah liabiliti kepada parti, maka semua kawasan tidak akan menyokong kepimpinan beliau dan akan memilih pemimpin lain.

"Beliau bukan liabiliti sebab semua kawasan juga mencalonkan beliau, kalau kata liabiliti separuh kawasan akan calonkan orang lain (bagi jawatan presiden).

"Beliau masih releven untuk jadi presiden, beliau bukan liabiliti... beliau diterima semua pihak, beliau bukan liabiliti kepada PAS dan saya tak nampak apa yang dimaksudkan sebagai liabiliti itu," katanya.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata apa yang dikatakan Aziz itu hanya pandangan peribadi, namun hakikatnya kepimpinan Hadi masih lagi diperlukan PAS.

"Pandangan Aziz sebagai seorang yang bebas dari parti, itu hanya perspektif org yang di luar dan dari segi kepimpinan kita masih memerlukan kepimpinan beliau (Hadi).

"Malah semasa kepimpinan beliau ada banyak pencapaian parti termasuk kemenangan PAS pada 2008, jadi walaupun dari segi pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil ia bukan kayu pengukur yang mutlak, jadi harus dilihat dari sudut pencapaian lain juga," katanya.

Kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu, kepimpinan dan kekuatan Hadi masih diperlukan PAS dan ia perlu dibuktikan dalam menghadapi situasi politik semasa.

"Saya yakin kepimpinan beliau telah mengambil kira semua pandangan, dengan syarat PAS harus melonjak.

"Selain itu kalau lihat sejarah parti tak ramai presiden ditandingi, apa yang berlaku sama ada presiden letak jawatan atau krisis... jadi apa yang berlaku ini adalah satu cabaran kepada beliau selaki presiden," katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dengan tegas berkeyakinan Hadi akan membawa lebih banyak perubahan sekiranya terus menerajui parti tersebut.

"Kekal sebagai presiden, kerana Abdul Hadi berjaya bawa PAS ke dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau juga berjaya membawa PAS agar ia boleh disertai kaum-kaum lain.

"Beliau perlu kekal sebagai presiden dan tingkat prestasi untuk kuatkan PAS pada masa depan, jadi beliau masih perlu menerjaui PAS buat masa sekarang dan beberapa tahun akan datang," katanya.

Dalam pada itu, pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen turut menyanggah pandangan Aziz sambil berkata, jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP telah memutuskan hubungan dengan PAS.

"Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja.

"Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, di bawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008, malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi  dari tujuh kerusi pada 2004," katanya.

Sebagai presiden kata beliau, keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti di seluruh negara bukannya di Terengganu sahaja.

"Dan, ia sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS di bawah presiden," katanya.

Kata beliau, Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Hadi adalah punca kegagalan 16 September.

"Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai profesor atau sekadar menggantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

"Nampaknya beliau sengaja mengkambinghitamkan presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca," kata beliau lagi.(the malaysian insider)

PAS Kulaijaya

Posted: 19 Apr 2011 07:07 AM PDT

PAS Kulaijaya


Usaha Mendekati Masyarakat.

Posted: 18 Apr 2011 06:39 PM PDT

Blog Dewan Pemuda PAS Johor

Posted: 19 Apr 2011 03:38 AM PDT

Blog Dewan Pemuda PAS Johor


Jom Ngeteh!

Posted: 18 Apr 2011 09:02 PM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 19 Apr 2011 03:12 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


TAHNIAH PAKATAN RAKYAT (PRN Sarawak)

Posted: 18 Apr 2011 11:04 PM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 19 Apr 2011 01:48 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak

Posted: 18 Apr 2011 08:12 AM PDT

1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun [...]

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Apr 2011 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Adun PR difitnah Tidak Hadir Keputeraan Sultan

Posted: 18 Apr 2011 11:01 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 April: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim kesal dengan fitnah yang disebarkan puak Umno yang mendakwa tiada seorang pun Adun Pakatan Rakyat Perak menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak Yang Ke-83 Tahun hari ini.

Fitnah itu disebarkan dalam blog Umno ruangbicarafaisal.blogspot.com jam 9.58 pagi tadi namun artikel bertajuk "DAP, PAS dan PKR Boikot Hari Keputeraan Sultan Perak" itu kemudiannya dibuang dari blog tersebut.

Khalil berkata, beliau dan Adun-Adun PKR, DAP dan PAS yang lain tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri majlis itu.

"Bagi mengesahkan perkara yang sama sebentar tadi saya telah menghatar khidmat sistem pesanan ringkas (sms) kepada semua adun PR.

"Sehingga sekarang saya menerima respons segera dari hampir 20 Adun PR yang memaklumkan mereka tidak menerima apa-apa jemputan ke istana pada hari ini," jelas Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat negeri melalui twitternya.

Khalil ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi juga mempersoalkan tindakan menarik balik artikel tersebut jika dakwaan tersebut benar.

"Setelah periksa blog tersebut, saya artikel tersebut telah dibuang. Kenapa buang kalau betul dakwaan kami boikot majlis ini? Mungkin mereka takut lalu membuang artikel itu," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Tegasnya juga, dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana beliau sendiri menutup pejabat khidmat masyarakatnya dan semua pekerja bercuti.

"Dakwaan ini tidak berasas sama sekali sedangkan pada hari ini pejabat  saya ditutup dan semua kakitangan saya bercuti. Selain itu saya juga mengibarkan bendera Perak," tegasnya.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai perbuatan yang boleh menimbulkan pandangan yang salah kepada Adun Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, beliau merafak sembah tahniah kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sempena hari keputeraan baginda hari ini.

H/daily

AJK Ulamak Wilayah Kembali ke Rahmatullah

Posted: 18 Apr 2011 10:45 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 April: Ustaz Rahmat Syamsi kembali ke rahmatullah pada 4.30 petang semalam, setalah dimasukkan ke hospital pada malam kelmarin setelah selesai menyampaikan kuliah Maghrib di Ampang.

Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.

Beliau dimandikan di Masjid Saidina Ali, Kampung Padang Balang, Sentul jam 8.00 pagi.

Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan para syuhada dan solihin.

H/daily

Bakal Pensyarah Kecewa Permohonan ditolak 2 Kali

Posted: 18 Apr 2011 10:13 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Saya adalah seorang guru yang berijazah Sarjana dan telah berkhidmat lebih dari 6 tahun di Sarawak. Baru-baru ini saya telah membuat permohonan untuk menjawat jawatan pensyarah, tetapi dukacita kerana permohonan saya tersebut telah ditolak sebanyak 2 kali.

Permohonan pertama saya kemukakan kepada UiTM Kampus Samarahan, Kuching Sarawak. Setelah melalui temuduga sebanyak dua kali, saya lulus dalam temuduga tersebut tetapi disenaraikan sebagai calon simpanan. Setelah tamat tempoh  menunggu 2 bulan seperti yang dinyatakan di dalam surat (sebagai calon simpanan), saya langsung tidak dihubungi oleh pihak pentadbiran UiTM.

Setelah dihubungi, dukacita dimaklumkan bahawa saya tidak mendapat jawatan sebagai pensyarah di sana dengan alasan ia telah dimasuki atau diambil oleh calon yang dihantar oleh UiTM Shah Alam!

Persoalan yang timbul ialah, kenapa UiTM Shah Alam mengadakan temuduga di sana dan menghantar calonnya ke UiTM kampus Samarahan Kuching sedangkan saya adalah calon yang telah sedia ada  dan lulus temuduga di sini!

Permohonan kedua ialah di Institut Perguruan Kampus Batu Lintang,Kuching Sarawak. Saya telah mendapat maklumat bahawa ada kekosongan jawatan pensyarah dan mereka telah pun membuat banyak permohonan tambahan pensyarah tetapi masih tidak dipenuhi dan dilayan sewajarnya.

Justeru itu saya memohon jawatan tersebut, tetapi sangat dukacita apabila permohonan saya itu turut gagal!  Alasan permohonan itu ditolak ialah kekurangan guru! Apakah tujuan dan matlamat KPM menggalakkan para guru menaiktaraf atau meningkatkan tahap pendidikan mereka ke peringkat ijazah Sarjana Muda dan Sarjana serta Ph.D sedangkan peluang untuk permohonan jawatan pensyarah seperti ini tidak dilayan!

Yang lebih mengecewakan ialah keputusan menolak permohonan saya ini hanya dibuat pada peringkat JPN sahaja! Kenapa permohonan saya itu tidak dihantar dan dirujuk terus kepada KPM atau KPT diPutrajaya? Kenapa JPN negeri tidak menyokong dan meluluskan permohonan saya sedangkan maklumat daripada rakan-rakan guru yang berijazah Sarjana di Semenanjung yang memohon pertukaran jawatan seperti saya dapat dipenuhi dan diluluskan? Kenapa ada sikap DOUBLE STANDARD  dalam hal ini? Adakah ia berkaitan dengan sentimen kenegerian? (kebanyakkan warga Semenanjung di sini di anaktirikan oleh warga Sarawak, mereka lebih mendahulukan anak bangsa sendiri!)

Jika alasan yang diberikan JPN ialah kekurangan guru, adakah tanggungjawab kami para guru untuk mencari dan menyediakan pengganti? Sampai bilakah kami harus menunggu untuk menjawat jawatan pensyarah? Sampai bilakah masalah kekurangan guru di Sarawak ini dapat diatasi? Sudahlah alasan yang sama juga turut diberikan kepada kami apabila kami memohon untuk pulang berkhidmat di Semenanjung! Jadi apakah kesudahan kami di Sarawak ini? Jika beginilah situasinya maka kami pasti akan sentiasa dalam dilema, untuk berpindah balik ke Semenanjung pun tidak dapat dan untuk memohon jawatan pensyarah pun turut tidak diluluskan!

Saya sebagai pegawai kerajaan yang berkhidmat di Sarawak amat mengharapkan pihak KPM dan KPT segera membuat siasatan, pemantauan dan tindakan agar kami semua tidak tertindas dan seterusnya dapat memajukan diri bersesuaian dengan tahap ijazah kami dan ia bertepatan dengan slogan 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!

MUHADHIR,

Kuching, Sarawak.

Betulkah DAP perjuangkan perkauman ?

Posted: 18 Apr 2011 09:03 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Dalam blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak membuktikan bahawa DAP berjaya membawa 'jenama politik perkauman' ke negeri terbesar di Malaysia itu. Tetapi benarkah DAP bawa perkauman?

Saya secara jujurnya tidak percaya DAP membawa politik perkauman berdasarkan perlembagaan DAP dan ucapan pemimpin mereka. Sebaliknya, UMNO termasuk Tun sendiri memperjuangkan politik perkauman berdasarkan perlembagaan dan ucapan dan tulisan pemimpin UMNO. Itulah yang saya nampak, tetapi kalau saya tulis begini nanti orang Melayu akan marah kepada saya pula. Ini yang saya tidak mahu.

Kalau begitu mari kita tutup cerita perkauman, tidak payah tuduh orang DAP perkauman dan tak payah bangga UMNO tidak bawa perkauman. Selepas selesai pilihan raya dan keputusan pun sudah dibuat dan kerajaan pula sudah dibentuk, maka masing-masing buat kerjalah untuk membela rakyat tanpa berpihak kepada mana-mana kaum.

Maka mana-mana rakyat yang susah dan perlu dibantu dan dibimbing berilah keutamaan dalam perjuangan. Berapa ramai orang Melayu di Sarawak yang masih miskin, keluarkan mereka daripada kemiskinan itu. Begitu juga orang Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kaum, kalau mereka sudah, jangan dipandang sebelah mata. Barulah kita tidak dikatakan perkauman.

Walau bagaimanapun saya agak hairan juga, ada pemimpin Melayu yang bercakap tidak boleh main isu perkauman, tetapi apabila orang Cina atau India ugut sedikit, mereka cepat-cepat luluskan atau ubah keputusan yang telah dibuat. Padahal kalau orang Melayu tuntut walaupun dengan demontrasi, suara mereka tidak diindahkan. Apakah sikap ini untuk menunjukkan bahawa pemimpin kita tidak perjuangkan perkauman?

Kenapa kita mengajar anak bangsa kita jadi begitu? Mengapa kita biarkan anak bangsa kita menjadi mangsa keadaan? Memanglah Islam mengajar, rakyat wajib taat kepada pemimpin, tidak boleh derhaka kepada pemimpin. Tetapi Islam juga mengajar, tidak perlu taat kepada pemimpin dalam soal yang menderhakai Allah.

Persoalan sekarang, tidak adakah keputusan pemimpin yang bercanggah dengan kehendak Allah? Tidak adakah tindakan pemimpin yang bercanggah dengan kehendak Islam? Realitinya, walaupun ada, mereka tetap taat kepada memimpin. Di sinilah kesilapan orang Melayu yang akhirnya boleh merosakkan masa depan mereka sendiri.

Berdasarkan itu, orang Melayu perlu merujuk segala hidup ini kepada Allah, kepada Islam. Walau siapapun pemimpin anda, walau apapun parti politik anda, Allah dan Islam harus dijadikan rujukan utama. Itulah pemimpin yang boleh menyelamatkan masa depan kita.

Hentikan pertikaian politik kepartian dengan menyalahkan orang lain hanya semata-mata untuk menaikkan golongan kita. Hentikan isu perkauman kerana orang yang memperjuangkan perkauman tiada jaminan syurga, sebaliknya mati sebagai orang jahiliah.

Jadi, bagi menyelamatkan keadaan ini, suka saya mencadangkan bahawa keahlian sesuatu parti politik perlu pelbagaikan bangsa. Pendekatan PAS menerima ahli kelab daripada pelbagai bangsa mungkin permulaan yang baik. Tetapi perlu kita ingat dan sedar, DAP dan Gerakan waktu diasaskan dahulu bukan untuk orang Cina, bahkan diasaskan oleh orang Melayu. Jadi, perjuangan mereka sudah pasti tidak berasaskan perkauman.

Menyedari keadaan ini, persepsi yang salah ini perlu diperbetulkan. Bahkan tentu tidak salah kalau orang Melayu termasuk ahli agama secara ramai-ramai menyertai DAP sekali gus memberikan roh Islam kepada perjuangannya. Ingatlah selagi kita membiarkan orang Cina menguasai DAP selama itulah perjuangan DAP akan dicap sebagai perjuangkan perkauman.
--
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah

PAS Ucap Tahniah Kepada NGV Tech

Posted: 18 Apr 2011 08:03 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 April: PAS mengucapkan tahniah kepada syarikat  NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki oleh orang Melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi jika diberi peluang tanpa campur tangan politik.

"Selama ini kita tidak pernah dengar syarikat NGV Tech yang hebat dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri tidak percaya ada syarikat Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi kerana kebiasaan dibuat oleh negara maju.

Mahathir menyatakan demikian pada majlis pelancaran kapal tunda Mariner 1 kepada Marine Services Private Ltd (Arab Saudi) yang disempurnakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Limbungan Sijangkang Banting.

"Kenyataan beliau (Mahathir) menunjukkan inilah mentaliti yang ada kepada pemimpin negara kita sejak dahulu sampai sekarang," ujar Idris.

Tambahnya, suatu ketika dahulu kita sering melihat di paparan media mengenai kehebatan Zulkifli Haron yang mendahului zaman dalam penciptaan teknologi yang canggih, sehingga beliau digelar sebagai McGyver Malaysia.

Katanya, bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar.

"Beliau sudah terlibat dalam ikon reka cipta lebih daripada 20 tahun tetapi malangnya khidmatnya kurang dimanfaatkan oleh negara, sebaliknya lebih bangga dengan ciptaan negara luar," ujarnya.

Idris menambah, sekiranya Zulkifli Haron rakyat  Jepun atau Amerika Syarikat, beliau akan menjadi jutawan seperti Bill Gates tetapi malang sekali Zulkifli ialah anak Melayu yang tinggal di Malaysia.

Justeru, ujarnya PAS memandang penting modal insan dan kepakaran yang Allah berikan kepada manusia, yang perlu dibangunkan dengan baik.

Persoalannya, kata beliau kenapa modal insan ini diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan dengan baik.

PAS, tegasnya yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam.

Tambahnya, tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi.

Sebenarnya, kata beliau kajian-kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat Pengajian Tinggi  di Malaysia, malangnya ia hanya menjadi kajian ilmiah sahaja sedangkan penemuan-penemuan mereka adalah kontemporari.

Menurutnya, perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar.

Sebab itu, ujarnya Datuk Seri Najib sendiri pun mengambil APCO sebagai penasihat walaupun membazir wang rakyat sebanyak RM77 juta setahun.

"Pada hal khidmat ini boleh didapati di dalam negara ini oleh rakyat kita sendiri tanpa perlu wang negara mengalir keluar," ujarnya.

H/daily

Tiga Sahabat dibelasah 20 Lelaki

Posted: 18 Apr 2011 07:36 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


NILAI - Tiga sahabat termasuk dua beradik menempuh detik-detik menakutkan apabila dibelasah kira-kira 20 lelaki yang bersenjatakan pedang samurai dan kayu ketika sedang membeli burger di Pasar Borong Nilai 3 di sini Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, kesemua mangsa mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan sehingga terpaksa mendapat rawatan di hospital.

NOR ditemani suaminya menunjukkan laporan polis berhubung kejadian dua anak mereka dipukul 20 lelaki di Nilai 3 

Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 43, berkata, ketika kejadian, dua anaknya yang berusia 22 dan 19 tahun bersama seorang rakan berusia 19 tahun itu pergi ke pasar berkenaan untuk membeli burger.

Katanya, ketika sedang menunggu pesanan, sekumpulan 20 lelaki telah memanggil nama salah seorang anaknya itu.

"Sebaik panggilan disahut, kumpulan 20 lelaki berkenaan terus mengepung dan membelasah mereka tanpa sempat menerangkan puncanya.

"Lebih menakutkan lagi, beberapa lelaki berkenaan turut membawa kayu dan sebilah pedang samurai untuk membelasah mereka," katanya

Helikopter Tentera Sudan Terhempas, Lima Terkorban

Posted: 18 Apr 2011 07:15 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KHARTOUM 19 April – Helikopter tentera Sudan terhempas semalam di Utara Darfur mengorbankan kesemua lima penumpang di dalamnya dan ia merupakan kejadian kedua sejak seminggu lalu, lapor jurucakap pasukan tentera.

Menurut Sawarmi Khaled Saad, helikopter tersebut yang cuba mendarat di lapangan terbang El-Fasher menghadapi masalah teknikal lalu terhempas.

"Helikopter tersebut musnah sama sekali dan kesemua mereka (penumpang) juga terkorban. Tiga daripadanya merupakan anak kapal dan dua penumpang," kata Sawarmi. 

AFP

Kami Salah Strategi - Massa

Posted: 18 Apr 2011 07:01 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LONDON - Pemandu Ferrari, Felipe Massa mengakui, pasukan itu tersilap strategi pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China kelmarin.

Pemandu Brazil itu menegaskan, dia mungkin menamatkan saingan di kedudukan yang lebih baik selain di tempat keenam sekiranya menggunakan strategi tiga hentian pit berban- ding dua kali di Litar Antara- bangsa Shanghai.

Massa, 29, berjaya mencatat keputusan dan persembahan yang lebih baik musim ini, sekali gus menduduki tempat kedua untuk satu tempoh yang lama sebelum masalah tayar yang dihadapi pada pusingan terakhir memaksa dia ketingga- lan di belakang.

"Meskipun Sebastian Vettel lebih banyak menguasai perlumbaan itu, dia gagal mencatat kemenangan disebabkan oleh strategi. Begitu juga dengan saya," kata Massa.

"Ia menunjukkan kami tidak memilih strategi yang betul. Perlumbaan saya sangat hebat, hampir sama dengan Sebastian dan kami menjadikan itu sebagai pertimbangan.

"Mungkin kami perlu mengurangkan strategi untuk memasuki hentian pit.

"Lihat pada pemandu lain, mereka terus berhenti. Kami sudah membuat keputusan pada awalnya tetapi ia tidak berlaku seperti yang di- harapkan."

MASSA tetap gembira meskipun menamatkan perlumbaan di tempat keenam pada GP China 

Bagaimanapun Massa berkata, dia gembira dengan persembahan peribadi, pulang dengan satu kedudukan di hadapan rakan sepasukan dan juara dunia berganda, Fernando Alonso.

"Ia adalah perlumbaan yang terbaik bagi saya tahun ini, antara yang terbaik berbanding tahun lalu," kata Massa.

"Ia sesuatu yang memalukan kerana kami sepatutnya mena- matkan perlumbaan di kedudukan teratas dan ia tidak mustahil untuk dilakukan." 

Agensi

PR Menang Bermaruah, BN Menang Dengan Rasuah

Posted: 18 Apr 2011 06:47 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 19 April: Senator Dr Syed Husin Ali berkata, tiada salahnya mengucapkan tahniah di atas kemenangan BN di Sarawak tetapi jangan memperkecilkan prestasi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, semalam.

Beliau yang gembira kerana dapat menyertai perbahasan itu membuat sedikit komen tentang apa yang berlaku lebih awal sebelum memulakan perbahasan.

"Sepanjang pagi tadi beberapa orang mengucap tahniah kerana kemenangan BN di Sarawak.

"Tiada salahnya ini, akan tetapi kurang enak didengar apabila pada masa sama diperkecilkan pula prestasi Pakatan," ujarnya selaku Ahli Dewan Negara yang mewakili PKR.

Menurutnya, seorang teman daripada Umno bertanya kepadanya: Syed, tidak mahu ucap tahniah ke dan beliau tiada masalah mengucap syabas.

Akan tetapi, beliau ingin mengingatkan bahawa PR berjaya meningkatkan bilangan kerusi yang dimenangi sekali ganda.

"Lebih penting lagi kami berjaya menurunkan 8 peratus undi yang diperolahi BN dari 63 ke 55 peratus.

"Benar BN mendapat lebih dua pertiga kerusi, akan tetapi ia gagal memperolehi dua pertiga undi," ujarnya.

Ini, tambahnya berlaku walaupun kerajaan Umno BN menggunakan jentera kerajaan, memperalat media elektronik serta cetak, mengugut melalui SB, menabur wang dan seterusnya tidak habis-habis menggunakan isu fitnah sodomi dan video seks.

"Saya teringat kepada sebuah tweet yang saya terima, berbunyi: Pakatan menang dengan maruah, BN menang dengan rasuah. Ingatlah, Sarawak bukan lagi fixed deposit BN," ujarnya.

H/daily

Raifal AK-47 diperbuat Daripada Kristal

Posted: 18 Apr 2011 06:36 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


MILAN, Itali - Kristal mewah Swarovski sinonim dengan barang kemas, ukiran elegan dan candelier tetapi seorang pengukir, Nicola Bolla, menggunakan kristal tersebut untuk menghasilkan pelbagai arca yang menakutkan.

Menerapkan tema kematian, sebanyak 15 arca yang dihasilkan pengukir terkenal berusia 47 tahun itu termasuk raifal AK-47, tengkorak, tulang rusuk dan tulang paha dipamerkan kepada umum sempena Minggu Seni Reka Milan minggu lalu.

SEORANG wanita memegang raifal AK-47 yang diperbuat daripada kristal Swarovski ciptaan Nicola Bolla

Dia menjadi popular kerana menggunakan bahan yang mewah dan cantik termasuk berlian untuk menghasilkan pelbagai objek termasuk mangkuk tandas. 

Agensi

Lebih 1,000 Orang dibunuh Tentera Gaddafi

Posted: 18 Apr 2011 06:14 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MISRATA, Libya - Dianggarkan 1,000 orang terbunuh dan 3,000 yang lain cedera di bandar Misrata apabila tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menyerang lokasi itu dengan menggunakan kereta perisai dan penembak curi sejak enam minggu lalu, kata seorang doktor semalam.

"Kira-kira 80 peratus kematian melibatkan orang awam," kata Dr. Khaled Abu Falgha yang bertindak selaku pentadbir di sebuah hospital utama di Misrata.

Beberapa kakitangan perubatan menyaksikan kenaikan mendadak jumlah mangsa yang dibawa ke hospital pada minggu lalu.

Mereka mengalami kesan tembakan di kepala dan leher yang menjadi sasaran utama penembak tepat.

Sementara itu, enam lagi katil di unit rawatan rapi menempatkan sekumpulan lelaki yang ditembak oleh penembak curi yang ditugaskan ke seluruh bandar oleh tentera yang setia kepada Gaddafi.

Khaled memberitahu semua 60 buah katil di hospital itu telah digunakan dengan sepenuhnya.

Mereka yang cedera ringan dihantar pulang ke rumah selepas mendapat rawatan.

Pada minggu lalu, ramai yang cedera ekoran penggunaan bom berangkai dan memerlukan beberapa anggota badan si mangsa dipotong.

Doktor itu menunjukkan contoh-contoh senjata yang disimpan tentera Gaddafi di pejabatnya.

Bom berangkai yang menyebarkan bom-bom kecil telah diharamkan oleh banyak negara.

Setakat semalam Gaddafi masih belum mahu berundur sebaliknya masih bertegas mahu berkuasa walaupun setelah empat dekad beliau memerintah.

Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Gaddafi bermula sejak 15 Februari lalu ekoran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinannya. - Agensi

Robot Kesan Radiasi Tinggi di Dalam Loji Nuklear

Posted: 18 Apr 2011 06:00 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


TOKYO - Bacaan data yang diperoleh daripada robot-robot yang memasuki dua bangunan di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi buat pertama kali semalam mendapati persekitarannya masih mengandungi kadar radioaktif yang tinggi untuk dimasuki oleh para pekerja.

Para pegawai nuklear memberitahu data radiasi di kolam Unit 1 dan Unit 3 di loji nuklear tersebut diperoleh oleh dua buah robot buatan Amerika Syarikat (AS) yang diberi nama Packbots.

Packbots mengambil data mengenai suhu, tekanan dan tahap radioaktif.

"Lebih banyak data perlu diambil dan tahap radioaktif perlu dikurangkan lebih banyak sebelum para pekerja dibenarkan masuk," jelas Hidehiko Nishiyama dari Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri Jepun.

SATU robot kawalan jauh masuk ke dalam sebuah bangunan di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun 

Maklumat mengenai radiasi itu dilihat tidak akan menjejaskan matlamat untuk menutup loji tersebut dalam tempoh enam hingga sembilan bulan seperti yang diumumkan oleh pengendali loji berkenaan, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO).

"Kami sudah menjangkakan tahap radiasi yang tinggi di dalam bangunan reaktor. Namun begitu, saya pasti TEPCO dan pakar-pakar lain mengambil kira angka-angka ini apabila mereka merangka pelan (menutup loji tersebut)," kata Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano.

Pegawai TEPCO, Takeshi Makigami menyatakan robot-robot itu akan merintis jalan buat para pekerja untuk memasuki semula ke dalam bangunan berkenaan.

"Apa yang boleh dilakukan oleh robot adalah terhad. Justeru para pekerja perlu masuk ke dalam bangunan itu," kata Makigami.

Loji itu mengalami kebocoran nuklear selepas ia dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu akibat gempa bumi kuat di timur laut Jepun. 

Agensi

5 Pencuri Kereta Mewah Tumpas

Posted: 18 Apr 2011 05:46 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PETALING JAYA – Sekumpulan penyamun kereta mewah yang menjadikan hotel lima bintang sebagai stor tempat menyembunyikan kenderaan curi dan tempat persembunyian tumpas apabila mereka diberkas di sini baru-baru ini.

Kegiatan kumpulan lelaki berumur 24 hingga 42 tahun itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Damansara Jaya di sini pada pukul 2.35 pagi pada 10 April lalu.

KERETA curi yang ditemui semula daripada lima penjenayah yang ditahan di sekitar Petaling Jaya baru-baru ini

Suspek yang berumur 27 tahun itu dipercayai mahu mencuri kunci sebuah kereta mewah yang dimiliki penghuni di dalam rumah yang cuba dipecah masuk itu.

Ekoran penahanan lelaki itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis kemudian berjaya menahan empat lagi suspek di sebuah hotel lima bintang di Seksyen 16 di sini pada pukul 10.30 malam pada 12 April lalu.

"Suspek itu dipercayai telah menginap di hotel itu sejak beberapa hari lalu sebagai lokasi persembunyian mereka sebelum merancang mencuri atau menjual kereta-kereta yang dicuri.

"Kesemua suspek sebelum ini pernah ditahan kerana pelbagai kes jenayah. Ada di antara suspek terlibat dalam tiga hingga empat kes jenayah termasuk memiliki dadah, pecah rumah dan mencuri kenderaan," kata beliau

Bangkai Makhluk Asing ditemui di Rusia ?

Posted: 18 Apr 2011 05:31 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ? ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem.

Agensi

Dr. Khairuddin kekal YDP PAS Tambun.

Posted: 18 Apr 2011 05:27 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Ucapan penangguhan daripada YDP PAS Kawasan Tambun Dr. Hj. Khairuddin


17 April, Ipoh - PAS Kawasan Tambun telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-25 di Hotel Hillcity Ahad lalu. Lebih daripada 300 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tambun kali ini cukup bermakna kerana menerima kehadiran Yb. Dato' Paduka Hj. Husam Musa, AJK PAS Pusat. Dalam ucapan beliau, Yb. Dato' menekankan peri pentingnya soal strategi dalam menjalankan gerak kerja parti. Kata beliau lagi, jentera parti perlu lebih aggresif bergerak untuk menambahkan bilangan pengundi baru bagi menghadapi pilihanraya ke-13 yang dijangkakan semakin mendekat. Yb. Dato' juga menyarankan agar PAS Kawasan Tambun mengumpulkan dana dalam bentuk Dinar yang dipelopori oleh kerajaan PAS Kelantan.

Menyentuh tentang ucaptama oleh Dr. Hj. Khairuddin b. Dato' Abdul Malik selaku YDP PAS Tambun, sarat dengan visi dan misi. Antara yang disebut oleh YDP "keperluan kepada pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang kebenaran melengkapkan prasarana perjuangan yang masih banyak lompong-lompong dan ruang kosong di sana sini. Dalam konteks Malaysia , wujudnya keadaan tersebut adalah testimoni bahawa kumpulan orang-orang Melayu beragama Islam masih belum memahami apa erti kezaliman dalam perspektif Islam dan apa natijah menyokong kezaliman kepada masa depan akhirat mereka. " Beberapa perkara penting yang disampaikan oleh YDP bagi tindakan semua ahli PAS Tambun iaitu:

1.Pakatan Rakyat harus diperkasakan

2.Pertingkatkan jihad demi kemenangan

3.Memurnikan perjuangan

4.Pertingkatkan program parti

5.Semai rasa kebersamaan dan cintakan jemaah


Tn. YDP telah mengariskan tujuh pendekatan strategik jangka sederhana 2011-2013 iaitu :

1.Menambahkan ahli-ahli PAS Kawasan Tambun ke tahap 4,000 orang.

2.Menambahkan cawangan ke tahap 45 cawangan.

3.Mendaftar pengundi-pengundi baru sekurang-kurangnya 1,000 pengundi baru setahun.

4.Mencapai tahap dana akaun parti yang selesa sekurang-kurangnya RM 100,000.

5.Menyiapkan Markas Tarbiyah PAS kawasan yang baru dengan harga RM 400,000.

6.Memiliki satu premis kedai pejabat (shop-office) ditempat strategik untuk dijadikan pejabat pentadbiran PAS kawasan.

7.Memiliki projek ekonomi yang berdaya maju dan menjadi penyumbang utama kepada dana parti.

YDP juga mengungatkan ahli PAS Tambun untuk menghindarkan diri daripada sifat-sifat yang boleh meleburkan dan melemahkan amal jihad iaitu:

1.Gagal mempertahankan keikhlasan.

2.Buruk sangka yang tidak menguntungkan jemaah.

3.Enggan mendisiplinkan diri untuk mematuhi keputusan - keputusan jemaah.

4.Mempromosikan budaya-budaya asing dalam jemaah seperti budaya lobi atau berebut jawatan.

5.Menyampaikan dakwah dengan strategi menyerang yang menjauhkan kumpulan sasaran.

6.Berprasangka kerja kita / lajnah kita saja yang penting atau kumpulan kita sahaja yang buat kerja.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tambun kali ini, 4 jawatan tidak dipertandingkan dan telah dipersetujui oleh majoriti perwakilan yang hadir iaitu bagi jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DipPertua dan Ketua Urusan Ulama'. Seramai 16 ahli jawatankuasa kerja PAS Tambun telah dipilih oleh para perwakilan untuk menerajui kepimpinan PAS Kawasan yang menggabungkan muka lama dan baru. Syabas dan tahniah kepada yang telah dipilih. Semoga dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan lebih progresif bagi penggal 2011-2013.

Dr. Khairuddin yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS perak berjaya mengekalkan jawatannya dalam pemilihan pada tahu ini.

New Zealand dilanda Gempa 6.6 Skala Richter

Posted: 18 Apr 2011 05:15 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



WELLINGTON 19 April – Gempa bumi kuat di bawah laut berukuran magnitud 6.6 melanda pantai timur laut New Zealand hari ini, lapor Pusat Pantauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Dalam pada itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami namun tiada sebarang ancaman dilaporkan.

Menurut USGS, gempa tersebut berlaku pada pukul 11.03 malam waktu Malaysia di 550 kilometer timur Auckland dengan pusat gempa sedalam 90 kilometer. 

AFP

Analisa kerusi Parlimen menurut PRN Sarawak.

Posted: 18 Apr 2011 05:05 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Shaharul Shafie

Berakhirnya musim 'panas' di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim 'panas' seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini. Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.

Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor 'kemenangan' di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.

Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN
Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.

Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.

Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak

Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai 'deposit tetap' BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.

Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis.

Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.

Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?

Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian.

Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang.

Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.

Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja

Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.

Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.

Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan 'kelabu' bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.

PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan
Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.

Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.

Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman
Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.

Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.

PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be'kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be'kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be'kalalan sendiri.

Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang 'bergaya' atau menang 'motivasi' meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini 'Jika PR kalah pun, biarlah bergaya'. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.

Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang
Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi.

Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.

Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.

BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti
BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana 'menang' moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).

Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi 'gergasi' yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.

Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.

Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini

Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.

Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan

Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13. Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).

Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan 'lebih panas' dari biasa.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

60 Jet Pejuang Britain dileraikan

Posted: 18 Apr 2011 05:00 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


STAMFORD - Sebanyak 60 jet pejuang Harrier yang sepatutnya digunakan untuk menyerang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini menunggu untuk dileraikan di beberapa buah hangar di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Jet pejuang berkenaan yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak seperti helikopter disimpan di beberapa hangar milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) dekat sini.

BEBERAPA jet Harrier berada di dalam sebuah hangar di Britain

Semua jet pejuang itu masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam misi ketenteraan.

Namun, jet-jet tersebut akan dileraikan dalam langkah penstrukturan semula RAF bagi menjimatkan kos penyelengaraan berjumlah £750 juta (RM3.6 bilion).

Langkah tersebut dianggap merugikan Britain yang membelanjakan £30 juta (RM147.6 juta) seminggu untuk melancarkan serangan udara ke atas rejim Gaddafi di Libya.

Britain menyertai Amerika Syarikat dan Perancis dalam melaksanakan zon larangan terbang di Libya bagi mengelak Gaddafi melakukan serangan ke atas orang awam.

Jet Harrier boleh melakukan misi terbabit dari sebuah kapal induk dengan kos cuma £40 juta (RM196.8 juta) setahun. 

Agensi

Wanita Maut Terminum Cuka Getah

Posted: 18 Apr 2011 04:45 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


PASIR MAS – Seorang wanita yang dirawat di hospital sejak seminggu lalu akibat terminum cuka getah yang disangkanya air oren akhirnya meninggal dunia semalam.

Mangsa, Lijah Mamat, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Menurut anak lelaki mangsa, Abdullah Che Wook, 63, arwah dimasukkan ke hospital itu akibat terminum cuka getah pada Selasa lalu.

KEADAAN Lijah semasa dirawat akibat terminum cuka getah sebelum meninggal dunia di HRPZ II di Kota Bharu

Menceritakan kejadian tersebut, katanya, mangsa ketika itu berada di rumah bersama emak saudaranya, Siti Hawa Ibrahim, 77.

"Sambil berbual-bual, emak saya kemudian menuang air yang disangkanya air oren ke dalam gelas lalu meminumnya.

"Bagaimanapun, dia mengadu rasa air itu sangat pelik. Emak saudara saya kemudian merasa minuman itu, tetapi meludahnya semula kerana ia adalah cuka getah," ceritanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat sini semalam.

Jauhkan sifat "menyelak kain" orang

Posted: 18 Apr 2011 04:20 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Al-Bukhari)

Tidak ada manusia yang sempurna dalam segala hal. Selalu saja ada kekurangan. Boleh jadi ada yang indah dalam rupa, tapi ada kekurangan dalam gaya bicara. Bagus dalam penguasaan ilmu, tapi tidak mampu menguasai emosi dan mudah tersingung, kuat di satu sisi, tapi lemah di sudut yang lain.

Dari situlah kita harus cermat mengukur timbangan penilaian terhadap seseorang. Apa kekurangan dan kesalahannya. Kenapa boleh begitu, dan seterusnya. Seperti apa pun orang yang sedang kita nilai, keadilan tidak boleh dilupakan. Walaupun terhadap orang yang tidak disukai, yakinlah kalau di balik keburukan sifat seorang mukmin, pasti ada kebaikan di sisi yang lain.

Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang beriman agar senantiasa bersikap adil. Perhatikan firman-Nya ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" (QS. Al Maidah 5 : 8)

Dengan timbangan yang adil, maka penilaian kita boleh jadi profesional, tidak serta-merta menilai bahawa orang itu pasti salah. Mungkin ada sebab yang membuat ia lalai, lengah, dan kebuntuan mengendalikan sesuatu. Bahkan mungkin jika kita berada di posisi dan situasi yang sama, kita pun tidak lebih bagus dari orang yang kita nilai. Kerana itu, lihatlah terlebih dahulu kekurangan dalam diri kita sebelum kita menilai kekurangan orang lain.

Ego manusia cenderung mengatakan, "Sayalah yang lebih baik dari yang lain". Ego seperti inilah yang kerap membuat timbangan penilaian jadi tidak adil. Kesalahan dan kekurangan orang lain begitu jelas, tapi kekurangan diri sendiri tidak pernah terlihat. Padahal, kalau saja bukan kerana anugerah Allah SWT yang berupa tertutupnya aib diri, tentu orang lain pun akan secara jelas menemukan aib kita.

Sebahagian dari kita, ada yang boleh menahan diri untuk tidak "menyelak kain" atau membicarakan aib orang lain, tapi ada juga sebahagian dari kita yang sulit menahan diri untuk tidak menggambarkan keburukan seseorang kepada orang lain. Bagi sebahagian orang, hal ini terasa sulit, kerana lidah kerap kali jadi nakal. Selalu saja terjentik untuk menyampaikan isu-isu baru yang menarik. Walau sebenarnya dia mengetahui, bahawa sesuatu yang menarik buat orang lain kadang buruk buat bahan yang dibicarakan. Di situlah ujian seorang mukmin untuk mampu memilih dan menilai, mana yang perlu dikhabarkan dan mana yang tidak. Perhatikan sabda Rasulullah SAW sebagai berikut, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mendengar berita rahsia orang lain." (Al-Bukhari).

Sebaiknya, sebelum kita memberi reaksi terhadap aib orang lain, lihatlah dengan jujur seperti apa diri kita lebih baik atau lebih buruk? Apabila ternyata kita lebih baik, maka bersyukurlah, namun jika ternyata kita lebih buruk, maka segera bertaubatlah. Inilah yang dimaksud dengan, "bahawa seorang mukmin, adalah cermin bagi mukmin lainnya. Dan bila kita menemukan bahawa diri kita masih lebih baik dari saudara semukmin kita, jangan menjadikan kita sombong dan jangan menyebarkan aib orang lain."

Seorang mukmin dengan mukmin lainnya adalah bersaudara. Perhatikan firman Alllah SWT berikut ini,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (QS. Al Hujuraat 49 : 10)

Ketahuilah, orang yang gemar membicarakan aib orang lain, sebenarnya tanpa ia sedari, ia sedang memperlihatkan jati dirinya yang asli, iaitu, tidak boleh memegang rahsia, lemah kesetiakawanannya, penggosip, penyebar berita bohong (kerana belum tentu yang diceritakannya benar). Ketahuilah, semakin banyak aib yang ia bicarakan dan disebarkan, maka semakin jelas keburukan diri si penyebar.

Lihatlah pula firman Allah SWT berikut ini,

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat … (QS. An-Nur 24 : 19).

Dan perhatikan juga firman-Nya dalam ayat yang lain,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. Al Hujurat 49 :12).

Perhatikan hadith berikut ini: "Barangsiapa yang membela kehormatan saudaranya sesama muslim, maka Allah SWT akan membelanya dari neraka kelak di hari Kiamat." (HR. Tirmidzi 1932, Ahmad 6/450)

Perhatikan juga sabda Rasulullah s.a.w. berikut ini: "Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi s.a.w.: Engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi s.a.w.: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya." (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)

Jadi bila masih ada dari kita yang kadang masih suka membicarakan dan atau mengungkapkan aib orang lain (sekalipun aib itu benar) maka sedarlah segera, kerana ghibah merupakan dosa besar yang hanya akan diampuni, setelah orang yang kita ghibah memaafkan kita. Dan biasanya, kebanyakan dari kita, sangat malu untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan kita, pada orang yang telah kita bicarakan aibnya.

Manusia yang paling baik untuk dirinya sendiri adalah yang paling bisa mengendalikan lidahnya

Jangan Mengejar Pengiktirafan Manusia

Posted: 18 Apr 2011 04:16 PM PDT


15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
seutastasbih.blogspot.com

Apabila kita melakukan kebaikan yang terlihat oleh orang lain, pasti akan ada yang mengatakan, "wah, baguslah!" "awak memang baik" "jarang jumpa orang macam awak" "Hebatnya!". Paling tidak pun, akan ada yang tersenyum menandakan sebuah penghargaan diberikan kepada kita. Lantas kita menjadi termotivasi dan bersemangat untuk terus melakukan kebaikan. Kita merasakan ada nilainya kebaikan tersebut pada pandangan mata manusia. Bagaimanakah pula keadaannya apabila ada yang mengatakan "eleh, tu nak tunjuk baik la tu" "buang masa awak saja buat macam tu" "jangan buat macam tu lagi lain kali!", apakah kesannya kepada diri kita? Adakah kita masih terus melakukan kebaikan tersebut atau kita meninggalkannya? Kesan yang berlaku atas diri kita daripada respons positif dan negatif orang lain ini menjadi indikator kepada keikhlasan kita dalam beramal.

Nilai sesebuah amal itu tidak ditentukan berdasarkan kepada pujian manusia. Apa yang lebih penting adalah nilai yang telah Allah gariskan dalam Al-Quran atau yang ditekankan oleh Rasulullah dalam Hadith baginda. Apabila telah ada saranan untuk melakukan sesebuah amal daripada Allah dan Rasul, maka ia tetap mempunyai nilai yang tinggi sama ada orang lain memuji atau mengeji. Dalam ertikata lain, orang yang ikhlas tidak akan berganjak sedikitpun daripada sebuah amal yang baik, bahkan dia sentiasa istiqomah dengan kebaikan. Tidak bertambah kerana pujian, atau berkurang kerana kejian. Berbeza dengan seseorang yang mengejar pengiktirafan manusia, bila dipuji dia berbangga dan menambah lagi kebaikan, bila dikeji dia merasakan seolah-olah azab Allah menimpanya lalu dia meninggalkan amal baik tersebut. Konsistensi amalannya bergantung kepada respons manusia terhadapnya.

Seseorang yang saya maksudkan tersebut boleh jadi kita sendiri, termasuk saya yang menulis. Pernahkah kadang-kadang kita merasa kagum dengan mujahid Islam yang syahid lantas kita juga bercita-cita untuk syahid sepertinya? Namun jauh di sudut hati kecil kita bersuara, "tentu aku akan dikenang orang". Pernahkah kita membaca karya agung Ulama'-ulama' silam lantas kita ingin berkarya seperti mereka? Hati kecil kita masih lagi bersuara, "tentu orang akan menyanjung aku". Tatkala kita melayani perasaan tersebut dan berusaha mengejar pengiktirafan manusia, maka amal kita telah dicemari dan tidak lagi ikhlas. Namun kita tidak mempunyai kuasa untuk menghalang perasaan tersebut daripada timbul sama sekali, apa yang boleh kita usahakan ialah menentangnya dan melawannya.

Oleh itu, matlamat yang jelas perlu ditentukan sejak kita berniat melakukan sesebuah amal sehinggalah kita habis melaksanakannya. Keikhlasan itu perlu dijaga sebelum, ketika dan setelah melakukan sesebuah amal. Susah memang susah, sebab itulah perlunya mujahadah. Sampai bila? Sampai kita bertemu Allah. Saya masih ingat pesan ustaz kepada saya ketika dulu;

Berbuat baik ayuhai teman
ke dalam laut engkau campakkan
kalau tidak dikenal ikan
tuhanmu tahu iyakah, bukan


Bait syair di atas menyeru supaya kita ikhlas melakukan sesebuah amal hanya untuk keredhaan Allah dan hanya untuk mendapat ganjaran daripada Allah. Amal yang baik itu takkan sekali-kali disiakan oleh Allah. Bahkan apa yang terdetik di sudut hati kita juga tak pernah terlepas daripada pandangan Allah. Biarlah Allah yang menilai kebaikan kita dan memberikan ganjaran di akhirat. Firman Allah:

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah: Ayat 16)

Saya pernah mendengar sebuah kata hikmah, "jika kamu tamakkan apa yang ada di sisi manusia, kamu akan dibenci Allah. Jika kamu tamakkan apa yang ada disisi Allah, kamu akan disanjung manusia"


Bahkan dalam memuji juga kita harus berhati-hati. Boleh jadi pujian kita itu akan menghancurkan saudara seagama kita. Pujilah sekadar yang perlu dan kembalikanlah hak menilai itu kepada Allah. Dalam sebuah Hadith Rasulullah berpesan:

"Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,: "Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya: "Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)"Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata: "Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu."


(HR Muslim)

Jika ada yang memujimu, katakanlah "Alhamdulillah" dengan sebenar-benarnya.

"Penyakit" SPR wajib dipulihkan.

Posted: 18 Apr 2011 04:14 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Oleh: WFAUZDIN NS

KEPUTUSAN Pilihanraya Negeri Sarawak sudah cukup memadai untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat perlu lebih berani dan tegas di dalam merealisasikan cita-cita mewujudkan ketelusan demokrasi di negara ini. Banyak kali disuarakan tentang betapa pincangnya demokrasi di negara ini yang diterajui oleh SPR, namun kita terus mengharapkan keajaiban berlaku terhadap negara ini.

Mahu tidak mahu kita mesti menerima keputusan di Sarawak yang menunjukkan bahawa walaupun majoriti rakyat Sarawak mahu kepada perubahan, tetapi kerana ketidaktegasan kita terhadap kepincangan demokrasi terutamanya oleh SPR maka sekali lagi harapan rakyat Sarawak tidak tercapai. Adakah kita menyalahkan 100% kepada SPR terhadap kegagalan kita untuk menjadi kerajaan di Sarawak? Atau, kita akur bahawa SPR sememangnya berlaku adil dan telus memandangkan kita berjaya menjadi kerajaan di Kelantan, P.Pinang, Selangor, Kedah, dan Perak (sebelum dirampas secara jijik) seterusnya kita berjaya merampas 8 kerusi Dun di Sarawak?

SPR tetap akan mengaku pihaknya berlaku adil dan amat telus dengan memberi alasan atau dalil mereka di atas pencapaian kita itu. Pada SPR, tiada berlaku `pengundi hantu', tiada berlaku rasuah politik dan projek segera, tiada berlaku kesalahan salahguna jentera kerajaan seperti PDRM, Jabatan Penerangan termasuk media cetak dan elektronik, tiada berlaku penyelewengan undi pos, tiada berlaku perlanggaran peraturan pilihanraya dan sebagainya. Bagi PR, kita sebenarnya tahu apa yang didakwa oleh SPR itu bohong dan menipu tetapi kita dengan sengaja memasuki perangkap mereka.

Sampai bilakah PR akan terus menyertai pilihanraya dalam situasi begini? Apabila kita tewas, tidak kurang sesama kita akan menyalahkan di antara satu sama lain. Sikap tuding menuding jari ini akan membutakan mata kita terhadap masalah pokok iaitu SPR. Mungkin ramai di antara kita tidak sanggup untuk melihat parti yang kita sayangi ini dibuli sesuka hati setiap kali menyertai pilihanraya. SPR semakin berani menunjukkan bahawa suruhanjaya ini adalah merupakan salah satu komponen Bn.

Mustahil SPR tidak nampak bagaimana pemimpin Bn berkempen melalui media sebelum hari penamaan calon sehinggalah selesai hari mengundi mereka ini terus membuli kita. Tidak lojik SPR tidak tahu wujudnya rasuah politik dengan limpahan projek segera yang kununnya memang telah dirancang oleh kerajaan? SPR tidak dengarkah ada pemimpin politik yang berkata, 'I help U, U help Me'? Adakah SPR tidak tahu wujudnya peraturan bahawa setiap ejen calon di peti undi mesti diberikan `borang pengesahan' perjumlahan undi (Borang 14) sebelum dibawa ke Pusat Perjumlahan Undi? Banyak lagi tindakan oleh SPR yang didakwa oleh PR melanggar peraturan pilihanraya, tetapi segala dakwaan ini terhenti begitu sahaja selepas pilihanraya.

PR mesti melakukan sesuatu sebelum rakyat di negara ini menganggap bahawa segala yang didakwa terhadap SPR itu adalah satu dakwaan kosong tanpa bukti akibat pemimpin kita memandang remeh perkara ini. Samada kita menang atau kalah, kita harus terus menentang kemungkaran SPR ini secara serius.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya mengucapkan syabas kepada PR yang berjaya merampas 8 kerusi Bn di sarawak di dalam keadaan kita dibuli semahunya. Kita patut mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada seluruh jentera PR yang bekerja begitu kuat sehingga kita berjaya meningkatkan undi kita di Bumi Kenyalang itu. Paling mengembirakan adalah PKR telah berjaya bertapak di Sarawak dari 1 kerusi kepada 3 kerusi. Begitu juga dengan PAS yang telah berjaya meningkatkan jumlah undi terhadap parti ini terutamanya undi dari Kaum Iban.

Kita berjaya menjejakkan kaki ke Sarawak lebih awal dari Umno dan ini satu pertanda bahawa PR bakal menjadi kerajaan di Sarawak suatu masa nanti. Sebelum kita berangan ke situ atau lebih jauh lagi berangan ke Putrajaya, SPR wajib dipulihkan dari penyakit yang semakin kritikal itu./wfauzdin.blogspot.com

Mati itu pasti....

Posted: 18 Apr 2011 04:07 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Menunggu di wad kecemasan membuatkan hatiku berdebar-debar. Abah masuk ke dalam. Melihat perkembangan tok. Manakala aku setia menunggu di kerusi yang disediakan. Leka aku menonton kartun UPIN dan IPIN.

Tiba-tiba..masuk seorang ibu mengendong anaknya.

"Jatuh kolam…"

Itu yang kedengaran. Lantas… serta merta budak itu dibawa masuk ke dalam ruangan kritikal. Kesian… detik hati kecilku.

Selang beberapa minit. Masuk seorang lelaki..dalam lingkungan 30-an barangkali. Mengisi borang. Kawannya datang bertanya.. kenapa?

"Anak aku meninggal… jatuh kolam…"

Mata aku tak lekang dari memandang lelaki itu. Dia menangis! Allah… hari ini anaknya telah engkau ambil kembali.

Aku pula yang menitiskan air mata!

*****

Abah memanggilku untuk masuk melihat keadaan tok. Doktor kata dah kritikal. Mungkin sampai esok sahaja.. itu kata doktor. Belum kata Allah kan ?

Aku melangkah masuk. Sebak…wajah tua ini yang menjaga aku dari aku kecil hingga dewasa. Tika abah bekerja…kepada dialah aku bermanja. Kini…dia sudah di mamah usia.. lesu di katil itu. Tasbih di tangan di genggam erat. Aku cium dan peluknya.. sebak.

Melangkah keluar. Aku pandang di sebelah kanan. Budak itu… mati.. Ya ALLAH… kecil sahaja budak itu, jatuh kolam ikan ketika bermain dengan kakaknya.

*****

Mendapatkan abah. Kami mahu bergegas pulang. Menghantarku ke tadika. Aku pandang wajah si ayah budak tadi. Menangis di pelukan temannya. Aku pandang dan terus pandang. Sedihnya…

Dalam perjalanan pula. Abah yang menangis. Aku jadi sebak. Abah menangis kerana ibunya bakal dijemput Ilahi. Seorang lelaki menangis kerana ibu yang dikandungnya akan pergi. Sekalipun dia lelaki..egonya akan runtuh apabila ibunya akan pergi meninggalkannya.

Aku sebak… aku kenangkan. Macam mana kalau aku yang mati?

Tepuk dada tanya iman… apakah persediaan kita untuk menghadapi mati?

Mati itu pelbagai cara… kita tidak tahu bagaimana!

Koreksi diri kita sahabat!

Hatiku berkata,

Serikandiumar93

PJ PAS Perak : PRN Sarawak beri kesan kepada PRU.

Posted: 18 Apr 2011 04:00 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan Pilihan raya Negeri Sarawak (PRN) merupakan medan terbaik bagi PAS dan Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-1 3 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Mengulas mengenai keputusan kerusi yang ditandingi PAS di Pilihanraya Negeri Sarawak, beliau berkata, ianya juga sebagai latihan kepada jentera PAS dalam menghadapi pilihan raya yang lebih besar disamping melebarkan sayap dakwah PAS di Sarawak.

Menurut beliau, PAS telah mengambil kesempatan PRN Sarawak untuk menyuntik maklumat-maklumat kepada rakyat di Sarawak serta dapat memobilisasi jentera parti sebagai latihan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang," .

Memetik ucapan beliau, " Jentera PAS sememangnya memberi fokus utama kemenangan kepada kerusi yang PAS bertanding dan kita juga terus menerus memberi fokus untuk menyampaikan maklumat sekaligus mengurangkan majoriti undi BN.

" Kadang-kadang pencapaian itu bukan sahaja untuk menang. Pencapaian itu juga mungkin pertambahan undi dan pengurangan majoriti ".

" Di Sarawak juga, pencapaian yang kita perolehi kita dapat sampaikan maklumat kezaliman BN kepada rakyat Sarawak, seterusnya ia menjadi perbualan rakyat untuk menumbangkan kezaliman BN,"

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga menyatakan, maklumat yang disampaikan sewaktu kempen PRN Sarawak semestinya akan memberi kesan kepada PRU 13 akan datang.

Menurut beliau lagi, PAS akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara di kerana ianya soal penting yang harus diketahui rakyat khususnya golongan muda yang dilihat sudah menolak kepimpinan UMNO/BN yang dipenuhi rasuah.

"Kita akan terus memperkatakan soal integriti kepimpinan negara dan kepimpinan negeri sebab ini menjadi trend politik dunia. Tegas beliau

Beliau juga menyatakan, fenomena baru kepada masyarakat sesebuah negara ialah soal integriti. PAS yakin dan percaya pengundi muda juga mendokong prinsip yang sama iaitu tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO/BN yang penuh dengan rasuah,

Keputusan S'wak tamparan bagi PM, PRU bukan masa terdekat ?

Posted: 18 Apr 2011 03:54 PM PDT

15 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

NONEAFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu.

Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen.

NONEPada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.

Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.

"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN," katanya kepada AFP.

NONEKhoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat.

Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di Sabah pula BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu.MK/-

PAS TAMBUN

Posted: 19 Apr 2011 01:13 AM PDT

PAS TAMBUN


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN TAMBUN KALI KE-25

Posted: 18 Apr 2011 11:23 AM PDT

Dato' Paduka Hj. Husam Musa turun merasmikan AGM PAS Kawasan Tambun

Para perwakilan dan pemerhati mengalunkan Asmaul Husna, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS

Sdr. Ahmad Khair Faizal selaku Penyelaras Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tambun menyampaikan kata aluan


Adik Muhammad Ridzuan b. Mohd Jamil dari Sek. Men. Agama Darul Taqwa (SMADT) mengalunkan bait kalamullah surah As-Saff ayat 1-14.

Ucaptama daripada YDP PAS Kawasan Tambun Yb. Dato' Paduka Hj. Husam Musa merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tambun kali ini. Hadiah istimewa daripada Yb. Dato' berupa 10 dinar kepada PAS Kawasan Tambun
Dewan Muslimat PAS Kawasan Tambun turut menerima ole-ole daripada Yb. Dato; - 5 dinar


2 Dinar untuk Bendahari PAS Kawasan Tambun mewakili PAS Kawasan


Dinar yang dihadiahkan oleh Yb. Dato' Paduka Hj. Husam Musa kepada Tambun


Perwakilan dan pemerhati yang memenuhi ruang dewan. Selamat bermuktamar..


Saf perwakilan DMP Tambun


Saf Dewan Pemuda PAS Tambun segak bergaya dengan baju korporat rasmi mereka


Mesyuarat Agung Tahunan bermula


Pn. Zuhairah mewakili PAS Kawasan menyampaikan usul


Pn. Carmila mewakili DMP Tambun menyampaikan hujah


Pengumuman calon-calon bagi pemilihan sesi 2011 - 2013


Wakil dari Manjoi Lama membahaskan usul berkaitan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang membanjiri negara Malaysia kini.


Wakil dari Taman Klebang Jaya mengutarakan usul berkaitan Institusi Kekeluargaan-premis penjagaan anak-anak

Sdr. Hafiz Sabri mewakili Dewan Pemuda PAS Tambun memberikan pandangan kepada pemantapan tarbiyah di kalangna ahli PAS


Ucapan daripada Sdr. Zairul Azrun selaku Ketua Pemuda PAS Tambun bagi penggal baru 2011-2013.Tahniah KP


Ucapan daripada Pn. Zuhairah selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Tambun untuk sesi baru 2011-2013

Ucapan penangguhan daripada Dr. Hj. Khairuddin selaku YDP PAS Tambun.



17 April, Ipoh - PAS Kawasan Tambun telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-25 di Hotel Hillcity Ahad lalu. Lebih daripada 300 orang perwakilan dan pemerhati yang hadir. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tambun kali ini cukup bermakna kerana menerima kehadiran Yb. Dato' Paduka Hj. Husam Musa, AJK PAS Pusat. Dalam ucapan beliau, Yb. Dato' menekankan peri pentingnya soal strategi dalam menjalankan gerak kerja parti. Kata beliau lagi, jentera parti perlu lebih aggresif bergerak untuk menambahkan bilangan pengundi baru bagi menghadapi pilihanraya ke-13 yang dijangkakan semakin mendekat. Yb. Dato' juga menyarankan agar PAS Kawasan Tambun mengumpulkan dana dalam bentuk Dinar yang dipelopori oleh kerajaan PAS Kelantan.

Menyentuh tentang ucaptama oleh Dr. Hj. Khairuddin b. Dato' Abdul Malik selaku YDP PAS Tambun, sarat dengan visi dan misi. Antara yang disebut oleh YDP "keperluan kepada pejuang-pejuang Islam dan pejuang-pejuang kebenaran melengkapkan prasarana perjuangan yang masih banyak lompong-lompong dan ruang kosong di sana sini. Dalam konteks Malaysia , wujudnya keadaan tersebut adalah testimoni bahawa kumpulan orang-orang Melayu beragama Islam masih belum memahami apa erti kezaliman dalam perspektif Islam dan apa natijah menyokong kezaliman kepada masa depan akhirat mereka. " Beberapa perkara penting yang disampaikan oleh YDP bagi tindakan semua ahli PAS Tambun iaitu:

1.Pakatan Rakyat harus diperkasakan

2.Pertingkatkan jihad demi kemenangan

3.Memurnikan perjuangan

4.Pertingkatkan program parti

5.Semai rasa kebersamaan dan cintakan jemaah


Tn. YDP telah mengariskan tujuh pendekatan strategik jangka sederhana 2011-2013 iaitu :

1.Menambahkan ahli-ahli PAS Kawasan Tambun ke tahap 4,000 orang.

2.Menambahkan cawangan ke tahap 45 cawangan.

3.Mendaftar pengundi-pengundi baru sekurang-kurangnya 1,000 pengundi baru setahun.

4.Mencapai tahap dana akaun parti yang selesa sekurang-kurangnya RM 100,000.

5.Menyiapkan Markas Tarbiyah PAS kawasan yang baru dengan harga RM 400,000.

6.Memiliki satu premis kedai pejabat (shop-office) ditempat strategik untuk dijadikan pejabat pentadbiran PAS kawasan.

7.Memiliki projek ekonomi yang berdaya maju dan menjadi penyumbang utama kepada dana parti.

YDP juga mengungatkan ahli PAS Tambun untuk menghindarkan diri daripada sifat-sifat yang boleh meleburkan dan melemahkan amal jihad iaitu:

1.Gagal mempertahankan keikhlasan.

2.Buruk sangka yang tidak menguntungkan jemaah.

3.Enggan mendisiplinkan diri untuk mematuhi keputusan - keputusan jemaah.

4.Mempromosikan budaya-budaya asing dalam jemaah seperti budaya lobi atau berebut jawatan.

5.Menyampaikan dakwah dengan strategi menyerang yang menjauhkan kumpulan sasaran.

6.Berprasangka kerja kita / lajnah kita saja yang penting atau kumpulan kita sahaja yang buat kerja.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tambun kali ini, 4 jawatan tidak dipertandingkan dan telah dipersetujui oleh majoriti perwakilan yang hadir iaitu bagi jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang DipPertua dan Ketua Urusan Ulama'. Seramai 16 ahli jawatankuasa kerja PAS Tambun telah dipilih oleh para perwakilan untuk menerajui kepimpinan PAS Kawasan yang menggabungkan muka lama dan baru. Syabas dan tahniah kepada yang telah dipilih. Semoga dapat melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik dan lebih progresif bagi penggal 2011-2013.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 19 Apr 2011 01:06 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


UCAPTAMA YDP

Posted: 18 Apr 2011 08:04 AM PDT

UCAP TEMA YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PADANG BESAR, HAJI MOHD ANUAR TAHIR
PADA MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PADANG BESAR KE-17
(16 APRIL 2011 DI SEKOLAH RENDAH ISLAM AT-TAQWA)

"PENEGUHAN AKHLAK DA'IEYAH – MENGANGKAT SIASAH UMMAH"


Mukadimah:


Firman Allah SWT;
Maksudnya "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (Surah Luqman : 17-19)

AKHLAK DAN PERJUANGAN

Para Tetamu, Perwakilan dan Pemerhati sekelian,

Sesungguhnya tiada ungkapan yang selayaknya diucapkan melainkan kesyukuran diatas keberadaan kita di Mesyuarat Agung PAS Kawasan pada kali ini. Seperti yang diperkatakan oleh para penganalis politik bahawa kita sedang berada di ambang Pilihanraya Umum Ke 13, maka Mesyuarat Agung ini boleh disifatkan mungkin sebagai mesyuarat terakhir bagi kita dalam menuju pilihanraya tersebut. Pilihanraya ke-13 amat penting setelah kita menyaksikan negara yang merdeka lebih 53 tahun berada dalam krisis besar: krisis politik, krisis ekonomi dan krisis sosial, kerosakan institusi-institusi negara telah membawa kepada berbagai bebanan rakyat, gejala rasuah yang semakin berleluasa dan sejumlah krisis yang tidak tersenaraikan.

Kekalahan UMNO-Barisan Nasional di 5 buah negeri dan di Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum ke-12 , 3 tahun yang lalu telah meninggalkan kesan yang luar biasa kepada parti pemerintah yang menganggap bahawa mereka akan kekal memerintah selamanya. Bagaikan sang harimau tua yang cedera, mereka bukan sekadar mengaum sekuat tenaga, mengugut dan menakutkan semua mangsa, bahkan dengan seluruh tenaga yang ada menerkam, membaham dan bersedia untuk melumpuhkan sesiapa sahaja. Permainan politik kotor yang menggejala di era PM Mahathir di sambung dan dikembangkan terus dengan pelbagai bentuk yang mengelirukan. Kebebasan media semakin meluntur, kebebasan rakyat terus disekat dengan memperalatkan berbagai undang-undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak dan peruntukan kuasa-kuasa yang luas kepada pihak polis dan keselamatan. Semakin jauh kita meninggalkan saat berkumandangnya pekikan "merdeka" di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada tarikh keramat 31 Ogos 1957 terasa kita semakin tidak bebas, semakin tidak selesa dan rasanya sukar untuk memahami maksud "merdeka".

Kerajaan UMNO-Barisan Nasional menggunakan seluruh media cetak dan elektronik untuk memuatkan propaganda dan kadang-kadang pelbagai fitnah yang menakutkan. Penggiat-penggiat politik berdepan dengan berbagai halangan, peraturan-peraturan dan karenah-karenah yang bermacam ragam. Semua ini dilakukan semata-mata untuk menghalang rakyat daripada mendapat maklumat alternatif. Insiden menghalang ceramah dan perhimpunan-perhimpunan aman dengan menggunakan kekerasan oleh pihak polis dan keselamatan berlaku secara lumrah dan berleluasa.

Status kehormatan yang diberikan oleh rakyat dan negara kepada pemimpin-pemimpin politik, ahli-ahli Yang Berhormat dari Dewan-dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara semacam tidak dihiraukan dan tidak bernilai apa-apa sewaktu proses memberhenti dan menyuraikan program-program atau perhimpunan-perhimpunan aman rakyat. Keadaan-keadaan sebegini sepatutnya tidak akan terjadi di mana-mana negara demokratik.

KEGAWATAN EKONOMI NEGARA

Saudara-saudari para perwakilan,

Kelesuan ekonomi negara telah menjadikan Malaysia kini ditinggal jauh oleh prestasi ekonomi negara lain seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, China dan sedang diancam pula oleh kelebihan negara- negara serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei. Kalau terus begini nampaknya ( jangan terperanjat )kalau satu saat nanti kita akan tercorot di belakang Kemboja, Laos dan Myanmar. Apakah kalian mahu membiarkan ini terjadi? Memetik dari Buku Jingga yang merupakan testemen politik Pakatan Rakyat , negara kini berdepan dengan kemelut ekonomi yang amat parah.

• 12 tahun berturut-turut mengalami belanjawan defisit
• 10 tahun gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi ( 4.7 % purata pertumbuhan ekonomi 2001-2005, sedangkan sasarannya 7.5% 4.2 % purata pertumbuhan ekonomi 2006-2010, sedangkan sasarannya 6%)
• KDNK negara adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah.
• 53.3% adalah kadar hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1999.

Sidang perwakilan sekalian,

Kita tidak punya pilihan yang lain melainkan menyongsong dan meredah arus agar kemungkaran poltitik yang berada di tengah-tengah kita pada masa ini diruntuhkan. Setiap kita yang telah berikrar dan berbaiat untuk menegakkan perjuangan "al amru bil makruf wanahyu anil mungkar" menerusi jemaah ini tidak boleh bertangguh dan bersantai lagi. Ini bukan masa untuk berbicara semata-mata, bukan sekadar mengkritik rakan seperjuangan tidak juga setakat menghambur nista kepada lawan tetapi ia menuntut pembuktian dan pengkotaan.

Apa guna pasang pelita,
Kalau tidak dengan sumbunya,
Apa guna bermain kata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.


Situasi ini pasti meletakkan kita pada tahap kesiapsediaan yang terbaik kerana tanggungjawab dan cabaran besar yang sedang menanti untuk dilunaskan oleh seluruh amilin parti. Agenda utama dalam pilihanraya kali ini adalah untuk merealisasikan suara dan harapan rakyat kepada perubahan politik yang demokratik, adil dan saksama. Sudah pasti agenda besar ini menuntut kepada persediaan yang lebih menyeluruh sama ada dari sudut dalaman dan luaran organisasi. Maka usaha dakwah yang mendasari gerak kerja kita semua memerlukan kepada penggandaan kualiti, penggandaan komitmen dan penggandaan pengorbanan. Keyakinan dan pegangan kita ialah bahawa perubahan dari dalam akan menghasilkan perubahan persekitaran luar yang lebih total dan mutlak.

Berdasarkan paradigma yang sama maka dakwah "internal –reaching out" (dari dalam ke luar) menjadi landasan gerakan kita untuk mencorak persekitaran luar yang dihajati. Sekali lagi proses ini menuntut untuk kita menyemak secara sedar dan ikhlas tentang diri kita sebagai da'ie dalam sebuah gerakan Islam. Seperti yang difahami oleh kita, Akidah Islamiah merupakan asas penting kepada diri para da'ie.

Kerana dengan pegangan ini maka kita berkongsi satu matlamat dan mengintima' diri dalam harakah islamiah demi mencari keredhaan Allah SWT. Keteguhan akidah inilah yang menghasilkan kualiti ibadah dan akhlak pada diri setiap individu. Sidang perwakilan dan pemerhati sekalian, Pada pengamatan kita tanpa menafikan kekurangan yang masih wujud dalam aspek akidah dan ibadah, kita sebenarnya masih dibelenggu dengan permasalahan akhlak sebagai seorang da'ie dan seterusnya membawa kepada isu akhlak dalam berjemaah. Islam adalah ad-deen atau satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Islam bukan hanya sekadar matlamat tetapi juga sebagai cara.

Akhlak itulah yang memastikan cara atau tindakan yang betul untuk kita mencapai kesempurnaan dalam beragama. Bukankah kerana soal akhlak da'ie menyebabkan mad'u (sasaran) tidak tertarik dengan perjuangan kita? Bukankah kerana masalah akhlak da'ie mewujudkan sikap tidak menghormati sesama kita ? Bukankah kerana akhlak da'ie yang tidak beres menyebabkan kita sanggup mengkhianati amanah jemaah?. Dan pelbagai situasi tidak kondusif dalam dan luar organisasi yang wujud ini adalah akibat satu permasalahan iaitu akhlak dan sikap para pendukung jemaah.

Timbul persoalan apakah agama tidak langsung mengungkapkan persoalan tentang akhlak dan sikap ? Apakah pula Al Quran dan hadis tidak pernah menyebutkan hal akhlak dan sikap yang baik kepada pengikutnya? . Ternyata bahawa segala sumber-sumber itu bukan hanya mencatat urusan akhlak dan sikap malahan telah memperkenalkan set pemikiran yang lebih terperinci dan jelas tentang hal berkenaan. Malahan ada dikalangan pemikir Islam yang meletakkan bahawa akhlak dan sikap ini adalah mukadimah kepada agama dan perjuangan. Jelas bahawa isu akhlak dan sikap adalah merupakan isu agama.

Dan sekiranya perkara ini kita fahami dan dihayati dengan baik maka tidak mungkin kita akan melihat Cawangan-cawangan PAS yang menjadi lemah tanpa diuruskan oleh ahli-ahlinya. Begitu juga, mustahil untuk kita mendengar pertelagahan dikalangan ahli yang membawa mudarat kepada parti? Atau tidak terjangka oleh kita untuk terheret dengan politik murahan, politik puak dan politik dendam dalam parti sehingga tergamak untuk melakukan fitnah, menyebar surat layang dan sebagainya.

Kita tidak punyai jalan pintas untuk menghasilkan perubahan yang besar dalam masyarakat sekiranya kita gagal menguruskan permasalahan dalaman tersebut. Pilihan yang ada pada kita ialah marilah kita kembali kepada asas perjuangan dan meletakkan kepentingan jemaah sebagai keutamaan . Singkirkan kepentingan peribadi , buang perasaan bangga diri dan hapuskan sikap negatif dalam diri serta gantikan dengan sikap yang mementingkan jemaah, perkukuhkan ukhuwah dikalangan anggota dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas.

TARBIYAH RUHIYYAH

Para perwakilan sekalian,

Ketika menekuni kitab terjemahan Syeikh Sa'id Hawwa , Pendidikan Spiritual-Rujukan Lengkap Tarbiyah Ruhiyah, Menggapai Cinta Illahi-Terjemahan dari judul asal Tarbiyatuna al-Ruhiyyah, saya terkesan dengan kata pengantar Dato' Dr Siddiq Fadzil yang saya perturunkan seperti berikut:-

Kekuatan rohani-imani tidak hanya untuk melawan syaitan, tetapi juga mengekang unsur jahat dalaman yang disebut dengan Qur'ani al-nafs al-ammarah. Nafsu pendorong kejahatan itu sememangnya ada dalam diri setiap manusia. Kerana itu tidak semua kejahatan datangnya dari syaitan, tetapi mungkin ada sebahagiannya yang meledak dari nafsu sendiri. Syaitan hanya memulakan rangsangan dari luar, tetapi apabila al-nafs al-ammarah menyambutnya dari dalam, maka untuk seterusnya nafsu ( ammarah ) manusia sendirilah yang menjadi pelakunya. Gejolak nafsu jenis inilah yang perlu dikawal dan ditertibkan menerusi pendidikan rohaniah yang disebut mujahadah, perjuangan spiritual menundukkan al-nafs al-ammarah itu. Pendidikan rohaniah yang berteraskan amal mujahadah ini adalah proses pendakian yang berterusan menuju puncak, tahap demi tahap. Setelah bebas dari cengkapan al-nafs al-ammarah, proses mujahadah dilanjutkan untuk mencapai tahap al-nafs al-lawwamah, tahap tumbuhnya kesedaran tentang kesalahan dan dosa, lalu mencela dan mengkritik diri. Penerusan proses mujahadah selanjutnya adalah menuju puncak al-nafs al-mutma'innah, jiwa yang damai setelah tunduk, serasi dan harmonis dengan segala nilai dan hukum Ilahi. Al-Nafs al- Mutma'innah sebenarnya tidak lain adalah al-nafs al-mu'minah, jiwa mukmin yang damai dengan mengingat Allah ( al-Ra'd:28 ). Mengingati Allah sebagai Tuhan yang Maha Pengurnia akan menimbulkan rasa syukur, bahagia dan gembira dengan janji Ilahi untuk melimpahkan ganjaran-Nya dan menambah anugerah-Nya kepada yang bersyukur ( Ibrahim: 7 ). Mengingati Allah sebagai Tuhan yang mentakdirkan untung nasib manusia akan menimbulkan sikap pasrah, ridha dan sabar. Mukmin yang sabar ( dengan takdir dan ujian Tuhan) adalah mukmin yang bahagia kerana mendapat kasih-sayang Tuhan (Ali 'imran; 146). Ia juga adalah mukmin yang damai dan tenang jiwanya kerana mendapat pelayanan ma'iyyatu 'Llah, iaitu perkenan Allah mendampinginya ( al- Baqarah:153).

SENARIO POLITIK ANTARABANGSA

Sidang perwakilan sekalian,

Senario politik antarabangsa diwarnai oleh kebangkitan massa di Tunisia, Mesir, Libya,Yemen dan kini merebak ke Syria memberikan impak besar kepada rantau petroleum itu. Kejatuhan dua rejim "authoritarian" dua diktator HOsny Mubarak dan Zainal Abidin bin Ali sedang mencetuskan kebangkitan baru diseluruh dunia Arab, para penganalisis yakin masa untuk perubahan di 22 buah Negara Arab sedang mengambil tempat. Diktator-diktator dan golongan monarki yang sebahagiannya menjadi sekutu barat akan tumbang satu- persatu kerana rakyat yang terlalu lama dikongkong, ditakut-takutkan dan diperbodoh mulai mendapat maklumat dan tidak lagi gementar berdepan dengan polis dan tentera. Di zaman siber, zaman IT dan zaman digital ini, dunia telah kehilangan sempadan dan manusia berhubung tanpa dibatasi oleh jarak dan masa. Revolusi facebook dan twitter telah berjaya menggerakkan ratusan ribu malah jutaan manusia ke jalan raya untuk menuntut pembebasan dari belenggu penindasan rejim-rejim ganas yang memperkayakan diri, keluarga dan kroni walhal rakyat menderita, melarat dan papa kedana.

Anak muda Muhammad Bouazizi, 26 tahun penjual buah-buahan dan sayur-sayuran dengan kereta sorong yang dibeli dengan pinjaman sebanyak 200 Dolar memprotes penghinaan dan kezaliman pegawai-pegawai penguatkuasa yang korup ( dikatakan dia telah ditampar dan diludahi dan kereta sorong dan jualannya dirampas kerana gagal memberikan rasuah kepada pegawai penguatkuasa) bila semua rayuannya tidak diendahkan beliau membakar diri di hadapan Pejabat Gabenor pada 17 Disember 2010. Peristiwa ini telah mencetuskan kemarahan rakyat yang bukan sahaja menuntut bela di atas kematian mangsa penindasan rejim yang tidak berperikemanusiaan di Tunisia. Bila ratusan ribu rakyat bangkit, mereka menuntut Zainal Abidin Ben Ali dan isterinya Layla Tiblisi dan keluarganya untuk yah diri dari bumi Tunisia. Ben Ali dan keluarga akhirnya lari dan rakyat berpesta menuntut pembaharuan. Kejatuhan pemerintahan Autoriter di Tunis telah menyemarakkan kebangkitan di Mesir, rakyat bangkit berkumpul di Medan Tahrir, Kaherah, Iskandariah dan seluruh Negara Mesir.

Pencetus kemarahan rakyat di Mesir ialah pembunuhan Khaled Muhammad Saeed,28 tahun , anak muda yang dibelasah dihadapan orang ramai oleh polis kerana berjaya merakam gambar atau video polis yang sedang menjual dadah. Satu facebook yang bernama " we are all Khaled Saeed " dicipta Wael Ghonim, 30 tahun jurutera komputer dan aktivis internet. Peristiwa-peristiwa ini hanyalah pencetus bukan faktor sebenar yang membawa kepada revolusi , apa yang sebenar berlaku adalah pemendaman rasa oleh rakyat sejak berpuluh-puluh tahun dikongkong, dizalimi, dianiyai, diperbodoh-bodohkan oleh pemerintah. Kebangkitan ini InsyaAllah akan memberikan kekuatan baru kepada dunia Islam dan gema "Allahuakbar !" pasti berkumandang di seluruh pelusuk dunia. Dunia Islam yang demokratik akan dapat menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan dunia sejagat.

SENARIO POLITIK NASIONAL

Saudara- saudari sidang perwakilan,

Keputusan pilihanraya 2008 telah menghasilkan pembentukan sebuah gagasan politik baru yang lebih mantap daripada apa yang dipanggil Barisan Alternatif sebelumnya. Gagasan ini menggelar dirinya sebagai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat telah mempamerkan rekod pentadbiran yang meniupkan semangat keadilan sosial dan persaudaraan rakyat untuk menjamin kemakmuran bersama. Kemampuan dan prestasi unik di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan tadbir kelola baik, bebas rasuah, ketelusan dan keadilan serta kreativiti dalam mencipta pendekatan-pendekatan baru telah membuka mata rakyat. Sementara Barisan Nasional begitu defensif dan cuba mengikut rentak kerajaan-kerajaan PR. Kritikan-kritikan kepada pelaksanaan dasar-dasar pentadbiran negeri-negeri PR lebih bersifat cemburu, iri hati dan marah-marah.

Buku Jingga yang merupakan testemen politik Pakatan Rakyat adalah sebuah dokumen politik yang amat meyakinkan. Ianya amat digeruni oleh Barisan Nasional, mereka mulai meniru beberapa cadangan-cadangan kecil dari Buku Jingga tersebut namun mereka tidak akan dapat melakukan perubahan besar untuk menyelamatkan negara kerana BN tidak akan mampu mengemukakan sebuah gagasan semulia ini. BN tidak akan dapat merealisasikan 4 kerangka asas kepada dasar bersama Pakatan Rakyat:-

i) Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.
ii) Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mapan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.
iii) Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh;dan
iv) Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Belum ada dalam sejarah mana-mana negara di dunia yang menggunakan pelbagai bentuk fitnah bagi membunuh kerjaya politik tokoh-tokoh pembangkang seperti yang sedang berlaku di negara ini sekarang. Tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan salahlaku seksual kepada pemimpin pembangkang dilakukan sewenang-wenangnya dan kini rakaman video seks lucah dihidang kepada rakyat tanpa menghiraukan kesan dan imej ke atas Negara Umat Islam seperti Malaysia ini.

Sejumlah kalimat-kalimat dan istilah-istilah seksual sekarang bermain dimulut warga negara tanpa mengira batas usia dan ini semua amat melukakan dan amat memalukan . Syariat Islam tidak dipedulikan malah diletakkan di tempat paling rendah bila berdepan dengan isu "Qazzaf" pada masa ini. Amalan "politik longkang" sepertimana diungkap oleh Pengeran Politik dari Gua Musang telah menjadikan iklim politik negara ini loya dan memualkan. Membiarkan keadaan ini berterusan akan terus menjerumus seluruh rakyat jelata ke satu tahap yang amat rendah. Akan hilanglah taraf kehormatan dan keinsanan dan Ayat Allah " laqad karramna bani Adam" tidak punya tempat di negara ini lagi. Pemerintah UMNO-BN dikatakan sedang bersedia untuk menaikkan gaji 1.2 juta penjawat awam( 2.3% penduduk Malaysia- satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan negara- negara lain- sebagai gula-gula untuk mempastikan undi dari golongan penjawat awam memihak kepada mereka. Hari ini, rakyat negeri Sarawak akan mengundi dalam pilihan raya negeri terbaru. Keputusan PRN Sarawak akan menentukan sama ada PRU ke -13 akan berlangsung lebih awal atau sebaliknya. Dari maklumat-maklumat yang disampaikan, penerimaan rakyat Sarawak kepada calon-calon PR yang bertanding adalah amat memberangsangkan.

Namun, SPR – Suruhanjaya Pilihan Raya yang paling tidak telus dan tidak adil dalam dunia dibimbangi akan melakukan perkara-perkara ajaib untuk mempertahankan BN di bumi Kenyalang itu. Apapun dan bagaimanapun kita berdoa agar suatu kejutan akan berlaku di sana. Apakah kita akan ke Petrajaya terlebih dahulu sebelum ke Putrajaya. Wallahuallam. Sidang Perwakilan, Bola kini dikaki kita,di padang kita terpulang kepada kita untuk mengatur strategi dalam menembusi pertahanan lawan dan seterusnya membolosi gawang lawan. BN belum betul-betul pulih daripada demam kekalahan PRU ke-12 dahulu, mereka hanya mampu mengelirukan rakyat menerusi media dan jentera kerajaan yang sepenuhnya dalam genggaman mereka. Sekiranya kita bekerja keras dengan strategi yang tersusun, InsyaAllah kejutan yang bakal kita lakukan boleh menjadi pukulan terakhir buat rejim Barisan Nasional yang telah lebih 53 tahun menguasai negara ini. Politik perkauman sempit tidak akan boleh bertahan lama, ahli-ahli politik sombong dan bergaya akhirnya akan ditolak jua. Rakyat sekarang berdepan dengan 2 pilihan iaitu kekal di takuk lama bersama Barisan Nasional atau Malaysia baru bersama Pakatan Rakyat. Kini telah wujud secara tidak langsung sistem 2 parti yang mudah menjadi pilhan rakyat PR atau BN dan BN atau PR.

POLITIK PERLIS

Sidang perwakilan sekalian,

Rakyat di Negeri Perlis, sepatutnya telah bersama-sama dengan rakyat Negeri Kedah membuat perubahan dalam PRU yang ke-12. Namun, lanskap dan topografi politik negeri terutara ini tidak mudah untuk melakukan satu perubahan tetapi InsyaAllah kita berjanji di hari ini kemenangan rakyat akan kita rebut dalam PRU yang ke-13 nanti – dengan lain kata menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempersiapkan minda dan kerohanian para pengundi untuk memilih PAS, PKR, DAP sebagai satu pasukan baru di negeri ini. Pentadbiran BN yang selama ini gagal menjadikan negeri yang secomel kita terserlah anggun sebagai sebuah negeri kebanggaan negara.

Perpecahan politik yang amat ketara dalam kalangan lawan kita yang disebut oleh seorang kolumnis terkenal di sebuah akhbar nasional sebagai " harimau-harimau tua di bukit kecil " sepatutnya sudah membosankan rakyat negeri ini. Persengketaan mereka bukan untuk membela petani, pesawah, penoreh, nelayan dan rakyat semua tetapi adalah perebutan kuasa untuk diri dan suku- sakat mereka. Kepada warga negeri Indera Kayangan ini, saya berseru dan merayu kepada kalian " cukuplah dan cukuplah" ...... " enough is enough " tinggalkan era lama yang melapuk, mari kita kibar panji-panji perubahan dan kemenangan. Kita jadikan negeri ini, negeri berwajah baru berwadah adil sejahtera lagi berkebajikan untuk semua.

Sidang perwakilan,

Untuk merealisasikan semua yang dibicarakan agar tidak tinggal retorik semata, maka "wajiblah hukumnya" untuk kita mempertingkatkan pengurusan dan mengaktifkan cawangan-cawangan parti jangan terus-terusan tidak bermesyuarat dan berkomunikasi secara tuntas dengan MTD dan kawasan. Kalau ada yang terlewat menjalankan mesyuarat agung segeralah berbuat begitu, agar tanzim harakah kita berada pada paksi-paksinya dan tidak akan goyah. "Wajib juga hukumnya" dalam saat- saat yang kritikal ini untuk kita memperbanyakkan ahli-ahli terutama dari golongan generasi baru.

Jangan ambil mudah bahawa orang muda sentiasa menyokong kita berilah ruang secukupnya untuk mereka berperanan sebagai pelapis masa depan. Suburkan budaya infak dan wakaf dalam kalangan ahli kita.Tamadun Islam turut terbina di atas budaya infak dan wakaf, maka dengan hal yang sama kita tegakkan wadah pergerakan kita ini. Adalah tidak pantas untuk para pimpinan cawangan mengungkit-ungkit bahawa mereka terlalu banyak membuat bermacam-macam bayaran kepada pihak kawasan.

Oleh itu, marilah kita selesaikan sebuah hutang pergerakan yang paling utama iaitu menyempurnakan Bangunan PAS Padang Besar yang cuma berlantai, bertiang dan berbumbung sahaja. Kalau tidak kerana cuaca, kami telah memutuskan agar Mesyuarat Agung kali ini dijalankan di bangunan yang belum siap itu untuk menginsafkan diri kita bahawa masih ada satu hutang besar yang kita perlu lunasi. Infakkanlah apa yang ada agar sebuah lagi bangunan milik kita akan berdiri tersergam di kawasan ini.

TANZIM HARAKI & BUDAYA INFAK

Saudara-saudaraku sekalian,

Cawangan- cawangan itu adalah akar umbi, kawasan hanya sekadar satu wadah yang dihasilkan oleh gabungan cawangan- cawangan itu sendiri. Pimpinan kawasan dipilih oleh cawangan-cawangan bagi menyelaras kegiatan parti di peringkat yang lebih besar. Kawasan tidak akan mampu kalau tidak disokong oleh kekuatan cawangan-cawangan yang menjadi ranting subur dari sebuah pohon yang rendang.

Saya juga menyeru agar dipergandakan operasi UPU kerana UPU adalah cabang terpenting yang menyelaraskan semua aktiviti-aktiviti pergerakan politik parti diperingkat DUN masing-masing. MTD merupakan markas operasi yang menggerakkan jentera pasukan. Marilah kita berlumba-lumba memperkukuh dan memantapkan kekuatan sumber daya manusia, sumber kewangan, dan bekalan menghadapi pilihan raya. Harapan saya hanya kepada tuan- tuan dan puan-puan di cawangan- cawangan dan di MTD-MTD, jika tidak, kaki ini tidak kuat berdiri dan tapak pijakannya terasa goyah sekali, takut-takut nanti saya tidak akan mampu melangkah lagi.

Arak-arak kelapa puan,
Tidak puan kelapa bali,
Harap-harap kepada tuan.
Tidak tuan siapa lagi.


KHATIMAH

Sidang perwakilan budiman,
Marilah kita perkuatkan jentera Pakatan Rakyat dengan mengadakan hubungan dan kerjasama erat dengan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Tindakan Demokratik diperingkat Parlimen Padang Besar. Pilihan kita untuk mengadakan tahalluf siyasi sebagai usaha mencapai kemenangan dan berkongsi kuasa sedang berlaku di mana-mana, malah teman-teman kita di Mesir, Tunisia dan negara-negara Arab lain mahupun dunia Indo-Pakistan juga telah mulai melaksanakan polisi tahalluf siyasi dan "power sharing" .

Gerakan Islam tidak akan mengulangi kesilapan masa lalu, berjuang bersendirian tanpa sebarang pakatan yang mengundang pembantaian ke atas kita oleh berbagai gerombolan. Namun, kita sama sekali tidak akan melupai pengkalan di mana kita berpijak; masyarakat dan negeri Melayu Islam dilingkaran barat semenanjung ini. Nasib umat Melayu dan kedaulatan Islam tetap menjadi perhatian dan perjuangan memperbaiki nasib kaum peribumi tetap dihayati. Bersama dengan Pakatan Rakyat, kita akan mempertahankan perkara 152 dan 153, kedudukan istimewa Orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Islam Sebagai Agama Persekutuan. Saya menyeru agar di setiap peringkat parti mempergandakan interaksi sosial dengan mempelbagaikan program-program untuk anak-anak, para remaja dan belia, kaum wanita dan semua golongan yang perlu didekati.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli dan penyokong parti, ketua-ketua dan saf kepimpinan seluruh cawangan, UPU, pengarah dan ahli-ahli jawatankuasa, MTD, seluruh anggota kepimpinan kawasan, dewan-dewan dan semua lajnah PAS Padang Besar yang telah bertungkus-lumus bekerja keras, berkhidmat semata-mata kerana Allah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di negara tercinta ini. Walaupun apa bakal terjadi, sebesar manapun halangan yang akan dihadapi, sehebat manapun cabaran dan ujian yang menanti, kita tidak punya pilihan melainkan untuk melawan dan menyanggah segala kemungkaran. Kita sudah membuat keputusan untuk menyertai pasukan ini dan menyatu dalam satu pakatan dan gerakan politik terbesar, maka jangan menoleh ke belakang lagi dan sekali kita melangkah pantang undur kembali. Ingat pesan orang tua jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Dan biarlah saya akhiri ucapan ini dengan memetik sedutan dari puisi Sasterawan Negara, Keris Mas berjudul Pelita Cinta:


"Namun pelita tetap menyala
berapi-api merah menyala
menjadi suluh hasrat bangsa
tak padam sepanjang masa
walau jasad hidup merana
walau dihimpit, ditindas ganas
pelita cinta dan hidup jua
menyinar jiwa hasrat bebas"


Sekian, terima kasih atas pemerhatian.

WalLahi waliyu Taufik wal Hidayah wassalamu a'laikum warahmatulLahi wa Barakatuh. Allahu Akbar!

PADANG BESAR 12 JAMADILAWAL 1432 HIJRIAH
Bersamaan 16 April 2011 Miladyah.

Anuar Tahir kekal YDP Padang Besar

Posted: 18 Apr 2011 02:35 AM PDT

BESERI - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir kekal menerajui PAS Kawasan Padang Besar selaku Yang Dipertua bagi sesi 2011-2013.

Pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 17 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam At-Taqwa Sabtu lalu, Mohd Anuar sekali lagi akan digandingkan dengan Wan Kharizal Wan Khazim selaku Timbalan Yang Dipertua.

Sementara itu, jawatan Naib Yang Dipertua pula dimenangi oleh Ustaz Yahaya Ahmad.

Dalam pada itu, Haji Osman Ismail pula kekal selaku Pengerusi Tetap PAS Kawasan.

Mudir Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Ustaz Azamhari Mahamood pula menang tanpa bertanding sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan.

16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan yang dipilih ialah: Yasir Arafat Abni Hajar, Daud Hassan, Md Rodzi Ismail, Haji Mohd Ali Puteh, Bashir Ishak, Abdullah L. Manan, Sarudin Abu Bakar, Saad Seman, Wan Abd Rahman Wan Ahmad, Rahini Ali, Farishah Ahmad, Abd Akiz Saad, Hamid Ahmad, Kamis Yub, Haji Ramli Abdullah dan Rusnah Darani.

Foto Mesyuarat Agung PAS Kawasan kali ke 17

Posted: 18 Apr 2011 02:18 AM PDT

Pendaftaran perwakilan mengikut DUN masing-masing Nyanyian lagu PAS Ucapan pengerusi panitia Mesyuarat Agung

Ucaptama YDP bertajuk

"PENEGUHAN AKHLAK DA'IEYAH – MENGANGKAT SIASAH UMMAH"
Bergambar kenangan dengan Naib Presiden
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan memberikan taklimat
Para perwakilan mengundi memilih pimpinan sesi 2011-2013
YDP menjawab pertanyaan perwakilan
Perwakilan Santan Hilir membahaskan usul
Ucapan penangguhan YDP

Ceramah di Panggas

Posted: 18 Apr 2011 02:09 AM PDT

Ucapan dari YB. Ustaz "Izzat Kisah dari bumi Kenyalang dalam ceramah oleh Dato' Tuan Ibrahim

Pengikut